The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hairi mohd, 2020-05-11 11:07:43

BASE ONLINE

BASE ONLINE

HOME BASED

TATACARA
PERMOHONAN BASE

SECARA ONLINE

TATACARA PELAKSANAAN
PROGRAM PENINGKATAN &
PEMBANGUNAN STANDARD

PERNIAGAAN
(BASE)

SECARA ONLINE

TATACARA PERMOHONAN KEMUDAHAN PROGRAM
PENINGKATAN & PEMBANGUNAN STANDARD PERNIAGAAN

(BASE)
SECARA ONLINE

A. PROSES PERMOHONAN KEMUDAHAN BASE (PEMOHON)

1. Borang permohonan kemudahan BASE boleh diperolehi dengan
melayari pautan laman web http://www.mara.gov.my/base

2. Pemohon perlu memilih dengan klik negeri di mana syarikat
didaftarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi negeri
di Semenanjung atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi negeri
Sabah dan Sarawak.

3. Pemohon boleh membuat permohonan dengan mengisi borang
permohonan yang disediakan.

4. Pemohon hanya dibenarkan mengisi sekali sahaja borang
permohonan http://www.mara.gov.my/base tersebut sepanjang
tempoh satu (1) tahun, tetapi layak dipertimbangkan untuk
memohon dua (2) kategori skop kemudahan yang mempunyai
tujuan yang sama atau berkaitan.

5. Pemohon perlu muat naik (upload) borang-borang yang perlu
disediakan dan dihantar bersekali dengan borang
http://www.mara.gov.my/base yang telah diisi kepada pihak MARA
Negeri yang dimohon berpandukan tatacara pada borang
permohonan tersebut.

B. PROSES KEMUDAHAN PROGRAM BASE (PUSMA NEGERI)

1. Setiap permohonan BASE Online yang diterima akan dimaklumkan
melalui email notifikasi [email protected]. PUSMA Negeri
akan diberikan nama pengguna (ID) dan kata laluan (password)
untuk mengakses email tersebut dan memuat turun (download)
data dari borang permohonan melalui folder negeri masing-masing.

2. PUSMA Negeri perlu muat turun (download) borang-borang
permohonan yang telah dihantar melalui google form.

3. PUSMA Negeri perlu meneliti dokumen-dokumen yang telah
dihantar termasuk menganalisa sebut harga (quotation) dan
memproses serta menilai permohonan mengikut syarat-syarat yang
sedang berkuat kuasa.

4. PUSMA Negeri perlu menyediakan kertas kerja permohonan BASE
Online usahawan dan pengesahan pelantikan pemudah cara,
seterusnya diangkat untuk mendapatkan kelulusan di peringkat
Jawatankuasa Pembangunan Usahawan Peringkat Negeri dengan
kaedah pembelian terus kerana had kelulusan permohonan
program BASE secara online ini tidak melebihi RM20,000.00
(Ringgit Malaysia : Dua Puluh Ribu Sahaja), dan berpandukan
arahan berikut :

4.1 Surat Edaran Bahagian Pembangunan Usahawan MARA
Bil.2/2015 bertarikh 10 Disember 2015 bertajuk ”Kadar

Bayaran Bagi Perkhidmatan Runding Cara Dan Penceramah

Kursus/Latihan Keusahawanan Untuk Program
Pembangunan Usahawan MARA”;

4.2 Surat Edaran Unit Penyelaras Bil.2/2018 bertarikh 16
Januari 2018 bertajuk ”Keahlian & Bidang Tugas
Jawatankuasa Di Peringkat Bahagian/Pusat MARA”;

4.3 Kaedah Perolehan MARA (PK2.1) muka surat 11 dan 75;

dan
4.4 Surat Perwakilan Kuasa Perolehan MARA – Kuasa

Menandatangani Suratan Dan Surat Cara (Tanpa Meteri)

Dan Kuasa Melulus Dan Melaksanakan Perolehan Sehingga

RM20,000.00 bertarikh 27 April 2020.

5. PUSMA Negeri perlu memproses kelulusan peruntukan yang telah
diluluskan pada mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan
Usahawan Peringkat Negeri (sekiranya permohonan diluluskan).

6. PUSMA Negeri perlu menyediakan surat tawaran kepada
usahawan (BO1 seperti lampiran) selepas permohonan diluluskan
oleh Jawatankuasa Pembangunan Usahawan Peringkat Negeri dan
dihantar kepada usahawan melalui email.

7. Bayaran komitmen untuk permohonan program BASE seperti
berikut :

Bil. % Komitmen Tanggungan % Komitmen Tanggungan
Usahawan MARA
(RM) (RM)

1. 10% 90%

8. Surat pelantikan kepada pemudah cara (BO2 seperti lampiran)
akan dikeluarkan setelah usahawan membuat pembayaran
komitmen sebanyak 10% daripada jumlah peruntukan yang telah
diluluskan oleh Jawatankuasa Pembangunan Usahawan Peringkat
Negeri.

