INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR JALAN SIKAMAT 70400 SEREMBAN NEGERI SEMBILAN MPU2101D KOKURIKULUM – UNIT BERUNIFORM TUGASAN 1 BUKU LOG Nama : NOOR AINI BINTI MAMAT No. K/P : 850703035252 Angka Giliran : 2022152380004 Program : PDP PAKK Ambilan : OKTOBER 2022 Unit : PAKK Nama Pensyarah : PUAN HAJAH AZIBAH BINTI BAHAROM Tarikh Hantar : 8 NOVEMBER 2023 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar: aini Tarikh : 8 November 2023 PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar: aini Tarikh : 8 November 2023
SENARAI ISI KANDUNGAN BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1 Penghargaan 7 2 Buku Log Persatuan Pandu Puteri Malaysia 8 3 Sukatan Persatuan Pandu Puteri 9 4 Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran 10-15 5 Pengenalan Pandu Puteri 17-18 6 Sejarah Pandu Puteri 20-36 7 Carta Organisasi Pandu Puteri 38-48 8 Prinsip Asas Perlembangan, Visi, Misi Pandu Puteri 50-54 9 Persetiaan Pandu Puteri 56-59 10 Logo, Bendera Pandu Puteri 61-68 11 Pakaian Seragam Pandu Puteri 70-86 12 Hormat Pandu Puteri 88-90 13 Istiadat-Istiadat Rasmi Persatuan Pandu Puteri Malaysia 92-105 14 Perkhemahan Pandu Puteri 107-111
15 Tali temali Pandu Puteri 113-118 16 Gajet Perkhemahan 120-127 17 Pertolongan Cemas 129-140 18 Permainan Pandu Puteri 142-143 19 Lagu Pandu Puteri 145-148 20 Seni Dan Kebudayaan 150-152 21 Kembara dan Pandu Arah 154-159 22 Ikhtiar Hidup 161-166 23 Masakan Rimba dan Masakan Solar 168-176 24 Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang Pandu Puteri Malaysia 178-193 25 Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang Bahagian Pandu Puteri Kelip-Kelip 195-200 26 Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia 202-220 27 Pengendalian Ujian Kecekapan 222-262 28 Lampiran 264-312
PENGHARGAAN Bismillahirahmanirahim…. Alhamdullilah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah tercinta saya, Puan Azibah binti Baharom kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya berjaya menghabiskan tugasan ini. Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka. Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam penghasilan buku log ini. Terima kasih.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR JALAN SIKAMAT 70400 SEREMBAN NEGERI SEMBILAN PERSATUAN PANDU PUTERI KADET NOOR AINI BINTI MAMAT PDP PAKK OKT 2022 2022152380004
Nama Noor Aini binti Mamat Angka Giliran 2022152380004 No.Matrik NO. Kad pengenalan 850703-03-5252 Program / Unit PDP PAKK (KDC) Ambilan Oktober 2022 Semester / Tahun Semester 1 / Tahun 2 Nama Pensyarah Puan Hajah Azibah binti Baharom Kod Kursus MPU2101D Nama Kursus Kokurikulum Unit Beruniform Kredit 1 Kumpulan Diajar Kadet Pandu Puteri SUKATAN PERSATUAN PANDU PUTERI
RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEMESTER 1 TAHUN 2 (OKTOBER – JANUARI 2023), MPU2101D KOKURIKULUM – UNIT BERUNIFORM PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEMESTER PROGRAM : PDP AMBILAN : OKT 2022 SEMESTER : 4 TAHUN : 2 (OKT-JAN 2023) Nama Pensyarah : PN HAJAH AZIBAH BINTI BAHAROM Jabatan/Unit : PEND.JASMANI, KESIHATAN DAN KOKURIKULUM Kod Kursus : MPU2101D Nama Kursus : KOKURIKULUM – UNIT BERUNIFORM Kredit : 1 Kumpulan Diajar : PDP AMBILAN OKT 2022 (PAKK) Minggu dan Tarikh Topik/Tajuk Jam Interaksi Bersemuka (Seminggu) eP (MK) Catatan KTA (RMK) KTAL (MK) eP (TB) PPK Minggu 1 02 OKT-06 OKT 2023 PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM Pendaftaran Kursus Minggu 2 Interaksi 1 09-13 OKT 2023 1. Pengenalan Unit Beruniform • Sejarah Pertubuhan Unit Beruniform (UB) ➢ Prinsip dan Tujuan Pertubuhan ➢ Perlembagaan Pertubuhan ➢ Objektif, Misi dan Visi ➢ Lambang dan Cogan Kata ➢ Bendera dan Lagu Pertubuhan ➢ Persetiaan atau Ikrar dan Undangundang Pertubuhan ➢ Istiadat dalam Pertubuhan • Struktur dan Organisasi Pertubuhan 2J ENTRANCE SURVEY 9-22 OKT 2023 ENTRANCE SURVEY 9-22 OKT 2023
➢ Peringkat Antarabangsa/ Kebangsaan/Cawangan/Sekolah • Pengurusan dan Pentadbiran Pertubuhan di Institusi ➢ Konsep Kepemimpinan dalam UB ➢ Tanggungjawab Pemimpin dalam UB ➢ Pendaftaran Kumpulan dan Ahli ➢ Sistem Patrol/Sekawan ➢ Pengurusan Buku Log, Folio atau Laporan Aktiviti Pertubuhan ➢ Pakaian Seragam UB ➢ Takwim dan Perancangan Aktiviti Tahunan 2. Pengurusan dan Pentadbiran Aktiviti Perkhemahan • Konsep dan Tujuan Perkhemahan UB ➢ Jenis-jenis Perkhemahan UBPerkhemahan Antarabangsa/ Kebangsaan/Unit ➢ Prosedur Perkhemahan ➢ Peserta perkhemahan ➢ Persediaan Sebelum, Semasa dan Selepas Perkhemahan Minggu 3 Interaksi 2 16-20 OKT 2023 3. Kemahiran Asas Unit Berunform • Konsep dan Prinsip Asas Kemahiran UB • Kelebihan Menguasai Asas Kemahiran UB • Jenis-jenis Kemahiran: ➢ Seni dan Budaya ➢ Tali Temali ➢ Kawad Kaki ➢ Pertolongan Cemas • Kraf Perkhemahan ➢ Konsep Kraf Perkhemahan UB ➢ Asas Perkhemahan dan susun atur perkhemahan 1J 1J (A)
