The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DIGES KKHL ini dihasilkan dengan harapan agar dapatannya dijadikan sebagai input kepada pelbagai pihak khususnya penggubal dasar termasuk perancang dan pelaksana program pembangunan belia. Ini penting memandangkan penggubalan dasar dan perancangan program yang dianjurkan oleh pihak kerajaan seharusnya dilaksanakan berdasar kepada penyelidikan yang menyeluruh ataupun evidence based dan bukan hanya bergantung kepada andaian atau pemantauan kasar semata-mata.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kkhlmedia, 2018-09-21 00:40:49

Diges Kolej Komuniti Hulu Langat

DIGES KKHL ini dihasilkan dengan harapan agar dapatannya dijadikan sebagai input kepada pelbagai pihak khususnya penggubal dasar termasuk perancang dan pelaksana program pembangunan belia. Ini penting memandangkan penggubalan dasar dan perancangan program yang dianjurkan oleh pihak kerajaan seharusnya dilaksanakan berdasar kepada penyelidikan yang menyeluruh ataupun evidence based dan bukan hanya bergantung kepada andaian atau pemantauan kasar semata-mata.

Keywords: diges,kkhl,psh,cott,csr,mobile,iot,inovasi,inkubator,promosi,pengambilan,edmodo,apps,ltf,spp,stm,dcm,customer,pish,eksa,lms

TERBITAN KEDUA 2018
© KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT
Hak Cipta Terpelihara. Setiap Bahagian Daripada Terbitan Ini Tidak Boleh Diterbitkan Semula,
Disimpan Untuk Pengeluaran Atau Dipindahkan Kepada Bentuk Lain, Sama Ada Dengan Cara
Elektronik, Mekanik, Gambar, Rakaman Dan Sebaginya Tanpa Izin Pemilik Hak Cipta Terlebih

Dahulu.

ISSN 2232 - 1705

Penerbit

KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT
Jalan Prima Saujana 2/G,
Taman Prima Saujana,
43000 Kajang.
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03 8737 0037
Faks : 03 8737 0027

Laman Web : kkhululangat.jpkk.edu.my

Cetakan

TRS MEDIA SDN BHD
No. 7, Jalan 7/7C,

Seksyen 7, 43650 Bandar Baru Bangi.
Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03 8925 6878 / 8878
Faks : 03 8925 7978

Laman Web :www.theredstudio.my



III

KANDUNGAN

01. PRA KATA PENGARAH & KETUA EDITOR

02 Ke Mana Arah Penyelidikan Di Mata Warga Kerja (Pra Kata Pengarah) Binti Ahmad
------------------------------------------- Fardanadia Binti Sulaiman & Fadhlina

03 Lensa Penyelidikan KKHL (Cebisan Kata Ketua Editor) Sulaiman & Fadhlina Binti Ahmad
------------------------------------------- Fardanadia Binti

02. KOLEKSI PENULISAN ILMIAH

05 Pengetahuan Menservis Cabin Filter Penyaman Udara Kenderaan Secara D.I.Y
------------------------------------------- Shaiful Amri Bin Khudzari

09 Kewajaran ICGPA Sebagai Teknik Penilaian Bersepadu: Tinjauan Dari Aspek
Penilaian Softskills
------------------------------------------- Fardanadia Binti Sulaiman

13 Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Bermodul Di Kolej Komuniti Binti Abd Rahman
------------------------------------------- Sarah Binti Abd Hamid & Noraina

17 Learning And Teaching Factory (LTF) Di Kolej Komuniti Hulu Langat Mohd Salleh
------------------------------------------- Zaidi
Bin Zakaria & Salmiah Binti

23 UBS Accounting Certification Memberi Nilai Tambah Kepada Bakal Graduan Sijil
Pengoperasian Perniagaan (SPP)
------------------------------------------- Nor Hidayah Binti Ahmad Damanhuri

Model UTAUT Mencerminkan Penerimaan m-Pembelajaran Dalam Pengajaran Dan

26 Pembelajaran Di Kolej Komuniti Hulu Langat

------------------------------------------- Fadhlina Binti Ahmad

Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) Kolej Komuniti bersama Pelajar Tahfiz
Dan Pondok
30 ------------------------------------------- Noraina Binti Abd Rahman & Sarah Binti Abd Hamid

& Firdaus Bin Hassan

Kolej Komuniti Hulu Langat Wadah Melahirkan Majikan (Entrapreneur Dan

36 Intrapreneur) Lestari Menerusi Pendidikan Keusahawanan

------------------------------------------- Sarimah Binti Che Hassan

39 Pelaksanaan EKSA di Kolej Komuniti Hulu Langat: Strategi, Cabaran dan Harapan
------------------------------------------- Azizah Binti Mahadi & Yusmaria Binti Mohd Yusoff

41 Cabaran Inovasi Pencetus Pemikiran Kreatif Pelajar Kolej Komuniti Hulu Langat
------------------------------------------- Hanimastura Binti Hashim

45 Pembelajaran Internet of Things (IOT) Di Kolej Komuniti Hulu Langat
------------------------------------------- Maifuza Binti Mohd
Amin

48 Program Inkubator Usahawan Kulinari Dan Fesyen Pembelajaran Sepanjang Hayat
Kolej Komuniti Hulu Langat Berupaya Memperkasa Komuniti Setempat
------------------------------------------- Nornazlina Binti Mohd Nor & Ramlah Binti Mohd Nor

02. KOLEKSI PENULISAN ILMIAH

Strategi Promosi Kolej Komuniti Hulu Langat bagi Pengambilan Berterusan
------------------------------------------- Yuzilawati Binti Mohamad Yunus &
51 Wan Noor Elyana Binti Wan Mohamed &


Nurul Syahrina Binti Mohd Shahar

Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Tempat Kerja (Work Based Learning Atau
54 WBL) Diploma In Customer Service Management (DCM), di Kolej Komuniti Hulu
Langat (KKHL)
------------------------------------------- Suzana Binti Zainol Abidin

Pelaksanaan Pembelajaran Maya Berasaskan Learning Management System Di

58 Kolej Komuniti Hulu Langat

------------------------------------------- Siti Syahida Binti Ahmad

Pemantapan Pengurusan Melalui Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti Di Kolej

61 Komuniti Hulu Langat

------------------------------------------- Nor Syahidah Binti Abdul Mutalib

Pelaksanaan Centre Of Training & Technology (COTT), Kolej Komuniti Hulu Langat

64 (KKHL)

------------------------------------------- Suraya Binti Abdul Rahmad

Pelaksanaan Program Tanggungjawab Sosial Korporat Membuka Peluang Warga
68 KKHL Menjadi Warga Prihatin
------------------------------------------- Norhazlinda Binti Mohd Hanapi

71 Pembangunan Sahsiah Pelajar Melalui Aktiviti CSR Di Kolej Komuniti Hulu Langat
------------------------------------------- Nurul Izzah Binti
Ibrahim

74 Kursus Pendek Jahitan: Membantu Komuniti Untuk Menambah Pendapatan Dan
Meningkatkan Kemahiran Sedia Ada
------------------------------------------- Fatimah Wati Binti Mat Khairi

76 Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Di Kolej Komuniti Hulu Langat
------------------------------------------- Tilkavati A/P
Muthusamy

78 Perancangan Strategik Berupaya Melonjakkan Kolej Komuniti Hulu Langat Pada
Tahun 2017
------------------------------------------- Zaidi Bin Zakaria & Wan Noor Elyana Binti
Wan Mohamed & Salmiah Mohd Salleh

03. SIDANG PENULIS DAN REDAKSI

87 Sidang Penulis Nurul Izzzah Binti Ibrahim & Fadhlina Binti Ahmad
-------------------------------------------

89 Sidang Redaksi Nurul Izzah Binti Ibrahim & Fadhlina Binti Ahmad
-------------------------------------------



2

KE MANA ARAH
PENYELIDIKAN DI
MATA WARGA KERJA

PRA KATA PENGARAH

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan tahniah diatas kejayaan menghasilkan kompilasi penulisan ilmiah
DIGES KKHL. Dokumentasi ini merupakan naskhah penting yang boleh dijadikan panduan dan rujukan oleh semua
pihak khususnya pemegang taruh pembangunan dan pendidikan Kolej Komuniti.

Umum telah mengetahui dan mengakui bahawa penyelidikan
merupakan tunjang kepada pembangunan serta
perkembangan tamadun manusia. Ini kerana penerokaan
ilmu baru dan penemuan hasil kajian mampu untuk
menyerlahkan realiti sesuatu situasi dan membantu dalam
penyelesaian isu yang pelbagai.

Selain itu, melalui penyelidikan juga, sesuatu ciptaan baru
atau pembangunan melalui inovasi dapat dilaksanakan dan
berupaya membawa perubahan kepada generasi baharu.
Justeru, hasil penyelidikan yang diperolehi perlu
disebarluaskan kepada umum dan salah satu daripadanya
melalui penulisan.

Unit Penyelidikan dan Inovasi Kolej Komuniti Hulu Langat
sentiasa menyokong dan membudayakan amalan
penyelidikan, pembangunan, inovasi dan penerbitan. Ia
menjadi medan perbincangan para ilmuan secara intelektual
mengenai isu dan fenomena berkaitan pembangunan belia
serta dilihat sebagai ruang bagi melonjakkan kepentingan
hasil sesuatu penyelidikan bagi memahami pelajar kolej
komuniti dengan lebih dekat.

Justeru itu, DIGES KKHL ini dihasilkan dengan harapan agar
dapatannya dijadikan sebagai input kepada pelbagai pihak
khususnya penggubal dasar termasuk perancang dan
pelaksana program pembangunan belia. Ini penting
memandangkan penggubalan dasar dan perancangan
program yang dianjurkan oleh pihak kerajaan seharusnya
dilaksanakan berdasar kepada penyelidikan yang menyeluruh
ataupun evidence based dan bukan hanya bergantung
kepada andaian atau pemantauan kasar semata-mata.

Semoga usaha murni ini dapat membantu memantapkan
hala tuju pembangunan negara khasnya berkaitan generasi
belia di negara ini.

Sekian, terima kasih.

LT. KOL. BERSEKUTU (PA) ZAIDI BIN ZAKARIA
Pengarah
Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL)

3

LENSA
PENYELIDIKAN

KKHL

CEBISAN KATA KETUA EDITOR

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya saya berpeluang untuk
menzahirkan sepatah dua kata di dalam Diges KKHL. Naskhah ilmiah ini pastinya menjadi wadah intelektual untuk
berkongsi idea dan bertukar pandangan.

Tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa DIGES KKHL yang tidak pernah mengenal jerih-perih bagi melakar
kejayaan untuk meneruskan kecemerlangan membudayakan ilmu di peringkat institusi.

Pendokumentasian penulisan ilmiah sebegini berupaya untuk membantu para intelektual untuk melakukan
transformasi dalam proses penyelidikan. Hal ini selaras dengan objektif penjanaan naskhah ilmiah antaranya
menggalakkan dan membudayakan aktiviti penyelidikan yang berterusan di kalangan pensyarah atau pendidik.
Peranan para intelektual dapat dimurnikan dengan adanya usaha memupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan,
kemahiran, kompetensi dan menerapkan kemahiran berfikir secara kreatif bagi menghasilkan transformasi yang
berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran. Implikasinya, para intelektual dapat meningkatkan keupayaan
bertaraf dunia yang diperlukan bagi membantu usaha kerajaan
mencapai tahap keberhasilan.

Justeru, besarlah harapan saya agar warga penyelidik khususnya
dalam kalangan warga KKHL dapat memanfaatkan sepenuhnya
segala ilmu yang diperoleh. Di samping menambahkan pengetahuan
terhadap khazanah ilmu, kemahiran, pengalaman dan peluang
pemilihan tema Penyelidikan Ke arah Transformasi Pendidikan pada
kali ini dapat menjadikan kita insan yang lebih bertanggungjawab.

Akhir kalam, saya memanjatkan kesyukuran dan doa agar kesemua
warga penyelidik yang terdiri dari kalangan warga pendidik ini tidak
jemu mencurahkan khidmat bakti kepada para pelajar dalam
melestarikan budaya memperkasakan penyelidikan ke arah
kesejahteraan masyarakat demi kepentingan agama, bangsa dan
Negara.

Sekian, terima kasih.

HANIMASTURA BINTI HASHIM
Ketua Editor DIGES KKHL
merangkap
Ketua Unit Penyelidikan dan Inovasi
Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL)



5

PENGETAHUAN MENSERVIS CABIN FILTER PENYAMAN UDARA
KENDERAAN SECARA D.I.Y

Shaiful Amri bin Khudzari
[email protected]

PENGENALAN

Pada masa kini, sistem penyaman udara merupakan keperluan yang penting samada di setiap rumah, pejabat
mahupun pada kenderaan. Servis berkala yang ringkas dan mudah merupakan satu perkara yang sering
diabaikan oleh pengguna oleh kerana mereka tidak didedahkan bagaimanakah cara atau kaedah yang betul
dalam melaksanakannya. Pendedahan kepada umum mengenai langkah servis berkala yang ringkas terutamanya
samada cara membersihkan atau menukar cabin filter di dalam sistem penyaman udara kenderaan adalah sangat
praktikal memandangkan ianya sangat mudah dan hanya memerlukan penggunaan tenaga dan peralatan yang
minima.

Pelaksanaaan prosedur penyelenggaraan secara konsisten akan dapat mengelakkan gegelung penyejat daripada
diselaputi habuk dan kotoran yang boleh mengurangkan kecekapan sistem. Jika masalah ini di biarkan berlarutan
akan menyebabkan berlakunya pembentukan frost pada penyejat yang seterusnya akan memendekkan jangka
hayatnya. Habuk yang berlebihan terperangkap di dalam ruang sistem penyaman udara juga memberi kesan
yang buruk terhadap sistem pernafasan manusia jika tidak diselenggara secara berkala. Penggunaan cabin filter
pada kenderaan merupakan keperluan yang sangat penting dari segi kesihatan pengguna dan jangka hayat

komponen penyaman udara itu sendiri.

KEPENTINGAN MENSERVIS CABIN FILTER

Masih ramai yang tidak mengetahui bahawa kebanyakan sistem penyamanan udara kenderaan yang terkini
telah dilengkapi dengan penapis udara kabin (cabin filter). Cabin filter atau dikenali juga sebagai aircond filter
adalah berfungsi untuk menapis udara kotor yang terdiri daripada habuk, debu, bakteria, dan gas-gas tercemar
dari udara luar. Udara bersih yang telah melalui penapis akan disedut oleh kipas penghembus (blower fan) dan
ia akan melalui gegelung penyejat (cooling coil) untuk disejukkan dan seterusnya akan disalurkan ke dalam kabin
kenderaan melalui corong penyaman udara. Bagi kebanyakan kenderaan keluaran sebelum era tahun 1990
hingga tahun 2000 kebanyakannya tidak dilengkapi dengan cabin filter.

Namun begitu, terdapat pengeluar kenderaan telah merekabentuk supaya terdapat slot atau ruang penempatan
cabin filter dimana sedikit pengubahsuaian perlu dibuat supaya cabin filter boleh dipasangkan. Justeru itu adalah
sangat praktikal jika ada sumber rujukan yang boleh dijadikan panduan oleh pengguna dalam melaksanakan
kaedah servis berkala yang sebenarnya boleh dilakukan secara sendiri atau D.I.Y. (do it yourself) di samping
menjimatkan kos penyelenggaraan dan meningkatkan kecekapan sistem penyaman udara. Pengabaian atau
kegagalan untuk menjalankan penyelenggaraan cabin filter boleh menyebabkan pengumpulan kekotoran yang
banyak yang seterusnya menyumbang kepada masalah berikut:

1) Aliran pengudaraan dari penyaman udara terjejas dan tidak nyaman.
2) Kualiti udara dari penyaman udara menimbulkan bau yang tidak menyenangkan dan berbahaya pada kesihatan

pengguna.
3) Kekotoran telah melarat ke bahagian penyejat dan memerlukan kos penyelenggaraan yang lebih tinggi.

Justeru itu adalah amat penting untuk para pengguna untuk menjalankan servis berkala pembersihan pada setiap
10,000km dan penggantian pada setiap 20,000km perjalanan ataupun mengikut tempoh masa yang disyorkan
oleh pihak pengeluar kenderaan tersebut iaitu biasanya satu tahun. Servis yang dilakukan berterusan ini mampu
melindungi kekotoran terhadap penyejat yang seterusnya memanjangkan jangka hayat dan menyumbang
kepada penjimatan kos servis major yang tinggi. Kedudukan cabin filter ini biasanya terletak di dalam dashboard
penumpang hadapan di belakang glove box yang mana ia perlu diservis untuk mendapatkan kesan penggunaan
yang optimum. Rajah 1.0 berikut menunjukan kedudukan cabin filter yang dipasang di dalam sistem penyaman
udara sebuah kenderaan.

6

Rajah 1.0: Kedudukan cabin filter di dalam sistem penyaman udara kenderaan.
Gambar ihsan: ClearMechanic.com

JENIS CABIN FILTER
Terdapat 2 jenis cabin filter yang biasa digunakan iaitu:
1) Jenis Paper/ Fiber
Cabin filter jenis paper/fiber adalah penapis konvensional yang sering digunakan pada kenderaan dan mudah
didapati di pasaran pada kos yang kompetetif bergantung kepada model kenderaan. Penapis ini berupaya untuk
menyerap sehingga 100% daripada semua debu, habuk dan bahan-bahan yang berbahaya memastikan udara
bersih di dalam kabin. Binaannya terdiri daripada tiga lapisan fiber dan di tengahnya adalah lapisan bercas
elektrostatik bagi memastikan semua partikel-partikel halus dapat di tapis dari udara yang melaluinya (rujuk
Rajah 2.0).

7

Rajah 2.0: Struktur lapisan cabin filter jenis paper/fiber
Gambar ihsan: http://de.bosch-automotive.com

2) Jenis Active Carbon

Binaan penapis jenis active carbon ditambah dengan lapisan tambahan carbon active (arang aktif) yang
mampu untuk menyerap gas yang berbahaya atau berbau busuk seperti ozon, nitrogen, oksida, sulfur dioksida
dan hidrokarbon (rujuk Rajah 3.0). Penggunaan cabin filter jenis ini mampu memberikan keselesaan kepada
pemanduan dan kesegaran kualiti udara di dalam kabin dapat dikekalkan. Pada masa yang sama ia memberikan
perlindungan kesihatan pengguna melalui fungsi penapisan yang efektif terhadap gas berbahaya dan menyahkan
bau. Namun begitu kosnya lebih tinggi berbanding penapis jenis paper/fiber kerana bahan binaannya dan kesan
penapisan yang lebih efektif.

Rajah 3.0: Struktur lapisan cabin filter jenis active carbon
Gambar ihsan: http://de.bosch-automotive.com

KAEDAH MENSERVIS SECARA DO IT YOURSELF (D.I.Y)

Aliran pengudaraan dari penyaman udara terjejas dan tidak nyaman. Gambar berikut merupakan langkah-
langkah yang menunjukan penukaran cabin filter dilakukan pada sebuah kereta. Lokasi tetap cabin filter untuk
kenderaan moden kebiasaannya terletak pada bahagian belakang glovebox iaitu di bawah dashboard. Justeru
itu penting bagi pengguna untuk mengetahui cara untuk membuka/mengeluarkan glovebox dari slotnya dan
biasanya hanya menggunakan kaedah tarik atau tolak dan clip sangkut yang mudah untuk dibuka ruang di dalam
sistem penyaman udara sebuah kenderaan.

8

Namun begitu terdapat juga model kenderaan tertentu yang perlu menggunakan peralatan asas seperti pemutar
skru dan clip skru untuk membuka bahagian tersebut dan saiz ukuran cabin filter juga adalah berbeza mengikut
model pengeluar kenderaan tertentu.
PENUTUP
Kaedah penyelenggaraan cabin filter penyamanan udara kenderaan secara D.I.Y oleh pengguna sendiri adalah
sangat kos efektif jika diamalkan disamping dapat menjana pendapatan sampingan. Ia juga dapat memberikan
nilai tambah kepada pengguna itu sendiri seiring dengan matlamat pembentukan masyarakat berpengetahuan
dan berkemahiran tinggi ke arah menuju negara maju. Kemudahan teknologi internet pada masakini juga
memudahkan proses penyebaran informasi dan ilmu pengetahuan. Laman carian internet dan media sosial
seperti google, youtube, blogspot dan facebook banyak memaparkan info-info berkenaan cara dan kaedah
untuk menservis cabin filter mengikut model kenderaan tertentu yang boleh digunakan sebagai sumber rujukan.
Sebagai kesimpulannya melalui perkongsian pengetahuan ini, ia dapat membantu pengguna untuk melakukan
servis cabin filter secara sendiri di samping dapat menjimatkan kos dan memastikan sistem penyaman udara
kenderaan sentiasa dalam keadaan baik.
RUJUKAN

1) http://de.bosch-automotive.com
2) www.clearmechanic.com
3) https://www.framfreshbreeze.com/
4) http://cikgunas.net/cabin-filter/
5) http://www.championautoparts.com/Technical/Installation-Guides/Cabin-Air-Filter-Installation-Guide.html

9

KEWAJARAN iCGPA SEBAGAI TEKNIK PENILAIAN BERSEPADU:
TINJAUAN DARI ASPEK PENILAIAN SOFTSKILLS

Fardanadia Binti Sulaiman
[email protected]

ABSTRAK

Integrated Cumulative Grade Point Average (iCGPA) telah diperkenalkan pada 2015 oleh Kementerian Pengajian
Tinggi untuk menilai dan menambah baik perkembangan dan peningkatan pelajar peringkat tinggi di Malaysia.
Objektif utama iCGPA sebagai langkah untuk melahirkan graduan yang seimbang bersifat holistik dan berjiwa
usahawan. Melalui pendekatan tersebut, pelajar bukan sahaja dinilai dari segi pengetahuan tetapi juga dinilai
melalui kemahiran serta sikap yang ditunjukkan di dalam kelas. Bagi memastikan penilaian ini dilaksanakan
dengan tepat dan memenuhi tujuan utama pelaksanaanya, kurikulum sedia ada telah distruktur semula selaras
dengan sistem iCGPA. Kaedah penilaian ini direka berpandukan Sembilan (9) domain yang ditetapkan oleh
iCGPA-KPT di dalam Learning Outcomes (LOs). Cabaran utama iCGPA kepada institusi ini adalah mengubah
amalan pengajaran sebelumnya dan hasil penilaian yang boleh dipercayai. Tinjauan ini melihat pelaksanaan
iCGPA pada masa kini dan kesesuaian inisiatif ini diteruskan sehingga hasil yang jelas dapat dibuktikan.

