Instrumen Standard Kualiti Perkhidmatan Berpencapaian Tinggi Psikologi &
                Kaunseling
           Jadual pemantauan
           Data kumpulan sasaran
           Surat / memo pekeliling berkaitan
           Sasaran Kerja Tahunan (SKT)
Temu bual
Contoh-contoh soalan yang boleh diajukan:
      Adakah pemantauan termasuk dalam bidang tugas anda?
      Apakah aspek yang dipantau dan instrumen yang digunakan dalam pemantauan?
      Siapakah yang terlibat dalam pemantauan?
      Bagaimanakah anda memantau perkhidmatan kaunseling?
      Bagaimanakah anda memantau kes kaunseling?
      Jika berlaku perubahan perancangan pemantauan perkhidmatan kaunseling atau kes
          kaunseling, apakah tindakan anda?
Pemerhatian
Penilaian dilakukan secara tidak formal (melalui mesyuarat dan temu bual dengan rakan sekerja)
D3 : KEMAHIRAN
E2       : PELAKSANAAN APLIKASI PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
A2.1
         : PELAKSANAAN PERKHIDMATAN KAUNSELING (SESI KAUNSELING / BIMBINGAN /
           KONSULTASI / ADVOKASI)
HURAIAN  Pelaksanaan perkhidmatan kaunseling (sesi kaunseling / bimbingan / konsultasi / advokasi)
         merujuk kepada keupayaan pegawai untuk menjalankan perkhidmatan kaunseling (sesi
         kaunseling / bimbingan / konsultasi / advokasi) secara profesional selaras dengan definisi-definisi
         yang berikut:
         Kaunseling ertinya suatu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-
         prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk
         mencapai suatu perubahan, kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri
         klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien.
         (Akta Kaunselor 580:8)
         Suradi (1997) menyatakan bimbingan ialah proses untuk membantu individu memahami dirinya
         dan dunia di sekelilingnya supaya dia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat
         dengan sepenuhnya.
         Konsultasi ialah khidmat runding cara yang sistematik dalam bidang-bidang kepakaran psikologi
         dan kaunseling untuk keperluan klien. Contohnya; Guru Besar mendapatkan khidmat konsultasi
         daripada Kaunselor berkaitan dengan permasalahan di sekolah.
         Advokasi ialah khidmat rujukan yang sistematik dan telus dalam bidang-bidang kepakaran untuk
         memandu klien mendapatkan alternatif penyelesaian masalah. Contohnya; merujuk klien yang
         bermasalah perkahwinan kepada Jabatan Agama Islam.
PENJELASAN Keupayaan kaunselor untuk:
DESKRIPSI
                               Mengendalikan perkhidmatan sesi kaunseling secara profesional
                                    - bersemuka antara kaunselor dengan klien;
                                    - penstrukturan (etika kerahsiaan, jangka masa, persetujuan, jangkaan, ada perubahan
                                         terhadap diri klien, dan persekitarannya);
                                    - tempat yang kondusif;
                                    - komunikasi dua hala;
                                    - menggunakan pendekatan psikologi dan humanistik;
                                    - klien ialah manusia normal (emosi, intelektual, spiritual, fizikal);
                                    - ada perancangan dan hala tuju (sebelum, semasa, selepas); dan
                                    - proses dinamik yang menunjukkan kemajuan secara berterusan
          Menyediakan laporan perkhidmatan kaunseling
              - menggunakan borang-borang yang khusus
              - format laporan mengikut pendekatan yang digunakan oleh kaunselor
              - secara manual (bertulis / bercetak) atau dalam talian (ePsK); dan
              - laporan berstatus “SULIT” dan disimpan di dalam almari berkunci
          Mematuhi Akta 580 dan Kod Etika Kaunselor
              - akur kepada semua peraturan yang termaktub di dalam Akta 580 dan Kod Etika
                   Kaunselor. Contohnya; Akta 580 : Bahagian IV : Pendaftaran Kaunselor dan Perakuan
Amalan: Perkara 22 : Kaunselor hendaklah didaftarkan
             Memberikan maklum balas (jika perlu)
                 - akur kepada prosedur maklum balas mengikut piagam pelanggan
                 - boleh memberikan maklum balas / pelaporan sesi untuk kes rujukan
             Memberi bimbingan, konsultasi dan advokasi jika perlu
                 - Akur kepada prosedur konsultasi dan advokasi mengikut keperluan klien
                 - Mematuhi kod etika kaunseling
PENJELASAN  Semakan Bahan
KAEDAH      Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh-contoh yang berikut:
PENILAIAN
                             Borang-borang perkhidmatan kaunseling (BK 01 – BK 09)
                             Kod Etika Kaunselor (Lembaga Kaunselor)
                             Akta 580 (Akta Kaunselor 1998)
                             Surat / memo arahan yang berkenaan
                             Sasaran Kerja Tahunan (SKT)
                             Buku log sesi atau rekod kaunseling
            Temu bual
            Contoh-contoh soalan yang boleh diajukan:
             Jelaskan maksud sesi kaunseling yang profesional.
             Berapa lamakah anda menyediakan laporan sesi?
             Kepada siapakah maklum balas diberikan?
             Bagaimanakah anda mengekalkan kerahsiaan dalam sesi kaunseling?
            • Berapakah sasaran sesi kaunseling yang dilaksanakan pada tahun ini?
            • Apakah program utama yang anda laksanakan?
            Pencerapan
                  Supervision secara formal semasa kaunselor menjalankan sesi kaunseling atas
                      persetujuan klien
            Pemerhatian
            Penilaian dilakukan secara formal semasa kaunselor mengadakan sesi kaunseling individu atau
            kelompok dan penilaian tidak formal boleh dilakukan pada bila-bila masa tanpa memaklumkan
            PYD.
D3          : KEMAHIRAN
E2          : PELAKSANAAN APLIKASI PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
A2.2        : APLIKASI INSTRUMEN PSIKOMETRIK / UJIAN PSIKOLOGI
HURAIAN     Punca kuasa bagi aplikasi instrumen psikometrik / ujian psikologi ini ialah Pekeliling
            Perkhidmatan Bil. 18 Tahun 2005 Panduan Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber
            Manusia Sektor Awam.
