The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by matkialtis, 2021-09-17 02:28:06

SEJARAH ISLAM 2015 - 2017

BAHAN TUDINGAN

TEMA 1

1. Bincangkan struktur masyarakat Arab Jahiliah.

Jahiliah berasal daripada perkataan jahala yang bermaksud bodoh dan bebal.
Ungkapan perkataan ini dikaitkan dengan masyarakat yang muncul di Tanah Arab
antara tahun 300 Masihi hingga 610 Masihi yang mempunyai akidah yang sesat
serta akhlak yang amat buruk. Sejarawan Islam mencatatkan terdapat empat ciri
umum masyarakat pada tempoh masa tersebut iaitu masyarakat yang tidak
mempunyai nabi dan rasul serta kitab suci sebagai panduan, berakhlak buruk, tidak
berperadaban ( bertamadun ) dan majoritinya buta huruf.

Masyarakat Arab pada zaman ini terbahagi kepada dua kelompok besar iaitu
masyarakat Arab Badwi dan Arab Hadhari. Golongan Arab Badwi tinggal di
kawasan pedalaman berhampiran dengan sumber air ( oasis / wadi). Mereka
mengamalkan kehidupan bercorak nomad, dan hal ini berbeza dengan masyarakat
Arab Hadhari yang tinggal secara menetap di bandar – bandar besar seperti
Makkah, Yathrib, Yaman, dan lain – lain.

Apa yang pasti kedua – dua masyarakat ini mengamalkan kehidupan bercorak
kabilah. Anggota – anggota dalam sesebuah kabilah mempunyai pertalian darah
antara satu sama lain. Seandainya ada individu lain berhasrat mengganggotai
kabilah lain, individu itu perlu bersumpah di hadapan patung berhala.

Setiap kabilah akan memegang suatu fahaman yang dinamakan assabiyah bagi
menjamin kekuatan dan keutuhan kabilah tersebut serta kesetiaan yang tidak
berbelah bagi anggota dalam sesuatu kabilah. Fahaman assabiyah yang berperanan
menghidupkan aktiviti sosioekonomi dan politik sesebuah kabilah. Fahaman inilah
sering mencetuskan keadaan huru – hara; tanpa mengira benar atau salah setiap
individu dalam sesuatu kabilah akan mempertahankan kabilahnya. Keadaan
bertambah buruk apabila peperangan yang dilancarkan adalah semata – mata
untuk menunjukkan kemegahan serta kekuatan kabilah tersebut serta menjadikan
tawanan – tawanan perang sebagai hamba abdi yang bebas diperlakukan.

Setiap kabilah akan diketuai oleh pemimpin yang bergelar Syeikh Kabilah yang
mempunyai kuasa mutlak. Walaupun dinasihati oleh Majlis Kabilah, kuasa tetap di
tangan Syeikh Kabilah. Ahli – ahli kabilah wajib mencurahkan kesetiaan sepenuhnya
kepada kabilah masing – masing.

Dalam masyarakat ini wujud juga jurang yang luas antara golongan bangsawan dan
golongan bawahan khasnya hamba; susun lapis atau organisasi sosial yang wujud
rigid sekali. Bagi golongan wanita, ia langsung tidak mendapat tempat sama ada
dalam keluarga apatah lagi dalam kabilah; kehadiran bayi – bayi perempuan
dianggap akan menjatuhkan maruah keluarga; timbullah amalan membunuh bayi
– bayi perempuan. Pendek kata wanita zaman tersebut hanyalah objek yang
dijadikan tempat memuaskan hawa nafsu.

Berhubung dengan nilai mulia dan hina, ukurannya dinilai daripada daripada harta,
kemahiran, dan ilmu yang dimiliki serta keturunan yang diwarisi. Individu yang kaya
seperti pedagang, ahli – ahli sihir, pahlawan akan disanjung dan dipandang mulia
oleh masyarakat sedangkan golongan miskin, hamba abdi dipandang hina oleh
kelompok masyarakat Arab zaman jahiliah.

Struktur masyarakat Arab sebelum Islam jelas mencerminkan berlakunya
perpecahan dan diskriminasi dalam masyarakat, namun senario tersebut mula
berubah apabila Nabi Muhammad s.a.w. telah membawa nur ( Islam ) yang
mengubah peradaban masyarakat Arab yang mementingkan keadilan dan
persaudaraan, persamaan sekaligus merealisasikan konsep ummah.

2. Bincangkan usaha – usaha Nabi Muhammad SAW bagi menyatukan
masyarakat berbilang bangsa di Madinah

Penghijrahan Nabi Muhammad SAW bukan sahaja telah membawa kepada
pembentukan negara Islam, malah yang lebih penting telah membentuk sebuah
masyarakat baharu yang dikenali sebagai ummah. Perkataan ini merujuk kepada
warga Madinah yang berada di bawah kepemimpinan Baginda SAW yang terdiri
daripada orang – orang Islam dan bukan Islam khususnya bangsa Yahudi yang
sebelum ini menguasai urusan politik, ekonomi, dan social Madinah.

Antara tindakan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW bagi menyatukan
masyarakat di Madinah ialah dengan mempersaudarakan orang – orang Islam,
golongan Muhajirin yang berhirah dalam keadaan sehelai sepinggang telah
dipersaudarakan dengan golongan Ansar yang sanggup mengorbankan apa sahaja
demi kepentingan saudara seagama itu. Malah orang – orang Ansar sendiri turut
dipersaudarakan sesama mereka bagi menghentikan perbalahan yang sering
berlaku sehingga mencetuskan dendam dan hutang darah dalam kalangan Aus dan
Khazraj.

Baginda SAW juga bertindak menghapuskan semangat assabiyah yang begitu
sebati dengan kehidupan masyarakat sebelum Islam, penghapusan semangat
assabiyah dalam kalangan orang Islam dihapuskan melalui konsep persaudaraan
dan penerapan iman. Implikasi dari penghapusan semangat assabiyah ini juga telah
membawa kepada penerimaan warga Madinah Nabi Muhammad kini merupakan
pemimpin tertinggi Madinah khususnya dalam kalangan Aus dan Khazraj serta
Yahudi yang selama ini tidak boleh menerima orang luar sebagai pemimpin mereka.

Penyatuan dalam kalangan warga Madinah diperkukuhkan lagi dengan
penggubalan Perlembagaan Madinah yang menjadi sumber perundangan teringgi
negara. Piagam ini memperuntukkan hak dan tanggungjawab warga Madinah,
umpamanya orang Islam diwajibkan hidup saling bekerjasama sekaligus
merealisasikan konsep persaudaraan, orang bukan Islam pula diberikan kebebasan
bersuara dan mengamalkan agama serta adat istiadat masing – masing, dan yang
paling pentimg bagi memastikan kesetiaan tidak berbelah bahagi terhadap negara

dan mewujudkan kerjasama ialah peruntukan kewajipan mempertahankan negara
adalah tanggungjawab warga Madinah tanpa mengira agama atau bangsa serta
keturunan.

Seterusnya bagi memastikan kerjasama antara masyarakat di Madinah, Nabi
Muhammad SAW telah melaksanakan prinsip dan amalan syura dalam
pemerintahan. Tujuan Baginda SAW memperkenalkan prinsip ini dalam
pemerintahan ialah bagi membolehkan semua warga Madinah terlibat dalam
pemerintahan sekaligus menolak persepsi Nabi Muhammad bersikap berat sebelah
dan mendiskriminasikan orang – orang bukan Islam. Keterbukaan Nabi Muhammad
menggambarkan Baginda SAW bukanlah pemerintah yang mengamalkan
pemerintahan bersifat autokratik atau berkuasa mutlak

Pengenalan sistem ekonomi Islam juga merupakan tindakan yang dilakukan oleh
Baginda. Melalui pelaksanaan sistem ini, segala bentuk atau amalan penindasan
dihapuskan, malah ianya juga dapat menghapuskan monopoli atau eksploitasi
kaum Yahudi dalam kegiatan ekonomi. Kewujudan sistem ekonomi yang adil ini
membolehkan agihan kekayaan dilakukan secara sama rata, bagi orang Islam,
diwajibkan membayar zakat dan digalakkan bersedekah

Kesimpulannya kepempinan semulajadi yang ada pada diri Baginda SAW
merupakan faktor utama kejayaan membentuk sebuah masyarakat yang saling
bekerjasama, penyumbang kepada pembentukan negara Madinah yang stabil
sekaligus menjadi asas kepada pembangunan ekonomi dan kesejahteraan ummah.

3. Penggubalan Piagam Madinah dapat menyelesaikan pelbagai masalah
warga Madinah. Bincangkan.

Penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah bukan sahaja telah membawa
kepada lembaran baharu dalam sejarah perjuangan umat Islam, malah ianya telah
membawa kepada penubuhan negara Islam pertama. Bagi melengkapkan negara
tersebut, Perlembagaan Madinah telah digubal berasaskan sumber wahyu yang
menetapkan tanggungjawab terhadap setiap warga Madinah

Penggubalan Perlembagaan Madinah ini telah menyelesaikan masalah
kepemimpinan di Madinah yang menanti kepemimpinan yang berwibawa.
Pengsiytiharan Nabi Muhammad SAW sebagai ketua negara telah diterima oleh
warga Madinah termasuk kaum Yahudi yang amat berharap memperoleh jawatan
tersebut. Sebagai pemimpin tertinggi negara, Nabi Muhammad SAW telah
mewujudkan keadilan dengan memperkenalkan prinsip dan amalan syura sekaligus
menolak tanggapan Baginda mengamalkan pemerintahan bersifat autokratik.
Prinsip dan amalan syura ini memberi peluang dan ruang kepada setiap warga
Madinah mengemukakan pandangan, dan bukti keterbukaan lagi ialah pengekalan
jawatan – jawatan ketua - ketua kabilah.

Peruntukan kewajipan hidup saling berkerjasama dan tolong menolong antara
umat Islam bukan sahaja telah menyesaikan masalah golongan Muhajirin yang
berhijrah dalam keadaan sehelai sepinggang malah juga menamatkan permusuhan
dan perbalahan antara kaum Aus dan Khazraj yang sering dilagakan oleh puak
Yahudi. Peruntukan ini menggambarkan fahaman assabiyah dapat dihapuskan, dan
digantikan dengan roh atau semangat persaudaraan Islam. Bagi mengukuhkan
persaudaraan dan kekuatan umat Islam, Baginda SAW turut menerapkan iman dan
memperkenalkan konsep akhlak Islam yang berteraskan amal makruf nahi mungkar

Piagam Madinah juga dapat meleraikan permasalahan orang – orang bukan Islam
yang bimbang dengan penubuhan negara Islam Madinah dan perlantikan Nabi
Muhammad SAW sebagai ketua negara. Piagam Madinah memperuntukkan fasal
kebebasan beragama dan mengamalkan adat istiadat masing – masing asalkan
iannya tidak menjejaskan keharmonian negara Islam. Jelasnya, golongan bukan
Islam tidak dipaksa menganut agama Islam. Selain itu, golongan bukan Islam juga
diberikan kebebasan bersuara, boleh mengemukakan apa – apa pandangan atau
kritikan yang membina serta positif demi kepentingan bersama.

Seterusnya, Piagam Madinah juga menyelesaikan masalah berhubung dengan
keselamatan, setiap warga Madinah tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan
wajib mempertahankan negara seandainya negara Islam Madinah diancam oleh
musuh, dan dilarang sama sekali bersekongkol dengan musuh. Contoh yang paling
jelas,sewaktu negara Islam menghadapi ancaman tentera Ahzab, adalah menjadi
tanggungjawab semua warga Madinah mempertahankan negara. Fasal ini juga
menjamin kesetiaan warga Madinah terhadap kepemimpinan Nabi Muhammad
SAW. Kegagalan mentaati fasal inilah yang menyebabkan golongan Yahudi diusir
daripada bumi Madinah.

Kesimpulan, sememangnya tidak dinafikan penggubalan Perlembagaan Madinah
bukan sahaja menjadi sistem perundangan bertulis pertama, tetapi yang lebih ianya
akan dapat menjamin kesetiaan warga Madinah dan penyelesaian terbaik masalaha
yang dihadapi oleh golongan Islam dan golongan bukan Islam, apatah lagi dalam
Piagam Madinah turut diperkenalkan konsep ummah; suatu identiti bagi
masyarakat yang berada di bawah kepemimpinan Nabi Muhammad SAW

4. Bincangkan kejayaan – kejayaan Khalifah Abu Bakar sepanjang
pemerintahannya.

Sebelum dipilih oleh umat Islam sebagai khalifah, Abu Bakar banyak membantu
Nabi Muhammad SAW dalam menyebar luaskan dakwah Islam termasuk sanggup
mengorbankan seluruh hartanya. Beliau dilantik sebagai khalifah setelah berjaya
menyelesaikan kekusutan dalam kalangan umat Islam bagi memilih pengganti Nabi
Muhammad sebagai pemimpin negara dan umat Islam. Kebijaksanaannya berhujah

tatkala berhadapan dengan golongan Ansar menyebabkan beliau akhirnya dibaiah
sebagai khalifah.

Sebaik sahaja beliau dilantik sebagai khalifah, langkah pertama yang dilakukannya
ialah dengan menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh golongan antikerajaan
Islam yang dikenali sebagai golongan al Riddah yang terdiri daripada golongan
nabi palsu, enggan membayar zakat, dan murtad. Peringkat awalnya, Khalifah Abu
Bakar telah bertindak menggunakan kaedah diplomasi, namun sambutan agak
dingin menyebabkan kaedah kekerasan digunakan dengan membentuk 11 pasukan
tentera. Melalui gerakan ketenteraan, ada musuh yang dapat dibunuh, melarikan
diri dan kembali semula kepada agama Islam. Antara yang berjaya dibunuh ialah
Musailamah al Kazzab dan Sajah al Harith. Malah, keabilah – kabilah Arab seperti
Bani Haniffah dan Bani Yarbu’ mula kembali mentaat kepemimpinan Nabi
Muhammad dan negara Islam. Apa yang pasti tewasnya golongan al Riddah telah
menyelamatkan kesucian agama Islam daripada tercemar akibat tindakan tidak
bertanggungjawab golongan berkenaan.

Sebagai pemimpin tertinggi negara Islam, Khalifah Abu Bakar telah menerima
cadangan Umar al Khattab agar ayat – ayat al Quran dikumpul dan disimpan di
suatu tempatan. Meskipun cadangan ini merupakan cabaran yang besar, namun
demi kepentingan masa hadapan, disebabkan kematian ramai penghafal al Quran
terutamanya selepas Perang al Riddah sekaligus mengelak hilangnya al Quran di
muka bumi, Zaid bin Thabit telah dilantik bagi mengetuai urusan pengumpulan ayat
– ayat al Quran dan penyusunannnya. Hasilnya, ayat – ayat ini berjaya dikumpul
pada suatu tempat dan disimpan di rumah isteri Nabi Muhammad SAW.

Bagi menunaikan tanggungjawab mempertahankan negara Islam daripada
ancaman musuh khususnya Rom, Khalifah Abu Bakar telah bertindak
menggerakkan semula tentera Islam ke sempadan Ghassan bagi menghadapi
masalah yang sering dicetuskan oleh Rom termasuk bertindak membunuh utusan
– utusan Nabi Muhammad SAW. Tentera ini sebenarnya telah dibentuk oleh
Rasululllah SAW, namun belum sempat digerakkan , Baginda SAW telah wafat
menyebabkan ekspedisi ini ditangguhkan. Khalifah Abu Bakar telah melantik
Usamah bin Zaid bagi mengetuai tentera ini, hasilnya kemenangan telah diperoleh,
dan tentera ini dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan kota Madinah
daripada ancaman musuh.

Bagi memastikan kestabilan politik negara Islam Madinah dan meneruskan
kepemimpinannya, Abu Bakar telah mewasiatkan agar jawatan khalifah selepasnya
pegang oleh Umar al Khattab. Hal ini disebabkan Khalifah Abu Bakar bimbang akan
berlaku perpecahan dalam kalangan umat Islam sewaktu pemilihan kelak
sebagaimana berlakunya kegawatan di Saqifah Bani Saidah selepas kewafatan
Rasulullah SAW, umat Islam hampir bertelagah apabila golongan Ansar berhasrat
mendapatkan jawatan khalifah, dibantah pula oleh golongan Muhajirin sehinggalah
Abu Bakar dengan bijaksana berhujah untuk menyelesaikan isu ini.

Kesimpulannyan, kejayaan Abu Bakar menyelesaikan pelbagai isu berkaiatan
agaman, ketenteraan, dan kepemimpinan ini telah berjaya menyelesaikan dan
menamatkan krisis yang boleh menggugat kestabilan politik negara, kejayaan ini
menyebabkan beliau dianggap sebagai Penyelamat Negara dan Umat Islam.

5. Khalifah Harun al Rasyid merupakan pemerintah paling berjaya dalam
kerajaan Bani Abbasiyah. Bincangkan.

Harun al Rasyid merupakan khalifah kelima kerajaan Bani Abbasiyah, dilahirkan di
Rayy, merupakan individu yang mempunyai keperibadian bijaksana, gigih, cekal,
menyukaii ilmu agama, dan berfikiran terbuka yang dimanfaatkan sepenuhnya
untuk menjalankan tugas sebagai pemerintah kelak. Dasar politik, ekonomi, dan
social khususnya dalam bidang intelektual telah menyebabkan zaman
pemerintahan dianggap zaman kecemerlangan kerajaan ini.

Dalam bidang politik, Khalifah Harun al Rasyid telah mengekalkan Baghdad sebagai
pusat pentadbiran, dan bagi memastikan kedudukannya tidak tergugat, baginda
telah bertindak menghapuskan pengaruh Keluarga Barmaki yang dirasakan
menjadi penghalang kepada pemerintahannya walapun keluarga ini banyak
membantu kerajaan Abbasiyah pada peringkat awal pemerintahannya. Selain itu,
Khalifah Harun al Rasyid juga menghantar Ibrahim Aghlabiyah bagi memadamkan
pemberontakan di Utara Afrika, dan mengizinkan penubuhan kerajaan Aghlabiyah
yang akan membayar ufti tahunan menandakan kesetiaan terhadap Khalifah Harun
al Rasyid. Malah, bagi memastikan tiada ancaman musuh, kekuatan tentera
diperkukuhkan dari semasa ke semasa bagi memastikan bebas daripada ancaman
dalam dan luar negara serta di darat dan kawasan perairan.

Bagi mengukuhkan kerajaan Abbasiyah, Khalifah Harun juga bertindak menjalinkan
hubungan diplomatic dengan kerajaan luar, antara kerajaan Perancis di bawah
pimpinan Chalermagne, bukan sahaja atas sebab faktor politik kerana kerajaan ini
berhadapan musuh yang sama, malah telah membawa kepada penyebaran agama
Islam ke negara tersebut, dan paling menarik berlaku pertukaran hadiah antara
kedua – dua pemimpin. Hubungan dengan Romyang sentiasa berada dalam
keadaan tegang dihentikan apabila tentera Islam berjaya mengalahkan kuasa besar
tersebut sehingga pemerintah Rom, Maharani Irene IV dan penggantinya sanggup
membayar ufti tahunan berjumlah 90 000 dirham setahun. Kerajaan Abbasiyah juga
menjalinkan hubungan dengan China yang pastinya merancakkan lagi hubungan
perdagangan antara kedua – dua pihak.

Seterusnya, Khalifah Harun al Rasyid juga telah berusaha menjadikan kota Baghdad
sebagai pusat perdagangan utama, kesibukan aktiviti perdagangan di kota tersebut
amat ketara disebabkan menjadi tumpuan pedagang Timur dan Barat, kemudahan
prasarana serta jaminan keselamatan menjadi penarik kedatangan para pedagang
asing umpamanya dari India, China, Mesir, Turki, Afrika dan Syria. Kedatangan para

pedagang asing pastinya menyumbang pendapatan kepada kerajaan ini dan
menambah kemajuan bandar Baghdad. Selain itu, Khalifah Harun juga memastikan
aktiviti pertanian dan perindustrian berasaskan pembuatan dimajukan. Galakan
kepada peneroka tanah dan subsidi kepada para petani telah diberikan di samping
adanya kemudahan Terusan Ain Zubaidah yang berperanan mengairi kawasan
pertanian membolehkan aktiviti penanaman seperti kurma, buah zaitun, anggur,
apricot dapat diusahakan dengan meluas.

Baitul Hikmah yang telah didirikan telah menyebabkan Baghdad muncul sebagai
pusat perkembangan intelektual yang terunggul. Peranan institusi ini bukan sahaja
sebagai tempat tumpuan para cendikiawan berkumpul, malah menjadi tempat
penghasilan karya serta penterjemahan dan penyalinan karya – karya asing
daripada India, Mesir, China, Yunani dan sebagainya. Ringkasnya, Baghdad telah
menjadi tempat perkembangan ilmu akli dan ilmu naqli, ramai tokoh ilmuwan yang
dilahirkan seperti al Khawarizmi yang terkenal dalam bidnag matematik, falsafah
dan astronomi.

