The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syahirah07-622, 2022-01-03 19:23:14

Ciri-ciri Khusus Agama Islam

Ciri-ciri Khusus Agama Islam

Hukum Haram

➢ Makanan atau minuman haram: Daging khinzir, arak, dan
sebagainya.

➢ Islam juga menetapkan supaya kita menjauhi perbuatan-
perbuatan haram seperti memakan harta anak yatim,
menilik nasib, bergaul bebas lelaki dan wanita yang
bukan mahram, berjudi, membuka aurat (kecuali yang
diharuskan oleh syarak) dan lain-lain amalan yang dilarang.

Takrifan:

Sesuatu amalan yang diberi pahala jika
ditinggalkan dan tidak berdosa apabila
mengerjakannya.

Contoh:

● Memakan makanan yang berbau

seperti bawang merah, petai dan

Hukum Makruh seumpamanya sehingga

mengganggu jemaah lain dalam

solat.

● Makan dan minum sambil berdiri,

● Tidur berlebihan pada waktu puasa.

SYUBHAH

01 02 03

Syubhah berasal Bahasa Inggeris Sesuatu yang
daripada kata akar diterjemah sebagai diragui halal atau

syabaha suspected, haramnya
(mirip,menyerupai, suspicious

diragui)

ISTILAH

Sesuatu perkara yang tidak Menurut Mohd Shah Kaflie An-
dapat dipastikan kedudukan Nadwi, syubhah bermaksud samar
hukumnya, sama ada halal yang memberi erti sebagai sesuatu

atau haram. yang tidak mempunyai dalil-dalil
yang pasti
Menurut Imam al-Ghazali, syubhah
ialah sesuatu perkara samar dan tentang hukum terhadap sesuatu.
tidak jelas disebabkan terdapat dua

bentuk keyakinan yang
bertentangan.

Hadis;

Terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Nukman
bin Basyir r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW

bersabda, (sambil Nukman memegang kedua belah
telinganya): “Sesungguhnya perkara halal itu jelas dan
perkara haram itu pun jelas. Manakala di antara kedua-
duanya terdapat perkara-perkara syubhat yang tidak
diketahui oleh orang ramai. Oleh itu, sesiapa menjaga
dirinya daripada perkara syubhat, maka dia telah bebas
(dari kecaman) untuk agamanya dan kehormatannya dan
sesiapa yang terjerumus ke dalam syubhat, bererti dia

telah terjerumus ke dalam perkara haram.”

SYUBHAH terbahagi kepada dua;

SYUBHAH SYUBHAH
pada hukum pada perbuatan

Syubhah pada hukum

• Sesuatu perkara atau • Contoh: Dalam bab
perbuatan yang tidak
mempunyai dalil yang sembelihan, menurut
jelas daripada Al-Quran pendapat sebahagian
dan Sunnah. fuqaha mazhab Syafie,
daging haiwan yang tidak
jelas status sembelihannya
tidak boleh dimakan kerana
terdapat padanya syubhah.

Syubhah pada perbuatan

● Hukum halal dan haram ● Contoh: Seorang
sesuatu perkara itu menemui buah di
sudah dijelaskan dalam sempadan kebun
Al-Quran tetapi status miliknya dan jirannya,
perbuatan itu tidak namun tidak dikenal
dijelaskan secara pasti buah itu milik
terperinci. siapa. Oleh itu, buah
itu dianggap syubhah.

Hadis;

Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang
menjauhi syubhah, telah selamatlah
agamanya dan kehormatannya,

barangsiapa yang menyertai syubhah, ia
seolah telah jatuh dalam yang haram”

Riwayat Muslim

Sah

Cukup syarat dan rukunnya sesuatu perkara dan dikerjakan dengan betul.

Menurut al-Samarqandi, sah ialah Menurut al-Jurjani, sah itu ialah
sesuatu yang memenuhi rukun- keadaan atau kemampuan
rukun dan syarat-syaratnya, yang yang menghasilkan tuntutan
membawa kepada penerimaan menepati yang perbuatan-
syarak pada hak hukum perbuatan

Contoh: syarat sah solat, syarat sah nikah.
Syarat sah solat: menutup aurat, suci daripada hadas, suci daripada najis, menghadap
kiblat, yakin masuk waktu.

Batal

Tidak cukup syarat dan rukunnya atau tidak benar.

