The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DIGES KKHL ini dihasilkan dengan harapan agar dapatannya dijadikan sebagai input kepada pelbagai pihak khususnya penggubal dasar termasuk perancang dan pelaksana program pembangunan belia. Ini penting memandangkan penggubalan dasar dan perancangan program yang dianjurkan oleh pihak kerajaan seharusnya dilaksanakan berdasar kepada penyelidikan yang menyeluruh ataupun evidence based dan bukan hanya bergantung kepada andaian atau pemantauan kasar semata-mata.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kkhlmedia, 2018-09-21 00:40:49

Diges Kolej Komuniti Hulu Langat

DIGES KKHL ini dihasilkan dengan harapan agar dapatannya dijadikan sebagai input kepada pelbagai pihak khususnya penggubal dasar termasuk perancang dan pelaksana program pembangunan belia. Ini penting memandangkan penggubalan dasar dan perancangan program yang dianjurkan oleh pihak kerajaan seharusnya dilaksanakan berdasar kepada penyelidikan yang menyeluruh ataupun evidence based dan bukan hanya bergantung kepada andaian atau pemantauan kasar semata-mata.

Keywords: diges,kkhl,psh,cott,csr,mobile,iot,inovasi,inkubator,promosi,pengambilan,edmodo,apps,ltf,spp,stm,dcm,customer,pish,eksa,lms

46

KOMPONEN IOT

Beberapa komponen utama yang terlibat di dalam model kerja IOT iaitu platform hardware, gateway/software dan
cloud. Platform hardware adalah seperti peranti dan sensor (Temperature Sensors and Thermostats,Pressure
Sensors, Humidity / Moisture level, Light Intensity Detectors, Moisture Sensors, Proximity Detection, RFID tags).
Manakala gateway pula merupakan perkakasan yang membolehkan perhubungan antara peranti hardware dengan
protokol IOT. Contoh perkakasan gateway adalah seperti Raspberry Pi, Arduino dan Maker Uno.Seterusnya
komponen terakhir adalah cloud, dimana cloud merupakan jaringan rangkaian yang menghubungkan server.

Rajah 2.0: IP CCTV Komponen yang terlibat dalam jaringan sesuatu IOT

CABARAN PEMBELAJARAN IOT DI KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT

Disebabkan perkembangan IOT menjadi satu keperluan dalam pendidikan maka Kolej Komuniti Hulu Langat telah
menjadikan IOT sebagai kursus di dalam silibus Sijil Teknologi Maklumat. Kursus ini baru sahaja dilaksanakan
iaitu pada sesi Mac 2018. Melalui kursus IOT ini, pelajar didedahkan dengan perkembangan IOT secara teori dan
kaedah pembangunan IOT secara praktikal. Terdapat tiga bab yang terkandung dalam kursus iaitu pengenalan
kepada IOT, peranti & pengaturcaraan IOT dan integrasi IOT dalam peranti mudah alih.Pelajar diajar menggunakan
Raspberry Pi sebagai papan induk IOT dan Python sebagai bahasa pengaturcaraan. Pelajar melalui beberapa
bentuk penilaian iaitu tugasan, projek dan pembentangan. Tempoh kursus pula adalah 70 jam per semester.

Sepanjang perlaksanaan kursus ini di Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL), terdapat beberapa penambahbaikan
yang perlu diambil tindakan seperti kerjasama dengan syarikat dan institusi pendidikan lain yang berkaitan dengan
bidang IOT. Antara bentuk kerjasama yang dapat dijalankan adalah sangkutan industri pensyarah dan pelajar di
syarikat berkaitan agar pengetahuan serta idea untuk membangunkan projek IOT diperolehi dengan baik. Selain
itu memperbanyakan lagi kursus pengaturcaraan dan hands on dapat memberi kemahiran kepada pensyarah
dan pelajar untuk mempelbagaikan inovasi dalam IOT. Peruntukan perkakasan IOT juga perlu dipertimbangkan
agar pelajar dapat menjalankan amali dengan secara individu bukan secara berkumpulan. Amali yang dilakukan
secara individu dapat memberi kemahiran yang menyeluruh kepada pelajar dari proses pengaturcaraan sehingga
ke pembangunan perkakasan. Kemudahan internet di makmal juga sangat diperlukan untuk membangunkan
sesuatu IOT.

Walaupun kepakaran dan kemahiran tenaga pengajar masih lagi awal dalam IOT, beberapa inisiatif seperti
mewujudkan group maya (telegram) bersama dengan tenaga pengajar yang mengajar IOT telah dibuat supaya
menjadi platform komunikasi dan perkongsian idea untuk mengeluarkan kertas amali dan penilaian agar seragam.
Selain itu, tenaga pengajar kolej komuniti lain yang telah berpengalaman dijemput untuk memberi kursus kepada
pensyarah sebagai persediaan untuk mengajar. Pelajar juga disarankan untuk menggunakan hotspot data sendiri
untuk kegunaan pembelajaran.Ini kerana sesuatu pembangunan IOT memerlukan rangkaian internet untuk
beroperasi.

47

Rajah 3.0: Sesi pembentangan projek IOT pelajar bertajuk line following Robot.
Keprihatinan dan tindakan penambahbaikan oleh pihak pengurusan terhadap kekurangan seperti yang telah
dinyatakan dapat membantu untuk meningkatkan lagi mutu pembelajaran IOT di KKHL serta dapat membantu
KKHL mencapai objektif untuk melahirkan graduan yang berkemahiran dalam IOT agar dapat menjadi man power
dalam merealisasikan Smart City di Malaysia setanding dengan negara Asia seperti Korea, Jepun dan Singapura.

Rajah 4.0 : Konsep smart city, yang perlu direalisasikan dalam pelan pembangunan negara.
RUJUKAN

1) http://www.cikguhailmi.com/2017/09/apa-itu-internet-of-things-iot.html
2) http://www.pelitabrunei.gov.bn/Lists/Berita/NewDisplayForm.aspx?ID=683&ContentTypeId=0x0100BC31BF

6D2ED1E4459ACCF88DA3E23BA8
3) https://www.skmm.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/Sesi-1-Visi-Ke-realiti-mewujudkan-sebuah-

komuniti-pintar-di-malaysia.pdf
4) https://www.rfpage.com/what-are-the-major-components-of-internet-of-things/
5) Struktur Program Sijil Teknologi Maklumat Semakan Julai 2017

48

PROGRAM INKUBATOR USAHAWAN KULINARI DAN FESYEN
PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT KOLEJ KOMUNITI HULU

LANGAT BERUPAYA MEMPERKASA KOMUNITI SETEMPAT

Nornazlina Binti Mohd Nor Ramlah Binti Mohd Nor
[email protected] [email protected]

PENGENALAN

Kolej komuniti ditubuhkan melalui Memorandum No. 398/2225/00 yang dikemukakan oleh Menteri Pendidikan
kepada Jemaah Menteri pada 5 Julai 2000 dan mulai beroperasi dengan 12 buah kolej komuniti pada tahun 2001.
Kabinet telah bersetuju menjadikan kolej komuniti sebagai Hab Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) pada
tahun 2004.

Kolej komuniti merupakan sebuah institusi pendidikan yang dekat dihati masyarakat. Sehingga kini terdapat
sebanyak 102 buah kolej komuniti di seluruh negara. Kolej komuniti menawarkan pelbagai bidang kemahiran
secara program sepenuh masa dan PSH. Kolej komuniti memainkan peranan besar sebagai hab PSH dalam
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta meluaskan akses pembelajaran sepanjang hayat yang berkualiti
kepada masyarakat. PSH membolehkan warganegara Malaysia mendapat ilmu dan kemahiran bersesuaian
dengan model ekonomi berpendapatan tinggi dan selari dengan keperluan revolusi industri 4.0. Menerusi PSH,
pendidikan tidak hanya terhad kepada usia muda, tetapi perlu dilanjutkan sepanjang hayat.

KONSEP PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Program PSH kolej komuniti adalah selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025
(Pendidikan Tinggi) menerusi Lonjakan 3: Menghayati Pembelajaran Sepanjang Hayat. Hal ini turut dinyatakan
dalam RMKe-11 menerusi Bab 3: Memperkukuh Inklusiviti Ke Arah Masyarakat Yang Saksama. Pelan Induk
Pembudayaan Pembudayaan PSH Peringkat Nasional 2011-2020 menyatakan bahawa pembudayaan PSH di
kalangan setiap individu yang berbilang kaum di Malaysia dapat menyumbang ke arah pembangunan modal
insan yang berkualiti dan seterusnya kepada kemajuan negara.

PSH di kolej komuniti dikenali sebagai kursus pendek. Kolej komuniti menawarkan kursus-kursus pendek dengan
memberi fokus kepada kemahiran teknikal dan vokasional bagi meningkatkan kemahiran, menjana pendapatan
isi rumah dan ianya boleh diikuti oleh semua peringkat umur tanpa mengira kelayakan akademik.

Kolej Komuniti sentiasa komited dalam melahirkan usahawan dalam kalangan pelajar dan graduan Kolej Komuniti
sepertimana yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025
bagi melahirkan graduan holisitik, keusahawanan dan seimbang. Di kolej komuniti, pelajar-pelajar telah diterapkan
dengan minda keusahawanan dalam usaha melahirkan graduan bercirikan keusahawanan dan menjadi penjana
pekerjaan. Pelbagai inisiatif dilaksanakan dalam memastikan budaya keusahawanan dapat diwujudkan secara
holistik dalam ekosistem pendidikan di kolej komuniti menerusi penerapan Ekosistem Keusahawanan Kolej
Komuniti yang memberi penekanan kepada lima teras utama iaitu polisi, kewangan, jaringan industri, sumber
manusia dan budaya. Penglibatan keusahawanan menerusi ekosistem ini melibat keseluruhan warga di kolej
komuniti dalam menyokong kelestarian keusahawanan sama ada dalam pengurusan mahupun pendidikan pelajar.

Pelaksanaan program pembudayaan secara berterusan mampu membina minda keusahawanan kepada pelajar
serta di sokong oleh beberapa program berstruktur seperti inkubator keusahawanan yang memberi pelajar
peluang untuk membina legasi perniagaan semasa dalam pengajian. Pelajar diberi peluang untuk menjalankan
perniagaan dan dibimbing oleh pensyarah dan mentor yang mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan.
Kejayaan program inkubator keusahawanan dapat dilihat menerusi penyertaan dalam pertandingan SME Bank
90 Days Business Challenge 2017 dimana perniagaan pelajar mampu menjana jualan terkumpul bagi 90 hari
program berlangsung sehingga RM 30,000.00. Hal yang sama turut diterapkan kepada peserta PSH. Setelah
mempelajari kemahiran, peserta PSH akan diberi bimbingan oleh pensyarah sebagai mentor yang mempunyai
pengalaman dalam keusahawanan.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Betsy Vine Sidion, Mohd Suhairi Mohd Shariff dan Corine Ahlai @ Eric
(2016) bertajuk Potensi Perlaksanaan Kursus Pendek Ke Arah Pembangunan Usahawan: Kajian Kes Di Kolej
Komuniti Penampang, Sabah yang mengenalpasti tahap minat peserta terhadap kursus pendek PSH dalam
kecenderungan menceburi keusahawanan mendapati rata-rata responden sangat berminat dan suka untuk
mengikuti kursus-kursus pendek yang ditawarkan di Kolej Komuniti Penampang terutamanya dalam bidang
masakan catering & pastry, jahitan kreatif dan kecantikan.

49 49

PSH DI KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT

Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL) merupakan kolej komuniti yang ditubuhkan di bawah Rancangan Malaysia
ke-9. Pada 1 Mac 2003, KKHL telah beroperasi di premis sementara iaitu menumpang di Sekolah Menengah
Teknik Kajang. Pada 27 Mei 2002, KKHL telah berpindah ke premis tetap iaitu rumah kedai yang terletaknya di
Prima Saujana Kajang. PSH di Kolej Komuniti Hulu Langat tidak asing lagi bagi masyarakat setempat. Lokasinya
terletak di kawasan komersial iaitu bersebelahan dengan beberapa pasaraya terkemuka dan menjadi tumpuan
seperti Pasaraya Giant, Bank Muamalat, Kamdar dan premis perniagaan lain yang menjadikan KKHL mudah
diakses oleh masyarakat setempat. Sejak penubuhannya pada tahun 2002, PSH KKHL sentiasa mendapat
sambutan yang amat menggalakkan dari pelbagai golongan masyarakat di sekitar Kajang, Bangi, Cheras, Kuala
Lumpur, Sepang, dan Putrajaya.

PSH KKHL telah menjalinkan kerjasama dalam mengadakan kursus PSH dengan lebih 100 agensi kerajaan
dan swasta. Antaranya ialah Jabatan Penjara Malaysia, Puspanita Kebangsaan, Agensi Nuklear Malaysia dan
University Third Age (U3A), Persatuan Kebajikan Warga Emas, Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Anti Dadah
Kebangsaan, Parlimen Malaysia, Persatuan Bodyguard Malaysia, Yayasan Sejahtera Kementerian Belia dan
Sukan dan Yayasan Salam. PSH KKHL juga telah bekerjasama dengan lebih 50 sekolah dibawah Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM), sekolah tahfiz di sekitar Hulu Langat dan Lembah Kelang.

KONSEP PROGRAM INKUBATOR USAHAWAN PSH KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT
(KKHL)

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Inkubator memberi beberapa maksud. Maksud yang pertama ialah alat
pemanas untuk mengerami dan menetaskan telur secara artifisial. Maksud kedua pula ialah alat utk membantu
bayi yg baru lahir pramatang berada dlm persekitaran dan pd suhu yg sesuai dan terkawal. Inkubator PSH KKHL
bermaksud peserta PSH yang telah mengikuti kursus kemahiran akan dibimbing oleh mentor iaitu pensyarah
KKHL sehingga menjadi usahawan yang berjaya. Konsep inkubator usahawan PSH KKHL merupakan program
keusahawanan kepada peserta PSH. Ia merupakan alternatif Unit PSH KKHL dalam memberi nilai tambah
kepada peserta kursus pendek yang mempelajari kemahiran untuk dikembangkan kepada perniagaan. Melalui
program inkubator keusahawanan, peserta yang mempelajari kemahiran melalui PSH akan dibimbing dalam
bidang keusahawanan. Peserta inkubator usahawan PSH KKHL didedahkan dengan ilmu keusahawanan seperti
kaedah pemasaran, asas perniagaan, pengurusan kewangan dan kemahiran softskill diantaranya berhadapan
dengan pelanggan.

PROGRAM INKUBATOR USAHAWAN PSH KKHL

Program inkubator usahawan PSH KKHL bermula tahun 2017 di KKHL. Program inkubator usahawan PSH di
KKHL menfokuskan kepada dua kluster iaitu kulinari dan fesyen. Kluster fesyen dan pakaian dipilih bagi program
Inkubator kerana kedua-dua kluster ini merupakan kluster yang mendapat penyertaan tertinggi di KKHL sejak
tahun 2014. Peserta bagi kluster kulinari dan fesyen merupakan peserta yang datang berkursus dengan kekerapan
melebihi dua kali penyertaan.

Melalui program ini, peserta PSH di KKHL akan didedahkan dengan ilmu perniagaan bagi membolehkan mereka
menjana pendapatan. Impaknya, peserta mendapat nilai tambah dalam bidang keusahawanan dan sekaligus
membangunkan potensi diri mereka. Golongan sasaran adalah terdiri daripada ibu tunggal dan suri rumah.
Mentor yang akan membimbing peserta PSH merupakan pensyarah dalam kluster kulinari dan jahitan. Mentor
akan membimbing peserta PSH dengan mewujudkan peluang perniagaan sehingga mereka mampu menjalankan
perniagaan dengan jayanya dan mempunyai kewangan yang stabil.

Peserta yang telah tamat mengikuti program inkubator, mampu bergerak dengan sendiri, mewujudkan
peluang pekerjaan baharu, mengkomersilkan teknologi terbaru dan ini sekaligus meningkatkan taraf sosioekonomi
masyarakat setempat. Program ini turut berupaya membangunkan industri dan syarikat-syarikat bumiputera
untuk terus berkembang dengan bantuan dan bimbingan dari KKHL.

50

KESIMPULAN

Peranan pembimbing dalam keusahawanan adalah sebagai “penunjuk arah” yang menjadi rujukan para usahawan
selain membantu usahawan-usahawan baru mencapai matlamat dalam perniagaan mereka. Pembimbing
biasanya terdiri dari individu yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas dalam sesuatu bidang
serta memiliki ilmu yang relevan. Oleh itu, pembimbing bertanggungjawab untuk memindahkan pengetahuan,
kemahiran dan kebolehan yang berguna kepada orang dibawah seliaan dan bimbingannya. Pelbagai inisiatif
pengukuhan dan pemantapan khususnya kepada tenaga pengajar perlu diberi perhatian dan ditambah nilai.
Latihan yang berterusan kepada pegawai pengembangan usahawan bagi membolehkan mereka memberi
bimbingan dengan berkesan dan secara berterusan (Zairon Mustapha, 2012).

Di dalam suasana ekonomi dan peluang kerja yang terhad masakini, kursus keusahawanan perlu diperkasakan
dan diterapkan ke dalam diri setiap individu terutamanya kepada komuniti setempat. Diharapkan mereka dapat
berdikari dengan mencari, mencipta, mengisi dan mengambil peluang pekerjaan berasaskan keusahawanan
selepas tamat tempoh pembelajaran. Kemahiran ini penting bukan sekadar untuk mudah diterima bekerja di bawah
majikan, tetapi bekerja sendiri dengan kesanggupan menerima risiko terhadap sesuatu yang diusahakan. Untuk itu
pelbagai kementerian dan jabatan berkaitan harus mengembling tenaga dan pemikiran bagi mengenalpasti cara
terbaik dari pelbagai sudut agar peranan yang diamanahkan berjaya dicapai. Pendekatan Unit PSH menjalankan
Program Inkubator Usahawan meropakan satu inisiatif yang amat baik. Hasil daripada program ini mendapati,
peserta yang mengikuti program telah berjaya menjana pendapatan, menambah pendapatan isi rumah terytama
dalam kalangan peserta PSH dan sekaligus meningkatkan tahap sosioekonomi masyarakat.

