The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by manan12-04, 2021-04-19 09:31:11

JURNAL MELEWAR BIL 24 (2020)

JURNAL MELEWAR BIL 24 (2020)

Jurnal Melewar |2

Jurnal Melewar

Bilangan 24 / 2020

Cetakan pertama oktober 2020
@ Hak Cipta IPG Kampus Raja Melewar

Semua hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua
daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan
dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam
sebarang bentuk dengan apa cara sekalipun termasuk elektronik,
mekanikal, fotokopi, rakaman atau lain -lain tanpa mendapat izin
daripada penulis dan penerbit.

ISSN : 1394-3278

Penerbit

Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar
Jalan Sikamat, 70400, Seremban, Negeri Sembilan

Tel: 06765400 Faks : 067624822

Jurnal Melewar |3

SIDANG EDITOR

Penaung
Dr.Mazlan bin Aris
Pengarah IPGK Raja Melewar

Penasihat
Dr. Masitah binti Mohammad Yusof
Timbalan Pengarah IPGK Raja Melewar

Penyelaras & Penyunting
Dr.Chua Lay Nee
Dr.Zailah binti Zainudin

Ketua Editor
Dr. Zailah binti Zainudin

Editor :
1. Dr. Karim bin Mansor
2. Dr. Zakri bin Abdullah
3. Dr. Ashraf bin Ibrahim
4. Dr Wong Wee Shung
5. Dr. Fairuzzah bin Harun
6. Dr. Faiziah bin Shamsuddin
7. Dr. Abdul Manan bin Kasdi
8. Pn. Mayzatul Akmam binti Kamaruddin
9. En. Mohd Zam Zam bin Hj. Abdul Rahman

Wakil AJK Penyelidikan Jabatan
1. Pn. Azibah binti Baharom
2. Pn. Faridah binti Din
3. Dr Hj Zainol Badli bin Budiman’
4. Dr. Khairuddin bin Mohamad
5. Dr Haji Abd Razak bin Abu Chik

Jurnal Melewar |4

PANEL MANUSKRIP

1 Dr. Nor Aniza binti Ahmad
Universiti Putra Malysia

2. Dr. Kamarul bin Md Shah
Universiti Malaysia Terengganu

3. Dr. Kamarudin bin Abu Hassan
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar

4. Dr. Sholehah binti Ismail
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar

5. Dr. Mohd Rozi bin Ismail
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Baharu

6. Prof. Madya Abdul Rahim bin Razali
Universiti Pendidikan Sultan Idris

7. Prof. Madya Dr. Mohd. Hanafi bin Mohd Yassin
Univeriti Kebangsaan Malaysia

8. Prof. Madya Dr. Mohd Isha bin Awang
Universiti Sains Malaysia

9. Prof. Madya Ts Dr. Azman bin Hasan
Universiti Tun Hussein Malaysia

10. Dr. Abd. Hadi bin Mat Dawi
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

11. Dr. Raudah binti Ali
Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggung Ibrahim

Jurnal Melewar |5

DARI MEJA EDITOR

Salam MEKAR IPGKRM.

Alhamdulillah, saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah
kerana Jurnal Melewar Bilangan 24 akhirnya berjaya diterbitkan.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penulis yang telah
berjaya menyiapkan penyelidikan mereka walaupun ketika semua
sedang berhadapan dengan tempoh PKP Covid19. Justeru,
tahniah diucapkan kepada Dr.Mazlan B Aris, Pengarah IPGKRM
dan Dr. Masitah Mohammad Yusof, Timbalan Pengarah IPGKRM
yang sentiasa memantau dan memberi motivasi dalam
penghasilan jurnal ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada
Dr. Chua Lay Nee, Ketua Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan
Inovasi serta pensyarah-pensyarah JPPI, JK Jurnal Melewar,
barisan penulis artikel dan seluruh warga IPGKRM yang telah
memberi kerjasama padu dalam penerbitan jurnal Melewar bil 24
bagi tahun 2020.

Sukacitanya dimaklumkan pada tahun ini juga kita telah berjaya
mendapat reviewer dari pihak luar IPG Kampus Raja Melewar bagi
mendapatkan status jurnal berwasit. Kami ingin merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan editor luar daripada
UPM, UMT, IPG Kampus Perempuan Melayu, IPG Kampus Kota
Bharu, UPSI, UKM dan USM. Gabungan pensyarah daripada
universiti dan IPG kampus tidak secara langsung telah berjaya
mewujudkan jaringan kolaborasi profesional antara kedua-dua
institusi pendidikan terbesar di Malaysia.

Adalah diharapkan penyelidikan dan penerbitan buku akan terus
mekar seperti mana yang diharapkan oleh Pengarah IPGK Raja
Melewar dalam kerangka MEKAR yang di perkenalkan di
IPGKRM. Akhir kata, saya mengucapkan setinggi-tinggi terima
kasih kepada para editor dalam dan luar kerana berjaya
menjalankan tanggung jawab dengan cemerlang. Mudah-
mudahan ilmu yang diperoleh dalam jurnal Melewar bil 24, in syaa
Allah akan dapat dimanfaatkan ke arah kecemerlangan
pendidikan di negara kita.

Dr.Zailah binti Zainudin
Penyelaras Penerbitan,Penataran dan Komersialisasi
IPG Kampus Raja Melewar

Jurnal Melewar |6
ISI KANDUNGAN

Sidang Editor
Panel Manuskrip
Dari Meja Ketua Editor

Amalan Dakwah Dalam Kalangan Pensyarah 8
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar 25

Norazlan bin Ismail, Zairinah binti Mohd. Shukur &
Nur Ain binti Norazlan

Analisis Item Instrumen Amalan Dakwah Dalam
Kalangan Staf Ipgkrm Menggunakan Model Rasch

Norazlan bin Ismail

Penggunaan Kit Golek-Molek Seramik Kreatif 37
Dalam Aktiviti Tembikar Di Sekolah Rendah 50

Norazlan bin Ismail, Alias binti Zakaria, Rahmah binti Mohd Maulot, 61
Umi Nadzrah binti Ali Othman & Mayzatul Akmam binti Kamaruddin 88

Plagiat Dalam Pelaksanaan Tugasan Kerja
Kursus Pelajar

Hasnah binti Abdullah (PhD), Manoriza binti Abd Malek,
Nurulhidayah binti Alias, Nong Azman bin Nong Chek &
Mayati binti Bulin

Faktor Pemilihan Kosa Kata Bahasa Arab Untuk
Pembelajaran Pelajar Peringkat Menengah Rendah

Aisah Binti Hasmam (PhD)

Sikap klien dalam Proses Pembentukan
Ikatan Kerjasama Semasa Sesi Kaunseling

Chua Lay Nee, Ph.D, Norliza binti Abdul Razak,
Faizah binti A. KarimNurciana binti Nasaruddin &
Noor Azzam binti Abdul Rahim

Aras Perkembangan Kognitif Guru Pelatih 108
Institut Pendidikan Guru:
Implikasi Terhadap Penaakulan Sains

Zainol Badli bin Budiman, PhD

Jurnal Melewar |7

Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen 127
Guru Pembina Generasi Baharu (iGPGB) 144
157
Zakri bin Abdullah, PhD

Penggunaan Pemikiran Komputasional
Dalam Kalangan Guru Sekolah Rendah

Wong Mai Sze, Chua Lay Nee (PhD), Abdul Manan bin Kasdi ( PhD)
Seow Sieu Kian & Chong Cheng Yang

Pengawasan Kendiri Terhadap Amalan Akhlak Guru
Pelatih Muslim Institut Pendidikan Guru Di Malaysia

Fairuzzah binti Harun (PhD), Mohd Isa bin Hamzah (PhD),
Khadijah binti Abdul Razak (PhD), Syed Azman bin Syed Ismail
Mohd Muhsinul bin Nidzam Abdullah

Jurnal Melewar |8

AMALAN DAKWAH DALAM KALANGAN PENSYARAH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
RAJA MELEWAR

Norazlan bin Ismail
Zairinah binti Mohd. Shukur

IPGK Raja Melewar

Nur Ain binti Norazlan
SK Tunku Munawir

Abstrak

Amalan dakwah merupakan aspek terpenting untuk diamalkan
oleh setiap muslim. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal
pasti tahap amalan dakwah dalam kalangan staf di IPGK Raja
Melewar yang terdiri pensyarah dan anggota kumpulan pelaksana
(AKP). Pendekatan dakwah yang dikaji termasuk dakwah lisan,
fardiyyah dan bil hal. Sebanyak 38 item soal selidik skala Likert
telah diubahsuai untuk kajian tersebut. 39 responden terdiri dari
pensyarah dan anggota kumpulan pelaksana (AKP) telah dipilih
secara rawak. Analisis data deskriptif secara kuantitatif telah
digunakan. Dapatan kajian menunjukkan kebolehpercayaan
instrumen tinggi (0.93). Tahap amalan dakwah secara
keseluruhan berada pada tahap yang tinggi(min=3.91). Metod
dakwah yang paling dominan ialah dakwah bil hal (min=4.28).
Korelasi antara lisan dan fardiyyah menunjukkan hubungan yang
tinggi (0.74). Terdapat responden yang tidak berdakwah
disebabkan oleh kurang ilmu agama dan keyakinan 0.02%.
Implikasi kajian, dapat meningkatkan peluang pihak pengurusan
memainkan peranan menggalakkan amalan dakwah dalam
kalangan rakan sejawat Dicadangkan supaya kajian ini
laksanakan kepada pensyarah IPG lain, politeknik, kolej komuniti
dan universiti.

Kata kunci: Amalan dakwah, lisan, fardiyyah, bil hal dan
metod dakwah.

Kata kunci: Model Rasch, kebolehpercayaan, kesahan,
keserasian item dan polariti item.

Jurnal Melewar |9

PENGENALAN

Secara asasnya dakwah merupakan satu usaha mengajak
manusia kepada Allah, iaitu supaya manusia tunduk mengabdikan
diri kepada Allah. Mematuhi perintah Allah SWT bermaksud
melaksanakan perkara yang diwajibkan dan meninggalkan
perkara yang dilarang. Peranan dakwah dilaksanakan oleh para
rasul, nabi, sufi dan pendakwah Islam sejak dahulu lagi. Sejarah
dakwah di Malaysia dikesan dengan penemuan beberapa bahan
bukti sejarah seperti batu bersurat, batu nisan dan dinar emas.
Islam telah bertapak di Tanah Melayu sejak kurun ke-9 melalui
peranan para ahli sufi dan pedagang Muslim (Abdul Ghafar dan
Badlihisham, 2012).

Pada tahun 1974, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
(YADIM) telah ditubuhkan oleh Allahyarham Tun Haji Abdul Razak
bin Hussin, YAB Perdana Menteri Malaysia yang kedua bertujuan
menyelaraskan kegiatan badan-badan dakwah serta NGO agar
berjalan seiring dan sejajar dengan dasar negara serta menjadi
pemangkin ke arah penyebaran dakwah di Malaysia (YADIM,
2019). Penubuhan YADIM menunjukkan negara memberi
keutamaan kepada dakwah dalam usaha memperbaiki amalan
umat Islam supaya menjadi sebaik-baik umat. Juga bertujuan
untuk menarik manusia kepada agama Islam. Mesej dakwah
boleh disebarkan sama ada kepada orang bukan Islam yang
bertujuan untuk mengajak mereka untuk menyertai Islam, dan
juga orang Islam sendiri, iaitu bagi menguatkan kefahaman
mereka terhadap agama (Aini Maznina, 2018).

