The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SITI RAHAYU JAIDON, 2020-07-14 22:27:25

PEMBUGARAN

PEMBUGARAN

1

KANDUNGAN MUKA SURAT

1.1 Pengenalan 3

1.2 Latar Belakang 3

1.3 Objektif 4

1.4 Tafsiran 4

1.5 Strategi Pelaksanaan 4

1.6 Peranan dan Tanggungjawab 5

1.7. Senarai Semak Pelaksanaan 7

1.8 Pelaksanaan Program 8

1.9 Penutup 9

2.0 Cadangan Ahli Jawatankuasa Pelaksana 10

3.0 Cadangan Carta Alir Pelaksanaan 11

4.0 Modul Orientasi Pemugaran Emosi Murid dalam Kebiasaan Baharu 12

5.0 Modul 5 Minit 50

6.0 Lampiran

7.0 Penghargaan

2

1.1 PENGENALAN

Modul ini disediakan sebagai rujukan kepada pentadbir serta guru di sekolah tentang pengurusan
sekolah pada hari pertama persekolahan dengan mengambil kira langkah-langkah bagi
mengawal penularan jangkitan penyakit Coronavirus 2019 (Covid-19) serta memastikan murid
berasa tenang dan selesa dengan kebiasaan baharu. Selain itu, bertujuan untuk :

1.1.1 menyemak dan mengenal pasti kesediaan psikososial murid bagi menghadapi
persekolahan semula selepas Arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah
Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

1.1.2 mengetahui kesediaan dan tahap emosi murid bagi menghadapi sistem persekolahan
sesuai dengan kebiasaan baharu.

1.1.3 membantu murid menyesuaikan diri dengan kebiasaan baharu di sekolah

1.2 LATAR BELAKANG

Panduan Pelaksanaan Modul Orientasi Pemugaran Emosi Murid ini dibina sejajar dengan
kehendak garis panduan pengurusan pembukaan semula sekolah yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia. Modul ini merupakan satu panduan kepada pentadbir dan
guru bagi melaksanakan sesi persekolahan pada hari pertama pembukaan semula sekolah.

Modul ini merangkumi Soal Selidik Kesediaan Psikologi Murid (ujian pra / pos), Sejarah
Pandemik Covid-19 di dunia, cara berhadapan dengan kebiasaan baharu, pengurusan emosi,
pengurusan stress, kerohanian, dan halatuju murid. Harapannya, selepas sehari mengikuti
orientasi persekolahan semula selepas murid direhatkan di rumah, mereka akan kembali
bersemangat meneruskan persekolahan dan seterusnya bersedia mengikuti sesi pengajaran dan
pembelajaran bagi menghadapi peperiksaan.

Setiap murid di Malaysia perlu dibantu emosi dan sosial bagi membolehkan mereka
mengupayakan dan membiasakan diri menghadapi kebiasaan baharu dalam kehidupan
seharian. Seterusnya ia berupaya mengembalikan semangat dan keyakinan mereka untuk
meneruskan persekolahan dan bersosial dengan rakan mereka sesuai dengan Tema Hari Guru
2020 iaitu “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu”.

3

Melalui modul ini juga, murid dapat mengenal pasti kesediaan psikososial mereka dan
seterusnya menyesuaikan diri dengan kaedah belajar secara baharu.

1.3 OBJEKTIF
Modul ini adalah untuk memastikan:
1.3.1 membantu pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih teratur dan

lancar.
1.3.2 psikologikal, psikososial dan kesihatan murid, guru dan warga sekolah diberi perhatian

semasa berada di sekolah dan asrama.
1.3.3 memastikan tahap kesediaan emosi murid stabil.

1.4 TAFSIRAN
Definisi konsep orientasi pemugaran emosi murid dalam kebiasaan baharu:
1.4.1 Orientasi merupakan kegiatan (peninjauan dan sebagainya) yang menjadikan seseorang
faham akan atau dapat menyesuaikan diri dengan sesuatu keadaan baru (matlamat tertentu dan
lain-lain). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
1.4.2 Pemugaran emosi merupakan konsep yang menunjukkan pendekatan yang bertujuan
untuk memperelok strategi, membaharui semangat, memulihkan suasana muram, dan membuat
pembaharuan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran, sama ada yang berlangsung di bilik
darjah atau di luar bilik darjah.
1.4.3 Kebiasaan baharu merupakan tindakan atau tingkah laku yang baharu atau tidak seperti
kebiasaan untuk dijadikan standard atau biasa disebabkan oleh sesuatu perkara seperti
pandemik penyakit berjangkit, dalam usaha mengadaptasi keadaan baharu.

1.5 STRATEGI PELAKSANAAN

1.5.1 Menyediakan Ahli Jawatankuasa Pelaksana Program.

1.5.2 Mengadakan taklimat penerangan tentang konsep, objektif dan kepentingan pelaksanaan
kepada murid dan guru.

1.5.3 Melaksanakan program Orientasi Pemugaran Emosi Murid dalam Normal Baharu pada
hari pertama persekolahan.

1.5.4 Tempat pelaksanaan program adalah di dalam kelas atau mengikut kesesuaian sekolah.

4

1.5.5 Jawatankuasa pemantauan adalah terdiri daripada pihak pengurusan sekolah dan
penyelaras program.

1.6 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

Peranan dan tanggungjawab umum pihak yang terlibat adalah seperti yang berikut:

1.6.1 Pentadbir Sekolah
i. memastikan tahap kesediaan sekolah dalam keadaan selamat
ii. memastikan murid, guru dan warga sekolah yang hadir ke sekolah berada dalam keadaan
sihat dan selamat
iii. memastikan GBKSM menyediakan carta organisasi Panduan Pelaksanaan Modul
iv. memastikan murid, guru dan warga sekolah mematuhi perjalanan program
v. memantau program yang dijalankan dan memberikan sokongan yang bersesuaian
kepada guru

1.6.2. Guru
i. melaksanakan modul dengan bimbingan guru bimbingan dan kaunseling
ii. mengingatkan murid untuk sentiasa menjaga kebersihan dan mengamalkan penjarakan
sosial
iii. memaklumkan kepada pentadbir sekolah jika terdapat murid yang bergejala

1.6.3. Ibu Bapa/Penjaga
i. memastikan anak/anak jagaan berada dalam keadaan sihat, menjaga kebersihan diri dan
tidak menunjukkan gejala awal Covid-19 sebelum hadir ke sekolah
ii. memastikan anak/anak jagaan tidak hadir ke sekolah sekiranya bergejala
iii. membantu anak/anak jagaan belajar mengikut kemampuan ibu bapa/penjaga; dan
iv. memberikan motivasi kepada anak/anak jagaan untuk terus belajar

