Seminar Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti Semasa Pandemik Covid-19
PROSIDING
SEMINAR PENGURUSAN SUMBER BERASASKAN
KOMUNITI SEMASA PANDEMIK COVID-19
21 April 2021
Penganjur
Kumpulan Penyelidik di bawah dana penyelidikan pandemik
COVID-19
(SGI0111-2020)
Penyunting
Jurry Foo
Kee Y Sabariah Kee Mohd Yussof
Jalihah Mohd. Shah
Harifah Binti Mohd Noor
Mansoor Abdul Hamid
Colonius Atang
Intan Soliha Ibrahim
Pauline Yong Pau Lin
Umi Kartini Rashid
Marja Azlima Omar
Jawatankuasa Operasi
Suriyanah Laude
Nur Firzana Rosman,
Awang Ruslaime Masli
2021
Seminar Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti Semasa Pandemik Covid-19
© Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, 2021
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk
pengeluaranatau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk penerbitan, sama ada dengan cara elektronik,
gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Fakulti Sains Sosial Dan
Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah dahulu. Kesahihan maklumat dalam prosiding ini tidak
mewakili Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan ataupun Universiti Malaysia Sabah.
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan -Penerbit
PROSIDING SEMINAR PENGURUSAN SUMBER KOMUNITI SEMASA
PANDEMIK COVID-19 / Penyunting Jurry Foo, Kee. Y. Sabariah Kee Mohd Yussof,
Jalihah Md Shah, Harifah Mohd Noor, Mansoor Abdul Hamid, Colonius Atang, Intan
Soliha Ibrahim, Pauline Yong Pau Lin, Umi Kartini Rashid, Marja Azlima Omar, e-ISBN
978-967-1959-0-3
Jenis Tulisan : Time New Roman
Rekaan Kulit : Suriyanah Binti Laude
Diterbitkan oleh
Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan,
Universiti Malaysia Sabah.
Seminar Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti Semasa Pandemik Covid-19
KANDUNGAN MUKA SURAT
1
KERTAS KONSEP: BAGAIMANA RADIO 8
MEMBANTU PEMBANGUNAN KOMUNITI 17
SETEMPAT KETIKA PANDEMIK? 25
Intan Soliha Ibrahim
34
PENDEKATAN MODEN DI DALAM INDUSTRI 42
MAKANAN TRADISIONAL UNTUK PERSAINGAN
MAMPAN 48
Mansoor Abdul Hamid, Maryana Mohamad Nor, Mazarina Devi,
Budi Wibowotomo, Hasmadi Mamat, Jahurul Haque Akanda dan
Fan Hui Yin
KESEDIAAN NORMA BAHARU PERNIAGAAN PENGUSAHA
MAKANAN PKS DI SABAH - SATU PENELITIAN AWAL
Harifah Binti Mohd Noor, Jurry Foo @ Jurry Bt F. Michael ,
Ubong Imang, Marja Azlima Omar, Jabil MapJabil,
Adilah Md Ramli dan Rima Abdul Rahman
KEMISKINAN DIGITAL, ISU DAN CABARAN :
SUATU PENELITIAN AWAL
Nur Firzana Rosman , Kee Y Sabariah Binti Kee Mohd Yussof,
Jalihah MD Shah, Jurry Foo @ Jurry Bt. F Michael,
Mahadirin Ahmad dan Ramlah Daud
RESIPROSITI DAN KOLABORASI ISI RUMAH KOMUNITI
LUAR BANDAR: STRATEGI PENGURUSAN SUMBER
BERASASKAN KOMUNITI SEMASA COVID-19
Pauline Yong Pau Lin
INOVASI DARIPADA KEARIFAN TEMPATAN SEMASA
PANDEMIK COVID-19
Jurry Foo @ Jurry F. Michael, Colonius Atang, Jalihah Mohd. Shah,
Harifah Mohd. Noor, Kee Y Sabariah Binti Kee Mohd Yussof,
Intan Soliha Ibrahim, Mansoor Abdul Hamid, Marja Azlimah Omar
Pauline Yong Pau Lin dan Suriyanah Laude.
INSPIRASI USAHAWAN WANITA DALAM
MENDEPANI COVID-19
Umi Kartini Binti Rashid, Juzaimi Nasuredin,
Mohd. Yussni Hashim, dan Mohd. Arif Rosli
Seminar Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti Semasa Pandemik Covid-19
PRAKATA
Bismilahirahmanirahim
Alhamdulillah syukur atas penerbitan prosiding Seminar Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti
Semasa Pandemik COVID-19 melalui Fakulti Sains Sosial dan kemanusiaan (FSSK), Universiti Malaysia
Sabah. Prosiding ini adalah kumpulan kertas kerja yang telah dibentangkan oleh kumpulan penyelidik
dana penyelidikan COVID-19, SGI0111-2020 yang ditaja oleh Universiti Malaysia Sabah dalam Seminar
Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti Semasa Pandemik Covid-19 pada 12 April 2021.
Tujuan prosiding ini adalah untuk menyediakan maklumat dan data kajian berkaitan dengan
peranan dan tanggungjawab komuniti dalam menguruskan sumber semasa menghadapi pandemik
COVID-19. Tumpuan disasarkan kepada komuniti kerana golongan ini paling terkesan akibat bencana
sosial yang berlaku semasa tempoh tersebut.
Kertas kerja yang disenaraikan dalam prosiding ini diharapkan dapat memberikan manfaat bukan
sahaja dalam bidang akademik tetapi semestinya menyumbang kepada perubahan dari segi idea dan
intervensi dalam kalangan komuniti dalam menguruskan sumber secara lestari.
Setinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Universiti Malaysia Sabah atas dana
dan khidmat nasihat, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan,
Pusat Penyelidikan dan Inovasi, kepada para penyelidik, pembantu penyelidik, krew seminar dan
penerbitan prosiding, pembentang dan penulis jemputan serta kepada semua pihak, terutama komuniti
yang telah memberikan komitmen dalam menjayakan penyelidikan, seminar dan penerbitan ini.
DR. JURRY FOO
Ketua Penyelidik SGI0111-2020
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Malaysia Sabah
Seminar Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti Semasa Pandemik Covid-19
PENDAHULUAN
Pengurusan sumber semasa pandemik COVID-19 sangat bergantung kepada komuniti. Sehubungan
dengan itu kertas kerja pelbagai tema dalam prosiding ini mengupas isu tersebut melalui empat (4) tema
merangkumi (i) Pengurusan sumber berasaskan komuniti dan pemanfaatan kearifan tempatan dalam
meningkatkan keupayaan komuniti dalam normal baharu, (ii) Pemprosesan dan keselamatan makanan,
(iii) Pembangunan komuniti dan (iv) Media dan komunikasi. Kertas kerja bertajuk Covid-19 dan Inspirasi
Usahawan Agrotani mengupas peluang dan kaedah mendapatkan bantuan dan dana dalam memulakan
perniagaan. Manakala kertas kerja berjudul Kesediaan Norma Baharu Perniagaan Pengusaha Makanan
PKS di Sabah menyasarkan kepada pemerkasaan pengusaha makanan perusahaan kecil sederhana
beradaptasi dengan gaya baharu perniagaan masa kini, antaranya keterlibatan dalam e- dagang.
Etika pemprosesan dan keselamatan makanan pula dibincangkan dalam kertas kerja bertajuk
Pendekatan Moden Kemahiran Industri Makanan Tradisional Untuk Persaingan Mampan meliputi isu
industri makanan merupakan suatu perniagaan yang terus berkembang walau apa pun keadaan termasuk
kestabilan ekonomi, politik mahupun isu di luar jangkaan seperti pandemik covid-19. Manakala kertas
kerja bertajuk Inovasi daripada kearifan tempatan semasa pandemik COVID-19 berkongsi pengalaman
penghasilan produk makanan khususnya serunding kubis dengan cara memanfaatkan kearifan tempatan
yang dimiliki oleh komuniti dalam memproses sumber hasil pertanian yang mengalami limpahan semasa
pandemik COVID-19. Dengan slogan ‘Mengoptimumkan kearifan tempatan dan ‘Local Wisdom is
beautiful’ beberapa produk makanan tempatan yang dihasilkan oleh komuniti termasuk makanan diawet
yang popular iaitu Bosou, jeruk Bambangan, daging salai dan jeruk sayur.
Tema pembangunan komuniti melalui kertas kerja bertajuk Resiprositi (timbal-balik) dan
Kolaborasi Isi Rumah Komuniti Luar Bandar: Strategi Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti Semasa
Covid-19 cenderung kepada keupayaan mengenai kehidupan masyarakat di Pulau Banggi yang banyak
bergantung kepada kearifan tempatan dalam proses bertahan semasa menghadapi Perintah Kawalan
Pergerakan yang mengehadkan pergerakan mereka.
Pemasaran era normal baharu memerlukan sokongan daripada segi hebahan dan juga promosi.
Perkara ini dibincangkan dalam kertas kerja bertajuk Kertas Konsep: Bagaimana Radio Membantu
Pembangunan Komuniti Setempat Ketika Pandemik?. Antara lain, kertas kerja dalam tema ini
memaparkan peranan radio sebagai medium penyampaian maklumat dan siaraya yang paling popular dan
berkesan setakat ini. Malah capaian siaran radio melangkau kawasan luar bandar. Melalui tema ini juga
didapati kemiskinan digital menjadi kekangan kepada akses dan pemasaran yang efektif. Isunya bukan
Seminar Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti Semasa Pandemik Covid-19
sahaja tertakluk kepada masalah capaian Internet tetapi juga kepada ketidakcelikan dalam menggunakan
pelbagai platform digital.
Kertas kerja yang terkandung dalam prosiding ini pasti memberikan panduan bukan sahaja untuk
kajian pada masa akan datang tetapi yang paling penting bagaimana komuniti sendiri memahami peranan
dan tanggungjawab mereka dari pelbagai perspektif. Natijahnya, pengurusan sumber berasaskan komuniti
perlu diperkasakan untuk mencapai pengurusan sumber yang lestari demi manfaat sejagat.
Seminar Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti Semasa Pandemik Covid-19
KERTAS KERJA 1
KERTAS KONSEP: BAGAIMANA RADIO MEMBANTU PEMBANGUNAN
KOMUNITI SETEMPAT KETIKA PANDEMIK?
Intan Soliha Ibrahim1
1Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah,
Email : [email protected]
Abstrak
Radio merupakan alat perhubungan elektronik tertua di dunia dan popular sebelum kehadiran televisyen.
Bagaimanapun, kehadiran teknologi komunikasi baharu seperti Internet dan media sosial telah merubah ekosistem
radio dan peranan radio terhadap komuniti. Sebelum tahun 1996, radio sangat berperanan dalam mendidik
masyarakat terutamanya pekebun dalam mempelajari ilmu dan kemahiran bertani dan cara pemasaran di Malaysia.
Namun, selepas tahun 1996, fungsi radio dalam mendidik pekebun dilihat tidak penting. Tahun 2019, dunia
dilanda pandemik Covid-19 yang menyumbang kepada kelumpuhan petani dalam mengedar dan memasarkan
sumber pertanian mereka. Hasilnya, banyak sumber tani yang tidak dapat dijual. Kertas konsep ini bertujuan
untuk meneliti peranan radio sebagai alat pembangunan bagi sesebuah komuniti. Penyelidik mencadangkan agar
radio dengan format setempat atau daerah perlu menerbitkan sebuah rancangan berbentuk pendidikan pengurusan
pertanian serta membantu membuat hebahan mengenai produk tempatan ini.
Kata Kunci: Radio, pandemik, komuniti
Pengenalan
Penyiaran radio di dunia mempunyai sejarah yang panjang bermula sebelum Perang Dunia Kedua dan di
Malaysia, radio bermula pada tahun 1920-an. Sebagai sebuah medium elektronik tertua di dunia, radio mengalami
perubahan dari aspek ekosistem yang signifikan selaras dengan perubahan teknologi. Ketika dunia sibuk dengan
isu globalisasi, radio menerima manfaat dengan terhasilnya radio atas talian. Apabila convergence hadir dalam
dunia penyiaran dan telekomunikasi, ia telah menghasilkan gangguan terhadap industri radio konvensional
(analog) dan menghasilkan radio era baru. Radio era baharu menggunakan teknologi Digital Audio Broadcasting
(DAB), High-Definition (HD), dan Digital Radio Mondiale (DRM).
Bagaimanapun, terdapat isu yang sering menjadi perdebatan dalam kalangan sarjana radio dari masa ke
semasa. Iaitu peranan radio sering dianggap tidak penting dan dipersoalkan kerelevanannya oleh kebanyakan
masyarakat dan sarjana seperti Dennis dan Pease, 1995; Starkey, 2008; serta Ramakrishnan, 2018. Senario ini
berlaku selepas televisyen diperkenal kepada masyarakat. Masyarakat memilih televisyen berbanding radio. Ini
telah menjadikan radio sebagai sebuah medium kedua selepas televisyen seperti yang diperkatakan oleh Tacchi
(2000).
Sejak itu populariti radio menurun. Kebanyakan sarjana dan penyelidik tidak lagi memberi fokus kepada
pengajian radio. Sebaliknya, pengajian televisyen dan media sosial menjadi pilihan ahli sarjana dan penyelidik.
Hal ini disebabkan oleh fungsi, ciri, karakter, penerimaan dan kesan televisyen dan media sosial terhadap
masyarakat yang dilihat mempunyai kesan terhadap sosial dan budaya bukan sahaja di peringkat makro, tetapi
mikro.
Ekoran itu, tanggapan masyarakat kepada radio adalah sama, tidak ada perubahan dan tidak ada yang
baharu mengenai radio. Radio adalah sebuah medium tanpa visual. Tanggapan seperti ini telah memperlahankan
kajian dalam bidang radio dan menyebabkan bahan akademik untuk radio semakin berkurangan dari masa ke
semasa. Seolah-olahnya, radio tidak mengalami perkembangan yang signifikan kepada masyarakat dan negara.
1
Seminar Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti Semasa Pandemik Covid-19
Bagaimanapun, jika ditelesuri sejarah radio serta peranannya dari sudut pemikir ahli-ahli falsafah radio,
ianya boleh diklasifikasikan kepada 3 bahagian. Iaitu 1) era 1930-an hingga 1950-an; 2) era 1960-an hingga 1980-
an; dan 3) era digital. Dalam setiap era tersebut memperlihatkan perubahan yang berlaku terhadap radio dari
aspek peranan dan fungsi radio terhadap masyarakat.
Dalam era 1930-an sehingga 1950-an, radio mendapat sambutan yang baik dari masyarakat seluruh dunia
kerana ia merupakan medium berasaskan audio (Intan, 2020). Ciri ini menjadikan radio lebih menonjol
berbanding medium persuratan. Di awalnya, kebanyakan ahli falsafah memfokuskan kepada ciri radio yang
fleksible dan ramai masyarakat menerima kebaikan daripada radio. Malah radio boleh dibawa ke mana-mana
hanya dengan meletakkan bateri. Ini menjadikan radio sebagai sebuah medium mampu milik oleh setiap golongan
masyarakat.
Radio dalam era tersebut berperanan sebagai alat menghibur dan menyampaikan maklumat kepada
masyarakat menerusi perkongsian cerita antara juruhebah dan pendengar. Setiap hiburan dan maklumat
disampaikan dalam bentuk drama, dokumentari, dan bual bicara. Malah ia turut diselitkan dengan musik dan lagu
yang menjadi pilihan masyarakat era tersebut seperti musik jaaz. Malah siaran drama radio adalah kandungan
yang popular dalam kalangan masyarakat. Setiap ahli keluarga akan duduk berkumpul untuk mendengar drama
yang disiarkan secara bersiri.
Siaran drama radio bukan sahaja berperanan untuk memberikan hiburan, sebaliknya ia diselitkan dengan
mesej-mesej untuk mendidik masyarakat. Bagaimanapun, kesan daripada pengaruh radio hanya dapat dikesan
selepas kejayaan Orson Welles menerbitkan sebuah drama dengan genre sains fiksyen. Siaran drama radio
terbitan Orson Welles pada tahun 1938 telah mengejutkan ahli falsafah Sains Sosial. Ini kerana drama tersebut
telah berjaya mempengaruhi sikap dan memberi kesan kepada masyarakat yang mendengar siaran radio
berkenaan.
Drama radio yang mengisahkan tentang penaklukan makhluk asing dari planet Marikh telah
meninggalkan kesan yang kuat kepada masyarakat apabila jutaan masyarakat yang mempercayai drama tersebut
sebagai sebuah siaran langsung yang benar dan bukan sebuah drama (Cantril, 1982). Hasil daripada salah faham
tersebut, Cantril (1982) menjelaskan bahawa ia telah mengakibatkan kerosakan kepada harta benda masyarakat
yang panik. Namun, Chilton (2016) mengkritik kajian yang dijalankan oleh sarjana lepas dengan mempersoalkan
jenis dan kaedah sarjana-sarjana tersebut mendapatkan data. Penyelidik berpendapat bahawa Chilton (2016) perlu
mempertimbangkan beberapa perkara seperti kekangan teknologi ketika itu untuk merakam dan merekodkan data
menggunakan perisian digital. Oleh sebab itu Cantril, 1982; Laswell, 1948; dan Lazarsfeld, 1940; bergantung
kepada data temu bual dan laporan akhbar. Maka, kebolehpercayaan dan kesahan kesan drama tersebut diragui
oleh Chilton (2016).
Bagaimanapun, kesan yang dibawa oleh drama tersebut telah menyumbang kepada pembentukan teori
dalam bidang komunikasi seperti Peluru Ajaib, Teori Penanaman, dan Teori Penentuan Agenda. Ketiga-tiga teori
ini memiliki epistemologi yang berbeza. Teori Peluru Ajaib mengandaikan bahawa media boleh memberi kesan
kuat dalam mempengaruhi tindakan masyarakat. Manakala Teori Penanaman menyatakan bagaimana mesej yang
disampaikan kepada masyarakat diterima dan diinterpretasi oleh masyarakat. Teori Penentuan Agenda pula
dikatakan boleh mempengaruhi pemikiran masyarakat menerusi kerangka yang telah ditetapkan oleh media.
Maka dalam era 1930-an sehingga 1950-an, para sarjana yakin bahawa radio berupaya dalam
mempengaruhi masyarakat. Oleh sebab itu, dalam tahun-tahun yang dinyatakan setiap negara menunjukkan
fungsi dan peranan yang berbeza. Di Amerika Syarikat, radio berperanan sebagai alat untuk. Manakala di
Malaysia, Asiah (2016) menjelaskan bahawa radio dalam tahun tersebut berperanan sebagai alat pembangunan
sosial dan penyebaran ideologi politik. Kebanyakan kandungan radio yang diterbit dan disiarkan dalam tahun-
tahun yang dinyatakan berkonsepkan pendidikan dan pengetahuan. Hal ini disebabkan Tanah Melayu ketika itu
telah melalui fasa-fasa penjajahan menerusi beberapa siri peperangan. Situasi tersebut telah menyemarakkan
semangat nasionalisme dan anti penjajah dalam kalangan masyarakat Tanah Melayu (Intan, 2020). Dalam era
1930-an sehingga 1950-an, peranan radio di Tanah Melayu adalah jelas iaitu berperanan dalam mendidik
masyarakat menerusi lagu dan hebahan semasa.
Bagaimanapun, era yang kedua adalah jauh lebih mencabar dari era yang pertama. Era kedua merujuk
kepada tahun 1960-an hingga 1980-an. Dalam tahun ini kebanyakan sarjana dan ahli falsafah memberi fokus
kepada penggunaan teknologi dalam kalangan masyarakat serta kesannya terhadap pendengar. Era ini
2
Seminar Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti Semasa Pandemik Covid-19
memperlihatkan kemunculan set televisyen buat pertama kalinya sebagai medium elektronik kedua yang dicipta
selepas radio. Bagaimanapun, penerimaan masyarakat terhadap televisyen adalah luar biasa dan masyarakat mula
beralih menggunakan televisyen sebagai medium untuk mendapatkan maklumat dan hiburan.
Kebanyakan penyelidik menjalankan kajian terhadap televisyen berbanding radio. Maka, bermula dimensi
pengurangan kajian terhadap radio secara perlahan-lahan. Dalam era ini, format radio di seluruh dunia adalah
sama dengan menyiarkan drama, dokumentari, musik, bual bicara dan phone-in. Radio juga setia menjalankan
peranan mendidik, memberi maklumat dan menghiburkan masyarakat.
Era 1960-an sehingga 1980-an menyaksikan nama-nama besar seperti McLuhan, 1964; dan Giedion,
1963; yang lantang menyatakan bahawa teknologi adalah faktor yang menyumbang kepada perubahan yang
berlaku dalam masyarakat. Namun, idea tersebut dikritik oleh ahli fikir aliran kritikal yang optimis bahawa setiap
perubahan yang berlaku disebabkan oleh dasar atau polisi yang cipta oleh sesebuah institusi. Malah faktor
ekonomi dan kedudukan kewangan turut boleh mempengaruhi setiap keputusan dasar. Teori seperti Penentuan
Teknologi, Teori Difusi Inovasi, dan Teori Media Baru adalah antara teori yang digunakan oleh penyelidik dalam
era tersebut untuk menjalankan kajian terhadap kesan dan peranan media.
