The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by penerbitalami, 2022-03-25 03:42:32

Ebook Sultan Muhammad Al-Fatih

Ebook Sultan Muhammad Al-Fatih

342

343

Bangunan Tophane -i Amire yang terletak di Tophane, Istanbul merupakan kilang pembuatan
meriam dan peluru yang dibina oleh Sultan Muhammad al-Fatih. Tophane dalam Bahasa Turki
bermaksud ‘kilang meriam’. Berikutan peristiwa Sultan Muhammad al-Fatih membina kilang
meriam yang pertama di Istanbul, maka daerah tersebut kini turut dinamakan sebagai Tophane.

HUBUNGAN DIPLOMATIK Surat Sultan Muhammad al-Fatih kepada Leonhard,
pemimpin kerajaan Gorizia (sekarang terletak di
timur laut Itali) pada tahun 1480.

Sultan Muhammad al-Fatih telah

menjalinkan hubungan diplomatik dengan

kerajaan-kerajaan Kristian di Eropah

dan kerajaan-kerajaan Islam di timur. Baginda

telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan

Kerajaan Genoa, Florence dan Ragusa. Baginda

juga telah memeterai perjanjian damai dengan

Kerajaan Venice selepas melalui perang yang

panjang.

344 Di sebelah timur, baginda memiliki
hubungan yang baik dengan Kerajaan
Mamluk di Mesir. Di samping itu pada Sultan
tahun 1471, Sultan Muhammad al- Muhammad al-
Fatih telah menjalinkan hubungan Fatih telah menjalinkan
perdagangan dengan Kesultanan hubungan diplomatik dengan
Melayu Melaka. Manakala pada tahun kerajaan-kerajaan Kristian di
1480, Sultan Muhammad al-Fatih Eropah dan kerajaan-kerajaan
juga telah menjalinkan hubungan Islam di timur. Baginda telah
perdagangan dengan kerajaan menjalinkan hubungan
Bahmani di India di mana menteri diplomatik dengan kerajaan
Bahmani yang berkuasa yang Genoa, Florence dan
bernama Mahmud Gawan
telah mengutuskan ejen- Ragusa.
ejen perdagangan berserta barang-barang
dagangan dari India ke Bursa setiap tahun.65

65 Halil Inalcik. The Ottoman Empire : The Classical Age 1300-1600.
Hlm 126

Tugra atau cop mohor Sultan Muhammad al-Fatih 345
ketika menjawat jawatan Putera Mahkota Daulah
Uthmaniyah.

Tugra atau cop mohor Sultan Muhammad al-
Fatih ketika menjawat jawatan Sultan Daulah
Uthmaniyah.

9
SULTKAENAWLMA-FFUAAHTTAAIHMNMAD

Kejayaan luar biasa Sultan Muhammad al-
Fatih dalam meluaskan penguasaannya ke
Eropah telah meninggalkan perasaan dendam
dan sakit hati pemimpin-pemimpin Eropah
terhadap baginda. Baginda berjaya menakluki Albania,
Bosnia, Herzegovina, persisir Laut Hitam, Crimea,
sebahagian wilayah Serbia, Hungary dan Maldova serta
beberapa wilayah lain di Eropah. Kejayaan baginda
menawan kota Otranto di Itali dari Kerajaan Naples
(Napoli) pada tahun 1479 menambahkan lagi luka buat
pemimpin-pemimpin Eropah.

Viena yang merupakan antara
kerajaan Kristian terkuat di
Eropah telah melalui peperangan
dengan Uthmaniyah hampir 16
tahun di mana peperangan ini
membawa kerugian yang besar di
pihak Viena.

