Hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak dibenarkan dicetakatau disalin semula, disimpan dalam mana-mana sistem perolehan kembali, diedarkan atau dipindahkan dalam sebarang bentuk, sama ada bentuk elektronik, salinan foto, rakaman atau dengan cara apajua pun, tanpa mendapat kebenaransecara bertulis terlebih dahulu daripada MK e-Solutions Sdn. Bhd., Malaysia. FALSAFAH DAN ISU SEMASA © MK e-Solutions Sdn. Bhd. ISBN 978-967-0036-14-4 Terbitan Pertama : 2023 PENULIS Khairul Hamimah Mohammad Jodi Ku Muhamad Asmadi Ku MohdSaadAzizi Jaafar Mohd Nahi Abdullah Mohd Syariefudin Abdullah Mohd Hilmi Rozali Nor Rul Azlifah Zulkafali Mohd Lutfi Ahmad Wan Hasmah Laili Wan Hamat Norafizah Mustafa Junainah Mohamad Salleh Nor Syahida Ahmad Kesahihan fakta dan tafsiran dalam terbitan ini adalah tanggungjawabpenulissepenuhnya dan tidak mewakili pandangan, tafsiran dan huraian pihak penerbit. Penerbit: MK e-Solutions Sdn. Bhd. (200801002403) (MKE) 6th Floor, Suite 16, IOI Business Park, Persiaran Puchong Jaya Selatan, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong Selangor. Malaysia. Tel: +603 80644228. Fax: +603 80642050 Website: http://www.mke-solutions.com Email: [email protected] Kerjasama: Penerbit IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur Lingkungan Budi. 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. [email protected] Dicetak oleh: CIPTA Printing & Publishing (M) Sdn Bhd No.16, Persiaran Rishah 14, Kawasan Perindustrian Silibin, 30100 Ipoh, Perak. Malaysia Tel : +605-5262627 Fax : +605-526220
Kandungan i Prakata ii Bab 1 Pengenalan Falsafah 1Bab 2 Falsafah dalam Kehidupan 45Bab 3 Konsep Insan 72Bab 4 Seni dan Kaedah Berfikir 113Bab 5 Etika Dalam Perspektif Falsafah Islam140Bab 6 Epistemologi dan Isu Semasa 166Bab 7 Isu-Isu dalam Pendidikan Falsafah 184Bab 8 Isu-Isu Kontemporari dalam Pendidikan dan210Falsafah Biodata Penulis 236
Falsafah merupakan bidang kajian yang begitu luas sertamencakupi keseluruhan bidang kehidupan manusia. Buku Falsafah dan IsuSemasaini bertujuan memperkenalkan ilmu falsafah dan perkembangannyadalampendidikan falsafah. Buku ini cuba menghuraikan falsafah, maksudintipati falsafah, falsafah dalam kehidupan dan aliran-aliran yang terdapat dalambidang ilmu falsafah secara jelas dengan cara yang mudah difahami. Kupasansetiap bab dalam buku ini akan membantu para pembacaataupelajarmemahami dengan jelas tentang maksud falsafah secara umum. Bab 1 mengupas tentang pengenalan falsafah danBab2menjelaskan tentang kepentingan falsafah dalam kehidupan. Bab3pulamembincangkan konsep insan berdasarkan ilmu psikologi, sosiologi danmetafizik. Bab 4 menyentuh soal seni berfikir dan kaedah berfikir danBab5menyentuh etika dalam perspektif Falsafah Islam. Bab 6berkaitanEpistemologi dan Isu Semasa sementara Bab 7 memaparkan perbincangantentang Isu-isu dalam Pendidikan Falsafah. Akhir sekali dalamBab8dibicarakan Isu-Isu Kontemporari dalam Pendidikan dan Falsafah. Kesemuapenjelasan penulis tentang setiap bab akan memberikan satu nafasbaharudalam pengetahuan tentang