The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TURGHAASERI BM4 BUKU LOG PANDU PUTERI-converted

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by TURGHAASERI BM4, 2021-09-10 10:13:20

BUKU LOG PANDU PUTERI

TURGHAASERI BM4 BUKU LOG PANDU PUTERI-converted

SIMPULAN DAN IKATAN

SIMPULAN IKATAN

Biasanya simpulan menggunakan tali Ikatan digunakan untuk mengikat kayu,
yang kecil dan sederhana saiznya. Ia buluh, tiang dan papan untuk jambatan,
digunakan pada benda-benda yang tiang bendera, menara dan sebagainya.
kecil dan sederhana. Contoh-contoh Kebiasaannya dalam kegiatan
simpulan ialah seperti buku sila, tindih berpengakap dan kepanduan beberapa
kasih, simpul himpit, lilit dua simpul, ikatan digunakan seperti ikat seraya,
simpul pemukat dan sebagainya. ikat serong, ikat silang gunting dan lilit
Simpulan digunakan pada setiap balak.
tempat dan masa seperti di rumah, di
hospital, mengikat kasut, bungkusan
dan memulakan jahitan.

JENIS-JENIS SIMPULAN

Terdapat enam simpulan asas yang biasa diguna pakai di dalam rekreasi dan proses
menyelamat, antaranya ialah:
a) Simpul Buku Sila / Reef Knot
b) Simpul Bunga Geti / Common Bend
c) Simpul Tindih Kasih / Bowline
d) Simpul Manuk / Clove Hitch
e) Simpul balak
f) Simpul belit

101

JENIS SIMPULAN HURAIAN GAMBAR
SIMPULAN BUKU SILA
Untuk sambung dua utas tali yang
TINDIH KASIH
sama besar. Suatu simpulan yang
SIMPULAN BUNGA
KETI tegap dan tidak mudah lucut.Ia
IKATAN MANUK
digunakan untuk mengikat benda

-benda kecil seperti mengikat

layar kapal, bungkusan,

mematikan simpulan pada anduh,

dan mengikat khemah yang

dilipat.

-Digunakan untuk membuat tanjul

yang tidak boleh mencerut. Ia

juga digunakan untuk kerja-kerja

menyelamat, iaitu dengan cara

mengikatkan tali pada pinggang.

-Sebenarnya, terdapat pelbagai

jenis tindih kasih yang terdapat

dalam silibus ikatan 7 simpulan

tali, tetapi adalah di antaranya

yang paling asas, dan biasa

dipelajari dalam krs.

Untuk sambung dua utas tali yang

tidak sama besar atau tali yang

berlainan jenisnya. Digunakan

untuk sambung tali penarik

bendera ke tali di penghujung

bendera dalam flag break.

Ikatan ini digunakan untuk

mengikat tali pada kayu balak,

tiang atau pancang. Ia berfungsi

sebagai permulaan dan penamat

atau untuk mematikan ikatan

seraya, ikatan silang gunting,

ikatan lantai, ikatan silang nombor

lapan.Ikatan ini juga digunakan

untuk membuat gejet(permulaan

102

IKATAN BALAK bagi ikatan-ikatan yang telah
SIMPUL BELIT disebutkan diatas tadi).
Ia digunakan untuk mengikat
kayu balak, tiang kapal, atau
bungkusan yang besar supaya
mudah ditarik. Permulaan kepada
ikatan serong.(ikatan balak juga
boleh digunakan dalam ikatan
untuk membuat gejet selain
ikatan manuk)
Digunakan untuk mengikat tali
pada tiang untuk mematikan
ikatan ke pokok/pancang kerana
cara begini mudah dibuka semula
serta tidak mudah tertanggal

JENIS-JENIS IKATAN

Terdapat tiga jenis ikatan asas yang biasa diguna pakai antaranya ialah:

a) Ikatan seraya
b) Ikatan serong

c) Lilit Kacang

JENIS IKATAN HURAIAN GAMBAR
IKATAN
SERAYA Digunakan untuk mengikat

kayu, buluh atau tiang bagi

membuat jambatan, gejet,

menara, tiang, bendera dan

lain-lain. Langkah pertama

dimulakan dengan simpul

manuk (cuba lihat gambar

no.1). kemudian lilit dengan

kemas dan ketat ,akhir sekali

103

IKATAN dimatikan dengan simpul
SERONG manuk juga
untuk merapatkan dan
mengikat dua batang kayu
bersilang.

IKATAN LILIT Digunakan untuk mengikat
KACANG kayu atau buluh bagi
membuat lantai sesuatu
gadjet

104

ASAS KAWAD KAKI

KAWAD KAKI

-Pergerakan anggota badan seperti kaki dan tangan untuk tujuanperbarisan.
-Aspek penting dalam kawad kaki adalah sentiasa mendengar arahandaripada pemimpin
ataupun jurukawad.

-Pergerakan yang diarahkan perlu dilakukan secara serentak.

-Setiap hentakan kaki dan sebutan dapat didengar dalam satu bunyi atau suara.
-Kawat kaki pada asasnya terbahagi kepada 3 bahagian; iaitu kawat kaki statik, kawat kaki
dinamik dan kawat formasi yang juga dikenali kawat senyap atau kawat hantu (dalam
tentera).
-Untuk tujuan mengajar kawat kaki, eloklah dimulakan dengan kawat kaki statik, iaitu
kawad yang belum melibatkan pergerakan berjalan

Bagi tajuk-tajuk dalam kawad statik ialah:
1-sedia, senang diri dan rehatkan diri
2-berpusing ke kanan, kiri dan ke belakang
3-langkah sebelah
4-hentak kaki
5-buka dan tutup barisan
6-luruskan barisan
7-hormat

Bahasa Hukuman Kawad:
1-sedia
"BARIS..BARIIIIS SEDIA !"
2-senang diri
"SENAAANG DIRI!"
3-rehatkan diri

105

"REHATKAAAN DIRI!"

4-berpusing ke kanan

"BERGERAK KE KANAAAN, KE KANAAAN..PUSING!"

5-berpusing ke kiri

"BERGERAK KE KIRIII, KE KIRIII..PUSING!"

6-berpusing ke belakang

"BARIS AKAN MENGHADAP KE BELAKAANG, KE BELAKAAANG ..PUSING!"

- sekiranya platon (kumpulan) sedang menghadap ke arah anda (jurukawat). Untuk
menghadapkan semula platon ke hadapan, bahasa hukumannya: "BARIS AKAN
MENGHADAP KE HADAPAN, KE KIRIIII..PUSING!"

-sekiranya platon (kumpulan) sedang menghadap ke arah anda (jurukawat). Untuk
menghadapkan semula platon ke hadapan, bahasa hukumannya: "BARIS AKAN
MENGHADAP KE HADAPAN, KE KANAAAAN..PUSING!"

-sekiranya platon (kumpulan) sedang menghadap ke arah anda (jurukawat). Untuk
menghadapkan semula platon ke hadapan, bahasa hukumannya: "BARIS AKAN
MENGHADAP KE HADAPAN, KE BELAKAAANG..PUSING!" [ Ingatan: Apabila berpusing
ke belakang, hendaklah berpusing melalui sebelah kanan badan, walau ke arah mana pun
platon anda sedang menghadap]

7-langkah sebelah

"SATU/DUA/TIGA LANGKAAAH.. KE KANAAAAN/KIRIII..GERAK!"

8-hentak kaki

'HENTAK KAKIII..CEPAT!"

untuk menghentikan platon dari hentak kaki, bahasa hukumannya: "BARIIIS..HENTI!"

9-buka/tutup barisan

"BUKA/TUTUP BARISAAAN..GERAK!"

10-luruskan barisan

"KE KANAAAAN..LURUS!" apabila semua anggota dalam platon telah siap melakukan
pergerakan meluruskan barisan, berikan pula bahasa hukuman kawat
"PANDAAAANG..DEPAN!"

11-hormat ke hadapan

"HORMAT, HORMAT KE HADAPAAAN..HORMAT!"

12- Melapor Ketua Platon melapor kepada Ketua Hakim. Semasa Ketua Platon melapor,
skuad akan berada dalam kedudukan sedia dan buka barisan. Bahasa hukuman ketika

106

melapor ialah “Assalamualaikum / Selamat Sejahtera Tuan, Pasukan Pandu Puteri siap
untuk diuji, tuan”.

KAWAD STATIK

1. Ketua Platun mengarahkan ahli supaya berpusing ke arah kiri dengan
menggunakan bahasa hukuman Bergerak ke kiri...kiri pusing.

