The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by matkialtis, 2021-09-17 02:28:06

SEJARAH ISLAM 2015 - 2017

BAHAN TUDINGAN

Bincangkan struktur pemerintahan kerajaan Islam Madinah pada
zaman Nabi Muhammad s.a.w

Implikasi daripada peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. ke Dasar – dasar yang dijalankan
Madinah, dari segi politik ianya telah membawa kepada pembentukan seperti dasar ekonomi, dasar
negara Islam Madinah, dan Baginda s.a.w. sendiri dilantik sebagai ketua ketenteraan dan sosial serta
tertinggi negara tersebut. Sebagai pemimpin tertinggi kerajaan Islam, Nabi hubungan diplomatic boleh
Muhammad s.a.w. telah merangka dasar pemerintahan dan pentadbiran dikaitkan dengan pentadbiran
sekaligus membentuk struktur kerajaan yang agak berbeza dengan keadaan kerajaan Islam Madinah zaman
sebelumnya yang terikat dengan sistem kabilah. Nabi Muhammad SAW

Struktur pemerintahan kerajaan Islam Madinah diketuai sendiri oleh Nabi
Muhammad s.a.w. Sebagia ketua negara, Baginda s.a.w. berperanan
menggubal dasar – dasar negara Islam sama ada dasar politik, keagamaan,
ekonomi, sosial dan sebagainya. Baginda s.a.w. bertanggungjawab
menyelesaikan sebarang pertikaian yang timbul dalam kalangan kabilah dan
penduduk Madinah. Meskipun Baginda s.a.w. menjadi pemimpin tertinggi
negara, peranan ketua – ketua kabilah di Madinah tidak dinafikan. Hal ini
menggambarkan Nabi Muhammad s.a.w. mengekalkan struktur
pemerintahan yang sedia ada, namun sekiranya ketua – ketua kabilah tidak
mampu menyelesaikan masalah yang timbul dalam kalangan mereka,
persoalan tersebut boleh dirujuk kepada Baginda s.a.w.

Nabi Muhammad s.a.w. bukanlah pemerintah yang mengamalkan dasar Aspek negara Islam
pemusatan kuasa. Bagi membolehkan pemimpin tempatan dan warga
Madinah mengambil bahagian dalam pentadbiran dan pemerintahan,  Pemimpin tertinggi
prinsip dan amalan syura menjadi asas pemerintahan dan pentadbiran.  Syura
Segala dasar dan keputusan yang dibuat adalah berdasarkan suara majoriti.  Pusat pentadbiran
Pelaksanaan amalan syura ini bukan sahaja digalakkan oleh Islam, malah ia  Birokrasi
sebenarnya merupakan hak rakyat dan hak pemerintah bagi mewujudkan  Pentadbiran wilayah
keadilan terutamanya dalam melaksanakan sesuatu dasar. Prinsip utama  Pengurusan ketenteraan
amalan ini ialah keikhlasan yang merupakan tunjang utama kepada prinsip  Pengurusan ekonomi
musyawarrah.  Hubungan diplomatic

Bagi memastikan sistem pemerintahan kerajaan Islam sistematik, Baginda
s.a.w. membentuk sistem birokrasi sama ada di Madinah sendiri atau di
kawasan yang berada di bawah naungan Islam, dengan kata lain wujudnya
pentadbiran peringkat pusat dan juga peringkat wilayah. Di Madinah,
Baginda s.a.w. dibantu oleh para sahabat kanan sama ada dalam kalangan
Ansar mahupun Muhajirin seperti Abu Bakar, Umar al Khattab, Saad bin
Muaz dan Saad bin Ubadah. Zaid bin Thabit merupakan individu penting
dalam jentera pentadbiran kerajaan Islam, berindak sebagai Setiausaha
Negara dan penulisan wahyu serta surat – surat utusan, begitu juga dengan
Huzaifah bin Yaman dilantik sebagai pemegang rahsia. Baginda s.a.w. turut
sama melantik gabenor di Makkah, Najran, Hamadzan, Taif dan sebagainy,
contohnya Muaz bin Jabal di Yaman.

Perlembagaan Madinah telah digubal selepas terbentuknya negara Islam
menjadi sistem perundangan tertinggi negara. Perlembagaan yang
mengandungi 47 fasal ini digubal bersumberkan wahyu dan norma
masyarakat menjeleaskan hak – hak orang Islam dan bukan Islam serta
tanggungjawab mempertahanakn negara selain mengiktiraf kepimpinan
Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin tertinggi negara. Dengan kata
lain, sistem perundangan ini mencakupi hal berkaitan kepemimpinan,
tanggungjawab orang Islam, hak orang bukan Islam, aspek keselamatan dan
pembentukan sistem sosial atau kemasyarakatan baharu yang dikenali
sebagai ummah.

Struktur pemerintahan kerajaan Islam Madinah pada zaman Nabi
Muhammad s.a.w. memperlihatkan meskipun Baginda s.a.w. berada di
puncak pemerintahan, namun sebagai individu yang mementingkan
keadilan dan kepuasan dalam kalangan rakyat, prinsip yang digunakan
dalam pemerintahan ialah amalan pengagihan kuasa dan memberikan hak
yang sewajarnya sebagaimana yang diperuntukkan dalam Piagam Madinah.

Institusi khalifah terbentuk selepas kewafatan Nabi Muhammad
SAW. Merujuk zaman Khulafa al Rasyidin, bincangkan peranan
khalifah.

Perkataan khalifah dari sudut bahasa bermaksud pengganti, dalam konteks
pemerintahan atau siasah pula ialah pengganti kepada Nabi Muhammad
SAW bagi mengetuai negara dan umat Islam di Madinah. Institusi ini
diwujudkan selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, dan Abu Bakar al
Siddiq merupakan individu pertama yang memikul tanggungjawab dan
amanah ini. Individu – individu yang mengisi jawatan khalifah harus memiliki
dan memenuhi kriteria seperti beragama Islam, lelaki, baligh, merdeka, sihat
tubuh badan dan akal, bijak berpolitik, dan adil. Sepanjang pemerintahan
kerajaan Khulafa al Rasyidin, terdapat tiga orang lagi khalifah selain Abu
Bakar, iaitu Umar al Khattab, Uthman bin Affan, dan Ali bin Abi Talib

Di antara tanggungjawab seseorang khalifah apabila dilantik oleh umat
Islam ialah menjaga kesucian agama Islam daripada tercemar umpamanya
tindakan musuh yang mempersenda ajaran Islam atau adanya gerakan –
gerakan yang merosakkan kemurnian agama Islam dalam kalangan umat
Islam sendiri. Contoh yang paling jelas ialah tindakan Khalifah Abu Bakar al
Siddiq yang memerangi golongan al Riddah, iaitu golongan nabi palsu,
murtad, dan enggan membayar zakat setelah usahanya melalui kaedah
diplomasi menemui jalan buntu.

Khalifah juga berperanan mempertahankan negara daripada ancaman
musuh, umpamanya pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar al Siddiq
dan Khalifah Umar al Khattab, tentera Islam telah menggempur Rom dan
Parsi yang kerap mengancam keselamatan negara Islam Madinah. Hasil
daripada ekspedisi – ekspedisi yang digerakkan bukan sahaja ancaman –

ancaman tersebut dihapuskan, bahkan empayar Islam kian meluas dengan
penguasaan wilayah – wilayah seperti Syam, Mesir, Palestine, Iraq,
Mesopotamia dan lain – lain

Tugas lain seseorang khalifah ialah menggubal dasar – dasar pentadbiran Kronologi Pembentukan
sama ada dasar politik, ekonomi, ketenteraan dan lain – lain. Umpamanya
berkaitan dengan ekonomi, khalifah bertanggungjawab menyusun sistem Institusi Khalifah
pencukaian berdasarkan hukum syarak, contohnya pengenalan cukai baharu
seperti usyur dan kharaj, selain mengekalkan cukai jizyah dan kewajipan  Kewafatan Nabi Muhammad
berzakat sebagaimana zaman Nabi Muhammad SAW. SAW tanpa meninggalkan

Seseorang khalifah juga bertanggungjawab menghidupkan konsep wasiat
musyawarrah memandang syura merupakan hak pemerintah dan hak rakyat
bagi memastikan keadilan wujud dalam pemerintahan dan pentadbiran.  Orang Ansar berkumpul di
Zaman Khalifah Umar al Khattab, amalan syura telah diinstitusikan, Majlis Saqifah Bani Saidah;
Syura dibentuk dengan ahli – ahli syura yang dilantik berperanan sebagai
penasihat khalifah dan menggubal dasar – dasar negara berdasarkan suara berhasrat melantik Saad bin
majoriti
Ubdah sebagai khalifah
Khalifah juga bertanggungjawab mempertahankan maruah umat Islam,
umpamanya pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al Khattab,  Bantahan daripada golonga
sepasukan tentera telah digerakkan berikutan laporan seorang wanita Islam
dianiaya oleh musuh Islam. Tindakan ini sebagaimana Nabi Muhammad Muhajirin yang diketuai oleh
SAW bertindak terhadap Yahudi Bani Qainuqa’ yang bertindak menjatuhkan
maruah seorang wanita Islam di Madinah. Abu Bakar al Siddiq

Khalifah juga bertanggungjawab menghapuskan kezaliman tanpa mengira  Berlaku penghujahan
kaum, sama ada kaum tersebut beragama Islam atau sebaliknya. Contoh
yang paling jelas pada zaman Khalifah Umar al Khattab, tentera di bawah kelebihan golongan Ansar
pimpinan Amru al As telah dihantar ke Mesir berikutan bantuan yang
diminta oleh kaum Qibti yang berhasrat menamatkan pemerintahan zalim dan Muhajirin
Rom di sana dan bersedia berada di bawah naungan kerajaan Islam.
 Cadangan dua orang

khalifah dalam masa yang

sama

 Abu Bakar mencalonkan

Umar al Khattab dan Abu

Ubaidah

 Umar mencadangkan Abu

Bakar

 Abu Bakar dibaiah kerana
kelebihannya

Jawatan khalifah merupakan pemerintah tertinggi kerajaan Islam, individu
yang dipilih dan dibaiah bertanggungjawab memikul amanah menguruskan
pentadbiran negara demi kestabilan dan kesesejahteraan masyarakat
melalui penggubalan dasar politik, ekonomi mahupun sosial serta
meneruskan pemerintahan negara yang adil sebagaimana zaman
pemerintahan Nabi Muhammad SAW.

Bincangkan kejayaan – kejayaan Khalifah Abu Bakar sepanjang
pemerintahannya.

Sebelum dipilih oleh umat Islam sebagai khalifah, Abu Bakar banyak Tokoh Khalifah
membantu Nabi Muhammad SAW dalam menyebar luaskan dakwah Islam  Abu Bakar: Penyelamat
termasuk sanggup mengorbankan seluruh hartanya. Beliau dilantik sebagai
khalifah setelah berjaya menyelesaikan kekusutan dalam kalangan umat Negara dan Umat Islam
Islam bagi memilih pengganti Nabi Muhammad sebagai pemimpin negara
dan umat Islam. Kebijaksanaannya berhujah tatkala berhadapan dengan
golongan Ansar menyebabkan beliau akhirnya dibaiah sebagai khalifah.

Sebaik sahaja beliau dilantik sebagai khalifah, langkah pertama yang  Umar al Khattab: Melaksana
dilakukannya ialah dengan menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh Reformasi
golongan antikerajaan Islam yang dikenali sebagai golongan al Riddah yang
terdiri daripada golongan nabi palsu, enggan membayar zakat, dan murtad.  Umar Abdul Aziz: Khalifah
Peringkat awalnya, Khalifah Abu Bakar telah bertindak menggunakan Bani Umaiyah paling adil
kaedah diplomasi, namun sambutan agak dingin menyebabkan kaedah
kekerasan digunakan dengan membentuk 11 pasukan tentera. Melalui
gerakan ketenteraan, ada musuh yang dapat dibunuh, melarikan diri dan
kembali semula kepada agama Islam. Antara yang berjaya dibunuh ialah
Musailamah al Kazzab dan Sajah al Harith. Malah, keabilah – kabilah Arab
seperti Bani Haniffah dan Bani Yarbu’ mula kembali mentaat kepemimpinan
Nabi Muhammad dan negara Islam. Apa yang pasti tewasnya golongan al
Riddah telah menyelamatkan kesucian agama Islam daripada tercemar
akibat tindakan tidak bertanggungjawab golongan berkenaan.

Sebagai pemimpin tertinggi negara Islam, Khalifah Abu Bakar telah
menerima cadangan Umar al Khattab agar ayat – ayat al Quran dikumpul
dan disimpan di suatu tempatan. Meskipun cadangan ini merupakan
cabaran yang besar, namun demi kepentingan masa hadapan, disebabkan
kematian ramai penghafal al Quran terutamanya selepas Perang al Riddah
sekaligus mengelak hilangnya al Quran di muka bumi, Zaid bin Thabit telah
dilantik bagi mengetuai urusan pengumpulan ayat – ayat al Quran dan
penyusunannnya. Hasilnya, ayat – ayat ini berjaya dikumpul pada suatu
tempat dan disimpan di rumah isteri Nabi Muhammad SAW.

Bagi menunaikan tanggungjawab mempertahankan negara Islam daripada
ancaman musuh khususnya Rom, Khalifah Abu Bakar telah bertindak
menggerakkan semula tentera Islam ke sempadan Ghassan bagi
menghadapi masalah yang sering dicetuskan oleh Rom termasuk bertindak
membunuh utusan – utusan Nabi Muhammad SAW. Tentera ini sebenarnya
telah dibentuk oleh Rasululllah SAW, namun belum sempat digerakkan ,
Baginda SAW telah wafat menyebabkan ekspedisi ini ditangguhkan. Khalifah
Abu Bakar telah melantik Usamah bin Zaid bagi mengetuai tentera ini,

hasilnya kemenangan telah diperoleh, dan tentera ini
dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan kota Madinah daripada
ancaman musuh.

Bagi memastikan kestabilan politik negara Islam Madinah dan meneruskan
kepemimpinannya, Abu Bakar telah mewasiatkan agar jawatan khalifah
selepasnya pegang oleh Umar al Khattab. Hal ini disebabkan Khalifah Abu
Bakar bimbang akan berlaku perpecahan dalam kalangan umat Islam
sewaktu pemilihan kelak sebagaimana berlakunya kegawatan di Saqifah
Bani Saidah selepas kewafatan Rasulullah SAW, umat Islam hampir
bertelagah apabila golongan Ansar berhasrat mendapatkan jawatan
khalifah, dibantah pula oleh golongan Muhajirin sehinggalah Abu Bakar
dengan bijaksana berhujah untuk menyelesaikan isu ini.

Kesimpulannya, kejayaan Abu Bakar menyelesaikan pelbagai isu berkaiatan
agaman, ketenteraan, dan kepemimpinan ini telah berjaya menyelesaikan
dan menamatkan krisis yang boleh menggugat kestabilan politik negara,
kejayaan ini menyebabkan beliau dianggap sebagai Penyelamat Negara dan
Umat Islam

Bincangkan faktor – faktor yang membawa kejayaan Khalifah Umar
al Khattab sehingga dianggap sebagai khalifah yang paling berjaya
pada zaman Khulafa al Rasyidin.

Khalifah Umar al Khattab merupakan khalifah kedua kerajaan Khulafa al
Rasyidin, dipilih dan dibaiah oleh umat Islam selepas Abu Bakar
meninggalkan wasiat jawatan ini diberikan kepadanya memandangkan
beliau mempunyai perwatakan, keperibadian dan ciri kepemimpinan yang
mampu memimpin umat Islam. Maka, tidak hairanlah, sepanjang 10 tahun
pemerintahannya, banyak pembaharuan yang dilaksanakan oleh Khalifah
Umar sehingga sejarawan menganggap zamannya sebagai zaman
keemasan / keagungan kerajaan Islam. Terdapat beberapa faktor yang
menyumbang kepada kejayaan ini, antaranya keperibadian dan
kepemimpinannya sebagai khalifah, kekuatan tentera, kekuatan ekonomi
dan lain – lain.

Faktor asas yang membawa kepada kejayaan Umar al Khattab dikaitkan
dengan keadaan politik yang stabil, segala masalah dalaman seperti krisis
kepemimpinan, ancaman golongan al Riddah serta Rom telah berjaya
ditangani oleh khalifah sebelumnya, Abu Bakar al Siddiq. Oleh sebab itu,
Umar al Khattab mempunyai peluang dan ruang yang sepenuhnya
meneruskan dasar – dasar yang sedia ada serta menambahbaik aspek –
aspek tertentu mengikut keadaan semasa, umpamanya membahagikan
negara Islam kepada 8 buah wilayah yang lengkap dengan ibu kota serta
sistem birokrasi yang sistematik dengan Madinah kekal sebagai pusat

pentadbiran kerajaan Islam Madinah. Keadaan yang aman ini membolehkan
Khalifah melakukan pelbagai pembaharuan dalam bidang sosioekonomi
serta pentadbiran dan pengurusan tanah.

Seterusnya faktor yang menyumbang kejayaan Khalifah Umar dikaitkan Pemerintahan kerajaan Khulafa
dengan keperibadian dan daya kepemimpinannya yang adil telah al Rasyidin adalah penerusan
memuaskan hati semua pihak tanpa mengira agama dan bangsa. Beliau zaman Nabi Muhammad,namun
sentiasa memberikan ruang kepada rakyat untuk mengemukakan apa apa ada pembaharuan
pandangan demi kepentingan bersama, sehinggalah beliau
mengungkapkan kata – kata, ‘Tiada Khalifah Tanpa Musyawarrah’. Bagitu  Kepimpinan tertinggi ialah
juga dengan pelaksanaan cukai, tokoh ini telah mengenakan cukai dengan
kadar yang berpatutan kepada golongan berkenaan, umpamanya cukai khalifah ambil peranan
jizyah, kadarnya berdasarkan kemampuan seseorang individu ( 12 – 48
dirham setahun ). Bagi memastikan dasar – dasarnya tidak menyusahkan Rasulullah
rakyat, Khalifah Umar telah bertindak menginstitusikan amalan syura
dengan membentuk Majlis Syura dengan ahlinya – ahlinya dilantik oleh  Amalan syura diteruskan
khalifah dan bertindak sebagai penasihat atau seolah – olah Majlis
Perundingan Negara. dan diinstitusikan

Kekuatan tentera yang dimiliki oleh Khalifah Umar merupakan penyumbang  Madinah kekal sebagai pusat
kepada kejayaan membina empayar kerajaan Islam. Khalifah Umar telah
melakukan reformasi dalam bidang ketenteraan dengan menubuhkan pentadbiran
Jabatan Tentera serta membahagikan tentera kepada kepada tentera tetap
dan tentera simpanan yang diberikan gaji dan elaun. Peringkat awal, tentera  Pentadbiran wilayah
Islam diketuai oleh Khalid al Walid yang kemudiannya digantikan oleh Abu
Ubaidah al Jarrah, namun perubahan ini tidak menjejaskan kekuatan tentera diperluaskan
Islam, buktinya dua kuasa besar Rom dan Parsi dapat dilemahkan apabila
satu persatu wilayah dapat dikuasai seperti Syam, Palestine, Iraq, Iran, Mesir  Pengurusan Baitul mal
dan lain – lain. Kejayaan menguasai wilayah – wilayah ini membolehkan
Khalifah Umar melaksanakan pembaharuan secara menyeluruh. sistematik dan formal

 Penubuhan Jabatan Tentera

Akhir sekali, faktor yang menyumbangkan kejayaan Khalifah Umar ialah Ahli – ahli syura yang dilantik
mempunyai kekuatan ekonomi yang boleh dimanfaatkan bagi menjalankan dalam Majlis Syura, cirinya
aktiviti pembangunan negara. Kejayaan kempen ketenteraan dan dakwah menepati ciri seseorang
yang dijalankan menyebabkan pelbagai sumber pendapatan diperoleh khalifah
seperti jizyah, kharaj, harta rampasan perang dan lain – lain. Segala sumber
pendapatan ini disimpan dan diuruskan oleh Baitul mal yang ditubuhkan
secara rasmi dan berperanan sebagai institusi yang menyelenggarakan
urusan pendapatan dan perbelanjaan negara. Penubuhan Baitul mal ini
membolehkan pendapatan negara ini dimanfaatkan untuk membantu
golongan yang tidak bernasib baik, merancang dan menyedia program
pembangunan dan kebajikan, meluaskan syiar Islam dan sebagainya.

Kesimpulannya, tidak dinafikan kejayaan Umar al Khattab khususnya
pelaksanaan dasar pembaharuan yang diperkenalkan merupakan simbol
kejayaannya sebagai khalifah, kejayaan ini sebenarnya bertitik tolak
daripada tindakan bijak khalifah sebelumnya yang meletakkan asas yang
kukuh bagi membolehkan Khalifah Umar melakukan pembaharuan yang
menyeluruh sehingga zaman pemerintahannya dianggap sebagai zaman
kegemilangan kerajaan Islam.

