The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sksgbulohpss, 2022-05-05 12:33:52

FAIL KUASA PSS 2022

FAIL KUASA PSS 2022

viii. Perjanjian jual beli perisian
ix. Jaminan perisian termasuk naik taraf
x. Perkhidmatan selepas jualan.

Baca dan nilai kertas cadangan daripada pembekal perisian

Apabila kita mendapat kertas cadangan daripada pembekal perisian automasi, teliti dahulu
kertas cadanganya.Apakah kertas cadangan yang diberikan kepada kita adalah sesuai
dengan perancangan yang telah buat.Sekiranya sebahagian besar daripada maklumat yang
ada adalah sama dengan perancangan kita, maka kita boleh menerima pembekal tersebut
sebagai salah satu daripada pilihan.Penelitian kertas ini akan membawa kita kelangkah yang
seterusnya.Jika kertas cadangan yang diberikan oleh pembekal labih banyak yang
bercanggah daripada perancangan kita, maka tak perlulah kita memasukkan nama pembekal
tersebut dalam langkah seterusnya.

Bandingkan rupabentuk perisian yang ada dipasaran dengan keperluan yang kita
perlukan dalam Pusat Sumber.

Dalam langkah ini apa yang perlu kita lakukan ialah melawat sekolah-sekolah yang telah
menggunakan perisian automasi.Melalui lawatan ini kita akan mendapat maklumat awal
tentang rupabentuk sesuatu perisian.Rupabentuk perisian memainkan peranan yang penting
dalam memastikan penggunaan yang cekap.Kalau rupabentuk perisian tersebut agak sukar
untuk digunakan, maka pengurusan yang cekap tidak akan diperolehi.Kesukaran
menggunakan perisian tersebut akan menyebabkan kita terpaksa mempelajari perisian
tersebut dalam jangkamasa yang lama.Perisian yang mesra pengguna adalah satu pilihan
yang tepat, kerana kita tidak memerlukan masa yang lama mempelajarinya.Perkara lain yang
perlu diambil kira ialah susunatur menu,grafik dan warna .Warna yang terang sudah tentu
akan menyebabkan mata kita cepat letih menggunakannya.Penggunaan grafik yang tepat
seperti ikon akan mempercepatkan kita memudahkan kita menggunakan perisian
tersebut.Bentuk menu yang mesra pengguna akan memudahkan kita menggunakan perisian
tersebut.

Menjemput pembekal berbincang mengenai proposal yang kita sediakan

Satu langkah bijak yang harus kita laksanakan sebelum membuat pembelian ialah memanggil
pembekal untuk berbincang mengenai proposal.Dalam perbincangan ini beberapa perkara
yang mungkin kita terlepas pandang dalam proposal mungkin akan diberitahu oleh
pembekal.Beberapa kemungkinan perubahan kepada proposal akan dilakukan berdasarkan
hasil perbincangan ini.

Meminta pembekal mengadakan demontrasi perisian

Apabila kita berpuashati dengan hasil perbincangan dengan pembekal, bolehlah kita
membuat temujanji untuk demontasi perisian disekolah.Bagi menghasilkan satu keputusan
yang terbaik, seharusnya kita menjemput bersama dalam sessi ini ialah beberapa orang guru
yang mahir dalam penggunaan komputer dan perisian.Mungkin dalam sessi demontrasi ini
kita akan mendapat beberapa maklumat baru tentang kelemahan dan kelebihan perisian
tersebut.Pastikan kita tidak membuat keputusan terburu-buru dalam sessi demontrasi
ini.Biarkanlah pembekal menerangkan kesemua yang perlu diberitahu tentang
perisiannya.Apabila selesai pastikan kita menjanjikan sesuatu keputusan yang pasti kepada
pembekal tersebut.Adakan beberapa sessi ini dengan pembekal yang lain untuk menentukan
kita membuat pilihan yang terbaik.

Pastikan skim latihan yang disediakan

191

Satu perkara yang tidak boleh diambil mudah dalam pemilihan ialah latihan.Ini sangat penting
kerana latihan yang bakal diberikan oleh pembekal akan memudahkan kita menggunakan
perisian yang dibeli.Dalam sessi perbincangan dengan pembekal, pastikan kita bincangkan
dengan lanjut mengenai latihan yang bakal diberikan jika perisian tersebut dibeli daripada
pembekal tersebut.Latihan yang cukup dari pembekal akan memstikan kita dapat
menggunakan perisian tersebut dengan cekap.Sesetengah pembekal ada menyediakan
perisian latihan yang dibekalkan bersama dengan perisian yang dibeli.Ini adalah satu
kelebihan yang harus kita fikirkan dalam menentukan pembelian perisian.