ilmu falsafah. Kefahaman tentang falsafahamatpenting membolehkan seseorang menyedari apakah yang sebenarnyaharusdilakukan dalam memperoleh dan menyampaikan ilmu dengansetiapisi kandungan ilmu mempunyai kaitan dengan falsafah. Buku ini sesuai dimiliki dan dihayati terutamanya parapelajar,pendidik dan pemikir dari segenap aliran atau peringkat sama adadi sekolah,institut perguruan, universiti awam ataupun swasta bagi tujuan memantapkanpengetahuan ilmu falsafah. Buku ini juga penting kepada pelajar-pelajarkhususnya dalam bidang pendidikan di peringkat diploma, ijazahpertama,mahupun ijazah lanjutan di institut perguruan serta universiti awamdanswasta sebagai persediaan seorang pendidik. Akhir kata, kami berharap buku Falsafah dan Isu Semasaini dapatmemberikan pemahaman yang lebih kepada semua pembaca. Penerbitanbuku ini juga diharap dalam menambah koleksi rujukan pelajar-pelajardi Universiti Awam, Universiti Swasta dan di pelbagai institusi pengajianyanglain. Oleh itu, pihak kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaankepadapihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menghasilkanbuku ini. Panel Penulis
1 PENGENALAN ILMU FALSAFAH Mohd Syariefudin Abdullah Nor Rul Azlifah Zulkafali 1.1 PENGENALAN ILMU FALSAFAH Bidang falsafah merentas pelbagai disiplin ilmu. Contohnya bidang sains mempunyai falsafah sains, manakala bidang undang-undang pula akan berpaksikan terhadap falsafah perundangan. Dalam skop yang besar, ilmu falsafah ini merentas tamadun dan bangsa. Misalnya Tamadun Islam berbeza dengan Tamadun Melayu walaupun tamadun Melayu sendiri pasaknya agama Islam. Begitu juga dengan tamaduntamadun lain iaitu tokoh ikon falsafah yang lahir adalah berbeza-beza. Justeru, dengan adanya ilmu falsafah, bentuk tamadun di dunia adalah bervariasi.
2 FALSAFAH DALAM KEHIDUPAN Nor Rul Azlifah Zulkafali Mohd Lutfi Ahmad 2.1 PENGENALAN Ilmu falsafah merupakan keperluan dalam kehidupan manusia yang tidak boleh dipisahkan. Manusia menggunakan akal dan anggota untuk menyelesaikan tanggungjawab dalam kehidupan. Falsafah dalam kehidupan memberi maksud kepada pandangan atau pemikiran asas yang membimbing dan membentuk tingkah laku, segala tindakan, dan membuat pilihan dalam menjalani kehidupan seharian. Falsafah merangkumi aspek nilai, kepercayaan dan prinsip yang boleh membentuk cara kita memahami dunia, tujuan hidup, serta cara kita berinteraksi dengan orang lain dan alam sekitar.
3 KONSEP INSAN Dr Ku Muhamad Asmadi Bin Ku Mohd Saad Nor Syahida Binti Ahmad 3.1 PENGENALAN Insan atau manusia adalah makhluk Allah SWT yang paling istimewa kerana dikurniakan akal yang boleh berfikir, berkehendak, boleh menerima dan mengembangkan ilmu pengetahuan. Keadaan inilah yang membezakan di antara manusia dengan haiwan secara psikologi serta sosiologinya. Allah SWT telah mengatur setiap perkara di dalam alam ini secara seimbang. Maka, manusia bertanggungjawab memastikan dan memelihara keseimbangan dalam semua aspek kehidupan bagi melahirkan insan sejahtera yang mampu menjaga keharmonian dan kemakmuran untuk semua.