348 Oleh itu, Kerajaan Viena terpaksa
mengambil langkah memeterai perjanjian damai dengan
Sultan Muhammad al-Fatih. Namun dendam mereka Baju Sultan Muhammad al-Fatih.
terhadap Sultan Muhammad al-Fatih tidak pernah
terpadam sama sekali. Setelah termeterainya perjanjian Sehari setelah kewafatan Sultan Muhammad al-Fatih,
damai, Kerajaan Viena hanya berpura-pura berbaik dengan Wazir Agung Daulah Uthmaniyah iaitu Karamani
Sultan Muhammad al-Fatih. Raja Viena telah membuat Muhammad Pasha pula wafat.2
14 rancangan dan percubaan untuk membunuh Sultan
Muhammad al-Fatih. Namun 13 percubaan sebelum
ini gagal. Dalam percubaan yang ke-14, Raja Viena
telah mengutuskan seorang doktor berbangsa
Yahudi kepada Sultan Muhammad al-Fatih
yang bernama Maesto Jakopo. Beliau telah
menyamar dengan memakai nama Yaakob Pasha
dan mendapat tempat di istana Sultan Muhammad sebagai
doktor istana disebabkan kepakarannya.

Pada tahun 1481, Sultan Muhammad al-Fatih telah Menjelang ajalnya iaitu ketika baginda sedang
berangkat bersama angkatan tenteranya ke Anatolia. menanggung kesakitan akibat diracun, Sultan Muhammad
Ketika baginda menginap di ibu pejabat pemerintahan al-Fatih telah memanggil anaknya yang juga merupakan
Daulah Uthmaniyah di Gebze, Maesto Jakopo atau Putera Mahkota Daulah Uthmaniyah iaitu Putera Bayezid.
Yaakob Pasha telah berjaya meracun baginda. Oleh itu, Baginda telah berwasiat kepada Putera Bayezid seperti
baginda pun jatuh sakit. Tiga hari setelah itu, baginda pun berikut:-
wafat akibat racun tersebut. Usia baginda pada ketika
itu ialah 49 tahun. Apabila mendengar berita kewafatan “Tidak lama lagi aku akan mati. Namun aku tidak menyesal
Sultan Muhammad al-Fatih, Paus telah mengarahkan kerana aku telah meninggal pengganti seperti engkau.
agar seluruh gereja Roman Katolik membunyikan loceng
gereja selama tiga hari dan tiga malam berturut turut bagi 1 Abdul Kadir Dedeoglu. 1977. The Ottomans. Hlm 45
meraikan kewafatan baginda.1 2 Theoharis Stavrides. 2001. The Sultan of Vezirs: The Life and Times
of the Ottoman Grand Vezir Mahmud Pasha Angelovic (1453-1474).
Hlm 417

Jubah Sultan Muhammad al-
Fatih.

349

Jubah Sultan Muhammad al-
Fatih.

350

Jadilah engkau orang yang adil, soleh Pedang Sultan Muhammad 351
dan penuh kasih sayang. Lindungilah al-Fatih.
seluruh rakyatmu tanpa membeza-
bezakan mereka. Sebarkanlah agama Islam Dahulukan
kerana dakwah adalah kewajiban bagi urusan agama di
para raja di muka bumi. atas segala urusan.
Jangan sambil lewa dalam
Dahulukan urusan agama di atas segala urusan. melaksanakan urusan agama.
Jangan sambil lewa dalam melaksanakan urusan Jangan mendapatkan khidmat
agama. Jangan mendapatkan khidmat dari orang- dari orang-orang yang tidak
orang yang tidak mempedulikan urusan agama, mempedulikan urusan agama,
tidak menjauhi dosa-dosa besar dan hidup dalam tidak menjauhi dosa-dosa
kemaksiatan. Hindarilah semua bid’ah yang merosakkan besar dan hidup dalam
(bid’ah dhalalah). Jauhilah orang-orang yang mengajak
engkau kepada amalan bid’ah. kemaksiatan.

Luaskanlah wilayah negeri ini dengan jihad. Jagalah
harta Baitul Mal agar tidak diboroskan. Jangan mengambil
harta salah seorang pun dari rakyatmu kecuali jika
dibenarkan oleh syarak. Bantulah orang-orang miskin
dan lemah agar mereka menjadi kuat. Hormatilah orang-
orang yang berhak dihormati. Ketahuilah bahawa para
ulama itu seperti kekuatan yang tersebar dalam jasad
negara. Oleh kerana itu, hormatilah dan kukuhkanlah
kedudukan mereka. Jika kamu mendengar ada seorang
ulama di negara lain, mintalah dia datang kepadamu.
Hormatilah dia dengan memberikannya harta. Waspadalah
terhadap kekayaan harta dan kekuatan tentera. Jangan
sampai engkau tertipu dengan kedua-duanya. Jangan
pernah mengusir ahli syariah dari pintu istanamu. Jangan
melakukan sebarang perbuatan yang bertentangan
dengan hukum Islam. Sesungguhnya agama adalah
tujuan kita dan petunjuk dari Allah adalah jalan hidup kita.
Dengan itulah kita meraih kemenangan.

