42
Masjid Sultan Murad II yang terletak di kompleks pemerintahan (Kulliye) Sultan
Murad II.
Maharaja Rom berasa sangat gusar dengan kejayaan 43
Sultan Murad II menewaskan Mustafa Chelebi. Maka beliau
mengutuskan pembesarnya yang bernama Lakanas dan
Marco Ganis untuk menjalinkan hubungan persahabatan
dengan Sultan Murad II sambil membawa pelbagai hadiah
yang berharga. Namun Sultan Murad II menolak mentah-
mentah hadiah berserta tawaran menajalinkan hubungan
persahabatan itu.
Pada tahun 1422, Sultan Murad II telah menggerakkan
satu pasukan tentera bagi mengepung Kota Konstantinople
sebagai satu balasan di atas perbuatan Kerajaan Byzantin
Rom. Maharaja Rom yang berasa sangat gentar dengan
tindakan Sultan Murad itu mencari jalan agar Sultan Murad
II berundur dari benteng-benteng Kota Konstantinople.
Sehubungan dengan itu, semasa kepungan itu sedang
berlangsung, Maharaja Manuel telah menghasut adinda
kepada Sultan Murad II iaitu Lala Mustafa untuk melancarkan
pemberontakan ke atas pemerintahan Sultan Murad II. Beliau
berjanji untuk melindungi dan menyokong Lala Mustafa.
Pada tahun 1422,
Sultan Murad II telah
menggerakkan satu pasukan
tentera bagi mengepung Kota
Konstantinople sebagai satu
balasan di atas perbuatan
kerajaan Byzantin Rom.
Setelah tiba di
Iznik, baginda berjaya
menewaskan Lala Mustafa
dan menjatuhkan hukuman
mati ke atasnya. Kerajaan
Rom berjaya mengelakkan
serangan dari Sultan Murad
II dengan menjadikan adik
sultan sebagai mangsa.
Dengan itu, Lala Mustafa dan angkatan tentera yang telah
membentuk dan mengisytiharkan satu pemerintahan
44 yang bebas dari Daulah Uthmaniyah di Iznik. Pemimpin
Karaman dan Gemiyan turut menyokong kepimpinan Lala
Mustafa. Tatkala mendengar berita tersebut, Sultan Murad
II terpaksa mengundurkan angkatan tenteranya dari Kota
Konstantinople dan terus bergerak menuju ke Iznik. Setelah
tiba di Iznik, baginda berjaya menewaskan Lala Mustafa
dan menjatuhkan hukuman mati ke atasnya. Kerajaan Rom
berjaya mengelakkan serangan dari Sultan Murad II dengan
menjadikan adik sultan sebagai mangsa.
Tindakan Rom itu tidak dibiarkan sahaja oleh Sultan Murad Bahagian dalam Masjid Sultan Murad II.
II. Dengan itu, Sultan Murad II berusaha mengepung dan
menakluki sebuah kota kepunyaan Byzantin Rom iaitu
Kota Salonika. Maka pada bulan Mac 1431, Sultan Murad
II berjaya menakluki Kota Salonika (pada hari ini terletak
dalam negara Greece) dan menjadikannya sebagai sebuah
kota Daulah Uthmaniyah. Setelah itu, baginda terus berusaha
meluaskan wilayah dan pengaruh Uthmaniyah sekaligus
meluaskan dakwah Islam ke wilayah-wilayah yang berjaya
dikuasai oleh Daulah Uthmaniyah.
Setelah berjaya menawan Kota Salonika pada tahun 1431,
maka pada tahun 1432 pula, isteri baginda yang bernama
Hatice Halime Huma Khatun telah melahirkan Muhammad 45
al-Fatih. Sultan Murad juga telah menjalani beberapa
peperangan bagi menegakkan Islam. Hidup baginda
sentiasa sibuk dengan perang jihad fisabilillah. Antaranya
ialah berperang dengan Serbia, Hungary, Kosovo, Albania
dan Karaman. Baginda juga hampir berjaya menakluki
Konstantinople, namun disebabkan adiknya sendiri
melancarkan pemberontakan tatkala baginda sedang
mengepung Kota Konstantinople, maka baginda terpaksa
menangguhkan hasratnya itu buat seketika.
Semasa pemerintahannya, Sultan Murad II sangat
mengambil berat dengan kebajikan rakyat tanpa mengira
agama dan bangsa. Semua rakyat hidup dengan selesa
ketika di bawah pemerintahan baginda. Sultan Murad telah
melayan dan berkhidmat kepada rakyatnya dengan begitu
baik. Para ulama, orang-orang soleh dan ahli tasawuf benar-
benar dijaga dan dilayan dengan rapi. Pada tahun 1426,
Sultan Murad II telah membina masjid dan imaret 5 di Bursa.6
Baginda juga membina imaret di Ergene (Uzunkopru).
5 Dapur awam yang memberikan makan percuma sebanyak dua kali
sehari kepada orang-orang awam
6 Mehmet Maksudoglu. 2011. Osmanli History and Institutions. Hlm 147
Semasa
pemerintahannya, Sultan
Murad II sangat mengambil
berat dengan kebajikan
rakyat tanpa mengira agama
dan bangsa. Semua rakyat
hidup dengan selesa ketika
di bawah pemerintahan
baginda.
Sultan Murad II telah melantik 30 orang hafiz Al-Quran dan orang awam untuk membaca zikir
14 orang muhallil (orang yang ditugaskan untuk membaca untuk dihadiahkan pahalanya kepada orang-orang
tahlil) untuk membaca tahlil setiap hari sebanyak 70,000 beriman.
kali dan untuk dihadiahkan pahalanya kepada junjungan
besar Rasulullah ﷺ, para nabi dan rasul, pada arwah Di samping itu, baginda juga mengutuskan setiap tiga tahun
nenek moyang baginda dan kepada arwah seluruh orang- 5,000 bongkah emas kepada Palestin (Hebron/ Khalilul
orang beriman sama ada lelaki atau wanita. Di sebelah Rahman), Mekah dan Madinah. Baginda telah mewakafkan
masjid tersebut, baginda telah membina madrasah dan penempatan Baliq Hisar yang terletak berhampiran Ankara
baginda juga telah menyediakan tempat untuk makamnya yang mana hasil wakafnya itu disalurkan ke Mekah. Baginda
di antara masjid dan madrasah tersebut. Baginda juga juga memberikan 1,000 bongkah emas kepada golongan
telah berwasiat supaya selepas kematiannya, Al-Quran sayyid (keturunan Nabi Muhammad ) di mana sahaja mereka
dibacakan di sekeliling makamnya. Di samping itu, berada di segenap penjuru wilayah Daulah Uthmaniyah.
Sultan Murad II juga telah membina Darul Hadith7 dan
Mevlevihane8 di Erdine yang mana projek pembinaan Sultan Murad II adalah seorang yang sangat mencintai
bangunan-bangunan tersebut mengambil masa selama syair dan sastera. Disebabkan kecintaannya itu, baginda
10 tahun iaitu dari 1437 hingga 1447. Baginda juga telah sering mengundang penyair-penyair ke istananya untuk
46 melantik 40 qari untuk membaca surah Al-An’am untuk mendendangkan syair-syair ciptaan mereka. Di samping itu,
pahalanya dihadiahkan kepada arwah ayahandanya baginda sendiri ada mengarang syair yang indah. Antara bait
iaitu Sultan Muhammad I. Di samping itu, Sultan Murad II syair yang terkandung dalam syair-syair karangan baginda
melantik 5 orang yang lain untuk membaca selawat adalah “Marilah kita selalu mengingati Allah, kerana kita
kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ. tidak akan hidup abadi di dunia ini.”
Baginda juga mengamanahkan kepada ramai
Matawang yang dikeluarkan oleh Sultan Murad II.
