PENUTUP PERJUMPAAN MINGGUAN Di akhir perjumpaan, semua ahli berkumpul dan membentuk lingkungan dan menyanyikan lagu Loceng Pandu Puteri Tunas. Apabila pemimpin memberi isyarat akan menutup perjumpaan, semua ahli kumpulan berpegang tangan dan membentuk lingkungan besar. Semua ahli akan berdiri tegak dan menyanyikan lagu loceng. Ahli boleh keluar dari lingkungan menggunakan rekaan masing-masing. Pemimpin boleh memberi arahan “keluar baris’ dan semua ahli keluar baris cara ladam kuda. Cara ahli keluar baris boleh dibuat juga secara rekaan. ISTIADAT POW WOW Istiadat ini merupakan satu cara yang menarik untuk tujuan perbincangan, mengundi, membuat keputusan dan aktiviti bercerita. Pow-pow dikendalikan oleh pemimpin. Cara melaksanakan 1. Pemimpin akan memanggil ahli untuk melakukan Pow Wow. Ahli akan memberikan respon dengan berpegang tangan danmenyedut Pow Wow berulang kali. 2. Berkumpul membuat lingkung kecil dan duduk berlutut. 3. Pemimpin akan memberi arahan kepada ahli, sekiranya mereka ingin memberikan pendapat, letak tangan atas telinga seperti Arnab (3 jari). 4. Semasa ahli ingin memberi undi rahsia, letak tangan dibelakang dan tunjuk isyarat seperti genggan jari tidak setuju/buka genggaman (setuju). Pemimpin boleg betgerak mengelilingi belakang ahli untuk mengira undian. Apabila selesai, Pow Wow semua ahli berdiri dan bersurai.
ISTIADAT HORMAT BESAR Istiadat hormat besar dilaksanakan sebagai satu cara ahli Tunas menyambut tetamu dan orang kenamaan. Istiadat ini dilaksankan semasa ahli dalam dalam ingkungan. Semua ahli berdiri tegak dan kedua-dua tangan diletak di di bawah dagu seperti sekuntum bunga yang belum berkembang. Tetamu akan masuk ke lingkungan dibawa oleh ahli lain. Pemimpin boleh memberi isyarat dan ahli serentak beraksi menggayakan kuntum bunga yang tertutup beransur-ansur berkembang. Semua ahli dalam lingkungan secara serentak bertepiuk tangan di atas bahu kiri empat kali sambil mengucap “selamat datang”. Kemudian bertepuk tangan di atas bahu kanan empat kali dan menyebut “selamat datang”. Semua ahli berdiri tegak dan memberi isyarat hormat sambal memberi senyuman. Ahli boleh mneyanyikan lagu “Selamat Datang”. Tetamu Disambut Oleh Ahli Dalam Lingkungan Kecil Lagu Selamat Datang Selamat datang tuan / puan Selamat datang tuan / puan Selamat datang kami ucapkan Selamat datang tuan/ puan
ISTIADAT MENYAMBUT TETAMU PANDU PUTERI Istiadat ini adalah istiadat khas untuk menyambut atau mengalu-alukan tetamu seperti: 1. Pesuruhjaya dan pemimpin 2. Ahli baru yang telah dilantik 3. Pandu Puteri Tunas yang mendapat lencana Cara Menyambut Tetamu Pandu Puteri 1. Seorang pelajar akan mengucapkan selamat pagi kepada tetamu dan menyatakan “selamat pagi puan, saya akan membawa puan ke lingkungan hormat besar, dipersilakan”. 2. Selepas itu, semua ahli pandu Puteri akan berdiri dalam lingkungan Pandu Puteri dengan meletakkan tangan dalam bentuk kuntum bunga yang tertutup. 3. Tetamu khas akan diiringi oleh sekumpulan kecil Pandu puteri dan dibawa ke dalam lingkungan besar. 4. Selepas tetamu berada di tengah lingkungan Pandu Puteri akan beraksi seperti bunga berkembang besar. 5. Kemudiannya, semua Pandu Puteri Tunas akan tepuk tangan di atas bahu sebelah kiri sebanyak 4kali dan ucapkan “Selamat Datang”. 6. Seterusnya, semua Pandu Puteri Tunas akan bertepuk tangan di atas bahu sebelah kanan sebanyak 4 kali dan ucapkan “Selamat Datang”. 7. Setelah itu, Pandu Puteri Tunas akan menyanyikan lagu iaitu, Selamat Datang puan, selamat dating puan, dating kerana pandu puteri, selamat dating puan (2x). 8. Semua ahli Pandu Puteri akan memberi hormat kepada tetamu dan membawa masuk tetamu ke tempat yang disediakan dalam lingkungan. Istiadat Menyambut Pelajar Baharu 1. Ahli baharu akan dilantik menjadi seorang PPT selepas lulus semua ujian pra persetiaan. Pakaian seragam lengkap dipakainya pada hari perlantikkanini. 2. Kakak Setia akan menghulurkan tangan kiri sambal berjabat tangan dengan PPT. kemudian, pasukan akan memberi “Hormat Besar” kepada PPT baru itu dan PPT tersebut membalas dengan tabik hormat keoada pasukan serta dibawa ke kumpulan berenamnya.
ISTIADAT BENDERA Seiring dengannya Istiadat beberapa perkara perlu diambil kira dan dipatuhi: a) Perlu memakai pakaian seragam lengkap semasa istiadat menaikan bendera. b) Biasanya istiadat menaikkan bendera dibuat dakam bentuk ladam kuda. c) Semas perkhemahan, bendera dikibarkan dari pagi hingga matahari terbeman. Bila matahari terbenam bendera perlu diturunkan. Bermulanya hari baru, bendera akan dinaikkan semula. d) Jika semasa mesyuarat atau perjumpaan, Istiadat menaikkan bendera dilakukan semasa pembentukkan ladam kuoda iaitu aktiviti pertama perjumpaan, kemudian diturunkan semula setelah perjumpaan atau kursus. Cara Melipat Dan Menaikkan Bendera Selepas bendera ditarik dan berkibar, lagu dunia akan dinyanyikan. Pelbagai bentuk tiang bendera boleh digunakan iaitu besai atau kayu mengikut kesesuaian. Penjagaan Bendera a) Jangan dibiarkan bendera meleret ketanah sewaktu menurunkannya, ia hendaklah ditatang atau diselimpanhgkan ke bahu apabila ia sampai ke bawah. b) Selepas digunakan, bendera hendaklah dilipat dan disimpan dengan baik di temoat yang tertentu c) Bendera tidak seharusnya digunkan untuk mengalas meja atau menutup sesuatu. d) Bendara yang koyak dan bertukar warna adalah dianggap bendera yang uzur dan tidak sepatutnya dikibarkan. e) Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengumpulkan bendera yang uzur, lusuh dan rosak untuk dilupuskan dengan hormat.
