Bukan sahaja sistem nerkhalifah ditamatkan, malah suatu penghinaan
terhadap pemerintah sebelumnya ialah khalifah terakhir Khalifah Abdul
Majid II telah diusir dan dibuang negeri iaitu ke Switzerland, diikuti
perubahan pusat pemerintahan dari kota Istanbul ke kota Ankara.
Muncul tokoh nasionalis yang berfikiran liberal yang berkiblatkan negara
Barat, Mustaffa Kamal Atarturk melakukan banyak perubahan secara radikal
seperti memisahkan politik dengan agama, menghapuskan Mahkamah
Syariah, gelaran Arab dihapuskan dan rakyat diwajibkan menggunakan
gelaran keluarga mengikut budaya Barat, dan penulisan huruf Arab diubah
kepada huruf Latin
Dari segi sosial, kekalahan dalam Perang Dunia I juga menyebabkan
masyarakat Turki dilanda krisis kemerosotan akhlak dan moral, budaya Barat
telah berjaya meruntuhkan akhlak umat Islam, malah perpecahan kian ketara
dalam kalangan masyarakat di Turki, dengan kata lain penghayatan
semangat persaudaraan kian luntur.
Akibat kekalahan dalam Perang Dunia I, Turki mengalami kemerosotan
ekonomi yang ketara, ekonomi semakin teruk kerana dengan Persetujuan
Sykes-Picot, wilayah Turki Uthmaniyah kini dibahagikan kepada British,
Perancis, dan Itali. Perdagangan negara Islam semakin merosot kerana
bangsa Eropah kini menguasai aktiviti perdagangan di Laut Hindi, Laut
Mediterranean, Terusan Suez, dan jalan - jalan perdagangan lain
Penglibatan Turki Uthmaniyyah dalam Perang Dunia I merupakan suatu
kerugian besar yang terpaksa ditanggung bukan sahaja oleh pemerintah,
malah umat Islam. Hal ini disebabkan bukan sahaja kerajaan ini akhirnya
lenyap khususnya sistem berkhalifah, bahkan pemikiran dan tingkah laku
umat Islam di sana kian ketara merosot dan menyimpang daripada ajaran
Islam sekaligus membolehkan kuasa Barat mengukuhkan cangkaman
kekuasaannya
Perang Dunia I merupakan titik tolak penamat kerajaan Turki
Uthmaniyah. Bincangkan
Perang Dunia I melibatkan dua buah kausa besar yang dikenali sebagai
Tripple Alliance dan Tripple Entente. Aapa yang menariknya dalam perang
ini, ianya telah melibatkan kerajaan Turki Uthmaniyyah yang bertindak
menyokong Jerman. Penglibatan Turki Uthmaniyyah dalam perang ini
bertujuan untuk mengelakkan wilayah – wilayah kekuasaannya terus hilang
dikuasai oleh kuasa Barat di samping usaha mendapatkan semula tanah –
tanah jajahan berkenaan dengan bantuan Jerman
Kekalahan pakatan kerajaan Turki Uthmaniyah dengan Jerman, telah
menyebabkan kerajaan Turki Uthmaniyah terpaksa bersetuju melepaskan
seluruh wilayahnya di Timur Tengah yang merupakan sebahagian daripada
keagungannya pada masa lampau, berjuang mempertahankan tanah air
mereka di Anatolia dan persekitarannya daripada menjadi rebuatn kuasa-
kuasa asing. Ekorannya, Timur Tengah telah dipersetujui untuk diletakkan di
bawah kuasa ‘mandat’. Antara wilayah yang diletakkan di bawah kuasa
‘mandat’ ialah Syria bersama Lubnan yang diserahkan kepada British.