Abu Bakar al Siddiq meletakkan asas kejayaan Umar al Khattab.
Jelaskan.=

Khalifah Umar al Khattab merupakan pemerintah kerajaan Khulafa al Pentadbiran Wilayah
Rasyidin yang memerintah dalam tempoh 10 tahun, bermula dari tahun 13
Hijrah – 23 Hijrah. Sepanjang pemerintahanya, pelbagai pembaharuan yang Zaman pemerintahan Khalifah
dilaksanakan oleh Khalifah Umar antaranya mengistitusikan amalan syura, Abu Bakar, negara Islam
merombak sistem ketenteraan, dan merancang program pembangunan dibahagikan kepada 10 kawasan
sosioekonomi. Pun begitu, sesuatu yang tidak dapat dinafikan kejayaan –
kejayaan Umar al Khattab sebagai pemerintah ini sebenarnya ada kaitan
dengan daya usaha dan kepemimpinan khalifah sebelumnya, Abu Bakar al
Siddiq.

Antara bukti yang menunjukkan kejayaan Umar diasaskan oleh Abu Bakar Zaman Khalifah Umar al
ialah wasiatnya agar jawatan Khalifah diserahkan kepada Umar Khattab, negara Islam
memandangkan Umar mempunyai ciri keperibadian dan kepemimpinan dibahagikan kepada 8 buah
yang mampu meneruskan kesinambungan sebagai khalifah umat dan wilayah
negara Islam Madinah. Apa yang dijangkakan oleh Abu Bakar jelas tepat,
apabila Khalifah Umar telah bertindak mengekalkan dasar – dasar yang
dilaksanakan oleh Abu Bakar di samping melakukan beberapa rombakan
bagi tujuan penambahbaikan, antaranya amalan syura byang diperkenalkan
oleh Rasulullah SAW dan diteruskan oleh Abu Bakar telah diinstitusikan
dengan Umar menubuhkan Majlis Syura dengan ahli – ahlinya yang dikenali
dengan Ahl al Syura dilantik oleh kerajaan. Badan ini bertanggungjawab
mengemukakan dan membincangkan dasar – dasar negara sebelum
dibentangkan untuk dilaksanakan agar dasar – dasar berkenaan
memberikan manfaat bersama.

Kejayaan Umar juga dibantu dengan kejayaan Abu Bakar yang telah berjaya
menghapuskan masalah yang boleh menggugat kestabilan politik seperti
gerakan al Riddah dan ancaman Rom di Ghassan. Kejayaan Abu Bakar,
bermakna Umar mewarisi sebuah kerajaan yang telah stabil, peranan
Khalifah Umar di sini hanyalah untuk mengukuhkan kekuatan dan kestabilan
kerajaan Islam dengan merangka sistem pentadbiran termasuk melakukan
pelbagai program pembaharuan atau transformasi. Kelebihan situasi
berkenaan telah menyebabkan Khalifah Umar melakukan pelbagai
pembaharuan yang merangkumi bidang politik, pentadbiran, kehakiman,

perundangan, ekonomi dan sosial. Pembaharuan – pembaharuan yang
dilaksanakan ini menyebabkan Khalifah Umar dianggap sebagai pembinan
zaman kegemilangan kerajaan Islam Madinah.

Khlaifah Umar al Khattab juga mewarisi pasukan tentera Islam yang kuat dan
teratur di bawah kepemimpinan Abu Bakar yang memiliki beberapa orang
panglima terkenal seperti Khalid al Walid, Abu Ubaidah, Usamah bin Zaid
dan lain – lain. Kehebatan panglima – panglima ini dibuktikan dengan
kejayaan menangani ancaman al Riddah, menguasai wilayah Hirah dan
Anbar yang sebelum ini dikuasai oleh Parsi. Sebaik sahaja Umar dilantik
sebagai Khalifah, beliau telah merombak struktur ketenteraan kerajaan
Islam, Abu Ubaidah telah dilantik sebagai Panglima Agung, penubuhan
tentera tetap dan tentera simpanan yang pengurusannya kini lebih
sistematik dan tersusun. Impak daripada perubahan yang dilakukan ini,
tentera Islam semakin digeruni, malah telah berjaya melemahkan empayar
Rom dan Parsi berikutan kejayaan demi kejayaan menguasai wilayah seperti
Palestine ( Baitul Maqdis ), Mesir, Iraq, Iran dan lain – lain.

Tindakan Khalifah Umar membahagikan negara Islam kepada 8 buah
wilayah merupakan idea atau kesinambungan daripada dasar Abu Bakar.
Pada zaman Abu Bakar, negara Islam dibahagikan kepada 10 buah daerah,
namun disebabkan kejayaan yang cemerlang dalam ekspedisi ketenteraan
pada zaman Umar al Khattab, Khalifah Umar telah bertindak membahagikan
negara kepada 8 buah wilayah, dengan setiap wilayah akan diketuai oleh
gabenor yang dibantu oleh pegawai – pegawai kerajaan lain seperti pegawai
Baitul mal, pemungut cukai, ketua polis, dan hakim. Pembentukan struktur
pentadbiran peringkat wilayah ini bertujuan mewujudkan keseragaman
pentadbiran dengan kerajaan pusat di Madinah, apatah lagi setiap gabenor
yang dilantik wajib bertanggungjawab terhadap Khalifah Umar.

Begitu juga dengan pembaharuan dalam bidang sosioekonomi, tidak
dinafikan apa yang dilakukan oleh Umar al Khattab bertitik tolak daripada
usaha yang telah dimulakan oleh Abu Bakar, umapmanya Baitul mal telah
ada pada zaman Abu Bakar, namun berfungsi lebih formal pada zaman Umar
disebabkan peningkatan sumber pendapatan, begitu juga dengan
pembangunan bidnag pertanian, kestabilan politik membolehkan Umar
menyediakan pelbagai kemudahan untuk memajukan bidang pertanian dan
perdagangan yang boleh menjana ekonomi kerajaan dan umat Islam.

Dasar Khalifah Umar Abdul Aziz telah berjaya memulihkan imej
kerajaan Bani Umaiyah. Bincangkan.

Khalifah Umar Abdul Aziz merupakan khalifah kelapan kerajaan Bani
Umaiyah selepas meninggalnya Sulaiman bin Abdul Malik. Khalifah Umar
memerintah selama 3 tahun bermula dari tahun 717 M sehingga 720 M.
Keadilan dasar pemerintahannya menyebabkan sejarawan menganggap
beliau adalah lambang baharu kerajaan Umaiyah sekaligus berjaya
memulihkan imej kerajaan ini yang dianggap banyak melakukan ‘kesilapan’
termasuk dikatakan bertanggungjawab menamatkan era pemerintahan
kerajaan Khulafa al Rasyidin.

Antara dasar Khalifah Umar yang dianggap dapat memulihkan imej kerajaan
Umaiyah ialah dengan menjadikan al Quran dan Hadis sebagai asas utama
mentadbir negara. Sebelum ini, bermula zaman Muawiyyah, sistem
pentadbiran kerajaan Islam adalah bermodelkan kerajaan Rom Timur, penuh
dengan amalan atau protokol sehingga menyusahkan rakyat menemui
khalifah atau menyampaikan apa – apa aduan. Malah, dikatakan pada
Umaiyah, berlaku pemusatan kuasa di tangan khalifah menyebabkan prinsip
dan amalan syura seolah – olah sepi, rakyat hanya akur dengan segala dasar
yang diputuskan bagi mengelak sebarang musibah, bahkan digambarkan
rakyat dipaksa memberikan baiah kepada mana – mana individu yang
dilantik sebagai khalifah bagi menggantikan Ali bin Abi Talib. Oleh sebab itu,
Khalifah Umar kembali menghidupkan prinsip dan amalan syura.

Khalifah Umar juga bertindak menghapuskan mana – mana dasar yang
menyusah dianggap menzalimi rakyat. Selepas bertindak terhadap mana –
mana ahli keluarga Bani Umaiyah yang menyalahgunakan kuasa, Khalifah
Umar telah bertindak memecat mana – mana pegawai kerajaan yang
didapati tidak cekap, moral yang rendah dan zalim. Antara individu yang
dipecat ialah, Gabenor Mesir, Usman bin Zaid, Yazid bin Abu Muslim
( Gabenor Afrika Utara ), Salleh bin ABd Rahman ( Gabenor Iraq ), dan al
Harith bin Abdul Rahman ( Gabenor Andalus ).

Khalifah Umar Abdul Aziz juga menghentikan amalan mencaci terhadap
keluarga Saidina Ali di mimbar – mimbar Jumaat kerana tindakan ini bukan
sahaja mencemarkan maruah seseorang, bahkan secara tidak langsung
mendedahkan kelemahan umat Islam yang berbalah sesama sendiri. Cacian
digantikan dengan seruan agar umat Islam berbaik – baik antara satu sama
lain sekaligus menghidupkan semula roh ukhwah Islamiyyah yang diasaskan
oleh Rasulullah s.a.w. Tindakan ini jelas menggambarkan hasrat Khalifah
Umar untuk berdamai dengan musuh – musuh politik kerajaan Umaiyah.

Keadilan Khalifah Umar ini juga telah menyebabbkan golongan Khawarij
turut menghentikan seketika penentangan terhadap kerajaan Islam ini.

Dasar ekonomi yang dipraktikkan turut memberikan gambaran Khalifah
Umar berusaha memberikan gambaran baharu kerajaan Islam ini. Beliau
telah bertindak memansuhkan cukai jizyah yang dikenakan ke atas golongan
Mawali, sebaliknya hanya dikenakan ke atas golongan kafir zimmi. Beliau
juga menetapkan tanah kharaj tidak boleh dijualbeli atau diagihkan kepada
mana – mana individu, membezakan antara cukai jizyah dan cukai kharaj
serta memansuhkan segala jenis perayaan, upacara – upacara tertentu,
hadiah – hadiah kepada tetamu dan perbelanjaan lain yang membazir.
Institusi Baitul mal turut dipulihkan, segala sumber dianggap sebagai
amanah Allah bukannya harta kerajaan yang boleh dibelanjakan sewenang
– wenangnya.

Khalifah Umar juga berusaha mewujudkan suasana yang aman dan
harmonis dalam kalangan masyarakat. Bagi mengelak permusuhan antara
golongan Arab bukan Arab, beliau menggalakkan perkahwinan antara
kedua – duanya itu. Arahan agar tidak disebut lagi istilah Mawali
memberikan gambaran harapannya untuk mewujudkan masyarakat baharu
berlandaskan akidah Islam dan tidak berlandaskan bangsa mahupun
keturunan. Beliau juga menggunakan kaedah diplomasi untuk menarik
golongan bukan Islam memeluk agama Islam, oleh sebab itulah beliau
mengarahkan agar – agar tentera di sempadan ditarik balik termasuk tentera
yang mengepung kota Constantinople

Kesimpulannya, dasar – dasar Khalifah Umar Abdul Aziz sama ada dasar
politik, ekonomi mahpun sosial ini jelas memberikan gambaran usaha
Khalifah Umar mewujudkan keadilan dalam masyarakat agar memuaskan
hati semua pihak. Dasar yang dipraktikkan menunjukkan bahawa Khalifah
Umar berhasrat mewujudkan kembali keadilan sebagaimana zaman Khalifah
Umar al Khattab, dasar inilah menyebabkan tokoh ini dianggap Khalifah al
Rasyidin yang kelima sekaligus membersihkan imej kerajaan Umaiyah.

Huraikan bentuk pemerintahan kerajaan Islam pada zaman kerajaan
Khulafa al Rasyidin.

Kerajaan Khulafa al Rasyidin merupakan kerajaan Islam yang terbentuk
selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., atau lebih tepatnya sebaik sahaja
Abu Bakar diangkat atau dipilih sebagai khalifah pertama bagi memimpin
negara dan umat Islam. Kerajaan ini bertahan selama lebih kurang 30 tahun,
dan diketuai oleh tiga orang khalifah lagi selain Abu Bakar, iaitu Umar al
Khattab, Uthman bin Affan, dan Ali bin Abi Talib. Amnya, kerajaan ini masih
mengekalkan bentuk pemerintahan sebagaimana zaman Nabi Muhammad
s.a.w., namun bermula zaman Khalifah Umar al Khattab ia telah mengalami
beberapa pembaharuan demi kelancaran pentadbiran dan kepentingan
rakyat yang diperintah.

Individu yang memegang kuasa tertinggi dalam kerajaan Islam kini ialah
Khalifah, namun sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w. menjadi pemimpin
tertinggi, kekuasaan khalifah tidaklah bersifat mutlak. Semua khalifah
bermula dari Abu Bakar sehingga Ali bin Abi Talib melaksanakan prinsip dan
amalan syura dalam pemerintahan sekaligus menjamin pengagihan kuasa.
Khalifah bukan sahaja bertanggungjawab mengetuai negara malah
diamanahkan mempertahankan kesucian agama Islam dan
mempertahankan maruah umat Islam serta menghidupkan amalan syura.
Walau bagaimanapun, khalifah mempunyai hak untuk berijtihad atas
sesuatu perkara yang difikirkan perlu, sekaligus menggambarkan adanya
kuasa perundangan di tangan khalifah.

Dari segi pusat pemerintahan, kerajaan Khulafa al Rasyidin masih
mengekalkan Madinah sebagai pusat pentadbiran kerajaan Islam, dengan
Masjid Nabawi menjadi markas kepada gerakan kerajaan Islam sebagaimana
zaman Rasulullah s.a.w., malah segala perbincangan berkaitan dasar negara
dibincangkan dalam masjid ini. Walau bagaimanapun, pada zaman
pemerintahan Khalifah Ali bin Abi Talib, telah berlaku perubahan apabila
pusat pentadbiran negara Islam terpaksa dipindahkan ke Kufah,
memandangkan ianya lebih strategik berikutan Khalifah Ali menghadapi
menghadapi banyak konflik dalaman sepanjang pemerintahannya.

Amalan syura merupakan teras pemerintahan kerajaan Islam termasuk
kerajaan Khulafa al Rasyidin. Bermula zaman pemerintahan Khalifah Umar al
Khattab, amalan syura telah diinstitusikan, dengan kata lain Majlis Syura
telah dibentuk secara formal bagi menjadi penasihat kepada khalifah
terutama dalam pelaksanaan dasar – dasar negara sama ada dasar politik,
ekonomi, sosial dan sebagainya. Ahli – ahli yang dilantik dalam majlis ini
merupakan individu yang berpengalaman dan berkelayakan, dan segala
keputusan yang dibuat adalah berdasarkan suara majoriti termasuk khalifah
kena akur dengan keputusan yang diambil. Amalan syura ini dipraktikkan
sama ada di peringkat pusat mahupun wilayah. Tegasnya, boleh dikatakan
kuasa eksekutif zaman kerajaan Khulafa al Rasyidin dipegang oleh ahli – ahli
dalam Majlis Syura.

Bagi memastikan kelancaran urusan pentadbiran khususnya di peringkat
wilayah, setiap wilayah akan ditadbir oleh Gabenor yang akan
bertanggungjawab terhadap khalifah, malah bermula zaman Umar al
Khattab, lapan buah wilayah yang ditadbir oleh gabenor akan dibantu oleh
pegawai kerajaan lain seperti pemungut cukai, hakim, ketua polis dan
panglima tentera yang menggambarkan wujudnya system birokrasi yang
sistematik. Pembentukan birokrasi sebegini amat diperlukan
memandangkan wilayah kekuasaan Islam sepanjang luas bukan sahaja di
Semenanjung Tanah Arab bahkan meliputi luar Tanah Arab seperti Mesir,
malah pada zaman Khalifah Uthman bin Affan, wilayah kekuasaan meliputi
kawasan Asia Tengah dan persisiran Laut Mediterranean.

Walaupun kerajaan Khulafa al Rasyidin merupakan ‘kerajaan baharu’ yang
terbentuk selepas kewafatan Rasulullah s.a.w., namun bentuk dan corak
pemerintahan yang diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w. tetap menjadi asas
kepada pembentukan negara Islam yang teguh diikuti dengan

pembaharuan bagi melancarkan urusan kewangan, ketenteraan dan lain –
lain.

Bincangkan usaha – usaha Aurangzeb untuk memartabatkan Islam di
India pada zaman kekuasaan kerajaan Moghul.

Kerajaan Moghul merupakan kerajaan Islam terakhir di India yang muncul
selepas kejatuhan kerajaan Kesultanan Delhi. Kerajaan ini terbentuk pada
tahun 1526 Masihi, dan bertahan lebih kurang 300 tahun apabila pemerintah
terakhirnya dibuang negeri oleh British ke India. Sepanjang pemerintahan
kerajaan ini, muncul beberapa orang tokoh terkenal, antaranya Aurangzeb
( 1658 – 1707 ) yang bertanggungjawab mengemebalikan imej dan maruah
umat Islam di India berikutan zaman – zaman sebelumnya jelas berlaku
kelemahan umat Islam disebabkan dasar liberal yang diamalkan oleh
pemerintah sebelumnya khususnya Akbar dan Syah Jehan.

Antara usaha Aurangzeb untuk memartabatkan kembali Islam di India ialah
dengan menamatkan dasar liberal sebaliknya menjadikan Islam sebagai
teras dalam pentadbirannya. Segala polisi pemerintahannya kini
berpandukan al Quran dan Hadis, malah beliau kini menjadikan para ulama
sebagai penasihat dalam pemerintahan dan pentadbirannya. Golongan
bukan Islam khususnya yang beragama Hindu tidak lagi diberikan jawatan –
jawatan utama dalam kerajaan sebaliknya mereka dilantik sebagai
pembantu kepada orang – orang Islam. Keadilannya terhadap golongan
bukan Islam terbukti apabila dilaporkan zamannya menyaksikan paling
ramai golongan bukan Islam diberikan peluang menjawat jawatan dalam
perkhidmatan awam di India termasuk mengekalkan jawatan yang mereka
pegang sebelum ini selagi tidak menentang kerajaan Islam.

Dalam bidang ekonomi, Aurangzeb kembali menghidupkan cukai jizyah
yang telah dihapuskan sejak zaman pemerintahan Akbar. Baginya,
pelaksanaan jizyah ini merupakan simbol kekuatan kerajaan Islam yang
mampu melindungi golongan bukan Islam. Beliau juga telah bertindak
menghapuskan tidak kurang dari 80 jenis cukai yang tidak dibenarkan oleh
Islam yang dikenakan bukan sahaja terhadap orang Islam bahkan orang –
orang bukan Islam. Baginya, tindakan ini bukan sahaja bercanggah dengan
syarak malah menyebabkan kegelisahan dan kesengsaraan dalam kalangan
rakyat. Beliau juga mencegah sebarang perbelanjaan yang membazir atau
boros, dasar – dasar sebegini dikatakan telah membawa kepad keteguhan
ekonomi 30 tahun pertama era pemerintahannya. Beliau juga menggalakkan
masyarakat tempatan terlibat dengan aktiviti ekonomi khususnya pertanian
dan perdagangan. Beliau membenarkan pedagang British membuka
petempatan di Hoogly dan Surat dengan hasrat meluaskan lagi penglibatan
umat Islam dalam aktiviti ini.

Dalam bidang sosial, Aurangzeb bertindak mengharamkan sama sekali
agama Din Illahi yang jelas membawa kekufuran dan tercabutnya syahadah
umat Islam. Ulama – ulama telah diarahkan kembali membetulkan akidah
umat Islam, dan perlu menggunakan apa – apa kaedah sama ada berdakwah
secara langsung atau melalui penulisan. Bagi memastikan syiar Islam
berkembang, masjid – masjid banyak dibina dan melarang pembinaan kuil
– kuil baharu. Bagi memastikan akhlak umat Islam, sebuah kementerian khas
dibentuk bagi mengawasi tingkah laku, malah beliau telah memperkenalkan
kanun undang – undang yang dikenali sebagai Fatwa Alamgiri. Aurangzeb
juga melarang keras aktiviti sosial yang merosakkan akhlak seperti minum
arak, berjudi, muzik yang diangga suatu pembaziran. Kalendar Hindu dan
Parsi kini digantikan semula dengan takwim Hijrah

Dari sudut ketenteraan pula, Aurangzeb telah berjaya menggempur dan
mengalahkan musuh – musuh yang sering mengancam agama dan umat
Islam. Belaiu telah berjaya mengalahkan musuh – musuhnya sama ada
golongan fanatic Hindu dan Sikh, di samping memerangi kumpulan yang
tidak sehaluan dengannya. Antara puak Hindu yang dikalahkan ialah puah
Mahratas, Jats, dan Satnami, manakala puak militant Sikh yang diketuai oleh
Gobindal Singkh juga berjaya ditundukkan. Pada zaman kekuasaannya,
beliau telah berjaya menguasai 6 buah di Deccan, 14 buah di utara India dan
sebuah daerah di Afghanistan; memberikan gambaran berjaya menguasai
21 buah daerah di seluruh India, suatu kejayaan yang tidak pernah dicapai
oleh mana – mana pemerintah Islam di India terutamanya kemenangan di
Deccan.

