The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TURGHAASERI BM4 BUKU LOG PANDU PUTERI-converted

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by TURGHAASERI BM4, 2021-09-10 10:13:20

BUKU LOG PANDU PUTERI

TURGHAASERI BM4 BUKU LOG PANDU PUTERI-converted

➢ Kain Baju Kebaya berlipat di hadapan tanpa belah.
➢ Kain untuk baju kurung – bersusun di tepi kiri.
PENAMPANG
➢ Lencana dunia
➢ Lencana Pesuruhjaya (Silver)
➢ Lencana Waran Ketua Pesuruhjaya Cawanga? Lencana Waran

Pesuruhjaya PPPM
➢ Lencana Seumur Hidup (sekiranya ada)
➢ Satu lencana anugerah tertinggi
➢ Tag nama
➢ Sekiranya seorang Ketua pesuruhjaya Pandu Puteri Raja, maka ia

boleh memakai Lencana Pandu Puteri Raja.
KASUT

➢ Kasut “court” berwarna hitam (tutup di hadapan)
➢ Bertumit 1 ½ “
BEG TANGAN
➢ Berwarna hitam keluaran PPPM

Pakaian Rasmi Ketua Pesuruhjaya Cawangan & Pesuruhjaya Persatuan
Pandu Puteri Malaysia Semasa Acara Luar atau Semasa Perjalanan atau
Perkhemahan

 BAJU
➢ Baju Logo pemimpin Berwarna hijau dengan tanda bahu (flashes)

 SELUAR
➢ Seluar ‘slack” berwarna biru gelap

 TUDUNG
➢ Tudung hitam (plain) dimasukkan ke dalam blaus. (sekiranya bertudung)

51

 SKAF PANJANG
➢ Skaf panjang di leher menggunakan woggle PPPM

 KASUT
➢ Kasut ‘court’ berwarna hitam (tutup di hadapan)
➢ Bertumit 1 ½

 BEG TANGAN
➢ Berwarna hitam keluaran PPPM

Pakaian Kasual Batik Persatuan Pandu Puteri Malaysia
 Baju batik kurung / kebaya
 Tudung berwarna putih. (sekiranya bertudung)
 Kasut hitam
 Beg hitam

Pakaian Seragam Rasmi Pemimpin Persatuan Pandu Puteri Malaysia
 PAKAIAN RASMI
❖ Baju biru kebaya/kurung
❖ Tudung PPPM (sekiranya bertudung)
❖ Penampang di dada sebelah kiri
❖ Sekiranya baju kebaya – baju menutupi punggung dan ukuran serong
di hadapan baju adalah 3 cm
❖ Kain baju kebaya berlipat di hadapan tanpa belah
❖ Kain untuk baju kurung – bersusun si tepi
 PENAMPANG
❖ Lencana Dunia
❖ Lencana Pemimpin (Emas)

52

❖ Lencana Waran
❖ Lencana Seumur Hidup (sekiranya ada)
❖ Sekiranya seorang pemimpin adalah Pandu Puteri Raja, maka ia boleh

memakai Lencana Pandu Puteri Raja.
 KASUT

❖ Kasut ‘court’ berwarna hitam (tutup di hadapan)
❖ Bertumit 1 ½ “
❖ BEG TANGAN
❖ Berwarna hitam keluaran PPPM
Pakaian Rasmi Pemimpin Persatuan Pandu Puteri Malaysia Semasa
Acara Luar atau Semasa Perjalanan atau Perkhemahan
 BAJU
❖ Baju Logo Pemimpin berwarna hijau dengan tanda bahu (flashes)
 SELUAR
❖ Seluar ‘slack’ berwarna biru gelap
 TUDUNG (sekiranya bertudung)
❖ Tudung hitam plain dimasukkan ke dalam baju.
 SKAF PANJANG
❖ Skaf panajng di leher menggunakan woggle PPPM
 KASUT
❖ Kasut ‘court’ warna hitam (tutup di hadapan)
❖ Bertumit 1 ½ ‘
 BEG TANGAN
❖ Berwarna hitam keluaran PPPM

53

Pakaian Tambahan untuk Perjalanan Semua Pesuruhjaya dan
Pemimpin

 JAKET
➢ Jaket kain hijau berlogo PPPM
➢ Potongan stail bush jacket dengan potongan labuh hingga ke paras
bawah punggung.

 SELUAR
➢ Berwarna biru tua potongan lurus, kelepet biasa
➢ Belah berzip di hadapan, dua kocek di tepi kanan dan kiri
➢ Ben pinggang dengan tujuh pembawa tali pinggang

 KOT/BLAZER
➢ Warna biru tua sepasang dengan seluar, lapel biasa
➢ Dua poket hadapan di bawah paras pinggang
➢ Bahagian belakang berbelah slit di tengah belakang.
➢ Perlu lebih labuh sedikit jika jaket dipakai di luar.
➢ Lencana Jalur Gemilang di lengan kiri (pertengahan di antara bahu dan
siku).

 KASUT
➢ Kasut kulit/PVC hitam
➢ Bertumit rendah (4-5cm)

 TUDUNG
➢ Tudung sutera dikenakan woggle.
➢ Collar pin atau brooch PPPM disematkan di bahagian dagu atau
digunakan sebagai skaf – diikat di leher mengikut gaya yang disukai
dengan menggunakan woggle atau brooch PPPM.

 AKSESORI DAN LENCANA

54

➢ Sepasang flashes bahu “PANDU PUTERI MALAYSIA” dijahit di kelim
bahagian lengan kanan dan kiri.

