PANDUAN PENGGUNAAN
          BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM
           TUNJANG SAINS DAN TEKNOLOGI
                           PRASEKOLAH
SUPPIAH NACHIAPPAN
ZAHARAH BT OSMAN
HASHIMAH BT HUSSIEN
NORLY BT JAMIL
NURULHUDA BT MD HASSAN
MASTURA OTHMAN
Buku Panduan : Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam Tunjang Sains
                                dan Teknologi Prasekolah
Penulis          : Prof. Madya Dr. Suppiah Nachippan
                  Pn. Zaharah Binti Osman
                  Pn. Hashimah Binti Hussien
                  Pn. Norly Binti Jamil
                  Pn. Nurulhuda Binti Md Hassan
Cetakan Pertama
Tahun            : 2017
Hak Cipta        : Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC)
                  Universiti Pendidikan Sultan Idris
ISBN             : 978-967-0638-79-9
Dicetak oleh     : Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC)
                  Universiti Pendidikan Sultan Idris
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-
mana cara tanpa kebenaran bertulis daripada Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak
Negara (NCDRC),Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Penerbit :
         Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC)
         Kampus Sultan Azlan Shah
         Universiti Pendidikan Sultan Idris
         35000 Tanjong Malim
         Perak Darul Ridzuan.
Tel              : 015-4879 7136/ 7137/ 7129
Emel             : [email protected]
Laman web        : http://ncdrc.upsi.edu.my
PRAKATA
Buku Panduan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Tunjang Sains dan Teknologi
Prasekolah ini ditulis berdasarkan hasil kajian ke atas pengajaran Tunjang Sains dan
Teknologi di prasekolah sekitar tiga daerah di Perak. Buku ini dihasilkan dengan
objektif agar menjadi panduan dan rujukan guru-guru prasekolah, dan pihak-pihak
yang terlibat dengan pendidikan awal kanak-kanak dalam merancangan pengajaran
yang menggunakan bahan bantu mengajar, khususnya bagi pengajaran Tunjang Sains
dan Teknologi.
         Buku ini merangkumi empat bab, iaitu yang menyentuh kepada pengenalan
Tunjang Sains dan Teknologi prasekolah, analisis penggunaan bahan bantu mengajar
di prasekolah, komponen awal sains dan komponen awal matematik Bab 1
membincangkan secara umum mengenai Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
(KSPK), Tunjang Sains dan Teknologi Prasekolah, objektif pengahasilan buku, bahan
bantu mengajar dan tafsiran pengajaran yang kreatif, inovatif dan berinformasi.
         Bab 2 pula membentangkan hasil kajian yang dijalankan ke atas 20 buah
prasekolah dengan memfokuskan penggunaan bahan bantu mengajar di dalam
pengajaran Tunjang Sains dan Teknologi Prasekolah. Hasil data pemerhatian
dianalisis dan dibincangkan secara mendalam di dalam bab ini.
         Manakala, bab 3 merupakan cadangan bahan bantu mengajar dan aktiviti bagi
pengajaran komponen awal sains prasekolah. Topik-topik yang dipilih adalah
berdasarkan topik-topik pengajaran guru prasekolah semasa pemerhatian dijalankan.
Di dalam bab ini diberi penerangan secara ringkas dan disertakan sumber rujukan dari
internet bagi memudahkan guru untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai
bahan bantu mengajar dan aktiviti yang dicadangkan.
                                                        i
Bab 4 juga merupakan bab yang membentangkan cadangan-cadangan bahan
bantu mengajar bagi pengajaran komponen awal matematik prasekolah. Topik-topik
pengajaran dipilih adalah berdasarkan topik pengajaran guru semasa data pemerhatian
kajian dikumpulkan. Setiap cadangan disertakan dengan gambar dan penerangan
secara ringkas serta pautan laman sesawang sebagai rujukan guru bagi mendapatkan
maklumat tambahan.
         Akhir kata, diharap buku ini dapat menjadi panduan dan membantu guru-guru
dalam menggunakan bahan bantu mengajar juga menjadi pencetus kepada idea-idea
baharu yang lebih inovatif selari dengan pendidikan abad ke-21 kini.