Walaupun Gerakan Pembebasan Turki telah berjaya mengusir Britain dari
bumi Turki Uthmaniyah pada tahun 1922, namun status Turki kini berubah,
negara berkenaan diisytiharkan secara rasminya sebagai sebuah negara
sekular yang memakai nama ‘Republik Turki’. Pengisytiharan ini dibuat
setelah berlakunya pemansuhan kuasa sultan pada 1 November 1922 dan
menandakan lenyapnya kekuatan dan keagungan kerajaan khilafah pada 3
Mac 1924
Sebaik sahaja Mustafa Kamal Attartuk dilantik menjadi pemimpin negara
Turki Moden, beliau melaksanakan program pembaratan dan pensekularan
yang merangkumi penamatan institusi Khilafah Uthmaniyah dan penutupan
madrasah serta mewujudkan sistem pendidikan sekular, pengharaman
amalan tariqat dan penutupan tempat-tempat tariqat diamalkan (tekke),
penutupan makam-makam wali (turbe) dan penguatkuasaan pemakaian topi
ala Barat dan peraturan yang mengharamkan berpakaian cara Islam
Pembaharuan lain yang dilaksanakan ialah undang-undang Barat,
pengenalan sistem timbang serta sukat mengikut Barat dan pengenalan
Kalendar Gregorian, penukaran penulisan kepada tulisan Rumi bagi
menggantikan tulisan Arab dan mengakhiri Islam sebagai agama rasmi
negara, penamatan pengajaran bahasa Arab dan Parsi di sekolah rendah dan
menengah kerajaan, memberikan hak mengundi dan memegang jawatan
dalam perkhidmatan awam kepada wanita, dan akhirnya, penerimaan
sekularisme dan revolusionisme sebagai prinsip dasar dalam perlembagaan
Turki
Perang Dunia I bukan sahaja membawa kehancuran kerajaan berbentuk
khilafah, apa yang lebih malang ianya menandakan bermula pula penjajahan
minda oleh kuasa Barat di bumi Turki dengan menggunakan bangsa Turki
sendiri sebagai tunggangannya.
Bincangkan punca – punca kemerosotan dan keruntuhan kerajaan
Turki Uthmaniyah pada abad – 20 Masihi
Kerajaan ini bermula pada tahun 1281 sehingga 1924; berpusat di Turki
seiring dengan kejatuhan Baghdad dari Bani Abbasiyah yang ditakluki oleh
orang – orang Monggol. Kerajaan ini diasaskan oleh Othman bin Ertoghrul;
terdapat 38 orang khalifah dan antara tokoh – tokoh khalifah terkenal ialah
Urkhan, Muhammad II dan Sulaiman II. Kemuncak kejayaan kerajaan ini ialah
kejayaan Muhammad al Fateh, kejayaannya menguasai kota Constantinople
yang merupakan kubu kuat kerajaan Rom Timur. Namun penglibatan dalam
Perang Dunia I, merupakan titik tolak kepada kemerosotan kerajaan ini
sekaligus telah membawa kepada kejatuhan kerajaan ini di tangan bangsa
sendiri yang dipengaruhi oleh pemikiran sekularisme
Konspirasi negara – negara Barat khususnya Britain, Perancis, Itali dan Rusia
yang sentiasa berusaha menjatuhkan kerajaan Islam ini disebabkan
kemampuannya menguasai banyak tanah jajahan serta kedudukannya yang
strategik antara benua Asia dengan benua Eropah. Tindakan
memecahbelahkan umat Islam di Turki dengan menaja fahaman
nasionalisme dan pemikiran sekularisme dalam kalangan pelajar di luar
negara amat berkesan. Kalangan pelajar berkenaan pulang ke negara asal,
seterusnya memperjuangkan fahaman serta mendapat sokongan khususnya
dalam kalangan negara Barat, antaranya Mustaffa Kamal Atarturk
Tindakan khianat negara Islam khususnya yang berbangsa Arab seperti Mesir
yang bertindak keluar daripada naungan kerajaan Turki Uthmaniyah atas
hasutan British. Hal ini juga dikaitkan dengan fahaman assabiyah yang
menebal dalam kalangan bangsa Arab
Pengaruh dan peranan golongan Turki Muda yang menggesa diadakan
perubahan dalam pemerintahan dan kebudayaan Turki. Malah terdapat juga
Pergerakan Kaum Wanita Turki yang mahukan kebebasan dari tradisi lama
atau agama Islam yang menjaga kepentingan hokum khususnya terhadap
kaum wanita terus menggugat keutuhan kerajaan Turki Uthmaniyah yang
berteraskan pentadbiran syariah Islam khususnya dalam aspek sosial
Pengaruh Yahudi atau Pertubuhan Freemason yang berhasrat mendirikan
kerajaan Yahudi di bumi Palestine.
