The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TURGHAASERI BM4 BUKU LOG PANDU PUTERI-converted

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by TURGHAASERI BM4, 2021-09-10 10:13:20

BUKU LOG PANDU PUTERI

TURGHAASERI BM4 BUKU LOG PANDU PUTERI-converted

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KAMPUS TENGKU AMPUAN, 27200 KUALA LIPIS

PAHANG DARUL MAKMUR

MPU3062
KOKURIKULUM - UNIT BERUNIFORM (PANDU PUTERI)

Nama : TURGHAASERI A/P

NEDUGZHELIYAN

No. K/P : 010129-08-0988

Angka Giliran : 2020112350088

Program : PISMP

Ambilan : JUN 2020

Unit : BAHASA MELAYU 4

Nama Pensyarah : TN.HJ. SARUDIN BIN MD. AMIN

Tarikh Hantar : 9 SEPTEMBER 2021

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar: N.Turghaa Tarikh : 09/09/2021

PEMERIKSA MODERATOR

Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.

Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________

1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, 27200 KUALA LIPIS

PAHANG DARUL MAKMUR

BUKU LOG
PANDU PUTERI

NAMA : TURGHAASERI A/P NEDUGZHELIYAN
UNIT : BAHASA MELAYU 4

ANGKA GILIRAN: 2020112350088

2

INSTITUT PENDIDKIAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
KM 10, JALAN PADANG TENGKU 27200 KUALA LIPIS
PAHANG DARUL MAKMUR

BIODATA

NAMA : TURGHAASERI A/P NEDUGZHELIYAN

NO. KAD PENGENALAN : 010129-08-0988

EMAIL : [email protected]

ALAMAT :NO. 24,JALAN TEMENGGONG,TAMAN MEWAH
2 ,34300 BAGAN SERAI, PERAK.

STATUS : BUJANG

NOMBOR TELEFON : 017 – 4575269

NAMA BAPA : NEDUGZHELIYAN A/L RAJAH

NAMA IBU : VIGNESWARY A/P MUNIANDY

UNIT : BAHASA MELAYU 4

AMBILAN : JUN 2020

3

Bil Isi kandungan Muka surat
1. Biodata 3
2. BAHAGIAN A
6-55

Logo Pandu Puteri (Dunia dan Malaysia) serta

huraian.

Cogankata Pandu Puteri.

Persetiaan dan Undang-undang.

Hormat

- Cara, peraturan dan ilustrasi.

Struktur Organisasi Pengakap.

- Organisasi Peringkat Kebangsaan.

- Organisasi Peringkat Negeri

- Organisasi Peringkat Daerah

- Organisasi Peringkat IPG.

- Ahli (jawatan dan nama kumpulan

berenam)

Sejarah Pandu Puteri Dunia dan Malaysia.

Riwayat Hidup Pengasas.

Unit-unit Pandu Puteri

- struktur dan organisasi.

Uniform Pandu Puteri

- ilustrasi dan huraian.

3. BAHAGIAN B 56-114

Bendera Malaysia dan huraian / Lagu Negaraku.

Bendera Negeri-negeri dan lagu.

Istiadat Ladam Kuda

-arahan dan cara pengendalian.

Istiadat-istiadat lain

4

Kraf Perkhemahan:
- pengurusan dan penjagaan khemah, peralatan,
pengendalian, ilustrasi, jenis-jenis gajet dan lain-
lain
Ikhtiar Hidup
Malam Kebudayaan dan Permainan Pandu Puteri
Jalan Lasak dan Pandu Arah
Khidmat Kesukarelawan
Simpulan dan Ikatan
Asas Kawad Kaki
Asas Pertolongan Cemas

4. BAHAGIAN C 115-144
145-149
Lagu Pandu Puteri versi BM dan BI
150-170
Lagu-lagu Pandu Puteri dan patriotik 171

5. BAHAGIAN D

Laporan Pengurusan dan Persiapan
Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform
IPGKTAA

- Sebelum Perkhemahan
- Semasa Perkhemahan
- Selepas Perkhemahan
- Refleksi Keseluruhan

6. BAHAGIAN E

Diari (Laporan aktiviti / kuliah mingguan)
7. RUJUKAN

5

BAHAGIAN A

6

LAMBANG DAN COGAN KATA PANDU PUTERI
MALAYSIA

Logo Pandu Puteri Malaysia

❖ Lencana Pandu Puteri Malaysia hampir sama bentuknya dengan lencana
Pandu Puteri Sedunia

❖ Reka bentuk Lencana Pandu Puteri Malaysia ini diperkenalkan dan digunakan
dalam bulan Januari 1962.

❖ Lencana dicipta oleh Cik Mary Bowers, Pesuruhjaya Latihan di IbuPejabat
Pandu Puteri Malaysia.

❖ Lencana ini mempunyai lambang daun atau cabang trefoil yang
melambangkan tiga bahagian dalam ikrar Pandu Puteri.

❖ Bintang pecah empat belas melambangkan 13 buah negeri di Malaysia dan
satu pecahan lagi menghala ke atas melambangkan jarum Kompas yang boleh
dianggapkan sebagai petunjuk ke jalan yang sebenar.

❖ “Pandu Puteri” ialah “Girl Guides”
❖ Lencana ini dipinkan di tali leher ahli Pandu Puteri dan kadet semasa upacara

perlantikan.

7

Lencana Pandu Puteri Dunia

TANDA / SIMBOL MAKSUD
• Ikrar Pandu Puteri
1) Trefoil (tiga cabang) • Matahari yang bersinar-sinar di langit biru
• Warna Emas Trefoil

2) Bintang-bintang pada • Bintang petunjuk jalan iaitu persetiaan dan undang-undang Pandu

cabang trefoil Puteri

3) Jalur • Jarum kompas sebagai petunjuk jalan yang harus dituju dalam Pandu
4) Tapak Puteri

• Perasaan kasih sayang semua manusia yang setiasa bernyala dalam
jiwa Pandu Puteri

8

BENDERA PERSATUAN PANDU
PUTERI MALAYSIA

• Tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga Persetiaan Pandu Puteri.
• Bintang pecah melambangkan 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di

Malaysia.
• Lencana Pandu Puteri Malaysia di tengah latar biru membawa maksud

matahari menyinari setiap kanak-kanak di dunia.

9

BENDERA PERSATUAN PANDU
PUTERI DUNIA

Tiga blok atau petak jingga menyerong sederet di
bahagian kanan bawah melambangkan 3 bahagian
Persetiaan.
Bahagian putih di penjuru melambangkan komitmen
semua ahli Pandu Puteri dan Pengakap Puteri
Sedunia terhadap keamanan.

Trefoil dunia dalam latar biru melambangkan
matahari menyinari kanak-kanak di dunia.

10

COGAN KATA

"SELALU Bermaksud
SEDIA" setiap ahli Pandu
Puteri hendaklah
sentiasa bersedia
untuk
menghulurkan
bantuan tanpa
mengharapkan
sebarang
imbuhan dan
balasan.

11

PRINSIP-PRINSIP ASAS PERTUBUHAN
PANDU PUTERI MALAYSIA

• Prinsip asas Pandu Puteri adalah berteraskan Persetiaan dan Undang-Undang Pandu
Puteri.

• Persetiaan dan Undang-Undang Pandu Puteri membentuk sistem nilai moral bagi setiap
individu yang menjadi ahli pergerakan Pandu Puteri.