Ambillah pelajaran ini dariku. Aku datang ke negara ini

bagaikan semut kecil. Lalu Allah  memberikan nikmat

yang agung ini. Oleh kerana itu, tempuhilah jalanku dan

Divan (syair) yang
dikarang oleh Sultan
Muhammad al-Fatih.

352

ikutilah jejakku. Berjuanglah untuk menegakkan agama Imtisal-I Jahidu fillah olubdur niyyetum,
ini dan memuliakan penganutnya. Janganlah engkau Din-I Islamun mujerred gayretudur gayretum,
bermewah-mewah dan bersenang lenang atau melebihi Fazl-I Haqq u himmet-I Jund-I Rijalullah ile,
ukuran yang sewajarnya. Sebab perbuatan itu merupakan
salah satu penyebab utama kehancuran.” 3 Ehl-I Kufru ser te ser qahr eylemekdur
niyyetum.
Matlamat utama Sultan Muhammad al-Fatih dalam
kehidupannya telah dizahirkan dalam syair yang dikarang Yang bermaksud :-
sendiri oleh baginda. Bait-bait syair tersebut adalah seperti
berikut:- Matlamat dan keazamanku adalah untuk memenuhi
perintah Allah iaitu berjuang dan berperang di jalan Allah,
Salah satu dokumen rasmi Daulah
Uthmaniyah yang tertera tugra Semua usahaku adalah semata-mata demi agama Islam,
Sultan Muhammad al-Fatih. aku mencuba sedaya upaya untuk meningkatkan umat
Islam.
353
Dengan rahmat Allah dan dengan pertolongan
rohani tentera-tentera Rijalullah (mereka dari
kalangan syeikh tarekat sufi),

Aku bertekad untuk menghancurkan orang-orang
kafir harbi sebelum dan sesudah ini.4

Maka pada 3 Mei 1481, Sultan Muhammad al-Fatih
menghembuskan nafasnya yang terakhir di Gebze,
Turki. Baginda kemudiannya dikebumikan di Istanbul
iaitu berhampiran masjid yang dibina oleh baginda.
Pemerintahan Daulah Uthmaniyah telah diambil alih
oleh putera baginda iaitu Sultan Bayezid II. Kegemilangan
Daulah Uthmaniyah yang dicapai oleh Sultan Muhammad
al-Fatih diteruskan oleh Sultan Bayezid II. Baginda dikenali
sebagai seorang sultan yang alim dan warak sehinggakan
baginda dikenali dengan nama Bayezid–i Vali yang
bermaksud Bayezid sang wali Allah.

3 Ali Muhammad as-Solabi. 2006. Muhammad al-Fatih : Fatih al-
Qastantaniyah. Hlm 154
4 Mehmet Maksudoglu. 2011. Osmanli History and Institutions.
Hlm 199

354

Makam Sultan Muhammad al-Fatih yang terletak di Istanbul, Turki.

355

Penulis di hadapan bangunan makam Sultan Muhammad al-Fatih.

GARIS MASA KEHIDUPAN
SULTAN MUHAMMAD
AL-FATIH DAN PERISTIWA-
PERISTIWA PENTING DI
ZAMAN PEMERINTAHANNYA

356 1463 1463 1459

Tercetusnya perang Sultan Muhammad al-Fatih telah memulakan usaha membina Berlaku perang antara
antara Daulah sebuah Masjid Agung yang dikelilingi oleh lapan buah madrasah, Daulah Uthmaniyah yang

Uthmaniyah dan Kerajaan sebuah sekolah untuk kanak-kanak, sebuah perpustakaan, dipimpin oleh Sultan
Venice yang mana sebuah hospital, dua buah tempat penginapan (hostel) untuk Muhammad al-Fatih dan
para musafir dan sebuah dewan makan. Baginda juga membina Kerajaan Wallachia yang
berlarutan sehingga 16 hamam (tempat mandi awam), imaret (dapur awam) sejumlah dipimpin oleh Dracula.
tahun lamanya. kilang pewarna kain, kilang-kilang pembakar roti, gudang-gudang,
kilang-kilang pembuat lilin, kilang-kilang pembuat minyak dan 54

1466 buah kilang pengisar tepung.

