The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by [email protected], 2021-05-08 05:40:49

Modul Pendidikan Moral Tahun 4

Pembelajaran 5

Nilai Keadilan

Standard 10.0 Amalan Jujur dalam Hidup Berjiran.
Kandungan

Standard 10.5 Mengamalkan sikap jujur terhadap jiran.
Pembelajaran

Objektif 1. Murid mempamerkan tingkah bersikap jujur terhadap jiran.
Pembelajaran

Tahap Penguasaan 5
Menghayati dan melaksanakan sikap jujur terhadap jiran dalam
Standard kehidupan harian.

Prestasi Tahap Penguasaan 6
Menghayati dan mengamalkan sikap jujur terhadap jiran secara

tekal serta boleh dicontohi.
Jangka masa 30 minit
pelaksanaan



Aktiviti Pembelajaran (Manual untuk ibu bapa dan guru)


1. Untuk pentaksiran daripada aspek perlakuan atau tingkah laku murid dalam
nilai Kejujuran, ibu bapa diharapkan dapat memberikan kebenaran kepada
murid untuk berjumpa dengan rakannya di kawasan kejiranan.


2. Untuk pentaksiran ini, murid akan melakukan penilaian rakan sebaya iaitu

murid akan menilai rakan sebaya berdasarkan kriteria yang disediakan,
kemudian rakan sebaya tersebut akan menilai murid berdasarkan kriteria
yang sama.


3. Borang penilaian kendiri tersebut ada pada Latihan Pentaksiran 5.


4. Selepas murid dan rakannya membuat penilaian, ibu bapa boleh

menghulurkan bantuan untuk mengira skor murid dan rakan dalam borang
penilaian. Satu (/) bermaksud satu skor.








101

Latihan Pentaksiran 5

Buat penilaian rakan sebaya tentang amalan bersikap jujur di kawasan kejiranan.
Tandakan (/) jika kamu dan rakan mengamalkan sikap tersebut.


Nama Murid:


Nama Rakan:



Amalan Jujur Saya (/) Rakan (/)


1. Sentiasa jujur dan amanah ketika menjalankan
suatu aktiviti atau tugasan.

2. Menunaikan janji apabila berjanji.


3. Melaksanakan tugasan secara berhemah dan ikhlas.


4. Sentiasa bercakap benar dan tidak menipu.



5. Mengakui kesalahan apabila sudah berbuat salah.


6. Sentiasa menepati masa.


7. Menyimpan rahsia serta menjaga nama baik jiran.


Jumlah Skor




Semak Skor Kamu dan Rakan Kamu

Skor 0 hingga 3 ⟶ Tingkatkan sikap kejujuran kamu.
Skor 4 hingga 7 ⟶ Syabas! Teruskan sikap kejujuran kamu.





















102

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Menghayati dan melaksanakan

Tafsiran sikap jujur terhadap jiran dalam
kehidupan harian.
Tahap
Penguasaan Penerangan Tandakan (/) pada ruang di Menguasai
5 / panduan sebelah sekiranya murid telah
kepada ibu mendapat skor empat hingga
bapa dan
guru tujuh.
Menghayati dan mengamalkan
sikap jujur terhadap jiran
Tafsiran
secara tekal serta boleh
dicontohi.
Tahap
Penguasaan Penerangan Tandakan (/) pada ruang di Menguasai
sebelah sekiranya murid
6 / panduan mendapat skor enam hingga
kepada ibu tujuh dan dirasakan dapat
bapa dan
guru menjadi contoh teladan kepada
rakan-rakan sebaya.















































103

Nilai Kerajinan


Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi yang terlibat
dalam nilai Kerajinan:















































































104

Pembelajaran 1

Nilai Kerajinan

Standard 11.0 Amalan Rajin dalam Hidup Berjiran.
Kandungan

Standard 11.1 Memberikan contoh amalan rajin dalam hidup berjiran.
Pembelajaran

1. Murid dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya enam
Objektif
Pembelajaran contoh amalan rajin dalam hidup berjiran dalam aktiviti
gunting dan tampal.
Standard Tahap Penguasaan 1
Prestasi Menyatakan contoh amalan rajin dalam hidup berjiran.

Jangka masa 30 minit
pelaksanaan



Aktiviti Pembelajaran (Manual untuk ibu bapa dan guru)

1. Bincangkan maksud kerajinan.

• Kamus Bahasa Melayu:
i. Suka bekerja seperti belajar dan sebagainya, giat,

bersungguh-sungguh, tekun.
ii. Kerap kali, selalu berbuat sesuatu atau melakukan
sesuatu.

• Maksud kerajinan daripada DSKP:
i. Usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh dan

berdedikasi dalam melakukan sesuatu.

2. Bersoal jawab tentang contoh amalan rajin dalam hidup berjiran.

• Kamu pernah membantu jiran sebelum ini?
• Apakah yang pernah kamu lakukan untuk membantu jiran?

















105

3. Memberikan penerangan tentang sesi soal jawab.
• Sekiranya murid pernah membantu jiran, ucapkan terima kasih

kerana telah melakukan kebaikan kepada jiran.
• Sekiranya murid menyatakan belum pernah membantu jiran,

maka ucapkan kepada mereka bahawa akan ada peluang untuk
membantu jiran selepas ini. Gunakanlah peluang yang ada
dengan sebaiknya untuk berbakti kepada jiran.