1.6.4 Guru Bimbingan dan Kaunseling
i. melaksanakan Ujian Minda Sihat secara berkala bagi mengenal pasti murid yang terkesan
dengan kebiasaan baharu di sekolah

5

ii. melaksanakan program orientasi pemugaran emosi murid dalam kebiasaan baharu
mengikut garis panduan yang disediakan oleh BPSH, KPM.

iii. melaksanakan sesi bimbingan dan kaunseling kepada murid yang berkeperluan

1.6.5 Guru Mata Pelajaran
i. Menyampaikan modul kepada murid di dalam kelas
ii. Melaksanakan aktiviti mengikut modul yang telah disediakan
iii. Mengenal pasti murid-murid yang memerlukan sesi bimbingan atau sesi kaunseling dan
merujuk kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah

1.6.6 Pemantau
i. Memantau perjalanan dan pelaksanaan program mengikut jadual yang ditetapkan
ii. Membantu menyelesaikan sebarang isu yang timbul berkaitan pelaksanaan modul
iii. Memastikan sesi perjumpaan diadakan seperti jadual yang dirancang

1.6.7 Penyelaras
i. Menyelaras program yang dirancang berjalan dengan baik dan mencapai objektif yang
telah ditetapkan
ii. Memantau dan mengumpul semua laporan perjumpaan untuk didokumentasikan
iii. Membentangkan laporan pelaksanaan program dan menghantar pelaporan apabila
diarahkan oleh pihak KPM

1.6.8 Setiausaha
i. Membantu menyelaras program yang dirancang berjalan dengan baik dan mencapai
objektif yang telah ditetapkan
ii. Membantu memantau dan mengumpul semua laporan perjumpaan untuk
didokumentasikan
iii. Membantu membentangkan laporan pelaksanaan program dan menghantar pelaporan
apabila diarahkan oleh pihak KPM

6

1.7 SENARAI SEMAK PANDUAN PELAKSANAAN MODUL ORIENTASI PEMUGARAN
EMOSI MURID KEBIASAAN BAHARU

BIL PERKARA TINDAKAN CATATAN
Pengenalan
Latar belakang
Objektif
Tafsiran
Strategi Pelaksanaan
Peranan dan tanggungjawab
5.1 Pengetua dan Guru Besar
5.2 Pentadbir
5.3 Guru
5.4 Guru Bimbingan dan Kaunseling
Guru Mata Pelajaran
Pemantau
Penyelaras
Setiausaha
Murid
Senarai Semak
Jadual Pelaksanaan
Modul
Modul Sehari Pemugaran Emosi dalam
kebiasaan baharu
Modul 5 minit
Lampiran
Penghargaan

7

1.8 PELAKSANAAN PROGRAM ORIENTASI PEMUGARAN EMOSI MURID DALAM
KEBIASAAN BAHARU

1.8.1 Jadual Pelaksanaan

Masa Aktiviti

1 Slot 1

(60 minit) Soal selidik

- Ujian Pra (10 minit)

Guru mengucapkan selamat kembali ke sekolah

- Sejarah Covid-19 (10 minit)

2 Slot 2
(60 minit) Kebiasaan Baharu dan SOP Pencegahan Covid- 19 di sekolah.

- 7 langkah cuci tangan
- Penjarakan sosial
- Penggunaan pelitup muka (guna dan pelupusan)
- Keselamatan murid, warga sekolah dan asrama
- Pergerakan murid dalam kawasan sekolah dan asrama

3 Slot 3

(40 minit) - Perkongsian Pengalaman

- Relaksasi Minda Covid-19

4 Slot 4
(60 minit) Pengurusan Daya Tindak

- Spiritual
- Pengurusan Cara Belajar Kebiasaan Baharu

5 Slot 5
(60 minit) Refleksi

- Refleksi murid
- Penetapan Azam dan Matlamat Baru

8

6 Slot 6
(20 minit) Rumusan

- Pesanan guru kepada murid

 Waktu rehat bergantung kepada jadual persekolahan
 Guru dibekalkan Panduan Pelaksanaan Modul Orientasi Pemugaran Emosi Murid

Dalam Kebiasaan Baharu
 Murid dibekalkan modul aktiviti
 Ujian Pos akan dilaksanakan selepas 2 minggu persekolahan oleh Guru Bimbingan dan

Kaunseling
 Merujuk SOP sekolah

1.9 PENUTUP

Panduan Pelaksanaan Modul Orientasi Pemugaran Emosi Murid Kebiasaan Biasa ini
merupakan satu panduan kepada pentadbir dan guru bagi melaksanakan sesi persekolahan
selepas berakhirnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Harapan agar modul ini
menjadi satu mekanisma yang akan membantu murid untuk lebih bersedia secara fizikal, mental
dan emosi bagi menghadapi persekolahan semula setelah bercuti panjang.

Modul ini juga turut menyediakan garis panduan pematuhan dan amalan kebiasaan
baharu dalam kehidupan ekoran penularan wabak Covid-19. Pelaksanaan Modul ini diharapkan
dapat menyuntik semangat baru kepada semua murid untuk meneruskan persekolahan malahan
kehidupan seharian dan seterusnya bersedia mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran
mereka dengan baik. Modul ini juga diharapkan dapat menerapkan kesedaran tentang
kepentingan penjagaan kesihatan dan amalan penjarakan sosial yang sangat penting dalam
pengurusan sekolah bagi mengelakkan penularan jangkitan Covid-19 dalam kalangan murid,
guru dan warga sekolah.

9

2.0 CADANGAN AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

PROGRAM ORIENTASI PEMUGARAN EMOSI MURID DALAM KEBIASAAN BAHARU

Pengerusi : Pengetua/ Guru Besar
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Timbalan Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran
Penolong Kanan Kokurikulum
Naib Pengerusi 1 : Penolong Kanan Petang
Guru Bimbingan dan Kaunseling
Naib Pengerusi 2 : Guru Bimbingan dan Kaunseling
Semua Guru Kanan / Ketua Bidang
Naib Pengerusi 3 : Semua Guru
Unit Dokumentasi Sekolah
Penyelaras :

Setiausaha :

Ahli Jawatankuasa :

Dokumentasi :

10

3.0 CADANGAN CARTA ALIR PELAKSANAAN MODUL ORIENTASI PEMUGARAN
EMOSI MURID DALAM KEBIASAAN BAHARU
MULA
Menerima panduan pelaksanaan Modul daripada Kementerian
Membentangkan kertas cadangan dalam mesyuarat pengurusan
Taklimat Pelaksanaan
Penyerahan modul kepada guru dan murid
Pelaksanaan program
Laporan
TAMAT

11

4.0 MODUL ORIENTASI PEMUGARAN EMOSI MURID KEBIASAAN BAHARU
Slot 1: Borang soal selidik (ujian pra/pos)

BORANG SOAL SELIDIK
KESEDIAAN PSIKOSOSIAL MURID DI SEKOLAH DALAM KEBIASAAN BAHARU

Arahan :
Sila baca setiap kenyataan yang menggambarkan keadaan anda. Tidak ada jawapan betul atau
salah. JANGAN guna terlalu banyak masa untuk mana-mana kenyataan.