2. Ketua Platun mengarahkan ahli bergerak ke kanan dengan menggunakan
bahasa hukuman Begerak ke kanan....belakang pusing.

3. Ketua Platun mengarahkan ahli menghadap ke belakang menggunakan Bahasa
hukuman Ke kanan...pusing.

4. Ketua Platun mengarahkan ahli mengahadap ke hadapan pentas hormat
menggunakan bahasa hukuman Mengadap ke hadapan...belakang pusing.

5. Ketua Platun memberikan arahan supaya barisan hadapan berundur 1 langkah dan
barisan belakang maju 1 langkah secara serentak. Barisan tengah dalamkeadaan statik.
Bahasa hukuman yang digunakan ialah Tutup barisan ...gerak.

6. Ketua Platun memberikan arahan supaya barisan yang telah ditutup diluruskan dengan
menggunakan bahasa hukuman Ke kanan lurus dan seterusnya Pandang depan
setelah kekemasan barisan dalam keadaan memuaskan

KAWAD DINAMIK

1. Ketua Platun mengarahkan ahli supaya berpusing ke arah kiri dengan
menggunakan bahasa hukuman Bergerak ke kiri...kiri pusing.

2. Ketua Platun mengarahkan ahli berjalan dalam keadaan berkawad dengan
menggunakan bahasa hukuman Dari kiri / kanan....cepat jalan.

3. Semasa menghampiri kon, Ketua Platun mengarahkan supaya ahli membelok ke
arah kiri menggunakan bahasa hukuman Kiri belok. Sebanyak 2 kon yang akan dilalui
pada laluan ini.

4. Setelah melepasi kon dan kedudukan ahli menghampiri kawasan tengah, Ketua Platun
mengarahkan ahli supaya membuat pergerakan tukar Langkah semasa berjalan
menggunakan bahasa hukuman Tukar Langkah (3 kali sebutan secara berturut-
turut selepas setiap perbuatan) dan disusuli dengan perkataan Maju selepas
perbuatan tukar langkah yang ketiga.

5. Semasa menghampiri kon, Ketua Platun mengarahkan supaya ahli membelok ke
arah kiri menggunakan bahasa hukuman Kiri belok. Sebanyak 4 kon yang akan dilalui
pada laluan ini.

107

6. Setelah melepasi kon dan kedudukan ahli menghampiri kawasan tengah, Ketua Platun
mengarahkan ahli supaya membuat pergerakan tabik hormat ke arah kanan semasa
berjalan menggunakan bahasa hukuman Hormat...hormat ke kanan....hormat. Semasa ahli
terakhir menghampiri kawasan pentas hormat, Ketua Platun mengarahkan ahli
menjatuhkan tabik hormat menggunakan Bahasa hukuman Pandang...depan
7. Semasa menghampiri kon, Ketua Platun mengarahkan ahli berpatah balikke kawasan
tengah litar dengan menggunakan bahasa hukuman Bergerak kekanan...bertiga-
tiga...belakang pusing.
8. Setelah ahli sampai ke bahagian tengah litar, Ketua Platun mengarahkanahli untuk
berhenti dengan menggunakan bahasa hukuman Skuad...henti.
9. Ketua Platun kemudiannya mengarahkan ahli menghadap ke hadapanpentas
hormat menggunakan bahasa hukuman Menghadap ke hadapan..kiripusing.
10. Ketua Platun kemudiannya berpusing menghadap ke hadapan pentashormat
dan mara mengadap ke hadapan Ketua Pengadil bersama – samakeseluruhan
platun menggunakan bahasa hukuman Skuad akan maramenghadap...dari
tengah...cepat jalan. Pergerakan adalah sebanyak 14 langkah dan berhenti di
hadapan Ketua Hakim. Ketua Platun mengarahkan semua ahli memberi tabik
hormat kepada Ketua hakim dengan menggunakan bahasa hukuman Hormat ke
hadapan...hormat (perbuatan tabik hormat dilakukan secara serentak selama 3 kiraan /
saat sahaja ).

108

ASAS PERTOLONGAN CEMAS

ASAS PERTOLONGAN CEMAS

- Pengertian Pertolongan Cemas:
Pertolongan atau bantuan segera yang bersifat sementara diberikan kepada
mangsa yang mengalami kemalangan atau kecederaan dengan segala
kemudahan yang terdapat di tempat kejadian sebelum ketibaan bantuan
perubatan atau sebelum mangsa mendapat rawatan perubatan yang sempurna.

-TUJUAN & PRINSIP
Rawatan sementara waktu yang diberikan kepada mangsa; sebelum tibanya
bantuan perubatan

-Objektif

a. Menyelamat nyawa
b. Mengelak mangsa cedera lebih serius
c. Mengurangkan kesakitan
d. Menguruskan pemindahan ke hospital

- Tujuan-tujuan Pertolongan Cemas
a) Membantu menyelamatkan nyawa mangsa.
b) Mengelakkan mangsa dari kecederaan yang lebih teruk.
c) Membantu mengurangkan kesakitan atau kesengsaraan mangsa

-PRINSIP PERTOLONGAN CEMAS

Prinsip-prinsip penting yang patut anda patuhi apabila memberi pertolongan
cemas:
1. Bertindak segera, cekap dan penuh keyakinan
2. Longgarkan pakaian jika perlu
3. Hentikan darah jika berdarah
4. Kurangkan kejutan dan tenangkan pesakit
5. Jangan gerakkan pesakit melainkan perlu.
6. Dapatkan rawatan segera jika keadaan teruk atau mencemaskanberhubung
dengan doctor di klinik atau rumah sakit yang terdekat

109

- ANDUH DAN BALUTAN
➢ JENIS ANDUH
- Anduh Besar
- Anduh Kecil
- Anduh Pergelangan Tangan
- Anduh Menaik

-Terdapat 5 jenis balutan anduh:
➢ Anduh lengan
➢ Anduh kepala
➢ Anduh lutut atau siku
➢ Anduh pergelangan tangan
➢ Anduh tapak kaki

110

ANDUH LENGAN.
1) Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang tercedera.
2) Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu.
3) Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau
dilipatke bahagian dalam untuk lebih kemas.

ANDUH LUTUT
1. Lipat sedikit kain anduh dan letakkannya (seperti gambarajah di bawah) di
ataslutut yang tercedera.
2. Tarik kedua-dua hujung kain anduh melintasi bawah lutut kemudian ikatkan
bukusila pada atas bahagian lutut (seperti gambarrajah di bawah)
3. Tutup ikatan tersebut dengan bucu atas kain anduh untuk lebih kemas.

111

ANDUH KEPALA.
1) Lipatkan sedikit kain anduh tersebut dan letakkannya pada atas dahi
mangsadan biarkan bucu atas kain anduh berada di belakang kepala.
2) Pegang kedua-dua hujung kain anduh dan silang ke belakang kepala
kemudiandibawa ke dahi dan diikat buku silA.
3) Lipat kain lebihan di belakang untuk lebih kemas.

JENIS KAIN PEMBALUT
✓ Pembalut Tiga Segi
✓ Pembalut Lebar
✓ Pembalut Kecil
✓ Pembalut Gulung

112

PERTOLONGAN CEMAS
• Melengkapkan satu kotak Pertolongan Cemas persendirian dan mengetahui
penggunaan bahan-bahan yang ada di dalamnya.
• Mengetahui cara-cara mengambil suhu badan dan denyutan nadi untuk
tindakan dan rawatan selanjutnya.
• Memberi pertolongan cemas dan bertindak apabila menghadapi keadaan
tertentu seperti:
- luka
- terseliuh
" muntah-muntah
" terbakar
" melecur
" perut masuk angin
" sengatan serangga
" sawan
" tidak sedar diri.

PERMULIHAN PERNAFASAN

Terdapat 5 cara-cara yang mudah apabila melakukan CPR iaitu DRABC. DRABC
membawa maksud:

113

114

BAHAGIAN C

115

LAGU PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA

LAGU DUNIA (VERSI BAHASA MELAYU)
Arah kita jelas ke depan
Bendera berkibar
Tidak berlipat di dunia
Harapan abadi
Bersatu untuk kebenaran
Persahabatan kukuh
Selagi dunia masih ada
Akan Nyanyi, lagu ini

Yang cintakan kebenaran
Menetapkan janji
Dengan rela berjaya, setia abadi
Kebenaran kita tepati
Bersedia sama
Untuk semua miskin, kaya
Kita beri, yang terdaya

116

(ENGLISH VERSION)

Our way is clear as we march on,
And see our flag on high

Is never furled throughout the world
For hope shall never die

We must unite for what is right
In friendship true and strong
Until the earth in its rebirth
Shall sing our song.