Kesimpulannya, tindakan Khalifah Harun al Rasyid yang menjadikan Baghdad
sebabgai pusat perdagangan, intelektual dan kota yang aman telah membolehkan
kerajaan ini berkembang dan stabil terutamanya untuk diwarisi oleh para
penggantinya, maka tidak hairanlah zaman pemerintahannya dianggap zaman
kegemilangan dan baginda merupakan antara pemerintah yang berjaya

6. Bincangkan kepentingan pelaksanaan etika peperangan mengikut
pandangan Islam.

Peperangan merupakan perkara yang tidak digalakkan oleh Islam, namun ianya
dibenarkan apabila agama Islam, maruah umat Islam serta negara Islam terancam
dengan tindak tanduk musuh. Dalam sejarah perjuangan umat Islam, pelbagai
musuh yang dihadapi, bermula dengan ancaman Quraisy pada zaman Nabi
Muhammad diikuti provokasi Yahudi, serta ancaman Rom dan Parsi menyebabkan
umat Islam perlu sentiasa bersedia dan menyusun strategi bagi menghadapi
ancaman tersebut.

Salah satu strategi yang digunakan bagi menghadapi ancaman musuh ialah
pelaksanaan etika dalam peperangan yang boleh membentuk disiplin para pejuang
Islam, umpamanya mematuhi arahan daripada pemimpin atau mengikut strategi
yang dirangka. Tragedi Perang Uhud membuktikan perlunya akur dengan arahan
pemimpin, kegagalan mengikut arahan Nabi Muhammad apabila para pemanah
yang berada di Bukit Uhud meninggalkan posisi tersebut telah menyebabkan bukan
sahaja telah menerima kekalahan yang tidak dijangka, malah telah menyebabkan
gugurnya 70 orang tentera Islam termasuk Saidina Hamzah, malah Baginda SAW
turut mengalami kecederaan.

Etika yang dilaksanakan juga menggambarkan betapa tolak ansurnya agama Islam
terhadap musuh – musuh Islam, yang secara tidak langsung akan dapat menarik
golongan bukan Islam mendekati seterusnya menerima Islam sebagai pegangan
hidup. Contoh yang paling jelas ialah larangan membunuh golongan lemah, tidak
memusnahkan harta awam atau persendirian, dan layanan yang baik terhadap
tawanan – tawanan perang. Hal ini jelas dipraktikkan ketika berhadapan dengan
tawanan Badar, malah dipraktikkan sewaktu Salehuddin al Ayyubi menawan
Baitulmaqdis dan Muhammad al Fateh membuka kota Constantinople

Etika yang dipraktikkan juga menggambarkan sikap Islam yang mementingkan
perdamaian dan keamanan, hal ini dapat dibuktikan dengan etika sebelum
peperangan iaitu menyeru pihak musuh menerima Islam atau membayar jizyah
sekiranya enggan yang merupakan syarat yang ditetapkan kepada mana – mana
pihak yang ingin berada di bawaj naungan kerajaan Islam. Begitu juga dengan etika
semasa peperangan, para tentera Islam mesti menghentikan peperangan
seandainya pihak musuh memohon perdamaian, malah ditegaskan setiap
perjanjian yang ditandatangani wajib ditaati, umpamanya ketetapan gencatan
senjata selama 10 tahun antara umat Islam di bawah pimpinan Nabi Muhammad
SAW dengan musyrikin Makkah.

Etika peperangan yang diperkenalkan sama ada sebelum, semasa mahupun selepas
peperangan sebenarnya mempunyai pertalian rapat dengan konsep jihad yang
disarankan oleh Islam. Matlamat jihad adalah mempertahankan kesucian agama
Islam dan memastikan negara serta maruah umat Islam tidak dihina atau
diperlekehkan oleh musuh – musuh Islam. Namun begitu, dalam merealisasikan
konsep jihad ini, etika yang disyorkan ini menjadi panduan kepada para pejuang
Islam sama ada zaman Nabi Muhammad SAW, mahupun Khulafa al Rasyidin serta
zaman – zaman seterusnya.

7. Kepemimpinan yang hebat telah membolehkan Salehuddin al Ayyubi
berjaya memartabatkan agama dan umat Islam. Bincangkan.

Salehuddin al Ayyubi dilahirkan di Tirkit pada tahun 1138 Masihi bukan sahaja
merupakan pemimpin tertinggi kerajaan, malah dianggap sebagai pembela agama,
negara dan maruah umat Islam. Kejayaan Salehuddin dalam segala perancangan
berkait rapat dengan sifat kepemimpinan yang ada pada dirinya seperti berani,
tegas, bertolak ansur, berpandangan jauh dan sebagainya.

Kejayaan membuka Baitumaqdis merupakan kejayaan gemilang tokoh ini selepas
sekian lama berada di kekuasaan golongan Kristian. Daya kepemimpinan seperti
bijak merancang dengan menjadikan Ra’su al Ma sebagai pusat gerakannya telah
membolehkan tentera Islam bergerak dan berjaya menguasai satu persatu wilayah
seperti Karak, Syubak, dan Tabariah. Malah ketegasan terhadap musuh Islam seperti
Raynald yang menghina Rasulullah SAW telah menggerunkan musuhnya. Sikapnya
yang memberi peluang kepada golongan bukan Islam khususnya tentera Salib
keluar daripada Baitumaqdis serta membenarkan golongan bukan Islam

mengamalkan ajaran sedia ada telah menyebabkan tokoh ini dianggap pemerintah
yang adil bukan sahaja dalam kalangan orang Islam bahkan golongan bukan Islam.

Salehuddin al Ayyubi juga mempamerkan pemerintah yang mementingkan
kebajikan rakyat, hospital telah didirikan dengan mengubah sebuah dewan di istana
yang dibina oleh al Aziz bin al Muiz dengan menjadikannya sebuah hospital yang
dinamakan Bimaristan al Atiq. Sebuah gedung ubatan disediakan bagi
membolehkan ubat diagihkan mengikut gred yang ditetapkan kepada para pesakit,
malah di hospital yang dibina terdapat ruangan khas untuk pesakit wanita dan
jaring – jaring besi bagi mengelak pesakit mental mengganggu pesakit lain.

Salehuddin al Ayyubi juga merupakan individu berpandangan jauh, bagi
memastikan umat Islam disegani, tokoh ini amat mementingkan aspek pendidikan.
beliau banyak membina sekolah dan menjemput golongan ulama dan cerdik
pandai ke negaranya Beliau memperkenalkan sistem pendidikan prasekolah yang
dikenali dengan nama Sistem al Katib, mempelajari al Quran, menghafal Hadis dan
meningkatkan kemahiran seni khat. Kanak – kanak juga diajar asas ilmu matematik,
syair, kata – kata hikmat dan asas beribadat seperti solat berjamaah Masjid
berperanan sebagai pusat pembelajaran yang penting khususnya ilmu keagamaan
seperti ilmu tafsir. Antara masjid yang terkenal pada zamannya ialah Masjid Amru
al As, Masjid al Azhar, dan Masjid al Alttarin di Iskandariah. Kesungguhan beliau
dalam aspek pendidikan terserlah apabila beliau sanggup mewakafkan 32 buah
kedai untuk dijadikan sekolah malah membiayai guru – guru yang mengajar di
sekolah – sekolah yang didirikan.

Salehudin merupakan pemimpin yang adil, walaupun beliau melaksanakan dasar
pencukaian, kadar yang dikenakan tidak membebankan, sama ada cukai jizyah dan
kharaj. Cukai yang membebankan pada zaman kerajaan Fatimiyyah dihapuskan
seperti cukai yang dikenakan ke atas jemaah haji. Beliau juga menumpukan
perhatian terhadap sektor pertanian, penyediaan dan penyelenggaraan sistem
terusan dan memperkenalkan teknik pertanian agar berlaku peningkatan
produktiviti. Mesir juga telah menjadi pusat pertemuan para pedagang Timur dan
Barat. Beliau juga membina banyak pasar di Mesir dan Syria dan memulih dan
meluaskan pasar – pasar yang sedia ada.

8. Huraikan pelaksanaan sistem naungan pada zaman kerajaan Khulafa al
Rasyidin dan Bani Umaiyah pada abad ke-7 Masihi hingga 8 Masihi.

Kewujudan sesebuah negara yang dinaungi oleh kerajaan Islam berkait rapat
dengan cukai jizyah. Jizyah merupakan cukai politik yang dikenakan ke atas
golongan kafir zimmi. Tujuan pelaksanaan cukai ini ialah sebagai balasan kerajaan
Islam melindungi harta dan nyawa orang – orang bukan Islam tersebut. Sumber
jizyah ini sebenarnya telah pun dipraktikkan zaman Nabi Muhammad s.a.w., namun
pelaksanannya lebih formal pada zaman Khulafa al Rasyidin

Pelaksanaan sistem naungan Zaman Khulafa al Rasyidin sememangnya amat ketara
pada zaman Khulafa al Rasyidin, berikutan banyak ekspedisi dakwah dan
ketenteraan dijalankan sama ada dalam mahupun luar Semenanjung Tanah Arab.
Melalui ekspedisi yang dijalankan ini, golongan kafir yang enggan menerima agama
Islam diwajibkan membayar jizyah sebagai simbol berada di bawah naungan
kerajaan Islam. Sewaktu pemerintahan Khalifah Abu Bakar, kejayaan mengalahkan
beberapa kawasan yang diperintah oleh Parsi di Iraq, menyebabkan penduduk
seperti di Hirah, Anbar, Ain al Tamar sanggup membayar jizyah sebagai simbol
berada di bawah naungan kerajaan Islam di Madinah.

Zaman Khalifah Umar al Khattab menyaksikan semakin banyak negara menyatakan
kesanggupan berada di bawah naungan kerajaan Islam, umpamanya Mesir setelah
kejayaan Amru al As menghapuskan penjajahan Rom di sana. Penduduk Baitul
Maqdis, melalui pemimpinnya telah menandatangani perjanjian damai dengan
Khalifah Umar al Khattab dengan menyatakan kesanggupan membayar jizyah
dengan syarat kerajaan Islam memberi jaminan keselamatan jiwa, nyawa dan harta
benda semua penduduk Baitul Maqdis, jaminan kebebasan beragama serta amalan
ibadat bagi semua penduduk di Baitul Maqdis, dan bersedia menyerahkan segala
masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh penduduk Baitul Maqdis kepada
pemerintahan Islam.

Selain itu, Syria, Palestine, Jordan turut sama menyatakan kesanggupan membayar
jizyah berikuatan kejayaan tentera Islam di bawah pimpinan Khalid al Walid dan
Abu Ubaidah al Jarrah mengalahkan Rom dalam beberapa siri peperangan. Pada
zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan pula, beberapa kawasan di utara
Afrika menyatakan kesanggupan berada di bawah naungan kerajaan Islam serta
sanggup membayar jizyah, umpamanya penduduk di kawasan Qairawan, Tripoli,
dan Nubah.

Pada zaman kerajaan Bani Umaiyah pula, terutama sewaktu pemerintahan al Walid
bin Abdul Malik, kejayaan ekspedisi ketenteraan merentasi benua Asia, Afrika, dan
Eropah telah menyebabkan beberapa kawasan menyatakan kesanggupan berada
di bawah naungan kerajaan Islam. Kempen ketenteraan di India di bawah pimpinan
Muhammad al Qassim, bukan sahaja telah berjaya mengalahkan Raja Dhaha,
pemerintah Sind, malah kemaraan tentera Islam ke Multan telah menyebabkan
penduduknya menyerah diri dan bersetuju membayar jizyah dengan kadar tertentu.

Begitu juga dengan kejayaan ekspedisi ketenteraan di Asia Tengah, kejayaan
menakluk Marw, Karminiyah dan Bukhara, penduduk yang enggan menganut
agama Islam dikehendaki membayar jizyah sebagai balasan atau jaminan
keselamatan daripada kerajaan Bani Umaiyah melalui gabenornya iaitu Qutaibah
bin Muslim dan saudaranya, Bahar bin Muslim. Di Afrika Utara pula, kejayaan
panglima Musa bin Nusair mengalahkan bangsa Barbar dan Zeutes membolehkan
beliau menguasai Tangier dan Septah, sekaligus membolehkan kerajaan Islam
memungut cukai jizyah dan menjadi batu loncatan kemaraan tentera Islam ke
Sepanyol

Naungan yang diperoleh daripada kerajaan Islam, amnya akan membawa kepada
pengiktiafan negara – negara lain termasuk Parsi danRom meskipun kerajaan ini
mempunyai sikap antiIslam. Melalui hubungan yang dijalankan ini legasi atau
keunggulan kerajaan Islam telah terserlah melangkaui sempadan geografi.

TEMA 2

9. Bincangkan kegiatan – kegiatan ekonomi yang dijalankan pada zaman
kerajaan Bani Abbasiyah pada abad ke-11 hingga abad ke-12 Masihi

Kerajaan Bani Abbasiyah dibentuk hasil daripada suatu revolusi yang dilancarkan ke
atas pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah pada tahun 132 H. Era kegemilangan
bermula pada zaman Abu Jaafar al Mansor dan mencapai kemuncaknya sewaktu
pemerintahan Harun al Rasyid, dibuktikan dengan banyaknya nilaian harta dalam
Baitulmal. Kedudukan ibu kota kerajaan ini di kawasan yang strategik serta terdapat
dua batang sungai yang melimpahkan tanah yang subur membolehkan aaktiviti
perdagangan dan pertanian berkembang dengan pesat sehingga abad ke-11
hingga abad ke-12 Masihi pada era kekuasaan Bani Buwaih

Tidak dapat dinafikan pertanian merupakan aktiviti utama kerajaan ini, hal ini
disebabkan mempunyai banyak kawasan yang subur khususnya berhampiran
Sungai Furat dan Dajlah. Tanaman utama ialah tanaman bijirin khususnya tamar,
gandum, anggur, buah tin, limau, dan epal. Pemerintah berperanan memajukan
sektor pertanian; menyediakan kemudahan sistem saliran seperti Ain Zubaidah dan
menggalakkan pembukaan tanah – tanah baharu serta melebarkan sungai dan
terusan. Bagi meningkatkan jumlah pengeluaran, usaha penyelidikan dilakukan;
lahir ramai tokoh cendekiawan yang mencetuskan idea – idea baharu.

Perdagangan juga merupakan salah satu aktiviti utama bagi menjana pendapatan
ekonomi kerajaan Bani Abbasiyah. Baghdad merupakan pusat ekonomi komersial,
terdapat sebuah pasar yang dikenali sebagai Suq Baghdad. Kedudukan Baghdad
yang strategic menjadi laluan perdagangan antarabangsa menggalakkan
perkembangan aktiviti perdagangan pada masa ini Peranan pemerintah seperti
menyediakan kemudahan seperti ruang niaga dan jaminan keselamatan khasnya
daripada ancaman lanun dan rompakan merupakan faktor pelengkap
perkembangan perdagangan pada zaman ini. Contoh pelabuhan yang menjadi
tumpuan pedagang pada zaman ini ialah Basrah, Amman, Aden, Kaherah dan
Iskandariah

Perindustrian juga merupakan aktiviti ekonomi utama kerajaan Bani Abbasiyah
sewaktu era kekuasaan Bani Buwaih. Antara sumber pengeluaran utama ialah hasil
tenunan dan permaidani yang dikeluarkan oleh kilang – kilang di Baghdad, Syiraz
dan Isfahan yang terletak di Parsi. Terdapat juga pengeluaran pinggan mangkuk
dari Mesir, barangan kaca, tembikar dan mozek yang dihasilkan oleh kilang – kilang
di Baghdad, Mesir dan Syam, barangan kulit dan senjata turut dihasilkan di Mesir
dan Maghribi, manakala barangan perhiasan dikeluarkan di kilang – kilang yang
terletak di Yaman, Khurasan, Bahrain, dan Lubnan

Meskipun pada abad ke-11 Masihi dan ke-12 Masihi merupakan era kemerosotan
kerajaan Bani Abbasiyah, namun pemimpinnya tegar berusaha membangunkan
sektor – sektor pertanian, perdagangan dan perindustrian bagi memastikan umat
Islam dapat menikmati taraf hidup yang tinggi dan melaluinya, kerajaan dapat
menyediakan prasarana yang menggambarkan kebajikan rakyat tidak diabaikan.

10. Bincangkan pelaksanaan zakat sehingga zaman Bani Umaiyah.

Dari segi bahasa zakat bermaksud penambahan atau penyucian; dikaitkan
penambahan pahala dan berkat serta pembersihan jiwa dari sifat kedekut atau
bakhil. Zakat merupakan pembayaran yang diwajibkan ke atas umat Islam yang
cukup syaratnya, hal ni disebabkan zakat merupakan salah satu daripada Rukun
Islam, dan kewajipannya terbukti dengan firman Allah yang bermaksud, “Dirikan
solat serta keluarkan zakat”.

Sebagai Khalifah yang pertama, Abu Bakar al Siddiq telah bertindak tegas terhadap
kemunculan golongan al Riddah yang enggan membuat zakat. Setelah gagal
berdiplomasi, 10 pasukan tentera telah dibentuk untuk memastikan agama Islam
tidak dirosakkan oleh golongan ini. Implikasinya, golongan ini berjaya dihapuskan
dan sesetengahnya kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.

Bermula pada zaman Khalifah Umar al Khattab, Amil dilantik untuk melaksanakan
urusan pemungutan dan pengagihan daripada pihak yang layak berzakat mengikut
ukuran dan kadar nisab tertentu. Zakat pada Zaman Khulafa al Rasyidin disalurkan
kepada lapan golongan asnaf iaitu orang fakir, hamba yang hendak memerdekakan
dirinya, orang miskin, orang yang berhutang, orang yang berjihad, mualaf, dan
musafir. Kutipan zakat bertambah meningkat dengan dasar peluasankuasa yang
dijalankan pada zaman Umar al Khattab serta para khalifah berikutnya ekoran
penerimaan golongan bukan Islam terhadap agama Allah ini, misalnya di Iraq, Syria,
Yaman, Basrah, Mesir, dan lain – lain lagi.

Sewaktu pemerintahan Bani Umaiyah pula, di bawah pemerintahan Umar Abdul
Aziz, amil telah dilantik di bahagian – bahagian yang berbeza dalam dunia Islam
untuk memungut zakat. Selain itu, untuk memastikan pengutan zakat lebih
sistematik, Diwanul al Kharaj dibentuk untuk mengutip cukai termasuk zakat serta
mengeluarkan perbelanjaan negara, wang yang berlebihan akan direkodkan.Pada
zaman Umar Abdul Aziz juga, masyarakat disaran bekerja keras dan tidak boleh
mengharapkan belas ihsan orang lain, saranan beliau ini disambut baik
sehinggakan dilaporkan tiada orang yang berhak menerima zakat pada zaman
pemerintahannya.

Zakat pada zaman Bani Umaiyah dapat dibahagikan kepada lima, iaitu: zakat emas
dan perak; dikenakan 2.5%, zakat binatang ternakan; kambing, lembu, dan unta,
zakat barang perdagangan, 2.5%, harta rikaz dan galian di bumi perang 1/5 dan di
bumi aman 2.5%, dan zakat tanam – tanaman dan buah – buahan, siraman hujan
1/10 manakala siraman sendiri 1/20. Kadar zakat pada zaman Bani Umaiyah
bergantung kepada keuntungan, hak milik, dan peralatan pertanian. Sekiranya ada
individu Islam enggan megeluarkan zakat ia akan dikenakan tindakan berdasarkan
hukum syarak.

Zakat merujuk kepada bayaran yang dikenakan ke atas semua umat Islam, sesuai
dengan turunnya wahyu yang bermaksud, “Dirikanlah solat dan keluarkan zakat …”
yang termaktub dalam Rukun Islam. Sesiapa yang enggan mengeluarkan zakat,
wajib diperangi kerana ia telah mencabul kesucian agama Islam sebagaimana
tindakan Abu Bakar memerangi golongan al Riddah.

11. Huraikan konsep kharaj dan pelaksanaan sistem kharaj pada zaman
pemerintahan Khalifah Umar al Khattab.

Pengenalan sistem ekonomi Islam secara tidak langsung telah membawa kepada
pembentukan dan pengenalan dasar – dasar pencukaian yang dikenakan sama ada
kepada orang – orang Islam atau orang – orang bukan Islam. Antara sumber –
sumber pendapatan negara Islam dalam bentuk cukai ialah kharaj atau cukai tanah,
usyur iaitu cukai perniagaan, dan jizyah yang juga disebut sebagai cukai kepala
yang dikenakan kepada orang – orang bukan Islam.