• Terangkan bahawa membantu jiran merupakan salah satu
contoh amalan kerajinan terhadap jiran.

• Selepas mendengar apa yang murid pernah lakukan untuk
membantu jiran, puji mereka dan doakan semoga mereka terus

rajin membantu jiran yang memerlukan.
• Terangkan kepada murid, bahawa mungkin hari ini jiran dalam
kesusahan dan murid perlu rajin membantu mereka. Pada masa

akan datang, kalau murid dalam kesusahan, jiran akan
membantu kita pula.


4. Murid membuat Latihan Pentaksiran 1. Ibu bapa dimohon agar mengawasi
murid membuat latihan tersebut kerana murid perlu menggunakan

peralatan gunting untuk menggunting gambar. Latihan ini melibatkan
aktiviti gunting dan tampal.






































106

Latihan Pentaksiran 1

A) Gunting gambar di bawah mengikut garisan putus-putus. Gambar ini akan

digunakan dalam latihan (B). Pastikan kamu menggunting dengan hati-hati dan di
bawah pengawasan ibu bapa.














































































107

B) Tampalkan gambar yang telah digunting daripada latihan (A) pada pernyataan
amalan rajin yang sesuai dengan gambar.









Saya menyusun buku cerita di balai

bacaan bersama dengan anak-anak jiran.















Saya dan jiran berusaha menyiapkan

kerja sekolah bersama-sama.















Saya bersama dengan jiran bergotong-

royong membersihkan kawasan kejiranan.














Saya dan rakan-rakan menyusun kerusi
dan meja sempena majlis perkahwinan
anak jiran.












108

Saya bersama dengan jiran gigih berlatih

piano supaya dapat menjuarai
pertandingan piano.














Saya membantu membaiki kereta jiran

yang rosak di bengkel bapa.














Saya membantu jiran saya mengutip buah

rambutan dan durian untuk dijual di
pasar malam.













Jiran-jiran saya datang membantu saya
menyediakan makanan untuk majlis

kenduri doa selamat di rumah saya.

















109

Saya membantu jiran saya, Pak Man

mengangkat hasil tangkapannya di laut.














Saya membantu jiran saya mengangkat
perabot ke dalam lori sewaktu mereka

mahu berpindah rumah.









10



Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Menyatakan contoh amalan
Tafsiran
rajin dalam hidup berjiran.
Tahap Penerangan Tandakan (/) pada ruang di
Penguasaan / panduan sebelah sekiranya murid dapat Menguasai
1 kepada ibu menampal sekurang-kurangnya
bapa dan enam gambar pada pernyataan
guru yang betul.






















110

Pembelajaran 2

Nilai Kerajinan

Standard 11.0 Amalan Rajin dalam Hidup Berjiran.
Kandungan

Standard 11.2 Menjelaskan cara bersikap rajin dalam hidup berjiran.
Pembelajaran

1. Murid dapat membezakan sekurang-kurangnya tiga cara
Objektif
Pembelajaran bersikap rajin dan malas dalam hidup berjiran secara
bertulis.
Standard Tahap Penguasaan 2
Prestasi Menerangkan cara bersikap rajin dalam hidup berjiran.

Jangka masa 30 minit
pelaksanaan



Aktiviti Pembelajaran (Manual untuk ibu bapa dan guru)

1. Bersoal jawab dengan murid tentang cara bersikap rajin dalam hidup

berjiran.
• Adakah menolong jiran menyiram pokok bunga tanpa disuruh

itu boleh dianggap sebagai rajin?
• Adakah membersihkan halaman rumah jiran apabila diminta
dan dibayar dengan upah itu boleh dianggap sebagai rajin?


2. Justifikasi / penerangan berdasarkan sesi soal jawab.

• Perbuatan menolong jiran menyiram pokok bunga tanpa disuruh
adalah salah satu contoh cara bersikap rajin dalam hidup
berjiran.

• Minta murid untuk ulang semula ayat “Cara bersikap rajin
dalam hidup berjiran ialah menolong jiran menyiram pokok

bunga tanpa disuruh”.
• Perbuatan membersihkan halaman rumah jiran apabila diminta

dan dibayar dengan upah juga merupakan salah satu contoh
cara bersikap rajin dalam hidup berjiran. Hal ini kerana murid
masih melakukan tingkah laku membantu jiran. Namun begitu,







111

adalah lebih baik membantu jiran tanpa mengharapkan apa-apa
balasan.

• Minta murid untuk ulang semula ayat “Cara bersikap rajin
dalam hidup berjiran ialah membersihkan halaman rumah jiran

apabila diminta dan dibayar dengan upah tetapi lebih rajin
apabila saya melakukan perkara tersebut tanpa mengharap
apa-apa ganjaran”.


3. Murid membuat latihan Pentaksiran 1.

• Ibu bapa akan membuat kuiz kepada murid.
• Ibu bapa perlu sediakan terlebih dahulu bahan seperti di

bawah.
• Guntingkan pilihan jawapan mengikut garis putus-putus dan
tampal pada lidi.

• Selepas siap, ibu bapa akan bacakan pernyataan. Murid perlu
menjawab dengan mengangkat jawapan sama ada RAJIN atau

MALAS.
• Selepas itu, minta murid mengulang semula pernyataan dan
nyatakan jawapan mereka secara lisan.

