The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ICLET 2021_MALAY AND EDUCATION PROCEEDING

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by klmevent, 2021-11-22 18:51:00

ICLET 2021_MALAY AND EDUCATION PROCEEDING

ICLET 2021_MALAY AND EDUCATION PROCEEDING

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Melayu Nusantara yang meliputi negara Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.

1.6.2 Sebutan

Sebutan ialah membunyikan huruf, perkataan atau ayat dengan tepat dan jelas. Selain itu,
kemahiran yang tergolong dalam kemahiran lisan juga mempengaruhi sebutan yang dikenali
sebagai kemahiran bertutur. Kemahiran bertutur melibatkan sistem sebutan yang membunyikan
bunyi bahasa dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara), jeda
serta helaan yang betul. (Nor Aina Dani, 2007). Seterusnya, unsur-unsur ilmu linguistik yang
dinamakan suprapenggalan ini merupakan aspek yang nyata dan penting dalam lisan. Bagi
sesetengah bahasa, perubahan yang terjadi pada unsur-unsur ini akan mempengaruhi perbezaan
maksud atau makna. Faktor utama untuk mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini amat
penting bagi mewujudkan suasana pertuturan yang baik.

1.6.3 Kata Pinjaman Bahasa Inggeris

Sehingga kini, bahasa Inggeris terus menguasai kosa kata bahasa Melayu. Peminjaman imbuhan
bahasa Inggeris sering kali berlaku dalam dua bentuk, iaitu peminjaman imbuhan awalan dan
imbuhan akhiran. Bagi imbuhan awalan, sebahagiannya telah terserap sebagai imbuhan dalam
bahasa Melayu sementara yang lain terserap sebagai sebahagian daripada kata pinjaman.
Seterusnya, imbuhan akhiran pinjaman bahasa Inggeris masih belum terserap sebagai imbuhan
dalam pembentukan kata bahasa Melayu. Antara imbuhan akhiran pinjaman bahasa Inggeris yang
terdapat dalam bahasa Melayu ialah -al, -grafi, -if, -is, -asi, -si, -isme, -ik, -or, -iti dan -logi.

Menurut Haugen (1972), terdapat tiga kategori kata pinjaman, namun hanya kategori
pertama, iaitu kata pinjaman (loanwords) sahaja yang akan dihuraikan dalam makalah ini. Bagi
memudahkan proses mengenal pasti dan menganalisis data, pengkaji menggunakan definisi kata
pinjaman daripada Haugen ini, iaitu kata pinjaman merupakan pengimportan morfem dan
pemindahan terus leksem daripada segi bentuk dan makna. Perkataan ini dikenali sebagai “kata
pinjaman” disebabkan oleh bentuk asal perkataan dikekalkan.

Sehubungan dengan itu, kategori kata pinjaman kedua ialah kata pinjaman gabungan
(loanblends). Kata pinjaman jenis ini juga dikenali sebagai Pseudo Anglicisms dan Hybrid
Anglicisms. Kategori kedua terhasil melalui cantuman peminjaman bentuk dan penggantian
elemen asal. Kesannya dapat yang menghasilkan hybrid antara bahasa asing dengan bahasa
penerima. Secara mudahnya, kata pinjaman ini terhasil menerusi gabungan komponen perkataan
asing dan perkataan asal dalam bahasa Melayu. Misalnya, awalan asing pro- yang bermaksud
menyokong. Setelah digabungkan dengan perkataan “pembangkang” (bahasa Melayu) akan
menjadi “propembangkang” (menyokong pihak pembangkang).

Seterusnya, kategori kata pinjaman ketiga pula ialah pinjam ubah (loanshifts) yang terhasil
menerusi peminjaman konsep perkataan dalam bahasa asal lalu dikembangkan maksud dan
konsepnya dalam bahasa sasaran. Pinjam ubah ini merupakan peminjaman kata atau frasa
daripada satu bahasa yang melibatkan pengubahsuaian serentak bentuk fonologi seperti
bungalow (bahasa Inggeris) kepada “banglo” dalam bahasa Melayu (Kamus Linguistik, 1997).

Page 83 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Kategori ketiga ini dikenali juga sebagai pengembangan semantik. Sebagai contohnya, konsep
perkataan terror (gentar atau ketakutan) dalam bahasa Inggeris dikembangkan maksudnya dalam
bahasa Melayu menjadi “terer” yang merujuk makna hebat dan pintar. Ringkasan bagi ketiga-tiga
kategori kata pinjaman Haugen ini dapat diringkaskan seperti dalam Rajah 1 di bawah.

Rajah 1: Ringkasan Tiga Kategori Kata Pinjaman Haugen (1972)

2. METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini merupakan suatu kajian kualitatif. Kaedah pengumpulan data yang digunakan oleh
pengkaji ialah kaedah pepustakaan dan kaedah penjadualan data dan kaedah penganalisisan
data.

3. KERANGKA KONSEPTUAL
Dalam bahagian ini, pengkaji menerangkan secara ringkas aspek-aspek penting seperti bentuk
kajian, hala tuju kajian, format kajian, dan peringkat-peringkat dalam kajian. Rajah 2 di bawah
menunjukkan kerangka konseptual dalam kajian ini.

Page 84 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Rajah 2: Kerangka Konseptual Kajian
4. DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini membincangkan dapatan hasil kajian yang ingin dicapai.
a) Kekeliruan ejaan dan sebutan bagi vokal awalan “e” dalam kata pinjaman bahasa

Page 85 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Inggeris.
Sebutan perkataan dalam Jadual 1 ialah “i". Ejaannya sepatutnya ialah “i"tetapi telah dieja
sebagai vokal awalan “e”.

Jadual 1: Kekeliruan Ejaan dan Sebutan Bagi Vokal Awalan “e”
Bil. Contoh Perkataan Bagi Kekeliruan Ejaan dan Sebutan Vokal Awalan “e”
1. efek
2. ebola
3. emosi
4. ekologi
5. elektronik
7. e-mel
8. efektif
9. elektrik
10. emu
11. ekologi

Berdasarkan laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka
(2020), definisi perkataan bagi setiap perkataan di atas ialah:

i. Efek - Surat yang boleh dicagarkan seperti bon, surat saham dan lain- lain.
ii. Ebola - Sejenis penyakit bawaan virus yang dicirikan oleh pendarahan yang teruk dari

rongga tubuh dan pemusnahan tisu dalaman yang akhirnya boleh menyebabkan
kematian.
iii. Emosi - Keadaan perasaan atau fikiran yang terangsang. Melibatkan perubahan
psikologi dan fisiologi pada seseorang.
iv. Ekologi- Ilmu tentang hubungan antara makhluk hidup dengan keadaan sekitarnya.
v. Elektronik - Alat yang dibina dengan kaedah teknologi eletron.
vi. E-Mel - Maklumat atau mesej yang dihantarkan secara eletronik dari satu terminal
komputer ke terminal komputer yang lain.
vii. Emosi – Keadaan perasaan atau fikiran yang terangsang. Melibatkan perubahan
psikologi dan fisiologi pada seseorang.
viii. Efektif – Dapat mendatangkan hasil yang diharap-harapkan (bukan tindakan, usaha
dan sebagainya lagi).
ix. Elektrik – Tenaga yang diperoleh dengan cara tindakan kimia atau oleh benda bergeser
dan dapat digunakan untuk memperoleh cahaya.
x. Emu – Nama sejenis burung Australia yang besar dan dapat berlari tetapi tidak dapat
terbang.

Page 86 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

b) Kekeliruan ejaan dan sebutan bagi vokal tengah “e” dalam kata pinjaman bahasa Inggeris.

Sebutan perkataan dalam Jadual 2 ialah “i". Ejaannya sepatutnya ialah “i"tetapi telah dieja
sebagai vokal tengah “e”.

Jadual 2: Kekeliruan Ejaan Dan Sebutan Bagi Vokal Tengah “e”
Bil. Contoh Perkataan Bagi Kekeliruan Ejaan dan Sebutan Vokal Tengah “e”
11. wesel
12. antelop
13. beaver
14. lemur
15. pea
16. televisyen
17. jean

Berdasarkan laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka
(2020), definisi perkataan bagi setiap perkataan di atas ialah:

i. Wesel – Alat untuk mengalihkan rel kereta api di persimpangan (persambungan) rel.
ii. Antelop – Binatang berkaki dan bertanduk panjang yang seakan-akan rusa dan boleh

berlari pantas hanya terdapat di Afrika dan Asia.
iii. Beaver – Memerang (genus Castor) ialah sejenis haiwan rodensia semi-akuatik besar

nokturnal (aktif pada waktu malam).
iv. Lemur - Sejenis mamalia seperti kera dalam keluarga Lemuridae yang terdapat di

Madagaskar.
v. Pea – (Leguminios plant) pokok kacang/pea.
vi. Televisyen – Penyiaran (pemandangan) gambar hidup (gambar bergerak) berserta

bunyi menerusi kabel atau udara pada skrin atau kaca peti televisyen.
vii. Jean – Seluar panjang daripada kain yang tebal dan tahan lasak. Dipakai secara kasual.

c) Kekeliruan ejaan dan sebutan bagi vokal akhiran “e” dalam kata pinjaman bahasa Inggeris.

Sebutan perkataan dalam Jadual 2 ialah “i". Ejaannya sepatutnya ialah “i"tetapi telah dieja
sebagai vokal akhiran “e”.

Jadual 3: Kekeliruan Ejaan dan Sebutan Bagi Vokal Akhiran “e”
Bil. Contoh Perkataan Bagi Kekeliruan Ejaan dan Sebutan Vokal Akhiran “e”
18. Akne
19. Ajolote
20. Koyote
21. Wade
22. Sake

Page 87 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Berdasarkan laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka
(2020), definisi perkataan bagi setiap perkataan di atas ialah:

i. Akne – Istilah bagi sejenis penyakit kulit berupa bitnik merah atau bengkak kecil
seakan-akan jerawat yang tumbuh pada muka dan leher.

ii. Ajolote – Sebahagian daripada salamander genus Ambystoma dari Mexico dan
Amerika Syarikat barat yang tidak mengalami metamorphosis.

iii. Koyote – Sejenis serigala kecil yang terdapat di padang rumput prairie di Amerika
Syarikat, Canis latrans.
iv. Wade – Sejenis makanan tradisonal masyarakat India yang diperbuat daripada
tepung kacang dal putih, berbentuk bulat dan berlubang di tengahnya.
v. Sake – Sejenis arak yang diperbuat daripada beras.

d) Kekeliruan untuk membezakan e taling dan e pepet untuk kata pinjaman bahasa Inggeris
misalnya, imperialisme, nasioalisme dan patriotisme.

5. PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini adalah perbincangan mengenai implikasi berdasarkan perbincangan dapatan kajian
sebelum ini. Pengkaji mengariskan tiga implikasi utama terhadap bidang linguistik yang
membabitkan penggunaan kata pinjaman bahasa Inggeris. Berdasarkan kajian yang telah
dilakukan terhadap kekeliruan sebutan dan ejaan kata pinjaman bahasa Inggeris terdapat
beberapa implikasi yang perlu diambil perhatian. Antara implikasinya ialah kajian ini dapat
membantu para ahli linguistik untuk memfokuskan kajian kata pinjaman bahasa asing ini dengan
lebih meluas lagi. Hal ini disebabkan oleh, penambahbaikan untuk penggunaan kata pinjaman
perlu dilakukan bagi membantu penutur untuk menyebut dan mengeja dengan baik. Sehubungan
dengan itu, terdapat empat dapatan kajian utama dalam kajian ini, iaitu:

(a) Sebutan perkataan untuk “i"dalam kata pinjaman bahasa Inggeris Ejaan sepatutnya
ialah “i"tetapi telah dieja sebagai vokal awalan “e”. Maka dicadangkan agar ejaan “i”
digunakan bagi perkataan efek, ebola, emosi, ekologi, elektronik, e-mel, efektif,
elektrik, emu, ekologi

(b) Sebutan bagi vokal tengah “e” dalam kata pinjaman bahasa Inggeris. Ejaannya
sepatutnya ialah “i"tetapi telah dieja sebagai vokal tengah “e”. Oleh itu, dicadangkan
agar ejaan “i" digunakan untuk perkataan wesel, antelop, beaver, lemur, pea,
televisyen, jean.

(c) Sebutan perkataan bagi vokal akhiran “i" dalam kata pinjaman bahasa Inggeris .
Ejaannya sepatutnya ialah “i"tetapi telah dieja sebagai vokal akhiran “e”. Maka

Page 88 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

dicadangkan agar ejaan “i" digunakan untuk perkataan akne, ajolote, koyote, wade,
sake.
(d) Sebutan untuk membezakan e taling dan e pepet bagi kata pinjaman bahasa Inggeris
misalnya, imperialisme, nasioalisme dan patriotisme. Oleh itu, dicadangkan bagi e
taling, masukkan tanda misalnya, imperialismé, nasionalismé, patriotismé agar murid-
murid dan sesiapa sahaja yang belajar bahasa Melayu tidak keliru.

Sehubungan dengan itu, secara tidak langsung kajian ini telah dapat menilai semula
keberkesanan ejaan kata pinjaman bahasa Inggeris dalam kalangan penutur bahasa. Oleh itu,
dapatan kajian ini kelak berupaya memberi panduan kepada penggubalan ejaan yang lebih tepat
pada masa hadapan, setelah mengambil kira isu kekeliruan yang timbul untuk ejaan yang
digunakan pada masa kini.

6. CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Kajian ini merupakan satu kajian terhadap kekeliruan sebutan dan ejaan kata pinjaman bahasa
Inggeris. Oleh itu, pengkaji ingin mengemukakan beberapa cadangan untuk memperluaskan lagi
penyelidikan ini. Pengkaji ingin mencadangkan kepada pihak berwajib seperti Dewan Bahasa dan
Pustaka untuk memfokuskan penyelidikan terhadap kata pinjaman bahasa Inggeris. Selain itu,
pengkaji juga mencadangkan agar satu lagi bunyi “e” khusus untuk e dalam bahasa Melayu
diwujudkan bagi sebutan kata pinjaman “e-mel”. Jika tidak mahu mewujudkan vokal “e” yang
ketiga selepas “e” (pepet) dan “e” (taling), maka lebih baik menukar terus “e” tersebut kepada
‘i’menjadi ‘i-mel’. Hal ini demikian, bagi memudahkan para penutur bahasa supaya tidak keliru
dengan sebutan dan ejaan daripada kata pinjaman bahasa Inggeris. Seterusnya, pengkaji juga
ingin memberi penekanan terhadap penambahan huruf “g” yang kedua untuk perkataan
“penguin” seperti perkataan “kanggaru”. Jika perkataan “kanggaru” boleh diadakan dua huruf
“g”, maka tidak mustahil untuk memasukkan dua huruf “g” ke dalam perkataan “penguin”.

7. KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, kajian ini meneliti tentang kekeliruan sebutan dan ejaan kata pinjaman
bahasa Inggeris. Bagi pengkaji, penyelididkan berkaitan kata pinjaman sememangnya perlu
dilakukan supaya pengetahuan baharu dalam kata pinjaman bahasa Inggeris menjadi semakin
luas. Hal ini demikian kerana, setakat pemerhatian dan bacaan daripada beberapa jurnal oleh
pengkaji sendiri mendapati bahawa kajian kata pinjaman bahasa Inggeris masih belum banyak
ditemui terutama sekali dalam aspek sebutan dan ejaan. Oleh itu, tindakan daripada penyelidik
baharu untuk mengkaji lebih mendalam untuk kata pinjaman bahasa asing ini sangat diperlukan
dan sekaligus mampu memperkembangkan ilmu linguistik bahasa Melayu di negara ini.

Page 89 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

RUJUKAN

Harun Aminurrasyid. (1966). Kajian Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu. Singapura.