Suppiah Nachiappan
Zaharah Osman
Norly Jamil
Hashimah Hussien
Mastura Othman
                                                        ii
ISI KANDUNGAN
                                                                 Muka Surat
Prakata                                                          i
Isi Kandungan                                                    iii
BAB 1 Tunjang Sains dan Teknologi Prasekolah                     1
         Pengenalan                                              1
         Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan                2
         Tunjang Sains dan Teknologi                             2
         Objektif Penghasilan Buku Panduan Bahan Bantu Mengajar  5
               Bahan Bantu Mengajar                              5
         Kesimpulan                                              7
BAB 2 Analisis Penggunaan Bahan Bantu Mengajar di Prasekolah     8
         Pengenalan                                              8
         Analisis Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Tunjang Sains dan 9
         Teknologi Prasekolah
               Analisis Dapatan Kajian                           18
               Aktiviti yang Dijalankan di dalam Pengajaran Tunjang Sains dan 19
               Teknologi Prasekolah
         Kesimpulan                                              21
BAB 3 Komponen Awal Sains                                        22
         Pengenalan                                              22
         Bentuk-bentuk di persekitaran                           23
               Fungsi dan Aplikasi dalam Kehidupan               23
               Bahan Bantu Mengajar                              24
               Komputer                                          24
                           iii
Papan Geo (Geoboard)                         27
           Aktiviti Bermain                             30
Tumbuh-tumbuhan                                         33
     Fungsi dan Aplikasi dalam Kehidupan                33
     Bahan Bantu Mengajar                               34
           Tayangan Video: Pertumbuhan Anak Benih       33
           Aktiviti Seni Kreatif                        34
           Aktiviti Menanam Benih Pokok                 35
Kitar hidup haiwan                                      38
     Fungsi dan Aplikasi dalam Kehidupan                38
     Bahan Bantu Mengajar                               38
           Penggunaan Haiwan/Serangga (Benda Hidup)     38
           Aktiviti Seni Kreatif                        39
Tenggelam dan Timbul                                    40
     Fungsi dan Aplikasi dalam Kehidupan                41
     Bahan Bantu Mengajar                               40
           Aktiviti Eksperimen                          40
           Aktiviti Mereka Cipta dan Bereksperimentasi  43
Magnet                                                  45
     Fungsi dan Aplikasi dalam Kehidupan                45
     Bahan Bantu Mengajar                               45
           Penggunaan Ferrofluid                        45
           Permainan Mencari Objek Tersembunyi          48
Kesimpulan                                              49
                                iv
BAB 4 Komponen Awal Matematik                           50
                  Pengenalan                            50
                  Konsep Nombor                         51
                        Aktiviti Seni Kreatif           51
                        Permainan Suai Padan            52
                  Operasi Nombor                        54
                        Mereka Cipta Mesin Tambah       53
                        Lembaran Kerja yang Kreatif     55
                        Mereka Cipta Permainan Bowling  56
                  Konsep Waktu                          56
                        Carta Jam                       56
                        Permainan Jam                   57
                        Carta Nama-Nama Hari            58
                  Kesimpulan                            59
                                                        60
Biblografi
v
BAB 1  TUNJANG SAINS DAN TEKNOLOGI
                 PRASEKOLAH
Pengenalan
Dalam bab ini membincangkan secara ringkas mengenai Tunjang Sains dan Teknologi
seperti yang terkandung di dalam dokumen Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan. Selain itu, turut dibincangkan mengenai bahan bantu mengajar dan
pengajaran yang kreatif, inovatif dan berinformasi.
                                                        1
BAB 1
                                                               Tunjang Sains dan Teknologi Prasekolah
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman
pembelajaran kepada kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun dalam
jangka masa satu tahun atau lebih sebelum memasuki ke Tahun Satu (tujuh tahun).
Pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia telah melalui satu proses transformasi ke
atas kurikulum prasekolah, dikenali sebagai Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (KSPK). Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melakukan
perubahan secara holistik dengan mengambil kira aspek kandungan, pedagogi,
peruntukan, masa, kaedah, pentaksiran, bahan dan pengurusan di dalam KSPK
berdasarkan kurikulum prasekolah sedia ada (KPM 2010).