Menurut Syeikh Mustafa Ahmad Zarqa kalimah ‫ ْۖبطاْْل‬di dalam al-Quran,

secara umumnya mempunyai pengertian mutlak keagamaan dengan maksud
perlakuan-perlakuan baik yang tidak menghasilkan pahala di akhirat kelak,

Contoh: Makan dan minum dengan sengaja ketika berpuasa

Rujukan

● Ibnul-khattab. (2015) "Usul ad- dakwah Dr. Karim Zaidan.” Sifat-sifat istimewa
islam.

● Al-Quran Al-Karim. (1990). Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Quran.
Kuala​Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.

● Ismail Kamus. (2009). Indahnya Hidup Bersyariat. Puchong Selangor,
TELAGA BIRU SDN BHD.

● Wahbah Zuhaily. (2013). Kaedah Usui Figah. Selangor, PUSTAKA AL-
EHSAN.

MPU3092 PENDIDIKAN ISLAM

INQILABIYYAHIPG KAMPUS ILMU KHAS
(SISTEM TAUHID)

NAMA AHLI:
SITI NURDIANA BINTI RAMDAN
NURIN HUSNA BINTI ABDULLAH ZAWAWI
WAN NUR HIDAYATI BINTI W IBRAHIM

KELAS: G4.19
NAMA PENSYARAH:DR NIK ASILAH BINTI NIK ALI

TAUHID

PENGERTIAN

BAHASA: Menurut ISTILAH: Ilmu yang
Qamus al-Muhit, membahaskan segala
kepercayaan yang diambil dari
Tauhid bererti dalil-dalil keyakinan dan hukum-
menjadikan sesuatu hukum didalam Islam termasuk
hukum mempercayakan Allah
itu satu.
yang maha Esa.

JENIS HUKUM TAUHID

TAUHID TAUHID TAUHID AL-ASMA’
RUBUBIYYAH ULUHIYYAH WA AL-SIFAT

Meyakini hanya Mengesakan hanya Mengesakan Allah
Allah yang Allah yang layak dari sudut dzat-
mencipta, disembah
berdasarkan Nya, namaNya dan
menguasai dan perbuatan hamba, sifatNya.
mentadbir alam.

➢ Perkara dasar yang wajib dipercayai dalam ilmu tauhid ialah perkara
yang dalil atau buktinya cukup terang yang terdapat didalam Al Quran
atau Hadis yang sahih. Perkara ini tidak boleh ditukar maknanya yang
asli dengan makna yang lain.

➢ Ilmu tauhid dipelajari bertujuan untuk manusia mengenal Allah dan
Rasul dengan dibuktikan oleh dalil-dalil yang pasti. Perkara wajib bagi
Allah dari kesempurnaan sifat dan kesucian ditetapkan daripada ilmu
tauhid.

PRINSIP HUKUM
TAUHID

MUSTAHIL

WAJIB HARUS

WAJIB

Suatu hukum ditentukan Contoh :
melalui akal bahawa ● 99 nama Allah.
● Allah
perkara itu wajib atau tidak
boleh. Hukum wajib dalam mempunyai 20
ilmu tauhid ditentukan oleh
akal terlebih dahulu tanpa sifat.
didahului penyelidikan atau ● 4 sifat wajib

dalil. bagi Rasul.

MUSTAHIL

Mustahil merupakan Contoh :
keadaan dimana akal ● Mustahil bumi
tidak dapat menerima
berbentuk segi
kebenaran sesuatu
perkara. tiga.
● 4 sifat mustahil

bagi Rasul.

HARUS

Akal kita dapat Contoh :
menentukan atau ● Sifat harus bagi Rasul
menghukum bahawa (bersikap seperti
sesuatu benda atau manusia biasa yang
sesuatu zat itu boleh tidak membawa
demikian keadaannya kepada kekurangan
atau boleh juga tidak martabat dan
kemuliaannya spt
demikian. makan, minum,

KEDUDUKAN FURUK
DALAM ISLAM

KONSEP

DEFINISI FURUK: Hukum tentang kewajipan agama yang tidak
berpokok dari hukum dasar.

Singkatan daripada Furu’Uddin yang memberi maksud ajaran Islam
yang sangat penting namun tidak ada prinsip dan tidak ada dasar
sehingga umat Islam boleh mempunyai perbezaan dalam Furu’,
asalkan ada dalil yang boleh dikaitkan secara Syar’i.

