TERHAD
(2) Seseorang yang tidak mengemukakan lesen, permit atau kebenaran di
bawah sub-seksyen (1)(a) apabila diminta berbuat demikian oleh seorang
Pegawai Polis boleh ditangkap tanpa waran melainkan dia memberi kepada
Pegawai Polis itu nama dan alamatnya dan selainnya memuaskan hati Pegawai
Polis itu yang dia akan mematuhi dengan sewajarnya apa-apa saman atau
prosiding lain yang mungkin diambil terhadapnya.
(3) Seseorang yang tidak mematuhi apa-apa syarat munasabah yang
diberikan oleh seorang Pegawai Polis, menghendaki mana-mana orang
memberhentikan apa-apa kenderaan atau vessel di bawah peruntukan sub-
seksyen (1) atau menghalang mana-mana Pegawai Polis dalam melaksanakan
tugasnya di bawah peruntukan sub-seksyen itu, adalah melakukan suatu
kesalahan di bawah Akta ini, dan mana-mana Pegawai Polis boleh tanpa waran,
menangkap orang itu melainkan dia memberi nama dan alamatnya dan
selainnya, memuaskan hati Pegawai Polis itu yang akan mematuhi dengan
sewajarnya apa-apa saman atau prosiding lain yang mungkin diambil
terhadapnya.
Kuasa Mendirikan Sekatan Jalan
26. (1) Walau apapun peruntukan yang terkandung dalam mana-mana undang-
undang lain, mana-mana Pegawai Kanan Polis boleh jika difikirkan perlu untuk
memelihara dan mengekalkan undang-undang dan ketenteraman atau untuk
mencegah atau mengesan jenayah, mendirikan atau menempatkan atau
menyebabkan didirikan atau ditempatkan apa-apa sekatan di atas atau
merintangi mana-mana jalan awam atau lorong atau dimana-mana tempat awam
dengan apa cara yang difikirkannya patut, dan mana-mana Pegawai Polis boleh
mengambil segala langkah yang munasabah atau mencegah sesiapa dari
melalui atau mana-mana kenderaan daripada merempuh lalu mana-mana
sekatan itu.
(2) Seseorang yang gagal mematuhi apa-apa isyarat Polis menghendaki
orang atau kenderaan berhenti sebelum sampai ke mana-mana sekatan itu
adalah melakukan sesuatu kesalahan dan boleh dikenakan penjara selama
tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau denda tidak melebihi satu ribu ringgit
atau kedua-duanya, dan mana-mana Pegawai Polis boleh tanpa waran
menangkap orang tersebut melainkan ia memberi nama dan alamatnya dan
selainnya memuaskan Pegawai Polis itu bahawa ia akan memenuhi apa-apa
saman atau prosoding lain yang mungkin diambil terhadapnya.
(3) Tiada seorangpun Pegawai Polis boleh bertanggungjawab terhadap apa-
apa kerugian, kecederaan atau kerosakan yang berlaku ke atas mana-mana
orang atau apa-apa harta berbangkit daripada langkah-langkah diambil olehnya
yang tersebut dalam sub-seskyen (1).
TERHAD
TERHAD
- Pemansuhan Sek 27 -
Nota:
Kesemua peruntukkan undang-undang dibawah Sek. 27 Akta Polis 1967
telah dimansuhkan oleh Parlimen.
Kuasa Untuk Mengawalselia Permainan Muzik Di tempat-Tempat Awam
28. Mana-mana KPD atau seorang Pegawai Kanan Polis dalam daerah itu boleh,
dengan apa-apa cara yang difikirkannya patut, mengawal selia setakat manakah alat-
alat muzik boleh dimainkan di tempat-tempat awam dalam Daerah Polis Itu.
Kuasa Untuk Membuat Kaedah-Kaedah dan Perintah Bagi Mengawal Lalulintas
29. (1) Seseorang PJP atau KP dengan kelulusan Menteri Besar atau Ketua
Menteri Negeri tersebut, mengikut mana yang berkenaan, membuat kaedah-
kaedah bagi:
(a) Menjaga ketenteraman dan mencegah halangan atau kesulitan di jalan
awam, lorong, jalan tembus, tempat mendarat dan feri dan di tempat-
tempat awam dan di tempat kunjungan awam (sama ada tempat-tempat
itu di atas tanah Kerajaan atau selainnya).
(b) Melarang digunakan jalan awam, lorong, jalan tembus, tempat mendarat
dan feri yang tertentu sama ada dengan mutlak atau bersyarat.
(2) Seseorang PJP atau KP boleh membuat perintah menetapkan jalan-jalan
yang dikehendaki dilalui oleh kenderaan bagi maksud menurunkan atau
mengambil naik orang-orang hingga dan apabila meninggalkan mana-mana
tempat mendarat, feri atau tempat perhimpunan atau tempat kunjungan awam,
dan tempat-tempat dimana dan tertib bagaimana kenderaan itu dikehendaki
menunggu bagi maksud yang tersebut dahulu;
Dengan syarat bahawa tiada sesuatu perintah yang menghendaki kenderaan
diletakkan di atas tanah kepunyaan pihak persendirian dibawah sub-seksyen ini
boleh dibuat kecuali dengan keizinan pemunya atau penduduk tanah itu.
(3) Maka bolehlah dikenakan bagi pelanggaran apa-apa kaedah atau
perintah yang tersebut dahulu suatu penalti tidak lebih daripada dua ratus ringgit.
TERHAD
TERHAD
Kuasa Untuk Membuat Perintah bagi Mengawal Penunjukkan Bendera, dsb.
30. (1) Seorang PJP atau KP dengan perintah secara amnya atau berkenaan
dengan waktu-waktu atau tempat-tempat tertentu atau dalam hala keadaan
tertentu, melarang di negeri itu:
(a) Dikibarkan, dipamerkan atau ditunjukkan apa-apa bendera, panji-panji,
lambang atau pelekat atau lambang lain;
(b) Digunakan apa-apa pembesar suara, penguat suara atau apa-apa
perkakas lain, dengan cara yang mungkin membangkitkan kekacauan
keamanan, dan mana-mana Pegawai Polis boleh membuang apa-apa
bendera, panji-panji, lambang, pelekat atau lain-lain alatcara atau mana-
mana pembesar suara, penguat suara atau mana-mana perkakas lain
yang dikibarkan, dipamerkan, ditunjukkan atau digunakan dengan
melanggar perintah tersebut atau dalam hal keadaan yang mungkin
membangkitkan kekacauan keamanan.
(2) Seseorang yang melanggar perintah yang dibuat di bawah sub-seksyen
(1) adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
Kuasa Untuk Membuat Perintah-Perintah Bagi Menghendaki Orang-Orang Berada
Dalam Rumah
31. (1) Seseorang PJP atau KP boleh, jika difikirkannya perlu untuk kepentingan
keselamatan Persekutuan atau keselamatan mana-mana bahagiannya atau
untuk kepentingan ketenteraman awam, dengan perintah menghendaki tertakluk
kepada syarat-syarat atau pengecualiannya itu yang difikirkannya bermanfaat,
tiap-tiap orang dalam kawasan bidang kuasanya yang ditetapkan dalam perintah
itu supaya berada dalam rumah diantara waktu-waktu yang ditetapkan
didalamnnya, dan PJP atau KP hendaklah dengan apa-apa cara yang
difikirkannya patut membawa atau menyebabkan dibawa ke pengetahuan semua
orang yang mungkin terlibat dengannya akan kandungan perintah itu.
(2) Seseorang yang berada di luar rumah dalam waktu-waktu yang
dinyatakan dalam perintah itu adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta
ini melainkan orang itu memiliki suatu permit bertulis bagi maksud itu daripada:
(a) PJP atau KP yang tersebut dahulu;
(b) Seseorang Pegawai Polis berpangkat tidak kurang dari Sub Inspektor
yang secara langsung di bawah perintah PJP atau KP yang tersebut
dahulu atau;
TERHAD
TERHAD
(c) Seorang pegawai awam yang diberi kuasa secara bertulis oleh PJP atau
KP yang tersebut dahulu untuk mengeluarkan permit-permit bertulis
tersebut.
(3) Tiada apa-apa perintah di bawah sub-seksyen (1) terpakai kepada:
(a) Yang Di Pertuan Agong, Raja, Yang Di Pertua Negeri;
(b) Mana-mana Pegawai Polis atau mana-mana anggota Angkatan Laut,
Tentera atau Udara yang ditubuhkan atau berkhidmat dalam Persekutuan
apabila bertugas; dan
(c) Mana-mana orang atau golongan orang yang dinyatakan dalam perintah
itu sebagai orang yang dikecualikan daripada perintah itu.
(4) Tiada apa-apa perintah yang dibuat di bawah peruntukkan sub-seksyen
(1) boleh berkuatkuasa berterusan lebih daripada dua puluh empat jam dari
masa ianya dibuat;
Dengan syarat bahawa Menteri pada atau sebelum tamat tempoh perintah itu,
boleh mengarahkan supaya perintah itu hendaklah berkuatkuasa seterusnya
bagi apa-apa tempoh lanjutan tidak lebih daripada empat belas hari
sebagaimana dinyatakan olehnya dan apabila dibuat apa-apa arahan
sedemikian, perintah itu hendaklah berkuatkuasa seterusnya bagi tempoh
lanjutan itu.
(5) Sub-seksyen (1) berhubungan dengan memberi notis kandungan
perintah yang dibuat di bawah subseksyen tersebut adalah terpakai bagi arahan
Menteri yang dibuat dibawah sub-seksyen (4).
Pegawai Polis Boleh Menangkap Tanpa waran Bagi Kesalahan-Kesalahan di
Bawah Sek. 31(2)
91. Seseorang Pegawai Polis boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang
yang melanggar atau yang disyaki dengan munasabah telah melakukan mana-mana
kesalahan di bawah peruntukkan seksyen 31(2).
TERHAD
TERHAD
Lampiran ‘D’ Kepada Bab 1
AKTA 207
AKTA BAHAN-BAHAN KAKISAN, LETUPAN DAN
SENJATA BERBAHAYA 1958
Definisi
“Benda yang membakari” maknanya apa-apa jua air dan api yang dinyatakan di
jadualkan dalam undang-undang ini termasuk segala benda-benda yang boleh
melukakan tubuh badan manusia, jika dibubuh di atasnya, kerana kuasa membakarinya.
“Benda yang meletup” termasuklah apa-apa jua benda yang boleh dijadikan mana-
mana benda yang meletup dan apa-apa bom tangan, perkakas, jentera,alatan ataupun
perkakas yang digunakan atai bercita-cita hendak digunakan atau boleh dipersesuaikan
bagi menyebabkan ataupun menolong menyebabkan apa-apa letupan dalam atau
dengan apa-apa juga benda meletup dan apa-apa bahagian bom, bom tangan,
perkakas-perkakas, jentera atau apa-apa juga alatan itu.
“Senjata Salah" termasuk apa-apa juga perkakas yang jika digunakan sebagai senjata
membuat kesalahan boleh mendatangkan luka.
“Senjata yang dijadual” maknanya ialah mana-mana juga senjata yang merbahaya yang
dinyatakan dalam jadual yang kedua.
Memiliki Apa-Apa Benda Yang Membakari Atau Benda Yang Meletup Dengan
Tujuan Mendatangkan Luka.
3. Sesiapa juga orang membawa atau di dalam miliknya ataupun di dalam
jagaannya apa-apa benda yang membakari atau benda meletup di dalam keadaan yang
boleh menimbulkan syak wasangka yang munasabah yang dia berhajat menggunakan
atau membolehkan lain orang menggunakan benda-benda itu dengan tujuan
mendatangkan luka adalah melakukan kesalahan dan jika sabit kesalahan itu, maka ia
bolehlah dikenakan hukuman penjara tidak lebih daripada 3 tahun, dan dirotan.
Menggunakan Benda Yang Membakari Atau Yang Meletup Atau Senjata Salah
4. Sesiapa juga orang dengan salah dan niat jahat menggunakan atau cuba
menggyunakan apa-apa benda yang membakari atau senjata salah dengan tujuan
melukakan atau menyebabkan atau cuba menyebabkan dengan apa-apa benda yang
meletup suatu letupan secorak yang harus mendatangkan luka akan, sama ada
sebarang luka sebenarnya berlaku stau tiada, melakukan sesuatu kesalahan, dan jika
sabit kesalahannya, maka bolehlah ia dihukum penjara tidak lebih dari tujuh tahun, dan
juga rotan.
TERHAD
TERHAD
Bersubahat Dengan Orang Yang Membawa benda-Benda Yang Meletup Atau
benda-Benda Yang Membakari
5. Sesiapa juga bersubahat dengan, atau dijumpai bersama-sama dengan orang
lain yang membawa atau ada di dalam miliknya atau di dalam jagaannya apa-apa juga
benda yang membakari atau yang meletup dengan berlawanan dengan seksyen 3 di
dalam keadaan yang boleh memberi syak wasangka yang munasabah bahawa ia
mengetahui yang orang itu ada membawa atau di dalam miliknya atau di dalam
jagaannya benda-benda yang tersebut itu, kecuali jika ia boleh memberi keterangan
yang ia ada mempunyai keterangan yang munasabah untuk mempercayai yang orang
itu membawa atau memilikinya atau ada di dalam jagaanya apa-apa juga benda yang
tersebut dengan tujuan yang sah mengikut undang-undang, dia adalah melakukan suatu
kesalahan dan akan dihukumkan sama juga sebagai orang yang lain itu yang mana dia
telah bersubahat atau didapati bersama-sama dengannya.