Bahagian A : DEMOGRAFI

Nama: Lelaki Perempuan Tingkatan/Tahun :
Jantina: No. Telefon :

Bahagian B

UMUM : COVID-19 PENYATAAN (SILA TANDAKAN √) YA TIDAK
BIL

1 Saya tahu tentang Pandemik Covid-19?

2 Saya memerlukan maklumat tambahan tentang COVID-19 ?

DAYA TAHAN DIRI PENYATAAN (SILA TANDAKAN √) YA TIDAK
BIL

3 Saya rasa diterima oleh rakan-rakan.

4 Saya dapat menyelesaikan masalah saya sendiri.

5 Saya menjadi rujukan dalam kelas apabila berlaku sebarang masalah.

12

6 Saya mempunyai matlamat hidup yang jelas.
7 Saya dapat menerima apa yang berlaku sekarang.
8 Saya mempunyai disiplin diri yang tinggi.
9 Saya tidak peduli dengan apa yang berlaku di persekitaran saya
10 Saya boleh berdikari.
11 Saya rasa gembira dapat kembali semula ke sekolah.
12 Saya rasa selamat ketika berada di sekolah.
13 Saya rasa masa depan saya semakin baik.
14 Saya mempunyai tempat rujukan untuk memudahkan saya memahami

sesuatu isi pelajaran.
SOALAN TAMAT, TERIMA KASIH

13

SLOT 1

Sejarah Covid-19

Guru dikehendaki membaca dan cuba memahami petikan di bawah ini. Guru dikehendaki
berkongsi dengan murid-murid.

Pandemik Covid-19, juga dikenali sebagai pandemik koronavirus ialah wabak penyakit
koronavirus 2019 yang berterusan secara global berpunca daripada koronavirus sindrom
pernafasan akut teruk 2 (SARS-CoV-2). Wabak ini pada mulanya dikesan pada pertengahan
Disember 2019 di Bandaraya Wuhan, Hubei China, dan telah diiktiraf
sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020. Sehingga
18 April, lebih daripada 2.3 juta (2,300,000) kes Covid-19 telah dilaporkan sekurang-kurangnya
180 negara. Pada 13 Mac 2020, WHO mengumumkan bahawa Eropah telah menjadi pusat baru
pandemik.

Di Wuhan, pada Disember 2019, satu kumpulan kes pertama yang telah menunjukkan
tanda-tanda "pneumonia atas sebab yang tidak diketahui" dikaitkan dengan pasar borong yang
menjual haiwan dan makanan laut, serta mempunyai seribu gerai
menjual ayam, daging, kelawar, marmot, ular berbisa, rusa dan organ-organ arnab dan binatang
liar yang lain (Ye wei), iaitu daging binatang liar. Berdasarkan apa yang berlaku di Wuhan, satu
hipotesis, penularan koronavirus baru ini adalah dari sumber haiwan (zoonosis).

Koronavirus terutamanya menular dalam kalangan haiwan, tetapi telah diketahui
berkembang dan menjangkiti manusia pada masa lalu seperti yang telah diketahui dengan
penyakit hampir serupa seperti SARS, MERS bersama-sama dengan empat koronavirus lain
yang dijumpai dalam manusia yang menyebabkan gejala penyakit pernafasan ringan seperti
selesema biasa. Semua koronavirus yang diketahui menjangkiti manusia telah terbukti
menyebar dalam kalangan orang. Penyebaran koronavirus biasanya dianggap berlaku di
kalangan kenalan rapat melalui titisan pernafasan yang dihasilkan oleh bersin dan batuk.

Virus ini dianggap paling mudah berjangkit apabila seseorang menerima tanda gejala,
walaupun penyebarannya mungkin sebelum gejala muncul. Masa antara pendedahan dan
permulaan gejala biasanya lima hari, tetapi mungkin berkisar antara dua hingga empat belas
hari. Gejala umum termasuk demam, batuk dan sesak nafas. Komplikasi mungkin
termasuk radang paru-paru dan sindrom kesukaran pernafasan akut. Pada masa ini tiada vaksin
atau rawatan antiviral tertentu. Usaha terdiri daripada pengurangan simptom dan terapi
sokongan. Langkah-langkah pencegahan yang disyorkan termasuk membasuh tangan, menutup

14

mulut apabila batuk, mengekalkan jarak dari orang lain (terutamanya mereka yang tidak sihat)
dan pengasingan diri selama 14 hari untuk orang yang disyaki dijangkiti.

Usaha untuk mencegah penyebaran termasuk sekatan perjalanan, kuarantin,
pengurungan, penangguhan acara, pembatalan dan penutupan kemudahan awam. Di negara
luar, tindakan kuarantin berlaku seperti di Hubei, Itali, Sepanyol, Perancis, Republik
Czech, Jerman, dan Korea Selatan. Selain daripada itu penutupan sempadan atau sekatan
penumpang yang masuk, saringan di lapangan terbang dan stesen kereta api serta nasihat
perjalanan ke kawasan yang berisiko juga dilakukan.

Pandemik ini telah membawa kepada gangguan sosioekonomi global, penangguhan dan
pembatalan acara kebudayaan, keagamaan dan aktiviti sukan serta ketakutan yang melampau
tentang kekurangan bekalan makanan yang menyebabkan berlakunya pembelian panik.

Kematian

Sehingga 10 Jun 2020, sebanyak 408,025 kematian telah dikaitkan dengan Covid-19 di
seluruh dunia. Kematian pertama yang dilaporkan adalah seorang lelaki berusia 61 tahun pada
9 Januari 2020 yang mula-mula dimasukkan ke Hospital Wuhan pada 27 Disember 2019.
Statistik kematian di Malaysia adalah sebanyak 119 kes dari jumlah keseluruhan kes 8338.

