Pembelajaran 2
Nilai Keadilan
Standard 8.0 Tindakan yang Adil Terhadap Jiran
Kandungan
Standard 8.2 Menjelaskan kebaikan bersikap adil terhadap jiran.
Pembelajaran
1. Murid dapat menyatakan sekurang-kurangnya empat
Objektif
Pembelajaran daripada tujuh kebaikan bersikap adil terhadap jiran secara
bertulis.
Standard Tahap Penguasaan 2
Prestasi Menerangkan kebaikan bersikap adil terhadap jiran
Jangka masa 30 minit
pelaksanaan
Aktiviti Pembelajaran (Manual untuk ibu bapa dan guru)
1. Bersoal jawab tentang kebaikan bersikap adil terhadap jiran.
• Adakah kamu dapat merapatkan hubungan dengan jiran sekiranya
kamu bersikap adil dengan mereka?
• Adakah suasana harmoni dapat diwujudkan sekiranya kamu bersikap
adil dengan jiran?
2. Memberikan justifikasi atau penerangan tentang kebaikan bersikap adil
berdasarkan sesi soal jawab.
• Kita dapat merapatkan hubungan dengan jiran kalau bersikap adil.
• Kita dapat hidup dalam suasana harmoni sekiranya kita bersikap adil
dengan mereka.
3. Murid membuat Latihan Pentaksiran 2.
51
Latihan Pentaksiran 2
Lengkapkan petikan di bawah dengan jawapan yang betul.
gembira berjiran terima kasih menanam
membahagikan puas hati adil
Encik Abdul tinggal di Taman Selasih. Encik Abdul
(1)__________________________ dengan Encik Muthu dan Encik Chong. Encik
Abdul (2)__________________________ pokok betik di belakang rumahnya.
Pada suatu hari, Encik Abdul memetik beberapa biji buah betik yang telah masak.
Encik Abdul (3)__________________________ buah-buah betik itu
sama banyak untuk Encik Chong dan Encik Muthu. Dia menyuruh anaknya memberi
buah-buah itu kepada dua orang jirannya.
Encik Muthu dan Encik Chong berasa sungguh
(4)__________________________ dengan pemberian tersebut. Mereka
mengucapkan (5)__________________________ kepada Encik Abdul dan
anaknya. Encik Abdul berasa (6)__________________________ kerana dapat
memberi buah-buah itu kepada jiran-jirannya dengan
(7)__________________________.
7
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Menerangkan kebaikan bersikap
Tafsiran
adil terhadap jiran.
Tahap Penerangan
Penguasaan / panduan Tandakan (/) pada ruang di Menguasai
sebelah sekiranya murid dapat
2 kepada ibu
bapa dan menjawab sekurang-kurangnya
guru empat jawapan betul.
52
Aktiviti Tambahan 1:
Tuliskan sekurang-kurangnya empat kebaikan bersikap adil terhadap jiran
berdasarkan jawapan kamu pada Latihan Pentaksiran 2.
Empat kebaikan
bersikap adil
terhadap jiran
53
Pembelajaran 3
Nilai Keadilan
Standard 8.0 Tindakan yang Adil Terhadap Jiran
Kandungan
Standard 8.3 Menghuraikan kesan jika tidak bertindak adil terhadap
Pembelajaran jiran.
1. Murid dapat menyatakan sekurang-kurangnya dua daripada
Objektif
Pembelajaran tiga kesan jika tidak bertindak adil terhadap jiran secara
bertulis.
Tahap Penguasaan 3
Standard Menghubungkait amalan tidak bertindak adil terhadap jiran
Prestasi
dengan kesannya.
Jangka masa
pelaksanaan 30 minit
Aktiviti Pembelajaran (Manual untuk ibu bapa dan guru)
1. Bersoal jawab tentang kesan jika tidak bertindak adil terhadap jiran.
• Apakah yang terjadi kalau kita membahagikan makanan secara tidak
adil dengan jiran kita?
• Apakah yang terjadi sekiranya kita tidak berkongsi maklumat
COVID19 dengan semua jiran kita?
2. Memberikan justifikasi atau penerangan tentang kesan jika tidak bertindak
adil terhadap jiran berdasarkan sesi soal jawab.
• Jiran kita akan terasa hati dengan tindakan kita.
• Jiran yang tidak tahu maklumat COVID19 boleh dikenakan tindakan
tatatertib sekiranya mereka melanggar SOP.
3. Murid membuat Latihan Pentaksiran 3.
54
Latihan Pentaksiran 3
Isikan peta minda dengan kesan jika tidak bertindak adil terhadap jiran.
1. Berbual hanya dengan kaum tertentu sahaja.
2. Hanya mengajak jiran yang tertentu sahaja untuk beriadah bersama-sama.
3. Hanya menerima hadiah hari jadi daripada jiran yang kaya sahaja.
3
55
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Menghubungkait amalan tidak
Tafsiran bertindak adil terhadap jiran
dengan kesannya.
Tahap
Penguasaan Penerangan Tandakan (/) pada ruang di Menguasai
/ panduan
3 sebelah sekiranya murid dapat
kepada ibu
bapa dan menjawab sekurang-kurangnya
dua jawapan betul.
guru
Aktiviti Tambahan 1:
Baca situasi yang melibatkan Faiz dan jiran-jirannya, Ahmad dan Ivan. Lorekkan
kesan yang berlaku jika Faiz tidak bertindak adil terhadap jiran-jirannya.
1. Faiz menawarkan diri untuk mengutip sampah di halaman rumah Ahmad lalu
membuang sampah tersebut ke halaman rumah Ivan.
Ivan berasa gembira Ivan berasa sedih
2. Faiz membantu menyiram bunga di rumah Ivan sahaja kerana ibu Ivan
menanam bunga daun keladi yang mahal.
Bunga di rumah Ivan layu Bunga di rumah Ahmad layu
3. Faiz hanya menjemput Ahmad sahaja sewaktu mereka mengadakan rumah
terbuka Hari Raya Aidilfitri.
Ivan berterima kasih dengan Faiz Ivan kecewa dengan Faiz
56
Pembelajaran 4
Nilai Keadilan
Standard 8.0 Tindakan yang Adil Terhadap Jiran
Kandungan
Standard 8.4 Mengekspresikan perasaan berkaitan dengan tindakan yang
Pembelajaran adil terhadap jiran.
