The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ICLET 2021_MALAY AND EDUCATION PROCEEDING

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by klmevent, 2021-11-22 18:51:00

ICLET 2021_MALAY AND EDUCATION PROCEEDING

ICLET 2021_MALAY AND EDUCATION PROCEEDING

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Asli ini sering tidak hadir ke sekolah hampir 3 hari berturut-turut jika mempunyai sambutan
perayaan, pesta kugiran dan kenduri.

...masalah gajet sentiasa di hati..tidur lewat main telefon..esok tak boleh
bangun awal pagi untuk ke sekolah

(DT 13 :18 minit)

...kalau esok ada perayaan, macam ada rock kugiran esok mesti tak
datang..orang Asli ni suka hiburan....cth ada kenduri kahwin esok 2 3 hari tak
datang sekolah...kalau

(DT 18: 4.00minit)

...ada 33/123 sahaja yang datang

(DT 33: 5.12minit)

.....kalau mereka datang pun dah bersyukur...

(DT 37: 5.40 minit)

Penempatan Pelajar

Lokasi penempatan pelajar memainkan peranan penting bagi menimbulkan minat kepada murid
Orang Asli dalam tidak jauh sahaja dari sekolah hanya 500 meter sahaja. Walaupun jika dilihat,
jarak sekolah hanya bersebelahan dengan sekolah, namun murid Orang Asli ini tidak berminat
dan bersungguh-sungguh dalam pembelajaran.Tidak dinafikan faktor penempatan masyarakat
orang Asli dari bandar menjadikan mereka terputus dengan kepesatan arus kemodenan. Pelajar
di sini masih tidak pernah menerokai bandar-bandar besar yang berada di sekitar Pagoh dan
mereka merasakan kehidupan mereka dalam lingkungan kawasan persekitaran sahaja. Mereka
tidak berminat untuk mengejar cita-cita dan berhijrah dari kawasan penempatan asal bagi
mencari kehidupan yang lebih baik.

...Pagoh itu tempat yang terlalu istimewa yang mereka pergi..cuba
bayangkan.., saya pernah dengarLegoland dan Kuala Lumpur tetapi tak pernah
sampai..rata-rata macam tu..mereka tak pernah tengok dunia luar.jadi...hidup
hanya kawasan sekitar dan sekolah...itu sahaja....

(DT 2: 2:42minit)

Pendidikan Ibu Bapa

Ibu bapa memainkan peranan yang utama dalam menggalakkan pelajar untuk menerima
pendidikan kepada anak-anak untuk masa hadapan. Berbeza dengan masyarakat orang Asli Jakun
ini, mereka menganggap pendidikan bukan perkara utama yang perlu diberi perhatian. Mereka

Page 33 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

menganggap melangsungkan kehidupan dengan berbentuk sara hidup cukup untuk menampung
kehidupan seharian. Hal ini didapati ibu bapa mereka tidak mempunyai pendidikan yang tinggi,
jadi mereka tidak memberikan sokongan kepada anak-anak untuk ke sekolah. Namun, terdapat
juga segelintir ibu bapa murid Orang Asli yang mahukan anak mereka untuk belajar tetapi tidak
tahu cara untuk mengajar anak mereka. Disebabkan itu pihak sekolah juga tidak ketinggalan
memohon bantuan kepada ibu bapa untuk memberi sokongan kepada program literasi yang
dianjurkan oleh pihak sekolah. Sebagai contoh program ‘Didik Ceria’ iaitu program untuk murid
Asli yang tidak kenal huruf. Ini bermakna ibu bapa dilantik sebagai cikgu bagi mendorong motivasi
untuk mereka mempelajari bahasa Melayu.

Kita minta juga bantuan mak ayah mereka untuk bantu anak-anak mereka
belajar di sekolah. Jadi ikon untuk murid Asli..Mak itu kita panggil Cikgu Mimi
dan Cikgu Ain..Mereka rasa suka sangat, bila kita panggil cikgu ni untuk ajar
anak-anak mereka.....

(DT 14: 3:09minit)

Rakan Sebaya

Vygotsky (1978) juga menyatakan bahawa pengalaman yang paling berkesan oleh pelajar ialah
dengan memberikan peluang kepada pelajar untuk berkongsi bersama rakan, guru mahupun
persekitarannya untuk menyelesaikan tugasan-tugasan yang sulit, kompleks dan tidak boleh
diselesaikan secara perseorangan (Anderson, Annand & Wark, 2005). Faktor raya sebaya
memainkan peranan yang penting kerana apabila rakan mereka tidak hadir ke sekolah mereka
tidak mempunyai semangat untuk ke sekolah. Begitu juga dalam pembelajaran, mereka lebih suka
jika rakan mereka yang mengajar kembali atau ibu dan bapa mereka yang mengajar berbanding
guru yang mengajar di sekolah.

Mereka ni kadang-kadang bila tengok kawan x datang, mereka pun x datang
sekolah.....Tapi bila kawan diorang mengajar, diorang lagi suka dari cikgu yang
mengajar ni…

(DT 20: 27.00 minit)

Minat

Menurut Ismail Affero et al. (2016), minat memainkan peranan yang penting terhadap proses
pembelajaran dan pencapaian pelajar. Ketidakmampuan dari segi fizikal dan mental yang
terbatas secara tidak langsung membantutkan motivasi seorang pelajar. Berdasarkan aliran
behavorisme, sesuatu pembelajaran bermula dengan sesuatu rangsangan. Pembelajaran
dikatakan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan. Oleh itu,
pembelajaran yang terancang dan menarik memberikan minat dan motivasi yang tinggi kepada
murid Orang Asli untuk terus belajar. Hsil dapatan menunjukkan hanya 40% daripada keseluruhan

Page 34 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

pelajar yang berminat untuk mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Pengkaji
mendapati minat ini akan timbul jika mendapat sokongan daripada pihak sekolah dan ibu bapa
mereka. Sikap murid Orang Asli yang didapati malu jika bercakap dengan rakan-rakan yang bukan
dalam kalangan mereka. Mereka menjadi berat mulut jika hendak bertutur dalam bahasa Melayu.

....bila kat rumah mereka bercakap dalam bahasa Orang Asli mereka lebih
rancak berbanding dalam kelas..memang tak faham bahasa mereka..Kita
memang tak benarkan untuk bercakap bahasa Asli di sekolah kerana tak nak
ada prejudis....

(DT 38: 4.05minit)

Sikap

Menurut Suresh Kumar (2011), menyatakan sikap dan tingkah laku seseorang kanak-kanak dalam
pembelajaran di sekolah mempunyai pergantungan yang tinggi pada sokongan daripa
persekitaran keluarganya. Mohamad Johdi dan Abd Razak (2009) mendapati kebanyakan anak-
anak Orang Asli ini mempunyai sikap kendiri yang rendah, pemalu,mudah bosan/jemu, hiperaktif
dan mudah sensitif menjadikan kekangan utama untuk mereka menunjukkan sikap yang positif
dalam menerima pelajaran. Hal ini penting bagi ibu bapa murid Orang Asli untuk membentuk
aspirasi dan ekspetasi yang tinggi kepada anak-anak mereka untuk hadir ke sekolah. Berbeza bagi
murid orang Asli di sini, didapati hanya 70% sahaja yang betul-betul menunjukkan sikap yang baik
terutama dari segi kehadiran. Kehadiran di bawah 80% menunjukkan sikap murid orang Asli ini
masih belum berminat untuk mendapat pendidikan. Kebanyakan mereka masih tidak melihat
kepentingan pendidikan sebagai perkara utama untuk menjamin masa hadapan.

Kedatangan memang masalah..tak mencapai 100% kehadiran.ni tambah kita
hadapi Covid ni...Kalau tak datang sekolah kami memang telefon mak ayah
diorang...

(DT 16: 3: 40minit)

Persekitaran

Persekitaran memainkan peranan yang sangat penting supaya mendorong pelajar orang Asli
untuk datang ke sekolah. Menurut Dun dan Dunn (1992), ciri faktor persekitaran memainkan
peranan penting untuk menarik minat atau pola yang mendorong pelajar untuk memilih proses
belajar yang menggunakan maklumat baru atau pengalaman. Pemilihan corak dan suasana
persekitran menggalakkan pelajar untuk meningkatkan motivasi pelajar untuk terus belajar.
Didapati sekolah kajian, telah berusaha membina pondok orang Asli sebagai satu lambang
atausimbol untuk mereka hadir ke sekolah. Pondok yang dibina oleh ibu bapa murid Orang Asli
menjadi semangat kepada pelajar untuk belajar di situ seperti merasai suasana sebenar seperti
murid Orang Asli di rumah. Usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah ini merupakan salah satu
galakkan kepada pelajar orang Asli untuk sentiasa bermotivasi hadir ke sekolah. Pembinaan

Page 35 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

pondol belajar ini bertepatan dalam teori humanisme apabila pelajar dapat belajar dan merasai
pengalaman dan susasana persekitaran yang sebenar dan sesuai dengan kehidupan murid Orang
Asli. Ini akan menimbulkan minat kepada murid Orang Asli dan secara tidak menjadikan
pengajaran tersebut kekal dan bermakna.

Kita buat ni dari usaha ayah orang Asli yang bina pondok ini..Tak lama mereka
buat dalam masa sehari sj..hebat…

(DT 21: 4:440minit)

Bila mereka Nampak pondok ni mereka rasa kagum sebab bapak mereka yang
bina pondok ni….

(DT 22: 5:15 minit)

Pendidikan Pra Sekolah

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan pendidikan para sekolah sebagai
salah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4
tahun hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum memasuki Tahun 1.
Berdasarkan sekolah kajian, terdapat sebuah para sekolah yang disediakan pada penduduk
sekeliling. Bagi tahun 2021 didapati hanya 2 orang pelajar sahaja yang mendaftar ke pra sekolah
iaitu seorang pelajar lelaki dan seorang perempuan sahaja. Walaupun mereka mempunyai
bilangan kanak-kanak yang ramai hanya segelintir ibu bapa yang mempunyai kesedaran untuk
mendaftarkan anak mereka bagi menerima pendidikan pra sekolah. Kebanyakan mereka juga
masih tidak boleh membaca. Hal ini berkaitan dengan galakkan dari keluarga yang masih berada
tahap rendah untuk menghantar anak mereka ke para sekolah.

Kita ada pelajar para sekolah..tidak ramai murid Orang Asli ni yang nak datang
belajar..Sebabnya tak ada galakkan dari mak ayah mereka....

(DT 43: 37:09Minit)

Pola Pemakanan

Menurut Mohd Azlan dan Noraziah Ali (2011), pengambilan makanan yang berkualiti dan teratur
sangat penting untuk membekalkan tubuh manusia dengan zat dan tenaga serta mengekalkan
kesihatan tubuh badan. Bagi seorang pelajar, kesedaran tentang kualiti makanan dan pola
pemakanan amat penting kerana mempengaruhi perkembangan dan tindak balas fizikal dan
mental seseorang pelajar yang merupakan tunjang modal insan bagi negara pada masa akan
datang. Berdasarkan maklumat informan, mendapati menyatakan kebanyakan murid orang Asli
di sini masih mengamalkan pemakanan eksotik yang dilihat mempunyai kesan terhadap
penerimaan pembelajaraan yang mereka terima. Murid Orang Asli di sini dilihat agak lambat dan
tidak fokus ketika proses pembelajaran itu berlangsung.

Page 36 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Abdul Rahim Hamdan (2010), menyatakan seharusnya seorang pelajar mempunyai sajian
makanan yang teratur, yang akan mempengaruhi perkembangan minda dan ketahanan mental
dalam menerima pembelajaran.

...masalah pemakanan..mereka makan macam2..contoh makanan eksotik..

(DT 46: 47.09 Minit)

.....budakk-budak kecil pun dah di ajar untuk ambil minum minuman keras....

(DT 48: 48.10minit)

Kesihatan

Menurut Wan Afizi et al (2015), walaupun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah
memperkenalkan pelbagai program kesihatan bagi membantu orang Asli seperti pembinaan
hospital, suntikan dan ubat-ubatan, namun masih terdapat Orang Asli yang percaya dengan ubat-
ubatan tradisional. Hal ini memudahkan masyarakat Orang Asli terdedah dengan penyakit
berbahaya dan berjangkit. Tahap kesihatan yang tidak menentu memberi ancaman kepada anak
Orang Asli untuk hadir ke sekolah. Hal ini kerana, jika ibu bapa dan kanak-kanak orang Asli,
mengalami masalah kesihatan seperti demam pada waktu malam yang menyebabkan mereka
tidak dapat hadir ke sekolah pada keesokkan harinya. Pihak sekolah mengambil berat bagi anak-
anak orang Asli yang mempunyai masalah kesihatan ini dan memberi peluang kepada mereka
untuk kembali sihat dan dapat datang ke sekolah semula.

Itu juga ambil maklum juga, sebab ada mereka yang sering diganggu masalah
kesihatan jika demam waktu malam....

(DT 7:6:00 minit)

Yang penting mereka belajar juga di rumah..

(DT 48: 51.02minit)

Kelas Pemulihan

Program Pemulihan ialah satu perkhidmatan yang diadakan khusus untuk murid-murid yang
menghadapi kesukaran dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira yang
menjadi fokus utama Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan sekarang Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR). Program ini dikendalikan oleh guru-guru pemulihan khas yang
terlatih. Menurut Kamus Dewan (2014), pemulihan bermaksud perbuatan memulihkan,
pengembalian kepada keadaan semula. Dalam konteks ini, konsep pemulihan merujuk kepada
kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Pembelajaran pemulihan biasanya
dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetul sesuatu. Blair
(1956), pula mengatakan bahawa pemulihan ialah program khas berbentuk tambahan bagi
memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan

Page 37 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

yang menghalangnya dapat diatasi.
Bagi muri-murid Orang Asli ini mereka tidak berminat untuk hadir ke kelas pemulihan ini

dan menggangap tidak penting untuk mempelajari bahasa Melayu. Bagi membantu masalah ini,
pihak sekolah membantu murid orang Asli dengan memperkenalkan program Cilik Bahasa.
Program ini dilakukan atas kerjasama pihak sekolah dan ibu bapa murid Orang Asli dengan
melantik ibu bapa ini menjadi guru dengan mengajar membaca kepada anak-anak. Selain itu,
rakan-rakan yang boleh membaca dalam bahasa Melayu, diberi peluang menjadi ‘guru cilik’ bagi
membantu rakan-rakan yang lain yang masih belum boleh membaca. Hal ini bersesuaian
berdasarkan teori humanisme yang menekankan guru sebagai fasilatator yang memberi tindak
balas terhadap perasaan dan masalah murid bagi memenuhi keperluan mereka untuk terus
belajar. Usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah ini sesuai dengan perilaku dan perbuatan murid
Orang Asli yang mempunyai perkembangan yang positif apabila ibu bapa dan rakan-rakan yang
menjadi guru untuk mengajar murid Orang Asli yang masih belum boleh membaca.

Kita ada kelas pemulihan..tapi mereka tak minat..mereka sekadar untuk
pergi..bagi kerja tapi balik rumah kakak yang buat....

(DT 47: 50.02minit)

9.0 KESIMPULAN

Secara rangkumannya, didapati kajian terhadap murid Orang Asli menjurus kepada bidang
pendidikan literasi untuk meningkatkan tahap pendidikan dan penguasaan bahasa Melayu dalam
kalangan mereka perlu diteliti dan dikaji semula. Umum menyedari bahawa persekitaran, corak
kehidupan, interaksisosial, latar belakang keluarga dan ciri-ciri bahasa yang digunakan oleh Orang
Asli memperlihatkan kelainan dengan masyarakat umum sehingga mempengaruhi survival dan
seluruh kehidupan mereka termasuklah pencapaian dalam bidang pendidikan. Untuk
membolehkan murid Orang Asli sentiasa bermotivasi dan melihat kepentingan pendidikan untuk
masa hadapan perlu menyemak kembali polisi dan dasar pendidikan hari ini terutamanya dalam
hak sama rata dalam pendidikan serta keciciran murid Orang Asli ini.

