Modul PdPR
Pendidikan Moral
Tahun 4
Nama Murid: ________________________________
Kelas : ________________________________
Senarai Kandungan
TAJUK MUKA SURAT
Tema 3
Pengenalan 4
Fokus Pendidikan Moral Tahun 4 5
14 Nilai Universal dalam Pendidikan Moral Tahun 4 6
Penerangan Standard Pembelajaran dalam Lajur DSKP 8
Pentaksiran Bilik Darjah Pendidikan Moral Tahun 4 9
Kelompok Nilai 1 10
Kelompok Nilai 2 25
Kelompok Nilai 3 45
Kelompok Nilai 4 126
Skema Jawapan 188
Kelompok Nilai 1 189
Kelompok Nilai 2 194
Kelompok Nilai 3 200
Kelompok Nilai 4 219
Senarai Rujukan 240
2
Tema:
Tema ini memerihalkan nilai universal yang perlu difahami, dihayati dan diamalkan
oleh murid terhadap jiran di sekeliling mereka. Murid yang menguasai nilai
universal akan mempertimbangkan tindakan dan perlakuan moralnya terhadap jiran
dengan lebih berkesan berlandaskan agama atau kepercayaan, peraturan dan
undang-undang, serta norma masyarakat.
Untuk makluman ibu bapa, penentuan tema ini bukan bertujuan untuk
memaksa anak-anak menyibuk dengan kehidupan jiran di kawasan perumahan atau
dalam erti kata lain, menjaga tepi kain jiran. Sebaliknya, tema ini adalah bertujuan
untuk memberikan peluang kepada anak-anak anda untuk berbakti kepada jiran
berdasarkan nilai universal dalam Pendidikan Moral.
Berikut merupakan pembahagian tema untuk Pendidikan Moral Tahun 1-6:
Tahun 1 Diri Saya
Tahun 2 Saya dan Keluarga
Tahun 3 Saya dan Sekolah
Tahun 4 Saya dan Jiran
Tahun 5 Saya dan Masyarakat
Tahun 6 Saya dan Negara
3
Pengenalan:
Selamat sejahtera.
Modul PdPR ini disediakan untuk semua murid Tahun 4 berdasarkan DSKP
Pendidikan Moral (Semakan 2017) yang telah ditetapkan. Diharapkan agar modul
ini dapat membantu murid, ibu bapa dan guru untuk meningkatkan kefahaman dan
kemahiran dalam Pendidikan Moral Tahun 4 yang bertemakan Saya dan Jiran.
Semoga modul ini bermanfaat buat semua.
Ikhlas daripada kami
Lidiawati binti Kangut, SK Sinar Jaya, Kinabatangan, Sabah, dan
Aznur Nizza Yucque binti Azral, SK Kampung Suan Lamba, Kinabatangan, Sabah.
4
Fokus Pendidikan Moral Tahun 4:
Fokus KSSR Pendidikan Moral adalah untuk membentuk insan yang berakhlak mulia.
Pembentukan insan yang berakhlak mulia ini dapat direalisasikan dengan
menerapkan tiga domain moral iaitu penaakulan moral, emosi moral dan perlakuan
moral dalam kalangan murid.
Penaakulan Moral
• Keupayaan mental untuk menaakul dalam situasi yang kabur atau
berkonflik nilai demi mengenal pasti perlakuan baik atau benar dan
perlakuan jahat atau salah.
• Kemampuan berfikir mengenai kesan dan akibat dalam penyelesaian
masalah atau isu moral sebaik mungkin scara autonomi, rasional dan
objektif berdasarkan kepada prinsip moral.
Emosi Moral
• Kesedaran emosi moral melahirkan kepedulian dan hati nurani yang
menyebabkan insan berasa gembira apabila membuat sesuatu yang betul
dan rasa bersalah jika meklakukan sesuatu yang tidak betul.
• Emosi moral melahirkan motivasi moral dan niat untuk bertindak
berdasarkan empati dan simpati terhadap diri dan orang lain.
• Emosi moral ini boleh diekspresikan dalam bentuk luahan perasaan,
fikiran, gerak-geri dan sebagainya.
Perlakuan Moral
• Perlakuan moral adalah tindakan moral berkaitan antara penaakulan
moral dan emosi moral.
• Ia dilakukan secara rela hati dengan rasa bertanggungjawab,
akauntabiliti dan berintegriti moral.
5
14 Nilai Universal dalam Pendidikan Moral Tahun 4:
• Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan
Kepercayaan mematuhi segala ajaran berlandaskan pegangan agama
kepada Tuhan atau kepercayaan masing-masing selaras dengan prinsip
Rukun Negara.
• Kepekaan terhadap keperluan dan kebajikan
Baik Hati diri, dan orang lain dengan memberi bantuan
serta sokongan moral secara ikhlas.
• Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan
Bertanggungjawab melaksanakan tugas serta kewajipan dengan
sempurna.
Berterima kasih • Kerasaan dan perlakuan untuk menunjukkan
pengiktirafan dan penghargaan.
Hemah tinggi • Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia.
Hormat • Menghargai dan memuliakan seseorang serta
menghormati peraturan institusi sosial.
Kasih sayang • Kepekaan dan perasaan cinta yang lahir
daripada hati yang ikhlas.
6
Keadilan • Tindakan dan keputusan yang tidak berat
sebelah.
Keberanian • Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan
yakin dan tabah.
Kejujuran • Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas
dalam setiap perlakuan.
Kerajinan • Usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh
dan berdedikasi dalam melakukan sesuatu.
Kerjasama • Melakukan sesuatu bersama-sama untuk
kebaikan semua.
• Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat
Kesederhanaan pertimbangan atau perlakuan tanpa
mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.
Toleransi • Bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi
kesejahteraan hidup diri dan orang lain.
7
Penerangan Standard Pembelajaran dalam Lajur DSKP
Standard Pembelajaran 1.1 – 1.3 ialah Penaakulan Moral
Standard Pembelajaran 1.4 ialah Emosi Moral
Standard Pembelajaran 1.5 ialah Perlakuan Moral
Pengagihan Standard Pembelajaran kepada tiga domain seperti di atas adalah sama
untuk setiap nilai. Tiga Standard Pembelajaran yang pertama ialah penaakulan
moral, Standard Pembelajaran yang keempat ialah emosi moral, dan standard
pembelajaran yang kelima ialah perlakuan moral.
8
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) untuk Pendidikan Moral Tahun 4:
a) Tapak pelaporan PBD:
MATA PELAJARAN NAMA GURU MATA PELAJARAN: C.K YING
PENDIDIKAN MORAL KELAS: 4 ANGGERIK
TEMA: SAYA DAN JIRAN TAHAP
BIL. NAMA MURID NO. MY KID / NO. JANTINA PENGUASAAN ULASAN GURU
KAD PENGENALAN KELOMPOK KELOMPOK KELOMPOK KELOMPOK KESELURUHAN (JIKA PERLU)
NILAI 1 NILAI 2 NILAI 3 NILAI 4
1 CHAN KOK MENG 123456-78-9012 L
2 CHONG WEY LOON 040206-16-2355 P
3 RAJESWARI A/L CHANDRAN 041209-02-2384 P
b) Jadual tahap penguasaan keseluruhan untuk Pendidikan Moral adalah seperti
berikut:
Tahap Penguasaan
untuk setiap nilai
akan diberikan
pada penerangan
awal nilai
c) Pengagihan nilai mengikut kelompok nilai:
1) Kepercayaan kepada Tuhan
Kelompok 2) Baik hati
Nilai 1 3) Bertanggungjawab
4) Berterima kasih
1) Hemah tinggi
Kelompok 2) Hormat
Nilai 2
3) Kasih sayang
1) Keadilan
Kelompok 2) Keberanian
Nilai 3 3) Kejujuran
4) Kerajinan
1) Kerjasama
Kelompok 2) Kesederhanaan
Nilai 4
3) Toleransi
9
Kelompok
Nilai 1
1) Kepercayaan kepada Tuhan
Kelompok 2) Baik hati
Nilai 1 3) Bertanggungjawab
4) Berterima kasih
10
Nilai Kepercayaan Kepada Tuhan
Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi yang
terlibat dalam nilai Kepercayaan Kepada Tuhan:
11
Pembelajaran 1
Nilai Kepercayaan Kepada Tuhan
Standard Amalan Ajaran Agama atau Kepercayaan Mengeratkan
Kandungan Hubungan Sesama Jiran
Standard 1.1 Memberikan contoh amalan agama atau kepercayaan yang
Pembelajaran dianuti oleh jiran.
1. Murid dapat memberikan sekurang-kurangnya tiga daripada
Objektif lima contoh amalan agama atau kepercayaan yang dianuti
Pembelajaran
oleh jiran.
Standard Tahap Penguasaan 1
Prestasi Menyatakan contoh amalan agama atau kepercayaan
Jangka Masa 30 minit
Aktiviti Pembelajaran (Manual untuk ibu bapa dan guru)
1. Bincangkan maksud Kepercayaan kepada Tuhan:
- Maksud nilai daripada DSKP:
i. Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi
segala ajaran berlandaskan pegangan agama atau kepercayaan
masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.
2. Bersoal jawab tentang contoh amalan atau kepercayaan yang dianuti oleh
jiran.
- Dimanakah Ali bersembahyang?
3. Menyatakan contoh contoh amalan atau kepercayaan yang dianuti oleh
jiran.
- Ali bersolat lima waktu sehari dan membaca al-Quran.
