The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NOOR AINI BINTI MAMAT_PDP PAKK OKT 2023_MPU2101D_BUKU LOG

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainimamat79, 2023-12-05 02:39:16

NOOR AINI BINTI MAMAT_PDP PAKK OKT 2023_MPU2101D_BUKU LOG

NOOR AINI BINTI MAMAT_PDP PAKK OKT 2023_MPU2101D_BUKU LOG

MISI PPPM mempunyai komitmen melahirkan golongan wanita, remaja dan dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan antarabangsa. “Girl Guides Association Malaysia is committed to develop girls and women of caliber through Internationalization of girl guiding knowledge, skill and value to benefit the society and country”. VISI Meneraju perkembangan potensi gadis dan wanita untuk membawa perubahan. “Taking the land in developing the potential of girls and women for change”


PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI MATLAMAT PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA Matlamat PPPM 1 "Memastikan semua persatuan Pandu Puteri Cawangan menyediakan program kepanduan yang berkualiti". Objektif 1 Menyediakan khidmat sokongan untuk memastikan kepanduan yang berkualiti di peringkat Cawangan Objektif 2 Membantu Majlis Kadet Pandu Puteri supaya lebih mantap dan kukuh Objektif 3 Mengembangkan pendidikan tidak formal di kalangan ahli Objektif 4 Meningkatkan prestasi pemimpin Objektif 5 Meningkatkan jumlah ahli MATLAMAT Untuk melahirkan pelajarpelajar yang bertanggungjawab, berdikari, berdisiplin dan berkemahiran melalui aktiviti kokurikulum di sekolah. OBJEKTIF 1. Melahirkan ahli yang mempunyai pengetahuan dalam kepanduan. 2. Menerapkan sifat-sifat kepimpinan yang tulen melalui program kepanduan. 3. Menampilkan ahli yang mempunyai nilai-nilai murni, sihat dan berguna sebagai warganegara.


Objektif 6 Membantu Persatuan Pandu Puteri Cawangan mengukuhkan dan memantapkan struktur dan pengurusan Objektif 7 Meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan Matlamat PPPM 2 "Untuk mencapai pengiktirafan PPPM sebagai satu persatuan unggul untuk membolehkan wanita remaja dan dewasa mengenalpasti potensi mereka sepenuhnya". Objektif 1 Menonjolkan imej moden Objektif 2 Menjadi penggerak utama dalam rangkaian pertubuhan bukan kerajaan (Belia) Objektif 3 Memainkan peranan dalam rangkaian pertubuhan bukan-kerajaan (Wanita) Objektif 4 Menjadikan kepanduan sebagai pergerakan pendidikan Objektif 5 Memperkukuhkan dan meluaskan hubungan dengan pemimpin wanita yang unggul Objektif 6 Mempromosikan kewujudan kepanduan di rantau Asia Pasifik Objektif 7 Menghebahkan sumbangan ahli PPPM/WAGGGS dalam pembentukan warga dunia


Matlamat PPPM 3 "Membina pakatan kerjasama bagi meningkatkan pengaruh dan peluang mengukuhkan dana persatuan" Objektif 1 Menjadi rakan kerjasama lain-lain organisasi yang membantu wanita remaja dan dewasa Objektif 2 Agar bakal penderma dan penyokong persatuan memahami betapa besarnya faedah program kepanduan kepada wanita remaja dan dewasa Objektif 3 Menyokong penubuhan pakatan antara persatuan pandu puteri, pertubuhan kerajaan dan pertubuhan bukan-kerajaan di peringkat kebangsaan Objektif 4 Agar bekas ahli atau tokoh kepanduan memainkan peranan yang berkesan dalam memupuk semangat kepanduan dalam pembangunan wanita remaja dan dewasa Objektif 5 Mempelopori perjuangan wanita remaja dan dewasa Objektif 6 Membantu Persatuan Pandu Puteri Cawangan mengukuhkan dan memantapkan struktur dan pengurusan Objektif 7 Meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan NILAI-NILAI TERAS Persatuan Pandu Puteri Malaysia percaya bahawa semua ahli perlu menonjolkan nilai-nilai seperti berikut setiap masa : 1. Integrity 2. Hormat menghormati 3. Kasih sayang 4. Kejujuran 5. Toleransi 6. Bantu-membantu.


PERSETIAAN PANDU PUTERI


PERSETIAAN PANDU PUTERI COGAN KATA PANDU PUTERI “Tolong Orang selalu” (TOS). Cogan kata ini diucap setiap kali Pandu Puteri Tunas selesai membuat istiadat Lingkungan Pandu Puteri Tunas dan Istiadat Hormat Besar “SELALU SEDIA” Bermaksud setiap ahli Pandu Puteri hendaklah sentiasa bersedia untuk mengulurkan bantuan tanpa mengharapkan sebarang imbuhan dan balasan