Bincangkan kepentingan pelaksanaan etika peperangan mengikut
pandangan Islam.

Peperangan merupakan perkara yang tidak digalakkan oleh Islam, namun
ianya dibenarkan apabila agama Islam, maruah umat Islam serta negara
Islam terancam dengan tindak tanduk musuh. Dalam sejarah perjuangan
umat Islam, pelbagai musuh yang dihadapi, bermula dengan ancaman
Quraisy pada zaman Nabi Muhammad diikuti provokasi Yahudi, serta
ancaman Rom dan Parsi menyebabkan umat Islam perlu sentiasa bersedia
dan menyusun strategi bagi menghadapi ancaman tersebut.

Salah satu strategi yang digunakan bagi menghadapi ancaman musuh ialah
pelaksanaan etika dalam peperangan yang boleh membentuk disiplin para
pejuang Islam, umpamanya mematuhi arahan daripada pemimpin atau
mengikut strategi yang dirangka. Tragedi Perang Uhud membuktikan

perlunya akur dengan arahan pemimpin, kegagalan mengikut arahan Nabi Strategi Peperangan
Muhammad apabila para pemanah yang berada di Bukit Uhud
meninggalkan posisi tersebut telah menyebabkan bukan sahaja telah  Bertahan
menerima kekalahan yang tidak dijangka, malah telah menyebabkan - Perang Ahzab
gugurnya 70 orang tentera Islam termasuk Saidina Hamzah, malah Baginda
SAW turut mengalami kecederaan.  Menguasai tempat strategic
- Perang Badar
Etika yang dilaksanakan juga menggambarkan betapa tolak ansurnya agama - Perang Uhud
Islam terhadap musuh – musuh Islam, yang secara tidak langsung akan
dapat menarik golongan bukan Islam mendekati seterusnya menerima Islam  Mengepung
sebagai pegangan hidup. Contoh yang paling jelas ialah larangan - Perang Taif
membunuh golongan lemah, tidak memusnahkan harta awam atau - Pembukaan Makkah
persendirian, dan layanan yang baik terhadap tawanan – tawanan perang.
Hal ini jelas dipraktikkan ketika berhadapan dengan tawanan Badar, malah  Tidak mengejar musuh
dipraktikkan sewaktu Salehuddin al Ayyubi menawan Baitulmaqdis dan - Perang Tabuk
Muhammad al Fateh membuka kota Constantinople
 Memeterai perjanjian
Etika yang dipraktikkan juga menggambarkan sikap Islam yang - Perjanjian Hudaibiyah
mementingkan perdamaian dan keamanan, hal ini dapat dibuktikan dengan
etika sebelum peperangan iaitu menyeru pihak musuh menerima Islam atau  Muslihat
membayar jizyah sekiranya enggan yang merupakan syarat yang ditetapkan - Perang Uhud
kepada mana – mana pihak yang ingin berada di bawaj naungan kerajaan - Perang Ahzab
Islam. Begitu juga dengan etika semasa peperangan, para tentera Islam
mesti menghentikan peperangan seandainya pihak musuh memohon  Merahsiakan jumlah musuh
perdamaian, malah ditegaskan setiap perjanjian yang ditandatangani wajib - Perang Badar
ditaati, umpamanya ketetapan gencatan senjata selama 10 tahun antara
umat Islam di bawah pimpinan Nabi Muhammad SAW dengan musyrikin  Satu lawan Satu
Makkah. - Perang Badar

Etika peperangan yang diperkenalkan sama ada sebelum, semasa mahupun
selepas peperangan sebenarnya mempunyai pertalian rapat dengan konsep
jihad yang disarankan oleh Islam. Matlamat jihad adalah mempertahankan
kesucian agama Islam dan memastikan negara serta maruah umat Islam
tidak dihina atau diperlekehkan oleh musuh – musuh Islam. Namun begitu,
dalam merealisasikan konsep jihad ini, etika yang disyorkan ini menjadi
panduan kepada para pejuang Islam sama ada zaman Nabi Muhammad
SAW, mahupun Khulafa al Rasyidin serta zaman – zaman seterusnya.

Salehuddin al Ayyubi merupakan pemimpin yang berjaya.
Bincangkan.

Salehuddin al Ayyubi dilahirkan di Tirkit pada tahun 1138 Masihi bukan Ciri Kepemimpinan Salehuddin
sahaja merupakan pemimpin tertinggi kerajaan, malah dianggap sebagai al Ayyubi
pembela agama, negara dan maruah umat Islam. Kejayaan Salehuddin
dalam segala perancangan berkait rapat dengan sifat kepemimpinan yang
ada pada dirinya seperti berani, tegas, bertolak ansur, berpandangan jauh
dan sebagainya.

Kejayaan membuka Baitumaqdis merupakan kejayaan gemilang tokoh ini  Bijak merancang strategi
selepas sekian lama berada di kekuasaan golongan Kristian. Daya  Istiqamah dalam perjuangan
kepemimpinan seperti bijak merancang dengan menjadikan Ra’su al Ma  Prihatin
sebagai pusat gerakannya telah membolehkan tentera Islam bergerak dan  Tangkas dan berani
berjaya menguasai satu persatu wilayah seperti Karak, Syubak, dan Tabariah.
Malah ketegasan terhadap musuh Islam seperti Raynald yang menghina berjuang
Rasulullah SAW telah menggerunkan musuhnya. Sikapnya yang memberi
peluang kepada golongan bukan Islam khususnya tentera Salib keluar  Tegas
daripada Baitumaqdis serta membenarkan golongan bukan Islam  Berdiplomasi / Tolak ansur
mengamalkan ajaran sedia ada telah menyebabkan tokoh ini dianggap  Mementingkan kebajikan
pemerintah yang adil bukan sahaja dalam kalangan orang Islam bahkan  Berpandangan jauh
golongan bukan Islam.  Adil

Salehuddin al Ayyubi juga mempamerkan pemerintah yang mementingkan Kejayaan / Sumbangan
kebajikan rakyat, hospital telah didirikan dengan mengubah sebuah dewan Salehuddin al Ayyubi
di istana yang dibina oleh al Aziz bin al Muiz dengan menjadikannya sebuah
hospital yang dinamakan Bimaristan al Atiq. Sebuah gedung ubatan  Membuka kota Baitulmaqdis
disediakan bagi membolehkan ubat diagihkan mengikut gred yang
ditetapkan kepada para pesakit, malah di hospital yang dibina terdapat  Memperkukuhkan benteng
ruangan khas untuk pesakit wanita dan jaring – jaring besi bagi mengelak
pesakit mental mengganggu pesakit lain. pertahanan kerajaan

Salehuddin al Ayyubi juga merupakan individu berpandangan jauh, bagi Ayyubiyah
memastikan umat Islam disegani, tokoh ini amat mementingkan aspek
pendidikan. beliau banyak membina sekolah dan menjemput golongan  Memajukan sistem
ulama dan cerdik pandai ke negaranya Beliau memperkenalkan sistem
pendidikan prasekolah yang dikenali dengan nama Sistem al Katib, pendidikan
mempelajari al Quran, menghafal Hadis dan meningkatkan kemahiran seni
khat. Kanak – kanak juga diajar asas ilmu matematik, syair, kata – kata hikmat  Membangunkan ekonomi
dan asas beribadat seperti solat berjamaah Masjid berperanan sebagai pusat
pembelajaran yang penting khususnya ilmu keagamaan seperti ilmu tafsir. umat Islam; kemaskini
Antara masjid yang terkenal pada zamannya ialah Masjid Amru al As, Masjid
al Azhar, dan Masjid al Alttarin di Iskandariah. Kesungguhan beliau dalam sistem cukai dan
aspek pendidikan terserlah apabila beliau sanggup mewakafkan 32 buah
memajukan sektor

pertanian dan perdaganga

 Mementingkan kebajikan
rakyat

kedai untuk dijadikan sekolah malah membiayai guru – guru yang mengajar
di sekolah – sekolah yang didirikan.

Salehudin merupakan pemimpin yang adil, walaupun beliau melaksanakan
dasar pencukaian, kadar yang dikenakan tidak membebankan, sama ada
cukai jizyah dan kharaj. Cukai yang membebankan pada zaman kerajaan
Fatimiyyah dihapuskan seperti cukai yang dikenakan ke atas jemaah haji.
Beliau juga menumpukan perhatian terhadap sektor pertanian, penyediaan
dan penyelenggaraan sistem terusan dan memperkenalkan teknik pertanian
agar berlaku peningkatan produktiviti. Mesir juga telah menjadi pusat
pertemuan para pedagang Timur dan Barat. Beliau juga membina banyak
pasar di Mesir dan Syria dan memulih dan meluaskan pasar – pasar yang
sedia ada.

Huraikan pelaksanaan sistem naungan pada zaman kerajaan Khulafa
al Rasyidin dan Bani Umaiyah pada abad ke-7 Masihi hingga 8 Masihi

Kewujudan sesebuah negara yang dinaungi oleh kerajaan Islam berkait rapat
dengan cukai jizyah. Jizyah merupakan cukai politik yang dikenakan ke atas
golongan kafir zimmi. Tujuan pelaksanaan cukai ini ialah sebagai balasan
kerajaan Islam melindungi harta dan nyawa orang – orang bukan Islam
tersebut. Sumber jizyah ini sebenarnya telah pun dipraktikkan zaman Nabi
Muhammad s.a.w., namun pelaksanannya lebih formal pada zaman Khulafa
al Rasyidin

Pelaksanaan sistem naungan Zaman Khulafa al Rasyidin sememangnya amat Konsep naungan politik
ketara pada zaman Khulafa al Rasyidin, berikutan banyak ekspedisi dakwah dikaitkan dengan pelaksanaan
dan ketenteraan dijalankan sama ada dalam mahupun luar Semenanjung jizyah negara atau kabilah
Tanah Arab. Melalui ekspedisi yang dijalankan ini, golongan kafir yang berada di bawah kepemimpinan
enggan menerima agama Islam diwajibkan membayar jizyah sebagai simbol Nabi Muhammad SAW dan para
berada di bawah naungan kerajaan Islam. Sewaktu pemerintahan Khalifah khalifah
Abu Bakar, kejayaan mengalahkan beberapa kawasan yang diperintah oleh
Parsi di Iraq, menyebabkan penduduk seperti di Hirah, Anbar, Ain al Tamar
sanggup membayar jizyah sebagai simbol berada di bawah naungan
kerajaan Islam di Madinah.

Zaman Khalifah Umar al Khattab menyaksikan semakin banyak negara
menyatakan kesanggupan berada di bawah naungan kerajaan Islam,
umpamanya Mesir setelah kejayaan Amru al As menghapuskan penjajahan
Rom di sana. Penduduk Baitul Maqdis, melalui pemimpinnya telah
menandatangani perjanjian damai dengan Khalifah Umar al Khattab dengan
menyatakan kesanggupan membayar jizyah dengan syarat kerajaan Islam
memberi jaminan keselamatan jiwa, nyawa dan harta benda semua
penduduk Baitul Maqdis, jaminan kebebasan beragama serta amalan ibadat
bagi semua penduduk di Baitul Maqdis, dan bersedia menyerahkan segala
masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh penduduk Baitul Maqdis kepada
pemerintahan Islam.

Selain itu, Syria, Palestine, Jordan turut sama menyatakan kesanggupan
membayar jizyah berikuatan kejayaan tentera Islam di bawah pimpinan
Khalid al Walid dan Abu Ubaidah al Jarrah mengalahkan Rom dalam
beberapa siri peperangan. Pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin
Affan pula, beberapa kawasan di utara Afrika menyatakan kesanggupan
berada di bawah naungan kerajaan Islam serta sanggup membayar jizyah,
umpamanya penduduk di kawasan Qairawan, Tripoli, dan Nubah.

Pada zaman kerajaan Bani Umaiyah pula, terutama sewaktu pemerintahan
al Walid bin Abdul Malik, kejayaan ekspedisi ketenteraan merentasi benua
Asia, Afrika, dan Eropah telah menyebabkan beberapa kawasan menyatakan
kesanggupan berada di bawah naungan kerajaan Islam. Kempen
ketenteraan di India di bawah pimpinan Muhammad al Qassim, bukan
sahaja telah berjaya mengalahkan Raja Dhaha, pemerintah Sind, malah
kemaraan tentera Islam ke Multan telah menyebabkan penduduknya
menyerah diri dan bersetuju membayar jizyah dengan kadar tertentu.

Begitu juga dengan kejayaan ekspedisi ketenteraan di Asia Tengah, kejayaan
menakluk Marw, Karminiyah dan Bukhara, penduduk yang enggan
menganut agama Islam dikehendaki membayar jizyah sebagai balasan atau
jaminan keselamatan daripada kerajaan Bani Umaiyah melalui gabenornya
iaitu Qutaibah bin Muslim dan saudaranya, Bahar bin Muslim. Di Afrika Utara
pula, kejayaan panglima Musa bin Nusair mengalahkan bangsa Barbar dan
Zeutes membolehkan beliau menguasai Tangier dan Septah, sekaligus
membolehkan kerajaan Islam memungut cukai jizyah dan menjadi batu
loncatan kemaraan tentera Islam ke Sepanyol

Naungan yang diperoleh daripada kerajaan Islam, amnya akan membawa
kepada pengiktiafan negara – negara lain termasuk Parsi dan Rom meskipun
kerajaan ini mempunyai sikap antiIslam. Melalui hubungan yang dijalankan
ini legasi atau keunggulan kerajaan Islam telah terserlah melangkaui
sempadan geografi.

Huraikan kepentingan hubungan luar yang dijalankan oleh
kerajaan Abbasiyah

Kerajaan Bani Abbasiyah yang dibentuk selepas kejayaan menjatuhkan
kerajaan Bani Umaiyah pada tahun 750 Masihi. Sepanjang pemerintahan
kerajaan yang berpusat di Baghdad ini, terdapat beberapa orang tokoh
khalifah yang berwibawa, antaranya Abu Jaafar al Mansor, Harun al Rasyid,
dan puteranya, al Makmun. Bagi memastikan kekuatan dan kedaulatan
kerajaan ini, hubungan telah dijalinkan dengan kerajaan – kerajaan luar sama
ada dengan kerajaan di Tanah Arab mahupun luar Semenanjung Tanah
Arab, seperti China, India, Rom dan lain – lain. Hubungan yang dijalinkan ini
meninggalkan banyak kesan sama ada dati sudut politik, ekonomi, agama
dan sebagainya.

Hubungan dengan Perancis dijalinkan amya telah memberikan banyak Kerajaan Yang Menjalinkan
manfaat dari sudut politik, ekonomi, dan sosial. Sejarah mencatatkan Hubungan Dengan Kerakaan
hubungan begitu akrab antara dua orang pemimpin, iaitu Harun al Rasyid Abbasiyah ( persahabatan )
dan Raja Charlemagne bagi pihak Perancis. Dari sudut politik, hubungan ini
terbentuk disebabkan kedua – dua kerajaan menghadapi musuh yang sama,  Perancis
iaitu kerajaan Umaiyah di Andalus, oleh sebab itu dengan kerjasama kedua  India
– dua pihak akan memperkuatkan lagi banteng pertahanan masing – masing  China
daripada pencerobohan kerajaan di Andalus. Impak perjanjian atau
hubungan yang dijalinkan ini telah membawa kepada pertapakan dan Hubungan Akibat Peperangan /
perkembangan agama Islam khususnya di Perancis dan Eropah Barat amnya, Melalui Perjanjian Damai
begitu juga dengan aktiviti perdagangan, berlakunya perdagangan dua hala
antara kedua – dua buah negara yang saling memerlukan ini.  Rom

Berhubung dengan Rom atau kerajaan Byzantine pula, hubungan antara Hubungan dengan kerajaan
kedua – dua negara sentiasa dalam keadaan tegang. Peperangan Aghlabiyah di utara Afrika juga
merupakan suatu kelaziman, serangan tentera Islam yang diketuai oleh adalah sebagai tanda naungan
Harun al Rasyid pada tahun 780 Masihi telah memaksa Ratu Irene menyerah kerajaan Abbasiyah kerana
kalah, bersedia membayar ufti tahunan berjumlah 90 000 dinar setahun dan Khalifah Harun al Rasyid
mempersetujui gencatan senjata. Malah, kemenangan ini telah melantik Ibrahim al Aghbiyyah
membolehkan agama Islam disebarkan di kawasan kekuasaan Rom Timur sebagai pentadbir wilayah
serta membolehkan umat Islam menjalinkan aktiviti perdagangan di berkenaan
persisiran Laut Mediterranean. Pun begitu, Rom sekali lagi menguji kekuatan
tentera Islam, apabila Nicephorus bertindak menyerang, menyebabkan
Harun al Rasyid bertindak balas, bukan sahaja berjaya mengalahkannya,
bahkan menguasai beberapa buah wilayah di Asia Minor milik kerajaan Rom
Timur. Apa yang pasti perjanjian damai ini telah memberikan impak yang
positif kepada kerajaan Islam.

Kerajaan ini turut menjalinkan hubungan dengan India dan China, yan
pastinya memesatkan lagi ativiti perdagangan memandangkan kedua – dua
negara berkenaan sememangnya terkenal dengan aktiviti perdagangan.
Melalui hubungan ini, bukan sahaja Baghdad dan pelabuhan – pelabuhan
lain kian sibuk, malah secara tidak langsung membolehkan kerajaan
Abbasiyah meraih pendapatan dalam bentuk cukai khususnya cukai
perdagangan , atau disebut usyur. Malah telah pertukaran barangan,
berikutan berlakunya kegiatan import dan eksport antara negara berkenaan
dengan kerajaan Bani Abbasiyah.

Kepentingan lain hubungan luar antara kerajaan Bani Abbasiyah dengan Wilayah yang dikuasai di Asia
kerajaan – kerajaan luar ialah berlkaunya perkembangan intelektual yang Minor
pesat pada zaman itu, apatah lagi khalifah – khalifah bukan sahaja bertindak
sebagai penaung malah telah mendirikan pelbagai institusi pendidikan dan  Heraclea
keilmuan, umpamanya Harun al Rasyid telah mendirikan gedung ilmu yang  Tyans
dikenalis ebagai Baitul Hikmah yang menjadi tumpuan golongan cerdik  Iconium
pandai baik beragama Islam mahupun bukan beragama Islam menghasilkan  Ephesus
karya, menjalankan aktiviti penterjemahan, dan berdialog atau  Cyprus

bermuzakarah sekaligus menjadikan kota Baghdad sebagai pusat
perkembangan intelektual ilmu aqli dan ilmu naqli tersohor pada tempoh
masa tersebut.

Kesimpulannya, hubungan luar yang dilaksanakan oleh kerajaan Abbasiyah
menunjukkan betapa pentingnya kepada sesebuah negara, bukan sahaja
mencerminkan kedaulatan sesebuah negara, bahkan yang lebih penting
ialah ianya dapat memperkuatkan negara dari pelbagai aspek.

Keadaan kerajaan Turki Uthmaniyyah umpama retak menanti belah
apabila menandatangani perjanjian dengan kuasa – kuasa Barat
mulai abad ke-17 Masihi . Bincangkan.

Kerajaan Turki Uthmaniyyah dibentuk selepas jatuhnya kerajaan Abbasiyah
di tangan tentera Monggol yang berjaya menguasai dan memusnahkan kota
Baghdad pada pertengahan abad ke-13 Masihi. Kerajaan Uthmaniyyah ini
ditubuhkan oleh Uthman bin Ertoghrul pada tahun 1281 dan bertahan
sehingga tahun 1924. Menjelang abad ke-17 Masihi, kerajaan ini mula meniti
era kesuraman berikutan tekanan dan provokasi kuasa Barat termasuk dan
Russia di samping pemberontakan di wilayah kekuasaan menyebabkan
beberapa siri perjanjian ditandatangani menyebabkan wilayah kekuasaan
kian mengecil dan dikatakan kerajaan Turki Uthmaniyyah menjadi titik tolak
kemerosotan kerajaan ini.

Tekanan terhadap kerajaan Turki Uthmaniyyah bermula apabila kejayaan
Sultan Muhammad IV yang menerajui ekspedisi ketenteraan di Poland pada
tahun 1676 yang membawa kepada penguasaan wilayah Ukraine, ekoran
termeterainya perjanjian damai antara kedua – dua pihak. Namun, perjanjian
damai ini telah membawa kepada konflik dengan Rusia yang tidak berpuas
hati dengan penyerahan wilayah ini. Kerajaan Turki terpaksa campur tangan
ke atas wilayah Ukraine yang membawa kepada peperangan dengan Rusia.