         KSPK terbina berdasarkan rekabentuk kurikulum berasaskan standard dan
berbentuk modular. Standard kandungan dan standard pembelajaran adalah
berpaksikan kepada pengetahuan, kemahiran asas serta nilai dalam enam Tunjang
Pembelajaran berikut (KPM, 2010), i) Komunikasi; ii) Kerohanian, Sikap dan Nilai;
iii) Kemanusiaan; iv) Sains dan Teknologi; v) Fizikal dan Estetika serta vi)
Keterampilan Diri.
Tunjang Sains dan Teknologi Prasekolah
Tunjang sains dan teknologi merangkumi awal sains, awal matematik dan aktiviti
pembinaan menggunakan objek seperti blok dan penggunaan ICT (KPM, 2010).
Melalui awal sains, murid-murid prasekolah dapat meneroka alam sekitar
menggunakan organ deria dan peralatan mudah. Kemahiran asas proses sains seperti
kemahiran memerhati, mengukur menggunakan unit bukan piawai, membanding dan
mengelas, dapat dipupuk dan dikembangkan semasa proses penerokaan yang
dilakukan. Selain itu, awal sains juga menyediakan peluang untuk murid prasekolah
untuk membuat pembinaan menggunakan objek seperti blok, yang mana melalui
aktiviti ini murid-murid dapat mempelajari konsep penghubung, lingkungan, awal
matematik serta meningkatkan daya kreativiti murid dan kemahiran motor halus
(KPM, 2010). Manakala, awal matematik pula dapat membekalkan pengalaman awal
                                                        2
BAB 1
                                                               Tunjang Sains dan Teknologi Prasekolah
matematik seperti konsep pranombor, nombor, operasi nombor yang mudah, nilai
wang, konsep waktu, dan bentuk ruang. Selain itu, melalui tunjang sains dan
teknologi ini, murid prasekolah juga diberi peluang menggunakan komputer bagi
melakukan tugasan tertentu (KPM, 2010).
         Kementerian Pendidikan Malaysia (2010) telah menetapkan Standard
Pengajaran dan Pembelajaran; dan juga Standard Domain Kreativiti untuk
memastikan guru mengetahui dan memahami tanggungjawab mereka dalam
merancang proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas. Kedua-dua
standard ini menekankan pembelajaran berdasarkan keperluan kurikulum dan keperluan
kanak-kanak, pembelajaran menggunakan pendekatan yang bersesuaian dengan tahap
perkembangan kanak-kanak, juga untuk memupuk pemikiran kreatif dan inovatif dalam
kalangan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
         Tunjang sains dan teknologi juga merupakan satu medium utama dalam
perkembangan kognisi kanak-kanak prasekolah. Ini kerana kemahiran kognisi itu
sendiri terdiri daripada kemahiran pengelasan, konsep ruang, konsep nombor, proses
sains dan penyelesaian masalah. Menurut Nani & Rohani (2003), kanak-kanak
menguasai kemahiran kognisi melalui interaksi sebenar dengan menggunakan
pelbagai bahan maujud atau konkrit daripada pelbagai jenis bahan yang mudah
didapati di sekeliling mereka seperti butang, guli, kotak, tutup botol, biji benih, batu
dan daun. Kanak-kanak memahami persekitarannya melalui pengalaman
pembelajaran sebenar dan manipulasi yang berulang-ulang.
         Dalam tunjang sains dan teknologi, KSPK turut menyatakan penggunaan
komputer bagi tujuan pengajaran ICT kepada murid prasekolah. Menurut Burnett
(2010), kanak-kanak masa kini membesar dalam textual landscape di mana mereka
mempunyai pelbagai cara berinteraksi dan bermain dengan aktif di dalam persekitaran
yang dicipta melalui teknologi digital seperti permainan komputer, telefon bimbit dan
dunia virtual. Maier dan Warren (2002) menjelaskan bahawa kajian-kajian
penggunaan ICT pada peringkat awal kanak-kanak menunjukkan pendedahan kepada
komputer multimedia boleh memberangsang dan mendorong kanak-kanak belajar
dengan lebih baik, cepat dan berkesan. Pendedahan awal kanak-kanak kepada ICT
                                                        3
BAB 1
                                                               Tunjang Sains dan Teknologi Prasekolah
dan teknologi digital dapat membina pemikiran kritikal, meningkatkan kreativiti,
meneroka pelbagai bidang, mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam situasi,
di samping meningkatkan minat dan perhatian. Menurut Parker (2008), banyak
konsep asas dalam pembelajaran boleh disampaikan dengan berkesan melalui
program pengajaran dan pembelajaran menggunakan komputer multimedia.
