The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LAPORAN PROGRAM PEMENTORAN KEPIMPINAN DVS TAHUN 2025

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ijanzul74, 2026-03-03 23:58:50

LAPORAN PROGRAM PEMENTORAN KEPIMPINAN DVS TAHUN 2025

LAPORAN PROGRAM PEMENTORAN KEPIMPINAN DVS TAHUN 2025

Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202597Sebagai timbalan setiausaha untuk persidangan, saya akan memberi tumpuan kepada pengurusan jadual dan mesyuarat sebelum persidangan sebenar dilaksanakan. Di samping itu, saya juga akan berusaha untuk memperluaskan jaringan profesional melalui setiap program yang saya sertai, dengan harapandapat menambah pengetahuan dan pengalaman. Saya bercadang untuk sentiasa meminta maklum balas daripada mentor agar saya dapat mengenal pasti kelemahan dan memperbaiki kemahiran yang ada. Selain itu, saya akan mencabar diri untuk melaksanakan setiap tugasan yang diberikan dengan sebaik mungkin, demi mencapai hasil yang cemerlang.(b) 8 APRIL 20251. ULASAN MENTIGambar 1: Perjumpaan kedua mentor mentiPerjumpaan kedua secara bersemuka antara saya (menti) dan Dr. Mohd Shafarin bin Shamsuddin (mentor) telah diadakan pada hari Selasa, 8 April 2025 bertempat di Makmal Veterinar Zon Tengah, Selangor. Dalam sesi ini, saya telah mengemukakan beberapa persoalan untuk mendapatkan pencerahan serta bimbingan berkenaan aspek pengurusan dan pelaksanaan sesuatu program atau kursus, terutamanya yang melibatkan kerjasama dengan pembekal dan tenaga pengajar luar. Antara persoalan yang


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202598dibincangkan termasuklah tatacara penganjuran program melibatkan pihak luar, serta langkah-langkah yang perlu diambil dalam menguruskan sesuatu latihan. Mentor telah memberikan panduan yang jelas berkaitan keperluan dokumentasi, prosedur rasmi, serta susun atur kerja yang perlu diberi keutamaan bagi memastikan kelancaran penganjuran program atau latihan. Selain itu, aspek pengurusan kewangan turut dibincangkan memandangkan ini merupakan kali pertama saya diberi tanggungjawab untuk menguruskan perbelanjaan bagi tujuan kursus atau latihan. Sebelum ini, penglibatan saya hanya tertumpu kepada latihan dalaman yang tidak melibatkan sebarang urusan kewangan. Justeru, penjelasan serta panduan daripada mentor sangat membantu dalam memperkukuhkan pemahaman saya berkaitan pengurusan bajet dan perolehan.Gambar 2: Astell Scientific ASB270 Autoclave Competency Training2. STATUS PERKEMBANGAN MENTIBuat masa ini, menti giat menyertai pelbagai latihan bagi menambah pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tugas semasa. Antara latihan yang telah dihadiri termasuk Latihan Asas Ujian Thick & Thin Blood Smear, serta Latihan Asas Ujian McMaster, Floatation & Sedimentation. Selain itu, menti juga


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 202599telah mengikuti Astell Scientific ASB270 Autoclave Competency Training yang dianjurkan di Makmal Veterinar Zon Tengah. Saya turut diberi tugasan untuk terlibat secara langsung dalam penganjuran sebuah latihan. Peluang ini dimanfaatkan sepenuhnya bagi memantapkan kemahiran komunikasi serta membina rangkaian profesional (networking), seperti yang digalakkan oleh mentor. Tugas ini menuntut saya untuk berhubung dan berurusan dengan pelbagai pihak dalam memastikan kelancaran pelaksanaan latihan yang dianjurkan. Pengalaman ini merupakan satu proses pembelajaran baharu yang amat bermakna dalam usaha meningkatkan keyakinan diri serta keupayaan berinteraksi secara berkesan dengan pelbagai pihak berkepentingan.3. TINDAKAN MENTI (WAYFORWARD)Saya cuba melibatkan diri dengan program dalaman yang dianjurkan untuk menambah pengetahuan baru. Selain itu, saya juga turut mengambil peluang untuk turun ke lapangan dan mentor juga memberi galakan dan kebenaran untuk saya mengikuti program persampelan darah untuk penyediaan blood agar kegunaan seksyen bakteriologi. Sebagai langkah susulan, saya merancang untuk berbincang semula dengan mentor selepas draf awal pelan tindakan disediakan, bagi mendapatkan semakan dan maklum balas lanjut. Langkah ini diharapkan dapat membantu saya melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan lebih teratur dan berkesan.(c) 14 MEI 20251. ULASAN MENTIPerjumpaan ketiga bersama mentor, Dr. Mohd Shafarin bin Shamsuddin, telah diadakan secara bersemuka dalam gabungan beberapa sesi. Sesi-sesi ini berlangsung seiring dengan penglibatan kami dalam beberapa program dan aktiviti penting seperti Lawatan Kerja Rasmi Dr. Rohaya Mohd Ali, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar (TKPPV), ke Makmal Veterinar Zon Tengah, sesi kunjungan Dato’ Dr. Quaza Nizamuddin (mantan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar) ke Makmal Veterinar Zon Tengah, serta pelaksanaan kes Post Mortem Forensik di makmal.


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025100Sepanjang sesi ini, saya memperoleh pelbagai pengalaman dan pengetahuan baharu yang amat bermakna. Dr. Shafarin banyak memberikan bimbingan, sokongan dan dorongan dalam setiap tugasan yang saya jalankan. Beliau juga berperanan sebagai faktor pendorong utama (push factor) yang sentiasa menggerakkan saya untuk keluar daripada zon selesa dan melaksanakan tanggungjawab dengan lebih yakin dan berkesan.Gambar 1: Kes post mortem forensik yang dibimbing oleh mentorSebagai menti, saya amat menghargai tunjuk ajar dan pendekatan mentor saya yang bukan sahaja memberi arahan, tetapi juga membimbing dengan penuh komitmen dan semangat.2. STATUS PERKEMBANGAN MENTISepanjang bulan ini, saya telah menyertai beberapa program yang secara tidak langsung membantu saya mengenali lebih ramai individu, sama ada dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar mahupun pihak luar. Saya juga telah berjaya menambah baik cara saya berkomunikasi dan menyantuni individu yang lebih


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025101berpengalaman. Contohnya, saya berkesempatan menyantuni Dr. Rohaya Mohd Ali, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar (TKPPV), semasa lawatan kerja rasmi beliau ke Makmal Veterinar Zon Tengah (Selangor) pada 29 April 2025. Daripada program tersebut, saya mempelajari cara mentor saya menyantuni dan memberikan setinggi penghargaan kepada beliau, memandangkan lawatan itu juga diadakan sempena majlis persaraan Dr. Rohaya. Saya turut melihat usaha semua pihak dalam menjayakan program ini walaupun persediaan dijalankan dalam tempoh yang singkat.Gambar 2: Perbincangan ketika kunjungan YBhg. Dato’ Dr. Quaza bersama syarikat Pest Buster ke Makmal Veterinar Zon Tengah Pada 30 April 2025, saya bersama mentor turut menyantuni tetamu yang hadir, iaitu Dato’ Dr. Quaza, mantan Ketua Pengarah DVS. Di sini, saya mempelajari cara membina dan menjaga hubungan baik dengan pihak luar. Saya juga menyedari bahawa kecekapan dalam mengurus dan menyusun atur masa adalah sangat penting. Walaupun mentor saya mempunyai jadual yang padat, beliau tetap dapat menguruskan tugasan dengan baik dan teratur.Saya turut berpeluang mengikuti sesi post mortem forensik bersama mentor saya pada 14 Mei 2025. Dalam sesi ini, beliau banyak berkongsi pengalaman sepanjang menguruskan kes-kes forensik dan menjadi saksi pakar di


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025102mahkamah. Saya mempelajari tujuan sebenar post mortem forensik dijalankan serta penggubalan Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan peraturan-peraturannya.Selain itu, saya turut mempelajari tentang perancangan dan visi makmal. Contohnya, makmal perlu sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan seperti berlakunya wabak penyakit. Dalam situasi sedemikian, makmal memainkan peranan penting dalam mendiagnosis penyakit. Rapid Action Team (RAT) juga telah dibentuk dan sentiasa berada dalam keadaan bersedia untuk turun ke lapangan jika berlaku sebarang wabak. Saya telah disenaraikan sebagai ahli RAT agar dapat mempelajari lebih banyak perkara di lapangan dan lebih bersedia sekiranya berlaku wabak pada masa hadapan.Selain itu, mindset to sustain and improvise adalah perlu dalam pengujian di makmalGambar 3: Pensampelan nodus limfa daripada 70 sampel kepala kambing bagi program kajian FMD kambing kacukan import Myanmar 3. TINDAKAN MENTI (WAYFORWARD)Setelah menyertai pelbagai program yang memberi peluang untuk berinteraksi dengan pegawai dalaman dan luaran Jabatan Perkhidmatan Veterinar, ianya membantu memperkukuh kemahiran komunikasi saya serta memberi


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025103pendedahan kepada etika profesional dalam menyantuni individu berpengaruh seperti Dr Rohaya Mohd Ali dan Dato’ Dr Quaza. Saya sedar bahawa penting untuk saya terus memperbaiki cara berkomunikasi dan membina hubungan baik dengan semua pihak.Selain itu, saya turut belajar tentang kecekapan dalam pengurusan masa melalui pemerhatian terhadap mentor saya. Walaupun beliau mempunyai komitmen yang tinggi, beliau masih mampu mengurus tugasan dengan tersusun. Oleh itu, saya akan mula mengamalkan kaedah pengurusan masa yang lebih efektif dalam rutin harian.Penglibatan saya dalam sesi post mortem forensik turut membuka peluang untuk mendalami aspek perundangan veterinar dan Akta Kebajikan Haiwan 2015. Saya bercadang untuk terus mengikuti kes-kes berkaitan serta menambah ilmu melalui pembacaan dan latihan.Sebagai ahli Rapid Action Team (RAT), saya akan memastikan diri sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan wabak. Saya juga akan turun ke lapangan pada bulan ini bagi menambah kemahiran saya di lapangan.Secara keseluruhan, pengalaman bulan ini telah banyak membantu dalam perkembangan diri saya. Saya akan terus melaksanakan langkah-langkah ini agar dapat menjadi pegawai veterinar yang lebih kompeten dan bersedia menghadapi cabaran dunia pekerjaan.Gambar 4: Lawatan kerja rasmi Dr. Rohaya Mohd Ali, Timbalana Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar (TKPPV) ke Makmal Veterinar Zon Tengah (d) 6 JUN 2025