Membawa Senjata Salah Di Tempat Bebas
6. (1) Sesiapa juga orang di jalan raya atau tempat bebas yang mmembawa
atau ada di dalam miliknya atau di dalam jagaannya apa-apa juga senjata
dikecualikan ia ada mempunyai kebenaran mengikut undang-undang atau
digunakan mengikut undang-undang akan dikirakan salah membuat sesuatu
kesalahan dan jika sabit kesalahannya akan dihukum penjara selama tidak lebih
daripada 2 tahun dan rotan
(2) Di dalam apa-apa pendakwaan di atas satu-satu kesalahan bersangkut
dengan seksyen kecil (1) maka beban membuktikan yang senjata itu digunakan
dengan mengikut undang-undang adalah tertanggung di atas orang yang kena
tuduh.
(3) Sesuatu senjata adalah dipersangkakan dibawa dengan kebenaran
mengikut undang-undang jika dibawa oleh:
(a) Seseorang ahli Pasukan Bersenjata persekutuan atau pasukan tempatan
atau pasukan Polis ataupun lain-lain pasukan luar negeri yang melawat
(dengan kebenaran mengikut undang-undang) Persekutuan di bawah
kehendak mana-mana juga undang-undang yang bersangkut –paut
dengan pasukan yang melawat, atau mana-mana juga orang yang
menjalankan pekerjaan apa-apa Kerajaan atau Pegawai tempatan di
Persekutuan dan di dalam pada itu dibawa dalam atau bersangkut-paut
dengan pelaksanaan pekerjaannya, sebagai seorang ahli atau orang-
orang itu, atau
(b) Oleh sebarang orang sebagai sebahagian pakaian rasmi atau istiadat
bagi apa-apa istiadat rasmi atau upacara yang beristiadat.
TERHAD
TERHAD
(4) Sesuatu kesal;ahan di bawah seksyen kecil (1) akan dikirakan kesalahan
yang lazim ditangkap dan kesalahan yang tidak boleh dijamin.
Kesalahan-Kesalahan Berkenaan Dengan Senjata-Senjata Yang Dijadualkan
7. (1) Mana-mana juga orang, selain daripada dengan tujuan yang sah:
(a) Membawa ataupun memiliki atau menjagai, atau
(b) Membuat, menjual atau menyewa atau menawarkan atau
menunjukkannya untuk dijual atau disewa, atau
(c) Meminjam atau memberi kepada siapa-siapa orang lain
Mana-mana juga senjata yang dijadualkan akan menjadi salah, dan jika sabit
kesalahannya ia akan dipenjara selama tidak lebih daripada 2 tahun, atau dengan
didenda tidak lebih daripada dua ribu ringgit atau kedua-duanya sekali, iaitu dengan
dipenjara dan didenda, dan pada kesalahan kali yang kedua ataupun terkemudiannya
akan dipenjara selama tidak kurang daripada setahun dan tidak lebih daripada 3 tahun.
(2) Dalam mana-mana juga pendakwaan kesalahan di bawah seksyen kecil
(1) maka beban membuktikan satu-satu tujuan yang sah disisi undang-undang
tertanggunglah pada orang yang dituduh itu sendiri.
(3) Satu-satu kesalahan di bawah seksyen kecil (1) adalah dikirakan
kesalahan yang lazim ditangkap dan tiada boleh dijamin.
Bersubahat Dengan Orang Yang membawa Senjata Salah Di Tempat Bebas
8. (1) Sesiapa juga yang bersubahat dengan, atau dijumpai bersama-sama
dengan lain orang yang ,membawa atau ada di dalam miliknya atau di dalam
jagaannya apa-apa jua senjata salah dengan berlawanan dengan seksyen 6, di
dalam keadaan yang boleh member syak wasangka yang munasabah yang dia
mengetahui yang orang lain itu ada membawa atauada di dalam miliknya atau
dalam jagaannya benda-benda yang tersebut itu, kecuali jika dia boleh member
keterangan yang munasabah untuk mempercayai yang orang itu membawa atau
memiliknya atau ada di dalam jagaannya apa-apa juga benda yang tersebut
dengan tujuan yang sah mengikut undang-undang adalah melakukan suatu
kesalahan akan dihukumkan sama juga sebagai orang-orang yang lain itu yang
mana dia telah bersubahat atau didapati bersama-sama dengannya.
(2) Sesuatu kesalahan yang berlawan dengan seksyen ini akan dikirakan
menjadi kesalahan yang lazim ditangkap dan tiada boleh dijamin.
TERHAD
TERHAD
Kuasa-Kuasa Memeriksa dan Merampas
9. (1) Seseorang Pegawai Polis bolehlah dengan tiada berwaran dan dengan
ataupun dengan tiada pertolongan, memberhenti dan memeriksa sesiapa juga
orang atau kereta yang dijumpai di mana-mana juga jalan raya, tempat bebas
jika dia ada mempunyai keterangan yang munasabah untuk mempercayai
bahawa sebarang keterangan tentang berlakunya suatu kesalahan di bawah
undang-undang ini boleh dijumpai pada orang atau di kereta itu, dan bolehlah
melucutkan daripada orang itu dan dirampasnya apa-apa juga senjata salah,
benda-benda atau perkakas ataupun apa-apa timbunannya yang boleh
digunakan untuk mendatangkan luka jika dia ad mempunyai sebab-sebab untuk
mempercayai bahawa itu bertujuan digunakan atau harus digunakan bagi
melakukan suatu kesalahan di bawah undang-undang ini.
(2) Sesiapa juga Pegawai Polis yang berpangkat Inspektor atau ke atas
bolehlah dengan tiada berwaran, dan dengan atau tiada apa-apa pertolongan:
(a) Menahan dan memeriksa siapa-siapa juga orang atau kereta, sama ada
di jalanraya atau tempat bebas atau tidak,
(b) Memasuki dan memeriksa apa-apa juga bangunan-bangunan
(c) Menaiki dan memeriksa apa-apa juga kapal, kereta atau kapal terbang
yang bukan atau bertaraf kapal, kereta atau kapal terbang Angkatan Laut,
Darat ataupun Udara.
Jika ia ada mempunyai keterangan untuk mempercayai bahawa sebarang
keterangan tentang berlakunya atau persediaan untuk melakukan sesuatu
kesalahan di bawah undang-undang ini mungkin boleh didapati di atas orang
atau bangunan atau apa-apa juga kapal, kereta atau kapal terbang itu dan
bolehlah merampas apa-apa juga barang-barang atau perkakas-perkakas atau
timbunannya yang boleh digunakan untuk mendatangkan luka jika dia ada
keterangan yang munasabah untuk mempercayai bahawa itu bertujuan
digunakan atau harus dugunakan bagi mendatangkan luka, dan ada apa-apa
keterangan yang dijumpai itu dan apa-apa kapal, kereta-kereta atau kapal
terbang di mana benda-benda,perkakas-perkakas atau keterangan itu telah
dijumpai.
(3) Di bawah seksyen ini seseorang perempuan tidak boleh diperiksa
melainkan oleh seseorang perempuan.
TERHAD
TERHAD
Persangkaan
11. (1) Jika mana-mana juga benda-benda yang membakari atau benda-benda
yang meletup dijumpai di dalam atau di mana-mana juga bangunan, maka
penduduk bangunan itu bolehlah dikirakan sebagai miliki benda-benda tersebut,
atau yang tiada mengetahui atau berpeluang mengetahui yang benda-benda itu
ada di dalam atau di atas bangunan itu dan bahawa dia telah mengambil
perhatian yang munasabah untuk menentukan yang benda-benda itu tidak
disimpan di dalam atau di atas bangunan itu.
(2) Di dalam apa-apa pendakwaan di bawah seksyen 3 atau 5 sebarang
benda adalah dipersangkakan sehingga dinafikannya, bertujuan digunakan
mendatangkan luka jika:
(a) Banyaknya benda-benda itu yang dijumpai melebihi banyaknya yang
berpatutan dia menyimpan untuk kegunaan yang biasa dan kegunaan di
dalam rumah atau bangunannya dan sekiranya orang itu berniaga,
melebihi banyaknya yang biasa disimpan untuk perniagaan, atau
(b) Apa-apa benda itu disembunyikan atau disimpan pada tempat selain dari
tempat yang pada biasanya untuk menyimpan itu bagi kegunaan di
rumah atau sekiranya seseorang ahli perniagaan bagi perniagaanya: atau
(c) Apa-apa benda itu disimpan pada bekas yang lain dari jenisnya di mana
benda- benda itu biasanya disimpan untuk kegunaan di rumah atau bagi
kegunaan ahli-ahli perniagaan untuk diperniagakan.
TERHAD
TERHAD
JADUAL YANG KEDUA
(seksyen 2 dan 11)
1. Mana-mana juga pisau yang kadang-kadangnya dikenali sebagai “pisau
sepering” yang matanya terbuka dengan “automatic’’ apabila ditekan dengan tangan
apabila sesuatu butang, sepering atau lain-lain alat yang terlekat pada hulunya.
2. Mana-mana juga pisau yang kadang-kadangnya dikenali sebagai “pisau gravity”
yang matanya dibuka daripada hulu atau sarungnya dengan tenaga gravity atau dengan
menggunakan tenaga yang mengarah dari pusat (centrifugal force) apabila terbuka,
ianya dikunci dengan jalan butang, sepering atau liver, atau lain-lain lagi.
3. Mana-mana juga rantai yang dibuat daripada rantai basikal atau motosikal atau
rantai-rantai yang seumpama itu.
4. Semua jenis takpi.
5. Mana-mana senjata atau lain-lain perkakas yang dipasang pada sebahagian pun
basikal, saluran atau tongkat besi, dan tersembunyi di dalamnya yang boleh digunakan
untuk memotong atau menikam.
6. Sebarang pisau yang menyerupai satu alat yang mempunyai tiga mata tajam dan
satu hulu yang tajam, kadang-kadang dikenali sebagai “bearing-scrapper”.
7. Sebarang kapak kecil yang biasa digunakan sebagai senjata dan biasanya
dikenali sebagai “ kapak kecil”.
8. Mana-mana pedang, keris, parang atau lain-lain di mana pada mana-mana
bahagian senjata tersebut terdapat tulisan, ukiran, cacatan yang memaparkan ayat-ayat,
perkataan atau orang yang terkenal berhubung dengan mana-mana kepercayaan atau
keugamaan.
9. Mana-mana pedang atau parang yang pada lazimnya digunakan sebagai senjata
dan bukan sebagai alat-alat untuk pertanian atau perkakas rumah atau perkakas
perkebunan.
10. Mana-mana lembing atau tombak.
11. Apa-apa busur silang.
TERHAD
TERHAD
Lampiran ‘E’ Kepada Bab 1
KANUN PROSEDUR JENAYAH
BAHAGIAN III
BAB IV
Masanya Polis Atau Penghulu Boleh Menangkap Tanpa Waran
23. (i) Mana-mana juga Pegawai Polis atau Penghulu tanpa waran ataupun
perintah daripada Majistret bolehlah menangkap:-
(a) Mana-mana orang yang ada bersangkut paut dalam sebarang kesalahan
yang dilakukan di mana-mana juga dalam Malaysia yang mana ia adalah
kesalahan yang lazim ditangkap di bawah undang-undang yang berjalan
kuatkuasanya dalam bahagian Malaysia itu dalam mana ianya telah
dilakukan.
(b) Mana-mana orang yang memiliki tanpa alas an yang sah dari segi
undang-undang yang beban membuktikannya sebab-sebab itu adalah
tertanggung di atas orang itu sebarang perkakas pecah rumah.
(c) Mana-mana orang yang telah diproklamkan mengikut seksyen 44
(d) Mana-mana orang yang ada dalam simpanannya apa-apa barang yang
boleh disyaki dengan munasabah telah dicuri atau didapatinya dengan
jalan tipu dan yang mana boleh disyaki dengan munasabah telah
melakukan sesuatu kesalahan yang berkaitan dengan barang itu.
(e) Mana-mana orang yang menghalangkan Pegawai Polis daripada
menjalankan tugasnya atau yang telah lari atau cuba lari daripada
tahanan yang halal.
(f) Mana-mana orang dengan munasabah disyaki lari daripada angkatan
bersenjata persekutuan.
(g) Mana-mana orang yang dijumpai berikhtiar menyembunyikan dirinya di
dalam keadaan menerbitkan sebab untuk mempercayai bahawa ia
berikhtiar sedemikian itu dengan tujuan hendak melakukan kesalahan
yang lazim ditangkap.
(h) Mana-mana orang telah nyatanya tidak mempunyai mata pencarian atau
tidak dapat member keterangan yang memuaskan mengenai dirinya.
