The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ICLET 2021_MALAY AND EDUCATION PROCEEDING

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by klmevent, 2021-11-22 18:51:00

ICLET 2021_MALAY AND EDUCATION PROCEEDING

ICLET 2021_MALAY AND EDUCATION PROCEEDING

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

khusus bertujuan untuk mengenal pasti pola-pola penghayatan akhlak peribadi di kalangan
pelajar sekolah menengah bagi tujuan kajian tindakan dan kajian lanjutan tentang hubungan
penghayatan akhlak dengan aspek pengajaran dan pembelajaran dalam sistem pendidikan sedia
ada. Kajian tinjauan ini telah dijalankan di kalangan 350 orang pelajar Islam sekolah menengah di
daerah Manjung.

Sekolah dipilih secara rawak melalui teknik persampelan berkelompok untuk meneliti
bagaimana jenis-jenis sekolah ini mempengaruhi penghayatan akhlak dikalangan pelajar.
Pengutipan data kajian dilakukan dengan menggunakan instrumen Inventori Penghayatan Akhlak
Pelajar Sekolah Menengah yang telah dibina berasaskan kategori dan senarai akhlak seperti yang
disarankan oleh Al-Attas, 1978; Syed Ali Ashraf, 1990 & Azma 2006). Ayat-ayat al-Quran yang
berkaitan dengan akhlak dibina dalam bentuk penyataan tingkahlaku akhlak dan dibahagikan
menggunakan lima skala kekerapan berasaskan skala Likert. Item-item akhlak yang digunakan
dalam inventori ini telah disahkan kandungannya oleh pakar-pakar dalam bidang Pendidikan
Islam dari pelbagai institusi pendidikan tinggi tempatan. Kajian rintis kebolehpercayaan
instrumen menunjukkan nilai pekali kebolehpercayaan alpha Cronbach yang tinggi iaitu 0.9561.

Analisis data kajian telah dilakukan secara deskriptif (min, sisihan piawai dan peratus)
dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS Versi 22.0). Item-item
penyataan yang dinyatakan secara negatif (sama dari segi konsep atau penyataan bahasa) telah
dikod semula mendapat gambaran sebenar penghayatan akhlak pelajar. Dapatan analisis
deskriptif telah diinterpretasi berasaskan jadual yang disarankan oleh Nunally (1978) selain dari
analisis deskriptif menggunakan peratus.

3.1 Instrumen Kajian

Instrumen kajian atau alat kajian yang digunakan dalam ujian ini adalah set soal selidik. Borang
soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian. Pada bahagian I terdapat beberapa item
berkenaan latar belakang responden. Pada bahagian II pula adalah instrumen yang terdiri
daripadasoalan berkaitan persoalan penghayatan akhlak di kalangan pelajar. Semua soal selidik
diteliti terlebih dahulu untuk memastikan responden telah mengikut arahan yang tepat agar
dapat memberikan maklumat seperti yang diperlukan. Setelah berkeyakinan dengan item soal
selidik, penyelidik menjalankan ujian terhadap responden kajian (Mohd Majid, 2005 ; Pallant J,
2010).

3.2 Pengumpulan dan Analisis Data

Dapatan data yang diperolehi ini akan dianalisis oleh penyelidik bagi menjawab persoalan kajian
ini. Daripada data yang diperolehi adalah diharapkan agar penyelidik dapat mengenalpasti
penghayatan akhlak di kalangan pelajar sekolah menengah Daerah Manjung.

Kebolehpercayaan untuk soal selidik ini berada pada tahap tinggi iaitu nilai Alpha Cronbach
mencatatkan (0.82173). SPSS 20.0 digunakan untuk mencari nilai kekerapan, peratus dan min.
(Mohd Majid, 2005; Pallant, 2010) Jadual 2 menunjukkan bagi nilai kebolehpercayaan melibatkan
komponen personaliti kendiri, amalan dan pengetahuan dari aspek penghayatan akhlak

Page 130 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Jadual 1 : Nilai Pekali Kebolehpercayaan Instrumen Soal Selidik

Skala Likert lima mata digunakan dalam kajian ini. Kaedah skor yang digunakan ialah Sangat
Tidak Setuju (STS) dengan skor 1 mata, Tidak Setuju (TS) dengan skor 2 mata, Kurang Pasti (KP)
dengan skor 3 mata, Setuju (S) dengan skor 4 mata dan Sangat Setuju (SS) dengan skor 5 mata.
Data yang diperolehi ini di analisis mengunakan statistik deskriptif yang melibatkan kekerapan,
peratusan dan min.

4.0 ANALISIS DATA

Data telah di ringkaskan dan di analisis berdasarkan jadual 3 berdasarkan analisis frekuensi dan
peratus untuk jantina, umur, taraf pendidikan berdasarkan pelajar

Jadual 2: Analisis frekuensi dan peratus untuk jantina, umur, taraf pendidikan,

pengalaman mengajar berdasarkan jumlah pelajar

___________________________________________________________________________

Pemboleh Ubah Frekuensi Peratus

___________________________________________________________________________

Jantina

1) Lelaki 151 37.75

2) Perempuan 249 62.25

Umur

1) 13-14 tahun 188 47.00

2) 15-16 tahun 113 28.25

3) 17-18 tahun 169 24.75

___________________________________________________________________________

Berdasarkan jadual ini, taburan jantina bagi pelajar yang terlibat dalam kajian ini adalah
terdiri daripada 151 lelaki dan 249 perempuan dengan majoritinya berumur di dalam lingkungan
13-18 tahun. Ini menunjukkan kebanyakan pelajar berada pada tahap produktif dalam amalan
seharian dari perspektif akhlak. Perincian melibatkan taburan umur diklasfikasikan seperti berikut
13- 14 tahun seramai 188, 15-16 tahun seramai 113 orang dan pelajar yang berumur 17-18 tahun

Page 131 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

adalah seramai 169 orang.
5.0 DAPATAN KAJIAN

Huraian berdasarkan analisis deskriptif iaitu min serta gambaran setiap item kajian.

Jadual 3: Dapatan Keseluruhan Kajian

___________________________________________________________________________

Pernyataan Purata MinTahap

___________________________________________________________________________

1. Personaliti Kendiri 3.45 Sederhana

2. Pengamalan 3.44 Sederhana

3. Pengetahuan Pelajar 3.40 Sederhana

Purata 3.43 Sederhana

__________________________________________________________________________

6.0 PERBINCANGAN
Perbincangan berkaitan hasil dapatan kajian adalah berdasarkan komponen personaliti kendiri,
pengamalan dan pengetahuan pelajar

6.1 Dapatan Personaliti Kendiri

Penyelidik mendapati penghayatan akhlak dala dikalangan para pelajar sekolah menengah
berada pada tahap sederhana dengan purata min (3.45). Berdasarkan dapatan kajian, komponen
personaliti kendiri yang mencatatkan peratusan min yang tertinggi adalah pelajar melaksanakan
tingkah laku bersandarkan asuhan ibu bapa. Ini membuktikan ibu bapa sentiasa mengambil berat
akhlak anak-anak dalam menentukan hala tuju kehidupan dan bersandarkan matlamat yang telah
ditetapkan, tambahan lagi penghayatan akhlak mengandungi elemen-elemen sifat-sifat baik di
dalamnya.. Namun begitu penambahbaikan yang perlu dijalankan adalah berkaitan persediaan
ibu bapa dalam pendidikan anak-anak kerana kerana masa yang diperuntukkan adalah terhad,
maka pendekatan yang akan dijadikan contoh yang digunakan kebiasaan terhad kepada hanya
satu atau dua sahaja. Dari segi keseluruhannya, kajian ini mendapati wujud penghayatan akhlak
yang sederhana dalam elemen personaliti kendiri..

6.2 Dapatan Pengamalan dalam Kehidupan Seharian

Berdasarkan kajian pengamalan akhlak seharian berada pada tahap yang sederhana dengan
purata min (3.39). Berdasarkan dapatan kajian pengamalan kehidupan seharian mencatatkan
peratusan min yang tertinggi adalah pelajar melaksanakan ibadah solat menerusi amalan secara
sukarela. Ini membuktikan pelajar menggunakan keupayaan pengetahuan amalan rukun Islam

Page 132 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

untuk melaksanakannya. Namun penambahbaikan yang perlu dijalankan adalah berkaitan ibu
bapa perlu memberi masa kepada pelajar untuk berbincang untuk melaksanakan akhlak yang
sesuai, ini pendekatan yang sukar dilaksanakan di peringkat sekolah menengah kerana faktor
persekitaran yang mempengaruhi suasana

6.3 Dapatan Pengetahuan Pelajar

Berdasarkan kajian, pengetahuan pelajar di aplikasi di dalam pengamalan seharian berada pada
tahap yang sederhana dengan purata min (3.40). Berdasarkan dapatan kajian bagi pengetahuan
mencatatkan peratusan min yang tertinggi adalah pelajar menggunakan pengetahuan di dalam
pengajaran manakala pelajar melakukan refleksi akhlak berdasarkan pengajaran yang diketahui.
Ini membuktikan pelajar berupaya membentuk kemahiran pengetahuna akhlak dengan menyoal,
memikir secara kritikal, melakukan refleksi dan pada membuat rumusan keseluruhan.

Namun begitu, kajian ini mendapati masih terdapat pelajar hanya memahami akhlak hanya
bertujuan untuk peperiksaan sahaja bukannya untuk penguasaan ilmu kerana pelajar terikat
dengan penilaian prestasi berdasarkan keupayaan dalam peperiksaan. Paradigma ini perlu diubah
menerusi anjakan kepada keseluruhan sistem termasuk dasar, pentadbiran dan proses
pelaksanaan.

7.0 RUMUSAN

Berdasarkan kajian ini telah mengemukakan data yang menunjukkan penghayatan akhlak secara
signifikan mempunyai tahap sederhana. Pelajar-pelajar berkeyakinan akhlak perlu melalui dari
aspek ilmu pengetahuan, kemahiran penggunaannya, dan nilai untuk menggunakan. Guru
mempercayai kurang kesediaan dari penggunaa ini akan menjejaskan penguasaan aspek ilmu
pengetahuan dan akhir menjejaskan nilai akhlak. Data yang dikumpulkan ini melalui soal selidik
menyokong kajian-kajian sebelum ini amalan penghayatan akhlak adalah nadi kepada
pembentukan masyarakat yang berkualiti

Maka dalam kajian yang seterusnya, elemen seperti sikap, kemahiran, pengetahuan dan
nilai pelajar boleh menjadi fokus kajian dalam memastikan kerangka penghayatan akhlak dapat
dibuadayakan dalam setiap aspek kehidupan. Kajian yang seterusnya boleh melibatkan penelitian
amalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) sama ada mempengaruhi kesan penghayatan akhlak
berdasarkan elemen diri, keluarga dan masyarakat menggunakan analisis data kajian yang lebih
mendalam dan terperinci.

Page 133 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

RUJUKAN
Ab. Halim Tamuri dan Zarin Ismail. (2002). Pendidikan Akhlak Dalam KBSM: Persepsi Pelajar

Terhadap Konsep Akhlak. Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri 1). Bangi: Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, hal. 120-134.
Ahmad Amin. (1974). Kitab Al-Akhlaq. Beirut, Lubnan: Dar al-Kitab al-‘Arabiy.
Al-Attas, Syed Muhammad al-Naquib. (1978). Islam and Secularism. Kuala Lumpur: Muslim Youth
Movement of Malaysia.
Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad. (Tanpa tarikh). Ihya’ Ulum al-Din. Qahirah:
Maktabah Zahran
Al-Kaysi, Marwan Ibrahim. (2000). Morals and Manners in Islam. Kuala Lumpur: Islamic Book
Trust.
Darraz, Muhammad Abdullah. (1973). Dustur al-Akhlaq fi al-Qur’an. Beirut: Muassasah al-Risalah.
Gabrieli, F. (1960). Encyclophaedia of Islam (New Edition). London: Luzac & Co. Vol. I.
Jalaluddin & Usman Said. (1994). Filsafat Pendidikan Islam: Konsep dan Perkembangan
Pemikirannya. Jakarta: PT RajaGrafindo Persada.8

Page 134 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

ARAHAN : Berikut adalah maklumat yang berkaitan. Sila tandakan ( / ) mengikut penilaian dari
sudut pandangan pelajar berdasarkan skala berikut

(1) TP - TIDAK PERNAH
(2) P - PERNAH
(3) SS - SEKALI SEKALA
(4) K - KERAP
(5) AK - AMAT KERAP
(6)

INSTRUMEN PENGHAYATAN AKHLAK DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH

Makluman: Sila tandakan persetujuan (/) tentang kesesuaian item berkaitan berasaskan skala
yang diberi

(PENGHAYATAN AKHLAK)

Item T P SS K AK Kod

1. Saya menunaikan solat lima waktu sehari semalam
2. Saya melakukan hubungan seks

3. Saya minum minuman beralkohol
4. Saya menutup aurat
5. Saya sentiasa menutup pandangan
6. Saya bergaul bebas
7. Saya tidak berhemat dalam pergaulan
8. Saya marah apabila disebut kelemahan
9. Saya pastikan makanan yang digunakan adalah halal
10 Saya sentiasa berkata benar
11 Saya berlapang dada terhadap kebenaran
12 Saya membuat keputusan ikut kehendak sendiri
13 Saya sentiasa bersangka baik
14 Saya seorang yang teguh pendirian
15 Saya orang yang bersederhana
16 Saya ikhlas dalam tindakan
17 Saya suka memberi bantuan
18 Saya tidak mudah berputus asa
19 Saya sentiasa menghormati pandangan orang lain
20 Saya suka memberi bantuan
21 Saya sentiasa memelihara pandangan
22 Saya pastikan menunaikan solat lima waktu
23 Saya membantu ibu bapa
24 Saya menerima apa juga keputusan
25 Saya hanya menghabiskan masa di sekolah dengan

berbual sahaja

Page 135 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Edu/Malay/Id_36

MENEROKA CABARAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN YANG DIALAMI OLEH
MAHASISWA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SEMASA PANDEMIK COVID-19

Fathiyah Mohd Fakhruddin1 dan Faizah Mohd Fakhruddin2
1 Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra

Malaysia, Serdang, Selangor
(E-mail:[email protected])
2 Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.
(E-mail:[email protected])

ABSTRAK
Pandemik Covid-19 yang melanda dunia sejak penghujung tahun 2019 telah memberi kesan yang
besar kepada sistem pendidikan negara sama ada peringkat rendah, menengah dan pengajian
tinggi. Bagi memastikan pendidikan terus berlangsung, pembelajaran dalam talian dilaksanakan.
Dalam konteks Universiti Putra Malaysia, pembelajaran dalam talian mula dilaksanakan pada
bulan Mei 2020 dengan menyambung sebanyak sembilan minggu kuliah berbaki bagi semester 2,
2019/2020. Pembelajaran secara dalam talian sepenuhnya merupakan satu pengalaman baharu
bagi pelajar. Kajian kualitatif ini bertujuan untuk meneroka cabaran yang dihadapi oleh pelajar
menggunakan pembelajaran dalam talian semasa pandemik Covid-19. Soalan terbuka
dikemukakan kepada enam kumpulan mahasiswa iaitu satu kumpulan terdiri daripada lima orang.
Jawapan kepada soalan yang dikemukakan itu dianalisis secara tematik. Dapatan menunjukkan
bahawa terdapat empat cabaran pembelajaran yang dialami oleh mahasiswa iaitu cabaran
capaian internet, cabaran suasana pembelajaran tidak kondusif, cabaran disiplin diri dan cabaran
pembelajaran tidak mencapai tahap optima. Kajian ini memberi implikasi penting bahawa
cabaran yang dialami perlu ditangani oleh mahasiswa itu sendiri dengan sokongan pihak ibubapa,
pensyarah dan juga institusi pengajian serta pihak kerajaan.

Kata kunci: pembelajaran dalam talian, cabaran pembelajaran, mahasiswa, pandemik COVID-19

Page 136 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

1. PENDAHULUAN

Pada penghujung tahun 2019, dunia dikejutkan dengan penemuan virus Corona di Wuhan, China.
Penularan virus yang begitu pantas menyebabkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
mengisytiharkan virus berkenaan sebagai satu pandemik pada 11 Mac 2020 (Kapasia, Paul, Roy,
Saha, Zaver, Mallick, Barman, Das & Chouhan, 2020). Ekoran daripada pengisytiharan tersebut,
penutupan institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti dilakukan sebagai usaha bagi
membendung penyebaran virus berkenaan (Adnan & Anwar, 2020). Penutupan institusi
pendidikan ini bukan kali pertama berlaku dalam sejarah dunia sebaliknya pernah terjadi pada
tahun 2009 apabila SARS Coronavirus (SARS-CoV) dan influenza H1N1 turut memberi kesan
kepada aktiviti pendidikan di banyak negara di dunia ketika itu (Adnan & Anwar, 2020). Selain
daripada institusi pendidikan, hampir semua negara di dunia mengadakan perintah berkurung,
menguatkuasakan penjarakan fizikal serta sekatan perjalanan merentas daerah dan negara
(Kapasia et al, 2020).

Berikutan perkara tersebut, pembelajaran dalam talian dijalankan bagi memastikan
pendidikan masih dapat diteruskan. Ini merupakan perubahan besar yang perlu dihadapi oleh
banyak negara. Anjakan yang pantas perlu dilakukan oleh kesemua institusi pengajian tinggi agar
beralih kepada pembelajaran dalam talian. Walaupun pembelajaran dalam talian bukan perkara
yang baharu dalam konteks pengajian tinggi, namun tuntutan semasa menuntut perubahan yang
drastik dilakukan agar pembelajaran secara dalam talian dilaksanakan secara sepenuhnya
(Almaiah, Al-Khasawneh & Althunibat, 2020). Berdasarkan realiti yang dinyatakan di atas, kajian
ini perlu dijalankan bagi meneroka cabaran yang dihadapi mahasiswa ketika dituntut untuk
mengikuti pembelajaran dalam talian secara sepenuhnya dalam notis masa yang begitu singkat.
Perubahan yang begitu mendadak dalam senario pembelajaran di universiti tentu akan
membawa kepada cabaran yang tidak sedikit khasnya kepada mahasiswa.