Page 38 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

RUJUKAN

Abdul Hadi Kudin & Karim Harun. (2017). Diglosia dan Loyalti bahasa dalam kalangan masyarakat
Orang Asli Semai. Jurnal Linguistik. Vol 21 (2): 48-59.

Abd. Aziz Shukor, Ramlah Jantan, Md. Nasir Masran, Suppiah Nachiappan, & Roslinda Mustapha
(2010). Program pemulihan membaca di kalangan murid-murid Orang Asli di Sek.
Kebangsaan Batu 7 Tapah, Perak. Prosiding Seminar International Management Education
Conference 2010, 6-8 Oktober 2010 Mahkota Hotel, Melaka.

Abdul Rahim Hamdan (2010). Amalan Pemakanan di Kalangan Pelajar Tahun 4 SPH Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor: Johor: UTM.

Abdul Razaq Ahmad & Zalizan Mohd Jelas .(2009) Masyarakat Orang Asli: Perspektif Pendidikan
dan Sosiobudaya. Bangi: Penerbit UKM.

Anderson, T., Annand, D. & Wark, N. (2005). The search for learning community in learner paced
distance education: Or, 'Having your cake and eating it, too!'. Australasian Journal of
Educational Technology, 21(2),. Australasian Society for Computers in Learning in Tertiary
Education.

Azizi Yahaya dan Jaafar Sidek Latif (2006). Siri Kaunseling: Membentuk Identiti Remaja. (Cetakan
Kedua). Bentong: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Zal WA. (2013). Pembentukan modal insan Orang Ali Darat dan Laut di Malaysia. Malaysian
Journal of Society and Space. 9 (4), 1-14.

Abdull Sukor Shaari & Zamri Salleh (2010). Kesan model tautan terhadap pengajaran karangan.
Malaysian Journal of Learning and Ins truction, 6.

Allyn & Bacon. Cheng Fong Peng. (2016). Masalah Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Kalangan
Murid Cina Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Me layu. 6(2). 10-22.

Bogdan, R. & Biklen, S. R. (2003). Qualitative research for education: An introduction theories and
methods. 5th Edition. Boston.

Creswell, J. R. (2009). Research design: Qualitative, quantitative and mixed methods approaches.
3th Edition. London: SAGE Publication.

Dunn, R., & Dunn, K. (1992a). Teaching elementary student through their individual learning
styles. Boston: Allyn & Bacon.

Estrin, H. (2010). Teaching minority students to write effectively. New Jersey Institute of
Technology. http://www.indiana.edu/~reading/ieo/digests/d83.html
Page 39 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Gardner, R. C., & Lambert, W. E. (1972). Attitudes and Motivation in Second Language Learning.
London: Edward Arnold.

Hashim Othman. (2005). Penilaian tahap penguasaan kemahlran menulis dalam bahasa Melayu
Murid Sekolah Kebangsaan Kebolehpercayaan Instrumen. Tesis PhD. Pulau Pinang:
Universiti Sains Malaysia.

Ismail, M.E., Ismail, I.M., Hamzah, N., & Ariffin, A. (2016). Pembangunan Massive Open Online
Courses (MOOC) berdasarkan model Addie bagi kursus pendidikan teknikal dan vokasional.
In: 6th National Conference in Education Technical And Vocational in Education And
Training (NCiE-TVET), 27-28 September 2016 (pp. 1333-1341). Kuantan, Pahang: Politeknik
Sultan Haji Ahmad Shah.

Jamali Ismail. (1992). Sikap, Motivasi dan Pencapaian dalam Pemelajaran Bahasa Inggeris Sebagai
Bahasa Kedua di Kalangan Pelajar Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Jamaiyah Noorazwa Ahmad dan Muhid Ramlah Jantan (2014) Pengajaran membaca Bahasa
Melayu berbantukan komputer dan nyanyian dalam kalangan murid-murid orang asli
Journal of Social Science. (3).26-41.

Kamus Dewan. 2014. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

Layang Ugek & Jamaludin Badusah, (2018). Amalan dan masalah pengajaran literasi bahasa guru
bahasa Melayu ketika mengajar murid Penan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu Malay
Language Education (MyLEJ), 8 (2). 25-38.

Mohd Azlan Abdullah & Noraziah Ali. (2011). Amalan pemakanan dalam kalangan pelajar
universiti dan implikasinya terhadap pembelajaran. Jurnal Personalia Pelajar (14). pp. 59-
68.

Mohd Muizzuddin Mohd Nor, Mohamad Fauzi Sukimi & Mohd Nasaruddin Mohd Nor. (2018).
Kesedaran Pendidikan dan minat kerja pelajar O rang Asli suku kaum Jakun di Rompin,
Pahang. 14 (1). 72-86.

Ridzuan Hussin. 2011. Pendekatan teori pembelajaran kognitivisme dalam Pendidikan Seni Visual
(PSV). Jurnal Seni dan Pendidikan Seni. Jilih 1 (1): 59-66.

Ruslan Abdullah. (2018) Penilaian pelaksanaan program Linus dalam kalangan murid Orang Asli
di Perak. PhD. thesis, Universiti Utara Malaysia.

Shahidi, Nor Azwahanum Nor Shaid, Mohd Sharifudin Yusop, Marlyna Maros & Rahim Aman.
(2016). Fenomena Sosiobudaya Orang Asli Kanaq Dalam Penguasaan Bahasa Melayu: Satu
Tinjauan Awal. Jurnal Sains dan Kemanusiaan. 15 (5). 146-156.

Page 40 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Suresh Kumar .N Vellymalay. (2011). Sikap dan tingkah laku remaja terhadap pembelajaran di
sekolah: satu kajian kes dirumah kanak-kanak. Jurnal Pendidikan Malaysia, 36 (2). pp. 25-
32.

Mohd Azlan dan Noraziah Ali. (2011). Amalan Pemakanan dalam Kalangan Pelajar Universiti dan
Implikasinya terhadap Pembelajaran. Jurnal Personalia Pelajar. 14 (59-68).

Mohamad Johdi Salleh, Abdul Razak Ahmad. (2009). Kesedaran pendidikan dalam kalangan
masyarakat Orang Asli. In: Abdul Razaq Ahmad, Zalizan Mohd Jelas. Masyarakat Orang

Asli: Perspektif pendidikan dan sosiobudaya. Penerbit UKM, Bangi.

Nazariyah Sani. (2014). Merapatkan jurang literasi murid-murid Orang Asli: apa
cabarannya?Jurnal Personalia Pelajar.(17): 19-30.

Ridzuan Husin (2013). Pendekatan Teori Pembelajaran Kognitivisme dalam Pendidikan Seni Visual
(PSV). Jurnal Seni dan Pendidikan Vol. 1: (59-66).

Shafida Azwina Mohd Shafie, Ahmad Farhan Mohd Sadullah. (2002) The comparison of trip
generation behaviour between an urban school and a rural school. ConferenceProceedings
Malaysian Universities Transport Researh Forum. Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya. 22
& 23 Oktober.

Shyam KC .(2007). Society and infrastructure: Geographical accessibility and its effects on school
enrolment in Nepal. (PhD dissertation). College Park, Faculty of the Graduate School,
University of Maryland.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) (2008) Laporan tahunan 2008 Suruhanjaya
Hak Asasi Manusia Malaysia. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, Kuala Lumpur.

Suresh Kumar. (2011). Sikap dan Tingkah Laku Remaja Terhadap Pembelajaran di sekolah: satu
kajian kes di rumah Kanak-Kanak. Jurnal Pendidikan Malaysia: 36 (2). 25-32.

Vygotsky, L.S.C. 1978. Mind in society. The Development of Higher Psychological Processes. (New
edition, edited by M.Cole, V. John Steiner, S. Scribner and E. Souberman). Cambridge, MA:
Harvard University Press.

Wan Hanafi, Hanifah Mahat, Noraziah Ali & Halida Baharuldin (2015). Taraf Kesihatan Wanita
Orang Asli di Tanah Tinggi Cameron: Kajian Kes di Kem Brinchang dan Kampung Leryar,
Ringlet, Pahang. GEOGRAFI, 3(2), 13.

Zaliza Mohamad Nasira dan Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2014). Sikap dan motivasi pelajar
terhadap pembelajaran Bahasa Melayu. Journal of Social and Behavioral Sciences 134 (2014

Page 41 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

) 408 – 415.
Zainal Abidin Hj Ali. (2004). Jabatan Hal Ehwal Orang Asli: Peranan dalam bidang penyelidikan.

Kertas Kerja dalam Seminar Sehari Tradisi Lisan Masyarakat Orang Asli.
Zainal Abidin Hj Ali. (2008). Peranan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dalam pembangunan

masyarakat Orang Asli. In: Ma’Rof Redzuan, Sarjit S. Gill (eds) Orang Asli- Isu, transformasi
dan cabaran. Penerbit Universiti Putra Malaysia, Serdang.
Zulkifley Hamid. (2014). Faktor Persekitran sekolah dan etnik dalam perancangan dan pelaksaan
program pendidikan Bahasa Melayu di Malaysia. Malaysian Journal of Society and Space.
10 (5), 99-109.

Page 42 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Lg/Malay/Id: 22

PANTANG LARANG SUKU KAUM JAKUN, KAMPUNG SENTOSA LENGA, JOHOR

Mohamad Suhaizi Suhaimi1, Mohamad Yusrizal Mohamad Noor2 dan Nurul Najihah
Abdullah Thani3

1, 2, 3 Jabatan Bahasa Melayu, Kulliyyah Bahasa dan Pengurusan, Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia, Pagoh.

(E-mel: [email protected])

ABSTRAK
Pantang larang orang asal suku kaum Jakun telah membentuk satu identiti tersendiri yang unik
kerana terdapat persamaan dan juga perbezaan dengan orang Melayu. Walau bagaimanapun,
penelitian dan pendokumentasian berkaitan pantang larang orang asal suku kaum Jakun
khususnya yang tinggal di Kampung Sentosa, Lenga dilihat kurang didedahkan kepada masyarakat
luar sehingga menyebabkan satu kerugian dalam kajian kaum peribumi. Oleh itu, kajian ini
dijalankan bagi mengenal pasti dan mendedahkan pantang larang suku kaum Jakun di Kampung
Sentosa, Lenga, Johor. Kajian ini dilakukan menggunakan kaedah kualitatif serta melibatkan temu
bual bersama dua orang informan secara tidak berstruktur. Pemilihan kedua-dua orang informan
adalah menggunakan pendekatan NORMs oleh Chambers dan Trudgill (1990). Data kajian
dikumpulkan menerusi teknik temu bual, rakaman, dan pemerhatian. Dapatan menunjukkan
bahawa pantang larang yang diamalkan oleh suku kaum Jakun meliputi ibu mengandung,
melahirkan anak, kematian, bertunang, perubatan tradisional, memasuki hutan serta
perkahwinan. Didapati bahawa pantang larang tersebut masih diamalkan sehingga sekarang,
namun terdapat beberapa amalan tidak lagi diterapkan berikutan kurangnya kesedaran akan
kepentingan memelihara budaya mereka.

Kata Kunci: Pantang Larang, Orang Asal, Suku Jakun, Lenga, NORMs

Page 43 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

1.0 PENGENALAN

Pengelasan masyarakat orang asal boleh dibahagikan kepada tiga buah rumpun bangsa utama
iaitu Semang-Negrito, Senoi dan Proto-Melayu. Berdasarkan penelitian mengenai cara hidup,
didapati bahawa ketiga-tiga pengelasan tersebut memiliki ciri-ciri pembeza. Hal ini diperkuatkan
dengan kenyataan oleh Shahidi A.H et al. (2018) menyatakan orang asli di Malaysia merupakan
golongan yang agak berbeza daripada masyarakat bumiputera yang lain dan dikenali sebagai
kaum yang bersifat heterogen. Terdapat tiga kelompok utama iaitu Negrito, Senoi dan Melayu-
Proto (Abdul Ghani Abu et al., 2013). Rumpun Negrito terdiri daripada suku kaum Kensiu, Kintak,
Jahai, Lanoh, Mendriq dan Batek manakala rumpun Senoi terdiri daripada Che Wong, Jahut,
Mahmeri, Semai, Semoq Beri dan Temiar. Selain itu, rumpun Melayu-Proto pula terdiri daripada
suku kaum Jakun, Semelai, Seletar, Orang Kanaq, Orang Kuala dan Orang Temuan.

Berdasarkan Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) di bawah Aborigional Peoples Ordinance No.
3 1954 yang telah dipinda pada tahun 1974 telah menetapkan istilah dan kelayakan untuk
dikatakan sebagai komuniti orang asal adalah seperti berikut:

1. Mana-mana yang bapanya ialah ahli daripada kumpulan etnik orang asli, yang bercakap
bahasa orang asli dan lazimnya mengikut cara hidup orang asli dan adat kepercayaan
orang asli, dan termasuklah seorang keturunan melalui lelaki itu;

2. Mana-mana orang daripada mana-mana kaum yang diambil sebagai anak angkat semasa
budak oleh orang asli dan yang telah dibesarkan sebagai seorang orang asli, lazimnya
bercakap bahasa orang asli, mengikut cara hidup orang asli dan adat kepercayaan orang
asli, dan menjadi ahli daripada suatu masyarakat orang asli; atau

3. Anak daripada mana-mana penyatuan antara seorang perempuan orang sli dengan
seorang lelaki daripada suatu kaum lain, dengan syarat anak itu lazimnya bercakap bahasa
orang asli dan kepercayaan orang asli dan masih lagi menjadi ahli daripada suatu
masyarakat orang asli (www.jakoa.gov.my)

Suku Jakun merupakan suku kaum Melayu asal yang tinggal di Selatan Semenanjung
Malaysia. Suku Jakun ini berasal dari Yunan iaitu Selatan China dan mula berhijrah kira-kira 5000
tahun yang lalu (Siti Fatiemah Sa’at & Jama’yah Zakaria, 2013). Menurut Jabatan Hal Ehwal Orang
Asli pada tahun 2009, ketika itu masyarakat orang asal ini digelar sebagai ‘Batang Air’ berikutan
penempatan mereka berhampiran dengan anak-anak sungai. Masyarakat suku kaum Jakun masih
mengamalkan kepercayaan animisme sehingga kini walaupun terdapat segelintir daripada
mereka memiliki agama seperti Islam, Kristian, Buddha dan sebagainya, rata-ratanya masih
mengekalkan kepercayaan animisme kerana faktor kehidupan masyarakat tersebut yang
dipengaruhi dan dikelilingi oleh alam sekitar seperti gunung-ganang, bukit-bukau, sungai dan
hutan. Orang asal Jakun diketuai oleh seorang ketua yang dipanggil sebagai Tok Batin. Beliau
berkuasa penuh atas segala hal ehwal penduduk kampung malah bertindak dan
bertanggungjawab dalam pentadbiran kampung, urusan perkahwinan serta memikul amanah
sebagai ketua adat.

