The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kompilasi Mutiara Kata merupakan koleksi kata-kata motivasi yang pernah dimuat naik di media sosial JAWI khususnya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sebahagian kata-kata tersebut menerima ribuan sukaan dan ratusan perkongsian di Facebook dan Instagram JAWI.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Rak Buku Maya Al-Busyra JAWI, 2022-12-08 05:03:03

Kompilasi Mutiara Kata

Kompilasi Mutiara Kata merupakan koleksi kata-kata motivasi yang pernah dimuat naik di media sosial JAWI khususnya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sebahagian kata-kata tersebut menerima ribuan sukaan dan ratusan perkongsian di Facebook dan Instagram JAWI.

Teruja dengan kebenaran rentas

negeri, panjatkan syukur ke hadrat


Ilahi. Pelihara keselamatan dan

kesihatan diri. Kunjungi ibu bapa yang


telah lama merindui. Semoga reda

kedua mereka menjadi asbab

kehidupan diberkati. Buat ahli


keluarga yang telah dulu pergi, kita

kirimkan doa semoga diampuni dan


dirahmati.


Apabila terlepas dari

musibah, jangan mudah

lupakan Allah. Kenang


semula ketika susah,

kepada siapa tempat


berserah.


Bukan semua orang

sempat bersua muka. Ada
yang hanya dapat ziarah


pusara. Bersabarlah.

Doakan keampunan dan

kesejahteraan mereka,


sementara menunggu

giliran kita kembali

kepadaNya.


Ujian dan musibah

adalah detik mukmin

bermuhasabah semakin

dekat kepada Allah.

Sesungguhnya kami

adalah kepunyaan Allah

dan kepada Allah jualah


kami kembali.


Musibah seharusnya

mendekatkan hamba

kepada Pencipta, bukan

semakin leka dan alpa

apatah lagi menjadi asbab

untuk bersengketa.


Setiap malam sebelum mata

terpejam, fikirkanlah sentiasa

ada harapan baru menjelang

hari esok. Bersangka baik dan


jangan berputus asa dari

rahmat Allah. Insya-Allah,
akan ada jalan keluar bagi

setiap permasalahan dalam


kehidupan.


Bukan semua orang suka

bercerita masalah sendiri


kepada orang lain. Tak

mengapa, mengadulah

kepada Allah. Dia Tuhan

yang sering mendengar dan

memperkenankan rintihan

hambanya dalam kesukaran.


Benar sabda Nabi, kekayaan

sebenar adalah pada kayanya

jiwa dan budi. Seringkali rasa

bahagia itu tidak hadir kerana


banyaknya harta yang kita

miliki, sebaliknya merasa cukup


dengan apa yang diberi,

gemar berkongsi rezeki

dengan orang lain walaupun

hanya sekadar sesuap nasi.


Kedatangan bulan Rejab

mengingatkan kita semakin

hampir dengan Ramadan.


Pertingkatkanlah amal

ibadat kita menuju Ramadan.

Semoga Allah SWT sentiasa

memberi taufik dan hidayah


dalam setiap amalan yang

kita lakukan.


Masih adakah lagi orang yang belum

pernah sekalipun buat swab test dan

positif Covid-19? Alhamdulillah syukur

atas nikmat kesihatan anugerah Allah

SWT. Jaga keselamatan dan kesihatan

diri dan ahli keluarga sentiasa. Ibadah

dan solat jangan dilupa. Kami doakan


saudara yang dijangkiti Covid-19

cepat sembuh dan mereka yang diuji


kesempitan hidup dipermudahkan

urusan segera.


Kasih sayang tidak mempunyai hari

tertentu. Zahirkanlah perasaan kasih

sayang setiap waktu dan ketika. Kasih

sayang paling utama adalah kepada

Allah dan Rasul. Kemudian kasih sayang

antara anak-anak dan ibu bapa, suami

isteri, saudara mara, jiran tetangga dan


warga masyarakat berteraskan

syariat. Jauhi perbuatan yang

mendorong kepada maksiat,
Insya-Allah selamat dunia dan akhirat.


Pada malam Nisfu Syaaban

yang penuh barakah,


perbanyakkanlah beristighfar

dan berdoa, semoga Allah

SWT mengampunkan segala


dosa, menyucikan hati dan jiwa

serta memberikan kekuatan

dan ketenangan mengharungi


ujian yang melanda.


Berkarya itu tak salah.

Bahkan filem dan drama

boleh jadi wadah dakwah.

Yang salah bila kita tak

sensitif adab, budaya dan


panduan agama.
Ramadan pun dah nak tiba.

Banyakkan bekalan pahala.


Berpuasalah kerana

Allah. Bukan kerana

takutkan penguatkuasa

agama. Bukan juga sebab

malu naik van jenazah.

Baru terbukti benar-


benar gagah.


Andai ini Ramadan terakhir kita...
Lakukan sehabis baik pada


Ramadan kali ini, kerana mereka

yang tidak sempat bertemu


Ramadan pun tidak mengetahui

bahawa Ramadan tahun

sebelumnya merupakan


Ramadan terakhir buat mereka.