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 20251041. ULASAN MENTIGambar 1: Sesi pembelajaran slaid histologiPerjumpaan keempat bersama mentor saya, Dr. Mohd Shafarin bin Shamsuddin, telah diadakan secara bersemuka pada 6 Jun 2025. Sepanjang sesi ini, pelbagai topik telah dibincangkan, merangkumi aspek kerjaya, pengurusan kes di lapangan, serta cabaran dalam bidang veterinar. Dr. Shafarin turut berkongsi pengalaman berharga beliau sepanjang berkhidmat sebagai penjawat awam dan pegawai penyiasatan penyakit di makmal veterinar. Perkongsian beliau memberikan gambaran yang lebih jelas kepada saya tentang realiti tugas dan tanggungjawab dalam bidang ini, khususnya dari sudut teknikal serta pendekatan pengurusan kes di makmal dan lapangan.Selain daripada sesi pementoran tersebut, saya turut diberi peluang untuk menyertai aktiviti di bawah bimbingan beliau, iaitu Latihan In-House Pengukuhan Kompetensi Bukan Ruminan yang telah diadakan pada 10 dan 11 Jun 2025. Sepanjang latihan ini, saya telah mempelajari pelbagai ilmu baharu berkaitan kesihatan haiwan bukan ruminan. Latihan ini membantu saya meningkatkan pemahaman terhadap keperluan penjagaan dan pengesanan


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025105penyakit bagi spesies bukan ruminan, yang sebelum ini kurang saya tekankan dalam pengalaman lapangan saya.Selain itu, dengan kebenaran mentor, saya turut berpeluang menyertai Program Vaksinasi Penyakit Kuku dan Mulut (FMD) di bawah inisiatif Zon Bebas FMD di Daerah Kulai, Johor, yang berlangsung dari 25 hingga 30 Mei 2025. Penglibatan saya dalam program ini telah memberi pendedahan secara langsung terhadap pelaksanaan aktiviti vaksinasi besar-besaran di lapangan, termasuk proses logistik, pengurusan stok vaksin, serta komunikasi bersama penternak. Sokongan dan kepercayaan yang diberikan oleh Dr. Shafarin amat saya hargai, kerana ia telah memberi impak besar dalam perkembangan profesional saya sebagai pegawai veterinar.Gambar 2: Sesi pembelajaran slaid histologi2. STATUS PERKEMBANGAN MENTISepanjang sesi pementoran keempat ini, saya telah melaksanakan tugasan berkaitan Latihan Pengukuhan Ujian Makmal Enzyme-Linked Immunosorbent Assay (ELISA) Brucella pada 13 dan 14 Mei 2025. Sepanjang program ini, saya telah mempelajari pelbagai aspek yang boleh diperbaiki pada masa hadapan, terutamanya dalam hal-hal seperti pengurusan kewangan dan kemahiran


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025106berunding dengan pihak luar bagi menghasilkan output yang memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak. Saya berharap pengalaman ini akan mematangkan saya dalam aspek pengurusan dan membolehkan saya menambah baik pelaksanaan program pada masa akan datang. Daripada latihan ini juga, saya berpeluang menimba ilmu daripada individu yang berpengalaman dalam bidang serologi, iaitu Encik Jamal Abdul Nasir, penceramah jemputan dari Institut Penyelidikan Veterinar Ipoh.Gambar 3: Latihan In-House Pengukuhan Kompetensi Bukan RuminanSelain itu, pada 23 hingga 30 Mei 2025, saya telah menyertai Program Vaksinasi FMD di Daerah Kulai, Johor, buat kali pertama. Pengalaman ini amat menyeronokkan kerana saya berpeluang mengasah semula kemahiran memberi suntikan kepada haiwan ruminan seperti lembu dan kambing. Setiap hari, saya dan kumpulan akan berkumpul seawal jam 8.00 pagi di Pejabat Veterinar Daerah Kulai untuk mengambil bekalan vaksin, jarum suntikan, PPE dan ubat-ubatan. Seterusnya, kami bergerak ke lokasi ladang yang ditetapkan mengikut panduan GPS, dan berhubung terus dengan pemilik ladang bagi menerangkan tujuan lawatan. Setelah mendapat kebenaran, kami mengenal pasti haiwan yang perlu menerima suntikan vaksin penggalak (booster). Selain itu, saya turut berpeluang melakukan proses tagging pada anak lembu /


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025107kambing serta memberikan ubat cacing kepada haiwan dewasa dan muda. Saya amat menikmati tugasan ini dan berharap diberikan peluang lagi untuk menyertai program sebegini pada masa akan datang.Gambar 4: Program Vaksinasi FMDPada 6 Jun 2025, sesi pementoran secara fizikal telah diadakan di bilik pegawai. Banyak perkara penting telah dibincangkan bersama mentor semasa sesi tersebut. Saya sangat teruja apabila mendengar pengalaman mentor dalam menangani wabak penyakit hawar berdarah. Beliau berkongsi cabaran dalam menenangkan penternak dan meyakinkan mereka mengenai kaedah pengurusan penyakit ini, termasuk memastikan haiwan tidak berada dalam keadaan tertekan. Situasi tersebut amat mencabar kerana ia memerlukan kemahiran komunikasi yang tinggi, memandangkan para penternak ketika itu berada dalam keadaan emosi yang tidak stabil akibat tekanan dan kerugian


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025108besar berpunca daripada wabak yang mudah merebak dan menyebabkan kematian haiwan ternakan mereka yang bernilai tinggi. Saya juga berpeluang menerima tunjuk ajar secara langsung daripada mentor saya berkaitan teknik membaca slaid histologi. Beliau telah memberikan garis panduan dan tips penting dalam mengenal pasti struktur tisu serta sel di bawah mikroskop. Panduan ini amat membantu saya dalam memahami bagaimana sesuatu slaid harus ditafsir, termasuk mengenal pasti keabnormalan yang mungkin wujud dalam sampel yang diperiksa. Perkara ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran teknikal saya, malah memperkukuhkan pemahaman teori yang telah dipelajari sebelum ini.3. TINDAKAN MENTI (WAYFORWARD)Sebagai langkah susulan dan hala tuju masa hadapan berdasarkan pengalaman sepanjang sesi pementoran dan latihan yang telah saya ikuti, saya merancang untuk meningkatkan kemahiran dalam interpretasi ujian makmal serta pembacaan slaid histologi, khususnya bagi tujuan diagnosis penyakit haiwan. Selain itu, saya menyedari kepentingan komunikasi berkesan dalam menyampaikan maklumat kepada penternak serta pihak berkepentingan, terutamanya semasa berdepan dengan isu kesihatan ternakan. Oleh itu, saya berazam untuk memperkukuh kemahiran komunikasi dan pengurusan konflik agar lebih bersedia dalam menangani situasi sebenar di lapangan. Saya juga berhasrat untuk terus melibatkan diri secara aktif dalam programprogram vaksinasi dan penyelidikan veterinar yang dianjurkan oleh jabatan, sebagai satu cara untuk menambah pengalaman praktikal. Tambahan pula, saya ingin menambah ilmu dalam aspek pengurusan program dan kewangan supaya lebih bersedia untuk merancang dan melaksanakan sesuatu program dengan lebih tersusun dan berimpak tinggi. Akhir sekali, saya akan mula membina portfolio profesional yang merangkumi segala pengalaman, latihan dan pencapaian saya sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan kelak.LAPORAN AKHIR - 3 JULAI 20251. ULASAN KESELURUHAN MENTI


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025109Sebagai seorang menti, saya berasa amat bersyukur dan gembira kerana berpeluang mengikuti program pementoran ini. Sepanjang tempoh bimbingan, saya telah memperoleh pelbagai ilmu dan panduan yang amat bermakna, terutamanya daripada mentor saya, Dr. Mohd Shafarin. Program ini bukan sahaja memberi saya peluang untuk menimba ilmu baharu dalam bidang veterinar, malah turut membantu saya mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri serta memperbaiki kemahiran komunikasi dan pemikiran kritikal.Walaupun program ini bakal melabuhkan tirainya, saya bertekad untuk tidak berhenti belajar dan akan terus berusaha memperbaiki diri dari semasa ke semasa. Saya juga berharap hubungan baik yang telah terjalin dengan mentor akan terus berkekalan, dan saya akan terus mendapatkan tunjuk ajar serta nasihat daripada beliau apabila diperlukan. Pengalaman ini sangat berharga dan telah memberi kesan yang positif terhadap perkembangan diri saya, bukan sahaja dalam bidang profesional, tetapi juga dalam kehidupan seharian. Saya amat menghargai segala ilmu, dorongan, dan sokongan yang telah diberikan oleh mentor sepanjang program ini berlangsung.2. PERKEMBANGAN DAN PENCAPAIAN OBJEKTIF MENTISepanjang tempoh bimbingan oleh mentor, saya dapat merasakan perkembangan yang positif dari segi pembentukan sikap profesional yang penting dalam kerjaya saya sebagai seorang Doktor Veterinar. Saya semakin memahami keperluan untuk bersikap bertanggungjawab dalam menjalankan tugas, sejajar dengan peranan seorang profesional dalam bidang veterinar. Di samping itu, sifat kepimpinan dan kemahiran komunikasi saya turut berkembang, terutama dalam interaksi bersama rakan sekerja, pihak atasan, dan pelanggan. Saya juga belajar untuk sentiasa bertenang dan berusaha untuk memberikan respon yang matang terhadap situasi yang mencabar.Selain daripada aspek profesional, saya juga berjaya membentuk sikap positif yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian seperti disiplin dan tanggungjawab. Selain itu saya dapat mempelajari tentang pengurusan masa, kemahiran menyelesaikan masalah serta keupayaan untuk beradaptasi dalam pelbagai situasi harian.


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025110Nilai-nilai ini bukan sahaja menjadikan saya lebih bersedia untuk menghadapi alam kerjaya, tetapi juga membantu membentuk peribadi yang lebih seimbang dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.3. ULASAN MENTORSecara keseluruhan, menti telah menjalani sebuah pengalaman yang amat baik sepanjang sesi mentor-menti jangkamasa pendek ini dijalankan. Meskipun menjadi satu cabaran kepada menti dalam mencuri ruang masa mentor untuk mencapai keperluan dan objektif program ini, namun menti telah menunjukkan satu tindakan dan sikap proaktif bagi menjayakannya. Sebagai seorang mentor yang diberi kepercayaan oleh pihak KPKM, saya lebih cenderung menggunakan satu pendekatan yang lebih membantu menti dalam persediaan beliau untuk hari-hari seterusnya disebalik membincangkan mengenai perihal kerja, dimana ia meliputi aspek:a. Asas pembentukan sikap kerja yang baik di dalam urusan profesional; b. Asas pembentukan kepimpinan dan kepemimpinan yang baik di dalam kerja dan urusan profesional; dan c. Asas yang boleh digunakan sebagai bekal kehidupan sebagai seorang manusia. Secara komparatif, saya juga melihat diri serta potensi diri menti ketika diri saya seusia beliau suatu masa lalu dan juga ketika diri saya mula berkhidmat di dalam DVS. Ianya penting dalam melihat kekuatan dalam diri menti serta memberikan idea kepada saya dalam membentuk mitigasi yang boleh membantu menti untuk berfikir dan berusaha menambahbaik kekurangan diri. Secara keseluruhan, menti saya merupakan seorang yang mempunyai sikap kerja yang sangat bagus, proaktif, mempunyai “leadership content” yang boleh dipupuk dan pragmatik. Saya berharap menti saya dapat meneruskan segala manfaat yang diperoleh sepanjang pengalaman sesi mentor-menti ini. Pesanan saya selaku mentor kepada menti saya, “tidak salah contohi apa yang baik daripada saya, sebaliknya jangan sesekali contohi apa yang kurang baik daripada saya”. Selamat berkhidmat dan berjaya!MENTOR MENTI 14:TN. MOHD FAIZ BIN AJIS - MENTORTN. NOORFAIZ FIKRI BIN NOR AZMI - MENTI