Shall sing our song. All those who loved the true and good
Whose promises we were kept

With humble minds whose acts were kind
Whose honour never slept

Those were the free and we must be
Prepared like them to live

To give to all, both great and small
All we can give
All we can give.

117

LAGU TAPS (VERSI MELAYU DAN INGGERIS)
TAPS (MALAM)

English:
Day is done, gone the sun
From the sea, from the hills, from the sky
All is well, safely rest
God is nigh
Melayu:
Malam datang, siang hilang
Dari laut, dari gunung, dari langit
Semua selamat, sihat rehat
Berkat Tuhan

TAPS (SIANG)

English:
Thanks and praise, for our days
‘Neath the sun, ‘neath the stars, ‘neath the sky
As we go, this we know
God is nigh
Melayu:
Kami puji, nikmat diberi
Matahari, bintang-bintang, langit biru
Mana pergi hidup kami
Tuhan saksi

118

DI SINI DI SINI KITA BERKUMPUL

Melayu:
Di sini di sini kita berkumpul
Di sini di sini kita berkumpul
Salam, salam, salam, salam, salam.
Hoi!

Inggeris:
Here we are, here we are, here we are again
Here we are, here we are, here we are again
Hello, hello, hello, hello, hello.
Hoi!

Cina:
Cai celi cai celi woh men cai celi
Cai celi cai celi woh men cai celi
How ma, how ma, how ma, how ma, how ma.
Hoi!

India:
Enggeye, enggeye, engeli porengeh
Enggeye, enggeye, engeli porengeh
Vanikam, vanikam, vanikam, vanikam, vanikam
Hoi!

119

Arab:
Nengkene, nengkene ketemu mering
Nengkene, nengkene ketemu mering
Kabare, kabare, Kabare, kabare, kabare
Hoi!

120

MAKLUMAT
TAMBAHAN

121

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA

PENDAFTARAN AHLI &
KUMPULAN

PENGURUSAN DAN
PENTADBIRAN

PAKAIAN KUASA
SERAGAM PENGANJUR
AHLI DAN
PEMIMPIN

PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN
PROSEDUR PENDAFTARAN
1. Pendaftaran Ahli Baru
Pendaftaran Ahli Baru melalui sistem e-Daftar di Sekolah / Daerah/Cawangan masing-
masing.
2. Ahli Seumur Hidup
i) Isi Borang Ahli Seumur Hidup di laman sesawang Persatuan Pandu Puteri Malaysia
(PPPM)
ii) Yuran: RM 250.00 sekali bayar sahaja.
iii) Kelayakan:

• Ahli PPPM yang berumur 35 tahun.
• Ahli PPPM yang kurang daripada 35 tahun perlu bayar pendahuluan RM 5.00

bagi setiap tahun sehingga umur 35 tahun.
• Contoh: Jika umur 30 tahun

122

• Bayaran (RM5.00 x 5 tahun) + RM250.00 = RM RM25.00 + RM250.00 =
RM275.00

iv) Cetak/scan borang dan hantar ke Ibu Pejabat bersama bayaran atau bukti
pembayaran.

3. Pendaftaran Pasukan Baru / Semula

i) Isi Borang Pendaftaran Pasukan/ Semula secara atas talian di laman sesawang
PPPM.

ii) Salinan borang yang telah ditandatangan hendaklah dicetak dan dihantar ke Ibu
Pejabat bersama-sama bayaran atau bukti pembayaran.

4. Yuran Keahlian Kebangsaan Tahunan

i) RM 2.00 seorang setiap tahun (untuk ahli Pandu Puteri Tunas / Remaja / Renjer).

ii) RM 5.00 seorang setiap tahun (untuk ahli Pandu Puteri Kadet / Siswi / Dewasa /
Pemimpin / Guild Trefoil).

iii) Dibayar setiap tahun semasa pendaftaran semula.

iv) Dibayar sebelum 31 April setiap tahun.

5. Cara Pembayaran:

i) Bayaran melalui Pesuruhjaya Daerah / Ketua Pesuruhjaya Cawangan atau dibayar
terus kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

ii) Bayaran secara tunai, wang pos atau cek berpalang atas nama "PERSATUAN
PANDU PUTERI MALAYSIA" di Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

iii) Bayaran dimasukkan terus ke akaun Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Bank :
CIMB

Nama Akaun : Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

Nombor Akaun : 1426-0006320-004 (Fak/pos/emailkan salinan transaksi bank ke
Persatuan Pandu Puteri Malaysia).

Sila dapatkan resit daripada pihak yang menerima bayaran yuran sebagai bukti
pembayaran.

Lengkapkan borang-borang pendaftaran berikut:

123

Borang Pendaftaran 2 - Borang Senarai Nama Ahli Dewasa - Pemimpin

Borang Pendaftaran 3 - Borang Senari Nama Ahli Pasukan

Catatan: Borang-borang tersebut boleh dimuat turunkan atau diperoleh daripada
Pesuruhjaya Daerah / Ketua Pesuruhjaya Cawangan atau Ibu Pejabat Persatuan
Pandu Puteri Malaysia. Sertakan salinan Sijil Pendaftaran Pasukan / Guild (Untuk
Pendaftaran Semula dan Pemberian Nama Baru Pasukan/Guild). Jelaskan
pembayaran yuran yang berkenaan.

KUASA PENGANJUR

1) Tanggungjawab Kuasa Penganjur ialah:-

Meluluskan pendaftaran tahunan unit Pandu Puteri dengan ibu pejabat

Persekutuan Pandu Puteri Malaysia;

2) Merupakan salah seorang dari dua penurun tandatangan rasmi ( official
signatories) [seorang lagi ialah pemimpin kumpulan] bagi akaun simpanan
atau semasa untuk unit pandu puteri itu.

3) Mengesahkan penyata akaun unit yang disediakan oleh pemimpin pandu
puteri;

4) Mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang berkaitan dengan unit pandu
puteri di mana perlu;

5) Meluluskan permohonan untuk aktiviti-aktiviti luaran ( seperti rombongan,
kembara, perkhemahan dan sebagainya ) untuk ahli-ahli;

6) Menyelia dan mengawal kemajuan unit pandu puteri di sekolahnya.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA
PERKARA 1 – NAMA, STRUKTUR DAN LOKASI

Persatuan ini dinamakan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah persatuan yang tersendiri.

Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia terletak di Kuala Lumpur, Malaysia.

PERKARA 2 – KRITERIA KEANGGOTAAN, PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG

124

Persatuan Pandu Puteri Malaysia mentaati Prinsip Asas Kepanduan, yang
berteraskan Persetiaan dan Undang-Undang Asal, seperti yang diilhamkan oleh
Pengasasnya, Robert Baden-Powell. Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah
keseluruhannya tadbir kendiri, bebas daripada sebarang pertubuhan politik dan tidak
akan terlibat dalam sebarang parti politik. Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah
organisasi yang tidak berasaskan keuntungan. Setiap ahli digalakkan untuk melafaz
Persetiaan dan Undang-Undang Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

Kaedah

Kaedah dan program yang digunakan diambil daripada Persatuan Pandu Puteri dan
Pengakap Puteri Sedunia, yang merangkumi:

i. Komitmen melalui Persetian dan Undang-Undang

ii. Perkembangan kendiri yang progresif

iii. Pembelajaran melalui perbuatan

iv. Kerjasama berpasukan menerusi Sistem Kumpulan dan latihan untuk
kepimpinan yang bertanggungjawab

v. Kerjasama aktif antara remaja dan orang dewasa

vi. Khidmat masyarakat

vii. Aktiviti luar

viii. Simbolisme

KEANGGOTAAN

Keanggotaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah secara sukarela, dan terbuka
kepada semua kanak-kanak perempuan dan gadis tanpa membezakan agama,
bangsa, kerakyatan atau keadaan yang lain, dengan pembayaran yuran keanggotaan
tahunan. Keanggotaan merangkumi kategori-kategori yang berikut:

Ahli Aktif

Setiap Ahli Aktif perlu menjelaskan yuran keanggotaan atau yuran keanggotaan
seumur hidup kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

USUL 13: Keanggotaan seumur hidup dibuka kepada dewasa berumur 35 tahun ke
atas dengan pembayaran yuran keanggotaan seumur hidup.