Pada tahun 1451, Sultan Murad II kembali Semasa
ke rahmatullah ketika berusia 47 tahun. Baginda pemerintahannya, Sultan
menghembuskan nafasnya yang terakhir di Erdine. Saat Murad II sangat mengambil
baginda sedang nazak dan sakit tenat, salah seorang berat dengan kebajikan
pembesarnya yang bernama Al-Haj Isa Dede menyarankan rakyat tanpa mengira agama
kepada baginda agar baginda memanggil Muhammad al- dan bangsa. Semua rakyat
Fatih pulang dari Manisa ke Erdine. Ini sebagai persiapan hidup dengan selesa ketika
untuk pertabalan sekiranya Sultan Murad II menemui ajal. di bawah pemerintahan
Oleh itu, Sultan Murad II pun bersetuju dengan saranan
tersebut lalu memanggil Muhamamd al-Fatih pulang ke baginda
Erdine. Namun begitu, sebelum Muhammad al-Fatih tiba
di Erdine, Sultan Murad II pun mangkat dan berita tentang 47
kemangkatan Sultan Murad II tidak diumumkan kepada
awam sehinggalah ketibaan Muhammad al-Fatih. Apabila
Muhammad al-Fatih tiba di Erdine, maka pengumuman
tentang kemangkatan Sultan Murad II pun dibuat dan
jenazah Sultan Murad II dikebumikan di Bursa sesuai
dengan wasiatnya.9
7 Sebuah institusi yang khusus mengajar ilmu-ilmu hadith
Rasulullah ﷺ
8 Bangunan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan khusus untuk
ahli-ahli zikir dan pengamal tarekat Mevlevi yang diasaskan oleh
Jalaluddin Rumi
9 Mehmet Maksudoglu. 2011. Osmanli History and Institutions. Hlm 148
Matawang Sultan Murad II.
48
Ilustrasi kejadia Sultan Murad II memancung kepada John Hunyadi, panglima
perang kerajaan Hungary selepas Perang Varna tahun 1444.
49
Ilustrasi Sultan Murad II sedang berlatih memanah.
50
Firman (pengisytiharaan) Sultan Murad II bertarikh 3 Rabi'ul Awwal 830
Hijrah bersamaan 2 Januari 1427 Masihi.
Bahagian luar makam Sultan Murad II.
51
52
Tembok Bursa yang dibina oleh pemerintahan Rom, Prusias I pada tahun 185 Sebelum Masihi
Kubu ini kemudiannya telah dibaik pulih dan diperbesarkan oleh Sultan-sultan Uthmaniyah
setelah Bursa ditakluki oleh Uthmaniyah. Kubu ini menjadi salah satu kubu penting bagi
pemerintahan Sultan Murad II yang berpusat di Bursa, Turki.
53
3
MGPUUEHRNAUDM-GIDMUIARKDAUNASULD-LAFTNAATNIH
Selepas Sultan Muhammad al-Fatih dilahirkan,
Sultan Murad II mengamanahkan kepada
seorang wanita Turki Uthmaniyah yang
bernama Daye Hatun untuk mengasuh dan
menjaga Muhammad al-Fatih. Dengan itu, Sultan
Muhammad al-Fatih diasuh oleh dua orang wanita iaitu
ibu baginda, Huma Hatun dan pengasuh baginda, Daye
Hatun. Setelah meningkat usia kanak-kanak, baginda
dididik dan diasuh oleh Sultan Murad II dan pengajar-
pengajar di istana.1
1 Fevzi Gunuc. 2007. The Fatih Complex I In The History of Turkish
Culture and Civilization. Hlm 36
Sejak kecil, Sultan Muhammad al-Fatih telah mendapat Lukisan-lukisan yang dilukis oleh Sultan Muhammad
asuhan yang jitu di Istana Uthmaniyah. Baginda diajar al-Fatih pada buku latihannya pada zaman kanak-
dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Sama ada ilmu kanak.
keagamaan seperti akidah, fiqh, tasawuf dan sebagainya
serta ilmu keduniaan seperti matematik, geografi, sains,
perubatan dan lain-lain. Malah baginda juga mempelajari
pelbagai bahasa asing sehingga baginda mampu
menguasainya. Sultan Muhammad al-Fatih juga sangat
berminat mengkaji buku-buku sejarah. Di samping itu,
akhlak dan disiplin juga diterapkan dalam dirinya sejak dari
usia kecilnya.
Sultan Muhammad al-Fatih II telah disibukkan oleh
ayahandanya dengan aktiviti menuntut ilmu pengetahuan
sejak dari zaman kanak-kanaknya. Disebabkan kesibukan
56 Sultan Murad II dalam menguruskan negara, maka Sultan
Muhammad al-Fatih telah dihantar kepada para ulama
untuk diasuh dalam segenap bidang ilmu. Baginda diasuh
dengan akidah tauhid yang jitu, ditanamkan kecintaan
kepada Rasulullah ﷺ, Ahli Bait dan para sahabat Nabi,
diajarkan dengan ilmu-ilmu Al-Quran, dibentuk dengan
akhlak dan adab yang tinggi pada dirinya serta disemaikan
semangat jihad dalam hatinya oleh para ulama yang
bertanggungjawab mengajarnya.2
Sultan Muhammad al-Fatih ternyata seorang insan yang
pintar. Baginda sangat mudah mengingati dan mencerna
pelajaran yang diterima dari guru-gurunya. Baginda juga
menguasai beberapa bahasa asing dan sangat fasih
bertutur dalam bahasa Arab dan Parsi. Sultan Muhammad
al-Fatih sangat mahir dalam pelbagai disiplin ilmu seperti
ilmu-ilmu agama, sejarah, matematik, fizik, sastera dan
lain-lain. Di samping itu, baginda juga mahir dengan
budaya-budaya asing. Sebagai contoh, tiada mana-mana
pemimpin Islam di zaman Sultan Muhammad al-Fatih yang
mahir dengan kebudayaan Itali berbanding dirinya.3
2 Ali Muhammad as-Solabi. 2006. Muhammad al-Fatih : Fatih al-
Qastantaniyah. Hlm 83
3 Fevzi Gunuc. 2007. The Fatih Complex I In The History of Turkish
Culture and Civilization. Hlm 85-86
57
58
Tulisan-tulisan Turki Uthmaniyah dalam buku latihan
Sultan Muhammad al-Fatih.
59
60
Latihan membuat Tugra (tandatangan) oleh Sultan
Muhammad al-Fatih.
GURU-GURU SULTAN MUHAMMAD AL-FATIH Maka begitu jugalah pendidikan yang diterapkan oleh Sultan 61
Murad II ke atas Sultan Muhammad al-Fatih. Terdapat
Sejak kanak-kanak hingga dewasa, Sultan Muhammad al- empat orang guru utama Sultan Muhammad al-Fatih yang
Fatih diasuh oleh ramai ulama dan ilmuan. Baginda diasuh masyhur. Mereka ialah Mullah Kurani atau Gurani, Mullah
dan diajar dengan pelbagai disiplin ilmu seperti akidah, fiqh, Husrev, Syeikh Hocazade dan Syeikh Aq Syamsuddin atau
tasawuf, sains, sastera, geografi, matematik dan banyak Aksemseddin.
lagi. Dalam menuntut ilmu pengetahuan, Sultan-sultan
Uthmaniyah sama sekali tidak akan berkompromi dan 1 Mullah Kurani
bertolak ansur. Mullah Kurani atau Gurani ialah seorang ulama besar dan
mufti Turki Uthmaniyah. Beliau dilahirkan di Kota Kuran atau
Putera-putera Sultan akan dididik dengan tegas dan ketat. Guran yang terletak di utara Iraq pada tahun 1410 Masihi.
Mereka sama sekali tidak boleh bermalasan atau beralasan Nama sebenar Mullah Kurani ialah Syamsuddin Ahmad bin
untuk mengelak dari belajar ilmu-ilmu pengetahuan. Ismail. Mullah Kurani mendapat pendidikan dari ramai ulama
Para guru putera Sultan pula diberikan kebebasan untuk yang masyhur di Baghdad, Damsyik, Mesir dan Hasankeyf.
menggunakan kekerasan dalam mendisiplinkan para Mullah Kurani juga pernah belajar dari seorang ulama yang
putera Sultan Uthmaniyah. Menurut Fevzi Gunuc, putera- terkenal dalam dunia Islam iaitu Ibn Hajar al-Asqalani ketika
putera Sultan Uthmaniyah akan masuk ke kelas-kelas beliau berhijrah ke Mesir.5
pembelajaran seawal usia lima tahun.4
4 Ibid. Hlm 43
5 Ibid. Hlm 44
Lihat juga Ibrahim Kalin. 2006. Mulla Gurani. Dlm Oliver Leamen
(penyt.). Hlm 348
Sejak kanak-
kanak hingga
dewasa, Sultan
Muhammad al-Fatih diasuh
oleh ramai ulama dan ilmuan.
