BICARA PEMIMPIN
BICARA PEMIMPIN
Diterbitkan oleh:
Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pendidikan Malaysia
Kompleks Pendidikan Nilai
71760 Bandar Enstek
Nilai, Negeri Sembilan
Tel: 06-7979200
http://iab.moe.edu.my
e-mel: [email protected]
Urusan penerbitan oleh:
Pusat Dokumentasi dan Sumber Pendidikan
Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pendidikan Malaysia
Cetakan Pertama 2021
Hak Cipta Institut Aminuddin Baki
Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran
atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada
dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis
daripada pengarah Institut Aminuddin baki terlebih dahulu.
ISBN XXX-XXX-XXXX-XX-X
Pengurus Penerbitan:
Mohamad Hanif bin Ramli
Grafik dan Reka Bentuk:
Juwin binti Salim
Pencetak:
Reka Cetak Sdn. Bhd.
JAWATANKUASA PENERBITAN
BUKU BICARA PEMIMPIN
Penaung
Dato’ Dr. Haji Tajuddin bin Mohd Yunus
Pengarah Institut Aminuddin Baki
Penasihat
Dr. Haji Abd. Razak bin Manaf, Ph.D
Timbalan Pengarah Kanan (Kluster Khidmat Profesional)
Hj. Nik Mohd Fakhruddin bin Nik Abd. Rahman
Ketua Pusat, Pusat Pembangunan Komuniti,
Menjalankan Tugas Timbalan Pengarah Kanan (Kluster Khidmat Latihan)
Dr. Sham bin Ibrahim
Ketua Pusat, Pusat Pembangunan Kepimpinan Pendidikan
Dr. Ekerim a/p Din Chen
Ketua Pusat, Pusat Dokumentasi dan Sumber Pendidikan
Penyelenggara
Mohamad Hanif bin Ramli
Editor
Mohamad Hanif bin Ramli
Nuri binti Yahaya
Pensyarah Pembimbing
Mohamad Hanif bin Ramli Nor Ishsan binti Ab. Razak
Ng Lee Ching Zuriah binti Mad Ali
Mislinah binti Makin
Sahrul bin Sulaiman Maznah binti Abdullah
Fadzilah binti Abdullah Norhayati binti Aziz
Che Zakiah binti Mohamad Salim Dr. Jamilah binti Jaafar
Azman bin Abdan
Meriam binti Alias Norleha binti Ibrahim
Dr. Norazizah binti Abd Aziz Caroline Michael Umbak
Abdul Azim bin Othman
Dr. Abdul Ghani binti Sani
Suzana binti Abd Latif
KANDUNGAN HALAMAN
1
TAJUK
10
CITRA PEMIMPIN BERINSPIRASI WADAH KECEMERLANGAN 19
ORGANISASI 27
Nuri binti Yahaya 38
49
SEPANJANG JALAN KENANGAN: DIPIMPIN DAN MEMIMPIN 60
A Ramlee bin Md Johar 69
81
PEMIMPIN DAMBAAN UMMAH 92
Norzaidi bin Pain 102
111
DERIA SEORANG PEMIMPIN 122
Azlina binti Aman 132
143
MELANGKAH LAGI
Juwin binti Salim
AMALAN 5S SEORANG PEMIMPIN
Azillah binti Abdullah
AIR GEDANG TEPIAN BERGANJAK
Letchumi a/p Naraia@Nadarajah
SINARAN PERDANA
Murniyati binti Zainal
DIPIMPIN, MEMIMPIN, PEMIMPIN!
Chan Paik Nai
DERAP PEMIMPIN BERINTEGRITI
Norazhari bin Ahmad
JUARA BERSAMA
Suhaimi bin Salamat
IBTISAM
Zarina binti Mohamad
KETEKALAN DIREALISASIKAN
Afizah binti Mohd Ali
CAKNA SEORANG PEMIMPIN
Rashid bin Jamian
NAKHODA BAHTERA YANG UNGGUL
Siti Mazliha binti Ahmad
SEULAS PINANG
PENGARAH INSTITUT AMINUDDIN BAKI
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Setinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin-Nya Bicara Pemimpin
telah dapat diterbitkan. Sekalung penghargaan dan tahniah kepada semua yang terlibat atas
sumbangan buah fikiran, bahan penulisan, masa dan tenaga dalam merealisasikan
penerbitan buku Bicara Pemimpin.
Masa hadapan pendidikan negara sangat bergantung kepada kualiti dan keperibadian
unggul pengetua/guru besar (PGB). Pemimpin yang dinamik dan berwibawa berupaya
membangunkan institusi pendidikan ke arah kecemerlangan melalui keberkesanan
pengurusan, yang seterusnya memberi impak kepada kemenjadian murid. PGB sebagai
peneraju sekolah perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran serta sentiasa
meningkatkan kompetensi diri agar dapat beradaptasi dengan tuntutan kerja serta cabaran
semasa yang semakin kompleks untuk kekal relevan. Selain Standard Kompetensi
Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM) yang dikemukakan oleh IAB perlu dijadikan
sebagai piawaian minimum, PGB perlu turut merujuk kepada pelbagai bahan bacaan
tambahan untuk meningkatkan tahap profesionalisme. Harapan saya semoga buku ini dapat
menjadi rujukan dan memberi nilai tambah kepada peningkatan kualiti pemimpin sekolah yang
merangkumi PGB dan juga pengurusan pertengahan seperti guru penolong kanan, ketua
bidang dan ketua panitia untuk berprestasi lebih cemerlang.
Akhir kalam, saya ucapkan tahniah kepada Dr. Ekerim a/p Din Chen, Ketua Pusat,
Pusat Dokumentasi dan Sumber Pendidikan serta semua pensyarah pembimbing yang terlibat
atas kerja keras menggilap potensi pemimpin baharu dalam menghasilkan penulisan ini.
Sekian, terima kasih.
DATO’ DR. HJ. TAJUDDIN BIN MOHD YUNUS
PRAKATA
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam buat junjungan
besar Nabi Muhammad S.A.W. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana
dengan limpah kurniaNya buku berjudul Bicara Pemimpin ini dapat dihasilkan.
Bicara Pemimpin merupakan kompilasi penulisan yang dihasilkan oleh peserta
Program Kesarjanaan Pemimpin Baharu Sekolah di bawah Inisiatif #111. Peserta yang
mengikuti program ini merupakan Guru Penolong Kanan baharu yang cemerlang daripada
sekolah-sekolah terpilih dari Negeri Sembilan dan Johor. Setelah mengikuti bengkel penulisan
artikel, peserta dibimbing oleh pensyarah IAB bagi menghasilkan penulisan yang berkualiti
berdasarkan kretiria yang ditetapkan. Artikel yang dihasilkan dinilai oleh panel penilai yang
terdiri daripada pensyarah IAB dan 15 artikel terbaik dipilih untuk diterbitkan di dalam buku ini.
Penulisan ini adalah merupakan satu perkongsian pengalaman peserta mengharungi liku-liku
perjalanan sebagai pemimpin pendidikan. Bicara pemimpin juga membicarakan tentang
perancangan peserta sekiranya dilantik sebagai Pengetua atau Guru Besar. Saya percaya
penerbitan buku ini dapat memberi manfaat kepada bakal pendidikan untuk dijadikan sebagai
panduan pentadbiran pemimpin pendidikan.
Usaha penghasilan buku ini tidak akan berjaya tanpa sokongan padu pelbagai pihak.
Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada Pengarah IAB, Dato’ Dr Haji Tajuddin bin Mohd Yunus atas sokongan yang tinggi bagi
menghasilkan buku ini. Terima kasih juga saya tujukan kepada Dr. Ekerim a/p Din Chen, Ketua
Pusat, Pusat Dokumentasi dan Sumber Pendidikan serta pensyarah IAB yang terlibat dalam
memberi saranan dan pandangan yang membina sehingga akhirnya penerbitan buku ini
berjaya direalisasikan.
Ucapan penghargaan kepada Pn. Nuri binti Yahaya yang telah bertungkus lumus
membantu semua penulis dalam membuat penyuntingan dan pemurnian artikel bagi
menjayakan penerbitan buku ini. Tidak dilupakan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
untuk Pn. Juwin binti Salim atas usaha dan kreativiti menghasilkan grafik untuk kulit buku ini
serta buat semua penulis atas sumbangan artikel. Semoga penulisan yang dimuatkan dalam
buku ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca.
Mohamad Hanif bin Ramli
Jabatan Penerbitan dan Dokumentasi
IAB Induk Bandar Enstek
CITRA PEMIMPIN BERINSPIRASI WADAH KECEMERLANGAN ORGANISASI
Nuri binti Yahaya
SMK Bukit Saujana, Port Dickson, Negeri Sembilan
PENGENALAN
Kepimpinan dalam pengurusan sesebuah sekolah adalah penentu kecemerlangan dan masa
depan sekolah tersebut. Oleh sebab itu, penulisan saya memfokuskan kepada citra
kepimpinan pemimpin masa depan yang berinspirasi sebagai wadah kecemerlangan
organisasi. Mengikut Kamus Dewan Edisi keempat (2007), citra bermaksud gambaran atau
imej peribadi seseorang, pemimpin pula bermaksud orang yang memimpin, inspirasi
bermaksud ilham manakala wadah bermaksud asas atau medan. Artikel ini akan menjelaskan
inspirasi seseorang pemimpin sebagai wadah kecemerlangan sesebuah organisasi. Hasil
penulisan ini diharap dapat memberi impak yang baik kepada bakal-bakal pemimpin masa
depan, Seseorang pemimpin perlu mempunyai daya tahan yang tinggi untuk membimbing
orang-orang yang dipimpin ke arah hala tuju yang tepat seiring dengan visi dan misi
organisasi, Pemimpin yang cemerlang juga menjadi sumber inspirasi kepada orang yang
dipimpin. Kepimpinan yang berkesan dapat menjana pembangunan oraganisasi sehingga
dapat menghasilkan produktiviti yang berkualiti. Pemimpin di sini bermaksud pengetua yang
berjaya membawa guru-guru menggenggam hasrat yang sama demi menggapai kejayaan
sekolah. Dalam dunia tanpa sempadan ini, tonggak kecemerlangan institusi pendidikan
seperti sekolah terletak kepada kepimpinan pengetua yang mempunyai insipirasi untuk
memajukan sekolah. Walau bagaimanapun jika beliau tidak mampu untuk membawa warga
gurunya mengamalkan budaya kerja yang berkualiti akan mencacatkan usaha ke arah
menggapai kecemerlangan sesebuah sekolah. Pemimpin merupakan wadah kecemerlangan
sesebuah sekolah. Intihanya, seorang pengetua yang berinspirasi mesti mempunyai
keunggulan peribadi dan tahap profesionalisme yang jitu bagi menjana kejayaan sekolah ke
arah cemerlang, gemilang dan terbilang.
PENGALAMAN LEPAS
Sebelum menghuraikan dengan lebih lanjut tentang penulisan artikel Perjalanan Pemimpin
Masa Depan, elok kiranya saya berkongsi pengalaman masa lepas saya sejak mula bergelar
seorang guru. Saya memulakan kerjaya sebagai pendidik pada 4 Julai 1994 di negeri di
bawah bayu iaitu di SMK Tenom, Sabah. Banyak pengalaman saya timba di sini almaklumlah
jauh dari tempat asal dan berbeza budaya. Bagaimanapun ini semua bukan menjadi satu
masalah besar bagi saya. Saya berfikiran postif dan mengambil cabaran untuk menimba
pengalaman menjadi pendidik di sini. Pengalaman yang saya dapat mengajar khalayak yang
berbeza suku kaum di sini akan saya gunakan untuk membantu saya berdepan dengan
pelbagai karenah manusia dalam dunia pendidikan ini. Saya dapat mengajar murid-murid
1
daripada suku kaum Murut secara tidak langsung saya juga dapat mempelajari budaya
mereka.
Selepas mendirikan rumah tangga pada tahun 1995, saya akhirnya berpindah ke Port
Dickson mengikut suami dan ditugaskan di SMK Lukut yang akhirnya bertukar nama sebagai
SMK Raja Jumaat bermula Disember 1995. Pada tahun 1997 saya telah dilantik menjadi
Ketua Panitia Bahasa Melayu sehingga 1997 dan diberi kepercayaan menjadi Ketua Bidang
Bahasa di sekolah yang sama pada tahun 2008. Banyak pengalaman yang saya timba
sepanjang saya menjadi Ketua Panitia dan Ketua Bidang. Pengalaman sebagai Ketua Bidang
Bahasa dapat membina pengetahuan tentang pengurusan organisasi kerana saya perlu
menguruskan guru-guru di dalam empat (4) panitia (panitia-panitia di bawah bidang Bahasa
iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil dan Bahasa Cina). Sebagai seorang
Ketua Bidang Bahasa juga saya perlu merancang program-program peningkatan akademik
murid-murid dan tidak lupa juga merancang kursus-kursus untuk meningkatkan kualiti
pengajaran dan pembelajaran guru-guru bahasa. Pengalaman ini penting untuk membantu
saya apabila saya menjadi seorang pemimpin masa depan. Kenangan manis menjadi Ketua
Bidang apabila berjaya membawa pasukan pantun sekolah menjadi johan peringkat Daerah
Port Dickson dan tempat ketiga peringkat Negeri Sembilan. Alhamdulillah saya telah
menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2003 dan 2010. Anugerah ini saya
jadikan sebagai satu semangat untuk saya meneruskan tugas sebagai pendidik.
Kehidupan saya berubah seratus peratus pada Disember 2012 apabila dinaikkan pangkat
menjadi Penolong Kanan Petang di sekolah yang sama. Pada mulanya memang cuak hati
untuk memikul tanggungjawab ini kerana inilah pertama kali sekolah saya membuka sesi
persekolahan petang. Walaupun tiada pengalaman namun saya berfikiran positif tambahan
pula saya mendapat bantuan daripada pengetua saya yang menjadi idola saya iaitu Cikgu
New Ah Kow. Beliau banyak membantu saya terutama dalam berhadapan dengan murid-
murid yang tidak berdisiplin. Sekolah saya terdiri daripada 60 peratus murid Cina, 25 peratus
murid India dan 15 peratus murid Melayu. Sesi petang mempunyai tiga (3) kelas peralihan
yang murid-muridnya hampir 100 orang. Murid-murid sesi petang pada waktu itu hampir 440
orang. Mengenali nama murid-murid sesi petang saya yang bermasalah menyebabkan
mereka jadi lebih mesra dan malu untuk melakukan masalah lagi kerana saya mengenali
nama mereka. Alhamdulillah, saya berjaya menguruskannya dengan adanya kerjasama jitu
guru-guru sesi petang. Pengalaman berhadapan dengan masalah disiplin murid-murid saya
jadikan satu bekalan apabila saya menjadi seorang pemimpin masa depan nanti. Perkara ini
penting kerana sebagai pemimpin masa depan, kita bukan sahaja berdepan masalah
pengajaran tetapi juga berhadapan dengan masalah disiplin anak-anak murid yang terdiri
daripada pelbagai kaum.
Pada bulan Ogos 2014 saya telah diberi kepercayaan untuk menjawat jawatan Penolong
Kanan Kokurikulum di sekolah yang sama. Saya hampir menolak kerana lebih
berpengalaman dalam bidang kurikulum ditambah pula tugas kokurikulum lebih ruwet namun
saya percaya setiap tugas yang diamanahkan merupakan suatu kepercayaan orang lain
kepada kita. Memikul tugas Penolong Kanan Kokurikulum, banyak program yang telah
dijalankan oleh saya sama ada daripada tugas mengelola sukan sekolah atau daerah,
pertandingan koakademik dan unit beruniform tetapi pengalaman yang paling berharga
adalah menyelaras Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Daerah Port Dickson di
Institut Latihan Kefahaman Islam Angkatan Tentera Malaysia (ILMI) pada tahun 2016,
Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Peringkat Negeri Sembilan di Pusat Latihan
Asas Tentera Darat (PUSASDA) pada tahun 2016 dan Pertandingan Sofbol Peringkat Negeri
Sembilan pada tahun 2017. Pengalaman menyelaras pelbagai program di bawah kokurikulum
saya jadikan satu asas kukuh untuk menjadi pemimpin yang serba boleh. Saat manis sewaktu
menjadi Penolong Kanan Kokurikulum, sekolah kami mendapat Penerima Bayaran Intensif
Tawaran Baharu Kepada Pengetua (Bai’ah) pada tahun 2014. Tekanan dalam
2
merealisasikannya sangat berat tetapi dengan adanya kerjasama antara guru akhirnya kami
berjaya.
Pada bulan Februari 2018, usai menyelaras Pertandingan Bola Tampar peringkat Daerah
Port Dickson, saya telah dinaikkan pangkat menjadi Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di
sekolah yang sama. Perubahan jawatan menyebabkan perubahan tanggungjawab dan
cabaran yang mendatang lagi besar. Ini disebabkan tanggungjawab Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid banyak tertumpu kepada kemenjadian murid tersebut dan perlu banyak
berurusan dengan ibu bapa dan penjaga. Banyak isu disiplin murid yang perlu saya tangani.
Kesabaran yang tinggi perlu ada kerana saya berhadapan dengan ibu bapa yang kadang-
kadang sangat mencabar. Seseorang pemimpin masa depan perlu banyak pengalaman
berhadapan dengan masalah disiplin murid-murid generasi Y dan lebih sukar apabila ibu bapa
terlebih memanjakan mereka. Pada waktu ini hanya kekentalan dan kesabaran yang tinggi
dapat membina keampuhan mentaliti pemimpin masa depan.
Bagaimanapun, setelah sebelas bulan sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid akhirnya
saya telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di sekolah yang lain tetapi
masih di daerah yang sama. Bermula 4 Disember 2018 saya bertugas menjadi Penolong
Kanan Pentadbiran di SMK Bukit Saujana. Sememangnya saya berasa sedih untuk
meninggalkan SMK Raja Jumaat yang banyak memberikan pengalaman yang bermakna
kepada saya. Selama 23 tahun di SMK Raja Jumaat memang kasih sudah tertumpah di sini
namun prinsip saya jangan sesekali menolak kerja dan yang penting jalankan amanah yang
diberikan. Tugas lebih berat sebagai Penolong Kanan Pentadbiran yang bukan sahaja
menjaga bahagian kurikulum sekolah, guru-guru, prestasi anak-anak murid, memastikan
program kecemerlangan sekolah berjalan dan yang paling penting menjadi orang kanan
pengetua. Bagaimanapun, saya terpaksa berhadapan dengan perubahan pengetua-pengetua
mengikut arahan jabatan. Bayangkan dalam dua tahun iaitu dari 2019 hingga 2020 sekolah
saya menerima tiga orang pengetua yang berbeza. Tambahan dengan pengetua yang kurang
sihat dan tidak berada di sekolah, saya terpaksa belajar sendiri (hands on) tetapi ini bukannya
satu alasan untuk saya tidak menumpukan perhatian terhadap tugas saya. Banyak
keputusan penting yang saya perlu buat demi pembangunan sekolah. Alhamdulillah akhirnya
tugasan demi tugasan berjaya saya laksanakan. Bak kata peribahasa, alah bisa tegal biasa.
Perkara yang sukar tetapi jika kita selalu buat akhirnya menjadi mudah. Apa yang menjadi
pengalaman berharga ialah ketika Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
pada tahun 2020, saya terpaksa mewakili pengetua dalam menjawab pelbagai soalan yang
dilontarkan oleh ibu bapa. Semua pengalaman ini menjadi bekalan yang paling mapan untuk
saya menjadi seorang pemimpin masa depan.
Tugas ini bertambah berat dengan cabaran negara berhadapan dengan pandemik COVID-
19. Sebagai Penolong Kanan Pentadbiran, saya perlu merancang jadual Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah (PdPR) supaya anak-anak murid tidak ketinggalan dalam pelajaran.
Apa yang lebih mencabar apabila berhadapan dengan pengurusan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) 2020 yang dilaksanakan pada tahun 2021. Alhamdulillah dengan adanya sokongan
guru-guru akhirnya tugas ini dapat dilunaskan dengan jaya. Insya-Allah, saya akan terus
menggenggam amanah ini untuk membantu sekolah mendapat keputusan yang cemerlang.
Sesuai dengan cogan kata kami Sayang, Seronok dan Sukses. Bak kata peribahasa alang-
alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
PEMIMPIN PENDIDIKAN YANG DIIDAMKAN
Seorang pengetua (pemimpin pendidikan) merupakan tonggak kecemerlangan sesebuah
sekolah ataupun organisasi dan pembolehubah yang paling kritikal dalam ruang lingkup
kepimpinan (Yatimah Jiram, 2012). Mereka memainkan peranan yang besar dalam
memastikan akar tunjang sesebuah organisasi mencengkam kuat untuk membolehkan
3
organisasi tersebut terus mapan dalam menempuh pelbagai kekangan yang mendatang.
Saya juga berharap menjadi pemimpin yang unggul pada mata guru-guru, murid-murid, ibu
bapa dan masyarakat sekeliling. Bagi saya terdapat lima (5) ciri pemimpin pendidikan yang
saya idamkan.
Yang pertama berkaliber. Kaliber berdasarkan Kamus Dewan Edisi keempat (2007)
bermaksud mempunyai kecekapan berfikir. Seseorang pemimpin pendidikan itu perlu cekap
membuat perhitungan bijak sebelum bertindak dengan menilai antara baik dan buruk
berdasarkan pengalaman dan pertimbangan ilmu (Ciri-ciri Pemimpin yang Baik, Bil 23/2010
Buletin Q RISDA). Pemimpin berkaliber mempunyai inisiatif atau tindakan memulakan sendiri
tanpa menunggu orang lain bertindak. Pemimpin seperti ini mempunyai kreativiti dalam
menyelesaikan permasalahan guru-guru. Sebagai pemimpin pendidikan yang baik pandai
menguruskan masa dan tidak bimbang jika diberikan tugasan dalam masa yang suntuk.
Justeru, segala projek atau program sekolah mudah untuk dilaksanakan. Saya akan
menggunakan pengalaman masa lepas untuk menjadi pemimpin yang berkaliber.
Pengalaman daripada menjadi ketua bidang, penolong kanan petang, penolong kanan
kokurikulum, penolong kanan hal ehwal murid dan penolong kanan pentadbiran akan saya
gunakan untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul semasa saya menjadi pemimpin
Pendidikan.