(i) Mana-mana orang yang mempunyai reputasi sebagai penyamun,
pemecah rumah atau pencuri atau pada kebiasaanya menjadi penerima
barang-barang curi ataupun yang ada reputasi melakukan kesalahan
pemerasan atau kerana hendak melakukan pemerasan biasa untuk
menakutkan atau cuba menakutkan orang-orang dengan kecederaan
(j) Mana-mana orang yang memecahkan keamanan di hadapannya
TERHAD
TERHAD
(k) Mana-mana orang yang di bawah pemerhatian polis yang tidak
mematuhi kehendak-kehendak seksyen 296 Kanun ini
(ii) Seksyen ini tiadalah sekali-kali menghadkan ataupun mengubahkan
kuasa pegawai Polis atau Penghulu menangkap tanpa waran menurut mana-
mana undang-undang yang lain
Enggan Memberi Nama Dan Tempat Tinggal
24. (i) Apabila mana-mana orang yang melakukan atau dituduh melakukan
kesalahan yang tiada lazim ditangkap di hadapan Pegawai Polis atau Penghulu,
dan apabila diminta oleh Pegawai Polis atau Penghulu itu ia enggan member
nama dan tempat tinggalnya, atau member nama dan tempat tinggalnya yang
pegawai itu ada sebab bagi mempercayai adalah bohong, maka ia bolehlah
ditangkap oleh Pegawai Polis atau Penghulu itu supaya menentukan nama dan
tempat tinggalnya, dan dia dalam tempoh 24 jam selepas tangkapan itu, tanpa
dikirakan masa perjalanan, hendaklah dibawa ke hadapan Majistret yang
hamper sekali, dikecualikan dalam masa yang tersebut itu nama dan tempat
tinggalnya yang betul dapat ditentukan, dan jika sedemikian ianya hendaklah
dilepaskan dengan segera dengan menyempurnakan bon berjamin supaya
hadir di hadapan Majistret jika dikehendaki.
(ii) Apabila mana-mana orang melakukan atau dituduh melakukan
kesalahan yang tiada lazim ditangkap di hadapan Pegawai Polis atau Penghulu,
dan apabila diminta oleh Pegawai Polis atau penghulu itu supaya member nama
dan tempat tinggalnya, maka ia member sebagai tempat tinggalnya satu-satu
tempat yang luar Persekutuan; ia bolehlah ditangkap oleh Majistret yang
hamper sekali yang mana boleh menghendakinya supaya menyempurnakan
bon dengan penjamin ataupun tidak, supaya hadir di hadapan Majistret jika
dikehendaki ataupun menyuruh ia dimasukkan di dalam tahanan sehingga ia
dibicarakan, atau ke hadapan seorang Pegawai Polis yang sekurang-kurangnya
berpangkat Inspektor, yang mana boleh menghendakinya menyempurnakan
bon baik dengan ada penjamin ataupun tidak supaya hadir di Mahkamah jika
dikehendakinya.
Saman Kerana Mengeluarkan Dokumen Dan Lain-Lain Barang
51. (i) Apabila mana-mana Mahkamah atau Pegawai Polis yang menjalankan
sesuatu siasatan polis memikirkan mustahak bahawa mana-mana dokumen
atau harta ditunjukakan kerana siasatan, pertanyaan, perbicaraan Mahkamah
atau perbicaraan-perbicaraan lain di bawah Undang-Undang ini oleh atau di
hadapan Mahkamah atau Pegawai itu, maka Mahkamah itu bolehlah
mengeluarkan suatu saman atau Pegawai Polis itu hantar suatu perintah
bertulis kepada orang yang dipercayai ada memiliki atau berkuasa di atas harta
atau dokumen itu, memerintahkannya hadir dan menyerahkan harta atau
dokumen atau menunjukkannya pada masa dan tempat yang tersebut dalam
saman atau perintah itu.
TERHAD
TERHAD
Jaminan Menjaga Keamanan Dalam Hal Lain
67. Apabila seseorang majistret berpendapat bahawa mana-mana orang yang
tinggal atau berada dalam had bidang kuasa tempatan, berkemungkinan melakukan
pecah keamanan atau melakukan sebarang perbuatan salah yang boleh menyebabkan
pecah keamanan di dalam ataupun di luar had kawasan perbicaraan itu, maka majistret
itu boleh menyuruh orang itu, mengikut cara yang disebutkan kemudian, supaya
memberi sebab-sebab mengapa ia tidak patut diperintahkan menyempurnakan sesuatu
bon, sama ada dengan atau tanpa penjamin untuk menjaga keamanan selama yang
tidak lebih daripada enam (6) bulan seperti yang difikirkan patut oleh majistret itu.
PERHIMPUNAN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG
Majistret, Pegawai Polis Yang Diwartakan Dan Lain-Lain Lagi Berkuasa
Menyuraikan Perhimpunan Yang Menyalahi Undang-Undang
83. Seseorang Majistret, Pegawai Polis yang diwartakan, Pegawai Polis yang tidak
rendah daripada pangkat Inspektor atau Ketua Polis Balai berkuasa menyuruh mana-
mana juga perhimpunan yang menyalahi undang-undang yang mengandungi lima
orang atau lebih yang nampaknya boleh jadi akan mengacau ketenteraman am supaya
bersurai dan adalah menjadi tanggungan tiap-tiap ahli perhimpunan itu bersurai dengan
sepertinya.
84. Jika mana-mana perhimpunan yang menyalahi undang-undang diperintahkan
bersurai di bawah seksyen 83 atau di bawah seksyen 5 dalam Ordinan dan
Keselamatan Awam (Preservation) 1958, dan perhimpunan itu tidak bersurai, atau jika
tanpa diperintahkan bersurai, perhimpunan itu ada menunjukkan sikap tidak mahu
bersurai, mana-mana Pegawai Polis atau ahli Tentera atau mana-mana orang, yang
sebagai membantu Pegawai Polis atau orang-orang itu daripada berhimpun dan
menangkap mereka atau sesiapa juga daripada mereka itu, dan jika ada siapa yang
menentang, bolehlah digunakan kekerasan yang difikirkan perlu untuk mengatasi
penentangan itu dan tidak akan bertanggungjawab di dalam mana-mana tindakan
jenayah atau sivil bagi menggunakan kekerasan sehingga menyebabkan keburukan
atau kematian kepada mana-mana orang atau kerosakan kepada mana-mana harta.
Majistret Bolehlah Membuat Hukuman Bersyarat Kerana Menghapuskan
Gangguan Umum
89. (i) Apabila seseorang Majistret Kelas Pertama berpendapat, iaitu setelah
menerima repot atau lain-lain maklumat dan selepas mengambil apa-apa
keterangan, jika ada yang difikirkannya patut bahawa:
(a) Sebarang galangan yang menyalahi undang-undang atau gangguan
hendaklah dibuang daripada jalan, pelabuhan, tasik, sungai atau terusan
yang digunakan atau boleh digunakan mengikut mengikut undang-
undang oleh orang awam atau dari mana-mana juga tempat bebas.
TERHAD
TERHAD
Kuasa Mengeluarkan Hukuman Muktamad dengan segera dalam kes-kes kacau-
ganggu penting.
98. (1) Di dalam kes-kes pada pendapat majistret bahawa pencegahan ataupun
remedi segera dikehendaki, maka majistret itu bolehlah membuat perintah yang
bertulis menerangkan fakta material kes itu dan menyampaikannya mengikut
peruntukan dalam seksyen 90, mengarahkan mana-mana orang supaya
menjauhi daripada menjalankan satu-satu perbuatan yang tertentu atau
menjalankan hukuman yang tertentu terhadap harta tertentu yang ada dalam
miliknya atau dalam urusannya jika majistret itu berpendapat yang arahan itu
arahan mengelakkan atau bertujuan mengelakkan halangan, kegusaran atau
kecederaan kepada mana-mana orang yang digajikan dengan sah atau bahawa
kepada nyawa manusia, kesihatan atau keselamatan atau rusuhan ataupun
gaduh gempar.
(2) Sesuatu perintah di bawah seksyen ini boleh dalam kes-kes kecemasan
atau dalam kes-kes apabila tidak berpeluang menyampaikan notis kepada
orang yang dimana perintah itu dibuat, maka bolehlah ia menimbangkannya hal
itu secara exparte .
(3) Sesuatu perintah di bawah seksyen ini bolehlah ditujukan kepada
seseorang yang tertentu atau kepada orang ramai pada amnya apabila
mengunjungi atau melawat tempat tertentu.
(4) Mana-mana majistret bolehlah membatal atau meminda mana-mana
perintah yang dibuat di bawah seksyen ini olehnya sendiri atau Penghulu dalam
jawatan.
(5) Perintah yang dibuat di bawah seksyen ini tidak berkuatkuasa lebih
daripada tujuh (7) hari daripada tarikh ia dibuat.
103. Tiap-tiap Pegawai Polis hendaklah dengan seberapa daya upayanya apa-apa
jalan juga pun yang halal, menahankan daripada berlakunya sebarang kesalahan yang
lazim ditangkap.
104. Tiap-tiap Pegawai Polis yang mendapat maklumat tentang rancangan hendak
melakukan sebarang kesalahan yang lazim ditangkap, hendaklah menyampaikan
maklumat itu kepada ketuanya dan kepada mana-mana pegawai yang menjadi
tugasnya mencegah dan menjalankan tindakan terhadap kesalahan itu.
105. Mana-mana juga Pegawai Polis yang mendapat tahu seseorang hendak
melakukan kesalahan yang lazim ditangkap, bolehlah menangkap orang yang
merancang itu tanpa menantikan hukuman daripada Majistret dan tanpa waran, jika
nampaknya tiada boleh dicegahkan berlakunya kesalahan itu dengan jalan-jalan lain.
TERHAD
TERHAD
106. Mana-mana juga Pegawai Polis dengan menggunakan kuasanya sendiri,
bolehlah bertindak untuk mencegah daripada berlakunya sebarang kerosakan yang
dicuba dilakukan terhadap mana-mana harta orang ramai dalam pemandangannya,
sama ada harta itu boleh dipindah-pindahkan ataupun tidak, ataupun terhadap
pemindahan atau kerosakan terhadap tanda-tanda di darat, ataupun lain-lain tanda
pelayaran.
TERHAD
TERHAD
Lampiran ‘F’ Kepada Bab 1
KANUN KESEKSAAN
Perhimpunan Yang Menyalahi Undang-undang
Sek. 141 Suatu perhimpunan seramai lima orang atau lebih adalah dinamakan suatu
“Perhimpunan Yang Menyalahi Undang-Undang” jika tujuan bersama orang-orang yang
dalam perhimpunan itu ialah:
a) Dengan kekerasan jenayah, atau dengan menunjukkan kekerasan jenayah
hendak mempertakutkan Kerajaan Malaysia ataua Kerajaan mana-mana
negeri atau mana-mana Penjawat Awam pada menjalankan kuasanya yang
sah di sisi undang-undang;
b) Hendak menentang pelaksanaan mana-mana undang-undang;
c) Hendak melakukan apa-apa khianat atau pencerobohan jenayah atau lain-
lain kesalahan;
d) Dengan jalan kekerasan jenayah atau dengan menunjukkan kekerasan
jenayah kepada seseorang, hendak melucutkan hak seseorang
menggunakan mana-mana jalan atau haknya menggunakan air atau lain-
lain hak yang tak zahir yang ada dimilikinya atau yang ada padanya, atau
hendak menjalankan apa-apa hak yang ada atau apa-apa hak yang
disangkakan ada; atau
e) Dengan jalan kekerasan jenayah atau dengan menunjukkan kekerasan
jenayah, hendak memaksa seseorang melakukan sesuatu yang ia tidak
terpaksa di sisi undang-undang melakukan, atau meninggalkan daripada
melakukan sesuatu yang ia berhak di sisi undang-undang melakukan.
Menjadi seorang anggota perhimpunan yang menyalahi undang-undang
Sek. 142 Barang siapa yang ketahui akan hal-hal yang menjadikan sesuatu
perhimpunan suatu perhimpunan yang menyalahi undang-undang, dengan sengaja
masuk perhimpunan itu, atau masih berada di dalamnya, adalah dikatakan menjadi
seorang anggota suatu perhimpunan yang menyalahi undang-undang.
Seksaan
Sek. 143 Barang siapa menjadi seorang anggota sesuatu perhimpunan yang
menyalahi undang-undang, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang
boleh sampai enam bulan atau dengan atau dengan kedua-duanya.
TERHAD
TERHAD
Memiliki senjata-senjata maut di perhimpunan yang menyalahi undang-undang
Sek. 144 Barang siapa menghadiri, mengambil bahagian atau berada dalam
perhimpunan yang menyalahi undang-undang dan memiliki dalam perhimpunan itu
apa-apa senjatapi, amunisi, bahan letupan, benda-benda melecur, benda yang
memudaratkan, kayu, batu atau apa-apa senjata maut yang boleh digunakan sebagai
senjata untuk menyerang hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang
boleh sampai dua tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.
Masuk atau masih berada dalam perhimpunan yang menyalahi undang-undang
dengan mengetahui bahawa perhimpunan itu telah diperintah bersurai
Sek. 145 Barang siapa masuk atau masih berada dalam suatu perhimpunan yang
menyalahi undang-undang, dengan mengetahui bahawa perhimpunan yang menyalahi
undang-undang itu telah diperintah secara yang ditetapkan oleh undang-undang
supaya bersurai, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh
sampai dua tahun, atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.
Kekerasan digunakan oleh seseorang anggota pada menjalankan tujuan bersama
Sek. 146 Apabila kekerasan atau kekejaman digunakan oleh sesuatu perhimpunan
yang menyalahi undang-undang atau oleh seseorang anggotanya, pada menjalankan
tujuan bersama perhimpunan itu, maka tiap-tiap anggota perhimpunan itu adalah
melakukan kesalahan merusuh.