Dalam konteks radio di negara ini, Adhikarya (1977) ada menjalankan kajian terhadap industri radio
Tanah Melayu sehingga kepada kewujudan Malaysia. Kajian tersebut memperlihatkan pertumbuhan radio dan
televisyen serta kegunaan radio terhadap masyarakat di negara ini. Dalam penulisannya, Adhikarya berjaya
menonjolkan bagaimana radio dan televisyen memenuhi citarasa penonton yang berbeza-beza terutamanya dalam
suasana masyarakat majmuk. Malah buku ini telah menjadi sebuah karya yang dirujuk oleh kebanyakan sarjana
yang mengkaji bidang penyiaran di negara ini seperti Asiah Sarji, 1996; Darussalam Abu Bakar, 2005; dan Intan,
2020.
Seterusnya adalah era digital. Dalam era digital, menerusi pencarian dalam pangkalan data ebscohost dan
krisalis, kedua-dua pangkalan data tersebut memperlihatkan kajian mengenai radio di Malaysia adalah kurang.
Antara kajian yang sering kali muncul adalah Asiah Sarji, 1996; Darussalam, 2005; Dzulkiflee , 2004; Intan ,
2020a; 2020b; 2011; Md Rozalafri, Mohd Daly, Rahmahtunnisah, Nursyamimi , & Nur Jamilah, 2014; Mohd
Dally, Rahmahtunnissah, Md Rozalafri , Nursyamimi, & Faizatul, 2011; Mohd Daly, Rahmahtunnissah,
Nursyamimi, Md Rozalafri, & Faizatul, 2011; Mohd Hamdan & Mahat, 2017; Mohd Mazlan, Mohd Norhaizzat
Naim, Aripin, & Norizah, 2018.
Senario di atas menunjukkan bahawa kajian radio di Malaysia tidak banyak dan perlu diteliti semula bagi
membangunkan semula kajian dalam bidang radio. Hal ini kerana, dalam era digital, radio mengalami perubahan
bukan sahaja dari aspek ekosistem dan persekitaran penyiaran, sebaliknya fungsi dan peranan radio turut berubah.
RheinlandPfalz (2017) menyatakan bahawa ekosistem digital telah memberi nafas baharu kepada industri radio di
Jerman akibat daripada perubahan ke atas cara pendengar mendengar radio apabila radio atas talian mencatatkan
pertumbuhan positif dan radio kabel dan satelit negara tersebut mengalami penurunan. Senario ini
memperlihatkan radio mempunyai masa hadapan yang baik. Kajian yang dijalankan oleh Ala-Fossi, 2013; 2012;
2010; Berry, 2014; Fairchild, 2012; dan Noone, 2013 memperlihatkan perkembangan industri radio dalam era
digital menerusi penggunaan teknologi digital.
Namun, terdapat kritikan terhadap radio yang menggunakan teknologi digital seperti yang dinyatakan
oleh Anderson, 2012; Halbert, 2015; Lax, Ala-Fossi, Jauert, & Shaw, 2008; Jauert, 2017; dan Starkey, 2008 yang
menunjukkan masalah yang dihadapi oleh negara maju dalam penerimaan dan penggunaan teknologi digital
dalam industri radio. Sekaligus peranan dan kerelevanan radio dalam era digital dipertaruhkan. Akibat daripada
kekurangan bahan kajian di Malaysia agak sukar untuk diperdebatkan isu ini. Namun, kajian penyelidik yang
memfokuskan kepada komuniti di Semporna memperlihatkan hasil kajian yang berbeza. Kajian yang
menggunakan wanita dan kanak-kanak sebagai sampel kajian berjaya menerokai peranan radio dalam kalangan
responden tersebut. Bagi wanita di Semporna, radio digunakan untuk mendapatkan hiburan dan maklumat.
Manakala, kanak-kanak melihat radio sebagai satu sumber hiburan dan pendidikan.
Sejak pandemik covid-19 melanda dunia, pergantungan masyarakat terhadap radio semakin baik dalam
mendapatkan informasi terkini mengenai virus tersebut. Bagaimanapun akibat daripada pandemik tersebut,
golongan petani dan pekebun menghadapi isu lambakan produk pertanian yang gagal dijual ekoran daripada
pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan Malaysia. PKP ini telah melumpuhkan bebebrapa
industri utama negara seperti sektor pertanian dan perladangan.
3
Seminar Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti Semasa Pandemik Covid-19
Maka wujud persoalan yang penting dalam mengatasi isu tersebut. Iaitu bagaimana radio boleh membantu
pembangunan komuniti setempat dalam mendepani pandemik Covid-19?
Cadangan
Bagi mengatasi isu tersebut, penyelidik menyarankan pembangunan dan penggunaan radio berkonsepkan
komuniti seperti yang banyak diamalkan oleh Indonesia. Hal ini kerana, radio komuniti mempunyai elemen
lokaliti dan kedekatan dalam masyarakat setempat. Perkara paling utama adalah pembentukan rancangan yang
perlu disesuaikan dengan demografi penduduk setempat bagi memastikan kerelevanan radio tersebut. Apabila kita
berbicara mengenai radio, terdapat tiga jenis kaedah penyiaran. Pertama adalah secara analog menerusi frekuensi
FM. Kedua menerusi penyiaran digital. Manakala kaedah yang ketiga adalah secara atas talian atau podcasting.
Dalam konteks makalah ini, ia tidak memerlukan frekuensi FM untuk bersiaran, sebaliknya memadai
menggunakan teknologi atas talian dan podcast.
Dari aspek kepakaran, penduduk setempat boleh berkolaborasi dengan mana-mana fakulti atau pusat
pengajian yang menawarkan kursus penyiaran. Hal ini bagi memudahkan proses perpindahan teknologi antara
universiti dan masyarakat setempat. Radio komuniti yang mensasarkan kepada golongan petani dan masyarakat
setempat tidak perlu bersiaran secara 24 jam sehari seperti radio komersial dan radio milik RTM. Cukup selama 8
jam sehari yang dimanfaatkan sebagai alat untuk mendidik dan mewujudkan kesedaran dalam kalangan
masyarakat setempat.
Menerusi kertas konsep ini penyelidik tampil dengan 3 kerangka bagi membantu penduduk setempat
dalam memasarkan produk mereka. Kerangka pertama adalah cadangan teknologi dan intervensi bersama dengan
pihak universiti. Kerangka kedua merujuk kepada pembangunan slot dan segmen bagi komuniti. Kerangka ketiga
memfokus kepada keterlihatan yang boleh membantu petani menembusi pasaran.
Komputer
Mikrofon
Teknologi radio 1 - Atas talian Speaker Kerajaan/ NGO/Universiti
tanpa FM 2 - Podcast Domain laman boleh membantu dalam
menyediakan kedua-dua
web teknologi tersebut.
Domain perisian Perpindahan teknologi
radio atas talian dan pengetahuan berlaku
di sini.
Komputer/
Telefon bimbit
Akaun Anchor
Akaun Spotify
Rajah 1: Cadangan Teknologi Radio Komuniti
Berdasarkan rajah 1, antara teknologi yang boleh digunakan oleh petani adalah radio atas talian atau
podcast. Bagi mengurangkan kos penerbitan dan pembelian peralatan, penyelidik mencadangkan penggunaan
4
Seminar Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti Semasa Pandemik Covid-19
podcast sebagai medium menyalurkan maklumat dan mendidik masyarakat setempat. Malah perpindahan
teknologi dan pengetahuan akan berlaku di sini menerusi modul latihan antara kerajaan atau NGO dan atau
universiti. Oleh itu kerjasama antara salah satu badan tersebut adalah penting.
Seterusnya adalah kerangka kedua. Kerangka kedua penting dalam menghasilkan jadual dan rancangan
yang boleh membantu meningkatkan pengetahuan dan promosi produk setempat. Siaran ini tidak perlu disiarkan
secara harian. Memadai untuk hari-hari tertentu menurut demografi komuniti setempat. Atau siaran setiap hari
dengan masa siaran hanya 2 jam sehari.
HARI/MASA 02:00-03:00 03:00-04:00
Isnin Petani Era Milenial Dari Kebun ke Pasaran
Selasa Petani Era Milenial Urus Wang, Petani Bijak
Rabu Petani Era Milenial Dari Kebun ke Pasaran
Khamis Petani Era Milenial Resepi Hijau
Jumaat Petani Era Milenial Segar Dari Ladang
Sabtu Bicara Bumi
Ahad Inovasi Hijau
Rajah 2: Cadangan Segmen dan Masa Siaran
Manakala kerangka yang ketiga merujuk kepada keterlihatan dan berupaya menembusi pasaran
masyarakat. Bagi tujuan ini radio komuniti harus menggunakan platform media sosial dalam mempromosi dan
memasarkan produk petani. Intervensi dari pihak NGO, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah serta
pihak penyelidik perlu bagi memastikan kelestarian petani. Radio komuniti ini hanya sebuah inovasi yang boleh
digunakan dalam mendidik petani dan memaklumkan kepada masyarakat setempat mengenai produk petani dan
bagaimana untuk mendapatkan hasil tanaman tersebut.
Podcasting/
atas talian
Poster/ Video Media Sosial:
FB/IG/Twitter
Rajah 3: kerangka Keter lihatan
Kesimpulan
Radio adalah sebuah inovasi yang fleksibel. Ia bukan sahaja digunakan untuk tujuan hiburan semata-mata,
sebaliknya ia boleh digunakan untuk mendidik dan menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Perkara penting
dalam makalah ini adalah bagaimana ketiga-tiga kerangka tersebut boleh membantu dan memacu pertumbuhan
5
Seminar Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti Semasa Pandemik Covid-19
ekonomi sektor pertanian dan meningkatkan gaya kehidupan petani. Penggunaan teknologi radio mungkin
kedengaran lemah, namun dalam musim pandemik, ia mampu menjadi alat dalam membantu petani dan
masyarakat setempat untuk terus menerima maklumat mengenai isu berkaitan pertanian dan info bagaimana untuk
membeli produk tersebut. Siaran radio yang dicipta dengan baik, boleh memberi idea dan manfaat kepada petani
untuk menukar tumbuhan hijau mereka kepada produk lain seperti serunding, acar, kimchi mahu pun dalam
bentuk keropok dan kerepek.
Penghargaan
Penghargaan kepada Geran Universiti Malaysia bagi penyelidikan SGI0111-2020 dan SGA0020-2019
Rujukan
The Pew Research Center. (2016). The State of the news media in 2013. United States of America: The Pew
Research Center.
iBiquity. (2008). USA Digital Radio Secures $ 41 Million in Additional Equity Financing. USA: iBiquity.
Dominick, J. R., Messere, F., & Sherman, B. (2004). Broadcasting Cable, the Internet, and Beyond: An
Introduction to Modern Electronic Media . New York: McGraw Hill.
Ramakrishnan, N. (11 November, 2018). Is radio relevant in the 21st century? The Hindu.
Starkey, G. (2008). The quiet revolution: DAB and the switchover to digital radio in the United Kingdom. Zer,
13(25), 163-178.
Dennis, E., & Pease, E. (1995). Radio-the forgetten medium. New Brunswick: Transaction Publisher.
Tacchi, J. (2000). The Need for Radio Theory in the Digital Age. International Journal of Cultural Studies, 289-
298.
Intan, I. S. (2020). Membudaya Kembali Kajian Radio: Perspektif Era Revolusi Industri 4.0. Jurnal Komunikasi
Borneo, 11-21.
Cantril, H. (1982). The Invasion from Mars. Princeton: Princeton University Press.
Chilton, M. (6 Mei, 2016). The War of the Worlds panic was a myth. The Telegraph, pp.
https://www.telegraph.co.uk/radio/what-to-listen-to/the-war-of-the-worlds-panic-was-a-myth/.
Lazarsfeld, P. (1940). Radio and the printed page: an introduction to the study of radio and its role in the
communication of ideas. New York: Duell, Sloan and Pearce.
Laswell, H. (1948). The Structure and Function of Communication in Society. The Communication of Ideas. New
York: Institute for Religious and Social Studies.
RheinlandPfalz. (2017). Action Plan for the transformation of radio broadcasting in the digital age. Berlin:
Federal Ministry for Transportation and Digital Infrastructure.
Asiah, S. (2016). The historical development of broadcasting in Malaysia (1930 – 1957) and its social and
political significance. Media Asia, 150-160.
Intan , I. S. (2020). Analisis Implikasi Perkembangan Industri Radio dari Era Penyiaran Konvensional ke Era
Penyiaran Digital: 1996-2016. Penang: Universiti Sains Malaysia.
McLuhan, M. (1964). Understanding Media: Impact of Electronic Media. New York: McGrawHill.
Giedion, S. (1963). The Ballon Frame and Industrialization in Space, Time and Architecture. Cambridge:
Harvard Ubiversity Press.
Adhikarya, R. (1977). Broadcasting in Peninsular Malaysia. London: Routledge & Keagan Paul.
Darussalam , A. (2005). Penyiaran Malaysia: dalam era perang. Kuala Lumpur: Univision Press Sdn Bhd.
Dzulkiflee , A. (2004). Radio Malaysia Sabah: Dari Radio Telephone Ke Sistem Netia . Manu IX, 160-170.
Intan, I. S. (2011). Pembangunan dan Perkembangan Penyiaran Radio Digital di Malaysia: Kajian Kes
Penyiaran Radio di RTM. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
Md Rozalafri, J., Mohd Daly, D., Rahmahtunnisah, S., Nursyamimi , H., & Nur Jamilah, I. (2014). Radio negeri
6
Seminar Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti Semasa Pandemik Covid-19
fm: pemanfaatan radio sebagai medium pendidikan islam tidak formal. Jurnal Penyelidikan dan Inovasi,
13-28.
Mohd Dally, D., Rahmahtunnissah, s., Md Rozalafri , J., Nursyamimi, H., & Faizatul, M. S. (2011). Kajian
penerimaan pendengar terhadap siaran radio Malaysia Negeri FM. Selangor: Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor.
Mohd Daly, D., Rahmahtunnissah, S., Nursyamimi, H., Md Rozalafri, J., & Faizatul, M. S. (2011). Kajian
penerimaan pendengar terhadap siaran radio Negeri FM . Selangor: Kolej Universiti Islam Selangor.
Mohd Hamdan, A., & Mahat, J. (2017). Bukan sekadar muzik. Kajian radio kampus KK FM. Jurnal Komunikasi
Borneo, 313-339.
Mohammad Reza, N., & Abu Hassan, H. (2010). Radio as an educational media: Impact on an agricultural
development. SEARCH: The Journal of The South East Asia Research Center for Communication and
Humanities, 13-20.
Mohd Mazlan, Mohd Norhaizzat Naim, Aripin, & Norizah. (2018). Analisis Pemikiran Tun Dr. Mahathir
Mohamad Membangunkan Nasionalisme Etnik Melayu Dalam Pentadbiran Beliau Sebagai Presiden
UMNO. SMMTC Postgraduate Symposium 2018. Kedah: Universiti Utara Malaysia.
Ala-Fossi, M. (6 June, 2013). Development of digital radio broadcasting in Europe. Radio in the digital era:
stability, transformation or new age? Paris, Paris, France.
Ala-Fossi, M. (2012). Digital divergence of terrestrial broadcasting systems in Europe. In J. Herkman, T.
Hujanen, & P. Oinonen, Intermediality and Media Change (pp. 214-241). Tampere: Tampere University
Press.
Ala-Fossi, M. (2010). Future scenarios for the radio industry. In Digital Radio in Europe: technology, industries
& culture. Bristol: Intellect.
Berry, R. (2014). The future of radio is the internet, not on the internet. ECREA Radio Research Section (p. 3).
United Kingdom: University of Sunderland.
Fairchild, C. (2012). Music, radio ad the public sphere: the aesthetics of democracy. Great Britain: Palgrave
Mcmillan.
Noone, L. (2013). Radio in the digital age: the evolution of radio culture in a new media era. Ireland: University
of Dublin, Trinity College.
Anderson, N. J. (2012). Radio broadcasting's digital dilemma. Convergence: The International Journal of
Research Into New Media Technologies, 19(2), 177-199.
Halbert, J. C. (2015). A Case Study of HD Radio Diffusion in the United States . Florida: University of Miami .
Lax, S., Ala-Fossi, M., Jauert, P., & Shaw, H. (2008). DAB: the future of radio? The development of digital radio
in four counries. Media, Culture & Society, 151-166.
Jauert, P. (2017). Introduction: symposium on digital radio: strategies and visions. Journal of Radio and Audio
Media, 24(1), 3-6.
7
Seminar Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti Semasa Pandemik Covid-19
KERTAS KERJA 2
PENDEKATAN MODEN DI DALAM INDUSTRI MAKANAN TRADISIONAL
UNTUK PERSAINGAN MAMPAN
Mansoor Abdul Hamid1*, Maryana Mohamad Nor2, Mazarina Devi3, Budi Wibowotomo3, Hasmadi Mamat1,
Jahurul Haque Akanda1 dan Fan Hui Yin1
1Program Teknologi Makanan dan Bioproses, Faculty of Food Science and Nutrition, Universiti Malaysia Sabah,
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA.
2Institut Jaminan Makanan dan kelestarian Pertanian (IFFSA), Universiti Malaysia Kelantan, Locked Bag No.100,
17600 Jeli, Kelantan, MALAYSIA.
3Prodi Pendidikan, Tata Boga, Fakultas Teknik, Universitas Negeri Malang, Jalan Semarang 5, Malang, 65145
INDONESIA.
Email : [email protected]
Abstrak
Pandemik covid-19 yang melanda dunia semenjak awal tahun 2020 memberikan implikasi yang ketara di dalam
banyak sektor industri termasuk industri makanan. Banyak hasil pertanian tidak dapat disalurkan mengikut norma
biasa terutama faktor logistik disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan hasil pertanian
berlambak di lokasi pengeluaran dan menyebabkan kerosakan dan menyebabkan kerugian kepada para petani.
Antara faktor utama yang dikenal pasti iaitu kurangkan kemahiran untuk mengolah hasil pertanian tersebut
kepada bentuk yang lebih tahan lama dan tidak di proses menyebabkan sumber bahan mentah tersebut rosak dan
tidak boleh digunakan lagi. Pendekatan kepada penukaran bahan mentah segar kepada bahan-bahan makanan
bentuk serbuk atau makanan siap proses perlu diterapkan di kalangan komuniti untuk minimumkan kerugian.
Masyarakat juga sangat bergantung kepada amalan tradisional di mana penghasilan makanan lebih menjurus
kepada kegunaan sendiri sahaja dengan kawalan kualiti yang rendah dan ketahanan produk yang singkat. Oleh itu
pendekatan moden boleh di aplikasi untuk menjadikan industri makanan lebih berdaya saing, tahan lama, kualiti
yang terjamin dengan pengeluaran yang lebih besar. Pendekatan ini melibatkan penggunaan teknologi yang
sediada, kemahiran ditingkatkan dan pasaran yang lebih meluas di mana akhirnya sektor ini menjanjikan pulangan
yang lumayan dan mampu menjadi sumber pendapatan komuniti dan seterusnya meningkatkan ekonomi komuniti
tersebut.
Kata kunci: Industri makanan; kaedah tradisional; kaedah moden; kawalan mutu
Pengenalan
Industri makanan tradisional merupakan industri turun temurun yang diwarisi lebih kepada memastikan industri
tersebut terus wujud sepanjang zaman. Industri ini lebih mengutamakan agar tradisi tersebut tidak di telan zaman
atau terus dilupakan. Namun selaras dengan perkembangan zaman, makanan tradisional ini semakin dilupakan
disebabkan beberapa faktor seperti kesukaran penyediaan, kesukaran mendapatkan bahan mentah, persaingan
makanan baru, tren semasa yang mengutamakan makanan segera dan sebagainya. Selain itu penghasilan makanan
tradisional ini lebih kepada memenuhi kehendak keluarga saja tanpa memikirkan soal keuntungan untuk
menjadikan usaha tersebut sebagai sumber perniagaan. Selaras dengan pemodenan, perindustrian, teknologi
inovasi, mekanisasi, pertumbuhan ekonomi dan peningkatan tahap kebajikan terutamanya dalam kurun ke-20
8
Seminar Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti Semasa Pandemik Covid-19
menyebabkan situasi telah berubah secara drastik (Recordati, 2015). Banyak agensi kerajaan berusaha
memodenkan kaedah pemprosesan untuk memudahkan proses penyediaan, meningkatkan kualiti berdasarkan
kualiti produk dan pembungkusan, meningkatkan kapasiti produktiviti dan seterusnya menjadikan usaha itu lebih
bersifat sebuah perniagaan dan memberikan pulangan yang menguntungkan. Namun situasi kita kebelakangan ini
disebabkan pandemik covid-19 menyebabkan banyak industri terkesan termasuk industri makanan yang mana
majoriti bahan mentah yang digunakan menggunakan bahan segar pertanian.
Tren Industri Makanan
Penghasilan makanan pada masa dahulu lebih kepada memenuhi keperluan dan kehendak keluarga sahaja kerana
kebanyakan keluarga di mana ibu tidak bekerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa menyebabkan keperluan
keluarga daripada aspek makanan tidak menjadi masalah. Bahan mentah juga mudah diperoleh di persekitaran
kediaman masing-masing. Namun sejajar dengan kehidupan moden dan penjanaan pendapatan keluarga
menyebabkan kebanyakan keluarga di mana suami isteri sama-sama bekerja. Isu ini menjadikan masa untuk
penyediaan di rumah terhad dan untuk mengatasi masalah tersebut melalui kaedah makan di luar, pembelian
makanan siap atau ramuan di proses minima. Oleh itu industri makanan mempunyai prospek yang baik untuk
dikomersialkan sebagai industri yang boleh menjana pendapatan. Jadual 1 menunjukkan perbandingan di antara
industri makanan tradisional dan moden di mana usaha untuk memodenkan industri ini nanti berupaya untuk
menjadikan produk lebih menarik, tahan lama dan dapat dikendalikan dangan baik. Secara khusus usaha ini juga
dapat memberikan pulangan perniagaan kepada pengusaha makanan dan menjadikan industri ini lebih berdaya
saing.
