The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by manan12-04, 2021-04-19 09:31:11

JURNAL MELEWAR BIL 24 (2020)

JURNAL MELEWAR BIL 24 (2020)

J u r n a l M e l e w a r | 151

Tahap Pemahaman Konsep Pemikiran Komputasional Dalam
Kalangan Guru

Hasil kajian ini mendapati tahap pemahaman konsep pemikiran
komputasional dalam kalangan guru berada pada tahap
sederhana. Secara keseluruhan skor min tahap pemahaman
adalah pada tahap sederhana (min=3.10, sp=0.421) seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 4.

Jadual 4 : Tahap Pemahanan konsep pemikiran komputasional
Dalam Kalangan Guru

J u r n a l M e l e w a r | 152
Tahap Penggunaan Konsep CT Dalam Kalngan Guru
Hasil kajian mendapati lebih daripada 90% guru menggunakan
konsep CT dalam kalangan guru berada pada tahap sederhana.
Skor min tahap penggunaan adalah min=2.91, sp=0.319 seperti
yang ditunjukan dalam Jadual 5.
Jadual 5 : Tahap penggunaan konsep pemikiran komputasional

dalam kalangan guru

Pengalaman Menghadiri Kursus CT
Berdasarkan Jadual 6 dan Jadual 7, analisis ststistik deskriptif
daripada data kuantitatif dan data sokongan daripada data
kualitatif menunjukkan hanya terdapat seorang guru (4%) sahaja
pernah menghadiri kursus CT dan duapuluh empat orang guru
(96%) tidak pernah menghadiri kursus CT. Daripada duapuluh lima

J u r n a l M e l e w a r | 153

orang respond, terdapat duapuluh dua orang guru (88%) bersetuju
bahawa setiap pendidik di sekolah perlu menghadiri kursus CT.
Terdapat 88% responden bersetuju menghadiri kursus CT kerana
setiap pendidik sekolah perlu menghadiri kursus tersebut dan
terdapat seorang guru menyatakan bahawa penggunaan CT
dalam pelaksanaan pdp dapat melatih murid penyelesaikan
masalah secara tertib. Sealin itu, lapan orang guru menyatakan
bahawa penggunaan CT dapat menjimatkan masa dan tenaga
pdp dan manakala tujuh orang guru menyatakan penggunaan CT

dalam pdp adalah berkesan, menarik dan menyeronokkan.

Jadual 6 : Pengalaman menghadiri kursus CT dalam kalangan
Guru

Pengalaman Menghadiri Kursus CT Bilangan Peratus

Pernah menghadiri kursus CT 1 4%
Tidak pernah menghadiri kursus CT 24 96%

Bersetuju menghadiri kursus CT 22 88%

Jadual 7 : Dapatan data sokongan daripada peserta kajian
mengenai alasan bersetuju menghadiri kursus CT

Bilangan Alasan Bersetuju Menghadiri Kursus CT
Peserta
Kajian setiap pendidik sekolah perlu menghadiri kursus
penggunaan CT dalam pelaksanaan pdp dapat melatih murid
22 penyelesaikan masalah secara tertib
1 penggunaan CT dapat menjimatkan masa dan tenaga pdp
penggunaan CT dalam pdp adalah berkesan, menarik dan
8 menyeronokkan
7

PERBINCANGAN DAN RUMUSAN

Dapatan kajian telah mengenal pasti tahap pemahaman konsep
pemikiran komputasional dan tahap penggunaan konsep
pemikiran komputasional dalam dalam kalangan guru berada
pada tahap sederhana. Dapatan kajian ini selari dengan kajian-
kajian seperti Ung, Tammie C. Saibin, Jane Labadin dan Norazila
Abdul Aziz (2017) dan Phil Sands, Aman Yadav dan Jon Good
(2018). Penemuan kajian ini juga menujukkan pengalaman guru
pernah menghadiri kursus pemikiran komputasional adalah

J u r n a l M e l e w a r | 154

kurang. Dalam perkataan lain, guru mempunyai tahap
pemahaman yang rendah terhadap CT telah menjejaskan
pengintegrasian CT dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini
mungkin disebabkan oleh peratusan guru yang pernah mengikuti
latihan atau bengkel yang berkaitan dengan CT adalah rendah.

Melalui kemahiran CT, dikatakan dapat melatih murid kita
berfikir secara logik dan sistematik dalam menyelesaikan masalah
dan pernyataan daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) mengenai penerapan kemahiran CT dalam Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017) adalah sejajar
dengan perubahan trend global kurikulum Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (TMK). Oleh itu, guru-guru sekolah adalah
memainkan peranan yang penting dan bertanggungjawab untuk
menyampaikan kandungan CT kepada murid.

Akhir kata, adalah dicadangkan supaya menjadikan satu
keperluan melatih amalan CT kepada semua guru dalam
perkhidmatan demi memanfaatkan pelajar kita. Perancangan
program perkembangan profesional guru dan penyelarasan
kursus dengan komponen utama CT seharusnya fokus kepada
peningkatan kompetensi yang ada pada guru.