Baginda diasuh dan diajar
dengan pelbagai disiplin ilmu
seperti akidah, fiqh, tasawuf,
sains, sastera, geografi,
matematik dan
banyak lagi.
Illustrasi Sultan Muhammad al-Fatih sedang belajar
dari seorang ulama besar Uthmaniyah.
Terdapat satu kisah yang menarik antara Mullah Kurani dan perkara yang paling asas dan wajib bagi setiap Sultan
Sultan Muhammad al-Fatih ketika usia Sultan Muhammad Uthmaniyah. Maka Sultan Murad II memutuskan untuk
al-Fatih meningkat remaja, sedikit kenakalan datang dalam menghantar Mullah Kurani untuk mengajar puteranya
dirinya. Baginda menjadi tidak berminat untuk belajar. itu kerana Mullah Kurani terkenal sebagai seorang ulama
Tatkala Sultan Murad II melantik Sultan Muhammad al-Fatih yang tegas, berpengaruh dan disegani oleh setiap orang.
menjadi penguasa di Wilayah Manisa iaitu sebagai latihan Sebelum Mullah Kurani diutuskan ke Manisa untuk
dan persiapan baginya sebelum baginda diangkat menjadi mendidik Sultan Muhammad al-Fatih, Sultan Murad II telah
sultan, Sultan Murad II telah mengutuskan beberapa orang menyerahkan sebatang tongkat kepada Mullah Kurani
ulama untuk membimbing Sultan Muhammad al-Fatih. sambil memerintahkan supaya Mullah Kurani memukul
Namun begitu, Sultan Muhammad al-Fatih tidak mentaati Sultan Muhammad al-Fatih sekiranya baginda ingkar
perintah guru-gurunya itu. Malah baginda juga masih belum dengan arahan Mullah Kurani.
menghafaz Al-Quran.
Maka Mulah Kurani pun pergi Manisa menemui Sultan
Sultan Murad II berasa sangat kecewa dengan sikap Sultan Muhammad al-Fatih sambil berkata, “Ayahmu telah
Muhammad al-Fatih itu. Sifat mentaati guru merupakan mengutuskan aku kepadamu dan menyuruhku untuk
mengajarimu. Baginda memerintahkan aku untuk
62 memukulmu sekiranya engkau mengingkari perintahku”.
Setelah mendengar kata-kata Mullah Kurani itu,
maka Sultan Muhammad al-Fatih pun ketawa.
Maka Mullah Kurani terus memukul Sultan
Muhammad al-Fatih dengan kuat sambil
dilihat oleh pembesar dan hadirin
yang hadir dalam majlis itu. Sejak
itu, Sultan Muhammad al-Fatih
sangat takut dengan Mullah Kurani.
Baginda tidak berani membantah
Ilustrasi wajah Mullah Kurani. Maka Mullah
Kurani terus
memukul Sultan
Muhammad al-Fatih
dengan kuat sambil dilihat
oleh pembesar dan hadirin
yang hadir dalam majlis itu.
Sejak itu, Sultan Muhammad
al-Fatih sangat takut
dengan Mullah Kurani
setiap suruhan dan arahan Mullah Kurani. Hasilnya, dalam Setelah Sultan Muhammad al-Fatih ditabalkan menjadi
tempoh yang singkat baginda berjaya menghafaz Al-Quran Sultan Uthmaniyah, baginda telah menawarkan jawatan
di bawah bimbingan Mullah Kurani. Wazir (menteri) kepada Mullah Kurani. Namun Mullah Kurani
menolak tawaran tersebut sambil beliau memberikan
Tatkala Sultan Muhammad al-Fatih masih remaja, nasihat kepada Sultan Muhammad al-Fatih seperti berikut:-
ayahanda baginda iaitu Sultan Murad II telah melibatkan
baginda dalam hal ehwal pentadbiran Daulah Uthmaniyah. “Mereka yang berkhidmat di pintu istanamu berharap supaya
Baginda juga mempelajari selok-belok strategi perang sampai ke jawatan wazir suatu hari nanti. Jika seseorang
dari ayahandanya. Ketika ayahadanya sibuk dalam misi dari mereka dilantik menjadi wazir, ketaatan mereka kepada
untuk menawan Kota Konstantinople, baginda mengikuti engkau adalah lemah dan arahan dari Sultan diremehkan” 6
segala perkembangan yang berlaku dan menilai kekuatan
dan kemampuan musuh. Sultan Muhammad al-Fatih Bagaimana pun, menurut Ibrahim Kalin, ketika Sultan
juga mempelajari dari ayahandanya bagaimana cara Muhammad al-Fatih ditabalkan menjadi Sultan Uthmaniyah
menguruskan konflik dalaman, meredakan rusuhan dan pada tahun 1451, baginda telah melantik Mullah Kurani Kadi
mencegah pemberontakan yang berlaku dalam negara. Asker (Ketua Hakim) 7
Di bawah bimbingan Mullah Kurani, pembentukan akhlak Manakala pada tahun 1480 pula, Sultan Muhammad al- 63
dan adab ke atas peribadi Sultan Muhammad al-Fatih sangat Fatih telah melantik Mullah Kurani ke jawatan Syeikhul
ditekankan. Cara didikan dan asuhan Mullah Kurani sangat Islam dan Mufti Istanbul iaitu jawatan agama yang tertinggi
memberi kesan ke dalam diri baginda. Mullah Kurani selalu dalam Daulah Uthmaniyah. Mullah Kurani telah memainkan
menegur dan membetulkan tindakan Sultan Muhammad peranan yang sangat besar semasa zaman pemerintahan
al-Fatih apabila baginda melakukan sesuatu yang Sultan Bayezid II.8
bertentangan dengan syarak. Beliau tidak pernah menunduk
di hadapan Sultan Muhammad al-Fatih. Beliau memanggil Mullah Kurani telah menghasilkan beberapa buah karya
Sultan Muhammad al-Fatih dengan nama asli baginda yakni dan penulisan dalam pelbagai bidang seperti tafsir, hadith
‘Muhammad’ tanpa sebarang gelaran penghormatan. dan fiqh. Dalam bidang tafsir Al-Quran, beliau telah menulis
sebuah kitab yang bertajuk Ghayat al-Amani fi Tafsir Sab’
Mullah Kurani juga tidak pernah mencium tangan Sultan al-Masani. Kitab tafsir ini ditulis sebagai dedikasi kepada
Muhammad al-Fatih, malah Sultan Muhammad al-Fatih Sultan Muhammad al-Fatih. Dalam bidang hadith pula,
yang akan mencium tangannya apabila baginda berjumpa Mullah Kurani telah menulis kitab yang bertajuk Al-Kawthar
dengan Mullah Kurani. Hasilnya, sifat-sifat mulia terbentuk al-Jari’ Ala Sahih Bukhari di mana kitab ini adalah ulasan
dalam diri Sultan Muhammad al-Fatih seperti tawaduk, Mullah Kurani dari Sahih Bukhari yang khusus berkaitan
menghormati guru, sentiasa menjaga syariat Islam, tegas dengan sejarah hidup Nabi Muhammad ﷺyang terkandung
dan berani pada kebenaran dan kebatilan, garang ke atas dalam Sahih Bukhari.
musuh, berlemah lembut pada kaum yang lemah dan
sebagainya. Dalam bidang qiraat pula, Mullah Kurani telah menghasilkan
beberapa penulisan seperti Kasyf al-Asrar ‘an Qira’at al-
A’immat al-Akhyar, Lawami’ Ghuwar fi Sharh Fawa’id al-
Masjid Mullah Kurani yang terletak di Istanbul, Turki.
