The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LAPORAN PROGRAM PEMENTORAN KEPIMPINAN DVS TAHUN 2025

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ijanzul74, 2026-03-03 23:58:50

LAPORAN PROGRAM PEMENTORAN KEPIMPINAN DVS TAHUN 2025

LAPORAN PROGRAM PEMENTORAN KEPIMPINAN DVS TAHUN 2025

Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025LAPORANPROGRAM PEMENTORAN KEPIMPINANJABATAN PERKHIDMATAN VETERINARKEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANANPUTRAJAYATAHUN 2025


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025iEDISI PERTAMAHak Cipta Jabatan Perkhidmatan Veterinar2026Disediakan oleh:Seksyen Pembangunan KompetensiBahagian Pembangunan Modal InsanJabatan Perkhidmatan VeterinarKementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan,Blok Podium, Lot 4G1, Presint 4 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62624 Wilayah Persekutuan Putrajaya www.dvs.gov.my 03-8870 2000 [email protected]


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025iiKANDUNGAN 1 LATARBELAKANG 12 TAKRIF 13 OBJEKTIF 14 PRINSIP 25 SKOP 26 KRITERIA MENTOR DAN MENTI 37 TARIKH PELAKSANAAN 48 PESERTA PEMENTORAN 49 SESI PEMENTORANMENTOR MENTI 1:DR. MAS AYU SURAYA BINTI ABD RAHMAN - MENTORDR. AINANI BINTI AWANG - MENTI 7MENTOR MENTI 2: DR. EMELIA AINI BINTI KAMARUZZAMAN - MENTORDR. ABDUL HAKIM BIN ZULKIFLE - MENTI 11MENTOR MENTI 3: DR. EMELIA AINI BINTI KAMARUZZAMAN - MENTORDR. AMIRAH HUSNA BINTI ABDUL HALIM - MENTI 16MENTOR MENTI 4: DR. YUSLAN BIN SANUDDIN - MENTORDR. CORNEYLIUS COLODIUS - MENTI 21MENTOR MENTI 5: DR. AIDI BIN MOHAMAD - MENTORDR. KANMANI A/P RAJANDRAN - MENTI 33MENTOR MENTI 6: DR. DAYANG SALWANI BINTI AWANG MASHERI - MENTORDR. NUR SYAZANA BINTI SULAIMAN - MENTI 41


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025iiiMENTOR MENTI 7: DR. NORSUHANNA BINTI MOHD MOKHTAR - MENTORDR. MUHAMMAD AMIR ASYRAF BIN WAHID - MENTI 48MENTOR MENTI 8: DR. NOR NATASHA BINTI MOHD SOFIAN - MENTORDR. NURUL SYIFA BINTI SHAID - MENTI 52MENTOR MENTI 9: DR. KETTY GOH SIEW LIN - MENTORDR. NG SHAHLINI - MENTI 62MENTOR MENTI 10: DR. ROHAIZAN BINTI MOHD ANUAR - MENTORDR. IMAN BINTI SUFFIAN LONG - MENTI 71MENTOR MENTI 11: DR. KHAIRINA AKMAR BINTI KHALID - MENTORDR. NADIAH SAKINAH BINTI MUZAFFAR SHAH - MENTI 82MENTOR MENTI 12: DR. NORAIHAN BINTI MOHD YASIN @ MUHAMMAD - MENTORDR. NIK NUR NAJIHAH BINTI NIK MOHD AZRIHAN - MENTI 86MENTOR MENTI 13: DR. MOHD SHAFARIN BIN SHAMSUDDIN - MENTORDR. SITI AISYAH BINTI HAMDAN - MENTI 94MENTOR MENTI 14: TN. MOHD FAIZ BIN AJIS - MENTORTN. NOORFAIZ FIKRI BIN NOR AZMI - MENTI 110MENTOR MENTI 15: TN. MOHD ZAMRI BIN SHAK @ ISHAK - MENTORTN. ABDUL RAHIM BIN MINTAL - MENTI 13510 PROGRAM PEMANTAPAN PEMENTORAN KEPIMPINAN 2025 15011 ANUGERAH PASANGAN MENTOR MENTI JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR TERBAIK 2025 15212 ULASAN DAN RUMUSAN 153PENGHARGAAN 155SIDANG REDAKSI LAPORAN PROGRAM PEMENTORAN KEPIMPINAN TAHUN 2025 156


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202511.LATAR BELAKANGPementoran Kepimpinan Sektor Awam merupakan salah satu komponen penting dalam Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 - 2030 di bawah Bidang Keberhasilan Reformasi 2 (BKR 2) melalui Strategi Keberhasilan Reformasi 2 (SKR 2) iaitu melengkapkan penjawat awam dengan pengetahuan, kemahiran dan keupayaan baharu. Usaha ini bertujuan untuk meningkatkan kompetensi dan profesionalisme penjawat awam bagi memastikan sektor awam yang produktif dan berprestasi tinggi. Pementoran Kepimpinan Sektor Awam merupakan kesinambungan daripada pelaksanaan program pementoran yang telah dijelaskan dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian PO.3.1.1 - Panduan Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam dan Ceraian PO.3.1.4 - Pelaksanaan Pementoran Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam. Melalui pementoran kepimpinan, pegawai yang lebih berpengalaman dapat membimbing dan mempersiapkan pegawai yang berpotensi dalam sektor awam untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan.2.TAKRIFBagi maksud pelaporan ini:(i) Pementoran:Gabungan modul bersepadu antara coaching, mentoring and counseling untuk memberikan bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional.(ii) Pementoran Kepimpinan:• Bimbingan, sokongan atau bantuan secara konstruktif, profesional dan beretika;• Membangun dan meningkatkan kemahiran kepimpinan.3.OBJEKTIFPelaksanaan Pementoran Kepimpinan berhasrat mencapai objektif yang berikut: (i) menggalakkan pembelajaran melalui perkongsian pengalaman yang terbaik; (ii) meningkatkan hubungan profesional yang positif antara pemimpin pekerja; dan


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 20252(iii) memantapkan kepemimpinan organisasi.4.PRINSIPProses pembelajaran berdasarkan inisiatif dan kreativiti melalui pemerhatian, penglibatan dan mengambil teladan yang baik bagi pembangunan kepimpinan, keperibadian dan profesional melalui bimbingan dan panduan oleh mentor.5. SKOPPelaksanaan Pementoran Kepimpinan Sektor Awam memfokuskan kepada tiga (3) skop kepimpinan dengan enam (6) kompetensi utama: (i) Memimpin Diri (a) Kompetensi Personaliti dan Pengukuhan Nilai - Keupayaan untuk memperkukuhkan faktor personaliti dan nilai peribadi yang menyumbang kepada tingkah laku pemimpin berintegriti dan beretika dalam kehidupan peribadi dan professional. (b) Kompetensi Pengukuhan Kefungsian Psikologi - Keupayaan untuk menguruskan minda, emosi dan tingkah laku serta meningkatkan motivasi diri, daya tahan dan keyakinan diri. (ii) Memimpin Warga Organisasi (a) Kompetensi Motivasi Kepimpinan - Keupayaan pemimpin untuk memotivasikan pasukan, memberikan inspirasi, meningkatkan kerjasama, komunikasi dan kepercayaan dalam mencapai matlamat organisasi. (b) Kompetensi Kepimpinan Manusiawi - Cara gaya kepimpinan yang mengutamakan aspek kemanusiaan, yang memberikan fokus kepada empati, adil, fleksibel serta hubungan yang harmoni. (iii) Memimpin Organisasi (a) Kompetensi Pengurusan dan Pentadbiran - Keupayaan pemimpin untuk menyelesaikan dan menganalisis masalah, membuat keputusan serta merancang visi, hala tuju, dan strategi jangka pendek dan jangka panjang organisasi.


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 20253(b) Kompetensi Kedinamikan Organisasi - Kemampuan pemimpin untuk memahami dan mengurus kuasa, budaya, pengaruh dan jaringan kerjasama dalam konteks organisasi.6.KRITERIA MENTOR DAN MENTI(i) Mentor(a) Menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang dengan mencapai markah LNPT 85% ke atas atau pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC);(b) Pencalonan di kalangan Pegawai Pengurusan dan Profesional Gred 12sehingga JUSA, dan mempunyai pengalaman berkhidmat di Jabatan sekurang-kurangnya 5 tahun;(c) Sekiranya ada pencalonan mentor daripada gred yang sama dengan menti, mentor perlu mempunyai pengalaman lebih 5 tahun di Jabatan;(d) Tiada isu disiplin sepanjang berkhidmat dalam perkhidmatan awam;(e) Mudah memberi dorongan dan sokongan;(f) Mempunyai personaliti yang baik; (g) Berminat membantu dan mempunyai semangat kesukarelaan; (h) Boleh menjadi contoh kepada pegawai lain; dan(i) Mempunyai nilai kerja dan organisasi yang baik. (ii) Menti(a) Menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang dengan mencapai markah LNPT 85% ke atas atau pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC);(b) Pencalonan di kalangan Pegawai Pengurusan dan Profesional lantikan baharu Gred 9 atau yang telah berkhidmat di Jabatan sekurang-kurangnya 1 - 3 tahun, atau pegawai yang baharu dinaikkan pangkat ke tugasan yang berbeza.(c) Tiada isu disiplin sepanjang berkhidmat dalam perkhidmatan awam;(d) Mudah memberi komitmen dan Kerjasama;(e) Mempunyai personaliti yang baik;