Dalam bahasa Byzantine bermaksud ufti, namun dalam konteks Islam ia bermaksud
cukai tanah. Sistem kharaj yang diperkenalkan oleh Khalifah Umar al Khattab
ternyata meringankan beban golongan petani berbanding cukai yang dikenakan
sewaktu pemerintahan Parsi dan Rom. Kharaj merupakan cukai yang dikenakan ke
atas pemilik sesuatu bidang tanah yang ditakluki oleh tentera Islam sama ada cara
peperangan atau aman. Antara tujuan kharaj dikenakan ialah untuk mengelakkan
kewujudan tanah – tanah terbiar sekaligus mengelakkan pembaziran dengan
mengabaikan rahmat yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t.

Sewaktu tentera Islam menguasai Iraq, terdapat dua jenis tanah, iaitu tanah bertuan
dan tanah tidak bertuan. Kesemua tanah berkenaan akan dikenakan cukai kharaj,
kecuali pemiliknya menganut Islam, secara automatik ia akan dikenakan zakat.
Namun sekiranya tanah itu tidak bertuan ( tuan melarikan diri ) ia akan kekal sebagai
tanah kharaj walaupun pengusahanya beragama Islam. Bagi tanah yang tidak
bertuan, Khalifah Umar al Khattab akan mengisytiharkan tanah – tanah tersebut
tidak boleh dijualbeli atau diagih – agihkan, dan ia akan menjadi milik bersama
umat Islam/ atau kerajaan Islam.

Kharaj hanya diperkenalkan pada zaman Umar al Khattab, sementara pada zaman
Rasulullah s.a.w., tanah – tanah yang dikuasai diberikan kepada pemilik asal dengan
syarat membayar cukai, dan bagi kawasan yang penganut Islam diwajibkan
mengeluarkan zakat. Pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar pula, tanah –
tanah yang diperoleh melalui peperangan akan diagih – agihkan kepada tentera
yang terlibat.

Namun pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al Khattab, tanah – tanah yang
dikenakan kharaj antaranya tanah di Iraq; bertuan dan tidak bertuan, tanah
rampasan perang yang dimiliki tentera Islam dan pengusahanya terdiri orang bukan
Islam, tanah yang diusahakan golongan dhimmi, dan tanah terbiar yang dikerjakan
oleh orang Islam. Selain itu, tempat tinggal golongan dhimmi yang diubah menjadi

kawasan pertanian, dan hasil cukainya dinikmati oleh umat Islam, namun sekiranya
pemilik tanah menerima Islam, ia akan dikenakan zakat.

Bagi tanah yang tidak bertuan, Umar memutuskan dijadikan milik bersama, dan
akan diusahakan oleh petani tempatan di bawah pengawasan dan pentadbiran satu
badan induk yang dinamakan Pemegang Amanah atau golongan Ahl al Ayyam.
Golongan ini bertanggungjawab memungut cukai tanah berkenaan dan 1/5
daripada hasilnya dihantar kepada kerajaan pusat sementara bakinya diagihkan
kepada yang terliibat dengan penaklukan Iraq.

Kharaj pada zaman Umar dapat dibahagikan kepada 2 jenis iaitu, kharaj
wazifah/masahah: pemilik diwajibkan membayar cukai berdasarkan keluasan tanah
dan jenis tanaman; sekali setahun sementara kharaj muqassamah pula berdasarkan
hasil yang diperoleh ( setiap kali dapat hasil ).

Syarat dikenakan kharaj, antaranya tidak dikenakan seandainya berlaku bencana
alam, dikenakan sekiranya pemilik tanah mampu mengusahakannya, tidak mampu
tanah diserahkan kepada orang lain, tanah dipajak/disewa, kharaj dikenakan
kepada pemilik dan dikenakan ke atas tanah kediaman yang dijadikan kawasan
pertanian. Kadar kharaj berdasarkan kemampuan seseorang dan tidak
membebankan, kadar maksimum ½ daripada keseluruhan hasil; dibayar dalam
bentuk mata wang atau hasil yang diusahakan. Sekiranya tidak mampu boleh
ditangguhkan. Seandainya enggan, tindakan undang – undang boleh dikenakan
termasuk tanah akan dilelong.

Faktor – faktor yang menentukan kharaj, antaranya kualiti tanah, disirami air hujan
atau menggunakan penyiram, jenis dan kualiti benih tanaman dan lokasi tanah
dengan bandar. Hasil yang diperoleh dari sumber kharaj ini dimanfaatkan untuk
memperbaiki infrastruktur, prasarana, rancangan memajukan kegiatan pertanian,
mewujudkan keamanan, memperbaiki sistem perhubungan, mengadakan
rancangan pengairan, dan memperbaiki saliran sedia ada.

Pada zaman Bani Umayyah, kadar kharaj telah tingkatkan, namun pada zaman
pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz, ia kembali sebagaimana zaman Umar al
Khattab agar tidak membebakan rakyat khasnya pemilik serta menjamin
pendapatan bercukai.

12. Huraikan faktor – faktor perkembangan kegiatan intelektual pada zaman
kerajaan Abbasiyah.

Perkembangan intelektual pada zaman Abbasiyah adalah selari dengan
perkembangan peradaban Islam di Andalus sekaligus menggambarkan wujudnya
dua lokasi yang berbeza, namun mempunyai matlamat yang sama iaitu iaitu
menyuburkan dan memperkembangkan peradaban Islam, dalam konteks kerajaan
Abbasiyah, pastinya dikaitkan dengan ibu kotanya iaitu Bahgdad yang
sememangnya antara factor yang menjadi penyumbang kepada perkembangan
intelektual Islam pada era tersebut.

Antara factor perkembangan intelektual pada zaman ini ialah peranan yang
dimainkan oleh para pemerintah bermula daripada zaman Khalifah Harun al Rasyid
hinggalah pada zaman kekuasaan Bani Buwaih dan golongan Seljuk. Para
pemerintah telah menaungi kegiatan intelektual yang amnya berpusat di kota
Baghdad. Sikap para pemerintah Abbasiyah yang mencintai ilmu pengetahuan
telah mengalakkan para cendekiawan berkumpul di kota Baghdad. Umpamanya,
Khalifah Harun al Rashid telah menarik ramai penuntut-penuntut ilmu oleh kerana
Baghdad dikenali sebagai pusat ilmu terpenting dalam dunia pada ketika itu, begitu
juga pada zaman Bani Buwaih dan Bani Seljuk telah berlaku perkembangan yang
pesat dalam bidnag keilmuan sama ada ilmu aqli mahupun ilmu naqli. Sifat
keterbukaan pemerintahannya terhadap aliran-aliran pemikiran yang berlainan
telah menjadikan kota Baghdad terkemuka di dunia pada masa itu. Pelbagai unsur
daripada kebudayaan Parsi, Syria dan Yunani telah memperkayakan pemikiran
intelektual dalam tamadun Islam pada zaman Abbasiyah.

Kewujudan sistem dan institusi pendidikan yang pelbagai juga telah mendorong
perkembangan intelektual yang pesat pada zaman ini. Kegiatan ilmu pengetahuan
bukan sekadar berpusat di istana mahupun masjid sahaja, malah kegiatan itu telah
berlaku di mana – mana tempat sama ada secara formal ataupun informal. Bermula
pada zaman pemerintahan Khalifah al Makmun, pendidikan ditingkatkan lagi
dengan tindakan nya mendirikan pelbagai akademi termasuklah institusi
perundangan dan institusi sains yang dilengkapi dengan perpustakaan dan
makmal-makmal. Perkembangan ilmu dipesatkan lagi dengan tertubuhnya badan
Bait al Hikmah yang membawa kepada kegiatan perbahasan dan penyelidikan serta
penterjemahan.

Kepesatan aktiviti penterjemahan karya – karya Yunani terutama dalam bidang
perubatan dan sains ke dalam bahasa Arab telah merancakkan lagi perkembangan
intelektual di sini contohnya ialah karya-karya Galen, Hippocrates Plato dan
Aristotle. Khalifah al Ma’mun telah mengutuskan wakilnya menemui Maharaja
Byzantine untuk mendapatkan naskhah-naskhah ahli falsafah dan sains bagi
diterjemahkan oleh para penterjemah di Bait al Hikmah. Pada keseluruhannya,
penterjemahan telah memperkayakan khazanah budaya ilmu Islam. Para
pemerintah berperanan menghimpunkan kitab-kitab dari seluruh dunia Islam dan
mengumpulkan para sarjana dan diupah untuk mengumpulkan bahan dan
manuskrip dan diterjemahkan ke dalam bahasa Arab.

Faktor seterusnya yang membawa perkembangan intelektual ialah peranan tokoh
atau cendekiawan Islam. al Khawarizmi telah memberikan sumbangan dalam
bidang matematik, astronomi dan falsafah. Dalam bidang kimia, muncul Jabir ibn
Hayyan yang berjaya memajukan pengetahuan dalam teori dan amalan kimia.
Dalam bidang kesusasteraan, keadaan istana Harun al Rashid di Baghdad memang
mengilhamkan penghasilan karya yang terkenal hingga hari ini iaitu karya alfu lailah
wa-Lailah atau dalam bahasa Inggeris “A Thousand and One Nights” (Arabian
Nights). Al-Kindi, Al-Farabi.

Sebagai rumusannya, faktor yang menyuburkan dan perkembangan intelektual
pada zaman pemerintahan Bani Abbasiyah ialah peranan pemerintah yang
bertindak menaungi kegiatan keilmuan meskipun kerajaan ini meniti kemerosotan
pada zaman Bani Buwaih dan Bani Seljuk, namun ‘kecacatan’ itu ditampung dengan
munculnya sarjana – sarjana Islam yang terkenal yang mewarnai perkembangan
peradaban tamadun dunia amnya

13. Huraikan faktor – faktor perkembangan kegiatan intelektual di Andalus
pada abad ke-11 hingga abad ke-13 Masihi.

Islam bertapak di Sepanyol apabila tentera Islam di bawah pimpinan Tariq bin Ziad
dan Musa bin Nusair berjaya menghapuskan pemerintahan kerajaan Visigoth
sebelum ini. Kejayaan ini bermakna bermulanya pertapakan Islam di Sepanyol atau
dikenali juga dengan nama Andalus. Pertapakan Islam bermakna berkembang juga
tamadun Islam khususnya perkembangan intelektual, malah meskipun pada abad
ke-11 hingga abad ke-13, merupakan era kemerosotan, namun pemerintah
kerajaan – kerajaan kecil ( Muluk al Tawaif ) seperti al Murabitun, al Muwahhidun
dan Nasriyyah tetap menggalakkan perkembangan intelektual di sini.

Sememangnya tidak dapat dinafikan, antara factor utama yang menggalakkan
perkembangan intelektual ialah peranan pemerintah yang menggunakan gelaran
Amir atau Sultan di sini. Walaupun pemerintah – pemerintah kerajaan kecil tadi
menghadapi masalah politik dalaman dan luaran, perkembangan intelektual tidak
pernah diabaikan. Pada zaman pemerintahan kerajaan al Muwahhidun, para
pemerintah kerap mengadakan majlis – majlis diskusi ilmiah di istana dan rumah
para ulama. Hal ini cukup menggambarkan bahawa kerajaan ini amat
mementingkan pemerkasaan ilmu bagi membangunkan peradaban dengan
menggembleng tenaga para ilmuan pada zaman ini. Hal ini juga ada kaitan dengan
sifat pemerintah yang amat mencintai ilmu pengetahuan.

Dasar kerajaan yang bersifat terbuka dan demokratik pastinya menggalakkan
perkembangan intelektual di sini. Pada zaman kerajaan al Muwahhidun, pihak
kerajaan membenarkan kemasukan pelbagai aliran sufi, zahiri, ilmu kalam, falsafah,
dan sains Islam yang menyemarakkan lagi perkembangan inteletual berbanding
zaman al Murabitun yang hanya mengehadkan kepada fahaman dan fiqh al Maliki.

Faktor seterusnya yang menyumbangkan kepada perkembangan intelektual pada
zaman ini ialah peranan institusi – institusi pendidikan di Andalus sama ada
universiti mahupun perpustakaan yang dibuka sejak zaman awal pertapakan Islam
di Sepanyol. Peranan dan perpustakaan seperti di Cardova, Malaga, Granada dan
Toledo sememangnya tidak dapat dinafikan menjadi pemangkin kepada
perkembangan intelektual. Hal ini disebabkan bukan sahaja tersedia karya – karya
ilmiah berbentuk agama dan bukan agama malah di sana berlakunya aktiviti –
aktiviti perbincangan, penterjemahan dan sebagainya yang pastinya menggalakkan
perkembangan intelektual di sini.

Kemunculan golongan cerdik pandai pastinya merangsang lagi perkembangan
intelektual di Andalus. Dalam bidang agama, antara tokoh yang muncul ialah Ibn
‘Atiyyah, Imam al Qurtubi dalam bidang tafsir Quran, Ziyad Ibn Abdul Rahman, Ibn
Yahya, Ibn Hazm dan Ibn Rusyd dalam bidang fiqh. Ulama – ulama berkenaan
bukan sahaja mengajar di institusi – institusi pendidikan khasnya masjid malah giat
menghasilkan kitab – kitab yang diwarisi hingga hari ini.

Selain tokoh dalam bidang keagamaan, sebagaimana zaman kerajaan Abbasiyah,
lahirnya juga tokoh – tokoh dalam bidang bukan agama ( ilmu akli ) seperti bidang
falsafah munculnya Ibn Bajjah, Ibn Tufail dan Ibn Rusyd. Manakala Ibn Firnas
menguasai bidang kimia, fizik, dan astronomi. Manakala al Idrisi pula menghasilkan
karya geografi hasil daripada pelayarannya, manakala Saad al Andalusi merupakan
ilmuwan yang menguasai bidang falsafah, sains, matematik, dan astronomi.

Perkembangan intelektual yang berlaku pada zaman kerajaan Andalus ini
membuktikan bahawa hebatnya ketamadunan Islam, meskipun pada abad ke-11
hingga abad ke-13 merupakan tahun suram kepada kerajaan – kerajaan Islam
namun keunggulan Islam tetap terserlah dengan kehebatan ilmu dan pakar – pakar
yang dimiliki sehingga turut dikagumi oleh orang – orang Barat.

14. Huraikan sumbangan al Khawarizmi dalam bidang matematik.

Al Khawarizmi atau nama sebenarnya Abu Abdullah Muhammad bin Musa
dilahirkan pada tahun 780 Masihi di daerah Khawarizmi. Di Barat, tokoh ini dikenali
dengan pelbagai nama seperti al Khawarizmi, al Cowarizmi, al Ahawizmi, al Karismi,
al Goritmi, al Gorismi dan sebagainya. Tokoh ini bukan sahaja menguasai imu
matematik sebagai bidang utamanya, malah turut sama memiliki ilmu dan
kemahiran dalam bidang astromomi, falsafah, logik, arithmetic, geometri, muzik,
kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.

Kepakarannya dalam ilmu matematik diiktiraf oleh pemerintah Abbasiyyah iaitu
Khalifah Harun Ar-Rashid yang melantiknya sebagai sebagai pakar matematik dan
ahli akademi matematik di Baitul Hikmah. Beliau kemudian dilantik sebagai
pengarah arkib buku di perpustakaan istana khalifah oleh Khalifah al Makmun,
pengganti Khalifah Harun al Rashid yang mangkat. Malah, baginda juga sering ke
Baitul Hikmah untuk menemui ilmuwan di sana, termasuklah al-Khawarizmi.

Beliau turut mengemaskini sistem perpustakaan dengan menambah indeks buku-
buku di perpustakaan tersebut. Di Baitul Hikmah, al Khawarizmi turut bertugas
mengetuai dan mengawasi kerja penterjemahan buku-buku matematik dalam
bahasa Yunani yang diperoleh daripada Kerajaan Byzantine. Khalifah al-Ma’mun
telah melantik al Khawarizmi penasihat astronomi dan bertugas di balai cerap
(observatori) yang didirikan oleh baginda di Baghdad.

Sumbangan terbesar al Khawarizmi kepada tamadun dunia ialah memperkenalkan
sistem nombor yang digunakan sehingga kini iaitu 0, 1,2,3,4,5,6,7,8 dan 9. Angka-
angka tersebut menggunakan simbol-simbol tertentu yang mewakili nilai-nilai
tertentu. Al Khawarizmilah orang pertama yang memperkenalkan angka sifar
(kosong) dalam ilmu matematik. Melalui penggunaan angka sifar, akan terbitkan
nombor yang mencapai infiniti. Pengenalan sistem angka yang sistematik oleh al
Khawarizmi bukan sahaja membolehkan operasi pengiraan matematik diperluaskan
meliputi operasi kuasa, log, kosinus dan sebagainya, malah membolehkan ilmu
sains dan teknologi berkembang dengan lebih pesat. Malah, ‘sifar’ yang
diperkenalkan oleh al Khawarizmi dipinjam oleh bahasa-bahasa Eropah dengan
sebutan ‘cifre’, ‘chiffre’ dan ‘zero’.

al Khawarizmi dikenali juga sebagai bapa al-jabar melalui sumbangan beliau dalam
memperkenalkan jurusan aritmetik iaitu al-jabar. Al-Jabar secara ringkasnya
merupakan satu bidang matematik yang dipanggil ilmu persamaan. Melalui kaedah
penggunaan simbol yang mewakili nombor, nilai atau pemboleh ubah, banyak
masalah pengiraan dapat diselesaikan. Secara praktiknya, masalah-masalah
pengiraan yang dihadapi oleh masyarakat Islam dapat diatasi.

Bentuk pengiraannya yang menggunakan simbol tertentu disebut juga sebagai
algebra dalam ilmu matematik moden. Buku yang memperkenalkan kaedah
aritmetik al-jabar Ini turut diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan menjadi
rujukan di universiti-universiti di Eropah sejak diterjemahkan mulai abad ke12
Masihi hingga ke 16 Masihi. al Khawarizmi menghasilkan al-Kitab al-Mukhtasar fi
Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah.

Karya atau idea matematik yang dihasilkannya dimanfaatkan untuk mengatasi
masalah praktikal yang dihadapi oleh umat Islam, khususnya melibatkan pengiraan
seperti pembahagian harta pusaka dan perniagaan. Sungguhpun penyelesaian
masalah-masalah itu terkandung dalam al-Quran dan hadis, namun ilmu yang
diperkenalkannya dapat membantu mengatasi masalah pengiraan yang lebih rumit
dan kompleks yang tidak dihuraikan dalam kedua-dua sumber itu.

Sumbangan al Khawarizmi dalam bidang matematik amatlah besar, bukan sahaja
kepada umat Islam dan mencerminkan kehebatan dan keunggulan tamadun Islam,
malah apa yang membanggakan sumbangan beliau telah menjadi pemangkin
kepada kemajuan orang – orang Barat yang mendalami teori – teori yang
dikemukakan serta berkekalan hingga hari ini.

15. Bincangkan sumbangan al Mas’udi dalam bidang geografi.

al Mas’udi atau nama sebenarnya Abu al Hassan ‘Ali bin Husayn bin ‘Ali al Mas’udi
merupakan tokoh pelayar berasal daripada Iraq dilahirkan pada tahun 895 Masihi.
al Mas’udi memulakan pelayaran lebih awal berbanding Ibnu Battutah iaitu antara
tahun 914 Masihi hingga 915 Masihi dengan menuju ke arah Parsi, dan pernah
sampai di India, China, Indochina, Madagascar, Zanzibar, Oman, da lain – lain lagi.

Antara sumbangan ketara al Mas’udi dalam bidang geografi ialah penghasilan
karya agungnya Muruj al Dhahab wa Ma’adin al Jawahir yang dianggap sebagai
ensiklopedia geografi yang terawal. Penulisannya jelas menggabungkan ilmu
geografi dan disiplin sejarah agar ia menjadi lebih menarik. Beliau telah
menghuraikan dan menggambarkan keadaan gempa bumi, perairan Laut Mati, dan
sebagainya.

Melalui karya yang dihasilkan, al Mas’udi menyokong Teori Determinisme Alam
Sekitar iaitu tanggapan bahawa faktor persekitaran iaitu iklim yang dipengaruhi
oleh planet mempunyai pengaruh yang rapat dengan sikap manusia. Matahari dan
bulan dikatakan menentukan nasib dan hidup orang dari utara menyebabkan
mereka berbakat tinggi dalam aspek peperangan berbanding manusia di selatan
yang mempunyai sifat yang lebih suka bertafakur atau hidup dalam suasana aman.

Beliau juga cuba mengaitkan di antara fenomena alam semula jadi dengan
kehidupan manusia. Misalnya beliau mengatakan perwatakan serta gaya hidup
orang – orang Arab Badwi adalah berkait dengan kualiti alam sekitarnya yang tulen.
al Masudi juga berpendapat bahawa iklim turut mempengaruhi keadaan fizikal
sesuatu kaum. Contohnya, kulit orang Turki yang tinggal di Utara India. Beliau
membincangkan dan menganalisis budaya masyarakat setempat secara
sosiologikal dan antropoligikal. Dengan ini beliau turut menyumbang kepada asas
ilmu sosiologi dan antropologi

Karya al Mas’udi juga menggambarkan keadaan persekitaran di India khususnya
flora dan fauna yang terdapat berhampiran tepi Laut Combay. Antara bahan kajian
beliau ialah gajah, burung kakak tua, burung merak, buah oren, kelapa, dan lain –
lain. Beliau juga berjaya mengupas secara terperinci kawasan – kawasan di India
seperti Makran, Sind, dan Pantai Barat India setanding dengan apa yang dihasilkan
oleh Ibnu Khurdazbih dan Istakhri.