Yang kedua ialah pemimpin yang mempunyai sikap empati. Empati mengikut kamus
dewan bermaksud daya menyelami dan memahami emosi orang lain. Seorang pemimpin
pendidikan harus tahu memahami perasaan guru-guru dan orang yang bekerja di
sekelilingnya dan ada sikap bersimpati terhadap masalah orang lain (Ciri-ciri Pemimpin yang
Baik, Bil 23/2010 Buletin Q RISDA). Pastinya hubungan antara pemimpin dan guru-guru akan
lebih rapat dan guru-guru suka bekerja dengan pemimpin seperti ini kerana wujud
kepentingan kebersamaan. Hubungan antara pemimpin dan guru-guru seperti aur dengan
tebing menyebabkan semua kerja menjadi mudah. Saya suka memetik kata-kata Khuzaimah,
Pengetua Cemerlang Jusa C, “Jadilah guru yang disayangi tuhan dan disukai manusia (
Khuzaimah Sulaiman, 2012)
Yang ketiga ialah pemimpin pendidikan yang suka membimbing. Berdasarkan Kamus
Dewan Edisi Keempat, Suka membimbing bermaksud rela atau sudi memberi petunjuk atau
mudah memimpin. Pemimpin seperti ini menggunakan kepakaran dan pengalamannya untuk
membimbing guru-guru bukan hanya sekadar mengarah untuk melakukan sesuatu kerja.
Pemimpin seperti ini bijak memperkembang bakat atau kebolehan guru-gurunya. Guru-guru
senior akan dibimbing supaya tidak lokek dengan ilmu manakala guru-guru muda dibimbing
supaya tahu hala tuju sekolah dan sederap selangkah bersama memajukan sekolah. Guru-
guru perlu dibimbing untuk memberikan kepakaran mereka demi pembangunan sekolah.
“Menjadi guru bukan semata-mata untuk mendapat gaji” (Khuzaimah Sulaiman, 2009)
Yang keempat ialah pemimpin yang suka belajar. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi
Keempat, suka belajar bermaksud rela atau sudi berusaha mencari ilmu pengetahuan.
Seorang pemimpin harus bersedia untuk belajar dari siapa sekalipun apa-apa yang dia tidak
tahu kerana kepimpinan itu sesuatu yang boleh terus-menerus dipelajari daripada latihan dan
pengalaman (Unit Inovasi dan Kualiti Bahagian Pentadbiran dan Kejuruteraan, RISDA, 2010).
Jika seorang pemimpin sedia untuk belajar maka orang bawahan atau guru-guru juga teruja
untuk belajar kerana semangat daripada pemimpin mereka. Jika tidak, akan berlakulah tolak-
menolak kerja dan akhirnya sekolah tidak dapat dibangunkan dan yang akhirnya menerima
tempias ialah murid-murid. Prestasi sekolah terus merudum.
Yang kelima ialah pemimpin yang sedia dikritik. Pemimpin Pendidikan harus sedia untuk
menerima kritikan dan pendapat daripada orang lain. Mereka harus bersikap terbuka dan
positif. Kita tidak seharusnya seratus peratus betul. Oleh sebab itu, kita perlu menerima
pendapat orang bawahan atau staf lain sekiranya pendapat itu betul. Apabila kita sedia dikritik
4
kita akan lebih tenang dan sabar dalam bekerja. Pemimpin perlu tahu menggunakan akal budi
untuk berbincang bersama-sama supaya semua program yang dirancang akan dapat
dilaksanakan dengan lebih berkesan.
JALAN KE ARAH PEMIMPIN MASA DEPAN
Tugas utama seorang pemimpin adalah untuk memotivasikan orang di bawah pimpinannya
supaya dapat memberi penghasilan yang cemerlang (Fatanah 2010). Bagaimanapun, dalam
meniti jalan ke arah pemimpin masa depan pastinya ada isu dan cabaran yang perlu dihadapi
sementelah dunia berdepan dengan isu pandemik COVID-19. Di sini saya senaraikan antara
lima (5) isu dan cabaran yang saya hadapi dan cadangan penambahbaikannya.
a. Isu Tanggungjawab Guru Baharu
Isu dan cabaran pertama guru baharu yang menimbang tara berat tugas mereka berbanding
guru yang telah berada pada gred yang tinggi. Walaupun bukan semua tetapi memang
berlaku perkara ini di sekolah. Sebenarnya guru-guru baharu ini diberi kepercayaan dalam
memegang tugas yang penting dalam sesebuah program sekolah kerana mereka mempunyai
kreativiti yang tinggi. Justeru, untuk penambahbaikannya, saya mencadangkan agar sekolah
memantapkan program coaching mentoring. Guru-guru baharu ini akan diletakkan di bawah
guru-guru yang berpengalaman Senior Leadership Team (SLT) dan Middle Leadership Team
(MLT) untuk dibimbing. Melalui program coaching mentoring ini akan wujud hubungan yang
baik antara guru-guru dan setiap tugasan dapat dilaksanakan dengan berkesan.
b. Isu Guru Senior dalam Zon Selesa
Isu dan cabaran yang kedua ialah terdapat guru-guru senior yang telah selesa pada tangga
gred yang tinggi (DG52 dan DG54). Guru-guru yang telah berada pada tangga gred seperti
ini akan suka menolak kerja dengan alasan tugas-tugas seperti ini mereka telah lalui dan perlu
diberikan kepada guru-guru yang lebih muda. Saya mencadangkan agar guru-guru yang telah
mempunyai gred tinggi ini diletakkan dalam ahli jawatankuasa tertinggi sekolah dan dilibatkan
dalam mesyuarat pengurusan. Idea-idea daripada mereka boleh diterimapakai supaya
mereka akan rasa dihargai dan diberi tanggungjawab mengetuai program-program besar
sekolah. Guru-guru seperti ini juga perlu diberi imbalan untuk menghargai mereka. Dalam
sambutan Hari Guru, ‘Annual Dinner’ atau Perhimpunan Bulanan, guru-guru yang banyak
memberikan sumbangan boleh diberikan cenderahati sebagai menghargai sumbangan
mereka.
c. Isu Dunia Pendidikan Pada Era Sains dan Teknologi
Isu dan cabaran yang ketiga ialah dunia pendidikan yang menjurus pada bidang teknologi
moden. Dalam dunia yang berdepan dengan pandemik COVID-19 kelas bersemuka semakin
kurang untuk mengekang virus ini merebak. Oleh sebab itu kelas secara dalam talian
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) telah banyak menguasai dunia pendidikan
kita. Saya mencadangkan untuk menangani isu dan cabaran ini, guru-guru perlu didedahkan
dengan pelbagai aplikasi teknologi terkini. Seperti yang saya jalankan di sekolah saya, guru-
guru diberi Latihan dalam Perkhidmatan (LADAP) tentang aplikasi Information and
Communications Technology (ICT) oleh guru-guru CHAMPION (guru yang telah menjalani
latihan ICT) untuk membimbing mereka.
d. Isu Ketidakhadiran Musim Pandemik COVID-19
Isu dan cabaran keempat ialah isu ketidakhadiran murid-murid semasa pandemik COVID-19.
Isu dan cabaran ini sangat signifikan dengan dunia pendidikan masa kini. Cabaran ini sangat
5
mencabar pengetua, pihak pengurusan dan guru-guru. Murid-murid gagal masuk dalam kelas
dan PdPR berlangsung dengan kehadiran hanya 30 ke 50 peratus sahaja. Saya
mencadangkan agar jadual diubahsuai kerana banyak aduan jadual yang bermula 7.30 terlalu
awal. Saya cuba membuat jadual bermula jam 8.30 dan rehat dua kali untuk mengurangkan
bebanan penggunaan data internet. Saya juga meminta kaunselor mengadakan sesi motivasi
kepada murid-murid melalui WhatsApp, Telegram, Facebook atau Instagram.
e. Isu Keceriaan Sekolah
Isu dan cabaran kelima ialah isu keceriaan sekolah. Sekolah saya merupakan sekolah lama
yang telah hampir 49 tahun terbina. Banyak kerosakan yang perlu dibaiki dan ditambahbaik.
Apabila keadaan tidak ceria dan kondusif, murid-murid kurang motivasi untuk belajar.
Bagaimanapun, dengan adanya Program Transformasi 25 (TS25), saya mencadangkan agar
beberapa bilik dan makmal ditransform supaya menjadi lebih ceria dan kondusif. Hasrat ini
mendapat bantuan PIBG dan PIBK. Kami mengadakan gotong royong untuk mengecat
dengan dibantu oleh ibu bapa juga. Bagaimanapun, hasrat ini belum dapat dilaksanakan
secara berterusan kerana menjaga Standard Operating Procedure (SOP) Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) yang tidak membenarkan orang awam masuk ke sekolah.
SAYA SEORANG PEMIMPIN PENDIDIKAN
Sekiranya saya dilantik sebagai seorang pengetua di sekolah, saya akan memastikan
tindakan yang saya ambil demi keberkesanan dan penambahbaikan operasi pembangunan
sekolah. Tindakan ini perlu saya rancang dengan teliti agar produktiviti atau output yang saya
hasilkan benar-benar menepati Falsafah Pendidikan Negara. Berdasarkan lima ciri pengetua
yang saya idamkan iaitu berkaliber, mempunyai sifat empati, suka membimbing, suka belajar
dan sedia dikritik; saya akan membuat perancangan berdasarkan ciri-ciri ini.
a. Pemantapan Kumpulan Pengurusan
Sebagai pengetua, perancangan pertama yang paling penting ialah saya akan berusaha
memantapkan tonggak pengurusan saya iaitu penolong-penolong kanan dan guru-guru kanan
saya. Perkara ini disebabkan kemajuan sekolah bergantung pada kebijaksanaan dan
keberkesanan pengetua dan pasukan pengurusannya. Saya akan merancang strategi untuk
membimbing dan menyediakan pasukan pengurusan yang cekap bekerja dan boleh menjadi
pemimpin yang instruksional (mengamalkan budaya ilmu, cekap mengurus kurikulum dan
bersedia memantau dan membimbing guru-guru). Strategi yang dirancang ialah perkongsian
hala tuju (visi dan misi) sekolah. Saya akan mengambil setiap hari Jumaat untuk mengadakan
sesi coaching kepada pasukan pengurusan saya. Saya sebagai pengetua akan menjadi ‘role
model’ untuk menyebarluaskan visi dan misi sekolah kepada kumpulan pengurusan. Setelah
difahami maka mudahlah pasukan pengurusan untuk menghasilkan perancangan strategik
(Pelan Taktikal dan Pelan Operasi), PINTAS (Pelan Intervensi Transformasi Sekolah) dan
OPPM (One Page Project Manager). Kesemua perancangan ini perlukan PDCA (Plan Do
Check and Action) bukan sekadar merancang sahaja. Perancangan yang dirancang ini
dijadikan suatu dokumentasi dan diikuti oleh semua warga sekolah pastinya dapat
melonjakkan prestasi sekolah. Bak kata peribahasa alang-alang berdakwat biar hitam. Buat
sungguh-sungguh pasti kejayaan milik kita. Apa yang paling penting di sini komunikasi dua
(2) hala antara pihak pengurusan. Jika mereka memberi pendapat, elok dibahaskan dan
dibincangkan. Sekiranya pendapat itu bernas dan boleh diterimapakai apa salahnya kita beri
ruang dan peluang untuk mereka jayakan. Sesungguhnya pengetua harus bijak
menyerlahkan bakat pemimpin pelapis ini kerana saya percaya pemimpin yang hebat bukan
setakat mentadbir tetapi yang boleh melahirkan beribu-ribu lagi pemimpin yang mungkin lebih
hebat daripada kita.
6
b. Pemantapan Guru Berkualiti
Perancangan kedua ialah saya fokuskan kepada guru-guru. Guru-guru merupakan tulang
belakang kejayaan sekolah. Guru berperanan sebagai pengawal suasana dalam kelas,
pembimbing dalam proses pembelajaran murid-murid dan secara tidak langsung pengawal
sikap dan tingkah laku mereka. Justeru, saya akan memastikan guru-guru diberi pelbagai
kursus untuk meningkatkan ilmu pengajaran dan memantapkan emosi serta teknik
komunikasi yang berkesan. Setiap hari Isnin saya akan memasukkan dua jam dalam jadual
waktu khas untuk mesyuarat atau kursus kepada guru-guru. Masa dua jam ini, guru-guru
boleh membuat Profesional Learning Communities (PLC), LADAP, Lesson Study, mesyuarat
dan sebagainya. Proses ini saya akan selalu tekankan kerana bagi saya guru-guru perlu
diterapkan tentang pembelajaran berterusan dan perkongsian pembelajaran antara guru.
Guru-guru harus cakna tentang nilai-nilai kebersamaan demi prestasi sekolah. Apabila
diadakan sesi perkongsian ilmu dalam PLC, LADAP atau mesyuarat, pengajaran dan
pembelajaran guru-guru lebih berkesan semestinya impak kepada prestasi anak-anak murid.
Bak kata peribahasa, Bersekutu Bertambah Mutu.
Guru-guru juga digalakkan untuk menghasilkan inovasi dengan membuat kajian tindakan
dalam pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, saya meminta guru-guru matematik dan
matematik tambahan membuat kajian bagaimana untuk memudahkan murid-murid belajar
subjek ini. Subjek ini merupakan subjek ‘killer paper’. Murid-murid sentiasa rasa tidak yakin
untuk belajar. Daripada hasil kajian tentunya guru tersebut dapat memperbaiki pengajaran
dan pembelajaran mereka. Hasil daripada inovasi dan kajian Tindakan yang dijalankan oleh
guru-guru, mereka akan boleh menyertai pertandingan inovasi di peringkat daerah dan
seterusnya di peringkat negeri. Saya sebagai pengetua perlu bijak untuk mencungkil bakat-
bakat dan kebolehan yang ada dalam diri seseorang guru. Kadang-kadang guru-guru malu
untuk memperlihat bakat mereka tetapi dengan dorongan daripada kita pastinya mereka boleh
berjaya. Saya suka memetik kata-kata, Kita bukannya tidak boleh berjaya kerana kita yang
menentukan untuk berjaya atau tidak. Kadangkala keinginan untuk berjaya itu perlu
ditingkatkan dengan menggunakan sedikit bantuan. (Zaini Nayan, 2013) Apa yang saya
fahami daripada kata seorang rakan Facebook (Firdaus Abdullah, 2021), apabila kita diberi
kepercayaan sebagai pentadbir kita haruslah memberi peluang dan ruang kepada guru-guru.
Jika kita sebagai pentadbir melemahkan semangat mereka yang telah berhempas pulas untuk
memajukan anak murid, perkara ini akan menjadi asbab guru-guru terbatas dalam
penyampaian ilmu dan kerjaya. Kita harus akui dalam memanusiakan manusia banyak onak
dan ranjau yang perlu ditempuhi. Seseorang guru perlu didorong, diberi inspirasi, semangat
dan kepercayaan bukan ditekan, disindir atau dipaksa sehingga semangat untuk memajukan
diri menjadi hambar.
c. Kemenjadian Murid
Perancangan ketiga saya fokuskan kepada murid-murid. Murid-murid merupakan unsur
terpenting dalam sesebuah sekolah kerana sekolah tanpa murid umpama rumah tanpa
penghuni. Saya akan merancang pelbagai program demi melahirkan murid yang berdaya
saing, berdaya tahan dan berdaya maju dalam dunia moden. Dengan kata lain perancangan
yang saya buat khas untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Justeru anak-anak murid ini dibantu untuk mengetahui hala tuju masa depan mereka.
Bagaimana caranya? Murid-murid perlu mempunyai sasaran dalam hidup mereka. Mereka
diminta untuk menulis sasaran dan ditandatangi oleh ibu bapa sebagai saksi. Sasaran ini akan
dipamerkan dalam kelas. Dengan adanya sasaran ini, murid-murid akan bersaing secara sihat
antara rakan-rakan mereka. Mereka akan diberi imbuhan untuk memberi galakan dan
semangat walaupun peningkatan yang sedikit.
Saya akan mengutamakan fokus dari segi pembelajaran murid-murid. Murid-murid akan
diberi pelbagai kelas tambahan dan bengkel untuk memberi peluang kepada guru-guru
7
membimbing mereka. Melalui ujian diagnostik, murid-murid yang lemah akan diminta
menghadiri kelas terapuetik (pemulihan). Kelas terapuetik ini membolehkan murid secara ‘one
to one’ belajar dengan guru. Murid-murid tidak perlu malu kerana kelas dibuat dalam bilik
khas. Insya-Allah, murid-murid seperti ini boleh berjaya. Bak kata peribahasa, belakang
parang kalau diasah lagikan tajam.
Murid-murid yang sentiasa membantu ataupun menunjukkan akhlak yang baik akan ditulis
dalam buku catatan amalan baik. Setiap guru mempunyai buku ini dan ajk disiplin akan
membantu memasukkan amalan baik dalam Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM). Bak moto
yang dibawa oleh mantan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Dato’ Haji
Pkharuddin bin Ghazali, Anak yang Baik lagi Cerdik Tolak Dadah (ABC-D). War Cry (kata-
kata semangat) sekolah yang akan saya uar-uarkan kepada warga sekolah iaitu Saya boleh
Juara, Johan dan Jaguh (3J). 3J ini akan diulang-ulang dalam perhimpunan pagi atau melalui
radio sekolah. Murid-murid akan jadi lebih bersemangat apabila mendengar “war cry” ini. Saya
juga akan menggunakan pendekatan konsep penyayang untuk mengubah mindset murid-
murid yang bersifat nakal. Saya juga akan mengaitkan aktiviti kokurikulum untuk melahirkan
murid yang baik. Murid-murid yang bersikap nakal akan dihantar menghadiri kursus
penghayatan sahsiah mulia di Kem-kem Bina Semangat contohnya Dkok Batu Kikir dan Kem
Bukit Perjuangan di Kuala Pilah. Moga dengan adanya usaha seperti ini murid-murid ini akan
memberikan sumbangan yang besar kepada sekolah. Bak kata peribahasa genggam bara api
biar sampai jadi arang.
d. Mewujudkan Sekolah yang Ceria dan Kondusif
Perancangan keempat, saya akan fokuskan kepada keceriaan sekolah. Tanpa adanya
sekolah yang menawarkan suasana yang kondusif, PdPC tidak dapat dijalankan secara santai
dan menyeronokkan. Saya juga akan mengadakan Program Gotong-Royong Perdana yang
melibatkan pihak luar seperti Bomba, Jabatan Angkatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Majlis
Perbandaran Port Dickson (MPPD). Pihak bomba boleh menghulurkan bantuan berkaitan
paip air, MPPD akan memberikan bantuan pokok-pokok bunga manakala JPAM akan
membantu mencantas pokok atau belukar. Saya juga akan bersama-sama guru-guru dan ibu
bapa mengecat bilik-bilik darjah dan bilik-bilik khas. Saya percaya dengan kata-kata
peribahasa, ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Saya sebagai seorang pengetua
mestilah turun pandang bersama-sama bekerja bukan hanya menggunakan jari telunjuk untuk
mengarahkan sesuatu tugas itu. Sekiranya kita ringan tulang sudah pasti orang-orang
bawahan kita akan mengikut melakukan pekerjaan tersebut. Oleh sebab untuk merealisasikan
tugas ini memerlukan kos yang besar, saya akan menyediakan kertas kerja. Saya akan cuba
meminta bantuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Penglibatan Ibu Bapa dan
Komuniti (PIBK) serta Alumni sekolah untuk memberi bantuan kewangan. Setiap unit dalam
Badan Beruniform akan diberi peluang untuk menanam sebatang pokok buah-buahan. Untuk
lebih menarik, saya akan tetapkan setiap kawasan dalam sekolah untuk dijaga oleh AJK PIBG
contohnya Taman Herba, Kolam Ikan, Taman Refleksologi dan sebagainya. Sudah pasti
kawasan sekolah nampak lebih cantik, harmoni dan warna warni. Murid-murid dan guru-guru
akan suka datang ke sekolah kerana suasana yang ceria dan menyeronokkan. Hasil daripada
perancangan ini akan memberi impak yang besar terhadap keinginan belajar murid-murid dan
sudah tentu guru-guru juga teruja untuk mengajar dalam suasana yang menarik dan baharu.
e. Membina Hubungan Kerjasama Komuniti
Perancangan kelima, saya akan fokuskan kepada cara untuk mewujudkan kerjasama dengan
komuniti dan institusi luar iaitu PIBG, syarikat-syarikat swasta dan sudah tentu ibu bapa dan
penjaga. Kerjasama dengan komuniti luar ini sangat penting untuk membantu sekolah dari
segi kewangan, produk atau idea demi pembangunan sekolah terus dapat dijana. Saya akan
mempelawa kumpulan ini untuk datang ke sekolah bagi memperkenalkan mereka dengan
8
sekolah. Saya akan mengambil peluang untuk menerangkan hala tuju sekolah dan
perancangan saya terhadap sekolah. Apabila hubungan telah rapat, sudah pasti maklumat
yang betul dapat disalurkan dan tiada lagi kes ibu bapa yang tidak puas hati terhadap sekolah.
RUMUSAN
“Pemimpin yang baik merupakan pemimpin yang memimpin bukan mengendalikan.
Pemimpin merupakan seorang yang menginspirasi bukan mengintimidasi” kata-kata Anthony
Dio Martin (FB Anthony Dio Martin). Tunjang kepada kelestarian dalam institusi pendidikan
tidak hanya bertumpu kepada ketinggian akademik seseorang pemimpin tetapi bertunjangkan
keperibadian, nilai dan prinsip wawasan yang jelas serta daya ketahanan yang ampuh.
Pemimpin yang mempunyai wawasan yang jelas memiliki kemampuan berfikir dalam pelbagai
pendekatan dalam masa yang sama mempunyai sikap empati terhadap orang lain. Ini yang
menyebabkan pemimpin seperti ini datang ditunggu pergi ditangisi. Saya berharap saya akan
menjadi pemimpin yang berkeperibadian yang baik berlandaskan lima (5) ciri yang telah saya
jelaskan sebelum ini. Sikap berkaliber, empati, suka membimbing, suka belajar dan sedia
dikritik dapat membantu saya menjadi pemimpin masa depan yang disegani dan dihormati
bukan ditakuti. Sekiranya kita diberi tugas yang tidak pernah kita lakukan dan langsung tiada
pengalaman melaksanakannya, itu bukanlah alasan untuk kita menolak. Kita manusia yang
sempurna dicipta Allah dan dianugerahkan dengan akal dan kudrat perlu rebut peluang untuk
meneroka dan belajar ilmu baharu. Jika kita asyik menolak kita akan selalu berada di bahagian
belakang. Sebagai pemimpin kita perlu berani menggilap potensi diri, mencabar akal sendiri
dalam mencari jalan penyelesaian. Buatlah sehabis baik, jika buntu belajarlah daripada orang
yang pandai. Jangan hanya membatukan diri dan paling penting jangan sombong untuk
bertanya. Belajar tiada titik noktah. Sebagai pemimpin kita bukannya orang yang sempurna.
