The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NOOR AINI BINTI MAMAT_PDP PAKK OKT 2023_MPU2101D_BUKU LOG

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainimamat79, 2023-12-05 02:39:16

NOOR AINI BINTI MAMAT_PDP PAKK OKT 2023_MPU2101D_BUKU LOG

NOOR AINI BINTI MAMAT_PDP PAKK OKT 2023_MPU2101D_BUKU LOG

➢ Elak daripada merosak persekitaran semula jadi. Tempat yang basah, lembab atau berair perlu dielakkan. Rumput perlu dijaga supaya tidak rosak. ➢ Kemudahan kerusi disusun di hadapan untuk tempat duduk tetamu dan jemputan. Boleh disusun mengikut susunan tapak kuda untuk peserta. Jika menggunakan pentas susunan mengikut protocol untuk tetamu. ➢ Mohon kebenaran pihak tuan punya tempat atau bangunan. GARIS PANDUAN PERSEMBAHAN 1) LAKONAN ❖ Pendek dan tempohnya jangan lebih daripada 10 minit. ❖ Tema tidak menyentuh perkara yang sensitif dalam agama, bangsa dan kebudayaan kaum-kaum tertentu. ❖ Jangan libatkan isu-isu sensitif. ❖ Tidak perlu banyak alat. Elakkan mengguna alat yang bahaya. ❖ Contoh : i. Lakonan bisu ii. Lakonan spontan iii. Pantomen iv. Lakonan cerita binatang atau cerita hutan v. Lakonan cerita sejarah 2) STUNT (AKSI LUAR BIASA) ❖ Persembahan yang perlu difahami oleh semua orang. ❖ Tidak merbahaya, pendek / masa yang singkat, kemas dan teratur ❖ Perlukan latihan yang bersungguh-sungguh serta mencukupi 3) TARIAN ❖ Tarian kebudayaan tempatan / tradisional / binatang ❖ Dua atau tiga tarian mencukupi untuk sepanjang malam persembahan. ❖ Contoh: i. Joget ii. Zapin iii. Kuda kepang iv Tarian gajah


4) CERITA ❖ Cerita perlu pendek, plot ringkas serta menarik ❖ Boleh diaksi ❖ Suara dikawal dan diragamkan mengikut watak ❖ Memek muka sesuai dengan cerita ❖ Ada peralatan yang sesuai / kostum ❖ Ada pengajaran PERALATAN 1) Alat muzik yang ringkas boleh digunakan 2) Alat muzik boleh disediakan sendiri daripada bahan-bahan buangan seperti botol, tin, buluh, daun dan lain-lain 3) Alat yang besar serta bunyi yang kuat boleh dielakkan 4) Elok diberikan peluang kepada ahli yang pandai bermain alat muzik secara individu / beramai-ramai. 5) Muzik dapat mengiring lagu / nyanyian; Muzik rakaman boleh digunakan 6) Guna pembesar suara jika perlu 7) Gubahan dam kreativiti untuk menyokong persembahan PAKAIAN 1) Pemimpin serta ahli Pandu Puteri berpakaian seragan lengkap. 2) Pakaian peserta boleh juga disesuaikan untuk aktiviti lakonan/persembahan. 3) Pakaian beragam yang sesuai. 4) Pakaian khas untuk sebarang persembahan kebudayaan.


KEMBARA DAN PANDU ARAH


PENGENALAN Kembara dan pandu arah ialah satu cabang pengetahuan berkaitan dengan teknikteknik pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan kemahiran membaca peta dan kompas. Kembara adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan diantara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu. Pandu arah bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh diibaratkan gabungan antara sukan merentas desa (cross-country), pandu arah dan acara mencari harta karun (tressure-hunt). Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan disamping menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri. Di samping menggunakan kompas dan peta, kita juga boleh menggunakan panduan angina untuk menentukan arah. Walau bagaimanapun, cara ini memerlukan pengetahuan penelitian yang betul kerana cara ini kelazimannya bergantung kepada keadaan cuaca dan hari yang terang. Antara panduan yang lazim dan kerap digunakan ialah pergerakan matahari dari timur ke barat pergerakan bintang arah ke barat, kumpulan bintang yang dapat menunjuk arah ke utara; pengaliran air mata air ke sungai dan mengalir terus ke kuala/laut yang selalunya ada terdapat perkampungan dan arah tiupan angin. KEBAIKAN AKTIVITI KEMBARA DAN PANDU ARAH • Sukan untuk semua • Meningkatkan kecergasan fizikal • Meningkatkan kecergasan mental & daya tumpuan • Memberi cabaran & keseronokan • Membina sikap positif & keyakinan diri • Menggunakan persekitaran yang sihat • Meningkatkan kemahiran pembacaan peta & kompas • Memupuk sifat keberanian & ketenangan dalam keadaan cemas


PERATURAN DAN PERSEDIAAN 1. Kebenaran Sebelum memulakan sesuatu aktiviti kembara, perkara yang amat penting adalah memohon dan mendapatkan kebenaran. Kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalanan aktiviti ini dan juga ibu bapa perlu dimaklumkan mengenai aktiviti ini serta tujuannya kepada mereka. 2. Persedian Alatan Dalam aktiviti kembara ini perlu tahu terminologi alatan- alatan yang digunakan bagi menjalankan aktiviti ini antara alatan-alatan yang digunakan adalah seperti berikut: 1.Titik kawalan (Control point) • Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu dilawati oleh peserta • Biasanya merupakan ciri-ciri mukabumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas. • Titik kawalan bukanlah “check-point” kerana ia tiada penjaga dititik ini . 2. Penanda kawalan (Control marker) • Tujuannya bagi membantu peserta tiba kedestinasi yang betul • Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih sebagai tanda yang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m). • Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik. 3. Kad kawalan (Control card) • Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai acarasebagai bahan bukti atau pengesahan. • Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time) dan tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti. Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa digarisan penamat untuk dicatatkan masa penamat. 4. Peta utama (Master map) • Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan keterangan kawalan. • Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan 5. Keterangan kawalan (Control description)


• Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description) kawalan berkenaan. Butir-butir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod kawalan dan keterangan mengenai kedudukan titik kawalan. • Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk teks‟ tetapi dalam bentuk kod/gambarajah”. 6. Landasan (Course) • Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ke titik kawalan yang lain hingga kepenamat. Landasan ini akan dilukis diatas peta utama dan akan disalin oleh peserta kemudiannya. • Tanda yang berkenaan landasan adalah • Titik permulaanditandakan dengan tiga segi. • Titik kawalan dengan tanda bulatan • Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertintih. • “Leg‟ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan 7. Kompas (Compass) • Alat bantu yang kedua terpenting dalam aktiviti kembara. • Ia digunakan hanya untuk menentukan arah sahaja. • Dijadikan panduan asas bagi ahli-ahli pengembara menentukan hala tuju di dalam hutan. • Kompas hendaklah digunakan dengan teliti bagi mendapatkan arah yang tepat. • Kompas bearing sudut; diukur mengikut arah pusingan jarum jam dan jumlah sudutnya ialah 360 darjah.


Rajah bentuk Kompas Perkara-Perkara Penting Semasa Guna Kompas i. Memeriksa bearing kompas (arah yang hendak dituju) bagi memastikan arah yang betul dan tepat. ii. Tentukan sesuatu objek sebagai tanda supaya anda boleh terus menghala kea rah yang hendak dituju dengan mudah, misalnya pokok besar, benda yang ganjir atau gatu besar yang berada di persekitaran. Langkah-Langkah Bagi Mencari Kedudukan Sesuatu Tempat Di Atas Peta: i. Letakkan peta di atas permukaan yang rata. ii. Tandakan kedua-dua tempat yang hendak dicari bearing sudutnya, misalnya A dan B iii. Lukiskan kedudukan arah mata angin utara selatan. Ini dapat dilakukan dengan melukis garisan yang selari dengan mana-mana garisan gred yang berhampiran. iv. Sambungan kedua-dua titik A dan B dengan satu garis lurus. Gunakan jangka sudut bagi mengukur sudut bermula dari utara mengikut arah pusingan jarum jam sehingga ke garisan yang menyambungkan kedua-dua titik tersebut.