PENGENALAN

Sejak diperkenalkan pada tahun 2015, iCGPA merupakan inisiatif penilaian pelajar yang mengambil kira
kemahiran insaniah pelajar di dalam Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) sejajar dengan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013-2025). Di kolej komuniti sendiri, iCGPA diwajibkan sepenuhnya bermula Julai 2017.
Namun begitu pada pertengahan 2018, Menteri Pendidikan Malaysia Dr Maszlee Malik telah mengumumkan
pelaksanaan iCGPA tidak lagi diwajibkan di universiti awam (IPTA). Tinjauan ini akan mengupas kewajaran iCGPA
diteruskan di Kolej Komuniti sehingga sebuah kajian lain membuktikan objektif inisiatif ini tidak relevan diteruskan
di peringkat Kolej Komuniti.

PENYATAAN MASALAH

Kesedaran bahawa kemahiran insaniah menjadi kekuatan utama kepada pelajar sebagai persediaan melangkah
ke alam pekerjaan telah menjadi topik utama seluruh dunia. Menurut kajian oleh pihak Majlis Tindakan Ekonomi
Negara (MTEN) di Malaysia sendiri, terdapat lima faktor yang menyebabkan graduan sukar memperolehi pekerjaan
iaitu kekurangan kemahiran dan pengalaman kerja, perbezaan keperluan industri dengan latar belakang bidang
graduan, kelemahan penguasaan Bahasa Inggeris secara oral, kurang pengetahuan tentang peluang di dalam
pelbagai bidang pekerjaan, dan sikap graduan itu sendiri. Wong (2010) menyatakan pada 2009 sahaja, terdapat
80 000 ke 100 000 pengganguran di kalangan graduan di Malaysia [3].

Jabatan Perangkaan Malaysia melalui statistik pada 2013 menerangkan kadar pengangguran telah berkurangan
dari Ogos 2013 ke September 2013 masing-masing sebanyak 3.1% dan 3.2% berbanding kadar pengangguran
di Eropah dan Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, perkara ini tidak boleh dipandang remeh. Sekiranya
graduan bukan lagi menjadi pilihan majikan, bilangan pengangguran di kalangan mereka akan bertambah dari
semasa ke semasa, ditambah dengan bilangan pengangguran daripada kalangan bukan siswazah.

Di Kolej Komuniti, struktur kurikulumnya lebih tertumpu kepada kemahiran fizikal dan insaniah melebihi
pembelajaran teori. Instrumen penilaian untuk mengukur kedua-dua kemahiran ini berbeza daripada penilaian
teori yang cenderung menguji kemahiran kognitif serta analitikal pelajar. Sebelum sistem penskoran rubrik
diperkenalkan, Kolej Komuniti terlebih dahulu menggunakan penilaian Cumulative Assessment Technique (CAT)
iaitu markah pelajar dinilai mengikut kemampuan menyelesaikan tugasan yang diberikan kepada beberapa siri
percubaan. Ini bermaksud, kejayaan pelajar menyelesaikan masalah diukur mengikut bilangan percubaan yang
dilakukan. Apabila teknik penilaian penskoran rubrik digunakan bagi menilai kemampuan pelajar, kompetensi
pelajar dikelaskan mengikut kriteria yang boleh dicapai; penilaian kepada psikomotor dan analitikal pelajar.
Kedua-dua kategori ini sukar diukur melalui penilaian secara bertulis. Apabila penilaian dari pelbagai aspek ini
telah diambil kira, bagaimana pendekatan yang sepatutnya dibuat supaya setiap keputusan penilaian ini dapat
diwakilkan dalam bentuk yang boleh difahami oleh semua; pelajar, pengajar dan pihak majikan.

10

KAJIAN LEPAS

Lima (5) universiti rintis yang melaksanakan penilaian iCGPA adalah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) bermula pada 2015. Malaysia merupakan negara pertama di dunia yang
mengaplikasikan sistem iCGPA bagi mengukur kedua-dua aspek kemahiran fizikal dan juga kemahiran insaniah.
Majoriti pensyarah yang terlibat di dalam projek rintis ini merasakan penilaian ini sukar berbanding penilaian
konvensional. Bukan itu sahaja, iCGPA menambah beban tugas pensyarah di samping tugas memberi syarahan
dan penilaian semasa. Walau bagaimanapun mereka mengakui iCGPA sebagai satu cara yang sistematik bagi
menilai pelajar secara holistik. Menyorot penilaian terdahulu, kekuatan iCGPA terletak pada penilaian terperinci
dan digambarkan secara jelas mengikut domain yang diukur pada setiap semester. iCGPA menghubungkan
seluruh aspek kemahiran generik termasuk kemahiran kognitif pelajar [2].

Majikan pada masa kini cenderung memilih graduan dengan kemahiran softskills yang tinggi [7]. Namun minat
kepada graduan berkurangan kerana mereka lebih mudah melatih pekerja baru dengan softskills yang baik
berbanding kecemerlangan akademik [1]. Menyedari hal ini Kementerian Pengajian Tinggi (Malaysia) dahulu (kini)
pengajian tertiari harus berkembang untuk kekal relevan. Mohammad Abdullah (et al.) pada 2017 menyatakan
iCGPA adalah kaedah efektif untuk menilai kemampuan pelajar, pengetahuan, kemahiran serta sikap.

Insitusi pengajian tinggi bukan sahaja berdepan dengan masalah pengangguran di kalangan graduan malah
turut menerima tempias Generasi Milenial. Prensky (2006) menyatakan Millenial sebagai ‘Digital Natives’ yang
mana ‘bahasa’ utama mereka sejak dilahirkan diumpamakan sebagai komputer, telefon pintar, dan segala bentuk
peralatan elektronik. Pihak kementerian telah menggariskan empat(4) fasa inisiatif meningkatkan pencapaian
pelajar; fasa pertama dari 2007 ke 2010 iaitu menyediakan asas kepada pengajian tinggi terutamanya penglibatan
pihak pemegang taruh. Fasa kedua (2011-2015) dilihat sebagai fasa memperkukuh dan menambahbaik aras
pendidikan. Fasa ketiga berjalan seiringan dengan fasa pertama dan kedua dan fasa terakhir adalah pengukuhan
yang mampan bagi sistem pendidikan di Malaysia menjelang 2020.

Satu daripada sembilan (9) attribut mengikut Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) adalah menerapkan minda
usahawan di kalangan pelajar. Bagi menyahut keperluan tersebut pihak kementerian membawa peranan penting
bagi mengurangkan jurang kemiskinan dan pembangunan kawasan pedalaman melalui penambahan peluang
pekerjaan dari minda usahawan yang telah diterapkan. Melalui keusahawanan, penggantungan mencari pekerjaan
dapat dikurangkan, sekali gus mencipta peluang baru menjadi majikan dan memberi pula peluang pekerjaan.

Berbalik kepada keperluan iCGPA terutamanya penilaian kemahiran insaniah; kerja berpasukan, kemahiran
menyelesaikan masalah, pemikiran kritis dan kreatif serta penggunakan sumber yang efektif; kaedah penilaian
perlu diperbagaikan bersesuaian dengan konteks penilaian yang lebih subjektif terhadap pelajar. Penilaian ini
akan menjadi penentu ukur sama ada keputusan akhirnya nanti boleh dipercayai dan diyakini.

i. Kaedah Pembelajaran Kemahiran Insaniah

Terdapat tiga(3) kaedah bagi mengajar teknik pembelajaran kemahiran insaniah, pertama; kaedah pembelajaran
interaktif di mana pengajar menjadi pemudah cara mencipta peluang pengalaman, kemahiran, penguat kuasaan
dan refleksi. Ia dapat dicapai melalui kurikulum yang dibangun dengan baik namun begitu sebaik mana kurikulum
tersebut, keaslian situasi sebenar ruang pekerjaan tetap sukar ditiru.

Kaedah kedua adalah menggunakan penyelia daripada industri sebagai tenaga pengajar sehingga ke tahap
membawa pelajar merasai situasi sebenar di tempat kerja. Kelemahan kaedah ini adalah kesukaran mendapatkan
majikan yang dapat memberi kerjasama berkolaborasi untuk menyumbang kemahiran industri melalui penyelia
syarikat sehinggalah membenarkan pelajar untuk turut sama bekerja di dalam syarikat dan mendapat sedikit
imbuhan seperti pekerja lain.

Kaedah ketiga mengubah keseluruhan susun atur bilik kuliah di mana kerja amali turut dilakukan supaya bilik
kuliah tersebut benar-benar menyerupai rupa bentuk syarikat dan bukan berbentuk bilik kuliah konvensional. Di
Amerika Syarikat sebagai contoh menjadikan bilik kuliah mereka sebagai bilik latihan sebenar bagi kerja-kerja
kemahiran [5].

ii. Penilaian Kemahiran Insaniah (Softskill)

Menurut kajian Hanover (2014) Metro Schools of Design in Corpus Christi, Texas menggunakan multi-dimensional
rubrik yang selaras untuk menilai keseluruhan pelajar mereka. Plymouth High School turut menilai secara
sikap pelajar seperti menyiapkan tugas mengikut masa, mengambil bahagian di dalam kelas, dan beberapa
sikap lain secara konkrit. Penilaian kerjasama pelajar perlu dilaksanakan secara telus, berkala dan sistematik

11

bagi mengelakkan tekanan dan kebencian di kalangan pelajar. Tenaga pengajar perlu merangka model yang
bersesuaian untuk menilai kerjasama dan tegas kepada pelajar yang tidak memberikan sumbangan kepada
kumpulan. Proses penilaian pula boleh dijalankan dari peer-to-peer, daripada tenaga pengajar sendiri sehingga
kepada panel penilai luar. Pengelasan kriteria bagi menilai kompetensi pelajar dari amat kompeten kepada tidak
kompeten dibahagikan kepada kriteria tertentu oleh pakar bidang khusus (Subject Matter Expert).
iCGPA DI KOLEJ KOMUNITI
Di Kolej Komuniti sendiri, kurikulum semasa telah dimurnikan berpandu kepada Kerangka Kelayakan Malaysia.
Penilaian pelajar bagi kemahiran psikomotor, afektif dan kognitif dinilai berasaskan rubrik 5 aras dan 4 aras.
Proses penilaian ini dilaksanakan oleh tenaga pengajar bagi kursus masing-masing. Bermula Julai 2017 Kolej
Komuniti telah melaksanakan penilaian berterusan sepenuhnya. Sistem di Kolej Komuniti yang menekankan
80% amali dan 20% teori di dalam kebanyakan modul/kursus bagi Sijil Kolej Komuniti (Modular) dan Sijil Kolej
Komuniti (Terus) memerlukan penilaian ini diteruskan bagi memenuhi kehendak kelayakan dan juga ianya sesuai
untuk dilaksanakan mengikut keperluan program-program di Kolej Komuniti. Hasil daripada penilaian ini, tenaga
pengajar akan melaksanakan analisa CLO/PLO (Course Learning Outcome/ Program Learning Outcome) untuk
menilai setiap domain dari kurikulum semasa. Analisa ini mengukur peratusan keseluruhan CLO/PLO yang
mencapai 50% bagi kelas. iCGPA merupakan kesinambungan daripada analisa tersebut; analisa dilaksanakan
kepada setiap individu untuk setiap kursus/modul bagi setiap program. Analisa ini menyumbang kepada
Continuous Quality Improvement (CQi). Rajah 1 menunjukkan rajah sesawang (spiderweb) seorang pelajar yang
berada di Semester ke-3 dan berbaki satu semester untuk menilai beberapa PLO sebelum ianya lengkap.

Rajah 1.0 : Janaan Rajah Sesawang iCGPA melalui sistem [email protected]

12 12

KESIMPULAN

iCGPA wajar diteruskan bagi menilai aspek kemahiran insaniah pelajar di samping kemahiran psikomotor. Ia
sebenarnya sebahagian kecil inisiatif untuk menggambarkan kemahiran pelajar secara fizikal bagi memudahkan
semua pihak menilai sisi lain seorang pelajar. Setiap penilaian ini perlu digabungkan bagi memberi gambaran
bersifat holistik, melalui suatu platform yang mudah difahami. Di sinilah keperluan iCGPA sebagai kaedah
penilaian menyeluruh dalam bentuk ‘spiderweb’.

Kolej komuniti adalah sebuah institusi yang menyediakan keperluan latihan dan kemahiran pada semua peringkat
umur serta memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum diserap ke pasaran tenaga kerja
tempatan atau terus melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi di Kolej Komuniti. Ia juga berperanan
membuka lebih banyak peluang kepada masyarakat setempat (untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan
kemahiran selaras dengan objektif penubuhan Kolej Komuniti. Secara ringkasnya Kolej Komuniti ditubuhkan
untuk memberikan akses pendidikan sepanjang hayat kepada komuniti dan akses pendidikan tertiari kepada
lepasan Sijil Pelajaran Malaysia melalui syarat kemasukan yang rendah.

Objektif penubuhannya ini telah mempelbagaikan tugas pensyarah kolej komuniti; pelanggan dari masyarakat
sehinggalah pelajar-pelajar. Kesibukan tugas utama mengajar dan menilai di samping tugas memberi kursus-
kursus pendek kepada masyarakat; tidak termasuk tugas sampingan kurikulum dan ko-kurikulum sehinggalah
tugas mempromosikan institusi itu sendiri menjadikan tempoh masa singkat 13 minggu kuliah sesuatu yang
amat mencabar. Perancangan dan penilaian berjadual amat penting bagi memastikan iCGPA ini dapat dijalankan
mengikut masa. Selain itu, integriti dan amalan pengajaran yang baik menjadikan inisiatif iCGPA akan lebih
dipercayai (reliable).

Tempoh satu tahun pelaksanaan iCGPA di Kolej Komuniti dilihat belum cukup untuk menilai sama ada iCGPA
ini tidak sesuai dilaksanakan sehinggalah suatu kajian lengkap dilakukan untuk menilai keperluannya. Sehingga
itu, ia wajar dilakukan bagi meneruskan penilaian yang melihat kemampuan individu dari segala aspek untuk
kegunaan institusi dan industri dengan mengenepikan fahaman politik.

RUJUKAN

[1] Azita. L.Y, Nani. F.N, Mohd Fuad. A.L, Norziana A., Norsuzila Y., “Implementation of Integrated Cumulative Grade Point Average (iCGPA)
Towards Academic Excellence in Malaysia”, Faculty of Engineering, UTM, 2017.
[2] Mohd Salehuddin M.Z, Mohd Hafiz H. and Mohamad Abdullah H., “ICGPA as an Integrated Grading System: A Qualitative Study”, The
Educational Review, 2017.
[3] Norhafizah I., Leow C.S, “The bold initiatives of the Ministry of Higher Education Malaysia in Preparing Millennial Learners to Enter the
Workforce”, IIC University of Technology Cambodia, 2016.
[4] Muhammad Hazrul I., “Kajian Mengenai Kebolehpasaran Siswazah di Malaysia: Tinjauan dari Perspektif Majikan”, Prosiding PERKEM,
2012.
[5] Office of Disability Employment Policy (ODEP), “Teaching Soft Skills Through Workplace Simulations in Classroom Settings”, 2010.
[6] Hanover Research, “Best Practices in Soft Skills Assessment”, 2014.
[7] Mohammad Abdullah H., Mohd Salehuddin Mohd Zahari, Mohd Hafiz Hanafiah, “Integrated Cumulative Grade Point Average (iCGPA):
Feedback from the Hospitality Industry Players”, 2017.

13

PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) BERMODUL DI KOLEJ
KOMUNITI

Sarah Binti Abd Hamid Noraina Binti Abd Rahman
[email protected] [email protected]

Bahagian Akademik dan Pendidikan Berterusan, Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti.

ABSTRAK

PSH Bermodul, satu program PSH bukan formal (non-formal) yang mula diperkenalkan di kolej komuniti pada
tahun 2016. Ia merupakan modul latihan kemahiran jangka pendek berasaskan proses kerja sebenar. Setiap
modul latihan kemahiran mempunyai satu set pakej kursus kemahiran yang lengkap yang ditambahbaik dari
program Sijil Kolej Komuniti (SKK). Penawarannya melalui sijil kursus (SK) dan sijil modul (SM) secara fleksibel
(Anyone, Anywhere dan Anytime) membolehkan peserta membuat pilihan untuk mengikuti program yang mereka
minati pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Pelaksanaan PSH Bermodul secara rintis di Kolej Komuniti
Tampin telah memberi impak positif walaupun kadar yurannya agak tinggi berbanding dengan program sepenuh
masa antaranya, peningkatan bilangan peserta yang membantu enrolmen pelajar sepenuh masa di kolej
komuniti, kejayaan peserta menjadi usahawan muda serta penambahbaikan program yang demand komuniti
dapat dilakukan. Oleh itu, pelaksanaan PSH Bermodul wajar dilaksanakan di kolej komuniti kerana ia merupakan
satu program inovatif yang menepati pelan induk pembudayaan PSH peringkat nasional.

Kata Kunci: PSH Bermodul, Kolej Komuniti

PENGENALAN

Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) telah diamalkan secara meluas di pelbagai peringkat di Malaysia. Terdapat
banyak pihak yang terlibat dalam penyediaan program PSH sama ada diperingkat formal atau tidak formal,
seperti universiti awam/swasta, kementerian dan institusi pembelajaran terbuka atau jarak jauh.

Kolej komuniti sebagai sebuah institusi pembelajaran di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga
telah melaksanakan program PSH sejak awal penubuhannya iaitu pada tahun 2000. Kolej komuniti juga dianggap
sebagai hab PSH yang menawarkan kursus jangka pendek dalam pelbagai bidang kemahiran. Pelaksanaan
program PSH di kolej komuniti adalah di bawah kluster dua (2) dan kluster tiga (3). Kluster 2 ialah program
pengajian berbentuk teknikal dan kemahiran yang tidak lebih daripada 6 bulan manakala kluster 3 ialah program
pengajian untuk peningkatan ilmu dan kemahiran bagi pembangunan diri.

Sejak awal penubuhannya sehingga Disember 2017, terdapat seramai 2,231,634 peserta telah mengikuti
program PSH di kolej komuniti. Jumlah ini menunjukkan sambutan terhadap program PSH di kolej komuniti amat
menggalakkan. Jelaslah bahawa program PSH di kolej komuniti boleh diketengahkan bagi membuka peluang
kepada semua individu untuk mengikuti pendidikan agar kemajuan diri dapat dicapai. Dengan adanya program
PSH ini juga, ia memberi “peluang kedua” kepada individu yang dahulunya terlepas peluang untuk melanjutkan
pengajian ke peringkat yang lebih tinggi bagi meningkatkan tahap pendidikan mereka.
Program-program PSH di kolej komuniti dikategorikan sebagai pembelajaran secara tidak formal (non formal).
Menurut Khairuddin (2004), pendidikan tidak formal merujuk kepada pembelajaran di luar konteks pendidikan
formal yang tidak mensasarkan kelayakan tertentu. Kenyataan ini di sokong oleh Malaysia Qualification Agency
(MQA) yang menyatakan bahawa pembelajaran bukan formal (non formal) adalah pembelajaran yang selari
dengan sistem pendidikan dan latihan arus perdana.

Namun, berdasarkan Pelan Induk Pembudayaan PSH Peringkat Nasional 2011-2020, satu inisiatif telah
dirangka bagi program bukan formal (non formal) iaitu pengiktirafan melalui Accreditation of Prior Experiential
Learning (APEL). Justeru itu, program-program PSH di kolej komuniti wajar dan bertepatan dengan pelan induk
pembudayaan PSH ini.


PSH BERMODUL

PSH Bermodul merupakan modul latihan kemahiran jangka pendek berasaskan proses kerja sebenar. Setiap
modul latihan kemahiran mempunyai satu set pakej kursus kemahiran yang lengkap yang ditambahbaik dari
program Sijil Kolej Komuniti (SKK). PSH Bermodul memperkenalkan pendekatan yang lebih inovatif dan fleksibel
kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 15 tahun ke atas tanpa mengira latar belakang ekonomi
dan pendidikan.

14

Program PSH Bermodul adalah satu program PSH bukan formal (non-formal) iaitu pembelajaran yang selari
dengan sistem pendidikan dan latihan arus perdana. Ianya boleh dinilai tetapi lazimnya tidak akan membawa
kepada pensijilan yang formal. Rajah 1.0 di bawah menunjukkan kerangka konsep PSH Bermodul yang
dilaksanakan di kolej komuniti.

Rajah 1.0: Kerangka Konsep PSH Bermodul.
Penawaran PSH Bermodul membolehkan individu membuat pilihan sama ada mengikuti kursus (Sijil Kursus, SK)
atau modul (Sijil Modul, SM) mengikut kesesuaian individu berkenaan. SK ialah kursus yang ditawarkan kepada
peserta tanpa nilai kredit. Individu yang menamatkan kursus akan diberikan sijil kursus penyertaan. Rajah 2.0 di
bawah menunjukkan kaedah pelaksanaan SK.

Rajah 2.0: Pelaksanaan PSH Bermodul untuk sijil kursus.
SM pula adalah modul yang ditawarkan dalam satu set pakej kursus kemahiran. Individu yang memilih SM perlu
mengumpul semua kursus yang terdapat dalam pakej modul tersebut. Individu yang mengumpul semua kursus
dalam pakej modul akan diberikan sijil modul.
SM boleh dikategorikan kepada 2 kaedah pelaksanaan iaitu Modul Penyertaan (MP) dan Modul Berkredit (MB).
MP dilaksanakan tanpa nilai kredit. Dimana, individu tidak perlu menduduki ujian dan penilaian yang telah
ditetapkan. Manakala MB pula, ia dilaksanakan dengan nilai kredit. Individu perlu menduduki ujian dan penilaian
yang ditetapkan. Rajah 3.0 di bawah menunjukkan kaedah pelaksanaan SM.