Perjanjian jual beli perisian

Adalah suatu yang jarang kita fikirkan dalam pembelian perisian iaitu adanya perjanjian.Perlu
kita ingat bahawa perjanjian ialah satu kontrak bertulis diantara penjual dan pembeli.Segala
butir-butir penting harus dimasukkan dalam kontrak iaitu;

i. Harga perisian yang dibeli
ii. Tempoh pembayaran perisian
iii. Modul-modul yang terdapat dalam perisian yang dibeli
iv. Tempoh latihan yang diberikan
v. Jangkamasa jaminan perisian
vi. Perkhimatan lepas jualan yang akan diperolehi
vii. Naik taraf perisian

Jaminan perisian termasuk naik taraf

Jaminan perisian adalah satu perkara yang sangat penting dalam pembelian.Ini akan
memastikan kita mendapat perlindungan dalam satu tempoh jangkamasa.Kerosakan perisian
atau perkakasan akan menyebabkan kita menghadapi masalah sekiranya tiada jaminan
ini.Naik taraf perisian juga penting sekiranya perisian perlu diubah.Kadangkala selepas kita
menggunakan perisian tersebut barulah kita temui kekurangannya.Jika ada tempoh jaminan
ini, maka kita boleh mendapat perkhidmatan naik taraf dengan percuma.

Perkhidmatan selepas jualan.

Dalam menggunakan suatu perisian yang baru, kita akan menghadapi pelbagai masalah
sampingan.Untuk memastikan kita boleh mendapat perkhidmatan selepas jualan daripada
pembekal, pastikan perkara ini dimasukkan dalam perjanjian.Perkhidmatan selepas jualan ini
akan memudahkan kita mendapat perkhidmatan daripada pembekal dengan percuma.Bagi
membolehkan kita mendapat perkhimatan lepas jualan yang berkualiti, pastikan pembekal
perisian ini adalah pembekal yang berhampiran dengan sekolah kita.Jika sekolah kita berada
diselangor dan syarikat yang membekal perisian berada diKelantan, sudah tentulah
perkhidmatan selepas jualan agak sukar diperolehi.Melainkan jika pembekal mempunyai
pusat perkhidmatan selepas jualan dikawsan berhampiran dengan sekolah kita.

SENARAI VENDOR AUTOMASI PUSAT SUMBER SEKOLAH

SOFTWARE TRADING Tel: 03-55410236
No. 4, Jalan Singa 20/D Fax: 03-55424523
Seksyen 20,40300 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan Tel: 0342801407
Fax: 03-42801407
PERMATA SOFTWARE dotCOM
No. 6-2,Jalan AU 1A/4C,

192

Taman Keramat Permai Tel: 04-4412515
54200 Kuala Lumpur Fax: 04-4425516

MULTIPLE PORTFOLIO SDN. BHD. Tel: 03-77284675
No. 22A, Lengkok Cempaka 1, Fax:03- 77285128
Persiaran Cempaka, Bandar Amanjaya
08000 Sungai Petani Tel: 06-4319860
Kedah Darul Aman Fax: 06-4319860

APPLIED COMPUTER SYSTEMS SDN BHD Tel: 03-27155833
27A, Jalan SS 21/1A, Fax: 03-27155933
Damansara Utama,47400 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan Tel: 03-78047862
Fax:03-78046530
INSTITUT IT GEMENCHEH
5083 Taman Regent Tel: 604-3975503
73200 Gemencheh Fax:604-3975046
Negeri Sembilan Darul Khusus

PINTARAN IT SDN. BHD
17.01 17th Floor
Bangunan MAS
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur

ASR SYNERGY SDN BHD
309 Block C, Glomac Business Centre,
No. 10 Jln SS 6/1 Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

NVE Solutions Sdn. Bhd.
No 24, 1st Floor, Lorong Arowana 2
Arowana Business Centre
13500 Permatang Pauh
Pulau Pinang

193

SURAT PERJANJIAN PEMBELIAN PERISIAN AUTOMASI
SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI SELANGOR.