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 20254(f) Berminat membantu dan mempunyai semangat kesukarelaan; dan(g) Boleh menjadi contoh kepada pegawai lain.7. TARIKH PELAKSANAAN Program Pementoran Kepimpinan anjuran Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan ini telah berlangsung dari 14 Januari 2025 hingga 29 November 2025.8. PESERTA PEMENTORAN (i) Kenaikan PangkatMENTOR MENTIDr. Mas Ayu Suraya binti Abd RahmanPegawai Veterinar (GV13)Bahagian Pembangunan Genetik dan Teknologi PenternakanJabatan Perkhidmatan VeterinarPutrajayaEmel: [email protected]. Ainani binti AwangPegawai Veterinar (GV12)Institut Veterinar Wilayah Timur, TerengganuEmel: [email protected](ii) Pegawai Lantikan BaruMENTOR MENTI1. Dr. Emelia Aini binti KamaruzzamanPegawai Veterinar (GV13)Bahagian Pembangunan Genetik dan Teknologi PenternakanJabatan Perkhidmatan VeterinarPutrajayaEmel: [email protected]. Dr. Abdul Hakim bin ZulkiflePegawai Veterinar (GV9)Pusat Ternakan Haiwan Lenggong, PerakEmel: [email protected]. Dr. Amirah Husna binti Abdul HalimPegawai Veterinar (GV9)Pusat Pembiakan Kambing Bebiri Kampung Pah, Negeri SembilanEmel: [email protected]. Dr. Yuslan bin SanuddinPegawai Veterinar (GV13)Bahagian Pembangunan Industri Ternakan3. Dr. Corneylius ColodiusPegawai Veterinar (GV9)Bahagian Pembangunan Industri Ternakan


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 20255Jabatan Perkhidmatan VeterinarPutrajayaEmel: [email protected] Perkhidmatan VeterinarPutrajayaEmel: [email protected]. Dr. Aidi bin MohamadPegawai Veterinar (GV13)Bahagian Pembangunan Industri TernakanJabatan Perkhidmatan VeterinarPutrajayaEmel: [email protected]. Dr. Kanmani a/p RajandranPegawai Veterinar (GV9)Bahagian Pembangunan Industri TernakanJabatan Perkhidmatan VeterinarPutrajayaEmel: [email protected]. Dr. Dayang Salwani binti Awang MasheriPegawai Veterinar (GV13)Bahagian Pembangunan Industri TernakanJabatan Perkhidmatan VeterinarPutrajayaEmel: [email protected]. Dr. Nur Syazana binti SulaimanPegawai Veterinar (GV9)Bahagian Pembangunan Industri TernakanJabatan Perkhidmatan VeterinarPutrajayaEmel: [email protected]. Dr. Norsuhanna binti Mohd MokhtarPegawai Veterinar (GV12)Pusat Pengembangan Veterinar (VetEC) Timur, Terengganu Emel: [email protected]. Dr. Muhammad Amir Asyraf bin WahidPegawai Veterinar (GV9)Pusat Pengembangan Veterinar (VetEC) Timur, Terengganu Emel: [email protected]. Dr. Nor Natasha binti Mohd SofianPegawai Veterinar (GV10)Pusat Pengembangan Veterinar (VetEC) Timur Laut, KelantanEmel: [email protected]. Dr. Nurul Syifa binti ShaidPegawai Veterinar (GV9)Pusat Pengembangan Veterinar (VetEC) Timur Laut, KelantanEmel: [email protected]. Dr. Ketty Goh Siew LinPegawai Veterinar (GV12)Bahagian Regulatori VeterinarJabatan Perkhidmatan VeterinarPutrajayaEmel: [email protected]. Dr. Ng ShahliniPegawai Veterinar (GV9)Bahagian Regulatori VeterinarJabatan Perkhidmatan VeterinarPutrajayaEmel: [email protected]. Dr. Rohaizan binti Mohd AnuarPegawai Veterinar (GV12)Bahagian Kesihatan Awam Veterinar9. Dr. Iman binti Suffian LongPegawai Veterinar (GV9)Bahagian Kesihatan Awam Veterinar


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 20256Jabatan Perkhidmatan VeterinarPutrajayaEmel: [email protected] Perkhidmatan VeterinarPutrajayaEmel: [email protected]. Dr. Khairina Akmar binti KhalidPegawai Veterinar (GV12)Bahagian Kawalan Penyakit dan Biosekuriti VeterinarJabatan Perkhidmatan VeterinarPutrajayaEmel: [email protected]. Dr. Nadiah Sakinah binti Muzaffar ShahPegawai Veterinar (GV9)Bahagian Kawalan Penyakit dan Biosekuriti VeterinarJabatan Perkhidmatan VeterinarPutrajayaEmel: [email protected]. Dr. Noraihan binti Mohd Yasin @ MuhammadPegawai Veterinar (GV12)Makmal Veterinar Zon Timur (Pahang), PahangEmel: [email protected]. Dr. Nik Nur Najihah binti Nik Mohd AzrihanPegawai Veterinar (GV9)Makmal Veterinar Zon Timur (Pahang), PahangEmel: [email protected]. Dr. Mohd Shafarin bin ShamsuddinPegawai Veterinar (GV12)Makmal Veterinar Zon Tengah (Selangor), SelangorEmel: [email protected]. Dr. Siti Aisyah binti HamdanPegawai Veterinar (GV9)Makmal Veterinar Zon Tengah (Selangor), SelangorEmel: [email protected]. Tn. Mohd Faiz bin AjisPegawai Penguatkuasa (KP12)Bahagian Penguatkuasa VeterinarJabatan Perkhidmatan VeterinarPutrajayaEmel: [email protected]. Tn. Noorfaiz Fikri bin Nor AzmiPegawai Penguatkuasa (KP9)Penguatkuasa Veterinar Negeri KedahKedahEmel: [email protected]. Tn. Mohd Zamri bin Shak @ IshakPegawai Penguatkuasa (KP12)Bahagian Penguatkuasa VeterinarJabatan Perkhidmatan VeterinarPutrajayaEmel: [email protected]. Tn. Abdul Rahim bin MintalPegawai Penguatkuasa (KP9)Penguatkuasa Veterinar Negeri SembilanNegeri SembilanEmel: [email protected]


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202579.SESI PEMENTORAN MENTOR MENTI 1:DR. MAS AYU SURAYA BINTI ABD RAHMAN - MENTORDR. AINANI BINTI AWANG - MENTI(a) 5 MAC 20251. ULASAN MENTISesi pertemuan pertama telah diadakan pada 5 Mac 2025, Rabu, melalui Goole Meet. Perbincangan dimulakan dengan sesi memperkenalkan diri, pengalaman bekerja dari tarikh pertama lapor diri ke jabatan serta permohonan projek pembangunan RMK-13 bahagian masing-masing. Saya mengagumi pengalaman kerja Dr. Mas Ayu dan komitmen yang telah beliau berikan. Beliau menasihati saya berkenaan family and work balancingdan sekiranya saya memerlukan khidmat nasihat boleh menghubungi beliau pada bila-bila masa sahaja.2. STATUS PERKEMBANGAN MENTISaya gembira dengan sesi ini. Pengalaman yang dikongsikan oleh Dr. Mas Ayu, akan digunakan sebaik mungkin.3. TINDAKAN MENTI (WAYFORWARD)Saya gembira dengan sesi ini. Pengalaman yang dikongsikan oleh Dr. Mas Ayu, akan digunakan sebaik mungkin.(b) 15 APRIL 20251. ULASAN MENTIPerbincangan kali ini adalah berhubung dengan pengurusan tatatertib pegawai tidak hadir bertugas. Dr. Mas Ayu telah memberikan salinan softcopy Panduan Mengurus Pegawai Tidak Hadir Bertugas (rujukan JPA) untuk rujukan saya. Saya mengemukakan situasi semasa di tempat bertugas dimana terdapat kakitangan yang gagal untuk hadir bertugas dengan mengemukakan surat cuti sakit daripada klinik swasta. Lawatan ke rumah kediaman telah dibuat. Beliau masih menerima gaji penuh dan laporan perkembangan kesihatan semasa


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 20258kakitangan tersebut telah diperolehi dari hospital yang berkenaan. Untuk tahun 2024, cuti sakit beliau ialah 180 hari telah digunakan, cuti rehat telah digunakan sepenuhnya dan cuti tanpa gaji ialah 31 hari. Beliau kini didiagnosis dengan Bipolar Mood Disorder dan kini dalam rawatan (prekripsi ubatan) dari hospital berkenaan. Dr. Mas Ayu memberi cadangan untuk membuat surat kepada hospital berkenaan bagi cadangan daripada pegawai perubatan untuk mendapatkan pendapat berkenaan kompetensi menjalankan tugas bagi kakitangan tersebut untuk diangkat ke Lembaga Perubatan.2. STATUS PERKEMBANGAN MENTISaya diberi pendedahan daripada Dr. Mas Ayu bagaimana untuk menyelesaikan isu berhubung dengan ketidakhadiran kakitangan bertugas dan beliau telah berkongsi pengalaman beliau sendiri yang pernah mengendalikan isu berkaitan kakitangan tidak hadir bertugas. Cadangan beliau: a. Sesi kaunseling atau AKRAB;b. Keluarkan daripada pay-roll; c. Surat ulasan dari KKM bagi ulasan kompetensi menjalankan tugas.3. TINDAKAN MENTI (WAYFORWARD)Membuat tindakan susulan daripada cadangan bersama:a. Sesi kaunseling atau AKRAB;b. Keluarkan daripada pay-roll; c. Surat ulasan dari KKM bagi ulasan kompetensi menjalankan tugas.(c) 19 MEI 2025


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202591. ULASAN MENTISesi pertemuan kali ini membincangkan cadangan pelupusan dan pindahan stok aset hidup kerajaan. Apakah faktor dan kriteria yang perlu dipertimbangkan untuk membuat singkiran dan pindahan stok ternakan. Dr. Mas juga memberi pendapat untuk keperluan stok ternakan di ladang, jumlah optimum yang perlu ada memandangkan fungsi dan peranan IVWT adalah sebagai pusat latihan penternakan. Perolehan ternakan baharu juga diambil kira, dengan cadangan menambahkan elemen perolehan ternakan dalam RP2 RMK-13. Kemudian, singkiran secara berfasa boleh dibuat.2. STATUS PERKEMBANGAN MENTISaya memperolehi ilmu pengetahuan dan Dr. Mas telah berkongsi idea serta memberi pendapat yang mengambil kira kekangan yang ada di IVWT (fasiliti, peruntukan tambahan dan manpower sedia-ada).3. TINDAKAN MENTI (WAYFORWARD)Cadangan untuk mengadakan ujian saringan kesihatan bagi pejantan sediaada seperti prepucial wash sampling, ujian semen bagi mengetahui status kesihatan pejantan LID di IVWT. Cadangan ini akan dibincangkan bersama PVD Dungun.(d) 10 JUN 20251. ULASAN MENTIDapat membina hubungan dan merapatkan silaturahim. Dr. Mas memberi saya ruang dan peluang untuk menyuarakan pendapat saya dan berkongsi maklumat berkenaan isu-isu semasa dalam pentadbiran IVWT.