Masyarakat orang asal Jakun mempunyai budaya yang melambangkan identiti dan jati diri

Page 44 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

masyarakat. Tambahan pula, sesebuah masyarakat tidak dapat dipisahkan dengan budaya, adat
istiadat dan seumpamanya untuk membentuk sebuah masyarakat yang hidup berpandukan
peraturan dan pantang larang. Pantang larang merupakan kata majmuk yang berasal daripada
perkataan ‘pantang’ dan ‘larang’. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2008), pantang bermaksud
tegahan daripada melakukan sesuatu kerana dipercayai akan membawa kesan yang buruk. Oleh
itu, dapat dilihat bahawa kewujudan pantang larang dalam masyarakat Melayu bertujuan
melarang seseorang individu atau masyarakat itu daripada melakukan perbuatan yang tidak elok
atau tidak sopan. Perkataan larang pula, menurut beliau bermaksud tegahan daripada melakukan
sesuatu perkara atas dasar kuat kuasa undang-undang atau peraturan, sama ada yang bertulis
atau tidak. Melalui sistem undang-undang dalam masyarakat itu sendiri, hukuman akan
dikenakan jika terdapat individu atau masyarakat yang melanggar undang-undang yang telah
ditetapkan. Gabungan kedua-dua kata majmuk tersebut menghasilkan satu maksud yang
membawa erti yang sama jika dilihat daripada makna setiap satu perkataan itu. Justeru, pantang
larang ialah sesuatu yang menyamai adat dan sekiranya dilanggar sama ada dari segi perkataan
atau perbuatan, maka kesan yang buruk akan dialami oleh individu berkenaan atau masyarakat
keseluruhannya.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini memfokuskan kepada dua objektif, iaitu:
i. Mengenal pasti pantang larang suku kaum Jakun di Kampung Sentosa, Lenga Muar Johor
ii. Mendedahkan keunikan pantang larang yang terdapat pada suku kaum Jakun

2.0 SOROTAN LITERATUR

Kajian berbentuk jurnal mengenai suku kaum Semai pernah dijalankan oleh Riduan Makhtar et.
al (2018) yang melihat sikap dan persepsi masyarakat terhadap bahasa Semai dan dikembangkan
lagi pada tahun berikutnya oleh Siti Aisah Zailani, Riduan Makhtar dan Mohd Sharifudin Yusop
dengan kajian mereka yang melihat pemilihan bahasa dalam masyarakat Semai. Seterusnya,
kajian mengenai suku kaum Jahut dijalankan oleh Nur Faaizah Md Adam, Mohd Sharifudin Yusop
dan Riduan Makhtar (2018) yang meneliti aspek fonologi dan leksikal serta kajian mengenai
hubungan linguistik antara bahasa Kentaq dan bahasa Melayu yang dilakukan oleh Noor Saadah
Salleh (2017). Selain itu, kajian mengenai kata ganti nama dalam suku kaum Mendriq turut
dijalankan oleh Fazal Mohamed Mohamed Sultan dan Mohd Romzi Ramli (2015) juga dilihat
sangat signifikan dalam mengangkat warisan dan kesenian orang asal.

Selain itu, kajian yang melibatkan suku kaum Jakun turut dijalankan oleh Jai Kemalok dan
Maryati Mohamed (2018) serta Siti Fatiemah Sa’at dan Jama’yah Zakaria (2013) masing-masing
memberi fokus kepada mitos serangga cerita rakyat dalam suku Jakun kampung Peta dan. Namun
begitu, kajian ini memberi fokus kepada pantang-larang yang diamalkan oleh suku kaum Jakun

Page 45 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Kampung Sentosa Lenga supaya dapat dipelihara daripada ditelan arus pemodenan. Tambahan
pula, kajian mengenai suku kaum Jakun di Kampung Sentosa belum dijalankan lebih-lebih lagi
melibatkan pantang larang yang diamalkan oleh kaum tersebut.
3.0 METODOLOGI

Bagi memperoleh maklumat mengenai pantang larang dalam kalangan suku kaum Jakun, kajian
ini menggunakan teknik temu bual separa struktur. Teknik ini digunakan untuk memperoleh
maklumat yang lebih lanjut tentang persepsi seseorang, pemikiran, sikap, pendapat dan
seumpamanya (Taylor, Bogdan & DeVault, 2016). Melalui kaedah ini, pengkaji mempunyai set
soalan yang perlu ditanya kepada informan. Namun semasa temu bual dijalankan, pengkaji tidak
perlu bertanya mengikut urutan soalan dan kadang kala pengkaji perlu mengajukan ‘probe’ bagi
menarik informan kepada masalah utama. Namun dalam keadaan biasa, pengkaji mungkin
membiarkan informan bercakap sehingga selesai. Semua maklumat direkodkan dan kemudian
ditranskripsi untuk tujuan analisis. Selain menggunakan
pita rakaman suara, pengkaji juga menggunakan buku nota untuk mencatat maklumat-maklumat
penting sebagai rujukan lanjut.

Dua orang informan bernama Yang binti Puyuh (60 tahun) dan Jimin (67 tahun) telah ditemu
bual bagi menanyakan pantang-larang yang terdapat dalam suku kaum Jakun di Lenga, Muar,
Johor. Sesi temu bual dijalankan selama dua hari secara serentak dengan membahagikan empat
orang kepada dua kumpulan. Pemilihan informan berdasarkan pendekatan NORMs oleh
Chambers dan Trudgill (1990). Faktor usia, berpengalaman dan menetap lama di kampung
Sentosa, Lenga tersebut melayakkan kedua-dua informan ditemu bual bagi mencapai objektif
kajian ini. Informan yang dipilih juga, mempunyai latar belakang yang mahir sama ada dari
aspek pertuturan, budaya dan adat resam Jakun. Pendokumentasian bertulis tentang warisan
orang asal ini dilakukan untuk mengekalkan budaya dan pengetahuan tinggalan nenek
moyang supaya warisannya berkekalan dan tidak hilang ditelan zaman.

4.0 DAPATAN KAJIAN

Pengkaji membahagikan pantang larang kepada tujuh peristiwa, iaitu semasa mengandung,
melahirkan anak, bertunang, kematian, perubatan tradisional, memasuki hutan dan
perkahwinan. Bagi informan-informan yang telah ditemu bual, Yang binti Puyuh dilabelkan
sebagai I1 (Informan 1), manakala Jimin pula merupakan I2 (Informan 2).

Mengandung (I1)

Wanita hamil tidak boleh makan makanan laut seperti sotong, ikan sardin dan ikan pari. Selain
itu, wanita hamil juga ditegah daripada memakan petai, jering dan juga buah nanas. Hal ini
demikian kerana, makanan-makanan ini boleh menyebabkan sakit perut dan seterusnya
keguguran. Pantang larang ini bukan sahaja dipegang oleh orang asal Jakun, malah masyarakat

Page 46 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Melayu turut mempercayai makanan-makanan tabu ni. Sebagai contoh, buah nanas yang
dipercayai makanan larangan dan perlu dielakkan oleh wanita hamil kerana nanas dianggap
sebagai makanan yang ‘panas’ dan berisiko menyebabkan keguguran, pendarahan yang banyak
ketika bersalin atau kecacatan ke atas bayi yang dilahirkan. Kenyataan ini telah dikemukakan oleh
Maznorila Mohamad dan Chong Yee Ling (2016) dalam kajian yang dijalankan ke atas wanita-
wanita Melayu yang hamil dan membuat pemeriksaan antenatal di klinik kesihatan di Kuala
Lumpur. Oleh itu, pengambilan makanan-makanan ini sangat dilarang sejak zaman nenek moyang
kerana orang asal percaya bahawa dikhuatiri berlakunya keguguran. Walau bagaimanapun,
makanan-makanan ini boleh dimakan oleh sesetengah wanita hamil yang dapat menahan bisa
dan mempunyai ketahanan badan yang tinggi. Menurut I1, wanita hamil yang tidak keguguran
selepas makan makanan-makanan tersebut adalah begitu bernasib baik. Malangnya, bagi
kebanyakan wanita hamil dalam kalangan masyarakat suku Jakun Lenga ini mengalami keguguran
disebabkan oleh makanan-makanan terlarang ini.

Melahirkan Anak (I1)

Bagi wanita yang baru melahirkan anak pula, orang asal Jakun juga mempunyai pantang larang
yang tidak jauh berbeza dengan pantang larang yang diamalkan oleh orang Melayu. Misalnya,
terdapat makanan yang dianggap berbisa dan tidak boleh makan seperti ikan kembung. Ibu yang
baru melahirkan anak tidak boleh makan ikan kembung kerana ikan kembung dipercayai boleh
menyebabkan bekas jahitan selepas bersalin akan menjadi gatal. Adilla Nur Binti Halim dan
Aidatul Azura Binti Abdul Rani (2017) dalam buku bertajuk “Amalan Perubatan Tradisional Melayu
bagi Penjagaan Ibu-Ibu Selepas Bersalin di Negeri Kelantan” turut menyenaraikan ikan kembung
sebagai salah satu makanan yang harus dielakkan kerana termasuk dalam golongan ikan yang
gatal. Oleh itu, ibu berpantang boleh mengambil makanan yang dipercayai dapat membantu
dalam proses merawat luka dan berkhasiat kepada tubuh badan si ibu dan memberi nutrisi yang
lengkap kepada anaknya. Contohnya, ikan haruan yang dipercayai boleh membantu
menyembuhkan luka jahitan selepas bersalin, sayur-sayuran dan makanan lain yang biasa
dimakan oleh ibu-ibu yang baru melahirkan anak.

Kebiasaannya, ibu yang sedang berpantang juga perlu mendapatkan rawatan urutan
daripada bidan ataupun mengurut sendiri untuk mengekalkan kesihatan mereka selepas bersalin.
Wanita dalam kalangan suku orang asli Jakun di Lenga juga mengamalkan kaedah urutan dan
bertungku di seluruh badan. Misalnya, bertungku di bahagian ari-ari supaya dapat melembutkan
dan mengecutkan rahim yang keras selepas bersalin. Daripada perspektif orang Melayu juga
memperlihatkan amalan tradisi ini turut diamalkan oleh ibu yang baru bersalin seperti bedian,
mandian teresak, berurut, bertungku, barut perut dan mengambil ubat-ubatan (Aishah@Eshah
Haji Mohamed dan Abd. Aziz Hj Bidin, 2012). Bukan itu sahaja, wanita yang baru bersalin perlu
banyak berjaga-jaga ketika hendak berjalan-jalan ke mana-mana bagi mengelakkan daripada
tersadung atau jatuh. Lebih menarik lagi, wanita baru bersalin juga tidak dibenarkan untuk keluar
dari rumah kerana bimbang badan mereka akan diserang penyakit masuk angin. Bagi
mengelakkan perkara itu terjadi, orang asal Jakun di Lenga percaya bahawa kepala perlu ditutup
dengan menggunakan kain atau memakai tudung bagi mengelakkan badan masuk angin, sakit

Page 47 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

kepala dan rambut keguguran.

Kematian (I1)

Hasil temu bual bersama informan, orang asli suku Jakun Lenga yang baru kehilangan ahli
keluarga dilarang untuk keluar dari rumah dan hanya perlu duduk di rumah selama seminggu.
Sementara itu, dapatan daripada temu bual dengan I1 berkaitan peristiwa kematian telah
mendedahkan bahawa masyarakat asli di Kampung Sentosa, Lenga khususnya dalam kalangan
wanita yang baru kematian suami pula dilarang daripada bersolek. Pantang larang orang asal
Jakun di Lenga ini juga menunjukkan persamaan dengan masyarakat Melayu Islam, iaitu isteri
yang baru kematian suaminya adalah dilarang untuk berhias-hias. Hal ini dapat diperkukuh
dengan kenyataan yang dikemukakan dalam Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah
Persekutuan (2018), iaitu larangan memakai atau melakukan perkara yang mempunyai unsur-
unsur berhias sama ada pada pakaian atau tubuh badan.

Bertunang (I1)

Terdapat pantang larang yang perlu diikuti oleh bakal pengantin. Hal ini demikian kerana, orang
yang baru bertunang sering dikatakan orang yang berdarah manis. Berdarah manis merujuk
kepada orang yang mudah mendapat bahaya atau kecederaan (Kamus Dewan Edisi Keempat,
2015). Mengikut pantang larang orang asli Jakun Lenga bagi orang bertunang, mereka tidak
dibenarkan untuk pergi ke tebing-tebing laut, sungai dan masuk ke hutan. Larangan ini
disebabkan oleh kawasan tebing laut dan sungai serta hutan adalah tempat yang berbahaya.
Selain itu, mereka juga tidak digalakkan untuk membawa motosikal kerana bimbang berlaku
kemalangan. Menurut informan, pantang larang yang ditetapkan sejak nenek moyang ini masih
dipegang sehingga ke hari ini dan perlu diikuti oleh pihak lelaki serta pihak perempuan.

Selepas bertunang, masyarakat Jakun di Lenga juga mempercayai bahawa bakal pengantin
tidak dibenarkan keluar dari rumah selama seminggu. I1 turut menyatakan bahawa tempoh
larangan keluar rumah selama seminggu ini sebenarnya telah dipendekkan daripada tempoh
sebulan. Daripada kisah orang-orang tua dahulu, banyak kemalangan yang pernah terjadi akibat
daripada melanggar pantang larang yang ditetapkan oleh nenek moyang. Antara insiden yang
dikongsi oleh informan ialah kejadian seorang anak perempuan yang baru bertunang telah
diterkam oleh seekor kucing. Insiden ini berlaku apabila perempuan tersebut hendak memotong
sirih di belakang rumah. Kemalangan tersebut telah menjadi bukti kepada sebab bakal mempelai
ini perlu mengikuti pantang larang turun temurun.

Perubatan Tradisional (I2)

Pantang larang ini menekankan bahawa pesakit atau orang yang diubati tidak boleh memakan cili
selepas diubati oleh tukang berubat atau bomoh. Pesakit tidak boleh memakan cili dalam tempoh
berubat tersebut hingga betul-betul sembuh dan disahkan oleh tukang berubat. Hal ini demikian
kerana, jika pesakit tersebut melanggar pantang larang tersebut dan memakan cili, maka sakitnya

Page 48 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

itu tidak dapat diubati semula. Masyarakat asal suku kaum Jakun Lenga mempercayai bahawa cili
mempunyai sifat panas menyebabkan berasa pedih di hati membolehkan perubatan tersebut
tidak berkesan. Informan berkongsi pengalaman abangnya sendiri yang melanggar pantang
larang tersebut kerana tidak percaya. Abang informan yang telah sihat setelah diubati memakan
cili dalam tempoh perubatan tersebut kembali sakit dan tidak dapat diubati semula.

Masyarakat suku kaum Jakun juga menjaga adat dalam perubatan apabila pesakit tersebut
merupakan perempuan. Jika pesakit tersebut merupakan perempuan, maka daun tepus
digunakan untuk menyentuh pesakit tersebut. Hal ini demikian kerana daun tepus tersebut
mempunyai keistimewaan yang dapat mengubati pesakit perempuan dan dalam masa yang sama
menjaga adat dan hukum berlainan jantina.

Memasuki Hutan (I2)

Masyarakat asal suku kaum Jakun di Kampung Sentosa juga mempunyai persamaan dengan orang
Melayu berkaitan dengan pantang larang apabila memasuki hutan. Pekerjaan utama orang asal
suku kaum Jakun ini adalah mencari hasil hutan dan masing-masing mempunyai kebun sendiri di
hutan. Justeru, pekerjaan harian yang dilakukan adalah berada di dalam hutan. Pantang larang
masyarakat suku kaum Jakun ini apabila berada di dalam hutan tidak boleh menyebut perkara-
perkara tidak elok yang boleh mendatangkan mudarat. Misalnya, menyebut nama haiwan ganas
seperti harimau dan ular. Menurut pantang larang nenek moyang orang asal suku kaum Jakun
Lenga, nama-nama tersebut tidak boleh disebut langsung kerana seperti memanggil haiwan-
haiwan tersebut. Jika ingin menyebut nama haiwan-haiwan tersebut atau perkara lain yang
merbahaya, selalunya akan diganti dengan panggilan ‘orang tu’ yang merujuk kepada haiwan atau
perkara tersebut.

Pantang larang menyebut nama-nama haiwan dan makhluk halus ini turut sinonim dengan
masyarakat lain selain orang asal suku kaum Jakun Lenga ini. Sebagai contoh, orang Iban turut
menggantikan panggilan nama haiwan dan makhluk halus kepada perkataan eufemisme ketika
berada di hutan. Hal ini demikian kerana, menyebut nama haiwan secara terus dibimbangi akan
mendatangkan kecelakaan sama ada kepada diri sendiri, mahupun orang sekeliling dan harta
benda (Muhammad Zaid Daud, Mohammad Shahrul Nizam Abd Wahid dan Remmy Gedat, 2017).
Oleh hal yang demikian, perkara ini telah menjadi satu pantang yang perlu diikut dan diamalkan
sehingga kini bagi mewujudkan rasa menghormati alam yang menjadi unsur terpenting dalam
kehidupan masyarakat asal Jakun Lenga. Bukan itu sahaja, kepercayaan animisme turut dipegang
ketika memasuki hutan, iaitu dengan meminta izin kepada nenek moyang dengan tujuan mencari
rezeki.