Belajar dan terus belajar. Sudah terang lagi bersuluh, seorang pemimpin yang berinspirasi
merupakan wadah kepada kecemerlangan organisasi.
RUJUKAN
Dewan Bahasa dan Pustaka (2007). Kamus Dewan (Edisi ke-4). Dewan Bahasa dan
Pustaka
Fatanah Mohamed (2010). Perkongsian Pengalaman memimpin Sekolah: Merubah Mindset,
Department of Educational Psychology and Counseling, Universiti Malaya, 1-7.
Khuzaimah Sulaiman (2009). Jejak Pengetua Super Dari DG41 ke Jusa C. Digital
Apprentice Management Services.
Khuzaiman Sulaiman (2012). Serlahkan Aura Guru Super. PTS Profesional Sdn Bhd.
Unit Inovasi dan Kualiti Bahagian Pentadbiran dan Kejuruteraan, RISDA (2010, Disember),
Ciri-Ciri Pemimpin Yang Baik. Buletin Q Risda Bil 23/2010.
https://www.risda.gov.my/images/pdf/Penerbitan/Dasar_Kualiti/2010/Bil-12-2010/21/
21-page-001.jpg
Yatimah Jiram (2012). Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM): Langkah Bijak dalam Proses
Mewujudkan Sekolah Berkesan, Jurnal Pendidikan MPSM Negeri Sembilan, 79-89.
Zaini Nanyan (2013). Motivasi Kecemerlangan Diri dengan NLP. Truewealth Sdn Bhd.
9
SEPANJANG JALAN KENANGAN: DIPIMPIN DAN MEMIMPIN
A Ramlee bin Md Johar
SK Ladang Ulu Remis, Kluang, Johor
PENGENALAN
Pertukaran tempat kerja dan bidang tugas merupakan salah satu fungsi pengurusan sumber
manusia kadang-kadang perlu dilaksanakan sama ada secara sukarela mahupun secara
paksa atas faktor-faktor yang tertentu. Pegawai akan dapat memberikan perkhidmatan yang
cemerlang sekiranya ditempatkan di tempat dan di jawatan yang bersesuaian dengan
kemampuan dan kompetensinya. Urusan pertukaran atas kehendak sendiri adalah lebih baik
berbanding secara paksa kerana melibatkan emosi dan motivasi untuk bekerja dengan lebih
cemerlang.
Sepanjang jalan berkhidmat sebagai guru di tiga (3) buah sekolah dan berkhidmat
sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan di tiga (3) buah Pusat Kegiatan Guru sudah tentu
mempunyai pengalaman dan kenangan yang berbeza. Kenangan ini merupakan pengalaman
yang amat berharga yang menjadi asas kepada gaya kepimpinan yang diamalkan. Bekerja
dengan pelbagai ragam rakan sejawat dan ketua sudah tentu mendewasakan kita sebagai
penjawat awam. Tajuk yang saya pilih Sepanjang Jalan Kenangan: “Dipimpin dan Memimpin”
untuk mengimbau kembali kenangan dan peristiwa yang telah membantu memperkaya dan
memperluas tugas (job enrichment and job enlargement) kepada saya. Juga telah menambah
serta mempelbagaikan pengalaman, pendedahan dalam proses pembelajaran ke arah
kepemimpinan yang baik yang mana pengalaman ini amat berguna untuk kemajuan kerjaya
saya sebagai seorang pemimpin. Saya merasa bangga kerana dapat berkhidmat di pelbagai
organisasi terutamanya di Pusat Kegiatan Guru kerana saya ialah generasi terakhir Pegawai
Teknologi Pendidikan sebelum distrukturkan di bawah Program Penstrukturan Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Peristiwa-peristiwa masa lalu seseorang seperti di atas dinamakan sebagai
pengalaman. Perkembangan pengalaman seorang pemimpin berlaku apabila mereka
berupaya berinteraksi dengan kriteria persekitaran dan peristiwa yang mereka lalui sebagai
satu proses pembelajaran yang menjurus kepada perlakuan kepimpinan. Pengalaman ini juga
turut diperkuatkan dengan adanya galakkan daripada rakan sekerja atau rangkaian yang
wujud. Pertukaran jawatan daripada seorang guru biasa kepada Pegawai Teknologi
Pendidikan yang memimpin organisasi kecil dan seterusnya menjadi guru semula,
memberikan pelbagai variasi pengalaman yang mewarnai jalan menjadi seorang pemimpin
yang berwibawa. Tanpa saya sedari, saya sebenarnya telah lama menjadi pemimpin kecil
dalam organisasi. Saya cuma perlu memperkukuh segala kompetensi sebagai pemimpin agar
pemikiran dan tindakan saya lebih strategik, tersusun dan mampu membawa perubahan
positif ke dalam organisasi yang akan dipimpin.
10
PENGALAMAN LEPAS
Pengalaman saya sebagai Penyelaras Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) sekolah di
Sekolah Kebangsaan Orang Kaya Sergunim, Daerah Matu, Sarikei, Sarawak dari tahun 1999
hingga 2002 merupakan titik tolak saya belajar menjadi seorang pemimpin. Sebagai
penyelaras KAFA sekolah, saya membantu Guru Besar untuk memastikan pergurusan Kelas
KAFA berjalan dengan teratur. Saya perlu menyelaras sumber manusia di bawah saya iaitu
guru-guru KAFA, memastikan keberadaan guru-guru tersebut, menyediakan jadual waktu
mengajar, memastikan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan juga
membuat tuntutan elaun guru-guru KAFA tersebut.
Pada Januari 2003 hingga Mei 2010, saya berkhidmat di Sekolah Kebangsaan
Jelotong, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Saya memegang portfolio Ketua Panitia Pendidikan
Islam, secara tidak langsung saya menjadi setiausaha Jawatankuasa Kurikulum Daerah
(JKD) Pendidikan Islam di Zon Pintas Puding kerana ketika itu Guru Besar saya merupakan
Ketua JKD Pendidikan Islam Zon. Guru Besar memberi kepercayaan kepada saya untuk
menguruskan aktiviti-aktiviti kurikulum dan kokurikulum Pendidikan Islam, Zon Pintas Puding,
terutamanya melibatkan Pertandingan Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ). Selama tujuh (7)
tahun saya menguruskan pertandingan MTQ peringkat Zon Pintas Puding dan juga
berpengalaman menguruskan Pertandingan Peringkat Daerah apabila Zon Pintas Puding
menjadi tuan rumah pada tahun 2009. Di sekolah ini juga saya pernah dilantik sebagai Ketua
Pusat Mengundi Saluran Tiga ketika Pilihan Raya Umum tahun 2004 bagi memastikan
kelancaran urusan mengundi pada ketika itu.
Minat mendalam dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan rasa ingin
mendalami bidang ini, saya telah berpindah ke Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor
dan ditempatkan ke Pusat Kegiatan Guru Senggarang sebagai Pegawai Teknologi
Pendidikan DG29. Antara tugas hakiki saya adalah membantu Pegawai Teknologi Pendidikan
DG32 menguruskan bidang Media dan Pusat Sumber Sekolah Setempat. Di sini, saya banyak
belajar menguruskan pembangunan sumber manusia setempat seperti mengendalikan
program dan latihan Guru Perpustakaan dan Media, memberi khidmat nasihat penggunaan
media, membimbing dan memberi khidmat bantu dan khidmat nasihat mengenai pengurusan
dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS) sekolah-sekolah kelompok PKG Senggarang.
Pada penghujung tahun 2011, saya dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Teknologi
Pendidikan DG32 di Pusat Kegiatan Guru Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Sebagai ketua di
sini saya merupakan pengurus dan pentadbir organisasi yang bertanggungjawab mengurus
sumber manusia iaitu seorang Pegawai Teknologi Pendidikan DG29, Juruteknik Komputer
dan Pembantu Tadbir. Saya bertanggungjawab menyediakan Anggaran Belanja Mengurus
(ABM) bagi pengurusan dan aktiviti PKG, pengurusan pentadbiran am, perolehan kerajaan
dan inventori, menyelia dan menyenggara bangunan serta peralatan PKG. Pada pertengahan
bulan Oktober 2017, saya telah berpindah secara setara ke PKG Bandar Renggam, Kluang,
Johor.
Pada penghujung Januari 2020, saya dipindahkan ke SK Ladang Ulu Remis sebagai
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM) atas faktor Program Penstrukturan
Kementerian Pendidikan Malaysia. Banyak perkara baharu yang saya pelajari sebagai GPK
HEM. Tugas sebagai GPK HEM membantu Guru Besar dalam pengurusan HEM yang lebih
menjurus kepada pengurusan disiplin, kebajikan murid dan penerapan nilai-nilai murni.
Selama menjadi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ini sedikit sebanyak telah berjaya
membina jati diri saya melalui kompetensi yang ditaksir untuk berhadapan dengan cabaran
masa depan apabila menjadi peneraju utama dalam organisasi kelak.
11
PEMIMPIN PENDIDIKAN YANG DIIDAMKAN
Kepemimpinan merujuk kepada kemampuan mengambil peranan mempengaruhi orang lain
ke arah kebaikan. Seorang pemimpin perlu mempunyai personaliti yang mampu
mempengaruhi orang lain serta bersedia ditegur atau dikritik oleh orang lain. Pemimpin dalam
institusi pendidikan mempunyai cabaran yang besar untuk menjadi peneraju bukan sahaja
diperlukan untuk menguasai pelbagai teori kepimpinan, tetapi juga mesti mempunyai ciri-ciri
keperibadian yang tinggi yang boleh dicontohi. Berikut adalah ciri-ciri pemimpin yang
diidamkan:
a. Kemahiran Insaniah (Soft Skills)
Kemahiran insaniah adalah sifat peribadi yang merangkumi pelbagai kebolehan individu
antaranya kemahiran berinteraksi, menguruskan maklumat, bekerja dalam kumpulan dan
sebagainya. Kemahiran insaniah memiliki pelbagai nama seperti soft skills, essential skills,
human skills, employability skills serta non-technical skills. Terdapat pelbagai makna yang
menjelaskan kemahiran insaniah. Mahyudin (2011), menyatakan bahawa definisi sedia ada
berkaitan dengan kemahiran insaniah lebih memberi tumpuan terhadap aspek tingkah laku,
kemahiran komunikasi, sikap, keupayaan menyelesaikan suatu permasalahan, cara
memperoleh keputusan dan pengurusan organisasi. Elemen–elemen kemahiran insaniah
yang terdiri daripada kerja berpasukan, nilai positif, pembelajaran berterusan, kepemimpinan
dan komunikasi telah dijadikan perkara utama dalam modul pembangunan kemahiran
insaniah. Perkara ini merupakan aspek kognitif yang berhubungan dengan kemahiran bukan
akademik. Justeru, setiap pemimpin perlu mempunyai kemahiran insaniah, hal ini demikian
kerana kemahiran insaniah tidak hanya memberi tumpuan kepada pelbagai perkara dalam
suatu bidang sahaja. Kemahiran insaniah merangkumi kemahiran menyelesaikan masalah,
kemahiran menggunakan teknologi, kemahiran kerja berpasukan, kemahiran moral dan etika,
kemahiran mengurus aktiviti dan kemahiran berkomunikasi. Oleh yang demikian, kemahiran
insaniah perlu dimiliki oleh setiap pemimpin.
b. Bermaklumat dan Kemas Kini (Informed)
Kepesatan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) khasnya perkembangan teknologi
peranti mudah alih, Internet dan sambungan tanpa wayar serta medium baharu komunikasi
maya seperti WhatsApp dan Telegram turut membawa perubahan kepada landskap
kepimpinan sekolah. Pemimpin mestilah menguasai teknologi hari ini untuk memastikan
kepimpinan kekal relevan dengan peredaran masa. Kita kini hidup dalam dunia
bermaklumat yang aksesnya tiada sempadan. Reka bentuk kerangka kehidupan pada
hari ini diacukan dan dipacukan oleh kepantasan, ketepatan, ketelusan dan keluasan
maklumat yang kita terima. Untuk itu, pemimpin seharusnya bermaklumat dan sentiasa
one step ahead dalam menguasai teknologi ICT terkini serta mampu menghebahkan ilmu
dalam kalangan orang yang dipimpin supaya ilmu dan kemahirannya dapat dikongsi dan
diguna pakai dalam meningkatkan profesion dan organisasi. Pada masa ini, salah satu faktor
penting yang membawa kepada kejayaan perubahan sesebuah organisasi adalah melalui
kepimpinan teknologi (Mei Kin et al., 2018).
c. Fleksibiliti
Pendekatan kepemimpinan dalam era digital menjadi cabaran kepada pemimpin memerlukan
fleksibiliti antara pemimpin dan yang dipimpin. Tindakan yang fleksibel akan memastikan
fungsi dan peranan yang dimainkan oleh pemimpin pendidikan akan sentiasa mengikut
keperluan semasa. Fleksibiliti adalah tindakan termasuk kesediaan dan keupayaan untuk
bertindak balas secara pantas terhadap keadaan dan jangkaan yang berubah-ubah terutama
pada saat dunia sedang menghadapi kesukaran ini (Doyle, 2020). Memandangkan generasi
kini adalah kelompok terkehadapan dalam dunia digital, maka pemimpin sedia ada juga amat
12
perlu mempunyai pendekatan kepemimpinan bersesuaian dengan masyarakat hyper-
connected melalui dunia digital. Perhubungan tanpa sempadan ini, membolehkan pekerja
berhubung dengan pihak pengurusan sesebuah organisasi secara terus melalui aplikasi
digital dan memerlukan kepada perubahan pendekatan kepemimpinan. Cabaran kepada
pemimpin untuk mengamalkan pengurusan dan kepimpinan secara fleksibel tetapi masih
mematuhi peraturan, beretika dan berintegriti ke arah mencapai matlamat pendidikan.
d. Minda Kreatif dan Inovatif
Definisi kepimpinan inovatif secara umumnya berkisar pada kebolehan seseorang untuk
berfikir secara inovatif; bersikap kreatif, meneruskan komitmen, berterusan dalam
meningkatkan proses, produk dan perkhidmatan. Definisi kepimpinan inovatif juga berkisar
kepada kebolehan pemimpin mempengaruhi (memberi inspirasi, memotivasi, bekerjasama
dan mensejajarkan) pengikut kepada tindakan bersama untuk menghasilkan perubahan
inovasi yang diperlukan. Kejayaan sesebuah organisasi itu banyak bergantung kepada
seberapa banyak idea perubahan yang dapat diterjemahkan kepada pelaksanaan perubahan.
Perubahan ini pula akan memastikan kejayaan pelaksanaan dan seterusnya membuahkan
kebaikan. Antara ciri yang nyata adalah pemimpin juga mesti berpandangan jauh dan sentiasa
ingin menerokai alam baharu yang akan memberi manfaat. “Mahu tidak mahu para penjawat
awam mesti berfikir di luar lingkungan kotak. Saya tidak mahu budaya automation menjadi
satu hakikat kehidupan dalam sektor awam. Kita seharusnya berfikiran kritis dan konstruktif
dalam menunaikan tanggungjawab dan Amanah dengan mencari penyelesaian-penyelesaian
kreatif dan inovatif di luar kelaziman” YAB Perdana Menteri Majlis MAPPA XI9 Mac 2010.
e. Berfikiran Jauh (Futuristic)
Pemimpin hendaklah berupaya memandang ke hadapan dan menetapkan wawasan (vision),
hala tuju dan strategi jangka pendek dan jangka panjang organisasi setelah mengambil kira
berbagai faktor dalaman dan luaran termasuk kelemahan dan kekuatan organisasi bagi
membawa organisasi ke tahap yang lebih tinggi daripada segi kecekapan dan keberkesanan
serta memenuhi matlamat dan objektif. Melalui proses ini, barulah segala faktor-faktor
dalaman organisasi baik struktur, sistem, sumber manusia dan sebagainya akan dapat
dipandu untuk menuju ke arah wawasan dan hala tuju yang ditetapkan oleh pemimpin.
Banyak penulisan akademik yang membicarakan hubung kait pemimpin dan wawasan.
Warren Bennis misalnya telah menyatakan bahawa "The most indispensable quality of a good
leader is a guiding vision and a clear idea of what he or she wants to accomplish". Beliau
seterusnya menyatakan bahawa "leaders are people who do the right things that leaders think
about dreams, missions, visions, strategic intent and purpose”. Terdapat organisasi yang
pupus kerana gagal memenuhi tuntutan masa hadapan. Faktor-faktor dalam organisasi tidak
akan berubah sendiri tanpa pemimpin yang berfikiran jauh yang boleh memacu organisasi
untuk bergerak ke hadapan. Dalam hal ini, pemimpin akan menjadi faktor terpenting yang
akan memandu organisasi kepada perubahan visi, falsafah pengurusan, struktur, sistem dan
budaya kerja bagi memastikan pemimpin berupaya memenuhi keperluan dan tuntutan
organisasi masa hadapan.
JALAN KE ARAH PEMIMPIN MASA DEPAN
Pemimpin masa depan adalah pemimpin yang sentiasa releven pada masa-masa akan
datang, Untuk menjadi pemimpin masa depan yang mampu memimpin orang lain, ada banyak
kualiti keperibadian yang harus ditingkatkan, kemampuan berupa hard skills dan soft
skills yang harus diasah dan diaplikasikan, selain berbagai-bagai pengetahuan lainnya yang
dapat membuat kita menjadi pemimpin hebat pada masa depan. Berikut adalah jalan ke arah
pemimpin masa depan:
13
a. Meningkatkan Pengetahuan Kepimpinan
Ilmu kepimpinan ini boleh diperoleh melalui pengalaman pemimpin itu sendiri, bakat sedia
ada, tunjuk ajar daripada rakan-rakan yang berpengalaman, melalui bacaan ataupun dengan
menghadiri kursus. Pengetahuan dalam bidang kepimpinan juga adalah antara bidang ilmu
yang diberikan dalam program pembangunan pemimpin pendidikan di kebanyakan negara
membangun (Bush, 2008). Pengetahuan dalam bidang kepimpinan penting kerana ini akan
mempengaruhi corak seorang pemimpin itu menguruskan institusinya. Dalam kajian Mariam
(2007) "Kepemimpinan dan pembelajaran sangat diperlukan antara satu sama lain," kata John
F. Kennedy. Pemimpin perlu mempunyai pengetahuan dalam bidangnya agar dihormati staf
di samping meningkatkan keyakinan diri (Cherif et al. 2009). Umumnya, seorang pemimpin
dipandang sebagai seorang yang bijak dan mempunyai pengetahuan dalam semua aspek.
Oleh itu, pemimpin perlu mempunyai pengetahuan agar tidak mudah dipergunakan atau ditipu
oleh staf. Sementelah lagi, pemimpin adalah sumber rujukan staf bagi menyelesaikan sesuatu
masalah dan sebagai penggerak kurikulum. Pemimpin pendidikan adalah pemimpin kurikulum
di institusinya. Sebagai pemimpin kurikulum, pengetahuan dalam bidang pendidikan adalah
perlu agar dapat memacu aktiviti pendidikan yang merupakan aktiviti utama di institusi.
Pemimpin yang kurang arif dalam pengetahuan pendidikan akan menjadi penghalang kepada
kemajuan institusi sebagaimana dalam kajian Davies et al. (2005) dan Robinson et al.
b. Memastikan Diri Sentiasa Berkeperibadian Positif
Pemimpin pendidikan perlu mempunyai sifat-sifat peribadi yang positif. Berkeperibadian
positif memastikan seorang pemimpin dapat menguruskan tingkah laku dan pemikirannya
sebagai pemimpin (Bush 2008). Pemimpin yang berkualiti mesti bertanggungjawab, menjadi
suri teladan, tegas tetapi bertimbang rasa, berintegriti, berani mengambil risiko, empati,
mudah didekati, proaktif, sedia berkorban, sihat, sedia turun padang, yakin, mempunyai
penampilan yang baik, dan berjiwa bangsa. Imej seorang pemimpin menunjukkan
kredibilitinya yang secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap imej institusinya.
Pembentukan imej diri dan tingkah laku seseorang pemimpin adalah penting (Male, 2006).
Pemimpin yang mempunyai imej yang baik akan mendorong orang lain mencontohinya. Oleh
itu, dalam program persediaan pemimpin, selain daripada aspek organisasi dan tugas, aspek
personal seorang pemimpin perlu diambil berat (Male, 2006).
c. Mempunyai Matlamat dan Wawasan Kepimpinan yang Jelas
Pemimpin perlu mempunyai wawasan yang dikongsi bersama dengan semua staf, difahami
dan diterima oleh semua warga institusi agar boleh dicapai. Kepentingan pemimpin
berwawasan ini turut ditekankan oleh ramai pengkaji terdahulu seperti Hogan dan Warrenfeltz
(2003), Bush (2008) dan Du Brin (2013). Menurut mereka, pemimpin yang berjaya adalah
pemimpin yang berwawasan. Oleh itu, pemimpin perlu memberi inspirasi dan mendengar
pandangan staf untuk mencapai wawasan organisasi. Seseorang pemimpin hendaklah
mempunyai wawasan dalam memimpin organisasi beliau. Bukan itu sahaja, beliau juga
hendaklah mempunyai strategi yang jelas dan kemas bagi membolehkan beliau membawa
organisasi ke hadapan dan ke suatu tahap yang lebih baik. Untuk mencapai visi, motivasi dan
kematangan perlu ada dalam diri pemimpin supaya dapat menerima sebarang pencapaian
secara rasional. Manakala menurut Murphya dan Johnson (2011), fasa masa depan adalah
hasil daripada perkembangan masa lepas, pada masa kini, tanggapan masyarakat, dan
pembinaan pengalaman masa depan yang merangsang ke arah kepimpinan berprestasi
tinggi. Visi yang dicapai merupakan satu petunjuk kepada pemimpin yang berkesan (Murphya
dan Johnson, 2011).