PERSETIAAN PANDU PUTERI TUNAS 1. Pandu Puteri Tunas menunaikan kewajipan kepada Tuhan Segala benda yang hidup dalam dunia ini adalah ciptaan Tuhan. Setiap kali kita memandang atau menggunakan benda-benda yang ada di sekeliling kita ini, menunjukkan kita telah menikmati segala ciptaan Tuhan. Oleh sebab adanya segala ciptaan Tuhan, kitab oleh hidup senang. Oleh itu kita tidak boleh melupakan Tuhan dan sentiasa bersyukur kepadanya. Kita mengingati Tuhan dengan mengamalkan ajaran agama. 2. Pandu Puteri Tunas menunaikan kewajipan kepada Raja Kita mesti taat kepada Raja kita. Kita mesti mematuhi undang-undang negara kita dan menyokong para pemimpin negara. Jika rakyat tidak mematuhi undang-undang sudah tentu negara akan menjadi huru-hara. 3. Pandu Puteri Tunas menunaikan kewajipan kepada Negara Kita hendaklah menyokong dan melibatkan diri dalam semua kegiatan untuk memajukan negara. Kita harus berusaha meningkatkan ekonomi negara demi keselesaan hidup rakyat. 4. Pandu Puteri Tunas menolong orang setiap hari terutamanya mereka di rumah. Kita hendaklah menolong orang lain untuk menringankan tugas mereka. Mereka sudah tentu akan berasa gembira. Di rumah, kita harus membantu ibu, bapa, adikberadik dan ahli keluarga yang lain. Di sekolah, kita harus membantu guru dan rakan-rakan. Hal ini sudah tentu akan menggembirakan mereka. Dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia akan menjalankan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya Malaysia, menolong orang setiap hari terutamanya mereka di rumah dan mematuhi undang-undang Pandu Puteri Tunas


5. Pandu Puteri Tunas mematuhi undang-undang Pandu Puteri Tunas i. Boleh dipercayai Setiap ahli pandu puteri mestilah bercakap benar, sanggup melakukan sesuatu mengikut arahan, pandai menjaga diri-sendiri, keluarga, agama dan negaranya. Peribadi yang baik dan muliaharus ditunjukkan pada setiap masa. ii. Suka menolong orang lain Pandu puteri harus tahu dan berusaha untuk melakukan apa sahaja agar dirinya berguna kepada keluarga, agama, bangsa dan negara. Menolong orang pada setiap masa harus dijadikan amalan. iii. Bersahabat dengan semua orang dan bersaudara dengan pandu puteri yang lain. Pandu puteri akan bersahabat dengan sesiapa sahaja tanpa mengira warna kulit, agama bangsa dan kebudayaan. Kemana sahaja pandu puteri menjelajah, mereka akan diterima oleh rakan mereka. Pandu puteri juga akan menjalinkan persahabatan dengan orang lain yang bukan dalam kalangan pandu puteri sahaja. iv. Sentiasa bersopan santun Pandu puteri harus sentiasa menghormati dan berbudi kepada sesiapa sahaja. Dengan ini peribadi yang mulia akan terbentuk dan mereka akan disanjung oleh masyarakat. v. Sentiasa berjimat cermat Pandu puteri harus bijiak menggunka wang atau berbelanja tanpa membazir. Selain itu, pandu puteri juga harus pandai menggunkan masa, menjimatkan masa, menjimatkan makanan dan apa jua keperluan harian.


UNDANG-UNDANG PANDU PUTERI PIAGAM PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA ❖ Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai ❖ Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia ❖ Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain ❖ Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain ❖ Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan santun ❖ Seorang Pandu Puteri melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar ❖ Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah ❖ Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam masa kesulitan ❖ Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat ❖ Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan Persatuan Pandu Puteri Malaysia sentiasa: ➢ Menyediakan latihan Pandu Puteri yang brkualiti ➢ Menerapkan sifat-sifat kepimpinan yang tulen melalui program Pandu Puteri ➢ Melahirkan ahli yang berkaliber ➢ Menonjolakn ahli yang mempunyai nilai-nilai murni ➢ Menampilakan ahli sebagai warga negara yang sihat dan berguna ➢ Menggalakkan ahli berbakti cercara sukarela tanpa apa-apa ganjaran


LOGO & BENDERA PANDU PUTERI


LOGO PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA 1. Logo Persatuan Pandu Puteri Malaysia hamper sama bentuknya dengan bentuk lencana Pandu Puteri sedunia. 2. Logo dicipta oleh Cik Mary Bowers, Pesuruhjaya Latihan di Ibu Pejabat Pandu Puteri Malaysia. 3. Reka bentuk logo Persatuan Pandu Puteri Malaysia ini diperkenal dan digunkan dalam bulan Januari tahun 1962. 4. Logo ini mempunyai lambang daun atau cabang trefoil yang melambangkan tiga bahagian dalam ikrar Pandu Puteri. 5. Bintang pecah empat belas melambangkan 13 buah negeri di Malaysia dan satu pecahan lagi menghala ke atas melambangkan jarum Kompas yang boleh dianggapkan sebagai petunjuk ke jalan yang benar. 6. “Pandu Puteri ialah “Girl Guides”.


LENCANA PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA 1. Lencana PPPM mengandungi tiga kelopak dan bintang pecah empat belas di tengah-tengahnya serta tertulis perkataan Pandu Puteri di bawahnya, 2. Lencana rasmi ini digunakan sebagai lambing pelantikan bagi semua kategori ahli aktif PPPM. 3. Lencana rasmi berwarna hitam dan putih seperti yang tertera di atas. 4. Warna lencana pelantikan adalah seperti yang berikut a) Pandu Puteri Tunas adalah perang b) Pandu Puteri Remaja adalah biru c) Pandu Puteri Renjer adalah merah d) Pandu Puteri Kadet adalah putih. e) Pandu Puteri siswi adalah putih f) Pemimpin adalah berwarna emas g) Pesuruhjaya adalah berwarna perak 5. Semua hak cipta dan harta intelek atas lencana (keseluruhan atau sebahagian daripadanya), bersama dengan nama baik berkaitan dengannya dimiliki oleh PPPM.