• Sistem nilai tersebut menjadi panduan hidup ahli pergerakan Pandu Puteri.

• Seseorang yang telah melafazkan Persetiaan Pandu Puteri di hadapan seorang
pemimpin berwaran hendaklah memakai lencana pelantikan dan lencana dunia.

• Seseorang anak gadis, wanita remaja dan wanita dewasa dengan sukarela menyertai
Persatuan Pandu Puteri Malaysia sebagai seorang ahli.

• Seseorang ahli yang telah melafazkan Persetiaan Pandu Puteri tergerak memberi
penglibatan yang penuh dan padu kepada pergerakan Pandu Puteri dan sentiasa
mengamalkan semangat Pandu Puteri.

• Kadar bayaran yuran yang dibayar kepada ibu pejabat kebangsaan dipertimbangkan oleh
Majlis Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia setiap tiga tahun.

• Jumlah yuran keahlian yang dikutip oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia di perIngkat
cawangan dan daerah adalah mengikut budi bicara Majlis Jawatankuasa Kerja
Cawangan dan Majlis Jawatankuasa Kerja Daerah.

12

MATLAMAT OBJEKTIF

Untuk melahirkan pelajar-pelajar yang • Melahirkan ahli yang mempunyai
bertanggungjawab, berdikari, berdisiplin, pengetahuan dalam kepanduan.
berkemahiran melalui aktiviti kokurikulum
• Menerapkan sifat-sifat kepimpinan
di sekolah. yang tulen melalui program
kepanduan.

• Menampilkan ahli yang Mempunyai
nilai-nilai murni, sihat dan berguna
sebagai warganegara.

13

MATLAMAT DAN OBJEKTIF PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA

MATLAMAT 1: MATLAMAT 2: MATLAMAT 3:
Memastikan semua Untuk mencapai
persatuan Pandu Puteri pengiktirafan PPPM Membina pakatan
Cawangan menyediakan sebagai satu persatuan kerjasama bagi
program Pandu Puteri meningkatkan pengaruh
unggul untuk
yang berkualiti membolehkan wanita dan peluang
remaja dan dewasa mengukuhkan dana
Objektif 1: Menyediakan mengenalpasti potensi
khidmat sokongan untuk mereka sepenuhnya persatuan
memastikan Pandu Puteri
Objektif 1: Menonjolkan Objektif 1: Menjadi rakan
yang berkualiti di imej moden kerjasama lain-lain
peringkat cawangan
Objektif 2: Menjadi organisasi yang membantu
Objektif 2: Membantu penggerak utama dalam wanita remaja dan dewasa
Majlis Kadet Pandu
Puteri supaya lebih rangkaian pertubuhan Objektif 2: Agar bakal
mantap dan kukuh bukan kerajaan (Belia) penderma dan penyokong

Objektif 3: Objektif 3: Memainkan persatuan memahami
Mengembangkan peranan dalam betapa besarnya faedah
pendidikan tidak formal
di kalangan ahli rangkaian pertubuhan program Pandu Puteri
bukan-kerajaan kepada wanita remaja dan
Objektif 4: (Wanita)
Meningkatkan prestasi dewasa
Objektif 4: Menjadikan
pemimpin Pandu Puteri sebagai Objektif 3: Menyokong
pergerakan pendidikan penubuhan pakatan antara
Objektif 5:
Meningkatkan jumlah Objektif 5: persatuan pandu puteri,
Memperkukuhkan dan pertubuhan kerajaan dan
ahli meluaskan hubungan
pertubuhan bukan-
Objektif 6: Membantu dengan pemimpin kerajaan di peringkat
Persatuan Pandu Puteri wanita yang unggul
kebangsaan
Cawangan Objektif 6:
mengukuhkan dan Mempromosikan Objektif 4: Agar bekas ahli
memantapkan struktur kewujudan Pandu atau tokoh Pandu Puteri
Puteri di rantau Asia memainkan peranan yang
dan pengurusan
Pasifik berkesan dalam memupuk
Objektif 7: semangat Pandu Puteri
Meningkatkan Objektif 7:
kecekapan pengurusan Menghebahkan dalam pembangunan wanita
sumbangan ahli remaja dan dewasa
kewangan PPPM/WAGGGS dalam
pembentukan warga Objektif 5: Mempelopori
perjuangan wanita remaja
dunia
dan dewasa

Objektif 6: Membantu
Persatuan Pandu Puteri
Cawangan mengukuhkan
dan memantapkan struktur

dan pengurusan

Objektif 7:
Meningkatkan
kecekapan pengurusan

kewangan

14

VISI DAN MISI

VISI •Menerajui perkembangan potensi gadis dan wanita untuk
membawa perubahan.

MISI •Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen
melahirkan golongan wanita, remaja dan dewasa yang
berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu
Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan antarabangsa.

NILAI-NILAI TERAS

Nilai-nilai teras

PPPM percaya bahawa semua ahli perlu menonjolkan nilai-nilai seperti
berikut setiap masa:

- Integriti - Hormat-menghormati - Kasih Sayang

- Kejujuran - Toleransi - Bantu-membantu

15

PERSETIAAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia,
dengan sedaya upaya, menunaikan kewajiban saya

kepada Tuhan, Raja dan Negara saya Malaysia, menolong
orang setiap masa dan mematuhi undang-undang
kepanduan.

1. Pandu Puteri Tunas
menunaikan kewajipan

kepada Tuhan.

Segala benda yang hidup dalam dunia ini adalah ciptaan Tuhan. Setiap kali kita
memandang atau menggunakan benda-benda yang ada di sekeliling kita, ini menunjukkan
kita telah menikmati segala ciptaan Tuhan. Oleh sebab adanya segala ciptaan Tuhan, kita
boleh hidup senang. Oleh itu, kita tidak boleh melupakan Tuhan dan sentiasa bersyukur
kepada-Nya. Kita mengingati Tuhan dengan mengamalkan ajaran agama.

2. Pandu Puteri Tunas
menunaikan kewajipan

kepada Raja.

Kita mesti taat dan setia kepada Raja Kita. Kita mesti mematuhi undang-undang negara
kita dan menyokong para pemimpin negara. Jika rakyat tidak mematuhi undang-undang,
sudah tentu negara akan menjadi huru-hara.

16

3. Pandu Puteri Tunas
menunaikan kewajipan

kepada Negara.

Kita hendaklah menyokong dan melibatkan diri dalam semua kegiatan untuk memajukan
negara. Kita harus berusaha meningkatkan ekonomi negara kita demi keselesaan hidup
rakyat.

4. Pandu Puteri Tunas
menolong orang setiap

hari terutamanya
mereka di rumah.

Kita hendaklah menolong orang lain untuk meringankan tugas mereka. Mereka sudah
tentu akan berasa gembira. Di rumah, kita harus membantu ibu, bapa , adik- beradik dan
ahli keluarga yang lain. Di sekolah, kita harus membantu guru dan rakan- rakan. Hal ini
sudah tentu akan menggembirakan mereka.