125

Persatuan Pandu Puteri Malaysia membayar kuota untuk setiap Ahli Aktif kepada
Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Ahli-ahli aktif Persatuan Pandu
Puteri Malaysia merangkumi:

Bahagian Kepanduan 5 – 25 tahun

Pandu Puteri Pra-Tunas 6 tahun ke bawah
Pandu Puteri Tunas 6 – 12 tahun
Pandu Puteri Remaja 12 – 15 tahun
Pandu Puteri Renjer 15 – 18 tahun

Pandu Puteri Kadet +18 tahun

Pandu Puteri Siswi +18 tahun

Pandu Puteri Dewasa +18 tahun

Bahagian Dewasa +18 tahun

Pemimpin Tidak Berwaran +18 tahun

Penolong Pemimpin +18 tahun

Pemimpin +21 Tahun

Jurulatih +24 tahun

Pesuruhjaya +24 tahun

Guild Mantan Pesuruhjaya +30 tahun

Guild Pandu Puteri Raja +18 tahun

Guild Trefoil +24 tahun

Ahli Tidak Aktif

Setiap Ahli Tidak Aktif perlu menjelaskan yuran keanggotaan kepada Persatuan
Pandu Puteri Malaysia tetapi Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak membayar kuota
untuk setiap Ahli Tidak Aktif kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri
Sedunia. Ahli-ahli Tidak Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia merangkumi Ahli Aktif

126

yang telah bersara daripada keahlian yang aktif, atau lelaki dan perempuan dewasa,
+18 tahun, yang telah mendaftar sebagai Sukarelawan Pandu Puteri dan Sahabat
Pandu Puteri yang berkehendak untuk dikaitkan dengan Persatuan Pandu Puteri
Malaysia. Sukarelawan Pandu Puteri dan Sahabat Pandu Puteri menyumbang
bantuan teknikal dalam bidang kewangan, perhubungan awam, projek-projek khidmat
dan pembangunan serta teknologi maklumat.

Ahli Kehormat

Setiap Ahli Kehormat tidak perlu menjelaskan yuran keanggotaan kepada Persatuan
Pandu Puteri Malaysia, dan Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak menjelaskan
bayaran kuota untuk setiap Ahli Kehormat kepada Persatuan Pandu Puteri dan
Pengakap Puteri Sedunia. Ahli-Ahli Kehormat ialah ahli yang membantu untuk
mempromosikan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, seperti Ketua Pesuruhjaya
Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia, kakitangan Kementerian Pendidikan dan
Kementerian Belia dan Sukan, orang-orang awam yang terkenal dan penting, serta
individu-individu, termasuk Pesuruhjaya-Pesuruhjaya dan Pemimpin-Pemimpin yang
tidak lagi memegang waran.

Ahli-Ahli Kehormat tidak termasuk bekas Ketua Pesuruhjaya, bekas Ketua
Pesuruhjaya Cawangan dan bekas ahli Lembaga Eksekutif Kebangsaan, akan
menjadi ahli Guild Mantan Pesuruhjaya, dan Ahli Aktif Persatuan Pandu Puteri
Malaysia, dengan jemputan.

Peletakan Jawatan dan Pembatalan Keanggotaan

Seseorang ahli boleh meletakkan jawatan daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia
pada bila-bila masa secara bertulis kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan, dan
sekiranya mereka seorang pemimpin atau pesuruhjaya, dengan memulangkan waran
mereka. Hak istimewa dan kelebihan yang diperoleh daripada Persatuan Pandu Puteri
Malaysia dilepaskan dengan serta-merta dengan peletakan jawatan tersebut.

Keanggotaan mana-mana ahli boleh dibatalkan sekiranya mereka tidak mematuhi
keperluan-keperluan yang termaktub dalam Perlembagaan ini.

Satu ‘Court of Honour’ akan diwujudkan dan akan dianggotai oleh sekurang-
kurangnya tiga orang ahli yang terpilih, untuk mendengar dan membuat keputusan ke
atas setiap rayuan terhadap pembatalan keanggotaan. Keputusan daripada ‘Court of
Honour” adalah muktamad.

127

PERKARA 3 – TUJUAN DAN OBJEKTIF
Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan Ahli Penuh Persatuan Pandu Puteri dan
Pengakap Puteri Sedunia. Tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia berdasarkan
prinsip-prinsip yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri dan
Pengakap Puteri Sedunia, iaitu.:

a) mempromosikan kepanduan, ke seluruh Malaysia, dengan tujuan memupuk
perpaduan dan meningkatkan persefahaman bersama berteraskan Prinsip-
Prinsip Asas;

b) melebarkan sasaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk memberikan
kepada kanak-kanak perempuan dan gadis peluang-peluang latihan kendiri
dalam perkembangan sifat dan watak, kerakyatan yang bertanggungjawab dan
khidmat di dalam komuniti sendiri dan dunia;

c) menggalakkan persahabatan antara kanak-kanak perempuan dan gadis
berbilang kaum di dalam Negara dan seluruh dunia;

d) untuk mempromosikan kepanduan secara aktif dan melibatkan gadis di bawah
umur 30 tahun dalam kedudukan pembuat keputusan di Persatuan Pandu
Puteri Malaysia.

PERKARA 4 – LENCANA

USUL 8: Lencana Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengandungi tiga kelopak dan
bintang pecah empat belas di tengah-tengahnya serta tertulis perkataan “Persatuan
Pandu Puteri Malaysia” di dalam bulatan di sekelilingnya bawahnya.
Semua hakcipta dan harta intelek ke atas Lencana (keseluruhan atau sebahagian
daripadanya), bersama dengan nama baik berkaitan dengannya dimiliki oleh
Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia diberi kebenaran tidak
eksklusif untuk menggunakan Lencana sepanjang tempoh Keahlian tetapi tidak
mempunyai hak ke atas Lencana. Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu Puteri

128

Malaysia tidak dibenarkan memberikan kebenaran kepada pihak lain untuk
menggunakan Lencana tanpa kebenaran Lembaga Eksekutif Kebangsaan melalui Ibu
Pejabat Kebangsaan.
PERKARA 5 – PENAUNG
Dengan perkenan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, maka Penaung Diraja
Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
Tugas-tugas dan tanggungjawab Penaung Diraja adalah seperti yang berikut:

- mengisytiharkan pembukaan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu
Puteri Malaysia.

- menandatangani dan menganugerahkan setiap Sijil Pandu Puteri Raja.
- menyerikan acara-acara Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
PERKARA 6 – LEMBAGA EKSEKUTIF
Lembaga eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Lembaga Eksekutif
Kebangsaan dan ditugaskan dengan pengendalian dan pengurusan Persatuan Pandu
Puteri Malaysia antara mesyuarat Majlis Kebangsaan.
Lembaga Eksekutif Kebangsaan bertanggungjawab kepada Majlis Kebangsaan. Oleh
itu, Majlis Kebangsaan mempunyai kuasa mutlak untuk menyuraikan Lembaga
Eksekutif Kebangsaan jika perlu.
Keahlian Lembaga Eksekutif Kebangsaan
Lembaga Eksekutif Kebangsaan terdiri daripada Pegawai-Pegawai yang berikut:

Yang Dipertua
Timbalan Yang Dipertua

Ketua Pesuruhjaya
Setiausaha Kehormat
Bendahari Kehormat

129

6 Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan: 6 Pesuruhjaya Perkembangan
Kebangsaan

Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas Pesuruhjaya Antarabangsa
Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja Pesuruhjaya Program & Latihan
Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer Pesuruhjaya Kewangan
Pesuruhjaya Pandu Puteri Kadet (Kewangan dan Dana)
Pesuruhjaya Kelab Pandu Puteri Pesuruhjaya Keahlian
Pesuruhjaya Guild Kepanduan Pesuruhjaya Perhubungan dengan
Masyarakat
Pesuruhjaya Struktur dan
Pengurusan

USUL 7: Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan ahli ex officio yang
dilantik dari semasa ke semasa

Tempoh Jawatan dan Kriteria Pemilihan

Jawatan-jawatan di atas dipenuhi melalui pemilihan yang akan berlangsung pada
Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Kebangsaan. Seorang Ahli Aktif perlu dicalonkan
sebagai calon untuk jawatan yang tertentu. Setiap pencalonan memerlukan seorang
pencadang dan dua penyokong, yang terdiri daripada Ahli-Ahli Aktif Persatuan Pandu
Puteri Malaysia.

Yang Dipertua Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri
Timbalan Yang Dipertua Malaysia ialah isteri Perdana Menteri Malaysia.
Sekiranya Perdana Menteri Malaysia seorang
wanita, maka Yang Dipertua Persatuan Pandu
Puteri Malaysia ialah Perdana Menteri
Malaysia.