LOGO PANDU PUTERI DUNIA BIL TANDA/ SIMBOL MAKSUD 1 Trefoil (Tiga Cabang) • Warna emas Trefoil • Persetiaan Pandu Puteri • Matahari yang bersinar-sinar di langit biru • Payung kepada semua Pandu Puteri dunia. 2 Bintang-bintang pada cabang Trefoil • Bintang petunjuk jalan iaitu persetiaan dan undang-undang Pandu Puteri. 3 Segi tiga ke atas • Jarum kompas tunjuk arah Utara sebagai petunjuk jalan yang harus dituju dalam Pandu Puteri. 4 Tangkai • Perasaan kasih saying sesama manusia yang sentiasa bernyaka dalam jiwa Pandu Puteri.


BENDERA PERSATUAN PANDU PUTERI DUNIA ❖ Tiga blok atau petak jingga menyerong di bahagian kanan bawah melambnagkan 3 bahagian Persetiaan. ❖ Bahagian putih di penjuru melambnagkan komitmen semua ahli Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia terhadap keamanan. ❖ Trefoil dunia dalam latar biru melambangkan matahari menyinari kanak-kanak di dunia. BENDERA PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA ❖ Tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga Persetiaan pandu Puteri. ❖ Bintang pecah melambangkan 13 buah negeri serta Wilayah persekutuan di Malaysia. ❖ Lencana Pandu Puteri Malaysia di tengah latar biru membawa maksud matahari menyinari setiap kanak-kanak di dunia.


BENDERA-BENDERA MALAYSIA JALUR GEMILANG MAKSUD DAN LAMBANG JALUR GEMILANG


JATA NEGARA Jata negara merupakan symbol dan identity bagi kedaulatan sesebuah negara. Jata negara Malaysia merupakan lambing rasmi bagi kerajaan persekutuan Malaysia. Jata ini juga digunakan dalam dokumen rasmi Kerajaan Persekutuan dan pada panji-panji di Raja. MAKSUD DAN LAMBANG JATA NEGARA MALAYSIA


RUKUN NEGARA


BENDERA DAN LAMBANG NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA


PAKAIAN SERAGAM PANDU PUTERI


PAKAIAN SERAGAM PANDU PUTERI PANDU PUTERI KELIP-KELIP (PRASEKOLAH) PANDU PUTERI TUNAS (9-12 TAHUN) Skaf Pandu Puteri Kelipkelip berwarna jingga dan dipakai dengan ikatan atau wogel. Ahli memakai baju T PPPM dan seluar sukan. Kasut sekolah/sukan.


LAMBANG KUMPULAN PANDU PUTERI TUNAS Dari atas kanan mengikut pusingan jam : Bunga Cempaka, Bunga Kesidang, Bunga Siantan, Bunga Melur, Bunga Teratai dan Bunga Kenanga


KEDUDUKAN LENCANA PADA SELEMPANG PANDU PUTERI TUNAS


JAWATAN DI DALAM PASUKAN PANDU PUTERU TUNAS BAJU PERKHEMAHAN / AKTIVITI Catatan: Ahli PP Tunas yang berjawatan tidak perlu memakai lanyard dan wisel, hanya jalur putih pada poket kiri sahaja. 1. Baju T PPPM berwarna biru. Ianya perlu dibeli dari Kedai Ibu Pejabat PPPM. 2. Bagi mereka yang bertudung: ✓ tudung hitam kosong tanpa sebarang hiasan dan dimasukkan ke dalam baju. 3. Seluar sukan berwarna biru tua atau hitam. 4. Kasut hitam 5. Stokin hitam 6. Baju ini di guna pakai untuk semua peringkat ahli Pandu Puteri 7. Vest hanya boleh dipakai bersama dengan baju T PPPM 8. Skaf tidak perlu di pakai bersama baju T


PAKAIAN SERAGAM PANDU PUTERI REMAJA (13 - 15 TAHUN) LAMBANG KUMPULAN PANDU PUTERI REMAJA Dari atas kanan mengikut pusingan jam : Bunga Matahari, Bunga Kertas, Bunga Mawar, Bunga Orkid, Bunga Raya dan Bunga Lili


JAWATAN DI DALAM PASUKAN PANDU PUTERI REMAJA Ketua Pasukan Ketua Kumpulan Penolong Ketua Kumpulan Lanyard putih : di masukkan ke kolar baju & atas skaf Wisel PPPM: di masukkan ke dalam poket kiri PANDUAN KEDUDUKAN LENCANA PADA SELEMPANG PENERIMA ANUGERAH PANDU PUTERI REMAJA


PAKAIAN SERAGAM PANDU PUTERI RENJER (16-17 TAHUN) KEDUDUKAN LENCANA DAN TAG NAMA JIKA AHLI LULUS UJIAN KELAS SATU Tanpa Lencana Kelas Satu Jika mempunyai Lencana Kelas Satu


UNIFORM PANDU PUTERI RENJER JAWATAN DI DALAM PASUKAN PANDU PUTERI RENJER Ketua Pasukan


PAKAIAN SERAGAM PANDU PUTERI KADET IPG 1) Ahli Kadet memakai skaf berwarna ‘royal blue’ yang dilipat selebar 3 jari sebanyak 5 kali. 2) Lencana pelantikan untuk kadet berwarna putih. 3) Blaus berlogo yang mempunyai 2 poket dan berpotongan ‘princess cut’. 4) ‘Shoulder flashes’ dijahit rapat pada kelim bahu kanan dan kiri. 5) Lencana dunia dipakai disebelah kanan dada 6) Seluar berwarna biru gelap yang berpotongan lurus dan tidak ketat. 7) Kasut bertutup, berwarna hitam dan bertumit rendah. 8) Jika bertudung, tudung berwarna hitam kosong tanpa sebarang hiasan dan dimasukkan ke dalam baju