9. Usahawan perlu membuat bayaran dalam tempoh 14 hari

sebagaimana pada surat tawaran menggunakan aplikasi

Bayar@maraeps melalui talian http://bayar.maraeps.my dengan

kod bayaran program BASE mengikut negeri permohonan seperti

berikut :

001 063 007 71404 : Johor
001 063 008 71404 : Melaka
001 063 009 71404 : Negeri Sembilan
001 063 010 71404 : Selangor
001 063 011 71404 : Perak
001 063 012 71404 : Kedah
001 063 013 71404 : Pahang
001 063 014 71404 : Pulau Pinang
001 063 015 71404 : Perlis
001 063 016 71404 : Kelantan
001 063 017 71404 : Terengganu
001 063 018 71404 : Sabah
001 063 019 71404 : Sarawak
001 063 020 71404 : Wilayah Persekutuan

10. Bagi permohonan yang tidak mencukupi syarat, PUSMA Negeri
perlu mengemukakan surat penolakan permohonan menggunakan
surat BO3 (seperti lampiran).

11. PUSMA Negeri perlu mengeluarkan surat peringatan bayaran (BO4
seperti lampiran) kepada usahawan sekiranya belum membuat
pembayaran 10% selepas tempoh 14 hari surat tawaran
dikeluarkan. Usahawan perlu menjelaskan pembayaran dalam
tempoh 14 hari selepas surat peringatan dikeluarkan dengan email
resit pembayaran tersebut. Sekiranya gagal mengemukakan bukti
pembayaran, usahawan dianggap tidak berminat untuk
mendapatkan kemudahan BASE.

12. Sepanjang program kemudahan BASE dilaksanakan, PUSMA
Negeri melalui Pegawai MARA Daerah (PMD) yang berkaitan
hendaklah memantau perkembangan pelaksanaan program
tersebut.

13. PUSMA Negeri perlu mengeluarkan surat peringatan (BO5a seperti
lampiran) kepada pemudah cara sekiranya program yang
dilaksanakan tiada perkembangan positif dan meminta untuk
menyelesaikan program tersebut sekiranya ia tertangguh dengan
memberikan tempoh selama 30 hari dari surat peringatan
dikeluarkan. Pembatalan pelantikan boleh dibuat sekiranya masih
tidak memuaskan selaras dengan para 4.1.2 (i) sepertimana pada
surat pelantikan pemudah cara yang telah dikeluarkan.

14. PUSMA Negeri juga perlu mengeluarkan surat peringatan (BO5b
seperti lampiran) kepada usahawan sekiranya kemudahan BASE
yang dimohon tidak disempurnakan sebagaimana yang
dikehendaki. Usahawan diberikan tempoh 30 hari dari tarikh surat
peringatan ini dikeluarkan untuk menyelesaikan program yang telah
tertangguh, dan sekiranya ia masih berpanjangan, tindakan susulan
boleh diambil untuk membatalkan perlantikan yang telah di buat
sepertimana pada para 2 (iv) dari surat tawaran yang telah
dikeluarkan.

15. PUSMA Negeri boleh mengeluarkan surat penamatan (BO6a &
BO6b seperti lampiran) kepada usahawan dan pemudah cara
sekiranya kedua-dua pihak masih gagal mematuhi perkara-perkara
yang telah dinyatakan pada surat peringatan yang telah
dikeluarkan.

16. Proses bayaran kepada pemudah cara boleh dibuat selepas
PUSMA Negeri menerima Borang Pengesahan Kerja (BO7 seperti
lampiran) yang telah dilengkapkan dan ditandatangan oleh
usahawan dan pemudah cara serta dikepilkan bersama bil tuntutan
bayaran. Borang tersebut juga perlu disahkan oleh Pegawai MARA
Daerah (PMD) setelah berpuas hati selepas melakukan lawatan
pengesahan kerja.

17. PUSMA Negeri perlu membuat pembayaran kepada pemudah cara
mengikut tatacara kewangan yang telah ditetapkan bagi program
BASE Online dengan kod akaun program BASE seperti berikut :
001 062 073 42683 (BPU)
001 062 073 42685 (Negeri)

18. Usahawan juga perlu mengemukakan bersama Borang Penilaian
Pemudah Cara kepada Pegawai MARA Daerah / PUSMA Negeri
menggunakan borang BO8 (seperti lampiran).

19. PUSMA Negeri perlu menyediakan Laporan Program BASE kepada
Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) setiap bulan
sepertimana template pelaporan sedia ada.

C. PELAKSANAAN PEMANTAUAN PERKEMBANGAN PROGRAM BASE
(PUSMA NEGERI)

Bagi menilai keberkesanan program BASE yang telah diberikan, PUSMA
Negeri hendaklah memastikan usahawan dikehendaki untuk
melengkapkan Borang Pemantauan BASE (BO9 seperti lampiran) dengan
kekerapan dua (2) kali bagi setiap syarikat iaitu :

i. Kali pertama pada enam (6) bulan selepas tamat program;
dan

ii. Kali kedua pada enam (6) bulan berikutnya.