- Ranjit Singh bersembahyang di Gurdwara. Dia menutup kepala ketika
beribadat.
4. Murid membuat Latihan Pentaksiran 1.
12
Latihan Pentaksiran 1
Aktiviti 1:
Padankan contoh amalan agama atau kepercayaan yang dianuti oleh jiran kamu
dengan betul.
• Pergi ke gereja
Ahmad • Membaca Kitab Injil
• Bersembahyang di Gurdwara
Dewi • Menutup kepala ketika beribadat
• Bersolat lima waktu sehari
Ah Meng
• Membaca al-Quran
Ranjit • Beribadat di kuil
Singh • Menyanyikan lagu pujian kepada Tuhan
• Membakar colok ketika beribadat
Rechell
• Bermeditasi
Aktiviti Tambahan:
Tuliskan nama jiran berdasarkan agama dan kepercayaan yang dianuti jiran.
Jiran yang
Jiran yang
beragama beragama
Islam Kristian
13
Nilai Baik Hati
Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi yang
terlibat dalam nilai Baik Hati:
14
Pembelajaran 1
Nilai Baik Hati
Standard 2.0 Prihatin Terhadap Keperluan dan Kebajikan Jiran
Kandungan
2.1 Memberikan contoh prihatin terhadap keperluan dan
Standard kebajikan.
Pembelajaran 2.3 Menghuraikan kepentingan bersikap prihatin terhadap
keperluan dan kebajikan.
1. Murid dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya empat
Objektif daripada enam kepentingan bersikap prihatin terhadap
Pembelajaran
keperluan dan kebajikan jiran.
Tahap Penguasaan 3
Standard
Prestasi Menyatakan kepentingan bersikap prihatin terhadap
keperluan dan kebajikan jiran.
Jangka Masa 30 minit
Aktiviti Pembelajaran (Manual untuk ibu bapa dan guru)
1. Bincangkan maksud Baik Hati:
- Maksud nilai daripada DSKP:
i. Kepekaan terhadap keperluan dan kebajikan diri, dan orang lain dengan
memberi bantuan serta sokongan moral.
2. Bersoal jawab tentang contoh prihatin dan kepentingan bersikap prihatin
terhadap keperluan dan kebajikan jiran.
- Apakah contoh prihatin terhadap keperluan dan kebajikan jiran?
- Mengapa kita perlu bersikap prihatin terhadap jiran?
3. Menyatakan kepentingan bersikap prihatin terhadap keperluan dan
kebajikan jiran.
- Dapat mengeratkan hubungan sesama jiran.
- Dapat meringankan beban dan kesusahan jiran
4. Murid membuat Latihan Pentaksiran 1.
15
Latihan Pentaksiran 1
Aktiviti 1:
Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
beban silaturahim menggembirakan
,
mementingkan tolong-menolong luhur
1. Menjalinkan hubungan ____________
sesama jiran.
2. Meringankan ______________ dan
kesusahan jiran.
3. Dapat memupuk sikap _____________
dalam kehidupan berjiran.
Kepentingan
Bersikap Prihatin
terhadap 4. Mengelakkan sikap _____________
Keperluan dan diri sendiri dengan mengambil tahu hal
Kebajikan Jiran jiran.
5. Dapat _______________ kehidupan
jiran dengan memenuhi keperluan
mereka.
6. Melahirkan individu yang berperibadi
______________ apabila membantu
jiran dengan ikhlas.
16
Nilai Bertanggungjawab
Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi yang
terlibat dalam nilai Bertanggungjawab:
17
Pembelajaran 1
Nilai Bertanggungjawab
Standard 3.0 Tanggungjawab Terhadap Jiran
Kandungan
Standard 3.2 Menghuraikan cara menjalankan tanggungjawab
Pembelajaran terhadap jiran.
Murid dapat memberikan sekurang-kurangnya empat
Objektif daripada enam cara menjalankan tanggungjawab terhadap
Pembelajaran
jiran.
Tahap Penguasaan 2
Standard
Prestasi Menerangkan cara menjalankan tanggungjawab terhadap
jiran.
Jangka masa
pelaksanaan 30 minit
Aktiviti Pembelajaran (Manual untuk ibu bapa dan guru)
1. Bincangkan maksud Bertanggungjawab.
- Maksud nilai daripada DSKP:
i. Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan
tugas serta.
2. Bersoaljawab tentang cara menjalankan tanggungjawab terhadap jiran.
i. Jika jiran melancong ke luar negara, apakah yang kita perlu lakukan?
3. Menyatakan cara menjalankan tanggungjawab terhadap jiran.
i. Menyiram pokok bunga semasa ketiadaan jiran.
ii. Memberitahu ibu bapa apabila melihat ada pencuri cuba memasuki
rumah jirannya.
iii. Menjaga keselamatan rumah jiran ketika mereka ke luar negara.