Ringkasnya kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah berpunca daripada faktor
dalaman, sebagaimana yang dinyatakan di awal tadi, jatuh disebabkan
tangan – tangan jahat anak watan sendiri yang terpengaruh dengan cara
hidup dan budaya serta pemikiran Barat, sanggup mengorbankan kerajaan
berbentuk khilafah yang diasaskan oleh generasi sahabat
Bincangkan reaksi masyarakat tempatan ekoran peluasan kuasa Barat
di Mesir pada abad ke- 19 Masihi.
Sebagaimana tempat – tempat lain, Mesir turut menjadi sasaran kuasa –
kuasa Barat untuk meluaskan kuasa disebabkan negara ini kaya dengan
bahan mentah khususnya pertroleum dan di sana terdapat laluan
antarabangsa terpenting iaitu Terusan Suez. Penguasaan Mesir akan
memberikan kesan yang bermakna kepada mana – mana kuasa Barat. Antara
kuasa Barat yang menunjukkan minat menguasai negara ini ialah Perancis
dan Britain. Bermula pada tahun 1798 Masihi, Mesir telah terdedah dengan
pencerobohan Perancis, dengan kekuatan tentera yang tidak mampu
disaingi oleh tentera Mamluk, negara Mesir mudah dikuasai pada tahun
1801 hasil kerjasama antara kerajaan Uthmaniyyah dengan British. Implikasi
daripada peristiwa ini, penduduk Mesir berhadapan pula dengan dasar –
dasar British yang memaksa kebangkitan protes menentang kuasa Barat
tersebut.
Penjajahan Perancis selama 3 tahun di Mesir telah meninggalkan kesan
positif ke atas kebangkitan masyarakat tempatan di Mesir. Sepanjang
kekuasaannya, Perancis telah melakukan pelbagai perubahan, antaranya
ialah menubuhkan Dewan Penasihat di Kaherah, membina kilang – kilang
senjata, mengadakan perkhidmatan percetakan bagi menerbitkan dua buah
akhbar, dan menggalakkan pengkajian melalui sekumpulan sarjana dan ahli
– ahli sains yang dibawa khas dari Perancis. Tindakan Perancis ini jelas
menggambarkan usaha kuasa Barat tersebut untuk terus menguasai bumi
Perancis tanpa memikirkan kesan buruk ke atas penduduk tempatan.
Kesannya, ianya telah menyedarkan rakyat Mesir terutama golongan
intelektual untuk berkerja dan memodenkan negara.
Kemunculan Muhammad Ali Pasha bertindak melakukan reformasi
merupakan antara reaksi masyarakat tempatan ekoran penguasaan negara
Barat ke atas negara tersebut. Muhammad Ali Pasha telah melaksanakan
modenisasi bermodelkan negara Perancis dengan menekankan kepada
aspek ketenteraan dengan menjalankan kempen ketenteraan, pendidikan,
dan ekonomi. Oleh sebab dasar – dasar Muhammad Ali Pasha boleh
menggugat pengaruh British, melalui Perjanjian London, kuasa – kuasa
Eropah telah mendesak tokoh ini berundur, sekaligus menghalang usaha
Muhammad Ali untuk menegakkan pengaruhnya di Asia Barat.
Dasar British yang mencengkam penduduk Mesir telah membawa kepada
kemunculan tokoh – tokoh intelektual untuk memulihkan kemunduran dan
membawa kemajuan umat Islam di Mesir. Antara tokoh yang muncul ialah
Jamaluddin al Afghani, Muhammad Abduh, dan Rasyid Rida. Jamaluddin al
Afghani begitu komited dengan perjuangannya terutamanya gerakan
pemulihan Islam dan melontarkan idea – idea kerajaan berperlembagaan,
kemerdekaan daripada penjajahan asing, dan membina tradisi keilmuan
Islam dengan meminjam sains dan teknologi Barat. Kempen – kempen yang
dijalankan oleh tokoh ini telah menimbulkan perasaan antiBritish dalam
kalangan rakyat Mesir termasuk Pemberontakan Urabi.