➢ Gajet Minggu 4 Interaksi 3 23-27 OKT 2023 3. Kemahiran Asas Unit Berunform • Konsep dan Prinsip Asas Kemahiran UB • Kelebihan Menguasai Asas Kemahiran UB • Jenis-jenis Kemahiran: ➢ Seni dan Budaya ➢ Tali Temali ➢ Kawad Kaki ➢ Pertolongan Cemas • Kraf Perkhemahan ➢ Konsep Kraf Perkhemahan UB ➢ Asas Perkhemahan dan susun atur perkhemahan ➢ Gajet 1 (A) Minggu 5 Interaksi 4 30 OKT 2023 - 3 NOV 2023 4. Kembara • Pandu Arah dan Komunikasi • Konsep dan Tujuan Pandu Arah • Peralatan Pandu Arah • Prosedur Pelaksanaan Pandu Arah 1 (A) Minggu 6 Interaksi 5 6-10 NOV 2023 4. Kembara • Pandu Arah dan Komunikasi • Konsep dan Tujuan Pandu Arah • Peralatan Pandu Arah • Prosedur Pelaksanaan Pandu Arah Laporan Pengembaraan dan Pandu Arah - Format dan Kriteria 1 (A) HARI DEEPAVALI 12/11/2023 (AHAD)
Minggu 7 Interaksi 6 13 – 17 NOV 2023 4. Kembara • Komunikasi ➢ Konsep dan Tujuan,Jenis-jenis: Komunikasi Isyarat. • Tanda dan Simbol, Pandu Arah/ Membaca Kompas atau Global,Positioning Satelite (GPS)/ Membaca Peta Topo dan Kegunaannya/ Radio Komunikasi Dua Hala 1 (A) INTERAKSI FIZIKAL (4 MINGGU) Minggu 8 20 – 24 NOV 2023 CUTI PERTENGAHAN SEMESTER IPG 18/11/2023 -26/11/2023) Minggu 9 Interaksi 7 27 NOV – 1 DIS 2023 4. Kembara • Komunikasi: ➢ Konsep dan Tujuan,Jenis-jenis: Komunikasi Isyarat - • Tanda dan Simbol, Pandu Arah/ Membaca Kompas atau Global, Positioning Satelite (GPS)/ Membaca Peta Topo dan Kegunaannya/ Radio Komunikasi Dua Hala 1 (A) Minggu 10 Interaksi 8 4-8 DIS 2023 4. Kembara • ➢ Masakan Solar/ Masakan Rimba/ Masakan Kelompok/Masakan Bencana Minggu 11 Interaksi 9 11-15 DIS 2023 4. Kembara • ➢ Masakan Solar/ Masakan Rimba/ Masakan Kelompok/Masakan Bencana Ikhtiar Hidup, Jenis Masakan Ikhtiar Hidup: Ikhtiar Hidup, Jenis Masakan Ikhtiar Hidup:
Minggu 12 Interaksi 10 18-22 DlS 2023 4. Kembara • Pembangunan Insan Guru (Rohani dan Moral) • Pendidikan sivik, kemasyarakatan, human governance Minggu 13 Interaksi 11 25-29 DlS 2023 4. Kembara • Laporan Pengembaraan dan Pandu Arah MU Minggu 14 01 -05 JAN 2024 MINGGU ULANGKAJI 1/-5/01/2024 PEP Minggu 15 08 -12 JAN 2023 PEPERIKSAAN AKHIR (2 MINGGU) 08 -18/01/2024 29/12/2023- 14/1/2024 -Exit Survey dan Penilaian Pelajar terhadap Pnp pensyarah (IPPK) 14-19Jan Kemasukan Markah Peperiksaan di BKKP oleh Pensyarah PEP MINGGU 16 15 -19 JAN 2024 PEPERIKSAAN AKHIR (2 MINGGU) (08/01/2024 – 18/01/2024) CAS MINGGU 17 22 - 26 JAN 2024 CUTI AKHIR SEMESTER IPG (2 MINGGU) 19/01/2024 - 04/02/2024 09-26 Jan: Pemeriksaan Skrip Jawapan dan Moderasi 09-28 Jan Kemasukan Markah Peperiksaan di BKKP oleh Pensyarah
CAS MINGGU 18 29 JAN - 02 FEB 2024 CUTI AKHIR SEMESTER IPG (2 MINGGU) 19/01/2024 - 04/02/2024 22 Jan-02 Feb 2024:Cuti Akhir Semester IPG JUMLAH JAM 3 10 13jam Catatan: Rancangan ini tertakluk pada pindaan eP (TB) = e-Pembelajaran (Tidak Bersemuka) dalam MK Catatan: Rancangan ini tertakluk pada pindaan eP (TB) = e-Pembelajaran (Tidak Bersemuka) dalam MK Disahkan oleh Ketua Jabatan/Ketua Unit Tandatangan Pensyarah Tandatangan _________________________________ ________________________ (Nama : HAJAH AZIBAH BINTI BAHAROM ) (Nama : TN HJ ABD HALIM BIN MD SALLEH ) Tarikh : 14.01.2023 Cap Jabatan : Tarikh : 30.01.2023
PENGENALAN PANDU PUTERI
PENGENALAN PANDU PUTERI Pandu Puteri dikenali sebagai pengakap Puteri USA di Amerika Syarikat, adalah organisasi kepanduan untuk gadis dan pemudi. World Association of Guides and Girl Scouts adalah badan penyelia antarabangsa kepada pergerakan kepanduan atau kepengakapan kaum perempuan. Pertubuhan Pandu Puteri ditubuhkan sebagai versi wanita kepada pengakap Lord Robert Baden – Powell, pada tahun 1910 dengan bantuan saudara perempuannya Agnes Baden- Powell. Pada September, 1908 sejumlah kecil gadis hadir untuk perhimpunan pengakap “Scout Rally” pertama di Crystal Palace, memanggil diri mereka Pengakap Puteri. Lord Baden-Powell menubuhkan Pandu Puteri sebagai pergerakkan selari bagi mereka dan diselenggarakan oleh saudara perempuannya Agnes Baden-Powell. Sementara Agnes memainkan peranan utama sehingga kematiannya, isteri Lord BadanPowell iaitu Lady Olave Baden-Powell menjadi ketua pandu Chief Guide England pada tahun 1918, dan Ketua Pandu Sedunia pada tahun 1930. Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) merupakan pertubuhan rasmi yang menggabungkan persatuan-persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri di seluruh dunia. Terdapat 145 Organisasi Ahli yang bergabung dengan WAGGGS dan mereka ditadbir mengikut lima rantau - Afrika, Arab, Asia Pasifik, Eropah dan Hemisfera Barat. WAGGGS mempunyai 10 juta orang ahli. Melalui Organisasi Ahlinya, WAGGGS menyediakan program pendidikan bukan formal yang berkualiti untuk remaja dan wanita muda mengembangkan kepimpinan dan kemahiran hidup melalui perkembangan kendiri, cabaran dan pengembaraan. Pandu Puteri dan Pengakap Puteri belajar melalui pengalaman. Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) pula telah ditubuhkan secara rasminya dalam tahun 1917 apabila ia didaftarkan di Calcutta manakala Pusat Pentadbirannya adalah bertempat di Singapura sehingga tahun 1955. Ibu Pejabat Kebangsaan kini terletak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur sejak tahun 1957. Persatuan Pandu Puteri Malaysia menyediakan program kepanduan yang bercorak pendidikan bukan formal. Pelaksanaan program bukan formal ini mementingkan perkaedahan yang fleksibel, ceria dan aktif untuk memenuhi kehendak dan keperluan remaja wanita dan wanita dewasa Malaysia. Untuk mencapai tujuan murni ini, didikan dan latihan untuk ahli adalah melalui program kepanduan yang mengutamakan sistem kumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama pergerakan kepanduan seluruh dunia. Program Kepanduan yang digubal untuk ahli adalah berdasarkan Undang-undang Pandu Puteri yang bertujuan supaya seseorang ahli : ➢ Boleh dipercayai ➢ Sentiasa taat dan setia ➢ Suka menolong orang lain ➢ Bersabar dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain ➢ Sentiasa bersopan santun
➢ Sentiasa melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar ➢ Sentiasa menurut perintah ➢ Bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan ➢ Sentiasa berjimat cermat ➢ Suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan. Asas program kepanduan terdiri daripada empat komponen iaitu perkembangan diri, sahsiah dan intelek; minat dan hobi; gaya hidup sihat; dan khidmat. Program kepanduan juga menekankan empat elemen utama iaitu perkembangan jasmani, emosi, kerohanian dan kognitif. Program Kepanduan juga memenuhi minat dan kebolehan semua peringkat ahli melalui sistem latihan dan skim Lencana Kecekapan. Seseorang ahli muda digalakkan berusaha supaya berjaya menjadi seorang PANDU PUTERI RAJA, manakala Pemimpin digalakkan untuk mendapat MUTIARA PEMIMPIN. Rancangan Kepanduan yang bersesuaian disediakan di semua peringkat pasukan, daerah, negeri dan kebangsaan. 1) Perancangan jangka panjang disediakan di peringkat kebangsaan oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan dengan kerjasama Jawatankuasa Kerja Kebangsaan 2) Perancangan jangka pendek dan strategi pelaksanaan disediakan di peringkat negeri oleh Pesuruhjaya Cawangan dan Pesuruhjaya Bahagian di cawangan serta Pemimpin 3) Pemimpin dan ahli muda melaksanakan rancangan jangka pendek di dalam Pasukan 4) Pesuruhjaya Cawangan bermesyuarat dengan Pemimpin sekali sebulan atau dua bulan sekali 5) Pesuruhjaya menghadiri Persidangan Tahunan Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia hari ini mempunyai 85,000 orang ahli dan sukarelawan di seluruh Malaysia. Di peringkat kebangsaan, Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan ahli gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Kebangsaan PertubuhanPertubuhan Wanita Malaysia (NCWO). Di peringkat antarabangsa pula, Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah ahli penuh Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (World Association of Girl Guides and Girl Scouts – WAGGGS). Persatuan Pandu Puteri Malaysia juga merupakan Badan Operasi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM). Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) adalah edisi tempatan untuk Anugerah “Duke of Edinburgh’s Award” atau kini dikenali sebagai “International Award Association”.
SEJARAH PANDU PUTERI
SEJARAH PENGASAS PANDU PUTERI Olave St. Clair Soames (Lady Baden Powell) Olave St. Clair Soames atau lebih dikenal sebagai Lady-Baden Powell iaitu beliau adalah isteri kepada Robert Stephenson Smyth, Baden-Powell telah mengetuai pertubuhan "Girl Guides" dengan bantuan adiknya, Agnes Baden Powell pada tahun 1910 yang sebelumnya dikenali sebagai "Girl Scouts". Pada tahun 1916, beliau telah dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Pandu Puteri atau "Girl Guides". Kemudian pada tahun 1918, beliau telah dilantik menjadi Ketua Pandu Puteri atau "Chief Guide". Beliau telah diberi gelaran "World Chief Guide" pada tahun1930. Beliau hidup sehingga 25hb Jun 1977 pada umur 88 tahun. SEJARAH PERTUBUHAN PANDU PUTERI DUNIA 1909 Sejumlah kecil gadis hadir untuk Perhimpunan Pengakap “Scout Rally” pertama di Crystal Palace, memanggil diri mereka Pengakap Puteri. Mereka telah menarik perhatian pengasas pergerakan pengakap, Lord Robert Baden-Powell. Lord Robert-Powell menubuhkan Pandu puteri sebagai pergerakan selari dengan mereka, diselenggarakan oleh adiknya Agnes Baden-Powell. Lord Robert Baden-Powell bimbang sekiranya mereka dikenali sebagai pengakap akan menyebabkan kanak-kanak lelaki menjauhi diri dan juga keluarga gadis. Oleh itu, Lord Robert Baden- powellmemilih nama “Girl Guides” atau “pandu Puteri” dengan rujukan kepada Guides Corps di India. Dalam masa beberapa bulan, kumpulan perempuan ini telah mempunyai nama dan programnya sendiri.