         Guru prasekolah perlu sedar bahawa kanak-kanak merupakan peneroka aktif
terhadap persekitaran mereka dan mereka belajar juga membina pengetahuan mereka
sendiri melalui penerokaan yang dilakukan (Essa, 2011). Melalui penerokaan, proses
inku$iri dan penemuan, kanak-kanak mendapat rangsangan dan galakan untuk
membentuk konsep dan membina pemikiran, mengelaskan maklumat, menyelesaikan
masalah dan membuat keputusan, dan bukannya menghafal konsep sains dan
matematik (Bose, Tsamaase & Seetso, 2013). Mereka belajar sepanjang masa melalui
bermain dan interaksi dengan persekitaran sekeliling mereka, yang boleh membentuk
asas penting bagi semua proses pembelajaran matematik dan sains (Johansson &
Pramling Samuelsson, 2006).
         Sejajar dengan itu, guru prasekolah perlu memahami bahawa pengajaran
berkait rapat dengan tanggungjawab guru sebagai penyampai ilmu dan keberkesanan
pengajaran banyak bergantung kepada sejauh mana guru berjaya mencapai objektif
pengajarannya dalam membantu kanak-kanak belajar apa yang diajarkan (Zamri,
Juliawati & Nik Mohd Rahimi, 2009). Justeru bagi memastikan hasil pembelajaran
dapat dicapai dan masa yang diperuntukkan digunakan dengan sebaiknya, guru perlu
bijak merancang, mengurus dan mengelola pengajaran. Transformasi kurikulum
pendidikan prasekolah melalui KSPK 2010 menyeru guru memfokus proses
pengajaran dan pembelajaran yang menggembirakan dan bermakna kepada kanak-
kanak (Sharifah Nor & Aliza, 2011).
         Oleh yang demikian, penyediaan Buku Panduan Penggunaan Bahan Bantu
Mengajar dalam Tunjang Sains dan Teknologi ini adalah sebagai satu kemudahan
buat guru prasekolah agar dapat membantu sedikit sebanyak dalam memberi idea
mengenai pendekatan pengajaran yang bersesuaian, cara penggunaan bahan bantu
                                                        4
BAB 1
                                                               Tunjang Sains dan Teknologi Prasekolah
mengajar yang lebih kreatif dan pelbagai, serta memudahkan guru merancang
rancangan pengajaran harian mereka, khususnya dalam Tunjang Sains dan Teknologi.
Objektif Penghasilan Buku Panduan Bahan Bantu Mengajar
Buku panduan ini dihasilkan dengan beberapa objektif. Antaranya adalah seperti
berikut:
    i. Sebagai panduan guru untuk mempelbagaikan kaedah penggunaan BBM
             yang sedia ada dengan menumpukan kepada 3 aspek, iaitu kreatif, inovatif
             dan berinformasi.
    ii. Menjadi pencetus idea-idea baharu kepada penghasilan BBM untuk
             digunakan dalam pengajaran di bilik darjah, khususnya bagi Tunjang Sains
             dan Teknologi Prasekolah.
    iii. Menambahbaik penggunaan BBM yang sedia ada ke tahap yang optimum,
             khususnya dalam Tunjang Sains dan Teknologi Prasekolah.
Bahan Bantu Mengajar (BBM)
Pengajaran Awal Sains dan Matematik memerlukan pendekatan yang pelbagai untuk
memastikan murid prasekolah memahami serta dapat berkembang secara holistik.