Seksaan kerana merusuh
Sek. 147 Barang siapa melakukan kesalahan merusuh hendaklah diseksa dengan
penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda atau
dengan kedua-duanya.
Memiliki senjata-senjata maut dalam rusuhan
Sek. 148 Barang siapa menghadiri, mengambil bahagian atau berada dalam apa-apa
rusuhan dan memiliki apa-apa senjata, amunisi, bahan letupan, benda melecur, benda
yang memudaratkan, kayu, batu atau apa-apa senjata maut yang boleh digunakan
sebagai senjata untuk menyerang hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh
yang boleh sampai lima tahun, atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.
Tiap-tiap anggota perhimpunan yang menyalahi undang-undang disifatkan
melakukan kesalahan yang dilakukan pada menjalankan tujuan bersama
Sek. 149 Jika sesuatu kesalahan dilakukan oleh seseorang anggota sesuatu
perhimpunan yang menyalahi undang-undang pada menjalankan tujuan bersama
perhimpunan itu, atau sebagaimana yang diketahui oleh anggota perhimpunan itu
TERHAD
TERHAD
sebagai mungkin dilakukan pada menjalankan tujuan itu, maka tiap-tiap orang yang
menjadi anggota perhimpunan itu pada masa kesalahan itu dilakukan adalah
melakukan kesalahan itu.
Mengupah atau membiarkan orang-orang diupah supaya masuk perhimpunan
yang menyalahi undang-undang
Sek. 150 Barang siapa mengupah atau mengambil atau menggunakan seseorang,
atau mengusahakan atau membiarkan seseorang diupah, diambil atau digunakan
supaya masuk atau menjadi seorang anggota sesuatu perhimpunan yang menyalahi
undang-undang bolehlah diseksa sebagai seorang anggota perhimpunan yang
menyalahi undang-undang itu, dan kerana apa-apa kesalahan yang mungkin dilakukan
oleh seseorang itu sebagai seorang anggota perhimpunan yang menyalahi undang-
undang itu, oleh sebab diupah, diambil atau digunakan demikian itu, ia bolehlah
diseksa sama seperti seolah-olah ia telah menjadi seorang anggota perhimpunan yang
menyalahi undang-undang itu sama seperti seolah-olah ia sendiri telah melakukan
kesalahan itu.
Dengan mengetahui masuk atau masih berada dalam mana-mana perhimpunan
seramai Lima (5) orang atau lebih selepas perhimpunan itu diperintah bersurai
Sek. 151 Barang siapa dengan mengetahui masuk atau masih berada dalam mana-
mana perhimpunan seramai lima (5) orang atau lebih, yang mungkin menyebabkan
suatu gangguan kepada ketenteraman awam, selepas perhimpunan itu diperintah
dengan sah di sisi undang-undang supaya bersurai, hendaklah diseksa dengan penjara
selama tempoh yang boleh sampai enam bulan, atau dengan denda atau dengan
kedua-duanya.
Menyerang atau menggalang Penjawat Awam manakala ia memadamkan
rusuhan, dsb
Sek. 152 Barang siapa menyerang atau mengugut hendak menyerang, atau
menggalang atau mencuba menggalang mana-mana penjawat awam menjalankan
kewajipannya sebagai penjawat awam itu bagi berusaha menyuraikan sesuatu
perhimpunan yang menyalahi undang-undang atau memadamkan suatu rusuhan atau
gaduh gempar, atau barang siapa menggunakan atau mengugut atau mencuba
menggunakan kekerasan jenayah ke atas penjawat awam itu, hendaklah diseksa
dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga tahun atau dengan denda atau
dengan kedua-duanya.
TERHAD
TERHAD
Dengan buasnya mendatangkan kebangkitan marah dengan niat menyebabkan
rusuhan
Sek. 153 Barang siapa dengan jahatnya atau buasnya, dengan melakukan apa-apa
perkara yang menyalahi undang-undang, mendatangkan bangkitan-marah kepada
seseorang, dengan maksud atau dengan ketahui mungkin bahawa bangkitan-marah itu
akan menyebabkan kesalahan merusuh dilakukan, hendaklah jika kesalahan merusuh
itu dilakukan oleh sebab bangkitan-marah itu, diseksa dengan penjara selama tempoh
yang boleh sampai setahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya, dan jika
kesalahan merusuh itu tidak dilakukan, hendaklah diseksa dengan penjara selama
tempoh yang boleh sampai enam bulan atau dengan denda atau dengan kedua-
duanya.
Tuanpunya atau Penduduk tanah di mana suatu perhimpunan yang menyalahi
undang-undang diadakan
Sek.154 Apabila suatu perhimpunan yang menyalahi undang-undang atau rusuhan
berlaku, maka tuanpunya atau penduduk tanah di mana perhimpunan yang menyalahi
undang-undang itu diadakan atau rusuhan itu dilakukan, dan mana-mana orang yang
ada mempunyai kepentingan atau yang menuntut sesuatu kepentingan atas tanah itu,
bolehlah diseksa dengan denda tidak lebih daripada RM2,000.00 jika ia atau wakilnya
atau pengurusnya dengan mengetahui bahawa kesalahan itu sedang dilakukan atau
dengan ada sebab mempercayai kesalahan itu mungkin dilakukan, tidak memberitahu
akan hal itu dengan sehabis awal yang ia atau mereka berupaya kepada pegawai yang
menjadi Ketua di Balai Polis yang hampir sekali dan sekiranya ia atau mereka ada
sebab mempercayai bahawa kesalahan itu hampir hendak dilakukan, ia atau mereka
tidak menggunakan segala ikhtiar yang sah di sisi undang-undang yang ia atau mereka
berupaya bagi menahannya, dan sekiranya kesalahan itu berlaku, ia atau mereka tidak
menggunakan segala ikhtiar yang sah di sisi undang-undang yang ia atau mereka
berupaya bagi menahannya dan sekiranya kesalahan itu berlaku, ia atau mereka tidak
menggunakan segala ikhtiar yang sah di sisi undang-undang yang ia atau mereka
berupaya bagi menyurai atau memadamkan perhimpunan yang menyalahi undang-
undang atau rusuhan itu.
Tanggungan orang yang untuk faedahnya rusuhan dilakukan
Sek. 155 Apabila sesuatu rusuhan dilakukan untuk faedah atau bagi pihak seseorang
yang menjadi tuanpunya atau penduduk mana-mana tanah yang berkenaan dengan
rusuhan itu berlaku, atau seseorang yang menuntut apa-apa kepentingan atas tanah
itu, atau atas perkara yang dipertikaikan yang telah menimbulkan rusuhan itu, atau
seseorang yang telah menerima atau mendapat apa-apa faedah daripadanya, maka
orang itu bolehlah diseksa dengan didenda, jika ia atau wakilnya atau pengurusnya,
dengan ada sebab mempercayai bahawa rusuhan itu mungkin dilakukan, atau bahawa
perhimpunan yang menyalahi undang-undang yang telah melakukan rusuhan itu
mungkin diadakan, masing-masing tidak menggunakan segala ikhtiar yang sah di sisi
undang-undang yang ia atau mereka berupaya bagi menahan perhimpunan atau
rusuhan itu daripada berlaku dan bagi memadam dan menyuraikannya.
TERHAD
TERHAD
Tanggungan Wakil Tuanpunya atau Penduduk yang untuk faedahnya rusuhan
dilakukan
Sek. 156 Apabila sesuatu rusuhan dilakukan untuk faedah atau bagi pihak seseorang
yang menjadi tuanpunya atau penduduk mana-mana tanah yang berkenaan dengan
rusuhan itu berlaku, atau seseorang yang menuntut apa-apa kepentingan atas tanah
itu, atau atas perkara yang dipertikaikan yang telah menimbulkan rusuhan itu, atau
seseorang yang telah menerima atau mendapat apa-apa faedah daripadanya, maka
wakil atau pengurus orang itu bolehlah diseksa dengan denda, jika wakil atau pengurus
itu, dengan ada sebab mempercayai bahawa rusuhan itu mungkin dilakukan atau
bahawa perhimpunan yang menyalahi undang-undang yang telah melakukan rusuhan
itu mungkin diadakan, tidak menggunakan segala ikhtiar yang sah di sisi undang-
undang yang ia berupaya bagi menahan rusuhan atau perhimpunan itu daripada
berlaku dan bagi memadam dan menyuraikannya.
Melindungi orang-orang yang diupah untuk sesuatu perhimpunan yang
menyalahi undang-undang
Sek. 157 Barang siapa melindungi, menerima atau menghimpunkan mana-mana orang
dalam mana-mana rumah atau bangunan yang didudukinya atau yang ada di dalam
jagaanya atau di bawah kawalannya, dengan mengetahui bahawa orang itu telah
diupah, diambil atau digunakan atau akan diupah, diambil atau digunakan supaya
masuk atau menjadi anggota sesuatu perhimpunan yang menyalahi undang-undang,
hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai enam bulan
atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.
Diupah bagi mengambil bahagian dalam perhimpunan yang menyalahi undang-
undang atau rusuhan atau bersenjata
Sek. 158 Barang siapa diambil atau diupah atau menawarkan diri supaya diupah atau
diambil atau mencuba supaya diupah atau diambil, bagi melakukan atau menolong
melakukan apa-apa perbuatan yang dinyatakan dalam Sek. 141, hendaklah diseksa
dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai enam bulan atau dengan denda
atau dengan kedua-duanya, dan barang siapa yang diambil atau diupah seperti yang
tersebut itu, bersenjatakan atau berjanji atau menawarkan diri hendak bersenjatakan
apa-apa senjata maut atau apa-apa benda yang jika digunakan sebagai senjata untuk
menyerang mungkin menyebabkan kematian, hendaklah diseksa dengan penjara
selama tempoh yang boleh sampai dua tahun atau dengan denda atau dengan kedua-
duanya.
Gaduh Gempar
Sek. 159 Apabila dua orang atau lebih mengganggu ketenteraman awam, dengan jalan
bergaduh di tempat awam, mereka adalah dikata “Melakukan Suatu Gaduh Gempar”
TERHAD
TERHAD
Seksaan kerana melakukan gaduh gempar.
160. Barang siapa melakukan suatu gaduh gempar, hendaklah diseksa dengan
penjara selama tempoh yang boleh sampai enam (6) bulan, atau denda yang boleh
sampai seribu ringgit atau kedua-duanya.
Menggalang Penjawat Awam pada menjalankan kerja-kerja jawatannya
186. Barang siapa dengan sengaja menggalang seseorang Penjawat Awam pada
menjalankan kerja-kerja jawatannya, hendaklah diseksa dengan penjara selama
tempoh yang boleh sampai tiga (3) bulan atau dengan denda yang boleh sampai seribu
ringgit atau kedua-duanya. (Boleh tangkap tanpa waran)
Bahaya Atau Galangan Di Jalan Awam Atau Di Haluan Pelayaran Awam
283. Barang siapa dengan melakukan apa-apa perbuatan, atau dengan
meninggalkan daripada menjalankan aturan mengenai apa-apa harta yang ada dalam
miliknya atau di bawah jagaannya, menyebabkan bahaya, galangan atau bencana
kepada seseorang di mana-mana jalan awam atau di mana haluan pelayaran awam,
hendaklah diseksa dengan denda yang boleh sampai empat ratus ringgit.(Boleh
tangkap tanpa waran)
Menyebut perkataan-perkataan, dsb; dengan sengaja berniat hendak melakukan
perasaan agama seseorang
298. Barang siapa, dengan sengaja berniat hendak melakukan perasaan agama
seseorang, menyebut apa-apa perkataan atau membuat apa-apa bunyi dalam
pendengaran orang itu, atau membuat apa-apa isyarat dalam pengelihatan orang itu,
atau meletakkan apa-apa benda dalam pengelihatan orang itu, hendaklah diseksa
dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai setahun, atau dengan denda atau
dengan kedua-duanya.(Tak boleh tangkap tanpa waran)
Seksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera
323. Barang siapa, kecuali dalam hal yang diperuntukkan oleh seksyen 334, dengan
sengaja menyebabkan cedera, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh
yang boleh sampai setahun atau dengan denda yang boleh sampai dua ribu ringgit
atau dengan kedua-duanya.
Dengan sengaja menyebabkan cedera dengan jalan menggunakan senjata atau
lain-lain benda yang merbahaya
324. Barang siapa, kecuali dalam hal yang diperuntukkan oleh seksyen 334, dengan
sengaja menyebabkan cedera dengan jalan menggunakan apa-apa alat untuk
menembak, menikam atau memotong atau apa-apa alat yang jika digunakan sebagai
senjata untuk menyerang, mungkin menyebabkan kematian atau dengan jalan
TERHAD
TERHAD
menggunakan api atau apa-apa benda hangat atau dengan jalan menggunakan apa-
apa benda letupan atau dengan jalan menggunakan apa-apa benda yang merbahaya
kepda tubuh manusia apabila dihisap, ditelan atau dimasukkan ke dalam darahnya atau
dengan jalan menggunakan apa-apa haiwan, hendaklah diseksa dengan penjara
selama tempoh yang boleh sampai tiga (3) tahun atau dengan denda atau dengan
sebat dengan jari atau rotan atau dengan mana-mana dua daripada seksaan-seksaan
itu.
Seksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah
325. Barang siapa, kecuali dalam hal yang diperuntukkan oleh seksyen 335, dengan
sengaja menyebabkan cedera parah, hendaklah diseksa dengan penjara selama
tempoh yang boleh sampai tujuh (7) tahun dan bolehlah juga dikenakan denda.
Menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan Penjawat Awam daripada
menjalankan kewajipannya
353. Barang siapa, menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada
seseorang Penjawat Awam tatkala Penjawat Awam itu menjalankan kewajipannya
sebagai penjawat Awam, atau dengan niat hendak menahan atau menakutkan
Penjawat Awam itu daripada menjalankan kewajipannya sebagai Penjawat Awam, atau
oleh sebab sesuatu perkara yang dilakukan atau cuba dilakukan oleh Penjawat Awam
itu tatkala menjalankan kewajipannya sebagai Penjawat Awam dengan sah di sisi
undang-undang, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai
dua (2) tahun, atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.
Halangan Salah
341. Barang siapa menghalang seseorang dengan salah hendaklah diseksa dengan
penjara selama tempoh yang boleh sampai sebulan, atau dengan denda yang boleh
sampai seribu ringgit, atau dengan kedua-duanya.(Boleh tangkap tanpa waran)
Kurungan Salah
342. Barang siapa mengurung seseorang dengan salah hendaklah diseksa dengan
penjara selama tempoh yang boleh sampai setahun, atau denda yang boleh sampai
dua ribu ringgit, atau kedua-duanya.(Boleh tangkap tanpa waran)
Melakukan Khianat
427. Barang siapa melakukan khianat dengan jalan demikian itu menyebabkan
kehilangan atau kerugian yang berharga sebanyak dua puluh lima ringgit atau lebih,
hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau
denda atau kedua-duanya.(Tak boleh tangkap tanpa waran)
TERHAD
TERHAD
Khianat Dengan Api Atau Benda Letupan
435. Barang siapa melakukan khianat dengan api atau apa-apa benda letupan
dengan maksud hendak menyebabkan atau dengan mengetahui mungkin ia akan
dengan jalan demikian itu menyebabkan kerosakan kepada apa-apa harta yang
berharga sebanyak lima puluh ringgit atau lebih, hendaklah diseksa dengan penjara
selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, dan bolehlah juga dikenakan
denda.(Boleh tangkap tanpa waran)
Fitnah
500. Barang siapa memfitnah seseorang hendaklah diseksa dengan penjara selama
tempoh boleh sampai dua tahun, atau denda atau kedua-duanya. (Tak boleh tangkap
tanpa waran)
Menakutkan Secara Jenayah
506. Barang siapa melakukan kesalahan menakutkan secara jenayah hendaklah
diseksa dengan penjara selama tempoh boleh sampai dua tahun atau denda atau
kedua-duanya; dan jika ugutan itu ialah ugutan hendak menyebabkan kematian atau
cedera parah, atau hendak menyebabkan kebinasaan apa-apa harta dengan api, atau
hendak menyebabkan sesuatu kesalahan yang boleh diseksa dengan bunuh, atau
penjara atau penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, atau hendak
mentohmahkan seseorang perempuan sebagai jalang, hendaklah diseksa dengan
penjara tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, denda atau kedua-duanya. (Boleh
tangkap tanpa waran)
Menakutkan Secara Jenayah Dengan Jalan Perhubungan Sembunyi Nama
507. Barang siapa melakukan kesalahan menakutkan secara jenayah dengan jalan
membuat suatu perhubungan sembunyi nama dan setelah mengambil langkah-langkah
bagi menyembunyikan nama atau tempat tinggal orang yang membuat ugutan itu
hendaklah diseksa dengan penjara tempoh boleh sampai dua tahun selain daripada
seksaan yang ada diperuntukan bagi kesalahan itu oleh seksyen 506.(boleh tangkap
tanpa waran)
Perkataan Atau Isyarat Yang Maksud Mengaibkan Kehormatan Seseorang
509. Barang siapa dengan maksud hendak mengaibkan kehormatan seseorang,
menyebut apa-apa perkataan, membuat apa-apa bunyi atau isyarat, atau menunjukkan
apa-apa benda, dengan maksud supaya perkataan atau bunyi itu didengar, atau
supaya isyarat atau benda itu dilihat oleh seseorang itu, atau mengganggu kesantunan
seseorang itu hendaklah diseksa dengan penjara tempoh boleh sampai lima tahun,
atau denda atau kedua-duanya. (Tak boleh tangkap tanpa waran)
TERHAD
TERHAD
Lampiran ‘G’ Kepada Bab 1
AKTA MESIN CETAK DAN PENERBITAN, 1984 (AKTA 301)
BAHAGIAN II – PERLESENAN MESIN CETAK
Lesen untuk mengguna Mesin Cetak
3. (4) Mana-mana orang yang menyimpan untuk digunakan atau
menggunakan mesin cetak tanpa lesen sah yang diberi di bawah sub-seksyen
(3), atau berlanggaran dengan mana-mana syarat yang dikenakan di dalamnya,
adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh dikenakan
penjara selama tempoh tidak melebihi tiga (3) tahun atau denda tidak melebihi
dua puluh ribu ringgit atau kedua-duanya dan deposit yang disimpan di bawah
seksyen 10 boleh dilucuthak.
BAHAGIAN III – PERMIT UNTUK MENERBITKAN AKHBAR
Kesalahan untuk mencetak, mengimport, menerbit dsb akhbar tanpa permit
5. (1) Tiada seorang pun boleh mencetak, mengimport, menerbit, menjual,
mengelilingi atau mengedar atau menawar untuk menerbitkan, menjual,
mengelilingi atau mengedar apa-apa akhbar yang dicetak di Malaysia atau
Singapura melainkan jika permit di bawah perenggan (a) atau (b) sub-seksyen
(1) seksyen 6 telah diberi oleh Menteri berkenaan dengan akhbar itu.
(2) Mana-mana orang yang:
(a) Mencetak apa-apa akhbar yang berkenaan dengannya permit telah
tidak diberi atau yang berkenaan dengannya permit telah dibatalkan atau
digantung; atau
(b) mengimport, menerbit, menjual, mengelilingi atau mengedar atau
menawar untuk menerbit, menjual, mengelilingi atau mengedar atau ada
dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu, apa-apa akhbar
yang dicetak di Malaysia atau Singapura yang berkenaan dengannya
tiada permit telah diberi atau yang berkenaan dengannya permit telah
dibatalkan atau digantung.
TERHAD
TERHAD
BAHAGIAN IV – KAWALAN HASIL PENERBITAN TAK DIINGINI
Kesalahan
8. (1) Mana-mana orang yang tanpa sebab yang munasabah didapati memiliki apa-apa
hasil penerbitan larangan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan,
boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit.
8. (2) Mana-mana orang yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan
semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengelilingi, menawarkan untuk menjual,
mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil
penerbitan larangan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh
dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi tiga (3) tahun atau denda tidak
melebihi dua puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.
Kesalahan kerana menyiarkan berita yang tidak benar
8A. (1) Jika dalam apa-apa hasil penerbitan ada disiarkan dengan niat jahat apa-
apa berita yang tidak benar, maka pencetak, penerbit., penyunting dan penulis
berita itu adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh
dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi tiga (3) tahun atau denda tidak
melebihi dua puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.
(2) Bagi maksud-maksud seksyen ini, hendaklah dianggap ada niat jahat
sekiranya tidak ada keterangan yang menunjukkan bahawa sebelum
penerbitannya tertuduh telah mengambil langkah-langkah yang munasabah
untuk menentu sahkan kebenaran berita itu.
(3) Tiada pendakwaan kerana suatu kesalahan di bawah seksyen ini boleh
dimulakan tanpa keizinan bertulis Pendakwa Raya.
Pengharaman Hasil Penerbitan
8B. Jika mana-mana orang telah didapati bersalah oleh mana-mana mahkamah atas
apa-apa kesalahan berkenaan dengan apa-apa jua yang disiarkan dalam apa-apa hasil
hasil penerbitan, adalah sah bagi mahkamah, atas permohonan Pendakwa Raya
memerintahkan supaya diharamkan hasil penerbitan itu selama tempoh yang tidak
melebihi enam (6) bulan dari penerbitan itu.
TERHAD
TERHAD
Penggantungan Hasil Penerbitan
8C. (1) Sementara menanti selesainya apa-apa prosiding bagi pendakwaan
pencetak, penerbitan, penyunting atau penulis di hadapan mana-mana
mahkamah kerana apa-apa kesalahan berkenaan dengan apa-apa jua yang
disiarkan dalam apa-apa hasil penerbitan adalah sah bagi mahkamah, atas
permohonan Pendakwa Raya, memerintahkan supaya hasil penerbitan itu
digantung.
(2) Jika rayuan dibuat terhadap perintah pembebasan mana-mana orang
yang dipertuduh atas sesuatu kesalahan berkenaan dengan apa-apa jua yang
disiarkan dalam apa-apa hasil penerbitan, adalah sah bagi mahkamah yang
akan mendengar rayuan itu, atas permohonan Pendakwa Raya memerintahkan
supaya hasil penerbitan itu digantung selanjutnya sementara menanti
pemberesan muktamad rayuan itu.
(3) Mana-mana orang yang melanggar sesuatu perintah yang dibuat di
bawah seksyen itu adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan
boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun atau
denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.
TERHAD
TERHAD
Lampiran ‘H’ Kepada Bab 1
PERATURAN-PERATURAN PENDAFTARAN NEGARA 1990
(P.U. (A) 472/1990)
7. (1) Mana-mana orang yang bukannya seseorang yang dikecualikan di bawah
Peraturan 27 hendaklah, apabila diminta oleh mana-mana Pegawai Pendaftaran,
Pegawai Imigresen, Pegawai Polis, Pegawai Kastam atau mana-mana anggota
Angkatan Tentera semasa menjalankan tugas menjaga atau mengawas, dan mana-
mana pegawai atau kelas atau perihal pegawai awam lain yang diberikuasa secara
bertulis bagi maksud itu oleh Ketua Pengarah, mengemukakan kad pengenalannya
untuk pemeriksaan.
22. (1) Jika mana-mana orang yang semunasabahnya disyaki melakukan apa-apa
kesalahan terhadap Peraturan-Peraturan ini atau mana-mana perintah yang dibuat di
bawahnya, apabila diminta oleh seseorang Pegawai Pendaftaran atau Pegawai Polis:
(a) tidak memberikan nama dan tempat kediamannya
(b) memberikan nama atau tempat kediamannya yang pegawai itu
mempunyai sebab untuk mempercayai adalah palsu, atau
(c) memberikan suatu tempat di luar Malaysia, sebagai tempat
kediamannya
Maka dia boleh ditangkap tanpa waran oleh pegawai itu.
22. (3) Mana-mana Pegawai Polis boleh tanpa waran dan dengan atau tanpa
bantuan:
(a) masuk dan menggeledah mana-mana premis
(b) memberhentikan dan menggeledah atau memeriksa mana-mana vessel,
kenderaan atau individu, sama ada di suatu tempat awam ataupun
bukan
Jika dia mengesyaki bahawa apa-apa keterangan tentang berlakunya kesalahan
terhadap Peraturan-Peraturan ini mungkin dijumpai di atas premis atau pada orang itu
atau di dalam kenderaan dan boleh menyita apa-apa keterangan yang dijumpai
sedemikian.
22. (4) Tiada perempuan boleh diperiksa di bawah peraturan ini kecuali oleh seorang
Pegawai perempuan.
TERHAD
TERHAD
Lampiran ‘I’ Kepada Bab 1
AKTA IMIGRESEN
1959/1963
Akta 155
Kemasukan atau berada di Malaysia secara yang menyalahi undang-undang
15. (1) Tanpa menyentuh mana-mana peruntukan lain Akta ini melarang
seseorang daripada tinggal di Malaysia, seseorang tiada boleh tinggal i
Malaysia:
(a) selepas pembatalan mana-mana Permit atau Perakuan dibawahh
Bahagian ini;
(b) selepas membuat suatu perakuan di bawah seksyen 14(4)
(c) selepas tamat tempoh mana-mana permit yang berkaitan dengan atau
dikeluarkan kepadanya
Membawa seseorang ke Malaysia bertentangan dengan Akta ini
55A. (1) Mana-mana orang yang terlibat, secara langsung atau tidak
langsung,dengan membawa ke Malaysia dalam atau atas mana-
mana kenderaan, vessel atau pesawat udara mana-mana orang yang
bertentangan dengan Akta ini adalah bersalah dengan suatu kesalahan dan
hendaklah, apabila sabit kesalahan, bertanggungan kepada suatu denda
tidak kurang dari sepuluh ribu ringgit dan tidak lebih dari lima puluh ribu ringgit
dan penjara bagi tempoh tidak kurang dari dua tahun tetapi tidak lebih dari lima
tahun dan hendaklah juga bertanggungan kepada sebat bagi tidak lebih dari
enam sebatan.
(2) Jika kesalahan di bawah subseksyen (1) telah dilakukan oleh suatu
pertubuhan perbadanan, badan perbadanan itu hendaklah bersalah akan
kesalahan itu dan hendaklah, apabila sabit kesalahan, didenda tidak kurang
daripada tiga puluh ribu ringgit tetapi tidak lebih dari seratus ribu ringgit.
