The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Untuk kegunaan warga PDRM sahaja.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amirasygezhar84, 2022-11-13 03:50:37

BUKU PANDUAN PILIHAN RAYA

Untuk kegunaan warga PDRM sahaja.

TERHAD M/Surat
KANDUNGAN

Isi Kandungan
Senarai Lampiran
Huruf Ringkas
Kata-kata Aluan
Prakata
Definisi
Pendahuluan

BAB 1 - PENDAHULUAN
1. Latar Belakang
2. Jenis-jenis Pilihan Raya

2.1 Pilihan Raya Umum
2.2 Pilihan Raya Kecil
3. Peruntukan Perlembagaan Berkaitan Pilihan Raya
4. Kawasan Pilihan Raya
4.1 Bahagian Pilihan Raya
4.2 Kawasan Dewan Undangan Negeri
5. Tanggungjawab untuk mengadakan Pilihan Raya
6. Akta / Kaedah-kaedah Khusus Pilihan Raya
7. Akta dan Peraturan-peraturan
7.1 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955

TERHAD

TERHAD

7.2 Akta Polis 1967

7.3 Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958

7.4 Kanun Prosedur Jenayah

7.5 Kanun Keseksaan

7.6 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301)

7.7 Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (P.U. (A) 472/1990
7.9. Akta Imigresen 1959/1963 (Akta 155)
7.10 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588)

7.11 Perintah Tetap Ketua Polis Negara

7.11.1 PTKPN Bahagian D 222

Penggunaan senjata api oleh Pegawai Polis

7.11.2 PTKPN Bahagian A 110

Tatatertib

BAB II - SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA
Penubuhan Suruhanjaya Pilihan Raya
2. Struktur Organisasi Suruhanjaya Pilihan Raya
3, Tugas dan Tanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya

3.1. Menyedia dan menyemak Daftar-daftar Pemilih
3.2. Menetapkan Bahagian Pilihan Raya
3.3. Mengendalikan Pilihan Raya

TERHAD

TERHAD
4. Penubuhan Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR)

4.1. Keanggotaan
4.2. Kawasan Kawalan
4.3. Fungsi PP-KPR
4.4. Tugas dan tanggungjawab PP-KPR
4.5. Pelaksanaan
4.6. Tindakan Khusus - Bahan Kempen dan Ceramah / Syarahan

4.6.1 Bahan Kempen
4.6.2 Aktiviti Syarahan / Ceramah
4.6.3 Kaedah Tindakan
4.7. Kesalahan-Kesalahan Semasa Berkempen
4.7.1 Bahan-bahan Berkempen
4.7.2 Ceramah / Syarahan
4.8. Tatacara Membuat Keputusan PP-KPR
4.9. Perkara-perkara yang Tidah Boleh Dilakukan Oleh PP-KPR

5. Perjalanan Pilihan Raya
5.1. Penamaan Calon
5.2. Tempoh Berkempen
5.3. Hari Mengundi
5.1.1 Tempat Mengundi
5.1.2 Ketua Tempat Mengundi

TERHAD

TERHAD
5.1.3 Kawalan masuk Ke Tempat Mengundi
5.1.4 Penutupan Tempat Mengundi
5.1.5 Pengiraan Undi
5.1.6 Orang Yang Boleh Berada Sewaktu Pengiraan Undi
5.1.7 Larangan Bagi Pegawai Polis
5.1.8 Membawa Kertas-kertas Undi Ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi
5.1.9 Pusat Penjumlahan Rasmi Undi
5.1.10 Orang yang Dibenarkan Berada Di Pusat Penjumlahan Rasmi

Undi

6. Undi Pos
7. Undi Awal

7.1. Kategori Pemilih yang melaksanakan Undi Awal

7.2. Penetapan Tarikh / Tempat Mengundi Awal
7.3. Pelaksanaan Undi Awal
7.4. Penetapan lokasi untuk pengiraan serta penjumlahan undi
7.5. Tempat penyimpanan peti undi dan kertas undi bagi Undi Awal
8. Pengumuman Keputusan Pilihan Raya

BAB III - PENUBUHAN JAWATANKUASA DAN TANGGUNGJAWAB PDRM
1. Penubuhan JawatanKuasa Induk Pilihan Raya
2. Struktur Jawatan Kuasa Induk Pilihan Raya
3. Ahli Jawatankuasa Induk Pilihan Raya
4. Jawatankuasa Peringkat Kontinjen
5. Ahli Jawatankuasa Peringkat Kontinjen

TERHAD

TERHAD
6. Tugas dan Tanggungjawab Jawatankuasa Induk Pilihan Raya PDRM
7. Tugas dan Tanggungjawab Jawatankuasa Peringkat Kontinjen
8. Penubuhan Urus Setia Kerja Pilihan Raya PDRM
9. Ahli Jawatankuasa Urus Setia Kerja Pilihan Raya PDRM
10. Tugas dan Tanggungjawab Urus Setia Kerja Pilihan Raya PDRM
11. Pusat Kawalan Polis
12. Sistem Maklumat Pusat Kawalan (SMPK)
13. Tujuan
14. Skop
15. Peranan dan Tanggungjawab

BAB IV - PERANAN POLIS DIRAJA MALAYSIA DALAM PILIHAN RAYA
1. Pendahuluan
2. Pembubaran Parlimen

2.1 Risikan Cawangan Khas
2.2 Pelantikan Jawatankuasa Kerja Pilihan Raya PDRM
3. Hari Penamaan Calon
4. Tempoh Berkempen
5. Hari Mengundi
6. Pengumuman dan Implikasi

TERHAD

TERHAD
BAB V - PROSEDUR PEMINDAHAN ORANG KENAMAAN BERISIKO TINGGI

KE LOKASI SELAMAT (SAFE H AVEN) SEMASA KECEMASAN
(EVACUATION PLAN)
1. Pendahuluan
2. Tugas dan tanggungjawab
2.1. Ketua Polis Negeri
2.2. Ketua Polis Daerah (KPD)
2.3. Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Daerah (KBKA/KTD)
2.4. Ketua Cawangan Khas Daerah (KCKD)
2.5. Pasukan Gerakan Khas (PGK)
2.6. Unit Pemusnah Bom (UPB)
2.7. Pasukan Gerakan Udara (PGU)

3. Penentuan Lokasi Selamat (Safe Haven)
4. Penentuan Pusat Rawatan untuk Orang Kenamaan Berisiko Tinggi

BAB VI - PENGURUSAN PENUGASAN TRAFIK DALAM PILIHAN RAYA
1. Pendahuluan
2. Objektif
3. Fasa Penugasan
4. Strategi Penugasan Trafik

4.1. Elemen kekuatan
4.2. Elemen Logistik
4.3. Perancangan Penugasan
4.4. Pelaksanaan Penugasan

TERHAD

TERHAD
BAB VII - PERANAN JABATAN LOGISTIK
1. Pendahuluan
2. Visi
3. Misi
4. Fungsi Jabatan Logistik
5. Objektif Jabatan Logistik
6. Fungsi Jabatan Logtistik dalam Pilihan Raya

6.1. Bahagian Pengangkutan
6.2. Bahagian Komunikasi
6.3. Bahagian Teknologi Maklumat
6.4. Bahagian Persenjataan
6.5. Bahagian Bekalan SMS
6.6. Bahagian Kewangan
6.7. Bahagian Perolehan
6.8. Bahagian Bangunan

Bab VIII - CURFEW
1. ‘Definition’
2. ‘Objective’
3. ‘Legal Power’
4. ‘Rationale Of Imposition’
5. Pelan Tindakan
6. MKN 21 – Penugasan dan Pengendalian Situasi

Ancaman Ketenteraman Awam

TERHAD

TERHAD
7. Pasukan Tindakbalas Krisis PDRM (CRT)

8. Kumpulan Kerja (MKN 21):

8.1. Kumpulan Kerja Tindakan Operasional
8.2. Kumpulan Kecemasan
8.3. Kumpulan Bantuan Perkhidmatan Penting
8.4. Kumpulan Mencari dan Menyelamat
8.5. Kumpulan Kerja Tindakan Perisikan
8.6. Kumpulan Media
8.7. Kumpulan Kebajikan
8.8. Kumpulan Sokongan
8.9. Kumpulan Gerak Saraf / Perang Saraf / Strategi

9. ‘Military Role” (POMAN Chapter 8)

BAB IX - PENUGASAN ‘STRIKE FORCE”

1. Pendahuluan

2. Pasukan Gerakan Am (PGA):

2.1. Tatacara Permohonan PORU / Infantri
2.2. Fungsi Utama PORU
2.3. Arahan Penugasan PORU
2.4. Kawal Perintah
2.5. Peranan dan Fungsi PORU
2.6. Skop Penugasan PORU

3. Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP)

3.1. Proses Kerja Permohonan Terup PSP untuk mencegah rusuhan sewaktu
Pilihan Raya (Tugas yang tidak dirancang)

3.2. Proses Kerja Permohonan Terup PSP untuk penugasan
Pencegahan Ketenteraman Awam (semasa Pilihan Raya)

TERHAD

TERHAD
3.3. Penugasan Terup PSP Kuala Lumpur
3.4. Penugasan Terup PSP (selain Terup PSP Kuala Lumpur)
4. Pasukan Gerakan Udara (PGU)
4.1. Tatacara Permohonan Penggunaan Pesawat Udara PDRM semasa

Pilihan Raya
4.2. Skop Penugasan Pesawat Udara PDRM semasa Pilihan Raya

TERHAD

TERHAD
SENARAI LAMPIRAN
1. Lampiran-lampiran kepada BAB 1
1.1. Lampiran ‘A’ - Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954
1.2. Lampiran ‘B’ - Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955
1.3. Lampiran ‘C’ - Akta Polis 1967
1.4. Lampiran ‘D’ - Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata
Berbahaya 1958
1.5. Lampiran ‘E’ - Kanun Prosedur Jenayah
1.6. Lampiran ‘F’ - Kanun Keseksaan
1.7. Lampiran ’G’ - Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (akta 301)
1.8. Lampiran ‘H’ - Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (P.U.A)
472/1990)
1.9. Lampiran ‘I’ - Akta Imigresen 1959/1963 (Akta 155)

1.10 Lampiran ‘J’ - Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998

2. Lampiran-Lampiran kepada BAB II
2.1. Lampiran ‘A’ - Carta Organisasi SPR
2.2. Lampiran ‘B’ - Borang-borang permohonan mengadakan Pilihan Raya

3. Lampiran-lampiran kepada BAB III
3.1 Lampiran ‘A’ - Pusat Kawalan Polis

4. Lampiran kepada BAB VI
4.1. Kesalahan Trafik yang lazim dilakukan ketika Pilihan Raya

TERHAD

TERHAD
HURUF RINGKAS

PDRM - Polis DiRaja Malaysia

KPN - Ketua Polis Negara

PJP - Persuruhjaya Polis

KP - Ketua Polis Negeri

KPD - Ketua Polis Daerah

SPR - Suruhanjaya Pilihan Raya

CK - Cawangan Khas

JSJ - Jabatan Siasatan Jenayah

KPJ - Kanun Prosedur Jenayah

KA - Ketenteraman Awam

TPR - Timbalan Pendakwaan Raya

ADR - Ahli Dewan Rakyat

ADUN - Ahli Dewan Undangan Negeri

PRU - Pilihan Raya Umum

PRK - Pilihan Raya Kecil

PP-KPR - Pasukan Penguatkuasaan Kempen Pilihan Raya

PP - Pegawai Pengurus

PPN - Pegawai Pilihan Raya Negeri

KTM - Ketua Tempat Mengundi

KPB - Ketua Polis Balai
OCBG - ‘Officer In-Charge of Body Guard’
LP - ‘Landing Point’