Jadual 1. Perbandingan Industri Makanan secara Tradisional dan Moden
Masa kini, mengolah hasil sampingan dengan kandungan nutrien yang tinggi untuk membangunkan produk
makanan bernilai tambah telah mula diambil perhatian secara serius. Kebanyakan hasil pertanian terdiri dari 50-
60% bahagian yang dikategorikan sebagai hasil sampingan meliputi kulit, jerami empulur, biji dan sebagainya
(Egbert & Borders, 2006). Bahan ini yang sering dibuang sahaja sebagai makanan ternakan atau dibiarkan lupus
sebagai baja pertanian yang memberikan kesan bau yang kurang menyenangkan di persekitaran kerana melalui
9
Seminar Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti Semasa Pandemik Covid-19
proses fermentasi. Buah nangka yang mana 60% terdiri dari kulit, jerami,dan biji telah diolah menjadi pati
daging analog yang sesuai untuk penggemar makanan vegetarian ataupun mereka yang mementingkan kesihatan
(Mansoor et al., 2021). Selain itu biji dan kulit mangga juga telah digunakan untuk menghasilkan mee yang lebih
sihat dan berkhasiat (Mansoor et al., 2016).
Potensi dan Cabaran dalam Industri Makanan
Industri makanan seandainya dirungkaikan secara menyeluruh tertubuh dari himpunan beberapa jenis industri
pengeluaran yang saling melengkapi untuk penghasilan pelbagai produk makanan. Industri ini melibatkan sek
Ator penanaman, pengeluaran makanan, pemprosesan makanan, pengawetan, pembungkusan, pengagihan,
peruncitan dan catering (Sodiku et al., 2020). Namun secara asasnya boleh dikelaskan kepada tiga komponen
utma iaitu sumber bahan mentah, pembangunan dan pemprosesan produk dan akhirnya promosi dan pemasaran.
Keperluan Asas Industri Makanan
Secara fitrah walau apa pun keadaan yang melanda, kita tetap perlu makanan untuk memulihkan tenaga di
samping ingin menikmati keenakan makanan tersebut. Secara amnya industri makanan melibatkan tiga
komponen utama iaitu kesediaan bahan mentah, pembangunan produk dan pemprosesan dan akhirnya promosi
dan pemasaran yang saling berkait seperti pada Rajah 1.
Rajah 1: Keperluan Asas dalam Industri Makanan iaitu Sumber Bahan Mentah, Pembangunan Produk
dan Pemprosesan dan Promosi dan Pemasaran.
Sumber : Bahan Mentah
Proses mengenal pasti sumber bahan mentah dalam pemprosesan makanan yang ingin dimajukan melalui
tinjauan sendiri, maklumat dari jabatan kerajaan yang berkaitan atau perseorangan yang arif di kawasan tersebut.
Setelah itu kenal pasti kuantiti, kualiti dan faktor yang mempengaruhi kesediaan bahan mentah seperti logistik,
musim dan sebagainya. Perniagaan yang berjaya perlu mendapatkan sumber bahan mentah yang berterusan,
kuantiti dan kualiti yang diperlukan dengan harga yang dipersetujui di antara pembekal dan pelanggan. Sesuai
dengan proses pemodenan, sektor pertanian juga telah berkembang pesat dan penggunaan mesin moden yang
lebih produktiviti telah menggantikan kaedah pertanian tradisional yang banyak menggunakan tenaga manusia.
Beberapa pendekatan digunakan untuk memastikan kecukupan bekalan bahan mentah telah diamalkan seperti
mengusahakan ladang sendiri, mempunyai petani kontrak dan membuat perjanjian dengan pembekal dengan
perjanjian yang dipersetujui bersama seperti penetapan harga, kuantiti dan kualiti yang mesti dibekalkan. Rajah 2
10
Seminar Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti Semasa Pandemik Covid-19
memberikan maklumat penting di mana piramid makanan secara umumnya menekankan pengambilan makanan
sihat dengan kaedah MyPlate iaitu separuh bahagian sayuran, buah, karbohidrat kompleks, suku bahagian
karbohidrat ringkas, suku bahagian protein dan secukupnya lipid dan gula ringkas. Namun sebaliknya dari aspek
persekitaran di mana ketahanan buah dan sayuran adalah paling rendah, diikuti bahan mentah karbohidrat
seterusnya lipid dan bahagian protein merupakan bahan mentah yang paling stabil kerana pengurusan cepat dan
proses sejuk beku yang biasa diamalkan.
Dari Rajah 2 dapat memberikan gambaran tentang pemilihan bahan mentah yang sesuai dan langkah
tertentu yang perlu diambil kira berasaskan kestabilan bahan mentah tersebut. Rajah 3 pula menunjukkan jarak
perolehan bahan mentah ke kilang pemprosesan juga sangat mempengaruhi kesegaran bahan mentah tersebut
yang sangat penting untuk menjamin kualiti bahan mentah terutamanya untuk penghasilan makanan berfungsi
(Sadler & Saltmarsh, 1998). Kebijakan diperlukan di sini untuk mentransformasikan bahan mentah mengikut
kesesuaian perniagaan seperti mengubah bentuk bahan mentah kepada bentuk yang lebih stabil melalui
penggunaan teknologi seperti pengawetan secara pengeringan, penjerukan, penyejukbekuan dan sebagainya dan
menjadikan bahan mentah sebagai serbuk untuk memanjangkan hayat dan memudahkan pengurusan bahan
mentah tersebut. Kaedah pengeringan cahaya matahari memang telah diamalkan dari dahulu lagi namun
disebabkan beberapa faktor terutamanya aspek pemanasan berterusan, kebersihan dan kemusnahan sebatian aktif,
banyak teknologi moden telah digunakan seperti pengering oven, pengering kabinet, pengering vakun, pengering
sembur dan pengering sejuk beku (Sagar & Suresh Kumar, 2010).
Proses mengenal pasti sumber bahan mentah dalam pemprosesan makanan yang ingin dimajukan melalui
tinjauan sendiri, maklumat dari jabatan kerajaan yang berkaitan atau perseorangan yang arif di kawasan tersebut.
Setelah itu kenal pasti kuantiti, kualiti dan faktor yang mempengaruhi kesediaan bahan mentah seperti logistik,
musim dan sebagainya. Perniagaan yang berjaya perlu mendapatkan sumber bahan mentah yang berterusan,
kuantiti dan kualiti yang diperlukan dengan harga yang dipersetujui di antara pembekal dan pelanggan. Sesuai
dengan proses pemodenan, sektor pertanian juga telah berkembang pesat dan penggunaan mesin moden yang
lebih produktiviti telah menggantikan kaedah pertanian tradisional yang banyak menggunakan tenaga manusia.
Beberapa pendekatan digunakan untuk memastikan kecukupan bekalan bahan mentah telah diamalkan seperti
mengusahakan ladang sendiri, mempunyai petani kontrak dan membuat perjanjian dengan pembekal dengan
perjanjian yang dipersetujui bersama seperti penetapan harga, kuantiti dan kualiti yang mesti dibekalkan. Rajah 2
memberikan maklumat penting di mana piramid makanan secara umumnya menekankan pengambilan makanan
sihat dengan kaedah MyPlate iaitu separuh bahagian sayuran, buah, karbohidrat kompleks, suku bahagian
karbohidrat ringkas, suku bahagian protein dan secukupnya lipid dan gula ringkas. Namun sebaliknya dari aspek
persekitaran di mana ketahanan buah dan sayuran adalah paling rendah, diikuti bahan mentah karbohidrat
seterusnya lipid dan bahagian protein merupakan bahan mentah yang paling stabil kerana pengurusan cepat dan
proses sejuk beku yang biasa diamalkan.
Dari Rajah 2 dapat memberikan gambaran tentang pemilihan bahan mentah yang sesuai dan langkah
tertentu yang perlu diambil kira berasaskan kestabilan bahan mentah tersebut. Rajah 3 pula menunjukkan jarak
perolehan bahan mentah ke kilang pemprosesan juga sangat mempengaruhi kesegaran bahan mentah tersebut
yang sangat penting untuk menjamin kualiti bahan mentah terutamanya untuk penghasilan makanan berfungsi
(Sadler & Saltmarsh, 1998). Kebijakan diperlukan di sini untuk mentransformasikan bahan mentah mengikut
kesesuaian perniagaan seperti mengubah bentuk bahan mentah kepada bentuk yang lebih stabil melalui
penggunaan teknologi seperti pengawetan secara pengeringan, penjerukan, penyejukbekuan dan sebagainya dan
menjadikan bahan mentah sebagai serbuk untuk memanjangkan hayat dan memudahkan pengurusan bahan
mentah tersebut. Kaedah pengeringan cahaya matahari memang telah diamalkan dari dahulu lagi namun
disebabkan beberapa faktor terutamanya aspek pemanasan berterusan, kebersihan dan kemusnahan sebatian aktif,
banyak teknologi moden telah digunakan seperti pengering oven, pengering kabinet, pengering vakun, pengering
sembur dan pengering sejukbeku (Sagar & Suresh Kumar, 2010).
11
Seminar Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti Semasa Pandemik Covid-19
Rajah 2: Model Piramid Berganda untuk Mempromosikan Kelestarian Pilihan Makanan
untuk Kesihatan dan Persekitaran (Sumber: Recordati, 2015)
Rajah 3: Matriks Pengagihan Bahan Pertanian Memfokuskan Jarak Sumber Bahan Mentah
dengan Kilang Pemprosesan (Sumber: Redordati, 2015)
Pembangunan Produk dan Pemprosesan
Seperti kita sedia maklum, majoriti hasilan pertanian adalah bersifat bermusim dan mudah rosak, oleh itu
pemprosesan makanan diperlukan untuk mentransformasikan bahan mentah segar kepada produk makanan yang
boleh dipasarkan menjadikan makanan tersebut boleh didapati sepanjang tahun (Sodiku et al., 2020). Melalui
kesediaan bahan mentah yang telah diperoleh, pengusaha industri makanan perlu menjalankan proses penilaian
untuk menentukan jenis produk makanan yang ingin dibangunkan. Faktor-faktor yang perlu diambil kira pada
tahap ini meliputi kesediaan teknologi, tenaga mahir, peralatan, potensi pasaran dan sebagainya. Kesesuaian
produk dibangunkan juga perlu mengambil kira jenis dan ketahanan produk, pembungkusan yang sesuai dan
target pasaran. Pembungkusan bersifat perlindungan makanan tersebut dari persekitaran, meningkatkan jangka
hayat and meningkatkan kualiti makanan tersebut. Kapasiti pengeluaran produk bergantung pada kesediaan
bahan mentah dan kehendak pasaran. Aspek pemprosesan bersifat boleh ubah dengan peningkatan pengeluaran
melalui pengambilan lebih ramai pekerja, penambahan peralatan yang lebih besar kapasiti pengeluaran.
Promosi dan Pemasaran
Sesuatu perniagaan yang berjaya disebabkan team pengurusan dan penggerak yang mampan termasuklah
12
Seminar Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti Semasa Pandemik Covid-19
pengurusan tertinggi, pengurusan kewangan, pengurusan bahan mentah, pengurusan pemprosesan dan akhirnya
pengurusan pemasaran. Secara terperinci, aspek pemasaran meliputi pengangkutan, penyimpanan dan pemasaran
produk kepada pelanggan. Industri makanan perlu jaringan pengangkutan yang baik untuk menghubungkan
bahagian-bahagian pemasaran yang berkaitan (Abdul Rahman, 2008). Selain itu, pemasaran juga meliputi
promosi dan pasaran yang baik di mana sepanjang tempoh pandemik covid-19, pemasaran secara online menjadi
pilihan utama dengan kaedah penghantaran secara bayaran semasa penerimaan barang tersebut (COD),
penggunaan media massa, penyediaan brosur, pelantikan duta produk dan kaedah penyampaian dari mulut ke
mulut. Aspek utama yang ingin diketengahkan iaitu menonjolkan kelebihan produk di samping harga yang
kompetitif. Sebaiknya pasaran tidak memfokuskan kepada golongan tertentu supaya pasaran lebih meluas seperti
contohnya walaupun produk dihasilkan memfokuskan kepada golongan yang mementingkan penjagaan bentuk
badan namun rasa dan penerimaan kepada golongan lain juga tidak dilupakan dengan menengah kan kualiti
produk, keenakan produk dan harga mampu milik.
Syarikat juga mempunyai perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk memastikan perniagaan
bertahan lama. Antara aspek yang boleh dilakukan dengan mencari rakan niaga yang sudah dikenali dan ini
memudahkan produk syarikat menembusi pasaran lebih baik. Perancangan jangka pendek pula seperti
pendaftaran syarikat, memperbaiki infrastruktur sedia ada terutamanya kilang pemprosesan, menetapkan kualiti
produk sentiasa terjamin, mendapatkan pengiktirafan melalui persijilan kualiti seperti sijil MeSTI, halal, GMP,
HACCP dan sebagainya. Perancangan jangka panjang pula lebih memfokuskan kepada pengembangan pasaran di
dalam dan di luar negara dengan sasaran pengeluaran diperbagaikan dan kuantiti ditingkatkan.
Keperluan-Keperluan Lain
Di Malaysia, kita mempunyai Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985 yang wajib dipatuhi oleh
semua industri makanan di Malaysia untuk memastikan makanan yang dihasilkan mengikut piawai yang
ditetapkan dan selamat untuk dimakan. Selain itu aspek kewangan juga perlu diambil kira meliputi polisi insurans
yang berkaitan industri makanan. Profesional perkaitan pengiraan kos bekerjasama dengan erat dengan semua
jabatan untuk menilai idea dan peluang yang ada. Bahagian penyelidikan dan pembangunan menjalankan kajian
dari segala aspek dalam industri makanan untuk menjana informasi yang berkaitan. Penyelidikan refleksi dari
pelbagai faktor yang mempengaruhi tingkah laku pelanggan, pembelian pilihan pengguna, pembentukan sikap
dan pendapat di mana syarikat perlu ada kefahaman mendalam tentang lingkah laku sasaran pengguna mereka.
Pemasaran merupakan kunci asas kejayaan syarikat dengan memfokuskan aspek promosi tentang produk mereka.
Pemasaran makanan menerangkan tentang bentuk pengiklanan yang sesuai untuk mempromosikan pembelian dan
penggunaan makanan dan minuman.
Potensi Industri Makanan
Industri makanan merupakan satu industri yang paling berdaya siang kerana keperluan manusia untuk makan dan
kesibukan masakini menjadikan makanan siap atau sediada menjadi pilihan utama di kalangan masyarakat.
Potensi perniagaan makanan berdasarkan peluang seperti perniagaan yang lain melalui konsep penawaran dan
permintaan. Peningkatan permintaan sudah tentunya meningkatkan penawaran. Anjakan permintaan baru
memberikan permintaan baru berdasarkan beberapa faktor seperti tahap ilmu pengetahuan, kesediaan bahan
mentah, kecanggihan teknologi, kapasiti pengeluaran dan permintaan, peningkatan permintaan makanan
berfungsi, infrastruktur yang semakin baik terutama di daerah pendalaman. Semua faktor ini menjadikan industri
makanan sentiasa berkembang dan mempunyai kelestarian yang tinggi untuk terus membangun.
13
Seminar Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti Semasa Pandemik Covid-19
Rajah 4: Anjakan Permintaan dan Penawaran dalam Perniagaan. (Sumber: Abdul
Rahman, 2008)
Cabaran dalam Industri Makanan
Cabaran utama dalam sesuatu perniagaan termasuklah industri makanan ialah kadar kepuasan pelanggan kita.
Perniagaan makanan perlu memahami tingkah laku pelanggan dan proses yang menjadi penentu keputusan
pelanggan untuk membeli produk syarikat seperti diringkaskan pada Rajah 5. Ciri-ciri pelanggan meliputi
pengaruh pemasaran dan lain-lain pengaruh di mana pengaruh pasaran meliputi keunikan produk, harga produk
yang kompetitif, promosi dan lokasi. Manakala lain-lain pengaruh yang turut terlibat termasuklah faktor
ekonomi, politik, sosial dan teknologi menentukan kuasa membeli pelanggan, politik yang stabil tahap dan
perhubungan sosial di kalangan masyarakat dan kesediaan perubahan teknologi sedia ada kepada yang lebih
moden (Anon, 2013).
Tanggungjawab pelanggan sangat menekankan pilihan produk, jenama produk, pilihan pasaran runcit,
pilihan orang tengah, dan juga masa, jumlah dan kekerapan pembelian. Semua faktor-faktor ini sangat
mempengaruhi proses membuat keputusan pelanggan untuk membeli dan menggunakan produk makanan
tersebut. Oleh itu sangat penting sesebuah syarikat memikirkan bagaimana meletakan produk di pasaran dengan
mengambil kira kualiti produk, keunikan produk, harga yang sesuai di samping promosi yang baik. Faktor
kestabilan dan kuasa membeli pelanggan sasaran juga perlu diambil kira kerana semua faktor ini akan
menentukan kejayaan produk syarikat di pasaran.
14
Seminar Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti Semasa Pandemik Covid-19
Rajah 5: Ciri-Ciri Pelanggan dan Proses Penentuan-Keputusan Pelanggan
(Sumber: Abdul Rahman, 2008)
Pendekatan Khusus Kepada Komuniti
Komuniti seperti diketahui mempunyai sifat malu, berprasangka dan sukar menerima perubahan yang diberikan
oleh masyarakat luar. Pendekatan khusus perlu bagi meyakinkan komuniti dengan cuba merapatkan jurang
perbezaan antara mereka dengan agen perubahan dengan cuba hidup bersama-sama mereka, cuba menggunakan
bahasa perantara mereka dan sebagainya. Komuniti juga lebih berminat kepada sesuatu yang nyata dengan
contoh yang boleh dilihat berbanding cuma diberikan ilmu secara teori atau cerita semata-mata dengan
memberikan tunjuk ajar secara praktikal. Fasa pemilihan ahli komuniti untuk membangunkan sesuatu produk
secara moden dilihat daripada komitmen dan kesungguhan mereka dalam penyertaan aktiviti yang dijalankan.
Seterusnya ahli yang dipilih akan diberikan kursus-kursus lanjutan yang lebih khusus meliputi penerangan dan
tunjuk ajar daripada pakar-pakar dari bidang pertanian, teknologi makanan dan aspek pemasaran. Akhirnya proses
pemantauan yang berterusan untuk memastikan usaha dan tekad mereka untuk berjaya dalam pengurusan
perniagaan makanan yang diceburi.
Kesimpulan
Industri makanan merupakan perniagaan yang berpotensi untuk diusahakan, namun beberapa faktor perlu
dititikberatkan untuk memastikan perniagaan tersebut berdaya saing dan mempunyai kelestarian. Faktor seperti
strategi pemasaran yang baik, keunikan produk terutamanya segi khasiat dan mesra pengguna, kesediaan bahan
mentah, teknologi mudah dan sedia ada, harga berpatutan dan mampu milik di samping ketahanan produk yang
baik. Produk makanan sangat mudah diterima seandainya keunikan yang ditonjolkan mampu memberi kelainan
berbanding produk sedia ada dan semestinya disertai dengan strategi pemasaran yang mantap.
Penghargaan
Setinggi penghargaan kepada Universiti Malaysia Sabah yang membiayai Geran Penyelidikan Inovasi SGI110-
2020 – Pembangunan Produk Serbuk Sayur-Sayuran Berasaskan Hasil Pertanian yang Kurang Diusahakan.
Kepada semua ahli-ahli penyelidik geran ini dan Syarikat Rosmie Snack Industry Sdn. Bhd dan Putra Enterprise
15
Seminar Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti Semasa Pandemik Covid-19
Sdn. Bhd. kerana turut serta dalam menjayakan projek geran ini.
Rujukan
Abdul rahman, Khalid. 2008. Consumer Behavior: Definition and Model. In Consumer Behavior. Riyadh 3rd
edition, 37-50, Saudi Arabia.
Anon. 2013. All Food Business; Panera Bread and the Low-Cost business Model. allfoodbusiness.com. Available
at: http://allfoodbusiness.com/articles/panerabread-and-the-low-cost-business-model/
Mansoor Abdul Hamid, Felicia Liu Chai Tsia, Amni Afifah Bintang Okit, Chong Wen Xin, Hii Hiong Cien, Lou
Sin Harn, Phellisia Nicole Patrick, Sahirah Samirin, Wan Asma Ani Wan Azizi, Hasmadi Mamat, Jahurul
Haque Akanda, Arezoo Irfanian, Chye Fook Yee, Maryana Mohamad Nor. 2021. The Application of
Jackfruit By-Product on Development of Meat Analogue Patty. Internationl Conference on
Multidisciplinary Research. Makasar, Indonesia. 16-17 January 2021.
Mansoor Abdul Hamid, Mariam Abdul Latif, Hasmadi Mamat, Tan Seo Lay Amelia, Ng Hui Kuen. 2016. The
Effect of Mango Seed Composite Flour on the Quality of Instant Noodles. The 2nd. International
Conference on Sustainable Global Agriculture and Food. Semarang, Indonesia. 9-10 August 2016.