Objektif 1. Murid dapat menunjukkan ekspresi muka gembira apabila
Pembelajaran melakukan tindakan yang adil terhadap jiran.
Tahap Penguasaan 4
Standard
Prestasi Mengenal pasti dan mempamerkan perasaan berkaitan dengan
tindakan yang adil terhadap jiran.
Jangka masa 30 minit
pelaksanaan
Aktiviti Pembelajaran (Manual untuk ibu bapa dan guru)
1. Bacakan pernyataan dalam latihan Pentaksiran 4, kemudian minta murid
untuk menunjukkan ekspresi muka yang sesuai dengan tindakan yang
dilakukan terhadap jiran.
• Murid sepatutnya menunjukkan ekspresi senyum terhadap
pernyataan yang mengandungi tindakan yang adil terhadap jiran.
• Murid sepatutnya menunjukkan ekspresi sedih terhadap pernyataan
yang mengandungi tindakan yang tidak adil terhadap jiran.
2. Murid membuat Latihan Pentaksiran 4.
57
Latihan Pentaksiran 4
Dengar ibu / bapa / penjaga membacakan pernyataan berikut. Tunjukkan ekspresi
muka yang sesuai terhadap pernyataan yang dibaca.
1. Aaron sering membantu jiran-jirannya tanpa mengira kaum dan agama.
2. Vivek melayan jirannya yang kurang berada (miskin) dengan kasar.
3. Letchumi bertegur sapa dengan semua jiran yang ditemuinya dengan mesra.
4. Fuad berat sebelah semasa menjadi pengadil pertandingan bola sepak di
kawasan perumahannya.
5. Semua jiran yang datang membantu keluarga Pak Samad semasa majlis
perkahwinan anak lelakinya diberi cenderahati.
5
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Mengenal pasti dan
mempamerkan perasaan
Tafsiran
berkaitan dengan tindakan yang
Tahap adil terhadap jiran.
Penguasaan Penerangan Menguasai
4 / panduan Tandakan (/) pada ruang di
kepada ibu sebelah sekiranya murid dapat
menjawab semua soalan dengan
bapa dan betul.
guru
58
Pembelajaran 5
Nilai Keadilan
Standard 8.0 Tindakan yang Adil Terhadap Jiran
Kandungan
Standard 8.5 Mengamalkan tindakan yang adil terhadap jiran
Pembelajaran
Objektif 1. Murid dapat mengamalkan tindakan yang adil terhadap jiran
Pembelajaran secara tingkah laku.
Tahap Penguasaan 5
Menghayati dan melaksanakan tindakan yang adil terhadap
Standard jiran dalam kehidupan seharian
Prestasi Tahap Penguasaan 6
Menghayati dan mengamalkan tindakan yang adil terhadap jiran
secara tekal serta boleh dicontohi.
Jangka masa 1 jam
pelaksanaan
59
Aktiviti Pembelajaran (Manual untuk ibu bapa dan guru)
1. Untuk standard pembelajaran ini, murid diharapkan dapat menunjukkan
tingkah laku bersikap adil terhadap jiran.
• Ibu bapa atau penjaga boleh memberikan arahan kepada anak untuk
membahagikan makanan kepada jiran.
• Contohnya, membahagikan makanan seperti buah rambutan.
Perhatikan sekiranya anak mengagihkan makanan secara sama rata
atau berlaku tindakan tidak adil.
• Sekiranya anak mengagihkan buah rambutan tersebut secara sama
rata, kemudian selepas selesai, dia menunjukkan ekspresi muka
gembira dan berpuas hati, maka dia telah melaksanakan standard
pembelajaran ini serta mencapai objektif pembelajaran.
• Contoh tindakan adil yang boleh dilakukan oleh anak:
i. Menghasilkan kad ucapan kepada sekurang-kurangnya lima
orang jiran.
ii. Berkongsi alat permainan secara adil dengan jiran.
iii. Memuji semua jiran tanpa mengira kaum atau agama,
contohnya memuji kawasan halaman rumah bersih, memuji
haiwan peliharaan mereka comel dan sihat dan sebagainya.
2. Selain itu, anak / murid juga boleh membuat Latihan Pentaksiran 5.
60
Latihan Pentaksiran 5
Ibu bapa atau penjaga telah memberikan arahan kepada kamu untuk bertindak adil
kepada jiran. Isikan borang pengakuan yang kamu telah melakukan tindakan
tersebut dan minta pengesahan daripada ibu bapa atau penjaga kamu.
Pengakuan telah Bertingkah Laku Adil dengan Jiran
(Diisi oleh murid)
Saya, (nama murid) ________________________________ dengan ini mengakui
bahawa saya telah (tuliskan tindakan adil yang telah
dilakukan)______________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
pada (tarikh) _______________, (hari) _________________.
Saya berasa (perasaan) _____________________________________ dengan
tindakan saya.
Tandatangan murid: ______________
Nama murid: ____________________________________________________
Pengesahan telah Bertingkah Laku Adil dengan Jiran
(Diisi oleh ibu bapa atau penjaga)
Saya mengesahkan segala apa yang ditulis dalam borang ini adalah benar.
Tandatangan ibu bapa atau penjaga: ________________
Nama ibu bapa atau penjaga: ________________________________________
61
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Menghayati dan melaksanakan
Tafsiran tindakan yang adil terhadap
jiran dalam kehidupan seharian.
Tahap
Penguasaan Penerangan Tandakan (/) pada ruang di Menguasai
5 / panduan sebelah sekiranya murid telah
kepada ibu melaksanakan tindakan adil
bapa dan
guru terhadap jiran.
Menghayati dan mengamalkan
tindakan yang adil terhadap
Tafsiran
jiran secara tekal serta boleh
Tahap dicontohi.
Penguasaan Penerangan Tandakan (/) pada ruang di Menguasai
6 / panduan sebelah sekiranya murid
kepada ibu dirasakan dapat menjadi contoh
bapa dan teladan kepada rakan-rakan
guru sebaya.
62
Nilai Keberanian
Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi yang terlibat
dalam nilai Keberanian:
63
Pembelajaran 1
Nilai Keberanian
Standard 9.0 Berani Terhadap Jiran Demi Kesejahteraan Bersama.