RUJUKAN

1) Betsy Vine Sidion Betsy Vine Sidion, Mohd Suhairi Mohd Shariff 7) Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. (2008) Pelan Strategik
dan Corine Ahlai @ Eric (2016) Potensi Perlaksanaan Kursus Pendek Pengajian Tinggi Negara Melangkaui 2020. Putrajaya: Kementerian
Ke Arah Pembangunan Usahawan: Kajian Kes Di Kolej Komuniti Pengajian Tinggi Malaysia.
Penampang, Sabah. Prosidang Persidangan Kebangsaan
Pembelajaran Sepanjang Hayat 2016. Pusat Pendidikan Berterusan 8) Kementerian Pendidikan Malaysia (2015). Pelan Pembangunan
Universiti Malaya (UMCCed) Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025, Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Tinggi
2) eprints.utm.my/.../AedeHatibMusta%27amal2014_
CabaranKursusP.. 9) Kementerian Pengajian Tinggi (2010). Dasar Pembangunan
Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi,
3) http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=inkubator
10) Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri (2015)
4) Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (2012). Pemerkasaan Kolej Rancangan Malaysia ke-Sebelas 2016-2020.Putrajaya: Jabatan
Komuniti 2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi Perdana Menteri

5) Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (2013). Koleksi Informasi 11) Zairon Mustapha (2012). Ke arah Pemantapan Pengurusan
Terkini Kolej Komuniti. Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi Program Keusahawanan Sosial Kolej Komuniti: Cabaran, Halangan
danStrategi Perlaksanaan. Prosiding Seminar Keusahawanan
6) Kementerian Pengajian Tinggi. (2011) Blueprint on Enculturation Of Kebangsaan Kolej Komuniti 2012. Kolej Komuniti Sabak Bernam.
Lifelong Learning For Malaysia 2011-2020. Putrajaya: Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia

51

STRATEGI PROMOSI KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT BAGI
PENGAMBILAN BERTERUSAN

Yuzilawati Binti Mohamad Yunus Wan Noor Elyana Binti Wan Mohamed
[email protected] [email protected]

PENGENALAN Nurul Syahrina Binti Mohd Shahar
[email protected]

Aktiviti promosi merupakan perkara penting dalam memastikan pengambilan pelajar sepenuh masa dan peserta
kursus pendek mencapai target yang ditetapkan bagi sesebuah institusi pengajian tinggi. Menurut Kamus Dewan
Edisi Keempat promosi bermaksud mempromosikan atau melakukan promosi untuk sesuatu yang (hendak)
dipasarkan.

Mohd Farid (2010), menyatakan bahawa objektif utama sesuatu promosi adalah untuk meningkatkan sesebuah
organisasi atau syarikat. Promosi atau bentuk komunikasi yang berlaku bagi memasarkan produk (program-
program yang ditawarkan di insitusi pengajian) kepada pembeli (bakal pelajar, ibubapa pelajar dan orang awam)
merupakan salah satu keperluan setiap institusi pengajian dalam memperkenalkan dan memperkukuhkan jenama
institusi tersebut kepada masyarakat umum (Muhd. Abi Sofian Abd. Halim, 2005). Menurut Norziha Jusoh (2006),
senario masa kini menunjukkan wujudnya persaingan yang sengit di antara Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
dengan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam mendapatkan bakal pelajar.

Kolej Komuniti menawarkan program sepenuh masa untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan juga
Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang lebih dikenali sebagai kursus pendek untuk komuniti
setempat. Di Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL), kursus sepenuh masa yang ditawarkan ialah Diploma In
Customer Service Management (DCM). Tempoh pengajian bagi program ini adalah selama 24 bulan. KKHL juga
turut menawarkan 3 lagi program iaitu Sijil Pengoperasian Perniagaan (SPP), Sijil Teknologi Maklumat (STM) dan
Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara (SPU).

Bagi kursus pendek pula kursus yang dijalankan adalah berdasarkan permintaan komuniti setempat. Antara
kursus yang ditawarkan ialah kursus jahitan, kursus kulinari, fotografi, komputer, servis kenderaan ringan dan
urutan refleksologi. Kursus pendek ditawarkan kepada semua golongan masyarakat bagi memberi peluang
kepada mereka untuk meningkatkan kemahiran.

KAEDAH PROMOSI KKHL

Dalam memastikan kemasukan pelajar yang ramai dan konsisten pada setiap sesi pengajian, adalah menjadi
tanggungjawab pihak pengurusan KKHL untuk menggerakkan pelbagai pendekatan promosi bagi menarik
sejumlah pelajar untuk meneruskan pengajian mereka di kolej komuniti. Bagi menjayakan usaha tersebut,
pelbagai aktiviti promosi telah diatur untuk mempromosikan program sepenuh masa dan kursus pendek. Antara
aktiviti promosi yang telah dijalankan ialah dengan mengikuti pameran yang dianjurkan oleh kementerian atau
agensi, memberikan taklimat dan membuka kaunter promosi di sekolah-sekolah menengah sekitar Lembah
Kelang dan Hulu Langat, mengadakan program gerak gempur semasa keputusan SPM diumumkan di sekolah-
sekolah, paparan berita di suratkhabar dan dengan menyertai program anjuran bersama agensi dan jabatan
kerajaan.

KKHL juga turut menggunakan media cetak seperti flyers, banner, bunting dalam membuat hebahan. Kemudahan
teknologi maklumat turut dimanfaatkan bagi memudahkan lagi aktiviti promosi di KKHL. Antaranya menerusi
facebook, instagram dan laman web rasmi KKHL. Kesemua media sosial ini digunakan untuk menyebarkan
informasi kepada umum. Ini adalah kerana ia bersifat mudah dicapai, menarik dan menjadi hub publisiti dan
promosi yang sentiasa dikemaskini.

Selain dari itu, Unit Promosi dan Unit Pengambilan telah melaksanakan inovasi bagi pra permohonan pelajar
iaitu G-Mohon @ KKHL bagi membantu Unit Pengambilan menyimpan data bakal pelajar yang diperolehi semasa
aktiviti promosi dijalankan. Amalan sedia ada di KKHL bagi setiap aktiviti promosi yang dijalankan adalah dengan
memberikan taklimat dan mengedarkan borang pra permohonan secara manual kepada pelajar. Borang ini
kemudiannya akan diserahkan ke Unit Pengambilan untuk direkod ke dalam Microsoft Excel. Amalan ini jelas
akan mengambil masa dan penggunaan kertas yang banyak. Maka, G-Mohon @ KKHL digunakan kerana wujud
penjimatan pada masa yang diambil dan bilangan kertas yang digunakan. Selain penjimatan, pengumpulan
maklumat pelajar dapat dibuat dengan lebih meluas kerana G-Mohon @ KKHL boleh disebar dengan meluas
melalui sebaran di pelbagai medium seperti Telegram, Whats-app dan Facebook. Data juga disimpan secara

52

atas talian. Ini akan memudahkan capaian data.

Walaupun pelbagai kaedah telah dilaksanakan oleh Unit Promosi dan Unit Pengambilan, pada tahun 2017, unit
Pengambilan masih gagal untuk mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) 100% program memenuhi norma (Minit
Mesyuarat Pemantauan Petunjuk Prestasi KKHL, Bil 4/2017).

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN AKTIVITI PROMOSI

Adalah menjadi tanggungjawab semua warga KKHL dalam memastikan aktiviti promosi sentiasa dijalankan
dan tidak meletakkan tanggungjawab tersebut pada Unit Promosi dan Unit Pengambilan semata-mata. Oleh
yang demikian, adalah dicadangkan agar semua warga KKHL bekerjasama dengan apa jua kaedah dalam
mempromosikan KKHL sama ada secara bersemuka dengan masyarakat, turun padang ke sekolah-sekolah dan
aktiviti pameran mahupun melalui penggunaan teknologi maklumat.

Antara cadangan adalah, bagi memberi pendedahan dan kemahiran kepada warga KKHL, latihan dan kursus
berkaitan pengiklanan di media elektronik dan media cetak menerusi teknologi terkini kepada semua kakitangan
perlu dilakukan supaya mereka mendapat pendedahan tentang penggunaan teknologi maklumat dengan betul
dan sistematik. Pendekatan ini sangat penting supaya warga KKHL dapat membantu mempromosikan kolej
dengan cekap dan berkesan. Kepentingan penggunaan G-Mohon@KKHL juga perlu diterangkan kepada semua
kakitangan.

Selain dari itu, Unit Promosi dan Unit Pengambilan perlu mengenalpasti kumpulan sasaran utama bagi
menjalankan aktiviti promosi. Ini adalah bagi memastikan maklumat terus sampai kepada kumpulan sasaran
dan tidak membazirkan masa dan wang. Kumpulan sasaran ini boleh terdiri dalam kalangan bakal pelajar,
ibu bapa ataupun guru kaunselor. Kenyataan ini sejajar dengan Muhd. Abi Sofian Abd. Halim (2005) di mana
pengenalpastian kumpulan sasaran menjadi lebih penting apabila pengurus pemasaran hendak merancang
strategik komunikasi pemasaran kepada pengguna.

Pada awalnya, internet hanya digunakan sebagai medium komunikasi dan pencarian maklumat namun kini telah
digunakan secara aktif sebagai medium pengiklanan. Promosi dapat dilakukan melalui aplikasi Web, Instagram,
Facebook, WhatsApp, Twitter, Blog, Telegram dan Wechat. Hanya di hujung jari, segala maklumat tentang
kolej komuniti dapat dipaparkan di skrin komputer riba atau telefon bimbit. Justeru itu, segala aplikasi tersebut
mestilah sentiasa dikemaskini dengan informasi dan maklumat aktiviti kolej komuniti oleh pegawai yang telah
dipertanggungjawabkan. Selain itu, penggunaan ayat di media sosial juga mestilah menarik serta berupaya
menarik minat orang ramai untuk mengetahui lebih lanjut tentang kolej komuniti. Kenyataan ini disokong
oleh Rahmatunnisah et.al. (2014) di mana laman sesawang berperanan besar dalam menyumbang kepada
kecenderungan pemilihan pelajar ke KUIS.

Pelajar KKHL juga disarankan untuk berkongsi aktiviti mereka di laman sosial mereka supaya rakan-rakan media
sosial mereka dapat mengetahui maklumat terkini tentang segala aktiviti yang berlangsung di KKHL. Selain
dari itu, mereka disarankan untuk berkongsi pengalaman pembelajaran sepanjang di KKHL kepada rakan-
rakan dengan bercerita pengalaman masing-masing sepanjang di KKHL. Ini adalah kerana buzz marketing atau
pemasaran dari individu kepada individu adalah lebih efektif daripada promosi atau pemasaran yang dilakukan
dengan cara tradisional atau sedia ada. Melalui kumpulan sasaran yang telah dinyatakan sebelum ini, akan
mewujudkan nilai buzz marketing. Kenyataan ini disokong oleh dapatan kajian Julinawati et.al (2010) di mana
kuasa pengaruh rakan menjadi medium kedua bagaimana pelajar mengenali UniMAP. Rakan-rakan mempunyai
hubung kait yang amat kuat dengan pembuatan keputusan rakan-rakan yang lain.

Setelah 15 tahun bertapak dalam sejarah pendidikan, kolej komuniti telah melakarkan berbagai kisah kejayaan
pelajar dan pensyarah menerusi pertandingan kemahiran dan acara sukan. Cerita kejayaan ini perlu dihebahkan
dan dimantapkan sama ada melalui you tube, media cetak, video pendek malah berbagai kaedah lain yang boleh
diketengahkan. Cerita kejayaan ini dapat meyakinkan masyarakat bahawa kolej komuniti berupaya melahirkan
kualiti graduan yang setanding dengan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta
(IPTS) seterusnya meyakinkan masyarakat akan keupayaan graduan kolej komuniti.

Peranan alumni juga perlu diaktifkan sebagai medium pemasaran bagi mempromosikan program pengajian di
KKHL. Alumni boleh dijemput ke kolej untuk memberikan perkongsian pengalaman pembelajaran di KKHL dan
pengalaman serta peluang pekerjaan.

53

KESIMPULAN

Pelajar merupakan nadi kepada sesebuah institusi pengajian tinggi. Dewasa ini, kemunculan institusi pengajian
tinggi samada IPTA, IPTS, Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Institusi Latihan Kemahiran Swasta
(ILKS) memberi kelebihan kepada pelajar untuk menyambung pembelajaran sejurus menamatkan pengajian di
sekolah menengah. Kaedah promosi yang paling sesuai dilaksanakan di kolej komuniti adalah melalui internet.

Oleh yang demikian, maklumat berkaitan kolej komuniti perlu disampaikan melalui internet dan media massa
secara lebih meluas memandangkan internet merupakan sumber maklumat yang utama. Usaha yang berterusan
melalui kerjasama semua warga KKHL amat penting perlu dalam memastikan keterlihatan dan ketampakan KKHL
sebagai sebuat institusi penyedia latihan dan teknikal dan vokasional (Technical and Vocational Education and
Training). Warga KKHL juga mestilah peka dan sentiasa mengenal pasti dan mengaplikasikan teknik atau bentuk
publisiti yang bersesuaian mengikut peredaran masa dan keperluan semasa.

Rajah 1.0 : Gambar Sekitar Promosi Yang Dijalankan

RUJUKAN

Sumber Internet: Mohd Farid, Noryanto Asroun & Nordin (2010), Laporan Akhir
Penyelidikan : Kajian AspekPembentukan dan Keberkesanan
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/
ptkghdfwP2/p_2006_6713_1a275dbe4702435e9d251c06eb4b0d54. Strategi Promosi Dalam Pemasaran Unit Kedai Baru. Kajian Kes:
pdf Ipoh, Perak.UITM Perak.

http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=promosi Muhd. Abi Sofian Abd. Halim (2005), Mengurus Gerai Pameran, PTS
Professional Publishing. Sdn. Bhd.
Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (2012). Pemerkasaan Kolej
Komuniti 2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi. Norziha Jusoh (2006). Kajian Mengenai Faktor-faktor Pemilihan
Pelajar Matrikulasi Ke Universiti Tempatan (IPTA) dan Kursus
Julinawati Suanda, Prof. Madya Che Mohd., Mohd. Mustafa, Zuber, Pendidikan. UTM
Ruzalina & Nor Azmah (2010), Promosi UniMAP:Keberkesanan Dan
Hala Tuju. Proceeding of the Second International Conference on The Rahmahtunnisah Hj. Sailin, Norziah Othman, Nor ‘Adha Abd. Hamid,
Role of the Humanities and Social Sciences in Engineering. Nurkaliza Khalid, Abdul Hadi Awang, Mohd Farok Mat Nor, Faktor
Pendorong Kemasukan Pelajar Baharu Ke Kolej Universiti Islam
Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Antarabangsa Selangor (KUIS).1st. International Research
Pustaka. Management and Innovation Conference 2014. Kuala Lumpur.

Minit Mesyuarat Pemantauan Petunjuk Prestasi KKHL, Bil 4/2017.

54

PELAKSANAAN PEMBELAJARAN BERASASKAN TEMPAT KERJA
(WORK BASED LEARNING ATAU WBL) DIPLOMA IN CUSTOMER

SERVICE MANAGEMENT (DCM),
DI KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT (KKHL)

Suzana Binti Zainol Abidin
[email protected]

PENGENALAN

Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang diperkenalkan secara formal pada akhir 1960an
dalam sistem pendidikan di Malaysia, telah berkembang dengan amat pesat. Kepentingan dan keutamaan yang
diberi kepada TVET ini terbukti kerana hampir RM4.5bilion diperuntukkan kepada latihan TVET pada tahun
2017. Sebagai institusi yang melaksanakan TVET, Kolej Komuniti memberi penekanan kepada meningkatkan
penglibatan aktif dengan pihak industri kerana TVET dipacu oleh industri. Keperluan untuk mentransformasi
TVET amat kritikal kini bagi memastikan perkembangannya selaras dengan 4th Industrial Revolution (Industry
4.0).

Bagi memastikan Malaysia terus bersaing dalam pasaran global, penekanan terhadap keperluan di peringkat
global harus dititikberatkan. Berlandaskan hakikat ini, Business Process Outsourcing (BPO) telah dikenalpasti
sebagai suatu bidang yang giat berkembang serta memerlukan tenaga kerja berkemahiran terutama sekali
daripada aspek teknikal. Mengambil kira semua aspek pembangunan dan potensi aliran kerjaya dalam bidang ini,
KKHL telah bersetuju untuk memulakan program Diploma in Customer Service Management mulai ambilan Sesi
November 2015. Secara keseluruhan program ini memberi fokus kepada pelanggan. Ianya menggalakkan pelajar
untuk belajar membangunkan “a customer-centric and service mindset to deliver a professional experience to
every customer”.

Program ini boleh dilihat sebagai istimewa dari dua perspektif: i. aspek teoritikal dan akademik yang disediakan
oleh pihak kolej komunit;i dan ii. aspek praktikal dan hands on yang disediakan oleh pihak industri. Penglibatan
pihak industri berlaku semasa pelajar melaksanakan sesi pembelajaran berasaskan tempat kerja atau WBL
setelah melengkapkan dan lulus aspek teoritikal atau akademik. Ketika pelajar ditempatkan di industri, mereka
belajar dalam situasi dan environment bekerja sebenar, secara sepenuh selama dua semester.

WORK BASED LEARNING (WBL)

WBL atau pembelajaran berasaskan tempat kerja adalah kaedah pembelajaran pendidikan yang menyediakan
pelajar dengan pengalaman kerja sebenar di mana mereka dapat menerapkan kemahiran akademik dan teknikal
yang bertujuan untuk meningkatkan kebolehpasaran mereka. Ini adalah kaedah pendidikan yang mengintegrasikan
kurikulum kolej dengan tempat kerja untuk mewujudkan pembelajaran yang berasaskan kerja. Program WBL
merupakan satu komponen program di kolej komuniti ke arah sama-sama memenuhi keperluan pelajar dan
keperluan industri untuk melahirkan tenaga kerja yang berbakat dan memenuhi kehendak kedua-dua pihak.
Program WBL disasarkan untuk merapatkan jurang antara pembelajaran di kolej dan dan di industri. Strategi
WBL memberikan kesedaran kerjaya, peluang penerokaan kerjaya dan membantu pelajar mencapai kecekapan
seperti sikap kerja yang positif, budaya dan kemahiran berkerja. Perkara utama yeng perlu didedahkan adalah
keperluan dasar pembelajaran yang memenuhi keperluan tempat kerja. WBL di Kolej Komuniti Malaysia mula
diterapkan dalam pendidikan kolej komuniti pada 2007 dengan penglibatan 11 buah kolej komuniti.

WBL BAGI PROGRAM DCM DI KKHL

Objektif program ini adalah menyediakan pelajar dengan pengetahuan terkini dan pelbagai kemahiran yang
diperlukan kepada teknik BPO (Business Process Outsourcing) dan pekerjaan dalam industri yang berkaitan.
Untuk memastikan kurikulum yang dibangunkan memenuhi keperluan industri, pihak kolej telah melibatkan pakar
industri dan pensyarah bidang Customer Service Management dari UiTM Shah Alam.