Pada hari ini………………bulan……………………………Tahun …………… yang bertanda
tangan di bawah ini:

1. SMK. Sri Langat : Ketua Pentadbir sekolah ini bertindak sebagai
2. ABC Trading Sdn Bhd penangungjawab di atas nama sekolah
selanjutnya disebut sebagai PIHAK PERTAMA
: Syarikat yang bertanggungjawab sebagai
penjual perisian automasi, selanjutnya disebut
sebagai PIHAK KEDUA

Kedua belah pihak secara bersama-sama telah sepakat mengadakan Perjanjian Jual Beli
dengan ketentuan sebagai berikut:

Pasal 1

PIHAK PERTAMA membeli perisian Automasi Pusat Sumber daripada PIHAK KEDUA dan
PIHAK KEDUA bersetuju menjual perisian tersebut dengan modul minima iaitu .

a. Material - Kemasukan data bahan buku dan bukan buku.
b. Circulation - Pinjaman, Pemulangan, Tempahan dan Denda
c. Catalogue - Kad Pengarang, Kad Judul dan Kad Pekara.
d. Seaching - Pengarang, Penerbit, Judul, Pekara dan Jenis Media.

Pasal 2

PIHAK PERTAMA bersetuju membeli perisian ini dengan HARGA yang ditawarkan sebanyak
RM 1400.00 ( Ringgit Malaysia: Satu Ribu Empat Ratus Sahaja ) merangkumi;

a) Perisian Automasi ePerpustakaan
b) Barcode Scanner
c) Barcode Label

Pembayaran ini hendaklah dijelaskan dalam tempoh 60 hari dari tarikh perjanjian ini dengan
2 (dua ) kali pembayaran.

Pasal 3

PIHAK KEDUA bersetuju menjual perisian dengan perkhidmatan selepas jualan yang
ditawarkan seperti berikut:

a. Jaminan perisian selama satu (1) tahun dari tarikh perjanjian.
b. Membuat pemasangan perisian yang dijual ke dalam komputer pihak pertama.
c. Memberikan latihan percuma selama lapan (8) jam atau satu (1) hari kepada dua

(2) orang staff pihak pertama.
d. Perkhidmatan lawatan sokongan teknikal sekurang-kurangnya sebanyak dua (2)

kali dalam tempoh jaminan perisian.
e. Perkhidmatan penambah baikkan perisian ( upgrading ) secara percuma dalam

tempoh jaminan selama satu (1) tahun.

194

Pasal 4

Hak cipta perisian ini adalah milik PIHAK KEDUA dan PIHAK PERTAMA adalah di larang
untuk membuat sebarang pemasangan perisian di luar pemisnya.

Pasal 5

Surat Perjanjian ini dibuat tiga (3)rangkap, satu ditandatangani oleh PIHAK PERTAMA dan
satu lainnya ditandatangani oleh PIHAK KEDUA dan salinan ketiga ditandatangani oleh pihak
PUSAT SUMBER PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR atau WAKILNYA sebagai saksi
kepada perjanjian ini.

Pasal 6

Hal-hal yang tidak termaktub dalam perjanjian ini adalah di atas budi bicara PIHAK PERTAMA
dan PIHAK KEDUA.

PIHAK KEDUA PIHAK PERTAMA

(………………………...……) ( ………………………………)

PIHAK SAKSI
(………………………...……)

195

Contoh Oleh Pustaka
14.0 PENGENALAN

Pengautomasian Pusat Sumber Sekolah dibangunkan khusus untuk mengurus Pusat
Sumber Sekolah bagi memanfaatkan keupayaan computer dalam pengurusan
memproses bahan, mengurus dan merekodkan perolehan, mengurus dan
merekodkan pinjaman dan pemulangan bahan secara sistematik.
Sistem PUSTAKA telah dibangunkan oelh ASR Synergy Sdn Bhd. Sistem ini
dibangunkan bersama dengan pelbagai pihak antaranya pendidik, guru perpustakaan,
pustakawan bertauliah dan pakar pembangunan perisian tempatan. Perisian ini juga
boleh beroperasi di dalam dua keadaan sama ada bersendirian (standalone) atau di
dalam sesebuah rangkaian setempat ( local area network )
Sehingga kini Pusat Sumber Sekolah (PSS), Sekolah Kebangsaan Selayang Utama
telah membina rangkaian setempat yang melibatkan 4 buah komputer. Ini bertujuan
untuk memudahkan dan mempercepatkan proses kemasukkan data bahan serta data
murid.
14.1 SISTEM YANG DIGUNAKAN
14.1.1 PENGENALAN
ASR Sdn Bhd telah membangunkan satu perisian perpustakaan / pusat sumber yang
diberi nama PUSTAKA. Perisian Pustaka dibangunkan secara bersama dengan
pelbagai pihak antaranya pendidik, guru perpustakaan, pustakawan bertauliah dan
pakar pembangunan perisian tempatan. Perisian ini juga boleh beroperasi di dalam
dua keadaan sama ada bersendirian ( standalone ) atau di dalam sesebuah rangkaian
setempat ( local area network )
PUSTAKA merupakan satu perisian di institusi pendidikan yang mengandungi system
pengurusan perpustakaan yang melibatkan proses peminjaman dan pemulangan
buku perpustakaan, penyimpanan bahan-bahan digital dan penghasilan laporan bagi
tujuan perancangan.
Kesimpulannya, perisian PUSTAKA merupakan sebuah perisian yang
mempermudahkan pengoperasian sesebuah perpustakaan/ pusat sumber dengan
lebih efektif.