PETA Peta adalah lukisan bagi gambaran bentuk mukabumi bagi sesebuah kawasan yang dilihat dari udara. Peta adalah sumber maklumat bagi kawasan berkenaan. Mempunyai tajuk, kontor, skala, petunjuk, garisan melaras dan kod warna yang akan memberi kemudahan dan tangkapan yang tepat mengenai rupa bumi kawasan berkenaan. Jenis-Jenis Peta Terdapat beberapa jenis peta yang diterbitkan seperti berikut :- • Peta topo • Peta panduan jalanraya • Peta khusus • Atlas • Peta imejan satelit • Peta orienteering Warna-Warna Dalam Peta Terdapat 6 warna yang ditentukan mengikut standard IOF. Warna tersebut adalah :- 1. Hitam - ciri-ciri buatan manusia & batu 2. Perang - kontor & jalanraya 3. Kuning - keadaan tumbuhan : lapang dan terbuka 4. Putih - keadaan tumbuhan : berpokok/boleh berlari 5. Hijau - keadaan tumbuhan :berjalan/redah 6. Biru - kawasan berair Peta Topografi Peta Topografi ialah peta yang menunjukkan keadaan muka bumi sesebuah kawasan, selalunya menggunakan garisan kontur dalam peta moden. Peta topografi mestilah mempunyai garisan lintang dan garisan bujur dan titik pertemuannya menghasilkan koordinat. Koordinat ialah titik persilangan antara garisan lintang dan bujur. Peta topografi yang piawai biasanya menggunakan skala 1:50,000. Peta topografi memiliki beberapa kesamaan dan perbezaan dengan peta rupa bumi. Mengesan tanda dan simbol • Tanda dapat dilakukan dalam pelbagai bentuk seperti batu, ranting, anak panah, lakaran atas pokok dsb. • Pelbagai jenis symbol juga dapat dicipta


Contoh Peta Topografi Laporan Pengembaraan ➢ Disediakan oleh setiausaha aktiviti. ➢ Melaporkan mengenai aktiviti ini kepada balai polis ataupun ranjer taman yang bertugas di tempat yang anda hendak tuju untuk memaklumkan mereka bahawa aktiviti perkhemahan akan dilakukan di dalam kawasan mereka. Tujuannya adalah untuk memudahkan mereka untuk membuat rondaan keselamatan ataupun melakukan kerja-kerja menyelamat sekiranya anda memerlukan bantuan. Bukan itu sahaja, mungkin mereka juga boleh memberikan penerangan yang lebih terpeinci mengenai keadaan kawasan tersebut. ➢ Kandungan adalah seperti maklumat umum iaitu masa, tempat, aktiviti. ➢ Lakaran kawasan peta jalan lasak disertakan. ➢ Catatan perjalanan. • Pembahagian tugasan ahli. ➢ Gambar-gambar sepanjang aktiviti jalan lasak disertakan.


IKHITAR HIDUP


PENGENALAN Ikhtiar Hidup bukan hanya berusaha untuk terus hidup sahaja, namun berusaha untuk keluar dari keadaan tersebut. Di dalam menjalankan aktiviti pengembaraan di hutan sekiranya tersesat ilmu iktiar hidup adalah perlu digunakan. Ilmu ikhtar hidup perlu dipelajari disebabkan perkara-perkara berikut:- a. Sesat di dalam hutan atau terpisah dari kumpulan. b. Rintangan cuaca yang tidak mengizinkan pulang mengikut jadual. c. Terselamat dalam nahas udara atau laut. Kawasan hutan tropika adalah kawasan yang senang untuk ikhtiar hidup. Latihan untuk berikhtiar hidup akan memberi pendedahan, pengetahuan dan keyakinan untuk kita mengatasi keadaan berikhtiar hidup jika keadaan memerlukan berbuat demikian. Dalam kontak Pendidikan Ikhtiar Hidup diertikan sebagai usaha yang harus dilakukan oleh seseorang supaya boleh terus hidup ketika menghadapi sesuatu ancaman atau masalah kehabisan bekalan makanan. Definisi Berikhtiar hidup adalah kemampuan seseorang atau kumpulan mengatasi sesuatu keadaan ikhtiar hidup di dalam atau luar kawasan musuh. Objektif i. Kognitif • Memperolehi pengetahuan tentang asas-asas untuk ikhtiar hidup semasa di laut, di hutan, di bukit, di gunung-ganang atau sebagainya. • Memperolehi pengetahuan melalui alam semulajadi untuk mencari sumber makanan, tempat perlindungan dan punca-punca air. • Mempelajari pengetahuan asas dan langkah-langkah keselamatan semasa menjalani ikhtiar hidup. ii. Psikomotor • Dapat membina tempat perlindungan rekaganti untuk mengelakkan dqari bahaya. • Mencari dan menggunakan sumber alam semulajadi sebagai sumber makanan untuk terus hidup. • Dapat bertindak dengan cepat dan tepat apabila menghadapi sesuatu situasi yang kurang baik.


iii. Afektif • Membina keyakinan diri untuk terus hidup. • Memupuk nilai-nilai murni seperti berkerjasama dan bertanggung jawab. • Memperkembangkan minat terhadap alam semulajadi dan adapt menimati keindahannya. Tekanan Keadaan Ikhtiar Hidup Dalam keadaan ikhtiar hidup, beberapa tekanan akan dihadapi oleh seseorang atau kumpulan. Tekanan-tekanan ini jika tidak diatasi boleh melemahkan semangat mereka untuk terus berusaha untuk hidup dan keluar dari keadaan tersebut. Tekanan-tekanan yang perlu diatasi ialah:- a. Kelaparan b. Kehausan c. Kesakitan d. Kesejukan dan kepanasan e. Keletihan f. Kesepian dan ketakutan Peraturan Asas Ikhtiar Hidup Faktor paling penting dalam sesuatu keadaan ikhtiar hidup adalah kemahuan seseorang untuk terus berusaha untuk hidup dan keluar dari keadaan tersebut. Tanpa kemahuan dan sikap yang positif serta ketahanan mental yang tinggi, adalah mustahil untuk mereka mengatasi keadaan tersebut. Dalam usaha untuk mengatasi keadaan ini, peraturanperatusan asas berikut perlu dipatuhi:- 1) Jimatkan tenaga. Kekurangan makanan atau makanan yang kurang berkhasiat, kekurangan air minuman serta keadaan medan dan cuaca akan melemahkan tenaga kita pada kadar yang cepat. Dalam keadaan demikian kita hendaklah berhati-hari dalam setiap kegiatan kita supaya kita tidak menggunakan tenaga yang keterlaluan. Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian dalam usaha menjimatkan tenaga. • Pergerakkan dari satu tempat ke tempat yang lain hendaklah dirancang terlebih dahulu supaya kawasan-kawasan yang paling senang dilalui digunakan. Semasa berjalan, perlu berhenti untuk berehat setiap jam perjalanan. • Elakkan bergerak pada waktu malam, jika keadaan mengizinkan. Jika perlu bergerak pada waktu malam pilih jalan-jalan yang selamat dan senang untuk dilalui. • Elakkan dari melakukan kerja-kerja yang tidak penting dan bekerja pada waktu malam.


2) Dapatkan Rehat Yang Cukup. Tenaga manusia akan pulih melalui rehat dan tidur yang cukup. Tempat perlindungan yang terlindung dari cuaca panas atau sejuk, hujan serta binatang buas dan serangga perlu di adakan. 3) Jangan Bersusahan. Elakkan dari memikirkan perkara-perkara yang tidak ada kaitan dengan usaha untuk mengatasi satu keadaan ikhtiar hidup. Perkara-perkara ini mungkin kan melemahkan semangat atau mengganggu konsentrasi kita dalam menghadapi keadaan tersebut. 4) Alat-alat Ikhtiar Hidup. Sebagai persiapan untuk menghadapi sebarang ikhtiar hidup khususunya semasa pengembaraan seseorang itu perlu mengambil persiapan seperti di bawah:- a. Perubatan:- i. Panadol unuk sakit kepala, deman dan lain-lain. ii. Lomotil untuk cirit birit iii. Cadusil untuk radang perut. iv. Antibiotik v. Ubat gatal vi. Plaster, pembalut dan ubat luka. b. Makanan. Jenis makanan yang berkhasiat adalah seperti berikut:- i. Bungkusan horlick (gandum) atau milo. ii. Bungkusan glukus iii. Bungkusan gula iv. Bungkusan garam v. Pil-pil vitamin TUMBUH-TUMBUHAN HUTAN Dalam hutan tropika banyak tumbuhan yang boleh di makan. Tumbuhan ini kebanyakkannya tumbuh dikawasan yang rendah dan lembab. Kebanyakkan tumbuhtumbuhan hutan tidak enak rasanya tetapi dalam sesuatu keadaan ikhtiar hidup, tumbuhan ini merupakan bahan makanan yang utama untuk kita mengatasi kelaparan. Ujian Tumbuh-Tumbuhan Kebanyakkan dari kita tidak pasti adakah sesuatu tumbuhan itu boleh dimakan atau tidak. Sebelum kita makan sesuatu tumbuhan yang tidak dikenali, ujian-ujian perlu dijalankan untuk memastikan adakah tumbuhan itu boleh dimakan atau beracun. Peringkat-peringkat ujian adalah seperti berikut:- 1. Menghidu. Hancurkan sebahagian dari tumbuhan yang hendak dimakan dan hidu. Jika tumbuahan itu berbau luar biasa kemungkinan ia tidak boleh di makan. Walau