17

5. Pandu Puteri
Tunas mematuhi
undang -undang
Pandu Puteri Tunas.

1. Boleh dipercayai.
Setiap ahli pandu puteri mestilah bercakap benar, sanggup melakukan sesuatu mengikut
arahan pandai menjaga diri sendiri, keluarga, agama dan negaranya. Peribadi yang baik
dan mulia harus ditunjukkan pada setiap masa.
2. Suka menolong orang lain.
Pandu puteri harus tahu dan berusaha untuk melakukan apa sahaja agar dirinya berguna
kepada keluarga, agama, bangsa dan negara. Menolong orang pada setiap masa harus
dijadikan amalan.
3. Bersahabat dengan semua orang dan bersaudara dengan pandu puteri yang lain.
Pandu puteri akan bersahabat dengan sesiapa sahaja, tanpa mengira warna kulit, agama,
bangsa dan kebudayaan. Ke mana sahaja pandu puteri menjelajah, mereka akan diterima
oleh rakan mereka. Pandu puteri juga akan menjalinkan persahabatan dengan orang lain
yang bukan dalam kalangan pandu puteri sahaja.
4.Sentiasa bersopan santun.
Pandu puteri harus sentiasa menghormati dan berbudi kepada sesiapa sahaja. Dengan
ini peribadi yang mulia akan terbentuk dan mereka akan disanjung oleh masyarakat.
5.Sentiasa berjimat cermat.
Pandu puteri harus bijak menggunakan wang atau berbelanja tanpa membazir. Selain itu,
pandu puteri juga harus pandai menggunakan masa, menjimatkan masa, menjimatkan
makanan dan apa jua keperluan harian.

18

Undang-undang Pandu Puteri

Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai.
Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia
Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain
Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain
Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan santun
Seorang Pandu Puteri melindungi haiwan dan memeliharaalam sekitar
Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah
Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam masa kesulitan
Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat
Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan

PIAGAM PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA

Persatuan Pandu Puteri Malaysia sentiasa:
• Menyediakan latihan Pandu Puteri yang berkualiti
• Menerapkan sifat-sifat kepemimpinan yang tulin melalui Program
Pandu Puteri
• Melahirkan ahli yang berkaliber
• Menonjolkan ahli yang mempunyai nilai-nilai murni
• Menampilkan ahli sebagai warga negara yang sihat dan berguna
• Menggalakkan ahli berbakti secara sukarela tanpa apa-apa ganjaran

19

CARA HORMAT PERSATUAN PANDU PUTERI
MALAYSIA

❖ Hormat atau tabik Pandu Puteri adalah perlakuan menerusi isyarat yang dilakukan
oleh Pandu Puteri kepada pegawai-pegawai Pandu Puteri seperti Pemimpin, Ketua,
dan juga sesama ahli kumpulan.

❖ Ia juga diberikan kepada ketua negara, ketua negeri, pembesar dan tetamu kehormat
dalam upacara rasmi.

❖ Umumnya, Hormat Pandu Puteri hendaklah digunakan oleh Pandu Puteri sebagai
tanda menghormati seseorang di dalam acara atau hal-hal yang membabitkan
kepanduan.

• Hormat Pandu Puteri diberikan untuk keadaan berikut:
1. Perjumpaan dengan Pemimpin, Ketua dan orang-orang kenamaan di dalam
upacara yang kepanduan.
2. Upacara penerimaan hadiah atau kurniaan.
3. Upacara mengibarkan bendera.

• Cara memberikan hormat adalah seperti berikut:
1. Tiga jari tangan kanan ditegakkan.
2. Ibu jari diletakkan di atas jari kelengkeng yang dibengkokkan.
3. Tangan di angkat sehingga sama tinggi dengan dahi.
4. Sebaik sahaja dapat hormat balas, tangan dijatuhkan dan pandu puteri bolehlah
bergerak dari situ.

20

Kedudukan dalam hormat Pandu Puteri

ISYARAT PANDU PUTERI

• Pada dasarnya, Isyarat Pandu Puteri adalah sama dengan Hormat Pandu Puteri.
Yang berbeza ialah kegunaan dan kedudukan tangan.

• Isyarat Pandu Puteri digunakan semasa seseorang itu diterima menjadi ahli
Pandu Puteri dan semasa Pandu Puteri membaharui ikrar. Dalam kedua-dua
keadaan ini Isyarat Pandu Puteri dilakukan.

• Isyarat Pandu Puteri melambangkan persaudaraan dan rasa kasih sayang
seseorang terhadap Pandu Puteri khususnya, dan dunia amnya.

• Caranya adalah seperti berikut:
1. Pandu Puteri berada dalam kedudukan sedia.
2. Tangan kanan dinaikkan ke atas bahu dan tangan kiri dirapatkan terus ke
badan.
3. Kedudukan jari samalah seperti dalam hormat Pandu Puteri.
4. Kedudukan tangan kanan adalah pada jarak 15-25 cm dari telinga kanan.

21

BERJABAT TANGAN PANDU PUTERI

Salam Pandu Puteri
Berjabat tangan adalah tanda persahabatan bagi Pandu Puteri.
Ia juga menjadi amalan tradisi Pandu Puteri Dunia.
Pandu Puteri Malaysia menggunakan kedua-dua belah tangan apabila
berjabat tangan dengan orang kenamaan dan orang yang tidak berpakaian
seragam, bersesuaian dengan budaya kita.
Pandu Puteri berjabat tangan menggunakan tangan kiri dengan ahli
berpakaian seragam yang lain.
Semua Pandu Puteri di negara ini yang berpakaian seragam berjabat tangan
menggunakan tangan kiri
Perlakuan ini mempunyai kaitan dengan perlakuan yang serupa dilakukan oleh
puak Zulu di Afrika semasa Lord dan Lady Baden-Powell melawat Kenya.
Kaum ini sering memegang senjata pada tangan kanan sehingga tidak
sanggup meletaknya walaupun sebentar.
Hanya tangan kiri sahaja yang boleh digunakan untuk tujuan lain, termasuk
untuk berjabat tangan.
Lantas itu Lord Baden-Powell terus mengambil perlakuan itu sebagai amalan
Pengakap dan kemudiannya Pandu Puteri.

22

STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN PANDU
PUTERI PERINGKAT KEBANGSAAN

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku
Haminah Hamidun Penaung Diraja

YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor
Yang Di Pertua

YBhg Datin Seri Hajah Zalillah Bte Mohd Taib
Ketua Pesuruhjaya

23

STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT
KEBANGSAAN

Timbalan Yang Di Pertua
KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Maimunah Iskandariah

Binti Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, D.K.;D.K.(Johor);
S.P.M.J.