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025111(a) 27 FEBRUARI 20251. ULASAN MENTITarikh 27/02/2025 @ 01:10 PM, KPVN KedahSelaku mentee mengiringi Ketua Seksyen Siasatan Tn. Mohd Faiz bin Ajis selaku mentor ke kawasan operasi ASF di kawasan Checkpoint Sungai Pelek, Sepang, Selangor atas urusan lawatan kerja bagi mendedahkan kepada menteenya iaitu Pegawai Penguatkuasa yang baru dilantik berkenaan dengan situasi sebenar operasi di lapangan dengan tindakan penguatkuasaan yang dijalankan seiring dengan arahan dan prosedur pengambilan kes yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar apabila berlakunya wabak penyakit. Kaedah pembelajaran yang digunakan oleh mentor ialah sesi \"Job Shadowing\" dengan mendedahkan kepada menteenya cara refleksi atau maklum balas terhadap tindakan operasi penguatkuasaan yang dijalankan di lapangan dengan melihat kepada cara pengurusan kerja terhadap pemerhatian pemindahan ternakan di kawasan laluan yang telah digariskan sebagai checkpoint kawasan wabak ASF. Dalam pemantauan dan pemerhatian kenderaan yang lalu di kawasan tersebut, Penguatkuasa yang terdiri daripada pegawai-pegawai pelaksana beserta dengan Ketua Seksyen Siasatan Tn. Mohd Faiz Bin Ajis memberi tunjuk ajar berkenaan cara hendak mengenalpasti gerak kerja Penguat Kuasa diperhatikan oleh orang yang disyaki untuk menunggu peluang melakukan


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025112pemindahan haiwan ternakan babi tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa veterinar. Kejadian tersebut berlaku semasa lawatan kerja sedang berjalan apabila kehadiran kenderaan pickup yang tidak dikenali mengekori kenderaan Penguatkuasa sepanjang tempoh lawatan kerja itu berlangsung. Pendedahan kepada mentee semasa operasi berlangsung ialah setiap kali operasi dilakukan pastikan penguatkuasa bersifat peka dan tidak leka dengan keadaan sekeliling dan perhatikan keadaan secara keseluruhan untuk mengelakkan kelalaian daripada berlakunya pengeluaran atau pemindahan karkas atau haiwan ternakan yang berpenyakit keluar daripada zon tersebut.


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025113Mesej yang dapat disampaikan kepada mentee apabila terdapat kehadiran orang yang tidak dikenali atau disyaki, cara pengurusan kerja yang perlu dilakukan ialah tindakan penguatkuasa perlu bertindak balas dengan pantas dan peka dengan mengetatkan pengawasan dan penjagaan di kawasan laluan checkpoint yang telah digariskan sebagai laluan kawasan wabak penyakit.Tarikh 27/02/2025 @ 2:30 PM, KPVN KedahSelaku mentee mengikuti Ketua Seksyen Siasatan Tn. Mohd Faiz bin Ajis selaku mentor untuk hadir ke satu mesyuarat untuk sesi perbincangan bagi memberi maklum balas \"Mengapa Kawalan Populasi Anjing Liar yang Sedang Dilaksanakan di Malaysia Kejam, Membazir, dan Tidak Berkesan\" bertempat di Bilik Mesyuarat Perancangan Strategik dan Penilaian Veterinar, Aras 2, Lot 4G1, Blok Podium, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Putrajaya. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Dr. Mohd Noor Hisham bin Mohd Haron selaku Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Strategik dan Penilaian Veterinar dan dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan / Ketua Seksyen Bahagian Regulatori Veterinar beserta dengan Pegawai-Pegawai Veterinar yang lain bagi membincangkan perkara tersebut untuk memberi maklum balas


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025114terhadap isu yang dikemukakan oleh kumpulan \"Fibert's Foundation for Furry Friends (F5)\". Di dalam mesyuarat ini, Ketua Seksyen Siasatan, Tn. Mohd Faiz bin Ajis dari Bahagian Penguatkuasa memainkan peranan yang penting dari segi khidmat nasihat berkaitan dengan penguatkuasaan dan perundangan veterinar berkaitan dengan isu tersebut. Perkara yang dibincangkan ini bersangkut-paut dengan perundangan Akta Kebajikan Haiwan 2015 di mana pihak dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar perlu memberikan maklum balas terhadap isu berbangkit berdasarkan perundangan yang sedia ada dan tidak melangkaui perundangan tersebut. Antara perkara penting yang dibincangkan ialah berkaitan dengan pelaksanaan program \"Trap Neutered Rehome\" bagi memastikan kebajikan haiwan terpelihara selari dengan Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang menjadi isu penting untuk diberi maklum balas kepada pihak kumpulan \"F5\" tersebut. Selain itu, perkara yang diajukan oleh kumpulan \"F5\" berkenaan dengan mengenakan hukuman berat ke atas pelaku yang melakukan kekejaman terhadap haiwan diambil perhatian oleh pihak Jabatan dan pihak Jabatan memberi maklum balas bahawa hukuman yang sedia ada telah pun tinggi dan munasabah. Di dalam mesyuarat ini, mentor memberikan pendedahan kepada mentee tentang cara dan etika menjawab persoalan dengan berhati-hati kerana setiap


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025115jawapan atau pandangan yang dikemukakan akan dijadikan bahan rujukan di dalam minit mesyuarat tersebut. Mentor juga mendedahkan kepada mentee suasana bagaimana berurusan dalam sesi soal jawab dan memberikan pandangan kepada pegawai peringkat atasan. Perkara yang ditekankan oleh mentor dalam mesyuarat ini setiap maklum balas yang diberikan perlu menyatakan pendirian yang tetap dan tidak dipengaruhi oleh pihak berkepentingan seperti NGO yang mungkin akan memudaratkan pihak Jabatan jika kesemua kemahuan mereka hendak dilayan dan dipenuhi. Mentor juga menyatakan ada perkara yang boleh dipersetujui dan ada perkara yang Jabatan kena tolak demi menjaga kepentingan organisasi Jabatan itu sendiri. Kesimpulannya, pembelajaran dari sesi persidangan mesyuarat ini memberikan pendedahan kepada mentee berkenaan dengan keteguhan dalam memberikanpadangan kerana Pegawai di peringkat Pengurusan & Professional (P&P) perlu sentiasa bersedia dengan ilmu pengetahuan dalam memberikan khidmat nasihat perudangan dan pandangan yang profesional yang memberikan penyelesaian kepada setiap isu yang berbangkit.2. STATUS PERKEMBANGAN MENTIa. Bagi sesi pertemuan pertama ini, saya boleh belajar dan merasai pengalaman sebenar bagaimana hendak melakukan dan mengaturkan cara pengurusan gerak kerja jika sesuatu kawasan di negeri itu mengalami letusan wabak penyakit.b. Saya juga berpeluang menceburkan diri dalam sesi persidangan mesyuarat peringkat atasan dan di situ nilai profesionalisme dalam sesi soal jawab dipelajari.c. Saya dapat mempelajari nilai keyakinan diri untuk berhadapan dengan soalan-soalan yang berbentuk \"critical thinking\" jika saya berhadapan dengan persoalan tersebut di peringkat pengucapan awam atau \"press conference.\"3. TINDAKAN MENTI (WAYFORWARD)a. Kini, saya lebih berkeyakinan dalam menguruskan pentadbiran terutamanya yang berkaitan dengan operasi penguatkuasaan di peringkat negeri jika


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025116berlaku apa-apa wabak penyakit kerana sudah didedahkan dengan cara gerak kerja dan prosedur yang betul.b. Saya juga perlu mengambil peluang menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman dari mentor saya sebaik mungkin untuk memantapkan kompetensi saya selaku Pegawai P&P.(b) 11 APRIL 2025(a) ULASAN MENTITarikh 11/04/2025 @ 09:00 amSaya Tn.Noorfaiz Fikri bin Nor Azmi selaku mentee telah mengiringi mentor saya iaitu Tn. Mohd Faiz bin Ajis (Ketua Seksyen Siasatan, Bahagian Penguatkuasa Veterinar, DVS) ke satu mesyuarat iaitu “Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Program Pengukuhan Keterjaminan Makanan 2024 Bil. 1 Tahun 2025 bertempat di Bilik Gerakan, Aras 7, Blok 4G1, Wisma Tani, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh TKSU (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan iaitu YBhg. Datuk Badrul Hisham bin Mohd untuk membincangkan mengenai peruntukan yang telah diterima oleh Bahagian Sekuriti Makanan (BSM) sebanyak RM400 juta bagi melaksanakan Program Pengukuhan Keterjaminan Makanan 2024. Di dalam peruntukan tersebut, ianya merangkumi RM150 juta bagi Kerjasama Kerajaan Negeri dan RM250 juta pula digunakan bagi pelaksanaan Program Keterjaminan Makanan yang menjadi topik utama dalam perbincangan mesyuarat tersebut. Di dalam mesyuarat tersebut, mentee didedahkan dengan suasana serta situasi sebenar pembentangan pencapaian pelaksanaan projek yang telah selesai serta perbincangan lanjut yang timbul bagi isu projek yang tidak selesai di dalam mesyuarat peringkat kementerian. Di samping itu, mentee juga dapat


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025117melihat bagaimana protokol perbincangan itu diadakan antara golongan pihak atasan dalam membincangkan isu-isu dan permasalahan yang timbul dalam mencari solusi untuk menyelesaikannya. Agenda mesyuarat Jawatankuasa Teknikal ini diadakan juga bagi membincangkan peruntukan RM250 juta yang digunakan untuk melaksanakan 50 projek tetapi projek keseluruhannya ialah 58 projek. Laporan dalam mesyuarat juga menyatakan peruntukan asal ialah RM250 juta akan tetapi peruntukan tersebut telah dipinda kepada RM23,078,390.00. Pembentangan dari mesyuarat itu juga memaklumkan bahawa hanya 46 projek telah selesai manakala baki 12 projek masih belumselesai. Oleh itu, pengerusi mesyuarat menyatakan kepada ahli mesyuarat yang berkenaan untuk mencari solusi bagi menyelesaikan keseluruhan baki 12 projek tersebut.Tambahan pula, pengerusi mesyuarat menegaskan dan menjelaskan bahawa peruntukan yang diterima mesti diselesaikan dalam tahun semasa. Pengerusi mesyuarat menyatakan jika projek tidak diselesaikan dalam tahun semasa, TKSU perlu membuat surat permohonan maaf kepada Kementerian Kewangan atau Perdana Menteri atas projek-projek yang tidak selesai seperti laporan dalam mesyuarat yang membentangkan projek-projek yang tidak selesai dan dibawa ke tahun hadapan. Perkara ini amat serius untuk diambil maklum oleh


