The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syaaban69, 2022-10-23 18:57:08

BUKU BICARA PEMIMPIN

BUKU BICARA PEMIMPIN

penguasaan guru terhadap pedagogi digital menjadikan sesi pembelajaran itu kurang menarik
dan tahap keberkesanan penyampaian pengajaran dan pembelajaran kurang
memberangsangkan. Sebagai pemimpin, isu ini menjadi isu yang perlu diatasi sebaiknya.

c. Pertembungan Dua Generasi
Sebagai pemimpin di sekolah, pertembungan dua generasi iaitu golongan senior dan
golongan muda sering mewujudkan percanggahan idea dan pendapat. Apabila berlakunya
krisis yang memerlukan pemimpin membuat keputusan yang efektif, jurang antara generasi
lama dan baharu akan wujud dan akan membuatkan sesuatu isu itu sukar diatasi. Sebagai
seorang pemimpin muda, saya juga berhadapan dengan cabaran apabila guru-guru senior
sering memandang rendah kepada keupayaan pemimpin yang lebih muda dan kurang
berpengalaman. Selain itu, terdapat segelintir guru-guru senior juga kurang menguasai
kemahiran Komunikasi dan Teknologi Maklumat. Alasan itu seringkali dijadikan alasan untuk
mereka kurang melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti.

d. Budaya Zon Selesa

Pemimpin di setiap sekolah datang dan pergi. Manakala, guru-guru jarang sekali ditukarkan
ke sekolah lain kecuali guru itu sendiri yang memohon pertukaran. Guru yang melebihi
sepuluh tahun di sekolah yang sama selalunya berada di zon selesa. Sebagai pemimpin,
berhadapan dengan guru yang berada di zon selesa agak mencabar apabila guru-guru sukar
untuk membuat perubahan baharu. Guru-guru sentiasa akan membuat perbandingan antara
pemimpin sedia ada dengan pemimpin yang lama. Setiap tugas yang dibuat akan dijadikan
perbandingan dan itu akan mewujudkan budaya kerja yang kurang efisien.

e. Kesediaan Barisan Pemimpin, Guru, Murid dan Ibu Bapa

Untuk mencapai visi dan misi sekolah iaitu meningkatkan kemenjadian murid, semua pihak
perlu bekerjasama dengan baik. Selari dengan isu pandemik COVID-19, banyak aktiviti
secara bersemuka telah ditangguhkan. Sedikit sebanyak, penglibatan murid dalam bidang
kokurikulum menunjukkan trend yang menurun. Ada pihak-pihak tertentu telah mewujudkan
pertandingan secara online untuk memastikan kemenjadian murid tidak tersekat akibat
pandemik COVID-19. Namun begitu, cabaran mula wujud apabila guru-guru kurang bersedia
untuk melatih murid secara dalam talian. Apabila tiada sesi pembelajaran secara bersemuka,
komitmen guru terhadap aktiviti kokurikulum didapati menurun. Hal ini demikian kerana,
terdapat segelintir ibu bapa yang kurang memberi kerjasama yang baik kepada guru-guru
berkenaan.

Cadangan Penambahbaikan

Sebagai barisan pemimpin baharu, skop bidang tugas yang digalas sangat berbeza dengan
tugas sebagai guru biasa. Kursus pendedahan tentang bidang tugas sangatlah membantu
sekiranya ditawarkan kepada barisan pemimpin baharu. Hal ini demikian kerana, situasi
sebenar yang berlaku adalah, barisan pemimpin baharu hanya belajar secara tidak formal
tentang tanggungjawab dan bagaimana hendak memimpin kumpulan yang diterajui. Hal ini
menyebabkan berlaku kelemahan dalam kepimpinannya.

Isu pandemik COVID-19 bukan lagi isu semusim. Semua pihak seharusnya membuka
mata dan mula menerima cara pembelajaran mengikut norma baharu. Pemimpin, guru, murid
dan ibu bapa perlu membuka mata tentang masalah peranti atau sebagainya. Kita seharusnya
mengejar kemajuan teknologi kerana cara pembelajaran alaf baharu bukan sahaja menjadi
keperluan untuk mengejar teknologi semasa tetapi ia sudahpun menjadi teras pendidikan
mengikut norma baharu. Semua pihak harus bersedia. Guru-guru perlu meningkatkan kualiti
secara kendiri untuk menghasilkan pembelajaran yang menarik dan berkesan. Pihak
pemimpin sekolah pula, perlu memastikan semua murid dapat mengikuti pembelajaran tanpa

43

ada murid yang tercicir akibat masalah peranti ataupun talian Internet. Bagi ibu bapa pula,
seharusnya sudah mula menyediakan keperluan peranti memandangkan isu pandemik
COVID -19 ini sudahpun memasuki tahun kedua dan belum menunjukkan tanda-tanda akan
berakhir.

Bagi isu pertembungan dua generasi, seharusnya pihak sekolah sedia maklum
tentang kekurangan yang dihadapi. Pihak sekolah seharusnya lebih proaktif menyediakan
latihan secara dalaman untuk memenuhi keperluan guru menguasai bidang Komunikasi dan
Teknologi Maklumat. Pelbagai cara dan latihan boleh diadakan untuk memantapkan
penguasaan guru senior dalam bidang Komunikasi dan Teknologi Maklumat yang akan
digunakan semasa sesi pembelajaran dari rumah.

Pihak pemimpin sekolah juga boleh mengenal pasti guru-guru yang telah berkhidmat
lebih lima belas tahun di sekolah tersebut. Apabila terlalu lama seseorang guru itu berada di
sekolah yang sama, pasti prestasinya juga akan menjadi mendatar ataupun menurun apabila
tiada perubahan yang dilakukan. Segelinitir guru juga seakan mengabaikan perubahan-
perubahan dalam proses pembelajaran apabila mereka masih mengamalkan cara kebiasaan.
Dengan adanya pertukaran ke sekolah lain, guru-guru ini akan keluar dari zon selesa mereka
kerana perlu menyesuaikan dengan budaya dan gaya kepimpinan baharu.

Peranan kaunselor dan barisan pemimpin sekolah sangat penting untuk memberi input
dan pengetahuan tentang amalan pembelajaran norma baharu. Hal ini demikian kerana,
walaupun isu pandemik COVID-19 sudahpun memasuki tahun kedua, masih terdapat
segilintir ibu bapa dan murid menganggap situasi itu hanya sementara dan mereka hanya
bersikap acuh tidak acuh terhadap sesi pembelajaran dari rumah. Hal ini mengakibatkan
potensi murid tahap satu tidak menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira
sangat tinggi. Jadi, seharusnya pihak pemimpin sekolah dan kaunselor membuat pelbagai
program ataupun hebahan untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa agar mereka juga turut
mengambil bahagian dan mengambil berat tentang kesan-kesan kepada anak-anak mereka
sekiranya mereka mengabaikan atau tidak mementingkan pembelajaran di rumah.

SAYA SEORANG PEMIMPIN PENDIDIKAN

Sekiranya saya menjadi seorang guru besar, saya akan memimpin sekolah yang saya terajui
dengan melaksanakan beberapa pembangunan.

a. Pembangunan Sistem Dashboard

Sebagai seorang guru besar yang ingin membuat satu perubahan, saya akan mewujudkan
satu pasukan Komunikasi dan Teknologi Maklumat untuk membangunkan sistem aplikasi
dashboard sekolah. Selaras dengan program kelestarian sekolah, aplikasi dashboard akan
mengurangkan penggunaan fail dan kertas. Secara tidak langsung, perbelanjaan sekolah
untuk menyediakan fail dan kertas dapat dijimatkan. Sistem fail yang diguna pakai sekarang
sudah tidak lagi relevan seiring dengan perubahan semasa. Hal ini demikian kerana, terlalu
banyak pelaporan atau data yang sama perlu difailkan dalam beberapa fail yang berbeza.
Kedudukan fail yang disimpan di sekolah juga sentiasa menjadi isu. Hal ini demikian kerana,
fail-fail tersebut disimpan dan dikemaskini oleh guru-guru yang ditugaskan. Apabila berlaku
pertukaran guru, ada sesetengah guru turut membawa bersama fail tersebut. Hal ini akan
menyebabkan, pihak sekolah berdepan dengan isu atau masalah kehilangan fail. Apabila
aplikasi sistem dashboard diwujudkan, semua data boleh diakses oleh semua pihak tanpa
perlu merujuk kepada seseorang guru sahaja.

Aplikasi sistem dashboard adalah satu sistem yang dipercayai dan berkualiti yang
dibangunkan untuk kegunaan pihak pengurusan atasan untuk memantau semua data
sekolah. Aplikasi sistem dashboard ini juga secara tidak langsung akan mengurangkan beban

44

tugas guru kerana, mereka tidak lagi perlu menyediakan dan membuat laporan secara bertulis
yang mengambil masa yang panjang. Sistem fail yang berbeza-beza juga menjadi satu beban
kepada guru di mana perlu sentiasa menukar cara pengurusan fail apabila ada pemantauan.
Namun, masalah ini boleh diatasi apabila sistem fail ditukar kepada aplikasi sistem dashboard.
Ini kerana, semua data yang penting dan diperlukan disimpan rapi di dalam sistem dan data-
data atau pelaporan itu boleh dicetak pada bila-bila masa sahaja. Pasukan khas Komunikasi
dan Teknologi Maklumat yang dibentuk akan sentiasa memantau proses kemasukan data
atau pelaporan tersebut.

b. Pengurusan Organisasi

Matlamat sesebuah organisasi untuk mencapai kecemerlangan akan menjadi mudah apabila
visi dan misi organisasi dinyatakan dengan jelas. Barisan pemimpin harus bijak menyusun
strategi. Sumber manusia diurus secara terancang dan seimbang. Hal ini demikian kerana,
isu beban tugas guru yang tidak seimbang sentiasa berlaku. Apabila isu ini timbul, prestasi
dan kualiti kerja akan menurun kerana guru akan merasakan ketidakadilan berlaku dan
mereka akan gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan. Sebagai pemimpin, adalah perlu
untuk membuat perancangan dan susunan tugas agar beban tugas guru adalah seimbang.
Selain isu beban tugas guru, guru-guru yang bermasalah juga perlu dititikberatkan. Sebagai
pemimpin, perlu dan harus kita bertindak untuk mengenal pasti punca guru-guru tersebut
kurang memberi komitmen terhadap tugas yang diberi. Kelemahan setiap guru itu tidak perlu
dijadikan kayu pengukur untuk menilai prestasi guru tersebut kerana tidak semua guru mampu
menguasai semua bidang atas faktor-faktor peribadi atau kemahiran. Sebagai pemimpin,
sebaiknya kita perlu mengenal pasti kekuatan semua guru.

Perancangan dan pengagihan tugas yang seimbang perlu melihat kepada kekuatan
setiap guru tersebut. Kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada semua pihak.
Apabila pihak pemimpin tidak terus mencari kesalahan atau kelemahan guru, guru akan
berasa lebih dihargai dan secara tidak langsung akan meningkatkan motivasi mereka bekerja.
Setiap guru pasti ada kekuatan dan kekuatan itulah yang seharusnya pihak pemimpin lihat
dan memberi dorongan. Kerjasama antara barisan pemimpin, kaunselor dan pihak guru itu
sendiri sangat penting. Selain itu, pengurusan aset dan kewangan juga perlu diurus dengan
baik dan terancang. Pemeriksaan aset mengikut prosedur yang ditetapkan penting untuk
membolehkan pihak pentadbiran mengambil tindakan susulan hasil pemeriksaan tersebut.
Hal ini penting untuk memastikan murid-murid berada dalam keadaan yang selamat dan
mereka berasa selesa untuk menjalankan proses pembelajaran. Pengurusan kewangan pula
perlu dirancang dan diurus dengan teratur dengan cara menyediakan anggaran perbelanjaan
mengikut keperluan dan seimbang antara Unit Kurikulum, Unit Hal Ehwal Murid, Unit
Kokurikulum dan juga untuk keperluan pengurusan sekolah untuk memastikan perbelanjaan
yang dikeluarkan memberi pulangan yang optimum.

c. Kemenjadian Murid

Kemenjadian murid tidak hanya dinilai berdasarkan pencapaian akademik sahaja bahkan
turut dinilai melalui hasil keberkesanan proses persekolahan secara holistik Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025). Terdapat enam aspirasi
kemenjadian murid iaitu Pengetahuan, Kemahiran Berfikir, Kemahiran Memimpin, Kemahiran
Dwi Bahasa, Etika dan Kerohanian dan Identiti Nasional. Sebagai pemimpin, saya melihat
Student Leaders Board (SLB) atau Badan Pemimpin Muda Sekolah adalah salah satu bentuk
kemenjadian murid kerana keberkesanannya dalam membentuk dan melatih murid sekolah
daripada aspek kepimpinan. SLB adalah satu perancangan yang sistematik untuk melahirkan
generasi pemimpin muda dan secara tidak langsung, adalah keperluan untuk
membangunkan modal insan. SLB akan mewujudkan satu legasi dan menjadi tradisi baru
dalam melahirkan generasi yang kreatif, dinamik dan inovatif. Untuk merealisasikan
kemenjadian murid juga, saya akan memastikan kualiti pengajaran guru dipertingkatkan.

45

Guru-guru akan didedahkan dengan latihan-latihan seperti Komuniti Pembelajaran
Profesional (PLC). PLC adalah strategi pelaksanaan kursus dalam perkhidmatan untuk
peningkatan profesionalisme guru-guru. PLC menggalakkan kolaborasi yang lebih aktif di
antara para guru untuk menambah baik kualiti PdPC di dalam bilik darjah.

d. Pemantapan Pendidikan Prasekolah

Sebagai pemimpin, saya ingin mewujudkan satu budaya dan persekitaran yang seronok
kepada murid prasekolah. Penguasaan guru prasekolah terhadap skop dan silibus
pembelajaran prasekolah haruslah dikuasai secara optimum. Guru prasekolah harus
mendedahkan semua kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid prasekolah. Guru prasekolah
perlu mendedahkan kemahiran asas kepada murid prasekolah. Dua tahun pertama murid
prasekolah didedahkan dengan segala kemahiran asas. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan
dengan penglibatan ibu bapa atau kumpulan sokongan ibu bapa. Guru prasekolah perlu
meningkatkan kualiti pengajaran dan tidak lagi menggunakan cara tradisional untuk mengajar
murid-murid prasekolah. Sebagai guru besar, saya akan memastikan kelas prasekolah dalam
suasana yang sangat kondusif, ceria dan mampu menarik minat murid untuk datang ke
sekolah.

Jurang penguasaan kemahiran asas sangat ketara antara murid prasekolah dengan
murid dari tadika swasta. Jurang itu seharusnya dikurangkan kerana guru prasekolah juga
berupaya meningkatkan kualiti pengajaran mereka dan menggunakan secara optimum segala
kemudahan yang diberi oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Saya berpendapat,
sekiranya semua murid prasekolah menguasai kemahiran asas sepenuhnya, usaha untuk
meningkatkan kemenjadian murid di tahap satu dan dua tercapai. Hal ini demikian kerana,
apabila murid tersebut memasuki tahap satu, mereka sudahpun boleh membaca, menulis dan
mengira dengan baik. Guru tahap satu dan dua pula bertanggungjawab mengasah kemahiran
murid tersebut dan tidak lagi mengulang proses pembelajaran yang seakan sama seperti
pembelajaran prasekolah. Sekiranya proses ini mampu dilakukan, maka kemenjadian murid
akan berjaya dicapai.

e. Permuafakatan Strategik

Penglibatan semua pihak seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Penglibatan Ibu Bapa
dan Komuniti (PIBK), Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KISB), alumni, komuniti setempat,
agensi dan rakan strategik dapat meningkatkan kecemerlangan sekolah sekiranya semua
pihak berganding bahu dan menggembleng tenaga. Sarana Sekolah dan Sarana Ibu Bapa
adalah satu program yang telah dirancang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk
melibatkan PIBG dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Sokongan dan
penglibatan ibu bapa adalah penting untuk membantu pihak sekolah mencapai
kecemerlangan. Penglibatan semua pihak ini melibatkan kepakaran dan sumbangan tenaga
serta kewangan. Landskap dan iklim sekolah yang ceria, selesa akan mewujudkan satu
suasana yang menyeronokkan untuk murid hadir ke sekolah. Kemampuan sekolah untuk
menyediakan landskap yang menarik dan memenuhi semua kriteria adalah terbatas. Apabila
ada penglibatan semua pihak, secara tidak langsung pihak-pihak ini akan menyumbang
daripada segi kepakaran, kewangan dan tenaga untuk mewujudkan persekitaran yang
menarik. Kemenjadian murid juga boleh dicapai apabila pihak-pihak yang mempunyai
kepakaran dalam bidang tertentu turut membantu guru untuk melatih murid dalam bidang
tertentu. Kekuatan kewangan PIBG juga turut memainkan peranan penting untuk membantu
kelancaran program sekiranya program tersebut adalah program berbayar.

Selaras dengan situasi semasa negara kita sedang dilanda pandemik COVID-19, sesi
pembelajaran secara bersemuka telah ditangguhkan beberapa kali dan sesi pembelajaran di
rumah diperkenalkan sebagai kaedah pembelajaran mengikut norma baharu. Namun begitu,
terdapat segelintir murid tiada berkemampuan untuk mengikuti pembelajaran di rumah kerana

46

medium perantara yang digunakan adalah menggunakan gajet-gajet seperti telefon bimbit
atau komputer. Hal ini menyebabkan murid-murid berkenaan gagal mengikuti sesi
pembelajaran dan tercicir. Situasi ini boleh mendatangkan kesan negatif pada masa akan
datang di mana berkemungkinan murid tidak dapat mencapai penguasaan tahap minimum.
Hal ini dapat diatasi sekiranya semua pihak yang terdiri daripada pihak pemimpin, guru, murid,
ibu bapa, komuniti, alumni dan rakan strategik bekerjasama untuk mengatasinya dengan
pelbagai cara dan kaedah mengikut keperluan dan kemahiran masing-masing.

RUMUSAN

Kepimpinan adalah kebolehan seseorang mengetuai sekelompok orang untuk sama-sama
bekerja dan merealisasikan suatu visi dan misi yang ditetapkan oleh organisasi. Pemimpin
yang cekap boleh menjalin hubungan yang kukuh dengan ahli pasukan. Mereka menzahirkan
keberanian dalam kepimpinan, berkomunikasi dengan baik dan terbuka dan pemimpin juga
mampu menyuntik inspirasi dan memberi dorongan kepada para pengikut.

Untuk menjadi pemimpin yang cekap, kita harus mampu mempengaruhi orang lain
tetapi masih memelihara integriti. Tugas sebagai pemimpin memerlukan pendekatan yang
berbeza untuk mempengaruhi orang lain. Pemimpin juga adalah penyumbang utama kepada
kecemerlangan organisasi. Hanya pemimpin yang kompeten dapat mengurus organisasi
secara berkesan. Pemimpin berkualiti adalah pemimpin yang mempunyai pengetahuan,
berkeperibadian positif, menyumbang kepada organisasi dan kesanggupan untuk memimpin.
Pengetahuan seorang pemimpin haruslah luas kerana dia akan menjadi sumber rujukan untuk
menyelesaikan masalah.

Sebagai pemimpin pendidikan, pengetahuan pendidikan amatlah penting agar dapat
memacu aktiviti pendidikan yang merupakan aktiviti utama di sekolah. Pemimpin pendidikan
seharusnya menjadi pembimbing bagi meningkatkan instruksi institusi pengajaran (Robinson
et al., 2008). Pemimpin pendidikan juga perlu memahami keperluan murid masa kini untuk
merancang program yang bersesuaian.

Jurang antara pemimpin dan ahli pasukan haruslah dielakkan untuk membentuk satu
pasukan yang baik. Pemimpin yang berupaya mewujudkan budaya persekitaran kerja yang
menyeronokkan mampu menghasilkan input yang berkualiti. Elemen kemanusiaan juga
penting untuk menjadikan kita sebagai pemimpin yang adil dan saksama yang mempunyai
nilai-nilai kemanusiaan. Sebagai pemimpin, kita juga perlu mempelbagaikan gaya kepimpinan
mengikut situasi. Pemimpin perlulah mempunyai sifat serba boleh (versatile) untuk
mempengaruhi stafnya.

RUJUKAN

Bass, B. M. (1985). Leadership and performance beyond expectations. The Free Press :
New York.

Bush, T.(2008). Leadership and Management Development in Education. London: Sage
Publications Ltd.

Ishak Mad Shah. (2006). Kepimpinan dan Hubungan Interpersonal dalam Organisasi.
Skudai: UTM. 27-49.

Kantrowitz, B., & Wingert, P. (2000). Teachers wanted. Newsweek, 136(14), 36-42.
Khalip , Hamidah , Jamal & Suriani .(2014). Kepimpinan Transformasional Pengetua:

Perbandingan Antara Sekolah Menengah Awam dan Swasta Cemerlang.
Management Research Journal vol.3.
Male,T. (2006). Being an Effective Head Teacher. London: Paul Chapman Publishing.

47

Mazlan Yahya.(2017). Kecemerlangan dalam Kepimpinan Perkhidmatan Awam. Suatu
Transformasi dalam Memacu Kejayaan: Pemimpin atau Pengurus? Legal Training
Institute.

Mohd Yatim Nawai. (2006). Implementasi Pengurusan Perubahan: Kajian Tinjauan di
Pengurusan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Tesis PhD. Tidak terbit. Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Moejiono .(2002). Belajar dan Pembelajaran. Jakarta: Rineka Cipta dan Pepdikbud.
Nurazizah, Muhammad ,Norfariza & Mohd . (2017). Keberkesanan Kepimpinan untuk

Keamanan Institusi Pendidikan Tinggi Majlis Amanah Rakyat. Jurnal Kepimpinan
Pendidikan, Bil.4.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. (2012). Kementerian Pelajaran
Malaysia. Kuala Lumpur.
Roselena & Mohd .(2015). Kepimpinan Berkualiti: Perspektif Mengenai Kompetensi yang
Diperlukan untuk Memimpin dengan Berkesan. Jurnal Pengurusan 45.
Sathiyabama & Chua .(2017).Model Bakat Kepimpinan Pemimpin di Sekolah di Malaysia.
Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, Jilid 31.
Van Schalkwyk R.D.(2011). The Impact of Leadership Practices on Service Quality in
Private Higher Education in South Africa. A dissertation UNISA.
Yahya Don (2005). Kepimpinan Pendidikan di Malaysia. Batu Caves Selangor. PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.

48

AMALAN 5S SEORANG PEMIMPIN

Azillah binti Abdullah
SMK Tinggi Kluang, Kluang, Johor

PENGENALAN

Terpilih sebagai peserta untuk mengikuti Program Kesarjanaan Pemimpin Sekolah Inisiatif
#111: Pemantapan Profesionalisme Pendidikan Institut Aminuddin Baki (IAB) Penulisan
Artikel bagaikan satu mimpi indah dan membuka peluang yang sangat bermakna dalam
perjalanan saya sebagai seorang pemimpin masa depan.

Memilih tajuk Amalan 5S Seorang Pemimpin adalah berdasarkan prinsip kerja yang
selama ini saya amalkan sepanjang karier sebagai seorang pendidik dan pemimpin kecil
sekolah. Amalan ini juga akan saya pegang dan laksanakan apabila saya bergelar seorang
pemimpin (pengetua) nanti. Konsep amalan 5S merupakan alat pengurusan persekitaran
berkualiti yang dipelopori oleh Jepun dengan penumpuan kepada lima langkah tindakan
pelaksanaan yang bermula dengan huruf awalan “S” iaitu Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan
Shitsuke. Dalam Bahasa Melayu memberi maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan
Sentiasa Amal. Amalan 5S adalah teknik paling berkesan bagi mewujudkan budaya
peningkatan secara berterusan dan adalah asas peningkatan kualiti serta produktiviti secara
berkesan.

Amalan 5S ini telah saya ambil, aplikasi dan seterusnya terjemahkan dalam budaya
kerja seorang pemimpin pendidikan iaitu Sasaran, Sistematik, Selesa, Santun dan Suri
Teladan. Amalan 5S ini merangkumi lima isu bidang pendidikan iaitu sistem kerja (sasaran,
sistematik), suasana kerja serta sistem pembelajaran (selesa), sikap pemimpin (santun) dan
keperluan sumber manusia (suri teladan). Pemimpin pula bermaksud orang yang memimpin
atau mengetuai serta mengendalikan badan, pertubuhan, pergerakan dan negara (Kamus
Dewan Edisi Keempat, 2007). Dalam konteks penulisan artikel ini, pemimpin merujuk kepada
pengetua. Saya berpendapat, melalui amalan 5S pemimpin dapat mewujudkan persekitaran
tempat kerja yang vibran dan dini (selesa), lebih banyak idea kreatif dan inovatif dapat
dihasilkan oleh warga sekolah untuk mencapai visi dan misi sekolah, K meningkatkan kualiti
sekolah (sasaran, sistematik), budaya kerja cemerlang dan nilai kesepakatan dapat
diterapkan (santun, suri teladan). Berpaksikan amalan tersebut, pemimpin sekolah mesti
mengoptimumkan semua amalan 5S dalam mengurus organisasi secara cekap, berkualiti
dan berkesan supaya kecemerlangan dan prestasi sekolah dapat direalisasikan.