Sultan Muhammad IV telah menandatangani Perjanjian Radsin dengan
Russia setelah kalah teruk dalam peperangan. Melalui perjanjian ini, kerajaan
Turki terpaksa menyerahkan Ukraine kepada Russia dan membuka
perniagaan Cossack di Laut Hitam. Ini bermakna orang Turki telah hilang
kuasa mereka di Laut Hitam yang merupakan kawasan stategik bukan sahaja
dari sudut pertahanan malah perdagangan antarabangsa.

Sewaktu pemerintahan Sultan Ahmad III ( 1703 M), kerajaan Turki
Uthmaniyyah terdedah kepada serangan tentera Kristian di bawah pimpinan
Tsar Peter yang sebelum ini berperang dengan tentera Uthmaniyah pada
zaman Sultan Mustafa II. Peperangan ini berakhir dengan Perjanjian
Karlowitz. Kesan daripada perjanjian ini ialah sebahagian besar daripada
wilayah Turki Uthmaniyah di Hungary dan kawasan Laut Hitam, termasuk
Azov diserahkan semula kepada Habsburg dan Poland.

Serangan yang dilancarkan oleh kerajaan Venice dan Austria telah berjaya Perjanjian perjanjian yang
mengalahkan tentera Turki Uthmaniyah pada tahun 1716 dalam Peperangan ditandatangani antara kerajaan
Petewarden. Melalui Perjanjian Passarowit, Turki telah kehilangan Timsuar, Uthmaniyyah dengan kuasa
Belgrade, sebahagian besar Serbia dan Romania. Manakala Venice pula Barat:
menduduki kawasan pantai Dalmatia. Pada tahun 1770, sewaktu Turki
Uthmaniyah di bawah pemerintahan Sultan Mustaffa III, tercetus Perang  Perjanjian Radsin
Chesme di pantai Asia Minor antara Turki Uthmaniyyah dengan Rusia.  Perjanjian Karlowitz
Peperangan yang ditamatkan dengan suatu perjanjian pada tahun 1774  Perjanjian Passaorowit
menyaksikan Turki kehilangan wilayah – wilayah seperti Kinburn, Venikala  Perjanjian Belgrade
dan Kertoh di Crimea. Keadaan kerajaan Turki Uthmaniyah semakin parah  Perjanjian Kainarji
apabila wujud jalinan kerjasama antara Rusia dan Austria yang berusaha  Perjanjian Jassy
mewujudkan semula kerajaan Greek – Byzantine, ini terbukti apabila  Perjanjian Dardanela
perikatan ini merampas Moldovia dan Wallachia  Perjanjian San Stefeno

1876 pula menyaksikan kerajaan Turki Uthmaniyyah yang diperintah oleh
Sultan Abdul Hamid, setahun selepas itu Rusia telah mengisytiharkan perang
ke atas Turki Uthmaniyyah. Konflik ini diselesaikan melalui Perjanjian San
Stefeno pada tahiun 1878. Perjanjian ini sekali lagi menguntungkan Rusia
sedangkan kerajaan Turki Uthmaniyah semakin mengecil ekoran
pembebasan wilayah kekuasaannya serta kini berpindah milik kepada Rusia.
Kehilangan kuasa dan kerugian besar yang dialami oleh kerajaan Turki
Uthmaniyyah.

Kegagalan kerajaan Turki Uthmaniyyah menyerap tekanan kuasa – kuasa
Barat telah membawa kepada kebangkitan golongan Turki Muda yang
menuntut agar kuasa Sultan dihadkan sebaliknya mengamalkan prinsip
demokrasi. Keengganan Sultan Abdul Hamid melayan permintaan
perjuangan Gerakan Turki Muda yang kini mendapat sokongan golongan
tentera telah menyebabkan Sultan Abdul Hamid digulingkan.

TEMA 2

Bincangkan kegiatan – kegiatan ekonomi yang dijalankan pada
zaman kerajaan Bani Abbasiyah pada abad ke-11 hingga abad ke-12
Masihi

Kerajaan Bani Abbasiyah dibentuk hasil daripada suatu revolusi yang Dua batang sungai yang
dilancarkan ke atas pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah pada tahun 132 H. melimpahkan tanah lanar ialah:
Era kegemilangan bermula pada zaman Abu Jaafar al Mansor dan mencapai
kemuncaknya sewaktu pemerintahan Harun al Rasyid, dibuktikan dengan  Sungai Furat
banyaknya nilaian harta dalam Baitulmal. Kedudukan ibu kota kerajaan ini di  Sungaj Dajlah
kawasan yang strategik serta terdapat dua batang sungai yang
melimpahkan tanah yang subur membolehkan aaktiviti perdagangan dan
pertanian berkembang dengan pesat sehingga abad ke-11 hingga abad ke-
12 Masihi pada era kekuasaan Bani Buwaih

Tidak dapat dinafikan pertanian merupakan aktiviti utama kerajaan ini, hal Dua batang sungai yang
ini disebabkan mempunyai banyak kawasan yang subur khususnya membawa kepada
berhampiran Sungai Furat dan Dajlah. Tanaman utama ialah tanaman bijirin pembentukan
khususnya tamar, gandum, anggur, buah tin, limau, dan epal. Pemerintah Mesopotamia Tamadun
berperanan memajukan sektor pertanian; menyediakan kemudahan sistem silam pada zaman
saliran seperti Ain Zubaidah dan menggalakkan pembukaan tanah – tanah
baharu serta melebarkan sungai dan terusan. Bagi meningkatkan jumlah
pengeluaran, usaha penyelidikan dilakukan; lahir ramai tokoh cendekiawan
yang mencetuskan idea – idea baharu melalui penguasaan ilmu botani.

Perdagangan juga merupakan salah satu aktiviti utama bagi menjana Bukti aktiviti perdagangan
pendapatan ekonomi kerajaan Bani Abbasiyah. Baghdad merupakan pusat
ekonomi komersial, terdapat sebuah pasar yang dikenali sebagai Suq  Di sepanjang pelabuhan,
Baghdad. Kedudukan Baghdad yang strategik menjadi laluan perdagangan terdapat beratus kapal
antarabangsa menggalakkan perkembangan aktiviti perdagangan pada dagang dan kapal perang
masa ini Peranan pemerintah seperti menyediakan kemudahan seperti
ruang niaga dan jaminan keselamatan khasnya daripada ancaman lanun  Deretan bangunan kedai
dan rompakan merupakan faktor pelengkap perkembangan perdagangan didirikan
pada zaman ini. Contoh pelabuhan yang menjadi tumpuan pedagang pada
zaman ini ialah Basrah, Amman, Aden, Kaherah dan Iskandariah  Terdapat pelbagai barangan:
- rempah ratus ( India )
Perindustrian juga merupakan aktiviti ekonomi utama kerajaan Bani - sutera ( China )
Abbasiyah sewaktu era kekuasaan Bani Buwaih. Antara sumber pengeluaran - batu permata ( Turki )
utama ialah hasil tenunan dan permaidani yang dikeluarkan oleh kilang – - madu ( Scandinavia )
kilang di Baghdad, Syiraz dan Isfahan yang terletak di Parsi. Terdapat juga - gading ( Afrika Timur )
pengeluaran pinggan mangkuk dari Mesir, barangan kaca, tembikar dan - gandum ( Mesir )
mozek yang dihasilkan oleh kilang – kilang di Baghdad, Mesir dan Syam, - minyak wangi ( Parsi )
barangan kulit dan senjata turut dihasilkan di Mesir dan Maghribi, manakala

barangan perhiasan dikeluarkan di kilang – kilang yang terletak di Yaman,
Khurasan, Bahrain, dan Lubnan

Satu lagi sektor atau kegiatan ekonomi yang penting terdapat pada kerajaan Sumber Pendapatan Kerajaan
Abbasiyah ialah perlombongan. Kegiatan – kegiatan perlombongan emas Abbasiyah
dan perak serta batu – batu permata dijalankan di beberapa buah wilayah
kekuasaan kerajaan ini khususnya di kawasan Asia Tengah. Aktiviti  Cukai Jizyah; hasil
mencarigali sumber – sumber galian ini menyumbang kepada terdirinya kemenangan ke atas Rom
kilang – kilang atau kemunculan industri pembuatan khususnya penghasilan
barang – barang kemas yang merupakan salah satu sumber eksport utama  Cukai tanah
kerajaan Abbasiyah.  Cukai pendapatan
 Cukai air
Meskipun pada abad ke-11 Masihi dan ke-12 Masihi merupakan era  Cukai tol
kemerosotan kerajaan Bani Abbasiyah, namun pemimpinnya tegar berusaha  Cukai pasir
membangunkan sektor – sektor pertanian, perdagangan dan perindustrian  Harta rampasan perang
bagi memastikan umat Islam dapat menikmati taraf hidup yang tinggi dan
melaluinya, kerajaan dapat menyediakan prasarana yang menggambarkan Cukai dibayar dalam bentuk
kebajikan rakyat tidak diabaikan wang emas / wang perak

Huraikan peranan Baitulmal dalam sesebuah kerajaan Islam bermula
zaman Khulafa al Rasyidin.

Baitul mal merupakan institusi kewangan yang bertanggung jawab Sumber Baitul mal
menyelenggara harta – harta umum atau menyimpan barangan yang
berharga. Institusi ini juga dikenali dengan istilah Perbendaharaan Negara.  Zakat
Sejarah penubuhan institusi ini dipercayai telah wujud sejak zaman  Jizyah
Rasulullah s.a.w. lagi, namun disebabkan pendapatan negara Islam agak  Kharaj
terhad. Institusi ini dipercayai berperanan dengan berkesan dan ditubuhkan  Usyur
secara rasmi pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al Khattab berikutan  Ghanimah
bertambahnya kawasan jajahan negara Islam yang secara tidak langsung  Al Fayy
telah meningkatkan sumber pendapatan negara.  Sedekah
 Harta wakaf
Peranan dan pelaksanaan institusi ini menjadi penting dan lebih formal pada
zaman Khalifah Umar al Khattab, disebabkan harta negara Islam kian
bertambah berikutan kejayaan ekspedisi ketenteraan. Berikutan dengan
situasi sedemikian, Khalid al Walid telah mencadangkan kepada Umar al
Khattab supaya ditubuhkan sebuah badan khusus untuk mengawal urusan
pentadbiran ke atas harta – harta tersebut. Sehubungan dengan itu, Khalifah
Umar al Khattab telah melantik Uqail bin Abu Talib, Makhramah bin Naufal
dan Jubair bin Mut’am untuk mengendalikan institusi yang dikenali sebagai
Diwan atau Khazanah.

Antara kepentingan penubuhan institusi ini ialah untuk membasmi
kemiskinan. Melalui sumber zakat yang diperoleh sama ada zakat fitrah
ataupun zakat harta, ianya akan diagihkan kepada golongan yang berhak
menerimanya khususnya golongan fakir dan miskin. Implikasi daripada
tindakan ini bukan sahaja masalah golongan ini dapat dikurangkan, malah

ia secara tidak langsung ia dapat mendekatkan jurang sosial sekaligus Pengurusan Baitul mal Zaman
mewujudkan masyarakat yang harmonis dalam sesebuah negara. Khalifah Umar al Khattab

Sumber – sumber Baitul mal juga digunakan untuk penyediaan keperluan –  Pelaksanaan secara formal
keperluan asas. Antara keperluan asas yang diberikan keutamaan oleh  Perlantikan pegawai khas
pemerintah ialah pembinaan masjid, kemudahan jalan raya, sistem  Harta amanah Allah
pengairan dan sebagainya. Kemudahan – kemudahan asas yang disediakan  Penyediaan buku catatan
merupakan lambang tanggungjawab sosial pemerintah yang tidak  Kegunaan seperti bantu
mengabaikan soal kebajikan masyarakat di bawah pentadbirannya.
golongan asnaf, penyediaan
Sumber Baitul mal juga digunakan untuk membayar gaji pegawai kerajaan kemudahan awam
termasuk anggota tentera. Khalifah Umar al Khattab telah mengisytiharkan
peraturan larangan para anggota tentera memiliki tanah – tanah yang
dirampas sebaliknya tanah – tanah tersebut diserahkan kepada pemilik –
pemilik asal tanah berkenaan. Sebagai balasan, anggota tentera diberikan
imbuhan atau elaun yang diambil daripada Baitul mal. Tujuan Khalifah Umar
al Khattab berbuat demikian untuk mengelakkan timbulnya perselisihan
sesama anggota tentera yang boleh menggugat kestabilan negara dan
menurunkan disiplin anggota tentera berkenaan.

Kepentingan institusi ini antaranya ialah untuk meningkatkan taraf hidup
umat Islam. Melalui sumber Baitul mal, pelajar – pelajar Islam akan diberikan
bantuan dalam bentuk insentif kewangan atau biasiswa bagi mendalami
ilmu pengetahuan khususnya bidang keagamaan. Begitu juga dengan
individu – individu yang ingin memulakan perniagaan atau melibatkan diri
dalam kegiatan pertanian, mereka akan diberikan bantuan oleh pihak
pemerintah melalui sumber kewangan ini.

Seterusnya kepentingan institusi ini ialah menjaga harta yang diwakafkan
oleh seseorang individu ataupun menjadi pemegang amanah kepada
individu yang meninggal dunia tanpa sebarang waris. Kebiasaan harta yang
menjadi amanah kepada Baitulmal ialah hartanah dan sejumlah wang.

Penubuhan Baitulmal pada zaman Khulafa al Rasyidin sesungguhnya dapat
menjamin bukan sahaja pembangunan ekonomi negara dan wilayah Islam
bahkan ia dapat membantu golongan yang tidak bernasib baik serta
memastikan harta yang dimiliki dijaga dengan sebaik yang mungkin
berdasarkan syariat yang ditetapkan, malah intitusi ini juga menggambarkan
kehebatan kerajaan Islam menguruskan ‘amanah’ Allah dan sumber yang
ada digunakan untuk menjana ekonomi umat Islam.

Huraikan tindakan pemerintah zaman Bani Abbasiyah untuk
memulihkan sumber kewangan negara antara abad ke-9 hingga abad
ke-11 Masihi.

Zaman Bani Abbaisyah merupakan salah satu zaman kegemilangan Islam
terutamanya dalam bidang inteleketual dan ekonomi. Para sejarawan
mencatatkan sebelum Khalifah Harun al Rasyid meninggal dunia, beliau
telah meninggalkan sejumlah harta yang banyak dalam Baitulmal. Namun
selepas pemerintahan khalifah – khalifah berikutnya, kewangan agak
meruncing menyebabkan beberapa usaha dilakukan untuk memulihkan
kembali institusi kewangan tersebut.

Zaman pemerintahan Khalifah al Musta’in, institusi Baitulmal telah
mengalami sedikit perubahan apabila beliau telah melantik Utamish sebagai
wazir dan Ahmad al Khasib sebagai katib. Cadangan Utamish agar gaji
tentera dan kakitangan kerajaan dua bulan sekali dan menyatukan
pentadbiran kewangan negara dan pentadbiran ketenteraan untuk
menjimatkan kos tidak dipersetujui oleh Ahmad al Khasib. Manakala pda
zaman pemerintahan Khalifah al Muhtadi, baginda berusaha
memperbaharui dasar Baitulmal dengan merombak dasar yang
diperkenalkan oleh Utamish, sebaliknya bertindak membayar gaji tentera
dan pegawai awam sebulan sekali

Pada zaman pemerintahan Khalifah al Mu’tadid pula menyaksikan usaha
untuk memulihkan kewangan negara, antara meminta kerajaan Saffariyah
membayar cukai tahunan sebanyak 4 juta dirham sebagai balasan diberikan
kuasa memerintah wilayah timur yang sebelum ini dikuasai oleh kerajaan
Samaniyah. Kerajaan juga mewujudkan undang – undang pusaka Islam yang
baharu dengan menubuhkan sebuah jabatan yang bertanggungjawab
menguruskan soal harta pusaka. Melalui peraturan ini, sekiranya tidak ada
pihak waris menuntut harta berkenaan, ianya akan menjadi milik
perbendaharaan negara.Kerajaan pada masa ini juga memperkenalkan
sistem percukaian ala pertanian di kawasan – kawasan langsung kerajaan
pusat, sistem konsesi di daerah – daerah sekitar ibu kota termasuk jalan
perdagangan menuju ke kota dikenakan bayaran 7000 dinar sehari. Namun,
apa yang dilakukan oleh Khalifah al Mu’tadid masih tidak dapat
meningkatkan sumber kewangan negara disebabkan perancangan telah
menelan kos pentadbiran yang tinggi.

Pada zaman pemerintahan Khalifah al Muqtadir, sumber Baitulmal masih
mencukupi disebabkan beberapa buah wilayah yang telah merdeka seperti
Syria, Armenia, dan Jazirah masih membayar cukai tahunan sama ada dalam
bentuk wang perak ataupun dinar, ianya dapat menampung perbelanjaan
negara.Walau bagaimanapun dari semasa ke semasa ternyata masalah
kewangan semakin meruncing terutamanya kos menjaga kota Makkah dan
Madinah pada musim haji, menjamin keselamatan para jemaah dan
membayar gaji tentera istana kian meningkat.Khalifah al Muqtadir terpaksa
mendapat bantuan kewangan daripada saudagar – saudagar yang kaya

malah terpaksa mencagarkan harta benda keluarga dan khalifah – khalifah
yang terdahulu demi kepentingan negara.

Bermula zaman pemerintahan Khalifah al Radi dan kekuasaan Bani Buwayh,
keadaan kewangan semakin meruncing sehinggakan tidak mampu
membayar gaji tentera, malah pada masa tersebut juga harga barangan
melambung tinggi. Pada tahun 989 Masihi, sewaktu pemerintahan Khalifah
al Qadir, sumber kewangan negara mengalami sedikit pemulihan
disebabkan kejayaan tentera Abbasiyah memenangi peperangan di Turki,
Wasit, dan Basrah. Kesannya, kerajaan memperoleh harta rampasan perang
yang banyak.

Selepas kekuasaan Bani Buwayh, antara tahun 1055 Masihi hingga 1242
Masihi, pentadbiran kerajaan diambil alih oleh Bani Seljuk. Pada zaman ini,
keadaan politik negara agak stabil dan tidak berlaku masalah kewangan
yang meruncing sehinggalah kerajaan Abbasiyah diserang dan dikalahkan
oleh orang – orang Mongol atau Tartar sekaligus membolehkan puak
tersebut menguasai perbendaharaan kerajaan pusat Abbasiyah.

Huraikan jenis – jenis cukai dan pelaksanaannya pada zaman
pemerintahan Khalifah Umar al Khattab.

Zaman pemerintahan Khalifah Umar al Khattab merupakan era Zakat tidak termasuk dalam
kegemilangan kerajaan Islam, hal ini bukan sahaja dikaitkan dengan kategori cukai
kejayaan kempen ketenteraan dan pembaharuan yang dilaksanakan, tetapi
yang menjadi kehebatan kerajaan Khulafa al Rasyidin pada masa ini ialah
kepelbagaian sumber pendapatan yang diperoleh. Sumber – sumber
pendapatan ini diperoleh sama ada melalui kempen pendakwahan dan
aktiviti peluasan kuasa. Impaknya, negara meraih sumber zakat, jizyah,
kharaj, usyur, ghanimah, al fayy, dan sebagainya.

Jizyah merupakan cukai politik yang dikenakan oleh kerajaan Islam terhadap Zakat merupakan fardhu ke
orang – orang kafir dhimmi sebagai balasan terhadap perlindungan atau atas umat Islam; terangkum
jaminan keselamatan jiwa dan harta benda mereka. Walau bagaimanapun, dalam Rukun Islam
bukan semua orang kafir dhimmi yang dikenakan jizyah, sebaliknya mereka
yang wajib membayar jizyah mestilah sihat fizikal dan mental, akil baligh, Perkataan jizyah berasal
berkemampuan, merdeka, serta bukan ahli agama seperti paderi atau daripada perkata jaza yang
pendeta. Kadar jizyah yang dikenakan ialah antara 12 – 48 dirham bermakna ganti rugi / balasan
bergantung kepada status seseorang individu. Kewajipan membayar jizyah terhadap kebaikan dan
akan gugur seandainya seseorang itu menganut Islam atau kerajaan Islam keburukan
gagal memberikan jaminan keselamatan nyawa dan harta benda orang –
orang kafir dhimmi.

