PROGRAM INTERVENSI KHAS
MURID ORANG ASLI DAN PERIBUMI
(PIKAP)
PANDUAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BAHASA MELAYU
TAHUN 3
Bahagian Pembangunan Kurikulum
2021
Terbitan 2021
© Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam sebarang bentuk dan dengan
cara apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau
cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4, 6-8,
Blok E9, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan, 62604 Putrajaya, MALAYSIA.
KANDUNGAN
Muka Surat
Rukun Negara .......................................................................................... v
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ........................................................... vi
Definisi Kurikulum Kebangsaan ............................................................... vii
Kata Pengantar........................................................................................ ix
Pengenalan .............................................................................................. 1
Matlamat ................................................................................................... 1
Objektif ..................................................................................................... 2
Prinsip ....................................................................................................... 2
Pelaksanaan PIKAP ............................................................................ 2
Kandungan PIKAP ................................................................................... 5
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran ................................................... 9
Pentaksiran .............................................................................................. 13
Peranan .................................................................................................... 18
Pemetaan Kanduangan DSKP Bahasa Melayu Tahun 3 .......................... 19
Permainan Toot! Toot! ............................................................................. 43
Pusat Sumberku ........................................................................................ 50
Buah-buahan .............................................……………………………….... 57
Persekitaran Sekolah ............................................................................... 66
Kebersihan Diri ........................................................................................ 73
Aktiviti Berkebun ........................................................................................ 78
Keselamatan Makanan .............................................................................. 83
Label Makanan .......................................................................................... 92
Mari Bercuti ............................................................................................... 100
Bunyi Haiwan ............................................................................................. 106
Kebun Pak Temu .................................................................................... 112
Toleransi ................................................................................................. 117
Komuniti Setempat ................................................................................. 123
Persekitaran Sekolah ............................................................................. 129
Sekolahku ............................................................................................... 134
Penghargaan ............................................................................................ 141
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh
masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak; Membina satu
masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi
moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh
tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
v
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”
Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
vi
DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN
3. Kurikulum Kebangsaan
(1) Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang
termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi
semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan
kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid
dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta
untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan
untuk menyampaikan pengetahuan.
Sumber: Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997
[PU(A)531/97.]
vii
KATA PENGANTAR
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
Program Intervensi Khas Murid Orang Asli dan Peribumi
(PIKAP) merupakan program di bawah Inisiatif #57: Pelan
Transformasi Pendidikan Orang Asli dan Peribumi. PIKAP
ialah satu pilihan program intervensi yang bertujuan untuk
menarik minat murid Orang Asli dan Peribumi (OAP)
mengikuti pembelajaran dengan suasana yang kondusif
dan menyeronokkan serta mengekalkan minat murid hadir
ke sekolah. PIKAP juga bertujuan untuk membantu murid
OAP menguasai dan meningkatkan kemahiran asas 4M
(membaca, menulis, mengira dan menaakul) mengikut
keperluan dan kesesuaian murid OAP.
Mata pelajaran yang terlibat dalam pelaksanaan PIKAP ialah Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris dan Matematik Tahap I. Dalam merancang aktiviti PdP, guru perlu
menerapkan elemen perspektif peribumi agar pembelajaran menjadi lebih
menyeronokkan dan dekat dengan jiwa murid. Adalah diharapkan murid OAP
dapat mencapai tahap penguasaan yang dihasratkan pada penghujung Tahap I
agar dapat mengikuti pembelajaran pada Tahap II bersama-sama murid di arus
perdana.
Kementerian Pendidikan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penyediaan Buku Panduan
PdP PIKAP ini. Melalui medium ini, diharapkan motivasi, minat dan keyakinan
murid OAP dapat ditingkatkan untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran asas
dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik serta berkeupayaan untuk
bersaing dengan murid arus perdana.
Haji Azman bin Haji Adnan
Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
ix
1.0 PENGENALAN
Kementerian Pendidikan Malaysia komited untuk mempertingkat dan
memantapkan pedagogi murid Orang Asli dan Peribumi (OAP) di bawah
Inisiatif #57: Transformasi Pendidikan Orang Asli dan Peribumi. Selaras
dengan usaha ini, Program Intervensi Khas Murid Orang Asli dan Peribumi
(PIKAP) telah dibangunkan sebagai satu pilihan intervensi untuk menjayakan
insiatif tersebut.
Pelaksanaan PIKAP bertujuan untuk menarik minat murid OAP bagi mengikuti
pembelajaran dengan suasana yang kondusif dan menyeronokkan serta
mengekalkan minat murid OAP hadir ke sekolah. Selain itu program ini
membantu murid OAP menguasai dan meningkatkan kemahiran asas 4M
(membaca, menulis, mengira dan menaakul). PIKAP juga dibangunkan untuk
merapatkan jurang pendidikan antara murid OAP dengan murid arus perdana
agar mereka tidak ketinggalan dalam arus transformasi pendidikan.
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran PIKAP dibangunkan berdasarkan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah
Murid Asli dan Penan (KAP) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris dan Matematik. Pelaksanaan PIKAP memberi penekanan kepada
pendekatan didik hibur untuk menarik minat murid OAP terhadap
pembelajaran mereka. Program ini berhasrat untuk menyediakan murid OAP
yang lebih berdaya saing, membentuk insan seimbang dan dapat menyumbang
kepada keharmonian serta kesejahteraan negara.