196

14.2 MENU SISTEM

14.2.1 Senibina Sistem
Sistem ini dipecahkan kepada 2 bahagian iaitu Pelayan ( Server ) dan
Pengguna ( Klient) . Ia akan dihubungkan menggunakan satu rangkaian
setempat (LAN) yang membolehkan sistem ini berinteraksi dalam
pengoperasian sesebuah perpustakaan. Gambarajah sistem secara logical
ditunjukkan seperti di bawah:

Pengguna Pengguna Pengguna PenggPuneangguna
1 2 3 n
Rangkaian
Intranet
Keselamatan

Tahap Capaian Modul
Utama

Pengurusan Pengurusan Sistem Kod
Keahlian Bahan Bar
Carian
Proses Laporan
Transaksi Bantuan

Keselamatan Data
Pengkalan Data

197

14.2.2 Reka bentuk Implmentasi Sistem

14.2.2.1 Secara fizikalnya implementasi perisian PUSTAKA di dalam
persekitaran rangkaian setempat (LAN ) adalah seperti yang
ditunjukkan dalam gambarajah di bawah.

A C HKUSE 1

127.00.120.10 127.00.120.10

BB

Pengguna Pengguna Pengguna

B

Pengguna Pengguna

14.2.2.2 Komponen-kemponen yang ditunjukkan di atas merupakan perkakasan
yang diperlukan bagi menjalankan operasi di sesebuah pusat sumber /
perpustakaan yang menggunakan perisian PUSTAKA.

Komponen-komponen tersebut terdiri daripada :
A – Pelayan ( Server )
Keperluan Minima
- Pentium II
- OS Win 98/ME/2000/XP
- 64 MB RAM
- 50 MB HDD

198

B – Pengguna ( Klient)
Keperluan Minima
- Pentium II
- OS Win 98/ME/2000/XP
- 64 MB RAM
- 50 MB HDD
- Pelayan Internet Explorer 5.0

C – Hub / Switch ( Pusat Sambungan )
Keperluan Minima
- Persekitaran Rangkaian Setempat ( LAN )
- 8 Port 10/ 100 MB

14.2.2.3 Penerangan rajah implementasi PUSTAKA
A – Pelayan ( Server )

Merupakan lapisan yang mengandungi pangkalan data dan rekod
sistem. Lapisan ini menyimpan jadual, atribut, hubungan
sistem.

B – Pengguna ( Klient )

Lapisan pengguna perlu menggunakan computer sama ada

Desktop PC, atau Notebook untuk berinteraksi dengan sistem ini.

Komputer pelanggan perlu mempunyai sistem pengoperasian sama ada

Microsoft Windows 98 atau Microsoft Windows 2000. Seterusnya

computer tersebut perlu dirangkaian dengan system intranet ( LAN ).

C – Hub ( Pusat Sambungan )

Merupakan lapisan yang menghubungkan di antara
komputer kien dengan pelayan. Intranet digunakan sebagai
protokol rangkaian.

14.2.3 Proses dan Pelaksanaan

14.2.3.1 Pelaksanaan Perisisan PUSTAKA edisi Lanjutan melibatkan proses di
14.2.3.2 peringkat setempat ( Intranet ) menggunakan kaedah LAN. Proses ini
14.2.3.3 akan melibatkan penggunaan teknologi pelayan – pelanggan ( klient
server ).
Pelayan ( Server ) merupakan satu alat bertujuan merangkaikan
pelanggan-pelanggan ( klient ) di dalam sesebuah rangkaian. Ia juga
bertujuan menyimpan segala data-data yang di input masuk oleh para
pelanggan. Pelayan mestilah dipasang dengan perisian PUSTAKA Fail.
Pelaksanaan PUSTAKA di setiap Pelanggan ( Klient ) melibatkan
pemasangan perisisan di setiap komputer , kemasukan data oleh
pustakawan dan dirangkaikan kepada Pelayan ( Server ) menggunakan
kaedah LAN bagi keperluan bergabung dengan pelanggan yang lain.