Sumber pendapatan dari jizyah semakin meningkat pada zaman Umar al
Khattab berikutan banyak kejayaan dicapai dalam ekspedisi ketenteraan
sama ada di Iraq, Syria, Jordan, Mesir, dan sebagainya. Pemimpin Baitul
Maqdis sendiri telah mengadakan perjanjian dengan Khalifah Umar dengan
menyatakan persetujuan membayar jizyah selagi kerajaan Islam mampu
memberikan jaminan keselamatan harta dan nyawa mereka.Penduduk Qibti
yang menjemput Amru al As menghalau orang – orang Rom pula bersetuju

membayar jizyah 2 dinar setahun, di Syria pula dikenakan 1 hingga 4 dinar
bergantung kepada status individu. Sementara penduduk Adzerbaijan pula
walaupun diberikan kelonggaran membayar pada tahun 22 H, namun tahun
berikutnya dikenakan dengan kadar tertentu.

Kharaj dalam bahasa Byzantine bermaksud ufti, namun dalam konteks Islam
ia bermaksud cukai tanah yang dikenakan ke atas tanah yang ditakluki sama
ada secara rundingan ataupun peperangan. Sistem kharaj yang
diperkenalkan oleh Khalifah Umar al Khattab ternyata meringankan beban
golongan petani berbanding cukai yang dikenakan sewaktu pemerintahan
Parsi dan Rom. Pada zaman Umar, tanah – tanah yang dikenakan kharaj
terdiri daripada tanah yang ditakluki terutama di Iraq. Tanah bertuan tidak
dikenakan cukai sekiranya pemilik tanah tersebut memeluk Islam. Tanah –
tanah lain yang dikenakan cukai kharaj ialah tanah rampasan perang yang
dimiliki oleh tentera Islam dan pengusahanya terdiri daripada orang bukan
Islam, tanah – tanah yang diusahakan oleh golongan dhimmi dengan
kebenaran pemerintah Islam, tanah terbiar yang dikerjakan oleh orang Islam,
dan tempat tinggal golongan dhimmi yang diubah menjadi kawasan
pertanian.

Bagi tanah yang tidak bertuan, Umar memutuskan dijadikan milik bersama,
dan akan diusahakan oleh petani tempatan di bawah pengawasan dan
pentadbiran satu badan induk yang dinamakan Pemegang Amanah atau
golongan Ahl al Ayyam. Golongan ini bertanggungjawab memungut cukai
tanah berkenaan dan 1/5 daripada hasilnya dihantar kepada kerajaan pusat
sementara bakinya diagihkan kepada yang terlibat dengan penaklukan
Iraq.Kharaj pada zaman Umar dapat dibahagikan kepada 2 jenis iaitu kharaj
wazifah / masahah: dikenakan mengikut keluasan dan kawasan tanah atau
jumlah pokok yang ditanam. Contohnya tanah di Iraq telah ditetapkan setiap
jarib anggur dikenakan kharaj sebanyak 10 dirham dan kharaj muqasamah:
merupakan cukai yang dikenakan berdasarkan jumlah hasil yang diperoleh
daripada tanaman. Penentuan kadar cukai dibuat berdasarkan kepada
banyak perkara bagi mengelakkan penganiayaan kepada petani. Kadar
kharaj berdasarkan kemampuan seseorang dan tidak membebankan, kadar
maksimum ½ daripada keseluruhan hasil; dibayar dalam bentuk mata wang
atau hasil yang diusahakan.

Faktor – faktor yang menentukan kadar kharaj, antaranya kualiti tanah,
disirami air hujan atau menggunakan penyiram, jenis dan kualiti benih
tanaman dan lokasi tanah dengan bandar. Kharaj tidak akan dikenakan
sekiranya hasil pertanian dimusnahkan oleh bencana alam. Kharaj akan tetap
dikenakan ke atas pemiliknya walaupun mereka tidak mengerjakan tanah
tetapi mempunyai keupayaan untuk mengerjakannya.Sekiranya pemilik
tanah berkenaan tidak berupaya, kerajaan akan menyerahkan tanah tersebut
untuk diusahakan kepada orang lain. Sekiranya tanah kharaj dipajak atau
disewa, kharaj dikenakan ke atas pemilik dan bukannya ke atas pemajak.

Usyur merupakan cukai yang baharu yang diperkenalkan oleh Khalifah
Umar al Khattab bagi menjana ekonomi negara Islam. Usyur dapat
didefinisikan sebagai cukai perniagaan atau perdagangan yang dikenakan
kepada pedagang atau peniaga yang berniaga dalam negara Islam Madinah
dan di kawasan – kawasan yang berada di bawah naungan kerajaan Khulafa
al Rasyidin. Semua peniaga atau pedagang dikenakan cukai ini sama ada
beragama Islam atau tidak beragama Islam, kadarnya berbeza antara satu
sama lain, pun begitu ianya tidak membebankan golongan tersebut. Kadar
yang dikenakan terhadap pedagang atau peniaga ialah 2.5%, manakala bagi
orang – orang bukan Islam, kadarnya berbeza, golongan kafir zimmi
dikenakan sebanyak 5% manakala golongan kafir yang tidak berada di
bawah naungan kerajaan Islam dikenakan sebanyak 10%.Salah satu fungsi
cukai usyur ini ialah untuk memastikan para pedagang atau peniaga
menjalankan aktiviti tanpa sebarang gangguan termasuk penyediaan ruang
berniaga yang selesa dan kemudahan – kemudahan di kawasan pelabuhan.
Oleh sebab pelaksanaan cukai ini banyak memberi manfaat bukan sahaja
kepada kerajaan Islam malah kepada golongan peniaga, cukai ini diteruskan
pelaksanaannya pada zaman Khalifah Uthman bin Affan, Khalifah Ali bin Abi
Talib serta kerajaan Bani Umayyah dan Bani Abbasiyah

Oleh sebab kepelbagaian sumber pendapatan zaman pemerintahan
Khalifah Umar, bagi menguruskan harta berkenaan, Baitulmal telah
ditubuhkan secara rasmi dengan pengurusan yang lebih sistematik bukan
sahaja di Madinah, malah di kawasan tanah – tanah jajahan seperti Mesir,
Iraq, Iran, dan Palestin

Huraikan konsep kharaj dan pelaksanaan sistem kharaj pada zaman
pemerintahan Khalifah Umar al Khattab.

Pengenalan sistem ekonomi Islam secara tidak langsung telah membawa Pelaksanaan kharaj di Iraq
kepada pembentukan dan pengenalan dasar – dasar pencukaian yang
dikenakan sama ada kepada orang – orang Islam atau orang – orang bukan  Memastikan tanah diukur
Islam. Antara sumber – sumber pendapatan negara Islam dalam bentuk keluasan
cukai ialah kharaj atau cukai tanah, usyur iaitu cukai perniagaan, dan jizyah
yang juga disebut sebagai cukai kepala yang dikenakan kepada orang –  Kadar kharaj berdasarkan
orang bukan Islam. jenis tanaman dan kualiti
tanah,
Dalam bahasa Byzantine bermaksud ufti, namun dalam konteks Islam ia
bermaksud cukai tanah. Sistem kharaj yang diperkenalkan oleh Khalifah  Tanah tidak diusahakan
Umar al Khattab ternyata meringankan beban golongan petani berbanding dikenakan 1 dirham/jarib
cukai yang dikenakan sewaktu pemerintahan Parsi dan Rom. Kharaj
merupakan cukai yang dikenakan ke atas pemilik sesuatu bidang tanah yang  Kadar kharaj yang baharu
ditakluki oleh tentera Islam sama ada cara peperangan atau aman. Antara untuk tanaman baharu
tujuan kharaj dikenakan ialah untuk mengelakkan kewujudan tanah – tanah
terbiar sekaligus mengelakkan pembaziran dengan mengabaikan rahmat  Kadar kharaj dipastikan
yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. tidak akan membebankan

 Mengekalkan taraf dan hak
golongan marzaban dan
dahqan ( pemilik asal )

Sewaktu tentera Islam menguasai Iraq, terdapat dua jenis tanah, iaitu tanah Pelaksanaan Kharaj di Mesir
bertuan dan tanah tidak bertuan. Kesemua tanah berkenaan akan dikenakan
cukai kharaj, kecuali pemiliknya menganut Islam, secara automatik ia akan  Merombak pelaksanaan
dikenakan zakat. Namun sekiranya tanah itu tidak bertuan ( tuan melarikan cukai tanah zaman Firaun
diri ) ia akan kekal sebagai tanah kharaj walaupun pengusahanya beragama dan Rom
Islam. Bagi tanah yang tidak bertuan, Khalifah Umar al Khattab akan
mengisytiharkan tanah – tanah tersebut tidak boleh dijualbeli atau diagih –  Bayaran boleh dibuat dalam
agihkan, dan ia akan menjadi milik bersama umat Islam/ atau kerajaan Islam. bentuk tanaman / padi,
sekiranya dihantar pada
Kharaj hanya diperkenalkan pada zaman Umar al Khattab, sementara pada musim kebuluran, kerajaan
zaman Rasulullah s.a.w., tanah – tanah yang dikuasai diberikan kepada akan bayar
pemilik asal dengan syarat membayar cukai, dan bagi kawasan yang
penganut Islam diwajibkan mengeluarkan zakat. Pada zaman pemerintahan  Kadar kharaj diubahsuai,
Khalifah Abu Bakar pula, tanah – tanah yang diperoleh melalui peperangan pakar dihantar bagi anggar
akan diagih – agihkan kepada tentera yang terlibat. kadar cukai

Namun pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al Khattab, tanah – tanah Pelaksanaan Kharaj di Syria
yang dikenakan kharaj antaranya tanah di Iraq; bertuan dan tidak bertuan,
tanah rampasan perang yang dimiliki tentera Islam dan pengusahanya
terdiri orang bukan Islam, tanah yang diusahakan golongan dhimmi, dan
tanah terbiar yang dikerjakan oleh orang Islam. Selain itu, tempat tinggal
golongan dhimmi yang diubah menjadi kawasan pertanian, dan hasil
cukainya dinikmati oleh umat Islam, namun sekiranya pemilik tanah
menerima Islam, ia akan dikenakan zakat.

Bagi tanah yang tidak bertuan, Umar memutuskan dijadikan milik bersama,  Sistem Yunani dikekalkan
dan akan diusahakan oleh petani tempatan di bawah pengawasan dan  Kadar kharaj berdasarkan
pentadbiran satu badan induk yang dinamakan Pemegang Amanah atau
golongan Ahl al Ayyam. Golongan ini bertanggungjawab memungut cukai kualiti dan kesuburan
tanah berkenaan dan 1/5 daripada hasilnya dihantar kepada kerajaan pusat
sementara bakinya diagihkan kepada yang terliibat dengan penaklukan Iraq. tanaman

Kharaj pada zaman Umar dapat dibahagikan kepada 2 jenis iaitu, kharaj
wazifah/masahah: pemilik diwajibkan membayar cukai berdasarkan
keluasan tanah dan jenis tanaman; sekali setahun sementara kharaj
muqassamah pula berdasarkan hasil yang diperoleh ( setiap kali dapat
hasil ).

Syarat dikenakan kharaj, antaranya tidak dikenakan seandainya berlaku
bencana alam, dikenakan sekiranya pemilik tanah mampu
mengusahakannya, tidak mampu tanah diserahkan kepada orang lain, tanah
dipajak/disewa, kharaj dikenakan kepada pemilik dan dikenakan ke atas
tanah kediaman yang dijadikan kawasan pertanian. Kadar kharaj
berdasarkan kemampuan seseorang dan tidak membebankan, kadar
maksimum ½ daripada keseluruhan hasil; dibayar dalam bentuk mata wang

atau hasil yang diusahakan. Sekiranya tidak mampu boleh ditangguhkan.
Seandainya enggan, tindakan undang – undang boleh dikenakan termasuk
tanah akan dilelong.

Faktor – faktor yang menentukan kharaj, antaranya kualiti tanah, disirami air
hujan atau menggunakan penyiram, jenis dan kualiti benih tanaman dan
lokasi tanah dengan bandar. Hasil yang diperoleh dari sumber kharaj ini
dimanfaatkan untuk memperbaiki infrastruktur, prasarana, rancangan
memajukan kegiatan pertanian, mewujudkan keamanan, memperbaiki
sistem perhubungan, mengadakan rancangan pengairan, dan memperbaiki
saliran sedia ada.

Pada zaman Bani Umayyah, kadar kharaj telah tingkatkan, namun pada
zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz, ia kembali sebagaimana
zaman Umar al Khattab agar tidak membebakan rakyat khasnya pemilik
serta menjamin pendapatan bercukai.

Bincangkan ciri-ciri sistem pendidikan Islam pada zaman Kerajaan
Umayyah dan Abbasiyah

Pendidikan dalam Islam merupakan suatu proses yang berlaku sepanjang Pendidikan Zaman Bani
hayat. Tidak dapat dinafikan pendidikan Islam mengalami perkembangan Umaiyah
pesat pada zaman kerajaan Umayyah dan kerajaan Abbasiyah. Hal ini
disebabkan penglibatan dan sikap pemerintah yang mencintai ilmu  Perkembangan dikaitkan
pengetahuan sama ada ilmu agama mahupun ilmu-ilmu berkaitan
keduniaan dengan peranan khalifah

Antara ciri – ciri sistem pendidikan Islam pada zaman ini ialah sumber utama sebagai penaung dan amat
pendidikan Islam ialah al-Quran yang merupakan suatu sumber yang sah
dan hakiki, diikuti sunnah atau hadis. Selain itu, pendidikan Islam juga meminati ilmu pengetahuan
berpandukan kepada sumber akal dalam bentuk ijtihad dan qias bagi
menjelaskan perkara-perkara yang tidak diterangkan secara jelas oleh  Beberapa buah bandar
sumber al-Quran dan sunnah
dijadikan pusat keilmuan
Sesuai dengan perkembangan semasa, pendidikan Islam pada zaman
kerajaan Umayyah dan kerajaan Abbasiyah bertujuan untuk mewujudkan  Institusi pendidikan
pembangunan yang seimbang antara aspek aqliah dan naqliah bagi
membolehkan manusia mengenali pencipta-Nya serta mentaati segala terbahagi kepada masjid,
perintah dan suruhannya
istana, kuttab, dan halaqah
Pendidikan Islam pada kedua-dua kerajaan tersebut berlangsung secara
formal dan tidak formal. Pendidikan tidak formal berlaku di masjid, manakala  Mata pelajaran yang diajar:
pendidikan formal berlangsung di institusi yang didirikan oleh kerajaan
- Ilmu falsafah

- Sejarah

- Sastera

- Ilmu perubatan

- Kesenian

- Fiqah,

- Tafsir

- Tauhid

- Hadis

- Nahu

- Ilmu qiraat

seperti kuttab dan institusi pengajian tinggi serta madrasah seperti Bait al-

Hikmah di Baghdad Pendidikan Zaman Abbasiyah

Kandungan kurikulum pendidikan yang terdapat pada kedua-dua kerajaan  Peringkat pembelajaran;
ini merangkumi ilmu naqli dan ilmu aqli. Antara ilmu naqli seperti tafsir, rendah, menengah, dan
hadis, fikah dan usuluddin, manakala ilmu aqli seperti falsafah, sejarah, tinggi
bahasa (nahu), matematik dan ilmu alam
 Institusi pendidikan terdiri
Ciri seterusnya pendidikan Islam pada zaman kerajaan Umayyah dan daripada masjid, istana,
kerajaan Abbasiyah ialah munculnya ulama-ulama tersohor yang menjadi madrasah, perpustakaan
tenaga pengajar di institusi pendidikan seperti Abdullah b. Abbas, Hassan ( awam, separa awam dan
al-Basri dan Wasil b. al-Basri. persendirian )

Ciri pendidikan Islam lain yang ketara pada kedua-dua kerajaan ini ialah  Perkembangan ilmu
kewujudan kaedah halaqah. Melalui kaedah ini, murid-murid akan - Hadis
berkumpul membentuk bulatan yang mengelilingi guru, mendengar apa - Kalam
yang disampaikan oleh guru sambil menadah kitab yang menjadi bahan - Tasawwuf
pembelajaran. Pada zaman kerajaan Umayyah dan kerajaan Abbasiyah, - Falsafah
pendidikan Islam mendapat sokongan padu daripada para pemerintah. - Sejarah
Umpamanya, pada zaman kerajaan Umayyah, Khalifah Umar b. Abdul Aziz - Sains dan Perubatan
telah mendirikan banyak masjid dan meneruskan pendidikan percuma di - Geografi
kuttab bagi golongan yang tidak berkemampuan. Pada zaman kerajaan - Kesenian
Abbasiyah pula, muncul tokoh- tokoh pemerintah yang mencintai ilmu
pengetahuan seperti Khalifah Harun al-Rasyid dan Khalifah al-Makmun.

Ciri lain yang ketara pada sistem pendidikan kedua-dua kerajaan ini ialah
kewujudan aktiviti penterjemahan karya-karya asing khasnya daripada
bahasa Yunani. Di Baghdad, aktiviti tersebut giat dilakukan di Bait al-Hikmah
manakala di Nisabur, Universiti Nizamiyyah bukan sahaja berperanan
sebagai institusi pengajian tinggi bagi umat Islam mendalami ilmu
pengetahuan malah juga sebagai pusat penterjemahan

Jelaskan faktor – faktor perkembangan Acheh sebagai pusat
pendidikan pada abad ke-16 Masihi

Selepas kejatuhan Melaka, ekoran serangan Portugis, pusat peradaban Islam Perkembangan pendidikan di
kini beralih arah ke utara Sumatera, iaitu Acheh. Kemunculan Acheh pada Mesir dikaitkan dengan
abad ke-16 bukan sahaja telah mengambil alih peranan Melaka sebagai pembukaan Mesir oleh Amru al
pusat perdagangan. Malah Acheh kini menjadi tumpuan orang – orang As
Islam termasuk para ulama membolehkannya muncul sebagai pusat
pendidikan Islam pada era tersebut. Terdapat pelbagai faktor yang
membawa kemunculan Acheh bukan sahaja sebagai pusat pendidikan
malah berperanan sebgai pusat intelektual yang unggul dalam tempoh
masa tersebut.

Pemerintah memainkan peranan penting menjadikan Acheh sebagai pusat Amru dilantik oleh Khalifah
pendidikan, khususnya Sultan Muda Mahkota Alam dan Sultan Iskandar Umar al Khattab mengarahkan
Thani yang bukan sahaja berminat malah mempunyai inisiatif masjid dibin abagi syiar Islam
mengembangkan ilmu pengetahuan dengan menjadikan istana sebagai dan pentabiran
pusat pengajian Islam terutamanya untuk keluarga di raja dan golongan
bangsawan. Malah pemerintah berkenaan banyak memberi galakan dalam
bidang intelektual Islam seperti menubuhkan balai gadang dianggotai oleh
para ulama dan sentiasa berdamping dengan golongan cerdik pandai.
Pemerrintah Acheh telah menyediakan kemudahan dan perlindungan
kepada para ulama luar menetap di Acheh seperti Muhammad al Yamani

Kewujudan pelbagai sistem pendidikan yang sistematik serta mempunyai Kurikulum juga merangkumi
pelbagai tahap telah menyebabkan Acheh menjadi tumpuan masyarakat membentuk fizikal
bagi mendapatkan ilmu, Tiga buah institusi pendidikan yang popular di
Acheh ialah meunasah, rengkang, dayah dan Jamiah Baitul al Rahman. Setiap  Berenang
institusi berkenaan mempunyai kurikulum dan tenaga pengajar yang  Menunggang kuda
berbeza. Jamiah Baitul Rahman sememangnya institusi paling terkenal,  Bersyair
terdapat banyak fakulti yang menawarkan pengajian yang berbeza, dengan
tenaga pengajar terdiri daripada ulama luar dan ulama tempatan, yang
pastinya menarik kelompok masyarakat yang ingin menuntut ilmu

Kebanjiran ulama – ulama luar turut berperanan menyemarakkan lagi
perkembangan pendidikan dan intelektual di Acheh. Contohnya ulama yang
terkenal ialah Sheikh Abdul Qadir, Nuruddin al Raniri banyak membantu
perkembangan pendidikan dan intelektual di Acheh. Golongan ini menjadi
tenaga pengajar di Jamiah Baitul al Rahman – menghasilkan karya yang
bermutu termasuk karya sastera bercorak tasawwuf. Kehadiran ulama –
ulama luar ini disokong pula dengan kemunculan ulama tempatan yang
menghasilkan penulisan bercorak keagamaan, politik dan sejarah, antaranya
Hamzah Fansuri, Shamsuddin al – Sumaterani dan Bukhari al Jauhari. Antara
ulama luar ialah Abu Khayr ibn Hajar, Syeikh Idrus al Bayan, Muhammad
Yamani dan Muhammad Jailani dari Gujerat

Iklim intelektual yang bebas telah telah menggalakkan polemik dan
menyuburkan ilmu pengetahuan. Polemik berlaku disebabkan pentafsiran
dan pemahaman serta kaedah yang berbeza dalam mendalami ilmu
pengetahuan khususnya berhubung dengan ilmu tasawwuf. Hal ini agak
ketara berlaku pada zaman Sultan Iskandar Muh Muda Mahkota Alam yang
bersikap liberal terhadap dua fahaman yang berbeza iaitu Wahadatul Wujud
dengan Wahdatul Syuhud.