TERHAD

TERHAD

POMAN - Public Order Manual

PTKPN - Perintah Tetap Ketua Polis Negara

MKN - Majlis Keselamatan Negara

KJKA - Ketua Jabatan Ketenteraman Awam

KBKA - Ketua Bahagian Ketenteraman Awam

SMPK - Sistem Maklumat Pusat Kawalan

MCC - Malaysia Control Centre

CCC - Contingent Control Centre

DCC - District Control Centre

PGA - Pasukan Gerakan Am

PORU - Public Order Riot Unit

PGU - Pasukan Gerakan Udara

PSP - Pasukan Simpanan Persekutuan

PGK - Pasukan Gerakan Khas

UPB - Unit Pemusnah Bom

JSJN - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik

JSJK - Jabatan Siasatan Jenayah Komersil

KJP - Ketua Jabatan Pengurusan

KJL - Ketua Jabatan Logistik

SOP - Standard Operation Procedure

LSF - Light Strike Force

PTLP - Pegawai Turus Logistik Pengangkutan

PTP - Pegawai Turus Pengangkutan

KPPJL - Ketua Penolong Pengarah Jabatan Logistik

ATM - Angkatan Tentera Malaysia

TERHAD

RTM TERHAD
JKM - Radio Televisyen Malaysia
JPAM - Jabatan Kebajikan Masyarakat
PBT - Jabatan Pertahanan Awam
MD - Pihak Berkuasa Tempatan
JKR - Majlis Daerah
- Jabatan Kerja Raya

TERHAD

TERHAD
KATA-KATA ALUAN

PENGARAH
JABATAN KESELAMATAN DALAM NEGERI & KETENTERAMAN AWAM

Setiap kali apabila Pilihan Raya diadakan, salah satu pihak yang terlibat secara
langsung dalam melancarkan pergerakan proses Pilihan Raya adalah pihak berkuasa
iaitu Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Setiap pegawai dan anggota yang terlibat adalah
bertanggungjawab untuk memastikan keadaan sebelum, semasa dan selepas proses
Pilihan Raya dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Selain itu, keadaan semasa yang begitu mencabar dengan pemansuhan
Seksyen 27, Akta Polis 1967 serta perubahan-perubahan untuk penambahbaikan
proses Pilihan Raya masa kini memerlukan PDRM untuk melaksanakan sesuatu
tindakan dengan lebih proaktif serta profesional dan bukannya agresif yang boleh
memberi impak negatif kepada pasukan. Ekspektasi masyarakat yang tinggi terhadap
PDRM juga adalah merupakan faktor utama bagi kita dalam membuat sesuatu
keputusan serta tindakan dengan bijaksana.

Oleh yang demikian, dengan penghasilan buku ini sedikit sebanyak dapat
dijadikan panduan serta pedoman kepada semua pegawai dan anggota dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Buku ini dapat membantu
dengan memberikan seribu manfaat kepada petugas sekaligus mengekalkan
keamanan negara kita yang tercinta selaras dengan aspirasi pucuk pimpinan kerajaan
Malaysia demi untuk kesejahteraan rakyat.

( DATO’ WIRA SALLEH BIN MAT RASID ) CP
Pengarah Jabatan KDNKA

TERHAD

TERHAD

PRAKATA

KETUA POLIS NEGARA

Sistem demokrasi yang diamalkan oleh Malaysia dengan jelas memerlukan
penglibatan semua lapisan rakyat untuk memilih wakil-wakil mereka bagi membentuk
kerajaan. Di bawah Perlembagaan Persekutuan setiap rakyat yang telah berdaftar
sebagai pengundi adalah layak untuk menjalankan hak mereka sebagai pengundi
melalui proses Pilihan Raya. Mereka mempunyai kebebasan mutlak dalam membuat
penentuan tentang wakil yang mereka pilih tanpa sebarang paksaan, gangguan,
ancaman maupun ugutan dari mana-mana pihak. Polis DiRaja Malaysia
dipertanggungjawabkan untuk memastikan penguatkuasaan undang-undang
dilaksanakan dan proses demokrasi dapat berjalan dengan lancar sepanjang proses
Pilihan Raya dilaksanakan.

2. Semasa tempoh Pilihan Raya, PDRM akan memikul tanggungjawab yang amat
berat dan mencabar bagi memastikan negara berada di dalam keadaan aman dan
tenteram untuk membolehkan proses pengundian berjalan dengan lancar. Semua
pegawai dan anggota mestilah memperlengkapkan diri masing-masing dengan
pengetahuan yang cukup, terutama mengenai peraturan dan undang-undang, yang
berkaitan dengan Pilihan Raya.

3. Semasa melaksanakan tugas, pegawai dan anggota hendaklah mempamerkan
mutu perkhidmatan secara profesional, mesra dan adil kepada semua pihak, tanpa
mengira fahaman politik dan pendirian mereka. PDRM telah menempuh pelbagai
rintangan pada masa lampau dalam menangani pelbagai isu dan masalah negara,
Selain itu juga, pergolakkan dan perkembangan politik dari luar negara juga sedikit
sebanyak akan mempengaruhi pemikiran dan tindakan para pengundi berdaftar.

4. Saya begitu optimis serta penuh yakin kepada pegawai dan anggota yang
terlibat sudah memperlengkapkan diri dengan semangat, keyakinan diri serta mampu
untuk menghadapi apa jua keadaan semasa, sewaktu proses Pilihan Raya diadakan
nanti. Buku Panduan Pilihan Raya ini memberikan garis panduan untuk semua pegawai
dan anggota merangkumi aspek keselamatan Pilihan Raya berdasarkan kepada
pindaan undang-undang serta peraturan terkini yang bersesuaian dengan keadaan
semasa. Harapan saya kepada semua pegawai dan anggota, semoga buku ini dapat
difahami dan boleh dijadikan panduan untuk kelancaran penugasan yang dijalankan.

( TAN SRI DATO’ SERI HJ. ISMAIL BIN HJ. OMAR ) IG
Ketua Polis Negara

TERHAD

TERHAD

DEFINISI

‘Pilihan Raya” ertinya sesuatu Pilihan Raya yang diadakan mengikut peruntukan-
peruntukan mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan pemilihan orang-
orang sebagai ahli-ahli Dewan Rakyat, sesuatu Dewan Undangan Negeri atau sesuatu
pihak Berkuasa Tempatan;

‘Pilihan Raya Umum’ ertinya Pilihan Raya Umum yang pertama bagi ahli-ahli Dewan
Rakyat atau sesuatu Dewan Undangan Negeri atau Pilihan Raya Umum bagi ahli-ahli
selepas pembubarannya;

‘Bahagian Pilihan Raya’ ertinya sesuatu kawasan yang ditetapkan di bawah
peruntukan mana-mana undang-undang bertulis bagi maksud sesuatu Pilihan Raya;

‘Ahli’ ertinya ahli Dewan Rakyat atau ahli Dewan Undangan, mengikut mana-mana
yang berkenaan;

‘Bahagian Pilihan Raya Negeri’ ertinya Bahagian Pilihan Raya yang
dipersempadankan mengikut Perkara 117 Perlembagaan;

‘Bahagian Pilihan Raya Parlimen’ ertinya Bahagian Pilihan Raya yang
dipersempadankan mengikut Perkara 116 Perlembagaan;

‘Calon’ ertinya orang yang dinamakan mengikut mana-mana peraturan yang dibuat
di bawah Akta ini sebagai seorang calon untuk suatu Pilihan Raya;

‘Daerah Mengundi’ ertinya sebahagian daripada suatu Bahagian Pilihan Raya
sebagaimana yang dibahagi di bawah seksyen 7;

‘Pegawai Pilihan Raya’ ertinya seseorang pegawai yang dilantik di bawah seksyen 3
atau 8 atau mana-mana pegawai yang dilantik bagi maksud menjalankan atau
membantu perjalanan mana-mana Pilihan Raya, atau bagi maksud mendaftarkan atau
membantu pendaftaran pemilih, di bawah mana-mana peraturan yang dibuat di bawah
Akta ini;

‘Pemilih’ ertinya seorang warganegara yang berhak mengundi dalam suatu Pilihan
Raya menurut Perkara 119 Perlembagaan;

‘Pengundi Pos’ ertinya mana-mana orang yang berhak untuk mengundi di Peraturan 3

‘Pemilih Negeri’ ertinya pemilih yang berhak mengundi dalam suatu Pilihan Raya
Negeri;

‘Pemilih Parlimen’ ertinya pemilih yang berhak mengundi dalam suatu Pilihan Raya
Parlimen;

‘Perlembagaan’ ertinya Perlembagaan Persekutuan;

TERHAD

TERHAD

‘Pilihan Raya Negeri’ ertinya suatu Pilihan Raya bagi memilih seseorang ahli Dewan
Undangan;

‘Pilihan Raya Parlimen’ ertinya suatu Pilihan Raya bagi memilih seseorang ahli Dewan
Rakyat;

‘Pusat Mengundi’ ertinya mana-mana bangunan, binaan, kenderaan atau vesel, di
tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 7, yang dikhaskan dan dilengkapkan bagi
maksud mengundi dan mengira undi;

‘Tempat Mengundi’ ertinya mana-mana bilik atau ruangan yang dikenali juga sebagai
saluran yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dalam Pusat Mengundi;

‘Ketua Tempat Pengiraan Undi’ ertinya seorang pegawai yang dilantik untuk
mengetuai suatu tempat mengundi mengikut peraturan yang ditetapkan di bawah Akta
ini;

‘Tempoh Berkempen’ ertinya tempoh mana-mana calon atau ejen Pilihan Raya
dibenarkan mengadakan kempen Pilihan Raya di dalam Bahagian Pilihan Raya calon
itu, iaitu tempoh yang bermula dari masa Pegawai Pengurus mengisytiharkan bahawa
satu pengundian akan dijalankan di dalam Bahagian Pilihan Raya yang baginya dia
dilantik dan akan berakhir apabila tamat hari sebelum Hari Mengundi;

‘Orang Kenamaan Berisiko Tinggi’ dimaksudkan untuk Perdana Menteri Malaysia,
Timbalan Perdana Menteri Malaysia atau mana-mana orang kenamaan yang
diklasifikasikan oleh Cawangan Khas sebagai berisiko tinggi.

‘Safe Haven’ ertinya lokasi yang dipilih untuk menempatkan orang kenamaan berisiko
tinggi dalam situasi ancaman atau kecemasan.

‘Officer In-Charge of Body Guard’ ertinya Pegawai yang dipertanggungjawab untuk
mengetuai kumpulan pengiring rapat orang kenamaan berisiko tinggi.

‘Inner Close Escort’ ertinya Kumpulan Pengiring Rapat yang melaksana litupan
keselamatan orang kenamaan di bahagian lingkaran dalam (inner ring).

‘Outer Close Escort’ ertinya Kumpulan Pengiring Rapat yang melaksana litupan
keselamatan orang kenamaan di bahagian lingkaran luar (outer ring).

‘Flushing’ ertinya Kerja-kerja pemeriksaan terhadap premis, kenderaan atau
sebagainya untuk memastikan selamat dari ancaman atau sabotaj menggunakan bahan
letupan.

‘Landing Point’ ertinya Tapak atau lokasi pendaratan helikopter

TERHAD

TERHAD
‘Doktrin / Silibus’ ertinya pemahaman yang diperolehi melalui sukatan pelajaran yang
menjadi fahaman setiap lapisan pegawai dan anggota berkaitan kaedah dan tatacara
semasa melaksana penugasan.
‘Air Surveillance’ ertinya satu kaedah untuk mendapat maklumat melalui pemerhatian
dari udara.
‘Defensive’ ertinya menggunakan taktik bertahan
‘Offensive’ ertinya menggunakan taktik menyerang

TERHAD

TERHAD
AM

Dalam menyediakan Buku Panduan ini usaha-usaha dibuat supaya ianya lengkap dan
dapat digunakan oleh semua pegawai dan anggota Polis DiRaja Malaysia dengan
pengetahuan asas bagi membolehkan mereka menjalankan tugas dan tanggungjawab
semasa Pilihan Raya. Buku Panduan ini tidak merangkumi kesemua kemungkinan yang
akan berlaku semasa Pilihan Raya berlangsung. Justeru itu, sebarang permasalahan
yang memerlukan penjelasan yang lebih mendalam sila rujuk kepada Urus Setia Kerja
Jawatankuasa Induk PDRM Bukit Aman.