Kebangkitan rakyat tempatan di Mesir kian jelas apabila Muhammad Abduh
mengambil alih perjuangan daripada gurunya. Beliau telah
memperkembangkan idea dinamisme Islam, perlunya penyatuan seluruh
umat Islam, dan menekankan kemajuan pendidikan bagi memperoleh
kejayaan. Beliau menggesa umat Islam di Mesir kembali kepada Islam yang
sebenar bagi menghadapi kejahilan, kezaliman pihak penguasa Barat, dan
amalan khurafat serta tahyul yang menghalang kemajuan mereka. Baginya,
pendidikan Islam dan sains harus bersepadu untuk membina kekuatan. Pun
begitu, akibat penglibatan bersama dengan golongan Urabi , beliau telah
diusir dari bumi Mesir.
Kemuncak kepada kebangkitan masyarakat tempatan terhadap peluasan
kuas Barat ialah tercetusnya Pemberontakan Urabi. Gerakan ini dipimpin oleh
para pemimpin yang berketurunan Mesir asli ( fellahin ) dan berjuang bagi
mempertahankan kepentingan Mesir. Gerakan antiBritish ini diketuai oleh
Kolonel Ahmed Urabi yang bercita – cita mengusir seluruh bangsa Eropah
keluar dari bumi Mesir. Beliau yang mendapat sokongan wakil pemerintah
Uthmaniyyah, Khedif Ismail telah menubuhkan Hizb al Watani yang berjuang
menghapuskan pengaruh asing dalam pentadbiran Mesir, menyeru kuasa
Khedif dipulihkan, dan segala pendapatan daripada perkhidmatan kereta api
Mesir dipulangkan kepada kerajaan Mesir.
Namun begitu, perjuangan ini telah digagalkan oleh kuasa Barat. Pun begitu
perjuangan diteruskan, apabila pegawai kerajaan, ulama dan petani yang
tertindas telah memberikan sokongan padu kepada golongan tentera yang
mencetuskan kebangkitan Pemberontakan Urabi pada tahun 1881 hingga
tahun 1882 dengan memperjuangkan penubuhan sebuah parlimen tetap
dan pelaksanaan sistem pemerintahan berperlembagaan dan memperbaiki
nasib golongan tentera tempatan yang didiskriminasi. Tindakan mengambil
alih kuasa daripada Khedif menyebabkan British bertindak menggempur dan
membedil kubu serta menakluk bandar – bandar seperti Port Said, ismailiah,
dan Suez sekaligus menamatkan pemberontakan ini.
Berakhirnya Pemberontakan Urabi tidak bermakna tamatnya perjuangan
golongan nasionalis di Mesir, sebaliknya suara – suara penentangan semakin
hebat terutamanya pada abad ke-20, masyarakat tempatan menggunakan
pelbagai saluran untuk membangkitkan kesedaran kebangsaan, antaranya
melalui akhbar, penulisan karya kreatif, dan kemunculan golongan
intelektual seperti Mustaffa Kamil dan Saad Zaghlul yang akhirnya membawa
kepada kemerdekaan Mesir daripada British.
Jelaskan faktor – faktor kebangkitan semangat nasionalisme di Mesir
pada abad ke-20 Masihi.
Sebelum penjajahan kuasa – kuasa Barat di Mesir, negara tersebut
sebenarnya merupakan sebahagian daripada empayar Turki Uthmaniyyah.
Sejak tahun 1517 Masihi, Mesir ditadbir oleh golongan Mamluk sehinggalah
dikalahkan oleh tentera Perancis yang diketuai oleh Napoleon Bonarparte.
Penjajahan Perancis di Perancis hanya bertahan selama tiga tahun apabila
pakatan Turki Uthmaniyyah – British berjaya mengalahkan Perancis pada
tahun 1801. Bermula dari saat itulah British mula menguasai Mesir termasuk
menguasai sumber – sumber ekonomi yang berharga serta mengeskploitasi
rakyat Mesir demi kepentingan mereka sedangkan penduduk – penduduk
tempatan terus dibelenggu dan ditindas sehingga jauh ketinggalan
berbanding golongan pendatang.