Program peringkat Diploma ini mengambil masa selama enam semester. Pelajar melalui proses pembelajaran
di Kolej Komuniti dalam semester pertama hingga semester keempat manakala pada semester lima hingga
enam pelajar menjalani latihan WBL di industri yang relevan dan sesuai yang telah dikenalpasti oleh pihak kolej.
Program ini akan menyediakan pengetahuan dan kemahiran bagi seseorang personnel khidmat sokongan
untuk pelbagai industri seperti telekomunikasi, perbankan dan kewangan, pengangkutan, teknologi maklumat,
peruncitan dan pelbagai perniagaan korporat.

55

Sebelum program Diploma ini dimulakan di KKHL, Bahagian Pembangunan Akademik & Pendidikan Berterusan
(BAPB) Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti telah berkolaborasi dengan Syarikat VADS Berhad, yang merupakan
sebuah syarikat BPO dalam persediaan menjalankan WBL ini. VADS mengendalikan contact centre untuk
pelbagai jenis agensi dan memerlukan tenaga kerja yang ramai. Sebelum ambilan pertama, pelbagai aktiviti
telah dijalankan bersama VADS seperti penyediaan kurikulum, taklimat untuk pelajar serta pensyarah, dan
latihan berbentuk TOT bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pensyarah. Pihak industri juga telah
bekerjasama dalam melaksanakan pelbagai aktiviti pembelajaran dan pengajaran kepada pelajar-pelajar. Aktiviti
seperti ini termasuklah memberi taklimat berkala (CEO Talk), serta menyediakan latihan berterusan kepada
pensyarah bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran.

Bagi ambilan pertama pada sesi November 2015, seramai 25 orang pelajar telah dipilih setelah melalui proses
temuduga yang dikendalikan oleh pihak VADS Sdn. Bhd. Pada semester 1 hingga 4, pelajar-pelajar berkaitan
menimba ilmu di kolej dalam pelbagai kursus. Antara kursus tersebut ialah seperti di bawah:

1. Service Management For Customer Service 6. Communication For Professionals
Professionals

2. Interpersonal Communication 7. Social Media For Marketing

3. Personality Development 8. Customer Relationship Management

4. Understanding Customer Behaviour 9. Service Recovery

5. Principles Of Marketing 10. Contact Center Management

Sementara dalam semester 5 dan 6, pelajar-pelajar menjalani WBL di agensi yang telah berkolaborasi dengan
KKHL. Kursus-kursus semasa WBL ialah Inbound/Outbound Customer Management & Support Customer
Engagement Operations

Demi kelangsungan program ini, kurikulum sentiasa disemak semula. Cadangan untuk menambah kursus Bahasa
Mandarin Komunikasi dikenalpasti untuk memenuhi permintaan keperluan kemahiran selain Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris di dalam industri.

CABARAN PENGLIBATAN INDUSTRI DALAM PROGAM WBL

Pada sesi Mac 2017 pelajar-pelajar ambilan November 2015 menjalani WBL di AEGIS BPO Malaysia Sdn. Berhad.
Pada masa kini industri yang terlibat dengan WBL KKHL adalah Contact Centre Association Malaysia (CCAM),
AEGIS BPO Malaysia Sdn Berhad, Redberry Contact Center Sdn. Berhad dan Sifoo International Sdn. Berhad.
Daripada pemerhatian terhadap industri yang terlibat, pihak industri menghadapi cabaran untuk memenuhi
keperluan kursus pelajar yang ditentukan pihak kolej dan perlu dicapai oleh pelajar berbanding dengan projek
yang perlu dilengkapkan oleh industri. Matlamat dan capaian yang tidak seiring ini kerapkali tidak mewujudkan
situasi win-win dan menjadi cabaran yang hebat kepada pelajar dan industri.

Selain itu pelaksanaan WBL oleh pelajar-pelajar DCM, KKHL mendapati pelajar benar-benar diambil kira
sepenuhnya sebagai tenaga kerja syarikat berkaitan. Mereka perlu mengikuti semua dasar, prosedur dan etika
kerja yang sedia ada, serta memenuhi KPI yang ditetapkan. Walaupun perkara ini berlaku secara keseluruhan,
terdapat segelintir pelajar yang gagal mematuhi syarat dan budaya kerja yang ditetapkan industri sehingga
menimbulkan pelbagai isu yang tidak diingini. Isu-isu disiplin seringkali timbul, seperti melanggar peraturan yang
ditetapkan kerana kelewatan, juga tidak menunjukkan sikap yang bertanggungjawab, komited dan akauntabiliti.
Akibatnya kadar keciciran bagi kumpulan pertama pelajar DCM ini adalah agak tinggi. Peratus pelajar yang
berjaya melengkapkan dan lulus kedua-dua komponen teoritikal dan WBL adalah hanya 70 peratus.

Seharusnya pihak industri perlu melibatkan diri secara aktif dalam program ini serta bertindak sebagai pemangkin
dan penyedia platform bagi memastikan kelancaran dan kejayaan program WBL. Namun demikian penglibatan
pihak industri masih kurang dari tahap yang diharapkan. Justeru, pemantapan program ini perlu dilakukan
dengan menitikberatkan pelbagai aspek supaya menjadi lebih efektif. Semua pihak yang terlibat harus membuat
perancangan yang baik dan tepat, serta mengatur strategi yang betul untuk mencapai matlamat yang disasarkan.
Peningkatan dalam peranan industri serta penglibatan dinamik mereka akan seterusnya melancarkan pendekatan
WBL ini untuk melonjakkan prestasi dan potensi pelajar. Harus diingat bahawa pembangunan potensi pelajar
bukan sahaja memerlukan kelengkapan dari segi pengetahuan dan kemahiran bagi menuju ke arah peningkatan
kompetensi mereka. Malah pelajar juga perlu diberi galakan dan motivasi yang berterusan dari kedua-dua
pihak kolej dan industri untuk memastikan kejayaan mereka. Oleh hal yang demikian, lebih banyak industri lain
harus dijemput untuk menyertai program WBL bagi memperoleh kepelbagaian dalam program ini yang akan
menyumbang kepada kadar kebolehpasaran dan kebolehkerjaan pelajar.

56

Berdasarkan kepada analisis SWOT yang dilakukan, didapati program DCM di KKHL adalah relevan kerana
mempunyai kelebihan dari segi lokasi, populasi serta peluang kerjaya. Hal ini kerana program DCM berkepentingan
untuk membekalkan pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan kakitangan sokongan pelanggan di pelbagai
industri. Walau bagaimanapun perhatian juga diberi terhadap ancaman kerana hal ini akan menyebabkan
kekurangan peratus pengambilan pelajar ke program ini. Selain itu, kekangan yang terdapat di kolej dari segi
perjawatan dan infrastruktur perlu diberi perhatian oleh pihak pengurusan demi kejayaan program ini. Oleh itu
sebagai langkah untuk menangani kelemahan program ini, jadual pemantauan yang lebih berstruktur perlu
disediakan bagi memastikan sebarang isu dan permasalahan yang timbul di syarikat dapat diatasi dengan lebih
berkesan.

Analisis SWOT digunakan dalam mengenalpasti faktor-faktor dalaman dan luaran yang baik serta bermanfaat
dan juga faktor-faktor yang kurang baik berdasarkan latar belakang lokasi dan data demografi.

(Sumber: Blake, Wijetilaka, Martin, & Shehan, 2015)

KELEBIHAN KEKANGAN

Lokasi Perjawatan
Kedudukan KKHL adalah strategik kerana berhampiran Perjawatan pensyarah DCM adalah gunasama
dengan pusat bandar Kuala Lumpur. pensyarah Sijil Pengoperasian Perniagaan.

Populasi Insfrustruktur
Bilangan populasi Hulu Langat yang mempunyai Keluasan bangunan KKHL yang berada di bangu-
bilangan penduduk yang tinggi serta persaingan yang nan rumah kedai menyebabkan ruang pengajaran
rendah dengan ILKA. dan pembelajaran adalah terhad. Hal ini kerana

Peluang Kerjaya KKHL menawarkan tiga program lain di bangunan
Program ini akan menyediakan pengetahuan dan yang sama

kemahiran bagi kakitangan sokongan pelanggan dalam Kewangan
pelbagai industri seperti telekomunikasi, perbankan dan Bagi membolehkan pelajar menjalankan latihan
kewangan, pengangkutan, IT, perniagaan runcit dan WBL di di persekitaran Lembah Kelang ini, sokon-
korporat. Oleh itu program ini membuka peluang kepada gan kewangan daripada pihak keluarga amat diper-
graduan untuk menempatkan diri mereka di pelbagai lukan untuk membiayai kos sara hidup.
industri.

ANCAMAN

PELUANG Peluang pekerjaan di bahagian Customer Service
Management di pelbagai industri kini hanya
Mendapat gaji permulaan yang lebih tinggi berbanding memerlukan kelayakan minimum SPM sahaja dan
dengan lulusan SPM sekiranya berjaya dianugerahkan kelebihan kepada mereka yang mampu menguasai
kelulusan di peringkat Diploma tiga bahasa dan lebih. Ini bermakna graduan DCM
bersaing dengan lulusan SPM untuk mendapatkan
pekerjaan dalam bidang ini. Sebagai mewujudkan
nilai tambah, graduan DCM perlu mahir dan
proficient berbahasa Inggeris, namun begitu syarat
untuk kemasukan ke program DCM di KKHL adalah
lulus SPM dengan 3 kredit ATAU lulus sijil Kolej
Komuniti.

57

CADANGAN DAN RUMUSAN

Pendekatan WBL yang diperkenalkan di KKHL bagi program DCM mempunyai banyak potensi untuk
membangunkan pelajar supaya menjadi lebih kompeten dalam bidang customer service management. Kerjasama
dan kolaborasi yang jitu di antara kolej komuniti dan pihak industri akan memantapkan lagi aspek perkongsian
yang amat digalakan di antara dua sektor yang penting ini. Walau bagaimanapun ianya perlu dikaji semula
secara lebih mendalam, dan ditambahbaik sekiranya terdapat permintaan berterusan daripada pihak industri
bagi mewujudkan tenaga kerja dalam bidang ini. Kajian semula yang dilaksanakan harus meliputi pelbagai
aspek yang signifikan, termasuk kurikulum; iaitu kurikulum akademik atau teoritikal dan kurikulum WBL (amali/
hands on), perjawatan di kolej, perancangan, penyeliaan dan penilaian program, infrastruktur dan bahan rujukan,
kelayakan profesional tenaga pengajar dan kewujudan a dedicated team to follow through the students’ teaching
and learning process semasa WBL dilaksanakan di industri. Aspek penilaian program (programme evaluation)
DCM secara keseluruhan juga harus dirancang dan dilaksanakan untuk mendapat maklum balas yang tepat
daripada graduan Diploma ini.

RUJUKAN

Abdul Rasid Abdul Razzaq, Mohamad Zaid Mustafa, Mohd Yusop World Congress on Teacher Education for TVET in conjunction with
Hadi, Jamalludin Hashim, Ahmad Rizal Madar & Farah Syahida bt World Teachers Day Celebration, UTHM, 5 - 6 10 2010. Batu Pahat:
Mohd Kamal, FM. - 2010 untuk Pendekatan pembelajaran berasaskan UTHM.
tempat kerja (work based learning): perspektif industri yang terlibat,

58

PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MAYA BERASASKAN LEARNING
MANAGEMENT SYSTEM DI KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT

Siti Syahida Binti Ahmad
[email protected]

PENGENALAN

Perkembangan pesat dalam teknologi pendidikan telah banyak membuka ruang dengan penginterasian pelbagai
aplikasi khususnya teknologi Web 2.0 dan Internet yang membantu para pendidik dalam usaha untuk memperkasa
sistem pengajaran dan pembelajaran yang terbaik kepada para pelajar sama ada di peringkat sekolah mahupun
di peringkat pendidikan tinggi. Kesesuaian peranan serta sifat teknologi Web 2.0 juga mampu mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang fleksibel dan menyeronokkan. Bukan itu sahaja, dengan penggunaaan teknologi
Web 2.0 dalam pendidikan dapat melahirkan pelajar yang celik teknologi, berdaya maju, berfikiran kreatif dan
berkemahiran tinggi. Penggunaan teknologi khususnya teknologi Web 2.0 dalam pendidikan juga mestilah
difokuskan kepada proses mengaplikasikan peralatan dengan menggunakan prinsip, kaedah dan teknik yang
sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran (Sharifah & Kamarul Azman, 2011). Justeru, tidak hairanlah aplikasi
yang terdapat dalam teknologi Web 2.0 mampu memperkasa pengajaran dan pembelajaran dan juga mencapai
objektif pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan abad ini..

LEARNING MANAGEMENT SYSTEM (LMS)

Learning Management System (LMS) ialah aplikasi berasaskan web yang mampu mengurus pembelajaran
elektronik, mengesan hasil pembelajaran, integrasi dengan pengurusan sumber manusia dan sumber
pembelajaran, pembinaan bahan-bahan yang diterima daripada pelajar dan kemudahan bentuk pengurusan
pemantapan pembelajaran yang dilakukan secara dalam talian.

LMS ini digunakan oleh pensyarah bertujuan untuk memasukkan nota dan memberi maklumat tentang hal terbaru
kepada pelajar. dan juga turut digunakan oleh pelajar untuk memuat turun nota, mengakses maklumat berhubung
dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, melihat keputusan peperiksaan, melakukan ujian atau kuiz yang
ditugaskan mengikut waktu yang ditetapkan, serta melihat jadual diskusi secara maya.

Antara kepentingan LMS adalah memudahkan pembelajaran melalui platform pembelajaran secara atas talian
yang membolehkan pembelajaran dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Hal ini membolehkan
pelajar menguruskan sendiri masanya dengan lebih berkesan dan produktif. LMS melibatkan penggunaan kos
secara efektif. Pembelajaran secara efektif melalui talian ini membolehkan pelajar meneroka maklumat baru
menerusi perpustakaan secara digital atau laman web. Melalui penggunaan LMS, pelajar juga berpeluang untuk
berbincang dan berkongsi maklumat dengan rakan atau pensyarah masing-masing. Contoh LMS adalah seperti
Edmodo, Grovo, Moodle dan Blackboard.

PELAKSANAAN EDMODO DI KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT

Di Kolej Komuniti Hulu Langat, pensyarah dan pelajar menggunakan Edmodo sebagai salah satu platform
pembelajaran dalam talian bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Edmodo merupakan
platform pembelajaran atas talian secara percuma yang dicipta oleh Jeff O ‘Hara dan Nick Borg pada tahun 2008
untuk guru-guru, pelajar, ibu bapa dan institusi pendidikan (Kongchan, 2013), dan boleh diakses pada pautan:
www.edmodo.com. Edmodo membolehkan pensyarah mewujudkan kelas maya bagi kelas-kelas yang diajarnya,
memuat naik semua bahan dan tugasan untuk pelajar muat turun dan melakukan ujian dan tugasan mengikut
masa dan tempoh yang telah ditetapkan oleh pensyarah melalui Edmodo.

Edmodo merupakan aplikasi yang menyerupai laman media sosial Facebook yang mudah untuk digunakan oleh
semua pengguna (Rajah 1.0). Para pelajar yang mempunyai akaun Edmodo boleh membina laman profil peribadi.
Selain itu, ciri utama laman Edmodo membolehkan pelajar membuka dan melihat dokumen yang dikehendaki
pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Pengguna Edmodo boleh dikelaskan dalam kumpulan mengikut
subjek pengajaran dan pembelajaran yang sama, dan ciri ini dapat membantu pelajar untuk menggunakan platfom
Edmodo sebagai medium alternatif pembelajaran di luar bilik darjah dengan lebih menarik dan berinovasi.

59

Rajah 1.0: Paparan muka hadapan Edmodo yang hampir menyerupai Facebook
Ciri keselamatan dan privasi Edmodo juga hanya membolehkan pengguna yang menerima kod kumpulan dan
mendaftar dalam kumpulan sahaja untuk mengakses dan menyertai kumpulan pembelajaran tertentu. Ciri-ciri
ini dapat mengelakkan pengguna yang tidak berdaftar dari mengkases kumpulan tersebut tanpa persetujuan
pensyarah (Jarc, 2010).
Melalui penggunaan Edmodo, kelas maya dapat diwujudkan dan ini memberi peluang dan kemudahan untuk
pelajar berdiskusi dan saling bertukar idea bagi membantu meningkatkan kemahiran sosial dan kemahiran
komunikasi para pelajar, dimana ia dapat memberi kesan yang mendalam terhadap aspek bagaimana pelajar
berkolaborasi dan belajar berbanding dengan kaedah tradisional iaitu di dalam bilik darjah (Bruce & Gushiken,
2013).
Salah satu ciri yang ada dalam Edmodo adalah resources. Resources membolehkan pelajar memuat naik gambar
profil, dokumen, pautan dan video. Fungsi ini membolehkan pelajar dan pensyarah menyimpan dokumen yang
bersaiz besar di ruang library, untuk dikongsi bersama dengan ahli-ahli yang lain dalam kumpulan perbincangan
yang sama.

Rajah 2.0: Paparan Library di dalam aplikasi Edmodo yang membolehkan
pensyarah dan pelajar menyimpan fail

Seramai 31 orang pensyarah Kolej Komuniti Hulu Langat daripada bidang Teknologi Maklumat, Teknologi
Penyejukan dan Penyamanan Udara, Pengoperasian Perniagaan dan juga Pengajian Am yang menggunakan
Edmodo secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejak semester Mac 2017. Seorang pensyarah
menggunakan Edmodo di dalam sekurang-kurangnya satu (1) subjek yang diajar dari pelbagai kelas.

60

Rajah 3.0: Paparan senarai pensyarah Kolej Komuniti Hulu Langat yang menggunakan Edmodo

Rajah 4.0: Statistik penggunaan Edmodo pada semester Mac 2018 (Mac hingga Jun 2018)

KESIMPULAN

Penggunaan Edmodo diteruskan sehingga kini dan disebarluas dengan mengadakan kursus dan bengkel dalaman
untuk berkongsi kebaikan dan cara penggunaan Edmodo kepada pensyarah di Kolej Komuniti Hulu Langat.
Keberkesanan aplikasi Edmodo membolehkan pelajar untuk saling berkongsi kandungan subjek, mengemukakan
tugasan, kuiz, menerima maklum balas, memuat turun nota serta lain-lain yang berkaitan pengajaran mereka (Jarc,
2010). Oleh itu Edmodo boleh dilihat sebagai satu sistem pengurusan pembelajaran (LMS) yang membolehkan
pensyarah untuk menyedia dan menguruskan kelas dalam talian dengan mudah (Witherspoon, 2011).