bagaimana pun tidak semestinya semua tumbuhan yang berbau tidak boleh di makan. Elakkan tumbuhan yang mengeluarkan getah yang banyak. 2. Gatal-Gatal Kulit. Gosak bahagian tumbuhan yang telah dihancurkan pada bahagian kulit yang sensetif. Jika terjadi kesan-kesan merah atau gatal-gatal pada bahagian kulit, bermakna tumbuhan tersebut tidak boleh dimakan. 3. Bibir, Lidah dan Mulut. Gosok bahagian tumbuhan yang telah dihancurkan pada bibir dan mulut. Jika tidak merasa gatal-gatal selama 2 minit, gosok bahagian tumbuhan itu pada bahagian hujung lidah. Jika tidak merasa gatal-gatal atau mual masukkan bahagian tumbuhantersebut dan kunyah. Semasa mengunyah perhatikan reaksi berikut yang menunjukkan bahawa tumbuhan itu tidak boleh dimakan. a. rasa kelat dan sepat b. rasa loya c. rasa gatal-gatal dedaun mulut. 4. Menelan Sedikit. Jika tiada sebarang reaksi negetif dari ujian peringkat pertama hingga peringkat ke tiga, kita menelan sebahagian kecil tumbuhan yang telah diuji dan tunggu selama 2 jam untuk memastikan makanan tersebut boleh dimakan. Tumbuhan itu tidak boleh dimakan jika terdapat reaksi berikut:- a. rasa mual b. sakit perut c. demam dan sakit sendi tulang 5. Makan sedikit. Jika tidak ada reaksi kesan keracunan semasa ujian peringkat 1, kita boleh teruskan memakan sebahagian kecil tumbuhan yang telah diuji. Jika tidak ada sebarang reaksi selepas menunggu 2 jam bermakna bahagian tumbuhan itu boleh dimakan. Peraturan Melaksanakan Ujian. Semasa menguji tumbuhan-tumbuhan perkara-perkara berikut mesti dipatuhi:- 1. Jangan memendekkan ujian. 2. Kalau rasa ragu-ragu jangan makan.


3. Buah-buahan hutan yang dimakan oleh binatang boleh dimakan. 4. Tidak semestinya kalau burung makan kita boleh makan. 5. Tentukan tumbuh-tumbuhan yang sama banyak disekelilingnya. 6. Tidak semestinya satu pokok semua boleh makan. 7. Buah yang manis tidak semestinya semua boleh makan. 8. Buah yang masam semuanya boleh makan. Tindakan Jika Termakan Tumbuhan Yang Beracun Dalam keadaan ikhtiar hidup, jika kita termakan tumbuhan yang beracun tindakan kecemasan adalah seperti berikut:- 1. Muntuhkan tumbuhan tersebut dengan cepat. 2. Minum air bersih yang telah dimasak. 3. Makan sedikit arang kayu untuk mengeluarkan keracunan dalam badan. 4. Dapat bantuan perubatan dengan segera. TEMPAT PERLINDUNGAN Dalam sesuatu ikhtiar hidup tempat perlindungan adalah penting untuk melindungi kita dari kepanasan matahari, hujan dan kesejukan. Tempat perlindungan memberi peluang kepada kita untuk tidur dan rehat. Tanpa peralatan untuk membuat tempat perlindungan seperti ponco, khemah, kita boleh improvisasi tempat perlindungan dengan menggunakan sumber-sumber hutan yang sedia ada. Membina Tempat Perlindungan Sebelum kita membina tempat perlindungan perkara-perkara berikut perlu dipertimbangkan. 1 Bahan-bahan yang digunakan seperti kayu, tali dan daun utuk membuat atap senang didapati dikawasan tersebut. 2 Selamat dari binatang-binatang liar dan serangga-serangga yang memberhaya. 3 Selamat dari bencana alam seperti tanah runtuh, banjir dan pokok-pokok yang mati. 4 Berhampiran dengan sumber air dan makanan supaya senang didapati. 5 Selesa untuk kita tidur dan rehat bagi jangka masa yang dirancangkan. Jenis-Jenis Tempat Perlindungan Beberapa jenis tempat perlindungan atau pondok hutan boleh dibina dengan menggunakan bahan-bahan hutan yang sedia ada diesuatu kawasan. 1. Pondok Sementara.


Pondok ini merupakan jenis perlindungan yang paling senang dibina dan untuk kegunaan jangka masa yang pendek. Pondok mesti dibina di atas tanah yang rata dan kering. 2. Pondok Jangka Panjang. Pondok ini dibina jika ingin berkhemah untuk jangka waktu yang lama atau keadaan tanahnya sentiasa lembab dan tidak rata. 3. Pondok dalam kawasan Rawang. Pondok ini dibina jika keadaan berkehendakan kita berlindung dalam kawasan rawang (berpaya). Tempat perlindungan yang dibina hendaklah selamat dari air pasang. Bahan-Bahan Pembinaan. 1. Atap salah satu bahagian tempat perlindungan yang penting adalah atap. Dalam hutan atap boleh diperolehi dari pokok-pokok berikut:- a. Daun palas gajah dan palas biasa. b. Daun rumbia atau nipah. c. Daun bertam d. Daun pokok kabung dan enau. e. Daun mengkuang. f. Buluh dan kulit kayu g. Daun-daun lain atau bahan-bahan yang sesuai. 2. Tiang dan Alang. Bagi mengukuhkan struktur binaan pondok. Kayu-kayu yang terdapat di dalam hutan boleh dijadikan tiang dan alang. Kayu-kayu tersebut hendaklah dari saiz yang bersesuaian supaya dapat menampung berat badan dan tahan untuk jangka masa yang diperlukan. Jenis-jenis kayu yang beracun seperti rengas hendaklah dielakkan. Rangka kayu hendaklah sesuai dengan bahan-bahan untuk membuat atap. 3. Tali Tali-tali digunakan untuk mengikat dan memperkukuhkan tiang-tiang, alang dan atap. Tali-tali yang digunakan boleh diperolehi dari kulit kayu, roran dan akar-akar yang boleh diperolehi dari hutan.


MASAKAN RIMBA & MASAKAN SOLAR


MASAKAN RIMBA Masakan rimba adalah masakan tanpa peralatan. Memasak tanpa peralatan bermaksud memasak tanpa menggunakan perkakas dapur. Sebagai ganti, daun kayu, ranting kayu, baty, ruas buluh, tanah liat atau lumpur boleh digunakan. Kini kerajang aluminium, tin, damai juga digunakan. Kaedah Memasak 1. Memasak menggunakan makanan sebagai bekas. • Ubi kentang, bawang besar, capsicum, tomato, labu atau oren dipotong dan isinya dikeluarkan. • Bahagian atas digunakan sebagai penutup. • Bekas makan dibalut dengan keranjang aluminium dan dimasak dalam bara api. • Kari ayam boleh dimasak dalam buah kelapa muda yang bersabut. Cara memasak telur dalam ubi kentang Memasak kuah kari dalam kelapa yang bersabut 2. Memasak menggunakan daun • Daun yang lebar sesuai dijadikan bekas memasak makanan seperti ayam dan ikan. Makanan dibungkus dengan daun dan dimasak atau bara api. • Jenis daun yang boleh digunakan adalah daun pisang, daun kunyit, daun pandan, kobis dan kulit jagung.