Tanda dan Gejala
Gejala-gejala Covid-19 adalah tidak spesifik dan mereka yang dijangkiti sama ada boleh

asimtomatik atau mengalami selesema seperti gejala seperti demam, batuk, keletihan, sesak
nafas atau sakit otot. Perkembangan selanjutnya boleh membawa kepada radang paru-paru
yang teruk, sindrom kesusahan pernafasan akut, sepsis, kejutan septik dan kematian.
Sesetengah daripada mereka yang dijangkiti mungkin tidak menunjukkan gejala klinikal. Para
penyelidik telah mengeluarkan nasihat bahawa mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan
orang yang disahkan dijangkiti, harus dipantau dan diperiksa dengan teliti untuk mengesahkan
jangkitan.

Tempoh inkubasi yang biasa (masa antara jangkitan dan permulaan gejala) adalah antara
satu hingga empat belas hari, ia biasanya lima hari. Dalam satu kes, ia mempunyai tempoh
inkubasi selama 27 hari

15

Punca Pemindahan
Cara penularan utama adalah melalui titisan pernafasan yang berpunca daripada manusia ke
manusia melalui batuk atau bersin. Titisan pernafasan yang berlegar-legar di udara untuk masa
yang singkat tetapi mungkin kekal berdaya tahan dan menular pada permukaan logam, kaca atau
plastik.

Pencegahan
Covid-19 tidak mempunyai rawatan ubat atau vaksin yang berkesan walaupun usaha untuk
membangunkan beberapa daripadanya sedang dijalankan. Gejala-gejalanya termasuk, antara
lain demam, selesema, kesukaran bernafas dan batuk. Bagi mencegah penularan jangkitan,
WHO mencadangkan "basuh tangan seperti biasa, menutup mulut dan hidung apabila batuk dan
bersin serta mengelakkan hubungan rapat dengan sesiapa yang menunjukkan gejala penyakit
pernafasan (seperti batuk dan bersin)."

Meskipun tidak ada rawatan khusus untuk koronavirus manusia, CDC AS (Centers for
Disease Control and Prevention, United States) memberikan nasihat umum bahawa orang yang
dijangkiti dapat mengurangkan simptom mereka dengan mengambil ubat-ubatan selesema
biasa, minum cecair ubat dan berehat. Sesetengah negara membuat peraturan untuk
melaporkan gejala seperti selesema kepada doktor sekiranya mereka telah melawat ke negara
China.

Membasuh Tangan
Membasuh tangan telah disyorkan untuk mencegah penyebaran virus COVID-
19. KKM dan CDC mengesyorkan bahawa individu mencuci tangan dengan sabun dan air
selama sekurang-kurangnya 20 saat terutamanya selepas pergi ke tandas atau ketika tangan
kelihatan kotor, sebelum dan selepas makan, batuk atau bersin. Ia juga disyorkan menggunakan
sanitiser tangan berasaskan alkohol sekurang-kurangnya 60% apabila sabun dan air tidak
tersedia. WHO juga menasihati individu agar tidak menyentuh mata, hidung atau mulut dengan
tangan yang masih tidak dibasuh - Amalkan mencuci tangan apabila pulang ke rumah, sebelum
melakukan aktiviti yang lain.

16

Kebersihan Bahagian Pernafasan
Mereka yang mengesyaki bahawa mereka telah dijangkiti harus memakai pelitup muka dan
hidung (terutama apabila di khalayak ramai) dan mendapatkan rawatan doktor untuk nasihat
perubatan. Melalui penjarakan sosial semasa bercakap, bersin dan batuk, pemakaian pelitup
muka dan hidung boleh memberi manfaat kepada kesihatan awam dalam mengurangkan risiko
penularan kepada mereka yang tidak dijangkiti.

Jika pelitup muka tidak tersedia, sesiapa yang mengalami gejala pernafasan harus
menutup mulut ketika batuk atau bersin dengan tisu, segera buangnya ke dalam bakul sampah,
dan selepas itu membasuh tangan. Sekiranya tisu tidak tersedia, individu boleh menutup mulut
atau hidung dengan siku yang tertekuk. Pelitup muka juga disyorkan untuk mereka yang menjaga
seseorang yang mungkin mengalami penyakit ini.

Pengasingan atau Kuarantin Diri
Pengasingan sendiri di rumah telah disyorkan untuk mereka yang mempunyai gejala atau
simptom Covid-19 dan mereka yang telah disyaki dijangkiti. KKM telah mengeluarkan arahan
pengasingan diri, termasuk pemberitahuan penyediaan penjagaan kesihatan melalui telefon dan
menyekat semua aktiviti di luar rumah, kecuali untuk mendapatkan rawatan perubatan.

Mereka yang telah melakukan perjalanan ke luar negara yang mempunyai kontak rapat
dengan seseorang yang didiagnosis dengan Covid-19 juga telah diminta oleh KKM untuk
melakukan kuarantin diri sendiri selama 14 hari.

Penjarakan Sosial
Penjarakan sosial termasuk tindakan kawalan jangkitan bertujuan untuk melewatkan penyebaran
penyakit dengan meminimumkan hubungan dekat antara individu seperti kuarantin, sekatan
perjalanan, penutupan sekolah, tempat kerja, stadium, teater dan pusat membeli-belah.
penjarakan sosial dengan menghadkan perjalanan, mengelak ke kawasan yang sesak dan
secara fizikal menjauhkan diri dari individu yang sakit.

Golongan warga emas dan mereka yang mengalami masalah kesihatan kronik telah
dinasihatkan oleh KKM untuk tidak berada di tempat yang sesak dan tinggal di rumah bagi
mengelakkan jangkitan. Sesetengah negara, seperti Kanada atau AS, mengeluarkan garis
panduan untuk tidak berjabat tangan, berpelukan dan berciuman.

17

Penyelidikan Vaksin
Tiada vaksin yang ada sekarang. Beberapa organisasi di seluruh dunia sedang

membangunkan vaksin, menggunakan kaedah berbeza. (Kementerian Kesihatan Malaysia)

18

SLOT 2

Tajuk : Kebiasaan Baharu dan Garis Panduan (SOP) Langkah-Langkah Pencegahan
Covid-19 di sekolah.
Nilai
Objektif : Pematuhan garis panduan dan amalan pencegahan
: Pada akhir slot ini murid akan dapat;

i. memahami amalan penjagaan kebersihan diri yang betul seperti saranan Kementerian
Kesihatan Malaysia

ii. mengetahui kepentingan amalan kebersihan terhadap kesihatan diri
iii. memahami dengan jelas langkah-langkah pencegahan penyakit yang disarankan
iv. memahami peranan dan tanggungjawab setiap individu dalam memahami dan

mengamalkan normal baharu

Sasaran : Semua murid
Masa : 1 jam

LANGKAH :

1. Guru menerangkan tentang amalan mencuci tangan sebagai amalan kebersihan harian

NOTA GURU :-

Amalan mencuci tangan dengan sabun perlu dijadikan amalan seharian, bukan hanya guru
sahaja untuk mencegah penularan Covid-19 semata-mata, amalan mencuci tangan ini juga untuk
kesihatan semua (dan menghindarkan) mana-mana penyakit lain juga. Menurut Pakar Perubatan
Kesihatan Awam, jika seseorang berada di luar rumah, mereka perlu mencuci tangan sekerap
mungkin terutama apabila menyentuh sebarang permukaan.