➢ Beg tangan rasmi PPPM

55

BAHAGIAN B

56

BENDERA MALAYSIA (JALUR GEMILANG)

Lambang dan warna Jalur Gemilang Maksud
Anak bulan dan bintang Membawa maksud Islam sebagai
Bintang Pecah 14 agama rasmi Negara
14 Jalur Menunjukkan perpaduan 13 buah
negeri dan kerajaan persekutuan
Warna biru Merah dan putih (melintang) yang sama
Warna kuning lebar, tanda keanggotaan yang sama
Warna merah dalam persekutuan 13 negeri – Johor,
Warna putih Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri
Sembilan, Pahang, Pulau Pinang,
Perak, Perlis, Sabah, Sarawak,
Selangor, Terengganu, dan Wilayah
Persekutuan.
Melambangkan perpaduan rakyat
Malysia yang berbilang kaum
Bermaksud Warna Diraja bagi Duli
Yang Mala Mulia Raja-raja.
Melambangkan keberanian dan
bersedia dalam mengharungi segala
jenis cabaran demi negara yang tercinta
Melambangkan kesucian dan keluhuran
hati rakyat dalam mengangkat nama
negara ke perada dunia

57

JATA NEGARA

Jata negara merupakan simbol dan identiti bagi kedaulatan sesebuah negara. Jata
Negara Malaysia merupakan lambang rasmi bagi kerajaan persekutuan Malaysia. Jata
ini juga digunakan dalam dokumen rasmi Kerajaan Persekutuan dan pada Panji-panji
di Raja.

Logo dan lambang-lambang Jata Maksud
Negara
Bintang pecah 14 Mewakili 13 buah negeri dan wilayah
Bintang bersama anak bulan (bulan persekutuan dalam Malaysia.
sabit) Melambangkan agama Islam sebagai
Lima bilah keris agama persekutuan.
Mewakili negeri Perlis, Kedah, Kelantan,
Dua harimau di kiri dan kanan Terengganu dan Johor. Ia juga dikenali
sebagai negeri-negeri Melayu yang
Imej pokok pinang dan Jambatan tidak bersekutu.
Pulau Pinang Ia merupakan simbol keberanian yang
perlu dimiliki oleh semua rakyat
Empat jalur berwarna merah, hitam, Malaysia. Nama harimau ini adalah
putih dan kuning Harimau Malaya.
Simbol pokok pinang dan jambatan
Pulau Pinang yang terletak di sebelah
kiri jata negara ini mewakili negeri Pulau
Pinang.
Empat warna yang berada di tengah
jata negara adalah mewakili warna

58

bendera empat buah negeri Melayu

bersekutu. Warna hitam, putih dan

kuning mewakili negeri Perak. Merah

dan kuning mewakili negeri Selangor,

hitam dan putih mewakili negeri

Pahang. Manakala warna merah, hitam

dan kuning mewakili negeri sembilan.

Imej pokok Melaka Simbol pokok Melaka yang terdapat

pada sebelah kanan jata negara

mewakili Negeri Melaka.

Tiga logo di sebelah bawah Logo di sebelah bawah kiri mewakili

negeri Sabah, Logo di sebelah bawah

kanan mewakili negeri Sarawak.

Manakala bunga raya yang terletak di

tengah bucu perisai mewakili bunga

Kebangsaan.

Warna kuning pada awan-awan Melambangkan sistem beraja dan

merupakan warna di Raja bagi Duli-Duli

Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Slogan “Bersekutu Bertambah Mutu” Cogan kata ini mewakili intipati bagi

negara Malaysia.

Rukun Negara Negaraku

1. Lambang Negara Kepercayaan Negaraku, Tanah Tumpahnya Darahku
kepada Tuhan Rakyat Hidup, Bersatu dan Maju

2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara Rahmat Bahagia, Tuhan Kurniakan
3. Keluhuran Perlembagaan Raja Kita, Selamat Bertakhta
4. Kedaulatan Undang-undang
5. Kesopanan dan Kesusilaan Rahmat Bahagia, Tuhan Kurniakan
Raja Kita, Selamat Bertakhta

59

BENDERA NEGERI PERAK

Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga
warna berjalur putih, kuning dan hitam. Ketiga-tiga jalur ini

sama lebarnya. Warna putih melambangkan kebesaran
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul
Ridzuan. Warna kuning melambangkan kebesaran Duli
Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan.
Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Amat

Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.

Dilanjutkan LAGU NEGERI
Allah usianya Sultan PERAK

Adil dan murah
Memerintah watan

Ditaati rakyat
Kiri dan kanan
Iman yang soleh
Allah kurniakan
Allah berkati
Perak Ridzuan
Allah selamatkan
Negeri dan Sultan

60

LOGO NEGERI PERAK Lambang Negeri Perak Darul Ridzuan
mengandungi Jata Ke Bawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

Jata ini dilingkungi dengan bulan sabit yang
mengandungi bunga padi. Jata melambangkan

Kedaulatan Raja Pemerintah.Bulan Sabit
menandakan Agama Islam sebagai agama
rasmi. Bunga padi menggambarkan sumber
perusahaan rakyat dan kesuburan negeri.

BENDERA NEGERI KEDAH

BENDERA NEGERI NEGERI SEMBILAN

61

BENDERA NEGERI PAHANG
BENDERA NEGERI KELANTAN
BENDERA NEGERI JOHOR
BENDERA NEGERI PERLIS

62

BENDERA NEGERI SELANGOR
BENDERA NEGERI TERENGGANU
BENDERA NEGERI SARAWAK
BENDERA NEGERI SABAH

63

BENDERA NEGERI PULAU PINANG
BENDERA NEGERI MELAKA
BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN

64

ISTIADAT-ISTIADAT RASMI PERSATUAN
PANDU PUTERI MALAYSIA

ISTIADAT ISTIADAT ISTIADAT LADAM
BENDERA MENGAMBIL KUDA
(PERLANTIKAN KEDATANGAN
AHLI BARU)

ISTIADAT BENDERA

Seiring dengan namanya 'Istiadat' beberapa perkara perlu dipatuhi:

❖ Perlu memakai pakaian seragam lengkap semasa istiadat menaikkan bendera.
❖ Biasanya istiadat menaikkan bendera dibuat dalam bentuk ladam kuda.
❖ Semasa perkhemahan, bendera dikibarkan dari pagi hingga matahari terbenam.