Antara kesan besar daripada bermulanya pandemik Covid-19 ialah perubahan kepada
pendidikan tinggi iaitu pembelajaran dalam talian. Pembelajaran dalam talian perlu dilaksanakan
bagi memastikan pendidikan dapat diteruskan (Khalil, Mansour, Fadda, Almisnid, Idamegh, Al-
Nafeesah, Alkhalifah & Al-Wutayd, 2020). Namun realiti yang tidak dapat dinafikan ialah
pembelajaran dalam talian lebih berkesan di negara yang maju dan terkehadapan daripada segi
teknologinya. Negara yang tidak atau kurang mempunyai akses yang pantas dan murah kepada
internet boleh menyebabkan pembelajaran dalam talian terganggu. Begitu juga jika pelajar hanya
bergantung kepada telefon sebagai gajet untuk mengikuti pembelajaran dalam talian juga boleh
menyebabkan sesetengah bahan tidak dapat diakses (Adnan & Anwar, 2020).

Pembelajaran dalam talian bukan sesuatu yang baharu dalam dunia pendidikan. Namun
begitu sebelum ini, pembelajaran dalam talian hanya berbentuk sokongan kepada pembelajaran
bersemuka yang dilaksanakan. Oleh itu suasana pembelajaran dalam talian pada masa kini
khasnya setelah berlakunya pandemik COVID-19 adalah berbeza dengan apa yang dilaksanakan
sebelum ini. Justeru itu, berdasarkan realiti perubahan drastik daripada pembelajaran bersemuka
kepada pembelajaran dalam talian sepenuhnya maka kajian tentang cabaran yang dialami
mahasiswa perlu dilakukan. Begitu juga dengan dapatan kajian lepas yang menunjukkan bahawa

Page 137 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

pembelajaran dalam talian merupakan situasi yang mencabar khasnya melibatkan aspek
kemudahan prasarana seperti internet. Oleh yang demikian, kajian tentang cabaran yang dialami
oleh mahasiswa ketika mengikuti pembelajaran dalam talian secara sepenuhnya perlu dijalankan.

Ini penting bagi membantu urusan pembelajaran mahasiswa dan selanjutnya memastikan
apa yang boleh dibantu oleh pihak yang berkaitan. Justeru itu, kajian yang dijalankan ini
bertujuan untuk meneroka cabaran pembelajaran dalam talian yang dialami oleh mahasiswa
Universiti Putra Malaysia semasa berlaku pandemik Covid-19.

2. SOROTAN LITERATUR

Pembelajaran dalam talian sering dirujuk sebagai pengajaran yang ditawarkan menggunakan
internet dan pelajar mengikutinya dengan komputer (Means & Neisler, 2020). Ia boleh
diklasifikasikan kepada pembelajaran segerak dan tidak segerak. Pembelajaran segerak
membolehkan berlaku interaksi secara langsung antara pengajar dan pelajar menggunakan
pelbagai platform (Hoq, 2020). Antara platform yang lazim digunakan menurut satu kajian yang
dijalankan di India ialah Zoom (34.2%), Google Classrom (33.4%), Youtube Live (14.7%), Teamlink
(5.9%) dan Skype (2.2%). Manakala pembelajaran tidak segerak merujuk kepada pembelajaran
yang tidak berlaku secara langsung seperti rakaman pengajaran dilakukan terlebih dahulu dan
akan diakses oleh pelajar pada bila-bila masa atau pada masa yang ditentukan (Khalil, et.al, 2020).
Hakikatnya pembelajaran dalam talian telah lama diperkenalkan namun lebih sebagai sokongan
kepada pembelajaran konvensional atau pembelajaran bersemuka (Azizan & Nasri, 2020).
Buktinya pembelajaran dalam talian telah disentuh secara eksplisit dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia Pendidikan Tinggi (PPPM PT) 2015-2025 iaitu dalam lonjakan ke-9 :
Pembelajaran dalam Talian Secara Global dan lonjakan ke-10: Transformasi Penyampaian
Pendidikan Tinggi. Berdasarkan kedua-dua lonjakan tersebut, pada September 2015, kursus
pembelajaran dalam talian secara percuma dan terbuka dilancarkan iaitu dikenali sebagai MOOC
(Massive Open Online Courses). Kajian oleh Zulkifli, Hamzah dan Razak (2020) mendapati
walaupun komitmen dan motivasi pelajar tinggi untuk menggunakan MOOC namun halangan
utama ialah kemudahan liputan internet. Walau bagaimanapun ketika itu, pembelajaran dalam
talian bersifat sokongan kepada pembelajaran bersemuka yang masih dilaksanakan. Situasi
tersebut berbeza dengan keadaan kini yang memfokuskan kepada pembelajaran dalam talian
secara sepenuhnya dan ini sudah pasti memerlukan capaian internet yang terbaik.

Kajian oleh Kapasia et. al (2020) menyenaraikan lima cabaran utama yang dihadapi pelajar
prasiswazah dan siswazah di Barat Bengal, India ketika mengikuti pembelajaran dalam talian.
Lima cabaran tersebut ialah cabaran kemudahan capaian internet sebanyak 32.4%, persekitaran
tidak kondusif di rumah sebanyak 12.6%, tiada gajet yang sesuai untuk mengikuti pembelajaran
mencatatkan 9%, masalah kebimbangan dan stress sebanyak 42% dan masalah pensyarah yang
tidak bersemangat mengajar sebanyak 4%. Dapatan berkenaan menunjukkan bahawa cabaran
yang mencatatkan peratusan tertinggi dalam kalangan responden ialah cabaran atau masalah
kebimbangan pelajar dan capaian internet.

Page 138 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Perkara yang sama turut disentuh dalam kajian lain tentang cabaran kepada pembelajaran
dalam talian iaitu aspek perkhidmatan internet dan kemudahan teknologi yang membolehkan
pembelajaran berjalan lancar (Hoq, 2020). Di Pakistan sebagai contoh disebabkan bajet yang
terhad untuk institusi pengajian tinggi bagi menyediakan kemudahan teknologi, menyebabkan
pembelajaran dalam talian dijalankan tetapi dalam tempoh yang terbatas. Hanya universiti yang
bertaraf tinggi serta mendapat bajet yang besar dapat melaksanakan pembelajaran dalam talian
secara efektif dan pantas (Adnan & Anwar, 2020). Almaiah et.al (2020) menjelaskan bahawa
cabaran dalam konteks negara membangun lebih menonjol kerana jurang digital yang terdapat
dalam masyarakat. Ini disokong dengan kajian oleh Khalil et. al (2020) terhadap 60 orang pelajar
perubatan di Unaizah College of Medina and Medical Sciences menunjukkan bahawa antara
cabaran pembelajaran dalam talian ialah cabaran teknikal iaitu kemudahan rangkaian internet
yang lemah.

Sanders & Patel (2020) pula menjelaskan bahawa cabaran yang dihadapi dalam konteks
pembelajaran dalam talian ialah untuk memastikan bahan disediakan sesuai untuk pelajar.
Perkara yang sama turut dijelaskan oleh Cheng (2020) iaitu dalam konteks negara China,
Kementerian Pendidikan negara mereka telah melakukan pindaan dan penambahbaikan
terhadap bahan pembelajaran agar ia sesuai khasnya untuk peringkat pelajar sekolah rendah dan
menengah. Ini bertepatan dengan saranan yang diberikan oleh Ziaul Hoq (2020) agar sukatan
kursus yang diajar perlu dinilai semula supaya sesuai dengan konteks pembelajaran dalam talian.
Cadangan tersebut dikemukakan bagi mengurangkan tekanan dalam kalangan guru dan pelajar
ketika melalui proses pembelajaran dalam talian.

Selain daripada cabaran yang dikongsikan di atas, Khalil et. al (2020) menyentuh tentang
cabaran pembelajaran yang tidak berlaku secara optima kerana komunikasi bukan lisan yang
terhad disebabkan pembelajaran tidak berlaku secara bersemuka. Di samping itu, cabaran
komunikasi lisan, pengurusan masa dan akses kepada bahan yang terhad sifatnya juga dihadapi
oleh guru dan pelajar. Dalam penulisan yang lain oleh Almaiah et. al (2020), mereka
menyenaraikan empat cabaran utama bagi pembelajaran dalam talian. Empat cabaran tersebut
ialah cabaran teknologi, cabaran individu, cabaran budaya dan cabaran kursus itu sendiri.
Cabaran teknologi merujuk kepada kelemahan sambungan internet. Cabaran individu merujuk
kepada kesediaan guru dan pelajar menggunakan pembelajaran dalam talian yang meliputi
kemahiran dan pengetahuan menggunakannya. Sementara itu, cabaran budaya ialah cabaran
masyarakat untuk menggunakan pembelajaran dalam talian iaitu menerusi sokongan ibubapa
dalam bentuk kewangan dan sokongan moral. Akhir sekali ialah cabaran kursus yang merujuk
kepada kesesuaian kandungan kursus untuk interaksi dalam talian.

Dalam kajian terkini yang dijalankan oleh Yahaya & Hayat Adnan (2021) terhadap
mahasiswa di beberapa universiti awam di Malaysia mendapati empat cabaran yang dihadapi
ketika mengikuti pembelajaran dalam talian. Cabaran tersebut ialah cabaran kemudahan
internet, cabaran kos internet yang tinggi, suasana pembelajaran tidak kondusif dan cabaran
terakhir ialah tahap keberkesanan pembelajaran yang rendah. Sememangnya isu kemudahan
internet adalah cabaran yang sering diperkatakan dalam banyak kajian sebelum ini. Perkara ini
tidak terkecuali dikongsikan oleh Nasir & Mansor (2021) dalam kajian yang dijalankan oleh

Page 139 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

mereka bahawa capaian internet yang lemah khasnya pelajar yang menetap di kawasan
pendalaman merupakan satu bentuk cabaran utama yang dihadapi pelajar. Capaian internet yang
lemah ini secara tidak langsung menyebabkan pelajar hilang motivasi untuk mengikuti
pembelajaran dalam talian. Sebagai contoh, oleh kerana capaian internet yang lemah, pelajar
tidak dapat memuat turun bahan pembelajaran yang disediakan di platform dalam talian seperti
Google Classroom (Bahrom, 2020).

Berdasarkan huraian di atas, jelas menunjukkan bahawa pembelajaran dalam talian secara
sepenuhnya semasa pandemik Covid-19 ini menyebabkan pelajar di semua peringkat pengajian
sama ada rendah, menengah dan pengajian tinggi berhadapan dengan cabaran dan kesukaran.
Cabaran tersebut meliputi pelbagai bentuk namun yang paling utama ialah cabaran capaian
internet, kemudahan gajet yang sesuai, persekitaran dan cabaran untuk mendapatkan
pembelajaran yang optima. Walaupun kajian tentang cabaran pembelajaran dalam talian telah
banyak dijalankan di peringkat luar negara, namun kajian di peringkat dalam negara masih agak
kurang. Oleh yang demikian, kajian tentang penerokaan terhadap cabaran
yang dihadapi oleh mahasiswa ketika mengikuti pembelajaran dalam talian sangat diperlukan.
Kajian ini dapat memberi gambaran tentang apakah bentuk cabaran yang dihadapi. Ini
selanjutnya boleh membantu pihak kerajaan, universiti, masyarakat, ibubapa dan pelajar itu
sendiri menangani cabaran dengan lebih baik pada masa akan datang.

3. METODOLOGI KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu kaedah kajian kes.
Pendekatan kualitatif dipilih kerana ia lebih tepat untuk menjawab persoalan kajian yang
ditentukan iaitu bagi meneroka cabaran pembelajaran talian berdasarkan pengalaman sebenar
peserta kajian yang melaluinya (Creswell, 2003). Kaedah kajian kes pula digunakan kerana kajian
ini hanya melibatkan satu unit tertentu sahaja iaitu kelompok mahasiswa Universiti Putra
Malaysia yang mengikuti kursus Elektif Pendidikan Islam secara pembelajaran dalam talian.
Teknik persempelan bagi kajian ini ialah persampelan bertujuan iaitu peserta kajian yang dipilih
daripada kalangan peserta yang telah ditentukan kriterianya dan dapat membantu menjawab
persoalan kajian (Perry, Thomson & Stew, 2012). Peserta kajian yang terlibat dalam kajian ialah
mahasiswa daripada pelbagai fakulti di UPM yang mengikuti kursus Elektif Pendidikan Islam
secara pembelajaran dalam talian. Peserta kajian yang mengikuti kursus Elektif Pendidikan Islam
dipilih kerana mereka merupakan mahasiswa yang mengikuti kursus yang diajar oleh pengkaji
sendiri. Mereka yang terpilih ialah yang bersedia berkongsi pengalaman sebenar tentang cabaran
yeng dialami semasa mengikuti pembelajaran dalam talian. Kaedah pengumpulan data
menggunakan kaedah temu bual (Dudley, 2005) iaitu soalan temu bual dihantar secara dalam
talian untuk dijawab oleh peserta kajian dalam kumpulan lima orang secara bertulis. Soalan temu
bual hanya melibatkan satu soalan umum iaitu tentang bentuk cabaran yang dialami oleh
mahasiswa ketika mengikuti sesi pembelajaran dalam talian. Soalan temu bual tersebut merujuk
kepada objektif kajian iaitu cabaran yang dialami mahasiswa ketika mengikuti pembelajaran

Page 140 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

dalam talian. Setiap kumpulan peserta kajian yang terdiri daripada lima orang yang ditentukan
secara pilihan oleh mereka sendiri diberi masa lima hari untuk menjawab persoalan kajian
berkenaan. Wakil setiap kumpulan peserta kajian menghantar jawapan kepada soalan temu bual
menerusi email kepada pengkaji. Jawapan bertulis setiap kumpulan peserta kajian yang
dikemukakan dianalisis berdasarkan interpretasi terhadap data yang diperolehi serta berdasarkan
objektif kajian yang telah dibina (Thomas, 2006). Jawapan kepada soalan temu bual yang
diperoleh dicetak dan dibaca berulangkali sehingga tema dibina (Bengtsson, 2016). Cabaran
pembelajaran yang dikemukakan oleh peserta kajian dianalisis berdasarkan beberapa tema
seperti cabaran rangkaian internet, cabaran suasana pembelajaran tidak kondusif, disiplin diri dan
pembelajaran tidak mencapai tahap optima.

4. DAPATAN KAJIAN

Dapatan yang diperoleh daripada peserta kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa
cabaran utama yang dialami ketika mengikuti pembelajaran dalam talian. Jawapan yang
dikongsikan oleh setiap kumpulan peserta kajian berdasarkan perbincangan dan pengalaman
yang dialami sendiri oleh setiap seorang daripada mereka.

Antara cabaran utama yang dinyatakan oleh setiap kumpulan peserta ialah cabaran
teknologi iaitu kemudahan internet. Ini ialah cabaran yang dinyatakan oleh Kumpulan 1:

Sebagai seorang pelajar, antara cabaran utama yang saya tempuhi dalam fasa
pembelajaran dalam talian ialah kesukaran mengakses platform kelas dalam
talian disebabkan oleh sambungan internet yang lemah. Kadang kala saya tidak
dapat mendengar audio pensyarah dengan jelas semasa kelas dalam talian ini.

Perkara yang sama turut dikemukakan oleh Kumpulan 2, mereka menyatakan:

Cabaran seterusnya adalah mendapatkan jaringan internet yang stabil. Seperti
yang kita sedia maklum bahawa kelas atas talian ini memerlukan jaringan
internet yang bagus

Kumpulan 3 turut menekankan cabaran teknologi iaitu sambungan internet merupakan cabaran
paling utama bagi mereka. Ini berdasarkan penerangan yang diberikan,

Cabaran utama dalam fasa pembelajaran dalam talian bagi sesetengah antara
kami ialah pertama, kelajuan internet yang kurang memuaskan bagi
sesetengah kawasan penempatan atau perkampungan terutamanya.
Disebabkan segala pembelajaran dilakukan di atas talian, beberapa perkara
yang perlu kuasa internet yang agak tinggi seperti muat naik kerja-kerja dari
pensyarah ke dalam laman web, sertai persidangan video bagi sesi kuliah dan
perlbagai lagi mengikut kehendak pensyarah yang berbeza-beza.

Page 141 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Cabaran teknologi iaitu capaian internet ini sebenarnya mengganggu proses pembelajaran iaitu
dinyatakan oleh Kumpulan 4,

Namun, terdapat sesetengah pelajar termasuk saya sendiri mengalami
gangguan internet yang lemah berikutan tempat tinggal yang terletak di
kawasan pedalaman. Saya sendiri juga telah menggunakan data internet
daripada telefon untuk disambungkan ke komputer riba. Kadangkala, saya
tidak dapat mengikuti kelas dalam talian kerana capaian internet yang lemah
dan seterusnya menyebabkan tertinggal topik yang telah diterangkan oleh
pensyarah.

Cabaran capaian internet ini menyebabkan pelajar ada kalanya tidak dapat mengikuti kelas secara
dalam talian secara segerak, Ini sekaligus menyebabkan tumpuan kepada pengajaran tidak dapat
diberikan secara optima.

Naratif yang sama turut dikongsikan oleh Kumpulan 5 yang menceritakan bahawa :

Tidak semua pelajar mempunyai kemudahan rangkaian Wi-Fi di rumah.
Segelintir pelajar menggunakan penambat titik panas ataupun mobile hotspot
untuk menyambungkan internet ke laptop. Bagi pelajar yang tinggal di
pedalaman mempunyai masalah internet liputan rendah yang menyukarkan
sesi pembelajaran dalam talian…

Sedangkan pembelajaran dalam talian menurut Kumpulan 5 menggunakan ‘aplikasi seperti Zoom
dan Google Meets memerlukan liputan internet yang baik. Jadi, proses pembelajaran dalam talian
sukar bagi pelajar yang mempunyai liputan internet yang rendah.’ Kumpulan 6 secara ringkas
mengaitkan masalah capaian internet ini dengan realiti golongan B40.

