The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

EBOOK TEORI TINGKAH LAKU PGA101

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Fasya Zulkifli, 2020-12-25 12:03:03

TEORI TINGKAH LAKU

EBOOK TEORI TINGKAH LAKU PGA101

Adawiyyah

Fasya Mashitah

teori
tingkah

laku

Buku ini sesuai dibaca oleh pelajar dan guru

nama ahli
kumpulan

NOR RABBIATUL ADAWIYYAH BINTI
ROSMANI @ ROSMAN (150592)
FASYA HUSNINA BINTI ZULKIFLI
(151890)
CHE WAN NURUL MASHITAH BINTI CHE
WAN YAHYA (151682)

NAMA
PENSYARAH

DR NOORAIDA BINTI YAKOB

ISI U/ED
KANDUNGAN

BIL PERKARA M/S

1.0 PENGENALAN 1-2
2.0 3
3.0 CIRI-CIRI TEORI
BEHAVIORISME 4-9
4.0
5.0 PRINSIP-PRINSIP 10-45
6.0 DALAM TEORI 46-52
7.0 BEHAVIORISME
53
TOKOH-TOKOH 54-55
BEHAVIORISME DAN
PENGAPLIKASIANNYA

KELEBIHAN DAN
KEKURANGAN TEORI

BEHAVIORISME

KESIMPULAN

RUJUKAN

8.0 SOALAN TEORI 56-57
BEHAVIORISME

PENGENALAN

Teori Pembelajaran Behaviorisme
merupakan satu teori psikologi yang
merujuk kepada perilaku seseorang
individu. Menurut Desmita (2009:44),
teori pembelajaran behaviorisme ini
ialah teori bagi mempelajari dan
memehami sikap serta tingkah laku
seseorang individu dengan
menggunakan pendekatan
objektif,materialistik dan mekanistik
sehingga perubahan sikap ataupun
tingkah laku seseorang individu itu
dapat dilaksanakan melalui upaya
pengkondisian. Dengan kata
lain,teori behaviorisme ini ialah teori
yang memperjelaskan bahawa faktor
persekitaran memainkan peranan
sebagai faktor yang mempengaruhi
tingkah laku individu.

Terdapat 4 tokoh yang mempelopori
teori ini antaranya ialah John
Broadus Watson,Ivan Petrorich
Pavlov, Burrhus Frederic Skinner dan
Edward Lee Thorndike.

Tokoh-tokoh ini melihat tentang
wujudnya perkaitan antara faktor
persekitaran dan tingkah laku
individu. Mereka turut menggunakan
konsep peneguhan dan pendendaan
bagi menjelaskan mengapa
sesetengan tingkah laku itu wujud
ataupun dihapuskan. Tokoh-tokoh ini
percaya bahawa tingkah laku
individu,minat,nilai kepercayaan dan
pelbagai lagi merupakan sesuatu
yang dipelajari.

Tokoh-tokoh ini menggunakan
prinsip pelaziman klasik dan
pelaziman operan bagi menjelaskan
tentang proses pembelajaran.
Pelaziman klasik telah dipelopori
oleh tokoh Ivan Pavlov dan Watson
manakala Pelaziman Operan pula
telah dipelopori oleh Thorndike dan
Skinner. Penelitian terhadap teori-
teori yang dikemukakan ini penting
bagi memahami sikap atau perilaku
pelajar ketika proses pembelajaran
dijalankan. Para guru dan ibu bapa
dapat mengambil manfaat daripada
teori ini dan mengaplikasikannya
dalam kehidupan seharian.

CIRI-CIRI TEORI
BEHAVIORISME

Ciri Teori Behaviorisme adalah melalui pembentukan respon
dan tingkah laku yang diberikan oleh seseorang individu. Hal
ini demikian kerana teori ini mengutamakan hubungan antara
stimulus dan respon.Hubungan yang dimaksudkan adalah patut
dilihat dan diukur. Disamping itu,Teori Behaviorisme ini
mementingkan latihan terutamanya latihan yang dilakukan
secara bertubi-tubi. Dengan kata lain kelaziman yang wujud
apabila seseorang diberikan stimulus yang berulang-ulang
sehingga seseorang individu merespon dengan sendirinya
walaupun hanya diberikan stimulus yang ringan. Akhir sekali,
ciri Teori Behaviorisme adalah penyelesaian masalah melalui
kaedah cuba dan ralat. Seseorang yang melakukan perkara
yang berulang lalu mencuba sesuatu dengan cara yang sama
namun mempunyai hasil yang berbeza.