KEPENTINGAN KEDUDUKAN
FURUK DALAM ISLAM

● Mempunyai garis panduan atau ketetapan tentang suatu
amalan yang dilakukan mengikut mazhab masing-masing.

● Menjadikan agama Islam suatu yang dinamik, di mana
sesuai dalam apa jua keadaan dan juga masa.

● Mengelakkan daripada perselisihan faham antara dua atau
lebih pihak tentang suatu percanggahan kepercayaan
tentang sesuatu amalan.

CONTOH PERKARA FURU’

● Menggerakkan jari telunjuk ketika bertasyahud.

➔ Terdapat pihak yang mendakwa yang sunat hanyalah
menggerakkan jari telunjuk ketika bertasyahud secara
berterusan sehingga salam dan selesai solatnya.

➔ Manakala tidak menggerakkan sedemikian adalah tidak
sunat kata mereka.

Dari Ibn Umar :

“Adalah Rasullullah s.a.w apabila duduk dalam
tasyahhud, Baginda s.a.w meletakkan tangan

kanannya di atas paha kanannya dan
menyimpulkan (menggenggam jari jemarinya
seperti nombor), mengisyaratkan (mengangkat)

dengan jari telunjuknya”.

➔ Menurut mazhab Syafi’e, sunat mengangkat jari
telunjuk ketika mengucap kalimah “illallah”, dan
terus diangkat tanpa menggerak-gerakkan
sehingga berdiri (untuk tahiyyat awal) dan
sehingga mengucapkan salam dalam tahiyyat
akhir dengan membengkokkan sedikit jari
telunjuk.

➔ Jumhur ulama Syafie menyatakan makruh
menggerak-gerakkan telunjuk waktu tasyahhud.

Rujukan

Al-Bakri, Z. M. (2014, November 3). Irsyad al-fatwa KE-1: Definisi Tauhid. Pejabat Mufti Wilayah
Persekutuan. Retrieved December 21, 2021, from https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-
fatwa/irsyad-fatwa-umum/2010-1

IffahFakhira. (2019, March 12). Prinsip Hukum Tauhid Dan Perkara Furu'. Scribd.
https://www.scribd.com/presentation/401655111/PRINSIP-HUKUM-TAUHID-DAN-PERKARA-
FURU-pptx

Md Azmi, N. A., & Mohamad Sai'd, A. S. (2018). PENDIDIKAN ISLAM. Scribd. Retrieved
December 21, 2021, from
https://www.scribd.com/embeds/343961387/content?start_page=1&view_mode=scroll&access_
key=key-fFexxf7r1bzEfWu3HKwf

MPU3092 PENDIDIKAN ISLAM

ALAMIYYAH

Pensyarah: Dr. Nik Asilah binti Nik Ali

Ahli Kumpulan:
Natasya Nadia binti Sepian (G4.19)
Nadia Fadzlina binti Mohd Ab Rashed (G4.19)
Nur Syafira Syazni binti Sulaiman (G4.19)

DEFINISI ALAMIYYAH

● Al-‘Alamiyyah berasal daripada perkataan Arab iaitu al-‘Alam yang bermaksud sejagat
atau sekalian alam (Ramlan Ahmad & Nor Aishah Raduan, 2002:108).

● Menurut Yusuf al-Qardhawi (1996), al-‘Alamiyyah bermaksud bersifat antarabangsa.
Beliau menyatakan Islam sebagai risalah langit yang diturunkan untuk seluruh manusia
di muka bumi ini.

● Menurut Zulkifli Ahmad (2001), al-‘Alamiyyah bermaksud Islam sebagai sebuah agama
yang sesuai kepada semua manusia tidak kira bangsa, tempat dan zaman.

● Islam menjelaskan kemuliaan ajarannya ini ditujukan untuk semua manusia secara
umum.

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah
menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan
beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah
ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya).
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan

amalan kamu).” Al-Qur’an al-Hujurat 50:13

HAK KEMANUSIAAN

● Hak asasi manusia merupakan hak yang secara alamiyyah diperoleh seseorang sejak
lahir, karena ianya adalah selari dengan fitrah manusia itu sendiri.

