The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LAPORAN PROGRAM PEMENTORAN KEPIMPINAN DVS TAHUN 2025

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ijanzul74, 2026-03-03 23:58:50

LAPORAN PROGRAM PEMENTORAN KEPIMPINAN DVS TAHUN 2025

LAPORAN PROGRAM PEMENTORAN KEPIMPINAN DVS TAHUN 2025

Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202547dijalankan sepanjang 4 kali perjumpaan dan juga menghargai silaturahim yang telah terjalin.3. TINDAKAN MENTI (WAYFORWARD)Sentiasa mencuba untuk praktikkan pemberian pengiktirafan dan ganjaran kepada rakan sekerja yang telah membantu kerja bagi meningkatkan motivasi dan sebagai tanda penghargaan. Selain itu, saya akan bekerja keras untuk bekerja dengan ikhlas dan menunjukkan prestasi yang baik supaya nama baik jabatan yang dibawa terjaga.LAPORAN AKHIR - 10 JULAI 20251. ULASAN KESELURUHAN MENTIProgram Mentor Menti telah bermula pada 17 Februari 2025. Perjumpaan bersama mentor saya iaitu Dr. Dayang Salwani telah dijalankan selama 4 kali:a. Perjumpaan pertama: 10 Mac 2025;b. Perjumpaan kedua: 10 April 2025;c. Perjumpaan ketiga: 2 Mei 2025;d. Perjumpaan keempat: 23 Mei 2025.Memandangkan mentor saya telah adalah Ketua Seksyen yang berbeza dari saya, perjumpaan diadakan di pejabat mentor dan juga di dewan makan untuk memudahkan perkongsian ilmu dan pengalaman serta merapatkan silaturahim antara mentor dan menti. Pada perjumpaan terakhir, sesi pertukaran hadiah diadakan untuk menzahirkan kesyukuran dan sebagai tanda terima kasih atas silaturahim yang terbina.2. PERKEMBANGAN DAN PENCAPAIAN OBJEKTIF MENTISepanjang Program Mentor Menti ini, pelbagai ilmu baharu telah saya pelajari dari mentor saya. Saya belajar untuk menjadi lebih berani menjadi pemimpin yang berwibawa, tidak takut untuk membuat kesilapan dan berani untuk mencuba dan mendapatkan pengalaman yang baharu. Sebagai contoh, dalam pengalaman kerja saya yang singkat sini, saya menjadi lebih berani untuk menyahut cabaran apabila diberikan peluang untuk menjadi Pegawai Aset Bahagian dan menanggung kerja Pegawai Veterinar dari Seksyen yang berbeza.


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202548Dalam membuat kerja, saya akan cuba untuk membuat yang terbaik tetapi jika berlaku sesuatu yang tidak diingini atau tidak seperti yang diharapkan, saya perlu terima yang tidak semua yang dirancang akan menjadi seperti yang diharapkan. Tetapi saya tidak akan berputus-asa dan belajar di mana kesilapan yang boleh dibaiki untuk hasil kerja yang lebih baik pada masa hadapan.3. ULASAN MENTORSecara keseluruhan, program mentor-menti yang dilaksanakan berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Menti menunjukkan komitmen yang baik sepanjang program, hadir dalam setiap sesi bimbingan, dan memberikan kerjasama yang aktif dan baik sepanjang program. Dari segi perkembangan, menti telah menunjukkan peningkatan dalam aspek teknikal dan sahsiah, khususnya dalam kemahiran pengurusan masa, keyakinan diri, dan tanggungjawab terhadap tugasan.Sebagai mentor, saya mendapati pendekatan yang digunakan dalam sesi perbincangan dan aktiviti yang dijalankan berjaya mewujudkan hubungan positif dan membina antara mentor dan menti. Program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada menti, malah turut memberi peluang kepada mentor untuk meningkatkan kemahiran komunikasi dan kepimpinan.Diharapkan program ini dapat diteruskan dan diperkasakan pada masa akan datang agar lebih ramai pegawai baru mendapat manfaat daripadanyaMENTOR MENTI 7:DR. NORSUHANNA BINTI MOHD MOKHTAR - MENTORDR. MUHAMMAD AMIR ASYRAF BIN WAHID - MENTI(a) 26 FEBRUARI 20251. ULASAN MENTISesi pertemuan pertama berjalan dengan baik dan lancar. Mentor banyak memperkenalkan struktur jabatan dengan teratur dan baik serta memberikan motivasi yang sangat efektif dan berkesan kepada saya.2. STATUS PERKEMBANGAN MENTISaya dapat berinteraksi dengan lebih baik di hadapan mentor dan kakitangan jabatan yang lain. Saya juga dapat mengenali dan berhubung secara


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202549profesional dengan lebih berkesan dan efektif dengan semua kakitangan VetEC Timur.3. TINDAKAN MENTI (WAYFORWARD)Saya akan lebih fokus dalam menambah baik kerja dan servis kepada jabatan dan kementerian.(b) 10 APRIL 20251. ULASAN MENTIAlhamdulillah, bagi sesi pertemuan kedua, saya dapat banyak ilmu dan kemahiran dalam pembentangan serta ulasan dalam suatu mesyuarat rasmi bersama pihak atasan jabatan. Saya sangat berpuas hati dan menghargai atas


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202550sumbangan dan sokongan daripada Mentor saya, yang banyak membantu dalam pembentukan sahsiah dan \"soft skills\" saya dalam pelbagai situasi.2. STATUS PERKEMBANGAN MENTISaya semakin yakin dalam pembentangan dan memberikan ulasan ketika di hadapan orang ramai, terutamanya dalam mesyuarat rasmi. Saya dapat memperbaharui dan mengasah bakat dalam percambahan idea dan sumbangan yang baik serta positif dalam sesuatu perbincangan.3. TINDAKAN MENTI (WAYFORWARD)Saya akan cuba sedaya upaya untuk memperoleh lebih banyak ilmu dan \"soft skills\" daripada Mentor saya dan memperbaiki sebarang kekurangan diri, sedikit demi sedikit ke arah yang lebih baik.(c) 18 MEI 20251. ULASAN MENTIMentor memberikan banyak input berkenaan proses kerja antara jabatan dan pengurusan mesyuarat antara pelbagai agensi.2. STATUS PERKEMBANGAN MENTIAlhamdulillah, selepas sesi 3, saya dapat mengenali tatacara dan proses kerja antara pelbagai jabatan dalam kementerian dan kerajaan. Ini membantu saya dalam pengurusan kerja pada masa akan datang. Saya lebih yakin dalam menentukan tugasan dan gerak kerja dalam organisasi pejabat serta antara kakitangan.3. TINDAKAN MENTI (WAYFORWARD)Saya akan cuba lebih baik dalam pembentukan sahsiah diri serta kebolehan dalam menentukan serta membuat keputusan dengan lebih kreatif, tepat dan cepat.(d) 16 JUN 20251. ULASAN MENTIPertemuan sesi ke-4 mentor-menti ini memberikan banyak input dari segi penyusunan dokumen terperingkat, tatacara kerja bersama pegawai lain seperti


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202551pegawai kewangan dan pentadbiran dalam urusan pembelian dan tender dalam jabatan.2. STATUS PERKEMBANGAN MENTIAlhamdulillah, saya dapat mempertingkatkan ilmu dan \"soft skills\" dalam pengurusan kewangan dan pentadbiran bersama Mentor. Saya dapat meningkatkan mutu dan kualiti dalam budaya kerja yang sihat dan progresif.3. TINDAKAN MENTI (WAYFORWARD)Saya akan sedaya upaya untuk menambahkan ilmu dan pengetahuan berkenaan urusan pentadbiran, proses kerja dan pengurusan bersama Mentor bagi kebaikan organisasi, jabatan dan negara.LAPORAN AKHIR - 29 JUN 20251. ULASAN KESELURUHAN MENTIAlhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana peluang yang diberikan untuk menyertai Program Mentor-Menti ini. Saya dapat mempertingkatkan kualiti kerja, tatakelola yang baik, integriti yang cemerlang dan membentuk sahsiah diri yang lebih positif dan progresif. Terima kasih atas peluang ini dan saya akan mengaplikasikan segala ilmu dan kemahiran yang diberi dan diajar selama ini ke arah kebaikan dan kesejahteraan diri, jabatan dan negara.2. PERKEMBANGAN DAN PENCAPAIAN OBJEKTIF MENTI


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202552Saya dapat mempertingkatkan kualiti kerja dan kecekapan dalam pengurusan pejabat. Saya dapat menambah ilmu dalam urusan pentadbiran dan susun atur kerja di pelbagai peringkat jabatan. Saya dapat memperbaiki urusan kewangan dan rekod di pejabat.3. ULASAN MENTORMenti adalah seorang Pegawai Veterinar GV9 yang bertugas di bawah seliaan saya di VetEC Timur Terengganu. Beliau bukan sahaja seorang menti yang rajin, malah sebagai seorang pegawai muda, beliau sentiasa menunjukkan kesungguhan dalam melaksana setiap tugasan yang diamanahkan. Beliau mempunyai sifat terbuka dan bersedia untuk ditunjuk ajar. Dengan pendedahan dan latihan yang sesuai, menti mempunyai potensi yang sangat baik di dalam profesion ini seterusnya menyumbang kepada Jabatan dan industri, InsyaAllah.MENTOR MENTI 8:DR. NOR NATASHA BINTI MOHD SOFIAN - MENTORDR. NURUL SYIFA BINTI SHAID - MENTI(a) 17 FEBRUARI 20251. ULASAN MENTIPada 17 Februari 2025, saya dan Dr. Natasha telah menghadiri Program Lawatan Kerja Bahagian Sekuriti Makanan ke Negeri Kelantan bersama beberapa pegawai daripada pelbagai jabatan, termasuk MAQIS, KPKM, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jabatan Kastam.Lawatan ini merangkumi beberapa aktiviti utama, antaranya:a. Kunjungan ke pasar jualan daging segar Menilai aspek keselamatan makanan, kebersihan premis, serta pematuhan kepada peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.b. Lawatan ke ladang ternakan lembu Memahami kaedah penternakan, kesejahteraan haiwan, serta pematuhan terhadap peraturan kesihatan veterinar.c. Tinjauan ke pengusaha produk hiliran berasaskan daging Menilai proses pemprosesan daging, pematuhan kepada piawaian keselamatan makanan, serta potensi peningkatan dalam rantaian bekalan.