TOKOH
PELOPOR

IVAN PETRORICH PAVLOV
JOHN BROADUS WATSON

EDWARD LEE THORNDIKE

BURRHUS FREDERIC SKINNER

2 PRINSIP TEORI
BEHAVIORISME

PELAZIMAN PAVLOV
KLASIK WATSON

THORNDIKE PELAZIMAN
OPERAN
SKINNER













Beliau juga telah melanjutkan
pelajarannya dan telah memulakan
kajian tentang pencernaan dan peredaran
darah. Disebabkan oleh karyanya yang
terkenal maka beliautelah telah menerima
gelaran sebagai professor fisiologi di
Akademi Kedoktoran Kekaisaran Rusia.

Pavlov telah memperkenalkan dua
hukum bahawa asas pembelajaran iaitu
proses pembentukan mempunyai
hubungan antara rangsangan dan gerak
balas. Rangsangan yang ditafsirkan adalah
persekitaran yang akan menghasilkan
gerak balas secara langsung atau tidak
langsung. Manakala gerak balas pula
merupakan perlakuan seseorang individu
yang bertindak balas terhadap rangsangan.

PENGAPLIKASIAN
TEORI PAVLOV

Teori ini melibatkan pemasangan
antara rangsangan neutral dan
rangsangan yang akan menghasilkan
sesuatu gerak balas sehingga
rangsangan neutral yang
sebelumnya itu dapat menghasikan
gerak balas tertentu.
Pavlov telah menjalankan
sebuah eksperimen ke atas seekor
anjing bagi menjelaskan konsep
teorinya itu. Kelenjar air liur
anjing telah dianalisiskan bagi
melihat bagaimana mereka dapat
memberikan makanan pada
keadaan yang berbeza. Beliau
sedar bahawa anjing tersebut
akan mengeluarkan air liurnya
apabila ia melihat makanan.

JADUAL PELAZIMAN
KLASIK

Berdasarkan kepada jadual
tersebut,terdapat 3
bahagian iaitu sebelum
pelaziman,proses pelaziman
dan selepas pelaziman.









JOHN BROADUS
WATSON

1878-1958

BIODATA

WATSON

John B. Watson merupakan seorang
ahli psikologi. Beliau telah dilahirkan
pada 9 Januari 1878 di Carolina
Selatan. Pada tahun 1958,beliau telah
meninggal dunia. Beliau juga telah
memperluaskan teori tingkah
laku.Pada usia 16 tahun,beliau telah
belajar di Universiti Furman di
Greenville,Carolina Selatan. Beliau
telah menuntut di University of
Chicago serta mendapat ijazah
kedoktoran . Pada tahun 1903, beliau
telah memperolehi PhD dalam
bidang psikologi. Oleh itu,beliau
telah menguasai dalam bidang
psikologi ,falsafah serta neurologi di
Chicago.

EKSPERIMEN TEORI
WATSON

Watson telah menjalankan penyelidikan mengenai tingkah
laku haiwan penternakan seperti anjing, tikus putih, monyet
dan arnab dengan seorang bayi yang bernama Albert atau
dikenali sebagai “Little Albert”. Dalam ekperimen, terdapat
beberapa tahap iaitu pada Tahap 1 iaitu pada usia Albert 9
bulan. Albert diberikan haiwan-haiwan tersebut. Pada
mulanya, reaksi Albert adalah gembira dan menyenangkan
apabila melihatkan haiwan-haiwan tersebut. Pada tahap yang
seterunya iaitu pada usia Albert 11 bulan, Albert ditunjukkan
lagi tikus putih,arnab,monyet dan anjing. Namun begitu tiba-
tiba bunyi yang sangat kuat telah dihasilkan serentak dengan
kemunculan haiwan penternakan tersebut.Setelah bunyi yang
sangat kuat dihasilkan telah mengakibatkan Albert
menangis.Eksperimen ini diulang berkali-kali akan tetapi
Albert tetap takut dan menangis walaupun tanpa sebarang
bunyi dihasilkan. Kesan dari perhubungan ini,
maka telah menimbulkan gerak balas takut yang dihasilkan
melalui tangisan.

PENGAPLIKASIAN
TEORI WATSON

Melalui eksperimen ini, ternyata perilaku yang positif boleh
dibentuk dengan rangsangan yang sesuai sepanjang proses
pembelajaran. Melalui latihan latih tubi juga perlu untuk
memperkuatkan kelemahan terhadap sesuatu matapelajaran
yang dipelajari oleh para pelajar.Hal ini berkait rapat apabila
seseorang pelajar yang lemah dalam matapelajaran
Matematik dan memerlukan pelajar yang menghafal atau
menguasai segala rumues atau formula seperti dalam topik
Trigonometri.Oleh itu, dengan adanya latih tubi ini para
pelajar akan lebih muda mengingat sehingga dapat menjawab
peperiksaan.Selain itu, guru hendaklah mengajar pelajar-
pelajar melalui penerapan rangsangan positif yang dapat
memberi dorongan ke arah kebaikan kepada pelajar agar
dapat memberi kesan efektif dalam proses pembelajaran.Para
guru juga perlu mengelakkan dari perbuatan yang memberi
kesan negatif kepada pelajar seperti memukul, memaki dan
menghina pelajar.