Kandungan
Standard 9.1 Memberikan contoh sikap berani terhadap jiran demi
Pembelajaran kesejahteraan bersama.
3. Murid dapat menyatakan tiga daripada lima contoh sikap
Objektif
Pembelajaran berani terhadap jiran demi kesejahteraan bersama secara
bertulis.
Tahap Penguasaan 1
Standard Menyatakan contoh sikap berani terhadap jiran demi
Prestasi
kesejahteraan bersama.
Jangka masa
pelaksanaan 30 minit
64
Aktiviti Pembelajaran (Manual untuk ibu bapa dan guru)
1. Bincangkan maksud keberanian.
• Kamus Bahasa Melayu:
i. Gagah, bukan pengecut.
ii. Tidak takut, tabah menghadapi bahaya, kesulitan dan lain-lain.
• Maksud keadilan daripada DSKP:
i. Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan
tabah.
2. Bersoal jawab tentang contoh sikap berani terhadap jiran demi
kesejahteraan bersama.
• Kalau ada jiran kamu yang melakukan kesalahan secara terang-
terangan, contohnya seperti membuat vandalisme (menconteng
dinding) pada tandas awam, apakah yang akan kamu lakukan?
• Sekiranya ada jiran kamu yang telah merosakkan pokok bunga di
halaman rumah kamu, apakah yang akan kamu lakukan?
3. Menyatakan justifikasi atau penerangan contoh sikap berani terhadap jiran
demi kesejahteraan bersama berdasarkan sesi soal jawab.
• Apabila ada jiran yang melakukan vandalisme pada tandas awam, saya
sepatutnya berani untuk memberi teguran secara berhemah.
• Apabila ada jiran yang merosakkan pokok bunga di halaman rumah
kami, saya sepatutnya berani untuk memberikan nasihat kepadanya.
4. Murid membuat Latihan Pentaksiran 1.
65
Latihan Pentaksiran 1
Tandakan (/) pada contoh yang betul dan (X) pada contoh yang salah dalam
menyuarakan pandangan terhadap jiran.
1. Faris meninggikan suaranya semasa mengadakan mesyuarat
bersama jiran-jiran di balai raya.
2. Rajesh dan Molly memberikan cadangan yang bernas kepada
ketua kampung.
3. Najmi berasa marah dan menumbuk meja apabila Encik Sudir
tidak menerima cadangannya.
4. Mun Leong menegur tindakan jirannya yang sering membawa
anjing peliharaan mereka membuang najis di tepi jalan.
5. Noni berjumpa dengan pegawai daerah untuk mengadu
tentang masalah sistem perparitan di kampung mereka.
5
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Menyatakan contoh sikap berani
Tafsiran terhadap jiran demi
kesejahteraan bersama.
Tahap
Penguasaan Penerangan Tandakan (/) pada ruang di Menguasai
1 / panduan sebelah sekiranya murid
kepada ibu memberikan sekurang-
bapa dan kurangnya tiga daripada lima
guru jawapan dengan betul.
66
Aktiviti Tambahan 1:
Tuliskan nama orang yang berani terhadap jiran demi kesejahteraan bersama
berdasarkan jawapan kamu pada Latihan Pentaksiran 1.
Berani demi kesejahteraan bersama
Berani tetapi bukan untuk kesejahteraan bersama
67
Pembelajaran 2
Nilai Keberanian
Standard 9.0 Berani Terhadap Jiran Demi Kesejahteraan Bersama.
Kandungan
Standard 9.2 Menghuraikan cabaran yang dihadapi ketika bertindak
Pembelajaran berani terhadap jiran demi kesejahteraan bersama.
1. Murid dapat menjelaskan sekurang-kurangnya dua cabaran
Objektif
Pembelajaran yang dihadapi ketika bertindak berani terhadap jiran demi
kesejahteraan bersama secara bertulis.
Tahap Penguasaan 2
Standard Menerangkan cabaran yang dihadapi ketika bertindak berani
Prestasi
terhadap jiran demi kesejahteraan bersama.
Jangka masa
pelaksanaan 30 minit
68
Aktiviti Pembelajaran (Manual untuk ibu bapa dan guru)
1. Bersoal jawab tentang cabaran yang dihadapi ketika bertindak berani
terhadap jiran demi kesejahteraan bersama.
• Pada pendapat kamu, kalau ada jiran yang menegur perbuatan kamu
membuang sampah merata-rata, apa yang kamu rasa?
• Apa pula pendapat kamu apabila kamu sedang cuba menegur seorang
jiran yang lebih tua daripada kamu, adakah perkara itu mudah
dilakukan?
2. Menyatakan justifikasi atau penerangan tentang cabaran yang dihadapi
ketika bertindak berani terhadap jiran demi kesejahteraan bersama
berdasarkan sesi soal jawab.
• Teguran yang diberikan oleh jiran sebenarnya adalah perkara yang
baik. Maksudnya jiran tersebut berani untuk kesejahteraan bersama.
Namun begitu, tidak dinafikan bahawa kamu akan rasa sedikit kecil
hati apabila ditegur. Sekiranya kamu mengambil teguran tersebut
secara negatif, kamu berkemungkinan akan membenci jiran yang
menegur kamu. Apabila kamu mempunyai perasaan sedemikian, boleh
jadi kamu pula cuba menyakiti jiran tersebut, contohnya membuang
sampah di halamannya. Itulah salah satu cabaran terhadap jiran yang
berani demi kesejahteraan bersama.
• Cabaran menegur jiran yang lebih tua ialah boleh menyebabkan salah
faham kerana dia mungkin berasa kamu tidak menghormatinya.
Namun begitu, jangan jadikan itu sebagai perkara yang menghalang
kamu untuk berani terhadap jiran demi kesejahteraan bersama.
3. Murid membuat Latihan Pentaksiran 2.
69
Latihan Pentaksiran 2
Baca petikan di bawah. Kemudian jawab soalan berikutnya.
Ho Meng sedang berjalan-jalan di sekitar kampungnya. Tiba-tiba dia
ternampak dua orang jirannya iaitu Budi dan Joni sedang bermain
layang-layang berdekatan dengan pencawang elektrik.