2. Buku Panduan ini telah dibahagikan kepada beberapa bahagian sebagai rujukan
iaitu:

2.1. BAB I - Pendahuluan

2.2. BAB II - Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

2.3. BAB III - Penubuhan Jawatankuasa dan Tanggungjawab
Polis DiRaja Malaysia

2.4. BAB IV - Peranan Polis DiRaja Malaysia dalam Pilihan Raya

2.5. BAB V - Prosedur Pemindahan Orang Kenamaan Berisiko
Tinggi Ke Lokasi Selamat (Safe Haven) semasa
kecemasan (Evacuation Plan)

2.6. BAB VI - Pengurusan Penugasan Trafik dalam Pilihan Raya

2.7. BAB VII - Peranan Jabatan Logistik

2.8. BAB VIII - Curfew

2.9. BAB IX - Penugasan Strike Force

3. Semua undang-undang yang berkaitan dengan Pilihan Raya akan disenaraikan
di dalam Buku Panduan ini. Pindaan ke atas Buku Panduan ini akan dibuat dari semasa
ke semasa oleh Jawatankuasa yang dilantik bagi menyemak dan mengemaskinikan
buku ini. Buku Panduan ini akan sentiasa boleh digunakan pada Pilihan Raya tidak kira
semasa Pilihan Raya Umum (PRU), Pilihan Raya Negeri (PR DUN) atau Pilihan Raya
Kecil (PRK).

TERHAD

TERHAD

BAB 1

PENDAHULUAN

LATARBELAKANG

Malaysia merupakan sebuah Negara yang mengamalkan sistem pemerintahan
demokrasi berparlimen ala ‘Westminster’, dan sistem parlimen secara ‘Bicameral’.
Kuasa Perundangan Persekutuan adalah terletak pada Parlimen yang mengandungi
Yang DiPertuan Agong dan dua (2) majlis yang dinamakan Dewan Negara dan Dewan
Rakyat (Perkara 44 Perlembagaan Persekutuan). Ahli-ahli Dewan Negara terdiri
daripada mereka yang dilantik oleh DYMM Yang DiPertuan Agong manakala Ahli-ahli
Dewan Rakyat (ADR) dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) adalah dipilih
melalui Pilihan Raya Umum (PRU).

JENIS-JENIS PILIHAN RAYA

2. Pilihan Raya dari segi takrifnya dikaitkan dengan perbuatan memilih dan ia
berbeza dengan perbuatan melantik. Dalam konteks yang lebih luas ia ditakrifkan
sebagai pemilihan umum ke atas seseorang untuk sesuatu jawatan. Pemilihan ini dibuat
menerusi undi sesebuah perkumpulan atau ‘Constituent Body’. Tujuan mengadakan
Pilihan Raya adalah untuk memilih orang atau orang-orang yang akan mewakili
kepentingan pemilih-pemilih dalam hal yang terletak di bawah bidang kuasa di mana
orang itu atau orang-orang yang berkenaan dipilih untuk bertugas. Ada dua jenis Pilihan
Raya yang diadakan di Malaysia iaitu:

2.1. Pilihan Raya Umum (PRU)

PRU diadakan bagi Dewan Rakyat dan semua Dewan Undangan Negeri
(DUN). PRU boleh diadakan serentak bagi Dewan Rakyat dan DUN atau
secara berasingan iaitu pada masa yang berlainan. Contohnya PRU bagi
DUN yang diadakan berasingan dengan PRU Dewan Rakyat iaitu Negeri
Sabah dan Sarawak. Untuk semua negeri di Semenanjung Malaysia,
PRU bagi kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri akan
diadakan serentak. PRU perlu diadakan setelah Dewan Rakyat dan
Dewan Undangan Negeri dibubarkan dan ia perlu diadakan dalam
tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran.

2.2. Pilihan Raya Kecil (By Election)

Pilihan Raya Kecil (PRK) akan diadakan apabila berlaku kekosongan di
luar musim atau diluar jangka seperti:

2.2.1 Kematian

Kematian wakil bagi mana-mana bahagian / kawasan Pilihan
Raya sama ada Parlimen atau DUN

TERHAD

TERHAD

2.2.2 Perletakan Jawatan

Perletakan jawatan yang menyebabkan kekosongan bagi mana-
mana kerusi.

2.2.3 Perlucutan Jawatan / Hilang Kelayakan

Perlucutan Jawatan / Hilang Kelayakan atas sebab-sebab tertentu
oleh pihak berkuasa yang menyebabkan kekosongan bagi mana-
mana kerusi.

PRK perlu diadakan dalam tempoh 60 hari (Semenanjung) dan 90
hari (Sabah / Sarawak) selepas berlakunya kekosongan kerusi.
PRK tersebut tidak perlu diadakan jika kekosongan itu berlaku
dalam tempoh 2 tahun sebelum tarikh Dewan Rakyat atau mana-
mana DUN dibubarkan mengikut Perkara 54(1)(2) Perlembagaan
Persekutuan.

PERUNTUKAN PERLEMBAGAAN BERKAITAN PILIHAN RAYA

3. Perkara 113(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa kepada
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menjalankan Pilihan Raya. Antara peruntukan
yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh berkaitan Pilihan
Raya adalah seperti berikut:

3.1. Perkara 55(2) DYMM Yang DiPertuan Agong boleh memberhentikan
atau membubarkan Parlimen

3.2. Perkara 55(3) Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Parlimen
hendaklah terus berjalan selama 5 tahun dari tarikh
mesyuarat pertamanya dan selepas itu adalah terbubar.
(Bermaksud tempoh maksimum hayat bagi Parlimen
adalah selama 5 tahun).

3.3. Perkara 55(4) Apabila Parlimen dibubarkan, PRU hendaklah diadakan
dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran itu dan
Parlimen hendaklah dipanggil bermesyuarat pada satu
tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh
pembubaran itu.

3.4. Perkara 113 Tanggungjawab untuk mengadakan Pilihan Raya bagi

(2)(i) Parlimen serta DUN dan menentukan bahagian-bahagian

Pilihan Raya adalah di bawah bidang kuasa SPR.

TERHAD

TERHAD

KAWASAN PILIHAN RAYA

4. Persempadanan baru bagi bahagian / kawasan Pilihan Raya yang telah disemak
oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dan telah diluluskan mengikut Perkara 113(2)(i)
Perlembagaan Persekutuan dengan merujuk bilangan Bahagian Pilihan Raya mengikut
negeri Tahun 2009 adalah seperti berikut:

4.1. Bahagian Parlimen

Bagi Bahagian Parlimen, jumlah mengikut negeri-negeri adalah seperti
berikut:

i. Perlis - 3
15
ii. Kedah - 14

iii. Kelantan - 8
13
iv. Terengganu - 24
14
v. Pulau Pinang - 22

vi. Perak - 8
6
vii. Pahang - 26
25
viii. Selangor - 31
1
ix. Negeri Sembilan - 11
1
x. Melaka -

xi. Johor -

xii. Sabah -

xiii. Sarawak -

xiv. W/Persekutuan Putrajaya -

xv. W/Persekutuan K/Lumpur -

xvi. W/Persekutuan Labuan -

JUMLAH - 222

Nota: Jumlah Bahagian / Kawasan akan berubah dari semasa ke semasa
berdasarkan kepada kajian SPR.

4.2. Kawasan DUN

Bagi kawasan DUN, jumlah adalah seperti berikut:

i. Perlis - 15
ii. Kedah - 36
iii. Kelantan - 45
iv. Terengganu - 32
v. Pulau Pinang - 40
vi. Perak - 59
vii. Pahang - 42
viii. Selangor - 56
ix. Negeri Sembilan - 36
x. Melaka - 28

TERHAD

TERHAD

xi. Johor - 56
60
xii. Sabah - 71
0
xiii. Sarawak - 0
0
xiv. W/Persekutuan Putrajaya -

xv. W/Persekutuan K/Lumpur -

xvi. W/Persekutuan Labuan -

JUMLAH - 576

Nota: Peruntukan persempadanan semula bahagian Pilihan Raya tertakluk
kepada peruntukan Perkara 113, 116 dan 117 Perlembagaan
Persekutuan.

TANGGUNGJAWAB UNTUK MENGADAKAN PILIHAN RAYA

5. SPR bertanggungjawab untuk mengadakan Pilihan Raya Dewan Rakyat dan
Dewan Undangan Negeri di bawah Perkara 113(1) Perlembagaan Persekutuan. Ini
bermaksud SPR akan bertanggungjawab ke atas semua perkara berkaitan dengan
Pilihan Raya.

AKTA KAEDAH-KAEDAH KHUSUS PILIHAN RAYA
6. Beberapa akta yang khusus berkaitan Pilihan Raya telah digubal dan diwartakan
seperti berikut:

6.1. Akta Pilihan Raya 1958 (Akta 19) (Disemak 1970)
6.2. Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5) (Pindaan 2003)
6.3. Peraturan Pilihan Raya 1959 (L.N. 71 of 1959)
6.4. Peraturan-peraturan (perjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya 1981 (P.U(A)

386/81)
6.5. Peraturan-peraturan (Mengundi melalui Pos) Pilihan Raya 2003
6.6. Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya Pindaan No.2

1990) (P.U. (A) 147/90)
6.7. Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya (Sabah dan Sarawak)
6.8. Peraturan Pilihan Raya (mengundi melalui Pos) 1959 (L.N. 71 of 1959)
6.9. Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002

TERHAD

TERHAD

AKTA DAN PERATURAN-PERATURAN

7. Akta / peraturan-peraturan lain yang boleh digunapakai semasa Pilihan Raya
seperti berikut:

7.1. Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336)

Beberapa kesalahan di bawah undang-undang ini yang dapat dikaitkan
dengan kesalahan-kesalahan yang mungkin dilakukan semasa pilihan
raya, diantaranya seperti Sek. 13 Bunyi-bunyian yang keterlaluan, Sek.14
Kelakuan Aib, Sek. 15 Kemudaratan - kemudaratan lain. Lain-lain
kesalahan dibawah akta ini adalah seperti di Lampiran ‘B’.

7.2. Akta Polis 1967 (Akta 344)

Akta Polis 1967 memberi banyak kuasa kepada polis di dalam berbagai
perkara. Diantaranya Sek. 26 – kuasa mengadakan sekatan jalanraya.
Lain-lain kesalahan di bawah akta ini seperti di Lampiran ‘C’.

Nota:
Sek. 27 – mengawal perhimpunan, perjumpaan dan perarakan
(Dimansuhkan)

7.3. Akta Bahan-Bahan Kakisan Dan Letupan Dan Senjata Berbahaya
1958 (Akta 207)

Akta ini menyenaraikan kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan
benda-benda yang membakar, benda-benda yang meletup dan senjata
salah. Antaranya Sek. 3 Memiliki bahan-bahan yang membakar atau
meletup dengan tujuan mendatangkan luka dan Sek. 6 membawa
senjata salah di tempat bebas. Lain-lain kesalahan di bawah akta ini
seperti di lampiran ‘D’.

7.4. Kanun Prosedur Jenayah

Kanun ini memberi kuasa kepada polis untuk mengambil tindakan
terhadap kesalahan yang menggugat ketenteraman awam dan
keselamatan negara. Antaranya Sek. 24 enggan memberi nama dan
tempat tinggal. Sek. 83 kuasa untuk menyuraikan perhimpunan yang
menyalahi undang-undang, Sek. 98 kuasa mengeluarkan perintah
muktamad dengan segera dalam kes kacau ganggu. Lain-lain kesalahan
di bawah kanun ini seperti di Lampiran ‘E’.

TERHAD

TERHAD

7.5. Kanun Keseksaan (Akta 574)

Kanun ini memberi kuasa kepada polis untuk mengambil tindakan
terhadap kesalahan-kesalahan jenayah. Antaranya: Sek. 141
Perhimpunan yang menyalahi undang-undang, Sek. 147 kesalahan
merusuh, Sek. 186 menghalang penjawat awam, dan Sek. 323 dengan
sengaja mendatangkan cedera, seksyen 160 melakukan gaduh gempar,
seksyen 341 halangan salah, seksyen 342 pengurungan salah, seksyen
427 melakukan khianat, seksyen 435 khianat dengan api, seksyen 500
fitnah, seksyen 506 menakutkan secara jenayah, seksyen 507
menakutkan secara jenayah dengan menyembunyikan nama, seksyen
509 mengaibkan kehormatan seseorang. Lain-lain kesalahan di bawah
kanun ini seperti di Lampiran ‘F’.