J u r n a l M e l e w a r | 155

RUJUKAN

Barr, D., Harrison, J. & Conery, L. (2011). Computational thinking:
A digital age skill for everyone. In Learning & Learning With
Technology, 2011, vol. 38 issue 6, pp. 20-23.

BH Online. (2018). Sistem pendidikan negara perlu segera diubah.
https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2018/12/5
12291/sistem-pendidikan-negara-perlu-segera-diubah

Chua, Y. P. (2011). Kaedah Penyelidikan (2nd ed.). Kuala Lumpur:
McGraw-Hill Malaysia.

Cummins, K. (2016). Five reasons why computational thinking is
an essential tool for teachers and students.
https://www.edgalaxy.com/journal/2016/5/25/five-reasons-
why-computational-thinking-is-an-essential-tool-for-
teachers-and-students

Guzdial, M. (2008). Paving the way for computational thinking.
Communications of the ACM, 51(8), 25-27.

Hailmi. (2017). Apa itu pemikiran komputasional?
https://www.cikguhailmi.com/2017/09/apa-itu-pemikiran-
komputasional.html

McCelland, K., & Grata, L. (2018). A review of the importance of
computational thinking in K-12. eLmL 2018: The Tenth
International Conference on Mobile, Hybrid, and On-line
Learning.

Mohd. Majid Konting. (1998). Kaedah penyelidikan pendidikan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Prieto-Rodriguez, E., & Berretta, R. (2014). Digital technology
teachers’ perceptions of computer science: It is not all
about programming. In 2014 I.E. Frontiers in Education
Conference (FIE) Proceedings (pp. 1–5).

Rhisiart, M., Glover, P., Beck, H. (2014). The future of work: Jobs
and skills in 2030. Evidence Report 84, Centre for
Research in Futures and Innovation, University of South
Wales.

J u r n a l M e l e w a r | 156

Sands, P., Yadav, A., & Good, J. (2018). Computational thinking
in K-12: In-service teacher perceptions of computational
thinking: Foundations and research highlights. College of
Education, Michigan State University, East Lansing, MI,
USA.

Sykora, C. (2020). Computational thinking skills prepare students
for the future.
https://www.educationandcareernews.com/classroom-
technology/computational-thinking-skills-prepare-
students-for-the-future/#

Sanford, J.F., & Naidu, J.T. (2016). Computational thinking
concepts for grade school. In Contemporary Issues in
Education Research (Online), 2016, vol. 9, issue 1, p. 23.

J u r n a l M e l e w a r | 157

PENGAWASAN KENDIRI TERHADAP AMALAN AKHLAK
GURU PELATIH MUSLIM INSTITUT PENDIDIKAN GURU

DI MALAYSIA

Fairuzzah Harun, Ph. D
Mohd Isa Hamzah, Ph.D
Khadijah Abdul Razak, Ph.D
Syed Azman Syed Ismail
Mohd Muhsinul Nidzam Abdullah
IPG Kampus Raja Melewar

ABSTRAK

Guru berakhlak mulia adalah satu keperluan bagi memastikan
kemenjadian guru sebagai suri teladan kepada pelajar. Ibu bapa
dan masyarakat secara umumnya percaya bahawa guru yang
berakhlak memainkan peranan yang signifikan dalam
pembentukan generasi akan datang yang berjaya dalam
kehidupan dan pada masa yang sama berpegang teguh kepada
kepercayaan agama, nilai, budaya dan tingkah laku berakhlak.
Kegagalan guru menunjukkan nilai- nilai akhlak mulia memberi
impak terhadap kepercayaan dan rasa hormat pelajar kepada
guru mereka. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada
pembangunan akhlak guru. Kajian ini adalah kajian kuantitatif
berfokus untuk mengesahkan dan melihat kesan pengawasan
kendiri dalam pengujian kebolehgunaan Model Amalan Akhlak
Guru Pelatih Muslim. 380 guru pelatih Muslim dari 12 Institut
Pendidikan Guru memberikan respon mereka melalui soal selidik.
Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat 9 item pengawasan
kendiri mendapat nilai kebolehpercayaan yang diterima dengan
kesan yang kuat dan positif terhadap amalan akhlak guru pelatih
Muslim. Impak kajian ini diharapkan dapat membantu pelbagai
pihak dalam membangunkan amalan ahklak mulia guru pelatih
IPG.