Antara cabaran terbesar aktiviti pembelajaran atas talian adalah masalah
capaian internet yang tidak bagus dan tidak stabil. Golongan b40 antara
golongan yang paling terkesan untuk masalah ini.(Kumpulan 6)

Cabaran capaian internet ialah cabaran utama yang turut banyak disentuh oleh pengkaji sebelum
ini seperti Kapasia et.al (2020) yang melaporkan bahawa sejumlah 34.2% responden yang dikaji
menyatakan cabaran kemudahan internet ialah cabaran paling utama kepada pelajar. Ini turut
disentuh oleh Hoq (2020) bahawa capaian internet ialah faktor utama yang menyumbang kepada
kelancaran pembelajaran dalam talian. Almaiah et.al (2020) turut bersetuju dan mengulas
tentang cabaran ini lebih besar khasnya untuk negara membangun kerana lebarnya jurang digital
dalam rakyat negara tersebut. Lebih jauh daripada itu, cabaran kemudahan internet ini secara
tidak langsung menyebabkan pelajar hilang motivasi untuk mengikuti pembelajaran (Nasir &
Mansor, 2021).

Selain daripada cabaran jaringan internet, cabaran pembelajaran dalam talian yang lain
ialah suasana pembelajaran yang tidak kondusif. Ini adalah kerana suasana di rumah berbeza
dengan berada di kampus sehingga pelajar daripada Kumpulan 1 menyatakan bahawa:

Page 142 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Ketiadaan tempat belajar yang selesa, gangguan bunyi-bunyian luar serta isi
rumah, komitmen untuk membantu ibubapa serta pelbagai lagi permasalahan
yang akhirnya menyumbang ke arah kegagalan mendapatkan suasana
pembelajaran yang sempurna atau sekurang-kurangnya setara dengan
suasana di kolej.

Suasana yang tidak kondusif di rumah dirujuk sebagai kekurangan kemudahan untuk belajar serta
persefahaman daripada ahli keluarga sendiri. Hal yang sama juga dikemukakan oleh Kumpulan 3
iaitu mereka menyatakan, ‘kebanyakan pelajar sukar untuk fokus dengan masa-masa kelas online
dilaksanakan disebabkan pertindihan tanggungjawab di rumah, kemudahan tempat
pembelajaran yang kurang baik atau mod di rumah yang berbeza dengan di fakulti.’ Selanjutnya
pelajar daripada Kumpulan 5 secara panjang lebar menjelaskan,

Selain itu, tempat yang tidak kondusif untuk pembelajaran. Hal ini kerana,
terdapat banyak kerja rumah dan tugasan yang perlu diselesaikan pada masa
yang sama. Apabila di rumah, pelajar harus menjalankan tanggungjawab
sebagai anak untuk menolong ibu bapa membuat kerja rumah misalnya
memasak. Pelajar juga harus mencari masa yang sesuai untuk menyiapkan
tugasan yang diberi oleh pensyarah.

Ini bermaksud cabaran suasana tidak kondusif untuk proses pembelajaran kerana dipengaruhi
oleh faktor keluarga yang mungkin kurang memahami tentang jadual kuliah dan tuntutan tugasan
yang perlu disiapkan. Cabaran persekitaran ini juga disentuh oleh pengkaji lepas seperti Kapasia
et. al (2020) iaitu kajian beliau di India menunjukkan sebanyak 12.6% responden mengakui ia
antara cabaran yang mereka hadapi ketika pembelajaran dalam talian dijalankan semasa
pandemik Covid-19 berlaku. Hal yang sama juga disebut oleh Yahaya & Hayat Adnan (2020)
bahawa mahasiswa universiti awam yang ditemu bual turut menjelaskan cabaran persekitaran
keluarga yang tidak kondusif selain daripada cabaran kemudahan internet. Almaiah et.al (2020)
pula menekankan sokongan keluarga daripada aspek kewangan dan moral bagi memastikan
pembelajaran dalam talian dapat diikuti oleh anak-anak.

Cabaran lain yang turut dikongsikan oleh peserta kajian ialah cabaran disiplin diri. Dalam
tempoh pembelajaran dalam talian dijalankan, peserta kajian sememangnya berhadapan dengan
cabaran untuk mendisiplinkan diri dalam keadaan suasana yang tidak kondusif, gangguan yang
ada serta masalah jaringan internet. Ini diceritakan oleh Kumpulan 3 iaitu, ‘Cabaran ini lebih
kepada berperang dengan diri sendiri, sama ada untuk terus kuat mengharungi pengajian dengan
bersungguh atau mengikuti kehendak nafsu untuk terus berehat di rumah.’ Ini disokong dengan
perkongsian daripada peserta kajian Kumpulan 5 yang menyatakan:

setiap pelajar perlu mempunyai tahap disiplin diri yang tinggi. Ini disebabkan,
terdapat banyak gangguan di rumah yang menyebabkan para pelajar mudah
hilang fokus. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, pelajar perlu pandai
mengurus masa dan menyusun jadual agar sesi pembelajaran tidak terganggu.

Page 143 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Disiplin diri bukan sahaja penting dalam konteks pembelajaran dalam talian tetapi juga dalam
pembelajaran bersemuka. Walaupun kajian lepas tidak menyebut aspek cabaran disiplin diri ini
tetapi kajian oleh Almaiah et. al (2020) menekankan tentang kepentingan pelajar untuk bersedia
meningkatkan ilmu dan kemahiran berkaitan dengan pembelajaran dalam talian. Kesediaan
untuk menguasai ilmu dan kemahiran ini sudah pasti menuntut disiplin pelajar.

Akhir sekali cabaran pembelajaran dalam talian sebagaimana yang dikongsikan oleh peserta
kajian ialah cabaran yang berkait dengan pembelajaran yang tidak mencapai tahap optima. Ini
difahami daripada luahan daripada kumpulan peserta kajian. Sebagai contoh, terdapat dua
kumpulan peserta kajian yang menyatakan cabaran tersebut. Kumpulan 5 menjelaskan,

Kadar kefahaman pelajar terhadap pembelajaran secara talian adalah rendah
daripada pembelajaran secara bersemuka. Sekiranya sesi pembelajaran di kelas
atau bersemuka, pelajar mudah bertanya sekiranya terdapat kurang
kefahaman. Sekiranya pelajar berasa segan bertanya kepada pensyarah,
mereka boleh berbincang sesama mereka. Berbeza sekali dengan pembelajaran
dalam talian, pelajar sukar berbincang bersama rakan untuk meningkatkan
kefahaman mereka. Justeru, pembelajaran dalam talian menyukarkan pelajar
untuk memahami pembelajaran.

Ini disokong dengan Kumpulan 6 yang meluahkan bahawa pembelajaran dalam talian
menyebabkan pembelajaran tidak berlaku secara optima khasnya kursus yang mempunyai aspek
amali. Mereka menyatakan sebagaimana berikut:

Selain itu, cabaran ketika pandemik ini juga adalah aktiviti pembelajaran yang
kurang efektif. Bagi pelajar yang perlu menghadiri makmal atau amali ladang,
pandemik ini menghalang kita daripada berbuat demikian. Jujur kami katakan,
belajar teori semata mata tidak sempurna tanpa amali.

Dapatan tentang pembelajaran yang tidak mencapai tahap optima ketika pembelajaran dalam
talian dilaksanakan ini disentuh oleh Cheng (2020) iaitu Kementerian Pendidikan negara China
telah membuat pengubahsuaian kepada bahan pelajaran agar ia sesuai dalam konteks
pembelajaran dalam talian. Malah, aspek memastikan bahan yang disediakan memang perlu
sesuai dan tepat untuk disentuh dalam konteks pembelajaran yang tidak dilaksanakan secara
bersemuka sebagaimana sebelum ini (Sanders & Patel, 2020).

5. KESIMPULAN

Kajian yang dijalankan ini jelas menunjukkan bahawa perubahan pembelajaran bersemuka
kepada pembelajaran dalam talian mencetuskan beberapa cabaran dan kesukaran yang perlu
dihadapi mahasiswa institusi pengajian tinggi. Cabaran berkenaan boleh mengakibatkan
gangguan kepada proses pembelajaran dan sekaligus merencatkan proses pemerolehan ilmu,

Page 144 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

kemahiran dan nilai yang dihasratkan. Terdapat cabaran luaran seperti daripada aspek teknologi,
persekitaran keluarga serta cabaran sifat sesuatu kursus yang ditawarkan. Cabaran dalaman yang
dihadapi pelajar merujuk kepada cabaran disiplin diri. Secara khususnya, cabaran luaran
merangkumi aspek capaian internet disebabkan faktor lokasi dan kewangan dan cabaran
persekitaran di rumah yang tidak kondusif disebabkan faktor prasarana dan persefahaman ahli
keluarga serta cabaran pembelajaran yang tidak optima disebabkan sifat kursus yang
memerlukan pembelajaran secara bersemuka iaitu keperluan kepada kelas amali. Cabaran
dalaman pula merujuk kepada aspek disiplin mahasiswa iaitu kesungguhan mereka mengikuti
pembelajaran dalam keadaan yang berbeza dan berhadapan dengan cabaran luaran sebagaimana
yang disebut di atas.

Kajian ini memberi isyarat penting bahawa cabaran yang dihadapi mahasiswa dalam
menjalani pembelajaran dalam talian memerlukan persefahaman, sokongan dan bantuan
daripada keluarga, pensyarah, pihak universiti, kerajaan dan juga pelajar itu sendiri. Setiap satu
pihak perlu berperanan bagi membantu pelajar menguruskan pembelajaran mereka dengan
terbaik dan sempurna. Apa yang penting juga peranan mahasiswa itu sendiri mendapatkan
bantuan apabila mereka merasakan kesukaran untuk mendapatkan pembelajaran yang optima
sebagaimana yang ditentukan oleh matlamat dan objektif pengajian masing-masing.

Kajian selanjutnya boleh dilaksanakan dengan meneroka kepada cabaran yang dihadapi
oleh pensyarah yang juga perlu mengadaptasi dengan pembelajaran dalam talian berbanding
sebelum ini pembelajaran secara bersemuka atau pembelajaran teradun yang menggabungkan
aspek bersemuka dan dalam talian. Kajian oleh pengkaji lain turut boleh memfokuskan kepada
aspek cabaran yang dihadapi serta kaedah menangani cabaran berkenaan.

Biografi: : Fathiyah Mohd Fakhruddin
Nama pembentang : Dr
Gelaran : Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia,
Tempat bertugas Serdang, Selangor, Malaysia.
: Meneroka Cabaran Pembelajaran Dalam Talian
Tajuk abstrak Yang Dialami Oleh Mahasiswa Universiti Putra Malaysia
Semasa Pandemik Covid-19

Page 145 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

RUJUKAN

Adnan, M., & Anwar, K. (2020). Online Learning amid the COVID-19 pandemic: Students'
perspectives. Journal of Pedagogical Sociology and Psychology, 2(1), 45-51.

Almaiah, M. A., Al-Khasawneh, A., & Althunibat, A. (2020). Exploring the critical challenges and
factors influencing the E-learning system usage during COVID-19 pandemic. Education and
Information Technologies, 25, 5261-5280.

Azizan, S. N. C., & Nasri, N. M. (2020). Pandangan guru terhadap pembelajaran dalam talian
melalui pendekatan Home Based Learning (HBL) semasa tempoh pandemik COVID-
19. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 11, 46-57.

Bahrom, Z. (2020). Pedagogi norma baharu: cabaran dan hikmah. Jurnal Refleksi Kepemimpinan,
(JILID III), 74-85.

Bengtsson, M. (2016). How to Plan and Perform a Qualitative Study Using Content Analysis.
NursingPlus Open. 2, 8-14. doi.org/10.1016/j.npls.2016.01.001

Cheng, X. (2020). Challenges of “School’s Out, but Class’s On” to school education: Practical
exploration of Chinese schools during the COVID-19 pandemic. Sci Insight Edu Front. 5(2),
501-516.

Creswell, J.W. (2003). Research Design: Qualitative, Quantitative, and Mixed Methods Approach.
Thousands Oak: SAGE Publications.

Dudley, J.R. (2005). Research Methods for Social Work: Becoming Consumers and Producers of
Research. Boston: Allyn & Bacon.

Hoq, M. Z. (2020). E-Learning during the period of pandemic (COVID-19) in the kingdom of Saudi
Arabia: An empirical study. American Journal of Educational Research, 8(7), 457-
464.Kapasia, N., Paul, P., Roy, A., Saha, J., Zaveri, A., Das, P. & Chouhan, P. (2020). Impact of
lockdown on learning statusof undergraduate and postgraduate students diring COVID-19
pandemic in West Bengal, India. Children and Youth Services Review. 116, 1-5.

Khalil, R., Mansour, A. E., Fadda, W. A., Almisnid, K., Aldamegh, M., Al-Nafeesah, A., ... & Al-
Wutayd, O. (2020). The sudden transition to synchronized online learning during the COVID-
19 pandemic in Saudi Arabia: a qualitative study exploring medical students’
perspectives. BMC Medical Education, 20(1), 1-10.

Means, B. & Neisler, J with Langer Research Associates. (2020). Suddenly online: A national survey
of undergraduates during the Covid-19 pandemic. San Mateo, CA: Digital Promise.

Page 146 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Nasir, N. M., & Mansor, M. B. (2021). Cabaran guru dalam melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran di rumah (PdPR): Suatu pemerhatian awal. Malaysian Journal of Social
Sciences and Humanities (MJSSH), 6(7), 416-421.

Perry, N.J, Thomson, O.P. & Stew, G. (2012). Ready for a Paradigm Shift? Part 2: Introducing
Qualitative Research Methodologies and Methods. Manual Therapy. 17(5), 378-384.
doi: 10.1016/j.math.2012.03.004

Sanders, J. & Patel, R. (2020). The challenge of online learning for medical education during the
COVID-19 pandemic. International Journal of Medical Education. 11, 169-170.

Thomas, D.R. (2006). A general inductive approach for analyzing qualitative evaluation data.
American Journal of Evaluation. 27(20, 237-246.

Yahaya, M., & Hayat Adnan, W. (2021). Cabaran pelajar melalui kaedah pembelajaran atas talian:
kajian institusi pengajian tinggi awam Malaysia. Journal of Media and Information Warfare
(JMIW), 14, 11-20.

Zulkifli, N., Hamzah, M. I., & Razak, K. A. (2020). Isu dan cabaran penggunaan MOOC dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Journal of Research, Policy & Practice of Teachers and
Teacher Education, 10(1), 78-95.

Page 147 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Edu/Malay/Id: 63

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) DALAM TEMPOH PENULARAN
PANDEMIK COVID-19 DI MALAYSIA: KONSEP DAN PELAKSANAANNYA

Mohd. Halipah bin Jetendra1 & Jabil Mapjabil2

¹Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah
(E-mel: [email protected])

²Institut Kajian Orang Asal Borneo (BorIIS), Universiti Malaysia Sabah
(E-mel: [email protected])

ABSTRAK
Pandemik COVID-19 yang menular sejak awal tahun 2020 memberi impak yang mendalam kepada
kesejahteraan penduduk dan pembangunan sosioekonomi negara di seantero dunia. Di Malaysia,
peningkatan kes positif COVID-19 yang ketara telah memaksa pihak kerajaan melaksanakan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara pada 18 Mac 2020 yang bertujuan untuk
memutuskan rantaian penularan virus berkenaan. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
merupakan perintah yang dilaksanakan oleh Majlis Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan
Negara (MKN) di bawah akta 342 iaitu Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit
1988. Secara umumnya, konsep perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terbahagi
kepada tiga fasa yang bergantung terhadap jumlah jangkitan di sesebuah lokaliti atau negeri iaitu
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi kawasan yang mempunyai nilai jangkitan tertinggi,
manakala Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang merupakan fasa penularan
jangkitan mula menurun berbanding fasa PKP dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
(PKPP) adalah fasa pada zon yang selamat dan kadar penularan jangkitan COVID-19 adalah
terkawal. Satu fasa lagi iaitu Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang
dilaksanakan di lokaliti khusus yang mempunyai kadar jangkitan COVID-19 yang tinggi. Tuntasnya,
konsep lockdown untuk mengekang penularan COVID-19 di Malaysia adalah berbeza berbanding
dengan negara lain. Dalam pada itu, pelaksanaan PKP di negara ini turut menghadapi cabaran dan
kejayaannya dipengaruhi oleh pelbagai faktor.

Kata kunci: Perintah Kawalan Pergerakan, pandemik COVID-19, pelaksanaan.

Page 148 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

1. PENGENALAN

Wabak penyakit berjangkit COVID-19 atau dikenali sebagai Novel Coronavirus SARS-Coz-2 atau
Novel Koronavirus 2019 mula menular pada penghujung tahun 2019 di bandar Wuhan, Hubei,
China. Seterusnya, 11 Mac 2020 merupakan hari di mana COVID-19 diisytiharkan sebagai
pandemik oleh World Health Organization (WHO) disebabkan penularan wabak tersebut yang
semakin teruk hampir di seluruh dunia. Pada awal penularan wabak penyakit berjangkit ini di
Wuhan, kerajaan China terus melaksanakan perintah berkurung yang pertama bagi menangani
pandemik ini pada 23 Januari 2020 (BBC News, 22 Januari 2020). Statistik menunjukkan bahawa
jangkitan COVID-19 di dunia sehingga 1 Jun 2021 adalah sebanyak 172,418,736 kes dan telah
menyebabkan kes kematian sebanyak 3,706,102. Di Malaysia, jumlah kes jangkitan adalah
mencecah 579,462 dan jumlah kematian adalah sebanyak 2,867 kes (Kementerian Kesihatan
Malaysia, 2021).

Beberapa negara di dunia telah melaksanakan perintah berkurung akibat penularan
jangkitan wabak penyakit COVID-19 dilihat semakin menaik pada awal 2020 yang merupakan fasa
awal perebakan pandemik COVID-19. Selepas negara China melaksanakan perintah berkurung,
diikuti dengan negara dari Eropah seperti Itali, Perancis dan Jerman, seterusnya Amerika Syarikat,
Korea Selatan, Jepun dan negara lain. Dalam mencegah serta mengawal penularan jangkitan
pandemik COVID-19, beberapa negara melaksanakan perintah berkurung buat kali kedua, ketiga
dan seterusnya disebabkan kadar jangkitan yang tidak menentu dan wujudnya kluster baharu
yang memberi kesan yang buruk terhadap kesejahteraan penduduk. Dalam membendung
penularan jangkitan COVID-19 pada masa ini, pelaksanaan Lockdown adalah satu langkah yang
berkesan dan hampir kesemua negara di dunia menggunakan pendekatan sama dalam
memerangi COVID-19 (Sinar Harian, 30 Mei 2021).