64
65
Penulis di samping makam Mullah Kurani yang terletak di Istanbul, Turki.
Kitab karangan Mullah Kurani yang bertajuk 'Ghayatul
Iman fi Tafsiril Kalami Rabbani'.
66
Durar dan Daf’ al-Hitam ‘an Waqf Hamza wa Hisham. Mullah 67
Kurani juga menulis beberapa karya fiqh. Antaranya Al-
Budur al-Lawami’ Sharh Jam’ al-Jawami’ iaitu ulasan atau
syarah kepada kitab Jam’ al-Jawami’ fil Usul karya Syeikh
Tajuddin as-Subki dan kitab Risalah fil Wala’.9
Mullah Kurani wafat pada tahun 1488 Masihi iaitu
semasa zaman pemerintahan Sultan Bayezid II dan beliau
dimakamkan di Istanbul, Turki.
2 Mullah Husrev
Nama sebenar Mullah Husrev ialah Muhammad. Beliau
dilahirkan di rumah orang tuanya di Kargin, sebuah tempat
yang terletak di antara Sivas dan Tokat. Mullah Husrev yang
berasal dari suku Turcoman, hidup sebagai anak yatim bila
mana ayahnya iaitu Hodja Ali telah meninggal dunia ketika
beliau masih kecil. Setelah itu, beliau dipelihara oleh bapa
saudaranya dan mendapat pendidikan awal dari bapa
saudaranya itu. Setelah itu, Mullah Husrev menyambung
pengajiannya dengan belajar dari seorang ulama yang
bernama Yusuf Bali iaitu anak kepada Kadi Bursa, Mullah
Fenari.10
Mullah Husrev memulakan kerjayanya sebagai tenaga
pengajar di Madrasah Shah Mullah di Edirne. Dalam masa
yang sama, beliau telah dilantik sebagai guru kedua kepada
Putera Muhammad II (Sultan Muhammad al-Fatih) selepas
Mullah Gurani. Mullah Husrev adalah salah seorang dari
ulama Uthmaniyah yang ketinggian ilmu dan akhlaknya
diiktiraf oleh seluruh ulama Uthmaniyah hatta ulama
yang paling ketat penilaiannya. Sumbangannya dalam
membentuk peribadi Sultan Muhammad al-Fatih sangat
6 Ibid. Hlm 45
7 Ibrahim Kalin. 2006. Mulla Gurani. Dlm Oliver Leamen (penyt.).
Hlm 348
8 Fevzi Gunuc. 2007. The Fatih Complex I In The History of Turkish
Culture and Civilization. Hlm 46
9 Ibrahim Kalin. 2006. Mulla Gurani. Dlm Oliver Leamen (penyt.).
Hlm 348-349
10 Fevzi Gunuc. 2007. The Fatih Complex I In The History of Turkish
Culture and Civilization. Hlm 47
Semasa Sultan
Muhammad al-Fatih
turun dari takhta kerajaan
buat kali pertama untuk
diambil alih semula oleh
ayahandanya dan baginda
berhijrah semula ke Manisa
sebagai gabenor, Mullah
Husrev turut mengikuti
baginda.
68 Ilustrasi wajah Mullah Husrev.
ketara sekali. Sultan Muhammad al-Fatih dapat memiliki dihormati oleh orang ramai, warak, lemah lembut, ramah
ilmu yang tinggi dan akhlak yang baik hasil dari didikannya. tamah dan sangat masyhur di kalangan orang awam.
Beliau sentiasa hidup dalam keadaan serba sederhana
Semasa Sultan Muhammad al-Fatih turun dari takhta walaupun beliau dibayar dengan gaji yang tinggi oleh
kerajaan buat kali pertama untuk diambil alih semula oleh Daulah Uthmaniyah. Ini membuktikan pendapatan yang
ayahandanya dan baginda berhijrah semula ke Manisa diperolehinya digunakan untuk bersedekah atau berinfaq.
sebagai gabenor, Mullah Husrev turut mengikuti baginda.
Beliau sama sekali tidak mengabaikan Sultan Muhammad Minat dan daya usahanya pada perkembangan ilmu
al-Fatih. Jadi beliau mengikuti Sultan Muhammad al-Fatih sangat tinggi. Beliau bersama Sultan Muhammad al-Fatih,
yang masih muda pada ketika itu untuk berhijrah ke Manisa. Ali Kuscu dan Daud Pasha telah merangka dan menyediakan
Beliau terus gigih mendidik Sultan Muhammad al-Fatih sukatan pelajaran untuk Madrasah Semaniye. Sumbangan
dan membentuk sahsiah diri baginda sebagai bakal Sultan beliau terhadap penubuhan organisasi keilmuan
Uthmaniyah pada masa akan datang. Uthmaniyah juga sangat ketara. Beliau juga menghasilkan
karya-karya dalam bidang syariah, usul fiqh, bahasa dan
Ketika Sultan Muhammad al-Fatih ditabalkan menjadi sastera Arab, syair dan penulisan khat. Antara karyanya
Sultan Uthmaniyah semula, Mullah Husrev dilantik menjadi dalam bidang syariah yang masyhur bertajuk Mir’atul Usul
kadi. Setelah Sultan Muhammad al-Fatih menakluki Kota ve Durerul Hukkam. Karya ini dijadikan buku pengajian
Konstantinople, Mullah Husrev dilantik menjadi Kadi Istanbul (buku teks) di madrasah-madrasah seluruh Daulah
selepas kematian Kadi Istanbul yang pertama iaitu Hizir Uthmaniyah. Mullah Husrev secara berterusan.
Bey. Mullah Husrev dikenali sebagai seorang yang sangat
Satu perkara yang menarik tentang beliau ialah beliau sehinggakan menjadi gurauan di kalangan pembesar- 69
tidak akan membenarkan sesiapa pun untuk masuk pembesar istana.
ke perpustakaannya. Malah semua kerja-kerja dalam
perpustakaan seperti menyusun buku dan membersihkan Suatu hari semasa beliau dalam perjalanan ke Mahkamah
perpustakaan dilakukan sendiri olehnya. Oleh kerana iaitu ketika menjawat jawatan Kadi Istanbul, datang
beliau sangat gigih dalam menghasilkan penulisan, beliau
biasanya dapat mengarang atau menterjemahkan buku seorang sufi menyapa beliau, “Ketua
sebanyak empat halaman setiap hari. Ada pihak yang penjaga neraka telah datang.”
menganggap bahawa kerja-kerja penulisan dan Mullah Husrev pun
penterjemahan itu umpama ‘solat fardu yang membalas, “Kenapa
keenam’ bagi dirinya (bermakna setiap hari beliau engkau tergamak
tidak akan meninggalkan kerja-kerja penulisan memanggil aku
seperti mana beliau tidak meninggalkan solat). sedemikian
sedangkan
Mullah Husrev dikenali sebagai seorang yang aku menerima
sangat berpegang teguh pada kebenaran. pelantikan ini
Beliau sama sekali tidak akan menyalahi atau disebabkan
mencanggahi prinsip-prinsip keadilan dalam Islam. semata-mata
Beliau tidak takut untuk melaksanakan keadilan mahu memenuhi
hatta ke atas sultan. Sikap warak dan perintah Allah?”.
tegas dalam keadilan pada Maka Sufi itu pun
diri beliau berkata dengan
penuh bijaksana
dan lemah
lembut, “Wahai
tuan guruku,
adakah penjaga
neraka itu pernah
mengikut suruhan
syaitan?”. Gurauan
seumpama ini
memberi gambaran
bagaimana cara
masyarakat
Makam Mullah Husrev yang terletak di Bursa, Turki.
70
Kitab karangan Mullah Husrev yang bertajuk 'Mir'atul Usul fi
Syarhi Mirkatil Wusul'.
71
72
Kitab karangan Mullah Husrev bertajuk 'Hasyiyah Ala Anwar
at-Tanzil lil Baidhawi'.
73
Masjid Mullah Husrev yang
terletak di Istanbul.