Proses Kerja Tempoh
a) Menerima permohonan BASE Online melalui -

email notifikasi [email protected]. 3 hari
b) Memproses & menilai permohonan.
3 hari
c) Menyediakan laporan penilaian permohonan
usahawan.

d) Menyediakan kertas kerja ke atas permohonan 5 hari
usahawan.

e) Membentangkan kertas kerja bagi Mengikut keperluan
permohonan usahawan dan mendapatkan
kelulusan.

f) Memproses kelulusan bajet. kepada 2 hari
2 hari
g) Menyediakan surat tawaran
usahawan.

h) Menyediakan surat pelantikan kepada Setelah usahawan membuat
pemudah cara. bayaran dalam tempoh 14 hari
daripada tarikh surat tawaran
i) Memantau perkhidmatan BASE.
kepada Sepanjang program
j) Menyediakan surat peringatan dilaksanakan
pemudah cara/usahawan.
14 hari
(perlu dijawab)

k) Menyediakan surat penamatan kepada Tempoh 30 hari selepas surat
pemudah cara/usahawan. peringatan dikeluarkan

l) Memproses bayaran kepada pemudah cara 14 hari
selepas pengesahan kerja.
Setiap bulan
m) Laporan Bulanan Program BASE
menggunakan format pelaporan sedia ada.

n) Pemantauan perkembangan usahawan
setelah menerima perkhidmatan (Borang 6 bulan setelah tamat program
Pemantauan)

Disediakan oleh :
Bahagian Pembangunan Usahawan
MARA

HOME BASED

BORANG PERMOHONAN
BASE SECARA
ONLINE

PERMOHONAN KEMUDAH
PEMBANGUNAN STANDAR

BAHAGIAN PEMBANGUNAN USAH

SILA PILIH NEGERI DIMANA SYA

PILIH NEGERI
MOHO

HAN PROGRAM PENINGKATAN DAN
RD PERNIAGAAN (BASE)

HAWAN MARA

ARIKAT ANDA DIDAFTARKAN

ON





































HOME BASED

LAMPIRAN SURAT
TAWARAN/PERINGATAN/
PENAMATAN/PEMANTAUAN

BO1

Rujukan : XXXXXXXX
Tarikh : XXXX 2020

Syarikat XYZ
XXXXXXXXXXX
XXXXXXXXXXX
XXXXX Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
(u/p: EncikPuan xxxxxxxxxxx)

Tuan/Puan,

SURAT TAWARAN KELULUSAN DAN SYARAT-SYARAT UNTUK MENDAPATKAN
KEMUDAHAN PROGRAM PENINGKATAN & PEMBANGUNAN STANDARD
PERNIAGAAN (BASE) MARA

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak MARA telah meluluskan permohonan syarikat
tuan/puan untuk mendapatkan kemudahan Program Peningkatan & Pembangunan Standard
Perniagaan (BASE) MARA dan tertakluk kepada syarat-syarat berikut :

i. Menjelaskan bayaran perkhidmatan yang dibuat di atas talian melalui
http://bayar.maraeps.my

ii. Membenarkan pemudah cara/perunding cara melawat premis perniagaan tanpa
sebarang sekatan untuk tujuan menjalankan kajian, siasatan atau apa jua kerja-
kerja yang sepatutnya dijalankan oleh seorang perunding bagi projek ini.

iii. Memberi kerjasama kepada pemudah cara/perunding cara untuk mendapatkan
maklumat dan memberi masa sepenuhnya untuk perbincangan apabila
diperlukan oleh pemudah cara/perunding cara. Sebarang kerja khidmat nasihat
tidak akan berjaya tanpa kerjasama dan persefahaman dari kedua-dua pihak.

iv. MARA akan menamatkan khidmat nasihat ini sekiranya difikirkan proses
khidmat nasihat tidak berjalan dengan baik. MARA akan memberi notis
30 hari untuk menamatkan khidmat nasihat ini.

v. MARA tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kerugian atau
kerosakan yang berlaku dalam menjalankan kerja khidmat nasihat ini.

vi. Bayaran ikhtisas dan lain-lain perbelanjaan yang dikenakan oleh pemudah
cara/perunding cara dalam menjalankan khidmat nasihat ini akan ditanggung
oleh MARA dan tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.

vii. Pengusaha perlu bersetuju bukan sahaja dengan cadangan-cadangan yang
akan dikemukakan oleh pemudah cara/perunding cara bagi mengatasi
masalah-masalah projek, tetapi juga bersedia membiayai apa jua perbelanjaan
yang akan terlibat (kecuali bayaran ikhtisas yang disebutkan) sama ada dengan
pembiayaan sendiri atau pun daripada bantuan modal oleh mana-mana pihak
dan sebagainya. MARA akan terus memberi bimbingan dalam hal ini.

3. Pemudah cara/perunding cara dan bidang khidmat nasihat adalah sepertimana pada
Jadual 1 yang dilampirkan.

4. Sebagai makluman tuan/puan, bersama-sama ini disertakan surat Perakuan Setuju
Terima untuk kelulusan mendapat Program BASE MARA. Sekiranya bersetuju dengan
syarat-syarat tawaran yang dinyatakan, sila isi dan kembalikan surat Perakuan Setuju Terima
tersebut kepada MARA dengan email dokumen tersebut beserta membuat bayaran yang
dikenakan secara online seperti pada para 2 (i) dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat ini.

5. Bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan di bawah Program BASE ini sentiasa
berada pada tahap yang memuaskan, tuan/puan dikehendaki mengisi lengkap borang
‘Laporan Penilaian Program Peningkatan & Pembangunan Standard Perniagaan (BASE)
MARA’ dan ‘Borang Pengesahan Kerja’ serta kembalikan kepada MARA selewat-lewatnya
dua (2) minggu selepas perkhidmatan yang diberikan selesai.

6. Kami berharap dengan bantuan Program BASE MARA ini akan dapat membantu
menyelesaikan permasalahan yang dihadapi dan seterusnya membantu meningkatkan
prestasi perniagaan tuan/puan. Sila hubungi kami sekiranya tuan/puan memerlukan
keterangan lanjut.