Pelupusan Bendera Bendera yang telah pudar warna, koyak dan seumpamanya tidak boleh dikibarkan kerana dianggap sebagai bendara yang uzur. Pengibarannya menunjukkan rasa tidak hormat kepada bendera tersebut. Bendera yang sedemikian tidak boleh dibuang di dalam tong sampah sebaliknyaperlu dimusnahkan dengan cara yang sopan seperti dibakar secara tertutup dan bukan dilakukan di tempat-tempat awam. ISYARAT WISEL Isyarat wisel digunakan sebagai satu arahan. Semasa mengadakan perkhemahan, isyarat wisel akan digunakan bagi memberikan arahan-arahan tertentu tanpa perlu menjerit. Selain wisel, terdapat isyarat lain bagi memberi arahan seperti isyarat tangan. Isyarat wisel ini sesuai digunakan bagi pasukan yang memiliki ahli yang ramai. Berikut merupakan isyarat wisel yang digunakan bagi pasukan pandu puteri: 1) Satu Tiupan Pendek Jaga sedia 2) Satu Tiupan Panjang diam@ berhenti 3) Banyak Tiupan Pendek Selamat datang@lekas 4) Tiupan Pendek-Pendek Panjang bersedia@amaran 5) Tiupan Pendek-Pendek-Pendek Panjang Ketua kumpulan, dating sini 6) Tiupan Panjang-Panjang-Panjang Pergi dari sini
PERKHEMAHAN PANDU PUTERI
KONSEP PERKHEMAHAN Berkhemah ialah mendirikan khemah untuk tempat kediaman sementara bagi berteduh dan bermalam. Khemah diperbuat daripada kain tebal atau kain layar yang ditegakkan dengan tiang besi atau kayu dan tali. Pada zaman sekarang, kebanyakkan khemah diperbuat daripada nilon kerana ia ringan dan sesuai dengan suasana perkhemahan dan boleh dibawa ke sana ke mari. Ia tidak seperti kain tebal atau kain layer. Lord Baden Powell (1955) telah menyatakan bahawa berkhemah merupakan kegiatan yang sangat menyeronokkan kerana dalam perkhemahan ahli-ahli perkhemahan dapat hidup dalam suasana semula jadi seperti tinggal di tempat lapang, mendengar kicauan burung serta dikelilingi oleh pohon-pohon kayu yang mneyegarkan dan turut berpelunag untuk mendekati binatang dan haiwan hutan. TUJUAN PERKHEMAHAN • Melatih berdikari • Melatih bertanggungjawab. • Memberi peluang merancang dan melaksana apa yang dirancang. • Mencintai alam sekitar. • Melatih ciri-ciri kepimpinan. • Merapatkan lagi perhubungan. • Melatih untuk bersabar dan bersyukor. • Melihat kebesaraan Allah OBJEKTIF PERKHEMAHAN 1) MELATIH KADET untuk berdikari dan bersedia menghadapi keadaan serba kekurangan. 2) Melatih kadet menyelesaikan segala tugasan dengan penuh tanggungjawab. 3) Memberi pendedahkan tentang kehidupan di luar yang lebih mencabar. 4) Merapatkan hubungan silaturahim antara kadet. 5) Menanam sikap bekerjasama dalam kadet. 6) Memberi peluang kepada pelajardalam mempraktikkan segala kemahiran dan kecekapan yang ada pada mereka.
JENIS - JENIS KHEMAH Jenis dan ciri-ciri khemah gambar 1. Nylon bentuk A Khemah berbentuk A atau segi tiga Mempunyai 2 tiang Menggunakan galang untuk menghubungkan 2 tiang Sesuai digunakan di Kawasan tanah rendah atau pantai Memberikan kitaran udara yang baik di tempat yang panas 2. Ridge Tent Mempunyai tiang yang melintang sepanjang bumbung Diperbuat daripada nylon ringan supaya mudah dibawa dan dilipat Sesuai digunkan untuk aktiviti outdoor yang terdiri daripada ramai atau sedikit orang Kapasiti : bergantung kepada saiz 3. Dome Tent Berbentuk gelembung dan menggunkana material yang sesuai dan fleksibel Mudah dipasang Ringan dan mudah dibawa Sesuai digunkan untuk perkhemahan seperti di sekolah Kapasiti : 2 atau 3 orang
4. Frame Tent Memepunyai rangka yang besar dan dinding Biasanya digunakan untuk perkhemahan keluarga Rangka khemah akan dipasang terlebih dahulu sebelum kanvas Tidak sesuia digunkan untuk aktiviti outdoor Digunkan juga untuk kenduri kahwin Memuatkan lebih ramai orang 5. Bell Tent Mempunyai satu tiang tinggi di puncak khemah Selalu dijumpai di funfair Binaan khemah yang kukuh kerana disokong oleh tiang di tengah-tengah dengan tali yang tegang disekeliling Kini khemah ini sudah jarang digunakan dan diganti dengandome tent. 6. Hoop Tent Menggunakan 1 hingga 3 gegelung Dinding khemah berbentuk melengkung Isipadu khemah lebih luas dengan permukaan yang sama Binaan khemah kuat dan kukuh
PENGURUSAN DAN PENJAGAAN KHEMAH ❖ Jangan menggunakan lilin, mancis atau pembakaran terbuka berdekatan dengan khemah. ❖ Sentiasa melindungi pancang khemah dan memastikan pancang/tiang khemah berada dalam keadaan baik. ❖ Sentiasa bersihkan khemah anda setiap kali selepas trip atau setelah selesai menggunakannya, dan pastikan andan memeriksa setiap kotoran dan sampah sarap yang tertinggal. ❖ Jangan menyimpan makanan di dalam khemah untuk mengelakkan daripada binatang mencari dan merosakkan khemah anda dalam usaha mencari makanan tersebut. ❖ Letakkan juga pelincir pada zip untuk mengelakkan zip dari pada jem dan menyebabkan susah untuk dibuka. ❖ Letakkan sedikit pelincir untuk memudahkan memasuk dan mengeluarkan tiang/pancang. Perancangan dan persiapan Sebelum Pergi Berkhemah i. Mendapat kebenaran daripada pihak berkenaan seperti tuan tanah, pihak sekolah, dan sebagainya. ii. Sekurang-kurangnya seorang pemimpin atau orang dewasa turut serta dalam sesuatu perkhemahan. iii. Memaklumkan kepada pesuruhjaya daerah mengenai perkhemahan dengan cara mengisi borang permohonan kebenaran berkhemah. iv. Menghantar surat makluman kepada pihak polis mengenai perkhemahan tersebut. v. Memastikan kawasan perkhemahan tersebut selamat daripada binatang buas, jenayah, keadaan fizikal muka bumi, dan sebagainya. vi. Memastikan segala alatan perkhemahan mencukupi seperti pisau, parang, cangkul, bekalan makanan, dan lain-lain. vii. Memastikan setiap peserta perkhemahan mematuhi peraturan perkhemahan Semasa Berkhemah i. Semak semua chek list peralatan dan bahan makanan. ii. Jaga disiplin murid. iii. Lapor ke balai polis yang berhampiran dengan Kawasan perkhemahan.