Berikutan dengan itu, penggunaan Bahan Bantu Mengajar adalah satu kemestian di
peringkat prasekolah. Penggunaan bahan maujud atau konkrit amat dititik beratkan di
dalam pengajaran di peringkat prasekolah. Naim (2000) menyatakan, bahan bantu
mengajar ialah apa-apa sahaja bentuk benda, bahan, dan peralatan sama ada konkrit
atau abstrak yang dapat digunakan dan diekploitasikan oleh seseorang untuk
mencapai objektif pembelajaran. Proses PdP akan menjadi lebih berkesan jika guru
dapat menggunakan kreativiti, menggabungjalinkan penggunaan kerana belajar
merupakan fitrah manusia. PdP dapat dijalankan dalam suasana yang menyeronokkan
sekiranya murid meminati dan menyukai proses pengajaran dan pembelajaran yang
diikuti.
                                                        5
BAB 1
                                                               Tunjang Sains dan Teknologi Prasekolah
         Menurut Norasiah, Nor Risah dan Rosnah (2013), alat dan bahan bantu
mengajar ini dapat membantu guru dalam pencapaian sesuatu objektif pembelajaran
dengan lebih berkesan. Pemilihan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan
aktiviti yang dijalankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat membantu
guru menyalurkan maklumat yang sepatutnya dengan lancar dan efektif.
         Dalam pada itu, penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran Tunjang
Sains dan Teknologi perlulah mempunyai elemen kreatif, inovatif atau informasi.
Dengan itu, bahan bantu mengajar itu dapat digunakan secara optimum dan
pengajaran turut menjadi lebih bermakna. Berikut adalah definisi kepada pengajaran
yang kreatif, inovatif dan berinformasi.
    i. Kreatif
          Kreatif dalam konteks pengajaran boleh ditafsirkan sebagai gabungan
             pengetahuan sedia ada dalam beberapa cara baharu, atau memperkenalkan
             proses baharu dalam memupuk pemikiran (kognisi), pendekatan yang
             terbuka dan memberikan inspirasi dalam menggalakkan pelajar meneroka
             dan berinovasi (Lou & Chen, 2012) dan penambahbaikan dalam
             pengajaran (Sawyer, 2004).
    ii. Inovasi
          Inovasi merupakan tindakan memperkenalkan sesuatu yang baharu atau
             sesuatu yang baharu diperkenalkan seperti, kaedah baharu, peranti,
             pengukuran, penyelesaian, perkhidmatan produk, atau idea (Ideris, 2012).
             Menurut Rogers (2003) inovasi merupakan idea, amalan atau objek yang
             di anggap baharu oleh seseorang. Inovasi dalam pendidikan pula muncul
             dalam bentuk penyelesaian baharu dicadangkan melalui dasar-dasar, atau
             cara kreatif untuk memperbaharui pendidikan, budaya pendidikan baharu
             atau idea baharu untuk mengatasi beberapa masalah dalam pendidikan.
    iii. Informasi
          Informasi adalah satu bentuk pengetahuan, maklumat dan juga keterangan
             mengenai sesuatu atau pun seseorang (Kamus Dewan, 2007). Dalam
                                                        6
BAB 1
                                                      Tunjang Sains dan Teknologi Prasekolah
    konteks pengajaran informasi adalah merujuk kepada maklumat dan
    pengetahuan yang terdapat pada Bahan Bantu Mengajar yang digunakan
    oleh guru dan bagaimana guru menyampaikan maklumat tersebut kepada
    murid. Menurut Suppiah (2015), hal ini penting kerana kanak-kanak
    mengalami dan memahami makna serta mengingat semua informasi dan
    ilmu pengetahuan yang dipelajari melalui proses kognisi sejak kecil lagi
    melalui pembelajaran formal di sekolah dan secara tidak formal dalam
    persekitaran mereka.
Kesimpulan
Pembelajaran Matematik dan Sains adalah penting dalam pendidikan
prasekolah. Hal ini kerana, ianya mempunyai kaitan jangka panjang dan
berterusan dengan kesediaan persekolahan dan pencapaian akademik. Kanak-
kanak prasekolah masa kini dilihat mampu dan bersemangat untuk belajar
konsep matematik dan sains. Sebagai contoh, kanak-kanak ingin tahu tentang
dunia dan bertanya dan bercakap mengenai bidang matematik dan sains
sebelum mereka memasuki alam persekolahan. Oleh itu, pengajaran Tunjang
Sains dan Teknologi Prasekolah memerlukan kepada bahan bantu mengajar
dalam memberikan informasi yang tepat dan menjadikan pengajaran lebih
berkesan dan menyeronokkan. Malahan, aspek kreatif, inovatif dan informasi
perlu diterapkan dalam pengajaran guru agar pengajaran dan pembelajaran
menjadi lebih bermakna.