14
d. Mempertingkatkan Kemahiran dan Kepakaran Kepimpinan
Pemimpin berkualiti ialah pemimpin mesti berkemahiran dalam menguruskan institusinya.
kemahiran yang perlu ada pada seorang pemimpin iaitu i) kemahiran mengurus yang
mencakupi aspek merancang, memimpin, mengelola dan mengawal; ii) komunikasi iii)
mengendali staf dengan memberi dorongan, membina hubungan baik dan menjaga kebajikan
iv) berwawasan v) mengambil tindakan terbaik vi) kemahiran Information and
Communications Technology (ICT) vii) kreatif dan inovatif viii) menjalin hubungan dengan
pihak luar ix) pendengar yang baik dan x) berfikiran kritis. Pemimpin dalam memastikan
kepimpinan diri sentiasa dipertingkatkan, perlu menambah kemahiran dan kepakaran dalam
mengemudi organisasinya ke arah yang lebih cemerlang dan berdaya maju. Seorang
pemimpin yang baik akan menjadikan pengalaman lepas sebagai pemimpin untuk
meningkatkan lagi kemahiran kepimpinannya. Oleh yang demikian, beliau hendaklah
menggunakan kepakaran istimewa yang ada pada dirinya untuk meningkatkan lagi
keupayaan institusi yang dipimpinnya. Usia pemimpin itu tidaklah penting tetapi hendaklah
mempunyai pengetahuan, pengalaman dan kemahiran di samping mempunyai kewibawaan
yang luar biasa, dan beliau diperlukan untuk membantu organisasinya yang masih lemah.
Oleh yang demikian, beliau tidak boleh mempunyai perasaan menindas atau mementingkan
diri sendiri.
e. Memastikan Diri Telah Bersedia Menjadi Pemimpin
Pemimpin yang dilantik mestilah mempunyai kesanggupan untuk menjadi pemimpin.
Pemimpin yang sanggup menjadi pemimpin adalah pemimpin yang mempunyai keinginan
untuk memimpin dan bersedia untuk menjalankan tugas pemimpin. Kajian Mercer (2010)
tentang ciri-ciri yang perlu ada pada seorang pemimpin pendidikan mendapati kesanggupan
menjadi pemimpin adalah antara ciri yang penting sebagai seorang pemimpin. Myung et al.
(2011) dalam kajian mereka tentang pelantikan pemimpin-pemimpin sekolah di sebuah
daerah di Miami, Amerika Syarikat mendapati, pemimpin sekolah tidak dilantik secara rawak,
sebaliknya hanya yang telah bersedia melaksanakan tanggungjawab pemimpin sahaja akan
dilantik. Dapatan kajian ini juga selari dengan pandangan Male (2006) yang menyatakan
kejayaan sesuatu penggantian kepimpinan ialah kesanggupan pengganti itu sendiri untuk
menyesuaikan diri dengan keadaan baharu. Hanya pemimpin yang sanggup menjadi
pemimpin dapat menerima tugas yang diberikan sebagai satu amanah dan seronok
menjalankan tugas tersebut kerana pemimpin ini akan lebih bersedia menerima
tanggungjawab berbanding dengan yang tiada keinginan untuk memimpin (Rebore, 2003).
SAYA SEORANG PEMIMPIN PENDIDIKAN
Hala tuju sesebuah sekolah lazimnya digambarkan melalui visi dan misi sekolah tersebut. Ini
kerana visi dan misi akan memandu seseorang guru besar sebagai pemimpin dan
organisasinya ke arah manakah sesebuah sekolah itu akan dituju. Visi dan misi
menggambarkan hala tuju sekolah dalam jangka masa yang panjang, manakala matlamat
sekolah pula menggambarkan objektif jangka pendek sesebuah sekolah. Secara
keseluruhannya visi, misi, dan matlamat sekolah-sekolah kajian dirangka dan digubal
berdasarkan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang berpegang kepada
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPN). Visi dan misi ini menjadi panduan dan rujukan utama
untuk merancang dan melaksanakan keseluruhan program ke arah PAK-21 (Quah, 2017).
Berikut adalah hala tuju kepimpinan yang akan saya bawa jika saya menjadi seorang
pemimpin pendidikan:
a. Pengurusan dan Kepimpinan
15
Pengurusan kepimpinan yang berkualiti amat penting kepada sesebuah organisasi kerana ini
bertujuan membawa perubahan yang menyeluruh ke arah melahirkan budaya organisasi yang
cemerlang. Kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada kualiti pengurusan dan
kepimpinannya. Pengurusan sesebuah organisasi akan berjaya apabila sistem
pengurusannya dapat menjalankan tugas secara cekap dan efektif untuk memastikan tenaga
kerja yang positif, berdaya saing ,mempunyai kepakaran serta kesungguhan dalam
melaksanakan tugas yang telah diarahkan. Sebagai seorang pengurus yang baik bukan
sahaja menumpukan pada produktiviti dan kecekapan sahaja tetapi berkeupayaan untuk
mempengaruhi ahli-ahli organisasi bekerja ke arah mencapai objektif. Sebagai seorang
pemimpin saya akan membina hubungan baik dengan orang yang dipimpin. Justeru,
pengurusan organisasi akan lebih mudah, kerana mendapat sokongan dan kerjasama
daripada orang bawahnya. Apabila suasana kerja yang menyenangkan dapat diwujudkan,
saya akan lebih mudah untuk mengembeleng tenaga dan usaha semua ke arah pencapaian
program pendidikan yang berkesan bagi mencapai matlamat utama sekolah iaitu penghasilan
kemenjadian murid melalui pengajaran. Secara umumnya, pengurusan dan kepimipnan perlu
mempunyai ciri-ciri kualiti yang diinginkan seperti karisma, daya pujukan dan berpandangan
jauh.
b. Pembangunan Profesionalisme Staff
Menurut Noraini dan Ahmad (2011), dengan membangunkan pekerja yang berkesan boleh
mempengaruhi pencapaian matlamat dan kejayaan sesebuah organisasi. Latihan sangat
penting untuk memberi kefahaman tentang etika kerja kepada warga kerja. Kefahaman pula
akan mendorong mereka untuk mengamalkan etika kerja dalam kerja-kerja seharian mereka.
Kemajuan dalam pelbagai bidang terutama bidang automasi dan komputer menjadi cabaran
kepada pemimpin. Ini kerana pembaharuan ke arah bidang tersebut perlu diseimbangi
dengan kepentingan pembangunan modul insan dalam organisasi agar setiap personel dalam
organisasi sentiasa kekal relevan dan tidak mudah digantikan dengan bentuk baru yang boleh
mengugat sesebuah organisasi. Perubahan mindset dengan pendedahan terhadap input-
input baru dan terkini melalui kursus dan seminar profesionalisme pendidik yang diadakan
pada setiap awal sesi persekolahan dengan membawa input baru terutamanya daripada
sumber-sumber berautoriti. Ceramah-ceramah profesionalisme untuk guru dan staf diadakan
secara berkala daripada kalangan pakar. Matlamat utama ialah untuk mewujudkan dalam diri
guru dan staf ciri-ciri komited, mesra dan berilmu. Tazkirah dan ceramah bulanan untuk
semua warga akan sentiasa digunakan dengan mengembeling tenaga ustaz dan ustazah
sedia ada. Selain itu kursus wajib untuk semua kakitangan sokongan diadakan pada waktu
cuti sekolah.
c. Pengajaran dan Pembelajaran
Proses pengajaran dan pembelajaran yang berjaya dipengaruhi oleh pengurusan yang
berkesan. Pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah proses merancang pengajaran
dan pembelajaran agar mencapai matlamat, menentukan atau memberi garis panduan
perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh guru, menentukan mata pelajaran yang diajar guru
mengikut kepakaran, memimpin dan memberi inspirasi kepada guru dan mengawal aktiviti
serta memantau pelaksanaan agar dapat berjalan sebagaimana yang dirancang (Nurlia,
2012). Pengurusan pengajaran dan pembelajaran penting kerana perkara ini berperanan
besar dalam meningkatkan prestasi pelajar. Sebagai pentabir saya akan memastikan agihan
tugas guru seimbang agar guru tidak terbeban sehingga mengganggu tugas utama seorang
guru. Saya juga akan memastikan guru-guru ditugaskan mengajar mata pelajaran mengikut
kepakaran agar pengurusan pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan. Saya juga
akan memastikan jadual yang diagihkan kepada guru berkualiti, seimbang, berdasarkan
kepakaran danmengambil kira waktu rehat guru. Kepadatan jadual waktu mengajar
seseorang guru memberi tekanan kepada guru dalam melaksanakan tugas sebagai pendidik
(Kamidah Marsithi, 2013).
16
d. Pemantauan dan Penyeliaan
Pemantauan dan penyeliaan merupakan satu alat kawalan dan kordinasi sekolah.
(Aregaldo,1998). Beliau menegaskan bahawa pengetua atau penyelia harus percaya
dengan amalan penyeliaan yang berkala dapat membantu guru-guru dalam mengenal pasti
kebolehan dan bakat mereka yang seterusnya boleh meningkatkan prestasi guru secara
tidak langsung. Ini juga akan menyebabkan pencapaian pelajar dapat ditingkatkan.
Pemantauan dan penyeliaan boleh dilakukan secara formal atau tidak formal. Penyeliaan
secara formal memberi fokus kepada proses pengajaran guru dalam bilik darjah secara
berjadual dan tidak berjadual kerana ini merupakan satu ketetapan yang telah dibuat oleh
KPM. Penyeliaan tidak formal juga perlu dilaksanakan dengan melihat perjalanan sekolah
secara keseluruhan termasuklah ciri-ciri kepimpinan, kecekapan guru, peningkatan prestasi
pelajar, kemahiran teknikal dan lain-lain lagi. Guru besar perlu memberi maklum balas,
cadangan-cadangan dan bimbingan kepada guru selepas sesuatu sesi penyeliaan dilakukan.
Sebarang teguran penambahbaikan dilakukan secara bersemuka dengan guru berkenaan
secara peribadi untuk merungkai masalah yang timbul. Selain itu, guru besar boleh
menggunakan medium mesyuarat untuk memberi teguran secara umum. Namun begitu,
pemimpin yang baik akan lebih menggunakan pendekatan berhemah dalam memberi teguran
untuk tujuan penambahbaikan. Hal ini, menunjukkan guru besar sentiasa menghargai dan
mengiktiraf kepakaran guru. Langkah ini diambil kerana terdapat guru yang telah lama
berkhidmat dan cemerlang dalam bidangnya. Teguran yang dibuat adalah berdasarkan
elemen yang terkandung dalam instrumen penyeliaan standard yang telah ditetapkan oleh
Jabatan Pelajaran Negeri dan KPM.
e. Kemenjadian Murid
Kemenjadian murid dilihat melalui tiga (3) aspek iaitu akademik, kokurikulum dan sahsiah.
Kemenjadian murid boleh dibina melalui pembelajaran bermakna sama ada formal atau tidak
formal yang dapat membentuk keperibadian dan sahsiah murid. Kemenjadian murid adalah
tujuan sebenar sesebuah sekolah dibina, maka saya menggunakan pendekatan ‘pemusatan
kepada muridr’ dan ‘berpusatkan hasil’. Guru Besar bersama- bersama barisan pemimpin
sekolah duduk bersama merancang program untuk mencapai hasil yang dihasratkan. Oleh
yang demikian, saya akan memastikan modul-modul dan program-program yang telah
dirancang adalah yang dapat menggarap peranan sekolah ke arah kemenjadian murid. Saya
juga akan fokus kepada gerak kerja kokurikulum dengan memastikan semua murid perlu aktif
terlibat dalam aktiviti kokurikulum. Dengan penglibatan murid secara aktif dalam kokurikulum
dapat melatih murid agar bersikap bertanggungjawab, berdisiplin, berdikari dan memupuk
semangat kerjasama secara tidak langsung dapat memupuk sahsiah serta jati diri murid. Bagi
meningkatkan sahsiah murid, pihak sekolah menggunakan pendekatan disiplin dengan kasih
sayang dan bermaruah (discipline with love and dignity). Pembentukan disiplin ini sangat
penting kerana berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan. Jadi keutamaan saya ialah
memastikan murid seronok dan ingin hadir ke sekolah. Seterusnya saya akan mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang selamat, sihat dan dapat memberi simulasi keintelektualan
agar dapat menjadi pemangkin kepada persekitaran pembelajaran yang menyokong
kemenjadian murid. Akhir sekali, bagi merealisasikan hasrat kemenjadian murid ini, saya perlu
membina jaringan hubungan yang kuat dengan ibu bapa pelajar dan ahli-ahli komuniti
melalui melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi mengerakkan Program
Penglibatan Ibubapa dan Komuniti (PIBK). Melalui program PIBK ini sekolah dapat bantuan
dari segi sumbangan idea, tenaga, pengetahuan, kepakaran dan kewangan dalam usaha
untuk mengubah, memperbaiki dan memberi sokongan kepada keberhasilan dan
kemenjadian murid.
RUMUSAN
Tahap kesediaan dan kepekaan pemimpin pendidikan terhadap perubahan persekitaran
dunia yang sentiasa berubah-ubah perlu sentiasa tinggi dan dinamik dalam menggalas
17
tanggungjawab melaksanakan tugasan seharian. Dugaan dan cabaran dunia pendidikan
datang silih berganti. Oleh itu, pemimpin masa kini perlukan persediaan jitu yang menjangkaui
batas sempadan pendidikan dan peradaban manusia. Selain itu, pemimpin juga perlu
bersikap fleksibiliti terhadap keperluan semasa dan pada masa akan datang agar selaras
dengan tuntutan dunia semasa. Kerjasama dan sokongan daripada pelbagai pihak
berkepentingan amat diperlukan kerana jatuh bangun pemimpin terletak kepada sokongan
persekitarannya. Seterusnya, aspek yang berkaitan dengan pengurusan risiko perlu
diterapkan dengan berkesan agar kesediaan dan tindakan pemimpin di semua peringkat KPM
lebih efektif .
RUJUKAN
Dato' Mohtar bin Abas (2005). Pembangunan Kepimpinan dalam Organisasi. Jurnal
Pengurusan Awam Jilid 4 Bilangan 1 Julai 2005.
Dr. Hj. Malek Shah bin Hj. Mohd. Vusoff, Liew Swee Liang (2002). Model Kompetensi dan
Perkhidmatan Awam Malaysia. Pengurusan Awam Jilid 1 Bilangan 2 Julai 2002.
Johaari Bin Hassan and Mahizer Bin Hamzah, (2020). Jurnal Pendidkan Bitara UPSI Vol. 13
No. 2 (2020) / ISSN 1394 -7176 (12-28)
Masitah Hj. Mohammad Yusof 1, Mohamed Khaidir Alias 2, Rosninah Ghani (2018). Kriteria
Kepemimpinan akademik di Institusi Pendidikan Tinggi. International Academic
Research Journal of Social Science 4(1) 2018 Page 1-11.
Mazlan Yahya (2017). Kecemerlangan Dalam Kepimpinan Perkhidmatan Awam – Satu
Transfprmasi dalam Memacu Kejayaan : Pemimpin atau Pengurus? ILKAP
Roselena Mansor, Mohd Izham Mohd Hamzah (2015). Kepimpinan Berkualiti: Perspektif
mengenai Kompetensi yang Diperlukan untuk Memimpin dengan Berkesan (Quality
leadership: Perspective on Competencies Needed to Lead Effectively). Jurnal
Pengurusan 45(2015) 143 – 154
Siti Arni Basir, Nurul Syafiyah Mohd Noor, Mohamad Zaidi Abd Rahman, Monika @ Munirah
Abd Razzak (2016). Jurnal Usuluddin 44:45-83
Tisebio Tiop, Roslee Talip (2020). Hubungan Kepimpinan Teknologi Pengetua dalam
Pengurusan Kurikulum dan Efikasi Kendiri Guru. Malaysian Journal of Social Sciences
and Humanities, Volume 5, Issue 4.
Zulkifli.(1995). Kearah kecemerlangan: lmplikasi dari kajian sekolah efektif. Jurnal
Pengurusan Pendidikan 5(1): 35.
18
PEMIMPIN DAMBAAN UMMAH
Gambar Penulis
Norzaidi bin Pain
SMK Undang Rembau, Rembau, Negeri Sembilan
PENGENALAN
Kepimpinan merupakan satu tanggungjawab yang wajib dilaksanakan dengan sebaik-
baiknya. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994), kepimpinan ialah keupayaan seseorang
itu memimpin. Menurut Imam Abul Hassan al-Mawardi (2014), kepimpinan yang baik
memenuhi syarat-syarat yang tertentu seperti adil, berilmu pengetahuan, mempunyai
pancaindera yang sempurna, tidak cacat, mempunyai kemampuan dalam berfikir, berani dan
kuat serta berketurunan mulia.
Sebagaimana namanya iaitu pemimpin, tugasnya ialah memimpin manusia ke arah
yang lebih baik dan berupaya membawa perubahan kepada kehidupan manusia. Seseorang
yang dilantik menjadi pemimpin pastilah mempunyai sifat istimewa atau penting yang
membezakan dirinya dengan orang lain. Antara perkara yang perlu dijaga oleh seseorang
pemimpin ialah menjaga dirinya daripada melakukan perbuatan yang munkar dan menyalahi
peraturan serta menunaikan tanggungjawab yang dipikulkan ke atasnya dengan adil dan
amanah.
Kepimpinan mempunyai fungsi yang penting dalam Islam. Setiap orang ialah
pemimpin buat dirinya sendiri. Dalam sebuah keluarga umpamanya, bapalah yang
berperanan sebagai pemimpin. Begitu juga komuniti dalam masyarakat, ianya dipimpin oleh
ketua kampung. Hal ini menunjukkan bahawa fungsi kepimpinan itu wujud dalam semua
peringkat. Malah, kanak-kanak seawal usia tujuh (7) tahun juga diajar memimpin di dalam
kelasnya. Menjadi seorang pemimpin bukanlah suatu tugas mudah yang boleh dipandang
ringan. Tugasnya bukan sahaja memimpin orang bawahannya tetapi juga menjadi suri teladan
atau qudwah hasanah kepada mereka. Justeru, pentingnya seorang pemimpin untuk sentiasa
mempertingkatkan kualiti diri supaya boleh menjadi ikutan.
Mungkin kita mempunyai ribuan malah jutaan tokoh pemimpin yang kita jadikan
sebagai idola tetapi tetap tidak mampu menandingi junjungan besar Nabi Muhammad SAW
sebagai ketua keluarga, masyarakat dan pemimpin ummah. Allah berfirman dalam Surah Al-
Anbiya’ ayat 107 yang bermaksud: “Dan Kami tidak mengutus engkau (Muhammad)
melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam.”
PENGALAMAN LEPAS
Berdasarkan pengalaman saya sendiri, setiap orang bermula daripada bawah sebelum
menjadi seorang pemimpin yang hebat. Kita akan banyak belajar daripada pengalaman
kerana sememangnya pengalamanlah yang mendewasakan kita. Pada kali pertama saya
19
bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Serting Hilir Kompleks (SMKSHK), saya telah
diberi kepercayaan memegang jawatan sebagai Ketua Panitia Pendidikan Islam. Saya
menerima jawatan tersebut dengan hati yang terbuka dan berusaha sedaya upaya untuk
menjalankan amanah yang diberi dengan baik. Kemudian, saya memegang jawatan sebagai
Ketua Guru Disiplin dan Setiausaha Peperiksaan sepanjang bertugas di sekolah yang sama.
Melalui jawatan-jawatan ini, saya banyak mengutip pengalaman dan pengetahuan baharu
dengan bantuan senior-senior di sekeliling saya. Pada awalnya, kita akan terpinga-pinga
apabila memegang jawatan-jawatan tersebut tetapi perkara inilah yang banyak membantu
membina diri kita yang sekarang.
Pada tahun ketiga saya berkhidmat sebagai guru, penat dan lelah saya terbalas
dengan penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). Kemudian, setelah
lapan (8) tahun bertugas di SMKSHK, saya dipindahkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan
Datuk Undang Abdul Manap di Johol, Negeri Sembilan. Pada tahun 2013, Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) diperkenalkan. Pada ketika itu saya terus dilantik sebagai
Setiausaha PBS. Jawatan ini agak mencabar bagi saya kerana ia merupakan tahun pertama
diperkenalkan dan pastinya tiada guru yang berpengalaman menguruskannya untuk saya
jadikan rujukan. Saya bertatih sendiri menyiapkan fail peribadi setiap murid memenuhi ruang
bilik PBS. Saya banyak merujuk kepada panduan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) dan kursus-kursus penataran. Di sini, saya sekali lagi dianugerahkan APC.
Pada tahun 2016, dengan izin Allah, saya telah dicalonkan sebagai Ketua Bidang
Kemanusiaan tetapi tiada rezeki untuk memegang jawatan tersebut. Namun ibarat kata
pepatah, “kalau dah rezeki tak ke mana”, pada tahun 2017, saya ditawarkan jawatan yang
sama di Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Rembau. Tiga (3) tahun kemudian, saya
ditawarkan jawatan sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah yang sama
sehingga kini.
Saya sedar setiap jawatan yang disandang adalah berat dan perlu dilaksanakan
dengan sebaiknya dengan penuh tanggungjawab. Setiap jawatan tersebut mempunyai fungsi
dan peranan yang tersendiri. Namun, saya akui bahawa ianya memberikan saya pengalaman
yang mendewasakan saya. Semakin tinggi jawatan yang dipegang, maka semakin besarlah
tanggungjawab yang perlu dipikul. Pada awalnya, saya bermula sebagai guru biasa yang
kemudiannya dilantik sebagai Ketua Panitia. Jawatan ini hanya melibatkan kelompok kecil
mata pelajaran kita sahaja tetapi apabila saya memegang jawatan Ketua Bidang, skop kerja
menjadi semakin luas. Ia melibatkan kelompok sederhana menerajui beberapa panitia.
Kemudian, saya memegang pula jawatan sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
yang memerlukan saya untuk memantau kelompok besar yang merangkumi setiap inci
sekolah seperti murid, guru, kakitangan, prasarana dan lain-lain.
Sepanjang tempoh 21 tahun saya berkhidmat sebagai guru, saya telah menerima
beberapa pencapaian dan anugerah. Antaranya ialah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
yang saya terima sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2003 dan 2013. Pada tahun 2012, saya
telah dilantik sebagai Pembaca Ikrar Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan. Saya juga seorang
pengacara majlis yang aktif di peringkat sekolah, negeri, daerah dan kebangsaan.
PEMIMPIN PENDIDIKAN YANG DIIDAMKAN
Sebagai seorang pemimpin, saya telah mengambil contoh beberapa tokoh pemimpin yang
disegani kerana kepimpinannya. Setiap orang mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-
masing. Maka, yang baik kita contohi dan yang kurang baik, kita jadikan iktibar. Malah, saya
juga sebagai rakyat dan orang bawahan, pasti mempunyai pemimpin yang diidam-diidamkan.
Pemilihan pemimpin dalam Islam merupakan perkara yang perlu diambil serius kerana corak
kepimpinan itulah yang membantu memandu manusia ke arah yang lebih baik. Allah berfirman
20
dalam Surah Sad ayat 26 yang bermaksud: “Hai Daud, Sesungguhnya kami menjadikan kamu
(penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan antara manusia dengan adil dan janganlah
kamu mengikut hawa nafsu kerana ia akan menyesatkan kamu daripada jalan Allah.