Oleh itu, staf di dalam satu organisasi perlu mengambil
peranan sebagai pendakwah. Terutama kepada rakan sepejabat.
Begitu juga kepada pensyarah, mereka boleh menyampaikan
dakwah terhadap pelajar mereka. Oleh itu amat penting, setiap
Muslim, berperanan sebagai pendakwah secara sambilan di
tempat kerja mereka.

PERNYATAAN MASALAH

Cabaran yang dihadapi pendakwah sejak daripada dahulu
sehingga sekarang mempunyai kaitan yang rapat dengan
masalah pendekatan (Aini Maznina, 2018). Melalui pendekatan
yang sesuai, mudah bagi seseorang pendakwah untuk
berdakwah. Persoalannya, apakah pendekatan yang paling

J u r n a l M e l e w a r | 10

ampuh untuk dilaksanakan semasa berdakwah. Masalah
seterusnya kebolehan pendakwah menyelaras antara
penguasaan dari sudut pengetahuan dengan penguasaan realiti
semasa. Memahami situasi yang dihadapi oleh sasaran kita juga
penting. Muslim (2017) berpendapat rakan sepejabat tidak cukup
pengetahuan untuk mengajak rakan mereka untuk berdakwah.
Minda seperti ini boleh melambatkan proses dakwah.

Kemajmukan masyarakat Malaysia telah membentuk satu
bentuk cabaran dakwah yang perlu difahami dan ditangani secara
hikmah dalam konteks dakwah di Malaysia (Abdul Ghafar dan
Badlihisham, 2012). Negara kita terdiri dari berbagai bangsa iaitu
Melayu, Cina, India dan lain-lain. Sosio budaya perlu difahami
untuk menyampaikan dakwah supaya tidak menyentuh sensitiviti
kaum lain.

PERSOALAN KAJIAN

Persoalan kajian ini adalah
• Apakah tahap amalan dakwah dalam kalangan staf

IPGKRM?.

• Apakah strategi pendekatan dakwah yang paling dominan
dalam kalangan staf IPGKRM?.

• Adakah terdapat hubungan antara skor min amalan
pendekatan bil hal terhadap pendekatan fardiyyah?

• Adakah terdapat hubungan antara skor min amalan
pendekatan bil hal terhadap pendekatan lisan?

• Apakah faktor yang menyebabkan seseorang itu tidak
mahu berdakwah?

KAJIAN LITERATUR

Dakwah

Menurut Abdi Kurnia Djohan (2019) prinsip penting dakwah ialah
ketulusan iaitu suatu kegiatan ajakan baik dalam bentuk lisan,
tulisan, tingkah laku dan sebagainya yang dilakukan secara sedar
dan berencana dalam usaha mempengaruhi orang lain secara
individu mahupun secara berkelompok supaya timbul dalam diri

J u r n a l M e l e w a r | 11

sasaran suatu pengertian, kesedaran, sikap penghayatan serta
pengamalan terhadap ajaran Islam sebagai mesej yang
disampaikan kepadanya tanpa ada unsur-unsur paksaan. Dakwah
juga membangunkan tamadun ummah yang berpaksikan Islam,
melalui pembentukan peribadi, fikiran dan keyakinan masyarakat
dan negara supaya sesuai dengan ajaran Islam.(Yusril dan Nur
Alhidayaillah, 2017) Matlamatnya untuk mendapatkan
kesejahteraan dan rahmat Ilahi bagi kejayaan di dunia dan di
akhirat. Prinsip dakwah yang adil menurut Muhamamad Asad
2002 (dalam Ahmad Nabil 2013) adalah berasaskan kepada
keinsafan dalam menegakkan kebenaran dan mempertahankan
adab dalam berhujah. Ab. Aziz Mohd Zin (2012) menjelaskan
bahawa dakwah adalah satu usaha yang bertujuan untuk
membawa manusia kepada keselamatan, kebaikan dan
kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Dakwah merupakan usaha menarik orang lain kepada
agama Islam supaya mengikut petunjuk Allah swt dan
melaksanakan segala ketentuan Allah di muka bumi ini. Selain itu
menundukkan segala bentuk perhambaan diri, permohonan dan
taat setia hanya kepada Allah, melepaskan diri daripada segala
kongkongan yang lain dari Allah(thaghut) yang terpaksa dipatuhi,
memberi hak kepada orang yang ditentukan hak oleh Allah,
menafikan hak orang yang dinafikan hak oleh Allah, menyeru
kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan berjihad pada
jalanNya.(Yusuf al Qardawi,1983).

Dakwah bertujuan untuk mengajak manusia kepada
akidah yang benar, menyeru kepada pelaksanaan syariah dalam
kehidupan dan menghiasi masyarakat Islam dengan akhlak yang
terpuji. Oleh yang demikian, pelbagai pendekatan dan teknik boleh
digunakan untuk mencapai tujuan tersebut. Pendekatan yang
digunakan mesti bersesuaian dengan sasaran dakwah.
Pendekatan kepada orang bukan Islam berbeza dengan orang
Islam. Pendekatan yang sesuai kepada kanak-kanak mungkin
tidak sesuai kepada orang tua. Dengan ini, pendekatan yang
digunakan mesti sampai kepada tujuan sebenar iaitu akidah yang
satu.(Mohamad Zulkifli, Abd. Ghafar, Adawiyah dan Abd. Dardaa,
2016)

Amalan pula adalah sesuatu perkara yang dilakukan yang
menjadi kebiasan. Oleh yang demikian, kesimpulannya amalan
dakwah membawa pengertian usaha-usaha yang dilaksanakan

J u r n a l M e l e w a r | 12

dalam pelbagai bentuk oleh pendakwah untuk mengubah peribadi
manusia lain menjadi insan yang lebih baik berpaksikan agama
Islam yang sebenarnya agar berjaya dalam hidup sama ada di
dunia atau di akhirat.

Kajian berkaitan amalan dakwah Aliyudin (2007) telah
merumuskan bahawa terdapat beberapa pendekatan dakwah
yang menurutnya kaedah tersebut sebenarnya adalah klasik tetapi
masih dan tetap sesuai digunapakai, dalam masyarakat iaitu
kaedah atau metod sembunyi-sembunyi iaitu pendekatan kepada
sanak keluarga terdekat, kedua bi al-lisan, bi al-qalam dan bi al-
hal. Ketiga bi al-hikmah, maw’izah hasanah dan mujadalah yang
baik. Dan yang keempat tabshir wa tandhir, amar ma’ruf nahi
mungkar. Dari sudut pendekatan dakwah, Persekutuan Muslimin
Indo-Malaysia, Malaysia (PERMIM) telah menggunakan beberapa
pendekatan seperti dakwah melalui pendidikan, ekonomi, media
dan kegiatan sosial. Namun begitu, pelaksanaan pendekatan
dakwah tersebut adalah dalam batasan yang agak sederhana
(Ahmad Redzuwan Mohd Yunus dan Che Yusoff Che Mamat,
2003). Kajian ini akan menggunakan amalan kajian dakwah yang
dilakukan oleh Muslim (2017) Beliau telah membahagikan amalan
dakwah kepada tiga bentuk iaitu:

Dakwah Bi al-Lisan

Menurut Abd. Karim Zaidan (2000) Dakwah Bi al-Lisan merupakan
pendekatan amalan dakwah yang luas digunakan. Bahasa lisan
memainkan peranan penting dalam tingkah laku manusia. Melalui
bahasa boleh menjadikan manusia ketawa, menangis, marah dan
sebagainya. Malahan bahasa digunakan untuk menggalakkan
percambahan idea baharu dalam pemikiran. Penggunaan bahasa
yang sesuai dengan ahli masyarakat perlu dititikberatkan dalam
proses menyampaikan dakwah.

Dakwah Fardiyyah

Menurut Zikmal Fuad (2015) pula dakwah fardiyyah adalah
pendekatan dakwah secara khusus dan peribadi kepada individu
-individu tertentu. Pendekatan dalam bentuk ini dapat membantu
seorang da’i (pendakwah) mengenali diri setiap mad’u (sasaran
dakwah), mengetahui kedudukan sosial mereka, kedudukan ilmu,
iman, kefahaman, pengamalan mereka dan lain-lain. Seterusnya
pendekatan dakwah fardiyyah yang digunakan telah memberi

J u r n a l M e l e w a r | 13

pengaruh kepada masyarakat Besilam Langkat di Sumatera Utara
dan masih relevan dan boleh diguna pakai oleh generasi
sekarang ini. Kesimpulannya, pendekatan dakwah fardiyyah
seperti dakwah fardiyyah Shaykh Muim dapat dijadikan garis
panduan untuk dikembangkan sehingga dakwah hadir dalam
format yang pelbagai dimensi. Syabuddin Gade dan Abdul Ghafar
(2015) menyatakan dakwah fardiyah ialah satu cara komunikasi
seorang da’i (pendakwah) dengan seseorang mad’u (sasaran
dakwah) dalam keadan bersemuka (face to face) dan berdialog
sehingga mad’u memberi respons atau tindak balasa sama ada
dalam keadaan menerima atau menolak mesej yang disampaikan
da’i.

Dakwah Bi al-Hal

Menurut Siti Undriyati (2015), Hal dari kata bahasa Arab yang
bererti tindakan. Dakwah bil hal juga diertikan sebagai proses
dakwah keteladanan, dengan perbuatan nyata melalui pelbagai
aspek kehidupan bagi meningkatkan kualiti hidup. Metod
keteladanan ini juga bermaksud suatu kegiatan dakwah yang
dilakukan dengan cara memperlihatkan sikap, gerak geri,
kelakuan dan perbuatan (akhlak) dengan harapan mad’u (sasaran
dakwah) dapat menerima, melihat, memperlihatkan dan
mencontohinya. Jenis dakwah ini juga bermaksud memberi
khidmat pembangunan diri iaitu melalui kegiatan-kegiatan dakwah
yang diarahkan untuk meningkatkan kesejahteraan dan
kebahagiaan hidup umat sama ada jasmani atau rohani. Definisi
dakwah bil hal menurut pandangan Azizul Azra Abdul Razak Mohd
& Hisyam Abdul Rahim (2018) adalah pelaksanaan dakwah
menerusi hal keadaan mad’u yang memerlukan akhlak, khidmat
dan prasarana dari para pendakwah (da’i) sebagai manhaj dan
wasilah utama bagi memudahkan penerimaan dakwah Islam
dengan lebih berkesan.

Kesimpulannya pengkaji akan menggunakan tiga amalan
dakwah yang telah dikaji oleh pengkaji sebelum ini iaitu dakwah
bil al lisan, dakwah fardiyyah dan dakwah bi al hal untuk meninjau
apakah pendekatan amalan dakwah yang digunakan oleh para
pensyarah Islam dan AKP di Institut Pendidikan Guru Raja
Melewar. Tiga pendekatan ini dipilih kerana mudah untuk
pensyarah sebagai pendakwah secara sambilan melaksanakan
dakwah.

J u r n a l M e l e w a r | 14

METODOLOGI KAJIAN

Rekabentuk yang digunakan adalah kajian tinjauan
menggunakan pendekatan kuantitatif. Soal selidik skala Likert 5
mata untuk mengumpul data.

Responden kajian

Seramai 74 orang pensyarah telah dipilih secara rawak dari 86
pensyarah Islam untuk menjawab soal selidik merujuk kepada
Krejcie dan Morgan (1970).