Sememangnya tidak dapat dinafikan perkembangan Acheh sebagai pusat
pendidikan berpunca daripada peranan pemerintah yang mampu
menyediakan iklim politik yang stabil serta memastikan prasarana
mencukupi bagi menampung keperluan dalam bidang ini, apatah lagi
wujudnya kestabilan politik,sehingga mampu menarik para pelajar untuk
mendalami ilmu pengetahuan sekaligus dikenali dengan gelaran Serambi
Kota Makkah

Huraikan faktor – faktor perkembangan kegiatan intelektual pada
zaman kerajaan Abbasiyah.

Perkembangan intelektual pada zaman Abbasiyah adalah selari dengan
perkembangan peradaban Islam di Andalus sekaligus menggambarkan
wujudnya dua lokasi yang berbeza, namun mempunyai matlamat yang sama
iaitu iaitu menyuburkan dan memperkembangkan peradaban Islam, dalam
konteks kerajaan Abbasiyah, pastinya dikaitkan dengan ibu kotanya iaitu
Bahgdad yang sememangnya antara factor yang menjadi penyumbang
kepada perkembangan intelektual Islam pada era tersebut.

Antara factor perkembangan intelektual pada zaman ini ialah peranan yang
dimainkan oleh para pemerintah bermula daripada zaman Khalifah Harun al
Rasyid hinggalah pada zaman kekuasaan Bani Buwaih dan golongan Seljuk.
Para pemerintah telah menaungi kegiatan intelektual yang amnya berpusat
di kota Baghdad. Sikap para pemerintah Abbasiyah yang mencintai ilmu
pengetahuan telah mengalakkan para cendekiawan berkumpul di kota
Baghdad. Umpamanya, Khalifah Harun al Rashid telah menarik ramai
penuntut-penuntut ilmu oleh kerana Baghdad dikenali sebagai pusat ilmu
terpenting dalam dunia pada ketika itu, begitu juga pada zaman Bani Buwaih
dan Bani Seljuk telah berlaku perkembangan yang pesat dalam bidnag
keilmuan sama ada ilmu aqli mahupun ilmu naqli. Sifat keterbukaan
pemerintahannya terhadap aliran-aliran pemikiran yang berlainan telah
menjadikan kota Baghdad terkemuka di dunia pada masa itu. Pelbagai unsur
daripada kebudayaan Parsi, Syria dan Yunani telah memperkayakan
pemikiran intelektual dalam tamadun Islam pada zaman Abbasiyah.

Kewujudan sistem dan institusi pendidikan yang pelbagai juga telah
mendorong perkembangan intelektual yang pesat pada zaman ini. Kegiatan
ilmu pengetahuan bukan sekadar berpusat di istana mahupun masjid sahaja,
malah kegiatan itu telah berlaku di mana – mana tempat sama ada secara
formal ataupun informal. Bermula pada zaman pemerintahan Khalifah al
Makmun, pendidikan ditingkatkan lagi dengan tindakan nya mendirikan
pelbagai akademi termasuklah institusi perundangan dan institusi sains
yang dilengkapi dengan perpustakaan dan makmal-makmal. Perkembangan
ilmu dipesatkan lagi dengan tertubuhnya badan Bait al Hikmah yang
membawa kepada kegiatan perbahasan dan penyelidikan serta
penterjemahan.

Kepesatan aktiviti penterjemahan karya – karya Yunani terutama dalam
bidang perubatan dan sains ke dalam bahasa Arab telah merancakkan lagi
perkembangan intelektual di sini contohnya ialah karya-karya Galen,
Hippocrates Plato dan Aristotle. Khalifah al Ma’mun telah mengutuskan
wakilnya menemui Maharaja Byzantine untuk mendapatkan naskhah-
naskhah ahli falsafah dan sains bagi diterjemahkan oleh para penterjemah
di Bait al Hikmah. Pada keseluruhannya, penterjemahan telah
memperkayakan khazanah budaya ilmu Islam. Para pemerintah berperanan
menghimpunkan kitab-kitab dari seluruh dunia Islam dan mengumpulkan
para sarjana dan diupah untuk mengumpulkan bahan dan manuskrip dan
diterjemahkan ke dalam bahasa Arab.

Faktor seterusnya yang membawa perkembangan intelektual ialah peranan
tokoh atau cendekiawan Islam. al Khawarizmi telah memberikan
sumbangan dalam bidang matematik, astronomi dan falsafah. Dalam
bidang kimia, muncul Jabir ibn Hayyan yang berjaya memajukan
pengetahuan dalam teori dan amalan kimia. Dalam bidang kesusasteraan,
keadaan istana Harun al Rashid di Baghdad memang mengilhamkan
penghasilan karya yang terkenal hingga hari ini iaitu karya alfu lailah wa-
Lailah atau dalam bahasa Inggeris “A Thousand and One Nights” (Arabian
Nights). Al-Kindi, Al-Farabi.

Sebagai rumusannya, faktor yang menyuburkan dan perkembangan
intelektual pada zaman pemerintahan Bani Abbasiyah ialah peranan
pemerintah yang bertindak menaungi kegiatan keilmuan meskipun kerajaan
ini meniti kemerosotan pada zaman Bani Buwaih dan Bani Seljuk, namun
‘kecacatan’ itu ditampung dengan munculnya sarjana – sarjana Islam yang
terkenal yang mewarnai perkembangan peradaban tamadun dunia amnya

Bincangkan peranan Baitul Hikmah sebagai pusat perkembangan
intelektual.

Salah satu era kegemilangan atau perkembangan intelektual pada zaman
kekuasaan kerajaan Bani Abbasiyah ialah sewaktu pemerintahan dua orang
khalifah terkenal iaitu Khalifah Harun al Rasyid dan puteranya, al Makmun.
Perkembangan intelektual yang begitu pesat berkait rapat dengan peranan
pemerintah atau khalifah sendiri yang bertindak sebagai penaung kegiatan
keilmuan di samping galakan mereka yang membawa kepada kedatangan
golongan cerdik pandai di Baghdad

Selain itu, faktor yang tidak kurang pentingnya ialah peranan Baitul Hikmah,
iaitu gedung ilmu yang tiada tolok bandingnya yang terletak di Bahgdad
sehingga pada tempoh itu dikenali sebagai Zaman Kegemilangan Islam atau
The Golden Age of Islam. Antara peranan institusi ini ialah menjadi pusat
penyimpanan pelbagai khazanah ilmu, pusat diskusi, penterjemahan dan
penyalinan pelbagai karya sama ada ilmu akli mahu pun ilmu nakli.

Tidak dinafikan peringkat awal penubuhannya, antara peranan Baitul
Hikmah ialah menjadi tempat pengumpulan karya – karya ilmiah atau
dengan kata lain berfungsi sebagai perpustakaan. Pada zaman
pemerintahan Khalifah Harun al Rasyid, institusi ini dikenali dengan nama
Khizanah al Hikmah, namun ditukar namanya kepada Baitul Hikmah dengan
berfungsi sebagai tempat penyimpanan karya – karya klasik dari Parsi,
Byzantine, Habsyah, dan India. Sejarawan mencatatkan Baitul Hikmah ini
mengalami kemajuan pesat pada masa Khalifah Al Makmun, badan atau
institusi ini merupakan salah satu contoh perpustakaan Islam yang lengkap,
yang berisi ilmu agama Islam dan bahasa Arab, pelbagai ilmu pengetahuan
yang telah berkembang pada masa itu dan terdapat berbagai – bagai buku
terjemahan dari bahasa - bahasa Yunani, Parsi, India, dan Mesir. Buku – buku
yang disimpan diklasifikasikan kepada ilmu aqli dan ilmu naqli, antaranya
matematik, perubatan, falsafah, mantik, fiqh, usuluddin dan lain – lain. Buku
– buku yang disimpan dilengkapi dengan sistem indeks, buktinya al

Khawarizmi telah diarahkan oleh khalifah mengemaskini sistem
perpustakaan dengan menambahkan indeks buku – buku yang tersimpan.

Selain itu, Baitul Hikmah juga merupakan tempat berlangsung aktiviti –
aktiviti penterjemahan karya – karya bukan berbahasa Arab. Pelbagai karya
telah diterjemahkan oleh oleh individu – individu yang dibayar dengan gaji
yang lumayan, antaranya Yuhanna bin Musawaih, Hunayn bin Ishaq, dan
Sahal bin Rabban. Karya – karya yang diterjemahkan antaranya teks
perubatan dan falsafah daripada Yunani, buku berkaitan ilmu geometri dan
astronomi. Khalifah al Ma’mun juga mengarahkan agar kitab atau karya
agama diterjemahkan kepada bahasa – bahasa yang bersesuaian dengan
kawasan – kawasan yang dinaungi oleh kerajaan Abbasiyah. Selain daripada
aktiviti penterjemahan, terdapat juga aktiviti penyalinan kitab tertentu yang
dilakukan atas arahan khalifah.

Seterusnya, Baitul Hikmah juga berperanan sebagai pusat penyelidikan,
buktinya melalui penelitian dan pengkajian yang mendalam tokoh tertentu
seperti al Khawarizmi, beliau telah memperkenalkan ilmu – ilmu baharu
berkaitan dengan bidnag matematik seperti bidang algebra melalui kitab al
Jabar wa al Muqabalah, kehebatan tokoh ini menyebabkan beliau digelar
Bapa Algebra. Kejayaan al Khawarizmi tidak terhad di situ, beliau juga
bertanggungjawab memperkenalkan sistem nombor dan ilmu – ilmu yang
berkaitan seperti perpuluhan dan memperkenalkan angka sifar. Tokoh –
tokoh lain yang aktif melakukan penyelidikan di sini ialah Ibn al Nafis dalam
bidang perubatan begitu juga dengan Ibn Sina, dan al Mas’udi yang
dikaitkan dengan bidang geografi dan sejarah

Oleh sebab Baitul Hikmah turut menjadi pusat pengajian tinggi, tidak
hairanlah institusi turut memainkan peranan melahirkan golongan ilmuwan
agama dan bukan agama sekaligus menjadi gelanggang berdiskusi bagi
membentang teori – teori yang dihasilkan dan memperjuangkan
pandangan masing – masing. Dalam bidang perubatan lahir tokoh seperti
Ibn Sina dan Ibn al Nafis, sementara al Batani dan al Biruni menonjolkan diri
dalam bidang astronomi, manakala al Kindi dengan ilmu falsafahnya, al
Waqidy bidang sejarah dan ramai lagi tokoh – tokoh yang menguasai ilmu
akliah. Dalam bidang keagamaan pula, diskusi ilmiah telah melahirkan
empat mazhab utama, mazhab Hanafi di bawah Imam Abu Haniffah, Imam
Malik membawa mazhab Maliki, sementara Imam Syafie mempelopori
Mazhab Syafie dan Imam Muhammad bin Hanbal membawa Mazhab
Hanbali. Sememangnya para khalifah kerajaan Abbasiyah mencintai ilmu
pengetahuan, kerap kali diadakan majlis – majlis ilmiah seperti forum,
muzakarah, dialog dan sebagainya.

Keagungan dan kepentingan Baitul Hikmah sememangnya tidak dapat
dinafikan sebagai pusat perkembangan intelektual, terutama sewaktu
pemerintahan dua orang pemerintah, Harun al Rasyid dan anaknya al
Makmun, kedua – duanya banyak memperuntukkan perbelanjaan untuk
menambahbaik kemudahan di Baitul Hikmah dan berusaha menarik
kemasukan sarjana Islam dan bukan Islam. Pun begitu, selepas
pemerintahan kedua – dua tokoh ini, khususnya Khalifah al Mutawakkil,
peranan Baitul Hikmah agak terbatas disebabkan ada usaha - usaha

mengelak tersebarnya pemikiran Yunani yang dikhuatiri boleh merosakkan
pemikiran umat Islam.

Sumbangan Ibn Sina dalam bidang perubatan telah memberikan
impak yang besar kepada masyarakat hari ini. Bincangkan
pernyataan tersebut.

Ibn Sina merupakan ilmuwan Islam yang dilahirkan pada tahun 980 Masihi
di sebuah daerah yang dikenali sebagai Afsanah, Turkestan.
Keperibadiannya yang mudah menguasai sesuatu ilmu merupakan salah
satu faktor kemunculannya sebagai ilmuwan terbilang, buktinya seawal usia
10 tahun, telah berjaya menghafal al Quran dan menguasai banyak cabang
ilmu agama. Selain menguasai ilmu agama, tokoh ini turut menguasai ilmu
– ilmu seperti ilmu falsafah, geometri, astronomi, geografi, dan yang sinonim
dengan dirinya iaitu ilmu perubatan. Kerjayanya sebagai pakar perubatan
bermula apabila beliau berjaya menyembuhkan seorang pentadbir kerajaan
Nuh bin Mansur yang tidak dapat diubati oleh kebanyakan doktor. Bermula
dari saat itu, beliau telah mendapat galakan daripada tokoh berkenaan dan
dilantik sebagai doktor istana.

Tokoh ini telah berjaya menghasilkan karya – karya perubatan yang bukan
sahaja bermanfaat pada zamannya malah telah menjadi sumber rujukan
kepada pakar – pakar perubatan hari ini. Qanun al Tibb merupakan khazanah
perubatan yang amat bernilai dan menjadi sumber rujukan utama di
universiti – universiti di Eropah. Segala rumusan yang terdapat dalam karya
tersebut masih diterima dalam dunia perubatan moden hari ini. Gerard
Cremona telah menterjemahkan buku Ibnu Sina ke bahasa Latin. Buku yang
menjadi buku rujukan utama di universiti - universiti Eropah hingga 1500
Masihi ini telah dicetak sebanyak 16 kali dan 15 edisi dalam bahasa Latin
dan sebuah edisi dalam bahasa Yahudi (Hebrew). Prof. William Osler
menganggap karya ini amat berpengaruh berbanding buku – buku
perubatan lain, sehinggakan menggelarkannya Medical Bibble. Antara
kandungan karya ini yang menjadi rujukan ialah perbincangan mengenai
penyakit saraf yang menjadi punca manusia menjadi lumpuh.=

Tokoh ini juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberikan judul
Remedies For The Heart yang mengandungi sajak – sajak perubatan. Dalam
karya ini, beliau telah menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit
dan cara mengubatinya. Kitab – kitab lain lain yang dihasilkan oleh tokoh ini
yang turut menjadi rujukan hingga hari ini ialah Kitan al Majmu dan Kitab al
Syifa, iaitu kitab mengenai cara – cara rawatan beserta ubatannya yang
terbahagi kepada kepada 18 jilid, kitab ini juga dikenali sebagai ensiklopedia
perubatan, dan dalam bahasa Latin dikenali dengan nama Sanatio.

Ibn Sina juga dianggap sebagai individu terawal yang mengemukakan Teori
- teori Anatomi Dan Fisiologi. Teori-teori anatomi dan fisiologi dalam buku-
buku beliau adalah menggambarkan analogi manusia terhadap negara dan
mikrokosmos (dunia kecil) terhadap alam semesta sebagai makrokosmos
(dunia besar). Pengetahuan anatomi Ibn Sina jelas dilihat dalam karyanya
yang menggambarkan keterangan – keterangan yang lebih jelas di samping
hiasan gambar-gambar dan sketsa - sketsa tertentu. Melalui pengetahuan
dalam bidang anatomi, Ibn Sina mendapati jantung manusia mengandungi
tiga injap yang terbuka dan tertutup dengan sendirinya semasa ia
mengepam darah

Penyelidikan yang dijalankan oleh tokoh ini telah membawa kepada
penemuan penyakit baru serta puncanya, pengaruh kuman dalam penyakit.
Jangkitan virus seperti tibi dan sebagainya. Penyakit seperti rubella, alahan
( allergy ), cacar ( smallpox ), penyakit jiwa dan seumpamanya. Ibn Sina
mendedahkan bahawa penyakit batuk kering merupakan sejenis penyakit
berjangkit. Beliau juga mengenal pasti bahawa air adalah pembawa segala
kuman yang berbahaya dan menganggap ia menjadi punca penularan
kebanyakan penyakit. Penyelidikan dan penemuan dalam bidang farmasi
telah menghasilkan ubat dan preskripsi yang mujarab untuk pelbagai jenis
penyakit. Sebagai individu yang giat melakukan penyelidikan, beliau telah
menemui dan menjelaskan kepentingan ubat bius. Selain itu, beliau telah
mencipta benang khusus untuk menjahit luka pembedahan, picagari dan
lain-lain. Malah, hasil daripada penyelidikannya, dijelaskan simpton –
simpton penyakit kencing manis dan masalah yang akan timbul
daripadanya.

Ibn Sina telah menemui ilmu yang dikenali sebagai psikosomatis, iaitu
perkaitan antara psikologi dengan kesihatan. Beliau telah menjelaskan
pentingnya emosi dalam memulihkan individu yang mengalami gangguan
psikologi. Tokoh ini telah mempraktikkan kaedah psikoterapi ini ketika
merawat seorang pembesar yang tidak mahu makan dan minum kerana
menghadapi masalah kejiwaan. Melalui kaedah emosi, pembesar tersebut
dapat ditenteramkan, bukan sahaja telah mengambil makanan berzat malah
makan ubatan yang disediakan oleh tokoh ini. Kaedah ini telah digunakan
oleh pakar psikologi hari ini menangani kes – kes yang berkaitan dengan
kejiwaan atau mental

Tidak dapat dinafikan sumbangan tokoh ini begitu besar dalam bidang
perubatan, banyak penghargaan yang diterimanya menjadi bukti, antaranya
lukisan wajahnya masih tergantung di Dewan Besar Fakulti Perubatan,
Universiti Paris, dan dikenali dengan pelbagai gelaran seperti Medicorum
Principal atau Raja Diraja Doktor, Raja Ubat, malah kehebatan dan
kepakarannya dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga
beliau diberikan gelaran al-Syeikhal-Rais (Mahaguru Pertama).

Huraikan kepentingan catatan Ibn Majid hasil sepanjang pelayaran
yang dilakukannya.

Ibn Majid atau nama sebenarnya Shihab al-Din bin Majid al-Najdi
merupakan seorang ahli pelayaran Arab terkemuka pada abad ke-9. Beliau
adalah dari keturunan ahli pelayaran dan digelar “Singa Laut ”. Beliau telah
mempelajari ilmu pelayaran menerusi Muhammad bin Shadan, Sahi bin
Aban dan Layth bin Kahlah dan ahli-ahli pelayaran zaman Abbassiyah.Beliau
telah menghasilkan 25 buah karya sama ada berbentuk prosa atau pun puisi
yang merangkumi bidang pelayaran, perjalanan bintang, angin, ombak dan
lain – lain yang menggambarkan penguasaannya dalam bidang pelayaran
dan geografi.

Beliau telah menghasilkan kitab ilmu laut yang berjudul al-Fawaid fi Usul ’Ilm
al-Bahar wa al-Qawaid (mengenai kaedah-kaedah dan faedah –faedah ilmu
laut) bertarikh 895 H. Hasil karya dalam bentuk prosa ini dibahagikan kepada
12 bab. Kandungan kitab ini mengenai permulaan pelayaran, jarum magnet,
bulan, bintang, kompas, laluan laut Lautan Hindi, sepuluh buah pulau yang
paling terkenal , monsun yang sesuai bagi pelayaran dengan tarikh dalam
perkiraan bangsa Parsi bagi setiap monsun dan Laut Merah. Antara tujuan
beliau menghasilkan karya yang pertama ini ialah hasratnya ingin
memperbaiki dan memperbetulkan kesilapan catatan – catatan yang
dilakukan oleh pelayar sebelumnya.

Kitab Hawiyat al-Ikhtisar fi Usul’ Ilm al-Bihar yang bertarikh 866 H.
Kandungan buku ini mengenai ilmu tarikh ( tahun ), ilmu bahasa, ilmu
bintang, berkaitan dengan laut di pantai Laut Arab, Hijaz, Syam dan Afrika,
laluan di Teluk Parsi, Lautan Hindi, Laut China, dan pantai dan pelabuhan,
garis lintang dan ilmu astronomi.

Kitab Al-Urjuzah al-Mu-arrabah 890 H membicarakan pelayaran di Teluk
Aden secara terperinci yang dapat menarik perhatian bukan sahaja khalayak
pembaca malah memberikan tarikan yang tersendiri kepada penjelajah –
penjelajah lain. Karya Aribah al-Daraib pula merupakan huraian yang
lengkap mengenai penggunaan bintang dalam pelayaran. Beliau juga telah
menghasilkan karya mengenai bintang-bintang di kutub utara berjudul
Urjuzah Al-Maimiyah.