(3) Jika kesalahan di bawah sub-seksyen (1) telah dilakukan oleh suatu
pertubuhan perbadanan, mana-mana orang yang pada masa berlakunya
kesalahan itu adalah seorang anggota lembaga pengarah, seorang pengurus,
seorang setiausaha atau seseorang yang memegang jawatan atau tugas yang
serupa dengan seseorang pengurus atau setiausaha bagi badan
perbadanan hendaklah bersalah bagi kesalahan itu dan hendaklah, apabila
disabitkan, bertanggungan kepada suatu denda tidak kurang dari tiga puluh ribu
ringgit tetapi tidak lebih dari seratus ribu ringgit dan penjara bagi tempoh tidak
kurang dari dua tahun tetapi tidak lebih dari sepuluh tahun dan hendaklah juga
bertanggungan kepada sebat tidak kurang dari enam sebatan.
(4) Tanpa menjelaskan subskesyen (1) jika kesalahan di bawah sub-seksyen
(1) telah dilakukan oleh seseorang yang telah dibuktikan dan mahkamah
berpuas hati bertindak secara bersama dengan seorang atau lebih orang dalam
TERHAD
TERHAD
melakukan kesalahan di bawah sub-seksyen (1), orang itu hendaklah, apabila
sabit kesalahan, bertanggungan kepada suatu denda tidak kurang dari tiga puluh
ribu ringgit dan penjara bagi tempoh tidak kurang dari dua tahun tetapi tidak lebih
dari sepuluh tahun dan hendaklah juga didenda dengan sebatan tidak lebih dari
enam sebatan.
Mengambil kerja sesorang yang tidak memiliki Pas yang sah
55B. (1) Mana-mana orang yang mengambil kerja satu atau lebih orang, selain
daripada warganegara atau pemegang suatu Permit Masuk, yang tidak memiliki
suatu pas sah adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah atas sabit
kesalahan, bertanggungan kepada denda yang tidak kurang daripada sepuluh
ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit atau dipenjara bagi
tempoh tidak lebih dua belas bulan atau kedua-duanya bagi tiap seorang yang
diambil kerja.
(2) Suatu pas secara sahnya dikeluarkan kepada mana-mana orang
hendaklah terhenti berkuatkuasa sebagai pas yang sah apabila mana-mana
syarat dan terma ini dilanggari.
(3) Jika, di dalam kes bagi suatu kesalahan di bawah subseksyen (1),
mahkamah berpuas hati setelah dibuktikan bahawa orang itu pada masa yang
sama mengambil kerja lebih daripada lima orang yang sedemikian, orang itu
hendaklah, apabila sabit kesalahan, bertanggungan untuk pemenjaraan bagi
suatu tempoh tidak kurang daripada enam bulan tetapi tidak lebih daripada lima
tahun dan hendaklah juga bertanggungan untuk dikenakan sebatan tidak lebih
dari enam sebatan.
(4) Bagi maksud seksyen ini seseorang yang melakukan apa-apa perbuatan
yang biasa dilakukan oleh seseorang yang diambil kerja di suatu tempat
pengambilan kerja di suatu tempat pengambilan kerja sama ada atau tidak untuk
bayaran hendaklah dianggap, melainkan dibuktikan sebaliknya, sebagai telah
diambil bekerja.
(5) Jika kesalahan di bawah sub-seksyen (1) telah dilakukan oleh suatu
badan perbadanan, mana-mana orang yang pada masa berlakunya kesalahan
itu merupakan seorang anggota lembaga pengarah, seorang pengurus, seorang
setiausaha atau seorang yang memegang jawatan atau kedudukan yang serupa
dengan seorang pengurus atau setiausaha bagi badan perbadanan adalah
bersalah atau kesalahan itu dan adalah bertanggungan ke atas hukuman yang
sama dengan badan perbadanan yang bertanggungan di bawah sub-seksyen
(1) atau (3).
Pembelaan
55C. Adalah merupakan suatu pembelaan bagi mana-mana orang yang dituduh
menurut sub-seksyen 55A (3), 55B (5) atau 55E(6) jika dia membuktikan:
(a) Bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa pengetahuannya atau
bekerjasama secara diam-diam; atau
(b) Bahawa dia-
(i) Telah mengambil segala langkah yang sepatutnya; dan
TERHAD
TERHAD
(ii) Telah melaksanakan segala ketekunan yang sepatutnya,
untuk menghalang daripada berlakunya kesalahan yang dia sepatutnya ambil
dan laksanakan dengan mengambil kira akan kedudukannya dalam kapasiti itu
dan juga semua hal keadaan.
Pemalsuan atau pindaan bagi pengendorsan atau dokumen
55D. Mana-mana orang yang membuat, memalsukan atau meminda suatu
pengendorsan atau suatu dokumen untuk digunakan sebagai suatu visa, permit, pas
atau kelayakan di bawah Akta ini adalah bersalah, apabila disabitkan, bertanggungan
kepada suatu denda tidak kurang daripada tiga puluh ribu ringgit dan penjara bagi suatu
tempoh tidak kurang daripada lima tahun tetapi tidak lebih daripada sepuluh tahun dan
hendaklah juga dihukum sebat tidak lebih daripada enam sebatan.
Penduduk dilarang membenarkan imigran haram untuk masuk dan tinggal di
premis
55E. (1) Tiada penduduk yang boleh membenarkan mana-mana imigran haram
untuk masuk atau tinggal di mana-mana premis.
.
(2) seorang penduduk yang melanggar sub-seksyen (1) adalah melakukan
suatu kesalahan dan hendaklah,jika bersabit,bertanggungan dengan suatu
denda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada tiga puluh
ribu ringgit atau dipenjara bagi tempoh tidak lebih dua belas bulan atau kedua-
duanya bagi setiap imigran haram yang dijumpai di premis,dan dalam kes
pensabitan yang kedua atau seterusnya,dengan denda tidak kurang daripada
sepuluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada enam puluh ribu ringgit atau
dipenjara bagi tempoh tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya bagi setiap
imigran haram yang dijumpai di premis-premis.
(3) Bagi maksud-maksud seksyen ini, adalah dianggapkan melainkan
pertentangan dapat dibuktikan, bahawa seseorang penduduk, dalam kes di
mana seseorang imigran haram dijumpai di premisnya:
(a) telah membenarkan imigran haram itu masuk untuk atau tinggal di premis
itu; dan
(b) mempunyai pengetahuan bahawa sesorang itu adalah seseorang imigran
haram
(4) Angapan-angapan dalam sub-seksyen (3) itu tidak boleh dicabar
melainkan penduduk membuktikan bahawa dia telah mengambil semua langkah-
langkah yang sewajarnya, termasuk semua langkah-langkahyang ditetapkan,
untuk menghalang mana-mana imigran haram daripada masuk atau tinggal di
premis itu.
(5) Bagi maksud-maksud subseksyen (4), Menteri boleh melalui peraturan-
peraturan menetapkan langkah-langkah yang dikehendaki untuk diambil-pakai
oleh penduduk itu.
(6) Jika suatu kesalahan di bawah sub-seksyen (1) telah dilakukan oleh
sebuah badan perbadanan,mana2 org yg pada masa berlakunya kesalahan itu
merupakan seorang anggota lembaga pengarah,seorang pengurus,seorang
TERHAD
TERHAD
setiausaha atau seorang yang memegang jawatan atau kedudukan yang serupa
dengan seorang pengurus atau seorang setiausaha bagi badan perbadanan itu
adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah,apabila sabit kesalahan
bertanggungan kepada hukuman yang sama dengan badan perbadanan yang
bertanggungan di bawah sub-seksyen (2).
.
(7) Dalam seksyen ini,melainkan konteks itu menghendaki yang sebaliknya-
"imigran haram" ertinya seorang,selain drpd warganegara Malaysia,yg
melanggar seksyen 5,6,8,9 atau 15 dalam Akta ini atau Peraturan Imigresen
1963; “penduduk” berhubung kepada mana-mana premis, ertinya seorang
penduduk yang mempunyai kuasa, mengurus atau mengawal premis itu;
“premis-premis” termasuk:
(a) mana-mana tanah, bangunan atau sebahagian daripada bangunan itu;
(b) mana-mana tempat samada terbuka atau tertutup;
(c) mana-mana kenderaan, vessel atau pengangkutan udara;
(d) mana-mana penempatan di daratan, penempatan di pantai, atau lain-lain
penempatan samada di dasar laut atau di atas permukaan laut pada
mana-mana perairan;
(e) mana-mana struktur yang bergerak atau tidak bergerak.
Kesalahan-kesalahan
56. (1) Mana-mana orang yang:
(a) melindungi mana-mana orang yang ia ketahui atau mempunyai sebab
munasabah untuk mempercayai bahawa orang itu telah bertindak
berlawanan dengan Akta kecuali seksyen 55E ini;
(b) menentang atau menghalang, secara aktif atau pasif, mana-mana pegawai
imigresen dalam menjalankan tugas-tugasnya.
TERHAD
TERHAD
Lampiran ‘J’ kepada Bab 1
AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA
1998
Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.
233. (1) Seseorang yang:
(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau
perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar:
(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan
(ii) memulakan penghantaran,
apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah,
sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan
hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau
(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana
perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau
selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku,
dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk
menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang
di mana-mana nombor atau alamat elektronik, melakukan suatu kesalahan.
(2) Seseorang yang secara sedar:
(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan
aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial
kepada mana-mana orang; atau
(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi
di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang
diperihalkan dalam perenggan (a), melakukan suatu kesalahan.
(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah
juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu
diteruskan selepas pensabitan.
TERHAD
TERHAD
BAB II
SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA
PENUBUHAN SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA
Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR) Malaysia ditubuhkan mengikut Perkara 114
Perlembagaan Persekutuan dan yang akan menjalankan Pilihan Raya bagi Dewan
Rakyat dan Dewan Negeri serta menyediakan dan menyemak daftar-daftar pemilih
untuk Pilihan Raya itu, tertakluk kepada peruntukkan undang-undang persekutuan.
STRUKTUR SURUHANJAYA PILIHAN RAYA
2. SPR hendaklah dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong selepas berunding dengan
Majlis Raja-Raja, dan hendaklah terdiri daripada seorang Pengerusi, seorang Timbalan
Pengerusi dan lima orang anggota lain. Carta organisasi SPR adalah seperti di
Lampiran ‘A’.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SPR
3. Tugas-tugas dan tanggungjawab SPR terbahagi kepada tiga perkara iaitu:
3.1 Menyedia dan Menyemak Daftar-Daftar pemilih
SPR bertanggungjawab untuk menyedia dan menyemak daftar-daftar
pemilih yang akan digunakan semasa Pilihan Raya sama ada Pilihan
Raya Kecil (PRK) atau Pilihan Raya Umum (PRU).
3.2 Menetapkan Bahagian Pilihan Raya
SPR hendaklah menetapkan bahagian-bahagian Pilihan Raya mengikut
peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam Perkara 46
Perlembagaan Persekutuan dan dari masa ke semasa sebagaimana
difikirkan perlu mengulangkaji pembahagian persekutuan dan negeri-
negeri kepada bahagian-bahagian Pilihan Raya dan mengesyorkan apa-
apa perubahan mengikut Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan.
Ulangkaji yang dibuat hendaklah mengikut peruntukan-peruntukan yang
terkandung dalam Jadual Ketiga Belas.
TERHAD
TERHAD
3.3 Mengendalikan Pilihan Raya
Apabila Parlimen dan DUN dibubarkan atau berlakunya kekosongan di
luar jangka mana-mana bahagian Pilihan Raya adalah menjadi
tanggungjawab SPR untuk menjalankan Pilihan Raya dalam tempoh 60
hari dari tarikh pembubaran / kekosongan.
PENUBUHAN PASUKAN PENGUATKUASA KEMPEN PILIHAN RAYA
4. Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2003), Sek. 27B telah
memperuntukkan penubuhan Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR)
bertujuan untuk memantau perjalanan kempen Pilihan Raya supaya tidak bertentangan
dengan undang-undang dan peraturan-peraturan Pilihan Raya. PP-KPR akan
diwujudkan di setiap bahagian Pilihan Raya Parlimen di seluruh Negara dan akan
bertanggungjawab untuk memantau dan mengawasi semua aktiviti sepanjang tempoh
berkempen dalam bahagian parlimen dan DUN yang berkenaan.
4.1 Keanggotaan
Keanggotaan PP-KPR ( Seksyen 27C ) adalah seperti berikut:
4.1.1 Pegawai Kuat Kuasa SPR (Ketua PP-KPR);
4.1.2 Pegawai Polis DiRaja Malaysia (PDRM) (tidak kurang dari
pangkat Inspektor yang mewakili KPD);
4.1.3 Wakil Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) / Majlis Daerah ( MD );
4.1.4 Wakil Parti / Calon yang dilantik secara bertulis.
4.2 Kawasan Kawalan ( Area Of Control ) PP-KPR
PP-KPR hendaklah melaksanakan fungsinya di bahagian parlimen
termasuk DUN dalam bahagian parlimennya di mana PP-KPR tersebut
ditubuhkan, sepertimana yang diperuntukan di bawah Seksyen 27D.