iv. Beri taklimat kepada murid-murid dan guru (kawasan, peraturan, aktiviti, jaga malam). v. Menjalankan aktiviti yang dirancang. Selepas Berkhemah i. Mengemas kawasan perkhemahan ii. Mengemas dan membuat semakan senarai semak peralatan. iii. Membuat semakan bilangan semua murid dan guru. iv. Makluman keluar dari tapak perkhemahan kepada balai polis. v. Membuat laporan. vi. Post mortem. Pemilihan Kawasan perkhemahan Ciri-Ciri Tempat Perkhemahan i. Keselamatan peserta dan harta benda ✓ Keselamatan diri daripada bahaya-bahaya seperti kemungkinan tanah runtuh, serangan binatang buas, dan sebagainya haruslah diberi perhatian yang serius kerana ia melibatkan nyawa peserta. ii. Kemudahan Asas ✓ Tempat yang ingin dijadikan tapak perkhemahan seharusnya mempunyai kemudahan asas seperti bekalan air, jalan perhubungan, bahan api dan sebagainya. iii. Tempat menarik dan selesa ✓ Biasanya kawasan seperti ditepi pantai, sungai, dan tasik merupakan kawasan yang menarik dan menjadi pilihan utama untuk diadakan perkhemahan. iv. Kawasan persekitaran ✓ Kawasan yang sangat sesuai untuk berkhemah ialah kawasan yang berada dikawasan yang agak tinggi. ✓ Kawasan yang bertanah lembap dan berumput tebal pula tidak sesuai untuk berkhemah. ✓ bebas daripada serangga-serangga yang boleh mengganggu semasa berkhemah
TALI TEMALI PANDU PUTERI
PENGENALAN IKATAN & SIMPULAN Ikatan dan simpulan memainkan peranan penting dalam sesuatu kerja menyelamat. Penggunaan tali sebagai medium penyelamatan adalah satu perkara yang terbukti efektif. Pembelajaran tentang ikatan tidak tertumpu kepada proses penyelamat sahaja, tetapi pembelajaran ikatan di dalam dunia rekreasi banyak tertumpu kepada pelbagai bidang antaranya ialah di dalam Perkhemahan, Jungle Tracking, Survivor camp, dam lain-lain. JENIS-JENIS IKATAN DAN SIMPULAN Terdapat tujuh ikatan asas yang biasa digunapakai di dalam rekreasi dan proses menyelamat, antaranya ialah : a) Ikatan Buku Sila / Reef Knot b) Ikatan Bunga Geti / Common Bend c) Simpulan Tindih Kasih / Bowline d) Ikatan Simpul Manok / Clove Hitch e) Ikatan Pengail / Fisherman’s Knot f) Simpulan Angka 8 / Figure of 8 TEKNIK IKATAN DAN SIMPULAN SERTA FUNGSINYA 1. IKATAN BUKU SILA Ikatan Buku Sila digunakan untuk mengikat kain pembalut atau kain anduh, menyambung tali yang sama besar saiznya dan boleh digunakan untuk mematikan sebarang ikatan. Ikatan ini direka agar kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula. Fungsinya ialah: • Untuk menyambung 2 tali yang sama saiz. • Untuk Mengikat pembalut segi tiga semasa pertolongan cemas. Teknik 1. Letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain. 2. Masukkan hujung A dibawah B. 3. Kemudian, lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di bawah.
2. IKATAN BUNGA GETI Ikatan Bunga Geti digunakan bagi menyambungkan tali yang tidak sama besar saiznya. Contohnya bagi menyambungkan tali perahu dengan tali kapal. Fungsi • Menyambung 2 tali yang tidak sama saiz. • Mengikat tali kesuatu tanjul. Teknik 1. Mulakan simpul. 2. Kemudian masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk membentuk simpul. 3. Seterusnya tarik kedua-dua tali tersebut untuk membentuk simpul.
3. SIMPULAN TINDIH KASIH Simpulan Tindih Kasih digunakan untuk membuat gegelung tali yang tidak terjerut atau mengikat leher binatang supaya tidak terjerut. Jenis ikatan ini juga boleh digunakan dalam kerja-kerja menyelamat seperti menyelamatkan mangsa yang terjatuh ke dalam sungai. Fungsi • Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut. • Untuk menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu keliling badan mangsa. Teknik 1. Mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan. 2. Kemudian, masukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut. 3. Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan kembali ke dalam bulatan tersebut. 4. IKATAN SIMPUL MANOK (Clove Hitch) Ikatan Simpul Manok biasanya digunakan sebagai permulaan ikatan ketika mula mengikat pada kayu atau sebagainya. Fungsi • Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak. • Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki dengan selamat. • Juga digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya dan silang gunting.