Ho Meng mendekati mereka berdua. Dia menasihat mereka
agar tidak bermain layang-layang di kawasan tersebut. Budi dan Joni
memarahi Ho Meng. Mereka mengatakan bahawa Ho Meng suka
menyibuk.
Namun selepas Ho Meng memberitahu mereka betapa
bahayanya bermain berdekatan pencawang barulah mereka faham.
Mereka segera meminta maaf kepada Ho Meng dan terus bergerak
ke kawasan lapang untuk bermain layang-layang.
1. Di manakah Budi dan Joni bermain layang-layang?
________________________________________________________________
4. Apakah cabaran yang 2. Ramalkan akibat yang
dihadapi oleh Ho Meng? akan berlaku jika Budi dan
_________________ Joni tidak ditegur.
_________________ ___________________
_________________ ___________________
_________________ ___________________
3. Apakah sikap yang ditunjukkan oleh Ho Meng?
_______________________________________________________________
70 4
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Menerangkan cabaran yang
dihadapi ketika bertindak
Tafsiran
berani terhadap jiran demi
Tahap kesejahteraan bersama.
Penguasaan Penerangan Tandakan (/) pada ruang di Menguasai
2 / panduan sebelah sekiranya murid
kepada ibu memberikan sekurang-
bapa dan kurangnya tiga daripada empat
guru jawapan dengan betul.
Aktiviti Tambahan 1:
Tandakan (/) pada pernyataan di bawah yang menerangkan cabaran yang dihadapi
ketika bertindak berani terhadap jiran demi kesejahteraan bersama.
1. Teguran tidak diterima oleh jiran, sebaliknya telah
membuat jiran salah faham dengan kita.
2. Jiran berkecil hati kerana berasa seolah-olah
dimalukan di khalayak ramai apabila dinasihati oleh kita.
3. Kita bersyukur apabila nasihat yang diberikan kepada
jiran telah diterima baik oleh mereka.
4. Jiran yang dijemput hadir ke rumah untuk jamuan hari
Krismas tidak hadir kerana berdendam dengan kita.
71
Pembelajaran 3
Nilai Keberanian
Standard 9.0 Berani Terhadap Jiran Demi Kesejahteraan Bersama.
Kandungan
Standard 9.3 Menaakul kepentingan bersikap berani terhadap jiran demi
Pembelajaran kesejahteraan bersama.
1. Murid dapat menerangkan kepentingan bersikap berani
Objektif
Pembelajaran terhadap jiran demi kesejahteraan bersama secara
bertulis.
Tahap Penguasaan 3
Standard Menghubungkait sikap berani terhadap jiran demi
Prestasi
kesejahteraan bersama dengan kepentingannya.
Jangka masa
pelaksanaan 30 minit
72
Aktiviti Pembelajaran (Manual untuk ibu bapa dan guru)
1. Bersoal jawab tentang kepentingan bersikap berani terhadap jiran demi
kesejahteraan bersama.
• Pada pendapat kamu, perlukah kita menjadi seorang jiran yang
bersikap berani demi kesejahteraan bersama?
• Buat pilihan, kamu memberanikan diri untuk memberikan pendapat
untuk kebaikan bersama atau kamu memilih untuk berdiam diri dan
berterusan dalam masalah?
2. Menyatakan justifikasi atau penerangan tentang kepentingan bersikap
berani terhadap jiran demi kesejahteraan bersama berdasarkan sesi soal
jawab.
• Tiada ganjaran secara fizikal yang diperoleh apabila kita menjadi
seorang jiran yang bersikap berani terhadap jiran demi
kesejahteraan bersama namun sekiranya kita mempunyai kemampuan
dan peluang untuk bersikap berani, itu adalah pilihan yang lebih tepat
sebagai seorang murid atau jiran yang bermoral.
• Lebih baik menjadi seorang jiran yang berani memberikan pendapat
untuk kebaikan bersama. Contohnya, kamu tahu tentang masalah
banjir di kawasan perumahan kamu adalah disebabkan sistem
pembungan sampah yang tidak sistematik. Kamu memberikan
cadangan kepada ketua kampung tentang pengurusan sampah yang
efisien, iaitu penggunaan tong sampah kitar semula. Ini secara tidak
langsung telah membantu menyelesaikan masalah banjir di kawasan
perumahan kamu, di samping dapat mewujudkan kawasan perumahan
yang bersih dan ceria.
3. Murid membuat Latihan Pentaksiran 3.
73
Latihan Pentaksiran 3
Pilih dan tulis kepentingan menyuarakan pandangan di bawah berdasarkan situasi.
Nyamuk Aedes tidak membiak. Kenderaan boleh melalui dengan selamat.
Parit tidak tersumbat dan menyebabkan banjir.
Kanak-kanak yang bermain di situ tidak mengalami kecederaan.
1. Amran menegur jirannya agar menanam tin-tin kosong di kawasan rumahnya.
Kepentingan:
2. Pei Wen memberikan cadangan kepada Persatuan Penduduk Taman Sejati agar
parit di kawasan itu dikorek dan dibersihkan supaya aliran air bergerak dengan
lancar.
Kepentingan:
3. Puan Maimunah menyuarakan pandangannya supaya tali buaian di taman
permainan diganti dengan segera.
Kepentingan:
4. Gopi memberikan cadangan agar meletakkan pasir pada lopak-lopak air di laluan
tidak berturap.
Kepentingan:
74 4
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Menghubungkait sikap berani
terhadap jiran demi
Tafsiran
kesejahteraan bersama dengan
Tahap kepentingannya.
Penguasaan Penerangan Tandakan (/) pada ruang di Menguasai
3 / panduan sebelah sekiranya murid
kepada ibu memberikan sekurang-
bapa dan kurangnya tiga daripada empat
guru jawapan dengan betul.
Aktiviti Tambahan 1:
Baca pernyataan yang berikut. Tandakan (/) pada kepentingan bersikap berani
dan (X) pada kesan tidak bersikap berani.
KEPENTINGAN KESAN TIDAK
PERNYATAAN
SIKAP BERANI BERANI
1. Menjaga hubungan baik dalam
kehidupan berjiran.
2. Dapat membezakan baik dan buruknya
perbuatan yang dilakukan.
3. Jiran akan melakukan kesalahan
secara berterusan.