Haugen, E.I. (1972). The Ecology of Language: Essays by Einar Haugen, ed. Anwar S.Dil. Stanford.
California: Stanford University Press.

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Kamus Linguistik (1st ed). (1997). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nor Aina Dani. (2007). Pengantar Psikolinguistik. Sasbad. Petaling Jaya:UG Press Sdn. Bhd.

Pusat Rujukan Persuratan Melayu, (2020). Dewan Bahasa dan Pustaka di
http://prpm.dbp.gov.my/.

Puteri Roslina Abdul Wahid. (2012). Menelusuri Peristilahan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

PUPIBM (Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu). (1992). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Teuku Iskandar et al. (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Zaharani Ahmad et. Al (2011), Pemerkasaan Jati Diri Bahasa Melayu: Isu Penyerapan Kata Asing.
Jurnal Melayu (6) 2011: 13-27

Zainal Abidin Ahmad (Za’ba). 1965. Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Page 90 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Lg/Malay/Id: 92

“REBUNG TAK MIANG, BEMBAN PULA MIANG”: PERSPEKTIF SEMANTIK
INKUISITIF DAN AKAL BUDI ISLAM

Siti Noraisyah binti Bakeri*1, Julaina binti Nopiah2
1,2,Jabatan Bahasa Melayu, Kulliyyah Bahasa dan Pengurusan,

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

(E-mail: [email protected], [email protected])

ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan bagi meneliti falsafah dan akal budi Melayu di sebalik peribahasa serta
perkaitannya dengan ajaran dan syariat Islam. Justeru, kajian ini memfokuskan peribahasa
berunsurkan makanan masyarakat Melayu, iaitu ‘rebung’ melalui peribahasa ‘rebung tak miang,
bemban pula miang’. Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (2017) dan pangkalan data
www.malaycivilization.com UKM dijadikan sebagai rujukan utama bagi mendapatkan data.
Proses penganalisisan data kemudiannya dilaksanakan dengan mengguna pakai konsep Rangka
Rujuk Silang (RRS) dan pendekatan semantik inkuisitif. Huraian makna peribahasa Melayu yang
mencerminkan akal budi penuturnya berjaya dihasilkan menerusi gabungan data, pendekatan,
falsafah dan budaya. Melalui kajian ini, terbukti bahawa elemen makanan yang diaplikasikan
sebagai metafora dalam pembinaan peribahasa mempunyai pertautan dengan kehidupan
masyarakat Melayu itu sendiri. Konsep pemerhatian yang diterapkan oleh masyarakat Melayu
terhadap unsur alam diterjemah kepada pemikiran yang bersifat kreatif dan kritis bagi
menyampaikan nasihat mahupun teguran dengan penuh kesantunan. Syariat Islam yang menjadi
pegangan masyarakat Melayu juga turut diasosiasikan bagi menghasilkan sesebuah peribahasa
yang bermakna. Maka, falsafah dan akal budi Melayu serta akal budi Islam yang terkandung di
sebalik peribahasa Melayu berhasil diteroka melalui pengaplikasian pendekatan semantik
inkuisitif.

Kata kunci: Akal Budi Melayu, Akal Budi Islam, Peribahasa, Rangka Rujuk Silang, Semantik
Inkuisitif

Page 91 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

1. PENGENALAN

Antara tuntutan budaya yang dititikberatkan dalam sesebuah masyarakat ialah kehalusan budi
pekerti. Pengamalan konsep ini amat dekat dengan budaya masyarakat Melayu yang terkenal
dengan sifat kesopanannya, bukan sahaja melalui perbuatan bahkan pada setiap tutur bicara
mereka. Demi memelihara kesantunan, elemen kiasan diguna pakai oleh masyarakat Melayu
dalam menyampaikan apa jua bentuk nasihat, teguran mahupun sindiran. Hal ini dilakukan agar
setiap tuturan mereka tidak disalah anggap sebagai perbuatan yang menjatuhkan air muka dan
secara tidak langsung mengelakkan pergaduhan yang boleh menjejaskan hubungan sesama
mereka. Penyisipan bahasa kiasan ini dapat dilihat melalui pelbagai struktur, antaranya melalui
penggunaan peribahasa. Za’ba (2002) melalui penulisan beliau yang berjudul Ilmu Mengarang
Melayu telah membahaskan perihal peribahasa dengan teliti dan beliau telah mentakrifkan
peribahasa sebagai:

“segala susunan cakap yang pendek yang telah melekat di mulut orang ramai
semenjak beberapa lama oleh sebab sedap dan bijak perkataannya, luas dan
benar tujuannya-dipakai akan dia jadi sebutan-sebutan oleh orang sebagai
bandingan, teladan dan pengajaran”.

Berdasarkan definisi di atas jelas menunjukan bahawa peribahasa Melayu terkandung
kekreatifan dan kebijaksanaan pemikiran masyarakat Melayu dalam menyuarakan pendapat
mereka tentang sesuatu perkara. Hasil pengamatan terhadap alam sekeliling secara tidak
langsung memberi pengalaman kepada masyarakat tentang kehidupan, moral, rohani dan
akhirnya sifat alam yang sebati dengan diri manusia ini dijadikan sebagai bayangan dalam
mengungkapkan makna bagi sesuatu peristiwa atau watak dalam kehidupan manusia.
(Muhammad, 2020). Maka, pengaplikasian unsur alam seperti flora dan fauna sebagai
perlambangan dapat dilihat melalui keunikan penyusunan bait kata dalam pembinaan
peribahasa. Selain itu, unsur makanan yang pelbagai dalam kehidupan masyarakat Melayu turut
diaplikasikan sebagai metafora dalam proses penghasilan sebuah peribahasa yang bermakna.

Namun begitu, tatkala berbicara mengenai bahasa Melayu yang semakin hari dilanda
masalah dek kerana penggunanya, bahasa kiasan turut menerima tempiasnya. Terdapat banyak
salah faham yang timbul terhadap bahasa kiasan disebabkan sifat pengguna bahasa itu sendiri
yang hanya sekadar menterjemah bahasa kiasan secara membuta tuli. Hal ini bukan sahaja
menyebabkan nasihat yang ingin disampaikan gagal difahami oleh pembaca bahkan secara tidak
sengaja mencetuskan kemarahan yang tidak berasas. Justeru, kajian mengenai bahasa kiasan
terutama peribahasa wajar diperbanyakkan agar masyarakat dapat memahami dan mendalami
akan keindahan makna sebenar yang didukung oleh sesebuah peribahasa. Maka, melalui kajian
ini, salah satu unsur makanan masyarakat Melayu, iaitu rebung menjadi fokus pengkaji bagi
diperhalusi dari sudut semantik inkuisitif dan seterusnya diperlihat kerelevenan di sebalik
pemilihan makanan tersebut dalam pembinaan peribahasa yang dipilih dengan akal budi Melayu
dan syariat Islam.

Page 92 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

2. KAJIAN LEPAS

Penyelidikan berkaitan peribahasa berpaksikan semantik inkuisitif telah banyak dilaksanakan
oleh para pengkaji tempatan dengan memfokuskan domain yang pelbagai. Antaranya ialah
kajian mengenai peribahasa Melayu yang mengaplikasikan haiwan, tumbuhan dan makanan
sebagai subjek perlambangan. Tamsilnya, menerusi makalah yang dilaksanakan oleh Junaini
et al. (2016), unsur ikan dalam peribahasa Melayu dikenal pasti dan dianalisis menerusi
penerapan semantik inkuisitif. Masyarakat Melayu pada zaman dahulu yang kebanyakannya
bekerja sebagai nelayan dan petani membolehkan mereka mempunyai kepakaran mengenai
pelbagai jenis ikan, lalu mengasosiasikan pengalaman dan pengamatan tersebut ke dalam
pembinaan peribahasa yang bermakna. Bagi unsur tumbuhan pula, elemen padi dalam
peribahasa Melayu dijadikan sebagai data kajian oleh Julaina dan Mohd Faizal (2019) bagi
menganalisis resam padi melalui sudut pandang semantik inkusitif. Hasil penelitian pengkaji
mendapati bahawa resam padi yang menunduk itu dilambangkan oleh orang Melayu sebagai
sifat rendah diri yang tertanam dalam diri manusia.

Bukan itu sahaja, penyelidikan berkenaan peribahasa Melayu berorientasikan makanan
turut dilakukan oleh para pengkaji lepas. Menerusi makalah yang dihasilkan oleh Junaini
(2015), elemen asam dalam peribahasa “ikan di laut, asam di gunung, bertemu juga di dalam
belanga” dirungkai dari sudut makna berserta falsafah dan akal budi Melayunya berdasarkan
semantik inkuisitif. Elemen asam yang sering diguna pakai sebagai pelengkap rasa dalam
masakan berasaskan ikan diabstraksikan oleh masyarakat Melayu seperti ‘jodoh’ yang
telahpun ditetapkan oleh Tuhan meskipun pada hakikatnya ikan dan asam hidup dalam dua
kawasan yang berbeza. Selain itu, Julaina et al. (2018) juga telah mengetengahkan unsur
pisang dan daging yang digunakan dalam peribahasa. Hasil penelitian terhadap struktur
kedua-dua makanan ini berhasil memperlihat kebijaksaan orang Melayu dalam menggunakan
unsur pisang sebagai gambaran ekspresi kebahagiaan manakala elemen daging pula dikiaskan
kepada emosi kesakitan.

Melalui pengamatan yang dilaksanakan mendapati bahawa pengkaji-pengkaji lepas
telahpun mengaplikasikan pendekatan semantik inkuisitif sebagai gagasan utama dalam kajian
mereka. Namun begitu, kebanyakan penganalisisan kajian-kajian lepas ini hanya terhenti pada
tahap mencungkil perkaitan antara peribahasa terpilih dengan falsafah dan akal budi Melayu
sahaja. Oleh yang demikian, kajian ini dilaksanakan bagi memperluas kajian semantik inkuisitif
dengan bukan sahaja meneroka konsep falsafah dan akal budi Melayu malahan mencari
perkaitannya dengan konsep akal budi Islam yang amat dekat dengan masyarakat Melayu itu
sendiri. Justeru, kajian ini mengetengahkan unsur ‘rebung’ yang terkenal dalam masakan
masyarakat Melayu bagi diteroka perkaitan di sebalik peribahasa yang dipilih berdasarkan
falsafah dan akal budi Melayu serta ajaran dan syariat Islam.

Page 93 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

3. METODOLOGI

Kajian ini mengguna pakai kaedah penyelidikan kualitatif dengan mengaplikasikan sumber
sekunder sebagai data utama. Peribahasa yang bertepatan dengan elemen yang dipilih, iaitu
peribahasa berobjekkan ‘rebung’ dikumpulkan melalui pangkalan data
www.malaycivilization.ukm.my UKM dan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu oleh Abdullah
Hussain (2017). Rebung merupakan salah satu elemen makanan yang amat berpengaruh dalam
dunia masyarakat Melayu. Hal ini dapat dibuktikan melalui kewujudan pelbagai jenis resepi
berunsurkan rebung yang dijadikan sebagai juadah harian misalnya rebung goreng, gulai rebung,
jeruk rebung, dan rebung masak cili api. Selain itu, unsur rebung dalam masakan turut dizahirkan
melalui kearifan orang Melayu dengan memasukkan elemen resepi sebagai pembayang pantun
(Khalila Ilia dan Muhammad Faizal, 2016). Melalui pernyataan ini jelas menunjukkan bahawa
rebung merupakan salah satu unsur gastronomi yang terkenal dalam dunia masakan orang
Melayu.

Justeru, elemen ini menjadi pilihan pengkaji untuk dijadikan sebagai data kajian dengan
menumpukan proses penganalisisan kepada penelitian peribahasa terpilih menerusi pendekatan
semantik inkuisitif yang digagaskan oleh Nor Hashimah (2014). Setiap data peribahasa dianalisis
secara menyeluruh melalui tiga tahap yang berbeza, iaitu tahap semantik skrip, semantik
resonans dan semantik inkuisitif. Makna bagi setiap data peribahasa dikemukakan secara
harfiah pada tahap pertama sebelum konsep Rangka Rujuk Silang (RRS) diaplikasikan pada
tahap kedua bagi menilai maknanya dari sudut kognitif. Seterusnya, data, kognitif dan falsafah
serta akal budi Melayu yang terkandung di sebalik data peribahasa tersebut dianalisis oleh
pengkaji berdasarkan pendekatan semantik inkuisitif. Akhir sekali, perkaitan antara falsafah
dan akal budi Melayu di sebalik peribahasa dengan ajaran dan syariat Islam turut
dibincangkan bersumberkan al-Quran dan al-Sunah bagi merungkai penyisipan elemen
keislaman yang wujud dalam pembinaan peribahasa Melayu. Rajah 1 berikut memaparkan
kerangka kajian yang diperkenalkan oleh Nor Hashimah (2014) bagi proses penganalisisan
makna peribahasa menggunakan pendekatan semantik inkuisitif.

Page 94 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Rajah 1 Kerangka Kajian Semantik Inkuisitif

4. ANALISIS PERBINCANGAN

Melalui batasan kajian yang telah ditetapkan, data yang dianalisis dalam kajian ini ditumpukan
kepada satu jenis makanan masyarakat Melayu sahaja, iaitu rebung. Hasil pengenalpastian dan
pengkategorian yang dilakukan terhadap Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (2017) dan laman
sesawang www.malaycivilization.ukm.my berhasil menemui 6 peribahasa berobjekkan rebung
seperti yang dapat dilihat melalui Jadual 1 berikut. Namun begitu, bagi memastikan data kajian
dianalisis dengan lebih sistematik dan terperinci, hanya satu peribahasa yang dipilih dan dianalisis
oleh pengkaji, iaitu peribahasa ‘Rebung tak miang, bemban pula miang’.

Jadual 1 Senarai Peribahasa Berobjekkan Rebung

Bil Peribahasa Maksud

1. Melentur biarlah waktu rebung Kanak-kanak hendaklah dilatih dan diajar semasa

dia masih kecil

2. Melentur buluh biarlah dari Melatih anak biar dari kecilnya

rebungnya

3. Melentur aur biarlah dari Mengajar anak biarlah dari kecil

rebung

4. Rebung tak miang bemban pula Orang yang bersangkutan berdiam diri, sedang

miang orang luar ikut campur

5. Rebung tiada jauh dari Perangai anak hampir sama dengan perangai

rumpunnya orang tuanya

6. Sedang rebung lagi baik dipatah Orang yang jahat tidak boleh dipercayai; Kejahatan

yang sedikit segeralah diperbaiki sebelum melarat

4.1 Peribahasa ‘Rebung tak miang bemban pula miang’

Page 95 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Jadual 2 Peribahasa ‘Rebung tak miang bemban pula miang’

Peribahasa Maksud

Rebung tak miang, bemban pula miang Orang yang bersangkutan berdiam diri, sedang

orang luar ikut campur

Tahap 1: Semantik Skrip

Data peribahasa berunsurkan ‘rebung’, iaitu ‘rebung tak miang, bemban pula miang’ bermaksud
‘orang yang bersangkutan berdiam diri, sedang orang luar ikut campur’.

Tahap 2: Semantik Resonans

Berikut merupakan penggunaan ayat berdasarkan peribahasa ‘rebung tak miang, bemban pula
miang’ melalui data korpus dan kemudiannya dianalisis berdasarkan pendekatan RRS.

i. ***Rebung tak miang, bemban pula miang. *** Begitulah yang berlaku dalam masyarakat
kita. Harta pusaka turun kepada suami, isteri pula lebih-lebih. Kadang turun kepada isteri,
suami pula campur tangan dan jadi kaki cucuk.

(Karya Buluh Manis, 2020)

ii. "Awak ni, anak kita nak kahwin, dia tenang saja, awak lebih-lebih pula. ***Rebung tak
miang, bemban pula miang, ***" kata Pak Lazim pada isterinya.