7.6. Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301)

Akta ini mengenakan syarat (lesen) terhadap penerbitan / percetakan
setiap dokumen, akhbar, buku, majalah, berkala, semua bahan bertulis /
bercetak yang mengandungi apa-apa gambaran yang boleh dilihat, apa-
apa jua yang boleh membayangkan idea dan apa juga rakaman suara.
Antara kesalahan di bawah akta ini ialah Sek. 3(4) kesalahan kerana
menyimpan dan menggunakan mesin cetak tanpa lesen. Sek. 5
kesalahan mencetak, mengimport, menerbit akhbar tanpa permit dan
Sek. 8 kesalahan memiliki apa-apa hasil penerbitan larangan. Lain-lain
kesalahan di bawah akta ini seperti di Lampiran ‘G’.

7.7. Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (P.U.(A) 472/1990)

Peraturan ini memberi kuasa kepada pihak Berkuasa termasuk polis
untuk memeriksa kad-kad pengenalan atau dokumen-dokumen
pengenalan diri semasa bertugas atau mengawas di bawah Sek. 7(1).
Lain-lain kesalahan di bawah akta ini seperti di Lampiran ‘H’.

7.8. Akta Imigresen 1959/1963 (Akta 155)

Akta ini memberi kuasa kepada polis dan Imigresen untuk mengambil
tindakan terhadap kesalahan-kesalahan jenayah. Di antara seksyen
adalah seksyen 15 memasuki secara tidak sah dan berada di Malaysia,
seksyen 55B memberi kerja kepada seseorang yang tidak memiliki pas
yang sah, seksyen 56(d) melindungi pendatang tanpa izin. Kesalahan-
kesalahan di bawah Akta ini adalah seperti di Lampiran ‘I’.

TERHAD

TERHAD
7.9. Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588)

Akta ini memberi kuasa kepada polis untuk mengambil tindakan
berhubung dengan kesalahan penyalahgunaan komunikasi dan
multimedia. Di antaranya adalah seksyen 233 Penyalahgunaan
Kemudahan Multimedia Atau Perkhidmatan Dan Sebagainya.
Kesalahan-kesalahan di bawah akta ini adalah seperti di Lampiran ‘J’.
7.10 Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN)
Bahagian-bahagian dalam PTKPN antara lain yang relevan untuk rujukan
seperti berikut:
i) PTKPN Bhg D222

Penggunaan senjatapi oleh Pegawai Polis
ii) PTKPN Bhg A110

Tatatertib

TERHAD

TERHAD

Lampiran ‘A’ kepada Bab 1

AKTA KESALAHAN PILIHAN RAYA NO. 5 TAHUN 1954

Kesalahan-kesalahan Oleh Seseorang

3. (1) Seseorang yang:

(a) dengan diketahuinya membuat sesuatu penyataan palsu dalam atau
berkenaan dengan sesuatu permohonan untuk dimasukkan dalam
sesuatu daftar pemilih,

(b) memalsukan atau secara fraud mencacatkan atau secara fraud
memusnahkan sesuatu kertas penamaan, atau menyerahkan kepada
seseorang Pegawai Pengurus sesuatu kertas penamaan dengan
mengetahuinya sebagai telah dipalsukan,

(c) Memalsukan atau melencung atau secara fraud mencacatkan atau
secara fraud memusnahkan sesuatu kertas undi atau tanda rasmi dalam
mana-mana kertas undi,

(d) tanpa kuasa yang sepatutnya memberi sesuatu kertas undi kepada
seseorang,

(e) menjual atau menawar menjual kertas undi kepada seseorang atau
membeli atau menawar membeli sesuatu kertas undi daripada
seseorang,

(f) sebagai seorang yang tidak berhak memiliki sesuatu kertas undi yang
telah ditanda yang dibenarkan ada sesuatu kertas undi itu dalam
miliknya,

(g) memasukkan ke dalam sesuatu peti undi apa-apa jua, lain daripada
kertas undi yang dibenarkan oleh undang-undang untuk dimasukkan
olehnya,

(h) tanpa kuasa yang sepatutnya membawa keluar dari tempat mengundi
sesuatu kertas undi atau didapati ada memiliki sesuatu kertas undi di luar
sesuatu tempat mengundi,

(i) tanpa kuasa yang sepatutnya memusnahkan, mengambil, membuka atau
dengan lain mengganggu sesuatu peti undi, kertas undi atau bungkusan
kertas-kertas undi yang digunakan atau dimaksud untuk digunakan bagi
maksud-maksud sesuatu Pilihan Raya,

TERHAD

TERHAD

(j) tanpa kuasa yang sepatutnya mencetak sesuatu kertas undi atau apa
yang berupa atau yang boleh digunakan sebagai kertas undi dalam
sesuatu Pilihan Raya,

(k) bagi maksud-maksud sesuatu Pilihan Raya, membuat, membina,
mengimport, ada memiliki, membekal atau menggunakan, atau
menyebabkan dibuat, dibina, diimport dibekal atau digunakan, apa-apa
perkakas, alat atau pesawat dengan mana sesuatu kertas undi boleh
dicabut, dimudarat atau dimanipulasikan selepas dimasukkan ke dalam
suatu peti undi dalam masa mengundi dalam sesuatu Pilihan Raya,

(l) mengundi dalam sesuatu pilihan raya manakala ia tidak berhak mengundi
dalam Pilihan Raya itu, atau

(m) mencetak apa-apa iklan, surat-sebaran, plakad atau poster berkenaan
dengan sesuatu Pilihan Raya dan yang mengandungi sesuatu salinan
kertas undi atau salinan apa yang berupa sebagai suatu kertas undi,
untuk digunakan atau mungkin digunakan dalam Pilihan Raya itu.

Kesalahan Pegawai Pilihan Raya

4. Seseorang pegawai, kerani, jurubahasa atau orang-orang lain ada mempunyai
apa-apa kewajipan untuk dilakukan menurut mana-mana undang-undang bertulis
berhubung dengan sesuatu Pilihan Raya dan yang:

(a) membuat, dalam sesuatu rekod, penyata atau lain-lain dokumen yang
dikehendaki disimpan olehnya atau membuat di bawah undang-undang
bertulis itu, apa-apa catatan yang ia ketahui atau sebab yang munasabah
bagi mempercayai sebagai palsu, atau yang ia tidak percaya sebagai
benar,

(b) membenar seseorang yang ia ketahui atau ada sebab yang munasabah
bagi mempercayai sebagai bukan orang buta atau bukan seorang tidak
berdaya mengundi mengikut cara yang diperuntukkan bagi orang buta
atau orang-orang tidak berdaya, mengikut mana-mana yang berkenaan,

(c) enggan membenarkan seseorang yang ia ketahui atau ada sebab yang
munasabah bagi mempercayai sebagai seorang buta atau seorang yang
tidak berdaya untuk mengundi mengikut cara yang diperuntukkan bagi
orang-orang buta atau orang-orang tidak berdaya mengikut mana yang
berkenaan,

(d) bersengaja menghalang seseorang daripada mengundi di tempat
mengundi di mana ia ketahui atau ada sebab yang munasabah bagi
mempercayai bahawa orang itu berhak mengundi,

TERHAD

TERHAD

(e) bersengaja menolak atau enggan mengira mana-mana kertas undi yang
ia ketahui ada sebab yang munasabah bagi mempercayai telah dibuang
dengan sah untuk seseorang calon mengikut peruntukan undang-
undang,

(f) bersengaja mengira mana-mana kertas undi sebagaimana dibuang untuk
seseorang, yang ia ketahui atau ada sebab yang munasabah bagi
mempercayai telah tidak dibuang dengan sah untuk seseorang calon
mengikut peruntukan undang-undang bertulis itu,

(g) tanpa sebab yang munasabah melakukan apa-apa perbuatan atau
ketinggalan dengan kewajipan jawatannya.

Memelihara Kerahsiaan Dalam Pilihan Raya

5. (1) Tiap-tiap pegawai, kerani, jurubahasa, calon ejen dan mana-mana orang
lain (kemudian daripada ini disebut “orang yang dibenarkan” dalam seksyen ini)
yang dibenarkan hadir dalam mana-mana urusan yang berkaitan dengan
pengeluaran atau penerimaan kertas-kertas undi pos atau di sesuatu tempat
mengundi, atau pada masa pengiraan undi hendaklah, sebelum hadir
sedemikian, mengangkat sumpah kerahsiaan yang pada keseluruhannya
mengikut Borang A dalam Jadual Pertama.

(2) Tiap-tiap pegawai, kerani, jurubahasa, calon, ejen dan orang yang
dibenarkan dan yang hadir di sesuatu tempat mengundi hendaklah memelihara,
dan membantu dalam memelihara, kerahsiaan pengundian di tempat mengundi
itu, dan tidak boleh menyampaikan, kecuali bagi sesuatu maksud yang
dibenarkan oleh undang-undang, sebelum pengundian itu ditutup, apa-apa
maklumat mengenai nama atau nombor mana-mana pemilih dalam daftar
pemilih, yang telah atau belum memohon untuk mendapatkan sesuatu kertas
undi atau yang telah atau belum mengundi di tempat itu, atau mengenai tanda
rasmi kepada mana-mana orang, tetapi jumlah bilangan pengundi yang telah
mengundi di mana-mana tempat pada bila-bila masa sebelum pengundian
ditutup boleh, menurut budi-bicara ketua tempat mengundi, dizahirkan kepada
seseorang calon atau ejennya atau seseorang pegawai polis yang dibenarkan
hadir atau yang bertugas di tempat mengundi itu.

(3) Tiada seseorang pegawai, kerani, jurubahasa, calon, ejen, pegawai polis
atau orang yang dibenarkan itu dan tiada seseorang jua pun boleh cuba
mendapatkan di tempat mengundi maklumat mengenai calon yang baginya
seseorang pengundi di tempat itu akan atau telah mengundi, atau
menyampaikan pada bila-bila masa kepada seseorang apa-apa maklumat yang
didapati di sesuatu tempat mengundi mengenai calon yang baginya seseorang
pengundi di tempat itu akan atau telah mengundi, atau mengenai nombor kertas
undi yang diberi kepada seseorang pengundi di tempat itu.

TERHAD

TERHAD
(4) Tiap-tiap pegawai, kerani, jurubahasa, calon, ejen, pegawai polis dan
orang yang dibenarkan, yang hadir pada masa pengiraan undi hendaklah
memelihara dan membantu dalam memelihara, kerahsiaan pengundian itu dan
tidak boleh cuba menyampaikan apa-apa maklumat yang didapati dalam
pengiraan itu tentang calon yang baginya apa-apa undi telah diberi oleh mana-
mana kertas undi tertentu.

(5) Tiada seseorang pun, kecuali ketua tempat mengundi yang bertindak
bagi sesuatu maksud yang dibenarkan oleh mana-mana undang-undang bertulis
berhubungan dengan mana-mana pilihan raya atau seseorang yang dibenarkan
oleh ketua tempat mengundi dan yang bertindak bagi maksud yang disebut
terdahulu, boleh berhubung atau mencuba berhubung dengan mana-mana
pengundi selepas pengundi itu menerima sesuatu kertas undi dan sebelum ia
memasukkannya kedalam peti undi.

(6) Tiap-tiap orang yang menghadiri sesuatu urusan berkenaan dengan
pengeluaran atau penerimaan kertas undi untuk orang yang mengundi melalui
pos hendaklah memelihara dan membantu dalam memelihara kerahsiaan
pengundian itu dan tidak boleh tanpa sebab yang sah:

(a) Menyampaikan apa-apa maklumat yang didapati dalam urusan itu
tentang apa-pa pertindikan, cap atau tanda rasmi yang akan digunakan
berkaitan dengan mana-mana kertas undi kepada mana-mana orang
sebelum pengundian ditutup,

(b) Menyampaikan kepada seseorang pada bila-bila masa apa-apa yang
didapati dalam urusan itu tentang nombor kertas undi yang dihantar
kepada mana-mana orang pada bila-bila masa,

(c) Cuba menentukan dalam urusan berkenaan dengan penerimaan kertas-
kertas undi, nombor pada mana-mana kertas undi, atau

(d) Cuba menentukan dalam urusan itu, berkenaan dengan penerimaan
kertas undi, calon yang baginya sesuatu undi telah diberi dalam sesuatu
kertas undi tertentu atau menyampaikan apa-apa maklumat berkenaan
dengannya yang didapati dalam urusan itu.

(7) Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan seksyen ini
boleh disabitkan dipenjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau
didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjara dan didenda kedua-
duanya.