Karya yang berjudul Qailah al-Isla fi Jami’ al-Dunya merupakan karya yang
berbentuk puisi. Ia mengandungi huraian berangkap tentang menentukan
arah kiblat dari mana-mana darat dan laut. Beliau mendakwa mempunyai
kaedah yang tepat dalam perkara ini.

Catatan Ibn Majid hasil daripada pelayarannya telah membawa
peningkatan pengetahuan khususnya dalam bidang geografi, dan ianya
telah menjadi perangsang pelayaran tokoh – tokoh Islam lain. Kehebatan
mengolah catatan dalam bentuk puisi dan prosa menunjukkan beliau bukan
setakat ahli pelayaran dan geografi malah diakui sebagai sasterawan.

Bincangkan sumbangan Ibn Batuttah hasil daripada aktiviti
pelayarannya.

Ibnu Batttutah, atau nama sebenarnya Muhammad bin Abdullah al Lawati
dilahirkan pada tahun 1304 Masihi di Tanger, Maghribi yang telah
memulakan pengembaraannya bermula ketika usianya baru mencecah 21
tahun. Beliau memiliki keperibadian yang menggemari menyelidiki sesuatu
yang mendorongnya melakukan pelayaran ke sesuatu tempat bagi
memenuhi hasrat ingin tahunya dan mempunyai sifat yang cekal. Kejayaan
pelayaran Ibnu Battutah selama 28 tahun yang merentasi sejauh 75 batu
atau120,000 kilometer antara tahun 1325 Masihi – 1353 Masihi telah
meletakkan beliau setaraf dengan pengembara atau pelayar terkenal seperti
Marco Polo. Keberanian Ibnu Battutah dalam pengembaraan menyebabkan
ramai sarjana menggelar beliau sebagai “The Prince of Muslim Travelers”.

Sumbangan terpenting dalam bidang pelayaran ialah kemampuannya
menghasilkan karya yang berjudul Tuhfat al Nazar atau lebih dikenali
sebagai al Rihlah. Sarjana Barat atau orientalis menyifatkan Ibnu Battutah
sebagai The Prince of Muslim Travellers. Karya atau catatannya sepanjang
pengembaraan tersebut menjadi sumber sejarah abad pertengahan bagi
pelbagai negara yang telah dilawatinya. Melalui karya al Rihlah, khalayak
pembaca didedahkan pelbagai aspek kehidupan seperti agama, politik,
sosial, ekonomi, dan kebudayaan masyarakat di sana khususnya negara –
negara seperti di Afrika Barat dan di India. Di India, catatannya berkisar
tentang pelbagai kepercayaan yang diamalkan oleh orang Hindu, malah
beliau turut menyatakan kepentingan Sungai Ganges kepada masyarakat di
India khususnya untuk upacara penyucian diri.

Karya yang dihasilkannya turut menggambarkan negara Islam khasnya
sejarah Anatolia, India sewaktu pemerintahan Muhammad Tughluq, Afrika
Timur dan Barat serta Maldives. Ibnu Battutah juga menulis catatan tentang
kota-kota seperti Iskandariah, Damsyik, Makkah, Konstantinople, Syiraz dan
Sifahan dan terdapat juga catatan tentang tempat-tempat yang dilawati di
Makkah seperti Masjidil Haram, Makam Imam dan Kaabah.

Kejayaan ekspedisi – ekspedisi pelayarannya telah menjadi pendorong
kepada para pelayar Islam lain untuk mengikut jejak langkahnya. Hal ini telah
membawa kepada kemunculan beberapa tokoh lain seperti Ibn Hawqal,
Sulayman al Mahri dan sebagainya. Ibnu Hawqal, umpamanya telah
memulakan pelayaran ke Afrika Utara, Sepanyol, Selatan Sahara, negara –
negara Arab, Armenia, Adzerbaijan, dan Sicily dari tahun 947 Masihi hingga
973 Masihi. Sementara Sulayman al Mahri berjaya merentasi lautan – lautan
antarabangsa seperti Lautan Pasifik, Selat Bering, Lautan Artik, Lautan
Atlantik, perairan Mediterranean melalui Selat Gibraltar.

Karya Ibnu Battutah telah dapat meningkatkan pengetahuan ilmu geografi
dan aspek pensejarahan. Dalam bidang geografi, beliau mencatatkan
keadaan geografi sesebuah negara, antara catatan terpenting ialah iklim
khatulistiwa tidak sepanas iklim di Afrika Utara. Kepentingan catatan

seumpama ini ialah dapat menentukan pemilihan tapak bagi sesebuah
pangkalan perdagangan.

Di Constantinople, beliau mencatat akan keindahan kota ini yang dilengkapi
dengan pasar atau gudang membeli – belah, jalan raya yang indah yang
dibina daripada batu, dan kewujudan sebuah gereja besar yang dikenali
sebagai Gereja Sancta Sophia di tengah – tengah kota berkenaan. Pasai pula
dicatatkan sebagai kawasan yang subur yang dipenuhi dengan pokok
kelapa, cengkih, gaharu, dan lain – lain.

Keperibadiannya yang hebat menyebabkan beliau dilantik sebagai pegawai
kerajaan di tempat beliau singgah; sesuatu yang agak unik, umpamanya
pada zaman pemerintahan kerajaan Tughluq, beliau dilantik sebagai kadi
dan pernah menjadi wakil kerajaan tersebut bagi menemui atau
menjalankan ekspedisi ke China. Sesuatu yang menarik tentang Ibn Batuttah
ini juga, beliau telah mengklasifikasikan pemerintah dengan sifat – sifat
tertentu, umpamanya Raja di Iraq dianggap amat berbudi bahasa, Raja
Hindustani ( peramah ), Raja Yaman ( berakhlak mulia ), Raja Turki ( gagah
perkasa ), Raja Rom ( pemaaf ), Raja Turkestan ( bertoleransi ), dan Raja Pasai
( berilmu pengetahuan seumpama ulama ). Pentingnya catatan ini ialah
memudahkan pengembaraan seterusnya dijalankan khususnya berkaitan
dengan persiapan apabila berlabuh di negara – negara berkenaan

Walaupun Ibn Batuttah hakikatnya adalah seorang ahli pelayaran, namun
catatannya yang lengkap menyebabkan tokoh ini dianggap sebagai individu
serba boleh, bukan sahaja tokoh dalam bidang geografi, malah yang
menariknya beliau juga dianggap sebagai guru dalam bidang kehakiman
dan sejarah dan pensejarahan serta bidang antropologi dan sosiologi

TEMA 3

Tanzimat merupakan implikasi daripada peluasan kuasa Barat di
Turki pada abad ke-18 hingga abad ke-20. Bincangkan.

Kerajaan Turki Uthmaniyyah diasaskan oleh Uthman Ertogrul, pemimpin
yang berasal daripada Asia Tengah serta pernah berkhidmat dengan
Kesultanan Seljuk bagi memerangi bangsa Moghul. Kerajaan ini mencapai
era keagungan sewaktu pemerintahan Muhammad al Fatih apabila berjaya
menguasai kota Constantinople dan terus berkembang hingga meliputi
benua Asia, Eropah, dan Afrika. Tanzimat bermaksud pembaharuan atau
reformasi yang berlaku di Turki secara evolusi antara tahun 1839 hingga
1876 yang meninggalkan kesan mendalam pada masyarakat Turki khasnya
dan umat Islam amnya.

Tanzimat di Turki bermula dengan penggubalan piagam yang dikenali
sebagai Hatt-i Syarif Gulhane. Piagam ini bersifat sekular iaitu menyeru
kepada reformasi yang melibatkan perubahan – perubahan terhadap
institusi masyarakat dengan syarak tetap menjadi undang – undang negara
Turki. Piagam ini menjanjikan keselamatan nyawa, maruah dan harta untuk
semua rakyat tanpa mengira agama di samping jaminan persamaan hak dan
pembicaraan yang adil, telus, dan terbuka. 1856, muncul piagam kedua
yang mengesahkan segala janji yang termaktub dalam Hatt-i Gulhane,
namun apa yang mengejutkan segala aspek syarak digugurkan sama sekali
( gambaran pengaruh sekular kian menular )

Dalam bidang pentadbiran, tanzimat yang berlaku ialah mengemaskinikan
pentadbiran pusat dengan membentuk kementerian – kementerian seperti
Kementerian Kerjaraya, Kementerian Pelajaran, dan Kementerian Polis. Majlis
Diraja diberikan jenama baharu iaitu Majlis Tanzimat yang berperanan
merangka segala pembaharuan serta mengelak amalan rasuah dalam
kalangan pentadbir kerajaan. Ahi – ahli yang dipilih berpendidikan Barat dan
perbincangan kerap diadakan untuk mewujudkan amalan demokrasi.
Pentadbiran yang dirangka adalah bermodelkan pentadbiran Perancis.

Dalam bidang pendidikan, sistem pendidikan yang dirangka adalah aliran
akademik yang terpisah dengan keagamaan. Institusi pendidikan yang
ditubuhkan bermula dari sekolah rendah hingga peringkat universiti.
Kurikulum yang diperkenalkan merangkumi mata pelajaran berasaskan ilmu
aqliah yang diletakkan di bawah selenggaraan Akademi Pelajaran. Implikasi
daripada penekanan terhadap mata pelajaran sekular, pengetahuan para
pelajar muslim tentang Islam kian berkurangan menyebabkan kehilangan
identiti dalam kalangan mereka. Selain itu, sekolah atau madrasah kian
ketinggalan berbanding sekolah – sekolah profesional corak awam dan
militer.

Dalam bidang perundangan dan kehakiman, kesan daripada pelaksanaan
tanzimat beberapa peraturan yang digubal diadakan tanpa penglibatan para
ulama. Peraturan – peraturan berhubung jenayah, tanah, perniagaan dan
pelayaran diubahsuai berdasarkan undang – undang Perancis. Institusi
mahkamah turut mengalami perubahan, mahkamah sekular didirikan bagi
mengendalikan atau menjalankan undang – undang baharu. 1847,
mahkamah campuran didirikan bagi mengendalikan kes jenayah dan sivil
dengan dihakimi oleh sama ada hakim berbangsa Eropah atau yang
beragama Islam. Sedikit demi sedikit peranan ulama mula diketepikan dalam
pelaksanaan perundangan dan kehakiman.

Dalam bidang ketenteraan pula, latihan dan aspek – aspek ketenteraan
dikendalikan mengikut model Barat. Dalam usaha memperkemas dan
memperkukuhkan angkatan tentera, individu yang mempunyai hubungan
keluarga serta rapat dengan istana dan penghuni bandar - bandar diberikan
peluang berkhidmat dalam tentera darat dan tentera laut. Dalam hal ini,
telah muncul pegawai – pegawai muda yang memainkan peranan penting
melncarkan gerakan merampas kuasa dengan menggulingkan institusi
kesultanan di Turki.

Dalam bidang komunikasi, alatan media massa dimanfaatkan untuk
mempopularkan idea – idea baharu dari Barat; karya – karya berbentuk puisi,
novel, dan cerpen berorientasikan Barat sedangkan nilai – nilai keislaman
telah diketepikan. Karya – karya yang dipopularkan menyentuh isu raja
perlembagaan sedangkan isu ketaatan beragama tidak pernah disentuh.
Penyediaan kemudahan infrastruktur ( pengangkutan dan perhubungan )
juga disediakan, namun kemajuannya tidak seimbang antara kawasan.

Dalam bidang ekonomi, tanzimat atau reformasi tidak diberikan keutamaan
termasuk bidang pertanian. Sebaliknya, pihak Barat telah merancang agar
kerajaan Turki Uthmaniyyah meminjam wang atau modal menyebabkan
kerajaan ini terpaksa berhutang dengan pemodal – pemodal asing. Malah,
Turki terpaksa bergantung kepada Barat bagi mendapatkan bekalan
makanan, peralatan, dan modal bagi perbelanjaan pembangunannya.

Kesimpulannya, tanzimat yang berlaku di Turki walaupun dirangka untuk
memodenkan Turki, namun ianya menimbulkan impak negative disebabkan
pembaharuan – pembaharuan yang dilaksanakan lebih condong kea rah
pemupukan sekularisme sedangkan Islam mula diketepikan sedikit demi
sedikit yang akhirnya membawa kegoyahan dan kejatuhan kerajaan ini di
tangan individu yang berfikiran nasionalis dan sekular.

Bincangkan faktor – faktor peluasan kuasa Barat terhadap kerajaan
Uthmaniyah mulai abad ke-19 Masihi.

Abad ke-15 M, bangsa Eropah melancarkan gerakan imperialisme secara
besar-besaran melalui bidang perdagangan, kebudayaan, politik,
pemindahan dan penempatan rakyat mereka sendiri di tanah-tanah baharu
sehinggakan pada akhir abad ke-20, seluruh dunia berada di bawah
cengkamannya. Kerajaan Turki Uthmaniyyah tidak terkecuali menghadapi
ancaman kuasa Barat ini, kuasa – kuasa Barat berusaha bukan sahaja
bertapak di Turki malah mula bertindak menguasai wilayah – wilayah yang
berada di bawah jajahan kerajaan Turki Uthmaniyyah ini. Hal ini disebabkan
selepas kemangkatan Sultan Muhammad al Fateh, teraju pemerintahan kini
berada di bawah pemerintahan sultan – sultan yang kurang berwibawa.

Kuasa – kuasa Barat seperti Britain, Perancis, Rusia, Jerman dan Austria-
Hungary ingin menguasai wilayah-wilayah yang berada dalam empayar
Turki Uthmaniyah, timbul persaingan antara satu sama lain untuk merebut
bahagian dan keuntungan daripada wilayah-wilayah yang dikuasai mereka.
Bagi mereka, semakin luas wilayah yang dikuasai, semakin tinggi sanjungan
yang diperoleh kuasa-kuasa Barat itu. Keluasan tanah jajahan juga
melambangkan kekuatan dan kekayaan kuasa-kuasa Barat tersebut.
Contohnya, Rusia memang kerap kali berperang dengan Turki Uthmaniyah
bagi mendapatkan wilayah tertentu khususnya di Balkan

Perkembangan Revolusi Perindustrian menyebabkan kuasa – kuasa Barat
berusaha mendapatkan tanah jajahan serta mencari kawasan pasaran untuk
barangan keluaran mereka kelak. Kerajaan Uthmaniyyah dan wilayah -
wilayahnya kaya dengan sumber ekonomi terutamanya petroleum yang
mendorong kuasa-kuasa Barat berusaha dengan pelbagai cara untuk
mendapatkan hak keistimewaan mencari gali hasil bumi umat Islam ini
walaupun dengan tipu muslihat

Sentimen agama turut mempengaruhi peluasan kuasa Barat di Turki,
kekalahan Barat dalam siri Perang Salib sebelum ini sememangnya
menyebabkan kuasa – kuasa Barat menyimpan perasaan dendam terhadap
mana – mana individu atau kerajaan Islam, bukan sahaja disebabkan agama
Kristian terpaksa bersaing dengan agama Islam, malah negara – negara
Barat telah hilang banyak wilayah yang kini berada dalam genggaman
kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah. Penentangan sebegini mendapat
sokongan padu daripada institusi gereja. Golongan Barat berusaha untuk
membina imej kebaikan dan kemajuan tamadun Barat sambil menyemai

kekeliruan dan cuba memburuk-burukkan atau memfitnah Islam sebagai
agama yang mundur, antikemajuan dan tidak berperikemanusiaan

Faktor teknologi juga penyumbang kepada situasi ini, penggunaan kapal
laut menggunakan enjin berkuasa wap telah dapat membantu kuasa-kuasa
Eropah mengharungi lautan untuk meluaskan kuasa dan mewujudkan pusat
perdagangan di seberang laut. Penggunaan kapal berkuasa wap bukan
sahaja membolehkan muatan yang banyak tetapi juga mempercepatkan
tempoh perjalanan ke sesuatu destinasi dan dapat memberi arahan kepada
pegawai-pegawai mereka dengan lebih cepat dan berkesan di mana-mana
wilayah turki Uthmaniyah ditambah pula dengan pembukaan Terusan Suez
yang memendekkan perjalanan dan hubungan antara Timur dengan Barat

Tujuan sebenar negara-negara Eropah berusaha keras untuk memotong dan
mengerat tubuh Turki Uthmaniyyah yang digelar mereka sebagai “Orang
Sakit Eropah” adalah untuk mendapat bahagian masing-masing daripada
wilayah dan harta empayar Turki Uthmaniyyah.

Nilaikan kesan – kesan penglibatan Turki Uthmaniyah dalam Perang
Dunia I

Perang Dunia I berlaku antara tahun 1914 hingga 1918, melibatkan dua buah
kuasa besar yang dikenali sebagai Tripple Alliance yang dianggotai oleh
Jerman, Itali dan Austria-Hungary menentang Tripple Entente yang
dianggotai oleh Rusia, Perancis dan Britain. Penglibatan kerajaan Turki
Uthmaniyah dalam perang ini berpunca daripada beberapa faktor,
antaranya keinginan Turki mendapatkan semula wilayah – wilayah yang
terlepas seperti Macedonia, Thrace, Anatolia, dan Cyprus ekoran beberapa
siri perjanjian dengan kuasa – kuasa Barat sebelum tercetusnya Perang
Dunia I

Penglibatan Turki dalam perang ini bermula apabila Enver Pasha berserta
pemimpin Kaum Turki Muda memutuskan untuk menyertai pakatan yang
diketuai oleh Jerman sebagai langkah terakhir memastikan wilayah - wilayah
jajahannya. Dari segi politik, kekalahan sekutunya, Jerman dalam perang ini
menyebbakan Turki menerima tempias yang sama, kerajaan Turki
Uthmaniyyah telah kehilangan banyak wilayah kekuasaannya termasuk
Palestine. Malah, kerajaan Turki Uthmaniyah telah berbejaya dipecahkan
melalui perjanjian - perjanjian yang ditandatanganis perti Perjanjian Mudros
Keadaan semakin kritikal apabila Parlimen Turki telah bertindak
membubarkan sistem kesultanan, dan diganti dengang pemerintahan
berbentuk republik yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa melalui Perjanjian
Lausanne yang turut mengisytiharkan penamatan sistem berkhalifah, harta
khalifah dirampas, dan kerajaan Turki baharu akan dibentuk berasaskan
sekularisme

Bukan sahaja sistem nerkhalifah ditamatkan, malah suatu penghinaan
terhadap pemerintah sebelumnya ialah khalifah terakhir Khalifah Abdul
Majid II telah diusir dan dibuang negeri iaitu ke Switzerland, diikuti
perubahan pusat pemerintahan dari kota Istanbul ke kota Ankara.

Muncul tokoh nasionalis yang berfikiran liberal yang berkiblatkan negara
Barat, Mustaffa Kamal Atarturk melakukan banyak perubahan secara radikal
seperti memisahkan politik dengan agama, menghapuskan Mahkamah
Syariah, gelaran Arab dihapuskan dan rakyat diwajibkan menggunakan
gelaran keluarga mengikut budaya Barat, dan penulisan huruf Arab diubah
kepada huruf Latin

Dari segi sosial, kekalahan dalam Perang Dunia I juga menyebabkan
masyarakat Turki dilanda krisis kemerosotan akhlak dan moral, budaya Barat
telah berjaya meruntuhkan akhlak umat Islam, malah perpecahan kian ketara
dalam kalangan masyarakat di Turki, dengan kata lain penghayatan
semangat persaudaraan kian luntur.

Akibat kekalahan dalam Perang Dunia I, Turki mengalami kemerosotan
ekonomi yang ketara, ekonomi semakin teruk kerana dengan Persetujuan
Sykes-Picot, wilayah Turki Uthmaniyah kini dibahagikan kepada British,
Perancis, dan Itali. Perdagangan negara Islam semakin merosot kerana
bangsa Eropah kini menguasai aktiviti perdagangan di Laut Hindi, Laut
Mediterranean, Terusan Suez, dan jalan - jalan perdagangan lain

Penglibatan Turki Uthmaniyyah dalam Perang Dunia I merupakan suatu
kerugian besar yang terpaksa ditanggung bukan sahaja oleh pemerintah,
malah umat Islam. Hal ini disebabkan bukan sahaja kerajaan ini akhirnya
lenyap khususnya sistem berkhalifah, bahkan pemikiran dan tingkah laku
umat Islam di sana kian ketara merosot dan menyimpang daripada ajaran
Islam sekaligus membolehkan kuasa Barat mengukuhkan cangkaman
kekuasaannya

Perang Dunia I merupakan titik tolak penamat kerajaan Turki
Uthmaniyah. Bincangkan

Perang Dunia I melibatkan dua buah kausa besar yang dikenali sebagai
Tripple Alliance dan Tripple Entente. Aapa yang menariknya dalam perang
ini, ianya telah melibatkan kerajaan Turki Uthmaniyyah yang bertindak
menyokong Jerman. Penglibatan Turki Uthmaniyyah dalam perang ini
bertujuan untuk mengelakkan wilayah – wilayah kekuasaannya terus hilang
dikuasai oleh kuasa Barat di samping usaha mendapatkan semula tanah –
tanah jajahan berkenaan dengan bantuan Jerman

Kekalahan pakatan kerajaan Turki Uthmaniyah dengan Jerman, telah
menyebabkan kerajaan Turki Uthmaniyah terpaksa bersetuju melepaskan
seluruh wilayahnya di Timur Tengah yang merupakan sebahagian daripada
keagungannya pada masa lampau, berjuang mempertahankan tanah air
mereka di Anatolia dan persekitarannya daripada menjadi rebuatn kuasa-

kuasa asing. Ekorannya, Timur Tengah telah dipersetujui untuk diletakkan di
bawah kuasa ‘mandat’. Antara wilayah yang diletakkan di bawah kuasa
‘mandat’ ialah Syria bersama Lubnan yang diserahkan kepada British.