Batasan kajian

Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan borang soal selidik
untuk melihat persepsi responden terhadap amalan dakwah di
tempat kerja mereka. Hanya tiga pendekatan dakwah digunakan
dalam kajian iaitu dakwah bi al-lisan, fardiyyah dan bi al-hal sahaja
dan tidak merangkumi semua pendekatan yang terdapat dalam
bidang dakwah.

Instrumen kajian

Instrumen kajian adalah ubahsuai daripada instrumen kajian
Muslim (2017). Instrumen soal selidik dengan 30 item skala 5 yang
telah dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian A
mengandungi maklumat diri seperti jantina, jawatan dan jabatan
tempat bertugas. Manakala bahagian B pula terdiri dari tiga
bahagian kecil iaitu:

a. Pendekatan bi al-lisan (10 item)
b. Pendekatan Dakwah fardiyyah (10 item)
c. Pendekatan Dakwah bi al hal (10 item)

Skala yang digunakan untuk skala lima mata seperti berikut:

1. Sangat Tidak Setuju
2. Tidak Setuju
3. Tidak Pasti
4. Setuju
5. Sangat Setuju

J u r n a l M e l e w a r | 15

Satu lagi bahagian dalam instrumen ini ialah bahagian C
yang mengemukakan soalan berbentuk terbuka berkaitan faktor
yang menyebabkan sesorang itu tidak mahu berdakwah.

Jadual 1 menunjukkan kebolehpercayaan instrumen
kajian. Tiga konstruk yang dikaji iaitu konstruk bil al-lisan,
fardiyyah dan bil al-hal mempunyai nilai pekali alpha antara 0.80
hingga 0.89. Manakala keseluruhan instrumen dengan nilai pekali
alpha 0.93. Menurut Pallant (2001), nilai pekali alpha melebihi 0.7
boleh dipercayai untuk sesuatu sampel. Sebanyak 5 item yang
mempunyai Corrected Item-Total Correlation kurang daripada 0.3
telah dibuang. Pallant (2001) menjelaskan, item tersebut telah
mengukur dimensi yang berbeza daripada keseluruhan konstruk.

Jadual 1 : Kebolehpercayaan instrumen kajian

Bil Konstruk Cronbach Alpha (α)

1 al-Lisan 0.80
2 Fardiyyah 0.88
3 al-Hal 0.89
4 Keseluruhan item 0.93

Penentuan tahap persetujuan

Tahap persetujuan merujuk kepada formula n-1/3 untuk skala lima
mata. Jadual 2 menunjukkan tahap amalan dakwah yang akan
dianalisis.

Jadual 2 : Panduan Penentuan Tahap Amalan Dakwah

Bil Julat Sela Tahap

1 1.00 - 2.33 Rendah

2 2.34 - 3.67 Sederhana
3 3.68 – 5.00 Tinggi

(Rosma,2004; Nizam & Rosmidah,2017)

J u r n a l M e l e w a r | 16

Prosedur pengumpulan dan analisis data

Data kuantitatif dianalisis secara deskriptif menggunakan min dan
sisihan piawai untuk menjawab persoalan tahap amalan dakwah.
Manakala analisis kuantitatif inferensi digunakan untuk mengenal
pasti hubungan antara konstruk. Soalan terbuka dikemukakan
untuk menjawab persoalan responden yang tidak berdakwah.

DAPATAN KAJIAN

Tahap amalan dakwah dalam kalangan staf IPGKRM

Merujuk kepada jadual 3, didapati amalan dakwah berada pada
tahap yang tinggi dengan nilai min 3.91. Manakala pendekatan
amalan dakwah al-hal berada pada tahap tinggi (4.28). Manakala
pendekatan fardiyyah dengan min yang paling rendah (3.61)
berada pada tahap sederhana. Pendekatan lisan juga pada tahap
sederhana (3.62).

Jadual 3 : Tahap amalan dakwah

Bil Pendekatan Min Sisihan Piawai Tahap

1 al-Lisan 3.62 0.43 Sederhana
2 Fardiyyah 3.61 0.59 Sederhana
3 al-Hal 4.28 0.40
4 Keseluruhan 3.91 0.42 Tinggi
Tinggi

Strategi Dakwah Berdasarkan Pendekatan

Berdasarkan jadual 4, Strategi dakwah yang paling
dominan dalam pendekatan al-Lisan memberi salam kepada
rakan sesama Islam (4.67). Ini diikuti oleh bderdakwah secara
lemah-lembut (4.24). Manakala strategi yang paling rendah ialah
berdakwah secara tazkirah (3.26) dan menggunakan logik akal
(3.53).

J u r n a l M e l e w a r | 17

Jadual 4 : Analisis strategi pendekatan dakwah secara al-Lisan.

Bil Strategi Min Sisihan piawai Tahap
1
Berdakwah secara Sederhana
tazkirah 3.26 .921

2 Memberi salam 4.67 .478 Tinggi
kepada rakan
sesama Islam

3 Dengan kata lemah- 4.24 Tinggi
lembut .634
1.06 Sederhana
4 Menggunakan logik 3.53
akal

Merujuk kepada jadual 5 pula, mengingatkan rakan supaya
menjauhi perkara haram (4.11) dan berbual bersama rakan-rakan
tentang agama (3.97) merupakan strategi yang paling kerap
digunakan dalam pendekatan Fardiyyah. Manakala menegur
rakan melalui telefon (3.00) dan menegur penampilan rakan yang
selekeh (3.18) adalah strategi yang paling kurang digunakan.

Jadual 5 : Analisis strategi pendekatan dakwah Fardiyyah.

Bil Strategi Min Sisihan Tahap
3.18 piawai
Menegur 3.00
1 penampilan rakan 3.97 1.02 Sederhana
4.11
yang selekeh 1.00 Sederhana
.74 Sederhana
Menegur rakan Tinggi
2 melalui telefon .56

Berbual bersama
3 rakan-rakan

tentang agama

Mengingatkan
4 rakan supaya

menjauhi perkara
haram

J u r n a l M e l e w a r | 18

Merujuk kepada jadual 6 pula, menghormati rakan yang
lebih tua (4.62) dan Sering senyum untuk melahirkan sikap
kemesraan (4.59) merupakan strategi yang paling kerap
digunakan dalam pendekatan al-Hal. Manakala solat berjemaah
(3.95) dan datang ke masjid pada awal waktu (3.41) adalah
strategi yang paling kurang digunakan.

Jadual 6 : Analisis strategi pendekatan dakwah al-Hal.

Bil Strategi Min Sisihan Tahap

piawai

Sering solat 3.95 0.96 Tinggi
1 berjemaah

2 Ke masjid pada awal 3.41 0.96 Sederhana
waktu

3 Menghormati rakan 4.62 054 Tinggi
yang lebih tua

4 Sering senyum untuk 4.59 0.55 Tinggi
melahirkan sikap
kemesraan

Tahap Hubungan Antara Pendekatan Dakwah Dalam
Kalangan Pensyarah IPGKRM.

Menurut Jackson (2006), panduan tahap korelasi
dibahagikan kepada tiga iaitu rendah, tinggi dan sederhana
(Jadual 7).

Jadual 7 : Panduan tahap korelasi

Nilai korelasi (r) Tahap

+.10 - +.29 Lemah

+.30 - +.69 Sederhana

+.70 - +.1.00 Kuat

J u r n a l M e l e w a r | 19

Merujuk kepada jadual 8, korelasi pendekatan Fardiyyah dan
Lisan mempunyai hubungan yang kuat (0.74). Manakala korelasi
antara lisan dan bil hal pula adalah sederhana (0.68)

Jadual 8 : Korelasi skor min amalan pendekatan dakwah lisan
terhadap skor min pendekatan fardiyyah

Strategi pendekatan Fardiyyah (Tahap) Tahap

Strategi Pearson Sederhana
Pendekatan Lisan Correlation .74

Sig. (2-tailed) .00

N 39
**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Jadual 9.

Korelasi skor min amalan pendekatan dakwah al-Lisan terhadap
skor min pendekatan bil hal

Strategi pendekatan bil hal Tahap

Strategi Pearson .68 Sederhana
Pendekatan Correlation

Lisan Sig. (2-tailed) .00

N 39
**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Faktor yang menyebabkan sesorang itu tidak mahu
berdakwahSoalan terbuka dari soal selidik mendapati dua faktor
utama yang menyebabkan seseorang tidak melaksanakan
dakwah adalah

1.Kurang ilmu agama (0.02%)
2. Kurang keyakinan (0.02%)

J u r n a l M e l e w a r | 20

PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI

Amalan dakwah dalam kalangan pensyarah berada pada tahap
yang tinggi. Bermaksud pensyarah juga berperanan sebagai
pendakwah terutama terhadap rakan dan pelajar mereka semasa
bertugas. Pendekatan amalan dakwah bil-Hal atau pendakwah
sebagai contoh menjadi pilihan mereka. Pendekatan keteladanan
ini juga bermaksud suatu kegiatan dakwah yang dilakukan dengan
cara memperlihatkan sikap, gerak geri, kelakuan dan perbuatan
(akhlak) dengan harapan mad’u (sasaran dakwah) dapat
menerima, melihat, memperlihatkan dan mencontohinya. Azizul
Azra Abdul Razak Mohd & Hisyam Abdul Rahim (2018) pula
berpendapat pelaksanaan dakwah menerusi hal keadaan mad’u
yang memerlukan akhlak, khidmat dan prasarana dari para
pendakwah (da’i) sebagai manhaj dan wasilah utama bagi
memudahkan penerimaan dakwah Islam dengan lebih berkesan.
Strategi utama dalam perndekatan dakwah bil-Hal adalah dengan
menghormati rakan yang lebih tua. Sering melemparkan
senyuman juga melahirkan bibit kemesraan yang menjadi strategi
untuk berdakwah. Kebanyakan pendakwah mengamalkan solat
berjemaah.

Melalui pendekatan secara al-Lisan pula, srategi yang
kerap digunakan adalah memberi salam. Memberi salam dapat
merapatkan hubungan sesama rakan Muslim. Kepada Non -
Muslim, teguran mesra dan ucapan selamat dapat meningkatkan
hubungan. Manusia mudah tertambat dengan sikap lembah -
lembut. Sikap kasar menyebabkan mad’u menjauhi pendakwah.
Menurut Fariqh Ahmad Zulfawzi (2019) Dakwah Bial-Lisan
merupakan metod amalan dakwah yang efisyen dan sering untuk
digunakan. Bahasa lisan memainkan peranan penting dalam
tingkah laku manusia. Penggunaan bahasa yang sesuai dengan
ahli masyarakat perlu dititikberatkan dalam proses menyampaikan
dakwah seperti memberi salam kepada
rakan-rakan sejawat.

Manakala dalam pendekatan secara fardiyyah pula,
strategi yang kerap digunakan adalah mengingatkan rakan
supaya menjauhi perkara haram dan berbual bersamarakan-rakan
tentang agama. Ini bermakna perbincangan dan tegur menegur
secara bersemuka lebih diminati. Responden juga kurang suka
menegur melalui telefon. Menegur penampilan rakan secara
bersemuka juga cuba dielakkan. Menurut H. Abdul Wahid (2019)

J u r n a l M e l e w a r | 21

dakwah fardiyyah adalah pendekatan dakwah secara khusus.
Dakwah ini merupakan ajakan atau seruan ke jalan Allah oleh
seorang da’i secara peribadi kepada individu tertentu. Pendekatan
dalam bentuk ini dapat membantu seorang da’i (pendakwah)
mengenali diri setiap mad’u (sasaran dakwah), mengetahui
kedudukan sosial mereka, kedudukan ilmu, iman, kefahaman,
pengamalan mereka dan lain-lain. Maka dengan itu, strategi
dakwah fardiyyah ini kerap digunakan oleh pensyarah dan AKP
IPG Raja Melewar dalam menegur rakan sejawat secara individu.