Bila matahari terbenam bendera perlu diturunkan? Bermulanya hari baru, bendera
akan dinaikkan semula.
❖ Jika semasa mesyuarat atau perjumpaan, Istiadat menaikkan bendera dilakukan
semasa pembentukkan ladam kuda iaitu aktiviti pertama perjumpaan, kemudian
diturunkan semula setelah tamat perjumpaan atau kursus.

ISTIADAT LADAM KUDA

 Melalui Ladam Kuda ini, guru pemimpin dapat mengenal pasti bilangan ahli
Pandu Puteri yang akan terlibat dengan aktiviti (bagi pasukan yang kecil),
memantau uniform setiap ahli, memberikan arahan untuk aktiviti yang akan
dilakukan dan yang paling penting ia merupakan istiadat yang membezakan
Pandu Puteri dengan pasukan beruniform yang lain.

65

Terdapat 2 cara bagi Pembentukan Ladam Kuda:

Cara 1 • Untuk Pasukan Kecil (Kurang dari 20 ahli)
Cara 2 • Untuk Pasukan Besar

Cara Pembentukan Ladam Kuda

66

Istiadat menaikkan panji-panji diteruskan selepas Pembentukan Ladam Kuda.
Seterusnya, Kapten akan meneruskan istiadat dengan memanggil seorang ahli untuk
membaca doa dan seorang ahli lagi menyampaikan kata-kata hikmat. Kapten akan
memberikan ucapan dan taklimat serta memaklumkan aktiviti yang akan dijalankan
pada hari tersebut. Kapten memberikan arahan selanjutnya: Kapten: Pasukan, keluar
baris! (Semua ahli Pandu Puteri mengambil satu langkah ke hadapan bermula dengan
kaki kiri, rapatkan kaki, pusing ke kanan dan terus keluar dan Ladam Kuda.
Kesimpulannya, Ketua Pasukan perlu menentukan 3 orang bagi Pasukan Panji-Panji, 1
orang Pembaca Doa dan 1 orang Penyampai Kata-Kata Hikmat sebelum Pembentukan
Ladam Kuda. Ladam Kuda digunakan untuk Pandu Puteri Remaja manakala Formasi
V untuk Pandu Puteri Renjer.

67

Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, di gunung dan
sebagainya. Perkhemahan bermaksud mendirikan khemah untuk membuat tempat kediaman
sementara untuk berteduh dan bermalam di kawasan hutan atau lapang dengan menggunakan bahan
sedia ada. Berkhemah bermakna seseorang akan menerima atau memikul beberapa tanggungjawab
terhadap pengurusan makanan dan minuman, perlindungan serta melibatkan diri dalam aktiviti
berkaitan dengan persekitaran luar. Tujuan perkhemahan adalah dapat meningkatkan kecekapan dan
kendiri, menghayati maksud batasan kehidupan, memupuk semangat keberanian dan kreativiti dan
meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental.

Kini, berkhemah atau perkhemahan menjadi satu aktiviti kegiatan kokurikulum di luar bilik darjah.
Perkhemahan sering dikaitkan dengan pertubuhan unit beruniform. Berkhemah merupakan salah satu
cabang ilmu yang menguji tahap kemampuan mental dan fizikal untuk menggunakan sumber-sumber
yang terhad dengan kemudahan yang terhad. Aktiviti ini juga dapat menguji kesanggupan seseorang
ketika menghadapi kekurangan dan ketidakselesaan dalam sesuatu keadaan. Oleh itu, pengurusan
perkhemahan terdiri daripada tiga kategori iaitu, sebelum, semasa dan selepas.

TUJUAN PERKHEMAHAN

Berkhemah sebagai cara pendidikan
Berkhemah sebagai cara ibadat.
Perkhemahan untuk orientasi sosial.
Berkhemah untuk rekreasi.
Berkhemah untuk menghargai alam semula jadi dan mencari
ketenangan.
Berkhemah untuk merapatkan hubungan kekeluargaan.
Perkhemahan membuka mata perihal kesihatan.

68

pengurusan dan penjagaan khemah

Jangan menggunakan lilin, mancis, atau pembakaran terbuka berdekatan dengan khemah.

Sentiasa melindungi pancang khemah dan memastikan pancang/tiang khemah berada
dalam keadaan baik.

Sentiasa bersihkan khemah anda setiap kali selepas trip atau setelah selesai
menggunakkannya, dan pastikan anda memeriksa setiap kotoran dan sampah sarap
yang tertinggal.
Jangan menyimpan makanan didalam khemah untuk mengelakkan daripada binatang
mencari dan merosakkan khemah anda dalam usaha mencari makanan tersebut.

Letakkan juga pelincir pada zip untuk mengelakkan zip dari pada jem dan menyebabkan
susah untuk di buka.

Letakkan sedikit pelincir untuk memudahkan memasukkan dan mengeluarkan tiang/ pancang.

GAJET-GAJET PERKHEMAHAN

Aktiviti membuat gajet semasa perkhemahan merupakan perkembangan kemahiran fizikal,
mental dan kematangan berpengakap.
Menurut kamus Komprehensif Bahasa Melayu ia bermaksud alat atau mesin yang kecil.
Binaan yang dibuat menggunakan bahan-bahan di sekitar perkhemahan
Dicantum atau dikukuhkan menggunakan tali atau pengikat bagi menggantikan perabot rumah
semasa di tapak perkhemahan

69

Gunakan bahan semula Gajet boleh digunakan
jadi dan ikatan yang atau berfungsi dan
betul dan kukuh
bukan untuk pameran

PRINSIP MEMBUAT
GAJET

Mulakan dengan Jangan gunakan kayu
membuat gajet yang atau dahan yang buruk
kerana kemungkinan
mudah dahulu.
patah atau roboh.

Faedah Membuat Gajet

Mengetahui cara untuk Memahami habitat dan Mengalakkan masyarakat
hidup apabila berada di alam semula jadi. untuk mengaplikasi

dalam hutan. kemahiran dan teknik kraf
perkhemahan dalam
kegiatan luar.