Sumbangan seterusnya al Masudi ialah beliau berusaha membetulkan kefahaman
pelaut – pelaut yang menyatakan setiap laut adalah berasingan. Beliau menjelaskan
bahawa setiap lautan iaitu Lautan Parsi, Laut China, Laut Rom, dan Laut Syria adalah
bersambungan antara satu sama lain. Sehubungan dengan pendapat ini, beliau
juga dapat membetulkan kekeliruan pelayar Arab dengan menjelaskan bahawa Laut
Kaspia adalah tidak bersambung dengan Laut Hitam.

al Masudi juga membahagikan bumi kepada dua garisan iaitu garisan bujur dan
garisan lintang. Penentuan garis – garis tersebut menentukan waktu, sifat iklim dan
kedudukan. Ilmu ini menjadi asas kepada ilmu pelayaran.

Sumbangan lain al Mas’udi ialah penjelasan bahawa jarak antara benua Eropah
dengan China ialah setengah lingkungan bumi. Selain itu, beliau juga telah
menamatkan kekeliruan nama sungai – sungai yang direntasi semasa pelayaran dan
menerangkan keadaan, lokasi, dan aktiviti masyarakat di India.

Sumbangan al Mas’udi amat besar dalam bidang ilmu geografi. al Mas’udi pula
boleh dianggap sebagai tokoh serba boleh bukan sahaja bidang, geografi, bahkan
menguasai ilmu seperti fizik dan sejarah sehinggakan masyarakat Arab
menggelarnya Herodotus dan Plinius.

16. Bincangkan sumbangan al Ghazali dalam bidang intelektual sehinga
digear Hujjatul Islam

Nama sebenar beliau ialah Abu Hamid bin Muhammad At-Tusi al-Ghazali. Gelaran
Al-Ghazali diambil bersempena dengan gelaran bapanya yang bekerja sebagai
pemintal bulu kambing (al-Ghazzal). Ada yang mengatakan mengambil sempena
kampung kelahirannya, Ghazalah. Kehebatan belaiu berhujah bagi menangkis
cabaran dan menyelamatkan akidah umat Islam serta mengamalkan ibadat dengan

cara yang betul telah menyebabkan beliai digelar Hujjatul Islam. Kehebatan tokoh
ini dapat dilhat dalam bidang falsafah, ilmu kalam, dan tasawwuf

Gelaran Hujattul Islam diperoleh berikutan hasil usaha dan ketekunannya
menyelamatkan pemikiran dan akidah umat Islam ekoran tersebarnya idea – idea
falsafah Yunani. Setelah membuat kajian yang mendalam, beliau membahagikan
golongan yang membahasakan ilmu falsafah kepada tiga golongan iaitu golongan
atheis, golongan natural, dan golongan teologi. Golongan atheis ialah golongan
yang mengingkari wujudnya pencipta yang mentadbir seluruh alam ini, manakala
golongan natural pula ialah ilmuwan yang banyak mengkaji berkaitan dengan
tabiat, kejadian dan anatomi manusia, tumbuhan serta haiwan. Golongan ini
mendakwa apabila mati mereka tidak akan hidup semula, justeru mereka menafikan
adanya hari akhirat. Ahli teologi pula membincangkan soal-soal ketuhanan seperti
Plato, Aristotle dan Socrates. Golongan ini membahaskan perkara-perkara
berkaitan tuhan dengan bersumberkan akal.

Beliau membahagikan atau mengklasifikasikan ilmu falsafah kepada enam
bahagian iaiti, matematik, mantik, fizik, ketuhanan, siasah dan akhlak. Menurut al
Ghazali, bidang matematik berkaitan dengan ilmu hisab ( kira – kira ) dan
kejuruteraan, namun ianya tidak berkaitan dengan perbahasan dari sudut agama.

Dalam bidang ilmu kalam, beliau enggan terbabit dalam majlis – majlis
perbincangan yang mengenepikan al Quran dan Hadis. Baginya dua sumber
rujukan yang berasaskan wahyu telah lengkap sepenuhnya. Baginya individu tidak
menjadikan al Quran dan Hadis sebagai rujukan, sebaliknya menggunakan akal
semata – mata dianggap keterlaluan dan termasuk dalam golongan yang
melakukan bida’ah dalam Islam

Berkaitan dengan ilmu tassawwuf, hujahnya dalam kitab Ihya Ulumuudin cukup
penting dalam membentuk fahaman dan amalan individu yang terlibat dengan
bidang ini. Beliau telah mengemukakan kritikan yang bertujuan membetulkan
kesalahan dan menghalang daripada penyelewengan yang boleh mencemarkan
bukan sahaja kemurnian agama Islam, malah membetulkan dan menunjuk ajar cara
beribadat yang sebenar. Apa yang pasti, kitab agung ini telah memurnikan semula
ilmu tasawwuf dengan ilmu – ilmu lain sekaligus mengenepikan atau mengabaikan
isu yang berkaitan dengan solat dan akhlak kerana iany bergerak seriing

17. Berdasarkan empat bangunan yang terdapat pada zaman kerajaan
Mughal, bincangkan keunikan bangunan – bangunan berkenaan.

Salah satu keunikan pemerintahan kerajaan Mughal di India ialah terdapatnya
pelbagai bangunan yang didirikan sewaktu pemerintahan Syah Jehan sehingga
diwarisi hingga hari ini. Antara bangunan – bangunan yang dirikan ialah masjid,
istana, kubu, taman bunga, makam diraja dan sebagainya. Menariknya bangunan –
bangunan ini disebabkan penggunaan bahan –bahan binaan yang tahan lasak dan

mampu memukau pandangan serta banyak kemudahan yang dapat dimanfaatkan
terutamanya binaan yang berkaitan dengan masjid.

Bangunan masjid yang didirikan pada zaman ini dilengkapi dengan menara yang
dihiasi indah terutama dengan seni khat Arab. Unsur lain terdapatnya kubah –
kubah bentuk baharu berupa bunga teratai yang mempunyai puncak yang
meruncing. Binaan ini menggambarkan gabungan bentuk kubah gaya Parsi
dengan gaya tempatan. Pada zaman ini terbina masjid yang besar dan istana yang
didirikan dalam sebuah kompleks, contohnya Masjid Lapan Mutiara di Agra.

Istana merupakan bangunan yang tersohor pada zaman ini, binaannya hampir sama
sebagaimana masjid, terdapat gabungan antara gaya Parsi dengan gaya tempatan.
Istana di Fathpur Sikri yang didirikan oleh Akbar diperbuat daripada batu merah
yang disusun dengan saiz yang agak besar. Sebuah pintu gerbang yang dibina
sebagai pintu masuk menyerlahkan kehebatan binaan ini. Di sekelling istana,
terdapat tembok batu yang mempunyai ruang tempat bersemayam pemerintah
yang juga merupakan ruang rasmi pemerintah. Istana terkenal ialah Taj Mahal,
bangunan yang didirikan di Agra sebagai tanda cinta dan kasihnya Syah Jehan
terhadap isterinya, Mumtaz. Bangunan ini didirikan di hujung sebuah taman yang
luas dengan pintu masuk berbentuk lengkuk awan yang menawan.

Bahan binaan bangunan ini ialah batu marmar merah dan keadaan ini menimbulkan
kontra yang menarik dengan bahagian induk di bahagian tengah yang
menggunakan batu marmar biru dan putih sebagai bahan binaannya. Di bangunan
tersebut juga didirikan juga masjid – masjid yang mempunyai seolah – olah tiga
atau hingga tujuh buah mihrab yang dibina bersebelahan. kedapatan juga masjid –
masjid lain yang berdinding tebal, tanpa jendela dibuat kosong tanpa sebarang
hiasan, identitinya hanya terlihat pada kubahnya yang runcing sahaja.

Monumen lain yang terdapat pada zaman kekuasaan kerajaan Moghul ialah kubur
atau tempat pemakaman raja – raja dan kaum kerabatnya. Bangunan yang didirikan
tersebut diturap dengan menggunakan bahan – bahan merah yang kekal lama.
Kebiasaannya bangunan berkenaan dilengkapi dengan menara yang didirikan
secara khusus serta berdiri secara bersendirian, iaitu terpisah dari kesatuan
bangunan yang menjadi induknya. Contoh paling jelas Makam Diraja Humayun,
strukturnya terdiri daripada batuan merah, batu putih dna marmar hitam dan putih
dikelililingi taman bunga

Kubu merupakan satu lagi bentuk seni bina yang terdapat di India, paling jelas Kota
Merah binaan sepanjang 2 kilometer, memperlihatkan gabungan seni bina Parsi
dan tempatan. Kubu ini dibina dengan menggunakan batu bata merah, batu
marmar yang dihiasi dengan corak flora, dilengkapi dua buah kubah dan di
dalamnya terdapat ruangan khas seperti rang mengadap dan ruangan khusus
untuk maharaja

Binaan yang begitu banyak pada zaman pemerintahan Syah Jehan
menggambarkan kehebatan tamadun Islam khususnya bidang seni bina yang
dimiliki oleh orang – orang Mughal. Oleh sebab sumbangan Syah Jehan yang

begitu besar dalam bidang ini, beliau digelar oleh sejarawan sebagai Bapa
Kebudayaan Islam zaman kekuasaan Mughal di India.

18. Ciri – ciri seni bina yang terdapat di Granada pada abad ke-13 Masihi
menepati ciri – ciri seni bina yang digariskan oleh Islam. Bincangkan.

Seni bina Islam merupakan salah satu daripada cabang kebudayaan dan keseniaan
Islam. Ia merupakan hasil usaha serta kreativiti orang Islam untuk memenuhi
keperluan jasmani dan rohani memandangkan kejiwaan manusia sangat
dipengaruhi oleh rohaninya. Di Granada, binaan yang terdapat menggambarkan
pengekalan ciri – ciri seni bina Islam ditambah pula dengan beberapa
pengubahsuaian agar sesuai dengan pemilihan tapak, budaya masyarakat dan
keperluan semasa

Bahan binaan yang kukuh merupakan ciri seni bina Islam paling asas - bahan
binaan bukan sahaja unik tetapi yang penting kukuh. Istana al Hambra dan
tinggalan bangunan lain masih digunakan oleh golongan Kristian wp jatuh ke
tangan gololngan berkenaan. Binaan seni dihasilkan oleh masyarakat Granada atau
masyarakat luar Granada yang dikenali dengan seni bina mudejar

Bangunan – bangunan yang didirikan dihiasi kaligrafi dan ukiran yang selari dengn
Islam, contoh paling jelas ialah binaan Masjid al Mulk, terukir gelaran pemerintah
pada pintu masuk, manakala pada dinding – dinding masjid berkenaan tertera
kalimah Arab dan ayat al Quran. Begitu juga dengan istana, setiap ruangan yang
berasingan akan mempunyai ukiran unik dan kaligrafi Arab ( khat )

Terdapat juga ruangan - ruangan khas yang disediakkan dengan matlamat untuk
memastikan keselesaan. Terdapat pelbagai ruang yang berbeza kegunaan,
antaranya ruangan pengadilan yang dihiasi dengan pelbagai ukiran. Setiap
ruangan mempunyai nilai keindahan dan kehebatan tersendiri - ruang duta, ruang
persalinan permaisuri, ruang persiraman diraja. Setiap satunya menjanjikan
kelebihan dan keterasingan yang tersendiri yang menggambarkan keindahan dan
keunikan

Ciri seterusnya yang tidak kurang pentingnya ialah binaan terletak di kawasan yang
strategic. Contoh paling jelas ialah binaan kota al Hambra di kawasan strategik –
dibina di kawasan bukit yang dinamakan Bukit La Sabica - kawasan yang dijadikan
kubu pertahanan dan kota. Binaan kebiasaan akan dilengkapi juga dengan menara
atas sebab keselamatan dan menikmatan keindahan

Tidak dinafikan ciri – ciri seni bina yang terdapat Granada menepati ciri – ciri seni
binan Islam; di samping ketahanan diutamakan, aspek keselesaan dan keindahan
juga wujud, sesuai dengan agama Islam yang amat menyukaikan keindahan dan
kecantikan.

TEMA 3

1. Bincangkan faktor-faktor yang mendorong perluasan kuasa Barat semasa
pemerintahan Khalifah Uthmaniyah di Turki pada abad ke-20.

Sejak abad ke-16, negara-negara Eropah giat melaksanakan perluasan kuasa
mereka. Penjelajahan dan penerokaan kuasa Eropah seperti Portugal, Sepanyol,
Belanda, Perancis dan Britain mengakibatkan kawasan-kawasan di Benua Afrika,
Asia dan Amerika menjadi jajahan takluk negara-negaraBarat. Menjelang abad ke-
19, orang-orang Eropah mengalihkan perhatian mereka kepada empayar Turki
Uthmaniyah. Mereka ingin menguasai wilayah-wilayah Eropah yang ada di bawah
penguasaan kerajaan Turki Uthmaniyah.Empayar ini diasaskan oleh Uthman
Ertughrul pada tahun 128 l. Kerajaan Turki Uthmaniyah yang dipimpin oleh 37 orang
khalifah selama lebih 600 tahun mula merosot pada abad ke-20. Kemerosotan
empayar ini adalah kerana dasar perluasan kuasa negara-negara Barat yang
didorong oleh beberapa faktor.

Antara faktor perluasan kuasa Barat ialah persaingan antara negara-negara Eropah.
Negaranegara seperti Britain, Perancis, Jerman, Austria-Hungary dan Rusia
berlumba-lumba untuk merebut wilayah-wilayah empayar Turki
Uthmaniyah.Keluasan tanah jajahan membangunkan kekuatan negara-negara
Barat. Semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan yang diberikan.
Perancis telah menceroboh dan menakluki Algeria dan Tunisia. Pemimpin Kerajaan
Turki Uthmaniyah tidak dapat mempertahankan kawasan ini kerana masalah
dalaman. Rusia juga berperang dengan Kerajaan Turki Uthmaniyah untuk
mendapatkan wilayah-wilayah di kawasan Balkan. Britain pula menguasai Mesir dan
Teluk Arab. Britain juga mengadakan perjanjian dengan penguasa wilayah Kuwait
dan Amerika untuk menentang pemimpin Keraj aan Turki Uthmaniyah.

Revolusi Perindustrian telah mendorong perluasan kuasa Barat di Turki
Uthmaniyah. Sektor perindustrian berkembang pesat pada abad ke-18. Penciptaan
enjin berkuasa wap, perlombongan arang batu dan kemajuan dalam sistem
pengangkutan merancakkan lagi Revolusi Perindustrian. Kekayaan sumber dari
tanah jajahan memenuhi keperluan kilang-kilang. Perdagangan antarabangsa juga
berkembang pesat akibat sistem kewangan yang dinamik. Pinjaman kredit kepada
golongan usahawan dan pemodal mendorong perluasan kuasa. Pemodal-pemodal
Eropah banyak melabur di Afrika Utara dengan terlibat dalam sektor pertanian,
perlombongan dan penyediaan jalan raya dan jalan kereta api. Perluasan kuasa
Barat di wilayah-wilayah boleh membawa keuntungan yang besar untuk penjajah
Barat.

Selain itu, pembinaan Terusan Suez juga mendorong perluasan kuasa Barat. Kuasa-
kuasa Barat telah menguasai terusan ini kerana terusan ini merupakan jalan
perdagangan laut yang paling penting pada masa itu. Tidak dapat dinafikan bahawa
perdagangan antarabangsa berkembang pesat kerana laluan. perdagangan
dipendekkan dan dapat menjimatkan kos. British berjaya menguasai terusan ini
dengan membeli 45 peratus jumlah saham syarikat awam yang membina terusan
ini. British membeli saham ini daripada Khedif Ismail, iaitu Gabenor Mesir yang
hampir muflis. Dengan memiliki Terusan Suez, British dapat meluaskan kuasanya di
Mesir.

Keperluan terhadap sumber bahan mentah, iaitu petroleum juga menyebabkan
perluasan kuasa.Kawasan Turki Uthmaniyah kaya dengan petroleum. Sumber
ekonomi ini mendorong kuasa-kuasa Barat menggunakan pelbagai cara untuk
mendapatkan konsesi melombong petroleum. Britain, Perancis dan Jerman
menggunakan muslihat dan tipu helah untuk mencapai impian mereka. Sultan
Abdul Hamid II kehilangan takhta baginda kerana isu cari gali minyak petroleum.
Pada awal abad ke-20, petroleum ditemui di Iran, Iraq, Arab Saudi,Kuwait dan
Bahrain. Penemuan ini menimbulkan persaingan dan konflik attara kuasa-kuasa
Barat. Jerman danAmerika Syarikat juga mula melibatkan diri dalam perluasan
kuasa di Turki Uthmaniyah.

Kuasa Barat mengagumi para tokoh yang menerima baik konsep hidup moden dan
menganggap Kerajaan Turki Uthmaniyah yang menolak konsep modenisme
sebagai manusia yang kolot dan mundur. Kuasa-kuasa Barat ini menguatkan lagi
konsep modenisme melalui sistem pendidikan dan komunikasi. Negara-negara
Barat ini juga memburukkan Islam sebagai agama yang ketinggalan zaman . Mereka
juga ingin meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyah yang dipimpin oleh orang Islam
kerana menolak konsep modenisme.

Kesimpulannya, Empayar Turki Uthmaniyah runtuh selepas Perang Dunia Pertama.
Empayar ini berpecah-belah kerana negara-negara Eropah yang meraih
kemenangan membahagi-bahagikan empayar ini. Sistem pemerintah khalifah
dihapuskan dan Kerajaan Turki menjadi sebuah republik.

2. Tanzimat merupakan implikasi daripada peluasan kuasa Barat di Turki
pada abad ke-18 hingga abad ke-20. Bincangkan.

Kerajaan Turki Uthmaniyyah diasaskan oleh Uthman Ertogrul, pemimpin yang
berasal daripada Asia Tengah serta pernah berkhidmat dengan Kesultanan Seljuk
bagi memerangi bangsa Moghul. Kerajaan ini mencapai era keagungan sewaktu
pemerintahan Muhammad al Fatih apabila berjaya menguasai kota Constantinople
dan terus berkembang hingga meliputi benua Asia, Eropah, dan Afrika. Tanzimat
bermaksud pembaharuan atau reformasi yang berlaku di Turki secara evolusi antara
tahun 1839 hingga 1876 yang meninggalkan kesan mendalam pada masyarakat
Turki khasnya dan umat Islam amnya.

Tanzimat di Turki bermula dengan penggubalan piagam yang dikenali sebagai
Hatt-i Syarif Gulhane. Piagam ini bersifat sekular iaitu menyeru kepada reformasi
yang melibatkan perubahan – perubahan terhadap institusi masyarakat dengan
syarak tetap menjadi undang – undang negara Turki. Piagam ini menjanjikan
keselamatan nyawa, maruah dan harta untuk semua rakyat tanpa mengira agama
di samping jaminan persamaan hak dan pembicaraan yang adil, telus, dan terbuka.
1856, muncul piagam kedua yang mengesahkan segala janji yang termaktub dalam
Hatt-i Gulhane, namun apa yang mengejutkan segala aspek syarak digugurkan
sama sekali ( gambaran pengaruh sekular kian menular )

Dalam bidang pentadbiran, tanzimat yang berlaku ialah mengemaskinikan
pentadbiran pusat dengan membentuk kementerian – kementerian seperti
Kementerian Kerjaraya, Kementerian Pelajaran, dan Kementerian Polis. Majlis Diraja
diberikan jenama baharu iaitu Majlis Tanzimat yang berperanan merangka segala
pembaharuan serta mengelak amalan rasuah dalam kalangan pentadbir kerajaan.
Ahi – ahli yang dipilih berpendidikan Barat dan perbincangan kerap diadakan untuk
mewujudkan amalan demokrasi. Pentadbiran yang dirangka adalah bermodelkan
pentadbiran Perancis.

Dalam bidang pendidikan, sistem pendidikan yang dirangka adalah aliran akademik
yang terpisah dengan keagamaan. Institusi pendidikan yang ditubuhkan bermula
dari sekolah rendah hingga peringkat universiti. Kurikulum yang diperkenalkan
merangkumi mata pelajaran berasaskan ilmu aqliah yang diletakkan di bawah
selenggaraan Akademi Pelajaran. Implikasi daripada penekanan terhadap mata
pelajaran sekular, pengetahuan para pelajar muslim tentang Islam kian
berkurangan menyebabkan kehilangan identiti dalam kalangan mereka. Selain itu,
sekolah atau madrasah kian ketinggalan berbanding sekolah – sekolah profesional
corak awam dan militer.