4. Murid membuat Latihan Pentaksiran 1.
18
Latihan Pentaksiran 1
Aktiviti 1:
19
Aktiviti Tambahan:
20
Nilai Berterima Kasih
Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi yang terlibat
dalam nilai Berterima Kasih:
21
Pembelajaran 1
Nilai Berterima Kasih
Standard Berterima Kasih Terhadap Jiran
Kandungan
4.1 Menyenaraikan cara berterima kasih terhadap jiran.
Standard
Pembelajaran 4.2 Menjelaskan kepentingan sikap berterima kasih terhadap
jiran.
Objektif Murid dapat memberikan sekurang-kurangnya tiga cara dan
Pembelajaran kepentingan berterima kasih terhadap jiran.
Tahap Penguasaan 1
Standard Menyatakan cara berterima kasih terhadap jiran.
Prestasi Tahap Penguasaan 2
Menerangkan kepentingan sikap berterima kasih kepada jiran.
Jangka masa
pelaksanaan 30 minit
Aktiviti Pembelajaran (Manual untuk ibu bapa dan guru)
1. Bincangkan maksud Berterima Kasih.
- Maksud nilai daripada DSKP:
i. Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan
penghargaan.
2. Bersoaljawab tentang cara berterima kasih terhadap jiran.
ii. Jika jiran yang baru pulang dari pasar telah memberikan buah
rambutan kepada kamu, apakah yang akan kamu lakukan?
3. Menyatakan cara dan kepentingan berterima kasih terhadap jiran.
iv. Mendoakan kesejahteraan jiran.
v. Memberi buah tangan ketika menziarahi jiran.
vi. Menambah erat hubungan silaturahim.
vii. Mengelakkan sengketa dan perselisihan faham.
4. Murid membuat Latihan Pentaksiran 1.
22
Latihan Pentaksiran 1
Aktiviti 1:
Cara berterima kasih: Cara berterima kasih: Cara berterima kasih:
Kepentingan berterima Kepentingan berterima Kepentingan berterima
kasih: kasih: kasih:
23
Aktiviti Tambahan 1:
Arahan: Menyatakan aktiviti bersama jiran berdasarkan gambar dibawah.
Aktiviti Tambahan 2:
Arahan: Tandakan (/) pada pernyataan yang betul dan (X) pada pernyataan yang
salah.
1. Setiap kali Puan Rani memberikan kuih-muih kepada kami sekeluarga, saya
akan mengucapkan terima kasih. ( )
2. Rahim tidak menghargai sumbangan pengawal keselamatan yang menjaga
kawasan perumahannya. ( )
3. Saya tidak suka ibu menjemput jiran saya ke majlis hari jadi saya walaupun
dia sering membantu kami. ( )
4. Kita harus menghargai ketua kampung yang banyak mengadakan aktiviti
kejiranan. ( )
5. Memberi kad ucapan ketika perayaan adalah salah satu cara berterima
kasih kepada jiran. ( )
24
Kelompok
Nilai 2
5) Hemah tinggi
Kelompok
Nilai 2 6) Hormat
7) Kasih sayang
25
Nilai Hemah Tinggi
Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi yang
terlibat dalam nilai Hemah Tinggi:
26
Pembelajaran 1
Nilai Hemah Tinggi
Standard
Kandungan Beradab Sopan dan berbudi Pekerti Mulia Terhadap Jiran
5.1 Memberikan contoh amalan beradab sopan dan berbudi
pekerti mulia terhadap jiran.
Standard 5.2 Menjelaskan cara beradab sopan dan berbudi pekerti
Pembelajaran mulia terhadap jiran.
5.3 Menaakul kepentingan beradab sopan dan berbudi
pekerti mulia terhadap jiran.
1. Murid dapat memberikan sekurang-kurangnya tiga cara dan
Objektif
Pembelajaran kepentingan amalan beradab sopan dan berbudi pekerti mulia
terhadap jiran.
Tahap Penguasaan 2
Menerangkan cara beradab sopan dan berbudi pekerti mulia
Standard terhadap jiran.
Prestasi Tahap Penguasaan 3
Menghubungkait amalan beradab sopan dan berbudi pekerti
mulia terhadap jiran dengan kepentingannya.
Jangka masa 30 minit
pelaksanaan
Aktiviti Pembelajaran (Manual untuk ibu bapa dan guru)
1. Bincangkan maksud Hemah Tinggi.
- Maksud nilai daripada DSKP:
i. Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia.
2. Bersoaljawab tentang contoh amalan beradab sopan dan berbudi pekerti
mulia terhadap jiran.
i. Jika jiran mengadakan majlis sambutan hari jadi, apakah yang kita
amalkan semasa majlis tersebut?