Memberi kesedaran kepada Memupuk perasaan cinta
masyarakat tentang terhadap alam semulajadi

kepentingan menjaga alam dan mensyukuri
sekitar dengan cara yang ciptaanNya.

sepatutnya

70

TUJUAN
MEMBUAT GAJET

Meninggikan taraf penghidupan di kem seperti kebersihan, kemudahan dan
keselesaan.
Perekaan membuat gajet disamakan dengan situasi di rumah.
Dalam membina gajet, hendaklah ia mempunyai fungsi.
Dalam membina gajet semangat kekitaan dalam kumpulan dapat diterapkan
dan dipraktikkan.
Semangat pertandingan yang sihat.
Dapat melahirkan idea-idea yang baru.
“Feeling of sense of achievement”, serta kejayaan dalam menghasilkan gajet.
Meninggikan mutu perkhemahan.
Mengisi masa terluang semasa perkhemahan dengan membuat gajet-gajet
yang berfaedah.

71

Jenis-jenis Gajet dan Kegunaannya

Gajet kawasan pintu
• Gadjet pintu terletak dibahagian hadapan sekali di sesuatu kawasan perkhemahan iaitu:
–Bahagian pintu hadapan (pilihan)
– Bahagian pagar
– Bahagian pintu belakang
Jenis kepelbagaian pintu hadapan
- Tulis nama ahli kumpulan atau nombor kumpulan
- Bahagian pintu yang boleh tertutup sendiri (self closing type).
- Pintu gerbang bukan gadjet tetapi projek perintis.
Bahagian Pagar
- Menandakan kawasan sempadan, suasana perkhemahan yang teratur dan kemas dan adanya
kawalan keselamatan.
- Pelbagai jenis pagar boleh dibuat.
- Direka dengan menggunakan pokok-pokok kecil, pokok menjalar dan menggunakan batang-batang
kayu.
Bahagian pintu belakang
- mewujudkan sempadan.
- kawasan mempunyai perlindungan.

72

Gajet kawasan dapur

• Buat dari bahan semula jadi
• Selain membuat gejet-gejet dapur buat juga gejet sampingan di dapur seperti:

➢ Rak pinggan mangkuk Rak alatan tajam seperti pisau, parang dan kapak
➢ Meja makan Penyangkut cawan / gelas
➢ Rak menyimpan kayu api / tong gas
➢ Gadjet gerobok (camp larder)
➢ Gadjet lubang basah dan kering

GAJET KAWASAN TEMPAT MEMBASUH

• Gejet tempat meletak besen air.
• Gejet tempat menyimpan alat pergigian.
• Gejet tempat menyimpan sabun.
• Gejet mengantung tuala mandi.

73

• Gejet kawasan tempat basuhan

GAJET KAWASAN TEMPAT TINGGAL

• Semua gejet yang dibuat hendaklah diatur / sususn dengan baik, disamping
menjaga kebersihan dan kekemasan diri di kawasan perkhemahan.

• Gejet-gejet yang biasa dibuat di kawasan tempat perkhemahan seperti
tempat kasut, penyangkut baju, meja tulis, kerusi, gadjet katil, papan
kenyataan, buaian, penyangkut lampu, penyapu, tempat letak beg, tempat
ampaian, tiang bendera dan lain-lain.

GEJET TEMPAT MENJEMUR KAIN

• Ampaian yang kekal tidak boleh digerak dibina dikawasan tempat membasuh.

74

GEJET-GEJET LAIN

• Buatlah gadjet lain yang mustahak seperti:
• Tiang bendera
• Menara memerhati
• Gendang / Kantung kem
• Gejet pembawa barang (Indian Travois)
• Gejet pondok lalang (tempat berteduh)

75

PENEMPATAN GEJET DALAM KAWASAN
PERKHEMAHAN

• Tidak jauh dari tempat memasak hendaklah disediakan dua lubang iaitu
lubang basah dan kering.

• Berhampiran dapur dirikan meja dan bangku makan, gejet alatan tajam
seperti kapak, gergaji dan parang, gejet gerobok makan, tempat meletak
kayu api / tong gas.

• Berhampiran pintu masuk dirikan gejet Papan Kenyataan, tempat letak buku
dan tempat letak tongkat

PRINSIP MEMBUAT GEJET

• Gejet yang dihasilkan dengan baik dapat dijadikan contoh dan panduan oleh
semua pengakap.

• Jangan gunakan kayu atau dahan yang buruk kerana kemungkinan patah
atau roboh.

• Gunakan ikatan yang betul.
• Ikatan pada gadjet hendaklah betul.
• Gunakan bahan semulajadi.
• Gejet yang dibuat boleh digunakan dan bukan untuk pameran.
• Gejet mesti kukuh, dapat digunakan sepanjang masa perkhemahan.
• Gejet yang baik ringkas tetapi praktikal.
• Mulakan dengan membuat gejet yang ringkas dahulu.
• Fikirkan ciri-ciri keselesaan dan keselamatan gadjet.
• Gejet direka, dibuat dan diletakkan ditempat yang sesuai.
• Buat gejet ciptaan atau rekaan sendiri.

76

SIMPULAN DAN IKATAN DALAM
MEMBUAT GAJET

• Simpulan dan ikatan perlu diketahui dalam proses membuat gejet, perlu
dipelajari lebih dahulu supaya gejetnya kekal. Simpulannya perlulah ketat dan
kuat.

• Ikatan Seraya (Square lashing) – mengikat tiang gadjet kerana memberi
sokongan yang kuat pada tiang yang telahg diikat.

• Ikatan Serong (Diagonal lashing) – mengikat tiang dan juga sebagai
penyambung gejet yang berbentuk serong.

• Ikatan Silang Gunting – mengikat dua batang kayu bersama, biasanya diikat
pada pintu pagar.

• Ikatan ‘Figure of eight lashing’ – mengikat tiga batang kayu bersama, sesuai
untuk pembinaan gadjet berbentuk tiga segi.

• Ikatan Ular (Snake lashing) – mengikat cara menganyamnya, batang-batang
kayu yang kecil diikat kepada batang yang lebih besar.