● Setiap manusia mempunyai hak untuk hidup dan beribadah kepada Allah s.w.t. Hanya
Allah s.w.t yang berhak mengambil nyawa manusia.

● Menurut Syari’ah, manusia adalah makhluk yang mempunyai tugas dan tanggungjawab
dan kerananya juga mempunyai hak dan kebebasan.

● Sistem hak manusia dalam Islam mengandung prinsip-prinsip dan dasar- dasar tentang
persamaan, kebebasan, dan penghormatan terhadap sesama manusia

● Persamaan: Islam memandang semua sama dan mempunyai kedudukan yang sama, yang
membezakan hanyalah tingkat ketakwaannya. (al-Hujurat ayat 13)

● Kebebasan: Kebebasan diberikan oleh Islam agar menjamin manusia terhindar dari kesia-siaan dan
tekanan, baik dalam hal agama, politik, ideologi.

● Penghormatan : Terhadap hak asasi manusia berpaksikan keadilan, persamaan taraf darjat manusia,
kebebasan beragama dan lainnya tanpa diskriminasi.

PERLINDUNGAN ISLAM TERHADAP
HAK ASASI MANUSIA

1. Hak hidup
● Hak asasi yang paling utama bagi manusia, yang merupakan kurnia dari Allah bagi setiap

manusia. Perlindungan hukum Islam terhadap hak hidup manusia dapat dilihat dari
ketentuan-ketentuan syari’at yang melindungi dan menjunjung tinggi darah dan nyawa
manusia, melalui larangan membunuh dan larangan bunuh diri. (surah an-Nisa ayat 93 )

1. Hak kebebasan beragama
● Dalam Islam, kebebasan dan kemerdekaan merupakan hak asasi manusia, termasuk

didalamnya kebebasan menganut agama sesuai dengan keyakinannya. Oleh karena itu,
Islam melarang keras adanya pemaksaan keyakinan agama kepada orang yang telah
menganut agama lain (al-baqarah ayat 256)

1. Hak atas keadilan
Keadilan adalah dasar dari cita-cita islam dan merupakan disiplin mutlak untuk menegakkan
kehormatan manusia.

PERLINDUNGAN ISLAM TERHADAP
HAK ASASI MANUSIA

4. Hak persamaan
● Islam tidak hanya mengakui prinsup kesamaan derajat mutlak diantara manusia tanpa
memandang warna kulit, ras atau kebangsaan, melainkan menjadikannya realitas yang
penting.

5. Hak mendapatkan pendidikan
● Setiap orang berhak mendapatkan pendidikan. Dalam islam, mendapatkan pendidikan bukan
hanya merupakan hak, tapi juga merupakan kewajiban bagi setiap manusia.

6. Hak kebebasan bersuara dan memberikan pendapat
● Setiap orang mempunyai hak untuk berpendapat dan menyatakan pendapatnya dalam
batasan-batasan yang ditentukan hukum dan norma- norma lainya.

7. Hak kepemilikan Islam
● Manusia dibenarkan untuk mengumpul harta. Mencari harta yang halal dan sah adalah amal
ibadat di dalam Islam.

8. Hak mendapatkan pekerjaan
● Islam tidak hanya menempatkan bekerja sebagai hak, tetapi juga sebagai kewajiban. Bekerja
merupakan kehormatan yang perlu dijamin.

DIPLOMASI DALAM ISLAM

DEFINISI PRINSIP-PRINSIP DIPLOMAT

Perundingan dan 1. Berlandaskan kepada aqidah Islam
perbincangan yang 2. Berorientasi dalam rangka mengembang dakwah Islam, maka perjanjian
dilakukan oleh
seorang diplomat apapun akan diarahkan untuk kepentingan penyebaran ideologi Islam.
yang mewakili sebuah 3. Tidak dilakukan perang dengan Negara lain kecuali sebelumnya sudah
negara dengan
negara lain disampaikan dakwah Islam
4. Menyerukan Negara kufur untuk memeluk agama Islam sekaligus menerapkan

sistem Islam.
5. Jika menolak untuk memeluk Islam, maka diserukan untuk tunduk kepada

sistem Islam yang dibuktikan dengan membayar jizyah tanpa dipaksa untuk
memeluk Islam. Secara de facto dan de jure wilayah ini menjadi bagian dari
daulah khilafah, sehingga negara Islam akan menerapkan syari’ah Islam di
negeri ini.
6. Jika menolak keduanya maka perang menjadi alternative terakhir dalam
kebijakan luar negeri daulah Islam.