Mengapa kita sering risau

tentang perkara yang tidak

pasti, sedangkan kematian


yang pasti itu persiapan

untuknya selalu tak dipeduli?


Orang yang cerdik (yang

berakal) adalah orang yang

mempersiapkan dirinya dan

beramal untuk hari setelah


kematian.



Perbanyakkanlah mengingati

sesuatu yang melenyapkan


semua kenikmatan iaitu

kematian.


Tak sedar masa berlalu.

Dahulunya kecil kini menginjak

dewasa. Dahulunya bertenaga

semakin lemah dimamah usia.

Dahulunya bersama telah pergi

menghadap Yang Esa. Pelihara

silaturahim selagi masih ada.

Bagi yang telah tiada, doakan

kerahmatan sentiasa. Aidilfitri

mempertautkan ukhuwah


semula.


Kehilangan insan tersayang

memang berat untuk

diterima. Apatah lagi di


musim gembira. Kepada ahli

keluarga kami doakan

dikurniakan ketabahan.

Kepada kelima-lima

penuntut ilmu yang

terkorban, kami doakan

diganjari syurga.


Musim perayaan ini,
jaga-jagalah pemakanan.

Pelbagai juadah aneka rasa,

memang menambah selera.


Namun berpadalah,
usah berlebihan.

Punca penyakit banyak

datangnya daripada apa


yang dimakan.


Memelihara aurat yang

disyariatkan itu adalah


suatu tuntutan dan

kewajiban. Melindungi

keaiban orang lain dari

terlihat juga dipuji Agama.

Tahniah buat atlet negara.


Kewartawanan tugasan

mulia, memberikan


peringatan, menyebarkan

khabar berita.

Wartawan harus menjadi

barisan hadapan,


melaporkan kebenaran,

mewarisi misi kenabian.


Tahniah kepada semua yang

menerima keputusan cemerlang

SPM hari ini. Tak dapat straight A

pun tak mengapa. Yang penting


pelihara akhlak dan adab.
Hormati kedua orang tua.
Jaga hubungan dengan Allah.

Zaman ini penuh dengan ujian,

tak terjangkau dek akal.
Perjalanan masih jauh di hadapan.


Ayah, walau dimana berada, kami

kirimkan doa agar dalam pemeliharaan


Allah sentiasa. Buat ayah yang telah

pergi dulu meninggalkan kami, moga


Allah ampuni dan rahmati.
Walau mungkin tak banyak bicara, tapi

jerih keringatnya untuk kami sekeluarga.


Terima kasih Ayah !
Dengan hati yang penuh syahdu dan


kerinduan ini, kami panjatkan doa

kepada Ilahi; Ya Allah, ampunilah dosaku

dan kedua ibu bapaku dan kasihanilah

mereka berdua sebagaimana mereka


mengasihaniku sewaktu kecil.


Pada akhirnya, kebaikan dan

kebajikan kita juga yang

'dibawa pulang' dan

dikenang orang. Bukan

nyanyian, lakonan atau


kedudukan yang dipuja dan

diminati sementara. Justeru


jangan berhenti lakukan

kebaikan. Moga Allah

rahmati kita semua.


Esok hari tasyrik terakhir,

hari terakhir disyariatkan

ibadah korban, hari terakhir


disunatkan bertakbir.

Semoga dipertemukan lagi


Aidiladha akan datang.

Bulan Zulhijjah masih


berbaki. Rebut ganjaran

pahala pertingkatkan amal


ibadah.


Manusia pemurah ramai

orang teruja dan tercari-cari,


Maha Pemurahnya Allah,

kadang-kadang masih tak


berbekas di hati.


Kata sebilangan pengkaji,

waktu tubuh badan paling

lemah sekitar jam 3 pagi.


Patutlah diperintahkan

bangun pada waktu ini.

Tunaikan solat malam,

bermunajat kepada Ilahi.
Moga beroleh kekuatan diri.


Selepas PKP, ramai kembali

berniaga di tepi jalan. Cari


rezeki menyambung

kehidupan. Pesan Nabi

berniaga harus amanah dan

ramah. Mohon doa beroleh

keberkatan. Rezeki masing-

masing Allah SWT yang


tentukan.


Pesan Rasulullah SAW,

gerhana bukanlah petanda

musibah atau peristiwa aneh


yang membimbangkan,

sebaliknya sebagai bukti

kebesaran dan kekuasaan

Allah SWT. Tunaikanlah solat,

bertakbir, bertasbih dan

beristighfar. Persiapkanlah

bekalan menuju akhirat.


Keraplah hadirkan diri ke

surau dan masjid. Bukan

kerana musim pilihan raya


tetapi istiqamah

mengimarahkannya


pada setiap masa.


Pesan Allah SWT dalam
al-Quran, pilih pemimpin yang


kuat, cekap dan amanah.

Bukan yang kuat tetapi tidak

amanah atau yang amanah


tetapi lemah. Apatah lagi

lemah dan tidak amanah.


Jauh sekali.


Click to View FlipBook Version