Sesungguhnya orang yang sesat di jalan Allah akan mendapat azab berat kerana mereka
melupakan hari perhitungan”
Pemimpin yang tidak bertanggungjawab serta tidak takut akan azab yang Allah
janjikan akan membawa negara ke arah kebinasaan. Isu rasuah, pecah amanah, kemiskinan
dan kemunduran rakyat berleluasa disebabkan kegagalan dalam kepimpinan. Maka, saya
ingin nyatakan lima (5) ciri pemimpin yang menjadi idaman saya. Dalam Islam, kekuatan iman
adalah aspek yang paling penting yang perlu dititikberatkan oleh semua orang yang bergelar
pemimpin. Apabila seseorang pemimpin mempunyai iman yang kuat, ia menjadi satu
kelebihan buatnya ketika ditimpa sesuatu ujian. Kita tidak akan mudah berputus asa kerana
yakin bahawa Allah sentiasa bersama kita. Oleh hal yang demikian, pemimpin yang beriman
akan mengikut landasan agama yang benar ketika melakukan tugas. Konsep kepimpinan
yang merangkumi iman dan amal soleh dapat ditegakkan dalam diri setiap individu, keluarga,
masyarakat dan negara sehingga kesepaduan antara kepentingan dunia dan akhirat dapat
dicapai.
Seterusnya, seseorang pemimpin itu mestilah mempunyai banyak pengetahuan serta
berpengalaman. Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, pengalaman itu
mendewasakan kita. Melalui pengalaman, kita akan mempelajari banyak perkara.
Kebiasaannya, masyarakat tidak begitu peduli tentang pengetahuan dan keperibadian ketika
memilih pemimpin sedangkan menurut Ibnu Kathir, orang yang layak memimpin hendaklah
mempunyai keupayaan, kekuatan jasmani dan juga rohani (Ahmad Shukri Yusof, 2015).
Pelbagai ilmu yang perlu dipelajari sebagai seorang pemimpin seperti ilmu kepimpinan dan
ilmu agama. Ilmu juga akan membantu pemimpin untuk memimpin dengan baik manakala
pengalaman membantu kita untuk membiasakan diri dalam sesuatu perkara. Oleh itu, jelaslah
di sini bahawa sebaiknya dan seharusnya seorang pemimpin itu melengkapkan diri dengan
pengalaman dan pengetahuan.
Selain itu, sebagai seorang pemimpin terutamanya yang beragama Islam haruslah
menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh teladan kerana baginda merupakan sebaik-baik
manusia. Oleh itu, terdapat beberapa ciri kepimpinan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW
iaitu seseorang pemimpin itu mestilah mempunyai wawasan yang jelas. Menurut Burhanuddin
(2016), pemimpin yang mempunyai wawasan yang jelas memiliki kemampuan berfikir dalam
pelbagai pendekatan bagi mencari alternatif serta mampu memperjelas atau memperhalusi
sesuatu yang abstrak kepada yang nyata. Mereka mampu berfikir dengan cepat dan tepat
dalam membuat keputusan. Maka, pemimpin tersebut akan mudah memikirkan pelbagai
pendekatan atau alternatif sebagai solusi kepada sesuatu masalah atau isu.
Ciri utama kepimpinan yang lain ialah kerja secara berpasukan. Kita perlu akui bahawa
kita hanyalah manusia yang lemah dan mempunyai kemampuan yang sangat terbatas. Oleh
hal yang demikian, kita memerlukan sistem sokongan yang baik. Kita mestilah belajar untuk
bekerja bersama-sama dalam satu pasukan. Bak kata pepatah, bersatu kita teguh, bercerai
kita roboh. Dalam konteks ini, saya telah mencontohi mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun
Abdullah Ahmad Badawi. Saya mengagumi moto kerja beliau iaitu “kerja bersama saya,
bukan untuk saya” (Sivamurugan, 2005). Jelaslah di sini, beliau mementingkan kerjasama
dalam pasukan untuk menghasilkan satu kerja yang baik. Oleh kerana itu, penglibatan diri
dalam organisasi dapat membantu memupuk nilai kepimpinan dalam diri. Berdasarkan
pengalaman saya sendiri, sewaktu zaman universiti, saya telah memegang jawatan sebagai
Naib Presiden Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan (PERMANIS). Melalui organisasi
sebegini, ia membantu memupuk nilai kepimpinan dalam diri. Hal ini juga yang dilakukan oleh
Rasulullah SAW iaitu pada ketika baginda berusia 20 tahun, baginda merupakan anggota aktif
dalam Hilful Fudhul. Menurut Burhanuddin (2016) lagi, Hilful Fudhul merupakan organisasi
21
masyarakat Mekah yang menjaga kota tersebut daripada sebarang gangguan musuh serta
penganiayaan pihak asing. Di sekolah, pembabitan dalam bidang sukan mampu memupuk
semangat kerjasama. Sebagai contoh, dalam sukan bola sepak, semangat kerjasama adalah
perkara yang amat penting untuk menghasilkan permainan yang baik. Untuk mencapai
kemenangan, mereka perlu menjalin kerjasama yang erat sesama pemain tetapi pada masa
yang sama, mereka mampu menerima kekalahan dan tidak mudah menyalahkan antara satu
sama lain. Anak-anak muda akan lebih memahami erti perjuangan, kemenangan, kekalahan
serta tidak mudah berputus asa.
Seterusnya ialah pemimpin sebagai role model. Seseorang pemimin seharusnya
sedar bahawa dirinya berperanan sebagai role model atau ikutan orang bawahan. Menjadi
seorang pemimpin atau pengurus bukanlah hal yang mudah. Pemimpin memegang
tanggungjawab yang besar dan segala tugasnya akan dipersoalkan dan
dipertanggungjawabkan pada masa hadapan. Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang
berkarisma dan dijadikan idola. Hal inilah yang dikatakan pemimpin sebagai suri teladan.
Pemimpin sebegini kebiasaannya ialah pemimpin yang disenangi oleh orang bawahannya.
Maka, apabila seseorang pemimpin disenangi, orang-orang bawahan akan lebih mudah untuk
menurut apa-apa arahan pemimpin. Hal ini akan memudahkan pemimpin untuk menjalankan
tugasnya. Oleh itu, untuk menjadi seorang pemimpin yang disenangi dan dijadikan contoh
teladan, seorang pemimpin mestilah sentiasa menunjukkan sikap dan nilai-nilai yang murni
serta menjalankan amanah dengan baik. Contoh terbaik yang boleh dijadikan idola ialah nabi
kita iaitu Nabi Muhammad SAW. Ciri kepimpinan baginda cukup terserlah dan menjadi
manusia yang paling berpengaruh.
Ciri pemimpin idaman saya yang terakhir ialah mempunyai kemahiran komunikasi
yang efektif. Menurut Raja Roslan, Azizi dan Mohd Salleh (2010), komunikasi ialah satu
aktiviti yang penting dalam sesebuah organisasi dan perlu dikuasai oleh seorang pemimpin.
Kemahiran komunikasi dalam kepimpinan boleh mempengaruhi pengikut dan ia melibatkan
penggunaan kuasa oleh pemimpin dan penerimaan pengikut. Menurut Nik Rashid (1993),
kepemimpinan akan melibatkan penggunaan pengaruh, komunikasi dan matlamat. Oleh itu,
pemimpin yang mahir berkomunikasi bijak menyesuaikan cara kepimpinan dan komunikasi
dengan situasi. Ada masa seorang pemimpin itu mestilah bertegas dan ada masa, mereka
juga haruslah berlembut. Pemimpin juga mestilah adil dengan melayan semua orang dengan
baik tanpa mengira status dan kedudukan. Kegagalan mengaplikasi kemahiran komunikasi
menjadikan mereka pemimpin yang kekok dan tidak pandai bergaul. Ianya akan mewujudkan
jurang antara pemimpin dan orang bawahan yang kemudiannya menjadikan suasana
pekerjaan tegang dan tidak seronok. Malah, terdapat juga pemimpin yang suka cakap lepas
dan menggunakan kata kesat yang akhirnya menyebabkan pekerja atau orang bawahan
berjauh hati. Hal ini akan menyukarkan majikan atau pemimpin untuk melaksanakan tugas
kerana tidak mendapat kerjasama yang sepatutnya (Zafir Khan, 2020). Sebagai seorang
pemimpin, mereka mestilah menjadi seorang pendengar yang baik. Pendengar yang baik juga
merupakan antara ciri komunikasi yang berkesan. Mereka bukan sahaja mampu mendengar
masalah dengan baik tetapi juga bijak mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah
tersebut.
JALAN KE ARAH PEMIMPIN MASA DEPAN
Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, menjadi pemimpin bukanlah tugas yang mudah.
Terdapat pelbagai cabaran yang perlu dihadapi. Malah, menjadi pemimpin juga bukan setiap
masa disukai. Menjadi pemimpin yang dibenci itu jauh lebih mudah daripada menjadi
pemimpin yang disenangi. Oleh itu, saya akan menceritakan beberapa cabaran yang terpaksa
saya hadapi sepanjang bergelar pemimpin dan bagaimana cara saya mengatasinya. Antara
isu yang amat mencabar bagi saya ialah apabila berurusan dengan staf. Kita mesti menjadi
pemimpin yang disenangi mereka supaya mudah untuk mendapatkan kerjasama mereka
22
dalam sesuatu perkara. Antara masalah yang dihadapi ialah wujudnya jurang antara staf
senior dengan yang junior. Tidak sefahaman dan tiada kerjasama antara keduanya
menyebabkan sesuatu tugasan tidak dapat dilaksanakan dengan baik kerana sepatutnya
yang muda perlu mendapatkan bantuan daripada yang berpengalaman. Tetapi dek kerana
jurang ini, kata sepakat dan kerjasama sukar dibentuk. Oleh itu, sebagai pemimpin, antara
inisiatif yang boleh saya lakukan ialah memberikan tugasan yang memerlukan kerjasama
antara dua golongan ini supaya mereka lebih akrab dan bertukar fikiran demi menjayakan
tugasan tersebut. Selain itu saya juga menghadapi masalah staf yang ponteng atau lewat
hadir bekerja. Bagi mengatasi masalah ini, saya perlu sentiasa memantau kehadiran dan
aktiviti mereka serta membuka ruang perbincangan supaya mereka boleh meluahkan
masalah mereka.
Cabaran yang seterusnya ialah murid-murid. Seperti yang kita sedia maklum, masalah
disiplin ialah masalah yang pasti ada di setiap sekolah. Bezanya ialah sama ada besar atau
kecil. Begitu juga di sekolah saya, masalah disiplin dan murid ibarat berpisah tiada. Sebagai
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, tanggungjawab menyelesaikan masalah disiplin turut
tergalas di bahu saya selain daripada guru disiplin. Kebanyakan murid ini tinggal di kawasan
bandar. Selain pengaruh urbanisasi, mereka juga mudah terpengaruh dengan rakan-rakan
yang sebaya dengan mereka dan juga persekitaran. Bukan itu sahaja, murid-murid yang
kerap melakukan kesalahan disiplin ini terdiri daripada anak-anak yang mempunyai masalah
keluarga. Perceraian dilihat menjadi punca utama mereka melakukan masalah sebagai tanda
protes. Perkara ini sebenarnya amat menyedihkan. Terdapat juga ibu bapa yang menghantar
anak mereka ke asrama kerana alasan yang pada saya tidak munasabah. Melakukan
pelbagai masalah yang berat di sekolah adalah salah satu cara mereka memberontak. Antara
langkah yang saya lakukan sebagai usaha untuk mengatasi masalah ini adalah dengan
melakukan komunikasi secara dua hala dengan murid. Hal ini juga memberi peluang kepada
murid untuk meluahkan ketidakpuasan hati mereka. Melalui cara ini juga, saya dapat lebih
memahami mereka. Kebiasaannya, saya akan memanggil ibu bapa mereka ke sekolah untuk
berbincang bagi mengenalpasti masalah yang sebenar sebelum kita memberikan hukuman
yang sewajarnya. Saya juga berusaha untuk memperkasakan Sistem Sahsiah dan Disiplin
Murid (SSDM) di mana sistem ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak di sekolah.
Inisiatif lain yang boleh diusahakan adalah dengan merapatkan jurang antara guru dengan
murid seperti melaksanakan program mentor-mentee, “papadorm” dan “mamadorm” serta
usrah bagi murid asrama supaya mereka dapat berbincang, bertukar pendapat, membuat
aduan mahupun sebagai tempat meluahkan isi hati mereka.
Dalam era globalisasi ini, kerajaan telah mengusahakan yang terbaik untuk
menyediakan kemudahan untuk keselesaan murid-murid di sekolah. Namun, sekolah-sekolah
terutamanya sekolah lama tidak dapat lari dengan pelbagai masalah atau kerosakan. Sebagai
contoh, tandas rosak, meja dan kerusi yang tidak mencukupi dan sebagainya. Bagi
mengatasi masalah ini, pihak sekolah perlulah menjalinkan hubungan yang baik dengan
sarana atau dipanggil permuafakatan antara komuniti dengan sekolah. Menurut Kamus
Dewan (1997), permuafakatan ialah proses perundingan, persetujuan dan permesyuaratan.
Komuniti pula adalah masyarakat kecil yang ditempatkan di dalam suatu kawasan dan ditadbir
oleh kerajaan tempatan. Permuafakatan antara sekolah dan komuniti memberikan banyak
manfaat untuk kemajuan sesebuah sekolah. Ini merupakan perhubungan yang penting dan
sebenarnya merupakan hubungan timbal balik. Hal ini adalah kerana komuniti memerlukan
sekolah untuk membantu membentuk masa depan anak-anak mereka manakala sekolah
memerlukan murid-murid untuk berfungsi sebagai satu sistem dalam pendidikan. Jadi, apabila
sekolah dan komuniti mempunyai hubungan yang baik, segala urusan sekolah sebenarnya
menjadi lebih baik. Pihak ibu bapa tidak kisah untuk menyumbangkan harta dan tenaga demi
keselesaan anak-anak mereka. Oleh hal yang demikian, apabila sekolah mempunyai dana
yang cukup, maka pihak sekolah dapat menyediakan kemudahan yang lebih baik untuk
menjaga kebajikan murid-murid. Sebagai contoh, saya akan memastikan konsep satu murid
satu meja, satu kerusi, satu buku teks, satu katil dan satu almari dapat dipenuhi. Selain itu,
23
sebagai guru, saya juga memahirkan diri dengan pengetahuan berkaitan aset, maka
mudahlah saya untuk mengakses segala aset yang ada di sekolah dan mengetahui di mana
letaknya setiap perabot.
Isu dan cabaran lain yang terpaksa saya hadapi ialah menguruskan kebajikan murid-
murid. Tanpa kita sedari, ramai murid yang menghadapi masalah kemiskinan. Sebagai warga
pendidik, kita mestilah prihatin dan peka dengan masalah yang mereka hadapi kerana tanpa
sedar masalah-masalah tersebut menyumbang kepada rendahnya prestasi akademik
mereka. Oleh itu, apabila masalah-masalah mereka dikenalpasti terutamanya masalah
kemiskinan, maka kita boleh mencari cara untuk mengumpul dana seperti melaporkan kepada
Pegawai Pendidikan Daerah (PPD), memohon dana zakat atau sumbangan orang ramai.
Seterusnya, memberikan bantuan yang sewajarnya kepada murid-murid yang kurang
berkemampuan.
Akhir sekali, cabaran yang perlu dihadapi ialah diri saya sendiri. Semakin meningkat
usia, semakin kita diuji dengan masalah kesihatan. Tenaga juga semakin berkurangan
berbanding sewaktu usia muda. Masalah kesihatan dan usia yang meningkat telah
membataskan keaktifan dalam kerja buat saya. Oleh itu, cara mengatasinya ialah dengan
menjaga kesihatan seperti mengambil ubat yang disarankan doktor, menjaga pemakanan,
melakukan senaman secara rutin dan pelbagai lagi gaya hidup sihat yang perlu saya amalkan.
SAYA SEORANG PEMIMPIN PENDIDIKAN
Sebagai pemimpin dalam pendidikan, terdapat lima (5) perancangan pembangunan
organisasi pendidikan yang ingin saya usahakan. Pertama, saya ingin mewujudkan suasana
beragama di sekolah. Masyarakat perlu mengetahui bahawa terdapat banyak masalah sosial
berpunca daripada kurangnya pengetahuan agama dalam diri akibat tidak mendapat didikan
agama yang sepatutnya. Agama menjadi tunjang kepada jati diri dan akhlak. Sebagai contoh,
setiap pagi, membuka rakaman ayat-ayat suci Al-Quran, mewujudkan organisasi Badan
Dakwah dan Kerohanian (BADAR) yang benar-benar menjalankan tugas, mengendalikan
usrah serta memperkasa peranan guru agama melalui Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)
dan kursus lain yang berkaitan.
Perancangan seterusnya ialah menjadikan sekolah sebagai lembah ilmu. Saya
tekankan di sini, kita mestilah menyeimbangkan antara ilmu dunia dan akhirat. Ilmu ialah
perkara yang sangat penting untuk menghadapi dunia yang mencabar. Allah SWT turut
berfirman dalam Surah Al-Mujadalah ayat ke-11, “Supaya Allah SWT meninggikan darjat
orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan
agama (daripada kalangan kamu) dengan beberapa darjat”. Berdasarkan firman Allah SWT
tersebut, ia jelas menunjukkan kepada kita bahawa betapa Islam menekankan kepentingan
ilmu sehingga wujudnya ganjaran yang dijanjikan Allah SWT di akhirat kelak serta kemuliaan
di dunia. Imam Syafie yang terkenal sebagai seorang yang sangat alim berkata bahawa
menuntut ilmu adalah lebih baik daripada melakukan amalan sunat (Mohd Faiz, 19 Julai
2017). Bukan itu sahaja, terdapat banyak hadis yang meriwayatkan tentang kepentingan ilmu.
Antara kelebihan menuntut ilmu adalah Allah akan memudahkan jalan kita ke syurga serta
memperoleh sakinah dan rahmat daripada Allah. Begitulah Allah memuliakan orang-orang
yang berilmu. Jadi, di tempat yang bernama sekolah inilah kita perlu mengutip sebanyak
mungkin ilmu pengetahuan. Oleh itu, saya merancang pelbagai program yang boleh
meningkatkan ilmu pengetahuan murid-murid seperti program membaca selama 10-20 minit
sebelum sesi pembelajaran bermula. Setiap murid perlu membawa atau meminjam buku
daripada perpustakaan bagi menjayakan program ini. Program ini bukan sahaja dapat
membantu murid menimba ilmu pengetahuan tetapi juga dapat memupuk minat membaca
mereka. Bak kata pepatah, membaca jambatan ilmu.
24
Selain itu, saya juga bercita-cita untuk menjadi pemimpin yang mendengar. Sebagai
seorang pemimpin, kita mestilah bersifat terbuka dan mengamalkan komunikasi berkesan
seperti mendengar pendapat orang lain. Hal ini bukanlah merugikan malah menguntungkan
pihak kita juga kerana pendapat dan idea orang lain dapat membantu kita mengusahakan
rancangan dengan lebih berjaya. Pemimpin yang tidak autokratik, gila kuasa dan hargai
pandangan orang lain akan lebih disenangi. Baginda Nabi Muhammad SAW ialah contoh
pendengar terbaik. Walaupun baginda mendapat wahyu daripada Allah SWT, tetapi baginda
tetap mendengar pendapat dan cadangan para sahabat. Sebagai contoh, kisah Abu Bakar
RA yang mencadangkan tawanan Badar dibebaskan setelah membayar tebusan. Rasulullah
SAW juga menerima cadangan Salman Al-Farisi RA untuk membina parit dalam peperangan
Khandak. Hasilnya, mereka memenangi peperangan tersebut. Maka, jelaslah bahawa
sebagai pemimpin, kita hendaklah bersifat terbuka dan merendahkan ego kita.
Seterusnya, saya ingin mengaplikasikan kerja secara berkumpulan dalam organisasi.
Ianya merujuk kepada pekerja yang bekerja dalam satu kumpulan yang sering bekerjasama
dan menjalankan tugas secara berganding bahu bagi mencapai matlamat pasukan. Sebuah
pasukan terdiri daripada gabungan sebilangan individu yang mempunyai kompetensi yang
saling bergantung iaitu dari segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengatahuan serta
mempunyai akauntabiliti dan komitmen terhadap prestasi pasukan serta bersedia
melaksanakan tugasan secara bersama (Mohd Sahril, 2020). Kepelbagaian kemahiran ini
apabila bergabung dapat membantu meningkatkan prestasi organisasi. Banyak kelebihannya
sekiranya bekerja dalam kumpulan untuk semua ahli yang terlibat. Bekerja dalam kumpulan
dapat memudahkan pengagihan dan pembahagian kerja, pengawalan dan pengurusan kerja,
pemprosesan kerja dan penyelesaian masalah.
Akhir sekali, saya juga berhasrat untuk mewujudkan komunikasi yang baik antara
murid di sekolah. Saya tidak gemar mendengar kata-kata kesat keluar daripada mulut
mereka. Ianya bukan sahaja merupakan amalan yang tidak baik malah turut dilarang dalam
Islam. Sebagai muslim, kita perlu sedar bahawa kita mestilah menahan serta menjaga lidah
dan anggota badan kita daripada menyakiti saudara muslim kita yang lain. Terdapat sebuah
hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Umar, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW
bersabda, “Seorang muslim itu adalah mereka yang membuatkan muslim yang lain selamat
daripada kejahatan lidah dan tangannya”. (JAKIM, 2018). Oleh itu, untuk mewujudkan
suasana dan keadaan yang harmoni di sekolah, saya perlu membuang dahulu tabiat
berkomunikasi secara negatif dalam kalangan murid-murid sekurang-kurangnya di kawasan
sekolah. Perkara ini boleh dilaksanakan dengan mengenakan denda yang tidak berat kepada
murid-murid sekiranya kedengaran mereka mengeluarkan kata-kata kesat supaya menjadi
pengajaran kepada mereka untuk tidak mengulanginya lagi. Bukan mengeluarkan kata-kata
kesat sahaja yang patut ditegah, tetapi sebarang bentuk komunikasi yang membawa kepada
dosa juga wajar dielakkan seperti mengumpat, mengata dan memaki. Selain itu, apabila
menegur, saya ingin menegur dengan berhikmah iaitu memberitahu kesalahan murid dengan
menerangkan peraturan sekolah. Jadi, sebelum mereka didenda atau dikenakan hukuman,
mereka perlu tahu kesalahan yang mereka lakukan.
RUMUSAN
Sebagai kesimpulannya, menjadi pemimpin bukanlah satu kebetulan tetapi merupakan takdir.