Rajah 2.0: Pelaksanaan PSH Bermodul untuk sijil kursus.

15

PERLAKSANAAN PSH BERMODUL

PSH Bermodul mula diperkenalkan di kolej komuniti pada tahun 2016. Ia dilaksanakan dengan menggunakan
konsep pelaksanaan program PSH di kolej komuniti, iaitu ia dilaksanakan berdasarkan kepada permintaan,
individu atau berkumpulan (minima 10 orang). Syarat penyertaan ke program PSH ialah warganegara Malaysia
yang berumur 15 tahun dan ke atas. Minima tempoh pelaksanaan program PSH ialah 5 jam.

Di kolej komuniti, penyelaras PSH bertanggungjawab untuk menyelaras semua program-program PSH Bermodul
yang akan dijalankan. Sebelum melaksanakan sesuatu program PSH Bermodul, beberapa perkara perlu
dipertimbangkan iaitu;

i) Yuran Kursus
Yuran kursus ialah yuran yang harus dibayar oleh peserta program mengikut jumlah jam pengajian kursus. Kadar
yang dikenakan ialah RM1 per jam. Jumlah jam untuk sesuatu kursus yang ditawarkan terdapat dalam struktur
program PSH Bermodul.

ii) Kos Bahan
Semua program PSH Bermodul yang menggunakan bahan mentah seperti wayar, benang, tepung, minyak dan
sebagainya akan dikenakan bayaran. Kos bahan adalah tertakluk kepada keperluan bahan mentah untuk program
yang dijalankan. Kos bahan akan ditanggung sepenuhnya oleh peserta. Kos bahan untuk sesuatu program boleh
dirujuk dalam anggaran kos bahan yang disertakan bersama silibus program. Namun, anggaran kos bahan ini
tertakluk kepada lokasi, kaedah perolehan dan harga pasaran.

iii) Yuran Pengajian
Jumlah yuran yang dikenakan kepada peserta PSH iaitu yuran kursus, kos bahan dan lain-lain kos yang berkaitan.
Ia tertakluk kepada kaedah pelaksanaan program PSH di kolej komuniti sama ada menggunakan Akaun Amanah
Latihan Khas (AALK) atau Akaun Hasil.

iv) Tempoh Pengajian Program
Ia adalah satu jangka masa yang diperlukan oleh seseorang peserta untuk mencapai objektif program yang
dijalankan. Semua peserta perlu menamatkan program berdasarkan tempoh pengajian yang telah ditetapkan.
Sijil hanya akan dikeluarkan kepada peserta yang menamatkan program mengikut tempoh pengajian yang telah
ditetapkan.

v) Masa Pelaksanaan Program
Masa pelaksanaan program adalah fleksibel. Ia boleh dilaksanakan pada hujung minggu, hari bekerja, kelepasan
am dan cuti akademik. Penyelaras program PSH akan menetapkan jadual pelaksanaan (kalendar program)
mengikut permintaan peserta.

vi) Tempat
Fleksibel sama ada di premis kolej atau di luar kolej mengikut kesesuaian, keperluan dan permintaan peserta
serta bergantung kepada kemudahan dan peralatan yang diperlukan. Sewaan boleh dibuat mengikut keperluan.

vii) Penilaian
Ujian iaitu pentaksiran berterusan, (PB) atau peperiksaan akhir, (PA) hanya akan dijalankan kepada peserta yang
inginkan kredit. Peserta yang mengikuti kursus atau modul penyertaan tidak perlu menduduki ujian.

viii) Sijil
Sijil hanya akan diberikan kepada peserta yang telah menamatkan program dalam tempoh masa yang ditetapkan.

PSH BERMODUL DI KOLEJ KOMUNITI

Pada tahun 2016, Kolej Komuniti Tampin adalah satu-satunya kolej komuniti daripada 94 buah kolej komuniti
yang telah menjalankan program PSH Bermodul. Program yang dijalankan ialah program Dandanan Rambut.
Terdapat 13 modul yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti Tampin iaitu:

i. Latihan Asas Pendandan Rambut vi. Guntingan Rambut Wanita Kreatif xi. Asas Pewarnaan Rambut
ii. Penjagaan Rambut vii. Guntingan Rambut Lelaki xii. Pewarnaan Root Retouch
iii. Penggayaan Asas Rambut viii. Asas Pengeritingan Rambut
iv. Penggayaan Sanggul Rambut ix. Kerinting Rambut Kreatif dan Rambut Beruban
v. Asas Guntingan Rambut Wanita x. Pelurusan Rambut xiii. Highlight

16

Penawaran program berbentuk modul secara fleksibel iaitu Anyone, Anywhere dan Anytime membolehkan
peserta membuat pilihan untuk mengikuti program yang mereka minati pada bila-bila masa dan di mana-mana
sahaja. Penawaran secara modul ini membantu pihak kolej komuniti mengenalpasti modul yang menjadi demand
komuniti dan seterusnya penambahbaikan program ini dapat dilakukan oleh pihak-pihak tertentu.

PSH Bermodul di Kolej Komuniti Tampin dilaksanakan dari tahun 2016 sehingga 2018. Berikut ialah jadual yang
menunjukkan bilangan peserta PSH Bermodul bagi program Dandanan Rambut di Kolej Komuniti Tampin.

BIL TAHUN BIL PELAJAR
1. 2016 13 orang
2. 2017 15 orang
3. 2018 12 orang

Jadual 1.0: Bilangan pelajar bagi program (sumber : BPP, JPKK & Sistem ePSH)

Daripada Jadual 1.0 di atas, terdapat 13 orang peserta pada tahun 2016, meningkat sebanyak 15 orang peserta
pada tahun 2017 dan menurun pada tahun 2018 sebanyak 12 orang peserta sahaja. Walaupun bilangan
peserta PSH Bermodul tidak ramai, namun penawaran program PSH Bermodul ini boleh membantu kolej
komuniti meningkatkan bilangan enrolmen pelajar sepenuh masa terutamanya kolej komuniti yang mempunyai
bilangan pelajar sepenuh masa yang kurang. Peserta PSH Bermodul juga dikenakan yuran pengajian. Kadar
yuran pengajian bagi program PSH Bermodul agak tinggi jika dibandingkan dengan program sepenuh masa.
Namun masih terdapat segelintir peserta yang mengikuti program ini. Jelas ia menunjukkan bahawa program ini
mempunyai demand dan pengikutnya yang tersendiri. Ia membuktikan bahawa program PSH Bermodul mendapat
sambutan yang menggalakkan dan keberkesanan pelaksanaannya sangat baik.

Pelaksanaan PSH Bermodul di Kolej Komuniti Tampin telah berjaya melahirkan usahawan muda atau job creators
dalam tempoh yang minima. Jadual di bawah menunjukkan kejayaan beberapa orang peserta yang mengikuti
program PSH Bermodul di Kolej Komuniti Tampin yang berjaya mendapat pekerjaan dan menjadi usahawan
dalam bidang yang diceburi.

BIL MAKLUMAT PELAJAR KERJAYA PENDAPATAN BULANAN

1 Muhammad Daniel Bin Isa Hair Stylist di DR Hair Salun, RM 1,100.00
Gemencheh Negeri Sembilan
2 Mohd Firdhaus Bin Zolkafli Tenaga pengajar kursus pendek di Kolej RM 2,000.00
3 Nur Fatin Nabila Binti Lokman RM 1,500.00
4 Nur Hidayatul Akma Binti Ramli Komuniti Tampin RM 1,500.00
5 Siti Hajar Binti Ishak RM 1,500.00
Pemilik kedai DF Barbershop, di
Gemencheh, Negeri Sembilan

Hairstylist di Capello By Nina, Bangi

Hairstylist di M Lisz Hair & Beauty
Salon, Shah Alam

Pemilik Hajar Medicspa Hydrotherapy,
Gemas

Jadual 2.0: Kejayaan peserta yang mengikuti program PSH Bermodul di Kolej Komuniti Tampin

KESIMPULAN

PSH Bermodul ialah satu program latihan kemahiran yang mengandungi pakej modul yang lengkap dalam bidang
kemahiran tertentu. Ia dilaksanakan di kolej komuniti secara fleksibel iaitu Anyone, Anywhere dan Anytime.
Pelaksanaan PSH Bermodul ini juga membantu JPKK dalam mengenalpasti modul yang demand di kalangan
masyarakat, menentukan keperluan tenaga pengajar, fasiliti dan keperluan peralatan sesuatu program. PSH
bermodul berjaya melahirkan usahawan muda atau job creators dalam tempoh yang minima.

RUJUKAN Kementerian Pendidikan Malaysia (2013) Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2013 – 2025. Lonjakan 3
1) Academic Credit Bank System dicapai pada 11 Mac 2016 Menghayati Pembelajaran Sepanjang Hayat
2) Flexible Learning Strategies dicapai pada 1 Mac 2016
3) Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (2017) Garis Panduan 5) Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2013) Pelan Induk
Pelaksanaan Program PSH di Kolej Komuniti Edisi 2017 Pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Nasional
4) Kolej Komuniti Tampin (2018) Laporan pelaksanaan PSH Bermodul 2011-2020

17

LEARNING AND TEACHING FACTORY (LTF) DI
KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT

Zaidi Bin Zakaria Salmiah Binti Mohd Salleh
[email protected] [email protected]

PENGENALAN

Dunia industri masa kini memerlukan sumber manusia yang berkualiti selaras dengan perkembangan teknologi
yang dinamik dan sentiasa berubah. Kurikulum pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) sedia ada
seharusnya bertindakbalas dengan perkembangan yang kompleks dalam industri. Piawaian industri tidak boleh
disampaikan dengan efektif hanya dengan pembelajaran di kelas atau di bengkel biasa. Penyelidikan terkini
menunjukkan keperluan kurikulum pengajaran dapat menangani pertumbuhan dan perkembangan keperluan
industri. Institusi pendidikan yang menjadi pembekal utama sumber manusia tidak boleh lagi mengekalkan kaedah
pembelajaran yang konvensional dan perlu mencari pendekatan baru bagi memenuhi kehendak industri. Oleh
yang demikian, wujudnya keperluan industri dan institusi TVET berkolaborasi dengan penyelesaian menang-
menang bagi menangani masalah ini.

Teaching factory (TF) ialah suatu usaha untuk melengkapkan pengetahuan industri moden terkini, melahirkan
graduat yang boleh bersaing dalam industri masa kini, mengemaskini kurikulum sedia ada, menjadi penyelesaian
terhadap dinamik teknologi yang mencabar secara keseluruhannya, pemindahan teknologi dan maklumat
daripada industri.Oleh yang demikian, wujudnya keperluan untuk mereka bentuk penjajaran TF institusi TVET
dengan industri supaya graduat yang kompeten mengikut keperluan industri dapat dilahirkan (Putra, 2018).


KONSEP TF

TF adalah suatu konsep pembelajaran dalam suasana sebenar, sehingga dapat merapatkan jurang kompetensi
antara keperluan industri dengan pengetahuan institusi. Teknologi pembelajaran yang inovatif dan amalan
produktif merupakan konsep kaedah pendidikan yang berorientasi pada pengurusan pembelajaran pelajar agar
selari dengan keperluan dunia industri (Gozali, 2018).

Us (2016) menyatakan bahawa TF adalah suatu aktiviti pembelajaran di mana pelajar secara langsungnya
melaksanakan aktiviti pengeluaran produk atau perkhidmatan di dalam persekitaran institusi. Barangan atau
perkhidmatan yang dihasilkan adalah berkualiti dan mempunyai nilai jualan dan diterima oleh orang ramai atau
pengguna. TF membawa industri ke dalam persekitaran institusi untuk menyediakan graduat yang bersedia untuk
bekerja.

Lamancusa et al.,(2008) menyatakan bahawa konsep TF berasaskan kepada tiga faktor iaitu; (a) pembelajaran
biasa sahaja tidak mencukupi; (b) pelajar memperolehi manfaat secara langsung daripada pengalaman melalui
latihan dan; (c) pembelajaran berasaskan kumpulan yang melibatkan pelajar, tenaga pengajar dan pihak industri
dapat mempelbagaikan kaedah pendidikan serta memberi manfaat yang nyata kepada semua pihak. Menurut
Lamancusa et al., (1997) juga, prinsip asas TF ialah persepaduan keseluruhan pengalaman kerja di factory
kedalam kurikulum di institusi. Reka bentuk kurikulum diterjemah kepada situasi sebenar proses pengeluaran di
industri dalam menghasilkan produk/perkhidmatan.

Seterusnya Fajaryati (2012) mengungkapkan bahawa dalam TF, institusi melaksanakan aktiviti pengeluaran
produk/perkhidmatan yang merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran. Oleh itu, institusi perlu
memiliki sebuah kilang, bengkel atau unit operasi lain untuk aktiviti pembelajaran.

Hadlock et al., (2008) mendedahkan bahawa TF mempunyai tujuan iaitu menyedarkan bahawa mengajar pelajar
seharusnya lebih daripada apa yang terdapat dalam buku. Pelajar tidak hanya mengamalkan soft skill dalam
pembelajaran, belajar untuk bekerja secara berkumpulan, melatih kemampuan komunikasi interpersonal, tetapi
juga mendapatkan pengalaman secara langsung dan latihan bekerja untuk memasuki dunia kerja nanti.

Dalam makalah yang diterbitkan oleh American Society for Engineering Education Annual Conference and
Exposition, Alptekin et al., (2001) menyatakan bahawa tujuan TF ialah menghasilkan lulusan yang profesional
dalam bidangnya, membangunkan kurikulum yang fokus pada konsep moden, mendemonstrasikan penyelesaian
yang tepat dunia industri, serta pemindahan teknologi dari industri yang menjadi rakan dengan pelajar dan
institusi pendidikan.

18

Sedangkan dalam road map pengembangan Sekolah Menengah Kejuruan (SMK) 2010 hingga 2014 (Direktorat
PSM;2009), TF digunakan sebagai satu model untuk mengupayakan SMK dalam melahirkan lulusan yang
berminda usahawan dan memiliki kompetensi melalui kerjasama dengan industri dan entiti perniagaan yang
relevan. Selain itu TF dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan kualiti pembelajaran melalui pendekatan
pembelajaran learning by doing. Pembelajaran seperti ini akan menerapkan jiwa keusahawanan dikalangan para
pelajar.

Daripada beberapa pendapat yang dikemukakan, dapat dirumuskan bahawa TF ialah konsep pembelajaran
berasaskan industri (produk/perkhidmatan) melalui kerjasama antara institusi dan industri untuk melahirkan
graduan yang kompeten. TF menghubungkan proses pembelajaran dengan penghasilan produk sebenar dan ia
memberi manfaat kepada pelajar, pengajar, industri serta pertumbuhan ekonomi tempatan.

MODEL TF

Program TF dilaksanakan dalam beberapa model. Pemilihan model ini berdasarkan kepada kekuatan dan
kesesuaian institusi masing-masing dalam melaksanakannya. Model-model pelaksanaan TF menurut Zainal Nur
Arifin (2014) iaitu; Model 1: TF adalah bengkel dan makmal yang dimiliki oleh institusi sendiri. Pengurusan dan
pelaksanaan TF di laksanakan dalam sistem akademik. Pelajar melaksanakan kerja di bengkel/makmal untuk
menghasilkan produk dalam bentuk barang atau perkhidmatan yang dijual kepada pengguna; Model 2: Institusi
membuat perjanjian dengan industri untuk membangunkan TF. Lokasi TF berada di dalam atau diluar persekitaran
institusi berdasarkan persetujuan bersama. Pengurusan TF tidak masukkan ke dalam sistem akademik tetapi
tempat tersebut dimanfaatkan pula untuk tempat latihan pelajar; Model 3: TF dibangunkan melalui kerjasama
dengan industri sebagai program khusus. Pelajar hendaklah ke industri semasa melaksanakan latihan. Ianya
menyerupai latihan industri, tetap aktiviti pembelajaran dalam kelas lebih mudah dikendalikan.

Sementara Martawijaya (2013), juga mengembangkan model TF yang disebut dengan Model Teaching Factory
6 Langkah (TF-6M). Model ini dilaksanakan terhadap pelajar yang mengikuti kursus produktif di dalam program
kejuruteraan mekanikal. Model yang dkembangkan berupaya mewujudkan suasana industri di dalam aktiviti
pembelajaran di institusi di mana pengurusan pembelajaran di ganti dengan pengurusan aktiviti pengeluaran
produk seperti di industri. Tiga pihak yang terlibat dalam proses pembelajaran ini ialah; (a) pelajar sebagai
pekerja; (b) guru sebagai penilai, konsultan dan fasilitator yang bertanggungjawab kepada keseluruhan proses
pembelajaran dan; (c) pengajar yang bertindak sebagai pengguna sama ada dari industri atau sektor swasta atau
dari dalam sekolah.

Proses pembelajarannya adalah seperti di tempat kerja sebenar iaitu; (a) pelajar berperanan sebagai pekerja
yang menerima pesanan daripada pengajar dengan menggunakan komunikasi, ekspresi dan bahasa tubuh
yang efektif; (b) pelajar menganalisa pesanan yang diterima dan menentukan keperluan peralatan, bahan,waktu
dan harga yang diperlukan untuk menyelesaikan pesanan tersebut. Pelajar hendaklah merujuk kepada guru
yang bertindak sebagai penasihat; (c) pelajar membentangkan hasil analisa yang diperolehi dan bersedia untuk
melaksanakan pesanan; d) pelajar melaksanakan pesanan berdasarkan hasil analisa; (e) pelajar melakukan
pemeriksaan kualiti dengan membandingkan ukuran produk yang dihasilkan dengan produk yang dipesan; dan
(f) menyerahkan produk yang dipesan serta mendapatkan maklumbalas daripada pengajar.

Aktiviti dalam model TF-6M ini disasarkan untuk membangunkan potensi pelajar berhubung dengan keupayaan
peribadi, sosial, akademik dan vokasional yang digabungkan dalam setiap kitaran pembelajaran. Ianya fokus
pada peningkatan kemampuan komunikasi pelajar dan kemampuan analisa serta kerja menyiapkan produk yang
dipesan dengan menerapkan proses kerja sebagaimana proses pengeluaran di industri.

Model TF lainnya dibangunkan oleh Retzos et al., (2014) adalah berkaitan dengan kolaborasi antara institusi
dengan industri. Penglibatan industri dalam model ini dilaksanakan dengan membawa factory to classroom
samada pihak industri berada di institusi atau melalui teleconference untuk mendedahkan situasi serta masalah
di industri kepada pelajar. Setiap minggu, sesi TF berlangsung dalam bentuk seminar di antara pelajar di dalam
kelas dan jurutera di industri. Proses interaksi berlaku dengan; (a) mendedahkan aktiviti dan permasalahan di
industri kepada pelajar; (b) pelajar melakukan perbincangan untuk mencari penyelesaian; (c) pelajar menganalisa
masalah dengan menggunakan teori-teori yang berkaitan; (d) penilaian terhadap rekabentuk penyelesaian yang
dihasilkan; (e) deraf awal rekabentuk penyelesaian yang dihadapi; (e) membentangkan penyelesaian yang
dihasilkan kepada pihak industri dan; (g) mengambil tindakan lanjut terhadap cadangan penyelesaian serta
membincangkan hasilnya. Model yang dibangunkan ini tidak hanya terbatas kepada masalah pembuatan produk
tapi ianya juga dapat menambahbaik pengurusan pengeluaran supaya lebih efektif dan efisien.

19

KONSEP LTF DI KKHL
Mendepani matlamat bagi mencapai objektif utama iaitu untuk menghasilkan graduan yang kompeten, konsep
mudah LTF di KKHL dibentuk sesuai dengan kurikulum serta keperluan semasa di KKHL. Konsep LTF di KKHL
ialah hasil kerjasama industri bukan melalui pembentukan pusat operasi pengeluaran produk di KKHL, tetapi
melalui perkhidmatan memasang atau membaik pulih unit penyamanan udara berdasarkan permintaan pelanggan
di industri. Pelaksanaan sistem pendidikan berasaskan pengeluaran tidak sesuai dilaksanakan kerana konsep
LTF perlu selaras dengan hasil pembelajaran bagi kursus dan juga industri yang dipilih, disamping mengambil
kira kemudahan fasiliti serta ruang yang terdapat di institusi.

Rajah 1.0: Konsep Learning & Teaching Factory (LTF) di KKHL

Berdasarkan Rajah 1, KKHL dan industri menyumbang peranan yang berbeza namun saling melengkapi. MHZ
Services Sdn Bhd merupakan sebuah industri dalam bidang Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
berperanan memberi pengajaran dalam bentuk praktikal bagi kursus yang terpilih, memberi kerja industri kepada
pelajar dan menyediakan kemudahan serta keperluan berkaitan kerja industri sepanjang program LTF. KKHL
pula, lebih fokus kepada pengajaran dan pembelajaran sama ada teori atau praktikal berdasarkan kurikulum
di institusi. Gabungan kerjasama KKHL dan industri melalui program LTF ini, seterusnya dapat menghasilkan
graduan kompeten kerana telah didedahkan dengan teknologi terkini di industri, didedahkan dengan kerja sebenar
industri ketika proses pengajaran dan pembelajaran di institusi, didedahkan dengan budaya dan etika kerja ketika
di industri, dan menguasai bidang teknikal serta berminda keusahawanan. Bagi institusi yang melaksanakan
LTF itu pula, kerjasama yang erat antara institusi dan industri dapat memberi peluang kepada institusi untuk
mendapatkan info berkaitan teknologi terkini di industri. Sekaligus boleh digunakan untuk dijadikan asas kepada
pembangunan modul pembelajaran kelak (Masriam Bukit, 2012).