Dalam bidang perundangan dan kehakiman, kesan daripada pelaksanaan tanzimat
beberapa peraturan yang digubal diadakan tanpa penglibatan para ulama.
Peraturan – peraturan berhubung jenayah, tanah, perniagaan dan pelayaran
diubahsuai berdasarkan undang – undang Perancis. Institusi mahkamah turut
mengalami perubahan, mahkamah sekular didirikan bagi mengendalikan atau
menjalankan undang – undang baharu. 1847, mahkamah campuran didirikan bagi
mengendalikan kes jenayah dan sivil dengan dihakimi oleh sama ada hakim
berbangsa Eropah atau yang beragama Islam. Sedikit demi sedikit peranan ulama
mula diketepikan dalam pelaksanaan perundangan dan kehakiman.

Dalam bidang ketenteraan pula, latihan dan aspek – aspek ketenteraan
dikendalikan mengikut model Barat. Dalam usaha memperkemas dan
memperkukuhkan angkatan tentera, individu yang mempunyai hubungan keluarga
serta rapat dengan istana dan penghuni bandar - bandar diberikan peluang
berkhidmat dalam tentera darat dan tentera laut. Dalam hal ini, telah muncul
pegawai – pegawai muda yang memainkan peranan penting melncarkan gerakan
merampas kuasa dengan menggulingkan institusi kesultanan di Turki.

Dalam bidang komunikasi, alatan media massa dimanfaatkan untuk
mempopularkan idea – idea baharu dari Barat; karya – karya berbentuk puisi, novel,
dan cerpen berorientasikan Barat sedangkan nilai – nilai keislaman telah
diketepikan. Karya – karya yang dipopularkan menyentuh isu raja perlembagaan

sedangkan isu ketaatan beragama tidak pernah disentuh. Penyediaan kemudahan
infrastruktur ( pengangkutan dan perhubungan ) juga disediakan, namun
kemajuannya tidak seimbang antara kawasan.

Dalam bidang ekonomi, tanzimat atau reformasi tidak diberikan keutamaan
termasuk bidang pertanian. Sebaliknya, pihak Barat telah merancang agar kerajaan
Turki Uthmaniyyah meminjam wang atau modal menyebabkan kerajaan ini
terpaksa berhutang dengan pemodal – pemodal asing. Malah, Turki terpaksa
bergantung kepada Barat bagi mendapatkan bekalan makanan, peralatan, dan
modal bagi perbelanjaan pembangunannya.

Kesimpulannya, tanzimat yang berlaku di Turki walaupun dirangka untuk
memodenkan Turki, namun ianya menimbulkan impak negative disebabkan
pembaharuan – pembaharuan yang dilaksanakan lebih condong kea rah
pemupukan sekularisme sedangkan Islam mula diketepikan sedikit demi sedikit
yang akhirnya membawa kegoyahan dan kejatuhan kerajaan ini di tangan individu
yang berfikiran nasionalis dan sekular.

3. Nilaikan kesan – kesan penglibatan Turki Uthmaniyah dalam Perang
Dunia I

Perang Dunia I berlaku antara tahun 1914 hingga 1918, melibatkan dua buah kuasa
besar yang dikenali sebagai Tripple Alliance yang dianggotai oleh Jerman, Itali dan
Austria-Hungary menentang Tripple Entente yang dianggotai oleh Rusia, Perancis
dan Britain. Penglibatan kerajaan Turki Uthmaniyah dalam perang ini berpunca
daripada beberapa faktor, antaranya keinginan Turki mendapatkan semula wilayah
– wilayah yang terlepas seperti Macedonia, Thrace, Anatolia, dan Cyprus ekoran
beberapa siri perjanjian dengan kuasa – kuasa Barat sebelum tercetusnya Perang
Dunia I

Penglibatan Turki dalam perang ini bermula apabila Enver Pasha berserta pemimpin
Kaum Turki Muda memutuskan untuk menyertai pakatan yang diketuai oleh
Jerman sebagai langkah terakhir memastikan wilayah - wilayah jajahannya. Dari
segi politik, kekalahan sekutunya, Jerman dalam perang ini menyebbakan Turki
menerima tempias yang sama, kerajaan Turki Uthmaniyyah telah kehilangan banyak
wilayah kekuasaannya termasuk Palestine. Malah, kerajaan Turki Uthmaniyah telah
berbejaya dipecahkan melalui perjanjian - perjanjian yang ditandatanganis perti
Perjanjian Mudros

Keadaan semakin kritikal apabila Parlimen Turki telah bertindak membubarkan
sistem kesultanan, dan diganti dengang pemerintahan berbentuk republik yang
diiktiraf oleh dunia antarabangsa melalui Perjanjian Lausanne yang turut
mengisytiharkan penamatan sistem berkhalifah, harta khalifah dirampas, dan
kerajaan Turki baharu akan dibentuk berasaskan sekularisme

Bukan sahaja sistem berkhalifah ditamatkan, malah suatu penghinaan terhadap
pemerintah sebelumnya ialah khalifah terakhir Khalifah Abdul Majid II telah diusir
dan dibuang negeri iaitu ke Switzerland, diikuti perubahan pusat pemerintahan dari
kota Istanbul ke kota Ankara.

Muncul tokoh nasionalis yang berfikiran liberal yang berkiblatkan negara Barat,
Mustaffa Kamal Atarturk melakukan banyak perubahan secara radikal seperti
memisahkan politik dengan agama, menghapuskan Mahkamah Syariah, gelaran
Arab dihapuskan dan rakyat diwajibkan menggunakan gelaran keluarga mengikut
budaya Barat, dan penulisan huruf Arab diubah kepada huruf Latin

Dari segi sosial, kekalahan dalam Perang Dunia I juga menyebabkan masyarakat
Turki dilanda krisis kemerosotan akhlak dan moral, budaya Barat telah berjaya
meruntuhkan akhlak umat Islam, malah perpecahan kian ketara dalam kalangan
masyarakat di Turki, dengan kata lain penghayatan semangat persaudaraan kian
luntur.

Akibat kekalahan dalam Perang Dunia I, Turki mengalami kemerosotan ekonomi
yang ketara, ekonomi semakin teruk kerana dengan Persetujuan Sykes-Picot,
wilayah Turki Uthmaniyah kini dibahagikan kepada British, Perancis, dan Itali.
Perdagangan negara Islam semakin merosot kerana bangsa Eropah kini menguasai
aktiviti perdagangan di Laut Hindi, Laut Mediterranean, Terusan Suez, dan jalan -
jalan perdagangan lain

Penglibatan Turki Uthmaniyyah dalam Perang Dunia I merupakan suatu kerugian
besar yang terpaksa ditanggung bukan sahaja oleh pemerintah, malah umat Islam.
Hal ini disebabkan bukan sahaja kerajaan ini akhirnya lenyap khususnya sistem
berkhalifah, bahkan pemikiran dan tingkah laku umat Islam di sana kian ketara
merosot dan menyimpang daripada ajaran Islam sekaligus membolehkan kuasa
Barat mengukuhkan cangkaman kekuasaannya

4. Perang Dunia I merupakan titik tolak penamat kerajaan Turki
Uthmaniyah. Bincangkan

Perang Dunia I melibatkan dua buah kausa besar yang dikenali sebagai Tripple
Alliance dan Tripple Entente. Aapa yang menariknya dalam perang ini, ianya telah
melibatkan kerajaan Turki Uthmaniyyah yang bertindak menyokong Jerman.
Penglibatan Turki Uthmaniyyah dalam perang ini bertujuan untuk mengelakkan
wilayah – wilayah kekuasaannya terus hilang dikuasai oleh kuasa Barat di samping
usaha mendapatkan semula tanah – tanah jajahan berkenaan dengan bantuan
Jerman

Kekalahan pakatan kerajaan Turki Uthmaniyah dengan Jerman, telah menyebabkan
kerajaan Turki Uthmaniyah terpaksa bersetuju melepaskan seluruh wilayahnya di
Timur Tengah yang merupakan sebahagian daripada keagungannya pada masa
lampau, berjuang mempertahankan tanah air mereka di Anatolia dan
persekitarannya daripada menjadi rebuatn kuasa-kuasa asing. Ekorannya, Timur
Tengah telah dipersetujui untuk diletakkan di bawah kuasa ‘mandat’. Antara wilayah
yang diletakkan di bawah kuasa ‘mandat’ ialah Syria bersama Lubnan yang
diserahkan kepada British.

Walaupun Gerakan Pembebasan Turki telah berjaya mengusir Britain dari bumi
Turki Uthmaniyah pada tahun 1922, namun status Turki kini berubah, negara
berkenaan diisytiharkan secara rasminya sebagai sebuah negara sekular yang
memakai nama ‘Republik Turki’. Pengisytiharan ini dibuat setelah berlakunya
pemansuhan kuasa sultan pada 1 November 1922 dan menandakan lenyapnya
kekuatan dan keagungan kerajaan khilafah pada 3 Mac 1924

Sebaik sahaja Mustafa Kamal Attartuk dilantik menjadi pemimpin negara Turki
Moden, beliau melaksanakan program pembaratan dan pensekularan yang
merangkumi penamatan institusi Khilafah Uthmaniyah dan penutupan madrasah
serta mewujudkan sistem pendidikan sekular, pengharaman amalan tariqat dan
penutupan tempat-tempat tariqat diamalkan (tekke), penutupan makam-makam
wali (turbe) dan penguatkuasaan pemakaian topi ala Barat dan peraturan yang
mengharamkan berpakaian cara Islam

Pembaharuan lain yang dilaksanakan ialah undang-undang Barat, pengenalan
sistem timbang serta sukat mengikut Barat dan pengenalan Kalendar Gregorian,
penukaran penulisan kepada tulisan Rumi bagi menggantikan tulisan Arab dan
mengakhiri Islam sebagai agama rasmi negara, penamatan pengajaran bahasa Arab
dan Parsi di sekolah rendah dan menengah kerajaan, memberikan hak mengundi
dan memegang jawatan dalam perkhidmatan awam kepada wanita, dan akhirnya,
penerimaan sekularisme dan revolusionisme sebagai prinsip dasar dalam
perlembagaan Turki

Perang Dunia I bukan sahaja membawa kehancuran kerajaan berbentuk khilafah,
apa yang lebih malang ianya menandakan bermula pula penjajahan minda oleh
kuasa Barat di bumi Turki dengan menggunakan bangsa Turki sendiri sebagai
tunggangannya.

5. Bincangkan punca – punca kemerosotan dan keruntuhan kerajaan Turki
Uthmaniyah pada abad – 20 Masihi

Kerajaan ini bermula pada tahun 1281 sehingga 1924; berpusat di Turki seiring
dengan kejatuhan Baghdad dari Bani Abbasiyah yang ditakluki oleh orang – orang
Monggol. Kerajaan ini diasaskan oleh Othman bin Ertoghrul; terdapat 38 orang
khalifah dan antara tokoh – tokoh khalifah terkenal ialah Urkhan, Muhammad II dan
Sulaiman II. Kemuncak kejayaan kerajaan ini ialah kejayaan Muhammad al Fateh,
kejayaannya menguasai kota Constantinople yang merupakan kubu kuat kerajaan
Rom Timur. Namun penglibatan dalam Perang Dunia I, merupakan titik tolak
kepada kemerosotan kerajaan ini sekaligus telah membawa kepada kejatuhan
kerajaan ini di tangan bangsa sendiri yang dipengaruhi oleh pemikiran sekularisme

Konspirasi negara – negara Barat khususnya Britain, Perancis, Itali dan Rusia yang
sentiasa berusaha menjatuhkan kerajaan Islam ini disebabkan kemampuannya
menguasai banyak tanah jajahan serta kedudukannya yang strategik antara benua
Asia dengan benua Eropah. Tindakan memecahbelahkan umat Islam di Turki
dengan menaja fahaman nasionalisme dan pemikiran sekularisme dalam kalangan
pelajar di luar negara amat berkesan. Kalangan pelajar berkenaan pulang ke negara

asal, seterusnya memperjuangkan fahaman serta mendapat sokongan khususnya
dalam kalangan negara Barat, antaranya Mustaffa Kamal Atarturk

Tindakan khianat negara Islam khususnya yang berbangsa Arab seperti Mesir yang
berttindak keluar daripada naungan kerajaan Turki Uthmaniyah atas hasutan British.
Hal ini juga dikaitkan dengan fahaman assabiyah yang menebal dalam kalangan
bangsa Arab

Pengaruh dan peranan golongan Turki Muda yang menggesa diadakan perubahan
dalam pemerintahan dan kebudayaan Turki. Malah terdapat juga Pergerakan Kaum
Wanita Turki yang mahukan kebebasan dari tradisi lama atau agama Islam yang
menjaga kepentingan hokum khususnya terhadap kaum wanita terus menggugat
keutuhan kerajaan Turki Uthmaniyah yang berteraskan pentadbiran syariah Islam
khususnya dalam aspek sosial

Pengaruh Yahudi atau Pertubuhan Freemason yang berhasrat mendirikan kerajaan
Yahudi di bumi Palestine.

Ringkasnya kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah berpunca daripada faktor
dalaman, sebagaimana yang dinyatakan di awal tadi, jatuh disebabkan tangan –
tangan jahat anak watan sendiri yang terpengaruh dengan cara hidup dan budaya
serta pemikiran Barat, sanggup mengorbankan kerajaan berbentuk khilafah yang
diasaskan oleh generasi sahabat

6. Nilaikan faktor – faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Syria pada
abad ke-20 Masihi.

Selepas berakhir Perang Dunia I, kuasa imperialis mula mengambil alih tanah
jajahan milik kerajaan Turki Uthmaniyah, antaranya Perancis yang bertindak
menguasai Syria yang kemudiannya bertindak menjajah negara berkenaan selama
7 tahun. Meskipun pilhan raya telah diadakan pada tahun 1927, namun Syria masih
lagi berada di bawah naungan dan cengkaman penjajahan Perancis. Parti yang
memenang pilihan raya berkenaan, Parti Blok Nasional soleh – olah menjadi boneka
Perancis.

Dari sudut agama, ianya dikaitkan dengan tindakan Yahudi yang menceroboh bumi
negara jirannya, Palestine. Masyarakat di Syria mempunyai kesedaran perlunya
penyatuan dalam kalangan nasionalis bagi mengatasi ancaman proksi Barat
khususnya di Syria

Faktor kewartawanan pula dikaitkan dengan pengaruh Majalah al Manar yang
diterbitkan di Mesir oleh anak watan Syria Rashid Rida. Majalah ini membincangkan
isu kelemahan umat Islam, pengaruh sekularisme dan nasionalisme serta
menangani isu sosial dan peradaban. Malah majalah ini diedarkan di seluruh negara
Islam termasuk Syria yang dikongkong oleh Perancis

Al Manar juga membawa idea – idea yang dapat membuka minda masyarakat di
Syria dengan menerangkan dasar – dasar Pan-Islamisme, modenisme,
nasionalisme, mempelopori pertukaran idea dengan idea lain, menjelaskan
hubungan antara falsafah agama dan budaya serta menangani isu – sosial serta
peradaban.

Dari sudut pendidikan dan keintelektualan, penubuhan akademi bahasa
membolehkan cerdik pandai berkumpul dan bertukar – tukar fikiran. Selain itu,
focus penubuhan akademi ini ialah menyatukan bangsa Arab walapun menyedari
halangannya begitu sukar, tapi kemungkinan itu ada melalui wadah bahasa Arab.

Abu Khaldun Sati al Husri menyokong penubuhan negara Arab yang merdeka di
Syria. Penubuhan beberapa buah universiti telah menjadi asas kepada kelahiran
golongan cerdik pandai yang lantang bersuara dan mengkritik penjajah. Tokoh
intelektual yang lahir dari Syria ialah Rashid Rida yang banyak melontarkan idea
nasionalisme di Syria serta menggesa umat Islam melakukan perubahan dan
melakukan ijtihad dalam menghadapi kehidupan moden

Pengaruh luar turut membawa kebangkitan semangat nasionalisme di Syria,
antaranya yang paling ketara ialah pengaruh gerakan nasionalisme di Mesir;
tempias perubahan yang berlaku di Mesir menyedarkan masyarakat Islam di Syria.
Pengaruh Shakib Arselan yang menggesa penduduk Syria bersatu di bawah
kerajaan Turki Uthmaniyyah dan bangun menentang British semasa Perang Dunia
I sekaligus menolak konspirasi Barat menjatuhkan kerajaan Turki Uthmaniyyah

Kebangkitan nasionalis di Syria berpunca daripada amalan kerajaan Perancis, di
samping timbulnya kesedaram bahawa perlunya penyatuan dalam pelbagai demi
membebaskan diri daripada cengkaman penjajahan Perancis.

7. Jelaskan faktor – faktor kebangkitan semangat nasionalisme di Mesir
pada abad ke-20 Masihi.

Sebelum penjajahan kuasa – kuasa Barat di Mesir, negara tersebut sebenarnya
merupakan sebahagian daripada empayar Turki Uthmaniyyah. Sejak tahun 1517
Masihi, Mesir ditadbir oleh golongan Mamluk sehinggalah dikalahkan oleh tentera
Perancis yang diketuai oleh Napoleon Bonarparte. Penjajahan Perancis di Perancis
hanya bertahan selama tiga tahun apabila pakatan Turki Uthmaniyyah – British
berjaya mengalahkan Perancis pada tahun 1801. Bermula dari saat itulah British
mula menguasai Mesir termasuk menguasai sumber – sumber ekonomi yang
berharga serta mengeskploitasi rakyat Mesir demi kepentingan mereka sedangkan
penduduk – penduduk tempatan terus dibelenggu dan ditindas sehingga jauh
ketinggalan berbanding golongan pendatang.

Menyedari keadaan ini telah timbul gerakan atau semangat kebangsaan bagi
memulihkan keadaan ini dengan dipelopori oleh tokoh – tokoh tempatan seperti
Jamaluddin al Afghani, Muhammad Abduh, dan Muhammad Rashid Rida
melontarkan idea – idea bagi membela dan melindungi masyarakat tempatan yang
dibelenggu oleh penjajah. Jamaluddin al Afghani telah menyeru agar kesatuan
umat Islam diwujudkan bagi menjadi benteng pertahanan menghadapi arus
imperialisme Barat. Beliau telah berganding dengan Muhammad Abduh menyusun
gerakan yang dikenali sebagai al Urwah al Wuthqa untuk memberikan kesedaran
kepada umat Islam termasuk mengeluarkan majalah sehinggakan pihak penjajah

Barat khususnya British bertindak menyekat kemasukan majalah berkenaan ke
wilayah Mesir dan India.

Seterusnya faktor yang mendorong kebangkitan semangat kebangsaan di Mesir
ialah peranan bahasa dan kesusasteraan khususnya penerbitan bahan – bahan
kreatif seperti puisi, novel, dan cerpen. Antara tokoh yang banyak menghasilkan
karya – karya kreatif bagi menyedarkan masyarakat Mesir akan kepincangan dan
kelemahan mereka serta mengkritik secara sinis pihak penjajah ialah Taha Husayn
dan Najib al Kilani. Taha Husayn umpamanya telah menghasilkan karya fiksyen yang
menonjolkan isu kemiskinan dan kejahilan, malah beliau turut sama menggarap
penulisan yang berbaur politik. Begitu juga dengan Najib al Kilani, beliau telah
mengasaskan kesatuan Rabitah Adab al Islami al ‘Alamiyyah iaitu gerakan yang
menjadi perintis kepada penghasilan karya – karya kesusasteraan Islam. Meskipun
beliau dipenjara, namun ia tidak menjadi penghalang kepadanya untuk
menghasilkan karya – karya yang membangkitkan kesedaran dalam kalangan
rakyat. lebih daripada 70 buah novel yang dihasilkannya memaparkan pembelaan
terhadap golongan yang lemah serta menentang kezaliman serta kebatilan.

Seterusnya media massa juga berperanan penting dalam kebangkitan semangat
kebangsaan. Penerbitan akhbar seperti al Muqattam, al Muqtataf, dan al Mua’yyad
jelas telah dapat meniupkan semangat kebangsaan dalam masyarakat Arab
termasuk di Mesir. Akhbar – akhbar seumpama ini telah menyediakan ruangan khas
untuk para penulis melontarkan idea khususnya untuk menyedarkan rakyat, dan
antara yang mengambil kesempatan tersebut ialah Muhammad Rashid Rida dan
Mustafa Kamil Pasha

Faktor terakhir yang mendorong kemunculan semangat kebangsaan di Mesir ialah
peranan institusi pendidikan di mesir khususnya Universiti al Azhar yang banyak
menghasilkan tokoh – tokoh pejuang atau nasionalis seperti Syaikh Rifa’ah al
Tantawi, Saad bin Zaghlul, dan Muhammad Abduh. Meskipun mendapat
pendidikan Islam, individu – individu berkenaan amat peka dengan perkembangan
pendidikan Barat. Sehubungan dengan itu, mereka berusaha mengubah sistem
pendidikan di Mesir dengan memperbaharui sistem pendidikan tradisional dan
memperbaiki sistem pendidikan moden. Selain itu, peranan Universiti al Azhar
sendiri dapat dilihat dengan menggalakkan kegiatan penterjemahan buku – buku
ilmiah ke bahasa Arab bagi membolehkan rakyat Mesir membaca, memahami dan
berusaha menjadikan iktibar bagi membentuk masyarakat yang tidak terkongkong
dengan kuasa imperialis Barat.