Kata Pengawasan kendiri, Amalan Akhlak, Guru Pelatih
Muslim

J u r n a l M e l e w a r | 158

PENGENALAN

Pembentukan guru holistik yang bukan sahaja berilmu
pengetahuan telah dinyatakan dengan jelas dalam Falsafah
Pendidikan Guru (FPG) Matlamat FPG adalah untuk melahirkan
guru yang berpekerti mulia dan bersedia menjunjung aspirasi
negara (BPG 2006). Jika dilihat kepada FPG yang dibentuk untuk
menyokong hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
dinyatakan seperti berikut:

“Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif
dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara
serta menyanjung warisan kebudayaan negara,
menjamin perkembangan individu dan memelihara
suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratif,
progresif dan berdisiplin.” (BPG 2001: 1)

Jelas dinyatakan, antara elemen utama yang perlu dimiliki
Oleh seorang guru adalah berpekerti iaitu berakhlak mulia. Bagi
memastikan kelangsungan pembinaan diri murid yang berakhlak
mulia dan mempunyai sahsiah yang tinggi, pembinaan sahsiah
dan akhlak guru sebagai pembimbing dan role model perlu
ditekankan. Oleh itu, Mohd Sahandri et al. (2010) menyatakan
sebelum seseorang itu menjadi guru, adalah amat penting untuk
memastikan individu itu menerima latihan perguruan untuk
menjadikan mereka guru bertauliah yang memahami bahawa
profesion perguruan itu mempunyai etika yang tersendiri. Menurut
Mohd Sahandri et al. (2010) juga, selain daripada menjaga nilai-
nilai etika, guru juga perlu mempunyai nilai sahsiah dalaman yang
tinggi dan unggul.

Terdapat pelbagai faktor yang menyokong dan
membentuk amalan akhlak guru. Antaranya, faktor pengawasan
kendiri (Al- Ghazali 1976). Pengawasan kendiri bermaksud
pengawasan dalaman seseorang di mana ia berkait rapat dengan
konsep muhasabah diri. Menurut Al- Ghazali (2004) Muhasabah
bermaksud menghitung segala amalan di dalam gerak dan diam
yang dilakukan di penghujung hari yang bertujuan memeriksa
amalan seseorang sama ada zahir atau batin dengan tujuan untuk
memastikan setiap gerak laku mendapat rahmat dan keredaan
Allah untuk mencapai kebahagiaan di akhirat. Terdapat tiga aspek
pengawasan kendiri yang dikenal pasti iaitu pengawasan hati dan
jiwa, pengawasan tingkah laku dan pengawasan nafsu.

J u r n a l M e l e w a r | 159

Mardzelah (2014) menyatakan pengawasan berbentuk
dalaman adalah kuasa bertindak yang muncul dari diri sendiri
sebagai hasil dari proses penilaian diri yang dikenali sebagai
pengawasan kendiri. Amalan ini bertujuan melahirkan seorang
yang sentiasa berdisplin dan berusaha membendung diri daripada
melakukan kemungkaran semasa menjalankan tugas harian dan
amanah yang dipikul. Pengawasan kendiri berbentuk dalaman
berperanan penting dalam usaha merealisasikan FPK iaitu
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Pengawasan kendiri
juga merupakan kesedaran diri manusia terhadap hakikat diri dan
tujuan hidupnya iaitu manusia yang telah kembali kepada fitrah
dirinya dengan mengakui Keesaan Allah sebagai Pencipta Yang
Tunggal (Wan Mohd. Nor, 2005; Rohana et. al, 2013).

Jika ciri-ciri pengawasan kendiri ini dapat diterapkan,
masalah keruntuhan nilai akhlak pelajar akan dapat diperbaiki
(Musliha et al. 2011). Menurut Musliha et al. (2011) lagi pelajar
harus disedarkan dan dipupuk dengan pembangunan spiritual
sebelum ke peringkat yang seterusnya kerana di peringkat ini,
pelajar akan sedar tanggungjawabnya sebagai khalifah Allah dan
akan sentiasa mempunyai kesedaran diri untuk melakukan
perkara yang makruf dan menjauhi yang mungkar. Secara tidak
langsung, keperluan-keperluan lain seperti kebolehan intelektual
dan fizikal dapat ditingkatkan dengan mudah.

Matlamat Kajian

Objektif Kajian

Objektif kajian adalah seperti berikut:

1. Mengenal pasti kebolehpercayaan item bagi konstruk
pengawasan kendiri dalam pembinaan model amalan akhlak guru
pelatih Muslim di Institut Pendidikan Guru.

2. Mengenal pasti kesan pengawasan kendiri terhadap amalan
akhlak guru pelatih Muslim di Institut Pendidikan Guru.

J u r n a l M e l e w a r | 160

METODOLOGI KAJIAN

Rekabentuk Kajian

Kajian ini adalah kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah
tinjauan. Kajian ini menggunakan satu set soal selidik yang
mengandungi beberapa konstruk yang telah disahkan oleh pakar.

Pensampelan kajian

Populasi kajian tinjauan adalah terdiri daripada guru pelatih
muslim Program Ijazah Muda Perguruan (PISMP) semester 6 dari
pelbagai bidang di IPG. Rasional pemilihan populasi ini adalah
kerana guru pelatih Muslim semester 6 di IPG telah mempelajari
subjek pendidikan akhlak semasa berada pada tahun pertama di
IPG dan telah berpengalaman berada selama 4 tahun di IPG.
Mereka telah menjalani pelbagai program pembinaan akhlak,
sahsiah dan kerohanian di IPG.