Sekian, terima kasih.
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
”LUAR BANDAR SEJAHTERA”
Saya yang menjalankan amanah,

XXXXXXXXXXXXXXXX
Pengarah MARA Negeri
Selangor
s.k. : Ketua PUSMA Negeri

“Keusahawanan dan Pendidikan Global”
” Amanah rakyat”

Pengarah Ruj. : XXXXXXX
MARA Negeri Selangor Tarikh : XXXXXXX
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx Telefon (P) : XXXXXXX
xxxxx Shah Alam
Selangor Fax (P) : XXXXXXX
(u/p : Encik/Puan xxxxxxx)

PROGRAM PENINGKATAN & PEMBANGUNAN STANDARD PERNIAGAAN (BASE)
MARA

PERAKUAN SETUJU TERIMA

Saya ___________________________________No. Kad Pengenalan ________________

Pengurus bagi Syarikat ______________________________________________________

beralamat di ______________________________________________________________

telah membaca dan (*) bersetuju / tidak bersetuju menerima syarat-syarat tersebut (Jika
bersetuju, sila lampirkan bersama salinan resit bayaran perkhidmatan yang telah dibuat)

………………………………….. ………………………
Tandatangan : Tarikh
Pengurus & Cop Syarikat)

………………………………… ……………………….
Tandatangan Tarikh :
Saksi pertama :
Nama : ……………………….
No. K/P : Tarikh :

…………………………………
Tandatangan
Saksi kedua :
Nama :
No. K/P :

Nota :
(*) Potong mana yang tidak berkenaan.

PROGRAM PROGRAM PENINGKATAN & PEMBANGUNAN STANDARD PERNIAGAAN
(BASE) MARA

JADUAL 1

Pemudah Cara yang dilantik XXXXXXXXXXXXXXXX SDN BHD
XXXXXXXXXXXXXXXXXXX,
XXXXXXXXXXXXXXXXXXX,
XXXXXXXXXXXXXXXXXXX,
XXXXX

Nama Program XXXXXXXXXXXXXXXX untuk Syarikat XXXXXXXXXX
Sdn Bhd

Tempoh XXXXXX dari tarikh surat setuju terima di tandatangani oleh
Jumlah permohonan perunding dan usahawan serta pembayaran oleh usahawan telah
dibuat.
(mengikut tarikh mana yang terdahulu)

Jumlah kelulusan oleh MARA

Bayaran perundingan / RM XXXXXX / XXXXXXX
Sumbangan Usahawan (10% dari
kos bayaran perundingan) (Bayaran boleh dibuat http://bayar.maraeps.my
menggunakan kod bayaran 001-062-PPP-71404.

* Resit bayaran yuran hendaklah dilampirkan bersama
semasa penyerahan perakuan setuju terima sebagai bukti

pembayaran.

Rujukan BO2
Tarikh
: XXXXXXXX
: XXXX 2020

Syarikat XYZ
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
xxxxxxxx Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
(u/p: Encik/Puan xxxxxxxxxxxxx)

Tuan/Puan,

PERLANTIKAN SEBAGAI PEMUDAH CARA BAGI MENGENDALIKAN PROGRAM
PENINGKATAN & PEMBANGUNAN STANDARD PERNIAGAAN (BASE) MARA – POINT
OF SALE (POS) SYSTEM

Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk.

Sehubungan itu, kami mengesahkan bahawa syarikat tuan/puan adalah dilantik sebagai

pemudah cara untuk mengendalikan Program Peningkatan & Pembangunan Standard
Perniagaan (BASE) MARA – Point Of Sale (POS) System bagi peningkatan sistem ICT

untuk syarikat berikut :

Syarikat XYZ Sdn. Bhd.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx,
xxxxx Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

selepas daripada ini disebut sebagai ‘Perkhidmatan Tersebut’ tertakluk kepada syarat-
syarat berikut :-

1. Lantikan :
1.1. Pelantikan ini berkuat kuasa dari tarikh tuan menandatangani persetujuan ini.

2. Tanggungjawab Pemudah Cara :

2.1. Pemudah cara/Perunding cara adalah bertanggungjawab memberi
perkhidmatan tersebut secara profesional dan berhemah. Pada setiap masa,
perunding hendaklah bersungguh-sungguh menjalankan tugas-tugas dan
mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan kerajaan yang sedang
berkuat kuasa.

1

2.2 Skop Khidmat Nasihat Perniagaan :

2.2.1 Perkhidmatan ini hendaklah dijalankan mengikut Terma Rujukan (Terms
of Reference) yang telah ditetapkan seperti di Lampiran 1. Apa-apa
pindaan hendaklah terlebih dahulu mendapat persetujuan MARA.

2.2.2 Perkhidmatan ini hendaklah dijalankan dalam tempoh yang disebutkan di
Jadual 1.

2.2.3 MARA boleh meminda dan memilih untuk meninggalkan sesuatu
peringkat perkhidmatan serta melangkah kepada perkhidmatan
seterusnya atas budi bicara mutlaknya.