Selepas Sultan
Muhammad al-Fatih
ditabalkan menjadi Sultan
Uthmaniyah, baginda sering
meluangkan masa untuk
makan dan berbincang
bersama Mullah Gurani dan
Mullah Husrev.
74 Uthmaniyah menyampaikan pandangan mereka secara Dalam sejarah hidupnya, Mullah Husrev dianggap sebagai
bebas dan kemesraan di antara satu dengan yang lain salah seorang tokoh yang sangat penting dalam sejarah
sebagaimana yang dianjurkan oleh Sultan Muhammad al- kehakiman Uthmaniyah. Beliau juga bertindak sebagai
Fatih.11 pengantara atau pengadil dengan gelaran ‘ketua para
ulama’ ketika berlangsungnya debat antara ulama di
Selepas Sultan Muhammad al-Fatih ditabalkan menjadi hadapan Sultan Muhammad al-Fatih. Beliau juga adalah
Sultan Uthmaniyah, baginda sering meluangkan masa salah seorang guru yang sangat dihormati dan dicintai oleh
untuk makan dan berbincang bersama Mullah Gurani dan Sultan Muhammad al-Fatih. Baginda sendiri memberikan
Mullah Husrev. Ada sumber menyatakan bahawa Sultan gelaran ‘Imam Agung di zamannya’ kepada Mullah
Muhammad al-Fatih sering berasa susah untuk membuat Husrev. Di sebabkan itu, Sultan Muhammad al-Fatih
keputusan sama ada ingin memilih Mullah Gurani atau menunjukkan penghormatan yang besar kepada Mullah
Mullah Husrev untuk duduk di sebelah kanannya dalam Husrev setiap kali baginda bertemu dengannya. Malah
sesuatu majlis. Apabila Mullah Husrev mengetahui tentang ketika baginda sedang duduk dalam masjid, baginda akan
perkara ini, beliau segera meninggalkan Istanbul dan segera bangun sekiranya melihat Mullah Husrev masuk ke
berhijrah ke Bursa. Di sana beliau telah membina madrasah dalam masjid. Mullah Husrev wafat pada tahun 1480. Beliau
di kawasan Zeyniler dan mengajar di sana. Penghijrahan terus berkhidmat sebagai Mufti Istanbul sehingga hari
Mullah Husrev ini bukan kerana beliau merajuk, tetapi kewafatannya. Jenazah beliau telah disemadikan di Bursa
beliau mahu Mullah Gurani diutamakan dan beliau tidak iaitu di kawasan masjid yang dibina oleh beliau.12
mahu Sultan Muhammad al-Fatih berasa serba salah
untuk membuat keputusan semata-mata disebabkan
mahu menghormati dirinya. 11 Ibid. Hlm 48
12 Ibid. Hlm 49
75
Ilustrasi Syeikh
Hocazade bersama
anak-anak muridnya.
3 Syeikh Hocazade debat itu, cerita tentang kehebatan dan kealiman Syeikh
Syeikh Hocazade atau Khoja Zadeh adalah salah seorang Hocazade tersebar ke seluruh pelusuk Daulah Uthmaniyah.
guru Sultan Muhammad al-Fatih yang masyhur. Nama
sebenar beliau ialah Muslihuddin Mustafa. Beliau juga Sultan Muhammad al-Fatih pernah bertanyakan pendapat
pernah menjadi guru besar di Fatih Kulliye (Kompleks Sultan menterinya iaitu Ali Kuscu tentang keilmuan Syeikh
Muhammad al-Fatih). Beliau mula masyhur dalam Daulah Hocazade. Sultan Muhammad al-Fatih bertanya, “Apa
Uthmaniyah setelah beliau memenangi debat menentang pendapat engkau tentang keilmuan Syeikh Hocazade?” Ali
seorang ulama yang bernama Syeikh Ala’uddin at-Tusi Kuscu pun menjawab, “(Keilmuan) Syeikh Hocazade tiada
berkenaan isu karya Tahafut al-Falasifah tulisan Imam tandingannya di barat atau di timur.” Sultan Muhammad al-
al-Ghazali. Debat antara Syeikh Hocazade dan Syeikh Fatih pun membalas, “Beliau juga tiada tandingan di dunia
Ala’uddin Tusi itu berlangsung selama seminggu Arab.”
di hadapan Sultan Muhammad al-Fatih dengan diadili
oleh barisan para ulama. Para ulama yang mengadili Penghargaan dan keistimewaan yang diterima oleh Syeikh
debat tersebut mengisytiharkan bahawa hujah-hujah yang Hocazade dari Sultan Muhammad al-Fatih menyebabkan
dikemukakan oleh Syeikh Hocazade lebih menghampiri beliau dicemburui oleh ramai orang termasuk para pembesar
pada kebenaran berbanding pihak lawannya. Sejak peristiwa Uthmaniyah. Namun disebabkan oleh kematangan dan
76
77
Kitab karangan
Syeikh Hocazade
yang bertajuk
'Hasyiyah Ala Syarhi
Hidayatil Hikmah'.
untuk menuntut jawatan Wazir
Agung di mana Mahmud
Pasha bersungguh-sungguh
meyakinkan Syeikh Hocazade
dengan menyatakan bahawa
demi kebaikan masa depan
Daulah Uthmaniyah, hanya
Syeikh Hocazade yang
paling layak menjawat
jawatan tersebut. Syeikh
Hocazade berkata pada
Mahmud Pasha, “Aku
tidak sama sekali
memerlukan jawatan itu. Namun
78 Kitab Tahafut at-Tahafut al-Falasifah karangan Ibnu Rusyd yang sekiranya Sultan memang mahu melantik aku, arahan
disalin oleh ulama Uthmaniyah pada abad ke-16. Kitab Tahafut baginda akan aku taati.” Dengan ketegasan Syeikh
at-Tahafut al-Falasifah karangan Ibnu Rusyd dan kitab Tahafut al-
Falasifah karangan Imam al-Ghazali pernah menjadi perdebatan
antara Syeikh Hocazade dan Syeikh Ala'uddin at-Tusi yang diadili Hocazade itu akhirnya musnahlah rancangan Mahmud
oleh Sultan Muhammad al-Fatih dan sekumpulan ulama besar
Uthmaniyah. Pasha.
kebijaksanaan Sultan Muhammad al-Fatih, maka beliau
sentiasa selamat dari fitnah yang melanda dirinya. Pernah Sebagai murid kepada Syeikh Hocazade, Sultan
suatu ketika seorang pembesar Uthmaniyah bernama Muhammad al-Fatih telah menunjukkan rasa hormat
Mahmud Pasha mereka-reka cerita tentang Syeikh Hocazade dan kasih yang tinggi pada Syeikh Hocazade. Menurut
pada Sultan Muhammad al-Fatih. Mahmud Pasha berkata, riwayat, apabila seseorang itu berada dalam dilema yang
“Tuanku, Syeikh Hocazade berniat mahu menjadi Kadiasker berat lalu meminta pertolongan dari Sultan Muhammad
(Ketua Hakim Uthmaniyah), dan dia sememangnya layak. al-Fatih, maka baginda akan terus mengarahkan orang
Maka pada pendapat patik adalah lebih baik jika beliau tersebut untuk berjumpa dengan Syeikh Hocazade sambil
dilantik ke satu jawatan yang lebih tinggi dari jawatan Wazir baginda berkata, “….tanyalah pada orang yang memiliki
Agung.” naluri.” Syeikh Hocazade adalah seorang ulama yang
bukan sahaja mendapat pengiktirafan dari Sultan
Namun begitu, Sultan Muhammad al-Fatih menyedari Muhamamd al-Fatih, malah para ulama di timur dan barat
bahawa Mahmud Pasha mahu menjerat Syeikh Hocazade. dunia Islam juga mengiktiraf keilmuan beliau. Seorang
Beliau kelihatan mahu menjadikan Sultan Muhammad al- ulama di Damsyik yang bernama Syeikh Ali at-Tusi pernah
Fatih berasa kurang hormat kepada Syeikh Hocazade kerana berkata, “Terdapat seorang insan yang bernama Khoja
menuntut sesuatu jawatan sedangkan Syeikh Hocazade Zadeh (Hocazade) yang mana engkau patut mendekatinya
sedikit pun tidak pernah mengimpikan jawatan tersebut. kerana beliau adalah seorang yang mana apa yang tidak
Pada masa yang lain, Mahmud Pasha berjumpa pula dengan diketahui oleh dunia, diketahui olehnya”13
Syeikh Hocazade lalu beliau menggesa Syeikh Hocazade 13 Ibid. Hlm 50
4 Syeikh Aq Syamsuddin pemerintahan Sultan Murad II, Syeikh Aq Syamsuddin 79
Syeikh Aq Syamsuddin atau nama sebenarnya sentiasa mengiringi dan duduk di sebelah Syeikh Haji
Syamsuddin Muhammad bin Hamzah ad-Dimasyqi Bayram Wali. Oleh kerana beliau sudah terbiasa masuk
ar-Rumi adalah seorang ulama berketurunan Sayyidina ke istana Sultan Uthmaniyah bagi mengiringi gurunya,
Abu Bakar as-Siddiq dari susur galur bapanya. Bapanya oleh itu, beliau telah diamanahkan untuk mengajar putera
adalah seorang ulama besar yang bernama Syeikh Sultan Murad II iaitu Muhammad al-Fatih.