• Simpul Balak (Timber Hitch) – memulakan ikatan serong.
• Simpul manuk – memulakan ikatan silang gunting dan ikatan seraya.
• Ikatan Pemukat – ikatan gadjet yang memerlukan pengantungan. Ikatan ini

digunakan untuk membuat sesuatu loop pada tali.
• Whipping – mengemaskan tali yang berlebihan.

77

IKHTIAR HIDUP

DEFINISI

kognitif • Memperolehi pengetahuan melalui alam semulajadi untuk mencari
sumber makanan, tempat perlindungan dan punca-punca air.

• Mempelajari pengetahuan asas dan langkah-langkah keselamatan semasa
menjalani ikhtiar hidup

•Mencari dan menggunakan sumber alam semulajadi sebagai sumber
makanan untuk terus hidup.

•Dapat bertindak dengan cepat dan tepat apabila menghadapi sesuatu

psikomotor situasi yang kurang baik.

afektif •Memupuk nilai-nilai murni seperti bekerjasama dan bertanggungjawab.

•Memperkembangkan minat terhadap alam semula jadi dan dapat
menikmati keindahannya.

78

MASAKAN RIMBA DAN MASAKAN SOLAR

MASAKAN
RIMBA

MEMASAK TANPA PERALATAN
Memasak tanpa peralatan bermaksud memasak tanpa menggunakan perkakas
dapur
Sebagai ganti, daun kayu, ranting kayu, batu, ruas buluh, tanah liat atau lumpur
boleh digunakan
Dikenali juga debagai backwoodsman atau masakan rimba. Kini kerajang
aluminium, tin, dawai juga digunakan.

KAEDAH MEMASAK

1) Memasak menggunakan makanan sebagai bekas.
- Ubi kentang, bawang besar, capsicum, tomato, labu atau oren dipotong dan isinya
dikeluarkan.
- Bahagian atas digunakan sebagai penutup
- Bekas makan dibalut dengan keranjang aluminium dan dimasak dalam bara api
- Kari ayam boleh dimasak dalam buah kelapa muda yang bersabut.

79

2) Memasak menggunakan daun
- Daun yang lebar sesuai dijadikan bekas memasak makanan seperti ayam dan ikan.
Makanan dibungkus dengan daun dan dimasak atau bara api
- Jenis daun yang boleh digunakan adalah daun pisang, daun kunyit, daun pandan,
kobis dan kulit jagung

3)Memasak menggunakan ranting dan dawai
- Ranting boleh dijadikan alat untuk memanggang.
-Pastikan ranting tidak berasal dari pokok beracun
- Roti juga boleh dililit menggunakan ranting kayu
- Dawai atau penyangkut baju keluli dibentukkan mengikut keperluan

4) MEMASAK DENGAN MENGGUNAKAN BULUH
- Buluh sesuai dijadikan sebagai bekas memasak
- Buluh boleh digunakan untuk memasak nasi dan lemang

80

5) Memasak Dengan Menggunakan Kerajang Aluminium
-Kita juga boleh memasak dengan menggunakan kerajang aluminium yang sudah
dibawa terlebih dahulu dari rumah.
-Kerajang aluminium ini boleh digunakan untuk memasak bahan makanan seperti
ikan, telur atau daging.

6) Memasak Dengan Menggunakan Lumpur/Pasir/Tanah/Tanah Liat
-Lumpur atau tanah liat juga boleh dijadikan bekas untuk memasak.
-Contohnya untuk memasak ikan, nasi, ubi, telur
- Ambil lumpur atau tanah liat yang bersih dan balutkan telur atau ikan yang sudah
bersih untuk dimasak. Selepas itu masukkan balutkan lumpur atau tanah liat ini ke
dalam api lebih kurang 10 hingga 20 minit.
Jika lumpur atau tanah liat sukar didapati, pasir atau tanah boleh digunakan sebagai
medium untuk memasak. Sediakan lubang dan masukkan bahan yang hendak
dimasak (contohnya beras, telur dan ubi) ke dalam lubang dan ditimbuskan.
Nyalakan api pada bahagian atas lubang selama lebih kurang 30 minit. Masa
memasak bergantung kepada keadaan api dan jenis bahan yang dimasak.

81

MASAKAN SOLAR

Masakan solar ini amat sesuai digunakan di negara beriklim panas seperti
Malaysia
Banyak kebaikan iaitu menjadikan tenaga solar sebagai sumber tenaga alternatif
yang murah, menggurangkan penggunaan bahan api dari kayu, tidak mempunyai
ancaman bahaya kebakaran, keracunan asap dan gas
Masakan solar ini juga amat sesuai digunakan semasa membuat aktiviti gerak
kerja luar seperti perkhemahan
CARA MENYEDIAKAN DAPUR SOLARBAHAN UNTUK MEMBUAT
DAPUR / MATERIALS FOR KIT
- 1 tin cat sembur yang sesuai untuk permukaan aluminium/ 1 can aerosol paint (for
alimunium)
- panci atau periuk nipis / thin pot for cooking gam/ glue
- pelekat kertas /paper binding tape
- foil aliminium / aliminum foil
- kotak besar / big sizeempty boxes

82

PENYEDIAAN DAPUR SOLAR

PENYEDIAAN DAPUR SOLAR

83

UKURAN DAPUR SOLAR

MENU SOLARTelur Sausage (mix all and cut small, thin)
- 3 batang sausage
- 6 biji telur
- 1 batang lobak merah
- 1 paha daging ayam (isi dicincang)
- 1 labu bawang besar
- sedikit garam
KEK LOBAK MERAH
- 1 Kotak tepung kek Nona (3 cawan)
- 4 biji telur
- 1 cawan mentega
- 3batang lobak merah (parut - 2 cawan)

84

PUDING ROTI
- 6 biji telur
- 1 paket santan serbuk
- 1 tin susu pekat
- 2 kotak kecilkismis
- 1 paket gula kastor
- 1 buku roti
- 4 sudu marjerin
Bahan-bahan:
-Empat keping roti di potong dadu dan disusun di dalam periuk
-2 sudu gula halus
-1 sudu tepung kastard
-3 biji telur (digaul sekali)
- 450ml susu segar

85

IKHTIAR HIDUP – MEMBUAT PERANGKAP

Sebelum memasang jerat beberapa perkara perlu diberi perhatian. Antaranya ialah :-
i. Jenis binatang yang hendak dijerat
ii. Kawasan laluan binatang tersebut.
iii. Habitat binatang tersebut

Jenis Jerat

• Jerat bidas

- Ikat tali jerat pada hujung joran, kemudian buatkan
running bowline dihujung tali tersebut.