Sama ada secara sukarela atau paksa, kita mestilah menjalankan amanah yang diberi dengan
sebaiknya. Sudah tentu contoh yang terbaik yang layak dijadikan ikutan sepanjang zaman
ialah Nabi Muhammad SAW. Aspek agama dan nilai moral adalah teras kepada kepimpinan
untuk memacu kejayaan sesebuah organisasi. Ilmu dan pengalaman merupakan tunjang
kepada keberkesanan sebagai pemimpin organisasi. Tindakan berdasarkan ilmu dapat
memandu perjalanan organisasi di landasan betul manakala pengalaman pula dapat
membimbing pemimpin dalam membuat keputusan yang tepat dan adil. Pemimpin yang dapat
mempengaruhi orang bawahannya dengan “bekerja bersamanya tetapi bukan untuknya”
25
adalah pemimpin yang dihormati dan disegani. Seharusnya mereka sama-sama turun padang
melakukan apa sahaja tugasan bersama dan bukan hanya berdiri di atas memberi arahan
semata-mata. Jika ianya diamalkan, maka akan wujudlah suasana harmoni antara ketua dan
ahlinya dan tugas meneraju organisasi akan menjadi mudah dan berjalan lancar. Sebelum
membentuk murid, guru adalah yang pertama perlu dibentuk kerana mereka adalah frontliner
yang berperanan membentuk murid. Sekiranya guru tidak cuba membentuk diri sendiri
dengan menerapkan nilai murni dalam diri, tentu sekali sukar untuk menerapkannya dalam
diri anak-anak. Jika ini dapat dicapai, maka pemimpin tersebut adalah pemimpin yang menjadi
dambaan ummah.
RUJUKAN
Ahmad Shukri Yusof. (2015, 16 Oktober). Pilih pemimpin berilmu bukan ikut nasab. Berita
Harian Online. https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/bhplus-
old/2015/10/89301/pilih-pemimpin-berilmu-bukan-ikut-nasab-kekayaan
Sivamurugan Pandian. (2005). Abdullah Ahmad Badawi: jalan ke puncak. Utusan Publications
And Distributors Sdn.Bhd.
Burhanuddin Jalal. (2016, 27 November). 3 ciri utama perlu ada pada pemimpin. Berita Harian
Online. https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2016/11/217290/3-ciri-utama-
perlu-ada-pada-pemimpin
JAKIM. (2018, 16 Oktober). Koleksi mutiara hadith. Portal myHadith.
http://myhadith.islam.gov.my/index.php/bm/semua-mutiara-hadith/910-muslim-yang-
baik
Ieyna Azlina. (2014, 26 Mei). Al-Mawardi: Konsep kenegaraan dalam kitab Al-Ahkam Al-
sultaniyyah. Wordpress.com. https://ieyna2909.wordpress.com/2014/05/26/al-mawardi-
konsep-kenegaraan-dalam-kitab-al-ahkam-al-sultaniyyah/
Mohd Faiz. (2017, 19 Julai). Keilmuan Imam Syafie sinari Islam hingga kini. Berita Harian
Online. https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2017/07/303553/keilmuan-imam-
syafie-sinari-islam-hingga-kini
Mohd Sahril Sulaiman. (2020). Kebaikan dan keburukan kerja kumpulan dalam konteks status
quo organisasi kerja terkini. Universiti Malaysia Sabah.
Nik A. Rashid Ismail (1993). Kepemimpinan: ulasan teori dan kajiannya di Malaysia. Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Raja Roslan, Azizi & Mohd Salleh. (2010). Peranan komunikasi kepemimpinan organisasi
dan diri dalam perspektif Islam. Universiti Teknologi Malaysia.
Zafir Khan Mohamed Makhbul. (2020, 20 Mac). Bagaimana acuan begitulah kuihnya. Sinar
Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/72145/KOLUMNIS/Bagaimana-acuan-
begitulah-kuihnya
26
DERIA SEORANG PEMIMPIN
Azlina binti Aman
SMK Sultan Abdul Jalil, Kluang, Johor
PENGENALAN
Menghasilkan penulisan artikel untuk kali pertama memang amat mengujakan. Laksana anak
kecil yang baharu belajar menapak meskipun kerap terjatuh, tapi pasti teruja untuk terus
bangkit. Berpeluang mengikuti Program Kesarjanaan Pemimpin Sekolah Inisiatif #111 –
Penulisan Artikel merupakan peluang yang sangat bermakna.
Deria Seorang Pemimpin merupakan terjemahan saya terhadap tindakan pemimpin
sekolah yang mesti mengorientasikan semua deria miliknya dalam mengurus organisasi
secara cekap, berkualiti dan berkesan. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) deria
bermaksud alat perasa (pencium, pendengaran, penglihatan, sentuhan dan rasa), pemimpin
pula bermaksud orang yang memimpin.
Fungsi deria secara alami ialah mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, hidung
untuk menghidu, lidah untuk merasa dan tangan untuk sentuhan. Saya merasakan seorang
pemimpin perlu peka dengan deria miliknya. Melalui deria ini, banyak yang kita dapat pelajari
dan kita dapat fahami situasi dalam mengurus sekolah. Pemimpin perlu bertindak bijak kerana
deria yang digunakan secara pandangan mata kasar mungkin hanyalah ilusi semata-mata jika
terus diterjemah tanpa melihat yang lebih tersirat, usah tertipu dengan fungsi deria secara
alami kerana yang tersirat itulah sebenarnya realiti yang perlu pemimpin uruskan dan
selesaikan.
Perkara yang tidak boleh dinafikan ialah gerak hati atau dorongan hati yang perlu
pemimpin dengar dalam membuat tindakan atau membuat keputusan. Gerak hati dianggap
sebagai deria keenam, sukar diterjemah fungsinya namun sangat besar peranannya. Gerak
hati jelasnya ialah isyarat kebijaksanaan dan keikhlasan yang kerap memandu pemimpin
dalam mengambil tindakan.
Dalam artikel ini juga saya membuat perkaitan antara deria yang perlu difungsikan
dengan cekap sebagaimana tindakan pemimpin masa depan yang diharapkan. Segala
perancangan yang ingin dilaksanakan mesti bertunjang atas prinsip ciri kepimpinan yang
positif dan mengutamakan nilai kemanusiaan kerana kita berurusan dengan manusia.
Seterusnya saya akan berkongsi pengalaman sepanjang bergelar pemimpin pertengahan dan
cabaran yang dialami serta perancangan saya untuk membangunkan organisasi andai saya
berpeluang menerajui sekolah sebagai pengetua kelak.
27
PENGALAMAN LEPAS
Kerjaya sebagai seorang guru bermula pada Jun 1997. Perjalanan sebagai seorang pemimpin
pendidikan bermula dengan jawatan Ketua Panitia dan kini menjawat jawatan Penolong
Kanan Pentadbiran (PKP). Beberapa tahap kepimpinan pastinya memberi pengalaman dan
cabaran yang berbeza. Sebagaimana pemimpin yang lain, saya melalui perjalanan kerjaya
saya dengan sentiasa berlapang dada, bertanya kepada yang lebih berpengalaman dan
sentiasa menambahkan ilmu kepimpinan sebagai bekalan dari semasa ke semasa.
Saya telah menjawat jawatan sebagai ketua panitia mata pelajaran Geografi di SMK
Seri Intan pada tahun 2002 hingga 2007 dan seterusnya menjadi Guru Kanan Mata Pelajaran
(GKMP) dari tahun 2008 hingga 2017 di sekolah yang sama. Sebagai Middle Leader Team
(MLT) tugas utama saya ialah memimpin ketua panitia dalam mengurus kurikulum secara
cekap dan memastikan pencapaian akademik yang tinggi bagi setiap murid. Saya menyelaras
program kecemerlangan untuk memastikan sokongan pembelajaran berterusan diuruskan
secara sistematik. Saya juga menyediakan pelan tindakan dalam perancangan strategik
bidang saya dan memastikan semua ketua panitia dan guru melaksanakan pelan tindakan
yang ditetapkan untuk mencapai hala tuju sekolah. Manisnya, di sekolah ini saya telah
menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sebanyak tiga (3) kali.
Seterusnya, saya telah dilantik sebagai Senior Leader Team (SLT) pada tahun 2018.
Bermula dengan jawatan sebagai Penolong Kanan Petang di SMK Taman Kluang Barat. Ada
yang menggelarkan saya sebagai “pengetua petang“ terutama dalam kalangan murid dan ibu
bapa. Menjadi seorang Penolong Kanan Petang, saya perlu memimpin organisasi kecil dari
segi pengurusan sumber manusia. Dalam masa yang sama, perlu merancang dan
melaksanakan pembangunan kompetensi guru-guru sesi petang. Aspek kurikulum,
kokurikulum dan sahsiah murid juga perlu diurus secara berkualiti. Pengurusan kurikulum
mungkin tidak menjadi halangan kepada saya kerana pengalaman sebagai GKMP banyak
membantu. Saya membuat coaching dan mentoring kepada guru-guru saya terutama aspek
pemantapan dalam melaksanakan pembelajaran lebih bermakna dan menyeronokkan. Saya
juga memimpin guru-guru dengan mengadakan bengkel pengurusan Pentaksiran Bilik Darjah
(PBD) agar kefahaman yang betul dan jelas dapat dikuasai oleh guru-guru saya. Berbekalkan
pengalaman sebagai Jurulatih Utama, Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bagi
mata pelajaran Geografi, saya berusaha memimpin guru-guru untuk mendalami pengurusan
kerja buat mereka secara sistematik dan berkualiti. Pastinya manual kerja kepimpinan perlu
dirujuk sebagaimana aspek kualiti dalam semua standard yang termaktub dalam Standard
Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2). Kenangan manis ketika di SMK Taman
Kluang Barat ialah apabila saya berpeluang melaksanakan Amalan Terbaik Hal Ehwal Murid
bersama-sama PKP dan meraih naib johan di peringkat kebangsaan.
Setahun sahaja saya di SMK Taman Kluang Barat kerana mulai Januari 2019, saya
telah dipindahkan ke SMK Seri Perdana dengan jawatan yang sama. Cabaran di sekolah
baharu pasti ada, tambahan bilangan guru dan muridnya lebih ramai. Namun saya sudah
berbekalkan pengalaman memimpin selama setahun dengan jawatan yang sama, bak kata
pepatah “alah bisa tegal biasa“. Tugas memimpin aspek pengurusan sekolah berkualiti dan
kemenjadian murid tetap menjadi fokus utama kerana itulah matlamat akhir Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025 (PPPM). Pelaksanaan beberapa program
bagi mendorong pelibatan maksimum murid dalam usaha membangun pelbagai potensi dapat
dijalankan dengan sokongan daripada semua guru. Program seperti Permata Perdana,
Perdana Got Talent, sudut pidato dan Imam Muda, jelas memberi warna baharu dalam
keseronokan murid- murid menjalani suasana pembelajaran lebih bermakna. Meskipun
sebentar sahaja di sekolah ini, saya telah menerima APC untuk kali keempat.
Pada tarikh 15 September 2019, saya telah dilantik menjawat jawatan Penolong
Kanan Pentadbiran (PKP) di SMK Sultan Abdul Jalil, hingga kini. Sebuah sekolah yang telah
beroperasi pada tahun 1965, guru senior yang ramai dan murid mencecah ribuan orang, agak
28
mendebarkan juga pada awalnya. Tindakan pertama saya ialah mempelajari dan menguasai
aspek kepimpinan sebagai SLT, tambahan sebagai PKP skop tugas lebih luas. Bukan sahaja
memberi tumpuan kepimpinan dalam kurikulum namun aspek kepimpinan dalam pentadbiran
seperti kewangan, penyelenggaraan fizikal dan pengurusan sumber manusia juga ada
cabaran yang berbeza. Deria seperti lidah yang lazimnya dikaitkan dengan komunikasi, saya
gunakan sebaiknya dalam memimpin. Saya banyak bertanya kepada rakan PKP di sekolah
lain dan membaca manual kerja untuk meningkatkan pengetahuan pengurusan.Saya hadir
tatkala pengetua akan bersara, justeru saya segera menggerakkan warga sekolah untuk
majlis persaraan pengetua dan pelbagai majlis yang sering diadakan pada akhir tahun. Selain
mengurus aspek pentadbiran seperti permohonan anggaran belanja mengurus perjawatan,
menyelaras buku pengurusan sekolah tahun 2020 dan memastikan tugas-tugas akhir tahun
diselesaikan dengan baik. Saya gunakan sepenuhnya kepimpinan berteraskan komunikasi
berkesan dan mewujudkan hubungan baik dengan warga sekolah. Selain, sentiasa memberi
contoh terbaik dalam kepimpinan dengan mengamalkan ciri-ciri pemimpin yang berkesan dan
dihormati.
PEMIMPIN PENDIDIKAN YANG DIIDAMKAN
Menurut Burhanuddin (2016) seorang pemimpin perlu mempunyai personaliti yang mampu
mempengaruhi orang lain dan bersedia ditegur atau dikritik oleh orang lain. Mereka akan
sentiasa dipandang oleh masyarakat sekeliling sebagai seorang yang mempunyai nilai dan
diyakini. Justeru, seorang pemimpin masa depan perlu mempunyai ciri-ciri berkualiti untuk
diamalkan.
Ciri pertama, bijak. Pemimpin mesti menunjukkan kebijaksanaan yang diterjemah
melalui akal budi, bijak dalam mengurus dan berhati-hati dalam membuat keputusan.
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) bijak bermaksud (sangat) pandai, cerdik,
pintar, pandai bercakap, petah lidah. Pemimpin yang bijak akan mengutamakan kesan akibat
tindakan dan keputusan yang diambil terhadap organisasi. Dengan kebijaksanaan dan
keyakinan, pastinya pemimpin dapat membawa organisasinya bersama-sama melaksanakan
amanah selaras dengan hala tuju yang telah ditetapkan. Kebijaksanaan dan keyakinan ini
perlu juga ditonjolkan dalam tutur kata yang dilontarkan kepada warga sekolah, pemegang
taruh dan juga komuniti. Menurut Fouziah (2019) Rasulullah SAW bijak dan cepat membuat
keputusan berdasarkan sebahagian maklumat yang diperoleh. Justeru, kepimpinan
Rasulullah SAW ini adalah wajar dijadikan ikutan oleh semua pemimpin masa depan.
Ciri kedua ialah berintegriti. Pengetua dan Guru Besar (PGB) perlu menunjukkan
ketelusan dalam mengambil tindakan dan tidak mempunyai agenda tersendiri untuk
kepentingan diri (Azman, 2018). Merujuk Kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga (1994),
berintegriti didefinisikan sebagai mempunyai integriti (kejujuran dan keutuhan). Saya
berpendapat integriti merupakan tunjang utama dalam mengoperasikan sekolah. Pemimpin
yang berintegriti akan mampu membawa organisasinya ke arah kerja buat yang betul dan
berkesan. Pemimpin sekolah perlu menjadi contoh teladan kepada guru dan murid serta
warga sekolah yang lain. Bukan sebagaimana kata pepatah “ketam mengajar anaknya
berjalan betul“. Pemimpin yang tiada ciri kejujuran dalam mengurus organisasi menyebabkan
organisasi akan rosak, berlaku salah guna kuasa dan penyelewengan terutama aspek
kewangan. Pemimpin mesti berintegriti agar kualiti kerja berada pada tahap optimum. Nilai ini
perlu diterapkan dan perlu dihadam dalam melaksanakan tugas tanpa mengira apa juga
jawatan yang disandang dalam sesuatu organisasi, walau sekecil mana status kedudukan kita
pasti dipersoal akan amanah yang seharusnya dilaksanakan dengan penuh integriti.
Seterusnya, komunikasi yang berkesan, berdasarkan rujukan Kamus Dewan Edisi
Ketiga (1994) komunikasi bermaksud perhubungan (secara langsung atau dengan
perantaraan), berkesan pula bermaksud mendatangkan sesuatu pengaruh kepada pemikiran
29
(sikap, watak , dsb). Berdasarkan definisi tersebut, jelas bahawa komunikasi merupakan
elemen penting sebagai perantaraan antara pemimpin dengan warga organisasinya sama
ada secara lisan atau dari segi bahasa tubuh. Amir dan Ahmad Rozelan (2016) menyatakan
komunikasi berkesan mempunyai empat ciri iaitu kefahaman, keseronokan, menjaga
kepercayaan sasaran dan ada tindakan yang menyusul. Deria lidah yang lazim dikiaskan
dengan maksud pertuturan lisan menjadi aspek penting dalam diri seorang pemimpin dalam
menyampaikan hasrat yang diingini dalam organisasinya. Pemimpin yang diidamkan
pastinya, pemimpin yang mampu berkomunikasi dengan baik dan mudah difahami serta jelas
arahannya. Pemimpin perlu mengawal bicara komunikasinya, berkata yang benar sahaja dan
gunakan akal budi dalam berkomunikasi. Melalui komunikasi yang berkesan dan berkualiti,
pemimpin dapat mempengaruhi pemikiran ahli organisasi dan menjalin perhubungan positif.
Seterusnya dapat meningkatkan motivasi guru dan murid untuk mencapai matlamat yang
telah ditetapkan.
Ciri keempat ialah kebolehan memberi inspirasi, rujukan Kamus Dewan Bahasa Edisi
Ketiga (1994), memberi inspirasi membawa maksud memberi ilham. Dalam erti kata lain,
pemimpin itu mampu menjadi idola dan memotivasikan warga organisasinya. Pemimpin
seperti ini menjadi role model atau suri teladan yang boleh dicontohi oleh ahli dalam
organisasi. Peranannya sebagai pemimpin perlu dihayati dan difungsikan sebagaimana
peranan yang sewajarnya. Pemimpin juga perlu sentiasa bersemangat dan gigih membawa
ahlinya untuk mencapai matlamat yang sama. Ciri ini penting untuk memastikan semua ahli
organisasi dapat memberi kepercayaan terhadap kepimpinan kita dan seterusnya dapat
sederap dalam memastikan pengoperasian sekolah berjalan sebagaimana yang diharapkan.
Dalam pendidikan , ramai tokoh yang boleh memberi inspirasi kepada kita contohnya Profesor
Diraja Ungku Aziz bin Ungku Abdul Hamid, seorang tokoh akademik dan ekonomi. Usahanya
yang hebat dalam bidang pendidikan memang tidak dapat dinafikan lagi (Pengantar
Pendidikan J2.1. 2014). Beliau menubuhkan Pusat Asasi Sains di Universiti Malaya pada
tahun 1977 kerana sedar ramai pelajar bumiputera kurang peluang mengikuti jurusan sains.
Tokoh seperti ini mampu memberi inspirasi kepada pemimpin masa depan.
Ciri kelima pula ialah rendah hati atau “membumi“, pemimpin yang hebat mempunyai
hati emas iaitu sentiasa rendah hati dan tidak sombong. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi
Ketiga (1994), rendah hati bermaksud suka merendahkan diri, tidak angkuh (sombong,
bongkak), baik hatinya. Bekerja bersama-sama dalam satu pasukan dan elakkan daripada
mengasingkan diri kerana sikap demikian akan menebalkan ego diri kita. Pemimpin masa
depan perlu membimbing warga sekolah dengan rendah hati, down to earth untuk mencapai
matlamat dan hala tuju organisasi secara bersama kerana itu akan lebih bermakna dan
pemimpin begitu pasti lebih dihormati. Pemimpin yang rendah hati mampu mengakui
kesalahan diri dan meyakini bahawa kejayaan organisasi merupakan kejayaan bersama.
Sikap positif ini, jika diamalkan oleh semua pemimpin pasti organisasinya lebih cemerlang
dan potensi warganya dapat digilap secara maksimum selain mewujudkan persekitaran kerja
yang menyeronokkan. Tokoh jutawan negara iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor
AlBukhary, merupakan sosok tokoh yang jelas mempamer sikap rendah hati dan beliau kekal
cemerlang serta berjaya sehingga ke hari ini. Sikap beliau yang tidak berbangga diri dengan
kemewahan sebaliknya terus menyumbang terhadap pembangunan ekonomi dan sosial
negara wajar dijadikan contoh untuk menjadi pemimpin yang disegani.
Jelaslah kepada kita untuk menjadi pemimpin kita perlu mempunyai ciri-ciri positif
dalam kepimpinan. Namun, tugas memimpin organisasi pasti ada cabaran yang perlu
dihadapi. Jika kita lihat, junjungan besar Rasulullah SAW juga turut menghadapi cabaran
besar dalam kerja dakwah dan menyebarkan agama Islam. Harapan saya, ciri-ciri yang telah
saya katakan tadi , dapat saya implementasikan dalam kepimpinan saya kelak.
30
JALAN KE ARAH PEMIMPIN MASA DEPAN
Indahnya mendengar seorang yang bergelar pemimpin. Namun langkahnya berdepan banyak
cabaran, begitulah asam garam perjalanan seorang pemimpin pendidikan. Dalam hal ini, saya
turut berdepan dengan isu dan cabaran dalam langkah melaksanakan tugas sebagai
pemimpin pendidikan.
Dalam organisasi sekolah, pelbagai sumber manusia iaitu guru, anggota kumpulan
pelaksana (AKP), dan pekerja swasta perlu diuruskan dengan cekap. Isu pengurusan sumber
manusia ini merupakan cabaran getir kepada saya. Cabaran saya ialah kesukaran dalam
mengurus pelbagai kehendak dan ragam mereka. Dalam Standard 2 SKPMg2 aspek kualiti
2.1.1 Pengurusan Sumber Manusia perlu diurus secara sistematik dan terancang. Justeru,
setiap sumber manusia perlu jelas dengan peranannya. Menurut Ku (2018) pengurusan
sumber manusia melibatkan banyak proses. Sebagai permulaan, adalah penting untuk
menentukan bentuk dan jenis kerja yang dikehendaki daripada seorang staf baharu dan siapa
yang diperlukan untuk melaksanakan tanggungjawab atau mendukung kerja tersebut.
Cabaran saya ialah untuk memastikan sumber manusia di sekolah melaksanakan tugasnya
dengan cekap tanpa banyak alasan. Sumber manusia senior yang menunggu hari persaraan
sudah terlalu selesa dengan kaedah lama dan kurang berminat mempelajari ilmu baharu
untuk meningkatkan kualiti kerja. Prestasi sekolah akan terjejas sekiranya isu ini tidak diatasi
dan boleh menyebabkan berlakunya penyelewengan dalam melaksanakan tugas. Sebagai
langkah penambahbaikan, saya menyediakan manual panduan tugas yang jelas agar dapat
diikuti dan dijadikan panduan dalam melaksanakan tugas masing-masing. Seperkara yang
tidak boleh diabaikan ialah bimbingan dan latihan berterusan. Justeru, saya juga
mengadakan kursus dari semasa ke semasa mengikut keperluan sumber manusia untuk
meningkatkan kualiti kerja dan amalan profesionalisme sumber manusia di sekolah.