CONTOH DIPLOMASI:

ZAMAN RASULULLAH S.A.W

PERJANJIAN HUDAIBIYYAH

● Dilakukan dengan pihak Musyrikin Mekah dan Rasulullah S.A.W pada tahun 928
masihi

● Sebab musabab baginda dan para pengikut muslimin Madinah ingin melakukan
umrah

TAARUF DALAM ISLAM

DEFINISI TAARUF

Taaruf bermaksud saling mengenal, berkasih sayang dengan ruhullah,
menghayati makna ukhuwah yang benar dan utuh antara sesama manusia.
Allah berfirman yang bermaksud (QS. Al-Hujurat: 13)
Hai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan
seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku
supaya kamu saling mengenal.

TUJUAN TAARUF

● Mewujudkan semangat kerjasama antara masyarakat dan kaum
berbilang bangsa, agama dan keturunan.

● Untuk merealisasikan pengadian kepada Allah kerana taaruf sesuai
dengan syariat Islam.

● Supaya manusia mengenali keturunan masing-masing.

HIKMAH TAARUF

● Manusia dapat menjalinkan silaturrahim dan hubungan persahabatan
dalam konteks keluarga, masyarakat dan bangsa

● Supaya manusia mensyukuri nikmat kejadian Allah SWT
● Manusia dapat berkenal-kenalan antara satu sama lain
● Supaya manusia beriman dengan kekuasaan Allah SWT yang mencipta

manusia yang pelbagai ragam dan kriteria

CARA MEWUJUDKAN KESEFAHAMAN

● Saling bertaaruf
● Saling bekerjasama
● Bertolak ansur
● Merendah diri
● Berlaku adil
● Ziarah-menziarahi

FAKTOR BERLAKU PERMUSUHAN SESAMA
MANUSIA

● Kegagalan manusia menghayati konsep taaruf sebagaimana disarankan
oleh Islam

● Sikap sombong dan takbur sebahagian daripada manusia yang
berbangga dengan keturunan dan kekuatan bangsa mereka terhadap
bangsa-bangsa lain

● Pembahagian harta atau ekonomi yang tidak adil telah menimbulkan
rasa tidak puas hati

● Penindasan dan kezaliman dilakukan oleh golongan yang kuat terhadap
golongan yang lemah menimbulkan rasa dendam, benci dan marah di
kalangan mereka

TAKAFUL DALAM
ISLAMDEFINISI TAKAFUL

Takaful bermaksud saling bertanggungjawab atau menanggung beban
sebahagian yang lain.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Seorang mukmin dengan mukmin yang lain adalah umpama sebuah bangunan
yang mana tiap-tiap bahagian dalam bangunan itu mengukuhkan bahagian-
bahagian yang lain.

KONSEP TAKAFUL DI ZAMAN
RASULULLAH

1. Sistem Aqilah

2. Sistem Qasamah

3. Sistem Muwalah

4. Kontrak Daman dan Kafalah

SISTEM AQILAH

● Sistem yang diperkenalkan oleh Rasulullah SAW sebaik sahaja baginda
berhijrah dan mempersaudarakan ansar dan muhajirin.

● Mengikut sistem ini setiap ahli sama ada ansar atau muhajirin
menyediakan tabung kewangan yang dikenali sebagai ‘kunz’.

● Tabung ini bertujuan untuk membantu mana-mana ahli yang terlibat
dengan pembunuhan tidak sengaja dan membebaskan tawanan.

SISTEM QASAMAH

● Sistem bayaran pampasan kepada keluarga yang terbunuh yang mana
pembunuhnya tidak dapat dikesan oleh kerana kekurangan keterangan,
bukti atau saksi.

SISTEM MUWALAH

● Sistem ini digunapakai apabila si A berkata kepada si B “Anda menjadi
pelindung (wali) kepada saya, kalau saya melakukan jenayah tidak
sengaja, anda hendaklah membayar diat untuk saya.” Maka jika si B
bersetuju, kontak mereka dikira sebagai sah.

● Andainya si A melakukan jenayah dan si B membayar diat, maka si B
boleh mewarisi harta A jika dia meninggal dunia dan sebaliknya.