1910 Agnes Baden-Powell, mengadaptasi buku “Scounting For Boys” untuk kegunaan Pandu Puteri dan seterusnya, Pergerakan Pandu Puteri dilahirkan. Lord Robert Baden-Powell yang baru bersara mula bergerak secara sepenuh masa dalam pengakap dan pandu puteri. Semasa satu lawatan promosi untuk pengakap dan pandu puteri, beliau berjumpa dengan Olave Soames dan seterusnya berkahwin dengannya. 1912 DI SERATA DUNIA Walaupun pergerakan Pandu Puteri dilahirkan Di Britain, tetapi perkembangannya ke tempat lain amat pantas. Sebelum persatuan ini ditubuhkan, telah wujud beberapa kumpulan. Pandu Puteri telah bertapak di 10 negara. Kumpulan-kumpulan ini mempunyai pakaian seragam, lencana, peraturan dan nama yang berbeza tetapi mereka berkongsi prinsip dan cita-cita yang sama. Gambar Olave St Clair Soames yang menjadi ketua Pandu Puteri.
1918 Sementara Agnes Baden-Powell memainkan peranan utama sehingga kematiannya, Olave Baden-Powell menjadi ketua pandu puteri Chief Guide England. Olave dilantik sebagai ketua pandu puteri United Kingdom dan meneruskan usahanya dengan Lord Robert BadenPowell dalam mengembangkan Pandu puteti di seluruh dunia. 1919 Oleh sebab pergerakan ini terus berkembang, satu badan rasmi diperlukan untuk menyatukan semua ahli dan pada tahun 1919, Olave Baden-Powell membentuk Majlis Antarabangsa (International Council), perintis kepada WAGGGS. Robert Baden-Powell dilantik sebagai Ketua pengakap sedunia 1920 Setahun kemudian, Persidangan Antarabangsa yang pertama telah diadakan. Persidangan ini merupakan satu peristiwa yang bersejarah dan memberi peluang kepada dunia Pandu Puteri dan Pengakap Puteri untuk berjumpa dan bertukar fikiran dan pengalaman. Buat pertama kalinya, kumpulan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri mula merancang lawatan ke luar negara. 1924 Perkhemahan Sedunia yang pertama diadakan pada tahun berikutnya. Bulletin ini kini dikenali sebagai “Our World News”. Sementara itu, pasangan Baden-Powell meneruskan usaha mereka dalam mempromosikan Pengakap dan Pandu Puteri/Pengakap Puteri di seluruh dunia.
1928 Selepas Persidangan Antarabangsa Keempat yang diadakan di Amerika Syarikat pada tahun 1926, wakil dari beberapa negara berjumpa dengan Baden-Powell untuk bertanya tentang pembentukan satu persatuan. Sebelumpersidangan Antarabangsa Kelima di Hungary pada tahun 1928, BadenPowell mendapatkan pendapat semua pertubuhan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri yang terkenal dan meminta mereka mempertimbangkan perkara ini secara serius. Akhirnya, perwakilan persidangan dari 26 negara membuat keputusan untuk membentuk Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri sedunia Biro Dunia (World Bureau) Persatuan ini akan bertempat di London dan berfungsi sebagai urusetia. Selepas itu, keputusan diambil untuk pemilihan satu Jawatan kuasa Dunia, Lord dan Lady Baden-Powell serta Pengarah Biro Dunia akan menjadi ahli ex-officio kepada Jawatan kuasa ini. Satu draf perlembagaan telah dipersetujui dan Pandu Puteri menjadi satu persatuan yang berpusat. 1930 Perang dunia pertama tidak menghalang perkembangan pergerakanini. Banyak kumpulan yang menawarkan diri sebagai sukarelawan, 15 lagi negara yang memperkenalkan kumpulan Pandu Puteri termasuklah Brazil, China dan Estonia. Olave Baden-Powell menjadi ketua Pandu Puteri Chief Guide England dan Ketua Pandu Puteri Sedunia. 1931 Sementara itu, Pergerakan ini terus berkembangan dengan pesat pada tahun 1931, keahlian persatuan ini melebihi satu juta. 1932 Pusat Dunia yang pertama dibuka. 1939 Perkhemahan Sedunia Pandu Puteri/Pengakap Puteri diadakan di Hungary.
1945 Setelah tergendala sementara disebabkan oleh peperangan, pergerakan ini dihidupkan semula pada tahun 1945 dan terus berkembang. Walau bagaimanapun, Lord Baden-Powell telah menginggal dunia pada masa itu. Walaupun bersedih atas pemergian suaminya, Olave meneruskan kerja beliau dalam Pandu Puteri. 1957 Pembukaan Our Cabaa 1966 Pembukaan Sangam 1977 Olave Baden-Powell meninggal dunia pada Jun 1977. Bagi mengingati beliau, WAGGGS memulakan Projek Pusat Olave (Olave Cebtre Project) dan meletakkan semula Biro Dunia (Urusetia WAGGGS) bersama Pusat dunia London (Pax Lodge). Sehingga Hari Ini Pertumbuhan pesat ini adalah disebabkan oleh usaha ramai wanita yang bersemangat, mempunyai sumber dan berpandangan jauh. Mereka semua selihat ini sebagai peluang yang baik untuk Pendidikan remaja wanita. Nama seperti Juliette low (pengasas Pengakap Puteri di Amerika sayarikat), Olga Malkowska (pengasas di Poland) dan AntoinetteButte (pengasas Di Perancis) membantu membentuk pergerakan yang kita kenali hari ini.
