The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PUSAT CITRA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by abdulqaiyumborhan, 2018-09-06 06:13:59

SINOPSIS KURSUS FAKULTI UNTUK PELAJAR SMSC

PUSAT CITRA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Keywords: SMSC,UKM

BUKU PANDUAN FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN



EPPD1013 Mikroekonomi I

Kursus ini bertujuan memberi pengetahuan kepada pelajar tentang model, konsep dan metodologi
mikroekonomi dalam memahami masalah ekonomi pada peringkat pengguna dan firma. Pelajar akan
didedahkan kepada tajuk-tajuk utama mikroekonomi yang meliputi aspek permintaan, penawaran,
keseimbangan harga, keanjalan, teori pilihan pengguna, fungsi pengeluaran, kos dan struktur pasaran. Di
akhir kursus, pelajar seharusnya dapat mengaplikasikan pendekatan mikroekonomi dalam
menyelesaikan masalah persekitaran ekonomi dan pengurusan.



Bacaan Asas

Noor Aini Khalifah & Tham Siew Yean. 1993. Mikroekonomi pertengahan untuk peringkat universiti.
Kuala Lumpur: Tropical Press. Perloff, J.M. 2010. Microeconomics. 5th Ed. Boston: Pearson-Addison
Wesley. Petersen, H.C. & Lewis, W.C. 2008. Managerial economics. 4th Ed. Singapore: Pearson
International Edition. Pindyck, R.S. & Rubinfeld, D.L. 2009. Microeconomics. 7th Ed. New Jersey: Pearson
Prentice Hall International. Schotter, A. 2009. Microeconomics: a modern approach. 1st Ed. Mason,
Ohio: SouthWestern Cengage Learning.



EPPD1023 Makroekonomi I

Kursus ini bertujuan memberi pengetahuan kepada pelajar tentang konsep asas makroekonomi yang
meliputi pengukuran dan keseimbangan pendapatan negara, peranan bank pusat, bank perdagangan
dan proses penciptaan kredit, pasaran wang dan penentuan kadar bunga, implikasi dasar fiskal dan
monetari terhadap pendapatan negara, pengangguran dan inflasi, perdagangan antarabangsa,
imbangan pembayaran dan pasaran pertukaran asing serta globalisasi dan pertumbuhan ekonomi. Di
akhir kursus, pelajar seharusnya dapat mengaitkan ilmu tersebut dengan isu ekonomi semasa dalam
persekitaran global dan setempat.



Bacaan Asas

Case, K. & Fair, R.C. 2007. Principles of economics. 8th Ed. New Jersey: Prentice Hall. Frank, R.H. &
Bernanke, B.S. 2007. Principles of economics. 3rd Ed. Boston: McGraw Hill. Froyen, R.T. 2002.
Macroeconomics: theories and policies. Singapore: Prentice Hall. Rahmah Ismail & Rohaini Mustaffa.
2004. Makroekonomi pertengahan. Bangi: Penerbit UKM. Shahida Shahimi, Norain Mod Asri, Mohd Adib
Ismail, Norlida Hanim Mohd Salleh, Wook Endut, Md. Zyadi Md. Tahir & Noreha Halid. 2012.
Makroekonomi. Singapore: Cengage Learning Asia Pte. Ltd.

EPPD1033 Prinsip Perakaunan

Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada konsep dan prinsip asas serta rasional yang mendasari
amalan perakaunan. Kitaran perakaunan disentuh secara terperinci yang meliputi proses penjurnalan,
Pengeposan, penyediaan imbangan duga, pelarasan, penyediaan penyata kewangan dan catatan
penutup. Perbincangan meliputi kitaran perakaunan bagi jenis operasi berbeza seperti perniagaan
perkhidmatan, pembarangan dan perkilangan serta konteks pemilikan berbeza yang meliputi pemilikan
tunggal, perkongsian, syarikat dan organisasi tidak bermotifkan keuntungan.



Bacaan Asas

Norton, C.L. & Porter, G.A. 2013. Introduction to financial accounting. 8th Ed. SouthWestern, Cengage
Learning. Reeve, J.M., Warren, C.S. & Duchac, J.E. & Wang, W. 2011. Principles of financial accounting
with conceptual emphasis on IFRS. Cengage Learning Asia Pte Ltd. Stice. E.K., Stice, J.D. & Alberch, W.S.
2011. Financial accounting concepts. Southwestern. Cengage Learning. Weygandt, J.J., Kimmel, P.D. &
Kieso, D.E. 2011. Accounting principles. 10th Ed. John Wiley & Sons (Asia) Pte Ltd. Wild, J.J., Shaw, K.W.,
Chiappetta, B. Kwok, W. & Venkatesh, S. 2013. Fundemental accounting principles. McGraw-Hill
Companies Inc.