Teknik 1. Mulakan simpul pada kayu. 2. Kemudian, buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi. 3. Tarik hujung tali. 5. IKATAN PENGAIL Fungsi • Digunakan untuk mengikat tali pada gelung besi, kayu dan pancang. • Ikatan ini kuat dan kukuh. • Sesuai digunakan untuk mendaki bukit, abseiling dan rappelling. Teknik 1. Buat 2 gulung tali. Kemudian masukkan hujung tali. 2. Lakukan 2 lingkaran tali. 3. Pada hujung tali itu boleh diikat.
6. SIMPULAN ANGKA 8 / FIGURE OF 8 Fungsi • Sebagai ikatan sementara dihujung tali agar tidak terburai jika tali itu pecah. • Untuk menahan tali tidak tercabut dari Blok Takal • Lebih berguna kerana mudah dibuka. 7. IKATAN SIMPUL MATI Ikatan Simpul Mati / Thumb Knot. Ikatan simpul mati dibentuk dengan membuat satu lingkaran dan kepala tali dimasukkan ke dalam lingkaran dan di tarik. Satu ikatan yang tidak mudah terurai sebab itu dipanggil simpul mati. Satu simpulan tali yang mudah yang biasa digunakan untuk sebagai ikatan di hujung. Fungsi • Digunakan untuk mematikan hujung tali supaya nampak kemas dan tidak terbuang. Teknik i. Letakkan tali kecil ii. Kemudian lilitkan dengan kemas supaya tali kecil tidak mudah terburai. Lilitan tali kecil boleh dibuat sebanyak 10-15 lilitan sebelum memasukkan hujung kedalam hujung kedua. iii. Seterusnya, tarik hujung tali kecil kebawah. iv. Setelah siap hujung tali kecil hendaklah dipotong supaya kelihatan kema
8. IKATAN BALAK Ia digunakan untuk mengikat kayu balak, tiang kapal, atau bungkusan yang besar supaya mudah ditarik. Permulaan kepada ikatan serong. (ikatan balak juga boleh digunakan dalam ikatan untuk membuat gajet selain ikatan manuk) Fungsi : • Untuk mengikat hujung tali ke tiang atau pokok dengan mudah. • Agar kayu itu tidak licin dan mudah digerak-gerakkan. • Untuk memulakan ikatan serong. Teknik : a) Gunakan tali dengan mengelilingi kayu. b) Tarik bahagian tali yang panjang supaya menjadi kemas.
GAJET PERKHEMAHAN
GAJET – GAJET PERKHEMAHAN Aktiviti membuat gajet semasa perkhemahan merupakan perkembangan kemahiran fizikal, mental dan kematangan ahli dalam perkhemahan. Gajet merupakan binaan yang dibuat menggunakan bahan-bahan sekitar perkhemahan dan dicantum/dikukuhkan menggunakan tali/pengikat bagi menggantikan perabot rumah di tapak perkhemahan. Peralatan/ gajet yang dibuat adalah untuk keselesaan sepanjang masa perkhemahan. kebiasanyanya hanya gajet-gajet yang diperlukan sahaja dihasilkan di peringkat awal semasa perkhemahan. Aktiviti membuat gajet merupakan pertandingan semasa perkhemahan di antara patrol. TUJUAN MEMBUAT GAJET • Meninggikan taraf penghidupan di kem seperti kebersihan, kemudahan dan keselesaan. • Perekaan membuat gajet disamakan dengan situasi di rumah. • Dalam membina gajet, hendaklah ia mempunyai fungsi. • Dalam membina gajet semangat kekitaan dalam kumpulan dapat diterapkan dan dipraktikkan. • Semangat pertandingan yang sihat. • Dapat melahirkan idea-idea yang baru. • “Feeling of sense of achievement”, serta kejayaan dalam menghasilkan gajet. • Meninggikan mutu perkhemahan. • Mengisi K.M.L./S.T.A. semasa perkhemahan dengan mengisi masa membuat gajetgajet yang berfaedah. BAHAN UNTUK MEMBUAT GAJET • Merujuk kepada situasi keadaan persekitaran perkhemahan. • Diperbuat dari bahan semulajadi. • Pergunakan dari semua bahagian pokok. JENIS / CARA MEMBUAT GAJET • Yang boleh dibeli. • Yang dibuat di rumah terlebih dahulu kemudian dibawa ke kem. • Yang dibuat di kem, tetapi bahan dibawa dari rumah. • Yang dibuat di kem, tetapi bahan dibawa dari luar kem. • Yang dibuat di kem dari bahan semulajadi yang boleh didapati di kawasan kem atau yang berhampiran.
JENIS-JENIS GAJET • Gajet kawasan pintu. • Gajet kawasan dapur dan yang berkaitan. • Gajet kawasan tempat basuhan. • Gajet kawasan tempat tinggal. • Gajet kawasan pengeringan. • Lain-lain gajet. GAJET KAWASAN PINTU • Gajet pintu terletak dibahagian hadapan sekali di sesuatu kawasan perkhemahan iaitu: o Bahagian pintu hadapan o Bahagian pagar o Bahagian pintu belakang • Variasi-Variasi pintu hadapan o Tulis nama patrol/sekawan dengan bahan-bahan semulajadi o Bahagian pintu yang boleh tertutup sendiri (self closing type). o Pintu gerbang bukan gadjet tetapi projek perintis. • Bahagian Pagar o Menandakan kawasan sempadan, suasana perkhemahan yang teratur dan kemas dan adanya kawalan keselamatan. o Berjenis pagar boleh dibuat. Teknik menggunakan pokok-pokok kecil, pokok menjalar dan menggunakan batang kayu. Gajet-Gajet Pintu Gerbang
Gajet-Gajet Papan Nama Sekawan/ Patrol Gajet-Gajet Pagar Kawasan GAJET-GAJET KAWASAN DAPUR • Buat dari bahan semulajadi • Selain membuat gajet-gajet dapur buat juga gejet sampingan di dapur seperti: o Rak pinggan mangkuk o Rak alatan tajam seperti pisau, parang dan kapak. o Meja makan o Penyangkut cawan / gelas. o Rak menyimpan kayu api / tong gas. o Gajet gerobok (camp larder). o Gajet lubang basah dan kering.