            Aplikasi instrumen psikometrik / ujian psikologi ialah kebolehan pegawai untuk menggunakan
            instrumen psikometrik / ujian psikologi secara profesional dan beretika. Instrumen psikometrik
            / ujian psikologi ini terdiri daripada instrumen yang berlesen dan instrumen yang diadaptasi.
            Instrumen ini digunakan untuk keperluan pembangunan personal, penilaian personal,
            intervensi, dan penyelidikan.
PENJELASAN  Keupayaan pegawai untuk:
DESKRIPSI
                  Mengaplikasikan instrumen psikometrik / ujian psikologi secara profesional dan
                      beretika seperti berikut:
                 i. Mengenal pasti instrumen psikometrik / ujian psikologi
                 - menyenaraikan jenis instrumen dan kegunaan;
                 - menyimpan instrumen-instrumen tersebut;
                 ii. Mentadbir instrumen psikometrik / ujian psikologi
                 - merancang penggunaan instrumen (sebelum, semasa dan selepas);
                 - mahir mentadbir (melaksana, pemarkatan dan interpretasi) instrumen mengikut
                        SOP
                 iii. Menyediakan profil dan laporan instrumen psikometrik / ujian psikologi
                 - pelaporan mengikut manual yang ditetapkan
                 - menyediakan dan mengemas kini buku log penggunaan secara manual dan dalam
                        talian
                 iv. Membuat tindakan susulan berdasarkan dapatan instrumen psikometrik/
                        ujian psikologi
                 - akur kepada prosedur maklum balas mengikut piagam pelanggan
                 - boleh memberikan maklum balas / pelaporan instrumen psikometrik / ujian
                        psikologi untuk kes yang dirujuk
                 v. Beretika semasa pengendalian instrumen psikometrik / ujian psikologi
                 - pematuhan Kod Etika Kaunselor dan Akta 580 – Penggunaan Instrumen
                        Psikometrik
             Mengemukakan maklum balas, konsultasi atau melaksanakan kajian berdasarkan
                 instrumen psikometrik / ujian psikologi
PENJELASAN  Semakan Bahan
KAEDAH      Penilaian berdasarkan mana-mana contoh yang berikut:
PENILAIAN
                  Memo permohonan dan kebenaran penggunaan instrumen (jika berkaitan)
                  Rekod penggunaan instrumen psikometrik / ujian psikologi
                      Secara manual atau dalam talian (log penggunaan instrumen: jenis instrumen, tujuan
penggunaan, bilangan klien, tarikh pelaksanakan)
      Instrumen psikometri / ujian psikologi
      Bahan-bahan lain yang berkaitan
      Sasaran Kerja Tahunan (SKT)
Temu bual
Contoh-contoh soalan yang boleh diajukan:
      Adakah anda mengaplikasikan instrumen psikometrik / ujian psikologi dalam tugas
          anda?
      Adakah anda merekodkan penggunaan instrumen?
      Mengapakah anda menggunakan instrumen psikometrik?
      Apakah yang anda lakukan selepas klien menjalani ujian psikometrik?
      Bagaimanakah anda melaporkan hasil ujian psikometrik?
Pemerhatian
Dilakukan secara formal dan tidak formal
Pencerapan
      Pencerapan dilakukan secara formal dan tidak formal
D3          : KEMAHIRAN
E2          : PELAKSANAAN APLIKASI PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
A2.3        : PELAKSANAAN PERKHIDMATAN
HURAIAN     Antara punca kuasa bagi pelaksanaan perkhidmatan psikologi dan kaunseling dalam sektor awam
            adalah daripada Pekeliling Perkhidmatan Awam Bil.1 Tahun 1999 Panduan Mewujudkan
            Perkhidmatan Kaunseling Di Agensi Awam dan Pekeliling Perkhidmatan Bil.18 Tahun 2005
            Panduan Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam.
            Pelaksanaan perkhidmatan ialah keupayaan pegawai untuk melaksanakan perkhidmatan,
            program dan aktiviti psikologi dan kaunseling yang telah dirancang berdasarkan takwim tahunan,
            dan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) yang diluluskan. Program ini berdasarkan pendekatan
            3P (Pembangunan, Pencegahan, dan Pemulihan) kepada kumpulan sasaran yang terdiri
            daripada warga pendidikan di KPM, JPN, PPD, IPG, dan Kolej Matrikulasi.
PENJELASAN  Keupayaan pegawai untuk:
DESKRIPSI
                  Melaksanakan perkhidmatan utama psikologi dan kaunseling seperti yang berikut:
                      - perkhidmatan kaunseling (individu, kelompok, keluarga, kerjaya)
                      - perkhidmatan bimbingan (individu, kelompok, keluarga, kerjaya)
                      - perkhidmatan konsultasi / advokasi
             Melaksanakan program 3P
                 - sistem data dan maklumat (ePsK & ett)
                 - instrumen psikometrik / ujian psikologi
                 - pelaksanaan dasar kaunseling
                 - program modal insan (pool, psikososial, Critical Incident Stress Management (CISM),
                      persaraan, keibubapaan, AKRAB, Organisasi Mantap Berdasarkan Aplikasi
                      Kaunseling (OMBAK), pementoran, sharing, caring & healing, dan lain-lain)
                 - program profesionalisme dan pelan operasi latihan kompetensi kaunselor
                 - program penyelidikan dan pembangunan
                 - program pemantauan kes dan perkhidmatan
                 - program / aktiviti pengurusan dan pentadbiran
                 - program inovasi dan kreativiti
                 - program out-reach dan klinik kaunseling / one stop centre
                 - tugas-tugas lain yang berkaitan dengan psikologi & kaunseling yang diarahkan dari
                      semasa ke semasa
             Mengenal pasti kumpulan sasaran menggunakan kaedah seperti yang
                 berikut:
                 - kaedah ujian psikologi, pemerhatian, temu bual, tapisan, rujukan, sesi kaunseling,
                      psikososial, jemputan, dan lain-lain
                 - kumpulan sasaran terdiri daripada semua warga KPM
             Menyediakan kertas kerja / cadangan berdasarkan format yang ditetapkan seperti
                 yang berikut:
- pengenalan
                 - objektif
                 - rasional
                 - tarikh pelaksanaan (masa dan tempat)
                 - input program
                 - kaedah pelaksanaan
                 - jadual pelaksanaan program
                 - jawatankuasa pelaksana
                 - kos program
                 - penilaian program
             Melaksanakan perkhidmatan program / aktiviti yang telah dirancang berdasarkan
                 takwim yang ditetapkan (sebelum, semasa, dan selepas)
             Menyediakan dokumentasi program
                       - pelaporan pelaksanaan program
                       - Format Instrumen Pelaporan Program BPsK
                       - Piawai Star Rating Mampu
             Penilaian program
                      - mengumpulkan data penilaian program
                      - menganalisis data
                      - menyediakan laporan program
                      - membentangkan laporan
                      - melaksanakan tindakan susulan
PENJELASAN  Semakan Bahan
KAEDAH      Penilaian dilakukan berdasarkan contoh yang berikut:
PENILAIAN
                       PP / SPP / surat / memo yang berkaitan dengan perkhidmatan psikologi dan
                            kaunseling
                       Kertas kerja / cadangan
                       Dokumentasi program
                       Takwim
                       Sasaran Kerja Tahunan (SKT)
                       Perancangan strategik
                       Bajet
            Temu bual
            Contoh-contoh soalan yang boleh diajukan:
                         Berapakah sasaran sesi kaunseling yang dilaksanakan pada tahun ini?