Isu seterusnya ialah cabaran mendepani perubahan yang berlaku dalam pendidikan.
Menurut Muhamad Ali dan Salleha (2020) perubahan yang pantas ini adalah disebabkan oleh
kecanggihan teknologi maklumat. Keadaan ini telah menyebabkan keadaan yang menggugat
peradaban manusia sehingga para sarjana menggunakan akronim VUCA iaitu Volatility,
Uncertainty, Complexity dan Ambiguity. Perubahan yang berlaku amat pantas dan perkara ini
menyebabkan ketidakstabilan terutama dalam aspek kurikulum. Langkah awal dalam aspek
pedagogi ,saya akan belajar dan menguasai pendekatan pedagogi abad ke-21. Saya tidak
boleh kekal pada penguasaan pedagogi lama yang mungkin kurang sesuai untuk
pembelajaran yang lebih berpusatkan murid. Cabarannya ialah kerana saya kurang mahir
bergerak pantas menguasai perubahan terutamannya dalam bidang Information and
Communication Technology (ICT). Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, pandemik
COVID-19 telah mengubah landskap pendidikan kita. Kelemahan penguasaan ICT yang
dialami oleh saya dan guru-guru telah menyebabkan prestasi PdP secara dalam talian melalui
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) kurang berkesan. Tambahan lagi, cabaran
menghadapi sikap guru-guru yang tidak mahu menerima perubahan kerana sekian lama
berada di zon selesa, jelas menjejaskan prestasi akademik di sekolah. Isu ini menyebabkan
pelibatan murid dalam PdPR rendah kerana guru-guru tidak mahir dengan kaedah baharu ini.
Penambahbaikan yang saya lakukan ialah menggerakkan unit ICT di sekolah saya untuk
mengadakan bengkel ICT kepada guru-guru. Belajar dan berkongsi kepakaran menghasilkan
bahan pembelajaran. Selain itu, guru-guru juga diajar untuk menggunakan pelbagai aplikasi
media sosial untuk melaksanakan PdPR seperti Google Meet, YouTube, Telegram dan
WhatsApp. Saya juga menggalakkan guru-guru untuk menambah pengetahuan tentang ICT
dengan mengikuti pembelajaran secara atas talian seperti sesi webinar anjuran IPG,
CikgooTube dan KPM.
Saya juga menghadapi cabaran dalam mengurus persekitaran organisasi terutama
mengurus penyelenggaraan fizikal sekolah. Isu ini menjadi cabaran kepada saya kerana
kesukaran mendapatkan dana yang besar bagi menampung kos penyelenggaraan fizikal
31
sekolah terutama jika sekolah telah lama beroperasi. Aspek kualiti 2.5 Iklim dalam SKPMg2,
Standard kualiti 2.5.1 Persekitaran fizikal diselenggara secara sistematik dan terancang serta
2.5.2 Suasana yang selesa dan harmoni diwujud dan dikekalkan secara sistematik dan
terancang. Saya perlu bijak mengurus peruntukan Lain-lain Perbelanjaan Berulang Tahun
(LPBT) untuk digunakan sebagai pengurusan penyelenggaraan. Jelasnya peruntukan LPBT
memang tidak mencukupi untuk menampung kos penyelenggaraan. Penambahbaikan yang
saya lakukan ialah mengadakan hubungan baik dengan Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG)
dan komuniti setempat untuk mendapatkan dana dan kebersamaan dalam menyelenggara
fizikal sekolah iaitu melalui aktiviti gotong-royong atau menggunakan kepakaran dalam
kalangan komuniti untuk melakukan baik pulih infrastruktur di sekolah. Dengan pelibatan PIBG
dan komuniti, saya dapat mengurangkan kos upah dan sebahagiannya menyumbang tenaga
tanpa bayaran. Saya juga mengadakan jalinan dan jaringan bersama agensi kerajaan dan
bukan kerajaan untuk mendapatkan sumbangan kewangan, kepakaran, jentera dan tenaga
kerja bagi mewujudkan persekitaran fizikal yang kondusif dan selamat untuk semua warga
sekolah.
Saya juga menghadapi cabaran untuk mewujudkan pasukan kerja yang kuat. Dalam
hal ini, saya mengalami kesukaran untuk mendapatkan sokongan daripada guru-guru secara
menyeluruh. Ada sebahagian guru hanya menyokong secara lisan tetapi tidak bersama dalam
tindakan. Tanpa sokongan pasukan kerja yang kuat, segala aktiviti peningkatan prestasi
sekolah tidak dapat dilakukan dengan berkesan. Pasukan kerja yang kuat adalah penting
untuk mengoperasikan sekolah secara berkualiti. Justeru, saya perlu bijak membina pasukan
sebagaimana yang disarankan oleh Model Lapan Langkah Perubahan oleh Kotter (1995),
iaitu dalam menerajui perubahan, mewujudkan pasukan yang kuat adalah penting ( IAB,
2021). Penambahbaikan yang saya lakukan ialah memperkasa SLT dan MLT kerana mereka
merupakan orang yang paling hampir dengan saya dan mereka juga mampu mempengaruhi
guru-guru di bawah bidangnya.Saya membuat penyusunan bidang tugas dengan jelas.
Melaksanakan program profesional seperti benchmarking ke sekolah cemerlang dan kursus
kepimpinan instruktional. Selain itu, saya juga melatih SLT dan MLT mengurus bidangnya
secara komprehensif dan mewujudkan kolaboratif dalam semua unit di sekolah dengan
menyediakan instrumen pemantauan bersepadu.
Tidak dinafikan pengoperasian sekolah perlukan sokongan pihak lain untuk
meningkatkan pencapaian prestasi dan aspek kemenjadian murid secara menyeluruh.
Namun, saya menghadapi cabaran untuk mendapatkan permufakatan pemegang taruh bagi
menyokong pembelajaran murid. Amat sukar untuk melibatkan pemegang taruh terutamanya
pemegang taruh luaran seperti agensi bukan kerajaan seperti bank, kolej swasta, dan syarikat
korporat dalam menyokong pembelajaran murid secara berterusan. Saya juga tiada kenalan
rapat dalam kalangan warga korporat. Saya maklum permuafakatan pemegang taruh sukar
diperoleh kerana mereka tidak nampak akan keuntungan yang diterima daripada
permufakatan strategik dengan pihak sekolah. Keadaan menang-menang perlu dicipta agar
kerjasama dapat dijalinkan. Untuk penambahbaikan, saya melakukan kajian terlebih dahulu
akan profail pemegang taruh yang dikenal pasti, tujuannya untuk mengenal pasti kehendak
dan minat pemegang taruh. Saya juga menyediakan polisi dan peraturan mesra pemegang
taruh untuk menggalakkan pelibatan yang menyeluruh. Seterusnya, saya juga akan mengenal
pasti dan menyelidik sumber dalaman seperti guru-guru dan AKP yang mempunyai hubungan
baik dengan pihak luar untuk membantu mewujudkan jalinan dan jaringan dengan pemegang
taruh untuk membangunkan sekolah.
SAYA SEORANG PEMIMPIN PENDIDIKAN
Saya sentiasa positif melalui garis masa yang ditentukan oleh Allah SWT sebagai pemimpin
pertengahan di sekolah. Jika tiba masa saya menjawat jawatan pengetua, saya akan
membangunkan organisasi pendidikan yang saya terajui dengan mengamalkan ciri-ciri
32
seorang pemimpin yang saya idamkan. Perancangan dan pembangunan yang akan saya
lakukan sudah tentu sebagaimana terjemahan fungsi deria dalam diri seorang pemimpin.
Jelasnya, kini kita telah berada pada Gelombang 3 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013–2025 (PPPM) yang menganjak ke arah kecemerlangan melalui peningkatan tadbir urus
kendiri.
Melihat akan cabaran pengurusan sumber manusia di sekolah yang perlu ditangani
dengan bijak, perancangan pertama saya ialah membangunkan kapasiti sumber manusia di
sekolah saya. Perancangan pembangunan sumber manusia akan dilakukan secara
komprehensif iaitu dilaksanakan secara menyeluruh meliputi semua aspek antaranya kualiti
kerja, peningkatan amalan profesionalisme, dan keseronokan bekerja. Guru, AKP, pekerja
pembersihan, pengawal keselamatan dan murid perlu dibangunkan potensi dan diperjelas
akan fungsi masing-masing dalam organisasi. Ciri seorang pemimpin yang bijak perlu
difahami dan diamalkan oleh saya sebagai peneraju sebuah organisasi. Pembangunan
sumber manusia dilaksanakan melalui proses Plan–Do–Check–Action (PDCA) sebagai
kitaran pembangunan secara komprehensif. Saya akan memastikan ahli organisasi
memahami pekeliling dan peraturan yang berkuatkuasa bagi mengelakkan pelanggaran etika
dan tatatertib perjawatan. Ciri pemimpin berintegriti perlu diamalkan selain perlu bijak
mengawal situasi. Memenuhi keperluan ini, saya akan melaksanakan kursus pembangunan
kompetensi kepada ahli organisasi dari semasa ke semasa. Menghidu keperluan sumber
manusia untuk mendapatkan latihan dan bimbingan secara berterusan saya akan
mengadakan Latihan Dalam perkhidmatan (LDP) kepada guru dan AKP seperti pengurusan
kewangan yang cekap. Kursus berkaitan tatacara perbelanjaan akan dilaksanakan kepada
semua Jawatankuasa Kewangan Sekolah (JKS) dengan bantuan jurulatih kewangan di
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan mengadakan kursus dengan kerjasama Institut
Tadbiran Awam Negara (INTAN). Pemantauan berkala daripada juruaudit dalaman juga
dilaksanakan. Saya akan pastikan Laporan Audit Sekolah sentiasa dalam tahap baik dan
cemerlang. Pengurusan aset juga menjadi fokus saya, saya akan memastikan aset diurus
dengan betul dan bersistem serta sentiasa dikemaskini.
Kompetensi guru juga akan dibangunkan melalui perkongsian kepakaran dan
kemahiran dalam amalan Professional Learning Communities (PLC). Selain itu, melalui sesi
coaching dan mentoring (CM) saya akan membimbing semua guru agar melaksanakan tugas
mengikut garis masa yang dirancang. Barisan SLT dan MLT juga akan diberi bimbingan
berterusan untuk menguruskan dan menyelia bidang masing-masing. Amalan pengupayaan
ini perlu dipraktikkan untuk mengurangkan birokrasi di sekolah. Pemantauan secara berkala
melalui professional walking dilakukan untuk proses meningkatkan bimbingan dan motivasi.
Pembangunan potensi dan bakat murid juga menjadi fokus utama dalam memastikan
kemenjadian murid dicapai secara holistik. Dalam Perancangan Strategik Sekolah (PSO)
saya akan menetapkan matlamat yang jelas . Semua unit iaitu kurikulum, kokurikulum dan hal
ehwal murid perlu bergerak secara berkolaboratif. Saya akan menggunakan alat PLC yang
penting iaitu Dialog Prestasi bagi memastikan aspek kemenjadian murid dilaksanakan secara
berkesan. Melalui Dialog Prestasi data-data driven yang ada di sekolah untuk menambah baik
prestasi sekolah boleh digunakan. Menurut Killian dan Bellamy (2000) memahami dan
menggunakan data prestasi sekolah dan murid adalah asas untuk menambah baik sekolah.
Melihat data penting untuk mengenal pasti punca masalah, mencari alternatif penyelesaian
masalah dan seterusnya melaksanakan langkah intervensi. Penetapan hala tuju dan ETR
sekolah mesti bersandarkan data prestasi, dan dianalisis secara tepat. Saya akan
mengadakan bengkel dan menjemput School Improvement Specialist Coach (SISC+) untuk
melatih dan membimbing MLT sekolah saya. Data prestasi murid seperti Pentaksiran Bilik
Darjah (PBD), pentaksiran pusat (SPM, STPM, MUET), PAJSK, Psikometrik dan SEGAK
perlu dilihat dan sentiasa dianalisis untuk penambahbaikan prestasi murid sekolah saya.
33
Mendepani perubahan yang berlaku dalam pendidikan, saya perlu membuat
perancangan yang jelas. Pembangunan pendigitalan pendidikan perlu dilaksanakan dengan
baik, tambahan banyak pengurusan di sekolah ketika ini dilakukan secara atas talian. Kaedah
pembelajaran juga turut merasai perubahan terutama apabila negara berdepan dengan
penularan wabak COVID-19. Selaras itu juga , penguasaan ICT turut menjadi fokus saya
sebagaimana anjakan ketujuh, PPPM iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti
pembelajaran di Malaysia. Saya sebagai pembimbing dan pendorong organisasi perlu mampu
menguasai ilmu tersebut agar mampu memberi bimbingan dan memberi inspirasi kepada
organisasi saya. Mendengar akan kepentingan ICT dalam pendidikan, maka perancangan
kedua saya ialah memperkasa kemahiran ICT. Penguasaan pendidikan norma baharu iaitu
PdPR perlu dipertingkat dari aspek kaedah dan bahan PdPR agar pembelajaran lebih
bermakna. Justeru saya akan menggerakkan unit ICT sekolah untuk menyediakan panduan,
latihan dan platform kepada guru, murid dan ibu bapa. Penggunaan pelantar Digital
Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) yang telah dibekalkan oleh kerajaan perlu
dimanfaatkan secara maksimum. Melalui PLC dan LDP, guru-guru akan dilatih menggunakan
Google Classroom, menggunakan Google Meet untuk kaedah PdPR dan menghasilkan
bahan bantu belajar (BBB) yang bersesuaian dengan situasi masa kini. Melalui Teacher’s
Voice , saya akan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan guru-guru saya dalam bidang
ICT. Saya akan menggunakan kepakaran dalaman iaitu guru-guru saya yang mahir ICT untuk
membantu rakan guru lain menguasai ICT. Langkah ini pastinya dapat merapatkan jurang
kepakaran dalam kalangan guru-guru saya. Murid-murid juga dibimbing untuk menguasai ICT
bagi meneruskan pembelajaran di rumah. Elemen yang paling penting, tiada murid tercicir
dalam pembelajaran sepanjang pandemik COVID-19 ini melanda negara, saya akan
berkongsi rasa tanggungjawab ini kepada semua guru agar lebih amanah dalam
tugasnya.Perubahan lain yang berlaku dalam dalam pendidikan contohnya Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), Dokumen Penjajaran Kurikulum (DPK) dan
Format Baharu SPM 2021 serta Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) juga
memerlukan tindakan segera dari sekolah. Justeru, untuk memastikan semua warga sekolah
memahami dan cepat mengambil tindakan mengadaptasi segala perubahan, saya akan
sentiasa membuat sesi taklimat dan peka akan keperluan latihan dan bimbingan untuk warga
sekolah. Selain itu, segala penataraan yang telah diperoleh perlu segera dikongsi melalui
pelbagai saluran komunikasi yang ada di sekolah.
Perancangan saya yang ketiga berfokus pada aspek persekitaran organisasi. Tema
pembangunan yang akan saya laksanakan ialah “Sekolahku Dihati, Sekolahku Berinformasi“.
Setiap sudut dan ruang pada bangunan akan dipenuhi dengan informasi pengetahuan.
Banner dan poster-poster pendidikan akan memenuhi persekitaran berinformasi di sekolah
saya. Saya juga akan menjadikan setiap bilik darjah di sekolah saya sebagai bilik showcase
subjek, di mana kelas tersebut akan dijadikan pusat informasi bagi subjek tertentu.
Peruntukan PCG panitia akan digunakan untuk menyediakan bahan-bahan pembelajaran.
Objektif utama tindakan saya ini ialah untuk menggalakkan murid-murid melaksanakan jelajah
pembelajaran secara kendiri. Justeru, murid dan guru serta warga sekolah boleh melihat dan
memperoleh maklumat di setiap sudut persekitaran sekolah dan bukan terhad di pusat sumber
sahaja. Penyelenggaraan fizikal juga sentiasa diambil perhatian agar infrastruktur sekolah
selamat dan kondusif serta memberi keselesaan kepada semua warga sekolah. Saya juga
akan mengambil langkah dengan berkongsi isu bersama komuniti dan pemegang taruh. Saya
menyediakan kertas kerja untuk diajukan kepada PIBG sekolah bagi menyuntik dana,
mengemukakan permohonan sumbangan daripada komuniti seperti Syarikat Ranhill Berhad,
Tenaga Nasional dan Jabatan Kerja Raya untuk membantu melaksanakan kerja-kerja
penyelenggaraan. Selain menyediakan laporan kepada PPD tentang kerosakan dan baik
pulih yang dipohon. Pelibatan semua warga perlu juga dimaksimumkan untuk aktiviti
keceriaan dan keselamatan organisasi bagi mewujudkan suasana kerja dan persekitaran
yang positif.
34
Untuk mewujudkan rasa kegembiraan dalam bekerja, sentuhan hati adalah penting.
Saya akan mewujudkan elemen kejutan untuk warga sekolah contohnya menyediakan hadiah
kecil sempena hari lahir mereka. Unit Bimbingan dan Kaunseling pula dekati murid secara
bersistem dan terancang untuk mengenal pasti masalah dalam pembelajaran mahupun
masalah dalam kehidupan. Kebajikan murid diutamakan, saya akan mencari dan mengumpul
dana sumbangan daripada warga sekolah dan komuniti serta agensi luar untuk membantu
murid yang kurang berkemampuan. Selain itu, dalam mendepani ibu bapa dan komuniti yang
semakin pintar, saya juga perlu memastikan penguasaan literasi undang-undang. Pengetua
mempunyai tanggungjawab melindungi dan menghormati hak setiap individu yang ada di
sekolah. Dokumen rasmi seperti Perlembagan Persekutuan, Kanun Prosedur Jenayah,
Perintah Am, Akta Kelakuan Tatatertib (1993) dan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) perlu
sentiasa dirujuk sebelum mengambil tindakan.
Kejayaan dalam pengurusan organisasi perlukan pasukan yang kuat. Saya perlu
melakukan usaha untuk mewujudkan pasukan kerja yang positf dan sentiasa menyokong
secara lisan dan juga tindakan. Aspek kemanusiaan wajar diletakkan pada tempatnya. Oleh
itu, perancangan keempat saya ialah melaksanakan pendekatan kemanusiaan dalam
memimpin sekolah saya. Saya juga akan mengamalkan ciri pemimpin yang rendah hati,
terbuka menerima pandangan dan mudah untuk didekati. Saya akan elakkan diri daripada
menjadi pemimpin autokratik di mana saya mengawal keputusan tanpa menerima pandangan
orang lain. Dalam membuat keputusan saya akan melibatkan semua pihak terutama barisan
SLT dan MLT di sekolah. Saya akan mengamalkan kaedah kepimpinan distributif iaitu
mengamalkan perkongsian dan mengagihkan kuasa dalam tindakan dan membuat keputusan
serta membawa bersama semua warga sekolah bertanggungjawab mengekalkan prestasi.
Mesyuarat dan taklimat merupakan ruang dan peluang semua pihak memberi dan
mengemukakan pandangan sebelum saya membuat pertimbangan paling wajar dengan
kebijaksanaan gerak hati dalam menyelesaikan masalah. Pasukan yang kuat juga datang
apabila semua unit di sekolah dapat berfungsi bersama secara kolaboratif. Budaya kerja yang
terpisah-pisah mengikut unit masing-masing perlu dielakkan. Kebersamaan dalam
memajukan sekolah perlu dilakukan bersama-sama oleh semua guru, AKP dan murid. Saya
akan membudayakan cara bekerja secara collaborative, participative and ownership (CPO).
Saya juga akan bertindak mengagihkan tugas dalam kalangan guru mengikut kemahiran dan
kepakarannya. Contohnya, guru yang lebih senior dilantik menjadi penyelaras sebagai
menghargai pengalamannya. Guru muda yang pakar dalam penguasaan teknologi maklumat
diletakkan dalam jawatankuasa yang sesuai dengan kepandaiannya. Dalam membentuk
pasukan, suara arahan dan bimbingan mestilah jelas.
Perancangan kelima saya pula ialah mewujudkan permufakatan daripada pemegang
taruh untuk terlibat dalam menyokong persekitaran pengajaran dan pembelajaran
bermakna.Saya akan gunakan sepenuhnya platform permufakatan strategik bersama PIBG
sekolah dan agensi luar untuk mereka mengetahui usaha penambahbaikan yang dilakukan
oleh pihak sekolah. Saya akan mempromosikan sekolah saya melalui pelbagai saluran
komunikasi. Membuat hubungan baik dengan pemegang taruh dalaman dan luaran.
Komunikasi yang berkesan akan saya gunakan sebaiknya selain mempamer sikap rendah
hati dan kesungguhan untuk meningkatkan prestasi sekolah. Saya akan kongsikan segala
pencapaian dan kejayaan yang diraih oleh warga sekolah. Platform media sosial seperti
Facebook, YouTube, dan Telegram pada masa kini sudah tidak asing lagi, maka saya akan
maksimumkan peluang dan ruang ini untuk mempromosikan sekolah saya. Untuk
memaksimumkan pelibatan mereka, saya juga akan membuat pendekatan outreach strategy
iaitu menyampaikan maklumat kepada pemegang taruh tentang usaha penambahbaikan yang
ingin sekolah laksanakan. Selain itu, saya menggunakan segala saluran dan media untuk
mewujudkan komunikasi antara sekolah dengan komuniti dan juga pemegang taruh.
Contohnya komunikasi melalui aplikasi WhatsApp, Telegram, dan YouTube. Tidak dinafikan,
organisasi sekolah perlu mempunyai jalinan dan jaringan dengan pemegang taruh untuk
meningkatkan kecemerlangan dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih
35
bermakna. Saya juga akan mewujudkan jalinan saling menguntungkan antara sekolah dan
agensi luar seperti kolej komuniti, bank, dan universiti untuk menyokong pembelajaran
berterusan murid-murid saya. Saya juga akan bekerjasama dengan institusi latihan seperti
Majlis Sukan Negara, IPG dan INTAN untuk meningkatkan kemahiran guru-guru, contohnya
membuat LDP bersama Majlis Sukan Negara untuk meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran kejurulatihan sukan. Selain itu, saya akan terus mewujudkan hubungan baik
bersama rakan strategik sepeti SIP+ dan rakan sejawat. Sentiasa berkongsi pengalaman
dalam amalan kepimpinan yang boleh dicontohi dan seterusnya diaplikasikan di sekolah.