2.0 MATLAMAT
PIKAP bermatlamat untuk menggalakkan murid OAP hadir dan mengekalkan
minat mereka ke sekolah bagi menguasai kemahiran asas 4M iaitu membaca,
menulis, mengira dan menaakul. Selain itu, diharapkan agar PIKAP dapat
membantu pihak sekolah menangani masalah keciciran murid OAP.
1
3.0 OBJEKTIF
Pada akhir pelaksanaan PIKAP, murid OAP boleh:
i. Memotivasikan diri untuk hadir ke sekolah.
ii. menguasai kemahiran asas 4M (membaca, menulis, mengira dan
menaakul).
iii. Mengamalkan nilai murni dan pembelajaran sepanjang hayat dalam
kehidupan seharian.
4.0 PRINSIP
Prinsip pelaksanaan PIKAP adalah:
i. Berfokus kepada pembelajaran yang menyeronokkan dan menarik
minat murid OAP berasaskan persekitaran mereka.
ii. Berfokus kepada penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas.
iii. Bersifat individu dan fleksibel mengikut tahap keupayaan murid OAP
iv. membimbing murid OAP menguasai kemahiran asas 4M agar dapat
mengikuti pembelajaran seiring dengan arus perdana.
v. Bersifat kolaboratif yang melibatkan semua pihak berkepentingan.
5.0 PELAKSANAAN PIKAP
PIKAP hendaklah dirujuk dan dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk mengurus
murid OAP Tahap I yang berisiko cicir dalam mata pelajaran Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris dan Matematik. Pihak sekolah perlu memainkan peranan dan
tanggungjawab seperti berikut:
i. Murid OAP kekal berada dalam kelas yang sama.
ii. PdP menggunakan jadual waktu aliran perdana.
iii. Mengenal pasti guru sedia ada yang akan melaksanakan PIKAP kerana
tiada guru tambahan akan dibekalkan.
iv. Guru akan membuat pemerhatian dan penilaian untuk mengenalpasti
kemahiran asas 4M murid OAP.
v. Murid OAP yang menguasai kemahiran asas 4M akan mengikuti
pembelajaran arus perdana.
2
vi. Murid OAP yang tidak menguasai kemahiran asas 4M akan mengikuti
PIKAP.
vii. Pelaporan PBD direkodkan untuk menilai tahap penguasaan murid OAP
setiap 6 bulan atau 2 kali setahun.
viii. Murid OAP yang berjaya menguasai sekurang-kurangnya Tahap
Penguasaan 3 (TP3) berdasarkan PBD yang dilaksanakan akan
mengikuti pembelajaran arus perdana.
ix. Murid OAP yang belum menguasai sekurang-kurangnya Tahap
Penguasaan 3 (TP3) berdasarkan PBD yang dilaksanakan perlu kekal
mengikuti PIKAP untuk tahun berikutnya.
x. Murid OAP yang belum menguasai kemahiran asas 4M diberi peluang
mengikuti PIKAP sepanjang berada di Tahap I.
xi. Sila rujuk Rajah 1 untuk melihat Proses Pelaksanaan PIKAP.
3
Rajah 1: Proses
4
s Pelaksanaan PIKAP
4
6.0 KANDUNGAN PIKAP
PIKAP melibatkan mata pelajaran KSSR (Semakan 2017) Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris dan Matematik Tahap I. Peruntukan masa bagi setiap mata pelajaran adalah
mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 8 Tahun
2016.
6.1 Bahasa Melayu
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu PIKAP ini terdiri daripada
15 contoh strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP) mata pelajaran Bahasa
Melayu Tahun 3. Contoh strategi (PdP) yang diberikan ini mencakupi standard
pembelajaran kemahiran dengar tutur, kemahiran membaca, kemahiran
menulis, serta aspek tatabahasa dan aspek seni bahasa. Setiap contoh strategi
PdP mengandungi cadangan aktiviti, latihan, dan bahan bantu belajar untuk
murid. Penguasaan kemahiran berbahasa dan aspek bahasa diberikan
tumpuan utama dalam penggunaan modul ini.
6.1.1 Objektif
Modul PIKAP Bahasa Melayu Tahun 3 membolehkan murid OAP:
i. Mendengar, mengecam sebutan, memahami, dan menyebut ayat tunggal
tentang kenderaan dengan betul dan tepat.
ii. Mendengar, memahami, dan memberikan respons terhadap ayat silaan
dan ayat larangan di perpustakaan sekolah.
iii. Mendengar, mentafsir, dan memberikan respons terhadap soalan
bertumpu dan soalan bercapah tentang buah-buahan.
iv. Bertutur untuk menjelaskan dan menilai fungsi kawasan persekitaran
sekolah secara bertatasusila mengikut konteks.
v. Menjelaskan dan membanding beza maklumat tersurat dengan
menggunakan idea yang kritis dan kreatif tentang penjagaan kebersihan
diri.
vi. Membaca ayat dalam perenggan tentang aktiviti berkebun dengan sebutan
yang betul dan intonasi yang sesuai.
vii. Membaca, memahami dan mengecam maksud perkataan berkaitan
keselmatan makanan dengan betul.
viii. Membaca, mengenal pasti, dan menerangkan kandungan teks daripada
label dengan betul.
5
ix. Membanding beza dan mencatat maklumat yang betul tentang aktiviti
berkelah dan berkhemah.
x. Menulis ayat yang diperdengarkan oleh guru dengan ejaan yang betul.
xi. Mengedit dan memurnikan ayat dari aspek ejaan dan tanda bacaan
dengan betul.
xii. Bercerita tentang sikap toleransi dengan menggunakan simpulan bahasa.
xiii. Menyanyikan lagu Chan Mali Chan dengan sebutan yang betul dan
menyatakan maksud rangkap lirik lagu.
xiv. Menyenaraikan dan menulis kata nama am serta kata nama khas yang
betul.
xv. Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul.