• Ibu bapa boleh menulis skor jawapan murid yang betul untuk
pentaksiran menguasai atau tidak menguasai tajuk ini.






RAJIN MALAS












Cara menampal bahan
pada lidi
Pandangan Pandangan
depan
belakang


112

Latihan Pentaksiran 2

Nyatakan sama ada sikap dalam ayat yang dibaca ialah RAJIN atau MALAS. Ulang

semula ayat yang dibaca dan kemudian nyatakan jawapan kamu secara lisan. Satu
jawapan yang betul akan mendapat satu skor. Tuliskan skor ‘1’ sekiranya jawapan

murid betul, dan skor ‘0’ sekiranya jawapan murid kurang tepat.


Penduduk di situ memotong beberapa dahan yang menghalang
laluan pejalan kaki.





Tiada sesiapa yang membantu menjayakan kempen yang dianjurkan oleh
persatuan penduduk di situ.



Jiran tetangga menceriakan kawasan kejiranan mereka dengan mengecat

pagar-pagar rumah mereka sendiri.




Samad duduk tanpa membantu jiran-jiran lain semasa majlis sambutan
Hari Raya bagi kawasan kejiranan mereka.




Walaupun Chong dan Gopi merupakan rakan sekelas dan tinggal

berdekatan, mereka jarang mengulang kaji pelajaran bersama-sama.




Beberapa orang jiran Samad mengemas dewan selepas mereka
bermesyuarat petang tadi.




6
















113

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Menerangkan cara bersikap
Tafsiran
rajin dalam hidup berjiran.
Tahap Penerangan
Penguasaan / panduan Tandakan (/) pada ruang di Menguasai
2 kepada ibu sebelah sekiranya murid dapat
bapa dan menjawab sekurang-kurangnya
empat jawapan dengan betul.
guru







































































114

Pembelajaran 3

Nilai Kerajinan

Standard 11.0 Amalan Rajin dalam Hidup Berjiran.
Kandungan

Standard 11.3 Mengenal pasti kepentingan amalan rajin dalam hidup
Pembelajaran berjiran.

Objektif 1. Murid dapat menyenaraikan kepentingan amalan rajin dalam
Pembelajaran hidup berjiran secara bertulis.

Tahap Penguasaan 3
Standard
Prestasi Menghubungkait amalan rajin dalam hidup berjiran dengan
kepentingannya.

Jangka masa 30 minit
pelaksanaan























































115

Aktiviti Pembelajaran (Manual untuk ibu bapa dan guru)

1. Bersoal jawab dengan murid tentang kepentingan amalan rajin dalam

hidup berjiran.
• Apakah kepentingan apabila kita rajin membantu jiran

menyiram pokok bunga mereka?
• Apakah kepentingan apabila kita rajin membersihkan taman
permainan dalam kawasan kejiranan?


2. Penerangan / justifikasi kepada sesi soal jawab.

• Apabila kita rajin membantu jiran untuk menyiram pokok bunga
mereka, bunga tersebut akan menjadi mekar dan dapat
menceriakan kawasan perumahan kita.

• Apabila kita rajin membersihkan taman permainan dalam
kawasan kejiranan, semua anak-anak kecil jiran dapat bermain

di taman permainan tersebut tanpa risau dengan ancaman
haiwan liar seperti ular berbisa.


3. Penekanan terhadap pentingnya mengamalkan sikap rajin dalam hidup
berjiran.

• Cuba bayangkan sekiranya kamu malas untuk membantu jiran
menyiram pokok bunga sedangkan kamu tahu jiran kamu sudah
berusia dan tidak dapat bergerak aktif untuk menyiram pokok

bunganya. Pastinya pokok bunga tersebut akan menjadi layu.
• Cuba bayangkan sekiranya kamu malas untuk membantu

membersihkan taman permainan di kawasan kejiranan dan
membiarkan sahaja rumput dan lalang tumbuh subur. Pastinya
anak-anak kecil jiran tidak dapat menggunakan kemudahan

taman permainan untuk bermain dan beriadah.


4. Murid membuat Latihan Pentaksiran 3.















116

Latihan Pentaksiran 3

Nyatakan kepentingan amalan rajin dalam hidup berjiran berdasarkan situasi dan

cara bersikap rajin.

Kepentingan amalan rajin dalam hidup berjiran:



Situasi Cara Bersikap Rajin Kepentingan



Rajin menyiapkan
tugasan bersama

jiran untuk
pertandingan hari
keluarga.






Gigih bergotong-
royong sesama jiran

dan menyusun pokok-
pokok bunga di
kawasan kejiranan.







Rajin bertanya
khabar dan

mengambil tahu hal
ehwal jiran.








Rajin berusaha
bersama-sama

menangkap ikan demi
mencari rezeki.







4
117

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Menghubungkait amalan rajin
Tafsiran dalam hidup berjiran dengan
kepentingannya.
Tahap

Penguasaan Penerangan Tandakan (/) pada ruang di Menguasai
/ panduan
3 sebelah sekiranya sekurang-
kepada ibu
bapa dan kurangnya dua jawapan adalah
betul.
guru


Aktiviti Tambahan 1:


Tandakan (/) pada pernyataan tentang kepentingan amalan rajin dalam hidup
berjiran dan (X) pada pernyataan yang bukan tentang kepentingan amalan rajin
dalam hidup berjiran.