PENGALAMAN LEPAS

Firman Allah SWT dalam surah al-Qamari, ayat 49 yang bermaksud “sesungguhnya, kami
menciptakan segala sesuatu menurut ukuran“. Aturan Allah itu sangat indah, Saya sangat
bersyukur kerana bertuah dan terpilih untuk berkhidmat dan menimba pengalaman di tiga (3)

49

sekolah yang berbeza lokaliti walaupun di daerah yang sama iaitu di Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK) Kahang Timur, Kluang (Sekolah Felda), SMK Bandar T6 (Sekolah
Cemerlang Luar Bandar) dan sekarang di SMK Tinggi Kluang (Sekolah Cemerlang di Pusat
Bandar).

Menerima lantikan pertama sebagai guru di SMK Kahang Timur, Kluang pada 01 Julai
1995. Di awal perkhidmatan sebagai seorang guru, peranan sebagai pelaksana telah
dijalankan dengan sebaik-baiknya. Menurut Dokumen Awal Deskripsi Tugas Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan KPM (2016), guru pelaksana boleh memahami, melaksanakan
tugas dan tanggungjawab dengan penyeliaan dan bimbingan. Penempatan kedua saya
adalah di SMK Bandar T6, selama 17 tahun bermula pada tahun 2002. Sekolah ini telah
mewarnai kehidupan saya apabila dilantik sebagai seorang pemimpin kecil, iaitu Ketua Panitia
Sejarah dan Penyelaras Skim Pinjaman Buku Teks. Saya berupaya melaksanakan tugas dan
tanggungjawab sebagai guru penggerak dengan penyeliaan dan bimbingan yang minimum
serta mampu menyelesaikan masalah (KPM, 2016). Prinsip 5S mula diamalkan sepenuhnya
dalam melaksanakan tugasan yang diberi oleh pentadbir. Sasaran kecil mula ditetapkan dan
berjaya, iaitu Panitia Sejarah merupakan panitia terbaik daripada segi pengurusan dan
pencapaiannya. Unit SPBT diuruskan secara sistematik tanpa sebarang isu dan ralat bekalan
buku yang sangat minimum. Bilik Operasi Buku Teks Sekolah (BOSS) dan Galeri Sejarah
Sekolah dijadikan tempat kerja yang sangat selesa dan kondusif. Keseronokan bekerja lahir
apabila wujud nilai kebersamaan dengan rakan sejawat dan juga pelanggan sekolah iaitu
pelajar dan ibu bapa disantuni sewajarnya. Pengurusan panitia dan SPBT yang berjaya telah
dijadikan sebagai contoh dan suri teladan bagi guru lain. Seterusnya, saya mula menimba
pengalaman sebagai pemimpin kepada kelompok yang lebih besar iaitu sebagai Setiausaha
Jawatankuasa Daerah (JKD) bagi mata pelajaran Sejarah.

Pada tahun 2007, saya telah dilantik sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran Sains
Kemanusiaan. Namun pada tahun 2009, saya telah memilih laluan kerjaya sebagai Guru
Cemerlang (GC) Sejarah. Berperanan sebagai guru pembimbing dan mentor sangat menguji
kemampuan diri pada masa itu. Dilabelkan sebagai seorang yang berpengalaman luas,
mampu menyelia dan membimbing serta berkebolehan melakukan educated guess masalah
organisasi yang mungkin timbul dan melaksanakan langkah pencegahan (KPM, 2016).
Pengalaman bekerja dengan dua orang ketua dan pemimpin yang hebat telah memberi
kelebihan kepada saya iaitu Tuan Haji Shaharudin Basri bin Ibrahim (Penolong Pengarah
Pendidikan Negeri Johor sekarang) dan pengetua SMK Bandar T6 pada masa itu iaitu Tuan
Haji Abdul Rahman bin Mohd Nor (Pengetua Cemerlang Jusa C). Hasil dorongan, bimbingan
dan tunjuk ajar mereka yang hebat inilah, saya akhirnya dilantik sebagai Panel Perunding
Mata Pelajaran (PPMP) Sejarah Negeri Johor pada tahun 2009 sehingga kini. Bersama-sama
PPMP dan Jabatan Pelajaran Johor, saya telah berjaya menghasilkan 20 buah modul
pengajaran dan pembelajaran Sejarah untuk tujuan meningkatkan prestasi dan
kecemerlangan mata pelajaran Sejarah. Pelbagai pengalaman dan ilmu yang sangat
berharga diperoleh antaranya terlibat dengan Lembaga Peperiksaan, panel semakan buku
teks, penggubal item, menguruskan program Sejarah peringkat negeri dan kebangsaan dan
telah menjadi wakil delegasi Sejarah ke Seminar Antarabangsa Rumpun Melayu di Indonesia.

Seterusnya pada tahun 2017, haluan kerjaya berubah lagi apabila dilantik menjadi
Penolong Kanan Kokurikulum. Jawatan diterima tanpa bantahan kerana kematangan diri
sebagai peneraju perubahan yang mampu menjadi pakar rujuk, mentor dan pembimbing serta
berkebolehan merancang dan melaksanakan penambahbaikan berterusan (KPM, 2016).
Tugasan baru disambut dan berjaya diuruskan dengan cara menyantuni rakan-rakan lain yang
lebih berpengalaman dalam bidang kokurikulum.

Ibarat sirih pulang ke gagang, pada bulan Januari tahun 2019, saya telah dilantik
sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di SMK Kahang Timur iaitu sekolah pertama saya.
Peredaran masa dan faktor demografi FELDA telah menyebabkan sekolah ini mengalami

50

kemerosotan bilangan murid yang sangat ketara. Pada tahun 1995, bilangan murid melebihi
1000 orang dan dua (2) sesi pembelajaran, tetapi pada tahun 2019 jumlah murid hanya
seramai 409 orang. Di sekolah ini, saya menghadapi masalah kurangnya sokongan ibu bapa
terhadap program akademik, murid tidak bermotivasi kerana tiada persaingan, masalah
sosioekonomi setempat dan kebanyakan murid yang ada pula merupakan cucu kepada
peneroka (generasi ketiga). Sebagai seorang pemikir strategik yang memiliki kepakaran
khusus dan berkebolehan mengurus perubahan secara cekap dan berkesan (KPM, 2016), isu
tersebut dianggap sebagai cabaran bukan halangan untuk terus mendidik anak bangsa.

Akhirnya pada bulan Oktober 2020, saya mendapat surat pertukaran setara ke SMK
Tinggi Kluang, iaitu sebuah sekolah yang mempunyai etos tersendiri. Nama dan imej sekolah
yang telah dikenali itu membuatkan saya perlu memantapkan lagi amalan 5S. Menjadi
pentadbir di sekolah besar yang mempunyai 134 orang guru dan AKP, 913 orang murid,
sekolah berasrama dan mempunyai murid tingkatan 6 bukanlah satu tanggungjawab yang
mudah dan ringan. Sistem kerja perlu sentiasa sistematik, bersasaran, warga sekolah perlu
disantuni dengan baik, suasana kerja yang selesa dan sejahtera diwujudkan seterusnya perlu
menjadi suri teladan kepada warga sekolah.

PEMIMPIN PENDIDIKAN YANG DIIDAMKAN

Kepimpinan dan tanggungjawab seorang pengetua sekolah bukan semata-mata tertumpu
kepada pentadbiran sekolah dan pencapaian akademik sahaja tetapi seharusnya juga
menitikberatkan soal kebajikan guru, suasana serta prasarana tempat bekerja dan juga
hubungan baik dengan semua warga sekolah. Ciri-ciri kepimpinan pengetua yang berkesan
seperti pemimpin yang mepunyai sasaran (berwawasan), sistem kerja yang sistematik, santun
semasa berbahasa, mementingkan keselesaan warga sekolah dan boleh menjadi suri teladan
ini boleh meningkatkan kualiti sekolah dan mencapai kemenjadian murid. Sebagai seorang
bakal pemimpin, saya juga cuba untuk menjelmakan ciri-ciri pemimpin idaman ini dalam
kepemimpinan saya.

Pemimpin pendidikan mesti mempunyai perancangan. Perkara utama pada peringkat
perancangan adalah menentukan sasaran (wawasan). Berdasarkan Kamus Dewan Edisi
Keempat (2007), sasaran adalah tujuan atau hasil daripada sesuatu usaha, tindakan dan
sebagainya yang ingin dicapai ataupun matlamat. Dalam sesebuah organisasi, seorang
pemimpin akan menetapkan sasaran kepada pengikutnya dengan menentukan hala tuju
strategik, visi dan misi organisasi. Hala tuju adalah satu penentuan matlamat bagi memastikan
kejayaan sekolah (visi) dan merancang strategi bagi mencapai matlamat tersebut (misi).
Pemimpin yang berjaya menetap dan melaksanakan hala tuju ini dikenali sebagai pemimpin
berwawasan. Mereka akan membentuk strategi yang berkesan dan mengenal pasti sasaran
kerja utama. Pemimpin berwawasan negara yang terkenal ialah Tun Dr. Mahathir bin
Mohamad, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan Tan Sri Tony Fernandes. Konklusinya, visi
dan misi perlu dijadikan asas dan rujukan oleh pemimpin sekolah untuk merancang dan
melaksanakan program pemajuan sekolah. Pemimpin juga perlu memastikan visi dan misi
menjadi hala tuju dalam menggerakkan warga sekolah untuk berusaha bersungguh-sungguh
sebagai satu pasukan bagi mencapai matlamat sekolah.

Sistematik adalah bermaksud cara atau kaedah yang teratur untuk melakukan sesuatu
(Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007). Sebagai pemegang taruh sekolah, sistem kerja yang
sistematik sangat penting untuk memastikan pencapaian keberhasilan (outcome) berkesan
dan meningkat. Pemimpin sekolah perlu menyusun dan mengutamakan perkara yang penting
terlebih dahulu (priority) dan melaksanakan kerja secara sistematik. Contohnya semasa
membuat perancangan strategik sekolah, pengetua perlu terlebih dahulu membuat analisis
SWOT. Analisis SWOT adalah untuk mengetahui Strength atau kekuatan, Weakness atau
kelemahan. SW adalah faktor yang boleh dikawal ataupun faktor dalaman yang ada dalam

51

organisasi. Manakala Opportunity atau peluang dan Threat atau ancaman merupakan faktor
luaran yang tidak boleh dikawal. Berdasarkan dapatan ini, pemimpin perlu memilih strategi
yang paling sesuai mengikut kategori yang dinilai dengan menggunakan alat tertentu (Zaini,
2016). Pemimpin yang mengutamakan sistem kerja yang bersistematik akan dapat
menggerakkan warga sekolah secara bersepadu untuk melaksanakan tugas. Ini seterusnya
meningkatkan kualiti sekolah dan mengukuhkan peranan pengetua sebagai pemimpin
sekolah.

Seterusnya, pemimpin pendidikan yang diidamkan adalah pemimpin yang sentiasa
mementingkan keselesaan guru dan warga sekolah. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi
Keempat (2007), selesa adalah keadaan yang tidak sempit, lega dan luas. Selesa juga
merujuk pada kesempatan dan peluang yang diberikan. Persekitaran kerja yang positif dan
selesa dapat mengurangkan tekanan di tempat kerja, akan mendorong pekerja (guru) untuk
bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh, membawa kepada kepuasan bekerja dan
seterusnya dapat mengekalkan pekerja yang lebih lama dalam organisasi. Manifestasi
daripada keadaan ini membuktikan bahawa persekitaran kerja yang selesa dan positif
memberi impak secara langsung kepada kesediaan warga sekolah untuk memberi khidmat
bakti secara sukarela, menyediakan ruang dan peluang kepada warga sekolah untuk
berkongsi idea ke arah peningkatan produktiviti mereka, mengurangkan kadar ketidakhadiran
yang akhirnya menyumbang kepada kemajuan dan perkembangan organisasi (Nur Agnes
Linda & Anita, 2020).

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), maksud santun adalah halus (budi
bahasa atau budi pekerti), beradab sopan. Kesantunan berbahasa pula merujuk kepada
kesopanan, kehalusan sama ada dalam penggunaan bahasa atau perlakuan (Awang Sariyan,
2007). Kesantunan berbahasa oleh pemimpin sangat ditekankan oleh Islam dan merupakan
pendekatan spiritual. Setiap tutur kata dan perkataan yang digunakan oleh seseorang
pemimpin akan didengari dan dinilai oleh orang bawahan. Pemimpin yang berupaya
menggunakan bahasa yang baik semasa berkomunikasi akan dihormati dan disegani. Hal ini
demikian kerana komunikasi pemimpin merupakan usaha untuk mempengaruhi orang
bawahannya bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Impaknya adalah hubungan baik
yang terjalin melalui komunikasi berkesan ini akan dapat membantu meningkatkan kemajuan
sekolah.

Pemimpin juga perlu menjadi suri teladan kepada guru dan warga sekolah. Berdasarkan
Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), suri teladan adalah bermaksud contoh yang baik (yang
patut ditiru). Contoh pemimpin terbaik dan hebat yang boleh diteladani adalah kepimpinan
Rasulullah SAW. Al-Quran juga turut menegaskan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah
teladan sepanjang zaman dalam seluruh aspek kehidupan termasuk dalam hal pentadbiran.
Ini jelas dalam Surah al-Ahzab, ayat 21 yang bermaksud, “sesungguhnya telah ada pada (diri)
Rasulullah SAW itu suri teladan yang baik bagimu”. Pengetua merupakan pemimpin
terpenting di sekolah sebagai rujukan oleh setiap warga sekolah. Dalam menjalankan tugas
sebagai pemimpin sekolah, pelbagai isu dan cabaran perlu dihadapi dengan tabah dan penuh
tanggungjawab. Pengetua juga perlu memikirkan langkah-langkah penambahbaikan untuk
mengatasi masalah yang wujud. Justeru, pengetua perlu sentiasa mempamerkan ciri
kepimpinan yang berwibawa agar sentiasa dipandang tinggi dan dihormati. Model yang
ditunjukkan oleh pengetua akan jadi ikutan, motivasi dan seterusnya menjadi budaya di
sekolah. Hal ini seterusnya memacu sekolah ke arah kecemerlangan dan kualiti sekolah juga
turut meningkat.

JALAN KE ARAH PEMIMPIN MASA DEPAN

Perjalanan untuk menjadi seorang pemimpin tidak selalunya indah. Seperti bumi ini, ada
kalanya hujan, ribut, mendung dan panas. Namun ada kalanya muncul pelangi indah.

52

Cabaran yang datang sering kali menguji kewibawaan dan kesabaran diri. Berdasarkan
Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), cabaran adalah bermaksud hasil mencabar
(mempersoalkan, mempertikaikan), sesuatu (unsur, faktor) yang mencabar (menguji
kemampuan dan ketabahan seseorang). Isu dan cabaran utama yang saya hadapi adalah
keupayaan untuk mencapai visi dan misi sekolah, mendepani isu semasa yang berlaku dalam
dunia pendidikan, pengurusan sumber manusia, mengurus persekitaran organisasi dan juga
cabaran untuk mewujudkan kesepakatan dalam organisasi.

Cabaran utama pada diri saya adalah kurang berupaya untuk mencapai visi dan misi
sekolah terutamanya untuk mencapai sekolah berkualiti dan kemenjadian murid. Saya tidak
berkemahiran untuk memahami dengan jelas visi dan misi tersebut dan seterusnya
menterjemahkannya bagi membangunkan organisasi sekolah. Kelemahan ini menghalangi
saya untuk menjadi pemimpin sekolah yang berkesan dan impaknya akan menyebabkan
kemenjadian murid tidak tercapai seperti yang disasar dalam PPPM 2013-2025. Buktinya
pengetua sebagai pemimpin instruksional perlu mempunyai satu wawasan yang sangat jelas
tentang apa yang sekolah hendak capai (Baharom, Mohamad Johdi & Che Noraini, 2009).
Justeru, sebagai langkah penambahbaikan, saya perlu mempunyai satu wawasan yang jelas
tentang apa yang sekolah hendak capai dengan cara menghadiri kursus dan latihan
profesionalisme berkaitan pengurusan strategik yang dianjurkan oleh IAB, Institut Tadbiran
Awam Negara (INTAN) dan sebagainya. Saya akan menggunakan data-data yang ada untuk
membuat penetapan sasaran sekolah berdasarkan prinsip SMART iaitu Specific, Measurable,
Achievable, Realistic dan Timely. Merancang, membuat dan membangunkan matlamat
sekolah ini perlu dibuat bersama-sama dengan warga sekolah dan akhirnya disebar luas
untuk dicapai secara bersama.

Perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan kerana isu semasa seperti penularan
wabak COVID-19 juga merupakan cabaran yang perlu saya hadapi untuk menjadi pemimpin.
Situasi semasa ini telah menyebabkan perubahan besar berlaku dalam rutin kehidupan
manusia dunia hari ini. Institusi pendidikan juga turut terkesan, pembelajaran bersemuka tidak
dapat dijalankan. Ramai guru terkesan kerana tidak pernah mengendalikan pengajaran dan
pembelajaran di rumah (PdPR). Sistem pendidikan juga sering berubah-ubah mengikut
peredaran masa dan kepentingan semasa negara. Guru terpaksa menggunakan pendekatan,
teknik dan kaedah terbaru dalam sistem pendidikan yang diperkenalkan ini. Cara chalk and
talk dan kaedah tradisional tidak lagi bersesuaian dengan pembelajaran abad ke-21 (PAK-
21). Namun, cabaran ini tidak disahut oleh sebilangan besar guru senior dan juga guru muda
yang cepat putus asa dan mengalah. Sekiranya saya tidak menangani isu ini dengan
berkesan, perkara ini akan memberi impak kepada fungsi sekolah sebagai pusat
pembelajaran untuk melahirkan modal insan yang berguna pada masa depan. Oleh itu,
cadangan penambahbaikannya ialah saya perlu menggunakan pendekatan kepimpinan
instruksional yang memberi keutamaan kepada pencapaian akademik dan kemenjadian
murid. Saya akan mengadakan bengkel Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) kepada guru
untuk memberi pendedahan tentang kepentingan untuk berubah. Saya juga perlu memberi
penekanan dan membudayakan Professional Learning Communities (PLC) pada semua guru
bagi menjayakan keberkesanan perubahan dalam bilik darjah. Guru Ikon Sekolah (GIS) juga
akan dilantik dalam kalangan mereka yang terbaik dan berketerampilan untuk menjadi role
model dalam PAK-21. GIS boleh berkongsi idea dan kepakaran, menjadi pemudah cara dan
dilatih untuk memberi bimbingan kepada rakan guru. Langkah ini akan dapat membantu
meningkatkan akademik dan kemenjadian murid (Md Said, 2019).

Saya juga berhadapan dengan cabaran pengurusan sumber manusia. Sikap dan
karenah sumber manusia yang negatif seperti selalu menunda kerja, tidak fokus pada PdP di
kelas, tidak ingin menimba ilmu, tidak puas hati dengan agihan tugas dan juga tidak bersyukur.
Cabaran ini akan menyebabkan suasana kerja yang tidak menyeronokkan, visi dan misi
sekolah serta sasaran keberhasilan dalam PPPM 2013-2025 tidak dapat dicapai. Masalah
dalaman ini akan menjadi duri dalam daging, bernanah dan jika dibiarkan akan menjadi lebih

53

sukar untuk diatasi. Pendekatan yang akan saya gunakan sebagai langkah
penambahbaikannya ialah pendekatan spiritual (keagamaan). Kepimpinan spiritual menurut
perspektif Islam merujuk kepada kualiti seorang pemimpin yang berkeupayaan untuk
berfungsi sebagai insan beretika dan juga sebagai pengurus etika. Pemimpin beretika
memiliki nilai-nilai moral yang tinggi dari segi sikap, tutur kata dan tingkah laku sehingga dapat
dijadikan suri teladan. Pengurus etika pula berperanan membentuk moral warga organisasi
dengan cara menerapkan nilai-nilai moral demi memastikan keberkesanan matlamat
strategiknya (Nor Zanariah, 2020). Warga sekolah yang berfikiran negatif ini akan diberi
motivasi untuk kesedaran diri dan membetulkan semula niat mereka berkhidmat dalam dunia
pendidikan. Saya juga akan mengamalkan pemberian galakan sama ada dalam bentuk
hadiah, sijil ataupun pujian untuk memotivasikan mereka. Contohnya, Sijil Pekerja Contoh
setiap bulan, kad ucapan hari lahir dan sebagainya. Ini akan menyebabkan guru lebih
bermotivasi dan berpuas hati kerana wujud suasana sejahtera dalam persekitaran pekerjaan
mereka.

Isu dan cabaran seterusnya adalah pengurusan persekitaran organisasi. Menurut Nur
Agnes Linda dan Anita (2020), suasana atau persekitaran tempat kerja merujuk kepada ruang
kerja, interaksi sosial, kemudahan, budaya kerja, dekorasi, pencahayaan yang dapat memberi
aura positif dan mewujudkan sense of belonging yang tinggi dalam kalangan rakan sekerja.
Persekitaran tempat kerja di sekolah yang tidak kondusif dan selesa seperti ketiadaan
kemudahan Internet yang pantas, kemudahan komputer tidak mencukupi, ruang bilik guru dan
pejabat yang sempit, interaksi sosial yang tidak menyeronokkan menjadi cabaran kepada
saya kerana ini memberi impak kepada hubungan sosial, guru mudah stress atau burnout,
menyukarkan pelaksanaan PAK-21 dan juga tidak dapat melahirkan murid yang mampu
bersaing di peringkat global. Cadangan penambahbaikannya ialah saya akan berusaha untuk
mewujudkan suasana vibran dalam persekitaran kerja organisasi dengan cara membaiki,
menyediakan dan menaik taraf kemudahan fizikal sekolah dengan menggunakan peruntukan
lain-lain perbelanjaan berulang tahun (LPBT) serta perlu sentiasa mengambil berat akan
kebajikan mereka. Saya juga akan membina jaringan dan jalinan dengan pihak luar terutama
dengan agensi korporat, pihak swasta, setempat dan sebagainya untuk membantu sekolah
mendapatkan dana, khidmat kepakaran dan sumber tenaga. Ini jelas dalam SKPMg2,
Standard 2, aspek 2.5 Iklim (Md Said, 2019).

Ketiadaan kesepakatan dalam organisasi juga merupakan cabaran yang saya hadapi
sebagai pemimpin. Guru mendakwa pelbagai sistem kerja secara dalam talian (online) seperti
e-operasi, e-prestasi dan sebagainya memberi tekanan kepada mereka. Alasannya adalah
hala tuju dan fokus mereka melaksanakan PdP terganggu kerana banyak masa dan kos
digunakan untuk mengisi maklumat tersebut. Terdapat juga guru yang mengatakan beban
tugas mereka sangat berat kerana perlu melaksanakan program-program kurikulum, hal
ehwal murid (HEM), kokurikulum, asrama terbilang serta menghadiri mesyuarat (sebelum
berlaku pandemik COVID-19). Impaknya ialah saya sukar untuk melahirkan rakan sekerja
yang seiring dan sederap untuk membangunkan sekolah. Visi dan misi sekolah tidak dapat
direalisasikan dan akhirnya kualiti sekolah tidak dapat dipertingkatkan. Untuk mengatasi
cabaran ini, saya perlu membuat penambahbaikan dengan cara memujuk dan mengajak
secara halus dengan menggunakan kemahiran komunikasi berkesan melalui kesantunan
berbahasa. Bagi tujuan mengurangkan beban kerja guru, saya perlu menyusun, mengenal
pasti dan meletakkan tugasan dan tanggungjawab kepada seseorang berdasarkan
kemahiran, kebolehan dan keupayaannya. Seterusnya, saya akan memastikan organisasi
memahami dan menjadikan pekeliling dan peraturan am perkhidmatan awam yang berkuat
kuasa sebagai panduan utama.

54

SAYA SEORANG PEMIMPIN PENDIDIKAN

Bercita-cita menjadi pemimpin pendidikan (pengetua) di sekolah sebelum menamatkan
kerjaya tentunya menjadi impian semua guru termasuk saya terutamanya setelah dilantik
menjadi Penolong Kanan Pentadbiran. Banyak pengalaman pahit manis yang telah ditempuh
sebelum ini yang boleh dijadikan sebagai panduan dan persediaan untuk melaksanakan
tanggungjawab dan amanah sebagai pengetua pada masa depan.