Memasak menggunakan daun pisang 3. Memasak menggunakan ranting dan dawai • Ranting boleh dijadikan alat untuk memanggang. • Pastikan ranting tidak berasal dari pokok racun • Roti juga boleh dililit menggunakan ranting kayu • Dawai atau penyangkut baju keluli dibentukkan mengikut keperluan Memasak menggunakan ranting buluh


4. Memasak menggunakan buluh • Buluh sesuai dijadikan sebagai bekas memasak • Buluh boleh digunakan untuk memasak nasi dan lemang Memasak menggunakan buluh 5. Memasak Dengan Menggunakan Keranjang Alunimium • Kita juga boleh memasak dengan menggunakan kerajang aluminium yang sudah dibawa terlebih dahulu dari rumah. • Kerajang aluminium ini boleh digunakan untuk memasak bahan makanan seperti ikan, telir atau daging. Memasak menggunakan keranjang aluminium


6. Memasak Dengan Menggunakan Lumpur/Pasir/Tanah/Tanah Liat • Lumpur atau tanah liat juga boleh dijadikan bekas untuk memasak. • Contohnya untuk memasak ikan, nasi, ubi, telur • Ambil lumpur atau tanah liat yang bersih dan dibalutkan telur atau ikan yang sudah bersih untuk dimasak. Selepas itu masukkan balutkan lumpur atau tanah liat ini ke dalam api lebih kurang 10 hingga 20 minit. Jika lumpur atau tanah liat sukar didapati, pasir atau tanah boleh digunakan sebagai medium untuk memasak. • Sediakan lubang dan masukkan bahan yang hendak dimasak (contohnya beras, telur dan ubi) ke dalam lubang dan ditimbuskan. Nyalakan api pada bahagian atas lubang selama lebih kurang 30 minit. Masa memasak bergantung kepada api dan jenis bahan yang dimasak. Memasak menggunakan lumpur/ tanah


MASAKAN SOLAR Masakan solar ini diperkenalkan sebagai salah satu cara penyediaan makanan tanpa menggunakan peralatan dapur dan hanya menggunakan cahaya matahari sebagai sebagai sumber tenaga pembakar. Kaedah memasak menggunakan tenaga solar mempunyai banyak kebaikan. Diantaranya ialah sebagai satu cara mendidik ahli supaya melindungi alam sekitar yang semakin terancam, mengurangkan pencemaran pembakaran bahan api, mengurangkan bahaya gas dan kebakaran. Cuaca yang sesuai ialah semasa musim panas terik. Bahan Untuk Membuat Dapur Solar • 1 tin cat sembur yang sesuai untuk permukaan aliminium / 1 can aerosol paint (for alimunium) • panci atau periuk nipis / thin pot for cooking • gam/ glue • pelekat kertas /paper binding tape • foil aliminium / aliminum foil • kotak besar / big size empty boxes Cara Menyediakan Periuk Solar 1. Potong kotak mengikut saiz dapur solar yang ingin disediakan.


2. Kemudian balut dan gamkan lapisan luar kotak dengan aluminium form. 3. Setelah gam kering, bentukkan dapur solar mengikut bentuk yang telah dibuat. 4. Tutup permukaan periuk (nipis) dan tepi dalam penutup periuk dengan pelekat supaya tidak terkena cat. Guna cat sembur yang sesuai untuk permukaan aluminium.


5. Jemur periuk yang telah disembur dengan cat hitam sehingga kering 6. Sediakan menu yang dikehendaki 7. Tutup periuk dan masukkan kedalam beg plastik


8. Ikat beg plastik dengan tali nylon dengan ketat 9. Letak tiga batu kecik dibawah periuk supaya ada aliran haba MENU SOLAR UNTUK DICUBA SEMASA PERKHEMAHAN Telur Sausage (Mix All And Cut Small, Thin) 3 Batang Sausage 6 Biji Telur 1 Batang Lobak Merah 1 Paha Daging Ayam (Isi Dicincang) 1 Labu Bawang Besar Sedikit Garam Kek Lobak Merah 1 Kotak tepung kek Nona (3 cawan) 4 biji telur 1 cawan mentega 3 batang lobak merah (parut - 2 cawan)


Puding Roti 6 biji telur 1 paket santan serbuk 1 tin susu pekat 2 kotak kecil kismis 1 paket gula kastor 1 buku roti 4 sudu marjerin


DASAR PERTUBUHAN DAN UNDANG-UNDANG PANDU PUTERI MALAYSIA


PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA DASAR PERTUBUHAN DAN UNDANG-UNDANG - AM – 1.0 LATAR BELAKANG Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang merupakan satu ketetapan yang digubal untuk dipatuhi bagi menentukan kelicinan pentadbiran dan pengurusan Persatuan Pandu Puteri Malaysia 1.1 TUJUAN Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai tujuan mendidik, melatih dan mengembangkan potensi semua ahli Persatuan ini supaya menjadi warganegara yang peka, berwibawa, berketerampilan dan berdisiplin. Harapan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah untuk menghasilkan insan yang taat dan setia, berguna, cekap dan amanah, bertimbang rasa, mempunyai inisiatif, berdaya kreatif, dan selalu sedia memberi khidmat untuk membantu orang lain. Untuk mencapai tujuan tersebut, pendidikan dan latihan melalui Program Pandu Puteri mengutamakan Sistem Kumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama dalam Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. 1.2 VISI Menerajui Perkembangan Potensi Gadis Dan Wanita Untuk Membawa Perubahan Taking The Lead In Developing The Potential Of Girls And Women For Change 1.3 MISI Persatuan Pandu Puteri Malaysia Mempunyai Komitmen Melahirkan Golongan Wanita, Remaja Dan Dewasa Yang Berkaliber Melalui Penerapan Ilmu, Kemahiran Dan Nilai Pandu Puteri Demi Kepentingan Nusa, Bangsa Dan Antarabangsa. Girl Guides Association Malaysia Is Committed To Develop Girls And Women Of Calibre Through Internationalization Of Girl Guiding Knowledge, Skills And Values To Benefit The Society And Country 1.4 PERSETIAAN PANDU PUTERI Program Pandu Puteri Persatuan Pandu Puteri Malaysia berdasarkan Persetiaan dan Undang-Undang Pandu Puteri


Bahawa Dengan Sesungguhnya, Saya Berjanji Dan Bersetia Dengan Sedaya Upaya, Menunaikan Kewajipan Saya Kepada Tuhan, Raja Dan Negara Saya Malaysia, Menolong Orang Setiap Masa, Dan Mematuhi Undang-Undang Pandu Puteri 1.5 UNDANG-UNDANG PANDU PUTERI Seorang Pandu Puteri 1. Boleh Dipercayai 2. Sentiasa Taat Dan Setia 3. Suka Menolong Orang Lain 4. Bersahabat Dengan Semua Orang Dan Bersaudara Dengan Ahli Pandu Puteri Yang Lain 5. Sentiasa Bersopan Santun 6. Melindungi Haiwan Dan Memelihara Alam Sekitar 7. Sentiasa Menurut Perintah 8. Bersemangat Dan Bergembira Walaupun Dalam Kesulitan 9. Sentiasa Berjimat Cermat 10. Suci Dalam Fikiran, Perkataan Dan Perbuatan 2.0 PROGRAM PANDU PUTERI Program Pandu Puteri adalah program pendidikan bukan formal untuk kanak-kanak, remaja dan dewasa wanita di bandar dan di luar bandar. Oleh itu, hampir semua kegiatan Pandu Puteri bertapak di institusi pendidikan seperti sekolah, institusi pendidikan guru, institusi pendidikan tinggi atau tempat kerja. Untuk memenuhi keperluan yang pelbagai, program Pandu Puteri Persatuan Pandu Puteri Malaysia meliputi : 2.1 Kelip-Kelip 2.2 Pandu Puteri Tunas 2.3 Pandu Puteri Remaja 2.4 Pandu Puteri Renjer 2.5 Pandu Puteri Kadet


2.6 Pandu Puteri Siswi 2.7 Pandu Puteri Dewasa 2.8 Pemimpin 2.9 Guild Trefoil 2.10 Guild Pandu Puteri Raja 2.11 Guild Mantan Ketua Pesuruhjaya 2.12 Ahli Sukarela Pandu Puteri 3.0 KEPEMIMPINAN Persatuan Pandu Puteri Malaysia menyediakan barisan pemimpin untuk mendidik dan memimpin ahli wanita dan dewasa. Barisan pemimpin dikategorikan mengikut peningkatan seperti yang berikut ; 3.1 Pemimpin Tidak Berwaran 3.1.1 Seorang pemimpin tidak berwaran perlu mengikuti kursus Prawaran dan melafazkan atau membaharui Persetiaan Pandu Puteri 3.1.2 Pemimpin boleh memakai lencana pelantikan pelantikan pemimpin. 3.1.3 Pemimpin yang telah menguruskan pasukan sekurang-kurangnya tiga bulan dan diselia oleh pemimpin berwaran atau Pesuruhjaya Daerah akan dilantik sebagai pemimpin berwaran. 3.2 Pemimpin Berwaran 3.2.1 Pemimpin berwaran boleh menguji Pandu Puteri Tunas sehingga Calit Emas serta Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer sehingga Kelas Dua. 3.2.2 Pemimpin berwaran digalakkan mengikuti kursus lanjutan supaya boleh menguji Pandu Puteri Tunas sehingga Anugerah Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya serta Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer Kelas Satu sehingga ke peringkat Pandu Puteri Raja. 3.2.3 Pemimpin berwaran seterusnya boleh melayakkan diri dan memperoleh Mutiara 1, Mutiara 11, Mutiara 111 dan Mutiara IV. 4.0 KEJURULATIHAN Persatuan Pandu Puteri Malaysia menyediakan pemimpin yang berpengalaman untuk melatih dan menguji ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Barisan jurulatih dikategorikan mengikut peningkatan seperti yang berikut : 4.1 Penolong Jurulatih Khas Penolong Jurulatih Khas adalah pemimpin Pandu Puteri dalam kalangan guru- guru terlatih yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu dan aktif sebagai panel penguji program Pandu Puteri.