Recordati, G.B.P. 2015. The Food Industry: History, Evaluation and Current Trends.
https://tesi.luiss.it/15698/177941.pdf
Sadler, M.J. & Saltmarsh, M. 1998. Functional Foods: The Consumer, the Products and the Evidence. Business
Sagar, V.R. & Suresh Kumar, P. 2010. Recent Advances in Drying and Dehydration of Fruits and Vegetables: A
Review. J. Food Sci Technol. 47(1): 15-26.
Sodiku, M.N.O., Sarhan, M.M. & Tolulope, J.A. 2020. Food Industry: An Introduction. International Journal of
Trend in Scientific Research and Development (IJTSRD). 3(4): 128-130.
16
Seminar Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti Semasa Pandemik Covid-19
KERTAS KERJA 3
KESEDIAAN NORMA BAHARU PERNIAGAAN PENGUSAHA MAKANAN
PKS DI SABAH - SATU PENELITIAN AWAL
Harifah Mohd Noor 1, Jurry Foo @ Jurry Bt F. Michael 2, Ubong Imang3, Marja Azlima Omar4, Jabil MapJabil5,
Adilah Md Ramli6, Rima Abdul Rahman 7
1& 4Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian (FSSK), Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
5Institiut Kajian Orang Asal Borneo (BorIIs), Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
6Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
7 Pusat pengajian Pasca Siswazah, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
Email : [email protected]
Abstrak
Makanan tradisi merupakan makanan yang melambangkan identiti budaya dalam satu masyarakat, khususnya
negeri Sabah yang terdiri dari pelbagai etnik. Kepelbagaian makanan tradisi telah memberi sumber pendapatan
kepada para pengusaha di Sabah. Namun kehadiran wabak Corona Virus Dieases atau COVID-19 telah
memberikan impak kepada ekonomi negara. Para pengusaha kecil dan sederhana (PKS) turut terkesan terutama
pengusaha makanan tradisi yang sebelum ini menerima permintaan yang tinggi dari pengunjung tempatan dan
luar negara. Sehubungan itu, norma baru perlu dilaksanakan sebagai alternatif untuk mengekalkan pemasaran
produk pemakanan tradisi kekal berdaya saing. Namun perubahan terhadap strategi pemasaran tetap mempunyai
impak dalam kalangan para pengusaha. Oleh itu, kertas kerja ini melihat sejauh mana norma baharu perniagaan
pengusaha makanan PKS di Kota Kinabalu memberi impak kepada pemasaran makanan tradisi dan strategi yang
diamalkan oleh pengusaha. Penyelidikan ini menggunakan sumber primer melalui tinjauan soal selidik yang
melibatkan 60 orang pengusaha makanan tradisi PKS. Selain itu kaedah temu bual juga dijalankan bersama
pengusaha PKS bagi mengukuhkan penemuan kajian ini. Lokasi kajian adalah di daerah Papar, Kota Kinabalu
yang sangat dikenali sebagai pengeluar produk utama makanan tradisi. Analisis data menggunakan kaedah
deskriptif menerusi frekuensi dan skor min purata. Penemuan mendapati impak yang sangat dirasai oleh
pengusaha PKS dalam norma baharu adalah ‘sukar mendapatkan pelanggan baru’ (min=4.45), ‘pasaran hanya
sekitar kawasan sendiri’ (min=4.16) dan ‘tiada keyakinan’ (min=4.00). Strategi pemasaran yang paling berkesan
menangani isu kesediaan norma baru ialah ‘kreatif dalam perniagaan’, (min=4.36), ‘menambah ilmu
keusahawanan’ (4.03) dan ‘pertingkatkan mutu produk’ (min=3.93) merupakan amalan strategi yang digunapakai
oleh pengusaha PKS untuk menangani impak yang dihadapi semasa pandemik ini. Usahawan perlu bersedia
untuk menyalurkan strategi menghadapi norma baharu perniagaan. Oleh itu, sokongan dari pihak kerajaan serta
pelbagai agensi amat diperlukan untuk meningkatkan keupayaan perniagaan usahawan PKS.
Kata Kunci : Makanan tradisi, Covid-19, Pengusaha, Perusahaan Kecil dan Sederhana
Pengenalan
Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi sektor pembuatan dapat didefinisikan melalui pendapatan tahunan
dan bilangan pekerja dalam setiap kategori iaitu kategori mikro, kecil dan sederhana. Pendapatan tahunan bagi
katergori mikro adalah kurang daripada RM300.000 setahun dengan jumlah pekerja kurang daripada lima orang.
Kategori kecil pula mencatatkan pendapatan tahunan sebanyak RM300,000 hingga RM3 juta dengan jumlah
pekerja kurang daripada 5 hingga 75 orang pekerja. Manakala kategori Sederhana dapat didefinisikan dengan
17
Seminar Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti Semasa Pandemik Covid-19
pendapatan tahunan sebanyak RM3 juta hingga RM20 juta dengan jumlah pekerja antara 75 hingga 200 orang
pekerja. Definisi PKS ini telah diluluskan oleh Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK) dalam mesyuarat
ke-14 pada tahun 2013 (SME.Corp Malaysia, 2020). Menurut Norazida (2019), PKS juga menggalakkan
golongan bumiputera terutamanya bagi golongan muda untuk meluaskan perniagaan mereka dalam perniagaan
PKS. Pihak kerajaan turut menyokong golongan PKS dengan menyumbangkan RM628 juta untuk pembangunan
PKS dalam negara. Malahan, majoriti pengusaha di Malaysia terdiri daripada pengusaha PKS yang telah berdaftar
dan telah menyumbang kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK).
Kesan penularan COVID-19 telah menyaksikan sektor perkhidmatan, pengangkutan dan peruncitan
adalah antara sektor yang paling terjejas dalam wabak ini di Malaysia, sementara industri pelancongan adalah
paling teruk terjejas dengan wabak COVID-19 yang dilaporkan kerugian melebihi RM6 bilion hingga kini,
(Berita Harian, Mac 14 2020). Sektor Perusahaan Sederhana Kecil (PKS) turut terjejas salah satunya adalah
perusahaan makanan tradisi di Sabah. Tempoh PKP yang bermula pada 18 Mac menjejaskan aktiviti jualan dan
pendapatan para pengusaha makanan kerana kekurangan permintaan. Laporan kaji selidik oleh Kementerian
Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac) menunjukkan 92.1 peratus usahawan mengalami kemerosotan
permintaan dan memerlukan sumber kewangan untuk memulakan perniagaan baru. Laporan ini menunjukkan
majoriti pengusaha kecil dan sederhana (IKS) tidak dapat meneruskan urus niaga akibat pandemik COVID-19 ini.
Penularan wabak Corona Virus Dieases 2019 (Covid-19) telah membawa pengusaha PKS mengharungi
norma baharu dalam perniagaan mereka. Pengusaha PKS perlu mencari pendekatan untuk memasarkan produk
secara e-dagang semasa pandemik ini bagi membantu perniagaan mereka dan mendapatkan pelanggan baharu
(Haikal, 2020). Peniaga PKS memulakan strategi perniagaan dari rumah dan menggunakan platform media sosial
untuk urusan jual beli atas talian (My Metro, 26 April 2020). Perniagaan norma baharu yang dijalankan oleh
pengusaha PKS ini termasuklah penggunaan model perniagaan digital, mengorientasikan semula rantaian bekalan
produk dan menyesuaikan perniagaan mengikut tingkah laku pengguna (Berita Harian, 6 November 2020).
Pemasaran secara e-dagang semasa pandemik ini juga merupakan satu kaedah resilient daripada pengusaha untuk
terus bertahan dalam amalan norma baharu. Selain itu, e-dagang seperti Lazada dan Shopee dapat mengatasi
kekangan geografi dalam penghantaran barangan kepada pengguna akhir semasa pandemik.
Walaupun penggunaan digital dalam norma baharu digalakkan dalam perusahaan PKS namun masih
terdapat cabaran yang perlu dihadapi oleh segelintir pengusaha seperti kemahiran teknikal yang kurang dalam
penggunaan digital dan kaedah yang kreatif untuk pemasaran secara dalam talian (Amos & Rachel, 2020).
Penjualan secara atas talian menjadi satu saingan antara pengusaha PKS untuk memasarkan produk mereka sejak
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Pemasaran Tradisional
Pemasaran dalam kalangan PKS lebih menumpukan kepada kehadiran pelancong dalam negara untuk
mendapatkan keuntungan yang lebih banyak dalam perniagaan. Kajian oleh Rosniza Aznie et al., (2020)
mendapati bahawa produktiviti sesuatu produk yang dihasilkan akan semakin bertambah dalam perniagaan PKS
sekiranya jumlah kehadiran pelancong semakin meningkat dalam negara. Kaedah yang digunakan oleh pengusaha
PKS untuk menarik minat pelancong dan warga tempatan adalah dengan cara berdagang secara tradisional (secara
terus) di lokasi-lokasi tertentu seperti pusat pelancongan, pasar tamu, atau pasar malam. Pulangan modal juga
sangat cepat untuk diperoleh kembali dengan pelanggan yang berkunjung ke premis perniagaan kerana pelanggan
berpuas hati dengan produk yang dijual oleh pengusaha PKS yang menyediakan ‘tester’ sebelum membeli atau
membuat tempahan lebih banyak. Dalam kajian beliau juga mendapati bahawa pengusaha menghadapi kesukaran
untuk memasarkan produk dengan aktif apabila pelancong semakin berkurang. Mengekalkan daya saing dan
manfaat dalam perniagaan, pengusaha PKS memerlukan sumber yang mampu memasarkan produk dengan
berjaya dalam perniagaan seperti pelabur modal, pekerja yang mempunyai kemahiran dalam pemasaran produk
dan pengedar barangan (Norasiah & Mohd Nasir, 2007).
18
Seminar Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti Semasa Pandemik Covid-19
Definisi Pemasaran Digital (E-dagang)
Secara umumnya, e-dagang boleh difahami sebagai satu platform yang memudahkan penjualan dan
pembelian barangan atau perkhidmatan oleh pengusaha dan penjual secara alam maya. Tambahan pula, e-dagang
mempunyai keupayaan untuk mencari dan memilih produk dalam katalog. Proses pembayaran secara e-dagang
pula melalui pembayaran kad kredit, kad debit dan pindahan wang secara terus. E-dagang dapat didefinisikan
melalui empat sudut perspektif iaitu perspektif komunikasi dengan penyampaian maklumat dan produk melalui
elektronik. Kedua, perspektif perniagaan yang merupakan satu aplikasi teknologi ke arah perniagaan yang lebih
automatik. Ketiga, perspektif perkhidmatan yang menyentuh tentang kualiti dan proses penghantaan yang cepat.
Keempat, perspektif dalam talian merujuk kepada pembelian dan penjualan produk antara peniaga dan pembeli
(Suhana & Maisharah, 2020).
Pemasaran E-dagang Norma Baharu
Transformasi digital dalam perniagaan sudah lama diterapkan dalam pemasaran kerana dapat
memberikan peluang yang lebih baik dari sudut jualan dan penjenamaan produk (Ummi Madia et al., 2018).
Namun, pada tahun 2020 di mana berlakunya penularan wabak Covid-19 dan pelbagai sudut pelaksanaan perintah
kawalan dari pihak kerajaan telah memberikan impak drastik kepada pengusaha menyebabkan lebih ramai dalam
kalangan pengusaha PKS bertukar kepada alternatif untuk memasarkan produk melalui digital iaitu pemasaran
secara e-dagang. President Persatuan PKS Malaysia mengumumkan bahawa penggunaan teknologi digital
sebelum ini hanya sebanyak 10 hingga 20 peratus sahaja, namun selepas PKP berakhir pemasaran melalui
teknologi digital terutamanya pemasaran secara e-dagang telah meningkat sebanyak 40 peratus dalam kalangan
pengusaha PKS (Hazwan Faisal, 2020).
Menurut Siti Masayu dan Fatima (2020), pengusaha yang terjejas akibat daripada bencana Covid-19 ini
telah memberikan peranan yang proaktif dalam perniagaan masing-masing. Peranan yang diamalkan oleh
pengusaha PKS dalam perniagaan mereka semasa pandemik ini adalah dengan mengoptimumkan kelebihan
teknologi digital dalam pemasaran produk mereka. Penggunaan digital dalam kalangan rakyat sudah meningkat
dan kemudahan yang disediakan dalam pasaran e-dagang seperti penyediaan penghantaran dan pembayaran
secara online adalah lebih baik daripada pemasaran secara tradisional. Ini telah memudahkan pengusaha untuk
mempelbagaikan sumber pendapatan mereka terutama kepada pengusaha PKS luar bandar dan dapat
mengurangkan kekangan pergerakan untuk memasarkan produk kepada pelanggan. Keseluruhan penjualan e-
dagang telah meningkat ketika pandemik ini. Di mana pembelian dari rumah sudah menjadi amalan utama pada
masa kini dan meningkat lebih tinggi apabila wabak Covid-19 menular dengan mudah dan cepat (Anam, 2020).
Melihat kepada kesan yang dialami oleh pengusaha PKS di peringkat global pula, majoriti syarikat di Sweden
dimiliki oleh pengusaha PKS di mana pengusaha PKS di negara tersebut yang sangat terkesan dan menghampiri
ke arah kerugian dalam perniagaan. Malahan, sebanyak 70 peratus perusahaan PKS telah menyumbangkan
pekerjaan tidak formal di negara tersebut (Simon Larsson dan Simon Gustavsson, 2020).
Kajian Siti Masayu dan Fatima (2020) mengatakan bahawa norma baharu yang dijalani oleh pengusaha
PKS semasa pandemik antaranya adalah norma baharu dari sudut kaedah perolehan stok, penukaran produk
perniagaan dan kriteria baru perniagaan. Norma baharu ini adalah berasaskan kepada pasaran e-dagang oleh
pengusaha PKS di Malaysia. Di mana semuanya berhubung melalui rangkaian Internet untuk tujuan pembelian
dan penjualan. Kaedah e-dagang ini bukan sahaja memudahkan pembeli tetapi juga memudahkan pengusaha PKS
kerana perniagaan secara e-dagang dapat beroperasi selama 24 jam tanpa ada peraturan masa seperti di premis
perniagaan secara tradisional. Namun dalam kajian Mohammad et al. (2020) mengatakan bahawa timbul kesan
negatif kepada pengusaha yang membuat pemasaran secara e-dagang. Hal ini mempengaruhi penjualan dan juga
tingkah laku pembelian dari pelanggan. Cabaran yang dihadapi juga menyebabkan penurunan tawaran dan proses
penghantaran barangan kepada pelanggan. Menurut beliau dalam kajian juga, kehadiran produk dari negara China
di pasaran Malaysia turut menurunkan permintaan terhadap produk tempatan. Oleh itu, pemasaran yang kreatif
dalam perniagaan e-dagang amat penting untuk menarik minat pembeli secara alam maya. Penghasilan bergambar
produk yang dimuat naik juga memainkan peranan untuk pemasaran yang berjaya.
19
Seminar Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti Semasa Pandemik Covid-19
Metodologi Kajian
Kajian ini menggunakan instrumen kaji selidik menerusi pendekatan kuantatif. Sejumlah 100 orang pengusaha
makanan tradisi (makanan kering) di Kota Kinabalu yang digabungkan dalam kategori mikro, kecil dan
sederhana. Borang kaji selidik mengandungi empat bahagian iaitu bahagian A-profil demografi pengusaha,
bahagian B-ciri-ciri pengusahaan/perniagaan makanan tradisi, bahagian C-pemasaran norma baru terhadap
pengusaha makanan tradisi dan bahagian D-strategi meningkatkan pemasaran produk dalam menangani kemelut
akibat penularan Covid-19. Kaji selidik bahagian C dan D menggunakan lima poin skala likert. Analisis deskriptif
digunakan untuk mendapatkan nilai skor purata min pada semua item kajian. Indeks skor purata min sepertimana
dalam Jadual 1.
.
Indeks skor min Jadual 1: Indeks skor min
Tahap
1.00 hingga 2.33 Rendah (R)
2.34 hingga 3.66 Sederhana (S)
3.67 hingga 5.00 Tinggi (T)
Sumber: Pepe and Fleming (1994)
Penemuan dan Perbincangan
Kewujudan wabak Covid-19 telah mempengaruhi pemasaran produk pengusaha PKS secara drastik (Harifah et
al., 2020). Jadual 2 menunjukkan cabaran yang dihadapi oleh pengusaha PKS makanan tradisi dalam norma
baharu. Cabaran paling ketara adalah terhadap ‘sukar dapat pelanggan/pembeli baru (min 4.45). Hal ini
disebabkan pengusaha belum berupaya untuk mempromosikan sepenuhnya produk mereka. Manakala, pasaran
hanya dalam kalangan pembeli tempatan (min 4.16) juga merupakan kesan yang harus dihadapi oleh pengusaha
dalam norma baharu apabila premis perniagaan diarahkan untuk ditutup sepanjang pelaksanaan PKP pada 18 Mac
2020. Dalam era norma baharu ini juga pengusaha memilih untuk menetapkan perniagaan yang sedia ada dan
tidak yakin cuba perniagaan/produk baru (min 4.00) disebabkan banyak proses yang perlu dikendalikan jika
memulakan perniagaan baru dan ini akan menambahkan kesukaran kepada pengusaha daripada segi tenaga dan
keluaran modal untuk produk baru. Oleh itu, menumpukan perhatian kepada produk yang sedia ada menjadi
keutamaan kepada pengusaha PKS semasa pandemik.
Norma baharu membawa pengusaha kepada pemasaran produk secara e-dagang. Namun, majoriti
pengusaha PKS tidak mendapat bimbingan pakar untuk pemasaran e-dagang (min 3.66) kerana kos pembayaran
untuk penyertaan seminar atau webinar secara atas talian diperlukan sebelum menyertai program yang diadakan.
Masalah ini telah membawa segelintir pengusaha PKS tidak mahir kaedah pemasaran (min 3.26) kerana kurang
kemahiran dan pengetahuan untuk memasarkan produk secara atas talian yang lebih berkesan. Segelintir
pengusaha PKS iaitu dengan rekod min 3.05 menghadapi masalah dalam norma baharu di mana mereka tidak tahu
menggunakan Internet (atas talian). Majoriti pengusaha PKS yang menetap di kawasan yang mempunyai
kemudahan infrastruktur yang rendah juga terkesan kerana tiada akses Internet untuk pasar produk (min 2.96)
secara atas talian dan menyebabkan mereka mengalami masalah dalam memasarkan produk secara berkesan.
20
Seminar Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti Semasa Pandemik Covid-19
Jadual 2: Impak pemasaran norma baharu
Kesan Min Skala
Tidak mahir kaedah pemasaran 3.26 S
Tidak tahu guna internet (pasaran online) 3.05 S
Tidak yakin cuba perniagaan atas talian 4.00 T
Tiada akses internet untuk pasar produk 2.96 S
Tiada bimbingan pakar pemasaran e-dagang 3.66 S
Pasaran hanya sekitar kawasan sendiri 4.16 T
Sukar dapat pelanggan/pembeli baru 4.45 T
Strategi Meningkatkan Pemasaran Produk
Walaupun pengusaha PKS menghadapi kesan akibat norma baharu ini, namun mereka mempunyai strategi untuk
mendepani kesan yang timbul dalam pemasaran produk semasa pandemik ini. Strategi utama dilakukan oleh
pengusaha PKS untuk mengatasi kesan yang dihadapi adalah mesti kreatif dalam perniagaan (min 4.36).
Pengusaha menggunakan kemahiran sendiri yang sedia ada untuk menarik minat pelanggan agar tertarik dengan
pengiklanan produk atas talian. Manakala, menambah ilmu keusahawanan mencatatkan min 4.03. Hal ini
demikian kerana pengusaha menggunakan alternatif seperti youtube dan google untuk belajar sendiri tentang
pemasaran produk secara e-dagang. Selain itu, pertingkatkan mutu produk (min 3.93) juga merupakan strategi
pengusaha PKS dalam meningkatkan pemasaran produk semasa norma baharu ini. Di mana mereka membuat
pembungkusan yang lebih menarik dan melihat dari sudut permintaan pelanggan terhadap produk yang dijual.
Seterusnya, strategi yang diamalkan oleh pengusaha dalam meningkatkan pemasaran produk mereka ini
adalah dari sudut kerap kali hadiri kursus iaitu min 3.50 yang dianjurkan oleh pihak kerajaan atau swasta. Hasil
temubual yang dijalankan bersama responden, tidak semua pengusaha dapat menggunakan strategi ini kerana ia
melibatkan aspek bayaran penyertaan dan hanya pengusaha yang terpilih dan memenuhi syarat sahaja akan
menghadiri kursus semasa pandemik ini. Malahan, langkah untuk menghadiri kelas memasak (min 3.20) pula
merupakan inisiatif yang diambil oleh pengusaha PKS yang baru saja memulakan perniagaan sejak PKP
dilaksanakan. Penyertaan kelas memasak ini dianjurkan secara atas talian dengan yuran yang berpatutan bagi
membantu pengusaha baru.