EDWARD LEE
THORNDIKE

1874-1949

BIODATA

THORNDIKE

Pada 31 Ogos 1874, telah lahir seorang tokoh
yang bernama Edward Lee .Beliau telah
menghabiskan hampir keseluruhan
kerjayanya di Kolej Guru, Universiti
Columbia serta menjadi seorang ahli
psikologi di Amerika Syarikat.Pada tahun
2002,Kajian Semula kaji selidik Psikologi
Am telah diterbitkan,walaupun beliau telah
meninggal dunia pada tahun 1949 akan
tetapi beliau telah diletakkan sebagai ahli
psikologi kesembilan yang paling disebut
pada abad ke-20.Hal ini demikian
kerana,beliau memiliki pengaruh yang
memberi kesan yang positif terhadap teori
tingkah laku serta menganalisis teori
tersebut sehingga dapat menghasilkan
kerangka asas bagi undang-undang
empirikal dalam psikologi tingkah
laku.Beliau juga mengemukakan hukum
pembelajaran Thorndike yang cukup
membantu pelajar dan guru dalam proses
pembelajaran.

EKSPERIMEN
TEORI

THORNDIKE

Dalam eksperimen Thorndike, beliau telah
menggunakan seekor kucing bagi
menghasilkan kajian beliau tentang teori
tingkah laku.Di dalam eksperimen
tersebut, kucing yang lapar dikurung di
dalam sangkar manakala di luar sangkar
diletakkan makanan kucing . Melalaui
proses cuba jaya ,kucing itu melakukan
pelbagai tindakan untuk melepaskan
diri.Tidak lama kemudiannya, Kucing
terpijak tuas lalu pintu sangkar terbuka
dan kucing tersebut menuju ke arah tempat
makanan .Pengkaji mengurung semula
kucing tersebut dan ia melakukan proses
yang sama untuk melepaskan diri.Setelah
tamat eksperimen tersebut,Thorndike telah
menunjukkan bahawa haiwan dan manusia
mempelajari proses yang sama iaitu
melalui kaedah cuba jaya

HUKUM

PEMBELAJARAN

THORNDIKE

Thorndike juga telah mengemukakan hukum
pembelajarannya, salah satunya adalah Hukum
Kesediaan yang merupakan kemampuan
pelajar ketika memulakan sesuatu aktiviti
pembelajaran. Kesediaan yang dimaksudkan
adalah dari segi psikomotor,efektif,kognitif
sebelum proses pembelajaran bermula.Dari
persepsi seorang guru pula, para guru perlu
menjelaskan objektif pembelajaran agar pelajar
dapat mengetahui apa yang ingin dipelajari
oleh seorang guru dan respon apa yang
diharapkan oleh guru.Hukum yang seterusnya
adalah Hukum Latihan iaitu apabila seseorang
pelajar melakukan banyak latihan maka
bertambah kuat ikatan terhadap gerak balas
yang tertentu dengan rangsangan yang
dibentuk.Akhir sekali,Hukum Kesan adalah
melalui rangsangan dan gerak balas yang
dapat meningkatkan daya ingatan sekiranya
berlaku kesan yang positif setelah gerak balas
dihasilkan oleh pelajar. Jika berlaku sebaliknya
iaitu rangsangan yang tidak membuahkan
hasil yang memberi kesan yang negatif akan
mewujudkan suasana kurang
menyeronokkan kepada pelajar.

PENGAPLIKASIAN
TEORI

THORNDIKE

Melalui eksperimen Thorndike yang berulangan
dapat diaplikasikan dalam proses belajar, Para
pendidik hendaklah menyampaikan sesuatu
pembelajaran dengan cara yang menyenangkan
seperti menggunakan contoh dan soal latihan dari
yang mudah sampai yang sulit bagi meningkatkan
kefahaman pelajar dalam sesuatu
matapelajaran.Melalui kaedah pelaziman terhadap
penyampaian pembelajaran dan latihan ini dapat
membantu pelajar dalam menguasai topik
pembelajaran serta mengingati dengan jangka
masa yang lebih panjang.Secara tidak langsung,
pelajar dapat mengikuti proses pembelajaran dari
tahap sederhana sehingga ke tahap yang lebih
kompleks.Oleh itu, pelajar yang telah berusaha
sedaya upaya dalam pembelajaran harus diberi
ganjaran seperti hadiah oleh guru, manakala yang
belum menguasainya pelajar harus segera
memperbaikinya serta guru perlu memberi
semangat dan dorongan agar pelajar
tersebut bersemangat untuk memperbanyakkan
lagi latihan pengukuhan.





































KELEBIHAN DAN
KEKURANGAN

TEORI
BEHAVIORISME


Click to View FlipBook Version