3. Obligasi MARA
3.1 Balasan :
3.1.1 Sebagai balasan kepada perkhidmatan tersebut, MARA akan membuat
bayaran berjumlah RMxxxxx (Ringgit Malaysia : xxxxxxx) seperti di
Jadual 1 berasaskan kepada Terma Rujukan yang telah dipersetujui.
3.2 Cara Bayaran :
3.2.1 Pembayaran akan dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh MARA
menerima invois dari syarikat pemudah cara/perunding cara setelah
disempurnakan khidmat nasihat berkenaan.

3.2.2 Pembayaran adalah dibuat tanpa memudaratkan dan tidak boleh
dianggap pengakuan penyempurnaan perkhidmatan itu.

3.3 Tempat / Premis Perkhidmatan Dijalankan :
3.3.1 MARA akan memaklumkan tempat/premis syarikat yang telah
dikenalpasti untuk kerja-kerja khidmat nasihat tersebut.

4. Syarat-syarat Am
4.1. Penamatan :

4.1.1 Perkhidmatan tersebut akan tamat secara automatik apabila program
tersebut dapat disempurnakan dan memuaskan pihak MARA.

2

4.1.2 MARA boleh menamatkan perkhidmatan tersebut serta-merta dengan
notis bertulis tujuh (7) hari kepada pemudah cara/perunding cara :

i. Apabila berlaku kemungkiran oleh pemudah cara/perunding cara
terhadap apa-apa tugas dan obligasinya, pemudah
cara/perunding cara akan menanggung semua kos kerugian
MARA yang sebenar dan berhubung-kait dengannya.

ii. Jika dengan sebab penyakit atau kecederaan pemudah
cara/perunding cara tidak dapat memberikan perkhidmatan untuk
tempoh berjumlah tiga (3) hari kerja dalam tempoh satu minggu.

iii. Pada mana-mana peringkat Perkhidmatan Tersebut sekiranya
didapati ianya tidak berjalan dengan memuaskan MARA

4.1.3 Kedua-dua pihak boleh menamatkan Perkhidmatan Tersebut dengan
memberikan notis bertulis tujuh (7) hari kepada pihak yang satu lagi jika
pihak itu :

i. Melakukan langgaran syarat yang sekiranya boleh diremedi, telah
tidak diremedi dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan
notis yang menghendaki langgaran diremedikan.

4.1.4 Walau apa pun peringkat peruntukan sebelum ini, MARA boleh
menamatkan Perkhidmatan Tersebut pada bila-bila masa tanpa memberi
apa-apa sebab dengan memberi notis bertulis 14 hari.

4.1.5 Dalam tempoh notis penamatan tidak ada apa-apa bayaran akan dibuat.

4.2. Larangan :

4.2.1 Kakitangan pemudah cara/perunding cara, sekutu-sekutu atau mana-
mana pihak ketiga yang ditugaskan oleh pemudah cara/perunding cara
di bawah program ini dilarang memaklumkan atau menyebar apa-apa
maklumat yang diperoleh dari perkhidmatan ini.

4.2.2 Pemudah cara/perunding cara dan kakitangan mereka tidak dibenarkan
mempunyai kepentingan sama ada secara langsung atau tidak langsung
dalam apa jua hal yang berkaitan dengan pembekalan atau pembelian
bahan atau alat-alat yang terlibat dengan program ini tanpa terlebih
dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada MARA.

3

4.3. Masa adalah menjadi inti pati perlantikan ini.

4.4. Pegawai Yang Diberi Kuasa :

4.1.1 Apa-apa persetujuan dan arahan-arahan yang diberi di bawah tawaran
ini hendaklah dibuat secara bertulis, dan bagi pihak MARA hendaklah
ditandatangani oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan
MARA atau pegawai yang diberi kuasa.

4.5. Notis :

4.5.1 Apa-apa notis yang hendak disampaikan perlu dibuat secara bertulis dan
memadai sekiranya dialamatkan dan dihantar dengan Pos Berdaftar
kepada Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan MARA.

5. Setuju Terima

5.1 Sekiranya tuan/puan bersetuju dengan syarat-syarat seperti tersebut diatas,
sila kemukakan surat penerimaan perlantikan kepada kami dalam tempoh tujuh
(7) hari dari tarikh surat ini.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
”LUAR BANDAR SEJAHTERA”

Saya yang menjalankan amanah,

XXXXXXXXXXX
Pengarah
MARA Negeri Selangor

s.k. : Ketua PUSMA Negeri

“Keusahawanan dan Pendidikan Global”
” Amanah rakyat”

4

Pengarah Ruj. : xxxxxxxxx
Tarikh :
MARA Negeri Selangor
xxxxxxxxxxxxxx, Telefon (P) :
xxxxx Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan Fax (P) :
(u/p : Encik/Puan xxxxxx)

SURAT SETUJU TERIMA PELANTIKAN SEBAGAI PEMUDAH CARA BAGI PROGRAM

PROGRAM PENINGKATAN & PEMBANGUNAN STANDARD PERNIAGAAN (BASE)
MARA – POINT OF SALE (POS)

Program : .....................................................................................................
Tarikh : .....................................................................................................
Bertempat di : .....................................................................................................

Saya ………………………………………………No.K/P : .....…………………………..…
Pengurus bagi syarikat …....…………………………………………………telah membaca dan
memahami syarat-syarat tersebut di atas dan (*) bersetuju / tidak bersetuju menerima
pelantikan ini tertakluk kepada syarat-syarat tersebut.

……………………………………. ………………………………..
(Tandatangan Perunding & (Tandatangan)
Cop Syarikat)
(Nama & Jawatan Saksi)
Tarikh : …………………………… Tarikh : ……………………………….