6.1.2 Fokus
Kemahiran asas literasi memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran
dengar tutur, membaca dan menulis. Murid OAP dapat mendengar, mengecam
sebutan, memahami, dan menyebut ayat tunggal dengan betul dan tepat. Murid
juga diberi bimbingan untuk mendengar, memahami, dan memberikan respons
terhadap ayat silaan dan ayat larangan serta aktiviti mendengar, mentafsir, dan
memberikan respons terhadap soalan bertumpu dan soalan bercapah. Murid
OAP dibimbing kemahiran bertutur untuk menjelaskan dan menilai fungsi
kawasan persekitaran secara bertatasusila mengikut konteks. Murid juga
belajar menjelaskan dan membanding beza maklumat tersurat dengan
menggunakan idea yang kritis dan kreatif. Kemahiran membaca memerlukan
murid OAP belajar membaca ayat dalam perenggan dengan sebutan yang
betul dan intonasi yang sesuai, memahami dan mengecam maksud perkataan
dengan betul serta membaca, mengenal pasti, dan menerangkan kandungan
teks dengan betul. Kemahiran berfikir diterapkan melalui aktiviti membanding
beza dan mencatat maklumat yang betul. Murid menulis ayat yang
diperdengarkan oleh guru dengan ejaan yang betul serta mengedit dan
memurnikan ayat dari aspek ejaan dan tanda bacaan dengan betul.
Pendekatan pedagogi peribumi diharapkan dapat menghasilkan murid yang
mampu bercerita tentang sikap toleransi dengan menggunakan simpulan
bahasa, menyanyikan lagu rakyat tempatan dengan sebutan yang betul dan
menyatakan maksud rangkap lirik lagu tersebut. Murid OAP belajar
menyenaraikan dan menulis kata nama am serta kata nama khas serta
membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul.
6
6.2 English Language
The English Language PIKAP module is designed specifically for OAP
pupils based on indigenous pedagogy approaches. The module focuses
on the four language skills: listening, speaking, reading and writing.
The PIKAP module is adapted and adopted from the Standards-Based
English Language Curriculum (SBELC) which comprises of three broad
themes:
World of Self, Family and Friends;
World of Knowledge; and
World of Stories.
The module consists of suggested lesson plans, activities and
worksheets for teachers and pupils. However, teachers are encouraged
to set more creative and challenging tasks and activities based on the
needs and interest of OAP pupils.
6.2.1 Objective
The English Language PIKAP Module helps OAP pupils to:
i. listen to, articulate sounds and pronounce words correctly.
ii. recognise words, phrases and simple sentences.
iii. demonstrate understanding of words, phrases and simple
sentences.
iv. form letters and words in neat legible print.
v. enjoy rhymes and songs.
6.2.3 Focus
The English Language PIKAP module focuses on basic literacy, which is
essential in building a strong foundation of language learning. The
activities are contextualised, meaningful and fun-filled with the
integration of the four language skills.
7
6.3 Matematik
Panduan PdP Matematik bagi PIKAP dihasilkan berdasarkan
kandungan dalam KSSR (Semakan 2017) Matematik. Kandungan
meliputi Nombor dan Operasi, Sukatan dan Geometri, serta Statistik dan
Kebarangkalian. Setiap kandungan merangkumi beberapa topik. Setiap
topik mengandungi beberapa kemahiran yang merangkumi, nombor
bulat hingga 100, tambah hingga 100, tolak dalam lingkungan 100, wang
hingga RM100, masa dan waktu, panjang, jisim dan isi padu cecair,
ruang dan pengurusan data.
6.3.1 Objektif
Panduan PdP Matematik bagi PIKAP membolehkan murid OAP:
i. Menguasai asas matematik seperti menyebut, menulis dan
membilang nombor.
ii. Menguasai operasi asas tambah dan tolak.
iii. Mengaplikasikan pengetahuan operasi asas yang mudah dalam
wang, masa dan waktu, ukuran panjang, timbangan dan isi padu
cecair, ruang, dan pengurusan data.
6.3.2 Fokus
Pembelajaran berfokus kepada aspek pemikiran murid OAP secara
matematik berdasarkan prinsip komunikasi, perkaitan, membuat
perwakilan, penaakulan, penyelesaian masalah dan penggunaan
teknologi. Pendekatan yang digunakan adalah secara ansur maju iaitu
daripada senang kepada susah, konkrit kepada abstrak dan daripada
kontekstual kepada konstruktif.
8
7.0 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Strategi PdP bagi PIKAP adalah mengikut kesesuaian persekitaran,
kemudahan infrasruktur, keupayaan dan kecenderungan murid OAP. Guru
boleh mempelbagaikan strategi PdP supaya menarik minat murid OAP dan
menggalakkan murid OAP hadir ke sekolah. Antara strategi PdP yang
dicadangkan adalah Pengajaran Berasaskan Perspektif Peribumi,
Pembelajaran Masteri, Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dan Pembelajaran
Abad Ke-21.