14.2.4 Keistimewaan Sistem

14.2.4.1 Kebolehan Sistem

199

i. Pengurusan Keahlian

Maklumat ahli yang terkini dan lengkap akan dimasukkan ke

dalam pangkalan data. Selain daripada maklumat asas ahli seperti nama,

alamat dan kelas, gambar ahli juga boleh dimasukkan ke dalam sistem di

mana nombor ahli akan dijana secara automatik. Gambar ahli tersebut

akan digunakan oleh modul percetakan kad ahli. Selain itu,

apabila pelajar-pelajar tersebut meningkat tahun

persekolahannya, ianya boleh dinaikkan tahap secara serentak

dengan hanya menggunakan aplikasi yang ringkas dan mudah.

ii. Kad Ahli

Apabila semua maklumat tentang biodata, termasuk

gambar ahli dimasukkan ke dalam pangkalan data, kad ahli

akan terus boleh dipaparkan dengan menekan butang menu ahli

dan memasukkan nombor ahli. Kad ahli boleh dijana dalam dua bentuk

sama ada melantang atau menegak mengikut kesesuaian sebelum ianya

dicetak. Kad ahli juga boleh dicetak dikedua-dua belah mukasurat.

iii. Pengurusan Bahan

Bahan di perpustakaan akan disimpan di dalam pangkalan
data bahan / buku tersebut adalah tajuk, pengarang,
penerbit dan beberapa lagi maklumat asas tentang bahan /
buku tersebut termasuk juga maklumat tambahan iaitu kata
kunci, abstrak isi kandungan, saiz, bilangan muka surat dan
gambar buku.

iv. Sistem Kod Bar

Sistem barkod yang digunakan akan melancarkan petugas

perpustakaan bagi melakukan transaksi peminjaman dan

pemulangan buku. Setiap pelajar juga akan dilengkapi dengan

kad pelajar atau kad perpustakaan bagi tujuan peminjaman dan

pemulangan buku di perpustakaan.

Dengan menggunakan sistem barkod ini petugas

perpustakaan tidak perlu menaip atau mencatat butiran

peminjaman atau pemulangan kerana maklumat yang lengkap

akan disimpan oleh system dengan hanya mengimbas barkod pada

buku serta kad perpustakaan pengguna.

v. Proses Transaksi

Transaksi terbahagi kepada dua iaitu peminjaman dan
pemulangan.

Proses peminjaman boleh dilaksanakan dengan pantas buku dan
dengan adanya system kod bar. Ahli hanya perlu
memberikan kad ahli dan bahan yang akan dipinjam kepada
pustakawan untuk proses memasukkan butir-butir bahan /
ahli ke dalam pangkalan data.

200

Proses Pemulangan bahan / buku adalah lebih mudah dan

pantas lagi iaitu ahli hanya perlu membawa bahan / buku yang

dipinjam sahaja tanpa perlu membawa kad ahli. Ini adalah kerana semua

maklumat tentang transaksi ahli tersebut sebelum itu seperti peminjaman

/ pemulangan bahan /buku telahpun direkodkan di dalam pangkalan data

termasuk juga maklumat tentang bahan / buku terakhir

yang dipinjam oleh ahli tersebut.

vi. Carian Berbilang Terminal

Carian berbilang terminal membolehkan ramai pengguna

membuat carian bahan dalam satu masa secara serentak. Bagi

PUSTAKA, carian dilakukan secara intranet di perpustakaan di

sesebuah sekolah atau institusi. Oleh itu pihak sekolah atau institusi boleh

meletakkan terminal carian di mana-mana tempat yang dirasakan sesuai

sama ada di bilik guru, kantin, bilik darjah dan sebagainya.

vii. Tahap Capaian ( Security )

Tahap capaian ini akan mengawal capaian / akses

seseorang pegguna itu terhadap maklumat yang terdapat di

dalam pangkalan data PUSTAKA. Sebagai contoh, jika ia masuk

sebagai operator bahan, maka dia hanya boleh melakukan aktiviti yang

melibatkan bahan sahaja. Dalam kes ini, hanya pentadbir system sahaja

yang boleh melakukan kesemua aktiviti yang terdapat di dalam

perisian PUSTAKA ini.

viii. Laporan

Laporan terbahagi kepada dua kategori yang besar iaitu

laporan tentang ahli dan bahan / buku. Laporan ini akan dijana

secara automatik dengan pengguna hanya perlu memilih criteria atau

bentuk laporan yang dikehendaki.

ix. Graf

Graf merupakan satu modul yang boleh menghuraikan

sesuatu maklumat secara gambarajah. Modul ini

membolehkan pengguna memilih senarai graf maklumat yang ingin

di perolehi menggunakan graf Bar 2D atau 3D atau Carta Pai.

x. Bantuan

Bantuan adalah satu bentuk tutorial atau panduan untuk

rujukan pustakawan tentang penggunaan perisian PUSTAKA.