Gajet Peralatan Makanan Gajet Peralatan Dapur/Memasak Gajet Alatan Memasak Gajet Sudu Dan Garfu GAJET KAWASAN TEMPAT MEMBASUH • Gajet tempat meletak besen air. • Gajet tempat menyimpan alat pergigian. • Gajet tempat menyimpan sabun. • Gajet mengantung tuala mandi. • Gajet kawasan tempat basuhan. Gajet Besen Mencuci Tangan Gajet Meyimpan Peralatan Mandian
GAJET KAWASAN TEMPAT TINGGAL • Semua gajet yang dibuat hendaklah diatur / susun dengan baik, disamping menjaga kebersihan dan kekemasan diri di kawasan perkhemahan. • Gajet-gajet yang biasa dibuat di kawasan tempat perkhemahan seperti tempat kasut, penyangkut baju, meja tulis, kerusi, gadjet katil, papan kenyataan, buaian, penyangkut lampu, penyapu, tempat letak beg, tempat ampaian, tiang bendera dan lain-lain. Gajet Rak Kasut Gajet Rak Beg Gajet Tong Sampah Gajet Meja Makan GAJET TEMPAT MENJEMUR KAIN • Ampaian yang kekal tidak boleh digerak dibina dikawasan tempat membasuh.
GAJET-GAJET LAIN • Buatlah gajet lain yang mustahak seperti: o Tiang bendera o Menara memerhati o Gendang / Kantung kem o Gejet pembawa barang (Indian Travois) o Gejet pondok lalang (tempat berteduh) Gajet Tiang Bendera PENEMPATAN GEJET DALAM KAWASAN PERKHEMAHAN • Tidak jauh dari tempat memasak hendaklah disediakan dua lubang iaitu lubang basah dan kering. • Berhampiran dapur dirikan meja dan bangku makan, gejet alatan tajam seperti kapak, gergaji dan parang, gejet gerobok makan, tempat meletak kayu api / tong gas. • Berhampiran pintu masuk dirikan gejet Papan Kenyataan, tempat letak buku dan tempat letak tongkat. PRINSIP MEMBUAT GAJET Gajet yang dihasilkan dengan baik dapat dijadikan contoh dan panduan oleh semua pengakap. • Jangan gunakan kayu atau dahan yang buruk kerana kemungkinan patah atau roboh. • Gunakan ikatan yang betul. • Ikatan pada gadjet hendaklah betul.
• Gunakan bahan semulajadi. • Gejet yang dibuat boleh digunakan dan bukan untuk pameran. • Gejet mesti kukuh, dapat digunakan sepanjang masa perkhemahan. • Gejet yang baik ringkas tetapi praktikal. • Mulakan dengan membuat gejet yang ringkas dahulu. • Fikirkan ciri-ciri keselesaan dan keselamatan gadjet. • Gejet direka, dibuat dan diletakkan ditempat yang sesuai. • Buat gejet ciptaan atau rekaan sendiri. PEMBINAAN GAJET Semasa perkhemahan, gajet dibina bagi menggantikan perabut dan peralatan yang terdapat di rumah. Gajet-gajet yang dibuat seharusnya dapat digunakan sepanjang masa perkhemahan. Gajet boleh dibuat daripada bahan-bahan yang diperoleh disekitar kawasan perkhemahan. Sesetengah kawasan perkhemahan seperti di kawasan pantai dan kem tertentu, kemudahan bahan untuk membuat gajet terbatas. Jika keadaan ini berlaku, hanya gajet yang penting dan sangat perlu sahaja dibuat. Secara amnya bahan-bahan yang perlu dan boleh dibuat gajet ialah: 1. Buluh (sama ada yang dibelah atau tanpa dibelah) 2. Batang / dahan kayu yang kecil (diameter di antara 10 cm hingga 18 cm) 3. Ranting kayu 4. Batang pokok yang kecil dan lurus (diameter di antara 12 cm hingga 22 cm) 5. Daun pokok 6. Batu bata 7. Tin kosong 8. Tali (rami, manila dan rafia), rotan, dawai dan akar yang boleh digunakan untuk mengikat. Batang buluh dan ranting kayu boleh digunakan untuk membuat gajet
Bilangan gajet yang dibuat seharusnya mencukupi dengan kadar bilangan peserta. Penyusunan gajet mestilah bersesuaian dengan jenis gajet dan kegunaannya. SIMPULAN DAN IKATAN DALAM MEMBUAT GAJET Simpulan dan ikatan perlu diketahui dalam proses membuat gejet, perlu dipelajari lebih dahulu supaya gejetnya kekal. Simpulannya perlulah ketat dan kuat. • Ikatan Seraya (Square lashing) – mengikat tiang gadjet kerana memberi sokongan yang kuat pada tiang yang telahg diikat. • Ikatan Serong (Diagonal lashing) – mengikat tiang dan juga sebagai penyambung gejet yang berbentuk serong. • Ikatan Silang Gunting – mengikat dua batang kayu bersama, biasanya diikat pada pintu pagar. • Ikatan ‘Figure of eight lashing’ – mengikat tiga batang kayu bersama, sesuai untuk pembinaan gadjet berbentuk tiga segi. • Ikatan Ular (Snake lashing) – mengikat cara menganyamnya, batang-batang kayu yang kecil diikat kepada batang yang lebih besar. • Simpul Balak (Timber Hitch) – memulakan ikatan serong. • Simpul manuk – memulakan ikatan silang gunting dan ikatan seraya. • Ikatan Pemukat – ikatan gadjet yang memerlukan pengantungan. Ikatan ini digunakan untuk membuat sesuatu loop pada tali. • Whipping – mengemaskan tali yang berlebihan
PERTOLONGAN CEMAS