PAKAIAN SERAGAM KLOVER (18-30 TAHUN TERMASUK TINGKATAN 6, IPTA DAN IPTS) 1) 1) Ahli klover memakai skaf berwarna maroon yang di lipat selebar 3 jari sebanyak 5 kali dan di pakai bersama wogel. 2) Lencana pelantikan Klover berwarna merah jambu. 3) Blaus berlogo yang mempunyai 2 poket dan berpotongan ‘princess cut’. 4) Lencana Dunia dipakai pada bahagian dada sebelah kanan. 5) Jata mengikut cawangan dan di jahit 3 jari (5cm) dari puncak skaf. 6) ‘Shoulder flashes’ dijahit rapat pada kelim bahu kanan dan kiri. 7) Seluar berwarna biru gelap, berpotongan lurus dan tidak ketat. 8) Kasut berwarna hitam, bertutup dan bertumit rendah. 9) Jika bertudung, tudung berwarna hitam kosong tanpa sebarang hiasan dan dimasukkan ke dalam baju


PAKAIAN GUILD (30 TAHUN KE ATAS) 3 JENIS BAJU AHLI GUILD 1. Baju batik PPPM 2. Baju perjalanan / aktiviti 3. Baju perkhemahan / aktiviti Baju batik PPPM yang tahun keluarannya berlainan Pakaian rasmi ahli Guild : Baju batik PPPM & tudung putih/selendang putih (bagi yang tidak bertudung) Blaus berlogo berpoket dua dan berpotongan ‘princess cut’ dipakai ketika dalam perjalanan dan aktiviti. 1 ‘slit’ belakang baju di bahagian punggung adalah jenis belah bertindih. Topi ‘bowler’ pemimpin. Klip PPPM berwarna emas atau wogel dipakai bersama skaf Guild berwarna hijau dan lencana pelantikan ahli Guild yang juga berwarna hijau diletakkan diatasnya Skaf dilipat selebar 3 jari sebanyak 5 kali. ‘Shoulder flashes’ dijahit rapat pada kelim bahu kanan dan kiri. Seluar biru gelap berpotongan lurus dan tidak ketat. Kasut hitam, bertutup dan bertumit rendah. Beg hitam kosong


❖ Vest biru gelap di pakai bersama baju T PPPM ❖ Seluar berwarna biru gelap, berpotongan longgar. ❖ Kasut berwarna hitam, bertutup dan bertumit rendah. ❖ Jika bertudung : Tudung berwarna hitam kosong tanpa sebarang hiasan dan dimasukkan ke dalam baju


PAKAIAN SERAGAM PEMIMPIM (mempunyai pasukan Pandu Puteri untuk diuruskan) 5 jenis baju pemimpin 1. Baju kurung berpesak 2. Baju kebaya 3. Baju perjalanan / aktiviti 4. Baju batik PPPM 5. Baju perkhemahan / aktiviti BAJU KURUNG BERPESAK • Baju rasmi adalah baju kurung berpesak biru dan baju kebaya berwarna biru. Baju kurung mestilah berpesak buluh ataupun tradisional. • Kain polos biru perlu di beli dari kedai Ibu Pejabat PPPM. • Tudung PPPM = penampang di pakai atas tudung sebelah kiri dada • Tudung sutera segiempat PPPM = penampang dipakai pada baju sebelah dada kiri, klip emas di kenakan pada tudung, tudung tidak boleh digayakan seperti shawl iaitu dililit ke atas kepala • Kedua-dua jenis tudung boleh dipakai untuk baju kurung berpesak dan baju kebaya. • “shoulder flashes” dijahit rapat pada kelim bahu kanan dan kiri. • Labuh baju kurung 5 cm bawah paras lutut. • Kocek tersembunyi adalah pilihan sendiri. • Lisu kain baju kurung disusun sebelah kiri. • Kasut hitam, bertutup dan bertumit rendah • Beg hitam kosong iaitu tidak bercorak.


BAJU KEBAYA • Baju kebaya rasmi adalah kebaya kelepet pendek. Bajunya mempunyai potongan puteri (princess cut) dari bahu hingga hujung baju. • Labuh baju sama paras dengan genggaman tangan. • Tudung PPPM Penampang di pakai atas tudung sebelah kiri dada • Tudung sutera segiempat PPPM ✓ Penampang di pakai pada baju sebelah dada kiri. ✓ Klip emas dikenakan pada tudung ✓ Tudung tidak boleh digayakan seperti shawl iaitu dililit ke atas kepala. • Kedua-dua jenis tudung boleh dipakai untuk baju kurung berpesak dan baju kebaya. • ‘Shoulder flashes’ dijahit rapat pada kelim bahu kanan dan kiri.