Perintah berkurung didefinisikan sebagai suatu arahan agar semua orang tidak dibenarkan
memasuki atau meninggalkan bangunan atau kawasan dengan bebas kerana dalam keadaan yang
darurat (Rano et al., 2020). Dalam meneliti maksud yang lebih mendalam, Merriam (2020)
membahagikan tiga takrif yang lengkap, iaitu penahanan dalam tahanan sepanjang atau
sebahagian besar hari sebagai langkah keselamatan, keadaan darurat di mana larangan keluar
masuk kawasan larangan semasa ancaman bahaya dan keadaan sementara yang dikenakan oleh
pihak berkuasa kerajaan seperti wabak penyakit yang menghendaki tinggal di rumah dan
mengurangkan keterlibatan hubungan dengan orang luar. Ringkasnya, pandemik COVID-19
dilihat sebagai satu wabak penyakit yang memerlukan perintah berkurung dilaksanakan dengan
serta-merta. Malaysia turut melaksanakan arahan perintah berkurung yang dikenali dengan
konsep Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

PKP yang dilaksanakan pada 18 Mac 2020 di Malaysia merupakan konsep ‘perintah
berkurung’ yang pertama diperkenalkan bagi membendung penularan COVID-19 di negara ini.
Perintah ini dikuatkuasakan di bawah Akta Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988
dan di bawah Akta Polis 1967 (Shah et al., 2020). Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini terdiri
daripada tiga fasa, bermula dengan PKP itu sendiri, diikuti Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
(PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Pelaksanaan PKP ini adalah

Page 149 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

berdasarkan kadar jangkitan yang berlaku terutamanya di seluruh negeri di Malaysia. Terdapat
satu fasa lain iaitu Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang diwujudkan bagi isu
atau masalah jangkitan penularan pandemik COVID-19 yang tinggi di sesebuah kawasan terpencil,
khusus atau lokaliti tertentu. Setelah lebih setahun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP), jelas menunjukkan bahawa arahan ‘sekatan’ pergerakan penduduk ini memberikan impak
yang signifikan terhadap kesejahteraan penduduk dan pembangunan negara secara
keseluruhannya. Apatah lagi, PKP adalah suatu fenomena baharu yang pertama kali dialami oleh
kebanyakan penduduk di Malaysia.

2. KONSEP PANDEMIK

Honingsbam (2009) menjelaskan maksud pandemik yang berasal dari perkataan Yunani terdiri
daripada ‘pan’ yang bermaksud semua dan ‘demo’ iaitu orang-orang. Melihat definisi asal
pandemik iaitu suatu epidemik yang merupakan penyakit berjangkit yang telah merebak ke
populasi manusia menyeberangi kawasan luas merangkumi benua dan boleh menular ke seluruh
dunia. Maksud pandemik dengan lebih terperinci adalah wabak yang menyerang dalam skop lebih
besar, tidak terhad kepada sesuatu komuniti atau daerah semata-mata, mengancam kawasan
yang lebih luas seperti sebuah negeri, negara, benua malah seluruh dunia. Morens et al. (2020)
menerangkan pandemik di mana ia berlaku di kawasan sangat luas merangkumi beberapa
populasi dunia sehingga tersebar di seluruh wilayah, negara, benua dan peringkat global. Sejarah
pertama pandemik yang pernah dicatatkan oleh sejarah dunia ialah Black Death pada abad yang
ke-14 dengan merekodkan kematian sebanyak 30 sehingga 50 peratus populasi penduduk yang
ada di benua Eropah (De Witte, 2014). Pandemik lain adalah seperti HIV/AIDS, Ebola, H1N1 dan
H5N5. Nita (2017) menegaskan kes kematian yang tinggi iaitu seramai 11,300 orang, ditambah
lagi sebanyak 10,600 kes disebabkan oleh jangkitan HIV/AIDS bersama Malaria di negara Afrika
ketika wabak Ebola melanda.

3. KONSEP PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) DAN PELAKSANAANYA DI MALAYSIA

3.1 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Movement Control Order (MCO) merupakan arahan yang
dilaksanakan pada 18 Mac 2020 sehingga 3 Mei 2020 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan
Penyakit Berjangkit 1988 (Akta PPPB 1988) yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang
ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 6 Mac 2020. Menurut Majlis Keselamatan Negara
(MKN)(2020), perintah kawalan pergerakan (PKP) ialah semua operasi ekonomi ditutup kecuali
perkhidmatan penting dan larangan menyeluruh pergerakan serta perhimpunan ramai di seluruh
negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Pada peringkat pertama fasa PKP,

Page 150 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

sekatan pergerakan yang dilaksanakan adalah sebagai satu langkah terbaik dalam menghalang
penyebaran wabak penyakit berjangkit COVID-19 (Jabil et al., 2020b). Sehingga kini, terdapat tiga
kali pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), iaitu PKP pertama (1.0), PKP kedua (2.0) dan
PKP ketiga (3.0). Menurut Farhan (2021), terdapat lima arahan utama yang terkandung dalam
Perintah Kawalan Pergerakan, iaitu;

(i) Larangan bagi pergerakan menyeluruh termasuklah perhimpunan massa seperti
pentadbiran, ibadah keagamaan, hubungan sosial, budaya dan sukan;

(ii) Larangan sepenuhnya bagi perjalanan ke luar negara bagi rakyat Malaysia dan sekatan
kemasukan bagi pelancong asing yang datang ke Malaysia;

(iii) Penutupan institusi pendidikan rendah, sekolah menengah dan pra-universiti;
(iv) Institut Pengajian Tinggi turut ditutup di seluruh Malaysia;
(v) Premis kerajaan dan swasta ditutup kecuali perhidmatan yang penting dalam negara

(essential sevices) sahaja.

3.2 Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) merupakan perintah yang dilaksanakan setelah
kes jangkitan pandemik COVID-19 menurun semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Majlis
Keselamatan Negara (MKN) menerangkan bahawa perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB)
ialah perintah yang berfokuskan kepada kawalan pengawasan berkaitan majlis sosial dan sektor
ekonomi yang dibenarkan mengikut keperluan. Jabil et al. (2020) menjelaskan bahawa dalam
fasa PKPB, pihak kerajaan memberi sedikit kelonggaran terhadap beberapa aktiviti perniagaan
dan pentadbiran yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP dahulu. Akan tetapi,
kelonggaran yang diwujudkan oleh pihak kerajaan Malaysia masih tertakluk di bawah syarat dan
arahan mengikut keadaan semasa yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)
sepanjang tempoh beroperasi. Dalam tempoh PKPB ini, aktiviti yang dilarang adalah keagamaan,
budaya, rekreasi, hiburan dan perayaan yang melibatkan perkumpulan ramai (massa). Selain itu,
aktiviti perniagaan turut dilarang sekiranya melibatkan perkumpulan besar-besaran yang boleh
berlakunya perebakan jangkitan COVID-19.

3.3 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) merupakan arahan yang dilaksanakan selepas
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 10 Jun 2020 sehingga 31 Ogos 2020. Bagi
perintah kawalan pergerakan pemulihan, MKN menegaskan sebahagian besar aktiviti sosial,
keagamaan dan perniagaan dibenarkan kembali beroperasi secara berperingkat serta sekatan
perjalanan dalam negeri dan aktiviti domestik akan dibenarkan. Pada fasa ini, kebanyakan
larangan yang dilaksanakan pada PKPB dikurangkan untuk membolehkan orang ramai
menjalankan aktiviti harian dengan syarat mematuhi SOP yang ditetapkan. Kerajaan Malaysia
telah memberikan lebih banyak kelonggaran terutamanya sektor pertanian kecil mahupun
berasaskan komoditi, perusahaan kecil, pusat membeli belah, sektor perindstrian perfileman,

Page 151 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

industri pengangkutan awam yang termasuk dalam industri perniagaan (Gaim et al., 2020). Dalam
tempoh PKPP, prosedur perniagaan yang dijalankan hendaklah memastikan setiap pelanggan
yang datang perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan (SOP) dengan contoh mengambil suhu
di kepala dan mengisi maklumat peribadi yang berkaitan dan sanitasi sebelum ingin memasuki
premis perniagaan (Emmanuel Santa, 10 September 2020).

3.4 Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)

Bagi sesebuah lokaliti dikenal pasti wujudnya penularan jangkitan COVID-19 yang tinggi melalui
kes positif yang direkodkan sehingga mewujudkan kluster perebakan pada satu-satu masa, maka
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di lokaliti terpencil
berkenaan. Perintah kawalan pergerakan diperketatkan merujuk kepada ‘total lockdown’ di
lokaliti terpilih disebabkan penularan kes COVID-19 yang tinggi dan tertumpu di satu-satu
kawasan seperti di kampung, asrama dan sebagainya. Menurut Gaim et al. (2020), dalam tempoh
pelaksanaan PKPD, semua penduduk yang berada di kawasan yang terlibat
tidak dibenarkan sama sekali keluar serta memasuki kawasan tersebut dan kesemua perniagaan
runcit, kedai dan kilang tidak dibenarkan beroperasi. Segala urusan yang melibatkan lokaliti
berkenaan diambil alih oleh RELA, Angkatan Tentera Malaysia ATM dan Polis Diraja Malaysia
PDRM (Soo, 2020). Urusan bantuan bekalan makanan, ubat-ubatan dan barangan penjagaan
kesihatan diri dikumpulkan dan diletakkan di bawah pihak berkuasa terbabit untuk disalurkan
kepada rakyat yang terlibat. PKPD yang dilaksanakan berkesan dalam menghentikan penularan
kluster yang berisiko tinggi dalam kelompok yang kecil.

4. METODOLOGI KAJIAN

Artikel ini menggunakan metodologi analisis dokumen. Analisis dokumen adalah prosedur yang
sistematik untuk mengkaji atau menilai dokumen, sama ada bahan cetak atau elektronik. Seperti
kaedah analisis lain dalam penyelidikan kualitatif, analisis dokumen memerlukan data yang diteliti
dan ditafsirkan untuk mendapatkan makna, memperoleh pemahaman dan mengembangkan
pengetahuan empirik (Corbin & Strauss, 2008). Analisis dokumen sering digunakan dengan
kombinasi dalam kaedah penyelidikan kualitatif lain sebagai alat triangulasi - “gabungan
metodologi dalam kajian fenomena yang sama” (Denzin, 1970). Oleh itu, dalam kajian ini,
dokumen kajian terdahulu diteliti bagi memberikan gambaran serta definisi bagi konsep dan
pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Metodologi ini dapat memberikan gambaran
menyeluruh tentang kajian terdahulu serta pandangan dan definisi yang diutarakan oleh
penyelidik yang terlibat.

5. PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) PADA AWAL PENULARAN

Page 152 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

PANDEMIK COVID-19 DI MALAYSIA

Sejarah penularan pandemik COVID-19 di dalam Malaysia bermula pada 23 Januari 2020, iaitu
terdapat lapan pelancong asing dari China didapati positif COVID-19 tiba di Singapura dan telah
dikuarantin salah satu hotel di negeri Johor (Sinar Harian, 25 Januari 2020). Kes positif COVID-19
semakin meningkat yang dikaitkan dengan ‘kluster Tabligh’ melibatkan program ijtimak diadakan
di Masjid Seri Petaling, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berlaku pada 27 Februari 2020.
Perhimpunan massa keagamaan ini melibatkan 16,000 orang. Situasi ini memaksa pihak kerajaan
Malaysia mengambil tindakan tegas dan drastik dengan melaksanakan PKP buat pertama kalinya
pada 18 Mac 2020 sehingga 11 Mei 2020. Nor-ina et al. (2020) menerangkan terdapat empat fasa
dalam tempoh PKP yang pertama atas faktor memberi peluang kepada petugas kesihatan dalam
memberi rawatan dan pencegahan kepada rakyat Malaysia dalam mengawal pandemik COVID-
19.

Pelanjutan tempoh pelaksanaan PKP diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang
merupakan Perdana Menteri Malaysia pada 25 Mac 2020 disebabkan oleh kadar jumlah kes
positif COVID-19 masih belum menunjukkan penurunan yang ketara (Sinar Harian, 12 Januari
2020). Dalam tempoh PKP, premis perniagaan terutamanya sektor peruncitan telah dibenarkan
menjalankan perniagaan dari jam 8.00 pagi sehingga 8.00 malam. Kompaun bagi kesalahan
melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah sebanyak RM1,000 terhadap
kesalahan (Astro Awani, 10 April 2020). Setiap orang hanya ketua keluarga sahaja yang
dibenarkan keluar dari rumah dengan syarat dalam radius 10 kilometer sahaja. Dalam fasa
keempat PKP yang pertama, kelonggaran diberi dengan membenarkan dua orang setiap keluarga
untuk keluar. Dalam tempoh ini, kebenaran untuk rawatan kesihatan dan mengambil ubat
dibenarkan. Sehubungan dengan itu, seramai 4,929 pesakit telah sembuh dari jangkitan COVID-
19 atau 74.8 peratus, sekali gus menunjukkan tren penurunan kes sehinggalah pada awal Mei
2020.

PKPB yang dilaksanakan pada 12 Mei sehingga 9 Jun 2020 adalah kesinambungan dari PKP.
Dalam fasa PKPB, larangan rentas negeri masih dikekalkan bagi mengelak kemasukan jangkitan
dari luar. Semasa pelaksanaan PKPB, solat jumaat dibenarkan mengikut SOP yang diperhalusi dari
semasa ke semasa. PKPB yang dilaksanakan untuk sambutan Hari Raya Aidil Fitri hanya
membenarkan 20 orang menziarahi satu-satu rumah. PKPB merupakan fasa penting yang
memerlukan kerjasama di antara pihak berkuasa dan rakyat bagi memerangi COVID-19. Pada 10
Jun 2020, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dikuatkuasakan 10 Jun 2020
sehingga 31 Disember 2020.

Malangnya, pelaksanaan PKPP tidak kekal lama disebabkan peningkatan kadar jangkitan
COVID-19 pada awal bulan Oktober 2020. Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijalankan pada
26 September 2020 dilihat sebagai punca utama kes peningkatan jangkitan COVID-19 di Malaysia
amnya Sabah khususnya. Ditambah pula dengan kluster dari tapak pembinaan di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Johor. Lantaran itu, Perintah Kawalan Pergerakan
Pemulihan (PKPP) yang dikuatkuasakan dalam tempoh tersebut berubah serta-merta. Sebahagian
negeri telah diarahkan melaksanakan PKPB seperti Sabah, Selangor, Johor, Wilayah Persekutuan

Page 153 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Kuala Lumpur pada 12 Oktober 2020. Natijahnya, Malaysia terpaksa melalui gelombang kedua
penularan COVID-19 yang menunjukkan kes positif wabak ini meningkat dengan ketara selepas
PRN Sabah diadakan. Jadual 1 menunjukkan kronologi pelaksanaan fasa PKP, PKPB dan PKPP.

Jadual 1: Kronologi Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan

Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)

Tarikh Peristiwa

18 Mac 2020 Pengisytiharan PKP yang pertama berkuat kuasa pada 18 Mac 2020 oleh

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

25 Mac 2020 PKP dilanjutkan pada 14 April 2020 berikutan dengan peningkatan kadar kes

jangkitan COVID-19 di Malaysia.

10 April 2020 PKP diteruskan sehingga 28 April bagi memberi peluang kepada petugas

kesihatan menjalankan tugas bagi membendung penularan virus COVID-19.

23 April 2020 Kerajaan mengumumkan tempoh PKP dilanjutkan untuk tempoh dua

minggu sehingga 12 Mei.

13 Mei 2020 PKPB pertama dilaksanakan di seluruh Malaysia menggantikan PKP. Hal ini

selaras dengan penurunan kes positif COVID-19.

7 Jun 2020 Perdana Menteri, iaitu Tan Sri Muhyidin Yassin telah mengmumkan

bahawa PKPB diganti dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPP) dengan

kelonggaran yang lebih banyak kepada pembukaan pelbagai sektor

disebabkan penurunan jangkitan COVID-19.

10 Jun 2020 Pelaksanaan PKPP yang berkuat kuasa serta-merta menyaksikan

kebanyakan sektor ekonomi dan sosial dibuka secara berperingkat dengan

syarat mematuhi SOP yang ditetapkan.

28 Ogos 2020 PKPP dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.

12 Okt 2020 PKPP masih dilaksanakan di seluruh negara. Namun, di negeri Sabah, PKPB

dilaksanakan dari 13 Oktober sehingga 26 Oktober 2020, Selangor, WP

Kuala Lumpur dan WP Putrajaya pula pada 14 hingga 27 Oktober 2020.

24 Okt 2020 Arahan perlaksanaan PKPB masih diteruskan di negeri Sabah, Selangor, WP

Kuala Lumpur dan WP Putrajaya sehingga 9 November 2020.

7 Nov 2020 PKPB dilaksanakan di semua negeri di Semenanjung Malaysia kecuali Perlis,

Pahang dan Kelantan pada 9 November sehingga 6 Disember 2020.

20 Nov 2020 Arahan PKPB di negeri Kedah, Melaka, Johor dan Terengganu akan

ditamatkan pada 21 Nov 2020.

5 Dis 2020 Arahan PKPB di negeri Sabah dilanjutkan selama dua minggu bermula dari

7 Dis 2020 sehingga 20 Dis 2020.

18 Dis 2020 Arahan PKPB di Selangor, Sabah, WP Kuala Lumpur dan beberapa kawasani

di negeri lain dilanjutkan sehingga 14 Jan 2021.