Dapat membantu mengeratkan hubungan sesama jiran
apabila sama-sama saling bertegur sapa.






Dapat meningkatkan kes kecurian kerana tiada yang mahu

menjaga keselamatan kawasan perumahan.







Dapat menjaga kebersihan dewan kawasan perumahan
apabila selalu bersama-sama melakukan gotong-royong.







Dapat saling berkongsi resepi masakan tradisional apabila

gigih menyediakan makanan untuk jiran.







Tidak disukai oleh jiran kerana sering mengambil buah-

buahan milik jiran untuk dimakan sendiri.


118

Pembelajaran 4

Nilai Kerajinan

Standard 11.0 Amalan Rajin dalam Hidup Berjiran.
Kandungan

Standard 11.4 Mengekpresikan perasaan berkaitan dengan sikap rajin
Pembelajaran dalam hidup berjiran.

Objektif 1. Murid dapat mengenal pasti perasaan yang sesuai berkaitan
Pembelajaran dengan sikap rajin dalam hidup berjiran.

Tahap Penguasaan 4
Standard
Prestasi Mengenal pasti dan mempamerkan perasaan berkaitan dengan
sikap rajin dalam hidup berjiran.

Jangka masa 30 minit
pelaksanaan



Aktiviti Pembelajaran (Manual untuk ibu bapa dan guru)

1. Selain daripada mempamerkan perasaan dalam aspek Emosi Moral, murid

juga perlu mahir dalam mengenal pasti perasaan yang sesuai berkaitan
dengan sikap rajin dalam hidup berjiran.


2. Perasaan seperti bangga, puas hati, terharu, sedih, tidak mudah
berputus asa, gembira dan bersyukur adalah contoh perasaan yang boleh

dikenal pasti sesuai dengan situasi yang diberikan.


3. Murid menjawab latihan Pentaksiran 4.



























119

Latihan Pentaksiran 4

Kenal pasti perasaan yang sesuai untuk pernyataan di bawah. Isikan tempat kosong

dengan gambaran perasaan yang sesuai.





bangga puas hati terharu gembira



berputus asa bersyukur






Sarjit berasa _______________________ apabila jirannya turut bersama-sama

menanam pokok-pokok bunga demi menceriakan kawasan kejiranan.





Julia dan jirannya tidak mudah _______________________ walaupun tidak
memenangi sebarang pingat dalam pertandingan tarian.





Jonli berasa _______________________ dengan tindakan jiran sekeliling yang

selalu membantu Pak Mail yang hidup sebatang kara itu.





Kita patut _______________________ kepada Tuhan kerana dikurniakan jiran-
jiran yang rajin dan berhati mulia.





Saya berasa _______________________ apabila jiran memuji saya seorang yang

rajin.





Ayah Hong berasa _______________________ apabila pekerja yang juga
merupakan anak jirannya sentiasa menepati masa dan rajin bekerja di kedai runcitnya.





6


120

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Mengenal pasti dan
mempamerkan perasaan
Tafsiran
berkaitan dengan sikap rajin

Tahap dalam hidup berjiran.
Penguasaan Penerangan Menguasai
4 / panduan Tandakan (/) pada ruang di
kepada ibu sebelah sekiranya murid dapat
menjawab sekurang-kurangnya
bapa dan empat jawapan betul.
guru

































































121

Pembelajaran 5

Nilai Kerajinan

Standard 11.0 Amalan Rajin dalam Hidup Berjiran.
Kandungan

Standard 11.5 Mengamalkan sikap rajin dalam hidup berjiran.
Pembelajaran

1. Murid dapat menyenaraikan amalan sikap rajin yang boleh
Objektif dilakukan berdasarkan gambar secara bertulis.

Pembelajaran 2. Murid dapat melaksanakan sekurang-kurangnya satu amalan
rajin yang disenaraikan di kawasan perumahan.
Tahap Penguasaan 5

Menghayati dan melaksanakan sikap rajin terhadap jiran dalam
Standard kehidupan harian.

Prestasi Tahap Penguasaan 6
Menghayati dan mengamalkan sikap rajin dalam hidup berjiran
secara tekal serta boleh dicontohi.

Jangka masa
pelaksanaan 1 hari



Aktiviti Pembelajaran (Manual untuk ibu bapa dan guru)

1. Untuk Latihan Pentaksiran 1, murid perlu berfikir aras tinggi untuk

menyenaraikan amalan yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan
masalah yang ada dalam gambar.

2. Selepas itu, murid perlu cuba melaksanakan sekurang-kurangnya satu
amalan yang disenaraikan dalam latihan tadi.
3. Pelaksanaan amalan tersebut boleh mengambil masa selama 1 hari atau

lebih. Ibu bapa membawa murid ke tempat yang sesuai, contohnya
kawasan padang atau kawasan lapang berhampiran kawasan perumahan.

4. Ambil gambar dan rakam video sewaktu murid melaksanakan amalan
tersebut. Gambar tersebut boleh dicetak dan ditampal pada bahagian

jawapan manakala video tersebut perlu disimpan sebagai bahan bukti
bahawa murid telah menguasai Tahap Penguasaan 5 dan 6.
5. Video tersebut juga boleh dihantar kepada guru mata pelajaran yang

mengajar murid.