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025118semua ahli mesyuarat kerana semua duit baki peruntukan yang melangkaui tahun semasa akan dibekukan. Lazimnya, duit baki peruntukan selepas tahun semasa perlu dipulangkan semula. Disebabkan oleh itu, mentor juga memperjelaskan kepada mentee bahawa isu kewangan jangan dipandang remeh dan perlu ambil serius mengenai cara pengurusannya iaitu setiap peruntukan yang diperoleh perlu selesaikan pada tahun semasa dan tidak boleh dibawa ke tahun hadapan. Mentor juga menunjukkan kepada mentee untuk Bahagian Penguatkuasa DVS, peruntukan yang diperoleh sebanyak RM1,587,500.00 untuk projek “Pengukuhan Penguatkuasaan Agensi Berkaitan Pertanian - Pengukuhan Agensi Penguatkuasaan DVS” telah selesai perbelanjaannya 100%. Pengerusi mesyuarat juga menyatakan kepada Urus Setia untuk mengkaji semula pembangunan berkaitan projek-projek di bawah Program Pengukuhan Keterjaminan Makanan. Di sini juga mentee dapat melihat antara projek-projek yang tidak selesai dalam tahun semasa ialah projek “Kaedah Baharu Perolehan Baja Secara Tender Terbuka” dari Bahagian PIP dan projek “Tanaman Kelapa Pertubuhan Peladang” dari Agensi LPP. Mentee juga dapat melihat bagaimana situasi sesi soal jawab berkenaan dengan isu projek tidak selesai serta justifikasi yang diminta oleh pengerusi mesyuarat bagi mengetahui punca-


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025119punca projek itu tidak selesai. Kesimpulannya, pengerusi mesyuarat mengingatkan bahawa projek berisiko rendah sepatutnya dibangunkan tetapi projek berisiko tinggi juga yang diambil untuk dibangunkan. Oleh itu, pengerusi mesyuarat memaklumkan jika tidak kemukakan justifikasi ke atas projek yang tidak selesai dalam tahun semasa, pihak berkenaan akan dikenakan hukuman.(b) STATUS PERKEMBANGAN MENTIa. Bagi sesi pertemuan kedua ini, saya boleh belajar dan merasai pengalaman sebenar bagaimana terlibat dengan mesyuarat jawatankuasa di peringkat kementerian atau peringkat pihak atasan.b. Saya juga memperoleh pengetahuan baru tentang bagaimana untuk menjalankan mesyuarat dalam mebincangkan pengurusan kewangan berkenaan dengan peruntukkan yang diperolehi oleh setiap bahagian atau agensi Jabatan dan peruntukan tersebut perlu dibelanjakan sebaik mungkin dan diselesaikan dalam tahun semasa.b. Saya juga mempelajari tentang cara bagaimana golongan pegawai di peringkat kementerian berkomunikasi dalam sesi soal jawab dan cara hujahan yang diberikan dan ianya boleh dipraktikkan ketika terlibat dengan mesyuarat di peringkat tertinggi.(c) TINDAKAN MENTI (WAYFORWARD)a. Kini, saya perlu lebih teliti dalam menguruskan bahagian pentadbiran terutamanya yang berkaitan dengan pengurusan kewangan dan amalan pengurusan kewangan yang baik perlu dipraktikkan di peringkat negeri saya bertugas.b. Saya juga perlu mengambil peluang merujuk mentor saya dari semasa ke semasa dalam mempelajari pengurusan kewangan serta penelitian laporan kewangan kerana pengalaman mentor saya sebelum ini pernah memegang bahagian kewangan untuk Bahagian Penguat Kuasa DVS di HQ Putrajaya.(c) 13 MEI 20251. ULASAN MENTITarikh 13/05/2025 @ 02:30 pmSaya Tn.Noorfaiz Fikri bin Nor Azmi selaku mentee telah mengiringi mentor saya iaitu Tn. Mohd Faiz bin Ajis (Ketua Seksyen Siasatan, Bahagian Penguatkuasa Veterinar, DVS) ke satu mesyuarat iaitu “Mesyuarat


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025120Jawatankuasa Tatakelola Jabatan Perkhidmatan Veterinar Bilangan 1 Tahun 2025 yang diadakan di satu bilik mesyuarat bertempat di Aras 5, Blok 4G1, Blok Podium, Wisma Tani, No. 28 Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62624 Putrajaya Malaysia. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Suratan bin Kamarudin yang merupakan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar (Pembangunan) untukmembincangkan mengenai pengesahan minit dan maklum balas minit mesyuarat JTK Bilangan 3 Tahun 2024. Selain itu, agenda mesyuarat ini mengetengahkan isu pembentangan dan perbincangan mengenai laporan isu tatakelola yang melibatkan “Laporan Penambahbaikan Tatakelola SPRM berhubung amalan, sistem dan tatacara kerja berhubung dengan pengurusan penyewaan tanah milik kerajaan negeri Perlis untuk projek komerisal di JPV Negeri Perlis beserta dengan isu Skim Double Up 2.0 (SDU 2.0) oleh JPV Negeri Sembilan”. Tambahan pula, agenda mesyuarat ini membincangkan mengenai semakan semula “Garis Panduan Pelaksanaan Polisi Tiada Hadiah: Pemberian dan Penerimaan Hadiah” dan isu-isu lain turut dibincangkan iaitu status keterhutangan kewangan yang serius oleh kakitangan-kakitangan JPV beserta dengan laporan statistik aduan integriti JPV 2024 dan 2025. Di dalam mesyuarat tersebut, mentee mendapat pendedahan mengenai isu tatakelola yang berlaku di dalam kalangan kakitangan-kakitangan JPV. Di situ


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025121juga mentee mendapat perhatian untuk mengambil inisiatif yang dikemukan oleh Unit Integriti berkenaan bagaimana tindakan pelaksanaan yang wajar untuk diambil bagi menguruskan isu tatakelola dengan baik yang melibatkan pengurusan kakitangan-kakitangan di bawah seliaan mentee di Bahagian Penguatkuasa nanti jika berlaku isu-isu yang melibatkan integriti dan tingkah laku pegawai yang boleh membawa kepada tindakan tatatertib serta boleh mencemarkan imej Jabatan jika tidak dipantau dengan baik. Di dalam mesyuarat ini, kehadiran Unit Integriti memberikan pendedahan kepada mentee selaku Ketua Jabatan di Bahagian Penguatkuasa Veterinar Negeri Kedah tentang bagaimana prosedur-prosedur atau tindakan yang boleh diambil bagi menguruskan masalah atau kesalahan yang ditimbulkan oleh pegawai di bawah seliaan masing-masing seperti mengeluarkan surat amaran, prosedur untuk gantung kerja, melaporkan kesalahan pegawai kepada Unit Integriti yang melibatkan kesalahan jenayah dan kesalahan jenayah itu boleh membawa kepada penahan separuh gaji atau dibuang kerja dan lain-lain bentuk hukuman apabila melakukan kesalahan turut dijelaskan oleh Unit Integriti.Di samping itu, pengerusi mesyuarat menegaskan dan menjelaskan bahawa isu keterhutangan serius yang menyebabkan prestasi penjawat awam terjejas


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025122boleh dikenakan tindakan. Perbincangan dalam mesyuarat ini mengesyorkan beberapa tindakan yang perlu diambil perhatian oleh Ketua Jabatan di bahagian masing-masing antaranya Ketua Jabatan perlu memantau kakitangan di bawah seliaannya di mana hutang yang melebihi 60% potongan wajib memberikan surat justifikasi untuk dijawab dan dikemukan kepada Unit Integriti melalui Ketua Jabatan. Mesyuarat juga menyatakan bahawa setiap Bahagian / Negeri/ Unit perlu mematuhi dan melaksanakan “Garis Panduan Pengurusan Keterhutangan Serius Jabatan Perkhidmatan Veterinar”. Ketua Jabatan juga diingatkan untuk melaporkan kepada Unit Integriti sekiranya mana-mana pegawai di bawah seliaanya menerima notis kebankrapan. Seterusnya, pengerusi mesyuarat juga membuat perbincangan dengan ahli mesyuarat yang lain mengenai garis panduan yang melibatkan pemberian hadiah di kalangan individu ataupun di peringkat Jabatan. Unit Integriti memberi penjelasan berdasarkan perbezaan garis panduan lama pada tahun 2022 dan garis panduan baru iaitu semakan semula pada tahun 2025 mengenai garis panduan pemberian hadiah. Dua perkara utama yang dititikberatkan dalam polisi pemberian hadiah ini ialah “Larangan Jabatan Memohon Hadiah” dan “Pelaporan Penerimaan Hadiah”. Jika ikut polisi lama, tiada larangan untukJabatan memohon hadian tetapi polisi baru menyatakan Jabatan dilarang untuk memohon hadiah. Untuk pelaporan penerimaan hadiah pula, polisi lama menetapkan setiap suku tahun (4 kali setahun) perlu diisytiharkan penerimaan hadiah tersebut tetapi polisi baru menyatakan setiap separuh tahun (2 kali setahun). Akhir sekali, perbincangan mesyuarat selanjutnya melaporkan aduan integriti yang diterima di setiap JPV Negeri mengenai isu salah laku kelakuan dan tatatertib. Di sini mentee juga mendapat pengetahuan daripada Unit Integriti yang memberi makluman dan peringatan kepada setiap tindakan yang hendak diambil terhadap salah laku pegawai di bawah seliaan masing-masing, perlulah mengikuti prosedur dan tatacara yang dijelaskan oleh Unit Integriti supaya pentadbiran tatakelola di setiap peringkat bahagian atau unit boleh berjalan dengan baik dan efisien. Kesimpulannya, mentee juga mendapat pengetahuan maklumat bahawasanya pemberian hadiah ini perlu berhati-hati dalam membuat penerimaan supaya cara penerimaan hadiah itu tidak menyalahi peraturan dan panduan yang boleh mengakibatkan seseorang pegawai itu boleh ditahan oleh SPRM jika


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025123pemberian hadiah tersebut mendapati ada unsur-unsur yang mendatangkan manfaat kepentingan peribadi. Mentor iaitu Tn. Mohd Faiz bin Ajis pernah berpesan kepada menteenya iaitu Tn. Noorfaiz Fikri bin Nor Azmi bahawa penerimaan hadiah ini boleh menimbulkan pelbagai persepi dan boleh mengakibatkan integriti terjejas jika disalah tafsir oleh orang sekeliling di Jabatan. Jadi, mentee diingatkan oleh mentornya supaya berhati-hati dalam berurusan dengan orang-orang yang melibatkan pemberian hadiah.2. STATUS PERKEMBANGAN MENTIa. Bagi sesi pertemuan ketiga ini, saya boleh belajar berkaitan dengan prosedur dan tindakan yang boleh diambil terhadap kakitangan di bawah seliaan Ketua Jabatan jika berlaku kesalahan dalam Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. b. Saya juga mendapat pengetahuan yang boleh dipraktikkan di dalam bahagian seliaan saya untuk menitikberatkan isu keterhutangan serius kepada kakitangan di bawah seliaan saya. Jika mereka ingin berhutang melebihi 60%, saya sebagai Ketua Jabatan tidak akan meluluskan apa-apa surat permohonan pinjaman yang melibatkan tanda tangan pengesahan Ketua Jabatan kerana hutang tersebut boleh membawa kepada