Jika di rumah pula, kita dinasihatkan mencuci tangan selepas selesai melakukan aktiviti
dalam rumah seperti memasak atau memegang permukaan yang kotor dan disyaki ada kuman.
Seperti sebelum makan, selepas makan, ketika menyediakan makanan, keluar dari tandas, itu
perkara rutin yang perlu diperkukuhkan. Pakar Perubatan Kesihatan Awam juga lebih
menggalakkan amalan mencuci tangan dengan menggunakan sabun berbanding penggunaan
bahan nyah kuman, sekiranya orang awam ada akses kepada air dan sabun. Apa juga jenis

19

sabun boleh digunakan untuk tujuan itu dan langkah atau cara mencuci tangan boleh dirujuk
kepada laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti yang akan
dibincangkan.

1. 7 LANGKAH CUCI TANGAN

Tangan anda mungkin kelihatan bersih, tetapi ini tidak bermakna ianya bersih. Basuh tangan
dengan betul dan sempurna dengan air dan sabun:
a. Sebelum dan selepas mengendalikan makanan
b. Selepas menggunakan tandas
c. Selepas mengendalikan sisa makanan
d. Selepas menghembus hingus
e. Selepas mengendalikan bahan yang beracun dan merbahaya
Basuh dengan sabun untuk membersihkan tangan dari kuman dan kotoran.

2. BAGAIMANA UNTUK MEMBASUH TANGAN DENGAN BETUL?

Terdapat tujuh langkah yang perlu diikuti untuk membasuh tangan dengan betul:
1. Basuh tangan dengan sabun dan air yang bersih secukupnya
2. Gosok tapak tangan
3. Gosok setiap jari dan celah-celah jari
4. Gosok kuku pada tapak tangan
5. Gosok belakang tangan
6. Bilas dengan air bersih yang mencukupi dengan sempurna
7. Keringkan tangan dengan tuala yang kering dan bersih atau alat pengering tangan

20

21

3. PENJARAKAN SOSIAL
Penjarakan sosial (social distancing) bertujuan mengawal jangkitan yang tidak melibatkan
sebarang rawatan perubatan ,memperlahankan penyebaran. Objektif penjarakan sosial adalah
untuk mengurangkan kebarangkalian bersentuh antara orang membawa suatu jangkitan, dan
mereka lain yang tidak terjangkit, agar dapat mengurangkan penularan penyakit, morbiditi dan
akhirnya, kematian. Dengan kata mudahnya, ia bermaksud tidak berjabat tangan, mengelakkan
daripada berada di tempat orang ramai, menjarakkan diri anda dengan orang lain dan paling
penting, duduk di rumah jika anda tidak sihat.
LANGKAH PENJARAKAN SOSIAL ADALAH;

22

PENJARAKAN SOSIAL SECARA UMUMNYA ADALAH
23

PENJARAKAN SOSIAL BAGI SEORANG MURID
24

4. PENGGUNAAN PELITUP MUKA (PENGUNAAN DAN PELUPUSAN)

Memakai pelitup muka di tempat awam merupakan cara untuk membantu pengawalan jangkitan
COVID-19. Bukti saintifik menunjukkan penggunaan pelitup muka berkesan bagi mengawal
jangkitan awal. Inilah kunci inisiatif kesihatan awam, kerana sebilangan besar jangkitan COVID-
19 berlaku pada fasa asimptomatik. Cara ini terbukti berkesan sama seperti amalan membasuh
tangan sebagai langkah mengurangkan jangkitan

Penutup mulut dan hidung tiga lapisan adalah paling sesuai digunakan orang awam
sebagai langkah pencegahan ekoran penularan wabak koronavirus. Ia lebih selamat kerana
boleh menghalang virus berkenaan tersebar melalui pengudaraan jika individu terkena titisan
cecair dari hidung atau mulut yang dijangkiti koronavirus. Bagaimanapun, penutup mulut dan
hidung yang digunakan perlu ditukar dalam tempoh beberapa jam untuk mengelakkan kuman
terus membiak.

Pelitup muka atau perubatan yang betul mempunyai tiga lapisan, dan setiap satu
mempunyai fungsi yang spesifik:

 Lapisan luar yang berunsur hidrofobik atau kalis-bendalir
 Lapisan tengah untuk menapis kuman
 Lapisan dalam untuk menyerap lembapan daripada udara yang kita hembus keluar.
Fungsi lapisan biru atau hijau adalah untuk mencegah kuman daripada melekat padanya, dan ia
sepatutnya memandang ke luar. Jika pelitup dipakai sebaliknya, lembapan dalam udara akan
melekat padanya, dan memudahkan kemasukan kuman. Semasa menarik nafas, kuman akan
berpindah daripada lapisan luar, terus ke dalam paru-paru anda.

25

KAEDAH PEMAKAIAN PELITUP MUKA DENGAN BETUL:

Berikut adalah arahan langkah-demi-langkah untuk cara memakai pelitup muka dengan betul:
1. Bersihkan tangan dengan sabun dan air atau pensanitasi tangan sebelum menyentuh

pelitup.
2. Periksa untuk memastikan tiada bahagian koyak atau berlubang pada kedua-dua belah

pelitup.
3. Pegang pelitup dengan jalur boleh bengkok di atas, dan sebelah berwarna memandang ke

luar.
4. Bergantung pada jenis pelitup yang digunakan, pakai pelitup menurut arahan berikut:

26

27

28

CARA PENGGUNAAN PELITUP MUKA YANG BETUL

Pakar kesihatan mengatakan bahawa pelitup separuh muka yang dibuang secara
sembarangan terutama yang tercemar atau yang mempunyai rembesan pernafasan, boleh
menjadi bahaya ke atas kesihatan sekiranya orang lain bersentuhan dengannya. Pembuangan