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202553d. Lawatan ke sempadan Malaysia-Thailand di kawasan hotspotpenyeludupan haiwan ruminan Memahami cabaran penguatkuasaan, mekanisme kawalan sempadan, serta isu-isu berkaitan penyeludupan haiwan yang boleh menjejaskan keselamatan makanan negara.e. Perbincangan bersama wakil pegawai dari jabatan-jabatan terlibat Bertukar pandangan mengenai isu semasa, cabaran, dan penyelesaian berkaitan penyuludupan ternakan serta kawalan sempadan.Daripada lawatan ini, saya telah mempelajari banyak perkara berkaitan kawalan keselamatan makanan, cabaran penguatkuasaan di sempadan, serta kepentingan memperkukuhkan kerjasama antara agensi dalam memastikan keselamatan makanan negara terjamin.2. STATUS PERKEMBANGAN MENTIMelalui bimbingan Dr. Natasha sepanjang lawatan ini, saya telah memperoleh pelbagai ilmu dan perspektif baharu, antaranya:a. Pendekatan analitikal dalam menilai keselamatan makananSaya mengetahui tentang penekanan kepentingan melihat keselamatan makanan bukan hanya dari segi pematuhan undang-undang, tetapi juga dari sudut keberkesanan dasar, kesan kepada pengguna, dan implikasi kepada industri.


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202554b. Kemahiran berkomunikasi dan perundingan Saya belajar cara berinteraksi dengan pelbagai pihak termasuk pegawai kerajaan, pengusaha industri, dan penguatkuasa dengan pendekatan yang profesional, diplomatik, dan meyakinkan. Ini mengajar saya cara menyampaikan pandangan dengan lebih berkesan dan membina hubungan baik dengan pelbagai pemegang taruh.c. Pemahaman tentang cabaran sebenar di lapanganDr. Natasha membantu saya memahami realiti cabaran dalam sektor sekuriti makanan, termasuk kesukaran dalam kawalan sempadan, isu penyeludupan, dan keperluan untuk memperbaiki sistem pemantauan dan penguatkuasaan.d. Pentingnya kerjasama antara agensi Saya belajar bahawa dalam memastikan keselamatan makanan, tiada satu agensi yang boleh berfungsi secara bersendirian. Kerjasama antara jabatan seperti MAQIS, Kastam, dan KPKM adalah kunci untuk keberkesanan dasar dan penguatkuasaan.e. Pendekatan strategik dalam menyelesaikan masalah Saya belajar cara mengenal pasti isu dan mencadangkan penyelesaian berdasarkan fakta, pengalaman, serta pertimbangan jangka panjang. Ini memberi saya inspirasi untuk mengembangkan kemahiran penyelesaian masalah yang lebih menyeluruh dan sistematik.3. TINDAKAN MENTI (WAYFORWARD)a. Mengambil inisiatif untuk lebih proaktif dalam perbincangan dan analisis dasar Menerapkan pendekatan strategik yang saya pelajari daripada Dr. Natasha dalam menilai dan menangani isu sekuriti makanan.b. Memperkukuhkan kemahiran komunikasi dan perundingan Mengamalkan teknik komunikasi berkesan yang saya perhatikan daripada mentor saya dalam interaksi dengan pegawai, industri, dan pihak berkepentingan lain.c. Menjalankan kajian lanjut mengenai sistem kawalan sempadan dan penyeludupan haiwan ruminan Mengkaji pendekatan yang digunakan di negara lain untuk melihat bagaimana ia boleh diterapkan dalam konteks Malaysia.


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202555Dengan bimbingan Dr. Natasha, lawatan ini bukan sahaja memberi saya pengalaman berharga di lapangan, tetapi juga membantu saya membangunkan kemahiran analitikal, komunikasi, dan penyelesaian masalah yang lebih baik. Saya akan terus berusaha memperbaiki diri berdasarkan ilmu yang telah diperoleh dan menyumbang dengan lebih berkesan dalam bidang ini.(b) 19 MAC 20251. ULASAN MENTISaya dan mentor saya, Dr. Natasha berpeluang menghadiri Bengkel Pemantapan Pengurusan Kenderaan Kerajaan selama dua hari bersama beberapa orang staf VetEC Timur Laut yang lain dan mendapati kandungan bengkel sangat bermanfaat serta relevan dengan skop tugas saya.


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202556Sepanjang bengkel, saya telah melibatkan diri secara aktif dalam perbincangan, sesi soal jawab dan latihan amali. Bengkel ini telah membuka ruang untuk saya memahami dengan lebih mendalam berkenaan peranan serta tanggungjawab dalam pengurusan kenderaan kerajaan yang cekap dan berintegriti dan untuk saya terapkan dan lakukan laporan kenderaan kerajaan yang lebih teratur dan teliti. 2. STATUS PERKEMBANGAN MENTISepanjang mengikuti Bengkel Pemantapan Pengurusan Kenderaan Kerajaan selama dua hari, saya telah menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan dari segi pengetahuan dan kefahaman terhadap aspek pengurusan kenderaan jabatan.Dengan bimbingan berterusan daripada mentor saya sepanjang bengkel, saya lebih yakin memahami prosedur-prosedur yang melibatkan penggunaan, penyelenggaraan, dan pelaporan kenderaan kerajaan. Mentor turut memainkan peranan penting dengan membantu saya menterjemahkan teori yang dibentangkan oleh penceramah kepada konteks tugasan sebenar yang saya jalankan di tempat kerja. Antara perkembangan utama yang saya alami ialah peningkatan kefahaman dalam penyediaan log


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202557buku harian kenderaan, pengurusan penyenggaraan berkala, serta pelaporan kerosakan dengan lebih sistematik. Saya juga semakin jelas tentang pelaporan kenderaan jabatan yang lebih teratur dan betul yang akan diterapkan di jabatan unit saya.Selain itu, saya mula menyedari kepentingan memastikan semua penggunaankenderaan direkod dan diaudit secara telus, bagi menjamin akauntabiliti dan integriti dalam pengurusan aset jabatan.Mentor juga memberi maklum balas terhadap pendekatan kerja saya sedia ada, dan memberi cadangan konstruktif untuk penambahbaikan yang saya boleh laksanakan secara berperingkat.3. TINDAKAN MENTI (WAYFORWARD)Bagi memperkukuhkan lagi pengetahuan dan memastikan pengaplikasian ilmu yang diperoleh, saya merancang untuk melaksanakan tindakan berikut:a. Mengaplikasikan tatacara pengurusan kenderaan yang betul dalam tugasan harian.b. Membuat rujukan dan kajian lanjut terhadap garis panduan kenderaan jabatan berkaitan.c. Berkongsi ilmu dan maklumat yang diperoleh dalam bengkel bersama rakan sekerja di jabatan.d. Mencadangkan penambahbaikan dalam sistem pengurusan kenderaan di jabatan unit saya sekiranya perlu.e. Menetapkan matlamat pelaksanaan yang jelas dalam pengurusan log, penyelenggaraan dan pelaporan berkaitan kenderaan jabatan.(c) 29 APRIL 20251. ULASAN MENTISesi libat urus bersama penternak kambing susu telah diadakan bagi mengenal pasti isu dan cabaran yang dihadapi oleh pengusaha dalam industri ternakan kambing tenusu di kelantan. Aturcara yang terlibat adalah bantuan dari JPVNK dan program kesihatan serta penyakit-penyakit berkaitan dalam ternakan kambing tenusu, pembentangan daripada agensi Kelantan Biotech Corporation (KBC) tentang Goat Milk Collection Centre, operasi dan cara pengumpulan susu di GLCC terbabit.


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202558Selain itu, perbincangan bersama penternak juga diadakan bersama agensi terlibat. Antara isu utama yang dibangkitkan termasuklah, kos makanan ternakan yang ditawarkan oleh pihak GLCC kepada penternak, penetapan harga susu kambing yang ditawarkan kepada penternak kambing susu lebih murah daripada harga yang boleh dijual oleh penternak sendiri, isu kesihatan ternakan dan akses kepada khidmat veterinar.Sesi turut disertai oleh wakil jabatan kerajaan, agensi berkaitan, dan pengusaha swasta yang terlibat dalam pemprosesan susu kambing.2. STATUS PERKEMBANGAN MENTISepanjang sesi libat urus ini, saya telah memperoleh pendedahan secara langsung terhadap realiti industri kambing tenusu di Kelantan, cabaran yang dihadapi oleh penternak kambing susu skala kecil di Kelantan dan usaha dari agensi luar untuk membantu pengembangan kambing tenusu di Kelantan. Saya lebih memahami peranan pelbagai pihak berkepentingan seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan (JPVNK), Kelantan Biotech Corporation (KBC), serta pusat pengumpulan susu (GLCC) dalam menyokong rantaian nilai pengeluaran susu kambing. Saya juga dapat mengenal pasti jurang antara keperluan penternak dan polisi sedia ada, terutama melibatkan kos input ternakan dan harga jualan susu. Bimbingan daripada mentor semasa sesi berlangsung amat membantu saya dalam memahami bagaimana isu-isu lapangan perlu dinilai dari pelbagai sudut termasuk dari segi teknikal dan ekonomi. Saya juga didedahkan dengan teknik komunikasi dua hala secara profesional bersama penternak dan pihak industri.


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202559Secara keseluruhan, saya berpendapat sesi ini telah meningkatkan kefahaman saya tentang pendekatan dalam menangani isu dan cabaran yang dihadapi penternak tenusu di Kelantan.3. TINDAKAN MENTI (WAYFORWARD)Sebagai tindakan susulan, saya sebagai pegawai di VetEC Timur Laut akan menekankan isu-isu utama yang dibangkitkan oleh penternak dan cadangan intervensi dari aspek kesihatan ternakan dan pengembangan kambing tenusu. Di samping itu, saya akan terus mendapatkan bimbingan mentor dalam mengenal pasti program kesihatan haiwan yang boleh dirancang secara berkala, khususnya untuk ladang-ladang tenusu di bawah penternak data VetEC Timur Laut. Dengan sokongan berterusan daripada mentor, saya yakin dapat memainkan peranan lebih proaktif dalam membantu memperkukuh hubungan antara jabatan, penternak dan penggiat industri susu kambing di negeri ini.(d) 13 MEI 20251. ULASAN MENTISepanjang penyertaan dalam Bengkel Penyediaan SOP Program Tenusu dan Semakan Fasal Perjanjian Pelaksanaan Program bagi RMK-13, saya telah berpeluang menyertai perbincangan kumpulan yang terdiri daripada pegawai-


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202560pegawai pelbagai negeri serta turut melibatkan beberapa pengarah bahagian. Kumpulan saya ditugaskan untuk membincangkan dan menambahbaik topik dalam SOP program tenusu terbabit.Saya mengambil peranan aktif dalam perbincangan, menyumbang idea berdasarkan pengalaman dan pemahaman walaupun saya baru bertugas dalam jabatan bedasarkan pengalaman di lapangan serta merujuk kepada dokumen rujukan sedia ada. Kehadiran peserta dari pelbagai negeri dan peringkat jawatan telah memberi saya pengalaman berharga untuk melihat pelaksanaan program daripada pelbagai perspektif.Semasa sesi pembentangan, saya telah diberikan peluang untuk berkongsi hasil dapatan kumpulan kepada semua peserta bengkel, termasuk kepada barisan pengarah. Saya menerima maklum balas yang membina daripada peserta bengkel, khususnya berkaitan penambahbaikan dari aspek penyampaian dan kejelasan hujah.2. STATUS PERKEMBANGAN MENTIMelalui bengkel ini, saya telah meningkatkan kefahaman dalam beberapa aspek penting:


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202561a. Struktur dan kandungan asas SOP program tenusu yang menepati kehendak RMK-13.b. Kepentingan meneliti fasal-fasal dalam perjanjian pelaksanaan yang berkait secara langsung dengan pemantauan, syarat bantuan, dan penaiktarafan ladang.c. Kemahiran berkomunikasi secara profesional dalam persekitaran yang melibatkan pelbagai peringkat pengurusan, termasuk pengarah dan pegawai kanan dari negeri lain.d. Kepentingan melibatkan pegawai dari beberapa negeri dan peringkat jawatan untuk melihat SOP dalam berbagai aspek.3. TINDAKAN MENTI (WAYFORWARD)a. Mengadakan sesi semakan kendiri terhadap hasil perbincangan kumpulan dengan membangunkan nota ringkas atau infografik untuk rujukan jabatan.b. Berbincang dengan mentor secara lebih terperinci bagi mendapatkan panduan penambahbaikan berdasarkan dapatan bengkel.c. Membaca semula dokumen SOP dan perjanjian terdahulu untuk memahami dengan lebih mendalam struktur piawaian yang digunakan.d. Melatih semula kemahiran pembentangan, khususnya dari segi susunan idea, komunikasi berstruktur, dan kawalan masa.e. Berkolaborasi dengan rakan sejawat dari negeri lain untuk bertukar pandangan dan amalan terbaik berkaitan pelaksanaan program tenusu di negeri masing-masing.LAPORAN AKHIR - 7 JULAI 20251. ULASAN KESELURUHAN MENTISepanjang program mentor mentee ini, saya telah mendapat banyak manfaat dan penambahbaikan diri daripada bimbingan dan tunjuk ajar mentor. Perbincangan yang dijalankan sangat membantu dalam membina keyakinan diri, mengasah kemahiran dan meningkatkan kefahaman terhadap tugasan serta tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan.Saya juga berpeluang berkongsi cabaran yang dihadapi di tempat kerja dan menerima maklum balas yang membina untuk penambahbaikan diri. Sokongan moral dan bimbingan mentor telah memberi kesan positif kepada motivasi serta hala tuju kerjaya saya dan meningkatkan keyakinan diri saya.


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025622. PERKEMBANGAN DAN PENCAPAIAN OBJEKTIF MENTIa. Dapat meningkatkan pengetahuan berkaitan teknikal seperti pengurusan kesihatan ternakan yang telah dicapai melalui penyertaan dalam lawatan teknikal, pembentangan dalaman dan bimbingan mentor.b. Memperbaiki kemahiran komunikasi dan pelaporan yang telah dicapai melalui tugasan pembentangan berkala serta latihan dalam penyediaan laporan teknikal serta dicapai semasa mentee menghadiri kursus yang melibatkan komunikasi dan pertukaran pandangan dengan pegawai berlainan jabatan atau organisasi. c. Meningkatkan keyakinan dalam membuat keputusan berkaitan tugas. Kemajuan ketara dicapai apabila mentee diberi kepercayaan untuk mengetuai beberapa tugasan dan mengurus situasi kerja secara berdikari dengan pemantauan mentor.3. ULASAN MENTORMentee menunjukkan komitmen dan kesungguhan yang tinggi sepanjang tempoh bimbingan. Beliau bersikap proaktif dalam menyelesaikan tugasan, sentiasa bersedia menerima maklum balas dan menunjukkan perkembangan yang membanggakan dari segi pengetahuan, kemahiran serta etika kerja.Sepanjang program, mentee telah mencapai semua objektif yang telah ditetapkan dan menunjukkan peningkatan dari segi kepimpinan, penyelesaian masalah dan komunikasi. Adalah diharapkan mentee dapat terus mengekalkan momentum ini dan menjadi aset yang lebih berharga kepada organisasi.MENTOR MENTI 9:DR. KETTY GOH SIEW LIN - MENTORDR. NG SHAHLINI - MENTI(a) 27 FEBRUARI 20251. ULASAN MENTIBersama Dr. Ketty Goh dalam mesyuarat Seksyen Pemeriksaan dan Pensijilan Veterinar, Bahagian Regulatori Veterinar, yang dipengerusikan oleh Dr. Zurina Binti Ramli, Ketua Seksyen Pemeriksaan dan Pensijilan Veterinar. Dr. Ketty adalah Ketua Unit Dalam Negara, jadi beliau mempunyai tanggungjawab dalam menangani sebarang masalah yang timbul dalam PV kerana beliau perlu


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202563memimpin pasukan urus setia PV. Keupayaannya untuk menguruskan masalah dengan cekap dan berkesan adalah sangat penting, memandangkan beliau berperanan dalam memastikan pasukan berfungsi dengan baik dan mencapai matlamat yang ditetapkan. Dr. Ketty mengajar saya bahawa dalam mana-mana mesyuarat, komunikasi profesional dan penyelesaian masalah adalah sangat penting. Cara kita mengendalikan aspek-aspek ini dengan tanggungjawab dan profesionalisme mencerminkan kepimpinan dan daya intelektual kita. Saya berpeluang untuk memerhati pendekatan beliau dalam berkomunikasi, di mana beliau berjaya menyelesaikan masalah yang timbul semasa mesyuarat. Kaedah beliau dalam menangani isu dengan kejelasan dan keyakinan menunjukkan kepentingan untuk kekal tenang dan berfokus kepada penyelesaian dalam persekitaran profesional.2. STATUS PERKEMBANGAN MENTIBagi sesi pertemuan pertama ini, saya telah belajar banyak perkara yang penting dan dapat melihat kemajuan dalam beberapa aspek utama:a. Peningkatan dalam Etika Profesional:Saya semakin menghargai pentingnya etika profesional dalam setiap tindakan dan komunikasi. Mengendalikan tugas dengan penuh


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202564tanggungjawab serta menjaga hubungan positif dengan rakan sepasukan menjadi lebih jelas bagi saya.b. Penyelesaian Masalah yang Berstruktur:Saya belajar bahawa penting untuk menggunakan penyelesaian masalah yang berstruktur. Saya mempelajari bahawa saya boleh menggunakan kaedah penyelesaian masalah yang teratur, yang memberi saya gambaran tentang bagaimana kita perlu mengurai masalah menjadi bahagian yang lebih kecil dan mencari jalan penyelesaian yang logik. Kaedah ini membantu memastikan bahawa setiap langkah diambil dengan berfikir secara kritikal dan strategik, yang seterusnya memastikan penyelesaian yang lebih efektif dan tepat.c. Pemikiran Kritikal dalam Penyelesaian Masalah:Pemikiran kritikal adalah elemen penting dalam penyelesaian masalah yang berkesan. Ia melibatkan analisis mendalam terhadap masalah, pertimbangan pelbagai perspektif, dan penilaian yang teliti sebelum membuat keputusan. Dalam proses ini, kita tidak hanya menerima maklumat secara langsung, tetapi kita juga bertanyakan dan menganalisis setiap aspek untuk memastikan bahawa penyelesaian yang dicadangkan adalah yang terbaik.3. TINDAKAN MENTI (WAYFORWARD)Kesiapan untuk Menangani Tugas yang Lebih Kompleks:Berdasarkan bimbingan yang diberikan oleh mentor saya, saya merasakan bahawa saya kini lebih bersedia untuk mengambil tanggungjawab yang lebih besar. Saya yakin untuk melibatkan diri dalam tugas yang lebih kompleks dalam sektor pemeriksaan dan pensijilan veterinar kerana jika kita memiliki kemahiran penyelesaian masalah, ia akan memudahkan kita untuk fokus kepada isu yang lebih kompleks dan mengendalikan tugas dengan penuh tanggungjawab. Kemahiran ini memberi kita keyakinan untuk menangani cabaran yang lebih besar dan memastikan kerja dilakukan dengan cekap dan berkesan. Seperti yang diajar oleh Dr. Ketty, langkah pertama menuju kepimpinan adalah melalui kemahiran komunikasi yang baik dan kemahiran penyelesaian masalah. Kemahiran ini sangat penting dalam memimpin pasukan dengan berkesan, kerana ia membolehkan kita untuk berkomunikasi dengan jelas dan membuat keputusan yang tepat ketika menghadapi cabaran.


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202565(b) 14 MAC 20251. ULASAN MENTISaya telah mengadakan pertemuan ringkas dengan mentor saya, Dr. Ketty, mengenai topik Audit Kecukupan (Adequacy Audit) dan Audit Pematuhan (Compliance Audit). Tujuan utama pertemuan ini adalah untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang cara untuk menjalankan audit yang efektif.Dr. Ketty menekankan bahawa dalam setiap audit, kita perlu berpegang teguh pada prinsip kejujuran dan integriti. Sebagai auditor, adalah penting untuk memberikan laporan yang benar dan tepat, tanpa sebarang kepentingan peribadi. Ini menunjukkan bahawa kejujuran adalah asas utama dalam menjalankan audit. Dr. Ketty jugak mengingatkan saya bahawa apabila melakukan pemerhatian, setiap butiran perlu diteliti dengan hati-hati agar tidak terlepas pandang isu-isu yang mungkin penting. Nilai kesabaran juga perlu diterapkan dalam proses ini, kerana audit bukanlah tugas yang terburu-buru.2. STATUS PERKEMBANGAN MENTIBerdasarkan pertemuan dengan Dr. Ketty mengenai Adequacy Audit dan Compliance Audit, saya telah mengalami beberapa kemajuan positif dalam beberapa aspek penting:a. Kepatuhan terhadap Etika Profesional:Dalam setiap interaksi dengan pelanggan, Dr. Ketty mengingatkan saya agar berkomunikasi dengan penuh rasa hormat dan profesionalisme. Ini menunjukkan pentingnya menjaga etika dalam setiap langkah audit, terutamanya dalam mendapatkan maklumat daripada pelanggan. Saya perlu memastikan bahawa saya sentiasa mendengar dengan penuh perhatian dan berkomunikasi dengan cara yang sopan dan jelas.b. Tanggungjawab dan Amanah:Sebagai seorang auditor, saya diberi tanggungjawab besar untuk menjalankan tugas dengan penuh amanah. Dr. Ketty mengajarkan saya bahawa kita perlu bertanggungjawab terhadap setiap tindakan yang diambil dan setiap keputusan yang dibuat semasa audit. Amanah ini adalah nilai moral yang sangat penting untuk memastikan hasil audit dapat diterima dan dihargai oleh semua pihak.c. Kesediaan untuk Belajar dan Berkembang:


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202566Dr. Ketty memberi contoh bahawa seorang profesional yang baik tidak pernah berhenti belajar. Saya perlu sentiasa terbuka untuk belajar dari pengalaman dan mencari peluang untuk meningkatkan diri dalam setiap audit yang saya jalani.3. TINDAKAN MENTI (WAYFORWARD)a. Meningkatkan Kemahiran Komunikasi dengan Pelanggan:Saya perlu lebih fokus pada cara berkomunikasi dengan pelanggan semasa audit. Saya akan berusaha menjadi lebih jelas, profesional, dan efektif dalam mendapatkan maklumat yang diperlukan. b. Mengaplikasikan pengetahuan dalam Audit Mendatang: Saya akan menerapkan apa yang telah dipelajari dalam audit yang akan datang, terutamanya dengan menggunakan kemahiran pemerhatian yang lebih baik, komunikasi yang jelas, dan pengurusan dokumen yang lebih efisien.c. Bersedia untuk Audit yang Lebih Kompleks:Saya perlu lebih bersedia dan yakin untuk menghadapi audit yang lebih besar dan kompleks pada masa akan datang. Saya akan memastikan saya terus belajar dan berkembang dalam bidang ini.(c) 7 MEI 20251. ULASAN MENTIDr. Ketty dan saya telah menghadiri Kursus HACCP dan myGAP yang berlangsung selama tiga hari di Camar Laut, Bagan Lalang (Pusat Latihan LKIM). Sepanjang kursus ini, Dr. Ketty telah memberikan sokongan dan


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202567dorongan yang sangat bermakna, terutamanya ketika saya diminta untuk membentangkan kajian kes di hadapan peserta lain. Dr. Ketty juga menekankan bahawa sebagai seorang pemimpin, kita harus berani tampil ke hadapan dengan penuh keyakinan. Pembentangan di hadapan khalayak bukan sahaja mengasah kemahiran komunikasi, tetapi juga mendidik kita untuk menerima dan belajar daripada kesilapan. Kita tidak perlu takut membuat kesilapan kerana dari situlah datangnya peluang untuk memperbaiki diri dan menjadi lebih baik.Pembentangan ini telah menjadi stepping stone kepada saya untuk membina keyakinan diri dan mengatasi rasa takut diri. Melalui sesi perbincangan kumpulan dan kajian kes loji sebenar, saya turut berpeluang menyaksikan kemahiran dan keyakinan tinggi Dr. Ketty dalam penyampaian beliau - sesuatu yang menjadi inspirasi buat saya. Saya amat menghargai bimbingan dan contoh profesionalisme yang ditunjukkan oleh beliau sepanjang kursus ini.2. STATUS PERKEMBANGAN MENTIa. saya merasakan perkembangan positif yang ketara dari segi keyakinan diri, kemahiran komunikasi, dan kesediaan untuk mencuba perkara baharu. Walaupun pada mulanya saya berasa gementar apabila diminta membentangkan kajian kes di hadapan peserta lain, saya berjaya mengatasi perasaan tersebut hasil sokongan dan galakan daripada Dr. Ketty.b. Saya belajar bahawa setiap perkara memerlukan permulaan, dan daripada kesilapan, saya dapat memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik. Saya sedar bahawa sebagai pemimpin, saya harus mampu belajar daripada kelemahan sendiri dan mengambil setiap cabaran sebagai peluang pembelajaran. Pembentangan ini telah menjadi satu titik tolak penting dalam membina kemahiran sebagai juruaudit yang berkeyakinan.c. Selain itu, perbincangan kumpulan dan pendedahan kepada kajian kes loji sebenar telah memberi saya pandangan yang lebih luas tentang realiti di lapangan. Saya juga dapat melihat secara langsung bagaimana mentor saya, Dr. Ketty, mengendalikan pembentangan dengan penuh profesionalisme - sesuatu yang saya ingin contohi dalam perjalanan kerjaya saya.3. TINDAKAN MENTI (WAYFORWARD)


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202568Saya akan terus mengambil peluang untuk melibatkan diri secara aktif dalam latihan, pembentangan dan perbincangan kumpulan bagi memperkukuh kemahiran komunikasi dan keyakinan diri. Saya juga akan menjadikan setiap maklum balas dan kesilapan sebagai panduan untuk penambahbaikan kendiri.Selain itu, saya berhasrat untuk memperdalam pengetahuan dalam aspek HACCP dan MyGAP melalui pembacaan, latihan lanjutan serta sesi bimbingan bersama mentor. Saya turut bertekad untuk membina ciri-ciri kepimpinan yang lebih mantap agar mampu menjadi seorang juruaudit yang berintegriti, berpengetahuan dan mampu memimpin pasukan dengan berkesan di masa hadapan.(d) 27 MEI 20251. ULASAN MENTISaya berpeluang menyertai bengkel dalaman yang dirancang oleh pasukan kami, dengan bimbingan langsung daripada mentor saya Dr. Ketty Goh. Program ini memberi fokus kepada penyelarasan dan harmonisasi Standard Amalan Ternakan Baik (GAHP) Malaysia dengan GAHP ASEAN, khusus bagi modul kambing, bebiri, daging lembu, kerbau, dan babi. Selain itu, turut disentuh ialah pengemaskinian SOP pensijilan dan pemeriksaan veterinar bagi destinasi dalam dan luar negara.Sebagai seorang menti, saya terlibat secara langsung dalam semakan kandungan teknikal, memahami keperluan harmonisasi di peringkat serantau, serta membantu menyediakan dokumen dan maklum balas untuk dibentangkan kepada ahli EWG ASEAN.


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025692. STATUS PERKEMBANGAN MENTIa. Peningkatan Pengetahuan dan KefahamanPeningkatan yang memberangsangkan dalam aspek pengetahuan teknikal, khususnya berkaitan standard Good Animal Husbandry Practice (GAHP) Malaysia dan ASEAN. Saya telah terlibat secara langsung dalam semakan modul-modul GAHP serta proses penyelarasan kandungan teknikal. Ini membuktikan kemampuannya memahami dan menganalisis dokumendokumen teknikal serta dasar-dasar berkaitan sektor veterinar.b. Saya juga telah menunjukkan kemajuan dalam kemahiran berikut:i. Kemahiran analisis dokumen teknikal.ii. Komunikasi profesional, termasuk pembentangan dan penulisan laporan teknikal.iii. Pengurusan masa dan tugasan, dengan keupayaan menyelesaikan kerja mengikut tarikh akhir yang ditetapkan.c. Sikap dan Etika KerjaSepanjang tempoh pemantauan, saya telah menunjukkan sikap yang positif, berdisiplin, serta menghormati struktur organisasi dan budaya kerja jabatan. Saya turut menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap tanggungjawab yang diberikan dan sentiasa berusaha menambah nilai terhadap hasil kerja kumpulan. 3. TINDAKAN MENTI (WAYFORWARD)a. Sumbangan Aktif dalam Inisiatif SerantauDengan keterlibatan awal dalam semakan GAHP ASEAN dan pengemaskinian SOP, saya berhasrat untuk menyumbang secara lebih aktif dalam inisiatif serantau atau kumpulan kerja (EWG) pada masa hadapan.b. Sebagai sebahagian daripada pelan kerjaya, saya akan terus:i. Meningkatkan tahap profesionalisme dan integriti.ii. Mengikuti program pembangunan kompetensi seperti Skim Latihan Teknikal, Kursus Pengkhususan, dan Kursus Pengurusan.iii. Menetapkan matlamat jangka panjang untuk menjadi pakar rujuk atau pegawai teknikal kanan dalam bidang ternakan dan kesihatan haiwan.LAPORAN AKHIR - 4 JULAI 20251. ULASAN KESELURUHAN MENTI


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202570Saya berasa sangat bertuah kerana berpeluang menyertai Program Mentor Menti di bawah bimbingan Dr. Ketty Goh. Sepanjang program ini, saya telah memperoleh banyak ilmu dan pencerahan tentang konsep serta pelaksanaan sistem mentoring yang berkesan. Ia memberi saya kefahaman tentang peranan sebagai seorang mentee yang proaktif, dan lebih penting lagi, bagaimana saya boleh mengaplikasikan pengalaman ini sekiranya saya berpeluang menjadi pegawai kanan atau mentor pada masa hadapan2. PERKEMBANGAN DAN PENCAPAIAN OBJEKTIF MENTIa. Pemantapan Hubungan Mentor dan MenteeProgram Mentor-Menti telah berjaya mewujudkan hubungan yang kukuh antara mentor dan mentee, berdasarkan kepercayaan, komunikasi terbuka, dan sokongan berterusan sepanjang tempoh program.b. Penguat Motivasi dan InspirasiMentor berperanan sebagai sumber inspirasi dan motivasi, membantu saya membina keyakinan diri serta menggalakkan sikap proaktif dan berdikari dalam pembangunan kerjaya dan kepimpinan.c. Penyelaras Proses PembelajaranMentor telah mengurus dan menyelaraskan aktiviti pembelajaran, termasuk perkongsian tacit knowledge, latihan praktikal, dan diskusi kritikal, memastikan saya mendapat manfaat maksimum daripada program.d. Pembangunan Kepimpinan Masa HadapanMentor mempersiapkan saya untuk mengambil peranan lebih senior pada masa depan dengan menanam nilai kepimpinan, tanggungjawab, dan etika kerja melalui contoh dan pengalaman.3. ULASAN MENTORa. Pengalaman dan PembelajaranSaya sangat berterima kasih kerana berpeluang menyertai program mentormenti ini. Sepanjang tempoh program, saya telah banyak belajar mengenai pentingnya proses mentoring dalam membangunkan kemahiran profesional dan kepimpinan. Pendekatan mentor yang terbuka dan mudah dihubungi memudahkan saya untuk memahami konsep-konsep kompleks dan mendapatkan panduan praktikal yang berguna.b. Penambahbaikan Diri


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202571Melalui bimbingan mentor, saya dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri serta cara-cara untuk memperbaikinya. Program ini telah meningkatkan keyakinan diri saya untuk menghadapi cabaran tugas dan memberi inspirasi untuk terus maju dalam kerjaya.c. Nilai MentoringSaya kini lebih menghargai nilai penting mentoring bukan sahaja sebagai mentee tetapi juga bersedia untuk menjadi mentor pada masa akan datang. Saya percaya pengalaman ini akan membantu saya menjadi pemimpin yang lebih berkesan dan berdedikasi.MENTOR MENTI 10:DR. ROHAIZAN BINTI MOHD ANUAR - MENTORDR. IMAN BINTI SUFFIAN LONG - MENTI(a) 18 FEBRUARI 20251. ULASAN MENTISaya sangat berterima kasih atas bimbingan yang diberikan oleh mentor. Setiap sesi amat membantu dalam meningkatkan pemahaman saya terhadap alam pekerjaan baharu. 2. STATUS PERKEMBANGAN MENTI


