Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025147organisasi. Penguatkuasa dilantik untuk menguatkuasakan undang-undang jabatan yang mana ia perlu dipikul sebagai amanah dan menjalankan tanggungjawab itu dengan telus. KPVN perlu mengajarkan anggota penguatkuasa mengenai undang-undang dan pastikan mereka faham apa yang telah dipelajari. Pemahaman undang-undang veterinar perlu menjalani 4 kaedah:a. Pengetahuan terhadap undang-undangb. Pemahaman terhadap undang-undangc. Aplikasikan undang-undang semasa operasi, siasatan dan pendakwaand. Buat Analisis terhadap kelemahan yang perlu ditambah baik dalam menguatkuasakan undang-undang veterinarKPVN juga dinasihatkan supaya mengadakan taklimat kepada team operasi untuk penetapan keputusan perolehan kes dan penetapan hendaklah diselaraskan dan tetap bagi semua anggota dalam memberi keputusan. Beri penekanan terhadap tanggungjawab ketua pasukan operasi2. STATUS PERKEMBANGAN MENTIa. Kehadiran & PenglibatanMenti menunjukkan komitmen yang tinggi dengan kehadiran tepat pada masanya serta penglibatan aktif dalam sesi taklimat bersama mentor. Beliau juga mengambil inisiatif dengan melibatkan pegawai lain (En. Muhammad Shafek bin Md. Kamil) bagi memastikan taklimat memberi impak menyeluruh terhadap pasukan.b. Kefahaman Terhadap Peranan KPVNMelalui sesi ini, menti telah diberi penekanan jelas tentang:i. Tanggungjawab penguat kuasa dalam menguatkuasakan undangundang jabatan.ii. Kepentingan amanah, integriti dan ketelusan dalam menjalankan tugas.iii. Peranan KPVN dalam memberi bimbingan kepada anggota bawahan.Menti menunjukkan kefahaman awal terhadap prinsip ini dan didedahkan kepada pendekatan sistematik dalam pelaksanaan tugas.c. Pendekatan Sistematik Dalam PenguatkuasaanMenti telah memahami bahawa pemahaman undang-undang perlu melalui 4 kaedah utama:i. Penguasaan pengetahuan undang-undang.
Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025148ii. Kefahaman mendalam terhadap kandungan undang-undang.iii. Keupayaan mengaplikasi undang-undang semasa operasi, siasatan dan pendakwaan.iv. Keupayaan membuat analisis terhadap kelemahan penguatkuasaan untuk penambahbaikan.Ini menunjukkan peningkatan dalam pemikiran analitik dan kesediaan untuk memperkemas proses kerja secara profesional.d. Kesedaran Terhadap Pengurusan PasukanMenti telah didedahkan kepada keperluan untuk menyelaras keputusan dalam pasukan operasi serta menitikberatkan tanggungjawab ketua pasukan dalam menentukan halatuju tindakan kes. Ini menunjukkan perkembangan dalam aspek kepimpinan dan pengurusan dalaman pasukan.3. TINDAKAN MENTI (WAYFORWARD)a. Menyampaikan Taklimat DalamanMerancang dan melaksanakan sesi taklimat dalaman kepada semua anggota penguat kuasa mengenai:i. Peranan dan tanggungjawab KPVN.ii. Etika dan amanah dalam menjalankan tugas.iii. Proses pemahaman dan penguatkuasaan undang-undang veterinar.b. Menyusun Modul LatihanMenyediakan ringkasan atau modul latihan berfasa berdasarkan 4 kaedah utama pemahaman undang-undang:i. Pengetahuan terhadap undang-undang.ii. Pemahaman kandungan.iii. Aplikasi semasa operasi/siasatan/pendakwaan.iv. Analisis penambahbaikan kelemahan pelaksanaan.c. Penetapan Standard Operasi Pasukani. Membantu menyelaras keputusan kes dalam mesyuarat pasukan.ii. Membangunkan garis panduan atau checklist ringkas bagi ketua pasukan semasa operasi untuk memastikan tindakan seragam.iii. Bekerjasama dengan pegawai kanan dalam menetapkan prosedur tetap bagi pengurusan kes.d. Peningkatan Peribadi
Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025149i. Mendalami lagi akta-akta berkaitan penguatkuasaan veterinar melalui pembacaan, kursus atau perbincangan bersama mentor.ii. Merekodkan kes-kes terdahulu untuk dianalisis dan dijadikan panduan (rujukan kes dan tindakan).e. Laporan dan Tindakan Susulani. Menyediakan laporan perkembangan susulan kepada mentor bagi setiap tindakan yang telah dilaksanakan.ii. Mengadakan sesi maklum balas dalaman bagi menilai keberkesanan latihan dan penambahbaikan berterusan.LAPORAN AKHIR - 5 JULAI 20251. ULASAN KESELURUHAN MENTISepanjang pelaksanaan Program Pementoran Kepimpinan, saya telah mendapat pendedahan yang sangat bermakna daripada mentor saya, Tn. Mohd Zamri bin Ishak@Shak. Melalui empat sesi pertemuan yang telah diadakan, saya berpeluang untuk memahami dengan lebih mendalam berkenaan peranan saya sebagai Ketua Penguatkuasa Veterinar Negeri (KPVN), khususnya dari segi aspek operasi, siasatan dan pendakwaan.Program ini telah membantu saya untuk lebih bersedia melaksanakan tanggungjawab di peringkat negeri serta meningkatkan keyakinan dalam membuat keputusan berkaitan pengendalian kes, pemantauan pegawai bawahan, dan penyediaan dokumen rasmi seperti kertas siasatan dan prosedur pemeriksaan. Saya amat menghargai segala ilmu, panduan dan bimbingan yang diberikan oleh mentor saya sepanjang program ini.2. PERKEMBANGAN DAN PENCAPAIAN OBJEKTIF MENTIa. Peningkatan Pengetahuan Perundangan:Saya telah memahami dengan lebih jelas pelaksanaan Akta Binatang 1953, Akta Kebajikan Haiwan 2015 serta Kaedah-Kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan) 2009 yang relevan dalam tugas harian saya. Saya juga dapat mengenal pasti isu-isu pelaksanaan dan mengambil langkah menambah baiknya di peringkat negeri.b. Pemantapan Tanggungjawab Sebagai Pegawai Pendakwa:
Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025150Melalui sesi bersama mentor, saya kini lebih memahami proses penyediaan dan pemantauan kertas siasatan serta keperluan memastikan pegawai penyiasat melaksanakan tugas mereka mengikut piawaian jabatan.c. Pembangunan Bahan Rujukan Prosedur:Saya telah diberikan tugasan untuk menyediakan carta alir proses pemeriksaan premis bagi aktiviti melibatkan haiwan dan berjaya merangka draf awal yang akan dijadikan asas kepada Arahan Prosedur Tetap (APT) jabatan.d. Pendedahan Isu Semasa dan Pindaan Perundangan:Saya berpeluang membincangkan isu semasa berkaitan penguatkuasaan dan telah mendapatkan pandangan mentor untuk pindaan Enakmen Negeri. Ini membuka peluang kepada saya untuk berperanan lebih aktif dalam pembangunan dasar dan undang-undang di peringkat negeri3. ULASAN MENTORa. Menti menunjukkan komitmen yang tinggi dan pemahaman yang jelas terhadap setiap tugas dan tanggungjawab yang diberikan. b. Menti mempunyai potensi besar dalam mengurus dan memimpin Bahagian Penguat Kuasa di peringkat negeri dengan lebih efektif. c. Menti perlu terus melibatkan diri dalam perbincangan strategik, mengadakan latihan dalaman, serta memperkasakan pasukan di bawah pengurusan Menti untuk memastikan pelaksanaan tugas selaras dengan undang-undang dan prosedur yang ditetapkan10.PROGRAM PEMANTAPAN PEMENTORAN KEPIMPINAN 2025
Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025151
Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025152Program Pemantapan Pementoran Kepimpinan 2025 telah diadakan di Villea Morib, Banting, Selangor pada 12 - 13 Ogos 2025. Program ini disertai oleh pasangan mentor dan menti dari Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Jabatan / agensi di bawahnya. Jabatan Perkhidmatan Veterinar diwakili oleh dua (2) pasanganmentor dan menti iaitu Dr. Mohd Shafarin bin Shamsuddin dan Dr. Siti Aisyah binti Hamdan, serta Dr. Ketty Goh Siew Lin dan Dr. Ng Shahlini. Menerusi pelbagai aktiviti indoor dan outdoor yang telah dijalankan bermula dari pagi hingga ke malam, Dr. Mohd Shafarin bin Shamsuddin telah menunjukkan kecemerlangan disepanjang program tersebut dan telah dipilih sebagai Mentor Terbaik.11.ANUGERAH PASANGAN MENTOR MENTI JABATANPERKHIDMATAN VETERINAR TERBAIK 2025
Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025153Majlis Penutup Program Pementoran Kepimpinan 2025 peringkat Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan diadakan pada 30 Oktober 2025 di Dewan Serbaguna Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dengan penyampaian beberapa kategori anugerah. Anugerah Pasangan Mentor dan Menti Terbaik Jabatan Perkhidmatan Veterinar dimenangi oleh mentor Dr. Mohd Shafarin bin Shamsuddin dan menti Dr. Siti Aisyah binti Hamdan. Anugerah ini diberikan kepada pasangan mentor dan menti yang menunjukkan komitmen, berketrampilan dan berpengetahun serta kerjasama yang jitu dalam proses pementoran. Anugerah disampaikan oleh Datuk Seri Isham bin Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.12.ULASAN DAN RUMUSAN Program Pementoran Kepimpinan 2025 dilihat amat membantu menti dalam pelbagai aspek, termasuk:a. Peningkatan Kemahiran Insaniah (Soft Skills):Menti menunjukkan peningkatan dalam keyakinan diri, kemahiran komunikasi, dan pengurusan masa. Mereka menjadi lebih berani untuk berkomunikasi dan membentangkan idea di hadapan orang ramai, termasuk dalam mesyuarat rasmi.b. Pendedahan Pengurusan dan Pentadbiran:Program ini memberi pendedahan kepada menti tentang pengurusan kewangan, pentadbiran pejabat, dan perancangan projek. c. Peningkatan Profesionalisme dan Etika Kerja:
Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025154Mentor menekankan kepentingan integriti, akauntabiliti, dan etika profesional dalam setiap tindakan. Menti juga belajar cara berinteraksi dengan pelbagai pihak, termasuk penternak, pegawai atasan, dan wakil agensi lain secara profesional.d. Pengembangan Jaringan (Networking):Program ini membantu menti membina hubungan profesional yang positif dengan rakan sekerja, pegawai atasan, dan pihak berkepentingan luar seperti pihak industri dan agensi kerajaan yang lain.e. Sokongan dan Bimbingan Berterusan:Mentor memberikan sokongan moral, nasihat, dan bimbingan praktikal untuk membantu menti menghadapi cabaran di tempat kerja. Secara keseluruhan, mentor dan menti bersetuju bahawa program ini adalah inisiatif yang baik dalam membimbing pegawai baharu dan perlu diteruskan pada masa hadapan. Ia bukan sahaja memberi manfaat kepada menti untuk meningkatkan potensi diri, malah turut memberikan peluang kepada mentor untuk mengasah kemahiran kepimpinan mereka.
Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025155PENGHARGAANSetinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada mentor dan menti Program Pementoran Kepimpinan Jabatan Perkhidmatan Veternar Tahun 2025 yang telah memberikan komitmen yang terbaik sepanjang berlangsungnya program ini.Terima kasih atas kesudian para mentor berkongsi pengalaman, memberikan bimbingan tanpa jemu, serta memberikan komitmen melampaui tugas hakiki.Tahniah atas kesungguhan para menti untuk belajar dan berkembang. Komitmen yang para menti tunjukkan untuk meningkatkan kompetensi diri amat dibanggakan.SEKSYEN PEMBANGUNAN KOMPETENSIBahagian Pembangunan Modal InsanJabatan Perkhidmatan VeterinarMalaysia
Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025156SIDANG REDAKSI LAPORAN PROGRAM PEMBANGUNAN KEPIMPINAN JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR TAHUN 2025Penaung : Datuk Dr. Mohd Noor Hisham bin Mohd HaronKetua Pengarah Perkhidmatan VeterinarPenasihat : Dr. Maria binti JamliPengarah Bahagian Pembangunan Modal InsanPenyunting : Dr. Nur Hafizan binti SharudinPenyelaras Program Pementoran Kepimpinan sesi 2025Seksyen Pembangunan KompetensiBahagian Pembangunan Modal InsanDr. Nornajibah binti KamarudinSeksyen Pembangunan KompetensiBahagian Pembangunan Modal InsanDr. Maya Sofia binti Abdul LatifSeksyen Pembangunan KompetensiBahagian Pembangunan Modal InsanPn. Iadah binti KalidSeksyen Pembangunan KompetensiBahagian Pembangunan Modal InsanCik Vanessa Christie YibitSeksyen Pembangunan KompetensiBahagian Pembangunan Modal Insan
Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025157