The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by manan12-04, 2021-04-19 09:31:11

JURNAL MELEWAR BIL 24 (2020)

JURNAL MELEWAR BIL 24 (2020)

J u r n a l M e l e w a r | 51

PENGENALAN

Plagiat dalam dunia akademik adalah satu fenomena yang perlu
diberikan perhatian secara serius dan berterusan. Kebimbangan
terhadap plagiat dalam kalangan pelajar sama ada di sekolah,
kolej atau di universiti, dikaitkan sebagai menjejaskan integriti
akademik. Malahan plagiat mampu meruntuh dan menghapus
keunggulan seseorang sarjana dan institusi pendidikan. Menurut
Dr Ibrahim Komo, etika akademik berkait rapat dengan nilai teras
iaitu i. sentiasa mencari kebenaran, ii. mengejar kecemerlangan,
iii. menghormati kepelbagaian ilmu dan ilmuwan dan iv. berkongsi
ilmu untuk kepentingan ramai (Ibrahim, 2014). Kesemua nilai teras
ini sangat berkaitan dengan kebijaksanaan para pendidik dalam
menghadapi permasalahan plagiat ini. Guru dan pensyarah
diharapkan dapat melaksanakan penyampaian ilmu secara jujur
dan berdedikasi tinggi sementara pelajar dan murid dapat
menghasilkan hasil kerja yang tulin mengikut kreativiti masing-
masing. Apakah sebenarnya yang berlaku dalam pendidikan yang
menyumbang kepada plagiat dalam kalangan pengamal
pendidikan serta pelajar dan murid? Adakah teknologi sebagai
pemangkin kepada amalan plagiat?

Literatur kajian ini menjelaskan kajian-kajian berkaitan
plagiat yang dilaksanakan dengan memberi fokus kepada
kegiatan plagiat dalam kalangan pelajar sama ada di sekolah
mahupun di universiti. Kajian terawal Bowers (1964) terhadap
plagiat di Amerika Syarikat mendapati pelajar mengakui
mengamalkan plagiat namun cuma sebilangan kecil sahaja yang
diambil tindakan. Hal ini amat serius kerana plagiat adalah satu
tindakan yang tidak bertanggungjawab yang membawa kepada
kehancuran dan kesan yang negatif dalam dunia akademik
(Helgesson dan Eriksson, 2018). Park (2017) mendapati plagiat
menjadi amalan biasa dalam kalangan pelajar terutamanya
dengan perkembangan teknologi digital. Incecam et al (2017)
menyatakan tahap plagiat guru pelatih adalah pada tahap
sederhana dan guru pelatih lelaki lebih cenderung melakukan
plagiat berbanding guru pelatih perempuan. Selain itu juga,
didapati bahawa guru pelatih yang mempunyai pencapaian
akademik yang rendah mempunyai kebarangkalian melakukan
plagiat lebih tinggi berbanding guru pelatih yang mempunyai
keputusan yang baik. Kajian yang dijalankan oleh Javaeed et al
(2019) turut menjelaskan bahawa pelajar di institusi pengajian
tinggi kurang kesedaran berkaitan plagiat dan kesannya. Oleh itu

J u r n a l M e l e w a r | 52

beliau mencadangkan pelajar diberikan pendedahan yang lebih
serius berkaitan aktiviti plagiat ini bagi meningkatkan kesedaran
dalam kalangan pelajar. Selain itu juga, Louw (2017) turut
mencadangkan agar staf akademik dan pensyarah diberikan
pendedahan yang serius berkaitan plagiat dan cara untuk
mengendalikan kes plagiat dalam kalangan pelajar. Hal ini kerana
melalui pendedahan yang meluas kepada staf akademik dan
pensyarah, mereka dapat menanamkan kesedaran berkaitan
plagiat kepada pelajar. Manakala kajian yang dijalankan oleh Md
Salleh (2011) dan Cheah (2016) menjelaskan plagiat di Malaysia
berlaku dalam kalangan pelajar dan pensyarah akademik. Pelajar
cenderung melakukan plagiat berikutan kurangnya kesedaran,
kurang pengetahuan berkaitan plagiat, kurang kompeten serta
sikap pelajar itu sendiri, pengurusan masa yang kurang cekap,
komitmen kepada kerja serta keluarga dan lemah dalam
kemahiran berbahasa. Dalam kalangan pensyarah pula, plagiat
berlaku berikutan kurangnya tindakan tegas yang diambil kepada
pesalah yang melakukan kesalahan ini. Hal ini amat serius bagi
memastikan kredibiliti institusi pengajian tinggi di Malaysia tidak
dicemari dengan tindakan yan tidak beretika. Mohamed et al
(2018) menjelaskan pihak universiti di Malaysia perlu mewujudkan
polisi yang jelas berkaitan plagiat bagi menangani isu plagiat
secara efektif.

MATLAMAT KAJIAN

Matlamat kajian adalah untuk mengkaji tahap amalan plagiat
dalam kalangan pelajar di sebuah institusi pengajian di Negeri
Sembilan serta mengenal pasti jenis amalan plagiat yang terdapat
dalam kalangan pelajar tersebut. Dalam kajian yang dilakukan
oleh Silfiani et all (2018) pada pelajar di Universiti Banda Acheh,
pelajar mendefinisikan plagiat sebagai 1) menyalin ayat daripada
buku, laman sesawang dan journal elektronik, 2) menggabung dan
menukar ayat daripada bahan yang diterbitkan oleh orang lain, 3)
membeli tugasan dari rakan, 4) menggunakan hasil kerja orang
lain dan menggunakan dapatan kajian daripada jurnal elektronik
tanpa meletakkan nama penulis asal dan 5) menyalin hasil kerja
orang lain tanpa memetik nama penulis asal. Kajian ini akan
menggunakan definisi tersebut tentang pengertian plagiat.

J u r n a l M e l e w a r | 53

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini adalah bertujuan untuk:
i. Mengenalpasti tahap amalan plagiat pelajar dalam
melaksanakan tugasan Kerja Kursus
ii. Mengenalpasti jenis amalan plagiat pelajar dalam
melaksanakan tugasan Kerja Kursus

METODOLOGI KAJIAN

Kaedah Kajian

Untuk mencapai matlamat dan objektif kajian ini, kajian ini
menggunakan kaedah kuantitatif. Menurut Creswell (2009),
kaedah secara kuantitatif adalah penyelidikan secara deskriptif
yang bermatlamat di mana penyelidik mendapatkan maklumat
daripada sampel yang luas untuk menerangkan sesuatu
fenomena yang sedang berlaku.

Reka Bentuk Kajian

Untuk mencapai matlamat kajian ini, reka bentuk yang sesuai ialah
kajian tinjauan. Kaedah tinjauan ialah kaedah yang memerlukan
penyelidik untuk mengumpulkan data dalam satu-satu masa
tertentu dengan maksud untuk menjelaskan keadaan yang
sedang berlaku (Cohen, L, Manion, L dan Morrison K, 2000).
Dalam kajian ini, satu set soal selidik yang telah diadaptasi Cabe,
D.M. (2010) telah digunakan untuk mengumpul data yang
dibahagikan kepada dua bahagian iaitu a) Bahagian A: Biodata
Diri Responden dan b) Bahagian B: Soal selidik Amalan Plagiat.
Untuk mencapai objektif kajian kedua, pengkaji telah menganalisis
hasil Kerja Kursus pelajar dan menghasilkan tema-tema dan
ketegori.

Pemilihan Sampel Kajian

Responden kajian terdiri daripada 249 pelajar yang mengikuti
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun
2016 dan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)
Ambilan November 2018.

J u r n a l M e l e w a r | 54

DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu dapatan
soal selidik dan dapatan analisis dokumen iaitu analisis hasil Kerja
Kursus responden yang terpilih untuk dua kumpulan pelajar. Soal
selidik ini mengandungi 11 item. Data yang diperolehi di analisis
menggunakan perisian SPSS. Skor min sisihan piawai telah
digunakan untuk menguji item dalam persoalan kajian.

Bahagian A: Latar belakang responden kajian

Seramai 279 orang pelajar telah terlibat dalam kajian ini.
Pelajar yang terlibat ialah pelajar semester satu, enam dan lapan.
Seramai 47 orang (16.8%) responden adalah daripada semester
satu, seramai 159 orang (57%) responden adalah daripada
semester enam dan seramai 73 orang (26.2%) responden adalah
daripada semester lapan. 207 orang (74.2%) bilangan responden
adalah terdiri daripada perempuan dan 72 orang (25.8%) adalah
lelaki. Seterusnya, seramai 125 orang (44.8%) reponden adalah
beragama Islam, seramai 43 orang (15.4%) responden beragama
Kristian, 45 orang (16.1%) responden beragama Buddha dan
seramai 66 orang (23.7%) responden adalah beragama Hindu.
Bagi program pula seramai 232 orang responden adalah daripada
Program Ijazah Sarjana muda Pendidikan dan seramai 47 orang
(16.8%) adalah daripada Program Diploma Pasca Siswazah
Pendidikan. Responden kajian ini juga terdiri daripada semua
bidang di IPGKRM bidang Bahasa Arab 6 orang (2.2%), Bahasa
Cina 31 orang (11.1%), Bahasa Melayu 13 orang (4.7%), Bahasa
Tamil ialah 29 orang (10.4%), Kaunseling seorang (0.4%), Muzik
4 orang (1.4%), Pemulihan 2 orang (0.7%), Pendidikan Awal
Kanak-kanak 29 orang (10.4%), Pendidikan Jasmani 19 orang
(6.8%), Pendidikan Khas 23 orang (8.2%), Pendidikan Pemulihan
20 orang (7.2%), Sains 5 orang (1.8%), Sejarah 19 orang (6.8%),
Bahasa Inggeris (TESL) 31 orang (11.1%), Dini 20 orang (7.2%)
dan Tahfiz 27 orang (9.7%).

Jadual 1: Jantina, Agama dan Program

Perkara PISMP Frekuensi (f) Peratus (%)
Program PDPP 232 83.2%
Lelaki 47 16.8%
Jantina
72 25.8

J u r n a l M e l e w a r | 55

Perkara Perempuan Frekuensi (f) Peratus (%)
Agama Islam 207 74.5
Kristian 125 44.8
Buddha 43 15.4
Hindu 45 16.1
66 23.7

Jadual 2: Responden Mengikut Bidang

Program Bidang Frekuensi
PISMP Bahasa Arab 6
PDPP Bahasa Cina 31
Bahasa Melayu 13
Bahasa Tamil 29
Bimbingan &
Kaunseling 1
Pendidikan Jasmani
Pendidikan Khas 29
Sains 23
Sejarah 5
TESL 19
DINI 31
Tahfiz 20
27

Bahagian B: Soal Selidik Amalan Plagiat Soal selidik bahagian B
pula mengandungi 11 item.

Jadual 3: Item dalam Soal Selidik

Item Pernyataan Item
1 Menyalin hasil kerja orang lain dan kemudian

mengatakannya itu hasil kerja anda.

2 Mengubahsuai atau memalsukan rujukan dalam senarai
rujukan tugasan anda.

3 Mengubahsuai hasilkerja orang lain dan menyatakan hasil
kerja sendiri.

4 Menyalin maklumat daripada sumber digital seperti
internet.

5 Membuat tugasan bersama kawan sedangkan pensyarah
menyuruh membuat tugasan secara individu.

6 Menyalin beberapa perkataan daripada bahan rujukan
tanpa menyatakan dalam nota kaki.

7 Menulis tugasan untuk pelajar lain.

J u r n a l M e l e w a r | 56

Item Pernyataan Item

8 Menyalin penyataan atau sumber maklumat daripada
sumber tetentu tanpa memberi kredit (attribution) kepada
penulis asal.

9 Meniru maklumat daripada pelajar lain ketika peperiksaan
atau ujian.

10 Membantu rakan lain untuk meniru dalam peperiksaan atau
ujian.

11 Menyalin maklumat daripada sumber digital, seperti
internet tanpa menyatakan sumber asalnya.

Jadual 4: Nilai kebolehpercayaan instrumen.

Bil item Nilai Alpha
11 0.832

Prosedur pengumpulan data kajian adalah melalui borang
soal selidik yang diedarkan kepada 279 orang pelajar IPGKRM.
Sebelum soal selidik dijawab oleh responden, arahan dan tujuan
kajian ini telah dijelaskan kepada semua responden. Responden
diminta menjawab dengan jujur. Data yang diperoleh dianalisis
berdasarkan objektif kajian. Analisis statistik deskripsi dalam
bentuk skor min dan sisihan piawai digunakan bagi menjelaskan
dan menghuraikan skor-skor responden tentang tahap plagiat.

Prosedur pengumpulan skor untuk corak plagiat
berdasarkan kepada skala Likert-4 iaitu tidak pernah, sekali-sekali
sahaja, beberapa kali, banyak kali. Tahap plagiat setiap item
berdasarkan kepada intrepretasi skor min seperti dalam jadual 2.
Semua analisis data dilaksanakan dengan menggunakan perisian
SPSS 21.0.

Jadual 5: Intrepretasi Skor Min

Skor Min Intepretasi Skor Min

1.00 hingga 1.75 Sangat Rendah
1.76 hingga 2.51 Rendah
2.52 hingga 3.27 Tinggi
3.28 hingga 4.00 Sangat Tinggi

Kajian mendapati tahap plagiat responden berada pada tahap
sangat rendah. Jadual 6 menunjukkan dapatan tersebut.

J u r n a l M e l e w a r | 57

Jadual 6: Skor Min Tahap Plagiat

Perkara Skor Min Sisihan Tahap
Piawai
Tahap Plagiat Keseluruhan 1.51 Sangat
0.40 Rendah

Jadual 7 menunjukkan tahap plagiat setiap item dan
mendapati kebanyakkannya berada pada tahap sangat rendah,
hanya satu item sahaja menunjukan tahap rendah iaitu item
menyalin maklumat daripada sumber digital seperti internet.