Dapatan juga menunjukkan pendekatan Fardiyyah dan al-
Lisan mempunyai hubungan yang kuat. Hal ini menunjukkan
bahawa pendekatan dakwah fardiyyah dan lisan berhubungan
untuk memupuk semangat dakwah sesama warga IPG Raja
Melewar. Pendakwah membuat pendekatan peribadi sesama
sendiri dan melalui lisan mereka berkomunikasi untuk berdakwah.
Korelasi antara lisan dan bil hal pula adalah sederhana. Hal ini
disebabkan dakwah bi al hal memerlukan pendakwah
menunjukkan teladan yang baik untuk menarik sasaran dakwah
tanpa lisan. Mereka menggunakan pendekatan dakwah bil hal
seperti menghormati orang yang lebih tua dan sering senyum
untuk melahirkan kemesraan. Hal in seperti yang dinyatakan oleh
Azizul Azra Abdul Razak Mohd & Hisyam Abdul Rahim (2018)

Kajian ini juga menunjukkan kebanyakan responden yang
tidak berdakwah tidak ramai. Mereka merasakan mereka
kekurangan ilmu agama. Ini menyebabkan mereka kurang yakin
untuk berdakwah. Justeru adalah amat penting kepada setiap
orang Islam untuk sentiasa mempelajari dan mengamalkan ilmu
agama supaya boleh disampaikan kepada orang lain sama ada
beragama Islam atau bukan beragama Islam.

Implikasi kajian, dapat meningkatkan peluang pihak
pengurusan memainkan peranan menggalakkan amalan dakwah
dalam kalangan rakan sejawat ini agar menjadi satu budaya yang
sihat dalam membentuk tingkah laku beragama. Selain itu kajian
berkaitan dengan amalan dakwah ini perlu dilaksanakan
menggunakan kaedah kualitatif dengan tujuan melihat dengan
lebih mendalam lagi metod-metod lain yang menjadi amalan
pensyarah di IPGKRM. Selain itu, dicadangkan kajian ini
dilaksanakan keseluruh IPGK yang lain.

J u r n a l M e l e w a r | 22

Rumusan, dapat disimpulkan bahawa amalan dakwah
dalam kalangan pensyarah dan AKP IPGK Raja Melewar adalah
sangat baik. Mereka lebih suka menonjolkan citra muslim sebagai
model atau contoh dengan menghormati orang yang lebih
dewasa, kerap memberi salam dan sering melemparkan senyum.
Mereka mengambil sikap berdakwah secara aman dan menjauhi
konflik. Cuma amalan hadir berjemaah ke masjid dan surau perlu
ditambahbaik. Pendakwah juga perlu diajar berdakwah dengan
menggunakan logik akal. Dicadangkan supaya kajian ini
laksanakan kepada pensyarah IPG lain, politeknik, kolej komuniti
dan universiti.

RUJUKAN

Ab Aziz Mohd Zin. 2012. Strategi Dakwah Dalam Sirah Nabi
S.A.W. Jabatan Dakwah Dan Pembangunan Insan Akademi
Pengajian Islam Universiti Malaya. Kuala Lumpur .2012, 96.

Abdi Kurnia Djohan (2019) Pedoman Dakwah. Panduan Mubalig,
guru pendidikan Islam. Wahid Foundation. Jakarta

Abdul Ghafar Don & Badlihisham Mohd. Nasir. (2012). Cabaran
Dakwah di Malaysia Sebelum dan Selepas Merdeka. Jurnal al-
Hikmah, 4, hlm 15 – 22.

Abdul Karim Zaidan (2000) Islam dan politik kenegaraan.
Persatuan Ulama Malaysia. Petaling Jaya

Ahmad Nabil Amir. (2013). Isu-isu dakwah semasa .E-prosiding
seminar antarabangsa dakwah dan pembangunan insan.
Pemikiran dakwah dalam tafsir Muhammad Asad. Jabatan
dakwah dan pembangunan insan akademik pengajian islam
Univeristi Malaya.17-25.

Ahmad Redzuwan Mohd Yunus dan Che Yusoff Che
mamat.(2003). Pendekatan dakwah kepada masyarakat India
Muslim: Kajian ke atas Persekutuan Muslimin Indo-Malaysia
(PERMIM). Jurnal Usuluddin, Bil 17 (2003) 137-152.

Aliyudin.(2007) Dasar-dasar Ilmu Dakwah. Fakultas Dakwah UIN
Sunan Gunung Jati. Bandung.

J u r n a l M e l e w a r | 23

Aini Maznina A.Manaf .(2018). Dakwah Melalui Media Baru Di
Malaysia: Peluang Atau Cabaran?. Jurnal al-Hikmah Jilid 10,
No.1.2018 hlm 119-128

Azizul Azra Bin Abdul Razak & Mohd. Hisyam Bin Abdul Rahim
(2018) Falsafah Dakwah Bil hal: Menurut Perspektif Al-Quran.
Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah Special Issue (2018),1-
17.

Fariqh Ahmad Zulfawzi (2019).Makalah Metode dakwah bil lisan.
Semarang. Fakultas Dakwah Dan Komunikasi Universitas
Islam Negeri Walisongo.

Syabuddin Gade, & Abdul Ghafar Don (2015). Model Dakwah:
Satu Analisis Teoritikal= Dakwah Model: A Theoritical
Analysis. ʻUlūm Islāmiyyah Journal, 197(3537), 1-15.

H. Abdul Wahid (2019) Gagasan dakwah.(2019). Jakarta.
Prenadamedia Group.

Jackson, S.L. (2006). Research Methods and Statistics: A Critical
Thinking Approach. Belmont: Thomson Wadsworth.

Mohamad Zulkifli Abd. Ghani, Abd. Ghafar Don, Adawiyah Ismail,
Abd. Dardaa Mohamad (2016) Adab Ikhtilaf dalam Dakwah
Islamiyah. Al Hikmah. Jilid 8(2) 2016: 148-165

Muslim Norazlan. (2017) The Level Of Practicing Da’wah Among
Universiti Sains Islam Malaysia Students. Kajian Ilmiah yang
tidak diterbitkan.Univerisiti Sains Islam Malaysia

Nizam Abd. Latib & Rosmidah Hashim. (2017). Pelaksanaan
Pengajaran Dan Penyeliaan Kursus Penyelidikan tindakan Di
IPGKRM , Jurnal Melewar Bil. 17. Seremban: Penerbitan
IPGKRM

Pallant, J.(2001) SPSS Survival Manual. New South Wales: Allen
& Unwin.

Rosma Osman. (2004). Thought processes among teachers
teaching specific subjects in secondary schools. (Tesis Doktor
Falsafah tidak diterbitkan). Universiti Putra Malaysia,Serdang,
Selangor.

J u r n a l M e l e w a r | 24

Siti Undriyati (2015) Strategi dakwah bil hal di Masjid Jami’
Asholikhin Braingin Ngaliyan” Semarang, Jakarta.

YADIM. (2019). Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Penubuhan.
Dicapai pada 17 Julai 2019 daripada
http://www.yadim.com.my/v2/.

Yusril Yazid, Nur Alhidayahillah(2017) Dakwah dan perubahan
sosial. PtRajaa Grafindo Persasda. Jakarta.

Yusuf al-Qardhawi.(1983). Thaqafah al-Dai’yah. Beirut:
Muassasah al-Risalah

Zikmal Fuad (2015) Pendekatan dakwah fardiyyah shaykh muim
al-wahhab dalam kalangan masyarakat besilam langkat Jurnal
Sultan Alauddin Sulaiman Shah JSASS VOL.2 BIL.2 (2015),
159-178.

J u r n a l M e l e w a r | 25

ANALISIS ITEM INSTRUMEN AMALAN DAKWAH
DALAM KALANGAN STAF IPGKRM
MENGGUNAKAN MODEL RASCH

Norazlan bin Ismail
IPG Kampus Raja Melewar

Abstrak

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti kesahan,
kebolehpercayaan, dan keserasian item (item fit) Instrumen
Amalan Dakwah Dalam Kalangan Staf IPGKRM (IAD). Sebanyak
38 item soal selidik skala Likert digunakan dalam kajian tersebut.
39 orang responden terdiri daripada pensyarah dan anggota
kumpulan pelaksana telah dipilih. Model Rasch telah digunakan
sebagai kajian. Dapatan kajian menunjukkan kebolehpercayaan
item dan polariti item yang tinggi. Manakala dari aspek kesahan
pula, sebanyak 29 item serasi dengan model Rasch dan 9 item
lagi tidak serasi. Analisis Varians Reja Terpiawai mengesahkan
semua item mempunyai unidimensi.

Kata kunci: Analisis Item, Model Rasch, kebolehpercayaan,
kesahan, keserasian item dan polariti item.

J u r n a l M e l e w a r | 26

PENGENALAN

Instrumen Amalan Dakwah Dalam Kalangan Staf IPGK Raja
Melewar (IAD) dibina bertujuan untuk mengenalpasti tahap
amalan dakwah yang diamalkan oleh pensyarah dan anggota
kumpulan pelaksana di IPGKRM. Sebanyak 38 item skala Likert
telah dibina oleh Norazlan dan Muslim. Terdapat tiga metod
dakwah yang dikaji iaitu Dakwah Bil al-Lisan, Fardiyyah dan Bil al-
Hal. Analisis item dilaksanakan untuk mengesan kualiti item yang
telah dibina. Beberapa perkara yang akan dianalisis merangkumi
kesahan, kebolehpercayaan, polariti dan ketunggalan dimensi.

Menurut Rosseni (2009), kajian kesahan dan
kebolehpercayaan item amat penting bagi mempertahankan
kejituan soal selidik daripada terdedah kepada kecacatan. Lien
(1976) pula berpendapat antara ciri item yang baik ialah item yang
mempunyai kesahan, kebolehpercayaan dan kebolehgunaan
yang tinggi. Menurut Norazlan dan Nur Ain (2017) pembinaan item
yang baik dan berkualiti akan membantu seseorang penyelidik
meneliti setiap item berfungsi dengan betul dan mempunyai
kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi sebelum membuat
tafsiran terhadap keseluruhan dapatan kajian. Oleh itu, analisis
menggunakan model Rasch digunakan untuk mengenalpasti
kesahan, kebolehpercayaan, polariti dan ketunggalan dimensi
item.

PERNYATAAN MASALAH

Penyelidik perlu memastikan instrumen sesuatu ujian mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi sebelum ditadbirkan. Setiap
instrumen perlu dilaksanakan analisis item sebelum menganalisis
data. Tiada makna atau bernilai sesuatu alat ukur pengukuran jika
alat ukur tidak tekal dan boleh dipercayai dapat mengukur sesuatu
(Aiken 2000). Item yang mempunyai kebolehpercayaan yang
tinggi bermakna item itu stabil dan mempunyai ketekalan dalaman
yang baik dalam mengukur sesuatu konsep atau konstruk.