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025124kebankrapan dan tindakan oleh Unit Integriti boleh diambil kepada individu yang hutangnya terlalu besar melebihi 60%.b. Untuk polisi penerimaan hadiah pula, saya mendapat pengetahuan maklumat baru bahawa penerimaan hadian ini ada garis panduan yang perlu diikuti, jika saya atau pegawai di bawah seliaan saya secara semberono menerima apa-apa pemberian hadiah, saya dan mereka berisiko untuk terbabit dalam kesalahan yang boleh melibatkan siasatan SPRM dan Unit Integriti.3. TINDAKAN MENTI (WAYFORWARD)a. Kini, saya perlu lebih cekap dan mahir dalam Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 supaya teguran atau tindakan awal boleh diberikan kepada pegawai di bawah seliaan saya sebelum mereka melakukan kesalahan yang berat dan serius yang boleh mendatangkan imej Jabatan tercemar.b. Saya juga perlu mengambil peluang merujuk mentor saya dari semasa ke semasa dalam mempelajari pengurusan pentadbiran dan kakitangan pegawai dalam mengendalikan isu-isu integriti yang melibatkan pegawai di bawah seliaan saya jika mereka melakukan kesalahan kerana mentor saya pernah mempunyai pengalaman dalam menguruskan tindakan tatatertib


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025125kepada pegawai yang melakukan kesalahan dalam Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.(d) 10 JUN 20251. ULASAN MENTITarikh 10/06/2025 @ 09:00 amSaya Tn. Noorfaiz Fikri bin Nor Azmi selaku mentee telah bersama-sama mengikuti mentor saya iaitu Tn. Mohd Faiz bin Ajis (Ketua Seksyen Siasatan, Bahagian Penguatkuasa Veterinar, DVS) ke satu mesyuarat tahunan Bahagian Penguatkuasa Veterinar yang diadakan dua kali setahun iaitu “Mesyuarat Penguat Kuasa Veterinar Se-Malaysia Jabatan Perkhidmatan Veterinar Bil. 1 Tahun 2025 yang diadakan di satu bilik mesyuarat bertempat di Aras 5, Blok 4G1, Blok Podium, Wisma Tani, No. 28 Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62624 Putrajaya Malaysia. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YDH Tn. Mohammad Nizam bin Abdullah yang merupakan Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia untuk membincangkan beberapa perkara mengenai pengesahan minit dan maklum balas minit Mesyuarat Penguatkuasa Veterinar Se-Malaysia Jabatan Perkhidmatan Veterinar Bil. 2 Tahun 2024. Selain itu, agenda mesyuarat ini diadakan bagi membentangkan “Executive Briefing Pengarah Bahagian Penguatkuasa Veterinar” beserta dengan pembentangan ringkasan laporan KPI daripada setiap Ketua-Ketua Seksyen yang merangkumi Seksyen Operasi, Siasatan, & Pendakwaan.


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025126Sehubungan dengan itu, semua Ketua-Ketua Penguat Kuasa Veterinar Negeri (KPVN) beserta wakil KPVN hadir pada mesyuarat ini bagi mendengar serta membincangkan apa-apa perkara berkaitan dengan tindakan penguatkuasaan yang dilakukan di peringkat lapangan operasi, peringkat siasatan sehinggalah ke peringkat pendakwaan. Tambahan pula, mesyuarat ini diadakan kerana terdapat isu-isu berbangkit yang memerlukan perbincangan lanjut di antara Ketua-Ketua Penguatkuasa Veterinar Negeri beserta dengan Ketua-Ketua Seksyen dan Pengarah Bahagian Penguatkuasa Veterinar untuk mencapai kata putus terhadap setiap keputusan tindakan penguatkuasaan yang akan dilakukan di peringkat negeri. Sebagai contoh di peringkat operasi, setiap kes yang diambil tindakan oleh Agensi Jabatan lain seperti PDRM, PGA, Kastam dan sebagainya perlu dilihat dari segi pengurusan serahan kes terutamanya melibatkan perundangan Akta Kebajikan Haiwan 2015 (AKH). Serahan kes yang dilakukan oleh agensi luar sebagai contoh seperti PDRM perlu diberikan penerangan yang jelas berkaitan dengan pengurusan serta penjagaan barang kes supaya tidak ada perbalahan antara agensi kerajaan. Malah, dalam mesyuarat tersebut, setiap KPVN diingatkan jika pihak PDRM ingin membuka Kertas Siasatan untuk mendakwa suspek di bawah kesalahan berkaitan kebajikan haiwan, pihak Penguat Kuasa


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025127Veterinar perlu memberikan pemahaman yang jelas kepada pihak PDRM bahawa mereka perlu menguruskan kes tersebut sehingga selesai kerana peringkat permulaan tindakan mereka telah menyatakan untuk membuka Kertas Siasatan. Di peringkat Veterinar, pihak Veterinar boleh membantu dari segi pemeriksaan kesihatan veterinar terhadap barang kes iaitu haiwan yang cedera atau mengalami kematian. Walau bagaimanapun, terdapat satu lagi perkara yang perlu diingatkan oleh setiap KPVN di peringkat negeri, untuk serahan kes daripada agensi lain, keputusan di peringkat pendakwaan perlu dibuat tindakan saman dan bukannya tindakan kompaun. Di peringkat siasatan pula, siasatan yang dilakukan oleh Pegawai Penyiasat perlu terperinci supaya tiada berlaku kelompongan semasa peringkat pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa. Dalam hasil perbincangan mesyuarat tersebut, Mentee selaku Ketua Penguatkuasa Veterinar Negeri Kedah mengambil maklum akan perkara tersebut dan mentee dapat melihat bagaimana setiap Ketua-Ketua Seksyen membantu setiap KPVN dalam menetapkan satu keputusan terhadap setiap isu-isu yang berbangkit di peringkat negeri dengan menunjukkan gaya kepimpinan mereka dalam mengolah idea dan keputusan kritikal serta menghormati pandangan orang lain walaupun kemungkinan tidak semua perkara boleh dipersetujui bersama.


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025128Di sini, mentee juga dapat belajar berkaitan dengan cara penyampaian komunikasi yang profesional serta berhemah di mana setiap ahli mesyuarat perlu menggunakan bahasa yang sopan, jelas dan tepat serta dengar dengan aktif dan beri respons apabila perlu. Kemahiran berkomunikasi yang profesional penting untuk diterapkan dalam tingkah laku pegawai kerana setiap kali mesyuarat sama ada mesyuarat biasa atau peringkat atasan, pegawai sudah tentu akan bersiap sedia dengan setiap persoalan, cadangan, dan jawapan yang perlu diberikan dengan menggunakan bahasa yang formal dan sopan beserta jika diberi peluang bercakap, terus kepada isi dan beri cadangan bernas.Di samping itu, Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Veterinar membuka ruang untuk perbincangan isu-isu penguatkuasaan dan isu perkhidmatan yang melibatkan kakitangan pegawai-pegawai penguatkuasa veterinar di peringkat negeri. Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ialah Pengarah Bahagian Penguat Kuasa menegaskan bahawa sistem penguatkuasaan yang digunapakai iaitu sistem E-VetPenguatkuasaan perlu digunakan secara menyeluruh yang melibatkan peringkat operasi, siasatan sehinggalah ke peringkat pendakwaan. Hal ini kerana sudah banyak kos kewangan yang besar telah dikeluarkan bagi menyelenggara sistem tersebut


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025129serta penambahbaikan sistem tersebut dari semasa ke semasa telah diperbaiki dan sistem E-VetPenguatkuasaan sudah mencapai 100% untuk digunakan dan berfungsi dengan baik. Keadaan ini juga menunjukkan bahagian penguatkuasaan bergerak seiring dengan kemajuan teknologi digital dalam mengendalikan data-data penguatkuasaan untuk simpanan maklumat Jabatan mengikut sistem server yang telah dibangunkan. Di sini juga mentee dapat melihat bahawa Pegawai-Pegawai Senior terutama Ketua-Ketua Seksyen serta Pengarah Bahagian Penguat Kuasa amat cakna dengan pergerakan teknologi digital dan mengaplikasikan dalam sistem penguatkuasaan supaya segala tindakan penguatkuasaan bergerak seiiring dengan kemajuan era-globalisasi dan tidak ketinggalan dengan kemajuan teknologi digital yang sentiasa berubah-ubah dengan pesat. Dalam pada itu, Pengarah Bahagian Penguat Kuasa juga memberi galakkan untuk disampaikan kepada kakitangan-kakitangan yang ingin meningkatkan kemajuan kerjaya melalui pengambilan peperiksaan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) atau melanjutkan pelajaran ke mana-mana institusi pendidikan yang boleh memberikan peluang yang luas untuk kemajuan kerjaya asalkan tidak mengganggu perjalanan tugas hakiki. Di sini juga mentee dapat lihat bahawa kemajuan kerjaya amat dititikberaktkan oleh Pengarah untuk mereka yang merasakan berpotensi untuk kenaikan pangkat dalam mengendalikan tugas yang lebih besar dan tanggungjawab yang diperlukan semakin besar untuk dipimpin dalam menjalankan setiap tindakan penguatkuasaan di lapangan / negeri. Selanjutnya, pihak Ibu Pejabat Bahagian Penguat Kuasa Veterinar mengingatkan berkenaan dengan perkara isu tuntutan yang melibatkan tindakan operasi. Isu tuntuan “Elaun Lebih Masa” perlulah dikawal secara munasabah dan ikut keutamaan untuk dibelanjakan peruntukan tersebut secara berhemah. Setiap KPVN selaku Ketua PTJ hendaklah mengambil langkahlangkah mengoptimumkan perbelanjaan selaras dengan prinsip-prinsip dan peraturan kewangan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) dari semasa ke semasa. Akhir kata, mentee dapat belajar bahawa setiap perbelanjaan mengurus perlu mengikut garis panduan dan peraturan kewangan yang telah digariskan oleh Kementerian Kewangan (MOF) supaya perbelanjaan