Ketua Pesuruhjaya
YBhg Datin Seri Hajah Zalillah Bte Mohd Taib

Pesuruhjaya Ibu Pejabat Bahagian Antarabangsa
Cik Jeyadhevi Subramaniam

Pesuruhjaya Ibu Pejabat Bahagian Pandu Puteri Tunas
Cik Noorlina bt Mohd Yusof

Pesuruhjaya Bahagian Pandu Puteri Remaja
Cik Margaret Lim Pei Tee

Pesuruhjaya Ibu Pejabat Bahagian Pandu Puteri Renjer
Puan Hajah Habibah bt. Abdul Rahman

Pesuruhjaya Kadet
Puan Samsiah Bte Hassan

Pesuruhjaya Pandu Puteri Siswi dan Dewasa
Puan Nurulain bt Hj. Ngah

Pesuruhjaya Guild Kebangsaan
YBhg Datin Salbiah bt Abdul Aziz

Pesuruhjaya Program dan Latihan
Puan Tek bt Mohd Noor

Pesuruhjaya Kewangan & Dana
Puan Annie C24hiew Yen Moi

Pesuruhjaya Keahlian
Puan Sofiah bt Dato' Abu Bakar

Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat
Cik Joyce Ong Choon Kim

STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN PANDU
PUTERI PERINGKAT NEGERI

PENAUNG

YANG DI-PERTUA:
YABag.Toh Puan Datin Seri Panglima
Hajah Dayang Masuyah Binti Awang

Jafaar

PESURUHJAYA NEGERI:
Puan Lee Kim Yeok@ Kim

Chan, ADK.ASDK

PENOLONG
PESURUHJAYA

NEGERI
AHLI-AHLI ATAS JAWATAN:
(PESURUHJAYA BAHAGIAN,
PESURUHJAYA DAERAH)

SETIAUSAHA
KEHORMAT

BENDAHARI KEHORMAT

AHLI TIDAK BERUNIFORM

PEMERIKA KIRA-KIRA

AHLI JEMPUTAN:
(PENGARAH PENDIDIKAN,

PENGARAH BELIA DAN

25

SUKAN)

STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN PANDU
PUTERI PERINGKAT DAERAH

PENAUNG

YANG DI-PERTUA

NAIB YANG DI-
DIPERTUA

PESURUHJAYA
DAERAH

PENOLONG PENOLONG
PESURUHJAYA 1 PESURUHJAYA 2

PENOLONG PESURUHJAYA
BAHAGIAN

(PANDU PUTERI
TUNAS PUTERI
RENJER PUTERI
LATIHAN&PERKHEMAHAN)

PEMIMPIN-PEMIMPIN

AHLI-AHLI:
TUNAS PUTERI,
PANDU PUTERI,
RENJER PUTERI

26

STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN PANDU
PUTERI PERINGKAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU

YANG DI-PERTUA:
PENGARAH IPG

NAIB YANG DI-PERTUA:
TIMBALAN PENGARAH

IPG
EX-OFFICIO:
SETIAUSAHA GERKO

SETIAUSAHA:
PESURUHJAYA KADET

PANDU PUTERI IPG

PEMIMPIN:
PENSYARAT PENASIHAT

KETUA PASUKAN:
AHLI KADET

PENOLONG KETUA:
SISWA PENDIDIK
SEMESTER 3-5

KETUA PATROL:
AHLI KADET PANDU

PUTERI IPG

PENOLONG KETUA
PATROL:

AHLI KUMPULAN
AHLI-AHLI KADET

27

TUNAS PUTERI PERINGKAT SEKOLAH
PENAUNG :

GURU BESAR

PENASIHAT :
GPK KOKURIKULUM

PENGERUSI :
KAKAK SETIA

SETIAUSAHA :
SITI SETIA 1

BENDAHARI :
SITI SETIA 2

KETUA PEK :
PANDU PUTERI

KAKAK BERENAM:
SIANTAN
KESIDANG
TERATAI
CEMPAKA
MELOR
KENANGA

AHLI - AHLI
TUNAS PUTERI

28

BAHAGIAN PANDU PUTERI BAHAGIAN RENJER PUTERI
PENAUNG: PENAUNG:
PENGETUA PENGETUA

PENASIHAT: PENASIHAT:
PK HEM PK HEM

KAPTEN: KAPTEN:
PEMIMPIN DEWASA PEMIMPIN DEWASA

LEFTENAN: LEFTENAN:
PEMIMPIN DEWASA PEMIMPIN DEWASA
(PEMBANTU-PEMBANTU KAPTEN) (PEMBANTU-PEMBANTU

KETUA PASUKAN: KAPTEN)
AHLI PANDU PUTERI
KETUA UNIT:
KETUA KUMPULAN: AHLI RENJER PUTERI
4 KUMPULAN (NAMA
PENOLONG KETUA:
BUNGA) AHLI RENJER PUTERI

PENOLONG KUMPULAN: SETIAUSAHA:
SEORANG BAGI SETIAP AHLI RENJER PUTERI
KUMPULAN (PATROL)
BENDAHARI:
AHLI-AHLI PANDU AHLI RENJER PUTERI
PUTERI
AJK:
KHIDMAT MASYARAKAT,

KECERIAAN, BULITEN

AHLI-AHLI RENJER
PUTERI

29

YANG DI PERTUA CAWANGAN

Tempat Nama

Johor Y.M Tunku Fatimah Faridah Binti Tunku Osman

Kedah YTM Dato' Seri Di Raja Tunku Soraya Binti KDYMM

Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah

Kelantan YBhg. Puan Sri Kelana D'Raja Datin (Dr) Hajah Nik

Azizah Binti Nik Yahya

Melaka YBhg. Datin Wira Hajah Zainun Binti Tun Ghafar

Negeri Sembilan Y.M. Raja Datin Seri Utama Salbiah Binti Tengku

Nujumuddin

Pahang KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah

Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Marhum DYMM

Baginda Almutawakkil' Alallah Sultan Iskandar

Perak DYTM Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Raja Nor

Mahani binti Raja Haji Shahar Shah DKA. SPCM. PCM

Perlis Y.M. Dato' Tengku Shireen Binti Al-Marhum Dato'

Paduka Tengku Suleiman

Pulau Pinang YBhg. Puan Seri Datin Seri Dato' Su Hashim

Sabah YBhg. Datuk Naomi Chong Set Mui

Sarawak YBhg. Datin Sri Hajah Dayang Morliah Binti Datuk Haji

Awang Daud

Selangor Y.A.M. Tengku Puan Indera Setia Selangor, Tunku

Irinah Binti Al-Marhum Tuanku Jaafar

Terengganu Y.A.M. Tengku Datin Seri Ramlah Azizah Binti Al-

Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Wilayah Persekutuan YBhg. Dato' Yeoh Soo Keng

Kuala Lumpur

Wilayah Persekutuan YBhg. Datin Seri Utama Anggraini Binti Sentiyaki

Putrajaya

Institut Pendidikan Guru, YBhg.Dr. Noriati Binti A. Rashid

Kementerian Pelajaran

Malaysia

Maktab Rendah Sains Yang Berusaha Puan Hanim Binti Abdul Wahab

MARA

30

PENGENALAN

PANDU PUTERI

Pertubuhan Pandu Puteri ditubuhkan sebagai versi wanita kepada
pengakap Lord Robert Baden-Powell, pada tahun 1910 dengan bantuan
saudara perempuannya Agnes Baden-Powell.

Pandu Puteri (dikenali sebagai Pengakap Puteri USA di Amerika Syarikat) adalah
organisasi pengakap untuk gadis dan pemudi. World Association of Girl Guides and
Girl Scouts (WAGGGS) adalah badan penyelia antarabangsa kepada pergerakan
pengakap puteri.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) pula telah ditubuhkan secara
rasminya dalam tahun 1917 apabila ia didaftarkan di Calcutta tetapi Pusat Pentadbiran
ialah di Singapura, sehingga tahun 1956. Ibu Pejabat Kebangsaan kini terletak di
Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur sejak tahun 1957.

Disebabkan gadis dibenarkan memasuki Pengakap di British, jumlah Pandu
Puteri merosot di sana.

Di Britain, usia junior antara (7-10) of guides dikenali sebagai Brownies;
younger girls (5-7) dikenali sebagai Rainbows, and older guides become Young
Leaders or Rangers (the former concentrating more on becoming guide leaders, the
latter more on advanced guide activities). In Canada, the Guides are divided into
multiple programmes depending on age: Sparks, Brownies, Guides, Pathfinders.