Menyedari keadaan ini telah timbul gerakan atau semangat kebangsaan bagi
memulihkan keadaan ini dengan dipelopori oleh tokoh – tokoh tempatan
seperti Jamaluddin al Afghani, Muhammad Abduh, dan Muhammad Rashid
Rida melontarkan idea – idea bagi membela dan melindungi masyarakat
tempatan yang dibelenggu oleh penjajah. Jamaluddin al Afghani telah
menyeru agar kesatuan umat Islam diwujudkan bagi menjadi benteng
pertahanan menghadapi arus imperialisme Barat. Beliau telah berganding
dengan Muhammad Abduh menyusun gerakan yang dikenali sebagai al
Urwah al Wuthqa untuk memberikan kesedaran kepada umat Islam termasuk
mengeluarkan majalah sehinggakan pihak penjajah Barat khususnya British
bertindak menyekat kemasukan majalah berkenaan ke wilayah Mesir dan
India.
Seterusnya faktor yang mendorong kebangkitan semangat kebangsaan di
Mesir ialah peranan bahasa dan kesusasteraan khususnya penerbitan bahan
– bahan kreatif seperti puisi, novel, dan cerpen. Antara tokoh yang banyak
menghasilkan karya – karya kreatif bagi menyedarkan masyarakat Mesir akan
kepincangan dan kelemahan mereka serta mengkritik secara sinis pihak
penjajah ialah Taha Husayn dan Najib al Kilani. Taha Husayn umpamanya
telah menghasilkan karya fiksyen yang menonjolkan isu kemiskinan dan
kejahilan, malah beliau turut sama menggarap penulisan yang berbaur
politik. Begitu juga dengan Najib al Kilani, beliau telah mengasaskan
kesatuan Rabitah Adab al Islami al ‘Alamiyyah iaitu gerakan yang menjadi
perintis kepada penghasilan karya – karya kesusasteraan Islam. Meskipun
beliau dipenjara, namun ia tidak menjadi penghalang kepadanya untuk
menghasilkan karya – karya yang membangkitkan kesedaran dalam
kalangan rakyat. lebih daripada 70 buah novel yang dihasilkannya
memaparkan pembelaan terhadap golongan yang lemah serta menentang
kezaliman serta kebatilan.
Seterusnya media massa juga berperanan penting dalam kebangkitan
semangat kebangsaan. Penerbitan akhbar seperti al Muqattam, al Muqtataf,
dan al Mua’yyad jelas telah dapat meniupkan semangat kebangsaan dalam
masyarakat Arab termasuk di Mesir. Akhbar – akhbar seumpama ini telah
menyediakan ruangan khas untuk para penulis melontarkan idea khususnya
untuk menyedarkan rakyat, dan antara yang mengambil kesempatan
tersebut ialah Muhammad Rashid Rida dan Mustafa Kamil Pasha
Faktor terakhir yang mendorong kemunculan semangat kebangsaan di
Mesir ialah peranan institusi pendidikan di mesir khususnya Universiti al
Azhar yang banyak menghasilkan tokoh – tokoh pejuang atau nasionalis
seperti Syaikh Rifa’ah al Tantawi, Saad bin Zaghlul, dan Muhammad Abduh.
Meskipun mendapat pendidikan Islam, individu – individu berkenaan amat
peka dengan perkembangan pendidikan Barat. Sehubungan dengan itu,
mereka berusaha mengubah sistem pendidikan di Mesir dengan
memperbaharui sistem pendidikan tradisional dan memperbaiki sistem
pendidikan moden. Selain itu, peranan Universiti al Azhar sendiri dapat
dilihat dengan menggalakkan kegiatan penterjemahan buku – buku ilmiah
ke bahasa Arab bagi membolehkan rakyat Mesir membaca, memahami dan
berusaha menjadikan iktibar bagi membentuk masyarakat yang tidak
terkongkong dengan kuasa imperialis Barat.
Kebangkitan semangat kebangsaan di Mesir berlaku akibat kesedaran
golongan – golongan intelektual yang bingkas berusaha menyedarkan
masyarakat akan kepincangan yang dihadapi. Golongan intelektual ini
menggunakan majalah, akhbar, karya – karya kreatif sebagai wadah
perjuangan, malah ada pemimpin yang sanggup bersemuka dengan
penjajah seperti Saad bin Zaghlul yang memaksa British sekurang – kurang
menghadiahkan kemerdekaan bersyarat kepada Mesir pada tahun 1922.