Perkara utama apabila dilantik sebagai pengetua, saya perlu mempunyai satu
wawasan yang jelas tentang apa yang sekolah hendak capai. Saya akan menetapkan sasaran
atau hala tuju yang realistik dengan visi dan misi sekolah yang jelas dengan menggunakan
prinsip SMART. Sasaran, visi dan misi saya perlu selaras dengan potensi murid, keperluan
sekolah dan FPN. Oleh itu, untuk membangunkan organisasi, pada peringkat awal
perancangan, saya perlu bersama-sama Senior Leader Team (SLT) dan Middle Leader Team
(MLT) untuk menganalisis kekuatan (S), kelemahan (W) yang ada dalam organisasi dan
seterusnya menyenaraikan peluang (O) dan ancaman (T) daripada faktor luaran yang tidak
boleh dikawal. Penggunaan analisis SWOT ini sangat berkesan dan berupaya menjayakan
matlamat sekolah untuk suatu jangka waktu panjang (Zaini, 2016). Seterusnya, saya perlu
mengadakan PLC pengurusan strategi untuk membimbing SLT dan MLT, guru dan staf untuk
sama-sama berkongsi idea membangunkan hala tuju, visi dan misi tersebut. Ini akan
membantu sekolah meningkatkan semangat kerja berpasukan, memotivasikan staf dan
menjalinkan kemesraan antara staf melalui wujudnya kefahaman yang jelas tentang matlamat
dan hala tuju. Saya juga perlu menyebar luas secara berterusan kepada semua warga
sekolah sama ada di dalam mesyuarat, taklimat, bengkel LDP dan juga menerusi media sosial
rasmi sekolah supaya pada akhirnya hala tuju, visi dan misi itu akan digunakan secara
kolaboratif (Nor Ezah, 2014). Justeru, untuk memastikan matlamat sekolah tercapai, saya
dengan pasukan SLT dan MLT perlu membudayakan konsep PDCA (Plan, Do, Check, Action)
pada semua aktiviti dan program sekolah yang dilaksanakan. PDCA dapat dijelaskan seperti
rajah di bawah:

ACTION (TINDAKAN) PLAN (PERANCANGAN)
Berdasarkan Big Data
• Tindakan Susulan
dan Kajian Impak • Analisis SWOT

AP • Rancang Program, kaedah
laksana dan pemantauan

CHECK (PEMANTAUAN) CD DO (BUAT)
Berdasarkan GROW (Goal, Reality,
• Pelaporan dan Options, Way Forward)
maklumbalas
• Laksana Program

Rajah 1: Konsep PDCA yang perlu dibudayakan di sekolah

Perancangan berikutnya ialah meningkatkan kualiti sekolah secara sistematik melalui
kaedah semakan melalui SKPMg2. Instrumen rujukan pengurusan dan alat mengukur kualiti
sekolah adalah SKPMg2. Ini kerana SKPMg2 mengandungi lima standard iaitu Kepimpinan,
Pengurusan Organisasi, Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid,
Pembelajaran dan Pemudahcaraan dan Kemenjadian Murid (Amin, 2018). Oleh itu, Saya
perlu memperincikan dengan jelas segala aspek dan standard kualiti yang terdapat dalam
SKPMg2, menyebar luas dan menggunakannya secara kolaboratif dengan semua warga
sekolah supaya pengurusan sekolah sistematik dan berkesan. Semua inisiatif dan intervensi
pada peringkat sekolah perlu menjurus dan menyumbang kepada dua (2) keberhasilan utama
ini. Dua (2) keberhasilan ini juga sangat relevan dengan pengurusan sekolah dan warga guru
(Amin, 2018). Oleh itu, pada peringkat sekolah saya akan melaksanakannya secara berfokus
kepada dua keberhasilan utama ini. Sistem kerja yang sistematik, tersusun dan
mengutamakan priority akan dapat menonjolkan kewibawaan seseorang pengetua dalam

55

memastikan kualiti sekolah dan kemenjadian murid tercapai dan berkesan. Ini juga boleh
dicapai apabila semua warga sekolah mengamalkan konsep PDCA secara berkesan dan
meluas untuk semua aktiviti dan program sekolah.

Pengalaman lalu sebagai GC dan PPMP sejarah, tentunya saya akan meletakkan
kecemerlangan, prestasi akademik dan PdP guru sebagai fokus utama dalam perancangan
saya apabila menjadi pengetua kelak. Selari dengan itu, saya akan mengutamakan
kemenjadian murid yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI)
selaras dengan FPK dan juga PPPM 2013-2025. Dalam proses untuk membangunkan
organisasi, saya akan berperanan sebagai role model (suri teladan) pengajaran semasa
melakukan penyeliaan dan penilaian instruksi, menyelaras kurikulum dan memantau
kemajuan murid. Penyeliaan dilakukan secara sistematik seperti menyemak buku rekod
mengajar guru, menyelia proses PdP, aktiviti kokurikulum dan semua program akademik yang
dijalankan. Seterusnya, saya perlu berbincang dengan dengan guru yang diselia tentang
kekuatan dan kelemahan mereka dalam PdP selepas penyeliaan dilakukan untuk membina
kemahiran refleksi kendiri guru. Berdasarkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang
kurikulum dan pengajaran, saya juga perlu memastikan semua murid menerima PdP
sewajarnya sebagaimana yang digariskan oleh KPM. Justeru, saya perlu membuat
pemantauan secara berkala ke kelas-kelas untuk melihat kemajuan murid. Secara
keseluruhannya sebagai pemimpin instruksional, saya akan pastikan semua warga guru jelas
dan faham dengan SKPMg2, terutamanya standard 4 yang berkaitan dengan aspek dan
standard kualiti pembelajaran dan pemudahcaraan.

Langkah seterusnya untuk membangunkan organisasi melalui kepimpinan pengajaran
ialah saya perlu menggalakkan inovasi dengan cara menunjukkan sokongan kepada idea
baru, mengiktiraf aktiviti inovasi warga sekolah serta memberi penghargaan sekiranya inovasi
tersebut berjaya. Inovasi adalah satu cara untuk menggalakkan guru meneroka idea dan
kaedah baru berkaitan tugas mereka (Rosnah & Muhammad Faizal, 2012). Seterusnya saya
akan memastikan post-mortem dijalankan bagi mendapatkan maklumbalas untuk
penambahbaikan bagi setiap program dan aktiviti yang dijalankan. Justeru, saya akan
melaksana dan membudayakan Dialog Prestasi (DP) di sekolah. DP mempunyai kekuatan
yang tersendiri iaitu dapat menerapkan budaya kerja yang menekankan kepentingan data,
intervensi berfokus dan pemantauan berterusan (Amin, 2018). Saya juga akan memberi ruang
dan peluang kepada guru untuk membangunkan profesionalisme mereka dengan cara
menyediakan program latihan dan bahan rujukan berkaitan dengan mencukupi. Seterusnya,
saya akan menggalakkan perkongsian ilmu dengan mengutamakan amalan kolaboratif dalam
PLC untuk mengubah budaya guru dalam PdP dan menjadikan pendidikan lebih bermakna.
PLC perlu diamalkan secara berterusan untuk menjadikan PdP berkesan sepanjang masa
(Amin, 2018).

Saya berpendapat, pendekatan kepemimpinan spiritual ini sangat perlu saya amalkan
di sekolah kerana ia memberi penekanan kepada pemupukan nilai tauhid serta mampu
membentuk generasi yang mempunyai jati diri atas prinsip kepercayaan kepada tuhan,
bekerja dengan penuh ikhlas, amanah serta komited kepada organisasi (Nor Zanariah, 2020).
Oleh itu, sebagai pengetua, saya akan menguruskan organisasi sekolah secara cekap dan
berkesan kerana ia merupakan amanah Allah SWT. Nilai intergriti yang tinggi ini berupaya
menjadikan saya sebagai ikon sekolah atau suri teladan kepada warga sekolah. Justeru itu,
saya akan berusaha untuk meningkatkan motivasi warga sekolah dengan memberi dorongan
agar warga sekolah sentiasa melaksanakan amanah sebagai pendidik demi mencapai visi
dan misi sekolah. Bidang kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid akan diurus secara
sistematik bagi mencapai matlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
daripada segi JERI selaras dengan hala tuju sekolah dan FPK.

Sikap kepimpinan spiritual juga mempunyai kaitan dengan kesantunan berbahasa.
Kesantunan berbahasa merupakan salah satu daripada kemahiran komunikasi berkesan, ia

56

akan menjadi lebih mantap sekiranya amalan baik penghayatan agama ini dibudayakan dalam
kalangan warga sekolah. Awang Sariyan (2007) dalam bukunya Santun Bahasa pula
mengatakan prinsip kesantunan bahasa dalam masyarakat Melayu Islam ialah amar makruf
nahi mungkar iaitu menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Oleh itu,
kesantunan berbahasa diperlukan agar nasihat, ajaran dan teguran dapat disampaikan
dengan baik. Justeru, saya perlu mengamalkan kesantunan berbahasa secara berkesan
dengan warga sekolah dengan menyediakan saluran komunikasi yang pelbagai untuk
menggalakkan mereka memberi input berkaitan dengan pemajuan sekolah. Interaksi dua hala
ini akan melahirkan kejelekitan dan impaknya, dapat menggerakkan semua warga sekolah
untuk melaksanakan tanggungjawab dan mewujudkan kerjasama yang berterusan (Nor
Zanariah, 2020). Kemahiran santun berbahasa juga akan saya aplikasikan untuk membina
jalinan dan jaringan dengan pihak luar sama ada ibu bapa, komuniti dan pihak swasta.
Kemahiran berkomunikasi ini berupaya memujuk, mengajak dan mempengaruhi mereka
untuk membina permuafakatan strategik melalui sumbangan kewangan, perkongsian ilmu,
perkhidmatan dan kepakaran.

Dalam abad 21, dunia telah banyak mengalami perubahan dan perkembangan seperti
globalisasi, k-ekonomi, TMK, liberalisasi dan sebagainya. Pada awal tahun 2020 pula, dunia
telah dikejutkan dengan pandemik COVID-19. Isu semasa dunia ini juga telah menyebabkan
perubahan yang besar berlaku dalam kehidupan manusia termasuklah bidang pendidikan.
Perubahan yang mendadak ini memerlukan saya untuk melaksanakan kepimpinan
transformasional iaitu kemahiran menangani perubahan yang berlaku secara berkesan dan
bijaksana. Menurut Rahayu, Sham dan Halijah (2020), situasi COVID-19 menuntut pemimpin
menyampaikan maklumat dengan berkesan dalam memastikan tugas dapat dilaksanakan
dengan baik dan lancar. Dalam hal ini, untuk membangunkan organisasi pengetahuan dan
kemahiran penggunaan aplikasi TMK amat penting untuk penyampaian dan penerimaan
maklumat. TMK perlu dikuasai sebaik-baiknya oleh semua warga sekolah Saya juga perlu
sensitif dan peka dengan perkembangan isu semasa dalam dunia pendidikan iaitu
pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), PAK-21, DP dan Transformasi Sekolah 2025
(TS25). Saya perlu terlebih dahulu mengetahui, memahami, melaksana dan seterusnya
membudayakan agenda-agenda penting pendidikan negara ini dalam organisasi. PBD perlu
dibudayakan di sekolah saya kerana ia adalah satu usaha KPM untuk membebaskan
pendidikan negara daripada sistem penilaian yang berorientasikan peperiksaan. Pelaksanaan
PBD adalah bersifat holistik untuk memupuk potensi dan bakat murid. Begitu juga dengan
Program Transformasi Daerah iaitu DP (Amin, 2018). Saya juga perlu menyedarkan guru
untuk bangkit menghadapi persaingan ekonomi global, kebanjiran teknologi tinggi,
penggunaan TMK dalam semua urusan untuk melahirkan generasi berilmu yang berfikiran
aras tinggi, mampu bertindak dan menghasilkan inovasi yang bermanfaat. Ini bertepatan
dengan tema sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan pada 16 Mei 2021 iaitu “ Berguru
Demi Ilmu, Membina Generasi Baru”.

Mewujudkan suasana vibran atau dini dalam persekitaran organisasi juga merupakan
perancangan saya apabila menjadi pengetua pada masa depan. Bina upaya pekerja dalam
sesebuah organisasi dipengaruhi oleh persekitaran yang hidup dan vibran (bertenaga) bagi
meningkatkan semangat, rasa selesa dan keseronokan bekerja sehingga memberi impak
yang tinggi kepada peningkatan prestasi kerja dan produktiviti. Suasana vibran boleh dikenal
pasti dengan adanya beberapa ciri iaitu hubungan kemanusiaan, budaya kerja, kondisi, tata
ruang dan dekorasi (Nur Agnes Linda & Anita, 2020). Langkah yang perlu saya ambil adalah
menyediakan kemudahan dan perkhidmatan asas yang mencukupi dan selamat untuk
digunakan. Keutamaan akan diberi juga kepada keselesaan dan kemudahan guru untuk
melaksanakan PdP iaitu capaian internet, kemudahan komputer dan lain-lain. Dalam
melaksanakan tugasan di sekolah, saya akan menitikberatkan slogan ‘Sekolahku, Rumahku’
dengan menggunakan prinsip amalan 5S iaitu sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal
untuk menjaga kebersihan sekolah. Seterusnya saya akan membina jalinan dan jaringan
dengan pihak luar seperti dengan ALUMNI, komuniti dan juga pihak swasta untuk mendapat

57

bantuan kewangan, kerjasama, perkhidmatan dan juga kepakaran. Hasilnya, ini akan dapat
membina iklim sekolah yang selesa dan kondusif, guru seronok dan boleh memberi fokus
kepada kerja. Impaknya ini akan meningkatkan prestasi dan mutu kerja (Nur Agnes Linda &
Anita, 2020).

Hubungan antara ketua jabatan dan pekerja perlu saya ambil berat, semangat dan
motivasi anak buah juga perlu dipastikan agar tidak luntur. Ini saya perlu pupuk melalui
program-program sekolah seperti coaching dan mentoring, gotong-royong, team building dan
sebagainya. Menurut Rosnah dan Muhammad Faizal (2012), coaching dan mentoring dapat
memenuhi keperluan pembelajaran guru dan pembangunan profesionalisme guru serta dapat
membina pasukan yang saling menyokong. Hubungan yang baik itu terhasil apabila ada
kejujuran, belas kasihan, rasa hormat, prihatin dan sebagainya. Justeru, saya hendaklah
mewujudkan persekitaran kerja yang prihatin dengan menunjukkan kepada setiap pekerja
bahawa sumbangan mereka sangat berharga dan mereka adalah individu penting di sekolah.
Saya juga akan menerapkan budaya mengiktiraf dan menghargai jasa mereka. Ini berupaya
membangkitkan semangat dan memberi mood segar kepada mereka. Tanpa hubungan yang
baik, akan wujudnya jurang sosial, perasaan negatif seperti iri hati, sikap saling menjatuhkan
dan ini seterusnya akan merosakkan nilai-nilai organisasi. Impaknya, apabila prestasi dan
mutu kerja guru meningkat, ia akan menberi kesan langsung kepada kualiti sekolah dan
kemenjadian murid.

RUMUSAN

Menjadi seorang pemimpin sekolah (pengetua) tidak semudah yang diucapkan. Pengalaman
pahit manis dalam merintis kerjaya sebagai pendidik, semasa menjadi MLT dan SLT telah
menyediakan tapak yang kukuh untuk menggapai cita-cita menjadi pengetua. Pelbagai ilmu,
kemahiran, model dan gaya kepimpinan perlu dipelajari dan dikuasai untuk memastikan
matlamat dan hala tuju kepimpinan sekolah tercapai dengan berkesan. FPN, visi dan misi
KPM serta PPPM 2013-2025 perlu dijadikan rujukan utama dalam mengurus, mentadbir dan
melaksanakan amanah sebagai pengetua. Sekolah Berkualiti dan Kemenjadian Murid adalah
sasaran keberhasilan utama (outcome) dalam sistem pendidikan negara, perlu dicapai secara
holistik dan bersepadu oleh semua warga pendidikan sama ada di peringkat kementerian,
jabatan, daerah, sekolah dan individu itu sendiri.

Gabungan amalan 5S iaitu sistem kerja yang bersasaran dan sistematik, sikap spiritual
pemimpin seperti santun dan suri teladan, suasana kerja selesa dan sumber manusia peka
dengan situasi semasa, sistem pendidikan dan juga perubahan pengajaran dan pembelajaran
perlu diurus, diadun dan seterusnya dijelmakan dalam kehidupan seorang pemimpin sekolah.
Terdapat ilmu, kemahiran dan kebolehan yang perlu dicari dan dipelajari, tetapi ada juga
pemimpin sekolah yang mempunyai bakat semulajadi. Kemahiran komunikasi, kebolehan
menguasai TMK, kepantasan bertindak, kebolehan merancang, menyelesai masalah,
menyelia dan seterusnya gaya dan pendekatan kepemimpinan seperti kepemimpinan
strategik, berwawasan, spiritual, instruksional, transformasional dan sebagainya lagi perlu
seiring dan dijana oleh semua pemimpin sekolah.

Akhirnya, dalam usaha merintis jalan ke arah menjadi seorang pemimpin sekolah, saya
telah mengupayakan potensi diri menjadi pemimpin dengan cara mengikuti kursus dan
bengkel yang dianjurkan oleh IAB seperti Latihan Rintis Semakan Kurikulum NPQEL 2021
dan juga mengikuti Pelaksanaan Aktiviti Kesarjanaan Pemimpin Pendidikan di bawah Inisiatif
#111: Pemantapan Profesional Pendidikan IAB ini, sedikit sebanyak tentunya ilmu dan
kemahiran yang diperoleh ini boleh membantu diri saya apabila menjadi pengetua kelak.
Seterusnya untuk melengkapi keperluan utama, saya akan memohon kursus NPQEL pada
tahun berikutnya. Semoga impian akan terlaksana dengan izin Allah.

58

RUJUKAN
Amin Senin. (2018). Melangkah ke Hadapan Fokus dan Gerak Kerja Profesionalisme KPPM

2018. Kementerian Pendidikan Malaysia: Putrajaya.
Awang Sariyan. (2007). Santun Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Baharom Mohamad, Mohamad Johdi Salleh, & Che Noraini Hashim. (2009). Kepimpinan

pendidikan berkesan https://doi.org/http://irep.iium.edu.my/11675/1/Proceding_
Kepimpinan_Pendidikan_Berkesan.pdf
Dokumen Awal Deskripsi Tugas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan KPM (Laluan Pengajaran
& Pembelajaran dan Kepimpinan). (2016). http://images.app.goo.gl
/E4y2cvC3CiscFNq39
Kamus Dewan (Edisi Keempat). (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Md Said Md Daimon. (2019), Ringkasan SKPMg2: Alat Pengurusan Sekolah. Koperasi PPD
Batu Pahat, Johor.
Nor Ezah Mohamad. (2014). Penetapan Dan Pelaksanaan Hala Tuju. Jprisma. com.
http://www.jprisma.com/v1/index.php/penulisan/8-kepimpinan-dan-organisasi/63
penetapan-dan-pelaksanaan-hala-tuju
Nor Zanariah. (2020). Penerapan Kepimpinan Spiritual Dalam Pengurusan Sekolah. Dalam
Wacana: Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan. https://iab.moe.edu.my/bahan
portal /penerbitan/Final-
Nur Agnes Linda Andrew Bowgel & Anita Othman (2020). Penerapan Kepimpinan Spiritual
Dalam Pengurusan Sekolah. Dalam Wacana: Pengurusan Dan Kepimpinan
Pendidikan. https://iab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Final-
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. (2013). KPM: Putrajaya.
Rahayu Ahamad Bahtiar, Sham Ibrahim & Halijah Ariffin, (2020). Peranan Dan Cabaran
Pemimpin Pendidikan Dalam Memastikan Matlamat Dan Agenda Pendidikan Dilestari
Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19. Institut Aminuddin
Baki. Kementerian Pendidikan Malaysia. https://iab.moe.edu.my/bahanportal/
pemberitahuan/2020/2.%20PERANAN%20DAN%20CABARAN%20PEMIMPIN%20
PENDIDIKAN.pdf
Rosnah Ishak & Muhammad Faizal A. Ghani. (2012) Amalan Kepimpinan Terbaik untuk
Sekolah " Organisasi Pembelajaran " (Best Leadership Practices for "Learning
Organization" Schools. Jurnal Pendidikan Malaysia 37(2)(2012): 35-41.
https://www.academia.edu/25077912/Amalan_Kepimpinan_Terbaik_untuk_Sekolah_
Organisasi_Pembelajaran_Best_Leadership_Practices_for_Learning_Organization_S
chools
Zaini Hussein. (2016). Terokailah Macam mana Caranya Untuk capai Kecemerlangan. Ame
Fokus Publisher: Selangor

59

AIR GEDANG TEPIAN BERGANJAK

Letchumi a/p Naraia@Nadarajah
SJK(T) Bandar Segamat,Segamat,Johor

PENGENALAN

Terciptanya karya ini adalah hasil daripada penerokaan ilmu dan pengalaman yang saya
lalui sepanjang kerjaya sebagai seorang pendidik dan barisan pentadbir selama sembilan
belas tahun. Program kesarjanan anjuran pihak IAB telah menjadi tapak untuk diri saya bagi
mengutarakan ilmu dan pengalaman yang dilalui dalam bentuk penulisan jurnal. Hasilnya,
wujudlah penulisan ini yang lebih berfokus kepada kepimpinan sesebuah organisasi.
Penulisan ini diberi tajuk “ Air Gedang,Tepian Berganjak”. Peribahasa ini membawa maksud,
perubahan dasar atau pengurusan ekoran pertukaran pucuk pimpinan sesebuah organisasi.
Erti kata yang lain, apabila seseorang ketua atau pemimpin digantikan dengan orang lain,
maka dasar polisi dan visi dan misi sesebuah organisasi turut akan berubah.

Sebagai seorang manusia, kita perlu sedar hidup kita ibarat putaran roda yang ada
kalanya berada di atas dan ada kalanya berada di bawah. Apabila perubahan ini
berlaku,seseorang pemimpin akan menerajui organisasi dengan prinsip diri dan wawasan
tersendiri. Demikian pula, dengan seseorang pemimpin yang harus mempunyai tujuan untuk
membangunkan organisasi di bawah pimpinannya dengan lebih baik.

Secara umumnya, penulisan ini terbahagi kepada lima (5) aspek yang penting.
Antaranya ialah pemilihan tajuk bagi karya ini yang berkait rapat dengan kepimpinan.
Seterusnya ialah pengalaman lepas seseorang pemimpin yang laluinya sepanjang
kerjayanya. Aspek yang lain ialah pemimpin pendidikan yang diidamkan. Dalam tajuk ini akan
diterangkan ciri-ciri dan cabaran yang dilalui oleh seorang pemimpin. Seterusnya ialah jalan
ke arah pemimpin masa depan, di mana cabaran-cabaran seorang pemimpin dan cara
penyelesaian cabaran tersebut. Akhirnya, saya sebagai seorang pemimpin dan perkara yang
perlu dilakukan untuk membangunkan organisasi di bawah pimpinan pada masa akan
datang.

PENGALAMAN LEPAS

Kerjaya saya bermula pada tahun 1/1/2002 di SJK(T) Ladang Nagappa sebagai seorang guru
praktikum. Sekolah itu terletak di kawasan luar bandar, di Daerah Segamat. Selepas saya
tamat praktikum saya selama 6 bulan saya terus dilantik di sekolah tersebut sebagai seorang
guru terlatih pada 1/7/2002. Sekolah itu berstatus sekolah kurang murid (SKM) di mana
sekolah kurang murid. Sebagai seorang guru terlatih pada masa itu, saya menghadapi satu
cabaran yang sangat besar di mana, guru besar sekolah itu bersara pada tarikh saya dilantik
sebagai seorang guru terlatih di sekolah itu. Tambahan lagi ,tiga (3) orang Guru Penolong
Kanan (GPK) yang bekerja di sekolah tersebut telah ditukar ke sekolah lain.

60

Selepas pertukaran GPK ke sekolah lain, terdapat empat (4) orang guru sahaja yang
bekerja di sekolah tersebut. Di mana dua (2) orang guru terlatih dan dua (2) orang guru guru
sandaran tidak terlatih (GSTT). Sebagai seorang guru baharu di sekolah tersebut, saya terus
dilantik sebagai GPK Pentadbiran dan memangku tugas guru besar sehingga guru besar
baharu dilantik di sekolah tersebut. Saya sebagai seorang pemimpin terpaksa memegang
satu tanggungjawab yang besar di mana semua pengurusan di sekolah itu di bawah pimpinan
saya. GPK dan guru besar dari sekolah lain menolong saya dari semasa ke semasa sehingga
tugas guru besar dipikul oleh guru besar baharu. Tunjuk ajar daripada kawan-kawan dari
sekolah lain membantu saya daripada segi pengurusan di sekolah saya.

Selepas sebulan bekerja di sekolah tersebut, akhirnya guru besar baharu dilantik di
sekolah. Selepas penyerahan tugas kepada guru besar yang baharu, beliau terus melantik
saya sebagai GPKP lantikan dalaman di sekolah. Selepas saya dilantik sebagai GPKP,
semua sistem fail di sekolah tersebut telah saya kemaskinikan dengan bantuan rakan sekerja
di sekolah. Banyak pengubahsuaian telah dilakukan dari semasa ke semasa. Setelah lapan
(8) tahun saya bekerja di SJK(T) Ladang Nagappa, saya telah ditukar ke SJK(T) Ladang
Sungai Muar pada 1/4/2010. Perjalanan ke sekolah baharu mengambil masa lebih lama
berbanding sekolah lama saya.