(*) Potong mana yang tidak berkenaan 5

JADUAL 1

PROGRAM PROGRAM PENINGKATAN & PEMBANGUNAN STANDARD PERNIAGAAN
(BASE) MARA

Pemudah cara yang dilantik Xxxxxxxx SDN. BHD.
xxxxxxxxxxxx,
xxxxxxxxxxxxx, Kuala Lumpur

Nama Program Program Business Advancement and Standard
Development (BASE) - Point of Sale (Pos) System

Skop Perkhidmatan Usahawan akan mendapat faedah seperti berikut :
Tempoh Khidmat Nasihat
Bayaran perkhidmatan i. …..
ii. …..
iii. …..

Enam (6) bulan dari tarikh setuju terima
ditandatangani oleh pemudah cara/perunding cara
dan usahawan serta pembayaran yuran
perkhidmatan oleh usahawan telah dibuat (mengikut
tarikh mana yang kemudian)

RMxxxxxxx (Ringgit Malaysia : xxxxxxxx Sahaja)

(Bayaran akan dibuat kepada syarikat tuan setelah
MARA berpuas hati dengan perkhidmatan yang
diberikan kepada syarikat)

6

B03

Rujukan : XXXXXXXX
Tarikh : XXX 2020

Syarikat XYZ
XXXXXXXXXXXXXXXX
XXXXXXXXXXXXXXXX
XXXXX Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
(u/p: Encik/Puan xxxxxxxxxx)

Tuan/puan,

PERMOHONAN KEMUDAHAN PROGRAM PENINGKATAN & PEMBANGUNAN
STANDARD PERNIAGAAN (BASE) MARA – PENSIJILAN HALAL

Perkara di atas adalah dengan hormatnya di rujuk.

2. Dimaklumkan bahawa setelah meneliti permohonan syarikat tuan/puan bagi

mendapatkan kemudahan Program Peningkatan & Pembangunan Standard Perniagaan
(BASE) MARA – Pensijilan Halal, maka permohonan tuan/puan tidak dapat dipertimbangkan

berdasarkan sebab-sebab berikut:-

i. XXXXXXXXXXXXX
ii. XXXXXXXXXXXXX

3. Kami mengucapkan terima kasih di atas kesudian tuan/puan untuk berurusan dengan
kami untuk mendapatkan kemudahan BASE daripada MARA.

4. Kami juga bersedia untuk membantu permohonan tuan/puan pada masa akan datang
sekiranya menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh MARA.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
”LUAR BANDAR SEJAHTERA”

Saya yang menjalankan amanah,

XXXXXXXXXXX
Pengarah MARA Negeri
Selangor

s.k. : Ketua PUSMA Negeri

“Keusahawa” nAamnadnaanhPraeknydaidt”ikan Global”

BO4

Ruj. : XXXXXXX
Tarikh : XXXX 2020

Syarikat XYZ
xxxxxxxxxxxxxxxxx
xxxxx Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
(u/p: Encik/Puan xxxxxxxx)

Tuan/Puan,

BAYARAN 10% BERJUMLAH RMXXXX (RINGGIT MALAYSIA : XXXXXXX) UNTUK
MENDAPATKAN KEMUDAHAN PROGRAM PENINGKATAN & PEMBANGUNAN
STANDARD PERNIAGAAN (BASE) MARA - PENSIJILAN HALAL

Perkara di atas dengan hormatnya adalah dirujuk.

2. Mengikut rekod kami, tuan/puan masih belum lagi menjelaskan bayaran 10% dari kos
khidmat nasihat berjumlah RMxxxxx (Ringgit Malaysia : xxxxxx) komitmen usahawan
walau pun surat tawaran untuk kemudahan Program Peningkatan & Pembangunan Standard
Perniagaan (BASE) MARA telah dikeluarkan sejak xxxxxx 2020, dan tiada sebarang bayaran
di kemukakan kepada pihak kami.

3. Sehubungan itu, tuan/puan adalah diminta untuk menjelaskan bayaran tersebut di
mana-mana Pejabat MARA yang terdekat menggunakan kod 001-062-PPP-71404
sepertimana pada surat tawaran yang dikeluarkan dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh
surat ini supaya bantuan yang disalurkan kepada tuan/puan dapat dilaksanakan dengan
lancar. Salinan resit bayaran hendaklah di email xxxxx untuk perhatian Encik/Puan
xxxxxx.

4. Pihak syarikat akan dianggap menolak tawaran sekiranya gagal untuk menyerahkan
salinan resit bayaran selepas tempoh tersebut dan perlu membuat permohonan semula
sekiranya berhasrat untuk mendapatkan kemudahan ini pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
”LUAR BANDAR SEJAHTERA”

Saya yang menjalankan amanah,

XXXXXXXXXXX
Pengarah
MARA Negeri Selangor

s.k. : Ketua PUSMA Negeri

“Keusahawanan dan Pendidikan Global”
” Amanah rakyat”

BO5a

Ruj. Kami : xxxxxxxxxx

Tarikh : xxxxxxx 2020

Syarikat XYZ
xxxxxxxxxxxxx
xxxxx Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
(u/p : Encik/Puan xxxxxx)

Tuan/Puan,

SURAT PERINGATAN PERKHIDMATAN PROGRAM PENINGKATAN & PEMBANGUNAN
STANDARD PERNIAGAAN (BASE) MARA – PENSIJILAN HALAL KE ATAS SYARIKAT

XYZ SDN. BHD.

Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk.

2. Sebagaimana tuan/puan sedia maklum, syarikat tuan/puan telah dilantik untuk
melaksanakan Khidmat Nasihat Perniagaan ke atas Syarikat XXXXXXXXXXX Sdn. Bhd. pada
XXXX 2020.

3. Merujuk rekod kami, sehingga kini tiada perkembangan positif yang telah dilaporkan

kepada pihak MARA tentang perkembangan Program Peningkatan & Pembangunan Standard
Perniagaan (BASE) MARA – Pensijilan Halal yang telah diberikan.

4. Sehubungan itu, tuan/puan diberikan tempoh 30 hari dari tarikh surat ini dikeluarkan
untuk menyelesaikan program yang telah tertangguh ini. Sekiranya ia masih berpanjangan,
pihak kami akan membatalkan perlantikan yang telah di buat sesuai dengan para 4.1.2 (i)
sepertimana pada surat perlantikan yang telah dikeluarkan.

Kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan/puan di dalam mengatasi perkara ini adalah amat
dihargai.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
”LUAR BANDAR SEJAHTERA”

Saya yang menjalankan amanah,

XXXXXXXXXXX
Pengarah
MARA Negeri Selangor

s.k : Ketua PUSMA Negeri

“Keusahawanan dan Pendidikan Global”
” Amanah rakyat”

BO5b

Ruj. Kami : xxxxxxxxxxxx

Tarikh : xxxx 2020

Syarikat XYZ
xxxxxxxxxxxxxxxx
xxxxxxxx Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
(u/p : Encik/Puan xxxxxxxx)

Tuan/Puan,

KEMUDAHAN PROGRAM PENINGKATAN & PEMBANGUNAN STANDARD
PERNIAGAAN (BASE) MARA - PENSIJILAN HALAL

Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk.

2. Sebagaimana tuan/puan sedia maklum, pihak kami telah melantik syarikat
XXXXXXXXXXX Sdn. Bhd. untuk mengendalikan Program Peningkatan & Pembangunan
Standard Perniagaan (BASE) MARA - Pensijilan Halal sejak xxxx 2020. Sehingga kini,
perkhidmatan tersebut belum dapat disempurnakan di sebabkan perkara-perkara berikut :

i. XXXXXXXXXX
ii. XXXXXXXXXX

3. Sehubungan itu, pihak syarikat dikehendaki untuk mengambil langkah-langkah yang
sewajarnya bagi memastikan kemudahan perkhidmatan Program BASE yang diberikan dapat
dilaksanakan dengan lancar.

4. Oleh itu, tuan/puan diberikan tempoh 30 hari dari tarikh surat ini dikeluarkan untuk
menyelesaikan program yang telah tertangguh. Sekiranya ia masih berpanjangan, pihak kami
akan mengambil tindakan susulan untuk membatalkan perlantikan yang telah di buat
sepertimana pada para 2 (iv) dari surat tawaran yang telah dikeluarkan.

Kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan/puan di dalam mengatasi perkara ini adalah amat
dihargai.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
”LUAR BANDAR SEJAHTERA”

Saya yang menjalankan amanah,

XXXXXXXXXXX
Pengarah
MARA Negeri Selangor

s.k. : Ketua PUSMA Negeri

“Keusahawanan dan Pendidikan Global”
” Amanah rakyat”

BO6a

Ruj. Kami : xxxxxxxxxx

Tarikh : xxxx 2020

Syarikat XYZ
xxxxxxxxxxxx
xxxxx Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
(u/p : Encik/Puan xxxxxxxxxx)

Tuan/Puan,

PEMBATALAN PELANTIKAN SEBAGAI PEMUDAH CARA PROGRAM PENINGKATAN &
PEMBANGUNAN STANDARD PERNIAGAAN (BASE) MARA - PENSIJILAN ISO 22000
(SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKANAN)

Perkara di atas dan surat Ruj. Kami bil : xxxxxxx bertarikh xxxxx 2020 adalah dengan
hormatnya dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa pihak kami telah mengeluarkan surat peringatan kepada pihak

tuan/puan berhubung perlaksanaan Program Peningkatan & Pembangunan Standard
Perniagaan (BASE) MARA – Pensijilan ISO 22000 (Sistem Pengurusan Keselamatan

Makanan) ke atas Syarikat xxxx Sdn. Bhd. di mana mengkehendaki syarikat melaporkan

perkembangan perkhidmatan yang telah diberikan.

3. Walau bagaimanapun, disebabkan ketidakpatuhan dan kegagalan memberikan
sebarang maklum balas yang memuaskan, pihak kami mengambil keputusan untuk
membatalkan pelantikan yang telah dibuat.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
”LUAR BANDAR SEJAHTERA”

Saya yang menjalankan amanah,

XXXXXXXXXXX
Pengarah
MARA Negeri Selangor

s.k. : 1. Ketua PUSMA Negeri
2. Syarikat xxxxxx Sdn. Bhd. (Usahawan)

“Keusahawanan dan Pendidikan Global”
” Amanah rakyat”

BO6b

Ruj. Kami : xxxxxxxxxx

Tarikh : xxxxxxx 2020

Syarikat XYZ
xxxxxxxxxxxxx
xxxxx Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
(u/p : Encik/Puan xxxxxx)

Tuan/Puan,

PEMBATALAN KEMUDAHAN PROGRAM PENINGKATAN & PEMBANGUNAN
STANDARD PERNIAGAAN (BASE) MARA – PENSIJILAN ISO 22000 (SISTEM

PENGURUSAN KESELAMATAN MAKANAN)

Perkara di atas dan surat peringatan Ruj. Kami bil : xxxxxxx bertarikh xxxxx 2020 adalah
dengan hormatnya dirujuk.