31

SEJARAH PANDU PUTERI
SEJARAH PENGASAS

Pengasas Pandu Puteri

Olave St. Clair Soames (Lady Baden Powell)

Olave St. Clair Soames atau lebih dikenali sebagai Lady-Baden Powell iaitu
beliau adalah isteri kepada Lord Robert Baden-Powell telah mengetuai pertubuhan
"Girl Guides" dengan bantuan adik Lord Robert Baden-Powell, Agnes Baden Powell
pada tahun 1910 yang sebelumnya dikenali sebagai "Girl Scouts". Pada tahun 1916,
beliau telah dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Pandu Puteri atau "Girl Guides".
Kemudian pada tahun 1918, beliau telah dilantik menjadi Ketua Pandu Puteri atau
"Chief Guide". Beliau telah diberi gelaran "World Chief Guide" pada tahun 1930. Beliau
hidup sehingga 25hb Jun 1977 pada umur 88 tahun.

SEJARAH PENUBUHAN PANDU PUTERI DI DUNIA

1909
Sejumlah kecil gadis hadir untuk Perhimpunan Pengakap "Scout Rally" pertama di

Crystal Palace, memanggil diri mereka Pengakap Puteri. Mereka telah menarik
perhatian pengasas pergerakan Pengakap, Lord Robert Baden-Powell.
Lord Robert Baden-Powell menubuhkan Pandu Puteri sebagai pergerakan

selari bagi mereka, diselenggarakan oleh adiknya Agnes Baden-Powell. Lord
Robert Baden-Powell bimbang sekiranya mereka dikenali sebagai pengakap akan
menyebabkan kanak-kanak lelaki menjauhi diri, dan juga keluarga gadis! Oleh itu,
Lord Robert Baden-Powell memilih nama "Girl Guides" atau” Pandu Puteri”
dengan rujukan kepada Guides Corps di India. Dalam masa beberapa bulan,
kumpulan perempuan ini telah mempunyai nama dan programnya sendiri.

32

1910

Agnes Baden-Powell, mengadaptasikan buku "Scouting for Boys"untuk
kegunaan Pandu Puteri dan seterusnya, pergerakan Pandu Puteri dilahirkan.

Lord Robert Baden-Powell yang baru bersara mula bergerak secara
sepenuh masa dalam Pengakap dan Pandu Puteri. Semasa satu lawatan promosi
untuk Pengakap dan Pandu Puteri, beliau berjumpa dengan Olave Soames dan
seterusnya berkahwin dengannya.

1912

Di serata dunia

Walaupun pergerakan Pandu Puteri dilahirkan di Britain, tetapi perkembangannya
ke tempat lain amat pantas. Sebelum persatuan ini ditubuhkan, telah wujud
beberapa kumpulan.

Pandu Puteri telah bertapak di 10 negara. Kumpulan-kumpulan ini
mempunyai pakaian seragam, lencana, peraturan dan nama yang berbeza tetapi
mereka berkongsi prinsip dan cita-cita yang sama.

Gambar Olave St Clair Soames yang menjadi Ketua Pandu Puteri.

1918
Sementara Agnes Baden-Powell memainkan peranan utama sehingga
kematiannya, Olave Baden-Powell, menjadi Ketua Pandu Chief Guide
England.Olave dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri United Kingdom dan
meneruskan usahanya dengan Lord Robert Baden-Powell dalam mengembangkan
Pandu Puteri di seluruh dunia.

33

1919
Oleh sebab Pergerakan ini terus berkembang, satu badan rasmi diperlukan untuk
menyatukan semua ahli dan pada tahun 1919, Olave Baden-Powell membentuk
Majlis Antarabangsa (International Council), perintis kepada WAGGGS.
Robert Baden-Powell dilantik sebagai Ketua Pengakap Sedunia.

1920
Setahun kemudian, Persidangan Antarabangsa yang pertama telah diadakan.
Persidangan ini merupakan satu peristiwa yang bersejarah dan memberi peluang
kepada dunia Pandu Puteri dan Pengakap Puteri untuk berjumpa dan bertukar
fikiran dan pengalaman. Buat kali pertamanya, kumpulan Pandu Puteri dan
Pengakap Puteri mula merancang lawatan ke luar negara.

1924
Perkhemahan Sedunia yang pertama diadakan dan pada tahun
berikutnya, Buletin Dunia dikeluarkan. Buletin ini kini dikenali sebagai "Our World
News".
Sementara itu, pasangan Baden-Powell meneruskan usaha mereka
dalam mempromosikan Pengakap dan Pandu Puteri / Pengakap Puteri di seluruh
dunia.

34

1928
Selepas Persidangan Antarabangsa Keempat yang diadakan di Amerika Syarikat
pada tahun 1926, wakil dari beberapa negara berjumpa dengan Baden-Powell
untuk bertanya tentang pembentukan satu persatuan.

Sebelum Persidangan Antarabangsa Kelima di Hungary pada tahun
1928, Baden-Powell mendapatkan pendapat semua pertubuhan Pandu Puteri
dan Pengakap Puteri yang terkenal dan meminta mereka mempertimbangkan
perkara ini secara serius. Akhirnya, perwakilan persidangan dari 26 negara
membuat keputusan untuk membentuk Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap
Puteri Sedunia. Biro Dunia (World Bureau) Persatuan ini akan bertempat di
London dan berfungsi sebagai urusetia.

Selepas itu, keputusan diambil untuk pemilihan satu Jawatan kuasa
Dunia. Lord dan Lady Baden-Powell serta Pengarah Biro Dunia akan menjadi
ahli ex-officio kepada Jawatan kuasa ini. Satu draf perlembagaan telah disetujui
dan Pandu Puteri menjadi satu persatuan yang berpusat.

1930
Perang Dunia Pertama tidak menghalang perkembangan Pergerakan ini. Banyak
kumpulan yang menawarkan diri sebagai sukarelawan, 15 lagi negara yang
memperkenalkan kumpulan Pandu Puteri, termasuklah Brazil, China dan
Estonia. Olave Baden-Powell menjadi Ketua Pandu Chief Guide England dan
Ketua Pandu Puteri Sedunia.

1931
Sementara itu, Pergerakan ini terus berkembang dengan pesat. Pada tahun 1931,
keahlian persatuan ini melebihi satu juta.

1932
Pusat Dunia yang pertama dibuka.

35

1939
Perkhemahan Sedunia Pandu Puteri / Pengakap Puteri diadakan di Hungary.

1945
Setelah tergendala sementara disebabkan oleh peperangan, pergerakan ini
dihidupkan semula pada tahun 1945 dan terus berkembang. Walau
bagaimanapun, Lord Baden-Powell telah meninggal dunia pada masa
itu. Walaupun bersedih atas pemergian suaminya, Olave meneruskan kerja beliau
dalam Pandu Puteri.

1957
Pembukaan Our Cabaa

1966
Pembukaan Sangam

1977
Olave Baden-Powell meninggal dunia pada Jun 1977. Bagi mengingati beliau,
WAGGGS memulakan Projek Pusat Olave (Olave Centre Project) dan meletakkan

semula Biro Dunia (urusetia WAGGGS) bersama Pusat Dunia London (Pax
Lodge).