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025130yang optimum dapat mencerminkan dasar penjimatan yang ditekankan oleh Kerajaan pada masa kini.2. STATUS PERKEMBANGAN MENTIa. Bagi sesi pertemuan keempat ini, saya boleh belajar berkaitan dengan medium komunikasi dan cara penyampaian yang profesional seperti ditunjukkan oleh Ketua-Ketua Seksyen dengan setiap ucapan disusuli panggilan hormat sopan serta penyampaian amat jelas dan terperinci.b. Jika berada di dalam mesyuarat peringkat atasan, saya boleh belajar tingkah laku yang perlu dipamerkan semasa mesyuarat seperti berpakaian kemas, mempamerkan etika profesional, kesopanan tinggi, serta kemahiran komunikasi yang strategik.b. Selain itu, saya dapat belajar setiap kali berlangsungnya sesuatu mesyuarat, saya perlu membuat persediaan yang rapi iaitu fahami agenda mesyuarat terlebih dahulu dengan baca dan fahamkan agenda yang diedarkan. Buat kajian atau semakan data berkaitan, bawa dokumen penting serta sediakan nota, laporan, atau maklumat yang mungkin akan ditanya.3. TINDAKAN MENTI (WAYFORWARD)a. Kini, saya lebih berkeyakinan dalam bercakap dan melontarkan pandangan serta pertanyaan setiap kali terlibat dengan mesyuarat yang melibatkan pegawai-peawai Pengurusan & Profesional (P&P) dan mesyuarat peringkat atasan dengan menggunakan gaya penyampaian yang profesional dan sesuai.b. Saya sebagai mentee pada sesi ini juga dapat belajar daripada hasil mesyuarat ini untuk menerapkan langkah-langkah perbelanjaan mengurus dengan lebih teltiti mengikuti langkah-langkah mengoptimumkan perbelanjaan selaras dengan prinsip-prinsip dan peraturan kewangan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) dari semasa ke semasa supaya tidak berlaku sebarang tunggakan bayaran lewat dan tidak berlakunya perbelanjaan mengurus yang tidak munasabah. Pengalaman perbelanjaan mengurus juga boleh saya pelajari dan merujuk kepada mentor saya iaitu Tn. Mohd Faiz bin Ajis kerana beliau pernah ada pengalaman memegang bahagian kewangan di Bahagian Penguatkuasa


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025131Veterinar dan beliau amat teliti dari segi mengaturkan peruntukan perbelanjaan dengan cara yang optimum dan sebaiknya.LAPORAN AKHIR - 9 JULAI 20251. ULASAN KESELURUHAN MENTIProgram Pementoran Kepimpinan ini telah berlangsung selama 4 bulan. Saya dan Mentor telah melaksanakan kesemua empat pertemuan antara mentor dan menti:Sesi Pertemuan 1: 17/02/2025 - 17/03/2025Sesi Pertemuan 2: 18/03/2025 - 16/04/2025Sesi Pertemuan 3: 19/04/2025 - 18/05/2025Sesi Pertemuan 4: 19/05/2025 - 16/06/2025Untuk makluman, saya iaitu Tn. Noorfaiz Fikri bin Nor Azmi selaku menti kepada mentor saya iaitu Tn. Mohd Faiz bin Ajis merupakan lantikan Pegawai Penguat Kuasa KP9 pada tarikh 29 Januari 2024 dan telah berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Veterinar selama lebih kurang setahun lebih. Pada awalnya saya diberikan latihan penguatkuasaan selama 3 bulan di Bahagian Penguatkuasa bertempat di Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Putrajaya dan kemudian pada 06 Mei 2024 penjawatan saya telah ditempatkan di Bahagian Penguatkuasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah sebagai Ketua Penguatkuasa Veterinar Negeri Kedah. Perjalanan karier saya setakat ini menghadapi cabaran dan tanggungjawab yang perlu dipikul sebaik mungkin dalam menjalankan pengurusan dan pentadbiran organisasi di Bahagian Penguatkuasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah.Kemudian, saya telah dipilih untuk menyertai Program Pementoran Kepimpinan 2025 yang dianjurkan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM). Dalam program pementoran ini, saya lihat program ini dapat membantu saya dalam mengembangkan kemahiran dan pengetahuan saya terutamanya tugas hakiki saya dalam bidang penguatkuasaan beserta dengan bidang pengurusan dan pentadbiran sesebuah organisasi di Jabatan Kerajaan. Program ini juga merupakan platform untuk mengasah kemahiran dalam kepimpinan, gaya berkomunikasi dan berfikir secara kritis dan dinamik dalam menentukan hala tuju sesebuah tindakan dalam melakukan arahan-arahan semasa yang dikeluarkan oleh pihak atasan. Program ini juga amat membantu


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025132saya dalam meningkatkan kompetensi pegawai supaya menjadi seorang pegawai yang kompeten dalam menyelesaikan segala isu-isu yang berlaku dalam bidang penguatkuasaan veterinar.Berdasarkan keempat-empat sesi pertemuan ini, mentor saya telah banyak berkongsi pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang beliau aplikasikan sebagai penjawat awam di mana kariernya bermula daripada Pegawai Penguat Kuasa KP9 sehinggalah menjadi Pegawai Penguat Kuasa KP12 dan kini berkhidmat sebagai Ketua Seksyen Siasatan di Bahagian Penguatkuasa Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Putrajaya. Saya sebagai mentor ingin berterima kasih kepada mentor saya kerana memberikan peluang untuk membuat pertemuan pementoran ini secara bersemuka dan diberikan peluang untuk mengambil input dan info ilmu yang penting untuk diaplikasikan ketika saya berkhidmat di negeri saya ditempatkan.Antara pengalaman yang saya dapat dalam pertemuan pertama ialah saya diberikan pendedahan mengenai tindakan penguatkuasaan yang perlu dilakukan di lapangan operasi ketika berlakunya wabak ASF di negeri Selangor. Semasa di lapangan operasi, saya diberikan taklimat berkaitan peranan dan fungsi penguatkuasaan veterinar oleh mentor saya secara terperinci dan mentor saya memberikan peringatan bahawa tugas yang dilakukan di lapangan operasi sentiasa akan ada risiko dan cabaran. Saya sebagai Penguatkuasa yang mengikut bertugas sekali ketika itu haruslah mengambil tindakan berhatihati setiap kali membuat pemantaun atau ketika hendak mengambil tindakan kes ke atas sesuatu kesalahan mengikut SOP yang telah ditetapkan. Jadi, perkongsian ilmu yang saya dapat ketika program pementoran pertemuan pertama ini saya dapat gunakan ketika saya melibatkan diri dalam aktivit operasi di Negeri Kedah seperti contoh tindakan penahanan sesebuah pengangkutan yang membawa haiwan ternakan mesti ditahan dengan bilangan anggota yang cukup semasa pemeriksaan serta perlu berhati-hati dengan kehadiran tonto di sekitar kawasan pemantauan operasi.Di samping itu, pertemuan kedua pula memberikan saya pendedahan untuk melihat mesyuarat peringkat atasan bersidang yang melibatkan pegawai tertinggi iaitu Pengarah-Pengarah Bahagian serta TKSU Kementerian Pertanian & Keterjaminan Makanan (KPKM). Mesyuarat tersebut adalah“Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Program Pengukuhan Keterjaminan


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025133Makanan 2024 Bil. 1 Tahun 2025. Di dalam mesyuarat ini, saya dapat pendedahan mengenai pengetahuan tentang bagaimana mesyuarat peringkat atasan bersidang dalam mebincangkan pengurusan kewangan berkenaan dengan peruntukkan yang diperolehi oleh setiap bahagian atau agensi Jabatan dan peruntukan tersebut diingatkan oleh setiap Bahagian bahawa peruntukan tersebut perlu dibelanjakan sebaik mungkin dan diselesaikan dalam tahun semasa. Oleh itu, setiap kali peruntukan yang diperolehi di setiap bahagian PTJ, saya difahamkan peruntukan perlulah dibelanjakan secara berhemah dan digunakan sebaik mungkin dalam menyelesaikan setiap bayaran yang dikemukakan dalam tahun semasa dan amalan ini saya praktikkan sepertimana yang saya belajar daripada pendedahan mesyuarat peringkat atasan tersebut semasa sesi pertemuan kedua ini.Tambahan pula, sesi pertemuan ketiga pula mendedahkan saya dengan satu mesyuarat iaitu “Mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola Jabatan Perkhidmatan Veterinar Bilangan 1 Tahun 2025 yang menerangkan tentang isu tatakelola dan integtriti pegawai-pegawai di Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Pada sesi pertemuan ketiga ini, ilmu yang saya perolehi daripada mentor saya hasil daripada mesyuarat tersebut ialah berkenaan dengan dasar polisi pemberian hadiah yang perlu diambil maklum beserta tindakan bagaimana hendak menguruskan perkara tersebut kerana polisi menerima hadiah ini telah diberikan prosedur dan garis panduan yang perlu diikuti supaya tidak timbulsebarang kesalahan ataupun persepsi oleh orang sekeliling jabatan tidak tersalah tafsir yang boleh menyebabkan penglibatan siasatan oleh pihak SPRM. Jadi, perkongsian maklumat ini saya kongsikan kepada pegawai di bawah seliaan saya supaya setiap tindakan berkaitan polisi penerimaan hadiah ini haruslah diambil maklum beserta tindakan supaya tiada masalah yang akan timbul di kemudian hari.Akhir sekali, pertemuan keempat ini merupakan pertemuan yang paling penting kerana pertemuan ini melibatkan semua Pegawai-Pegawai Penguatkuasa di setiap negeri bersidang dan mesyuarat ini dinamakan sebagai “Mesyuarat Penguat Kuasa Veterinar Se-Malaysia Jabatan Perkhidmatan Veterinar Bil. 1 Tahun 2025”. Mesyuarat ini membincangkan segala urusan dan hal ehwal berkaitan dengan penguatkuasaan yang berlaku di setiap negeri dan di sini saya sebagai mentor mendapat maklumat dan input mengenai bidang penguatkuasaan bermula daripada bahagian operasi, siasatan dan


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025134pendakwaan serta info tambahan mengenai pengurusan kewangan. Selain itu, ilmu yang saya perolehi dalam sesi pertemuan keempat ini ialah jika berada di dalam mesyuarat peringkat atasan, saya boleh belajar tingkah laku yang perlu dipamerkan semasa mesyuarat seperti berpakaian kemas, mempamerkan etika profesional, kesopanan tinggi, serta kemahiran komunikasi yang strategik. Selain itu, ilmu pengurusan kewangan yang diperolehi dapat dipraktikkan di PTJ negeri dengan membelanjakan peruntukan sebaik mungkin dan membuat apaapa pembayaran tidak lewat daripada tarikh semakan oleh pihak Perbendaharaan atau pihak kewangan atasan.Secara kesimpulannya, saya kini lebih yakin dalam menyesuaikan diri dalam menghadiri pelbagai mesyuarat dan sentiasa bersiap sedia dalam melontarkan pandangan, idea atau pertanyaan yang diajukan serta sentiasa teliti dalam mengurusakan apa-apa aspek berkaitan dengan pengurusan kewangan.2. PERKEMBANGAN DAN PENCAPAIAN OBJEKTIF MENTIa. Hasil daripada kesemua sesi pertemuan mentor menti ini, saya kini lebih yakin hendak membuat keputusan dalam menyampaikan arahan bertugas kepada staff bawah seliaan saya serta yakin untuk memberi khidmat nasihat berkaitan dengan penguatkuasaan berkaitan dengan tugas dan perundangan veterinar.b. Saya juga kini lebih teliti dalam menjalankan peranan saya sebagai pegawai peraku dalam membelanjakan peruntukan kewangan yang diterima mengikut prosedur yang telah ditetapkan dan mengikut arahan sepertimana pembelajaran daripada mesyuarat peringkat atasan yang menyatakan bahawa setiap peruntukan yang dtierima hendaklah dibelanjakan sebaik mungkin dan diuruskan dalam tahun semasa.c. Akhir sekali, saya juga dapat meningkatkan kompetensi saya sebagai Pegawai Pengurusan & Professional (P&P) dalam menjalankan tugas-tugas jabatan dari segi merancang, meneliti, megurus, melaksanakan, dan memantau aktiviti-aktiviti dalam organisasi sektor awam yang melibatkan pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pentadbiran pejabat, penguatkuasaan dan sebagainya.3. ULASAN MENTORa. Secara keseluruhan, menti dilihat sangat memberi kerjasama serta komitmen dalam menghadiri setiap sesi pertemuan yang diadakan