EPPD1043 Matematik untuk Ekonomi dan Perniagaan

Kursus ini memberi fahaman kepada pelajar beberapa aspek asas dalam matematik. Tajuk-tajuk yang
akan dibincangkan ialah fungsi; matriks; matematik kewangan: bunga, anuiti, pelupusan pinjaman; had
dan keselanjaran; pembezaan dan pengamiran serta kegunaannya. Selepas mengikuti kursus ini pelajar
seharusnya dapat menggunakan teknik-teknik di atas untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan
perniagaan.



Bacaan Asas

Barnett, R.A., Ziegler, M.R. & Byleen, K.E. 2008. Finite mathematics for business, economics, life sciences
and social sciences. 11th Ed. USA: Pearson Prentice Hall. Haeussler, E.F. Jr., Paul, R.S. & Wood, R.J. 2011.
Introductory mathematical analysis for business, economics and life and social sciences. 13th Ed. New
Jersey: Prentice Hall. Harshbarger, R.J. & Reynolds, J.J. 2009. Mathematical applications for the
management, life and social sciences. 9th Ed. USA: Brooks Cole, Belmont. Mansor Jusoh. 2008.
Matematik untuk ekonomi. Bangi: Penerbit UKM. Tan, S.T. 2007. Applied mathematics for the
managerial, life and social sciences. 4th Ed. USA: Thompson Brooks/Cole.

EPPD1053 Pengantar Pengurusan

Kursus ini menekankan pengetahuan asas tentang persekitaran organisasi, konsep, amalan, fungsi,
kepimpinan dan gelagat dalam pengurusan sesebuah organisasi. Kursus ini turut memberi pendedahan
tentang amalan pengurusan perniagaan masa kini ke arah pembentukan dan pengekalan dayasaing
organisasi.



Bacaan Asas

Bateman, T.S & Snell, S.A 2009. Management: leading & collaborating in the competitive world. 8th Ed.
USA: McGraw-Hill International Edition. Daft, R.L. 2014. Management. 11th Ed. Singapore:South-
Western Cengage Learning. Jaafar Muhamad, Mohd Hizam Hanafiah & Zafir Mohd Makhbul. 2001.
Pengantar pengurusan. Leeds Publications Williams, C. 2010. Managing effectively. 4th Ed. China:
Cengage Learning. Zafir Mohd Makhbul, Mohd Hizam Hanafiah & Fazilah Mohamad Hasun. 2009.
Pengurusan organisasi. Kuala Lumpur: Cengage Learning.



EPPD1063 Aplikasi Komputer

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang konsep asas sistem maklumat dan
penggunaan praktikal aplikasi komputer terkini dalam bidang ekonomi dan perniagaan. Kursus ini
memperkenalkan konsep teknologi maklumat seperti perkakasan, perisian, sistem pengoperasian,
konsep pangkalan data, rangkaian, internet dan telekomunikasi. Elemen utama kursus ini merangkumi
lima aplikasi komputer yang asas bagi kegunaan dalam pengurusan dan perniagaan iaitu aplikasi
Microsoft Office yang terdiri daripada Word, Excel, Powerpoint dan Access.



Bacaan Asas

Dean, Damon and Cowitt Andy. 2003. Macromedia Studio MX. Wiley Publishing New York. O’Leary, T.J.,
and O’Leary, L.I. 2008. Computing essentials.. Mc Graw Hill, International Edition. Norazila Mat, Noor
Azuan Hashim and Rosmah Mat Isa. 2004. Aplikasi komputer. Prentice Hall:Petaling Jaya. Shelly, G.B.,
Cashman, T.J., and Vermaat, M.E. 2011. Microsoft Office 2007:introductory concepts & techniques.
Course Technology, Cengage Learning. Shelly, Cashman., and Vermaat. 2010. Discovering computers
2010. Thomson Learning:Massachusets.





EPPD2023 Statistik untuk Ekonomi dan Perniagaan

Kursus ini bertujuan memberi fahaman kepada pelajar mengenai konsep dan kaedah statistik yang
digunakan dalam bidang ekonomi dan perniagaan. Perbincangan akan meliputi pengenalan kepada

statistik, perihal data secara visual dan numerik, pengenalan kepada kebarangkalian, taburan
kebarangkalian selanjar, taburan pensampelan, penganggaran, ujian hipotesis, analisis varian, ujian khi-
kuasa dua, kaedah statistik tak berparameter, kolerasi, regresi linear mudah dan berbilang. Selepas
mengikuti kursus ini, pelajar seharusnya boleh mentafsir maklumat statistik yang diperolehi dalam
konteks ekonomi dan perniagaan.