4.2 Penolong Jurulatih Penolong jurulatih adalah pemimpin Pandu Puteri yang aktif mengendalikan kursus-kursus atau/dan pengujian tetapi tiada kelayakan ujian Pemimpin. 4.3 Bakal Jurulatih Pemimpin yang telah lulus ujian Lesen Perkhemahan. 4.4 Jurulatih Khas Pemimpin dalam kalangan Pandu Puteri Raja yang melibatkan diri secara aktif dalam Persatuan Pandu Puteri Malaysia sama ada di peringkat daerah, cawangan ataupun kebangsaan di samping mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu seperti perundangan, komunikasi, teknologi maklumat, perakaunan dan perubatan. 4.5 Jurulatih Bertauliah Pemimpin yang mempunyai sijil jurulatih Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 4.6 Jurulatih Berdiploma Jurulatih bertauliah yang memenuhi syarat-syarat Jurulatih Berdiploma Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 5.0 PESURUHJAYA Pesuruhjaya ialah pemimpin berwaran yang mentadbir, mengurus dan mengelolakan aktiviti Persatuan Pandu Puteri Malaysia, di peringkat kebangsaan, cawangan dan daerah/Institut Pendidikan Guru/Institut Pendidikan Tinggi. Barisan pesuruhjaya dikategorikan seperti yang berikut : 5.1 Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia 5.2 Timbalan Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia 5.3 Pesuruhjaya Bahagian dan Perkembangan Kebangsaan 5.4 Ketua Pesuruhjaya Cawangan 5.5 Timbalan Ketua Pesuruhjaya Cawangan 5.6 Pesuruhjaya Bahagian dan Perkembangan Cawangan 5.7 Pesuruhjaya Daerah /Pesuruhjaya Institut Pendidikan Guru (kampus tertentu) / Pesuruhjaya Institut Pendidikan Tinggi (institut tertentu) 5.8 Penolong Pesuruhjaya Daerah 5.9. Pesuruhjaya Bahagian dan Perkembangan Daerah 6.0 WARAN 6.1 Waran adalah tauliah sesuatu jawatan dalam Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 6.2 Waran yang dikeluarkan untuk sesuatu jawatan khusus tidak boleh ditukar kepada jawatan lain. Waran adalah milik Persatuan Pandu Puteri Malaysia.


Persatuan Pandu Puteri Malaysia berhak mengeluar dan menarik balik atau membatalkan waran tanpa memberi alasan. 6.3 Pelantikan kepada jawatan Pandu Puteri peringkat kebangsaan, cawangan dan daerah perlu disahkan dengan waran. Senarai waran bagi jawatanjawatan berkenaan adalah seperti yang berikut : BIL JAWATAN PERINGKAT KEBANGSAAN CAWANGAN DAERAH/ KAMPUS/ INSTITUSI PASUKAN 1 Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia / 2 Timbalan Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia / 3 Pesuruhjaya Bahagian dan Perkembangan Kebangsaan / 4 Ketua Pesuruhjaya Cawangan / 5 Timbalan Ketua Pesuruhjaya Cawangan / 6 Pesuruhjaya Bahagian dan Perkembangan Cawangan / 7 Pesuruhjaya Daerah/ Pesuruhjaya Institut Pendidikan Guru (kampus tertentu)/ Pesuruhjaya Institut Pendidikan Tinggi (institut tertentu) / 8 Penolong Pesuruhjaya Daerah / 9 Pesuruhjaya Bahagian dan Perkembangan Daerah / 10 Pemimpin • Kapten dan Leftenan • Kakak Setia dan Siti Setia / / 11 Setiausaha Kehormat Dan Penolong Setiausaha Kehormat / / / / / / / / 12 Bendahari Kehormat Dan Penolong Bendahari Kehormat / / / / / / / / 6.4 Waran pemimpin diberi kepada seseorang pemimpin yang telah: 6.4.1 mengikuti kursus prawaran dengan jayanya. 6.4.2 menjalankan tugas sebagai pemimpin serta mengurus dan mengendalikan pasukannya sekurang-kurangnya selama tiga bulan.


6.4.3 memohon untuk diselia oleh Pesuruhjaya Daerah/ Pesuruhjaya Institut Pendidikan Guru (kampus tertentu) / Pesuruhjaya Institut Pendidikan Tinggi (institut tertentu) /jurulatih bertauliah. 6.5 Pemimpin berwaran yang bertukar atau ditukarkan ke tempat lain tidak perlu mengembalikan warannya, tetapi perlu memohon untuk mendapatkan waran baharu bagi pasukan baharu daripada Pesuruhjaya Daerah / Pesuruhjaya Institut Pendidikan Guru (kampus tertentu)/ Pesuruhjaya Institut Pendidikan Tinggi (institut tertentu). 6.6 Waran terbuka diberikan kepada seorang pemimpin berpengalaman yang boleh membantu memimpin Pasukan Kelip-Kelip/Pasukan Pandu Puteri Tunas/Pasukan Pandu Puteri Remaja/Pasukan Pandu Puteri Renjer/ Pasukan Pandu Puteri Kadet/Pasukan Pandu Puteri Siswi/Pasukan Pandu Puteri Dewasa di dalam daerahnya, bagi tempoh tertentu. 6.7 Waran Pesuruhjaya yang mempunyai had tempoh pelantikan tidak perlu dikembalikan kepada ibu pejabat kebangsaan. 6.8 Waran baharu akan dikeluarkan bagi setiap pelantikan setelah Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia berpuas hati bahawa semua syarat pelantikan telah dipenuhi. 7.0 KUASA MELANTIK AHLI BAHARU DAN KUASA MENGUJI 7.1 Seorang pesuruhjaya atau pemimpin berwaran boleh melantik ahli baharu dalam pasukannya sendiri dan ahli dalam pasukan lain 7.2 Seorang jurulatih, pesuruhjaya atau pemimpin berwaran yang berpengalaman boleh dilantik sebagai penguji untuk menguji Pandu Puteri Tunas, Pandu Puteri Remaja, Pandu Puteri Renjer sehingga ke peringkat anugerah Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya dan Pandu Puteri Raja. 7.3 Pesuruhjaya boleh melantik pakar atau orang bertauliah dalam bidang tertentu untuk menjadi penguji bagi bidang berkenaan, umpamanya Pertolongan Cemas. 8.0 PENUBUHAN, PENDAFTARAN DAN PENTADBIRAN 8.1 PENUBUHAN 8.1.1 Pasukan Kelip-Kelip, Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pandu Puteri Remaja, Pandu Puteri Renjer untuk kanak-kanak dan remaja wanita boleh ditubuhkan di mana-mana sahaja, umpamanya di ibu pejabat


Pandu Puteri cawangan, kawasan perumahan, tempat kerja, di tadika, prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah serta di kolej matrikulasi 8.1.2 Pasukan Pandu Puteri Kadet ditubuhkan di Institusi Pendidikan Guru 8.1.3 Pasukan Pandu Puteri Dewasa/ Pandu Puteri Siswi boleh ditubuhkan di ibu pejabat Pandu Puteri cawangan dan di Institusi Pendidikan Tinggi 8.1.4 Guild Pandu Puteri Raja, Guild Trefoil untuk wanita dewasa dan Guild Mantan Ketua Pesuruhjaya, serta Kumpulan Ahli Sukarela Pandu Puteri boleh ditubuhkan di ibu pejabat Pandu Puteri cawangan, tempat kerja dan di kawasan perumahan. 8.1.5 Pihak yang ingin menubuhkan Pasukan Pandu Puteri Kelip-Kelip/ Puteri Tunas/Pandu Puteri Remaja/Pandu Puteri Renjer/Pandu Puteri Kadet/Pandu Puteri Dewasa/Pandu Puteri Siswi atau Guild boleh menghubungi Persatuan Pandu Puteri Malaysia Wisma Pandu Puteri Jalan Pantai Baharu 59700 Kuala Lumpur Atau Persatuan Pandu Puteri Malaysia cawangan masing-masing Atau Muat turun daripada laman sesawang Persatuan Pandu Puteri Malaysia (www.panduputeri.org.my) 8.2 PENDAFTARAN PASUKAN 8.2.1 Pasukan Pandu Puteri Kelip-Kelip, Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan Pandu Puteri Remaja, Pasukan Pandu Puteri Renjer, Pasukan Pandu Puteri Kadet, Pasukan Pandu Puteri Siswi, Pasukan Pandu Puteri Dewasa, Guild Pandu Puteri Raja, Guild Trefoil, Guild Mantan Ketua Pesuruhjaya serta Kumpulan Ahli Sukarela Pandu Puteri hendaklah disahkan serta didaftarkan secepat mungkin. 8.2.2 Borang pendaftaran boleh didapati daripada ibu pejabat kebangsaan atau ibu pejabat cawangan ataupun dari laman sesawang Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 8.2.3 Borang pendaftaran hendaklah dilengkapkan dan dihantar ke ibu pejabat kebangsaan bersama-sama dengan yuran pendaftarannya melalui Pesuruhjaya Daerah dan Ketua Pesuruhjaya Cawangan. Borang pendaftaran dari Institut Pendidikan Guru (kampus tertentu) hendaklah dilengkapkan dan dihantar ke ibu pejabat kebangsaan bersama-sama dengan yuran pendaftarannya melalui Ketua