Hamzah, iaitu salah seorang cucu Syeikh Shahabuddin
as-Suhrawardi. Syeikh Aq Syamsuddin yang lahir Sejak menjadi guru Muhammad al-Fatih, hubungan antara
di Damsyik telah berhijrah ke Amasya bersama bapanya kedua-dua tokoh ini sangat akrab. Syeikh Aq Syamsuddin
ketika beliau masih kecil. Beliau digelar dengan nama ‘Aq’ telah mengajarkan pelbagai cabang ilmu kepada Muhammad
kerana janggut beliau telah ditumbuhi uban pada usia yang al-Fatih. Antaranya ilmu Al-Quran, Sunnah Nabi, fiqh, falak
muda. (astronomi), matematik, sejarah, seni berperang, bahasa
Arab dan Parsi serta beberapa bidang ilmu yang lain.14
Syeikh Aq Syamsuddin telah menghafal Al-Quran ketika
berusia tujuh tahun. Di samping mendalami ilmu-ilmu Setelah Muhammad al-Fatih ditabalkan menjadi Sultan
pengajian Islam, beliau juga mempelajari ilmu perubatan Uthmaniyah, Syeikh Aq Syamsuddin terus berada
sejak dari usia kanak-kanak. Antara guru beliau yang di samping sultan.
sangat akrab dengannya ialah Syeikh Haji Bayram
Wali. Walaupun beliau mendapat pendidikan yang 14 Ali Muhammad as-Solabi. 2006. Muhammad al-Fatih : Fatih al-
keras dari Syeikh Haji Bayram Wali, namun Syeikh Aq Qastantaniyah. Hlm 114
Syamsuddin tetap menyayangi gurunya itu. Ketika zaman
Syeikh Aq Syamsuddin
telah menghafal Al-Quran
ketika berusia tujuh tahun. Di
samping mendalami ilmu-ilmu
pengajian Islam, beliau juga
mempelajari ilmu perubatan
sejak dari usia kanak-
kanak.
Zawiyah (madrasah sufi) Syeikh Aq
Syamsuddin yang terletak di Istanbul.
Syeikh Aq Syamsuddin membimbing Sultan Muhammad al- Nasihat yang
Fatih dalam selok-belok ilmu pentadbiran dan kerohanian. disampaikan oleh Syeikh
Ketika Sultan Muhammad al-Fatih berada dalam misi Aq Syamsuddin melalui
menakluki Kota Konstantinople, Syeikh Aq Syamsuddin surat tersebut menimbulkan
menjadi penasihat utama baginda. Sebagai mana kebiasaan perasaan tenang dan tenteram
bagi ulama-ulama Turki yang mengamalkan tarekat, Syeikh di kalangan para pemimpin
Aq Syamsuddin juga pengamal beberapa tarekat. Antaranya pasukan dan angkatan
beliau beramal dengan tarekat Suhrawardiyah. Oleh itu
diyakini beliau juga telah mengajar Sultan Muhammad tentera Uthmaniyah
al-Fatih dengan amalan-amalan tarekat yang diamalkan
olehnya.15
Suatu ketika Sultan Muhammad al-Fatih merasa sedikit seorang hamba itu hanya mampu merancang. Allah lah
gusar ketika menghadapi perang dengan Byzantin Rom iaitu yang menentukannya. Keputusan ada di ‘tangan’ Allah.
ketika datangnya bala tentera bantuan ke atas angkatan Kita telah berserah diri kepada Allah dan telah membaca
80 tentera Rom dari Eropah, maka baginda pun mengutuskan Al-Quran. Semua itu tidak lain hanyalah seperti rasa
seorang menterinya yang bernama Waliyuddin Ahmad Pasha mengantuk. Kelembutan Allah telah terjadi sehingga
untuk bertanyakan pada Syeikh Aq Syamsuddin tentang muncullah berita-berita gembira yang belum pernah terjadi
tindakan apakah yang patut baginda ambil. sebelumnya.”
Syeikh Aq Syamsuddin pun berkata pada Waliyuddin Nasihat yang disampaikan oleh Syeikh Aq Syamsuddin
Ahmad Pasha agar menyampaikan pesanan beliau melalui surat tersebut menimbulkan perasaan tenang dan
pada Sultan Muhammad al-Fatih. Pesanan itu sangat tenteram di kalangan para pemimpin pasukan dan angkatan
ringkas iaitu, “Allah pasti akan mengabulkan penaklukan tentera Uthmaniyah. Majlis mesyuarat perang Uthmaniyah
ini.” Setelah pesanan itu disampaikan kepada Sultan dengan serta merta memutuskan agar perang menakluki
Muhammad al-Fatih, baginda merasa tidak berpuasa hati, Kota Konstantinople diteruskan. Setelah itu, Sultan
lalu baginda mengutuskan Waliyuddin Ahmad Pasha sekali Muhammad al-Fatih pun mengunjungi khemah Syeikh Aq
lagi menemui Syeikh Aq Syamsuddin supaya Syeikh Aq Syamsuddin lalu baginda mencium tangan gurunya itu.
Syamsuddin memberikan pesanan dengan lebih panjang Baginda pun berkata, “Wahai guruku, ajarkan aku satu doa
dan mendalam. Maka Syeikh Aq Syamsuddin pun menulis
surat kepada Sultan Muhammad al-Fatih yang menyatakan agar Allah akan memberikan taufiq kepadaku.” Maka
seperti berikut:-
Syeikh Aq Syamsuddin pun mengajarkan Sultan Muhammad
“Sesungguhnya Allah adalah Zat Yang Maha memberi al-Fatih satu doa. Setelah itu, baginda pun keluar dari
kemuliaan dan kemenangan. Bagi beberapa orang muslim, khemah Syeikh Aq Syamsuddin dan terus memerintahkan
bantuan kapal perang itu telah menimbulkan patah hati dan angkatan tentera Uthmaniyah untuk melakukan serangan ke
kerisauan. Sebaliknya bagi orang-orang kafir, peristiwa itu atas Kota Konstantinople.
menimbulkan rasa senang dan gembira. Apa yang pasti,
15 Halil Inalcik. 1998. Essays In Ottoman History. Hlm 250
Ketika menjelangnya waktu penaklukan Kota kegembiraan paling besar bagiku ialah adanya lelaki ini
Konstantinople, Sultan Muhammad al-Fatih datang ke (Syeikh Aq Syamsuddin) pada zamanku.”
khemah Syeikh Aq Syamsuddin. Tatkala baginda mahu
masuk ke khemah gurunya itu, para pembantu Syeikh Aq Dalam satu riwayat yang lain pula, Sultan Muhammad
Syamsuddin melarang Sultan Muhammad al-Fatih untuk al-Fatih berucap seperti berikut sejurus selepas berjaya
masuk menemui Syeikh Aq Syamsuddin. Baginda berasa menawan Kota Konstantinople :-
marah dengan tindakan pembantu-pembantu Syeikh Aq
Syamsuddin, namun mereka tetap tidak membenarkan “Sesungguhnya kamu semua melihat aku sangat gembira.
baginda masuk ke dalam khemah itu. Mereka menyatakan Kegembiraanku bukan semata-mata kerana kejayaan
bahawa mereka hanya menjalankan amanah yang diberikan
oleh Syeikh Aq Syamsuddin bahawa beliau melarang semua Surat yang ditulis oleh Syeikh Aq
orang masuk ke khemahnya termasuk sultan sendiri. Syamsuddin kepada Sultan Muhammad
Maka baginda pun nekad untuk masuk lalu baginda pun al-Fatih ketika sedang berlangsungnya
mengoyakkan satu bahagian dinding khemah tersebut usaha menakluki kota Konstantinople.
dengan pisau belati yang ada pada baginda.