PELAKSANAAN LTF DI KKHL
LTF mula diperkenalkan kepada kolej komuniti melalui Bengkel Kertas Konsep LTF @ CC di Jabatan Pendidikan
Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) pada awal tahun 2018. KKHL merupakan salah satu daripada 13 kolej yang
membentangkan cadangan kertas konsep pada ketika itu. Setelah dinilai oleh pihak JPPKK, pelaksanaan LTF
di KKHL diberi kelulusan oleh Ketua Pengarah JPPKK, YBhg. Prof. Dato’ Ts Dr. Mohd Ismail Bin Abd Aziz untuk
pelajar Program Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara (SPU) ambilan Sesi Jun 2018. Seramai 29
orang pelajar terlibat dengan program rintis LTF ini untuk dilatih bagi mencapai objektif utama iaitu menghasilkan
graduan yang kompeten.

20

Rajah 2.0: LTF di KKHL berdasarkan kurikulum Sijil Penyejukan dan Penyamanan Udara

Bilangan pelajar seramai 29 orang ini hanya merangkumi 33% daripada keseluruhan pelajar semester satu,
Program SPU. Pelaksanaan program secara tidak menyeluruh kepada semua pelajar adalah kerana hanya
satu industri sahaja yang terlibat dengan program rintis ini. Industri ini dipilih kerana skop operasi industri telah
dikenalpasti terlebih dahulu dan amat bersesuaian dengan kursus yang terkandung di dalam silibus semester satu,
SPU. Berdasarkan Rajah 2, jumlah jam kredit keseluruhan untuk semester satu adalah 17 kredit. Pelaksanaan
LTF hanya diserap ke dalam dua kursus sahaja iaitu Kursus Pemasangan Unit Penyamanan Udara Domestik
dan Kursus Penyelenggaraan Unit Penyamanan Udara Domestik. Ia merangkumi 7 jam kredit dan dilaksanakan
selama 2 hari setiap minggu. Baki 10 jam kredit lagi, adalah untuk kursus di luar program LTF. Kaedah ini mudah
kerana pelaksanaan program LTF tidak perlu mengubah kurikulum serta mengganggu perjalanan pengajaran dan
pembelajaran sedia ada.

KURSUS MINGGU TEORI PRAKTIKAL LATIHAN PdP PENILAIAN
/ AMALI BERSAMA BERSAMA
01 √ INDUSTRI INDUSTRI
02-04 √
SPU 1044 05-07 √√
Kursus Pemasangan Unit √
Penyamanan Udara Domestik 08 √ √√
09
SPU 1053 10 √ √√ √
Kursus Penyelenggaraan Unit 11
Penyamanan Udara Domestik 12 √√
13
14 √√ √
13
14 √ √√ √

√√

√√ √

√√

√√ √

√√

Jadual 1.0: Modul LTF

Berdasarkan Rajah 1, KKHL dan industri menyumbang peranan yang berbeza namun saling melengkapi. MHZ
Services Sdn Bhd merupakan sebuah industri dalam bidang Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
berperanan memberi pengajaran dalam bentuk praktikal bagi kursus yang terpilih, memberi kerja industri kepada
pelajar dan menyediakan kemudahan serta keperluan berkaitan kerja industri sepanjang program LTF. KKHL
pula, lebih fokus kepada pengajaran dan pembelajaran sama ada teori atau praktikal berdasarkan kurikulum
di institusi. Gabungan kerjasama KKHL dan industri melalui program LTF ini, seterusnya dapat menghasilkan

21

graduan kompeten kerana telah didedahkan dengan teknologi terkini di industri, didedahkan dengan kerja sebenar
industri ketika proses pengajaran dan pembelajaran di institusi, didedahkan dengan budaya dan etika kerja ketika
di industri, dan menguasai bidang teknikal serta berminda keusahawanan. Bagi institusi yang melaksanakan
LTF itu pula, kerjasama yang erat antara institusi dan industri dapat memberi peluang kepada institusi untuk
mendapatkan info berkaitan teknologi terkini di industri. Sekaligus boleh digunakan untuk dijadikan asas kepada
pembangunan modul pembelajaran kelak (Masriam Bukit, 2012).

Rajah 3.0: Model LTF KKHL

Model LTF KKHL digunakan ketika pelajar berada di industri. Matlamat pelaksanaan model ini adalah bagi
memastikan pelajar mengikuti cara kerja sebenar di industri. Komitmen dari industri juga sangat penting kerana
perlu melatih pelajar seperti pekerja sendiri. Menurut Martawijaya (2013), sokongan dan kerjasama dari pelbagai
pihak sangat penting untuk memastikan Model LTF yang diperkenalkan dapat dilaksanakan dengan baik dan
teratur. Terdapat 7 langkah aktiviti Model LTF KKHL sepanjang di industri:

Langkah 1: Pelajar akan melaporkan diri di industri. Seperti perkerja di industri setiap pagi perlu melaporkan
kehadiran, begitu juga pelajar akan melaporkan diri dengan penyelia yang telah ditetapkan.
Langkah 2: Terima tugasan luar seperti pemasangan atau penyelenggaraan unit penyamanan udara domestik.
Tugasan telah ditetapkan oleh industri bergantung kepada permintaan pelanggan.
Langkah 3: Analisa keperluan kerja iaitu seperti peralatan, langkah keselamatan dan kaedah pelaksanaan kerja.
Langkah 4: Melaksanakan kerja-kerja pemasangan atau penyelenggaraan unit penyamanan udara domestik.
Langkah 5: Pemantauan dari penyelia sepanjang kerja dilaksanakan oleh pelajar. Jika hasil kerja yang
dilaksanakan tidak seperti yang ditetapkan, pelajar perlu melaksanakan semula penambahbaikan atau
pembetulan. Penilaian juga diberikan pada ketika ini.
Langkah 6: Pelajar perlu melaporkan dan menyelesaikan semua kerja yang ditetapkan sepanjang berada di
industri.
Langkah 7: Pelajar melaporkan diri untuk keluar latihan dari industri setelah tamat tempoh 12 jam latihan.

ISU DAN CABARAN

Terdapat beberapa isu dan cabaran yang dikenalpasti bagi melaksanakan program LTF di KKHL ini antaranya
seperti:

i. Sokongan daripada pihak industri. Bagi program rintis LTF ini hanya satu industri yang terlibat bagi
menjayakannya. KKHL telah mempelawa beberapa industri dan memberi taklimat tentang pelaksanaan program
LTF. Namun begitu tidak semua industri yang sudi untuk bekerjasama kerana pelaksanaan LTF ini memerlukan
komitmen dari kedua-dua pihak memandangkan kebanyakan industri lebih fokus kepada keuntungan.
ii. Pelaksanaan LTF ini memerlukan persetujuan antara beberapa pihak seperti pensyarah, pelajar, ibu bapa atau
penjaga dan industri. Taklimat awal bagi memberikan kefahaman serta memperoleh persetujuan dari semua
pihak perlu dibuat sebelum program dilaksanakan.
iii. Penjadualan aktiviti LTF dari segi kuliah, latihan di industri, pdp bersama industri dan juga penilaian perlu
disusun dengan terancang sepanjang program berlangsung. Ia disusun daripada topik bagi kursus yang dipilih.
Oleh itu, komitmen dari pensyarah dari institusi dan penyelia dari industri amat penting supaya mematuhi
penjadualan yang telah ditetapkan supaya semua aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.

22

iv. Kaedah bergiliran setiap minggu bagi sesi latihan ke industri juga dilihat sebagai cabaran yang terpaksa
dilalui bagi program rintis ini. Pelajar perlu menunggu giliran untuk memperoleh latihan di industri. Sementara
sebahagian pelajar sedang menjalani latihan di industri selama 2 hari terdapat sebahagian pelajar lagi perlu
menjalani sesi latihan yang sama namun hanya di Bengkel, KKHL. Kaedah bergiliran ini juga memberi kesan
kepada industri kerana perlu melatih pelajar yang berbeza setiap minggu.
v. Peruntukan kewangan amatlah diperlukan jika pelaksanaan program LTF ini dibuat di institusi. Bagi program
LTF di KKHL ini peruntukan kewangan yang diperlukan hanyalah untuk tuntutan perjalanan pensyarah penyelia
setiap kali menyelia pelajar di industri serta elaun pelajar yang terlibat.
vi. Sokongan daripada pihak pengurusan amat penting. Cabaran program ini ialah apabila berlaku perubahan
dalam kalangan pihak pengurusan di institusi. Program LTF ini dilaksanakan juga berdasarkan dari komitmen dan
kesungguhan pihak pengurusan di KKHL bermula daripada Pengarah, Timbalan Pengarah dan Ketua Program.
Komitmen daripada mereka amat diperlukan bagi meyakinkan pihak industri.
vii. Kelangsungan program LTF. Institusi perlu serius dan bersungguh-sungguh menangani semua cabaran di
atas bagi memastikan program LTF ini dapat dilaksanakan secara berterusan.

CADANGAN

Program rintis LTF ini masih di awal pelaksanaan dan kerja industri hanya difokuskan untuk perkhidmatan
memasang atau membaik pulih unit penyamanan udara berdasarkan permintaan pelanggan di industri. KKHL
boleh mencontohi Model Teaching Factory 6 Langkah yang dilaksanakan oleh SMK di Indonesia. Terdapat
eleman kemahiran tambahan yang lain boleh ditambah pada masa akan datang seperti kemahiran mengambil
pesanan perkhidmatan daripada pelanggan, kemahiran menguruskan kewangan, kemahiran mempromosikan
perniagaan dan sebagainya. Di samping meningkatkan kerjasama dengan pelbagai industri, pihak KKHL
juga boleh menubuhkan satu inkubator keusahawan untuk perkhidmatan memasang atau membaik pulih unit
penyamanan udara bagi menyokong elemen tambahan ini. Selain itu, kaedah bergiliran setiap minggu bagi sesi
latihan ke industri juga dilihat sebagai kekangan yang terpaksa dilalui bagi program rintis ini. Namun begitu,
dicadangkan pada masa akan datang, bilangan industri ditingkatkan agar semua pelajar dapat dilibatkan untuk
sesi latihan bersama industri secara serentak. Kesannya tempoh pembelajaran di industri lebih panjang bagi
setiap individu sekaligus dapat memberikan impak yang besar kepada pelajar. LTF mula diperkenalkan kepada
kolej komuniti melalui Bengkel Kertas Konsep LTF @ CC di Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
(JPPKK) pada awal tahun 2018.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, konsep TF bukanlah satu konsep baru dalam pengajaran dan pembelajaran. Konsep LTF di
KKHL telah dilaksanakan bermula Julai 2018, melalui kerjasama dengan industri dalam bidang penyejukan dan
penyamanan udara. Ia membolehkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh industri penyejukan dan penyamanan
udara diberikan oleh pelajar ketika mereka sedang dalam proses pembelajaran. Namun begitu, potensi serta
keberkesanan program LTF di KKHL hanya boleh dinilai selepas tamat semester Julai 2018 ini.

RUJUKAN

Putra, R. C., Kusumah, I. H., Komaro, M., Rahayu, Y., & Asfiyanur, E. Hadlock, H., Wells, S., Hall, J., Clifford, J., Winowich, N., & Burns, J.
P. (2018, February). Design Learning of Teaching Factory in (2008). From practice to entrepreneurship: rethinking the learning
Mechanical Engineering. Dalam IOP Conference Series: Materials factory approach. In Proceeding of the 2008 IAJC IJME International
Science and Engineering (Vol. 306, No. 1, p. 012104). IOP Publishing. Conference, ISBN (pp. 978-1)..

Gozali, G., Dardiri, A., & Soekopitojo, S. (2018). Penerapan Teaching Arifin, Z. N. (2014). Model Teaching Industri Politeknik Negeri Jakarta
Factory Jasa Boga untuk Meningkatkan Kompetensi Entrepreneur (Industry Based Vocational Education System/IVE-PNJ System).
Siswa Sekolah Menengah Kejuruan. JSHP (Jurnal Sosial Humaniora
dan Pendidikan), 2(1), 46-50. Martawijaya, D. H. (2013). Developing A Teaching Factory Learning
Model To Improve Production Competencies Among Mechanical
Us, T., Widodo, N., Siswanto, I., & Sulistyo, B. Teaching Factory Engineering Students In A Vocational Senior High School. Journal of
Learning Process At Vehicle’s Body Repairing And Painting Workshop Technical Education and Training, 4(2).
Of Faculty Of Engineering Yogyakarta State University.
Chryssolouris, G., Mavrikios, G., & Rentzos, L. (2014). On a new
Lamancusa, J. S., Zayas, J. L., Soyster, A. L., Morell, L., & Jorgensen, educational paradigm for manufacturing: The Teaching factory. In
J. (2008). 2006 Bernard M. Gordon Prize Lecture*: The Learning Proceeding of WPK (Wiener Produktionstechnik Kongress).
Factory: Industry‐Partnered Active Learning. Journal of engineering
education, 97(1), 5-11. Chryssolouris, G., Mavrikios, D., & Rentzos, L. (2016). The teaching
factory: a manufacturing education paradigm. Procedia CIRP, 57, 44-
Lamancusa, J. S., Jorgensen, J. E., & Zayas‐Castro, J. L. (1997). 48.
The learning factory—A new approach to integrating design and
manufacturing into the engineering curriculum. Journal of Engineering Bukit, M. (2012). Strengthening TVET Teachers’ Education through
Education, 86(2), 103-112. Teacher-Industry Linkages.

Fajaryati, N. (2012). Evaluasi Pelaksanaan Teaching Factory SMK di
Surakarta. Jurnal Pendidikan Vokasi, 2(3).

23 23

UBS ACCOUNTING CERTIFICATION MEMBERI NILAI TAMBAH
KEPADA BAKAL GRADUAN SIJIL PENGOPERASIAN PERNIAGAAN

(SPP)

Nor Hidayah Binti Ahmad Damanhuri
[email protected]

PENGENALAN

Data statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (15 Mac 2018) menunjukkan sehingga Jan 2018, jumlah rakyat
Malaysia yang menganggur adalah seramai 516,500 orang (3.3%). Oleh demikian, institusi pendidikan perlu
berusaha untuk memastikan graduan yang bakal dilahirkan akan berpotensi untuk bekerja dalam tempoh yang
singkat bagi memastikan jumlah pengangguran di kalangan rakyat Malaysia berkurangan. Pelbagai inisiatif telah
dilaksanakan untuk memberi nilai tambah kepada bakal graduan institusi pendidikan di Malaysia, samada dari
segi hard-skills dan soft-skills. Ia selaras dengan hasil dapatan kajian Nor Lela et al. (2015) bahawa kursus-
kursus tambahan adalah sangat penting kepada bakal graduan untuk meningkatkan kemahiran sebagai
persediaan menghadapi persekitaran pekerjaan dalam era ekonomi digital ini. Begitu juga dengan pelajar-pelajar
sijil pengoperasian perniagaan di Kolej Komuniti Hulu Langat, mereka diberi peluang untuk mengikuti kursus
UBS (User Business Software) Accounting semasa di semester 3. Menurut utusan online (11 Nov 2006), perisian
tersebut telah dimuatturun dan digunakan oleh lebih daripada 200,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS)
di Malaysia.

Untuk menarik minat pelajar mengikuti kursus UBS Accounting Software, mereka perlulah diberikan pendedahan
mengenai manfaat dan kelebihan perisian tersebut. Mohamad Azmi (2015) menyenaraikan beberapa kelebihan
sekiranya menggunakan perisian komputer bagi penyediaan set perakaunan; memudahkan aktiviti rekod
transaksi harian, menyediakan set akaun yang lengkap, membolehkan maklumat perakaunan ditutup setiap
hari dan membolehkan laporan perakaunan di cetak bagi membantu proses pembuatan keputusan. Dengan
menggunakan perisian perakaunan ini, ia akan membantu dalam mengendalikan rekod perakaunan yang
dahulunya disediakan secara manual. Perubahan teknologi menyebabkan penyediaan rekod perakaunan
secara manual tidak lagi relevan. Kebanyakan organisasi telah menggunakan perisian-perisian perakaunan
bagi memudahkan tugas harian mereka. Oleh itu, tindakan institusi pendidikan membekalkan bakal graduan
perakaunan dengan kemahiran ICT dan perisian perakaunan akan memberikan nilai tambah kepada graduan
apabila berkhidmat dengan organisasi. Oyebisi Mary Ogundana, Ayodotun Stephen Ibidunni dan Olugbenga
Jinadu (2015) di dalam kajian mereka mencadangkan kepada Nigeria Universities Commission (NUC) dan badan
pendidikan yang berkaitan untuk mewajibkan integrasi di antara kemahiran ICT dan perisian perakaunan dengan
kurikulum perakaunan di institusi pendidikan tinggi.

UBS ACCOUNTING SOFTWARE

UBS accounting software merupakan salah satu produk yang dikeluarkan oleh Sage UBS selain daripada UBS
Inventory, UBS Payroll dan UBS Point of sales. Perisian ini dibangunkan dengan objektif untuk membantu pengguna
menguruskan perniagaan dengan kos operasi yang rendah bagi menjana keuntungan dan mengurangkan risiko
kebocoran maklumat kewangan perniagaan.

Perisian ini sesuai digunakan oleh perniagaan seperti firma perakaunan, koperasi, syarikat pembinaan, perkilangan,
organisasi bukan keuntungan, peruncitan, restoran, institusi latihan, pemborongan dan perdagangan.

Rajah 1.0: Ikon Sage UBS Accounting

Ia mengandungi 4 modul utama yang perlu dipelajari oleh para pelajar; General Ledger, Debtor, Creditor dan
Fixed Assets.

Langkah-langkah asas pengendalian perisian adalah seperti berikut:

24

25 25

Ia juga dilengkapkan dengan beberapa ciri-ciri untuk membolehkan bisnes beroperasi dengan efektif seperti:
• Wizard setup membolehkan pengguna menetapkan maklumat-maklumat perniagaan dengan lebih cepat

(Gambar 2)
• Memaparkan task flow sebagai rujukan kepada pengguna terutama yang baru menggunakan perisian ini

(Gambar 3)
• Transaction wizards menyediakan panduan untuk merekod transaksi (Gambar 4)
• Memaparkan skrin Debtor Receipt dan Creditor Payment yang membantu pengguna mengetahui maklumat

berkaitan dengan baki di akaun bank untuk tujuan pengurusan tunai yang lebih berkesan dan efektif

PELAKSANAAN KURSUS UBS ACCOUNTING DI KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT

BIL SEMESTER JUMLAH PELAJAR PERATUS
TERLIBAT PENGLIBATAN
1 November 2016 9/16
2 Mac 2017 56%
3 Mac 2018 10/27
37%
32/38
84%

Jadual 1.0: Jumlah pelajar yang terlibat dalam kursus yang ditawarkan

Daripada data di atas, didapati pelajar Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL) tidak memberi perhatian terhadap kursus
UBS Accounting yang ditawarkan. Kebanyakan daripada mereka tidak merasai kepentingan untuk mempelajari
perisian ini. Walau bagaimanapun, Pelan Strategik KKHL 2017 telah menetapkan KPI supaya pelajar SPP
mempunyai sijil pertauliahan professional. Menurut dapatan daripada kajian Noor Lela dan Suriani (2016), Jones
dan Sin (2003) dan Albrecht dan Sack (2000) yang menyatakan bahawa pihak majikan sangat mementingkan
keupayaan para graduan dalam memilih dan menggunakan perisian perakaunan yang bersesuaian dengan
perniagaan selain daripada memiliki kemahiran keselamatan komputer. Oleh itu, Unit SPP telah mengambil inisiatif
dengan mewajibkan pelajar-pelajar SPP semester 3 sesi Mac 2018 untuk mempelajari perisian ini dan membuka
peluang untuk mengambil UBS Practical Examination bagi memastikan mereka mendapat pengiktirafan daripada
Sage UBS. Selain daripada KKHL, kursus UBS Accounting merupakan salah satu program yang dilaksanakan
oleh Kolej Komuniti Kulim sejak tahun 2013 sebagai usaha meningkatkan kebolehpasaran graduan kolej komuniti
tersebut. Pelajar yang berjaya dalam Practical Examination akan dianugerahkan
sijil pengiktirafan daripada pihak Sage UBS. Berikut adalah jadual pelaksanaan
bagi kursus UBS Accounting yang ditawarkan oleh pihak kolej kepada pelajar-pelajar:

HARI PELAKSANAAN
Pertama Lesson 1 - 3
Kedua
Lesson 4 & 7
Ketiga
Trial & Practical
Examination

KESIMPULAN

Kursus ini memberikan nilai tambah kepada bakal graduan. Ianya terbukti dengan permintaan majikan yang
mahukan graduan memiliki kemahiran teknologi dalam perisian perakaunan. Para pelajar perlu mengambil
peluang yang diberikan untuk meningkatkan kemahiran bagi membolehkan mereka bersaing dan relevan pada
majikan dan organisasi.

RUJUKAN Forest, NSW.