TERHAD
TERHAD
4.3 Fungsi PP-KPR
Fungsi PP-KPR ( Seksyen 27E ) adalah seperti berikut:
4.3.1 Membuat rondaan dan pengawasan aktiviti-aktiviti calon di
kawasan kawalan untuk memastikan undang-undang berkaitan
Pilihan Raya dipatuhi – Seksyen 27E(a);
4.3.2 Menurunkan atau menyebabkan diturunkan dengan serta merta
apa-apa bahan-bahan kempen di dalam satu-satu kawasan yang
bertentangan dan tidak mematuhi apa-apa undang-undang
berkaitan Pilihan Raya – Seksyen 27E(b);
4.3.3 Memberhentikan atau menyebabkan diberhentikan apa-apa
ceramah umum di kawasan kawalan yang mana bertentangan
dan tidak mematuhi apa-apa undang-undang berkaitan Pilihan
Raya dan jika perlu menahan mana-mana orang yang terlibat
dalam apa-apa ceramah umum, memohon pegawai polis untuk
menahan orang tersebut – Seksyen 27E(c); dan
4.3.4 Mengawal dan menyelaras sebarang aktiviti kempen yang
dinyatakan dalam mana-mana undang-undang berkaitan
Pilihan Raya di dalam kawasan kawalan – Seksyen 27E(d).
4.4 Tugas-Tugas dan Tanggungjawab PP-KPR
Tugas dan tanggungjawab PP-KPR secara terperinci yang digariskan
oleh SPR adalah seperti berikut:
4.4.1 Membuat penguatkuasaan dalam bahagian Pilihan Raya Parlimen
dan bahagian Pilihan Raya DUN dalam kawasan berkenaan
secara berterusan sepanjang tempoh berkempen yang ditetapkan
oleh SPR dan pasukan ini hendaklah mengambil tindakan secara
kolektif dan bergerak dalam satu pasukan serta
bertanggungjawab bersama;
4.4.2 Memastikan setiap calon mematuhi Undang-Undang dan
Peraturan Pilihan Raya, khususnya Undang-Undang dan
Peraturan berkaitan dengan kempen Pilihan Raya;
TERHAD
TERHAD
4.4.3 Memastikan setiap calon mematuhi syarat-syarat berkempen
seperti yang disebutkan di dalam permit pemasangan poster;
4.4.4 Mengambil tindakan terhadap setiap perlanggaran undang-
undang dan syarat yang dilakukan oleh parti politik / calon dalam
bahagian Pilihan Raya PP-KPR bertanggungjawab;
4.4.5 Merujuk kepada perkara perlanggaran undang-undang semasa
penguatkuasaan, Pegawai Kuatkuasa (Ketua Pasukan)
hendaklah:
i) Memaklumkan atau melaporkan kepada Pegawai
Pengurus;
ii) Menghubungi Pengarah Pilihan Raya Negeri ( PPN ) untuk
mendapat nasihat dan panduan sewajarnya;
iii) Membuat catatan dalam “Buku Penguat Kuasaan PP-KPR’
yang disediakan berhubung dengan butir-butir
perlanggaran undang-undang dan peraturan yang
berkaitan dan membuat rakaman gambar atau ceramah;
iv) Ketua Pasukan PP-KPR perlu berbincang dengan semua
anggota pasukan sebelum sesuatu tindakan diambil bagi
tujuan mewujudkan persefahaman tentang bentuk
tindakan yang diambil;
v) Membuat rondaan dan penguat kuasaan yang berterusan
mengikut penjadualan yang teratur bagi memastikan
seluruh kawasan bahagian Pilihan Raya yang berkenaan
dipantau; dan
vi) Jika perlu, Ketua Pasukan PP-KPR bertanggungjawab
meminta wakil PDRM membuat laporan polis terhadap
perlanggaran undang-undang dan peraturan di mana
perlu.
TERHAD
TERHAD
4.5 Pelaksanaan
PP-KPR hendaklah menjalankan fungsi dan tanggungjawabnya seperti
berikut:
4.5.1 Bergerak dalam satu pasukan apabila membuat rondaan /
pemantauan yang berterusan mengikut jadual yang di sediakan
oleh ketua PP-KPR di dalam kawasan bahagian Pilihan Raya
berkenaan;
4.5.2 Membuat catatan di dalam “Buku Catatan Pemantauan dan
Penguat Kuasaan PP-KPR’ yang disediakan berhubung dengan
butir-butir kesalahan atau perlanggaran undang-undang serta
peraturan-peraturan yang berkaitan dengan kempen Pilihan Raya
yang ditetapkan;
4.5.3 Merakam syarahan atau mengambil gambar untuk digunakan
sebagai bahan bukti bila mana diperlukan;
4.5.4 Ketua PP-KPR hendaklah berbincang dengan semua anggota
pasukan sebelum sesuatu tindakan dibuat bagi tujuan
mewujudkan persefahaman tentang bentuk tindakan yang diambil;
4.5.5 PP - KPR akan mengambil tindakan berdasarkan persetujuan
bersama;
4.5.6 Sekiranya terdapat keraguan kes-kes perlanggaran dan ianya
tidak dapat diputuskan oleh pasukan penguat kuasa, ketua PP-
KPR hendaklah merujuk atau menghubungi terus Pegawai
Pengurus ( PP ) atau Pegawai Pilihan Raya Negeri ( PPN ) untuk
mendapat nasihat dan panduan;
4.5.7 Membuat catatan mengenai keputusan-keputusan yang telah
dibuat oleh PP-KPR;
4.5.8 Sekiranya perlu, Ketua PP-KPR hendaklah meminta wakil PDRM
membuat laporan polis untuk siasatan lanjut terhadap
perlanggaran undang-undang dan peraturan;
TERHAD
TERHAD
4.5.9 Ketua PP-KPR melalui wakil PDRM hendaklah menggunakan
jaringan kerja yang rapat dan berterusan dengan balai-balai polis
di seluruh bahagian Pilihan Raya yang berkenaan semasa urusan
pemantauan untuk tujuan tertentu seperti pengesahan laporan,
semakan perlanggaran undang-undang, tindakan susulan dan
memberi kerjasama dan sokongan sewajarnya; dan
4.5.10 Jika PP-KPR menerima aduan terhadap perlanggaran undang-
undang berhubung dengan aktiviti berkempen semasa tempoh
berkempen yang ditetapkan, tindakan sebagaimana di perenggan
kecil 4.5.1 hingga 4.5.9 hendaklah diambil; dan
4.6 Tindakan Khusus - Bahan Kempen dan Ceramah / Syarahan
Tindakan khusus yang perlu diambil oleh PP-KPR dalam menangani
bahan kempen dan ceramah / syarahan adalah seperti berikut:
4.6.1 Bahan Kempen
PP-KPR hendaklah mengambil tindakan menurunkan bahan
kempen jika:
i) Calon / ejen Pilihan Raya tidak mendapat permit daripada
PPN atau membayar deposit yang dikehendaki di bawah
subseksyen 24B(4) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954;
ii) Bahan kempen yang dipamerkan mengandungi perkataan-
perkataan yang bertujuan untuk mengembangkan
perasaan jahat, perasaan tidak puas hati atau
permusuhan;
iii) Bahan-bahan kempen iaitu dalam bentuk iklan, surat
sebaran, pelekat atau poster tidak mengandungi pada
mukanya nama dan alamat pencetak dan penerbitnya;
iv) Bahan kempen yang mengandungi pernyataan palsu
mengenai fakta berhubung dengan watak atau kelakuan
peribadi calon; dan
TERHAD
TERHAD
v) Bahan kempen dipasang di tempat yang melanggar
undang-undang dan syarat-syarat yang ditetapkan.
4.6.2 Aktiviti Syarahan / Ceramah
PP-KPR hendaklah memantau setiap aktiviti ceramah atau
syarahan terbuka dan perlu mengambil tindakan sewajarnya jika:
i) Ceramah / syarahan itu tidak mendapat permit dari Ketua
Polis Daerah ( KPD ) / PDRM bagi bahagian / kawasan
Pilihan Raya di bawah kawalannya;
ii) Kandungan ceramah mengandungi pernyataan palsu
mengenai fakta berhubung dengan watak atau kelakuan
peribadi calon atau menyentuh hal-hal peribadi yang
menjatuhkan maruah seseorang calon di khalayak ramai
yang boleh mendatangkan perasaan benci, dendam dan
bermusuhan;
iii) Kandungan ceramah mempunyai tujuan atau
kecenderungan untuk mengembangkan perasaan jahat,
perasaan tidak puas hati atau permusuhan; dan
iv) Calon atau ejennya berkempen melebihi tempoh
berkempen yang ditetapkan iaitu selepas jam 1200 tengah
malam sebelum hari mengundi.
4.6.3 Kaedah Tindakan
PP-KPR hendaklah:
i) Merekodkan setiap kesalahan atau perlanggaran undang-
undang kempen Pilihan Raya yang berlaku semasa
tempoh berkempen;
ii) Merekodkan tindakan yang telah diambil dalam ‘Buku
Catatan Pemantauan dan Penguat Kuasaan PP-KPR’
yang disediakan oleh SPR;
iii) Mengambil bahan-bahan bukti setiap kesalahan atau
pelanggaran undang-undang melalui rakaman / gambar
TERHAD
TERHAD
atau contoh bahan kempen / poster / risalah yang
terbabit;
iv) Membuat rakaman ke atas isi kandungan ceramah
sebagai bahan bukti perlanggaran undang-undang yang
telah dibuat oleh calon atau ejen-ejennya semasa kempen
secara terbuka;
v) Ketua PP-KPR hendaklah berbincang dengan semua
anggota pasukan yang hadir jika didapati bahan kempen
melanggari undang-undang dan peraturan sebelum
sesuatu keputusan diambil;
vi) Ketua PP-KPR hendaklah membuat laporan kepada
pegawai pengurus setiap tindakan yang telah diambil;
vii) Ketua PP-KPR perlu merujuk kepada PPN jika timbul
kekeliruan, keraguan atau pemahaman yang kurang jelas
tentang sesuatu aktiviti yang dianggap sebagai melanggar
undang-undang sebelum mengambil tindakan;
viii) Mengumpul dan menyimpan bahan-bahan bukti dengan
selamat untuk digunakan bagi tujuan rujukan; dan
ix) Jika perlu, Ketua PP-KPR hendaklah meminta wakil PDRM
membuat laporan polis terhadap aktiviti-aktiviti yang
melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang
berhubung dengan aktiviti kempen untuk siasatan lanjut.
4.7 Kesalahan-Kesalahan Semasa Berkempen
Kesalahan-kesalahan yang biasa dilakukan oleh parti atau calon semasa
berkempen dalam Pilihan Raya adalah seperti berikut:
4.7.1 Bahan-Bahan Kempen
i) Mempamerkan pernyataan melalui bahan kempen yang
menyentuh hal-hal peribadi seseorang calon yang
mengandungi fakta yang berunsur fitnah, palsu, yang
mencetuskan perasaan benci dan permusuhan- ( AKPR II
(1) (D) );
TERHAD
TERHAD
ii) Mempamerkan atau menggunakan melalui bahan-bahan
kempen seperti poster, sepanduk, risalah yang menghasut
atau melakukan fitnah- ( AKPR 24B ); dan
iii) Mempamerkan poster atau sepanduk yang tidak
mempunyai nama dan alamat penerbitnya - ( AKPR II
(1)(C) ).
4.7.2 Ceramah / Syarahan
Menyebut atau membincangkan isu-isu yang menyentuh soal
peribadi atau menjatuhkan maruah seseorang dikhalayak ramai
yang mendatangkan kebencian, dendam, permusuhan dan tidak
ada kaitan dengan kepentingan Pilihan Raya - ( AKPR 4A ).
4.8 Tatacara Membuat Keputusan
PP-KPR hendaklah membuat keputusan mengikut tatacara seperti
berikut:
4.8.1 Tiap-tiap keputusan atau tindakan yang hendak dibuat oleh PP-
KPR hendaklah dibuat secara persetujuan bersama dalam
kalangan semua anggota yang hadir;
4.8.2 Jika tiada persetujuan bersama diperolehi, Ketua PP-KPR diberi
kuasa untuk membuat keputusan;
4.8.3 Jika sekiranya Ketua PP-KPR tidak dapat membuat keputusan
oleh kerana sesuatu perkara yang melibatkan hal-hal yang
mungkin menimbulkan kontroversi atau meragukan, beliau
hendaklah terlebih dahulu mendapatkan nasihat daripada
Pengarah Pilihan Raya Negeri atau Pegawai Pengurus;
4.8.4 Keputusan Ketua PP-KPR adalah muktamad dan perlu dipatuhi
oleh semua anggota pasukan; dan
4.8.5 Jika mana-mana anggota PP-KPR tidak hadir, apa-apa keputusan
atau tindakan yang dibuat oleh ketua-ketua PP-KPR secara
bersama dengan anggota-anggota yang lain, keputusan
berkenaan tidak boleh dipersoalkan atas alasan tidak hadir.
TERHAD
TERHAD
4.9 Perkara-Perkara Yang Tidak Boleh Dilakukan Oleh PP-KPR
Di sepanjang tugas yang dijalankan, PP-KPR tidak boleh melakukan
perkara-perkara berikut:
4.9.1 Memakai pakaian yang mempunyai simbol mana-mana parti
politik;
4.9.2 Membawa senjatapi kecuali anggota polis yang bertugas didalam
PP-KPR.