SEJARAH PENUBUHAN PANDU PUTERI DI MALAYSIA TAHUN PENERANGAN 1917 Pasukan Pandu Puteri Pertama telah ditubuhkan oleh Cik Gertrude Ballard di Perempuan Methodist, Kuala Lumpur, dibantu oleh tiga orang pemimin berpangkat Leftenan iaitu Cik Ford, Cik King dan Cik Pykett. Pasukan ini telah didaftarkan di Ibu Pejabat Pandu Puteri India dan dikelolakan di bawah YWCA. Lady Guillemard dilantik Yang Di Pertua dan Puan Cavendish dilantik sebagai Pesuruhjaya Penyelaras untuk Malaya 1919 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Pulau Pinang 1920an Pek Tunas Puteri yang pertama pula ditubuhkan di Sekolah Perempuan Kampung Baru, Kuala Lumpur 1921 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Perak 1923 Penubuhan Pasukan Kadet Pandu Puteri Pulau Pinang 1924 Pasukan Pandu Puteri Negeri Sembilan ditubuhkan pada tahun 1924 1925 Pasukan Pandu Puteri Melaka ditubuhkan 1925 Penubuhan Unit Renjer Puteri Pulau Pinang. Puan P.M. Robinson dilantik sebagai Ketua Unit Renjer Puteri Malaya.
1928 Kepanduan mula mendapat perhatian pihak kerajaan yang berkuasa pada masa ini. Kerajaan Negeri-Negeri Selat serta Kerajaan Persekutuan telah memberi pengiktirafan rasmi dalam bentuk sokongan dan kerjasama seterusnya memberi sumbangan dan peruntukan tahunan sebanyak dua ribu ringgit. 1932 Pasukan Pandu Puteri Johor dan Pasukan Pandu Puteri Kedah ditubuhkan dan merupakan Pasukan Pandu Puteri yang pertama mengadakan kegiatan dalam bahasa Melayu. 1934 Ketua Pengakap Lord Baden Powell Dan Ketua Olave, Lady Baden Powell telah mengadakan lawatan ke Malaya. 1937-1946 Kegiatan kepanduan di Malaya tergendala disebabkan perubahan takhta pemerintahan kerajaan yang mana Malaya mula diperintah oleh kerajaan Jepun. 1947 Kegiatan kepanduan yang tergendala telah dihidupkan semula dengan usaha-usaha menggalakkan lebih ramai lagi penyertaan gadis-gadis remaja apabila penubuhan Pasukan Pandu Puteri dilancarkan di semua negeri Persekutuan Tanah Melayu. Beberapa orang ahli pandu puteri dan pemimpin dari PPPM telah mengambil bahagian dalam perhimpunan antarabangsa buat pertama kalinya. 1948-1960 Sekali lagi kegiatan kepanduan tergendala akibat pengisytiharan darurat di seluruh negara.
1957 Persatuan Pandu Puteri Malaya diterima bergabung dengan WAGGGS (Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia). Perjanjian Pandu Puteri yang diubahsuai untuk memenuhi keperluan negara mula digunakan. 1960 PPM telah diterima sebagai Ahli Tenderfoot WAGGGS, dalam Persidangan Dunia ke-17 di Athens, Greece. 1960 PPPM telah diberi penghormatan menjadi penganjur dan tuan rumah Persidangan Pemimpin Pandu Puteri Sedunia yang diadakan di Kuala Lumpur pada bulan Disember. 1964 Dame Leslie Whateley, Pengarah Biro Dunia telah memberi Pengiktirafan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, gabungan Persatuan Pandu Puteri Sabah, Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) hasil dari pembentukan negara Malaysia pada 1963. 1967-1976 Sambutan Tahun Jubli Emas 50 Tahun disambut meriah dengan aktiviti – aktiviti Perkhemahan Jubli Emas 1969 Perletakkan Batu Asas Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat, Wisma Pandu Puteri oleh DYMM Sri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Intan Zaharah Ibni Almarhum Tengku Seri Setia Raja Terengganu.
1977-1986 Sambutan Tahun Jubli Intan disambut dengan Jambori Jubli Intan, Penubuhan Guild Trefoil Malaysia, Bengkel Penyediaan Buku Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang (DPU) Perkhemahan dan Perkhemahan Antarabangsa KEMMAS. Majlis Kebangsaan bersetuju menukarkan BROWNIE kepada TUNAS PUTERI. Pakaian seragam baru untuk Pandu Puteri, Tunas Puteri dan Pemimpin mula digunakan di seluruh negara. 1986 PPP Selangor dipecahkan untuk membentuk PPP Wilayah Persekutuan dan PPP Selangor. 1987-1996 Merupakan tahun-tahun Kepanduan sebagai satu cabaran yang dimulakan dengan sambutan 70 Tahun Kepanduan di Malaysia secara besar-besaran di seluruh negara. PPPM telah menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Jawatankuasa Asia Pasifik, Persidangan Ketua Pesuruhjaya Komanwel dan Jambori pandu Puteri Kebangsaan. Satu lagi detik sejarah PPPM ialah penubuhan Majlis Kadet Pandu Puteri Maktab Perguruan Malaysia di mana semua urusan latihan dan program kepanduan guru-guru pelatih dipertanggungjawabkan kepada Pesuruhjaya Kadet Pandu Puteri yang setaraf dengan Pesuruhjaya Negeri. Pelbagai Projek seperti Our Water Our World, Cleanathon, Round Robin, Kem Cabaran 96 telah dilaksanakan. 1997 Sambutan 80 Tahun PPPM dengan Semangat Keamanan dan Harmoni bermula. 1998 Sempena SUKOM ’98 di Malaysia, PPPM telah menganjurkan Perkhemahan Komanwel ’98.