Usul 2 Calon yang dipilih sebagai Timbalan
Yang Dipertua akan memegang jawatan
tersebut untuk tempoh tiga tahun. Apabila
tempoh tersebut berakhir, calon boleh terus
dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua untuk

130

Ketua Pesuruhjaya tempoh tiga tahun selanjutnya- tanpa had
tempoh keseluruhannya.
Setiausaha Kehormat
Bendahari Kehormat Calon yang dipilih sebagai Ketua Pesuruhjaya
6 Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan: akan memegang jawatan untuk tempoh lima
1. Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas tahun. Tempoh tersebut tidak boleh disambung
2. Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja selanjutnya.
3. Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer
4. Pesuruhjaya Pandu Puteri Kadet Calon-calon yang dipilih sebagai Setiausaha
5. Pesuruhjaya Kelab Pandu Puteri Kehormat, Bendahari Kehormat, Pesuruhjaya-
6. Pesuruhjaya Guild Kepanduan Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan dan
Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Perkembangan
Kebangsaan akan memegang jawatan untuk
tempoh tiga tahun. Calon-calon tersebut boleh
terus dipilih untuk tempoh tiga tahun
selanjutnya, sehingga had tempoh maksimum
enam tahun keseluruhannya.

6 Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan:
1. Pesuruhjaya Antarabangsa
2. Pesuruhjaya Program & Latihan
3. Pesuruhjaya Kewangan (Kewangan dan
Dana)
4. Pesuruhjaya Keahlian
5. Pesuruhjaya Perhubungan dengan
Masyarakat

131

6. Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan

Setiausaha Kehormat Calon-calon yang dipilih sebagai Setiausaha
Bendahari Kehormat Kehormat, Bendahari Kehormat, Pesuruhjaya-
6 Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan: Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan dan
1. Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Perkembangan
2. Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja Kebangsaan akan memegang jawatan untuk
3. Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer tempoh tiga tahun. Calon-calon tersebut boleh
4. Pesuruhjaya Pandu Puteri Kadet terus dipilih untuk tempoh tiga tahun
selanjutnya, sehingga had tempoh maksimum
enam tahun keseluruhannya.

5. Pesuruhjaya Kelab Pandu Puteri

6. Pesuruhjaya Guild Kepanduan

6 Pesuruhjaya Perkembangan
Kebangsaan:

1. Pesuruhjaya Antarabangsa

2. Pesuruhjaya Program & Latihan

3. Pesuruhjaya Kewangan (Kewangan dan
Dana)

4. Pesuruhjaya Keahlian

5. Pesuruhjaya Perhubungan dengan
Masyarakat

6. Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan

Demi memastikan kesemua jawatan Pegawai tidak diperbaharui atau digantikan pada
waktu yang sama, dan seandainya Majlis Kebangsaan bersidang sekali setiap tahun,
Lembaga Eksekutif Kebangsaan harus memastikan bahawa tidak lebih daripada satu
pertiga jawatan akan dipilih pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan Majlis
Kebangsaan.

Sekiranya terdapat jawatan yang tidak dipenuhi, seorang timbalan pegawai perlu
dilantik, yang akan memegang jawatan tersebut sehingga mesyuarat Majlis

132

Kebangsaan tahun berikutnya, di mana pemilihan yang baru akan diadakan. Calon
baru tersebut akan dipilih untuk memegang jawatan bagi tempoh tiga (3) tahun
sepenuhnya.

USUL 3: Sekiranya berkemungkinan, Lembaga Eksekutif Kebangsaan perlu
dianggotai oleh Pegawai di dalam kumpulan umur berikut: 30% di bawah umur 35
tahun, 40% di antara umur 35 hingga 60 tahun, and 30% di atas umur 60 tahun.

USUL 1: Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah merupakan ahli ex
officio Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri
Malaysia bertanggungjawab kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan di dalam
pengurusan dan pentadbiran Ibu Pejabat Kebangsaan dan di atas perlaksanaan tugas
yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan.

USUL 7: Lembaga Eksekutif Kebangsaan diberi kuasa untuk melantik ahli ex officio
tambahan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan mengikut keperluan dari semasa
ke semasa.

Kekerapan Mesyuarat

Mesyuarat akan diadakan sekali setiap tiga bulan.

Lembaga Eksekutif Kebangsaan akan dipengerusikan oleh Ketua Pesuruhjaya.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya akan dilantik sebagai pengerusi semasa ketiadaan
Ketua Pesuruhjaya. Sekiranya Timbalan Ketua Pesuruhjaya juga tidak hadir, ahli-ahli
yang hadir akan melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan
mesyuarat tersebut.

Korum and Kuasa Pengundian

Mesyuarat-mesyuarat Lembaga Eksekutif Kebangsaan adalah sah di sisi undang-
undang apabila korum dua pertiga daripada ahli yang mengundi hadir.

Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh, mesyuarat
tersebut akan ditunda ke satu tarikh dua (2) minggu daripada tarikh asal, dan bilangan
ahli mengundi yang hadir akan diterima sebagai satu korum, iaitu semua keputusan
yang dicapai akan diambil kira sebagai sah.

Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi daripada
jumlah keseluruhan ahli mengundi yang hadir). Keputusan ke atas usul-usul yang
dibawa kepada Majlis Kebangsaan, pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-

133

Undang Kecil, dan pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia memerlukan dua
pertiga undi majoriti.

Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa boleh dipanggil oleh sekurang-kurangnya satu
pertiga daripada keahlian Lembaga Eksekutif Kebangsaan.

Tugas-Tugas dan Tanggungjawab Lembaga Eksekutif Kebangsaan

Tugas-tugas dan tanggungjawab Lembaga Eksekutif Kebangsaan ialah:

i. bertindak bagi pihak Majlis Kebangsaan antara mesyuarat badan
perundangan;

ii. bertanggungjawab atas pengurusan hari ke hari Persatuan Pandu Puteri
Malaysia untuk memastikan pencapaian yang baik;

iii. menetapkan objektif-objektif, mengkaji semula, meluluskan dan memimpin
strategi dan perancangan, merangka belanjawan dan mengawasi
pelaksanaan aktiviti;

iv. memastikan dan menyelia pengurusan sumber manusia, pemilihan
kakitangan dan pemampasan, pengawasan pelaksanaan tugas personel
utama, perancangan pewarisan, dan program latihan terancang;

v. menghasilkan dan melaksanakan program-program untuk komunikasi
yang berkesan dengan orang awam;

vi. mengkaji kecukupan dan integriti sistem laporan perakaunan dan
kewangan, sistem kawalan dalaman, audit dalaman dan sistem untuk
mengawasi risiko, kawalan kewangan dan pematuhan dengan undang-
undang dan peraturan Persatuan Pandu Puteri Malaysia;

vii. mencalonkan Ketua Pesuruhjaya.

viii. USUL 7: melantik Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

Perkara 7- Badan Undangan

Badan undangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Majlis Kebangsaan. Majlis
Kebangsaan mempunyai kuasa muktamad dalam membuat keputusan dan
penggubalan polisi Persatuan Pandu Puteri Malaysia, walaupun antara mesyuarat,
tanggungjawab ini boleh diturunkan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan.

134

Keanggotaan Majlis Kebangsaan

Setiap Cawangan dibenarkan menghantar sepuluh (10) wakil untuk hadir dan
mengundi di Majlis Kebangsaan. Kesepuluh (10) wakil tersebut perlu terdiri daripada
Ahli-Ahli Aktif yang berumur 18 tahun ke atas. Tiga daripada sepuluh wakil tersebut
harus berumur di antara 18 – 35 tahun.

Setiap Cawangan dibenarkan juga menghantar seorang Sukarelawan Pandu Puteri,
seorang Sahabat Pandu Puteri dan seorang Ahli Kehormat untuk hadir tetapi mereka
tidak akan dibenarkan mengundi.

Keanggotaan Majlis Kebangsaan merangkumi:

Pegawai-pegawai Lembaga Eksekutif Yang Dipertua, Timbalan Yang

Kebangsaan juga merupakan ahli Majlis Dipertua, Ketua Pesuruhjaya,

Kebangsaan Setiausaha Kehormat, Bendahari

Kehormat, enam (6) Pesuruhjaya

Bahagian Kebangsaan dan enam (6)

Pesuruhjaya Perkembangan

Kebangsaan dibenarkan mengundi.

Jumlah undian sebanyak tujuh belas

(17) undi.