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025135sepanjang sesi pertemuan 1 hinggalah sesi pertemuan keempat. Menti juga dilihat sanggup hadir dari jauh untuk pertemuan bersemuka dan menti pernah mengorbankan masa cutinya ketika hendak menghadiri sesi pertemuan mentor menti yang diadakan pada hari jumaat kerana di negeri Kedah cutinya adalah Jumaat dan Sabtu. b. Menti juga dilihat sentiasa merujuk mentornya jika timbul sebarang ketidakpastian mengenai sesuatu isu yang berlaku di Jabatan. c. Menti juga dilihat sentiasa ambil peluang untuk belajar dan bertanyakan perkara baru berkaitan dengan apa-apa arahan pentadbiran yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. d. Dari sudut membuat sebarang keputusan, mentor melihat menti sudah kira bersedia dengan ilmu yang dipelajari untuk menyampaikan arahan tugas kepada staff di bawah seliaannya dan sudah cukup yakin untuk bersedia menghadapi cabaran dalam menyelesaikan isu-isu integriti jika berlaku di Bahagian Penguatkuasa di negeri yang beliau duduki. Hanya perkara yang perlu diingatkan oleh menti ialah cara mengendalikan perkara-perkara yang melibatkan pengurusan dan arahan pentadbiran Kerajaan akan sentiasa berubah-ubah dan menti selaku Pegawai P&P haruslah cekap dan cakna mengenai perubahan berlaku dari semasa ke semasa. e. Untuk kepimpinan pula, kepimpinan perlulah dibentuk melalui fasa pengalaman dan amalan kepimpinan role model yang baik supaya menti boleh menjadi pegawai dan pemimpin yang cekap dan dihormati dari segi penyampaian percakapan, pandangan, tindakan tugas hakiki dan sebagainya.MENTOR MENTI 15:TN. MOHD ZAMRI BIN SHAK @ ISHAK - MENTORTN. ABDUL RAHIM BIN MINTAL - MENTI(a) 12 MAC 20251. ULASAN MENTIa. Pada jam 0900 pagi, saya Tn. Abdul Rahim bin Mintal hadir di Pejabat Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Putrajaya untuk pertemuan pertama (Program Mentor-Mentee) dengan Mentor saya Tn.


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025136Mohd Zamri bin Ishak@Shak (Ketua Seksyen Pentadbiran & UndangUndang Bhg. Penguatkuasa JPV)b. Semasa pertemuan itu, Mentor telah memaklumkan kepada saya untuk hadir ke Mesyuarat Sesi Perbincangan Pelan Tindakan Animal Production Strategic Plan Bagi Pilar Pemasaran pada jam 0930 pagi.c. Sebelum saya hadir mesyuarat, saya telah diberikan pencerahan mengenai apa yang akan dibincangkan dalam mesyuarat ini nanti. Saya diarahkan untuk melaporkan kepada hasil perbincangan mesyuarat kepada Mentor setelah selesai. Selain itu, beberapa perkongsian ilmu daripada Mentor saya mengenai perundangan kawalan penyakit dan bagaimana untuk memahami setiap perundangan tersebut untuk diaplikasikan di dalam organisasid. Pada jam 0930 pagi, saya hadir Mesyuarat Sesi Perbincangan Pelan Tindakan Animal Production Strategic Plan Bagi Pilar Pemasaran di Bilik Mesyuarat Bahagian Perancangan Strategik dan Penilaian Veterinar, Aras 2 Blok Podium 1 B, Lot 4G1, Wisma Tani, Putrajaya. Dalam perbincangan mesyuarat ini, saya telah didedahkan berkenaan bagaimana untuk merangka aktiviti-aktiviti untuk industri ternakan yang mana ia adalah tunjang utama dalam Food Security dalam Negara. Mesyuarat ini telah membincangkan bagaimana untuk meningkatkan lagi pasaran daging mentah tempatan yang mana dalam pasaran sekarang banyak didominasi oleh daging Import. Setiap Bahagian telah diberikan tugasan untuk menyelaras segala aktiviti dalam Pelan Tindakan Animal Production Strategic Plan Bagi Pilar Pemasaran dari tahun 2021-2025. Bahagian Penguatkuasa telah diberikan tugasan untuk menghantar laporan data


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025137mengenai kes penyeludupan yang mana ianya memberi impak kepada harga daging mentah tempatan dalam negara.e. Pada jam 1145 pagi, selesai Mesyuarat Sesi Perbincangan Pelan Tindakan Animal Production Strategic Plan Bagi Pilar Pemasaran. Saya telah melaporkan kepada Mentor saya hasil perbincangan mesyuarat itu dan tindakan-tindakan yang perlu dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasa. Sambung sesi program E-Mentoring dibawah KPKM dengan Mentor saya Tn. Mohd Zamri bin Ishak@Shak. Beliau telah memberikan penugasan kepada saya untuk semak balik di JPV Negeri mengenai punca kuasa mengenakan fi untuk Sijil Kesihatan Veterinar yang dikenakan di bawah Seksyen 36 Akta Binatang 1953 untuk kawalan penyakit. Selepas itu semak balik Kaedah-Kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan 2009), Program Mantai Raya di Negeri Sembilan adakah Menteri telah mewartakan Program tersebut sebagai adat Negeri Sembilan.f. Di samping itu, Mentor telah berkongsi pengalaman semasa beliau menjadi Ketua Penguatkuasa Veterinar Negeri. Sebagai seorang KPVN perlu menyelaras dan memantau perlaksanaan aktiviti operasi serta menyeliapenyiasatan dan pendakwaan kes. bagi membolehkan Bahagian menjalankan fungsi yang ditetapkan dengan cekap dan berkesan. 2. STATUS PERKEMBANGAN MENTIa. Bagi sesi pertemuan pertama, saya berpeluang menghadiri mesyuarat perbincangan setiap bahagian dalam Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Ia telah memberikan pengalaman baru kepada saya untuk berkongsi pendapat dan idea mengikut bahagian masing-masing.


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025138b. Saya dapat menimba ilmu baru daripada pengkongsian ilmu dari Mentor saya, yang mana ia telah meningkatkan lagi kefahaman saya terhadap undang-undang Jabatan dan mengaplikasikannya jika ada perolehan kes.c. Penugasan yang diberikan oleh Mentor saya merupakan satu cabaran untuk saya menyemak balik di peringkat negeri nanti dan dapat berkongsi ilmu kepada pihak JPV Negeri mengenai isu-isu yang berlaku dalam Jabatan.d. Sebagai seorang KPVN, saya dapat belajar untuk menjadi Ketua yang bertanggungjawab dan profesional untuk menguruskan pentadbiran organisasi di peringkat negeri dengan cekap dan berkesan.3. TINDAKAN MENTI (WAYFORWARD)a. Meneruskan Pembelajaran dan Aplikasi Ilmui. Mengadakan sesi perbincangan berkala dengan mentor untuk terus meningkatkan pemahaman terhadap undang-undang Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).ii. Mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam kes-kes yang diterima untuk memastikan pematuhan terhadap peraturan.b. Menyemak dan Berkongsi Isu di Peringkat Negerii. Menyemak kembali isu-isu yang telah dibincangkan semasa mesyuarat di peringkat negeri bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas.ii. Mengadakan sesi perkongsian ilmu dengan pihak JPV Negeri bagi memastikan pemahaman seragam mengenai isu yang berlaku dalam Jabatan.c. Memperkasakan Kepimpinan sebagai KPVNi. Mengambil inisiatif untuk meningkatkan kemahiran pengurusan dan kepimpinan melalui kursus atau bimbingan.ii. Memastikan pentadbiran organisasi di peringkat negeri berjalan dengan cekap dan berkesan menerusi pematuhan kepada prosedur dan garis panduan yang ditetapkan.iii. Menggalakkan budaya kerja profesional dan bertanggungjawab dalamkalangan pegawai di bawah seliaan.(b) 14 APRIL 20251. ULASAN MENTI


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025139a. Pada jam 1030 pagi, Mentor saya Tn. Mohd Zamri bin Ishak@Shak (Ketua Seksyen Pentadbiran & Undang-Undang Bhg. Penguatkuasa JPV) hadir ke Pejabat Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan untuk pertemuan kedua (Program Mentor-Mentee) bersama saya (Mentee) Tn. Abdul Rahim bin Mintal yang bertugas sebagai Ketua Penguatkuasa Veterinar Negeri Sembilan.b. Semasa pertemuan itu, Mentor telah memaklumkan untuk memberi taklimat berkenaan dengan tugas KPVN sebagai Pegawai Pendakwa JPV Negeri Sembilan. Dalam sesi taklimat ini, saya telah diajar bagaimana hendak membuat pemantauan terhadap Pegawai Penyiasat yang telah ditugaskan untuk menyiasat jika ada perolehan kes. Hal ini kerana, Pegawai Pendakwa yang akan membawa kes ini di Mahkamah dan memerlukan Kertas Siasatan yang lengkap dan kemas untuk proses sebutan atau perbicaraan kes.


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025140c. Tugas pertama: KPVN saya perlu memastikan Pegawai Penyiasat berkompeten untuk menjalankan siasatan. Penolong Pegawai Penguatkuasa KP5 yang ditugaskan untuk menjawat jawatan sebagai Pegawai Penyiasat. Jika tiada KP29, KPVN perlu melantik pangkat tidak kurang dari KP2. d. Tugas kedua: Jika perolehan kes, KPVN perlu mencatit minit kepada Pegawai Penyiasat untuk buka kertas siasatan dan semak dahulu borang serahan kes berserta barang kes sebelum terima daripada pengadu.e. Tugas ketiga: KPVN hendaklah sentiasa membuat pemantauan terhadap kertas siasatan yang dijalankan, pastikan Pegawai Penyiasat kemaskini setiap mukasurat dalam kertas siasatan mengikut piawaian yang telah ditetapkan dan membuat penandaan disetiap dokumentasi yang terkandung dalam Kertas Siasatan.f. Tugas terakhir: KPVN perlu memastikan Pegawai Penyiasat semak balik Kertas Siasatan dari segi kemaskini maklumat di setiap mukasurat dan gariskan merah pada ruangan kosong supaya ia idak dapat dipinda sebelum Kemas Untuk Simpan (KUS).2. STATUS PERKEMBANGAN MENTIa. Kehadiran & KomitmenMentee menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menghadiri pertemuan bersama mentor dan memberikan perhatian sepenuhnya sepanjang sesi taklimat.b. Kandungan Taklimat & KefahamanMentee telah didedahkan kepada peranan dan tanggungjawab Ketua Penguatkuasa Veterinar Negeri Sembilan (KPVN) sebagai Pegawai Pendakwa JPV Negeri Sembilan. Antara isi penting yang difahami termasuk:i. Peranan dalam memantau Pegawai Penyiasat yang mengendalikan siasatan kes.ii. Keperluan kepada kualiti dan kelengkapan Kertas Siasatan untuk tujuan perbicaraan di Mahkamah.c. Kefahaman Terhadap Tanggungjawab KPVNMentee telah memahami dan mampu menghuraikan dengan jelas tugastugas utama sebagai KPVN, iaitu:i. Tugas 1: Menilai kompetensi Pegawai Penyiasat dan melantik pegawai yang sesuai sekiranya tiada KP29.


