The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hairi mohd, 2020-05-11 11:07:43

BASE ONLINE

BASE ONLINE

Bahagian Pengurusan Aset Dan Perolehan PK 2.1

(v) MARA diberi kuasa meluluskan pembelian sesuatu tanah secara
terus melalui rundingan pemilik yang berdaftar/pemaju tanpa perlu
merujuk kepada Kementerian Kewangan.Pegawai Pengawal
hendaklah memastikan setiap permohonan dikemukakan bersekali
dengan perakuan daripada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan
galian (JKPTG) dan penilaian daripada Jabatan Penilaian dan
Perkhidmatan Harta (JPPH). Format senarai semak JPHK adalah
seperti 1Pekeliling Perbendaharaan PK2 (Perolehan Kerajaan) di
Lampiran 2.25(a).

(vi) Bagi pembelian tanah di bawah para (ii)(b), MARA hendaklah
mematuhi semua peraturan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa
Pengawas Ke Atas Harta-harta Kerajaan (JPHK), Jabatan Perdana
Menteri. Satu senarai semak bagi pematuhan ke atas semua arahan
JPHK hendaklah disertakan semasa memohon kelulusan Pegawai
Pengawal bersekali dengan perakuan JKPTG dan JPPH.

(vii) Satu Jawatankuasa Rundingan Harga di peringkat
Kementerian/Agensi hendaklah ditubuhkan dan wajib dianggotai
oleh wakil-wakil daripada JKPTG, JPPH dan dipengerusikan oleh
pegawai di Kementerian/Agensi yang dilantik secara bertulis oleh
Ketua Setiausaha Kementerian/Ketua Jabatan. Pelaksanaan
rundingan harga hanya dibenarkan selepas semua peraturan di

para (ii) hingga (vi) di atas dipatuhi. Tugas-tugas Jawatankuasa
Rundingan Harga ini adalah seperti berikut:

(a) mendapatkan maklumat-maklumat tanah yang lengkap;

(b) memastikan tapak yang hendak dibeli bebas daripada
sebarang bebanan (encumbrances) dan syarat kegunaan
tanah hendaklah bersesuaian dengan cadangan
pembangunan yang akan dilaksanakan;

(c) mengadakan rundingan harga dengan pemaju/pemilik bagi
mendapatkan harga yang berpatutan dengan memastikan
harga pembelian hendaklah tidak melebihi harga penilaian
yang ditentukan oleh JPPH dan mencatatkan keputusan
rundingan tersebut;

(d) memaklumkan dan merundingkan terma-terma bagi
Perjanjian Jual Beli; dan

(e) memperakukan harga yang telah dirunding kepada Pegawai
Pengawal untuk keputusan muktamad.

M.S. 69/132

Bahagian Pengurusan Aset Dan Perolehan PK 2.1

(viii) Sekiranya Jawatankuasa gagal mendapatkan persetujuan harga dan
terma perjanjian yang muktamad, Jawatankuasa boleh
memperakukan kepada Pegawai Pengawal untuk membatalkan
pembelian tersebut.

(ix) Kaedah pembayaran hendaklah dilaksanakan seperti berikut:

(1) Bagi pembelian tanah di bawah (ii)(a):

(a) 10% daripada harga pembelian yang dipersetuji selepas
perjanjian ditandatangani;

(b) 85% setelah Borang Pindah Milik atau Memorandum of
Transfer (Sabah dan Sarawak) iaitu Borang 14A KTN
(Semenanjung), Borang G (Sarawak) dan Borang LSE 18
Schedule XIII (Sabah) diserahkan untuk didaftarkan di
Pejabat Tanah yang berkenaan; dan

(c) baki 5% dibayar setelah hak milik didaftarkan di atas nama
PTP.

(x) Bagi pembelian tanah berserta bangunan yang telah disiapkan di
bawah para (ii)(b):

(a) 10% daripada harga pembelian yang dipersetujui selepas
perjanjian ditandatangani;

(b) 85% setelah Borang Pindah Milik atau Memorandum of
Transfer (Sabah dan Sarawak) iaitu Borang 14A KTN
(Semenanjung), Borang G (Sarawak) dan Borang LSE 18
Schedule XIII (Sabah) diserahkan untuk didaftarkan di
Pejabat Tanah yang berkenaan; dan

(d) baki 5% dibayar setelah hak milik didaftarkan di atas nama
PTP.

(xi) Bagi pembelian tanah berserta bangunan yang sedang dalam
proses pembinaan di bawah para (ii)(b):

(a) 10% daripada harga pembelian yang dipersetujui selepas
perjanjian ditandatangani;

M.S. 70/132

Bahagian Pengurusan Aset Dan Perolehan PK 2.1

(b) 20% setelah Borang Pindah Milik atau Memorandum of
Transfer (Sabah dan Sarawak) iaitu Borang 14A KTN
(Semenanjung), Borang G (Sarawak) dan Borang LSE 18
Schedule XIII (Sabah) diserahkan untuk didaftarkan di
Pejabat Tanah yang berkenaan serta setelah hak milik
didaftarkan di atas nama PTP; dan

(c) baki 70% untuk bayaran seterusnya hendaklah dibuat
mengikut kaedah bayaran kemajuan projek-projek Kerajaan
yang berkuat kuasa.

(xi) Bagi pembelian di bawah para (ii)(b) yang melibatkan bangunan di
dalam sesuatu skim strata:

(a) 10% daripada harga pembelian yang dipersetujui selepas
perjanjian ditandatangani;

(b) 85% mengikut kemajuan pembinaan bangunan; dan

(c) baki 5% dibayar setelah hak milik didaftarkan di atas nama
PTP.

(xiii) Bagi pembelian yang melibatkan pembinaan, pemilik/pemaju
hendaklah dikenakan syarat supaya mengemukakan bon
pelaksanaan sebanyak 5% daripada keseluruhan harga
pembelian.Tempoh sah laku bon pelaksanaan hendaklah meliputi
12 bulan selepas tamat tempoh tanggungan kecacatan.

(xiv) MARA hendaklah melantik pegawai yang sesuai untuk mengesahkan
semua bayaran dan memantau pelaksanaan sepenuhnya syarat-
syarat jual beli tanah sehingga sempurna didaftarkan di atas nama
PTP. Walaupun Perjanjian Jual Beli ditandatangani oleh PTP,
M A R A boleh memasukkan nama pengurus/pentadbir kontrak di
dalam perjanjian tersebut di atas nama jawatan pegawai di MARA
yang membiayai pembelian tanah bagi memudahkan pengurusan
dan pemantauan kontrak.

(xv) Sekiranya perjanjian ditamatkan atas sebab kegagalan
pemilik/pemaju menyempurnakan obligasinya, M A R A hendaklah
memastikan bayaran tertentu yang telah dibuat kepada
pemilik/pemaju dikutip balik dengan dikenakan kadar faedah tidak
kurang daripada 8% setahun dan terma ini hendaklah dimasukkan
dalam Perjanjian Jual Beli.

M.S. 71/132

Bahagian Pengurusan Aset Dan Perolehan PK 2.1

15. Peraturan Bagi Perolehan Dan Pembaikan/Senggaraan Bot/Kapal
Kerajaan

(i) PMP hendaklah terlebih dahulu merancang dan mengatur keperluan
alat ganti/bahan bagi kerja pembaikan/senggaraan tersebut. PMP
adalah dilarang dari menumpukan ke satu limbungan/kontraktor
sahaja bagi pembaikan/senggaraan bot/kapal di bawah jagaan
masing-masing, kecuali P MP yang berurusan di bawah program
penswastaan.

(ii) Kerja pembaikan/senggaraan bot/kapal TLDM bagi stesen luar pantai
bolehlah menggunakan peraturan di bawah ini atau mana-mana
peraturan yang sedia ada.

(iii) Peraturan Perolehan

(a) PMP hendaklah menguruskan sendiri perolehan bot/kapal
mengikut tatacara perolehan Kerajaan yang berkuat kuasa.
Satu Jawatankuasa hendaklah ditubuhkan bagi penyediaan
dan penilaian spesifikasi teknikal.

(b) Perolehan bot/kapal M A R A hendaklah dibuat daripada
kalangan pembina tempatan yang berdaftar dengan
Kementerian Kewangan mengikut kelas dan kelayakan
masing-masing. Butir- butir lanjut mengenai kelas imbungan
dan bot/kapal adalah seperti berikut:

Kelayakan Dan Kelas Limbungan
Pembaikan Dan
Penyelenggaraan

BIL KELAS BOT/KAPAL/LIMBUNGAN KELAYAKAN MENGIKUT

KELAS BOT/KAPAL

1 Kelas A 600 tan ke atas

2 Kelas B 400 tan hingga 600 tan

3 Kelas C 200 tan hingga 400 tan

4 Kelas D 50 tan hingga 200 tan

5 Kelas E Bawah 50 tan

M.S. 72/132

Bahagian Pengurusan Aset Dan Perolehan PK 2.1

Kelayakan Dan Kelas Limbungan
Bagi Pembinaan Dan Pembaikan/Penyelenggaraan

BIL KELAS LIMBUNGAN KELAYAKAN MENGIKUT

KELAS BOT/KAPAL

1 Kelas AA 600 tan ke atas

2 Kelas BB 400 tan hingga 600 tan

3 Kelas CC 200 tan hingga 400 tan

4 Kelas DD 50 tan hingga 200 tan

5 Kelas EE Bawah 50 tan

6 Kelas FF (Pembuat) Tanpa Limbungan

(c) Perolehan bot/kapal MARA yang memerlukan kemudahan
pembinaan khusus, di mana limbungan tempatan tertentu
sahaja mempunyai kemudahan tersebut, rundingan terus
bolehlah diadakan dengan limbungan berkenaan, dengan
syarat kelulusan daripada Kementerian Kewangan diperolehi
terlebih dahulu.