3. Menyatakan cara dan kepentingan beradab sopan dan berbudi pekerti
mulia terhadap jiran.
i. Berjabat tangan dan mengucapkan salam.
ii. Menggunakan nama panggilan yang sesuai dan sopan ketika berbual.
iii. Mengeratkan hubungan silaturahim.
4. Murid membuat Latihan Pentaksiran 1.
27
Latihan Pentaksiran 1
Aktiviti 1:
Arahan: Isikan jawapan yang sesuai
Berdasarkan gambar di atas nyatakan tiga kepentingan berhemah tinggi terhadap
jiran.
i. ____________________________________________________
____________________________________________________
ii. ____________________________________________________
____________________________________________________
iii. ____________________________________________________
____________________________________________________
28
Aktiviti Tambahan 1:
Arahan: Lengkapkan peta buih di bawah.
ADAB SOPAN
TERHADAP
JIRAN
29
Nilai Hormat
Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi yang terlibat
dalam nilai Hormat:
30
Pembelajaran 1
Nilai Hormat
Standard 6.0 Hormati Jiran
Kandungan
Standard 6.1 Memberikan contoh perlakuan menghormati jiran.
Pembelajaran 6.2 Menghuraikan cara menghormati jiran.
1. Murid dapat menyatakan sekurang-kurangnya tiga daripada
Objektif empat contoh perlakuan menghormati jiran.
Pembelajaran 2. Murid dapat menerangkan cara menghormati jiran
berdasarkan situasi yang diberikan.
Tahap Penguasaan 1
Standard Menyatakan contoh perlakuan menghormati jiran.
Prestasi Tahap Penguasaan 2
Menerangkan cara menghormati jiran.
Jangka masa 30 minit
pelaksanaan
Aktiviti Pembelajaran (Manual untuk ibu bapa dan guru)
1. Bincangkan maksud hormat.
• Kamus Bahasa Melayu:
i. Perbuatan yang menunjukkan rasa khidmat atau takzim kepada
seseorang.
ii. Menaruh atau memberi penghargaan terhadap seseorang.
iii. Sopan santun.
• Maksud hormat daripada DSKP:
i. Menghargai dan memuliakan seseorang serta menghormati
peraturan institusi sosial.
2. Bersoal jawab tentang contoh perlakuan menghormati jiran.
• Situasi 1: Seorang anak kecil menundukkan badan apabila lalu di
hadapan jirannya yang lebih tua.
• Situasi 2: Kamu terjumpa dengan jiran sewaktu membeli makanan di
kedai berhampiran kawasan perumahan. Kamu senyum dengan jiran
tersebut tetapi dia tidak membalas senyuman kamu.
31
• Soalannya, antara dua situasi tersebut, yang manakah menunjukkan
contoh perlakuan menghormati jiran?
3. Menyatakan justifikasi atau penerangan contoh perlakuan menghormati
jiran berdasarkan sesi soal jawab.
• Situasi yang menunjukkan contoh perlakuan menghormati jiran ialah
situasi 1. Kita harus menghormati semua jiran kita tanpa mengira usia
dan pangkat.
• Dalam situasi 2, jiran yang tidak membalas senyuman menunjukkan
seolah-olah dia tidak hormat pada kita yang sudah senyum dengan dia.
Mungkin dia ada masalah luka dalam mulut, gigi sakit sehingga
menyebabkan dia tidak mampu senyum. Namun begitu, sekurang-
kurangnya dia mengangguk menandakan dia kenal dengan kamu.
4. Murid membuat Latihan Pentaksiran 1.
32
Latihan Pentaksiran 1
Tandakan (/) pada perlakuan menghormati jiran dan (X) pada perlakuan yang tidak
menghormati jiran.
Situasi 1: Jiran anda mengunjungi keluarga anda.
Tindakan 1: Menonton televisyen sambil memanggil emak.
Tindakan 2: Menjemput sambil bersalaman dengan jiran.
Situasi 2: Jiran anda menegur perbuatan anda yang merosakkan peralatan
permainan di taman.
Tindakan 1: Memarahi jiran dan meneruskan perbuatan tersebut.
Tindakan 2: Berhenti melakukan perbuatan tersebut dan berjanji
tidak mengulanginya.
Situasi 3: Jiran anda menjemput keluarga anda untuk menghadiri majlis
perkahwinan anak mereka.
Tindakan 1: Anda memenuhi jemputan jiran dan membawa buah
tangan.
Tindakan 2: Anda tidak menghiraukan jemputan jiran anda.
Situasi 4: Jiran anda baru pulang dari hospital setelah mendapatkan rawatan
penyakit kencing manis.
Tindakan 1: Saya akan melawat jiran untuk bertanya khabar.
Tindakan 2: Saya tidak menziarahi beliau kerana tiada masa.