Sampel bagi kajian tinjauan dipilih berdasarkan
pensampelan kelompok pelbagai peringkat (multistage cluster
sampling) kerana sampel perlu dipilih daripada populasi yang
besar dan meluas yang bertaburan secara geografi (Cavana et al.
2001). Saiz sampel kajian ditentukan dengan mengambil kira
pandangan dan garis panduan yang dikemukakan oleh beberapa
orang pengkaji. Berpandukan jadual penentuan Krejcie dan
Morgan (1970), jumlah minimum sampel yang diperlukan
hanyalah 335 orang bagi populasi bakal guru seramai 2452 orang.
Walaubagaimanapun, pengkaji telah menambah seramai 45
orang sampel lagi bagi mengatasi masalah ralat persampelan
(sekiranya berlaku) dan ini menjadikan bilangan sampel adalah
seramai 380 orang.

Instrumen Kajian

Instrumen soal selidik Amalan Akhlak Guru Pelatih IPG (Fairuzzah
2018) digunakan bagi mengumpulkan data menggunakan kaedah
tinjauan. Objektif penggunaan soal selidik ini adalah untuk
mendapatkan data pengujian secara empirikal bagi menentu
sahkan konstruk- konstruk model amalan akhlak. Soal selidik
merupakan cara yang paling mudah untuk memperoleh maklumat
dan paling popular digunakan. (Fraenkel et al. 2012; Mohd. Majid
Konting 2005; Neuman 2011; Wiersma & Jurs 2009). Kandungan

J u r n a l M e l e w a r | 161

bagi sesuatu soal selidik mestilah komprehensif dan meliputi
semua konstruk yang hendak diukur.

Instrumen soal selidik ini mengandungi empat bahagian
yang terdiri daripada Bahagian A iaitu profil guru pelatih, Bahagian
B iaitu amalan akhlak, Bahagian C iaitu pengawasan kendiri
dengan item berskala Likert lima mata. Bagi bahagian A dan
bahagian B skala Likert lima mata yang digunakan ialah (Sangat
tidak mengamalkan [1], Tidak Mengamalkan [2], Sederhana
Mengamalkan [3], Mengamalkan [4], Sangat Mengamalkan [5]
telah digunakan. Manakala bagi bahagian C skala Likert lima mata
yang digunakan ialah (Sangat tidak setuju [1], Tidak setuju [2],
Sederhana Setuju [3], Setuju [4], Sangat setuju [5]) telah
digunakan bagi melihat persepsi responden. Skala Likert dalam
soal selidik ini digunakan kerana skala item amat sesuai untuk
mengukur persepsi responden (Cooper & Emery 1995).

Analisis Data

Analisis data kuantitatif dilakukan dengan menggunakan PLS-
SEM dengan berbantukan perisian SmartPLS. Analisis ini dipilih
kerana prosedur ini dapat meramal dan menjelaskan konstruk-
konstruk sasaran (Hair et al. 2014), dapat meneroka hubungan di
antara pemboleh ubah (Chin 1998), dapat dilakukan pada model
persamaan struktur yang kompleks yang terdiri daripada banyak
konstruk dan indikator (Hair et al. 2014; Urbach & Ahlemann 2010)
Analisis ini juga boleh mengawal kedua-dua konstruk berbentuk
reflektif dan formatif (Hair et al. 2014). Oleh itu, kaedah ini dipilih
bagi kajian ini kerana: (i) tidak memerlukan saiz sampel yang
terlalu besar (ii) berupaya mengendalikan konstruk yang bersifat
reflektif dan formatif walaupun dengan konstruk yang minimum
satu item bagi sub konstruk, (iii) tidak memerlukan andaian
kenormalan terhadap taburan sampel data dan (iv)
penganalisisan berdasarkan varians yang berorientasikan aspek
ramalan terhadap model (Barroso et al. 2010; Hair et al. 2010;
Fornel et al. 1996; Klien 2011).

Dua jenis analisis PLS-SEM yang dilakukan iaitu analisis
model pengukuran dan analisis model struktur. Melalui penilaian
model pengukuran, pengkaji dapat menilai kebolehpercayaan
konstruk yang diukur. Manakala penilaian model struktur
mengupayakan model untuk meramal.

J u r n a l M e l e w a r | 162

Melalui analisis model pengukuran berbentuk reflektif, pengkaji
ingin menilai kebolehpercayaan konstruk melalui dua pengujian
iaitu internal consistency (ketekalan dalaman) dan convergent
validity (kesahan konvergen). Ujian ketekalan dalaman adalah
untuk mengukur kebolehpercayaan indikator-indikator melalui
composite reliability (CR) dan Cronbach’s alpha. Nilai yang
ditunjukkan untuk Cronbach’s alpha biasanya di antara 0 hingga
1. Nunnally (1978) menjelaskan, nilai 0.7 adalah diterima pada
peringkat awal, namun nilai di antara 0.8 hingga 0.9 pada
peringkat yang lebih mendalam adalah amat wajar.