Lien (1976) menitikberatkan ketekalan item semasa
membina instrumen. Instrumen yang kurang tekal boleh
menjejaskan dapatan kajian. Apabila kualiti item atau instrumen
kurang bermutu, tentulah dapatan juga akan diragui. Jika ujian
tidak tekal secara dalaman, iaitu dari item ke item, maka adalah
sukar untuk item tersebut tekal untuk jangka masa yang lama
(Tuckman 1975).

J u r n a l M e l e w a r | 27

Seterusnya melalui analisis item, masalah kesahan akan
dikaji. Menurut Siti Rahayah (2003) menyatakan sesuatu ujian itu
tidak akan memberi sebarang makna jika ujian tersebut didapati
tidak sah, sebaliknya maklumat balik yang diterima melalui ujian
yang tidak sah itu boleh membawa akibat yang buruk.

Hal ini disokong oleh Hair et.al. (1995) yang berpendapat
ujian yang sah adalah boleh dipercayai tetapi ujian yang boleh
dipercayai tidak semesti sah. Ini bermakna penyelidik tidak boleh
hanya mengenalpasti kebolehpercayaan item sahaja, sebab
maklumat tersebut belum mampu menyatakan ujian tersebut
benar-benar sah dan mengukur apa-apa yang penyelidik
kehendaki.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk

1. Mengenalpasti tahap kebolehpercayaan IAD.

2. Mengenalpasti kesahan item IAD.

3. Mengenalpasti polariti item IAD.

4. Mengenalpasti dimensi item IAD.

TINJAUAN LITERATUR

Analisis Item

Bhasah (2003) berpendapat analisis item merupakan satu proses
mengenalpasti dan memilih item-item yang berfungsi setelah item-
item diprauji terlebih dahulu untuk mengetahui statistik bagi setiap
item berkenaan. Secara umumnya analisis item bertujuan
menapis, membuang atau membaiki item-item selepas diuji.
Thorndike dan Hagen (1969) mendefinisikan analisis item sebagai
kajian statistik mengenai sesuatu item ujian. Menurut Rosseni
(2009) model Rasch digunakan untuk (i) analisis item
menempatkan item-item ujian sepadan untuk tahap pengetahuan
calon, (ii) analisis ujian tidak memerlukan ujian selari tegas (strict
parallel test) untuk menaksir kebolehpercayaan, dan (v) statistik
item dan keupayaan calon dilaporkan pada skala yang sama.

J u r n a l M e l e w a r | 28

Model Rasch

Rasch (1960) mendapati terdapat kelemahan dalam keobjektifan
teori pengukuran klasik yang bergantung kepada populasi. Ia ingin
mencari satu makna baru dalam melihat kesukaran item dan
kebolehan individu. Pembolehubah tersebut perlu diletakkan
dalam skala yang sama. Beliau dipetik menyatakan “.....became
aware of the problem defining the difficulty of an item indipendently
of the population and the ability of the individual indipendently of
which he has actually solve” (Rasch 1960; Wright & Stone 1987).
Konsep Rasch menyatakan bahawa individu yang berkebolehan
tinggi berpeluang tinggi untuk menjawab item dengan betul. Ini
bermakna sesiapa pun berpeluang tinggi untuk menjawab dengan
betul item yang lebih mudah (Rasch, 1960). Rasch (1960) juga
menekankan kepada item dan persampelan yang konsisten. Oleh
itu satu item dapat mengukur jarak kesukaran yang sama
terhadap sampel yang berlainan. Begitu juga dapat mengukur
kebolehan antara pelajar yang sama dengan dua ujian yang
berbeza. Jarak antara dua sampel adalah sama untuk ujian yang
berbeza. Kebolehan individu dapat dianggarkan melalui skor ujian.
Setiap individu mempunyai peluang 50% mendapat skor
(succeed). Separuh dari sampel yang mempunyai kebolehan yang
sama dijangkakan mendapat skor (succeed) mana-mana item.
Oleh kerana kebarangkalian tidak boleh ditetapkan, maka
kebolehan dan kesukaran item diletakkan di atas satu skala linear.

Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan bermaksud mengenal pasti kecukupan
taburan item sepanjang satu skala linear berbanding keserataan
taburan individu sepanjang satu skala linear yang sama (Bond dan
Fox 2001). Rasch melaporkan dua kebolehpercayaan iaitu indeks
kebolehpercayaan individu dan indeks kebolehpercayaan item
(Bond dan Fox 2001). Indeks kebolehpercayaan individu
bermaksud andaian kebolehan individu dalam sampel ini tekal jika
diberi set item yang lain yang mengukur konstruk yang sama
(Wright & Masters, 1982). Nilai indeks kebolehpercayaan adalah
+1. Nilai indeks menghampiri 1 menunjukkan kebolehpercayaan
yang tinggi.

J u r n a l M e l e w a r | 29

Kesahan

“Item fit” memberi indikator sejauh mana setiap item ”fit” atau
serasi dengan konstruk yang dibentuk berdasarkan model Rasch
(Norazlan dan Nur Ain, 2017). Menurut Siti Rahaya Rossni dan
Noraini (2014) dipetik dari Mohd Kashfi (2014), Rasch
menggunakan analisis infit untuk melihat kesahan alat
pengukuran Menurut Bond dan Fox (2001) julat fit adalah di antara
+2 dan nilai menghampiri 1.00 menunjukkan nilai keserasian yang
amat tinggi.

METODOLOGI KAJIAN

Soal Selidik Kajian

Kajian ini menggunakan Instrumen Amalan Dakwah Dalam
Kalangan Staf IPGK Raja Melewar (IAD) yang dibina bertujuan
untuk mengenalpasti tahap amalan dakwah yang diamalkan oleh
pensyarah dan anggota kumpulan pelaksana di IPGKRM.
Sebanyak 38 item skala Likert telah dibina oleh Norazlan dan
Muslim. Terdapat tiga konstruk yang dikaji iaitu (i) Dakwah Bil al -
Lisan yang terdiri dari 10 item, (ii) Fardiyyah yang terdiri dari 10
item dan (iii) Bil al-Hal yang terdiri dari 17 item. Perisian
WINSTEPS 3.68. yang telah dicipta oleh Linacre.J.M. (2009)
digunakan untuk menganalisis item.

Sampel kajian dan Pengumpulan Data

Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan yang dijalankan di
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar. Seramai 39 orang
pensyarah dan anggota kumpulan pelaksana (AKP) terdiri dari
berbagai jabatan dan unit terlibat sebagai sampel kajian ini.
Sampel dipilih secara rawak.

DAPATAN KAJIAN

Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan dalam dapatan ini merujuk kepada indeks
kebolehpercayaan dan indeks pemisahan dan polariti item. Jadual
1 menunjukkan kebolehpercayaan item IAD adalah tinggi dengan
nilai 0.96. Manakala kebolehpercayaan responden juga adalah

J u r n a l M e l e w a r | 30

tinggi dengan nilai 0.94. Merujuk kepada indeks pemisahan,
responden boleh dibahagikan kepada 4 kumpulan strata.
Manakala item boleh dibahagikan kepada 5 dimensi atau
konstruk. Nilai pemisahan item merujuk kepada bilangan strata
kesukaran item pada 2 ralat piawai yang diperoleh pada set ujian
yang digunakan (Norazlan dan Nur Ain, 2017).

Jadual 1 juga menunjukkan indeks kebolehpercayaan
konstruk bagi responden adalah tinggi antara 0.76 hingga 0.94.
Indeks kebolehpercayaan konstruk bagi item juga adalah tinggi
antara 0.86 hingga 0.97. Menurut Bond and Fox (2001), nilai
indeks kebolehpercayaan responden bersamaan dengan nilai
Cronbach Alpha atau KR-20.

Jadual 1 : Kebolehpercayaan item dan responden

Konstruk Bil Item Indeks Pemisahan Indeks
Responden Item kebolehpercayaan
Responden Item

Bil al-Lisan 10 1.78 5.81 0.76 0.97
Fardiyyah 10 2.73 3.18 0.88 0.91
Bil al-Hal 18 2.43 2.50 0.85 0.86
Instrumen 38 3.83 4.63 0.94 0.96

Kesahan

Dua laporan analisis statistik digunakan untuk melihat kesahan
iaitu keserasian item, dimensi item dan polariti item. Keserasian
item’ memberi indikator sejauh mana setiap item serasi dengan
konstruk yang dibentuk berdasarkan model Rasch. Menurut Bond
dan Fox (2007) julat fit untuk item skala Likert adalah di antara 0.6
sehingga 1.4 bagi menunjukkan nilai keserasian yang tinggi.
Menurut Siti Rahaya, Rosseni dan Noraini (2014) dipetik dari
Mohd Kashfi (2014), Rasch menggunakan analisis infit untuk
melihat kesahan alat pengukuran. Jadual 1 menunjukkan
instrumen KESENI mempunyai kesahan yang tinggi dengan nilai
1.00.

J u r n a l M e l e w a r | 31

Keserasian item

Merujuk kepada Jadual 2, sebanyak 29 item menunjukkan
keserasian yang baik, manakala 9 item lagi tidak serasi dan perlu
dibuang.

Jadual 2 : Jadual keserasian item IAD

Bil. Item Infit MNSQ Outfit MNSQ Status

6 >1.40 >1.40 Item tidak serasi

29 0.60 – 1.40 0.60– 1.40 Item serasi

3 <0.60 <0.60 Item tidak serasi

Dimensi item

Analisis item juga ingin mengenalpasti sama ada item mempunyai
unidimensi atau lebih dari 2 dimensi. Melalui analisis Varian Reja
Terpiawai (Standardized Residual Varians) dalam Jadual 3
menunjukkan varian mentah dijelaskan oleh pengukuran mencatat
nilai 57.8%. Menurut Linacre (2009), varian mentah dijelaskan
oleh pengukuran melebihi 45.5% menunjukkan instrumen tidak
mempunyai dimensi yang kedua. Instrumen hanya mengukur
amalan dakwah dalam kalangan pensyarah dan AKP. Namun
begitu, Linacre (2009) juga mengatakan bahawa amaun terkecil
yang boleh dipertimbangkan sebagai satu “dimensi” mempunyai
kekuatan sama ada dua item atau 2 unit nilai Eigen. Varians
mentah tidak jelas dalam kontras 1,2,3,4 dan 5 menjelaskan
terdapat dimensi lain yang merujuk kepada metod dakwah.
Analisis varians mentah dijelaskan oleh item dengan nilai 37.2
pula mendapati kesukaran item melebihi dua kali ganda
berbanding kebolehan responden dengan nilai hanya 14.9.

Jadual 4 : Varians Reja Terpiawai (dalam unit Nilai Eigen)

Empirikal Model

Jumlah varians mentah dalam cerapan 90.1 100.00% 100.0%

Varians mentah dijelaskan oleh pengukuran 52.1 57.80% 60.10%

Varians mentah dijelaskan oleh responden 14.9 16.60% 17.20%

J u r n a l M e l e w a r | 32

Empirikal Model

Varians mentah dijelaskan oleh item 37.20 41.30% 42.90%

Jumlah varians mentah tidak jelas 38.00 42.20% 39.90%
Varians mentah tidak jelas dalam kontras 1 6.7 7.50% 17.70%

Varians mentah tidak jelas dalam kontras 2 4.1 4.50% 10.80%
Varians mentah tidak jelas dalam kontras 3 3.3 3.60% 8.60%

Varians mentah tidak jelas dalam kontras 4 2.9 3.20% 7.60%

Varians mentah tidak jelas dalam kontras 5 2.3 2.50% 6.00%

Polariti item

Menurut Mohd Kashfi (2014), analisis polariti atau keselarian item
adalah indikator yang digunakan untuk menunjukkan item yang
digunakan bergerak dalam satu arah yang dimaksudkan oleh
konstruk yang diukur. Nilai PTMEA CORR digunakan untuk
mengesan polariti item. Menurut Bond and Fox (2001), polariti
item juga merupakan pengesanan awal kepada kesahan konstruk.
Dapatan menunjukkan nilai PTMEA CORR antara +0.14 hingga
+0.74. Ini menunjukkan kesemua item mempunyai kesahan yang
tinggi (+). Nilai item polariti yang positif menunjukkan dimensi item
mengukur konstruk yang dibentuk. Nilai yang negatif pula
menunjukkan item mengukur dimensi yang berbeza konstruk yang
dibentuk (Linacre 2009).