Pesuruhjaya Cawangan. Borang pendaftaran Pandu Puteri Dewasa/Pandu Puteri Siswi hendaklah dilengkapkan dan dihantar ke ibu pejabat kebangsaan bersama-sama dengan yuran pendaftarannya melalui Pesuruhjaya Pandu Puteri Dewasa Kebangsaan. 8.2.4 Yuran pendaftaran pasukan dibayar hanya sekali. 8.2.5 Ibu pejabat kebangsaan merekod pendaftaran dan mengeluarkan Sijil Pendaftaran Pasukan. 8.2.6 Pasukan perlu mengemaskinikan dan membaharui pendaftaran tahunan ahli-ahlinya dengan ibu pejabat kebangsaan melalui eDaftar. 8.2.7 Pembaharuan pendaftaran tahunan berserta bayaran yuran ahli perlu dihantar ke ibu pejabat kebangsaan tidak lewat daripada 30 Mac setiap tahun melalui Pesuruhjaya Daerah dan Ketua Pesuruhjaya Cawangan. 8.2.8 Sijil pendaftaran adalah hak milik pasukan. Jika sijil hilang, bayaran dikenakan untuk sijil ganti. Catatan: Pesuruhjaya Daerah mesti melaporkan kepada Ketua Pesuruhjaya Cawangan mengenai pasukan yang tidak aktif atau terpaksa ditutup atas sebab-sebab tertentu. Ketua Pesuruhjaya Cawangan memaklumkan kepada Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk tindakan ibu pejabat kebangsaan. 8.3 KEPIMPINAN PASUKAN Pasukan untuk kanak-kanak dan wanita remaja biasanya bertapak di sekolah atau institusi pendidikan. Ia dipimpin oleh wanita dewasa yang telah menerima latihan mentadbir dan mengurus pasukan. 8.3.1 Setiap pasukan dan guild dipimpin oleh ahli wanita dewasa yang dikenali sebagai PASUKAN/GUILD PEMIMPIN GELARAN PEMIMPIN Pasukan Kelip-Kelip Ketua Penolong Kakak Setia Siti Setia Pasukan Pandu Puteri Tunas Ketua Penolong Kakak Setia Siti Setia Pasukan Pandu Puteri Remaja Ketua Penolong Kapten Leftenan Pasukan Pandu Puteri Renjer Ketua Penolong Kapten Leftenan Pasukan Pandu Puteri Kadet / Siswi / Dewasa Ketua Penolong Kapten Leftenan Guild Ketua Penolong Pengerusi Naib Pengerusi


8.3.2 Bilangan ahli untuk penubuhan sesuatu pasukan dan guild adalah seperti yang berikut: 8.3.3 Sekiranya terdapat kurang daripada bilangan minimum, kebenaran khas boleh diperolehi daripada Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 8.3.4 Pasukan dipimpin oleh seorang pemimpin berwaran atau seorang jurulatih. 8.4 PASUKAN PANDU PUTERI KADET 8.4.1 Program Pandu Puteri Kadet bertujuan menghasilkan pemimpin muda yang memahami dan menguasai kemahiran asas Pandu Puteri serta konsep dan peranan kepemimpinan dalam Pandu Puteri. 8.4.2 Ahli-ahli Pasukan Pandu Puteri Kadet terdiri daripada pelajar-pelajar guru di Institut Pendidikan Guru. 8.4.3 Bilangan ahli Pasukan Pandu Puteri Kadet adalah antara 12 orang (minima) hingga ke 36 orang (maxima). 8.4.4 Sekiranya terdapat kurang daripada 12 orang ahli, kebenaran khas boleh diperolehi daripada Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 8.4.5 Pasukan Pandu Puteri Kadet dikendalikan oleh jawatankuasa yang terdiri daripada: ➢ Ketua Pasukan ➢ Setiausaha ➢ Bendahari ➢ Pengerusi-pengerusi jawatankuasa kecil Bilangan Ahli Minimum Maksimum Pasukan Kelip-Kelip 08 orang 24 orang Pasukan Pandu Puteri Tunas 12 orang 36 orang Pasukan Pandu Puteri Remaja 16 orang 60 orang Pasukan Pandu Puteri Renjer 08 orang 60 orqng Pasukan Pandu Puteri Kadet / Siswi / Dewasa 12 orang 36 orang Guild 08 orang 50 orang


8.4.6 Pasukan Pandu Puteri Kadet boleh dipimpin oleh seorang pemimpin berwaran atau seorang jurulatih. 8.4.7 Borang pendaftaran Pasukan Pandu Puteri Kadet yang telah dilengkapkan berserta yuran pendaftarannya hendaklah dihantar kepada Ketua Pesuruhjaya Cawangan Institut Pendidikan Guru untuk pengesahan. 8.4.8 Ketua Pesuruhjaya Cawangan Institut Pendidikan Guru seterusnya menghantar borang pendaftaran yang telah dilengkapkan serta yuran pendaftaran kepada Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 8.4.9 Ibu pejabat kebangsaan akan merekodkan pendaftaran dan mengeluarkan sijil pendaftaran Pasukan Pandu Puteri Kadet. 8.5 PASUKAN PANDU PUTERI SISWI 8.5.1 Program Pasukan Pandu Puteri Siswi menyediakan wanita dewasa memimpin dan melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpinmuda dalam Pandu Puteri, khususnya dalam Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 8.5.2 Ahli-ahli Pasukan Pandu Puteri Siswi terdiri daripada pelajar-pelajar wanita di Institut Pendidikan Tinggi (universiti atau kolej awam/swasta). 8.5.3 Bilangan ahli Pasukan Pandu Puteri Siswi adalah antara 12 orang (minima) dan 36 orang (maxima). 8.5.4 Sekiranya terdapat kurang daripada 12 orang ahli, kebenaran khas boleh diperolehi daripada Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 8.5.5 Pasukan Pandu Puteri Siswi dikendalikan oleh jawatankuasa yang terdiri daripada: ➢ Ketua Pasukan ➢ Setiausaha ➢ Bendahari ➢ Pengerusi-pengerusi jawatankuasa kecil 8.5.6 Pasukan Pandu Puteri Siswi boleh dipimpin oleh seorang pemimpin berwaran atau seorang jurulatih.


8.5.7 Borang pendaftaran Pasukan Pandu Puteri Siswi yang telah dilengkapkan berserta yuran pendaftarannya hendaklah dihantar kepada Pesuruhjaya Dewasa Kebangsaan untuk pengesahan. 8.5.8 Pesuruhjaya Dewasa Kebangsaan seterusnya menghantar borang pendaftaran yang telah dilengkapkan serta yuran pendaftaran kepada Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 8.5.9 Ibu pejabat kebangsaan akan merekodkan pendaftaran dan mengeluarkan sijil pendaftaran Pasukan Pandu Puteri Siswi. 8.6 PASUKAN PANDU PUTERI DEWASA 8.6.1 Program Pasukan Pandu Puteri Siswi menyediakan wanita dewasa memimpin dan melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli dalam Pandu Puteri, khususnya dalam Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 8.6.2 Pasukan Pandu Puteri Dewasa boleh ditubuhkan di tempat kerja dan kawasan perumahan. 8.6.3 Pasukan Pandu Puteri Dewasa terbuka kepada semua wanita dewasa yang berminat untuk menceburi diri dalam aktiviti Pandu Puteri atau meneruskan penglibatan selepas meninggalkan alam persekolahan di sekolah atau di institusi pengajian tinggi. 8.6.4 Bilangan ahli Pasukan Pandu Puteri Dewasa adalah antara 12 orang (minima) dan 36 orang (maxima). 8.6.5 Sekiranya terdapat kurang daripada 12 orang ahli, kebenaran khas boleh diperolehi daripada Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 8.6.6 Pasukan Pandu Puteri Dewasa dikendalikan oleh jawatankuasa yang terdiri daripada: ➢ Ketua Pasukan ➢ Setiausaha ➢ Bendahari ➢ Pengerusi-pengerusi jawatankuasa kecil 8.6.7 Pasukan Pandu Puteri Dewasa boleh dipimpin oleh seorang pemimpin berwaran atau seorang jurulatih.