Saya menjalankan tugas sebagai guru akademik biasa di sekolah itu. Selepas dua (2)
tahun, saya dilantik sebagai PK Kokurikulum lantikan dalaman. Pengalaman baharu sebagai
PK Kokurikulum membawa impak yang besar terhadap diri saya. Pertolongan daripada
mantan PK Kokurikulum dan bantuan Penyelia Kokurikulum PPD Segamat daripada segi
pengurusan membantu saya meningkatkan kefahaman saya dalam bidang kokurikulum.
Banyak tunjuk ajar melalui perkongsian idea rakan-rakan perjuangan membantu saya
melibatkan diri secara langsung dalam bidang kokurikulum pada masa itu.

Hasil daripada pertolongan daripada rakan–rakan sekolah, sekolah saya menjadi
Johan Pengurusan Kokurikulum Peringkat Negeri selama tiga (3) tahun berturut-turut. Pada
tahun 2016, sekolah saya telah menjadi Johan Pengurusan Peringkat Kebangsaan.
Walaupunsekolah saya berstatus SKM, tetapi pencapaian di peringkat kebangsaan menjadi
buah mulut semua sekolah di seluruh negara pada masa itu. Satu pencapaian yang
dibanggakan oleh saya sehingga sekarang. Kejayaan seumpama ini, mendorong saya dan
meningkatkan minat yang mendalam sehingga saya suka dalam bidang kepimpinan ini.

Hasil daripada pencapaian dalam bidang kokurikulum, akhirnya saya telah dipilih
sebagai PK Kokurikulum Terbaik di daerah Segamat pada tahun 2019. Pada tahun 2019 saya
ditukarkan ke sebuah sekolah gred B sebagai GPK Kokurikulum berjawatan hakiki. Selepas
17 tahun di sekolah berstatus SKM dan akhirnya saya meneruskan kerjaya
di sebuah sekolah besar yang terdiri daripada 115 orang murid dan 15 orang guru. Sekolah
ini terletak di bandar Segamat.

Walaupun sekolah ini sekolah gred B, tetapi daripada segi pencapaian masih tidak
membanggakan. Tiada sebarang pencapaian sehingga saya datang ke sekolah itu. Saya
terpaksa membuat beberapa pengubahsuaian dalam bidang kokurikulum sehingga sekolah
saya dapat menonjol sehingga kini. Banyak pencapaian dari segi akademik dan kokurikulum
telah kami capai. Hasrat saya adalah menjadi seorang pemimpin yang disanjung tinggi pada
masa depan.

61

Aura Positif Ciri-ciri Seorang Kemahiran
Pemimpin Berkomunikasi yang
Komitmen dan
Kesungguhan Kejujuran dan Integriti Berkesan

Keyakinan yang Tinggi

Rajah 2:Peta Minda Ciri-Ciri Seorang Pemimpin

PEMIMPIN PENDIDIKAN YANG DIIDAMKAN

Pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu yang lain di
dalam suatu pertubuhan atau organisasi. Di samping itu, Robbins (2003) menyatakan
bahawa kepimpinan ialah kebolehan untuk mempengaruhi ahli kumpulan untuk mencapai
sesuatu matlamat. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), kepimpinan ialah
keupayaan untuk memimpin. Kim dan Maubourgne pula menyatakan maksud kepimpinan
ialah kebolehan seseorang untuk menginspirasikan keyakinan dan sokongan dalam kalangan
sekumpulan manusia yang diperlukan untuk mencapai matlamat organisasi. Seterusnya
Leithwood dan Janti (1999) menganggap kepimpinan ialah keupayaan untuk mempengaruhi
sistem kepercayaan, tindakan dan pegangan nilai ahli dalam kumpulan. Dalam erti kata lain
sebagai seorang pemimpin pendidikan, seharusnya sentiasa berusaha menggembleng
tenaga dalam sesuatu kumpulan untuk mencapai matlamat. Malahan, pemimpin perlu
bekerjasama dengan para guru bagi melakukan perubahan dalam pembelajaran untuk
mencapai matlamat agar manfaatnya dapat dikongsi bersama.

Dalam era liberalisasi dan pendemokrasian pendidikan, peranan guru besar bukan
sebagai seorang “Lone Ranger” tetapi lebih sebagai seorang ketua yang mempunyaipelbagai
peranan sebagai “Manager-Coach-Mentor-Leader”. Pemimpin sesuatu organisasi
mempunyai kewajipan untuk mengembang dan menggilapkan guru-gurunya menjadi
pemimpin. Terdapat pelbagai teori tentang kepimpinan dikemukakan dari dahulu hingga
sekarang. Berbagai-bagai sudut dikaji, namun pendapat tentangnya tidak sekata. Hasilnya
wujud pelbagai pandangan berkaitan dengan kepimpinan. Seorang pemimpin yang baik perlu
mengetahui tentang teori, model dan konsep kepimpinan yang wujud. Dalam mengkaji
kepimpinan pelbagai teori telah dikemukakan seperti teori sifat, teori perlakuan, teori
kontigensi, teori karismatik, teori x, y, z dan sebagainya. Salah seorang tokoh yang turut
menyumbangkan kepada teori kepimpinan dan sudut situasi ialah Profesor Robert House.
Beliau menyatakan bahawa fungsi utama seorang pemimpin ialah membentuk matlamat
penting bagi para pengikut atau para pekerjanya menggariskan laluan-laluan ke arah
pencapaian tersebut.

Setiap pemimpin wajib mempunyai aura positif. Dalam konteks ini, pemimpin perlu

62

menghasilkan pendekatan yang positif, dedikasi dan proaktif. Teori situasi menerangkan
persekitaran organisasi yang berbeza perlukan cara kepimpinan yang berbeza jika inginkan
keberkesanan. Salah satu teori di bawah teori situasi ialah Teori Kontijensi Fiedler yang
mencirikan bahawa keberkesanan kepimpinan tertakluk kepada keberkesanan antara gaya
kepimpinan dan sokongan persekitaran. Hubungan positif pemimpin dengan ahlinya akan
mendapat sokongan daripada ahli dan persekitaran yang akan menjurus kepada kejayaan
organisasi. Contohnya, pemimpin boleh meluangkan masa dengan para guru agar dapat
mengetahui perkembangan murid. Bagi memenuhi tuntutan tugasan, seorang pemimpin
hendaklah sentiasa bersinergi dengan para guru.

Bertitik-tolak daripada itu, komitmen dan kesungguhan merupakan antara sikap yang
perlu ada dalam diri seseorang pemimpin. Pemimpin sememangnya harus memberi
komitmen yang tinggi dengan para guru untuk mencapai matlamat agar dapat melaksanakan
penambahbaikan di sekolah. Lena Horne pernah berkata orang yang takut menghadapi
kesukaran selama-lamanya tidak akan maju. Kata-kata tokoh ini sangat berhubung rapat
dengan sifat komitmen yang perlu ada dalam diri pemimpin. Contohnya, pemimpin mestilah
bersiap sedia untuk menghadapi masalah yang tidak diduga dan bersungguh-sungguh
berusaha untuk mencapai matlamat yang disasarkan tanpa menyerah kalah.

Bukan itu sahaja, pemimpin perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik dan
sentiasa berhubung dengan para guru. Dalam hal ini, pemimpin hendaklah berfikiran terbuka
dan sentiasa menerima pandangan dan cadangan daripada para guru. Pemimpin perlu
mengamalkan gaya kepimpinan teragih. Contohya, apabila berlaku sesuatu konflik, seorang
pemimpin seharusnya perlu lebih memahami keadaan para guru dan mengelakkan sifat suka
menghukum agar sebarang pertelingkahan dapat dielakkan. Malah, apabila pemimpin
sentiasa berhubung dengan para guru, keputusan yang baik bagi sesuatu perkara dapat
dibuat.

Keyakinan yang tinggi dalam diri seorang pemimpin sekaligus dapat memastikan
kawalannya bergerak maju. Pemimpin wajar mempunyai keyakinan diri kerana semangat
yang ada dalam diri pemimpin membolehkan mereka menjadi inspirasi kepada para guru.
Contohnya, pemimpin yang yakin pada diri sendiri mempunyai keupayaan untuk berjayapada
apa sahaja yang mereka fikirkan. Malah, dalam situasi yang sukar sekalipun, pemimpin yang
mempunyai keyakinan yang tinggi mampu berada dalam keadaan yang tenang dan
mengekalkan semangat dalam diri mereka serta para guru.

Tidak dapat dinafikan, sifat kejujuran dan integriti dapat menjadikan seseorang
pemimpin mempunyai nilai yang mantap. Michelle Obama juga pernah berkata, “kita selalu
belajar tentang kejujuran dan integriti, kebenaran itu penting dan jangan mengambil jalan
pintas atau bermain mengikut peraturan anda sendiri kerana kejayaan tidak akan dikira
kecuali anda memperolehnya dengan adil dan saksama”. Sewajarnya pemimpin perlu
mengamalkan sifat kejujuran dan integriti agar para guru dapat mencontohi akhlak terpuji
tersebut, sekaligus persekitaran kerja yang positif dapat diwujudkan. Contohnya, apabila
seorang pemimpin jujur dalam pekerjaannya, sudah tentu persekitaran kerja yang positif
dapat membawa impak positif dalam kalangan guru malah imej sekolah juga dapat
dipertingkatkan. Pemimpin sepatutnya tidak takut untuk mengambil sebarang tanggungjawab
dan risiko kerana kepercayaannya terhadap apa yang dia percayai membuat pengikutnya
iaitu para guru mengembangkan dedikasi yang sama.

63

Isu dan Cabaran
Pemimpin

Kekurangan Guru Tidak Mendapat
Guru Opsyen Kurang Sokongan dan
Kepercayaan

Ledakan teknologi

Budaya kerja

pasukan yang lemah

Rajah 3: Peta Minda Isu dan Cabaran

JALAN KE ARAH PEMIMPIN MASA DEPAN

Sebagai seorang pemimpin di sekolah, pelbagai cabaran dan masalah ada hampir setiap hari
dan adakalanya datang secara mendadak. Antara cabaran yang pemimpin perlu lalui adalah
kekurangan guru. Disebabkan kekurangan guru, banyak kekangan perlu diharungi dan
antaranya adalah tidak dapat menyediakan bilangan guru yang secukupnya di sesebuah
sekolah untuk mendidik para murid. Malah, pemimpin juga tidak dapat memotivasikan para
guru ke arah kecemerlangan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Bagi
mengatasi hal ini, pemimpin seharusnya lebih cekap dengan menguruskan sumber manusia
di sekolah. Hal ini sekaligus dapat mengatasi masalah kekurangan guru dan dapat
meningkatkan imej sekolah.

Seterusnya, pemimpin seringkali mengalami masalah berkaitan guru-guru yang tidak
mempunyai opsyen yang sesuai untuk mengajar mata pelajaran. Perkara ini perlu dipandang
serius oleh pemimpin kerana memberikan impak negatif kepada pentadbiran sekolah. Apabila
guru mengajar mata pelajaran yang tidak seiring dengan mata pelajaran opsyen pilihannya
dahulu akan menyukarkan lagi para guru untuk mendidik para murid. Hal ini, bukan sahaja
membebankan para guru untuk mendidik malah akan menyebabkan para murid sukar untuk
memahami sesuatu subjek. Untuk mengatasi cabaran ini, pemimpin sewajarnya lebih bijak
dalam mengatur para guru untuk mendidik para murid, mengikut

64

kelayakan opsyen mata pelajaran yang sesuai. Selain itu, pemimpin juga boleh menyediakan
latihan yang secukupnya bagi meningkatkan kecekapan para guru dalam bidang perguruan.
Oleh itu, urusan pentadbiran sekolah juga akan dapat berjalan dengan lancar.

Di samping itu, pemimpin juga perlu mengharungi cabaran untuk mendapatkan
sokongan dan kepercayaan. Kebiasaannya, pemimpin selalu berada di dalam bilik dan hanya
fokus beberapa perkara sahaja. Disebabkan ini, komunikasi antara pemimpin dengan guru
ada nada jurangnya. Perkara ini tidak seharusnya dipandang remeh oleh pemimpin kerana
untuk membuat sesuatu perkara atau keputusan pemimpin sangat memerlukan sokongan
daripada guru. Jika pemimpin gagal mendapatkan sokongan dan kepercayaan daripada para
guru,sudah tentu prestasi sesebuah sekolah akan terjejas. Oleh itu, pemimpin hendaklah
sentiasa meluangkan masa dan menerima pendapat para guru agar boleh mendapat
sokongan pada setiap masa.

Daripada indikator yang berbeza, ledakan teknologi dalam pendidikan menjadi antara
cabaran yang terbesar untuk pemimpin. Dalam era pasca moden ini, ramai guru yang mahir
menggunakan teknologi di sesebuah sekolah untuk mendidik para murid dan untuk membantu
melicinkan urusan pentadbiran sekolah. Malang sekali, ada juga segelintir guru yang
meningkat usia yang lebih berpengalaman dalam mendidik para murid tidak mengetahui cara
untuk menggunakan peranti elektronik. Hal ini bukan sahaja menyukarkan golongan guru
yang senior, malah akan menyebabkan segelintir guru ketinggalan dalam pembangunan
teknologi. Sebagai seorang pemimpin, perkara ini seharusnya perlu diatasi dengan cara yang
lebih efektif iaitu, menyediakan kursus khas bagi guru-guru yang kurang mahir tentang
penguasaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Kursus ini tidak perlu berlangsung
untuk tempoh masa yang lama, tetapi cukup sekadar pemimpin menjalankan kursus tersebut
seminggu dua kali dan mengambil tempoh masa satu jam. Hal ini, dapat meningkatkan
kemahiran TMK para guru dengan cekap dalam masa yang singkat. Sudah tentu, dengan
adanya pemimpin yang mampu mengatasi masalah ledakan teknologi akan dapat memajukan
sekolahnya sekaligus dapat meningkatkan imej sekolah.

Suasana pembelajaran Perancangan dan Mengambil kira gerak hati
yang Kondusif Pembangunan dalam membuat
keputusan
Mendengar secara Organisasi Pendidikan
terbuka dan menerima Menggunakan konsep
Menggunakan aspek menghidu ancaman
pendapat sentuhan

Rajah 4 Peta Minda Perancangan Pembangunan Organisasi pendidikan

Meninjau daripada skop yang lain, pemimpin juga berdepan dengan budaya kerja
sepasukan yang lemah dalam kalangan para guru. Dalam konteks ini, sepatutnya pemimpin
perlu memperkasa budaya kerja sepasukan. Apabila budaya kerja sepasukan lemah, sudah
tentu kemajuan dalam sesebuah organisasi sukar untuk dicapai. Pemimpin sewajarnya perlu

65

berfikir lebih terbuka untuk mewujudkan semangat berpasukan agar prestasi sekolah dapat
dipertingkatkan. Oleh hal yang demikian, pemimpin perlu memantau para guru sama ada
mereka membuat tugasan yang diberikan dengan bekerjasama antara satu sama lain atau
bertindak bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Pemimpin juga boleh
memberikan nasihat kepada guru dan menerangkan kepada mereka secara berhikmah
tentang fadhilat kerja sepasukan. Maka, cabaran memperkasa budaya kerja sepasukan
dapat diatasi dengan cara yang baik

SAYA SEORANG PEMIMPIN PENDIDIKAN

Untuk menjadi pemimpin yang baik mungkin lebih mudah berbanding menjadi pemimpin yang
hebat. Sebagai seorang pemimpin, kemahiran melihat masa hadapan juga perlu ada dalam
diri dan pemimpin harus memainkan peranan utama bagi mencapai kejayaan sesebuah
sekolah ke arah kecemerlangan. Oleh hal yang demikian, seorang pemimpin hendaklah
mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. Antara cara untuk mewujudkan suasana
pembelajaran yang kondusif adalah pemimpin bijak mengubah reka bentuk fizikal dalam bilik
darjah, iaitu menyusun meja dengan pelbagai bentuk ataupun dalam kumpulan agar
memudahkan para murid berbincang dan bertukar pendapat ketika mereka belajar. Selain itu,
pemimpin juga boleh berfikir secara kreatif iaitu menampalkan bahan bahan ilmiah pada ruang
dinding. Malahan, aspek pengudaraan dan kebersihan juga perlu diambil kira oleh pemimpin
bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Di samping
itu, pemimpin perlu meminta bantuan guru untuk melengkapkan bilik darjah dengan bahan
bantu mengajar agar dapat memotivasikan murid. Suasana bilik darjah dan sekolah yang
ceria mampu menarik perhatian murid untuk menimba ilmu. Pemimpin sewajarnya
mengambil inisiatif untuk menanam pokok di halaman sekolah dan menyediakan kemudahan
seperti tempat bermain dan perpustakaan agar semua warga sekolah dapat merasai
keselesaan danketenangan. Hal ini bukan sahaja membuatkan para murid bermotivasi ketika
belajar malah para guru juga turut akan gembira bekerja dalam keadaan mesra dan
sempurna.

Meninjau daripada skop yang berbeza, pemimpin akan mendengar secara terbuka
dan bekerja dalam pasukan. Merujuk penerangan Gaya Kepimpinan Demokratik seorang
pemimpin seharusnya bersikap agak terbuka. Gaya kepimpinan ini juga telah menyatakan
pemimpin mesti mementingkan kepentingan bersama, bukan kepentingan sendiri. Walaupun
kedudukan sebagai seorang pemimpin itu tinggi, pemimpin seharusnya tidak menjadi individu
yang kebal dengan sebarang pandangan dan teguran daripada para guru atau warga sekolah.
Seeloknya pemimpin mestilah bersikap terbuka dan terima pendapat orang lain agar
permasalahan akan dapat diselesaikan dengan mudah dan tenang. Pemimpin perlu bijak
dalam memimpin para guru dan warga sekolah. Hal ini bermaksud, pemimpin mesti bijak
dalam mengawal emosi agar sentiasa dihormati oleh orang di sekelilingnya. Suatu perkara
yang perlu dihadam ialah pemimpin merupakan tonggak penting untuk menjadi penggerak
utama kejayaan sesebuah sekolah. Oleh hal yang demikian, pemimpin sewajarnya
bermuafakat dalammembuat keputusan. Jika pemimpin tidak bersetuju dengan pendapat
orang lain, lebih baik pemimpin menggunakan cara yang paling berhikmah dan lembut agar
tiada pihak terasa hati. Untuk memastikan sesebuah sekolah berjaya pada masa akan datang,
pemimpin perlu bekerja dalam pasukan agar kepentingan dapat dikongsi bersama.

Seterusnya, pemimpin boleh menggunakan aspek sentuhan dengan mengamalkan
budaya penyayang dalam pentadbiran. Pemimpin mestilah mengamalkan nilai kasih sayang
kepada semua warga sekolah dan bertegas ketika waktu serta tempat yang betul.
Adakalanya, pemimpin perlu bertegas ketika memimpin dan berkomunikasi kerana ia dapat
menunjukkan tahap kepentingan sesuatu keadaan. Seperkara lagi yang perlu diambil kira,

66

pemimpin bertegas bukan untuk menganiaya orang lain tetapi sentiasa menginginkan yang
terbaik untuk semua warga sekolah. Apabila pemimpin menerapkan nilai-nilai murni kepada
para guru dan warga sekolah, sudah tentu masyarakat penyayang di sekolah dapat
diwujudkan. Malah dengan pendekatan ini, para murid juga dapat memupuk sifat penyayang
dalam diri mereka. Oleh hal yang demikian, pelbagai masalah disiplin murid dapat dielakkan
dan keadaan sekolah dapat dikawal dengan cara yang efektif. Selain itu, pemimpin
seharusnya membawa organisasi ke arah hala tuju yang jelas agar matlamat yang diimpikan
lebih mudah untuk dicapai. Bukan itu sahaja, sekiranya pemimpin mengamalkan budaya
penyayang nescaya sebarang pertelingkahan dapat dielakkan dan kemajuan sesebuah
sekolah dapat dicapai.

Dari sudut pemikiran yang ampuh, pemimpin perlu menggunakan konsep menghidu
ancaman secara bijak. Perkara ini merupakan satu konteks yang perlu dipandang serius.
Pemimpin boleh membuat perancangan yang strategik untuk mentadbir sekolah dengan
menyediakan pelan pengurusan risiko. Tambahan, pemimpin juga perlu bersedia dengan
pelan tindakan pemulihan. Jika pemimpin menginginkan peningkatan, seharusnya pemimpin
perlu bersedia untuk membuat perubahan. Sebagai seorang pemimpin mestilah rajin mencari
ilmu iaitu perlu belajar perkara-perkara baharu, konsep, pemikiran dan sebagainya yang
berhubung kait dengan pentadbiran sekolah. Pemimpin boleh mengambil inisiatif untuk
mencari ilmu dengan membaca buku-buku ilmiah dan melayari Internet untuk mencari
maklumat bagi membuat perancangan yang strategik. Satu kenyataan yang perlu pemimpin
faham bahawa semua perkara yang berlaku di sekolah akan berbalik kepada dirinya sendiri
sama ada tentang polisi yang tidak betul, dasar pelaksanaan yang salah malahan pemilihan
guru yang tidak sesuai. Dalam hal ini, tidak perlu menyalahkan orang lain atas kegagalan
perancangan yang dibuat. Pemimpin sewajarnya bijak menghidu ancaman dan apabila
kegagalan berlaku, pemimpin perlu bertindak secara rasional dengan mencari alternatif yang
lain bagi menjaga prestasi sebuah sekolah. Sememangnya, kegagalan adalah lumrah dalam
kehidupan setiap orang. Apabila pemimpin bersedia dari segi mental dan fizikal, sudah tentu
pelbagai risiko dapat diatasi dengan baik.

Di samping itu, pemimpin perlu mengambil kira soal gerak hati dalam membuat
sebarang keputusan. Pemimpin perlu menyiapkan diri dengan meningkatkan ilmu kepimpinan
dari semasa ke semasa dan mewujudkan hubungan yang baik bersama para guru dan warga
sekolah. Pemimpin boleh bertanyakan pendapat dan meminta semua guru berkongsi
pengalaman mereka dalam amalan kepimpinan agar perkara tersebut dapat dicontohi dan
diaplikasikan di sekolah. Realitinya, pemimpin juga pasti mempunyai kelemahan dan
kekuatan. Oleh hal yang demikian, pemimpin perlu berfikir secara terbuka dan mendengar
pendapat para guru yang lain sebelum mengambil sebarang tindakan ataupun ketika ingin
membuat keputusan yang penting bagi soal pentadbiran sekolah agar tiada penyesalan yang
berlaku di kemudian hari. Menjadi sebagai seorang pemimpin bukan sahaja setakat
mempunyai keupayaan untuk memberi arahan malah pemimpin perlu menonjolkan ciri-ciri
dalaman keperibadian seperti sentiasa mempunyai pemikiran yang terbuka dan boleh
menerima cadangan dan pendapat orang lain agar kecemerlangan sebuah sekolah terjamin.

RUMUSAN

Tugas dan tanggungjawab seseorang pemimpin terhadap sesebuah organisasi adalah sangat
tinggi. Pemimpin harus bertanggungjawab terhadap tugas yang dipikulnya. Tambahan pula,
bagi memajukan dan meningkatkan kualiti organisasinya, komunikasi yang berkesan sangat
penting terhadap diri pemimpin. Jika komitmen yang berkesan tidak wujud maka banyak
masalah dan cabaran akan dilalui oleh seseorang pemimpin sepanjang kerjayanya.

67

Keperibadian pemimpin harus menonjol setiap masa di semua tempat. Ini kerana jika
seseorang pemimpin mempunyai nilai keperibadian yang tinggi secara langsung beliau akan
dihormati dan disanjungi oleh guru-guru di organisasinya. Oleh itu, adalah tanggungjawab
pemimpin untuk mewujudkan keperibadian tersebut untuk kebaikan bersama.

Selain itu, seseorang pemimpin harus menggunakan kuasa yang ada padanya dengan
baik. Arahan yang diberikan terhadap guru-guru harus dalam bentuk percakapan yang tidak
menyinggung perasaan para guru. Beliau harus bercakap dengan baik dan pandai
mengambil hati guru di bawah pimpinannya. Jika arahan itu dapat diterima oleh guru maka
mereka akan mengikut arahan dan menghormati kehendak ataupun kepentingan pemimpin
terhadap tugas yang diberikannya. Pemimpin juga harus menjaga kepentingan dan kebajikan
guru-guru di bawah organisasinya. Jika guru-guru merasai kebajikan mereka terjaga maka
tidak hairanlah mereka akan hormat dan sanjung pemimpin tersebut.

Akhirnya, kepimpinan pendidikan adalah kemampuan untuk mempengaruhi dan
menggerakkan orang lain yang ada hubungannya dengan pelaksanaan danperkembangan
pendidikan. Pemimpin harus mempunyai visi yang jelas dan mampu mendorong semua
warga sekolah untuk menjayakannya. Beliau juga harus sentiasa memantau kemajuan murid
di organisasinya. Ini disebabkan pencapaian sesebuah organisasi bergantung pada kemajuan
yang dicapai oleh murid. Maka harapan KPM dapat dicapai dengan pimpinan yang berkesan,
di samping meningkatkan mutu sistem pendidikan di negara ini.