7.1 Pengajaran Berasaskan Perspektif Peribumi
Pengajaran berasaskan perspektif peribumi merujuk kepada pengajaran
yang menggunakan latar belakang, budaya dan persekitaran murid OAP
yang diintegrasikan dalam aktiviti PdP. Pengintegrasian perspektif
Peribumi di dalam pedagogi dapat membantu murid OAP dalam
pembelajaran. Proses pengumpulan maklumat dan pengintegrasian
dilakukan secara berterusan agar murid OAP dapat memahami
pendidikan yang disampaikan. Terdapat lapan elemen PdP berasaskan
perspektif peribumi iaitu:
7.1.1 Bina Semula/Ubah suai
Bina semula/ubah suai merujuk kepada pengubahsuaian kurikulum
atau aktiviti PdP mengikut persekitaran dan keupayaan murid OAP
bagi mencapai hasrat pembelajaran secara menyeluruh dan
bersepadu. Bina semula/ubahsuai boleh dilaksanakan secara
modular.
7.1.2 Hubungan dengan Tempat Tinggal/Alam
Aktiviti PdP yang berkaitan dengan tempat tinggal/alam merujuk
kepada hubungan kehidupan dengan tempat tinggal dan
persekitaran murid OAP. Persekitaran ekologi dan kemudahan
sedia ada mempengaruhi aktiviti pembelajaran murid OAP bagi
membolehkan mereka berinteraksi dan mengaitkan aktiviti dengan
persekitaran secara langsung.
9
7.1.3 Hubungan Komuniti
Kehidupan komuniti dan nilai-nilai dalam masyarakat OAP
mempunyai hubungan dengan pembelajaran murid OAP. Nilai
budaya masyarakat setempat boleh diserapkan dalam pengajaran
agar murid OAP dapat menyesuaikan kandungan dengan
kehidupan mereka. Aktiviti berasaskan nilai kemasyarakatan
komuniti boleh membina kekuatan tingkah laku positif murid OAP
untuk penerapan nilai yang lebih kukuh dalam diri murid OAP.
7.1.4 Secara Tidak Langsung
Aktiviti yang dilaksanakan dapat membantu murid OAP menguasai
kemahiran tanpa mereka sedari. Guru boleh menyoal dan memberi
arahan secara tidak langsung. Aktiviti PdP yang boleh dijalankan
adalah seperti permainan, nyanyian, lakonan dan simulasi. Aktiviti
ini secara tidak langsung dapat membentuk sahsiah murid OAP
seperti melakukan sesuatu secara bersungguh-sungguh,
bermotivasi dan membentuk jati diri serta intrinsik yang tinggi.
7.1.5 Simbol dan Imej
Penggunaan simbol dan imej yang konkrit boleh digunakan oleh
guru untuk mengukuhkan pemahaman murid OAP. Aktiviti PdP
yang melibatkan simbol dan imej dapat merangsang deria, ingatan
dan pergerakan murid OAP yang cenderung kepada kecerdasan
visual ruang.
7.1.6 Praktikal
Aktiviti praktikal (hands-on) membolehkan murid OAP mengalami
sendiri sesuatu tugasan seperti melihat, menyentuh, merasa dan
mendengar untuk mengenali dan memahaminya. Aktiviti ini
dijalankan untuk mengekalkan tumpuan murid OAP dan
memastikan keberkesanan PdP. Dalam melaksanakan aktiviti ini,
murid OAP boleh membilang menggunakan alatan, membuat
tugasan seperti menghasilkan buku skrap, melakukan pergerakan
fizikal dan berkomunikasi.
7.1.7 Peta Pemikiran Grafik
Peta pemikiran grafik (mind-map) merujuk kepada aktiviti yang
melihat sesuatu perkara secara keseluruhan sama ada dalam
10
bentuk teks atau aktiviti ke bentuk visual yang jelas. Guru
menggunakan gambar rajah atau teknik visualisasi untuk merangka
proses pembelajaran bagi murid OAP. Kaedah ini memerlukan
murid OAP menggambarkan fakta penting dalam bentuk lakaran
tersendiri untuk memudahkan mereka memahami pelajaran. Murid
OAP dilatih membuat peta pemikiran grafik untuk memindahkan
maklumat yang dibaca melalui gambar rajah atau secara visual.
Murid OAP boleh menggunakan alat pemikiran seperti peta
pemikiran i-THINK dan peta minda.
7.1.8 Bercerita
Guru boleh menggunakan cerita, memetik isi pelajaran dari kisah
yang diceritakan sebagai asas dalam menarik dan mengekalkan
minat belajar murid OAP serta mengaitkannya dengan jiwa murid
OAP. Guru digalakkan menyisipkan unsur kecindan (humor) dan
kasih sayang dalam menyampaikan maklumat kepada murid OAP.
Penggunaan cerita dan nilai murni merupakan pengalaman
langsung murid OAP melalui proses membuat, mengalami atau
melalui sendiri perkara yang hendak dipelajari.
7.2 Pembelajaran Masteri
Pembelajaran Masteri adalah satu pendekatan PdP yang memerlukan
guru memastikan semua murid OAP menguasai hasil pembelajaran
yang dihasratkan dalam satu unit pembelajaran sebelum berpindah ke
unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan
masa yang mencukupi. Pembelajaran Masteri dilaksanakan kerana
murid OAP mempunyai kebolehan dan keperluan yang berbeza-beza.
Murid OAP perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan sebelum
berpindah ke unit baru. Aktiviti pemulihan dijalankan bagi murid OAP
yang belum menguasai dan aktiviti pengayaan dilaksanakan untuk murid
OAP yang telah mencapai aras masteri.
11
7.3 Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai
Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai melibatkan kecenderungan potensi
seseorang iaitu verbal linguistik, logik matematik, visual ruang,
kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal dan naturalis. Aplikasi teori
ini dijalankan untuk menerima persamaan dan perbezaan antara individu
yang unik dan belajar dengan cara yang berlainan dan menggalakkan
potensi yang tidak terbatas.