Peningkatan pembelajaran pelajar boleh disokong melalui aplikasi Edmodo, namun pensyarah itu sendiri juga
perlu bersedia untuk menukar perspektif dan idea tradisional mereka ke dalam senario semasa iaitu pembelajaran
berasaskan teknologi. Pensyarah haruslah menerima perubahan dalam dunia pendidikan berteknologi dan
memantapkan kemahiran teknologi di dalam usaha untuk memberi ilmu dan kefahaman kepada pelajar di dalam
dunia yang semakin maju masa kini.

RUJUKAN Sharifah Nor Puteh & Kamarul Azman Abd Salam. (2011). Tahap
Kesediaan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Kesannya
Bruce K. Gushiken. (2013). Integrating Edmodo into a High school Terhadap Hasil Kerja dan Tingkah Laku Murid Prasekolah.
service club: To promote Interactive online communication.
Witherspoon, A. (2011). Edmodo A Learning Management System.
Jarc, J. (2010). Edmodo-a free, web2.0 Classroom Management Tool.

Kongchan, C. (2012). How a Non-Digital Native Teacher Makes Use
of Edmodo.

61

PEMANTAPAN PENGURUSAN MELALUI PELAKSANAAN SISTEM
PENGURUSAN KUALITI DI KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT

Nor Syahidah Binti Abdul Mutalib
[email protected]

PENGENALAN

Kolej Komuniti merupakan sebuah organisasi pendidikan yang memberi peluang kepada rakyat Malaysia
meningkatkan taraf hidup. Peluang yang diberikan terbuka dan tiada sekatan peringkat umur dan latarbelakang.
Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL) adalah salah satu daripada 104 buah Kolej Komuniti di Malaysia. Lokasi
KKHL yang strategik iaitu berdekatan dengan bandar Kajang merupakan kelebihan bagi menyediakan peluang
pembelajaran sepanjang hayat kepada komuniti sekitarnya.

Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL) mempunyai sumber tenaga pengajar yang berkemahiran dan pakar di dalam
bidang masing-masing. Sumber ini digunakan sepenuhnya bagi melaksanakan program pembelajaran mengikut
keperluan komuniti setempat. Program pembelajaran yang ditawarkan adalah di dalam bentuk sepenuh masa
dan kursus pendek. KKHL beroperasi pada tahun 2003 dengan menawarkan dua kursus sepenuh masa dan
kini bertambah kepada empat kursus iaitu Sijil Teknologi Maklumat, Sijil Penyejukan dan Penyamanan Udara,
Sijil Pengurusan Perniagaan dan Diploma in Customer Service Management. Manakala kursus pendek yang
ditawarkan adalah terdiri daipada pelbagai bidang yang dibahagikan kepada sembilan (9) kluster iaitu; (i)
perniagaan dan keusahawanan, (ii) jahitan dan pakaian, (iii) Komputer,teknologi maklumat dan fotografi, (iv)
elektrik dan elektronik, (v) sains kesihatan, (vi) kecantikan dan dandanan, (vii) kerohanian dan keagamaan, (viii)
bahasa dan (ix) katering dan sajian.

Bagi memastikan perjalanan pengurusan organisasi lebih teratur maka Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) mula
dibangunkan pada Januari 2014. Perlantikan jawatankuasa kerja dan penentuan skop pelaksanaan dibuat.
Pada 15 Mei 2015 KKHL berjaya dianugerahkan pensijilan MS ISO 9001:2008 setelah melalui proses latihan,
perbincangan, audit dan pemantauan. SPK diteruskan dan dikemaskini kepada versi yang baharu iaitu MS ISO
9001:2015 pada April 2018.

SISTEM PENGURUSAN KUALITI

Merujuk kepada tafsiran di laman web Jabatan Standard Malaysia, segala kerja yang disahkan sebagai
melaksanakan aktiviti mengikut standard adalah organisasi yang mewujudkan pendekatan yang sistematik untuk
menerapkan kualiti dengan memastikan produknya memenuhi keperluan pelanggan.

SPK membantu organisasi melaksanakan pengurusan dengan lebih sistematik dan berkesan. SPK juga
membantu proses kitaran kerja mengikut prosedur yang ditetapkan mengikut kesesuaian aturan kerja di dalam
organisasi lantas menjadikan KKHL sebagai institusi yang mempunyai sistem pendidikan yang berkualiti. Unit
Jaminan Kualiti diwujudkan bagi memastikan KKHL melaksanakan pendekatan yang sistematik merujuk kepada
sistem pengurusan kualiti yang diiktiraf dengan memastikan produknya memenuhi keperluan pelanggan secara
konsisten.

Sistem pendidikan yang berkualiti adalah perlu bagi mengharungi era globalisasi ini kerana dipercayai bahawa
sistem pendidikan yang berkualiti mampu melahirkan tenaga kerja yang boleh menjadi global player dengan ciri-
ciri peribadi unggul seperti sifat jati diri yang unggul, inovatif, produktif, berkemahiran, berdaya saing, berdaya
tahan, dan kreatif bagi menangani cabaran negara dan arus globalisasi (Siti & Yahya, 2015; Mohamad, 2002).

MS ISO 9001:2008

Kerajaan menggalakkan pelaksanaan sistem pengurusan kualiti bermula pada tahun 1996 melalui Pekeliling
Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 2 Tahun 1996 bertajuk “Garis Panduan Bagi Melaksanakan MS ISO
9000 Dalam Perkhidmatan Awam”. Ia bertujuan meningkatkan lagi perkhidmatan yang diberikan oleh organisasi.

Pada 1 Januari 2010 kerajaan telah mengganti garis panduan tersebut kepada “Garis Panduan Pelaksanaan
MS ISO 9001:2008 Dalam Sektor Awam”. Ia adalah selaras dengan penambahbaikan terhadap standard yang
dikeluarkan oleh International Organisation For Standardization (ISO). Kolej Komuniti Hulu Langat ke arah
pengiktirafan sijil ISO bermula pada 2014 dengan merujuk kepada garis panduan dan manual standard berkaitan

62

dengan MS ISO 9001:2008.

Usaha ke arah pensijilan tersebut menghasilkan 19 dokumen yang merujuk kepada keperluan klausa di dalam
standard piawaian. Dokumen yang dibangunkan dibahagikan kepada empat kategori iaitu Manual Kualiti,
Prosedur Kerja Wajib (6 prosedur), Prosedur Kerja Operasi (6 prosedur) dan Prosedur Kerja Sokongan (6
prosedur). Penghasilan setiap dokumen tersebut merujuk kepada skop pensijilan SPK KKHL dan Dasar Kualiti
KKHL. Berikut merupakan skop pensijilan dan dasar kualiti KKHL;

Skop Pensijilan
“Pengurusan Pengambilan dan Pendaftaran Pelajar, Penyampaian Pembelajaran dan Pengajaran serta
Penilaian dan Peperiksaan Pelajar Sepenuh Masa”

Dasar Kualiti
“Kolej Komuniti Hulu Langat Komited untuk menyampaikan perkhidmatan berkaitan Pengurusan
Pengambilan dan Pendaftaran Pelajar, Penyampaian Pembelajaran dan Pengajaran serta Peperiksaan
Pelajar Sepenuh Masa yang berkesan dan memenuhi kehendak pelanggan melalui perlaksanaan Sistem
Pengurusan Kualiti berasaskan MS ISO 9001:2008 yang sentiasa ditambahbaik secara berterusan.”

MS ISO 9001:2015

Pada 2015 penambahbaikan terhadap manual Standard ISO diperkenalkan. Setiap organisasi yang telah
memperolehi pengiktirafan piawai ISO 9001:2008 diberi tempoh sehingga 2018 untuk membuat penambahbaikan
pengurusan kualiti untuk mendapat pengiktirafan versi yang baharu iaitu ISO 9001:2015. Terdapat beberapa
perbezaan klausa di antara kedua-dua piawai tersebut. Jadual 1 menunjukkan perbezaan klausa di antara MS
ISO 9001:2008 dan MS ISO 9001:2015.

Konsep asas MS ISO 9001:2015 ialah organisasi berorientasikan pelanggan di mana keperluan baru yang
disediakan ialah konteks organisasi dan pengurusan risiko. Di dalam konteks organisasi, keperluan organisasi,
harapan pihak berkepentingan dan skop pengurusan kualiti perlu dikenalpasti dan difahami. Manakala pengurusan
risiko merupakan satu kaedah yang sistematik bagi mengenalpasti, menilai ancaman risiko dan mengenalpasti
kaedah mengurangkan risiko. Komitmen pihak pengurusan atasan amat diutamakan di dalam menjayakan
pengurusan sistem kualiti organisasi.

KLAUSA MS ISO 9001:2008 KLAUSA MS ISO 9001:2015
1 Skop 1
2 Rujukan Normatif 2 Skop
3 Takrifan Istilah 3 Rujukan Normatif
4 Sistem Pengurusan Kualiti 4 Takrifan Istilah
5 Konteks Organisasi
5 Tanggungjawab Pengurusan Kepimpinan
6 Perancangan
6 Pengukuran Sumber Pengurusan Risiko
7 Penghasilan Produk 7 Perancangan Organisai
8 Pengukuran, Analisis dan 8 Sokongan
penambahbaikan 9 Operasi
Penilaian Prestasi
10
Penambahbaikan

Jadual 1.0: Perbezaan 9001:2008 dan 9001:2015

Konsep asas MS ISO 9001:2015 ialah organisasi berorientasikan pelanggan di mana keperluan baru yang
disediakan ialah konteks organisasi dan pengurusan risiko. Di dalam konteks organisasi, keperluan organisasi,
harapan pihak berkepentingan dan skop pengurusan kualiti perlu dikenalpasti dan difahami. Manakala pengurusan
risiko merupakan satu kaedah yang sistematik bagi mengenalpasti, menilai ancaman risiko dan mengenalpasti

63

kaedah mengurangkan risiko. Komitmen pihak pengurusan atasan amat diutamakan di dalam menjayakan
pengurusan sistem kualiti organisasi.

CABARAN DAN PERLAKSANAAN

Unit ISO diwujudkan untuk melancarkan lagi proses perancangan dan pelaksanaan aktiviti berkaitan pengiktirafan
pengurusan sistem kualiti. Proses latihan, audit dalam, pendedahan dalaman, komunikasi, sebaran dan
pembangunan dokumen dirancang dengan baik. Walaubagaimanapun, terdapat juga kekangan dan cabaran
bagi menjayakan hasrat tersebut. Antaranya kekangan masa dan kewangan.

KKHL mempunyai Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicator (KPI)) yang pelbagai, menaiktaraf
pensijilan ISO adalah salah satu daripadanya. Perancangan aktiviti perlu diselitkan bersama-sama dengan aktiviti
pengajaran, aktiviti komuniti dan pengurusan yang lain. Pendedahan dan kesedaran pelaksanaan pengurusan
kualiti amat penting bagi menjayakan KPI tersebut. KKHL menggunakan kemudahan telekomunikasi dan media
sosial yang ada untuk melaksanakan sebaran maklumat kepada kakitangan. Antara kaedah yang digunakan
ialah berkongsi maklumat dan dokumen dengan menggunakan aplikasi Telegram. Satu kumpulan kakitangan
(Zon Aktif KKHL) diwujudkan di dalam aplikasi Telegram bagi melaksanakan kaedah sebaran tersebut.

Sumber kewangan dan pengetahuan yang terhad memerlukan inisiatif urusetia bagi menjayakan KPI ISO. Maka
kerjasama baik dengan pihak juruperunding atau individu yang mempunyai pengetahuan berkaitan adalah perlu
bagi membantu melancarkan proses ke arah MS ISO 9001:2015. Selain daripada itu, pihak urusetia juga membuat
lawatan tanda aras organisasi yang telah memperolehi pengiktirafan.

PENUTUP

Sebagai sebuah institusi pendidikan sektor awam, perkhidmatan yang bermutu dan dipercayai adalah perlu. Oleh
yang demikian, dengan adanya pengiktirafan MS ISO 9001:2015 dapat meningkatkan kepercayaan dan keyakinan
pelanggan organisasi. Kerjasama dan komitmen yang tinggi adalah kunci utama kejayaan sesebuah organisasi
dalam merealisasikan KPI organisasi. Setelah pengiktirafan di terima, proses kerja perlu sentiasa dikemaskini
mengikut proses kerja yang telah dirangka dengan lebih baik agar kecemerlangan pengurusan konsisten.

RUJUKAN

Garis Panduan Pelaksanaan MS ISO 9001:2008 Dalam Sektor Awam, Siti Noor Binti Ismail & Yahya Bin Don. (2015) Amalan Pengurusan
2010 Kualiti Menyeluruh (Tqm) Dan Hubungannya Dengan Gaya
Kepimpinan Pengetua. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, Universiti
Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bil 02 - Garis Panduan Utara Malaysia. Januari 2015(Bil 2) (1)
Bagi Melaksanakan MS ISO 9000 Dalam Perkhidmatan Awam, 1996
http://www.jsm.gov.my/ms/ms-iso-9001#.wzrfndizauk
Standard MS ISO 9001:2015
http://www.mdhs.gov.my/sites/default/files/iso_9001_2015.pdf

64

PELAKSANAAN CENTRE OF TRAINING & TECHNOLOGY (COTT),
KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT (KKHL)

Suraya Binti Abdul Rahmad
[email protected]

PENGENALAN

Centre Of training & Technology (COTT) merupakan kaedah terbaik dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
bagi memenuhi kehendak dan keperluan industri. Pusat ini memastikan pendekatan PdP berkesan dikongsi
bersama dengan tujuan untuk meningkatkan penyampaian PdP. Ia juga merupakan pusat perkhidmatan TVET,
maklumat dan peralatan yang akan menyokong dan membantu penambahbaikan PdP melalui pelbagai program
latihan.

COTT juga adalah sebagai pusat yang menyediakan perkhidmatan, informasi dan alat yang akan membantu
menambahbaik pengajaran pensyarah dan pembelajaran pelajar dengan menyediakan latihan yang bersesuaian.
Pusat seperti ini dapat memudahcara dan membantu tenaga pengajar menjadi lebih berkesan dan inovatif.
Matlamat COTT adalah untuk mempromosi kecemerlangan dalam PdP melalui pelbagai program pendidikan dan
latihan untuk pensyarah, pelajar dan peserta pembelajaran sepanjang hayat.

Selain daripada mengukuhkan aspek PdP, COTT juga menyumbang secara langsung kepada dimensi lain
seperti penyelidikan dan inovasi yang akan menggalakkan pembudayaan penyelidikan. Melalui pendekatan ini
pensyarah berpeluang untuk melaksanakan penyelidikan dalam bentuk kajian tindakan yang berfokus kepada
aktiviti PdP di dalam kelas. Kajian tindakan yang dilaksanakan di kolej komuniti berpotensi untuk menambahbaik,
dan seterusnya meningkatkan kualiti PdP. Hasil penyelidikan akan didokumenkan dan diterbitkan untuk rujukan
para pensyarah dan pihak awam.

LATAR BELAKANG CENTRE OF TRAINING & TECHNOLOGY (COTT)

Sebelum penubuhan COTT di Kolej Komuniti Hulu Langat, terdapat beberapa contoh institusi lain yang lebih awal
melaksanakan COTT. Diantaranya :

i. Politeknik Malaysia

Antara inisiatif dalam Pelan Transformasi Politeknik adalah menubuhkan Pusat Teknologi (COT) di Politeknik.
COT bertindak sebagai pusat untuk menggerakkan pengetahuan, kepakaran dan kemahiran Politeknik dalam
bidang khusus khusus bersama dengan pihak lain dengan tujuan mewujudkan perkara berikut:

• Membina budaya perkongsian kepakaran, penyelidikan, inovasi dan kualiti pengajaran dan pembelajaran
di bidang khusus;

• Mengukuhkan kerjasama dengan komuniti dan industri yang berkaitan dengan bidang khusus;
• Menggalakkan penulisan dan penerbitan ilmiah yang berkaitan dengan bidang khusus;
• Meningkatkan pencapaian dan pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang berkaitan

dengan bidang khusus; dan
• Menjana pendapatan melalui aktiviti khidmat kepakaran, penyelidikan dan perkongsian pengetahuan

dalam bidang khusus.

65

Jadual 1.0 : Senarai COT Politeknik yang telah diiktiraf
ii. Pusat Kecemerlangan Kemahiran (Centre of Skills Excellence, CoSE) bidang Penyejukbekuan dan

Penyamanan Udara (HVAC) Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas, Pulau Pinang
Pusat Kecemerlangan Kemahiran (Centre of Skills Excellence, CoSE) bidang Penyejukbekuan dan Penyamanan
Udara (HVAC) Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas, Pulau Pinang dengan kerjasama industri telah
menubuhkan HVAC Technology Park. Terletak di dalam kampus ILP Kepala Batas, HVAC Technology Park adalah
mercu tanda bidang HVAC untuk pendedahan kepada pelajar, industri serta pelawat yang datang ke ILP. Projek
ini adalah hasil kolaborasi antara CoSE HVAC ILP Kepala Batas dengan pihak industri dibawah program MoU.
Bertemakan konsep kontena, ia digunakan untuk mempamerkan sistem- sistem teknologi terkini didalam bidang
HVAC oleh pihak industri disamping perkongsian maklumat koporat industri HVAC dalam negara. Ini memudahkan
para pelajar untuk mendapatkan maklumat awal sebelum mereka menjejak kaki ke alam pekerjaan dan Latihan
dalam Loji (OJT).
Objektif penubuhan HVAC Technology Park.-
• Menghasilkan hub jaringan industri dan kerjasama secara langsung antara CoSE HVAC ILP Kepala Batas

dengan pihak industri HVAC di Malaysia.
• Memberikan gambaran dan informasi secara pameran dan poster tentang teknologi dan produk-produk

HVAC bagi setiap industri terlibat.
• Mengeratkan hubungan pihak industri dengan institusi kemahiran awam khususnya untuk penempatan

pelajar dalam OJT dan pekerjaan.

66

Antara industri yang telah bekerjasama menempatkan teknologi mereka ialah seperti jenama:
• Daikin Air Conditioner
• Acson Air Conditioner
• Mitsubishi Air Conditioner
• Koolman Air Conditioner
• Topaire Air Conditioner
• Enersave Chiller Air Conditioner
• Malaysia Air Conditioning Association (MACRA) - Wakil Persatuan Industri HVAC

COTT DI KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT (KKHL)

Penubuhan COTT ini juga merupakan salah satu pelan tindakan yang dikenalpasti oleh kolej komuniti bagi
menggerakkan agenda yang termaktub di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)
2015-2025.