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202572Baik.3. TINDAKAN MENTI (WAYFORWARD)Sebagai menti, saya akan mengambil tindakan lanjut berdasarkan bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberikan oleh mentor, Dr. Rohaizan binti Anuar. Saya akan terus berusaha memahami dengan lebih mendalam peranan serta tanggungjawab saya dalam perkhidmatan kerajaan, selaras dengan nasihat dan motivasi yang dikongsi. Selain itu, saya akan mengaplikasikan panduan yang diberikan dalam menangani cabaran kerja dengan lebih yakin, profesional, dan berintegriti.Dalam aktiviti luar seperti Seminar VLSU dan Bengkel Risk Analysis bagi Penetapan Kaedah Pengujian Campylobacter, saya akan memanfaatkan peluang ini untuk mendalami ilmu dan meningkatkan pengetahuan dalam bidang diagnostik veterinar serta pengurusan program. Saya juga akan mengambil inisiatif untuk menyusun dan melaksanakan tugas dengan lebih sistematik, seperti yang dipelajari sepanjang bengkel di MARDI Cameron Highlands.Sebagai langkah seterusnya, saya akan memastikan setiap bimbingan yang diterima diaplikasikan secara praktikal dalam tugasan harian dan program yang akan datang. Saya juga akan terus berusaha meningkatkan kemahiran diri melalui pembelajaran berterusan dan lebih aktif dalam mendapatkan pandangan serta maklum balas daripada mentor bagi memperbaiki prestasi kerja saya di Bahagian Kesihatan Awam Veterinar, Ibu Pejabat JPV Putrajaya.(b) 6 MAC 20251. ULASAN MENTIPada 6 Mac 2025, saya telah menghadiri mesyuarat bersama mentor saya berkaitan Jemputan Mesyuarat bagi Membincangkan Berkenaan Penemuan Salmonella Sp. pada Karkas Tahanan Penguatkuasa Veterinar Negeri Terengganu. Mesyuarat ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat BPGTP, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Putrajaya dan dihadiri oleh pihak berkaitan termasuk DVS Terengganu secara dalam talian. Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil susulan penemuan tersebut serta tindakan lanjut sekiranya DVS negeri


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202573merujuk isu ini kepada Ibu Pejabat. Melalui mesyuarat ini, saya telah mempelajari proses pengurusan isu keselamatan makanan di peringkat jabatan, termasuk langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya terdapat rujukan daripada DVS negeri kepada Ibu Pejabat. Selain itu, saya juga mendapat pendedahan mengenai prosedur mengendalikan mesyuarat iaitu sebelum, semasa dan selepas mesyuarat seperti menyediakan surat jemputan mesyuarat, cara menghantar surat jemputan mesyuarat kepada pihak berkaitan, membuat tindakan susulan kehadiran jemputan mesyuarat sebelum mesyuarat dimulakan dan tindakan selepas mesyuarat. Tambahan pula, mesyuarat ini memberi pengalaman baharu kepada saya dalam penyediaan minit mesyuarat. Ini merupakan kali pertama saya menulis minit mesyuarat, dan saya telah belajar tentang format serta elemen penting yang perlu dimasukkan bagi memastikan dokumen tersebut lengkap dan jelas untuk rujukan semua pihak.2. STATUS PERKEMBANGAN MENTISetelah menghadiri mesyuarat bersama mentor saya dan DVS Terengganu secara dalam talian di Bilik Mesyuarat BPGTP, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Putrajaya, saya telah mendapat pemahaman yang lebih jelas mengenai tindakan yang perlu diambil susulan penemuan Salmonella sp. pada karkas tahanan Penguatkuasa Veterinar. Saya belajar bahawa sekiranya DVS negeri merujuk isu ini kepada Ibu Pejabat, langkah-langkah tertentu perlu diikuti bagi memastikan tindakan susulan yang sistematik dan berkesan.


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202574Selain itu, saya juga mendapat pendedahan mengenai pengurusan mesyuarat, termasuk prosedur sebelum, semasa, dan selepas mesyuarat. Saya belajar mengenai cara menyediakan surat jemputan mesyuarat, menghantarnya kepada pihak berkaitan, serta membuat tindakan susulan terhadap kehadiran jemputan sebelum mesyuarat bermula. Ini merupakan pengalaman baharu bagi saya dalam menguruskan aspek logistik mesyuarat dan memastikan semua pihak yang terlibat mendapat makluman lebih awal. Saya juga memahami kepentingan tindakan selepas mesyuarat, seperti memastikan keputusan yang telah dibincangkan dilaksanakan dengan betul.Dalam mesyuarat ini, saya turut diberi tugasan untuk menyediakan minit mesyuarat, yang merupakan kali pertama saya menulis minit secara rasmi. Dengan bimbingan daripada mentor saya dan rujukan kepada contoh minit terdahulu, saya belajar mengenai format yang betul, struktur yang jelas, dan elemen penting yang perlu dimasukkan dalam minit mesyuarat bagi memastikan ia menjadi dokumen rujukan yang lengkap dan mudah difahami.Secara keseluruhannya, melalui mesyuarat ini, saya telah mempelajari proses pengurusan isu keselamatan makanan di peringkat jabatan, termasuk langkahlangkah yang perlu diambil sekiranya terdapat rujukan daripada DVS negeri kepada Ibu Pejabat. Selain itu, pengalaman ini telah memberi saya banyak ilmu baharu, bukan sahaja dalam aspek teknikal berkaitan keselamatan makanan tetapi juga dalam kemahiran pengurusan mesyuarat yang penting untuk kerjaya saya pada masa hadapan.3. TINDAKAN MENTI (WAYFORWARD)Saya akan memastikan bahawa saya memahami dengan lebih mendalam prosedur yang perlu diambil sekiranya DVS negeri merujuk isu keselamatan makanan seperti penemuan Salmonella sp. kepada Ibu Pejabat. Ini termasuk langkah-langkah yang perlu diikuti serta tindakan susulan yang sesuai bagi memastikan penyelesaian yang efektif dan pematuhan kepada garis panduan yang ditetapkan. Melalui mesyuarat ini, saya telah mempelajari proses pengurusan isu keselamatan makanan di peringkat jabatan, termasuk bagaimana untuk menangani rujukan daripada DVS negeri serta memastikan tindakan yang diambil selaras dengan peraturan dan keperluan jabatan.


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202575Selain itu, saya akan terus mempraktikkan ilmu yang saya peroleh dalam menguruskan mesyuarat, termasuk prosedur sebelum, semasa, dan selepas mesyuarat. Saya telah belajar cara menyediakan surat jemputan mesyuarat, menghantarnya kepada pihak berkaitan, serta membuat tindakan susulan terhadap kehadiran jemputan sebelum mesyuarat bermula. Saya juga memahami kepentingan tindakan selepas mesyuarat, seperti memastikan keputusan yang telah dibincangkan dilaksanakan dengan betul. Saya akan mencontohi kaedah yang digunakan dalam mesyuarat ini dan memastikan setiap mesyuarat yang dianjurkan berjalan dengan lancar serta mencapai objektif yang ditetapkan.Saya juga akan terus meningkatkan kemahiran saya dalam menyediakan minit mesyuarat yang lengkap dan terperinci. Saya akan merujuk kepada contoh minit yang telah disediakan sebelum ini serta mendapatkan maklum balas untuk menambah baik kemahiran penulisan minit saya. Melalui mesyuarat ini, saya mendapat pendedahan mengenai prosedur penyediaan minit yang sistematik bagi memastikan dokumen yang dihasilkan jelas, tepat, dan boleh dijadikan rujukan.Pengalaman ini memberi saya pendedahan yang berguna dalam aspek pengurusan mesyuarat dan dokumentasi rasmi. Saya akan terus belajar dan memperbaiki kemahiran ini agar dapat digunakan secara berterusan dalam tugasan yang melibatkan penyelarasan dan dokumentasi di jabatan. Kemahiran yang diperoleh ini akan menjadi asas penting dalam tugas-tugas saya yang berkaitan dengan keselamatan makanan dan pengurusan mesyuarat di masa hadapan.(c) 11 APRIL 20251. ULASAN MENTISaya berpeluang untuk menyumbang dalam pelaksanaan Mesyuarat Penyelarasan TWG 1 Bil. 1/2025 di bawah inisiatif kesedaran dan pendidikan awam mengenai Rintangan Antimikrob (AMR). Dengan bimbingan mentor saya, saya telah membantu memastikan kehadiran wakil-wakil dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) negeri seluruh Malaysia dengan menghubungi setiap pegawai yang bertanggungjawab.


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202576Selain itu, saya turut membantu menyediakan dan menyusun minit mesyuarat, juga dengan tunjuk ajar mentor. Penglibatan ini memberi saya pengalaman berharga dalam pengurusan mesyuarat peringkat teknikal serta memperkukuh kemahiran komunikasi dan penyelarasan antara agensi.2. STATUS PERKEMBANGAN MENTISaya sebagai menti telah diberi tanggungjawab membantu urusan penyelarasan mesyuarat dengan bimbingan mentor. Antara tugasan yang telah berjaya diselesaikan termasuklah menghubungi dan menyelaras kehadiran wakil dari semua Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) negeri ke mesyuarat. Selain itu, saya diminta untuk menyediakan draf minit mesyuarat dengan semakan dan panduan daripada mentor. Saya juga diminta untuk mengambil maklum balas dan input berkaitan kehadiran serta pengesahan wakil negeri.Saya juga mengikuti keseluruhan mesyuarat secara aktif untuk memahami perbincangan teknikal berkaitan AMR. Saya juga berpeluang untuk menyediakan format pelaporan berdasarkan Malaysian Action Plan on Antimicrobial Resistance (MyAP-AMR) 2022-2026. Secara keseluruhan, perkembangan tugas saya sebagai menti adalah positif dan mengikut jadual, dengan peningkatan dalam kefahaman mengenai proses pengurusan mesyuarat dan isu-isu berkaitan kesedaran awam terhadap AMR.3. TINDAKAN MENTI (WAYFORWARD)Sebagai menti, saya akan meneruskan tindakan susulan selepas Mesyuarat Penyelarasan TWG 1 (AMR Public Awareness and Education) Bil. 1/2025 dengan mengemaskini dan memuktamadkan minit mesyuarat berdasarkan


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202577semakan oleh urus setia dan mentor, serta menyusun senarai kehadiran wakil negeri untuk rujukan akan datang. Saya juga bersedia untuk membantu dalam penyediaan bahan komunikasi berkaitan kesedaran AMR jika diperlukan, selain terus menghadiri mesyuarat susulan TWG 1 bagi memahami perkembangan inisiatif yang dijalankan.Melalui bimbingan berterusan daripada mentor, saya akan terus memperkukuh kemahiran dalam penulisan minit, pengurusan mesyuarat, dan komunikasi antara agensi sebagai sebahagian daripada perkembangan profesional saya dalam bidang ini.(d) 6 MEI 20251. ULASAN MENTISaya berpeluang menyertai Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Codex Kebangsaan Food Labelling (JKCKFL) Bil. 1/2025 bersama mentor saya Dr. Rohaizan binti Mohd Anuar, yang telah diadakan pada 6 Mei 2025. Saya telah menyertai mesyuarat ini secara dalam talian melalui pautan Google Meet. Mesyuarat ini merupakan sesi tindak susulan kepada Mesyuarat 48th Session of the Codex Committee on Food Labelling (CCFL48) yang berlangsung di Quebec City, Kanada pada 27 Oktober hingga 1 November 2024.Sebagai peserta baharu dalam jawatankuasa ini, saya mendapati perbincangan yang dibentangkan sangat informatif dan membantu saya memahami perkembangan terkini berkaitan pelabelan makanan di peringkat antarabangsa