Nilai CR pula perlu berada pada nilai 0.7 dan ke atas untuk
menunjukkan convergence yang sesuai atau ketekalan dalaman
(Hair et al. 2014). Nilai lingkungan 0.6 hingga 0.7 adalah diterima
sekiranya kajian adalah berbentuk penerokaan. Manakala nilai di
antara 0.7 hingga 0.9 adalah memuaskan untuk peringkat kajian
yang lebih mendalam (Nunnally & Bernstein 1994). Sebaliknya,
nilai CR lebih kecil daripada 0.6 menunjukkan kekurangan
kebolehpercayaan ketekalan dalaman (Hair et al. 2014).

Seterusnya, pengujian kesahan konvergen
membincangkan bagaimana item yang berbilang mengukur
konsep yang sama dalam satu persetujuan (Ramayah et al.
2011). Kesahan konvergen dinilai melalui outer loading
(kebolehpercayaan indikator), average variance extracted (AVE)
dan CR (Hair et al. 2014). Nilai kebolehpercayaan indikator
kebiasaannya berada dalam lingkungan 0.25 hingga 0.5
(Ramayah et al. 2011). Walau bagaimanapun, indikator reflektif
perlu disingkirkan dari model pengukuran sekiranya wujud nilai
loading dalam model PLS yang lebih kecil daripada nilai 0.4
(Hulland 1999). Nilai AVE pula diperoleh melalui jumlah loading
yang di kuasa duakan dibahagi dengan jumlah indikator.

Nilai AVE perlu di antara 0 hingga 1. Namun AVE
sepatutnya melebihi 0.5 supaya mencapai kesahan konvergen
(Bagozzi & Yi 1988; Fornell & Larcker 1981). Hair et al. (2014)
menjelaskan nilai AVE yang kurang daripada 0.5 menunjukkan
wujud lebih banyak error yang kekal dalam item berbanding varian
yang dijelaskan oleh konstruk. Akhir sekali adalah nilai CR seperti
yang dijelaskan sebelum ini iaitu menunjukkan suatu anggaran
ketekalan dalaman untuk sesuatu konstruk (Hair et al. 2014).

J u r n a l M e l e w a r | 163

Penilaian seterusnya adalah memeriksa effect size f² untuk
melihat konstruk mana yang paling menyumbang atau kuat dalam
model struktur berkenaan. Hair et al. (2014) menjelaskan nilai
effect size f² adalah untuk mengukur kesan relatif untuk konstruk
ramalan terhadap konstruk endogenous. Menurut Cohen (1988),
nilai f² dapat dikategorikan sebagai 0.02 (kecil), 0.15 (sederhana),
dan 0.35 (besar).

DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan dapatan kajian, nilai CR bagi konstruk pengawasan
kendiri adalah 0.92. Menurut Ramayah et al. (2011), nilai CR
digunakan untuk menilai ketekalan di antara setiap item yang
terdapat dalam item pengukuran soal selidik. Berdasarkan
Nunnally dan Bernstein (1994), nilai CR di antara 0.6 hingga 0.7
boleh diterima untuk kajian berbentuk penerokaan, untuk
peringkat kajian yang lebih lanjut nilai di antara 0.7 hingga 0.9
boleh dianggap sebagai memuaskan. Jadi dapat disimpulkan
bahawa konstruk pengawasan kendiri dalam kajian ini mempunyai
tahap kebolehpercayaan ketekalan dalaman yang tinggi dan
boleh dipercayai.

J u r n a l M e l e w a r | 164

Jadual 1: Dapatan ujian Kesahan Konvergen bagi Konstruk
Pengawasan Kendiri

Konstruk Items Outer AVE CR
loading
Pengawasan KPA2_Amalan ke syurga atau
0.72 0.55 0.9

Kendiri neraka

KPH1_Menyedari kepentingan 0.72
kesedaran diri sendiri

KPH2_Berniat meninggalkan 0.72
keburukan ketika bangun tidur

KPH3_Berazam untuk 0.76
melakukan kebaikan

KPJ1_Berusaha 0.80
mempertingkatkan amalan
kebaikan

KPJ3_Berbangga dengan 0.77

kesalahan dosa yang dilakukan

KPR3_Menginsafi diri atas 0.77
kesalahan yang dilakukan
dengan berzikir

KPT1_Melakukan refleksi 0.67

terhadap tingkah laku seharian

KPT4_Muhasabah setiap 0.75
amalan yang dilakukan

Dapatan diatas menunjukkan pengukuran konstruk
pengawasan kendiri mempunyai tahap kesahan konvergen yang
tinggi. Seterusnya telah menjawab persoalan kajian bahawa
pengawasan kendiri dalam model amalan akhlak guru pelatih
Muslim di Institut Pendidikan Guru telah memenuhi syarat
kesahan.

