The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kompilasi Mutiara Kata merupakan koleksi kata-kata motivasi yang pernah dimuat naik di media sosial JAWI khususnya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sebahagian kata-kata tersebut menerima ribuan sukaan dan ratusan perkongsian di Facebook dan Instagram JAWI.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Rak Buku Maya Al-Busyra JAWI, 2022-12-08 05:03:03

Kompilasi Mutiara Kata

Kompilasi Mutiara Kata merupakan koleksi kata-kata motivasi yang pernah dimuat naik di media sosial JAWI khususnya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sebahagian kata-kata tersebut menerima ribuan sukaan dan ratusan perkongsian di Facebook dan Instagram JAWI.

,,
Kompilasi

Mutiara
Kata

,,

Potong elaun
Niat sedekah

Usah risau
Rezeki barakah

Mati itu pasti,
Covid-19 itu benar,
Vaksin itu ikhtiar,

Kepada Allah
kita bersandar.

Di setiap rezeki yang

Allah berikan kepada

kita, ada sebahagian

rezeki orang yang

dititipkan kepada


kita.

Maksiat usah
sering dilindung
Bayangannya kelak
meresahkan jiwa

Pintu depan
sudah ditutup
Pintu taubat
masih terbuka

Ya Allah. Tunjukilah kami

jalan yang lurus. Iaitu jalan

orang-orang yang Engkau


telah kurniakan nikmat

kepada mereka, bukan

(jalan) orang-orang yang

Engkau telah murkai dan

bukan pula (jalan) orang-


orang yang sesat.

Buat yang masih tinggal

bersama ibu bapa di rumah,

bersyukurlah. Ia juga sebahagian

nikmat yang sering kita lupakan.
Bagi yang dah lama menanggung

rindu, hubungilah selalu. Belum

tahu bilakan ketemu. Leteran dan

masakan ibu yang selalu kita

rindu. Moga mereka di dalam

lindungan Allah selalu. Insya-Allah

diizin Tuhan kembali bertemu.

Kalau jumpa peniaga kecil-kecilan,

dalam online atau di tepi jalan,


sesekali belilah tanda sokongan.

Walaupun kita semua dalam

kesukaran, mana tahu boleh

ringankan beban.

Biar kita
bukan kayangan,

Diuji Tuhan
tak luntur iman

Patutkah manusia

menyangka bahawa

mereka akan dibiarkan

dengan hanya berkata:

"Kami beriman", sedang

mereka tidak diuji


(dengan sesuatu

cubaan)?

Ada orang dalam

kedaifan tetapi mereka


tak mahu susahkan

orang. Kita yang tahu,


hulurlah bantuan

setakat yang ada,

murah rezeki kita,

ringan beban mereka.

Lawan Covid dengan

ikhtiar dan doa
Bukan dengan

hiburan melalaikan jiwa

Mohonlah pertolongan

kepada Allah dengan


sabar dan solat.

Sungguh, Allah beserta


orang-orang yang

sabar.

Wahai Tuhan kami,

anugerahkanlah kepada


kami pasangan dan

keturunan dari


kalangan kami sebagai

penenang hati.

Ramai orang

takut mati
Tapi maksiat

susah nak henti

Nak cari jodoh
tak perlu gopoh

Perbaiki diri

laksanakan apa

yang Allah suruh

Bukan semua orang suka

bercerita masalah sendiri


kepada orang lain. Tak

mengapa, mengadulah

kepada Allah. Dia Tuhan

yang sering mendengar

dan memperkenankan

rintihan hambanya dalam


kesukaran.

Orang yang

beruntung,
adalah yang sering

mengingati kematian.

Rindu separuh nyawa kepadamu
Ya Rasulullah SAW



Sesungguhnya Allah dan malaikatNya

berselawat (memberi segala


penghormatan dan kebaikan) kepada

Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-


orang yang beriman berselawatlah

kamu kepadanya serta ucapkanlah


salam sejahtera dengan

penghormatan yang sepenuhnya.

Begitulah naluri hati seorang ibu.

Baru beberapa hari disusu sudah

dirindu-rindu apatah lagi yang dah

tak bertemu berminggu-minggu.


Moga semua ibu di dalam

lindungan Allah selalu.

Antara tanda kebesaran Allah

yang utama ialah Dia menciptakan


lelaki dan wanita untuk saling

melengkapi bagi meneruskan

kelangsungan generasi manusia.

Insafilah kebijaksanaan Tuhan

pada setiap aturanNya dalam

kehidupan insan dan berusahalah

menjadi hamba yang taat kepada


setiap ketentuanNya.