11 Jan 2021 Perdana Menteri Malaysia, iait Tan Sri Muhyidin Yassin mengarahkan

pelaksanaan PKP pada 13 Januari sehingga 26 Januari 2021 yang melibatkan

beberapa negeri seperti berikut;

Page 154 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

22 Jan 2021 (i) PKP bagi enam negeri iaitu Pulau Pinang, Sabah, Johor, Selangor, WP
2 Feb 2021 Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan serta Melaka.
(ii) PKPB bagi negeri Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu
18 Feb 2021 dan Kelantan.
5 Mac 2021 (iii) PKPP pula dilaksanakan bagi negeri Perlis dan Sarawak disEbabkan oleh
kes jangkitan COVID-19 yang rendah.
19 Mac 2021 Arahan PKP dilaksanakan untuk seluruh negeri di Semenanjung Malaysia,
1 April 2021 WP Labuan dan Sabah bermula 22 Jan 2021 sehingga 4 Februari 2021.
15 April 2021 Manakala Bahagian Sibu, Sarawak pada 16 Jan 2021 sehingga 29 Jan 2021.
27 April 2021 Arahan PKP dilanjutkan bagi seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah
Kecuali Sarawak yang bermula 5 Februari sehingga 18 Februari. Yang
4 Mei 2021 Dipertuan Agong (YDPA) telah mengisytiharkan darurat pada 12 Januari
5 Mei 2021 sehingga 31 Ogos 2021 bagi menangani COVID-19 bagi kawasan Parlimen
dan Dewan undangan Negeri DUN.
Arahan PKP dilaksanakan di WP Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau
Pinang akan bermula 19 Febuari sehingga 4 Mac 2021.
Selangor, Kelantan, Negeri Sembilan, Johor, Pulau Pinang, Perak dan Kedah
diletakkan di bawah PKPB bermula 5 Mac sehingga 18 Mac 2021. Manakala
di Sarawak, arahan PKPB bermula pada 2 Mac sehingga 15 Mac 2021.
Manakala negeri-negeri lain diletakkan di bawah PKPB. Dalam tempoh ini,
aktiviti rentas daerah dibenarkan kecuali Sabah.
Negeri Sarawak, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor, WP Kuala Lumpur, Johor,
Negeri Sembilan (Daerah Seremban) dan Kedah (Daerah Kuala Muda dan
Kulim) diletakkan di bawah PKPB bermula 19 Mac sehingga 31 Mac 2021.
Negeri Sarawak, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor, WP Kuala Lumpur, Johor,
Negeri Sembilan (Daerah Seremban) dan Kedah (Daerah Kuala Muda)
dilanjutkan di bawah PKPB dari 1 April sehingga 14 April 2021.
Negeri Perlis, Melaka, Pahang, Terengganu, WP Putrajaya, WP Labuan,
Perak, Sabah (kecuali daerah Keningau) dan Kedah (kecuali daerah Kuala
Muda) diletakkan di bawah PKPP berkuat kuasa 15 April sehingga 28 April
2021. Manakala negeri lain kekal dalam PKPB.
Negeri yang berada dalam PKPP seperti Perlis, Perak, Terengganu, Melaka,
Wilayah Persekutuan (Putrajaya dan Labuan), Negeri Sembilan, Pahang dan
Kedah dilanjutkan sehingga 17 Mei 2021.
Manakala negeri dalam PKPB iaitu Selangor, WP Kuala Lumpur, Sabah,
Johor dan Pulau Pinang dilanjutkan bermula pada 29 April sehingga 17 Mei
manakala Sarawak pada 27 April sehingga 17 Mei 2021.
Arahan PKP dilaksanakan di enam buah daerah di Selangor iaitu Hulu
Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang berkuat kuasa
pada 6 Mei sehingga 17 Mei 2021.
Arahan PKPB di Sarawak, Pulau Pinang, Selangor (Sabak Bernam, Hulu

Page 155 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

8 Mei 2021 Selangor, Kuala Selangor) dan Pahang (Daerah Raub kecuali mukim Gali dan
mukim Tras) berkuat kuasa pada 29 April sehingga 17 Mei 2021.
8 Mei 2021 Arahan PKP di Pahang (daerah Kuantan), Perak (Mukim Pengkalan Hulu dan
11 Mei 2021 Belukar Semang, Mukim Hulu Kinta), Pulau Pinang (daerah Timur Laut,
Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang manakala
Mukim 12, Barat Daya, Bandar Butterworth dan Mukim 14 di Seberang
Perai, Pulau Pinang.
Larangan rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran pihak PDRM di seluruh
negara berkuat kuasa pada 10 Mei 2021.
Arahan PKP di seluruh negara dan langkah-langkah khusus dilaksanakan di
Sabah, Sarawak dan WP Labuan bermula pada 12 Mei sehingga 7 Jun 2021.

12 Mei 2021 Sambutan Hari Raya Aidilfitri (PKP) 2021, iaitu solat sunat hari raya di
1 Jun 2021 seluruh negara dibenarkan dengan kapasiti masjid 1,000 orang, had
maksima hanya 50 orang manakala masjid yang berkapasiti kurang 1,000
orang, hanya 20 jemaah dibenarkan, namun jamuan raya tidak dibenarkan.
‘Total lockdown’ bagi seluruh Malaysia sehingga 14 Jun 2021.

Untuk Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), penguatkuasaan hanya terpakai
bagi kawasan tertentu yang merekodkan bilangan kes positif COVID-19 yang meningkat.
Sepanjang pelaksanaan PKP di Malaysia pada pertengahan Mac 2020, kes pertama yang
melibatkan arahan PKPD adalah di Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’
Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang, Johor yang bermula pada 27 Mac 2020 (Sinar Harian,
14 April 2020). Jadual 2 menunjukkan rekod arahan PKPD di Malaysia sehingga 10 Mei 2021.

Jadual 2: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) di Malaysia

Tarikh Lokaliti

27 Mac 2020 Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid

di Simpang Renggam, Kluang Johor.

30 Mac 2020 Kawasan Batu 21 sehingga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat Selangor

melibatkan tujung kampung iaitu dua perkampungan Orang Asli dan lima

perkampungan Melayu.

31 Mac Menara City One, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur.

7 April 2020 Bangunan Selangor Mansion dan Malayan Mansion di Jalan Masjid India.

14 April 2020 Masjid India dan kawasan sekitarnya yang melibatkan Jalan Munshi

Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Tun

Perak, Jalan Melaka dan Jalan Ampang di sekitar Masjid India.

20 April 2020 Pusat Bandar Utara dan kawasan sekitar Pasar Borong Selayang, Kuala

Lumpur.

25 April 2020 Kawasan Selayang Baru, Gombak di Selangor yang melibatkan enam

parcel merangkumi enam zon, iaitu Zon A (Jalan Indah 3 dan Jalan Indah

Page 156 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

10 Mei 2020 5A), Zon B (Jalan Indah 21, Lembah Indah dan Selayang Baru), Zon C
3 Ogos 2020 (Jalan Besar Selayan Baru, Jalan1 dan Jalan Indah 21), Zon D (Jalan 3,5,7
dan 9), Zon E (Jalan 2,4,6 dan 8) dan Zon F (Blok A, B, C dan Selayang
10 Ogos 2020 Makmur).
Kawasan Pasar Jalan Othman di Petaling Jaya, Selangor.
28 Ogos 2020 PKPD secara pentadbiran di empat mukim di negeri Kedah iaitu Mukim
Ah, Mukim Hosba serta Mukim Binjal di daerah Kubang Pasu serta
11 Sept 2020 Kampung Ulu, Padang Sanai di Padang Terap.
Dua kawasan di Perlis iaitu Kampung Sanglang dan Kampung Tanah
11 Sept 2020 Timbul dikenakan PKPD Bersasar secara pentadbiran.
PKPD secara pentadbiran di Aman Jaya, Kedah yang melibatkan tiga zon,
5 Okt 2020 iaitu zon Kenanga, zon Mawar dan zon Melor.
11 Okt 2020 PKPD secara pentadbiran dikuatkuasakan di 28 mukim di Kota Setar,
Kedah.
13 Okt 2020 PKPD di Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan, Tawau,
15 Okt 2020 Sabah.
PKPD di Penjara Alor Setar.
19 Okt 2020 PKPD di enam lokaliti di Semporna, Sabah iaitu Kampung Bangau-
Bangau, Kampung Panji, Kampung Air, Kampung Selamat, Kampung
21 Okt 2020 Simunul dan Kampung Pinggir Bakau serta satu lokaliti di Kunak iaitu
22 Okt 2020 Kampung Pangkalan.
Taman Khazanah Indah dan PPR Mutiara Kasih, Lahad Datu, Sabah.
24 Okt 2020 Penjara Reman Negeri Pulau Pinang dan Kuarters Penjara Reman Negeri
28 Okt 2020 Pulau Pinang daerah Timur Laut, Pulau Pinang.
28 Okt 2020 Penjara Kepayan dan kuarters kakitangan penjara itu di Kampung
28 Okt 2020 Matambai, Kota Kinabalu, Sabah.
28 Okt 2020 Kampung Saguking Laut dan Kampung Sebor Baru di Labuan.
30 Okt 2020 Penjara Seberang Prai dan Kuarters Perumahan Penjara Seberang Prai di
Pulau Pinang.
3 Nov 2020 PKPD di Anjung Teduh yang terletak di Felda Sahabat, Lahad Datu.
3 Nov 2020 Putra Point Nilai, Negeri Sembilan.
8 Nov 2020 Plaza Hentian Kajang, Daerah Hulu Langat, Selangor.
Kampung Haji Baki, Kuching, Sarawak
10 Nov 2020 Taman Mesra, Sandakan, Sabah.
Tiga kampung di daerah Kudat, Sabah iaitu Kampung Pengaraban,
Kampung Tanjung Kapor dan Kampung Landung Ayang.
Pusat Tahanan Sementara Kota Kinabalu, Sabah.
Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM), Johor Bahru.
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Maahad Al-Yahyawiyah di
Padang Rengas, Perak.
Kampung Sabah Baru, Lahad Datu, Sabah.

Page 157 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

12 Nov 2020 Medan 88, Salak Tinggi, Sepang, Selangor.
16 Nov 2020 PKPD di penempatan Telipok dan Kampung Numbak, Kota Kinabalu.
17 Nov 2020 PKPD di asrama pekerja Top Glove, Klang melibatkan 13,190 pekerja
kilang itu yang menginap di asrama pekerja lelaki dan wanita serta
20 Nov 2020 hampir 1,200 penduduk di Jalan Abadi 1A/8, Jalan Abadi 1A dan Jalan
24 Nov 2020 Abadi 10A/KU8.
27 Nov 2020 Zon B dan Zon C, Taman Meru 2C di Ipoh, Perak dan Kampung Nahaba
dan Kampung Tegudon di Kota Belud, Sabah.
30 Nov 2020 Penjara Seremban dan Kuarters Penjara Seremban, Negeri Sembilan.
31 Nov 2020 1,412 rumah di Taman Bayam, Taman Bayam Indah, Taman Kangkong 1,
Taman Kangkong 2, Taman Halia, Taman Cekur Manis, Taman Kobis,
2 Dis 2020 Taman Sawi dan Taman Seri Limau, di Mukim Sungai Seluang, Kulim,
Kedah.
10 Dis 2020 Kampung Pengaraban, Kampung Tanjung Kapor dan Kampung Landung
22 Dis 2020 Ayang, Kudat.
28 Dis 2020 Zon A Taman Klebang Jaya dan Taman Pinji Mewah, Perak berikutan
peningkatan kes positif COVID-19 melibatkan pekerja Kilang Kamaya dan
29 Dis 2020 Kilang Salutica.
30 Dis 2020 Kampung Desa Bajau dan Kampung Dasar Baru, Lahad Datu, Sabah
2 Jan 2021 membabitkan 914 rumah dengan jumlah seramai 4,934 penduduk dan
Pusat Tahanan Sementara Sibuga, Sandakan dengan melibatkan 1,209
5 Jan 2021 individu terdiri daripada 1,104 tahanan dan 105 kakitangan.
7 Jan 2021 Ria Apartment, Amber Court Apartment dan rumah kongsi Kampung
21 Jan 2021 Semaut, di daerah Bentong, Pahang.
23 Jan 2021 Pusat Koreksional Jasin dan kuarters kakitangan pusat.
Pusat Koreksional Johor Bahru dan Kuarters Kakitangan, Batu 19 Jalan
Ulu Choh-Pontian, Johor Bahru dan Dewan Arena Segitiga, Taman Desa
Sejahtera, Mukim Kota Tinggi, Johor (yang menempatkan tahanan positif
COVID-19) dan Penjara Jelebu dan Kuarters Kakitangan Penjara Jelebu,
Negeri Sembilan.
Kampung Panginatan dan Kampng Maringkan di Ranau, Sabah.
Pusat Koreksional Kamunting (Kemta), Taiping, Perak dan kuarters
kakitangannya.
Dua lokaliti di Johor iaitu Asrama Pekerja Kejora Juara di Bukit Pasir,
daerah Muar serta Asrama Pekerja Westlite 1 dan Westlite 2 di daerah
Senai.
Kampung Timbang Dayang, Kota Belud Sabah.
Submukim Ipoh, Perak.
Kampung Orang Asli Batu 6, Batang Padang, Perak.
Blok Tahanan dan Kuarters Depot Tahanan Imigresen Pekan Nenas,
Pontian Johor.

Page 158 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

26 Jan 2021 Penjara Taiping dan Kuarters Kakitangan Perak.
28 Jan 2021 Pusat Koreksional Dungun dan Kuarters Kakitangan & Pusat Transit
tahanan (PTP) Penjara Marang, Terengganu.
3 Feb 2021 Felda Bersia, Hulu Perak, Perak.
4 Feb 2021 Felda Lasa & Kampng Besi Api Kuala Kangsar Perak, Tapak Bina Karters
TNB Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terenggan dan Felda Tersat Kuala
6 Feb 2021 Berang Hulu Terengganu, Terengganu.
Kampung Sebako 1 & 2, Lundu, Sarawak dan Sekolah Menengah Sultan
11 Feb 2021 Idris Shah II, Gerik, Perak.
12 Feb 2021 Kampung Teluk Setiawan, Perak.
16 Feb 2021 Bandar Raub Perdana, Raub, Pahang.
17 Feb 2021 Penjara Tapah dan Karters Kakitangan, Tapah, Perak.
18 Feb 2021 Kampung Sungai Maong, Kuching, Sarawak.
23 Feb 2021 Felda Triang 3, Bera, Pahang.
Kampung Emperoh Jambu Padawan, Kuching Sarawak dan Kampung
25 Feb 2021 Tanah Merah, Kota Marudu, Sabah.
27 Feb 2021 Hostel Centennial, Kampung Acheh, Setiawan, Perak.
Kampung Sinsingon dan Kampng Lotong Nabawan, Sabah dan Sentosa,
2 Mac 2021 Daerah Sibu, Sarawak.
5 Mac 2021 Felda Jengka 1, 2, 7 dan Felda Ulu Jempol, Maran, Pahang.
6 Mac 2021 Rumah Sewa Anong dan Rumah Sewa Beverly Hills, Bintulu, Sarawak
Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka dan Kuarters Jelutung Mukim
16 Mac 2021 Bebar, Pekan Pahang.
26 Mac 2021 Pulau Tioman, Daerah Rompin, Pahang.
27 Mac 2021 Kampung Lebak Moyoh dan Kampung Siasai Tamu, Kota Belud, Sabah
Taman Guru, Jalan Gambang, Pahang dan Kampung Batu Gong dan
1 April 2021 Kampung Chupak, Siburan, Sarawak.
Kampung Ranggu Batu 10, Taman Semarak Fasa 2 dan Kampung Baru
2 April 2021 Pasir Putih, Tawau Sabah.
Kampung Rimbayan, Keningau dan Kampung Simpang 3A, Merotai
3 April 2021 Tawau, Sabah.
Perumahan Kilang Sungai Tenegang, Kinabatangan Sabah serta Kampung
7 April 2021 Baji, Sarikei dan Sg. Rassau, Batang Igan, Mukah, Sarawak.
Kampung Murni C, Nabawan, Sabah dan Kampung Belaoh, Kampung
8 April 2021 PPRT Belaoh Baru dan Kampung Keruak, Hlu Besut, Terengganu.
Penjara Sri Aman, Kuarters Kakitangan, Sri Aman & Kampng Serpan Laut,
9 April 2021 Asal Jaya, Samarahan, Sarawak.
Lima kawasan taman perumahan dan perkampungan (Taman Menting
10 April 2021 Jaya, Taman Perdana, Perkampungan Peramu Jaya 3, Taman Sepekan
Makmur dan Kampung Pulau Serai) di daerah Pekan, Pahang.
Kampung Gayang, Tuaran dan Institut Latihan Perindstrian (ILP) Taman

Page 159 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

13 April 2021 Permata serta Taman Seri Labuk, Sandakan, Sabah.
14 April 2021 Kampung Meruntum, Putatan, Sabah.
Taman Villa Mas, Tawau dan Kampung Malangkap Tomis, Kota Belud dan
15 April 2021 Flat Sim-Sim, Mukim Berhala, Sungai Obar, Mukim Sentosa, Sandakan
17 April 2021 Sabah dan Perkampungan di Temerloh Pahang.
Ladang Leepang, Ladang Laukin, Kampung Inoi Muadzam Shah, Rompin
22 April 2021 Pahang.
23 April 2021 Taman Tawau Lama dan Kampung Batu Payung, Tawau Sabah, Institut
24 April 2021 Aminuddin Baki & Kuarters Kakitangan, Sri Layang, Bentong, Pahang dan
27 April 2021 Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas, Kota Bharu, Kelantan.
28 April 2021 Tiga taman perumahan (Taman Aman 3, Taman Aman Jaya dan Taman
Palm Heights) di Lahad Datu, Sabah.
5 Mei 2021 Maahad Tahfiz Al-Quran, Al-Isriah, Banggol Chicha, Pasir Mas, Kelantan.
7 Mei 2021 Sekolah Menengah Sains Banting, Kuala Langat, Selangor.
8 Mei 2021 Kawasan Pembinaan Empangan Hidroelektrik Baleh, Kapit, Sarawak.
PPR Batu 2 Lorong Habib Abdul Rahman & PPR Batu 8 Jalan Apas Tawau,
9 Mei 2021 PPR Kompleks Abedon, Kinabatangan & Felda Umas, Kalabakan, Sabah
10 Mei 2021 dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Balinggian, Sibu,
Sarawak.
Taman Tanah Putih Baru, Kuantan, Pahang.
Sekolah Menengah Ugama (SMU) Papar, Sabah, Kampung Permatang
Tulang, Jasin, Melaka dan Kampung Lubok Katak Tapah, Perak.
16 Lokaliti Sungai Ruan dan dan Lokaliti Sempalit, Raub Pahang dan
Sekolah Sukan Sukan Tun Mahkota Ismail (SSTMI) Bandar Penawar, Kota
Tinggi, Johor.
Tiga perkampungan (Kampung Paya Ular, Kampung Tualang dan
Kampung Bechah Palas) di Mukim Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan.
Kampung Meripoh dan Kota Bahagia, Muadzam Shah, Rompin Pahang
dan Genting View Resort, Apartment Meranti, Pahang.