Jadual 3: Strategi meningkatkan pemasaran norma baharu
Strategi Min Skala
Kerap kali hadiri kursus 3.50 S
Pertingkat mutu produk 3.93 T
Mesti kreatif dalam perniagaan 4.36 T
Menambah ilmu keusahawanan 4.03 T
Hadiri kelas memasak 3.20 S
Amalan norma baharu yang dijalani oleh pengusaha PKS dalam perniagaan ini terhasil akibat daripada kewujudan
wabak Covid-19 yang menular seluruh dunia. Sebelum kehadiran wabak ini, pengusaha PKS menjalankan
perniagaan secara terus sama ada di premis perniagaan masing-masing, lokasi tumpuan pelancongan, atau
menerusi agen jualan. Walau bagaimanapun, pengusaha PKS menghadapi cabaran dalam perniagaan apabila
terpaksa menjalani norma baharu dalam pemasaran. Para pengusaha PKS mencari alternatif dengan bekerja dari
rumah dan memasarkan produk melalui atas talian (Astro Awani, 30 November 2020). Namun, tidak semua
pengusaha berkemahiran memasarkan produk dengan berkesan kerana tiada bimbingan daripada pakar. Hasil
temu bual daripada responden bahawa penyertaan seminar dan kursus yang dikendalikan oleh pakar usahawan
memerlukan bayaran yuran untuk penyertaan. Oleh yang demikian, sebahagian pengusaha PKS menambahkan
21
Seminar Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti Semasa Pandemik Covid-19
ilmu keusahawanan sendiri berdasarkan pengalaman mereka.
Seterusnya, sebahagian pengusaha PKS yang terjejas tiada keyakinan terhadap sambutan produk mereka
yang dipasarkan menerusi atas talian, terutama peniaga dari luar bandar yang menghadapi rangkaian internet yang
lemah (Faiz Hassan, 2020). Walaupun begitu, pihak berkuasa sentiasa membantu pengusaha yang terjejas agar
mereka tidak ketinggalan dalam menggunakan kaedah digital untuk pasaran produk mereka. Kaedah ini menjadi
satu kepentingan dan keutamaan kepada pengusaha PKS sejak PKP dilaksanakan untuk mengatasi masalah aliran
tunai yang berlaku dalam perniagaan.
Walau bagaimanapun, pengusaha mempunyai daya resilien dalam menangani kesan yang dihadapi
sepanjang pandemik ini. Apa yang menjadi keutamaan bagi usahawan PKS pada pandemik ini adalah
mempelajari pemasaran yang lebih kreatif dalam pasaran e-dagang agar mendapat keuntungan yang maksimum
dalam perniagaan mereka. Norma baharu dalam perniagaan telah memberikan satu peluang kepada pengusaha
PKS untuk memperbaiki kemahiran dan kemampuan melalui strategi yang mereka amalkan (Siti Masayu &
Fatimah, 2020). Peranan pengusaha untuk memasarkan produk dengan lebih kreatif juga sangat penting untuk
meningkatkan modal perniagan mereka dengan cepat. Perniagaan dalam talian memerlukan visualisasi dan
gambar yang boleh menarik perhatian pengguna (pelanggan) untuk mengunjungi laman web yang dicipta oleh
pengusaha. Penggunaan hastag dalam setiap pengiklanan juga dapat memudahkan produk yang dijual secara e-
dagang mudah dicari oleh pelanggan (My Metro, 15 Januari 2021). Seterusnya, strategi yang lebih berkesan
dalam memasarkan produk dalam talian juga adalah menghasilkan inovasi pemasaran produk dari sudut
pembungkusan, pengedaran, dan promosi untuk meningkatkan bilangan pelanggan secara alam maya. Hal ini
sekaligus dapat meningkatkan daya saing pengusaha dan mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk bertahan
sepanjang pandemik (Simon Larson & Simon Gustavsson, 2020). Oleh itu, strategi yang diamalkan oleh
pengusaha PKS untuk terus bertahan dalam perniagaan sepanjang pandemik ini mereka perlu mempunyai daya
tahan dan inovasi dalam perniagaan mereka untuk mengharungi norma baharu perniagaan.
Kesimpulan
Kesimpulannya, kajian ini telah mengkaji tentang kesan norma baharu dalam perniagaan yang dijalankan oleh
pengusaha PKS makanan tradisi semasa pandemik. Kesan norma baharu yang dapat dilihat apabila pengusaha
PKS makanan tradisi terpaksa memasarkan produk mereka secara atas talian (e-dagang). Di mana pengusaha
susah untuk mendapatkan pelanggan baru dalam perniagaan mereka kerana kesukaran untuk meyakinkan
pelanggan dengan produk yang dijual secara alam maya. Kaedah ini sekali gus menjejaskan pengusaha PKS
makanan tradisi yang kurang kemahiran penggunaan digital untuk meluaskan pasaran produk dalam e-dagang.
Norma baharu turut membawa pengusaha mengubah lokasi geografi perniagaan ke lokasi sekitar kawasan rumah
semasa PKP dilaksanakan. Namun, pengusaha menyusun strategi untuk mempertahankan produk dengan cara
yang lebih kreatif dalam perniagaan dan menambah ilmu keusahawanan agar terus berdaya saing. Oleh itu, kajian
ini diharapkan mendapat perhatian daripada pihak berkepentingan untuk membantu pengusaha PKS makanan
tradisi yang terjejas dalam pemasaran e-dagang agar mereka mengetahui cara yang lebih baik untuk meluaskan
pasaran dalam platform e-dagang
Penghargaan
Para penulis mengucapkan terima kasih kepada Universiti Malaysia Sabah kerana menyediakan geran
penyelidikan Skim Dana Khas COVID-19 (SDK 0302-2020) untuk melakukan kajian ini. Terima kasih atas
kebenaran menggunakan penemuan kajian ini untuk dikongsikan dalam penerbitan ini.
Rujukan
Anam. B, Hamza. A, Hafiz. M.B, dan Ahmed. U.K. (2020). E-commerce Trends During Covid-19 Pandemic.
22
Seminar Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti Semasa Pandemik Covid-19
International Journal Of Future Generation Communication and Networking. Vol.13, No.2, 2020
pp.1449-1452
Amos T., Rachel G. (2020). The Impact of Covid-19 on SME Digitalisation in Malaysia. Research Centre of
the London School of Economics and Political Science (LSE).
Astro Awani. (30 November 2020). Bantuan Prihatin Nasional dan Program Subsidi Upah Talian Hayat buat
PKS. Diakses daripada https://www.astroawani.com/berita-malaysia/bantuan-prihatin-nasional-
program-subsidi-upah- talian-hayat-buat-pks-270847 pada 19 Januari 2021.
Astro Awani. (11 April 2020). Podcast Realiti Rakyat: Menggembleng Usaha Membantu Pengusaha Wanita
Beralih ke Platform Digital. Diakses daripada https://www.astroawani.com/berita-
malaysia/podcast- realiti-rakyat-menggembleng-usaha-membantu-pengusaha-wanita-beralih-
ke-platform-digital-237838 pada 19 Januari 2021.
Berita Harian. (6 November 2020). Daya Tahan PKS akan Diperkasakan. Diakses daripada
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/11/750800/daya-tahan-pks-akan-diperkasakan
pada 17 Januari 2021.
Faiz Hassan. (2020). Usahawan PKS Jangan Bimbang Teruskan Perniagaan Semasa Pandemik. Diakses
daripada https://www.melakahariini.my/usahawan-pks-jangan-bimbang-teruskan-perniagaan-semasa-
pandemik/ pada 19 Januari 2021.
Haikal Raman. (2020). Diakses daripada https://www.astroawani.com/berita-malaysia/langkah-pemulihan-
pks-pasca-pandemik-covid19-240620 pada 16 January 2021.
Hazwan Faisal. (2020). Cara Berniaga Berubah Pasca Covid-19. Diases daripada
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/04/682127/cara-berniaga-berubah-pasca-covid-19
pada 18 Januari 2021.
Mohammad. W.H, Farzana. A.S, Ashiqul. H, Mashrekha. A. (2020). The Impact of Coronavirus (Covid-19)
on Business in Malaysia. Asian Journal of Multidisciplinary Studies. Vol. 3, No. 1.
My Metro. (26 April 2020). Peniaga Kecil sesuaikan diri Norma Baharu. Diakses daripada
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/04/571425/peniaga-kecil-sesuaikan-diri-norma-baharu-
metrotv pada 17 Januari 2021.
My Metro. (15 Januari 2021). Perniagaan dalam Talian tumbuh Pesat. Diakses daripada
https://www.hmetro.com.my/bisnes/2021/01/664332/perniagaan-dalam-talian-tumbuh-pesat pada 19
Januari 2021.
Norazida Ibrahim. (2019). Sumbangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Masyarakat Melayu: Kajian
Kes di Malaysia. Universiti Malaya. 1-11.
Noorasiah Sulaiman, Mohd Nasir Mohd Saukani. (2007). Modal Sosial dalam Mempertingkat Daya Saing
Firma Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). IJMS 14 (2), 93-111 (2007).
Pepe, M. S., Reilly, M., & Fleming, T. R. (1994). Auxiliary outcome data and the mean score
method. Journal of Statistical Planning and Inference, 42(1-2), 137-160
Rosniza. A. C. H, Nur Ayuni, M.H dan Rozmiza, M. Z. (2018). Impak sektor Pelancongan Terhadap
Perkembangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Cherating, Pahang. Geografi Vol. (6), No.
(3) Special Issue, (2018), 35-43. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris 2018.
Shahir Adnan. (2020). Implikasi Covid-19 kepada Ekonomi Negara. Diakses daripada
https://www.malaysiakini.com/news/531780 pada 15 Januari 2021.
Simon Larsson dan Simon Gustavsson. (2020). Marketing Innovation for SMEs during Covid-19 Pandemic.
Lulea University of Technology. 1-80
SME.Corp Malaysia. (2020). Definisi PKS. Diakses daripada
https://www.smecorp.gov.my/index.php/my/polisi/2020-02-11-08-01-24/sme-definition pada 16 Januari
2021.
Siti Masayu Rosliah Abdul Rashid, Fatimah Hassan. (2020). Amalan dan Penglibatan Peniaga Kecil melalui
Perniagaan Digital Semasa Pandemik Covid-19 di Malaysia. Geografi Vol.8(2), 1-20.
Suhana Safari, Maisharah Ngusman. (2015). Kajian Potensi Pengguna E-dagang (E-Commerce) Di Kalangan
Usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Agromakanan di Malaysia. Diakses daripada
http://etmr.mardi.gov.my/Content/Report/Text%20Bab%205%20Author.pdf pada 20 Januari 2021.
23
Seminar Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti Semasa Pandemik Covid-19
Ummi Madia, Nor Rohimah, Nur Sabrina, Azim Azhar, Noor Aina, Fateeha Ramli, Norasmawar dan Ainon
Kasim. (2020). Merealisasikan Aspirasi Usahawan. Bahagian Pembangunan Usahawan Negeri
Selangor.
24
Seminar Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti Semasa Pandemik Covid-19
KERTAS KERJA 4
KEMISKINAN DIGITAL, ISU DAN CABARAN: SATU PENELITIAN AWAL.
Nur Firzana Binti Rosman1, Kee Y Sabariah Binti Kee Mohd Yussof1, Jalihah MD Shah1, Jurry Foo @ Jurry Bt. F
Michael1, Mahadirin Ahmad dan Ramlah Daud1.
1 Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah
Email : [email protected]
Abstrak
Penutupan premis perniagaan semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) pastinya memberi kesan kepada
pendapatan peniaga kecil dan sederhana (PKS). Sehubungan itu, pihak kerajaan dilihat telah menjadikan
perniagaan atas talian sebagai suatu medium alternatif agar golongan ini mampu menjana pendapatan walaupun
aktiviti perniagaan terpaksa ditutup untuk mengawal penularan covid-19. Kertas kerja ini merupakan hasil analisis
kajian lepas yang menjelaskan mengenai konsep kemiskinan digital, meneliti isu-isu dan cabaran yang dihadapi
peniaga serta hubungan pekerjaan dalam industri tidak formal. Dalam berhadapan masalah kemiskinan digital
antara isu yang timbul ialah isu penjanaan pendapatan dan mendigitalkan kan perniagaan dalam kalangan peniaga
kecil, ini kerana untuk beradaptasi dengan perniagaan atas talian bukan hal yang mudah kerana model perniagaan
digital berbeza dengan model perniagaan tradisional. Kekurangan ilmu pengetahuan dan kemahiran teknologi
serta keterbatasan akses kemudahan infrastruktur pasti menjadi faktor utama dalam masalah ini. Bukan itu sahaja,
keadaan golongan ini yang merupakan Self-employed workers turut menyebabkan mereka tidak mendapat bantuan
daripada pihak kerajaan. Justeru itu, penglibatan semua pihak amatlah penting untuk menangani permasalahan ini,
agar tidak ada golongan peniaga kecil yang tercicir dan sekali gus mampu bergerak seiring dengan penggunaan
teknologi semasa pandemik covid-19.
Kata Kunci : Kemiskinan Digital, Peniaga kecil, Sektor Tidak Formal, Covid-19, Hubungan pekerja, Self-
employed workers
Pengenalan
Penularan covid-19 yang dilihat mudah dan cepat merebak telah menyebabkan beberapa aktiviti ekonomi
diberhentikan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Pemberhentian tersebut bertujuan untuk
mengawal virus covid-19 daripada menular disebabkan sifatnya yang mudah tersebar walau hanya dengan setitis
cecair air liur ketika bercakap atau batuk. Oleh sebab pada peringkat awal turut menyaksikan Malaysia antara
negara yang terkesan dengan penularan ini sehingga aktiviti yang dijalankan oleh peniaga kecil dalam sektor tidak
formal juga diarahkan untuk tutup dan tidak dibenarkan beroperasi. Penutupan ini pastinya memberi kesan kepada
pendapatan peniaga, ini kerana mereka terpaksa menutup premis sedia ada dan perlu mencari alternatif lain untuk
memastikan penjanaan pendapatan mereka tidak terhenti. Penggunaan teknologi dilihat mampu membantu
peniaga untuk meneruskan perniagaan melalui atas talian, akan tetapi perkara ini pastinya memberi kesan kepada
golongan peniaga yang berhadapan dengan masalah kemiskinan digital. Justeru itu, permasalahan ini akan
membawa kepada isu dan cabaran yang dihadapi peniaga PKS sepanjang pelaksanaan perintah kawalan
pergerakan (PKP) dilaksanakan. Sehubungan dengan itu elemen hubungan pekerjaan di sekor tidak formal turut
menjadi persoalan ketika negara kita berhadapan dengan PKP.
25
Seminar Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti Semasa Pandemik Covid-19
Permasalahan Kajian
Penularan pandemik covid-19 di negara Malaysia telah memberi impak yang sangat besar kepada aktiviti
ekonomi terutamanya ke atas peniaga yang bekerja sendiri, berdasarkan laporan khas kesan covid-19 kepada
ekonomi dan individu, sebanyak 46.6 peratus pekerja yang bekerja sendiri kehilangan pekerjaan, manakala
sebanyak 35.5 peratus menyatakan pendapatan bulanan yang diterima mereka berkurangan sehingga melebihi 90
peratus dan yang lebih membimbangkan sebanyak 71.4 peratus golongan yang bekerja sendiri mengakui hanya
mempunyai simpanan yang mencukupi kurang daripada satu bulan sahaja. (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2020).
Perkara ini telah memperlihatkan penurunan jualan peniaga kecil sebanyak 95 peratus manakala 80 peratus
ditutup sementara dan 93 peratus perniagaan dilaporkan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) (Wan Ahmad, 2020). Hal ini menyebabkan kebanyakan peniaga kecil dan sederhana mengalami jualan
yang lebih rendah serta menghadapi masalah aliran tunai, sedangkan kelangsungan perniagaan itu sangat perlu
untuk menampung perbelanjaan perkembangan isi rumah dan membayar upah pekerja dan perkara ini secara
langsung memberi kesan kepada ekonomi negara (Azman 2020).
Penutupan premis dan larangan menjalankan perniagaan secara fizikal sepanjang pelaksanaan PKP
menyebabkan berlakunya peralihan aktiviti perniagaan yang banyak beralih kepada platform atas talian.
Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna
(KPDNHEP) menegaskan aktiviti jual beli dalam talian merekodkan lonjakan yang luar biasa dengan peningkatan
sebanyak 28.9 peratus pada April 2020. Menurut Halim (2020) selain daripada menggunakan media sosial dan
aplikasi seperti Facebook dan Whatsapp untuk menjual dan mempromosikan produk, peniaga turut membuat
perkhidmatan transaksi cash on delivery (COD). Justeru itu, penggunaan teknologi mempunyai peranan yang
cukup besar kepada masyarakat, ia sesuai dijadikan platform dalam proses mentransformasikan masyarakat untuk
menjadikan teknologi sebagai pemangkin penjana pendapatan peniaga (Siti Masayu dan Fatima, 2020).
Kebergantungan terhadap teknologi untuk memastikan penjanaan pendapatan dapat diteruskan tanpa melakukan
persediaan yang cukup pastinya menimbulkan isu dan cabaran khusus bagi golongan peniaga yang berhadapan
dengan masalah kemiskinan digital. Oleh itu, artikel ini akan menjelaskan konsep kemiskinan digital dan
bagaimana ia mempengaruhi isu dan cabaran yang dihadapi oleh peniaga PKS sepanjang pandemik covid-19.
Selain itu elemen hubungan pekerjaan turut mengalami perubahan akibat berubahnya landskap perniagaan
tradisional kepada digital.
Objektif Dan Kaedah Kajian
Kertas konsep ini telah dikembangkan berdasarkan analisis terhadap kajian lepas mengenai konsep kemiskinan
digital dan meneliti isu-isu serta cabaran yang dihadapi peniaga dalam sektor tidak formal sepanjang pandemik
covid-19. Objektif kajian ini tertumpu kepada menjelaskan konsep kemiskinan digital, isu serta cabaran yang
dihadapi peniaga kecil dalam sektor tidak formal sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
dilaksanakan. Seterusnya kertas kerja ini memfokuskan kepada hubungan pekerjaan dalam industri tidak formal.
Analisis Kajian Lepas
Konsep Kemiskinan Digital
Kemiskinan digital dapat ditakrifkan sebagai kekurangan akses terhadap teknologi maklumat dan komunikasi
ataupun ICT dan mungkin merupakan ciri segmen populasi, sama ada ia berpunca daripada kemiskinan daripada
segi ekonomi ataupun faktor lain yang menyumbang sehingga ia menjadi penghalang kepada seseorang individu
untuk menggunakan teknologi, menurut Barrantes (2007) kemiskinan digital yang melampau merujuk kepada
seorang yang tidak ada akses langsung kepada media digital dan hanya ada akses kepada radio dan televisyen
sahaja. Kemiskinan digital yang normal mempunyai akses kepada radio dan televisyen dan komunikasi
berasaskan suara seperti telefon sama ada tetap atau mobile. Apabila peniaga mempunyai akses kepada Internet
26
Seminar Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti Semasa Pandemik Covid-19
seperti menggunakan medium whatsapp dan email, serta memiliki komputer dengan menggunakan software
seperti excel, ini menunjukkan peniaga tersebut dalam kategori ekologi digital dalam perniagaan.
Menurut Anton Susanto (2016) kemiskinan digital ini menggambarkan keterbatasan seseorang individu
untuk mengakses dan menggunakan teknologi digital yang tidak hanya disebabkan oleh faktor ekonomi, tetapi ia
juga berpunca daripada ketidakmampuan individu memiliki pengetahuan dalam menggunakan teknologi. Hal ini
menunjukkan kemungkinan bahawa masyarakat yang secara ekonomi tidak termasuk dalam kategori miskin,
namun secara digital golongan ini termasuk dalam kategori digitally poor. Konsep ini telah dibangunkan oleh
Barrantes (2007), di mana ia melihat seseorang individu yang digambarkan sebagai kemiskinan digital bukan
hanya kekurangan akses digital tetapi kekurangan pengetahuan dalam menggunakan teknologi digital, konsep ini
sangat dekat dengan apa yang disebut sebagai literasi teknologi kerana seseorang akan dipanggil sebagai
“wealthly” apabila individu tersebut mampu menggunakan teknologi secara interaktif untuk mendapatkan
perkhidmatan kerajaan, kegiatan e-commerce dan perkhidmatan bank (Anton Susanto, 2018).
Ciri ciri Kemiskinan Digital
Justeru itu Barrantes (2007) berpendapat bahawa dalam konsep ini, tidak semestinya individu yang berpendapatan
rendah sahaja akan mengalami kemiskinan digital akan tetapi terdapat beberapa ciri yang diambil kira untuk
menilai sama ada seseorang individu tersebut termasuk dalam golongan yang berhadapan dengan masalah
kemiskinan digital. Ciri-ciri pertama ialah individu yang mempunyai pendapatan rendah ataupun dipanggil
sebagai miskin daripada segi ekonomi sehingga menyebabkan golongan ini tidak mempunyai kemampuan secara
minimum untuk menggunakan ICT, antara halangan yang dihadapi oleh golongan ini adalah seperti sekatan
bekalan (elektrik, rangkaian Internet, telefon) dan kemampuan (pengetahuan, kemahiran). Ciri kedua ialah
individu yang berpendapatan rendah ataupun dipanggil sebagai miskin daripada segi ekonomi tetapi berbeza
dengan ciri pertama di mana dalam hal ini walaupun golongan individu mempunyai kemampuan untuk
menggunakan ICT akan tetapi golongan ini berhadapan dengan halangan sekatan bekalan sehingga menyebabkan
mereka tidak dapat menggunakan ICT.