(d) PMP hendaklah memastikan semua kontrak pembinaan
bot/kapal Kerajaan yang ditandatangani dengan
limbungan/kontraktor tempatan hendaklah mengandungi
syarat di mana semua perkhidmatan sokongan mestilah
diperolehi daripada syarikat-syarikat tempatan. Keutamaan
hendaklah diberikan kepada syarikat bertaraf Bumiputera.

(e) Bagi perolehan bot/kapal terpakai, PMP dikehendaki
mematuhi peraturan dan tatacara perolehan Kerajaan yang
berkuat kuasa.

(iv) Peraturan Perolehan Perkhidmatan Senggaraan Dan
Pembaikan

(a) Senggaraan Berjadual

(1) Bagi senggaraan berjadual yang tidak dilaksanakan
sendiri, Pusat bolehlah menghantar bot/kapal
kelimbungan/kontraktor yang berdekatan dan
berdaftar dengan Kementerian Kewangan secara
giliran mengikut kelas yang bersesuaian.

M.S. 73/132

Bahagian Pengurusan Aset Dan Perolehan PK 2.1

(2) Bagi Pusat yang memerlukan perkhidmatan
pembaikan/ penyenggaraan secara berjadual dan
bagi tempoh tertentu, satu perjanjian hendaklah
ditandatangani dengan mana-mana limbungan/
kontraktoryang berdaftar dengan Kementerian
Kewangan. Kadar bayaran bagi perkhidmatan yang
diperlukan hendaklah mengikut Jadual Kadar
Pembaikan dan Senggaraan Bot/Kapal Kerajaan yang
berkuatkuasa tertakluk kepada potongan harga yang
ditetapkan oleh Kerajaan.

(b) Senggaraan Di Limbungan Kerajaan

(1) Pusat yang memiliki kemudahan limbungan sendiri
dikehendaki menggunakan kemudahan tersebut
secara optimum untuk penyenggaraan bot/kapal
masing-masing. Pusat tersebut hendaklah
menggunakan perkhidmatan kontraktor yang berdaftar
dengan
Kementerian Kewangan di bawah bidang
Penyenggaraan dan Pembaikan Bot/Kapal (untuk
limbungan Kerajaan) dengan menggunakan harga
jadual kadar Kelas E yang berkuatkuasa tetapi dengan
potongan tidak kurang dari 25%.

(c) Senggaraan Bot Kecil

(1) Pusat bolehlah menghantar bot-bot kecil di bawah 10
tan (berat sesaran) ke mana-mana
limbungan/kontraktor yang berdekatan dan berdaftar
dengan Kementerian Kewangan dalam bidang yang
berkaitan. Harga kerja-kerja senggaraan tersebut
hendaklah berasaskan Jadual Kadar Kelas E yang
berkuat kuasa tetapi dengan potongan tidak kurang
dari 15%.

M.S. 74/132

Bahagian Pengurusan Aset Dan Perolehan PK 2.1

16. Tatacara Perolehan Perkhidmatan Pengendalian Kursus Dan Latihan

(i) Perkhidmatan pengendalian kursus dan latihan adalah
perkhidmatan bukan perunding. Oleh itu, perolehan perkhidmatan
pengendalian kursus dan latihan hendaklah diuruskan mengikut
tatacara perolehan semasa iaitu secara pembelian terus/sebut
harga/tender mengikut nilai perolehan yang berkenaan. Bayaran
kepada pensyarah/penceramah atau syarikat yang mengendalikan
kursus/latihan/seminar/bengkel tidak boleh menggunakan kadar
bayaran perunding kerana khidmat yang diberikan tidak melibatkan
kerja-kerja perunding yang sebenarnya.

(ii) Bagi maksud perolehan di atas, PMP hendaklah memastikan syarat-
syarat berikut dipatuhi sepenuhnya:

(a) peruntukan kewangan telah diluluskan dan mencukupi;

(b) Memberi keutamaan kepada kepakaran yang sedia ada di
kalangan anggota perkhidmatan awam/agensi Kerajaan dan
institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan mempunyai kepakaran
khusus untuk memberi syarahan/ceramah atau
mengendalikan kursus/ latihan yang diperlukan;

(c) pelawaan untuk mendapatkan perkhidmatan penceramah
atau pengendalian kursus/latihan hendaklah menyatakan
dengan jelas skop perkhidmatan, bidang kepakaran/
kelayakan/pengalaman penceramah, jumlah masa syarahan,
bilangan peserta dan sebagainya supaya harga yang
ditawarkan dapat diperincikan untuk penilaian;

(d) memastikan harga dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah
munasabah, paling menguntungkan, berkualiti dan sesuai
dengan keperluan perkhidmatan awam;

(e) perolehan perkhidmatan pengendalian kursus/latihan secara
pakej hendaklah dibuat daripada firma yang berdaftar dengan
Kementerian Kewangan;

(f) kontrak perkhidmatan hendaklah ditandatangani sekiranya

khidmat penceramah atau pengendalian

kursus/latihan/seminar/bengkel tidak dibuat secara one-

off sebaliknya secara bersiri bagi jangka masa yang

tertentu;

(g) kadar bayaran kepada pensyarah/penceramah hendaklah
berasaskan kelayakan akademik seperti berikut:

M.S. 75/132

Bahagian Pengurusan Aset Dan Perolehan PK 2.1

KADAR ASAS MENGIKUT KELAYAKAN AKADEMIK

Diploma/Sijil Sarjana Sarjana Ph.D.
Muda

RM100 sejam RM200 sejam RM300 sejam RM400 sejam

(h) bagi pensyarah/penceramah tertentu yang mempunyai
pengalaman atau kepakaran khusus sama ada dari dalam
atau luar negara, bayaran elaun ex-gratia tambahan tidak
melebihi 20% daripada kadar di atas boleh diluluskan oleh
jawatankuasa/panel yang bertanggungjawab ke atas hal-hal
latihan di agensi;

(i) tuntutan kos imbuhan balik bagi bahan/peralatan serta
tuntutan perjalanan, penginapan dan lain-lain hendaklah
berpatutan dan dibayar mengikut kadar yang ditetapkan
sekiranya perolehan tidak dibuat secara pakej;

(j) perolehan bagi kemudahan penginapan dan penyediaan
makanan peserta kursus/latihan hendaklah dibuat mengikut
kadar kelayakan yang berkuat kuasa.

17. Tatacara Perolehan Dan Pengurusan Projek Secara Reka Dan Bina

(i) Penentuan Pelaksanaan Projek Secara Reka Dan Bina

(a) Semua projek Kerajaan hendaklah dilaksanakan secara
konvensional. Walau bagaimanapun, jika terdapat projek
kerja MARA yang perlu dilaksanakan secara Reka dan Bina,
pertimbangan dan kelulusan daripada Kementerian
Kewangan dan Jabatan Kerja Raya (JKR) perlu diperolehi
terlebih dahulu. Asas penentuan bagi projek-projek yang
hendak dilaksanakan secara Reka dan Bina ditetapkan
seperti berikut:

(1) Skop kerja yang kompleks dan melibatkan kepakaran
khusus, yang mana kepakaran tersebut tidak terdapat
dalam MARA.

M.S. 76/132

Bahagian Pengurusan Aset Dan Perolehan PK 2.1

(2) Reka bentuk bangunan/struktur ditentukan oleh sistem
kelengkapan, perkhidmatan atau peralatan yang akan
ditempatkan. Contohnya projek hangar bagi pesawat
penggempur dan bunker bagi misil/peluru; atau

(3) Projek-projek khas yang perlu disiapkan dalam masa
yang singkat bagi menepati jadual yang telah
ditetapkan atau demi kepentingan dan keselamatan
Negara yang bukan berpunca daripada kelemahan
perancangan MARA.

(b) Projek-projek yang mana telah terdapat reka bentuk atau
lukisan piawai adalah tidak dibenarkan untuk dilaksanakan
secara Reka dan Bina.

(ii) Kaedah Perolehan

(a) Projek secara Reka dan Bina boleh dilaksanakan mengikut
kaedah perolehan seperti berikut:

(1) Tender Terbuka

Projek Reka dan Bina hendaklah dilaksanakan secara
tender terbuka melalui proses pra-kelayakan bagi
memastikan hanya kontraktor yang berkelayakan dan
berkeupayaan sahaja dipelawa menyertai tender.

(2) Tender Terhad
Tender terhad hanya dibenarkan dalam keadaan
seperti di perenggan 17(i)(a)(3) di atas.

(iii) Garis Panduan Perolehan Dan Pengurusan Projek Secara Reka
Dan Bina

(a) Garis Panduan Perolehan Dan Pengurusan Projek Secara
Reka Dan Bina seperti di 1Pekeliling Perbendaharaan di
Lampiran 2.26 dalam melaksanakan projek secara Reka dan
Bina perlulah dirujuk.