Pustakawan atau pengguna mempunyai pilihan sama ada untuk

membaca kesemua topic yang terdapat di dalam menu bantuan ataupun

dengan memilih topic-topik tertentu melalui aplikasi carian. Menu ini juga

amat berguna untuk rujukan pengguna baru yang tidak diberikan

latihan secara formal tentang penggunaan PUSTAKA.

201

xi. Kemudahan Back-up Data

Back – up data sangat penting kerana system berkomputer

terdedah kepada risiko kerosakan media penyimpanan data.

Oleh yang demikian dengan adanya kemudahan back-up data, data

boleh disimpan pada media lain selain di dalam cakera keras ( hard disk ).

Oleh yang demikian, sekiranya terdapat kerosakkan pada pangkalan

data atau sistem, data yang sebenar boleh digunakan kembali tanpa

perlu membuat kemasukkan data.

14.2.4.2 Kelebihan Perisian

- Pengurusan sesebuah pusat sumber akan dapat dijalankan dengan
lebih cekap, berkesan dan efisen.

- Penjimatan mada dalam proses transaksi peminjaman /
pemulangan.

- Penjanaan laporan yang cepat dengan kesilapan minima dalam
masa yang singkat.

- Menaiktaraf penggunaan Teknologi Maklumat di sesebuah institusi.

202

BAB 15

PROGRAM BACAAN NILAM

203

BAB 15
PROGRAM BACAAN SEKOLAH

PROGRAM BACAAN NILAM

1. Pengenalan

Pelbagai program dan aktiviti membaca telah dan sedang dijalankan di sekolah-sekolah
sehingga kini. Kementerian Pendidikan Malaysia telah mencadangkan satu program
yang menggabungkan kesemua aktiviti membaca yang dinamakan NILAM (Nadi Ilmu
Amalan Membaca).

NILAM merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca
yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Program
ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah-masalah yang menghalang
penyuburan tabiat membaca.

2. Matlamat

Matlamat Program NILAM ialah supaya terbina tabiat membaca dikalangan murid-murid.

3. Objektif

3.1 Menjadikan murid banyak membaca
3.2 Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai

tabiat membaca

4. Tahap NILAM

4.1 Tahap Pertama : JAUHARI
4.2 Tahap Kedua : RAKAN PEMBACA (RP)

5. Tahap Pertama : JAUHARI

5.1 Membina Kemahiran dan menanam minat membaca
5.2 Wajib kepada semua murid yang telah menguasai kemahiran asas membaca
5.3 Buku adalah dipinjam dari PSS, Perpustakaan Awam, Perpustakaan Desa,

pinjaman daripada kawan dan hak persendirian.
5.4 Kemampuan murid membaca sepanjang tahun dapat diklasifikasikan seperti SR

1 dan SM 1 dalam lampiran 1
5.5 Sistem ganjaran JAUHARI

5.5.1 Berdasarkan kadar bacaan murid diberi pengiktirafan yang diterakan dalam
Buku Rekod Kemajuan Murid, Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan
Sekolah

5.5.2 Pengiktirafan ini boleh digunakan sebagai Kriteria pemilihan ke sekolah
kawalan, Sekolah Berasrama Penuh, Kelas Ekspress atau temuduga untuk
penajaan. Cadangan pengiktirafan seperti lampiran 2.

6. Tahap Kedua : RAKAN PEMBACA

6.1 Mengutamakan aspek kepimpinan dalam aktiviti membaca
6.2 Telah melepasi tahap satu dan telah membaca 100 buah buku
6.3 Markah direkod dalam buku khas. Format dicadangkan seperti lampiran 3
6.4 Cara perlaksanaan RAKAN PEMBACA

204

6.4.1 Proses di tahap RAKAN PEMBACA ini ialah pelajar menerima panduan
6.4.2
6.4.3 daripada guru pembimbing yang dikhaskan untuk mereka. Dicadangkan 10

6.4.4 orang pelajar yang berkebolehan dibimbing oleh seorang guru.

Murid dilatih melalui bengkel dan sesi tunjuk cara yang dirancang untuk

menjayakan aktiviti ini. Murid akan memilih dan meminjam buku dari Pusat

Sumber Sekolah untuk dibawa pulang. Buku-buku ini akan dipinjam dan

dibaca oleh rakan, keluarga dan jiran.