Sehingga Hari ini:
Pertumbuhan pesat ini adalah disebabkan oleh usaha ramai wanita yang
bersemangat, mempunyai sumber dan berpandangan jauh. Mereka semua melihat
ini sebagai peluang yang baik untuk pendidikan remaja wanita. Nama seperti
Juliette Low (pengasas Pengakap Puteri di Amerika Syarikat), Olga Malkowska
(pengasas di Poland) dan Antoinette Butte (pengasas di Perancis) membantu
membentuk pergerakan yang kita kenali hari ini.

36

SEJARAH PENUBUHAN PANDU PUTERI DI
MALAYSIA

1917 Pasukan Pandu Puteri Pertama telah ditubuhkan oleh Cik
Gertrude Ballard di Perempuan Methodist, Kuala Lumpur,
dibantu oleh tiga orang pemimin berpangkat Leftenan iaitu Cik
Ford, Cik King dan Cik Pykett. Pasukan ini telah didaftarkan di
Ibu Pejabat Pandu Puteri India dan dikelolakan di bawah YWCA.
Lady Guillemard dilantik Yang Di Pertua dan Puan Cavendish
dilantik sebagai Pesuruhjaya Penyelaras untuk Malaya

1919 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Pulau Pinang

1921 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Perak

1920 Pek Tunas Puteri yang pertama pula ditubuhkan di Sekolah
Perempuan Kampung Baru, Kuala Lumpur

1923 Penubuhan Pasukan Kadet Pandu Puteri Pulau Pinang

1924 Pasukan Pandu Puteri Negeri Sembilan ditubuhkan pada tahun
1924

1925 Pasukan Pandu Puteri Melaka ditubuhkan

1925 Penubuhan Unit Renjer Puteri Pulau Pinang.

Puan P.M. Robinson dilantik sebagai Ketua Unit Renjer Puteri
Malaya.

1928 Kepanduan mula mendapat perhatian pihak kerajaan yang
berkuasa pada masa ini. Kerajaan Negeri-Negeri Selat serta
Kerajaan Persekutuan telah memberi pengiktirafan rasmi dalam
bentuk sokongan dan kerjasama seterusnya memberi
sumbangan dan peruntukan tahunan sebanyak dua ribu ringgit.

37

1932 Pasukan Pandu Puteri Johor dan Pasukan Pandu Puteri Kedah
1934 ditubuhkan dan merupakan Pasukan Pandu Puteri yang pertama
1937-1946 mengadakan kegiatan dalam bahasa Melayu.

1947 Ketua Pengakap Lord Baden Powell Dan Ketua Olave, Lady
Baden Powell telah mengadakan lawatan ke Malaya.
1948-1960
1957 Kegiatan kepanduan di Malaya tergendala disebabkan
1960 perubahan takhta pemerintahan kerajaan yang mana Malaya
1962 mula diperintah oleh kerajaan Jepun.

Kegiatan kepanduan yang tergendala telah dihidupkan semula
dengan usaha-usaha menggalakkan lebih ramai lagi penyertaan
gadis-gadis remaja apabila penubuhan Pasukan Pandu Puteri
dilancarkan di semua negeri Persekutuan Tanah Melayu.

Beberapa orang ahli pandu puteri dan pemimpin dari PPPM telah
mengambil bahagian dalam perhimpunan antarabangsa buat
pertama kalinya.

Sekali lagi kegiatan kepanduan tergendala akibat pengisytiharan
darurat di seluruh negara.

Persatuan Pandu Puteri Malaya diterima bergabung dengan
WAGGGS (Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia).
Perjanjian Pandu Puteri yang diubahsuai untuk memenuhi
keperluan negara mula digunakan.

PPPM telah diterima sebagai Ahli Tenderfoot WAGGGS, dalam
Persidangan Dunia ke-17 di Athens, Greece.

PPPM telah diberi penghormatan menjadi penganjur dan tuan
rumah Persidangan Pemimpin Pandu Puteri Sedunia yang
diadakan di Kuala Lumpur pada bulan Disember.

38

1964 Dame Leslie Whateley, Pengarah Biro Dunia telah memberi
1967-1976 Pengiktirafan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, gabungan
1969 Persatuan Pandu Puteri Sabah, Sarawak, Singapura dan
Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) hasil dari pembentukan
1977-1986 negara Malaysia pada 1963.
1986
Sambutan Tahun Jubli Emas 50 Tahun disambut meriah dengan
1987-1996 aktiviti – aktiviti Perkhemahan Jubli Emas.

Perletakkan Batu Asas Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian
Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat,
Wisma Pandu Puteri oleh DYMM Sri Paduka Baginda Raja
Permaisuri Agong, Tuanku Intan Zaharah Ibni Almarhum Tengku
Seri Setia Raja Terengganu.

Sambutan Tahun Jubli Intan disambut dengan Jambori Jubli
Intan, Penubuhan Guild Trefoil Malaysia, Bengkel Penyediaan
Buku Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang (DPU)
Perkhemahan dan Perkhemahan Antarabangsa KEMMAS.
Majlis Kebangsaan bersetuju menukarkan BROWNIE kepada
TUNAS PUTERI. Pakaian seragam baru untuk Pandu Puteri,
Tunas Puteri dan Pemimpin mula digunakan di seluruh negara.

PPP Selangor dipecahkan untuk membentuk PPP Wilayah
Persekutuan dan PPP Selangor.

Merupakan tahun-tahun Kepanduan sebagai satu cabaran yang
dimulakan dengan sambutan 70 Tahun Kepanduan di Malaysia
secara besar-besaran di seluruh negara. PPPM telah menjadi
tuan rumah kepada Mesyuarat Jawatankuasa Asia Pasifik,
Persidangan Ketua Pesuruhjaya Komanwel dan Jambori pandu
Puteri Kebangsaan. Satu lagi detik sejarah PPPM ialah
penubuhan Majlis Kadet Pandu Puteri Maktab Perguruan
Malaysia di mana semua urusan latihan dan program kepanduan
guru-guru pelatih dipertanggungjawabkan kepada Pesuruhjaya
Kadet Pandu Puteri yang setaraf dengan Pesuruhjaya Negeri.

39

1997 Pelbagai Projek seperti Our Water Our World, Cleanathon,
1998 Round Robin, Kem Cabaran 96 telah dilaksanakan.
1999
Sambutan 80 Tahun PPPM dengan Semangat Keamanan dan
2000 Harmoni bermula.

2001 Sempena SUKOM ’98 di Malaysia, PPPM telah menganjurkan
Perkhemahan Komanwel ’98.

Bagi menyahut cabaran perkembangan era ICT, Laman Web
PPPM telah mula dilancarkan dengan peningkatan maklumat dari
semasa ke semasa.

8 – 15 Febuari – Laporan Kemajuan WAGGGS ke atas
Persatuan Pandu Puteri Malaysia oleh Jan Mac Intyre.
Lawatan ke Selangor, Johor, Sabah, Negeri Sembilan dan
Pulau Pinang.

Melancarkan Projek Biskut dan Penyerahan Jalur Gemilang –
Ketua Kontinjen Bilateral Exchange Programme with China.

Majlis Menandatangani Laman Web Persatuan Pandu Puteri
Malaysia

Pesta Tunas Puteri Antarabangsa 2000 / International Brownies
Festival 2000. di UITM Shah Alam Selangor. Tema Kerjasama
Sejagat Ke Arah Kesejahteraan Sedunia’ (Global Cooperation
For A Better World) 11 negara mengambil bahagian.