M.S. 77/132

Bahagian Pengurusan Aset Dan Perolehan PK 2.1

(iv) Syarat-Syarat Am

(a) Dalam melaksanakan projek secara Reka dan Bina, syarat-
syarat am seperti berikut perlu dipatuhi:

(1) Mematuhi dasar dan peraturan perolehan Kerajaan
yang berkuat kuasa termasuk peraturan berkaitan
Industrialised Building System (IBS);

(2) MARA selaku jabatan bukan teknikal hanya
dibenarkan melaksanakan sendiri projek mengikut
had nilai dan kuasa yang ditetapkan. Pelaksanaan
projek secara Reka dan Bina hendaklah merujuk
kepada Jabatan Teknik (JKR/JPS);

(3) Tapak adalah bebas daripada sebarang halangan; dan

(4) Kelulusan Jawatankuasa Standard dan Kos di Unit
Perancang Ekonomi hendaklah diperolehi sebelum
tender dipanggil selaras dengan Surat Pekeliling Am
yang berkaitan yang dikeluarkan oleh Jabatan
Perdana Menteri dari semasa ke semasa.

(b) Memastikan semua kehendak pelanggan/pengguna telah
diambil kira dalam penyediaan Kehendak Kerajaan
(Government¶s Requirements) bagi mengelakkan berlakunya
perubahan dalam skop kerja semasa pembinaan.

(v) Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, Pusat boleh mendapat
keterangan lanjut dengan merujuk kepada:

Ketua Pengarah Kerja Raya
Ibu Pejabat JKR Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin
50582 KUALA LUMPUR
(u.p.: Pengarah Kanan, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan)

18. Garis Panduan Mengenai Pengurusan Perolehan Information
Telecommunication Technology (ICT) Kerajaan

(i) Peraturan Semasa Perolehan ICT

Perolehan ICT boleh dibahagikan kepada lima (5) proses utama
seperti berikut:

M.S. 78/132

Bahagian Pengurusan Aset Dan Perolehan PK 2.1

(a) Perancangan Perolehan;
(b) Pelaksanaan Perolehan;
(c) Proses Penilaian Perolehan;
(d) Pemantauan dan Pelaksanaan Projek; dan
(e) Pengurusan dan Pentadbiran Kontrak.

(ii) Perolehan ICT yang dilaksanakan hendaklah mematuhi
peraturan semasa berkaitan ICT seperti berikut:

(a) Kelulusan Teknikal - Dirujuk dan mendapat kelulusan
teknikal daripada Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT)
MARA, JPICT Kementerian dan Jawatankuasa Teknikal ICT
(JTICT) Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan
Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri
(JPM) selaras dengan Surat Pekeliling Am semasa dan
pekeliling MAMPU yang berkuat kuasa.

(b) Keutamaan Perkhidmatan Pakar Dalaman - Mengutamakan
penggunaan kepakaran dalaman sektor awam untuk
pembangunan ICT bagi mengurangkan kebergantungan
MARA kepada kepakaran luar.

(c) Keutamaan Bahan/Barangan/Perkhidmatan Tempatan –
Mengutamakan produk keluaran syarikat berstatus
Multimedia Super Corridor (MSC) Malaysia dan memastikan
perolehan ICT yang diimport hendaklah dilaksanakan selaras
dengan peraturan yang berkuat kuasa.

Penglibatan Perunding Asing Sebagai Perunding ICT – Memastikan
semua perolehan ICT yang memerlukan perkhidmatan perunding asing
secara outsourcing hendaklah mendapat kebenaran MAMPU, Jabatan
Perdana Menteri.

(d) Pemilikan Kod Sumber (Source Code) Dan/Atau
Intellectual Property Rights (IPR) - Kod sumber dan/atau
Intellectual Property Rights (IPR) bagi pembangunan sistem
aplikasi dan serahan-serahan lain yang berkaitan hendaklah
menjadi Hak Milik MARA.

(f) Pemindahan Teknologi (Transfer of Technology) -

Pemindahan teknologi dan pengetahuan hendaklah

dilaksanakan dengan sempurna dalam tempoh kontrak bagi

memastikan Pegawai Teknikal M A R A berupaya

menyelenggara perkakasan/perisian/rangkaian/sistem

aplikasi selepas tamat tempoh jaminan.

M.S. 79/132

Bahagian Pengurusan Aset Dan Perolehan PK 2.1

(g) Akta Rahsia Rasmi Atau Tapisan Keselamatan – Bagi

perolehan yang memerlukan syarikat/perunding mendapat

akses kepada data/ maklumat/premis MARA atau kawasan-

kawasan sensitif/terperingkat, Pusat hendaklah

melaksanakan tapisan keselamatan dan memastikan

kakitangan syarikat yang terlibat di dalam projek M A R A

menandatangani Borang Perakuan Untuk Ditandatangani

Oleh Penjawat Awam/Syarikat Berkenaan Dengan Akta

Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88].

(iii) Garis Panduan Pengurusan Perolehan ICT Kerajaan

(a) Pusat hendaklah merujuk Garis Panduan Pengurusan
Perolehan ICT Kerajaan seperti 1 P e k e l i l i n g
Perbendaharaan PK2.1,’Perolehan Kerajaan’
di Lampiran 2.27 dan hendaklah dibaca bersekali dengan
Surat Pekeliling Am dan Surat Arahan Ketua Pengarah
MAMPU, JPM berkaitan ICT, Arahan Perbendaharaan serta
Pekeliling lain berkaitan perolehan Kerajaan yang berkuat
kuasa.

(iv) Kaedah Pelantikan MIMOS Berhad Bagi Perkhidmatan
Perundingan ICT Dan Pembekalan Aplikasi ICT

(a) Pusat hendaklah mendapatkan perkhidmatan perundingan
teknologi (technology consultancy) daripada MIMOS Berhad
selaku Agensi R&D Kebangsaan dalam bidang ICT di bawah
Kementerian Sains, Teknologi dan Invoasi (MOSTI) tertakluk
kepada ketetapan seperti berikut:

(i) Pusat yang bercadang untuk melaksanakan
perolehan ICT, meliputi perolehan penyelesaian
(solutions), sistem dan aplikasi ICT yang melebihi
RM5,000,000.00 hendaklah merujuk kepada MIMOS;

(ii) Sekiranya MIMOS tidak berkemampuan untuk
melaksanakan perkhidmatan tersebut, MIMOS
hendaklah mengemukakan maklum balas kepada
MARA dalam tempoh 14 hari kalendar daripada tarikh
surat M A R A diterima di pejabat MIMOS. P u s a t
adalah bertanggungjawab memastikan surat tersebut

M.S. 80/132

Bahagian Pengurusan Aset Dan Perolehan PK 2.1

disahkan penerimaan oleh MIMOS sebagai bukti. Jika
tiada maklum balas diterima oleh MARA dalam
tempoh tersebut, Pusat dibenarkan untuk melantik
sendiri perunding ICT yang berdaftar dengan
Kementerian Kewangan dan mempunyai kod bidang
yang berkenaan melalui kaedah semasa yang berkuat
kuasa;

(iii) Pusat hendaklah mengemukakan kepada MIMOS
maklumat lengkap seperti berikut:

• Ringkasan projek;
• Siling projek;
• Peruntukan tahunan; dan
• Jadual pelaksanaan projek.

(iv) Pusat juga digalakkan untuk melantik MIMOS
sebagai ahli teknikal kepada Jawatankuasa
Spesifikasi;

(b) Sekiranya Pusat yang bercadang untuk melaksanakan
perolehan aplikasi ICT, Pusat adalah digalakkan untuk
melaksanakan perolehan aplikasi tersebut daripada MIMOS.
MIMOS telah membangunkan aplikasi-aplikasi teknologi
berdasarkan beberapa kluster teknologi yang boleh diterima
pakai oleh Agensi Kerajaan. Pusat yang bercadang untuk
melaksanakan perolehan aplikasi ICT daripada MIMOS
adalah tertakluk kepada ketetapan seperti berikut:

(i) Pusat hendaklah memastikan spesifikasi aplikasi
yang ditawarkan oleh MIMOS sekurang-kurangnya
memenuhi keperluan spesifikasi minimum Agensi;

(ii) Jika spesifikasi aplikasi yang ditawarkan oleh MIMOS
memenuhi keperluan spesifikasi minimum M A R A ,
Pusat hendaklah mengguna pakai spesifikasi yang
ditawarkan oleh MIMOS dan melaksanakan proses
pelantikan syarikat berdasarkan tatacara perolehan
semasa yang berkuat kuasa. Pusat perlu melantik

M.S. 81/132

Bahagian Pengurusan Aset Dan Perolehan PK 2.1

syarikat yang berjaya secara Sub-Kontraktor Yang
Dinamakan. Ini bagi memastikan hak mendapat
bayaran syarikat tersebut terpelihara; dan

(iii) Jika spesifikasi aplikasi yang ditawarkan oleh MIMOS
tidak memenuhi keperluan spesifikasi minimum Pusat,
Pusat boleh membuat tawaran kepada syarikat lain
tertakluk kepada syarikat tersebut hendaklah
berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan
mempunyai kod bidang yang berkenaan melalui
kaedah perolehan semasa yang berkuat kuasa.