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025141ii. Tugas 2: Meneliti borang serahan kes dan barang kes sebelum menerima dari pengadu, serta memberi arahan pembukaan kertas siasatan.iii. Tugas 3: Memantau proses kemaskini Kertas Siasatan serta memastikan dokumentasi lengkap dan menepati piawaian.iv. Tugas 4: Menyemak semula kemaskini terakhir dan memastikan tiada ruang kosong dalam dokumen yang boleh dipinda sebelum proses Kemas Untuk Simpan (KUS).d. Tahap PenguasaanMentee menunjukkan penguasaan awal yang baik dalam memahami skop tugas sebagai Pegawai Pendakwa dan bersedia melaksanakan peranan tersebut dengan lebih efektif.e. Saranan Mentee disarankan untuk terus mendapatkan pendedahan praktikal melalui pemantauan kes sebenar bagi meningkatkan kefahaman secara menyeluruh dan menambah baik kemahiran teknikal berkaitan pengurusan siasatan dan pendakwaan3. TINDAKAN MENTI (WAYFORWARD)a. Menyediakan Senarai Semak (Checklist) Pemantauan Kertas SiasatanMenyediakan dokumen panduan dalaman yang merangkumi langkahlangkah semakan terhadap borang serahan kes, barang kes, dan struktur Kertas Siasatan.b. Melaksanakan Penilaian Kompetensi Pegawai PenyiasatMenyemak semula senarai Pegawai Penyiasat sedia ada (KP5 atau KP2) dan mengenal pasti keperluan latihan atau pendedahan tambahan bagi memastikan mereka benar-benar bersedia.c. Mengadakan Taklimat Dalaman Kepada Pegawai PenyiasatMerancang sesi taklimat atau refresher training kepada pegawai bawahan untuk memastikan pemahaman menyeluruh tentang format dan keperluan penyediaan Kertas Siasatan.d. Menetapkan Proses Pemantauan BerkalaMenyusun jadual pemantauan kertas siasatan (contoh: setiap minggu /minggu kedua) bagi memastikan segala kemaskini berjalan lancar dan menepati piawaian.e. Membangunkan Sistem Dokumentasi yang Teratur


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025142Menyusun semula fail dan dokumentasi kes dengan sistem fail yang standard bagi memudahkan rujukan, pemantauan dan penyediaan dokumen ke Mahkamah.f. Menjalin Komunikasi Lebih Rapat dengan Pegawai PenyiasatMenjalankan sesi semakan bersama bagi setiap kes baru bagi mengesan isu awal dan membimbing mereka secara langsung.g. Meneruskan Perbincangan Berkala dengan MentorMerancang untuk pertemuan atau perbincangan susulan dengan mentor secara berkala untuk mendapatkan panduan lanjut atau maklum balas terhadap tindakan yang telah diambil.(c) 30 APRIL 20251. ULASAN MENTIPada jam 1100 pagi, saya Tn. Abdul Rahim bin Mintal hadir di Pejabat Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Negeri Selangor untuk pertemuan ketiga (Program Mentor-Mentee) dengan Mentor saya Tn. Mohd Zamri bin Ishak@Shak (Ketua Seksyen Pentadbiran & Undang-Undang Bhg. Penguatkuasa JPV). Semasa pertemuan itu, Mentor saya telah memberi taklimat berkenaan dengan Akta Kebajikan Haiwan 2015. Beliau memilih JPV Negeri Selangor untuk pertemuan ketiga Program Mentor-Mentee ini kerana di Negeri Selangor merupakan negeri yang banyak kes berkaitan kebajikan haiwan dan mereka berjaya menyelesaikan 80% kes dengan jayanya.Tumpuan utama untuk pertemuan ketiga adalah mengenai kehendak lesen bagi suatu individu atau kumpulan untuk menjalankan aktiviti yang melibatkan haiwan terutamanya aktiviti yang berhubungan dengan tempat kurungan dan perlindungan haiwan. Setakat ini, tiada lagi pengambilan kes berkenaan dengan kesalahan ini. Jadi Mentor mengambil kesempatan ini untuk memberi tugasan kepada saya untuk menyiapkan carta alir proses pemeriksaan premis bagi aktiviti yang melibatkan haiwan. Beliau telah memberi panduan kepada saya bagaimana caranya untuk menyiapkan carta alir ini. Selepas siap Arahan Prosedur Tetap (APT) pemeriksaan aktiviti ini, Pihak JPV akan mengeluarkan Arahan Prosedur Tetap ini sebagai panduan kepada semua jabatan perkhidmatan veterinar untuk melaksanakan arahan ini.


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025143Saya juga telah meminta pandangan daripada Mentor mengenai arahan PUU Negeri untuk membuat pindaan Enakmen Kawalan dan Pelesenan Penternakan Unggas dan Aktiviti Berkaitan dengan Penternakan Unggas 1996. Beliau mengatakan supaya diteruskan dan rujuk Enakmen Penternakan Unggas Negeri Pulau pinang untuk pindaan. Sebarang pindaan Enakmen atau Akta tidak diberikan tempoh untuk membuat pindaan semula.2. STATUS PERKEMBANGAN MENTIa. Taklimat Akta Kebajikan Haiwan 2015Mentor telah memberikan taklimat terperinci berkenaan Akta Kebajikan Haiwan 2015. Negeri Selangor dipilih sebagai lokasi pertemuan ketiga kerana


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025144merupakan negeri yang mempunyai bilangan kes kebajikan haiwan yang tinggi, di mana 80% kes berjaya diselesaikan dengan jayanya.b. Fokus Isu Lesen Aktiviti Berkaitan HaiwanPerbincangan tertumpu kepada keperluan lesen bagi individu / kumpulan yang menjalankan aktiviti melibatkan haiwan, khususnya premis kurungan dan perlindungan haiwan.Tugasan Diberikan: Mentee diminta menyiapkan carta alir proses pemeriksaan premis bagi aktiviti berkaitan haiwan.Mentor telah memberi panduan tentang cara penyediaan carta alir tersebut.Carta alir ini akan digunakan sebagai asas bagi penyediaan Arahan Prosedur Tetap (APT) pemeriksaan premis. APT yang dimuktamadkan kelak akan dijadikan panduan rasmi oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar di seluruh negara.c. Perbincangan Pindaan Enakmen Kawalan dan Pelesenan Penternakan Unggas 1996Mentee telah mendapatkan pandangan Mentor berkenaan arahan PUU Negeri untuk pindaan enakmen sedia ada.Nasihat Mentor: Pindaan dicadangkan diteruskan dengan merujuk kepada Enakmen Penternakan Unggas Negeri Pulau Pinang sebagai rujukan.Ditekankan bahawa tiada tempoh masa ditetapkan bagi pindaan enakmen atau akta.Rumusan:Pertemuan ketiga ini memberi pendedahan yang lebih mendalam kepada Mentee berkaitan aspek perundangan dan prosedur penguatkuasaan dalam isu kebajikan haiwan serta pindaan berkaitan dengan Enakmen Negeri. Tugas penyediaan carta alir pemeriksaan premis merupakan langkah penting ke arah pemantapan prosedur penguatkuasaan di peringkat jabatan.3. TINDAKAN MENTI (WAYFORWARD)a. Penyediaan Carta Alir Proses Pemeriksaan Premis Aktiviti Berkaitan Haiwani. Menyediakan draf awal carta alir berdasarkan panduan yang diberikan oleh Mentor.


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025145ii. Membuat semakan dan pengesahan dengan Mentor untuk memastikan kesesuaian dan ketepatan proses.iii. Memuktamadkan carta alir untuk digunakan dalam penyediaan Arahan Prosedur Tetap (APT) pemeriksaan premis.b. Kerjasama dengan Bahagian Berkaitani. Berbincang dengan pegawai-pegawai di Bahagian Penguatkuasa dan Bahagian Undang-Undang JPV untuk mendapatkan input tambahan jika perlu.ii. Memastikan semua proses dalam carta alir mematuhi kehendak Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan peraturan sedia ada.c. Penyediaan Draf Pindaan Enakmen Kawalan dan Pelesenan Penternakan Unggas 1996i. Meneliti Enakmen Penternakan Unggas Negeri Pulau Pinang sebagai rujukan utama.ii. Menyediakan draf cadangan pindaan enakmen untuk dibentangkan kepada PUU Negeri bagi perbincangan lanjut.iii. Mengadakan sesi perbincangan bersama pihak berkepentingan (stakeholders) bagi memperhalusi cadangan pindaan.d. Pelaporan Berkala kepada Mentori. Melaporkan perkembangan tugasan secara berkala kepada Mentor untuk mendapatkan maklum balas dan pengesahan.ii. Mendokumentasikan semua perbincangan dan pandangan Mentor bagi rujukan dan rekod pelaksanaan tugasan.e. Persediaan untuk Pembentangan Akhiri. Menyediakan pembentangan rasmi hasil tugasan (carta alir dan draf pindaan enakmen) untuk disemak dan disahkan oleh pihak pengurusan JPV.ii. Bersedia untuk membentangkan kepada jabatan-jabatan perkhidmatan veterinar negeri jika diperlukan.(d) 15 MEI 20251. ULASAN MENTIPada jam 1100 pagi, Mentor saya Tn. Mohd Zamri bin Ishak@Shak (Ketua Seksyen Pentadbiran & Undang-Undang Bhg. Penguatkuasa JPV) hadir di Pejabat Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Negeri


Laporan Program Pementoran Kepimpinan 2025146Sembilan untuk pertemuan keempat (Program Mentor-Menti) dengan saya Tn. Abdul Rahim bin Mintal sebagai menti.Taklimat untuk (Program Mentor-Menti) ini diadakan di Bilik Mesyuarat, Bahagian Penguatkuasa Veterinar Negeri Sembilan. Saya diminta untuk memanggil En. Muhammad Shafek bin Md. Kamil (Pembantu Penguatkuasa KP2) bersama-sama untuk taklimat pertemuan keempat ini untuk menyelesaikan isu atau masalah dalaman Bahagian Penguatkuasa Veterinar Negeri Sembilan.Tumpuan utama untuk pertemuan keempat ini adalah memberi ulasan dan pencerahan mengenai tanggungjawab KPVN kepada kakitangan dalam


Click to View FlipBook Version