                         Apakah program utama yang anda laksanakan?
                         Jelaskan maksud sesi kaunseling yang profesional.
                         Berapa lamakah anda menyediakan laporan sesi?
                         Kepada siapakah maklum balas diberikan?
                         Bagaimanakah anda mengekalkan kerahsiaan dalam sesi kaunseling?
                         Apakah jenis perkhidmatan kaunseling yang menjadi keutamaan anda?
                         Siapakah kumpulan sasaran yang terlibat dengan perkhidmatan anda?
                         Bagaimanakah anda memastikan bajet yang diperuntukkan itu diuruskan secara
                             optimum?
            Pemerhatian
            Dilakukan secara formal dan tidak formal
            Pencerapan
                  Pencerapan dilakukan secara formal dan tidak formal
D3          : KEMAHIRAN
E3          : PENTAKSIRAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
A3.1        : PENILAIAN PERKHIDMATAN KAUNSELING DAN PEMANTAUAN
HURAIAN     Penilaian perkhidmatan kaunseling dan pemantauan ialah keupayaan pegawai untuk
            melaksanakan penilaian perkhidmatan kaunseling dan pemantauan secara sistematik dengan
            menggunakan Instrumen Standard Kualiti Perkhidmatan Berpencapaian Tinggi Psikologi &
            Kaunseling atau borang pemantauan, serta dapat mengemukakan laporan pelaksanaan
            pemantauan.
            Pelaksanaan penilaian perkhidmatan kes kaunseling ialah keupayaan pegawai untuk
            memantau klien yang dilaksanakan oleh semua Kaunselor Organisasi terhadap kes-kes yang
            menjadi keutamaan seperti sakit mental, sakit berpanjangan, jenayah, dan pegawai yang
            berprestasi rendah.
            Pemantauan Perkhidmatan merujuk kepada penyeliaan oleh Kaunselor BPsK, Ketua Sektor dan
            Ketua Unit terhadap perkhidmatan yang dilaksanakan kepada kaunselor di organisasi masing-
            masing.
PENJELASAN  Keupayaan pegawai untuk:
DESKRIPSI         Menilai dan memantau perkhidmatan psikologi dan kaunseling berdasarkan kepada:
            i. Standard Kualiti Perkhidmatan Berpencapaian Tinggi Psikologi Dan Kaunseling
            ii. Pemantauan kes-kes; dengan menggunakan kaedah seperti yang berikut:
              - ujian psikologi
              - pemerhatian
              - temu bual
              - tapisan
              - rujukan
              - sesi kaunseling
              - psikososial
              - jemputan
              - anekdot
              - soal selidik
              - data maklumat ePsK
              - bahan-bahan lain yang berkaitan
            iii. *Supervision
                    Hanya boleh dilaksanakan oleh Kaunselor Berdaftar dan memiliki sekurang-kurangnya
                    di peringkat Sarjana dalam bidang Bimbingan & Kaunseling
 Mengenal pasti kumpulan sasaran
            Bil Pemantau                                         Kumpulan yang dipantau
                                                                           (Sasaran)
            1 Kaunselor Organisasi Bahagian (KOB)
                                                                 KON, KOD, KU KOI &
            2 Kaunselor Organisasi Negeri (KON)                  Klien
            3 Kaunselor Organisasi Daerah (KOD)                  KOD, Klien
            4 Ketua Unit Kaunselor Organisasi Induk (KU IPGM)    Klien
            5 Ketua Unit Kaunselor Organisasi Kampus (KU KOI)    KU KOI, KOI & Klien
            6 Kaunselor Organisasi Matrikulasi (KOM)             KOI & Klien
                                                                 Klien
             Melaksanakan penilaian perkhidmatan kaunseling dan pemantauan berdasarkan
                 prosedur yang ditetapkan
            - Instrumen Standard Kualiti Perkhidmatan Berpencapaian Tinggi Psikologi &
                 Kaunseling
            - Prosedur pemantauan ‘POOL’
             Membuat tindakan penambahbaikan, inovasi atau kreativiti
            - berdasarkan pelaporan pemantauan dan maklum balas pemantauan
            - ulasan pihak pengurusan
PENJELASAN  Semakan bahan
KAEDAH      Penilaian dilakukan berdasarkan contoh yang berikut:
PENILAIAN
                       PP / SPP/ surat / memo berkaitan perkhidmatan psikologi dan kaunseling.
                       Kertas kerja / cadangan
                       Dokumentasi program
                       Sasaran Kerja Tahunan (SKT)
                       Perancangan strategik
                       Bajet
                       Jadual pemantauan
                       Bahan-bahan lain yang berkaitan
            Temu bual
            Contoh-contoh soalan yang boleh diajukan:
                         Bagaimanakah anda menilai sesuatu perkhidmatan itu berkualiti ?