RUJUKAN
Kamus Dewan, Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Kiat Wah, Rashid. A & Poon Ying (2018). Asas Kepimpinan dan Pembangunan

profesionalisme Guru. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang (2008). Psikologi Pendidikan. Multimedia Sdn. Bhd.
Soliha & Hersugondo (2008). Kepimpinan Yang Efektif dan PerubahanOrganisasi
Syed Mustafa & Subki Miskon. (2010). Asas Kepimpinan & Perkembangan

Profesional. Multimedia Sdn. Bhd.

68

SINARAN PERDANA

Murniyati binti Zainal
SMK Seri Perdana, Kluang, Johor

PENGENALAN

Sinaran Perdana merupakan satu ungkapan yang tercetus di minda secara tiba-tiba tatkala
saya tercari-cari arah tuju dan matlamat sebagai seorang pemimpin atasan dalam satu
organisasi baharu. Pengalaman berkhidmat di sebuah sekolah yang menerapkan
kesederhanaan dalam segala aspek selama 18 tahun menyebabkan saya berada dalam zon
selesa. Walau bagaimanapun, banyak cabaran dan pengalaman yang ditimba dalam usaha
mewujudkan budaya cemerlang di SMK Canossian Convent, Kluang. Bak kata pepatah
melentur buluh biar dari rebungnya adalah benar kerana dalam membentuk budaya sekolah,
penekanan dan ketegasan perlu dilaksanakan di peringkat awal. Budaya yang diterapkan
dalam kalangan warga sekolah supaya sentiasa ceria, ambil tahu, sentiasa diperhatikan, jujur,
ikhlas dan bersederhana dalam melaksanakan segala tugasan menjadi nadi kecemerlangan
sekolah. Ditambah dengan suasana persekitaran pembelajaran yang kondusif, infrastruktur
yang selesa dengan sasaran murid perempuan sahaja cukup membahagiakan saya.
Penghijrahan ke sekolah yang lain dengan jawatan baharu memberi saya satu sinar baharu
dan berhasrat memberikan sinaran positif terhadap organisasi dalam mencapai visi dan misi
yang ditetapkan.

Sinaran bermaksud pancaran atau rambatan gelombang seperti cahaya atau bunyi
yang menghantar tenaga melalui ruang atau medium lain serta menyalurkan ke medium lain
(Kamus Dewan Edisi Keempat, 2017). Bertepatan dengan matlamat saya sebagai pemimpin
atasan yang baru dilantik di SMK Seri Perdana memberi laluan kepada saya untuk berkongsi
pengalaman dan pengetahuan dalam memberikan perubahan secara holistik dalam
pengurusan sumber manusia dan kemenjadian murid. Saya sedar dan maklum bahawa
kepimpinan yang cekap dan berkesan ibarat cahaya yang memberi petunjuk dan bimbingan
kepada ahlinya. Sebagai pemegang taruh dalam organisasi, saya berperanan sebagai
pembimbing dan mentor dalam menerajui kepimpinan dan pembelajaran serta menyediakan
persekitaran pembelajaran yang positif bagi mewujudkan pembelajaran yang bermakna
seterusnya memastikan kemenjadian murid secara holistik. Oleh itu, saya yakin bahawa untuk
menjadi pemimpin berwawasan yang diidamkan dapat memberi sinaran kepada organisasi
baharu mengikut alur laluan yang bersesuaian dan berfokus. Saya berharap agar dengan
hanya beberapa perubahan yang kecil dapat memberi impak yang besar dalam mentadbir
urus organisasi ke arah kecemerlangan. Justeru, terdapat perkaitan antara pemimpin yang
diidamkan serta jalan ke arah pemimpin masa depan yang cemerlang menjurus kepada tema
sinaran yang akan dibawa ke sekolah baharu iaitu SMK Seri Perdana.

69

PENGALAMAN LEPAS

Sejarah awal sebagai pendidik bermula pada tahun 1998 sebagai guru sandaran di Sekolah
Menengah Teknik Keningau, Sabah. Dorongan padu daripada pengetua ketika itu,
menguatkan semangat saya untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dalam
jurusan Sains dan Matematik di Maktab Perguruan Keningau, Sabah. Setelah tamat
pengajian, saya ditempatkan di SMK Gunsanad pada tahun 2000 dan menyandang jawatan
Ketua Panitia Sains selama tiga (3) bulan. Belum dapat menggali ilmu kepimpinan sebagai
Ketua Panitia sepenuhnya, pada pertengahan tahun 2001 saya dapat pulang ke
Semenanjung dan ditempatkan di SMK Canossian Convent Kluang. Setelah lima (5) tahun
bertugas, saya dilantik sebagai Ketua Panitia Kimia dan dalam masa yang sama saya dilantik
sebagai Guru Perpustakaan dan Media. Dua (2) jawatan dengan skop kepimpinan yang
berbeza memberi peluang dan ruang kepada saya menimba ilmu dan kemahiran berkaitan
pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pengurusan dan pemerolehan bahan
sumber serta mengendalikan pelbagai program yang melibatkan banyak pihak. Saya
berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab sebaiknya dengan berkongsi pengetahuan
dan pengalaman rakan sekerja di dalam sekolah mahupun di peringkat daerah. Secara
jujurnya, pengalaman sebagai Guru Perpustakaan dan Media banyak menguji kecekapan dan
kemahiran saya mengurus sumber manusia di mana saya perlu merancang pelbagai program
yang melibatkan empat bidang kurikulum.

Bagi memastikan murid dapat mengulang kaji dengan selesa serta manfaat pelbagai
bahan sumber berbentuk bahan cetak, bahan multi media dan sebagainy saya telah berjaya
menyediakan bilik perpustakaan yang kondusif, bilik Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21)
dengan kemudahan 40 buah ‘Chrome Book’ dan LCD, bilik komputer yang kondusif dengan
dilengkapi 41 buah komputer serta bilik alat bantu mengajar (ABM) yang selesa untuk
kegunaan warga sekolah. Jalinan dan jaringan yang erat antara Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG), Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) dan pihak sekolah dapat merealisasikan etos
sekolah bahawa semua murid akan dibekalkan dengan kemahiran asas pengetahuan untuk
membolehkan mereka menyesuaikan diri dalam hidup yang sempurna. Murid-murid akan
dibantu untuk memupuk nilai murni dalam kehidupan, supaya mereka dapat berkhidmat untuk
kemajuan masyarakat dan kemanusiaan dengan semangat dan dedikasi yang tinggi. Pada
tahun 2016, saya dilantik sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran Sains dan Matematik di sekolah
yang sama. Memikul tanggungjawab yang lebih besar dalam bidang kurikulum dan fokus
kepada cabaran mengurus Dual Language Programme (DLP) dengan kesediaan fizikal dan
mental guru dan murid dalam melaksanakan program ini secara efektif. Pengalaman yang ada
digunakan sepenuhnya dengan bimbingan pentadbir dan rakan sekerja namun kepuasan
dalam mentadbir urus secara sistematik masih banyak kelompangan. Saya kurang mahir
dalam mengurus kepimpinan, mengenali kompetensi diri, penyediaan perancangan strategik,
One Page Project Manager (OPPM), penggunaan alat yang sesuai untuk mengenal pasti
punca masalah dan memilih alternatif bagi menyelesaikannya. Saya juga kurang arif berkaitan
model-model kepimpinan seperti Model Perubahan John Kotter dan Model Kepimpinan
Instruksional Hallingger dan Murphy. Ini menyebabkan, perancangan yang dilaksanakan
kurang memberi impak kepada keperluan pelanggan. Pada tahun 2019, saya telah terpilih
menyertai Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML) anjuran Institut Aminuddin Baki
(IAB). Pengetahuan tentang Model Three Connecting Circle (Adair, 1973) berkaitan tiga
bidang tanggungjawab kepimpinan dan pengurusan memberikan keyakinan kepada saya
untuk mengurus kendiri, mengurus tugas-tugas utama dan mengurus pasukan dengan lebih
efektif. Menurut Model ARRAS (Yap, 2006) dalam membina pasukan cemerlang, saya sebagai
pemimpin mesti menerima individu tanpa syarat, hormat, mengiktiraf, menghargai dan
menyokong mereka dalam semua aspek. Pada 2 Disember 2020, saya menerima surat
lantikan sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM) di SMK Seri Perdana.

70

Perubahan besar yang harus saya lalui bukan sahaja dalam diri saya tetapi bidang tugas yang
sangat mencabar berserta persekitaran tempat kerja yang baharu dengan fokus pelanggan
yang berbeza. Melaksanakan tugas dalam suasana pandemik sangat mencabar emosi, fizikal
dan mental saya. Saya amat bertuah kerana barisan kepimpinan di SMK Seri Perdana sangat
efektif dan komited dalam membantu urusan saya sebagai GPK HEM yang baharu.
Menangani isu dan cabaran dalam mentadbir urus dengan gerak kerja sederap bersama
organisasi baharu yang tidak dapat bersemuka seperti biasa menjadikan saya perlu lebih
kreatif dan inovatif dalam mengenali dan menyelami emosi, menerapkan budaya kerja
sepasukan dan mencari kumpulan ‘think-tank’ yang boleh mengemudi organisasi unit Hal
Ehwal Murid. Belum reda dengan kemelut dalam diri untuk melaksanakan tanggungjawab,
pemantauan Jemaah Nazir Sekolah (JNS) memberikan pengalaman baharu dalam mengurus
pelaporan dan keberkesanan program Intervensi Kepimpinan Sekolah (InPeKs) anjuran IAB
sepanjang tahun 2017-2020. Dalam melaksanakan projek jangka masa pendek, pemimpin
yang efektif dalam semua aspek memainkan peranan bagi memastikan gerak kerja mengikut
garis masa yang ditetapkan. Sirkulasi dalam perancangan, melaksana, menilai dan tindakan
‘Plan, Do, Check, Action’ (PDCA) perlu dipantau secara berkala supaya isu dan punca
masalah dapat dikenal pasti agar intervensi yang dilaksanakan memberikan impak yang tinggi.
Pada 15 hingga18 Mac 2021, saya telah terpilih mengikuti Kursus Pengurusan Sekolah HEM
Negeri Johor anjuran bersama Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan IAB. Ilmu yang
dikongsikan berkaitan pengurusan unit HEM dapat menambah keyakinan saya mentadbir urus
organisasi secara terancang dan efektif. Pada 17 Mac 2021 saya telah terpilih mengikuti
program Pelaksanaan Aktiviti Kesarjanaan Pemimpin Pendidikan di bawah Inisiatif #111:
Pemantapan Profesionalisme Pendidikan anjuran IAB dalam bidang Penulisan Artikel. Bagi
menghasilkan karya penulisan ‘Perjalanan Pemimpin Masa Depan’ saya perlu
membayangkan situasi sebenar yang akan saya hadapi dalam memastikan sinaran yang saya
bawa sejajar dengan arus perubahan sistem pendidikan dengan norma baharu berikutan
situasi pandemik COVID-19 yang melanda negara dan seluruh dunia amnya.

PEMIMPIN PENDIDIKAN YANG DIIDAMKAN

Pemimpin ibarat lilin yang membakar diri. Sinaran lilin yang kecil mampu menerangi ruang
yang gelap. Adakah saya mampu memberi sinar kepada seluruh warga SMK Seri Perdana?
Terasa kerdil diri ini untuk memikul tanggungjawab besar yang diamanahkan. Kekurangan
dalam diri dan keyakinan yang masih berbolak-balik namun saya yakin dan percaya,
perancangan Allah adalah yang terbaik dalam hidup ini. Masih segar dalam ingatan, menerima
panggilan untuk ke Pejabat Pendidikan Daerah atas urusan rasmi. Rasa gementar, risau, takut
semua muncul dan bertubi-tubi persoalan berlegar dalam fikiran. Setelah diumumkan dan
penyerahan surat lantikan kenaikan pangkat sebagai GPK HEM, saya terdiam kaku. Ketika
itu, muncul pula persoalan baharu dalam diri. Adakah saya layak menerima jawatan ini?
Apakah kelebihan yang saya ada? Adakah pihak atasan tahu kekurangan saya? Kenapa saya
dipilih? Adakah saya memenuhi ciri-ciri pemimpin yang diidamkan oleh pihak pengurusan
pendidikan? Menurut Ahmad Shukri Yusoff (2015, p.17), “Pemimpin tidak lahir dalam
kekosongan tetapi mereka terbentuk dalam iklim persekitaran dan lingkungan. Mereka
sepatutnya diberi ruang seluas-luasnya untuk mengembangkan bakat kepemimpinan,
membina kemampuan berfikir dan memperkasa daya juang”.

Sebagai pemimpin pendidikan atasan yang baharu, saya berazam untuk menggali,
menanam, menyemai serta membajai ciri-ciri kepimpinan yang hebat ke dalam diri saya.
Seorang pemimpin pendidikan masa depan saya mempunyai tanggungjawab yang besar
dalam memastikan matlamat pendidikan dilestarikan dengan jelas dan mencapai kejayaan
cemerlang. Sebagai pemimpin Islam pula kita wajib menjadikan idola kepimpinan sejati
Rasulullah SAW yang merupakan qudwah hasanah dalam segenap sudut kehidupan. Baginda

71

adalah seorang pemimpin sejati yang berjaya mendirikan sebuah kerajaan Islam Madinah
yang terdiri daripada pelbagai kelompok agama dan bangsa. Bahkan baginda telah berjaya
mengetuai beberapa misi peperangan besar dalam sejarah Islam dan mendapat pengiktirafan
pihak barat dalam kepimpinan baginda. Kriteria agung yang ditonjolkan dari sudut kepimpinan
organisasi mahupun individu, serta dalam mewujudkan ketaatan, kehormatan dan
pengiktirafan insan lain terhadapnya, sama ada dalam oleh umat baginda mahupun mereka
yang bukan Islam adalah bukti kepada kehebatan al-Qiyadah yakni kepimpinan Rasulullah
SAW (Afzalur Rahman, 1980:60). Mampukah saya memenuhi ciri-ciri kepimpinan baginda?

Menurut Wan Zulkifli (2019,p.9), “Orang yang berilmu akan ditingkatkan darjat dan
tarafnya seperti dinyatakan dalam al-Quran. Justeru, semestinya seorang pemimpin dalam
sebuah kerajaan atau mana-mana organisasi harus mempunyai ilmu pengetahuan mendalam.
Bukan sahaja dalam aspek teknikal dan pengurusan, malah mengenai peraturan terkandung
dalam al-Quran dan Sunah”. Sehubungan dengan itu, ciri pemimpin berilmu diutamakan
supaya saya dapat bertindak dengan penuh kebijaksanaan dalam menangani segala isu dan
cabaran yang dihadapi di sekolah dan persekitarannya agar keputusan dapat memberi impak
positif kepada semua pihak.

Difirmankan oleh Allah dalam surah Yusuf ayat 43, yang menceritakan mimpi raja yang
memerintah negara Mesir dengan kata-katanya, “Sesungguhnya aku bermimpi melihat tujuh
ekor lembu betina yang gemuk telah dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus dan juga aku
melihat tujuh tangkai gandum yang hijau dan tujuh tangkai gandum yang kering”.

Perkara ini telah dijawab oleh Nabi Yusuf dengan kata-katanya, “Hendaklah kamu
bercucuk tanam selama tujuh tahun berturut-turut dan sebahagiannya kamu biarkan di
tangkainya dan sebahagiannya kamu makan”. Menurut Ibnu Kathir dalam tafsirnya, bahawa
kemampuan Nabi Yusuf untuk ‘melihat’ apa yang akan berlaku pada masa hadapan serta
memberikan nasihat yang penting bagi raja untuk membuat keputusan terbaik untuk negara
dan rakyatnya. Menurut Burhanuddin (2020,p.10), “Ternyata kemampuan pemimpin untuk
membuat telahan atau keputusan untuk masa depan amat penting khususnya dalam konteks
mengurus kerajaan yang memerlukan perancangan jangka panjang dan jangka pendek yang
tepat berdasarkan sumber yang sedia ada. Ciri pemimpin berwawasan dapat direalisasikan
dengan mengatur strategi yang berkesan melalui kajian dan menganalisis potensi sekolah
yang sedia ada, kemudian membuat perancangan yang teliti dalam pelbagai aspek melalui
gerak kerja dinamik mengikut garis masa yang ditetapkan bagi mencapai visi yang ditetapkan.
Pemimpin berwawasan juga perlu fleksibel dalam pengurusan kepimpinan berpandukan
peranan pemimpin dalam membuat perubahan yang dicadangkan oleh Fullan (1998) dan juga
oleh Hall dan Hord (2014) berasaskan keperluan perubahan untuk menghadapi norma baharu
kehidupan dalam situasi pandemik COVID-19 yang melanda sekarang. Saya perlu bertindak
sebagai pencetus idea yang bernas serta mempunyai kemahiran mendorong orang lain untuk
melaksanakan tindakan bersesuaian dengan perubahan yang akan dilaksanakan.

Membina kerjaya sebagai pemimpin yang hebat seharusnya sentiasa ambil peduli
dengan keadaan persekitaran. Saya perlu menanamkan sifat peka menggunakan lima (5)
pancaindera utama yang dikurniakan Allah sebaik mungkin. Saya perlu mahir menggunakan
mata untuk melihat secara realiti mahupun imaginasi, telinga sebagai pendengar yang aktif,
hidung untuk menghidu permasalahan, lidah untuk merasa kenikmatan yang sedia ada dan
bersyukur, kulit untuk merasa kesakitan dan kesusahan yang dihadapi oleh orang di sekeliling
kita. Kemahiran mengenal hati budi secara interpersonal atau intrapersonal terhadap rakan
sekerja bagi setiap aras organisasi memberikan nilai perhubungan yang bermakna untuk
melaksanakan tugasan. Ciri kepedulian ini dapat mengeratkan ukhuwah dalam kalangan
warga sekolah.

72

Sebagai pemimpin, saya perlu bijak menerapkan ciri keadilan dalam diri dengan
menggunakan alat yang sesuai dalam menyelesaikan masalah. Sehubungan dengan itu,
proses pelaksanaan tugasan perlu dirancang dengan gerak kerja yang sistematik serta
melaksanakan tugasan yang dirancang dengan panduan yang lengkap. Bagi memastikan
tugasan dilaksanakan proses menyemak dan memantau perlu dilaksanakan secara berkala
demi memastikan sebarang permasalahan akan dapat dikesan untuk tindakan selanjutnya.
Setiap proses kerja perlu diadili mengikut kesesuaian dan keperluan semasa.

Pengalaman bertugas di sebuah sekolah dalam tempoh yang panjang membuatkan
saya terfikir apakah imej yang saya telah bawa dalam kalangan rakan sekerja di dalam atau
di luar sekolah, pekerja swasta, komuniti terutamanya anak-anak murid? Apakah sumbangan
dan penambahbaikan yang telah saya laksanakan untuk memastikan pengurusan sekolah
berkualiti seterusnya menghasilkan kemenjadian murid yang holistik dalam aspek kurikulum,
kokurikulum dan sahsiah? Adakah wujud peninggalan yang berkesan sehingga menjadi legasi
dalam kalangan warga sekolah? Adakah ini menunjukkan ciri pemimpin berkarisma telah
tercapai? Antara tokoh pemimpin yang dilabel pemimpin berkarisma adalah Alexander the
Great, Genghis Khan dan Napoleon. Mereka adalah tokoh luar biasa yang secara praktikal
kepimpinannya tidak realistik namun tetap diagungkan kerana tokoh ini muncul dalam
keadaan krisis dan menjadi titik perubahan dalam sejarah kepimpinannya walaupun
penampilannya secara positif atau negatif. Saya berharap sumbangan yang diberikan di
sekolah lama seperti menaiktaraf Bilik Perpustakaan, Bilik Alat Bantu Mengajar, Bilik
Pembelajaran Abad Ke-21 memberi manfaat kepada seluruh warga sekolah. Kerjasama yang
hebat dengan pihak Lembaga Pengelola Sekolah, Alumni serta PIBK, sekolah telah berjaya
mengumpul dana untuk menambah sebuah makmal sains, sebuah kelas, membina bangunan
dua (2) tingkat yang terdiri daripada makmal komputer, bilik rawatan berserta dewan terbuka
serta menggantikan dua buah kebuk wasap di Makmal Kimia yang usang. Usaha sama pihak
di atas bersama pengurusan sekolah rendah yang terletak bersebelahan, dapat menaiktaraf
kantin dan pintu masuk untuk laluan murid dan pelawat yang diguna bersama. Dana yang
diperolehi dapat membina bangunan dua (2) tingkat yang dilengkapi dengan empat (4) buah
gerai, dua (2) buah tandas, dewan besar, bilik mesyuarat Alumni dan ‘Heritage Room’.

Kesimpulannya, saya mengidamkan menjadi pemimpin masa depan yang berilmu,
berwawasan, berkepedulian, adil dan berkarisma. Perkara ini penting kerana tidak ramai
pemimpin yang mampu menyesuaikan diri dalam keadaan yang sukar dengan mudah dan
cepat apatah lagi seperti suasana pandemik COVID-19 yang melanda dengan batas dan
tempoh kesukaran yang panjang.

JALAN KE ARAH PEMIMPIN MASA DEPAN

Apabila hari mendung, mentari seakan hilang sinarannya ke bumi. Itulah perumpamaan yang
boleh saya gunakan dalam menyelusuri perjalanan menuju pemimpin masa depan. Akur
dengan kemampuan kudrat yang sedia ada membataskan tindakan yang hendak
dilaksanakan. Menempuh abad ke-21 dengan suasana pandemik yang melanda semuanya
berubah sekelip mata. Tak terjangkau dek akal perubahan pendidikan norma baharu,
memerlukan perancangan yang teliti dan diaplikasi dengan pelbagai kaedah dengan
penambahbaikan secara berkala dan efektif. Pelaksanaan tugasan dengan tindakan yang
berkesan dalam semua aspek perlu dipantau bagi memastikan intervensi mencapai sasaran.

Peranan pemimpin ke arah masa depan dilestarikan dengan berkesan apabila saya
dapat menangani lima (5) cabaran utama yang dihadapi di sekolah; memantapkan budaya
kerja sepasukan, membangunkan kredibiliti barisan kepimpinan murid, meningkatkan peratus
kehadiran murid, membudayakan sahsiah cemerlang dalam kalangan warga sekolah dan

73

meningkatkan kemahiran teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan
sekolah.

Memetik kata-kata daripada salah seorang ilmuwan Islam, Ibnu Taimiyah yang
menjelaskan teori kepimpinan dalam ruang lingkup perbahasan Islam (Masnur Hamzah,
2010:5): “Wajib diketahui, mentadbir urusan manusia termasuk dalam kewajipan agama.
Malah, agama tidak bernilai tanpanya. Kepentingan manusia hanya boleh dicapai dengan
sempurna melalui gerak kerja berkumpulan. Ini adalah kerana, mereka saling memerlukan
antara satu sama lain. Apabila berkumpul mereka perlu memiliki pemimpin”. Pemimpin perlu
mengurus pasukan agar kejelekitan pasukan dapat ditingkatkan dan mengekalkan diri sebagai
ahli pasukan tersebut. Iklim kerja sepasukan yang baik diperlukan untuk memupuk sinergi agar
setiap ahli pasukan dapat bertugas secara optimum. Objektif untuk membina dan mengurus
pasukan dengan berkesan tercapai. (Adair, 1973). Kerja sepasukan adalah satu kumpulan
kerja ahli-ahlinya melaksanakan tugas bersama-sama dan berusaha mewujudkan suasana
kerja yang harmonis. Melalui pemerhatian saya, selama enam (6) bulan berada di sekolah
baharu, barisan pentadbir dan guru mempunyai ikatan ukhuwah yang mesra serta komited
dengan tugasan yang diberi. Saya akan menerapkan ilmu pengetahuan dan bimbingan yang
diberi oleh pensyarah semasa mengikuti Kursus LCML di mana dalam membina pasukan,
saya sebagai pemimpin perlu mahir menggabungkan pelbagai keupayaan, kepakaran,
kemahiran dan pengetahuan setiap ahli pasukan.

Usaha melahirkan kemenjadian murid yang menguasai bidang kurikulum, kokurikulum
dan sahsiah yang hebat merupakan cabaran yang besar dalam menerajui kepimpinan masa
depan. Oleh itu, barisan kepimpinan murid memainkan peranan penting sebagai ‘orang
tengah’ dalam membantu pentadbir dan guru melaksanakan program dan aktiviti yang
dirancang. Memantapkan kepimpinan barisan pemimpin dalam kalangan murid melibatkan
semua unit bergerak sederap seperti Students Leader Board (SLB), Lembaga Pengawas
Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS), Ketua
Tingkatan dan Penolong Tingkatan. Mereka merupakan tulang belakang dalam membantu
guru-guru membuat perancangan dan pengurusan aktiviti organisasi seperti kelab, persatuan
akademik, pasukan unit beruniform, rumah sukan dan sebagainya. Ciri kepimpinan murid yang
mantap, berwibawa dan berkesan perlu dibangunkan daripada peringkat menengah rendah
supaya wujud budaya kepimpinan yang cemerlang. Sahsiah pemimpin murid yang tinggi akan
menjadi suri teladan kepada murid lain seterusnya akan dihormati dan disegani. Pemimpin
murid yang hebat juga mesti dipupuk dengan rasa ikhlas, bertanggungjawab dan amanah
dalam melaksanakan tugas yang diberikan.