4. Kehidupan berjiran tidak aman dan
harmoni.
5. Keselamatan dan hal ehwal kawasan
kejiranan akan terpelihara.
6. Gejala sosial dan pecah amanah
berleluasa.
7. Keakraban hidup berjiran semakin
utuh dan bahagia.
8. Penjenayah bebas melakukan jenayah
tanpa tindakan undang-undang.
9. Melahirkan warga kejiranan yang
prihatin dan mengambil berat antara
satu dengan yang lain.
10. Menimbulkan rasa tanggungjawab
dalam diri.
75
Pembelajaran 4
Nilai Keberanian
Standard 9.0 Berani Terhadap Jiran Demi Kesejahteraan Bersama.
Kandungan
Standard 9.4 Mengekpresikan perasaan berkaitan dengan sikap berani
Pembelajaran terhadap jiran demi kesejahteraan bersama.
1. Murid dapat mempamerkan perasaan positif apabila
Objektif
Pembelajaran melakukan tindakan berani terhadap jiran demi
kesejahteraan bersama.
Tahap Penguasaan 4
Standard Mengenal pasti dan mempamerkan perasaan berkaitan dengan
Prestasi
sikap berani terhadap jiran demi kesejahteraan bersama.
Jangka masa
pelaksanaan 30 minit
Aktiviti Pembelajaran (Manual untuk ibu bapa dan guru)
1. Dalam aspek mempamerkan perasaan, perlu difahami bahawa murid
seharusnya menunjukkan perasaan positif apabila melakukan tindakan
berani terhadap jiran demi kesejahteraan bersama.
• Contohnya, murid menunjukkan perasaan bangga kerana dapat
membantu apabila melaporkan kepada guru dan ibu bapa jiran selepas
ternampak murid / anak mereka ponteng sekolah dan melepak di kafe
siber.
• Contoh kedua, murid menunjukkan perasaan gembira apabila dapat
menyuarakan aduan kepada pihak bertanggungjawab tentang lubang
jalan raya di kawasan perumahan.
2. Ibu bapa perlu faham bahawa pameran perasaan ini sebenarnya berlaku
secara di luar keadaan sedar murid ataupun secara spontan.
3. Murid membuat Latihan Pentaksiran 4.
76
Latihan Pentaksiran 4
Fahami situasi. Lukiskan ekspresi muka untuk menunjukkan perasaan kamu tentang
situasi tersebut.
Gembira Sedih
SITUASI PERASAAN
1. Ketika pulang dari sekolah, kamu ternampak anak-anak jiran
sedang bermain-main di tepi jalan raya. Kamu mencabar
mereka untuk bermain di tengah jalan raya.
2. Jiran kamu sering mengeluarkan kata-kata kesat terhadap
orang yang datang meminta derma padanya. Kamu membalas
dengan kata-kata kesat supaya jiran kamu sedar akan
kesalahannya.
3. Kamu baru pulang dari kedai. Kamu ternampak anak-anak jiran
menconteng dan merosakkan alat permainan di taman. Kamu
menasihati mereka secara berhemah kemudian melaporkan
kerosakan kepada pihak bertanggungjawab.
4. Jiran menasihati kamu agar jangan bergaul dengan budak-
budak nakal di kawasan kejiranan kamu. Kamu akur dengan
nasihat tersebut dan menjauhkan diri daripada budak-budak
nakal tersebut.
5. Jiran kamu bergaduh dengan anak jiran yang lain ketika
hendak membeli aiskrim di hadapan rumah kamu. Kamu
menegur perlakuan jiran kamu dengan sopan dan memintanya
agar tidak mengulangi perbuatan tersebut.
5
77
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Mengenal pasti dan
mempamerkan perasaan
Tafsiran berkaitan dengan sikap berani
terhadap jiran demi
Tahap
Penguasaan kesejahteraan bersama. Menguasai
4 Penerangan Tandakan (/) pada ruang di
/ panduan sebelah sekiranya murid
kepada ibu memberikan sekurang-
bapa dan kurangnya tiga daripada lima
guru jawapan dengan betul.
78
Pembelajaran 5
Nilai Keberanian
Standard 9.0 Berani Terhadap Jiran Demi Kesejahteraan Bersama.
Kandungan
Standard 9.5 Mengamalkan sikap berani terhadap jiran demi
Pembelajaran kesejahteraan bersama.
1. Murid dapat membuat penilaian kendiri selepas
Objektif melaksanakan sikap berani terhadap jiran demi
Pembelajaran kesejahteraan bersama dalam kehidupan seharian secara
bertulis.
Tahap Penguasaan 5
Menghayati dan melaksanakan sikap berani terhadap jiran demi
Standard kesejahteraan bersama dalam kehidupan harian.
Prestasi Tahap Penguasaan 6
Menghayati dan mengamalkan sikap berani terhadap jiran demi
kesejahteraan bersama secara tekal serta boleh dicontohi.
Jangka masa
pelaksanaan 30 minit
Aktiviti Pembelajaran (Manual untuk ibu bapa dan guru)
1. Murid akan membuat Latihan Pentaksiran 5 ialah sebuah penilaian kendiri
tentang pelaksanaan sikap berani terhadap jiran demi kesejahteraan
bersama dalam kehidupan harian.
2. Penilaian kendiri bermaksud murid menilai atau menguji diri mereka sendiri.
Penilaian ini menuntut kejujuran daripada murid agar menilai diri mereka
dengan penuh bertanggungjawab.
3. Ibu bapa diharapkan dapat memantau pengisian penilaian kendiri tersebut
agar murid sedar bahawa mereka perlu mengisi penilaian tersebut dengan
jujur.
4. Sekiranya apa yang disenaraikan dalam borang penilaian kendiri tersebut
tidak berlaku pada anak anda, ibu bapa boleh mengisi sendiri apa-apa
tindakan berani anak demi kesejahteraan bersama dalam jadual kosong yang
telah disediakan.
79
Latihan Pentaksiran 5
Buat penilaian kendiri dengan melengkapkan jadual di bawah ini.
TIDAK
DILAKSANAKAN
PELAKSANAAN DILAKSANAKAN
(/)
(X)
1. Berani menegur dan menasihati
beberapa anak jiran yang ponteng
sekolah dan melepak di kafe siber.