Sultan Muhammad al- 1464 1463 1461
Fatih berjaya menawan Sultan Muhammad Daulah Uthmaniyah di Daulah Uthmaniyah
beberapa buah istana dan

wilayah yang penting di al-Fatih melancarkan bawah pemerintahan berjaya menakluki dan

Albania. perang ke atas Kerajaan Sultan Muhammad al- menguasai persisir Laut
Karaman.
1470 Fatih berjaya menakluki Hitam.
1469
Sultan Muhammad 1475Bosnia.
al-Fatih telah mencetak Angkatan laut

wang 10 akce (duit Uthmaniyah berjaya Daulah Uthmaniyah
1471yang mana pada wang menakluki Pulau Egriboz berjaya menakluki

tersebut tertera tulisan dari Kerajaan Venice. Crimea.
“Muhammad Khan”.
syiling perak Uthmaniyah)

Menjalinkan hubungan 1478
perdagangan dengan
Kesultanan Melayu

Melaka yang dipimpin 1479
oleh Sultan Mansur
Kerajaan Venice yang
Syah. 1474 Sultan Muhammad hampir kalah dalam
al-Fatih telah mencetak perang dan mengalami
1473 banyak kerugian telah
Sultan Muhammad al- wang emas Daulah menawarkan perjanjian
Berlakunya perang antara Daulah Uthmaniyah damai dengan Daulah
Uthmaniyah yang dipimpin oleh Fatih berjaya menguasai
Sultan Muhammad al-Fatih dan Uthmaniyah.
Kerajaan Aqqoyunlu yang dipimpin seluruh wilayah milik

oleh Uzun Hasan. Perang ini Kerajaan Karaman dan
membawa kemenangan kepada
sekaligus menamatkan
Daulah Uthmaniyah.
pemerintahan kerajaan

tersebut.

1432 1443 1444 1451 1453
Sultan
Muhammad Dihantar ke Sultan Murad II Sultan Murad II mangkat Berjaya menakluki kota
Manisa untuk kembali menerajui dan Sultan Muhammad Konstantinople, ibu kota
al-Fatih mempelajari takhta Uthmaniyah kerajaan Byzantin Rom
dilahirkan selok belok al-Fatih ditabalkan
pada 30 Mac dan Sultan menjadi Sultan Daulah dan menjadikan kota
1432 Masihi di hal ehwal Muhammad al- Uthmaniyah buat kali tersebut sebagai pusat
Erdine, Turki. pentadbiran Fatih diutuskan pemerintahan Daulah
semula ke Manisa kedua.
Daulah untuk menjadi Uthmaniyah.
Uthmaniyah. gabenor di sana.
1454
Melancarkan perang ke atas

1437 1444 1448 Serbia akibat ancaman yang 357
Mula dilakukan oleh Raja Serbia ke
mendapat Ditabalkan menjadi Sultan Muhammad
pendidikan Sultan Daulah al-Fatih bernikah atas wilayah Uthmaniyah.

dari para Uthmaniyah buat dengan Siti 1456
ulama kali yang pertama Mukrime Hatun.
Menggerakkan angkatan
Uthmaniyah. kerana Sultan 1453 tentera ke kota Balgrade dan
Murad II mahu melakukan kepungan ke atas
menumpukan amal Menggerakkan
usaha dakwah kota tersebut.
ibadatnya. Islam ke Albania.
1457
Angkatan tentera

1459 1459Daulah Uthmaniyah 1458 Uthmaniyah bergerak
ke Semenanjung Morea
berjaya menakluki Serbia Memeterai satu perjanjian dan membuka beberapa
dan Istana Serbia yang damai dengan Kerajaan
terletak di Smederevo Ragusa dan seterusnya buah kawasan serta
Bermulanya menjadikannya wilayah
pembinaan Istana menjadikan kerajaan
Topkapi di Istanbul tersebut di bawah naungan kekuasaan Sultan
(Konstantinople). Muhammad al-Fatih.
Daulah Uthmaniyah.
diserahkan secara

aman kepada Sultan

Muhammad al-Fatih.