1) Albrecht, S. & Sack, R. (2000). Accounting Education: Charting the 6) Mohamad Azmi Nias Ahmad (2015). Memilih Perisian Perakaunan.
Course through a Perilous Future. Sarasota, FL: The American Usahawan Pemacu Ekonomi Mapan.
Accounting Association.
7) Noor Lela Ahmad & Suriani Mohd Rhouse (2016). Kemahiran
2) Aznin Bt Nazarudin & Fazlina Bt Abd. Rahiman (2017). Persediaan Professional Graduan Perakaunan: Antara Jangkaan Majikan dan
Kemahiran-Kemahiran Perakaunan Pelajar Tahun Akhir Diploma Keperluan Pelajar dalam Kurikulum Perakaunan. Jurnal Pendidikan
Akauntansi (DAT) Politeknik Sultan Azlan Shah. eProceeding National Malaysia 41(1): 7-17.
Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iComEx’17).
8) Oyebisi Mary Ogundana, Ayodotun Stephen Ibidunni & Olugbenga
3) Charanjeet Kaur A/P Amtar Singh. Kebolehpasaran Graduan Kolej Jinadu (2015). ICT Integration in Accounting Education: Evidence
Komuniti Kulim: Satu Kajian Perbandingan Graduan. from Two Private Higher Institutions in Nigeria. Acta Universitas
Danubius. Communicatio, Vol. 9, No. 2.
4) Jabatan Perangkaan Malaysia, (15 Mac 2018). Statistik Utama
Tenaga Buruh Di Malaysia, Januari 2018. Dimuat turun daripada 9) Utusan online (2006, November). UBS Solution pembangun
https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/pdfPrev&id=eEhO perisian perakaunan IKS. Dimuat turun daripada http://ww1.utusan.
MzN6dVVENklkendSd3BEanhpZz09 c o m . m y / u t u s a n / i n f o . a s p ? y = 2 0 0 6 & d t = 1 0 11 & p u b = U t u s a n _
Malaysia&sec=Megabait&pg=me_02.htm
5) Jones, A. & Sin, S. (2003). Generic Skills in Accounting,
Competencies for Students and Graduates. Prentice Hall, French

26

MODEL UTAUT MENCERMINKAN PENERIMAAN m-PEMBELAJARAN
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KOLEJ KOMUNITI

HULU LANGAT

Fadhlina Binti Ahmad
[email protected]
PENGENALAN
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah memberi impak positif dalam kehidupan manusia.
Natijahnya teknologi mudah alih yang berkembang dengan pesat sejak beberapa tahun dahulu telah memberi
peluang sepenuhnya kepada pelajar untuk bermotivasi setelah pembelajaran mobil atau m-pembelajaran
diterapkan dalam arena pendidikan. M-pembelajaran ditafsirkan sebagai satu corak e-pembelajaran yang
menyampaikan kandungan pendidikan dan bahan-bahan sokongan pembelajaran melalui alat komunikasi tanpa
wayar[3]. Kandungannya boleh dipertingkatkan dengan penggunaan alat atau komunikasi mudah alih yang
boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja dengan mengambil kesempatan ke atas peluang
pembelajaran yang ditawarkan oleh teknologi mudah alih[1][2].

LATAR BELAKANG SISTEM PENGOPERASIAN MOBIL
Telefon bimbit berteraskan pelantar Android telah menjadi alat komunikasi yang amat diperlukan terutama sekali
pelajar[4]. Sistem operasi telefon bimbit Android merupakan aplikasi sumber terbuka milik Google Corporation yang
merupakan syarikat enjin carian terkemuka dunia. Justeru, persediaan bagi menyokong pengajaran pensyarah
ternyata luas kerana aplikasi Android adalah percuma, mudah didapati dan diakses. Aplikasi-aplikasi Android
boleh meningkatkan minat dan motivasi pelajar dan mempengaruhi pelajar untuk terlibat secara langsung dalam
proses pembelajaran[5] seperti yang diperlihatkan dalam Rajah 1.0.

Rajah 1.0 : Situasi Pembelajaran di KKHL dan pelajar SMK Tun Habab menerima latihan membangunkan
aplikasi Android menggunakan aplikasi MIT Apps

Selain itu, pelantar lain seperti iOS (sebelum ini iPhone OS) adalah sistem operasi mudah alih yang dibangunkan
dan diedarkan oleh Apple Inc. untuk iPhone dan lain-lain. Sehingga 12 Jun 2012, App Store Apple mengandungi
lebih daripada 650,000 aplikasi iOS, yang secara kolektifnya telah dimuat turun lebih daripada 30 bilion kali[8].
BlackBerry OS pula adalah sistem operasi telefon mudah alih yang dibangunkan oleh Research In Motion (RIM)
bagi peranti telefon pintar BlackBerry. BlackBerry OS menyediakan sistem berbilang kerja dan menyokong
peranti input khusus yang telah diterima pakai oleh Research In Motion (RIM) untuk digunakan dalam telefon
bimbit, terutamanya roda, bebola jejak, dan yang terbaru adalah track pad dan skrin sentuh[20]. Windows Mobile
adalah sistem operasi telefon mudah alih seperti telefon Microsoft Lumia yang dibangunkan oleh Microsoft. Versi
terbaru dari OS ini adalah Windows 10. Rekaan Windows mirip dengan versi Desktop agar pengguna kekal
selesa menggunakannya. Rajah 2.0 menunjukkan empat sistem operasi yang menyediakan aplikasi-aplikasi
pembelajaran.

27 27

Rajah 2.0: Sistem operasi telefon bimbit pintar
Beberapa aplikasi Web 2.0 dan perisian pendidikan percuma sama ada pelantar Android, iOS dan BlackBerry
OS yang sentiasa diakses oleh pelajar adalah Wikipedia, YouTube, Facebook For Android, Dropbox, Google
Search, dan Whiteboard[21]. Blackboard Mobile Learn adalah sejenis aplikasi pembelajaran yang dibangunkan
oleh BlackBoard yang menyokong persekitaran m-pembelajaran di mana aktiviti seperti pengumuman, jadual
bertugas, refleksi jurnal dan blog, media audio dan video serta gred pencapaian pelajar dipaparkan menerusi
peranti mudah alih pelajar[19] sama seperti Edmodo. Edmodo merupakan platform pembelajaran dalam talian
secara percuma yang dicipta oleh Jeff O 'Hara dan Nick Borg pada tahun 2008 untuk guru-guru, pelajar, ibu bapa
dan institusi pendidikan[7], dan boleh diakses pada pautan: www.edmodo.com.

KELEBIHAN m-PEMBELAJARAN
Menyentuh kepada kelebihan m-pembelajaran bagi pelajar antaranya bahan pembelajaran boleh di bawa ke
mana-mana sahaja di mana secara tidak langsung berjaya mengurangkan penggunaan dewan kuliah, bilik
kuliah dan sebagainya. Aktiviti pembelajaran juga boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan pada waktu lapang
pelajar[16]. Selain itu, m-pembelajaran juga menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat di mana sesiapa
sahaja boleh menggunakan aplikasi m-pembelajaran dan tidak hanya tertakluk kepada pelajar dan pensyarah.
Sebagai contoh, suri rumah yang telah selesai menyediakan hidangan makan tengah hari boleh mengakses
aplikasi m-pembelajaran yang diminati dan seterusnya melakukan aktiviti pembelajaran[16][17]. Pada masa yang
sama, hasil perlaksanaan m-pembelajaran membolehkan pensyarah menghadkan pengajaran dan kehadiran
pensyarah ke dalam kelas, masa dan kandungan pengajaran yang terhad serta bilangan pelajar yang sedikit juga
boleh diatasi[16].
Sehubungan itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu diadaptasi bersama dengan teknologi mudah alih
dalam persekitaran m-pembelajaran untuk menarik minat generasi muda. Teori Bersepadu Penerimaan dan
Penggunaan Teknologi atau Unified Theory of Acceptance and Use of Technology (UTAUT) digunakan bagi
memperlihatkan dengan lebih lanjut penerimaan m-pembelajaran dalam kalangan pelajar untuk menyokong
proses P&P agar ia menarik dan bermakna.

PENERIMAAN m-PEMBELAJARAN
Penerimaan terhadap m-pembelajaran oleh pelajar ditentukan oleh beberapa faktor. Kesan potensi peranti mudah
alih terhadap pembelajaran, kefahaman tentang isu-isu penggunaan teknologi mudah alih untuk menyediakan
persekitaran m-pembelajaran, dan kesannya terhadap peluang-peluang pembelajaran sepanjang hayat adalah
tidak jelas dan masih tidak berkembang[11]. Tambahan pula, pihak institusi perlu memahami proses penerimaan
teknologi untuk menjawab soalan-soalan seperti: Mengapa seorang pelajar atau pensyarah memilih untuk
menggunakan m-pembelajaran manakala seorang lagi menentang? Apakah penentu bagi penerimaan dan
penggunaan m-pembelajaran? Melalui UTAUT boleh membantu menjawab soalan-soalan tersebut walaupun
tidak sepenuhnya menangani konteks unik sistem maklumat mudah alih[13] kerana kajiannya terhad.

m-PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KKHL
Kajian terdahulu mendapati m-pembelajaran bersandarkan telefon bimbit memainkan peranan yang penting
dalam kehidupan pelajar sebagai alat untuk berkomunikasi dan telah berjaya menarik minat golongan muda[9].
Stead (2004)[10] menyatakan bahawa ramai yang telah tersalah anggap dan beranggapan proses pembelajaran

28

menggunakan telefon bimbit adalah sama dengan menggunakan komputer peribadi (hanya kerana saiz).
Realitinya ciri-ciri fizikal serta input dan output antara muka dipengaruhi pemprosesan dalaman peranti mudah
alih seperti keupayaan storan, kuasa, kelajuan pemproses, dan kesesuaian serta jenis sistem operasi.

Penerimaan pelajar terhadap m-pembelajaran di Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL) telah dilakukan menggunakan
platform Android dalam proses pembelajaran menggunakan Aplikasi Edmodo dan MIT Apps. Melalui hasil laporan
Continuous Quality Improvement (CQI) Mac - Julai 2018 unit Teknologi Maklumat, peratusan Course Learning
Outcome (CLO) adalah 100% dan laporan aduan ICT bagi elemen pembangunan dan infrastruktur aplikasi
mobil menunjukkan pelajar boleh menerima sistem interaktif, kebolehcapaian, dan kemudahan sistem, tetapi
mereka kecewa dengan gangguan disebabkan oleh masalah sambungan internet. Kemudahan infrastruktur
yang disediakan di KKHL seperti sambungan Internet dan makmal komputer perlu dipertingkatkan dan sentiasa
diselenggarakan bagi melaksanakan m-pembelajaran secara meluas dan menyeluruh. Secara keseluruhan,
m-pembelajaran boleh dilaksanakan dalam sistem pembelajaran dan pengajaran KKHL kerana ia bersifat murah,
tidak memerlukan kos yang tinggi dan aplikasi pembelajaran yang disediakan untuk android ditawarkan secara
percuma. Walau bagaimanapun, penerimaan pelajar terhadap m-pembelajaran perlu dikaji menggunakan model
penerimaan yang bersesuaian supaya kerangka model m-pembelajaran dapat direka bentuk.

Kaedah bagi menentukan penerimaan persekitaran m-pembelajaran menggunakan model UTAUT menunjukkan
jangkaan prestasi dan pengaruh sosial mempunyai impak signifikan terhadap sikap pelajar apabila menggunakan
Edmodo. Peranti mudah alih membolehkan pelajar untuk mengakses bahan-bahan pembelajaran dan terus
berhubung dengan guru dan rakan-rakan. Pengenalan teknologi Web 2.0 telah membuka peluang untuk kelas
maya, perbincangan dalam talian dan memuat turun bahan-bahan kursus serta aplikasi-aplikasi m-pembelajaran
dengan menggunakan sebarang peranti mudah alih. Implikasi kajian ini menunjukkan pereka bentuk persekitaran
m-pembelajaran perlu lebih peka dan bersedia mereka bentuk aplikasi pembelajaran yang menarik dan mudah
guna. Paling penting persekitaran pembelajaran haruslah selari dengan kemajuan teknologi Web 2.0[18]. Satu
kesimpulan dapat dibuat iaitu faktor galakan, halangan dan pemilikan peranti mudah alih serta kemudahan akses
maklumat telah dikenal pasti menyumbang kepada penggunaan m-pembelajaran dalam kalangan pelajar.

MODEL UTAUT
Model Teori Bersepadu Penerimaan dan Penggunaan Teknologi atau Unified Theory of Acceptance and Use of
Technology (UTAUT) telah dibina oleh Venkatesh et al 2003[6] yang menekankan empat gagasan iaitu jangkaan
prestasi, jangkaan usaha, pengaruh sosial dan keadaan kemudahan dan empat pemboleh ubah bersandar iaitu
jantina, umur, pengalaman dan penggunaan secara sukarela dikemukakan untuk menjadi pengantara kepada
empat gagasan utama terhadap niat penggunaan dan tingkah laku[12]. Model UTAUT adalah satu konsep yang
penting kerana model ini menggabungkan lapan teori utama dan telah diuji menggunakan set data dunia sebenar
yang besar seperti Rajah 3.0[15]. Lapan teori utama yang dikaji semula dan disatukan adalah seperti berikut:
(1) Teori Tindakan Bersebab (TRA), (2) Model Penerimaan Teknologi (TAM), (3) Model Motivasi (MM), (4) Teori
Tingkah Laku Terancang (TPB), (5) Gabungan Model Penerimaan Teknologi dan Teori Tingkah Laku Terancang
(C-TAM-TPB), (6) Model Penggunaan PC (MPCU), (7) Teori Difusi Inovasi (IDT), dan (8) Teori Kognitif Sosial
(SCT)[6].

Rajah 3.0: Model UTAUT - Model Penerimaan Teknologi

A. Jangkaan Prestasi
Jangkaan prestasi atau Performance Expectations (PE) adalah suatu tahap kepercayaan pelajar bahawa
menggunakan teknologi mudah alih membantu mereka memperbaiki prestasi mereka[6].

29 29

B. Jangkaan Usaha
Jangka usaha atau Effort Estimation (EE) merujuk kepada mudah guna sesuatu teknologi dengan usaha kendiri[6].
Untuk menggunakan sistem ini sepenuhnya, pelajar perlu mempercayai bahawa sistem m-pembelajaran sepadan
dengan keperluan dan nilai mereka. Usaha kendiri adalah penentu yang berkuasa dan terus terhadap tingkah
laku individu pada penggunaan sebenar sistem atau niat untuk menggunakan sistem[14].

C. Pengaruh Sosial
Pengaruh sosial atau Social Influence (SI) adalah suatu tahap di mana seseorang individu percaya orang yang
penting bagi individu tersebut harus menggunakan teknologi[12] dan ia penentu langsung bagi niat tingkah laku[6].

D. Keadaan Kemudahan
Keadaan Kemudahan atau Facilities Condition (FC) adalah suatu tahap di mana seseorang individu percaya
organisasi dan infrastruktur teknikal wujud untuk menyokong penggunaan sebuah sistem atau persekitaran
m-pembelajaran[6]. Keadaan Kemudahan adalah faktor persekitaran yang membuat sesuatu tindakan mudah[15].

E. Niat Tingkah Laku
Niat Tingkah Laku merujuk kepada niat yang terlalu kuat terhadap penggunaan aplikasi dan teknologi
m-pembelajaran dalam proses pembelajaran pelajar[6].

KESIMPULAN

Model UTAUT adalah model yang berkuasa dan sesuai untuk mengkaji penerimaan m-pembelajaran di kalangan
pelajar berbanding Technology Acceptance Model (TAM). Empat gagasan utama UTAUT iaitu jangkaan prestasi,
jangkaan usaha, pengaruh sosial dan keadaan kemudahan menjadi penentu terhadap niat tingkah laku seterusnya
penggunaan tingkah laku dapat dikenal pasti dengan kehadiran pemboleh ubah jantina, umur, pengalaman
dan penggunaan secara sukarela. Dengan menggunakan model UTAUT, penerimaan m-pembelajaran dalam
kalangan pelajar terutama sekali dalam sistem pendidikan di Malaysia dapat dikenal pasti. M-pembelajaran
menyediakan peluang kepada generasi baru dengan aktiviti pembelajaran dan komunikasi yang lebih baik tanpa
mengambil kira masa dan tempat. Maka kajian menyeluruh setiap aspek tentang m-pembelajaran adalah perlu
kerana m-pembelajaran di Malaysia masih dalam peringkat awal dan masih tidak dilaksanakan secara meluas.
Justeru, satu kerangka model m-pembelajaran perlu direka bentuk agar bersesuaian dengan peranti teknologi
mudah alih yang digunakan oleh pelajar dan apa jua jenis sistem operasi dapat digunakan bagi menyokong
persekitaran m-pembelajaran di semua IPT di Malaysia khususnya di Kolej Komuniti Hulu Langat.

RUJUKAN of virtual learning environment adoption using UTAUT. Paper
presented at the 2010 Second International Conference on Mobil,
[1] Cheung, S., Yuen, K., & Tsang, E. (2011). A Study on the Readiness Hybrid, and On-Line Learning, Cancun.
of Mobile Learning In Open Education. Paper presented at the IT in
Medicine and Education (ITME), International Symposium. [13] Wang, Y. S., Wu, M.-C., & Wang, H.-Y. (2008). Investigating The
Determinants And Age And Gender Differences In The Acceptance Of
[2] Chuang, K.-W.C. (2009). Mobile Technologies Enhance the Mobile Learning, British Journal of Educational Technology, 40(1),
E-Learning Opportunity. American Journal of Business Education 2008, p. 92-118.
2(9): p. 49-53.
[14] Raman, M. & Jambulingam, M. (2012). Adoption of Mobile
[3] Brown, H.T. (2005). Towards a model for M-Learning. International Technology in a Learning Environment. International Conference on
Journal on E-Learning, 4(3), 2005, p. 299-315. Emerging Trends of Computer & Information Technology ( ICETCIT
2012 ) – India, 2012.
[4] Shanmugapriya M. & Tamilarasia, A. (2011). Designing An
M-Learning Application For Ubiquitous Learning Environment In The [15] Im, I., Hong, S. & Kang, M. S. (2011). An International Comparison
Android Based Mobile Devices Using Web Services. Indian Journal of Of Technology Adoption Testing The UTAUT Model, Information &
Computer Science and Engineering (IJCSE), p. 22-30. Management, 48, 2011, p. 1-8.

[5] Hafizul Fahri Hanafi & Khairulanuar Samsudin. (2012). Mobile [16] Saedah Siraj. (2004). Pembelajaran Mobil Dalam Kurikulum
Learning Environment System (MLES): The Case of Android-based Masa Depan. Masalah Pendidikan, 27, p. 128-142.
Learning Application on Undergraduates’ Learning. International
Journal of Advanced Computer Science and Applications, 3(3), 2012, [17] Abdullah, Muhammad Ridhuan Tony Lim & Siraj, Saedah. (2010).
p. 63-66. M-learning for Future Curriculum: Prospect and Implementation,
International Journal of Multidisciplinary Thought, 1(2), p.1-11.
[6] Venkatesh, V., Morris, M.G., Davis, F.D., & Davis, G.B. (2003).
User Acceptance of Information Technology: Toward a Unified View, [18] Liu, Z., Zhao, G, Zheng, W. & Jin, J. (2008). The research and
MIS Quarterly, 27, 2003, p. 425-478. exploration of Mobile-learning based on Web 2.0, 2008 International
Sysmposium on Knowledge Acquisition and Modeling.
[7] Kongchan, C. (2012). How a Non-Digital Native Teacher Makes
Use of Edmodo. [19] Bradford, P, Porciello, M., Balkon, N. & Backus, D. (2007). The
Blackboard Learning System: The Be All And End All In Educational
[8] Apple WWDC 2012 Keynote Address At. http://www.apple.com/ Instruction? Journal of Educational Technology Systems, 35, p. 301-
apple-events/june-2012/ 314.

[9] M-Learning (2004). In. Barker, A., Krull, G. & Mallinso, B. (eds). A [20]Brown, J. (2009). Exploring Mobile Learning: Part One of the
Proposed Theoretical Model for M-pembelajaran Adoption in mLearning Series. [Online], At. http://in.blackberry.com/business/
Developing Countries. In mLearn2005, 2005. industry/education/WP_JudyBrown_Part1Long_HighRes_
MobilLearning.pdf
[10] Stead, G. (2004). M-learning: Small, Engaging and at Your
Leisure. The Learning Citizen, No. 8, 2004, p.10-13. [21] Mockus, L., Dawson, H., Edel-Malizia, S., Shaffer, D., An, J.S. &
Swaggerty, A. (2011). The impact of Mobil access on Motivation:
[11] Kukulska-Hulme, A. (2007). Mobile usability in educational Distance Education Student Perceptions. [Online]. At http://
contexts: What have we learnt? International Review of Research in learningdesign.psu.edu/research/MLRTWhitePaper.pdf
Open and Distance Learning, 8(2).

[12] Sumak, B., Polancic, G., & Hericko, M. (2010). An empirical study

30

PENDIDIKAN ISLAM SEPANJANG HAYAT (PISH) KOLEJ KOMUNITI
BERSAMA PELAJAR TAHFIZ DAN PONDOK

Noraina Binti Abd Rahman Sarah Binti Abd Hamid
[email protected] [email protected]
Firdaus Bin Hassan
[email protected]

Bahagian Akademik dan Pendidikan Berterusan, Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti.

ABSTRAK

Pendidikan yang merangkumi penghayatan dalam Pendidikan Islam mampu meningkatkan sahsiah dan
keimanan diri kepada Allah S.W.T. Melalui Pendidikan Islam individu mampu dididik, dibentuk dan dilatih dalam
pelbagai aspek iaitu aspek jasmani, emosi, rohani, akhlak dan kesedaran sosial untuk kehidupan yang lebih
sejahtera di dunia dan akhirat. Melalui Program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) kolej komuniti telah
diangkat sebagai institusi utama yang menggerakkan pelaksanaan Program PISH dan kolej komuniti juga
dilantik sebagai sekreteriat PISH berdasarkan kekuatan kolej komuniti sebagai hab Pembelajaran Sepanjang
Hayat (PSH). Pelaksanaan PISH di kolej komuniti adalah berkonsepkan penggabungan ilmu duniawi (kemahiran
dan keusahawanan) dan ukhrawi (fardhu ain dan fardhu kifayah) yang disasarkan kepada golongan tertentu.
Antaranya ialah pelajar sekolah Tahfiz dan Sekolah Pondok. Objektif pelaksanaan PISH di kolej komuniti adalah
untuk membina hubungan dan merapatkan ukhuwwah antara kolej komuniti dengan institusi Tahfiz dan pondok,
meningkatkan penyertaan masyarakat dalam PISH selepas pendidikan rasmi serta melahirkan modal insan
yang seimbang dengan penggabungan latihan kemahiran dan keusahawanan serta Pendidikan Islam. Jumlah
penyertaan pelajar Tahfiz dan Pondok dalam program PISH di kolej komuniti dari tahun 2014 sehingga tahun
2016 hanya menyumbang sebanyak 4.6% sahaja daripada jumlah keseluruhan penyertaan PISH iaitu sebanyak
3,125 penyertaan. Penglibatan pelajar Tahfiz dan Pondok yang masih rendah adalah disebabkan oleh tahap
kesedaran Institusi Tahfiz atau Pondok yang menganggap sijil bukan suatu keperluan dalam kehidupan masa
kini, tiada sumber kewangan yang khusus untuk latihan kemahiran dan keusahawanan serta kekurangan tenaga
pengajar untuk pelaksanaan program PSH mahupun PISH. Harapan kolej komuniti agar program PISH bersama
pelajar Tahfiz dan Pondok ini dapat diteruskan dengan jumlah penyertaan yang lebih tinggi dan program ini dapat
diteruskan untuk merealisasikan institusi Tahfiz dan Pondok serta masyarakat Malaysia amnya sebagai sebuah
masyarakat berkemahiran akan terlaksana.