33
Aktiviti Tambahan 1
Tuliskan (Ya) pada pernyataan yang menghormati jiran dan (Tidak) pada
pernyataan yang tidak menghormati jiran.
PERNYATAAN YA / TIDAK
1. Sentiasa bergaul mesra dengan dengan jiran.
2. Menggunakan bahasa yang sopan semasa berbual
dengan jiran.
3. Mencaci upacara keagamaan jiran.
4. Tidak menghormati budaya jiran iaitu contohnya
pemakaian kasut dalam rumah tidak dipatuhi.
5. Mengejek bentuk badan jiran sehingga menyakitkan
hatinya.
6. Tunduk hormat apabila lalu di hadapan jiran yang lebih
berusia.
7. Membunyikan hon dengan kuat ketika jiran
mengadakan upacara sembahyang.
8. Masuk ke dalam bilik apabila ada jiran yang datang ke
rumah sebagai tetamu.
9. Meletakkan kereta di perkarangan rumah jiran tanpa
kebenaran.
10. Memenuhi jemputan ke majlis keramaian jiran.
34
Pembelajaran 2
Nilai Hormat
Standard 6.0 Hormati Jiran
Kandungan
Standard 6.3 Mengkaji kelebihan amalan menghormati jiran.
Pembelajaran
Objektif 1. Murid dapat menjelaskan sekurang-kurangnya tiga daripada
Pembelajaran empat kelebihan amalan menghormati jiran.
Tahap Penguasaan 3
Standard
Prestasi Menghubungkait amalan menghormat jiran dengan
kelebihannya.
Jangka masa 30 minit
pelaksanaan
Aktiviti Pembelajaran (Manual untuk ibu bapa dan guru)
1. Bersoal jawab tentang kelebihan amalan menghormati jiran.
• Apakah yang akan berlaku sekiranya kamu merendahkan suara
radio apabila mendengar jiran melakukan upacara sembahyang?
• Apakah yang akan berlaku sekiranya kamu dengan sengaja telah
menyediakan makanan seperti daging kepada jiran yang
beragama Hindu?
2. Justifikasi atau penerangan berdasarkan sesi soal jawab.
• Sekiranya kamu berkelakuan menghormati jiran contohnya
merendahkan suara radio apabila mendengar jiran melakukan
upacara sembahyang, kamu telah dapat membantu jiran untuk
lebih fokus melaksanakan upacara keagamaannya.
• Sekiranya kamu berkelakuan tidak menghormati jiran iaitu
contohnya menyediakan daging kepada jiran yang beragama
Hindu, kamu telah menyebabkan jiran terasa hati dan mahu
menjauhi kamu.
3. Murid membuat latihan Pentaksiran 2.
35
Latihan Pentaksiran 2
Tuliskan kelebihan amalan menghormati jiran berdasarkan situasi yang berikut.
Dapat mengukuhkan hubungan
Jiran lain akan berasa bangga
keluarga saya dengan jiran dengan sikap saya.
tetangga.
Dapat mengeratkan silaturahim dan
Jiran berasa bangga dan dihargai.
mengambil hati jiran.
1. Jiran mempelawa kamu menghadiri majlis konvokesyen kakaknya pada hari
Ahad ini, sedangkan kamu ingin berehat sambil menonton rancangan kegemaran.
Kepentingan kamu menerima pelawaannya:
2. Jiran kamu memberikan hadiah seutas jam tangan bersempena hari lahir kamu.
Kamu tahu jam tersebut harganya amat murah.
Kepentingan kamu menerima jam tangan tersebut:
3. Kamu ternampak seorang jiran tua sedang menaiki tangga sambil membawa
bakul yang dipenuhi dengan barang.
Kepentingan kamu membawakan bakul jiran dan memimpinnya menaiki tangga:
4. Jiran datang bertandang ke rumah kamu. Ibu meminta kamu menghidangkan
minuman. Kamu sibuk bermain komputer pada masa itu.
Kepentingan kamu menghidangkan minuman kepada jiran:
36
Nilai Kasih Sayang
Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi yang
terlibat dalam nilai Kasih Sayang:
37
Pembelajaran 1
Nilai Kasih Sayang
Standard 7.0 Sayangi Jiran
Kandungan
Standard 7.1 Memberikan contoh perlakuan menyayangi jiran
Pembelajaran 7.2 Menghuraikan cara menyayangi jiran
1. Murid dapat memberikan sekurang-kurangnya tiga
Objektif daripada lima contoh perlakuan menyayangi jiran.
Pembelajaran 2. Murid dapat menjelaskan sekurang-kurangnya empat
daripada tujuh cara menyayangi jiran.
Tahap Penguasaan 1
Menyatakan contoh perlakuan menyayangi jiran
Standard Prestasi
Tahap Penguasaan 2
Menerangkan cara menyayangi jiran.