Walaupun Gerakan Pembebasan Turki telah berjaya mengusir Britain dari
bumi Turki Uthmaniyah pada tahun 1922, namun status Turki kini berubah,
negara berkenaan diisytiharkan secara rasminya sebagai sebuah negara
sekular yang memakai nama ‘Republik Turki’. Pengisytiharan ini dibuat
setelah berlakunya pemansuhan kuasa sultan pada 1 November 1922 dan
menandakan lenyapnya kekuatan dan keagungan kerajaan khilafah pada 3
Mac 1924

Sebaik sahaja Mustafa Kamal Attartuk dilantik menjadi pemimpin negara
Turki Moden, beliau melaksanakan program pembaratan dan pensekularan
yang merangkumi penamatan institusi Khilafah Uthmaniyah dan penutupan
madrasah serta mewujudkan sistem pendidikan sekular, pengharaman
amalan tariqat dan penutupan tempat-tempat tariqat diamalkan (tekke),
penutupan makam-makam wali (turbe) dan penguatkuasaan pemakaian
topi ala Barat dan peraturan yang mengharamkan berpakaian cara Islam

Pembaharuan lain yang dilaksanakan ialah undang-undang Barat,
pengenalan sistem timbang serta sukat mengikut Barat dan pengenalan
Kalendar Gregorian, penukaran penulisan kepada tulisan Rumi bagi
menggantikan tulisan Arab dan mengakhiri Islam sebagai agama rasmi
negara, penamatan pengajaran bahasa Arab dan Parsi di sekolah rendah dan
menengah kerajaan, memberikan hak mengundi dan memegang jawatan
dalam perkhidmatan awam kepada wanita, dan akhirnya, penerimaan
sekularisme dan revolusionisme sebagai prinsip dasar dalam perlembagaan
Turki

Perang Dunia I bukan sahaja membawa kehancuran kerajaan berbentuk
khilafah, apa yang lebih malang ianya menandakan bermula pula penjajahan
minda oleh kuasa Barat di bumi Turki dengan menggunakan bangsa Turki
sendiri sebagai tunggangannya.

Bincangkan punca – punca kemerosotan dan keruntuhan kerajaan
Turki Uthmaniyah pada abad – 20 Masihi

Kerajaan ini bermula pada tahun 1281 sehingga 1924; berpusat di Turki
seiring dengan kejatuhan Baghdad dari Bani Abbasiyah yang ditakluki oleh
orang – orang Monggol. Kerajaan ini diasaskan oleh Othman bin Ertoghrul;
terdapat 38 orang khalifah dan antara tokoh – tokoh khalifah terkenal ialah
Urkhan, Muhammad II dan Sulaiman II. Kemuncak kejayaan kerajaan ini ialah
kejayaan Muhammad al Fateh, kejayaannya menguasai kota Constantinople
yang merupakan kubu kuat kerajaan Rom Timur. Namun penglibatan dalam
Perang Dunia I, merupakan titik tolak kepada kemerosotan kerajaan ini

sekaligus telah membawa kepada kejatuhan kerajaan ini di tangan bangsa
sendiri yang dipengaruhi oleh pemikiran sekularisme

Konspirasi negara – negara Barat khususnya Britain, Perancis, Itali dan Rusia
yang sentiasa berusaha menjatuhkan kerajaan Islam ini disebabkan
kemampuannya menguasai banyak tanah jajahan serta kedudukannya yang
strategik antara benua Asia dengan benua Eropah. Tindakan
memecahbelahkan umat Islam di Turki dengan menaja fahaman
nasionalisme dan pemikiran sekularisme dalam kalangan pelajar di luar
negara amat berkesan. Kalangan pelajar berkenaan pulang ke negara asal,
seterusnya memperjuangkan fahaman serta mendapat sokongan khususnya
dalam kalangan negara Barat, antaranya Mustaffa Kamal Atarturk

Tindakan khianat negara Islam khususnya yang berbangsa Arab seperti
Mesir yang bertindak keluar daripada naungan kerajaan Turki Uthmaniyah
atas hasutan British. Hal ini juga dikaitkan dengan fahaman assabiyah yang
menebal dalam kalangan bangsa Arab

Pengaruh dan peranan golongan Turki Muda yang menggesa diadakan
perubahan dalam pemerintahan dan kebudayaan Turki. Malah terdapat
juga Pergerakan Kaum Wanita Turki yang mahukan kebebasan dari tradisi
lama atau agama Islam yang menjaga kepentingan hokum khususnya
terhadap kaum wanita terus menggugat keutuhan kerajaan Turki
Uthmaniyah yang berteraskan pentadbiran syariah Islam khususnya dalam
aspek sosial

Pengaruh Yahudi atau Pertubuhan Freemason yang berhasrat mendirikan
kerajaan Yahudi di bumi Palestine.

Ringkasnya kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah berpunca daripada faktor
dalaman, sebagaimana yang dinyatakan di awal tadi, jatuh disebabkan
tangan – tangan jahat anak watan sendiri yang terpengaruh dengan cara
hidup dan budaya serta pemikiran Barat, sanggup mengorbankan kerajaan
berbentuk khilafah yang diasaskan oleh generasi sahabat

Bincangkan reaksi masyarakat tempatan ekoran peluasan kuasa
Barat di Mesir pada abad ke- 19 Masihi.

Sebagaimana tempat – tempat lain, Mesir turut menjadi sasaran kuasa –
kuasa Barat untuk meluaskan kuasa disebabkan negara ini kaya dengan
bahan mentah khususnya pertroleum dan di sana terdapat laluan
antarabangsa terpenting iaitu Terusan Suez. Penguasaan Mesir akan
memberikan kesan yang bermakna kepada mana – mana kuasa Barat. Antara
kuasa Barat yang menunjukkan minat menguasai negara ini ialah Perancis
dan Britain. Bermula pada tahun 1798 Masihi, Mesir telah terdedah dengan
pencerobohan Perancis, dengan kekuatan tentera yang tidak mampu
disaingi oleh tentera Mamluk, negara Mesir mudah dikuasai pada tahun

1801 hasil kerjasama antara kerajaan Uthmaniyyah dengan British. Implikasi
daripada peristiwa ini, penduduk Mesir berhadapan pula dengan dasar –
dasar British yang memaksa kebangkitan protes menentang kuasa Barat
tersebut.

Penjajahan Perancis selama 3 tahun di Mesir telah meninggalkan kesan
positif ke atas kebangkitan masyarakat tempatan di Mesir. Sepanjang
kekuasaannya, Perancis telah melakukan pelbagai perubahan, antaranya
ialah menubuhkan Dewan Penasihat di Kaherah, membina kilang – kilang
senjata, mengadakan perkhidmatan percetakan bagi menerbitkan dua buah
akhbar, dan menggalakkan pengkajian melalui sekumpulan sarjana dan ahli
– ahli sains yang dibawa khas dari Perancis. Tindakan Perancis ini jelas
menggambarkan usaha kuasa Barat tersebut untuk terus menguasai bumi
Perancis tanpa memikirkan kesan buruk ke atas penduduk tempatan.
Kesannya, ianya telah menyedarkan rakyat Mesir terutama golongan
intelektual untuk berkerja dan memodenkan negara.

Kemunculan Muhammad Ali Pasha bertindak melakukan reformasi
merupakan antara reaksi masyarakat tempatan ekoran penguasaan negara
Barat ke atas negara tersebut. Muhammad Ali Pasha telah melaksanakan
modenisasi bermodelkan negara Perancis dengan menekankan kepada
aspek ketenteraan dengan menjalankan kempen ketenteraan, pendidikan,
dan ekonomi. Oleh sebab dasar – dasar Muhammad Ali Pasha boleh
menggugat pengaruh British, melalui Perjanjian London, kuasa – kuasa
Eropah telah mendesak tokoh ini berundur, sekaligus menghalang usaha
Muhammad Ali untuk menegakkan pengaruhnya di Asia Barat.

Dasar British yang mencengkam penduduk Mesir telah membawa kepada
kemunculan tokoh – tokoh intelektual untuk memulihkan kemunduran dan
membawa kemajuan umat Islam di Mesir. Antara tokoh yang muncul ialah
Jamaluddin al Afghani, Muhammad Abduh, dan Rasyid Rida. Jamaluddin al
Afghani begitu komited dengan perjuangannya terutamanya gerakan
pemulihan Islam dan melontarkan idea – idea kerajaan berperlembagaan,
kemerdekaan daripada penjajahan asing, dan membina tradisi keilmuan
Islam dengan meminjam sains dan teknologi Barat. Kempen – kempen yang
dijalankan oleh tokoh ini telah menimbulkan perasaan antiBritish dalam
kalangan rakyat Mesir termasuk Pemberontakan Urabi.

Kebangkitan rakyat tempatan di Mesir kian jelas apabila Muhammad Abduh

mengambil alih perjuangan daripada gurunya. Beliau telah

memperkembangkan idea dinamisme Islam, perlunya penyatuan seluruh

umat Islam, dan menekankan kemajuan pendidikan bagi memperoleh

kejayaan. Beliau menggesa umat Islam di Mesir kembali kepada Islam yang

sebenar bagi menghadapi kejahilan, kezaliman pihak penguasa Barat, dan

amalan khurafat serta tahyul yang menghalang kemajuan mereka. Baginya,
pendidikan Islam dan sains harus bersepadu untuk membina kekuatan. Pun
begitu, akibat penglibatan bersama dengan golongan Urabi , beliau telah
diusir dari bumi Mesir.

Kemuncak kepada kebangkitan masyarakat tempatan terhadap peluasan
kuas Barat ialah tercetusnya Pemberontakan Urabi. Gerakan ini dipimpin
oleh para pemimpin yang berketurunan Mesir asli ( fellahin ) dan berjuang
bagi mempertahankan kepentingan Mesir. Gerakan antiBritish ini diketuai
oleh Kolonel Ahmed Urabi yang bercita – cita mengusir seluruh bangsa
Eropah keluar dari bumi Mesir. Beliau yang mendapat sokongan wakil
pemerintah Uthmaniyyah, Khedif Ismail telah menubuhkan Hizb al Watani
yang berjuang menghapuskan pengaruh asing dalam pentadbiran Mesir,
menyeru kuasa Khedif dipulihkan, dan segala pendapatan daripada
perkhidmatan kereta api Mesir dipulangkan kepada kerajaan Mesir.

Namun begitu, perjuangan ini telah digagalkan oleh kuasa Barat. Pun begitu
perjuangan diteruskan, apabila pegawai kerajaan, ulama dan petani yang
tertindas telah memberikan sokongan padu kepada golongan tentera yang
mencetuskan kebangkitan Pemberontakan Urabi pada tahun 1881 hingga
tahun 1882 dengan memperjuangkan penubuhan sebuah parlimen tetap
dan pelaksanaan sistem pemerintahan berperlembagaan dan memperbaiki
nasib golongan tentera tempatan yang didiskriminasi. Tindakan mengambil
alih kuasa daripada Khedif menyebabkan British bertindak menggempur
dan membedil kubu serta menakluk bandar – bandar seperti Port Said,
ismailiyah, dan Suez sekaligus menamatkan pemberontakan ini.

Berakhirnya Pemberontakan Urabi tidak bermakna tamatnya perjuangan
golongan nasionalis di Mesir, sebaliknya suara – suara penentangan semakin
hebat terutamanya pada abad ke-20, masyarakat tempatan menggunakan
pelbagai saluran untuk membangkitkan kesedaran kebangsaan, antaranya
melalui akhbar, penulisan karya kreatif, dan kemunculan golongan
intelektual seperti Mustaffa Kamil dan Saad Zaghlul yang akhirnya
membawa kepada kemerdekaan Mesir daripada British.

Jelaskan faktor – faktor kebangkitan semangat nasionalisme di Mesir
pada abad ke-20 Masihi.

Sebelum penjajahan kuasa – kuasa Barat di Mesir, negara tersebut
sebenarnya merupakan sebahagian daripada empayar Turki Uthmaniyyah.
Sejak tahun 1517 Masihi, Mesir ditadbir oleh golongan Mamluk sehinggalah
dikalahkan oleh tentera Perancis yang diketuai oleh Napoleon Bonarparte.
Penjajahan Perancis di Perancis hanya bertahan selama tiga tahun apabila
pakatan Turki Uthmaniyyah – British berjaya mengalahkan Perancis pada
tahun 1801. Bermula dari saat itulah British mula menguasai Mesir termasuk
menguasai sumber – sumber ekonomi yang berharga serta mengeskploitasi
rakyat Mesir demi kepentingan mereka sedangkan penduduk – penduduk

tempatan terus dibelenggu dan ditindas sehingga jauh ketinggalan
berbanding golongan pendatang.

Menyedari keadaan ini telah timbul gerakan atau semangat kebangsaan
bagi memulihkan keadaan ini dengan dipelopori oleh tokoh – tokoh
tempatan seperti Jamaluddin al Afghani, Muhammad Abduh, dan
Muhammad Rashid Rida melontarkan idea – idea bagi membela dan
melindungi masyarakat tempatan yang dibelenggu oleh penjajah.
Jamaluddin al Afghani telah menyeru agar kesatuan umat Islam diwujudkan
bagi menjadi benteng pertahanan menghadapi arus imperialisme Barat.
Beliau telah berganding dengan Muhammad Abduh menyusun gerakan
yang dikenali sebagai al Urwah al Wuthqa untuk memberikan kesedaran
kepada umat Islam termasuk mengeluarkan majalah sehinggakan pihak
penjajah Barat khususnya British bertindak menyekat kemasukan majalah
berkenaan ke wilayah Mesir dan India.

Seterusnya faktor yang mendorong kebangkitan semangat kebangsaan di
Mesir ialah peranan bahasa dan kesusasteraan khususnya penerbitan bahan
– bahan kreatif seperti puisi, novel, dan cerpen. Antara tokoh yang banyak
menghasilkan karya – karya kreatif bagi menyedarkan masyarakat Mesir
akan kepincangan dan kelemahan mereka serta mengkritik secara sinis
pihak penjajah ialah Taha Husayn dan Najib al Kilani. Taha Husayn
umpamanya telah menghasilkan karya fiksyen yang menonjolkan isu
kemiskinan dan kejahilan, malah beliau turut sama menggarap penulisan
yang berbaur politik. Begitu juga dengan Najib al Kilani, beliau telah
mengasaskan kesatuan Rabitah Adab al Islami al ‘Alamiyyah iaitu gerakan
yang menjadi perintis kepada penghasilan karya – karya kesusasteraan
Islam. Meskipun beliau dipenjara, namun ia tidak menjadi penghalang
kepadanya untuk menghasilkan karya – karya yang membangkitkan
kesedaran dalam kalangan rakyat. lebih daripada 70 buah novel yang
dihasilkannya memaparkan pembelaan terhadap golongan yang lemah
serta menentang kezaliman serta kebatilan.

Seterusnya media massa juga berperanan penting dalam kebangkitan
semangat kebangsaan. Penerbitan akhbar seperti al Muqattam, al Muqtataf,
dan al Mua’yyad jelas telah dapat meniupkan semangat kebangsaan dalam
masyarakat Arab termasuk di Mesir. Akhbar – akhbar seumpama ini telah
menyediakan ruangan khas untuk para penulis melontarkan idea khususnya
untuk menyedarkan rakyat, dan antara yang mengambil kesempatan
tersebut ialah Muhammad Rashid Rida dan Mustafa Kamil Pasha

Faktor terakhir yang mendorong kemunculan semangat kebangsaan di
Mesir ialah peranan institusi pendidikan di mesir khususnya Universiti al
Azhar yang banyak menghasilkan tokoh – tokoh pejuang atau nasionalis
seperti Syaikh Rifa’ah al Tantawi, Saad bin Zaghlul, dan Muhammad Abduh.
Meskipun mendapat pendidikan Islam, individu – individu berkenaan amat
peka dengan perkembangan pendidikan Barat. Sehubungan dengan itu,
mereka berusaha mengubah sistem pendidikan di Mesir dengan
memperbaharui sistem pendidikan tradisional dan memperbaiki sistem
pendidikan moden. Selain itu, peranan Universiti al Azhar sendiri dapat
dilihat dengan menggalakkan kegiatan penterjemahan buku – buku ilmiah

ke bahasa Arab bagi membolehkan rakyat Mesir membaca, memahami dan
berusaha menjadikan iktibar bagi membentuk masyarakat yang tidak
terkongkong dengan kuasa imperialis Barat.

Kebangkitan semangat kebangsaan di Mesir berlaku akibat kesedaran
golongan – golongan intelektual yang bingkas berusaha menyedarkan
masyarakat akan kepincangan yang dihadapi. Golongan intelektual ini
menggunakan majalah, akhbar, karya – karya kreatif sebagai wadah
perjuangan, malah ada pemimpin yang sanggup bersemuka dengan
penjajah seperti Saad bin Zaghlul yang memaksa British sekurang – kurang
menghadiahkan kemerdekaan bersyarat kepada Mesir pada tahun 1922.

Huraikan pengaruh bahasa dan sastera dalam gerakan nasiomalisme
di Mesir pada abad ke-20 Masihi.

Gerakan nasionalisme di Mesir dikatakan bermula sebelum ke- 18 Masihi,
namun mencapai kemuncaknya tatkala Mesir dijajah oleh Perancis selama
tiga tahun diikuti oleh British. Punca kebangkitan semangat kebangsaan ini
ialah berikutan ancaman atau penguasaan ekonomi dan politik kuasa –
kuasa tersebut di Mesir. Terdapat beberapa faktor yang membawa
kemunculan gerakan nasionalisme di Mesir, antaranya pengaruh bahasa dan
tulisan yang dikaitkan dengan kemunculan penulis menghasilkan karya
tertentu bagi mengkritik pihak penjajah.

Kemunculan penulis – penulis bagi membangkitkan gerakan nasionalisme di
Mesir dikaitkan dengan perkembangan institusi pendidikan yang melahirkan
ramai penulis seperti Taha Husayn dan Najib al Kilani. Penulis – penulis di
sini menghasilkan karya berbentuk novel, cerpen, esei, artikel yang
kesemuanya bertujuan untuk memupuk semangat kebangsaan dalam
kalangan penduduk Mesir khususnya pada abad ke-20 Masihi.

Taha Husayn telah menghasilkan karya - karya yang pelbagai bentuk
meliputi bidang pengajian Arab, kebudayaan, kesusasteraan Islam dan
fiksyen yang memuatkan idea – ideanya mengkritik masalah kemisikinan,
kejahilan, dan berbaur politik yang ditujukan kepada imperial Bristish
khasnya.Bagi meningkatkan taraf hidup penduduk, beliau menyarankan
agar pendidikan percuma diperkenalkan kerana ia akan mampu melahirkan
golongan cerdik pandai yang mampu mengubah lanskap masyarakat di
Mesir. Antara karya yang dihasilkan oleh Taha Husayn ialah Wednesday Talk,
A Man of Letters, An Egyptian Childhood mengandungi unsur – unsur di
atas yang bakal menimbulkan angin perubahan dalam pemerintahan
kolonial di Mesir.

Najib al Kilani pula merupakan penulis yang aktif menulis dalam pelbagai
genre; novel, buku, cerpen, karya berbentuk kritikan dan sebagainya. Idea –
idea yang membangkitkan semangat kebangsaan telah menyebabkan
beliau beberapa kali diseret ke penjara, namun itu bukan halangan baginya
menghasilkan karya sama ada dalam bentuk prosa mahupun puisi. Karya –
karya yang dihasilkan lebih kepada berbentuk kritikan sosial; umpamanya
pembelaan terhadap kaum yang lemah dan teraniaya serta menentang
kezaliman dan kebatilan.


Click to View FlipBook Version