122

Latihan Pentaksiran 5

A) Lihat gambar di bawah. Nyatakan lima cara yang boleh kamu lakukan untuk

membersihkan kawasan tersebut.













































1.




2.



3.




4.




5.





5


123

B) Pilih satu amalan daripada jawapan kamu di soalan (A). Rakam video kamu sedang
melakukan amalan tersebut di kawasan perumahan kamu. Video tersebut akan

disimpan sebagai bahan bukti kamu telah melaksanakan amalan tersebut. Kamu
juga boleh menghantar video itu kepada guru kamu untuk semakan.


Tuliskan amalan yang kamu pilih:








Tampal gambar kamu sedang melakukan amalan tersebut (sekiranya kamu ada

mesin pencetak):



























































124

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Menghayati dan melaksanakan

Tafsiran sikap rajin terhadap jiran dalam
kehidupan harian.
Tahap
Penguasaan Penerangan Tandakan (/) pada ruang di Menguasai
5 / panduan sebelah sekiranya murid
kepada ibu berjaya menyenaraikan
bapa dan sekurang-kurangnya tiga amalan
guru yang boleh dilakukan.
Menghayati dan mengamalkan
sikap rajin dalam hidup berjiran
Tafsiran
secara tekal serta boleh
Tahap dicontohi.

Penguasaan Penerangan Tandakan (/) pada ruang di Menguasai
6 / panduan
kepada ibu sebelah sekiranya murid telah
bapa dan berjaya melaksanakan amalan
terpilih.
guru
















































125

Kelompok










Nilai 4

















12) Kerjasama
Kelompok
Nilai 4 13) Kesederhanaan
14) Toleransi
























126

Nilai Kerjasama


Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi yang terlibat
dalam nilai Kerjasama:














































































127

Pembelajaran 1

Nilai Kerjasama

Standard 12.0 Amalan Kerjasama dalam Hidup Berjiran.
Kandungan

Standard 12.1 Memberikan contoh amalan kerjasama dalam hidup
Pembelajaran berjiran.

Objektif 1. Murid dapat menyenaraikan contoh amalan kerjasama dalam
Pembelajaran hidup berjiran secara bertulis.

Standard Tahap Penguasaan 1
Prestasi Menyatakan contoh amalan kerjasama dalam hidup berjiran.
Jangka masa 30 minit

pelaksanaan



Aktiviti Pembelajaran (Manual untuk ibu bapa dan guru)

1. Bincangkan maksud kerjasama.
• Kamus Bahasa Melayu:

i. Kerja yang dibuat bersama-sama dan dengan tolong-
menolong, gotong-royong.

ii. Kerja (usaha) bersama-sama atau saling membantu
antara dua atau beberapa pihak.
iii. Sumbangan pelbagai rupa yang berbentuk bantuan

tenaga, sokongan, persefahaman dari satu pihak kepada
pihak yang lain untuk faedah bersama.

• Maksud kerjasama daripada DSKP:
i. Melakukan sesuatu bersama-sama untuk kebaikan
bersama.


2. Bersoal jawab tentang contoh amalan kerjasama dalam hidup berjiran.

Soal jawab ini adalah berdasarkan kepada buku teks Pendidikan Moral
halaman 101.













128

Halaman 101 daripada buku teks Pendidikan Moral Tahun 4 untuk rujukan ibu bapa.












































































• Apakah yang kamu nampak dalam gambar? Ada berapa orang

yang terlibat dalam situasi tersebut?





129

• Apakah yang berlaku sekiranya orang dalam gambar tidak
melakukan perbuatan yang ditunjukkan dalam gambar?


3. Justifikasi / penerangan terhadap maklum balas yang diberikan oleh

murid semasa sesi soal jawab.
• Terdapat beberapa orang sedang membersihkan jalan raya
daripada pokok yang sudah tumbang. Seramai 7 orang terlibat

dalam situasi tersebut iaitu 3 orang ialah orang dewasa
manakala 4 orang yang lain ialah murid sekolah.

• Sekiranya mereka tidak membersihkan jalan raya tersebut,
para pemandu kereta atau penunggang motosikal tidak dapat

menggunakan jalan tersebut.

4. Bersoal jawab sesi kedua dengan murid tentang pendapat mereka.

• Pada pendapat kamu, bolehkah perbuatan tadi dilakukan oleh
seorang sahaja?

• Apakah yang akan berlaku sekiranya hanya seorang sahaja yang
melakukan perbuatan tersebut.


5. Justifikasi / penerangan terhadap maklum balas yang diberikan oleh
murid semasa sesi soal jawab yang kedua.

• Perbuatan tersebut tidak boleh dilakukan oleh seorang sahaja,
tetapi mestilah melibatkan ramai orang.
• Sekiranya hanya seorang sahaja yang melakukan perbuatan

tersebut, maka dia akan menjadi sangat penat, malah tidak
dapat menyelesaikan masalah yang berlaku dalam kadar

segera.

6. Terangkan kepada murid, itulah yang dimaksudkan dengan kerjasama

iaitu melakukan sesuatu perkara yang melibatkan ramai orang. Contoh
amalan kerjasama dalam hidup berjiran ialah seperti yang dilihat dalam

gambar iaitu bekerjasama untuk membersihkan kawasan jalan raya, iaitu
mengutip dahan dan ranting yang patah, mengalihkan batang pokok yang
menutup laluan jalan raya.