Kebangkitan semangat kebangsaan di Mesir berlaku akibat kesedaran golongan –
golongan intelektual yang bingkas berusaha menyedarkan masyarakat akan
kepincangan yang dihadapi. Golongan intelektual ini menggunakan majalah,
akhbar, karya – karya kreatif sebagai wadah perjuangan, malah ada pemimpin yang
sanggup bersemuka dengan penjajah seperti Saad bin Zaghlul yang memaksa
British sekurang – kurang menghadiahkan kemerdekaan bersyarat kepada Mesir
pada tahun 1922.

8. Huraikan pengaruh bahasa dan sastera dalam gerakan nasiomalisme di
Mesir pada abad ke-20 Masihi.

Gerakan nasionalisme di Mesir dikatakan bermula sebelum ke- 18 Masihi, namun
mencapai kemuncaknya tatkala Mesir dijajah oleh Perancis selama tiga tahun diikuti
oleh British. Punca kebangkitan semangat kebangsaan ini ialah berikutan ancaman
atau penguasaan ekonomi dan politik kuasa – kuasa tersebut di Mesir. Terdapat
beberapa faktor yang membawa kemunculan gerakan nasionalisme di Mesir,
antaranya pengaruh bahasa dan tulisan yang dikaitkan dengan kemunculan penulis
menghasilkan karya tertentu bagi mengkritik pihak penjajah.

Kemunculan penulis – penulis bagi membangkitkan gerakan nasionalisme di Mesir
dikaitkan dengan perkembangan institusi pendidikan yang melahirkan ramai
penulis seperti Taha Husayn dan Najib al Kilani. Penulis – penulis di sini
menghasilkan karya berbentuk novel, cerpen, esei, artikel yang kesemuanya
bertujuan untuk memupuk semangat kebangsaan dalam kalangan penduduk Mesir
khususnya pada abad ke-20 Masihi.

Taha Husayn telah menghasilkan karya - karya yang pelbagai bentuk meliputi
bidang pengajian Arab, kebudayaan, kesusasteraan Islam dan fiksyen yang
memuatkan idea – ideanya mengkritik masalah kemisikinan, kejahilan, dan berbaur
politik yang ditujukan kepada imperial Bristish khasnya.Bagi meningkatkan taraf
hidup penduduk, beliau menyarankan agar pendidikan percuma diperkenalkan
kerana ia akan mampu melahirkan golongan cerdik pandai yang mampu mengubah
lanskap masyarakat di Mesir. Antara karya yang dihasilkan oleh Taha Husayn ialah
Wednesday Talk, A Man of Letters, An Egyptian Childhood mengandungi unsur –
unsur di atas yang bakal menimbulkan angin perubahan dalam pemerintahan
kolonial di Mesir.

Najib al Kilani pula merupakan penulis yang aktif menulis dalam pelbagai genre;
novel, buku, cerpen, karya berbentuk kritikan dan sebagainya. Idea – idea yang
membangkitkan semangat kebangsaan telah menyebabkan beliau beberapa kali
diseret ke penjara, namun itu bukan halangan baginya menghasilkan karya sama
ada dalam bentuk prosa mahupun puisi. Karya – karya yang dihasilkan lebih kepada
berbentuk kritikan sosial; umpamanya pembelaan terhadap kaum yang lemah dan
teraniaya serta menentang kezaliman dan kebatilan.

Beliau juga berusaha menonjolkan peranan golongan ulama dan ilmuan dalam
karya – karyanya. Antara karya yang dihasilkan oleh Najib al Kilani ialah al Tariq al
Tawil, Dumu’ al Amir, ‘Umar Yazhar fi al Quds, al Islamiyyah wa al Mazahib al
Adabiyyah, dan ‘Ala Aswar Dimashq. Kehebatan karya – karya yang dihasilkan oleh
penulis seperti Najib al Kilani terserlah apabila buku karyanya diterjemahkan ke
dalam pelbagai seperti Indonesia, Inggeris, Jerman, Perancis, dan Urdu yang akan
membawa kepaad penukaran idea – ideanya ke seceruk tempat.

Kemunculan penulisan berbentuk kreatif dan ilmiah yang dicetuskan oleh penulis –
penulis seperti Taha Husayn dan Najib al Kilani sesungguhnya menjadi inspirasi
keapada kebangkitan golongan nasionalis di Mesir. Malah, ianya menjadi satu cara
‘lembut’ yang digunakan oleh barisan pejuang nasionalis bagi menentang British
dan sekutunya dengan mengharapkan kemerdekaan akan diperoleh kelak.

9. Bincangkan kebangkitan Ikhwan al Muslimin dalam perkembangan
nasionalisme di Mesir.

Kebangkitan nasionalisme di Mesir ditunjangi oleh dua kumpulan iaitu golongan
yang berpendidikan dan berfikiran secular dan golongan yang berusaha
mendaulatkan Islam disebabkan pengaruh Barat yang kian meluas. Kemunculan
Ikhwan al Muslimin bertujuan mempertahankan kesucian agama Islam dan negara
Mesir sendiri di samping berusaha menyedarkan masyarakat Islam akan kelemahan
– kelemahan mereka sehingga dieksploitasi oleh golongan tertentu.

Gerakan ini diasaskan dan diketuai oleh Hassan al Banna pada tahun 1928;
merupakan pertubuhan yang terawal memberikan reaksi ekoran perluasan
penjajahan Barat dan beperanan menyedarkan umat Islam di Mesir agar bangkit
berjihad. Dalam usaha melaksanakan program keislaman secara komprehensif,
Hassan al Banna telah membentuk organisasi yang terbahagi kepada beberapa
buah jawatankuasa, umpamanya jawatan tertinggi dikenali sebagai al Mursyid al
Am yang bertanggungjawab menjadi pengerusi badan tertinggi ( Maktab al Irsyad
al Am dan al Hay’at al Ta’sisiyyah ). Terdapat juga jawatan lain seperti Naib Mursyid,
Setiausaha Agung, dan bagi memastika program dirancang dan dilaksana dengan
jayanya beberapa jawatankuasa kecil lain dibentuk merangkumi bidang
pendidikan, kebajikan, kesihatan, penerangan, perhubungan antarabangsa dan lain
– lain.

Perjuangan golongan Ikhwan al Muslimin bukan terhad dalam aspek agama malah
ia mencakupi bidang kemasyarakatan, pendidikan, sosial dan ekonomi. Dalam
bidang keagamaan, golongan ini menyarankan agara umat Islam bangkit berjihad
dengan mengamalkan ajara Islam yang sebenar berdasarkan al Quran dan
Hadis.Golongan ini menyeru agar penduduk – penduduk Mesir menghapuskan
segala amalan khurafat dan tahyul yang boleh menyekat kemajuan dan kebebasan
mereka. Amalan seumpama ini harus digantikan dengan penerokaan yang sebenar
terhadap ajaran Islam dan menjadikan syariah sebagai paksi perjuangan

Gerakan ini juga memberikan tumpuan kepada bidang ekonomi dan sosial bagi
menyebarkan kegiatan dakwah seperti membuka kilang tekstil dan syarikat
pengiklanan. Hal ini pentiing bagi menyumbang dana ke arah perjuangan golongan
iniBagi memastikan kebajikan rakyat, gerakan ini juga telah membuka sekolah -
sekolah dan pusat - pusat kesihatan di seluruh negara; impaknya gerakan ini telah
mendapat sokongan padu dari segenap lapisan masyarakat di Mesir.

Golongan ini menggesa agar program pembangunan yang dijalankan haruslah
seimbang dan utuh serta sesuai dengan dengan tuntutan – tuntutan Islam.
Golongan ini tidak menolak ilmu – ilmu moden tetapi menentang keras sebarang
usaha untuk meniru kemajuan Barat dengan secara membabi buta dan pemujaan
terhadap materialisme secara melampau. Bagi golongan ini, Islam sebagai al Din
adalah lebih utama dan wajar didaulatkan bukan fahaman – fahaman berdasarkan
pemikiran manusia.

Golongan Ikhwan al Muslimin ini juga mengadakan hubungan yang akrab dengan
negara – negara Islam lain, bukan sahaja mengukuhkan perjuangannya di Mesir,
bahkan dapat mengeratkan semangat persaudaraan sesama Islam termasuk
membantu saudara yang ditekan oleh kuasa – kuasa Barat dan Zionis umpamanya
di Palestine.

Kemuncak perjuangan golongan ini ialah pertempuran antara golongan mahasiswa
pro gerakana ini dengan pendukung pemerintah yang menyebabkan kerajaan
bertindak mengharamkan pertubuhan ini secara rasmi pada 13 Januari 1954.

10. Bincangkan perjuangan umat Islam di Algeria bagi menuntut
kemerdekaan daripada Perancis.

Sebelum penjajahan Perancis di Algeria, negara tersebut berada di bawah
kekuasaan kerajaan Turki Uthmaniyyah, namun disebabkan masalah dalaman serta
tekanan yang dihadapi oleh kerajaan ini, maka pada abad ke-19 Masihi, Algeria
diletakkan di bawah kekuasaan Perancis. Kebangkitan orang – orang tempatan di
Algeria terhadap Perancis berlaku disebabkan tindakan Perancis yang menjadikan
Algeria sebahagian daripada wilayahnya dan menggalakkan kemasukan bangsa
Perancis, Itali dan Sepanyol ke negara tersebut yang menyebabkan kebimbangan
orang – orang tempatan.

Faktor utama kebangkitan masyarakat tempatan di Algeria terhadap penjajahan
Perancis ialah disebabkan dasar kerajaan Perancis yang menindas masyarakat
muslim Algeria termasuk dinafikan hak mengundi dan mengabaikan kepentingan
pendidikan. Perjuangan mendapatkan kemerdekaan di Algeria dipelopori oleh
Abdul Qadir, Gabenor Mascara. Antara usaha awal yang dilakukan bagi
memperjuangkan kemerdekaan Algeria ialah menyatukan pelbagai puak bagi
memastikan kekuatannya ampuh tatkala menghadapi serangan balas Perancis.

Kaedah penentangan yang dilakukan oleh Abdul Qadir ialah menggunakan strategi
perang gerila, dan ternyata keberkesanan kaedah ini apabila beberapa kali tentera
Perancis akur dengan kekuatan yang dimiliki oleh Abdul Qadir. Perjuangan Abdul
Qadir mendapat sokongan Abu Ma’zi yang berjaya menggerakkan masyarakat
tempatan menentang Perancis di wilayah selatan Oran. Dalam perjuangannya, Abu
Ma’zi pernah menewaskan tentera Perancis dalam Perang Sidi Ibrahim. Walaupun
Abdul Qadir ditewaskan dalam peperangan, namun selepas Perang Dunia I,
kebangkitan orang – orang Algeria terhadap Perancis muncul semula di bawah
pimpinan Shaykh Abdul Hamid Ibn Badis yang merupakan tokoh ulama dan
reformis di Algeria.

Sumbangan Ibn Badis ialah menubuhkan Kesatuan Muslim Ulama dengan objektif
penubuhannya antaranya menaikkan semangat kebangsaan dalam kalangan
pengikutnya di samping mengutamakan kesedaran terhadap ajaran Islam yang
sebenar di Algeria. Walaupun perjuangan Kesatuan Muslim Ulama lebih menjurus
aspek sosioekonomi dan seolah – olah mengabaikan aspek politik, organisasi ini
mempunyai pandangan tersendiri bagi melahirkan golongan yang mampu
bersuara mengkritik penjajah Perancis di Algeria

Selepas Perang Dunia II, perjuangan rakyat Algeria semakin jelas terutamanya
daripada kumpulan yang diketuai oleh Ferhat Abbas yang mendesak Pihak
Bersekutu memerdekakan tanah jajahan termasuk Algeria selepas berakhirnya
perang ini. Kumpulan ini mencadangkan agar perlembagaan baharu digubal
dengan memberikan peluang rakyat Algeria mentadbir sendiri, namun harapan
tersebut ditolak oleh Perancis. Tindakan ganas Perancis yang melepaskan tembakan
rambang ke atas golongan penunjuk perasaan pada Mei 1945 menyebabkan
kebangkitan rakyat tidak dapat dibendung lagi

November 1954, Barisan Pembebasan Kebangsaan dan Tentera Pembebasan
Kebangsaan dibentuk bagi meneruskan perjuangan mendapatkan kemerdekaan
Algeria. Impaknya, telah berlaku pertempuran hebat dan mengorbankan ribuan
nyawa menyebabkan Perancis akhirnya memberikan kemerdekaan kepada Algeria

Kesilapan Perancis dalam peristiwa Pembunuhan Beramai – ramai Setif merupakan
titik tolak kepada kemerdekaan Algeria. 1959, Presiden Perancis telah
mengisytiharkan kemerdekaan Algeria, dan hasil daripada gencatan senjata pihak
penentang Algeria akhirnya mendapat kemerdekaan secara rasmi pada tahun 1962.

11. Galurkan kebangkitan - kebangkitan yang berlaku di Algeria sehingga
membawa kemerdekaannya.

Kebangkitan rakyat di Algeria terhadap penjajah Perancis berlaku disebabkan
tindakan kuasa Barat tersebut yang menjadikan Algeria sebahagian daripada
wilayahnya. Tindakan Perancis yang membenarkan kemasukan imigran - imgran
dari luar seperti dari Perancis sendiri, Itali dan Sepanyol menimbulkan
kebimbangan dan ketidakpuasan hati dalam kalangan masyarakat tempatan.
Kebangkitan menentang penjajahan Perancis dipelopori oleh golongan agama
agama berusaha menanam semangat jihad dalam kalangan masyarakat tempatan,
dan salah seorang individu yang mengetuai kebangkitan rakyat ialah Amir Abdul
Qadir

Amir Abdul Qadir bukan sahaja merupakan tokoh ulama, malah merupakan
individu yang mempunyai pengalaman dalam bidang politik dan ketenteraan.
Antara tindakan awal yang beliau lakukan bagi membangkitkan semangat
perjuangan dalam kalangan rakyat ialah menyatu padukan pelbagai puak untuk
menentang Perancis. Penentangan beliau berlaku antara tahun 1832 - 1842
dengan menggunakan kaedah atau taktik perang gerila. Bagi memantapkan lagi
perjuangannya, beliau telah bergabung dengan Abu Ma`zi bagi menentang
Perancis di wilayah Oran. Dalam pertempuran atau kebangkitan tersebut, beliau
berjaya menewaskan Perancis dalam pertempuran Sidi Ibrahim

Kebangkitan seterusnya yang dapat dilihat untuk menyanggah penjajahan Perancis
ialah Pemberontakan Kabylia. Hal ini disebabkan tindakan atau dasar penjajah
Perancis yang banyak menindas masyarakat tempatan sehingga penduduk
Kabylia bangkit melancarkan pemberontakan. Penentangan ini telah merebak ke
kawasan lain, dan dikatakan melibatkan satu pertiga daripada penduduk Algeria.
Pun begitu tekanan yang hebat daripada pihak Perancis menyebabkan kebangkitan
ini dapat dipadam seketika.

Perjuangan seterusnya ke atas penjajah Perancis diinisiatifkan oleh Penubuhan
Persatuan Ulama Algeria yang dianggotai oleh majoritinya guru-guru agama di
negara ini. Pertubuhan ini dipimpin oleh Abdul Hamid Ben Badis yang bertujuan
untuk menyatukan umat Islam. Pertubuhan ini telah menyelar sikap segelintir
pegawai-pegawai pentadbiran agama yang dilihat telah menjadi alat penjajah.
Pertubuhan ini telah berjaya menubuhkan beribu-ribu sekolah agama dan menjadi
pangkalan penyebaran idea kesedaran dalam kalangan rakyat untuk menentang
penjajah melalui elemen akidah. Namun negitu, sebagaimana perjuangan yang
dketuai oleh individu - individu sebelum ini, ianya telah dapat ditundukkan oleh
Perancis

Selepas Perang Dunia Kedua, perjuangan masyarakat tempatan kini berada di
bawah kepemimpinan Ferhat Abbas. Kumpulan pejuang ini telah mendesak Kuasa
Bersekutu memerdekakan tanah jajahan termasuk Algeria. Lumpulan ini juga telah
mencadang agar perlembagaan baharu digubal dengan memberikan peluang
rakyat Algeria mentadbir sendiri. Namun hasrat berkenaan tidak tercapau berikutan
tindakan keras Perancis menolak dan melepaskan tembakan rambang kepada
rakyat Algeria yag berhimpun dikenali sebagai Peristiwa Pembunuhan Beramai-
ramai Setif. Kesan daripada peristiwa bukan sahaja ramai yang mati dan tercedera,
malah aktiviti politik di Algeria diharamkan dan beribu-ribu rakyat Algeria ditahan

Perjuangan rakyat Algeria diteruskan pula oleh Barisan Pembebasan Kebangsaan (
FLN ) dan Tentera Pembebasan Kebangsaan ( ALN ). Corak dan bentuk perjuangan
menuntut kemerdekaan lebih matang dan bersepadu. Pada 1 November 1954
rakyat Algeria diseru supaya bangkit bagi mendapatkan kebebasan dan
kemerdekaan. Tuntutan agar Perancis memerdekakan Algeria telah ditolak
memandangkan Algeria merupakan lubuk kekayaan terhadap kuasa penjajah
tersebut terutamanya sumber minyak. Beberapa siri peperangan telah berlaku,
walaupun kuasa Barat berkenaan itu bertindak lebih kejam, ianya gagal
menamatkan perjuangan rakyat tempatan

Akhirnya pada tahun 1959 Presiden Perancis telah mengisytiharkan kemerdekaan
Algeria dalam Perhimpunan Bangsa-bangsa Bersatu. FLN dan Perancis
mengisytiharkan gencatan senjata melalui perjanjian Evian, dan secara rasmi pada
tahun 1962 Algeria mendapat kemerdekaan daripada kuasa Barat tersebut.

Penentangan rakyat Algeria terhadap penjajahan Perancis adalah berterusan,

perjuangan yang mengorbankan beribu-ribu nyawa dan sentiasa

berkesinambungan serta seolah - olah tidak akan ada kesudahan, sehinggakan

Algeria pernah dianggap negara sejuta syuhada. Pun begitu gerakan demi gerakan

yang tidak pernah erti putus asa ditambah dengan semangat jihad dalam kalangan

pejuang akhirnya telah menyebabkan Perancis memerdekakan Perancis.

12. Huraikan faktor-faktor pembentukan negara bangsa di Mesir pada abad
ke 20.

Menjelang abad ke 20 telah berlaku perubahan yang besar ke atas perkembangan
politik di Mesir. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin di Mesir
untuk membentuk sebuah negara bangsa. Ini kerana setiap anggota masyarakat
mempunyai identiti diri dan menumpah kesetiaan kepada negaranya.

Kemunculan golongan intelektual tempatan seperti Jamal al-Din al-Afghani dan
Muhammad Abduh telah mempengaruhi kemunculan negara bangsa di Mesir.
Idea-idea mereka telah meningkatkan kesedaran penduduk Mesir untuk bersatu.
Jamal al-Din al-Afghani sentiasa menyeru agar kesatuan umat Islam diwujudkan.
Begitu juga gerakan yang dicetuskan oleh Muhammad Abduh yang dikenali
sebagai al-‘Urwah al-Wuthqa.

Perkembangan sistem pendidikan moden di Mesir juga memainkan peranan yang
penting dalam pembentukan negara bangsa di Mesir. Pendidikan mampu
melahirkan golongan cerdik pandai yang boleh mengubah lanskap masyarakat
Mesir. Peranan Universiti Al-Azhar dalam menggalakkan penterjemahan buku-
buku ilmiah dalam bahasa Arab membolehkan rakyat Mesir membaca, memahami
serta berusaha untuk membentuk sebuah masyarakat yang berpengetahuan tinggi.
Rakyat mempunyai kesedaran tentang kebolehan mereka. Di samping itu, semasa
pentadbiran British , sekolah agama dan sekolah rendah menggalakkan
penggunaan dialek tempatan, iaitu bahasa Arab Misriyah. Ini mengukuhkan lagi
identiti Mesir.

Kemuncukan Gerakan Ikhwan al Muslimin yang diasaskan oleh Hassan al-Banna
pada tahun 1928 telah memberi kesan kepada kemunculan negara bangsa di Mesir.
Ini kerana perjuangannya bukan terhad dalam bidang agama tetapi mencakupi
bidang ekonomi, pendidikan, social dan kemasyarakatan. Dalam bidang agama ,
golongan ini menyarankan agar umat Islam bangkit berjihad dengan
mengamalkan ajaran Islam yang sebenar berdasarkan al-Quran dan Hadis.