6. KESIMPULAN

Malaysia merupakan negara di Asia Tenggara yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) yang terawal bagi membendung penularan pandemik COVID-19 pada pertengahan Mac
2020. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan Malaysia adalah langkah
yang wajar bagi mencegah wabak yang semakin menular pada peringkat awalnya. Sebelum
pilihanraya di Sabah pada akhir September 2020, kes positif COVID-19 adalah semakin menurun.
Namun, kebelakangan ini, jangkitan COVID-19 di Malaysia dilihat semakin meningkat dan tidak
terkawal disebabkan wujudnya pelbagai kluster yang menjadi punca jangkitan COVID-19. Oleh
yang demikian, kerajaan perlu meningkatkan kawalan dengan lebih teliti di samping

Page 160 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

memperketatkan SOP yang sedia ada bagi mengurangkan jangkitan wabak penyakit COVID-19.
Kesedaran awam perlu dititikberatkan dengan mengelakkan perkumpulan massa dan sentiasa
memakai pelitup muka dan kerap menggunakan pembasmi kuman. Kerjasama dan komitmen
yang tinggi oleh semua pihak perlu dipertingkatkan dalam mencegah pandemik COVID-19,
seterusnya memutuskan rantaian penularannya di negara ini.

PENGHARGAAN
Penulis ingin merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan
Universiti Malaysia Sabah kerana membiayai kajian ini di bawah Geran Penyelidikan Skim Dana
Khas [SDK0139-2020] yang bertajuk “Implikasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Kesan
Penularan Pandemik COVID-19 Terhadap Kesejahteraan Komuniti Pulau di Negeri Sabah”.

Biografi
¹Mohd. Halipah bin Jetendra, Pelajar Sarjana. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti
Malaysia Sabah, Sabah, Malaysia. E-mel: [email protected]. Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) dalam Tempoh Penularan Pandemik COVID-19 di Malaysia: Konsep dan Pelaksanaannya.
²Jabil Mapjabil, Profesor Madya Dr. Institut Kajian Orang Asal Borneo (BorIIS), Universiti Malaysia
Sabah, Sabah, Malaysia. E-mel: [email protected]. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam
Tempoh Penularan Pandemik COVID-19 di Malaysia: Konsep dan Pelaksanaannya.

Page 161 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

RUJUKAN

Adib, P. & Dawn, C. (7 Jun 2020). CMCO to end, replaced with RMCO until Aug 3[NSTTV].
https://www.nst.com.my. Diakses pada 8 November 2020.

Astro Awani. (10 April 2020). Kompaun RM1000 terlalu rendah? https://www.

astroawani.com/video-malaysia/kompaun-rm1-000-terlalu-rendah-1842872. Tarikh

diakses pada 30 Mei 2021.

BBC News. (22 January 2020). Wuhan Lockdown: A Year of China’s Fight Against the COVID-19
Pandemic. https://www.bbc.com/news/world-asia-china-55628488. Tarikh Dicapai 28 Mei
2021.

Berita Harian. (12 Januari 2020). Kronologi Pelaksanaan Fasa PKP. https://www.bharian.co
m.my/berita/nasional/2021/01/775155/kronologi-pelaksanaan-fasa-pkp.Tarikh diakses 25
Mei 2021.

Berita Harian. (25 Januari 2020). Tiga Pelancong China Positif Coronovirus 2019-nCOV di Malaysia.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/01/649836/tiga-pelanco -ng -china-
dalam-kuarantin-di-johor-positif-coronavirus. Tarikh Dicapai 24 Mei 2021.

Berita Harian. (11 April 2020). PKP: Kronologi PKP sehingga 10 April. https://www.sinar

harian.com.my/a rticle/78340/KHAS/Covid-19/PKP-Kronologi-PKP-sehingga-10-April.

Tarikh Dicapai 25 Mei 2021.

Berita Harian. (14 April 2020). PKPD Sebahagian Sungai Lui ditamatkan, Simpang Renggam
Dilanjut. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/677002/pkpd-sebaha
gian-sungai-lui-ditamatkan-simpang-renggam-dilanjut. Tarikh Dicapai 25 Mei 2021.

Berita Harian. (30 Mei 2020). Banyak Negara Terpaksa Buat “Lockdown” Kedua.
https://www.sinarharian.com.my/article/118775/GLOBAL/Banyak-negara-terpaksa-buat-
lockdown-kedua. Tarikh Dicapai 25 Mei 2021.

Corbin, J. & Strauss A. (2008). Basics of Qualitative Research: Techniques and Procedures for
Developing Grounded Theory (3rd ed.). Thousand Oaks, CA: Sage.

Denzin, N. (1970). The Research Act in Sociology. Chicago: Aldine.

DeWitte, S. N. (2014). Mortality risk and survival in aftermath of the Medievel Black Death.
PLoS One, 9 (5).

Emannuel, S. (10 September 2020). With RMCO extended to Dec 31, here's a (gentle) reminder
of what you can and cannot do. https://www.malaymail.com/news/
malaysia/2020/09/11/with-rmco-extended-to-dec-31-heres-a-gentle-reminder-of-
whatyou-can-and-ca/1902112. Tarikh Dicapai 30 Mei 2020.

Gaim James Lunkapis, Rosazman Hussin, Colonius Atang, Romzi Ationg & Kursam Ongui.
(2020). Potensi Aplikasi Penilaian Impak Sosial Untuk Menilai Dasar Dan Program

Page 162 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Kerajaan Semasa Pandemik COVID-19. Journal of Islamic, Social, Economics and
Development (JISED), Vol. 5 (32), October 2020, 14-25.

Harifah Mohd Noor, Jabil Mapjabil, Adilah Md Ramli, Jurry Foo @ Jurry Bt F. Michael, Ubong Imang
& Rima Abdul Rahman. (2020). Resilien keusahawanan makanan tradisi sebagai produk
pelancongan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang pandemik
COVID-19 di Negeri Sabah. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED),
Vol. 5 (32), October 2020, 50-62.

Honingsbaum. M. (2009). Historical keyword Pandemic. The Lencet, 373.

Jabil Mapjabil, Nor-ina Kanyo, Rosazman Hussin, Badariah Ab. Rahman, Abentin Estim, Datu Razali
Datu Eranza, Abdul Hamid Abdul Rahim & Mohd. Halipah Jetendra. (2020a). Implikasi
perintah kawalan pergerakan kesan penularan pandemik COVID-19 terhadap kesejahteraan
komuniti pulau: Suatu tinjauan literatur. Journal of Islamic, Social, Economics and
Development (JISED), 5 (32), 108-120.

Jabil Mapjabil, Nor-ina Kanyo, Rosazman Hussin, Badariah Ab. Rahman, Abentin Estim, Datu
Razali Datu Eranza, Abdul Hamid Abdul Rahim, Natasya Farhana Nazry & Mohd. Halipah
Jetendra. (2020b). Tahap pengetahuan dan Ketersediaan Komuniti Semasa Tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Kesan Penularan Pandemik COVID-19 di Kampng
Kasuapan, Pulau Gaya, Sabah. Journal of Islamic, Social, Economics and Development
(JISED), 3 (14), 33-51.

Kementerian Kesihatan Malaysia. (2021). Status Terkini COVID-19 di Malaysia.
https://images.app.goo.gl/8UCmtmFUYDXDcsMF7. Tarikh Dicapai 1 Jun 2021.

Mohd Farhan Md Ariffin & Mohd Izzat Mohd Abd Shukur. (2021). Respons Masyarakat
Malaysia Terhadap Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. International Research
Conference On Shariah Compliant Industries. 9-11 Februari 2021.

Morens, D. M., Folkers, G. K. & Fauci, A. S. (2009). What is a pandemic? J Infect Dis., 200 (7),
1018-1021.

Nita Madhav, Oppenheim, B. & Gallivan, M. (2014). Pandemic: Risk, Impacts and
Mitigation.The International Bank for Reconstruction and Development, Washington
(DC).

Nor-Ina Kanyo, Ahmad Tarmizi Abdul Rahman, Jabil Mapjabil, Rosazman Hussin, Suhailah
Abdul Muin5, Jashmaira Kipli. (2020). Tinjauan strategi pelaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) dalam menghadapi pandemik COVID-19 di Malaysia. Journal of Islamic,
Social, Economics and Development (JISED), 5 (32), October 2020, 1-13.

Rano Mal Piryani, Suneel Piryani, Shomeeta Piryani, Dhana Ratna & Mzaherul Huq. COVID-19
and Lockdown: Be Logical in Relaxing it. Journal of Lumbini Medical College 2020:88(1)
Vol.8.No.1 Jun 2020.

Shah, A. U. M., Safri, S. N. A., Thevadas, R., Noordin, N. K., Rahman, A. A., Sekawi, Z., Ideris, A.

Page 163 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

& Sultan, M. T. H. (2020). COVID-19 outbreak in Malaysia: Actions taken by the Malaysian
government. International Journal of Infectious Diseases. 97, 108-116.
World Health Organization. (2020). Coronavirus. https://www.who.int/health-topics/corona
virus#tab=tab. Diakses pada 8 November 2020
Jabil Mapjabil, Nor-ina Kanyo, Rosazman Hussin, Badariah Ab. Rahman, Abentin Estim, Datu
Razali Datu Eranza, Abdul Hamid Abdul Rahim, Natasya Farhana Nazry & Mohd. Halipah
Jetendra. (2020) Tahap pengetahuan dan Ketersediaan Komuniti Semasa Tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Kesan Penularan Pandemik COVID-19 di Kampng
Kasuapan, Pulau Gaya, Sabah. Journal of Islamic, Social, Economics and Development
(JISED), Vol. 3 (14), December 2020, 33-51.
Mohd Farhan Md Ariffin & Mohd Izzat Mohd Abd Shukur. (2021). Respons Masyarakat
Malaysia Terhadap Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. International Research
Conference On Shariah Compliant Industries. 9-11 Februari 2021.
Morens, D. M., Folkers, G. K. & Fauci, A. S. (2009). What is a pandemic? J Infect Dis,200 (7),
1018-1021.
Nita Madhav, Oppenheim, B. & Gallivan, M. (2014). Pandemic: Risk, Impacts and
Mitigation.The International Bank for Reconstruction and Development, Washington
(DC).
Nor-Ina Kanyo, Ahmad Tarmizi Abdul Rahman, Jabil Mapjabil, Rosazman Hussin, Suhailah
Abdul Muin5, Jashmaira Kipli. (2020). Tinjauan strategi pelaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) dalam menghadapi pandemik COVID-19 di Malaysia. Journal of Islamic,
Social, Economics and Development (JISED), Vol. 5 (32), October 2020, 1-13.
Rano Mal Piryani, Suneel Piryani, Shomeeta Piryani, Dhana Ratna & Mzaherul Huq. COVID-19
and lockdown: Be logical in relaxing it. Journal of Lumbini Medical College 2020:88(1)
Vol.8.No.1 Jun 2020.
Shah, A. U. M., Safri, S. N. A., Thevadas, R., Noordin, N. K., Rahman, A. A., Sekawi, Z., Ideris, A.
& Sultan, M. T. H. (2020). COVID-19 outbreak in Malaysia: Actions taken by the Malaysian
government. International Journal of Infectious Diseases. 97, 108-116.
World Health Organization. (2020). Coronavirus. https://www.who.int/health-topics/corona
virus#tab=tab. Diakses pada 8 November 2020

Page 164 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Edu/Malay/Id: 80

KAEDAH PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA MELAYU MURID MASYARAKAT
ORANG ASLI (OA) DI KAMPUNG BAHRU LENGA, JOHOR, SEPANJANG PANDEMIK

COVID-19

Nora’Azian Nahar*1, Nurul Jamilah Rosly 2

1,2Jabatan Bahasa Melayu, Kulliyyah Bahasa dan Pengurusan (KLM),
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Pagoh, Malaysia

(E-mel: [email protected] , [email protected] )

ABSTRAK
Kegagalan anak-anak Orang Asli (OA) menguasai kemahiran asas membaca pada tahap 1 (Tahun
1, 2 dan 3) telah mula mendapat perhatian daripada ibu bapa sepanjang pandemik COVID-19
melanda. Kajian ini dijalankan untuk menganalisis kaedah pembelajaran membaca Bahasa
Melayu dalam kalangan anak-anak masyarakat Orang Asli (OA) pada tahap 1 yang ketinggalan
akibat wabak yang melanda menyebabkan mereka terpaksa duduk di rumah tanpa menyertai
proses pembelajaran secara bersemuka atau pembelajaran dalam talian. Kajian ini dijalankan
menggunakan reka bentuk kualitatif. Kaedah pengumpulan data dilakukan dengan cara
pemerhatian dan menemu bual tujuh orang peserta kajian dalam kalangan ibu bapa, guru dan
pihak pentadbir sekolah murid masyarakat OA di Kampung Bahru, Lenga Johor bagi mendapatkan
data primer. Hasil dapatan daripada transkripsi temu bual dan analisis video yang dihantar oleh
ibu bapa kepada pihak sekolah, menunjukkan walaupun anak-anak OA tidak mengikuti kelas
dalam talian disebabkan ketiadaan komputer, telefon bimbit dan liputan Internet namun ibu bapa
masyarakat OA berusaha agar anak-anak mereka dapat mengikuti kelas di rumah. Ibu bapa
mereka telah memberikan kerjasama yang padu dengan pihak sekolah dan pihak universiti
setempat untuk mendapatkan bahan-bahan pengajaran secara salinan keras untuk mereka
sendiri memotivasikan anak-anak mereka sekali gus berusaha untuk menyesuaikan diri dengan
sistem pendidikan. Usaha meningkatkan pendidikan generasi komuniti terawal di negara ini harus
digembleng oleh semua pihak agar murid OA dapat meneruskan kelangsungan hidup tanpa
mengesampingkan budaya tradisional mereka.
Kata kunci : kelas dalam talian, membaca, motivasi, Orang asli, pandemik COVID-19,

Page 165 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

ABSTRACT
Failure of Orang Asli (OA) or indigenous people children to master basic reading skills during level
1 (Standard 1, 2, and 3) has begun to receive attention from parents throughout the COVID-19
pandemic. This study was conducted to analyse a program to improve reading level among
children of OA community at level 1 who were left behind due to the pandemic that hit causing
them to sit at home without participating in face-to-face learning process or online learning. The
study was conducted using a qualitative design. The data collection method was done by
observing and interviewing 7 respondents, namely parents, teachers and school administrators
of OA community in Kampung Bahru, Lenga Johor to obtain primary data. Findings from
transcripts of interviews and video analysis sent by parents to the school, show that although OA
children do not attend online classes due to the lack of computers, mobile phones and Internet
coverage, OA parents strive to ensure that their children can continue taking classes at home.
Their parents have provided good cooperation with the local school and university to obtain hard
copy teaching materials for themselves to motivate their children and at the same time strive to
adapt to the education system. Efforts to improve the education of the earliest generation of
communities in the country must be mobilized by all parties so that OA students can continue to
survive without neglecting their traditional culture.
Keywords: COVID-19 pandemic, online classes, indigenous people, reading, motivation

Page 166 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

1. Pengenalan

Membaca dapat diertikan sebagai satu perlakuan mendapatkan maklumat melalui lambang-
lambang bertulis atau bercetak. Aktiviti membaca melibatkan dua proses, iaitu menterjemahkan
lambang bertulis atau bercetak kepada bunyi bahasa dan mendapatkan maklumat atau makna
daripada bunyi bahasa yang disuarakan. Oleh itu, membaca melibatkan proses mekanis dan
proses mental. Pendekatan pengajaran bahasa wujud berlandaskan teori linguistik dan psikologi.
Berdasarkan pendekatan tersebut, terdapat prosedur mengajar yang dikenali sebagai kaedah.
Sesuatu kaedah merupakan prosedur yang terdiri daripada langkah-langkah dan peringkat-
peringkat teratur yang harus dituruti dengan saksama untuk mencapai tujuan tertentu (Faridah
Nazir et al., 2016).

Di peringkat sekolah rendah terutama pada tahap 1 guru-guru perlu mempunyai kepakaran
dalam menentukan kesediaan membaca. Murid perlu disediakan dengan bacaan awal atau
bacaan asas. Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca seseorang kanak-kanak
adalah keadaan fizikal, pengalaman dan persekitaran, emosi dan motivasi serta kecerdasan dan
perkembangan kognitif. Dari segi fizikal, kemampuan kanak-kanak dilihat dari sudut yang
diajarkan, keupayaan matanya mengecam bentuk keupayaan pendengarannya mengecam bunyi-
bunyi. Dari segi emosi, kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi minatnya terhadap bahan
bacaan dan minatnya untuk mendengar bacaan, terutamanya bahan cerita. Dari segi mental pula,
kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi keupayaannya mengingat perkara yang telah diberitahu
dan kebolehannya menyatakan apa-apa yang diketahuinya semula ( Tuan Jah Tuan Yusof et al.,
(2011).