• Kain baju kebaya di lipat depan sebelah kiri tanpa belah. • Kasut hitam, bertutup dan bertumit rendah. • Beg hitam kosong iaitu tidak bercorak. PENAMPANG Catatan Pingat-pingat atau anugerah tertinggi dipakai semasa mesyuarat agung tahunan dijalankan. Lencana asas yang perlu ada untuk pemimpin muda : 1. Lemcana Dunia 2. Lencana Perlantikan Pemimpin (Emas) 3. Tanda nama yang ditempah khas Lencana asas yang perlu ada untuk pemimpin berwaran (maksima 6 termasuk tanda nama) 1. Lencana dunia 2. Lencana Perlantikan Pemimpin 3. Emas – Pemimpin 4. Perak – Pusuruhjaya 5. Lencana Pencapaian Tertinggi 6. Lencana Jawatan (jika ada)/ Waran pasukan 7. Tanda nama yang ditempah khas


BAJU PERJALANAN / AKTIVITI Belah bertindih ➢ Blous berlogo berpoket dua dan berpotongan ‘princess cut’ dipakai ketika perjalanan dan aktiviti. ➢ 1 ‘slit’ belakang baju di bahagian punggung adalah belah bertindih. ➢ Topi ‘bowler’ pemimpin : ✓ Tali warna emas -pemimpin ✓ Tali warna perak – pesuruhjaya ➢ Jika bertudung, tudung berwarna hitam kosong tanpa sebarang hiasan dan dimasukkan ke dalam baju. ➢ Klip PPPM berwarna emas dipakai Bersama skaf pemimpin. ➢ ‘Shoulder flashes’ dijahit rapat pada kelim bahu kanan dan kiri. ➢ Seluar biru gelap berpotongan lurus dan tidak ketat. ➢ Kasut kulit hitam, bertutup dan bertumit rendah. ➢ Beg hitam kosong.


BATU BATIK PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA Baju ini adalah baju kasual yang boleh dipakai ketika majlis tidak rasmi.


HORMAT PANDU PUTERI


HORMAT PANDU PUTERI Tabik hormat persatuan pandu puteri Malaysia 1) Hormat atau tabik Pandu Puteri adalah perlakuan menerusi isyarat yang dilakukan oleh Pandu Puteri kepada pegawai-pengawai Pandu Puteri seperti Pemimpin, Ketua dan juga sesama ahli kumpulan. 2) Ia juga diberikan kepada ketua negara, ketua negeri, pembesar dan tetamu kehormat dalam upacara rasmi. 3) Umumnya, Hormat Pandu Puteri hendaklah digunakan oleh Pandu Puteri sebagai tanda menghormati seseorang di dalam acara atau hal-hal yang membabitkan kepanduan. Hormat Pandu Puteri diberikan untuk keadaan berikut : 1.Perjumpaan dengan Pemimpin, Ketua dan orang-orang kenamaan di dalam upacara kepanduan. 2.Upacara penerimaan hadiah atau kurniaan. 3.Upacara mengibarkan bendera. Kedudukan Hormat Pandu Puteri Cara memberikan hormat adalah seperti berikut: 1.Tiga jari tangan kanan ditegakkan 2.Ibu jari diletakkan di atas jari kelengkeng yang dibengkokkan. 3.Tangan diangkat sehingga sama tinggi dengan dahi. 4.Sebaik sahaja dapat hormat balas, tangan dijatuhkan dan pandu puteri bolehlah bergerak dari situ.


HORMAT KEPANDUAN • 3 jari melambangkan 3 bahagian persetiaan • Ibu jari di atas kelingking melambnagkan yang kuat membantu yang lemah. ISYARAT PANDU PUTERI ❖ Pada dasrnya, isyarat Pandu Puteri adalah sama dengan Hormat Pandu Puteri, yang berbeza ialah kegunaan dan kedudukan tangan. ❖ Isyarat Pandu Puteri digunakan semasa seseorang itu diterima menjadi ahli Pandu Puteri dan semas Pandu Puteri membaharui ikrar. Dalam kedua-dua keadaan ini isyarat Pandu puteri dilakukan. ❖ Isyarat Pandu Puteri melambangkan persaudaraan dan rasa kasih saying seseorang terhadap Pandu Puteri khususnya dam dunia amnya. ❖ Carany adalah seperti berikut: 1. Pandu Puteri berdiri tegak dalam kedudukan sedia 2. Tangan kanan dihayunkan ke atas bahu dengan cergas dan tangan kiri dirapatkan terus ke badan. 3. Siku berhampiran badan. 4. Lengan tegak dengan jari di paras sama dengan bahu. 5. Kedudukan jari samalah seperti dalam hormat Pandu Puteri. 6. Kedudukan tangan kanan adalah pada jarak 15-25 cm dari telinga kanan.


BERJABAT TANGAN PANDU PUTERI ➢ Berjabat tangan adalah tanda persahabatan bagi Pandu Puteri ➢ Ia juga menjadi amalan tradisi Pandu Puteri Dunia. ➢ Pandu Puteri Malaysia menggunakan kedua-dua belah tangan apabila berjabat tangan dengan orang kenamaan dan orang yang tidak berpakaian seragam, bersesuaian dengan budaya kita. ➢ Pandu Puteri berjabat tangan menggunakan tangan kiri dengan ahli berpakaian seragam yang lain. ➢ Semua Pandu Puteri di negara ini yang berpakaian seragam berjabat tangan menggunakan tangan kiri. ➢ Perlakukan ini mempunyai kaitan dengan perlakuan yang serupa dilakukan oleh puak Zulu di Afrika semasa Lord dan Lady Baden-Powell melawat Kenya. ➢ Kaum ini sering memegangsenjata pada tangan kanan sehingga tidak sanggup meletakkannya walaupun sebentar. ➢ Hanya tangan kiri sahaja yang boleh digunakan untuk tujuan lain. Termasuklah untuk berjabat tangan. ➢ Lantas itu, Lord Baden-Powell terus mengambil perlakuan itu sebagai amalan pengakap dan kemudiannya Pandu Puteri.