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202510Beliau mengingatkan saya untuk sentiasa berwaspada dalam apa jua keputusan yang dibuat dan sentiasa merujuk kepada pihak penyelia saya di Putrajaya. Pertemuan kali ini, kami membuat brief summary dan perkembangan semasa berhubung dengan perkara dan isu dari sesi pertemuan yang lepas.2. STATUS PERKEMBANGAN MENTIMenambahkan keyakinan diri untuk berkomunikasi dua hala dengan baik, menyuarakan maklumat dan pendapat apabila diminta dan memperbaiki serta meningkatkan nilai soft skill dalam diri.3. TINDAKAN MENTI (WAYFORWARD)Membina networking yang harmoni bersama Mentor. Mentor mengingatkan saya untuk sentiasa berhubung dengan beliau jika ada perkara-perkara yang boleh dibantu meskipun telah tamat sesi pertemuan Mentor mentee nanti.LAPORAN AKHIR - 29 JUN 20251. ULASAN KESELURUHAN MENTIProgram Pementoran Kepimpinan KPKM sangat membantu saya untuk meningkatkan dan mengembangkan soft skill sedia ada saya dan membantu saya meningkatkan potensi kepimpinan dalam diri saya. Ia merupakan satu platform yang memberi ruang kepada mentee mengutarakan isu atau kesukaran yang dihadapi dalam tugas hariannya. Mentor akan memberi cadangan solusi yang baik dalam membantu menyelesaikan isu atau perkara dalam tugasnya tanpa memberi implikasi kepada jabatan.


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025112. PERKEMBANGAN DAN PENCAPAIAN OBJEKTIF MENTIa. Peningkatan soft skill mentee dan keyakinan mentee berhubung dengan dengan kepimpinan (leadership). b. Mewujudkan semangat 'satu jabatan' atau kekeluargaan dan saling menghormati antara mentor dan mentee. c. Mengamalkan budaya menghargai antara mentor dan mentee. d. Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah.3. ULASAN MENTORTiadaMENTOR MENTI 2:DR. EMELIA AINI BINTI KAMARUZZAMAN - MENTORDR. ABDUL HAKIM BIN ZULKIFLE - MENTI(a) 10 MAC 20251. ULASAN MENTIPertemuan kali ini membincangkan mengenai kemajuan kami sebagai pegawai lantikan baru serta setelah hampir 6 bulan ditempatkan sebagai pengurus ladang yang pastinya mendatangkan cabaran buat kami sebagai pegawai baru. Mentor, Dr. Emelia berkongsi pengalamannya dalam jabatan dalam menghadapi kesukaran dan cabaran dalam menguruskan sesebuah ladang yang bukan hanya memfokuskan kepada pengurusan ternakan, malah dari segi pentadbiran dan pengurusan pejabat. Mentor juga menekankan kepentingan berpegang pada prinsip integriti dalam menjadi pemimpin dalam organisasi PTJ agar operasi ladang berjalan dengan lancar, tanpa sebarang permasalahan. Memang awalnya sukar untuk memimpin sesebuah organisasi yang kebanyakkan berumur lebih tua, maka pesanan mentor adalah untuk bijak dalam memahami selok belok personaliti setiap anak buah di ladang dan juga menjaga komunikasi dalam latar belakang ladang yang pelbagai ragam manusia.2. STATUS PERKEMBANGAN MENTI


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202512Setelah mendapat suntikan semangat dari mentor, saya akan terus bersungguh dalam bergerak ke arah menjadi seorang pengurus ladang yang berintegriti, berwibawa dan akan menghadiri kursus-kursus yang berkaitan untuk meningkatkan lagi kompetensi sebagai seorang penjawat awam yang baik.3. TINDAKAN MENTI (WAYFORWARD)Saya akan kerap untuk melakukan perbincangan bersama pihak ladang dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan merujuk kepada mentor sekiranya menemui jalan buntu.(b) 21 MAC 20251. ULASAN MENTIPerjumpaan kali kedua diadakan bersama mentor susulan dari Semakan Pitching RMK-13 bersama pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.2. STATUS PERKEMBANGAN MENTIMentor menekankan bahawa peranan seorang Pengurus Ladang amatlah penting dalam merangka dan menyusunatur dalam membangunkan sesebuah ladang. Menti menjadi Pegawai Projek dalam Permohonan RMK-13 Pusat Ternakan Haiwan (PTH) Lenggong mendapat khidmat nasihat daripada mentor bagi menyusun atur skop perolehan yang perlu dan menyesuaikan bajet dan


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202513kewangan berdasarkan siling permohonan yang diberikan oleh Kementerian Kewangan. Ini merupakan pengalaman yang berharga buat menti kerana dapat didedahkan kepada projek sebegini walaupun baru sahaja berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Veterinar, khususnya di PTH Lenggong. Semua slaid pembentangan disemak bersama-sama dan turut menerima maklumbalas dari mentor dan Pengarah Bahagian untuk penambahbaikan berdasarkan perbincangan bersama KPKM. Ini telah membuka mata menti bahawa menjadi seorang Pegawai Veterinar di jabatan bukan hanya memfokuskan gerak kerja berdasarkan kesihatan haiwan sahaja, tetapi perlu belajar secara keseluruhan termasuk pengurusan kewangan, perancangan projek pembangunan PTJ dan sebagainya.3. TINDAKAN MENTI (WAYFORWARD)Menti telah membuat penambahbaikan pada slaid permohonan RMK dan juga membantu Pengurus Wilayah Utara dalam pergabungan projek bagi melancarkan permohonan RMK-13 BPGTP. Menti akan terus membantu Pengurus Wilayah dalam menyempurnakan permohonan ini.(c) 29 APRIL 20251. ULASAN MENTIMenti telah menjemput mentor dan menti Dr. Amirah Husna ke program persampelan darah ternakan rusa di PTH Lenggong pada 28 - 29 April 2025.


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025142. STATUS PERKEMBANGAN MENTIMenti telah menunjukkan demonstrasi kepada mentor dan pasangan menti untuk cara-cara dari permulaan proses pengambilan darah rusa. Bermula dari menghalau rusa dari pedok ke rumah gelap. Kemudian, susunan ternakan rusa dalam rumah gelap. Halau ternakan dalam rumah gelap ke travis bagi pengekangan rusa. Menti dapat memberikan pengalaman kepada mentor dan pasangan menti dalam merasai cara-cara pengambilan darah rusa. Menti telah menerima nasihat juga tatacara mengendalikan program kesihatan.


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025153. TINDAKAN MENTI (WAYFORWARD)Untuk program seterusnya, menti akan meningkatkan kualiti program dari segi persediaan rapi sebelum dan semasa program dijalankan. Mentor turut memberi maklumbalas dalam segala aspek yang boleh ditingkatkan dalam menjalankan program seterusnya.(d) 7 MEI 20251. ULASAN MENTIMenti mengiringi Mentor dalam Pemeriksaan Bajet RP1 RMK-13 bersama Kementerian Ekonomi. Menti memerhati cara Mentor membentangkan kertas kerja projek yang telah dibuat bersama pegawai dan pengurus ladang bahagian.2. STATUS PERKEMBANGAN MENTIMenti telah menambahbaik slaid pembentangan bagi permohonan bajet PTH Lenggong dan telah disemak dan diselaraskan oleh Pengurus Wilayah Utara dan mentor selaku ketua seksyen. Menti juga lebih berkeyakinan dalam menjawab persoalan yang dilontarkan mengenai selok-belok dan keperluan ladang jabatan di peringkat kementerian.3. TINDAKAN MENTI (WAYFORWARD)Menti akan terus berhubung dengan mentor selaku pegawai projek bagi status terkini permohonan dan akan terus membantu dan memberi respon akan keperluan yang perlu dikemaskini dalam proses permohonan RMK-13.LAPORAN AKHIR - 14 JULAI 2025


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025161. ULASAN KESELURUHAN MENTIProgram ini amatlah membantu dalam membimbing menti dalam menyesuaikan diri dalam persekitaran kerja yang baharu hasil dari pantauan mentor. Perjumpaan yang diadakan bersama mentor membuahkan hasil apabila menti berupaya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Program ini wajar diteruskan pada masa hadapan.2. PERKEMBANGAN DAN PENCAPAIAN OBJEKTIF MENTIMenti berjaya mengurus tiap permasalahan yang berlaku di tempat bertugas dan teguh akan setiap cabaran yang mendatang. Menti juga mampu berkomunikasi dengan baik bersama staf tempat penempatan sekaligus mewujudkan persefahaman.3. ULASAN MENTORMentor mengucapkan tahniah atas kejayaan menti menyelesaikan isu yang mendatang sepanjang program ini dijalankan. Berharap agar terus teguh dan cekal untuk kekal berkhidmat dalam Jabatan Perkhidmatan Veterinar.MENTOR MENTI 3:DR. EMELIA AINI BINTI KAMARUZZAMAN - MENTORDR. AMIRAH HUSNA BINTI ABDUL HALIM - MENTI(a) 10 MAC 20251. ULASAN MENTIPertemuan untuk sesi 1 adalah bertujuan untuk berkongsi pengalaman bekerja dalam jabatan terutama menjadi Pengurus Ladang selama 6 bulan di penempatan masing-masing dengan mendapat nasihat dan pandangan daripada mentor terhadap isu-isu ladang yang dibangkitkan dan dikongsikan oleh saya. Kami juga melakukan perkongsian yang interaktif antara mentor dan mentee dengan memberi pandangan dan pendapat masing-masing. Sesi pertemuan ini berlangsung selama satu jam di BPGTP HQ Putrajaya.2. STATUS PERKEMBANGAN MENTI


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202517Saya mengambil segala nasihat dan pendapat daripada mentor untuk dilaksanakan sebagai salah satu kaedah untuk diselesaikan jika isu-isu ladang berbangkit semula pada masa akan datang. Perlaksanaan kerja oleh saya untuk urusan ladang akan lebih baik dan teratur.3. TINDAKAN MENTI (WAYFORWARD)Saya akan melakukan perkara-perkara yang dikongsikan oleh mentor saya sebagai satu dorongan untuk lebih maju jaya pada masa akan datang.(b) 21 MAC 20251. ULASAN MENTIPertemuan ini adalah untuk melakukan perbincangan mengenai Rancangan Malaysia ke-13 di bilik mesyuarat BPGTP HQ Putrajaya. Perbincangan dilakukan untuk menambahbaik segala keperluan dan aspek permohonan RMK13 termasuklah slide Automasi dan Mekanisasi 2026 untuk dihantar ke peringkat yang lebih tinggi.2. STATUS PERKEMBANGAN MENTISemakin baik kerana dapat belajar banyak perkara baru dari segi aspek permohonan dan juga mengetahui setiap kategori dan flow bagaimana perjalanan untuk setiap permohonan projek yang diminta untuk dibawa ke pihak kementerian.