Kata Kunci: Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH), Pelajar Tahfiz dan Pondok, Kolej Komuniti

PENGENALAN

Pendidikan yang merangkumi penghayatan dalam Pendidikan Islam mampu meningkatkan sahsiah dan keimanan
diri kepada Allah S.W.T. Melalui Pendidikan Islam individu mampu dididik, dibentuk dan dilatih dalam pelbagai
aspek iaitu aspek jasmani, emosi, rohani, akhlak dan kesedaran sosial untuk kehidupan yang lebih sejahtera di
dunia dan akhirat. Pendidikan Islam secara formal iaitu sehingga Sekolah Menengah tidak mencukupi dalam
pembentukan insan. Usaha harus diteruskan secara non-formal dan in-formal kepada masyarakat melalui
pendekatan yang berstruktur iaitu secara dakwah dan tarbiyah yang terancang. (JPKK, 2014). Pendidikan Islam
harus diteruskan sejajar dengan petikan ucapan, “Peluang untuk umat islam mendapatkan pendidikan agama
tidak harus terhenti diperingkat sekolah atau universiti sahaja, sebaliknya perlu diteruskan sepanjang hayat.
Kerana itu, saya ingin mencadangkan agar Pendidikan Islam Sepanjang Hayat dijadikan dasar utama negara
kita. Menerusi dasar ini, kita boleh menubuhkan pusat-pusat pengajian islam diperingkat komuniti yang memberi
peluang kepada masyarakat islam mendalami ilmu-ilmu agama dengan sempurna.” (Muhyiddin Yassin, 2013).

PISH adalah program yang menekankan keseimbangan kepada golongan sasaran iaitu pelajar Tahfiz atau Sekolah
Pondok perlu dibekalkan dengan ilmu kemahiran manakala belia, pelajar kemahiran dan komuniti akan diberikan
Pendidikan Islam secara berterusan. (Idris Jusoh, 2014). Pelaksanaan Pendidikan Islam yang digabungkan
dengan latihan kemahiran dan keusahawanan dapat melahirkan modal insan yang seimbang dari segi dunia
dan akhirat. Peringkat awal pelaksanaan program PISH, kolej komuniti telah disarankan agar menggunakan
segala kemudahan dan fasiliti sedia ada secara menyeluruh dengan kerjasama pelbagai agensi luar terutamanya
Jabatan Agama Islam Negeri untuk menggerakkan program PISH. (JPKK, 2014)

PERANAN KOLEJ KOMUNITI
Kolej komuniti merupakan salah satu institusi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang menawarkan

31

program pendidikan dalam pelbagai bidang kemahiran teknikal dan vokasional (TVET). Kolej Komuniti telah
ditubuhkan melalui memorandum No. 398/2225/00 oleh Menteri Pendidikan kepada Jemaah Menteri pada 5
Julai 2000. Pada tahun 2005, Kabinet melalui Memorandum Menteri Pengajian Tinggi No.296/2456/2005) telah
bersetuju menjadikan kolej komuniti sebagai hab Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH). (KPM, 2005)

Antara objektif penubuhannya adalah menyediakan laluan alternatif kepada pelajar lepasan menengah dan pelajar
yang tercicir daripada pendidikan formal untuk mengikuti latihan dan pengajian dalam bidang-bidang teknikal dan
vokasional, menyediakan pendidikan seumur hidup kepada individu dan masyarakat setempat bagi meningkatkan
kualiti kehidupan masyarakat, mewujudkan kerjasama yang erat di antara ahli masyarakat, kerajaan tempatan
dan sektor swasta bagi memajukan kawasan setempat dan memberi peluang kepada masyarakat setempat
untuk menggunakan kemudahan yang disediakan di kolej komuniti. (KPT, 2015).

Sejak awal penubuhannya sekitar tahun 2000 sehingga tahun 2016, sebanyak 94 buah kolej komuniti telah
ditubuhkan. Jadual 1.0 di bawah menunjukkan jumlah kolej komuniti mengikut negeri.

BIL NEGERI JUMLAH KOLEJ KOMUNITI
1 Perak 13
2 Selangor 10
3 Pahang 10
4 Kelantan 3
5 Johor 12
6 Kedah 9
7 Melaka 6
8 N. Sembilan 5
9 Pulau Pinang 6
10 Sarawak 6
11 Perlis 1
12 Sabah 9
13 K. Terengganu 3
JUMLAH 93

Jadual 1.0: Jumlah Kolej Komuniti Mengikut Negeri
(Sumber: Koleksi Informasi Terkini Kolej Komuniti, KITKK)

Berdasarkan Jadual 1.0 di atas, di dapati bahawa jumlah kolej komuniti yang tertinggi terletak di negeri Perak
sebanyak 13 buah kolej komuniti, diikuti dengan negeri Johor sebanyak 12 buah kolej komuniti dan masing-
masing 10 buah kolej komuniti di negeri Selangor, Pahang dan Sabah. Penubuhan kolej komuniti di sesebuah
negeri adalah berdasarkan kepada keluasan sesebuah negeri, kepadatan penduduk dan taraf sosio-ekonomi
di sesuatu kawasan. Jadual 1.0 di atas juga menunjukkan bahawa kolej komuniti telah membuka peluang dan
laluan khususnya kepada komuniti setempat untuk mengikuti pelbagai program kemahiran dengan taburan kolej
komuniti yang banyak di setiap negeri.

PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) DI KOLEJ KOMUNITI

PSH merupakan salah satu daripada tujuh teras strategik yang digariskan dalam Pelan Strategik Pengajian
Tinggi Negara (PSPTN) dan merupakan Lonjakan Ketiga dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2015-2025 (Pendidikan Tinggi) yang telah dilancarkan sebagai visi Pendidikan Tinggi Negara pada 7 April 2015
oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Hj Abd Razak. PSH juga merupakan tonggak ketiga
Pembangunan Modal Insan yang menekankan kepentingan PSH dalam sistem pendidikan negara. Melalui Pelan
Induk Pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Nasional 2011-2020 pula, kementerian telah
menggariskan beberapa strategi dan inisiatif bagi menggalakkan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat dalam
PSH serta membudayakan amalan pembelajaran sepanjang hayat ke dalam masyarakat Malaysia.

PSH telah lama diperkenalkan di Malaysia dan salah satu institusi yang menyediakan pembelajaran berterusan
ini secara terbuka dan fleksibel adalah kolej komuniti. Kolej Komuniti memainkan peranan yang besar dalam
menyediakan kemahiran kepada komuniti setempat tanpa mengira umur, latar belakang dan status sosio-

32

ekonomi. Kolej komuniti juga perlu melahirkan modal insan berteknologi dan bernilai tinggi (High Tech, High
Value). Kedua-dua antribut ini akan menyumbang ke arah berpendapatan tinggi. (JPKK, 2014).

Kolej komuniti sebagai hab PSH melaksanakan pelbagai program dengan objektif untuk menganjur dan
menyediakan pembelajaran sepanjang hayat untuk pembangunan komuniti berpengetahuan (K-communities),
menyediakan latihan untuk meningkatkan kemahiran (up-skilling) dan melatih semula (re-skilling) keperluan
tenaga kerja, menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pilihan yang berpusatkan komuniti serta menyediakan
rangkaian strategik (strategic networking) untuk pengukuhan aktiviti sosio-ekonomi dikalangan pelanggan
setempat. (JPKK, 2014). Program-program PSH di kolej komuniti adalah bertujuan untuk meningkatkan taraf
hidup, memberi galakan, memupuk dan menanam minat serta mendidik masyarakat mengenai ilmu kemahiran
dalam bidang teknikal dan vokasional serta keusahawanan.

Pelaksanaan PSH di kolej komuniti adalah di bawah kluster dua (2) dan kluster tiga (3). Berikut ialah Rajah 1.0
yang menerangkan kluster PSH di Malaysia.

Rajah 1.0: Kluster PSH di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi di Malaysia
)Sumber: Portal PSH KPT(

Berdasarkan rajah 1 di atas, kluster 2 adalah program-program berbentuk teknikal dan kemahiran yang tempohnya
tidak melebihi 6 bulan. Kolej komuniti telah melaksanakan program di bawah kluster ini dengan menggunapakai
kurikulum sedia ada seperti Sijil Modular Kebangsaan (SMK). Manakala kluster 3 pula adalah program pengajian
untuk peningkatan ilmu dan kemahiran bagi pembangunan diri. Di kolej komuniti ia lebih dikenali sebagai kursus
pendek. Tempoh minima pelaksanaan kursus pendek ialah 5 jam.

PENDIDIKAN ISLAM SEPANJANG HAYAT (PISH) DI KOLEJ KOMUNITI
Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) merupakan satu inisiatif di bawah Pembelajaran Sepanjang Hayat
(PSH). PISH di kolej komuniti adalah berkonsep penggabungan ilmu duniawi dan ukhrawi, di mana ilmu duniawi
adalah ilmu kemahiran dalam bidang teknikal dan vokasional serta keusahawanan yang akan diberikan kepada
golongan sasaran seperti pelajar–pelajar sekolah Tahfiz, Maahad dan Sekolah Pondok, Madrasah, masjid, surau
dan institusi agama. Manakala ilmu ukhrawi pula adalah ilmu fardhu ain dan fardu kifayah yang akan diberikan
kepada belia dan komuniti setempat. (JPKK, 2014). Penguasaan ilmu duniawi dan ukhrawi perlu menjadi budaya
agar ianya dapat menghasilkan insan yang serba lengkap dan seimbang bagi menghadapi cabaran hidup dalam
era globalisasi ini.

Antara objektif pelaksanaan PISH adalah memberikan kesinambungan Pendidikan Islam yang berterusan kepada
setiap lapisan masyarakat dan memberikan ilmu kemahiran dan keusahawanan kepada golongan sasaran seperti
pelajar tahfiz, pelajar sekolah pondok, pelajar maahad, belia dan komuniti. (KPT, 2015).

Kurikulum program PISH dibahagikan kepada dua (2) kategori iaitu kurikulum Pendidikan Islam (ukhrawi) dan
kurikulum kemahiran dan keusahawanan (duniawi). Kurikulum Pendidikan Islam disediakan oleh Bahagian
Pendidikan Islam (BPI), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM).
Manakala kurikulum kemahiran disediakan oleh kolej komuniti. (KPT, 2015).

33

PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN ISLAM SEPANJANG HAYAT (PISH) PELAJAR
TAHFIZ DAN SEKOLAH PONDOK BERSAMA KOLEJ KOMUNITI

Pelaksanaan PISH di kolej komuniti adalah berdasarkan kluster 2 dan kluster 3 iaitu program kemahiran dan
keusahawanan berbentuk modular yang tempohnya tidak melebihi 6 bulan dan program peningkatan kemahiran
(kursus pendek) yang tempoh minima pelaksanaannya ialah 5 jam. Sejak program PISH ini diperkenalkan pada
awal tahun 2014 di kolej komuniti, program ini telah berjaya menarik perhatian dan minat pelajar–pelajar sekolah
Tahfiz dan Pondok dalam mendalami ilmu berkaitan kemahiran dan keusahawanan. Mereka yang mengikuti
program PISH ini terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan yang berumur 15 tahun ke atas. Jadual 2.0 di
bawah menunjukkan jumlah penyertaan pelajar sekolah Tahfiz dan Pondok bagi program PISH di kolej komuniti.

BIL TAHUN PENYERTAAN
TAHFIZ & PONDOK PISH (selain Tahfiz dan Pondok)

1. 2014 433 17,313

2. 2015 1,490 31,057

3. 2016 1,202 15,127

JUMLAH 3,125 63,497

Jadual 2.0: Jumlah penyertaan pelajar sekolah Tahfiz dan Pondok bagi program PISH di Kolej Komuniti
(Sumber: Sistem ePSH Kolej Komuniti)

Berdasarkan Jadual 2 di atas, jumlah penyertaan pelajar sekolah Tahfiz dan Pondok yang mengikuti program
PISH pada tahun 2014 ialah 433 penyertaan. Manakala pada tahun 2015, jumlah penyertaan pelajar Tahfiz dan
Pondok yang mengikuti program PISH meningkat sebanyak 1,490 penyertaan dan pada tahun 2016, jumlah
penyertaan telah menurun sebanyak 1,202 penyertaan. Jumlah keseluruhan penyertaan ialah sebanyak 3,125
penyertaan. Jumlah ini telah menyumbang kepada 4.6% daripada jumlah keseluruhan penyertaan PISH selama
3 tahun semenjak PISH diperkenalkan. Daripada jadual 1 juga, didapati bahawa berlaku penurunan penyertaan
pada tahun 2016 iaitu sebanyak 288 penyertaan berbanding tahun 2015. Penurunan ini berlaku disebabkan
peningkatan kos bahan untuk melaksanakan program-program kemahiran. Institusi Tahfiz dan Pondok tiada
sumber kewangan yang khusus untuk menampung kos latihan bagi pelaksanaan program PISH. (JPKK, 2016)

Kolej komuniti telah mendapat kerjasama yang sangat baik daripada pelajar Tahfiz dan Pondok untuk
melaksanakan program PISH. Setiap tahun, kolej komuniti akan menerima permintaan daripada pelbagai pusat
Tahfiz dan Pondok dari pelbagai mukim dan daerah. Ada pelajar Tahfiz dan Pondok yang baru dan ada juga
pelajar Tahfiz dan Pondok yang sama tetapi mengambil program kemahiran yang berbeza.

Semua program PISH di kolej komuniti akan direkodkan oleh penyelaras PSH kolej komuniti masing-masing di
dalam sistem ePSH. Sistem ini berfungsi sebagai pusat data untuk menyimpan dan merekodkan segala aktiviti
PSH termasuk PISH. Melalui sistem ini, pelajar Tahfiz dan Pondok boleh mengetahui program-program kemahiran
dan keusahawanan yang akan ditawarkan di kolej komuniti seluruh Malaysia. Pelajar Tahfiz dan Pondok juga boleh
membuat perancangan awal untuk mengikuti mana-mana kursus kemahiran setelah menamatkan pengajian di
Tahfiz atau Pondok nanti.

Kolej komuniti telah menawarkan 21 kluster kursus kemahiran kepada pelajar sekolah Tahfiz dan Pondok. 21
kluster kursus kemahiran tersebut ialah bahasa, bangunan, hospitaliti dan pelancongan, akuakultur, elektrik dan
elektronik, grafik dan multimedia, kraftangan dan hiasan dalaman, jahitan dan pakaian, katering dan sajian,
kecantikan dan dandanan, kenderaan dan automotif, kerohanian dan keagamaan, kesenian dan kebudayaan,
komputer dan teknologi maklumat, teknologi hijau, perniagaan dan keusahawanan, program industri, sains dan
matematik, sains kesihatan, seni kreatif dan teknologi agro. Kursus-kursus kemahiran dan keusahawanan yang
ditawarkan kepada pelajar Tahfiz dan Pondok ini boleh diubahsuai mengikut kesesuaian masa dan tempoh yang
diperlukan oleh pihak Tahfiz dan Pondok. Kolej komuniti akan mencadangkan jadual waktu dan tempoh yang
sesuai untuk pelaksanaan program kemahiran dan keusahawanan tanpa mengganggu masa pengajian pelajar
di Tahfiz atau Pondok. Ada pelajar yang mengambil masa 5 jam sehari, ada juga yang mengambil masa 3 hari
seminggu dan ada juga yang berturutan setiap hari. Di akhir program PISH ini, pelajar akan menerima sijil
berbentuk modular dan ada juga yang telah memperolehi Sijil Kolej Komuniti.

Program PISH di kolej komuniti telah dilaksanakan menggunakan pendekatan yang berasaskan kerjasama
dan perkongsian pintar iaitu kaedah Strategi Lautan Biru (Blue Ocean Strategy). Kaedah Strategi Lautan Biru
(BOS) ini digunakan dalam dunia pendidikan kerana pendidikan sentiasa mengalami perubahan yang pantas

34

mengikut arus globalisasi. Antara kerjasama pintar dan rakan kolaborasi kolej komuniti ialah Lembaga Penasihat
Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI), Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Agama Islam
Negeri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merangkumi Institusi dibawahnya iaitu Institut Kefahaman
Islam Malaysia (IKIM) dan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) serta institusi tahfiz dan sekolah pondok.

CABARAN PELAKSANAAN PROGRAM PISH BERSAMA PELAJAR TAHFIZ DAN PONDOK

i. Tahap Kesedaran

Institusi keagamaan khususnya Tahfiz dan Pondok mengamalkan sistem pengajian tradisional yang menggunakan
pembelajaran kitab (kulit ke kulit) dari guru mereka tanpa apa-apa sijil. Kebanyakan pelajar Tahfiz dan Pondok
hanya belajar semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah dan syarat lain adalah kerana ingin keluar dari
kejahilan, seterusnya beramal dengan ilmunya dan menganggap sijil bukan menjadi satu kemestian walaupun
dunia hari ini menganggap ia suatu keperluan. Institusi Tahfiz dan Pondok masih tidak membuka ruang dan
peluang kepada institusi latihan kemahiran untuk melatih dan mendidik pelajar mereka dalam ilmu duniawi kerana
bimbang pelajar mereka terpengaruh dengan keduniaan. Walhal, mereka sangat maklum tentang persaingan
yang sengit di kalangan belia untuk menempuhi kehidupan di era globalisasi kini.

ii. Sumber Kewangan

Kebanyakan institusi Tahfiz dan Pondok ditubuhkan dengan menggunakan peruntukan kewangan sendiri, iaitu
berdasarkan kutipan yuran dan derma daripada pelajar, komuniti, syarikat atau orang perseorangan. Ada juga
institusi Tahfiz dan Pondok yang dikendalikan oleh kerajaan namun peruntukan kewangan yang disalurkan juga
sangat minima. Peruntukan kewangan yang diperolehi digunakan untuk perbelanjaan seharian, pembangunan
dan pengoperasian Tahfiz atau Pondok berkenaan. Institusi Tahfiz dan Pondok tiada peruntukan kewangan yang
khusus untuk pelajar mengikuti latihan kemahiran. Untuk melaksanakan program latihan kemahiran ini, kolej
komuniti memerlukan peruntukan kewangan untuk menampung kos bahan. Peruntukan kewangan kolej komuniti
juga sangat terhad untuk menampung semua kos yang melibatkan pelaksanaan program PSH mahupun PISH.
Walaubagaimanapun, kolej komuniti bersedia menyediakan kemudahan dan fasiliti sedia ada untuk pelaksanaan
program PISH bersama pelajar Tahfiz dan Pondok.

iii. Tenaga Pengajar

Setiap tahun kolej komuniti akan bertambah. Pertambahan kolej komuniti ini tidak seiring dengan pertambahan
tenaga pengajar. Inilah cabaran yang harus dipikul oleh kolej komuniti. Dengan jumlah tenaga pengajar yang
sangat terhad, pengambilan pelajar sepenuh masa yang dilaksanakan sebanyak 3 kali setahun, pelaksanaan
pengajian secara sepenuh masa dan pembelajaran sepanjang hayat dalam masa yang sama telah menghadkan
peruntukan masa seseorang tenaga pengajar untuk melaksanakan program PISH. Walaubagaimanapun, kolej
komuniti akan sedaya upaya memaksimumkan peruntukan masa seseorang tenaga pengajar dengan permintaan
yang diterima daripada komuniti setempat khususnya dari institusi Tahfiz dan Pondok untuk melaksanakan
program PISH.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) memang telah dipraktikkan di kolej komuniti seluruh Malaysia.
Namun begitu, penglibatan dan kerjasama daripada pelajar Tahfiz dan Pondok khususnya dan institusi keagamaan
amnya sangat rendah. Kolej komuniti masih kurang dikenali oleh masyarakat setempat khususnya pelajar Tahfiz
dan Pondok. Untuk membudayakan latihan kemahiran dan keusahawanan di kalangan pelajar Tahfiz dan Pondok
beberapa aspek perlu diteliti dan dihayati. Pelaksanaan program PISH ini akan berjaya diterapkan di kalangan
pelajar Tahfiz dan Pondok sekiranya beberapa cadangan penambahbaikan ini diberi perhatian yang sewajarnya,
iaitu :

1. Jabatan Agama Islam Negeri, Majlis Agama Islam Negeri dan Institusi Keagamaan perlu memainkan peranan
masing-masing. Institusi keagamaan perlu memiliki sikap keterbukaan untuk menerima perubahan. Institusi
latihan kemahiran perlu diberi ruang dan peluang untuk mendidik dan melatih pelajar Tahfiz dan Pondok agar
mereka yang tercicir khususnya dapat meneruskan kehidupan dan menjana pendapatan yang lebih tinggi.

2. Mewujudkan tabung atau dana khusus untuk melatih pelajar Tahfiz dan Pondok dalam bidang kemahiran dan
keusahawanan. Pihak kementerian dan agensi luar perlu memainkan peranan untuk mengenalpasti sumber-
sumber tertentu seperti Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) atau Pusat Zakat yang boleh
menyalurkan peruntukan kewangan untuk tujuan latihan kemahiran.

35

3. Mewujudkan kerjasama strategik di antara tenaga pengajar di pelbagai institusi latihan kemahiran teknikal dan
vokasional seperti Politeknik, Kolej Vokasional (KV), Institusi Latihan Perindustrian (ILP) dan sebagainya untuk
melaksanakan program PISH bersama pelajar Tahfiz dan Pondok.

4. Mengadakan jerayawara tentang pengiktirafan APEL-A (Accreditation of Prior Experiential Learning-for
Admission) dan APEL-C (Accreditation of Prior Experiential Learning-for Credit Transfer) yang akan diperolehi
oleh pelajar-pelajar Tahfiz dan Pondok setelah mengikuti program-program kemahiran dan keusahawanan yang
dilaksanakan di bawah Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) khususnya di kolej komuniti.