Aspek lain yang digunakan sebagai tali ukur keberkesanan sesebuah sekolah ialah
kelakuan murid, kehadiran, sikap dan konsep kendiri (Mortimore et al., 1988; Teddlie &
Stringfield, 1993). Peratus kehadiran murid yang belum mencapai kualiti pencapaian indeks
(KPI) daerah menjadi cabaran dalam memastikan hala tuju kemenjadian murid berkualiti.
Perancangan yang teliti bermula dengan menganalisis data kehadiran menggunakan data kaji
selidik, merangka intervensi, melaksanakan intervensi dengan berkesan, menganalisis dan
membuat intervensi yang memberi impak tinggi dengan memantau serta membuat penilaian
aktiviti yang dijalankan. Punca ketidakhadiran murid perlu diperhalusi dalam dua aspek iaitu
faktor yang boleh dikawal dan tidak boleh dikawal oleh sekolah. Faktor yang boleh dikawal
melibatkan guru dan persekitaran sekolah. Peranan guru sebagai pembimbing dan
pemudahcara pembelajaran mengikut norma baharu yang diaplikasikan secara maya dan
berada di lokasi berbeza mempengaruhi ketidakhadiran murid. Keberadaan murid di dalam
kelas maya sukar dikawal oleh guru sepanjang proses pembelajaran berlangsung. Peratus
murid yang dapat bersemuka secara maya dalam Google Classroom adalah rendah. Masalah
talian Internet yang kurang baik, data yang tidak mencukupi, berkongsi peranti dengan adik-
beradik lain menyumbang kepada kegagalan mengikut kelas ini. Penggunaan buku teks dan

74

modul yang dibekalkan sebagai alternatif pembelajaran kendiri dan dipantau secara berkala
dapat membantu murid. Namun sejauh mana pembelajaran kendiri dapat membantu murid
menguasai isi kandungan pelajaran dengan berkesan masih perlu dikaji. Guru berusaha
sedaya upaya untuk memastikan murid mengikuti pembelajaran menggunakan kaedah yang
bersesuaian mengikut keperluan murid secara optimum. Penambahbaikan berterusan dalam
aspek kualiti guru serta kemahiran teknologi perlu ditingkatkan. Guru perlu mahir menguasai
pelbagai aplikasi media sosial dan kreatif menggabungkannya dengan isi kandungan
pelajaran agar lebih menarik. Tempoh pembelajaran yang lama dan melibatkan lebih daripada
tiga (3) subjek sehari mengikut sesi persekolahan membebankan minda murid. Pentaksiran
bilik darjah menggunakan kaedah lisan, bertulis atau gabungan sukar dinilai dengan tepat
untuk setiap murid dalam satu sesi pembelajaran. Penghantaran tugasan melalui rakaman
gambar atau video untuk disemak oleh guru secara maya hanya melibatkan murid yang
mampu sahaja. Ini juga belum dapat menilai tahap penguasaan murid secara total dalam
sesuatu subtopik. Isu dan cabaran ini perlu diselesaikan dengan kaedah yang bersesuaian
dengan persediaan mental, fizikal dan persekitaran murid.

Menurut Wan Azmi (1992), pembangunan sahsiah merujuk kepada aspek perubahan
pada diri manusia itu sendiri sama ada perubahan itu ke arah positif atau negatif. Maka, fokus
pembangunan tersebut merangkumi tingkah laku secara keseluruhan sama ada dalaman atau
luaran. Ciri sahsiah unggul ialah mesra, rebut peluang, baik hati, bertoleransi, bermatlamat,
beri peluang, berani, menolong, tenang, dominan, sabar, periang, optimis, boleh dipercayai,
teratur, pragmatik, bercita-cita, sensitif, pemurah dan bijaksana. Bagi membentuk budaya
sahsiah yang unggul dalam kalangan warga sekolah, semua berperanan membangunkan
sahsiah individu yang melibatkan faktor persekitaran, keluarga dan kendiri. Perubahan
sahsiah adalah proses pertumbuhan kendiri yang memberi kesan langsung terhadap tahap
produktiviti diri dan pendekatan sosial. Amalan dan gaya hidup guru akan memberi kesan ke
atas tahap penerimaan pengajaran dan pembelajaran kepada muridnya. Pengalaman lampau
dan keupayaan serta kekuatan diri yang diselaraskan akan membantu murid untuk membuat
perubahan yang adaptif bagi mencapai keseimbangan hidupnya. Konflik dalaman yang dilalui
perlu dimurnikan dengan harapan akan berlakunya anjakan paradigma diri kepada tahap
peringkat pertumbuhan diri yang seterusnya dengan lebih matang bagi mencapai cita-cita
Islam yang syumul.

Perubahan pendidikan melalui revolusi teknologi maklumat memberi cabaran kepada
kredibiliti guru. Guru bukan lagi berperanan sebagai penyampai ilmu tetapi sebagai
pemudahcara, tutor dan penilai pembelajaran murid. Perkembangan teknologi yang pesat
menyebabkan murid mempunyai lebih ramai ‘guru’ menerusi pembelajaran secara maya. Guru
berperanan lebih luas dengan menjadi pengawal dalaman kepada murid supaya menghayati
nilai moral, etika, budaya untuk membawa kebaikan dan kekuatan rohani dalam memilih
maklumat yang disebarkan secara maya. Guru-guru dilatih dengan kemahiran baharu bagi
mengendalikan teknologi maklumat dengan berkesan. Guru-guru perlu merebut peluang
mempelajari kemahiran yang dibangunkan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) terhadap
penggunaan ICT dan kaedah pengajaran kreatif serta mendapatkan bahan pembelajaran.
Pembelajaran kendiri secara proaktif oleh guru perlu dipupuk dalam kalangan warga sekolah
supaya dapat melestarikan penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan
pembelajaran serta pengurusan sekolah akan menjadi lebih efisien.

Sehubungan dengan itu, kelima-lima isu dan cabaran yang telah dikenal pasti perlu
diselesaikan dengan merangka lima (5) perancangan pembangunan pendidikan sejajar
dengan keperluan dan kapasiti sekolah agar matlamat sekolah berkualiti dan kemenjadian
murid tercapai.

75

SAYA SEORANG PEMIMPIN PENDIDIKAN

Mampukah sinaran cahaya lilin menerangi setiap sudut yang gelap? Apakah manfaat yang
diperoleh orang di persekitaran? Apakah nasib lilin itu sendiri? Bagi mencapai matlamat
sekolah berkualiti dan kemenjadian murid yang cemerlang dalam bidang kurikulum,
kokurikulum dan sahsiah, pemimpin perlu memastikan Key Result Area (KRA) dapat
dibangunkan sederap dengan visi dan misi pendidikan. Empat (4) bidang yang perlu ditambah
baik adalah aspek pemimpin berkualiti, guru berkualiti, sokongan PIBG dan komuniti serta
persekitaran pembelajaran yang bermakna.

Isu-isu baharu dalam bidang pendidikan yang semakin kompleks memerlukan saya
faham dan dapat mentaksir semula konsep-konsep kepimpinan dan pengurusan. Ini adalah
kerana sebagai pemimpin pendidikan saya perlu menghadapi dan menangani isu-isu
pendidikan secara lebih fleksibel terutama bila berhadapan dengan krisis baharu atau global.
Namun sekiranya saya gagal berbuat demikian, beberapa matlamat utama pendidikan seperti
mengutamakan fungsi pemimpin pendidikan sebagai pemimpin instruksional sekolah dengan
mengimbangi pelbagai tanggungjawab yang lain akan terhalang. Maka, sekiranya proses
adaptasi dengan persekitaran baharu gagal, misi dan visi Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) juga akan turut tergugat. Pelan perancangan pembangunan yang perlu saya
laksanakan bagi menyelesaikan isu yang telah dikenal pasti adalah membangunkan
kepimpinan guru, memantapkan kepimpinan murid, menangani isu ketidakhadiran murid ke
arah ponteng sifar, membudayakan sahsiah cemerlang serta menguasai ledakan teknologi
maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan.

Pengurusan pembangunan yang cekap perlu melalui proses gerak kerja yang
sistematik dengan program intervensi impak tinggi agar keberhasilan ke arah sekolah
berkualiti dan kemenjadian murid tercapai. Setiap program yang dilaksanakan bagi menangani
sesuatu isu memerlukan pelan strategik organisasi yang jelas dengan mengkaji matlamat
strategik dengan jelas dan berfokus, pelan tindakan yang sistematik, menggunakan Key
Performance Indicator (KPI) dan Take off Value (TOV) sebagai panduan untuk mencapai
sasaran (outcome).

Realitinya tugas guru tidak terhad kepada mengajar sahaja tetapi sebagai seorang
pemimpin di dalam tugas-tugas tertentu. Menurut (Danielson,2006) kepimpinan guru sebagai
himpunan kemahiran selain daripada mengajar turut mempunyai pengaruh yang diperluaskan
ke luar bilik darjahnya sama ada di dalam atau di luar sekolahnya. Latihan Dalam
Perkhidmatan (LDP) di sekolah yang berfokus kepimpinan guru menggunakan model-model
tertentu yang lebih efektif dikongsikan bersama guru. Saya yakin sekiranya semua ilmu
kepimpinan ini dikuasai, semua guru akan dapat menggariskan satu matlamat yang jelas dan
berimpak tinggi serta boleh diukur. Mereka juga akan berupaya merancang tindakan
pembetulan dan penambahbaikan berterusan dalam tugasan dan hasilnya sejajar dengan
matlamat yang hendak dicapai. Sehubungan itu, saya akan melaksanakan kursus kepimpinan
melalui program SKP (Sikap, Kemahiran dan Pengetahuan) yang akan melibatkan semua
guru dan dilaksanakan mengikut aras supaya fokus kepimpinan lebih jelas mengikut bidang
tugas. Sebagai pemimpin, guru merupakan pengantara bagi golongan yang memberi arahan
dengan orang bawahan dalam seliaannya sama ada murid atau rakan sekerja yang berkait
dengan tugasan yang diberi. Perhubungan yang baik antara dua pihak ini dibentuk agar
tugasan yang diarahkan dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Modul kursus LCML akan
dikongsikan bersama rakan guru lain kerana saya yakin semua guru berpeluang menjadi
pemimpin pertengahan seterusnya pemimpin atasan pada masa akan datang. Merujuk buku
panduan kursus LCML, terdapat empat belas (14) kompetensi pemimpin pertengahan yang
dibangunkan dan perlu dikuasai oleh pemimpin pertengahan. Kompetensi adalah gabungan
pengetahuan, kemahiran dan sikap perlu dipupuk bagi melaksanakan tugasan. Secara

76

umumnya saya yakin setiap guru mempunyai kemahiran dan potensi masing-masing. Cuma
keupayaan untuk menggunakan kemahiran dan potensi sedia ada perlu dibimbing dan
digunakan mengikut kesesuaian bidang tugas. Terdapat lima (5) kompetensi yang sangat
penting sebagai pemimpin pertengahan adalah proaktif, mahir berkomunikasi, berorientasikan
pencapaian, kerja sepasukan serta kreativiti dan inovasi. Model Three Connecting Circles
(Adair, 1973) mengemukakan tiga (3) bidang tanggungjawab kepimpinan dan pengurusan
iaitu; mengurus/pencapaian tugas-tugas utama, mengurus/membangun pasukan atau
kumpulan dan mengurus/membangun individu. Model ARRAS (Yap,2006) menggunakan
akronim bagi Accept Unconditionally, Respect, Recognise, Appreciate, Support diguna pakai
dan diterapkan dalam diri guru untuk mengurus pasukan cemerlang. Model DEFFRAAC
(Yap,2006) menggunakan akronim Delegation, Empowerment, Follow up action, Follow
through action, Reflection, Action for further improvement, Appreciation, Celebration
digunakan untuk mengurus pasukan. Setelah mendapat kursus tersebut setiap bidang atau
panitia melaksanakan program yang dirancang untuk dinilai pencapaian kompetensi
kepimpinan seterusnya memberi impak kepada pembangunan diri guru.

Bagi membangunkan kemenjadian murid secara holistik, saya akan memantapkan
barisan kepimpinan murid. Kursus kepimpinan yang disasarkan kepada barisan pemimpin
tertinggi setiap unit di sekolah amat penting bagi memastikan setiap unit dapat menjalankan
fungsi dan menggerakkan program dengan berkesan. Objektif kursus ini adalah untuk
membina jati diri pemimpin yang mempunyai kebolehan untuk memimpin, bertanggungjawab
dan mempunyai nilai-nilai diri yang positif serta mampu menghadapi cabaran mengikut situasi.
Ini juga bertujuan untuk menerapkan kemahiran kepimpinan organisasi dalam membentuk
individu yang prihatin terhadap tugas dan tanggungjawab mereka terhadap organisasi kecil
yang diterajui. Pemimpin murid merupakan tulang belakang sekolah, ‘role model’, mentor,
pemacu kejayaan serta pewaris budaya kecemerlangan sekolah. Dengan adanya kepimpinan
murid yang mantap, saya yakin semua unit dapat memenuhi aspirasi sekolah. Program
‘mentoring’ akan dilaksanakan secara berterusan oleh guru berpengalaman untuk
membimbing pemimpin murid menguasai bidang tugas masing-masing. Pengetahuan dan
kemahiran yang diperlukan oleh setiap unit adalah berbeza mengikut keperluan. Oleh itu,
mereka perlu sentiasa proaktif dan efisien dalam tindakan. Pemikiran global, kreatif dan
inovatif perlu dikembangkan dalam diri pemimpin agar mampu membawa ahli-ahli bersama
menerajui kecemerlangan. Setiap pemimpin murid yang diberi kursus dan ‘mentoring’ perlu
melaksanakan satu program impak tinggi bagi membuktikan kepimpinan mereka supaya
proses perkembangan dan jati diri pemimpin murid dapat dinilai. Tindakan penyempurnaan
dan penambahbaikan yang berterusan akan dilaksanakan melalui pemantauan sepanjang
program bagi memastikan kejayaannya. Kedua-dua program ini akan diselaraskan mengikut
tahap dan keperluan semasa. Guru yang bertindak sebagai mentor perlu bertindak secara aktif
dan sederap dengan keperluan sekolah supaya mentee dapat bergerak seterusnya
melunaskan visi dan misi yang hendak dicapai.

Isu ketidakhadiran murid ke sekolah adalah sangat mencabar untuk ditangani oleh
pihak sekolah masa kini. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan keadaan ini antaranya
ialah sikap murid, pengaruh rakan sebaya, ibu bapa dan guru. Selain itu, faktor persekitaran
sekolah, pengurusan sekolah dan prasarana juga boleh menyebabkan murid kurang minat
hadir ke sekolah. Antara program yang saya rancang bagi menangani isu ini ialah program 2M
(Menuju kehadiran penuh dan Menghargai Ibu Bapa) , Program Ziarah Cakna dan Program
Sembang Komuniti serta Program Guru Penyayang. Bagi mengenal pasti sejauh mana faktor-
faktor ini mempengaruhi ketidakhadiran murid, satu kaji selidik akan dilaksanakan. Dapatan
analisis data tersebut akan digunakan untuk melaksanakan program mengikut sasaran murid.
Program 2M merupakan penghargaan kepada murid yang sentiasa bermotivasi, fokus untuk
belajar dan tahu kepentingan hadir ke sekolah serta ibu bapa yang sentiasa menyokong anak-
anak untuk terus mengikuti pengajaran dan pembelajaran sama ada bersemuka atau dari

77

rumah. Program Ziarah Cakna dan Sembang Komuniti akan melibatkan ibu bapa dan murid
ponteng tegar. Di samping itu, program guru penyayang akan diberikan penekanan terhadap
semua guru agar sentiasa bermotivasi, kepedulian, peka dan memberi bimbingan serta
khidmat nasihat yang berterusan kepada murid. Program ini dapat memastikan supaya murid
meneruskan pembelajaran dalam suasana yang menyeronokkan dan yang penting isi
kandungan pembelajaran akan tercapai. Kesemua program ini dapat memberi peluang dan
ruang antara pihak sekolah, guru, ibu bapa dan komuniti mencari solusi terbaik membantu
anak didik ke arah kecemerlangan. Semua guru adalah guru disiplin perlu diimplementasikan
secara bijaksana. Melalui perkhidmatan kaunseling di sekolah, bimbingan dan motivasi
berterusan diberikan kepada murid secara individu atau berkelompok supaya mengenal pasti
permasalahan daripada akar umbi dapat diselesaikan. Proses kerja pelaksanaan program
dengan sirkulasi PDCA secara berkala dapat menilai keberhasilan program seterusnya
menjadi amalan baik di sekolah. Dalam suasana pandemik ini, cabaran semakin getir untuk
memastikan anak-anak mengikuti pengajaran dan pembelajaran dari rumah. Pihak sekolah
dan guru berusaha sedaya upaya memastikan pendidikan dapat diteruskan supaya tiada
murid yang tercicir. Permasalahan yang dihadapi perlu ditangani bersama dengan berbincang
dan bertukar pandangan untuk penambahbaikan pada masa akan datang. Guru juga
berperanan untuk menambahbaik kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut minat dan
keperluan murid. Guru yang kreatif dan inovatif dapat membina bahan sumber pembelajaran
interaktif yang mudah dan cepat difahami, berjaya menarik minat murid untuk belajar
seterusnya meningkatkan peratus kehadiran murid. Guru penyayang yang sentiasa memberi
dorongan dan motivasi kepada murid juga perlu disulamkan dalam melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan. Ringkasnya, isu ketidakhadiran murid dapat diselesaikan
dengan adanya usaha berterusan antara pemimpin, guru, ibu bapa, komuniti dan yang paling
penting sikap murid itu sendiri.

Membina budaya sahsiah cemerlang dalam kalangan warga sekolah bukan semudah
kita menyebut atau mempromosikannya. Ia lebih kepada tindakan dan perlakuan seseorang.
Setiap gerak-geri dan perilaku pemimpin, guru, kakitangan sekolah akan menjadi suri teladan
kepada murid. Program yang dibangunkan dengan kerjasama kaunselor iaitu program 4S
(Senyum, Sapa, Salam dan Santun) akan dibudayakan oleh setiap warga sekolah sebaik
melangkah kaki ke pintu pagar sekolah. Program ini perlu dijelaskan dan ditekankan dalam
kalangan warga sekolah untuk membudayakan tindakan tersebut. Selain itu, pemasangan
bunting dan edaran infografik disebar luas serta dipamerkan di persekitaran sekolah sebagai
panduan, peringatan dan makluman terhadap pelaksanaan program tersebut. Pemimpin murid
akan dilatih untuk melaksanakan program tersebut dengan menunjukkan cara bertutur, gerak
tangan, postur badan seterusnya menjadi ‘role model’ kepada murid lain. Guru disiplin
memainkan peranan sebagai pemantau dan mengenakan tindakan sewajarnya sekiranya
tidak dipatuhi. Bagi menghargai kesungguhan warga sekolah dalam menjayakan program ini,
Anugerah Sahsiah Terbilang akan diberikan mengikut kategori. Antara kategori terlibat adalah
murid mengikut tingkatan, guru, kakitangan sekolah, pekerja swasta dan pengusaha kantin.
Jawatankuasa pelaksana bersama pemimpin akan membuat pemilihan calon anugerah
mengikut kriteria yang ditetapkan di samping membuat pemilihan secara atas talian
Sehubungan dengan itu, warga sekolah akan bersungguh-sungguh mempraktikkannya.
Walaupun pada peringkat awalnya ia seperti lakonan namun besarlah harapan agar budaya
yang dibentuk mengikut kaedah ini akan berterusan dan menjadi amalan baik sekolah.

Ledakan teknologi maklumat dalam pendidikan selari dengan kepantasan era teknologi
menuju Indrustrial Revolution (IR 4.0) menyebabkan pemimpin pendidikan perlu fleksibel
dengan perubahan tersebut. Pengajaran dan pembelajaran berteraskan teknologi
menggunakan pelbagai aplikasi menjadi kemestian untuk diterokai dan dipraktikkan. Inisiatif
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjalankan pelbagai kursus bagi menyediakan
guru dengan kemahiran menggunakan pelantar pembelajaran digital serta membina bahan

78

pengajaran perlu diperkembangkan. Ramai guru mampu menyediakan bahan pembelajaran
digital mereka sendiri untuk digunakan oleh murid dan dikongsi dengan rakan guru lain.
Perkongsian kepakaran dibangunkan seperti CikgooTube, kumpulan Telegram, Google
Classroom Malaysia dan Facebook Guru Perpustakaan dan Media dapat membantu guru
menyediakan bahan melalui pembelajaran kendiri. Namun, tidak dinafikan masih ada segelintir
guru memerlukan bimbingan daripada rakan guru berkemahiran. Dalam hal ini, selaku
pemimpin perlu bergerak aktif menyediakan program Cinta IT untuk memantapkan kemahiran
teknologi maklumat melalui Programme Learning Communities (PLC) yang berterusan dengan
pemantauan supaya dilaksanakan secara proaktif. Program ini dilaksanakan mengikut panitia
supaya penyediaan bahan yang dihasilkan boleh digunakan terus sebagai bahan sumber
pembelajaran, Pertandingan membina bahan pembelajaran interaktif ini akan memberikan
motivasi dan menyuntik semangat kepada guru untuk menghasilkan bahan yang menarik dan
berkualiti. Penghargaan berbentuk sijil dan ganjaran akan diberikan kepada semua guru
terlibat sebagai timbal balik usaha, pengorbanan masa serta hak cipta idea yang
disumbangkan dalam penghasilan bahan pembelajaran. Semoga usaha ini akan menjadi
amalan baik berterusan sehingga pihak sekolah dapat mewujudkan bahan sumber PdP
Interaktif untuk kegunaan warga sekolah dan dikongsikan dengan masyarakat luar. Bahan
pembelajaran yang dihasilkan juga akan dikongsikan secara maya dengan saluran yang sah
bagi kegunaan murid, guru, ibu bapa dan komuniti. Pembinaan ‘Dashboard SMKPER’ akan
dibangunkan bersama Guru Bestari dan kumpulan ‘think-tank’ sekolah bagi memastikan
semua maklumat dan data pengurusan sekolah dapat diakses di hujung jari oleh semua pihak
yang berkepentingan. Kerjasama antara setiap unit dan perancangan yang teliti disertakan
dengan informasi berfokus akan disediakan oleh setiap unit bagi memudahkan perkongsian
pautan yang efisien. Penambahbaikan program bidang teknologi maklumat akan dilaksanakan
secara berkala dan berterusan mengikut keperluan bagi memastikan sekolah tidak ketinggalan
dalam era ledakan teknologi yang kian bercambah.

RUMUSAN

Suasana pandemik COVID-19 yang melanda menyedarkan kita untuk bertindak pantas
dengan perubahan pendidikan mengikut norma baharu. Lima (5) isu dan cabaran yang
dihadapi telah dikenal pasti. Lima (5) cadangan sebagai persediaan untuk menyelesaikan isu
akan dibangunkan adalah seperti berikut: a. Kursus kepimpinan bagi menerapkan kompetensi
pemimpin dan guru yang berdaya saing memenuhi ciri SKP (sikap, kemahiran dan
pengetahuan) perlu dipertingkatkan, sentiasa ditambah baik, fleksibel mengikut situasi yang
berlaku; b. Kursus kepimpinan murid dan program ‘mentoring’ menghasilkan barisan
kepimpinan murid yang berfungsi sebagai ‘mata dan telinga’ guru serta pelaksana tugas
sangat penting dalam menentu ukur kemenjadian murid; c. Menangani isu ketidakhadiran
murid melalui Program 2M, Program Ziarah Cakna, Program Sembang Komuniti dan Program
Guru Penyayang secara terancang dan berterusan dengan kerjasama PIBG d.
Membudayakan sahsiah cemerlang dalam kalangan warga sekolah dengan Program 4S dapat
merapatkan ukhuwah dan perhubungan yang berpanjangan; e. Pembangunan Teknologi
Maklumat melalui Program Cinta IT dan pembinaan ‘Dashboard SMKSP’ diperkembangkan.

Apabila pemimpin mampu menerajui kecemerlangan dengan sokongan kerja
sepasukan yang cemerlang, daya kepimpinan murid yang mantap dapat membina budaya
sahsiah yang cemerlang seterusnya mampu menangani isu ketidakhadiran murid dengan
jayanya. Sehubungan dengan itu, saya sebagai pemimpin organisasi akan memastikan setiap
individu dalam organisasi diberikan penghargaan dan diraikan atas setiap tugasan yang
disempurnakan. Ucapan terima kasih daripada seorang pemimpin sangat bermakna dan dapat
memberikan motivasi dan dorongan untuk terus mencipta kejayaan.