Setelah dapat masuk ke dalam 81
khemah, baginda melihat Syeikh
Aq Syamsuddin baru bangkit dari
bersujud kepada Allah. Pipinya
kelihatan basah dilinangi air mata.
Ternyata Syeikh Aq Syamsuddin
sedang bermunajat kepada Allah
bagi meminta pertolongan agar Allah
mengurniakan kejayaan pada Sultan
Muhammad al-Fatih dalam perang
menakluki Kota Konstantinople.
Kemudian, Sultan Muhammad al-Fatih
pun kembali ke markas tenteranya. Tidak
beberapa lama setelah peristiwa itu, Allah
pun kurniakan kemenangan kepada tentera
Uthmaniyah. Sultan Muhammad al-Fatih berjaya
menakluki Kota Konstantinople. Dengan kejayaan
itu, Sultan Muhammad al-Fatih pun berkata,
“Kegembiraan aku yang paling besar bukanlah
kerana penaklukan Kota Konstantinople. Namun
penaklukan kubu ini (kubu Kota Konstantinople). Namun
kegembiraanku muncul kerana adanya seorang syeikh
yang mulia pada zamanku. Dia adalah guruku, Syeikh Aq
Syamsuddin.” Suatu hari nanti Kota Konstantinople akan ditakluki oleh
umat Islam. Pemimpinnya adalah sebaik-baik pemimpin
Begitulah hebatnya cinta Sultan Muhammad al-Fatih pada dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera
Syeikh Aq Syamsuddin. Sejurus selepas kejayaan menakluki
Kota Konstantinople, Syeikh Aq Syamsuddin juga diberi (Riwayat Imam Ahmad dalam Musnadnya)
kesempatan untuk menyampaikan ucapan. Maka beliau
pun berucap seperti berikut:- Kita memohon kepada Allah semoga kita diberikan taufik
dan diampunkan. Ingatlah, kalian tidak boleh berlebih-
“Wahai para tentera Islam, ketahuilah dan ingatlah lebihan terhadap harta ghanimah yang kalian perolehi.
bahawa Nabi ﷺpernah bersabda mengenai keadaan Janganlah kalian menebar-nebarkan (membazirkan)
kamu semua:- harta tersebut. Gunakanlah harta ghanimah itu untuk
urusan kebajikan penduduk kota ini. Dengarilah,
taatilah dan cintailah sultan kalian.”
82
Makam Syeikh Aq Syamsuddin yang terletak di Goynuk,
Turki.
Sultan Muhammad al- gurunya yang sangat dihormati. Maka Sultan Muhammad 83
Fatih memohon kepada al-Fatih pun mendatangi Syeikh Aq Syamsuddin lalu baginda
Syeikh Aq Syamsuddin untuk pun mencium tangan Syeikh Aq Syamsuddin yang sedang
memberikan kebenaran pada terbaring itu.
baginda supaya baginda dapat
berkhalwat dan beribadat Sultan Muhammad al-Fatih memohon kepada Syeikh
berdua bersama Syeikh Aq Aq Syamsuddin untuk memberikan kebenaran pada
baginda supaya baginda dapat berkhalwat dan beribadat
Syamsuddin. berdua bersama Syeikh Aq Syamsuddin. Namun Syeikh
Aq Syamsuddin menolak permintaan tersebut. Sultan
Setelah itu, Syeikh Aq Syamsuddin memandang Sultan Muhammad al-Fatih yang berasa kecewa bertanyakan pada
Muhammad al-Fatih sambil berucap seperti berikut:- Syeikh Aq Syamsuddin tetang alasan penolakan tersebut
sedangkan Syeikh Aq Syamsuddin membenarkan seorang
“Wahai Sultanku, tuanku telah menjadi penyejuk mata bagi yang lain untuk berkhalwat bersamanya. Maka Syeikh Aq
keluarga Uthmaniyah. Oleh itu, selalulah jadi mujahid fi Syamsuddin menjawab bahawa Sultan Muhammad al-Fatih
sabilillah !”. Beliau pun mengakhiri ucapannya itu dengan harus banyak meluangkan masanya dengan urusan negara
melaungkan takbir dengan suara yang agak kuat. Setelah daripada meluangkan masa bersama beliau di mana negara
penaklukan Kota Konstantinople, Syeikh Aq Syamsuddin lebih memerlukan khidmat baginda.
mencari makam sahabat Rasulullah yang mulia iaitu Abu
Ayyub al-Ansari. Maka beliau pun menemui makam Abu Ketika Sultan Muhammad al-Fatih keluar dari khemah
Ayyub al-Ansari yang terletak berhampiran dengan dinding Syeikh Aq Syamsuddin, baginda bertanyakan kepada
tembok Kota Konstantinople. Syeikh Aq Syamsuddin juga beberapa orang pendampingnya tentang kelakuan Syeikh
merupakan orang pertama yang membaca khutbah Jumaat Aq Syamsuddin yang seakan-akan dingin dan tidak
di Masjid Aya Sophia.16 mahu menyambut kedatangan baginda. Maka seorang
pendampingnya memberikan pendapat dengan berkata,
Sehari setelah berlakunya peristiwa bersejarah itu, “Barangkali Tuan Syeikh melihat ada kebanggaan dalam diri
Sultan Muhammad al-Fatih datang ke khemah Syeikh Aq tuanku memandangkan penaklukan Kota Konstantinople ini
Syamsuddin dan ketika itu Syeikh Aq Syamsuddin sedang tidak mampu dilakukan oleh sultan-sultan agung yang lain.
berbaring. Melihat kedatangan Sultan Muhammad al-Fatih, Dengan demikian, beliau mahu merendahkan kebanggaan
Syeikh Aq Syamsuddin terus berbaring dan beliau tidak dalam diri tuanku itu.” Sultan Muhammad al-Fatih pun
bangun untuk menyambut kedatangan Sultan. Tindakan menerima pandangan salah seorang pendampingnya itu.
seperti ini tidak berani dilakukan oleh sesiapa sahaja kecuali
Syeikh Aq Syamsuddin. Namun Sultan Muhammad al-Fatih Sebelum penaklukan Konstantinople, Syeikh Aq
tidak kisah memandangkan Syeikh Aq Syamsuddin adalah Syamsuddin memang sentiasa berada di samping Sultan
Muhammad al-Fatih. Beliau membimbing sultan dari segi
menasihati urusan-urusan pentadbiran kerajaan sehingga
16 Ali Muhammad as-Solabi. 2006. Muhammad al-Fatih : Fatih al-
Qastantaniyah. Hlm 117
ke urusan peribadi. Beliau juga menjadi pembimbing
kerohanian Sultan Muhammad al-Fatih. Saban hari beliau
memotivasi sultan untuk menakluki Kota Konstantinople. Sepanjang
Maka tidak hairanlah jika beliau sangat dihormati oleh hidupnya, beliau telah
Sultan Muhammad al-Fatih. Setiap kali melihat kedatangan menghasilkan banyak kitab
Syeikh Aq Syamsuddin, Sultan Muhammad al-Fatih pasti dalam pelbagai bidang ilmu
akan bangun dari tempat duduknya. Ketika ditanya oleh termasuk ilmu perubatan.
menterinya yang bernama Mahmud Pasha tentang tindakan Selain dari menulis kitab-kitab
baginda itu, maka baginda pun menjawab, “Perasaan dalam bahasa Turki, beliau
hormatku pada lelaki ini sangat mendalam. Apabila orang- juga banyak menulis kitab
dalam bahasa Arab.
orang lain berada di sisiku, tangan mereka akan menggeletar.