5. Memberi ruang dan peluang kepada kolej komuniti untuk sama-sama merancang program-program kemahiran
dan keusahawanan yang relevan dan fleksibel dengan jadual pembelajaran di institusi Tahfiz dan Pondok.

6. Sokongan daripada kementerian dan pelbagai agensi perlu ada. Kementerian atau agensi boleh bersama-
sama menyertai program-program yang dikendalikan oleh institusi latihan kemahiran, memberikan saranan dan
idea untuk pelaksanaan program yang lebih berimpak tinggi, bersama-sama ‘turun padang’ untuk merasai sendiri
dan mengutip pengalaman bagaimana sesuatu program itu dilaksanakan seterusnya bekerjasama sebagai
satu pasukan dalam melaksanakan program ini. Tanpa sokongan pihak-pihak tertentu kepincangan untuk
melaksanakan sesuatu program akan berlaku.

PENUTUP

Kolej Komuniti merupakan sebuah institusi kemahiran yang menawarkan pembelajaran kepada semua golongan
tanpa mengira umur, masa dan tempat. Namun demikian sebagai sebuah institusi di bawah Kementerian Pendidikan
Tinggi (KPT) kolej komuniti turut berhadapan dengan kekangan atau cabaran dalam pengoperasiannya seperti
peruntukan kewangan, sumber manusia, bidang kuasa dan kerjasama.

Namun demikian, kolej komuniti tetap akan komited memberikan perkhidmatannya 7 hari seminggu terbuka
kepada semua, sesuai dengan tagline kolej komuniti iaitu “Anyone, Anytime, Anywhere @ KK”. Selaras dengan
usaha murni ini, kolej komuniti berharap agar usaha yang berterusan ini mampu merealisasikan institusi Tahfiz
dan Pondok serta masyarakat Malaysia amnya sebagai sebuah masyarakat berkemahiran akan terlaksana.

RUJUKAN

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. (2008) Pelan Strategik Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti. Panduan Pelaksanaan Program
Pengajian Tinggi Negara Melangkaui 2020. Putrajaya : Kementerian Pembelajaran Sepanjang Hayat Edisi 2014. Putrajaya : Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia. Pendidikan Malaysia

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. (2011) Pelan Strategik Laporan Pelaksanaan Program PISH Kolej Komuniti 2016. Mesyuarat
Pengajian Tinggi Fasa 2 (2001-2015). Putrajaya : Kementerian JK Kerja Pendidikan Islam Sepanjang Hayat Bil 1. Jabatan Pendidikan
Pengajian Tinggi Malaysia. Kolej Komuniti, 4 Oktober.

Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelan Pembangunan Pendidikan Unit Pendidikan Berterusan, Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti. Data
Malaysia 2015 - 2025 (Pendidikan Tinggi) : Putrajaya Penyertaan PISH daripada Maahad Tahfiz dan Pondok. Diperolehi 23
Januari 2017. http://www.online.jpkk.edu.my/epsh/login
Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (2012). Pemerkasaan Kolej
Komuniti 2013-2025. Putrajaya : Kementerian Pengajian Tinggi Wikipedia. Sekolah Pondok . Dicapai pada 24 Januari 2017.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Kategori:Sekolah_pondok.
Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti. Informasi Terkini Kolej Komuniti
Edisi 2015. Putrajaya : Kementerian Pendidikan Tinggi

36

KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT WADAH MELAHIRKAN MAJIKAN
(ENTRAPRENEUR DAN INTRAPRENEUR) LESTARI MENERUSI
PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN

Sarimah Binti Che Hassan
[email protected]

PENGENALAN

Penubuhan Kolej Komuniti bermula selepas persetujuan Jawatankuasa Kabinet pada tahun 2000. Objektif

kolej komuniti seperti yang tercatat dalam memorandum Menteri Pendidikan itu juga turut menyatakan bahawa

kolej komuniti perlu menyediakan pendidikan dan latihan yang dinamik dan berkualiti dengan menganjurkan

dan mewujudkan laluan alternatif kepada lepasan menegah, menganjurkan dan menyediakan pembelajaran

sepanjang hayat dalam pembangunan komuniti berpengatahuan (K-Communities). Kolej juga perlu menyediakan

latihan untuk meningkatkan kemahiran (upskilling) dan melatih semula (reskilling) untuk keperluan tenaga kerja

setempat. Selain itu memorandum ini turut menggariskan bahawa objektif kolej komuniti ialah menyediakan

rangkaian starategik (strategic nextwoking) untuk pengukuhan aktiviti sosio-ekonomi dalam kalangan pelanggan

dan pemegang taruh (stakeholder) serta menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pilihan yang berpusatkan

komuniti.

OUTPUT PRESTASI KOLEJ KOMUNITI
BIL
2015 (SEBENAR) 2016 (ANGGARAN)

1. Bil. Kolej komuniti 92 104

2. Bil. Enrolmen pelajar kolej 18,529 18,052
komuniti

3. Bil. Penyertaan kursus pendek 279,760 250,000

4. Bil. Penyertaan Pendidikan 15,706 15,000
Islam Sepanjang hayat (PISH)

5. Bil. Lulusan kolej komuniti 7,578 7,000

Rajah 1.0: Prestasi Aktiviti Kolej Komuniti di seluruh Malaysia 2015
(Sumber: Laporan Kementerian Pengajian Tinggi, 2015)

Berdasarkan visi, misi dan objektif yang ditetapkan pihak kerajaan menerusi Kementerian Pengajian Tinggi,
ternyata dari sejak awal penubuhan, tanggungjawab yang diberikan kepada kolej komuniti sangat dekat dengan
pendidikan dan latihan keusahawanan dalam membangun masyarakat.

PEMAHAMAN BERKENAAN ENTREPRENEUR (USAHAWAN) DAN INTRAPRENEUR
(USAHAWAN DALAMAN)

Entrepreneur (usahawan) atau Intrapreneur (usahawan dalaman) kini menjadi sangat penting kepada dunia
masa ini. Kenapa? Ini kerana perubahan mendadak yang berlaku kepada dunia terutama di bawah pengaruh
era teknologi baru. Persaingan hebat berlaku antara pekerja, antara organisasi dan perniagaan. Hanya yang
mempunyai kebolehan atau kehebatan yang akan memenangi persaingan. Persaingan tersebut mungkin
diperingkat terkecil atau sehingga ke peringkat dunia. Ini sebabnya dunia sangat bergantung kepada bidang
keusahawanan yang mana di dalam bidang ini ditunjangi oleh individu-individu yang hebat samada sebagai
usahawan yang mengendalikan syarikat sendiri dan menyediakan pekerjaan kepada orang lain serta menghasilkan
produk2 atau perkhidmatan yang baru kepada dunia, atau usahawan dalaman yang bekerja sebagai eksekutif
yang hebat yang memberikan keuntungan kepada syarikat majikan mereka. Kedua golongan ini adalah terdiri
daripada individu yang mampu menjadi ‘majikan’ yang hebat kepada diri sendiri.

Berbanding dengan perkataan entrepreneur, perkataan intrapreneur sangat jarang didengar. Walaubagimanapun
samada intrapreneur atau entreprenur, kedua mereka adalah individu yang dikenali sebagai orang yang bekerja
bersungguh dengan penuh semangat dan tidak mengenal kalah, menghasilkan idea-idea bernas dan kreatif serta
inovatif. (Otilia cadar & Daniel Badulescu, 2015).

Perbezaan antara keduanya ialah enterpreneur membina sendiri perniagaan, manakala Intrapreneur pula
adalah bekerja dengan organisasi yang telah sedia wujud. Namun intrapreneur ibarat revolutionary atau pakar
perubahan yang perlu bekerja gigih membawa pembaharuan dan perubahan dari dalam organisasi. Kejayaan
sesuatu idea dalam organisasi bergantung kepada sikap tidak mudah mengalah dan kecekalan serta kemampuan
dan kebijaksanaan intrapreneur dalam membina dan melaksanakan imaginasi yang logik atau praktikal (Baruah,

37

Ward 2014). Intrapreneur begini mampu menyumbang idea-idea kreatif yang bijak dan praktikal dilaksanakan,
bijak menggunakan peluang secara aktif menyumbang dan merekacipta idea bagi menghasilkan model dan
usaha baru perniagaan yang memberi manfaat besar kepada kemajuan organisasi.

Di Malaysia KPT juga mula membawa arah yang sama dalam pendidikan keusahawanan. Di mana usahawan atau
intrapereneur yang ingin dilahirkan bukan hanya tahu berurus niaga semata. Namun pendidikan keusahawanan
yang diberikan adalah untuk melahirkan graduan berminda usahawan yang kreatif, inovatif dalam memajukan
perniagaan atau syarikat yang dipegang. Contoh Insan yang mempunyai minda keusahawanan yang unggul,
kreatif dan inovatif dalam mengembangkan syarikat milik sendiri serta syarikat yang diamanahkan kepadanya
iaitu Allahyarham Tan Sri Muhammad Ali Hashim (TSMAH). Arwah adalah seorang usahawan yang sangat berjaya
yang memiliki beberapa rangkaian perniagaan besar. Selain daripada itu, ketokohan arwah yang meninggal dunia
pada tahun 2017, telah meletakkan beliau sebagai Presiden dan Ketua Eksekutif Corporation (Jcorp) selama
lebih 28 tahun. Arwah juga sangat berinisiatif dalam melaksanakan program intrapreneur, di mana syarikat kecil
dan sederhana (SME) mendapat kontrak dan latihan oleh Jcorp untuk berkembang maju. Sangat berbeza dengan
syarikat swasta yang lain, yang melebihkan keuntungan dengan memusnahkan semua pesaing. Selain itu, dalam
aspek keusahawanan sosial Arwah TSMAH dengan menghasilkan idea dan melaksanakan konsep syarikat
mewakafkan harta dan hasilnya diberikan kepada kerja-kerja kebajikan. Antara syarikat tersebut ialah syarikat
Waqaf An-Nur Corporation (WANCorp) yang bernilai RM501juta dan mewakafkan peratus keuntungan kepada
aktiviti kebajikan. Insan seperti Arwah TSMAH adalah yang merupakan contoh majikan samada usahawan atau
usahawan dalaman yang menjadi matlamat KPT untuk dilahirkan. Usaha ini dilanjutkan kepada kolej komuniti
untuk direalisasikan.

KOLEJ KOMUNITI DAN PERANAN MELAHIRKAN MAJIKAN MENERUSI PENDIDIKAN
KEUSAHAWANANWAN DALAMAN)

Dasar Pembangunan Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang dilancarkan oleh Menteri Pengajian
Tinggi pada 2010 adalah bertujuan untuk menggalak dan memantapkan pembangunan keusahawanan yang lebih
terancang dan holistik serta berimpak tinggi dalam usaha melahirkan modal insan yang berkualiti (Buletin Puskom
2012). Matlamat utama dasar ini, pertama ialah untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan mempunyai
pemikiran, atribut serta nilai keusahawanan, dan kedua ialah melahirkan lebih ramai lagi usahawan siswazah
yang akan bertindak sebagai pemangkin kepada transformasi ekonomi negara, ekonomi berpendapatan tinggi
dan berpaksikan inovasi ke arah pencapaian status negara maju menjelang 2020.

Kolej Komuniti dianggap sebagai institusi yang berpotensi memberikan impak besar kepada masyarakat turut
sama dalam pembangunan keusahawanan. Sehubungan dengan usaha kerajaan untuk melahirkan lebih ramai
siswazah yang menjadi usahawan, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti telah merangka pelan pelaksanaan strategik
keusahawanan yang dinamakan Pelan Pengukuhan Keusahawanan JPKK (Jabatan pengajian Kolej Komuniti
2010). Pelan ini dirangka selari dengan Dasar Pembangunan Keusahawanan IPT serta mengambil kira Pelan
Strategik Pengajian Tinggi Negara serta lain-lain dasar ke arah melahirkan usahawan berprestasi tinggi dan
berdaya maju. Pelan ini mengandungi tindakan yang komprehensif dengan langkah pemantauan dan penilaian
aktiviti yang dilakukan secara berkala. Antara inisiatif utama dalam pelan ini ialah penubuhan Pusat Usahawan
Kolej Komuniti (PUSKOM).

Selaras dengan objektif yang dirangka PUSKOM telah mereka bentuk Pelan Pengukuhan Keusahawanan Kolej
Komuniti.Pelan ini memberikan tumpuan dalam mewujudkan pelajar kolej komuniti dan masyarakat setempat
yang memiliki ciri dan kompetensi keusahawanan, berdaya saing dan mempunyai jati diri yang tinggi selari
dengan Dasar pembangunan Keusahawanan, Institusi Pengajian Tinggi. Dalam usaha untuk mencapai matlamat
di atas, JPKK telah merangka Pelan Strategik Pengukuhan keusahawanan Kolej Komuniti, berdasarkan 6 teras
Dasar Pembangunan Keusahawanan IPT iaitu:

1. Menubuhkan pusat keusahawanan di JPKK dan di Kolej Komuniti;
2. Menyediakan pendidikan dan program keusahawanan yang terancang dan holistik;
3. Memantapkan program pembangunan dan pengukuhan keusahawanan;
4. Mewujudkan mekanisme pengukuran yang berkesan;
5. Menyediakan Persekitaran dan Ekosistem yang Kondusif bagi Pembangunan keusahawanan; dan
6. Mengukuhkan Kompetensi Penyelarasan keusahawanan.

Pelan Strategik Pengukuhan Keusahawanan Kolej Komuniti yang telah dibina ini menggambarkan kesungguhan
serta komited daripada pihak pengurusan kolej komuniti terhadap usaha memperjuangkan pembangunan
keusahawanan dalam kalangan pelajar serta komuniti selaras dengan Dasar Pembangunan Keusahawanan
yang ditetapkan oleh pihak kerajaan khususnya melalui Institusi Pengajian Tinggi (Sarimah et al, 2013). Bagi
memperkasakan usaha pengukuhan tersebut, pihak JPKK telah membina satu model Pengukuhan Keusahawanan
Kolej Komuniti untuk disesuaikan dengan keperluan serta keadaan kolej komuniti yang dilihat agak berbeza

38

berbanding sistem pendidikan di institusi pendidikan tinggi yang lain. Rajah 2.0 adalah Model Pengukuhan
Keusahawanan Kolej Komuniti yang dijadikan panduan oleh pihak PUSKOM dalam melaksanakan pengukuhan
di kolej komuniti.

Rajah 2.0: Model Pengukuhan Keusahawanan Kolej Komuniti Sumber: Pelan Pengukuhan Keusahawanan,
JPKK 2010 - 2015

CABARAN PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN DALAM MELAHIRKAN MAJIKAN DI KKHL

Usaha melahirkan usahawan samada intrapreneur atau entreprenur tidak semudah yang tertulis dalam buku.
Realitinya institusi pendidikan tinggi menghadapi cabaran yang besar. Ini terbukti daripada dapatan kajian atau
data pengesanan graduan. Di mana, walaupun saban tahun peruntukan besar dibuat untuk aktiviti keusahawanan.
Pendidikan formal juga sentiasa disemak, jika sebelum ini hanya pelajar bidang perniagaan sahaja yang mengambil
subjek keusahawanan. Namun beberapa tahun kebelakangan ini semua pelajar merentas kurikulum diwajibkan
mengambil subjek keusahawanan. Namun hasil yang diperoleh masih masih jauh dari yang diharapkan. Memang
berlaku pertambahan bilangan pelajar /graduan yang menyertai bidang perniagaan namun peratusannya sangat
rendah daripada yang sepatutnya. Pelbagai formula dicari, namun sehingga kini KPT masih belum menemui
formula terbaik dalam melahirkan usahawan samada entreprenur atau intrapreneur.

RUMUSAN DAN PERBINCANGAN

Sambutan yang menggalakkan daripada program pembangunan keusahawanan yang telah dijalankan di
semua kolej komuniti di Malaysia dan pencapaian terkini daripada program dan aktiviti keusahawanan, kolej
komuniti mempunyai potensi besar dalam melahirkan ramai usahawan yang juga majikan yang berjaya di masa
depan. Kenyataan ini adalah selari dengan dapatan Abdul Halim et al. (2012) yang merumuskan bahawa kolej
komuniti merupakan wadah untuk mengilap potensi modal insan termasuk daripada golongan yang tercicir malah
lebih penting lagi, kolej komuniti dianggap lebih berpotensi untuk melahirkan usahawan berbanding dengan
universiti. Justeru itu, kolej komuniti adalah sebagai wadah melahirkan ‘majikan’ yang boleh memberi peluang
pekerjaan kepada masyarakat di masa depan dan sekali gus membantu mengurangkan pengangguran negara.
Suatu yang amat mengkagumkan apabila seorang pelajar yang pernah tercicir pada suatu ketika dahulu kini
bergelar usahawan dan menjadi eksekuti yang dibanggakan di mana-mana syarikat besar. Walaubagaimana
pun untuk lebih praktikal semua pihak perlu meneliti semula kurikulum serta kefahaman terhadap visi pendidikan
keusahawanan. Penambahbaikan sangat perlu agar kolej lebih fokus da lebih jelas iaitu melahirkan graduan
berminda usahawan yang banyak idea, kreatif dan inovatif. Bukan hanya yang boleh berjual beli dan mendaftar
syarikat dengan berniaga produk secara ikutan dan kemudian berhenti di separuh jalan.

RUJUKAN “Dasar Awam dalam Era Transformasi Ekonomi: Cabaran dan
Halangan”. Johor Baharu. 7-9 Jun 2013.
1. Otilia Cadar and Daniel Badulescu (2015). Entrepreneur,
Entrepreneurship and Intrapreneurship. A Literature Review University 4. Faudziah Zainal Abidin, Habshah Bakar dan Rafidah Mahyuddin
of Oradea, Romania. (2013). Memperkayakan Pengalaman Keusahawanan Pelajar melalui
Koperasi. Universiti Utara Malaysia, Sintok. http://repo.uum.edu.
2. Bidyut Baruah, Anthony Ward (2014) .Enhancing Intrapreneurial my/16391/
skills of students through entreprenership education. A case study of
an interdiciplinary engeneering management programme. University 5. Veronica Maier, Cristiana Pop Zenovia (2011). Entrepreneurship
of York, U.K. versus Intrapreneurship. Review of International Comparative
Management. V: 12.I:2 Desember. 971-976.
3. Sarimah Che Hassan, Armanurah Mohamed dan Amir Md Noor
(2013). Kolej Komuniti sebagai Wadah pembentukan ‘Majikan’ Lestari.
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VIII (PERKEM VIII)

39

PELAKSANAAN EKSA DI KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT:
STRATEGI, CABARAN DAN HARAPAN

Azizah Binti Mahadi Yusmaria Binti Mohd Yusoff
[email protected] [email protected]

PENGENALAN

EKSA merupakan singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam yang telah dijenamakan semula daripada
Amalan 5S mulai tahun 2014. Ia berdasarkan Surat Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bil 1 Tahun 2014:
Ekosistem Kondusif Sektor Awam. EKSA bertujuan bagi memperkukuhkan budaya organisasi yang berprestasi
tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi sektor awam melalui persekitaran yang kondusif, budaya kerja dan nilai
yang positif yang lebih relevan dengan jabatan/agensi sektor awam di Malaysia.

SEJARAH PELAKSANAAN EKSA DI KKHL

Pelaksanaan EKSA di Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL) merupakan kesinambungan amalan 5S yang telah
dilaksanakan sejak tahun 2011 dengan visi tersendiri iaitu menjadi pusat pengembangan pendidikan komuniti
melalui budaya kerja dan persekitaran yang kondusif. Pada 11 Oktober 2012, KKHL telah pun menerima
pengiktirafan persijilan 5S daripada Malaysian Productivity Corporation (MPC). KKHL juga telah dijemput untuk
berkongsi pengalaman kejayaan mendapatkan persijilan tersebut bersama Kolej Komuniti Langkawi, Kolej
Komuniti Bentong dan Kolej Komuniti Selayang. Pada ketika itu, KKHL merupakan antara kolej komuniti terawal
dianugerahkan persijilan Amalan 5S.

Sesetengah pandangan mengatakan bahawa mengekalkan sesuatu kejayaan adalah lebih sukar daripada
mencapai sesuatu kejayaan. Situasi yang sama berlaku di KKHL bagi memastikan amalan baik ini diamalkan
secara berterusan apatah lagi apabila memasuki fasa baru dalam Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).
Walaupun EKSA telah bermula pada tahun 2014 namun aktivitinya tidak dapat dijayakan dengan baik disebabkan
pelbagai kekangan. Hanya bermula pada tahun 2017, aktiviti EKSA telah dapat dipergiatkan hasil penetapan hala
tuju yang lebih jelas bersesuaian dengan kepimpinan yang baharu.

Secara umumnya pelaksanaan EKSA di KKHL adalah bersesuaian dengan dokumen Perancangan Strategik KKHL
bagi tahun 2016-2020. Antara petunjuk prestasi yang disasarkan adalah memastikan KKHL menerima empat
anugerah pengurusan organisasi sama ada pada peringkat antarabangsa, kebangsaan atau badan bertauliah.
Penganugerahan tersebut termasuklah persijilan EKSA oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan
Pengurusan Malaysia (MAMPU). Diharapkan melalui pencapaian ini KKHL setara dengan sektor awam yang lain
seperti kata perpatah “duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi “.

STRATEGI PELAKSANAAN EKSA DI KKHL

Langkah awal yang telah dilaksanakan bagi memantapkan EKSA di KKHL adalah dengan mengadakan pelbagai
strategi penambahbaikan termasuk aspek pengurusan dan latihan. Bagi memantapkan aspek pengurusan,
rombakan jawatankuasa juga telah dilaksanakan bagi memastikan gerak kerja dapat dilaksanakan dengan lebih
tersusun. Lawatan penanda aras juga telah diadakan di Maktab Penjara Kajang, Kolej Komuniti Tanjung Piai dan
Kolej Komuniti Masjid Tanah bagi mendapat idea dan panduan tentang EKSA.