20 – 26 November – Aktiviti Antarabangsa;
‘Bilaterial Exchange Programme Between Girl Guides
Association Malaysia with The Chinese Young Pioneers’
(Program Pertukaran Malaysia – China)

7-12 September – Kem Integrasi 2001:
Kem ini yang disertai oleh peserta dari dalam dan luar negara

40

2002 dari Maldives, Korea dan Pakistan telah diadakan di Pusat
2003 Kecemerlangan dan Pembangunan Insan YPJ, Sekakap,
2004 Mersing, Johor.

Projek Asia Pasifik: PPPM – Fiji GGA: Lend A Hand

April – Majlis Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah,
Bekas Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Sambutan menyambut sempena 85 tahun Kepanduan di
Malaysia.

Projek Khidmat Hospital Majlis Renjer Puteri Kebangsaan telah
dilancarkan di Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan, Kuantan,
Pahang. Projek berterusan ini akan diadakan di setiap
cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bulan
Oktober sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia. Tema
yang ditetapkan ialah "Kami Membawa Keriangan". Ahli Pandu
Puteri Renjer akan berkhidmat di wad kanak-kanak (pediatrik).

Projek "Lids for Limbs" telah diterima untuk dijalankan di setiap
cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

Projek Bungkusan Kasih atau "Peace Packs" telah diterima
untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri
Malaysia.

Seramai 55 orang ahli Renjer Puteri dan Pemimpin mencipta
sejarah mendaki Gunung Kinabalu dengan menyertai Ekspedisi
Kinabalu Rakan Muda yang bertemakan "Menuju ke Puncak".
Seramai 49 ahli berjaya ke Puncak.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia dipilih sebagai salah satu
organisasi ahli WAGGGS untuk projek International Signature
Programme (ISP), satu kerjasama antara The UPS Foundation,

41

2005 WAGGGS dan PPPM. Melalui projek ini, PPPM menerima
geran daripada The UPS Foundation selama tiga tahun untuk
mencapai beberapa matlamat.

Cycleton Puteri Terengganu (Ogos 2004) - 290 ahli Pandu
Puteri dan Renjer Puteri berbasikal 300 km merentasi negeri
Terengganu bagi menjana dana untuk kanak-kanak kurang
upaya dan sakit kronik. Hasil kutipan dana telah dimasukkan ke
Tabung Amal Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan
Terengganu.

Ekspedisi Berbasikal Pulau Pinang (Oktober 2004) berjaya
memasuki Malaysian Book of Records sebagai "Ekspedisi
Berbasikal Wanita yang Terbesar di Malaysia".

21 - 23 Februari - Pada pertama kalinya "GirlGuides'
Summit" diadakan di Hotel Kuala Lumpur International untuk
ahli-ahli kepanduan lepasan sekolah. Seramai 105 orang
peserta mengambil bahagian. Sambutan Hari Peringatan
Sedunia Peringkat Kebangsaan dengan tema "Makanan" turut
diadakan di acara ini.

Sebanyak 4,581 "Peace Packs" telah dihantar ke Iraq.
Pengurusan penghantaran dibuat oleh Kementerian Luar Negeri
dan kos penghantaran dibiayai oleh Kementerian Pertahanan.

16 - 17 April - Kursus Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS
WAGGGS diadakan di Wisma Pandu Puteri dengan kerjasama
Majlis AIDS Malaysia. Seramai 23 orang Jurulatih Kurikulum
Lencana HIV/AIDS berjaya dihasilkan.

16-19 Ogos - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada
Perhimpunan Agung Pertama Sahabat Asia Pasifik
WAGGGS (Friends of Asia Pacific WAGGGS) yang diadakan di
Kuantan, Pahang dan disertai oleh 190 orang peserta dari 12
negara.

42

2006 17 Ogos - Majlis Pelantikan KDYTM Tengku Puan Pahang
Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-
Mutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, D.K.; D.K. (Johor);
S.P.M.J. sebagai Penaung Di Raja Sahabat Rantau Asia Pasifik
WAGGGS di Kuantan, Pahang September - Mesyuarat Meja
Bulat di Sungai Petani, Kedah bagi membincangkan
Perlembagaan baru PPPM 20 Oktober - YABhg Datin Paduka
Seri Endon Mahmood, Yang Di Pertua PPPM kembali ke
Rahmatullah.

Januari - Perubahan nama bahagian dalam PPPM berkuatkuasa:

Nama Lama Nama Baru

Tunas Puteri Pandu Puteri Tunas

Pandu Puteri Pandu Puteri Remaja

Renjer Puteri Pandu Puteri Renjer

Kadet Puteri Pandu Puteri Kadet

Pek Tunas Puteri / Pasukan Pandu Puteri / Unit Renjer Puteri
diubah kepada Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan Pandu
Puteri Remaja dan Pasukan Pandu Puteri Renjer.

13-17 Mac - Perkhemahan Pandu Puteri Remaja Peringkat
Kebangsaan diadakan di Kem Bina Negara, Kaki Bukit, Perlis
dan dihadiri oleh 600 orang peserta.

1 - 6 April - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Seminar
Penilaian Signature Programme Volunteerism yang dihadiri 27
peserta dari Malaysia, Hong Kong, Mexico, Afrika Selatan serta
pegawai dari Biro Dunia WAGGGS, APCO Worldwide dan Points

43

of Lights Foundation. Ketua Eksekutif WAGGGS, Lesley Bulman-
Lever dan Pengarah Global Projek, Brenda Fitzpatrick bersama
dengan rombongan PPPM mengadakan kunjungan hormat
kepada YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana
Menteri Malaysia dan YB Puan Komala Devi, Setiausaha
Parlimen Kementerian Pelajaran Malaysia. Para peserta juga
menghadiri Majlis Santapan bersama SPB Raja Permaisuri
Agong Tuanku Fauziah, Penaung Di Raja PPPM.

26 April - 1 Mei -Ekspedisi Berakit Menyusuri Sungai Pahang.

Ekspedisi 5 hari 4 malam sejauh 180 km disertai 140 orang ahli

dan sukarelawan Pandu Puteri. PPPM mendapat hadiah

Penyertaaan Terbanyak.

9 Jun - Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia
dibentang dan diluluskan oleh Majlis Kebangsaan, berkuat kuasa
serta-merta.

9 Jun - Pelancaran projek khidmat masyarakat yang baru

"Program Etika Bendera: Kesedaran dan Penjagaan" telah

disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri

Agong Tuanku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid,

Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Majlis

Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan di Hotel Sutera Harbour,

Kota Kinabalu.

Julai - Modul Program Pandu Puteri Siswi dimantapkan Oktober
- Projek Perintis Kempen Pendaftaran Pasukan dan Ahli
dijalankan di kesemua 9 daerah di negeri Selangor.

Januari - Pelaksanaan Perlembagaan baru Persatuan Pandu
Puteri Malaysia.

2007

Januari & Februari - Siri Bengkel Berfikir secara
Kreatif "Scientific Creative Thinking"diadakan untuk ahli lepasan
sekolah dengan kerjasama Empowering Potential Consultancy.