                         Apakah isu-isu yang dapat dikenal pasti dalam menjalankan perkhidmatan?
                         Adakah anda menjalankan penambahbaikan?
            Pemerhatian
            Dilakukan secara formal dan tidak formal
            Pencerapan
            Pencerapan dilakukan secara formal dan tidak formal
D3     : KEMAHIRAN
  E1
  A1.1   : PERANCANGAN INTERVENSI/ (RE)HABILITASI
HURAIAN
         : PENGETAHUAN BIDANG KHUSUS
         (Re)habilitasi ialah program intervensi yang berkait rapat dengan isu pendidikan yang
         menyebabkan ketidakupayaan peningkatan kualiti hidup dan potensi diri. Program intervensi ini
         adalah berasaskan sekolah dan berpusat.
         Program intervensi dilaksanakan secara holistik dan bersepadu tentang proses pemulihan bagi
         meningkatkan kemahiran motor, komunikasi, emosi, kognitif, sosial, dan keupayaan yang hilang
         akibat kecacatan, kecederaan dan penyakit. Kehilangan kemahiran-kemahiran ini mengakibatkan
         gangguan mobiliti, komunikasi dan keupayaan dalam menjalani aktiviti harian.
         Matlamat intervensi/ (re)habilitasi bertujuan meminimakan impak ketidakupayaan bagi
         membolehkan klien menjalani proses pembelajaran dengan lebih baik.
         Klien merujuk kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK) dan kanak-kanak berkeperluan khas yang
         menerima intervensi/ (re)habilitasi atau ibu bapa/penjaga/guru dan profesional yang lain apabila
         menerima khidmat konsultasi Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK).
PENJELASAN Keupayaan pegawai untuk:
DESKRIPSI
                           menguasai jenis permasalahan/ ketidakupayaan klien
                                - mempunyai pengetahuan yang mendalam berkaitan dengan jenis permasalahan/
                                       ketidakupayaan, contohnya, perkembangan pertuturan yang lewat, masalah
                                       pendengaran, masalah penglihatan, masalah pembelajaran, dan lain-lain.
                           menguasai pelbagai pendekatan intervensi/ (re)habilitasi berasaskan bukti (evidence -
                               based)
                                - mempunyai pengetahuan yang berkaitan dengan pendekatan intervensi/ (re)habilitasi
                                       berasaskan bukti (evidence–based), contohnya, modifikasi tingkah laku, rangsangan
                                       pertuturan dan bahasa, rangsangan pendengaran, integrasi sensori dan lain-lain.
                           menguasai prosedur saringan/ penilaian
                                - mengetahui cara mengambil case history, membuat pemerhatian, menemu bual dan
                                       menggunakan borang penilaian standard/ instrumen/ senarai semak.
                                - mengetahui prosedur dalam menjalankan saringan/ penilaian kepada klien.
          menguasai kaedah pengendalian instrumen /ujian/ alatan khas
               berupaya mengendalikan instrumen/ ujian/ alatan khas mengikut bidang khusus.
               contoh bidang:
                       Audiologi - ujian pendengaran menggunakan alat khas seperti Audiometer dll
                       Patalogi Pertuturan Bahasa - Instrumen Penilaian Awal Kanak-Kanak dll
                       Peripatetik - Ujian Denver dll
                       Psikologi - Ujian Saringan Vanderbilt/ Conners dll
          mematuhi kod etika profesionalisme
contoh bidang:
               Psikologi (American Psychological Association (APA) Code of Conduct for
                    Psychologist)
               Patalogi Pertuturan Bahasa (Malaysia Association of Speech-Language (MASH)
                    and Hearing Code of Ethics)
               Audiologi (Malaysian National Society of Audiologists (MANSA) Code of Ethics),
               Terapi Carakerja (Malaysian Occupational Therapy Association (MOTA) Code of
                    Ethics)
PENJELASAN  Semakan Bahan
KAEDAH      Penilaian berdasarkan mana-mana contoh yang berikut:
PENILAIAN
               borang pendaftaran klien/ surat kebenaran/ surat rujukan
               buku log instrumen/ ujian/ alatan khas
               fail klien
               laporan penilaian/ ujian
               instrumen/ ujian/ alatan khas
               dokumen-dokumen yang berkaitan dll.
            Temu bual
            Contoh-contoh soalan yang boleh diajukan:
               Apakah jenis permasalahan / ketidakupayaan klien?
               Mengapakah instrumen/ ujian ini dipilih?
D3        : KEMAHIRAN
  E1        : PERANCANGAN INTERVENSI/ (RE)HABILITASI
  A1.2      : PERANCANGAN
HURAIAN
             Pengetahuan perancangan ialah keupayaan pegawai untuk menghasilkan rangka kerja
             intervensi yang menepati kriteria pelan intervensi yang ditetapkan.
PENJELASAN  Keupayaan pegawai untuk:
DESKRIPSI      merancang dan menyediakan pelan intervensi/ (re)habilitasi
            - penulisan pelan intervensi/ (re)habilitasi mestilah mengandungi maklumat klien,
                  objektif, aktiviti, bahan/ alatan khas, jangka masa, pencapaian dll.
             merancang penggunaan instrumen/ ujian/ alatan khas/ bahan
            - pengetahuan tentang penggunaan instrumen/ ujian/ alatan khas/ bahan mengikut jenis
                  permasalahan/ ketidakupayaan klien, contohnya, klien yang bermasalah pendengaran
                  perlu menjalani ujian pendengaran.
            - pemilihan instrumen/ ujian/ alatan khas khas/ bahan perlu berdasarkan kesesuaian,
                  praktikal dan berkesan untuk menggalakkan penglibatan klien secara aktif dan
                  mengekalkan minat semasa sesi intervensi.
             merancang dan menentukan pendekatan intervensi/ (re)habilitasi yang sesuai
            - pemilihan pendekatan intervensi/ (re)habilitasi perlu berdasarkan kesesuaian dan
                  berkesan untuk menangani permasalahan/ ketidakupayaan klien, contohnya, Applied
                  Behavior Analysis, Psycholinguistic Approach, Parent-Child Interaction Approach,
                  Child-Centered Therapy Approach, Prevention Approach, Ling 6 Sounds, Sensory
                  Integration Approach, dll.
             merancang tindakan susulan
            - mengenal pasti tindakan susulan seperti meneruskan sesi intervensi secara berkala/
                 menamatkan sesi intervensi/ membuat rujukan kepada profesional lain
PENJELASAN  Semakan Bahan
KAEDAH      Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
PENILAIAN
                fail klien
                pelan intervensi/ (re)habilitasi
                dokumen-dokumen lain yang berkaitan
            Temubual
            Contoh-contoh soalan yang boleh diajukan:
             Kenapa pendekatan ini dipilih?