Jadual 7: Tahap plagiat mengikut item soalan

Item Pernyataan Item Min Sisihan Tahap
Piawai

Menyalin hasil kerja orang lain dan 1.34 0.62 Sangat
1 kemudian mengatakannya itu hasil Rendah

kerja anda.

Mengubahsuai atau memalsukan 1.48 0.67 Sangat
2 rujukan dalam senarai rujukan Rendah

tugasan anda.

3 Mengubahsuai hasil kerja orang lain 1.37 0.63 Sangat
dan menyatakan hasil kerja sendiri. Rendah

4 Menyalin maklumat daripada 2.30 0.89 Rendah
sumber digital seperti internet.

Membuat tugasan bersama kawan 1.54 0.71 Sangat
5 sedangkan pensyarah menyuruh Rendah

membuat tugasan secara individu.

Menyalin beberapa perkataan 1.74 0.71 Sangat
6 daripada bahan rujukan tanpa Rendah

menyatakan dalam nota kaki.

7 Menulis tugasan untuk pelajar lain. 1.15 0.48 Sangat
Rendah

Menyalin penyataan atau sumber

8 maklumat daripada sumber tetentu 1.63 0.70 Sangat
tanpa memberi kredit (attribution) Rendah

kepada penulis asal.

9 Meniru maklumat daripada pelajar 1.13 0.40 Sangat
lain ketika peperiksaan atau ujian. Rendah

10 Membantu rakan lain untuk meniru 1.15 0.47 Sangat
dalam peperiksaan atau ujian. Rendah

J u r n a l M e l e w a r | 58

Item Pernyataan Item Min Sisihan Tahap
Piawai

Menyalin maklumat daripada 0.74 Sangat
11 sumber digital, seperti internet tanpa 1.74 Rendah

menyatakan sumber asalnya.

Analisis tugasan pelajar telah dilakukan bagi
mengukuhkan dapatan secara kualitatif. 20 sampel kerja kursus
telah diambil secara rawak dan dianalisis. Walau bagaimanapun,
analisis hasil kerja tugasan pelajar tidak selari dengan dapatan
secara kualitatif. Dapatan menunjukkan kegiatan atau amalan
plagiat jelas dilakukan oleh pelajar dalam perkara-perkara seperti
menyalin hasil kerja orang lain tanpa membuat sebarang
perubahan ayat dan tidak memberikan rujukan yang tepat. Pelajar
juga didapati menyalin ungkapan ayat dari sumber yang sama
dalam kuantiti yang terlalu banyak dan terlalu kerap. Rujukan yang
terdapat dalam bahagian rujukan tidak dapat ditemui didalam teks
hasil kerja pelajar. Didapati hasil kerja pelajar menyamai antara
seorang pelajar dengan pelajar yang lain samada pelajar dari unit
yang sama atau pun dari unit yang berlainan seperti contoh pelajar
unit Pendidikan Khas dengan pelajar dari unit TESL.
Kecenderungan ini termasuk dalam kategori amalan plagiat.

PERBINCANGAN

Amalan plagiat merupakan satu jenayah akademik yang
semestinya ditangani oleh semua pihak demi menjaga kemuliaan
ilmu dan meningkatkan integriti dalam diri pelajar. Seperti yang
dinyatakan oleh Salleh (2011) dan Cheah (2016), plagiat bukan
sahaja berlaku dalam kalangan pelajar malahan ahli akademik
turut terlibat sama. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap
plagiat pelajar berada pada tahap yang rendah dan tidak selari
dengan hasil tugasan yang dihasilkan oleh mereka. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa pelajar mempunyai kefahaman yang
rendah terhadap pelakuan plagiat dan tidak jelas terhadap
perbuatan yang mendorong kepada plagiat. Seperti yang
dijelaskan oleh Silfiani et all (2018), pelajar tidak jelas terhadap
perlakuan yang diklasifikasikan sebagai plagiat dan mereka
melakuakan kesalahan tersebut tanpa menyedari perbuatan
tersebuat adalah plagiat. Selain itu juga, pelajar melakukan plagiat
akibat tertekan untuk mendapatkan gred yang baik dan kurang
persediaan semasa menyediakan tugasan turut menyumbang
kepada perlakuan plagiat (Simpson, 2016). Justeru itu, pihak yang

J u r n a l M e l e w a r | 59

berkaitan perlu mencari kaedah yang terbaik untuk
meminimumkan kecenderungan pelajar dari terus menjadikan
plagiat sebagai suatu amalan. Pelajar perlu diberikan pendedahan
dan ilmu pengetahuan berkaitan plagiat dan akibat melakukan
plagiat. Malahan pihak institusi pendidikan perlu mengambil
tindakan tegas terhadap perbuatan plagiat seperti mengantung
keputusan peperiksaan bagi kursus yang didapati plagiat
(Mohamed et al, 2018).

KESIMPULAN

Plagiat tidak sepatutnya menjadi satu amalan dalam kalangan
pelajar dan juga semua yang terlibat dalam bidang akademik
seperti pensyarah, guru, dan seumpamanya. Hukuman yang
setimpal perlu dikenakan kepada setiap individu yang didapati
mengamalkan plagiat.

RUJUKAN

Bowers, W. J. (1964). Student dishonesty and its control in college.
New York: Bureau of Applied Social Research, Columbia
University.

Cabe, D.M. (2010), Academic Integrity Survey (High School
Version). Texas Tech University USA.

Cheah.J.K.S. (2016). Perspectives on academic plagiarism in
malaysia. In Handbook of Academic Integrity (pp. 87–91).

Springer Singapore.

Cohen, L, Manion, L dan Morrison, K, (2000). Research Methods
in Education (5th Edition). RoutledgeFalmer, London and NY

Creswell, J. W. (2009). Research design: Qualitative,quantitative,
and mixed methods approaches (3rd ed.). Sage Pub, Inc

Helgesson, G., & Eriksson, S. (2018). Plagiarism in research.

Getting to Good: Research Integrity in the Biomedical
Sciences (pp. 262–273).

Ibrahim.K. (2014, 17 Disember). Amalan plagiat boleh jejas

integriti akademik. Berita Harian.

https://www.bharian.com.my/node/23674

J u r n a l M e l e w a r | 60

Incecam.B., Ozden.M., dan Seren.N.(2017). Procrastination and
academic dishonesty tendency of pre-service teacher: the
case study of Dumlupinar University. Proceedings of
ICERI2017 Conference

Javaeed.A., Khan.A.S., Khan. S.H., Gauri.S.H. (2019).
Perceptions of plagiarism among undergraduate medical
students in Rawalpindi, Pakistan. Pak J Med Sci. 2019;35(2)

Louw.H. (2017). Defining plagiarism: student and staff perceptions
of a grey concept. South African Journal of Higher
Education. Volume 31 | Number 5 | 2017 | pages 116‒135
eISSN 1753-5913 11

Merriam, S.B. dan Tisdell, J.E. (2016). Qualitative research: A
guide to design and implementation (4th Edition). Jossey-
Bass USA

Md Salleh, M. H. (2011). Academic dishonesty: Factors that
contribute plagiarism in a technical college in Malaysia.
Polimas.Edu.My, (2006).

Mohamed, K., Hayati, N., Samat, A., Shamsul, A., Aziz, A., Azlina,
N., Noor, M. (2018). Academic plagiarism in malaysian
higher education institutions: legal perspective. International
Journal of Law, Government and Communication, 3(13),
245–253.

Park, C. (2017). Plagiarism by university students-literature and
lessons. Academic Ethics (pp. 525–542). Taylor and
Francis.

Silfiani, Z.A., Aziz. A., Daud, B. (2018). Plagiarism in english
academic writing: students’ perceptions. English Education
Journal. Vol 9 No 1.

Simpson, D. (2016) Academic dishonesty: An international student
perspective. Higher Education Politics & Economics. Vol. 2:
Iss. 1, Article 5.

Yin, R.K. (2014). Case study research: Design and methods (5th
Edition). Thousand Oaks. CA: Sage

J u r n a l M e l e w a r | 61

Faktor Pemilihan Kosa Kata Bahasa Arab Untuk
Pembelajaran Pelajar Peringkat Menengah Rendah

Aisah binti Hasmam, Ph.D
IPGK Raja Melewar

Abstrak

Penguasaan kosa kata bahasa Arab merupakan satu
cabaran kepada pelajar yang mempelajarinya sebagai bahasa
asing di Malaysia. Justeru, pengabaian kepada aspek leksikal di
dalam konteks pendidikan bahasa Arab tidak sewajarnya berlaku
kerana boleh merencatkan penguasaan kosa kata pelajar. Kajian
ini bertujuan untuk meneroka faktor yang mendorong Guru
Cemerlang Bahasa Arab memilih kosa kata untuk pembelajaran
Bahasa Arab Peringkat Menengah Rendah. Reka bentuk kajian
ini adalah kualitatif berbentuk kajian kes. Teknik pensampelan
menggunakan pensampelan bertujuan yang melibatkan tujuh
orang Guru Cemerlang Bahasa Arab Peringkat Menengah
Rendah yang dipilih berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.
Data kajian dikumpulkan melalui temu bual mendalam,
pemerhatian tidak turut serta dan analisis dokumen. Dapatan
kajian merumuskan bahawa terdapat dua faktor utama iaitu faktor
luaran dan faktor dalaman yang dicerakinkan kepada empat sub
faktor yang lain iaitu: 1) faktor linguistik; pemilihan berasaskan
aspek leksikal 2) faktor kandungan; merujuk kepada bebanan dari
segi; a) sukatan yang banyak dan b) buku teks yang padat dengan
kosa kata dan kebolehbacaan teks pembelajaran yang
menyukarkan, 3) faktor Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), 4)
faktor keagamaan; nilai beragama. Faktor luaran merujuk kepada
unsur linguistik perkataan yang pelbagai dan rencam serta
kandungan mata pelajaran bahasa Arab KBSM Peringkat
Menengah Rendah yang membebankan dan menyukarkan.
Faktor dalaman pula dikaitkan dengan Pentaksiran Tingkatan Tiga
(PT3) dan penghayatan kepada nilai beragama. Oleh itu dapat
difahami bahawa bagi membantu pelajar menguasai kosa kata
bahasa Arab yang diajarkan, pemilihan kosa kata bahasa Arab
hendaklah mengambil kira dua faktor utama tersebut.

Kata Kunci: kosa kata; Guru Cemerlang Bahasa Arab; kesilapan
leksikal

J u r n a l M e l e w a r | 62

PENDAHULUAN

Dalam konteks pembelajaran kosa kata bahasa Arab di dalam bilik
darjah, pemilihan kosa kata bahasa Arab merupakan proses awal
yang biasanya dipertimbangkan oleh guru baahsa Arab semasa
peringkat perancangan pengajaran harian mereka. Menurut Abd
Halim (2015) salah satu faktor yang mendorong kepada keperluan
memilih kosa kata untuk pembelajaran pelajar adalah kepayahan
mempelajari bahasa Arab itu sendiri. Kepayahan mempelajari
suatu bahasa secara umumnya dikaitkan dengan kesukaran
memahami makna perkataan (Silverman & Hartranft 2015),
penggunaan kosa kata yang sukar dalam konteks ayat dan tidak
meluas penggunaannya (Abduh 1984) dan saiz kosa kata yang
banyak untuk diajarkan dan dipelajari pelajar (Taᶜimah 1989;
Nation 2013).

Selain itu, kajian Dewi (2014) mengklasifikasikan tahap
kesukaran pelajar menguasai perkataan kepada dua aspek, iaitu:
kesulitan unsur linguistik perkataan yang meliputi unsur semantik
perkataan pada memahami makna perkataan bahasa Arab dan
unsur sintaksis perkataan dalam memahami dan menentukan
pembentukan perkataan bahasa Arab mengikut tatabahasa yang
tepat. Manakala kategori kedua adalah kesulitan yang dikaitkan
dengan unsur bukan linguistik seperti motivasi, latar belakang
pelajar dan teknik pengajaran guru. Kenyataan ini disokong oleh
Ghazali Yusri dan Ahmad (2006) bahawa antara faktor kelemahan
pelajar menguasai kosa kata bahasa Arab adalah berpunca
daripada masalah teknikal tulisan itu sendiri dan faktor sikap serta
motivasi pelajar. Zamri (2007) mengulas bahawa kelemahan
pelajar bahasa kedua dalam aspek penguasaan kosa kata
biasanya dikaitkan dengan gangguan intralingual dan interlingual.
Maksud intralingual ialah kesulitan yang ditimbulkan dari dalam
bahasa asing itu sendiri. Manakala interlingual pula bermaksud
kesulitan berpunca daripada perbezaan yang wujud pada bahasa
pertama dengan bahasa kedua.

Beberapa kajian terdahulu menunjukkan bahawa strategi

pengajaran yang menekankan aspek kosa kata memberi kesan
positif terhadap penguasaan bahasa Arab pelajar. Contohnya Ali

(2013) mengkaji keberkesanan strategi menghafal kosa kata dan
‘jumlah mufidah’ bahasa Arab pelajar untuk meningkatkan
kemahiran menterjemah pelajar selepas diberi bimbingan.

J u r n a l M e l e w a r | 63

Rumusannya penguasaan kosa kata pelajar dari segi
kualiti dan kuantiti dapat membantu mereka memahami teks
bahasa Arab dan menguasai kemahiran berbahasa yang lain
dengan mudah. Rahman (2013) mengkaji kesan kaedah nyanyian
memberi kesan positif dan meningkatkan penguasaan kosa kata
bahasa Arab pelajar. Dapatan kajian eksperimental mendapati
kaedah nyanyian dapat membantu pelajar kumpulan rawatan
menguasai kosa kata bahasa Arab yang dipelajari dengan mudah
berbanding pelajar dalam kumpulan kawalan yang menggunakan
kaedah tradisional, iaitu tidak menggunakan sebarang media
untuk membantu pelajar menguasai kosa kata bahasa Arab.
Kajian Zheng (2012) menunjukkan amalan pengajaran kosa kata
yang menekankan elemen pemahaman makna kosa kata secara
kontekstual dan berdasarkan konteks sebenar lebih berkesan
berbanding pengajaran kosa kata secara kaedah terjemahan.