PENGENALAN PERTOLONGAN CEMAS Bantuan permulaan atau rawatan pertama yang diberikan kepada seseorang yang tercedera dalam sebarang kemalangan atau mengalami kecemasan atau sakit secara mengejut sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan TUJUAN UTAMA 1. Menyelamatkan Nyawa • Sekiranya terhenti denyutan jantung dan pernafasan, berikan bantuan pemulihan pernafasan dan jantung • Setiap saat adalah penting. • Berhentikan pendarahan. • Pulihkan renjatan. 2. Mengelakkan keadaan mangsa daripada bertambah buruk • Menguranggkan pergerakan. • Buat apa yang anda tahu sahaja. • Melindungi pesakit dengan bantuan persekitaran alam semula jadi. • Jangan memberi sebarang makanan atau minuman melalui mulut. • Basahkan bibir sahaja sekiranya perlu 3. Memberi kelegaan dan keselesaan • Memberi semangat yang kuat kepada pesakit yang masih sedar • Jangan tinggalkan pesakit bersendirian • Pastikan keadaan pesakit: Periksa nadi dan pernafasan PRINSIP PERTOLONGAN CEMAS ➢ Menyelamatkan nyawa ➢ Memberi pertolongan semasa mangsa tercedera ➢ Melindungi dan mengurangkan kecemasan ➢ Menyediakan ubatan, alat-alat untuk melindungi orang cedera ➢ Menghadkan kesan-kesan kecederaan ➢ Menggalakkan pemulihan
ANDUH DAN BALUTAN Rajah Bentuk Kain Anduh KEGUNAAN KAIN ANDUH 1) Mengampu bahagian yang cedera atau pata 2) Menghenti atau menahan pendaraha 3) Menetapkan bahagian yang cedera 4) Dapat digunakan sebagai pengipa 5) Menutup tempat yang luka atau ceder 6) Sebagai pengelap atau karung tuaman sejuk Terdapat 3 Jenis Anduh 1) anduh besar /anduh lengan 2) anduh leher dan lengan 3) anduh segi tiga
JENIS BALUTAN ANDUH 1) Pembalut Cincin ❖ Balutan ini digunakan apabila cedera tekena atau tertusuk objek tajam. ❖ Diperbuat daripada pembalut tirus. ❖ Digunakan untuk menutup luka. 2) Anduh Besar/ Anduh Lengan ❖ Bucu kain atas anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang cedera. ❖ Kemudian ikatan buku sila diikatkan pada atas bahu. ❖ Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam supaya nampak lebih kemas. ❖ Fungsi • mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera. • mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas. Cara Membalut Anduh Besar
3) Anduh Kecil/ Anduh Pergelangan Tanga ❖ Letakkan tapak tangan yang tercedera di atas kain anduh, ❖ kemudian tarik dan letakkan bucu atas kain anduh di atas tangan ❖ Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah. ❖ Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan Cara Membalut Anduh Kecil CARA MEMBUAT ANDUH 1) ANDUH LENGAN • Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang tercedera. • Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu.
• Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat kebahagian dalam untuk lebih kemas. 2) ANDUH PERGELANGAN TANGAN • Letakkan tapak kaki / tangan yang tercedera di atas kain anduh, kemudian tarik dan letakkan bucu atas kain anduh di atas kaki/tangan. • Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah. • Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan seperti yang ditunjukkan di gambarajah di bawah. • Ikatan buku sila diikat pada belakang tumit jika terdapat kecerderaan pada bahagian kaki yang mesti di balut.
3) BALUTAN LUKA DADA HADAPAN 4) BALUTAN LUKA DADA BELAKANG 5) BALUTAN LUKA BAHU
6) BALUTAN LUKA SIKU 7) BALUTAN LUKA PEHA
8) BALUTAN LUKA LUTUT Bagi balutan anduh lutut • Lipat sedikit kain anduh dan letakan diatas lutut yang tercedera. • Tarik kedua-dua hujung kain anduh melintasi bawah lutut kemudian ikatkan buku sila pada atas bahagian lutut. • Tutup ikatan tersebut dengan bucu atas kain anduh untuk lebih kemas
9) BALUTAN LUKA KEPALA • Lipatkan sedikit kain dan letakan pada atas dahi mangsa dan biarkan bucu ataskain anduh berada dibelakang kepala • Pegang kedua-dua kain dan silang ke belakang kepala kemudian dibawa ke dahi dan diikat buku sil • Lipat kain lebihan untuk lebih kemas 10) SEMUA BALUTAN MENGGUNAKAN IKATAN BUKU SILA
MERAWAT LUKA DAN GIGITAN Kecederaan yang berlaku pada tisu-tisu, samaada ianya mengeluarkan darah atau tidak yang boleh menyebabkan berlakunya jangkitan kuma. Terdapat beberapa jens luka iaitu: i. Luka terhiris (incised wound • Luka yang disebabkan oleh benda-benda atau senjata bermata tajam. • Keadaan lukanya adalah berkeadaan bersih atau satu garisan. Contohnya luka disebabkan oleh hirisan pisau, pedang, semilu buluh, pisau cukur dan sebagainya ii. Luka terkoyak (lacerated wound) • Luka yang berkeadaan terkoyak yang kebiasaannya disebabkan olehsenjataatau alat-alat yang tidak tajam. Contohnya kemalangan jalanraya, cakaran ataugigitan binatang atau sebagainya iii. Luka lebam (contusion) • Luka yang mencederakan tisu-tisu dalam yang mana darah yang keluarberkumpul dalam tisu. • Luka jenis ini biasanya disebabkan oleh benda-benda berat yang tidak bermatatajam. Contohnya kena ketukan penukul, kenatumbukan, terhimpit kepadabenda-benda yang berat. iv. Luka tembus (punctured wound) • Luka atau kecederaan yang disebabkan oleh objek atau senjatayang hujungnyatajam. • Luka ini berkeadaan kecil sahaja lukanya tetapi biasanya dalamdanmengeluarkan darah yang banyak. Contohnya tusukanpisau, jarum, paku, duridan sebagainyav. v. Luka tembakan (gun shot wound) • Luka yang disebabkan oleh senjata api. • Luka di bahagian kena tembakan adalah lebih kecilberbanding luka di manapeluru itu keluar.