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025183. TINDAKAN MENTI (WAYFORWARD)Melaksanakan segala penambahbaikan yang dicadangkan dalam slidepermohonan dan segala aspek permohonan telah dicatat untuk rujukan pada masa akan datang.(c) 28 APRIL 20251. ULASAN MENTISesi perjumpaan kali ini adalah belajar untuk menguruskan aset hidup (ternakan) dari segi pengurusan dan juga penjagaan ternakan di ladang oleh Dr. Emelia. Saya telah belajar cara-cara untuk mengambil sampel darah daripada ternakan rusa di Pusat Ternakan Haiwan Lenggong. Ia merupakan pengalaman yang sangat baik kerana pengambilan sampel darah rusa sangat mencabar semasa ingin mengumpulkan ternakan di dalam bilik gelap dan juga semasa menghalau ke dalam crusher untuk restrain ternakan bagi proses pengambilan sampel darah. Selain itu, saya juga telah belajar cara-cara untuk menguruskan segala dokumen-dokumen aset hidup yang perlu ada dari ternakan itu didaftarkan di ladang sehingga dilupuskan. Segala dokumen ternakan perlu dijaga dengan baik agar pengurusan ladang ternakan lebih teratur.2. STATUS PERKEMBANGAN MENTI


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202519Terdapat pelbagai ilmu dan perkongsian terbaru yang dikongsikan untuk saya buat yang lebih baik semasa menguruskan ladang.3. TINDAKAN MENTI (WAYFORWARD)Segala ilmu dan perkongsian tersebut telah saya ambil maklum dan akan cuba dipraktikkan semasa saya mengurus ladang ternakan agar perjalanan pengurusan ternakan dan ladang lebih baik dan berkembang.(d) 19 MEI 20251. ULASAN MENTIPertemuan kali ini melibatkan pertemuan bersama dengan Ketua Seksyen Dr.Emelia dan juga Pengarah BPGTP untuk sesi pertemuan yang terakhir sebelum Pengarah bertukar ke penempatan baru. Pengarah memberikan segala pesanan terkahir kepada kami untuk sentiasa melakukan yang terbaik dalam pekerjaan dan sentiasa bersemangat untuk maju ke hadapan sebagai pegawai baru.2. STATUS PERKEMBANGAN MENTITerdapat pelbagai pengalaman dan ilmu yang dikongsikan oleh Pengarah dan Dr. Emelia untuk saya menjadi pengurus ladang yang baik dalam menangani masalah ternakan, masalah kakitangan dan juga pentadbiran.


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025203. TINDAKAN MENTI (WAYFORWARD)Segala ilmu dan perkongsian tersebut telah saya ambil maklum dan akan cuba dipraktikkan semasa saya mengurus ladang ternakan agar perialanan pengurusan ternakan dan ladang lebih baik dan berkembang baik.LAPORAN AKHIR - 12 JULAI 20251. ULASAN KESELURUHAN MENTISaya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas peluang yang diberikan untuk menyertai program Mentor Mentee KPKM ini. Program ini telah memberi impak yang sangat positif kepada perkembangan kerjaya dan peribadi saya sebagai penjawat awam di bawah Kementerian ini.Melalui bimbingan mentor, saya dapat memahami dengan lebih mendalam peranan dan tanggungjawab dalam organisasi, khususnya dari aspek etika kerja, pengurusan masa, dan cara mengurus cabaran di tempat kerja. Mentor saya juga banyak berkongsi pengalaman sebenar dan memberi nasihat yang sangat praktikal serta membina.Antara perkara yang paling saya hargai adalah sesi perbincangan santai tetapi bermakna yang membuka ruang untuk saya bertanya soalan dan mendapatkan pandangan yang lebih luas tentang hala tuju kerjaya dalam KPKM. Saya juga belajar bagaimana untuk menambah baik kemahiran komunikasi, membina keyakinan diri, serta mengukuhkan nilai integriti dalam setiap tindakan.Secara keseluruhan, program ini amat bermanfaat dan saya berharap ia dapat diteruskan dengan penambahbaikan dari semasa ke semasa, termasuk memperbanyakkan aktiviti dua hala atau bengkel kemahiran spesifik yang melibatkan mentor dan mentee.2. PERKEMBANGAN DAN PENCAPAIAN OBJEKTIF MENTIa. Peningkatan Kefahaman Tugas & Peranan:Saya lebih jelas tentang skop kerja, prosedur kerja harian dan hala tuju jabatan serta faham struktur organisasi dan saluran komunikasi yang betul.b. Peningkatan Kemahiran Insaniah (Soft Skills):Bertambah yakin dalam komunikasi rasmi dan tidak rasmi. Belajar cara mengurus masa, tekanan kerja, dan adab profesional.c. Bimbingan Kerjaya dan Sahsiah:


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202521Mendapat panduan tentang laluan kerjaya dalam sektor awam. Dibimbing tentang nilai integriti, etika kerja dan tanggungjawab.d. Sokongan Moral & Motivasi:Meningkatkan semangat untuk bekerja dengan lebih komited. Dapat tempat rujukan jika hadapi cabaran dalam kerja.e. Hubungan Profesional yang Positif:Terbina hubungan baik dan saling menghormati antara mentor dan mentee. Wujud ruang untuk berkongsi pandangan dan menerima teguran secara terbuka.3. ULASAN MENTORProgram ini merupakan satu inisiatif yang baik dalam membimbing pegawai baharu agar lebih bersedia dan yakin menjalankan tugas. Sepanjang tempoh program, mentee menunjukkan komitmen yang positif dan bersungguhsungguh untuk belajar dan memperbaiki diri.Melalui sesi bimbingan, saya dapat berkongsi pengalaman dan memberi panduan berkaitan pengurusan kerja, etika perkhidmatan, dan kemahiran insaniah. Saya percaya pendekatan mentor-mentee ini mampu membentuk budaya kerja yang lebih harmoni, berintegriti dan produktif.Saya menggalakkan agar program ini diteruskan secara berstruktur dengan pemantauan berkala agar objektifnya lebih berkesan.MENTOR MENTI 4:DR. YUSLAN BIN SANUDDIN - MENTORDR. CORNEYLIUS COLODIUS - MENTI(a) 19 FEBRUARI 20251. ULASAN MENTISesi pertemuan pertama telah diadakan pada 19 Februari 2025. Saya bersama mentor, serta Pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor dan Pegawai dari VetEC Tengah, telah menjalankan pemantauan di ladang penternak yang terletak di KM Heritage Farm, Selangor.


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202522Penternak tersebut merupakan salah seorang peserta yang telah ditawarkan untuk menerima bantuan insentif di bawah Program Pembangunan Industri Tenusu Negara. Tujuan pemantauan ini adalah untuk mendapatkan maklum balas daripada penternak mengenai status pelaksanaan program tersebut.Sepanjang pemantauan, saya lebih banyak memerhatikan cara mentor berinteraksi secara langsung dengan penternak bagi mengumpul maklumat yang diperlukan serta mengemukakan soalan-soalan yang relevan. Dalam hal ini, kemahiran komunikasi yang efektif memainkan peranan penting dalam memastikan urusan bersama penternak berjalan lancar. Pada masa yang sama, ketegasan dalam penyampaian juga diperlukan agar idea dan maklumat dapat disampaikan dengan jelas, sekali gus membina keyakinan penternak terhadap apa yang kami sampaikan.


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025232. STATUS PERKEMBANGAN MENTIMelalui sesi pertemuan ini, saya telah mempelajari dua elemen penting dalam alam pekerjaan: kemahiran komunikasi dan ketegasan. Kemahiran komunikasi penting kerana ia memastikan maklumat yang disampaikan dapat difahami dan ditafsir dengan mudah oleh penerima. Manakala ketegasan pula diperlukan agar mesej yang disampaikan diterima tanpa sebarang keraguan. Kedua-dua elemen ini saling berkait rapat dan perlu digabungkan secara seimbang dalam proses penyampaian maklumat.Apa yang menjadikan kedua-dua elemen ini sangat berharga adalah impaknya terhadap imej kita sebagai penjawat awam. Cara kita berkomunikasi dan tahap ketegasan yang ditunjukkan mencerminkan kewibawaan dan keyakinan diri. Tanpa kedua-dua elemen ini, kita mudah dimanipulasi dan dipandang ringan oleh orang lain. Oleh itu, menguasai kemahiran komunikasi dan ketegasan bukan sahaja meningkatkan profesionalisme, malah membina kepercayaan dan penghormatan terhadap diri kita dalam apa jua situasi.3. TINDAKAN MENTI (WAYFORWARD)Setelah memerhatikan cara mentor saya berinteraksi dengan penternak, saya belajar bagaimana menyampaikan maklumat dengan jelas, tegas, dan berhemah tanpa menyinggung perasaan mana-mana pihak. Pengajaran ini amat berharga bagi saya, terutamanya memandangkan skop pekerjaan saya melibatkan banyak interaksi dengan penternak. Dengan ilmu ini, saya berasa lebih bersedia untuk melaksanakan pemantauan secara bersendirian pada masa hadapan.Saya berharap, melalui pengajaran ini dan pengalaman yang akan saya tempuh dalam pemantauan kelak, saya dapat berkembang menjadi seorang penjawat awam yang berwibawa dan dihormati. Seperti kata pepatah, ‘Nobody is perfect, but practice makes perfect.’ Dengan latihan dan pengalaman yang berterusan, saya yakin dapat memperhalusi kemahiran ini dan menjadi lebih cekap dalam menjalankan tugas.(b) 25 MAC 20251. ULASAN MENTI