4 SENI DAN KAEDAH BERFIKIR Dr Mohd Nahi Abdullah Dr Azizi Jaafar Nor Rul Azlifah Zulkafali 4.1 PENGENALAN Semua manusia dianugerahkan oleh Allah akal yang waras untuk berfikir secara rasional. Setiap orang mempunyai cara berfikir berdasarkan kemampuan akal masing-masing. Di dalam konsep falsafah terdapat pelbagai kaedah berfikir. Berfikir merupakan cara bagaimana manusia membentuk idea, membentuk semula pengalaman dan menyusun maklumat dalam bentuk tertentu. Dengan kata lain berfikir ialah satu operasi seni yang menggunakan fakta-fakta yang sedia ada untuk mencadangkan fakta-fakta yang lain supaya fakta dapat dipercayai berdasarkan fakta yang sedia ada. Berfikir ialah suatu
5 ETIKA DALAM PERSPEKTIF FALSAFAH ISLAM Wan Hasmah Laili Wan Hamat Norafizah Mustafa 5.1 PENGERTIAN ETIKA SECARA UMUM DAN ETIKA ISLAM Pengertian etika Perkataan etika berasal daripada bahasa Inggeris iaitu ethics dan dalam peradaban Barat perkataan etika ini diambil daripada perkataan Greek iaitu ethos yang bermakud sikap atau peribadi (Encyclopedia of Ethics 2001). Peradaban Barat mendefinisikan etika sebagai sikap dan adat yang menentukan tingkah laku sesebuah masyarakat. Berdasarkan
6 EPISTEMOLOGI DAN ISU SEMASA Dr Khairul Hamimah Mohammad Jodi 6.1 PENGENALAN Perbincangan tentang konsep epistemologi pada kebiasaannya dikaitkan dengan persoalan falsafah merupakan aspek penting dalam pengkajian ilmu pengetahuan. Sehubungan dengan itu, konsep epistemologi memainkan peranan utama dalam masyarakat yang bertindak sebagai pandangan hidup (world view) yang merangkumi kehidupan dunia dan akhirat. Timbul pula persoalan, sejauh mana epistemologi mempunyai hubungan dengan ideologi? Perkara ini boleh berlaku berdasarkan sumber rujukan, kefahaman, pengalaman dan persekitaran individu tersebut. Hubungan tersebut akan dibincangkan dengan lebih lanjut lagi dalam topik ini.
7 ISU-ISU DALAM PENDIDIKAN FALSAFAH Dr Mohd Hilmi Rozali Junainah Mohd Salleh 7.1 ISU FALSAFAH DALAM KONTEKS PEMIKIRAN ETIKA MODEN Akhlak dan Etika i. Konsep Akhlak Perkataan akhlak berasal daripada bahasa Arab yang bererti budi pekerti, budi bahasa, adab sopan, tingkah laku, moral dan sebagainya. Khuluq adalah kata jamak bagi istilah akhlak yang membawa pengertian dari sudut bahasanya ialah sifat, tabiat atau perangai. Akhlak merujuk
189 ISU-ISU DALAM PENDIDIKAN FALSAFAH Perbezaan Antara Akhlak dan Etika Setelah mengikuti konsep akhlak dan etika, maka boleh disimpulkan bahawa terdapat beberapa kriteria yang membezakan kedua konsep tersebut. Perbezaan tersebut dapat dilihat melalui jadual di bawah. Bil Kriteria Akhlak Moral 1 Sumber Wahyu alQuran dan alSunah Falsafah 2 Penentuan Nilai Tuhan Manusia 3 Tujuan dan matlamat Pembentukan sahsiah, keharmonian dan kestabilan masyarakat serta mencari keredaanTuhan Pembentukan sahsiah, keharmonian dan kestabilan masyarakat 4 Nilai Tindakan Zahir dan Batin Zahir 5 Hubungan Manusia dan Tuhan Manusia 6 Sifat Mutlak, sempurna dan tetap Relektif, subjektif dan sementara Jadual 7.1 Perbezaan antara akhlak dan etika
8 ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN DAN FALSAFAH Dr Khairul Hamimah Mohammad Jodi 8.1 PENGENALAN Kehidupan manusia tidak pernah lari daripada pelbagai isu, cabaran dan ujian yang dikenali sebagai masalah. Setiap masalah yang muncul mampu membentuk manusia berfikir, mengaitkannya daripada pelbagai sudut seterusnya mencari alternatif kepada penyelesaian. Isu-isu yang lahir pada setiap zaman agak berbeza serta mempunyai cabarannya tersendiri seperti isu dan cabaran yang dihadapi oleh generasi Baby Boomers, X, Y, Z dan Alpha. Masalah yang muncul hampir pada saban hari disebut sebagai ‘isu semasa’. Isu bermaksud perkara pokok atau persoalan, manakala istilah ‘semasa’ bersinonim dengan ‘kontemporari’ yang membawa maksud pada masa yang sama atau masa kini (Pusat Rujukan Persuratan Melayu, 2022). Ringkasnya isu-isu semasa merupakan persoalan atau masalah yang muncul ini melibatkan kepentingan masyarakat dan individu.