Objektif penubuhan COTT di Kolej Komuniti adalah :
• Memperkukuhkan kurikulum sejajar dengan keperluan/kehendak industri.
• Memperhalusi proses penyampaian PdP yang berkesan.
• Membudayakan penyelidikan dan inovasi dalam aspek PdP.
• Menambahbaik sistem pentaksiran dan penilaian.
• Mempertingkatkan kemahiran pensyarah melalui program latihan berterusan.
• Membangunkan pensyarah pakar bidang (Subject Matter Experts).
• Mempergiatkan aktiviti kolaborasi dengan industri, universiti dan agensi-agensi berkaitan.

KKHL telah menjalankan COTT yang pertama dalam bidang Penyejukan dan Penyamanan Udara iaitu Kursus
Pemasangan & Servis Penyejukan Udara Domestik kepada juruteknik dari Kolej Komuniti Wilayah Selangor.
Pendedahan awal diberi kepada juruteknik kolej komuniti bertujuan untuk menjimat kos pengambilan kepakaran
pihak luar bagi penyelenggaraan penyamanan dan penyejukan udara. (Rajah 1.0).

Objektif kursus ini adalah untuk:
• Memberi pendedahan kepada peserta kemahiran memasang, selenggara dan baik pulih sistem

penyamanan udara domestik.
• Memberi pengetahuan mengenai pelbagai sistem penyaman udara.
• Memahami dan mengenalpasti pelbagai komponen utama, tambahan dan kawalan yang digunakan pada

pelbagai jenis sistem penyaman udara.
• Memberi pendedahan kemahiran teknikal melalui perkongsian dan pertukaran maklumat dan idea

dikalangan peserta.
• Mempergiatkan aktiviti kolaborasi bersama industri, universiti atau agensi yang berkaitan.

Rajah 1.0 : Kursus Pemasangan & Servis Penyejukan Udara Domestik kepada
juruteknik dari Kolej Komuniti Wilayah Selangor

67

Pada 14 September 2017, College Community Refrigeration & Air Conditioning Centre (CCRaCC) telah dirasmikan
oleh YB Datuk Hj. Johan Bin Abdul Aziz selaku Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Hulu Langat.
(Rajah 2.0)

Rajah 2.0 : Perasmian CCRaCC sebagai Centre of Training & Technology
oleh YB Datuk Hj. Johan Bin Abdul Aziz

KESIMPULAN
Pelaksanaan COTT di Kolej Komuniti Hulu Langat atau lebih dikenali sebagai College Community Refrigeration
& Air Conditioning Centre (CCRaCC) memberikan hasil dan manfaat yang amat baik kerana peserta dapat
menguasai kemahiran dalam pemasangan, penyelenggaraan dan baik pulih sistem penyamanan udara serta
dapat mengaplikasikannya di kolej komuniti masing-masing. Selain itu ia juga dapat mempertingkatkan sistem
penyampaian pengajaran, pembangunan modal insan dan pembangunan kurikulum serta memperkukuhkan
jalinan kerjasama di antara tenaga pengajar dan kolaborasi dengan institusi lain. Proses pembelajaran di kolej
komuniti juga dapat diperkukuhkan dengan menggunakan teknologi terkini yang disediakan oleh pihak industri di
kolej komuniti atau di industri sepenuhnya secara berkolaborasi.

RUJUKAN

1) http://mypoliteknik.edu.my/index.php/en/staf/berita/81-joomla-articles/598-ceo-faculty-polytechnics.html
2) http://www.puo.edu.my/jkm/index.php/cot-jkm/carta-organisasi
3) http://www.ilpkbpp.gov.my/ms/cose/info-cose.html

68

PELAKSANAAN PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT
MEMBUKA PELUANG WARGA KKHL MENJADI WARGA PRIHATIN

Norhazlinda Binti Mohd Hanapi
[email protected]

PENGENALAN

Pada awal penubuhan Kolej Komuniti adalah bertujuan menjadi institusi yang menyediakan keperluan latihan
dan kemahiran pada semua peringkat dan memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke
pasaran tenaga kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi. Antara objektif Kolej Komuniti adalah
menyediakan pendidikan seumur hidup kepada individu dan masyarakat setempat bagi meningkatkan kualiti
kehidupan masyarakat. Justeru itu, adalah menjadi satu keperluan bagi pihak Kolej Komuniti melaksanakan
aktiviti atau program yang mampu menerapkan nilai tambah yang diperlukan bagi melahirkan graduan Kolej
Komuniti yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik tetapi juga terbilang dalam pembentukan sahsiah
yang baik. Antara aktiviti atau program yang boleh dilaksanakan bagi merealisasikan perkara ini adalah melalui
penganjuran program sukarelawan yang melibatkan khidmat komuniti atau lebih dikenali sebagai program
Tanggungjawab Sosial Korporat. Melalui penganjuran program seperti ini dapat memperkasa pelajar untuk sama-
sama membantu masyarakat serta membangunkan kemahiran insaniah sejajar dengan keperluan industri kelak.

LATAR BELAKANG PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) DI KOLEJ
KOMUNITI HULU LANGAT

Program Tanggungjawab sosial korporat secara umumnya bermaksud komitmen syarikat dan organisasi korporat
terhadap keperluan sosial yang meliputi hak-hak masyarakat, penjagaan alam sekitar, kebajikan para pekerja,
hak-hak pengguna dan sebagainya. Ianya telah menjadi satu budaya bagi institusi pendidikan menganjurkan
program khidmat komuniti untuk membantu masyarakat setempat secara sukarela bagi menunjukkan sikap
prihatin kepada keperluan masyarakat terutama yang tidak bernasib. Sejak tahun 2014 sehingga kini, Kolej
Komuniti Hulu Langat juga tidak ketinggalan dalam menganjurkan aktiviti dan program yang berbentuk CSR yang
melibatkan warga kolej iaitu pensyarah dan pelajar.

Komuniti yang dipilih untuk terlibat dalam program tanggungjawab sosial korporat ini merupakan warga
gelandangan di sekitar ibu kota Kuala Lumpur. Warga gelandangan merupakan antara komuniti yang perlu dibantu
kerana mereka merupakan golongan yang hidup dalam serba kekurangan dari segi keperluan hidup. Golongan
gelandangan ini diklasifikasikan sebagai individu yang tidak mempunyai rumah, hidup berpindah randah dari
satu tempat ke satu tempat yang lain seperti kaum Nomad. Mereka bukan sahaja tidak mempunyai tempat
tinggal mahupun pekerjaan malah mereka ini dikategorikan sebagai individu yang kehilangan kefungsian dalam
sesebuah keluarga mahupun masyarakat (Syazwani, 2016). Lebih menyedihkan lagi mereka hidup di jalanan
dan di kawasan yang difikirkan sesuai untuk menjadi tempat berlindung dan menjalani kehidupan harian. Tempat
yang sering dijadikan tempat berlindung antaranya seperti di dalam bangunan yang terbengkalai, stesen kereta
api, stesen bas dan sebagainya.

Kolej Komuniti Hulu Langat telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan beberapa program CSR iaitu Sesuap
Nasi, Seteguk Air, Cahaya Kasih Ramadhan dan Selaut Kasih Segunung Harapan bagi memberi peluang kepada
warga kolej menyantuni warga gelandangan ini. Program ini melibatkan sukarelawan yang terdiri daripada
pensyarah dan pelajar dari program Sijil Teknologi Maklumat dan program Penyejukan dan Penyamanan Udara.
Antara pengisian bagi ketiga-tiga program ini adalah penyediaan dan pengagihan keperluan seperti makanan,
selimut dan pakaian terpakai. Pemeriksaan kesihatan juga turut disediakan oleh sukarelawan dari badan bukan
kerajaan yang lain.

Kolej Komuniti Hulu Langat telah bekerjasama dengan badan bukan kerajaan iaitu Pertubuhan Tindakan Wanita
Islam atau lebih dikenali dengan nama Pertiwi Soup Kitchen. Pertiwi Soup Kitchen yang mula dilancarkan pada
tahun 2010 merupakan badan bukan kerajaan yang terlibat dengan bantuan makanan kepada gelandangan
sehingga sekarang. Program yang dilaksanakan ini bermula dari awal pagi dengan penyediaan makanan oleh
sukarelawan secara bergotong royong. Bagi menampung perbelanjaan untuk menyediakan keperluan makanan
dan selimut, sukarelawan telah menjalankan kutipan sumbangan dan mengadakan aktiviti jualan dua minggu dari
tarikh program dilaksanakan.

Seterusnya di waktu malam kami mula bergerak ke sekitar Kuala Lumpur untuk mengedarkan bantuan
makanan kepada warga gelandangan. Selain daripada bantuan makanan, Kolej Komuniti Hulu Langat juga turut

69

mengagihkan selimut kepada warga gelandangan yang memerlukan. Sewaktu pengedaran makanan dilaksanakan,
sukarelawan perlu mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh Pertiwi Soup Kitchen bagi mengelakkan sebarang
perkara yang tidak diingini. Antaranya adalah, sewaktu pengagihan kami tidak dibenarkan untuk berbual-bual
dengan gelandangan dan setiap orang hanya boleh menerima satu bungkusan makanan sahaja. Ianya bertujuan
melancarkan proses pengagihan makanan dan memastikan makanan yang diagihkan adalah mencukupi.

Warga gelandangan yang datang untuk mendapatkan makanan terdiri dari golongan kanak-kanak sehinggalah
golongan yang berusia. Terdapat juga diantara mereka yang bekerja tetapi disebabkan kos sara hidup yang
meningkat di kawasan ibu kota menjadikan mereka tidak mampu untuk menyewa tempat tinggal. Sewaktu
warga gelandangan menikmati makanan yang telah diagihkan barulah sukarelawan berpeluang mendekati dan
berbual-bual dengan mereka. Walaubagaimanapun terdapat juga warga gelandangan yang tidak mahu didekati
dan menjauhkan diri. Pelbagai kisah suka duka yang telah dikongsi bersama-sama dengan sukarelawan. Situasi
seperti ini benar-benar membuka mata para sukarelawan tentang realiti kehidupan yang semakin mencabar diluar
sana. Pengalaman yang sangat berharga ini tidak dapat diperolehi dalam bilik darjah. Hanya melalui penganjuran
program seperti sahaja sukarelawan berpeluang untuk turun padang dan melihat sendiri situasi yang sebenarnya.


IMPAK PELAKSANAAN PROGRAM CSR YANG TELAH DILAKSANAKAN

Penganjuran program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini memberikan impak yang positif kepada
sukarelawan yang terlibat iaitu:

i. Memupuk sikap prihatin dikalangan warga staf

Program Tanggungjawab Sosial Korporat dapat menyemai sikap prihatin dan budaya sukarelawan dalam
kalangan sukarelawan terhadap komuniti luar sekaligus menjadi salah satu platform bagi mereka mendekati
warga yang kurang bernasib baik. Keterlibatan golongan pelajar secara sukarela dalam program seperti ini
juga perlu ditingkatkan selaras dengan misi pembentukan modal insan yang sering dititikberatkan dalam bidang
pendidikan di Malaysia. Belia yang mempunyai semangat yang kuat dan prihatin terhadap keadaan masyarakat
di sekeliling mereka adalah mereka yang sentiasa peka dan ingin membantu tanpa mengharap apa-apa balasan.
Selain bermanfaat kepada orang lain, sikap kesukarelawaan memberi impak yang besar kepada individu belia itu
sendiri. Ia bertujuan menyemarakkan lagi sifat kemasyarakatan terutama kepada pelajar agar sentiasa mengambil
berat dan membantu golongan yang memerlukan.

ii. Peningkatan disiplin dikalangan sukarelawan

Memupuk sikap disiplin dalam kalangan pelajar bukan sahaja dapat dilakukan di dalam bilik darjah tetapi juga
boleh diterapkan dalam program yang dilaksanakan di luar bilik darjah. Kadangkala, peningkatan disiplin pelajar
adalah lebih baik dan lebih dihayati melalui penganjuran program sukarelawan seperti ini. Ini adalah kerana
sukarelawan yang terlibat dalam program ini perlu mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh Pertiwi Soup Kitchen
melalui penggiliran tugas dan tanggungjawab. Selain daripada itu, sukarelawan juga perlu mengikut arahan dari
pihak yang mengetuai proses pengagihan makanan sekaligus melatih sukarelawan untuk menepati masa yang
telah ditetapkan.

iii. Mengukuhkan perpaduan dan kerjasama

Pada masa kini pengaruh gadget semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat kita khususnya dikalangan
pelajar. Kesan daripada pengaruh ini turut menyebabkan pelajar menjadi seorang yang individualistik. Bagi
membentuk sebuah negara yang maju, kepelbagaian agama, etnik dan budaya merupakan teras kepada kekuatan
negara kita. Oleh kerana itu, perpaduan di antara kaum haruslah diterapkan dalam bidang pendidikan supaya
ianya dapat dijadikan panduan bagi pelajar apabila tamat belajar nanti. Melalui kerja-kerja penyediaan makanan
dan pengagihan makanan yang memerlukan semangat berpasukan mampu memupuk perpaduan dan kerjasama
dikalangan pelajar tanpa mengira kaum dan agama.

iv. Peningkatan imej yang baik dan positif serta memberi nilai tambah kepada sukarelawan

Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang turut menjalinkan kerjasama dengan badan bukan kerajaan
sedikit sebanyak dapat membantu dalam mempromosikan Kolej Komuniti Hulu Langat kepada komuniti luar.
Melalui penganjuran program kemasyarakatan yang melibatkan komuniti luar ini mampu memberi imej yang
positif dalam kalangan warga tempatan. Kolej Komuniti Hulu Langat kini dilihat sebagai salah satu institusi yang
mampu melahirkan graduan yang lebih holistik yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik tetapi juga
dibekalkan dengan nilai-nilai murni yang diperlukan bagi seorang graduan untuk menghadapi cabaran diluar
selepas tamat pengajian nanti.

70
KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, sepanjang program CSR yang dijalankan melibatkan warga Kolej Komuniti Hulu Langat
memberikan impak yang positif dalam kalangan sukarelawan yang terlibat. Sesekali keluar dari rutin biasa
sebagai penjawat awam dan pelajar bagi menyelami hati dan situasi individu yang kurang bernasib baik mampu
memberikan pengalaman berharga kepada staf dan pelajar Kolej Komuniti Hulu Langat. Diharapkan pada masa
akan datang, penganjuran program seperti ini dapat dijenamakan semula dalam kerangka yang lebih berfokus
dan bersistematik dengan bimbingan dari pihak yang lebih pakar. Penganjuran program seperti ini juga memberi
banyak manfaat dengan memberikan pendedahan yang baharu kepada pelajar. Ianya juga diharapkan dapat
dijadikan salah satu platform bagi pelajar untuk melibatkan diri dengan program sukarelawan yang dianjurkan
oleh pihak luar.
RUJUKAN

1) http://www.sinarharian.com.my/cakna-sinar/datuk-munirah-tak-putus-beri-makanan-buat-\ gelandangan-1.849616
2) http://mycommunity.ump.edu.my/index.php/ms/knowledge-transfer-programme-ktp/117-membentuk-sukarelawan-belia-berkualiti-dr-noor-

raha-mohd-radzuan-wan-syariza-wan-yadri
3) Syazwani, D.(2016). Dinamik Kehidupan Golongan Gelandangan Di Pulau Pinang. Retrieved from http:// eprints.usm.my/31717/1/Syazwani_

Drani.pdf
4) http://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemV/PERKEM2010-2-21.pdf

Rajah 1.0 : Keratan akhbar berkaitan program Sesuap Nasi dan Seteguk Air serta
Cahaya Kasih Ramadhan

71

PEMBANGUNAN SAHSIAH PELAJAR MELALUI AKTIVITI CSR DI
KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT

Nurul Izzah Binti Ibrahim
[email protected]

PENGENALAN

Corporate Social Responsibility (CSR) atau tanggungjawab sosial ialah aktiviti atau tindakan yang dilakukan
oleh syarikat, organisasi atau institusi untuk memenuhi keperluan sosial masyarakat setempat, penjagaan alam
sekitar, hak-hak pekerja dan sebagainya. Ianya merupakan salah satu usaha menghubungkan sesuatu organisasi
dengan masyarakat awam. Pada permulaan kewujudan aktiviti tanggungjawab sosial ini sangat ditentang
keras oleh sesetengah organisasi kerana dianggap sebagai memberi bebanan dan tidak memberi sebarang
keuntungan kepada institusi tersebut. Namun demikian seiring dengan peredaran semasa dan arus globalisasi
penerimaan aktiviti tanggungjawab sosial ini lebih diterima oleh sesuatu organisasi kerana manfaatnya bukan
sahaja dapat menjana keuntungan malah dapat melahirkan modal insan pekerja atau masyarakat yang seimbang
dan cemerlang dalam pelbagai aspek.

PERLAKSANAAN

Unit Sijil Teknologi Maklumat (STM) dengan kerjasama Unit Sijil Pengoperasian Perniagaan (SPP) telah
melaksanakan Program CSR di Rumah Pertubuhan Islam Kebajikan Peribadi Mulia Sg Kantan Kajang, Selangor
pada 23 Mac 2017. Program ini merupakan salah satu daripada aktiviti tahunan unit Teknologi Maklumat dan Unit
Pengoperasian dan Perniagaan. Perlaksanaan program ini melibatkan 54 pelajar dan 19 pensyarah STM dan
SPP. Jawatankuasa yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar telah diwujudkan untuk melaksanakan program
ini.

Rumah Pertubuhan Islam Peribadi Mulia ini adalah sebuah institusi yang dibina khas bagi menempatkan anak-
anak yatim, fakir miskin dan asnaf zakat yang tinggal sebatang kara atau tiada waris yang sanggup untuk
mengambil tanggungjawap menjaga mereka. Institusi ini adalah institusi yang berdaftar di bawah Jabatan
Kebajikan Masyarakat yang menjaga kebajikan anak-anak yatim dan fakir miskin yang kehilangan ibu bapa dan
tempat pergantungan. Program seperti ini bertujuan untuk memberi khidmat bakti kepada rumah anak yatim
tersebut. Di samping menerapkan kasih sayang dan simpati kepada orang yang kurang bernasib baik.