7. Murid membuat Latihan Pentaksiran 1.



130

Latihan Pentaksiran 1

Lengkapkan peta minda yang berikut tentang contoh amalan kerjasama dalam hidup

berjiran.


amal menceriakan kesusahan


keselamatan program jenayah











2. Kerjasama
dalam

membanteras
1. Kerjasama ____________. 3. Kerjasama

membantu jiran menjaga
ketika dalam ____________
____________. kawasan kejiranan.







Contoh
Amalan

Kerjasama


6. Kerjasama

dalam menjayakan 4. Kerjasama
____________ dalam melakukan
kejiranan. kerja-kerja
5. Kerjasama ____________.
dalam mencantik
dan

____________
kawasan kejiranan.




6



131

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Menyatakan contoh amalan
Tafsiran kerjasama dalam hidup
berjiran.

Tahap Tandakan (/) pada ruang di
Penguasaan Penerangan sebelah sekiranya murid dapat Menguasai
1 / panduan melengkapkan sekurang-
kepada ibu kurangnya empat contoh
bapa dan
guru amalan kerjasama dengan
betul.



Aktiviti Tambahan 1:

Tuliskan amalan kerjasama yang boleh dilakukan berdasarkan situasi yang
diberikan.




Sebuah keluarga baru berpindah ke kawasan kejiranan kamu.

Mereka sedang mengangkat barang dari lori.



Apakah amalan kerjasama yang boleh kamu lakukan?


















Kamu dan rakan-rakan dapati taman permainan di kawasan

perumahan kamu telah penuh dengan sampah-sarap.



Apakah amalan kerjasama yang boleh kamu lakukan?












132

Pembelajaran 2

Nilai Kerjasama

Standard 12.0 Amalan Kerjasama dalam Hidup Berjiran.
Kandungan

Standard 12.2 Menjelaskan cara mengekalkan amalan kerjasama dalam
Pembelajaran hidup berjiran.

Objektif 1. Murid dapat menerangkan cara mengekalkan amalan
Pembelajaran kerjasama dalam hidup berjiran.

Tahap Penguasaan 2
Standard
Prestasi Menerangkan cara mengekalkan amalan kerjasama dalam hidup
berjiran.

Jangka masa 30 minit
pelaksanaan























































133

Aktiviti Pembelajaran (Manual untuk ibu bapa dan guru)

1. Bersoal jawab tentang cara untuk mengekalkan amalan kerjasama dalam

hidup berjiran.
• Kalau kamu seorang yang sering berkurung dalam bilik dan

enggan bertegur sapa dengan jiran, dapatkah kamu
mengekalkan amalan kerjasama dengan jiran?
• Kalau kamu seorang yang mementingkan diri sendiri, dapatkah

kamu mengekalkan amalan kerjasama dengan jiran?


2. Penerangan / justifikasi terhadap sesi soal jawab:
• Sekiranya kamu tidak pernah berusaha untuk bertegur sapa
walaupun sekadar berkata “hai” kepada jiran, kamu mungkin

tidak dapat menyertai apa-apa program yang melibatkan
kerjasama dengan jiran. Hal ini kerana jiran-jiran kamu juga

kurang mengenali kamu dan segan untuk mengajak kamu
bekerjasama melaksanakan program.
• Sekiranya kamu seorang yang sombong dan mementingkan diri

sendiri, kamu mungkin tidak dapat membantu mengekalkan
amalan kerjasama dengan jiran kerana ada jiran yang akan

berasa tidak selesa dengan sikap kamu.

3. Pengajaran daripada sesi soal jawab dan penerangan:

• Kamu perlu berusaha untuk bertegur sapa dengan jiran
walaupun sekadar berkata “hai” agar kamu dan jiran tidak

berasa segan untuk saling mengajak bersama-sama
melaksanakan apa-apa program kejiranan.
• Kamu perlu menjauhi sikap mementingkan diri sendiri dan

menjadi seorang yang mudah didekati oleh jiran-jiran. Barulah
jiran berasa selasa dengan kamu dan sentiasa mengajak kamu

untuk terlibat dalam apa-apa program kejiranan.

4. Murid membuat Latihan Pentaksiran 2. Ibu bapa boleh membantu

membimbing murid menjana idea untuk menjawab latihan, tetapi elakkan
daripada memberi terus jawapan kepada murid.






134

Latihan Pentaksiran 2

Lengkapkan rajah di bawah ini tentang cara mengekalkan amalan kerjasama dalam

hidup berjiran. Kamu boleh berbincang dengan ibu bapa untuk menjana idea.




























Cara
Mengekalkan

Amalan
Kerjasama





























4











135

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Menerangkan cara mengekalkan
Tafsiran amalan kerjasama dalam hidup
berjiran.

Tahap Tandakan (/) pada ruang di
Penguasaan Penerangan sebelah sekiranya murid dapat Menguasai
2 / panduan menyenaraikan sekurang-
kepada ibu kurangnya dua cara
bapa dan
guru mengekalkan amalan kerjasama
dalam hidup berjiran.



































































136

Pembelajaran 3

Nilai Kerjasama

Standard 12.0 Amalan Kerjasama dalam Hidup Berjiran.
Kandungan

Standard 12.3 Menghuraikan kebaikan amalan kerjasama dalam hidup
Pembelajaran berjiran.