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202524Sesi pertemuan kedua telah diadakan pada 25 Mac 2025, di mana saya bersama mentor telah mengadakan perbincangan sebagai persediaan bagi menghadiri mesyuarat berkaitan Kursus Peningkatan Kualiti Susu Segar. Tujuan utama perbincangan ini adalah untuk membolehkan mentor memberikan penerangan serta penjelasan berkaitan agenda-agenda yang akan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut. Ini kerana, mentor tidak dapat menghadirinya atas komitmen rasmi yang lain.Sehubungan itu, saya telah diberi kepercayaan dan tanggungjawab untuk menghadiri mesyuarat tersebut sebagai salah seorang ahli mesyuarat. Mesyuarat tersebut telah berlangsung pada 26 Mac 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat PPIT Merlimau, Melaka, dan turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Unit Tenusu, Seksyen Pengembangan, serta wakil-wakil daripada Syarikat Dutch Lady.2. STATUS PERKEMBANGAN MENTIPada peringkat awal, saya berasa agak risau dan tidak yakin untuk menghadiri mesyuarat tersebut, terutamanya apabila dimaklumkan bahawa ia turut dihadiri oleh wakil daripada Syarikat Dutch Lady. Situasi ini menjadi lebih mencabar


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202525memandangkan saya masih berada dalam fasa menyesuaikan diri dengan pekerjaan, dan secara tiba-tiba diberikan tanggungjawab untuk menghadiri mesyuarat yang saya sendiri kurang jelas akan pengisiannya.Menyedari perkara ini, mentor telah mencadangkan agar satu sesi perbincangan ringkas diadakan bagi memberi penjelasan dan gambaran awal mengenai mesyuarat tersebut. Perbincangan ini ternyata sangat membantu dalam meningkatkan keyakinan diri saya, selain memberi kefahaman yang lebih jelas tentang agenda yang akan dibincangkan. Sekurang-kurangnya, saya telah membuat persediaan awal sekiranya terdapat sebarang soalan atau pandangan yang perlu saya kemukakan sepanjang mesyuarat berlangsung.3. TINDAKAN MENTI (WAYFORWARD)Pada 26 Mac 2025, mesyuarat telah berlangsung dengan baik dan berjalan lancar. Saya percaya bahawa setiap individu yang baru menempuh dunia pekerjaan pasti akan berasa puas dan gembira apabila berjaya melaksanakan tugasan yang diberikan dengan baik. Sama ada tugasan itu besar atau kecil, kejayaan dalam melaksanakannya pastinya menjadi suntikan semangat dan motivasi untuk terus maju ke hadapan.


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202526Daripada pengalaman ini, saya menyedari bahawa membuat persediaan awal merupakan satu keperluan yang tidak boleh dipandang ringan. Dalam apa jua tugasan yang diamanahkan, persediaan yang dilakukan mampu memberikan keyakinan dan membantu kita menghadapi sebarang kemungkinan. Seperti kata pepatah, “Sediakan payung sebelum hujan.”(c) 23 APRIL 20251. ULASAN MENTISesi pertemuan ketiga telah berlangsung pada 23 April 2025, di mana Syarikat Dutch Lady, dengan kerjasama Unit Tenusu Putrajaya (Unit saya serta Mentor bertugas) telah menganjurkan Kursus Peningkatan Kualiti Susu Segar bertempat di Pulai Springs Resort, Johor Bahru. Penganjuran kursus ini adalah selaras dengan hasil perbincangan yang telah dimuktamadkan melalui beberapa siri mesyuarat bersama yang telah diadakan sebelum ini.


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202527Sehubungan itu, pada tahun 2025, kursus ini dirancang untuk dilaksanakan secara berfasa. Fasa pertama akan melibatkan pelaksanaan di Negeri Johor dan Melaka pada tarikh yang berbeza, diikuti oleh fasa kedua dengan susun atur yang serupa. Perbezaan utama antara kedua-dua fasa ini terletak pada tajuk kursus yang akan diberi penekanan, sesuai dengan fokus yang ingin dicapai.2. STATUS PERKEMBANGAN MENTIKursus tersebut dijadualkan pada 23 April 2025. Namun begitu, Unit Tenusu bersama Syarikat Dutch Lady telah hadir sehari lebih awal bagi membuat persiapan rapi terhadap dewan yang dipilih sebagai lokasi pelaksanaan kursus. Hasil daripada penglibatan ini, saya berpeluang untuk mengaplikasikan pelajaran penting yang diperoleh semasa sesi pertemuan kedua sebelum ini, iaitu kepentingan membuat persediaan awal dalam melaksanakan sebarang tugasan yang diberikan.Pada hari pelaksanaan, kursus telah berjalan dengan lancar dan teratur, hasil daripada kerjasama yang terjalin antara Syarikat Dutch Lady dan Unit Tenusu. Kedua-dua pihak sentiasa bersikap proaktif dan sedia membantu sekiranya timbul sebarang kesulitan. Hubungan kerjasama ini bukanlah sesuatu yang baru terjalin pada hari pelaksanaan, sebaliknya telah wujud sejak awal permulaan kolaborasi antara kedua-dua pihak dalam usaha merancang dan merealisasikan kursus ini.3. TINDAKAN MENTI (WAYFORWARD)Kejayaan penganjuran kursus ini telah menjadi sumber motivasi yang besar buat saya untuk melaksanakan apa jua tugasan yang diberikan dengan sebaik mungkin, khususnya apabila tugasan tersebut melibatkan kerjasama pelbagai pihak. Tambahan pula, masih terdapat beberapa fasa yang perlu dilaksanakan bagi menyempurnakan keseluruhan siri kursus yang dirancang untuk tahun ini.Daripada keberhasilan ini, saya turut mempelajari bahawa dalam sesebuah organisasi, semangat bekerjasama merupakan elemen yang amat penting dalam memastikan kelancaran pelaksanaan sesuatu tugasan tanpa mengira bentuk atau skop tugasan tersebut. Hal ini menjadi lebih penting sekiranya kita masih baharu dalam organisasi, kerana adalah mustahil untuk melaksanakan tanggungjawab secara bersendirian. Dengan adanya kerjasama yang utuh,


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202528bukan sahaja tugasan dapat diselesaikan dengan lebih efisien, malah hubungan silaturahim sesama rakan sekerja juga dapat dieratkan. Seperti mana pepatah Melayu menyebut, “Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.”(d) 19 MEI 20251. ULASAN MENTISesi pertemuan keempat telah diadakan pada 19 Mei 2025, di mana Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah mengadakan sesi libat urus bersama pihak Agrobank bagi membincangkan potensi kerjasama dalam pelaksanaan program di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13).


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202529Sebagai sebahagian daripada sesi tersebut, satu lawatan ke ladang tenusu Norlivestock Sdn. Bhd. yang terletak di Batang Kali, Selangor, telah dirancang bersama pihak Agrobank.Sehubungan itu, saya bersama mentor telah dijemput untuk turut serta dalam lawatan ini bagi memberikan penerangan kepada pihak Agrobank mengenai situasi semasa industri penternakan lembu tenusu di Malaysia.2. STATUS PERKEMBANGAN MENTIPada hari lawatan tersebut, pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar bersama wakil daripada Agrobank telah dijemput untuk mendengar pembentangan oleh pemilik syarikat Norlivestock Sdn. Bhd. terlebih dahulu, sebelum sesi lawatan ke kawasan kandang penternakan dijalankan. Pembentangan ini merupakan susulan daripada permintaan awal pihak Jabatan kepada pemilik syarikat bagi membuat persediaan menerima kunjungan pihak Agrobank.Melalui pengalaman ini, saya berpeluang mengaplikasikan pembelajaran daripada sesi pertemuan kedua, khususnya mengenai kepentingan membuat persediaan awal dalam setiap situasi yang melibatkan penyampaian maklumat atau penyertaan dalam sesi rasmi.Selesai sesi pembentangan, pemilik syarikat telah mengiringi wakil Jabatan dan Agrobank untuk meninjau keadaan sebenar di kandang penternakan. Sepanjang sesi lawatan, kerjasama erat antara pihak Jabatan dan pemilik syarikat jelas kelihatan, terutamanya ketika menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh pihak Agrobank. Kedua-dua pihak saling melengkapi dalam memberi penjelasan yang tepat dan komprehensif.Dalam konteks ini, saya turut mengaplikasikan nilai kerjasama yang telah saya pelajari semasa sesi pertemuan ketiga. Selain itu, lawatan ini juga memberi saya peluang untuk mengamalkan kemahiran komunikasi yang telah dibincangkan dalam sesi pertemuan pertama, iaitu bagaimana menyampaikan maklumat dengan jelas, tegas, dan berhemah tanpa menyinggung mana-mana pihak, terutama ketika memberi penerangan berkenaan situasi sebenar penternakan lembu tenusu kepada pihak berkepentingan seperti Agrobank.3. TINDAKAN MENTI (WAYFORWARD)Sesi libat urus ini telah berjaya dilaksanakan dengan lancar pada hari yang sama. Saya berasa amat berpuas hati kerana sepanjang sesi pertemuan