Di samping itu, kajian berkaitan aspek bukan linguistik
menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di
antara motivasi dengan pencapaian pelajar dalam pembelajaran
kosa kata bahasa Arab (Nik Mohd Rahimi et al. 2008). Kajian Siti
Sukainah dan Melur (2014) merumuskan bahawa sikap yang
positif, motivasi dan usaha menguasai bahasa sasaran
merupakan elemen-elemen penting yang menentukan kejayaan
pelajar bahasa. Malah kajian Abdul Hakim et al. (2015) turut
mengesahkan bahawa faktor sikap dan kesedaran kendiri
merupakan perkara utama yang perlu diberi perhatian dalam
memacu pencapaian pelajar dalam mata pelajaran bahasa Arab.

Sehubungan itu, pemilihan kosa kata sebelum proses
pengajaran bahasa Arab perlu diberi perhatian sewajarnya oleh
guru bahasa Arab kerana kesukaran menguasai kosa kata bahasa
Arab ini dikaitkan dengan faktor linguistik kosa kata itu sendiri dan
keperluan bukan linguistik seperti aspek motivasi dan teknik
pengajaran guru. Malah penekanan yang konsisten terhadap
aspek kosa kata bermula dari proses pemilihan kosa kata hingga
ke peringkat pelaksanaan strategi pengajaran dapat membantu
pelajar menguasai kosa kata yang diajarkan dengan berkesan.

PERNYATAAN MASALAH

Dapatan kajian Buku Teks KBSM Bahasa Arab Komunikasi Mohd
Seman dan Mohd Zuhir (2006) menunjukkan peratusan terbesar

J u r n a l M e l e w a r | 64

untuk latihan pembelajaran kemahiran berbahasa Arab pelajar
Peringkat Menengah Rendah adalah sebanyak 74.9%. Bagi
latihan kosa kata bahasa Arab pula adalah sebanyak 17.1% dan
latihan tatabahasa adalah sebanyak 8%. Ini bermakna pemilihan
kosa kata bahasa Arab amat penting kepada keperluan latihan
pembelajaran kemahiran berbahasa dan aspek latihan bahasa
Arab yang lain seperti tatabahasa dan aspek leksikal secara
khusus. Dapatan kajian Aisah (2012) berkaitan analisis bilangan
perkataan dalam teks pembelajaran buku teks bahasa Arab
pelajar Peringkat Menengah Rendah merumuskan bahawa secara
purata bilangan perkataan adalah antara 80 hingga 150 patah
perkataan untuk setiap teks. Ini bermakna jumlah perkataan dalam
teks pembelajaran bahasa Arab pelajar Peringkat Menengah
Rendah adalah berbeza dan tidak seimbang. Malah dapatan
kajian Aisah 2012 ini juga menjelaskan bahawa para pelajar sukar
mendengar dan memahami teks yang panjang berbanding teks
yang lebih pendek. Kesukaran pelajar memahami teks yang
diperdengarkan ini sekali gus mendorong guru bahasa Arab untuk
memilih kosa kata yang diajarkan dan mendesak guru mengatur
strategi pengajaran kosa kata yang pelbagai terutama di peringkat
permulaan.

Kajian Nik Mohd Rahimi, Zahriah Hussin & Wan Normeza
(2014) mendapati antara faktor kelemahan pelajar dalam
menguasai Bahasa Arab di Malaysia ialah kekurangan kosa kata
Arab. Malah penguasaan kosa kata bahasa Arab pelajar sekolah
menengah di Malaysia pula terhad kepada bilangan kosa kata
bahasa Arab yang dirancang oleh penggubal kurikulum bahasa
Arab sahaja. Di samping itu, dapatan kajian Kamarul Zaman
Abdul Ghani (2011) berkaitan kebolehbacaan buku teks Bahasa
Arab Tinggi Berasaskan Ujian Kloz Dalam Bahasa Arab
mendapati kebolehbacaan buku teks Bahasa Arab Tinggi
Tingkatan 4 adalah pada tahap kecewa dan tidak sesuai untuk
tujuan pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian ini selaras
dengan dapatan kajian Ab. Halim Mohamad (2003) yang
merumuskan bahawa 78.5% responden guru menyatakan buku
teks nahu kurikulum al-Azhar yang digunakan adalah kurang
sesuai. Permasalahan ini menjelaskan bahawa pemilihan kosa
kata yang terkandung di dalam buku teks bahasa Arab secara
amnya perlu semak semula.

Selain itu, Harun dan Zawawi (2014) menegaskan bahawa
aspek kosa kata ini didapati tidak diberi penekanan yang

J u r n a l M e l e w a r | 65

sewajarnya dalam konteks pengajaran dan pembelajaran (PdP)
bahasa Arab di Malaysia. Malah pengajaran kosa kata
dilaksanakan secara implisit melalui topik-topik lain atau diajarkan
secara tidak langsung sebagai sub kemahiran bahasa atau sub
topik dalam aspek bahasa lain seperti tatabahasa, retorik dan
sebagainya. Selanjutnya, kelemahan pelajar turut berpunca
daripada keterbatasan kosa kata bahasa Arab yang dimiliki oleh
pelajar dan pengaruh daripada bahasa ibunda itu sendiri. Menurut
Che Radiah (2009), kosa kata yang terhad dan terbatas memberi
impak kepada penulisan pelajar dan menyukarkan pembaca
memahami makna ayat yang disampaikan. Dapatan kajian Hamid
(2014) mendapati bahawa faktor intelektual pelajar terhadap kosa
kata bahasa Arab yang dikuasai memberi hubungan terhadap
pencapaian bahasa Arab dalam kemahiran menulis bahasa Arab
dan aspek kesilapan leksikal yang dilakukan. Kajian Che Radiah
(2009) mendapati tahap penguasaan pelajar dalam aspek
morfologi (ilmu saraf) bahasa Arab yang dipelajari berada pada
tahap yang rendah. Terutamanya kesilapan membuat perubahan
bentuk dari segi peluasan dan pengembangan kata melalui proses
derivasi dan perubahan pola perkataan dalam konteks ayat.
Kecuaian ini sekali gus boleh memberi kesan kepada maksud
ayat.

Berdasarkan permasalahan yang dibincangkan dapat
dirumuskan bahawa usaha memilih kosa kata bahasa Arab untuk
pembelajaran pelajar perlu diberi perhatian oleh semua pihak
berkepentingan. Sama ada di peringkat penggubalan kurikulum
mahu pun di peringkat pelaksanaan kurikulum di sekolah.
Sehubungan itu, kajian ini memfokus kepada penerokaan secara
mendalam dalam konteks pelaksanaan kurikulum berkaitan
pemilihan kosa kata bahasa Arab untuk pembelajaran bahasa
Arab Peringkat Menengah Rendah. Ini kerana pemilihan kosa kata
bahsa Arab berkait rapat dengan strategi pengajaran kosa kata
yang direncanakan.

LITERATUR KAJIAN

Prinsip Pemilihan Kosa Kata Dalam Konteks Pengajaran
Bahasa Arab

Menurut Silverman dan Hartranft (2015) dalam konteks pemilihan
kosa kata terdapat dua tujuan yang perlu diberi perhatian oleh

J u r n a l M e l e w a r | 66

guru bahasa, iaitu untuk menambahkan saiz atau bilangan kosa
kata pelajar (breath process) dan kosa kata untuk difahami dan
diingati (depth process). Ini kerana pengajaran yang berpandukan
teks semata-mata tanpa menekankan dua aspek tujuan pemilihan
tersebut akan menjadikan pelajar semakin melupakan kosa kata
yang telah dipelajari.

Madkur et al. (2010) menegaskan pemilihan kosa kata
yang sesuai akan dapat membantu guru menyampaikan kosa kata
kandungan di samping membantu pelajar memahami dan
mengingat kosa kata yang dipelajari dengan berkesan. Malah jika
pemilihan kosa kata yang dibuat secara rawak tanpa menentukan
had bilangannya akan menyukarkan pelajar mengikuti proses
pengajaran dan mengingat semula kosa kata yang telah dipelajari.

Secara prinsipnya, terdapat beberapa pertimbangan asas
yang dibincangkan oleh para sarjana dalam konteks pemilihan
kosa kata. Menurut Abdul Rahman Chik (1994) bahawa tidak ada
satu kayu ukur atau ketetapan khusus bagi memilih kosa kata
untuk pembelajaran bahasa. Hal ini kerana pelajar mempunyai
autonomi untuk mempelajari tanpa sempadan dan mengetahuinya
secara berterusan. Selain itu, asas pemilihan kosa kata turut
dikaitkan dengan kesukaran pelajar memahami kosa kata secara
tunggal atau dalam konteks ayat, kepayahan menyesuaikan
perkataan dalam konteks yang betul (Abduh 1984; Taᶜimah 1989)
dan kepadatan saiz kosa kata yang dipelajari (Abd Halim 2015;
Zainur Rijal et al. 2015) sewajarnya diberi perhatian oleh guru
bahasa Arab.

Di samping itu, Zainur Rijal et al. (2015) berpendapat
pemilihan kosa kata untuk pembelajaran hendaklah telus dan
berhati-hati mengikut kesesuaian strategi. Malah terdapat juga
pemilihan yang dibuat berdasarkan pertimbangan kriteria
pemilihan kosa kata tertentu (Abdul Rahman Chik 1994; Abdul
Bari 2011) dan prinsip-prinsip pemilihan kosa kata yang
ditetapkan.

Silverman dan Hartranft (2015) menggariskan beberapa
prinsip pemilihan kosa kata seperti berikut:

1. Kosa kata yang dipilih meluas dari segi
penggunaannya dalam pelbagai bidang dan dapat

J u r n a l M e l e w a r | 67

membantu pelajar memahami kosa kata yang dipelajari
dalam konteks yang berbeza ‘useful’
2. Kosa kata yang baharu dan perlu diketahui pelajar
‘known’
3. Kosa kata baharu
4. kosa kata yang telah dipelajari kerap berulang dalam
petikan yang dipelajari, berkait dengan tema,
kandungan mata pelajaran dan sering digunakan
dalam kehidupan pelajar. Ini kerana kekerapan dan
pengulangan dalam pelbagai konteks akan
melancarkan proses pengajaran guru dan membantu
pelajar memahami kosa kata yang dipelajari dengan
lebih berkesan.
5. Dari segi ketetapan kosa kata secara asasnya, Nation
(2013) mengesyorkan guru bahasa merujuk kepada
senarai kosa kata tertentu yang ditetapkan oleh
penggubal kuruikulum kerana penyenaraian kosa kata
dibuat berdasarkan jumlah kekerapan perkataan yang
terdapat dalam pelbagai sumber bahan pembelajaran
ataupun daripada senarai kekerapan kosa kata yang
telah dianalisis secara corpus dan dibuat berdasarkan
objektif khusus suatu modul atau sukatan pelajaran
tertentu. Menurut Benjamin dan Crow (2010) pemilihan
kosa kata berdasarkan senarai kosa kata yang tetap ini
dapat menjimatkan masa dan mengelakkan daripada
berlaku pertindanan perkataan semasa mengajar kosa
kata.

Abdul Rahman Chik (1994) berpendapat kosa kata yang
tinggi kekerapannya dalam penggunaan harian atau dikenali
sebagai (‫ )الشيوع‬merupakan kosa kata yang tersebar luas dan
banyak berulang dalam bahan pembelajaran. Selain itu, pemilihan
kosa kata juga boleh dilakukan berdasarkan tema atau tajuk serta
bagaimana kosa kata tersebut berkaitan antara satu sama lain
(Silverman dan Hines (2009), mengikut peringkat atau taksonomi
kognitif pelajar (Neuman dan Dwyer 2011) dan mengikut
keperluan semantik seperti makna perkataan sinonim dan
antonim, juga keperluan morfologi seperti penambahan kata di

J u r n a l M e l e w a r | 68

awal atau di akhir perkataan dan sebagainya serta mengajar kosa
kata untuk memahami teks (Baumann et al. 2003).

Selain itu, Madkur et al. (2010) mencadangkan pemilihan
kosa kata berdasarkan kriteria berikut, iaitu:

1. Memilih kosa kata yang konkrit berbanding kosa kata yang
abstrak

2. Memilih kosa kata yang aktif berbanding kosa kata yang
pasif

3. Memilih kosa kata mengikut fungsinya dalam ayat atau
petikan atau ‘function words’ dan tidak mengajar kosa kata
secara berasingan daripada ayat atau petikan atau
‘content words’.

Dalam konteks pendidikan bahasa Arab di Malaysia,
secara prinsipnya pemilihan kosa kata dibuat berdasarkan senarai
perkataan yang termaktub di dalam sukatan pelajaran tertentu.
Sebagai contoh berdasarkan sukatan pelajaran bahasa Arab
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menangah (KBSM), sebanyak
1500 patah perkataan asas dan 100 patah perkataan umum yang
perlu dikuasai pelajar untuk semua peringkat pembelajaran
bermula daripada tingkatan 1 hingga tingkatan lima di sekolah
menengah (KPM 2007; 2011). Guru bahasa Arab boleh merujuk
kosa kata yang disenaraikan dalam sukatan pelajaran yang
disediakan sebagai panduan untuk pengajaran dan pembelajaran
kosa kata bahasa Arab termasuklah di Peringkat Menengah
Rendah. Sungguhpun demikian, guru bahasa Arab digalakkan
memilih kosa kata tambahan yang lain selagi ia tidak bersalahan
dengan tema pelajaran yang digariskan (KPM 2007).

Sebagai contoh senarai kosa kata yang disusun
berdasarkan kata seerti dan kata berlawanan (Andi Kaswati 2011),
kosa kata yang disusun mengikut kata kerja dan sebanyak 7056
patah perkataan telah dihasilkan (Mohd Aziz 2011), Modul Tinta
Kauthar yang menyenaraikan 100 patah perkataan asas dalam
bahasa Arab (Azizah et al. 2004), dan Kamus Leksikal bahasa
Arab untuk pengajaran bahasa Arab di Asia Tenggara (Abdul
Rahman Chik 1994) dan sebagainya.