TERHAD

TERHAD

Kesalahan-Kesalahan Terhadap Bahagian ini

6. (1) Tiap-tiap yang bersubahat melakukan atau yang cuba melakukan
sesuatu kesalahan yang dinyatakan dalam Bahagian ini boleh dikenakan
hukuman dan hilang kelayakan yang ditetapkan bagi kesalahan itu.

(2) Tiap-tiap kesalahan di bawah Bahagian ini adalah suatu kesalahan yang
boleh ditangkap dalam erti Kanun Prosedur Jenayah.

(3) Dalam sesuatu pendakwaan atas kesalahan berhubung dengan kertas
penamaan, peti undi, kertas undi atau alat penanda dalam sesuatu Pilihan Raya,
hak kepunyaan terhadap kertas penamaan, peti undi, kertas undi atau alat
penanda itu dan juga hak kepunyaan terhadap kaunter foil mana-mana kertas
undi, bolehlah dikatakan sebagai ada pegawai pengurus dalam Pilihan Raya itu.

(4) Tindakan bagi menjalankan pendakwaan atas sesuatu kesalahan di
bawah Bahagian ini tidak boleh diambil tanpa saksi Pendakwa Raya.

Menyamar

7. Tiap-tiap orang yang memohon suatu kertas undi dalam sesuatu Pilihan Raya
atas nama seseorang lain, sama ada nama itu adalah nama bagi seseorang yang hidup
atau mati, atau nama seseorang yang diada-adakan atau yang setelah mengundi sekali
dalam mana-mana Pilihan Raya itu, memohon dalam Pilihan Raya itu juga suatu kertas
undi atas namanya sendiri, adalah bersalah atas kesalahan menyamar.

Menjamu

8. Tiap-tiap orang yang, secara rasuah, dengan sendirinya atau melalui seseorang
lain, sama ada sebelum, dalam masa atau selepas sesuatu Pilihan Raya, secara
langsung atau secara tak langsung memberi atau mengadakan atau menyebabkan
diberi atau diadakan, atau yang menyertai hal memberi atau mengadakan itu, atau yang
membayar atau yang mengaku janji akan membayar kesemuanya atau sebahagiannya,
belanja bagi memberi atau mengadakan apa-apa makanan, minuman, penyegar atau
bekalan, atau apa-apa wang atau tiket atau apa-apa cara atau tipu daya lain untuk
membolehkan apa-apa makanan, minuman, penyegar atau bekalan, disampaikan
kepada atau untuk seseorang bagi maksud mempengaruhi secara rasuah orang itu atau
mana-mana orang lain supaya memberi atau jangan memberi undinya dalam Pilihan
Raya itu atau oleh seseorang itu atau seseorang lain telah mengundi atau tidak
mengundi atau mengundi atau tidak akan mengundi dalam Pilihan Raya itu, pemilih atau
pengundi yang, secara rasuah menerima atau mengambil apa-apa makanan, minuman,
atau penyegar atau bekalan itu atau mana-mana wang atau tiket itu atau yang
menggunakan apa-apa cara atau tipu daya lain itu untuk membolehkan makanan,
minuman, penyegar atau bekalan itu didapatkan adalah bersalah atas kesalahan
menjamu.

TERHAD

TERHAD

Pengaruh Yang Tak Berpatutan

9. (1) Tiap-tiap orang yang secara langsung atau secara tak langsung, dengan
sendirinya atau melalui seseorang lain bagi pihaknya, menggunakan atau
mengancam hendak menggunakan apa-apa paksaan, kekerasan, atau
halangan, atau melalui seseorang lain, apa-apa bencana, kecacatan, kerosakan
atau kerugian keduniaan atau kerohanian ke atas atau terhadap mana-mana
orang bagi mendorong atau memaksa orang itu mengundi atau jangan
mengundi, atau oleh kerana orang itu telah mengundi atau tidak mengundi,
dalam mana-mana Pilihan Raya, atau dengan melarikan orang, dengan dures
atau apa-apa tipu daya atau muslihat menghindar atau menahan mana-mana
pemilih atau pengundi daripada menjalankan hak mengundinya dengan bebas,
atau yang dengan yang demikian itu memaksa, mendorong, atau mendesak
mana-mana pemilih atau pengundi sama ada memberi atau jangan memberi
undinya dalam mana-mana Pilihan Raya, atau secara langsung atau secara tak
langsung menganggu atau cuba menganggu seseorang daripada menjalankan
hak pemilihannya dengan bebas adalah bersalah atas kesalahan
mempengaruhi dengan tak berpatutan.

Penyogokan

10. Orang-orang berikut hendaklah disifatkan sebagai bersalah atas kesalahan
menyogok :

(a) Tiap-tiap orang yang secara langsung atau secara tak langsung dengan
sendirinya atau melalui seseorang lain bagi pihaknya memberi,
meminjamkan, bersetuju memberi atau meminjam atau menawarkan,
menjanjikan atau berjanji akan mendapatkan atau akan berusaha untuk
mendapatkan, apa-apa wang atau balasan bernilai kepada atau untuk
seseorang pemilih atau pengundi atau kepada atau untuk seseorang
bagi pihak seseorang pemilih atau pengundi kepada atau untuk
seseorang lain, bagi mendorong seseorang pemilih atau supaya
mengundi atau jangan mengundi, atau secara rasuah sesuatu perbuatan
sebagaimana yang tersebut diatas oleh kerana atau pengundi itu telah
mengundi atau tidak mengundi dalam sesuatu Pilihan Raya:

(b) Tiap-tiap orang yang, secara langsung atau tidak langsung dengan
sendirinya melalui seseorang lain bagi pihaknya memberi, atau mendapat
atau bersetuju memberi atau mendapatkan, atau menawarkan
menjanjikan, atau berjanji akan mendapatkan atau akan berusaha untuk
mendapatkan, apa-apa jawatan, kedudukan atau pekerjaan kepada atau
untuk seseorang pemilih atau pengundi, atau kepada atau untuk
seseorang bagi pihak seseorang pemilih atau pengundi, atau kepada
atau untuk seseorang lain, bagi mendorong pemilih atau pengundi itu
supaya mengundi atau jangan mengundi atau yang secara rasuah
melakukan apa-apa perbuatan sebagaimana yang tersebut di atas

TERHAD

TERHAD

kepada atau untuk seseorang dipilih atau untuk mendapatkan dalam
sesuatu undi seseorang pemilih atau pengundi Pilihan Raya;

(c) Tiap-tiap orang yang secara langsung atau tidak langsung dengan
sendirinya atau melalui seseorang lain bagi pihaknya, memberi sesuatu
pemberian atau pinjaman, atau membuat sesuatu tawaran atau janji atau
mendapatkan sesuatu jawatan, kedudukan atau pekerjaan atau membuat
sesuatu persetujuan sebagaimana yang tersebut di atas kepada atau
untuk seseorang bagi mendorong orang itu supaya mendapatkan atau
berusaha untuk mendapatkan seseorang dipilih atau untuk mendapatkan
dalam sesuatu undi seseorang pemilih atau pengundi Pilihan Raya;

(d) Tiap-tiap orang yang, apabila menerima atau oleh sebab sesuatu
pemberian, pinjaman, tawaran, janji, pendapatan atau perjanjian iru,
mendapatkan atau mengakujanji, berjanji atau berusaha untuk
mendapatkan seseorang dipilih atau untuk mendapatkan undi seseorang
pemilih atau pengundi dalam sesuatu Pilihan Raya;

(e) Tiap-tiap orang yang mendahulukan atau membayar atau menyebabkan
dibayar apa-apa wang kepada, atau untuk kegunaan, seseorang lain
dengan niat supaya wang itu atau mana-mana bahagian daripadanya
dibelanjakan sebagai sogokan dalam sesuatu Pilihan Raya atau yang
dengan diketahuinya membayar atau menyebabkan dibayar apa-apa
wang yang kesemuanya atau sebahagiannya telah dibelanjakan sebagai
sogokan dalam sesuatu Pilihan Raya itu;

(f) Tiap-tiap pemilih atau pengundi yang, sebelum atau dalam masa sesuatu
Pilihan Raya, secara langsung atau, dengan sendirinya atau secara
langsung melalui seseorang lain bagi pihaknya, menerima bersetuju atau
membuat kontrak untuk mendapatkan apa-apa wang, pemberian,
pinjaman atau balasan bernilai, jawatan, kedudukan atau bersetuju
mengundi atau kerana tidak mengundi atau bersetuju tidak mengundi
dalam sesuatu Pilihan Raya itu;

(g) Tiap-tiap orang yang, selepas sesuatu Pilihan Raya, secara langsung
atau secara tak langsung dengan sendirinya atau melalui seseorang
lain bagi pihaknya, menerima apa-apa wang atau balasan bernilai oleh
kerana seseorang telah mengundi atau tidak mengundi atau telah
mendorong seseorang lain supaya mengundi atau jangan mengundi
dalam sesuatu Pilihan Raya itu;

(h) Tiap-tiap orang secara langsung atau tak secara langsung dengan
sendirinya atau melalui seseorang lain bagi pihaknya, oleh kerana dan
sebagai bayaran kerana mengundi atau telah mengundi atau kerana
bersetuju mengundi atau telah mengundi atau kerana bersetuju
mengundi untuk seseorang calon dalam sesuatu Pilihan Raya, atau
kerana dan sebagai bayaran kerana sesuatu Pilihan Raya, memohon

TERHAD

TERHAD

Kepada calon itu, atau kepada ejen atau ejen-ejennya, untuk
mendapatkan pemberian atau pinjaman apa-apa wang atau balasan
bernilai itu, atau mendapatkan janji mengenai pemberian atau pinjaman
apa-apa wang atau balasan bernilai itu atau untuk mendapatkan janji
mengenai apa-apa jawatan, kedudukan atau pekerjaan; dan

(i) Tiap-tiap orang yang secara langsung atau secara tak langsung, dengan
sendirinya atau melalui seseorang bagi pihaknya, bagi mendorong
seseorang lain supaya bersetuju dinamakan sebagai seorang calon atau
supaya jangan menjadi seseorang calon atau supaya menarik diri jika ia
telah menjadi seorang calon, memberi atau mendapatkan apa-apa
jawatan, kedudukan atau pekerjaan, atau bersetuju akan memberi atau
mendapatkan atau mendapatkan atau menawar atau berjanji akan
mendapatkan atau berusaha untuk mendapatkan apa-apa jawatan,
kedudukan atau pekerjaan kepada atau untuk orang lain, atau memberi
atau meminjamkan, atau menawarkan, atau berjanji akan mendapatkan
atau berusaha untuk mendapatkan apa-apa wang atau balasan bernilai
kepada atau untuk seseorang atau kepada atau untuk orang lain itu, atau
kepada atau untuk seseorang bagi pihak orang lain itu.

11. (1) Tiap-tiap orang orang:

(a) Melakukan kesalahan menyamar, atau membantu, bersubahat,
menasihat atau mendapat supaya dilakukan kesalahan menyamar

(b) Melakukan kesalahan menjamu, mempengaruhi dengan tak berpatutan,
atau menyogok;

(c) Mencetak, menerbitkan, membahagikan atau menampalkan atau
menyebabkan dicetak, diterbitkan, dibahagikan atau ditampalkan sesuatu
iklan, surat sebaran, plakad atau poster yang berkenaan dengan sesuatu
Pilihan Raya dan yang tidak mengandungi pada mukanya nama dan
alamat pencetak dan penerbitnya;

(d) Membuat atau menerbitkan, sebelum atau dalam masa sesuatu Pilihan
Raya, bagi maksud mempengaruhi supaya seseorang calon dipilih,
sesuatu penyertaan palsu mengenai fakta berhubung dengan watak atau
kelakuan peribadi calon itu;

(e) Membuat atau menerbit, sebelum atau dalam masa sesuatu Pilihan
Raya, bagi maksud menganjur atau mendapatkan seseorang calon
dipilih, sesuatu penyertaan palsu mengenai penarikan diri seseorang
calon lain dalam Pilihan Raya itu; atau

(f) Sebagai seorang calon atau ejen Pilihan Raya dengan diketahuinya
membuat sesuatu akuan secara palsu mengenai belanja Pilihan Raya
yang dikehendaki oleh seksyen 23, adalah bersalah atas sesuatu
perbuatan rasuah dan boleh, apabila disabitkan oleh sesuatu Mahkamah
Sesyen mengenai hal yang tersebut dalam perenggan-perenggan (a) dan
(b), dikenakan penjara selama 2 tahun dan denda sebanyak tidak kurang

TERHAD

TERHAD

daripada satu ribu ringgit. Kesalahan-kesalahan di bawah perenggan-
perenggan (a) dan (b) adalah kesalahan-kesalahan yang boleh ditangkap
dalam erti Kanun Prosedur Jenayah.