Ciri ketiga ialah individu miskin daripada segi ekonomi tetapi golongan ini merasakan tidak ada
keperluan untuk menggunakan ICT walaupun mereka mempunyai kemampuan yang diperlukan untuk
menggunakan ICT akan tetapi disebabkan berhadapan dengan halangan kekurangan pendapatan menyebabkan
golongan ini tidak dapat menggunakan ICT. Ciri keempat ialah individu yang tidak miskin tetapi tidak
mempunyai permintaan disebabkan mereka tidak mempunyai kemampuan dalam menggunakan ICT, dalam hal
ini ia dikaitkan dengan jurang generasi yang dihadapi oleh golongan individu tersebut sehingga menyebabkan
mereka sukar untuk menerima ICT dalam kehidupan mereka. Berdasarkan penerangan yang dinyatakan oleh
Barrantes (2007) terhadap ciri-ciri kemiskinan digital, halangan seperti kemiskinan, kemampuan, sekatan bekalan
dan jurang generasi ini saling berkait rapat antara satu dengan yang lain. Walaupun seseorang individu tidak
miskin akan tetapi apabila golongan ini tidak mempunyai kemampuan dalam menggunakan ICT mereka tetap
dinyatakan sebagai golongan yang berhadapan dengan kemiskinan digital kerana dalam melihat fenomena ini
terdapat banyak perkara yang diambil kira kerana ia saling terkait antara satu dengan yang lain.
Jadual 1 : Kategori Kemiskinan Digital (Barrantes , 2007 dan Anton Susanto, 2016).
No. Kategori Kemiskinan Digital Huraian
Seorang yang hanya menggunakan teknologi
untuk menerima informasi seperti radio dan
1. Extremely Digitally Poor televisyen, termasuk juga seorang yang tidak
mempunyai akses terhadap teknologi
informasi
2. Digitally Poor Seseorang yang sudah menggunakan
teknologi informasi dan komunikasi (TV,
27
Seminar Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti Semasa Pandemik Covid-19
Radio dan telefon). Telefon hanya untuk
komunikasi belum untuk mengakses data
Internet
Seseorang yang sudah menggunakan
Internet, baik di rumah mahupun di tempat
3. Connected awam, tetapi penggunaannya masih pasif
hanya menggantikan fungsi untuk mencari
informasi dan komunikasi secara umum
(contoh: email, chatting browsing dll)
Seseorang yang sudah menggunakan
4. Digitally Wealthy Internet secara aktif untuk melakukan
transaksi jual-beli atas talian, menggunakan
e-kerajaan, e-business dan content creation.
Berdasarkan penerangan jadual 1 Barrantes (2007) dan Anton Susanto (2016) menyatakan kemiskinan
digital ini dapat dibahagikan kepada empat kategori. Kategori pertama adalah extremely digitally poor iaitu
individu yang menggunakan ICT hanya untuk menerima informasi. Walaupun mempunyai akses digital akan
tetapi kerana keterbatasan yang disebabkan oleh usia dan kemampuan untuk belajar telah menghalang golongan
ini untuk memiliki pengetahuan dalam menggunakan perkhidmatan digital. Kategori kedua adalah digitally poor,
iaitu individu yang memiliki media komunikasi seperti telefon tetapi kerana keterbatasan kemampuan media
digital maka ia hanya digunakan untuk menerima informasi dan berkomunikasi saja. Kategori ketiga ialah
connected di mana individu tersebut sudah memiliki akses Internet, namun penggunaannya masih bersifat pasif
dan terbatas hanya untuk menerima informasi dan berkomunikasi. Kategori keempat adalah digitally wealthy,
iaitu individu yang sudah memiliki dan mampu mengakses Internet secara aktif dan memiliki kemampuan untuk
melakukan transaksi serta interaksi mengambil manfaat dari berbagai-bagai perkhidmatan digital seperti e-
perniagaan dan content creation (Anton Susanto, 2016). Berdasarkan ciri-ciri yang dinyatakan, terdapat banyak
faktor yang mampu mempengaruhi individu untuk berhadap dengan masalah kemiskinan digital seperti usia
seseorang individu, tahap pendidikan yang mana membolehkan seseorang memperoleh pengetahuan untuk
menggunakan teknologi dan prasarana kemudahan bagi membolehkan kawasan tersebut mencapai akses Internet.
Isu-isu yang dihadapi peniaga kecil dan sederhana semasa Perintah kawalan pergerakan (PKP)
Oleh sebab aktiviti perniagaan PKS merupakan antara penyumbang utama kepada KDKN negara, maka apabila
pelaksanaan PKP dikuatkuasakan ia pastinya menimbulkan banyak isu. Isu pertama ialah penjanaan pendapatan
yang pastinya mempengaruhi para peniaga disebabkan oleh penutupan premis perniagaan. Isu seterusnya ialah
mendigitalisasikan perniagaan yang menjadi teknologi sebagai salah satu alternatif untuk peniaga menjana
pendapatan. Perkara ini pastinya memperlihatkan masalah kemiskinan digital yang dihadapi oleh peniaga, ini
kerana berdasarkan konsep dan ciri-ciri yang terangkan oleh Barrantes (2007) dan Anton Susanto (2016) jelas
menunjukkan golongan yang berhadapan dengan masalah kemiskinan digital dipengaruhi beberapa perkara
ketiadaan kemahiran dan pengetahuan untuk menggunakan teknologi, serta pengaruhi keadaan sekeliling seperti
kekurangan infrastruktur mampu menjadikan peniaga ini sebahagian daripada golongan yang berhadapan dengan
masalah kemiskinan digital.
Penjanaan pendapatan terganggu sepanjang PKP
Antara isu yang dihadapi oleh peniaga PKS ialah isu menjana pendapatan, hal ini disebabkan penutupan premis
perniagaan berikutan pelaksanaan PKP pastinya mengganggu pendapatan sesebuah perniagaan. Laporan ILO
(2020) mendapati akibat daripada pandemik covid-19 telah menyebabkan perniagaan kecil seluruh dunia
berhadapan isu gangguan aliran tunai. Bartik et al. (2020) menjelaskan rintangan utama yang dihadapi oleh
28
Seminar Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti Semasa Pandemik Covid-19
perniagaan kecil dan sederhana ialah penjanaan pendapatan disebabkan gangguan operasi perniagaan yang
terpaksa tutup buat sementara waktu akibat sekatan yang melarang aktiviti perniagaan dijalankan. Perkara ini
turut memberi kesan kepada negara Malaysia apabila pelaksanaan PKP telah menyaksikan sebanyak 2,713
perniagaan kecil dan sederhana terpaksa tutup operasi (Amir, 2020) dan keadaan ini pastinya memberi kesan
terhadap penjanaan pendapatan mereka.
Justeru itu perkara ini turut diakui berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Nur Hazirah et al. (2021)
apabila mendapati pelaksanaan PKP telah mendorong beberapa orang peniaga kecil ke arah masalah kewangan
kerana terpaksa menutup perniagaan mereka, perkara ini bukan sahaja mengganggu penjanaan pendapatan mereka
malah ia turut menjadi beban kepada peniaga tersebut. Keadaan ini perlu diatasi dan tidak boleh dibiarkan
berlarutan kerana ia bukan sahaja memberi kesan kepada peniaga kecil, akan tetapi turut memberi kesan kepada
pertumbuhan ekonomi negara berikutan peniaga kecil berada dalam sektor tidak formal yang merupakan antara
penyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. Isu ini pastinya memberikan banyak
cabaran kepada peniaga PKS sehingga terpaksa mencari alternatif untuk mengubah landskap perniagaan yang
sedia ada.
Mendigitalisasikan perniagaan
Seterusnya isu mendigitalisasikan perniagaan, berikutan gangguan terhadap penjanaan pendapatan yang dihadapi
peniaga kecil akibat pelaksanaan PKP memperlihatkan keperluan mereka untuk mengubah landskap perniagaan
yang dahulunya dijalankan secara tradisional kepada perniagaan atas talian. Penurunan sehingga 50 sehingga 70
peratus pendapatan peniaga kecil akibat PKP dilihat golongan ini mulai menyertai perniagaan atas talian menjadi
sebagai suatu alternatif menjana pendapatan sesebuah perniagaan. Isu mendigitalisasikan perniagaan semasa
pandemik covid-19 dapat dilihat sebagai salah satu strategi untuk membantu peniaga kecil dan sederhana.
Galakan daripada pihak kerajaan amat jelas apabila telah ditubuhkan Majlis Digital Negara bagi mempercepatkan
proses digitalisasi perniagaan kecil dan sederhana pada era pandemik covid-19 (Suzalina dan Luqman, 2020).
Tidak dinafikan peranan media sosial terbukti berkesan dan mampu memberi peluang kepada peniaga
kecil untuk berinteraksi dan melakukan transaksi perniagaan mereka sekali gus membantu mereka untuk
mengembangkan lagi perniagaan mereka (Andri Irwan, 2020). Akan tetapi menurut Anjar Priyono et al. (2020)
ciri-ciri model perniagaan digital amatlah berbeza dengan ciri-ciri model perniagaan tradisional. Ketidakupayaan
peniaga kecil dan sederhana dalam menggunakan platform digital amat ketara apabila mengalami kesukaran
dalam mempromosikan barangan jualan secara lebih meluaskan kerana mereka terikat dengan kaedah tradisional
(Kraemer-Mbula et al., 2019). Justeru itu, ia dilihat sebagai suatu isu yang perlu dibincangkan kerana pertukaran
landskap perniagaan daripada tradisional kepada atas talian memerlukan lebih banyak persediaan bukan sahaja
daripada pihak kerajaan yang harus memastikan kemudahan infrastruktur mencukupi, malah persediaan daripada
diri peniaga itu sendiri turut memainkan peranan penting.
Cabaran
Jika perniagaan atas talian satu-satu nya alternatif yang dilihat dapat membantu peniaga kecil semasa pandemik
covid-19 , ia memberikan cabaran besar terutamanya kepada golongan peniaga yang berhadapan dengan masalah
kemiskinan digital. Apabila peniaga perlu bertahan untuk memastikan penjanaan pendapatan berterusan dan
dalam waktu yang sama harus menyesuaikan diri untuk beradaptasi dengan perniagaan atas talian.
Beradaptasi dengan perniagaan atas talian
Beradaptasi dengan perniagaan atas talian pastinya memberi cabaran kepada peniaga itu sendiri, antara cabaran
yang dihadapi oleh peniaga kecil dan sederhana ialah kekurangan pengetahuan dan kemahiran teknologi yang
membolehkan mereka menggunakan teknologi dengan lebih berkesan. Cabaran seterusnya ialah kekurangan
29
Seminar Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti Semasa Pandemik Covid-19
kemudahan infrastruktur yang mampu menjadi penghalang kepada kelancaran aktiviti perniagaan atas talian. Jika
cabaran-cabaran ini tidak mampu diatasi oleh peniaga semasa menjalankan perniagaan atas talian, ia pasti
memberikan persepsi yang buruk daripada pelanggan terhadap perkhidmatan yang diberikan. Hal ini perlu
dielakkan agar peniaga kecil dan sederhana dapat membina imej yang positif sekali gus memberi nilai tambah
kepada perniagaan mereka (Mohamad Rohieszan, 2020).
Kekurangan pengetahuan dan kemahiran teknologi
Tidak dinafikan cabaran kekurangan pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan peniaga kecil dan sederhana
untuk menggunakan teknologi digital perlu diatasi. Perkara ini sangat penting untuk menjadikan para peniaga
mahir dan mempelajari penggunaan teknologi agar mampu beradaptasi dengan perubahan landskap ekonomi yang
berubah berikutan pandemik covid-19. Arendt (2008) menjelaskan bahawa kekurangan kemahiran dan
pengetahuan asas daripada segi penggunaan teknologi merupakan penghalang kepada peniaga untuk menyertai
ekosistem digital. Halangan kekurangan pengetahuan dan kemahiran teknologi yang dihadapi oleh peniaga kecil
dan sederhana pastinya memberi cabaran kepada mereka berikutan pengaplikasian teknologi dalam perniagaan
boleh membantu penjanaan pendapatan sepanjang operasi perniagaan ditutup. Justeru itu, penerokaan perniagaan
melalui Internet amat memerlukan pengetahuan dan kemahiran asas teknologi (Noraida et al., 2020) ini kerana
penggunaan teknologi Internet memberikan peluang yang lebih baik kepada peniaga untuk membangunkan
strategi perniagaan dan jika ia di aplikasikan melalui e-perniagaan ia dapat membantu perniagaan agar lebih
berkembang.
Selain itu, kekurangan pengetahuan dan kemahiran telah menyebabkan perniagaan kecil dalam sektor
tidak formal masih tidak berupaya untuk memaksimumkan penggunaan platform digital, malah ada yang tidak
terdorong untuk menggunakan platform digital dalam urusan perniagaan mereka (Atnafu et al., 2018). Hal ini
turut dipersetujui oleh Mathivannan Jaganathan et al. (2018) dalam sebuah kajian beliau mendapati walaupun
tahap penggunaan ICT dalam kalangan peniaga kecil dan sederhana sangat tinggi akan berhadapan dengan
kekurangan dana pembiayaan untuk memberikan ilmu pengetahuan serta kemahiran kepada golongan ini telah
menyebabkan peniaga tidak menyedari kelebihan dan kemampuan yang boleh mereka peroleh apabila
menggunakan ICT.
Justeru itu, ia dilihat sebagai suatu cabaran besar kepada peniaga kecil kerana kekurangan ilmu
pengetahuan dan kemahiran mampu mempengaruhi persepsi mereka terhadap perniagaan atas talian, seperti yang
dinyatakan oleh Lawrence Mpele (2018) yang melihat penggunaan teknologi dalam kalangan peniaga kecil dan
sederhana sangat tinggi tetapi hanya menggunakan teknologi untuk berkomunikasi dan aktiviti dalam media sosial
sahaja. Masih terdapat peniaga luar bandar mempercayai bahawa perniagaan masih boleh dilakukan tanpa
penggunaan teknologi, menurut kajian ini persepsi ini telah wujud disebabkan penentangan terhadap perubahan
amalan perniagaan tradisional atau lebih tepat digambarkan sebagai kurang pengetahuan dan pemahaman
mengenai faedah digitalisasi sehingga menyebabkan segelintir peniaga luar bandar tidak mahu menggunakan
teknologi untuk tujuan perniagaan.
Kekurangan kemudahan infrastruktur
Peniaga kecil khusus nya di Sabah dilihat sangat berminat untuk mendigitalisasikan perniagaan mereka, akan
tetapi ia nya terhalang berikutan sambungan Internet yang tidak stabil di kawasan mereka (Amanda Yeo, 2020) .
Hal ini pastinya memberi cabaran kepada mereka kerana menurut Watson Manduna (2016) menegaskan individu
yang tinggal di kawasan luar bandar yang tidak mempunyai kemudahan infrastruktur memperlihatkan
kebarangkalian yang kurang untuk menjadi digitalisasi ini kerana seseorang individu boleh mempunyai peranti
ICT seperti telefon dan komputer akan tetapi penggunaannya terbatas di sebabkan tiada kemudahan seperti
elektrik, kekangan masa, modal insan, komitmen , tahap pendidikan yang rendah, tahap buta huruf dan faktor usia
(Caceres, 2007), perkara ini turut di persetujui oleh Adelzadeh (2006) dan Kasusse (2005) yang melihat kawasan
luar bandar dan kemiskinan dapat penghalang kepada seseorang individu untuk menggunakan ICT. Bukan itu
30
Seminar Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti Semasa Pandemik Covid-19
sahaja, kekurangan kemudahan infrastruktur seperti elektrik yang bertindak untuk bekalan kuasa yang tidak
teratur atau tidak ada bertindak sebagai penghalang yang signifikan untuk akses dan penggunaan ICT terutama di
kawasan luar bandar (Grasia Chisango & Zandi, 2014).
Pekerja Yang Bekerja Sendiri / Self-employed workers:
Pandemik covid-19 lebih menjejaskan sektor ekonomi tidak formal/informal economy daripada sektor ekonomi
formal. Pekerja yang bekerja dalam sektor tidak formal dibahagikan kepada pekerja yang bekerja sendiri seperti
peniaga kecil yang tidak berdaftar, own-account workers and unpaid family workers dan pekerja informal yang
tidak mempunyai akses kepada kontrak jaminan pekerjaan, perlindungan sosial dan majikan yang tidak tetap
seperti pekerja domestik, pekerja di dalam rumah yang tidak didaftarkan atau pekerja sambilan (McQuin & Rand
,2020). Dalam konteks perbincangan ini, cabaran dilihat terhadap own account workers atau pekerja yang bekerja
sendiri. Di Malaysia, golongan pekerja ini kurang diberi perhatian oleh pembuat polisi dan sering diabaikan
apabila dinamik hubungan pekerjaan berubah (Schaper, 2020).Ciri-ciri pekerja yang bekerja sendiri antara lain
ialah mempunyai dan menyediakan modal sendiri, tidak mengajikan pekerja lain atau menggunakan ahli keluarga
untuk membantu menjalankan perniagaan atau operasi hariannya. Mereka juga dikategorikan sebagai pekerja non-
standard atau alternative work arrangement yang menerima kesan akibat pandemik covid-19 (McQuaid &
Rand,2020). Golongan ini di kebanyakan negara adalah golongan pekerja yang dikatakan sebagai “missing
middle”, kerana golongan ini tidak mendapat kelebihan-kelebihan yang disediakan oleh pihak kerajaan sehingga
menyebabkan mereka ini tidak dilindungi dalam mana-mana skema, bantuan atau institusi tertentu (OEDC,2019).
Antara kesan yang nyata terhadap golongan pekerja ini ialah mereka telah hilang pendapatan dan arah
tuju untuk meneruskan perniagaan. Operasi perniagaan terhenti secara tiba-tiba dan perancangan mahupun
persediaan tidak dapat dilakukan. Kesannya mereka kehilangan pendapatan dan ahli keluarga yang terlibat juga
mendapat kesan daripada terhentinya perniagaan tersebut. Kekurangan modal dan pengetahuan untuk menyertai
perniagaan digital menjadikan golongan ini terpinggir. Menurut laporan ILO (2020), covid-19 menyebabkan
pekerja informal dalam kategori miskin terus dihimpit kemiskinan. Sehubungan dengan itu, teknologi bukan
alasannya kerana Kallinger, dan Spitzer (2020) menyatakan teknologi telah sampai ke luar bandar tetapi terdapat
kekangan utama seperti kewangan, pengetahuan dan kemahiran dan sukar mendapat kepercayaan daripada semua
pihak, termasuklah pelanggan, pembekal atau pihak ketiga. Di Malaysia, kerajaan telah membantu masyarakat di
luar bandar dengan penambahan lokasi hot sport, projek jalur lebar dan kemudahan komputer di pejabat jalur
lebar (Siti Mas Ayu, 2016). Melihat kepada usaha kerajaan , para pekerja yang bekerja sendiri dapat
memanfaatkan kemudahan tersebut. Namun perubahan landskap hubungan pekerjaan yang pantas serba sedikit
memberi kesan kepada golongan ini. Oleh sebab kebanyakan pekerja ini tidak berdaftar dengan pihak
kerajaan,maka bantuan-bantuan tidak dapat disalurkan.
Lanskap hubungan pekerjaan menerima impak akibat kesukaran para peniaga yang bekerja sendiri
menerima perubahan mendadak yang melanda mereka ketika pandemik covid-19. Jika dilihat secara positif,
fenomena ini memacu kepada perubahan landskap hubungan pekerjaan dalam era industri 4.0. Digitalisasi atau
transformasi digital merupakan istilah yang digunakan untuk menggambarkan semua perubahan yang dicetuskan
oleh teknikal proses teknologi, misalnya dalam pengeluaran industri (Industri 4.0), dunia pekerjaan (Work 4.0)
atau TVET (TVET) (Asbah et al, 2020). Perubahan yang perlu diterima oleh masyarakat luar bandar terutama nya
pekerja yang bekerja sendiri agar mereka dapat bangkit membasmi kemiskinan digital yang menghalang untuk
terus berdaya saing. Namun demikian isu utama dalam kemiskinan digital pekerja yang bekerja sendiri ini bukan
kerana kurang atau tidak celik IT tetapi lebih kepada kemiskinan hakiki yang tidak mempunyai kemampuan
membeli peralatan moden, telefon pintar dan data Internet untuk berkomunikasi dengan pelanggan secara
konsisten.
31
Seminar Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti Semasa Pandemik Covid-19
Kesimpulan
Walaupun dilihat pandemik covid-19 ini telah mempercepatkan pertumbuhan ekonomi digital, akan tetapi perlu
diakui golongan peniaga kecil terutamanya peniaga luar bandar masih belum bersedia untuk beradaptasi dengan
perubahan aktiviti landskap perniagaan atas talian. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi perkara ini
berlaku dan ia bukan sahaja daripada ketidaksediaan peniaga untuk menggunakan ICT, tetapi penyediaan
prasarana yang kurang serta tidak ada bantuan daripada pihak bertanggungjawab menyebabkan golongan ini
terhenti penjanaan pendapatan semasa pelaksanaan PKP. Tidak dinafikan, usaha kerajaan dalam membantu
peniaga dalam sektor tidak formal dapat dilihat melalui bantuan kewangan dan kursus memulakan berniaga atas
talian, akan tetapi ia hanya dapat dicapai oleh para peniaga yang mempunyai lesen perniagaan dan berdaftar
sahaja. Keadaan ini pastinya memberi cabaran besar kepada golongan peniaga kecil yang tidak berdaftar untuk
mendapatkan bantuan kewangan dan tidak mempunyai akses untuk mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan
disebabkan keterbatasan informasi berkaitan hal ini dan pastinya pusat kursus tertumpu pada kawasan pekan dan
jauh dari kawasan perkampungan. Oleh itu untuk menyelesaikan masalah kemiskinan digital ini, ILO (2020)
menyarankan agar sistem Tripartite dengan kekuatan pihak kerajaan membantu golongan pekerja yang bekerja
sendiri dengan memberikan bantuan modal, pendidikan, teknologi dan sokongan moral dari semasa ke semasa.