2. Melaporkan kejadian peras ugut di
kawasan kejiranan kepada ketua
blok.
3. Menegur dan menasihati jiran yang
membiarkan kawasan rumahnya
ditumbuhi semak samun.
4. Bersama-sama dengan jiran
membanteras kes kecurian di
kawasan perumahan dengan menjadi
ahli rukun tetangga.
5. Berani menghadapi cabaran dalam
menangani gejala sosial di kawasan
kejiranan.
6. Menampal poster larangan merokok
di kedai-kedai makan di kawasan
perumahan apabila diminta oleh
pengerusi rukun tetangga.
7. Mengajak anak-anak jiran yang
bermasalah untuk menyertai
kaunseling dan ceramah anjuran
badan sosial kejiranan.
8. Menyuarakan perasaan tidak puas
hati kepada jiran yang selalu
berbuat bising dan mengganggu
ketenteraman jiran yang lain.
8
80
Borang Penilaian Kendiri
Borang ini diisi oleh ibu bapa sekiranya terdapat sikap berani yang telah diamalkan
oleh murid tetapi tiada tersenarai dalam jadual sebelum ini.
TIDAK
DILAKSANAKAN
PELAKSANAAN DILAKSANAKAN
(/)
(X)
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
81
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Menghayati dan melaksanakan
sikap berani terhadap jiran
Tafsiran
demi kesejahteraan bersama
Tahap dalam kehidupan harian.
Penguasaan Penerangan Tandakan (/) pada ruang di Menguasai
5 / panduan sebelah sekiranya murid telah
kepada ibu melaksanakan sekurang-
bapa dan kurangnya dua sikap berani
terhadap jiran berdasarkan
guru
Latihan Pentaksiran 5.
Menghayati dan mengamalkan
sikap berani terhadap jiran
Tafsiran demi kesejahteraan bersama
secara tekal serta boleh
Tahap dicontohi.
Penguasaan Penerangan Tandakan (/) pada ruang di Menguasai
6
/ panduan sebelah sekiranya murid
kepada ibu dirasakan dapat menjadi contoh
bapa dan teladan kepada rakan-rakan
guru sebaya.
82
Nilai Kejujuran
Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi yang terlibat
dalam nilai Kejujuran:
83
Pembelajaran 1
Nilai Kejujuran
Standard 10.0 Amalan Jujur dalam Hidup Berjiran.
Kandungan
Standard 10.1 Menyenaraikan ciri kejujuran.
Pembelajaran
Objektif 1. Murid dapat menyenaraikan ciri-ciri kejujuran secara
Pembelajaran bertulis.
Standard Tahap Penguasaan 1
Prestasi Menyatakan ciri kejujuran.
Jangka masa 30 minit
pelaksanaan
Aktiviti Pembelajaran (Manual untuk ibu bapa dan guru)
1. Bincangkan maksud kejujuran.
• Kamus Bahasa Melayu:
i. Lurus hati.
ii. Tulus.
iii. Ikhlas.
iv. Boleh dipercayai.
• Maksud kejujuran daripada DSKP:
i. Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap
perlakuan.
2. Bersoal jawab tentang ciri-ciri orang yang jujur. Sila rujuk buku teks
Pendidikan Moral Tahun 4, pada halaman 83 untuk sesi soal jawab kali ini.
• Apa yang kamu nampak dalam gambar ini? Cuba ceritakan apa yang
kamu nampak dan faham daripada gambar tersebut.
• Apakah sikap yang kamu boleh senaraikan tentang si perempuan yang
berbaju merah muda ini?
84
3. Justifikasi / penerangan berdasarkan sesi soal jawab tadi.
• Apa yang kita boleh nampak ialah:
i. Seorang perempuan berbaju merah muda telah menemui konsol
permainan video genggam (handheld video game console)
PlayStation Vita atau PS Vita.
ii. Perempuan tersebut telah mengembalikan PS Vita kepada
pemiliknya, iaitu seorang lelaki. Lelaki tersebut tersenyum
apabila menerima semula PS Vitanya.
iii. Selepas itu, lelaki tersebut cuba membayar RM50 kepada
perempuan tersebut tetapi ditolak olehnya.
iv. Situasi tersebut menunjukkan bahawa perempuan tersebut
ikhlas untuk membantu lelaki tersebut.
• Sikap yang boleh disenaraikan tentang perempuan tersebut ialah baik
hati, tidak mencuri, tidak mengambil hak milik orang, ikhlas
membantu orang, amanah kerana tidak menyembunyikan PS Vita
tersebut dan semua sikap yang disenaraikan ini boleh dirumuskan
kepada ciri kejujuran.
4. Murid membuat Latihan Pentaksiran 1. Jawapan murid untuk latihan ini
adalah berdasarkan hasil soal jawab/perbincangan yang telah dilakukan
dengan ibu bapa. Jawapan lain yang rasional masih diterima.
85
Halaman 83 daripada buku teks Pendidikan Moral Tahun 4 untuk rujukan ibu bapa.
86
Latihan Pentaksiran 1
Lengkapkan peta bulatan di bawah dengan lima ciri kejujuran terhadap jiran
berdasarkan perbincangan kamu dengan ibu/bapa/guru.
Guru Ibu bapa
Ciri-ciri
kejujuran
terhadap
jiran
Buku teks Penjaga
5
87
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Tafsiran Menyatakan ciri kejujuran.
Tahap Penerangan Tandakan (/) pada ruang di
Penguasaan / panduan sebelah sekiranya murid dapat Menguasai
1 kepada ibu menjawab sekurang-kurangnya
bapa dan tiga ciri kejujuran dengan
guru betul.
Aktiviti Tambahan 1:
Manual untuk ibu bapa dan guru:
Aktiviti ini ialah kuiz. Sebagai persediaan, guntingkan bahan yang disediakan pada
muka surat seterusnya. Selepas gunting, bahan tersebut boleh ditampal dengan
lidi seperti contoh yang ditunjukkan. Bahan tersebut merupakan pilihan jawapan
untuk kuiz ini.
Bacakan soalan di bawah di hadapan murid dan minta mereka menjawab dengan
mengangkat pilihan jawapan yang dirasakan tepat. Tandakan (/) sekiranya jawapan
mereka tepat.