(2) Tertakluk kepada apa-apa peruntukan tertentu yang berlawanan dalam
mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan sesuatu Pilihan Raya,
tiap-tiap orang yang disabitkan atau sesuatu perbuatan rasuah tidaklah
berkebolehan, oleh sebab sabitan itu, untuk didaftar atau disenaraikan sebagai
seorang pemilih untuk mengundi dalam sesuatu Pilihan Raya atau untuk dipilih
dalam sesuatu Pilihan Raya, dan jika pada tarikh itu ia telah pun dipilih dalam
sesuatu Pilihan Raya, maka kerusinya hendaklah dikosongkan dari tarikh sabitan
itu; Dengan syarat bahawa tak berkebolehan itu hendaklah terhenti apabila tamat
lima tahun dari tarikh sabitan atau tarikh dilepaskan dari penjara, mengikut mana
yang terkemudian.

(3) Tindakan bagi menjalankan sesuatu pendakwaan atas sesuatu perbuatan
rasuah kecuali mana-mana perbuatan rasuah sebagaimana ditakrifkan dalam
perenggan-perenggan (d) dan (e) seksyen kecil (1) tidak boleh diambil tanpa
saksi Pendakwa Raya.

Ejen-ejen pilihan raya boleh melakukan beberapa kesalahan di bawah akta ini.
Kesalahan-kesalahan yang boleh dilakukan ternyata di bawah seksyen 12 dan13
Akta Pilihan Raya;

12. (1) Pada atau sebelum hari penamaan dalam sesuatu Pilihan Raya,
seseorang hendaklah dinamakan secara bertulis oleh atau bagi pihak tiap-tiap
seorang calon sebagai ejennya untuk Pilihan Raya itu;

(2) Seseorang calon boleh menamakan dirinya sendiri sebagai ejen Pilihan
Raya, dan dengan itu, setakat mana keadaan membenarkan, ia hendaklah
tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini, sebagai seorang calon dan
sebagai seorang ejen Pilihan Raya kedua-duanya, dan apa-apa sebutan dalam
Akta ini mengenai seseorang ejen Pilihan Raya hendaklah ditafsirkan sebagai
sebutan mengenai calon yang bertindak atas sifatnya sebagai ejen Pilihan Raya.

(3) Pada atau sebelum hari penamaan, nama dan alamat ejen Pilihan Raya
bagi tiap-tiap seorang, calon hendaklah diistiharkan secara bertulis oleh calon itu
atau oleh seseorang lain bagi pihaknya kepada pegawai pengurus, dan pegawai
pengurus hendaklah segera memberi pemberitahuan awam mengenai nama dan
alamat tiap-tiap ejen Pilihan Raya yang diistiharkan sedemikian dengan
menampalkan satu notis di suatu tempat yang mudah dilihat di luar pejabatnya.

(4) Hanya seorang ejen Pilihan Raya hendaklah dilantik bagi tiap-tiap
seorang calon, tetapi pelantikan itu, sama ada ejen Pilihan Raya yang dilantik itu
adalah calon itu sendiri atau tidak, boleh ditarik balik dan jika sekiranya
perlantikan itu ditarik balik atau ejen Pilihan Raya itu mati, sama ada hal itu
sebelum atau dalam masa atau selepas Pilihan Raya itu, maka seorang ejen
Pilihan Raya yang lain hendaklah segera dilantik, dan nama dan alamatnya
diistiharkan secara bertulis kepada pengurus dan pegawai pengurus itu

TERHAD

TERHAD

hendaklah segera memberi notis awam mengenainya mengikut cara yang
tersebut diatas.

(5) Jika tiada nama dan alamat seseorang telah diistiharkan sebagaimana
dikehendaki oleh seksyen kecil (3) maka calon itu hendaklah disifatkan pada
masa itu sebagai telah menamakan dirinya sendiri sebagai ejen Pilihan Raya
dan sebagai menarik balik apa-apa pelantikan seorang lain sebagai ejen Pilihan
Rayanya.

(6) Tiap-tiap ejen Pilihan Raya hendaklah ada, dalam Bahagian Pilihan Raya
di mana ianya adalah seorang ejen Pilihan Raya, suatu pejabat di mana semua
tuntutan, notis, writ, saman dan dokumen boleh dihantar dan alamat pejabat itu
hendaklah diistiharkan serentak dengan pelantikan ejen itu kepada pegawai
pengurus, dan hendaklah dinyatakan dalam pemberitahuan awam di bawah
seksyen kecil (3) bersama dengan ejen Pilihan Raya itu dan alamatnya.

Hilang Kelayakan Untuk Dilantik Sebagai Ejen Pilihan Raya, dsb

13. (1) Tertakluk kepada peruntukan seksyen 12(2) seseorang adalah hilang
kelayakan daripada dilantik sebagai seorang ejen Pilihan Raya ejen tempat
mengundi atau ejen mengira jika:

(a) Ia bukan seorang warganegara;

(b) ia berumur kurang daripada 21 tahun;

(c) ia telah, dalam tempoh 5 tahun sebelum sahaja hari penamaan dalam
Pilihan Raya itu, disabitkan atas satu kesalahan berkenaan dengan
kekerasan atau kecurangan oleh suatu Mahkamah undang-undang di
mana-mana bahagian Malaysia dan ianya belum mendapat
pengampunan;

(d) ia telah, dalam tempoh 5 tahun sebelum sahaja hari penamaan dalam
Pilihan Raya itu, disabit atas sesuatu kesalahan atau telah dilepaskan
dari penjara setelah menjalani hukuman penjara kerana sesuatu
kesalahan di bawah Akta ini;

(e) ia adalah seorang yang namanya adalah didaftarkan di bawah Ordinan
Pencegahan Jenayah 1959;

(f) Ia telah, dalam tempoh 5 tahun sebelum sahaja hari penamaan dalam
hari Pilihan Raya itu, disabitkan atas sesuatu kesalahan di bawah
seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966 atau di bawah peruntukan yang
bersamaan dalam mana-mana undang-undang lain berhubung dengan
pertubuhan yang kuat kuasa, mengenai sesuatu Pilihan Raya di Sabah
dan Sarawak di mana-mana bahagian Malaysia, dan mengenai sesuatu

TERHAD

TERHAD

Pilihan Raya di Malaysia Barat, di mana-mana bahagian Malaysia atau
Republik Singapura;

(g) Ia adalah seorang yang mengenainya suatu perintah telah dibuat di
bawah seksyen 66(4) Akta Pertubuhan 1966 atau di bawah peruntukan
yang bersamaan dalam mana-mana undang-undang lain berhubung
dengan pertubuhan yang berkuatkuasa, Malaysia atau, mengenai
sesuatu Pilihan Raya di Malaysia, di mana-mana bahagian Malaysia atau
Republik Singapura; atau

(h) Ia adalah seorang bankrap yang belum dilepaskan.

(2) Tiada seorang pun pegawai, kerani, jurubahasa atau orang-orang lain yang ada
mempunyai apa-apa kewajipan untuk dilakukan menurut mana-mana undang-undang
bertulis berhubung dengan sesuatu Pilihan Raya boleh dilantik sebagai seorang ejen
Pilihan Raya atau bertindak sebagai seorang ejen calon dalam menjalan atau
menguruskan sesuatu Pilihan Raya.

Kesalahan Pilihan Raya telah menentukan beberapa masalah belanja seperti
berikut;

15A. (1) Tiada apa-apa belanja boleh, dengan tujuan hendak menganjur atau
mendapatkan seseorang calon dipilih, dilakukan oleh seseorang melainkan oleh
calon itu, ejen pilihan rayanya dan orang-orang yang dibenarkan secara bertulis
oleh Pilihan Raya itu kerana;

(a) Mengadakan apa-apa perjumpaan awam atau hiburan awam, atau
mengatur apa-apa pertunjukan awam;

(b) Mencetak atau mengeluarkan iklan-iklan pekeliling-pekeliling atau
terbitan; atau;

(c) Secara lain mengemukakan calon itu, pendapat-pendapatnya atau takat
atau jenis penyokongnya, atau takat atau jenis pencaciannya akan
seorang calon lain, kepada pemilih-pemilih:

Dengan syarat bahawa perenggan ini tidak boleh:

(i) menyekat penerbitan dalam sesuatu akhbar atau lain-lain majalah
berkala akan apa-apa perkara berhubung dengan Pilihan Raya
itu;

(ii) Dipakai bagi belanja yang dilakukan oleh seseorang kerana
perjalanan atau kerana tidak tinggal di rumahnya atau bagi
belanja sendiri yang seumpamanya.

TERHAD

TERHAD

(2) Jika seseorang melakukan apa-apa belanja yang dikehendakki
dibenarkan oleh seseorang ejen Pilihan Raya di bawah seksyen kecil (1), ia
hendaklah dalam tempoh 14 hari selepas keputusan Pilihan Raya itu disiarkan
dalam warta menghantar kepada ejen Pilihan Raya itu suatu penyata, disertai
dengan suatu akuan yang dibuat olehnya (atau mengenai sesuatu persatuan
atau kumpulan orang, oleh pengarah, pengurus besar, setiausaha atau lain-lain
pegawai atau kumpulan orang yang seumpamanya) mengesahkan penyata itu
dan member butir-butir mengenai perkara yang baginya belanja itu telah
dilakukan:

Dengan syarat bahawa seksyen kecil ini tidak boleh dipakai bagi seseorang yang
diambil bertugas atau diambil bekerja dengan bayaran atau dengan janji akan
diberi bayaran oleh calon itu atau ejen Pilihan Raya.

(3) Belanja yang ditunjukkan dalam penyata yang tersebut dalam seksyen
kecil (2) hendaklah dimasukkan dalam penyata yang dibuat oleh ejen Pilihan
Raya itu mengikut seksyen 23(1), dan kebenaran yang diterima daripada ejen
Pilihan Raya itu hendaklah dilampirkan kepada penyata itu dan disifatkan
sebagai menjadi sebahagian daripadanya.

(4) Seseorang yang melakukan apa-apa belanja berlanggaran dengan
seksyen ini, atau yang membuat apa-apa akuan yang dikehendakki oleh
seksyen kecil (2) yang palsu dan yang ia sama ada ketahui atau percayai
sebagai palsu atau tidak percaya sebagai benar, bersalah atas perubatan yang
menyalahi undang-undang.

21. (1) Tiada seorang pun boleh, bagi maksud menganjur atau mendapatkan
seseorang calon dipilih dalam sesuatu Ppilihan Raya, diambil bertugas atau di
ambil bekerja kerana bayaran atau janji akan diberi bayaran bagi apa-apa
maksud atau atas apa-apa sifat jua pun, kecuali bagi maksud atas sifat-sifat
yang berikut;

(a) seseorang ejen pilihan raya dan tidak lebih;

(b) tidak lebih daripada seorang ejen tempat mengundi pada sesuatu masa
bagi tiap-tiap satu kawasan mengundi atau daerah mengundi;

Dengan syarat bahawa jika lebih daripada satu tempat mengundi diadakan di
sesuatu kawasan mengundi atau daerah mengundi, seseorang lagi ejen tempat
mengundi boleh diambil bekerja bagi tiap-tiap satu tempat mengundi; dan

(c) Sebilangan yang munasabah kerani-kerani dan pengutus-pengutus
memandang kepada luasnya Bahagian Pilihan Raya atau kawasan
Pilihan Raya dan kepada bilangan pemilih-pemilih dalam daftar atau
senarai pemilih-pemilih bagi bahagian Pilihan Raya atau kawasan Pilihan
Raya itu.

TERHAD

TERHAD

(2) Tertakluk kepada apa-apa kecualian yang dibenarkan menurut Akta ini,
jika seseorang diambil bertugas atau diambil bekerja berlanggaran dengan
seksyen ini, sama ada sebelum, dalam masa atau selepas sesuatu Pilihan Raya,
orang yang mengambil bertugas atau mengambil bekerja orang itu adalah
bersalah atas suatu perbuatan yang menyalahi undang-undang.