DAMAN DAN KAFALAH

● Sistem ini merupakan jaminan yang diberikan si A kepada si B dalam
hal-hal yang ada hubungan dengan tanggungjawab sehari-hari. Kontrak
ini dikenali dengan berbagai-bagai nama, dia antaranya adalah Kafalah,
Damanah dan Za’amah.

TUJUAN TAKAFUL

● Untuk membersihkan umat Islam daripada terlibat dengan sistem
kewangan yang tidak memenuhi tuntuan Islam

● Untuk memberi pilihan yang lebih luas kepada umat Islam dan
masyarakat Malaysia mendapatkan khidmat insurans secara Islam

● Untuk menjadi alternatif kepada bentuk-bentuk insurans yang telah ada
bagi melengkapkan sistem kewangan Islam.

● Untuk mengurangkan risiko terhadap pemegang polisi yang terdedah
kepada kemungkinan-kemungkinan berlakunya kerugian besar terhadap
perniagaan, kemalangan atau kematian.

TAFAHUM DALAM ISLAM

Kata Tafahum berasal dari bahasa arab "Hai manusia, sesungguhnya Kami
yakni dari kata "Tafaahama, menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan

Yatafaahamu, Tafaahumam", yang bererti seorang perempuan dan menjadikan kamu
saling memahami, saling mengetahui berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya
secara mendalam keadaan orang lain. kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya
Dengan demikian, tafahum adalah orang yang paling mulia diantara kamu disisi
bermaksud keupayaan untuk saling Allah ialah orang yang paling takwa diantara
memahami keadaan orang lain secara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui

jelas dan baik yang menyangkut peribadi lagi Maha Mengenal". (Al-Hujurat Ayat 13).
seseorang.

Merupakan prinsip kedua dalam Setelah memahami akan wujud perasaan
persaudaraan dalam Islam ta’awun

PERINGKAT DALAM TAFAHUM

1. Menghapuskan segala rasa tidak senang dan benci

2. Memupuk rasa cinta dan membasmi perbezaan pendapat.

3. Menjalinkan hubungan yang lebih akrab.
4. Mewujudkan persetujuan berkaitan keutamaan berdakwah dan peringkat

pelaksanaannya

TOLERANSI DALAM ISLAM

Toleransi atau as-samahah (Arab) adalah konsep moden untuk
menggambarkan sikap saling hormat-menghormati dan kerjasama antara
kumpulan manusia yang berbeza, baik dari segi etnik, bahasa, budaya, politik,

dan agama.

Toleransi atau Tasamuh yang sering disebut di dalam Al-Quran berkaitan
dengan toleransi dalam masyarakat dan sosial. Namun tidak kepada bab aqidah

ibadah.

“Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang
yang tidak memerangimu dalam urusan agama dan tidak mengusir kamu dari
kampung halamanmu. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang
berlaku adil.” (al-Mumtahanah: 8)

TOLERANSI ANTARA AGAMA

Dalam konteks toleransi antara agama, Islam mempunyai konsep yang jelas.
“Tidak ada paksaan dalam (menganut) agama (Islam), sesungguhnya telah

jelas (perbedaan) antara jalan yang benar dengan jalan yang sesat.” (al-
Baqarah: 256)

CONTOH TOLERANSI ZAMAN RASULULLAH

Melalui peristiwa piagam Madinah
- Mendapat persetujuan orang Islam (Muhajirin dan Ansar) dan orang bukan

Islam (Yahudi dan suku arab lain).
Melalui peristiwa di Thaif

-Memaafkan dan mendoakan kaum yang telah berbuat jahat kepada beliau
ketika berdakwah di Thaif.

NILAI MURNI DALAM ISLAM

Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan
tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan

Tuhan.

“ Merupakan tanggapan kepada perkara-perkara yang dihajati dan pada masa
yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat

biasanya diasaskan kepada agama” (Wan Mohd. Zahid, 1988)

Contoh-contoh nilai murni:

Kasih sayang - Perasaan kasih sayang yang lahir daripada hati yang rela terhadap
sesuatu berteraskan prinsip Islam.

Silaturrahim - Jalinkan persaudaraan sesama muslim dan bukan muslim.
Berterima kasih - Penghargaan yang diberikan sebagai mengenang dan membalas

sesuatu kebaikan.


Click to View FlipBook Version