M.S. 82/132

Bahagian Pengurusan Aset Dan Perolehan PK 2.1

LAMPIRAN

M.S. 83/132

LAMPIRAN E

MAJLIS AMANAH RAKYAT

BORANG PERMOHONAN PEMBELIAN (BEKALAN / PERKHIDMATAN) BAGI ITEM PEMBELIAN BERPUSAT YANG
DIURUSKAN OLEH BAHAGIAN PENGURUSAN ASET DAN PEROLEHAN SAHAJA

Pengarah,
Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan

I. Perolehan bekalan / perkhidmatan seperti di bawah ini atau senarai berkembar adalah

diperlukan

Nama Barang Spesifikasi Kuantiti Anggaran Harga Jumlah

Diperlukan Satu Unit ( RM ) ( RM )

Justifikasi Permohonan

Nyatakan samada untuk penggantian / tambahan kakitangan atau penuntut atau lain-lain sebab.
(Butir-butir justifikasi hendaklah dibuat dalam lampiran berasingan)

Spesifikasi – jika ruangan tidak mencukupi, sila gunakan kertas lampiran.

II. Kedudukan Kewangan

Nama Peruntukan: Kod: RM
a. Peruntukan diluluskan:-
b. Tambahan (Virement +) Peruntukan sekarang / pindah:
c. Potongan (Virement -) Bayaran telah dibuat setakat tarikh:
Kurang:

Tanggungan belum dijelaskan setakat:
Baki peruntukan setakat:

Saya akui butir-butir kewangan di atas adalah benar.

Tandatangan Pegawai Mengawal Pusat

Tarikh: ……………… ………………………….

Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan PK 2.1

III. Untuk Kegunaan Pengarah Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan
Pengarah ……………………………………

(a) Permohonan di atas adalah diluluskan / tidak diluluskan.

(b) Pembelian akan diuruskan oleh Bahagian ……………………………………………..
Pembelian boleh diuruskan oleh tuan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

……………………………………..
( Pengarah

Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan )

Tarikh : …………………………

Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan PK 2.1
MAJLIS AMANAH RAKYAT LAMPIRAN F

BORANG PERMOHONAN PEROLEHAN BEKALAN / PERKHIDMATAN MENGGUNAKAN PERUNTUKAN BELANJA
PEMBANGUNAN

Pengarah,
…………………………………...

(Pegawai Mengawal Program)

I. Perolehan bekalan / perkhidmatan seperti di bawah ini atau senarai berkembar adalah

diperlukan

Nama Barang Spesifikasi Kuantiti Anggaran Harga Jumlah
( RM ) ( RM )
Diperlukan Satu Unit

Justifikasi Permohonan

Nyatakan samada untuk penggantian / tambahan kakitangan atau penuntut atau lain-lain sebab.
(Butir-butir justifikasi hendaklah dibuat dalam lampiran berasingan)

Spesifikasi – jika ruangan tidak mencukupi, sila gunakan kertas lampiran.

II. Kedudukan Kewangan

Nama Peruntukan: Kod: RM
a. Peruntukan diluluskan:-
b. Tambahan (Virement +) Peruntukan sekarang / pindah:
c. Potongan (Virement -) Bayaran telah dibuat setakat tarikh:
Kurang:

Tanggungan belum dijelaskan setakat:
Baki peruntukan setakat:

Saya akui butir-butir kewangan di atas adalah benar.

Tandatangan Pegawai Pengawal Pusat

Tarikh: ……………… ………………………….

Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan PK 2.1

III. Untuk Kegunaan Pegawai Mengawal Program
Pengarah ……………………………………

(a) Permohonan di atas adalah diluluskan / tidak diluluskan.
(b) Pembelian akan diuruskan oleh Bahagian ……………………………………………..

Pembelian boleh diuruskan oleh tuan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

……………………………………..
( Pegawai Mengawal Program )
Bahagian …………………………
Tarikh : …………………………

IV. Untuk Kegunaan Pengarah Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan
*Jika berkaitan
Pengarah ……………………………………

(a) Permohonan di atas adalah diluluskan / tidak diluluskan.
(b) Pembelian akan diuruskan oleh Bahagian ……………………………………………..

Pembelian boleh diuruskan oleh tuan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

……………………………………..
( Pengarah

Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan )

Tarikh : …………………………

Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan PK 2.1

LAMPIRAN G

BORANG PERMOHONAN TANGGUNGAN

Nama Pemohon : …………………………………………..

Bahagian / Unit / Urusan : …………………………………………..

Nama dan Kod Peruntukan : ………………………………………….. Baki : RM ………………....................

KUANTITI

BIL BUTIR BARANG ATAU ANGGARAN JUMLAH
PERKHIDMATAN YANG DIPERLUKAN HARGA SEUNIT (RM)

JUMLAH BESAR

JUSTIFIKASI PERMOHONAN

Nyatakan samada untuk penggantian / tambahan kakitangan atau penuntut atau lain-lain sebab.
(Butir-butir justifikasi hendaklah dibuat dalam lampiran berasingan)

Tarikh : …………………………. T/tangan & Cop Pemohon : …….……………………………….
*Disokong / Tidak Disokong Ketua Bahagian / Urusan / Unit : ……………………………….

Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan PK 2.1

Permohonan untuk membeli barang atau perkhidmatan yang tersebut diatas adalah :
*diluluskan / tidak diluluskan.

Catatan
…………………………………………………………………………………………………………………..

.…………………………………………………………………………………………………………………..

Tarikh : ……………………..
………………………………………..

Pegawai Berkuasa

*Potong yang tidak berkenaan

Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan PK 2.1
LAMPIRAN H

Item Pembelian Berpusat (Central Purchasing)

BIL JENIS BEKALAN KETERANGAN

1 Alatulis Pusat Ibu Pejabat - Bekalan diperolehi dari stor pusat BAP.
Pusat luar Ibu Pejabat - mengikut had kuasa yang telah
ditetapkan.

2 Cenderamata Korporat Pusat Ibu Pejabat - Diuruskan oleh BKOM bagi perolehan yang
MARA bernilai tidak melebihi RM50,000
Pusat luar Ibu Pejabat - Mengikut had kuasa sediada.

3 Percetakan Semua pusat adalah mengikut had kuasa yang ditetapkan dengan
syarat menggunakan spesifikasi MARA kecuali:

I. Semua Dokumen Kerajaan, Pesanan Kerajaan, Buku
Panjar Perkhidmatan, Buku Panjar Wang Runcit, Resit
Rasmi MARA, Resit Komputer (SPPO), Resit Luar
Pejabat, Resit Pejabat Pos, Borang Tuntutan Perjalanan,
Borang LPP, Buku Vot, Buku Log Kenderaan, Baucer
Bayaran.

4 Perabot, Kelengkapan & I. Pusat baru diuruskan oleh BAP.
Peralatan Pejabat II. Semua pusat adalah mengikut had kuasa yang ditetapkan

dengan syarat menggunakan spesifikasi MARA.

5 Perkakasan dan Perkhidmatan ICT Diuruskan oleh BTM sahaja.

6 Kereta Diuruskan oleh BAP sahaja.
Motor/Kenderaan
Diuruskan oleh BAP sahaja.
7 Pengangkutan dan
Perkhidmatan Forwarding Diuruskan oleh pusat berkenaan mengikut had kuasa sediada.
Pusat Baru – kontrak pertama sahaja diuruskan oleh Pejabat
8 Cuci Bangunan & Bersih MARA Negeri berkaitan mengikut had kuasa sediada
Kawasan

BIL JENIS BEKALAN KETERANGAN

9 Kawalan Keselamatan Pusat Diuruskan oleh pusat berkenaan mengikut had kuasa
sediada.

Pusat Baru – kontrak pertama sahaja diuruskan oleh
Pejabat MARA Negeri berkaitan mengikut had kuasa
sediada

10 Iklan Diuruskan oleh BAP untuk iklan pelawaan tender.
Lain-lain iklan – Pusat masing-masing mengikut had kuasa sedia ada

11 Insuran Kenderaan Bermotor aPduas.at Ibu Pejabat – diuruskan oleh BAP bagi kereta
gunasama & kereta Pengurusan Tertinggi sahaja.

Kereta Bahagian/Unit di uruskan oleh PMP Pusat luar -
diuruskan oleh pusat, tidak melebihi RM50,000.00.

12 Peralatan pembelajaran I. Pusat-pusat baru diuruskan oleh BAP.

II. Semua pusat adalah mengikut had kuasa yang
ditetapkan dengan syarat menggunakan spesifikasi
MARA

Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan PK 2.1

LAMPIRAN I

MAJLIS AMANAH RAKYAT
LAMPIRAN Q

SEBUT HARGA BAGI BEKALAN / Bila menjawab, sila nyatakan nombor ini
PERKHIDMATAN / KERJA No. Sebut harga :

TAJUK Pelawaan sebut harga dikeluarkan oleh:
PUSAT

Tarikh :

i) Sila beri sebut harga bagi bekalan barang-barang/perkhidmatan yang dikeluarkan seperti di
Lampiran Q1 dan Q2 tertakluk kepada had-had dan syarat-syarat yang dilampirkan.

ii) Syarat-syarat serahan : _____________________________________________________
iii) Tarikh dikehendaki diserahkan / disempurnakan :________________________
iv) Pengiriman : __________________________________

v) Pembayaran : _________________________________

vi) Sebut harga mestilah sampai ke alamat di atas tidak lewat daripada jam 12 tengah hari pada
________________ dan hendaklah sah selama 90 hari selapas tarikh tutup sebut harga.

vii) Sebut harga mestilah dimasukkan dalam satu sampul surat berlakri yang ditanda No. Sebut
harga : _______________

viii) Penyebut harga dilarang sama sekali mengurang, menambah, mengubah atau merungkai
dokumen ini dari keadaan asal.