-Ikat kayu pembingkas pada tali joran tersebut.

-Pasangkan kayu lengkung atas denai (laluan) binatang
dengan mencacak kedua-dua hujung di atas tanah.

-Cacak joran. Lenturkan joran. Bakakan kayu
pembimkas kepada kayu lengkung dan dikunci dengan
kayu palang. Aturkan kayu para di atas palang dan
bukankan gelung tali seluas yang mungkin di atas para.
Jerat akan bingkas apabila para dipijak oleh binatang
tersebut.

• Kurungan

86

• PELANTAK MONYET

PERANGKAP BINATANG

Perangkap terbahagi kepada dua:
i. Perangkap berumpan
-kadangkala serupa sahaja bentuknya dengan perangkap yang tidak menggunakan
umpan
-Dengan umpan ia akan menarik perhatian binatang yang hendak ditangkap supaya
masuk ke dalam perangkap
-Tentukan terlebih dahulu binatang yang hendak ditangkap dan umpan yang sesuai
bagi binatang tersebut.

87

ii. Perangkap tidak menggunakan umpan
-Perangkap jenis ini pula tidak memerlukan apa-apa umpan bagi menarik perhatian
binatang
-Persediaan memasang perangkap jenis ini adalah dengan cara melihat kepada kesan
perjalanan, tempat binatang bermain atau tempat binatang tersebut mencari makan
atau minum
-Jerat jenis ini tidak memilih apa jenis binatang
-Binatang yang biasa dijerat menggunakan perangkap ini seperti seladang, kijang,
landak, rusa dan sebagainya.

88

MALAM KEBUDAYAAN
PANDU PUTERI

PENGERTIAN

❖ Malam Kebudayaan merupakan satu acara kemuncak yang menyeronokkan
dalam satu-satu perkhemahan.

❖ Diadakan pada waktu malam dengan aktiviti bersuka ria melalui nyanyian,
menari dan berlakon.

❖ Diadakan di tempat yang lapang atau dalam bangunan atau di atas pentas.
❖ Dahulunya dikenali dengan temasya unggun api. Unggun api digunakan tetapi

kini bertukar dengan penggunaan lampu gasolin atau letrik.

TUJUAN

• Aktiviti malam kebudayaan dapat menghilangkan rasa bosan

dan kepenatan semasa berkhemah.

• Mempereratkan hubungan silaturahim atau persahabatan di

kalangan ahli Pandu Puteri.
• Satu latihan berinteraksi dan menghilangkan perasaan rendah

diri, malu dan sikap negatif di kalangan ahli.
• Dapat membina keyakinan diri dengan memperagakan

kebolehan.
• Bagi mengurangkan rasa ketegangan emosi.

89

PERSEDIAAN SEBELUM

✓ Memastikan bekalan cahaya mencukupi. Seperti kayu api bagi tempat tiada
bekalan letrik. Lampu gasolin yang sempurna.

✓ Mengatur majlis seperti pembukaan serta buku program.
✓ Jemputan tetamu kehormat
✓ Tempat duduk bagi dif dan peserta.
✓ Persediaan awal acara bagi peserta yang akan mengambil bahagian. (makluman

awal dan syarat tertentu).
✓ Memilih juru acara malam kebudayaan yang memiliki kriteria: suara yang baik,

banyak idea, boleh menyanyi, berlakon, beraksi, pandai berkecindan dan kreatif
untuk mengelak kebosanan peserta.
✓ Alat pembesar suara.

PERSIAPAN TEMPAT

Menentukan tempat untuk diadakan malam kebudayaan. Pastikan tempat itu sesuai
dan tidak menganggu orang ramai dan masyarakat sekeliling/setempat.
Jauh daripada tempat binatang atau serangga berbisa, pokok yang mudah
tumbang atau patah (kawasan yang selamat).
Mempunyai kawasan lapang yang boleh dibuat dalam bentuk bulatan.
Kalau dalam bangunan ada kawasan lapang atau stage yang boleh digunakan.
Elak daripada merosak persekitaran semula jadi. Tempat yang basah, lembab atau
berair perlu dielakkan. Rumput perlu dijaga supaya tidak rosak.
Kemudahan kerusi disusun di hadapan untuk tempat duduk tetamu dan jemputan.
Boleh disusun mengikut susunan tapak kuda untuk peserta. Jika menggunakan
pentas susunan mengikut protokol untuk tetamu.
Mohon kebenaran pihak tuan punya tempat atau bangunan.

90

GARIS PANDUAN PERSEMBAHAN

LAKONAN

Pendek dan tempohnya jangan lebih daripada 10 minit.
Tema tidak menyentuh perkara yang sensitif dalam agama, bangsa dan
kebudayaan kaum-kaum tertentu.
Jangan libatkan isu-isu sensitif.
Tidak perlu banyak alat. Elakkan mengguna alat yang bahaya.
Contoh:
i. Lakonan bisu
ii. Lakonan spontan
iii. Pantomen
iv. Lakonan cerita binatang atau cerita hutan.
v. Lakonan cerita sejarah

STUNT (Aksi Luar Biasa)

Persembahan yang perlu difahami oleh semua orang.
Tidak merbahaya, pendek / masa yang singkat, kemas dan teratur
Perlukan latihan yang bersungguh-sungguh, serta mencukupi

TARIAN

Tarian kebudayaan tempatan / tradisional / binatang.
Dua atau tiga tarian mencukupi untuk sepanjang malam persembahan
Contoh:
i. Joget
ii. Zapin
iii. Kuda kepang
iv. Tarian gajah

CERITA

Cerita perlu pendek, plot ringkas serta menarik
Boleh diaksi
Suara dikawal dan diragamkan mengikut watak
Memek muka sesuai dengan cerita
Ada peralatan yang sesuai / kostum
Ada pengajaran

PERALATAN

Alat muzik yang ringkas boleh digunakan.
Alat muzik boleh disediakan sendiri daripada bahan-bahan buangan seperti
botol, tin, buluh, daun dan lain-lain.
Alat yang besar serta bunyi yang kuat boleh dielakkan.