7.4 Pembelajaran Abad Ke-21
Proses pembelajaran yang berpusatkan murid OAP berteraskan elemen
komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis dan kreativiti serta aplikasi nilai
murni dan etika.
7.4.1 Komunikasi
Interaksi antara guru-murid OAP, murid OAP-murid OPP yang lain dan
murid OAP-bahan secara lisan dan bukan lisan bagi menyampaikan ilmu
yang mereka faham dan berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan.
7.4.2 Kolaboratif
Kerjasama dan muafakat antara guru-murid OAP dan murid OAP-murid
OAP yang lain secara aktif dan menyeluruh yang membolehkan
pertukaran idea dan pandangan antara murid OAP.
7.4.3 Pemikiran Kritis
Penerokaan pemikiran untuk menilai sesuatu idea secara logik dan
rasional untuk membuat pertimbangan yang wajar dengan
menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.
7.4.4 Kreativiti
Proses penjanaan idea yang menghasilkan inovasi bahan, aktiviti dan
projek yang baharu, unik, berguna dan berkualiti.
7.4.5 Nilai Murni dan Etika
Penerapan dan pemupukan nilai murni dan etika ke arah pembentukan
jati diri nasional mengikut acuan negara.
12
8.0 PENTAKSIRAN
Pentaksiran dijalankan untuk mendapatkan maklumat tentang perkembangan,
kemajuan, kebolehan dan penguasaan murid OAP terhadap matlamat yang
dihasratkan. Pentaksiran yang autentik dijalankan secara formatif dan sumatif
sepanjang sesi PdP.
8.1 Pentaksiran Bilik Darjah
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang melibatkan
proses membuat refleksi yang berterusan dalam membuat
pertimbangan yang konsisten ke arah menambah baik PdP tersebut.
PBD dilakukan sama ada melalui pentaksiran untuk pembelajaran,
pentaksiran semasa pembelajaran ataupun pentaksiran tentang
pembelajaran. PBD dalam PIKAP dijalankan untuk:
i. Mengesan perkembangan murid OAP.
ii. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid OAP dalam
pembelajaran dari semasa ke semasa.
iii. Mengetahui keberkesanan PdP.
iv. Merancang, mengubah suai dan menambah baik PdP.
v. Menjalankan tindakan susulan yang sesuai.
PBD dalam PIKAP dilaksanakan berdasarkan perkara berikut:
i. Menggunakan pelbagai kaedah dan strategi pentaksiran.
ii. Mengambil kira pelbagai aras kognitif.
iii. Mengambil kira pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari.
iv. mentaksir penguasaan murid OAP berdasarkan Standard
Pembelajaran dan Standard Prestasi dengan tahap penguasaan
yang ditetapkan
v. Mengambil tindakan susulan bagi mengatasi kelemahan
pembelajaran di samping meningkatkan kekuatan pembelajaran
Bagi tujuan perekodan PBD, guru PIKAP boleh memuat turun templat
pelaporan PBD dari portal Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK).
13
8.2 Tahap Penguasaan
Tahap penguasaan merupakan satu bentuk pernyataan pencapaian
yang menunjukkan perkembangan pembelajaran murid OAP. Terdapat
enam tahap penguasaan yang menunjukkan aras penguasaan yang
disusun secara hierarki bagi setiap mata pelajaran. Jadual 1
memaparkan Pernyataan Tahap Penguasaan serta tafsiran bagi setiap
tahap. Tahap penguasaan ini mengambil kira standard yang harus
dicapai dari segi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ditetapkan
dalam KSSR. Tahap Penguasaan ini perlu dibaca bersama dengan
DSKP mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.
Jadual 1: Pernyataan Tahap Penguasaan
Tahap Penguasaan Tafsiran
1 Murid tahu perkara asas atau boleh
melakukan kemahiran asas atau memberi
respons terhadap perkara yang asas.
2 Murid menunjukkan kefahaman dengan
menjelaskan sesuatu perkara yang
dipelajari dalam bentuk komunikasi.
3 Murid menggunakan pengetahuan untuk
melaksanakan sesuatu kemahiran pada
suatu situasi.
4 Murid menggunakan pengetahuan dan
melaksanakan sesuatu kemahiran dengan
beradab iaitu mengikut prosedur atau
secara analitik dan sistematik.
5 Murid menggunakan pengetahuan dan
melaksanakan sesuatu kemahiran pada
situasi baharu dengan mengikut prosedur
atau secara sistematik serta tekal dan
bersikap positif
6 Murid berupaya menggunakan
pengetahuan dan kemahiran sedia ada
untuk digunakan pada situasi baharu
secara sistematik, bersikap positif, kreatif
dan inovatif dalam penghasilan idea baharu
serta boleh dicontohi
14
8.3 Tahap Penguasaan Keseluruhan
Tahap penguasaan keseluruhan ditentukan dari aspek pengetahuan,
kemahiran dan nilai dalam mata pelajaran berkenaan. Guru mentaksir
murid OAP secara holistik dan berterusan dengan menggunakan
pertimbangan profesional semasa proses pembelajaran. Pertimbangan
profesional dilakukan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman guru,
interaksi guru dengan murid OAP serta perbincangan bersama-sama
rakan sejawat. Jadual 2 hingga 4 memaparkan Tahap Penguasaan
Keseluruhan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan
Matematik.