79

Rumusannya, pemimpin pendidikan masa depan yang cemerlang sentiasa peka dan
fleksibel terhadap perubahan semasa. Jati diri dan keyakinan yang tinggi mampu melahirkan
pemimpin berkarisma serta disegani masyarakat. Jalinan dan jaringan sekolah dengan
komuniti dan persekitaran sentiasa disemarakkan kerana ‘gahnya’ sesebuah sekolah itu
bergantung kepada kepimpinan seorang pemimpin yang hebat. Di samping kerja sepasukan
yang mantap maka lahirlah sekolah berkualiti dengan kemenjadian murid yang berjaya
daripada aspek kurikulum, kokurikulum dan sahsiah. Seterusnya dapat mencapai visi dan misi
KPM.

RUJUKAN

Abdul Rahman Hj Hashim (2000). Gaya pemikiran strategik yang diamalkan oleh pengurus dan
hubungannya dengan pencapaian organisasi pendidikan. Sitok: Universiti Utara Malaysia

Adair, J. (1973). Action-centred leadership. London: McGraw-Hill
Afzalur, R. (1980). Muhammad as A Military Leader, London: The Muslim Schools Trust
Ahmad Shukri Yusoff (2015, 16 Oktober). Pilih berilmu bukan ikut nasab pemimpin, kekayaan. Berita

Harian Online
https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/10/89301/pilih-pemimpin-berilmu-bukan-ikut-
nasab-kekayaan
Burhanuddin Jalal (2020, 26 Jun). KETAMADUNAN : Menghayati erti pemimpin yang sebenar.
Bernama Online
https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1854397
Danielson, C. (2006), Teacher leadership that strengthens professional practice. Virginia USA
Fullan, M. (2010). All Systems Go: The Change Imperative for Whole-system Reform. Thousand Oaks:
CA: Corwin Press
Hall, G. E., & Hord, S. M. (2014). Implementing change: Patterns, Principles, and Potholes(4th ed.).
Upper Saddles River, NJ: Pearson.
Institut Aminuddin Baki (2009), Kompetensi Pemimpin Sekolah Malaysia (KOMPAS), Institut Aminuddin
Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2017).
https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=kamus%20online
Masnur, H. (2010). Quranic Leadership: Seni Memimpin Gaya al-Quran, Selangor: PTS Publication &
Distributor Sdn Bhd.
Mortimore, P., Sammons, P., Stoll, L., Lewis, D. & Ecob, R. (1988). School matters: the junior
years. Somerset: Open Books.
Teddlie, C., and S. Stringfi eld. (1993) School matters: Lessons learned from a 10-year study of school
effects. New York: Teachers College Press.
Wan Azmi Ramli (1992), Pembangunan Masyarakat. Kuala Lumpur: Utusan Malaysia
Wan Zulkifli Wan Hassan (2019, 16 Februari). Contoh Integriti Kepimpinan Cara Imam Syafie. Berita
Harian Online
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/02/531428/contohi-integriti-kepemimpinan-cara-
imam-syafie
Yap, K. C. (2006). Visi ke Realiti. Pengalaman Sekolah Menengah Teknik Tawau menjadi sebuah
sekolah cemerlang. Petaling Jaya: Kembara Kreatif.

80

DIPIMPIN, MEMIMPIN, PEMIMPIN!

Chan Paik Nai
SMK Canossian Convent, Segamat, Johor

PENGENALAN

Dalam kehidupan, kita tidak asing lagi dengan istilah dipimpin dan memimpin. Sejak kecil lagi,
kita sudah dipimpin oleh ibu bapa. Setiap langkah kita dipimpin, makan dipimpin, minum
dipimpin, bertatih dipimpin, membaca dipimpin, menulis dipimpin. Berdasarkan Kamus Dewan
(2015), dipimpin bermaksud dibimbing, dipandu, dituntun, ditunjuk. Dipimpin merupakan satu
kaedah yang sangat realistik dalam pembelajaran kehidupan kerana kita mencontohi apa-apa
yang akan dipelajari, tanpa mengira itu penting sebagai keperluan atau kehendak. Tanpa
dipimpin, kita tidak akan dapat memandu diri ke jalan yang benar. Tanpa dipimpin, kita tidak
akan dapat menjadi contoh yang baik dalam kehidupan. Daripada pengalaman dipimpin, kita
akan belajar untuk memimpin. Berdasarkan Kamus Dewan (2015), memimpin bermaksud
mengepalai atau mengetuai serta mengendalikan (badan, pertubuhan, pergerakan, negara
dll). Memimpin bukanlah mengarah; memimpin memerlukan contoh dan teladan dari diri kita
supaya dapat dicontohi dan diteladani oleh orang di bawah pimpinan.

Pemimpin ialah orang yang memimpin. Dalam oraganisasi sekolah, pemimpin sekolah
ialah Pengetua atau Guru Besar (PGB). Pemimpin ialah penggerak perubahan dalam
mencorakkan kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah. Pemimpin berperanan
sebagai pembimbing dan penggerak untuk mencapai matlamat organisasi (Bush 2008). Pada
hemat saya, sifat pimpinan bukan lahir semula jadi, tetapi setelah diberi peluang, dilatih,
digilap, sehingga berjaya. Gaya pimpinan pula perlu dipelajari dan diubah mengikut
kesesuaian masa terutamanya pada zaman ledakan maklumat ini. Oleh itu, setiap insan,
termasuk diri saya harus sentiasa belajar dipimpin, memimpin dan sanggup menjadi seorang
pemimpin yang berwibawa.

Sehubungan dengan itu, sebagai pemimpin pendidikan, tugas atau peranan pengetua
yang mentransformasikan kepimpinan organisasi pendidikan tidak hanya tertumpu pada
definisi pemimpin itu sahaja, bahkan masih dipimpin oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD); masih
memimpin dan mempengaruhi orang lain dengan usaha yang gigih dalam mencapai matlamat
organisasi. Dalam hal ini, pemimpin haruslah memiliki keterampilan diri dan berupaya
memberi inspirasi kepada orang pimpinannya sebagai pemangkin kepada kecemerlangan
pengurusan dan pentadbiran organisasi. Artikel ini diberi tajuk “Dipimpin, Memimpin,
Pemimpin” kerana ketiga-tiga perkataan ini berhubung kait rapat dan tidak dapat dipisahkan
dalam menempuh pembelajaran dalam kehidupan amnya, jalan ke arah memastikan kualiti
pendidikan mencapai tahap prestasi yang tinggi dan cemerlang pada abad ke-21 ini khasnya.
Dalam perjalanan ke arah pemimpin masa depan, pelbagai isu dan cabaran yang perlu
dihadapi dan ditangani. Pemimpin pendidikan perlu sentiasa memperlengkap diri dengan ciri-
ciri kepimpinan yang berkesan, perancangan pembangunan organisasi yang yang efektif dan

81

berimpak tinggi agar dapat menempuh cabaran daripada kemajuan global dan teknologi abad
ke-21.

PENGALAMAN LEPAS

Perjalanan saya sebagai pemimpin pertengahan bermula pada tahun 2009 apabila dilantik
sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa (GKMP) di SMK Paduka Tuan, Segamat. Dalam
kamus hidup saya, tidak pernah terlintas dalam fikiran saya untuk menjadi pemimpin sekolah.
Cita-cita saya adalah menjadi seorang guru yang berdedikasi, rajin dan sedia membimbing
anak-anak murid saya agar menjadi modal insan yang berguna; dapat menyumbang tenaga
dan jasa kepada masyarakat dan negara. Pada ketika itu, saya telah cuba menolak jawatan
sebagai GKMP, namun tidak diterima oleh pihak PPD. Akhirnya, saya terpaksa akur dan
menerima jawatan tersebut. Saya tiada masa untuk mengeluh malah terpaksa mengorak
langkah memikul tanggungjawab sebagai GKMP dengan segera, kerana sekolah saya
merupakan sekolah yang paling ‘corot’ dalam peperiksaan awam sama ada PMR mahupun
SPM di peringkat daerah dan negeri pada ketika itu. Dalam Dialog Prestasi Akademik
peringkat daerah mahupun negeri, sering kali diajukan pelbagai soalan, yakni apakah usaha,
program dan tindakan susulan yang diambil selepas setiap kali peperiksaan dalaman?
Dengan adanya permuafakatan semua pentadbir, GKMP, Ketua Panitia dan semua warga
sekolah, pelbagai program peningkatan akademik telah kami laksanakan. Antaranya, Kelas
Tambahan Terancang, Program SET iaitu pelajar diasingkan berdasarkan prestasi setiap
mata pelajaran, Program Intervensi Lima Langkah (PILL), ‘Mentoring’ dan ‘Coaching’
terhadap guru baharu. Pada masa yang sama, kunjung bantu dan bimbingan oleh School
Improvement Partner (SIP+) dan School Improvement Specialist Coaches (SISC+) dari PPD
amat memberikan manfaat. Dalam pada ini, keluhan demi keluhan sering kedengaran,
dengan kepenatan melayani murid yang lemah dan masalah disiplin yang tenat. Akhirnya,
berkat usaha warga sekolah yang berterusan telah membuahkan hasil, sekolah saya berjaya
keluar dari kepompong sekolah ‘corot’ di daerah Segamat dan mendapat Anugerah Lonjakan
Saujana oleh KPM pada tahun 2014.

Setelah dua (2) kali menolak tawaran sebagai GPK Petang dan GPK Kokurikulum, pada
16 Ogos 2018, saya telah dilantik sebagai GPK Hal Ehwal Murid (HEM) di SMK Canossian
Convent Segamat. Bukan mudah untuk memulakan tugas baharu di tempat baharu yang pasti
iklimnya tidak sama dengan sekolah lama. Walaupun sekolah ini merupakan sekolah
perempuan, masalah disiplin tetap berlaku. Antaranya, ponteng sekolah dan penyalahgunaan
media sosial terutamanya buli siber merupakan masalah disiplin yang sangat kerap berlaku.
Pada masa itu, Unit HEM yang diketuai oleh saya, Guru Disiplin, Guru Pengawas dan
Kaunselor telah berbincang dan mencari penyelesaian untuk mengatasi permasalahan ini.
Akhirnya, Unit HEM berjaya melancarkan Sistem Merit-Demerit. Dalam sistem ini, murid-
murid yang menunjukkan perlakuan positif akan diberikan merit, manakala yang menunjukkan
perlakuan negatif akan demerit. Ganjaran berupa sijil penghargaan akan diberikan kepada
murid yang mencatatkan merit tertinggi pada setiap bulan, manakala dendaan berupa kerja
amal akan dikenakan kepada murid yang markah meritnya di bawah 50 markah.
Bersyukurnya, sistem ini berjaya menangani masalah kehadiran dan masalah disiplin di
sekolah. SMK Canossian Convent telah dianugerahkan sebagai Kehadiran Paling Tinggi
Segamat (Sekolah Harian) pada tahun 2019, iaitu kehadiran 97.1 peratus secara purata.

Setelah 16 bulan memegang jawatan sebagai GPK Hal Ehwal Murid, saya telah dilantik
sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran di sekolah yang sama. Sedih pada awalnya
kerana telah biasa dengan unit HEM, namun saya tetap bersyukur kerana ditempatkan di
sekolah yang sama. Semangat saya berkobar-kobar untuk membawa dan meneruskan
kecemerlangan akademik di sekolah saya. Saya bersama-sama GKMP telah mula

82

merancang pelbagai program peningkatan akademik yang sesuai dan dijangka berimpak
tinggi kepada murid, antaranya, Program Jaya Diri, Program Penetapan Target Murid PT3
dan SPM, Program Gerak Sedar dan Motivasi Bersama Pentadbir, Anugerah Lonjakan
Saujana kepada Calon SPM (iaitu murid yang mencatatkan peningkatan GPS bagi setiap kali
peperiksaan), penyediaan modul-modul berfokus yang sesuai dengan tahap pencapaian
murid. Namun, manusia yang merancang, Tuhan yang menentukannya. Segala program
hanya tinggal bayangan sahaja setelah ancaman pandemik COVID-19 pada tahun 2020
apabila sekolah mula ditutup pada 18 Mac 2020. Walau bagaimanapun, demi meneruskan
usaha, segala program peningkatan akademik telah dan sedang dilaksanakan dengan
menggunakan pelantar dalam talian. Antaranya, kami telah berjaya mengadakan Program
Penetapan Target SPM, Program Gerak Sedar Bersama Pentadbir, Program Minda Sihat
Bersama Kaunselor dengan menggunakan Google Meet. Bersyukurnya, segala program
berjalan dengan lancar dan jayanya dengan sokongan padu dan kerjasama daripada semua
pihak, khasnya ibu bapa dan murid-murid. Walaupun dalam kesukaran pandemik yang
mungkin akan menghalang keberkesanan sesuatu program, namun, dengan adanya
kesungguhan daripada semua pihak, mudah-mudahan program yang dilaksanakan akan
membuahkan hasil.

PEMIMPIN PENDIDIKAN YANG DIIDAMKAN

Pemimpin merupakan seorang yang mengemudi, menerajui organisasi bagi menuju
wawasan, matlamat dan hala tuju yang ditetapkan. Jatuh bangunnya sesebuah organisasi
adalah terletak di bahu pemimpinnya. Hebatnya organisasi, hebatlah kepimpinannya.
Seseorang pemimpin pendidikan perlu mempunyai kemahiran dan kompetensi bagi
menghadapi cabaran memimpin dan mengurus institusi masa kini. Dalam hal ini, pemimpin
pendidikan harus memiliki ciri-ciri pemimpin yang unggul dan mantap agar dapat diidamkan
dan diteladani oleh individu pimpinannya.

Dunia sekarang yang volatile, uncertain, complex, ambiguous (VUCA) memerlukan
pemimpin pendidikan yang berani. Berdasarkan Kamus Dewan (2015), berani bermaksud
gagah (bukan pengecut); tidak takut dan tabah menghadapi bahaya. Pemimpin pendidikan
merupakan peneraju utama sekolah, beliau harus berani membuat keputusan agar tindakan
yang diambil adalah yang terbaik (Rebore, 2003). Beliau juga harus berani memikul
tanggungngjawab dan berani melakukan perubahan secara proaktif, yang dapat memacu
organisasi ke arah yang lebih baik. Setelah membuat keputusan, beliau juga harus berani
menanggung risiko keputusan yang dibuat. Dalam krisis pandemik COVID-19 umpamanya,
pemimpin harus berani mengambil strategi pengurusan risiko agar organisasi yang terkesan
dapat diteruskan dalam norma baharu. Selain itu, pemimpin pendidikan juga mesti memiliki
keberanian moral yang positif. Menurut Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching, Mantan Timbalan
Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, pemimpin memerlukan keberanian untuk membawa
perubahan, membuat keputusan penting walaupun tidak popular, bersuara, berdiri
berseorangan apabila berlaku salah faham untuk mengatakan 'tidak' dan juga memohon
maaf. Beliau berasa bangga dan rasa hormat, apabila Timbalan Perdana Menteri yang juga
Menteri Pendidikan pada ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memohon maaf kepada rakyat
Malaysia ekoran kebocoran kertas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang
disifatkan sebagai aib nasional. Persoalannya, apakah yang akan berlaku jika pemimpin
sendiri tidak berani untuk membuat keputusan dan tidak berani membuat perubahan? Sudah
pasti oraganisasi akan menampakkan kelemahan dan goyah pengurusannya. Jelasnya,
seorang pemimpin pendidikan yang diidamkan mestilah berani dalam setiap tindakannya
untuk memastikan kelangsungan oraganisasi dalam keadaan yang utuh, mantap, berdaya
maju dan berupaya membuahkan kebaikan.

83

Dalam menjayakan sesebuah organisasi, seorang pemimpin pendidikan mestilah
berilmu. Berdasarkan Kamus Dewan (2015), berilmu bermaksud mempunyai banyak ilmu dan
berpengetahuan. Hal ini bermakna seseorang pemimpin pendidikan mestilah mempunyai
kapasiti minda yang tinggi, yakni beliau harus memiliki ilmu ikhtisas pentadbiran dan ilmu
kemanusiaan dalam pengurusan, di samping ilmu emosi selaras dengan keperluan semasa
untuk menangani konflik dalam organisasi. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025 telah menetapkan Kelayakan Profesional Kepimpinan Pendidikan
Kebangsaan (NPQEL) yang dikeluarkan oleh Institut Aminudin Baki (IAB), KPM sebagai
prasyarat pelantikan PGB di Malaysia, untuk memastikan PGB yang dilantik adalah
berkompetensi tinggi. Dalam hal ini, pemimpin pendidikan mestilah sentiasa melengkapkan
diri dengan ilmu dan metodologi terkini supaya pengetahuan dan kemahiran baharu dapat
diaplikasikan dalam tugas kepimpinannya. Dengan ini, pemimpin pendidikan yang berilmu
dapat membuka luas pandangannya terhadap sesuatu masalah atau isu, maka pemimpin
akan lebih responsif terhadap fenomena dan cabaran baharu yang dihadapi dalam organisasi.
Impaknya, pemimpin yang memiliki ilmu pengetahuan dan ilmu emosi dapat memikir,
memahami dan mengenal pasti setiap perubahan yang berlaku di sekitarnya, di samping
mengambil tindakan yang drastik dan wajar dengan serta-merta. Tegasnya, pemimpin yang
diidamkan mestilah berilmu agar dapat mengurus dan mentadbir organisasi dengan lebih
cekap dan berkesan.

Keutuhan sesebuah organisasi memerlukan pemimpin yang berintegriti. Kamus
Dwibahasa (1985) mendefinisikan integriti sebagai kejujuran, ketulusan, kesempurnaan dan
keutuhan. Pelan Integriti Nasional 2006 (PIN 2006) telah menakrifkan integriti sebagai kualiti
unggul yang wujud dalam kalangan individu yang berteraskan prinsip teguh kepada kejujuran
dan amalan bermoral. Dalam erti kata lain, seseorang pemimpin pendidikan yang berintegriti
harus memiliki sifat jati diri yang merangkumi keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah,
berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai dan boleh pegang
cakapnya. Memetik kata-kata cendekiawan Samuel Johnson;

“…integrity without knowledge is weak and useless, and knowledge without
integrity is dangerous and dreadful…”
(https://www.goodreads.com)

Bagi saya, pemimpin pendidikan yang diidamkan mestilah menunjukkan ketelusan
dalam mengambil tindakan dan tidak mempunyai agenda tersendiri demi kepentingan diri.
Sesungguhnya pemimpin yang berintegriti dapat menjadi contoh dan teladan kepada anak
buahnya, nescaya tahap profesionalisme dapat dipertingkat dan organisasi akan mengecapi
kejayaan. Sebaliknya, pemimpin pendidikan yang tidak memiliki integriti diri yang tinggi akan
sentiasa mencari peluang melakukan penyelewengan demi kepentingan peribadi, tanpa
memikirkan implikasi terhadap imej organisasi. Justeru, pemimpin pendidikan yang diidamkan
mestilah seorang yang berintegriti dalam kepimpinannya.

Menurut Amir Aris dan Ahmad Rozelan (2016), komunikasi yang berkesan merupakan
asas untuk menggerakkan dan menyelaraskan aktiviti semua fungsi yang wujud dalam
sesebuah organisasi. Justeru, pemimpin yang diidamkan mestilah berupaya berkomunikasi
dengan berkesan di samping penguasaan bahasa badan yang sesuai dan bertepatan untuk
menyampaikan maksud dengan jelas dan berimpak kepada orang pimpinannya. Pemimpin
mestilah menguasai kemahiran memberi arahan, mengendalikan mesyuarat, serta membina
rangkaian atau jaringan dengan pihak luar. Jika komunikasi berkesan dan positif, maka
sesebuah organisasi akan menjadi kuat dan berjaya. Begitu juga sebaliknya. Sebagai
contohnya, situasi pandemik COVID-19 menuntut pemimpin menyampaikan maklumat
dengan berkesan dalam talian, umpamanya pemimpin harus melengkapkan diri dengan ilmu
menyampaikan atau menulis mesej di media sosial yang jelas dan telus, serta berhati-hati

84

agar tidak disalah tafsir. Sekiranya masalah komunikasi berlaku dalam sesebuah organisasi,
maka sudah tentu kelancaran gerak kerja dan hala tuju organisasi itu akan terbantut.
Jelasnya, seorang pemimpin pendidikan yang menguasai kemahiran komunikasi yang
berkesan dapat menjadi titik tolak kepada usaha pencapaian matlamat serta visi dan misi
sekolah.

Pemimpin yang berpandangan jauh memainkan peranan utama bagi mencapai
kejayaan sesebuah organisasi pada abad ke-21. Berdasarkan Kamus Dewan (2015),
berpandangan jauh ialah mempunyai hematan dan kebolehan menjangka (keperluan,
masalah, perkembangan) yang akan datang atau timbul. Justeru, seseorang pemimpin
pendidikan mestilah memiliki wawasan yang jauh ke hadapan, melihat apa-apa yang tidak
dapat dilihat orang lain dan menjangka apa yang tidak dijangka oleh orang lain. Menurut Alvin
Toffler, futuris Amerika;

“The illiterate of the 21st century will not be those who cannot read and write, but those
who cannot learn, unlearn, and relearn”.

(https://www.pinterest.co.uk)

Dalam hal ini, pemimpin perlu melakukan tiga (3) perkara iaitu belajar (Learn),
mengosongkan minda (Unlearn) dan mengukuhkan pembelajaran (Relearn). Justeru,
pemimpin harus memiliki idea-idea yang luar biasa (out of the box) yang menakjubkan untuk
membawa organisasi yang dipimpin ke satu tahap yang lebih tinggi. Sebagai tamsilnya, kini
pemimpin perlu melihat kemenjadian murid secara holistik, bukannya melihat keberhasilan
murid dalam aspek Gred Purata Sekolah (GPS) dan peratus lulus dalam akademik semata-
mata. Tegasnya, pemimpin yang diidamkan mestilah berpandangan jauh, berfikiran terbuka,
sedia mendengar pandangan orang lain dan sentiasa ingin menerokai peluang yang akan
memberi manfaat kepada organisasi.

JALAN KE ARAH PEMIMPIN MASA DEPAN

Dalam perjalanan ke arah pemimpin masa depan, pelbagai cabaran dan rintangan
telah dihadapi dan perlu diharungi dengan bijaksana, ibarat menarik rambut di dalam tepung;
rambut jangan putus, tepung jangan berserak. Antara isu dan cabaran yang saya hadapi di
sekolah ialah pemimpin kurang ilmu kepimpinan dan pengurusan organisasi. Pemimpin
kurang kemahiran mentadbir dan memimpin organisasi dengan berkesan, ditambah lagi sikap
pemimpin yang ego, senantiasa menghitung hari pencen dan kurang fokus dalam tugasan
harian telah memburukkan keadaan. Pada pendapat saya, pemimpin yang berkesan
sepatutnya menzahirkan contoh dan teladan yang baik serta amalan yang positif dalam
organisasi. Sebagai langkah penambahbaikan, semua GPK dan GKMP telah bertekad dan
bermuafakat untuk merancang dan menggerakkan segala aktiviti yang berimpak tinggi untuk
membawa sekolah ke arah kebaikan tanpa menimbulkan kegusaran dalam kalangan warga
sekolah. Para pentadbir amat memahami bahawa walaupun pucuk pimpinan kurang prestasi,
tidak bermakna kami akan membiarkan program sekolah terbengkalai dan tidak terlaksana.
Sebaliknya, dengan berkat usaha dan kerjasama padu semua warga sekolah, mudah-
mudahan pentadbiran dan pengurusan organisasi masih dapat bergerak dengan lancar.

Selanjutnya, isu yang sangat kritikal di sekolah saya ialah kekurangan tenaga
pengajar. Dalam e-operasi, perjawatan guru mengikut norma sepatutnya 33 orang guru,
namun hanya 29 orang ditempatkan termasuk pentadbir. Selagi isu kekurangan guru ini tidak
diatasi oleh pihak PPD, maka beban tugas guru di sekolah ini kekal rencam. Sekarang,
seorang guru terpaksa memegang beberapa portfolio. Selain kesibukan mengajar yang
melibatkan beberapa persediaan rancangan pembelajaran dan pengajaran dan menanda

85

latihan murid, guru terpaksa menguruskan hal-hal seperti sistem pemfailan, inventori, rekod
kemas kini dan sebagainya yang perlu dilengkapkan dan diurus dengan baik.
Penyelesaiannya, saya sentiasa memastikan pengagihan tugas dalam kalangan guru
mestilah adil, bukan memberatkan tugas mereka yang berkebolehan dan berkemampuan,
dan meringankan tugas mereka yang kurang berprestasi. Pada masa yang sama, dorongan
dan motivasi sentiasa diberi kepada guru-guru agar berfikiran positif, dan menganggap beban
kerja yang melimpah-limpah itu sebagai proses pembelajaran ke arah kebaikan oraganisasi.