8.6.8 Borang pendaftaran Pasukan Pandu Puteri Dewasa yang telah dilengkapkan berserta yuran pendaftarannya hendaklah dihantar kepada Pesuruhjaya Dewasa Kebangsaan untuk pengesahan. 8.6.9 Pesuruhjaya Dewasa Kebangsaan seterusnya menghantar borang pendaftaran yang telah dilengkapkan serta yuran pendaftaran kepada Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 8.6.10 Ibu pejabat kebangsaan akan merekodkan pendaftaran dan mengeluarkan sijil pendaftaran Pasukan Pandu Puteri Dewasa. 8.7 GUILD 8.7.1 Guild Tregoil/Guild Pandu Puteri Raja/Guild Mantan Ketua Pesuruhjaya dianggotai oleh sekumpulan bekas ahli Pandu Puteri yang inginterus terlibat secara langsung dalam kegiatan Pandu puteri, memberi khidmat dan sokongan, mendapatkan tajaan dan derma untuk Persatuan Pandu Puteri Malaysia di peringan kebangsaan, cawangan dan daerah. 8.7.2 Bilangan ahli kumpulan Guild Trefoil/Guild Pandu Puteri Raja/Guild Mantan Ketua Pesuruhjaya adalah antara 08 orang (minima) dan 50 orang (maxima). 8.7.3 Sekiranya terdapat kurang daripada lapan orang ahli, kebenaran khas boleh diperolehi daripada Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 8.7.4 Kumpulan Guild Trefoil/Guild Pandu Puteri Raja/Guild Mantan Ketua Pesuruhjaya dikendalikan oleh jawatankuasa yang terdiri daripada: ➢ Ketua Pasukan ➢ Setiausaha ➢ Bendahari ➢ Pengerusi-pengerusi jawatankuasa kecil 8.7.5 Pihak yang ingin menubuhkan kumpulan Guild Trefoil/Guild Pandu Puteri Raja/Guild Mantan Ketua Pesuruhjaya boleh menghubungi: Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia Wisma Pandu Puteri Jalan Pantai Baharu 59700 Kuala Lumpur


8.7.6 Borang pendaftaran kumpulan Guild Trefoil/Guild Pandu Puteri Raja/Guild Mantan Ketua Pesuruhjaya yang telah dilengkapkan berserta yuran pendaftarannya hendaklah dihantar kepada Pesuruhjaya Guild Kebangsaan untuk pengesahan. 8.7.8 Pesuruhjaya Guild Kebangsaan seterusnya menghantar borang pendaftaran yang telah dilengkapkan serta yuran pendaftaran kepada Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 8.7.9 Ibu pejabat kebangsaan akan merekodkan pendaftaran dan mengeluarkan sijil pendaftaran kumpulan Guild Trefoil/Guild Pandu Puteri Raja/Guild Mantan Ketua Pesuruhjaya. 9.0 KEAGAMAAN Persatuan Pandu Puteri Malaysia terbuka kepada mereka yang menganuti satu agama atau kepercayaan dan mengamalkan ajaran atau kepercayaan tersebut. 10 KEWANGAN 10.1 Objektif bahagian kewangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah seperti berikut : ➢ menyimpan maklumat yang betul dan tepat tentang kedudukan kewangan persatuan. ➢ membekalkan maklumat yang tepat dan benar kepada pihak pengurusan mengikut masa-masa yang ditetapkan. ➢ memastikan semua data dan statistik yang dikehendaki oleh undangundang (statutory requirements) disimpan dengan baik. ➢ memastikan semua garis panduan peraturan yang berkaitan dengan Piawaian Perakaunan Antarabangsa dipatuhi. 10.2 Mengamalkan nasihat Lord Baden Powell “Do not beg for money”. 10.3 Perbelanjaan pengurusan Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibiayai oleh sebahagian daripada kutipan yuran ahli-ahli, hasil jualan pusat peralatan persatuan, usaha-usaha mengisi tabung persatuan, sumbangan derma yang diterima serta punca kewangan lain yang telah dipersetujui.


10.4 Ahli-ahli persatuan tidak boleh memungut derma dengan cara menjual barangan di tepi-tepi jalan sama ada untuk persatuan atau untuk badan- badan lain. 10.5 Ahli-ahli persatuan dilarang mengutip derma melalui cara-cara yang bertentangan dengan undang-undang negara seperti perjudian. 10.6 Pungutan derma untuk persatuan perlu melalui cara-cara tertentu yang telah dipersetujui oleh Pesuruhjaya Daerah atau Ketua Pesuruhjaya Cawangan. Pesuruhjaya Daerah atau Ketua Pesuruhjaya Cawangan mesti mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa termasuk pihak polis tempatan untuk memungut derma. 10.7 Ketua Pesuruhjaya Cawangan boleh memohon bantuan kewangan seperti subsidi untuk pentadbiran, tanah dan bangunan, pembelian peralatan atau tajaan untuk latihan daripada pihak-pihak tertentu. Salinan permohonan berkenaan perlu disampaikan kepada Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 10.8 Ahli-ahli persatuan boleh menolong memungut derma untuk persatuan atau badan-badan kebajikan yang memerlukan bantuan, melalui caracara yang telah dipersetujui oleh persatuan. Ahli yang berkenaan perlu buat persiapan awal dan maklumkan kepada Pesuruhjaya Daerah terlebih dahulu dan seterusnya kepada Ketua Pesuruhjaya Cawangan. Pesuruhjaya Daerah mesti mendapatkan kebenaran daripada pihak yang berkuasa termasuk daripada pihak polis tempatan. Ini adalah untuk membolehkan kumpulannya menjalankan kerja amal tersebut dengan baik dan sempurna. 10.9 Setiap pasukan atau guild menguruskan hal kewangan masingmasing. 10.10 Setiap pasukan atau guild perlu membuat kutipan yuran daripada ahliahlinya. 10.11 Pemimpin perlu menyimpan akaun kewangan. Akaun tersebut boleh diperiksa oleh mana-mana pihak yang berkenaan. 10.12 Penyata akaun tahunan daerah yang telah diaudit mesti dihantar ke cawangan masing-masing satu bulan sebelum Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan. 10.13 Penyata akaun tahunan cawangan mesti dihantar ke ibu pejabat kebangsaan selewat-lewatnya pada 30 Mac setiap tahun.


11.0 PERHUBUNGAN 11.1 Segala perhubungan rasmi mengenai Pandu Puteri dengan Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia di ibu pejabat kebangsaan mestilah melalui saluran tertentu, iaitu melalui pemimpin, Pesuruhjaya Daerah dan Ketua Pesuruhjaya Cawangan 11.2 Segala surat menyurat tentang Pandu Puteri yang ditujukan kepada orang kenamaan di peringkat kebangsaan, kementerian, kedutaan di dalam dan di luar negeri/negara, serta persatuan Pandu Puteri peringkat antarabangsa perlu disalurkan melalui Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 11.3 Segala perhubungan rasmi melalui emel dan faks dalam negeri dan di luar negara perlu disahkan dengan naskah surat asal. Salinan emel perlu dihantar kepada Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 12.0 PRINSIP ASAS PANDU PUTERI 12.1 Prinsip asas Pandu Puteri adalah berteraskan Persetiaan dan UndangUndang Pandu Puteri. 12.2 Persetiaan dan Undang-Undang Pandu Puteri membentuk sistem nilai moral bagi setiap individu yang menjadi ahli pergerakan Pandu Puteri. 12.3 Sistem nilai tersebut menjadi panduan hidup ahli pergerakan Pandu Puteri. Seseorang yang telah melafazkan Persetiaan Pandu Puteri di hadapan seorang pemimpin berwaran hendaklah memakai lencana pelantikan dan lencana dunia. 12.4 Seseorang anak gadis, wanita remaja dan wanita dewasa dengan sukarela menyertai Persatuan Pandu Puteri Malaysia sebagai seorang ahli. 12.5 Seseorang ahli yang telah melafazkan Persetiaan Pandu Puteri tergerak memberi penglibatan yang penuh dan padu kepada pergerakan Pandu Puteri dan sentiasa mengamalkan semangat Pandu Puteri. 12.6 Sejak tahun 1993, Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengenakan yuran keahlian seperti yang berikut :


1. Ahli muda RM 2.00 setahun Ahli dewasa RM 5.00 setahun 2. Ahli seumur hidup RM250.00 seorang (bayar sekali sahaja) 12.7 Kadar bayaran yuran yang dibayar kepada ibu pejabat kebangsaan dipertimbangkan oleh Majlis Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia setiap tiga tahun. 12.8 Jumlah yuran keahlian yang dikutip oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia di peringkat cawangan dan daerah adalah mengikut budi bicara Majlis Jawatankuasa Kerja Cawangan dan Majlis Jawatankuasa Kerja Daerah.