Di antara pengisian dalam program corporate Sosial Responsibility(CSR) ini ialah jualan amal flea market
oleh pelajar SPP, pengumpulan dana oleh pelajar STM2 di Hypermarket Giant, Kursus Microsoft Word dan
cupcakes Sweetie Pie Class untuk anak-anak Rumah Pertubuhan Islam Peribadi Mulia serta pengisian rohani
yang disampaikan sendiri oleh ustaz mohd Shauqi Ahmad daripada staf Kolej Komuniti Hulu Langat. Jualan amal
flea market dijalankan pada 15 Mac 2018 oleh pelajar-pelajar unit SPP. Perlaksanaannya dimulakan dengan
proses pengumpulan barang-barang terpakai atau pre-love item daripada pensyarah dan para pelajar. Kemudian
barang-barang terpakai akan disaring mengikut jenis dan keadaannya. Aktiviti jualan flea market pelajar SPP
dijalankan dihadapan perkarangan Kolej Komuniti Hulu Langat. Lokasi Kolej Komuniti Hulu Langat yang terletak
berhadapan dengan Hypermarket Giant telah menarik lebih ramai pengujung yang terdiri dari komuniti setempat
untuk berkunjung ke flea market ini. Hasil keuntungan RM350 telah diperolehi daripada jualan amal flea market
tersebut.

Pelajar semester 2 STM pula mengambil inisiatif untuk mengutip dana sumbangan dengan membuka kaunter
di Hypermarket Giant. Di antara bentuk sumbangan yang diterima daripada komuniti setempat kajang ini ialah
makanan seperti beras, bihun, gula, tepung gandum dan lain-lain lagi. Selain itu, sumbangan dalam bentuk wang
ringgit juga turut disumbangkan oleh mereka. Hasil keprihatinan masyarakat setempat terhadap program CSR ini
membolehkan kutipan sebanyak RM2500 dapat dikutip sepanjang hari sabtu dan ahad. Pelajar STM2 dibawah
seliaan ahli jawatankuasa sumbangan bergilir-gilir menjaga kaunter sumbangan tersebut.

Selain daripada itu para pelajar STM dan SPP juga turut mengendalikan kursus asas Microsoft Word dan
cupcakes sweetie pie class dengan bantuan pensyarah Puan Nor Afziha Ngarisan dan Puan Hazlilawati Zainal.
Dalam kursus asas word anak-anak tersebut diajar cara mudah membuat kad hari jadi dengan menggunakan
perisian Microsoft Word. Akhir kelas tersebut anak-anak tersebut membawa pulang kad hari jadi yang dibuat di
dalam kelas asas Microsoft Word 2013. Manakala di dalam cupcakes sweetie pie class pula mereka diajar cara
membuat hiasan pada kek tersebut. Aktiviti ini dikendalikan sepenuhnya oleh para pelajar SPP dan STM.

72

Program CSR seperti ini dapat memberi banyak manfaat sama ada secara langsung atau tidak kepada organisasi
khususnya pembangunan sahsiah para pelajar yang terlibat. Definisi sahsiah ditakrifkan sebagai penampilan
fizikal, sikap tingkah laku, pemikiran, perasaan, sosial dan rohani individi. Manakala pembangunan sahsiah pula
bermaksud membina akhlak peribadi dan tingkah laku ke arah melahirkan seseorang itu supaya bertamadun,
intelek dan berdaya maju.

Dalam usaha melahirkan masyarakat yang seimbang, aktiviti seperti ini bukan sahaja melahirkan pelajar cemerlang
bidang akademik malahan dapat melahirkan pelajar yang prihatin, bertanggungjawap, sikap tolong menolong
kepada masyarakat yang kurang bernasib baik. Ia juga dapat mengikis sikap mementingkan diri sendiri dan
meningkatkan nilai-nilai kemanusiaan dalam jati diri pelajar.Apabila pelajar ini memasuki alam pekerjaaan mereka
tidak hanya mementingkan nilai kebendaan semata-mata tetapi akan mengambil kira faktor-faktor kemanusiaan
dalam membuat sesuatu keputusan dan penilaian. Kaedah pembangunan sumber manusia melalui aktiviti ini
akan menghasikan pembangunan modal insan yang seimbang dalam pembangunan ekonomi sesebuah negara
kerana para pelajar merupakan asset yang sangat berharga untuk pemangkin generasi yang akan menerajui
kepimpinan akan datang.

Selain dari itu tujuan aktiviti seperti ini juga dapat memupuk sikap kepimpinan pelajar dalam mengendalikan
sesuatu program. Dengan cara menerapkan semangat kerjasama dikalangan ahli kumpulan, belajar cara
membuat keputusan, sikap tanggungjawap terhadap anak-anak yatim tersebut. Nilai kepimpinan seperti ini tidak
akan mudah didapati melalui pembelajaran dalam bilik darjah. Pelajar diberi pendedahan secara terus sebagai
contoh aktiviti mengendalikan kursus Microsoft Word dan kelas cup cakes kepada anak-anak istimewa ini. Pelajar
mempelajari cara mengagihkan tugas, mendengar arahan dari seorang ketua, dan melaksanakan sesuatu tugas
yang diberi dengan rasa penuh tanggungjawap. Aktiviti seperti ini juga dapat menjalinkan hubungan ukhwah yang
erat dan memupuk semangat sukarelawan dikalangan mereka.

Idea melaksanakan aktiviti jualan amal flea market ini datangnya dari pelajar-pelajar SPP sendiri. Melalui aktiviti
ini dapat memupuk dan menambah minat pelajar terhadap aktivtiti keusahawanan. Pelajar mempunyai matlamat
dan objektif untuk mencari keuntungan jualan supaya dapat disumbangkan kepada rumah anak yatim tersebut.
Usaha seperti ini dapat melahirkan pelajar yang proaktif, kreatif, bersunguh-sungguh dan berdaya saing di
kalangan mereka. Pelajar akan dididik cara menguruskan sesuatu jualan dan mengira keuntungan jualan tersebut.

Pelajar juga terdedah dengan pelbagai lapisan masyarakat contohnya pensyarah, rakan sebaya, komuniti setempat
tersebut dan anak-anak istimewa tersebut. Kaedah dan cara pelajar berkomunikasi juga dapat ditingkatkan.
Mereka juga mempelajari kaedah interaksi yang berbeza terhadap setiap golongan tersebut. Komunikasi
merupakan elemen yang sangat penting dalam menyampaikan maksud atau objektif sesuatu tujuan. Dalam
mencari sumbangan untuk disampaikan kepada Rumah Pertubuhan Islam Peribadi Mulia, para pelajar belajar
cara berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat. Bukan sahaja melalui kaedah pendengaran, percakapan
tetapi juga dengan terhasilnya pamphlet untuk tujuan mengutip dana tersebut.

Rajah 1.0: Program CSR Unit SPP dan STM bersama Rumah Kebajikan Peribadi Mulia

73

Rajah 2.0: Kursus Masakan Cupcakes Sweetie Pie oleh Puan Hazlilawati Zainal

Rajah 3.0: Kelas Asas Microsoft Word Oleh Puan Noor Afziha Ngarisan

KESIMPULAN

Kesimpulannya program seumpama ini wajar diteruskan dan dijadikan sebagai aktiviti tahunan di Kolej Komuniti
Hulu Langat. Banyak manfaat dan faedah yang didapati hasil daripada program seperti ini khususnya kepada
para pelajar. Dalam menghasilkan sumber tenaga manusia yang seimbang dari pelbagai segi, program atau
aktiviti kemahiran insanah seumpama ini wajar diperbanyakkan di institusi-institusi pengajian. Program ini juga
mampu untuk mempertingkatkan sahsiah dan jati diri pelajar dari pelbagai segi.

RUJUKAN

Abdul Manaf Bohari & Nik Mutasim Abdul Rahman. 2001. Dr Shifa Mohd Nor.(2016) Retrieve from https://www.bharian.com.my/
“Tanggungjawab Sosial Korporat Di Malaysia: Masalah, Perlaksanaan node/153700
Dan Cabaran” dalam Abdul Aziz Jemain et.al (eds), Isu-Isu Ekonomi
dan Pengurusan di Malaysia, Petaling Jaya : Prentice Hall.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (2013) Retreive from https://www.
ssm.com.my/sites/default/files/cr_agenda/BBPC%20booklet_CR_
BM%20R3.pdf

74

KURSUS PENDEK JAHITAN: MEMBANTU KOMUNITI UNTUK
MENAMBAH PENDAPATAN DAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN SEDIA

ADA

Fatimah Wati Binti Mat Khairi
[email protected]

PENGENALAN

Penubuhan Kolej Komuniti adalah untuk memberi perkhidmatan kepada masyarakat sekitar dalam membudayakan
Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH). Melalui pelaksanaan Kursus PSH yang dijalankan di Kolej Komuniti Hulu
Langat, ia dilihat sebagai sebuah institusi yang paling hampir dengan masyarakat dalam menyediakan keperluan
latihan dan kemahiran pada semua peringkat umur. Matlamat utama pelaksanaan kursus PSH adalah untuk
meluaskan akses pendidikan, meningkatkan taraf sosio ekonomi dan kesejahteraan masyarakat melalui program
latihan dan kemahiran. Selain itu, kursus PSH ini mempunyai dasar terbuka kepada semua iaitu kepada sesiapa
sahaja yang berminat untuk mendapatkan latihan dan kemahiran serta yuran kursus yang berpatutan. Objektif
utama kursus PSH ini adalah untuk memberi peluang kepada masyarakat dalam menambahkan pendapatan di
samping, memberi peluang kepada mereka yang ingin meningkatkan kemahiran sedia ada dalam menambahbaik
prestasi perniagaan mereka contohnya. Peserta kursus PSH adalah dalam kalangan kumpulan sasar iaitu
miskin tegar, warga emas / pesara, orang kelainan upaya (OKU), ibu tunggal, orang asli dan belia (yang tiada
pendapatan tetap). Kursus PSH ini berbentuk modular dan mudah alih, boleh digubal untuk memenuhi keperluan
industri setempat.

BIL KUMPULAN SASARAN 2015 2016 2017
BIL BIL %
1 IBU TUNGGAL 137 % BIL % 206 686.7
2 MISKIN TEGAR 792 456.7 831 332.4
3 WARGA EMAS 422 316.8 89 296.7 534 1335
4 BELIA 1673 1055 955 477.5
5 OKU 174 836.5 825 330 167 556.7
580
284 710

1518 759

60 200

Jadual 1.0 : Prestasi Sasaran Peserta Kursus Pendek di Kolej Komuniti Hulu Langat
dari tahun 2015 hingga 2017

JAHITAN DI KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT

Kursus Jahitan adalah antara salah satu tarikan di Kolej Komuniti Hulu Langat samada dari masyarakat setempat
mahupun dari luar. Antara kursus yang dijalankan adalah seperti kursus jahitan Pakaian Wanita, Pakaian Lelaki,
Gaun Kanak-Kanak, pelbagai jenis Langsir, pelbagai jenis Beg dan sebagainya lagi. Tempoh kursus jahitan ini
dijalankan antara 5 hingga 20 jam iaitu antara 1 hingga ke 4 hari mengikut modul jahitan yang telah ditetapkan.
Kursus ini bukan sahaja khas untuk peserta yang telah mahir menjahit sahaja, tetapi juga memberi peluang
kepada peserta yang tiada asas dalam bidang jahitan, mereka dialu-alukan untuk menyertai kursus asas jahitan
bermula dari kelas asas penggunaan mesin jahit, asas penyelenggaraan mesin jahit, asas pembuatan sampel-
sampel jahitan, asas pembuatan pola dan seterusnya asas menjahit.

Di KKHL khususnya, jika diperhatikan, peratus ibu tunggal yang mengikuti kursus PSH adalah lebih tinggi seperti
yang ditunjukkan pada Rajah 1.0 di atas. Kemudian diikuti pula oleh golongan miskin tegar. Ini menunjukkan
bahawa golongan seperti ini yang amat memerlukan kursus PSH demi untuk menambahkan pendapatan
keluarga. Salah satunya adalah kursus Jahitan Pakaian yang boleh menjana pendapatan sacara berterusan
kerana permintaannya sentiasa ada. Ada di antaranya, peserta kursus ini menjalankan perniagaan secara
sendiri di rumah atau sudah mempunyai syarikat sendiri. Mereka mempunyai pelanggan tetap, dan kerana itu,
mereka berminat untuk mengikuti kursus-kursus jahitan untuk meningkatkan lagi kemahiran sedia ada dalam
menghasilkan rekaan pakaian terkini dan mengikut citarasa dari pelanggan yang mahukan rekaan pakaian lain
dari yang lain. Lambakan fesyen terkini yang terdapat di media sosial seperti Facebook dan Instagram contohnya
turut merupakan faktor utama permintaan peserta untuk mengikuti kelas jahitan di KKHL. Ini kerana permintaan
yang tinggi dari pelanggan yang mahukan rekaan seperti yang mereka lihat di media sosial tersebut. Jadi, situasi
ini memberi peluang kepada peserta untuk menghasilkan dan mempelbagaikan hasil karya mereka sendiri. Rajah
2.0 merupakan antara proses pengajaran dan pembelajaran bagi kursus jahitan yang dianjurkan di KKHL.

75

Rajah 2.0: Antara Proses Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Jahitan yang dianjurkan di KKHL

KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT MELAHIRKAN USAHAWAN JAHITAN

Kolej Komuniti dianggap sebagai institusi yang berpotensi memberikan impak besar kepada masyarakat
dalam pembangunan keusahawanan. Ini terbukti dengan lahirnya usahawan jahitan yang bermatlamat untuk
mewujudkan perniagaan sehingga berjaya bergerak sendiri dan mempunyai kewangan yang stabil. Rajah 3.0 di
bawah menunjukkan antara peserta Kursus PSH di KKHL yang telah berjaya menjadi usahawan jahitan :-

BIL MAKLUMAT NAMA SYARIKAT PENDAPATAN BULANAN
1 Norhabibah Binti Abd Hamid Sejutamas Enterprise RM 1000 Ke Atas
2 Suhibah Bt Abu Hassan Annur Suci Enterprise RM 500 Ke Atas
3 Nor Aini Binti Mostafa RM 500 Ke Atas
4 Salamiah Binti Ahmad Luvbella Collection RM 800 Ke Atas
5 Roshidah Binti Abdul Wahab Haninakareef Collection RM 500 Ke Atas

FS Agency

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, Pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan kursus pendek yang berteraskan
pembelajaran yang boleh diikuti dengan tujuan untuk menambahkan pendapatan, meningkatkan kemahiran
sedia ada kepada setiap individu, masyarakat dan pembangunan Negara. Penyertaan masyarakat dalam kursus
PSH di KKHL telah memberikan impak positif kepada peranan Kolej Komuniti sebagai hab pembelajaran PSH.
Selain itu, kursus ini berjaya mewujudkan kesedaran masyarakat tentang pemerolehan ilmu pengetahuan tanpa
batasan umur supaya menjadikan PSH sebagai budaya untuk menyedarkan warga Malaysia tentang kewujudan
pelbagai program PSH yang dikendalikan oleh Kolej Komuniti. Peserta kursus PSH diharapkan dapat menguasai
kemahiran dalam kursus yang disertai agar boleh membantu mereka dalam meningkatkan mutu kerja untuk
kehidupan masing-masing disamping dapat menambahkan pendapatan sendiri khususnya.

RUJUKAN

1) Laporan Tahunan 2012, Kolej Komuniti Hulu Langat
2) PSH Bermodul JPKK, Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti: http://www.jpkk.edu.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=126

&Itemid=23
3) Wikipedia Pembelajaran Sepanjang Hayat: https://ms.wikipedia.org/wiki/Pembelajaran_sepanjang_hayat
4) Portal Rasmi Pembelajaran Sepanjang Hayat: http://www.mohe.gov.my/portalpsh/?p=14778
5) Buku Garis Panduan Penulisan Penyelidikan: Bahagian Penyelidikan Dan Inovasi, Jabatan Pengajian Politeknik

6D2ED1E4459ACCF88DA3E23BA8

76

PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM
DI KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT

Tilkavati A/P Muthusamy
[email protected]

PENGENALAN

Kegiatan kokurikulum bukan sahaja dapat memberikan keseronokan malahan dapat mendatangkan pelbagai
kebaikan kepada pelajar yang menyertainya. Kokurikulum didefinisikan kegiatan atau gerak kerja aktiviti yang
dirancang dan dilaksanakan selepas waktu pembelajaran formal di dalam dan di luar kelas (Mok Soon Sang,
2011). Ianya merupakan elemen yang penting dalam sistem pendidikan di Malaysia. Aktiviti kokurikulum juga
merupakan keseimbangan dan pengukuhan kepada program atau aktiviti pembelajaran di bilik kuliah atau
kurikulum.

Kokurikulum dan kurikulum merupakan dua komponen utama dalam pembangunan modal insan yang seimbang
dari segi jasmani , emosi, rohani, dan intelek. Kokurikulum mempunyai peranan dan pengaruh sama ada secara
langsung atau tidak langsung dalam pembangunan individu. Sistem pendidikan yang dilaksanakan kini mendidik
pelajar menjadi insan yang berjaya dan mengenali budaya serta alam sekeliling.

Menurut Zulkiflee dan Aimi (2010), kokurikulum adalah pelengkap kepada kehendak dan kepentingan kurikulum.
Ini menunjukkan bahawa kokurikulum mempunyai kepentingannya yang tersendiri dalam membentuk modal insan
yang bertaraf dunia. Aktiviti kokurikulum dianggap sebagai alat untuk memenuhi hasrat unggul dasar pendidikan
kebangsaan, iaitu perpaduan di kalangan pelajar-pelajar yang terdiri daripada berbilang kaum di sesuatu institusi
pendidikan. Dengan menyertai aktiviti ini pelajar dapat membentuk disiplin yang tinggi da sahsiah diri. Kokurikulum
akan menyediakan pelbagai peluang kepada pelajar untuk menambah, mengukur, dan mengamalkan kemahiran,
pengetahuan dan nilai-nilai yang telah dipelajari semasa pembelajaran di bilik kuliah.

AKTIVITI KOKURIKULUM DI KOLEJ KOMUNTI HULU LANGAT

Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL) merupakan sebuah institusi pendidikan di bawah Jabatan Pendidikan
Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) yang menawarkan aktiviti kokurikulum dalam sistem pendidikan di
Malaysia. Unit Pembangunan Pelajar KKHL menggalakkan setiap pelajar untuk terlibat aktif dalam salah satu
aktiviti kokurikulum. Terdapat beberapa aktiviti kokurikum di KKHL iaitu Kelab Rukunegara, Kelab Pebimbing
Rakan Inspirasi Siswa Siswi (PRISS), Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA), dan Kegiatan Sukan.
Kegiatan sukan yang dimaksudkan adalah senamrobik, berbasikal, mendaki gunung, explorace, olahraga dan
permainan. Pelbagai manfaat aktiviti kokurikulum akan teliti untuk renungan kita bersama.