Jangka masa 30 minit
pelaksanaan
Aktiviti Pembelajaran (Manual untuk ibu bapa dan guru)
1. Bincangkan maksud kasih sayang.
• Kamus Bahasa Melayu:
i. Cinta kasih
ii. Perasaan belas kasihan
iii. Menaruh kasih sayang
• Maksud kasih sayang mengikut DSKP:
i. Kepekaan dan perasaan cinta yang lahir daripada hati yang
ikhlas
2. Bersoal jawab tentang contoh perlakuan menyayangi jiran.
• Tanya murid sama ada mereka faham dengan maksud ambil berat.
3. Penerangan daripada sesi soal jawab.
• Ambil berat bermaksud prihatin dan peka tentang seseorang,
khasnya dalam Pendidikan Moral Tahun 4, murid prihatin dan peka
terhadap jiran mereka.
4. Murid menjawab Latihan Pentaksiran 1.
38
Latihan Pentaksiran 1
Bincangkan cara menyayangi jiran dan isikan dalam peta minda di bawah.
Cara
Menyayangi
Jiran
39
Aktiviti Tambahan 1:
Lengkapkan ayat dengan jawapan yang betul.
Ah Chong telah jatuh daripada tangga. Kakinya telah luka. Amin telah
membantu Ah Chong dengan _______________ lukanya dengan segera.
Muthu bangun lewat dan terlepas bas sekolah. Jirannya Boon Tat telah
_____________ Muthu ke sekolah dengan keretanya.
Jeevan kehabisan wang sakunya untuk perbelanjaan sekolah. Jirannya Ahmad
________________ wang kepada Jeevan.
Pak Cik Hamid meminta jirannya Kaliamah untuk membelikan surat khabar.
Kaliamah ________________ surat khabar untuk Pak Cik Hamid di kedai
berhampiran rumahnya.
Ali, Maran dan Kassim merupakan jiran yang saling menyayangi antara satu
sama lain. Mereka sentiasa bermain ________________ di taman permainan
setiap petang.
Keluarga Pak Mat sering menziarahi jirannya yang uzur apabila
berkesempatan. Amalan ini telah mengeratkan _______________ di antara
keluarga Pak Mat dan jirannya.
Balan sering peka terhadap keperluan keluarga Cheong yang mempunyai
banyak anak. Dia selalu memberikan makanan lebihan untuk mereka. Perbuatan
ini telah meningkatkan ________________ di antara mereka.
40
Pembelajaran 2
Nilai Kasih Sayang
Standard 7.0 Sayangi Jiran
Kandungan
Standard 7.3 Merumuskan kebaikan menyayangi jiran.
Pembelajaran
Objektif 1. Murid dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga
Pembelajaran daripada lima kebaikan amalan menyayangi jiran.
Tahap Penguasaan 3
Standard Prestasi Menghubungkait amalan menyayangi jiran dengan
kebaikannya.
Jangka masa 30 minit
pelaksanaan
Aktiviti Pembelajaran (Manual untuk ibu bapa dan guru)
1. Bersoal jawab tentang kebaikan menyayangi jiran.
• Sekiranya kamu menyayangi jiran, yang manakah kebaikan kamu
akan perolehi?
i. Merenggangkan hubungan dengan jiran, atau
ii. Mengeratkan hubungan dengan jiran?
2. Penerangan daripada sesi soal jawab.
• Apabila murid mengamalkan amalan menyayangi jiran, mereka akan
mendapat kebaikan seperti mengeratkan hubungan dengan jiran.
• Murid yang tidak menyayangi jiran akan menyebabkan hubungan
dengan jiran renggang.
3. Murid menjawab Latihan Pentaksiran 2.
41
Latihan Pentaksiran 2
Padankan cara kasih sayang terhadap jiran di bawah dengan kebaikan
yang boleh diperolehi daripadanya.
Haiwan peliharaan jiran
Membantu anak jiran yang
jatuh daripada tangga. selamat.
Membantu jiran
Membantu jiran yang tua meringankan masalah
mengangkat barang.
kewangan.
Mengurangkan risiko
Mengutip derma untuk mendapat kecederaan di
jiran yang susah.
taman permainan.
Menjaga haiwan peliharaan Anak jiran dapat dirawat
jiran semasa ketiadaan
mereka. dengan segera.
Menjaga keselamatan anak Mengurangkan beban
jiran yang bermain di
taman permainan. kerja jiran.
42
Pembelajaran 3
Nilai Kasih Sayang
Standard Kandungan 7.0 Sayangi Jiran
Standard 7.4 Mengekspresikan perasaan berkaitan dengan sikap
Pembelajaran menyayangi jiran.
1. Murid dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya
Objektif
Pembelajaran tiga daripada empat perasaan apabila dapat
mengamalkan nilai kasih sayang terhadap jiran.