             Apakah pendekatan yang paling sesuai untuk masalah klien?
D3        : KEMAHIRAN
  E2
  A2.1      : PELAKSANAAN
HURAIAN     : PENGENDALIAN SESI INTERVENSI/ (RE)HABILITASI
               Pengendalian intervensi/ (re)habilitasi ialah kaedah pengurusan aktiviti yang dirancang
               mengikut keperluan permasalahan/ ketidakupayaan klien. Pengendalian sesi hendaklah
               tersusun, lancar dan mengikut pelan intervensi.
PENJELASAN  Keupayaan pegawai untuk:
DESKRIPSI
                membina hubungan (rapport)
                       - Rapport ialah usaha membina hubungan dan persefahaman yang lebih harmoni
                            dan menunjukkan sifat empati kepada klien bagi mewujudkan komunikasi yang
                            lebih berkesan. Antara kemahiran yang diperlukan ialah kemahiran mendengar
                            secara aktif, penggunaan komunikasi non-verbal (isyarat tubuh dan ekspresi
                            wajah) dan menunjukkan kepekaan yang tinggi terhadap keadaan klien.
                memastikan kesediaan klien
                       - mengenal pasti dan mengawal tingkah laku, persekitaran, emosi, dan fizikal klien
                             secara berkesan dan selamat untuk meningkatkan minat klien supaya terlibat
                             secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan mengikut peruntukan masa yang
                             ditetapkan.
                menjalankan penilaian kepada klien.
                       - memilih dan menjalankan penilaian yang bersesuaian dengan klien mengikut
                            prosedur, contohnya, penilaian tahap penguasaan bahasa menggunakan Clinical
                            Evaluation of Language Fundamentals 4th Edition (CELF-4), Vineland Adaptive
                            Behavior Scale 2nd Edition (VABS-2), Movement Assessment Battery for Children
                            (Movement ABC) dll.
                melaksanakan aktiviti intervensi/ (re)habilitasi mengikut sesi yang dirancang.
                       - tempoh sesi intervensi/ (re)habilitasi tidak melebihi satu jam dan/atau mengikut
                             pelan yang dirancang. Kekerapan sesi intervensi/ (re)habilitasi adalah mengikut
                             keperluan klien dan persetujuan ibu bapa/penjaga, seperti sesi sekali seminggu/
                             dua kali sebulan.
PENJELASAN  Semakan Bahan
KAEDAH      Penilaian berdasarkan contoh-contoh yang berikut:
PENILAIAN
               buku log klien (tarikh dan masa kedatangan, nama klien, nama pegawai terlibat dan
                   tanda tangan ibu bapa/penjaga)
               fail klien (borang temujanji, borang pendaftaran, surat kebenaran ibu bapa, pelan dan
                   laporan intervensi/ (re)habilitasi, laporan doktor, laporan penilaian, dll)
               bahan/ alatan khas (senarai bahan yang dipilih di dalam pelan intervensi)
               Dokumen-dokumen lain yang berkaitan
Pencerapan
            Penilaian berdasarkan contoh-contoh yang berikut:
              Manual pencerapan.
                 Contoh item seperti persediaan dan perancangan, pengendalian sesi, pematuhan
                 prosedur, kemahiran penggunaan teknik dan pendekatan intervensi, tingkah laku dan
                 respon klien, sahsiah diri dan lain-lain
              Senarai semak
              Dokumen-dokumen lain yang berkaitan
  D3        : KEMAHIRAN
  E2
  A2.2      : PELAKSANAAN
HURAIAN
            : PENGGUNAAN BAHAN/ ALATAN KHAS INTERVENSI/ (RE)HABILITASI
                Penggunaan bahan/ alatan khas intervensi/ (re)habilitasi ialah kebolehan pegawai dalam
                menggunakan alatan khas/ bahan bantu intervensi seperti perisian Dr. Speech, Picture
                Exchange Communication System (PECS), Kit Pertuturan, Close Circuit Television Magnifier
                (CCTV), Audiometer, FM System, dll.
PENJELASAN  Keupayaan pegawai untuk:
DESKRIPSI
                memilih bahan/ alatan khas yang sesuai
                        - contoh: audiologis memilih Audiometer untuk membuat saringan pendengaran,
                             psikologis memilih Strategy for Teaching Autism Based on Research (STAR
                             program), terapis pertuturan bahasa memilih Picture Exchange Communication
                             System untuk menggalakkan komunikasi berfungsi.
                menggunakan bahan/ alatan khas yang sesuai
                        - bahan/ alatan khas yang digunakan menarik, sesuai, selamat dan berkesan serta
                             dapat membantu mengatasi atau meminimumkan impak permasalahan/
                             ketidakupayaan klien.
PENJELASAN  Semakan bahan
KAEDAH      Penilaian berdasarkan contoh-contoh yang berikut:
PENILAIAN
                Alatan khas berfungsi dengan baik
                Alatan khas diselenggara
            Pencerapan
            Penilaian berdasarkan contoh-contoh yang berikut:
                Bahan/ alatan digunakan secara optimum dan sesuai dengan klien semasa sesi
                   dijalankan
                Manual pencerapan
                Senarai semak
                Dokumen –dokuman lain yang berkaitan
D3        : KEMAHIRAN
  E2
  A2.3      : PELAKSANAAN
HURAIAN
            : KEMAHIRAN KOMUNIKASI
               Kemahiran komunikasi ialah proses penyampaian maklumat secara berkesan bagi
               menggalakkan penglibatan klien dalam sesi intervensi. Mesej yang disampaikan difahami
               dengan tepat dan jelas oleh penerima.