1479 1480 1480 1481

Sultan Muhammad Sultan Muhammad al- Sultan Muhammad al-Fatih telah Sultan Muhammad al-
al-Fatih menggerakkan Fatih telah mewujudkan menempa 16 pucuk meriam yang Fatih meninggal dunia
usaha untuk menakluki dua jawatan Kadi Asker besar yang dinamakan Basilisks.
iaitu Kadi Asker Rumelia dan putera baginda
Kota Otranto di Itali dan Kadi Asker Anatolia. Meriam ini mengandungi dua iaitu Sultan Bayezid II
dan mengambil alih laras dan panjang ialah 18 kaki. mengambil alih tampuk
istana-istananya dari Manakala besar pelurunya pula pemerintahan Daulah
penguasaan Kerajaan ialah mencecah 2 hingga 3 kaki
Uthmaniyah.
Naples. panjang diameter.

BIBLIOGRAFI

Abdul Kadir Dedeoglu. 1977. The Ottomans. Osmanli Publishing House. Istanbul.

Abdul Kadir Ozcan. 2001. Ottoman Military Establishment. Dlm Ekmeleddin Ihsanoglu.
History of The Ottoman State, Society and Civilisation (Jilid 1). Research Centre For
Islamic History, Art and Culture IRCICA. Istanbul.

Ahmed Akgunduz dan Said Ozturk. 2011. Ottoman History Misperceptions and Truths.
IUR Press, Rotterdam.

Ahmed Akgunduz. 2015. Ottoman Harem : The Male and Female Slavery in Islamic Law. 359
IUR Press, Rotterdam.

Akif Togel. 2016. Ottoman Human Rights Practice: A Model Of Legal Pluralism. Yildirim
Beyazit Law Review No. 2016/2. Fakulty of Law. Yildirim Beyazit University. Ankara.

Ali Muhammad as-Solabi. 2006. Muhammad al-Fatih : Fatih al-Qastantaniyah. Dar at-Tauzi’
wa an-Nashar al-Islamiyah. Kaherah.

Ali Muhammad as-Solabi. 2011. Faktor Kebangkitan dan Sebab Kejatuhan Empayar
Uthmaniyah. Salehan Ayub (terj.). Pustaka Salam Sdn Bhd. Batu Caves.

Dr. S. Ayduz. 2006. Artillery Trade of Ottoman Empire. FSTC Limited. Manchester.

Ekmeleddin Ihsanoglu. 2006. An Overview of Ottoman Scientific Activities. Foundation
for Science, Technology and Civilisation (FSTC) Limited. Manchester.

Fevzi Gunuc. 2007. The Fatih Complex I In The History of Turkish Culture and Civilization.
Istanbul Buyuksehir Belediyesi. Istanbul.

Gabar Agoston. 1994. Ottoman Artillery and European Military Technology In The
Fifteenthand Seventeenth Centuries. Acta Orientalia Academiae Scientiarum Hung.
Tomus XLVII (1-2) 1994. Akademiai Kiado. Budapest.

Halil Inalcik. 1998. Essays In Ottoman History. Eren Yayincilik. Istanbul.

360 Halil Inalcik. The Ottoman Empire : The Classical Age 1300-1600. Praeger Publishers,
New York.

Ibrahim Kalin. 2006. Mulla Gurani. Dlm Oliver Leamen (penyt.). The Biographical
Encyclopedia of Islamic Philosophy. Bloomsbury Publishing. London.

Ismail Gundogdu. 2009. Some observations on the Ottoman Judicial System and Ilmiye
Group in The 18th Century. International Journal of Human Sciences. Jilid 6 No. 2
Tahun 2009. Universiti Sakarya. Adapazari.