DASAR PERTUBUHAN DAN UNDANG-UNDANG BAHAGIAN PANDU PUTERI KELIP-KELIP


DASAR PERTUBUHAN DAN UNDANG-UNDANG BAHAGIAN PASUKAN PANDU PUTERI KELIP-KELIP `TOLONG ORANG SELALU’ 1. PANDU PUTERI KELIP-KELIP Dasar program Bahagian Pandu Puteri Kelip-Kelip membolehkan ahli menghayati dan menguasai asasPandu Puteri. Ahli Pandu Puteri Kelip-Kelip terbuka kepada semua kanak-kanak perempuan yangberumurlimahingga lapan tahun. 2. PASUKAN PANDU PUTERI KELIP-KELIP 2.1 Jumlah minimum ahli ialah 12 orang dan jumlah maksimum 36 orang. 2.2 Satu pasukan baharu mesti ditubuhkan sekiranya ahli pasukan sedia ada melebihi 36 orang ahli. 2.3 Setiap Pasukan Pandu Puteri Kelip-Kelip mempunyai seorang pemimpin yang dikenali sebagai Kakak Setia dan sekurang-kurangnya seorang penolong yang dikenali sebagai Siti Setia. 2.4 Setiap Pasukan Pandu Puteri Kelip-Kelip hendaklah didaftarkan secepat mungkin melalui Pesuruhjaya Daerah dan Ketua Pesuruhjaya Cawangan kepada Ibu Pejabat KebangsaanPersatuan Pandu Puteri Malaysia berserta dengan yuran pendaftarannya. 2.5 Yuran pendaftaran pasukan hanya dibayar sekali. Sijil Pendaftaran Pasukan akan dikeluarkan Sijil Pendaftaran Pasukan ialah hak milik pasukan sekolah berkenaan. Jika sijil hilang, bayaranakan dikenakan untuk mendapatkan sijil ganti 2.6 Setiap Pasukan Pandu Puteri Kelip-kelip dikehendaki mengemaskinikan bilangan ahlinya dan memperbaharui pendaftaran keahlian dalam talian di laman sesawang Persatuan Pandu Puteri Malaysia (https://www.panduputeri.org.my/) sebelum 31 Mac setiap tahun. Yuran keahlian ahli dikecualikan. 2.7 Pasukan Pandu Puteri Kelip-Kelip didaftarkan mengikut turutan nombor pendaftaran, nama daerah dan nama sekolah. Contoh : Pasukan Pandu Puteri Kelip-kelip Kedua, Daerah Kinta Utara, SK Convent , Perak. 2.8 Perjumpaan pasukan diadakan sekurang-kurangnya setiap dua minggu sekali.


2.9 Jawatankuasa Pandu Puteri Kelip-kelip terdiri daripada: • Kakak Setia • Siti Setia • Ketua Kumpulan Berenam • Penolong Ketua Kumpulan Berenam 2.10 Kakak Setia merangkap sebagai pengerusi dan Siti Setia sebagai penolong pengerusi dalam Pow- Wow. 2.11 Ketua Pasukan, Ketua Kumpulan Berenam dan Penolong Ketua Kumpulan Berenam dipilih oleh pemimpin. 3. ORGANISASI PASUKAN PANDU PUTERI KELIP-KELIP 3.1 Pada perjumpaan pertama, Kakak Setia membahagikan ahli mengikut kumpulan. Setiap kumpulan dianggotai oleh tidak lebih daripada enam orang ahli termasuk seorang Ketua Kumpulan Berenam dan seorang Penolong Ketua Kumpulan Berenam. 3.2 Setiap kumpulan dikenali dengan nama yang ditetapkan oleh pemimpin. 3.3 Setiap kumpulan menyediakan kotak Kumpulan Berenam yang digunakan semasaaktiviti sudutkumpulan. 4. POW-WOW 4.1 Pow-Wow adalah mesyuarat pasukan sekiranya perlu untuk membincangkan perkara yang berkaitan dengan Pasukan Pandu Puteri Kelip-Kelip seperti membuat keputusan melalui undian sulit, memberi keterangan, menyampaikan berita dan rancangan yang akan datang. 4.2 Kakak Setia menjadi Pengerusi Pow-Wow. Jika Kakak Setia tidak ada, Siti Setia boleh menggantikannya. 4.3 Lingkungan Pow-Wow dilaksanakan khas untuk ahli pasukan sahaja dan pembentukan lingkungan adalah bebas / direka secara kreatif. 5. KETUA KUMPULAN BERENAM 5.1 Ketua Kumpulan Berenam dipilih oleh pemimpin dan boleh ditukar mengikut kesesuaiankeadaan. 5.2 Ketua Kumpulan Berenam membantu Kakak Setia dan Siti Setia serta bertugas untukmenjagaahli kumpulannya.


6. PENOLONG KETUA KUMPULAN BERENAM 6.1 Penolong Ketua Kumpulan Berenam dipilih oleh pemimpin. 6.2 Tugas Penolong Ketua Kumpulan Berenam membantu Ketua Kumpulan Berenam dan mewakilinya apabila Ketua Kumpulan Berenam tidak hadir. 7. PAKAIAN SERAGAM PANDU PUTERI KELIP-KELIP Pakaian seragam Pandu Puteri Kelip-Kelip ditetapkan oleh Majlis Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Merujuk kepada Girl Guides Act 1953, Revised 1991, pakaian seragam dan semua peralatan hanya boleh diperoleh dari Pusat Peralatan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 7.1 Ahli Pasukan Pandu Puteri Kelip-Kelip memakai kemeja-T biru Persatuan Pandu Puteri Malaysia dengan skaf jingga dan seluar sukan panjang berwarna hitam/ biru gelap dan kasut hitam. Skaf jingga Persatuan Pandu Puteri Malaysia dipakai dengan ikatan Buku Sila atau wogel Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 7.2 Ketua Kumpulan Berenam dan Penolong Ketua Kumpulan Berenam memakai sesuatu penanda yang sediakan oleh pemimpin. Jenis penanda bebas dan ditentukan oleh pemimpin. 8. PERSETIAAN, UNDANG-UNDANG, COGAN KATA PANDU PUTERI KELIP-KELIP, ISYARAT, HORMAT, SENYUMAN, BERJABAT TANGAN DAN KHIDMAT 8.1 Persetiaan Pandu Puteri Dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia dengan sedaya upaya Menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara, Menolong orang setiap masa dan Mematuhi undang-undang Pandu Puteri. 8.2 Undang-Undang Pandu Puteri Kelip-Kelip 1. Pandu Puteri Kelip-Kelip selalu menurut ajaran orang yang lebih tua daripadanya. 2. Pandu Puteri Kelip-Kelip tidak menurut kehendak hati sahaja. 8.3 Cogan Kata Pandu Puteri Kelip-Kelip: Tolong Orang Selalu (TOS) 8.4 Isyarat Pandu Puteri


• Tiga jari kanan ditegakkan, ibu jari diletakan menindih jari kelingking yang dibengkokkan. Tangan diangkat ke paras bahu. Tiga jari melambangkan Persetiaan Pandu Puteri. 8.4 Hormat Pandu Puteri Kelip-Kelip memberi hormat dengan menunjukkan Isyarat PanduPuteri padaparas bahu dalam keadaan sedia. 8.5 Senyuman Senyuman merupakan satu tanda salam Pandu Puteri Kelip-Kelip. 8.6 Berjabat Tangan Pandu Puteri Kelip-Kelip berjabat tangan menggunakan tangan kiri dengan ahli Pandu Puteri lain. Pandu Puteri Kelip-Kelip menggunakan kedua-dua belah tangan apabila berjabat tangan dengan orang kenamaan dan orang yang bukan ahli. 8.7 Khidmat Pandu Puteri Kelip-Kelip membuat khidmat dengan cara menolong orang setiap hari sama ada di rumah atau di sekolah.


Contoh Struktur Organisasi Jawatankuasa Pesuruhjaya Pandu Puteri Kelip-Kelip Cawangan


Contoh Struktur Organisasi Jawatankuasa Pesuruhjaya Pandu Puteri Kelip-Kelip Kebangsaan


Click to View FlipBook Version