15
Jadual 2: Tahap Penguasaan Keseluruhan Bahasa Melayu
TAHAP HURAIAN
PENGUASAAN
Murid mempamerkan tahap pengetahuan bahasa
1 dan kecekapan berbahasa yang sangat lemah,
Sangat Terhad sangat terhad dan memerlukan banyak bimbingan,
panduan dan latihan dalam kemahiran bahasa.
2 Murid mempamerkan tahap pengetahuan bahasa
Terhad dan kecekapan berbahasa yang lemah, terhad dan
memerlukan sedikit bimbingan, panduan, dan
3 latihan dalam kemahiran bahasa.
Memuaskan Murid berupaya mempamerkan tahap
pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa
4 yang sederhana dan berupaya mengungkapkan
Baik idea serta menguasai kemahiran berfikir yang asas
tanpa bimbingan dalam kemahiran bahasa.
5 Murid berupaya mempamerkan tahap
Sangat Baik pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa
yang baik, dapat mengaplikasikan pengetahuan
6 bahasa dengan berkesan, berupaya
Cemerlang mengungkapkan idea, menguasai kemahiran
berfikir yang kritis, dan mengamalkan
pembelajaran kendiri secara minimum dalam
kemahiran bahasa.
Murid berupaya mempamerkan tahap
pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa
yang tinggi, berupaya mengungkapkan idea
dengan jelas dan terperinci, berkomunikasi secara
efektif, mengaplikasikan pengetahuan bahasa
yang lebih kompleks, menguasai kemahiran
berfikir yang kritis dan kreatif, serta mengamalkan
pembelajaran secara kendiri dalam kemahiran
bahasa.
Murid berupaya mempamerkan tahap
pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa
yang cemerlang dan konsisten, berupaya
mengungkapkan idea dengan jelas, terperinci dan
tersusun, menguasai kemahiran berfikir yang kritis,
kreatif dan inovatif, berkomunikasi secara efektif
dan penuh keyakinan, mengamalkan pembelajaran
secara kendiri serta menjadi model teladan kepada
murid yang lain dalam kemahiran bahasa.
16
Jadual 3: Overall Performance Level for Target Level CEFR A1 (Basic User)
PERFORMANCE NOTES
LEVEL
1 Pupil displays minimal ability to achieve the
curriculum target.
2 Pupil is on track to achieve the curriculum target.
3 Pupil achieves expectations of the curriculum
target.
4 Pupil works towards exceeding expectations of
the curriculum target.
5 Pupil is on track to exceed expectations of the
curriculum target.
6 Pupil exceeds expectations of the curriculum
target.
Jadual 4: Tahap Penguasaan Keseluruhan Matematik
TAHAP TAFSIRAN
PENGUASAAN
1 Tahu pengetahuan asas matematik.
2 Tahu dan faham pengetahuan asas matematik.
Tahu dan faham pengetahuan asas matematik
3 bagi melakukan operasi asas matematik dan
penukaran asas.
Tahu dan faham pengetahuan matematik bagi
4 melakukan langkah pengiraan dalam
menyelesaikan masalah harian yang rutin.
Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan
5 kemahiran matematik dalam menyelesaikan
masalah harian yang rutin dengan pelbagai
strategi.
Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan
6 kemahiran matematik dalam menyelesaikan
masalah harian yang bukan rutin secara kreatif
dan inovatif.
17
9.0 PERANAN
Peranan dan bidang tugas penting dalam menjayakan PIKAP di sekolah adalah
seperti berikut:
9.1 Pegawai Pendidikan Negeri/Daerah
Menyelaras, membantu, merancang, membimbing dan menyelia guru
dalam melaksanakan program.
9.2 Guru Besar
Mengurus dan memimpin program untuk menentukan perubahan,
penambahbaikan dan penyesuaian dengan tahap murid. Guru Besar
juga mencerap PdP dan menentukan program dilaksanakan dengan
berkesan dan terancang.
9.3 Ketua Panitia
Menyelaras dan membimbing pelaksanaan PIKAP.
9.4 Guru
Melaksana merancang dan menentukan murid OAP menguasai
kemahiran, pengetahuan dan nilai. Guru memotivasikan murid dan
menyemai sifat kasih sayang untuk menarik minat murid ke sekolah.
9.5 Ibu bapa
Membantu anak-anak mengulang kaji pelajaran mereka, menyokong
segala penglibatan anak-anak dalam aktiviti sekolah dan memberikan
motivasi supaya mereka bergiat aktif dalam apa jua bidang serta aktiviti
yang diadakan di sekolah.
18
1.0 KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
1.1 Mendengar dan
1.1.1 Mendengar, mengecam sebutan,
memberikan respons memahami, dan menyebut dengan
betul dan tepat;
(i) ayat tunggal
(ii) ayat majmuk
1.1.2 Mendengar, memahami, dan
memberikan respons terhadap;
(i) suruhan dan permintaan
(ii) silaan dan larangan
19
STRATEGI /AKTIVITI/ CATATAN
Permainan Toot! Toot!
n - Permainan kereta api bahasa untuk menyusun perkataan
menjadi ayat yang lengkap.
- Murid memegang kad perkataan secara rawak.
- Murid mendengar perkataan yang disebut oleh guru
sambil menyusun kedudukan kad perkataan menjadi ayat
yang betul.
- Apabila kad perkataan sudah lengkap tersusun murid
bergerak seperti kereta api.
Permainan Inilah Iramaku
- Murid menyebut perkataan mengikut irama lagu yang
diperdengarkan.
- Murid menyusun perkataan supaya menjadi ayat yang
betul.
- Murid menyanyikan lagu yang mengandungi ayat tunggal
dan ayat majmuk.