Seksyen 25 Akta Pilihan Raya menentukan majikan dikehendakki memberi masa
untuk pekerja-pekerja keluar mengundi. Adalah menjadi kesalahan di bawah
seksyen ini jika:

(3) Seseorang majikan yang secara langsung atau tidak, enggan memberi
atau menakutkan dengan pengaruh yang tak berpatutan atau dengan apa-apa
cara lain, menganggu pemberian suatu tempoh yang berpatutan untuk
seseorang pemilih yang bekerja dengannya mengundi, sebagaimana yang
diperuntukkan dalam seksyen ini, boleh apabila disabitkan secara terus
dikenakan denda sebanyak lima ribu ringgit atau penjara selama satu tahun.

(4) Seksyen ini tidak meliputi mana-mana kategori pekerja yang ditetapkan
dari semasa ke semasa oleh Suruhanjaya Pilihan Raya melalui pemberitahuan
dalam Warta.

(5) Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan tiap-tiap satu Negeri adalah terikat
kepada peruntukan-peruntukan seksyen ini.

Kempen Pilihan Raya Dan Batasan Mengenainya

24B (3) Seseorang calon atau ejen Pilihan Raya boleh semasa tempoh
berkempen:

(a) mengadakan, memanggil atau mengaturkan apa-apa perjumpaan
awam terbuka, perhimpunan awan terbuka, pertunjukkan awam
terbuka atau hiburan awam terbuka, atau

(b) memberikan apa-apa ucapan awam terbuka atau syarahan awam
terbuka,

di dalam Bahagian Pilihan Raya yang baginya calon itu bertanding tetapi
hanya jika ia memegang sesuatu permit (Lampiran ‘A’) untuk berbuat
demikian yang dikeluarkan kepadanya oleh pegawai polis yang menjaga
daerah di mana perjumpaan, perhimpunan, pertunjukkan atau hiburan itu
hendaklah diadakan atau ucapan atau syarahan itu hendak diberikan.

TERHAD

TERHAD

Limitation On Polling Day

26. (1) No person shall on polling day-

(a) hold, convene or organize in any place any form of meeting, rally, display
or entertainment or give any form of address or lecture is open to or
involves members of the public or otherwise;

(b) furnish or supply any musical instrument or loud speaker to any person
with intent that it shall be used by any person in any way or used in or
upon any vessel, animal, motorcar, truck or other vechile as, or for the
purpose of, political propaganda or use in or upon any vessel, animal,
motorcar, truck or other vehicle any such musical instrument or loud
speaker;

(c) open or establish or maintain an office or a booth within the constituency
in which a candidate seeks election for any purpose connected with an
election other than the offices opened or established or maintained
pursuant to section 24B (2) or committee-room hired pursuant to section
14(1)(b);

(d) use any dwelling house, shop house, hut, hall or any premises as an
office or a centre of any political party in the constituency;

(e) within a distance of fifty metres from the limits of any polling station-

(i) endeavour to establish the identity of any person entering a polling
station

(ii) Check on any list the name of any person entering or leaving a
polling station

(ii) solicit or persuade or attempt to persuade any person to abstain
from voting at the election, or to vote or to abstain from voting for
any candidate at the election

(iv) wait or loiter except for the purpose of gaining entry to the polling
station to cast his vote but nothing in this paragraph shall prevent
the proper officer or any person authorized by the proper officer
from carrying out his duties inrelation to the conduct of an
election; or

(f) on behalf of any candidate, canvass for the vote of electors in any
constituency for against any candidate or political party at an election by
whatever means including visiting electors at their homes or places of
work or interviewing members of the public.

TERHAD

TERHAD
26. (2) Any person who contravenes any of the provisions of subsection (1) shall

be liable, on conviction, to imprisonment for a term not exceeding one year or to
a fine not exceeding five thousands ringgit or to both such imprisonment and fine.

26. (3) An offence under subsection (1) shall be a seizable offence within the
meaning of the Criminal Procedure Code.

Booth to provide by Election Commission

26A. (1) The election commission shall on polling day, provide such number of
booths situated at such places as it thinks necessary for the purpose of assisting
electors to ascertain their electoral numbers in the electoral roll.

(2) The election agent of a candidate shall appoint not more than four
persons to act as booth observers on behalf of the candidate and shall before the
opening of the poll inform the presiding officer at each polling station in writing of
the name and address of the booth observers appointed to be present at the
booths in respect of the polling station.

(3) Every booth observer of a candidate appointed under subsection (2) shall
be present at the booth for at least two hours and his replacement shall only be
admitted to the booth on the expiration two hours period.

Hukuman Bagi Sabitan Kerana Perbuatan Yang Menyalahi undang-undang
(pindaan P.U. (A) 357/80

27. (1) Tiap-tiap orang yang melakukan sesuatu perbuatan yang menyalahi
undang-undang boleh, apabila disabitkan oleh sesuatu mahkamah seksyen
dikenakan denda sebanyak lima ratus ringgit dan, tertakluk kepada sesuatu
peruntukan tertentu yang berlawan dalam mana-mana undang bertulis
berhubung dengan sesuatu pilihan raya, ia tidaklah berkebolehan, oleh kerana
sabitan didaftar atau disenarai sebagai seorang pemilih atau mengundi dalam
sesuatu Pilihan Raya di bawah Akta ini atau dipilih dalam sesuatu Pilihan Raya
sehingga tamat 5 tahun tarikh-tarikh sabitan itu, dan jika pada tarikh itu ia telah
pun dipilih dalam mana-mana Pilihan Raya, maka kerusinya hendaklah
dikosongkan dari tarikh sabitan itu.

(2) Tindakan bagi menjalankan pendakwaan atas sesuatu perbuatan yang
menyalahi undang-undang tidak boleh diambil tanpa saksi Pendakwa Raya.

TERHAD

TERHAD

LAMPIRAN ‘A’

PERMIT BAGI MENGADAKAN, MEMANGGIL ATAU MENGATURKAN APA-APA
*PERJUMPAAN AWAM TERBUKA / PERHIMPUNAN AWAM TERBUKA /
PERTUNJUKKAN AWAM TERBUKA / HIBURAN AWAM TERBUKA / UCAPAN
AWAM TERBUKA / SYARAHAN AWAM TERBUKA DI BAWAH SEKSYEN 24B(3)
AKTA KESALAHAN PILIHAN RAYA 1954 BAGI PILIHAN RAYA *UMUM / KECIL
BAGI KERUSI *PARLIMEN / DUN ……………………………………………………………

Saya …………………………………………………………………………………………

Ketua Polis Daerah (KPD) ………………………………………………. Dengan ini

mengeluarkan Permit di bawah Seksyen 24B(3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954
kepada ………………………………………………………………………. *(calon / ejen
calon), No. Kad Pengenalan …………………………………… untuk mengadakan

*(perjumpaan awam terbuka / perhimpunan awam terbuka / pertunjukkan awam

terbuka / hiburan awam terbuka / ucapan awam terbuka / syarahan awam terbuka)
di ……..………………………………………………………………… bagi tujuan kempen
pilihan raya *(umum / kecil) bagi kerusi *(Parlimen / DUN) ………………………………….
pada ………………………. dari jam ……………………. hingga …………………….

tertakluk kepada terma dan syarat-syarat berikut:

1. Penganjur dan peserta *(perjumpaan awam terbuka / perhimpunan awam
terbuka / pertunjukkan awam terbuka / hiburan awam terbuka / ucapan awam
terbuka / syarahan awam terbuka) dikehendaki mematuhi semua arahan yang
diberikan oleh pihak Polis pada setiap masa bagi menentukan suasana
*(perjumpaan awam terbuka / perhimpunan awam terbuka / pertunjukkan
awam terbuka / hiburan awam terbuka / ucapan awam terbuka / syarahan
awam terbuka) menjadi aman dan keadaan keselamatan terjamin bagi semua
peserta *(perjumpaan awam terbuka / perhimpunan awam terbuka /
pertunjukkan awam terbuka / hiburan awam terbuka / ucapan awam terbuka
/ syarahan awam terbuka) dan juga lain-lain orang yang mempunyai
kepentingan.

2. Ucapan yang diberikan oleh penceramah atau mana-mana orang pada masa
*(perjumpaan awam terbuka / perhimpunan awam terbuka / pertunjukkan
awam terbuka / hiburan awam terbuka / ucapan awam terbuka / syarahan
awam terbuka) tersebut tidak boleh menyentuh perkara-perkara yang membawa
kepada KECENDERUNGAN MENGHASUT semasa *(perjumpaan awam
terbuka / perhimpunan awam terbuka / pertunjukkan awam terbuka /
hiburan awam terbuka / ucapan awam terbuka / syarahan awam terbuka)
atau ketika syarahan sedang berlangsung.

TERHAD

TERHAD
3. Ucapan yang diberikan oleh penceramah atau mana-mana orang pada masa

*(perjumpaan awam terbuka / perhimpunan awam terbuka / pertunjukkan
awam terbuka / hiburan awam terbuka / ucapan awam terbuka / syarahan
awam terbuka) tersebut tidak boleh menyentuh perkara-perkara yang
MEMBAWA KEPADA MEMFITNAH semasa *(perjumpaan awam terbuka /
perhimpunan awam terbuka / pertunjukkan awam terbuka / hiburan awam
terbuka / ucapan awam terbuka / syarahan awam terbuka) atau ketika
syarahan berlangsung.

4. Ucapan yang diberikan oleh penceramah atau mana-mana orang pada masa
*(perjumpaan awam terbuka / perhimpunan awam terbuka / pertunjukkan
awam terbuka / hiburan awam terbuka / ucapan awam terbuka / syarahan
awam terbuka) tersebut tidak boleh MENGEMBANGKAN PERASAAN JAHAT,
TIDAK PUASHATI ATAU PERMUSUHAN sebagaimana yang ditegah di bawah
Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

5. Penganjur, peserta dan penceramah *(perjumpaan awam terbuka /
perhimpunan awam terbuka / pertunjukkan awam terbuka / hiburan awam
terbuka / ucapan awam terbuka / syarahan awam terbuka) hendaklah
menahan diri daripada berkelakuan secara menyakitkan hati atau menggunakan
kata-kata kesat terhadap mana-mana orang ketika berlangsungnya
*(perjumpaan awam terbuka / perhimpunan awam terbuka / pertunjukkan
awam terbuka / hiburan awam terbuka / ucapan awam terbuka / syarahan
awam terbuka).

6. Penganjur dan peserta *(perjumpaan awam terbuka / perhimpunan awam
terbuka / pertunjukkan awam terbuka / hiburan awam terbuka / ucapan
awam terbuka / syarahan awam terbuka) dikehendaki menentukan tidak
berlaku PERBUATAN KHIANAT / BENCANA KE ATAS HARTA AWAM di
kawasan perhimpunan.

7. Penganjur dan peserta *(perjumpaan awam terbuka / perhimpunan awam
terbuka / pertunjukkan awam terbuka / hiburan awam terbuka / ucapan
awam terbuka / syarahan awam terbuka) dikehendaki berhimpun SECARA
AMAN dan tidak boleh MEMBAWA APA-APA SENJATA ATAU BARANG
YANG BOLEH MENDATANGKAN KEMUDARATAN ATAU BOLEH
DIGUNAKAN UNTUK MENIMBULKAN KETAKUTAN ATAU MENYEBABKAN
KECEDERAAN KEPADA ORANG ATAU KEROSAKKAN KEPADA HARTA.

TERHAD

TERHAD
8. Penganjur dan peserta *(perjumpaan awam terbuka / perhimpunan awam

terbuka / pertunjukkan awam terbuka / hiburan awam terbuka / ucapan
awam terbuka / syarahan awam terbuka) HANYA BOLEH BERHIMPUN
ATAU MEMBERI SYARAHAN DI TEMPAT YANG DITETAPKAN dan PADA
MASA YANG DITETAPKAN.