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202578serta implikasinya di peringkat kebangsaan. Turut dikongsikan ialah laporan penuh mesyuarat CCFL48 dan penjelasan mengenai perkara-perkara teknikal yang sedang dibincangkan di peringkat Codex. Mesyuarat turut memberikan ruang kepada ahli untuk berkongsi pandangan dan input bagi menentukan pendirian Malaysia dalam isu-isu berkaitan.Saya berterima kasih atas peluang untuk turut serta dan berharap dapat terus memberi sumbangan aktif dalam mesyuarat-mesyuarat akan datang.2. STATUS PERKEMBANGAN MENTISebagai peserta baharu dalam jawatankuasa ini, saya telah mendapat gambaran jelas berkenaan struktur, prosedur dan keperluan teknikal yang perlu dipatuhi oleh Malaysia dalam menyampaikan pendirian negara di forum Codex. Saya juga menyedari kepentingan kerjasama antara agensi teknikal seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar dalam memberikan input berkaitan pelabelan produk makanan berasaskan haiwan.Susulan penyertaan ini, saya akan meneliti dokumen-dokumen teknikal berkaitan dan bersedia memberikan input di bawah skop bidang tugas saya. Saya juga bercadang untuk lebih aktif menyertai sesi-sesi perbincangan teknikal serta mesyuarat pra-Codex yang akan datang. Untuk tujuan itu, saya memerlukan bimbingan lanjut daripada mentor dan urus setia, khususnya berkaitan saluran penyampaian input teknikal serta kaedah penyediaan kertas pendirian Malaysia.Secara keseluruhan, penyertaan ini sangat bermanfaat dalam membina asas kefahaman saya terhadap kerja-kerja Codex di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Saya berkomitmen untuk terus menyumbang secara aktif dalam platform ini pada masa akan datang.3. TINDAKAN MENTI (WAYFORWARD)Sebagai wakil yang telah menghadiri Mesyuarat JKCK Food Labelling (JKCKFL) Bil. 1/2025 secara maya, saya melihat keperluan perlabelan makanan dari aspek persijilan veterinar dan pemeriksaan veterinar yang dijalankan oleh JPV. Oleh itu, sebagai tindakan susulan, saya akan menyemak dokumen teknikal dan laporan mesyuarat CCFL48, khususnya berkenaan elemen pelabelan yang mungkin berkaitan atau memberi implikasi kepada


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202579persijilan veterinar dan pemeriksaan veterinar, contohnya, pelabelan bagi produk hasilan haiwan yang disijilkan oleh Jabatan. Saya juga akan berunding dengan pegawai teknikal di Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk mengenal pasti sebarang isu teknikal yang perlu diketengahkan dalam mesyuarat Codex akan datang. Di samping itu, saya akan menyumbang input teknikal yang relevan terutamanya berkaitan keperluan pelabelan yang selari dengan keselamatan makanan. Saya berhasrat untuk terus mengikuti perkembangan di bawah Codex Committee on Food Labelling (CCFL) agar sebarang isu pelabelan yang berkaitan dengan veterinar boleh diteliti dari awal. Dengan pendekatan ini, saya berharap dapat menyumbang kepada penyelarasan yang lebih bersepadu antara jawatankuasa kecil Codex berkaitan dan memperkukuh pendirian teknikal Malaysia di peringkat antarabangsa.LAPORAN AKHIR - 7 JULAI 20251. ULASAN KESELURUHAN MENTISepanjang tempoh bimbingan ini, saya telah berusaha sebaik mungkin untuk melaksanakan tugasan yang diberikan dan mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti-aktiviti jabatan. Penglibatan saya dan mentor dalam beberapa aktiviti adalah seperti:a. Mesyuarat di peringkat jabatan samada sebagai ahli mesyuarat atau urusetia yang mengendalikan program,b. Mesyuarat yang melibatkan inter agensi,c. Mesyuarat jawatankuasa di peringkat antarabangsa iaitu Codex Alimentarius Standard,d. Penganjuran kursus dan bengkel,e. Penglibatan dalam seminar teknikal.Saya bersyukur kerana berpeluang menghadiri aktiviti-aktiviti tersebut bersama mentor saya, termasuk sesi perbincangan dengan Dr. Rohaizan yang telahbanyak membantu saya memahami dengan lebih jelas skop tugas serta peranan jabatan, membantu dalam pelan perancangan bagi setiap tugasan yang diberikan serta memberikan sokongan dan galakan. Selain itu juga, tugasan yang diberikan telah meningkatkan keyakinan kepada saya terutama apabila berurusan dan berkomunikasi dengan pelbagai peringkat pegawai samada pegawai bawahan dan pegawai atasan, interagensi dan antarabangsa.


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202580Saya juga berpeluang mengikuti aktiviti pemeriksaan audit surveillance premis makanan bersama beliau secara langsung, yang memberikan pendedahan ilmu dan pengetahuan asas terhadap kaedah penilaian pematuhan dan pelaksanaan tugas di lapangan. Pengalaman ini amat berharga bagi saya dalam memahami aspek penguatkuasaan serta tanggungjawab jabatanterhadap keselamatan makanan. Sepanjang bimbingan ini, saya sentiasa cuba memanfaatkan ilmu dan tunjuk ajar yang diterima untuk memperbaiki diri dan mengatur cara kerja secara lebih tersusun dan berkesan.2. PERKEMBANGAN DAN PENCAPAIAN OBJEKTIF MENTISepanjang sesi bimbingan ini, saya berusaha mencapai objektif utama iaitu menambah kefahaman terhadap tanggungjawab hakiki serta memperkukuh penglibatan dalam tugasan dan aktiviti jabatan. Melalui kehadiran dalam pelbagai tugasan kerja bersama Dr. Rohaizan seperti mesyuarat, bengkel, kursus dan pemeriksaan audit surveillance, saya dapat belajar secara langsung mengenai proses penyampaian, pelaksanaan tugas dalaman jabatan serta pendekatan praktikal di lapangan. Mentor telah membimbing dan melatih saya untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan juga membina interpersonal yang baik. Sepanjang tempoh bimbingan ini, saya lebih sedar akan keperluan penambahbaikan diri dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti kerja mengikut kemampuan, sikap yang positif dan sentiasa optimistik dalam setiap tugasan yang diberikan. Secara keseluruhannya, saya amat menghargai peluang ini dan percaya sesi bimbingan ini telah membantu saya berkembang secara profesional dan lebih bersedia dalam menjalankan tugasan dengan lebih yakin dan teliti.3. ULASAN MENTORSepanjang tempoh program ini, melalui pemerhatian saya sebagai mentor, program ini berjalan dengan lancar. Menti adalah seorang pegawai baru Jabatan yang memerlukan lebih bimbingan supaya memahami organisasi Jabatan, visi dan misi Jabatan dalam melaksanakan tugasan dan tanggungjawab Jabatan.


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202581Bimbingan yang telah saya berikan adalah memfokuskan kepada kompetensi menti dari segi personel, sosial, budaya dan professional. Saya juga telah berkongsi ilmu samada ilmu teknikal atau pengurusan, nilai dan pengalaman diri serta cara kepimpinan dengan menti sepanjang program dijalankan. Bimbingan yang diberikan sepanjang program ini adalah secara bersemuka samada secara langsung atau tidak langsung. Saya sebagai mentor akan sentiasa:a. Membuat susulan dengan menti sekiranya terdapat masalah sepanjang menti menjalankan tugasan, b. Mendengar isu yang dihadapi oleh menti dengan memberikan pandangan, maklumbalas dan perspektif berkaitan isu,c. Memberikan motivasi,d. Memastikan bimbingan atau maklum balas adalah spesifik dan mudah difahami,e. Memberikan pandangan berkaitan isu peribadi selain kerjaya sekiranya perlu.Sepanjang program dijalankan, menti sentiasa memberikan kerjasama yang baik dan menti didapati:a. Menunjukkan prestasi yang baik dan memuaskan, berusaha untuk menonjolkan potensi diri dan dalam masa yang sama lebih yakin semasa berurusan dengan pegawai bawahan dan juga pegawai atasan.b. Menunjukkan sikap yang positif iaitu proaktif, rajin dan sentiasa mengutamakan pencapaian serta sentiasa bersedia membantu apabila diperlukan.c. Menunjukkan kemajuan dari segi komunikasi dengan pelbagai peringkat pegawai, warga dalaman dan pihak industri.d. Menunjukkan semangat untuk memajukan diri, berdaya saing dan bersedia menerima perubahan dan inisiatif yang tinggi dan lebih professional.Secara keseluruhan, program ini dapat membantu meningkatkan tahap kecekapan dalam mengendalikan tugasan / pekerjaan, perhubungan antara ketua dan staf kakitangan serta membantu membina komunikasi dan perhubungan yang baik dengan pelanggan luar seperti industri, antarabangsa dan warga kerja dalaman.


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202582MENTOR MENTI 11:DR. KHAIRINA AKMAR BINTI KHALID - MENTORDR. NADIAH SAKINAH BINTI MUZAFFAR SHAH - MENTI(a) 17 FEBRUARI 20251. ULASAN MENTIMentor memberi tunjuk ajar tentang cara membuat pengiraan sampel bagi Program Survelan Penyakit Haiwan Kebangsaan mengikut jumlah banci haiwan setiap negeri2. STATUS PERKEMBANGAN MENTISaya kini boleh membuat pengiraan sampel bagi Program Survelan Penyakit Haiwan Kebangsaan tanpa bantuan3. TINDAKAN MENTI (WAYFORWARD)Saya telah diberi tanggungjawab untuk membuat pengiraan sampel bagi Program Survelan Penyakit Haiwan Kebangsaan dan akan selesaikan dalam tempoh yang diberi(b) 19 FEBRUARI 20251. ULASAN MENTI


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202583a. Mentor memberikan tunjuk ajar dan penjelasan yang sangat jelas tentang cara cara menyiapkan slide pembentangan untuk Mesyuarat Penyelarasan Penyakit Haiwan.b. Saya dapat peluang menghadiri mesyuarat tersebut dan dapat melihat cara mentor mengendalikan mesyuarat dan membuat pembentangan.2. STATUS PERKEMBANGAN MENTIa. Saya kini tahu info atau data yang penting untuk dimasukkan ke dalam slide pembentangan.b. Saya dapat belajar cara memberikan pembentangan dengan teratur dan dapat melihat cara mentor mengawal keadaan mesyuarat ketika berlaku konflik perselisihan faham.3. TINDAKAN MENTI (WAYFORWARD)Saya akan menghadiri lebih banyak mesyuarat bersama mentor di masa hadapan untuk mempelajari cara memberikan pembentangan dengan berkesan dan cara mengawal keadaan ketika mesyuarat jika ada berlaku sebarang konflik dan perselisihan faham.(c) 21 FEBRUARI 20251. ULASAN MENTI


