MKE Books
  • 80
  • 12
Falsafah dan Isu Semasa
Kursus Falsafah dan Isu Semasa merupakan satu
daripada kursus Mata Pelajaran Pengajian Umum
(MPU) yang ditawarkan kepada semua mahasiswa
di Institut Pengajian Tinggi (IPT) sebagai kursus
wajib. Buku ini dihasilkan bagi memberi kefahaman
tentang ilmu falsafah serta isu-isu kontemporari
dalam pendidikan dan falsafah. Amat penting kepada generasi
baharu memahami bidang falsafah supaya mereka dapat
berfikir secara rasional dan kritikal bagi menghadapi pelbagai
cabaran ideologi dan isu-isu semasa. Melalui falsafah jugalah
kita dapat menganalisis, mencari kebenaran dan seterusnya
merancang sesuatu penyelesaian.
Kandungan buku ini mengandungi lapan bab iaitu
pengenalan falsafah, falsafah dalam kehidupan, konsep insan,
seni dan kaedah berfikir, etika dalam perspektif Falsafah Islam,
epistemologi dan isu semasa, isu-isu dalam pendidikan falsafah
dan isu-isu kontemporari dalam pendidikan dan falsafah.
Mudah-mudahan buku ini dapat membantu mengukuhkan
kemahiran para mahasiswa mengaplikasikan pendekatan
berfikir yang sistematik dan analitikal dalam menilai isu-isu
semasa. Kepada generasi mudalah yang menjadi pewaris bagi
menjana kestabilan, kemajuan dan kemakmuran negara.
View Text Version Category : 47
  • Follow
  • 0
  • Embed
  • Share
  • Upload
Related publications