Seterusnya analisis effect size f² dilakukan untuk menilai
kesan relatif untuk konstruk ramalan terhadap konstruk
endogenous tersebut. Nilai f² dicari untuk menganalisis konstruk-
konstruk yang relevan dalam menerangkan konstruk endogenous
yang dipilih (Hair et al. 2014). Cohen (1988) menjelaskan nilai f²
diklasifikasikan kepada tiga kesan untuk konstruk exogenous iaitu

J u r n a l M e l e w a r | 165

0.02 (kecil), 0.15 (sederhana) dan 0.35 (besar). Sekiranya kesan
konstruk endogenous kepada konstruk exogenous berada pada
0.02 ke bawah menunjukan bahawa konstruk endogenous
tersebut memberikan kesan yang kecil terhadap konstruk
exogenous. Manakala, konstruk endogenous yang memberi
kesan secara sederhana iaitu pada nilai 0.15 sehingga 0.03,
menunjukkan konstruk endogenous tersebut memberikan kesan
yang sederhana kepada konstruk exogenous. Seterusnya,
sekiranya konstruk endogenous tersebut memberikan kesan yang
besar iaitu pada nilai lebih besar daripada 0.35 sehingga 0.16
maka konstruk endogenous tersebut memberikan pengaruh yang
besar terhadap konstruk exogenous.

Berdasarkan jadual 2, wujud sembilan set nilai f². Ini
adalah kerana wujud sembilan endogenous yang dipilih untuk
melihat sejauh mana konstruk-konstruk adalah relevan
berdasarkan model struktur. Set pertama, di mana konstruk
amalan akhlak terhadap profesion bertindak sebagai konstruk
endogenous, konstruk pengawasan kendiri memberikan kesan
yang besar iaitu 0.62 (besar). Set kedua pula, di mana konstruk
amalan akhlak terhadap masyarakat bertindak sebagai konstruk
endogenous, didapati konstruk pengawasan kendiri juga
memberikan kesan yang besar kepada amalan akhlak terhadap
masyarakat iaitu sebanyak 0.48 (besar). Seterusnya bagi set
ketiga, amalan akhlak terhadap Pencipta bertindak sebagai
konstruk endogenous dan konstruk pengawasan kendiri
memberikan kesan yang besar iaitu 0.45 (besar). Set keempat
pula, di mana konstruk amalan akhlak terhadap Rasulullah
bertindak sebagai konstruk endogenous, konstruk pengawasan
kendiri juga memberikan kesan yang besar iaitu sebanyak 0.35
(besar).

Set kelima, di mana konstruk amalan akhlak terhadap
negara bertindak sebagai konstruk endogenous, konstruk
pengawasan kendiri memberikan kesan yang sederhana iaitu
0.31(sederhana). Seterusnya bagi set keenam, amalan akhlak
terhadap diri bertindak sebagai konstruk endogenous dan
konstruk pengawasan kendiri memberikan kesan yang sederhana
iaitu 0.28 (sederhana). Bagi set ketujuh, di mana konstruk amalan
akhlak terhadap Al- Quran bertindak sebagai konstruk
endogenous, konstruk pengawasan kendiri memberikan
sumbangan yang sederhana iaitu 0.22 (sederhana). Manakala set
kelapan di mana konstruk amalan akhlak terhadap alam sekitar

J u r n a l M e l e w a r | 166

bertindak sebagai konstruk endogenous, didapati konstruk
pengawasan kendiri juga memberikan kesan yang sederhana iaitu
sebanyak 0.18 (sederhana). Akhir sekali bagi konstruk amalan
akhlak terhadap keluarga sebagai konstruk endogenous, konstruk
pengawasan kendiri memberikan kesan yang kecil iaitu 0.13
(kecil). Dapatan ini juga telah dapat menjawab persoalan kajian
berkaitan kesan pengawasan kendiri terhadap amalan akhlak
guru pekatih Muslim di IPG.

Jadual 2: Nilai effect size f²

Konstruk Endogenous Konstruk Exogenous besar
Pengawasan Kendiri besar
Amalan Akhlak besar
Terhadap Profesion (f²) besar
0.62 sederhana
Amalan Akhlak sederhana
Terhadap Masyarakat 0.48 sederhana
sederhana
Amalan Akhlak 0.45 kecil
Terhadap Pencipta
0.35
Amalan Akhlak
Terhadap Rasulullah 0.31

Amalan Akhlak 0.28
Terhadap Negara
0.22
Amalan Akhlak
Terhadap Diri 0.18

Amalan Akhlak 0.13
Terhadap Al- Quran

Amalan Akhlak
Terhadap Alam Sekitar

Amalan Akhlak
Terhadap Keluarga

Melalui nilai effect size f² ini, pengkaji dapat mengesan
faktor mana yang paling kuat di dalam model untuk konstruk
endogenous iaitu konstruk amalan akhlak. Effect size bagi
pengawasan kendiri adalah besar terhadap konstruk amalan
akhlak terhadap profesion, amalan akhlak terhadap masyarakat,
amalan akhlak terhadap Pencipta, amalan akhlak terhadap
Rasulullah. Manakala bagi konstruk endogenous amalan akhlak

J u r n a l M e l e w a r | 167

terhadap negara, amalan akhlak terhadap diri, amalan akhlak
terhadap Al- Quran dan amalan akhlak terhadap alam sekitar,
kontruk pengawasan kendiri mempunyai effect size pada tahap
sederhana sahaja.