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202584Saya berpeluang untuk menyertai program survelan wabak ASF babi di Selangor bersama mentor (dalam gambar tiada gambar mentor kerana mentor yang ambil gambar tersebut).2. STATUS PERKEMBANGAN MENTISaya dapat melihat dan belajar tentang cara mentor berkomunikasi bersama penternak.3. TINDAKAN MENTI (WAYFORWARD)Saya akan menyertai lebih banyak program bersama mentor, untuk belajar skil komunikasi daripada mentor saya(d) 4 JUN 20251. ULASAN MENTIMentor memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya untuk menguruskan kursus. Kursus tersebut akan dijalankan pada bulan Julai. Mentor banyak memberikan tunjuk ajar daripada pemilihan peserta, tempat kursus, penulisan surat, pemilihan penceramah dan sebagainya. Mentor juga berkongsi tentang pengalaman flow alir kerja dan pengalaman berurusan dengan banyak pihak.2. STATUS PERKEMBANGAN MENTI


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202585Saya lebih memahami proses alir kerja untuk menguruskan kursus di dalam jabatan. Ianya bukan perkara yang mudah namun melalui pengalaman ini saya percaya banyak soft skill dapat diasah hal ini kerana saya perlu berhubung dan berinteraksi dengan banyak pihak.3. TINDAKAN MENTI (WAYFORWARD)Saya akan terus mencari tempat kursus, mengeluarkan surat kepada peserta dan penceramah.LAPORAN AKHIR - 24 JUN 20251. ULASAN KESELURUHAN MENTIMenerusi program mentor mentee ini saya telah dapat menimba ilmu yang banyak daripada mentor saya iaitu Dr. Khairina. saya amat bersyukur kerana mentor saya sangat terbuka untuk berkongsi ilmu dan pandangan bagi memastikan saya dapat melaksanakan tugas dengan lancar.2. PERKEMBANGAN DAN PENCAPAIAN OBJEKTIF MENTIa. Saya telah belajar cara menullis surat dengan betul, dan mengendalikan mesyuarat. b. Saya telah berjaya menganalisa laporan tahunan program survelan kebangsaan penyakit haiwan.


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202586c. Saya telah berjaya menguruskan kursus latihan teknikal kawalan penyakit. Melalui program tersebut, saya telah belajar cara berkomunikasi dengan banyak pihak bagi menjayakan aktiviti sepanjang program. 3. ULASAN MENTORMelalui program ini saya dapat melihat perkembangan positif menti saya terutama dari perancangan, delegasi dan pelaksanaan tugas. Kekuatan Dr.Nadiah adalah beliau seorang yang cepat belajar, berdisiplin dan proaktifMENTOR MENTI 12:DR. NORAIHAN BINTI MOHD YASIN @ MUHAMMAD - MENTORDR. NIK NUR NAJIHAH BINTI NIK MOHD AZRIHAN - MENTI(a) 17 FEBRUARI 20251. ULASAN MENTIPada 17 Februari 2025, pertemuan pertama antara mentor iaitu Dr. Noraihan Mohd Yasin dan saya telah diadakan pada jam 2.30 petang di Makmal Veterinar Zon Timur (Pahang). Kami telah menjalankan sesi 'ice breaking’ dan juga sesi perkongsian pengalaman bekerja sepanjang beliau berkhidmat di dalam jabatan perkhidmatan veterinar (DVS). Beliau juga menyatakan hasratnya untuk berkhidmat di dalam jabatan sehingga bersara. Saya juga telah berkongsi hasrat dan perancangan untuk perkembangan kerjaya pada masa hadapan.


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202587Beliau juga memberikan penerangan ringkas tentang tugasnya sebagai Pengarah Makmal dan cara-cara pengurusan makmal. Pengurusan makmal secara amnya terbahagi kepada dua bahagian iaitu pengurusan kewangan danpengurusan pentadbiran. Pengurusan kewangan merupakan satu elemen yang sangat penting di dalam pengurusan sesebuah organisasi yang mana semua penjawat awam wajib patuh dengan prosedur kewangan yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia. Prosedur-prosedur kewangan dapat kita pelajari dengan menyertai kursus kewangan yang diadakan oleh pihak kerajaan dan juga melalui pengalaman bekerja. Kita hendaklah memantau dengan teliti status kewangan dan juga pembelanjaan untuk mengelakkan sebarang ketirisan dan ketidakakuran. Selain itu, pengurusan pentadbiran juga tidak kurang penting dimana merangkumi pengurusan kakitangan, pengurusan cuti, aset dan lain-lain. Kerja-kerja teknikal dalam pengujian makmal juga perlu diselaraskan dan dipantau supaya fungsi makmal sentiasa cemerlang. Komunikasi yang berkesan antara ketua dan kakitangan seliaan juga sangat penting untuk memastikan suasana kerja yang harmoni dan kondusif. Setiap masalah yang timbul perlu diselesaikan dengan berhemah dan berkesan. Pengurusan yang baik akan dapat memastikan KPI organisasi dapat dicapai dan produktiviti sentiasa meningkat.2. STATUS PERKEMBANGAN MENTISaya dapat belajar dan mendapat input yang sangat berguna berkaitan pengurusan makmal dari aspek pentadbiran, kewangan dan teknikal. Seterusnya, saya akan lebih memahami dan mengetahui tentang pengurusan pentadbiran dan prosedur kewangan setelah menyertai kursus dan juga melalui pengalaman bekerja yang akan diperolehi sepanjang tempoh perkhidmatan. Selain itu, saya juga mendapat pendedahan tentang kepentingan pemantauan yang berterusan kepada kakitangan seliaan saya bagi memastikan setiap prosedur yang dilakukan adalah betul dan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan seterusnya dapat mencapai KPI yang ditetapkan.3. TINDAKAN MENTI (WAYFORWARD)Saya perlu mempelajari pengurusan kakitangan dari semasa ke semasa bagi memastikan pengurusan kakitangan seksyen di bawah seliaan saya berjalan dengan lancar termasuk pengurusan cuti, etika dan tatakelakuan, komunikasi berkesan dan lain-lain lagi. Pengurusan kakitangan seliaan adalah penting


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202588untuk memastikan segala aktiviti-aktiviti makmal termasuklah ujian dapat dijalankan dengan cekap dan mencapai KPI yang ditetapkan. Selain itu, saya hendaklah sentiasa bertanya kepada pegawai yang lebih senior supaya saya dapat belajar daripada pengalaman yang mereka dapat sepanjang berkhidmat di DVS. Di samping itu, saya juga mestilah mencari peluang dan ruang untuk menyertai pelbagai aktiviti agar dapat pelbagai ilmu yang bermanfaat dan boleh diaplikasikan semasa bekerja.(b) 24 MAC 20251. ULASAN MENTIPada 24 Mac 2025, pertemuan kedua antara mentor dan menti telah diadakanpada jam 9.30 pagi. Kami menjalankan sesi bual bicara berkenaan topik pengurusan politik organisasi. Antara komponen yang penting dalam pengurusan politik organisasi adalah kemahiran menyesuaikan diri, kemahiran perundingan dalam menjana situasi menang-menang, keupayaan mengimbangi pengaruh dari individu / pihak berkepentingan dan kemahiran membina jaringan strategik sama ada dalam / luar organisasi. Kemahiran membina jaringan kerjasama strategik amatlah penting dalam pengurusan politik organisasi bagi membina kerjasama yang baik serta meningkatkan produktiviti semasa bekerja. Sebagai contoh, dengan adanya hubungan baik dengan kakitangan bawahan serta pelanggan dapat membentuk


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202589jalinan kerjasama dalam organisasi, menjalankan kolaborasi serta dapat menyelesaikan masalah yang timbul dengan lebih cepat. Selain itu, kita juga boleh membina kerjasama yang baik dengan syarikat-syarikat pembekal dengan berkomunikasi secara efektif sama ada melalui email mahupun bersemuka. Hal ini dapat memudahkan urusan pembekalan dan juga kerjakerja yang berkaitan. Selain itu, Dr. Noraihan juga berkongsi pendapat dan cara-cara / tips untuk membina kerjasama yang strategik sama ada dalam / luar organisasi melalui pengalaman beliau sepanjang berkhidmat dalam jabatan. Kita hendaklah mendekati kakitangan organisasi dan pelanggan jabatan untuk menjalin hubungan erat supaya dapat bekerjasama dan penyelesaian masalah dengan lebih cepat dan efektif. Di samping itu, kita juga mestilah menjaga hubungan yang baik semasa bekerja agar sama-sama mengatasi sebarang cabaran di masa akan datang. 2. STATUS PERKEMBANGAN MENTISaya dapat belajar kemahiran membina jaringan kerjasama strategik sama ada dalam / luar organisasi melalui perkongsian pengalaman daripada Dr. Noraihan. Selain itu, saya juga mendapat panduan / tips yang sangat berguna untuk berkomunikasi serta membina jaringan kerjasama sama ada dalam / luar organisasi. Seterusnya, saya akan lebih mengetahui tentang pengurusan politik organisasi melalui komunikasi efektif serta pengalaman yang akan diperolehi sepanjang tempoh perkhidmatan di jabatan perkhidmatan veterinar.3. TINDAKAN MENTI (WAYFORWARD)Saya perlu mempelajari kemahiran membina jaringan strategik sama ada dalam/ luar organisasi agar dapat meningkatkan produktiviti semasa bekerja dan dapat menyelesaikan masalah dengan lebih efektif. Seterusnya, saya hendaklah sentiasa berkomunikasi dan membina hubungan baik dengan kakitangan dalam organisasi serta pelanggan makmal agar dapat membina kerjasama yang baik dan berkesan. Di samping itu, saya mestilah mengimbangi pengaruh dari individu / pihak berkepentingan agar kerahsian maklumat kerajaan terjaga. (c) 7 APRIL 2025


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025901. ULASAN MENTIPada 7 April 2025, pertemuan ketiga antara mentor dan menti telah diadakan pada jam 9.30 pagi. Saya telah diberikan tugasan oleh Dr. Noraihan untuk turut serta dalam persiapan program bagi lawatan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar (Kesihatan Veterinar) YBrs. Dr. Rohaya binti Ali ke Makmal Veterinar Zon Timur (Pahang) yang akan diadakan pada 11 April 2025 di Bilik Mesyuarat Utama, DVS Pahang. Beliau telah memberi penerangan tentang perkara-perkara penting yang perlu dilakukan sebagai persediaan awal bagi menyambut kedatangan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar (Kesihatan Veterinar) tersebut.Mesyuarat ringkas telah dijalankan oleh Dr. Noraihan bersama kakitangan makmal untuk pembahagian skop tugas bagi melancarkan pergerakan majlis lawatan rasmi tersebut. Antara fokus utama dalam pengurusan majlis rasmi adalah persiapan makmal dan makluman kepada kakitangan, aturcara majlis, hadiah dan cenderamata, pemilihan menu jamuan, pengacaraan majlis formal dan penyediaan tempat. Aturcara majlis sangatlah penting bagi memastikan majlis berjalan denganlancar. Di samping itu, antara komponen utama yang perlu dimasukkan dalam aturcara majlis seperti waktu tetamu mula tiba, waktu majlis bermula, waktu jamuan ringan, waktu tamat majlis dan lain-lain lagi. Seterusnya, persiapan makmal dan makluman kepada kakitangan amatlah penting agar kakitangan bersedia dari segi persediaan tempat dan juga mematuhi etika berpakaian bagi majlis rasmi. Kesimpulannya, saya dapat banyak input dan ilmu baru tentang pengurusan majlis rasmi melalui penerangan yang telah diberikan oleh Dr. Noraihan. Saya juga dapat peluang untuk menimba pengalaman dalam menguruskan majlis rasmi melalui tugasan yang telah diberikan oleh mentor saya.2. STATUS PERKEMBANGAN MENTISaya dapat belajar tentang pengurusan majlis rasmi melalui tugasan yang telah diberikan oleh mentor saya. Saya juga dapat belajar untuk menggunakan kemahiran komunikasi dengan lebih efektif agar kerjasama yang baik dapat dibina dalam kalangan kakitangan bagi menjayakan majlis rasmi atau acara rasmi.