ISTIADAT – ISTIADAT RASMI PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA


PENGENALAN • Upacara / istiadat ialah satu cara yang dijalankan dengan tersusun dan rapi. • Satu yang “istimewa” dan mempunyai tujuan tertentu mengikut “adat’ yang khas dalam sesuatu perkara serta menjadi amalan sesebuah masyarakat. • Contohnya terdapat upacara adat beraja, adat beragama, adat pemerintah, adat bermasyarakat dan sebagainya. TUJUAN a) Melatih ahli supaya mempunyai asas latihan kawat. Ini dapat membentuk sikap berdisiplin, mematuhi arahan dan menjalankan tugas dengan betul. b) Memberi kepuasan dan pencapaian yang bermakna di kalangan pemimpin dan ahli melalui aktiviti kepanduan c) Ahli-ahli dapat mengingati peristiwa yang membanggakan dan membawa kenangan manis. d) Membentuk daya pemikiran yang kreatif dan bersemangat perpaduan serta muhibah di kalangan ahli. e) Merupakan satu penghormatan kepada ahli yang diraikan dalam istiadat perlantikan. f) Gambaran tentang perasaan seseorang yang sentiasa seronok dan gembira di samping membina kecergasan rohani dan jasmani. CIRI-CIRI ISTIADAT i. MUDAH ✓ Ahli mudah mengikutnya, tidak di luar keupayaan dari segi rohani dan jasmani. ii. PENGETAHUAN ASAS ✓ Ahli perlu mengetahui istilah asas kawad untuk diikuti. iii. GAYA ✓ Cara berdiri, imbangan badan, gerak langkah, cara berjalan perlu untuk mendapatkan kesan segak, cergas dan tampan. iv. PAKAIAN ✓ Ahli perlu memakai pakaian seragam dengan kemas, lengkap dan rapi.


ISTIADAT LADAM KUDA ➢ pembnetukan Ladam Kuda dilakukan sebelum Istiadat menaikkan Bendera (PanjiPanji). ➢ Sebelum aktiviti dimulai, lebih elok jika didahului dengan embentukkan Ladam kuda. ➢ Melalui Ladam Kuda ini, guru pemimpin dapat mengenal pasti bilangan ahli Pandu Puteri ➢ yang akan terlibat dengan aktiviti (bagi pasukan yang kecil), memantau uniform setiap ahli, memberikan arahan untuk aktiviti yang akan dilakukan dan yang paling penting ia merupakan istiadat yang membezakan Pandu puteri dengan beruniform yang lain. MEMBENTUK FORMASI LADAM KUDA CARA PERTAMA : ladam kuda (ahli kurang 20 orang) ARAHAN : Kapten mengambil tempat di kiri tiang bendera, jaraknya bergantung kepada bilangan ahli yang ada.Kapten dalam keadaan sedia semasa memberikan arahan 1. Kapten : “Pasukan!” (Ahli pasukan menghadap kapten dalam keadaan sedia) “Pasukan Panji-panji, masuk baris!”. (Pasukan Panji-panji berdiri bahu ke bahu empat (4) langkah di hadapan kapten dalam keadaan sedia. Kapten berpusing ke belakang, bergerak ke tiang bendera, berhenti, berpusing ke belakang semula untuk menghadap pasukan) Sebelum pembentukan ladam kuda, kapten memilih pasukan panji-panji, pembaca doa dan pembaca kata-kata hikmah terlebih dahulu 2. Kapten : “Pasukan, masuk baris!”. (Ahli-ahli terus bergerak di belakang kedua-dua pengiring dalam keadaan senang diri ) “Pasukan sedia” (Ahli pasukan dalam ke dalam bersedia) kapten Pengiring Panji-panji Pembawa bendera Bendera


3. Kapten : “Pasukan, hentak kaki… hentak!’’. (Hanya untuk pasukan yang belum mahir berkawad) 4. Kapten : “Ke Formasi Ladam Kuda… cepat jalan !” (Ahli Pandu Puteri bergerak ke hadapan dari sebelah kanan dan kiri pengiring sehingga Formasi Ladam Kuda terbentuk untuk baik.) 5. Kapten : “Berhen…ti!” (arahan berhenti, mesti jatuh pada kaki kiri) 6. Kapten : “Ke dalam pusing” (semua ahli pusing ke dalam, menghadap kepada kapten) 7. Kapten “Pasukan bendera , jalankan tugas!” (Pembawa bendera memberi arahan secara perlahan untuk di dengar oleh pasukan panji-panji sahaja) Pembawa bendera : “Pasukan bendera .., cepat jalan!” (Mereka bertiga berjalan terus ke tiang bendera. Arahan ‘berhenti’ diberikan dalam jarak dua (2) langkah di hadapan tiang bendera) “Berhen…ti!” (Pembawa bendera mengambil satu langkah ke hadaan untuk mengibarkan bendera. Ahli-ahli memberi hormat Pandu Puteri.Lagu Dunia dinyanyikan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris oleh ahli pandu puteri yang lain) Pasukan bendera tidak memberi hormat dan menyanyikan lagu Dunia 8. Selepas nyanyian Lagu Dunia, pembawa bendera mengikat tali tiang bendera. Sesudah selesai, pembawa bendera mengambil satu langkah ke belakang. 9. Pembawa bendera memberi arahan :