Peringkat pengajaran bacaan kedua iaitu prabacaan. Peringkat ini merupakan satu tempoh
masa menyediakan murid untuk membaca. Pada peringkat prabacaan meliputi kemahiran
pengamatan pendengaran, kemahiran pengamatan penglihatan, aktiviti koordinasi psikomotor,
latihan menajamkan daya ingatan, dan latihan pertuturan. Untuk mencapai kemahiran-
kemahiran tersebut, aktiviti prabacaan boleh dilakukan menggunakan permainan huruf, suku
kata, dan perkataan untuk mengukuhkan kemahiran tersebut lagi. Pada peringkat ketiga pula iaitu
peringkat bacaan mekanis iaitu murid-murid yang sudah dapat menyebut huruf, suku kata,
perkataan, frasa dan ayat-ayat mudah dan boleh membatang perkataan yang mengandungi suku
kata terbuka dan tertutup bermula dengan konsonan. Kaedah-kaedah membaca sistematik yang
boleh digunakan ialah pandang dan sebut, Kaedah terus, Bunyi kata dan Kaedah Abjad atau
mengeja (Faridah et al., 2016). Namun tiga kaedah pengajaran dan pembelajaran yang amat
efektif untuk kemahiran membaca adalah seperti yang digambarkan dalam Rajah 1.1:

Page 167 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Rajah 1.1 : Kaedah Pengajaran Kemahiran Membaca
(diadaptasi daripada Faridah et al., 2016)

Peringkat keempat ialah peringkat bacaan dan kefahaman. Peringkat kefahaman merupakan
peringkat pelengkap kepada keperluan bacaan kerana tanpa kefahaman terhadap topik yang
dibaca, perlakuan bacaan itu sama ada bermakna atau tidak bermakna. Pada tahap bacaan dan
kefahaman ini murid sepatutnya mempunyai keupayaan untuk mengumpul maklumat dan makna
perkara yang dibaca. Pada peringkat ini murid seharusnya sudah berkebolehan mentafsir dan
menilai sesuatu dengan sepenuhnya tentang perkara yang dibaca.

Persoalannya, bagaimanakah murid-murid tahap 1 masyarakat OA belajar membaca
sepanjang pandemik COVID-19?

Pernyataan masalah

Masalah utama murid Orang Asli (OA) ialah kadar keciciran yang tinggi dalam pelajaran dan tidak
menguasai keempat-empat kemahiran dalam bahasa Melayu. Pencapaian akademik yang rendah
dalam kalangan murid-murid OA merupakan satu refleksi kepada ketidakmampuan mereka untuk
menguasai kemahiran asas membaca (Nurwaliza Abdul Wahab el al., (2016). Kajian Nur Bahiyah
Abdul Wahab et al., (2015) mendapati murid OA juga mengalami kesukaran memahami pelajaran
di sekolah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dan mereka mudah lupa
perkara yang telah dipelajari. Dapatan kajian Muizzuddin et al., (2018) pula menunjukkan bahawa
murid OA didapati tidak berminat dan tidak bermotivasi untuk ke sekolah serta melanjutkan
pelajaran ke peringkat seterusnya kerana mereka menganggap sekolah sebagai tempat bermain
dan makan sahaja. Murid OA menekankan cara hidup yang mudah, sekadar meneruskan hidup
tanpa memikirkan perancangan masa hadapan. Bagi mereka pelajaran tidak penting kerana latar
belakang keluarga mereka yang berpencapaian pendidikan yang rendah. Hal ini juga disebabkan
lokasi penempatan Orang Asli yang kebanyakannya jauh di pedalaman menyebabkan darjah
kebolehcapaian kepada kemudahan pendidikan agak rendah ( Mazdi Marzuki et al., 2014).

Walaupun guru telah mempelbagaikan strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran
Page 168 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

bagi menarik minat belajar dalam kalangan murid-murid OA (Wahab & Ramlee Mustapha (2015)
namun murid OA amat sukar untuk terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Berdasarkan kajian Norwaliza Abdul Wahab & Ramlee Mustapha (2015) guru
dicadangkan untuk menerapkan elemen budaya masyarakat OA bagi meningkatkan penglibatan
mereka pedagogi yang digunakan juga perlu bersesuaian dengan budaya dan keperluan murid OA
bagi meningkatkan motivasi dan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(Ramlee Mustapha e tal., 2010). Haslinda et al., (2015) pula menyarankan agar menggunakan
kaedah bermain sebagai medium pengajaran yang berkesan bagi mereka kerana anak-anak OA
menyukai pendidikan tidak formal khasnya yang menawarkan kebebasan dengan melakukan
aktiviti yang lebih mencabar dengan alam sekeliling. Sepanjang pandemik COVID-19, Eva Luthfi
(2020) pula melihat ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak sewaktu
sesi pembelajaran secara dalam talian terutama anak-anak di sekolah rendah dan TADIKA.

Halangan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah diumumkan oleh
kerajaan Malaysia bermula pada 18 Mac 2020 menyebabkan anak-anak OA semakin kehilangan
semangat untuk belajar dan untuk ke sekolah. Guru sekolah juga tidak dibenarkan masuk ke
kawasan penempatan masyarakat OA mengakibatkan murid tahap 1 dari Tahun 1 hingga Tahun
3 menghadapi masalah untuk menguasai kemahiran membaca dalam bahasa Melayu. Perkara ini
dilihat satu perkara yang serius kerana asas pembelajaran untuk menguasai subjek-subjek lain
seperti Matematik, Sains, Pendidikan Moral, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, dan Bahasa
Inggeris bermula daripada kemahiran membaca dan memahami. Usaha-usaha patut dilakukan
oleh pihak sekolah dan ibu bapa murid OA untuk memastikan walaupun mereka terpaksa duduk
di rumah namun Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) tetap berlangsung. Kerjasama pihak ibu
bapa dengan pihak sekolah perlu dieratkan untuk memastikan pengajaran di rumah diambil alih
oleh ibu bapa, kakak, abang atau sesiapa sahaja yang boleh mengambil alih tugas guru di sekolah.
Kajian ingin dijalankan bagi meninjau keberkesanan langkah yang telah diambil oleh pihak sekolah
dan pihak ibu bapa di Kampung Bahru Lenga, Johor.

Jelasnya, tidak terdapat kajian bagi mengenal pasti kaedah pembelajaran membaca bahasa
Melayu dalam kalangan murid masyarakat OA sepanjang COVID-19 dan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) dijalankan. Berdasarkan permasalahan yang dinyatakan di atas, kajian ingin
dijalankan bagi mencapai matlamat Pembangunan Lestari yang menekankan pendidikan kepada
semua menjelang 2030 dan selaras dengan matlamat Pembangunan Lestari (SDG). Kajian hanya
memfokuskan murid Tahun 2 dan Tahun 3 di SK Kampung Bahru, Lenga, Johor bersandarkan
berdasarkan teori pembelajaran Vygotsky (1934).

Objektif Kajian

Antara objektif kajian ini dijalankan adalah seperti berikut:

1. Mengenal pasti kaedah yang digunakan oleh murid OA untuk menguasai asas kemahiran
membaca dalam bahasa Melayu melalui Program Guru Cilik.

2. Mengenal pasti usaha pihak sekolah untuk menggalakkan murid-murid OA ke sekolah bagi
meneruskan pembelajaran kemahiran membaca setelah tamat pandemik COVID-19?.
Page 169 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Persoalan Kajian
Antara persoalan kajian yang ingin dijawab dalam penyelidikan ini adalah seperti berikut:

1. Apakah kaedah yang dapat digunakan oleh guru cilik untuk membimbing rakan-rakan
sebaya bagi menguasai kemahiran asas membaca bahasa Melayu sepanjang pandemik
COVID-19?

2. Apakah cara untuk menggalakkan murid-murid OA hadir ke sekolah bagi meneruskan
pembelajaran membaca setelah tamat pandemik COVID-19?

Jelasnya, keempat-empat peringkat bacaan ini harus dilalui oleh murid-murid di tahap 1. Oleh
sebab pandemik COVID-19 melanda dunia, kelas secara semuka di sekolah tidak dapat dijalankan
ditambah dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia. Murid-murid dalam kalangan
masyarakat Orang Asli (OA) menghadapi masalah untuk belajar secara dalam talian . Pihak
sekolah dan pihak ibu bapa masyarakat OA perlu mengambil inisiatif supaya pengajaran dan
pembelajaran dari rumah dapat dijalankan.

Permasalahan ini juga ingin dirungkaikan berdasarkan kerangka Teori Kajian Vygotsky
(1934) seperti di Rajah 1.2.

Rajah 1.2 : Teori Psikososial Vygotsky (1934)
Sumber : Tharp & Gallimore (1984)

(adaptasi daripada Hasnalee Tubah et al., (2011)

Page 170 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Rajah 2: menunjukkan Kerangka teori kajian Pembelajaran Membaca Teori Vygotsky (1886 -
1934). Berdasarkan Teori Vygotsky empat prinsip akan diberikan perhatian dalam kajian ini.
Prinsip pertama, kanak-kanak perlu membina pengetahuan dari konteks sosial kepada konteks
individu. Kedua, perkembangan kanak-kanak tidak dapat dipisahkan daripada konteks sosial.
Ketiga, Zon Perkembangan Terdekat (ZPT) perlu diambil kira dalam perkembangan mental kanak-
kanak. Keempat, bahasa memainkan peranan yang sangat penting dalam perkembangan mental
kanak-kanak. Perbincangan dalam makalah ini dihadkan hanya peringkat permulaan membaca
iaitu tahap 1.

2. Metodologi Kajian
Pengumpulan data kajian berdasarkan carta aliran pada Rajah 1.3.

Rajah 1.3: Reka bentuk Kajian
Kajian ini dijalankan menggunakan reka bentuk kualitatif seperti carta aliran 1.3. Proses
pengumpulan data bermula daripada pemerhatian di lapangan sewaktu pihak sekolah
mengadakan program Guru Cilik pada 11 April 2021 di Dewan Seminar Sekolah Kebangsaan
Kampung Bahru (SKKB). Oleh sebab, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disambung semula,
pergerakan penyelidikan terbatas. Penyelidik terpaksa mendapatkan data melalui temu bual
daripada aplikasi media sosial seperti panggilan telefon, WhatsApp, dan Telegram. Data-data
diperoleh daripada temu bual melalui panggilan telefon dan perbincangan melalui aplikasi
WhatsApp dan Telegram bagi ibu bapa masyarakat OA yang boleh membaca dan menulis. Bagi
ibu bapa dan informan yang tidak boleh membaca, penyelidik menggunakan panggilan telefon
sahaja. Selain itu, data diperoleh melalui video-video pendek yang dikongsikan oleh ibu bapa

Page 171 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

murid OA kepada pihak sekolah dan pihak penyelidik. Laporan data ini merupakan hasil temu bual
yang telah ditranskrip dan video-video yang telah dianalisis oleh penyelidik. Selain itu, penyelidik
menghubungi pihak guru dan pentadbir sekolah untuk mendapatkan data bagi kehadiran murid
OA selepas PKP fasa pertama.

Responden

Subjek kajian bagi penyelidikan ini ialah murid OA Tahun 2 dan Tahun 3 di Sekolah Kebangsaan
Kampung Bahru, Lenga Johor. Seramai 4 orang murid OA dari Tahun 2 dan seorang guru cilik
dipilih dalam kalangan murid Tahun 2 yang boleh membaca untuk membimbing rakan-rakannya.
Bagi murid Tahun 3 pula seramai 5 orang dan seorang guru cilik yang boleh membaca dari Tahun
3. Namun untuk mendapatkan kesahihan data, penyelidik telah menemu bual ibu bapa murid-
murid OA yang bertindak sebagai pemantau bagi program ini. Temu bual juga dijalankan melalui
telefon dan perkongsian video-video dengan guru pembimbing dari Sekolah Kebangsaan
Kampung Bahru Lenga serta guru pembimbing dalam kalangan masyarakat OA di Perkampungan
Orang Asli Kampung Sentosa sepanjang program membaca ini dijalankan.

Responden yang memberikan maklumat dan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan
dalam penyelidikan ini adalah seperti berikut : Nama-nama yang tercatat di dalam jadual
bukanlah nama sebenar informan.

Informan Umur Hubungan Tugas
Puan Nora 44 Ibu kepada murid Tahun 3 Memantau murid Kumpulan guru
Puan Ketik 42 cilik Tahun 3
Tok Batin 50 Ibu kepada guru cilik Tahun 2 Memantau murid Kumpulan Guru
40 Cilik Tahun 2
Ibu Aini- 28 Ketua bagi penduduk di Mengarahkan penduduk kampung
Guru Cilik Perkampungan Orang Asli dan memantau semua aktiviti di
darjah 3 32 Kampung Sentosa, Lenga Perkampungan tersebut.
Guru OA Ibu kepada guru cilik Tahun 3 Memantau segala aktiviti dan
program membaca yang diadakan di
Cikgu BM Guru masyarakat OA yang rumah guru cilik.
(SKKB) ditugaskan untuk membimbing Menyelia dan membimbing guru cilik
anak-anak OA di untuk membaca dan menerangkan
perkampungan OA Kampung kaedah / cara mengajar rakan
Sentosa sebaya.
Guru sekolah tempat murid-
murid OA belajar secara formal Menyediakan bahan PdP yang akan
digunakan oleh guru cilik bagi
program membaca sepanjang
Pandemik COVID-19

Page 172 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Guru besar 45 Guru Besar sekolah tempat Memberikan laporan hasil dapatan
(SKKB)
murid-murid OA belajar daripada program guru cilik dan

pembinaan pondok bacaan.

Instrumen Kajian

Perbualan-perbualan melalui telefon, maklumat yang ditulis dalam aplikasi WhatsApp dan
perkongsian video-video pendek melalui Telegram sepanjang pembelajaran kemahiran membaca
oleh murid-murid OA. Instrumen-instrumen tersebut ditranskrip ke dalam bahasa Melayu
standard untuk diterjemahkan sebagai dapatan kajian. Apabila dirakam, bentuk bahasa tidak
seperti yang biasa digunakan (Teo Kok Seong, 2021) namun dalam kajian ini oleh sebab video
dirakam oleh ahli keluarga mereka sendiri menyebabkan mereka lebih selesa dan menjadikan
kelas santai. Berdasarkan video-video yang telah dikongsikan oleh ibu-ibu yang memantau
program membaca anak-anak OA ini didapati murid sangat gembira dan menghadiri kelas dengan
suasana yang bersahaja.

Kaedah Pengumpulan Data

Setelah penyelidik mendapat kelulusan untuk menjalankan kajian, penyelidik terus menghubungi
pihak sekolah SK Kampung Bahru (SKKB), Lenga, Johor dan Tok Batin bagi mewakili masyarakat
OA di Perkampungan Orang Asli Sentosa, Lenga, Johor. Pihak sekolah telah mengatur perjumpaan
secara semuka dengan penyelidik-penyelidik daripada Kulliyyah Bahasa dan Pengurusan (KLM),
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), murid-murid OA tahap 1 (Tahun 2 dan Tahun 3)
dan wakil daripada pihak ibu bapa murid OA. Tujuan perjumpaan bagi melancarkan program guru
cilik dan pondok bacaan di kawasan SKKB. Penyelidik turut mengadakan pertemuan dengan wakil
ibu bapa murid OA bagi tujuan mendapatkan nombor telefon dan urusan pengumpulan data
seterusnya.

Data diperoleh daripada video-video yang dihantar oleh ibu-ibu murid OA di Perkampungan
Orang Asli Sentosa, Lenga, Johor. Video dirakam secara spontan dan tersembunyi bagi
mengelakkan limitasi ketika guru cilik mengajar di kelas masing-masing. Kelas guru cilik
dibahagikan kepada 2 iaitu kelas membaca untuk Tahun 2 dan kelas membaca untuk Tahun 3.
Video-video dan temu bual dengan ibu bapa murid OA, penjaga, guru-guru pembimbing dari SK
Kampung Bahru (SKKB), Lenga, Johor dan guru pembimbing dalam kalangan guru (OA) dianalisis
dan ditranskrip untuk memperoleh data. Temu bual bagi informan yang lain dijalankan melalui
panggilan telefon, dan aplikasi WhatsApp serta Telegram. Selain itu, media sosial tersebut juga
digunakan untuk perkongsian gambar-gambar dan video-video pendek untuk mengikuti
perkembangan daripada program Guru Cilik yang dianjurkan oleh pihak SKKB. Dapatan kajian
diperoleh berdasarkan data yang ditranskrip oleh penyelidik berdasarkan temu bual dan analisis
video-video pembelajaran program guru cilik yang dilaksanakan oleh pihak SK Kampung Bahru
(SKKB), Lenga, Johor. Hasil dapatan juga diperoleh daripada analisis dokumen yang telah
dikongsikan oleh guru-guru yang mengajar bahasa Melayu di SKKB Lenga, Muar Johor berkaitan
dengan kehadiran pelajar selepas diarahkan kembali ke sekolah secara berperingkat-peringkat.

Page 173 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Berdasarkan analisis data yang telah dijalankan oleh pihak sekolah, terdapat hampir 95% murid-
murid OA hadir ke sekolah dalam tempoh (5 April 2021 hingga 7 Mei 2021). Mereka termotivasi
untuk hadir ke sekolah setelah mengetahui terbinanya pondok bacaan oleh ibu bapa mereka
sepanjang pandemik fasa pertama dahulu.

Selain itu, pihak masyarakat OA menyediakan kerusi dan meja kepada murid- murid OA
untuk mengadakan kelas membaca. Peralatan tersebut diletakkan di rumah guru cilik yang dipilih.
Anak-anak dari keluarga yang lain akan datang ke rumah pada masa yang ditetapkan. Antara
pukul 4.00 hingga 5.00 petang. Guru cilik akan menggunakan kad imbasan yang dibekalkan oleh
pihak sekolah kepada wakil ibu yang diarahkan datang ke sekolah untuk mengambil peralatan lain
seperti papan tulis, buku-buku dan alat-alat tulis yang lain dengan kerjasama daripada pihak KLM
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Ibu-ibu yang telah dipilih oleh pihak sekolah akan memantau anak-anak dari darjah 3
contohnya dipantau oleh ibu-ibu dari kalangan masyarakat OA sendiri. Mereka akan memastikan
anak-anak membaca dan merakam gambar dan video-video sebagai bukti program tersebut telah
dijalankan kepada pihak sekolah. Bagi murid darjah 2 pula guru cilik yang lain akan dipilih dan
dipantau di rumah guru cilik yang telah dipilih. Peringkat demi peringkat usaha telah dijalankan
oleh pihak sekolah dan pihak ibu bapa masyarakat OA.