Bacaan Asas

Anderson, D.R., Sweeney, D.J. and Williams, T.A. 2011. Statistics for business and economic. 11th Ed.
Ohio. South-Western. Berenson, M.L., Levine, D.M. & Krehbiel, T.C. 2012. Basic business statistics. 12th
Ed. Boston:Pearson Education. Keller, K. 2012. Managerial statistics. 9th Ed. Cengage Learning. McClave,
J.T., Benson, P.G. & Sincich, T. 2014. Statistics for business and economics. 12th Ed. Boston:Pearson
Education. Weiers, R.M. 2010. Introduction to business statistics. 7th Ed. Cengage Learning.



EPPD2033 Perniagaan Mengikut Perspektif Islam

Matlamat utama kursus ini adalah untuk memberi pemahaman kepada pelajar-pelajar terhadap asas-
asas perniagaan menurut perspektif Islam. Pelajar didedahkan dengan konsep-konsep asas perniagaan
dalam Islam, instrumen-instrumen kewangan Islam dan etika pengurusan Islam. Kursus ini juga akan
meningkatkan pengetahuan pelajar untuk membezakan teknik-teknik urusniaga yang dianjurkan Islam
dengan urusniaga konvensional. Disamping itu juga, kursus ini akan membincangkan isu-isu semasa
berkaitan dengan asas perniagaan menurut perspektif Islam.



Bacaan Asas

Azman Ismail & Md Habibur Rahman. 2013. Islamic legal maxims: essentials & applications. IBFIM, KL
Malaysia. ISRA. 2011. Islamic financial system, principles and operations. International Shari’ah Research
Academy for Islamic Finance (ISRA). Razli, Ramli et al. 2013. Issue in Islamic finance from the
practitioners perspective. IBFIM. Kl, Malaysia. Saiful Azhar Rosly. 2008. Critical issues on Islamic banking
and financial markets: Islamic economics, banking & finance, Investments, takaful dan financial planning.
3rd Ed. Dinamas Publishing, Kuala Lumpur Malaysia. Syed Mohd. Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa,
Muhammad Nasri Md. Hussain & Mohd Hizam Hanafiah. 2005. Pengantar perniagaan Islam. Kuala
Lumpur: Prentice Hall.

CADANGAN PENAWARAN KURSUS DAN PENGKHUSU
DARI FAKULTI KEJURUT

BIL TEMA / PENGKHUSUSAN / MODUL

1. Kejuruteraan Alam Sekitar 1. Kejur
(KKK
Cadangan sinopsis:
Pengkhususan ini mendedahkan pelajar 2. Peng
berkenaan teknologi kejuruteraan sekitaran (Tahu
dan asas-asas seni bina dan landskap.
Teknologi terkini dalam perawatan sisa 3. Statis
juga diperkenalkan selain konsep
penggunaan dan pengurusan tenaga. 4. Sains
2 Tah
2. Tenaga Keterbaharuan
5. Kece
Cadangan sinopsis: (KKK
Pengkhususan ini menawarkan
pengetahuan dan penjanaan tenaga baru 1. Penja
dari pelbagai sumber seperti air, angin, (KKK
suria, kompos, bahan kimia dan lain-lain.
Konsep pertukaran tenaga diperjelaskan 2. Tekn
samada menggunakan teknologi filem (Tahu
nipis, elektromagnetik, Piezo, tindak balas
kimia dan lain-lain. Pengurusan tenaga 3. Keles
dibincangkan dalam topik-topik berkaitan.

USAN BAGI PROGRAM SARJANA MUDA SAINS CITRA
TERAAN DAN ALAM BINA

CADANGAN KURSUS FKAB JANGKAAN
KERJASAMA
ruteraan Sekitaran untuk Jurutera Awam
KH2213) (Sem 2 Tahun 2) FAKULTI /
genalan Seni Bina Landskap (KKSB2141) INSTITUT
un 2)
stik (KKKH1113) (Sem 2 Tahun 1) • FST
• LESTARI

s dan Kejuruteran Membran (KKKR5892) (Sem • FST
hun 4) • SERI
ekapan Penggunaan dan Pengurusan Tenaga • SELFUEL
KM4133)

anaan Kuasa Elektrik & Pertukaran Tenaga
KZ4133) (Sem 1 Tahun 4)
nologi Tenaga Keterbaharuan (KKKM4292)
un 4)
starian Proses (KKKR5882) (Sem 2 Tahun 4)