91

Elok diberikan peluang kepada ahli yang pandai bermain alat muzik secara
individu / beramai-ramai.
Muzik dapat mengiring lagu / nyanyian.
Muzik rakaman boleh digunakan.
Guna pembesar suara jika perlu.
Gubahan dam kreativiti untuk menyokong persembahan.

PAKAIAN

Pemimpin serta ahli Pandu Puteri berpakaian seragam lengkap.
Pakaian peserta boleh juga disesuaikan untuk aktiviti lakonan/persembahan.
Pakaian beragam yang sesuai.
Pakaian khas untuk sebarang persembahan kebudayaan.

PERMAINAN PANDU
PUTERI

PERMAINAN LUAS

➢ Cara pelaksanaan
-Menjalankan aktiviti fizikal yang menggunakan kecerdasan mental
-Aktiviti permainan berstesen (Station Game)
-Mengandungi jalan cerita yang menarik
-Mengandungi kemahiran tanda mengesan, isyarat wisel atau tangan

➢ Kebaikan
- Mempelajari ilmu yang bahariu
- Meningkatkan pengetahuan Pandu Puteri
-Mengeratkan hubungan antara satu sama lain

92

PERMAINAN KIM
Asal Usul
Permainan Kim berasal daripada nama seorang pengakap terkenal bernama Kimball
O’ Hara. Beliau sering memerhati dan menghuraikan satu per satu apa yang dilihatnya.
Kepandaian beliau telah memberi ilham kepada Lord Baden Powell mengadakan satu
permainan untuk melatih pancaindera yang terdapat pada tubuh manusia. Permainan
Kim ini melatih seseorang menggunakan semua pancainderanya seperti mata, dan
ingatan, telinga dan pendengaran, deria rasa dan deria bau.

Cara-Cara Permainan
Stesen Satu: Deria Mata Dan Ingatan

Sebanyak 30 jenis barang diletak di dalam dulang. Contohnya pen, pensel,
kerongsang botol minyak, lilin dan sebagainya. Setiap kumpulan diberi masa dua minit
untuk melihat dan mengingat benda-benda tersebut. Mereka tidak dibenarkan menulis
semasa melihat benda kecil. Setelah cukup masanya, dulang ditutup dan pemain
dikehendaki mengingat dan menulis semula barang - barang yang dilihatnya. Pemain
yang paling banyak mengingati barang dengan tepat dikira pemenang.

Stesen Dua: Deria Sentuh
Pemain ditutup matanya dan dikehendaki memegang dengan tangan lapan hingga
sepuluh barang. Contohnya jam, lilin, pen, kotak mancis dan sebagainya. Setiap
kumpulan diberi masa selama dua minit untuk memegang barang-barang. Kemudian
mereka dikehendaki menyenaraikan kembali barang-barang yang dipegang. Pemain
yang paling banyak menyenaraikan dengan tepat dikira sebagai pemenang.

Stesen Tiga: Deria Rasa
Beberapa larutan disediakan seperti air gula, air garam, air asam jawa, cuka, kopi dan
milo. Pemain dikehendaki menutup mata dan seorang petugas akan meletakkan
sedikit larutan untuk dirasa dengan lidahnya. Kemudian, pemain perlu menyenaraikan
kembali jenis larutan yang dirasai. Pemain paling banyak menyenaraikan dengan tepat
dikira sebagai pemenang.

93

Stesen Empat: Deria Bau
Sebanyak sepuluh bahan seperti serai, halia, daun kunyit, daun pandan, daun kari,
bawang putih, daun sup, belacan, sabun mandi dan daun ulam raja dipilih. Setiap
bahan ini dimasukkan ke dalam bunjut kain. Setiap pamain dikehendaki menghidu
bahan-bahan ini. Kemudian, pemain perlu menyenaraikan kembali bahan yang dihidu.
Pemain paling banyak menyenaraikan dengan tepat dikira sebagai pemenang.

Stesen Lima: Deria Mata Dan Ingatan
Sebanyak sepuluh helai daun berlainan jenis dan saiz diletakkan di atas kertas. Setiap
kumpulan diberi masa selama satu minit untuk melihat dan mengingat daun-daun
tersebut. Kemudian, kumpulan diminta membawa kembali satu set daun-daun yang
sama dengan set daun-daun yang ditunjukkan dalam tempoh satu minit tadi.
Kumpulan yang membawa daun-daun yang tepat seperti ditunjukkan dikira pemenang.

94

JALAN LASAK DAN
PANDU ARAH

JALAN LASAK

TUJUAN

mewujudkan pengurusan aktiviti pandu arah dengan lebih berkesan dan mengikut
prosedur yang ditetapkan.
mempunyai sistem pengurusan aktiviti panddu arah yang mantap.
melaksanakan aktiviti yang terancang mengikut prosedur pengendalian aktiviti.

PERATURAN & PERSEDIAAN

1. Kebenaran
Sebelum kita memulakan sesuatu aktiviti perkhemahan, perkara yang amat penting
sekaliialah memohon kebenaran. Kebenaran daripada ibu bapa ataupun penjaga adalah
perlu dan kita harus memaklumkan mengenai aktiviti serta tujuannya kepada mereka
ataupunorang yang terdekat dengan kita.
2. Persediaan Alatan

Titik kawalan (control point)
• Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu dilawati oleh

peserta.
• Biasanya merupakan ciri-ciri muka bumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas.
• Titik kawalan bukanlah “check point” kerana ia tiada penjaga dititik.