Objektif 1. Murid dapat menerangkan kebaikan amalan kerjasama dalam
Pembelajaran hidup berjiran secara bertulis.

Tahap Penguasaan 3
Standard
Prestasi Menghubungkait amalan kerjasama dalam hidup berjiran
dengan kebaikannya.

Jangka masa 30 minit
pelaksanaan



Aktiviti Pembelajaran (Manual untuk ibu bapa dan guru)

1. Berbincang dengan murid tentang kebaikan amalan kerjasama dalam

hidup berjiran.
• Semua perkara berfaedah yang kita lakukan akan memberikan

manfaat atau kebaikan kepada kita dan orang lain.
• Amalan kerjasama dalam hidup berjiran sebenarnya
memberikan banyak kebaikan kepada kita dan jiran.


2. Murid menjawab Latihan Pentaksiran 3.






























137

Latihan Pentaksiran 3

Lengkapkan jadual di bawah ini tentang kebaikan amalan kerjasama dalam hidup

berjiran.


Kerja dapat disiapkan dengan cepat dan hubungan kejiranan

menjadi bertambah erat.
















KEBAIKAN AMALAN
SITUASI
KERJASAMA
1. Kamu dan anak-anak jiran menyusun meja

dan kerusi bersempena sambutan kongsi
raya anjuran Kawasan Rukun Tetangga

(KRT) yang akan diadakan pada hujung
minggu nanti.
2. Kamu dan anggota rukun tetangga menjaga

keselamatan rumah-rumah jiran pada waktu
malam atau ketika mereka sedang bercuti.

3. Kamu dan jiran mengadakan projek jualan
amal bagi mengutip derma untuk kebajikan
rumah anak-anak yatim.


4. Kamu dan anggota KRT bersama-sama
membanteras gejala vandalisme yang sering
berlaku di taman permainan.


5. Kamu dan jiran bersama-sama
mengusahakan projek penanaman cili padi di
kawasan lapang tepi balai raya.





5 138

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Menghubungkait amalan
Tafsiran kerjasama dalam hidup
berjiran dengan kebaikannya.
Tahap

Penguasaan Penerangan Tandakan (/) pada ruang di Menguasai
/ panduan
3 sebelah sekiranya murid
kepada ibu
bapa dan menjawab sekurang-kurangnya
tiga soalan dengan betul.
guru


Aktiviti Tambahan 1:


Warnakan bentuk yang mengandungi kebaikan amalan kerjasama dalam hidup
berjiran.




Kawasan persekitaran menjadi bersih dan kemas.








Suasana kurang mesra sesama jiran.








Lebih mengeratkan hubungan dengan jiran.








Jiran segan untuk mengajak kamu bergotong-royong.









Wujud perasaan kekitaan dengan jiran.











139

Pembelajaran 4

Nilai Kerjasama

Standard 12.0 Amalan Kerjasama dalam Hidup Berjiran.
Kandungan

Standard 12.4 Mengekspresikan perasaan berkaitan dengan amalan
Pembelajaran kerjasama dalam hidup berjiran.

1. Murid dapat mengenal pasti perasaan yang betul berkaitan
Objektif
Pembelajaran dengan amalan kerjasama dalam hidup berjiran secara
bertulis.
Tahap Penguasaan 4
Standard Mengenal pasti dan mempamerkan perasaan berkaitan dengan

Prestasi
amalan kerjasama dalam hidup berjiran.
Jangka masa

pelaksanaan 30 minit



Aktiviti Pembelajaran (Manual untuk ibu bapa dan guru)

1. Untuk pembelajaran ini, murid cuba untuk mengenal pasti perasaan yang
betul berkaitan dengan amalan kerjasama dalam hidup berjiran.


2. Latihan Pentaksiran 4 mengandungi silang kata yang perlu dilengkapkan
berdasarkan pernyataan untuk melintang dan menegak.


3. Klu untuk jawapan ada pada silang kata.





























140

Latihan Pentaksiran 4

Lengkapkan silang kata di bawah ini dengan perasaan yang betul berkaitan dengan

amalan kerjasama dalam hidup berjiran.


Melintang



1. Yu berasa amat _____________________ apabila banyak jiran yang membantu
menghidupkan kereta ayahnya yang mengalami kerosakan.
2. Semua kerja dapat disiapkan dengan _____________________ jika semua anggota

jiran bekerjasama.
3. Amalan bekerjasama dapat mengeratkan _____________________ dalam kalangan
jiran.



Menegak

4. Sesuatu aktiviti yang dilakukan secara bersama juga boleh memupuk
_____________________ kaum.

5. Apabila semua jiran bekerjasama, sesuatu tugas yang sukar akan menjadi
_____________________.

6. Saya berasa _____________________ kerana memilik jiran yang ringan tulang dan
saling membantu.




































6




141

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Mengenal pasti dan
mempamerkan perasaan
Tafsiran berkaitan dengan amalan

kerjasama dalam hidup
berjiran.
Tahap
Penguasaan Tandakan (/) pada ruang di Menguasai
4 Penerangan sebelah sekiranya murid dapat
/ panduan mengenal pasti sekurang-
kepada ibu kurangnya empat perasaan yang
bapa dan sesuai dengan pernyataan
guru kerjasama dalam hidup
berjiran.





























































142

Pembelajaran 5

Nilai Kerjasama

Standard 12.0 Amalan Kerjasama dalam Hidup Berjiran.
Kandungan

Standard 12.5 Mengamalkan sikap bekerjasama dalam hidup berjiran.
Pembelajaran

Objektif 1. Murid dapat melaksanakan sikap bekerjasama terhadap
Pembelajaran jiran dalam kehidupan harian.