J. H. Lefroy, 1868. The Great Cannon Of Muhammad II (A.D. 1464). The Archaeological
Journal. Jld 25. No 100. Central Committee of the Royal Archaeological Institute
of Great Britain and Ireland. London.

Kenan Inan. 2008. The Making of Kanun Law in the Ottoman Empire, 1300-1600.
Dlm Gunther Lottes, Eero Medijainen dan Jon Vidar Sigurdsson (penyt). Making,
using and resisting the law in European. Pisa University Press. Pisa.

Kyle Johnson. 2013. Surpassing Xerxes: The Advent of Ottoman Gunpowder Technology
in the Fifteenth and Sixteenth Centuries. Dlm Volume 5: The Age of
Gunpowder - An Era of Technological, Tactical, Strategic, and Leadership Innovations.
Emory Endeavors Journal. Emory College of Arts and Sciences, Emory University. Georgia.

Mehmet Ipsirli. 2001. Ottoman State Organization. Dlm Ekmeleddin Ihsanoglu. History
of The Ottoman State, Society and Civilisation (Jilid 1). Research Centre For Islamic
History, Art and Culture IRCICA. Istanbul.

Mehmet Maksudoglu. 2011. Osmanli History and Institutions. Ensar. Istanbul.

Mubahat Kutukoglu. 2001. The Structure of The Ottoman Economy. Dlm Ekmeleddin 361
Ihsanoglu. History of The Ottoman State, Society and Civilisation (Jilid 1).
Research Centre For Islamic History, Art and Culture IRCICA. Istanbul.

Pius Malakandathil. 2010. Maritime India : Trade, Religion and Polity in the Indian Ocean.
Primus Books. Delhi.

Salih Gulen . 2010. The Ottoman Sultans: Mighty Guests of the Throne. Blue Dome Press.
New York.

Suraiya Faroqhi. 2005. Pious Foundations in the Ottoman Society of Anatolia and Rumelia:
A Report on Current Research. Dlm Micheal Borgolte. Stiftungen in Christentum,
Judentum und Islam vor der Moderne. Akademie Verlag. Berlin.

Theoharis Stavrides. 2001. The Sultan of Vezirs: The Life and Times of the Ottoman Grand
Vezir Mahmud Pasha Angelovic (1453-1474). Brill. Leiden.

Zafer Ozcan. 2015. Intizar Anne. Kaynak Yayinlari. Istanbul.
Zoran Peric, Branko Ristanovic dan Milutin Kovacevic. 2013. From Wallachian Duke To The
Prince of Darkness. Researches Review DGTH 42/2013. Faculty of Science, University
of Novi Sad, Novi Sad, Serbia.

362

BIOGRAFI PENULIS

MOHD HASANUDDIN MOHD YUSOF

Mohd Hasanuddin Bin Mohd Yusof merupakan anak 363
kelahiran Langkap, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal
di Sek. Keb. Seri Langkap dan Sek. Men Agama Izzuddin
Shah, Ipoh, Perak. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda
Undang-undang dan Syariah (LLB_S) dan Ijazah Sarjana

Undang-undang Pentadbiran Islam (LLM) dari Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau memulakan
kerjayanya sebagai peguambela dan peguamcara di Azra
& Associates, Petaling Jaya. Kemudian beliau menyertai
perkhidmatan awam dengan berkhidmat
sebagai Pegawai Syariah di Jabatan
Kehakiman Syariah Malaysia.

Jawatan beliau yang terakhir dalam
perkhidmatan awam ialah sebagai Pegawai
Penyelidik bagi Ketua Hakim Syarie Negeri Melaka.
Setelah berkhidmat sebagai penjawat awam, beliau
telah meletakkan jawatan dan kemudiannya beliau
telah menubuhkan sebuah badan penyelidikan
swasta berkaitan sejarah dan ketamadunan Islam
di Alam Melayu atau Nusantara. Badan penyelidikan
tersebut diberi nama Maktab Penyelidikan Tamadun
Alam Melayu dan Islam. Beliau juga sedang
menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah
di Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti
Kebangsaan Malaysia. Sehingga kini, beliau sangat
aktif melakukan penyelidikan sejarah dan ketamadunan

Islam di dalam dan luar negara.


Click to View FlipBook Version