Penghargaan
Para penulis mengucapkan terima kasih kepada Universiti Malaysia Sabah kerana menyediakan geran
penyelidikan Skim Dana Khas COVID-19 (SDK 0303-2020.) untuk melakukan kajian ini.
Rujukan
Amir Abdul Hamid. (2020, November 18) 2,713 PKS tutup operasi akibat Covid-19 MyMetro. Diakses pada
2 April 2021. Daripada https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/11/643139/2713-pks-tutup- operasi-
akibat-covid-19
Amanda Yeo. (2020, November 11). Resolving digital poverty in Sabah is the way forward. Focus Malaysia.
Bahan diakses pada 9 April 2021. Daripada https://focusmalaysia.my/featured/resolving-digital-
poverty-in-sabah-is-the-way-forward/
Anton Susanto. (2016). Analisis Kondisi Digital Poverty Di Indonesia Analysis Of Digital Poverty Condition
In Indonesia. Jurnal Penelitian Pos dan Informatika Vol 6 No 2, 169 -184.
Anton Susanto. (2018). The Digital Poverty and Empowerment Issue in Indonesia. InternationalConference
on ICT for Rural Development (IC-ICTRuDev), Badung Regency, Indonesia, 137-141.
Anjar Priyono. (2020). Identifying Digital Transformation Paths in theBusiness Model of SMEs during The
COVID-19 Pandemic. Journal of Open Innovation : Tecnology, Technol. Mark. Complex, Vol 6 (4), 1-
22.
Arendt, L. (2008). Barriers to ICT adoption in SMEs: how to bridge the digital divide? Journal of Systems and
Information Technology, 10(2), 93–108.
Asbah Razali, Fauziah Ani, Siti Nor Azhani Mohd Tohar. (2020). Abaran Masyarakat Hari Ini : Malaysia Dalam
Menghadapi Perubahan Sosial Dan Revolusi. Perpustakaan Negara Malaysia
Barrantes, R. (2007). Analysis of ICT demand: What is digital poverty and how to measure it? In H.
Galperin& J. Mariscal (Eds.), Digital poverty: Latin American and Caribbean perspectives, Rugby,
UK : Intermediate Technology Publications. 29-53.
Faradillah Iqmar Omar, Samsudin A.Rahim dan Nur Ajeerah Othman. (2017). Penggunaan Internet dalam
Kalangan Usahawan Wanita : Akses, Kemahiran dan Motivasi. Jurnal Komunikasi Malaysian Journal
of Communication Jilid 33(3), 21-36.
32
Seminar Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti Semasa Pandemik Covid-19
Fatimah Hassan & Nurwati Badrulzaman. (2008). Pembangunan Luar Bandar: Ke arah Peningkatan
Produktiviti dan Kepelbagaian Asas Ekonomi. Dalam Asan Ali Golam Hassan (penyelenggara).
Pembangunan Wilayah dan Alam Sekitar: Cabaran dalam Merealisasikan Rancangan Malaysia
Kesembilan. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.
Grasia Chisango dan Zandi Lesame. (2014). Twenty Years of Democracy and Digital Poverty: Technology
Challenges Experienced by Women in the Chris Hani Municipality of the Eastern Cape Province of
South Africa. Mediterranean Journal of Social Sciences, 5(27 P3), 1553-1571.
Halim, M. F. (2020, April 11). Usahawan PKS ubah pendekatan berniaga ketika PKP, 11 April 2020,
Malaysia Kini. Bahan diakses pada 2 April 2021. Daripada
https://www.malaysiakini.com/news/520015?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=I
wAR2eWxT9CqrCrIutQETc7Zi_bvbHO-LdnE-CMAdKY25nKEDSNBeiooiVZJM
Hazirah Hamdan, Salina Hj Kassim dan P C Lai. (2021). The Covid-19 Pandemic Crisis On Micro-
Entrepreneurs In Malaysia:Impact And Mitigation Approaches. Journal of global business and social
entrepreneurship (GBSE) Vol. 7: No. 20, 52-64
International Labour Organization. (2020, November 27). Cash flow the biggest problem facing business during
COVID-19 crisis, ILO org. Bahan diakses pada 2 April 2021. Daripada
https://www.ilo.org/global/about-the-ilo/newsroom/news/WCMS_762136/lang--en/index.htm
Kraemer-Mbula, E., Lorenz, E., Takala-Greenish, L., Jegede, O. O., Garba, T., Mutambala, M. & Esemu, T.
2019. Are African micro-and small enterprises misunderstood? Unpacking the relationship between
work organisation, capability development and innovation. International Journal of Technological
Learning, Innovation and Development 11(1), 1-30.
Lawrence Mpele Lekhanya. (2018). The Digitalisation of Rural Entrepreneurship. Entrepreneurship - Trends
and Challenges. Published, 37-68.
Mathivannan Jaganathan, Shuhymee Ahmad, Khairol Anuar Ishak, Siti Noratisah Mohd Nafi, dan Logeswari
Uthamaputhran. (2018). Determinants For Ict Adoption And Problems: EvidenceFrom Rural Based
Small And Medium Enterprises In Malaysia. International Journal Of Entrepreneurship Volume 22,
Issue 4, 2, 1-13.
Mohamad Rohieszan Ramdan, Nor Liza Abdullah, Rosmah Mat Isa, dan Mohd Hizam Hanafiah. (2020).
Meneroka Faktor-faktor yang Mempengaruhi Penggunaan Platform Digital oleh Perusahaan Mikro
dan Kecil. Jurnal e-Bangi Vol 59, 1-17
Noraida Haji Ali, Suriyani Muhamad, Masita @ Masila Abdul Jalil dan Mustafa Man. (2020) Pemerkasaan
Usahawan Wanita B40 melalui model inovasi sosial. Penerbit Universiti Malaysia Terengganu : Kuala
Nerus.
Siti Masayu Rosliah Abdul Rashid. (2016). Keupayaan ICT Dalam Meningkatkan Pencapaian Usahawan Wanita:
Satu Kajian Kes Usahawan Luar Bandar Di Malaysia. e-Bangi Journal of Social Science and
Humanities Vol. 11, No. 2, 78-103.
Siti Masayu Rosliah dan Narimah Samat. (2018). Kemiskinan Keluarga Dan PengaruhnyaTerhadap Tahap
Pendidikan Rendah Masyarakat Luar Bandar: Kajian Kes Di Jajahan Bachok, Kelantan. Jurnal e-
Bangi : Vol. 13, No.2, 11-023.
Suzalina Halid dan Luqman Ariff. (2020, November 7). Majlis Digital Negara bantu PKS majukan
perniagaan. Berita Harian Online. Bahan diakses pada 2 April 2021. Daripada
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/11/751498/majlis-digital-negara-bantu-pks-
majukan-perniagaan
Wan Ahmad Amir Zal. (2020, Mei 15). Malaysia perlu bersedia hadapi kemiskinan situasi. BERNAMA Tinta
Minda. Bahan diakses pada 2 April 2021. Daripada
https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1841777
Watson Manduna. (2016). Empirical Study of Digital Poverty: A Case Study of a University of Technology
in South Africa. Jurnal Communication, 7(2), 317-323.
33
Seminar Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti Semasa Pandemik Covid-19
KERTAS KERJA 5
RESIPROSITI DAN KOLABORASI ISI RUMAH KOMUNITI LUAR BANDAR:
STRATEGI PENGURUSAN SUMBER BERASASKAN KOMUNITI SEMASA
COVID-19
Pauline Yong Pau Lin1
1Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah
Abstrak
Strategi pengurusan sumber semula jadi dapat diamati di beberapa peringkat organisasi. Di bahagian paling
bawah adalah asas sistem ekologi yang penuh dengan sumber semula jadi dengan sifat fizikal dan biologinya
yang tersendiri, contohnya ikan, tumbuh-tumbuhan, persisiran pantai, hutan dan lembangan sungai. Kemudian ia
diikuti dengan tahap pertama sistem sosial yang berkaitan adalah komuniti setempat yang menggunakan sumber
ekonomi tersebut. Komuniti setempatlah yang memiliki sistem pengetahuan budaya yang tersendiri sebagai
strategi pengurusan sumber alam. Antara strategi pengurusan sumber semula jadi setempat yang ingin
diketengahkan dalam artikel ini adalah resiprositi dan kolaborasi dalam kalangan komuniti luar bandar khususnya
komuniti pulau, etnik Molbog di Pulau Banggi, Kudat.
Kata Kunci: Resiprositi, Kolaborasi, Strategi Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti, komuniti luar bandar,
Molbog.
Pengenalan
Sabah, Negeri di Bawah Bayu adalah negeri Malaysia Timur yang terletak di utara Kepulauan Borneo yang
terkenal dengan kepelbagaian budaya dan alam persekitarannya. Dengan keluasan menjangkau 72,500 kilometer
persegi, ia adalah negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak dengan mempunyai sejumlah 1,743 km garis
pantai yang dikelilingi oleh Laut China Selatan di bahagian Barat, Laut Sulu di bahagian Timur Laut dan Laut
Celebes di bahagian Timur. Pulau Banggi yang terletak di hujung Semenanjung Kudat adalah pulau terbesar di
Malaysia. Negeri ini mempunyai iklim tropika yang lembap, yang mana Sabah sebelum ini diliputi oleh hutan
pergunungan rendah dan hutan hujan, dengan dataran beralun yang subur yang amat sesuai untuk kegiatan
pertanian (Tongkul 2004: 32, Singh & Tongkul 2004: 34).
Negeri Sabah merupakan tempat tinggal kepada sekitar 50 etnik utama Austronesia dan bukan
Austronesia. Dengan kata lain, negeri ini mempunyai lebih daripada 50 isoglot atau kumpulan etnik utama dengan
bahasa mereka sendiri yang mana 32 terdiri daripada 13 sub-etnik kumpulan Dusunik, 12 sub-etnik Murutik dan
enam sub-etnik Paitanik dari Bahasa Austronesia. Selain daripada itu, Sabah mempunyai komuniti Austronesia
lain yang berasal dari keluarga bahasa yang terdapat di bahagian lain di Kepulauan Borneo dan kawasan
sekitarnya iaitu Bajau, Brunei, Kadayan, Iranun, Bonggi, Molbog/Balabak, Lundayeh, Suluk, Jawa, Cocos dan
Iban. Manakala kumpulan bukan Austronesia adalah terdiri daripada golongan migran Cina (sebahagian besarnya
1 Seorang Pensyarah Program Sosiologi dan Antropologi Sosial di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah.
[email protected]
34
Seminar Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti Semasa Pandemik Covid-19
adalah Hakka, diikuti dengan Kantonis, Hokkien, Teochew, Hainan & Shantung), India (Pathans, Sikhs &
Ceylon) dan Arab yang telah mendiami negeri ini sejak lewat abad ke-19 (Pugh-Kitingan 2015).
Setiap etnik mempunyai keunikan tersendiri dalam mengurus kehidupan seharian khususnya dari segi
pencarian nafkah. Penduduk asal di kawasan pedalaman Sabah adalah petani tradisional yang bergiat menanam
padi sawah di dataran tinggi pedalaman dan pantai barat serta padi huma di kawasan berbukit. Golongan ini juga
dikenali sebagai pekebun yang mahir dengan menanam pelbagai jenis tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran
serentak dengan kegiatan penternakan seperti unggas (ayam dan patu), kerbau dan sapi. Kadang-kala golongan ini
juga mempelbagaikan diet mereka dengan aktiviti memburu dan memancing di sungai (ibid.). Manakala
masyarakat Sabah yang lain adalah masyarakat maritim yang memfokuskan kepada kegiatan pengumpulan hasil
laut sebagai aktiviti sosioekonomi utama.
Sebilangan besar masyarakat Sabah adalah egalitarian dan tidak mengamalkan sistem kelas di mana
kepemimpinan ditentukan oleh sifat peribadi seseorang dan bukan berdasarkan keturunan. Masyarakat Brunei,
Iranun dan Suluk, bagaimanapun, adalah masyarakat berhierarki dengan golongan bangsawan tradisional. Appell
menyebut bahawa masyarakat Austronesia di Sabah tidak bersegmen, tanpa klan atau suku dan tidak mempunyai
kelompok keturunan. Sebaliknya, mereka didasarkan pada sistem kekeluargaan dua hala, di mana hubungan
kekerabatan sebelah ibu adalah sama pentingnya dengan hubungan kekerabatan sebelah bapa (ibid.).
Malah sebilangan besar masyarakat Sabah masih berpegang teguh dengan adat dan cara hidup nenek
moyang mereka. Antara satu ciri-ciri yang masih diamalkan oleh kepelbagaian masyarakat Sabah adalah aktiviti
resiprositi atau timbal-balik. Bentuk pertukaran barang yang paling asas adalah timbal balik, iaitu pertukaran
hadiah antara individu, rumah tangga (keluarga), atau saudara-mara/kekerabatan. Sahlins (1974) berpendapat
bahawa resiprositi ditunjukkan dalam tiga genre. Ringkasnya, resiprositi umum adalah ciri hubungan intim
kekeluargaan dan persahabatan. Ciri simboliknya adalah perkongsian yang murah hati, yang menghasilkan rasa
syukur dan kewajipan terbuka dan terbuka untuk membuat pulangan. Ciri resiprositi seimbang pula menunjukkan
keprihatinan terhadap kesetaraan dan ketepatan masa pertukaran. Walaupun merangkumi urus niaga seperti
pertukaran tenaga kerja di antara saudara-mara dan rakan, ia juga merupakan suatu ciri hubungan keakraban yang
longgar di mana kepentingan diri dan kebimbangan material lebih diutamakan berbanding dengan ikatan manusia
itu sendiri, sama seperti dalam pertukaran pasaran. Manakala resiprositi negatif adalah bertujuan untuk
memaksimumkan keuntungan diri sendiri seseorang dengan mengeksploitasikan orang lain (Kirk 2007).
Metodologi
Kajian kes, secara asasnya adalah bertujuan untuk meneroka dan menyelidiki fenomena kontemporari kehidupan
sebenar melalui analisis kontekstual terperinci mengenai sebilangan peristiwa atau keadaan yang terhad, dan
hubung kaitnya. Kaedah kajian kes membolehkan penyelidik memeriksa data dalam konteks tertentu. Dalam
kebanyakan kes, kaedah kajian kes akan memilih kawasan geografi yang kecil atau sekelompok individu yang
sangat terhad sebagai subjek kajian. Kajian kes, secara asasnya adalah meneroka dan menyelidiki fenomena
kehidupan sebenar kontemporari melalui analisis kontekstual terperinci mengenai sebilangan peristiwa atau
keadaan yang terhad, serta kaitannya (Zaidah Zainal 2007).
Yin (1984:23) mendefinisikan kaedah kajian kes adalah “sebagai penyelidikan empirikal yang
menyelidiki fenomena kontemporari dalam konteks kehidupan sebenar; apabila sempadan antara fenomena dan
konteks tidak dapat dilihat dengan jelas; dan di mana pelbagai sumber bukti digunakan.”
Terdapat beberapa kategori kajian kes. Yin (ibid.) mengenal pasti tiga kategori, iaitu kajian kes tinjauan,
deskriptif dan penjelasan. Maka, penulis telah memilih kajian kes yang pertama iaitu tinjauan untuk meneroka
sebarang fenomena yang menarik minat penyelidik khususnya melibatkan aktiviti resiprositi (timbal-balik).
Masyarakat yang penulis ingin fokuskan dalam kajian kes ini adalah di kalangan komuniti Molbog yang
majoritinya mendiami di Kampung Maliyu dan Kampung Damaran, Pulau Banggi, Sabah.
Dalam kajian kes tinjauan, aktiviti kerja lapangan dan pengumpulan data boleh dilakukan sebelum wujud
persoalan kajian dan hipotesis penyelidikan. Jenis kajian ini telah dianggap sebagai permulaan kepada beberapa
penyelidikan sosial. Walau bagaimanapun, kerangka kajian mesti dibuat lebih awal. Projek perintis sangat
berguna dalam menentukan protokol akhir yang akan digunakan. Soalan-soalan tinjauan boleh ditambahkan atau
diabaikan berdasarkan hasil kajian rintis. Memilih kes adalah proses yang sukar, tetapi pembacaan bahan-bahan
35
Seminar Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti Semasa Pandemik Covid-19
literatur mampu memberikan panduan (Yin, 1989).
Stake (1995), dan Yin (1994) mengenal pasti sekurang-kurangnya enam sumber bukti (data) dalam kajian
kes iaitu dokumen, rekod arkib, wawancara/temu bual, pemerhatian langsung, pemerhatian turut-serta dan artifak
fizikal. Penulis menerapkan pemerhatian langsung dalam kajian kes ini dan ingin berkongsi tingkah laku aktiviti
resiprositi yang diperhatikan di kalangan anggota masyarakat. Menurut Tellis (1997), pemerhatian langsung
berlaku semasa lawatan lapangan dilakukan dalam kajian kes. Ia mungkin seringkas aktiviti pengumpulan data
secara santai, atau melalui protokol formal untuk mengukur dan merakam perilaku. Teknik ini berguna untuk
memberikan maklumat tambahan mengenai topik yang sedang dikaji. Perlaksanaan aktiviti pemerhatian langsung
telah dilakukan sepanjang tempoh penulis menjalankan aktiviti penyelidikan pascasiswazah peringkat doktor
falsafah di antara tahun 2017 sehingga 2019. Penulis boleh mendapatkan gambaran kehidupan seharian komuniti
Molbog waktu perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 kerana sebelum berlakunya penularan
pandemik ini pun komuniti ini telah hidup dalam keadaan isolasi. Penempatan komuniti Molbog yang terletak
jauh dari tanah besar negeri Sabah dan perlu melalui pelbagai cabaran pengangkutan termasuklah menaiki feri
dari Kudat selama satu setengah jam yang bergantung kepada keadaan cuaca dan kemudian menaiki kenderaan
pacuan empat roda sejauh 22km untuk sampai ke kawasan perkampungan mereka tersebut memberikan gambaran
mereka hidup dalam pinggiran (Rajah 1 A, B).
A) B)
Rajah 1 A) Peta Kawasan Kudat dan Pulau Banggi serta Pulau Balambangan, B) Jarak sepanjang 22km
dari Pekan Karakit ke Kampung Maliyu dan Kampung Damaran.
Perbincangan
Aktiviti Resiprositi dalam Pengurusan Sumber
Sumber merupakan bekalan yang mana faedah dihasilkan dan yang mempunyai beberapa utiliti. Sumber biasanya
dikelaskan kepada tiga jenis, iaitu semula jadi, buatan manusia dan sumber manusia. Sumber yang diperoleh dari alam
dipanggil sebagai sumber semula jadi. Sebilangan sumber semula jadi dapat digunakan secara langsung, sementara yang
lain memerlukan bantuan teknologi. Apabila sumber semula jadi mengalami perubahan drastik dengan campur tangan
manusia, ia menjadi sumber buatan manusia. Bangunan, jambatan, mesin, dan lain-lain adalah contoh sumber buatan
manusia. Teknologi juga merupakan sumber buatan manusia. Manakala manusia itu sendiri adalah sumber manusia.
Pendidikan dan kesihatan mampu meningkatkan kualiti sumber manusia. Pembangunan sumber manusia iaitu proses
peningkatan kualiti kemahiran seseorang individu agar ia membolehkan sumber lebih banyak dihasilkan yang boleh
dimanfaatkan oleh orang lain (Skinner & Castleden 2014).
Pengurusan adalah proses merancang, mengorganisasikan, memimpin dan mengawal daya usaha anggota
organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain dalam organisasi bagi mencapai matlamat organisasi yang
ditetapkan. Pengurusan juga adalah proses mencapai matlamat organisasi dengan bekerja dengan dan melalui
36
Seminar Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti Semasa Pandemik Covid-19
orang dan sumber-sumber organisasi lain. Sumber pula merujuk kepada sesuatu bahan yang boleh digunakan serta
dimanfaatkan oleh manusia dalam aktiviti ataupun kegiatan harian. Sumber terdiri daripada pelbagai kategori iaitu
sumber alam semula jadi, sumber manusia, kewangan dan teknologi. Kategori sumber tersebut digunakan
manusia secara langsung untuk proses kelangsungan hidup serta mempunyai perkaitan dengan definisi
pengurusan tadi (Stoner & Wankel 1986). Pengurusan sumber adalah penting bukan sahaja untuk tujuan
mengoptimumkan penggunaan sumber tetapi untuk tujuan kelestarian jangka masa panjang. Sebilangan besar sumber
semula jadi mempunyai stok yang terhad. Bahkan beberapa sumber yang boleh diperbaharui boleh terjadi langka jikalau
ia tidak digunakan serta diuruskan dengan bijak. Kami sudah menghadapi kekurangan air di banyak tempat kerana
eksploitasi air yang berlebihan. Para saintis meramalkan bahawa arang batu dan petroleum akan habis dalam masa
terdekat (Ritchie & Roser 2017). Oleh itu, penting untuk memulihara sumber semula jadi. Pemuliharaan bukan sahaja
menjamin kehidupan kita tetapi juga kehidupan generasi akan datang. Usaha mencari titik keseimbangan di antara
keperluan kita dan pemuliharaan sumber iaitu pembangunan lestari harus diutamakan oleh setiap peringkat masyarakat.
Malah kita boleh menggunakan aktiviti resiprositi biarpun di peringkat lokal dan berskala kecil mampu
memberi impak positif kepada komuniti tersebut secara khususnya dan kepada masyarakat sejagat secara umumnya.