USUL 7: Ketua Eksekutif Persatuan Tiada hak untuk mengundi.
Pandu Puteri Malaysia

Wakil Cawangan USUL 9: 13 wakil daripada setiap 1615
Cawangan. 10 wakil dibenarkan
mengundi. Jumlah undian sebanyak
satu ratus enam lima puluh (160150)
undi.

USUL 10: Majlis Kejurulatihan 10 wakil daripada Majlis Kejurilatihan.

Guild Pandu Puteri Raja 1 wakil daripada setiap 14 Cawangan
dibenarkan mengundi. Jumlah undian
sebanyak empat belas (14) undi.

Guild Trefoil 1 wakil daripada setiap 14 Cawangan
dibenarkan mengundi. Jumlah undian
sebanyak empat belas (14) undi.

135

Guild Mantan Pesuruhjaya Setiap ahli yang hadir dibenarkan
mengundi.
Wakil Kelab Pandu Puteri Dibenarkan mengundi.
Tiada hak untuk mengundi.
Ahli-Ahli Kehormat: Ketua Pesuruhjaya

Persekutuan Pengakap-Pengakap

Malaysia, staf Persatuan Pandu Puteri

Malaysia, kakitangan Kementerian

Pelajaran & Kementerian Belia & Sukan

Tempoh Jawatan dan Kriteria Pemilihan

Ahli Aktif akan dilantik atau dipilih oleh badan yang mereka wakili untuk hadir dan
mengundi di Majlis Kebangsaan selama satu tahun. Tempoh jawatan ini boleh
disambung.

Jawatan yang tidak dipenuhi akan dibiarkan kosong, sehingga mesyuarat Majlis
Kebangsaan tahun berikutnya, iaitu pemilihan yang baharu akan berlangsung.
Kekosongan ini tidak seharusnya dibenarkan berpanjangan lebih setahun dari tarikh
jawatan tersebut dikosongkan.

Kekerapan Mesyuarat

Majlis Kebangsaan akan bersidang dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada setiap
tahun tidak lewat dari tarikh 30 Jun.

Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan boleh dipanggil melalui
permintaan daripada satu perlima daripada ahli Majlis Kebangsaan. Permintaan ini
harus dibuat secara bertulis kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan.

Majlis Kebangsaan akan dipengerusikan oleh Yang Dipertua. Timbalan Yang Dipertua
akan dilantik sebagai pengerusi semasa ketiadaan Yang Dipertua. Sekiranya
Timbalan Yang Dipertua juga tidak hadir, ahli-ahli yang hadir akan melantik salah
seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Korum and Kuasa Pengundian

Korum akan dicapai apabila terdapat kehadiran daripada separuh, campur satu
daripada jumlah ahli yang mengundi.

Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh, mesyuarat
tersebut akan ditunda ke satu tarikh satu bulan dari tarikh asal mesyuarat yang
dipanggil tersebut. Sekiranya korum tidak dicapai pada mesyuarat yang ditunda ini,
mesyuarat ini tetap akan dijalankan dengan bilangan ahli yang hadir, dan bilangan ahli

136

mengundi yang hadir akan diterima sebagai satu korum, iaitu semua keputusan yang
dicapai akan diambil kira sebagai sah.

Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi daripada
jumlah keseluruhan ahli mengundi yang hadir). Keputusan ke atas hal-hal kewangan,
pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil, dan pembubaran
Persatuan Pandu Puteri Malaysia memerlukan dua pertiga undi majoriti.

USUL 4: Hak untuk mengundi di Majlis Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar
Biasa Majlis Kebangsaan akan ditarik balik daripada mana-mana Cawangan
Persatuan yang gagal membayar yuran keanggotaan bagi tahun kewangan sebelum
setiap Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun tersebut, melainkan permintaan untuk
menangguhkan pembayaran telah diluluskan oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan.

Tugas-Tugas dan Tanggungjawab Majlis Kebangsaan

Tugas-tugas dan tanggungjawab Majlis Kebangsaan adalah seperti yang berikut:

i. Memajukan Tujuan dan objektif-objektif Persatuan Pandu Puteri Malaysia;

ii. Menetapkan polisi dan hala tuju Persatuan Pandu Puteri Malaysia;

iii. Memperoleh pelbagai pandangan daripada Ahli Aktif dan Ahli Tidak Aktif
tentang isu-isu penting;

iv. Melantik juruaudit untuk mengaudit kunci kira-kira dan akaun-akaun
tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia tahunan secara bebas dan
menerima laporan kewangan dan laporan tahunan;

v. Memilih atau memberi persetujuan ke atas perlantikan ke Lembaga
Eksekutif Kebangsaan

vi. Mendengar dan membuat keputusan ke atas permintaan untuk menarik
balik waran-waran Ketua Pesuruhjaya dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya;

vii. Membuat pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil ini;

viii. Menerima dan meluluskan Perlembagaan Cawangan dan pindaan-pindaan
susulan;

ix. Membuat keputusan ke atas pembubaran Persatuan Pandu Puteri
Malaysia

137

Perkara-perkara lain boleh diperdengarkan, dan diundi sekiranya perlu, di Majlis
Kebangsaan, dengan undi majoriti ahli-ahli Majlis Kebangsaan.

PERKARA 8 – KEWANGAN

Dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia diperoleh daripada:

i. kuota tahunan yang dijelaskan oleh Ahli, dengan jumlah yang ditetapkan
oleh Majlis Kebangsaan.

ii. derma, sumbangan, yuran, pencarian dana, pusaka, harta peninggalan atau
sumber dan pendapatan daripada pelaburan.

Dana akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan Tujuan Persatuan Pandu
Puteri Malaysia selaras dengan polisi dan perancangan kewangan di mesyuarat Majlis
Kebangsaan. Semua harta dan sumber ialah hak Persatuan Pandu Puteri Malaysia
atau Persatuan Cawangan dan tidak kepada mana-mana ahli individu atau kumpulan
ahli-ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Harta dan sumber yang dimiliki Persatuan
Cawangan akan diuruskan oleh Pemegang Amanah masing-masing.

Harta dan harta tanah yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia diuruskan
oleh jawatankuasa pengurusan, tetapi keputusan jangka panjang tentang penjualan
atau pembiayaan harta tersebut harus dibuat oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan.

Sukarelawan tidak akan dibayar untuk menjalankan tanggungjawab mereka, tetapi
dibenarkan menerima wang perbelanjaan sekiranya dipersetujui oleh Majlis
Kebangsaan.

Semua akaun bank yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia harus
mempunyai dua penandatangan yang diberikan kuasa untuk setiap transaksi, iaitu
salah seorang daripada penandatangan itu ialah Bendahari Kehormat.

Jawatankuasa Kewangan, yang dipengerusikan oleh Bendahari Kehormat akan
mentadbirkan dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

USUL 5: Bendahari Kehormat akan menyediakan Penyata Kewangan Tahunan tidak
lewat dari tarikh 14 Mei setiap tahun. Audit bebas akan dikendalikan setiap tahun
kewangan dan kunci kira-kira serta akaun-akaun gabungan akan diperlihatkan kepada
Majlis Kebangsaan untuk diluluskan. Tahun kewangan Persatuan Pandu Puteri
Malaysia bermula pada I Januari hingga ke 31 Disember.

138

PERKARA 9 – CAWANGAN PERSATUAN

Cawangan Persatuan terdiri daripada:

i. Negeri-negeri Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan,
Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor,
Terengganu.

ii. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya.
iii. USUL 9: Maktab Rendah Sains Mara.

Lembaga Eksekutif Kebangsaan mempunyai kuasa untuk menentukan Cawangan
Persatuan, dan isu-isu sokongan akan dimasukkan ke dalam Undang-Undang Kecil.

Setiap Cawangan Persatuan mempunyai Perlembagaan Cawangan, yang selari
dengan Perlembagaan ini. Sekiranya terdapat perkara yang tidak konsisten antara
Perlembagaan Cawangan dan Perlembagaan ini, Perlembagaan ini akan mengatasi
Perlembagaan Cawangan, namun setiap Cawangan Persatuan diberikan kuasa untuk
mengkoordinasi polisi-polisi dan peraturan-peraturan Cawangan berkait dengan
komposisi Lembaga Eksekutif Cawangan, tempoh jawatan pegawai-pegawainya, dan
mana-mana perkara yang dibenarkan oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Setiap
Perlembagaan Cawangan akan dibentangkan kepada Lembaga Eksekutif
Kebangsaan untuk diluluskan.