44

19 Januari - Majlis Persembahan Selepang kepada SPB Raja
Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah sebagai Penaung Di
Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Istana Negara

1 April - PPPM menerima tawaran daripada WAGGGS untuk
menjadi Tuan Rumah Persidangan Rantau Asia Pasifik
WAGGGS yang ke-9

3 - 9 Jun - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada "9th Asia
Pacific Regional Conference and 3rd Friends of Asia Pacific
WAGGGS Gathering". Kedua-dua acara ini diadakan di Sunway
Resort dan dihadiri oleh 200 orang dari 22 negara di Rantau
Asia Pasifik. Seramai 50 orang ahli dan sukarelawan PPPM
berkhidmat sebagai sukarelawan di acara ini. Delegasi Malaysia
ke Persidangan Rantau Asia Pasifik dianggotai oleh enam
orang, termasuk dua orang Pemimpin Muda.

6 Jun - Forum Belia bertajuk "Voice of Girls and Young
Women" diadakan sempena Persidangan Rantau Asia Pasifik.
100 orang ahli Pandu Puteri Remaja dari Malaysia dan
Singapura mengambil bahagian.

7 Jun - Perjumpaan Ketua Eksekutif WAGGGS, Mary McPhail
dengan ahli PPPM

6 September - Kunjungan Hormat kepada YABhg Datin Seri
Jeanne Abdullah, Yang Di Pertua baru PPPM

9 Oktober - Lawatan Mesra YB Dato' Seri Azalina binti Dato'
Othman Said, Menteri Belia dan Sukan bersama rombongan
Kementerian Belia dan Sukan ke Wisma Pandu Puteri

25 November - Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun Ke-
90 Persatuan Pandu Puteri Malaysia

45

19 Januari - Pelancaran "Kempen Mega Pendaftaran Keahlian
Peringkat Kebangsaan" di Sungai Petani, Kedah

2008 6 - 12 Julai - Delegasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia
menghadiri Persidangan Dunia WAGGGS Ke-33 di Afrika
Selatan dan membentangkan pembidaan untuk Persidangan
Dunia Ke-34, tahun2011

17 - 22 Ogos - Perkhemahan Antarabangsa Pandu Puteri
Remaja diadakan di Kem Bina Negara, Ulu Kenas, Kuala
Kangsar, Perak. Perkhemahan ini dihadiri oleh 500 peserta dari
Malaysia, Maldives, Singapura, Sri Lanka, Hong Kong dan
United Kingdom

Untuk mencapai hasrat membentuk ahli-ahli dan pemimpin-
pemimpin yang berkualiti, bersemangat kental, progresif, dinamik
dan mampu menangani pelbagai saingan dan perubahan dunia
di alaf baru, PPPM telah merancang, melaksana dan melibatkan
semua pihak dalam pelbagai program baru.

SEHINGGA KINI Kecemerlangan PPPM semakin meningkat dan terserlah di
bawah kepimpinan Ketua Pesuruhjaya dan pemimpin-pemimpin
yang berpengalaman dan gigih. Dengan kerjasama dan
sokongan pelbagai pihak, sama ada secara langsung atau pun
tidak, PPPM akan terus memajukan serta meningkatkan
kepimpinan dan penglibatan gadis dan wanita dalam aktiviti-
aktiviti tempatan dan antarabangsa.

46

Tujuan Penubuhan Persatuan Pandu
Puteri Malaysia

01 02

Menerapkan sifat-sifat Mendidik, melatih dan
kepimpinan yang tulen dan nilai- mengembangkan potensi ahli-ahli

nilai murni melalui program- persatuan agar dapat menjadi
program kepanduan. warganegara yang peka,

berwibawa, berketerampilan dan
berdisiplin.

03 04

Menjadi sebuah organisasi yang Melahirkan golongan remaja dan
dinamik dan efektif untuk remaja wanita dewasa yang berkaliber

dan wanita dewasa dalam melalui penerapan ilmu,
menyediakan mereka untuk kemahiran, dan nilai Pandu Puteri
menjadi pemimpin berwibawa demi kepentingan nusa, bangsa

pada masa hadapan dan masyarakat sejagat

47

PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN KUMPULAN
Pakaian untuk Istiadat, Upacara dan majlis Rasmi

Pilihan A: Kebaya Labuh

Lencana Jalur Gemilang di lengan kiri – 5cm di bawah flash bahu.
 Kebaya labuh warna biru muda potongan “Princess Line” di hadapan dan
berlisu pemadam di bahagian belakang, labuh di bawah punggung (paras
gengga man tangan).
 Lengan padanan rata panjang
 Bagi yang beragama Islam, belah kelepat bertindih boleh dijahit 8-10cm dari
pergelangan tangan untuk memudahkan mengambil wujuk untuk solat. Belah
ini disudahkan dengan butang katup.
 Kain labuh berlisu tunggal lebar 15cm dari kelim tepi di sebelah kiri. Jika suka
kocek tersembunyi, boleh dijahit di sebelah kanan dengan berzip di kiri.
 Sepasang flashes bahu PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA dijahit di
kelim bahagian lengan kanan dan kiri.
 Tudung sutera rasmi PPPM dikenakan brooch dan woggle PPPM. (jika
bertudung)
 Penampang dipaaki di sebelah dada kiri. Lencana maksima 5 sahaja tidak
termasuk tag nama.

48

Pilihan B: Baju Kurung Teluk Belanga

 Berwarna biru muda berpesak (tanpa hiasan kun), labuh di bawah paras lutut,
kain berlisu disusun di sebelah kiri.

 Sepasang flashes bahu PPPM dijahit di kelim bahagian lengan kanan dan kiri
 Tudung sutera rasmi PPPM dikenakan brooch dan woggle PPPM. (jika

bertudung)
 Penampang dipakai di sebelah dada kiri. Lencana maksima 5 sahaja tidak

termasuk tag nama.
 Lencana jalur Gemilang di lengan kiri – 5cm di bawah flashes.
Pilihan C: Blaus dan Seluar

49

 Blaus
✓ Blaus hijau PPPM, potongan bush jacket, berlengan padanan rata
panjang, kolar lurus, labuh blaus di bawah punggung.

 Seluar
✓ Seluar berwarna biru tua potongan lurus, belah berzip di hadapan, dua
kocek di tepi kiri dan kanan, ben pinggang dengan getah cerut di tepi
kanan dan kiri.

 Kasut
✓ Kasut kulit/PVC hitam bertumit rendah (sau setengah inci)

 Tudung
✓ Tudung berwarna hitam (plain) tanpa manik atau sulaman dimasukkan
ke atas blaus. Brooch PPPM disematkan pada bahagian dagu.
Tudung sutera PPPM ukuran panjang dipakai di leher dan dikenakan
woggle

 Aksesori dan lencana:
✓ Sepasang flashes bahu PPPM dijahit di kelim bahagian lengan kanan
dan kiri.
✓ Lencana Jalur Gemilang di lengan kiri – 5cm di bawah flashes bahu.
✓ Beg tangan rasmi PPPM

Pakaian Seragam Rasmi Ketua Pesuruhjaya Ketua Cawangan dan
Pesuruhjaya, Persatuan Pandu Puteri Malaysia

PAKAIAN RASMI
➢ Baju Biru Kebaya/Kurung
➢ Tudung PPPM (sekirangnya bertudung)
➢ Penampang di dada sebelah kiri
➢ Sekiranya Baju Kebaya – Baju menutupi punggung dan ukuran serong
di hadapan baju adalah 3cm

50


Click to View FlipBook Version