29

pelitup separuh muka secara sembarangan juga akan memberi kesan negatif kepada alam
sekitar, terutama pada kehidupan laut ketika ia disalurkan ke sungai dan laut atau boleh
mengakibatkan saluran air tersumbat. Maka guru harus mengingatkan murid agar membuang
pelitup muka yang telah digunakan mengikut tatacara yang betul.
Arahan langkah-demi-langkah untuk menanggalkan pelitup muka:
1. Bersihkan tangan dengan sabun dan air atau pensanitasi tangan sebelum menyentuh

pelitup.
2. Elakkan menyentuh bahagian depan pelitup kerana ia tercemar. Hanya sentuh

sangkut/ikat/tali telinga.
3. Bergantung pada jenis pelitup yang digunakan, tanggalkan pelitup menurut arahan di

bawah:
a. Pelitup Muka dengan Sangkut Telinga

- Pegang kedua-dua sangkut telinga
- Buka dan angkat perlahan-lahan untuk menanggalkan pelitup
b. Pelitup Muka Dengan Ikat
- Lepaskan ikatan bawah dahulu diikuti ikatan atas
- Tarik pelitup menjauhi anda semasa melonggarkan ikatan
c. Pelitup Muka Dengan Tali
- Angkat tali bawah ke atas kepala anda
- Tarik tali atas ke atas kepala anda.
4. Buang pelitup di dalam tong sampah.
5. Bersihkan tangan dengan sabun dan air atau pensanitasi tangan sebelum menyentuh
sebarang benda lain.

30

KAEDAH PELUPUSAN PELITUP MUKA YANG BETUL SETELAH DIGUNAKAN
31

5. KEPERLUAN MEMAKAI PELITUP MUKA
32

6. KESELAMATAN MURID DAN WARGA SEKOLAH

KENALPASTI SIMPTOM DAN GEJALA

Mengikut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat lima tahap gejala dialami pesakit
Covid-19 termasuk ada antara mereka tidak menunjukkan tanda-tanda awal sehingga saringan
dibuat. Kajian menunjukkan individu yang juga digelar ‘asymptomatic’ berupaya menjadi
pembawa virus tanpa disedari.

Di Malaysia, 88 peratus pesakit berada pada tahap satu dan dua, tujuh peratus (tahap tiga dan
empat) dan hanya lima peratus (tahap lima). Lima tahap berkenaan.

TAHAP 1  Tidak menunjukkan sebarang gejala dijangkiti virus
 Memiliki antibodi kuat antara faktor tiada gejala. Mereka termasuk kanak-
TAHAP 2
TAHAP 3 kanak dan golongan muda
TAHAP 4  Kelihatan sihat dan mampu membuat aktiviti harian termasuk bekerja dan

bersukan
 Pembawa virus Covid-19 tanpa disedari. Kelompok paling berisiko

menyebarkan virus terutama ahli keluarga dan kontak rapat
 Jangkitan sukar dikesan kecuali terlibat saringan
 Ada kes mereka sembuh sendiri tanpa mengambil ubat
 Ada gejala ringan seperti demam, batuk, sakit tekak
 Mampu melakukan aktiviti ringan tetapi cepat letih
 Sukar dibezakan mereka dijangkiti virus atau sakit lain kecuali saringan
 Berisiko menyebarkan virus kepada ahli keluarga atau kontak rapat
 Berbanding tahap satu, individu ini lebih mudah dikesan
 Alami radang paru-paru (pneumonia)
 Rasa sakit dan ‘ketat’ di dada ketika menarik nafas
 Boleh berjalan tetapi tidak mampu membuat aktiviti harian
 Bernafas tanpa bantuan sebarang alat
 Alami radang paru-paru, perlu bantuan pernafasan terapi oksigen
 Tidak mampu menjalankan aktiviti tetapi boleh bercakap
 Alami sesak nafas lebih teruk daripada tahap tiga
 Kurang selera makan

33

TAHAP 5  Sesak nafas, perlu bantuan alat pernafasan (ventilator)
 Hanya baring
 Lazimnya tidak sedarkan diri kerana dibius penuh
 Berpotensi mati jika bantuan pernafasan dihentikan

34

SIMPTOM DAN GEJALA COVID-19

7. PERGERAKAN MURID DALAM KAWASAN SEKOLAH DAN ASRAMA
Guru bertugas harus mengingatkan bahawa;
1. Penjagaan kesihatan dan amalan penjarakan sosial adalah amat penting dalam

pengurusan sekolah bagi mengelakkan penularan jangkitan Covid-19 dalam kalangan
murid, guru dan warga sekolah.
2. Murid sentiasa memastikan diri berada dalam keadaan sihat, menjaga kebersihan diri dan
tidak menunjukkan gejala awal Covid-19 sebelum hadir ke sekolah. Saringan demam
serta gejala batuk, selesema, sakit tekak dan sesak nafas dilakukan terhadap murid, guru
dan warga sekolah pada setiap hari di pintu masuk sekolah sebelum sesi persekolahan
bermula. Jika mempunyai suhu badan melebihi 37.5°C atau bergejala, mereka tidak
dibenarkan masuk ke kawasan sekolah.

35

3. Setiap murid juga bertanggungjawab memastikan susunan meja dalam kelas mesti
berada dalam jarak satu (1) meter antara satu dengan yang lain.

4. Pengusaha kantin hanya akan menyediakan makanan berbungkus. Penggunaan kerusi,
meja dan ruang makan di kantin tidak dibenarkan

5. Murid akan makan di dalam bilik PdP di bawah seliaan guru pada waktu rehat yang telah
ditetapkan

6. Murid yang makan di dewan makan asrama pada waktu rehat perlulah sentiasa dalam
makluman guru bertugas

7. Bilik kesihatan/sakit di sekolah harian dan sekolah berasrama akan dijadikan sebagai bilik
isolasi bagi murid yang bergejala sebelum mendapatkan rawatan.

8. Tanda penjarakan sosial disediakan oleh pihak pengurusan sekolah dengan
menggunakan pita pelekat dan setiap murid mesti peka dan mengamalkan penjarakan
sosial yang dimaksudkan di lokasi yang telah ditetapkan seperti yang berikut:
i. Bilik PdP - tanda penjarakan diletakkan pada kaki meja baris hadapan dan baris
tepi pertama untuk rujukan;
ii. Kantin - tanda penjarakan diletakkan pada ruang berbaris untuk pembelian dan
pengambilan makanan serta laluan ke singki;
iii. Bilik guru/pejabat - tanda penjarakan diletakkan pada kerusi, meja, kaunter dan
tempat mengimbas kehadiran; dan
iv. Lif - tanda penjarakan diletakkan mengikut kapasiti lif.