PERBINCANGAN DAN RUMUSAN

Melalui analisis item dengan menggunakan Model Pengukuran
Rasch, pengkaji telah memperoleh nilai kesahan dan
kebolehpercayaan yang tinggi untuk item IAD. Dari aspek
kesahan, pengkaji telah dapat mengukur apa-apa yang
sepatutnya diukur (Banks, S.R, 2004). Ini bermakna IAD dapat
mengukur amalan dakwah yang menjadi fokus utama kajian.
Penting untuk memastikan keseluruhan 38 item dapat mengukur
dimensi amalan dakwah. Kesahan konstruk ini dilaporkan dalam
Varians Reja Terpiawai oleh analisis Rasch. Nilai varian mentah
dijelaskan oleh pengukuran 57.80% menunjukkan instrumen tidak

J u r n a l M e l e w a r | 33

mempunyai dimensi yang kedua. Kesahan konstruk merupakan
antara ciri kesahan yang terpenting (Jackson,L.S 2006).

Jelaslah kebolehpercayaan item dan responden juga
menunjukkan soal selidik IAD berada di tahap yang sangat baik.
Hal ini menunjukkan responden tekal jika diberi set item yang lain
yang mengukur konstruk yang sama. Korelasi antara item dapat
meningkatkan kebolehpercayaan. Semakin kuat hubungan antara
pembolehubah, semakin tinggi tahap kebolehpercayaannya
(Jackson,L.S 2006). Kubiszyn dan Borich (2015) menyatakan item
yang mempunyai ketekalan dalaman yang tinggi dijangka dapat
berkolerasi dengan baik Dapat disimpulkan bahawa
kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan pengukuran.
Laporan polariti item yang positif dan tinggi merupakan indikator
IAD bergerak dalam satu arah yang dimaksudkan oleh konstruk
yang diukur. Analisis juga menunjukkan item yang sukar dapat
dijawab oleh responden yang berkebolehan tinggi, begitu juga
sebaliknya. Item dapat mendeskriminasi responden dengan
baik.Item-item yang dapat mendiskriminasi responden
berkebolehan tinggi dengan responden berkebolehan rendah
dengan sangat baik adalah merupakan item yang mempunyai
tahap tinggi (Banks, S.R. 2004).

Sebagai rumusan, sebanyak 29 item Instrumen Amalan
Dakwah mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.
Manakala 9 item lagi perlu dibuang kerana tidak serasi dengan
model Rasch. Amat penting bagi penyelidik untuk menentukan
item yang dibina tinggi kesahan sebelum mengenalpasti dan
merumuskan dapatan kajian. Sebab ralat pengukuran boleh
menyebabkan kesan kepada dapatan kajian. Cadangan kepada
penyelidik-penyelidik di luar sana, kenalpasti kesahan dan
kebolehpercayaan terlebih dahulu agar item yang dibina dapat
mengukur apa-apa yang kita ingin ukur dan dapat membuat
pentafsiran data yang tepat.

RUJUKAN

Aiken, L.R. 2000. Psychological Testing And Assesment. Ed.
Ke-10. USA: Allyn and Bacon.

J u r n a l M e l e w a r | 34

Ainol Madziah Zubairi dan Noor Lide Abu Kassim. 2006.
Classical And Rasch Analyses Of Dichotomously Scored
Reading Comprehension Test Items. Malaysian Journal
of ELT Research, Vol. 2, March 2006.
http://journals.melta.org.my/index.php/majer/article/view/1
68/82

Banks, S. R. (2004). Classroom assessment: Issues and
Practices. Allyn & Bacon.

Bhasah Abu Bakar. 2003. Asas Pengukuran Bilik Darjah. Ed.
Ke-2. Tanjong Malim: Quantum Books.

Bond,T.G & Fox, T,M 2001 Applying the Rasch model
fundamental measurement in the human sciences.
New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates Publisher

Bond,T.G & Fox, T,M. 2007 Applying the Rasch model
fundamental measurement in the human sciences.
New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates Publisher

Cohen, R.J. dan Swerdlik, M.E. 2003. Psychological Testing
And Assestment: An Introduction to Test and
Measurement. Ed. Ke-5. USA: McGraw-Hill Companies.

Crocker, L. and Algina, J. 1986. Introduction To Classical And
Modern Test Theory, Bellmont CA : Wadsworth
Group/Thomson Learning.

Ebel. R.L. 1979. Essentials of Educational Measurement . Ed.
Ke-3. Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice Hall

Gall,M.D, Gall,J.P dan Borg,W.R. 2003. Educational
Research: An Introduction. Ed. Ke-7. Boston: Allyn and
Bacon.

Gronlund, E.N. 1985. Mesurement and Evaluation in
Teaching. Ed. Ke-5. New York: Macmillan Publishing
Company.

Guildford, J. P. dan Frutcher, B. 1978. Fundamentals Statistics
in Psychology and Eduacation. Ed. ke-6. Mc. Graw Hill.

J u r n a l M e l e w a r | 35

Hair, Jr, J.F, Anderson, R.E, Tatham, R.L dan Black, W.C.
1998. Multivariate Data Analysis. Ed. Ke-5. New Jersey:

Printece-Hall International,Inc.

Hopkins, K.D. dan Stanley, J.C.1981. Educational And
Pschological Measurement And Evaluation. Ed. Ke-6.
New Jersey: Printece-Hall International,Inc.

Jackson, S.L. 2006 Research Methods and Statistics: A
Critical Thinking Approach. Belmont: Thomson
Wadsworth

Khoiry, M. A., Hamzah, N., Badaruzzaman, W. H., & Tawil, N.
M. (2017). Reliability & Validity of the Construction Delay
Questionaire using the Rasch Mesurement Model. Jurnal
Kejuruteraan, 29(1), 13-21. doi:10.17576/jkukm-2017-
29(1)-03

Kiess, H.O. 2002. Statistical Concepts for the Behavioral
Sciences. Ed. Ke-3. USA: Allyn and Bacon

Kubiszyn, T., & Borich, G. D. 2015. Educational testing and
measurement: Classroom application and practice. Ed
Ke-7. New Jersey: John Wiley & Sons

Linacre, J.M. 2009 A User’s Guide To WINSTEPS Rasch
Model Computer Programes. Chicago: MESA Press

Lien, Arnold, J.1976 . Measurement and evaluation or
learning. Ed. Ke-3. Iowa: Wm. C. Brown Company.

Mohd Kashfi bin Mohd Jailani. 2014. Manual Pengenalan
Pengukuran Rasch dan WINSTEPS. Bangi: UKM.

Norazlan bin Ismail dan Nur Ain Norazlan. 2017. Kesahan dan
Kebolehpercayaan Instrumen Kesediaan Pelajar
Mengajar Pendidikan Seni Visual di sekolah Rendah
(KESENI) Menggunakan Model Rasch. Jurnal Melewar
Bilangan 21/2017. Seremban: Institut Pendidikan Guru
Kampus Raja Melewar

Popham,W.J. 2010. Classroom Assessment: What Teachers
Need to Know (6th edition). Allyn and Bacon.

J u r n a l M e l e w a r | 36

Rasch,G. 1960. Probabilistic models for some intelligence and
attainment tests. Compenhagen: Denmarks Pedagogiske
Institute

Rosseni Din, Mazalah Ahmad, M.Faizal Kz, Norhaslinda
Mohamad Sidek, Aidah Abdul Karim, Nur Ayu Johar,
Kamaruzaman Jusoff, Shanudin Zakaria, Khairul Anwar
Mastor dan siti Rahayah Ariffin (2009), Validity and
Reliability of the e-Learning Style Questionnaire (eLSE)
Version 8.1 Using the Rasch Measurement Model.
Journal of Quality Measurement and Analysis. JQMA 5(2)
2009, 15-27. http://www.ukm.my/jqma/v5_2/jqma-5-2-02-
rosseni.pdf

Sabitha Marican. 2006. Penyelidikan Sains Sosial:
Pendekatan Pragmatik. Selangor: Edusystem Sdn. Bhd.

Sax, G. 1997. Principles of Educational and Psychological
Measurement and Evaluation. Ed. Ke-4. California:
Wadsworth Publishing Company.

Siti Rahayah Ariffin. 2003. Teori, Konsep & Amalan Dalam
Pengukuran Dan Penilaian. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Sumintono, B., & Widhiarso, W. (2013). Aplikasi model rasch:
Untuk penelitian ilmu-ilmu sosial. Cimahi: Trim
Komunikata Publishing House.

Tabachnick, B.G dan Fidell, L.S. 2001. Using Multivariate
Statistics. Ed. ke-4. Needham Heights, MA: Allyn and
Bacon

Tuckman, R.L. 1975. Educational Measurement. Washington
D.C: American Council on Education.

Thorndike, R.L and Hagen, E.P. 1969. Measurement and
Evaluation In Psychology And Education. Ed. Ke-3. USA:
John Wiley & Sons, Inc.

Wright, B.D & Masters, G.N. 1982. Rating Scale Analysis.
Chicago: MESA Press

J u r n a l M e l e w a r | 37

PENGGUNAAN KIT GOLEK-MOLEK SERAMIK KREATIF
DALAM AKTIVITI TEMBIKAR DI SEKOLAH RENDAH

Norazlan bin Ismail, Alias binti Zakaria,
Rahmah binti Mohd Maulot, Umi Nadzrah binti Ali Othman,

Mayzatul Akmam binti Kamaruddin,
IPG Kampus Raja Melewar

Abstrak

Projek inovasi ini dilaksanakan untuk memperihalkan amalan
penggunaan Kit Golek-Molek Seramik Kreatif (KGMSK) dalam
aktiviti tembikar dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Seni Visual di sekolah rendah. Tujuan kajian adalah untuk
mengenalpasti masalah pelaksanaan aktiviti tembikar di sekolah
rendah serta bagaimana KGMSK dapat membantu aktiviti
tembikar. Sebanyak dua buah sekolah rendah yang dipilih iaitu
SJKC Sin Hua dan SK King George V untuk pelaksanaan kajian.
Peserta kajian terdiri dari lima orang pensyarah yang mengajar
secara koloborasi, manakala kumpulan sasaran terdiri dari tiga
orang guru dan lima puluh orang murid sekolah. Kajian ini
menggunakan rekabentuk Kajian Tindakan dengan memilih model
Kurt Lewin (1946) dan Laidlaw (1992). Kaedah pemerhatian, temu
bual, ujian bertulis dan analisis hasil karya untuk mendapatkan
data. Dapatan kajian menunjukkan masalah bagi guru adalah
tempat atau bilik seni, alat dan bahan serta kos yang tinggi. Murid
pula mempunyai masalah menghasilkan produk yang berkualiti,
keselamatan dan penguasaan kemahiran asas seramik. Faedah
menggunakan KGMSK pula adalah dapat mengurangkan kos,
menjimatkan masa, proses menjadi lebih mudah dan peningkatan
kemahiran murid. Oleh itu, kualiti produk hasil karya seramik dapat
dihasilkan.