Dari segi penyediaan senarai kosa kata oleh guru sendiri,
Biemiller (2010) berpandangan bahawa penentuan kosa kata
untuk pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada

J u r n a l M e l e w a r | 69

kecenderungan dan jangkaan guru untuk memilih kosa kata
tersebut sebagai satu keperluan kepada seseorang pelajar.
Sehubungan itu, beliau menyarankan agar guru mengambil kira
aspek kematangan dan tahap pelajar terlebih dahulu sebelum
membuat pemilihan kosa kata dan memilih kosa kata mengikut
aras kesukaran dengan mengutamakan kosa kata yang mudah
berbanding kosa kata yang sukar.

Sebagai rumusan, perbincangan berkaitan aspek dan
prinsip pemilihan kosa kata yang dikemukakan akan dijadikan
panduan kepada penyelidik untuk meneruskan penerokaan
berkaitan faktor-faktor yang mendorong Guru Cemerlang untuk
memilih kosa kata bahasa Arab untuk pembelajaran pelajar
Peringkat Menengah Rendah.

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk:
1. Meneroka faktor yang mendorong Guru Cemerlang
Bahasa Arab memilih kosa kata untuk pembelajaran
Bahasa Arab Peringkat Menengah Rendah

PERSOALAN KAJIAN

1. Apakah faktor yang mendorong Guru Cemerlang Bahasa
Arab memilih kosa kata untuk pembelajaran Bahasa Arab
Peringkat Menengah Rendah?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini adalah kajian kualitatif dengan menggunakan reka
bentuk kajian kes pelbagai lapangan (multisite studies) (Merriam
2009; Yin 2010). Menurut Yin (2010) kajian kes merupakan kajian
penerokaan justeru ia boleh diselidik sebagai satu kes tersendiri
(unik) ataupun dalam beberapa kes yang hampir sama dalam satu
lokasi yang sama ataupun daripada beberapa lokasi berbeza
tetapi dapat difahami maknanya secara holistik. Teknik
pensampelan adalah secara pensampelan bertujuan dan peserta
kajian dipilih berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan seperti
Guru Cemerlang Bahasa Arab yang mengajar mata pelajaran
bahasa Arab di Peringkat Menengah Rendah. Peserta kajian
terdiri daripada tujuh Guru Cemerlang Bahasa Arab Peringkat

J u r n a l M e l e w a r | 70

Menengah Rendah. Data kajian dikumpulkan melalui temu bual
mendalam, pemerhatian tidak turut serta dan analisis dokumen.

Dalam konteks kajian ini, proses penganalisisan data
kualitatif melibatkan tiga jenis tadbiran data, iaitu data temu bual,
pemerhatian dan analisis dokumen. Sehubungan itu, proses
penganalisisan data akan dihuraikan mengikut proses pengutipan
data, dan terbahagi kepada tiga fasa, iaitu: fasa 1; proses analisis
semasa pengutipan data di lokasi kajian dan di luar lokasi secara
serentak, Fasa 2; proses analisis data dengan menfokus kepada
proses memberi makna pada data dan meletakkan label tertentu,
dan Fasa 3; proses analisis selepas pengutipan data
sebagaimana yang disarankan oleh Bazeley (2013).

Terdapat dua strategi telah digunakan penyelidik untuk
meningkatkan kebolehpercayaan dan kredibiliti data kajian, iaitu
pengesahan pakar bidang dan mendapatkan nilai pekali
persetujuan Kappa berdasarkan Analisis Indeks Cohen Kappa
(AICK) yang diperkenalkan oleh Jacob Cohen (1960). Dalam
kajian ini, pengesahan pakar bidang telah diperoleh daripada tiga
pakar, iaitu dua orang pakar kandungan dalam bidang pendidikan
bahasa Arab dan psikolinguistik bahasa Arab dan seorang pakar
bidang kualitatif. Selain itu, kebolehpercayaan data-data kualitatif
dalam kajian ini, ditentukan berdasarkan nilai persetujuan Cohen’s
Kappa. Ainon (2016) menjelaskan tujuan Analisis Indeks Cohen’s
Kappa (AICK) adalah untuk mendapatkan darjah persetujuan dari
inter-rater terhadap unit analisis tema atau konstruk yang dikaji.
Interater bermaksud persetujuan antara penilai, iaitu orang luar
yang mengesahkan pembinaan tema yang dilakukan penyelidik
sebagai penyelidik. Bernard dan Ryan (2010) berpendapat
kebolehpercayaan instrumen adalah sangat tinggi apabila nilai
persetujuan K yang diperoleh melebihi melebihi 0.80, manakala
nilai 0.70-0.79 adalah memadai. Dalam konteks kajian ini, nilai
pekali persetujuan yang diperoleh ialah 0.97.

J u r n a l M e l e w a r | 71

DAPATAN KAJIAN

Faktor Pendorong GCBA Memilih Kosa Kata Bahasa Arab
Untuk Pembelajaran Pelajar Peringkat Menengah Rendah

Secara umumnya, pemilihan kosa kata bahasa Arab yang
diamalkan peserta kajian adalah berpandukan dua sumber utama
kurikulum bahasa Arab, iaitu sukatan mata pelajaran dan buku
teks bahasa Arab Peringkat Menengah Rendah. Malah, peserta
kajian turut menyasarkan bahawa pemilihan kosa kata tersebut
dapat membantu pelajar menguasai kosa kata yang dipelajari
dengan baik dan bersistematik. Menurut peserta kajian,
“…Sasaran saya dalam memilih kosa kata dalam kalangan pelajar
tingkatan satu ini lebih kepada mereka ahh mesti menghafal lah
dan mengingat kosa kata-kosa kata yang telah kita pilih…” (P20:
TMB01, GCS, 70415) dan “…Faedah menghafal kalimah yang
dipilih dia biasanya dia boleh membantu pelajar untuk membina
ayat yang keduanya dia dapat membantu pelajar mengingat
cabang-cabang ilmu yang dia belajar…” (P12: TMB03, GCJ,
270815).

Namun begitu, hasil temu bual mendalam, proses
pemerhatian dan analisis dokumen yang dijalankan, terdapat
beberapa faktor yang mendorong peserta kajian memilih kosa
kata bahasa Arab untuk diajarkan kepada pelajar hingga turut
memperluaskan lagi batasan pemilihan kosa kata di luar daripada
skop sukatan mata pelajaran dan buku teks bahasa Arab
Peringkat Menengah Rendah yang ditetapkan. Faktor-faktor
tersebut adalah: 1) linguistik; aspek leksikal 2) kandungan;
merujuk kepada bebanan dari segi; a) sukatan yang banyak dan
b) buku teks yang padat dengan kosa kata dan kebolehbacaan
teks pembelajaran yang menyukarkan, 3) pentaksiran PT3, 4)
penghayatan; nilai beragama. Berikut dihuraikan perbincangan
berkaitan faktor-faktor yang telah dikenalpasti sebagai tema
utama sub topik ini:

Faktor linguistik; aspek leksikal

Faktor linguistik merujuk kepada isu-isu yang ditimbulkan berkait
rapat dengan unsur-unsur dalaman perkataan atau leksikal
menurut konteks linguistik. Antara unsur linguistik yang hangat
diperkatakan dan sering menjadi pertimbangan peserta kajian

J u r n a l M e l e w a r | 72

ketika memilih kosa kata bahasa Arab adalah; i) unsur fonik;
hubungkait bunyi tertentu dengan lambang tertentu. Seperti
menyebut kosa kata bahasa Arab mengikut tanda baris dan tanpa
baris ataupun tanda huruf, ii) unsur morfologi atau berkaitan
pembentukan perkataan seperti pengimbuhan (derivasi) dan
infleksi (tasrif fiᶜil), iii) unsur sintaksis pula dikaitkan dengan
perkataan berdasarkan maklumat tatabahasa yang ada padanya
seperti kata mufrad, muthanna dan jama’ dan sebagainya.
Biasanya kosa kata tersebut dipilih apabila berada dalam susunan
ayat ataupun pembelajaran Nahu. Contoh pemerhatian dan
dokumen yang menjelaskan pemilihan kosa kata berasaskan
faktor linguistik seperti unsur fonik. Guru memberi penekanan
tentang baris dan menyebut secara berulang kali perkataan yang
dipilih. Ia bertujuan untuk membantu pelajar menyebut dengan
betul mengikut tanda baris:

“…Aktiviti membaca ayat demi ayat berterusan mengikut
giliran pelajar secara individu. Sekali-sekala kedengaran
guru membetulkan sebutan dan bacaan pelajar. Contoh
sebutan yang dibetulkan adalah pada kesilapan menyebut
huruf yang perlu dibaca mad (panjang):

‫ موعد‬- ‫ في الطريق – بزيارة – في ساعة – ونباتات‬:‫معلمة‬

(P46: PM3, GCY, 40915)

Contoh pemerhatian yang menjelaskan unsur morfologi,
iaitu derivasi perkataan menjadi penekanan peserta kajian ketika
memilih kosa kata bahasa Arab yang diajarkan kepada pelajar dan
disebut semula oleh pelajar setelah selesai aktiviti merujuk
perkataan tersebut daripada kamus dan menulis perkataan
tersebut di dalam buku latihan secara berkumpulan:

“…Guru meminta pelajar daripada kumpulan lain untuk
menyebut perkataan tersebut. Zakuan membacakan
perkataan ‫ يبدأ – بدءا‬- ‫ بدأ‬dalam bentuk pola perkataan yang
berbeza beserta makna perkataan tersebut di dalam
bahasa Melayu, iaitu memulakan. Guru memuji Zakuan
kerana dapat mengemukakan jawapan dengan betul…”

(P36: PM2,GCZ, 50515)

J u r n a l M e l e w a r | 73

Manakala dokumen peserta kajian seterusnya adalah
contoh latihan kosa kata yang menekankan aspek nahu dan
contoh ‘Flashed Card’ peserta kajian yang dipaparkan kepada
pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran bertajuk Ismul
Isyarah. Terdapat perkataan yang ditulis secara berasingan dan
perkataan yang ditulis dalam konteks ayat yang menunjukkan
penggunaan kata ‘Ismul Isyarah’.

Gambar 4.1. Dok/GCS/latihan dan pembelajaran
kosa kata berkaitan tajuk nahu

Faktor kandungan

Faktor kandungan merujuk kepada kosa kata yang terdapat
dalam sukatan pelajaran Bahasa Arab KBSM dan buku
teks bahasa Arab KBSM untuk Peringkat Menengah
Rendah. Contoh temu bual dan analisis dokumen berkaitan
fenomena tersebut:

“…kalau kita merujuk kepada buku teks ya kalimah
asasiyah yang ada dalam buku teks katakan depan tu dia
ahh tidak semuanya menyentuh kepada tajuk mutalaah
yang kita ajar…”

(P23: TMB04, GCS, 20915)

Dokumen sokongan yang menjelaskan hanya terdapat
kosa kata tertentu sahaja untuk diajarkan:

“…Terdapat senarai kosa kata utama (20 perkataan; 10
kata nama dan 10 kata kerja) di muka surat 43. Namun,
hanya sebahagian daripada senarai kosa kata tersebut
sahaja yang dipersembahkan dalam teks pembelajaran…”

(P56: Dokumen GCBA Siti Solehah.docx - 56:1)

J u r n a l M e l e w a r | 74

Berikut contoh temu bual dan analisis dokumen berkaitan
isi kandungan sukatan pelajaran bahasa Arab yang
membebankan dan menyukarkan mereka memberi tumpuan
kepada keseluruhan tajuk dan menghabiskannya sebagaimana
yang ditetapkan:

“…kalau kita tengok sukatan pemilihan kosa kata tu
memang banyak jadi saya lebih kepada mustawa
pelajar…”

(P23: TMB04, GCS, 20915)

Terdapat senarai perkataan (20 kosa kata utama) yang
wajib dipelajari dan diketahui serta dikuasai pelajar pada muka
surat 167. Ia juga merupakan senarai kosa kata yang terdapat
dalam sukatan pelajaran yang disenaraikan mengikut tema
pelancongan (P 8: Dokumen Nuraini.docx - 8:22 [Buku teks (ms
167-169))

Faktor kandungan buku teks bahasa Arab KBSM turut
dikaitkan dengan faktor kepadatan saiz dan kebolehbacaan teks
yang dipelajari daripada buku teks tersebut. Berikut merupakan
contoh temu bual yang memperkatakan isu tersebut:

“…Pada pendapat saya kosa kata bahasa Arab yang ada
sekarang ni ahh.. agak sesuai lah. Ok…Cumanya dia
kadang-kadang bila dia diolah dalam buku teks tu diolah
dalam ahh..diolah dalam nas ataupun teks yang agak
panjang ok.. bila teks tu agak panjang jadi pelajar hilang
fokus pada kosa kata yang kita hendak tekankan... sebab
terlampau banyak perkataan…”

(P24: TMB01, GCA, 240215)

“…kosa kata yang ada dalam buku teks pada awalnya
kalau kita tengok dia lebih banyak terdapat perkataan yang
sukar…”

(P20: TMB01, GCS, 70415)

J u r n a l M e l e w a r | 75

“…buku teks ni banyak sangat perkataan dia ok. Jadi kalau
kita nak terangkan semua perkataan dalam ahh apa teks
yang memang ada dalam buku teks tu memang tak dapat
lah…”

(P25: TMB02, GCA, 130515)

Faktor Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)

Salah satu faktor pendorong kepada strategi pemilihan kosa kata
bahasa Arab yang dilakukan lebih mencerminkan kosa kata yang
berorientasikan pentaksiran. Contoh temu bual dan pemerhatian
adalah sepertimana berikut:

“…perkataan-perkataan tersebut boleh membantu pelajar
untuk memahami untuk menjawab dan diaplikasikan
dalam apa dalam jawapan mereka dalam peperiksaan
awam ataupun peperiksaan sekolah…”

(P10: TMB01, GCJ,080415)

“…saya pilih kosa kata yang pelajar akan guna kerana
itulah yang akan dijuruskan dalam peperiksaan PT3 kan…”

(P16: TMB01, GCY, 090415)

“…Kemudian guru meminta pelajar membina ayat
berdasarkan perkataan ‫ نستريح‬dengan mengaitkan contoh
ungkapan yang akan dibina pelajar dengan format soalan
PT3 seterusnya guru memberi situasi berkaitan ungkapan
yang perlu diucapkan secara spontan, iaitu beritahu
kepada guru kami hendak berehat di surau…”

(P29: PM1, GCH, 260215)

J u r n a l M e l e w a r | 76

Faktor Keagamaan

Faktor keagamaan dikaitkan dengan pemilihan kosa kata

yang diajarkan dapat memberi manfaat dan dihayati dalam

kehidupan pelajar yang beragama Islam. Contohnya peserta
kajian GCY menyatakan bahawa, “saya mengharapkan pelajar-

pelajar saya akan meneruskan bahasa Arab dia untuk form four

dan seterusnya jauh lebih daripada itu, kalau pada saya lah dari
segi ibadah lah” (P16: TMB01, GCY, 090415) dan dapat

memahami makna perkataan dalam ibadat solat dan membaca al-
Quran, “memahami konsep ibadah terutamanya solat apabila

mereka menguasai bahasa Arab ini dan jugak akan memahami
sedikit sebanyak al-Quran” (P16: TMB01, GCY, 090415). “kita

minta pelajar biasa lah kalau kita ni orang Islam. Kita nak kaitkan

juga dengan al-Quran. Perkataan yang kamu jumpa cuba cari
maknanya dari al-Quran” (P18: TMB01,GCZ, 310315).