3. DAPATAN KAJIAN

Hasil temu bual dan analisis video yang telah ditranskrip oleh penyelidik adalah seperti berikut.

Gambar menunjukkan program Guru Cilik. Bagi murid tahun 2 dan murid tahun 3

Objektif 1 – Kaedah pembelajaran membaca (Guru Cilik)

Pendekatan yang digunakan oleh guru cilik ialah pendekatan cerakinan menggunakan prinsip
memisahkan-misahkan satu bahagian yang besar kepada bahagian-bahagian yang kecil.
Contohnya guru cilik menggunakan kad-kad imbasan (yang disediakan oleh pihak sekolah) dan
mengikut langkah demi langkah berdasarkan video yang dikongsikan oleh ibu-ibu masyarakat

Page 174 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Orang Asal (OA). Pertama guru cilik memperkenalkan kad perkataan. Kedua, perkenalkan rangkai
kata. Contohnya hijau tua. Ketiga guru cilik memperkenalkan perkataan. Keempat
memperkenalkan suku kata, dan langkah terakhir memperkenalkan huruf contohnya guru cilik
memperkenalkan huruf-huruf yang terdapat dalam kad imbasan seperti huruf (u,n,g, u), (tem /bi
/ kai) suku kata. (Mata ), hijau muda , hijau tua, obor, arnab, daun, murid menyebut perkataan,
mengeja mengikut suku kata, mengeja mengikut suku kata, dan membatang. Cili, itik,
membunyikan mengikut fonik (i – i , tik – tik), dan kaedah abjad. Bacaan akan bergilir-gilir. Guru
cilik akan memilih pelajar yang akan membaca dan diminta untuk membaca berulang-ulang kali
sehingga betul sebutan, suku kata dan membatang perkataan berdasarkan kad imbasan yang
dipilih oleh guru cilik.

Berdasarkan video yang dikirimkan oleh ibu bapa masyarakat OA kepada guru bahasa
Melayu di sekolah tempat murid OA belajar dapat dijelaskan teknik yang digunakan oleh guru cilik
seperti berikut. Guru cilik akan menggunakan teknik bacaan imbasan (scanning) menggunakan
kad putih / kad imbasan dan jari kepada bahan dan maklumat yang terdapat pada kad imbasan
yang digunakan untuk mempercepat proses imbasan dengan cara menggerakkannya secara
pantas pada barisan perkataan ketika membaca. Guru cilik menggunakan pendekatan menyebut
perkataan-perkataan secara individu / seorang demi seorang untuk membaca. Contohnya, sebut
perkataan hitam, putih, seterika, setiap hari belajar membaca sekurang-kurangnya 5 perkataan.
Guru cilik akan menunjukkan perkataan demi perkataan dan suku kata demi suka kata bagi setiap
pelajar dan sebut hingga betul. Contohnya perkataan seterika. ( ada 4 suku kata se, te, ri, ka).

Bagi murid darjah 2 diperkenalkan 1 suku kata contoh perkataan mop ( 1 suku kata), kek (
1 suku kata). Setelah menguasai sebutan dan ejaan bagi satu suku kata kelas seterusnya guru cilik
akan mengulang teknik yang sama bagi 2 suku kata dan seterusnya proses diulang. Terdapat
empat peringkat latihan yang telah disediakan oleh guru kepada murid-murid seperti latihan
menyebut perkataan, latihan membatang perkataan kepada suku kata, latihan membina dan
menyebut perkataan yang sama semula yang sama serta latihan membina dan membaca ayat
sempurna. Berdasarkan kad imbasan yang disediakan mudahkan guru cilik untuk mengajar
menggunakan kaedah fonetik dan kaedah membaca dengan betul. Rakan-rakan yang lain akan
membatang perkataan tersebut mengikut suku kata tertentu dan memperkenalkan huruf-huruf
yang terdapat dalam setiap suku kata. Setelah murid-murid dibekalkan dengan papan putih, dan
peralatan menulis, kedua-dua orang guru cilik menggunakan kaedah membaca yang afektif
digunakan oleh guru-guru di sekolah iaitu kaedah pandang dan sebut, kaedah fonik dan kaedah
abjad seperti di rajah 1.1.

Berdasarkan Teori Kajian Pembelajaran Membaca Vygotsky (1986 – 1934) ada peringkat
asas murid perlu dibantu dengan scaffolding untuk berkembang dalam Zon Perkembangan
Terdekat (ZPT). Arahan langsung (pengajaran guru) adalah diperlukan oleh kanak-kanak pada
peringkat ini bagi membolehkan mereka mencapai tahap perkembangan yang lebih tinggi. Arahan
langsung daripada guru itu perlulah lebih bersifat realistik dan spesifik serta disampaikan secara
kreatif supaya keupayaan fungsi mental tertinggi kanak-kanak dapat dibina.

Dalam fenomena pandemik COVID-19, tugas guru boleh diteruskan kepada rakan sebaya
yang sudah menguasai kemahiran membaca dan bagi memastikan kemahiran membaca

Page 175 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

berterusan dilakukan kerana dalam norma baharu kelas secara bersemuka terpaksa dijalankan
secara dalam talian. Bagi memberikan ruang dan peluang kepada murid OA meneruskan
pembelajaran membaca semasa tempoh PKP, langkah seterusnya, perlu digalas oleh ibu bapa
bagi memastikan anak-anak yang berada di rumah terus belajar. Tugas pembantu guru bolehlah
diagihkan kepada rakan sebaya di tempat tinggal yang sama untuk membimbing rakan-rakan yang
belum menguasai kemahiran membaca. Seterusnya jika kanak-kanak tersebut telah boleh
menguasai kemahiran membaca, peranan rakan sebaya dan tanggungjawab ibu bapa boleh
ditarik keluar secara beransur-ansur agar kanak-kanak itu dapat berusaha sendiri. Dalam keadaan
tertentu kerangka bantuan akan membentuk kemahiran membaca dan memahami murid-murid
OA yang masih belum menguasai kemahiran membaca. Setelah menguasai kemahiran membaca,
murid-murid OA bolehlah diserapkan ke aliran perdana apabila kembali semula ke sekolah.
Dengan itu, bantuan scaffolding akan dihentikan.

Gambar menunjukkan pelajar belajar di pondok bacaan yang telah dibina oleh keluarga murid
OA di dalam kawasan sekolah.

Objektif 2 – Pondok Bacaan

Sepanjang pandemik COVID-19 juga guru-guru telah berjaya menjalinkan hubungan dengan pihak
ibu bapa untuk menerapkan elemen budaya masyarakat OA bagi meningkatkan penglibatan
murid-murid OA dalam sesi pengajaran dan pembelajaran setelah tamat pandemik COVID-19.
Setelah murid diarahkan kembali ke sekolah sebelum bermula PKP 3.0.

Berdasarkan temu bual yang dijalankan dengan guru-guru yang mengajar bahasa Melayu di
SK Kampung Bahru (SKKB), Lenga, pihak sekolah mendapati kehadiran murid-murid tahap 1 ke
sekolah amat memberangsangkan. Hampir 95% kehadiran murid OA setiap hari dalam tempoh 5
April 2021 hingga 7 Mei 2021 setelah murid diarahkan untuk kembali semula ke sekolah secara
semuka. Data diperoleh daripada analisis dokumen kehadiran pelajar yang telah dijalankan oleh
pihak sekolah SKKB. Dapatan kajian ini sekali gus menolak dapatan kajian lepas yang mendapati
ketidakhadiran murid OA ke sekolah sangat rendah kerana murid OA didapati tidak berminat dan
tidak bermotivasi untuk ke sekolah serta melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya kerana
mereka menganggap sekolah sebagai tempat bermain dan makan sahaja. Hal ini akan diperjelas
dalam ruangan perbincangan.

Jelasnya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kedua-dua objektif yang digariskan dalam
Page 176 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

bahagian pendahuluan telah mencapai objektifnya. Hasil temu bual yang telah dijalankan
mendapati kesemua informan yang ditemui menyatakan harapan agar anak-anak mereka berjaya
pada masa depan dan tidak mengikut jejak mereka yang tidak berpelajaran. Mereka semakin
mengutamakan pendidikan di sekolah. Kajian ini berjaya mengikis pandangan negatif yang
melihat mentaliti Orang Asli masih ditakuk lama kerana tidak mengutamakan pendidikan.
Didapati masyarakat Orang Asli di kampung Lenga semakin menyokong program-program yang
telah disediakan oleh pihak sekolah mengikut kemampuan mereka untuk mengekalkan identiti
tradisional mereka.

4. PERBINCANGAN

Tindakan ibu bapa masyarakat OA juga sering menjadi ikutan anak-anak mereka. Pengajaran dan
pembelajaran di rumah (PdPR) pada masa pandemik ini dilihat sebagai satu perubahan dalam
cara pemikiran ibu bapa masyarakat OA terhadap pendidikan anak-anak mereka. Mereka
mengakui anak-anak mereka mudah lupa jika pembelajaran membaca tidak dijalankan setiap
hari. Hal ini turut memberikan perubahan kepada ibu bapa mereka sendiri yang turut belajar
daripada PdPR. Bagi ibu bapa masyarakat OA yang sebelum ini tidak boleh membaca selepas
pandemik mereka turut belajar mengenal huruf, suku kata, perkataan daripada kad imbasan yang
digunakan oleh anak-anak Darjah 2 dan Darjah 3. Berdasarkan scaffolding mengikut pembahagian
yang dicadangkan oleh Vygotsky guru cilik berjaya mengikut langkah-lang yang telah digariskan
oleh guru-guru di sekolah. Semasa mereka merakam video pembelajaran anak-anak, secara tidak
langsung ibu bapa juga turut belajar. Hal ini menjadi contoh kepada anak-anak yang sering
mengikut jejak langkah ibu bapa mereka dalam kerja sehari-hari sepanjang berada di rumah.
Vygotsky percaya cara terbaik untuk menguji pencapaian kanak-kanak adalah dengan
menyelesaikan masalah secara kendiri dan dengan bimbingan daripada orang dewasa. Hasil
penyelidikan mengukuhkan Teori Pembelajaran Sosiobudaya Vygotsky (1986-1934).

Dengan adanya program guru cilik sekurang-kurangnya pengajaran dan pembelajaran
dapat diteruskan walaupun tugas guru di sekolah telah diganti dengan guru kecil daripada rakan
seusia yang telah menguasai kemahiran membaca dan dipantau oleh ibu bapa di rumah.
Penemuan ini merupakan satu kaedah yang dapat membantu proses menguasai kemahiran asas
membaca dalam suasana yang santai, bersama dengan rakan-rakan dan ahli keluarga mereka.
Apabila rakaman dilakukan oleh ahli keluarga, mereka akan membaca tanpa malu-malu dalam
situasi sebenar. Kajian ini seiring dengan Gill et al., (2010) yang mengatakan anak-anak Orang Asli
menyukai pendidikan yang tidak formal. Apabila kelas dijalankan setiap hari sepanjang pandemik
COVID-19 setidak-tidaknya dapat memberikan ruang dan peluang kepada murid OA mengingati
perkara yang dipelajari sementara menunggu sekolah secara fizikal dibuka semula. Berdasarkan
video pembelajaran yang dikongsikan dan hasil daripada temu bual yang telah dijalankan
bersama-sama dengan ibu bapa murid OA, jelas menunjukkan program seperti ini dapat menarik
minat murid OA kerana dipantau oleh ibu bapa sendiri dalam kelompok dan budaya mereka. Hasil
dapatan menunjukkan program guru cilik yang dilancarkan oleh pihak sekolah banyak membantu
murid OA menguasai kemahiran asas membaca sepanjang norma baharu ini.

Page 177 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Masalah ketidakhadiran ke sekolah dalam kalangan murid OA dapat diselesaikan apabila
berdasarkan analisis data yang telah dijalankan oleh guru-guru di SK Kampung Bahru mendapati
kehadiran murid selepas sekolah diarahkan dibuka semula pada awal tahun 2021 menunjukkan
95% kehadiran murid OA ke sekolah. Satu perkara yang mengejutkan pihak sekolah apabila
mendapati kehadiran murid OA selepas Pandemik COVID-19 berlalu setahun lalu. Penemuan ke-
2 ini menunjukkan bahawa murid OA berminat hadir ke sekolah setelah mereka menguasai
kemahiran membaca dalam bahasa Melayu. Mereka didapati gembira meneruskan usaha
membaca di pondok bacaan yang telah disediakan oleh ibu bapa dalam kalangan murid OA di
kawasan sekolah. Dapatan ini menyamai kaedah bermain yang digunakan oleh Haslinda et al.,
(2015) kerana bagi murid OA, kaedah bermain merupakan pembelajaran yang berkesan terutama
di peringkat kanak-kanak tahap 1. Pondok bacaan yang dibina seperti pondok mereka di
penempatan Orang Asli Kampung Sentosa telah merangsang motivasi kepada murid-murid Tahap
1 untuk hadir ke sekolah. Suasana pembelajaran seperti yang dilalui sepanjang pandemik COVID-
19 dahulu telah menarik minat murid-murid OA. Hasil sokongan dan dorongan daripada ibu bapa
murid-murid OA juga dilihat sebagai satu titik perubahan dalam kalangan masyarakat OA di
Kampung Sentosa.

Berdasarkan temu bual yang dijalankan oleh penyelidik dengan ibu bapa murid OA, hampir
semua responden menaruh harapan agar anak-anak mereka akan berjaya dalam pelajaran.
Mereka mengharapkan anak-anak mereka tidak mengikut jejak langkah mereka hanya
menekankan cara hidup yang mudah, sekadar meneruskan hidup tanpa memikirkan perancangan
masa hadapan. Keluarga mereka rata-rata masih ada yang buta huruf dan kebanyakannya bekerja
sendiri seperti memotong getah, dan suri rumah tangga. Berdasarkan latar belakang keluarga
mereka yang mementingkan budaya kehidupan di hutan, pengajaran dan pembelajaran di rumah
(PdPR) sepanjang pandemik COVID-19 telah menemukan titik kesedaran dalam kalangan keluarga
masyarakat OA di Perkampungan Orang Asli Sentosa, Lenga, Johir. Wakil-wakil ibu bapa yang
ditemui telah mula memberikan motivasi kepada anak-anak mereka untuk terus belajar
membaca melalui program guru cilik dan pembinaan pondok bacaan untuk anak-anak OA di SK
Kampong Bahru, Lenga, Johor. Kerjasama yang padu daripada pihak sekolah dengan keluarga
murid OA merupakan hasil penemuan yang penting untuk diuar-uarkan kepada ibu bapa murid-
murid OA dari negeri-negeri lain untuk meningkatkan prestasi akademik anak-anak mereka tanpa
mengabaikan identiti dan budaya mereka.

Jelasnya, kedua-dua penemuan dalam penyelidikan ini dapat memberikan sinar baharu
kepada murid-murid OA yang selama ini dikatakan tidak mempunyai masa hadapan yang cerah.
Idea baharu mengenai permasalahan yang dialami oleh murid OA dapat dikembangkan untuk
kajian akan datang dengan sampel yang lebih besar dan kaedah pengumpulan data di lapangan.
Kajian lanjutan boleh diteruskan dengan murid-murid OA ke Tahap 2, Tahap 3 dan Tahap 4
berdasarkan Teori Pembelajaran (Membaca) Sosiobudaya Vygotsky (1896 – 1934).

5. KESIMPULAN

Page 178 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Secara keseluruhannya, kajian yang dijalankan menepati setiap objektif yang dikemukakan pada
awal kajian. Penyelidik berharap agar kajian yang berterusan bagi tahap seterusnya iaitu tahap
2, tahap 3 dan tahap 4 akan dapat dijalankan di lapangan bagi murid OA yang sama dijalankan
pada peringkat pertama ini. Dengan penyelidikan yang lebih sistematik akan mendapatkan hasil
yang lebih jitu. Kesan PdP yang berbeza sepanjang pandemik COVID-19 kepada murid-murid OA,
membuktikan bahawa ujian yang disediakan di peringkat sekolah sebenarnya tidak tepat untuk
menguji pencapaian kanak-kanak. Kanak-kanak dikatakan belajar apabila kanak-kanak
berinteraksi dengan rakan sebaya yang lebih bijak kerana sepanjang pembelajaran di rumah
dengan rakan sebaya dan dipantau oleh ibu bapa murid OA sendiri, keinginan untuk belajar
membaca lebih tinggi berbanding dengan di sekolah bagi murid-murid yang lemah. Suasana
pembelajaran juga menarik perhatian murid OA kerana dijalankan di perkampungan mereka
dalam kelompok yang sama dan pencapaian yang sama. Arahan yang disampaikan oleh ibu bapa
murid OA sendiri juga sebagai penyuntik semangat untuk mereka meneruskan pembelajaran di
rumah dan anak-anak OA akan lebih mengingati dan mengamalkan apa-apa yang disampaikan
oleh ibu bapa mereka yang lebih memahami jiwa anak-anak mereka.

Penerapan elemen budaya masyarakat Orang Asli (OA) untuk memulakan asas membaca
sepanjang pandemik COVID-19 dalam kalangan murid OA juga, dapat meningkatkan motivasi
untuk mereka meneruskan pembelajaran di sekolah dalam suasana yang formal. Pendekatan
asas membaca yang digunakan oleh rakan sebaya melalui program guru cilik secara tidak formal
dalam suasana belajar yang santai telah menyuntik semangat murid OA untuk terus belajar.
Implikasi hasil kajian ini boleh disebarluaskan kepada murid-murid OA di Malaysia dengan
menjalankan kajian untuk menguasai kemahiran yang paling kritikal dalam kalangan murid-murid
yang belajar bahasa kedua iaitu kemahiran menulis. Asas dalam membaca perlu dimantapkan ke
peringkat yang seterusnya setelah murid OA kembali semula ke sekolah dan belajar secara formal.
Pihak sekolah juga diharapkan dapat mempelbagaikan kaedah pembelajaran untuk murid OA
menguasai keempat-empat profesiensi dalam bahasa Melayu.

Page 179 of 209


Click to View FlipBook Version