Amalan norma resiprositi tradisional di kawasan pergunungan di Provinsi Florida, Bolivia masih memainkan peranan
penting dalam membuat keputusan mengenai sistem pengurusan air tempatan (Hurni et. al 2014).
Tanggungjawab Sosial dalam Resiprositi Umum
Resiprositi antara isi rumah merangkum pandangan Sahlin mengenai resiprositi kekeluargaan. Resiprositi umum
ini merujuk kepada pertukaran yang mungkin bersifat altruistik, penawaran bantuan diberikan dan, jika mungkin
dan perlu, bantuan tersebut dibalas semula. Bagi Malinowski, jenis resiprositi yang paling sempurna adalah
hadiah... kerana nilai logiknya dan konteks yang tidak menjangkakan pembalasan langsung (Sahlins 1974:194).
Saya ingin mengambil contoh resiprositi umum yang bersifat tanggungjawab sosial dalam kejadian
kelahiran yang berlaku di dalam rumah dalam kalangan masyarakat Molbog. Majoriti kelahiran bayi Molbog
berlaku di dalam rumah atas beberapa faktor yang tidak boleh dielakkan khususnya dari segi jarak serta keadaan
perjalanan kawasan kampung ke Klinik Kesihatan Pulau Banggi (Lin 2018). Pelbagai individu akan bersiap sedia
dan sanggup menemani wanita yang bersalin tersebut termasuklah bidan kampung, ibu kandung, ibu mertua, ipar
serta biras akan membantu sepanjang masa wanita bersalin di rumah. Malah terdapat ahli keluarga lain akan
berperanan mengambil ubat-ubatan tradisional untuk penggunaan sepanjang tempoh berpantang 44 hari. Ahli
keluarga yang lain iaitu nenek kepada bayi tersebut akan menghasilkan “hadiah” bantal bayi yang diperolehi
daripada sumber alam semulajadi di sekitar kawasan perkampungan iaitu kapok (Gambar 1 A, B, C).
B) C)
A)
Gambar 1 A) Mencari tumbuhan perubatan tradisional berpantang di sekitar kawasan perkampungan, B)
Seorang nenek menyiapkan hadiah bantal untuk bayi yang baru lahir, C) Kapas kapok digunakan untuk
menghasil bantal.
Penjagaan Anak Sebagai Resiprositi Umum
Masyarakat Austronesia tradisional di Sabah mempunyai keseimbangan gender atau simetri seksual di mana
suami dan isteri bekerjasama dalam membesarkan anak dan juga dalam aktiviti sosioekonomi. Menurut Appell &
37
Seminar Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti Semasa Pandemik Covid-19
Appell, dalam kalangan masyarakat di kawasan pedalaman negeri Sabah, golongan suami biasanya menolong
isteri semasa melahirkan anak, dan anak-anak sangat disayangi tanpa mengira jantina (Pugh-Kitigan 2015). Hal
ini tidak dinafikan dalam kalangan komuniti Molbog ini bahawa suami dan isteri mempunyai perkongsian
tanggungjawab dalam menjaga anak. Malah golongan lelaki Molbog terlibat aktif dalam penjagaan anak bukan
sahaja semasa kelahiran tetapi dalam penjagaan bayi serta anak-anak lain yang sedang meningkat dewasa di
samping mencari nafkah untuk menampung kehidupan seharian (Gambar 2A). Selain daripada itu, ahli keluarga
yang lain serta jiran tetangga dalam kawasan perkampungan juga memainkan peranan membantu dalam
penjagaan anak, biarpun bayi yang baru lahir atau kanak-kanak yang semakin meningkat membesar (Gambar 2
B).
A) B)
Gambar 2 A) Seorang bapa mendodoikan bayi di ayunan, B) Seorang nenek mendukung cucunya yang
baru lahir dan dipantau oleh bidan kampung.
Penawaran Tenaga Kerja dalam Resiprositi Umum
Konsep resiprositi tenaga kerja dalam kegiatan penanaman padi dalam skala kecil/sederhana adalah sangat
penting dalam kalangan masyarakat pedalaman Sabah sebagaimana ia menekankan hubungan solidariti komuniti
dan merupakan satu-satu strategi pengurusan sumber ekonomi tani sara diri yang boleh diamalkan. Komuniti
petani padi sara diri harus menyelaraskan jadual aktiviti penanaman dan penuaian mereka serta memastikan
organisasi tenaga kerja resiprositi/timbal balik ini dapat dilaksanakan (Gimbad 2020). Aktiviti penanaman padi
sawah dan padi huma dalam kalangan masyarakat Molbog hanya dilaksanakan dalam skala yang kecil/sederhana
yang mana ia hanya melibatkan ahli-ahli sesebuah keluarga konjugal. Apabila tanaman padi mula matang, wakil
keluarga tersebut yang selalunya warga tua (ibu atau bapa) akan tinggal sementara di dalam sulap bersebelahan
dengan tapak tanaman padi. Kemudian aktiviti menuai padi akan dijalankan dengan kehadiran ahli-ahli berkongsi
(khususnya anak-anak dewasa keluarga konjugal tersebut) dan aktiviti menumbuk dan menampi beras akan
dilakukan serentak (Gambar 3 A, B, C).
C)
A) B)
Gambar 3 A) Ibu bermalam di dalam sulap untuk menjaga tanaman apabila padi mula matang, B) Adik
38
Seminar Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti Semasa Pandemik Covid-19
perempuan menampi beras yang telah ditumbuk untuk mengasingkan sekam padi, C) Abang sedang
menumbuk beras.
Khidmat Sosial dalam Resiprositi Umum
Pada dasarnya komuniti Molbog adalah masyarakat maritim yang bergantung kepada aktiviti pengumpulan hasil
laut di samping menjalankan aktiviti berkebun secara sambilan. Diet dan hasil tangkapan komuniti ini sangat
bergantung kepada musim serta cuaca semasa. Dengan itu komuniti ini harus bijaksana dalam mengoptimumkan
penggunaan dan pengurusan sumber alam berdasarkan kepada siri pertukaran musim. Selain daripada itu, isi
rumah yang berbeza akan menawarkan khidmat mengurus sumber makanan (laut dan darat) khususnya yang
melibatkan banyak proses atau merangkumi proses yang agak rumit. Sebagai contohnya, seseorang tuan rumah
warga tua memiliki bahan asas manakala individu lain daripada keluarga lain akan membantu membersihkan dan
memasak bahan-bahan mentah tersebut (Gambar 4 A, B). Hasil daripada resiprositi khidmat sosial ini, kedua-dua
pihak akan dapat makanan yang bermusim malah boleh bawa balik jikalau mempunyai lebihan makanan.
A) B)
Gambar 4 A) Hasil tangkapan belangkas oleh tuan rumah yang berumur, B) Jiran menawarkan bantuan
untuk proses membersihkan dan juga memasak belangkas tersebut.
Resiprositi Seimbang
Komuniti Molbog menghadapi pelbagai cabaran dalam kegiatan ekonomi khususnya dalam pencarian modal.
Namun begitu, komuniti ini mengamalkan strategi bergilir-gilir dalam menyumbangkan pelbagai sumber seperti
tenaga, wang dan peralatan (bot) untuk mencari rezeki khususnya dalam kegiatan memancing ikan (Gambar 5 A).
Hasil yang diperolehi akan dibahagi secara saksama (Gambar 5 B, C). Malah lebihan hasil tangkapan tersebut
boleh dijual kepada ahli komuniti lain dengan persetujuan semua pihak yang terlibat.
C)
A) B)
Gambar 5 A) Antara bot kecil yang digunakan untuk aktiviti penangkapan ikan di persisiran pantai, B)
Hasil tangkapan pada hari tersebut iaitu seekor ikan yu, C) Ikan tersebut dibersihkan dan diagihkan sama
rata di antara ahli-ahli yang terlibat.
39
Seminar Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti Semasa Pandemik Covid-19
Resiprositi dan Kolaborasi
Di dalam kawasan perkampungan komuniti Molbog, terdapat dua usahawan perikanan menyediakan platform
untuk golongan nelayan kecil-kecilan menjual hasil tangkapan laut. Sepertimana yang dinyatakan dalam
resiprositi seimbang di atas, penglibatan bersama di antara dua atau lebih buah isi rumah akan turun ke laut untuk
memperolehi hasil tangkapan untuk kegunaan sendiri dan juga menjual hasil dapatan yang lebih bernilai kepada
usahawan/orang tengah (Gambar 6 B).Kolaborasi (Kerjasama) ini di antara golongan nelayan dan usahawan
kelihatan bersifat resiprositi negatif yang mana pihak usahawan akan memperoleh lebih banyak keuntungan.
Namun begitu, bentuk kolaborasi ini juga penting untuk komuniti nelayan kerana ia merupakan salah satu
mekanisme untuk memperolehi wang tunai.
A) B)
Gambar 6 A) Salah satu orang tengah setempat yang mengumpul hasil tangkapan laut yang bernilai tinggi,
B) Hasil tangkapan harian akan disimpan dalam tong berais dan bersiap-sedia dibawah ke jeti Karakit
untuk dihantar ke Pasar Ikan Kudat.
Kesimpulan
Amalan resiprositi dan kolaborasi dalam kalangan isi rumah komuniti luar bandar adalah satu strategi yang
berjaya dan memberikan pelbagai manfaat kepada komuniti tersebut. Ia bagaikan satu satunya strategi
kelangsungan hidup dan ia tidak secara langsung berkait-rapat dengan pengurusan sumber secara optimum di
dalam kawasan persekitaran mereka. Kita tidak boleh menafikan bahawa teknologi baru seperti jaring ikan, baja
kimia, dan jentera berat mampu memberikan kelebihan dalam pembangunan serta pengurusan sumber alam.
Namun teknologi baru ini juga sering mengganggu keseimbangan ekologi kerana memungkinkan penuaian
sumber semula jadi dengan lebih cepat tanpa menghiraukan ilmu pengetahuan setempat pengurusan sumber alam
yang lebih mapan.
Amalan resiprositi dan kolaborasi yang sedia ada ini perlu diperkukuhkan agar ia seiring dengan
pengurusan sumber yang diamanahkan kepada penduduk setempat. Masyarakat setempat perlu diperkasakan dan
senantiasa diberikan kesedaran bahawa mereka diberi amanah untuk mengurus sumber alam (stewardship) demi
generasi masa depan. Cadangan kajian mendalam mengenai pengurusan sumber alam berpandukan kepada
pendekatan penyesuaian ekologi, sistem pengetahuan setempat dan hubungan ekonomi tempatan adalah penting.
Kajian amalan resiprositi harus diperdalami untuk mempertingkatkan pemahaman pengurusan sumber alam
mapan telah sekian lama diamalkan oleh komuniti luar bandar khususnya komuniti maritim seperti etnik Molbog
ini.
Penghargaan
Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada komuniti Molbog yang sudi menerima
40
Seminar Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti Semasa Pandemik Covid-19
saya sebagai sebahagian daripada ahli komuniti mereka. Dengan penuh kesabaran, keramahan dan kesediaan
masyarakat Molbog berkongsi pengetahuan dan perspektif kehidupan seharian mereka kepada saya sepanjang
tempoh saya menjalankan penyelidikan pascasiswazah doktor falsafah. Saya juga ingin mengucapkan terima
kasih kepada Universiti Malaysia Sabah atas sokongan dalam aktiviti penyelidikan saya. Di sini juga saya ingin
merakamkan penghargaan kepada penganjur Seminar Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti Semasa Covid-
19 kerana memberi peluang untuk membentang dan seterusnya berkongsi hasil penulisan kertas kerja ini untuk
diterbitkan.
Rujukan
Gimbad, E. (2020). Cultivating rice and identity: an ethnography of the Dusun people in Sabah, Malaysia. Hurni,
H., Molden, D., Wymann von Dach, S. & Zimmermann, A. B. (2014). Focus Issue: Family Farming in
Mountains—Institutional and Organizational Arrangements in the Context of Globalization. Mountain Research
and Development, 34(4), 313-314. Retrieved April 25, 2021, from
http://www.jstor.org/stable/mounresedeve.34.4.313
Kirk, A. (2007). Karl Polanyi, Marshall Sahlins, and the Study of Ancient Social Relations. Journal of Biblical
Literature, 126(1), 182-191.
Lin, P. Y. P., & Awang, H. (2018) Home Birth Among Molbog Women: Strength and Struggle. Prosiding
Simposium Wanita Dan Kesejahteraan Insan 2018, 54.
Lyman, S. T. 1990. The Makiang, In Lingenfelter, S. G. (ed.). Social Organization of Sabah Societies: Studies
from Six Societies, Bonggi, Idaʾan, Lotud, Makiang, Tagal, Timugon. Sabah Museum and State Archives
Department, pp.111-132.
Pugh-Kitingan, J. 2015. Cultural and Religious Diversity in Sabah and Relationships with Surrounding Areas, In
Ikuya Tokoro (ed.). Islam and Cultural Diversity in Southeast Asia. Tokyo: ILCAA, Tokyo University of
Foreign Studies, pp. 269-294.
Ritchie, H. and Roser, M (2017) - "Fossil Fuels". Published online at OurWorldInData.org. Retrieved from:
'https://ourworldindata.org/fossil-fuels' [Online Resource]
Sahlins, M. (1974). Stone Age Economics. London: Tavistock.
Singh, H. & F. Tongkul. (2004) The mountains of Sabah and Sarawak. In Prof. Datu’ Dr. Sham Sani (ed.). The
Encyclopedia of Malaysia. Volume 1: The Environment. Kuala Lumpur: Editions Didier Millet, pp. 32–
33.
Skinner E., Castleden H. (2014) Natural Resource Management (NRM). In: Michalos A.C. (eds)
Encyclopedia of Quality of Life and Well-Being Research. Springer, Dordrecht.
Stake, R. (1995). The art of case research. Thousand Oaks, CA: Sage Publications.
Stoner, J.A.F. dan Wankel, C. (1986). Management. Third Edition. Prentice-Hall International, Inc.: USA
Tellis, W. M. (1997). Introduction to Case Study. The Qualitative Report, 3(2), 1-14.
Tongkul, F. (2004) Mount Kinabalu. In Prof. Datu’ Dr. Sham Sani (ed.). The Encyclopedia of Malaysia. Volume
1: The Environment. Kuala Lumpur: Editions Didier Millet, pp. 34–35.
Yin, R. (1984). Case Study Research: Design and Methods. Beverly Hills, Calif: Sage Publications.
Yin, R. (1989). Case study research: Design and methods (Rev. ed.). Beverly Hills, CA: Sage Publishing.
Yin, R. (1994). Case study research: Design and methods (2nd ed.). Beverly Hills, CA: Sage Publishing.
Zaidah Zainal. (2007). Case study as a research method. Jurnal kemanusiaan, 5(1).
41
Seminar Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti Semasa Pandemik Covid-19
KERTAS KERJA 6
INOVASI DARIPADA KEARIFAN TEMPATAN SEMASA PANDEMIK COVID-19
1Jurry Foo, 1Colonius Atang, 1Jalihah Mohd. Shah, 1Harifah Mohd. Noor,
1Kee Y Sabariah Kee Mohd Yusof, 1Intan Soliha Ibrahim, 2Mansoor Abdul Hamid,
1Marja Azlima Omar 1Pauline Yong Pau Lin dan 1Suriyanahh Laude.
1Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS),
Kota Kinabalu, Sabah.
2Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Malaysia,
Kota Kinabalu, Sabah.
Email : [email protected]
Abstrak
Tujuan kertas kerja ini adalah untuk membincangkan inovasi yang boleh dihasilkan berasaskan kepada kearifan
tempatan sebagai kaedah menguruskan sumber pertanian semasa pandemik COVID-19 di Ranau, Sabah.
Pengurusan sumber pertanian merupakan agenda penting dalam tempoh pandemik yang tercetus pada awal tahun
2020. Bagi mendapatkan maklumat awal kerja mengumpul data dilakukan melalui pemerhatian, temu bual dengan
pengusaha pertanian dan melalui kajian kepustakaan. Hasil kajian mendapati bahawa Tindakan mengoptimumkan
kearifan tempatan dalam menguruskan sumber pertanian menunjukkan beberapa kesan positif termasuk cetusan
kreativiti, pewujudan peluang perniagaan dan peluang mengurangkan risiko lambakan sayuran dan pembaziran
sumber.
Kata Kunci: Inovasi, Kearifan Tempatan, COVID-19, Kubis
Pengenalan
Inovasi ialah tindakan pengubahsuaian idea, subjek atau objek yang memanfaatkan manusia sebagai pengguna,
manakala kearifan tempatan merujuk kepada pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai oleh komuniti atau
masyarakat dalam skala tempatan. Semasa tempoh pandemik COVID-19, beberapa isu dan masalah telah dikenal
pasti di daerah Ranau, khususnya di kawasan Kundasang yang sebahagian besarnya terlibat dalam perusahaan
pertanian iaitu. Isu tersebut ialah lambakan sayuran akibat terbantutnya operasi pemasaran yang menyebabkan
terjejasnya pendapatan pengusaha pertanian. Namun idea mengoptimumkan kearifan tempatan dalam
menguruskan sumber hasil pertanian tersebut wujud dengan mengambilkan kelebihan utama komuniti di Ranau
iaitu mempunyai sumber tersedia dan pengetahuan dan kemahiran sedia ada dalam memproses makanan.
Inovasi
Lazimnya inovasi ditakrifkan sebagai Tindakan menghasilkan produk atau barangan yang boleh dilihat dengan
mata kasar. Inovasi Sosial menjurus kepada aspek sumber, kos operasi dan peningkatan produktiviti yang
membawa kepada impak positif untuk masyarakat khususnya dari segi peningkatan kualiti kehidupan (Marwan et
al., 2017). Dari sudut pandang akademik, inovasi boleh dilihat sebagai inovasi ilmu, inovasi teknologi dan inovasi
sosial, iaitu melibatkan pemindahan kepakaran dan dapatan penyelidikan atau diaplikasikan oleh komuniti bagi
meningkatkan kesejahteraan dan sosioekonomi (Ibrahim, 2015).
42
Seminar Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti Semasa Pandemik Covid-19
Kearifan tempatan
Kearifan ialah pengetahuan yang dikuasai dan terlihat melalui amalan harian. Pengetahuan merujuk kepada
maklumat yang dimiliki dan menjadi pembimbing atau panduan kepada tingkah laku manusia dalam kehidupan
harian (Mumtazah, 2011). Kearifan tempatan adalah terdiri daripada dua perkataan dalam bahasa Inggeris iaitu
‘local wisdom’ yang bermaksud setempat (local) dan hikmah dan juga kebijaksanaan (wisdom) (Mohd Yusry
Yusof, 2020). Merujuk kepada Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD) kearifan tempatan adalah hasil
kumulatif pengetahuan dan kepercayaan yang boleh diperoleh melalui kaedah pewarisan turun temurun dan
hubungan sesama manusia dalam kehidupan, termasuk hubungan manusia dengan persekitaran semula jadi.
Pengurusan sumber memerlukan pengetahuan yang tepat (Katiman dan Asmah, 2006). Kearifan tempatan boleh
mempengaruhi pelestarian alam sekitar (Minah Sintian et al., 2018) kerana kearifan tempatan juga berkaitan
dengan hubungan manusia dan persekitaran semula jadinya, maka kearifan tempatan boleh mempengaruhi
penggunaan sumber dalam kehidupan manusia.
Kawasan Dan Skop Kajian
Kajian ini dilakukan di daerah Ranau, Sabah termasuk kawasan Kundasang kerana ia yang paling terjejas
mengalami lambakan sayuran semasa pandemik COVID-19. Skop kajian tertumpu kepada jenis pemprosesan
makanan berasaskan kearifan tempatan dalam kalangan komuniti dan manfaat daripada mengoptimumkan
kearifan tempatan dalam menguruskan sumber pertanian. Data dikumpul melalui kaedah pemerhatian kepada
pengusaha pertanian di Ranau dan pemerhatian tertumpu kepada kumpulan pengusaha yang mengoptimumkan
kearifan tempatan memproses sayuran menjadi pelbagai produk makanan. Temu bual pula dijalankan dalam
kalangan pengusaha pertanian dan melalui kajian kepustakaan. Hasil kajian mendapati bahawa Tindakan
mengoptimumkan kearifan tempatan dalam menguruskan sumber pertanian menunjukkan beberapa kesan positif
termasuk cetusan kreativiti, pewujudan peluang perniagaan dan peluang mengurangkan risiko lambakan sayuran
dan pembaziran sumber.
Hasil Kajian
Kearifan tempatan sedia ada dalam kalangan komuniti
Kearifan tempatan adalah budaya dan amalan biasa yang tersedia dalam masyarakat (Jurry, 2020). Kearifan
tempatan popular yang sedia ada dalam kalangan komuniti terdiri daripada pengawetan, pengeringan, pengasapan
atau penyalaian dan penggorengan. Pengetahuan ini lazimnya dipelajari daripada warisan keluarga termasuk
pembudayaan yang dipengaruhi oleh perkahwinan campur dan sosialisasi dalam masyarakat berbilang kaum.
a) Pengawetan
Kaedah pengawetan adalah kaedah pemprosesan makanan yang paling popular di kawasan kajian. Hampir
kesemua bahan mentah daripada tumbuhan termasuk sayuran, buah-buahan dan haiwan diawet agar tahan lama
dan dapat menjamin bekalan makanan serta mengelakkan pembaziran sumber. Makanan yang diawet dikenali
sebagai ‘jaruk’ dan ‘bosou’.
43