TANDA DAN GEJALA LUKA • Mangsa mengadu sakit pada tempat yang cedera. • Pucat. • Pening kepala. • Meloya dan kemungkinan muntah. • Gelisah dan berpeluh dengan banyak. • Gerak nadi cepat dan tidak kuat isipadunya. • Sesak nafas dan pernafasan cepat dan pendek-pendek. • Kulit badan berpeluh dan sejuk. • Hilang kekuatan atau keupayaan. • Berlaku renjatan dan pengsan . RAWATAN AM LUKA • Bawa mangsa atau pesakit ke tempat yang selamatdan edaran udara yang sempurna. • Tenangkan mangsa sekiranya ia masih sedar. • Pastikan tahap kesedaran mangsa, sama ada ia sedaratau sebaliknya. Pastikansaluran pernafasan mangsaberada dalam keadaan yang baik. Beri bantuan CPR jika diperlukan. • Longgarkan pakaian si mangsa terutama di bahagianleher dan pinggang • Hentikan pendarahan sekiranya terdapat luka yang mengeluarkan darah yang banyak. GIGITAN 1. Digigit Hama Rumput • Hama-Hama ini adalah didapati pada rumput panjang, lalang dan belukar. • Gigitannya menyebabkan gatal dan bintat. Cara Merawat: • Cuci tempat yang digigit bersih-bersih dengan air dan sabun • Tukar dan cuci pakaian, basuh dengan anti-septik • Jangan menggaru kerana ini menambahkan gatal dan menyebabkan bengkak. • Bagi melegakan rasa gagal sapulah dengan ammonia atau soda yang tidak terlalu keras atau minyak anti-histamine.
2. Digigit Lintah Dan Pacat • Jangan cuba menarik lepas binatang-binatang ini kerana sebahagian dari sengatnyaakan tertinggal pada kulit. • Gigitan lintah atau pacat boleh menyebabkan darah keluar dengan banyak danberterusan kerana lintah memuntahkan sejenis enzim yang menyebabkanpembekuan darah lambat. Cara Merawat: • Cucuh belakang binatang itu dengan api atau gosokkan garam untuk melonggarkan gigitan dan menggugurkannya. • Bersihkan sekeliling tempat yang digigit itu dengan methylated spirit. • Legakan gatal-gatal dengan campuran soda atau ammonia yang tidak terlalu keras ataupun dengan minyak anti-histamine. • Tutup dan balut dengan pembalut kering. 3. Dipatuk Ular • Gigitan ular boleh menyebabkan terkejut yang amat sangat, bengkak padatempatyang digigit dan bisa. Cara merawat: • Jika anggota digigit, tahan perjalanan darah dengan mengikat dengan kuat akan bahagian sebelah tempat yang digigit yang pengaliran darah ke jantung. Jangan ikat sehingga pengaliran darah dalam urat nadi terhenti. Anda haruslah dapat merasa nadi pada pergelangan tangan atau kaki. • Cuci luka itu dengan air yang dicampur dengan potassium permanganate untuk menawarkan racun yang ada pada luka. • Juntaikan anggota yang tergigit itu dan biarkan darah keluar dengan memotong kedalam akan daging yang digigit dengan pisau yang tajam dan telah dibakar terlebih dahulu • Longgarkan ikata • ‘tourniquet’ selama ½ minit dan tiap-tiap ½ jam. • Biarkan orang yang digigit ular itu bertenang dengan cukup. • Beri minuman panas, badan sentiasa dalam keadaan panas. • Jika ia tidak bernafas, bantu pernafasan dan buat pertolongan dalam pernafasa • Hantar ke rumah sakit yang terdekat • Anti-Venin, ubat menawarkan bisa racun gigitan ular dan hanya boleh diberikan oleh mereka yang terlatih sahaja untuk membuat suntikan.
PERMAINAN PANDU PUTERI
PERMAIANAN PANDU PUTERI PERMAINAN LUAS Ia merupakan permainan yang memerlukan kawasan yang luas untuk dikendalikan. Tempat yang sesuai ialah di kawasan pinggir hutan, padang yang luas, bandar dan juga di luar bandar. Permainan ini amat sesuai untuk menguji kecekapan ahli semasa aktivti berkhemah. Pada kebiasaannya permainan ini dimainkan selama lebihkurang satu atau dua jam Ianya bergantung kepada kawasan dan juga kecekapan pemimpin menyediakan aktiviti dan tugasan permainan. Tetapi sekiranya kawasan anda tidak terlalu banyak ruang, pemimpin bolehlah menjalankan permainan ini di sekitar bangunan tempat aktiviti di jalankan. Permainan ini diadakan adalah bertujuan untuk menerap nilai kerjasama, kepimpinan, kepanduan dan juga kerjasama berpasukan. Di antara kemahiran yang boleh diuji melalui permainan ini ialah kecekapan ahli memikirkan cara terbaik untuk menyelesaikan masalah atau tugasan, mengendap, kerjasama dalam pasukan, toleransi, nilai-nilai murni, kesabaran, simpulan dan ikatan, tanda-tanda mengesan dan lain-lain aktiviti kemahiran kepanduan. Sebelum aktiviti dijalankan pemimpin perlu merancang apakah kemahiran yang hendak diuji dan juga sasaran masa permainan. Tugasan di setiap stesen perlu dipelbagaikan supaya ianya memenuhi objektif. Pemimpin perlu melantik beberapa pembantu bagi setiap stesen supaya mereka boleh memerhati dan memberi komen terhadap reaksi kumpulan dalam menyelesaikan tugasan. Bilangan stesen tidak tetap dan ianya bergantung kepada jangka masa aktiviti dan juga keluasan kawasan permainan. Kumpulan boleh dilepaskan secara serentak atau berurutan. Pemimpin boleh memberi satu aktivti ringkas di garis permulaan, mana-mana kumpulan yang dapat menyelesaikan tugasan boleh meneruskan permainan. Contoh Aktiviti Aktiviti 1: Bekalan : alat tulis, buku catatan ,buah dadu ,duit RM3.00 ( sekiranya aktiviti diadakan berdekatan dengan kawasan bandar atau pekan) Stesen 1 ✓ Kutip lima jenis benda hidup dan lima benda buangan. ✓ Nyatakan kegunaan benda hidup tersebut dan jelaskan bagaimana alam sekitar di kawasan anda terancam dari aktiviti manusia.