Perkahwinan (I2)

Masyarakat orang asal Jakun Kampung Sentosa turut mempunyai pantang larang dalam
perkahwinan. Menurut I2, masyarakat orang asal Jakun dahulunya mengambil ‘mak andam’ atau
tukang solek daripada orang suku kaum sendiri. Hal ini demikian kerana pakaian dan perhiasan
yang digunakan adalah berlainan daripada masyarakat Melayu. Zaman berganti zaman beralih

Page 49 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

generasi menyebabkan perkahwinan turut berasimilasi dengan masyarakat Melayu. Mak andam
atau tukang solek turut diambil daripada kalangan masyarakat Melayu bagi menata rias pengantin
perempuan. Seterusnya, urusan perkahwinan dijalankan oleh Tok Batin bagi urusan akad nikah.
Tok Batin akan bertanya kepada pihak pengantin akan persetujuan untuk berkahwin dan
seterusnya menjalankan adat nikah berdasarkan adat masyarakat orang asal suku kaum Jakun.
Perkahwinan masyarakat suku kaum Jakun turut mempunyai adat merisik, meminang dan
berkahwin. Adat meminang mempunyai persamaan dengan adat Melayu, iaitu membawa sirih
junjung dan emas sebagai tanda persetujuan. Adat tradisional Melayu menggunakan tepak sirih
sebagai membuka kata dalam upacara merisik, meminang dan bertunang, manakala sirih junjung
pula menjadi ‘kepala’ hantaran dan lambang kasih sayang bertingkat yang dibawa oleh
rombongan pengantin (Nursyamimi Saidi, 2015). Perkahwinan orang asal suku Jakun Lenga
mempunyai adat yang besar dan kuat pegangannya. Adat berkahwin pihak lelaki perlu
menyediakan lengkap sepersalin emas seperti cincin, gelang, rantai emas yang harganya perlu
mencecah puluhan ribu. Jika pihak lelaki tidak dapat menyediakan dengan lengkap hal tersebut,
maka perkahwinan tersebut tidak dapat dijalankan.

Masyarakat suku kaum Jakun juga mempunyai adat selepas berkahwin, iaitu ibu kepada
pengantin perempuan akan memberi pisau kepada pihak pengantin lelaki manakala pihak
pengantin lelaki akan memberi lembing kepada pihak pengantin perempuan. Pisau dan lembing
tersebut bukan diberikan kepada pengantin tetapi kepada ahli keluarga pengantin. Hal ini
menunjukkan simbolik kepada persetujuan kedua-dua keluarga tersebut. Pisau dan lembing
tersebut ditempa sendiri dan dibuat oleh anak muda suku kaum tersebut.

Kalau berlaku penceraian atau dalam bahasa suku kaum Jakun disebut sebagai ‘mati adat’,
pihak lelaki perlu membayar ganti rugi yang boleh mencecah RM30,000 hingga RM40,000. Pisau
dan lembing yang diberikan harus dipulangkan kembali. Pengantin perempuan boleh
menghukum pengantin lelaki dengan sejumlah bayaran dan dipersetujui oleh Tok batin. Misalnya,
pengantin perempuan menghukum pengantin lelaki sebanyak RM3,800 untuk adat hidup atau
dalam tempoh rujuk. Pihak lelaki perlu membayar RM3,800 kepada pengantin perempuan
sekiranya mati adat atau tempoh rujuk tamat. Pengantin lelaki hanya perlu membayar RM380
kepada pengantin perempuan. Bagi pasangan yang ditangkap basah, adat dalam perkahwinan
orang asal Jakun masih dijalankan tetapi tidak perlu mengikut adat perkahwinan berkaitan mas
kahwin. Jumlah perkahwinan adalah lebih sedikit kerana ingin menjaga maruah kedua belah
keluarga.

IMPLIKASI KAJIAN

Implikasi dapatan kajian didapati mampu memberikan sumbangan kepada penambahan sumber
rujukan bertulis melalui pendokumentasian ini. Kajian terhadap orang asal suku kaum Jakun yang
tinggal di Kampung Sentosa, Lenga, Johor dilihat masih kurang dijalankan sekali gus menyebabkan
bahan ilmiah untuk dirujuk adalah terhad. Oleh itu, kajian ini diharapkan dapat membekalkan
input mengenai orang asal Jakun Lenga untuk diselidik dengan lebih meluas dan mendalam. Selain
itu, kajian ini juga dapat membantu dalam usaha memelihara pantang larang orang asal
khususnya terhadap generasi terkini suku kaum Jakun Lenga yang menjadi warisan sejak dahulu.

Page 50 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Penerokaan mengenai adat, budaya, pantang larang, kepercayaan, bahasa dan ekonomi orang
asal akan menjadi satu inisiatif dalam memelihara, menjaga dan mengangkat warisan orang asal
di Malaysia. Hal ini sekali gus dapat menambah ilmu dalam bidang akademik berikutan
penghasilan bahan bertulis mengenai orang asal Jakun di Lenga ini.

5.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, pantang larang masyarakat orang asal Jakun merupakan cerminan
kehidupan, pandangan hidup serta lambang jati diri masyarakat tersebut. Pantang larang menjadi
sebab dan pengajaran nilai bagi pengekalan budaya yang unik. Namun begitu, pantang larang
masyarakat ini sedang mengalami kepupusan disebabkan oleh faktor sikap manusia dan
kemajuan teknologi. Bagi mengelakkan hal tersebut berlaku, pantang larang suku Jakun perlu
dikumpul dan direkodkan.

Tugas ini bukan sahaja terletak kepada pihak kerajaan melalui Jabatan Hal Ehwal Orang Asli
tetapi juga penyelidik yang prihatin. Pantang larang yang didokumentasikan tersebut dapat
menjadi sumber rujukan dalam bentuk cetakan mahupun elektronik untuk tatapan umum dan
generasi akan datang. Oleh hal yang demikian, beberapa cadangan kajian lanjutan dapat
dilakukan oleh pengkaji-pengkaji akan datang, iaitu kajian berkaitan mitos dan kepercayaan
masyarakat suku kaum Jakun yang bukan sahaja di Lenga malah di Kampung Peta, Mersing
misalnya. Penyelidikan mengenai mitos dan kepercayaan ini boleh ditumpukan kepada orang asal
Jakun yang tinggal di Kampung Sentosa, Lenga bagi memastikan adat dan budaya masyarakat ini
terus dipelihara daripada lenyap ditelan zaman.

Page 51 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

RUJUKAN

Abdul Ghani Abu et al. (2013). Laporan “Sen Oi Beq”. Dewan Budaya, Mei. 11-47.

Adilla Nur Binti Halim & Aidatul Azura Binti Abdul Rani. (2017). Amalan perubatan tradisional
Melayu bagi penjagaan ibu-ibu selepas bersalin di negeri Kelantan. Penerbitan Bahagian
Perubatan Tradisional dan Komplementari.
http://tcm.moh.gov.my/ms/upload/amalan/laporan_kajian/postnatal.pdf.

Aishah@Eshah Haji Mohamed & Abd. Aziz Hj. Bidin. (2012). Penjagaan kesihatan wanita semasa
dalam pantang: amalan dan kepercayaan. GEOGRAFIA Online Malaysia Journal of Society
and Space, 8(7), 20-31.

Jai Kemalok & Maryati Mohamed. (2018). Serangga dan mitos suku kaum Jakun, Kampung Peta,
Mersing Johor. Serangga, 23 (1), 1-11.

Kamus Dewan dan Pustaka. (2015). Kamus Dewan (Edisi keempat). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. (23 Disember 2018). Al-Kafi #977:
bolehkah wanita dalam ‘iddah iringi jenazah suami ke masjid.
https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2912-al-kafi-977-bolehkah-wanita-
dalam-iddah-iringi-jenazah-suami-ke-masjid.

Maznorila Mohamad & Chong Yee Ling. (2016). Food taboos of Malay pregnant women attending
antenatal check-up at the maternal health clinic in Kuala Lumpur. Integr Food Nutr Metab,
3(1), 262-267.

Muhammad Zaid Daud, Mohammad Shahrul Nizam Abd Wahid & Remmy Gedat. (2017).
Eufemisme dalam bahasa Iban: satu kajian kes di Kampung Lebor, Serian, Sarawak. Borneo
Research Journal, 11(1), 87-105.

Nursyamimi Saidi. (24 Mac 2015). Perlambangan yang kian dilupakan. Utusan Malaysia.
https://myrepositori.pnm.gov.my/xmlui/bitstream/handle/123456789/3828/Perlambang
anYangKianDilupakan.pdf?sequence=1

Shahidi et al. (2018). Fenomena sosiobudaya orang asli Kanaq dalam penguasaan bahasa Melayu:
Satu tunjauan awal. E- Bangi: Journal of Sosial Sciences and Humanities, 15(5), 146-156.

Siti Fatiemah Sa’at & Jama’yah Zakaria. (2013). Masa depan cerita rakyat masyarakat orang asli
Jakun. International Journal of the Malay World and Civilisation, 1(1), 83-88.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2008). Bahasa Melayu 1. Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Page 52 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Taylor, S.J, Bogdan, R. & DeVault, M.L. (2016). Introduction to Qualitative Research Methods: A
Guidebook and Resource. John Wiley and Sons Inc.

Lg/Malay/Id: 52

KESALAHAN SINTAKSIS DALAM PENULISAN ESEI BAHASA MELAYU PELAJAR
ASING

Nurul Ain Alizuddin
Pusat Bahasa dan Pengajian Umum, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

E-mail: [email protected]

ABSTRAK
Pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua amat penting dalam kalangan pelajar asing
di Malaysia. Penguasaan bahasa kedua yang terhad dalam kalangan pelajar asing menyebabkan
pelajar kerap melakukan kesalahan dalam penggunaan bahasa Melayu. Objektif kertas kerja ini
adalah bagi membincangkan dan menganalisis kesalahan sintaksis yang dilakukan oleh pelajar
asing semasa mempelajari kursus Bahasa Melayu Pertengahan yang ditawarkan oleh Pusat
Bahasa dan Pengajian Umum. Kajian ini dilakukan terhadap 14 orang pelajar asing dari negara
China. Pemilihan sampel dalam kajian ini dilakukan menggunakan teknik persampelan bertujuan.
Data kajian diambil berdasarkan tugasan penulisan esei dan dianalisis menggunakan Teori Analisis
Kesalahan oleh Corder (1981). Selain itu, buku Tatabahasa Dewan (2015) terbitan Dewan Bahasa
dan Pustaka juga digunakan sebagai panduan untuk mengenal pasti kesalahan sintaksis pelajar.
Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kualitatif, iaitu analisis teks. Dapatan kajian
menunjukkan terdapat banyak kesalahan sintaksis yang dilakukan pelajar asing dalam penulisan
esei. Antara kesalahan sintaksis yang dilakukan ialah kesalahan ayat majmuk gabungan, ayat
majmuk pancangan, ayat majmuk campuran, ayat aktif, ayat pasif dan ayat tidak gramatis.
Kesalahan ini berlaku disebabkan oleh faktor bahasa ibunda dan bahasa kolokial yang
mempengaruhi para pelajar. Dapatan kajian diharapkan dapat dijadikan panduan kepada pelajar
asing dalam mempelajari bahasa kedua. Implikasi kajian ini ialah para pengajar perlu merancang
strategi agar dapat membantu para pelajar mengatasi masalah yang mereka hadapi.

Kata kunci: Analisis Kesalahan; Bahasa Kedua; Penulisan Esei; Bahasa Melayu; Kesalahan
Sintaksis; Pelajar Asing

Page 53 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

1. PENGENALAN

Kemasukan pelajar asing ke Malaysia untuk melanjutkan pelajaran semakin meningkat saban
tahun. Lantaran itu, Akta Pendidikan Malaysia Pindaan 1995 mewajibkan semua pelajar asing
yang mengikuti pengajian di universiti awam atau mempelajari bahasa Melayu. Saranan kerajaan
ini bukanlah bertujuan agar pelajar sekadar lulus dalam peperiksaan tetapi membolehkan pelajar
berkomunikasi dan bergaul dengan masyarakat tempatan. Walau bagaimanapun, terdapat
pelbagai bentuk gangguan yang memberikan kesan terhadap penggunaan bahasa yang salah
semasa proses pembelajaran bahasa kedua dijalankan.

Bahasa kedua ialah bahasa yang dipelajari selepas memperoleh bahasa pertama, iaitu
bahasa ibunda atau natif. Proses pemerolehan bahasa kedua berlaku melalui pembelajaran
secara formal di institusi pendidikan seperti sekolah atau universiti. Menurut Zamri (2007)
“Proses pemerolehan bahasa kedua tidak berlaku secara semula jadi tetapi melalui pembelajaran
secara formal di institusi pendidikan seperti sekolah.” Lantaran itu, penguasaan bahasa kedua
berlaku secara formal, disedari, disengajakan dan dirancang.

Corder (1981) menjelaskan bahawa kesalahan bahasa berpunca daripada kehilangan
sesuatu bahagian ujaran yang disebabkan oleh pengaruh bahasa kedua. Hal ini demikian kerana
pelajar yang mahu mempelajari belum mampu untuk menguasai seluruh sistem bahasa kedua
yang dipelajarinya. Selain itu, menurut Nik Safiah Karim (1980) kesalahan bahasa sebagai
pelanggaran peraturan bahasa yang telah ditetapkan dari aspek morfolgi dan sintaksis.

2. SOROTAN LITERATUR

Dalam pembelajaran bahasa kedua, pengetahuan kosa kata amat penting bagi membolehkan
seseorang itu menguasai bekomunikasi dengan baik. Namun, perbezaan lingusitik antara dua
bahasa menimbulkan kesukaran kepada pelajar untuk mempelajari bahasa asing. Hal ini
dibuktikan oleh Norizan Che Su dan Zaitul Azma Zainon Hamzah (2011), yang mendapati
perbezaan linguistik antara bahasa Thai dengan bahasa Melayu memberikan kesan kepada
pembelajaran bahasa Thai sebagai bahasa asing kepada pelajar di Malaysia. Maka, pelajar sering
kali melakukan kesalahan dalam aktiviti lisan dan tulisan. Kajian ini menggunakan teori analisis
bezaan dan kesalahan yang melibatkan 80 orang pelajar yang mempelajari bahasa Thai pada
tahap satu dan tahap tiga. Daripada kajian ini mendapati bahawa perbezaan linguistik antara
kedua-dua bahasa ini dan gangguan bahasa ibunda menjadi faktor utama permasalahan ini.

Dalam pembelajaran bahasa kedua, pengetahuan kosa kata amat penting bagi
membolehkan seseorang itu menguasai bahasa dan dapat berkomunikasi dengan baik. Zaitul
Azma Zainon Hamzah, Normahdiah Sheikh Said dan Norizan Che Su (2013) membincangkan
penguasaan tatabahasa Melayu dalam kalangan pelajar asing di Universiti Teknologi Mara (UTM).
Ooi dan Subramaniam (2017) dalam kajiannya terhadap murid Cina di sekolah menunjukkan
bahawa murid Cina menghadapi masalah dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa
kedua. Data-data yang telah dikumpul dianalisi menggunakan Teori Interaksi oleh Halliday.

Page 54 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Dapatan kajian diperoleh melalui analisis penulisan 77 orang murid tahun Cina yang gagal dalam
kertas ujian bahasa Melayu. Hasil penelitian menunjukkan timbulnya pengaruh bahasa Cina
dalam mempelajari bahasa Melayu. Menurut beliau kekurangan minat dan persekitaran yang
mengalang mereka untuk bertutur dalam bahasa Melayu menjadi kekangan murid untuk
menguasai bahasa Melayu.