Malahan KKHL juga melantik individu yang berpengalaman berkaitan EKSA daripada Maktab Penjara Kajang
sebagai fasilitator luar. Tujuannya adalah untuk mendapatkan khidmat nasihat sepanjang perlaksanan EKSA
di KKHL. Melalui perlantikan ini pelaksanaan EKSA dapat berjalan dengan lancar kerana mereka bukan sahaja
membantu dalam aspek khidmat nasihat tetapi turut serta memberi taklimat kepada warga KKHL dan bertindak
sebagai juruaudit pihak kedua (second party) di KKHL.

Selain itu, beberapa program lain juga telah diadakan untuk meningkatkan kefahaman dan latihan kepada semua
jawatankuasa dan warga antaranya adalah Bengkel Juruaudit EKSA, Program Mentoring di Kolej Komuniti
Selandar, Melaka, latihan keselamatan dan lain-lain. Semua aktiviti ini dapat dilaksanakan secara percuma hasil
rundingan yang baik. Sememangnya elemen penjimatan dalam EKSA dapat diaplikasikan dalam aspek ini.

Selain daripada aspek pengurusan dan latihan, pelaksanaan EKSA tidak akan berjaya sekiranya warga KKHL
tidak terlibat dalam aktiviti yang dianjurkan. Sehubungan dengan itu, pelancaran semula EKSA telah dilaksanakan

40

pada 27 Januari 2017 bagi mewujudkan momentum baru dalam gerak kerja EKSA di KKHL. Zon juga telah
dijenamakan semula dengan memberi nama baharu iaitu Zon Efektif, Komited, Sepakat dan Aktif yang mana ianya
merupakan akronim daripada EKSA itu sendiri. Nama-nama ini juga diberikan bagi memupuk nilai murni dalam
kalangan ahli setiap zon. Penganugerahan kepada zon, bilik dan ruang kerja juga diadakan bagi meningkatkan
motivasi dan daya saing dalam kalangan warga untuk terus konsisten melaksanakan EKSA.

Semangat kerjasama antara warga KKHL ini juga turut dipertingkatkan melalui aktiviti yang melibatkan semua
pihak khususnya pelajar. Antaranya aktiviti yang dilaksanakan adalah aktiviti gotong-royong mengecat bilik,
penyediaan tong kitar semula, mengemas dan menyusun atur semula ruang tertentu serta mewujudkan tabung
EKSA. Semua kutipan daripada tabung tersebut tersebut digunakan untuk membeli keperluan untuk EKSA seperti
kertas dinding, cat dan lain-lain. Hasil kerjasama ini, hampir semua bilik telah bertukar wajah dengan suasana
yang lebih kondusif. Selain itu, kerjasama ini juga dipupuk melalui aktiviti kreativiti dan inovasi. Hasil inovasi ini
juga dipertandingkan di peringkat dalam dan luar KKHL. Antara inovasi pelajar dan pensyarah yang mendapat
penganugerahan adalah Meja Mesra Alam, Rhythm From Bins, Pocket de Class dan lain lain lagi.

CABARAN EKSA DI KKHL

Secara umumnya, terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh jawatankuasa dalam pelaksanaan EKSA di
KKHL. Cabaran ini termasuklah membudayakan nilai-nilai baik dalam EKSA. Tanpa pembudayaan amalan
baik seperti memastikan ruang dan persekitaran sentiasa kemas, mengamalkan penjimatan, kitar semua dan
sebagainya misi EKSA tidak akan tercapai.

Cabaran lain adalah dalam aspek infrastruktur dan ruang di mana KKHL yang terletak di permis perniagaan
mempunyai keluasan yang sangat terhad. Apabila enrolmen / kemasukan pelajar yang ramai pada sesi tertentu
semua ruang pembelajaran seperti bilik kuliah, makmal, bengkel dan perpustakaan terpaksa digunakan
sepenuhnya. Keadaan ini menyebabkan suasana menjadi sesak dan kurang kondusif dan ditambah pula dengan
peralatan pembelajaran yang mudah rosak disebabkan penggunaan oleh pelbagai katogeri pelajar seperti
komputer di Makmal Komputer. Contohnya pada semester Jun 2018 terdapat seramai 343 pelajar yang mendaftar
di KKHL dan jumlah ini tidak termasuk pelajar yang menjalani latihan industri. Oleh itu, sejumlah itu juga berada di
bangunan KKHL yang hanya berkeluasan 5092.4 meter persegi dalam suatu tempoh pembelajaran.

Faktor kekangan kewangan juga merupakan cabaran utama dalam pelaksanaan EKSA. Ini disebabkan kebanyakan
aset telah pun berusia melebihi 10 tahun. Tanpa kewangan yang cukup, penggantian aset dan penyelenggaraan
tidak dapat dilaksanakan khususnya yang melibatkan peruntukan yang besar seperti kebocoran pada siling,
penggantian alat-alat keselamatan yang telah tamat tempoh dan lain-lain lagi. Kesemua ini menimbulkan suasana
yang tidak kondusif, kurang selesa dan tidak selamat.

Selain itu, proses pengauditan juga perlu dilaksanakan dengan terancang dan baik.Ini kerana markah pengauditan
yang diperolehi melebihi 80 peratus sahaja daripada semua generik pemarkahan sahaja diterima oleh pihak
MAMPU untuk proses pengauditan seterusnya. Sehubungan dengan itu, kemahiran seseorang juruaudit dalaman
juga penting bagi memastikan penilaiannya bersesuaian dengan pemarkahan pengauditan yang sebenar. Latihan
dan proses pengauditan juga perlu dilakukan secara berkala walaupun terdapat kekangan masa. Malahan audit
silang daripada pihak kedua (second party) yang melibatkan beberapa organisasi luar juga perlu dilaksanakan.
Semua dapatan perlu dibuat penambahbaikan dengan segera dan kesemua ini memerlukan komitmen yang
tinggi dari semua pihak.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya persijilan EKSA di KKHL melibatkan usaha bersama pelbagai peringkat termasuk pihak
pengurusan, kakitangan dan pelajar. Tanpa kerjasama dan komitmen daripada semua pihak segala usaha yang
dilaksanakan tidak akan mendapatkan kejayaan yang diharapkan. Segala cabaran dalam pelaksanaan EKSA
perlu dihadapi dengan fikiran yang positif serta diatasi dengan baik. Ini memastikan agar KKHL terus relevan
dengan kehendak pengurusan sektor awam masa kini dan bakal menjadi salah satu institusi TVET terunggul
menjelang tahun 2020 sebagaimana yang digariskan dalam Perancangan Strategik KKHL 2016-2020.

41

CABARAN INOVASI PENCETUS PEMIKIRAN KREATIF PELAJAR
KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT

Hanimastura Binti Hashim
[email protected]

PENGENALAN

Perkembangan inovasi telah membantu manusia dalam setiap aktiviti kehidupan. Inovasi telah menjadikan
negara seperti Jepun, Korea, Finland dan negara maju yang lain menonjol dengan penghasilan teknologi terkini
yang banyak membantu dalam kehidupan manusia. Tambahan lagi, manusia kini dahagakan teknologi yang
mudah, cepat dan kondusif serta mesra pengguna dalam urusan harian mereka. Masyarakat sanggup berbelanja
lebih untuk mendapatkan teknologi yang berinovasi terkini untuk membantu urusan kerja harian mereka. Cetusan
inovasi yang paling dekat dengan masyarakat hari ini dapat dilihat melalui penggunaan enjin carian Google. Hasil
cetusan idea inovatif masyarakat barat ini amat berguna kerana semua maklumat kini berada dihujung jari.

APA ITU INOVASI?

Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada
melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif
dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Idea-idea ini
boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun
pengenalan teknologi (Nur Liyana Binti Masot, 2012). Rajah 1.0 di bawah merupakan gambaran ringkas berkaitan
elemen yang mendasari sesuatu inovasi.

Rajah 1.0: Gambaran Ringkas berkaitan Elemen yang Mendasari sesuatu Inovasi
(Sumber: David Eka Issetiabudi, 2017)

Berdasarkan rajah diatas, penghasilan inovasi adalah didasari oleh 7 elemen iaitu bermula dengan inspiration
iaitu ilham untuk menghasilkan sesuatu yang baharu. Daripada ilham datangnya vision iaitu matlamat dan tujuan
yang jelas untuk menghasilkan ilham tersebut. Kemudian growth dan idea iaitu penambahbaikan inovasi yang
dihasilkan melalui percambahan fikiran. Seterusnya process merupakan tindakan yang dilakukan sebelum dan
semasa development iaitu pembangunan inovasi dan akhir sekali adalah creativity iaitu suntikan elemen kreatif
bagi mendapatkan produk akhir yang baik, manarik dan kemas.

LATARBELAKANG PERKEMBANGAN INOVASI DI MALAYSIA

Berdepan dengan kehidupan tanpa sempadan kini, Malaysia juga perlu menjadikan inovasi dan kreativiti sebagai

42

suatu halatuju baru terutamanya dalam kalangan generasi baru. Oleh yang demikian, bagi membudayakan
inovasi di Malaysia pembangunan inovasi masyarakat dibangkitkan dalam pembentangan Rancangan Malaysia
ke-9 (2006-2010) iaitu peningkatan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan inovasi berhadapan dengan cabaran
globalisasi. Seterusnya pada tahun 2010 telah diistiharkan sebagai tahun Inovasi oleh kerajaan Malaysia dan
pada tahun 2012, kerajaan telah mengumumkan sebagai tahun Gerakan Inovasi Nasional.

Pelbagai usaha dilakukan bermula dengan RMK ke-9, dalam mengungguli modal insan, mencerna kreativiti dan
mencetus inovasi dalam kalangan masyarakat. Kerajaan pada mulanya mengfokuskan inovasi pada organisasi
kerajaan bagi memperkemaskan perkhidmatannya. Namun begitu, amalan inovasi ini terus tular ke institusi
pendidikan. Institusi pendidikan memainkan peranan penting dalam merangsang pemikiran kreatif pelajar.
Pembudayaan inovasi di kalangan pelajar perlu dipupuk dan dikembangkan dari semasa ke samasa.

Dalam konteks pelajar, inovasi bererti cetusan idea-idea kreatif yang dapat membantu dalam meningkatkan
kualiti dan produktiviti penyampaian pengajaran dan pembelajaran, produk yang mesra alam, mudah digunakan
dan mempunyai banyak manfaat. Bagi memupuk budaya inovasi dan kreativiti di dalam institusi pendidikan
perlu bermula daripada persekitaran kelas yang menggunakan teknologi secara kreatif untuk penyampaian
pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Justeru pensyarah perlu memainkan peranan penting dalam
menyuburkan pemikiran kreatif dalam kalangan pelajar supaya mereka dapat menghasilkan sesuatu yang baru
sama ada dapat dimanfaatkan dalam bidang pendidikan, bahkan dapat dikomersiakan untuk kegunaan yang
lebih meluas. Pihak pengurusan institusi pendidikan perlu berjiwa kreatif dan inovatif bagi memastikan nilai-nilai
kreativiti dan inovasi benar-benar dihayati dan menjadi budaya kerja sekalian anggota di dalam organisasinya.

Menurut Roffe (2013), sesebuah organisasi yang mempunyai komitmen dan penglibatan menyeluruh daripada
pihak pengurusan atasan akan dapat menyuburkan iklim dan suasana kreatif di dalam organisasi. Gaya
pengurusan dalam kepimpinan sesebuah organisasi banyak mempengaruhi perkembangan kreativiti dan inovasi
di kalangan anggota organisasi. Hal ini berupaya menjadikan anggota sesebuah organisasi menjadi berani
untuk mengeluarkan idea bagi membangunkan organisasinya. Lebih-lebih lagi sekiranya penghargaan diberikan
kepada anggota organisasi yang dapat memberikan sumbangan idea dan pemikiran yang bernas. Ruang dan
peluang perlu diberi kepada para pelajar untuk menyumbangkan idea kreatif mereka. Dalam konteks hubungan
pensyarah-pelajar, pensyarah perlu menyuburkan semangat untuk berkreatif di kalangan pelajarnya, di samping
membanteras kekangan mental yang lazim berlaku dalam kalangan pelajar yang menjadi halangan kepada
proses pemikiran kreatif seperti takut gagal, risau dikritik, tidak mahu mengambil risiko dan sebagainya.

INOVASI DAN PEMIKIRAN KREATIF PELAJAR

Inovasi adalah salah satu bentuk pembelajaran yang dapat merangsang daya pemikiran kreatif dan inovatif
seseorang. Oleh itu pelajar perlu menambah kemahiran dan ilmu pengetahuan untuk menghasilkan idea mereka.
Dewasa kini, untuk menambah kemahiran dan juga ilmu pengetahuan boleh dilakukan dengan bantuan internet.
Internet menjadi medium carian bahan pengetahuan yang amat penting dengan hujung jari sahaja. Bantuan
enjin carian membantu pelajar untuk memperolehi bahan bacaan, artikel, blog serta manual bagi menambah
pengetahuan mereka. Untuk pembelajaran yang lebih interaktif dan lebih jelas bantuan youtube amat memberi
manfaat kepada pelajar. Penggunaan youtube membantu pelajar melihat proses penghasilan sesuatu produk
secara berulang kali dengan bantuan video tutorial yang dikongsi. Hal ini amat membantu pelajar untuk lebih
berkemahiran dan tidak hanya mengharapkan bantuan guru semata-mata. Dengan pengusaan sesuatu kemahiran
dan ilmu baharu pelajar dapat menghasilkan idea mereka secara kreatif dan inovatif.

Selain itu, inovasi juga memupuk budaya pembelajaran seperti membaca, berbincang, membuat penyelidikan,
berkursus, berseminar dan berdaya saing antara satu sama lain. Aktiviti pembelajaran seperti ini adalah amat
baik dalam mencambahkan idea serta memberi cetusan idea kreatif dan inovatif pada pelajar. Pelajar yang
melalui pengalaman pembelajaran seperti ini dapat meluaskan peluang pekerjaan mereka bukan sahaja bekerja
secara sepenuh masa malah boleh bekerja sendiri untuk menambah pendapatan. Hal ini kerana jika pelajar ini
mempunyai ruang dan peluang mampu untuk menghasilkan produk yang boleh dikomersialkan.

CABARAN DI PERTANDINGAN INOVASI

Usaha bagi menggalakkan pelajar untuk menghasilkan inovasi adalah melalui penyertaan pertandingan inovasi.
Melalui penyertaan pelajar di pertandingan Inovasi memberi peluang kepada pelajar untuk melihat produk hasil
dari institusi lain serta dapat bertukar idea bersama institusi lain. Di peringkat Kolej Komuniti Hulu Langat di
bawah Unit Penyelidikan dan Inovasi, penganjuran pertandingan Inovasi pelajar akan diadakan setiap tahun.
Pertandingan ini lebih dikenali sebabagi PERTIK.

43 43

PERTIK merupakan pertandingan inovasi yang dibuka kepada pelajar dan pensyarah KKHL. Setiap tahun PERTIK
mendapat sambutan penyertaan daripada semua unit di KKHL seperti unit IT, PPU, Pengajian Am, SPP dan DCM.
Pensyarah juga tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan ini. Antara bidang yang dipertandingkan
merangkumi Pengajaran dan Pembelajaran, Teknologi Maklumat, Pengoperasan Perniagaan, Teknologi
Penyejukan dan Penyamanan Udara, Customer Service Management, Pengajian Am, EKSA, Pembangunan
Pelajar, Instruktional dan Multimedia, Keusahawanan dan Pengambilan. PERTIK merupakan batu loncatan
kepada pelajar untuk mencuba mengetengahkan idea mereka sama ada diterima dengan penambahbaikan untuk
penyertaan di peringkat yang lebih tinggi. Dalam cabaran setiap pertandingan inovasi, produk yang dihasilkan
dinilai dari segi idea. Idea yang dibentangkan perlu asli dan kreatif. Selain itu produk tersebut perlukan memberi
impak dari segi faedah kepada pengguna, mesra alam dan pengguna, menarik serta mempunyai nilai komersial.
Peserta pertandingan inovasi juga perlu menyediakan dokumentasi berkaitan produk serta membentangkan
hasil inovasi kepada juri. Jadual 1.0 dibawah merupakan kriteria pemarkahan bagi pertandingan inovasi yang
dijalankan.

BIL KRITERIA HURAIAN
1 IDEA Keaslian
Keterangan Fungsi
2 NILAI KOMERSIAL Kreativiti
3 PENILAIAN DOKUMENTASI Faedah Kepada Pengguna
4 PERSEMBAHAN HASIL INOVASI Mesra Alam
Mesra Pengguna
5 DAYA SAING Menarik
Nilai Komersial
Poster/Penulisan Laporan
Menepati Kriteria Persembahan
Kelancaran Demonstrasi
Memberi sumbangan nilai tamban
kepada bidang yang dinyatakan
Inovasi dapat digunakan kepada
kumpulan sasaran
Potensi hasil inovasi untuk
dipatenkan/dipiawaikan

Jadual 1.0: Kriteria Pemarkahan Bagi Pertandingan Inovasi Yang Dijalankan

Kriteria-kriteria ini adalah salah satu cara menggalakkan pelajar untuk berfikir secara kreatif. Hal ini adalah selari
dengan hasrat kerajaan yang mahukan pelajar kini lebih cenderung untuk berdaya saing dan berfikir di luar kotak
pemikiran.

Sekitar Pertandingan Inovasi Pelajar KKHL
(PERTIK) 2018

44

KESIMPULAN

Kesimpulannya usaha-usaha yang lebih terancang perlu dilaksanakan bagi mengembangkan budaya inovasi dan
kreativiti dalam perkhidmatan awam selaras dengan aspirasi kerajaan iaitu agenda transformasi negara perlu
berpaksikan inovasi dan kreativiti dan 2012 sebagai tahun Gerakan Inovasi Nasional. Justeru, hasrat kerajaan
untuk berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan negara maju yang lain melalui penghasilan pelajar yang
kreatif dan inovatif dapat dicapai dan membentuk masa depan negara yang lebih terjamin.Pemikiran yang kreatif
membantu pelajar untuk lebih berdaya saing apabila berada di alam pekerjaan sebenar kelak.

RUJUKAN

David Eka Issetiabudi. (2017). KPPU Gelar Forum Persaingan Usaha, Razli Ahmad, H. H. & A. A. W. A. (2014). Pembudayaan Kreativiti dan
Bertema Inovasi Disruptif. Retrieved from http://kabar24.bisnis.com/ Inovasi Dalam Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi : Kajian Ke
read/20171017/16/700186/kppu-gelar-forum-persaingan-usaha- Atas Pelajar Universiti Malaysia Perlis. Researchgate.Net, (September
bertema-inovasi-disruptif 2015), 0–11. Retrieved from https://www.researchgate.net/
publication/263353345
Noor Mohamad Shakil Hameed. (2017). PEKERJA KREATIF
PENCETUS INOVASI. Retrieved from http://www.utusan.com.my/ Roffe, I. (2013). Innovation and creativity in organisations: a review of
rencana/utama/pekerja-kreatif-pencetus-inovasi-1.476138 the implications for training and development. https://doi.org/https://
doi.org/10.1108/03090599910272103
Nur Liyana Binti Masot. (2012). INOVASI MEJA. Retrieved from
https://www.slideshare.net/lleiyann/presentmejapptx-12678765

45

PEMBELAJARAN INTERNET OF THINGS (IOT) DI
KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT (KKHL)

Maifuza Binti Mohd Amin
[email protected]

PENGENALAN

IOT (Internet of Things) juga dikenali sebagai ‘internet untuk segala’ adalah sebarang aplikasi atau perkakasan
yang berhubung antara satu sama lain melalui jaringan internet. IOT menjadi trend dalam teknologi sekarang dan
menjadi satu keperluan.

Sesuatu aplikasi akan menjadi lengkap dengan implementasi IOT keatasnya. Beberapa contoh aplikasi yang
menggunakan teknologi IOT seperti Smart CCTV (Eye Plus) dimana pengguna dapat terus berhubung dengan
camera CCTV melalui aplikasi dalam telefon, QR Reader merupakan satu aplikasi yang boleh menghasilkan
kod QR untuk membolehkan pengguna berhubung terus ke sesuatu aplikasi/sistem. Aplikasi My Halal Network
dan Verify Halal satu aplikasi dalam telefon bimbit yang membolehkan pengguna menyemak status halal
sesuatu produk dengan menaip nama produk/pengeluar untuk mengetahui status halal semasa membeli-
belah. Smartwatch merupakan jam pintar yang dilengkapi dengan reminder aplikasi media sosial seperti Twitter,
Whatsapp dan Facebook. Selain daripada itu, pengguna jam tangan ini dapat menjawab panggilan telefon secara
handsfree. Ia juga mempunyai penggera jika berlaku kehilangan.

Rajah 1.0: IP CCTV EyePlus yang membolehkan pengguna terus berhubung dengan kamera CCTV melalui
aplikasi dalam telefon.

IMPLIMENTASI IOT DALAM KEHIDUPAN

IOT dapat menjadi alternatif untuk menangani isu-isu kehidupan sebenar seperti kecurian penutup lubang
penyelenggaraan yang kerap berlaku di kawasan perumahan dan bandar, pemantauan penggunaan elektrik dan
air, pemantauan banjir, kelembapan dan suhu pengukuran dan juga untuk tujuan pengunaan pertanian.

Beberapa negara seperti India dan Korea telah merealisasikan konsep Smart City dimana teknologi IOT
digunapakai. Antara fungsi Smart City di Korea adalah seperti Sistem Smart Parking untuk mengurangkan
tempat letak kereta haram, dan projek Hijau melibatkan 200 stesen bas yang boleh mengesan debu, asap dan
pencemaran bunyi Pekhidmatan Keselamatan u-Seoul, menggunakan teknologi CCTV dan State-Of-The-Art
berasaskan lokasi perkhidmatan untuk maklumkan kepada pihak berkuasa dan keluarga jika ahli keluarga dalam
kecemasan melibatkan anak kecil, OKU, orang tua dan penghidap Alzheimers.


Click to View FlipBook Version