✓ Setelah mendapat maklumat di atas anda dan sekumpulan rakan anda terpijak bom dan semua ahli menjadi buta kecuali seorang yang paling muda di antara anda. ✓ Guna skaf dan tutup mata untuk sampai ke stesen berikutny. ✓ Ketua perlu memerhati tanda mengesan sepanjang perjalanan untuk sampai ke stesen berikutnya. Stesen 2 ✓ Anda dan sekumpulan rakan anda terserempak seorang kanak-kanak yang menangis berumur 6 tahun, bajunya koyak dan badannya lebam ✓ Nyatakkan lima faktor yang boleh menyebabkan perkara ini berlaku. ✓ Catatkan apakah tindakan kumpulan anda. Teruskan perjalanan ke stesen tiga di kaki bukit Stesen ✓ Semasa berjalan tadi salah seorang dari rakan anda tercedera dan tidak boleh berjalan. ✓ Tunjukkan kepada pembantu di stesen cara untuk merawat kaki terseliuh dan setelah siap membuat balutan bergerak ke stesen yang berikutnya. Stesen ✓ Teruskan perjalanan anda dan dapatkan maklumat – maklumat berikut: ✓ Nama lima buah kedai makan dan kedai buku di pekan Tenom. ✓ Lukis lima tanda jalan (road sign) yang anda temui sepanjang perjalan. ✓ Lukis peta arah jalan menuju ke Hospital Tenom dan Stesen Kereta Api Tenom. ✓ Balik semula ke pengkalan PERMAINAN KIM Permainan ini merupakan satu aktiviti yang menguji dan meningkatkan kemahiran daya ingatan ahli. Ahli perlu diberi peluang memerhati benda yang dipamerkan selama dua minit sebelum ditutup dengan sehelai kain. Sekiranya ahli berjaya mengenalpasti sekurangkurangnya 25 dari 30 benda yang dipamerkan maka ia telah berjaya dalam permainan ini.
LAGU PANDU PUTERI
LIRIK LAGU DUNIA VERSI BAHASA MELAYU Arah kita jelas ke depan bendera berkibar tidak berlipat di dunia harapan abadi bersatu untuk kebenaran persahabatan kukuh selagi dunia masih ada akan nyanyi lagu ini LAGU PANDU PUTERI WORLD SONG ENGLISH VERSION our way is clear as we march on and see our flag on high is never furled throughout the world for hope shall never die we must unite for what is right in friendship true and strong until the earth in its rebirth shall sing our song shall sing our song
LAGU TAPS (BAHASA MELAYU DAN INGGERERIS) TAPS SIANG (BAHASA MELAYU) kami puji nikmat diberi matahari, bintang-bintang, langit biru mana pergi hidup kami tuhan saksi TAPS DAY (BAHASA INGGERIS) Thanks and prise for the day neath the sun neath the stars neath the sky as we go this we know god is nigh
TAPS PETANG/MALAM (BAHASA MELAYU) malam datang siang hilang dari laut, dari gunung dari langit semua selamat sihat rehat berkat tuhan TAPS EVENING (BAHASA INGGERIS) day is done gone the sun from the sea from the hills from the sky all is well safely rest god is nigh LAGU PANDU PUTERI TUNAS Puteri Tunas bertujuan Menolong dan berkawan
LAGU KUMPULAN Siantan datang berkawan Berani macam pahlawan Melur taat dan setia Berusaha setiap masa Kami bersama Kenanga Berjasa bertenaga Cempaka bersuka ria Menolong orang duka Bunga Teratai nama kami Bekerja setiap harI Kami Kesidang datang Menolong pagi petang Lagu Ahli Baharu Ahli baharu suka hati Menjadi Puteri Tunas Lagu Loceng Pandu Puteri Tunas Oh Tuhanku seruan hambamu Beri kami nikmat sepanjang hayat Selamat tinggal / Mala (3x)
SENI DAN KEBUDAYAAN
SENI DAN KEBUDAYAAN Malam kebudayaan sering diadakan sempena aktiviti perkhemahan dan merupakan acara kemuncak dalam perkhemahan. Aktiviti Malam Kebudayaan dapat menyemai sikap kerjasama dalam jiwa ahli, mencungkil bakat dan kemahiran ahli dalam seni, menyemaikan sikap yakin diri serta untuk tujuan bergembira dan melapangkan fikiran. TUJUAN 1. Aktiviti malam kebudayaan dapat menghilangkan rasa bosan dan kepenatan semasa berkhemah. 2. Mempereratkan hubungan silaturahim atau persahabatan di kalangan ahli Pandu Puteri. 3. Satu latihan berinteraksi dan menghilangkan perasaan rendah diri, malu dan sikap negative di kalangan ahli. 4. Dapat membina keyakinan diri dengan memperagakan kebolehan. 5. Bagi mengurangkan rasa ketegangan emosi. PERSEDIAAN SEBELUM • Memastikan bekalan cahaya mencukupi. Seperti kayu api bagi tempat tiada bekalan letrik. Lampu gasoline yang sempurna. • Mengatur majlis seperti pembukaan serta buku program. • Jemputan tetamu kehormat. • Tempat duduk bagi dif dan peserta. • Persediaan awal acara bagi peserta yang akan mengambil bahagian. (makluman awal dan syarat tertentu). • Memilih juru acara malam kebudayaan yang memiliki kriteria; suara yanf baik, banyak idea, boleh menyanyi, berlakon, beraksi, pandai berkecindan kreatif untuk mengelak kebosanan peserta. • Alat pembesar suara PERSIAPAN TEMPAT ➢ Menentukan tempat untuk diadakan malam kebudayaan. Pastikan tempat itu sesuai dan tidak menganggu orang ramai dan masyarakat sekeliling/setempat. ➢ Jauh daripada tempat binatang atau serangga berbisa, pokok yang mudah tumbang atau patah (kawasan yang selamat). ➢ Mempunyai kawasan lapang yang boleh dibuat dalam bentuk bulatan. ➢ Kalua dalam bangunan ada kawasan lapang atau stage yang boleh digunakan.