Semasa pentadbiran British golongan lulusan undang-undang telah terdedah
kepada nilai politik dan budaya barat. Golongan ini dididik oleh pensyarah
keturunan Perancis yang bertugas di Mesir. Mereka telah dihasut agar memusuhi
pihak British. Begitu juga tindakan kuasa British dan Perancis untuk menguasai
Terusan Suez . Terusan Suez menjadi sensitif kepada penduduk Mesir kerana pihak
penjajah akan menempatkan tentera di kawasan terusan . Kesan pengaruh luar ini
telah mempercepatkan usaha ke arah pembentukan negara bangsa.

Tulisan akhbar selalu menyatakan terdapat pengaruh luar ke atas kebudayaan
Mesir. Akibatnya kebudayaan penjajah yang sekular mempengaruhi secara
mendalam rakyat Mesir sehingga mengenepikan ajaran Islam.

Pembentukan negara bangsa di Mesir telah mempercepatkan pemodenan di Mesir
pada abad ke- 20. Akhirnya, Mesir muncul sebagai sebuah negara yang penting di
Utara Afrika

13. Huraikan perjuangan Parti Wafd dalam usaha memerdekakan Mesir.

Penjajahan bumi oleh kuasa Barat bermula pada tahun 1798 apabila angkatan
tentera Perancis yang diketuai oleh Napoleon Bonarparte telah berjaya
mengalahkan tentera Mamluk yang menguasai Mesir. Penjajahan Perancis di Mesir
berlaku tiga tahun, dan ianya berakhir apabila Perancis diusir oleh kerajaan Turki
Uthmaniyyah pada tahun 1801 dengan bantuan British Sehubungan dengan itu
pengaruh British amat kukuh di Mesir, bahkan cengkamannya amat kuat
terutamanya pada tahun 1882 hingga 1918.

Perang Dunia I yang berlaku telah menyedarkan rakyat Mesir akan perlunya bangkit
mendapatkan hak mentadbir sendiri disebabkan penindasan dan kesengsaraan
yang dialami oleh masyarakat tempatan. Hal ini semakin ketara selepas berakhirnya
Perang Dunia I apabila pihak British memperalatkan rakyat dan negara Mesir demi
kepentingan perang dan politik mereka.

Sehubungan dengan itu pada November 1918, pemimpin Parti Wafd Saad Zaghlul
dan rombongannya telah menemui Pesuruhjaya Tinggi British di Mesir bagi
berdiplomasi dan memohon kemerdekaan. Namun permohonan ini ditolak, malah
ada dalam kalangan delegasi ditangkap dan dibuang ke Malta.

Tindakan British ini telah mengundang bantahan keras penduduk tempatan, dan
perjuangan golongan ini telah mendapat sokongan padu daripada pelajar, pegawai
kerajaan, golongan profesional, petani dan buruh – buruh di bandar; mengadakan
demonstrasi, boikot dan aktiviti mogok. Impaknya, pihak Britsih bersedia berunding
semula dengan pemimpin perjuangan dan British telah mendapat hak melindungi
Mesir berikutan termeterainya Perjanjian Versailles, dan ianya diakui oleh kuasa
besar dunia Amerika Syarikat

Walau bagaimanapun, golongan nasionalis Mesir tetap bangkit menentang malah
masih berkeras ingin memperjuangkan kemerdekaan disebabkan British seolah –
olah berhasrat mengekalkan penjajahan terhadap bumi Mesir. Oleh sebab
kebangkitan rakyat Mesir sukar dibendung, pihak British telah menghantar delegasi
bagi meninjau perjuangan rakyat Mesir, dan delegasi berkenaan mengesyorkan
agar Mesir diberikan kemerdekaan terhad

1914, British terpaksa mengumumkan sekali lagi kemerdekaan disebabkan
rundingan demi rundingan menemui jalan buntu. Walaupun British mengambil
langkah menamatkan status perlindungan namun dalam pengisytiharan yang
dibuat Kerajaan Diraja British mempunyai tanggungjawab untuk menguruskan
keselematan sistem komunikasi termasuk Terusan Suez, pertahanan Mesir,
perlindungan bagi kepentingan orang – orang asing dan golongan minoriti dan
menguruskan wilayah Sudan. 1922 Mesir diisytiharkan merdeka dan tahun

berikutnya perlembagaan baharu Mesir telah diumumkan dan Ahmad Fuad yang
mengambil gelaran sultan dikenali dengan nama Raja Fuad I, dan melalui pilihan
raya pertama Saad Zaghlul telah dilantik sebagai Perdana Menteri

Meskipun Mesir mencapai kemerdekaan pada 1922, kemerdekaannya masih belum
bersifat mutlak, British kerap kali mengenakan tekanan terhadap Mesir selepas
tragedi pembunuhan Gabenor Jeneral Sudan di Kaherah serta menuntut agar Mesir
membenarkan air Sungai Nil mengairi ladang di Sudan dengan kos ditanggung
oleh Mesi menyebabkan kabinet Saad Zaghlul meletak jawatan

SOALAN PERBINCANGAN SEJARAH ISLAM 2017/2018
TEMA 1

Huraikan bentuk agama dan kepercayaan masyarakat Arab sebelum
Islam

Zaman sebelum Islam dikenali sebagai zaman Jahiliah, suatu tempoh atau Ciri – ciri Agama dan
era masyarakat berada dalam kegelapan disebabkan kejahilan masyarakat Kepercayaan Masyarakat Arab
berkenaan dari sudut agama dan akhlak, sesuai dengan perkataan jahiliah Jahiliah
yang berasal daripada perkataan jahala yang bermaksud bodoh atau pun
sesat. Zaman ini dikatakan bermula selepas pecahnya Empangan Maarib
yang menjadi nadi pembangunan kerajaan Saba’ hinggalah Baginda SAW
menerima wahyu pertama. Terdapat beberapa ciri umum masyarakat ini,
antaranya tidak mempunya nabi, rasul dan kitab suci, tidak berakhlak, tidak
berperadaban dan majoriti buta huruf.

Dari segi agama, tidak dinafikan masyarakat ini menganut agama yang  Ciptaan manusia
bersifat sesat, bertindak mencipta agama mengikut hawa nafsu dan akal berdasarkan akal dan nafsu
fikiran semata dan menyelewengkan kandungan kitab yang diturunkan
kepada nabi dan rasul terdahulu. Penyembahan berhala merrupakan agama  Dipengaruhi dengan
yang paling dominan dan berpengaruh, berpusat di Makkah, sekeliling persekitaran
kaabah dikatakan terdapat lebih kurang 360 buah patung yang berbeza saiz
dan bentuk, malah bahan buatan ada yang diperbuat drp logam, tanah liat,  Warisan nenek moyang
dan batu. Patung yang disembah ini menjadi perantara mendekatkan diri  Pengaruh asing
mereka dengan Tuhan, oleh sebab itulah objek ini dianggap suci dan ianya  Semangat assabiyah
menjadi tradisi dalam kalangan masyarakat Arab khususnya di kota Makkah.

Penyembahan cakerawala khususnya bulan, bintang dan matahari juga Agama Samawi
berpengaruh dalam kalangan masyarakat, dianggap sumber kekuatan alam
ini dan mempunyai kelebihan serta membantu kehidupan seharian mereka.  Yahudi
Bulan dianggap Tuhan Perempuan disembah kerana menerangi kegelapan  Nasrani
malam, bintang, kelebihannya dapat memandu perjalanan, dan matahari  Hanif
yang dianggap Tuhan Lelaki disembah kerana membantu kehidupan dan
menyuburkan tanaman mereka. Penganut agama - agama ini dikatakan Agama Ciptaan
membina rumah ibadat masing – masing dan ianya terdapat di utara dan
selatan Tanah Arab.  Berhala
 Cakerawala
 Api

Satu lagi agama yang begitu popular dalam kalangan masyarakat arab Kaum Quraisy terbahagi
Jahiliah ialah penyembahan api atau dikenali sebagai Majusi yang dibawa kepada dua:
masuk oleh penjajah Parsi dan dianuti oleh kabilah – kabilah Arab di
bahagian selatan Tanah Arab yang menjadi taklukan dan naungan kuasa - Al Bitah; menetap dalam kota
besar tersebut seperti di Hirah, Anbar, dan Tadmur. Agama ini mempercayai
akan kewujudan Tuhan Baik dan Tuhan Jahat. Dalam agama ini wujud suatu dan menjalankan aktiviti
fahaman yang menghalalkan perkahwinan sedarah, misalnya antara ayah
dan anak serta perkahwinan adik beradik. ekonomi seperti

Dalam aspek kepercayaan pula, tidak dinafikan masyarakat sebelum ini perdagangan
mengamalkan pelbagai kepercayaan tahyul yang diwarisi sejak zaman nenek
moyang mereka, malah ada antara kepercayaan tersebut tidak logik dan - Al Zawahir; kehidupan
mengenal erti kemanusiaan. Contoh yang paling ketara ialah amalan
membunuh bayi perempuan, percaya kepada ramalan ahli sihir atau ahli umpama kaum Badwi;
nujum, percaya kepada amalan sangkasuka dansangkaduka sebelum
memulakan pengembaraan dan perjalanan jauh serta mengamalkan adat menjaga keselamatan dan
yang kononnya menguji kesetiaan seseorang isteri.
kawal kota Makkah

Kesimpulannya, agama dan kepercayaan masyarakat Arab sebelum Islam
sememang jelas melanggar batas – batas kemanusiaan dan seolah – olah
menghalalkan pelbagai kemungkaran disebabkan apa yang dipraktikkan
adalah bertunjangkan akal dan hawa nafsu semata serta meninggalkan
segala ajaran Nabi da terdahulu serta sanggup mengubah dan
menyelewengkan kitab – kitab yang diturunkan terdahulu seperti Taurat dan
Injil

Huraikan kemajuan yang dicapai oleh kaum Quraisy pada zaman
sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW.

Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab sinonim dengan gelaran Peranan Kota Makkah Sebelum
masyarakat Jahiliyah, gambaran masyarakat yang jauh ketinggalan bukan Islam
sahaja dari sudut agama dan akhlak, malah aspek ekonomi, politik, dan
sosial agak terkebelakang menyebabkan masyarakat ini dikatakan berada - Pusat Kebudayaan; dikelilingi
dalam kegelapan. Pun begitu, tidak dinafikan terdapat kemajuan yang
dikenalpasti dalam masyarakat ini khususnya kabilah Quraisy bermula di oleh kawasan peradaban
bawah pentadbiran Qusay bin Kilab yang telah meneruskan dan menambaik
struktur pentadbiran kaum Khuzaah yang mentadbir Makkah sebelum ini. awal manusia spt Babylon,

Dalam bidang politik, kaum Quraisy dikatakan telah mengamalkan sistem Mesopotamia, Sidon dan
politik yang agak tersusun meskipun ianya terikat dengan sistem kabilah.
Segala keputusan yang akan dibuat akan ditentukan oleh Majlis Kabilah; Tyre.
bertanggungjawab membuat peraturan dan menyelesaikan masalah yang
timbul serta menentukan jawatan tertentu kepada setiap suku. Anggota - Pusat Ibadat; terbinanya

Kaabah, mengerjakan haji

dan pusat penyembahan

berhala

- Pusat Perdagangan;

kedudukan yang strategik

dan kemahiran kaum Quraisy

- Pusat Kebudayaan;

pertandingan syair, pidato

dan sajak – pesta kesenian

pada musim haji

Majlis Kabilah terdiri daripada ketua – ketua suku, golongan cerdik pandai,
penyair, ahli pidato dan mana – mana individu yang mempunyai daya
kepemimpinan. Persidangan majlis ini berlangsung di Darul Nadwah; segala
keputusan dibuat berdasarkan suara majoriti yang memberikan gambaran
adanya demokrasi ( kebebasan bersuara ). Badan ini akan dibantu oleh Majlis
Suku yang berperanan menjaga kepentingan suku masing – masing,
mesyuarat majlis ini berlangsung di tempat yang dikenali sebagai Nadi.

Bagi melancarkan urusan pentadbiran kota Makkah, Qusay mewujudkan Faktor Kemajuan Kota Makkah
beberapa jabatan dan jawatan, antaranya Majlis al Siqayah, Majlis al Rifadah,
Majlis al Qiyadah, Majlis Liwa’, Majlis Unnah, Majlis al Asynaq, al Hijab, al - Kedudukan yang strategik
Imarah dan lain – lain. Terbentuknya jawatan – jawatan ini melahirkan - Keberkatan doa Nabi Ibrahim
suasana perdamaian dan semangat kerjasama dalam kalangan suku / kaum - Peranan kaum Quraisy
Quraisy. Suasana aman ini diperkukuhkan lagi dengan pengisytiharan - Kaabah dan peranan sebagai
kawasan aman dan bulan haram berperang, iaitu Rejab, Syaaban, Zulkaedah,
dan Zulhijjah yang pastinya menjamin keselamatan kaum Quraisy sendiri. pusat ibadat
Kemajuan kaum Quraisy juga dapat dilihat dari sudut ekonomi, mereka
bukan sahaja terlibat dalam aktiviti perdagangan dalam negeri, malah
merentasi sempadan antarabangsa, secara tidak langsung membawa
kepada kegiatan import eskport barangan. Abdu Manaf umpamanya, telah
menghantar anak – anaknya ke luar negara, Hashim ke Syam, Abd Syam ke
Habsyah, al Mutalib ke Yaman, dan Naufal ke Parsi. Misi – misi perdagangan
telah mengeksport barangan seperti bulu biri – biri, kulit binatang, buah –
buahan dan patung berhala serta membawa masuk barangan seperti batu
permata, emas, sutera dan rempah ratus. Kehebatan kaum Quraisy dalam
aktiviti perdagangan diabadikan dalam al Quran, Surah Quraisy menjelaskan
rombongan Quraisy menjalankan aktiviti perdagangan ke Syam pada musim
panas dan ke Yaman pada musim sejuk.

Kemajuan dalam aktiviti perdagangan bukan sahaja kerana kedudukan yang
strategik, malah peranan kaum Quraisy yang menyediakan pelbagai
kemudahan bagi melancarkan urusan jualbeli. Pasar – pasar dibuka seperti
Pasar Ukadz, Zu Majaz, dan al Majannah dilengkapi pelbagai prasarana yang
memberikan keselesaan kepada peniaga. Bagi menjamin keselamatan, kaum
Quraisy telah mengikat perjanjian keselamatan dengan Byzantine, Parsi, dan
Habsyah, begitu juga dengan kabilah – kabilah Arab di sekitar Semenanjung
Tanah Arab. Bani Tamim diberikan kuasa mengawal aktiviti di pasar dan
menjaga keselamatan kafilah – kafilah Quraisy.

Dalam bidang sosial pula, kehebatan kaum Quraisy dapat dilihat dengan
keupayaannya membangunkan kota Makkah sebagai pusat kebudayaan.
Pada musim haji, pertandingan seni dan sastera turut diadakan, penyair dan
pemidato yang hebat akan berkumpul dan bertanding sesama mereka bagi
menonjolkan kehebatan. Lokasi pertandingan ialah di Ukadz, al Majannah,
dan Zu Majaz secara tidak langsung turut berperanan umpama pasar seni.

Nama – nama pemenang sama ada sajak, syair dan pidato serta sajak – sajak
terbaik akan ditulis dengan benang emas serta digantung di dinding Kaabah
untuk dinikmati oleh khalayak penggemar seni dan sastera.

Tidak dinafikan, kaum Quraisy meupakan gambaran atau penanda aras
kemajuan bangsa Arab sebelum kedatangan Islam, meskipun kehidupan
mereka tidak dipandu oleh sistem agama dan kepercayaan yang
sebenarnya. Hakikatnya, kehebatan mereka dikaitkan dengan kesucian kota
Makkah dan keberkatan doa Nabi Ibrahim yang memohon agar kota ini
dilindungi-Nya dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah sebagaimana
terdapat dalam al Quran, Surah Ibrahim ayat 37.

Bincangkan pengertian ummah dan pembentukannya di Madinah

Sebelum penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah, penduduk
Madinah terbahagi kepada dua kelompok utama iaitu berbangsa Arab dan
bangsa Yahudi. Dua suku kaum utama berbangsa Arab yang mendiami kota
Madinah ialah Aus dan Khazraj, manakala kelompok Yahudi pula terbahagi
kepada Bani Qainuqa’, Bani Nadhir, dan Bani Quraizah. Apa yang pasti,
sebelum Baginda SAW sampai di Madinah, golongan Yahudi jelas
mendominasi bangsa Arab sama ada dari sudut politik, ekonomi mahupun
sosial sehinggalah Baginda SAW membentuk konsep masyarakat baharu
yang dikenali sebagai ummah.

Ummah dari sudut bahasa bermaksud masyarakat, manakala dalam konteks Masyarakat di Madinah Selepas
pemerintahan, ia merujuk kepada masyarakat yang berada di bawah Penghijrahan
kepemimpinan Nabi Muhammad SAW. Komposisi ummah pada zaman ini
terbahagi kepada golongan Islam yang terdiri daripada golongan Muhajirin,
golongan pendatang dan Ansar, iaitu suku kaum Aus dan Khazraj yang
merupakan penduduk asal Madinah. Manakala segolongan lagi ialah
berbangsa Yahudi.

Walaupun pembentukan ummah ini direalisasikan di Madinah, namun usaha  Ansar
ini telah bermula sejak Nabi Muhammad SAW memulakan siri dakwah  Muhajirin
sehingga mendapat tentangan daripada musyrikin Makkah penentangan  Yahudi
hebat kaum Quraisy menyebabkan Nabi Muhammad SAW mengubah
strategi dakwah dengan menyeru rombongan haji, impaknya ia
meninggalkan kesan positif apabila rombongan Aus dan Khazraj yang
sedang mencari pemimpin bagi menyelesaikan konflik di Madinah
menerima Islam, dan telah memeterai dua kali perjanjian yang dikenali
sebgaai Perjanjian Aqabah.

Perjanjian Aqabah I lebih menekankan soal akidah dan akhlak, penduduk Masalah Golongan Ansar
Madinah berkenaan sedia meninggalkan segala amalan Jahiliah sebaliknya
mengamalkan ajaran – ajaran Islam yang berpaksikan tauhid. Selain itu,  Perbalahan antara Aus
untuk memantapkan dan mengukuhkan kefahaman, Nabi Muhammad SAW
turut menghantar guru agama, Mus’ab bin Umayr. Susulan daripada itu, dengan Khazraj
naqib atau da’i dalam kalangan Aus dan Khazraj turut dilantik bagi
memudahkan penyebaran Islam dalam kalangan penduduk Madinah.  Belenggu Yahudi
 Kekayaan jatuh ke tangan
Perjanjian Aqabah II selain menjurus kepada pengukuhan aspek akidah dan
akhlak, aspek politik telah mendapat perhatian. Penduduk Madinah Yahudi
khususnya Aus dan Khazraj berhasrat menjemput Nabi Muhammad SAW ke
Madinah dan bersedia melantik Baginda SAW sebagai pemimpin mereka  Penyesuaian dengan
dan berjanji akan melindungi keselamatan diri Baginda SAW dari sebarang
ancaman. Situasi inilah yang memberi ruang dan peluang untuk Nabi saudara baharu
Muhammad SAW berhijrah memandangkan telah ada perancangan untuk
membunuh Baginda SAW. Akhirnya, setelah semua pengikut Islam berhijrah Masalah Golongan Muhajirin
secara sulit, Baginda SAW telah mengambil tindakan yang sama pada tahun
13 kerasulan Baginda SAW.  Berhijrah dalam keadaan
sehelai sepinggang

 Diburu oleh musyrikin
Makkah

Penghijrahan ini telah meninggalkan impak yang cukup besar, sebaik sahaja Masalah Yahudi
Baginda SAW sampai di Madinah, Masjid Nabawi telah didirikan di Madinah
bukan sahaja untuk memudahkan umat Islam, malah ianya telah menjadi  Menguasai politik dan
markas pentadbiran negara Islam, dan yang lebih penting ialah ianya ekonomi Madinah
menjadi tempat penyatuan dalam kalangan umat Islam. Penggubalan
Piagam Madinah mengukuhkan masyarakat, apabila konsep ummah telah  Memecahbelahkan penduduk
direalisasikan, fasal dalam Piagam Madinah jelas memberikan pengertian Madinah
bahawa ummah merupakan masyarakat yang berada di bawah
kepemimpinan Nabi Muhammad SAW.

Kesimpulannya, walaupun dakwah Nabi Muhammad SAW menghadapi
cabaran yang begitu getir, namun dengan kesabaran dan kecekalan Baginda
SAW, konsep ummah telah berjaya dilaksanakan apabila Piagam Madinah
yang menjadi perundangan tertinggi negara telah digubal dan menjadi
peraturan kepada seluruh warga Madinah.