RUMUSAN DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian merumuskan bahawa terdapat beberapa
faktor yang dikenal pasti menjadi dorongan kepada kesemua
GCBA memilih kosa kata bahasa Arab untuk pembelajaran
bahasa Arab PMR. Jadual 1.0 di bawah menjelaskan faktor
pendorong ketujuh-tujuh GCBA memilih kosa kata bahasa Arab
untuk pembelajaran bahasa Arab PMR secara analisis
perbandingan seperti berikut:

J u r n a l M e l e w a r | 77

Jadual 1.0 Faktor Pendorong GCBA Memilih Kosa
Kata Bahasa Arab Untuk Pembelajaran
Peringkat Menengah Rendah Secara
Analisis Perbandingan

Peserta Kajian GCN GCH GCS GCZ GCJ GCA GCY
(1) (2) (3) (4) (5) (6) (7)
Faktor Linguistik / / / / / / /
FaktorKandungan: / / / / / / /
-Sukatan pelajaran
-Buku teks // / / / / /
Faktor Pentaksiran x/ / / x / /
Faktor Keagamaan

PERBINCANGAN

Dapatan kajian merumuskan bahawa terdapat empat faktor yang
mendorong peserta kajian memilih kosa kata bahasa Arab untuk
diajarkan kepada pelajar di Peringkat Menengah Rendah, iaitu
faktor linguistik, faktor kandungan, faktor pentaksiran, dan faktor
keagamaan.

Dapatan kajian merumuskan bahawa GCBA memilih kosa
kata bahasa Arab berdasarkan maklumat linguistik pada sesuatu
perkataan. Antara aspek linguistik yang dikenal pasti adalah
seperti maklumat fonetik yang berupa bunyi sebutan mengikut
tanda baris, maklumat nahu yang terdapat dalam struktur ayat dan
penggolongan perkataan seperti mufrad, muthanna dan jamak,
dan maklumat morfologi seperti imbuhan pada perkataan.
Pemilihan bentuk kosa kata seumpama ini dibuat adalah bertujuan
untuk membantu pelajar memahami makna kosa kata yang
dipelajari, membantu mereka menyebut kosa kata dengan betul
serta mengelakkan mereka terkeliru atau tersalah sebutan apabila
dibacakan kosa kata tersebut tanpa baris. Akmajian (1995)
berpendapat maklumat yang dikod dalam sesuatu kata merujuk
kepada beberapa subbidang linguistik seperti maklumat fonologi,
maklumat morfologi, maklumat sintaksis, maklumat semantik, dan
maklumat pragmatik. Dalam konteks bahasa Arab, setiap huruf al-
Hija’ disebut mengikut susunan makhraj dan susunan abjad.
Manakala setiap perkataan bahasa Arab pula mengandungi
kesatuan bunyi yang jelas bentuk baris harakah dan baris yang

J u r n a l M e l e w a r | 78

abstrak di mana pengecaman bunyi dapat dikesan melalui
pendengaran. Bunyi konsonen pula perlu disebut dengan tepat
mengikut jeda, intonasi dan tekanan serta hanya dapat dikenal
melalui pendengaran sahaja. Dan proses ini merupakan asas
kepada pembelajaran kosa kata bahasa Arab dengan
mengutamakan aspek fonetik sebelum diajarkan aspek membaca
perkataan bahasa Arab (Mohd Zaki & Che Radiah 2010). Malah
pembentukan makna kosa kata bahasa Arab bergantung pada
tanda baris yang terdapat pada perkataan bahasa Arab walaupun
mempunyai ejaan yang sama.

Selain itu, Asmah (1992) menjelaskan bahawa bahasa
Arab tergolong dalam bahasa infleksi, iaitu mempunyai gabungan
ciri-ciri distingtif dari segi semantik dalam satu ikatan yang tunggal
atau dalam bentuk terikat yang bersatu dengan padunya. Sebagai
contoh dari segi morfologinya, kosa kata bahasa Arab mempunyai
ciri-ciri perubahan dalaman sama ada perubahan mengikut masa,
aspek jumlah, genus dan lain-lain secara serentak. Sehubungan
itu, dalam konteks pemilihan kosa kata bahasa Arab aspek
penyebatian unsur makna dan fizikal perkataan secara bersepadu
amat perlu diambil kira kerana struktur luaran perkataan yang
dipilih boleh melambangkan sesuatu makna.

Faktor bebanan kandungan sukatan pelajaran bahasa
Arab KBSM Peringkat Menengah Rendah turut menjadi punca
kepada pemilihan kosa kata bahasa Arab Peringkat Menengah
Rendah. Perkara ini dikaitkan dengan banyaknya bilangan kosa
kata yang perlu dikuasai oleh pelajar untuk satu-satu tempoh
pembelajaran dan kandungan tajuk pelajaran yang banyak. Nation
(2013) berpendapat kepadatan kosa kata yang terdapat dalam
sukatan mata pelajaran dikaitkan dengan saiz kosa kata yang
diperlukan oleh seseorang pelajar mengikut tahap pembelajaran.
Malah penentuan saiz bilangan kosa kata tersebut turut
mengambil kira beberapa aspek yang lain seperti tema mata
pelajaran, persembahan penulisan bahan akademik yang
berasaskan senarai kosa kata yang telah disediakan.

Begitu juga, faktor kepadatan saiz kosa kata di dalam buku
teks bahasa Arab turut memberikan sedikit tekanan kepada
peserta kajian apabila faktor ini dikaitkan dengan aspek
kebolehbacaan teks pembelajaran bahasa Arab. Hal ini,
mendesak peserta kajian untuk memilih kosa kata di luar skop

J u r n a l M e l e w a r | 79

sukatan dan buku teks yang ditetapkan. Malah terdapat segelintir
peserta kajian yang terpaksa mengolah semula kosa kata bahasa
Arab yang terdapat dalam buku teks yang digunakan itu kepada
bentuk yang lebih mudah dari segi struktur perkataannya.

Harison (2010) berpendapat guru boleh mempelbagaikan
cara untuk memastikan teks yang dipilih dapat membantu pelajar
memahami maklumat yang dibaca. Disebabkan guru tiada pilihan
untuk memilih teks pembelajaran yang sesuai dengan
kemampuan bahasa pelajar, justeru mereka boleh membuat
penyesuaian seperti meringkaskan persembahan bahasa teks
dengan ayat-ayat atau frasa-frasa yang lebih mudah difahami
pelajar. Walau bagaimanapun Young (1999) berpendapat adalah
penting bagi seseorang guru bahasa mempunyai sedikit sebanyak
pengetahuan strategi pemilihan teks dan pengubahsuaian teks
yang sesuai dengan kemampuan bahasa pelajar. Kajian Oh
(2001) mendapati bahawa pengubahsuaian teks tidak boleh
diselaraskan merentas pelajar tetapi bergantung kepada tahap
kemampuan bahasa kedua pelajar serta pengetahuan sedia ada
pada mereka. Selain itu, Fry (1977) mencadangkan formula
kebolehbacaan yang dikenali sebagai Graf fry sebagai salah satu
cara yang paling mudah untuk menentukan tahap kebolehbacaan
sesuatu teks (Harison 2010). Berdasarkan Graf Fry kesukaran
sesuatu teks diukur berdasarkan panjangnya ayat dan bilangan
suku kata yang terkandung dalam sesuatu teks.

Dapatan kajian ini didapati selaras dengan kajian Aisah
(2012) yang menunjukkan bahawa teks bahasa Arab yang
panjang lebih sukar difahami berbanding dengan teks yang
pendek ataupun mengandungi bilangan kosa kata yang sedikit.
Walau bagaimanapun, terdapat pandangan yang bertentangan
terhadap penggunaan formula kebolehbacaan ini di mana guru
bahasa perlu melihat formula tersebut sebagai satu interaksi di
antara teks dan kebolehan kognitif pelajar (Harison 2010). Ini
kerana tahap kebolehbacaan merupakan kriteria fizikal sesebuah
teks bacaan. Sedangkan keupayaan pelajar memahami dan
mempelajari sesebuah teks itu banyak bergantung kepada
kebolehan pelajar untuk memproses dan membuat perhubungan
yang bersesuaian di antara pelbagai konteks yang terdapat dalam
teks yang dibaca (McNamara et al. 1996).

J u r n a l M e l e w a r | 80

Di samping itu, GCBA turut menyatakan rasa terkilan dan
ketidakpuasan hati apabila kosa kata utama yang dicadangkan
dalam sukatan tersebut tidak digunakan secara kerap dan meluas
dalam teks pembelajaran. Malah latihan pembelajaran kosa kata
yang terdapat dalam buku teks juga dikatakan tidak selaras
dengan format pentaksiran PT3 terkini. Sedangkan buku teks
bahasa Arab ini merupakan rujukan utama kesemua GCBA dan
kosa kata utama yang perlu dipelajari dan dikuasai oleh pelajar
sepatutnya perlu diulang kekerapannya secara meluas di dalam
buku teks tersebut termasuklah di dalam konteks latihan
pembelajaran kosa kata. Dalam hal ini, Koda (2005) berpendapat
bahawa amat penting bagi seseorang guru bahasa menentukan
teks bacaan yang dipilih mengandungi 95% perkataan yang boleh
dikenal pasti oleh pelajar.

Dapatan kajian berkaitan pemilihan kosa kata bahasa Arab
yang berorientasikan pentaksiran ini selaras dengan kajian
Habibah (2015) yang menjelaskan bahawa amalan pengajaran
yang berorientasikan pentaksiran ini sentiasa beriringan dalam
bilik darjah di awal, semasa dan di akhir sesi. Antaranya guru
bahasa Arab sering menganalisis tajuk-tajuk soalan peperiksaan
awam lepas untuk mengajar karangan bahasa Arab. Dalam
konteks kajian ini, GCBA dilihat memilih kosa kata bahasa Arab
yang dikenal pasti sering keluar dalam pentaksiran PT3 dan kosa
kata yang dapat membantu pelajar menjawab soalan peperiksaan
awam. Keselaran dapatan kajian ini dilihat dari segi amalan
menganalisis soalan peperiksaan untuk tujuan pengajaran dan
pembelajaran kosa kata bahasa Arab. Reynolds et al. (2006)
menjelaskan bahawa pentaksiran perlu seiring dan disepadukan
dengan pengajaran dan pembelajaran. Namun fokus tumpuan
kepada pentaksiran sama ada dilakukan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran ataupun pentaksiran selepas
pembelajaran adalah berbeza mengikut pertimbangan guru dan
kesesuaian dengan peruntukan masa.

Faktor keagamaan turut dikaitkan dengan pemilihan kosa
kata bahasa Arab dari segi amalan dan penghayatan. Dapatan
kajian ini didapati selaras dengan kajian Nurul Hudaa (2014) yang
menjelaskan bahawa kosa kata ‘adad wal ma’dud sangat lazim
dan banyak terdapat dalam ibadat orang Islam seperti dalam lafaz
solat, ayat al-Quran dan Hadith dan sebagainya. Beliau
menyarankan agama guru bahasa Arab boleh memanfaatkan

J u r n a l M e l e w a r | 81

aspek tersebut sebagai salah satu cara untuk memahamkan
penggunaan kosa kata tersebut dalam pelbagai konteks. Malah,
dapatan kajian ini turut disokong oleh dapatan kajian Rosni dan
Zainur Rijal (2006) yang mendapati kepentingan dan
kesignifikanan bahasa Arab sebagai matlamat agama Islam itu
sendiri telah menjadi dorongan utama kepada guru yang mengajar
bahasa Arab di samping meletakkan kurikulum sebagai matlamat
yang seterusnya.

RUMUSAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

Dapatan kajian merumuskan bahawa terdapat empat faktor yang
mendorong GCBA memilih kosa kata bahasa Arab untuk
pembelajaran pelajar Peringkat Menengah Rendah, iaitu: 1)
linguistik; pemilihan berasaskan aspek leksikal 2) kandungan;
merujuk kepada bebanan dari segi; a) sukatan yang banyak dan
b) buku teks yang padat dengan kosa kata dan kebolehbacaan
teks pembelajaran yang menyukarkan, 3) faktor pentaksiran PT3,
4) faktor keagamaan; nilai beragama. Keempat-empat faktor
tersebut, dibahagikan kepada dua kategori, iaitu faktor luaran dan
faktor dalaman. Faktor luaran dikaitkan dengan unsur linguistik
perkataan yang pelbagai dan rencam serta kandungan mata
pelajaran bahasa Arab KBSM Peringkat Menengah Rendah yang
membebankan dan menyukarkan. Faktor dalaman pula dikaitkan
dengan pentaksiran (PT3) dan penghayatan kepada nilai
beragama. Oleh itu dapat difahami bahawa:

1. Bagi membantu pelajar menguasai kosa kata bahasa
Arab yang diajarkan, pemilihan kosa kata bahasa
Arab hendaklah mengambil kira dua faktor utama
iaitu faktor luaran dan faktor dalaman. Faktor luaran
dikaitkan dengan unsur linguistik perkataan yang
pelbagai dan rencam serta kandungan mata
pelajaran bahasa Arab KBSM Peringkat Menengah
Rendah yang membebankan dan menyukarkan.
Faktor dalaman pula dikaitkan dengan pentaksiran
(PT3) dan penghayatan kepada nilai beragama
tersebut. Hal ini kerana faktor luaran boleh disifatkan
sebagai satu cabaran kepada peserta kajian
mengurus kosa kata yang pelbagai dan banyak.
Manakala faktor dalaman pula dilihat sebagai satu
peluang dan harapan kepada peserta kajian yang

J u r n a l M e l e w a r | 82

mengimpikan sebuah kejayaan yang cemerlang dan
bermakna pada para pelajarnya sama ada di dalam
pentaksiran PT3 ataupun dalam kehidupannya
sebagai hamba kepada yang Maha Pencipta.

2. Guru bahasa Arab perlu mempertimbangkan
pelbagai sumber rujukan dan konteks pemilihan kosa
kata bahasa Arab untuk diajarkan kepada pelajar
terutamanya di peringkat permulaan.

3. Penguasaan kosa kata pelajar haruslah meluas dan
tidak terhad kepada kosa kata yang terdapat dalam
kandungan buku teks dan senarai utama yang
terdapat dalam Sukatan Pelajaran semata-mata. Ini
kerana pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa
asing di Malaysia akan lebih bermakna jika kosa kata
yang dikuasai adalah pelbagai dan digunakan dalam
pelbagai konteks kehidupan sebenar.

4. Aspek saiz kosa kata kandungan bahasa Arab
Peringkat Menengah Rendah perlu disemak semula
dan dimurnikan kerana ia menyukarkan guru bahasa
Arab untuk mengajarkannya. Malah kepadatan saiz
kosa kata dalam buku teks pembelajaran bahasa
Arab mendorong GCBA memilih kosa kata di luar
daripada buku teks bahasa Arab yang ditetapkan
kerana kosa kata yang disenaraikan di dalam
sukatan mata pelajaran tersebut dipersembahkan
dalam konteks penulisan buku teks.

5. Secara umumnya asas pemilihan kosa kata bahasa
Arab ini memenuhi segala keperluan kehidupan
pelajar secara seimbang sebagai seorang pelajar
yang mengimpikan sebuah kejayaan yang
cemerlang dan bermakna di dalam pentaksiran PT3
dan sebagai hamba kepada penciptanya. Justeru,
dapatan kajian ini wajar dijadikan panduan kepada
guru bahasa Arab untuk memilih kosa kata bahasa
Arab untuk pembelajaran pelajar Peringkat
Menengah Rendah.

J u r n a l M e l e w a r | 83

RUJUKAN

Abd Halim Mohamad. (2015). Konsep Pemilihan Kosa Kata dalam
Pembelajaran Bahasa: satu Kajian ke atas Buku Teks Bahasa
Arab Tahun 1. Prosiding Persidangan Kebangsaan Bahasa Arab
(NCAL 2015): 211-217.

Abduh Daud.(1984). Dirᾱsah fil ҅ilmi lughah al-Nafse. Kuwait. Universiti
Kuwait.

Abdul Bari, S. M. (2011). Strategies of Teaching Vocabulary. Amman:
Darul Masirah li Nasyri wa Tauzi’.

Abdul Hakim Abdullah, Ab. Aziz Sulaiman & Wan Ismail Wan Abdullah.
(2015). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Motivasi Terhadap
Pembelajaran Bahasa Arab. Jurnal Islam dan Masyarakat
Kontemporari, (10): 105- 121.

Abdul Halim. (2009). Tahap komunikasi dalam bahasa Arab dalam
kalangan pelajar sarjana muda bahasa Arab di IPTA Malaysia.
Journal of Islamic and Arabic Education 1(1): 1-14.

Abdul Rahman & Haron Daud. (2008). Sulalat-Us-Salatin (Sejarah
Melayu): Cerakinan Sejarah, Budaya, Dan Bahasa. Pulau
Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Abdul Rahman Chik.(1994). Maāyir al-tahakkum fi al-alfaz fi ta’lim al-
arabiyyah li al-mujtama’t al-Islamiyyah fi Janub Sharq Asiya.
Tesis Dr. Fal, Universiti Iskandariah.

Abdul Razif Zaini. (2015). Penguasaan kosa kata bahasa Arab dalam
kalangan pelajar Melayu di peringkat kolej Universiti. Tesis Dr.
Fal, Fakulti Bahasa dan Lingusitik, Universiti

Ainon Wazir. (2016). Pengetahuan pedagogi isi kandungan guru Bahasa
Arab sekolah rendah. Tesis Dr. Fal, Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Aisah Hasmam. (2012). Teks pembelajaran untuk latihan kemahiran
mendengar bahasa Arab peringkat permulaan. Tesis Sarjana,
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Akmajian, Adrian. (1995). Linguistik: Pengantar Bahasa dan Komunikasi.
Terj. Aishah Mahdi & Azizah Hussien. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Ali Iqbal. (2013). Aplikasi strategi hafalan mufradat dan jumlah mufidah
bahasa Arab terbimbing dalam meningkatkan keterampilan
menterjemah. Tesis Sarjana, Pendidikan Ilmu Agama,
Yogjakarta. Indonesia.

Amiryousefi, M. & Ketabi, S. (2011). Mnemonic Instruction: A Way to
Boost Vocabulary Learning and Recall. Journal of Language
Teaching and Research:178-182.

Asif, Achmad. (2010). Pengaruh Penguasaan Qawa’id dan Mufradah
terhadap Kemampuan Menulis Teks Bahasa Arab pada Pelajaran
Bahasa Arab Kelas XII Jurusan Bahasa Madrasah Aliyah
Futuhiyyah 1 dan 2 Mranggen. Tesis Sarjana, Institut Agama
Islam Negeri (IAIN) Walisongo, Semarang.

J u r n a l M e l e w a r | 84

Asmah Haji Omar. (1992). Aspek Bahasa dan Kajiannya. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka

Azharudin Ahmad Zakaria. (2005). Penggunaan buku teks dalam
pengajaran bahasa Arab di Sekolah Rendah Agama: satu kajian
kes. Disertasi Sarjana, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti
Malaya.

Azizah Ramli. (2014). Modul Tinta Kauthar. Sekolah Menengah
Kebangsaan Dato’ Syed

Baumann, J.F., Edwards, E. C., Boland, E. M., & Olejnik, S. (2003).
Vocabulary tricks: Effects of instruction in morphology and context
on fifth-grade students‟ ability to derive and infer word meanings.
American Educational Research Journal (40): 447-494.

Bazeley, Pat. (2013). Qualitative Data Analysis: Practical Strategies.
London: Sage Publications Ltd.

Benjamin, A. & Crow, J. T. (2010). Vocabulary at the Center. Larchmont:
Eye On Education.

Che Radiah Mezah. 2009. Kesilapan Leksikal dalam Pembelajaran
Bahasa Arab. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Che Radiah Mezah & Norhayuza Mohamad. 2013. Kosa Kata Teori dan
Aplikasi. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Creswell, J.W. (2009). Research Design: Qualitative, Quantitative and
Mixed Method Approaches. Thousand Oaks: SAGE Publications.

Dewi, Ika Sari. (2014). Pengaruh Strategi Pembelajaran Mnemonic Dan
Kreativitas Terhadap Kemampuan Mengingat Mahasiswa
Fakultas Psikologi Universitas Sumatera Utara. Tesis Sarjana,
Universiti Medan.

Ghazali Yusri Abd Rahman & Ahmad Salleh. (2006). Kemahiran menulis
tulisan arab di kalangan pelajar-pelajar UITM: kelemahan dan
cara mengatasinya. Laporan Penyelidikan Akademi, Pengajian
Bahasa, Universiti Teknologi MARA.

Habibah Mat Rejab. (2015). Amalan Pentaksiran Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Insya’ Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Tesis
Dr. Fal, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Hamid Norni Hamid. (2014). Kajian bentuk-bentuk kesilapan karangan
bahasa Arab murid tingkatan enam Sekolah Menengah Arab laki-
laki Hasanal Bolkiah, Brunei Darussalam. Tesis Sarjana, Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Harison Mohd Sidek. (2010). Bahasa Kedua Perbezaan, Individu dan
Literasi. Nilai: Universiti Sains Malaysia.

Harun Baharudin & Zawawi Ismail. (2014). Vocabulary Learning
Strategies and Arabic Vocabulary Size among Pre-University
Students in Malaysia. International Education Studies, Vol. 7 (13):
219-226.

Kamarulzaman Abd Ghani. (2011). Kebolehbacaan buku teks Bahasa
Arab Tinggi Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan
Agama. Tesis Dr. Fal, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

J u r n a l M e l e w a r | 85

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2007). Sukatan Pelajaran Bahasa
Arab Tingkatan Satu. Putrajaya: Bahagian Perkembangan
Kurikulum.

Kementerian Pelajar Malaysia. (2011). Dokumen Standad bahasa Arab
Tahun Dua. Putrajaya: Bahagian Perkembangan Kurikulum.

Koda, K. (2005). Insights into Second Language Reading. A Cross-
Linguistic Approach. New York: Cambridge University Press.

Madkur Ali Ahmad, Rusydi Ahmad Taᶜimah & Iman Ahmad Hariri.
(2010). Al-Marja’ Manahij Takrif’lim Al-Lughah Al-Arabiyyah Lin
natiqiin bi al-Lughah Ukhra. Kaherah: Darul Fikri Arabi.

McNamara, D. S., Baker, S. C, Clement, R. & Donovan, L.A. (1996). Are
good texts always better? Interaction of text coherence,
background knowledge, and levels of understanding ini learning
from text. Cognition and Intruction Vol. 14 (1):1-43.

Merriam, S. B. (2009). Qualitative Research. San Francisco: John Wiley
& Sons, Inc.

Mohammad Seman & Mohd Zuhir Abdul Rahman. (2006). Strategi
penilaian pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur
bahasa Arab. Dlm. Mohd Rosdi Ismail & Mat Taib Pa (pnyt.).
Pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia, hlm. 89-
106. Universiti Malaya.

Mohd Aziz Ramli. (2011). Kamus Al Aziz. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn
Bhd.

Mohd Khairil Hanif dan Ab. Halim. (2014). Tahap kekerapan dan
kepadatan kosa kata buku teks bahasa Arab sekolah rendah.
Jurnal Pendidikan Bitara UPSI. Vol. 7: 1394-7176

Mohd Shahrizal Nasir, Mohd Firdaus Yahaya, Muhammad Sabri Sahrir.
(2016). Tinjauan persepsi pembelajaran bahasa Arab untuk
tujuan ibadah sebagai satu keperluan bagi masyarakat muslim
awam di Malaysia. Asia Pasific Journal of Educators and
Education, 30 (1): 51-72.

Mohd Zaki Abd Rahman & Che Radiah Mezah. (2010). Ciri-ciri Bahasa
Arab Fonetik, Morfologi & Sintaksis. Serdang: Universiti Putra
Malaysia.

Muhammad Hafiz Bakar. (2009). Keberkesanan kaedah permainan
bahasa dalam mempertingkatkan penguasaan kata kerja al-
mudari’ dalam kalangan pelajar. Tesis Sarjana, Fakulti Bahasa
dan Lingusitik, Universiti Putra Malaysia.

Nation, I.S.P. (2013). Learning vocabulary ini another Language. United
Kingdom: Cambridge University Press.

Nation, I.S.P. dan Waring, R. (2011). Vocabulary size, text coverage and
word lists. Dlm. Norbert Schmitt & Michael McCarthy (pnyt.).
Vocabulary Description, Acquisition and Pedagogy, hlm. 6-20.
United Kingdom: Cambridge University Press.

Neuman, S. B. & Dwyer, J. (2011). Developing vocabulary and
conceptual knowledge for low-income preschoolers: A design
experiment. Journal of Literacy Research, 43(2): 103-129.

J u r n a l M e l e w a r | 86

Nik Mohd Rahimi Nik Yusof & Kamarulzaman Abd Ghani. (2008).
Penggunaan alat bantu mengajar dan hubungannya dengan
pencapaian kemahiran mendengar bahasa Arab. Jurnal
Teknologi, Universiti Teknologi Malaysia, 49(E): 141- 154.

Nik Mohd Rahimi Nik Yusof, Zahriah Husin & Wan Normezah. (2014).
Pembelajaran kosa kata bahasa Arab secara aturan kluster
semantik dan aturan kluster bebas. 67(1): 33–38
www.jurnalteknologi.utm.my. [15 Oktober 2014].

Nurul Hudaa Hassan. (2014). Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan
Bagi Ism-Al-A’dad Wa Al-Ma’dud Dalam Kalangan Guru Bahasa
Arab Sekolah Menengah. Tesis Dr. Fal, Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rahman Arif. (2013). Influence of singing method usage ini increasing
Arabic vocabulary mastery (Kuasi-eksperimental study). Thesis
Arabic, Faculty of Language and Arts Education, Indonesia
University of Education.

Reynolds, C. R., Livingston, R. B., & Willson, V. (2006). Measurement
And Assessment Ini Education. United States of America:
Pearson Education USA.

Richards, J. (1990). Language Teaching Matrix. Cambridge: Cambridge
University Press.

Rosni Samah. (2013). Kaedah Pengajaran Kosa Kata Bahasa Arab
untuk Pelajar Bukan Arab. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.