Kata kunci: Inovasi, KGMSK, seramik, kraf tradisional dan
teknik lingkaran.

J u r n a l M e l e w a r | 38

PENGENALAN

Aktiviti tembikar telah diperkenalkan dalam Dokumen Standard
Kurikulum Standard Sekolah Rendah, Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tahun Empat dalam bidang Mengenal Kraf Tradisional. Terdapat
tiga hasil pembelajaran utama yang digariskan iaitu pertama,
menghasilkan tembikar teknik picitan dengan menekankan
bahasa seni visual. Kedua, menghasilkan tembikar dengan
mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif.
Ketiga, membuat apresiasi terhadap karya (KPM, 2013). Tiga jenis
teknik yang biasa digunakan di sekolah rendah ialah teknik picitan,
lingkaran dan slab.

FOKUS KAJIAN

Fokus kajian menumpukan kepada proses menghasilkan tembikar
lebih mudah, cepat dan selamat. Bahan dan peralatan perlu lebih
mudah alih dan senang disimpan. Murid dapat meningkatkan
kreativiti apabila menghasilkan aktiviti. Justeru guru mudah untuk
mengendalikan pengajaran dan pembelajaran dengan teratur dan
tersusun. Oleh itu pihak pentadbir dapat melaksanakan kurukulum
dengan jaya.

Tinjauan awal melalui pemerhatian dan temubual, didapati
guru lebih suka menggunakan plastesin semasa pengajaran. Jadi,
murid tidak dapat pengalaman menggunakan bahan tanah liat.
Terdapat juga guru mengambil jalan mudah tidak melaksanakan
aktiviti tembikar dan menggantikan dengan aktiviti lain.

OBJEKTIF KAJIAN

Untuk menambahbaik amalan PdP aktiviti tembikar di sekolah
rendah menggunakan teknik "Kit Golek Molek Seramik Kreatif.

PERSOALAN KAJIAN

Bagaimanakah PdP aktiviti tembikar sekolah rendah dapat
ditambahbaik menggunakan teknik “Kit Golek Molek Seramik
Kreatif”?

J u r n a l M e l e w a r | 39

TINJAUAN LITERATUR

Menurut Khairuddin (2009) tembikar merupakan tradisi keunikan
tukang pandai Melayu menggunakan bahan tanah liat yang
dibentuk, dibakar dan digilap untuk dijadikan alat kegunaan harian
seperti bekas menyimpan air, balang dan lain-lain. Ia juga dikenali
sebagai porselin waris dan seramik.

Tembikar Tanah merupakan tembikar yang terhasil dari
tanah liat yang dibakar dengan tahap pembakaran yang tertentu
sehingga ia menjadi sebatian yang kuat sehingga mampu
digunakan terutama sebagai pekakas memasak. Tanah liat yang
telah dibentuk kemudian dibakar untuk kemudian dijadikan alat-
alat yang berguna membantu kehidupan manusia (Zuraidah et.al,
2015).

Produk-produk yang diperbuat dari tembikar tanah adalah
bersifat poros dan tidak bersepuh (kilat). Antara produknya adalah
labu sayong, piring, kendi, tempayan, kuali dan pekakas dapur,
pot, lampu tidur, pasu, tempat letak pensil dan sebagainya.
pelbagai produk lain yang dihasilkan menggunakan tembikar
tanah selaras dengan perwujudan pelbagai pekakas yang
mempunyai pelbagai fungsi. Kadar suhu pembakarannya antara
350 ºC - 1000 ºC (Zuraidah et.al, 2015).

Di sekolah rendah, teknik yang biasa digunakan seperti
teknik slab, lingkaran dan picitan. Menurut Zainal Abidin Che Pa,
(2012) antara teknik yang dilaksanakan untuk membuat tembikar
ialah teknik lingkaran dan picit cubit.

METODOLOGI KAJIAN

Rekabentuk kajian menggunakan Kajian Tindakan berdasarkan
model Kajian Tindakan Kurt Lewin(1946) dan Laidlaw (1992).
Bermula dari merancang, mengenal pasti aspek amalan,
membuat tindakan dan refleksi terhadap data. Kajian telah
menggunakan Kit Golek Molek Seramik Kreatif iaitu kit yang
mengandungi bahan dan alat serta buku panduan dalam
penghasilan seramik langkah demi langkah iaitu dari langkah
permulaan hingga langkah akhir supaya murid dapat
menghasilkan seramik dengan sempurna mengikut masa yang
diberikan. Kami menyediakan lima kit Golek Molek Seramik kreatif
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas semasa

J u r n a l M e l e w a r | 40

sesi demontrasi. Murid telah merujuk buku panduan dan guru
sebagai model semasa sesi demonstrasi dan juga semasa proses
penghasilan seramik kreatif. Setiap murid dapat mengikut proses
penghasilan seramik berpandukan buku panduan dengan
bantuan guru.

Kumpulan Sasaran

Sebanyak dua buah sekolah rendah yang dipilih iaitu SJKC Sin
Hua dan SK King George V untuk pelaksanaan kajian. Manakala
seramai tiga orang guru dan lima puluh orang murid dipilih.

Pelaksanaan Tindakan

Langkah 1 : Guru menyediakan peralatan dan bahan dalam Kit
Golek Molek Seramik Kreatif (KGMSK)

Langkah 2 : Guru memberi penerangan Alat dan Bahan Kit
KGMSK

Langkah 3: Murid menghasilkan seramik berpandukan buku
panduan

Langkah 4 : Apresiasi hasil karya dijalankan.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Masalah Aktiviti Tembikar Tidak Dapat Dilaksanakan di
Sekolah Rendah.

Dapatan kajian secara umumnya masalah pelaksanaan aktiviti
tembikar di sekolah rendah berpunca dari dua perkara iaitu guru
dan murid. Terdapat empat masalah guru ialah sikap guru, bilik
seni, persediaan dan peralatan serta bahan.

J u r n a l M e l e w a r | 41

Guru

Tempat /Bilik Kesediaan Kos, Peralatan
Seni guru dan bahan

Jadual 1 : Masalah guru untuk menjalankan aktiviti seramik

Merujuk jadual 1. didapati bahawa beberapa masalah yang
dihadapi guru untuk melaksanakan aktiviti seramik di sekolah.
Melalui pemerhatian dan temu bual didapati tiga masalah utama
timbul; Tempat / Bilik Seni, kesediaan guru dan kos serta kurang
peralatan dan bahan. Aktiviti seramik memerlukan tempat yang
mempunyai kemudahan seperti sinki air, meja untuk aktiviti dan
stor peralatan. Kebanyakan sekolah kebangsaan tidak
mempunyai bilik seni khusus. Tambahan pula, aktiviti seramik
memerlukan tanur untuk membakar hasil karya. Tentulah tanur
diletakkan dalam bilik yang khusus.

Masalah kedua adalah kesediaan guru untuk
melaksanakan aktiviti seramik. Kesediaan guru yang paling ketara
iaitu pengetahuan dan kemahiran untuk melaksanakan proses
seramik. Seorang peserta kajian menyatakan guru- guru PSV
kurang mahir disebabkan kami guru bukan opsyen PSV. Ada juga
yang menyatakan masalah yang dihadapi semasa melaksanakan
pengajaran seramik adalah kepakaran kami dalam bidang seramik
yang kurang, terutama bahagian membina pasu. Terdapat juga
para guru yang menyatakan ketiadaan atau kekurangan
pengalaman tentang seni seramik. Kekangan ini menjadikan
mereka tidak mempunyai keyakinan diri untuk mengelolakan
aktiviti seni seramik.

J u r n a l M e l e w a r | 42

Manakala masalah ketiga pula adalah kos dan bahan. Kos
yang diperlukan amat tinggi terutama oven untuk membakar tanah
liat. Majoriti guru yang ditemui mengakui hakikat tersebut.
Masalah utama mereka dalam menjalankan aktiviti seni tembikar
adalah kesukaran guru untuk mendapatkan bahan tanah liat.
Untuk memproses sendiri, guru perlu mengambil masa yang lama
dan akan melalui proses yang rumit. Contoh bahan gantian yang
lain seperti plastisin, doh tepung dan doh garam tidak mendapat
kesan yang asli dan menarik.

Murid

Kualiti Keselamatan Penguasaan
Produk Kemahiran

Jadual 2 : Masalah murid semasa menjalankan aktiviti seramik

Manakala menurut jadual 2, murid mempunyai tiga
masalah utama; penguasaan kemahiran, keselamatan dan kualiti
produk. Murid-murid tidak dapat membuat lingkaran yang sama
dan seragam. Hal ini kerana lingkaran panjang tanah liat yang
dihasilkan oleh murid mempunyai ketebalan yang berbeza pada
setiap bahagiannya dan tidak sekata. . Apabila murid menggelek
dengan kuat, lingkaran panjang tanah liat menjadi lebih nipis
manakala apabila menggelek dengan ringan, lingkaran panjang
tanah liat menjadi tebal. Bukan itu, sahaja, lingkaran panjang
tanah liat juga mudah terputus apabila murid menggelek dengan
menggunakan tenaga yang terlalu kuat.

Gambar 1 : Lingkaran yang tidak sekata dan sama panjang.

J u r n a l M e l e w a r | 43

Gambar 2 : Binaan yang tidak seimbang dan seragam

Masalah murid yang seterusnya adalah dari aspek
keselamatan. Hasil temubual guru menunjukkan beberapa orang
guru telah menyuarakan kebimbangan terhadap aspek
keselamatan pelajar. Mereka bimbang kejadian yang tidak diingini
boleh berlaku semasa proses pembakaran yang mengambil masa
selama 8 jam. Guru menyatakan “kami bimbang pasal faktor
keselamatan kerana pembakaran mengambil masa yang lama
dan melibatkan voltage tenaga yang tinggi ...bimbang meletup”.
Jadi guru mengambil keputusan untuk tidak laksanakan aktiviti
seramik di sekolah mereka. Untuk memudahkan pengajaran, guru
menggunakan plastesin untuk menggantikan tanah liat. Oleh itu,
kualiti hasilnya kurang bermutu. Produk tidak tahan lama, mudah
berkulat, berminyak dan mudah rosak bentuknya.

Faedah Inovasi Kit Golek Molek dalam pelaksanaan
aktiviti seramik di sekolah rendah.

Faedah

Pengurangan Penjimatan Proses menjadi Peningkatan
kos masa lebih mudah Kemahiran

murid

Jadual 3. Faedah Inovasi Kit Golek Molek dalam
pelaksanaan aktiviti seramik di sekolah rendah.

J u r n a l M e l e w a r | 44

Pengurangan kos

Setelah dibuat perbandingan kos tanpa penggunaan tanur. Kos
menggunakan Kit Golek Molek hanya RM97.00 berbanding
RM129.00 menggunakan kaedah biasa. Jimat sebanyak 21%.
Kos lebih murah apabila peralatan seperti capah, papan canai,
penggelek dan pengukir digantikan dengan peralatan buatan
sendiri yang menggunakan bahan kitar semula.