9. Penganjur dan peserta *(perjumpaan awam terbuka / perhimpunan awam
terbuka / pertunjukkan awam terbuka / hiburan awam terbuka / ucapan
awam terbuka / syarahan awam terbuka) hendaklah memastikan supaya tidak
melakukan apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

10. Penganjur *(perjumpaan awam terbuka / perhimpunan awam terbuka /
pertunjukkan awam terbuka / hiburan awam terbuka / ucapan awam terbuka
/ syarahan awam terbuka) hendaklah melantik apa-apa bilangan orang yang
difikirkannya perlu yang akan bertanggungjawab bagi mengendalikan
*(perjumpaan awam terbuka / perhimpunan awam terbuka / pertunjukkan
awam terbuka / hiburan awam terbuka / ucapan awam terbuka / syarahan
awam terbuka) dengan teratur.

11. Penganjur dan peserta *(perjumpaan awam terbuka / perhimpunan awam
terbuka / pertunjukkan awam terbuka / hiburan awam terbuka / ucapan
awam terbuka / syarahan awam terbuka) hendaklah MEMASTIKAN
PEMBERSIHAN TEMPAT PERHIMPUNAN DILAKUKAN ATAU
MENANGGUNG KOS PEMBERSIHAN TEMPAT PERHIMPUNAN selepas
*(perjumpaan awam terbuka / perhimpunan awam terbuka / pertunjukkan
awam terbuka / hiburan awam terbuka / ucapan awam terbuka / syarahan
awam terbuka) tersebut telah selesai.

12. Penganjur dan peserta *(perjumpaan awam terbuka / perhimpunan awam
terbuka / pertunjukkan awam terbuka / hiburan awam terbuka / ucapan
awam terbuka / syarahan awam terbuka) hendaklah memastikan bahawa
*(perjumpaan awam terbuka / perhimpunan awam terbuka / pertunjukkan
awam terbuka / hiburan awam terbuka / ucapan awam terbuka / syarahan
awam terbuka) itu tidak akan menyebabkan apa-apa KESUSAHAN YANG
SIGNIFIKAN kepada orang awam dan juga lain-lain orang yang mempunyai
kepentingan.

TERHAD

TERHAD

13. Syarat-syarat tersebut di atas telah saya baca dan terangkan secara satu
persatu kepada Penama ………………………………………………………………..
No. Kad Pengenalan ……………………………….. pada tarikh …………………….
Jam …………………. dan telah dipersetujui.

………………………………………….. …………………………………
Nama : Nama :
No. KP : No. KP:
Tarikh : Tarikh :

Nota:

1. * Potong mana yang tidak berkenaan dan jika kedua-dua berkaitan tidak perlu
dipotong

2. Akuan penerimaan hendaklah diambil daripada calon, wakil calon atau pemohon
permit ceramah.

TERHAD

TERHAD

Lampiran ‘B’ kepada Bab 1

AKTA 336
AKTA KESALAHAN-KESALAHAN KECIL 1955

13. (1) Bising-bising yang Keterlaluan

(a) Sesiapapun yang diantara had mana-mana pekan atau kampong diantara
masa tengah malam dan 6 pagi atau pada sebatang jalan awam atau
tempat awam pada sebarang masa, memukul gendang atau tong-tong
atau meniup tanduk atau nafiri atau memukul atau membunyikan
sebarang alat atau perkakas dengan cara yang boleh mengganggu atau
kurang menyenangkan kepada penghuni-penghuni mana-mana tempat
kediaman yang berdekatan: atau

(b) Memasang atau menyebabkan atau mengakibatkan pemasangan
sebarang alat peti nyanyi atau alat pembesar suara atau ‘pianola’ atau
sebarang bentuk muzik yang dihasilkan dengan cara mekanik atau
elektrik dengan cara yang boleh menyebabkan gangguan atau kurang
menyenangkan kepada penghuni-penghuni mana-mana tempat
kediaman yang berdekatan: atau

(c) Memasang atau menyebabkan atau mengakibatkan pemasangan di atau
dekat sebarang jalan awam atau tempat-tempat awam atau dalam
sebarang kedai, tempat-tempat kediaman bangunan atau tempat yang
menyebelahi sebarang jalan awamatau tempat-tempat awam, sebarang
alat peti nyanyi atau alat pembesar suara atau sebarang alat lain yang
menghasilkan bunyi atau muzik dengan cara yang boleh mengganggu
atau kurang menyenangkan penghuni-penghuni mana-mana tempat
kediaman yang berhampiran.

(2) Boleh dikenakan denda yang tidak melebihi seratus ringgit

Mana-mana Pegawai Polis yang berpangkat tidak kurang dari Inspektor, atau
aduan seorang tuan rumah tentang bunyi sebarang alat yang berkenaan adalah
membahayakan seorang pesakit yang tinggal berdekatan dengan tempat dimana
alat yang berkenaan adalah dipasang, atau untuk sebarang sebab yang baik dan
memadai, boleh memasuki tempat-tempat kediaman atau mana-mana tempat
dimana alat yang berkenaan sedang dipasang, dan telah memberi amaran
memberhentikannya, sama ada dengan menanggalkan alat yang berkenaan
atau dengan cara yang lain yang berpatutan.

TERHAD

TERHAD

Kelakuan Aib

14. Sesiapapun yang menggunakan perkataan-perkataan yang kurang sopan,
mengugut, aib atau menghinakan atau berkelakuan dengan cara yang mengugut atau
menghinakan atau menampalkan atau melekatkan atau mempamerkan sebarang kertas
bertulis atau lukisan yang kurang sopan, mengugut, aib atau menghinakan dengan
tujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanan atau dimana
keamanan mungkin terganggu boleh dikenakan denda yang tidak melebihi seratus
ringgit.

Kemudaratan-kemudaratan Lain

15. (2) Sesiapapun yang tanpa kuasa dalam kes harta benda awam atau tanpa
izin tuanpunya atau penghuni dalam kes harta benda persendirian:

(a) Melekatkan atau menyebabkan sebarang iklan, bil atau notis atau
sebarang kertas atau sepanduk kepada atau pada sebarang harta benda,

(b) Menulis, membuat tanda-tanda, merosakkan atau mencontengkan
dengan kapur atau cat atau dengan sebarang cara harta benda,

(c) Merosakkan, mengubah atau menanggalkan sebarang harta benda.

Boleh dikenakan penjara yang tidak melebihi setahun atau denda yang tidak
melebihi seribu ringgit atau kedua-dua sekali.

(Dalam seksyen kecil ini rangkaikata “Harta Benda” termasuklah mana-mana
bangunan, dinding, jalan, pagar, pokok, lampu, tiang lampu atau telefon, lampu
isyarat lalulintas dan papan notis kenyataan.)

Berkelakuan Kurang Sopan di Perjumpaan-perjumpaan Awam

20A. (1) Jika seorang Pegawai Polis mengesyaki dengan munasabah sesiapapun
dalam satu perjumpaan awam yang sah berkelakuan atau menghasut orang-
orang lain untuk berkelakuan dengan cara yang boleh mengganggu keamanan
atau berulang kali mengganggu perjalanan perjumpaan (mesyuarat) berkenaan
dengan cara yang boleh menahan perjalanan urusan yang mana perjumpaan
tersebut diadakan, dia boleh , jika dikehendaki oleh Pengerusi perjumpaan
(mesyuarat) tersebut, menghendaki orang yang berkenaan meninggalkan tempat
dimana perjumpaan itu diadakan sehingga selesai perjalanan urusan tersebut.

TERHAD

TERHAD
(2) Sesiapaun yang gagal untuk mematuhi kehendaki seorang Pegawai Polis
seperti yang dibuat di bawah Seksyen kecil (1) adalah melakukan suatu
kesalahan dan boleh dikenakan denda yang tidak melebihi seratus ringgit atau
dipenjarakan untuk masa yang tidak melebihi dua bulan atau kedua-duanya
sekali.
Menceroboh Masuk
22. Sesiapapun tanpa alasan yang memuaskan, sengaja menceroboh masuk ke
dalam mana-mana rumah kediaman atau penginapan atau di dalam mana-mana tanah
berhubung dengannya atau ke dalam mana-mana sampan atau kapal atau ke dalam
kawasan tanah kepunyaan Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Negeri atau
bersesuaian dengan mana tujuan awam, yang tidak termasuk mana-mana kes yang
menyebabkan kerosakan atau tidak menyebabkan pada pendapat Majistret, lebih dari
kerosakan namaan, boleh dikenakan denda yang tidak melebihi lima puluh ringgit.

TERHAD

TERHAD Lampiran ‘C’ Kepada Bab 1

AKTA 344
AKTA POLIS 1967

20. (3) Tanpa menjejaskan keluasan makna peruntukan-peruntukan yang di atas
atau peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang lain, adalah menjadi
kewajipan Pegawai Polis menjalankan maksud-maksud yang disebutkan dalam
Sub Seksyen (3), Sek. 3 dan ia boleh mengambil apa-apa tindakan yang sah di
sisi undang-undang dan melakukan apa-apa perbuatan yang perlu yang sah di
sisi undang-undang berhubung dengannya termasuk:

(a) Menangkap semua orang yang ia diberi kuasa menangkap oleh undang-
undang;

(b) Memberi bantuan dalam melaksanakan peruntukan-peruntukan mana-
mana undang-undang berhubung dengan hasil eksais, kebersihan,
kerantina imigresen dan pendaftaran;

(c) Mempamerkan maklumat

(d) Melindungi harta yang tidak dituntut dan yang hilang dan mencari
pemiliknya;

(e) Memberi bantuan dalam melindungi nyawa dan harta

(f) Mengeskot dan mengawal banduan-banduan dan orang-orang lain dalam
jagaan Polis.

(4) Pegawai Polis hendaklah, apabila melaksanakan tugas-tugas yang
disebutkan dalam perenggan 20(3)(f) disifatkan sebagai Pegawai Penjara, dan
hendaklah mempunyai semua kuasa, perlindungan dan keistimewaan yang ada
pada Pegawai Penjara.

Tugas di Jalan Awam

21. (1) Adalah menjadi kewajipan Pegawai Polis:

(a) Mengatur, mengawal dan melencongkan apa-apa lalulintas;

(b) Menjaga ketenteraman di jalan awam, lorong, jalanraya dan tempat-
tempat mendarat dan di lain-lain tempat kunjungan orang ramai dan
tempat-tempat di mana orang ramai mempunyai akses; dan

TERHAD

TERHAD
(c) Mencegah halangan pada masa perhimpunan dan perarakan di jalan

awam dan lebuh dan bagaimanapun ketika mana-mana jalan, lebuh dan
jalan raya, tempat mendarat atau feri mungkin dikerumuni atau terhalang.

(2) Seseorang yang menghalang, membangkang atau engkar menurut apa-
apa arahan munasabah yang diberi oleh seseorang Pegawai Polis dalam
pelaksanaan tugas di bawah seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan
boleh apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi dua ratus ringgit atau
penjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau denda dan penjara atau
kedua-duanya.

(3) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen ini boleh
ditangkap tanpa waran melainkan ia memberi kepada Pegawai Polis itu nama
dan alamatanya dan selainnya ia meyakinkan Pegawai Polis itu bahawa ia akan
mematuhi dengan sewajarnya apa-apa saman atau prosiding yang mungkin
diambil terhadapnya.

Kuasa Pegawai Polis Untuk Memeriksa Lesen, Kenderaan dan lain-lain

24, (1) Mana-mana Pegawai Polis boleh:

(a) Memberhentikan dan menahan mana-mana orang:

i) Yang dilihatnya sedang melakukan apa-apa perbuatan atau ada
dalam miliknya apa-apa benda: atau

ii) Yang dia ada alasan-alasan munasabah bagi mengesyaki sedang
melakukan apa-apa perbuatan atau ada dalam miliknya apa-apa
benda:

Yang baginya lesen, permit atau kebenaran adalah diperlukan di bawah
peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang yang berkuatkuasa
bagi maksud menghendaki orang itu mengemukakan lesen, permit atau
kebenaran itu;

(b) Memberhentikan dan memeriksa tanpa waran mana-mana kenderaan
atau vessel yang disyaki atas alasan-alasan yang munasabah sedang
digunakan dalam melakukan apa-apa kesalahan terhadap mana-mana
undang-undang yang berkuatkuasa;

Dengan syarat kenderaan atau vessel itu tidak boleh tertakluk kepada
peruntukan-peruntukan Sub-Seksyen (4), ditahan lebih lama daripada
semunasabahnya perlu untuk menyempurnakan pemeriksaan itu.

TERHAD


Click to View FlipBook Version