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202530keempat ini, saya berpeluang untuk mengaplikasikan segala ilmu dan kemahiran yang telah saya pelajari dalam sesi-sesi terdahulu iaitu sesi pertama, kedua dan ketiga.Pengalaman ini amat bermakna buat saya dalam membina keyakinan serta mengasah kecekapan sebagai seorang penjawat awam yang beretika. Saya berharap agar segala ilmu, pengalaman dan nilai yang diperoleh dapat menjadi asas kukuh kepada perkembangan kerjaya saya dalam perkhidmatan awam -ke arah menjadi individu yang berdedikasi, jujur dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab.“Jika kamu terus berjalan dengan tujuan yang pasti, kamu akan menemukan jalan dan mencapai tujuan.\" - Debasish MridhaLAPORAN AKHIR - 10 JULAI 20251. ULASAN KESELURUHAN MENTIProgram Pementoran ini telah berlangsung selama lima bulan, di mana saya bersama mentor telah berjaya melaksanakan keempat-empat sesi pertemuan seperti berikut:Sesi Pertemuan 1Tarikh: 19 Februari 2025Lokasi: Ladang penternak tenusu di KM Heritage Farm, Batu Arang, SelangorSesi Pertemuan 2Tarikh: 25 Mac 2025Lokasi: Ibu Pejabat, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, PutrajayaSesi Pertemuan 3Tarikh: 23 April 2025Lokasi: Kursus Peningkatan Kualiti Susu Segar bersama syarikat Dutch Lady di Pulai Springs Resort, Johor BahruSesi Pertemuan 4Tarikh: 19 Mei 2025Lokasi: Sesi Libat Urus bersama AgroBank di ladang tenusu syarikat NorLivestock Sdn. Bhd., Batang Kali, SelangorUntuk makluman, saya merupakan lantikan baharu Pegawai Veterinar Gred GV9 tahun 2024 dan telah ditempatkan di Unit Tenusu, Seksyen Ruminan,


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202531Bahagian Pembangunan Industri Ternakan, Putrajaya. Saya amat bersyukur kerana diberikan peluang untuk menyertai Program Pementoran ini, yang saya anggap sebagai satu peluang keemasan serta platform yang signifikan dalam usaha memperkukuh pengetahuan, kemahiran dan potensi diri, khususnya dalam aspek kepimpinan, pemikiran strategik dan pengurusan. Saya percaya bahawa program ini dapat membantu saya melaksanakan tugas hakiki dengan lebih cekap dan berkesan, di samping memenuhi amanah serta tanggungjawab yang telah diamanahkan.Sepanjang empat sesi pertemuan yang telah diadakan, saya telah menerima bimbingan dan tunjuk ajar yang amat bernilai daripada mentor, berasaskan pengalaman luas beliau dalam bidang ini. Program ini telah memberi saya pendedahan dan ilmu baharu yang sangat relevan untuk dimanfaatkan dalam perjalanan kerjaya saya sebagai penjawat awam.Antara pengalaman yang diperoleh sepanjang program ini ialah:Sesi Pertama:Saya diberi peluang untuk mengikuti mentor berjumpa dengan penternak secara langsung. Melalui sesi ini, saya dapat memerhati bagaimana interaksi antara mentor dan penternak dijalankan dalam mendapatkan maklumat yang diperlukan. Saya turut belajar tentang kepentingan kemahiran komunikasi yang berkesan dan ketegasan dalam penyampaian maklumat, bagi memastikan kelancaran urusan bersama penternak.Sesi Kedua:Saya mempelajari tentang kepentingan membuat persediaan awal sebelum melaksanakan sebarang tugasan. Mentor telah mengamanahkan saya untuk menghadiri satu mesyuarat berkaitan Kursus Peningkatan Kualiti Susu Segar, bersama pegawai-pegawai Unit Tenusu, Seksyen Pengembangan serta wakil daripada Syarikat Dutch Lady. Sebelum menghadiri mesyuarat tersebut, mentor dan saya telah mengadakan sesi perbincangan bagi memastikan saya memahami objektif dan agenda mesyuarat, memandangkan beliau tidak dapat hadir atas komitmen rasmi yang lain. Pengalaman ini mengajar saya bahawa persediaan awal adalah kunci kepada keyakinan dan keberkesanan pelaksanaan tugas.Sesi Ketiga:


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202532Saya diberikan peluang untuk bekerjasama secara langsung dengan Syarikat Dutch Lady dalam menjayakan Kursus Peningkatan Kualiti Susu Segar. Kursus ini berjalan dengan lancar hasil daripada kerjasama yang baik antara Unit Tenusu dan pihak syarikat. Melalui pengalaman ini, saya menyedari bahawa kerjasama dan sinergi antara organisasi memainkan peranan penting dalam kejayaan sesuatu program.Sesi Keempat:Saya turut berpeluang menghadiri sesi libat urus bersama pihak Agrobank bagi membincangkan potensi kerjasama dalam pelaksanaan program di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13). Sesi ini berjalan lancar dan saya berasa amat berpuas hati kerana berpeluang mengaplikasikan segala ilmu dan kemahiran yang telah saya pelajari dalam ketiga-tiga sesi sebelumnya.Kesimpulannya, penyertaan saya dalam Program Pementoran ini amat bermakna dan berimpak tinggi dalam membantu saya meningkatkan potensi diri. Ia juga telah memberi asas yang kukuh dalam memastikan setiap tanggungjawab dan amanah yang dipertanggungjawabkan dapat dilaksanakan dengan lebih cemerlang, beretika dan profesional.2. PERKEMBANGAN DAN PENCAPAIAN OBJEKTIF MENTISepanjang penglibatan saya dalam Program Pementoran ini, saya telah mengalami perkembangan positif dari segi keyakinan diri, terutamanya dalam aspek membuat penilaian dan keputusan yang lebih baik bagi melancarkan pelaksanaan tugas harian.Setiap amanah dan tanggungjawab yang diberikan oleh mentor merupakan satu cabaran baharu bagi saya. Hal ini demikian kerana sebahagian besar tugasan yang diamanahkan adalah perkara yang belum pernah saya hadapi sebelum ini. Namun begitu, pengalaman-pengalaman tersebut telah menjadi medan pembelajaran yang sangat bermakna dan memberi impak besar dalam pembangunan profesional saya.Melalui pendedahan ini, saya mula melihat perubahan dalam diri saya, khususnya dari segi pemikiran yang lebih terbuka dan jauh ke hadapan demi kepentingan jabatan. Pada masa ini, mentor telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk mengendalikan beberapa mesyuarat berkaitan Unit Tenusu. Tanggungjawab ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana pastinya akan berdepan dengan pelbagai cabaran, rintangan dan dugaan. Namun, saya


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202533percaya bahawa melalui cabaran inilah saya dapat memperkukuh kematangan, meningkatkan keupayaan kepimpinan serta mempertingkat cara saya mengendalikan tanggungjawab dengan lebih berkesan dan profesional.3. ULASAN MENTORMentee merupakan seorang pegawai yang berdedikasi dan bertanggungjawab terhadap tugas yang telah diberikan serta dapat menyesuaikan diri dengan cepat terhadap suasana kerja yang memerlukan komitemen yang tinggi. Di samping itu, Mentee juga mudah untuk berkomunikasi dengan pegawaipegawai lain samada di Bahagian Pembangunan Industri Ternakan, bahagian lain, negeri ataupun daerah termasuklah dengan pemegang taruh (stakeholder). Kefahaman dan pembelanjaran kendiri yang cepat oleh Mentee terhadap tugasan yang diberikan secara langsung telah menyumbang kepada kelancaran program di bawah Unit Tenusu. Penglibatan Mentee untuk aktiviti lain di BPIT memberikan ruang untuk berkomuknikasi dan bekerjasama dengan lebih berkesan. Secara keseluruhannya, program ini memberikan peluang kepada Mentee boleh mengilap potensi beliau sebagai pemimpin pada masa akan datang.MENTOR MENTI 5:DR. AIDI BIN MOHAMAD - MENTORDR. KANMANI A/P RAJANDRAN - MENTI(a) 25 FEBRUARI 20251. ULASAN MENTISaya telah meghadiri satu mesyuarat bersama pihak industri unggas yang telah dipengerusikan oleh mentor saya Dr. Aidi bin Mohammad. Dr. Aidi merupakan Ketua Unit Unggas, Seksyen Bukan Ruminan, BPIT, dan beliau mempunyai peranan yang penting dalam mengendalikan mesyuarat tersebut. Beliau sangat berpengetahuan dan berpengalaman dalam pengurusan mesyuarat dan pentadbiran. Sebagai seorang pengerusi mesyuarat, keupayaan berkomunikasi dan etika berprofesional adalah sangat penting untuk mengendalikan mesyuarat tersebut dengan effisien supaya kita dapat mencapai matlamat yang ditetapkan dengan


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202534sempurna. Saya telah mempelajari keupayaan tersebut daripada mentor saya, cara komunikasi Dr. Aidi dan cara pengendalian beliau dalam mesyuarat tersebut telah memberi pendekatan kepada saya untuk meningkatkan soft skillspada diri saya. Etika profesionalisme yang baik ialah satu ciri yang penting yang perlu ada pada seorang pemimpin. Saya juga sangat berterima kasih kepada Dr. Aidi atas kesudian beliau untuk memberi tunjuk ajar, nasihat dan sokongan kepada saya dalam melaksanankan tugas saya di Unit Unggas dengan sempurna.2. STATUS PERKEMBANGAN MENTIDaripada sesi pertemuan pertama ini, saya telah mempelajari perkara-perkara yang penting yang boleh menjadikan diri saya sebagai seornag pemimpin yang berwawasan:a. Saya dapat meningkatkan keyakinanan diri saya untuk berkomunikasi secara profesional, dengan berkomunikasi secara berani, sebelum ini saya agak takut untuk bercakap di hadapan mesyuarat. Dr. Aidi telah memberi peluang dalam mesyuarat tersebut untuk membuat pembentangan dan hal tersebut telah mendedahkan diri saya untuk bercakap dengan berani. b. Saya juga dapat memahami cara pengurusan yang profesional dalam pengendalian mesyuarat dan urusan rasmi. Pengurusan yang cekap dan efisien akan memberi kesan yang positif kepada individu sendiri, pasukan dan juga kepada jabatan kita. setiap pengurusan perlu ada perancangan yang baik terlebih dahulu. Sebagai contoh, semasa menghadiri mesyuarat tersebut, kami ada agenda dan perkara yang hendak dibincangkan yang siap dirancang terlebih dahulu sebelum mesyuarat dimulakan. c. Saya juga dapat menghargai betapa pentingnya semangat berpasukan dalam sesuatu organisasi dalam pengurusan unit industri. kita perlu menjaga hubungan diplomatik dan memberi kerjasama yang baik antara pihak kita dengan orang lain. Hal ini menyebabkan kita dapat menyelesaikan sesuatu masalah atau cabaran dengan lebih berhemah dan damai. d. Selain itu, daripada sesi pertemuan pertama, satu ciri yang baik yang saya telah pelajari dari mentor saya ialah, sebagai seorang pemimpin, kita perlu memberi peluang kepada semua orang untuk memberi pendapat mereka,