“Pasukan bendera, ke belakang, pusing!”. “Cepat jalan!” (Pasukan bendera balik ke tempat asal masing-masing) Pembawa bendera : “berhen…ti!” “Ke belakang pusing!” 10. Kapten : “Bacaan Doa “ (pembaca doa mengambil satu langkah ke hadapan) Pembaca doa : “Up” (Pembaca doa mengangkat tangan, membaca doa. Selesai bacaan doa, pembaca doa berundur satu langkah ke belakang balik ke tempat asal) 11. Kapten : “kata-kata hikmah” (pemberi kata-kata hikmah mengambil satu langkah ke hadapan. Membacakan kata-kata hikmah. Selepas selesai, pembaca kata-kata hikmah berundur satu langkah ke belakang) 12. Kapten : “Pasukan senang diri !” (kapten memberti ucapan atau taklimat ) 13. Kapten : “Pasukan, sedia! Keluar baris !” (semua ahli Pandu Puteri mengambil satu langkah ke hadapan bermula kaki kiri, merapatkan kaki, berpusing ke kanan dan keluar daripada Formasi Ladam Kuda Jika hendak bersurai Kapten: Pasukan, Ber…su..rai!” (Semua ahli pandu puteri mengambil satu langkah ke hadapan, bermula dengan kaki kiri, merapatkan kaki, memberi Hormat Pandu Puteri, berpusing ke kanan dan terus keluar dari Formasi Ladam Kuda.


MEMBENTUK FORMASI LADAM KUDA : MELEBIHI 20 ORANG AHLI ARAHAN : 1. Kapten mengambil tempat di kiri tiang bendera. 2. Kapten dalam keadaan sedia semasa memberi arahan Kapten : “Pasukan!”. (ahli pasukan menghadap Kapten dalam keadaan sedia) “Ketua Kumpulan, masuk baris!”. (Ketua kumpulan yang pertama sampai, berdiri dalam jarak empat (4) langkah menghadap kapten. Ketua kumpulan lain masuk sebelah kiri Ketua Kumpulan pertama, berdiri bahu ke bahu) Sebelum pembentukan ladam kuda, kapten memilih pasukan bendera , pembaca doa dan pembaca kata-kata hikmah terlebih dahulu. 3. Kapten: “Pasukan, masuk baris!” (Kumpulan masuk baris di belakang ketua masing-masing dan berada dalam keadaan senang diri. “Pasukan, sedia!” “Pasukan , hentak kaki….hentak!”. (Arahan ini diberikan jika pasukan belum mahir berkawad) 4. “Pasukan ke ladam kuda, cepat jalan!”. (bagi membentuk Formasi Ladam Kuda, Kumpulan 1 bergerak ke kanan diikuti Kumpulan 2 dan Kumpulan 3. Kumpulan 6 bergerak ke kiri diikuti oleh Kumpulan 5 dan Kumpulan 4. Kumpulan 1 dan 6 akan bertemu dan berselisih di puncak Formasi ladam Kuda (bahu kanan berselisih) dan terus berkawad hingga tiba di mulut Ladam Kuda. Pastikan kedudukan bendera di mulut formasi Ladam Kuda.


Kapten : “Pasukan, berhen…ti !” (Arahan berhenti mesti jatuh pada kaki kiri) “Ke dalam, pusing”. (Ahli Pandu Puteri pusing menghala ke dalam ladam kuda) Kapten: “Pasukan bendera, jalankan tugas!”. (Ahli pasukan bendera yang bertugas mengambil satu langkah di hadapan dan dua langkah ke belakang untuk keluar baris. Mereka akan berkawad atau berlari anak dan berkumpul di sebelah kanan dan kiri Formasi Ladam Kuda seperti rajah) Pembawa bendera (ahli yang tengah) akan memberi arahan : “Pasukan bendera, masuk baris” (Dalam keadaan sedia, pembawa bendera di tengah, pengiringnya berada di depan dan belakang “Cepat jalan!” (Pasukan ini akan bergerak ke arah tiang bendera sehingga pembawa bendera berhadapan dengan tiang bendera.) “Berhenti” (Mereka berhenti jarak dua langkah daripada tiang bendera) “Ke kanan/kiri pusing”. (Pembawa bendera mengambil satu langkah ke hadapan untuk mengibarkan bendera. Sebaikbaik bendera dikibarkan, semua ahli memberi hormat Pandu Puteri dan menyanyikan Lagu Dunia (kecuali Pasukan bendera) pembawa bendera memegang tali bendera. Setelah selesai nyanyian, pembawa bendera mengikat tali bendera Setelah selesai, pembawa bendera memberi arahan untuk menghomati bendera “Pasukan bendera, hormat bendera… hormat” (Pasukan bendera memberi Hormat Pandu Puteri) “Ke Kanan/kiri pusing” (Pasukan bendera berpusing ke kanan/kiri) “Cepat jalan” (Pasukan bendera berjalan ke tempat asal) “Berhen…ti” “Keluar baris”. Pasukan bendera berpusing ke kanan dan keluar baris, mereka balik ke tempat asal masing-masing.