Dalam kupasan panjang lebar tentang perancangan saya, sebagai seorang pemimpin
transformasi, saya juga perlu berfikiran strategik. Pemimpin yang berfikiran strategik akan
sentiasa mengintegrasikan tindakan dan perancangan selaras dengan jangkaan risiko yang
bakal dihadapi. Justeru, saya perlu lebih peka terhadap ancaman dalam organisasi saya.
Menurut Muhammad Ali dan Salleha (2020), pengurusan risiko boleh dianggap sebagai salah
satu strategi kepimpinan dalam membangunkan sekolah nyaman dan sejahtera. Oleh
itu,dalam merancang kerangka pemajuan sekolah, aspek penilaian risiko perlu diambil
perhatian. Saya akan menghidu ancaman secara bijak. Saya akan memimpin pasukan saya
untuk merancang pelan mitigasi atau pelan kontigensi dalam perancangan strategik sekolah
saya untuk menangani situasi luar jangka. Maka, saya akan mengaplikasikan alat-alat dalam
membuat keputusan seperti 5W1H, 5 Whys, dan analisis Strengths, Weaknesses,
Opportunities, Threats (SWOT) untuk membuat kajian isu secara menyeluruh. Saya akan
mengetuai pasukan saya untuk menggunakan alat-alat ini dengan mahir. Kursus dan bengkel
berkaitan akan saya laksanakan agar warga sekolah dapat gunakan alat-alat untuk mengenal
pasti masalah dan membuat keputusan dengan berkesan.
RUMUSAN
Jelas sekali, pemimpin pendidikan perlu bijak menyusun strategi untuk memacu
kecemerlangan sekolah. Saya juga berpendapat, seorang pemimpin pendidikan perlu
sentiasa peka akan perubahan di sekelilingnya. Pemimpin pendidikan perlu sentiasa positif
agar tindakan yang diambil tidak merosakkan hubungan harmoni dengan ahli organisasinya.
Pemimpin dan yang dipimpin umpama “aur dengan tebing“, saling melengkapi dan
menyokong antara satu sama lain. Pemimpin selalu diperhati oleh subordinat, walaupun
mengaplikasi pelbagai gaya kepimpinan, paling penting ialah kepimpinan melalui teladan, dan
situasi menang menang perlu ada. Pemimpin perlu juga sentiasa menghargai warga sekolah
dan dijadikan amalan dalam kepimpinan. Pemimpin perlu bijak dan panjang akalnya bukan
cepat bertindak tanpa akal budi. Memimpin bukan tugas mudah dan menjadi pengikut yang
baik juga bukan mudah. Pemimpin juga perlu cekap, berwibawa dan berkualiti untuk
menggerakkan organisasi. Matlamat akhir PPPM iaitu Sekolah Berkualiti dan Kemenjadian
Murid perlu diangkat oleh semua pemimpin.Dalam Anjakan Lima, Transformasi Sistem Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025 (PPPM) menyatakan kualiti PGB merupakan
faktor berasaskan sekolah yang kedua terpenting dalam menentukan keberhasilan murid.
Kepimpinan instruksional PGB dapat meningkatkan 20 peratus keberhasilan murid. Pemimpin
perlu jelas dengan fungsi dan peranannya. Deria yang ada difungsikan secara realiti dan
elakkan ilusi deria semata-mata. Justeru, sebelum saya berani memikul tanggungjawab
menjadi peneraju di sekolah, saya perlu persiapkan diri dengan ilmu, pengalaman dan latih
diri memiliki ciri-ciri pemimpin yang positif. Saya harus mampu memberi inspirasi dan
membawa semua warga sekolah merasa memiliki dalam kebersamaan mencipta kejayaan.
Semoga saya mampu mencapai KPI yang dihasratkan seterusnya berjaya menyahut cabaran
aspirasi Anjakan Kelima Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013–2025) dengan
jayanya.
36
RUJUKAN
Amir Anis & Ahmad Rozelan Yunus (2016). Komunikasi Berkesan.
https://www.researchgate.net/publication/308414649_KOMUNIKASI_BERKESAN
Azman Safii (2018) 10 Ciri Utama pemimpin Sekolah Abad ke-21 yang Berjaya.
http://www.jprisma.com/v1/index.php/penulisan/8-kepimpinan-dan-organisasi/55-10-
ciri-utama-pemimpin-sekolah-abad-ke-21-yang-berjaya
Azman Safii (2018). Jurnal Kepimpinan: Kepimpinan Teragih Dalam Amalan Kepimpinan di
Sekolah.
https://azmanss.blogspot.com/2018/10/kepimpinan-teragih-dalam-
amalan.html
Fouziah Amir. (2019, 18 Obtober).Contohi Kepimpinan Rasulullah SAW.
https://www.sinarharian.com.my/article/52727/LIFESTYLE/Sinar-Islam/Contohi-
kepimpinan-Rasulullah-SAW
Institut Aminuddin Baki. (2021). Modul 3 Menerajui Perubahan Program Rintis eNPQEL, (Nota
Kuliah) Bandar Enstek Nilai.
Kamus Dewan (Edisi Ketiga). (1994). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ku Ai Fung (2018). Kepimpinan Sekolah Dalam Pengurusan Sumber Manusia : Cabaran
Kepada Guru Besar.
http://www.ipgktb.edu.my/iconfed/compilation_of_paper_iconfed2018_volum2/Compil
ation%20of%20Paper%20IConFEd2018_S2/BM/TEMA%20C/C10_Kepimpinan%20
Sekolah%20Dalam%20Pengurusan%20Sumber%20Manusia.pdf
Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (September 2012)
Md Said Md Daimon (2019) Ringkasan SKPMg2 : Alat Pengurusan Sekolah. Koperasi
Pendidikan Daerah Batu Pahat. Johor.
Muhamad Ali Harun dan Salleha Abd Kahar (2020). Cabaran Pemimpin Sekolah Dalam Era
V.U.C.A dan Strategi Mendepani Obligasi Undang-undang.Firdaus Press Publications.
Selangor
Pengantar Pendidikan J2.1.(2014, Mei)Tokoh Pendidik di Malaysia
http://pkdeafipik.blogspot.com/2014/01/tokoh-pendidik-di-malaysia.html
Burhanuddin Jalal.(2016, 27 November).3 Ciri Utama Perlu Ada Pada Pemimpin. Berita
Harian Online.
Roshan Thiran (2019) Kepentingan Sikap Rendah Hati dalam Kepimpinan.
https://www.utusanborneo.com.my/2019/11/11/kepentingan-sikap-rendah-hati-
dalam-kepimpinan
37
MELANGKAH LAGI
Juwin binti Salim
SK Seri Lalang, Kluang, Johor
PENGENALAN
Setelah menamatkan pengajian di Universiti Putra Malaysia pada tahun 2003, saya anak
kelahiran Terengganu telah memulakan kerjaya dalam bidang perguruan pada tahun 2008.
Bidang perguruan bukanlah impian saya suatu ketika dahulu. Namun, bak kata pepatah rezeki
tidak pernah salah alamat. Selepas menamatkan pengajian secara Kursus Perguruan
Lepasan Ijazah (KPLI) di Institut Perguruan Tun Hussein Onn (IPTHO) Batu Pahat, Johor,
saya terus mula berkhidmat di sekolah pertama iaitu di Sekolah Kebangsaan Kampung
Melayu Niyor, Kluang, Johor.
Saya memilih tajuk Melangkah Lagi, sempena dengan tawaran Kursus Program
Kesarjanaan Pemimpin Sekolah Inisiatif #111. Saya berpendapat kursus ini adalah nilai
tambah yang sangat berguna untuk terus mengorak langkah ke peringkat yang lebih tinggi
dalam bidang kerjaya.
Melangkah bermaksud menggerakkan langkah ke hadapan (Kamus Dewan Edisi
Keempat, 2007). Bermula dengan lantikan guru akademik biasa, saya terus mengorak
langkah demi langkah ke peringkat yang lebih tinggi. Pelbagai cabaran dan rintangan yang
saya lalui sepanjang perkhidmatan dapat diatasi walau ada ketikanya, saya hampir berputus
asa. Satu rasa kepuasan apabila sesuatu cabaran yang sukar dapat diatasi dengan jayanya
dan ini menjadikan saya seorang yang berfikiran positif dan dapat menyuntik semangat untuk
terus melangkah maju ke hadapan.
Pemimpin masa depan pasti perlu sentiasa mengumpul dan menimba ilmu kepimpinan
agar sentiasa mampu membawa organisasinya ke arah pencapaian yang tinggi dan berkualiti.
Melangkah Lagi perlu sentiasa diamalkan kerana sikap ke hadapan tanpa menoleh ke
belakang dalam menerajui organisasi memerlukan sifat berani dan mampu menghadapi
risiko. Dalam artikel ini saya akan mengupas dengan lebih lanjut ciri-ciri pemimpin, cabaran
dan perancangan yang akan saya laksanakan pada masa akan datang sebagai pemimpin
sekolah.
PENGALAMAN LEPAS
Bermula tahun 2008, saya telah dilantik sebagai guru disiplin, guru data dan pada masa yang
sama memegang jawatan sebagai guru kelas. Tiga (3) jawatan penting yang saya pegang
serentak pada awal perkhidmatan membuatkan saya perlu cepat belajar dan bertindak.
38
Sebagai guru kelas, saya perlu memastikan kelas dalam keadaan sentiasa bersih,
ceria dan selesa untuk murid-murid belajar. Saya juga perlu sentiasa berhubung dengan ibu
bapa murid. Segala permasalahan murid-murid, saya perlu sentiasa peka dan cuba
membantu mereka. Dari situ, saya membina hubungan baik dengan ibu bapa. Hasilnya, ibu
bapa banyak membantu dan memudahkan urusan saya sebagai guru kelas.
Sebagai guru data pula, saya perlu sentiasa cekap dan memastikan data-data
dikemas kini mengikut masa yang telah ditetapkan. Saya juga perlu memastikan kesahan dan
ketepatan data sentiasa tepat dan tidak berlaku ralat semasa verifikasi data dijalankan oleh
pihak atasan. Sebagai guru data juga, saya perlu menjaga kerahsiaan data semua guru di
sekolah kerana semua data peribadi guru dan kakitangan adalah di bawah simpanan saya.
Saya memegang jawatan sebagai guru data bermula 2008 hinggalah pada tahun 2018.
Pada tahun 2017, selepas hampir 10 tahun memegang jawatan guru disiplin, pihak
pentadbiran sekolah telah memutuskan untuk menyertai Simposium Hal Ehwal Murid
peringkat Negeri Johor. Dalam pertandingan tersebut, sekolah saya telah dinobatkan sebagai
johan sekolah rendah dalam Kategori Amalan Baik Disiplin. Ketika itu, saya telah
diamanahkan dan dipertanggungjawabkan untuk menjalankan tugas sebagai pembentang.
Kami meneruskan perjuangan sehingga ke peringkat Kebangsaan, pasukan kami berjaya
mendapat Anugerah Emas bagi Kategori Dokumentasi Amalan Baik Disiplin Sekolah Rendah.
Pada tahun 2018, saya telah mendapat penghargaan daripada pihak sekolah dan Pejabat
Pendidikan Daerah Kluang apabila dipilih untuk menerima Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang dan Anugerah Inovasi Disiplin Peringkat Daerah Kluang 2017.
Tahun 2018, saya mengorak langkah, apabila diberi amanat untuk menggalas
tanggungjawab sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum secara lantikan dalaman di
sekolah ini. Pelbagai program saya rancangkan untuk tahun 2019 supaya kokurikulum dan
kemenjadian murid di sekolah ini cemerlang. Pada hujung tahun 2018, murid dari SK
Kampung Melayu Niyor berjaya menempatkan diri dalam penyertaan kokurikulum di peringkat
kebangsaan dan juga negeri. Pada 26 Februari 2019, saya telah dilantik sebagai Guru
Penolong Kanan Kokurikulum secara hakiki dan ditempatkan di SK Seri Lalang, Kluang
sehingga kini.
PEMIMPIN PENDIDIKAN YANG DIIDAMKAN
Istilah kepimpinan didefinisikan dengan pelbagai cara oleh para pengkaji ilmu kepimpinan.
Bagi Mohd Yatim (2006) dan Bush (2008), kepimpinan adalah penentu kepada hala tuju
organisasi. Pemimpin berperanan sebagai pembimbing dan penggerak kepada stafnya bagi
mencapai matlamat organisasi. Menurut Male (2006), pemimpin perlu mempunyai kemahiran
dan keperibadian yang berkualiti di samping pengetahuan dalam bidangnya untuk
melaksanakan tugas secara efektif. Kepimpinan juga bermaksud pemimpin mempunyai
autoriti untuk mengarah anggota kumpulannya. Menurut Yahya (2005), kepimpinan boleh
didefinisikan dalam pendidikan sebagai keupayaan untuk mempengaruhi, memotivasikan,
mengubah sikap dan tingkah laku subordinat seperti guru, staf dan pelajar supaya
melaksanakan aktiviti atau program yang telah ditetapkan bagi mencapai matlamat sekolah.
Menurut Moejiono (2002) pula, kebanyakan definisi kepimpinan menggambarkan
proses mempengaruhi antara pemimpin dan berusaha mempengaruhi pengikutnya untuk
mencapai matlamat yang dikehendaki. Secara keseluruhan, kepimpinan akan melibatkan
pengaruh, komunikasi dan matlamat. Kepimpinan merupakan aktiviti yang dilakukan untuk
mempengaruhi dan dapat menggerakkan manusia untuk bekerja ke arah mencapai matlamat
melalui pembinaan hubungan dalaman serta memecahkan tradisi demi mencapai objektif
organisasi (Van Schalkwyk, 2011).
39
Kejayaan dalam sistem pendidikan sesebuah negara dikaitkan dengan
kecemerlangan kepimpinan di sesebuah institusi pengajian bermula dari peringkat rendah
hingga ke peringkat yang lebih tinggi (Kontrowitz & Wingert, 2000). Seorang pemimpin yang
cekap dalam mengurus, melaksanakan tugas yang diamanahkan, boleh mengawal
organisasi, menganalisis perubahan yang berlaku dalam organisasi yang dipimpin dan
merancang adalah seorang pemimpin yang amat diperlukan dalam memastikan
kecemerlangan sesebuah organisasi yang ditadbir (Ab. Azizi, 2000).
Menurut Ishak (2005), kejayaan pemimpin sekolah untuk memacu keberkesanan
sesebuah sekolah sering kali dihubungkaitkan dengan kualiti kepimpinan sekolah dan antara
ciri penting pemimpin sekolah dalam menjana kecemerlangan sekolah adalah sanggup
berkorban untuk kepentingan organisasi, kreatif dalam kepimpinan, berinovasi, serta mahir
berkomunikasi. Berdasarkan kajian, terdapat pelbagai teori kepimpinan yang telah diamalkan
oleh para pemimpin. Selari dengan peredaran zaman, corak kepimpinan juga berubah, namun
masih terdapat teori kepimpinan tradisional yang masih diamalkan oleh para pemimpin zaman
ini mengikut kesesuaian. Kajian Newmann dan Simmons (2000) menyatakan bahawa
pelbagai tanggungjawab dipikul oleh pemimpin pendidikan di sekolah dan ia semakin
bertambah, namun mereka sepatutnya tidak lagi berfikiran secara tradisi iaitu semua
tanggungjawab hanya dipikul oleh pemimpin seorang diri sahaja.
DDiimmeensnisi Pemimpin Subordinat
Pengaruh yang ideal • Menjadi teladan • Patuh dan taat
/ karismatik • Mempunyai visi dan misi • Mengagumi dan
• Berani menghadapi risiko
menyanjungi pemimpin
Rangsangan Intelek • Mampu mengembang daya fikir dan • Inovatif
paradigm. • Paradigma berubah
• Berfikir di luar kotak
• Kritis dan menggalakkan pembaharuan • Boleh menyahut cabaran
status quo
Motivasi Berinspirasi • Menaikkan semangat juang • Percaya kepada
• Tingkah laku yang memotivasikan kebolehan sendiri
Pertimbangan
Individu subordinat • Komitmen tinggi
• Memberi sokongan moral
• Menjadi mentor • Rasa dihargai
• Rasa diperlukan
• Sanggup memberi perhatian secara
individu
• Sedia membantu subordinat
memperbaiki diri
• Memberi nasihat apabila diperlukan
• Iklim organisasi yang kondusif
• Peningkatan moral paradigma subordinat memperbaiki diri
• Kerjasama dan komitmen kerja yang tinggi
• Budaya kerja berpasukan
Rajah 1: Kerangka Teori Kepimpinan Transformasional Burns (1978) dan Bass (1985)
40
Sebagai panduan untuk memimpin, saya memilih teori kepimpinan transformasi. Hal
ini demikian kerana, kepimpinan transformasional mampu mengenali keperluan pengikut
untuk berubah, mencipta wawasan, membimbing perubahan dan melaksanakan perubahan
dengan berimpak (Bass,1985). Sebagai seorang pemimpin, saya harus mempunyai beberapa
ciri dalam diri saya selari dengan teori kepimpinan yang saya pilih. Antara lima (5) ciri yang
saya pilih adalah:
a. Berwawasan ke Hadapan
Sebagai pemimpin, saya harus mempunyai wawasan untuk membawa organisasi saya ke
hadapan. Saya harus mempunyai matlamat, menyusun strategi yang jelas dan kemas untuk
mencapai objektif visi dan misi yang ditetapkan di peringkat organisasi dan pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia. Saya sendiri perlu menunjukkan contoh yang positif seperti datang lebih
awal ke sekolah, melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang mampu menarik minat
murid. Setiap objektif yang ingin dicapai perlu dijelaskan melalui pelan strategik organisasi
dan sebagai pemimpin, saya perlu memastikan pelan strategik yang dibuat oleh pihak guru-
guru berupaya mencapai objektif sasaran organisasi.
b. Agen Kejayaan
Saya perlu sentiasa berusaha untuk mencipta kejayaan. Saya harus berani mengubah
landskap organisasi sedia ada kepada era perubahan untuk mencipta kejayaan dan
kegemilangan dalam organisasi yang saya terajui. Sebagai pemimpin, saya perlu sentiasa
mencari peluang mencipta kejayaan agar dapat menjadi teladan kepada kakitangan dalam
organisasi itu. Saya perlu sentiasa menunjukkan prestasi kerja yang tinggi. Saya juga perlu
menjadi penggerak kepada guru-guru untuk mencuba pelbagai bidang inovasi untuk mencipta
kejayaan organisasi.
c. Minda yang Kreatif dan Inovatif
Saya harus mempunyai minda yang kreatif dan inovatif. Saya harus menunjukkan contoh
sikap berpandangan jauh dan sentiasa ingin meneroka ilmu baharu. Saya perlu memberi
rangsangan dan galakan kepada kakitangan di samping berusaha mewujudkan budaya
organisasi kreatif. Apabila sesebuah organisasi itu mempunyai kakitangan yang sentiasa aktif,
kreatif dan inovatif, secara tidak langsung akan mewujudkan budaya bekerja yang ceria dan
segar.
d. Kemampuan untuk Mendengar
Sesebuah organisasi akan wujud pelbagai isu dan ketidakpuasan hati sesama kakitangan.
Sebagai pemimpin, saya harus mengamalkan dasar terbuka dan tidak berpihak kepada satu
pihak sahaja. Perbincangan secara damai tanpa menuding kesalahan kepada mana-mana
pihak boleh mewujudkan budaya bekerja yang selesa. Di samping itu, saya juga perlu
bersikap terbuka dan bersedia menerima teguran, pendapat atau pandangan daripada pihak
kakitangan bawahan. Apabila kesanggupan ini wujud dalam kalangan pemimpin, setiap isu
atau masalah boleh diselesaikan secara lebih berkesan dan efektif. Jurang antara pemimpin
dan kakitangan bawahan perlu dirapatkan agar dapat membentuk satu pasukan yang boleh
bekerjasama dengan baik.
e. Keterbukaan Minda
Saya harus membentuk satu pasukan yang kuat dan berani. Saya perlu membangunkan
struktur dan menggalakkan penglibatan kakitangan dalam proses membuat keputusan di
mana saya harus mengambil kira semua pendapat kakitangan untuk mencapai kejayaan
dalam sesuatu perkara. Saya perlu menyokong tanpa menyekat peluang yang diperoleh
41
kakitangan bawahan untuk mereka sentiasa meningkatkan kualiti diri. Kakitangan bawahan
akan lebih rasa dihargai apabila pihak pemimpin turut melibatkan mereka dalam proses
membuat keputusan. Proses ini akan mewujudkan budaya kerja yang lebih terbuka dan
berkesan.
Berwawasan ke hadapan
Agen kejayaan Ciri-ciri Minda yang kreatif dan
Keterbukaan minda Kepimpinan inovatif
Kemampuan untuk
mendengar
Rajah 2: Peta Bulatan
JALAN KE ARAH PEMIMPIN MASA DEPAN
Dunia pendidikan amat kompleks dan holistik. Pelbagai perkembangan telah berlaku sejak
berkurun lamanya. Pelbagai pembaharuan dan inovasi juga sudah dilakukan sejak dahulu
hingga kini. Pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi oleh seorang pemimpin. Antara isu dan
cabaran yang dihadapi adalah:
a. Kekurangan Ilmu Kepimpinan dan Pengurusan Organisasi
Apabila dilantik sebagai Guru Penolong Kanan, cabaran utama adalah cara untuk memimpin
dan menerajui unit yang dipegang. Penempatan di sekolah yang lebih besar, jumlah guru dan
murid juga bertambah. Corak kepimpinan juga perlu berubah dan lebih efisien. Cabaran
bermula apabila segelintir guru tidak memberi kerjasama yang baik di awal penempatan
sebagai Guru Penolong Kanan. Kelemahan berkomunikasi dan pengalaman yang masih pada
peringkat setahun jagung menjadi satu cabaran.
b. Pandemik COVID-19
Dalam konteks hari ini, bahaya pandemik COVID-19 ini telah membawa kepada Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) yang kita lalui buat pertama kalinya dalam sejarah iaitu pada Mac
2020 dan menyebabkan sesi persekolahan secara bersemuka tidak lagi dapat diadakan. Sesi
pembelajaran dari rumah secara dalam talian telah diperkenalkan apabila sesi persekolahan
bersemuka tidak dapat dijalankan. Bermula sejak itu, kemelut mula timbul. Mentaliti murid, ibu
bapa dan guru mula menunjukkan ketidaksefahaman. Pelbagai masalah dan dugaan
melanda. Ketiadaan peranti dan jaringan internet yang sempurna di kawasan luar bandar
menjadi isu utama. Selain itu juga, persekitaran hidup murid yang kurang kondusif dan
42