(LejenPress, 2017)

Kedua-dua data korpus di atas merupakan tamsilan yang menggunakan peribahasa Melayu
‘rebung tak miang, bemban pula miang’. Ayat (i) merujuk kepada satu pernyataan, iaitu masalah
campur tangan dalam pembahagian harta pusaka yang sering terjadi dalam komuniti masyarakat.
Melalui ayat (i), peribahasa tersebut telah dirujuksilangkan dengan leksikal ‘lebih-lebih’ dan
‘campur tangan’. Merujuk Kamus Dewan (2015), lebih bermaksud melampaui had yang biasa
manakala campur tangan pula merupakan simpulan bahasa yang membawa maksud mengambil
bahagian dalam atau memasuki hal orang sama ada kejahatan dan lain-lain. Kedua-dua leksikal
ini dilihat sebagai perlakuan yang membawa kepada sifat negatif. Justeru, ayat kedua dalam data
ini yang menjadi premis tambahan bagi meningkatkan pemahaman pembaca jelas
mengungkapkan makna peribahasa tersebut, iaitu ‘orang yang bersangkutan berdiam diri, sedang
orang luar ikut campur’.

Seterusnya, ayat (ii) juga merupakan bukti linguistik yang mempamerkan penggunaan
peribahasa tersebut. Ayat tersebut menggambarkan situasi antara sepasang suami dan isteri,
iaitu si suami menasihati isterinya agar tidak terlalu menyibuk dalam urusan perkahwinan
anaknya. Terdapat dua frasa yang menjadi maklumat tambahan dalam memahami peribahasa ini,

Page 96 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

iaitu frasa ‘dia tenang’ dan ‘awak lebih-lebih’ yang menunjukkan unsur pertentangan antara dua
pihak. Justeru, sekiranya dibuat perbandingan dengan peribahasa tersebut, frasa ‘dia tenang’
dapat dirujuksilangkan dengan frasa ‘rebung tak miang’ manakala frasa ‘awak lebih-lebih’ pula
amat bertepatan dengan frasa ‘bemban pula miang’. Walau bagaimanapun, analisis pada
peringkat ini masih tidak dapat meneroka falsafah dan akal budi Melayu serta akal budi Islam di
sebalik perlambangan ‘rebung’ yang digunakan. Maka, proses penganalisisan secara terperinci
dilaksanakan pada peringkat seterusnya.

Tahap 3: Semantik Inkuisitif

Rebung merupakan pucuk buluh yang boleh dimakan dan tumbuh daripada pelbagai spesies
buluh seperti buluh aur (Bambusa vulgaris) dan buluh moso (Phyllostachys edulis). Menurut Azmy
dan Appanah (1998), buluh ditanam secara meluas di Malaysia disebabkan keluasan kawasan
hutan yang dimiliki oleh negara ini. Oleh yang demikian, terdapat lebih 70 spesies buluh yang
dapat tumbuh di kawasan yang pelbagai termasuklah di tebing sungai, di hutan dataran rendah
yang terganggu, di lereng bukit dan kawasan belukar.

Rajah 2 Imej rebung
Sumber: is.gd/yc0r5y
Meskipun rebung sering dimasak dengan pelbagai cara oleh masyarakat Melayu, rebung
mempunyai ciri-ciri yang berbahaya terhadap kesihatan manusia. Menurut Azmy (2015), rebung
dapat dikenal pasti menerusi ruas lembutnya yang pendek dan diselaputi oleh lapisan batang
berlapis yang keras, iaitu kelopak serta tumbuh di setiap buku yang terletak bersebelahan antara
satu sama lain. Kelopak yang melindungi rebung tersebut mempunyai bulu-bulu yang halus dan
dinamakan sebagai miang (Sapinah, 2013). Antara fungsi miang ini ialah melindungi rebung
daripada serangan serangga yang boleh menyebabkan kerosakan. Sekiranya miang rebung ini
terkena pada mana-mana bahagian tubuh manusia atau haiwan, permukaan kulit akan
memberikan reaksi yang negatif, iaitu akan menyebabkan kegatalan.
Tambahan lagi, tidak semua jenis buluh akan menghasilkan rebung yang enak untuk
dimakan. Hal ini demikian kerana terdapat beberapa jenis rebung yang mempunyai rasa pahit
disebabkan kandungan hidrosianik (HCN) yang terhasil, iaitu sejenis sebatian beracun
berdasarkan beberapa peringkat (Muslihah dan Hening, 2003). Rebung mengandungi glikosida
sianogenik dan menyebabkan sebatian HCN terhasil dalam bentuk glikosida taksifilin (taxiphyllin
glycosides) (Winarno, 1992). Berikutan itu, rebung yang mempunyai kandungan HCN yang tinggi

Page 97 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

adalah berbahaya untuk diambil oleh manusia dan haiwan (Andoko, 2003). Keracunan HCN ini
boleh menyebabkan penyempitan pernafasan, loya, muntah-muntah dan sakit kepala (FSANZ,
2005). Namun begitu, ketinggian kandungan HCN dalam setiap jenis rebung adalah berbeza dan
dikelaskan tahap ancamannya seperti dalam Jadual 3 berikut:

Jadual 3 Kelas dan kadar kandungan racun dalam rebung

Kelas Kadar Kandungan Racun (mg HCN/kg pucuk buluh)

Tidak berbahaya <50

Berbahaya sedikit >50-80

Toksik >80-100

Sangat berbahaya >100

Walau bagaimanapun, apakah pula kaitan objek rebung ini dengan tumbuhan bemban

yang disebut dalam peribahasa tersebut? Bemban atau nama saintifiknya Donax Grandis atau

Donax Canniformis juga merupakan sejenis tumbuhan yang bercirikan tropika dan berumpun

dengan batang yang kelihatan seakan-akan pokok buluh (Anna et al., 2010). Tumbuhan ini

tergolong dalam keluarga Marantaceae dan diklasifikasikan sebagai tumbuhan herba saka

(herbaceous perennial) yang boleh didapati secara meluas di rantau Asia Tenggara seperti

Malaysia, Thailand, Brunei, Filipina dan, Papua New Guinea (Husna Hawa, 2013). Bemban dapat

dilihat di sepanjang sungai, di kawasan lembab hutan sekunder dan kawasan belukar buluh

disebabkan tumbuhan ini dapat disebarkan dengan mudah sama ada melalui rizom atau melalui

benih (Ong, 2008). Imej tumbuhan bemban adalah seperti dalam Rajah 3 yang berikut:

Rajah 3 Imej bemban
Sumber: shorturl.at/orxJ7
Tumbuhan bemban mempunyai pelbagai kegunaan antaranya mampu menghasilkan serat
melalui batang pokoknya dan digunakan dalam pembinaan kraf tangan terkenal seperti tikar
anyaman, bakul, dan serunai. Selain itu, tumbuhan ini juga diguna pakai sebagai ubatan
tradisional oleh masyarakat Melayu bagi mengubati pelbagai jenis penyakit misalnya rizom
bemban digunakan bagi merawat penyakit kayap, daun dan akarnya berfungsi sebagai agen
penyejukan ketika demam serta merawat kesan gigitan ular melalui jus dari batang tumbuhan
tersebut (Fatan, 1990). Berdasarkan kajian lepas, bemban mengandungi sebatian metabolit
sekunder yang pelbagai seperti sebatian fenolik, flavonoid, tanin, fitosterol, terpenoid, steroid,
alkaloid, glikosida kardiak dan saponin (Daud et al., 2011). Justeru, kandungan sebatian fenolik,
flavonoid, alkaloid, dan terpenoid dalam tumbuhan berpotensi untuk dijadikan sebagai agen

Page 98 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

antibakteria (Saleem et al., 2009) dan (Cushnie et al., 2005).
Berdasarkan fakta yang dikemukakan bagi tumbuhan rebung dan bemban jelas

menunjukkan bahawa kedua-dua tumbuhan ini memiliki sifat yang berbeza meskipun dari segi
strukturnya pokok bemban hampir menyerupai tumbuhan buluh. Oleh yang demikian,
keserupaan bentuk fizikal yang terdapat pada tumbuhan-tumbuhan ini menjadi pengamatan
masyarakat Melayu lalu diterjemahkan melalui bentuk kiasan dalam peribahasa ‘rebung tak
miang, bemban pula miang’. Hal ini secara tidak langsung menonjolkan ketinggian pemikiran
masyarakat Melayu terhadap unsur alam sekeliling mereka. Masyarakat Melayu memerhatikan
kepada unsur keserupaan yang terdapat pada setiap tumbuhan tersebut dan kemudiannya
digunakan sebagai unsur perlambangan.

Selain itu, leksikal ‘miang’ yang terdapat dalam peribahasa tersebut menonjolkan unsur
pertentangan bagi ciri-ciri yang dimiliki oleh rebung dan bemban. Seperti yang telah dijelaskan
sebelum ini, rebung merupakan tumbuhan yang mengandungi miang disebabkan kelopaknya
yang diselaputi bulu-bulu halus. Berbeza pula dengan pokok bemban yang mempunyai khasiat
dan fungsinya yang tersendiri terutama dari sudut perubatan. Namun begitu, tumbuhan bemban
tidak diselaputi oleh sebarang bulu-bulu halus atau miang. Justeru, masyarakat Melayu
mengungkapkan peribahasa ‘rebung tak miang, bemban pula miang’ ini kepada golongan yang
suka mencampuri urusan orang lain, sesuai dengan makna yang didukung oleh peribahasa ini,
iaitu ‘orang yang bersangkutan berdiam diri, sedang orang luar ikut campur’.

Perlakuan seseorang yang sering ikut campur dalam urusan orang lain dianggap seperti
pohon bemban yang tidak mempunyai miang namun bersifat seolah-olah memilikinya walhal
miang tersebut merupakan ciri penting bagi rebung. Hal ini secara amnya tidak menepati ciri-ciri
sebenar tumbuhan bemban dari kaca mata ilmu sains dan kemudiannya diterjemahkan oleh
masyarakat Melayu sebagai perbuatan manusia yang suka mencampuri urusan orang lain.
Perbuatan ini turut hampir dengan makna peribahasa ‘jaga tepi kain orang’ yang membawa
takrifan ‘mengambil tahu urusan orang lain’. Dalam budaya masyarakat Melayu, perbuatan
mencampuri hal orang lain ini dianggap sebagai perlakuan yang kurang sopan dan menimbulkan
ketidakselesaan. Hal ini demikian kerana perlakuan tersebut secara tidak langsung mengganggu
privasi kehidupan seseorang. Maka, teguran dan sindiran yang ingin ditujukan kepada golongan
seperti ini diungkapkan secara implisit melalui penggunaan peribahasa tersebut. Hal ini
membuktikan kekayaan budi pekerti yang dimiliki oleh masyarakat Melayu meskipun ketika
menyampaikan perlian mahupun nasihat.

Sekiranya dilihat dari aspek agama, Islam juga tidak menganjurkan perbuatan mencampuri
urusan orang lain kerana perlakuan ini akan menimbulkan fitnah dan permusuhan antara satu
sama lain. Di samping itu, perbuatan ini juga merupakan salah satu perkara yang tidak bermanfaat
sama ada kepada diri sendiri mahupun kepada orang lain dan ditegah sekeras-kerasnya dalam
Islam. Hal ini berikutan kerana antara ciri-ciri seorang Muslim yang berperibadi mulia adalah
sentiasa memenuhi masa dirinya dengan pekerjaan yang bermanfaat dan mengelakkan diri
daripada melakukan perlakuan yang tidak bermoral. Perbuatan yang sia-sia ini juga mendorong
kepada dosa dan maksiat serta menjadi petanda kelemahan iman seseorang muslim. Perkara ini
turut dinyatakan dalam hadis Rasulullah SAW, daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata,

Page 99 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Rasulullah SAW telah bersabda:

“Di antara kesempurnaan Islam seseorang ialah dia meninggalkan sesuatu yang
tidak berkaitan dengannya (tidak berfaedah baginya)”.

(Riwayat Tirmizi: 2318)

Menerusi hadis ini jelas menunjukkan bahawa Islam sentiasa menekankan setiap umatnya
agar melakukan perkara-perkara yang berfaedah. Hal ini demikian kerana setiap manusia akan
dipertanggungjawabkan atas segala amalan yang dilakukan di dunia. Maka, perbuatan yang tidak
mendatangkan faedah seperti berbual kosong, berhibur dengan perkara yang tidak bermanfaat
dan suka mengambil peduli akan hal-hal yang tiada kepentingan dengan diri sendiri sewajarnya
dielakkan. Di samping itu, Islam juga amat mementingkan sikap hormat-menghormati sesama
manusia. Justeru, masyarakat perlulah menghormati hak individu yang lain dan tidak sewenang-
wenangnya mengganggu perihal peribadi seseorang. Sekiranya setiap manusia menanam sikap
ini dalam diri mereka maka akan wujud keharmonian dan kesejahteraan dalam kehidupan
masyarakat.

Seiring dengan peredaran zaman, dunia turut berevolusi dengan bermacam bentuk hiburan
dan teknologi yang pelbagai. Maka, kebijaksanaan yang dimiliki oleh seorang muslim, iaitu
ketinggian akal perlu dimanfaatkan bagi memastikan setiap perkara yang diamalkan adalah
perlakuan yang berfaedah sahaja. Nikmat masa lapang yang sering dilupakan oleh manusia ini
sewajarnya digunakan sebaiknya bagi melakukan pelbagai kebaikan. Islam juga menasihati
umatnya agar menjadikan dunia ini sebagai ladang amal dan hasilnya akan dapat dituai ketika di
akhirat kelak. Justeru, mereka seharusnya memenuhi masa mereka dengan perkara yang
mendekatkan diri kepada Allah SWT seiring dengan tujuan penciptaan manusia itu sendiri, iaitu
mengabdikan diri kepada-Nya. Firman Allah SWT dalam surah az-Zariyat, ayat 56:

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka
mengabdikan diri mereka kepada-Ku.”

(Surah az-Zariyat: 56)

Intihannya, pembinaan peribahasa ‘rebung tak miang, bemban pula miang’ ini merupakan
bukti kekreatifan dan kekritisan masyarakat Melayu dalam menyampaikan teguran atau sindiran
secara berkias kepada golongan yang sering mencampuri atau mengganggu urusan orang lain.
Sifat alam yang diperhatikan oleh mereka dimasukkan ke dalam peribahasa sebagai unsur
perlambangan agar teguran tersebut tidak menjatuhkan air muka orang lain secara terus. Hal ini
juga memperlihat ketinggian akal budi masyarakat Melayu itu sendiri dalam mengekalkan konsep
kesopanan dalam pelbagai keadaan. Unsur Islam yang telah menetapkan syariat agar tidak
melaksanakan perbuatan yang berfaedah juga diasosiasikan dalam peribahasa ini secara tidak
langsung bagi memberi peringatan dan nasihat kepada seluruh umat manusia. Maka,
perlambangan objek rebung dalam kiasan ini amat bertepatan dengan akal budi Melayu dan
syariat yang dibawa oleh agama Islam di sebalik pembinaannya.

Page 100 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

5. KESIMPULAN
Kesimpulannya, pendekatan semantik inkuisitif mampu meneroka ketinggian dan kekritisan
pemikiran masyarakat Melayu yang berasosiasi dengan alam sekeliling mereka lalu dijadikan
sebagai unsur metafora dalam pembinaan peribahasa. Di samping itu, ajaran Islam yang turut
menjadi tunjang kehidupan masyarakat Melayu ternyata turut menjadi rujukan utama
masyarakat dalam menghasilkan sesebuah peribahasa yang bermakna. Berdasarkan analisis yang
dilaksanakan berhasil membuktikan elemen makanan masyarakat Melayu, iaitu rebung amat
berkait rapat dengan kehidupan masyarakat Melayu. Penerapan unsur gastronomi ini dalam
pembinaan peribahasa bukan sahaja bermatlamat untuk menyampaikan maknanya yang bersifat
konkrit bahkan turut mengandungi penyisipan falsafah dan akal budi masyarakat Melayu serta
berkait rapat dengan konsep syariat Islam. Maka, setiap unsur yang dipilih dalam peribahasa tidak
ditentukan sewenang-wenangnya tetapi sebaliknya terkandung aspek perlambangan yang
ditentukan oleh pemikiran kognitif penuturnya.