ISTIADAT LINGKUNGAN PUTERI TUNAS Lingkungan tunas dilaksanakan dan dipimpin oleh pemimpin (kakak Setia/ Siti Setia) setiap kali terdapat perjumpaan pasukan. Peralatan yang diperlukan ialah penanti Tunas Puteri. Cara ahli membentuk lingkungan adalah secara rekaan iaitu menggunkan tema. Lagu yang diperlukan dinyanyikan semasa istiadat ialah Lagu Pandu Puteri Tunas dan lagu kumpulan. Perjumpaan ditutup secara rekaan dan menyanyikan lagu loceng PP Tunas. ✓ Lagu Pandu Puteri Tunas : Puteri Tunas bertujuan, menolong dan berkawan. ✓ Lagu Ahli Baru : Ahli baharu suka hati,menjadi Puteri Tunas. ✓ Lagu Kumpulan 10. Kapten : “Bacaan Doa “ (pembaca doa mengambil satu langkah ke hadapan) Pembaca doa : “Up” (Pembaca doa mengangkat tangan, membaca doa. Selesai bacaan doa, pembaca doa berundur satu langkah ke belakang balik ke tempat asal) 11. Kapten : “kata-kata hikmah” (pemberi kata-kata hikmah mengambil satu langkah ke hadapan. Membacakan kata-kata hikmah. Selepas selesai, pembaca kata-kata hikmah berundur satu langkah ke belakang) 12. Kapten : “Pasukan senang diri !” (kapten memberi ucapan atau taklimat ) 13. Kapten : “Pasukan, sedia! Keluar baris !” (semua ahli Pandu Puteri mengambil satu langkah ke hadapan bermula kaki kiri, merapatkan kaki, berpusing ke kanan dan keluar daripada Formasi Ladam Kuda.Jika hendak bersurai Kapten: Pasukan, Ber…su..rai!” (Semua ahli pandu puteri mengambil satu langkah ke hadapan, bermula dengan kaki kiri, merapatkan kaki, memberi Hormat Pandu Puteri, berpusing ke kanan dan terus keluar dari Formasi Ladam Kuda.


ISTIADAT PERJUMPAAN PEMIMPIN (ISTIADAT LINGKUNGAN TUNAS) Pemimpin akan menentukan tempat perjumpaan dibuat dan meletakkan pennant di tengah-tengah Kawasan. Tetapkan satu tema untuk rekaan membentuk lingkungan. Contohnya tema haiwan, kenderaan dan lain-lain yang sesuai dan menarik. Pemimpin boleh memanggil kumpulan untuk masuk satu persatu. Arahan: Ketua kumpulan berenam akan membentuk lingkungan dimulakan dengan kumpulan Kesidang. Respon : Kumpulan Kesidang masuk seperti arnab bergerak sebaris mengelilingi pennant dan kemudian berdiri dalam lingkungan besar (yang akan terbentuk setelah enam kumpulan mengambil tempat). Apabila semua kumpulan telah berada dalam lingkungan besar, semua ahli berpegang tangan dan berskip ke kiri sambal menyanyikan lagu PP Tunas. Setelah selesai skip ke kiri, skip pula ke kanan dan menyanyikan lagu PP Tunas. Masuk Secara Rekaan Tema Kenderaan Tema Haiwan Skip Ke Kiri Skip Ke Kanan Kumpulan Berenam Catatan : Tujuan menggunakan tema adalah sebagai satu cara yang menarik bagi ahli membentuk satu lingkungan besar. Setiap kumpulan akan masuk secara bergilir (tanpa pegang tangan), berskip dan ‘humming’ lagu kumpulan “na nan a na..” ahli kumpulan akan membuat lingkungan kecil di sekeliling pennant, pegang tangan dan skip ke kiri dan kanan sambal


menyanyikan lagu kumpulan. Setelah selesai, ahli kumpulan kan melepaskan tangan dan masuk semula ke lingkungan besar didahului dengan ketua kumpulan. Semasa berskip balik ke lingkungan besar, ahli sekali lagi “humming lagu kumpulan”. Kedudukan Ahli Baharu Dalam Lingkungan Setelah selesai, keenam-enam kumpulan menyanyikan lagu masing-masing. Semua ahli pegang tangan dalam, lingkungan besar, skip ke kiri dan kanan beramai-ramai dan menyanyikan lagu Pandu Puteri Tunas. Setelah selesai menyanyikan lgu Pandu Puteri Tunas dan berskip, semua ahli berhenti, lepaskan tangan dan terdiri tegak. Pemimpin akan sebut “TOS” tiga kali. Ahli : Tangan dalam keadaan hormat (aras bahu) dan sebut TOS tiga kali. Setelah selesai serentak turnkan tangan. Aktiviti semasa dalam lingkungan adalah seperti menyampaikan maklumat, memeriksa kebersihan ahli dan pakaian seragam, membuat kutipan dan lain-lain. Lingkungan boleh ditutup dengan cara rekaan atau car acara yang diguna dalam ladam kuda ISTIADAT LINGKUNGAN TUNAS ✓ Setelah semua kumpulan berenam membentuk lingkungan secara rekaan, ahli baru akan masuk ke tengah pennt dan duduk bertinggung. ✓ Setelah selesai, semua ahli menyanyikan lagu kumpulan, ahli baharu berdiri berpegang tangan dan menyanyikan lagu baharu sambal skip ke kiri dan kanan. Ahli bahru akan skip ke kumpulan berenam mereka. ✓ Semua ahli skip ke kiri dan kanan beramai-ramai menyanyikan lagu Pandu Puteri Tunas.


Click to View FlipBook Version