PERINGATAN: Perbuatan rasuah adalah salah disisi undang-undang. Sila baca, fahami dan
patuhi peringatan tentang rasuah dan penyebutharga diwajibkan mengisi Surat Akuan Pembida.

Sila Sertakan Salinan Sijil Pendaftaran Tandatangan : _____________________
Kementerian Kewangan : (Pegawai Mengawal Pusat)
i) Kod Bidang : _________________
ii) Pengiktirafan Taraf Bumiputera Jawatan : _____________________

Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan PK 2.1

BUTIRAN PERIHAL BARANG-BARANG KUANTITI LAMPIRAN Q1
NO PERKHIDMATAN DAN SYARAT-SYARAT
HARGA
1. KHAS UNTUK 2
TAHUN

Tempoh Kontrak : ________
Lokasi:

JUMLAH HARGA KESELURUHAN (RM)
.........................................................................

................................................................................................................................
.............

[Harga yang ditawarkan adalah harga bersih dan hendaklah dikemukakan tanpa kenaan
GST. Diskaun-diskaun perniagaan, tunai, bayaran cepat dan diskaun-diskaun lain dan apa-apa
bayaran tambahan (misalnya cukai dan belanja membungkus) hendaklah ditunjukkan].

Saya/kami dengan ini menawar untuk membekal barang-barang / perkhidmatan di atas dengan
harga dan syarat-syarat yang ditunjukkan di atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut dan di
belakang ini.

Tarikh : ________ Tandatangan Pembekal: _____________________

Nama Pembekal : _____________________

No. K/P : _____________________

Alamat Syarikat

(rubber stamp) : _____________________

LAMPIRAN B

Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan PK 2.1
SENARAI SEMAK

(BEKALAN/PERKHIDMATAN/KERJA)

Sila tandakan Bagi Dokumen-dokumen yang disertakan.

Bil. Perkara/Dokumen Untuk Di Untuk Di
tanda tanda
1 Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Dari Kementerian Oleh
Kewangan (Bekalan/Perkhidmatan) Oleh Syarikat
Jawatankuasa
Pembuka
Sebut
Harga

2 Salinan Sijil Akuan Bumiputera Dari Kementerian
Kewangan (Bekalan/Perkhidmatan)

3 Salinan Sijil Pendaftaran Dari Pusat Khidmat
Kontraktor (Kerja)

4 Salinan Sijil Taraf Bumiputera Dari Pusat
Khidmat Kontraktor (Kerja)

5 Salinan Sijil Pendaftaran Dari CIDB

6 Borang Sebut Harga Telah Diisi Dengan Lengkap
(termasuk nilai tawaran dan tempoh siap) dan
Ditandatangani

7 Surat Akuan Pembida Telah Diisi Dengan Lengkap

8 Borang Maklumat Penyebut Harga

9 Pematuhan Kepada Spesifikasi

10 Borang Penyerahan Contoh Dan Katalog (jika
berkaitan)

11 Cadangan Penyelenggaraan/Penyenggaraan
(jika perlu)

12 Senarai Kakitangan Teknikal (jika berkaitan)

13 Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank bagi Tiga
(3) Bulan Terakhir

14 Lain-lain Sekiranya Ada

Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan UNTUK KEGUNAAN JABATAN PK 2.1
PENGESAHAN OLEH SYARIKAT

Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga
telah membaca dan memahami semua
syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di mengesahkan penerimaan dokumen bertanda
dalam dokumen sebut harga. Semua kecuali bagi perkara bil………………..(jika
maklumat yang dikemukakan adalah benar.
ada).

Tandatangan : Tandatangan :
Nama: Nama:
Jawatan: Jawatan:
Tarikh Tarikh:

Tandatangan :
Nama:
Jawatan:
Tarikh:

Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan PK 2.1
PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH

Kepada :

Syarikat, Kontraktor, Perunding, Penjawat Awam dan mana-mana pihak yang berkaitan sebut
harga/tender ini. Rasuah merupakan satu kesalahan dalam undang-undang Malaysia. Oleh itu,
semua pihak diingatkan supaya tidak melakukan perbuatan rasuah seperti berikut :

i) Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau
menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan
perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

ii) Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-
mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki
membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau
balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu
kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

iii) Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota
perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau pembekal boleh diambil
sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

iv) Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan
ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang
ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam
yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan PK 2.1

SURAT AKUAN PEMBIDA
(Tajuk dan Nombor Rujukan Tender/Sebut Harga)

Saya _______________________ No. K.P _______________________ yang mewakili
_______________________ nombor Pendaftaran ______________________ dengan ini
mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan
menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam MAJLIS AMANAH RAKYAT
atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di
atas. Bersama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat
di atas untuk membuat pengisytiharan ini.

2. Sekiranya saya, atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati cuba menawar
atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam MAJLIS AMANAH RAKYAT atau mana-
mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas, maka saya
sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil :

2.1 Penarikan balik tawaran kontrak bagi sebut harga di atas; atau
2.2 Penamatan kontrak bagi sebut harga di atas; dan
2.3 Lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan yang berkuat

kuasa.

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana
individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga seperti
di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.

Yang Benar ,
__________________________
( Nama : ___________________

No. KP: ___________________ )
Cop Syarikat :

Catatan: i) Surat akuan ini hendaklah dikemukakan bersama Surat Perwakilan Kuasa

Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan PK 2.1

SYARAT-SYARAT AM

Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-
syarat am yang berikut hendaklah dipakai melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau
diubah dengan khususnya oleh penyebutharga.

1. KEADAAN BARANG
i. Semua barang hendaklah tulin, baru dan belum digunakan dan mengikut spesifikasi
yang dinyatakan dalam Lampiran Q2.
ii. Sila sertakan bersama Contoh Katalog Sebenar.

2. HARGA TAWARAN
i. Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun dan kos tambahan
yang berkaitan.
ii. Kos secara Lump Sum TIDAK diterima.
i. Harga hendaklah dikemukakan tanpa kenaan GST

3. TAWARAN SEBUT HARGA
i. Hanya tawaran PERTAMA akan dipertimbangkan. Tawaran kedua / alternatif TIDAK akan
dipertimbangkan sebagai tawaran sebut harga.
ii. Harga tawaran hendaklah terus sah selama tempoh Sembilan Puluh (90) Hari dari tarikh
tutup sebut harga.

4. BARANG-BARANG SETARA
i. Sebut harga boleh ditawarkan bagi barang-barang setara yang sesuai dengan syarat
butir-butir penuh diberi.

5. PERSETUJUAN
i. MARA tidak terikat untuk menyetuju terima sebut harga yang terendah atau mana-mana
sebut harga.
ii. MARA juga berhak untuk menerima hanya sebahagian daripada tawaran.

iii. Tiap-tiap satu butiran akan ditimbangkan sebagai suatu sebut harga yang berasingan.

6. BON PELAKSANAAN
i. Penyebut harga yang berjaya dikehendaki memberi bon perlaksanaan berjumlah 2.5%
daripada harga bagi kontrak-kontrak yang bernilai di antara RM200,001.00 hingga
RM500,000.00.
ii. Bon Perlaksanaan ini hendaklah dalam bentuk Jaminan Bank atau Jaminan Bank Islam atau
Jaminan Syarikat Kewangan atau Jaminan Insurans atau Jaminan Takaful, dalam Ringgit
Malaysia (RM) dari bank-bank atau institusi-institusi kewangan yang dibenarkan oleh
Perbendaharaan Malaysia.
iii. Bon Perlaksanaan ini akan dikembalikan sesudah kontrak/pembekalan disempurnakan
dengan memuaskan dan mengikut kaedah dan tatacara perolehan yang berkuatkuasa
semasa.

7. PEMERIKSAAN
i. MARA adalah sentiasa berhak menghendaki barang-barang itu diperiksa atau diuji oleh
seorang Pegawai yang dilantik olehnya dalam masa pembuatan atau pada bila-bila masa lain
sebelum penyerahan.
ii. Penyebut harga hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau pengujian
apabila dikehendaki.

Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan PK 2.1

8. PERAKUAN MENYATAKAN PENENTUAN TELAH DIPATUHI

i. Penyebut harga dikehendaki memperakui bahawa barang-barang dan perkhidmatan
yang dibekalkan adalah mengikut penentuan atau piawai (jika ada) yang dinyatakan
di dalam pelawaan ini.

ii. Penyebut harga dikehendaki mengisi diruang Spesifikasi Pembekal dengan
menggunakan perkataan atau angka sahaja dengan jelas.

9. PENOLAKAN

i. Barang-barang yang rendah mutunya atau berlainan daripada barang-barang yang telah
dipersetujui dalam sebut harga boleh ditolak.

ii. MARA tidak bertanggungjawab atas sebarang perbezaan harga yang ditawarkan.

iii. Segala perbelanjaan/kerugian bagi barangan atau perkhidmatan yang ditolak adalah
tanggunjawab pembekal.

iv. MARA berhak membatal Pesanan Kerajaan/Surat Tawaran sekiranya pembekal tidak dapat
membekal barang atau perkhidmatan dalam tempoh yang ditetapkan.

v. Fasa kecil i, ii, iii dan iv di atas tidaklah memudaratkan apa-apa hak MARA untuk
mendapatkan gantirugi kerana kemungkiran kontrak.