Oleh yang demikian, kajian ini diharap mampu memberikan persepsi yang baik kepada
masyarakat terutama golongan muda yang kebanyakannya masih kurang menguasai ilmu
peribahasa dan seterusnya mendidik masyarakat agar senantiasa mengambil kira makna sebenar
yang dibawa oleh sesebuah peribahasa sebelum menilainya. Di samping itu, kajian ini juga diharap
bukan sahaja mampu memberikan kesan positif kepada para pembaca malahan mampu
meningkatkan kesedaran masyarakat akan peri pentingnya bahasa kiasan sebagai salah satu
medan bagi menyampaikan nasihat mahupun teguran kepada orang lain namun masih
mengekalkan ketinggian budi pekerti.

Page 101 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

RUJUKAN

Abdullah Hussain. (2017). Kamus Istimewa Peribahasa Melayu Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Al- Quran al-Karim, tafsir pimpinan al-Rahman.

Andoko, A. (2003). Budi Daya Bambu Rebung. Yogyakarta: Kanisius.

Anna Durin, Rahah Hasan dan Zarina Mohd Shah. (2010). Tikar Bemban Satu Seni Rupa Iban yang
Harus Dipertahankan. Persidangan Antarabangsa Minoriti dan Majoriti Bahasa, Budaya
dan Identiti. Hilton, Kuching, Sarawak: Malaysia.

Asmah Haji Omar. (2000). Wacana Perbincangan, Perbahasan, dan Perundingan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azmy Haji Mohamed dan Appanah, S. (1998). Bamboo Resources Conservation and Utilization in
Malaysia. Bamboo-Conservation, Diversity, Ecogeography, Germplasm, Resource
Utilization and Taxonomy.

Azmy Haji Mohamed. (2015). Potensi Rebung di Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Penyelidikan.

Cushnie, T. P. T. dan Lamb, A. J.. (2005). Review: Antimicrobial Activity of Flavonoids. International
Journal of Antimicrobial Agents, 26, 343-356.

Daud, J. M., H. H. M. Hassan, R. Hashim dan M. Taher. (2011). Phytochemicals Screening and
Antioxidant Activities of Malaysian Donax Grandis Extracts. European Journal of Scientific
Research, 61(4), 572-577.

Fatan H.Y. (1990). Etiologi Penyakit di Kalangan Masyarakat Melayu: Satu Kajian Kes di Mukim
Sanggang, Temerloh, Pahang. (Tesis Ijazah Sarjana) Universiti Sains Malaysia.

Food Standards Australia New Zealand (FSANZ). (2005). Cyanogenic Glycosides in Cassava and
Bamboo Shoot: A Human Health Risk Assessment. Dimuat turun daripada t.ly/ObzN.

Husna Hawa Mohd Hassan. (2013). Screening of the Potential Antioxidant, Antimicrobial and
Antiproliferative Activities of Donax Grandis. (Tesis Ijazah Sarjana). Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia, Kuantan.

Julaina Nopiah dan Mohd Faizal Mohamed Nor. (2019). Resam Padi dalam Peribahasa Melayu:
Pendekatan Semantik Inkuisitif. International Language and Tourism Conference, 1(1),
106-119.

Page 102 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Julaina Nopiah, Nor Hashimah Jalaluddin, dan Junaini Kasdan. (2018). Refleksi Gastronomi dalam
Komunikasi: Analisis Semantik Inkuisitif. Malaysian Journal of Communication, 34(1), 185-
201.

Junaini Kasdan, Nor Hashimah Jalaluddin dan Wan Nurasikin Wan Ismail. (2016). Ikan (Pisces)
dalam Peribahasa Melayu: Analisis Semantik Inkuisitif. International Journal of the Malay
World and Civilisation. 4(1), 31-42.

Junaini Kasdan. (2015). Unsur Asam dan Akal Budi Melayu: Analisis Semantik Inkuisitif. Dalam
Seminar Meja Bulat ‘Simpulan Bahasa dan Kognitif Penutur. Kuala Lumpur: Institut Alam
dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kamus Dewan. Edisi Keempat. (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka. (t.th). Dewan Bahasa dan Pustaka. Dimuat turun daripada
http://sbmb.dbp.gov.my/korpusdbp/.

Khalila Ilia Ismail dan Mohd Faizal Musa. (2016). Makanan dalam Pembayang Pantun Melayu: Satu
Wacana dari Perspektif Gastronomi. Jurnal Melayu, 15(1), 1-13.

Muhammad Haji Salleh. (2020). Peribahasa Melayu Pemeri Akal Budi. Nibong Tebal: Universiti
Sains Malaysia.

Muslihah, F. dan Hening, S. S. (2003). Sayur dan Bumbu Dapur Berkhasiat Obat. Depok: Penebar
Swadaya.

Nor Hashimah Jalaluddin. (2014). Semantik dan Akal Budi Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Ong, H. C. (2008). Rempah Ratus: Khasiat Makanan dan Ubatan. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Saleem, M., Nazir, M., Ali, M.S., Hussain, H., Lee, Y.S., Riaz, N. & Jabbar, A. (2009). Antimicrobial
Natural Products: An Update on Future Antibiotic Drug Candidates. Natural Product
Reports, 27, 238-254.

Sapinah Haji Said. (2013). Kamus Peribahasa Melayu. Johor Bahru: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Universiti Kebangsaan Malaysia. (t.th). Malaycivilization. Dimuat turun daripada
https://malaycivilization.com.my/peribahasa-melayu.

Winarno. (1992). Rebung Teknologi Produksi dan Pengolahan. Jakarta: Pustaka Sinar Harapan.

Zainal Abidin Ahmad. (2002). Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Page 103 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Lg/Malay/Id: 102

PRINSIP KEPIMPINAN DAN HUBUNG KAIT CIRI KESANTUNAN MELAYU DALAM
CERITA LIPUR LARA

Arina Johari*1, Mohamad Zuber Ismail2 dan Nurul Jamilah Rosly3

1,2,3 Kuliyyah Bahasa dan Pengurusan, IIUM Kampus Pagoh
(E-mail: [email protected], [email protected] & [email protected])

ABSTRAK
Makalah ini mengemukakan pengkajian kesusasteraan bersifat rentas disiplin melalui analisis
ilmu pengurusan moden dan kesantunan pragmatik dalam cerita lipur lara Melayu. Berobjektif
mengenal pasti pendekatan pengurusan yang berfokus pada domain prinsip kepimpinan (PK)
selain meneroka perkaitannya dengan ciri kesantunan orang Melayu. Dua teori diaplikasikan, iaitu
pendekatan pengurusan oleh Zuber (2017) dan teori Ciri Kesantunan Melayu Tiga Tokoh (CKMTT)
oleh Arina (2019) untuk menganalisis dialog 10 watak dalam dua cerita lipur lara, iaitu dua watak
dalam Hikayat Malim Dewa (HMD) dan lapan watak dalam Hikayat Awang Sulung Merah Muda
(HASMM). Kajian ini menggunakan kaedah analisis teks melibatkan lima langkah, iaitu i).kaedah
pustaka, ii).mengklasifikasi domain prinsip kepimpinan dan perkaitannya dengan CKMTT,
iii).pengekodan, iv).penghuraian analisis, v).penjadualan dan peratusan data. PK menggariskan
lapan dimensi; D1-Keberanian, D2-Kebijaksanaan, D3-Berwawasan, D4-Amanah/Jujur, D5-Adil,
D6-Bertimbang rasa/Penyayang, D7-Kependidikan, dan D8-Benar/Elak Fitnah. CKMTT terhasil
daripada proses penggabungan dan modifikasi model Asmah (2000), Awang (2007) dan Tenas
(2011) yang membentuk tiga faktor; i).peranan, kuasa dan perbezaan taraf sosial (PKS),
ii).pematuhan pada tajuk (PT) dan iii).pematuhan pada peraturan (PP). Hasil analisis mendapati
tujuh daripada lapan prinsip kepimpinan diaplikasikan oleh watak yang mencerminkan corak
kepimpinan bervariasi dalam sesuatu pentadbiran. Perkaitan dengan ciri PKS dalam CKMTT pula
didapati mendominasi struktur karya; membuktikan PK diaplikasikan sesuai dengan peranan
watak selaku pentadbir sebuah negara sekali gus mendasari konteks yang mengawal keseluruhan
perkaitan dengan CKMTT. Ini membuktikan kepimpinan berlandaskan kesantunan amat
signifikan dalam budaya hidup orang Melayu sejak zaman Melayu tradisi lagi.

Kata kunci: pendekatan pengurusan, prinsip kepimpinan, cerita lipur lara, CKMTT dan pragmatik.

Page 104 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

1. PENDAHULUAN

Sastera rakyat terdiri daripada dua bentuk, iaitu sastera berbentuk cerita dan bukan berbentuk
cerita. Sastera rakyat berbentuk cerita yang disebut juga sebagai cerita rakyat atau cerita lisan,
terdiri daripada beberapa jenis cerita seperti cerita lipur lara, cerita teladan, cerita binatang,
cerita jenaka, mitos dan legenda. Sastera rakyat berbentuk bukan cerita pula sebahagian
besarnya berupa puisi seperti ungkapan rakyat, nyanyian rakyat, ungkapan adat, teka-teki,
pantun dan gurindam. Kedua-dua bentuk sastera rakyat ini mempunyai fungsi yang sangat
signifikan dalam mengungkapkan pemikiran si penglipur lara mahupun budaya hidup masyarakat
dalam zaman yang diwakilinya.

Sastera rakyat boleh dikategorikan sebagai sebahagian daripada tradisi lisan yang dapat
difahami sebagai ekspresi budaya yang menggunakan bahasa dan mempunyai hubungan
langsung dengan berbagai-bagai aspek budaya lain seperti agama dan kepercayaan, undang-
undang, keperluan masa lapang, kegiatan ekonomi, sistem kekeluargaan dan susunan nilai sosial
masyarakatnya (Safian Hussain dll 1988: 293-294). Ekspresi budaya dalam sesebuah karya sastera
rakyat bukan sahaja berkisar tentang amalan cara hidup bahkan sudah pasti tercakup di dalamnya
ciri-ciri penggunaan bahasa yang indah, bernada lembut serta mencerminkan keluhuran budi dan
peribadi watak-watak yang diketengahkan sekali gus menjadi penanda kepada nilai kesantunan.
Ini disebabkan bahasa adalah sebahagian daripada elemen budaya dalam karya sastera manakala
kesantunan adalah manifestasi dalam aspek penggunaannya.

2. KAJIAN LEPAS

Cerita lipur lara Melayu merupakan khazanah keintelektualan Melayu yang terus bertapak kukuh
dalam dunia kesusasteraan tanah air. Pesona kehebatan dan keunikan cerita lipur lara telah
menarik dan memancing minat ramai para sarjana tempatan dan antarabangsa untuk terus
mengkaji, meneliti dan meneroka genre Melayu tradisional berbentuk naratif ini. Mohamad
Zuber (2016) telah menyenaraikan pengkaji yang telah memberi sumbangan dalam cerita lipur
lara, iaitu Syed Abdullah Syed Sulaiman (2011), Mohamad Luthfi Abdul Rahman (2008),
Madiawati Mustafa (2012), madiawati Mustafa & Arbai’e Sujud (2011), Zakaria Osman (1997),
Zabidin Ismail (2012), Talib Samat (2012), Mohd. Rosli Saludin (2012). Selain itu, Bazrul Bahaman
(2012), Jelani Harun (2012), Abdul Rahman Napiah (2012), Mohd. Zamberi Malik (2012), dan
Mohamad Shahidan (2012) juga telah menjalankan kajian tentang cerita lipur lara. Malah ramai
lagi para pengkaji dan penganalisis sastera tradisional telah mengkaji dan menyelidik pelbagai
aspek dan perspektif dalam cerita lipur lara Melayu.

Kajian berkaitan Pendekatan Pengurusan dapat diteliti menerusi kajian Mohamad Zuber
Ismail et al. (2014) yang bertajuk “Kepimpinan dalam Hikayat Awang Sulung Merah Muda”.
Selanjutnya, Pendekatan Pengurusan dapat diteliti dalam artikel yang ditulis Sara Beden (2014)
yang bertajuk “Prinsip Perancangan dalam Hikayat Khoja Maimon”. Kajian ini menggunakan teks
Hikayat Khoja Maimun yang dipilih dan dimuatkan dalam Antologi Harga Remaja (2009). Dalam

Page 105 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

penulisan artikel ini, Sara Beden telah mengaplikasikan Prinsip Perancangan yang diketengahkan
oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan. Sara Beden (2015) juga, telah menulis artikel yang bertajuk
‘Kepimpinan Berjiwa Rakyat dalam Prosa Tradisional’, dalam antologi teks Kepimpinan Melalui
Teladan. Penerbitan artikel ini mendampakkan satu lagi sokongan awal dalam mengetengahkan
pendekatan ini dalam dunia kritikan sastera lantas boleh dijadikan sebagai satu lagi sumber
rujukan ilmiah.

Kajian Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013), dalam kertas kerja yang dibentangkan dalam
Seminar Bahasa dan Kekuasaan Melayu di UPSI, bertajuk “Pendekatan Pengurusan: Satu Metode
dalam Kritikan Sastera” telah meneliti cerita–cerita rakyat berdasarkan Pendekatan Pengurusan.
Kajian ini mengkaji Pendekatan Pengurusan berlandaskan Prinsip Perancangan dengan
membataskan perbincangan berdasarkan dua buah cerita rakyat iaitu “Sang Kancil dan Buaya”
dan“Lebai Malang”. Kertas kerja yang sama turut mengupas persoalan pengurusan dalam cerpen
yang bertajuk “Di Sebalik Tirai Makna”, hasil karya Awang Said Mokhtar. Kajian tersebut
mengetengahkan Pendekatan Pengurusan berdasarkan Prinsip Pengorganisasian dan Prinsip
Penstafan.

Selain itu, Mohamad Zuber et al. (2014), dalam kertas kerja yang bertajuk “Prinsip
Perancangan: Penelitian berdasarkan Ceritacerita Rakyat”, telah menggunakan Pendekatan
Pengurusan mengikut pendekatan Mokhtar untuk menganalisis teks Koleksi 366 Cerita Rakyat
Melayu hasil karya Othman Puteh dan Aripin Said. Dalam kajian ini, pengkaji telah menerapkan
prinsip perancangan dalam teks cerita rakyat terpilih, iaitu “Sang Kancil dan Kerbau”, “Pak
Belalang”. Hasil dapatan kajian memberi pengukuhan terhadap prinsip perancangan yang dapat
dipugar dalam cerita-cerita rakyat berkenaan. Kajian ini merupakan satu kesinambungan
daripada kajian sebelumnya yang dapat membuktikan bahawa terdapatnya pengaplikasian
dimensidimensi perancangan pada watak-watak dalam teks tersebut.

Dari perspektif kesantunan pula, Asmah (2000) berpendapat, kesantunan jika mengikut
perspektif Melayu ialah penggunaan bahasa seharihari yang tidak menimbulkan kegusaran,
kemarahan dan rasa tersinggung daripada pendengar sementara Awang (2007) menyatakan
kesantunan sebagai penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia
dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara. Tenas (2011) pula
menyatakan kesantunan sebagai perilaku seseorang yang “tahu diri” atau “sedar diri”,
mencerminkan kearifan dan kebijaksanaan dalam menilai dan mengukur kemampuan diri agar
dapat menempatkan dirinya secara baik dan benar dalam kehidupan berumah tangga,
masyarakat, berbangsa dan bernegara.