Menjimatkan Masa

Kit membentuk seramik lingkaran secara tradisional memerlukan
masa yang lama terutamanya dalam proses mengelek tanah liat
memerlukan kepakaran psikomotor halus yang seimbang untuk
menghasilkan gelekan tanah liat yang sekata. Masa yang
diperlukan untuk menyediakan peralatan agak rumit. Namun,
inovasi GMSK berupaya menjimatkan masa pengajaran dan
pembelajaran kerana segala peralatan dan bahan dimasukkan
dalam satu bekas yang mudah untuk dibawa ke mana sahaja sesi
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Malahan dengan
adanya inovasi GMSK, pelajar boleh membentuk seramik
lingkaran dengan cepat.

Proses menjadi lebih mudah

Dalam aktiviti menghasilkan tembikar menggunakan teknik
lingkaran, proses yang kritikal adalah menyediakan tanah liat,
menguli dan membuat lingkaran. Kit GMSK telah menyediakan
tanah liat yang telah bersih dan siap untuk membina produk.
Kemudian, acuan disediakan untuk murid dapat menguli dan
membuat lingkaran yang sekata. Pandangan seorang guru
menyatakan “Kit Golek Molek Seramik Kreatif” ini amat mudah dan
senang dilaksanakan, kita perhatikan tadi pelajar-pelajar amat
gembira dan seronok sekali melakukan aktiviti membentuk
seramik lingkaran dengan mudah dan cepat sekali”.

Peningkatan kemahiran murid

Murid perlu mahir beberapa teknik untuk menghasilkan seramik
teknik lingkaran. Pertama, murid perlu mahir menguli supaya
dapat menghasilkan lingkaran yang sekata dan sama panjang.
Kedua, lingkaran disusun untuk membina tapak. Ketiga, membina
tapak untuk dijadikan bekas barangan. Akhir sekali, menghias

J u r n a l M e l e w a r | 45
hasil dengan berbagai motif. Kit GMSK membantu murid
meningkatkan kemahiran dengan menyediakan acuan yang
mudah untuk murid membentuk lingkaran dan membina hasil.
Gambar 3 menunjukkan acuan lingkaran yang diperbuat dari
bahan plaster of paris untuk memudahkan proses lingkaran yang
sekata. Gambar 4 pula menunjukkam proses membentuk tapak
produk menggunakan mangkuk terpakai sehingga siap. Slip
digunakan untuk menyambung lingkaran tersebut. Gambar 5 pula
menunjukkan bagaimana batang aiskrim terpakai digunakan
menghias motif.

Gambar 3.
Gambar 3. Acuan untuk mendapatkan lingkaran yang sekata.

Gambar 4. Acuan pasu untuk membina tapak dan produk.

Gambar 5. Bahagian luar seramik boleh dihiaskan dengan
pelbagai motif jalinan.

J u r n a l M e l e w a r | 46

RUMUSAN DAN CADANGAN

Penggunaan KGMSK membantu guru mencapai hasil
pembelajaran yang berkualiti. Kit yang lengkap dengan panduan
memudahkan murid menghasilkan produk yang berkualiti. Oleh
itu, guru bukan hanya mencapai hasil yang biasa. Namun, ia lebih
baik. Aplikasi pembelajaran Abad Ke-21 dapat diterapkan
terutama untuk menghasilkan pelajar yang kreatif dan inovatif.
Menurut Chris Dede (2005), melalui pembelajaran Abad Ke-21,
pelajar lebih aktif semasa proses pembelajaran dan dapat
menyelesaikan masalah dalam dunia sebenar. Ini disokong oleh
Noriati (2011) salah satu cara menarik minat murid ialah menerusi
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Pelajar akan
belajar dengan lebih bermakna.

KGMSK juga membantu persediaan guru untuk mengajar
dengan lengkap. Peralatan dan bahan telah disediakan dengan
lengkap dalam kit. Sedikit sahaja arahan perlu diberikan kepada
murid. Justeru peranan guru lebih kepada pemudahcara sahaja.

Selaras dengan pernyataan Musa dan Mohamad (2014)
penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan
pemudahcaraan adalah menarik minat murid serta meningkatkan
prestasi.

Pendekatan berpusatkan murid dapat diaplikasikan
denganbantuan kit. Ia memudahkan guru untuk mengajar secara
berkesan. Ia disokong oleh Noh et.al (2016) menyatakan inisiatif
dan usaha guru dalam meningkatkan pengetahuan semasa untuk
mengendalikan bahan bantu mengajar menjadi faktor penting
dalam memastikan penyampaian yang efektif.

Penggunaan KGMSK pengajaran guru lebih menarik dan
kreatif, secara tidak langsung menarik perhatian kepada murid di
dalam kelas. KGMSK sangat sesuai bagi semua lapisan sama ada
murid-murid mahupun dewasa. Pengajaran guru kreatif maka
melahirkan insan yang ada pemikiran inovatif, ini merangsang
kebolehan mengubahsuai benda yang sedia ada kepada yang
lebih baik dan lebih berguna. June KM Fee (2007) menyatakan
kreativiti adalah keupayaan untuk mencipta idea baru dari sumber
sedia ada maka penggunaan KGMSK memupuk kreativiti murid
dalam menghasilkan sesuatu karya. Noriati (2011) menyatakan
kanak-kanak belajar melalui sikap tindakan mereka dan mereka

J u r n a l M e l e w a r | 47

mempuyai rasa ingin tahu dan akan mencuba maka penggunaan
KGMSK amat tepat.

Terdapat tiga cadangan yang dikemukakan untuk
menambahbaik kajian. Cadangan pertama adalah dengan
mempelbagaikan bentuk acuan, bukan berbentuk bulat sahaja
malah boleh bentuk segi empat, segi tiga supaya dapat
menghasilkan karya yang lebih kreatif dan lebih luas. Cadangan
kedua meningkatkan suhu pembakaran seramik yang lebih tinggi.
Sebelum ini suhu bawah 1000 darjah Celsius hasilnya agak kasar,
dengan cara peningkatan suhu ini akan menghasilkan mutu
seramik yang lebih berkualiti.

Ketiga, seharusnya penggunaan idea KGMSK ini
disebarluas kepada sekolah-sekolah pendidikan khas, ini akan
dapat membantu lokomotor halus kanak-kanak berkeperluan
khas. Ringkasnya kami berharap kajian ini dapat memberi
panduan kepada semua dan memberikan manfaat dalam dunia
pendidikan.

RUJUKAN

Ahmad Fauzi Mohd Noor. (2009). Labu Hitam Sayong dan
Seramik Maju : pemangkin kelestarian kehidupan
masyarakat.

Dede, C. (2005). Planning for Neomillenial learning styles:
implications for investments in technology and faculty.
Educause. Retrieved Mei, 14, 2019.

Hassan Mohd Ghazali. (2007). Teks Kreatif Pendidikan Seni
Visual. Kuala Lumpur: Creative Enterprise Sdn.Bhd.

Hassan, Zuraidah, Helmi Mohd, Mukhtar Ahmad& Ramli,
Zuliskandar. (2015). Tembikar tanah: proses penghasilan
labu sayong secara tradisional. Prosiding Seminar
Antarabangsa Ke-4 Arkeologi, Sejarah
dan Budaya di Alam Melayu. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.

June King Mc Fee (2007). Perkembangan Seni Kanak-kanak
Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

J u r n a l M e l e w a r | 48

Khairuddin Talib. (2009) HBAE3103 Mengenal Kraf Tradisional.
Seri Kembangan, Selangor: Open University Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Kurikulum Standard
Sekolah Rendah Dunia Seni Visual Tahun 2. Putrajaya:
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Kurikulum Standard
Sekolah Rendah Pendidikan Seni Visual Tahun Empat:
Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2016). Kurikulum Standard
Sekolah Menengah(KSSM). Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 1: Penerbit Bestari Sdn.Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Kurikulum Standard
Sekolah Menengah(KSSM). Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 2: Penerbit Bestari Sdn.Bhd.

Leela Rajaratnam. (1995). Memperkenalkan kraf tradisional.
Kuala Lumpur: Kuala Lumput: Penerbit Fajar Bakti
Sdn.Bhd.

Mary Garrod (2018). Peer and Self Reflective Evaluations;
Benefits and Techniques Used in a Middle School Art
Room Setting. Tesis Sarjana. Western Michigan
University.

Musa dan Mohamad (2014). Keberkesanan Penggunaan Alat
Bahan Bantu Mengajar Dalam Pelaksanaan Kursus Sains
Kejuruteraan. Prosiding PTBS: Kedah Politeknik Tuanku
Sultanah Bahiyah.

Noriati A. Rashid (2011). Budaya dan Pembelajaran . Selangor
Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Noh, M. A. M., Ilias, M. F., Husain, K., Sulaiman, M. S., &
Abdullah, M. (2016). Teachers’ Initiatives and Efforts to
improve knowledge in using teaching aids. e-Bangi, 13(4).
Diperoleh Mei 14, 2019.

J u r n a l M e l e w a r | 49

Shahrulnizam Ramli. (2009). Ciri-ciri Idea Kreatif, Diperoleh Mac
4, 2018

Siti Zainon Ismail. (1986). Rekabentuk Kraftangan Melayu
Tradisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zainal Abidin Che Pa. (2012). Ensiklopedia Kraf Malaysia. Kuala
Lumpur: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.

Zainul Abidin Hassan &Azmi Zakaria. (1988). The Cooling of
Water in a Malaysian Earthen Water Jug. Kuala Lumpur:
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.

J u r n a l M e l e w a r | 50

PLAGIAT DALAM PELAKSANAAN TUGASAN
KERJA KURSUS PELAJAR

Hasnah binti Abdullah PhD
Manoriza binti Abd Malek
Nurulhidayah binti Alias
Nong Azman bin Nong Chek

Mayati binti Bulin
IPG Kampus Raja Melewar

Abstrak

Kertas kajian ini melaporkan satu tinjauan untuk mengenalpasti
tahap amalan plagiat dan bentuk plagiat yang terdapat dalam
kalangan pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi. Kaedah
kajian campuran ini menggunakan instrumen soal selidik 11 item
dengan empat skala Likert untuk mengetahui tahap amalan plagiat
serta analisis dokumen untuk mengetahui bentuk plagiat yang
terdapat dalam tugasan akademik pelajar. Jumlah responden
yang menjawab soal selidik yang diedarkan sebanyak 249 orang
pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan 48
orang pelajar Program Diploma Pasca Pendidikan (PDPP). Hasil
kajian mendapati tahap plagiat pelajar adalah sangat rendah iaitu
pada skala min=1.50. Analisis data yang dilaksanakan dengan
meneliti tugasan Kerja Kursus kedua-dua kumpulan pelajar
mendapati pelajar melakukan plagiat dalam penulisan akademik.
Plagiat yang dilakukan boleh dikategorikan kepada dua iaitu: i.
Plagiat secara langsung dan ii. Plagiat secara tidak langsung.
Analisis mendapati pelajar cenderung untuk menyalin hasil kerja
orang lain tanpa menyatakan sumber asal dan idea asal tidak
diolah seterusnya mengambil sepenuhnya idea tersebut. Selain itu
juga pelajar menghasilkan tugasan yang hampir serupa dengan
rakan yang lain. Kesimpulan yang dapat dibuat ialah pelajar tidak
memahami maksud sebenar plagiat dan tidak mengetahui apakah
bentuk penulisan yang dikatakan sebagai plagiat. Pelajar perlu
diberikan pendidikan penulisan akademik yang menepati etika
agar plagiat tidak diamalkan dalam semua keadaan.

Kata kunci: Plagiat, akademik, integriti, kefahaman,
pendidikan plagiat


Click to View FlipBook Version