Seterusnya, Alhaadi Ismail dan Zaitul Azma (2018) menyatakan bahawa murid-murid Cina
seringkali melakukan kesalahan semasa proses mempelajari bahasa kedua. Kajian yang dijalankan
terhadap murid tahun 5 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa Teluk Kemang bertujuan
untuk untuk menganalisis kesalahan aspek morfologi dalam penulisan. Beberapa skrip jawapan
bahagian C kertas penulisan telah di dipilih secara rawak dan bahan kajian dianalisis
menggunakan Teori Analisis Kesalahan oleh Corder (1981). Dapatan kajian menunjukkan
kesalahan morfologi yang sering kali dilakukan oleh murid Cina ialah kesalahan imbuhan awalan
‘di-’, imbuhan awalan ‘meN-’ dan kesalahan pemilihan istilah.

Kajian seterusnya telah dijalankan oleh Abdul Hamid Moiden, Ong Hai Liaw dan Norlaila
Mazura Mohaiyadin (2019). Kajian ini telah dijalankan secara analisis kandungan dengan
melibatkan sebanyak 10 teks khutbah Jumaat. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti
kesalahan bahasa dari segi morfologi, frasa, ortografi dan faktor-faktor kesalahan bahasa.
Dapatan kajian menunjukkan kesalahan yang paling kerap dilakukan ialah kesalahan morfologi
manakala yang kurang dilakukan ialah kesalahan ejaan. Selain itu, kajian ini juga membincangkan
faktor kesalahan bahasa, iaitu pengetahuan dan penguasaan bahasa pihak yang terlibat dalam
penyediaan teks khutbah. Sehubungan dengan itu, pihak yang terlibat dalam penyediaan teks
perlu mempunyai kesedaran dalam memperbaik penguasaan bahasa dengan menyertai kursus
jangka pendek, bengkel penulisan dan menghadiri seminar sebagai langkah meningkatkan
penguasaan bahasa. Selain itu, kajian ini juga mencadangkan agar pihak Jabatan Agama Islam
(JAIS) menubuhkan unit bahasa untuk mengekang masalah ini.

Zeckqualine dan Dayang Nurlisa (2020) menjalankan penyelidikan untuk menganalisis
kesalahan tatabahasa dalam subjek Bahasa Melayu. Kajian ini telah dijalankan secara analisis data
dengan melibatkan 38 orang pelajar dari pelbagai negara. Melalui kajian yang dijalankan, didapati
terdapat 215 kesalahan aspek morfologi dan ortografi yang telah dikenal pasti. Berdasarkan kajian
yang telah dijalankan, menunjukkan kesalahan ortografi mencatatkan kekerapan yang paling
tinggi, iaitu 76%. Sehubungan dengan itu, pengkaji telah menyarankan para pengajar untuk
mengatasi masalah kelemahan pelajar dengan merancang aktiviti pengajaran yang sesuai seperti
audio, video, kuiz dan permainan dalam talian agar dapat meningkatkan penggunaan bahasa
Melayu pelajar.

3. OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ialah mengenal pasti aspek kesalahan sintaksis yang dilakukan oleh pelajar asing
dalam menguasai bahasa kedua, iaitu bahasa Melayu. Objektif khusus kajian ini adalah untuk:

Page 55 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

i. Mengenal pasti kesalahan sintaksis yang dilakukan oleh pelajar dalam penulisan esei.
ii. Mengklasifikasikan jenis kesalahan sintaksis yang dilakukan oleh pelajar dalam penulisan

esei.

4. METODOLOGI

Dalam menganalisis kesalahan pelajar, kajian ini hanya memberi tumpuan kepada aspek Reka
bentuk kajian ini berbentuk kaedah kualitatif dengan teknik kajian analisis kesalahan sintaksis
dalam penulisan esei pelajar. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan teknik analisis teks dalam
menganalisi data. Kajian ini dijalankan dalam bentuk analisis deskriptif yang hanya membuat
perbandingan berdasarkan kekerapan dan peratusan.

Kajian ini berdasarkan teori yang dipelopori oleh Corder (1981) yang melihat hubungan
antara penutur dengan kesalahan bahasa. Seseorang penutur atau pengguna bahasa yang
menghadapi masalah (kekeliruan) sama ada daripada aspek morfologi atau sintaksis akan
melakukan kesalahan-kesalahan bahasa.

Selain itu, para pelajar diberikan dua tugasan penulisan esei pendek yang perlu diselesaikan
dalam tempoh masa yang ditetapkankesalahan sintaksis sahaja. Data dianalisis untuk mengenal
pasti dan menganalisis jenis-jenis kesalahan sintaksis yang dilakukan oleh pelajar dalam
meningkatkan penguasaan bahasa Melayu mereka.

Sample Kajian

Kajian ini melibatkan 14 orang pelajar dari China yang mengambil kursus Bahasa Melayu
Pertengahan di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Responden terdiri daripada 6 orang pelajar
lelaki dan 8 orang pelajar perempuan.

5. DAPATAN DATA DAN PERBINCANGAN

Analisis Kesalahan Sintaksis

Menurut Nik Safiah Karim et al. (2015:), “Kesalahan ayat merujuk kepada penggunaan ayat yang
tidak gramatis, mengandungi banyak kesalahan bahasa sehingga penggunaan ayat itu melanggar
peraturan-peraturan bahasa dari segi sebutan, pemilihan kata, atau susunan frasa dan ayat”.
Berikut merupakan jenis kesalahan sintaksis pelajar:

Page 56 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Bil Kesalahan Kekerapan Peratusan (%)

1. Ayat aktif 35 31

2. Ayat pasif 98

3. Ayat majmuk gabungan 12 11

4. Ayat majmuk pancangan 10 9

5. Ayat saduran 87

6. Ayat tergantung 22 19

7. Ayat tidak gramatis 18 16

Jumlah 114 100

Jadual 1: Kesalahan sintaksis dalam penulisan pelajar China

Berdasarkan Jadual 1, jumlah keseluruhan kesalahan sintaksis yang dilakukan oleh 16 orang
pelajar China ialah sebanyak 114 kesalahan sintaksis. Terdapat tujuh jenis kesalahan sintaksis,
iaitu kesalahan ayat aktif, ayat pasif, ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan, ayat
saduran bahasa Inggeris, ayat tergantung dan ayat tidak gramatis. Hasil daripada analisis yang
telah dilakukan, kesalahan yang paling kerap dilakukan oleh pelajar ialah kesalahan ayat aktif iaitu
35 kesalahan (31%) manakala kesalahan yang paling kurang dilakukan oleh pelajar ialah kesalahan
struktur ayat saduran, iaitu 8 kesalahan (7%). Kesalahan sintaksis ini berlaku kerana tidak dapat
menguasai pola ayat Bahasa Melayu dengan baik.

Kesalahan Ayat Aktif

Ayat aktif terdiri daripada ayat transitif dan ayat tak transitif.

Kesalahan Pembetulan
a) Saya meninggal di hotel berdekatan Saya menginap di hotel berdekatan pantai.

pantai. Saya dan keluarga mengambil gambar untuk
b) Saya dan ibu bapa mengambil gambar kenangan.

untuk kenangan. Saya akan membeli sehelai baju untuk kawan
saya.
c) Saya akan membeli untuk kawan saya
baju.

Kesalahan Penggunaan Pasif
Antara kesalahan ayat pasif adalah seperti berikut:

Page 57 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Kesalahan Pembetulan

a) Rumah itu mereka bersihkan bersama- Rumah itu dibersihkan oleh mereka

sama sebelum menyambut Tahun Baru bersama-sama sebelum menyambut Tahun

Cina. Baru Cina.

b) Terdapat tempat menarik yang dapat Terdapat tempat menarik yang dapat
dilawati seperti Taman Botani Pulau dilawati seperti Taman Botani Pulau Pinang,
Pinang, Street Art Penang dan macam- Street Art Penang dan pelbagai lagi.
macam lagi.
Pulau Langkawi ialah tempat yang patut saya
c) Pulau Langkawi adalah tempat yang kunjungi.
patut dikunjungi oleh saya,

Kesalahan Ayat Majmuk Gabungan

Berikut merupakan kesalahan ayat majmuk gabungan yang dibuat oleh pelajar:

Kesalahan Pembetulan

a) Kami menanggalkan kasut dan pergi ke Kami menanggalkan kasut lalu pergi ke

pantai. pantai.

b) Kami melihat beruang ikan jerung dan Kami melihat ikan jerung dan ikan paus dari

ikan paus daripada dekat. dekat.

c) Saya meninggal di kawasan bandar. Saya tinggal di kawasan bandar.

Kesalahan Ayat Majmuk Pancangan

Contoh kesalahan penggunaan ayat majmuk pancangan adalah seperti berikut:

Kesalahan Pembetulan

a) Terdapat ramai pelancong yang datang Terdapat ramai pelancong datang ke

ke Pulau Pinang setiap tahun untuk PulauPinang setiap tahun untu bercuti.

bercuti.

b) Oleh kerana kami jarang ke tepi pantai, Oleh sebab kami jarang ke tepi pantai, kami
namun kami mempesan banyak memesan banyak makanan laut.
makanan laut.

c) Kami mahu pergi ke Melaka kerana Kami mahu pergi ke Melaka kerana Melaka
Melaka terkenal dengan keindahan dan terkenal dengan keindahan dan banyak
Melaka banyak bangunan historical bangunan bersejarah di sana.
yang ada di sana.

Page 58 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Kesalahan Struktur Ayat Saduran

Ayat saduran bermaksud pengaruh bahasa lain yang diaplikasikan dalam penggunaan bahasa
Melayu. Berdasarkan analisis yang dilakukan, berikut merupakan kesalahan ayat saduran
daripada bahasa lain.

Kesalahan Pembetulan

a) Kedai di sana menjual chocolate, Kedai di sana menjual coklat, pakaian,

pakaian, cosmetic dan perfume. kosmetik dan minyak wangi.

b) Perayaan ini penting bagi orang muslim Perayaan ini penting bagi orang Islam di

di China. China.

c) Saya membersihkan rumah saya kakek Saya membersihkan rumah datuk dan

dan nenek, paman dan ibu saudara saya nenek manakala bapa saudara dan ibu

membantu ibu memasak. saudara saya membantu ibu memasak.

Kesalahan Ayat Tergantung

Kesalahan ayat tergantung seperti contoh di bawah:

Kesalahan Pembetulan

a) Islam akan pergi membersihkan kubur Umat Islam akan pergi membersihkan

dan solat di masjid kubur dan solat di masjid.

b) Perbelanjaan Menara Berkembar Perbelanjaan membina Menara Berkembar
Petronas ini sebanyak RM 1.6 bilion. Petronas ini sebanyak RM 1.6 bilion.

c) Pulau ini merupakan tempat bebas Pulau ini merupakan tempat bebas cukai
terkenal di Malaysia. terkenal di Malaysia.

Ayat tidak gramatis

Dari segi struktur ayat, pelajar China didapati gagal membina ayat yang betul dan gramatis.
Kesilapan yang berlaku dalam proses pembinaan ayat dipengaruhi oleh pola bahasa ibunda
(bahasa Mandarin) dan pola bahasa Melayu kolokial yang dituturkan oleh pelajar China di
Malaysia. Antara kesalahan ayat tidak gramatis yang dilakukan oleh pelajar ialah;

Page 59 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Kesalahan Pembetulan

a) Tempat-tempat yang paling menarik di Tempat-tempat yang paling menarik hati

hati saya adalah Melaka Reptil dan saya ialah Taman Buaya, Taman Rama-

Taman Rama-rama dan Malaysia Mini. Rama dan Taman Mini Malaysia.

b) Pulau Pinang, juga dikenali sebagai Pulau Pinang merupakan salah sebuah
Pulau Pinang, Pulau Pinang, salah satu daripada 13 buah negeri di Malaysia yang
daripada 13 negeri persekutuan di terletak di barat laut Malaysia.
Malaysia, terletak di laut barat
Malaysia. Kami memesan banyak makanan laut
seperti udang mentega, ketam masak telur
c) Kami memesan banyak makanan laut kuning dan kari ikan.
seperti udang mentaga, ketam masak
telur kuning dan ikan kari.

6. KESIMPULAN

Berdasarkan analisis yang dilakukan, didapati antara faktor yang menyumbang kepada
berlakunya kesalahan bahasa ini ialah faktor gangguan bahasa ibunda. Walaupun pelajar telah
mempelajari bahasa Melayu selama dua semester, namun didapati kemahiran asas bahasa
Melayu tidak mencukupi. Pelajar tidak menguasai dengan baik bidang morfologi semasa
mengikuti kursus Asas Komunikasi Bahasa. Jadi, dalam tempoh masa 10 bulan sahaja agak sukar
bagi mereka menguasai sepenuhnya aspek tatabahasa khususnya bidang sintaksis. Tambahan
pula, sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam dwibahasa. Perkara ini menyebabkan
pelajar tidak dapat menguasai kemahiran menulis dengan baik.

Lantaran itu, dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa kedua, pensyarah berperanan
memastikan kaedah pengajaran dapat menarik minat pelajar. Pensyarah perlu mempelbagaikan
bahan pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahan yang bersesuaian supaya dapat
menarik minat pelajar seperti menggunakan alat-alat audio seperti video, radio, kaset dan
sebagainya. Dengan adanya pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, penguasaan bahasa
Melayu pelajarasing dapat ditingkatkan. Sementara itu, para pelajar perlu merujuk kepada
pensyarah sekiranya mereka memerlukan bantuan atau tidak memahami maksud perkataan atau
ayat dalam bahasa Melayu. Pelajar juga perlu membeli kamus sebagai bahan rujukan untuk
mendapatkan maklumat dan makna perkataan dengan tepat di samping dapat meningkatkan
kosa kata mereka.

Page 60 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

RUJUKAN

Alhaadi Ismail & Zatul Azma Zainon Hamzah. (2018). Analisis kesalahan dalam penulisan pelajar
bahasa kedua dari aspek morfologi. Jurnal Linguistik, 22(1), 24-31.

Abdul Hamid Moiden, Ong Hai Liaw & Norlaila Mazura Mohaiyadin. (2019). Kesalahan bahasa
dalam teks khutbah Jumaat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Persidangan
Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan 2019, 117-126.

Corder, S.P. (1981). Error analysis and interlanguage. Oxford: Oxford University Press.

Nik Safiah Karim. (1980). Pencemaran bahasa Malaysia dan kesannya terhadap pembelajaran
bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2015).Tatabahasa
Dewan edisi ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Norizan Che Su & Zaitul Azma Zainon Hamzah (2011). Ayat Tanya dalam Bahasa Thai dan Bahasa
Melayu: Satu Perbandingan. Jurnal Linguistik, 13 (6): 62-82.

Norizan Che Su & Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2013). Penguasaan kosa kata dan kemampuan
membina ayat bahasa. Jurnal Linguistik, 17(1). 29-38.

Ooi. C.C. & Vijayaletchumi Subramaniam. (2017). Faktor timbulnya pengaruh bahasa pertama
dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Ulum Islamiyyah. Vol 20. 35-45

Zackqualine Melai & Dayang Nurlisa Abang Zainal Abidin. (2020). Pengajaran Bahasa Melayu
dalam kalangan pelajar asing: Analisis pola kesalahan tatabahasa dalam penulisan. Issues in
Language Studies, 9(1), 86-106.

Zaitul Azma Zainon Hamzah, Normahdiah Sheikh Said & Norizan Che Su. (2013). Penguasaan
Tatabahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar di Universiti Teknologi Malaysia. Jurnal
Linguistik, 17(2). 84-90.