KEBAIKAN PENGLIBATAN PELAJAR DALAM KOKURIKULUM

Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dapat membantu pelajar meningkatkan kualiti modal manusia di
samping kecemerlangan kurikulum. Pelajar yang telah menamatkan pendidikan di peringkat yang lebih tinggi
menghadapi kesukaran untuk memperolehi pekerjaan sekiranya mereka yang tidak mempunyai latihan atau
pengkhususan yang jelas.

Pelajar digalakkan mempunyai kemahiran hardskills dan softskills untuk membolehkan mereka lebih diterima
dan bersaing di pasaran kerjaya. Walaupun pelajar yang mempunyai sekeping sijil, usaha untuk memahami
dan memperoleh kemahiran tambahan yang lain merupakan daya tarikan syarikat-syarikat membuka peluang
pekerjaan kepada pelajar. Kedua-dua bidang kemahiran ini pelajar boleh diperolehi dengan melibatkan diri secara
aktif dalam aktiviti kokurikulum di kolej komuniti.

Kemahiran hardskills dirujuk kepada sijil kemahiran di kolej komuniti manakala softskills merujuk kepada
kemahiran tambahan yang lain seperti kemampuan pelajar berfikir tentang sesuatu perkara dan bagaimana untuk
bertindak balas terhadap perkara tersebut, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kepimpinan, kemahiran
berkomunikasi pelbagai bahasa, aspek personaliti atau karakter dan cara mempersembahkan kemahiran yang
ada. Kesemua kemahiran ini diperolehi oleh seseorang pelajar apabila melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.
Semakin banyak kemahiran dan pengetahuan yang pelajar ada, maka semakin tinggilah peluang pelajar untuk
mendapatkan pekerjaan, khususnya di syarikat-syarikat yang besar.

Seterusnya, penglibatan dalam aktiviti kokurikulum turut membantu mengeratkan perpaduan dan meningkatkan

77

kerjasama di kalangan pelajar daripada pelbagai kaum di kolej komuniti. Semangat perpaduan merupakan
elemen penting dalam mewujudkan negara yang aman dan makmur. Kokurikulum merupakan pelengkap ke
arah pendidikan holistik, bukan hanya dari segi peningkatan dan pengembangan kemahiran sosial, afektif, dan
psikomotor sahaja. Malah untuk mengukuhkan lagi interaksi, toleransi, dan integrasi antara kaum. Sukan atau
segala permainan berpasukan mengukuhkan kerja secara berpasukan. Melalui aktiviti kokurikulum, pelajar boleh
berinteraksi antara satu sama lain dengan lebih mesra tanpa memilih kaum atau agama. Semangat perpaduan
dapat dipupuk apabila pelajar berbilang kaum bekerjasama bagi menjayakan sesuatu aktiviti.

Daya kepimpinan merupakan ciri perwatakan yang amat berguna yang diperoleh para pelajar apabila bergiat
aktif dalam aktiviti kokurikulum. Daya kepimpinan merupakan aset yang penting untuk seseorang itu diterima
dalam masyarakat, dihormati, dan diberikan kepercayaan untuk memimpin. Hal ini amatlah mustahak kerana
seseorang pemimpin perlu memiliki keyakinan diri yang tinggi, berfikiran positif dan matang. Dengan menyertai
aktiviti kokurikulum, semua bakat istimewa sebagai pemimpin berjaya dibentuk melalui kegiatan berpasukan.
Daya kepimpinan ini dapat dipupuk apabila seseorang pelajar dilantik sebagai ketua dalam sesuatu kegiatan.
Kepimpinan yang berkesan adalah dapat memikul tanggungjawab yang diberikan dengan komited dan
berdedikasi. Pengalaman dan kebolehan seserang pemimpin untuk penyesuaian diri terhadap persekitaran
dapat menyumbang kepada proses kewibawaan dan kejayaan.

Kokurikulum merupakan salah satu saluran yang menggalakkan perkembangan bakat dan sifat kreativiti pelajar. Ia
turut dapat menyuburkan potensi individu dalam lapangan tertentu untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang berkehendak supaya bakat dan potensi dalam diri seseorang pelajar itu dipertingkatkan ke
tahap yang maksimum.

Diantara gambar penglibatan pelajar KKHL dalam aktiviti kokurikulum

KESIMPULAN

Pelajar-pelajar yang aktif dalam aktiviti kokurikulum ketika di alam pembelajaran di kolej komuniti mempunyai
pelbagai kelebihan dan memberi faedah kepada mereka terutama dalam perkembangan kerjaya. Strategi utama
dalam menarik minat pelajar bagi menyertai aktiviti kokurikulum iaitu dengan memperkasakan peranan kolej.
Kolej Komuniti sebagai sebuah institusi perlu memperluaskan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum.
Pihak KKHL, terutamanya Unit Pembangunan Pelajar hendaklah memainkan peranan supaya para pelajar bergiat
cergas dalam kegiatan kokurikulum. Kegiatan kokurikulum ini memberikan peluang kepada pelajar untuk menjadi
lebih giat dan cergas. Selain itu, kerjasama semua pihak terutamanya pensyarah dan ibu bapa harus dikukuh
supaya segala aktiviti yang dirancang boleh dilaksanakan dengan jayanya. Oleh itu, para pelajar digalakkan
mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum supaya pelajar berdaya saig, ketrampilan, kreatif dan inovatif
dapat dihasilkan.

Sebagai kesimpulannya, kegiatan kokurikulum dapat membantu dalam usaha membentaras masalah sosial di
kalangan pelajar kolej. Aktiviti ini memberi impak positif kepada pelajar dalam membentuk modal insan yang
mempunyai kemahiran kepimpinan, berkomunikasi berkesan, berdisiplin dan membetuk gaya hidup yang sihat.

RUJUKAN

Zulkiflee Haron & AimiAyuni Idris (2010). Persepsi Pelajar Terhadap Malaysia.
Penerapan Kemahiran Generik Dalam Aktiviti Kokurikulum Di
Kalangan Pelajar Tahun Dua Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Mok Soon Sang (2011). Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku.
Penerbitan Multimedia.

78

PERANCANGAN STRATEGIK BERUPAYA MELONJAKKAN KOLEJ
KOMUNITI HULU LANGAT PADA TAHUN 2017

Zaidi Bin Zakaria Wan Noor Elyana Binti Wan Mohamed
[email protected] [email protected]

Salmiah Binti Mohd Salleh
[email protected]

PENGENALAN

Kementerian Pendidikan Tinggi pada tahun 2015 melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 hingga
2025 (Pendidikan Tinggi) PPPM(PT) telah menggariskan sepuluh (10) lonjakan dengan hasrat untuk menghasilkan
graduan yang seimbang dan holistik dengan minda keusahawanan, melahirkan ‘penjana pekerjaan’ dan bukan
sahaja ‘pencari pekerjaan’, meletakkan program berasaskan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional
(TVET) setaraf dengan program akademik, dan membudayakan pembelajaran sepanjang hayat di peringkat
kebangsaan. Hasrat ini tentu sekali telah menjadi tanggungjawab semua institusi pendidikan tinggi (IPT) dan
untuk mencapainya pengurusan strategik yang baik adalah sangat penting.

Menurut Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) (2018), pengurusan
strategik merupakan satu proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan dalam sesebuah
organisasi bagi mencapai misi serta visi yang telah ditetapkan. Pengetahuan, kemahiran dan komitmen perlu
dititikberatkan samaada di peringkat pengurus, pentadbir atau orang bawahan bagi mengaplikasikan pengurusan
strategik di IPT. Hal ini amat penting bagi memastikan organisasi pendidikan yang tidak berfokus kepada
keuntungan, tetap relevan dan diperlukan oleh masyarakat. Bagi Pearce et, al. (2000) pula, pengurusan strategik
wujud hasil daripada cetusan perancangan strategik yang dibina. Beliau menyatakan pengurusan strategik
melibatkan keputusan dan tindakan kepada atau daripada perancangan strategik bagi mencapai matlamat
organisasi.

SISTEM PENGURUSAN KKHL

Menyedari kepentingan perancangan strategik, Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL) telah merangka satu
perancangan strategik pada tahun 2016 bagi memastikan segala matlamat, misi dan visi organisasi dapat
dilaksanakan mengikut pencapaian keberhasilan yang telah ditetapkan. Menurut Mohamed (2007) perancangan
strategik merupakan proses perancangan jangka masa panjang yang fokus kepada matlamat dalam jangkaan
tiga hingga lima tahun akan datang. Perancangan strategik amat penting dan ia merupakan aset utama di dalam
sesuatu organisasi. Ia merupakan panduan bagi pelaksanaan kerja dalam satu sistem pengurusan. Berdasarkan
perancangan strategik, segala aktiviti dirancang fokus untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

Perancangan Strategik Kolej Komuniti Hulu Langat 2017 – 2020 telah menggariskan visi KKHL untuk menjadi
“Institusi TVET dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Yang Unggul menjelang Tahun 2020”. Institusi unggul
yang dihasratkan adalah berdasarkan kepada enam (6) kriteria iaitu graduan holistik, kecekapan sistem, tenaga
kerja kompeten, kolaborasi industri, memperkasa pembelajaran sepanjang hayat dan pengiktirafan TVET.
Perancangan ini didokong oleh 5 misi, 6 matlamat strategik, 14 keberhasilan dan 40 petunjuk prestasi.

Perancangan yang dibuat juga turut dipantau secara berkala. Menyahut cabaran Revolusi Industri 4.0, pencapaian
Perancangan Strategik Kolej Komuniti Hulu Langat 2017 - 2020 dipantau menerusi sistem yang dikenali sebagai
e-pppKKHL. Sistem ini dibangunkan dengan menggunakan platform perisian sumber terbuka, menggunakan
Gmail dan Google Drive. Pemantauan dibuat setiap suku tahun di mana pemilik setiap petunjuk prestasi
dikehendaki untuk mengemaskini pencapaian di dalam sistem. Pihak pengurusan pula boleh mengakses sistem
ini bila-bila masa sahaja. Pada tahun 2017, pencapaian secara keseluruhan di dalam e-pppKKHL adalah 85.68%.

PENCAPAIAN KKHL

Pencapaian KKHL bagi tahun 2017 dapat dilihat dari beberapa aspek iaitu;

i. Amalan baik tadbir urus

Amalan tadbir urus yang baik di KKHL telah terbukti menerusi pencapaian di dalam bidang akademik, pengurusan
kualiti dan pengurusan kewangan. Pencapaian sepanjang 2017 dinyatakan di dalam jadual di bawah:

79

BIL SKOP AMALAN BAIK PENCAPAIAN
• Akreditasi penuh untuk program
1 Pengurusan akademik
o Sijil Teknologi Penyejukan & Penyamanan Udara
2 Pengurusan kualiti o Sijil Teknologi Maklumat
3 Pengurusan kewangan o Sijil Pengoperasian Perniagaan

• Akreditasi sementara untuk program
o Diploma In Customer Service Management

Pensijilan MS ISO 9001 : 2015
• Cemerlang di dalam Audit Akaun Amanah
• Cemerlang Audit Naziran Kementerian Pendidikan Tinggi

Jadual 1.0: Pencapaian amalan tadbir urus

ii. Pencapaian Pelaksanaan Kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)

Pada tahun 2017, KKHL telah berjaya menjana pendapatan akaun amanah sebanyak RM 137,871. Pendapatan
ini telah meningkat dengan ketara sejak tahun 2015

Rajah 1.0: Pendapatan yang dijana bagi Akaun Amanah KKHL

Penanda wacana, KKHL juga berada dalam kalangan 5 kolej komuniti yang menjana pendapatan tertinggi
bagi Akaun Amanah Kolej Komuniti. KKHL juga merupakan kolej yang pertama yang melabur ke dalam Akaun
Simpanan Tetap. Jumlah pelaburan adalah RM 60,000.

Dari segi bilangan peserta, KKHL telah berjaya mencapai seramai 6412 orang peserta melalui 492 kursus PSH
yang telah dijalankan. Bilangan ini nyata telah melebihi 152% dari sasaran yang telah ditetapkan. Pencapaian ini
telah menjadikan KKHL berada di tempat kedua dari keseluruhan kolej komuniti di Malaysia dari segi bilangan
pencapaian peserta.

iii. Pencapaian Pelaksanaan Aktiviti

80

BIL ASPEK PENCAPAIAN BAIK PENCAPAIAN
1 Kolaborasi industri
• Menjalinkan kolaborasi strategik dengan 22 agensi
2 Medium pelaksanaan proses kerajaan dan swasta
pengajaran dan pembelajaran
• Menjalankan 20 program (tempoh 88 jam) bersama industri
3 Pusat tauliah • Membangunkan 4 video e-learning
• 20% dari kursus sepenuh masa telah dijalankan di dalam
4 Penyelidikan dan inovasi
mod blended learning
5 Pensyarah pakar
6 Aktiviti pementoran pelajar • Menjadi pusat persijilan untuk :
i. Sistem Perakaunan UBS ii. e-Rezeki
7 Aktiviti pelajar
• Menghasilkan :
8 Alumni i. 4 penyelidikan ii. 26 inovasi

9 Centre of Training & Technology • Peringkat pembentangan penyelidikan :
(COTT) i. Antarabangsa - 1 ii. Kebangsaan - 3

10 MyCCSkills • 1 inovasi telah didaftarkan dengan MyiPO

11 Penganjuran program berimpak 10 orang pensyarah pakar
tinggi
29 pensyarah melatih 144 pelajar
12 Program pembangunan staf
• Menganjurkan :
i. 97 program pembangunan sahsiah
ii. 21 program keusahawanan

iii. 12 program khidmat sosial
• 14 pemimpin pelajar terhasil
• 61 pelajar telah berjaya membangunkan 22 inovasi

• Kebolehpasaran graduan : 94.8%
• 7 usahawan alumni dihasilkan
• 3 usahawan alumni dianugerahkan “Entrepreneur Icon On

Campus” (EIOC)

• Mewujudkan COTT dalam bidang teknologi penyejukan &
penyamanan udara

• Mendapat tempat pertama dan ketiga dalam bidang
teknologi penyejukan & penyamanan udara

• CSR Homepro @ CC
• Touch Point Cabinet Away Day 2017
• Kolej Komuniti bersama Komuniti (KKbK)
• CEO Talk @ Faculty

• 65 staf telah menghadiri 106 kursus
• 2 orang pensyarah telah menjalani Sangkutan Industri

Pensysrah (SIP)

Jadual 2.0: Pencapaian pelaksanaan aktiviti

STRATEGI MEMANTAPKAN OPERASI KKHL

Strategi memantapkan operasi KKHL dirancang dengan melihat kepada aspek penambahbaikan terhadap
pencapaian keberhasilan tahun 2017 iaitu tahap kepuasan majikan terhadap graduan yang bekerja, aktiviti
kokurikulum pelajar, kepimpinan pelajar, usahawan alumni, usahawan pelajar, tahap kepuasan pekerja, enrolmen
pelajar, penerbitan kertas ilmiah, penghasilan produk inovasi, geran penyelidikan dan inovasi, penghasilan video
e- learning, penjanaan sumber pendapatan, latihan staf, akses kepada program pembelajaran sepanjang hayat
dan pengiktirafan yang diterima oleh institusi dan warga institiusi. Beberapa cadangan program intervensi telah
dikenalpasti seperti berikut:

i. Teaching factory untuk semua program pengajian

Teaching factory adalah suatu konsep pembelajaran berasaskan industri (produk atau perkhidmatan) melalui
sinergi antara institusi dan rakan industri untuk melahirkan graduat yang kompeten. Ianya memudahcara proses
pembelajaran dengan produk/perkhidmatan sebenar dan akan memberi manfaat kepada institusi, pelajar,
pensyarah dan menjana pertumbuhan ekonomi tempatan. Melalui teaching factory, pelajar didedahkan dengan

81

persekitaran kerja di industri lebih awal di mana proses pembelajarannya dilaksanakan di industri atau membawa
industri ke dalam kelas. Peluasan pelaksanaan teaching factory kepada semua program akan memberi impak
positif terhadap kompetensi pelajar, memberikan pengalaman industri kepada pensyarah dan pelajar dan
mengeratkan lagi hubungan dengan industri setempat dalam penambahbaikan fasiliti di KKHL. Melalui teaching
factory juga, konsep learn and earn boleh dilaksanakan di mana pelajar yang telah menyiapkan kerja diberi upah
atas kerja yang diselesaikan.

ii. Inkubator keusahawanan PAK

Inkubator bermaksud program pembangunan ekonomi yang diwujudkan untuk membangunkan syarikat
usahawan melalui bimbingan, sokongan dan bantuan sehingga mereka boleh bergerak membina perniagaan
sendiri. Inkubator PAK memberi fokus kepada inkubator keusahawanan pelajar (P), inkubator keusahawanan
alumni (A) dan inkubator keusahawanan komuniti (K). Program inkubator usahawan PAK merupakan tunjang
kepada aktiviti pembangunan keusahawanan KKHL.

• Fasa 1 - mengenalpasti peserta inkubator keusahawanan dalam kalangan pelajar, alumni dan komuniti.
Peserta Inkubator keusahawanan pelajar dipilih dalam kalangan pelajar semester 1 dan disaran dilaksana
mengikut bidang dalam program pengajian, peserta inkubator keusahawanan alumni ditawarkan kepada
pelajar yang telah menamatkan pengajian dan peserta inkubator keusahawanan komuniti ditawarkan
kepada komuniti setempat yang ingin memulakan perniagaan. Pada tahun 2018, pelaksanaannya bermula
dengan empat (4) inkubator pelajar, satu (1) inkubator alumni dan satu (1) inkubator komuniti.

• Fasa 2 - Bimbingan dan latihan kepada peserta inkubator keusahawanan secara berterusan.
• Fasa 3 - Sokongan dan bantuan modal permulaan inkubator keusahawanan samada daripada koperasi,

dana akaun amanah atau dana/pinjaman luar.
• Fasa 4 - Memulakan perniagaan di ruang yang disediakan oleh KKHL. Memeterai perjanjian tempoh masa

program inkubator di ruang yang disediakan.
• Fasa 5 - Menamatkan program inkubator setelah peserta boleh menggerakkan perniagaan sendiri.