Huraikan pengaruh bahasa dan sastera dalam gerakan nasiomalisme
di Mesir pada abad ke-20 Masihi.
Gerakan nasionalisme di Mesir dikatakan bermula sebelum ke- 18 Masihi,
namun mencapai kemuncaknya tatkala Mesir dijajah oleh Perancis selama
tiga tahun diikuti oleh British. Punca kebangkitan semangat kebangsaan ini
ialah berikutan ancaman atau penguasaan ekonomi dan politik kuasa – kuasa
tersebut di Mesir. Terdapat beberapa faktor yang membawa kemunculan
gerakan nasionalisme di Mesir, antaranya pengaruh bahasa dan tulisan yang
dikaitkan dengan kemunculan penulis menghasilkan karya tertentu bagi
mengkritik pihak penjajah.
Kemunculan penulis – penulis bagi membangkitkan gerakan nasionalisme di
Mesir dikaitkan dengan perkembangan institusi pendidikan yang melahirkan
ramai penulis seperti Taha Husayn dan Najib al Kilani. Penulis – penulis di
sini menghasilkan karya berbentuk novel, cerpen, esei, artikel yang
kesemuanya bertujuan untuk memupuk semangat kebangsaan dalam
kalangan penduduk Mesir khususnya pada abad ke-20 Masihi.
Taha Husayn telah menghasilkan karya - karya yang pelbagai bentuk
meliputi bidang pengajian Arab, kebudayaan, kesusasteraan Islam dan
fiksyen yang memuatkan idea – ideanya mengkritik masalah kemisikinan,
kejahilan, dan berbaur politik yang ditujukan kepada imperial Bristish
khasnya.Bagi meningkatkan taraf hidup penduduk, beliau menyarankan agar
pendidikan percuma diperkenalkan kerana ia akan mampu melahirkan
golongan cerdik pandai yang mampu mengubah lanskap masyarakat di
Mesir. Antara karya yang dihasilkan oleh Taha Husayn ialah Wednesday Talk,
A Man of Letters, An Egyptian Childhood mengandungi unsur – unsur di atas
yang bakal menimbulkan angin perubahan dalam pemerintahan kolonial di
Mesir.
Najib al Kilani pula merupakan penulis yang aktif menulis dalam pelbagai
genre; novel, buku, cerpen, karya berbentuk kritikan dan sebagainya. Idea –
idea yang membangkitkan semangat kebangsaan telah menyebabkan beliau
beberapa kali diseret ke penjara, namun itu bukan halangan baginya
menghasilkan karya sama ada dalam bentuk prosa mahupun puisi. Karya –
karya yang dihasilkan lebih kepada berbentuk kritikan sosial; umpamanya
pembelaan terhadap kaum yang lemah dan teraniaya serta menentang
kezaliman dan kebatilan.
Beliau juga berusaha menonjolkan peranan golongan ulama dan ilmuan
dalam karya – karyanya. Antara karya yang dihasilkan oleh Najib al Kilani ialah
al Tariq al Tawil, Dumu’ al Amir, ‘Umar Yazhar fi al Quds, al Islamiyyah wa al
Mazahib al Adabiyyah, dan ‘Ala Aswar Dimashq. Kehebatan karya – karya
yang dihasilkan oleh penulis seperti Najib al Kilani terserlah apabila buku
karyanya diterjemahkan ke dalam pelbagai seperti Indonesia, Inggeris,
Jerman, Perancis, dan Urdu yang akan membawa kepaad penukaran idea –
ideanya ke seceruk tempat.
Kemunculan penulisan berbentuk kreatif dan ilmiah yang dicetuskan oleh
penulis – penulis seperti Taha Husayn dan Najib al Kilani sesungguhnya
menjadi inspirasi keapada kebangkitan golongan nasionalis di Mesir. Malah,
ianya menjadi satu cara ‘lembut’ yang digunakan oleh barisan pejuang
nasionalis bagi menentang British dan sekutunya dengan mengharapkan
kemerdekaan akan diperoleh kelak.