4.9.3 Mengingkari keputusan Ketua Pasukan PP-KPR;
4.9.4 Mengambil tindakan ke atas kesalahan secara terburu-buru;
4.9.5 Tidak memaklumkan kepada Pegawai Pengurus;
4.9.6 Membelakangi PPN jika sesuatu tindakan yang hendak diambil
tidak jelas atau keliru;
4.9.7 Terbabit dalam pertelingkahan di antara wakil parti / calon yang
bertanding;
4.9.8 Bersekongkol dengan mana-mana parti politik, dan menjejas atau
menjatuhkan imej dan kewibawaan SPR sepanjang tempoh
bertugas.
4.10 Garis panduan permohonan permit di bawah Akta Kesalahan
Pilihanraya 1954
Garis panduan berhubung permohonan permit bagi mengadakan
perjumpaan awam terbuka / perhimpunan awam terbuka / pertunjukan
awam terbuka / hiburan awam terbuka dan memberikan sebarang
ucapan awam terbuka atau syarahan awam terbuka di bawah Akta
Kesalahan Pilihanraya 1654 (Akta 5)
PERJALANAN PILIHAN RAYA
5. Perjalanan Pilihan Raya bagi Pilihan Raya Parlimen dan DUN adalah
sebagaimana yang terkandung di dalam Peraturan-Peraturan Pilihan Raya ( Perjalanan
Pilihan Raya )1981. Peraturan-peraturan ini diwujudkan di bawah seksyen 16 Akta
TERHAD
TERHAD
Pilihan Raya 1958. Perjalanan Pilihan Raya dibahagikan kepada beberapa peringkat
iaitu Penamaan Calon, Tempoh Berkempen dan Hari Mengundi.
5.1 Penamaan Calon.
Mana-mana orang yang berkelayakan untuk dipilih menjadi seorang Ahli
Dewan Rakyat atau Ahli Dewan Undangan bagi sesuatu Negeri,
mengikut Perlembagaan Malaysia, atau Perlembagaan sesuatu Negeri,
mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh dinamakan sebagai
seorang calon Pilihan Raya. Penamaan calon dilakukan pada hari dan
masa yang ditetapkan oleh SPR. Pegawai Pengurus Pilihan Raya akan
mengeluarkan notis seperti lampiran ‘B’ yang mengandungi tarikh, tempat
dan masa penamaan calon akan diadakan.
5.2 Tempoh Berkempen
Tempoh berkempen bermula sebaik sahaja Pegawai Pengurus ( PP )
membuat pengumuman bagi satu-satu bahagian Pilihan Raya dan
berakhir pada jam 1200 tengah malam sebelum hari mengundi. Aktiviti
dalam tempoh berkempen merangkumi perkara berikut:
5.2.1 Rapat Umum;
5.2.2 Ceramah;
5.2.3 Penggunaan media massa;
5.2.4 Sepanduk dan ‘banting’;
5.2.5 Merayu undi dari rumah ke rumah; dan
5.2.6 Melalui ICT ( E-mail, SMS, MMS, Internet dan lain-lain )
5.3 Hari Mengundi
Pengarah Pilihan Raya Negeri akan mengisytiharkan tarikh pembuangan
undi bagi bahagian-bahagian Pilihan Raya yang ada pertandingan.
Pengarah Pilihan Raya Negeri akan mengisytiharkan di dalam warta
kerajaan mengenai tarikh, tempat, pegawai-pegawai dan kakitangan
Pusat Mengundi yang ditetapkan.
TERHAD
TERHAD
5.3.1 Tempat Mengundi
Pegawai Pengurus Pilihan Raya akan mengenalpasti bangunan
yang sesuai untuk dijadikan sebagai Tempat Mengundi dan
mendapat nasihat dari Ketua Polis Daerah ( KPD ) berkaitan
keselamatan dan lalu lintas. Jumlah saluran di satu-satu Tempat
Mengundi, waktu dibuka ialah jam 8.00 pagi dan ditutup pada jam
5.00 petang namun demikian terdapat pusat pembuangan undi
yang mempunyai jumlah pengundi yang sedikit dan ditutup
mengikut budibicara KTM. Pada kebiasaannya bangunan-
bangunan kerajaan seperti sekolah dan balai raya akan
digunakan. Pada hari mengundi, notis dan arahan-arahan untuk
panduan pengundi akan dipamerkan di sebelah luar pagar
Tempat Mengundi.
5.3.2 Ketua Tempat Mengundi
Seorang pegawai kanan kerajaan akan dilantik oleh SPR sebagai
Ketua Tempat Mengundi ( KTM ). Beliau akan dibantu oleh
beberapa orang pegawai kerajaan yang lain yang akan bertindak
sebagai kerani mengundi dan kerani mengira undi. KTM akan
mengaturkan tempat supaya pengundi-pengundi dapat
menandakan undi-undi mereka terlindung dari pandangan ramai.
Daftar pemilih yang digunakan pada masa itu menjadi keterangan
prima facie ke atas hak seseorang untuk mengundi. KTM boleh
menghalang sesiapa yang tidak berkenaan dari memasuki
Tempat Mengundi.
5.3.3 Kawalan Masuk Ke Tempat Mengundi
KTM hendaklah mengawal bilangan pengundi yang berada di
dalam Tempat Mengundi pada satu-satu masa. Selain dari
pengundi berdaftar, KTM boleh membenarkan calon-calon yang
bertanding di kawasan berkenaan, seseorang ejen Pilihan Raya
atau ejen Tempat Mengundi yang telah diberi namanya untuk
masuk ke Tempat Mengundi. Pegawai Pengurus, Pegawai-
pegawai Polis yang bertugas, ahli-ahli atau pegawai-pegawai
SPR, pemerhati yang dibenarkan oleh SPR, kerani mengundi atau
seorang saudara mara yang membantu pengundi cacat / buta /
TERHAD
TERHAD
hilang upaya juga dibenarkan masuk dan berada di Tempat
Mengundi.
5.3.4 Penutupan Tempat Mengundi
KTM akan memberitahu anggota polis yang bertugas waktu
penutupan Tempat Mengundi mengikut waktu yang diwartakan.
5.3.5 Pengiraan Undi
Tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pilihan Raya ( Perjalanan
Pilihan Raya) 1981, undi yang diberikan oleh pengundi-pengundi
di mana-mana Tempat Mengundi hendaklah dikira di Tempat
Mengundi tersebut. Jika difikirkan perlu, mengikut peraturan 25B,
SPR boleh mengarahkan KTM, melalui notis, supaya undi-undi
itu dikira di tempat lain.
5.3.6 Orang Yang Boleh Berada Sewaktu Pengiraan Undi
Pegawai SPR, Pegawai Pengurus, KTM, mana-mana pegawai
dan kakitangan yang dilantik untuk bertugas di Tempat Mengundi,
calon-calon, ejen-ejen calon atau ejen-ejen mengira undi sahaja
boleh hadir sewaktu pengiraan undi.
5.3.7 Larangan Bagi Pegawai Polis
Pegawai Polis tidak dibenarkan berada di dalam tempat mengira /
penjumlahan undi sewaktu pengiraan / penjumlahan dijalankan.
Mereka dikehendaki membuat kawalan keselamatan di luar
bangunan Tempat Pengiraan / Pusat Penjumlahan Rasmi Undi.
5.3.8 Membawa Kertas-Kertas Undi Ke Pusat Penjumlahan Rasmi
Undi
Kertas-kertas undi, Daftar Pemilih dan kertas undi yang rosak /
tidak digunakan dimasukkan ke dalam peti undi yang akan
dimeterikan. Peti ini akan dibawa oleh KTM dengan diiringi oleh
Pegawai Polis bertugas ke Pusat Penjumlahan Undi.
TERHAD
TERHAD
5.3.9 Pusat Penjumlahan Rasmi Undi
Pusat Penjumlahan Rasmi Undi merupakan sebuah tempat
(bangunan) bagi menjumlahkan semua undi yang dibawa dari
tempat-tempat mengundi ( tempat mengira undi ) dalam satu-satu
bahagian parlimen dan / atau DUN.
5.3.10 Orang Yang Dibenarkan Berada Di Pusat Penjumlahan Rasmi
Undi.
Orang yang dibenarkan berada di dalam Pusat Penjumlahan
Rasmi Undi, iaitu:
i) Pegawai SPR.
ii) Pegawai Pengurus, KTM, pegawai dan kakitangan yang
dilantik di bawah peraturan ini.
iii) Calon-calon, ejen-ejen calon dan ejen-ejen mengira undi.
iv) Orang yang dibenarkan oleh Pegawai Pengurus sebagai
pemerhati.
UNDI POS
6. Orang yang didaftarkan sebagai pengundi melalui pos mengikut Akta Pilihan
Raya 1958 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya ( Pengundian Pos ) 2003 akan menerima
kertas-kertas undi mereka melalui Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang dilantik.
Penetapan pegawai dan anggota yang ditakrifkan untuk melaksanakan undi pos ialah:
6.1. Pegawai dan anggota PDRM / ATM yang bertugas di luar kawasan /
perbatasan pada hari pengundian awal dibuat;
6.2. Pegawai dan anggota yang bertugas di luar negara seperti penugasan
Misi PBB dan penugasan di pejabat-pejabat kedutaan serta lain-lain
tugas yang ditetapkan.
Bagi mereka yang layak untuk mengundi secara pos perlu mengisi borang permohonan
kertas undi (Borang 1) yang dibuat secara individu yang akan diluluskan oleh Pegawai
Pengurus masing-masing. Pihak ATM / PDRM boleh membantu untuk mengedar dan
mengumpul Borang 1 untuk diserahkan kembali kepada Pegawai Pengurus setelah Undi
Pos dilaksanakan.
TERHAD
TERHAD
UNDI AWAL
7. Undi Awal bermaksud pengundian yang dijalankan pada tarikh yang lebih awal
dari tarikh pengundian biasa dibuat.
7.1. Kategori Pemilih yang melaksanakan Undi Awal:
7.1.1 Pegawai / anggota tentera dan pasangan
7.1.2 Pegawai / anggota polis
7.2. Penetapan Tarikh/ Tempat Mengundi Awal
Penetapan tarikh bagi pengundian awal akan ditentukan oleh SPR
mengikut peruntukkan undang-undang dan ia akan ditentukan sebaik
sahaja berlaku pembubaran dewan parlimen atau kekosongan kerusi
diluar jangka. Penetapan pusat mengundi bagi undi awal adalah dengan
mengambil kira faktor keselamatan. SPR akan menjadikan tempat-tempat
berikut sebagai pusat mengundi awal:
7.2.1 Ibu Pejabat Kontinjen Polis
7.2.2 Ibu Pejabat Daerah Polis
7.2.3 Balai-balai Polis
7.2.4 Kem-kem PGA
7.2.5 Pangkalan Polis Marin
7.2.6 Kuarters Polis
7.2.7 Pusat-pusat Latihan Polis
7.3. Pelaksanaan Undi Awal
Proses Undi Awal akan dilaksanakan sepertimana proses pengundian
biasa. Pusat Pengundian akan dibuka di lokasi yang ditetapkan oleh
pihak SPR. Setiap tempat mengundi (saluran) akan diketuai oleh seorang
Ketua Tempat Mengundi dengan dibantu oleh kerani-kerani pengundian
serta kerani pengiraan undi. Ketua Tempat Mengundi dan lain-lain
petugas untuk menguruskan pengundian awal adalah terdiri daripada
kakitangan awam. Kategori kerani pengundian atau mengira undi boleh
dipertimbangkan untuk dilantik pegawai awam dari PDRM / ATM atau
anggota PDRM / ATM yang tidak beruniform (jika tidak ada pegawai
awam). Perbezaan diantara proses pembuangan undi awal dan undi
biasa adalah tarikh mengundi yang ditetapkan lebih awal dan proses
pengiraan undi akan dibuat bermula dari jam 5.00 petang pada hari
pembuangan undi biasa.
TERHAD
TERHAD
7.4. Penetapan lokasi untuk pengiraan serta penjumlahan undi
Penentuan lokasi bagi tujuan pengiraan undi akan ditentukan oleh
Pegawai Pengurus sepenuhnya dengan mengambil kira jarak antara
lokasi penyimpanan peti undi bagi Undi Awal dengan pusat-pusat
pengundian awal yang digunakan sebelumnya.
7.5. Tempat penyimpanan peti undi dan kertas undi bagi Undi Awal
Peti dan kertas undi awal akan disimpan di lokap polis atau tempat yang
ditetapkan oleh Pegawai Pengurus bahagian Pilihan Raya yang terlibat.
PENGUMUMAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA
8. Pegawai Pengurus Pilihan Raya setelah proses penjumlahan selesai akan
mengumumkan keputusan Pilihan Raya mengenai perkara-perkara berikut:
8.1 Peratusan mengundi;
8.2 Jumlah undi rosak;
8.3 Undi yang diperolehi oleh setiap calon;
8.4 Majoriti; dan
8.5 Pemenang yang akan mewakili sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri
dan / atau Ahli Parlimen.
TERHAD
CARTA ORGANISASI SURUHAN
SURUHAN
PENGER
TIMBALAN P
AHLI AHL
URUSE
SETIAUS
TIMBALAN SE
PERKHIDMATAN OPERA
- Pentadbiran
- Kewangan
- Setor
- Latihan
- Perundangan
OP 1
- Pendaftaran Pemilih
- Penyelidikan
Lampiran A Kepada BAB II
NJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA
NJAYA
RUSI
PENGERUSI
LI AHLI
ETIA
SAHA
ETIAUSAHA KOMPUTER
ASI
- Penerbitan Daftar
Pemilih
OP 2
- Perjalanan Pilihan Raya