Tahap Penguasaan 4
Standard Prestasi Mengenal pasti dan mempamerkan perasaan berkaitan
dengan sikap menyayangi jiran.
Jangka masa 30 minit
pelaksanaan
Aktiviti Pembelajaran (Manual untuk ibu bapa dan guru)
1. Bersoal jawab tentang perasaan berkaitan dengan sikap menyayangi
jiran.
• Sekiranya jiran kamu menyayangi dan berbuat baik kepada kamu,
apakah perasaan kamu?
2. Penerangan daripada sesi soal jawab.
• Apabila ada jiran yang menyayangi kamu dan berbuat baik
kepada kamu, kamu akan mempunyai perasaan gembira.
• Selain itu, antara perasaan yang kamu akan rasa berkaitan
dengan sikap menyayangi jiran ialah suka, bangga, rasa terharu.
3. Murid menjawab Latihan Pentaksiran 3.
43
Latihan Pentaksiran 3
Lengkapkan peta minda di bawah dengan perasaan kamu apabila dapat
mengamalkan nilai kasih sayang terhadap jiran.
Bangga
Perasaan kamu apabila dapat
mengamalkan nilai kasih sayang
terhadap jiran .
44
Kelompok
Nilai 3
8) Keadilan
Kelompok 9) Keberanian
Nilai 3 10) Kejujuran
11) Kerajinan
45
Nilai Keadilan
Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi yang terlibat
dalam nilai Keadilan:
46
Pembelajaran 1
Nilai Keadilan
Standard 8.0 Tindakan yang Adil Terhadap Jiran
Kandungan
Standard 8.1 Memberikan contoh tindakan yang adil terhadap jiran
Pembelajaran
1. Murid dapat menyatakan sekurang-kurangnya tiga daripada
Objektif
Pembelajaran lima contoh tindakan yang adil terhadap jiran secara
bertulis.
Standard Tahap Penguasaan 1
Prestasi Menyatakan contoh tindakan yang adil terhadap jiran
Jangka masa 30 minit
pelaksanaan
47
Aktiviti Pembelajaran (Manual untuk ibu bapa dan guru)
1. Bincangkan maksud keadilan.
• Kamus Bahasa Melayu:
i. Menyebelahi pihak yang benar
ii. Meletakkan sesuatu pada tempatnya
iii. Menepati hak seseorang atau sesuatu
iv. Tidak menyebelahi mana-mana pihak
• Maksud keadilan daripada DSKP:
i. Tindakan dan keputusan yang tidak berat sebelah
2. Bersoal jawab tentang contoh tindakan yang adil.
• Kalau saya bagi jiran A tiga mangkuk makanan, manakala jiran B hanya
diberi semangkuk makanan, adakah itu bertindak adil?
• Kalau saya berkongsi maklumat COVID19 dengan jiran A, dan
membiarkan jiran B tidak tahu apa-apa, adakah itu bertindak adil?
3. Menyatakan contoh tindakan yang adil berdasarkan sesi soal jawab.
• Saya bertindak adil apabila saya mempunyai empat mangkuk makanan,
saya berikan dua mangkuk kepada jiran A, dua mangkuk kepada jiran
B.
• Saya bertindak adil apabila berkongsi maklumat COVID19 secara
sama rata dengan kedua-dua jiran saya.
4. Murid membuat Latihan Pentaksiran 1.
48
Latihan Pentaksiran 1
Tandakan (/) pada contoh membantu jiran yang betul.
1. Aaron suka membantu jiran-jirannya tanpa mengira kaum. ( )
2. Vivek hanya berbaik dengan jirannya yang kaya sahaja. ( )
3. Letchumi menyapa semua jiran yang ditemuinya dengan mesra. ( )
4. Fuad berat sebelah semasa menjadi pengadil pertandingan
bola tampar di kawasan perumahannya. ( )
5. Semua jiran yang datang membantu keluarga Pak Samad semasa
majlis perkahwinan anak gadisnya diberi cenderahati. ( )
5
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Menyatakan contoh tindakan
Tafsiran
yang adil terhadap jiran.
Tahap Penerangan
Penguasaan / panduan Tandakan (/) pada ruang di Menguasai
1 kepada ibu sebelah sekiranya murid dapat
bapa dan menjawab sekurang-kurangnya
tiga jawapan betul.
guru
49
Aktiviti Tambahan 1:
Tuliskan nama jiran yang adil berdasarkan jawapan kamu pada Latihan Pentaksiran
1.
Jiran yang adil
Jiran yang tidak
adil
Aktiviti Tambahan 2:
Tuliskan apa yang akan kamu lakukan sekiranya kamu ialah…
1. Vivek
_______________________________________________________
_______________________________________________________
2. Fuad
_______________________________________________________
_______________________________________________________
50