Zamri Mahamod. (2007). Psikolinguistik dalam pengajaran dan pemerolehan bahasa pertama
dan kedua. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Page 61 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Lg/Malay/Id: 64

REPRESENTASI ARGUMEN KATA KERJA GERAK RUANG BERSIFAT ARAH DALAM
DIALEK PERAK UTARA ‘PI’ BERDASARKAN TEORI STRUKTUR KONSEPTUAL

Nurul Jamilah Rosly*1, Nora Azian Haji Nahar2 , Arina Johari3 & Mohamad Zuber Ismail4

(E-mail:[email protected], [email protected],
[email protected], [email protected])

3 Jabatan Bahasa Melayu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Kampus Pagoh, Johor Darul Takzim

ABSTRAK
Gerak difahami sebagai perubahan dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain. Kajian ini tertumpu
pada penggunaan leksikal gerak ruang bersifat arah dalam dialek Perak Utara. Pengumpulan data
dibuat menerusi kajian lapangan di 2 buah kawasan daerah Kerian. Penganalisisan data
menggunakan teori Struktur Konseptual oleh Jackendoff (1997 & 2011). Pemetaan argumen ini
merangkumi empat tatatingkat utama, iaitu pemetaan kepada representasi struktur fonologi,
representasi struktur konseptual, pemetaan kepada rajah pohon struktur konseptual dan
pemetaan kepada peranan tematik serta perkaitannya dengan struktur sintaksis. Hasil dapatan
menunjukkan, kehadiran gerak bersifat arah ini hadir dalam fungsi [Peristiwa] yang membawa
rumus asas [[[Gerak [x [Peristiwa] [benda] [Tempat] [Masa] ]]]. Hasil dapatan menunjukkan
leksikal [pi], mempunyai pemetaan representasi argumen yang tersendiri yang melibatkan
konstituen seperti [Peristiwa] [benda] [Lokasi] [Masa]. Bagi peringkat pemetaan dalam peranan
tematik, item yang terlibat ialah peranan kepada Aktor, Matlamat, dan objek rujukan.
Sehubungan dengan itu, kajian ini menunjukkan reprerentasi argumen struktur konseptual dapat
dipetakan secara sistematik dan berpada khususnya dalam gerak bersifat arah dialek Perak Utara.

Kata kunci:dielak Perak Utara, gerak ruang, konstituen, argumen, struktur konseptual dan
tematik.

Page 62 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

1. PENDAHULUAN

Kamus Dewan Edisi Keempat (2010) mendefinisikan dialek merupakan satu bentuk bahasa yang
digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza daripada bahasa
standard. Mario Pei dan Frank Gaynor (1954) mentakrifkan dialek sebagai suatu bentuk bahasa,
dituturkan di kawasan atau daerah tertentu serta memperlihatkan perbezaan yang memadai
dengan bentuk baku atau bentuk persuratan bahasa tersebut dari segi sebutan, binaan
tatabahasa dan penggunaan perkataan secara idiomatik untuk dianggap ketara berbeza, namun
perbezaan tersebut belum begitu banyak atau meluas daripada dialek-dialek lain dalam bahasa
tersebut untuk dianggap sebagai bahasa yang berbeza. Di Malaysia, Asmah Haji Omar (1991)
telah mengelompokkan pelbagai dialek yang ada di Semenanjung Malaysia yang dikelompokkan
kepada lima kawasan utama iaitu kelompok barat daya yang terdiri daripada kelompok Kedah,
Perlis, Pulau Pinang dan yang meliputi Perak Utara. Sementara itu bagi kelompok Timur Laut pula
diwakili oleh dialek negeri Kelantan, dan seterusnya kelompok Timur pula yang meliputi
Terengganu. Selain itu, bagi kelompok Selatan pula yang meliputi dialek yang dituturkan di negeri
Johor, Melaka, Pahang, Selangor, dan juga Perak Selatan. Bagi kelompok yang terakhir sekali ialah
dialek Negeri Sembilan.

Bagi dialek Perak, Asmah Haji Omar (1991), pernah membahagikan dialek negeri Perak
kepada 2 kawasan iaitu Parit dan Kuala Kangsar. Namun, perkembangan teknologi berdasarkan
aplikasi Geographical Information System (GIS), telah membuktikan pemetaan dialek Perak ini
sebenarnya lebih meluas. Ini adalah berdasarkan kajian oleh Siti Noraini Hamzad dan Nor
Hashimah (2018), menyatakan perluasan dialek Perak ini berdasarkan pengaruh migrasi dan
persempadanan kawasan yang menjadi dialek Perak bukan sahaja dalam kawasan Parit dan Kuala
Kangsar malah meliputi 11 daerah utama iaitu merangkumi daerah baru iaitu daerah Mualim
seperti Hulu Perak, Larut Matang dan Selama, Kerian, Kuala Kangsar, Perak Tengah, Manjung,
Kinta, Kampar, Hilir Perak dan Batang Padang. Setiap daerah ini mempunyai varian representasi
bunyi yang berbeza khususnya dalam daerah Kerian. Persempadanan daerah Kerian ini yang
meliputi sempadan negeri Pulau Pinang dan Kedah pasti membentuk variasi yang berbeza
berbanding dengan dialek-dialek Perak yang lain. Bagi mengkaji devirasi leksikal ini, Jackendoff
(2007) di dalam organisasi struktur konseptual mendapati variasi pada bunyi-bunyi yang
dilafazkan boleh dikategorikan sebagai frasa intonasi yang hubungan autonomi sepenuhnya
dengan konstiuens semantik dan konstituens sintaksis. Hal ini kerana kedua-duanya mempunyai
hubungan seperti kesejajaran dan iramanya khususnya dalam struktur fonologi. Pemetaan ini
dapat dilihat dalam representasi setiap leksikal dalam representasi seperti:

a. Struktur fonologi: [masuɁ1]
b. Struktur semantik: [Peristiwa GERAK1 ( [Benda x], [Hala y]2)
c. Struktur sintaksis: [KK1 FPre2]

Secara keseluruhan, kajian ini hanya memfokuskan kepada penelitian dialek Perak Utara
iaitu kawasan Parit Buntar dalam daerah Kerian dengan memfokuskan kepada analisis
representasi leksikal bagi kata kerja gerak berdasarkan struktur konseptual. Menurut Ray

Page 63 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Jackendoff (2002), pemahaman kepada leksikal gerak ini.Walau pun banyak perbincangan dalam
kata kerja gerak ruang seperti berjalan, berlari, masuk, datang seperti hubungannya antara
semantik dan sintaksis. Namun begitu, kajian ini akan memfokuskan pemetaan leksikal kata kerja
gerak dalam dialek Perak Utara berdasarkan organisasi struktur konseptual iaitu merujuk kepada
kepada struktur fonologi, struktur semantik dan struktur sintaksis. Representasi dalam:

DIALEK PERAK UTARA

Menurut Hashimah Jalaludin (2020), telah membahagikan dialek Perak ini kepada 4 zon utama
iaitu Zon Utara, Zon Timur, Zon Barat dan Zon Selatan. Bagi Zon Utara belah utara negeri ini
bersempadan dengan dua buah iaitu Kedah dan Seberang Perai, Pulau Pinang. Selain itu juga,
negeri ini juga bersempadan dengan selatan negara Thai. Terdapat sebuah sungai yang bernama
sungai Kerian yang menjadi sempadan di antara negeri Perak dengan negeri Kedah.. Di sebelah
timur negeri Perak ini bersempadan dengan negeri Kelantan yang mana kawasan ini
disempadankan dengan Banjaran Gunung Titiwangsa. Muka bumi negeri di sebelah timur ini
bergunung-ganang dan tanah tinggi yang semakin beransur rendah dan mendatar ke barat. Di
sebelah selatan pula, negeri ini bersempadan dengan negeri Selangor. Di sebelah barat pula,
negeri Perak bersempadankan dengan laut Selat Melaka. Di bahagian ini terdapat beberapa buah
sungai yang mengalir dan berkuala di laut Selat Melaka. Kedudukan geografi dan sejarah yang
berbeza menyebabkan varian leksikal bagi dialek Perak ini berbeza dari setiap zon ini. Oleh itu,
kajian ini memfokuskan pengkajian ini dalam dialek di Zon Utara iaitu dialek Perak Utara dalam
daerah Kerian iaitu dalam Mukim Parit Buntar.

X= Kawasan
kajian

Daerah Kerian terbahagi lapan buah mukim iaitu mukim Parit Buntar, Bagan Tiang, Tanjung
Piandang, Kuala Kurau, Bagan Serai, Beriah, Gunong Semanggol dan Selinsing. Kesemua mukim
ini terletak di bawah 7 pentadbiran Penghulu Mukim dan 90 Jawatankuasa Kemajuan dan
Keselamatan Kampung (JKKK) yang diamanah dan bertanggungjawab untuk mentadbir 246 unit
kampung. Selain itu bandar-bandar utama lain ialah Bandar Bagan Serai, Pekan Gunung
Semanggol dan Pekan Kuala Kurau. Dalam kajian ini pengkaji hanya memfokuskan kajian dengan

Page 64 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

meneramah responden dalam mukim Parit Buntar.

2. KAJIAN LEPAS

Pelbagai kajian dalam negara dan luar negara dalam mengkaji pengunaan dialek. Kajian oleh
Maulana Al-Fin dan Fazal Mohammed (2020), bertujuan untuk bagi mengenal pasti pola yang
wujud dalam dialek negeri Perlis, membezakan ayat selapis dialek negeri Perlis dengan bahasa
Melayu Baku dan menganalisis konstituen subjek dan predikat menggunakan kerangka Minimalis.
Pengkaji menggunakan kaedah kualitatif dalam kajian ini. Pengkaji telah memilih kajian lapangan
dengan menemu bual sepuluh orang responden bagi memperolehi data dan menggunakan
kaedah perpustakaan bagi mendapatkan gambaran awal mengenai kajian serta menjelaskan
konsep. Selain itu kajian oleh Rohani Mohd. Yusof (2020), bertujuan untuk meninjau dan meneliti
variasi dari dialek Perak, iaitu subdialek Kuala Kangsar. Metodologi kajian ini dibahagikan kepada
tiga bahagian, iaitu sumber, pemilihan informan dan analisis data. Pengkaji menggunakan kaedah
kualitatif di dalam kajian ini. Teknik produksi pertuturan seperti cara rakaman temu bual
berdasarkan judul-judul tertentu melalui kaedah temu duga dan pertanyaan. Hasil dapatan
mendapati bahawa langkah-langkah persiapan subdialek ini memperlihatkan ciri-ciri dialek Perak
yang bercampur aduk dengan dialek luar dan dialek pendatang di zon Kuala Kangsar. Pengkaji
merumuskan Kuala Kangsar sebagai kawasan peralihan dialek dan masih dapat mempertahankan
ciri-ciri sejati dialek Perak.

Kajian oleh Nur Habibah, Rahim Aman dan Shahidi (2019), memfokuskan varian Hulu Perak
Utara (HPU) yang ditinjau dengan menggunakan kaedah geografi dialek. Pengkaji menggunakan
kaedah kualitatif dalam kajian ini. Aspek yang dikaji untuk penyelidikan ini adalah sistem fonologi
dan leksikal varian HPU untuk melihat ciri linguistik bagi setiap varian yang wujud di HPU. Hasil
analisis kajian yang pertama ialah wujud kesejajaran fonologi bagi vokal dan konsonan dalam
varian HPU. Hasil kajian yang kedua ialah data leksikal memperlihatkan yang sangat berlainan
antara satu kawasan dengan kawasan yang lain, bahkan sering berlaku tumpang tindih antara
kawasan. Hasil ketiga ialah varian di HPU dibahagikan kepada tiga kelompok kawasan yang
masing-masingnya mempunyai ciri linguistik yang berbeza antara satu sama lain. Varian HPU
mempunyai keunikan yang tersendiri berdasarkan penyesuaian daripada penutur tempatan
terhadap dialek yang diterima dan jelas berlakunya pergerakan dalaman di dalam kawasan HPU.
Nor Hashimah Jalaluddin (2018), menghuraikan tiga aspek, iaitu penyebaran, kesan migrasi,
isoglos baharu dan masa yang bersangkutan kajian dialek Melayu di Perak. Kajian ini telah
mengaplikasikan perisian Geographic Information System (GIS) dalam melakarkan taburan dialek
dan isoglos dengan tepat dan sistematik. Pengkaji memilih seramai 1500 responden dari seluruh
negeri Perak dengan mengambil golongan tua, dewasa dan remaja sebagai responden. Hasil
kajian mendapati wujud pelbagai varian sebutan bagi leksikal kata ganti nama, air dan bantal.
Pengkaji juga membuktikan walaupun Kuala Kangsar dan Perak Tengah adalah pusat bagi dialek
Perak asli, namun berlaku unsur-unsur kepudaran dalam kalangan generasi muda. Pengaruh
daripada media massa, pendidika dan proses asimilasi telah menjadi faktor penyumbang kepada

Page 65 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

kehilangan bahasa dan dialek di Perak.

3. DATA DAN METODOLOGI

Dalam kajian ini pengkaji menggunakan kaedah kualitatif dengan memfokuskan kehadiran
leksikal 5 leksikal dalam gerak ruang bersifat arah dalam dialek Perak Utara seperti [pi].

Reka bentuk kajian

Kaedah kajian ini mengetengahkan kaedah kajian lapangan yang seterusnya membawa kepada
data kajian. Dalam penelitian data kajian, aspek penting seperti jenis data, responden dan kaedah
pengumpulan data adalah penting bagi menguruskan data tersebut. Keperluan data dari dialek
Perak Utara ini memerlukan kajian lapangan dijalankan dan menemu bual responden secara
bersemuka. Data tersebut seterusnya ditranskripsikan agar pemilihan data yang mempunyai
leksikal GR bersifat arah dapat dianalisis.

Pemilihan persampelan

Pemilihan sampel bagi kajian ini adalah dalam kalangan responden yang berasal daripada
Kawasan dialek tersebut. Sebanyak 7 responden yang mewakili kawasan Parit Buntar iaitu
penduduk Kampung Denisstown Parit Buntar dan Taman Seri Tenggara. Pemilihan responden ini
berdasarkan kepada aspek demografi seperti nama, umur, pekerjaan, jantina, tempat kelahiran
adalah item yang penting dalam bagi mendapatkan data yang berkualiti. Kajian ini telah memilih
3 orang responden perempuan dan 4 orang responden lelaki yang merupakan penutur jati dialek
Perak Utara. Kebanyakan responden ini dalam lingkungan 60 tahun ke atas yang telah menetap
dan tidak pernah tinggal kawasan kelahirannya bagi mendapatkan data yang sahih.

Alat Kajian

Dalam kajian ini pengkaji menggunakan kaedah temu bual yang memerlukan untuk bercerita.
Pengkaji telah meletakkan satu garis panduan supaya perbualan yang dilakukan tidak tersasar
dengan data yang dikehendaki. Berikut merupakan topik perbualan di antara responden dengan
pengkaji adalah:
a. Pengalaman kehidupan

Penganalisisan data

Analisis kajian ini akan menggunakan kerangka Teori Struktur Konseptual.Matlamat utama pada
awal pembinaan teori struktur konseptual (tSK) ini adalah berdasarkan kepada pembinaan
formula tatabahasa dalam semantik yang berasaskan kepada apa-apa yang dikodkan dalam
minda manusia. oleh itu, pelbagai teori, aliran dan pandangan telah dibincangkan oleh para

Page 66 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

sarjana seperti noam chomsky (1956), Fillmore (1968), talmy (1975), Foley dan Van Vallin (1984),
Ray Jacekndoff (1983), dan dowty (1990). Perbincangan dan pedebatan isu khususnya dalam
hubungan semantik dan sintaksis telah membentuk beberapa teori atau pendekatan baharu
seperti yang dibincangkan oleh Fillmore (1968) dalam kerangka Frame Semantics,Role and
Reference Grammar (RRG) dalam aliran struktur-fungsian yang diperkenalkan oleh Foley dan
Valin (1984) dan diperkembang oleh Van Valin (1993) serta Ray Jacekndoff (1983) dalam aliran
struktur konseptual. Perbincangan dan persoalan yang ditimbulkan dalam aliran RRG dan aliran
struktur konseptual didapati seakan-akan sama, khususnya dalam usaha memperlihatkan
interaksi antara komponen sintaksis, semantik dan pragmatik dalam pelbagai bahasa yang
berbeza. teori ini juga menunjukkan pemetaan langsung atau perkaitan antara representasi
semantik bagi ayat dengan representasi sintaksisnya melalui set rumus perkaitan yang dikenali
sebagai algoritma perkaitan Perkaitan ini memperlihatkan RRG ini merupakan teori monostrata,
namun berbeza dengan aliran yang dibawa oleh Ray Jackendoff (1983) dalam memahami makna,
iaitu perlu memperlihatkan hubungan antara struktur fonologi, struktur sintaksis dan struktur
semantik. Ketiga-tiga hubungan ini diibaratkan sistem pengkomputeran dalam minda manusia
yang sentiasa berhubungan antara satu sama lain khususnya dalam usaha memahami makna
yang bersifat abstrak.