Kajian bahan sastera yang meneliti pendekatan pengurusan dilakukan oleh Mohd. Zuber,
Sara dan Mohd. Mokhtar (2015). Mereka meneliti cerita lipur lara Hikayat Awang Sulung Merah
Muda dari perspektif pendekatan pengurusan dan mendapati selain mengaplikasi dimensi
kepemimpinan dalam pentadbiran sesebuah negara, watak dalam karya tersebut turut
menggunakan tutur kata yang lembut, halus dan elok sebagai medium dalam menyampaikan
amanat atau perintah kepada rakyat jelata. Ia sekali gus membuktikan bahawa amalan
pentadbiran dalam zaman Melayu tradisi telah lama mementingkan elemen kesantunan dalam
perbualan dan sebarang bentuk komunikasi di antara pemerintah dan rakyat.

Page 106 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Secara jelas, berdasarkan perbincangan dan analisis kesantunan Melayu yang dilakukan
sebelum ini, didapati masih kurang yang membabitkan penelitian terhadap karya sastera dengan
menggunakan model sarjana tempatan. Kebanyakan kajian mengaplikasikan model dan teori
daripada sarjana barat sehingga dapatan yang diperoleh lebih bersifat perspektif barat. Bagi
merapatkan jurang kajian, analisis yang akan dilakukan ini menggunakan model Pendekatan
Penguruan oleh sarjana tempatan, iaitu Zuber (2017) dan model Asmah (2000), Awang (2007) dan
Tenas (2011) yang digabung dan dimodifikasi untuk membentuk model yang dinamakan Ciri
Kesantunan Melayu Tiga Tokoh (CKMTT) oleh Arina (2019).

Batasan Kajian

Kajian ini menggunakan dua teks cerita lipur lara, iaitu Hikayat Malim Dewa dan teks Hikayat
Awang Sulung Merah Muda karya Pawang Ana dan Raja Haji Yahya, diterbitkan oleh Fajar Bakti
Sdn. Bhd. Shah Alam, 1998. Kajian ini dibataskan dengan meneliti dan menganalisis dialog dan
ayat berbentuk naratif 10 watak dalam dua karya sastera (seperti yang dirujuk) sahaja, iaitu
Tuanku Malim Deman (TMD), Tuanku Awang Sulung Merah Muda (ASM), Orang Kaya Maharaja
(OKM), Bujang Selamat (BS), Jurubatu (JB), Tuanku Nakhoda Tua (TNT), Tuan Puteri (TP), Sultan
Baginda Raja Bujang (SRB), Tuanku Batin Alam (TBA) dan Tuanku Si Helang Laut (THL). Penelitian
dilakukan terhadap keseluruhan isi kandungan yang melibatkan struktur yang relevan dengan
Prinsip Kepimpinan sahaja. Prinsip Kepimpinan diklasifikasikan berlandaskan lapan dimensi, iaitu
D1-Keberanian, D2-Kebijaksanaan, D3-Berwawasan, D4-Amanah/Jujur, D5-Adil, D6-Bertimbang
rasa/Penyayang, D7-Kependidikan, dan D8-Benar/Elak Fitnah.

Objektif Kajian

Kajian ini menggariskan dua objektif, iaitu i). mengenal pasti domain prinsip kepimpinan dalam
cerita lipur lara berdasarkan pendekatan pengurusan, ii). meneroka perkaitan domain pronsip
pengurusan dalam cerita lipur lara dengan ciri kesantunan Melayu berdasarkan teori CKMTT.

3. METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini mengaplikasikan kaedah analisis teks melalui lima langkah; i). kaedah pustaka - memilih
teks yang sesuai, ii). mengklasifikasi domain prinsip kepimpinan dan perkaitan dengan CKMTT -
proses pembacaan yang teliti secara berulang kali bagi mengenal pasti struktur yang relevan dan
mengklasifikasi dimensi-dimensi kepimpinan di bawah domain prinsip kepimpinan. Penelitian
analisis memberi fokus terhadap struktur, iaitu watak dan perwatakan, peristiwa, isu, persoalan,
latar dan nilai yang diperincikan dan diteliti dari segi tindakan dan pemikiran yang terkandung
dalam penceritaan teks Hikayat Malim Dewa dan Hikayat Awang Sulung Merah Muda. Kemudian,
setiap dimensi kepimpinan tersebut di analisis bagi memperlihatkan perkaitannya dengan tiga ciri
dalam CKMTT, iii). pengekodan - setiap dialog watak yang diteliti akan diberikan kod tertentu bagi

Page 107 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

memudahkan proses analisis data, iv) penghuraian analisis - dapatan analisis dihuraikan
berdasarkan kaedah kualitatif dan pengamatan bidang pragmatik, v) penjadualan dan peratusan
data.

Prinsip Kepimpinan

Kepimpinan yang dibincangkan dalam kajian ini adalah untuk menjelaskan hal ehwal pengurusan
yang terdapat dalam sesebuah karya sastera. Prinsip Kepimpinan merupakan prinsip di bawah
Pendekatan Pengurusan seperti yang diketengahkan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013)
dan kemudiannya disesuaikan oleh Mohd. Zuber (2017) dalam tesis PhD beliau. Pendekatan ini
menggariskan lima prinsip, iaitu (i) Prinsip Perancangan (ii) Prinsip Kepimpinan (iii) Prinsip
Pengorganisasian (iv) Prinsip Penstafan dan (v) Prinsip Kawalan. Mohd. Zuber (2017) melakukan
perincian terhadap kelima-lima prinsip dalam Pendekatan Pengurusan dengan mengklasifikannya
ke dalam dimensi-dimensi tertentu bagi mempermudahkan analisis dilakukan. Prinsip
Kepimpinan, yang menjadi fokus bagi kajian ini diklasifikasikan ke dalam lapan dimensi, iaitu D1-
Keberanian, D2-Kebijaksanaan, D3-Berwawasan, D4-Amanah/Jujur, D5-Adil, D6-Bertimbang
rasa/Penyayang, D7-Kependidikan, dan D8-Benar/Elak Fitnah. Kelapan-lapan dimensi ini akan
dianalisis untuk memperlihatkan aplikasi dalam data kajian.

Ciri Kesantunan Melayu Tiga Tokoh (CKMTT)

Kesantunan Melayu yang dirujuk dalam kajian ini adalah satu model hasil penggabungan dan
modifikasi tiga pendekatan kesantunan yang dibincangkan oleh Asmah (2000), Awang (2007) dan
Tenas (2011). Perbincangan aspek kesantunan ketiga-tiga tokoh ini ialah kesantunan berkendala
(Asmah, 2000), amar ma’ruf nahi mungkar (Awang, 2007) dan bahasa yang tiga (Tenas, 2011).
Penyederhanaan terhadap ketiga-tiga pendekatan ini melalui proses penggabungan dan
modifikasi oleh Arina (2019) dinamakan model Ciri Kesantunan Melayu Tiga Tokoh (CKMTT).

CKMTT menggariskan tiga faktor; i). peranan, kuasa dan perbezaan taraf sosial (PKS), ii).
pematuhan pada tajuk (PT) dan iii). pematuhan pada peraturan (PP). Penyederhanaan
perbincangan ketiga-tiga tokoh ini menjadikan air muka, iaitu salah satu faktor menandai
kesantunan oleh Asmah (2000) sebagai teras. Menjaga air muka menjadi teras pada faktor
perkaitan peranan, perbezaan taraf sosial dan kewujudan kuasa. Sehubungan itu, apabila
dinyatakan bahawa data analisis memperlihatkan wujudnya faktor perkaitan peranan, perbezaan
taraf sosial dan kewujudan kuasa (PKS) secara tidak langsung data tersebut telah mencakupi
faktor teras, iaitu air muka. Sebaliknya pematuhan pada tajuk atau bidang perbincangan dan
pematuhan pada peraturan perbincangan berdiri sebagai faktor tersendiri dalam CKMTT. Ketiga-
tiga faktor dalam CKMTT ini akan dianalisis dan diperlihatkan perkaitannya dengan lapan dimensi
dalam Prinsip Kepimpinan berdasarkan sifat data kajian.

Page 108 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

4. DAPATAN ANALISIS DAN PERBINCANGAN

Dapatan analisis memperlihatkan tujuh dimensi dalam PK diaplikasikan oleh 10 watak yang terlibat
dalam Hikayat Malim Deman dan Hikayat Awang Sulung Merah Muda. Hasil dapatan analisis
dipaparkan secara terperinci dalam Jadual 1 di bawah.

JADUAL 1: Aplikasi PK dalam Cerita Lipur Lara

Dimensi Cerita Lipur Lara Σ
PK
Hikayat Malim Hikayat Awang (%)

Dewa Sulung Merah Muda Dialog/Ayat

D1 *TMD 11 *ASM 3 16
D2 SBR ASM 1 (26.6)
1 11
4 ASM 6 (18.3)
OKM

D3 0 BS 2 4
D4 0 0 *ASM 1 (6.6)
D5 *TMD 1
JB

0 TNT 2 2
(3.3)

3 *ASM 6 10
TP
1 (16.6)

D6 SBR 3 THL 3 6
(10.0)

*ASM 4
2 11
D7 0 0 ASM 4 (18.3)
TBA

TK 1

D8 0 00 00

Jumlah Keseluruhan 60
(100)

PK Prinsip Kepimpinan TMD Tuanku Malim Dewa
D1 Keberanian OK Orang Kaya Maharaja
D2 Kebijaksanaan M Bujang Selamat
BS

D3 Berwawasan JB Jurubatu
D4 Amanah/Jujur TNT Tuanku Nakhoda Tua
D5 Adil TP Tuan Puteri

D6 Bertimbang rasa/Penyayang SBR Sultan Baginda Raja
Bujang

D7 Kependidikan TBA Tuanku Batin Alam
D8 Benar/Elak Fitnah THL Tuanku Si Helang Laut

Page 109 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

ASM Awang Sulumg Merah Muda % Peratus Dialog/ Ayat

* Naratif , diikuti watak yang
diwakili

Jadual 1 mempelihatkan tujuh daripada lapan dimensi dalam PK, iaitu D1, D2, D3, D4, D5,
D6 dan D7 diaplikasikan oleh 10 watak dalam Hikayat Malim Deman dan Hikayat Awang Sulung
Merah Muda. Analisis kekerapan keseluruhan mencakupi sejumlah 60 dialog/ayat, iaitu D1 - 16
(26.6%) melalui watak TMD dan ASM; D2 - 11 (18.3%), watak SBR, ASM dan OKM; D3 - 4 (6.6%),
watak BS, ASM dan JB; D4 - 2 (3.3%), watak TNT; D5 - 10 (5.5%) melalui watak TMD, ASM dan TP;
D6 - 6 (10.0%), watak SBR dan THL; serta D7 - 11 (18.3%) menerusi watak ASM, TBA dan TK.
Daripada jumlah keseluruhan, D1 mencatat kekerapan tertinggi, diikuti D2 dan D7 manakala D4
mewakili kekerapan terendah.

Berdasarkan dapatan yang diperolehi, setiap ayat dalam setiap struktur yang mencakupi
watak perwatakan, peristiwa, isu, persoalan, latar dan nilai yang pelbagai dianalisis untuk
memperlihatkan pengaplikasian PK dan perkaitannya dengan CKMTT. Analisis memperlihatkan
perkaitan PK dengan CKMTT yang mempunyai variasi tertentu, iaitu sama ada perkaitan secara
lengkap dengan ketiga-tiga CKMTT, perkaitan tidak lengkap dengan mana-mana dua ciri CKMTT
atau sebaliknya - hanya satu CKMTT. Perincian dapatan adalah seperti dalam Jadual 2 di bawah.

JADUAL 2: Aplikasi PK dan Perkaitan Dengan CKMTT

Cerita Lipur Lara PK CKMTT Σ (%)
Dialog/Ayat

D2, D7 PKS + PT + PP 3 (13.0)

HMD D1, D2, D7 PKS + PT 7 (30.4)

& D2, D3, D4, D6, PKS + PP 3 (13.0)
HASMM D7

D1, D5, D6, D7 PKS 10 (43.4)

Jumlah Keseluruhan 23 (100)

HMD Hikayat Malim Deman D6 Bertimbang rasa/Penyayang

HASMM Hikayat Awang Sulung D7 Kependidikan

Merah Muda

CKMTT Ciri Kesantunan Melayu PK Prinsip Kepimpinan

Tiga Tokoh

D1 Keberanian PK Peranan, kuasa dan taraf
S sosial

D2 Kebijaksanaan PT Pematuhan pada tajuk

D3 Berwawasan PP Pematuhan pada peraturan

D4 Amanah/Jujur Σ Jumlah

D5 Adil % Peratus

Page 110 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Analisis dalam Jadual 2 di atas memperlihatkan kekerapan keseluruhan perkaitan PK dengan
CKMTT sebanyak 23 (100%) dengan PK (D2 & D7) yang menunjukkan perkaitan dengan PKS
mewakili kekerapan tertinggi - 10 (43.4%); diikuti PK (D1, D2 & D7) dengan perkaitan PKS+PT
sebanyak 7 (30.4%); PK (D2, D3, D4, D6 & D7) dengan perkaitan PKS+PP - 3 (13.0); manakala PK
(D2 & D7) dengan perkaitan PKS+PT+PP yang juga mencatat kekerapan sebanyak 3 (13.0%).

Seterusnya, huraian rinci mengenai dapatan di atas akan dipaparkan dalam tiga jadual
berasingan bagi memperlihatkan variasi perkaitan yang berlaku, iaitu Jadual 3 - satu contoh, Jadual
4 - dua contoh dan Jadual 5 - tiga contoh. Perbincangan yang pertama bagi variasi tiga CKMTT, iaitu
PKS+PT+PP akan dipaparkan dalam Jadual 3 yang berikut.

JADUAL 3: Aplikasi PK dan Perkaitan Dengan Tiga CKMTT

Cerita Lipur Wata Dialog PK CKMTT

Lara k

ASM Maka titah Awang Sulung Merah Muda, “Ayuhai

Orang Kaya, dari belakang datang ke hadapan,

barang apa dijumpa diterima, ada titik

HASMM ditampung.”

OKM

Konteks: Maka Sembah Orang Kaya Maharaja, “Ampun

Awang Tuanku beribu-ribu ampun, pada fikiran patik

Sulung barangkali Orang Kaya Temenggung salah

bertanyaka bertanya, bukan sebarang orang muda yang D2 PKS+PT
n tentang datang ini, entah waris negeri, entahkan anak +PP
mambang peri jin, jikalu tidak, tiadalah ia berani
tujuan

kedatangan menjawab sedemikian itu. Istimewa pula

Orang Kaya bijaksana orang itu, seperti perkataan apa-apa

Temenggun terjumpa diterima patut juga jangan dikurangkan

g barung-barung negeri orang. Maka maksudnya

ada titik ditampung iaitu hendak menurut resam

lembaga negeri. Pada fikiran patik baik patik

sekalian pergi menghadap dia”

(Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p.95)

HMD Hikayat Malim Deman PK Prinsip Kepimpinan

HASM Hikayat Awang Sulung CKMTT Ciri Kesantunan Melayu Tiga Tokoh

M Merah Muda

ASM Awang Sulung Merah PKS Peranan, Kuasa dan Taraf Sosial

Muda

OKM Orang Kaya Maharaja PT Pematuhan Pada Tajuk

D2 Kebijaksanaan PP Pematuhan Pada Peraturan

Page 111 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Dialog ASM dan OKM dalam Hikayat Sulung Merah Muda (konteks Awang Sulung berdialog
dengan Orang Kaya Maharaja mengenai tujuan kedatangannya), memperlihatkan aplikasi D2 yang
mempunyai perkaitan dengan ketiga-tiga CKMTT. D2 diperlihatkan melalui kebijaksanaan dalam
menuturkan sesuatu perkara yang menggambarkan keintelektualan dan kewibawaan seseorang
pemimpin yang mempunyai darjat, pangkat dan kedudukan seperti ungkapan ASM: “dari
belakang datang ke hadapan, barang apa dijumpa di terima, ada titik ditampung” yang sekali gus
menepati PKS. Selain itu, PKS turut tercermin melalui penggunaan kata sapaan seperti Orang Kaya,
Tuanku dan patik yang secara jelas memperlihatkan si penutur mengaui peranan, jurang kuasa dan
sosial yang diwakilinya. Amat Juhari Moain (1989:64) seperti yang dipetik dalam Mohd. Zuber, Sara
dan Mohd. Mokhtar (2015) bahawa terdapat beberapa kata sapaan dan panggilan oleh rakyat dan
orang besar kepada raja atau pemerintah seperti perkataan ‘Tuanku’ yang merupakan kata yang
paling lumrah digunakan. Dengan adanya kata sapaan atau gelaran tanda hormat ini, akan
membantu rakyat atau pembesar berhadapan dengan pemerintah kerajaan dan memulakan
bicara dengan bersopan dan berprotokol.