Silverman R.D & Hartranft A.M. 2015. Developing Vocabulary and Oral
Language in Young Children. New York: The Guilford Press.

Silverman, R. D. & Hines, S. (2009). The effect of multimedia enhanced
instruction on the vocabulary of English language learners and
non-English language learners in pre-kindergarten through
second grade. Journal of Educational Psychology, 101(2): 305-
314.

Siti Sukainah Che Mat & Melor Md. Yunus. (2014). Attitudes and
Motivation Towards Learning English Among FELDA School
Students. Australian Journal of Basic and Applied Sciences. 8 (5):
1-8.

Taᶜimah, Rusydi Ahmad. (1989). Al Usus al-ᶜAmmah li Manahij Ta’lim al-
Lughah al-ᶜArabiyyah. Kaherah: Darul Fikri al-Arabi.

Yin, R. K. (2010). Qualitative from Start to Finish. The Guilford Press.
New York.

Young, D. J. (1999). Lingusitic simplification of reading metarial: Effection
instructional practice?. The Modern Language Journal, Vol. 83(3):
350-366.

Zahriah Hussin. (2011). Perbandingan Pengajaran dan Pembelajaran
Perbendaharaan Kata Bahasa Arab mengikut Kluster Semantik
dan Kluster Bebas. Tesis Sarjana, Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Zainur Rijal Abdul Razak, Rosni Samah, Muhammad Fauzi Jumingan &
Mohd Shahriman Abu Bakar. (2015). Kosa kata penting di

J u r n a l M e l e w a r | 87

peringkat STAM: Analisis Korpus dalam buku teks. Sains
Humanika, volume 5 (1): 43-49.
Zamri Mahamod. (2007). Psikolinguistik dalam Pengajaran dan
Pemerolehan Bahasa Pertama dan Kedua. Shah Alam: Karisma
Publications Sdn Bhd.
Zheng, S. (2012). Studies and Suggestions on English Vocabulary
Teaching and Learning. English Language Teaching, volume 5
(5): 129-139.

J u r n a l M e l e w a r | 88

Sikap klien dalam Proses Pembentukan Ikatan
Kerjasama Semasa Sesi Kaunseling

Chua Lay Nee, Ph.D
Norliza binti Abdul Razak

Faizah binti A. Karim
Nurciana binti Nasaruddin
Noor Azzam binti Abdul Rahim
IPG Kampus Raja Melewar

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sikap klien dalam
proses pembentukan ikatan kerjasama semasa sesi kaunseling
daripada perspektif klien. Peserta kajian terdiri daripada enam
orang klien yang telah menjalani sesi kaunseling sekurang-
kurangnya empat kali sesi dengan seorang kaunselor yang sama.
Kajian ini merupakan kajian kes yang menggunakan pendekatan
kualitatif dalam pengumpulan data. Alat pengukuran bagi tujuan
mengumpul data adalah dengan menggunakan Protokol Temu
Bual Sesi Kaunseling Klien. Data yang diperoleh dianalisis secara
manual dan dibantu melalui perisian Atlas.ti (v8). Data kualitatif
daripada dapatan kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa
elemen sikap klien telah menyumbang kepada memperkasakan
ikatan kerjasama semasa sesi kaunseling. Ikatan kerjasama yang
terbentuk antara klien dan kaunselor sepanjang proses kaunseling
dijalankan adalah adalah merangkumi elemen matlamat, tugasan
dan hubungan. Penemuan kajian ini menunjukkan bahawa
elemen sikap klien telah memainkan peranan yang sangat penting
dalam pembentukan ikatan kerjasama semasa sesi kaunseling
kali ketiga dan kali keempat dijalankan.

Kata kunci: Sikap, Ikatan kerjasama, proses kaunseling, klien

J u r n a l M e l e w a r | 89

PENGENALAN

Kini perkhidmatan kaunseling menjadi satu perkhidmatan yang
amat penting dalam era menuju ke arah sebuah negara maju.
Perkhidmatan kaunseling wujud dalam usaha manusia mencari
jalan keluar agar individu memperoleh kesejahteraan dan celik
akal dalam menghadapi cabaran serta mencari jalan
penyelesaian. Perkhidmatan kaunseling meliputi pelbagai aspek
utama yang ditawarkan kepada klien, antaranya adalah
kaunseling individu.

Merujuk kepada Akta Kaunselor 580 (1998), kaunselor
ertinya seseorang yang mengadakan perkhidmatan kaunseling
bagi suatu fi yang ditetapkan atau apa-apa balasan. Kaunseling
pula adalah suatu proses interaksi, satu aplikasi kesihatan mental
dan sistematik untuk membantu yang melibatkan perhubungan
antara seorang kaunselor dengan seorang atau beberapa orang
klien (Asmah Ismail, 2012, Gladding, 2013) berdasarkan prinsip-
prinsip psikologi yang dijalankan oleh kaunselor berdaftar
mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan,
kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada
diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan
berterusan sepanjang hayat klien (Akta Kaunselor 1998),
berpaksikan teori dan tertumpu kepada klien yang normal
(Gladding, 2013).

Hubungan kaunselor dan klien serta hubungan terapeutik
adalah sangat penting bagi memastikan pertumbuhan dan
kesejahteraan klien dalam konteks profesional kaunseling.
Gladding (2013), menyatakan kejayaan sesuatu sesi itu adalah
bergantung kepada ikatan kerjasama antara kaunselor dengan
klien. Dalam membincangkan istilah “working alliance” atau ikatan
kerjasama, terdapat pelbagai istilah-istilah lain yang turut
digunakan bagi menggambarkan hubungan teraputik. Ini
termasuklah ikatan kaunseling (counselling alliance), ikatan
teraputik (therapeutic alliance), ikatan ego (ego alliance), ikatan
menolong (helping alliance) dan ikatan kerjasama (working
alliance) (Bedi, Davis & Arvay 2005). Pada tahun-tahun 1970-an,
ikatan (alliance) merupakan konsep dikemukakan untuk
menjelaskan peranan hubungan yang unik antara klien dan
kaunselor. Teras kepada konsep ini ialah pengalaman kerjasama
dan perkongsian antara kaunselor dan klien (Bordin, 1979;
Horvath, 1991). Pada fasa ini, Bordin (1979) telah

J u r n a l M e l e w a r | 90

mengemukakan kepentingan ikatan melalui kajian-kajian yang
dilaksanakan dengan mengistilahkannya sebagai “working
alliance” atau diistilahkan sebagai ikatan kerjasama dalam proses
kaunseling dengan memberi keutamaan yang kesetaraan antara
peranan kaunselor dan klien dalam memastikan proses
kaunseling berjaya mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Dalam konteks di Malaysia, kefahaman berkaitan ikatan
kerjasama belum diterokai secara mendalam dan terperinci.
Kajian-kajian yang dilakukan di Malaysia berkaitan ikatan
kerjasama lebih memfokuskan kepada hubungan ikatan
kerjasama dengan faktor-faktor yang mempengaruhi ikatan
kerjasama dalam proses penyeliaan praktikum kaunseling
sebagaimana yang dijalankan oleh Hilmi, 2006; Wan Marzuki,
2007; Nor Mazlina, Wan Marzuki, Rohani & Sidek, 2016 dan
pendekatan teraputik dan pencegahan dadah oleh Zall Kepli,
2014.

Di samping itu, kajian berkaitan persepsi klien berdasarkan
pengalaman yang dilalui oleh klien ke atas ikatan hubungan yang
terbentuk dalam proses kaunseling masih kurang dijalankan.
Malah, klien didapati kurang dilibatkan dalam kajian-kajian yang
dijalankan untuk memberi pandangan dalam menerangkan ikatan
yang terbina dalam proses kaunseling berdasarkan pengalaman
yang dilalui oleh mereka. Kekurangan kajian berkaitan sikap klien
dalam proses kaunseling akan menyebabkan kaunselor sukar
untuk mendapatkan maklum balas yang formal daripada klien
berkaitan kualiti hubungan dalam sesi kaunseling yang dijalankan
(Green 2009; Mund 2011; Shaw & Murray 2014; Krieg & Tracey
2016; Zilcha, Ilana, & Paula, 2018). Oleh itu, kajian ini dilakukan
untuk mengenal pasti sikap klien dalam proses pembentukan
ikatan kerjasama semasa sesi kaunseling melalui penerokaan
terhadap elemen sikap klien yang menyumbang kepada
memperkasakan ikatan kerjasama semasa sesi kaunseling
daripada perspektif klien.

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sikap klien dalam proses
pembentukan ikatan kerjasama semasa sesi kaunseling melalui
penerokaan terhadap pengalaman klien dalam proses sesi
kaunseling individu daripada perspektif klien.

J u r n a l M e l e w a r | 91

Soalan kajian adalah seperti berikut:
Bagaimanakah sikap klien dalam proses pembentukan ikatan
kerjasama semasa sesi kaunseling daripada perspektif klien?

SOROTAN LITERATUR

Ikatan Kerjasama (Working Alliance)

Dalam membincangkan ikatan kerjasama dalam proses
kaunseling, Bordin (1979) mentakrifkan ikatan kerjasama sebagai
persetujuan antara kaunselor dan klien berkaitan matlamat, teknik
atau kaedah yang digunakan dalam proses kaunseling dan ikatan
hubungan (Shaw & Murray 2014; Rn & Rothan-tondeur, 2017).
Kaunselor dan klien perlu merasai ikatan dalam ikatan kerjasama
di samping faktor-faktor lain yang mempengaruhi ikatan
kerjasama seperti kepercayaan, kesukaan dan komitmen (Bordin
1994, Fitzpatrick & Irannejad 2008; Anderson & Levitt 2015).
Ikatan kerjasama dinyatakan sebagai persetujuan antara
kaunselor dan klien berkaitan hubungan, matlamat, teknik atau
kaedah yang digunakan dalam proses kaunseling (Busseri & Tyler
2004; Bachelor 2013; Shaw & Murra 2014; Whiting). Ikatan
kerjasama yang dikemukakan oleh Bordin (1979) dipilih dalam
membincangkan kerangka konseptual kajian disebabkan Bordin
(1979) telah membincangkan ikatan kerjasama secara spesifik
dengan mengemukakan kompenan-kompenan ikatan kerjasama
secara khusus seperti matlamat, tugasan dan hubungan. Ikatan
kerjasama yang menjadi rujukan dalam kajian ini ialah ikatan
kerjasama yang dikemukakan oleh Bordin (1979) yang terbina
adalah hasil kerjasama dan kesepaduan antara kaunselor dan
klien dari segi hubungan sepanjang proses kaunseling dijalankan.
Dalam hal ini, kaunselor dan klien perlu bersama-sama
memainkan peranan ke arah membina ikatan kerjasama melalui
pembinan hubungan yang mesra bagi membolehkan proses
kaunseling yang dijalankan mencapai matlamat yang ditetapkan
berasaskan kepada kerjasama dalam tugasan yang ditetapkan.
Berikut adalah perbincangan terperinci mengenai kompenan-
kompenan ikatan kerjasama iaitu matlamat, tugasan dan
hubungan:

a. Matlamat (Goal)

Matlamat adalah merujuk kepada tujuan atau objektif sesi
kaunseling dijalankan. Persetujuan berkaitan matlamat

J u r n a l M e l e w a r | 92

juga merujuk kepada hasil proses kaunseling yang
dijalankan (Shorrock 2011; Whiting, Bradford & Davis
2014; Anderson 2015; Zilcha et.al, 2018). Bordin juga
mempercayai pemahaman klien berkaitan perubahan
matlamat yang dipersetujui bersama boleh membawa
kepada kesan ikatan kerjasama dalam hubungan.

b. Tugasan (Task)

Tugasan pula adalah merujuk kepada persetujuan antara
kaunselor dan klien dari segi pendekatan dan teknik yang
digunakan bagi bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.
Perubahan matlamat dan tugasan dalam proses
kaunseling mesti dinyatakan dengan jelas bagi
membolehkan kaunselor dan klien menerima tanggung
jawab bagi melaksanakan tugasan yang telah ditetapkan
(Shorrock 2011; Bachelor 2013; Shaw & Murra 2014).

c. Hubungan (Bond)

Hubungan dalam ikatan kerjasama adalah merujuk kepada
tahap keserasian dalam hubungan antara kaunselor dan
klien. Hubungan ini dapat difahami sebagai tahap
persetujuan atau kebersamaan antara kaunselor dan klien
berkaitan perubahan matlamat dalam proses kaunseling.
Dalam hal ini, klien dapat mengenal pasti kesungguhan
kaunselor untuk membantu dan sejauhmana kaunselor
melibatkan klien sepanjang proses kaunseling dijalankan
(Bordin 1994).

METODOLOGI KAJIAN

Reka Bentuk Kajian

Kajian pendekatan kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian
kes bagi meneroka sikap klien dalam proses pembentukan ikatan
kerjasama dalam kalangan kaunselor dan klien sepanjang sesi
kaunseling individu dijalankan. Pengumpulan data dalam kajian ini
melibatkan temu bual secara separa struktur dengan enam orang
klien yang telah menjalani sesi kaunseling individu sekurang-
kurangnya empat sesi dan ke atas. Dalam kajian ini, data kajian
dikumpul menggunakan satu set soalan temu bual iaitu Protokol
Temu Bual Sesi Kaunseling (Klien) bagi meneroka pengalaman

J u r n a l M e l e w a r | 93

klien dalam proses pembentukan ikatan kerjasama semasa sesi
kaunseling dijalankan. Data kajian dalam kajian ini telah dianalisis
dengan menggunakan analisis data secara manual dan dibantu
melalui perisian Atlas.ti (V8). Perisian ini adalah satu perisian
menggunakan komputer bagi analisis data kualitatif (CAQDAS).

Data-data kualitatif semuanya berbentuk transkrip melalui
penulisan perkataan demi perkataan dan penyusunan ayat demi
ayat (Baker & Edwards 2012; Guetterman 2015; Ghazali & Sufean
2016).