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202535dan kita sudi mendengar pendapat mereka. Perkara ini telah memberi kesedaran kepada saya bahawa apabila kita memberi peluang kepada semua orang untuk memberi pendapat masing-masing, kita dapat banyak idea baharu atau isu yang timbul yang boleh kita selesai serta meningkatkan prestasi kita dan jabatan kita.3. TINDAKAN MENTI (WAYFORWARD)Saya akan membuat persediaan diri dengan menghadiri kursus atau mengiringi mentor saya ke mesyuarat atau program-program yang akan dijalankan untuk meningkatkan lagi keyakinan diri saya dan meningkatkan kemahiran berkomunikasi saya secara profesional. Seperti yang diajar oleh mentor saya,Dr, Aidi, langkah pertama untuk menjadi seorang pemimpin yang baik adalah melalui kemahiran komunikasi yang baik kerana ia membolehkan kita untuk menyampaikan sesuatu matlamat dengan jelas dan dapat membuat keputusan yang tepat dalam sesuatu mesyuarat atau perbincangan. Saya juga telah meningkatkan keyakinan diri saya untuk memikul tugas-tugas yang lebih kompleks dalam tugas-tugas kutipan balik amaun subsidi terlebih bayar dalam unit saya dan akan meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran pengurusan dengan mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar barisan pemimpin di unit / seksyen saya.(b) 25 MAC 20251. ULASAN MENTIPerancangan JK Kutipan Balik Amaun Terlebih Bayar Subsidi Ayam tahun 2022Mentor saya, Dr Aidi, telah membimbing saya untuk membuat perancangan dalam mengutip balik amaun terlebih bayar subsidi ayam tahun 2022. Beliau telah memberi input tentang cara-cara untuk mengendalikan penternak untukmembayar balik amaun terlebih bayar. Dr. Aidi telah menceritakan pengalaman beliau dengan menangani isu-isu seperti ini dan mengajar saya untuk membuat kutipan ini secara bersistematik. Beliau juga meminta saya untuk menganjurkan mesyuarat bersama penternak dan membuat jadual pembayaran yang bersistematik untuk tujuan rekod dan pengurusan kewangan. Dr. Aidi juga telah menyemak dan membimbing saya


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202536dengan segala tugasan saya supaya saya dapat menyiapkannya secara sempurna.Sesi perjumpaan dengan penternak terlibat juga diadakan dan Dr. Aidi turut hadir dalam mesyuarat tersebut dan saya dapat melihat bagaimana sesi perbincangan bersama penternak telah diadakan dan dikendalikan. Dr. Aidi merupakan pengerusi dalam Jawatankuasa kutipan balik ini.2. STATUS PERKEMBANGAN MENTIPerancangan JK Kutipan Balik Amaun Terlebih Bayar Subsidi Ayam Tahun 2022Saya dapat berkomunikasi bersama 4 orang penternak yang terlibat secaraberhemah dan menjemput mereka unutk menghadiri mesyuarat perbincangan kutipan balik amaun subsidi terlebih bayar bersama Jawatankuasa Kutipan Balik Amaun Terlebih Bayar Subsidi Ayam 2022 dan mesyuarat tersebut telah berjalan secara lancar. Saya juga telah mempelajari untuk membuat sistem rekod yang bersistematik untuk menyelaraskan pembayaran penternak yang terlibat. saya juga telah membuat jadual untuk memudahkan penternak untuk membuat bayaran secara ansuran dan juga tidak membebankan penternak. Semua rekod pembayaran


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202537dan dokumen penternak telah difailkan secara sistematik unutk tujuan rekod dan rujukan.3. TINDAKAN MENTI (WAYFORWARD)Saya akan membuat follow up dengan penternak terlibat dengan profesional dan berhemah unutk memastikan proses kutipan balik amun terlebih bayar ini berjalan dengan lancar sehingga selesai. Saya juga akan membantu untuk membuat laporan bulanan status kutipan balik setiap bulan untuk dihantar kepada pihak kementerian dan juga untuk rujukan semua. Secara keseluruhannya, perancangan yang strategik and bersistematik amat penting dalam tugasan ini supaya proses kutipan balik amaun terlebih bayar subsidi ayam dapat berjaya diselesaikan dengan lancar. Selain itu, semua urusan kewangan perlu ada rekod yang baik supaya tidak berlaku penyelewengan wang.(c) 21 APRIL 20251. ULASAN MENTISaya telah menghadiri Jamuan Hari Raya Bahagian saya bersama mentor saya, Dr.. Aidi. Jamuan tersebut menjadi salah satu platform kepada saya untuk berkomunikasi dengan staf-staf dan pegawai-pegawai dari bahagian / seksyen lain juga. Saya dapat berkenalan dengan pegawai-pegawai atasan dan


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202538daripada majlis tersebut saya dapat meningkatkan networking dan kemahiran komunikasi saya. Dr. Aidi juga menunjukkan penampilan yang segak dan profesional semasa menghadiri majlis tersebut dan pemakaian beliau menunjukkan keperipadian beliau sebagai seorang ketua dan disanjungi ramai orang. 2. STATUS PERKEMBANGAN MENTISaya sekarang lebih pandai berkomunikasi dengan orang lain dan saya juga dapat banyak networking yang boleh membantu untuk perkembangan diri dan kerjaya saya. Saya juga sekarang mula memberi penekanan kepada pemakaian diri saya untuk mengambarkan diri saya lebih berkeyakinan. Cara pemakaian seorang pemimpin akan mengambarkan ciri-ciri keperibadian seseorang dan akan disanjungi tinggi jika kita berpakaian profesional dan tidak selekeh.3. TINDAKAN MENTI (WAYFORWARD)Saya akan menghadiri lebih banyak majlis atau mesyuarat bersama mentor saya, supaya saya dapat meningkatkan soft skills saya dan saya juga bertekad unutk menunjukkan diri saya dengan pakaian yang segak dan profesional sebagai seorang pemimpin atau P&P. Saya akan selalu mematuhi etika pemakaian penjawat awam dan memakai pakaian yang sesuai mengikut kesesuaian majlis.(d) 5 JUN 20251. ULASAN MENTISaya menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Subsidi Telur Bil 1/2025 bersamamentor saya Dr. Aidi. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Pengarah DVS. Mesyuarat ini telah membincangkan tentang kelulusan permohonan subsidi dan status kutipan balik amaun subsidi terlebih bayar tahun 2022. Saya diarahkan oleh mentor saya untuk membentangkan status terkini dan progress kutipan balik subsidi terlebih bayar daripada penternak terlibat dalam mesyuarat ini.2. STATUS PERKEMBANGAN MENTISaya dapat membentangkan pelaporan status terkini kutipan balik amaun subsidi dengan berani dan profesional di hadapan Ketua Pengarah. Saya juga dapat membuat dokumentasi yang teratur semasa pembentangan tersebut.


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202539Saya juga dapat mempelajari protokol mengadakan mesyuarat dan mempelajari pengendalian mesyuarat yang rasmi yang melibatkan Ketua Pengarah. Saya berterima kasih kepada mentor saya, Dr. Aidi, kerana selalu membimbing saya dan memberi guidance yang baik sepanjang saya berkhidmat di sini dan saya tidak berasa takut lagi.3. TINDAKAN MENTI (WAYFORWARD)Saya boleh mengendalikan mesyuarat dengan baik pada masa akan datang. Saya juga berharap saya boleh menghadiri lebih banyak mesyuarat atau perbincangan yang melibatkan pengurusan tertinggi dan Menteri-menteri supaya saya dapat pendedahan yang banyak dalam pengurusan dan pengendalian mesyuarat yang rasmi.LAPORAN AKHIR - 2 JULAI 20251. ULASAN KESELURUHAN MENTISecara keseluruhan saya telah mendapat tunjuk ajar, bimbingan dan sokongan yang baik daripada mentor saya Dr Aidi bin Mohamad. Saya bersama mentor saya telah menghadiri beberapa sesi perbincangan dan mesyuarat bersama Ketua Pengarah sepanjang program ini.Antara fokus perbincangan utama saya dan mentor saya adalah seperti menilai kekuatan dan mengatasi kelemahan dalam diri saya, pendedahan dalamkomunikasi dua hala dalam pelbagai mesyuarat dan juga dalam pengurusan kewangan.