Seterusnya, OKM menjelaskan bahawa orang yang mengucapkan perkataan sedemikian
bukan orang sebarangan dalam ungkapan “pada fikiran patik barangkali Orang Kaya Temenggung
salah bertanya, bukan sebarang orang muda yang datang ini”. Maklum balas oleh OKM didapati
menepati PT dalam CKMTT, iaitu mengatakan sesuatu yang selari seperti mana yang dikehendaki
oleh ASM dalam pertanyaannya sebelum itu.

Kebijaksanaan OKM seterusnya terpapar apabila dia sendiri bercadang untuk pergi berjumpa
dengan Orang Kaya Temenggung untuk mengetahui perkara sebenar yang berlaku melalui
ungkapan “Pada fikiran patik baik patik sekalian pergi menghadap dia”. Situasi OKM yang
berusaha untuk memastikan sesuatu urusan dan majlis dapat berlangsung dengan teratur didapati
menepati peraturan dan amalan pentadbiran ketika itu, iaitu bersemuka untuk mencari
penyelesaian bagi mengelakkan fitnah yang sekali gus mempunyai perkaitan dengan PP dalam
CKMTT.

JADUAL 4: Aplikasi PK dan Perkaitan Dengan Dua CKMTT

Cerita Lipur Wata Dialog PK CKMTT
Lara PKS+PT
HMD k PKS+PP

Konteks: Maka Sultan Baginda Raja Bujang lalu bertitah, “Ayuhai
Raja Bujang
berusaha kakanda Seri Maharaja Pertukal, maka adapun sebab
menyembu
adinda persilakan kakanda berangkat ke mari ini, ada
hkan
penyakit suatu hajat adinda, jikalau ada mudah-mudahan adinda
adindanya
HASMM SBR memohonkan ubat adinda Tuan Puteri Andam Dewi D2

itulah, terlalu gering sekarang, tambahan adinda

hendak berdamai dengan kakanda, jangan jadi

perbalahan.

(Hikayat Malim Dewa 1988, p.62)

TBA Maka pada suatu hari bertitahlah Tuanku Datuk Batin D7
Alam kepada Awang Sulung Merah Muda, “Hai anakku,

Page 112 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Konteks: sekarang sudahlah dapat mengaji kitab dan merawi

Raja ingin tinggallah lagi pencak dengan silat, apung dengan

mengajar kebal, tiadalah payah belajar kepada orang, ayahanda

anakandany boleh mengajari.”

a ilmu (Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p.21)

persilatan

HMD Hikayat Malim Deman D7 Kependidikan

HASM Hikayat Awang Sulung Merah PKS Peranan, Kuasa dan Taraf Sosial

M Muda

SBR Sultan Baginda Raja Bujang PT Pematuhan Pada Tajuk

TBA Tuanku Datuk Batin Alam PP Pematuhan Pada Peraturan

D2 Kebijaksanaan

Dialog SBR dalam HMD didapati menepati D2 melalui kearifan dan kebijaksanaan yang
ditonjolkan oleh pemimpin apabila berhadapan dengan kemelut dan konflik. Dalam hal ini, SBR
perlu membuat keputusan untuk menyembuhkan adindanya dengan mencadangkan perdamaian
dengan si kekanda melalui ungkapan “mudah-mudahan adinda memohonkan ubat adinda Tuan
Puteri Andam Dewi” dan “tambahan adinda hendak berdamai dengan kakanda, jangan jadi
perbalahan”. Situasi ini didapati menepati PKS apabila SBR mengakui peranan, kuasa dan taraf
sosialnya sebagai pemimpin yang perlu berunding dan mencari penyelesaian. Manakala perkaitan
dengan PT diperlihatkan melalui ungkapan “ada suatu hajat adinda” yang mencerminkan SBR
mematuhi tujuan asal hajat yang ingin dikemukakan kepada si kekanda, iaitu berusaha mencari
ubat untuk menyembuhkan si adinda sekali gus menamatkan perbalahan mereka. Situasi yang
berlaku ini didapati bertepatan dengan pendapat Asmah (2007) dalam Indirawati dan Arina
(2019) yang mengatakan sekiranya seseorang yang bercakap itu terkeluar daripada agenda
waima pengerusi, individu itu dianggap sebagai kurang santun.

Seterusnya dialog TBA memperlihatkan aplikasi D7 melalui tindakan memberi penekanan
dalam ilmu seni persilatan Melayu terhadap anakandanya, Awang Sulung Merah Muda melalui
ungkapan “Hai anakku, sekarang sudahlah dapat mengaji kitab dan merawi tinggallah lagi
pencak dengan silat, apung dengan kebal…”. Ini secara tidak langsung memperlihatkan perkaitan
dengan PKS apabila TBA mengakui peranan dan tanggung jawab yang harus dijalankan sebagai
ayahanda serta kuasa yang ada untuk menyuruh anakandanya belajar silat. Semangat mencintai
ilmu ini turut ditonjolkan apabila baginda sendiri ingin mengajar ilmu seni persilatan tersebut
kepada Awang Sulung menerusi ungkapan “tiadalah payah belajar kepada orang, ayahanda boleh
mengajari”; yang sekali gus memperlihatkan perkaitan dengan PP, iaitu pematuhan terhadap
peraturan umum dalam kehidupan berkeluarga - ibu bapa harus memberikan pendidikan kepada
anak-anak. Asmah (2007) mengatakan bahawa pematuhan kepada peraturan yang terdapat
dalam peristiwa bahasa tertentu sama ada yang bersifat lisan mahupun tulisan akan dapat
memelihara air muka dan mengelakkan pendengar berasa tersinggung. Sehubungan itu,
walaupun setiap satu genre itu berbeza dengan yang lain dari segi teks, format, kepanjangan
tempoh masa dan tujuan, setiap satunya mempunyai peraturan yang menandai kesantunan.

Page 113 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

JADUAL 5: Aplikasi PK dan Perkaitan Dengan Satu CKMTT

Cerita Watak Dialog PK CKMTT
Lipur Lara PKS
TMD “Hatta, setelah Garuda itu hampir dengan baginda, D1 PKS
HMD maka baginda segeralah memarangkan pedang
Konteks: jenawi itu, kena ke leher garuda itu, putus PKS

TMD terpelanting kepalanya ketujuh sekali gugur ke bumi.
bertarung Maka baginda pun terjun ke dalam lubang itu…’
(Hikayat Malim Dewa 1988, p.82)
dengan
burung TMD “Maka dalam hal yang demikian itu baginda pun D5
Garuda THL berulang turun ke dunia mendapatkan isterinya yang D6
HMD
empat di situ. Maka dengan berkat ilmu hikmat
Konteks: baginda, kelima isterinya itu tiada pernah berkelahi,
Tanggung melainkan sepakat sebicara berkasih-kasih seperti

jawab saudara sahaja. Maka baginda pun bertambah-
TMD tambah kasih sayang akan kelima isterinya itu, tiada
terhadap
isteri- pernah bercerai barang sehari pun.”
isterinya (Hikayat Malim Dewa 1988, p.123)
Setelah didengar oleh Tuanku Si Helang Laut lalu
HASMM dititahnya dengan murkanya, merah padam warna
mukanya, “Apa sebab bidan tiada mahu datang? Tiada
Konteks: patut sekali-kali melebihi kepada raja. Insya-Allah
THL taala baik esok pagi beta suruhkan sekalian juak-juak,
hulubalang, bunuh bidan bertujuh itu, orangnya
memaafka dibunuh; hartanya dihabiskan; rumahnya dibakar;
n Bidan tanah ke atas: demikian timpa daulat beta. Orang
Bertujuh menderhaka kepada undang dengan keadilan apa

ditaruh di dalam negeri?”

Maka titah baginda, “Yang sudah terlalu perbuatan
engkau diampunkan, yang kemudiannya jangan
dibuat lagi.”
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p.11)

TMD Tuanku Malim Deman PK Peranan, Kuasa dan Taraf Sosial
S Pematuhan Pada Tajuk
THL Tuanku Si Helang Laut PT
D1 Keberanian PP Pematuhan Pada Peraturan
D5 Adil
D6 Page 114 of 209
Bertimbang rasa/Penyayang

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Dialog TMD dalam HMD (konteks TMD bertarung dengan burung Garuda) didapati menepati
D1 melalui keberanian yang ditunjukkan dalam ungkapan baginda “segeralah memarangkan
pedang jenawi itu, kena ke leher garuda itu” dan ungkapan
“Maka baginda pun terjun ke dalam lubang itu…”. Kedua-dua ungkapan ini secara tidak langsung
menepati PKS apabila TMD memperakui peranan dan kuasanya sebagai raja hingga sanggup
bertarung dengan burung Garuda demi keselamatan rakyat.

Seterusnya dialog TMD dalam HMD (konteks tanggungjawab TMD terhadap lima orang
isterinya) menepati D5 melalui perilaku adil yang diperlihatkan dalam ungkapan “baginda pun
berulang turun ke dunia mendapatkan isterinya yang empat di situ”; “kelima isterinya itu tiada
pernah berkelahi, melainkan sepakat sebicara berkasih-kasih seperti saudara sahaja”; dan
ungkapan “baginda pun bertambah-tambah kasih sayang akan kelima isterinya itu, tiada pernah
bercerai barang sehari pun”. Sikap adil TMD dimanifestasikan melalui rasa puas hati dan kasih
sayang oleh kelima-lima isterinya sehingga boleh menjalani kehidupan berumah tangga secara
harmoni tanpa konflik. Situasi ini mencerminkan TMD memperakui peranan, kuasa dan statusnya
sebagai suami yang perlu menjaga kebajikan serta menyayangi isteri secara saksama yang sekali
gus menepati PKS dalam CKMTT.

Dialog THL dalam HASMM (konteks THL memaafkan kesalahan Bidan Bertujuh) pula
didapati menepati D6 yang diperlihatkan melalui sikap bertimbang rasa dan penyayang kepada
rakyat di bawah pentadbirannya. Walaupun baginda murka dengan tindakan Bidan Bertujuh
melalui ungkapan “Tiada patut sekali-kali melebihi kepada raja”, “Orang menderhaka kepada
undang dengan keadilan apa ditaruh di dalam negeri?”, namun baginda akhirnya memaafkan
mellaui ungkapan “Yang sudah terlalu perbuatan engkau diampunkan, yang kemudiannya jangan
dibuat lagi”. Sikap bertimbang rasa dan penyayang terhadap rakyat ini mencerminkan TMD sedar
akan peranan dan statusnya sebagai raja yang perlu mendahulukan rakyat serta mendekatkan
jurang sosial di antara mereka. Ia secara tidak langsung membina perkaitan dengan PKS dalam
CKMTT. Situasi ini menepati kajian oleh Hymes (1977) dalam Indirawati dan Arina (2019), iaitu
terdapat komponen-komponen tertentu seperti peranan dan kuasa dalam komunikasi yang
menjadi input kepada peserta dalam sesuatu perbincangan bagi membina suatu hubungan sosial
yang kukuh.

5. Kesimpulan

Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa Prinsip Kepimpinan yang berlandaskan
Pendekatan Pengurusan amat signifikan dalam dua cerita lipur lara yang dikaji, iaitu Hikayat
Malim Deman dan Hikayat Awang Sulung Merah Muda dalam hasil analisis terhadap strukturnya.
Dimensi kepemimpinan bukan sahaja dicerminkan melalui sikap keberanian, kebijaksanaan,
bertimbang rasa, penyayang, mementingkan pendidikan dalam pentabiran sesebuah negara
bahkan terpapar dari aspek kemahiran komunikasi dalam pertuturan setiap watak yang terlibat.
Dimensi kepeminpinan turut diperlihatkan melalui peranan dan tugas yang dimainkan oleh sama
ada pemerintah mahupun rakyat dalam membuktikan bahawa pentadbiran amat signifikan

Page 115 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

dengan latar masyarakat dan zamannya.
Dapatan turut membuktikan bahawa aspek kesantunan amat dititikberatkan oleh watak

yang terlibat dalam kedua-dua karya selari dengan peranan yang digariskan. Setiap dimensi
kepimpinan yang diaplikasi menunjukkan perkaitan dengan CKMTT yang tercermin melalui
perlaksanaan peranan dan tanggungjawab, memastikan tutur kata sentiasa elok, tidak
menyimpang daripada topik komunikasi serta mematuhi segala peraturan komunikasi yang
menjadi amalan budaya hidup orang Melayu pada zaman yang diwakilinya bertujuan
mewujudkan kepemimpinan yang harmoni. Ini selari dengan penyataan Arina & Indirawati (2016)
bahawa dalam setiap komunikasi, peserta perbualan perlu sentiasa bersikap menyantuni di
antara satu sama lain bagi memastikan situasi bebas konflik tercapai.

Secara jelas dapat dinyatakan bahawa kedua-dua teori yang digunakan telah berjaya
membuktikan bahawa wujud kedua-dua elemen dalam karya yang dikaji, iaitu kepemimpinan
yang berlandaskan kesantunan dalam pentadbiran sebuah negara sejak zaman Melayu tradisi
terutamanya dalam cerita lipur lara. Penemuan kajian ini diharap akan dapat membuka dimensi
baru dalam menyemarakkan lagi karya sastera Melayu tradisional untuk dikaji secara rentas
disiplin bagi memperlihatkan hasil dapatan yang lebih komprehensif.

Page 116 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

RUJUKAN

Arina, Johari (2019) Pola strategi dan maksim kesantunan dalam rancangan bual bicara / Arina
Johari. PhD thesis, University of Malaya

Indirawati Zahid & Arina Johari. (2019). Kesantunan Melayu: Analisis Konteks Perbualan dalam
Rancangan Bual Bicara. GEMA Online® Journal of Language Studies. Vol. 18(4),168-185.

Arina Johari, & Indirawati Zahid. (2016). Aplikasi strategi kesantunan dalam rancangan bual
bicara motivasi diri radio IKIMfm. Jurnal Bahasa, Jilid 16 Bil.1, hlm 120-152.

Arina Johari, & Indirawati Zahid. (2016). Manifestasi kesantunan Melayu dalam ujaranmemberi
dan meminta nasihat. GEMA Online Journal of Language Studies, 16(2), 73-94.