3. Pengurusan Bandar Lestari 1. Siste
Tahu
Cadangan sinopsis:
Pengkhususan ini mendedahkan pelajar 2. Pera
berkenaan konsep pengurusan bandar Tahu
secara lestari dengan mengambil kira
maklumat muka bumi dan sejaran seni bina 3. Keles
berserta pengetahuan berkenaan proses
pembangunan industri dan loji. 4. Peng
2)
4. Trend Terkini Kejuruteraan
5. Sejar
Cadangan sinopsis:
Melalui pengkhususan ini, pelajar akan 1. Topik
didedahkan tentang perkembangan (Sem
semasa dalam bidang kejuruteraan.
Kursus-kursus meliputi perkembangan 2. Ekon
terkini teknologi dalam bidang bahan
termaju, teknologi kenderaan, pembuatan 3. Sains
termaju dan kejuruteraan persis. Kursus Tahu
yan dipelajari turut mencakupi proses
membuat keputusan ekonomi dan 4. Peran
kewangan dari perspektif kejuruteraan. (Sem

5. Komu
Tahu

6. Bioisy

em Maklumat Geografi (KKKH4513) (Sem 1 • FST
un 4) • FEP

ancangan Bandar Lestari (KKKH4283) (Sem 2
un 4)

starian Proses (KKKR5882) (Sem 2 Tahun 4)

genalan Seni Bina Landskap (KKSB2141) (Tahun

rah Senibina (KKKSB1113) (Tahun 1 Sem 1)

k Terkini Kejuruteraan Mekanikal (KKKM4352) • FST
m 1 Tahun 4) • SERI
nomi Kejuruteraan (KKKM4053) (Sem 1 Tahun 4) • SELFUEL
• IMEN
s dan Kejuruteraan Bahan(KKKR1233) (Sem 2 • IPI
un 1)
ncangan Pengangkutan Bandar (KKKH4543)
m 2 Tahun 4)
unikasi Radio dan Satelit (KKKT4193) (Sem 1
un 4)

yarat dan Sistem (KKKZ4013) (Sem 1 Tahun 4)

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN



SKBE1013 Oral Communication

Kursus ini dirancang untuk membantu pelajar pengkhususan Pengajian Bahasa Inggeris memperbaiki
pertuturan, kemahiran lisan dan meningkatkan kemampuan mereka untuk berkomunikasi dalam
pelbagai keadaan sosial. Para pelajar akan belajar prinsip asas sistem bunyi bahasa Inggeris dengan
penekanan terhadap bunyi-bunyi segmental dan aspek-aspek suprasegmental bahasa ini. Para pelajar
akan berpeluang untuk memperbaiki kemahiran lisan melalui pelbagai aktiviti termasuk penggunaan
simbol abjad fonetik antarabangsa (IPA) dan kamus sebutan; perisian analisis pertuturan; latihan
pemulihan; pembentangan lisan; latih tubi interaktif; dan projek. Pada akhir kursus ini, para pelajar
akan:

1) dapat membentuk kesedaran tentang bagaimana Bahasa Inggeris Baku dipertuturkan.

2) dapat meningkatkan tahap kebolehfahaman pertuturan mereka; dan

3) dapat bertutur dengan yakin tanpa melakukan banyak kesilapan sebutan.

This course is designed to help students majoring in English Language Studies to improve their
pronunciation, oral proficiency and their ability to communicate in various social settings. Students will
learn the basic principles of English sound system, with special emphasis on segmentals and
suprasegmental aspects of the language. Students will be able to sharpen their oral skill through various
activities including learning to use International Phonetics Alphabet (IPA) symbols and pronounciation
dictionaries; speech analysis softwares; remedial exercises; oral presentation; interactive drills; and
project. At the end of the course students will: 1) have developed an awareness of how standard English
is normally spoken, 2) have improved their speech intelligibility, and 3) be able to speak confidently with
minimal pronunciation mistakes.

Bacaan Asas

Ashton, H & Shepherd S. 2012. Work on Your Accent. HarperCollins UK Publisher. Kenworthy, J. 2013.
Teaching English Pronunciation. Longman Publishing Group Lane, L. & Brown, H. D. 2010. Tips for
Teaching Pronunciation: A Practical Approach (with Audio CD). Pearson Longman. Reed, J., & Levis, J.
2015. The Handbook of English Pronunciation. Wiley Blackwell. Rogerson-Revell, P. 2011. English
Phonology and Pronunciation Teaching. London, UK: Bloomsbury Publishing.