1999 Bagi menyahut cabaran perkembangan era ICT, Laman Web PPPM telah mula dilancarkan dengan peningkatan maklumat dari semasa ke semasa. 2000 8 – 15 Febuari – Laporan Kemajuan WAGGGS ke atas Persatuan Pandu Puteri Malaysia oleh Jan Mac Intyre. Lawatan ke Selangor, Johor, Sabah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. Melancarkan Projek Biskut dan Penyerahan Jalur Gemilang – Ketua Kontinjen Bilateral Exchange Programme with China. Majlis Menandatangani Laman Web Persatuan Pandu Puteri Malaysia Pesta Tunas Puteri Antarabangsa 2000 / International Brownies Festival 2000. di UITM Shah Alam Selangor. Tema Kerjasama Sejagat Ke Arah Kesejahteraan Sedunia’ (Global Cooperation for A Better World) 11 negara mengambil bahagian. 20 - 26 November, aktiviti Antarabangsa “Bilaterial Exchange Programme Between Girl Guides Association Malaysiawith The Chinese Young Pioneers”, (Program Pertukaran Malaysia dengan China. 2001 7-12 September - Kem Integrasi 2001 Kem ini yang disertai oleh peserta dari dalam dan luar negara dari Maldives, Korea dan Pakistan telah diadakan di Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Insan YPJ, Sekakap, Mersing Johor. Projek Asia Pasifik: PPPM – Fiji GGA: Lend A Hand
2002 April – Majlis Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah, Bekas Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia Sambutan menyambut sempena 85 tahun Kepanduan di Malaysia. 2003 Projek Khidmat Hospital Majlis Renjer Puteri Kebangsaan telah dilancarkan di Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang. Projek berterusan ini akan diadakan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bulan Oktober sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia. Tema yang ditetapkan ialah "Kami Membawa Keriangan". Ahli Pandu Puteri Renjer akan berkhidmat di wad kanak-kanak (pediaterik). Projek "Lids for Limbs" telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Projek Bungkusan Kasih atau "Peace Packs" telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 2004 Seramai 55 orang ahli Renjer Puteri dan Pemimpin mencipta sejarah mendaki Gunung Kinabalu dengan menyertai Ekspedisi Kinabalu Rakan Muda yang bertemakan "Menuju ke Puncak". Seramai 49 orang ahli Berjaya ke puncak. Persatuan Pandu Puteri Malaysia dipilih sebagai salah satu organisasi ahli WAGGGS untuk projek International Signature Programme (ISP), satu kerjasama antara The UPS Foundation, WAGGGS dan PPPM. Melalui projek ini, PPPM menerima geran daripada The UPS Foundation selama tiga tahun untuk mencapai
Beberapa matlamat. Cycleton Puteri Terengganu (Ogos 2004) - 290 ahli Pandu Puteri dan Renjer Puteri berbasikal 300 km merentasi negeri Terengganu bagi menjana dana untuk kanak-kanak kurang upaya dan sakit kronik. Hasil kutipan dana telah dimasukkan ke Tabung Amal Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu. Ekspedisi Berbasikal Pulau Pinang (Oktober 2004) berjaya memasuki Malaysian Book of Records sebagai "Ekspedisi Berbasikal Wanita yang Terbesar di Malaysia". 2005 21–23 Februari - Pada pertama kalinya “Girl Guides Summit” diadakan di Hotel Kuala Lumpur International untuk ahli-ahli kepanduan lepasan sekolah. Seramai 105 orang peserta mengambil bahagian. Sambutan Hari Peringatan Sedunia Peringkat Kebangsaan dengan tema "Makanan" turut diadakan di acara ini. Sebanyak 4,581 "Peace Packs" telah dihantar ke Iraq. Pengurusan penghantaran dibuat oleh Kementerian Luar Negeri dan kos penghantaran dibiayai oleh Kementerian Pertahanan. 16 - 17 April - Kursus Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS WAGGGS diadakan di Wisma Pandu Puteri dengan kerjasama Majlis AIDS Malaysia. Seramai 23 orang Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS Berjaya dihasilkan. 16-19 Ogos - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Perhimpunan Agung Pertama Sahabat Asia Pasifik WAGGGS (Friends of Asia Pacific WAGGGS) yang diadakan di Kuantan, Pahang dan disertai oleh 190 orang peserta dari 12 negara. 17 Ogos - Majlis Pelantikan KDYTM Tengku Puan Pahang
Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti AlMutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, D.K.; D.K. (Johor); S.P.M.J. sebagai Penaung Di Raja Sahabat Rantau Asia Pasifik WAGGGS di Kuantan, Pahang September - Mesyuarat Meja Bulat di Sungai Petani, Kedah bagi membincangkan Perlembagaan baru PPPM 20 Oktober - YABhg Datin Paduka Seri Endon Mahmood, Yang Di Pertua PPPM kembali ke Rahmatullah. 2006 Januari - Perubahan nama bahagian dalam PPPM berkuatkuasa: Nama Lama Nama Baru Tunas Puteri Pandu Puteri Tunas Pandu Puteri Pandu Puteri Remaja Renjer Puteri Pandu Puteri Renjer Kadet Puteri Pandu Puteri Kadet Pek Tunas Puteri / Pasukan Pandu Puteri / Unit Renjer Puteri diubah kepada Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan Pandu Puteri Remaja dan Pasukan Pandu Puteri Renjer. 13-17 Mac - Perkhemahan Pandu Puteri Remaja Peringkat Kebangsaan diadakan di Kem Bina Negara, Kaki Bukit, Perlis dan dihadiri oleh 600 orang peserta. 1 - 6 April - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Seminar Penilaian Signature Programme Volunteerism yang dihadiri 27 peserta dari Malaysia, Hong Kong, Mexico, Afrika Selatan serta pegawai dari Biro Dunia WAGGGS, APCO Worldwide dan Points of Lights Foundation. Ketua Eksekutif WAGGGS, Lesley Bulman-Lever dan Pengarah Global Projek, Brenda Fitzpatrick bersama dengan rombongan PPPM mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia dan YB Puan Komala Devi, Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran Malaysia. Para
peserta juga menghadiri Majlis Santapan bersama SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah, Penaung Di Raja PPPM. 26 April - 1 Mei -Ekspedisi Berakit Menyusuri Sungai Pahang. Ekspedisi 5 hari 4 malam sejauh 180 km disertai 140 orang ahli dan sukarelawan Pandu Puteri. PPPM mendapat hadiah penyertaan terbanyak. 9 Jun - Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibentang dan diluluskan oleh Majlis Kebangsaan, berkuat kuasa serta-merta. 9 Jun - Pelancaran projek khidmat masyarakat yang baru "Program Etika Bendera: Kesedaran dan Penjagaan" telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid, Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan di Hotel Sutera Harbour, Kota Kinabalu. Julai - Modul Program Pandu Puteri Siswi dimantapkan Oktober - Projek Perintis Kempen Pendaftaran Pasukan dan Ahli dijalankan di kesemua 9 daerah di negeri Selangor. 2007 Januari - Pelaksanaan Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Januari & Februari - Siri Bengkel Berfikir secara Kreatif "Scientific Creative Thinking" diadakan untuk ahli lepasan sekolah dengan kerjasama Empowering Potential Consultancy. 19 Januari - Majlis Persembahan Selepang kepada SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah sebagai Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Istana Negara.