Setiap Cawangan dibenarkan mencalon wakil untuk menghadiri Majlis Kebangsaan
untuk tempoh yang ditetapkan. Setiap Cawangan dibenarkan membuat pencalonan
untuk pemilihan Pegawai Lembaga Eksekutif Kebangsaan.

PERKARA 10 – PINDAAN KE ATAS PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG
KECIL

Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil ini boleh dipinda di mesyuarat Majlis
Kebangsaan melalui undian dua-pertiga daripada ahli-ahli yang hadir.

USUL 6: Pindaan boleh dicadangkan oleh mana-mana ahli Majlis Kebangsaan atau
Lembaga Eksekutif Kebangsaan pada bila-bila masa. Pindaan perlu diedarkan kepada
ahli-ahli Majlis Kebangsaan empat belas hari bekerja sebelum tarikh mesyuarat Majlis
Kebangsaan.

PERKARA 11– PEMBUBARAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA

139

Pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia hanya akan berlangsung melalui satu
Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan yang diadakan untuk tujuan ini.
Korum untuk mesyuarat ini ialah dua pertiga daripada ahli Majlis Kebangsaan.
Cadangan untuk pembubaran harus disokong oleh dua pertiga undi majoriti daripada
ahli-ahli yang hadir.
Setelah Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibubarkan, sekiranya masih terdapat dana
atau aset selepas semua hutang dan liabiliti dijelaskan, dana atau aset tersebut harus
diagihkan sepertimana yang dipersetujui di Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis
Kebangsaan, iaitu pengundian untuk pembubaran telah berlangsung. Organisasi yang
menerima dana atau aset tersebut harus mempunyai tujuan-tujuan yang sama dengan
Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

140

PENGURUSAN BUKU LOG PERSATUAN PANDU PUTERI

Buku Log merupakan sebuah rekod catatan bagi seorang ahli Pandu Puteri
Tunas. Ia merupakan sebuah laporan kemajuan, pencapaian dan aktiviti oleh
ahli Pandu Puteri Tunas. Buku Log harus mengandungi catatan rekod yang
diharapkan boleh dijadikan panduan dan pengesahan terhadap penglibatan
seseorang Pandu Puteri Tunas itu. Ia juga merupakan rakaman peristiwa yang
berlaku dan catatan harian bagi sesuatu aktiviti Pandu Puteri. Ahli Pandu Puteri
Tunas dapat mengasah kemahiran meneliti dan menghalusi pemahaman
terhadap persekitarannya serta mampu menzahirkannya dalam bentuk
penulisan, lakaran grafik atau bantuan visual.

JENIS-JENIS BUKU CIRI-CIRI BUKU LOG KANDUNGAN BUKU
LOG LOG
• Buku Log mengandungi
• (a) Buku Log Peribadi rekod atau catatan • (a) Biodata/ Profil Diri
• Buku Log ini maklumat hasil daripada • Biodata atau profil diri
mengandungi: pengalaman yang dilalui. secara ringkas bagi
• Biodata pemilik dan Pastikan: memudahkan pembaca
rekod jawatan Pandu • (a) Bahan-bahan mengetahui siapa
Puteri yang disandang di disusun kemas penulisnya.
sekolah, • (b) Rekod disimpan • Nama
• daerah, negeri atau berterusan, tersusun dan • No. Mykad / No Mykid
kebangsaan berperingkat / No surat beranak
• Rekod penglibatan diri • (c) Maklumat dikumpul • Tarikh lahir
dalam aktiviti Pandu menunjukkan • Alamat rumah
Puteri (Semua peringkat) perkembangan dan • No tel rumah / No tel
• Acara Pandu Puteri yang kemajuan bimbit
dihadiri (Semua • (d) Melampirkan sijil atau • Alamat e-mail
peringkat) surat perakuan atau • Nama & alamat
• (b) Buku Log bukti penyertaan sekolah
Kemajuan • (e) Keaslian dan • No tel sekolah
• Buku Log ini kreativiti amat • Nama pasukan
mengandungi: digalakkan • Nama Kumpulan
• (i) Semua laporan • (f) Hasil kerja boleh Berenam
kemajuan Program dizahirkan dalam bentuk • (b) Penglibatan Dalam
Pandu Puteri Tunas tulisan tangan atau Kegiatan Pandu Puteri
• (ii)Laporan Lencana bercetak KECUALI • Jawatan yang
kecekapan biodata / profil diri dipegang
• (c) Buku Log Acara • Pencapaian dalam
• Buku log ini Pandu Puteri
mengandungi laporan • Senarai acara Pandu
setiap acara yang Puteri yang disertai
disertai
• Contoh acara adalah
seperti:
• (i) Perkhemahan/ Cuti
pasukan
• (ii) Khidmat
• (iii) Lain-lain projek

141

23.0 TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN

Tanggungjawab pemimpin boleh dilihat daripada tiga bahagian:

• Perancangan
• Pengurusan Pasukan
• Pertolongan Cemas

PERANCANGAN

• Merancang program perjumpaan mingguan untuk selama tiga bulan.
• Mengendalikan Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pandu Puteri Remaja, Pandu

Puteri Renjer, Pandu Puteri Kadet, Pandu Puteri Siswi atau Pandu Puteri
Dewasa sendiri, tidak kurang daripada tiga bulan dan menghantar
permohonan untuk penyeliaan oleh Pesuruhjaya Daerah.
• Merancang dan mengelolakan projek khidmat untuk Pasukan Pandu Puteri
Tunas, Pandu Puteri Remaja, Pandu Puteri Renjer, Pandu Puteri Kadet,
Pandu Puteri Siswi atau Pandu Puteri Dewasa
• Merancang pengembaraan (pioneering) dan menyediakan gejet berkaitan.
• Memahami Skim Berdikari dalam Program Pandu Puteri Renjer untuk
pemupukan sistem nilai hidup ahli-ahli yang dipimpinnya.
• Merancang dan mengendalikan aktiviti dan ujian Program Pandu Puteri
sehingga Kelas Satu.
• Merancang dan mengendalikan aktiviti dan ujian Skim Lencana Kecekapan.
• Menyediakan diri untuk layak mengambil Ujian Mutiara II dan Mutiara III.

PERKHEMAHAN

I. Permit Perkhemahan

Permit Perkhemahan membolehkan Pemimpin berkhemah bersama-sama ahlinya
dalam satu kumpulan kecil. Had laku permit ini ialah dua tahun sahaja.

• Pemimpin boleh mendapatkan Permit Perkhemahan dengan mengadakan
satu perkhemahan ujian selama tiga hari dua malam, yang disertai oleh tidak
melebihi daripada 18 orang ahli Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri
Renjer.

• Perkhemahan Ujian ini hendaklah diselia oleh seorang Jurulatih atau seorang
pemegang Lesen Perkhemahan.

142

II. Lesen Perkhemahan

Lesen Perkhemahan membolehkan Pemimpin mengadakan perkhemahan untuk ahli
Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer yang dipimpinnya, serta membawa
mereka menghadiri perkhemahan peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan
antarabangsa.

• Pemimpin boleh mendapatkan Lesen Perkhemahan dengan mengadakan
Perkhemahan Ujian selama tiga hari dua malam, yang dihadiri oleh 36 orang
ahli Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer.

• Perkhemahan Ujian ini hendaklah diselia oleh seorang Jurulatih.

PERTOLONGAN CEMAS

• Melengkapkan satu kotak Pertolongan Cemas persendirian dan mengetahui
penggunaan bahan-bahan yang ada di dalamnya.

• Mengetahui cara-cara mengambil suhu badan dan denyutan nadi untuk
tindakan dan rawatan selanjutnya.

• Memberi pertolongan cemas dan bertindak apabila menghadapi keadaan
tertentu seperti:
- luka
- terseliuh
" muntah-muntah
" terbakar
" melecur
" perut masuk angin
" sengatan serangga
" sawan
" tidak sedar diri.

143

RUMUSAN
Persatuan Pandu Puteri Malaysia hari ini mempunyai 85,000 orang ahli dan
sukarelawan di seluruh Malaysia. Di peringkat kebangsaan, Persatuan Pandu Puteri
Malaysia merupakan ahli gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis
Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO). Di peringkat
antarabangsa pula, Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah ahli penuh Persatuan
Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (World Association of Girl Guides and Girl
Scouts -WAGGGS). Oleh itu, adalah penting untuk menyertai Persatuan Pandu Puteri
kerana mempunyai komitmen untuk melahirkan golongan kanak-kanak, remaja malah
wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai
kepanduan demi kepentingan nusa, bangsa dan masyarakat.