PENJELASAN  Keupayaan pegawai untuk:
DESKRIPSI
               komunikasi berkesan
                        - menggunakan bahasa lisan yang jelas, mudah dan tepat atau kaedah komunikasi
                             alternatif seperti Augmentative Alternative Communication, isyarat, gesture, dan
                             ekspresi wajah yang sesuai mengikut permasalahan/ ketidakupayaan klien.
               memberikan maklum balas yang relevan
                       - mempamerkan kepekaan, membuat pertimbangan dan memberikan maklum balas
                             yang sewajarnya.
               empati
                       - sensitif untuk memahami situasi klien / keluarga klien dari perspektif mereka
                       - pegawai tidak prejudis dan tidak bersikap ‘judgemental’
PENJELASAN  Pencerapan
KAEDAH      Penilaian berdasarkan contoh-contoh yang berikut:
PENILAIAN
             menggunakan bahasa lisan atau komunikasi alternatif yang mudah difahami, sopan dan
                sesuai dengan keperluan klien semasa sesi dijalankan
            Pemerhatian
            Penilaian berdasarkan contoh-contoh yang berikut:
             Memerhati komunikasi verbal dan non-verbal
D3        : KEMAHIRAN
  E2        : PELAKSANAAN
  A2.4      : KONSULTASI
HURAIAN
              Konsultasi ialah usaha untuk memberikan khidmat nasihat dan khidmat bantu kepakaran
              kepada ibu bapa, penjaga, profesional dan guru
PENJELASAN  Keupayaan pegawai untuk:
DESKRIPSI
               melaksanakan khidmat nasihat/ khidmat bantu kepada ibu bapa/ penjaga, guru dan
                   profesional
                 - contoh: khidmat nasihat berkenaan cara/ kaedah menjalankan aktiviti yang bersesuaian
                      bagi membantu kanak-kanak/ MBK di rumah/ di sekolah.
                 - contoh: khidmat nasihat berkenaan cadangan penempatan sekolah mengikut
                      keupayaan klien
                 - contoh: khidmat nasihat berkenaan rujukan kepada professional lain seperti Pediatrik,
                      Psikiatris Kanak-kanak
                 - contoh: khidmat bantu mendapatkan bantuan alat sokongan seperti kerusi roda, Brailler
                      atau Alat Bantu Pendengaran (ABP) dan lain-lain
                 - contoh: khidmat bantu kepada guru bagi pengubahsuaian kelas untuk membolehkan
                      MBK pendengaran mengikuti pembelajaran dengan selesa dan lain-lain
               merekodkan khidmat nasihat/ khidmat bantu kepada ibu bapa/ penjaga, guru dan
                   profesional lain
PENJELASAN  Semakan bahan
KAEDAH      Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh-contoh yang berikut:
PENILAIAN
              fail klien (borang temujanji, borang pendaftaran, surat kebenaran ibu bapa, pelan dan
                   laporan intervensi/ (re)habilitasi, laporan doktor, laporan penilaian/khidmat
                   nasihat/konsultasi, dll)
            Pencerapan
            Penilaian berdasarkan contoh-contoh yang berikut:
              kemampuan memberikan khidmat nasihat/ khidmat bantu dengan menggunakan bahasa
                   yang difahami dan sesuai kepada ibu bapa/ penjaga, guru dan profesional lain
              kemampuan membuat keputusan tentang jenis bantuan yang diperlukan klien
              kemampuan merekodkan khidmat nasihat/ khidmat bantu yang telah dijalankan
D3        : KEMAHIRAN
  E3
  A3.1      : PENILAIAN
HURAIAN
            : PENILAIAN SESI INTERVENSI /(RE)HABILITASI
               Penilaian ialah penerapan pelbagai cara/ kaedah dan penggunaan alat penilaian untuk
               memperoleh informasi pencapaian klien. Penilaian dijalankan mengikut bidang khusus audiologi/
               patologi pertuturan bahasa/ terapi carakerja/ peripatetik/ fisioterapi/ psikologi klinikal/ psikologi
               pendidikan/ visual rehab.
PENJELASAN  Keupayaan pegawai untuk:
DESKRIPSI
              menjalankan penilaian sebelum/ semasa/ selepas sesi intervensi/ (re)habilitasi
                 - kaedah penilaian yang dijalankan adalah melalui interprestasi data/ pemerhatian/
                      mengemukakan soalan/ ujian semula/ temu bual/ penggunaan alat penilaian
                 - contoh: penilaian awal meliputi functional behavioral assessment untuk mengenalpasti
                      tingkah laku yang hendak diubah.
                 - contoh: penilaian semasa sesi meliputi keberkesanan intervensi/ (re)habilitisi yang
                      dilakukan.
                 - contoh: penilaian selepas sesi meliputi rumusan sama ada pendekatan intervensi/
                      (re)habilitisi yang digunakan sesuai atau tidak, diikuti tindakan susulan (meneruskan/
                      menukar pendekatan).