1 April - PPPM menerima tawaran daripada WAGGGS untuk menjadi Tuan Rumah Persidangan Rantau Asia Pasifik WAGGGS yang ke-9. 3 - 9 Jun - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada "9th Asia Pacific Regional Conference and 3rd Friends of Asia Pacific WAGGGS Gathering". Kedua-dua acara ini diadakan di Sunway Resort dan dihadiri oleh 200 orang dari 22 negara di Rantau Asia Pasifik. Seramai 50 orang ahli dan sukarelawan PPPM berkhidmat sebagai sukarelawan di acara ini. Delegasi Malaysia ke Persidangan Rantau Asia Pasifik dianggotai oleh enam orang, termasuk dua orang Pemimpin Muda. 6 Jun - Forum Belia bertajuk "Voice of Girls and Young Women" diadakan sempena Persidangan Rantau Asia Pasifik. 100 orang ahli Pandu Puteri Remaja dari Malaysia dan Singapura mengambil bahagian. 7 Jun - Perjumpaan Ketua Eksekutif WAGGGS, Mary McPhail dengan ahli PPPM. 6 September - Kunjungan Hormat kepada YABhg Datin Seri Jeanne Abdullah, Yang Di Pertua baru PPPM. 9 Oktober - Lawatan Mesra YB Dato' Seri Azalina binti Dato' Othman Said, Menteri Belia dan Sukan bersama rombongan Kementerian Belia dan Sukan ke Wisma Pandu Puteri 25 November - Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun Ke-90 Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 2008 19 Januari - Pelancaran "Kempen Mega Pendaftaran Keahlian Peringkat Kebangsaan" di Sungai Petani, Kedah. 6 - 12 Julai - Delegasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia menghadiri Persidangan Dunia WAGGGS Ke-33 di Afrika
Selatan dan membentangkan pembidaan untuk Persidangan Dunia Ke-34, tahun 2011. 17 - 22 Ogos - Perkhemahan Antarabangsa Pandu Puteri Remaja diadakan di Kem Bina Negara, Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak. Perkhemahan ini dihadiri oleh 500 peserta dari Malaysia, Maldives, Singapura, Sri Lanka, Hong Kong dan United Kingdom. Sehingga Kini Untuk mencapai hasrat membentuk ahli-ahli dan pemimpinpemimpin yang berkualiti, bersemangat kental, progresif, dinamik dan mampu menangani pelbagai saingan dan perubahan dunia di alaf baru, PPPM telah merancang, melaksana dan melibatkan semua pihak dalam pelbagai program baru. Dalam usia 106 tahun kecemerlangan PPPM semakin meningkat dan terserlah di bawah kepimpinan Ketua Pesuruhjaya, Pengurus Kepanduan dan pemimpin-pemimpin yang berpengalaman dan gigih. Melalui Kursus Membina Imej Kepanduan untuk Pesuruhjaya Negeri, Pesuruhjaya Ibu Pejabat dan Jurulatih serta Persidangan Jurulatih Tahunan, PPPM akan terus maju dalam usaha meningkatkan jumlah wanita muda menjadi pemimpin dan terlibat dalam aktiviti antarabangsa.
TUJUAN PENUBUHAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA TUJUAN PENUBUHAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA Menerapkan sifat-sifat kepimpinan yang tulen dan nilai-nilai murni melalui program-program kepanduan Mendidik, melatih dan mengembangkan potensi ahliahli persatuan agar dapat menjadi warganegara yang peka, berwibawa, berketerampilan dan berdisiplin Menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan efektif untukremaja dan wanita dewasa dalam menyediakan mereka untuk menjadi pemimpin berwibawa pada masa hadapan Malahirkan golongan remaja dan wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran, dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan masyarakat sejagat
CARTA ORGANISASI PANDU PUTERI
CARTA ORGANISASI A) CARTA ORGANISASI PANDU PUTERI KADET i) CARTA ORGANISASI IPGK RAJA MELEWAR YANG DI PERTUA TUAN MOHAMAD ZAIDI BIN ISHAK NAIB YANG DI PERTUA PUAN HAJAH HALIMAH BINTI CHE MAT KETUA UNIT KOKURIKULUM DAN PENYELARAS UNIT BERUNIFORM PUAN AZIBAH BINTI BAHAROM PESURUHJAYA PANDU PUTERI PUAN AZIBAH BINTI BAHAROM PEMIMPIN PUAN SOHAINA BT MOHD SALLEH PUAN HAJAH FAIZAH BINTI A. KARIM KETUA PASUKAN PUAN NOOR AINI BINTI MAMAT KETUA KUMPULAN KESIDANG PUAN NURULHUDA BINTI MD ARIF CEMPAKA PUAN FAZILAH BINTI AHMAD MELUR PUAN SUZANA BINTI IBRAHIM KAPTEN PERKHEMAHAN PUAN NURUL AIN BINTI RUSLI
ii) CARTA ORGANISASI UNIT PELAJAR Kapten Noor Aini binti Mamat Pen. Kapten Nurul Ain binti Rusli Setiausaha Norizwannee binti Azmi Bendahari Nurul hafizah binti Mohd Najib Kumpulan Berenam Kumpulan Kesidang Nurulhuda binti Md. Arif Noor Aini binti Mamat Nurul Hafizah binti Shahar Marina binti Udin Norizwannee binti Azmi Kumpulan Berenam Kumpulan Cempaka Fazilah binti Ahmad Nurul Ain binti Rusli Siti Norhazilah binti Johari Izmah Aqilah binti Mohamad Nur Hazwani binti Sahrapi Kumpulan Berenam Kumpulan Melur Suzana binti Ibrahim Nawwarah binti Kamarudin Nurul hafizah binti mohd Najid Noraliza binti Musa Nor Hasnita binti Darul Akhwan
STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA LEMBAGA EKSEKUTIF KEBANGSAAN (LEK)
STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA LEMBAGA EKSEKUTIF KEBANGSAAN (LEK) DENGAN PORTFOLIO
STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN Majlis Ketua Pesuruhjaya Cawangan Ketua Pesuruhjaya Pesuruhjayapesuruhjaya Bahagian Kebangsaan Ketua –ketua Pesuruhjaya Cawangan Pengerusi Majlis Jurulatih Kebangsaan Pesuruhjayapesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan
STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA PERINGKAT CAWANGAN Lembaga Eksekutif Cawangan Ketua Pesuruhjaya Cawangan Pesuruhjaya Bahagian Cawangan PJ PP Kelip- kelip PJ PP Tunas PJ PP Remaja PJ PP Renjer PJ Klover PJ Guild Yang Dipertua Cawangan Penaung Cawangan Cawangan Pesuruhjaya Perkembangan Cawangan PJ Antarabangsa PJ Program PJ Struktur & Pengurusan PJ Keahlian PJ Perhubungan Dengan Masyarakat PJ Latihan Timbalan Yang Dipertua Cawangan Ahli Ex- offico Setiausaha Kehormat Bendahari Kehormat Penasihat Undangundang** Yang DipertuaYang Dipertua Daerah Cawangan
STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA Majlis Pesuruhjaya Daerah Ketua Pesuruhjaya Cawangan Pesuruhjaya – pesuruhjaya Daerah Pesuruhjayapesuruhjaya Perkembangan Cawangan Pesuruhjayapesuruhjaya Bahagian Cawangan
STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA LEMBAGA EKSEKUTIF DAERAH Pesuruhjaya Daerah Pesuruhjayapesuruhjaya Bahagian Daerah Ahli Ex Offico Daerah Setiausaha Bendahari Yang Dipertua Daerah Pesuruhjayapesuruhjaya Perkembangan Daerah
TATACARA PENAMAAN PASUKAN PANDU PUTERI PASUKAN PANDU PUTERI …(BAHAGIAN) ….(NO PASUKAN), DAERAH …(NAMA DAERAH), … ( NAMA SEKOLAH ), … NAMA CAWANGAN. NOTA PENTING: Nombor Pasukan Satu hingga sembilan di eja tetapi 10 keatas di tulis nombornya BAHAGIAN CONTOH TATACARA PENAMAAN PASUKAN PANDU PUTERI KELIP-KELIP Pasukan Pandu Puteri Kelip-kelip Pertama, Daerah Kuantan, Tadika Indera Mahkota, Pahang. PANDU PUTERI TUNAS Pasukan Pandu Puteri Tunas Kedua, Daerah Kuala Pilah, SK Kuala Pilah, Negeri Sembilan. PANDU PUTERI REMAJA Pasukan Pandu Puteri Remaja Ke-11, Daerah Langkawi, SMK Langkawi, Kedah. Pasukan Pandu Puteri Remaja Ke- 18, MRSM Lenggong, Perak. PANDU PUTERI RENJER Pasukan Pandu Puteri Renjer Ke-23, Daerah Muar, SMK Methodist Perempuan, Johor. Pasukan Pandu Puteri Renjer Ke -10, MRSM Kuching, Sarawak. PASUKAN TERBUKA Pasukan Terbuka Pandu Puteri Tunas, Daerah Petaling Utama, Selangor. Pasukan Terbuka Pandu Puteri Remaja, Daerah Sentul, Kuala Lumpur. Pasukan Terbuka Pandu Puteri Renjer, Daerah Tawau, Sabah. PANDU PUTERI KLOVER ( TKN 6 ) Pasukan Pandu Puteri Klover Pertama, Daerah Seremban 1, SMK King George V, Negeri Sembilan. PANDU PUTERI KLOVER Pasukan Pandu Puteri Klover, Universiti Putra Malaysia, Selangor. Pasukan Pandu Puteri Klover, Politeknik Merlimau, Melaka. Pasukan Pandu Puteri Klover, Daerah Kuala Terengganu, Terengganu. Pasukan Pandu Puteri Klover, Perlis.
PANDU PUTERI KADET Pasukan Pandu Puteri Kadet Keenam, Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang, Pulau Pinang. PANDU PUTERI GUILD TREFOIL Pasukan Pandu Puteri Guild Trefoil, Daerah Sandakan, Sabah. Pasukan Pandu Puteri Guild Trefoil, Kelantan. CATATAN PJ Daerah bersama PJ Keahlian Daerah yang bertanggunjawab untuk menentukan nombor pasukan dalam daerah masing-masing dan maklum kepada PJ Keahlian Cawangan untuk di rekodkan dan tindakan selanjutnya.
PRINSIP ASAS, PERLEMBAGAAN MISI & VISI PANDU PUTERI MALAYSIA
MISI DAN VISI PANDU PUTERI MALAYSIA PRINSIP-PRINSIP ASAS PERTUBUHAN PANDU PUTERI MALAYSIA Prinsip asas Pandu Puteri adalah berteraskan Persetiaan dan undang-undang Pandu Puteri Persetiaan dan undang-undang Pandu Puteri membentuk sistem nilai moral bagi setiap individu yang menjadi ahli pergerakkan Pandu Puteri Sistem nilai tersebut menjadi panduan hidup ahli pergerakan Pandu Puteri Seseorang yang telah melafazkan Persetiaan Pandu Puteri di hadapan seorang pemimpin berwaran hendaklah memakai lencana pelantikan dan lencana dunia. Seseorang anak gadis, wanita, remaja dan wanita dewasa dengan sukarela menyertai Persatuan Pandu Puteri Malaysia sebagai seorang ahli. Seseorang ahli yang telah melafazkan Persetiaan Pandu Puteri tergerak memberi penglibatan yang penuh dan padu kepada pergerakan Pandu Puteri dan sentiasa mengamalkan semangat Pandu Puteri Sejak tahun 1993, Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengenakan yuran keahlian seperti berikut : a) Ahli muda RM 2.00 setahun b) Ahli dewasa RM 5.00 setahun c) Ahli seumur hidup RM 250.00 seorang (bayar sekali sahaja) Kadar bayaran yuran yang dibayar kepada ibu pejabat kebangsaan dipertimbangkan oleh Majlis Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia setiap tiga tahun Setiap yuran keahlian yang dikutip oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia di peringkat cawangan dan daerah adalah mengikut budi bicara Majlis Jawatankuasa Kerja Cawangan dan Majlis Jawatankuasa Kerja Daerah