Maksiat:
Lindung diri, lindung semua



Jauhilah perbuatan maksiat.

Peliharalah dirimu dan ahli keluarga


dari siksaan api neraka.

Akidah:
Pertahankan setiap ketika



Pertahankanlah akidah biarpun

nyawa diancam musuh. Hayati

kisah Masyitah dan Bilal bin Rabah.

Jiwa tak gentar pertahan akidah.

Setiap malam sebelum mata

terpejam, fikirkanlah sentiasa ada

harapan baru menjelang hari esok.


Bersangka baik dan jangan

berputus asa dari rahmat Allah.

Insya-Allah, akan ada jalan keluar

bagi setiap permasalahan dalam


kehidupan.

Perkara SEGERA yang sering

dituntut oleh agama adalah

SEGERA memohon keampunan


dan
SEGERA berbuat kebaikan.

Bersegeralah mengerjakan

amal kebaikan untuk


mendapat keampunan dari

Allah serta balasan Syurga

yang disediakan bagi orang


yang bertaqwa.

Lebih setahun diuji musibah, kadang

tak sedar masa berlalu. Ada yang dah

tamat belajar. Ada yang hilang kerja.

Ada yang dah dapat kerja baru. Ada

yang dah selamat bertemu jodoh. Ada

yang menerima zuriat baru. Ada yang


masih seperti dulu. Ada yang telah

meninggalkan kita dulu. Baru tersedar


usia kian meningkat, ajal pun

semakin dekat. Moga kita tak leka.

Penuhi kehidupan dengan amalan

bermanfaat. Jadi bekal dan syafaat


di akhirat.

Dikurniakan keluarga, saudara

mara, rakan taulan dan jiran

tetangga yang baik-baik di


sekeliling kita juga adalah

suatu rezeki dan nikmat

berharga dalam kehidupan.


Meringankan beban,

menghulurkan bantuan,

mempermudahkan urusan.

Usahlah terlalu memikirkan

sesuatu yang tidak kita punya.


Nilai hidup sebenar bukanlah

semata-mata bergantung pada

apa yang kita mahukan. Tetapi

terletak pada sejauhmana kita


menghargai dan bersyukur

dengan apa yang telah kita


miliki.

Ayah, memang biasanya tak tunjuk

emosi depan kita. Dia suka dan bangga


tapi payah nak puji. Dia terkilan dan

sedih tapi jarang dilihat menangis. Dia

sakit dan penat tapi selalu tunjuk kuat.


Dia sayang tapi susah nak ucap. Dia

risau tapi selalu nampak tenang. Dia

tegas dan garang nak suruh kita jadi

orang. Hargai ayah selagi masih ada.

Semoga Allah lindungi ayah sentiasa


dan rahmati bagi yang telah tiada.

Sungguh, dugaan dan

cabaran di dalam kehidupan

insan itu tidak sama, kerana


Allah Maha Tahu sekuat

mana kita mampu

memikulnya.

Jika hidup hanya kerana

pujian dan penghargaan


orang, nescaya mudah

berasa lelah di pertengahan


jalan. Hiduplah demi

mengharapkan redha

Tuhan, beban yang berat

nescaya terasa ringan.

Bila sesekali ibu bapa kita yang

dah berusia, mohon kita


doakan kesejahteraan dan

kesihatan mereka, ucap

terima kasih kepada kita,


perkara itu benar-benar buat

kita tersentuh. Ketika itu


mereka amat mengharapkan

doa dan ingatan dari anak-

anaknya. Sungguh, kedudukan


mereka mulia di sisi Allah.

Setiap orang ada cara tersendiri

dalam menangani urusan


hidupnya. Tidak ada orang yang

boleh mendakwa hanya cara dia

sahaja yang betul. Namun ambillah


nasihat yang baik sebagai

pedoman. Kemudian berusaha

dan bertawakallah kepada Allah.


Insya-Allah kita mampu

melakukannya dalam kemampuan


masing-masing.

Hakikatnya, orang miskin yang

kaya dengan kebaikan itulah

sebenar-benar kaya. Masih
mampu menghulurkan bantuan

dan pertolongan di saat diri

sendiri serba kekurangan. Yakin,


Allah akan sentiasa

mencukupkan rezekinya di


kala memerlukan.

Jika ada gerobok rezeki atau

food bank di tempat kita,

ambillah ketika kita benar-

benar perlu. Sumbanglah

kembali sewaktu kita ada.


Rezeki kita kongsi bersama.

Ini tempoh yang sukar buat


kita semua.