2. Pihak kami telah meneliti dan mengkaji prestasi kemudahan Program Peningkatan &
Pembangunan Standard Perniagaan (BASE) MARA – Pensijilan ISO 22000 (Sistem

Pengurusan Keselamatan Makanan) yang telah diberikan kepada syarikat tuan/puan.

Sehubungan itu, pihak kami memutuskan untuk membatalkan kemudahan yang diterima

berdasarkan kepada sebab-sebab berikut:

i. xxxxxxxxxxxxxxxxx
ii. xxxxxxxxxxxxxxxxx

3. Pihak kami mengucapkan terima kasih di atas kesudian pihak tuan/puan berurusan
dengan MARA dan mengucapkan selamat maju jaya.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
”LUAR BANDAR SEJAHTERA”

Saya yang menjalankan amanah,

XXXXXXXXXXX
Pengarah
MARA Negeri Selangor

s.k. : 1. Ketua PUSMA Negeri
2. Syarikat xxxxx Sdn. Bhd. (Pemudah cara/Perunding cara)

“Keusahawanan dan Pendidikan Global”
” Amanah rakyat”

Pengarah MARA Negeri Ruj. : xxxxxxxxxxxxxx
Selangor Tarikh : xxxxxxxx 2020
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx Telefon (P) : xxxxxxxxxxxxxx
xxxxx Shah Alam
Selangor Darul Ehsan Fax (P) : xxxxxxxxxxx
(u/p : Encik/Puan XXXXXXXX)

BO7

PROGRAM PENINGKATAN & PEMBANGUNAN STANDARD PERNIAGAAN
(BASE) MARA

BORANG PENGESAHAN KERJA
Saya ______________________________________________________________
No. Kad Pengenalan _________________________ merupakan Pengurus bagi
Syarikat ____________________________________________________________

Yang beralamat di ____________________________________________________
____________________________________________________________________
ingin mengesahkan bahawa kerja-kerja yang dilaksanakan oleh pemudah cara
_____________________________________________________telah disempurnakan.

Tandatangan : _____________________________ Tarikh: ___________________
Cop Syarikat
(Usahawan)

Tandatangan : _____________________________ Tarikh: ___________________
Cop Syarikat
(Pemudah Cara)

Disahkan oleh Pegawai MARA Daerah (PMD)

Tandatangan : _____________________________ Tarikh : __________________

Nama :

Jawatan :

Pengarah MARA Negeri Ruj. : xxxxxxxxxxxxxx
Selangor Tarikh : xxxxxxxx 2020
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx Telefon (P) : xxxxxxxxxxxxxx
xxxxx Shah Alam
Selangor Darul Ehsan Fax (P) : xxxxxxxxxxx
(u/p : Encik/Puan XXXXXXXX)

BO7

PROGRAM PENINGKATAN & PEMBANGUNAN STANDARD PERNIAGAAN
(BASE) MARA

BORANG PENGESAHAN KERJA
Saya ______________________________________________________________
No. Kad Pengenalan _________________________ merupakan Pengurus bagi
Syarikat ____________________________________________________________

Yang beralamat di ____________________________________________________
____________________________________________________________________
ingin mengesahkan bahawa kerja-kerja yang dilaksanakan oleh pemudah cara
_____________________________________________________telah disempurnakan.

Tandatangan : _____________________________ Tarikh: ___________________
Cop Syarikat
(Usahawan)

Tandatangan : _____________________________ Tarikh: ___________________
Cop Syarikat
(Pemudah Cara)

Disahkan oleh Pegawai MARA Daerah (PMD)

Tandatangan : _____________________________ Tarikh : __________________

Nama :

Jawatan :

BO9

BORANG PEMANTAUAN PROGRAM PENINGKATAN & PEMBANGUNAN
STANDARD PERNIAGAAN (BASE)

1. BUTIR-BUTIR PERNIAGAAN / SYARIKAT

1.1 Nama Syarikat : ____________________________

1.2 Alamat Berdaftar : ____________________________

____________________________

____________________________

1.3 No. Pendaftaran Syarikat (SSM) : ____________________________

1.4 Tarikh Daftar : ____________________________

1.5 No Telefon : ____________________________

1.6 No. Faks : ____________________________

1.5 Nama Pengurus : ____________________________
1.7 No. K/P : ____________________________
1.6 Jenis Perniagaan : ____________________________

1.7 Produk/Perkhidmatan Utama : ____________________________

1.8 Produk/Perkhidmatan Sampingan: ____________________________

1.9 Modal Permulaan Dikeluarkan : RM _________________________

1.10 Modal Tambahan : RM _________________________

1.10 Modal Dibenarkan (Sdn. Bhd.) : RM _________________________

1.11 Modal Berbayar (Sdn. Bhd.) : RM _________________________


Click to View FlipBook Version