              membuat keputusan dan tindakan susulan berdasarkan dapatan penilaian
                - mengenal pasti pencapaian klien
                - mengenal pasti kekuatan dan kelemahan sesi
                - menentukan keperluan klien bagi meningkatkan potensi diri dan kualiti hidup
PENJELASAN  Semakan bahan
KAEDAH      Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh-contoh yang berikut:
PENILAIAN
              fail klien (borang temujanji, borang pendaftaran, surat kebenaran ibu bapa, pelan dan
                   laporan intervensi/ (re)habilitasi, laporan doktor, laporan penilaian, dll)
              laporan pencapaian klien (outcome sesi intervensi/ (re)habilitasi)
            Pencerapan
            Penilaian berdasarkan contoh-contoh berikut:
             kaedah penilaian yang digunakan
             keputusan dan tindakan susulan yang diambil
JAWATANKUASA PENGGUBALAN GARIS PANDUAN INSTRUMEN
PENAUNG  : EN MD. SANI BIN LATIP
PENASIHAT : HJ. ADZMAN BIN TALIB
PENYELARAS : CIK ROSEMAWATI BINTI HUSSEIN
FASILITATOR :
         1. EN HISHAMMUDIN BIN AHMAD
         2. EN MOHD. AZIZI BIN JAAFAR
         3. EN MOHD. FAIZUL FIRDAUS BIN MOHD. ZULKIFLI
         4. EN NASZERI BIN MD.NOR
         5. EN MAHDY BIN ABDUL AZIZ
         6. PN. SALWA BINTI AHMAD RAFEE
         7. CIK NURUL HIDAYAH BINTI SUKIMAN
         8. PN WAN FARAH HILLIA BINTI ABU BAKAR
AHLI PANEL PENGGUBALAN GARIS PANDUAN INSTRUMEN
1. GENERIK
BIL. NAMA                                     ORGANISASI
1  DR. MOHAMAD HUSSIN BIN        IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM
   MOHAMAD YUSUF
                                 KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR
2 EN KAMAL ARIFFIN BIN BIDIN     JABATAN PENDIDIKAN NEGERI
                                 KEDAH
3 EN MOHD NADZRI BIN ISHAK       SK SEKSYEN 7, BDR BARU BANGI
4 TN HJ ABD. SHUKOR B. UJANG
5 EN ABDUL RAZAK B. SAID         PPD JEMPOL DAN JELEBU
6  EN MOHAMAD SUPIAN B. TAHARIM  BAHAGIAN PSIKOLOGI DAN
                                 KAUNSELING KPM
7 EN AZERAN BIN OSMAN            JABATAN PENDIDIKAN NEGERI
                                 MELAKA
8  TN HJ MOHAMMAD AFFANDI BIN    KOLEJ VOKASIONAL BESUT
   ABDUL RAHMAN
9 EN MANSOR BIN BAHARI           PPD KULIM BANDAR BAHARU
10 TN HJ ABDUL RASID BIN BAKAR   SMK TINGGI MELAKA
2. PdP GURU
BIL. NAMA                                     ORGANISASI
 1 TN HJ KASMAN BIN EMBONG       PPD HULU TERENGGANU,
                                 TERENGGANU
2 EN MOHD KHIR BIN KASSIM        SMK BANDAR BARU SALAK
                                 TINGGI, SELANGOR
3 PN HJH RADIAH BTE YUSOF        SMKA SULTAN MUHAMMAD,
                                 MELAKA
4 PN HJH ROSNI BTE ADOM
                                 SMK SERI TANJONG, MELAKA
5  PN HJH FARIZA NURBAYA
   MUHAMMAD                      SMK NASIRUDDIN SHAH,
                                 TERENGGANU
6 TN HJ ABDUL RASID BIN BAKAR
                                 SMK TINGGI MELAKA
3. PT(A)
BIL. NAMA                                       ORGANISASI
 1 EN. AHMAD BIN SAAD              SK FAKEH ABD SAMAD,
 2 DR.HJ. ALIAS BIN ABDUL GHANI    KUANTAN.
 3 EN. AHMAD ZAWAWI BIN BIDIN      SMK METHODIST BANTING
 4 HJ. MOHAMAD BIN MAHADI          SK FELCRA SG ARA KOTA TINGGI
                                   SM SAINS KOTA TINGGI
5 EN. AZALAN BIN ISHAK             KOLEJ MATRIKULASI KEDAH
6   DR. HJH. NOR HAYATI BINTI MT.  IPG KAMPUS DARULAMAN
    ALI                            INSTITUT AMINUDDIN BAKI,
                                   KPM
7   DR. AHMAD MASRIZAL BIN         KOLEJ MATRIKULASI MELAKA
    MUHAMMAD
                                   IPG KAMPUS PERLIS
8 EN. KHAIRUDIN BIN NOZARI
                                   IAB UTARA
9 EN. AMRAN BIN PA
                                   KOLEJ MATRIKULASI PERAK
10 PN. HJH NORIHAN BINTI AZIZAN
                                   KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR
11 EN. AZMAN BIN MOKHTAR           ENGLISH LANGUAGE TEACHING
                                   CENTRE (ELTC)
12  EN. MOHD MAHYUDDIN BIN
    MOHD NOORDIN
13  PN. HJH. KAMARIAH BT. HJ
    SAMSUDDIN
4. GBK
BIL NAMA                         ORGANISASI
1 TN. HJ. MESKUN BIN TUMIN       SMK SEMENCHU, KOTA
                                 TINGGI.JOHOR
2 EN.ZAMZAN BIN OMAR             SK TAMAN SERI REMBAU,
                                 NEGERI SEMBILAN
3   PN. ROZIANA BINTI SUPARMAN   SK LABOHAN DAGANG,
    @ HJ TAHIR                   BANTING, SELANGOR
5. JURULATIH
BIL NAMA                                     ORGANISASI
1.  EN. MOHAMAD NIZAM BIN        BAHAGIAN SUKAN KPM
    ISMAIL                       SSM BUKIT JALIL, KUALA
                                 LUMPUR
2. EN. ZULKEFLI BIN SHAMSUDIN    BAHAGIAN KOKURIKULUM DAN
                                 KESENIAN KPM
3. CIK ROZAINA BINTI ABD RAZAK   BAHAGIAN SUKAN KPM
                                 SSM TUNKU MAHKOTA ISMAIL,
4. EN. HEZREEN BIN SININ         JOHOR
                                 SSEM KUALA LUMPUR
5. EN. ZAKARIAN BIN LAIN
                                 SSEM JOHOR
6.  EN. SYED ABD HAKIM BIN SAID
    SELIMAN                      SSEM JOHOR
7. EN. ABDUL JABAR BIN SHAIN
8. CIK ZALINA BTE BAHTIAR
6. PDP PENSYARAH