10. PENGIKLANAN
Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan terhadap mana-mana sebut harga boleh disiarkan
dalam mana-mana akhbar, majalah atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Ketua
Pengarah MARA terlebih dahulu.

11. TAFSIRAN
Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut
dan dikawal oleh Undang-undang Malaysia dan penyebutharga bersetuju tertakluk hanya
kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan
jua pun yang mungkin timbul mengenai sebut harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul
daripadanya.

12. INSURAN
Tiada apa-apa insuran atau barang-barang dalam perjalanan daripada negeri pembekal atau
dalam Malaysia dikehendaki dimasukkan ke dalam sebut harga.

BARANG-BARANG EX-STOK ATAU KELUARAN MALAYSIA

13. CUKAI
i. Penyebut harga hendaklah menawarkan harga sebut harga tanpa mengambil kira bayaran
cukai di bawah Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan 2014 (Goods and Services Tax
Act 2014 – Akta GST 2014) (selepas ini dirujuk sebagai Harga Sebut Harga Tanpa GST).
Meskipun demikian penyebut harga masih bertanggungan untuk mengambil kira dalam
Harga Sebut Harga Tanpa GST tersebut bagi bayaran kos yang berkaitan dengan
pematuhan kepada mana-mana peruntukan undang-undang, peraturan-peraturan,
undang-undang kecil atau mana-mana perintah atau arahan yang dikeluarkan oleh mana-
mana Pihak Berkuasa Tempatan atau Syarikat Perkhidmatan Awam berkaitan dengan
perolehan ini.

ii. Penyebut harga hendaklah mengisytiharkan status pendaftaran GST dengan Jabatan
Kastam DiRaja Malaysia pada tarikh tutup sebut harga. Untuk pengisytiharan tersebut,
satu salinan surat kelulusan pendaftaran GST daripada Jabatan Kastam DiRaja Malaysia
beserta dengan nombor pendaftarannya hendaklah dikemukakan bersama dengan

Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan PK 2.1
Dokumen Sebut Harga pada tarikh tutup sebut harga.

iii. Sekiranya penyebut harga yang berjaya didapati berdaftar di bawah Akta GST 2014, maka
Kerajaan akan mengeluarkan Surat Setujuterima (SST) dengan menawarkan Harga Sebut
Harga Tanpa GST yang dicampurkan dengan kos kenaan cukai GST. Sebaliknya sekiranya
Penyebut harga yang berjaya tidak berdaftar di bawah Akta GST 2014, maka hanya Harga
Sebut Harga Tanpa GST sahaja akan disetujuterima melalui SST.

iv. Bagi Penyebut harga yang mengisytiharkan tidak berdaftar di bawah Akta GST 2014,
namun akan menjadi syarikat yang berdaftar di bawah Akta GST 2014 setelah Harga Sebut
Harga Tanpa GST tersebut disetujuterima oleh Kerajaan, maka Penyebut harga yang
berjaya tersebut hendaklah memohon kepada Kerajaan bagi pelarasan harga berkaitan
dengan kenaan GST semasa bagi baki Harga Kontrak yang dikenakan GST.

14. PEMBUNGKUSAN
i. Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan dan belanja
pembungkusan.
ii. Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang tidak
mencukupi atau yang cacat hendaklah diganti oleh pembekal.

15. PENGENALAN
Nama pembuat, jenama, nombor perniagaan atau nombor katalog dan negeri tempat asal
barang-barang itu, jika berkenaan hendaklah ditunjukkan.

BARANG-BARANG DIPESAN DARI LUAR MALAYSIA

16. CUKAI
Harga tawaran hendaklah diertikan sebagai termasuk cukai, unsur-unsur cukai adalah
dikehendaki ditunjukkan berasingan.

17. MATAWANG
Sebut harga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM).

18. PEMBUNGKUSAN
i. Barang-barang hendaklah dibungkus dengan sesuai untuk dieksport ke Malaysia
melainkan jika mengikut norma perdagangan barang-barang itu dieksport dengan tidak
dibungkus.
ii. Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan dan belanja
pembungkusan.
iii. Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang tidak
mencukupi atau yang cacat hendaklah diganti oleh penyebutharga.

19. PENDAFTARAN
i. Kementerian Kewangan Malaysia dan Pengiktirafan Bumiputra
ii. Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)/CIBD & Pengiktirafan Bumiputera

20. PENALTI / DENDA
i. Sekiranya Penyebut harga masih gagal membuat penghantaran dalam jangka masa yang
telah ditetapkan oleh MARA;
ii. Tidak mematuhi arahan Pegawai tanpa apa-apa sebab yang munasabah. Penalti/Denda
akan dikenakan ke atas mana-mana Penender menggunakan perkiraan seperti berikut:
V x D X 0.02 x 1/30 (nilai harga bekalan yang lewat dibekalkan (V) dan bilangan hari lewat
dari tempoh penghantaran 9D). Denda tersebut akan dikira mulai hari pertama selepas
tamat tempoh pembekalan bagi setiap item.

Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan PK 2.1

ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA

1. HAK KERAJAAN UNTUK MENERIMA / MENOLAK SEBUT HARGA
Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima sebut harga yang terendah atau mana-mana
sebut harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu sebut harga. Keputusan
Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamad.

2. CARA-CARA MELENGKAPKAN DOKUMEN SEBUT HARGA

2.1 Penyediaan Sebut Harga
Kontraktor adalah dikehendaki mengisi dengan dakwat segala maklumat berikut dengan
sepenuhnya:-

BIL PERKARA CATATAN

1 Borang Sebut Harga (Lampiran Telah Diisi Dengan Lengkap (termasuk nilai
Q1) tawaran dan tempoh siap) dan dicop /
Ditandatangani

2 Spesifikasi dan Harga Tawaran Spesifikasi dan harga yang telah lengkap diisi
(Lampiran Q2) dan (Lampiran Q3) dan di cop / ditandatangani

3 Katalog Asal untuk setiap peralatan Perlu dilampirkan

3.1 Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Dari

Kementerian Kewangan (Bekalan /

Perkhidmatan)

3.2 Salinan Sijil Akuan Bumiputera Dari
Kementerian Kewangan (Bekalan /
Perkhidmatan)

4 Salinan Sijil (yang masih sah) 3.3 Mempunyai Kod Bidang yang diperlukan
Dari Kementerian Kewangan (Bekalan /
Perkhidmatan)

3.4 Salinan Borang D (Perakuan Pendaftaran
Syarikat) di bawah Suruhanjaya Syarikat
Malaysia

3.5 Salinan Maklumat Perniagaan di bawah

Suruhanjaya Syarikat Malaysia

5 Salinan keratan Penyata Akaun 3 bulan Terkini (Disahkan oleh Pegawai Bank

Bank Berkaitan)

6 Surat Akuan Pembida yang telah lengkap diisi dan ditandatangani

7 Borang Kenyataan Penyebut yang telah lengkap diisi
Harga

8 Jadual E1 (Projek Lepas) dan Sekiranya ada perlu diisi
Jadual E2 (Projek Semasa)

Maklumat tambahan yang berkaitan

9 atau lain-lain dokumen sokongan Profil syarikat dan pengalaman

(Sekiranya Ada).

Jika berlaku kesilapan dalam mengisi maklumat-maklumat di atas Kontraktor hendaklah
menandatangani ringkas semua pembetulan. Sekiranya tiada pihak MARA berhak menolak
tawaran oleh pihak kontraktor.

Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan PK 2.1

2.2 Penyerahan Dokumen Sebut Harga
(a) Dokumen Sebut Harga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke
dalam sampul surat berlakri yang dicatatkan dengan bilangan sebut harga
XXXXXXXXXX serta tajuk sebut harga dan hendaklah dimasukkan ke dalam peti
sebut harga pada masa dan tempat yang ditetapkan dalam Notis Sebut Harga.

(b) Jika Dokumen Sebut Harga tidak diserahkan dengan tangan, Penyebut Harga
hendaklah menghantar Dokumen tersebut dengan pos supaya tiba pada atau
sebelum masa dan di tempat yang ditetapkan.

(c) Sebut harga yang diserahkan selepas masa yang ditetapkan, berbangkit dari
sebarang sebab, tidak akan dipertimbangkan.

2.3 Penjelasan Lanjut
Sekiranya terdapat maklumat dalam Dokumen Sebut Harga yang tidak jelas atau
bercanggah, Kontraktor boleh menghubungi Pegawai Inden untuk penjelasan lanjut.

3. TEMPOH SIAP KERJA*
Kerja ini hendaklah disiapkan dalam tempoh tidak melebihi 3 minggu.

4. BAYARAN DOKUMEN SEBUT HARGA*
Dokumen Sebut Harga ini dijual dengan harga RM6.00 (Ringgit Malaysia: Enam sahaja).

5. PERBELANJAAN PENYEDIAAN SEBUT HARGA
Semua perbelanjaan bagi penyediaan sebut harga ini hendaklah ditanggung oleh Penyebut harga
sendiri.

6. TEMPOH SAH SEBUT HARGA
Sebut harga ini sah selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh tutup sebut harga. Penyebut harga
tidak boleh menarik balik sebut harganya sebelum tamat tempoh sah sebut harga. Tindakan
tatatertib akan diambil sekiranya penyebut harga menarik balik sebut harganya sebelum tamat
tempoh sah sebut harga.

Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan PK 2.1

FORMAT PENYEDIAAN DAN SERAHAN
DOKUMEN SEBUT HARGA

1. FORMAT DOKUMEN SEBUT HARGA
Penyebut harga dikehendaki untuk menyediakan dan mengemukakan Dokumen Sebut harga
seperti berikut iaitu:

[ SAMPUL A ]

(A) Dokumen Tawaran Kewangan

Dokumen wajib dan format susunan bagi Dokumen Tawaran Kewangan
adalah seperti berikut:

i. LAMPIRAN Q DAN Q1: Borang Sebut Harga

ii. LAMPIRAN B: Senarai Semak.

iii. Peringatah Mengenai Kesalahan Rasuah

iv. Surat Akuan Pembida

v. Syarat-Syarat AM

vi. Arahan Kepada Penyebut Harga

vii. Format Penyediaan Dan Serahan Dokumen Sebut Harga

viii. Kenyataan Penyebut Harga Dan Kewangan

ix. LAMPIRAN Q3: Jadual Harga Pembekal

x. Salinan fotokopi dokumen:

 Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan
Malaysia

 Sijil Bumiputera

 Salinan Penyata Akaun Bank tiga (3) bulan terakhir/terkini
yang telah disahkan (pengesahan perlu asli / asal) oleh
Pegawai bank yang berkenaan (setiap helaian untuk 3
bulan penyata bank terkini) DAN/ATAU Akaun Syarikat
yang telah disahkan oleh Juruaudit bertauliah bagi tiga (3)
tahun terakhir/terkini.

ATAU

Dokumen kemudahan kredit daripada pihak bank/ institusi
kewangan yang diiktiraf oleh Bank Negara (sekiranya ada)

Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan PK 2.1
xi. Profil Syarikat Penyebut harga

Dokumen selain daripada yang dinyatakan di atas adalah dimasukkan
sebagai dokumen sokongan.

[ SAMPUL B ]

(B) Dokumen Tawaran Teknikal

Dokumen wajib dan format susunan bagi Dokumen Tawaran Teknikal yang
perlu disediakan adalah seperti berikut:
i. Mengemukakan serta menawarkan kesemua alatan.
ii. LAMPIRAN Q2: Spesifikasi Teknikal

iii. Katalog Asal untuk setiap peralatan

MANA-MANA PENYEBUT HARGA YANG TIDAK MENGEMUKAKAN DOKUMEN WAJIB,
TAWARAN PENYEBUT HARGA AKAN DITOLAK PADA PERINGKAT AWAL PENILAIAN

2. CARA MENYEDIAKAN DAN MENGEMUKAKAN DOKUMEN SEBUT HARGA

i. Semua dokumen iaitu Dokumen Tawaran Teknikal dan Dokumen Tawaran
Kewangan hendaklah diisi dengan lengkap dan tepat serta ditaip/dicetak dengan
kemas dan terang. Sebarang pindaan dan pembatalan di dalam borang atau
lampiran hendaklah ditandatangani ringkas oleh penyebut harga dan diberi tarikh.

ii. Semua dokumen hendaklah disediakan dalam Bahasa Melayu dan diserahkan dalam
:

i. Penyebut harga hendaklah mengemukakan Dokumen Kewangan dalam satu
(1) salinan sahaja.

ii. Dua (2) salinan bagi setiap dokumen Tawaran Teknikal dengan
menggunakan format seperti berikut:

a. Satu (1) salinan hendaklah ditanda “ASAL” pada penjuru atas sebelah
kanan;

b. Satu (1) salinan lagi ditanda dengan “SALINAN” pada penjuru atas
sebelah kanan.

a. Hanya Dokumen Teknikal Asal sahaja perlu dicop nama Penyebut harga
dan tandatangan.

b. Bagi salinan kedua tidak perlu dicop / dibuat penandaan nama syarikat

Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan PK 2.1

PENYEBUT HARGA DIWAJIBKAN SUPAYA TIDAK MENZAHIRKAN NAMA, ALAMAT
DAN LOGO SYARIKAT ATAU APA-APA TANDA PENGENALAN SYARIKAT PADA
SETIAP MUKA SURAT DOKUMEN TAWARAN TEKNIKAL (SALINAN).

3. FORMAT SERAHAN DOKUMEN SEBUT HARGA

a. Sampul Surat Bagi Dokumen Sebut harga
Dokumen Sebut harga yang diserahkan melalui Peti Sebut harga (iaitu Dokumen
Tawaran Kewangan dan Dokumen Tawaran Teknikal) perlu dimasukkan ke dalam
sampul surat dan dilabel masing-masing seperti berikut:

SAMPUL A – DOKUMEN TAWARAN KEWANGAN

“SAMPUL A”

SULIT

MARA XXXXXXXX
DOKUMEN TAWARAN KEWANGAN

SAMPUL B – DOKUMEN TAWARAN TEKNIKAL

“SAMPUL B”

SULIT

MARA XXXXXXXXX
DOKUMEN TAWARAN TEKNIKAL

b. Sampul Surat Berlakri (Sealed)
Dokumen Sebut harga manual, iaitu SAMPUL A dan SAMPUL B hendaklah
dimasukkan ke dalam satu sampul surat berlakri (sealed) dan ditanda di
sebelah atas pepenjuru kiri sampul surat seperti berikut:

TAWARAN SEBUT HARGA
NAMA SEBUT HARGA
SEBUT HARGA MARA XXXXXXXX

Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan PK 2.1

c. Alamat Sampul Surat

Dokumen Sebut harga hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:

PENGARAH
BAHAGIAN PENGURUSAN ASET & PEROLEHAN

MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)
TINGKAT 2 (KAUNTER TENDER), LOT 3.15,
IBU PEJABAT MARA, 50609 KUALA LUMPUR

d. Surat-menyurat

Penyerahan Dokumen Sebut harga ini hendaklah disertakan dengan satu Surat
Iringan (Covering Letter) yang mengandungi butir-butir seperti berikut:

a) Nama syarikat, alamat, nombor telefon dan nombor faks.
b) Nama pegawai yang diberi kuasa untuk dihubungi dan berkuasa membuat

komitmen bagi pihak penyebut harga.

Surat iringan di atas hendaklah dimasukkan ke dalam Dokumen Tawaran
Kewangan (SAMPUL A) sahaja.

4. PERINGATAN

i. Penyebut harga dilarang menggunakan/menyatakan Nama, Alamat dan Logo
Syarikat di dalam mana-mana bahagian Dokumen Tawaran Teknikal. Logo dan
Alamat Syarikat hanya perlu diturunkan/digunakan di atas Surat Iringan (Covering
Letter) dan bahagian-bahagian yang telah ditetapkan di dalam Dokumen Tawaran
Kewangan sahaja.

ii. Sebarang surat pengesahan/sokongan/pengiktirafan daripada pihak-pihak
tertentu hendaklah dimasukkan ke dalam Dokumen Tawaran Teknikal.
Penyebut harga hendaklah memastikan nama syarikat tidak dizahirkan di
dalam surat pengesahan/sokongan/pengiktirafan tersebut.

iii. Sebut harga yang lewat dihantar tidak akan dipertimbangkan.

iv. Sebut harga yang tidak lengkap, tidak mengikut arahan dan tidak teratur
akan ditolak.

v. Kementerian tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran daripada penyebut
harga. Keputusan mengenai sebut harga yang dikeluarkan adalah muktamad.
Sebarang surat-menyurat mengenai keputusan sebut harga tidak akan dilayan.

vi. Mana-mana penyebut harga yang tidak mengemukakan dokumen wajib,
tawaran penyebut harga akan ditolak pada peringkat awal penilaian.

Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan PK 2.1

KENYATAAN PENYEBUT HARGA DAN KEWANGAN

Sila isikan Kenyataan Penyebut harga ini dengan lengkap kerana butir-butir yang diberikan akan
dinilai dan dimarkahkan semasa proses analisa.

1. KETERANGAN MENGENAI PENYEBUT HARGA

1.1 Nama Syarikat : …………………………………………………………...

1.2 Alamat Berdaftar Syarikat : ……………..………….…………………………………

…………………………………………………………...

……………………………………………………………

1.3 Alamat Surat Menyurat : ……………………………………………………………
…………………………………………………………...

……………………………………………………………

1.4 Tarikh Firma Ditubuhkan : ……………………………………………………………

1.5 Nombor Pendaftaran : 1.5.1 Perniagaan
………..……………………………

1.5.2 PKK / Kem. Kewangan Malaysia /

Pejabat Setiausaha Kewangan Sabah / Sarawak
..……………………………………

1.6 Nombor Pendaftaran GST (jika berkaitan) : .................................................

1.7 Nombor Telefon : ………………………………….

1.8 Nombor Fax : ………………………………….

1.9 Taraf Syarikat : Bumiputra / Bukan Bumiputra

Jika Bumiputra, tempoh sah taraf
Dari…………………Hingga …………………

1.10 Jenis Perniagaan : Perseorangan / Syarikat / Perkongsian /
Sendirian Berhad. / Syarikat Berhad

Jika bukan perseorangan isikan butir-butir di bawah :

Bil Nama Ahli Alamat Modal Kedudukan Dalam
(%) Syarikat

Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan PK 2.1

1.10 Pendaftaran PKK/Kementerian Kewangan/ Sila sertakan salinan surat
Pej. Setiausaha Kewangan Sabah/ Pendaftaran
Pej. Setiausaha Kewangan Sarawak

1.11 Pendaftaran Kementerian Kewangan Taraf Bumiputra
Bil
Isikan butir-butir di bawah :

Agensi Pendaftaran No. Kelas Tajuk Tajuk
Pendaftaran Kecil

2. ORGANISASI
2.1 Isikan butir-butir di bawah :

NAMA UMUR EQUITI KELAYAKAN PENGALAMAN
AKADEMIK (TAHUN)
2.1.1 Lembaga Pengarah
(a)…………………..
(b)…………………..
(c).………………….