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025913. TINDAKAN MENTI (WAYFORWARD)Saya hendaklah turut serta dan menghadiri lebih banyak program atau majlis rasmi agar dapat meningkatkan kemahiran pengurusan majlis pada masa hadapan. Seterusnya, saya mestilah sentiasa bertanya dan rujuk kepada mentor jika ada persoalan tentang pengurusan serta kepimpinan agar saya dapat belajar dan mencontohi cara pengurusan mentor saya.(d) 3 JUN 20251. ULASAN MENTIPada 3 Jun 2025, pertemuan ke-4 antara mentor dan menti telah diadakan pada jam 2.30 petang. Kami menjalankan sesi bual bicara berkenaan topik motivasi kepimpinan.Motivasi merupakan satu rangsangan yang membangkitkan dan mengekalkan minat seseorang individu ke arah mencapai sesuatu matlamat. Ianya juga merupakan asas kepada tenaga penggerak individu untuk bekerja dan mencipta suasana persaingan yang positif di tempat kerja. Seterusnya, motivasi kepimpinan adalah keupayaan memotivasikan diri secara dalaman dan luaran. Terdapat beberapa kemahiran dalam motivasi kepimpinan termasuk kemahiran membina keyakinan diri sebagai seorang pemimpin, kemahiran pengurusan perhubungan dari aspek tingkah laku, pemikiran, emosi dan persepsi sebagai


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202592pemimpin serta kemahiran memberi motivasi berdasarkan peribadi dan pemimpin terdahulu.Di samping itu, kita juga boleh membina karakter seorang pemimpin mengikut cara masing-masing. Antara contoh-contoh karakter seorang pemimpin seperti kepimpinan berorientasikan arahan, kepimpinan berorientasikan sokongan dan kepimpinan berorientasikan penyertaan. Seterusnya, antara kepentingan motivasi adalah untuk membangkitkan minat dan semangat ketika berurusan, mewujudkan penumpuan dan perhatian yang sepenuhnya serta mewujudkan nilai persaingan yang sihat dan positif.2. STATUS PERKEMBANGAN MENTISaya dapat belajar tentang teknik-teknik bagi membina karakter seorang pemimpin yang mempunyai keyakinan diri melalui nasihat-nasihat yang telah diberikan oleh mentor saya. Saya juga dapat belajar cara untuk menguruskan kakitangan dengan lebih baik dan kepentingan kerjasama sebagai satu pasukan untuk mencapai KPI jabatan.3. TINDAKAN MENTI (WAYFORWARD)Saya mestilah sentiasa belajar untuk mewujudkan suasana yang harmoni dan positif dalam kerja berpasukan agar dapat meningkatkan minat dan semangat diri serta kakitangan semasa bekerja. Seterusnya, saya hendaklah sentiasa berusaha untuk membina keyakinan diri sebagai seorang pemimpin.LAPORAN AKHIR - 8 JULAI 20251. ULASAN KESELURUHAN MENTISaya dan mentor telah melaksanakan 4 kali sesi pertemuan iaitu:Sesi pertemuan 1 - 17 Februari 2025;Sesi pertemuan 2 - 24 Mac 2025;Sesi pertemuan 3 - 7 April 2025;Sesi pertemuan 4 - 3 Jun 2025.Melalui kempat-empat sesi pertemuan ini, saya dapat banyak ilmu terutamanya berkaitan kepimpinan serta pengurusan. Mentor saya telah berkongsi ilmu dan juga pengalaman beliau sepanjang berkhidmat di jabatan perkhidmatan veterinar.


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202593Seterusnya, saya juga mendapat pendedahan awal tentang pengurusan organisasi dan pengurusan pentadbiran. Saya dapat belajar berkaitan pengurusan makmal termasuk pengurusan kewangan dan juga pengurusan kakitangan seliaan. Selain itu, saya juga belajar berkenaan pengurusan politik organisasi. Mentor saya juga telah berkongsi pendapat dan juga tip-tip yang berguna bagi membina kerjasama strategik sama ada dalam atau luar organisasi. Kita dapat berkomunikasi dengan lebih mudah dan mampu menyelesaikan masalah dengan lebih efektif melalui kerjasama dan hubungan yang baik yang terbina diantara kakitangan organisasi dan pelanggan jabatan.Di samping itu, saya juga diberi peluang untuk turut serta dalam persiapan program bagi lawatan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar (Kesihatan Veterinar) YBrs. Dr. Rohaya binti Ali ke Makmal Veterinar Zon Timur (Pahang). Mentor saya telah memberikan penerangan dan berkongsi inputberkaitan pengurusan majlis rasmi. Saya juga dapat belajar tentang motivasi kepimpinan. Terdapat beberapa kemahiran dalam motivasi kepimpinan yang boleh saya pelajari termasuk kemahiran memberi motivasi, kemahiran membina keyakinan diri dan lain-lain lagi.Kesimpulannya, saya dapat belajar banyak ilmu bermanfaat sepanjang penglibatan dalam sesi pementoran dan dapat membantu saya untuk meningkatkan lagi keyakinan serta potensi diri.2. PERKEMBANGAN DAN PENCAPAIAN OBJEKTIF MENTIPerkembangan diri saya sebagai menti sepanjang program pementoran ialah saya dapat pengalaman dan ilmu baru tentang pengurusan majlis rasmi melalui peluang yang telah diberikan oleh mentor saya. Saya juga dapat meningkatkan keyakinan diri terutamanya dalam pengurusan organisasi samada dengan kakitangan seliaan mahupun pelangan jabatan. Selain itu, saya juga dapat membina dan meningkatkan kemahiran kerjasama strategik dalam atau luar organisasi3. ULASAN MENTORDr. Nik Nur Najihah telah menunjukkan perkembangan yang memberansangkan sepanjang program dilaksanakan. Beliau dilihat lebih berkeyakinan dan komited dalam menjalankan tugas harian.


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202594Walaubagaimanapun, pemantauan berterusan masih diperlukan untuk menambahbaik kemahiran dan kompetensi dalam tugas-tugas beliau.MENTOR MENTI 13:DR. MOHD SHAFARIN BIN SHAMSUDDIN - MENTORDR. SITI AISYAH BINTI HAMDAN - MENTI(a) 6 MAC 20251. ULASAN MENTIGambar 1: Sesi pertemuan pertamaPerjumpaan pertama secara bersemuka saya bersama mentor telah diadakanpada Khamis, 6hb Mac 2025 di Makmal Veterinar Zon Tengah, Selangor. Pada perjumpaan kali ini, saya telah mendapat pendedahan yang sangat berharga mengenai cara berkomunikasi yang efisien dalam melahirkan seorang pemimpin yang berjaya dan dihormati. Mentor saya menekankan bahawa komunikasi yang jelas dan berkesan merupakan salah satu kunci utama dalam memimpin dengan baik Mentor saya turut mengingatkan saya tentang kepentingan membina rangkaian atau \"networking\" di alam pekerjaan. Perkara ini harus dipelajari dan diterokai


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202595dari semasa ke semasa, kerana ia memberi impak yang besar dalam memperluaskan pengetahuan dan peluang yang boleh diakses. Gambar 2: Sesi pembelajaran slide histologi bersama mentorDi samping itu, mentor saya juga memberi penekanan bahawa mempelajari sesuatu daripada kesilapan yang pernah dilakukan adalah salah satu cara yang terbaik untuk terus berkembang. Setiap kesilapan yang dialami harus dilihat sebagai peluang untuk belajar dan memperbaiki diri, bukan sebagai kegagalan. Dengan cara ini, seseorang akan lebih berkemahiran, lebih kreatif, dan lebih bersedia untuk menghadapi cabaran di masa depan. Perjumpaan ini benar-benar memberi saya perspektif baru tentang kepimpinan dan bagaimana cara untuk terus berkembang dalam kehidupan profesional saya.2. STATUS PERKEMBANGAN MENTISepanjang program pementoran ini berjalan, mentor saya banyak membantu saya dalam membentuk sifat kepimpinan yang perlu dalam diri seorang pemimpin. Antaranya, saya telah dilantik menjadi timbalan setiausaha untuk Persidangan Saintifik 11th ASVP & 16th MAVP bagi tahun 2025. Melalui jawatankuasa ini, saya cuba untuk membentuk networking yang lebih meluas


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202596kerana ianya melibatkan sektor veterinar lain seperti Asian Society of Veterinary Pathologists (ASVP), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan IPharm Sdn Bhd. Selain itu, mentor saya telah memberikan saya peluang untuk saya melibatkan diri dalam program penyempelan darah untuk wabak penyakit African Swine Fever di Kuala Langat, Selangor. Disini saya telah memepelajari banyak perkara seperti cara membuat kerja lapangan dan protokol veterinar dalam mengawal penyebaran penyakit. Kami juga telah membuat sesi perbincangan berkenaan wabak penyakit ASF ini dan mentor saya telah memberi penjelasan yang lebih mendalam tentang perkara-perkara yang saya kurang jelas. Selain itu, saya juga telah diarahkan untuk mengikuti kursus pemahaman undang-undang Jabatan Perkhidmatan Veterinar berkaitan kawalan penyakit haiwan tahun 2025. Banyak ilmu baru yang saya peroleh disini dan saya dapat lebih memahami tentang punca kuasa undang- undang veterinar dan cara penguatkuasaanya.Gambar 3: Program penyiasatan wabak African Swine Fever3. TINDAKAN MENTI (WAYFORWARD)Antara tindakan yang akan saya ambil untuk mencapai matlamat pementoran ini adalah dengan meningkatkan kemahiran kepimpinan melalui pengalaman yang diperoleh dalam jawatan atau organisasi.


Click to View FlipBook Version