Kesemua peserta inkubator ini diselia oleh mentor yang dilantik dalam kalangan pensyarah dan juga mentor
dalam kalangan usahawan berjaya. Peserta inkubator yang telah memulakan perniagaaan digalakkan mengambil
pekerja separa masa dalam kalangan pelajar dengan diberikan upah berasaskan kerja yang telah dilaksanakan.
Umpamanya bagi inkubator penyamanan udara, tugasan atau projek menyelenggara penyaman udara diberi
kepada pelajar dalam bidang berkaitan.

iii. Sistem Pementoran

Pementoran ditakrifkan sebagai satu proses di mana individu yang lebih berpengalaman bertindak sebagai
kaunselor, pembimbing, tutor atau jurulatih kepada individu yang tidak berpengalaman dalam sesuatu bidang
tertentu (Rekha and Ganesh, 2012). Strategi sistem pementoran amat berkesan dilaksanakan bagi meningkatkan
kualiti diri, program, produk, latihan dan pencapaian cemerlang KKHL. Sistem pementoran boleh dilaksanakan
seperti pementoran pensyarah mengikut kepakaran dan bidang, pementoran inkubator keusahawanan pelajar,
alumni dan komuniti, pementoran pemimpin pelajar, pementoran pelajar dalam melaksana aktiviti penyelidikan
dan inovasi, pementoran pelajar yang menyertai pertandingan, pementoran pelajar di dalam kelas, pementoran
pelajar dalam melaksanakan aktiviti dan pementoran antara pelajar senior dan junior. Sistem pementoran yang
dicadangkan hendaklah dilaksanakan secara berstruktur dan tersusun.

iv. CCRACC sebagai pemangkin kecemerlangan

College Community Refrigeration and Air Conditioning Centre (CCRACC) dalam bidang penyejukan dan
penyamanan udara perlu ditingkatkan peranan dan fungsinya sebagai pusat rujukan setempat. Ini merangkumi
pembangunan bahan dan kaedah pembelajaran, penghasilan penyelidikan dan produk inovasi dan penerbitan
kertas ilmiah dengan membuka atau memberi ruang kepada komuniti setempat, industri dan institusi pendidikan
bekerjasama dengan KKHL sama ada dalam bentuk penganjuran seminar, dialog, perkongsian fasiliti dan
kepakaran .Pewujudan sebuah portal/website CCRACC bagi menempatkan bahan rujukan dan penawaran
perkhidmatan kepakaran merupakan strategi utama dalam menonjolkan KKHL sebagai Pusat Rujukan Setempat.
Pelaksanaan teaching factory dan pembangunan inkubator keusahawan pelajar dan inkubator keusahawanan
alumni dalam bidang adalah elemen baru yang perlu disepadukan ke dalam CCRACC. Peranan CCRACC
akan lebih efektif dengan menjalankan dan meluaskan kerjasama dengan program teknologi maklumat (IT) dan
program operasi perniagaan dengan melaksanakan projek secara hibrid yang melibatkan elemen penyamanan
udara, IT dan perniagaan.

v. Mekanisme semak dan imbang

82

Kecekapan dan keberkesanan sistem akan dapat dicapai sekiranya mekanisme semak dan imbang dapat
digerakkan ke dalam semua sistem yang yang beroperasi di KKHL. Mekanisme ini dapat dilaksanakan dengan
mengetatkan kawalan dalaman pada setiap peringkat pelaksanaan. Kawalan dalaman peringkat pertama adalah
melalui pemantauan berkala, ini diikuti dengan kawalan dalaman peringkat kedua melalui aktiviti terjah atau
pemeriksaan mengejut bagi memastikan kesiapsiagaan pelaksana. Seterusnya kawalan dalam peringkat ketiga
ialah pelaksanaan audit dalaman secara menyeluruh bagi memastikan sistem beroperasi mengikut tatacara
dan piawaian. Kawalan dalaman peringkat keempat ialah penguatkuasaan pasukan inspektorat dalaman yang
bertindak menangani sesuatu isu yang berbangkit dalam sistem. Jika ke empat peringkat kawalan dalaman ini
dapat dilaksanakan, ianya dapat meningkatkan keyakinan pihak yang berkepentingan dan memelihara integriti
KKHL.

vi. Program pembangunan bakat

Kelestarian dan kelangsungan KKHL digerakkan oleh kumpulan warga yang berbakat dan yang menyumbang
kepada kecemerlangan institusi. Program ini melibatkan pembangunan bakat staf berdasarkan kepada
kepakaran dan kompetensi yang pelbagai dan pembangunan bakat pelajar dalam melahirkan pemimpin pelajar
dan pembangunan bakat pelajar berdasarkan kemahiran dalam bidang tertentu seperti kepakaran bidang, sukan,
keusahawanan, muzik dan seni, kerohanian dan kesukarelawanan. Fasa 1 pelaksanaan didahului dengan
pencarian dan pemilihan bakat dalam kalangan staf dan pelajar. Fasa 2 pula ialah pembangunan secara berstruktur
dan tersusun melalui latihan peningkatan kemahiran, persijilan profesional dan sangkutan industri. Seterusnya
fasa ke 3 dilaksanakan dengan pendedahan kepada situasi sebenar seperti menyertai pertandingan, mengelola
aktiviti, memberi latihan, melaksanakan khidmat perundingan, menjalankan perniagaan dan menghasilkan
produk. Fasa ke 4 ialah fasa pengukuhan kemahiran melalui latihan lanjutan.

vii. Mempelbagaikan sumber pendapatan

Sumber pendapatan utama akaun amanah KKHL adalah melalui satu sumber iaitu melalui kursus pendek dan
latihan khas akaun amanah yang dilaksanakan sepanjang tahun. Sumber pendapatan ini dapat ditingkatkan
dengan mempelbagaikan sumber pendapatan antaranya dengan penghasilan produk jenama KKHL. Inkubator
keusahawanan PAK diberi peranan untuk mengeluarkan produk, promosi, pemasaran, pengedaran dan penjualan.
Sumber pendapatan juga boleh dijana melalui perkhidmatan kepakaran dalam bidang seperti pemasangan dan
penyelenggaraan penyaman udara, perkhidmatan cetakan dan perkhidmatan baik pulih komputer. Industri juga
boleh dilibatkan dalam penawaran kursus yang berimpak tinggi. Ianya boleh dilaksanakan dalan mereka bentuk
dan menghasilkan modul kursus dengan pensijilan bersama keluaran KKHL dan industri. KKHL ditauliahkan
oleh industri sebagai pusat latihan untuk menawarkan pensijilan kursus tersebut kepada komuniti setempat.
Pendekatan menang-menang ini akan memberi manfaat berganda kepada KKHL dan industri.

viii. Meneroka kawasan baru

KKHL perlu keluar daripada zon selesa dalam meningkatkan kadar enrolmen pelajar sepenuh masa dan
melaksanakan program pembelajaran sepanjang hayat kepada komuniti. Akses komuniti ke program-program
KKHL hendaklah dibuka seluas-luasnya. Strategi meneroka kawasan baru melibatkan kerja dimeja dengan
melihat statistik dan biodata pelanggan dan peta kawasan. Seterusnya menyediakan pelan tindakan penentuan
kawasan, golongan sasaran dan logistik. Fasa seterusnya ialah kerja ditapak yang melibatkan temu janji dengan
pihak yang terlibat, promosi dan aktiviti. Ini dikuti dengan pelaksanaan program dan aktiviti terancang dijalankan
di kawasan tersebut atau di institusi. Proses ini hendaklah diteruskan di kawasan-kawasan baru yang lain. Projek
meneroka kawasan baru ini sebaiknya dilaksanakan 3 bulan sebelum tahun berakhir yang bertujuan penjadualan
program atau kursus untuk tahun berikutnya.

ix. Konsep sekolah penyayang

Konsep sekolah penyayang merupakan satu konsep untuk melahirkan pelajar berketrampilan yang mampu
menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang. Pengertian sayang dalam konteks sekolah penyayang
merangkumi keprihatinan, keterikatan, pertolongan, bimbingan, penjagaan, kefahaman dan perasaan kasihan
serta simpati. Konsep sekolah penyayang berlandaskan perhubungan yang mesra dan akrab dalam kalangan
anggota yang perlu dijiwai dan diamalkan. Noraziah (2010) menyatakan antara ciri-ciri sekolah penyayang
ialah sekolah sebagai satu keluarga, perhubungan warga institusi saling menyayangi, budaya perkhidmatan
penyayang, hubungan guru dengan pelajar bagaikan bapa/ibu dengan anak, warga sekolah saling mengenali,
keikhlasan dalam melaksanakan peranan/tugas, perkongsian tanggungjawab, sikap bekerjasama dan saling
membantu, muafakat dan musyawarah, menjaga kebajikan warga sekolah, perasaan mempunyai dan dipunyai,
penghargaan dan galakan, peluang peningkatan kendiri dan keadilan. Konsep ini boleh dilaksanakan di KKHL
dengan diberi jenama Happy Campus@KKHL. Ianya boleh dilaksanakan berdasarkan 5 elemen utama iaitu
persekitaran, pengurusan, pensyarah dan staf, pelajar serta ibubapa dan komuniti setempat. Antara program

83

yang boleh dilaksanakan ialah Kami ambil Tahu, Satu Untuk Semua, Indahnya Kolejku, Kem Lestarikan Kehijauan
Alamku, Program MAYANG (MASIH ADA YANG SAYANG), Kempen 3S (Sapa, Senyum, Salam), Identiti Kolej
(War Cry KKHL), Santapan Minda, Sudut CAKNA, Program SANTUN, Kempen Sayangi Daku, Tea with Director,
Program Hargai Kami, Info Bestari, Tautan Kasih, Merisik Khabar, Team Building, Hari Keluarga KKHL, Anugerah
Kecemerlangan Pelajar dan Anugerah Kecemerlangan Staf.

ISU DAN CABARAN

Pada tahun pertama pelaksanaan Perancangan Strategik Kolej Komuniti Hulu Langat 2017 - 2020, KKHL telah
mencapai prestasi yang cemerlang. Ini bermakna perancangan strategik yang digubal dengan baik, dihayati
dan digerakkan oleh warganya berupaya melonjak KKHL ke satu tahap yang tinggi. Walau bagaimanapun untuk
mengekalkan kecemerlangan ini, laluan yang perlu dilalui penuh dengan isu dan cabaran yang perlu ditangani.

i. Mengekalkan komitmen dan momentum warga

Komitmen, passion dan kerja berpasukan merupakan nilai teras yang dipegang oleh warga KKHL dalam
melaksanakan sesuatu projek atau tugasan. Cabaran utama bagi memastikan prestasi yang sama dapat
dikekalkan adalah untuk memastikan momentum tinggi ini tidak kendur pada masa mendatang. Antara faktor
yang boleh menyumbang kepada penurunan momentum ialah kelonggaran dalam pemantauan, tidak jelas hala
tuju, bebanan tugas yang tidak sekata dan terlalu tinggi, tiada keseronokan dalam bekerja dan kurangnya aktiviti
kebajikan bersama staf dan penghargaan terhadap staf. Pihak pengurusan hendaklah mengambil kira faktor-
faktor ini bagi memastikan momentum dan komitmen warga sentiasa berada pada tahap tinggi.

ii. Menjalin kolaborasi aktif dengan pihak berkepentingan

Pada tahun 2017, KKHL telah menjalin kolaborasi aktif dengan 14 agensi dan industri. Cabarannya pada masa
kini adalah untuk memastikan jalinan kolaborasi sentiasa aktif yang membawa maksud sentiasa ada projek
bersama dan aktiviti berterusan yang memberi manfaat kepada kedua belah pihak. Didapati bahawa ada di antara
koloborasi ini mati begitu sahaja tanpa tindakan susulan. Pemeteraian nota kolaborasi ini bukan setakat untuk
mencapai KPI sahaja tetapi pengisian yang memberi faedah. Jawatankuasa bertindak hendaklah diwujudkan di
kedua-dua belah pihak apabila sesuatu kolaborasi di meterai bagi membincangkan aktiviti bersama yang boleh
dilaksanakan.

iii. Kekangan fasiliti dan ruang pembelajaran

Kapasiti pelajar setahun KKHL ialah 360 orang pelajar, tetapi dengan unjuran enrolmen pada tahun berikutnya
enrolmen pelajar akan mencapai pada tahap 510 orang pelajar. Oleh yang demikian, peningkatan enrolmen
pelajar, akan memberi implikasi kepada ketidakcukupan fasiliti dan ruang pembelajaran. Kekangan ruang dan
peralatan akan berlaku di bengkel/makmal yang tidak dapat menampung bilangan pelajar yang ramai pada satu
masa. Ruang yang tidak kondusif, fasiliti yang tidak mencukupi dan bilangan pelajar yang ramai mengakibatkan
proses penyampaian dan pembelajaran tidak lagi efektif. Antara kaedah yang boleh dilaksanakan ialah dengan
penjadualan fleksi atau mengoptimumkan ruang sepenuhnya tetapi memerlukan komitmen tinggi pensyarah
dalam menjadualkan semula waktu bekerja yang berbeza.

iv. Tadbir urus dan perkhidmatan yang berkualiti

Tadbir Urus bermaksud semua proses berkaitan membuat keputusan dan melaksanakannya atau tidak
melaksanakannya keputusan tersebut. Tadbir urus yang baik mempunyai lapan sifat utama iaitu akauntabiliti,
telus, sedia memberi maklumbalas, adil dan meliputi semua pihak, efektif dan efisien, mematuhi kedaulatan
undang-undang, mudah disertai dengan rela hati dan berteraskan rundingan dan muafakat (Municipal Association
of Victoria et.al., 2014). Tadbir urus adalah suatu bentuk kawalan yang memastikan sasaran organisasi
tercapai. Tadbir urus dan perkhidmatan berkualiti amat mempengaruhi imej dan reputasi KKHL lebih-lebih lagi
jika hubungannya dengan pihak yang berkepentingan adalah baik dan harmoni. Hubungan yang baik ini akan
menyumbang kepada pembentukan sinergi yang meningkatkan lagi pengaruh KKHL pada pandangan pihak luar.
Apa yang perlu dilakukan oleh warga KKHL ialah sentiasa memelihara dan memperkasakan lagi tadbir urus dan
kualiti perkhidmatan yang sesuai dengan statusnya sebagai institusi TVET yang melahirkan graduat yang holistik,
seimbang dan berciri keusahawanan. Tadbir urus yang baik dan perkhidmatan yang berkualiti adalah faktor
penyumbang kepada kemampanan KKHL untuk jangkamasa yang lama.

84

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, KKHL telah berada di landasan yang betul kerana telah menghasilkan sebuah
perancangan strategik bermula pada tahun 2017. Bagi menjadi sebuah organisasi pendidikan yang cemerlang,
KKHL perlu mempunyai sistem perancangan yang strategik. Perancangan strategik sangat berguna kepada
pihak pengurusan KKHL bagi menentukan hala tuju organisasi berdasarkan visi dan misi yang telah ditetapkan
dalam jangka masa panjang. Ia juga merupakan sebahagian daripada pengurusan strategik bagi meningkatkan
produktiviti warga KKHL ke tahap yang lebih membanggakan. Pihak pengurusan KKHL dan juga warganya
hendaklah bersatu padu menangani segala isu dan cabaran bagi memastikan visi dan misi organisasi dapat
direalisasikan berpandukan perancangan strategik yang telah dibina.

RUJUKAN

Malaysia, K. P. (2015). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Rekha NK, Ganesh PM (2012) Do mentors learn by mentoring others?
2015-2025 (Pendidikan Tinggi). Putrajaya, Malaysia: Kementerian International Journal of Mentoring and Coaching in Education 1(3),
Pendidikan Malaysia. 205-217. Ringle CM, Wende S, Will A (2005) SmartPLS 2.0 (Beta).
Hamburg: SmartPLS.
Pearce, J. A., Robinson, R. B., & Subramanian, R. (2000). Strategic
management: Formulation, implementation, and control. Columbus, Municipal Association of Victoria, Victorian Local Government
OH: Irwin/McGraw-Hill. Association, Local Government Victoria and Local Government
Professionals. (2014). Good Governance Guide. Retrieved from
Mohamed, Z. A. (2007). Pengurusan strategik. Utusan Publications. http://www.goodgovernance.org.au/about-good-governance/what-is-
good-governance
Kolej Komuniti Hulu Langat (2017). Perancangan Strategik Kolej
Komuniti Hulu Langat 2017 – 2020. Selangor: Kementerian Pengajian Noraziah, Abdul Aziz dan Nett Yushani (2010). Ke arah Pewujudan
Tinggi Sekolah Penyayang, Siri Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan,
Institut aminuddin Baki, Genting Highland, Pahang.
Slide Perancangan Strategik Sektor Awam –MAMPU http://www.
m a m p u . g o v. m y / i m a g e s / s u a r a _ a n d a / S L I D E _ O V E R V I E W _
PERANCANGAN_STRATEGIK_SEKTOR_AWAM_2017.pdf.

85



87 Salmiah Mohd Wan Noor Elyana Noraina Abd
Zaidi Zakaria Salleh Wan Mohamed Rahman

Sarah Abd
Hamid

Hanimastura Nornazlina
Hashim Mohd Nor

Azizah Suzana Zainol Fadhlina
Mahadi Abidin Ahmad

Nor Syahidah Sarimah
Abdul Mutalib Che Hassan

Shaiful Amri Firdaus
Khudzari Hassan

Norhazlinda Yusmaria Tilkavati
Mohd Hanapi Mohd Yusoff A/P Muthusamy

Suraya Nurul Izzah Nurul Syahrina Maifuza
Abdul Rahmad Ibrahim Mohd Shahar Mohd Amin
Yuzilawati
Mohamad Yunus Fardanadia
Sulaiman

Siti Syahida
Ahmad

Fatimah Wati
Mat Khairi

Nor Hidayah
Ahmad Damanhuri

Ramlah
Mohd Nor



89

SIDANG REDAKSI

PENASIHAT

EN ZAIDI ZAKARIA (PENGARAH)

PEMBANTU PENASIHAT

SALMIAH MOHD SALLEH (TPA)
WAN NOOR ELYANA WAN
MOHAMED (TPP)

KETUA EDITOR

HANIMASTURA BINTI HASHIM

KETUA GRAFIK &
CETAKAN

FADHLINA AHMAD

PENYUNTING

HANIMASTURA HASHIM
NOR HIDAYAH MOHAMED
FADHLINA AHMAD
TILKAVATI A/P MUTHUSAMY
NURUL IZZAH BINTI IBRAHIM
FARDANADIA SULAIMAN

KETUA EDARAN

HAZLILAWATI ZAINAL

90

91


Click to View FlipBook Version