Manusia yang masih hidup

jasadnya hakikatnya telah mati

jiwanya apabila harapan telah

lenyap dari hidupnya. Benar kita

sedang diuji dari segenap segi,

namun sandarkanlah keyakinan

pada janji Tuhan, sesungguhnya

sesudah kesulitan itu akan hadir


sinar kemudahan.

Di saat ramai yang terhimpit,

jangan pula ada yang


mengambil kesempatan atas

kesulitan orang lain. Jika kita

belum mampu menyumbangkan


apa-apa, setidak-tidaknya

berikanlah sokongan moral,

sampaikanlah pesan agama

agar sandarkan harapan kepada


Allah sentiasa.

Kesusahan bukanlah sesuatu yang

mahu dibanggakan. Kerana itu

sesetengah orang memilih untuk

berdiam dari menceritakan


tentang kesusahan dirinya. Kita

sebagai ahli keluarga, rakan taulan,


jiran tetangga rajin-rajinlah

bertanya khabar. Bukan mahu

menjaga tepi kain orang, hanya

tanda keprihatinan sesama insan.

Mintalah Pertolongan
Iringilah Dengan Doa
Menang atau Kalah
Berserah kepada Allah

Ketika rindu datang bertamu,

kirimkanlah doa buat mereka

yang kita rindu. Pesan Nabi,


doa seorang hamba dari

kejauhan tanpa pengetahuan

saudaranya adalah mustajab


di sisi Allah.

Orang yang memerlukan itu

selalu merendah diri,


menghargai dan bersyukur

dengan apa yang diberi.


Tidak meninggi diri, berlebih-

lebihan dalam memenuhi

keinginan sendiri.

Sabar itu tidak semudah yang

diucap. Orang lain hanya melihat.


Kita yang mengalaminya. Nabi

sendiri menangis dan bersedih

ketika kehilangan putera tercinta,

Ibrahim. Namun pesan Nabi sabar

itu indah. Sabar melaksanakan

perintah Tuhan, sabar menjauhi

maksiat dan sabar terhadap


ketentuan dan musibah.

Bukan senang nak dapat sahabat

sejati. Yang berada di sisi semasa

kita amat memerlukan. Yang mahu


mengingatkan ketika tersasar,

membantu kita mengingati Tuhan.


Mereka inilah kata Nabi, sahabat

yang dapat memberikan syafaat

di akhirat. Yang bertanya di mana


sahabat kami yang pernah

bersama berbuat kebaikan ketika


di dunia untuk diselamatkan.

Ramai orang kehilangan insan

tersayang akibat pandemik ini. Lebih


perit, tidak dapat mengucup dan

menatap wajah dari dekat buat kali

terakhir. Cinta dan kasih membuatkan

kita bersedih dan menangis. Tidak

mengapa, itu tanda kasih sayang kita.


Pesan Nabi, orang yang tidak

menyayangi maka tidak akan disayangi.


Doakanlah mereka yang telah pergi

meninggalkan kita. Hanya itu yang

diperlukan daripada kita semua.
Moga kembali bertemu di Syurga.

Di saat ramai orang semakin

bimbang dan gusar, keyakinan dan

pengharapan orang yang beriman

sentiasa disandarkan kepada Allah,


pemilik dan pentadbir segala

ketentuan kehidupan insan. Semoga

ada sinar di sebalik mendung awan


yang kelabu. Kepada Allah kita

semua berserah.

Terdapat salah satu surah yang

dinamakan dengan al-Buruj iaitu

surah ke-85 di dalam al-Quran. Ia

dinamakan dengan al-Buruj kerana

di awal surah tersebut Allah SWT


bersumpah demi langit yang

mempunyai tempat peredaran


bintang-bintang dan hari

pembalasan yang dijanjikan, bahawa


mereka yang menzalimi orang

yang beriman akan menerima

balasan azab yang menyakitkan.

Walaupun manusia sering melakukan

kesilapan berulang kali dalam


hidupnya, namun sebaik-baik manusia

yang melakukan kesilapan ialah yang

bertaubat dan memohon ampun

kepada Allah pada setiap masa dan

ketika. "Wahai Tuhan kami, kami telah


menganiaya diri kami sendiri, dan kalau

Engkau tidak mengampunkan kami dan


memberi rahmat kepada kami,

nescaya menjadilah kami dari orang-


orang yang rugi".

Alhamdulillah. Malam ini sebelum

terlena, kita tanamkan niat dan

azam untuk bangun tahajud esok

pagi, sama-sama menunaikan solat

subuh berjemaah di masjid dan

surau. Kita panjatkan doa semoga

Allah mempermudahkan urusan


kehidupan untuk hari yang

mendatang.


Click to View FlipBook Version