Arahan: Sila dengar soalan yang dibacakan. Angkat jawapan yang dirasakan tepat
untuk melengkapkan soalan. Setiap jawapan hanya diangkat sekali sahaja.
Tajuk soalan: Ciri Kejujuran
1. Bercakap benar atau __________________________.
2. Ikhlas dan bersikap __________________________.
3. Menjalankan __________________________ dengan jujur.
4. Menjaga __________________________ jiran dengan baik.
5. Membantu jiran dengan ikhlas tanpa mengharapkan ___________________.
6. Memberi __________________________ yang betul dan tepat kepada jiran.
7. Menunaikan __________________________.
8. __________________________ kesalahan atau kesilapan diri.
88
Sila gunting bahan ini dan tampalkan pada lidi.
rahsia amanah balasan
tidak
menipu bertanggungjawab
mengakui janji maklumat
Cadangan cara menampal
bahan pada lidi
Pandangan Pandangan
depan
belakang
89
Pembelajaran 2
Nilai Kejujuran
Standard 10.0 Amalan Jujur dalam Hidup Berjiran
Kandungan
Standard 10.2 Mengenal pasti situasi bersikap jujur terhadap jiran.
Pembelajaran
Objektif 1. Murid dapat menerangkan sekurang-kurangnya tiga situasi
Pembelajaran bersikap jujur terhadap jiran secara bertulis.
Standard Tahap Penguasaan 2
Prestasi Menerangkan situasi bersikap jujur terhadap jiran
Jangka masa 30 minit
pelaksanaan
Aktiviti Pembelajaran (Manual untuk ibu bapa dan guru)
1. Bersoal jawab tentang situasi bersikap jujur terhadap jiran.
• Kamu terjumpa dompet di kawasan perumahan. Apabila dibuka,
terdapat gambar jiran kamu dalam dompet tersebut. Apakah yang
kamu perlu lakukan?
• Kamu pernah meminta nombor telefon anak jiran. Selepas menonton
tayangan “prank” yang sedang berleluasa dalam laman sosial, kamu
terfikir untuk membuat panggilan palsu kepada jiran kamu. Apakah
yang kamu akan lakukan?
2. Justifikasi / penerangan berdasarkan sesi soal jawab tadi.
• Sebagai seorang jiran yang jujur, kamu akan:
i. Mengembalikan dompet kepada jiran sekiranya kamu tahu
alamat jiran tersebut.
ii. Memaklumkan kepada ibu bapa untuk mereka kembalikan
dompet tersebut.
iii. Melaporkan kehilangan dompet kepada polis tempatan atau
pengawal keselamatan yang menjaga kawasan perumahan kamu.
• Sebagai seorang jiran yang jujur, kamu akan:
i. Mengusir pemikiran untuk berbuat tindakan tidak jujur.
3. Murid membuat Latihan Pentaksiran 2.
90
Latihan Pentaksiran 2
Fahami situasi di bawah. Kemudian tandakan (/) pada tindakan jujur yang sesuai.
Hakim membantu ibunya menjual nasi lemak.
Jiran mereka tersilap membayar wang lebih
ketika membeli nasi lemak.
Hakim sepatutnya …
memulangkan wang yang lebih itu.
mendiamkan diri sahaja.
Ah Kit berasa risau melihat pasu jirannya pecah
akibat terkena bola ketika dia bermain bersama-
sama adiknya.
Ah Kit sepatutnya …
buat tidak tahu sahaja.
meminta maaf dan mengaku dia yang
memecahkan palsu itu.
Jessica meminjam basikal baru jirannya untuk
pergi ke kedai. Secara tidak sengaja, basikal itu
tercalar.
Jessica sepatutnya …
meminta maaf kepada jiran dan
memberitahu perkara yang sebenar.
mengatakan bahawa basikal itu memang
sudah bercalar.
Linggam terbawa pulang buku cerita jirannya.
Dia sepatutnya …
Menyimpan buku cerita tersebut.
memulangkan buku cerita itu dan meminta
maaf.
4
91
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Menerangkan situasi bersikap
Tafsiran
jujur terhadap jiran
Tahap Penerangan
Penguasaan / panduan Tandakan (/) pada ruang di Menguasai
2 kepada ibu sebelah sekiranya murid dapat
bapa dan menjawab sekurang-kurangnya
tiga jawapan betul
guru
Aktiviti Tambahan 1:
Tandakan (/) pada situasi bersikap jujur terhadap jiran dan (X) pada situasi
tidak bersikap jujur terhadap jiran.
1. Manisha tidak menyampaikan pesanan ibunya kepada Puan Hayati,
jiran mereka bahawa kucing peliharaan Puan Hayati telah masuk ke
dalam ruang tamu. Manisha mahu menjaga kucing itu sendiri.
2. Adila menipu apabila jirannya bertanyakan tentang keputusan
peperiksaan Adila. Adila menyatakan bahawa dia mendapat markah
penuh walaupun sebenarnya keputusan peperiksaannya kurang
memuaskan.
3. Farid pulang lewat hari ini. Dia meminta jirannya iaitu Zaidi untuk
menyerahkan kunci rumah kepada ibunya. Zaidi bersetuju dan
melakukan permintaan Farid.
4. Choo Ming ternampak buah mangga jiran yang sudah masak ranum
terjatuh masuk ke halaman rumah mereka. Choo Ming mengutip
mangga tersebut dan menyerahkan mangga kepada jirannya.
92
Pembelajaran 3
Nilai Kejujuran
Standard 10.0 Amalan Jujur dalam Hidup Berjiran
Kandungan
Standard 10.3 Menghuraikan manfaat bersikap jujur terhadap jiran.
Pembelajaran
Objektif 1. Murid dapat menyatakan sekurang-kurangnya dua manfaat
Pembelajaran bersikap jujur terhadap jiran secara bertulis.
Standard Tahap Penguasaan 3
Prestasi Menghubungkait sikap jujur terhadap jiran dengan manfaatnya.
Jangka masa 30 minit
pelaksanaan
Aktiviti Pembelajaran (Manual untuk ibu bapa dan guru)
1. Sila rujuk buku teks Pendidikan Moral Tahun 4, pada halaman 89 untuk
aktiviti pembelajaran kali ini.