Pengiraan markah berdasarkan aktiviti yang dicadangkan seperti:
 Bercerita
 Membaca Bersama
 Bicara Buku

 Meminjam Buku

Cadangan markah bagi aktiviti seperti di atas ialah

 Bercerita 1 sesi x jumlah pendengar

 Membaca Bersama 1 sesi x jumlah pembaca

 Bicara Buku 1 sesi x jumlah pendengar

 Meminjam Buku 1 sesi x jumlah peminjam

Contoh Kiraan Markah 1 sesi x 5 pendengar = 5
 Bercerita

markah 1 sesi x 3 pembaca = 3 markah
 Membaca Bersama
 Bicara Buku 1 sesi x 5 pendengar = 5

markah 1 sesi x 5 peminjam =5
 Meminjam Buku

markah

JUMLAH

= 18 markah

6.4.5 Sistem Ganjaran RP

Segala aktiviti RP yang dijalankan oleh murid direkodkan dalam buku khas,
disemak dan dinilai oleh guru pembimbing yang ditentukan. Contoh
anugerah yang diberi adalah seperti berikut:

Markah Pengiktirafan
100 – 199 Gangsa

200 – 299 Perak
300 – 399 Emas

400 ke atas NILAM

7. Strategi Pelaksanaan

7.1 Satu buku panduan pelaksanaan program perlu disediakan mengikut kesesuaian
sekolah. Perkara-perkara berikut perlu disediakan dengan jelas dalam buku
panduan berikut:
7.1.1 Jenis aktiviti dan cara pelaksanaannya
7.1.2 Peranan warga sekolah
7.1.3 Penglibatan ibu bapa
7.1.4 Jenis bahan bacaan
7.1.5 Spesifikasi bacaan
7.1.6 Rekod Bacaan
7.1.7 Pengesanan dan penilaian
7.1.8 Lain-lain

205

7.2 Menubuhkan jawatankuassa Program Bacaan Sekolah
7.3 Mesyuarat Guru
7.4 Pengesanan dan penilaian program
7.5 Penyediakan bahan yang mencukupi adalah penting untuk keberkesanan dan

kejayaan program
7.5.1 Buku Bacaan
7.5.2 Rekod Bacaan
7.5.3 Bahan Panduan

7.6 Penggredan Buku
Penggredan bertujuan menentukan kesesuaian buku dengan tahap Kebolehan
membaca murid-murid. Proses penggredan buku dijalankan seperti berikut:

7.6.1 JK Kerja menentukan kriteria menggred buku. Diantara perkara yang
7.6.2 diambil kira ialah kesukaran perkataan yang digunakan, bidang ilmu dan
muka surat. Penggredan berbeda diantara buku Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris
Buku yang digredkan perlu ditentukan cara mengenalinya. Cara yang
mudah ialah dengan melekatkan tanda warna mengikut warna yang
ditentukan oleh pihak sekolah. Tanda warna dilekatkan dikulit dan dikad
pinjaman

8. Kawalan / Pengumpulan Data

8.1 Rekod Bacaan Individu
8.1.1 Rekod Bacaan disediakan sebagai dokumen pembacaan murid. Disamping
itu pengisian rekod melatih murid mengingati pengarang dan judul buku
yang dibaca.
8.1.2 Rekod Bacaan dibina dalam bentuk yang mudah diisi supaya tidak menjadi
satu bebanan dan tidak memakan masa yang panjang membuat Catatan.
Murid diberi peluang untuk menulis atau membuat lakaran. Diharapkan
dengan cara ini mereka seronok merekod bacaan masing-masing.

8.2 Rekod Bacaan Kelas
8.2.1 Rekod Bacaan Kelas disediakan sebagai dokumen pembacaan setiap kelas
untuk memudahkan pihak PSS dan jawatankuasa program bacaan
membuat pemantauan. Rekod ini akan disimpan secara berpusat di PSS
diakhir tahun bagi memudahkan pengesanan maklumat pembacaan
terperinci apabila diperlukan.

8.3 Rekod Bacaan Sekolah
8.3.1 Rekod Bacaan Sekolah dibuat setiap akhir tahun. Segala maklumat
mengenai pembacaan direkodkan dan dihantar ke PSPN Selangor
( Contoh-contoh rekod-rekod bacaan di atas seperti dilampirkan)

9. Pengisian Butiran Bacaan

9.1 Laporan butiran bacaan disediakan dengan:
9.1.1 Guru mengisi butiran bacaan ke dalam kad kemajuan setiap tahun
berdasarkan entri dalam buku dalam maklumat bacaan yang telah disahkan
9.1.2 Sekiranya kad kemajuan murid tidak memperuntukkan ruang untuk
merekod bacaan ini dengan menggunakan stamp dimana-mana ruang
kosong di dalam kad kemajuan bagi setiap tahun persekolahan.
Contoh stamp:

206

Projek NILAM (Tahap JAUHARI
Tahun : _________________
Bilangan Buku Yang Dibaca : ______________
Pencapaian : Asas / Sederhana / Tinggi / Tertinggi
Tanda tangan guru :

9.1.3 Pada akhir tahun persekolahan (Tahun 6/ Tingkatan 5 ) jumlah buku
9.1.4
dihitung dan diberi anugerah mengikut ganjaran yang ditentukan.