144

BAHAGIAN D

145

Laporan Pengurusan dan Persiapan Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform
IPGKTAA

Sebelum Perkhemahan
Sebagai pasukan Unit Beruniform, aktiviti perkhemahan amat dititikberatkan Hal

ini dikatakan kerana aktiviti seperti ini dapat membentuk pemimpin yang berdedikasi
yang bakal menjadi pemimpin pada masa akan datang. Oleh itu, aktiviti ini sangat
penting bagi guru pelatih untuk didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan
tentang perkhemahan seperti bagaimana cara membina pelbagai gajet dan
menguasai jenis ikatan dan simpulan, pertolongan cemas serta pelbagai jenis aktiviti
sosial kemasyarakatan. Pengajaran secara pengalaman secara langsung ini dapat
memberi impak yang lebih mendalam.

Pada 31 August 2021, Kami telah diberi taklimat ringkas oleh pensyarah, Tn.
Sarudin Bin Md. Amin, tentang aktiviti perkhemahan yang akan diadakan pada 01
hingga 04 September 2021 dengan menggunakan aplikasi Whatsapp. Setelah
mendapat taklimat, kami bertindak segera untuk memastikan perkhemahan ini
berjalan dengan lancar. Kami telah menerima jadual perkhemahan yang akan
dijalankan selama 4 hari atas talian. Jadual perkhemahan dapat membantu
melaksanakan setiap aktiviti yang dirancang dengan lebih sistematik dan teratur.

Semasa Perkhemahan
Pada pukul 8 pagi hingga 8.30 pagi, semua peserta telah menghadiri taklimat

perkhemahan melalui google meet. Taklimat diberikan oleh pensyarah mengenai etika
dan peraturan serta pembahagian aktiviti sebelum memulakan aktiviti perkhemahan
ini. Selesai taklimat, terdapat dua aktiviti yang dijalankan pada pagi dan juga petang
iaitu lakaran pelan tapak perkhemahan yang ideal dan video kraf
perkhemahan(gajet).Tapak perkhemahan telah dibahagikan kepada tiga langkah iaitu
sebelum,semasa dan selepas perkhemahan.

Pada hari kedua, selepas sarapan pagi, semua peserta telah mengahdiri
taklimat aktiviti harian melalui Google Meet. Aktiviti hari kedua adalah ujian kawad kaki
dan ujian ikatan dan simpulan. Kemudian, semua peserta telah melihat beberapa
video tentang kawad kaki yang telah dimuatnaik di Google Classroom dan semua
peserta telah membuat ujian mengenai kawad kaki. Pada pukul 2.30 petang pula,
semua peserta telah membuat latihan mengenai ikatan dan simpulan lalu melalukan
ujiannya iaitu 4 jenis simpulan dan 1 ikatan.

146

Pada hari ketiganya iaitu 03 September 2021 pula telah mengadakan aktiviti
video ujian masakan dan juga video ujian pertolongan cemas.Terdapat 5 jenis
masakan seperti ikan,ayam,roti,telur dan kentang telah dimasak oleh semua guru
peserta.Selepas itu, Ujian Pertolongan Cemas iaitu jenis balutan seperti balutan
kepala,lengan,tapak tangan dan lutut dapat dilakukan oleh guru pelatih peserta.Dalam
aktiviti ini, terdapat dua orang terlibat iaitu pembalut dan pesakit.Pada hari terakhirnya,
semua guru pelatih peserta telah menghadiri Perasmian Penutupan Perkhemahan
Unit Beruniform Bersepadu secara atas talian Program penutupan ini telah dirasmikan
oleh timbalan pengarah IPGKTAA iaitu Dr Khairuddin Bin Said melalui Micorosoft
Teams.
Selepas Perkhemahan

Pada 4 September 2021, hari ini merupakan hari terakhir bagi program kami. Pada
hari ini merupakan penutupan majlis bagi program ini dan program ini dirasmikan
oleh Timbalan Pengarah iaitu Dr. Khairuddin Bin Said. Semasa penutupan, ucapan
telah diberi oleh Timbalan Pengarah. Selepas ucapan diberi, majlis pun berakhiri
dengan sesi penggambaraan. Seterusnya, pihak penyelaras program hendaklah
menganalisis dan menilai semula aktiviti yang dijalankan serta mengenal pasti
kelemahan-kelemahan untuk memperbaiki kelemahan tersebut pada masa hadapan.
Setelah tamat, laporan aktiviti harus dibuat dan diserahkan. Akhirnya, pihak
pengurus haruslah mendokumentasikan program perkhemahan sebagai rujukan
pada masa depan.

147

REFLEKSI KESELURUHAN

Setinggi-tinggi kesyukuran yang tidak terhingga di panjatkan kepada Tuhan kerana
saya, Turghaaseri A/P Nedugzheliyan, peserta Perkhemahan Bersepadu Unit
Beruniform IPGKTAA dari kursus PISMP Bahasa Melayu Semester 3 telah berjaya
dan selamat menjalani kursus perkhemahan ini dengan sempurna. Aktiviti
perkhemahan yang bermula pada 01 September hingga 04 September 2021 telah
dijalankan atas talian. Kursus perkhemahan ini sememangnya wajar dilaksanakan
kerana melalui penglibatan guru-guru pelatih, matlamat program dalam membina daya
tahan mental dan fizikal serta menerapkan nilai-nilai hidup bermoral dan beragama
sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan guru dicapai secara keseluruhan
dan sempurna.

Aktiviti perkhemahan selama empat hari ini benar-benar telah memberi banyak ilmu
pengetahuan yang berguna kepada saya untuk diaplikasikan dalam kehidupan
seharian saya terutamanya dalam profesion perguruan saya. Sepanjang tempoh masa
perkhemahan unit beruniform ini, saya telah menempuh dengan banyak cabaran,
dugaan dan halangan yang telah diberikan dari para pensyarah pembimbing tanpa
disedari. Semua cabaran dan halangan ini sebenarnya mempunyai motifnya yang
tersendiri untuk membentuk ahli Pandu Puteri dan insan guru yang berkualiti dan
berwibawa. Perkhemahan unit beruniform yang buat pertama kali bagi saya ini telah
banyak memberi saya ilmu pengetahuan yang tidak ternilai harganya dan amat sukar
diperolehi jika perkhemahan ini tidak dilaksanakan. Nilai-nilai murni juga telah berjaya
diserap dan saya amat bertuah kerana aktiviti perkhemahan ini telah banyak memberi
saya peluang untuk menilai keupayaan diri saya dari segi persedian untuk menjadi
seorang guru, khususnya seorang insan yang bergelar ahli Pandu Puteri yang proaktif,
fleksibel, aktif dan berkeyakinan tinggi.

Pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan sepanjang semester ini bermula.
Antaranya ialah latihan kawad kaki, pendidikan asas kesihatan, kursus Rawatan
Cemas dan Perkhemahan. Latihan kawad kaki ini bertujuan untuk mendedahkan
kepada pelajar guru teknik dan cara kawad kaki yang betul. Hal ini sebagai persediaan
kepada para pelajar guru untuk mengajar murid-murid kawad kaki di sekolah nanti.
Selain itu, kursus Rawatan Cemas dilakukan bagi mendedahkan kepada para
pelajar guru terutamanya kepada Unit Beruniform Pandu Puteri mengenai rawatan
awal yang boleh dilakukan bagi mengelakkan kecederaan yang lebih parah dan

148

serius.Sebagai contoh, teknik CPR boleh dilakukan kepada mangsa yang dijumpai
separuh sedar.

Melalui aktiviti perkhemahan yang diadakan selama 4 hari iaitu dari 01 September
hingga 04 September 2021 atas talian, saya berupaya memantapkan pengetahuan
dan kemahiran pengurusan unit beruniform untuk membolehkan saya menjalankan
tanggungjawab sebagai seorang guru penasihat di sekolah kelak. Banyak aktiviti
yang menarik dilakukan sepanjang perkhemahan antaranya ialah kawat kaki, gajet,
masakan, dan sebagainya. Sebagai menggulung segala yang diperkatakan di atas,
saya sangat bersyukur kerana aktiviti-aktiviti perkhemahan ini telah banyak
menyumbang pengetahuan, menguji mental dan fizikal diri saya dan yang paling
penting dapat membantu diri saya bagi membina jati diri seorang pendidik yang
berkarisma tinggi. Saya berharap pada program perkhemahan yang seterusnya, saya
akan lebih banyak menimba pengalaman dan ilmu bagi mencapai matlamat saya
untuk menjadi seorang pendidik yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

149

BAHAGIAN E:

DIARI

150


Click to View FlipBook Version