9. Murid mesti memastikan kedudukan dijarakkan dengan selang satu tempat duduk apabila
mereka menaiki kenderaan sekolah seperti bas/van/coaster

10. Murid yang mempunyai masalah berkaitan imuniti badan yang rendah mesti sentiasa
memakai pelitup muka.

11. Murid yang merasa terkesan dengan normal baharu di sekolah akan melaksanakan Ujian
Minda Sihat bersama Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah dan mengikuti sesi
kaunseling sekiranya perlu.

12. Perhimpunan/perjumpaan (melebihi 10 orang) dalam kalangan murid di asrama tidak
dibenarkan. Warden akan memantau keberadaan murid di asrama. Semasa di asrama,
murid yang tidak sihat akan diasingkan dan diberi pelitup muka untuk dipakai serta
dihantar ke klinik kesihatan untuk rawatan atau dibawa pulang oleh ibu bapa/penjaga;

13. Murid hendaklah melaporkan dengan segera kepada warden sekiranya diri sendiri atau
rakan mengalami tanda-tanda demam, batuk, selesema, sakit tekak atau sesak nafas;

36

14. Solat berjemaah di surau dan semua aktiviti berkumpulan ditangguhkan. Murid digalakkan
menggunakan sejadah sendiri untuk solat.

15. Pelawat hanya dibenarkan berjumpa dengan murid di asrama sekiranya terdapat urusan
kecemasan. Pelawat perlu mendapat kebenaran daripada pentadbir/Ketua Warden.

16. Pemantauan secara berkala perlu diadakan bagi memastikan murid sentiasa mematuhi
penjarakan sosial dan berada dalam keadaan sihat semasa di asrama.

17. Aktiviti keluar (outing) dan pulang bermalam tidak dibenarkan sehingga KPM
mengeluarkan pemakluman lanjut.

37

Tajuk : Perkongsian Pengalaman
Masa : 40 minit
Bahan : Kertas A5 (Lampiran 1)
1. Murid memahami emosi sendiri.
Objektif 2. Murid menghargai setiap pengalaman dan perasaan.
3. Murid dapat meningkatkan daya mengawal diri sendiri (self control)
Langkah :
ke atas emosi sendiri.
1. Lampiran A5 diedarkan kepada semua murid.
2. Murid diminta mencatatkan 1 pengalaman yang membuatkan

dirinya rasa bersyukur di petak A dalam tempoh PKP/PKPB/PKPP.
3. Selepas murid-murid mencatatkan pengalaman di petak A, guru

minta murid catatkan 1 pengalaman yang murid rasa kecewa /
marah / sedih di petak B dalam tempoh PKP/PKPB/PKPP.
4. Murid diminta menerangkan apa reaksi / tindakan / semasa mereka
berdepan dengan kedua-dua keadaan mengikut petak masing-
masing.
5. Guru meminta murid berkongsi pengalaman mereka.
6. Guru buat rumusan ke atas pengalaman yang dikongsikan.
7. Hasil perkongsian dalam kertas A5 dikumpul balik untuk tindakan
GBK.

38

Lampiran 1

A (Pengalaman positif) B (Pengalaman negatif)
1. 1.
2. 2.

3. 3.

Tindakan Tindakan

39

Tajuk : Relaksasi Covid-19

Masa : 20 minit

Peralatan : Lampiran 2 (Teka silangkata)
Objektif : Di akhir aktiviti murid dapat:

1. menyatakan maklumat berkaitan SOP pencegahan dan kawalan Covid-19.
2. menambah pengetahuan sedia ada.

Langkah:

1. Murid diedarkan dengan lampiran teka silangkata.
2. Murid diminta menjawab dalam tempoh masa yang diberikan.
3. Guru dan murid berbincang jawapan yang diperolehi.
4. Guru membuat rumusan.

40

Lampiran 2

No MELINTANG
3 Jangan ingkari arahan pihak bertanggungjawab.
7 Dilarang bersentuhan dan ... antara satu sama lain.
8 Kehidupan kita sekarang berada dalam..
10 Mencuci tangan selama 20 saat menggunakan..
11 Kita hendaklah mengelakkan.... antara satu sama lain
12 Seseorang yang bergejala perlu...
15 Perlu dilakukan apabila hendak memasuki sesuatu tempat.
17 Antara simptom atau gejala dijangkiti virus
19 Digunakan apabila berada ditempat sesak
20 Kita perlu menjaga... diri dan tempat tinggal.

NO KE BAWAH
1 Berada dalam lingkungan satu meter.
2 Virus berasal dari negara China.
4 Dilakukan selepas ke tandas, memegang haiwan.

41

5 Aktiviti yang baik dilakukan semasa duduk di rumah.
6 Sifat mulia
9 Jarakkan diri anda sekurang-kurangnya .... dari orang lain.
13 Jika ... atau bersin, sentiasa gunakan tisu dan lupuskan di dalam tong sampah.
14 Langkah pencegahan dengan menjauhi tempat..
16 Anda tidak perlu hadir ke sekolah jika ada gejala..
18 Selain sabun dan air.. mencuci tangan juga boleh menggunakan..

42

Slot 4 : Spiritual
Tajuk : Tuhan Sayang Pada Ku

Masa : 30 minit

Bahan : Kertas A4 (Lampiran 3)

Objektif : Pada akhir aktiviti ini murid dapat :
1. mensyukuri nikmat kehidupan selama ini.
2. menghargai individu yang berada di sekeliling kita

Langkah :
1. Setiap murid dibekalkan dengan lampiran 3.
2. Murid diminta mengisi lampiran 1 iaitu aktiviti yang dilakukan sebelum PKP

dan dilakukan semasa PKP. Contohnya solat berjemaah, bertadarus bersama
keluarga,mengemas rumah, memasak, berkebun dan lain-lain.
3. Setiap murid diminta membentangkan jawapan masing-masing.
4. Setiap murid diberi peluang untuk memberi maklum balas berdasarkan
jawapan yang diberikan oleh rakan lain.
5. Guru selaku fasilitator memilih beberapa jawapan yang terbaik untuk dibuat
huraian.
6. Guru membuat rumusan keseluruhan tentang manfaat yang diperolehi
sepanjang tempoh PKP/PKPB bagi menzahirkan rasa syukur dan reda dengan
ujian/musibah yang dihadapi.
7. Guru meminta murid menyebut individu yang sering bersama mereka semasa
tempoh PKP/PKPB bagi menimbulkan perasaan kasih sayang kepada individu
tersebut. Murid di disaran agar menyayangi dan menghargai individu
tersebut.(dapatkan alasan dari murid mengapa individu berkenaan perlu
disayangi)

Falsafah : Tuhan Maha mengetahui dan memberikan apa yang terbaik untuk kita sebagai
hambaNya

43

AKTIVITI YANG DILAKUKAN Lampiran 3
SEBELUM PKP
AKTIVITI YANG DILAKUKAN
SEMASA PKP

44

Tajuk : Dunia Baru Ku.