Aktiviti Main Peranan
- Murid memainkan peranan situasi yang ditetapkan oleh
guru. (Contoh: Main peranan urusan jual beli)
• Ayat suruhan: Sila beratur.
• Ayat permintaan: Saya hendak beli nasi lemak
• Ayat suruhan: Sila buat bayaran di kaunter.
• Ayat permintaan: Saya ingin menambah pesanan.
9
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
1.1.3 Mendengar, mentafsir, dan membe
respons terhadap;
(i) soalan bertumpu
(ii) soalan bercapah
20
STRATEGI /AKTIVITI/ CATATAN
Permainan Mencari Sahabat
- Murid membaca kad perkataan yang diberi oleh guru.
- Murid mencari pasangan kad tersebut untuk membina ayat
yang betul.
• Ayat silaan: sila masuk, sila beratur
• Ayat suruhan: kemas meja, tidur awal, baca buku
• Ayat larangan: jangan bising, jangan conteng
Permainan Cam dan Sebut
- Murid melihat dan mengingat perkataan serta simbol yang
diberikan kepada mereka.
- Latih-tubi menyebut perkataan yang diberikan oleh guru.
- Memadankan perkataan dengan gambar atau simbol yang
betul.
erikan Permainan Kotak Misteri
- Kotak yang yang mengandungi keratan soalan bertumpu
dan soalan bercapah diedarkan kepada semua murid
dengan iringan muzik.
- Apabila muzik dihentikan, murid dikehendaki membacakan
satu soalan yang diambil dari Kotak Misteri tersebut.
- Murid lain diminta untuk memberikan respons terhadap
soalan tersebut.
Aktiviti Simulasi Soal Jawab
- Murid berbincang tentang soalan dan jawapan yang akan
digunakan ketika aktiviti simulasi.
0
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
1.2 Bertutur untuk 1.2.1 Bertutur untuk menjelaskan dan me
menyampaikan sesuatu perkara secara bertatasusi
maklumat dan idea bagi mengikut konteks.
pelbagai tujuan
21
enilai STRATEGI /AKTIVITI/ CATATAN
ila - Murid melakukan simulasi aktiviti bersoal-jawab. (Contoh:
Pertanyaan arah jalan ke sekolah)
Permainan Pop Pop
- Memecahkan belon dan membaca soalan yang terdapat
dalam belon tersebut.
- Murid memberikan respons terhadap soalan yang
dibacakan oleh rakan mereka.
Permainan Teka Bunyi
- Murid mendengar bunyi yang dimainkan oleh guru.
- Murid menjelaskan nama objek yang berkaitan dengan
bunyi tersebut.
- Murid menjelaskan situasi yang berkaitan dengan bunyi
yang didengar.
Nyanyian Lagu
- Murid menyanyikan lagu kanak-kanak dengan diiringi
muzik.
- Murid menjelaskan maksud lagu yang telah dinyanyikan.
- Murid menyatakan nilai murni yang terdapat dalam lagu
tersebut.
Aktiviti Lawatan
- Murid melawat ke kawasan persekitaran sekolah bersama-
sama guru.
- Murid menyatakan maklumat yang diperolehi berkaitan
kawasan yang dilawati.
1
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
1.2.2 Menjelaskan dan membanding beza
maklumat tersurat dengan menggun
idea yang kritis dan kreatif.
22
STRATEGI /AKTIVITI/ CATATAN
- Murid menyatakan nilai murni yang patut diamalkan
apabila berada di kawasan tersebut.
(Contoh: kantin; sabar ketika beratur membeli makanan,
hemah tinggi ketika mengajukan permintaan kepada
penjual, hormat antara satu sama lain)
Permainan Susun dan Cantum
- Menyusun dan mencantumkan keratan kad gambar.
- Menjelaskan maklumat yang diperolehi berdasarkan
gambar tersebut seperti nama tempat dan aktiviti yang
boleh dilakukan di sana.
- Menyatakan nilai murni yang perlu diamalkan di tempat
tersebut.
a Permainan Dadu Bergambar
nakan
- Murid membaling dadu yang bergambar.
- Murid menyatakan maklumat tersurat berdasarkan gambar
yang terdapat pada dadu.
- Murid membanding beza maklumat yang terdapat pada
gambar di dadu.
Aktiviti Bercerita
- Murid bercerita berdasarkan gambar situasi yang diberikan
oleh guru.
- Murid menjelaskan maklumat tersurat yang terdapat dalam
gambar tersebut.
- Murid membanding beza maklumat tersurat yang terdapat
dalam setiap gambar gambar.
2
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
1.2.3 Bersoal jawab untuk mendapatkan
menyampaikan maklumat.
23
STRATEGI /AKTIVITI/ CATATAN
dan Simulasi Temu Bual
- Murid melakukan simulasi untuk menunjuk cara sesuatu
proses. (Contoh: Temu bual berita kemalangan jalan raya)
- Berbincang tentang soalan dan jawapan yang dikemukan
semasa sesi temu bual tersebut.
Permainan Goreng Pisang
- Murid berbincang tentang soalan dan jawapan yang akan
digunakan dalam permainan.
- Kumpulan atau murid yang memulakan permainan akan
mengajukan soalan.
- Kumpulan atau murid yang seterusnya akan menjawab
soalan atau memberikan maklumat.
- Soalan dan jawapan dikemukakan dalam intonasi
permainan ‘Goreng Pisang’.