2. Muat turun aplikasi QR Code Reader daripada Google Play Store (pengguna
Android) atau Appstore (pengguna Iphone).
• Selepas muat turun, buka aplikasi tersebut. Sebuah paparan seperti
penggunaan kamera akan kelihatan pada telefon anda.
• Arahkan kamera tersebut ke arah buku teks Pendidikan Moral
halaman 89. Fokuskan pada bahagian yang dibulatkan di bawah.
93
Arahkan kamera
QR Code Reader
ke sini
94
• Kemudian sebuah paparan akan terpapar
seperti dalam rajah di sebelah kiri.
• Klik pada [OK] seperti yang ditunjukkan oleh
anak panah merah.
• Selepas klik, tunggu masa beberapa saat,
kemudian akan paparan seperti rajah di
sebelah kiri akan terpapar.
• Sebuah lagu akan bermain secara automatik.
3. Dengar lagu bersama-sama murid sambil
membaca lirik lagu pada halaman 89 buku teks
Pendidikan Moral.
4. Murid membuat Latihan Pentaksiran 3.
95
Latihan Pentaksiran 3
A) Lengkapkan lirik lagu berikut dengan jawapan yang tepat berdasarkan lagu
Kisah Anak Jiranku pada buku teks Pendidikan Moral halaman 89.
Tajuk lagu: Kisah Anak Jiranku
Ini kisah anak jiranku,
_________________________ jadi pegangan,
Bercakap benar, amanah, ikhlas,
Dalam perlakuan terhadap jiran.
Suatu hari dia terjumpa duit,
Di depan rumah jiran,
Terus pulangkan pada tuannya,
_________________________ tanpa mengharapkan balasan.
Apabila balik ke kampung,
Jiran serah kuncinya,
Jaga rumah dengan _________________________,
Agar rumah sentiasa selamat.
Anak jiran bercakap _________________________,
Dalam semua perkara,
Ceritakan dengan penuh jujur,
Agar hubungannya semakin mesra.
B) Berdasarkan lirik lagu yang telah lengkap, senaraikan tiga manfaat bersikap
jujur terhadap jiran dalam grafik berikut.
3
96
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Menghubungkait sikap jujur
Tafsiran terhadap jiran dengan
manfaatnya.
Tahap
Penguasaan Penerangan Tandakan (/) pada ruang di Menguasai
/ panduan
3 sebelah sekiranya murid dapat
kepada ibu
bapa dan menjawab sekurang-kurangnya
dua jawapan betul
guru
Aktiviti Tambahan 1:
Warnakan kebaikan bersikap jujur terhadap jiran.
1. Jiran Adli memintanya membuka lampu hadapan rumah mereka pada waktu
malam kerana jirannya tiada di rumah selama tiga hari dan Adli melakukannya.
Rumah jirannya mungkin dimasuki Rumah jirannya selamat dengan
pencuri. tindakan Adli itu.
2. Kumar dilantik sebagai bendahari Persatuan Penduduk Taman Suria. Kumar
seorang yang amanah dan menjaga wang kutipan daripada ahli persatuan
dengan sebaiknya.
Penduduk akan hilang Wang kutipan daripada ahli persatuan dijaga oleh
kepercayaan terhadap Kumar dengan penuh amanah dan penduduk
Kumar. mempercayainya.
97
Pembelajaran 4
Nilai Keadilan
Standard 10.0 Amalan Jujur dalam Hidup Berjiran.
Kandungan
Standard 10.4 Mengekspresikan perasaan berkaitan dengan bersikap
Pembelajaran jujur terhadap jiran.
1. Murid dapat mengenal pasti dan mempamerkan perasaan
Objektif
Pembelajaran berkaitan dengan sikap jujur terhadap jiran secara
penggunaan skala.
Tahap Penguasaan 4
Standard Mengenal pasti dan mempamerkan perasaan berkaitan dengan
Prestasi
sikap jujur terhadap jiran.
Jangka masa
pelaksanaan 30 minit
Aktiviti Pembelajaran (Manual untuk ibu bapa dan guru)
1. Murid diterangkan bahawa bersikap jujur terhadap jiran dapat membuat
mereka berasa puas hati dan gembira.
2. Sekiranya mereka bersikap tidak jujur, mereka akan rasa bersalah dan
tidak tenang.
3. Bimbing murid untuk menjawab Latihan Pentaksiran 4 iaitu latihan ini
menggunakan skala untuk menentukan tahap perasaan emosi berkaitan
dengan situasi bersikap jujur dengan jiran.
98
Latihan Pentaksiran 4
Uji tahap puas hati kamu dalam mengamalkan sikap kejujuran sesama jiran.
Bulatkan skala. Kemudian jumlahkan skala yang dibulat dan tuliskan pada kotak di
bawah.
Petunjuk:
1 – Kurang puas hati 2 – Puas hati 3 – Sangat puas hati
PERNYATAAN SKALA
1. Saya dapat menunaikan amanah dengan menyampaikan
sumbangan daripada banyak pihak kepada jiran yang 1 2 3
memerlukan bantuan.
2. Ketika diberikan suatu tugasan, saya akan menjalankan
amanah dan menyempurnakannya dengan sebaik 1 2 3
mungkin.
3. Saya tidak akan menyebarkan maklumatkan yang tidak
benar kepada jiran-jiran. 1 2 3
4. Saya akan menceritakan perkara yang sebenar tanpa
menyembunyikan sesuatu pun daripada pengetahuan 1 2 3
jiran apabila diminta berbuat sesuatu.
5. Saya akan memulangkan kembali barang yang dipinjam 1 2 3
daripada jiran mengikut tarikh yang telah dijanjikan.
6. Saya akan mengajar anak jiran mengikut jadual yang
telah ditetapkan oleh ibu bapa jiran. 1 2 3
7. Saya akan mengaku bersalah kepada jiran apabila telah
merosakkan harta benda jiran secara tidak sengaja. 1 2 3
21
99
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Mengenal pasti dan
mempamerkan perasaan
Tafsiran
berkaitan dengan sikap jujur
Tahap terhadap jiran.
Penguasaan Penerangan Menguasai
4 / panduan Tandakan (/) pada ruang di
kepada ibu sebelah sekiranya jumlah skala
murid ialah 11 atau lebih
bapa dan daripada 11.
guru
100