Sebaliknya, apabila aku melihatnya, tangan aku pula yang
menggeletar.” 17
Antaranya ialah Khatib Zadeh (Hatipzade), Mullah Hassan,
Tidak beberapa lama setelah penaklukan Kota Mullah Sinanuddin Yusuf, Mullah Abdul Qadir Hamidi dan
Konstantinople, Syeikh Aq Syamsuddin berpindah ke Mullah Ahmad Pasha. Baginda juga merupakan seorang
84 Goynuk. Walaupun Sultan Muhammad al-Fatih sangat sultan yang sangat menghormati para ulama dan meletakkan
berkeinginan agar beliau terus menetap di Istanbul mereka di tempat yang sewajarnya. Sultan Muhammad al-
(Konstantinople) dan berada di samping baginda, namun Fatih juga menjemput ulama-ulama besar dalam Daulah
Syeikh Aq Syamsuddin tetap dengan keputusannya untuk Uthmaniyah untuk berpindah ke Istanbul sebagai langkah
berpindah ke Goynuk. Syeikh Aq Syamsuddin akhirnya menjadikan Istanbul pusat pengajian dan dakwah Islam.
wafat di Goynuk, Turki pada tahun 1459 iaitu 6 tahun
setelah penaklukan Kota Konstantinople. Salah seorang dari mereka ialah Mullah Khairuddin
yang tinggal di Taskopru. Walau bagaimanapun Mullah
Sepanjang hidupnya, beliau telah menghasilkan banyak Khairuddin menolak pelawaan Sultan Muhammad al-Fatih
kitab dalam pelbagai bidang ilmu termasuk ilmu perubatan. disebabkan beliau tidak mahu meninggalkan komitmen
Selain dari menulis kitab-kitab dalam bahasa Turki, beliau pengajaran ilmu pada tempat tinggalnya itu. Ulama lain yang
juga banyak menulis kitab dalam bahasa Arab. Antara kitab dijemput ke Istanbul ialah Mullah Waliyuddin al-Karamani.
penulisannya dalam bahasa Arab ialah Hal Al-Musykilat, Ar- Beliau menerima pelawaan sultan. Namun beliau meninggal
Risalah An-Nuriyah, Maqalat Al-Auliya’, Risalah fi Dzikrillah, dunia ketika dalam perjalanan ke Istanbul.
Talkhish Al-Mata’in, Daf’u Al-Mata’in dan Risalah fi Syarh
Haji Bayram Wali.18 Seorang lagi ulama yang dijemput oleh Sultan Muhammad
GURU-GURU SULTAN MUHAMMAD AL-FATIH al-Fatih untuk menetap di Istanbul ialah Mullah Jamik
YANG LAIN (Cami). Beliau menerima pelawaan sultan untuk ke Istanbul
namun tidak dapat ke sana kerana menghadapi masalah
Selain dari empat orang ulama tersebut, ramai lagi ulama 17 Fevzi Gunuc. 2007. The Fatih Complex I In The History of Turkish
lain yang menjadi guru Sultan Muhammad al-Fatih. Culture and Civilization. Hlm 53
18 Ali Muhammad as-Solabi. 2006. Muhammad al-Fatih : Fatih al-
Qastantaniyah. Hlm 119
Penulis di samping
guru agama dan
tasawuf kepada Sultan
Muhammad al-Fatih,
Syeikh Jamaluddin
Ishaq Karamani al-
Khalwati. Makam ulama
dan mursyid tarekat
Khalwatiyah ini terletak di
Istanbul.
85
Penulis di papan
tanda makam Syeikh
Jamaluddin Ishaq
Karamani al-Khalwati.
kewangan. Apabila mendengar berita tersebut, maka Sultan tentang kematian Sultan Muhammad al-Fatih. Oleh yang
Muhammad al-Fatih pun menghadiahkan kepada Mullah demikian, Mullah Jamik pun membatalkan hasratnya untuk
Jamik sejumlah besar emas. Maka Mullah Jamik pun ke Istanbul dan berpatah balik ke kampung halamannya
bersiap-siap ke Istanbul bagi memenuhi undangan sultan. tanpa sempat bertemu dengan Sultan Muhammad al-Fatih.19
Namun ketika beliau tiba di Konya, beliau mendapat berita
19 Fevzi Gunuc. 2007. The Fatih Complex I In The History of Turkish
Culture and Civilization. Hlm 51
86
87
Penulis di samping madrasah yang dibina oleh Sultan Murad II pada tahun 1426
di Bursa, Turki. Sultan Muhammad al-Fatih juga pernah belajar di madrasah ini.
4
PSEERUBTTAAHGBMAAAILSNAUINYLNATYAHAN
PERTABALAN KALI PERTAMA
Pada tahun 1443, Sultan Murad II telah
mengutuskan Muhammad al-Fatih ke
Manisa supaya Muhammad al-Fatih dapat
mempelajari selok belok cara mentadbir
kerajaan. Pada ketika itu, usia Muhammad al-Fatih ialah
11 tahun. Mengikut adat istiadat Turki, putera sultan
mesti menjalankan tugas-tugas pentadbiran di luar ibu
kota. Muhammad al-Fatih meninggalkan Erdine dan
pergi ke Manisa dengan dua orang pembantunya iaitu
Kassabzade Mahmud dan Ibrahim Bey.
Masjid dan makam Ibrahim Beg yang
terletak di Karaman, Turki.
Walaupun baginda
diutuskan ke Manisa
bagi mempelajari selok
belok pentadbiran kerajaan,
namun baginda tidak sedikit
pun bermimpi atau berhajat
90 untuk menduduki takhta
Uthmaniyah.
Walaupun baginda diutuskan ke Manisa bagi mempelajari menyeberangi Sungai Danube dan menawan sebahagian
selok belok pentadbiran kerajaan, namun baginda tidak wilayah Daulah Uthmaniyah.
sedikit pun bermimpi atau berhajat untuk menduduki takhta
Uthmaniyah. Ini kerana baginda masih mempunyai abang Perkara kedua yang sangat mendukacitakan Sultan
yang juga merupakan putera mahkota atau pewaris takhta Murad II ialah kematian Putera Mahkota Uthmaniyah
Daulah Uthmaniyah iaitu Putera Alauddin. Namun begitu, iaitu Putera Alauddin. Semasa hidupnya, Putera Alauddin
terdapat dua perkara yang menyedihkan bagi Sultan Murad dilantik sebagai Gabenor wilayah Amasya telah terlibat
II pada pengakhiran tahun 1443. dalam perang menentang Ibrahim Beg di Karaman. Putera
Alauddin yang gagah dan berkemahiran dalam ilmu perang
Perkara yang pertama pemberontakan oleh pemimpin direncanakan menjadi pengganti Sultan Murad II sebagai
Karaman iaitu Ibrahim Beg yang mendakwa sebahagian Sultan Daulah Uthmaniyah yang ke-7. Namun manusia
dari wilayah Daulah Uthmaniyah berada di bawah hanya mampu merancang, tetapi Allah yang menentukan
pemerintahannya. Walau bagaimanapun, Sultan Muhammad segalanya. Dengan kematian Putera Alauddin itu, maka
al-Fatih berjaya mematahkan pemberontakan tersebut dan Putera Muhammad al-Fatih dilantik menjadi Putera Mahkota
memaksa Ibrahim Beg mengakui pemerintahan Daulah Daulah Uthmaniyah yang baru.1
Uthmaniyah. Di samping itu, rancangan dari tentera Serbia
dan tentera Hungary yang dipimpin oleh Raja Ladislas untuk 1 Fevzi Gunuc. 2007. The Fatih Complex I In The History of Turkish
Culture and Civilization. Hlm 54
Makam Putera Alauddin, abang kepada Sultan
Muhammad al-Fatih yang terletak di Bursa, Turki.
91