Masa : 30 minit

Objektif : Pada akhir aktiviti ini murid dapat :
1. menyesuaikan diri dengan suasana kehidupan terkini.
2. menghargai nikmat dan peluang kehidupan yang masih ada secara positif.

Bahan : Lampiran 4

Langkah :
1. Guru sebagai fasilitator menerangkan tentang kebiasaan baharu kehidupan

kini untuk semua individu. (orang awam)
2. Murid secara sumbangsaran diminta menyatakan bagaimana keadah

menguruskan masa mereka.
3. Guru membimbing murid menyatakan contoh–contoh aktiviti yang sering

diamalkan di sekolah sebelum ini tetapi sekarang tidak lagi dibenarkan.
Contohnya makan di kantin, aktiviti PJPK, berkumpul dalam bilangan yang
ramai, dan lain-lain lagi.
4. Murid diminta untuk memberikan rasional kenapa sesuatu aktiviti itu tidak
boleh dilakukan lagi di sekolah. (dengan bimbingan guru)
5. Guru membaca nota yang disediakan berkaitan pengurusan masa berkesan
bagi seorang murid. (Lampiran 4) .
6. Guru bersama-sama murid menghayati konsep bersyukur kerana diberikan
peluang belajar berbanding dengan rakan-rakan lain. (tingkatan 5 dan 6
sahaja sekarang)

Falsafah : Menyesuaikan diri dengan kebiasaan baharu sebagai murid.

45

Lampiran 4
PENGURUSAN MASA

 Nota Guru
Pengurusan masa bermaksud anda mampu menguruskan masa secara berkesan bagi
melakukan aktiviti harian dan merasa puas hati dengan apa yang telah anda lakukan.
Pengurusan masa yang berkesan merupakan ciri penting di dalam gaya hidup yang sihat.
Menguruskan masa melibatkan penggunaan peralatan dan kaedah atau teknik untuk merancang
dan menjadualkan masa dengan sesuai dan tepat. Peralatan dan teknik tersebut bertujuan untuk
meningkatkan keberkesanan penggunaan masa anda. Pengurusan masa amat penting bagi
membantu remaja mengurus dan mengendalikan masa dengan bijak dan bertanggungjawab.

46

PANDUAN PENGURUSAN MASA BAGI REMAJA/MURID

Tajuk : Penetapan Azam & Matlamat Baru

Masa : 30 Minit

Bahan : Buku Catatan Murid, Kertas A4

Objektif : Pada akhir aktiviti, murid dapat:

i. menjelaskan tujuan hadir ke sekolah dalam kebiasaan baharu.

ii. meningkatkan fokus murid kepada kecemerlangan akademik dalam

kebiasaan baharu.

Pengisian :

i. Memberikan pengertian azam iaitu matlamat yang lahir daripada hati.
ii. Minta semua murid untuk menilai kembali azam yang telah dibuat samada tercapai

atau tidak.
iii. Meminta murid menetapkan azam baru yang lebih baik dan positif untuk di capai

melalui kebiasaan baharu. (Azam di tulis dalam buku catatan murid).

SASARAN PENCAPAIAN MENGIKUT MATA PELAJARAN (Ditulis dalam kertas A4)

Bil Mata Pelajaran Gred Terkini Gred Sasaran
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.

47

Tajuk : Refleksi Murid

Masa : 30 minit

Objektif : Pada akhir aktiviti, murid dapat:

1. murid dapat menzahirkan perasaan masing-masing.
2. guru dapat mengenal pasti keadaan emosi murid.

Langkah :

1. Guru memulakan sesi dengan mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada murid.

2. Guru menyoal murid apa perasaan mereka apabila dapat kembali ke sekolah.

3. Kemudian, guru meminta murid untuk berkongsi dengan dengan rakan-rakan apa yang
mereka lakukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

4. Bagi setiap aktiviti baik yang dikongsi, guru memberikan peneguhan yang positif seperti
memberi pujian dan menjelaskan manfaat yang diperolehi.

5. Setelah itu, guru meminta murid untuk menyatakan perasaan masing-masing terhadap apa
yang berlaku (tidak dapat ke sekolah).

6. Kemudian, guru memberikan kata-kata perangsang dan motivasi untuk menaikkan semangat
dan jati diri murid.

7. Akhir sekali, guru merumuskan kepada murid bahawa setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.
Hidup tetap perlu diteruskan walau apa yang berlaku.

Falsafah
Hidup mesti positif.

48

Tajuk : Rumusan
Masa : 30 minit
Bahan : Kertas A4
Sasaran : Semua murid
Objektif
: Pada akhir aktiviti, murid dapat:
Langkah 1. menyenaraikan apa yang telah diperolehi daripada slot 1 – 6.
2. Menyedari keperluan menyesuaikan diri dengan kebiasaan
Falsafah
baharu.

1. Murid dibekalkan dengan sehelai kertas A4.
2. Murid diminta menyenaraikan 5 maklumat yang diperolehi

daripada aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.
3. Murid dipilih secara rawak untuk membentangkan hasil kerja

mereka.
4. Guru membuat rumusan hasil perbincangan.

1. Nilai diri seseorang bergantung kepada penilaian fikirannya
sendiri

2. Nyawa perlu dijaga sebaiknya “Kita Jaga Kita”
3. Kesejahteraan diri, emosi dan jiwa bergantung sepenuhnya

kepada apa yang kita buat.
4. Kita mestilah berusaha sebaik mungkin demi kehidupan yang

bahagia di masa depan.

49

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MODUL 5 MINIT
1. Bacaan modul 5 minit setiap pagi (seperti yang dilampirkan) oleh Guru Mata Pelajaran
waktu pertama
2. Bacaan peringatan SOP serta penjagaan kesihatan dan kebersihan diri pada awal pagi
oleh Guru Mata Pelajaran waktu pertama
3. Bacaan peringatan SOP serta penjagaan kesihatan dan kebersihan diri 5 minit sebelum
waktu pulang dari sekolah oleh Guru Mata Pelajaran waktu terakhir

50


Click to View FlipBook Version