Tahap Penguasaan 5
Menghayati dan melaksanakan sikap bekerjasama terhadap
Standard jiran dalam kehidupan seharian.

Prestasi Tahap Penguasaan 6
Menghayati dan mengamalkan sikap bekerjasama dalam hidup

berjiran secara tekal serta boleh dicontohi.
Jangka masa 1 hari
pelaksanaan
















































143

Aktiviti Pembelajaran (Manual untuk ibu bapa dan guru)

1. Untuk nilai kerjasama, ibu bapa diminta untuk merancang satu aktiviti

yang menjadikan murid sebagai orang utama untuk melaksanakan amalan
kerjasama.


2. Contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah mengadakan aktiviti
memasak bersama-sama. Jemput anak-anak jiran untuk bersama-sama

memasak dengan murid.
• Ibu bapa boleh bimbing dan ajarkan resepi memasak yang

mudah seperti membuat sandwic. Ibu bapa perlu pantau murid
dan anak-anak jiran sekiranya mereka menggunakan peralatan
tajam seperti pisau.

• Ambil gambar sewaktu murid dan anak-anak jiran sedang
bekerjasama untuk menyediakan makanan tersebut.

• Gambar tersebut ialah bahan bukti bahawa murid telah
mengamalkan sikap bekerjasama terhadap jiran dalam
kehidupan seharian.

• Selepas itu, sandwic yang telah siap boleh diberikan kepada
jiran.


3. Contoh aktiviti lain ialah:
• Membersihkan halaman rumah

• Mengutip sampah di kawasan perumahan
• Membina pintu gerbang ke kawasan perumahan.

• Membersihkan dewan kampung.
• Menghias balai raya untuk program-program kejiranan akan
datang.

• Menjaga anak kecil jiran bersama-sama.
• Menyusun meja dan kerusi di majlis jiran.


















144

Latihan Pentaksiran 5

Rancang sebuah aktiviti dengan ibu bapa anda, dan libatkan rakan sebaya di

kawasan perumahan anda. Tangkap gambar sewaktu melaksanakan aktiviti
tersebut. Tampalkan gambar di bawah sebagai bukti aktiviti telah dilaksanakan.


Aktiviti yang dilakukan:








Tampal gambar kamu sedang melakukan amalan tersebut (sekiranya kamu ada

mesin pencetak):


























































145

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Menghayati dan melaksanakan

Tafsiran sikap bekerjasama terhadap
jiran dalam kehidupan harian.
Tahap
Penguasaan Penerangan Tandakan (/) pada ruang di Menguasai
5 / panduan sebelah sekiranya murid telah
kepada ibu berjaya melaksanakan aktiviti
bapa dan
guru yang telah dirancang.
Menghayati dan mengamalkan
sikap bekerjasama dalam hidup
Tafsiran
berjiran secara tekal serta
boleh dicontohi.
Tahap
Penguasaan Penerangan Tandakan (/) pada ruang di Menguasai
sebelah sekiranya murid dapat
6 / panduan mengajak rakan-rakan sebaya
kepada ibu untuk bekerjasama semasa
bapa dan
guru melakukan aktiviti yang telah
dirancang.















































146

Nilai Kesederhanaan


Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi yang terlibat
dalam nilai Kesederhanaan:















































































147

Pembelajaran 1

Nilai Kesederhanaan

Standard 13.0 Amalan Kesederhanaan dalam Hidup Berjiran.
Kandungan

Standard 13.1 Memberikan contoh amalan kesederhanaan dalam hidup
Pembelajaran berjiran.

Objektif 1. Murid dapat menyenaraikan contoh amalan kesederhanaan
Pembelajaran dalam hidup berjiran secara bertulis.

Tahap Penguasaan 1
Standard
Prestasi Menyatakan contoh amalan kesederhanaan dalam hidup
berjiran.

Jangka masa 30 minit
pelaksanaan



Aktiviti Pembelajaran (Manual untuk ibu bapa dan guru)

1. Bincangkan maksud kesederhanaan.

• Kamus Bahasa Melayu:
i. Perihal sederhana (sedang, pertengahan)

ii. Sama maksud dengan biasa, tidak lebih, tidak kurang,
bersahaja, tidak keterlaluan, berpatutan
• Maksud kesederhanaan daripada DSKP:

i. Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat
pertimbangan atau perlakuan tanpa mengabaikan

kepentingan diri dan orang lain.

2. Bersoal jawab situasi amalan kesederhanaan dalam hidup berjiran

berdasarkan buku teks Pendidikan Moral Tahun 4 halaman 112-113.




















148

Halaman 112 dan 123 daripada buku teks Pendidikan Moral Tahun 4 untuk rujukan
ibu bapa.



















































































149

150


Click to View FlipBook Version