3
2.0 KEMAHIRAN MEMBACA
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
2.1 Asas membaca dan 2.1.1 Membaca dengan sebutan
memahami yang betul dan intonasi yang
sesuai;
(i) ayat tunggal dan ayat majmuk
(ii) perenggan
(iii) petikan
24
STRATEGI / AKTIVITI/ CATATAN
Permainan Tuan Parkir
- Seorang murid memberikan arahan untuk menentukan
kedudukan perkataan dalam kotak parkir kata.
Contoh arahan:
Semua perkataan memerlukan enam kotak parkir.
Kata ‘dan’ letak di kotak parkir yang keempat.
Kata ‘ikan’ letak di kotak parkir yang keenam.
- Murid lain menyusun kad perkataan dalam petak yang
disediakan untuk permainan ini.
Aktiviti Galeri Lawatan
- Membaca ayat tunggal dan ayat majmuk yang terdapat
pada galeri lawatan.
- Menyusun ayat tunggal dan ayat majmuk mengikut urutan
cerita supaya menjadi perenggan yang lengkap.
Projek Menghasilkan Buku Besar
- Menyusun perenggan cerita mengikut urutan yang betul.
- Menampal keratan cerita tersebut dalam sebuah buku yang
besar.
- Membaca cerita tersebut dengan sebutan yang betul dan
intonasi yang sesuai.
- Menghias buku besar tersebut supaya kelihatan cantik dan
menarik.
4
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
2.1.2 Membaca dengan sebutan
yang betul, intonasi yang
sesuai, dan memahami;
(i) pelbagai jenis ayat
(ii) perenggan
(iii) petikan
25
STRATEGI / AKTIVITI/ CATATAN
Aktiviti Kembara Idea
- Membaca ayat dengan sebutan yang betul dan intonasi
yang sesuai.
- Mengelaskan jenis ayat pada ruangan yang disediakan.
(Contoh: ayat penyata, ayat tanya, ayat suruhan/ayat
perintah, ayat silaan/larangan)
Stesen Simbol/Imej
- Membaca ayat dengan sebutan yang betul dan intonasi
yang sesuai.
- Menggunakan simbol dalam memahami jenis ayat.
Contoh:
ayat penyata: O
ayat tanya: ?
ayat suruhan/perintah
ayat silaan/larangan
Bacaan Koral
- Secara berkumpulan, murid membaca ayat dalam
perenggan dengan sebutan yang betul dan intonasi yang
sesuai.
- Murid membaca perenggan demi perenggan cerita
mengikut urutan.
- Sekiranya terdapat dialog dalam perenggan tersebut,
tetapkan murid yang akan membacakan dialog tersebut.
5
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
2.2 Membaca, memahami, 2.2.1 Membaca, memahami, dan
dan menaakul bahan mengecam;
grafik dan bukan grafik (i) maksud kosa kata
(ii) idea utama dan idea sampinga
(iii) idea keseluruhan
2.3 Membaca dan 2.3.1 Membaca, mengenal pasti,
mengapresiasi karya dan menerangkan kandungan
sastera dan bukan teks daripada bahan bukan
sastera sastera dan bahan sastera;
(i) label
(ii) manual
(iii) cerita
(iv) pantun
26
STRATEGI / AKTIVITI/ CATATAN
Aktiviti Anak Kunci
- Menyatakan maksud kosa kata sukar yang tersenarai
pada Jadual Anak Kunci
an - Jadual Anak Kunci merupakan senarai perkataan sukar
yang dikenal pasti oleh murid.
- Pilihan maksud kosa kata disediakan untuk aktiviti suai
padan.
Aktiviti Ibu Kunci
- Mengecam kata kunci yang terdapat dalam keratan ayat.
- Menggabungkan keratan ayat menjadi satu perenggan
yang lengkap (idea utama, idea sampingan, dan idea
keseluruhan).
Permainan Apa Ada Pada Saya?
- Membaca dan mengenal pasti perkara penting yang
terdapat pada bahan bukan sastera (jenama, kandungan,
tarikh luput, pengeluar, kandungan nutrisi, peringatan)
- Menerangkan kandungan teks yang terdapat pada bahan
bukan sastera.
.
Aktiviti Stesen Berputar
- Melengkapkan peta pengurusan grafik secara bergilir-gilir
antara setiap kumpulan.
- Menentukan kandungan teks sastera secara kolaboratif
(watak, nilai, dan peristiwa).
- Menilai kandungan teks yang telah dicadangkan oleh
kumpulan lain.
6
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
27
STRATEGI / AKTIVITI/ CATATAN
Aktiviti Bercerita
- Murid bercerita dan menerangkan kandungan teks
daripada bahan yang dibaca.
- Menerangkan kandungan teks daripada bahan bukan
sastera dan bahan sastera
- Menyatakan nilai berdasarkan bahan bukan sastera dan
bahan sastera yang dibaca.
Projek Mudah Buku Comelku
- Membaca dan mengumpul koleksi pantun.
- Menghasilkan Buku Comelku yang mengandungi koleksi
pantun kegemaran murid.
- Mempromosikan isi kandungan Buku Comelku kepada
rakan.
Permainan Kerusi Panas
- Seorang murid dipilih untuk duduk di kerusi panas yang
disediakan di hadapan kelas.
- Murid tersebut dikehendaki memegang satu bahan bacaan
sama ada bahan sastera atau bahan bukan sastera.
- Murid menerangkan kandungan teks yang terdapat pada
bahan bacaan tersebut sambil menjawab pertanyaan
daripada rakan.
7
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
2.3.2 Membaca dan mempersembahkan
bukan sastera dan karya sastera de
sebutan yang betul dan intonasi ya
sesuai;
(i) label
(ii) manual
(iii) cerita
(iv) pantun
28