Peserta Kajian

Peserta kajian dalam kajian ini adalah merupakan klien yang telah
mempunyai pengalaman menjalani proses kaunseling sebanyak
empat kali bersama seorang kaunselor yang sama. Semua klien
berumur dalam lingkungan 20 tahun hingga 35 tahun.

DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan dapatan daripada analisis kajian yang dijalankan,
dapat disimpulkan bahawa sikap klien telah memainkan peranan
yang penting dalam proses pembentukan ikatan kerjasama
semasa sesi kaunseling dijalankan. Rajah 1 hingga Rajah 4
menunjukkan tema-tema yang menerangkan tentang sikap
peserta kajian yang dihasilkan daripada analisis data dalam
kajian ini yang bermula daripada sesi pertama, sesi kedua, sesi
ketiga dan sesi keempat yang dijalani oleh peserta kajian.

Rajah 1 : Sikap klien daripada analisis data sesi pertama

J u r n a l M e l e w a r | 94

Rajah 2 : Sikap klien daripada analisis data sesi kedua.

Rajah 1 dan Rajah 2 di atas menunjukkan sikap peserta kajian
semasa fasa awal sesi kaunseling dijalankan. Fasa awal adalah
merujuk kepada sesi kaunseling yang dijalankan pada kali
pertama dan sesi kedua. Pada sesi pertama sepertimana yang
dinyatakan oleh peserta kajian terdapat empat tema iaitu (1)
mendiamkan diri, (2) sukar menerima pandangan kaunselor, (3)
ragu-ragu dengan kaunselor, dan (4) matlamat sesi ditentukan
oleh klien sendiri. Sementara semasa sesi kedua, terdapat empat
tema iaitu (1) sukar terima pandangan, (2) tidak sepenuhnya
bercerita, (3) matamat ditentukan oleh peserta kajian dan (4)
peserta kajian berani tentukan tajuk perbincangan. Terdapat
kesamaan tema antara sesi pertama dengan sesi kedua iaitu tema
sukar terima pandangan, tidak sepenuhnya bercerita dan
matlamat ditentukan oleh peseta kajian. Tema yang baru muncul
semasa sesi kedua adalah tema berani tentukan tajuk
perbincangan. Setiap sikap peserta kajian semasa sesi pertama
dan kedua diperjelaskan dengan lebih lanjut seperti berikut:

i. Tidak sepenuhnya bercerita

Hasil daripada analisis data, kebanyakan peserta
menyatakan bahawa mereka lebih cenderung utnuk tidak
sepenuhnya bercerita semasa pertama kali menjalani sesi
kaunseling disebabkan merasa malu dan masih belum
mempercayai kaunselor. Antara pernyataan peserta kajian
dalah seperti berikut:

“Sesi perkenalan. Berkenalan, Kak N pun dia tahu hal saya
tetapi dia cuba untuk cari kenapa. Cuba nak membantu la.
saya masa awal tak banyak cakap pun saya senyap aja,
sebab saya rasa malu”. (PKKL05:5:7)

J u r n a l M e l e w a r | 95

“First sesi, saya refuse untuk bercerita sebab masa tu saya
tak percaya lagi rasa saya boleh handle sendiri, saya boleh
selesai sendiri” (PKKL:2:45).

ii. Sukar Terima pandangan Kaunselor

Tema sukar terima pandangan kaunselor muncul
apabila membincangkan sikap klien dalam sesi kaunseling.
Sukar terima pandangan kaunselor adalah disebabkan oleh
beberapa faktor seperti peserta masih merasa takut dan
bimbang untuk mencuba pandangan yang dikemukakan oleh
kaunselor dan penolakan yang berlaku dalam diri peserta
kajian terhadap pandangan dan cadangan kaunselor. Petikan
yang boleh dilihat sebagai contoh termasuk:

“Saya buat cara saya sendiri. Sebab saya ini susah juga
lah nak terima pandangan orang sebab saya takut nak
mencuba kalau salah, kalau saya tersalah ambil step
sebab ikut cakap Cik L contohnya, nanti Saya tak akan
jumpa dah Cik L, Saya fikir macam itu lah”.
(PKKL03:3:133)

“Sebab Pn A kata saya masih ceritakan benda yang
sama. Maksudnya saya sendiri lah.. mind set saya la
macam menolak apa yang Pn A cakap. Tapi lama-lama,
agak lama jugak la. Saya ulang benda yang sama”.
(PKKL:6:8)

iii. Ragu-ragu dengan kaunselor

Sikap peserta kajian yang seterusnya ditunjukkan
semasa sesi pertama adalah peserta kajian merasa ragu-ragu
dengan kaunselor. Keraguan ini ditonjolkan apabila peserta
kajian tidak sepenuhnya menceritakan isu atau rahsia yang
dialami oleh diri mereka disebabkan peserta belum mengenali
kaunselor secara lebih dekat lagi. Sebaliknya, peserta kajian
lebih cenderung untuk bercerita secara ringkas dan tidak
secara mendalam isu yang dialami. Ini dapat dilihat daripada
contoh petikan temubual peserta kajian seperti berikut:

“Saya tak cerita semua lah. Saya just cerita apa yang
patut je. Semua rahsia rahsia tu tak cerita lagi lah. Tidak

J u r n a l M e l e w a r | 96

lah rahsia yang mendalam pun, tapi masalah saya kalau
boleh saya tak nak orang tahu masalah saya tetapi kita
nak selesai sendiri pun tak pandai. Memang kita perlukan
pakar rujuk. Masa itu tak sure lagi lah yang Cik L ni antara
seorang yang boleh macam guide saya back to normal or
real situation balik”. (PKKL:3:11)

iv. Klien menentukan matlamat sesi

Dari segi pembinaan matlamat semasa sesi pertama,
peserta kajian cenderung untuk menentukan matlamat yang
ingin dicapai secara sendirian. Ini memandangkan peserta
kajian merasakan bahawa mereka lebih mengetahui apa yang
diinginkan berdasarkan isu atau cerita yang dikongsi bersama
dengan kaunselor. Ini dapat dilihat dalam petikan, misalnya:

“Biasanya masa peringkat awal tu, biasa saya yang
tentukan matlamat sebab saya yang cakap”. (PKKL:6:19)
“Biasanya saya akan teruskan. Saya rasa dari segi
matlamat.. banyak bergantung kepada apa yang apa
yang saya nak cerita. tak ada la En F cakap, harini En F
nak fokuskan perkara ini perkara ini. Apa yang saya
ceritakan, En F akan follow dan itulah matlamat saya pada
hari tu”. (PKKL: 2:20)

v. Klien tentukan tajuk perbincangan

Selepas sesi kedua, peserta menyatakan bahawa
mereka mula mempunyai keberanian untuk berbincang dengan
kaunselor bagi menentukan tajuk perbincangan semasa sesi
kaunseling dijalankan. Contoh petikan adalah seperti berikut:

“Lepas itu lama lama, dah dua tiga kali sesi saya macam,
first sesi kan saya just jawab apa yang dia tanya. Dah
kedua dan ketiga, saya dah boleh tukar topik, dah boleh
mula tanya Cik L, ‘Cik L ni macam mana?’ macamsaya
pula. Macam di perbualan harian dan “no more” to macam
perbualan harian je”. (PKKL:3:148)

Berdasarkan kepada dapatan analisis data sesi kaunseling
individu dalam sesi kali ketiga dan sesi kali keempat juga dapat
menunjukkan sikap klien telah memainkan peranan yang penting

J u r n a l M e l e w a r | 97
dalam proses pembentukan ikatan kerjasama semasa sesi
kaunseling dijalankan.

Rajah 3 dan Rajah 4 di bawah menunjukkan sikap peserta
kajian adalah merujuk kepada sesi kaunseling yang dijalankan
pada kali ketiga dan sesi keempat. Pada sesi kali ketiga seperti
mana yang dibincangkan oleh peserta kajian, elemen sikap klien
merangkumi sikap positif, kebebasan, kerjasama dengan
kaunselor, keterbukaan dengan kaunselor. Dalam “sikap positif”
yang dibincangkan adalah berkaitan keyakinan diri, kejujuran
klien, kesediaan berkongsi cerita, kerjasama klien dan
kesungguhan, manakala dalam “kebebasan” yang dibincangakn
oleh peserta kajian adalah berkaitan tindakan, ingin mencuba,
buat keputusan dan meluahkan perasaan. Sementara semasa
sesi kali keempa, lima tema telah muncul iaitu kebebasan klien,
sikap positif, keberanian, sikap terhadap kaunselor dan jadi diri
sendiri. Terdapat kesamaan tema antara sesi kali ketiga dengan
sesi kali keempat iaitu tema sikap positif dan kebebasan.

Rajah 3: Sikap klien daripada analisis data sesi 3

J u r n a l M e l e w a r | 98

Rajah 4: Sikap klien daripada analisis data sesi 4
Berikut merupakan antara contoh-contoh elemen sikap klien yang
menunjuk kepada ikatan kerjasama semasa sesi kaunseling sesi
kali ketiga dan sesi kali keempat oleh peserta kajian yang
diperjelaskan dengan lebih lanjut.

i. Sikap positif
Hasil daripada analisis data, kebanyakan peserta kajian
menyatakan bahawa mereka telah berjaya menunjukkan
sikap yang positif dalam sesi kaunseling kali ketiga yang
dijalani. Peserta kajian menyatakan sikap positif ini dapat
dilihat dari segi keyakinan diri, kejujuran, kesediaan
berkongsi cerita, dan kerelaan diri untuk menjalinkan
kerjasama dengan kaunselor. Sikap positif ini dapat dilihat
dalam petikan, misalnya:
Keyakinan diri:
“Macam En A ni, dia like tak tunjukkan yang dia tahu
semuanya tentang kita, tapi dia bagi saya ruang untuk
berfikir seolah-olah dia bagi tahu saya, saya tak kenal
awak., saya bagi awak berfikir dan hanya awak yang
kenal diri dan kemampuan diri awak”. (PKKL:1:67)

J u r n a l M e l e w a r | 99

“So, saya pun pergi-pergi la sampai yang terakhir tu saya
tak tahu la.. kefahaman saya kot bila sesi tu tamat saya
dah boleh bantu diri saya sendiri la kot”.(PKKL:1:50)
Kejujuran klien

First sekali saya rasa kena jujur, jangan selindung
walaupun kita bersalah. Sebab kalau orang tahu situasi
sebenar itu lagi boleh orang nak bantu. Kalau ada yang
nak selindung silap sendiri. Masalah tu memang tak akan
dapat diselesaikan”. (PKKL:2:38)

Kesediaan berkongsi cerita:

“Kesan sesi kaunseling pada Saya , pada Saya “share” la
kalau ada apa-apa masalah pada diri kita. Macam
masalah Saya ni, sebenanrya Saya tak “share” dengan
orang lain. Saya simpan, puncanya dah lama.. lepas tu
Saya “experience” benda ni dah lama.” (PKKL:1:5)
“Saya sedar silap sendiri lepas tu bagi masa pada diri. dan
cuba buat apa yang dah dinasihat oleh kaunselor.
Memang kena bagi komitmen untuk bercerita la, tapi kena
push la diri”. (PKKL:1:87)

Kerjasama klien:

“Saya kalau tak saya rasa saya tak bersediala nak
jalankan sesi dari awal. saya rasa kalau saya.. defensif
sangat.. saya rasa tak guna, so perlu ada kerjasama
daripada klien juga”. (PKKL:4:56)
“Pada saya peranan kedua-dua penting, sebab kalau
saya tak bagi kerjasama sampai bila saya nak macam ni.”.
(PKKL:6:29)

Kesungguhan klien

“Tapi sekarang saya sendiri dah pandai nak bahagikan,
yang mana penting, yang mana tak, yang mana saya
perlu fikir, yang mana yang saya tak perlu fikir. Bila saya
down, saya boleh cakap yang ‘okay tak apa, ini ada
hikmah yang mungkin ada’. Saya dah ada positive vibes
tu, saya dah ada dengan diri sendiri. Tak ada lah nak
cakap saya dah tak perlukan Cik L, tak juga”.
(PKKL:3:194)

J u r n a l M e l e w a r | 100

ii. Kebebasan Klien

Hasil daripada analisis data, kebanyakan peserta kajian
telah berjaya menunjukkan kebebasan dalam sesi
kaunseling kali keempat yang dijalani. Peserta kajian
menunjukkan kebebasan ini dapat dilihat dari segi tingkah
laku, perasaan, tindakan, buat keputusan, bina matlamat
dan tentukan tugasan. “kebebasan klien ” ini dapat dilihat
dalam petikan, misalnya:

Tingkah laku

“Ok .saya selesa dengan cara ini. selesa nak bercerita ..
nak nangis ka Mungkin kadang-kadang saya rasa nak
bercerita, saya selesa bercerita. Bila dah berjumpa
dengan kaunselor saya selesa dengan kaunselor”.
(PKKL:2:13)

Meluahkan perasaan

“Saya rasa macam boleh luah semua, Saya rasa nak
nangis, Saya nangis, saya rasa nak marah, saya akan
marah, so saya marah je lah. Kadang saya cakap sorry
Cik L sebab tinggi suara, dia akan cakap ‘tak apa’ dia
macam membiarkan apa yang saya nak luahkan, nak
lepaskan. Itu memang dia bagi, dia tak ada nak halang
halang, tak tahu lah sama ada dia nak terasa hati ke apa,
memang dia tak bagitahu lah kan”. (PKKL:3:191)

Tindakan

“Ia ambil masa untuk saya tentukan jawapan tu betul atau
tidak. Pada saya cara itu bagus. Saya tak ingat ini saya
baca atau En A bagi tahu, “orang lain hanya boleh bagi
tahu kita apa yang nak buat tapi “it’s up to us” apa sama
ada kita nak buat atau tidak”. (PKKL:1:66)
“a’ah rasa macam saya boleh luahkan dan pada masa
yang sama, sebab ada orang dengar, dalam masa yang
sama, bila Saya rasa nak berhenti bercerita, saya boleh
berhenti”. (PKKL:3:136).


Click to View FlipBook Version