2.1.2 ** Pengurusan
(a)…………………..
(b)…………………..
(c)…..……………….

2.1.3 ** K/Tangan Profesional
(a)…………………..
(b)…………………..
(c)….……………….
(d)…………………..

2.1.4 * Bil Pekerja Mahir/
Teknikal …………

2.1.5 Bil K/tangan Am: ……

2.1.6 Bil K/tangan Pej.: …….

2.1.7 Tarikh Firma ditubuhkan
………………………

*Potong jika tidak berkenaan

** Sila kemukakan salinan perkara-perkara berikut bagi setiap kakitangan pengurusan dan
professional yang berkhidmat dengan syarikat tuan:
 Surat Perlantikan.
 Borang KWSP ‘A’ bagi bulan caruman terakhir.
 Sijil Kelulusan / Sijil Keahlian Badan-badan Professional.

2.2 Isikan butir-butir di bawah:

Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan KUANTITI/ PK 2.1
BILANGAN
PERKARA JUMLAH NILAI
(RM)
2.2.1 Jumlah projek yang diperolehi setakat ini
semenjak firma ditubuhkan.

2.2.2 Jumlah projek yang diperolehi di dalam
Setahun (purata)

2.3 Pernahkah menjalankan projek-projek

MARA dimasa lalu? Ya / Tidak *

* (Potong jika tidak berkenaan)

Jika ada nyatakan:

NAMA PROJEK NILAI (RM) TARIKH MULA TARIKH SIAP

Kontrak Sebenar

Sila lampirkan salinan Surat Setuju Terima atau Pesanan Tempatan (Local Order) yang berkaitan.

3. KEWANGAN
3.1 Firma perseorangan / Perkongsian / Syarikat Sdn. Bhd. / Syarikat Bhd. :
No. Cukai Pendapatan: ___________________________________

3.2 Modal : RM ……………………………
3.2.1 Modal dibenarkan RM ……………………………
3.2.2 Modal dibayar RM …………………………….
3.2.3 Modal Pusingan (jika ada)

3.3 Bayaran dijangka dari perniagaan yang sedang dijalankan :
(Nyatakan sumber dan jumlah dijangka diterima)

i. ……………………………………. RM …………………………….
ii. ………………………..…………… RM …………………………….
iii. ……………………………………. RM …………………………….

(Kembarkan salinan dokumen sebagai bukti)

3.4 Jumlah kemudahan Pinjaman dari Bank :
(Nyatakan sumber dan jumlah)

i. ……………………………………. RM …………………………….
ii. ………………………..…………… RM …………………………….

Bahagian Penguiriiu.sa…n A…se…t d…an…P…ero…le…ha…n ……………. RM ……………………………. PK 2.1
(Kembarkan surat pengesahan dari Bank)

3.5 Jumlah Overdraft :
(Nyatakan sumber dan jumlah)

i. ……………………………………. RM …………………………….
ii. ………………………..…………… RM …………………………….
iii. ……………………………………. RM …………………………….

(Kembarkan surat pengesahan)

3.6 Kemudahan Kredit dari Pembekal :
(Nyatakan sumber dan jumlah)

i. ……………………………………. RM …………………………….
ii. ………………………..…………… RM …………………………….
iii. ……………………………………. RM …………………………….

(Kembarkan surat pengesahan)

3.7 Nyatakan kemudahan-kemudahan yang pernah atau sedang diperolehi dari MARA (jika
ada) :
(Nyatakan perkara dan jumlah nilainya)

i. ……………………………………. RM …………………………….
ii. ………………………..…………… RM …………………………….
iii. ……………………………………. RM …………………………….

(Kembarkan surat pengesahan)

3.8 Salinan Penyata Bank (bagi 3 bulan terakhir)
Sertakan penyata yang disahkan oleh Pegawai Bank yang berkenaan.

3.9 Cadangan tambahan modal
(Nyatakan Sumber dan Jumlah)

i. ……………………………………. RM …………………………….
ii. ………………………..…………… RM …………………………….
iii. ……………………………………. RM …………………………….

3.10 Ringkasan Harta dan Liabiliti

Bagi Syarikat Sdn. Bhd. dimestikan menyertakan bersama salinan Lembaran Imbangan
(Balance Sheet) yang diauditkan oleh Akauntan bertauliah bagi tahun kewangan terakhir.

* PERINGATAN PENTING
Semua kenyataan mengenai ‘KEWANGAN’ hendaklah disertakan dengan salinan bukti
dan pengesahan yang diminta.

Kenyataan yang tidak disertakan dengan bukti dan pengesahan, tidak akan diambilkira
di dalam penilaian Petender

Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan PK 2.1

4. PENGALAMAN

4.1 Isikan butir-butir mengenai pengalaman Penyebut harga di dalam membekal barangan
yang sama atau seumpamanya untuk sebut harga ini. (Product Sales Record)

Bil Nama Projek Nama dan Alamat Nilai Kontrak Tempoh Siap
Jabatan/Institusi (RM) Pembekalan

Sila lampirkan salinan Surat Setuju Terima atau Pesanan Tempatan (Local Order) yang berkaitan

4.2 Projek-Projek Lepas
Kerja-kerja yang telah disiapkan 3 tahun sebelum tarikh sekarang. Isikan butir-butir di
dalam Jadual E1. Sila gunakan kertas tambahan jika ruang ini tidak mencukupi.

Sila sertakan salinan surat Setuju Terima atau Surat Pesanan Tempatan (Local Order)
dan Sijil Siap Kerja untuk projek-projek yang lalu.

Disamping itu, salinan surat-surat dari pembekal, salinan Surat Akuan dari Arkitek,
Jabatan Kerja Raya dan sebagainya yang difikirkan perlu, hendaklah dilampirkan
bersama.

4.3 Projek-Projek Semasa
Isikan butir-butir di dalam Jadual E2 bagi projek-projek semasa yang sedang
dijalankan. Sila gunakan kertas tambahan jika ruang ini tidak mencukupi.

Sertakan salinan Surat Setuju Terima/Pesanan Tempatan (L.O) dan Sijil Bayaran
Kemajuan Terakhir.

PERINGATAN PENTING

PENGALAMAN KERJA YANG TIDAK DISERTAKAN DENGAN SURAT SETUJU TERIMA
DAN SIJIL SIAP KERJA ATAU SIJIL BAYARAN KEMAJUAN TERAKHIR TIDAK AKAN
DIAMBILKIRA.

Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan PROJEK-PRO
NAMA PROJEK
NAMA DAN ALAMAT
JABATAN/INSTITUSI

PK 2.1

OJEK LEPAS TARIKH JADUAL E1
MULA
NILAI TARIKH SIAP
KONTRAK KONTRAK SEBENAR

(RM)

Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan

NAMA PROJEK PROJEK-P

NAMA DAN ALAMAT
JABATAN/INSTITUSI

PK 2.1

JADUAL E2

PROJEK SEMASA

NILAI % SIAP TARIKH
KONTRAK JADUAL SEBENAR
MULA SIAP
(RM)

Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan PK2.1
5. PENGAKUAN PENYEBUT HARGA

5.1 Kami telah membaca dengan teliti dan memahami semua arahan yang terkandung di dalam
‘PENYEBUT HARGA’.

5.2 Kami juga mengambil maklum bahawa kami dikehendaki mengemukakan semua maklumat dan
dokumen yang berkaitan bagi menyokong maklumat tertentu, sebelum Sebut harga ditutup.
Maklumat dan dokumen yang dikemukakan kemudian daripada itu tidak akan diambilkira di dalam
penilaian keupayaan kami.

5.3 Kami juga mengambil maklum bahawa Penilaian ke atas Sebut harga kami akan terjejas atau
mungkin tidak dipertimbangkan sekiranya maklumat-maklumat yang diberikan tidak diisi atau tidak
mencukupi atau tiada dokumen sokongan yang lengkap.

5.4 Kami, dengan ini mengaku bahawa segala maklumat yang dinyatakan adalah betul dan benar
belaka. Saya bersetuju MARA akan bertindak mengikut budibicara untuk mengetahui kedudukan
sebenar. Sekiranya mana-mana maklumat didapati tidak benar, MARA berhak membatalkan
tawaran ini ataupun menarik balik kontrak berkenaan kemudian.

Nama Penyebut Harga : ………………………… Nama Saksi : ……………………….

No. K/P : ………………………………… No. K/P: …………………………….

Tandatangan : ………………………………… Tandatangan : ……………………..

Cop Syarikat : ……………………………………….

Tarikh : …………………………………

Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan PK2.1

LAMPIRAN Q2

DOKUMEN TEKNIKAL

CADANGAN

Tajuk:

A. Nama institusi untuk perkhidmatan yang dikehendaki:

B. Nama Pegawai dihubungi:

Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan PK2.1

Lampiran Q2

SPESIFIKASI KERJA


Click to View FlipBook Version