211 ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN DAN FALSAFAH 8.2 ISU-ISU SEMASA DAN CABARAN MASA DEPAN Rajah berikut menunjukkan tajuk-tajuk isu semasa yang akan dibincangkan dalam topik ini. Rajah 8.1 Isu semasa dan cabaran masa depan Hegemoni Barat Globalisasi Media Ekonomi Politik Sosial Hak Asasi Manusia Krisis Alam Sekitar Persepsi Jihad Islamofobia Etika Dalam Sains Liberalisme Pluralisme ISU SEMASA DAN CABARAN
BIODATA PENULIS 237 Dr. Azizi Jaafar, merupakan pensyarah cemerlang (Pedagogi) di Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Kota Bharu Kelantan. Berkelulusan Doktor Falsafah Pendidikan (PhD) dalam bidang Kurikulum dan Pengajaran di Universiti Utara Malaysia (2015). Telah banyak menghasilkan penulisan buku-buku ilmiah dan ilmu pendidikan sama ada dalam bentuk fizikal dan digital ebook. Berpengalaman luas dalam bidang pendidikan sebagai pensyarah di IPG Kampus Kota Bharu sejak tahun 2007 hingga kini. Pada 2022 beliau telah mendapat Anugerah Citra Ilmu Harapan Peringkat Kebangsaan IPGM KPM di IPG KDRI Terengganu dan telah mendapat Anugerah 1 Star Rating admin ebook MSGA 2022 atas sumbangan beliau dalam bidang penulisan ilmiah. Dr.Mohd Nahi Abdullah, adalah pensyarah akademik di Jabatan Kecemerlangan Akademik IPG Kampus Kota Bharu Kelantan. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam UKM, Ijazah Sarjana UM dan Doktor Falsafah UTM dalam bidang Pendidikan Islam. Terlibat aktif dengan program-program keagamaan dan kebajikan masyarakat. Banyak menghasilkan penulisan buku agama dan motivasi, penulisan jurnal, artikel dan penulisan ilmiah. Pernah mendapat beberapa anugerah sepanjang berkhidmat di bawah KPM termasuk di peringkat sekolah dan IPG. Antara anugerah yang pernah diperolehi adalah anugerah APC Anugerah Perkhidmatan Cemerlang) Anugerah Guru Agama Aktif dan Anugerah Pensyarah Harapan. Dr Mohd Syariefudin Abdullah, merupakan pensyarah di Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Perak. Menamatkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah dalam jurusan Pengajian Sosiologi Etnik dari Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (2022). Memiliki ijazah Sarjana dalam bidang Pengajian Peradaban dari Universiti Malaya (2001). Sebelumnya, memiliki ijazah Sarjana Muda Sastera dan Sains Sosial dalam bidang Pengajian Jepun dari Universiti Malaya (1999). Beliau memiliki kepakaran dalam bidang hubungan etnik dan kajian kelompok minoriti di Malaysia. Mohd Syariefudin dan pasukan penyelidik telah menerima Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Fasa 1/2020 sebagai ketua penyelidik. Beliau turut terlibat sebagai penulis buku Falsafah dan Isu Semasa terbitan UPSI tahun 2022. Pada tahun 2023
FALSAFAH DAN ISU SEMASA 238 terlibat sebagai ketua penulis buku bagi kursus Philosophy and Current Issue terbitan UPSI. Beliau juga turut terlibat dalam menulis bab dalam buku bagi kursus Penghayatan Etika dan Peradaban terbitan Universiti Malaya tahun 2023. Selain itu, turut memberikan khidmat perundingan dan semakan kursus bawah MQA untuk kursus umum universiti Awam dan Swasta. Nor Rul Azlifah Zulkafali, merupakan pensyarah akademik di Jabatan Kecemerlangan Akademik Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Kuala Lumpur. Melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia di peringkat ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling dari Universiti Malaya dan Kelulusan ikhtisas KPLI dari IPSI. Pengajaran menjurus kepada pelbagai kursus dalam bidang ilmu Pendidikan, Psikologi Pendidikan dan Kursus-kursus Mata Pelajaran Umum di IPG. Selain itu sebagai Tutor di Open University Malaysia (OUM) mengajar bidang Kemahiran Berfikir dan Penyelesaian Masalah serta Psikologi Pendidikan sejak 2009. Hasil karya penulisan yang diterbitkan ialah buku 50 Tips Guru Cemerlang Abad ke-21 (2019) dan sebuah puisi dalam buku Memorabila Anak Desa ke Persada Mualim: Antologi Karya Anak Kandung Suluh Budiman (2022) dan Buku Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna : KPPB IPGKBM 2019-2021. Turut terlibat sebagai penggubal modul Pedagogi Terbeza, Modul Geografi PDPP dan pelbagai Modul ketika bertugas di IPGKBM sejak 2007. Dr Mohd Hilmi Rozali, merupakan pensyarah akademik di Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, Johor. Berpengalaman selama 22 dalam bidang pendidikan dan pernah berkhidmat di SMK, SMKA dan IPG. Menamatkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah dalam jurusan Pendidikan Islam dari Universiti Teknologi Malaysia (2022). Memiliki Ijazah Sarjana dalam bidang Pendidikan Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2010). Sebelumnya memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Bahasa Arab dan Kesusasteraan dari Universiti al-Albayt, Mafraq Jordan (1999). Mendapat sijil perguruan KPLI pada tahun 2000 dari Maktab Perguruan Islam, Bangi.