Amat Juhari Moain. (1989). Sistem Panggilan dalam Bahasa Melayu: Suatu Analisis
Sosiolinguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Hj Omar, 2000. Wacana, Perbincangan, Perbahasan dan Perundingan. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan, 2007. Santun Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Ezzah’ Afifah Nasruddin & Che Ibrahim Salleh. (2015). Pemikiran Melayu dalam cerita lipur lara,
Journal of Business and Social Development,Volume 3 Number 2, Penerbit UMT:
Terengganu

Mohamad Mokhtar Abu Hassan. (2013). Pendekatan Pengurusan: Satu Metode Dalam Kritikan
Sastera. Himpunan Ilmuwan Sastera Melayu Malaysia Kedua Universiti Perguruan Sultan
Idris, 4-5 Oktober, 2013.

Mohamad Zuber Bin Ismail, Sara Binti Beden & Mohamad Mokhtar Abu Hassan. (2014). “Prinsip
Kepimpinan: Analisis Berdasarkan Hikayat Awang Sulung Merah Muda” .Dlm. prosiding 3
rd International Language Conference (IlC), Centre For Languages And Pre- University
Academic Development (Celpad), International Islamic University Malaysia (IIUM), 4th -6 th
Jun, 2014.

Mohamad Zuber , Ismail (2017) Cerita lipur lara terpilih berdasarkan pendekatan pengurusan /
Mohamad Zuber Ismail. PhD thesis, University of Malaya.

Pawang Ana dan Raja Haji Yahya. (1998). Hikayat Awang Sulung Merah Muda. Shah Alam:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Pawang Ana dan Raja Haji Yahya. (1998). Hikayat Malim Deman. Shah Alam: Penerbit Fajar BaktI
Page 117 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Lg/Malay/Id: 115

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN FACEBOOK:
KAJIAN TERHADAP PELAJAR DI USIM

Zalika Adam*1, Nor Zahidah Ahmad2

1 Universiti Sains Islam Malaysia & 2 Universiti Teknologi Mara
(E-mail: [email protected], [email protected])

ABSTRAK
Facebook merupakan salah satu media komunikasi sosial masa kini. Kaedah pembelajaran dan
pengajaran juga boleh dilaksanakan menggunakan platform ini. Kajian ini menilai sejauh mana
keberkesanan penggunaan Facebook dalam kalangan pelajar tahun tiga, Fakulti Pengajian Bahasa
Utama. Kaedah menganalisa komen yang diberikan oleh pelajar dalam Facebook dapat
membantu pelajar mempertingkatkan prestasi pembelajaran. Setiap kesilapan bahasa melalui
komen yang dibuat akan disemak oleh pensyarah. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa pelajar
dapat menggunakan tatabahasa yang betul di samping mendapat maklumat tambahan yang
diberikan oleh pensyarah dan seterusnya dapat menguasai kemahiran menulis dengan baik.

Kata kunci: Facebook, Media Sosial, Komen, Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

ABSTRACT
Facebook is one of today's social communication media. Learning and teaching methods can also
be implemented using Facebook. This study evaluates the extent of the effectiveness of Facebook
use among third year students, Faculty of Major Language Studies in Universiti Sains Islam
Malaysia. The comments given by students in Facebook can help students improve their learning
performance. Every error language through the comments was revised by the lecturer. The
results of the study found that students can use the correct grammar, apart from getting
additional information provided by the lecturer and mastering writing skills evenly.

Key Words: Facebook, Social Media, Comment, Teaching and Learning

Page 118 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

1. PENDAHULUAN

Dunia pendidikan menyaksikan siri perubahan bertitik tolak daripada Revolusi Industri yang
mengubah corak kehidupan manusia sejagat. Perkembangan ini berlaku seiring dengan
perkembangan Teknologi Maklumat (TM) dan arus pendidikan secara tidak langsung. Generasi Z
(Gen Z (merupakan golongan yang hidup dalam keadaan serba moden pada era globalisasi ini.
Dasar langit terbuka yang berlaku pada abad ini mendorong Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) untuk mengambil tanggungjawab dalam melaksanakan dasar ini supaya mampu berdiri
sama tinggi dengan negara-negara maju (Siti Rahaimah, 2019). Pengajaran yang berbantukan
laman sosial sebagai contoh menjadi praktis yang meluas melibatkan semua peringkat pengajian
bermula dari peringkat rendah sehingga peringkat tertier iaitu Institut Pengajian Tinggi Awam dan
Swasta (IPTA/IPTS).

Variasi kepelbagaian teknologi masa kini dapat membantu PdP dalam kalangan pelajar
samaada di peringkat sekolah atau di peringkat IPTA/IPTS. Perkembangan PdP turut berlaku
dalam bidang bahasa terutama bahasa Arab, apabila rekacipta beberapa alat bantu mengajar
seperti buku dan majalah dalam talian (e-book), video dan rakaman suara secara digital, ujian
kemahiran bahasa dalam talian dan seumpamanya (Gill, 2006).

Aplikasi teknologi dan pengintegrasiannya dalam proses PdP memberikan impak positif
dalam dunia pendidikan terutamanya dalam menghadapi dunia era digital. Vendrick dan Zamri
(2019) membuktikan bahawa penggunaan Facebook sebagai medium pemudah cara dilihat
berkesan dalam meningkatkan penguasaan bahasa pelajar lemah terutama dalam kemahiran
menulis. Justeru, dalam kajian ini pengkaji ingin mengetengahkan kaedah PdP bahasa Arab
melalui Facebook serta sumbangannya terhadap penguasaan kemahiran bahasa pelajar.

Kajian ini menunjukkan berlakunya perkembangan yang baik dalam PdP masakini. Pelajar
secara tidak langsung mempelajari bahasa Arab melalui kaedah Facebook. Melalui kaedah ini
juga, para pelajar mendapat motivasi ketika mempelajari bahasa asing. Sebagai bukan penutur
jati, pelajar perlu diberikan pendedahan berkaitan bahasa Arab melalui perkembagan teknologi.

2. SOROTAN KAJIAN

PEMANFAATAN MEDIA SOSIAL

Media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter turut membantu perkembangan bahasa dalam
kalangan bukan penutur jati bahasa Arab. Pelajar mendapat faedah daripada perkembangan TM
ini. Kaedah berdialog sesuai dipraktikkan dalam PdP yang boleh melepasi tahap ketiga dalam
Bloom Taxonomy (Mohamad Faisal etc, 2017). Walaubagaimana pun terdapat segelintir tenaga
pengajar yang masih menggunakan kaedah tradisional. Kaedah ini menyebabkan pelajar kurang
menumpukan perhatian dalam pelajaran. Tenaga pengajar perlu diberikan pendedahan terhadap
Web 2.0 supaya pengetahuan dapat diperluas (Suzlina & Jamaludin, 2015). Latihan PdP
berterusan perlu diberikan kepada semua tenaga pengajar tanpa mengira latar belakang.

Page 119 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Pendedahan TM terhadap tenaga pengajar perlu seiring dengan perkembagan Pendidikan Abad
ke 21 agar Malaysia mampu bersaing bersama negara maju (Pelan Pendidikan Malaysia 2013-
2025).

Pembelajaran jarak jauh juga memberikan kesan sepanjang tempoh berlakunya pandemik
virus Covid-19 yang melanda seluruh dunia bermula pada Disember 2019. Hal ini menyebabkan
kerajaan terpaksa menjalankan dasar PdP secara Belajar dari Rumah (BDP). Keadaan yang tidak
membenarkan pelajar dan mahasiswa berada di kawasan pusat pendidikan, secara tidak langsung
menyumbang kepada kemajuan penggunaan TM dalam kalangan tenaga pengajar. Namun,
kedengaran rungutan bagi golongan B40 mengenai kekangan yang terpaksa dihadapi dalam
tempoh pandemik ini terutama mereka yang berada di luar bandar untuk mempraktiskan PdP
secara atas talian (Mohammad Fadzia etc, 2021).

Bahagian pendidikan perlu mengambil jalan tengah bagi mengimbangi PdP dalam kalangan
rakyat pelbagai peringkat kemampuan. Antara kaedah terbaik ialah menggunakan televisyen dan
radio sebagai alat untuk menyampaikan siaran pendidikan. Kaedah ini dapat mengurangkan
bebanan golongan berpendapatan rendah untuk memiliki telefon pintar dan jaringan internet
(Mohammad Fadzia etc, 2021).

Pengalaman yang dihadapi pelajar dalam norma baharu memberikan kesan sampingan
dalam diri pelajar. Hasil tinjauan yang dibuat oleh Pearson dan Wonkhe ke atas pembelajaran
dalam talian memberikan satu cabaran dan kesan terhadap kesihatan mental
(https://www.freemalaysiatoday.com, 2021). PdP secara dalam talian juga berpotensi untuk
menjejaskan kesihatan mental individu terlibat sama ada individu yang menjalani tempoh PKP
dengan tinggal berseorangan ataupun berkeluarga susulan dari tekanan psikologi yang meliputi
rasa takut (fear), cemas (panic), tertekan (stress), bimbang (anxious) dan murung (depress) (Abdul
Rashid etc, 2020).

Motivasi yang tinggi juga perlu digambarkan oleh pelajar terutama bagi bukan penutur jati
bahasa Arab. Tenaga pengajar perlu sentiasa memberikan dorongan kepada pelajar agar pelajar
dapat memanfaatkan TM sedia ada. Selain daripada itu, masalah capaian internet, kewangan,
pembahagian tugas berkumpulan dan masalah keluarga turut menyumbang kepada motivasi
pelajar.

3. OBJEKTIF KAJIAN

Beberapa objektif kajian dapat membantu pelajar bukan penutur jati dalam memantapkan
pembelajaran mereka menggunakan laman sosial Facebook, iaitu:

1. Melatih pelajar membina ayat yang betul menggunakan komen daripada Facebook.
2. Menganalisis kesalahan bahasa di kalangan pelajar.

Page 120 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

4. METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah temubual dan menganalisa bahan pengajaran daripada Facebook
oleh Zalika Adam (Taàllum al-Lughah al-Arabiyyah Li Aghradh Khassah). Iaitu beberapa tugasan
diberikan kepada pelajar dan mereka memberikan komentar. Bahan yang digunakan dalam PdP
berdasarkan kumpulan yang dibuat menggunakan 100 peratus bahasa Arab. Begitu juga setiap
jawapan dan komentar pelajar perlu menggunakan bahasa Arab.

Setiap kesilapan bahasa yang dilakukan oleh pelajar akan disemak dan dibetulkan oleh
pensyarah dengan memberikan maklum balas serta merta pada ruangan komen tersebut )komen
secara dua hala). Secara tidak langsung, pelajar dapat mengetahui kesilapan bahasa yang
dilakukan dan tidak mengulanginya lagi.

Kajian ini dapat menghuraikan kaedah terbaik dalam PdP dengan menggunakan platform
sosial media seperti Facebook dalam kalangan tenaga pengajar. Terdapat empat elemen asas bagi
mengenal pasti penggunaan Facebook dalam PdP, iaitu latar belakang, motif, penggunaan media
dan kesan.

Rajah 1.1 di bawah adalah model “Uses and Graticications” seperti yang telah diringkaskan
oleh Abdu Rahman Lumban Tobing (2010).

5. DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan hasil temu bual yang telah dilaksanakan pada semester 2 bagi sesi akademik
2020/2021, terhadap 20 orang pelajar tahun tiga mengenai sumbangan dan kelebihan
menggunakan platform Facebook dalam PdP bahasa Arab di USIM. Berikut adalah ringkasan
dapatan utama kajian setelah data dianalisis menggunakan kaedah thematic analysis (analisis
bertema):

1. Penggunaan Facebook sebagai medium komunikasi global

‫ كما أنه‬.‫ إنه عامل مهم يف المساعدة يف عملية تعلم اللغة العربية‬.‫"يسمح فسبوك لمستخدميه بالتواصل مع أطراف محددة‬
)R10,S1( ".‫يشجع على المزيد من التفاعل بي الطلاب والمعلمي‬
Page 121 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

2. Meluaskan pengetahuan dalam pelbagai bidang
)R1,S1( ".‫"نمكننا ان ندرك كثية من العلوم والمعرفة الحديثة من الفيديو ع ري فيسبوك‬

3. Membantu meningkatkan kemahiran bahasa pelajar
".‫ لأنه توفي التعلم من خلال مقاطع الفيديو و الملصق الرائع وغيها‬،‫"فيس بوك يجعل تعلم اللغة العربية رائعة و مختلفة‬

)R11,S1(
)R12,S1( ".‫"فيس بوك يساعدنا إضافة معرفة باللغة العربية لحضور برامج أو فصول لغوية من خلال الصورة او الفيديو‬
Secara keseluruhannya, tenaga pengajar dapat melihat perkembangan bahasa dalam kalangan
pelajar. Beberapa kesilapan bahasa dapat dibetulkan dalam aspek berikut iaitu:
1- Penggunaan mudhakkar dan muannath (Masculine dan Feminine (dalam struktur ayat

bahasa Arab. Bahasa Arab dapat dibezakan dengan bahasa-bahasa yang lain kerana
mempunyai kaedah khusus untuk menentukan perbezaan antara masculine dan feminine.
Kedua-dua penggunaan perlu seiring dalam setiap ayat yang dibentuk.
2- Penggunaan kata ganti diri (dhomair). Pelajar masih lagi kelakukan kesilapan apabila
merujuk kepada kata ganti diri.
3- Memanjangkan ayat- pelajar dapat membiasakan diri membina ayat panjang dan betul
agar pengetahuan perbendaharaan kata diperluaskan.
4- Pelajar dapat menilai kesilapan dari rakan yang lain, selain dapat membetulkan kesilapan
dari segi bahasa.
5- Motivasi pembelajaran bahasa dapat ditunjukkan oleh pelajar, walaupun mereka bukan
dari penutur jati bahasa Arab.
6- Meningkatkan tahap penguasaan kemahiran menulis pelajar.
Muka Hadapan Facebook

Page 122 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Contoh-contoh komen pelajar:

Page 123 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

6. KESIMPULAN
Kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan Facebook dapat membantu pelajar
mempertingkatkan pengetahuan dalam bidang bahasa. Walaupun menghadapi pelbagai cabaran
PdP atas talian, terutama dalam tempoh pendemik Covid-19, pelajar masih boleh menjalankan
tugasan yang diberi dengan baik. Hal ini terbukti dengan peningkatan motivasi pembelajaran
sedia ada pelajar yang terdiri daripada latar belakang yang berbeza. Namun, beberapa kekangan
dapat dikenal pasti antaranya terdapat segelintir pelajar berhadapan dengan masalah jaringan
internet yang boleh menyukarkan proses PdP dijalankan. Masalah ini perlu diatasi oleh pelajar
dengan bijak, antaranya: mengambil peluang berada di kampus atau kolej kediaman yang
disediakan oleh pihak universiti supaya masalah internet dapat diatasi. Selain daripada itu faktor
minat terhadap kursus bahasa Arab juga boleh membantu mempertingkat pengetahuan bahasa
pelajar.

Page 124 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

RUJUKAN

Abdul Rashid Abdul Aziz, Nurhafizah Mohd Sukor, Nor Hamizah Ab Razak. (2020). Wabak Covid-
19, Pengurusan Aspek Kesihatan Mental Semasa Norma Baharu, International Journal
Social Science Research , Vol 2, No4.

Ali, S. R. (2019). Aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcara (PdPc) Melalui Kaedah Pembelajaran
Koperatif. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/fmt-ohsem/ohsem-sihat/2021/01/17/
Angkara-Covid-19-Proses-Pembelajaran-Dari-Kelas-Ke-Online-Beri-Kesan-Pada-Prestasi-
Pelajar, capaian 2 Jun 2021.

Kementerian Pendidikan Malaysia, Pelan Pendidikan Malaysia 2013-2025

Mohammad Fadzia Termize, Ruhizan Mohd dan Ahmad Zamri. (2021). Tahap Sokongan Ibu Bapa
Dalam Membantu Pembelajaran Murid B40 di Sekolah Luar Bandar, Jurnal Dunia
Pendidikan, Vol 3, No1.