BIL NAMA                                       ORGANISASI
                                  IPGK TEMENGGONG IBRAHIM
1 EN. SULEIMAN BIN YUNOS          JOHOR BAHRU
                                  IPGK ILMU KHAS
2  TN. HJ ALIAS @ ALIASON BIN     KUALA LUMPUR
   AWANG                          ENGLISH LANGUAGE TEACHING
                                  CENTRE MALAYSIA
3  PN. HJH KAMARIAH BINTI HJ      KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR
   SAMSUDDIN                      BANTING
4  EN. MOHD MAHYUDDIN BIN MOHD    KOLEJ MATRIKULASI KEDAH
   NOORDIN
5 PN. ROHAIDAH BINTI SHARI
6 PN. NOR ASHIKIN BINTI ALAWI     ENGLISH LANGUAGE TEACHING
7 EN. MOHD ROHIT BIN SAFUAN       CENTRE MALAYSIA
8 TN. HJ NORIZAN BIN GHAZALI
9 EN. ABDULLAH BIN HASSAN         KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR
10 PN. KHALIDAH BINTI KHALID      BANTING
11 TN. HJ RAHIMI BIN ABDUL MAJID  IPGK TEMENGGONG IBRAHIM
                                  JOHOR BAHRU
                                  INSTITUT AMINUDDIN BAKI
                                  CAWANGAN UTARA KEDAH
                                  IPGK TUN HUSSIEN ONN
                                  BATU PAHAT
                                  IAB CAWANGAN UTARA
                                  JITRA
7. PTB
BIL. NAMA                        ORGANISASI
1  EN. SHAIFUL HASNAN BIN ABDUL  BAHAGIAN BUKU TEKS, KPM
   HAMID
2  PN. NOR HASHIMAH BINTI ABDUL PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
   SAMAT                         BATANG PADANG, PERAK
3  EN. MOHAMAD AKMAL BIN         BAHAGIAN TEKNOLOGI
   ABDUL RAZAK                   PENDIDIKAN, NEGERI SEMBILAN
4  EN. AHMAD FUAD BIN MOHD       JABATAN PENDIDIKAN NEGERI
   NORDIN                        PULAU PINANG
                                 INSTITUT AMINUDDIN BAKI
5  PN. HJH. NOR ASIAH BT HJ.     CAWANGAN GENTING
   IBRAHIM                       HIGHLANDS, PAHANG
                                 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI
6 EN. ROSLAN BIN ABD MAJID       PULAU PINANG
7 EN. AZMAN BIN MOKHTAR          KOLEJ MATRIKULASI PERAK
8 PN. KHALIDAH BINTI OMAR        PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
9 EN. A. RAZAK BIN. A. KARIM     SEREMBAN
10 EN. AZIZI BIN ZAKARIA         JABATAN PENDIDIKAN NEGERI
                                 JOHOR
                                 BAHAGIAN TEKNOLOGI
                                 PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN
8. FASILITATOR
BIL NAMA                                         ORGANISASI
 1 EN. NORDIN BIN TAHIR               PPD KULIM BANDAR BAHARU,
                                      KEDAH
2 PN. ZABIBI WATI BINTI ABU MANSOR    PPD PETALING PERDANA
3  PN. NOR HAYATI BINTI MOHD          PPD PETALING PERDANA
   SHAHARIM
                                      PPD HULU SELANGOR
4  PN. UMMAL SALMAH BINTI MSM
   SULTAN DULKARUNAIN
5 EN. ROHAIZAN BINTI MOHAMAD SAHID PPD KUALA SELANGOR
6  PN. SYARIDAH ZUHARA BINTI HJ.      PPD SEREMBAN
   ZAKARIA
9. KAUNSELOR ORGANISASI
BIL. NAMA                             ORGANISASI
1 TN. HJ ENGLIMAN BIN ROSLAN          BAHAGIAN PSIKOLOGI DAN
                                      KAUNSELING
2  EN. MOOHAMMAD NAUFAL BIN           INSTITUT PENDIDIKAN GURU
   AZID@AZIZ                          KAMPUS TUANKU BAINUN
3  TN. HJ. MOHAMAD DAUD BIN ABDULLAH  PEJABAT PENDIDIKAN
                                      DAERAH HILIR PERAK
4  TN. HJ. BADRUNSHAM BIN DAHALAN     JABATAN PENDIDIKAN
   @OMAR                              NEGERI KEDAH
                                      BAHAGIAN PSIKOLOGI DAN
5 EN. ZAIDI BIN KORIB                 KAUNSELING
6 PUAN HAZLIN BT BAHARUM              KOLEJ MATRIKULASI MELAKA
7 EN. MOHAMAD SUPIAN BIN TAHARIM      BAHAGIAN PSIKOLOGI DAN
                                      KAUNSELING
8  EN. MOHAMED SAIPUDDIN BIN MOHD
   SAID                               PEJABAT PENDIDIKAN
                                      DAERAH PERAK TENGAH
9 EN. MOHD SANI BIN TUHIMIN           JABATAN PENDIDIKAN
                                      NEGERI SELANGOR
10 EN. FAIZUL ANUAR BIN ABDUL BAZID      PEJABAT PENDIDIKAN
                                         WILAYAH BANGSAR DAN
                                         PUDU
11  EN. INTAN SUHAINI BIN MOHD. SELAMIN  BAHAGIAN PSIKOLOGI DAN
                                         KAUNSELING
10. 3PK
BIL. NAMA                                          ORGANISASI
 1 CIK PAIZAH BT ZAKARIA             BAHAGIAN PENDIDIKAN
                                     KHAS,PUTRAJAYA
2 CIK ZURAIDAH BT MANSOR             BAHAGIAN PENDIDIKAN
                                     KHAS,PUTRAJAYA
3   PUAN SITI JAMILAH BT             UNIT 3PK NEGERI JOHOR
    SAMSUDDIN
                                     UNIT 3PK NEGERI MELAKA
4 PUAN ZAINUN BT TUKIMAN
5 ENCIK ZAIDEE BIN HAMZAH            UNIT 3PK NEGERI MELAKA
6 CIK FARHANA BINTI NOR AZMI         UNIT 3PK NEGERI SELANGOR
7 PUAN IFFAH RASHIDA BT MAZLAN UNIT 3PK WP PUTRAJAYA
8 CIK NORSHAM BT HARMAN SHAH UNIT 3PK NEGERI PERAK
9 PUAN MAHFUZAH BT ZAINOL            UNIT 3PK WP PUTRAJAYA
10 PUAN MAZLIFAH BT MOHAMAD          UNIT 3PK WP PUTRAJAYA
11 ENCIK RAZALI B ABDUL WAHAB        UNIT 3PK NEGERI PERAK