BIODATA PENULIS 239 Mohd Lutfi Ahmad, merupakan pensyarah akademik dan Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM), Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Memiliki ijazah Sarjana dalam bidang Usuluddin (Sejarah dan Tamadun Islam) dari Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur (2012). Sebelum itu beliau memiliki ijazah Sarjana Muda Usuluddin dalam bidang Dakwah dan Kepimpinan Islam dari Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir (1991). Mendapat Diploma Pendidikan Islam dari Maktab Perguruan Islam, Bangi pada tahun 1993. Beliau memiliki kepakaran dalam bidang Tamadun Islam, Pendidikan Islam dan Dakwah. Wan Hasmah Laili Wan Hamat, mendapat ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Kepujian dalam bidang Usuluddin dan Falsafah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2001 dan Sarjana Sains dalam bidang Pentadbiran Pendidikan di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2003. Memulakan kerjaya sebagai tutor di Fakulti Pengajian Pendidikan UPM pada 2004 hingga 2005 dan seterusnya mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dalam pengkhususan Pendidikan Islam di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail (IPGKDRI) pada 2006. Kini bertugas sebagai Pensyarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim (IPGKTI). Berpengalaman selama 16 tahun dalam bidang pendidikan khususnya Pendidikan Islam. Norafizah Mustafa, telah berkhidmat dalam bidang pendidikan selama 15 tahun. Memiliki ijazah Sarjana Muda Usuluddin (Hons) dari UM pada tahun 2006 dalam bidang Al-Quran dan Al-Hadith dan Ijazah Sarjana dari UTM dalam bidang Psikologi Pendidikan. Beliau merupakan Guru Cemerlang Pendidikan Islam pada tahun 2015. Kepakaran beliau dalam bidang Pendidikan Islam bukan sahaja aliran perdana tetapi juga dalam bidang Pendidikan Islam Masalah Pembelajaran. Beliau turut terlibat dalam inovasi di peringkat sekolah, daerah dan kebangsaan.
FALSAFAH DAN ISU SEMASA 240 Junainah Mohamad Salleh, berpengalaman dalam bidang pendidikan selama 18 tahun. Pernah berkhidmat di beberapa sekolah rendah di Sarawak dan Johor sebelum berkhidmat hingga kini sebagai pensyarah akademik di IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru, Johor. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan dalam bidang Pengajian Islam dari UTM pada tahun 2006 dan pada tahun 2019 mendapat Ijazah Sarjana Falsafah dari UTM. Selain itu terlibat dengan penggubalan Maklumat Kursus MPU3132 Falsafah dan Isu Semasa. Nor Syahida Ahmad, adalah merupakan pensyarah Bahasa Arab di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak (UIAM). Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak dan Ijazah Sarjana Bahasabahasa Moden (Universiti Malaya, Kuala Lumpur). Beliau juga terlibat sebagai editor buku Syarikat Pustaka al-Hidayah, Pustaka al-Ehsan dan Pustaka Hj. Abd. Majid. Beliau turut menyumbang lebih 15 buah buku dalam dunia penulisan buku di Malaysia.