Penanda Kawalan
• Tujuannya bagi membantu peserta tiba ke destinasi yang betul.
• Suatu objek yang diperbuat daripada k9a5in berwarna merah muda dan putih sebagai

tandayang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m).
• Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik.

2. Persediaan Alatan

Titik kawalan (control point)

• Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu dilawati
oleh peserta.

• Biasanya merupakan ciri-ciri muka bumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas.
• Titik kawalan bukanlah “check point” kerana ia tiada penjaga dititik.

Penanda Kawalan

• Tujuannya bagi membantu peserta tiba ke destinasi yang betul.
• Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih

sebagai tandayang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m).
• Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik.

Kad Kawalan

•Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai acara
sebagai bahan bukti atau pengesahan.
•Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time) dan
tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti.
•Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa di garisan penamat untuk mencatat
masa penamat.

Peta utama

•Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan keterangan
kawalan.
•Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan

Keterangan Kawalan

•Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description) kawalan berkenaan.
Butir-butir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod kawalan dan keterangan
mengenai kedudukan titik kawalan.
•Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk ‘teks’ tetapi dalam
bentuk kod/gambar rajah.

96

Landasan

• Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ke titik kawalan yang
lain hingga ke penamat. Landasan ini akan dilukis diatas peta utama dan akan disalin oleh
peserta kemudiannya.

• Tanda yang berkenaan landasan adalah:
i. Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.
ii. Titik kawalan dengan tanda bulatan.
iii. Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertindih.
iv. ‘Leg’ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan.

KOMPAS

•Untuk menentukan arah.
•Dijadikan panduan asas bagi ahli-ahli pengembara menentukan hala tuju di dalam
hutan.
•Kompas hendaklah digunakan dengan teliti bagi mendapatkan arah yang tepat.
•Kompas bearing sudut: Diukur mengikut arah pusingan jarum jam dan jumlah
sudutnya ialah 360 darjah.

•Kompas mata angin 16

97

•Perkara-perkara penting semasa guna Kompas:

i.Memeriksa bearing kompas (arah yang hendak dituju) bagi memastikan arah yang
betul dan tepat.
ii.Tentukan sesuatu objek sebagai tanda supaya anda boleh terus menghala ke arah
yang hendak dituju dengan mudah, misalnya pokok besar, benda yang ganjil atau
gatu besar yang berada di persekitaran.

• Langkah-langkah bagi mencari kedudukan sesuatu tempat
di atas peta:

i.Letakkan peta di atas permukaan yang rata.
ii.Tandakan kedua-dua tempat yang hendak dicari bearing sudutnya, misalnya A dan
B.
iii.Lukiskan kedudukan arah mata angin utara selata. ini dapat dilakukan dengan
melukisgarisan yang selari dengan mana-mana garisan gred yang berhampiran.
iv.Sambungkan kedua-dua titik A dan B dengan satu garis lurus.
v.Gunakan jangka sudut bagi mengukur sudut bermula dari utara mengkut arah
pusingan jarum jam sehingga ke garisan yang menyambungkan kedua-dua titik
tersebut.

PETA TOPOGRAFI

Peta Topografi ialah peta yang menunjukkan keadaan muka bumisesebuah kawasan,
selalunya menggunakan garisan kontur dalam petamoden. Peta topografi mestilah
mempunyai garisan lintang dan garisanbujur dan titik pertemuannya menghasilkan
koordinat. Koordinat ialah titik persilangan antara garisan lintang dan bujur. Peta
topografi yang piawai biasanya menggunakan skala 1:50,000. Skala begini dapat
menunjukkansesebuah kawasan seluas Putrajaya dengan lebih lengkap dan
sempurna. Peta topografi memiliki beberapa kesamaan dan perbezaan dengan
petarupa bumi.

98

Mengesan tanda dan simbol

• Tanda dapat dilakukan dalam pelbagai bentuk seperti batu, ranting, anak panah,
lakaran atas pokok dsb.

• Pelbagai jenis simbol juga dapat dicipta.

Laporan Pengembaraan

• Disediakan oleh setiausaha aktiviti.
• Melaporkan mengenai aktiviti ini kepada balai polis ataupun ranjer taman yang

bertugas di tempat yang anda hendak tuju untuk memaklumkan mereka bahawa
aktiviti perkhemahan akan dilakukan di dalam kawasan mereka. Tujuannya adalah
untuk memudahkan mereka untuk membuat rondaan keselamatan ataupun
melakukan kerja-kerja menyelamat sekiranya anda memerlukan bantuan. Bukan
itu sahaja, mungkin mereka juga boleh memberikan penerangan yang lebih
terperinci mengenai keadaan Kawasan tersebut.
• Kandungan adalah seperti maklumat umum iaitu masa, tempat, aktiviti.
• Lakaran kawasan peta jalan lasak disertakan.
• Catatan perjalanan.
• Pembahagian tugasan ahli.
• Gambar-gambar sepanjang aktivti jalan lasak disertakan.

99

KHIDMAT KESUKARELAWAN

Sukarelawan Pandu Puteri ialah satu Keahlian bahagian ini terbuka kepada
lelaki dan wanita berumur 18 tahun ke
bahagian baru dalam Persatuan atas. Bahagian ini adalah di bawah
kategori Ahli Tidak Aktif dan
Pandu Puteri Malaysia yang Persatuan tidak perlu membayar
yuran kuota kepada Persatuan Pandu
diperkenalkan pada tahun 2004 Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia
(WAGGGS) untuk Sukarelawan
melalui Program Signatur Pandu Puteri.

Antarabangsa(Signature Programme

Volunteerism).

Program Sukarelawan Pandu Puteri terbahagi kepada
lima bahagian iaitu:

✓ Perkembangan Kendiri
✓ Perkembangan Belia
✓ Khidmat
✓ Penglibatan dalam acara Pandu Puteri
✓ Penjanaan Dana dan Khidmat Sokongan

100


Click to View FlipBook Version