PencaKpaadiaKnek…me…sae…jul…uar…nu…h…an……di…ca…t…at..ke dalam:
 Surat Berhenti Sekolah
 Surat Akuan Sekolah

10. Dasar membaca NILAM

10.1JK Program Bacaan Sekolah PSPN Selangor telah menetapkan dasar membaca
yang standard, iaitu membaca sebuah buku samada buku fiksyen atau bukan
fiksyen. Bacaan ringan berbentuk majalah dan akhbar tidak dikira

10.2Buku fiksyen mesti dibaca sehingga selesai
10.3Buku bukan fiksyen hendak dibaca sebuah buku atau beberapa muka surat
10.4Bilangan buku yang dibaca adalah berdasarkan purata bilangan muka surat yang

telah dibaca
10.5Bagi berlaku adil kepada semua murid atau pelajar pengiraan berdasarkan purata

berikut:

10.5.1 Tahap 1 - 30 muka surat
10.5.2 Tahap 2 - 60 muka surat
10.5.3 Menengah Rendah - 100 muka surat
10.5.4 Menengah Atas - 150 muka surat

11. Contoh aktiviti Galakan Membaca

11.1Rekod Kreatif / Papan Pamer Kreatif, Khemah Membaca
11.2Program Cakna
11.310 minit Bersama Buku
11.4Gerak Buku
11.5KBKK Dalam Pembacaan

SEKOLAH RENDAH

Tahun Asas Sedehana Tinggi Tertinggi
1 9x1=9 18 x 1 = 18 18 x 1½ = 27 18 x 2 = 36
2 18 x 1 = 18 18 x 2 = 36 18 x 3 = 54 18 x 4 = 72
3 18 x 1 = 18 18 x 2 = 36 18 x 3 = 54 18 x 4 = 72
4 18 x 1 = 18 18 x 2 = 36 18 x 3 = 54 18 x 4 = 72
5 18 x 1 = 18 18 x 2 = 36 18 x 3 = 54 18 x 4 = 72

207

6 18 x ½ = 9 18 x 1 = 18 18 x 1½ = 27 18 x 2 = 36
Jumlah 90 270 360
180
JADUAL SR 1

SEKOLAH MENENGAH

Tingkatan Asas Sedehana Tinggi Tertinggi
1 18 x 1 = 18 18 x 2 = 36 18 x 3 = 54 18 x 4 = 72
2 18 x 1 = 18 18 x 2 = 36 18 x 3 = 54 18 x 4 = 72
3 18 x ½ = 9 18 x 1 = 18 18 x 1½ = 27 18 x 2= 36
4 18 x 1 = 18 18 x 2 = 36 18 x 3 = 54 18 x 4 = 72
5 18 x ½ = 9 18 x 1 = 18 18 x 1½ = 27 18 x 2 = 36

Jumlah 72 144 216 288
JADUAL SM 1

18 = Pinjaman buku 2 minggu sekali bagi 36 minggu dalam setahun. Jumlah 36 minggu
setahun ialah minggu persekolahan, tidak mengambil kira Minggu aktiviti sukan dan
peperiksaan.

Nota : Murid Tahun 6, tingkatan 3 dan Tingkatan 5 dianggap mempunyai peluang pada 6
bulan pertama untuk menyertai program ini dengan aktiviti diperlahankan pada 6 bulan
kedua

SEKOLAH RENDAH

Jumlah Bacaan / Buku JADUAL SR 2 Pengiktirafan
90 – 179 Gangsa
180 – 269 Perak
270 – 359 Emas
360 keatas NILAM

SEKOLAH MENENGAH Pengiktirafan
Gangsa
Jumlah Bacaan / Buku Perak
72 – 143 Emas
144 – 215 NILAM
216 – 287

288 ke atas

JADUAL SM 2

208

Contoh Kad Rakan Pembaca

KAD MARKAH RP Program

RAKAN NILAM
PEMBACA

NAMA :

TAHUN / TINGKATAN :

Jumlah:

Bil. Pendengar T.T
Buku
Bil Tarikh Aktiviti / / Markah Guru
Pembaca
Sesi /

Peminjam

209


Click to View FlipBook Version