PERBINCANGAN

Berdasarkan dapatan kajian, effect size konstruk pengawasan
kendiri terhadap konstruk amalan akhlak terhadap profesion
adalah yang paling besar iaitu pada nilai 0.62. Dapatan ini selari
dengan pendapat Rosfazila et al. (2016) berkaitan makna budaya
organisasi Islam, kajian keatas pekerja Bank Islam Malaysia yang
mendapati pendidikan kendiri merupakan antara elemen yang
menjadi faktor kepada peningkatan kualiti operasi perkhidmatan,
inovasi produk dan perkhidmatan di Bank Islam. Ini menunjukkan
bahawa kendiri dalaman seorang bakal guru itu penting dalam
memastikan akhlak dan komitmennya terhadap profesion
keguruan. Dapatan kajian Norhannan (2016) juga menunjukkan
bahawa daya kekuatan dalaman guru mempunyai hubungan
langsung yang positif dan sangat signifikan dengan prestasi guru
Pendidikan Islam. Justeru, adalah amat penting bagi seorang guru
untuk mempunyai pengawasan kendiri yang positif untuk
mengamalkan akhlak mulia terhadap profesion. Pengawasan
kendiri mampu melahirkan kesedaran berakhlak terhadap
profesion melalui proses penghayatan dan penerapan amanah
dan bertanggungjawab sebagai hamba Allah S.W.T. dan
menganggap kerja yang dipikul sebagai ibadat yang sentiasa
diberi penilaian di dunia dan di akhirat.

Walau bagaimanapun, kajian mendapati nilai effect size
bagi konstruk pengawasan kendiri terhadap amalan akhlak
terhadap keluarga adalah paling kecil iaitu 0.13. Ini menunjukkan
terdapat faktor lain yang memberi kesan kepada amalan akhlak
terhadap keluarga. Faizah (2011) menyatakan bahawa
penanaman nilai agama dari sudut tauhid, ibadah dan akhlak
merupakan faktor yang sangat penting dalam mengatasi nilai
peribadi negatif anak- anak terhadap keluarganya. Pendapat ini
adalah bersesuaian dengan konsep pendidikan akhlak oleh Ibn
Miskawayh (1961) dan Ulwan (2012) yang menyatakan bahawa
pendidikan agama yang diterapkan oleh keluarga terhadap anak-
anak bermula dari kecil lagi akan membentuk pemikiran dan
perlakuan akhlak mulia individu. Menurut Ulwan (2012) ibu bapa
perlu menunjukkan contoh teladan akhlak mulia kepada anak-
anak dalam menerapkan nilai akhlak mulia dalam diri anak- anak

J u r n a l M e l e w a r | 168

supaya ia menjadi sesuatu yang sebati dalam diri mereka. Oleh
itu, amalan akhlak terhadap keluarga perlu diterapkan dalam
lingkungan keluarga bermula dari kecil lagi supaya anak- anak
dapat mengamalkan akhlak mulia terhadap keluarga dan dalam
semua lingkungan kehidupan.

KESIMPULAN

Kajian ini dapat menjelaskan bahawa pengawasan kendiri
mempunyai kesan yang amat besar terhadap amalan akhlak
seorang bakal guru. Justeru, adalah amat penting untuk
ditekankan elemen pengawasan kendiri dalam pembangunan
akhlak guru pelatih di IPG. Kesedaran dalaman guru pelatih dalam
memantapkan akhlak mereka adalah amat penting kerana melaui
kesedaran dalaman sesuatu amalan akhlak yang mereka lakukan
tidak hanya bersifat luaran sahaja tetapi diamalkan kerana
kesedaran yang timbul dari dalam diri mereka. Kesedaran yang
timbul dari dalam diri guru pelatih membentuk konsistensi dalam
amalan akhlak bakal guru. Konsistensi dalam amalan akhlak
adalah amat penting kerana guru pelatih di IPG bakal menjadi role
model kepada murid- murid di sekolah kelak. Pentadbir dan
pensyarah di IPG perlu memastikan elemen pengawasan kendiri
ini diterapkan secara berkesan dalam membangunkan amalan
akhlak guru pelatih di IPG. Diharapkan agar lebih banyak kajian
masa hadapan dilaksanakan bagi memperhalusi elemen
pengawasan kendiri dalam membangunkan akhlak pelajar. Impak
kajian ini diharapkan dapat membantu pelbagai pihak dalam
membangunkan amalan akhlak guru pelatih di IPG khasnya dan
pelajar di sekolah amnya.

J u r n a l M e l e w a r | 169

RUJUKAN

Abdullah, B. (2010). Tafsir Pimpinan Al- Rahman. Kuala Lumpur:
Dar al- Fikir.

Al-Ghazali, A. H. M. M. (1976). Ihya' 'Ulum Al- Din. Cairo:
Mu'assassa al- Halabi wa- Sharaka li'-Nashr wa'l-Tawzi.

Al-Ghazali, A. H. M. M. (2004). Ihya' Ulum Ad- Din. Kaherah,
Maktabah as- Safa

Bahagian Pendidikan Guru (2001a). Kursus Diploma Perguruan
Malaysia (KDPM) Pengajian Agama Islam. Kuala Lumpur.