Gambaran ini dapat dijelaskan dalam representasi mental yang dikenali sebagai struktur
konseptual untuk memahami apakah makna yang terdapat dalam minda manusia. berdasarkan
Rajah 1 di bawah menunjukkan bagaimana hubungan ketiga-tiga struktur beroperasi dalam
minda manusia.Rajah 1, merupakan kerangka teori Struktur Konseptual (2011) ,yang
menunjukkan operasi organisasi ini melibatkan struktur fonologi, struktur sintaksis dan struktur
semantik yang diwakili oleh struktur konseptual. Setiap organisasi ini boleh berhubungan antara
satu sama lain seperti struktur fonologi berhubungan dengan struktur sintaksis, struktur sintaksis
berhubungan dengan struktur semantik dan struktur semantik juga boleh berhubungan dengan
struktur fonologi.

Page 67 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Rajah 1 Organisasi Reka bentuk Sejajaran TSK (Ray Jackendoff: 2011)

4. ANALISIS DATA

TSK menyatakan bahawa terdapat pembahagian kelas gerak berdasarkan organisasi semantik,
iaitu gerak ruang bersifat arah. Menurut Jackendoff (2002), ackendoff (2002 & 2011)
menghuraikan bahawa sesuatu gerak dapat dilihat daripada tiga keadaan. Pertama gerak
keterikatan hala (sumber dan matlamat), gerak arah rantauan dan titik akhir gerak yang tidak
jelas. Kedua, sesuatu gerak dilihat perlu diukur berdasarkan transisi kesinambungan gerak
tersebut, iaitu bukan sahaja pada titik akhir gerak tersebut malah selepas pergerakan tersebut
dan yang ketiga berdasarkan proses gerak secara berterusan. Jackendoff (2002) menyifatkan
gerak bersifat arah berlaku apabila adanya perubahan tempat. hal ini dijelaskan berdasarkan
rumus struktur konseptual seperti Jadual 5

JENIS GERAK RUANG KATEGORI ONTOLOGI (KONSTITUEN)
a. GERAKarah [PERISTIWA], [BENDA] dan [HALA]

Jadual 5 menerangkan gerak bersifat arah hanya hadir dalam Fungsi Peristiwa dan diwakili oleh
konstituen [GERAK]. Konstituen [GERAK] ini berfungsi bagi menyatakan spesifikasi lokalisasi
dinamik pergerakan dan cara pergerakan tersebut. TSK menekankan fungsi [hala/tempat] yang

Page 68 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

diwakili oleh preposisi bagi menunjukkan adanya hubungan ruang pada pergerakan tersebut,
sebagai contoh pada leksikal gerak [pi] seperti

a. Depa pi Batu Kurau malam tadi. (T6: 56:09 minit)

Pemetaan keseluruhan pemetaan kepada keseluruhan organisasi struktur konseptual di
gambarkan seperti di bawah:

Berdasarkan representasi di atas, menunjukkan hubungan pemetaan antara struktur fonologi,
struktur konseptual dan struktur sintaksis. Berdasarkan ayat (a) di atas, menunjukkan
representasi dalam struktur fonologi yang menunjukkan seperti:

Representasi fonologi:

Fonologi : [[[ [Dəpa] [pi] [Batu Kurau] [lamo] [jugoʔ] ]]]
Representasi fonologi di atas menunjukkan bahawa reprensentasi frasa intonasi berdasarkan
bunyi dengan menggunakan kosa kata standard [DEPA] merujuk sebagai kata ganti nama. Bagi
entri [pi] merujuk kepada

Representasi konseptual

[peristiwa GERAK [Bneda [gerak PI]1 [LokasiBATU KURAU]2 [Masa LAMA JUGA]3
DEPA Page 69 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Pemetaan struktur argumen konseptual pada ayat (a), menerangkan peristiwa GERAK
mempunyai tiga kategori semantik iaitu entiti Fungsi Peritiwa, Benda, Hala dan Masa. Ketiga-tiga
dekomposisi ini ditandai pada konstituen [Benda- Depa], [Hala- pi] dan [Peristiwa – lama juga].
Penentuan kepada fungsi [peristiwa GERAK] adalah berdasarkan peranan AKTOR iaitu Depa dan
Lakuan bagi menjawab soalan ‘Apa yang sedang berlaku?’ dan mempunyai jawapannya kepada
Depa pi Batu Kurau malam tadi. Fungsi Peristiwa ini menunjukkan peranan FN yang bertindak
sebagai [LAKUAN] bagi mengilustrasikan ‘Apa yang berlaku’ yang diintrepretasi sebagai [LAKUAN]
manakala peranan [AKTOR] pula memainkan peranan sebagai karektor yang mempamerkan
[LAKUAN].

Representasi rajah pohon

Menurut Jackendoff (2003) dan Pinker (1983), pemetaan representasi struktur konseptual di atas
ini tidak cukup dan harus dilengkapi dengan pemetaan rajah pohon yang berperanan menjelaskan
struktur sintaksisnya yang tersendiri. Hal ini disebabkan setiap ayat memberikan pemetaan
elemen kepada pelbagai fungsi dan argumen. Berdasarkan leksikal pi menunjukkan terdapat
elemen GERAK seperti rajah di bawah:

peristiwa

GERAK objek Hala situasi

pi Batu Kurau lama juga

Representasi TSK di atas menunjukkan, terdapat tiga argumen yang terlibat iaitu [BENDA],
argumen kedua adalah [HALA] dan [PERISTIWA-SITUASI] sebagai argumen ketiga. Argumen
[BENDA] bertindak sebagai aktor kepada lakuan. Berdasarkan ayat di atas menunjukkan Depa
diwakili sebagai sebagai Aktor yang berperanan menjelaskan lakuan yang dikelaskan di dalam
fungsi peristiwa bagi menggambarkan perkara yang sedang berlaku. Dari segi representasi
semantik, gerak pi berperanan sebagai berlakunya perubahan tempat yang digambarkan melalui
penghalusan fungsi semantiknya seperti:

Page 70 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

(c) Penghalusan fungsi semantik

+ gerak [pi]
[ _________ PREPOSISI ]

peristiwa GERAK ([Benda Depa]) [Hala pi Batu Kurau] [Peristiwa LAMA JUGA

Kedudukan argumen gerak pi ini dihubungkan oleh peranan [LOKASI] iaitu Batu Kurau yang
bersifat terikat begi mengambarkan berlakunya gerak bersifat hala. Walau bagaimanapun,
struktur konseptual bagi gerak pi ini hanya dihubungkan dengan konstituen [BENDA] [HALA] dan
[PERISTIWA] di mana dari segi temantiknya, ayat ini menerangkan adanya hubungan pada
peranan Tema dan Matlamat sebagai realisasi gerak pi sebagai gerak bersifat arah:

(d)Peranan tematik

Depa pi Batu Kurau selepas penggambaran

Aktor Matlamat objek rujukan
(Argumen Pertama) GERAK (+ hala) (Argumen ketiga)

(Argumen Kedua)

Berdasarkan hierarki tematik, menunjukkan argumen pertama merujuk kepada Hitrik sebagai
Aktor dan gerak pi + lokasi diwakili sebagai GERAK + lokasi yang menunjukkan peranan berlakunya
perubahan tempat dan Matlamat yang diwakili oleh Batu Kurau.

PERKAITAN STRUKTUR KONSEPTUAL-SINTAKSIS DALAM ARGUMEN GERAK BERSIFAT ARAH

Berdasarkan organisasi semantik struktur konseptual, gerak bersifat arah ini mempunyai ciri
antologi konseptual yang tersendiri seperti konstituen [Peristiwa], [Keadaan], [Benda], [Hala]
dan [Tempat]. Kesemua ciri konstituen ini dapat membentuk satu set ciri aspek yang dihubungkan
satu persatu dalam pemetaan segmen dan struktur sintaksis seperti gambaran ayat di bawah:

a. Depa pi Batu Kurau malam tadi. (T6: 56:09 minit)
Page 71 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

(a) Representasi konseptual

SITUASI

GERAKLOKASI objek Lokasi

Topik Depa Batu Kurau Fokus

(b)Pemetaan kepada sintaksis

Struktur konseptual

Sintaksis

(a) [ Peristiwa GERAK ( GERAK + LOKASI ( ([ [Benda KAMI])

([ Hala BATU KURAU)])])

i. PERISTIWA (SITUASIX )]1 KKx – S1
KK2
ii. (MENJADI (X, MENJADI [PI)] )])]2
KN3
iii. [LOKASI ]3 KN4

iv. [BATU KURAU ]4

Berdasarkan pemetaan segmen pada ayat di atas, ditandai dengan situasi peristiwa pada segmen
garisan (i) dan diikuti fungsi GERAKlokasi yang menjadi KK utama iaitu KK pi sebagai unsur
keterangan pada segmen garisan (ii). KK pi ini akan berhubungan dengan argumen pada KN Depa
yang menunjukkan berlakunya sesuatu GERAKlokasi dengan KSN pada segmen garisan (iii) yang
merujuk kepada lokasi titik akhir gerak. Penanda kepada KK pi dan KSN di boleh dibentuk sebagai
GERAK + pi bagi menggambarkan berlakunya gerak dan berakhir pada KN yang merujuk kepada
Batu Kurau pada garisan segmen (iv). Representasi pada peringkat struktur informasi ini juga
menunjukkan Topik yang diwakili oleh Depa sebagai subjek untuk menggerakkan lakuan kepada
Fokus iaitu lokasi Batu Kurau sebagai titik akhir gerak tersebut. Berikut merupakan pemetaaan
struktur fungsi utama KK.

Page 72 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Page 73 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

(c) Leksikal semantik sampai : Fgerak (X, Y, Z)

: PIGERAK (DEPA [BATU KURAU]]

[Argumen x (GERAKLOKASI [ Tema; GERAK LOKASI] [GERAK [DARI SUMBERX KEPADA MATLAMATY]

(d) Sintaksis : [FN KN1 [FK KK1 KN2 KT]1]2

Depa pi Batu Kurau lama juga

Sintaksis :[FN KN1 KK1 KSN1 KN2 ]  [FN KN1 [FK KK1 KSN2 KN2]1]2
TSK : KN1 KK1 KSN1 KN2  λy. λx. GERAK LOKASI(SUMBER:X,

MATLAMAT y ([BATU KURAU])

Berdasarkan pemetaan sintaksis menunjukkan argumen pertama bagi simbol F diwakili sebagai
SAMPAIlokasi yang berlaku merujuk kepada perpindahan Tema yang diwakili oleh pi iaitu Sumber
kepada Matlamat sebagai Petunjuk. Simbol X yang dihubungkan merujuk kepada Depa sebagai
berlakunya GERAKlokasi kepada Matlamat gerak yang merujuk kepada Batu Kurau sebagai
argumen kedua yang juga merujuk kepada Tempat. Berdasarkan keseluruhan ayat, kedua-dua
argumen ini dihubungkan dalam struktur sintaksis yang diwakili argumen satu sebagai FN dan
argumen adalah FK. Pemetaan ini menunjukkan KK pi bersifat transitif dan mempunyai subset
kepada KN Depa. Pemetaan dua argumen ini menunjukkan wujudnya realisasi sintaksis yang
merujuk FN sebagai subjek atau argumen secara langsung dan FPrep sebagai keterangan dan
penanda kepada objek fizikal iaitu Batu Kurau. Realisasi ini membentuk argumen sintaksis
menjadi FN > FSN.

5. KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, pemetaaan argumen dalam leksikal pi telah menunjukkan satu bentuk
pengelasan gerak ruang yang melibatkan konstituen [Fungsi Peristiwa]. Konstituen ini dilihat
berhubungan secara bersama dengan konstituen seperti [BENDA], [LOKASI], [MASA]. Selain itu,
pemetaan gerak kepada peranan tematik seperti Aktor, Matlamat dan objek rujukan
yangmenunjukkan secara sistematik dan jelas khususnya pada pemetaan argumen gerak bersifat
arah.

Page 74 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

RUJUKAN

Asmah Haji Omar. 1991. Kepelbagaian fonologi dialek-dialek Melayu: Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Hasmidar. 2006. Kata hubung DAN dan TETAPI: satu analisis perbandingan nahu dan pragmatik.
Tesis Dr. Fal. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hiba Gharib. 2015. A semantic analysis of cut and break verb in Sorani Kudish. Tesis tidak
diterbitkan Dr. Fal. University Kansas.

Jackendoff, Ray. 1972. Semantic Interpretation in generative grammar. Cambridge: MIT Press.

Jackendoff, Ray. 1977. X-Bar syntax. Cambridge: MIT Press.

Jackendoff, Ray. 1983. Semantics and cognition. Cambridge: MIT Press.

Jackendoff, Ray. 1987. Consciousness and the computational mind. Cambridge: MIT Press.

Jackendoff, Ray. 1990. Semantic structure. Cambridge: MIT Press.

Jackendoff, Ray. 1992. Language of the mind. Cambridge: MIT Press.

Jackendoff, Ray. 1992. Parts and boundaries. Lexical and conceptual semantics, penyunting oleh
Beth Levin dan Steven Pinker. Cambridge: Blackwell MA.

Jackendoff, Ray. 1993. Patterns in the mind: Language and human nature. New York: Harvester.

Jackendoff, Ray. 1994. Pattern in the mind. Language and human nature. New York: Basic Book.

Jackendoff, Ray. 1996. Conceptual semantics and cognitive linguistics. Journal of Cognitive
Linguistics (7): 93-129.

Jackendoff, Ray. 1996. How language help us think. Journal of Pragmatic and Cognitive (4): 93-
129.

Jackendoff, Ray. 2002. Foundations of language: brain, meaning, grammar, evolution. London:
MIT Press.

Jackendoff, Ray. 2005. The architecture of the language faculty. London: MIT Press.

Jackendoff, Ray. & Cullicover, P.W. 2005. Simpler syntax. New York: Oxford University Press.

Jackendoff, Ray. 2007. Language of the mind: Essays on mental representation. London: MIT

Page 75 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Press.

Jackendoff, Ray. 2011. Meaning and the lexicon: The parallel archicture 1975-2010. London: MIT
Press.

James, H-Y Tai. 2004. Conceptual structure and conceptualization in Chinese. International
Symposium on Chinese Language and Language and Linguistic 9th. 19-21.

John, I. S. Semantics 2nd edition. United Kingdom: Blackwell Publishing.

Kamus Dewan. 2010. Edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Linguistik. 1997. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Pelajar. 1987. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kyu Suk Shin. 2008. The conceptual structure of the verb nata. The Review of Korean Studies.
19(1): 37-69.

Lakoff, G. & Johnson, M. 1980. Metaphors we live by. Chicago: University of Chicago Press.

Lakoff, G & Turner, M. 1989. More than cool reason: A field guide to poetic metaphor. Chicago:
University of Chicago Press.

Langacker, Ronald. 1991. Foundations of cognitive grammar volume 2. Stanford: Standford
University Press.

Levin, B. 1993. English verb classes and alternations: A preliminary investigation. Chicago: The
University of Chicago Press.