Bincangkan usaha Nabi Muhammad SAW menyatukan masyarakat
berbilang kaum di Madinah.

Penghijrahan Nabi Muhammad SAW bukan sahaja telah membawa kepada
pembentukan negara Islam, malah yang lebih penting telah membentuk
sebuah masyarakat baharu yang dikenali sebagai ummah. Perkataan ini
merujuk kepada warga Madinah yang berada di bawah kepemimpinan
Baginda SAW yang terdiri daripada orang – orang Islam dan bukan Islam

khususnya bangsa Yahudi yang sebelum ini menguasai urusan politik, Langkah Nabi Muhammad SAW
ekonomi, dan social Madinah. menyatukan masyarakat di
Madinah

Antara tindakan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW bagi  Mempersaudarakan Ansar
menyatukan masyarakat di Madinah ialah dengan mempersaudarakan dengan Muhajirin
orang – orang Islam, golongan Muhajirin yang berhirah dalam keadaan
sehelai sepinggang telah dipersaudarakan dengan golongan Ansar yang  Menyatukan Aus dengan
sanggup mengorbankan apa sahaja demi kepentingan saudara seagama itu.
Contohnya, Hamzah dipersaudarakan dengan Zaid, Abu Bakar dengan Khazraj
Kharijah bin Zuhayr, dan Umar al Khattab dengan Utbah bin Malik. Malah,
orang – orang Ansar sendiri turut dipersaudarakan sesama mereka bagi  Penggubalan Piagam
menghentikan perbalahan yang sering berlaku sehingga mencetuskan
dendam dan hutang darah dalam kalangan Aus dan Khazraj. Madinah

Baginda SAW juga bertindak menghapuskan semangat assabiyah yang  Melaksanakan konsep,
begitu sebati dengan kehidupan masyarakat sebelum Islam, penghapusan prinsip dan amalan syura
semangat assabiyah dalam kalangan orang Islam dihapuskan melalui
konsep persaudaraan dan penerapan iman. Implikasi dari penghapusan  Melaksanakan sistem
semangat assabiyah ini juga telah membawa kepada penerimaan warga
Madinah Nabi Muhammad kini merupakan pemimpin tertinggi Madinah ekonomi Islam
khususnya dalam kalangan Aus dan Khazraj serta Yahudi yang selama ini
tidak boleh menerima orang luar sebagai pemimpin mereka.  Mendirikan dan

memakmurkan Masjid

Nabawi

 Mengusir golongan Yahudi

Penyatuan dalam kalangan warga Madinah diperkukuhkan lagi dengan
penggubalan Perlembagaan Madinah yang menjadi sumber perundangan
teringgi negara. Piagam ini memperuntukkan hak dan tanggungjawab
warga Madinah, umpamanya orang Islam diwajibkan hidup saling
bekerjasama sekaligus merealisasikan konsep persaudaraan, orang bukan
Islam pula diberikan kebebasan bersuara dan mengamalkan agama serta
adat istiadat masing – masing, dan yang paling pentimg bagi memastikan
kesetiaan tidak berbelah bahagi terhadap negara dan mewujudkan
kerjasama ialah peruntukan kewajipan mempertahankan negara adalah
tanggungjawab warga Madinah tanpa mengira agama atau bangsa serta
keturunan.

Seterusnya, bagi memastikan kerjasama antara masyarakat di Madinah, Nabi
Muhammad SAW telah melaksanakan prinsip dan amalan syura dalam
pemerintahan. Tujuan Baginda SAW memperkenalkan prinsip ini dalam
pemerintahan ialah bagi membolehkan semua warga Madinah terlibat
dalam pemerintahan sekaligus menolak persepsi Nabi Muhammad bersikap
berat sebelah dan mendiskriminasikan orang – orang bukan Islam.
Keterbukaan Nabi Muhammad SAW menggambarkan Baginda SAW
bukanlah pemerintah yang mengamalkan pemerintahan bersifat autokratik
atau berkuasa mutlak

Pengenalan sistem ekonomi Islam juga merupakan tindakan yang dilakukan
oleh Baginda. Melalui pelaksanaan sistem ini, segala bentuk atau amalan
penindasan dihapuskan, malah ianya juga dapat menghapuskan monopoli
atau eksploitasi kaum Yahudi dalam kegiatan ekonomi. Kewujudan sistem
ekonomi yang adil ini membolehkan agihan kekayaan dilakukan secara sama
rata, bagi orang Islam, diwajibkan membayar zakat dan digalakkan
bersedekah

Kesimpulannya kepempinan semulajadi yang ada pada diri Baginda SAW
merupakan faktor utama kejayaan membentuk sebuah masyarakat yang
saling bekerjasama, penyumbang kepada pembentukan negara Madinah
yang stabil sekaligus menjadi asas kepada pembangunan ekonomi dan
kesejahteraan ummah.

Jelaskan bagaimana Nabi Muhammad SAW menangani masalah –
masalah yang timbul dalam kalangan warga Madinah.

Sebelum penghijrahan Nabi Muhammad SAW, warga Madinah dapat
dibahagikan kepada kepada beberapa kelompok masyarakat, antara suku
Aus dan Khazraj yang mewakili bangsa Arab dan golongan Yahudi yang
terdiri daripada beberapa puak utama seperti Bani Qainuqa’, Bani Nadhir,
dan Bani Quraizah. Tidak dinafikan Nabi Muhammad SAW berhadapan
dengan tugasan besar menangani dan menyelesaikan masalah yang
dihadapi dan ditimbulkan oleh warga Madinah sebaik sahaja dilantik
sebagai pemimpin tertinggi sama ada masalah yang timbul dalam kalangan
umat mahupun bukan Islam.

Bagi menangani masalah Aus dan Khazraj, tindakan Baginda SAW ialah Kandungan Piagam Madinah
dengan menghapuskan semangat assabiyah yang membelenggu mereka
sebelum ini. Fahaman ini jelas mengundang banyak kesan negatif,  Sumber: wahyu dan norma
disebabkan perkara kecil, akan berlaku perbalahan sehingga membawa masyarakat
kepada peperangan dan pembunuhan, sekaligus mendedahkan akan
kelemahan bangsa Arab ini. Keadaan diburukkan lagi apabila golongan  Kepemimpinan
Yahudi sering melaga – lagakan antara Aus dan Khazraj agar tidak berlaku  Tanggungjawab orang Islam
perpaduan dalam kalangan bangsa Arab yang boleh mengugat pengaruh  Hak orang bukan Islam
dan kedudukannya di Madinah. Sehubungan dengan itu, Nabi Muhammad  Tanggungjawab bersama
SAW telah memperkenalkan konsep persaudaraan berdasarkan ikatan  Konsep ummah
akidah dan menerapkan iman dalam kalangan Aus dan Khazraj bagi
mewujudkan suasana harmoni dan saling menghormati antara mereka dan
secara tidak langsung akan menguatkan kedudukan mereka di kota
Madinah

Konsep dan semangat persaudaraan ini dipraktikkan lagi dalam kalangan
umat Islam apabila Baginda SAW menggunakannya bagi membantu
golongan Muhajirin yang berhijrah dalam keadaan sehelai sepinggang
ekoran penghijrahan ke Madinah dalam keadaan tergesa – gesa. Melalui
konsep persaudaraan, golongan Ansar sedia menghulurkan apa jua bantuan
kepada saudara seagama mereka, ada yang memberikan bantuan tempat

tinggal, pakaian, modal untuk memulakan perniagaan sebagaimana Abdu
Rahman bin Auf. Malah ada dalam kalangan golongan Ansar yang sanggup
menceraikan isteri – isteri mereka agar harta yang dimiliki oleh para isteri itu
dapat diwarisi oleh saudara seagama dalam kalangan golongan Muhajirin.
Penyatuan Ansar dan Muhajirin ini juga menggambarkan fahaman assabiyah
yang dianuti kini kian pudar dan mulai terhakis.

Penggubalan Perlembagaan Madinah menambahkan lagi kekuatan dan
ikatan persaudaraan dalam kalangan warga Madinah. Dalam Piagam
Madinah, termaktub fasal yang menyentuh tanggungjawab orang – orang
Islam, setiap warga Madinah wajib menghormati dan saling bekerjasama
dan sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan seandainya saudara
seagama berhadapan dengan masalah. Fasal ini jelas memberikan
gambaran bahawa Nabi Muhammad SAW berhasrat umat Islam
menghayati konsep ukhwah Islamiyyah dan membentuk sebuah masyarakat
baharu yang berpaksikan akidah dan akhlak amal makruf nahi mungkar yang
pastinya mampu menyelesaikan masalah politik, ekonomi, dan sosial dalam
kalangan umat Islam.

Berhubung dengan masalah Yahudi, tidak dinafikan golongan ini umpama
duri dalam daging dalam kalangan warga Madinah. Kedatangan Nabi
Muhammad SAW ke Madinah menyebabkan kedudukan politik dan
ekonomi mereka kini tergugat. Sehubungan dengan itu, pelbagai provokasi
yang ditimbulkan bagi melemahkan umat Islam sama ada dari segi agama
mahupun politik. Bagi memastikan golongan Yahudi memberikan kesetiaan
terhadap negara Islam Madinah, Baginda SAW meletakkan fasal kewajipan
bersama mempertahankan negara seandainya negara Islam diancam oleh
musuh. Selain itu, golongan bukan Islam khususnya puak Yahudi ini dilarang
mengadakan apa – apa perjanjian atau pakatan dengan musuh Islam tanpa
pengetahua Rasulullah SAW. Keengganan mematuhi fasal ini boleh
menyebabkan tindakan tegas digunakan.

Keengganan Yahudi mematuhi fasal inilah menyebabkan Baginda SAW
bertindak mengusir golongan Yahudi daripada bumi Madinah. Yahudi Bani
Qainuqa’ diusir disebabkan tingkahlaku mereka yang tidak menghormati
kaum lain khususnya umat Islam, buktinya mereka telah bertindak
mengaibkan maruah seorang wanita Islam, malah keberanian golongan
Yahudi terserlah apabila memperlekehkan kemenangan tentera Islam dalam
Perang Badar, menyebabkan Baginda SAW mengarahkan perkampungan
mereka dikepung dan diarahkan keluar daripada kota Madinah. Begitu juga
dengan Yahudi Bani Nadhir, golongan ini diusir kerana adanya komplot
untuk membunuh Nabi Muhammad SAW. Begitu juga dengan Yahudi Bani
Quraizah, tindakan mereka bersekutu dengan tentera Ahzab yang
mengepung kota Madinah dalam Perang Khandak telah mengundang
padah. Perbicaraan salahlaku golongan ini telah membawa kepada
hukuman yang lebih keras, semua lelaki dewasa telah dijatuhkan hukuman
bunuh, manakala kanak – kanak dan wanita dikehendaki keluar dari kota
Madinah.

Nabi Muhammad SAW telah menggunakan kewibawaannya sebagai
pemimpin politik bagi menangani masalah yang dihadapi oleh warga
Madinah yang berbilang bangsa dan agama. Kebijaksanaan Baginda SAW
menangani masalah ini ternyata telah menyumbang kepada kewujudan
negara yang stabil dan masyarakat yang saling menghormati sekaligus
mewujudkan sebuah masyarakat yang menjadi role model kepada generasi
masa hadapan.

Bincangkan peranan Piagam Madinah.

Perlembagaan Madinah digubal sebaik sahaja berlaku Nabi Muhammmad
s.a.w. berjaya mendirikan negara Islam pada tahun 1 H. Perlembagaan atau
piagam ini merupakan undang – undang bertulis pertama, dan ianya
mengandungi 47 fasal; 23 fasal diperuntukkan untuk orang – orang Islam,
manakala yang selebihnya dikhasnya kepada orang – orang bukan Islam.
Perlembagaan yang bersumberkan wahyu ini mengandungi beberapa
perkara, antaranya berkaitan dengan kepemimpinan negara, hak dan
tanggungjawab orang – orang Islam dan orang orang bukan Islam serta
tanggungjawab bersama warga Madinah mempertahankan keselamatan
dan kedaulatan negara..

Antara peranan Piagam Madinah yang dapat dikenalpasti ialah ianya Tindakan Nabi Muhammad SAW
menjadi asas kepada penyelesaian masalah yang ditimbulkan oleh warga menyatukan umat Islam di
Madinah, umpamanya dalam menangani masalah social dan ekonomi umat Madinah
Islam khususnya dalam kalangan golongan Muhajirin, melalui peruntukan
yang terdapat dalam piagam ini adalah menjadi tanggungjawab sesama - Mempersaudarakan Ansar
umat Islam meringan beban dan penderitaan saudara seagama mereka.
Dalam konteks ini, jelaslah golongan Ansar telah bertindak membantu dan Muhajirin
golongan Muhajirin dengan pelbagai cara sama ada menyediakan tempat
tinggal, menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan, malah ada yang - Menyatukan Aus dan Khazraj
sanggup menceraikan isteri – isteri agar harta yang ditinggalkan dapat
diwarisi oleh saudara seagama kelak. - Mendirikan dan

Seterusnya, peranan Piagam Madinah ialah menjadi sumber perundangan memakmurkan Masjid
tertinggi negara. Hal ini disebabkan teras perlembagaan ini ialah al Quran
dan Hadis, maka sebagai pemimpin tertinggi negara Islam Madinah, Nabi Nabawi
Muhammad s.a.w. telah memanfaatkan perlembagaan ini bagi membentuk
dan melaksanakan pemerintahan yang adil, telus, amanah dan sebagainya. - Menguatkuasakan Piagam
Malah, melalui perlembagaan ini Nabi Muhammad s.a.w. telah bertindak
tegas terhadap golongan Yahudi yang mengkhianati umat dan negara Islam Madinah
dengan mengusir satu persatu golongan Yahudi bermula dengan Bani
Qainuqa’, Bani Nadhir, dan Bani Quraizah - Meaplikasikan prinsip dan

amalan syura

- Menjadikan Islam sebagai

teras peraturan masyarakat

Selain itu, piagam ini digubal bagi memastikan kedaulatan negara Islam
terutamanya mengelak ancaman dan pencerobohan musuh. Semua warga
Madinah tanpa mengira agama dan bangsa wajib mempertahankan negara
seandainya diancam oleh musuh. Setiap warga Madinah dilarang
mengadakan apa – apa perjanjian baik secara sulit mahupun secara terbuka
dengan pihak tertentu tanpa merujuk Nabi Muhammad s.a.w. Bagi orang –

orang Islam pula, mereka disaran menyertai angkatan tentera disebabkan
ianya terangkum dalam konsep jihad iaitu sesuatu yang amat mahal
harganya andainya gugur di medan perjuangan.

Perlembagaan Madinah juga berfungsi mengawal perilaku serta tindak
tanduk masyarakat. Melalui penggubalan piagam ini adalah menjadi
harapan Nabi Muhammad s.a.w. dapat membentuk masyarakat yang
berdisiplin serta saling bekerjasama sekaligus membentuk masyarakat yang
harmoni. Malah, piagam yang digubal ini bagi menghapuskan sikap curiga
– mencurigai, hasut – menghasut sehingga mengundang perpecahan dan
ketiakstabilan politik negara Islam Madinah. Tidak kurang pentingnya,
melalui piagam ini juga, amalan semangat assabiyah yang sering
mengundang perpecahan dihapuskan sebaliknya digantikan dengan konsep
ummah yang mengandungi tiga elemen penting iaitu persaudaraan,
persamaan taraf dan prinsip amal makruf nahi mungkar dengan terasnya
akidah iaitu mentauhidkan Allah Yang Esa.

Sememangnya tidak dinafikan penggubalan Piagam Madinah ini telah dapat
mewujudkan sebuah negara yang aman dengan masyarakat yang saling
bekerjasama dan menghormati antara satu sama lain. Malah, dengan
penggubalan perlembagaan ini, ianya telah menyerlahkan bakat
kepemimpinan yang ada pada diri Nabi Muhammad s.a.w. sehingga
Baginda s.a.w. dianggap negarawan yang ulung.

Penggubalan Piagam Madinah dapat menyelesaikan pelbagai
masalah warga Madinah. Bincangkan.

Penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah bukan sahaja telah Menjadi kewajipan warga
membawa kepada lembaran baharu dalam sejarah perjuangan umat Islam, Madinah mempertahan negara
malah ianya telah membawa kepada penubuhan negara Islam pertama. Bagi daripada ancaman musuh
melengkapkan negara tersebut, Perlembagaan Madinah telah digubal
berasaskan sumber wahyu yang menetapkan tanggungjawab terhadap Larangan mengadakan apa –
setiap warga Madinah. Perlembagaan ini mengandungi perkara berkaitan apa perjanjian dengan musuh
kepemimpinan, konsep ummah, hak orang bukan Islam, tanggungjawab
orang Islam dan tanggungjawab bersama dalam kalangan warga Madinah. Setiap warga negara
digalakkan menyertai tentera
Penggubalan Perlembagaan Madinah ini telah menyelesaikan masalah ketika ekspedisi ( sukarela )
kepemimpinan di Madinah yang menanti kepemimpinan yang berwibawa.
Pengsiytiharan Nabi Muhammad SAW sebagai ketua negara telah diterima
oleh warga Madinah termasuk kaum Yahudi yang amat berharap
memperoleh jawatan tersebut. Sebagai pemimpin tertinggi negara, Nabi
Muhammad SAW telah mewujudkan keadilan dengan memperkenalkan
prinsip dan amalan syura sekaligus menolak tanggapan Baginda
mengamalkan pemerintahan bersifat autokratik. Prinsip dan amalan syura
ini memberi peluang dan ruang kepada setiap warga Madinah

mengemukakan pandangan, dan bukti keterbukaan lagi ialah pengekalan
jawatan – jawatan ketua - ketua kabilah.

Peruntukan kewajipan hidup saling berkerjasama dan tolong menolong Piagam Madinah merupakan
antara umat Islam bukan sahaja telah menyesaikan masalah golongan sistem perundangan tertinggi
Muhajirin yang berhijrah dalam keadaan sehelai sepinggang malah juga negara
menamatkan permusuhan dan perbalahan antara kaum Aus dan Khazraj
yang sering dilagakan oleh puak Yahudi. Peruntukan ini menggambarkan  Bersifat menyeluruh
fahaman assabiyah dapat dihapuskan, dan digantikan dengan roh atau
semangat persaudaraan Islam. Bagi mengukuhkan persaudaraan dan  Bersumberkan wahyu
kekuatan umat Islam, Baginda SAW turut menerapkan iman dan  Tidak mengetepikan norma
memperkenalkan konsep akhlak Islam yang berteraskan amal makruf nahi
mungkar masyarakat

Piagam Madinah juga dapat meleraikan permasalahan orang – orang bukan  Menyentuh hal
Islam yang bimbang dengan penubuhan negara Islam Madinah dan
perlantikan Nabi Muhammad SAW sebagai ketua negara. Piagam Madinah kepemimpinan
memperuntukkan fasal kebebasan beragama dan mengamalkan adat
istiadat masing – masing asalkan iannya tidak menjejaskan keharmonian  Menyentuh tanggungjawab
negara Islam. Jelasnya, golongan bukan Islam tidak dipaksa menganut
agama Islam. Selain itu, golongan bukan Islam juga diberikan kebebasan warga Madinah
bersuara, boleh mengemukakan apa – apa pandangan atau kritikan yang
membina serta positif demi kepentingan bersama.  Menngandungi hak – hak

warga Madinah

Seterusnya, Piagam Madinah juga menyelesaikan masalah berhubung Pemberian hak kepada
dengan keselamatan, setiap warga Madinah tanpa mengira bangsa, agama golongan bukan Islam seperti:
dan keturunan wajib mempertahankan negara seandainya negara Islam
Madinah diancam oleh musuh, dan dilarang sama sekali bersekongkol  Kebebasan bersuara
dengan musuh. Contoh yang paling jelas,sewaktu negara Islam menghadapi  Kebebasan beragama
ancaman tentera Ahzab, adalah menjadi tanggungjawab semua warga
Madinah mempertahankan negara. Fasal ini juga menjamin kesetiaan warga Mencerminkan keadilan
Madinah terhadap kepemimpinan Nabi Muhammad SAW. Kegagalan
mentaati fasal inilah yang menyebabkan golongan Yahudi diusir daripada pemerintahan Nabi Muhamma
bumi Madinah.

Sememangnya tidak dinafikan penggubalan Perlembagaan Madinah bukan
sahaja menjadi sistem perundangan bertulis pertama, tetapi yang lebih
penting ianya akan dapat menjamin kesetiaan warga Madinah dan
penyelesaian terbaik masalaha yang dihadapi oleh golongan Islam dan
golongan bukan Islam, apatah lagi dalam Piagam Madinah turut
diperkenalkan konsep ummah; suatu identiti bagi masyarakat yang berada
di bawah kepemimpinan Nabi Muhammad SAW


Click to View FlipBook Version