Mohd Firdaus Yahayaa, Muhammad Sabri Sahrirb, Mohd Shahrizal Nasir. (2013). Pembangunan
Laman Web EZ-Arabic Sebagai Alternatif Pembelajaran Maya Bahasa Arab bagi Pelajar
Sekolah Rendah Malaysia, Jurnal Teknologi, ms11.

Muhamad Faisal Ashaari, Azimah Misrom dan Rosmawati Mohamad Rasit. (2017). Pelaksanaan
Tugasan Dialog Tentang Islam Menerusi Facebook Dalam Kursus “Teknologi Maklumat
Dakwah”, Jurnal al-Abqari, USIM, V.11.

Suzlina Hilwani Baharuddin dan Jamaludin Badusah. (2015). Tahap Penggunaan Web 2.0 dalam
Pengajaran Guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah, Jurnal Pendidikan.

Vendrick, R. S. & Mahamod, Zamri (2019) Facebook Sebagai Medium Pengajaran dan
Pembelajaran Kemahiran Menulis Ayat Gramatis dalam Kalangan Murid Lemah Bahasa
Melayu. In: Linguistik Bahasa dan Pendidikan. Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Pulau
Pinang, Malaysia, 275-285.

Page 125 of 209







Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Edu/Malay/Id: 30

PENGHAYATAN AKHLAK DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DAERAH
MANJUNG

Mohd Syaubari Bin Othman

(E-mail: [email protected])

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak

ABSTRAK
Konteks pembangunan ekonomi dan politik di dalam sesebuah negara, pembinaan akhlak dalam
bentuk pembangunan manusia yang seimbang dan bersepadu akan menjamin pembangunan
ekonomi yang mampan serta kekuatan politik yang akan menjamin kecemerlangan negara secara
berterusan. Atas kesedaran tersebut, kepentingan akhlak sebagai suatu gagasan bagi menjamin
pembangunan negara yang mampan dan seimbang dinyatakan dengan jelas sebagai salah satu di
antara cabaran Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025. Pada masa yang sama, pelbagai
dasar, sistem, perancangan strategik dan program yang dilaksanakan dalam amalan pendidikan
di negara ini memberikan gambaran yang jelas terhadap komitmen pihak kerajaan untuk
melahirkan generasi rakyat Malaysia yang memiliki keperibadian yang mulia dan seimbang.
Namun, status sebenar penghayatan akhlak di kalangan pelajar sekolah menengah di Daerah
Manjung yang telah melalui sistem pendidikan di negara ini masih menjadi tanda tanya. Dapatan
dari satu kajian tinjauan menunjukkan status keseluruhan penghayatan akhlak peribadi di
kalangan pelajar sekolah menengah adalah pada tahap sederhana tinggi. Dapatan ini seterusnya
menggambarkan pola penghayatan yang agak sederhana dalam beberapa aspek akhlak di
kalangan pelajar sekolah menengah seperti personaliti kendiri, amalan seharian dan pengetahuan
mengenai akhlak. Pendekatan kaedah tinjauan ini menetapkan daerah Manjung sebagai fokus
utama dengan pembahagian kepada tiga pola utama iaitu pelajar yang mengikuti KAA, pelajar
Islam yang mengikuti pembelajaran di SMJK (C) dan pelajar di SMK Harian. Dapatan mungkin
memberikan sedikit gambaran tentang punca kepada beberapa masalah sosial yang dihadapi
dalam masyarakat masa kini. Beberapa prospek penyelidikan turut dicadangkan bagi meneliti
dengan lebih mendalam terhadap penghayatan akhlak di kalangan pelajar sekolah menengah
khususnya di Daerah Manjung.

Page 126 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

1.0 PENDAHULUAN

Kepentingan akhlak sebagai suatu gagasan bagi menjamin pembangunan negara yang mampan
dan seimbang dinyatakan dengan jelas sebagai salah satu di antara cabaran Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu “mewujudkan masyarakat bermoral dan beretika
sepenuhnya, yang rakyatnya kuat beragama dan nilai kerohanian serta disemai dengan nilai etika
paling tinggi” (KPM, 2015). Berasaskan konteks pembangunan ekonomi dan politik di dalam
sesebuah negara, pembinaan akhlak dalam bentuk pembangunan manusia yang seimbang dan
bersepadu akan menjamin pembangunan ekonomi yang mampan (A’adawiyah, 2010; Habib Mat
Som & Syed Kamaruzzaman, 2016) serta kekuatan politik yang akan menjamin kelangsungan dan
kecemerlangan bangsa dan negara secara berterusan (Ab Halim & Mohd Izham, 2007). Menurut
konteks sosial, akhlak merupakan sendi yang mengikat kukuh perhubungan dalam sesebuah
masyarakat sehingga dapat menjamin kewujudan, kestabilan, keamanan dan kesejahteraan di
dalam masyarakat tersebut. Keruntuhan nilai akhlak di dalam sesebuah masyarakat bukan saja
menjadi ancaman kepada kesejahteraan mental individu dalam masyarakat (Faridah, Zawiyah,
Khairul Hamimah, Fuadah, 2008), malah turut menjadi punca sebenar kepada kemusnahan
kerana keruntuhan nilai akhlak yang melemahkan setiap sendi sesebuah masyarakat (Ismail
Bakar, 2010).

Para penyelidik kemasyarakatan Barat sendiripun menyedari tentang sendi-sendi
kelemahan ini dan membuat kesimpulan terhadap keperluan kepada kembali kepada unsur-
unsur pemurnian akhlak terutama sekali melalui agama (Nooraini, Salasiah, 2013). Sungguhpun
demikian, realiti semasa menunjukkan petanda mengenai jurang yang semakin melebar di antara
idealisme kepentingan akhlak dalam konteks pembangunan negara dengan kemelut sosial yang
sedang dihidapi di dalam sesebuah masyarakat. Selain dari angka-angka penglibatan rakyat
Malaysia secara umum di dalam aktiviti jenayah yang semakin bertambah setiap tahun,
kegerunan terhadap gejala sosial ini semakin membimbangkan melalui kadar penglibatan
golongan belia beragama Islam di dalam kancah tersebut (Wan Liz Osman, 2000), ini memberi
suatu gambaran tentang gejala kemerosotan nilai akhlak yang sedang dialami oleh umat Islam di
negara ini. Kesedaran dan kepekaan pihak-pihak yang berwajib terhadap punca-punca
kemerosotan akhlak dan pentingnya peranan pendidikan didalam membentuk generasi yang
berakhlak selari dengan rentak pembangunan negara tidak dapat dipertikaikan lagi.

Pelbagai dasar, sistem, perancangan strategik dan program yang dilaksanakan dalam
amalan pendidikan di negara ini memberikan gambaran yang jelas terhadap komitmen pihak
kerajaan untuk melahirkan generasi rakyat Malaysia yang memiliki keperibadian yang mulia dan
seimbang. Selaras dengan komitmen tersebut, Kementerian Pendidikan juga telah menggubal
konsep pendidikan bersepadu yang dilaksanakan melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bertujuan untuk mencapai hasrat
pembentukan “insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan”. Disamping itu, beberapa mata
pelajaran khusus ditawarkan bagi membentuk akhlak dan moral pelajar seperti Pendidikan Islam,
Pendidikan Moral (teras sekolah rendah dan menengah), Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah,
Pendidikan Syariah Islamiah dan Tasawwur Islam (elektif sekolah menengah) (KPM, 2020).

Page 127 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

2.0 KONSEP AKHLAK

Perkataan akhlak adalah kata jamak dari khuluq. Menurut Ibnu Athir, khuluq atau akhlaq ialah
bentuk kejadian manusia dari sudutnya yang batin. Tokoh falsafah akhlak Islam, (Miskawaih,
1966) pula merumuskan akhlak ialah suatu keadaan bagi diri atau jiwa (al-nafs) yang mendorong
diri atau jiwa untuk melakukan sesuatu perbuatan atau tindakan dengan senang tanpa didahului
oleh daya pemikiran, kerana sudah menjadi sifat atau kebiasaan. Imam Al-Ghazali (tt) pula
menghuraikan bahawa akhlak adalah suatu keadaan yang tetap dalam diri atau jiwa yang
melahirkan tindakan, perlakuan, atau perilaku amalan dengan mudah tanpa memerlukan
pemikiran. Ia merupakan suatu keadaan atau sifat yang ada di dalam diri atau jiwa manusia yang
telah tetap, sehingga dengan mudah melahirkan perlakuan atau perilaku yang baik atau buruk
tanpa difikir atau dirancang terlebih dahulu (Zulfan, 2001). Walau bagaimanapun, (Wan
Muhamad, 2010) menegaskan kewujudan akhlak yang mulia terlihat di dalam sikap pengabdian
(sikap dan tingkahlaku) seseorang hamba kepada Allah SWT dan kepada persekitarannya, baik
kepada sesama manusia, mahupun terhadap alam sekitar.

(Ab. Halim & Zarin, 2002) merumuskan akhlak ialah satu set kepercayaan, undang-undang
dan sistem yang berkaitan dengan kelakuan atau tindakan manusia yang menentukan sesuatu
perkara itu baik atau buruk, dan betul atau salah dalam konteks ketauhidan manusia kepada Allah
S.W.T. Dari segi perlakuan, beberapa istilah digunakan bagi menggambarkan keadaan luaran bagi
fenomena akhlak yang wujud di dalam diri seseorang. Menurut (Ab Halim, 2010), fenomena
luaran bagi akhlak dinamakan sebagai suluk (tingkahlaku) atau muamalah (perlakuan dalam
pergaulan) yang menjadi tanda kepada keadaan akhlak yang wujud di dalam jiwa seseorang.
Tingkahlaku atau perilaku yang baik, tekal dan bersahaja menandakan akhlak yang baik dan
sebaliknya tingkahlaku yang buruk, tekal dan bersahaja menunjukkan keburukan akhlak yang ada
pada jiwa seseorang. Secara lebih khusus dalam kehidupan seharian, fenomena akhlak yang lahir
di dalam bentuk perilaku dan perbuatan juga disebut sebagai adab.

Menurut (Wren C.G, 1951), adab adalah istilah di dalam Bahasa Arab yang bermaksud adat,
kebiasaan, etika dan tingkahlaku yang diikuti 4 dari orang-orang yang dianggap sebagai model.
Adab di dalam Islam pula merujuk kepada tingkahlaku yang baik bagi sesuatu perkara yang
diterima oleh Islam dari pengajaran-pengajarannya (Al-Kaysi, 2000). (Syed Ali Ashraf , 1990) pula
merumuskan adab merupakan suatu sistem model tentang bagaimana manusia melaksanakan
kehendak ketuhanan di dalam kehidupan seperti yang diteladani oleh Rasulullah saw dari
pengajaran-pengajaran yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Oleh kerana itu,
menurut beliau, pendidikan dijelaskan sebagai proses membudayakan adab dan latihan
kesedaran akhlak bersumberkan pembelajaran al-Quran dan al-Sunnah sekaligus mendidik
manusia untuk melaksanakannya di dalam kehidupan individu dan sosial.

Sumber-sumber akhlak Islam, agama dan akhlak adalah dua perkara yang tidak dapat
dipisahkan di antara satu sama lain (Darraz, 1973; Al-Attas, 1978; Syed Ali Ashraf, 1990; Mohd
Sulaiman Yasin, 1992; Bello, 2001). (Syed Ali Ashraf, 1990) menegaskan seseorang tidak boleh
menjadi seorang yang bertaqwa tetapi tidak berakhlak pada masa yang sama. Secara asasnya,
sumber-sumber utama bagi akhlak Islam itu diambil dari dua asas utama Islam itu sendiri iaitu al-
Quran dan al-Sunnah (Abdul Haq Ansari, 1989; Majid Fakhry, 1991; Zakaria, 1999b; Ab. Halim &

Page 128 of 209

Proceedings of the 4th International Conference of Languages,
Education and Tourism 2021

Language, Education and Tourism - Embracing Changes and Challenge
International Islamic University Malaysia
28th – 30th June 2021

Zarin, 2002; Jamiah Abd Manap et al, 2004). Walaupun demikian, menurut (Abdul Haq Ansari,
1989), satu lagi sumber yang harus diambilkira sebagai sumber akhlak ialah amalan para sahabat
kerana mereka adalah golongan yang dilatih sendiri oleh Rasulullah s.a.w, kehidupan mereka
penuh dengan nilai Islam dengan mencontohi Rasulullah s.a.w serta telah diiktiraf oleh baginda
sebagai golongan terbaik.

(Mohd Sulaiman Yasin, 1992) pula menjelaskan nilai-nilai akhlak yang ada pada sesebuah
masyarakat itu adalah warisan dan peninggalan yang dipercontohkan dan dihidupkan oleh tokoh-
tokoh dan pejuang-pejuang akhlak yang dipelopori oleh para nabi dan rasul. Skop Akhlak Islam
Untuk menghuraikan fungsi al-Quran sebagai asas perlembagaan akhlak, Muhammad Abdullah
Darraz (1973) telah menggariskan nilai-nilai akhlak yang dipetik dari al-Quran dan
membahagikannya kepada lima kategori iaitu; nilai akhlak peribadi, nilai akhlak kekeluargaan,
nilai akhlak kemasyarakatan, nilai akhlak kenegaraan dan nilai akhlak keagamaan.( Jalaluddin &
Usman, 1994) pula telah membahagikan akhlak Islam yang bersumberkan Al-Quran dan al-
Sunnah kepada sembilan kategori utama iaitu akhlak terhadap Allah, akhlak terhadap Rasul,
akhlak terhadap Al-Quran, akhlak terhadap peribadi (diri), akhlak kedua orang tua, akhlak
terhadap anak, akhlak dalam rumahtangga, akhlak terhadap sesama manusia dan akhlak
terhadap lingkungan hidup.

Setiap kategori utama pula dipecahkan kepada beberapa subkategori yang berkaitan
bersandarkan nas-nas dari Al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. Jika diteliti kepada konstruk
akhlak Al-Quran dan al-Sunnah, maka dapat dirumuskan bahawa akhlak Islam merangkumi
beberapa dimensi psikologi iaitu sikap, sifat, tingkahlaku dan amalan secara langsung seperti
keimanan kepada Allah dan Rasul (sikap), reda dengan ujian Allah (sifat), berdoa dengan penuh
ketakutan dan mengharap (tingkahlaku) dan melakukan 5 salat fardu lima waktu sehari semalam
(amalan secara langsung). Rumusan ini bersesuaian dengan konsep akhlak seperti yang
dinyatakan oleh beberapa tokoh akhlak Islam seperti Imam al-Ghazali (t.t.) dan (Miskawaih,
1966). Untuk konteks sistem pendidikan yang diamalkan di Malaysia, konsep adab dan akhlak
Islamiah yang terkandung di dalam kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah meliputi adab di
dalam kehidupan harian, adab terhadap ibubapa dan keluarga, adab dalam kehidupan bersosial,
adab menuntut ilmu, dan adab dengan al-Quran (Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KSSR, 2018).

Di sekolah menengah pula, kandungan bidang adab dan akhlak Islamiah meliputi adab
dalam kehidupan seharian, adab dalam kehidupan bersosial, adab dalam menunaikan ibadat,
adab terhadap ibubapa dan keluarga, adab menuntut ilmu dan adab terhadap Allah dan Rasul.
Selain dari itu, konsep akhlak juga turut dimasukkan di dalam beberapa bidang lain khususnya
bidang tilawah al-Quran, hadis dan akidah (Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KSSM, 2018).

3.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian tinjauan telah dilakukan bagi mengenal pasti tahap penghayatan akhlak di kalangan pelajar
sekolah menengah yang telah melalui proses pendidikan sekurang kurang selama lima belas di
peringkat sekolah rendah dan menengah rendah di daerah Manjung. Kajian tinjauan ini secara

Page 129 of 209


Click to View FlipBook Version