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202540Saya diberi tanggungjawab dalam mengendalikan kutipan balik amaun subsidi yang melibatkan kewangan dan peranan ini dapat meningkatkan tahap amanah, jujur komunikasi dan keyakinan diri saya. Secara keseluruhannya, saya sangat berpuas hati dengan mentor saya, Dr Aidi,dan program pementoran kepimpinan ini kerana saya telah mempelajari banyak pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pengurusan saya.2. PERKEMBANGAN DAN PENCAPAIAN OBJEKTIF MENTISebagai menti, saya boleh melihat banyak perkembangan dalam diri saya melalui program ini. Melalui bimbingan mentor saya, saya dapat membentuk diri saya sebagai seorang pemimpin yang berwibawa pada masa akan datang, mengembangkan bakat dan kemahiran yang saya pelajari sebagai pemimpin dan dapat membantu diri saya untuk berfikir secara rasional dan matang dalam kepimipinan serta pengurusan jabatan saya. Selain daripada kemahiran ini, program ini dapat membantu merapatkan jurang antara mentor sebagai ketua dan saya sebagai pegawai di bawah seliaan beliau, serta dapat meningkatkan kecekapan dalam aspek perhubungan antara mentor dan menti. Secara kesimpulan, saya sebagai menti dapat mencapai objektif program ini dengan dapat meningkatkan motivasi ke arah kemajuan kerjaya serta meningkatkan hubungan kerja yang positif dan profesionalisme.3. ULASAN MENTORMenti telah menunjukkan perkembangan yang positif sepanjang program pementoran yang dijalankan. Beliau telah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran pejabat dan dapat menjalankan tugasan yang telah diberikan dengan berkesan.Menti sentiasa bersedia untuk meningkatkan pengetahuan beliau dengan menyertai kursus dan latihan yang berkaitan bagi membantu beliau di dalammeningkatkan pengetahuan dan kompetensi. Menti telah terlibat dalam pengurusan mesyuarat dimana beliau telah diminta untuk membentangkan laporan bulanan dalam mesyuarat bersama penternak unggas yang memerlukan beliau bekerjasama dengan rakan sepejabat yang lain. Selain itu, beliau turut terlibat dalam pengurusan projek terutamanya yang melibatkan


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202541pemantauan dan penilaian projek di lapangan yang juga memerlukan kerjasama pegawai di daerah dan negeri. Menti juga telah menunjukkan prestasi yang baik sebagai urusetia bagi Jawatankuasa Kutipan Balik Subsidi Terlebih Bayar yang memerlukan komitmen yang tinggi di mana pemantauan berkala perlu dijalankan bagi memastikan pembayaran dilakukan oleh penternak. Menti telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaras mesyuarat secara berkala serta penyediaan laporan bulanan dan menti telah berjaya melaksanakan tugas dengan baik dan teratur.Secara keseluruhannya, program pementoran yang dijalankan ini telah membantu menti di dalam mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri seterusnya dapat meningkatkan kepercayaan diri dalam menjalankan tugas yang diberikan. Ianya juga dapat membantu menti di dalam meningkatkan kompetensi beliau seperti berkomunikasi dengan berkesan dan menjalinkan kerjasama yang baik di dalam satu pasukan. Di samping itu, program ini juga dapat membantu menti di dalam meningkatkan ciri-ciri kepimpinan yang ada.MENTOR MENTI 6:DR. DAYANG SALWANI BINTI AWANG MASHERI - MENTORDR. NUR SYAZANA BINTI SULAIMAN - MENTI(a) 10 MAC 20251. ULASAN MENTISesi pertemuan mentor menti yang pertama dibuat secara bersemuka di bilik Dr. Dayang. Pada pertemuan pertama ini, sesi perkenalan antara mentor dan menti dijalankan. Mentor telah berkongsi pengalaman beliau dari zaman belajar sehingga bekerja sebagai penjawat awam selama 16 tahun. Beliau telah ditempatkan di beberapa bahagian yang berbeza sepanjang berkhidmat dan setiap penempatan beliau memberikan pengalaman yang berbeza. Beliau juga memberikan nasihat supaya menjadi penjawat awam yang lebih berintegriti. 2. STATUS PERKEMBANGAN MENTI


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202542Bagi sesi pertemuan pertama bersama mentor, pelbagai pengalaman dan pengajaran yang dikongsikan oleh mentor kepada menti. Pengalaman amatlah berharga dan tiada gantinya. Pengalaman mengajar dan membentuk keperibadian seseorang individu itu. Cabaran dalam kehidupan juga mengajar untuk berfikir di luar kotak untuk menyelesaikan masalah. Antara pengajaran yang dikongsikan adalah untuk tidak lari daripada masalah. Ketika berada di situasi yang mencabar, jangan berputus asa dan teruskan perjalanan. Sekalipun kita membuat kesilapan, kita haruslah belajar dari kesilapan dan bangkit semula untuk teruskan perjuangan.Tidak semua yang kita rancang akan menjadi seperti yang dimahukan tetapi kita haruslah percaya apa yang telah ditakdirkan itu terbaik untuk kita. Selain itu, dalam dunia pekerjaan kita haruslah menyahut cabaran yang baharu supaya kita dapat menambahkan ilmu di luar bidang kita. Ilmu baharu boleh membantu dalam melaksanakan kerja hakiki mahupun kehidupan peribadi. Saling menghormati antara rakan sekerja itu juga penting untuk memupuk persekitaran yang baik di tempat kerja.3. TINDAKAN MENTI (WAYFORWARD)Dengan perkongsian pengalaman mentor, saya lebih bersemangat untuk mengharungi liku-liku kehidupan terutamanya sebagai penjawat awam. Saya jadi lebih bersedia untuk menyahut cabaran yang diberikan untuk mempelajari


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202543ilmu yang baharu. Saya juga akan sentiasa menjaga hubungan baik antara rakan sekerja.(b) 10 APRIL 20251. ULASAN MENTIPertemuan sesi kedua berlangsung di bilik Dr. Dayang di Seksyen Rundingcara, Bahagian Pembangunan Industri Ternakan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar,Putrajaya. Mentor telah berkongsi pengalaman beliau dalam menguruskan masa dan cara beliau berinteraksi dengan ketua, rakan sekerja dan kumpulan pelaksana.2. STATUS PERKEMBANGAN MENTIPengurusan masa:a. Menyenaraikan segala tugasan yang masih lagi tergendala.b. Membuat kategori bagi setiap tugasan untuk menentu yang lebih mustahak dan perlukan penyelesaian dalam masa terdekat.c. Tugasan-tugasan boleh dikategori sebagai penting dan mendesak, tidak penting tetapi mendesak, penting tetapi tidak mendesak dan juga tidak penting dan tidak mendesak. d. Tugasan yang dikategori penting dan mendesak harus diselesaikan segera. Tugasan yang tidak penting tetapi mendesak boleh dilakukan sedikit demi sedikit di antara tugasan-tugasan lain. Tugasan yang penting tetapi tidak mendesak harus dijadualkan bila boleh diselesaikan. Dan akhir sekali, tugasan yang tidak penting dan tidak mendesak boleh dilakukan setelah tugasan-tugasan yang lain telah selesai.Hubungan antara pekerja:a. Kenali siapa di dalam organisasi di tempat kita berkerja.b. Menghormati ketua dan juga rakan sekerja yang lain.c. Tidak terlalu bongkak dan angkuh apabila kita di bahagian tertinggi dalam organisasi.d. Toleransi itu perlu jika ingin menubuhkan persekitaran tempat kerja yang harmoni. b. Sentiasa terbuka untuk mempelajari ilmu baharu dari orang atasan mahupun kumpulan pelaksana.3. TINDAKAN MENTI (WAYFORWARD)


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202544Saya belajar untuk lebih bijak dalam menguruskan tugasan dengan mengkategorikan tugasan-tugasan saya kepada 4 kategori supaya mudah untuk memberi perhatian kepada tugasan yang lebih penting dan mendesak. Dengan ini, tugasan-tugasan saya dapat diselesaikan sebelum tarikh akhir tugasan dan hasil kerja tugasan juga lebih berkualiti. Saya juga belajar untuk menjaga perhubungan antara rakan sekerja dan sentiasa merendah diri tidak kira apa jawatan yang disandang.(c) 2 MEI 20251. ULASAN MENTIPerjumpaan diadakan di bilik Dr. Dayang dan diteruskan sehingga waktu rehat. Perbincangan santai diadakan dengan berkongsi ilmu berkenaan kepimpinan.2. STATUS PERKEMBANGAN MENTISebagai seorang pemimpin, harus pandai membuat keputusan. Keputusan yang dibuat haruslah berdasarkan kepentingan organisasi dan telah mempertimbangkan semua pihak.


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202545Selain itu, berintegriti penting sebagai seorang pemimpin. Intergriti ialah kejujuran, amanah dan bertanggungjawab. Dengan berintegriti, kepercayaan dapat dibentuk.Berkebolehan untuk berkomunikasi juga penting untuk menyampaikan maklumat dan idea dengan jelas dalam organisasi supaya idea dapat dilaksanakan dengan baik.Selain itu, seorang pemimpin haruslah adil. Apabila berlaku perselisihan faham, seorang pemimpin harus menjadi orang tengah dalam mendamaikan dan memastikan suasana yang harmoni dalam organisasi. Keadilan penting untuk mengelakkan berlaku ketidapuashatian dalam organisasi.3. TINDAKAN MENTI (WAYFORWARD)Saya akan memupuk diri dengan sifat-sifat sebagai seorang pemimpin yang baik untuk kegunaan sekarang dan pada masa akan datang. Saya akan mempraktikkan sikap yang bertanggungjawab, adil, bijak membuat keputusan, boleh berkomunikasi dengan baik dan berintegriti.(d) 23 MEI 20251. ULASAN MENTIPerjumpaan dijalankan di bilik Dr. Dayang. Perkongsian ilmu dan pengalaman berlaku sepanjang sesi pertemuan ke-4 ini. Di akhir sesi pertemuan ini, sesi pertukaran hadiah juga diadakan.2. STATUS PERKEMBANGAN MENTI


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202546Perbincangan pada perjumpaan kali ini berkait dengan memberi penghargaan dan ganjaran.Dalam dunia perkerjaan, mendapat pengiktirafan dan ganjaran itu penting supaya seseorang perkerja itu rasa dihargai dan dapat memberikan motivasi kepadanya untuk meneruskan usaha yang telah dilakukan. Pengiktirafan dan ganjaran yang dimaksudkan termasuklah pengiktirafan seperti Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang diberikan kepada penjawat awam yang menunjukkan prestasi yang baik dan tidak mempunyai masalah tatatertib. Penerima anugerah akan mendapat ganjaran wang tunai dan juga sijil. Selain anugerah, kenaikan gaji tahunan dan juga bonus juga satu bentuk penghargaan kepada pekerja yang menunjukkan prestasi yang baik. Jika di antara rakan sekerja, mengucapkan terima kasih adalah penting kerana kita memang akan berkerjasama dan saling membantu antara satu sama lain. Inisiatif mentor Dr. Dayang untuk mengadakan sesi pertukaran hadiah antara mentor menti adalah untuk memberi gambaran bagaimana pengiktirafan dan ganjaran dapat membantu menunjukkan rasa penghargaan kita terhadap rakan sekerja. Jadi pertukaran hadiah ini adalah untuk menghargai segala perkongsian ilmu dan pengalaman antara mentor dan menti yang telah


Click to View FlipBook Version