Bahagian Pendidikan Guru (2006). Panduan Budaya Institut
Pendidikan Guru. Putrajaya: Kementerian Pelajaran
Malaysia.

Barroso, J. & Sandelowski, M. (2006). Handbook for Synthesizing
Qualitative Research. Springer Publishing Company.

Cavana, R. Y., Delahaye, B. L. & Sekaran, U. (2001). Applied
Business Research: Qualitative and Quantitative Methods.
Milton, Queensland: John Wiley & Sons Australia, Ltd.

Chin, W. W. (1998). The Partial Least Squares Approach to
Structural Equation Modeling. Modern Methods for Business
Research, 2(295).

Cohen, J. (1988). Statistical Power Analysis for the Behavioral
Sciences. Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum Associates
Publishers.

Fornell, C. & Larcker, D. F. 1981. Structural Equation Models with
Unobservable Variables and Measurement Error: Algebra
and Statistics. Journal of Marketing Research, 382-388.

Fraenkel, J. R., Wallen, N. E. & Hyun, H. H. (2012). How to Design
and Evaluate Research in Education. New York: McGraw Hill
International Edition.

Hair, F. J., Hult, M. G. T., Ringle, M. C. & Sarstedt, M. (2014). A
Primer on Partial Least Squares Structural Equation Modeling
(PLS-SEM). Thousand Oaks, California: SAGE Publications.

J u r n a l M e l e w a r | 170

Hair, J. F., Ringle, C. M. & Sarstedt, M. (2011). PLS-SEM: Indeeda
Silver Bullet. The Journal of Marketing Theory and Practice,
19(2): 139-152

Ibn Miskawayh, A. M. (1961). Tahdhib Al-Akhlaq. Beirut: Dar
Maktabat al-Hayat.

Jeng, D. J. F. & Tzeng, G. H. (2012). Social Influence on the Use
of Clinical Decision Support Systems: Revisiting the Unified
Theory of Acceptance and Use of Technology by the Fuzzy
Dematel Technique. Computers & Industrial Engineering,
3(62): 819–828.

Krejcie, R. V. & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size
for Research Activities. Educational and Psychological
Measurement, 30(3): 607-610.

Mack, Z. & Sharples, S. (2009). The Importance of Usability in
Product Choice: A Mobile Phone Case Study. Ergonomics,
12(52): 1514–1528

Mardzelah M. (2013). Amalan Hisbah Kendiri Dalam Pendidikan
Islam: Kajian Terhadap Murid-Murid Sekolah Menengah Di
Kedah. Online Journal of Islamic Education, 2(1): 25 - 37.

Mohd Sahandri, G. H., Ramli, B. & Shaffe, M. D. (2010). Karakter
Guru: Ilmu Diagung Guru Disanjung. Kuala Lumpur: Utusan
Publications and Distributor Sdn Bhd.

Musliha Salma, M. R., Rohana, H. & Amimudin (2011).
Menyelesaikan Masalah Pembangunan Akhlak Pelajar:
Analisis Penerapan Kemahiran Generik Dalam Amalan
Pendidikan. Journal of Edupres, 1:223-229

Neuman, W. L. (2011). Social Research Methods. Qualitative and
Quantitative Approaches. Boston: Pearson Education.

Norhannan, Ramli (2016) Prestasi Guru Pendidikan Islam
Berasaskan Daya Kekuatan Dalaman, Kepimpinan Pengetua
Dan Iklim Sekolah, Tesis PhD, Universiti Malaya.

Nunnally, J. & Bernstein, C. (1994). Psychometric Theory. New
York: McGraw-Hill.

J u r n a l M e l e w a r | 171

Nunnally, J. (1978). Psychometric Methods. New York: McGraw-
Hill.

Ramayah, T., Lee, J. W. C. & In, J. B. C. (2011). Network
Collaboration and Performance in the Tourism Sector.
Service Business , 5(4): 411-428.

Rohana, H., Sarimah, I. & Ros Eliana, A. Z. (2013). Pembangunan
Jiwa Pendidik Dalam Kalangan Bakal Pendidik. Jurnal
Teknologi, 61(1): 27 - 31.

Rosfazila A.R., Novel L., Abd Hair A. & Azlina A. (2016). Makna
Budaya Organisasi Islam: Kajian Ke Atas Pekerja Bank Islam
Malaysia Berhad (Bimb). Journal of Social Sciences and
Humanities, Special Issue 1: 204-217

Ulwan, A.N. (2012). Pendidikan Anak Dalam Islam. Jawa Tengah:
Penerbit Insan Kamil

Urbach, N. & Ahlemann, F. (2010). Structural Equation Modeling
in Information Systems Research Using Partial Least
Squares. Journal of Information Technology Theory and
Application , 2(11): 5-40.

Wiersma, W. & Jurs, S. (2005). Research Methods in Education (8
Ed.), Pearson Education Inc

J u r n a l M e l e w a r | 172


Click to View FlipBook Version