Isu seterusnya ialah guru dalam zon selesa. Di sekolah saya, masih terdapat
sebilangan guru yang masih menggunakan kaedah konvensional dalam pengajaran dan
pembelajaran, mereka hanya memahirkan diri dengan mata pelajaran yang diajar, semakin
selesa sehingga hilangnya kredibiliti seorang guru, mereka agak sukar menerima perubahan,
walaupun hakikatnya kehendak pendidikan sudah berubah pada abad ke-21.
Penyelesaiannya, Setandard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) telah
dijadikan panduan. Berdasarkan SKPMg2, saya terpaksa memecahkan zon selesa guru
dengan menjelaskan setiap instrumen terutamanya Standard 4, iaitu Pembelajaran dan
Pemudahcaraan (PdPC) dengan terperinci; instrumen ini telah digunakan untuk pencerapan
dan pemantauan guru. Sudah terang lagi bersuluh bahawa guru-guru harus melakukan
perubahan diri secara berterusan dan proaktif dalam melaksanakan inovasi dan transformasi
dalam PdPC, dengan harapan PdPC guru lebih mantap dan sesuai dengan kehendak
pendidikan kini, agar dapat memperkembangkan potensi murid pada tahap optimum.

Dalam jalan ke arah pemimpin masa depan, saya juga berhadapan dengan guru-guru
yang suka membandingkan pentadbir sekarang dengan pentadbir sebelum ini. Oleh sebab
saya dan pentadbir atasan yang lain berpindah dari sekolah lain dan merupakan orang
‘baharu’ di sekolah ini, namun, saya sentiasa berpegang kepada prinsip bahawa segala
tindakan, perubahan dan program yang saya laksanakan adalah demi kepentingan
organisasi, bukan mengejar populariti, bukan dengan niat untuk menyusahkan orang dan
bukan untuk merumitkan kerja. Pada masa yang sama, saya juga mengumpul segala input
yang penting daripada guru-guru senior, misalnya program yang sesuai dan berjaya di
sekolah ini, sesekali jangan cuba mengubah terlalu banyak dalam masa yang singkat
sehingga tidak dapat diterima oleh warga sekolah. Saya juga sentiasa mengamalkan budaya
kerja cemerlang, di samping menunjukkan keikhlasan dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab. Mudah-mudahan, saya dapat memimpin untuk membawa sekolah ke arah
kebaikan dan kecemerlangan.

Penularan wabak COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
COVID-19 telah mengubah rutin seharian kita. Penutupan sekolah telah menuntut sekolah
perlu beroperasi dengan kaedah berbeza, malah telah mengubah landskap pengajaran dan
pembelajaran bagi memastikan matlamat dan agenda pendidikan dilestarikan. Saya perlu
mengambil tindakan drastik dengan memotivasi, memudah cara dan memberi bimbingan
kepada para guru dan murid. Pada PKP 1.0, guru-guru telah diberi latihan dan kursus
pengendalian Google Classroom, Google Meet, Google Form, Quizziz, Kahoot! Wordwall,
dan mengikuti Webinar yang berkaitan. Impaknya, guru mula menguasai pelbagai aplikasi
digital pendidikan dan melaksanakan pembelajaran maya yang praktikal seperti Google
Classroom, Telegram, WhatsApp dan Google Form. Warga sekolah terutamanya guru-guru
dan murid-murid mampu menghadapi norma baharu dan menangani perubahan dengan
berkesan. Implikasinya, murid-murid masih dapat meneruskan pembelajaran dan pengajaran
walaupun dalam tempoh PKP yang kritikal dan berupaya meneruskan Pengajaran dan
Pembelajaran dari Rumah (PdPR).

86

SAYA SEORANG PEMIMPIN PENDIDIKAN

Pemimpin pendidikan merupakan aset yang paling penting, yang dapat menentukan hala tuju
organisasi. Menurut Abdul Shukor Abdullah (1991), kepimpinan merupakan faktor utama yang
menentukan kecemerlangan sesebuah organisasi pendidikan. Jelasnya, pengaruh
kepimpinan dan kecekapan pemimpin pendidikan amat penting dalam menentukan kejayaan
dan kecemerlangan organisasi.

Jika saya seorang pemimpin pendidikan, perancangan saya yang prima ialah saya
akan merealisasikan hasrat KPM iaitu melahirkan sekolah berkualiti bagi menghadapi
kepesatan kemajuan dunia dan kemenjadian murid kerana sekolah merupakan institusi utama
dalam pembangunan modal insan. Oleh itu, saya akan menetapkan visi dan misi (hala tuju)
organisasi dengan jelas selari dengan aspirasi negara. Visi dan hala tuju yang jelas dapat
menjadi penggerak dalam melaksanakan tugas utama seseorang pemimpin. Oleh itu,
kepimpinan sekolah perlu sentiasa dinamik dan inovatif bagi memastikan visi dan misi sekolah
serta dasar pendidikan negara tercapai. Dalam hal ini, saya akan merancang strategi jangka
pendek dan jangka panjang organisasi setelah mengambil kira faktor dalaman dan luaran,
termasuk kekuatan dan kelemahan organisasi untuk membawa organisasi ke tahap yang
lebih tinggi dari segi kecekapan dan keberkesanan memenuhi matlamat dan objektif. Pada
abad ke-21 ini, pemimpin tidak akan melaksanakannya secara bersendirian atau sentiasa
mengikut kehendak sendiri semata-mata. Justeru, saya perlu berkongsi visi dan misi yang
ditetapkan dengan semua warga organisasi agar dapat diterima dan dicapai bersama. Dalam
usaha ini, saya harus membimbing warga organisasi dalam membangunkan visi tersebut dan
seterusnya menyampaikan misi kepada seluruh warga organisasi. Dalam mesyuarat dan
taklimat, guru-guru akan diingatkan tentang matlamat dan hala tuju organisasi, iaitu aspek
kualiti yang hendak dicapai bersesuaian dengan visi sekolah untuk menjadi sekolah yang
berkualiti dan cemerlang. Dalam perhimpunan mingguan di sekolah, surat edaran dan
majalah sekolah, saya akan menjelaskan kepentingan dan tujuan visi dan misi sekolah
kepada murid. Hal ini penting kerana dengan adanya usaha sama semua warga organisasi,
mudah-mudahan visi dan misi yang ditetapkan akan tercapai.

Jika saya seorang pemimpin pendidikan, perancangan saya yang kedua ialah saya
akan mewujudkan iklim sekolah yang positif untuk semua warga organisasi. Sebuah sekolah
yang mempunyai iklim yang positif bukan sahaja mempunyai ciri-ciri fizikal sekolah yang
bersih dan menarik, malah juga mempunyai hubungan sosial yang baik dalam kalangan
warga organisasi serta suasana kerja yang produktif. Menurut Hayness (1998), sekolah yang
beriklim positif dapat menghasilkan pelajar yang mempunyai jati diri dan kemahiran bersosial
yang baik di samping menyediakan suasana pembelajaran yang sihat. Dalam hal ini, saya
sangat yakin bahawa pemimpin bertanggunggungjawab untuk mewujudkan suatu
persekitaran yang unggul untuk meningkatkan kualiti fizikal sekolah. Justeru, saya perlu peka
dan mengambil tindakan agresif bagi meningkatkan prasarana dan persekitaran sedia ada.
Saya akan sentiasa memastikan persekitaran di sekolah mempunyai ciri-ciri fizikal yang
bersih dan menarik, suasana sekolah yang aman, selamat, bebas daripada ancaman dan
masalah ponteng serta disiplin yang serius. Antaranya, gotong-royong secara berkala,
sambutan perayaan, pertandingan keceriaan kelas, membersihkan kawasan sekolah 5 minit
sebelum kelas bermula, lawatan ke landskap yang menarik, anugerah dan pengiktirafan
kepada warga sekolah yang menunjukkan inisiatif dapat meningkatkan tahap iklim sekolah
yang positif, yang seterusnya akan memupuk semangat sayang dan cinta akan sekolah.
Selain itu, saya juga akan membina hubungan yang erat dalam kalangan warga oraganisasi,
bukan sahaja dalam kalangan guru, malah hubungan antara murid juga perlu terjalin agar
dapat memupuk satu kepuasan suasana pembelajaran dan pengajaran yang baik dan selesa,
murid-murid akan berasa selamat, selesa dan tidak tertekan untuk belajar. Sesungguhnya,
dengan adanya iklim sekolah yang positif di samping hubungan sosial yang baik dalam

87

kalangan warga sekolah, sudah pasti dapat menyumbang kepada peningkatan motivasi,
prestasi dan kepuasan bekerja dalam kalangan warga organisasi, yang seterusnya dapat
meningkatkan semangat warga organisasi untuk mencipta kecemerlangan sekolah.

Perancangan saya yang seterusnya ialah saya akan menunjukkan aura positif, iaitu
mempunyai sifat-sifat peribadi yang positif. Saya perlu mempunyai ketahanan mental dan
emosi yang tinggi bagi menjalankan tugas sebagai seorang pemimpin dengan berkesan,
tanpa daya ketahanan ini, saya tidak mampu menghadapi pelbagai cabaran dan halangan
yang mendatang daripada faktor dalaman ataupun daripada faktor luaran. Dari segi fizikal,
saya perlu mempunyai tubuh badan yang sihat dan cergas. Kecergasan fizikal berkait rapat
dengan kestabilan emosi yang seterusnya akan mempengaruhi sikap dan tingkah laku pada
tugas dan gaya kepimpinan. Selain itu, saya perlu menunjukkan ketegasan tetapi bertimbang
rasa setelah mempertimbangkan sifat kemanusiaan. Sifat kemanusiaan ini penting kerana
saya berurusan dengan manusia, yang mempunyai hati dan perasaan yang perlu diberi
perhatian. Menurut Bush (2008), pemimpin yang bersifat tegas dapat mempengaruhi orang
lain, yang seterusnya akan merangsang dan membolehkan orang lain menyumbang kepada
keberkesanan dan kejayaan organisasi. Pemimpin yang mesra dan peramah adalah mudah
didekati, tidak sombong dan senang untuk dibawa berbincang. Dengan ini, saya dapat
menyelami jiwa orang pimpinan. Saya bersedia mendengar, menerima dan memahami
masalah warga organisasi serta sentiasa membantu dan menjaga kebajikan mereka. Hal ini
amat penting kerana saya akan dihormati dan dipercayai serta mendapat komitmen
sepenuhnya daripada orang pimpinannya. Selain itu, saya juga akan membangunkan dan
mengembangkan potensi dan kemahiran peribadi mereka dengan memberi dorongan,
menghargai, mengiktiraf dan menggalakkan mereka dalam membantu pembangunan
organisasi. Saya akan membakar semangat dan memotivasi warga sekolah dengan
menyuntik inspirasi kepada mereka, supaya mereka dapat berusaha bersama-sama untuk
mencapai tujuan atau kejayaan sesuatu tugasan. Pada masa yang sama, saya perlu bertindak
profesional, adil dan saksama, supaya sikap pilih kasih atau double standard dan diskriminasi
tidak wujud dalam organisasi. Sikap pilih kasih akan menjadi ‘racun’ dalam organisasi dan
akan merosakkan suasana dan keharmonian organisasi, di samping menjejaskan reputasi
organisasi di mata masyarakat umum. Walaupun sukar untuk dilaksanakan, namun kalau
tidak diusahakan, manakan dapat hasilnya. Tegasnya, pemimpin yang beraura positif dapat
memimpin warga organisasi melangkah ke arah yang lebih berdaya saing, yang dapat
memberi impak yang positif agar matlamat organisasi akan tercapai.

Jika saya seorang pemimpin pendidikan, saya akan mewujudkan budaya kerja
berpasukan dalam kalangan warga sekolah. Budaya kerja berpasukan ialah suasana kerja
dalam pasukan yang mengamalkan pendekatan penglibatan bersama, perkongsian idea
dalam mencapai satu matlamat yang sama. Melalui budaya kerja berpasukan, organisasi
dapat meningkatkan hasil tanpa meningkatkan sumber kerana budaya kerja berpasukan
melibatkan gabungan usaha, pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang dapat
menghasilkan prestasi kerja yang lebih tinggi berbanding jika dilakukan secara bersendirian
yang boleh mengakibatkan kebosanan dan jemu. Dengan kerja berpasukan, warga sekolah
tidak berasa keseorangan dan akan rasa kebersamaan. Dengan menghayati kerja
berpasukan dengan baik, warga sekolah sering bekerjasama dan menjalankan tugas secara
berganding bahu dalam mencapai matlamat organisasi. Mereka juga akan berasa lebih puas
dan gembira semasa menjalankan tugas. Kita sedia maklum bahawa pendekatan pengurusan
sekolah haruslah bersifat holistik, iaitu melibatkan semua pihak dan dilaksanakan secara
berterusan. Oleh yang demikian, budaya kerja berpasukan amat penting diamalkan di sekolah
untuk menentukan kejayaan sesebuah sekolah. Sebagai tamsilnya, sepanjang ancaman
pandemik COVID-19 ini, bukan mudah bagi pemimpin untuk menangani pelbagai cabaran
yang berlaku di sekolah berseorangan, antaranya, kehadiran murid yang merosot dan
pematuhan tatacara pengendalian piawai yang ketat. Semua cabaran perlu ditangani dan

88

dipikul bersama-sama oleh warga organisasi. Justeru, dengan adanya kerja berpasukan,
maka warga sekolah dapat menggembleng usaha dan tenaga untuk menangani cabaran
dalam menempuh tempoh yang sengit ini. Selain itu, budaya kerja berpasukan dapat
meningkatkan rangsangan, mengeratkan tali persaudaraan dan setia kawan sesama warga
organisasi, mengurangkan sebarang pergeseran, atau budaya berpuak-puak yang selalunya
merupakan angkara yang tidak sihat. Dengan budaya ini, warga organisasi dapat
menghasilkan kerja yang paling baik dan mampu mewujudkan suasana yang intim, misalnya
kerjasama guru-guru untuk melatih murid untuk sesuatu pertandingan. Sebagai contoh di
sekolah saya, dalam penyertaan Pertandingan Tokoh Nilam, guru Media dan Perpustakaan,
guru Bahasa Melayu, Guru Bahasa Inggeris berganding bahu dan bermuafakat untuk melatih,
membimbing dan menyediakan murid untuk pertandingan, dengan harapan akan membawa
kemenangan dan kebanggaan kepada sekolah. Izharnya, budaya kerja berpasukan yang
efektif merupakan pemangkin yang paling kuat untuk melaksanakan perubahan dan mencipta
kejayaan dalam organisasi, yang sudah tentu akan membawa kepada pengukuhan ukhwah
sesama warga organisasi yang dapat meningkatkan kecekapan dan kecemerlangan
organisasi.

Akhir sekali, jika saya seorang pemimpin pendidikan, saya akan menerapkan konsep
pembelajaran sepanjang hayat dalam organisasi. Menurut Hargreaves (2004), pembelajaran
sepanjang hayat ialah pencarian ilmu pengetahuan untuk peribadi atau profesional yang
dilakukan sepanjang masa, sukarela dan atas motivasi kendiri. Konsep ini dapat
membangunkan potensi manusia melalui proses pembelajaran secara berterusan, yang
berupaya memotivasi seseorang untuk menguasai ilmu, menghayati nilai murni yang
diperlukan sepanjang hayat dan seterusnya mampu meluasi pengalaman hidup di samping
memikul tanggungjawab dalam pelbagai peranan dan keadaan dengan yakin serta kreatif
semasa menghadapi segala cabaran hidup.

Rajah 1: Model Pembelajaran Sepanjang Hayat (Garrison, 1997)

Rajah 1 menunjukkan Model Pembelajaran Sepanjang Hayat. Model ini menunjukkan proses
berkitar dengan empat tonggak utama, iaitu (a) Kesedaran kendiri (Self awareness), kita dapat
mengenal pasti identiti dan autonomi diri. (b) Merancang pembelajaran (Planning for learning
-Self management) iaitu penetapan objektif dan perancangan untuk mencapai objektif
tersebut. (c) Sedar apa yang perlu dipelajari (Understanding how to learn-Meta-learning),
yang menggambarkan kesedaran tentang kaedah yang berbeza semasa belajar dan pelbagai
cara belajar. (d) Penilaian pembelajaran-Evaluating learning (Self monitoring) yang
menunjukkan analisis sistematik terhadap pelaksanaan belajar. Garrison mendefinisikan self

89

monitoring ialah tanggungjawab seseorang untuk menilai pengurusan pembelajaran mereka
sendiri.

Kita sedia maklum bahawa dunia pendidikan sentiasa mengalami perubahan selari
dengan perubahan zaman dan tidak statik selaras dengan perubahan dunia tanpa sempadan
kini. Era teknologi maklumat telah menjanjikan pelbagai perubahan drastik dan amat
mencabar warga pendidikan. Oleh itu, saya akan mewujudkan suasana dan budaya
pembelajaran yang berterusan dalam diri sendiri dan juga dalam kalangan warga sekolah.
Ilmu pelita hidup yang sangat berharga, yang wajib dituntut oleh semua individu tanpa mengira
waktu ataupun usia. Seseorang pemimpin mestilah sentiasa ingin belajar dan melengkapkan
diri dengan pengetahuan terkini dalam bidangnya. Dunia pendidikan harus sentiasa
memperbaharui kemahiran teknologi mengikut peredaran masa seiring dengan Revolusi
Industri 4.0 (IR4). Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia yang kelapan
dalam ucapan sempena Hari Guru 2021, pelaksanaan pendidikan digital sebagai elemen
dalam Pembelajaran Abad ke-21 adalah sejajar dengan anjakan ketujuh PPPM 2013-2025
dalam melaksanakan e-pembelajaran, iaitu pengajaran berteraskan Teknologi dan Maklumat.
Sebagai pemimpin pendidikan abad ke-21, saya perlu bersedia dengan kandungan pedagogi
berteras teknologi bagi mempersiapkan warga sekolah amnya, guru dan murid khasnya
kepada persekitaran globalisasi yang memerlukan pemikiran yang kritis, bersedia mencari,
mengakses dan menganalisis maklumat. Justeru, penerapan dan penghayatan konsep
pendidikan sepanjang hayat berperanan besar dalam memastikan kemampuan yang ada
dalam modal insan digilap agar dapat menghasilkan kecemerlangan yang diimpikan. Menurut
Mantan Ketua Setiausaha KPM, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad, guru tidak harus selesa pada
takuk lama, sebaliknya harus bergerak ke hadapan dengan menguasai ilmu terkini supaya
dapat memberi sumbangan yang bermanfaat kepada masa depan murid. Guru mesti melihat
ke hadapan dan bersedia menghadapi cabaran sektor pendidikan abad ke-21. Jelasnya,
konsep pembelajaran sepanjang hayat mesti diamalkan oleh setiap warga pendidikan dengan
penuh iltizam dan bertanggungjawab bagi pembelajaran diri sendiri secara berterusan untuk
menghadapi tuntutan persekitaran dan dunia yang mencabar agar dapat memperkasakan
keupayaan dan kecemerlangan pendidikan.

RUMUSAN

Dalam menelusuri perjalanan dunia pendidikan selama 28 tahun, ada suka, ada duka; ada
manis dan ada pahitnya. Kisahnya bermula daripada dipimpin, saya umpama span yang
sentiasa dahagakan ilmu, akan sentiasa belajar daripada orang lama dan sentiasa
memperlengkap diri dengan pelbagai ilmu untuk mengharungi dunia pendidikan yang penuh
dengan cabaran. Segala soft skill atau kemahiran insaniah amat penting untuk mengurus
murid yang menuntut kesabaran serta kebertanggungjawaban yang amat tinggi di samping
aspek pengetahuan dan kemahiran pedagogi yang dibekalkan oleh para pensyarah.

Daripada dipimpin, pada masa yang sama saya juga memimpin. Saya berpegang
kepada kata-kata Dato’ Dr. Amin Senin, Mantan Ketua Pengarah KPM bahawa istilah
memimpin itu sendiri bermaksud mendidik atau sebaliknya mendidik itu adalah memimpin.
Frasa ini bermaksud mendidik ialah proses mempengaruhi orang lain untuk mencapai objektif
pembelajaran supaya perubahan berlaku kepada diri murid, sekolah dan sistem pendidikan
negara. Justeru, adalah penting saya memikir, merancang dan mengambil tindakan yang
strategik bersama-sama warga organisasi dalam proses penambahbaikan kepada dasar dan
strategi yang sedia ada, demi kelancaran dan kecekapan organisasi.

Selari dengan PPPM 2013-2025, kerajaan berusaha untuk memperkasakan bidang
pendidikan ke peringkat global. Sehubungan dengan itu, para pemimpin pendidikan perlu
berusaha untuk meningkatkan diri dalam pelbagai bidang agar dapat memimpin organisasi

90

ke arah lebih berketerampilan dan cemerlang. Kepimpinan merupakan petunjuk utama dalam
menentukan jatuh bangun sesebuah organisasi. Sebagai pemimpin pendidikan abad ke-21,
sudah pasti pelbagai cabaran, onak dan duri yang perlu diharungi. Justeru, saya perlu
membuat anjakan minda dan berfikir di luar kotak pemikiran sedia ada demi kejayaan
transformasi dan kesejahteraan organisasi yang dipimpin. Saya juga perlu bersikap fleksibel
terhadap keperluan semasa dan pada masa akan datang agar selaras dengan tuntutan dunia
semasa. Kerjasama dan sokongan padu daripada pelbagai pihak berkepentingan amat
diperlukan untuk merealisasikan kecemerlangan dan kejayaan oraganisasi. Tuntasnya,
sebagai pemimpin pendidikan, saya mestilah mampu untuk menjadi peneraju kepada
perubahan yang diperlukan oleh organisasi amnya, negara khasnya. Saya harus memainkan
peranan penting dalam mengharungi segala cabaran melestarikan kecemerlangan
pendidikan negara dan memastikan organisasi bergerak seiring dengan hasrat KPM, iaitu
memastikan sekolah berkualiti dan kemenjadian murid diutamakan.

RUJUKAN
Abdul Shukor Abdullah.(1991). Pengurusan Organisasi:Perspektif Pemikiran dan Teori.

Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bush, T. (2008). Leadership and Management Development in Education. London:Sage

Publications Ltd.
Garrison, D.R, (1997). Self Directed Learning:Toward A Comprehensive Model, Adult

Education Quarterly, 48(1),18-29. https://doi.org/10.1177/074171369704800103
Haynes,N.M., Emmons, C., & Comer, J.P.(1993). Elementary and Middle School Climate

Survey. New Haven,CT. Yale University Child Study Center.
Kamus Dewan edisi Keempat.(2015). Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dwibahasa.(1985). Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rebore, R.W.(2003) A Human Relations Approach to the Practice of Educational Leadership.

Allyn & Bacon/Longman Publishing

91

DERAP PEMIMPIN BERINTEGRITI

Gambar Penulis

Norazhari bin Ahmad
SK Kampong Chamek, Kluang, Johor

PENGENALAN

Golongan pendidik merupakan antara golongan terpenting dalam usaha untuk
memartabatkan integriti di dalam negara. Ini kerana golongan pendidik mempunyai peranan
yang besar dalam membentuk generasi masa depan melalui pendidikan formal dan tidak
formal yang dilaksanakan di sekolah. Bagi menanam nilai-nilai murni dan integriti dalam
kalangan murid-murid, golongan pendidik sendiri perlu mempunyai nilai-nilai murni tersebut
serta mampu mempamerkan tahap integriti yang tinggi dalam melaksanakan proses
pendidikan terhadap anak murid mereka. Perlakuan yang berintegriti dan kecemerlangan
yang dihasilkan akan menjadi teladan yang baik serta dapat mempengaruhi anak murid ke
arah menjadi insan yang berintegriti dan berguna kepada negara di masa hadapan.

Dewasa ini, sering dilihat isu integriti ini tidak dipandang serius oleh penjawat awam
khususnya guru. Bak kata pepatah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Namun kerana
sikap segelintir pendidik inilah yang mencemarkan martabat profesion perguruan. Pelbagai
isu dapat saya lihat seperti ketepatan masa, pengurusan kewangan dan bekerja sambil lewa
seperti tiada kesungguhan dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Bertitik tolak dari
sinilah saya mendapat ilham untuk menulis sebuah karya yang diberi tajuk “Derap Pemimpin
Berintegriti”.

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), definisi derap ialah bunyi seperti
bunyi orang sedang berjalan serentak. Dalam penulisan ini, saya ingin mengetengahkan isu
pemimpin berkualiti yang mampu melahirkan guru yang berintegriti seterusnya menjana murid
yang berprestasi tinggi. Integriti boleh ditakrifkan sebagai membuat sesuatu dengan betul
walaupun tidak ada sesiapa yang nampak. Ihsan dalam ajaran Islam berkait rapat dengan
integriti. Ihsan adalah, “Bahawa kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya. Jika
kamu tidak melihat-Nya, sesungguhnya Dia melihat kamu,’’ maksud hadis.

Dalam artikel ini juga saya ingin mengupas perjalanan saya sebagai seorang
pemimpin yang akan menempuh pelbagai rintangan, cabaran dan halangan bagi
merealisasikan visi saya ini. Perjalanan saya untuk membiasakan yang betul dan
membetulkan yang biasa ini sudah pastinya bukan sesuatu yang mudah untuk direalisasikan.
Bagi menggerakkan seseorang yang sudah berada dalam zon selesa, saya perlu bijak
mengatur strategi agar tidak menimbulkan kegelisahan dan kerisauan melampau dalam
kalangan guru ibaratnya seperti menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung
tidak berselerak.

92


Click to View FlipBook Version