Levin, B. & Hovav, R. 1995. Unaccusavity: at the syntax lexical semantics Interface. London: MIT
Press.

Levin, B & Hovav, R. dan Malka.1998. Building verbs meaning. The projection of argumen: Lexical
and compositional factors. United Kingdom: CSLI Publications.

Maslida Yusof. 2006. Representasi semantik preposisi dalam kata kerja bahasa Melayu. Jurnal
Pengajian Melayu. 17 (1): 112-135.

Maslida Yusof. 2007. Analisis preposisi lokatif bahasa Melayu berdasarkan kerangka role and
reference grammar (RRG). Jurnal Gema. 9 (1): 17-33.

Maslida Yusof. 2008. Pengelasan kata kerja bahasa Melayu: Pendekatan semantik berdasarkan
role and reference grammar. Jurnal Bahasa. 8(1): 242-262.

Page 76 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Maslida Yusof. 2010. Analisis situasi gerak bahasa Melayu. Jurnal Linguistik. 11 (1):1-1.

Maslida Yusof. 2010. Perkaitan semantik kata kerja bahasa Banjar Kuala: Satu analisis varian Kuin,
Banjarmasin. Jurnal Melayu. 5(1): 87-102.

Maslida Yusof et.al. 2011. Analisis semantik preposisi daripada dan hubungannya dengan kata
kerja. Jurnal Linguistik Edisi Khas. 12 (1): 1-13.

Maslida Yusof. 2012. Hubungan semantik preposisi penyertaan dengan bersama kata kerja. Jurnal
Linguistik. 16 (1): 40-61.

Maxine, S. J. 1999. The primacy of movement. Amsterdem: John Benjamins Pubslishing.

McKoon, G. & Macfarland, T. 2000. Externally and internally caused change of state verbs.
Journal of Language. 6(4): 833-858.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. 2008. Tatabahasa
dewan edisi ke-3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Norsimah Mat Awal & Nur Liyana Zulkffle. 2012. Analisis semantik kata kerja gerak dan campak
dalam dialek Negeri Sembilan. Jurnal Linguistik. Jilid 16: 37-47.

Nurul Jamilah Rosly & Maslida Yusof. 2017. Konsep dan kompenan gerak dalam kata kerja gerak
bahasa Melayu: satu pedekatan struktur konseptual. Prosiding Seminar Linguistik
Kebangsaan SLIK, 2017. hlm 88-92.

Nurul Jamilah Rosly & Maslida Yusof. 2018. Representasi struktur konseptual dan peranan
tematiknya dalam kata kerja gerak bahasa Melayu. Prosiding Seminar Antarabangsa
Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu 2018, hlm 70-74.

Nurul Jamilah Rosly & Maslida Yusof. 2018. Representasi struktur koseptual bersama representasi
ruang (preposisi) dalam kata kerja gerak bahasa Melayu. Proceedings International
Conference on Linguistics 2018, hlm 100-108.

Nurul Jamilah Binti Rosly & Maslida Yusof. 2018. Representasi argumen struktur konseptual bagi
kata kerja kausatif bahasa Melayu dan hubungannya dengan sintaksis. Jurnal GEMA. 18(4):
143-167.

Raja Massitah Raja Ariffin. Analisis kata kerja dan frasa kerja bahasa Melayu Kokos di Pulau

Home Australia. Jurnal Bahasa. Jilid 10: 298-321.

Ronald, W. L. 1999. Grammar and conceptualization. New York: Mounton De Gruyter.

Page 77 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Rusmadi Baharudin, Nor Hashimah Jalaludin & Imran Ho-Abdullah. 2013. Sumbangan Framnet
kepada leksikografi korpus: Kajian kes penyisihan makna kata kerja melihat. Jurnal GEMA.
Jilid 13: 61-81.

Rusmadi Baharudin. 2014. Pendekatan ranah semantik dalam polisemi dan sinonim leksikal:
Kajian terhadap kata kerja persepsi visual bahasa Melayu. Tesis Dr. Fal. Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Page 78 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Lg/Malay/Id: 85

KEKELIRUAN SEBUTAN DAN EJAAN KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS:
SUATU ANALISIS LINGUISTIK

Faridah binti Nazir1*

(Email: [email protected])
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Hub Pendidikan Pagoh,

Muar, Johor

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan mengenal pasti kekeliruan ejaan dan sebutan bagi awalan vokal
“e” dalam kata pinjaman bahasa Inggeris, meneliti kekeliruan ejaan dan sebutan bagi tengah
vokal “e” dalam kata pinjaman bahasa Inggeris serta menganalisis kekeliruan ejaan dan
sebutan bagi akhiran vokal “e” untuk kata nama pinjaman bahasa Inggeris. Secara umumnya,
kata pinjaman sudah wujud di tanah Melayu ini sejak dahulu lagi. Kebanyakan perkataan
bahasa Melayu diambil daripada bahasa asing dan bahasa Melayu telah menerima pakai kata
pinjaman daripada pelbagai bahasa seperti bahasa Inggeris, bahasa Arab dan bahasa Eropah
yang lain. Di samping itu, kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah
kualitatif. Bagi mendapatkan hasil kajian, pengkaji mendapatkan beberapa kata pinjaman
bahasa Inggeris yang diambil daripada sumber rujukan ilmiah seperti buku. Hasil kajian juga
menunjukkan bahawa, kajian terhadap kekeliruan ejaan dan sebutan untuk kata pinjaman
bahasa Inggeris dapat membantu penutur untuk tidak keliru dengan penggunaan vokal “e”
dalam kata pinjaman bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu. Oleh itu, pengkaji juga
mencadangkan untuk mewujudkan satu lagi bunyi vokal “e” yang khusus untuk vokal “e”
dalam bahasa Melayu. Sekiranya tidak mahu mewujudkan vokal “e” yang ketiga selepas “e”
(pepet) dan “e” (taling), maka lebih baik menukar terus vokal “e” tersebut kepada vokal “i”.

Kata Kunci: Kekeliruan, Ejaan, Sebutan, Bahasa Melayu, Kata Pinjaman, bahasa Inggeris

Page 79 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

1.0 PENDAHULUAN

Sejak kebelakangan ini, kepentingan bahasa Melayu semakin disedari oleh masyarakat di dalam
mahupun luar negara, khususnya di Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Riau, Sumatera
Indonesia dan beberapa daerah di Borneo. Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957,
bahasa utama yang dipilih untuk menjadi bahasa kebangsaan negara ialah bahasa Melayu. Selain
itu, fungsi bahasa Melayu yang perlu diketahui adalah sebagai-bahasa rasmi dan bahasa
perpaduan.Maka,isu kekeliruan ejaan dan sebutan bagi kata pinjaman bahasa Inggeris-tidak
seharusnya wujud-dalam kata pinjaman bahasa Inggeris

Pada era penjajahan Inggeris, bahasa Eropah yang dikenali sebagai “Lingua Franca” pada
waktu itu telah menggantikan bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris. Makna lingua franca
menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah bahasa perantaraan atau bahasa perhubungan antara
masyarakat yang berlainan bahasa. Umum mengetahui bahawa, kemasukan bahasa Inggeris yang
di bawa masuk oleh bangsa asing ini telah mewujudkan banyak kata pinjaman bahasa Inggeris
yang diserap masuk ke sini,misalnya perkataan “radio”,”polis” kerap digunakan oleh masyarakat
tanah Melayu terutamanya dalam urusan kehidupan mereka. Di samping itu, bahasa Inggeris
turut dijadikan sebagai bahasa utama dalam pendidikan, perniagaan dan pentadbiran.

Tambahan pula, pertambahan bilangan kata pinjaman asing merupakan suatu perkara biasa
dalam sesebuah bahasa yang bersifat dinamik. Bilangan kata pinjaman yang tinggi ini tidak
mempengaruhi tatabahasa bahasa Melayu yang telah mantap. Selain itu, faktor kurang mahir
dengan panduan ejaan bahasa Melayu yang sebenar dan mudah terpengaruh dengan sebutan
dalam bahasa juga menyebabkan penutur melakukan kesalahan sewaktu mengeja kata pinjaman.
Sebelum proses kata pinjaman bahasa asing berlaku, terdapat dua cara pembentukan kata yang
perlu diambil kira, iaitu mengambil istilah daripada bahasa asalnya dan penyesuaian dibuat pada
bahagian bunyi serta ejaan. Dari segi ejaan bagi kata pinjaman, terdapat dua kumpulan utama
yang telah digabungkan dalam Buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu
(1992), iaitu:

a. Kata asing yang belum sepenuhnya terserap ke dalam bahasa Melayu.
b. Kata asing yang pengucapan dan penulisannya sudah sepenuhnya terserap ke dalam

bahasa Melayu.

PENYERAPAN KATA ASING

Bahasa Melayu telah menerima kemasukan kata asing sejak dari abad ke-7 lagi, iaitu ketika
Kepulauan Melayu di bawah pemerintahan kerajaan Sriwijaya yang menggunakan bahasa
Sanskrit sebagai bahasa pemerintahan dan bahasa keilmuan. Pada waktu itu banyak kata Sanskrit
yang diserap masuk, antaranya guru, pujangga, bahasa, sastera, dosa dan lain-lain. Seterusnya,
pada abad ke-13 muncul pula kerajaan Melayu Melaka yang menegakkan agama Islam dalam
sistem pemerintahannya. Kedatangan Islam secara langsung membawa masuk banyak sekali kata
Arab dalam bahasa Melayu. Kemasukan kata ini memungkinkan bahasa Melayu mengungkapkan
pelbagai bidang kehidupan seperti keagamaan, pembelajaran, pemikiran, perundangan, adat dan

Page 80 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

kemasyarakatan dan perubatan (Za’ba 1965).
Perkembangan penyerapan kata asing seterusnya berlaku pada abad ke-16, 17 dan 18, iaitu

apabila bangsa Eropah menakluki Kepulauan Melayu. Kedatangan Portugis, Belanda dan Inggeris
turut meninggalkan khazanah perbendaharaan katanya, terutama bahasa Inggeris. Pada masa
yang sama katakata bahasa Cina dan Tamil juga meresap masuk ke dalam bahasa Melayu. Proses
peminjaman yang paling ketara dan meluas sekali ialah pada abad ke-20. Era globalisasi dengan
konsep dunia tanpa sempadan menjadikan bahasa Inggeris semakin dominan di pentas antara
bangsa. Kemasukan kata Inggeris semakin meluas dan sukar dikawal.

Sehubungan dengan itu, kemasukan kata-kata asing ini bukan sekadar kemasukan kata
leksikal semata-mata, tetapi kata tersebut turut membawa bersama sistem nahu bahasa sumber
yang membina kata tersebut, khususnya sistem fonologi dan morfologi. Apabila kata itu diserap
masuk, sistem fonologi bahasa asing ini akan bertembung dengan sistem fonologi bahasa Melayu.
Pertembungan ini menghasilkan tiga gejala fonologi, iaitu (i) kata serapan itu berubah dan
mengalami penyesuaian menurut sistem fonologi bahasa Melayu, (ii) kata serapan itu
mengekalkan bentuk asalnya menurut sistem fonologi bahasa sumber, dan (iii) kata serapan yang
mencampuradukkan fonologi asing dan fonologi bahasa Melayu. Oleh yang demikian, apabila kes
pertama berlaku, perkara ini jelas menggambarkan bahawa bahasa Melayu sangat kuat
mempertahankan jati diri linguistiknya. Dengan kata lain, bahasa Melayu sangat perkasa dan tidak
mudah tergugat dengan kedatangan unsur luar. Sebaliknya, bagi kes kedua dan ketiga, apabila
kata asing itu membawa masuk ciri asingnya, maka perkara ini menunjukkan bahawa, bahasa
Melayu lemah dan gagal mempertahankan jati diri linguistiknya. Dengan kata lain, bahasa Melayu
telah hilang keperkasaannya (Zaharani Ahmad et.al, 2011).

1.1 PERNYATAAN MASALAH

Kajian terhadap kekeliruan sebutan dan ejaan kata pinjaman bahasa Inggeris dilakukan oleh
pengkaji kerana telah muncul beberapa perbahasan berkaitan dengan penggunaan kata pinjaman
bahasa Inggeris. Kesannya, bahasa Inggeris terus menguasai kosa kata bahasa Melayu hingga kini.
Masalah ini timbul apabila kata pinjaman daripada bahasa Inggeris yang diserap masuk ke bahasa
Melayu sering kali membuatkan penutur menjadi keliru untuk menyebut kata pinjaman bahasa
Inggeris yang sebetulnya, Oleh itulah, pengkaji berkeinginan untuk menjalankan kajian yang
berkaitan dengan kekeliruan sebutan dan ejaan kata pinjaman bahasa Inggeris agar memudahkan
penutur mengungkapkan setiap perkataan ini dengan sebaiknya.

1.2 BATASAN KAJIAN

Kajian ini membataskan terhadap kekeliruan ejaan dan sebutan bagi awalan, tengah dan akhiran
vokal “e” dalam kata nama pinjaman bahasa Inggeris.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini mempunyai beberapa objektif, iaitu:

Page 81 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

a. Mengenal pasti kekeliruan ejaan dan sebutan bagi vokal awalan “e” dalam kata pinjaman
bahasa Inggeris.

b. Meneliti kekeliruan ejaan dan sebutan bagi vokal tengah “e” dalam kata pinjaman bahasa
Inggeris.

c. Menganalisis kekeliruan ejaan dan sebutan bagi vokal akhiran“e” dalam kata pinjaman
bahasa Inggeris.

1.4 PERSOALAN KAJIAN

Bagi mencapai objektif kajian, persoalan kajian dibentuk seperti berikut:

a. Apakah kekeliruan ejaan dan sebutan bagi vokal awalan, tengah dan akhiran “e” dalam
kata pinjaman bahasa Inggeris?

b. Bagaimanakah kekeliruan ejaan dan sebutan bagi vokal awalan, tengah dan akhiran “e”
dalam kata pinjaman bahasa Inggeris?

c. Sejauhmanakah kekeliruan ejaan dan sebutan bagi vokal awalan, tengah dan akhiran “e”
kata nama pinjaman bahasa Inggeris ini berlaku?

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini perlu dilakukan untuk menjawab persoalan kekeliruan yang berlaku dalam kata
pinjaman bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Memandangkan terdapat segelintir penutur bahasa
Melayu terutama penutur bahasa itu sendiri akan mengalami kekeliruan dalam mengungkapkan
perkataan yang melibatkan ejaan dan sebutan bagi vokal awalan, tengah dan akhiran “e”, maka
kajian ini sangat penting untuk dilakukan oleh pengkaji. Hal ini demikian kerana, tujuan utama
pengkaji mahu menjalankan kajian ini adalah untuk mewujudkan penggunaan vokal “e” yang
ketiga setelah “e” (pepet) dan “e” (taling) bagi menggelakkan kekeliruan dalam kata pinjaman
bahasa Inggeris. Kesimpulannya, kajian ini mampu membantu penutur bahasa untuk menyebut
dan mengeja kata pinjaman bahasa Inggeris dengan betul apabila adanya vokal “e” yang ketiga
dalam kata pinjaman tersebut.

1.6 DEFINISI OPERASIONAL

Bahagian ini menghuraikan definisi operasional bagi istilah yang digunakan dalam penyelidikan
ini. Hal ini dilakukan untuk memperincikan perbincangan yang timbul. Bahagian ini menghuraikan
setiap konsep utama kajian ini, iaitu kata pinjaman bahasa Inggeris.

1.6.1 Bahasa Melayu

Bahasa Melayu menurut Harun Aminurrasyid (1966) berasal daripada rumpun bahasa
Austronesia dan mempunyai kaitan yang rapat dengan bahasa-bahasa etnik lain yang dituturkan
di Nusantara. Terdapat ahli bahasa yang berpendapat bahawa bahasa Melayu tergolong dalam
rumpun bahasa Melayu-Polinesia. Kebiasaannya, bahasa Melayu dituturkan di seluruh Kepulauan

Page 82 of 209


Click to View FlipBook Version