The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

EBOOK TEORI TINGKAH LAKU PGA101

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Fasya Zulkifli, 2020-12-25 12:03:03

TEORI TINGKAH LAKU

EBOOK TEORI TINGKAH LAKU PGA101

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN
TEORI WATSON

Terdapat kelebihan dalam Teori Tingkah laku yang
dipelopori oleh John B. Watson iaitu gerak balas yang dapat
dihasilkan melalui rangsangan yang berpadanan dengan
keadaan yang berlaku . Melalui rangsangan yang diberikan
,pelajar akan dapat melakukan gerak balas yang berlaziman.
Hal ini berkait rapat apabila para pendidik memberikan
ganjaran yang berbentuk rangsangan positif seperti dalam
bentuk hadiah yang kecil kepada pelajar semasa mendapat
keputusan yang cemerlang dalam ujian,secara tidak
langsung pelajar akan bersaing secara sihat dengan
melakukan latihan bertubi-tubi untuk mendapatkan
ganjaran oleh guru. Namun begitu terdapat juga kelemahan
terhadap teori ini iaitu proses pembelajaran pelaziman atau
pengulangan ini mengambil tempoh masa yang lama bagi
menghasilkan impak yang positif. Dalam teori ini,konsep
pelaziman yang diterangkan adalah seperti melakukan
latihan secara berulangan atau bertubi-tubi. Hal ini
disebabkan latihan secara berterusan ini mempunyai
tempoh masa yang ditetapkan bagi mewujudkan sesuatu
pelaziman .

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN
TEORI THORNDIKE

Terdapat kelebihan teori yang diperkenalkan oleh Edward
Lee Thorndike iaitu proses pembelajaran akan berjalan
lancar apabila para pendidik dan pelajar mengamalkan
hukum pembelajaran Thorndike yang dibahagikan kepada
tiga iaitu hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum
kesan.Sekiranya seseorang pelajar menggunakan hukum-
hukum tersebut bagi menguasai sesuatu topik sehingga
dapat menghasilkan impak yang memberangsangkan. Oleh
itu, melalui pemberian hadiah oleh guru dapat membentuk
kesan yang positif terhadap pelajar serta dapat
memotivasikan mereka agar lebih bersedia untuk menjalani
proses pembelajaran. Namun begitu, terdapat juga
kelemahan teori ini iaitu teori ini hanya menekankan pada
satu kaedah sahaja.Kaedah yang digunakan adalah kaedah
cuba dan ralat yang diketengahkan oleh Thorndike . Sebagai
contoh, apabila seseorang pelajar kurang berminat terhadap
pembelajaran menyebabkan gerak balas positif tidak akan
terhasil secara semula jadi.Hal ini demikian kerana apabila
pelajar menggunakan kaedah ini , pelajar tersebut mungkin
berada dalam keadaan yang terdesak .









RUJUKAN

Zulhammi.2015. - Teori Belajar
Behavioristik dan Humanistik dalam
Perspektif Pendidikan Islam(Jurnal Darul
Ilmi) Vol. 3 No.1 Hal.105-127

Jas Laile Suzana Jaafar - Buku Psikologi
Kanak-Kanak & Remaja (1996) - Dewan
Bahada dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Ahmad Johari Sihes (2014) "Teori
Pembelajaran"

Andriyani,Fera (2015). "Teori Belajar
Behavioristik dan Pandangan Islam
Tentang Behavioristik. (Jurnal Pendidikan
Dan Pranata Islam). Edisi 10 No.2 Hal. 165-
180"

Novi Irwan Nahar. (2016). " Penerapan
Teori Belajar Behavioristik Dalam Proses
Pembelajaran"






Click to View FlipBook Version