SKBE2013 Academic Writing

Kursus ini bertujuan melengkapkan para pelajar dengan ilmu penulisan akademik lanjutan yang perlu di
peringkat universiti. Untuk tujuan ini dua pendekatan penulisan akan digunakan iaitu pendekatan
berasaskan proses dan pendekatan berasaskan genre. Melalui kursus ini para pelajar akan didedahkan
kepada pelbagai bentuk penulisan akademik seperti penulisan ringkasan dan sintesis maklumat,
penulisan abstrak dan laporan penyelidikan. Mereka akan mempelajari teknik dan strategi penulisan
akademik seperti mensintesis dan meringkaskan maklumat dan menyokong hasil penulisan dengan
fakta-fakta yang relevan dan signifikan. Di akhir kursus para pelajar akan berkebolehan untuk
menghasilkan pelbagai bentuk penulisan akademik yang sesuai dan berkesan untuk keperluan
akademik.

The course aims to equip students with advanced academic writing skills required at university level. For
this purpose, two approaches will be used i.e the process approach and the genre-based approach.
Through this course, the students will be exposed to a myriad of academic writings such as summary
writing and synthesizing information, abstract writing and report writing. The students will learn the
techniques and strategies on how to summarize and synthezise ideas and information, arrange and
apply ideas and information and substantiate their writing with valid and relevant facts. At the end of
the course, students should be able to produce various types of academic writings which are suitable
and effective for their academic needs.

Bacaan Asas

Deanne, M. 2010. Inside Track to Academik Research, Writing & Referencing. Pearson. Kroll, B. 2003.
Exploring the dynamics of second language writing. Cambridge: Cambridge University Press. Langan, J.
2004. College writing skills with readings. (6th Edition). London: McGrawHill. Swales, J.M. 1990. Genre
analysis: English in academic and research setting. Cambridge: Cambridge University Press. Weissberg,
R. & Buker, S. 2007. Writing up research: Experimental research report writing for students of English.
Malaysia Edition. Pearson Malaysia Sdn. Bhd. White, R. & Arndt, V. 1991. Process writing. Harlow:
Longman.

SKBE2043 Academic Reading

Kursus ini bertujuan meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris pelajar melalui pembacaan yang luas.
Bahan bacaan yang digunakan untuk kursus ini merangkumi pelbagai jenis teks akademik dan
pengetahuan di dalam bidang pengajian Bahasa Inggeris. Pelajar yang mengikuti kursus ini akan
diberikan pengetahuan berkaitan dengan teknik-teknik dan strategi-strategi untuk membaca dengan
efisien. Dalam kursus ini terdapat kepentingan menyampaikan pengetahuan yang terkandung dalam
sebuah teks dengan menggunakan gambaran visual seperti kerangka teks, peta minda dan juga secara
lisan.

This course aims to improve learners’ language skills by means of extensive reading. The materials used
will range from various academic texts in the areas of English language studies. Learners will be provided
with knowledge related to techniques and strategies to enhance their reading abilities. The ability to
present information in texts in graphic form using outlines, mind maps and orally will also be included.

Bacaan Asas

Anderson, N. 1999. Exploring second language reading: Issues and strategies. Boston: Newbury House.
Pope, L. 2008. Teach anyone to read: the no-nonsense guide. New York: Ejk Press. Spears, B. M. 2003.
Improving reading skills: Contemporary readings for college students. New York: McGraw Hill. Tracey,
D.H. & Morrow, L.M. 2006. Lenses on reading: An introduction to theories and models. Surrey; Guildford
Press. Vacca, R.T. & Vacca, J.A.L. 2007. Content area reading: Literacy and learning across the
curriculum. New Jersey: Allyn Bacon.





SKBP1013 Pengantar Pengajian Bahasa & Linguistik

Kursus ini adalah kursus yang memperkenalkan bidang pengajian bahasa dan linguistik yang bertujuan
untuk memperlengkapkan pelajar dengan pengertian ilmu bahasa dan linguistik. Antara aspek utama
yang akan dibincangkan adalah sub-sub bidang kajian bahasa dan linguistik seperti bidang fonetik,
fonologi, morfologi, semantik, sintaksis, pragmatik, pemerolehan bahasa dan sejarah bahasa dan
mengapa bidang-bidang ini sangat penting untuk pemahaman dan penghayatan dalam bidang ilmu
bahasa dan linguistik. Tumpuan akan diberikan terhadap isu-isu semasa dan terkini yang membabitkan
bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.



This is an introductory course aiming to equip students with the necessary skills and knowledge in the
field of language studies and linguistics. The main aspect of the course is to introduce and familiarize
students with the main subfields of linguistics like phonetics, phonology, morphology, semantics, syntax,


Click to View FlipBook Version