                                              7
BAB 2   ANALISIS PENGGUNAAN BAHAN
       BANTU MENGAJAR DI PRASEKOLAH
Pengenalan
Satu kajian awal telah dijalankan bagi melihat penggunaan Bahan Bantu Mengajar di
dalam Tunjang Sains dan Teknologi. Kajian ini melibatkan 20 buah prasekolah dari
3 daerah di sekitar Perak, iaitu Daerah Larut Matang Selama, Kuala Kangsar dan
Kinta Utara. Bab ini akan membentangkan hasil dapatan kajian yang diperoleh
melalui pemerhatian ke atas pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
                                                       8
BAB 2
                                         Analisis Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Di Prasekolah
Analisis Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Tunjang Sains dan
Teknologi Prasekolah
Pra       Fokus Pengajaran                      Cara Penggunaan BBM
sekolah
         Operasi Nombor:       Permainan bowling: Guru menggunakan permainan
    A    Menggunakan bahan     bowling di awal pengajaran bagi memperkenalkan
         harian untuk          operasi menolak. Melalui aktiviti ini murid akan rasa
         menerangkan operasi   gembira selain mendapat idea awal mengenai operasi
         tolak.                tolak.
         Menulis ayat          Komputer riba: Penggunaan CD interaktif di laptop,
         Matematik dengan      kemudian dipancarkan melalui TV dan audio CD
         gunakan simbol tolak  yang digunakan adalah dalam Bahasa Inggeris.
         (-) dan sama dengan   Visual yang dipamerkan menunjukkan operasi
         (=)                   penolakkan berdasarkan gambar objek.
         Menyatakan ayat       Lembaran kerja: Guru memberi lembaran kerja
         Matematik operasi     kepada murid dalam bentuk latihan operasi tolak.
         tolak secara lisan
B Menyiasat alam               Komputer riba:
         hidupan:
                               Tayangan video:
         Meneroka bahagian- - From A Seed to A Flower
         bahagian tumbuhan - Part of A Flower
         iaitu daun, bunga,
         buah serta            Penggunaan Slaid Power Point: Tayangan gambar-
         pertumbuhan anak gambar bunga dan bahagian tumbuhan; dan di setiap
         benih.                gambar disertakan dengan audio (di dalam bahasa
                               Inggeris) nama bahagian tumbuhan/bunga tersebut.
                               Bunga raya pelbagai saiz dan warna (main): Guru
                               menjalankan aktiviti berkumpulan dengan
                               membahagikan murid mengikut ciri-ciri bunga raya
                               tersebut dari segi saiz dan warnanya.
                               Lembaran Kerja: Jenis lembaran kerja yang
                               disediakan ialah memadankan nama bahagian pokok
                               berdasarkan gambar.
                               9
BAB 2
                  Analisis Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Di Prasekolah
C Menyiasat alam             Papan tulis: Guru menunjukkan magnet, kemudian
         bahan:              menulis di papan putih ejaan ‘magnet’.
       Menjalankan           Magnet: Demonstrasi dilakukan oleh guru dan
       penyiasatan kesan     kemudian eksperimen dilakukan oleh murid untuk
       magnet ke atas objek  membuat pemerhatian ke atas kesan magnet bila di
                             dekatkan pada bahan yang magnetik ataupun tidak
                             magnetik.
                             Carta gambar: Guru menunjukkan carta gambar
                             mengenai bentuk-bentuk magnet seperti magnet bar,
                             magnet gelang, magnet butang, magnet ladam kuda,
                             magnet silinder, dan magnet U.
                             Lembaran kerja: Guru mengedarkan lembaran kerja
                             yang mempunyai gambar objek-objek yang boleh
                             melekat dan tidak melekat kepada magnet. Guru
                             meminta murid-murid menggunting gambar objek
                             yang boleh melekat kepada magnet dan
                             menampalnya di dalam buku di bahagian jawapan
                             yang disediakan.
    D  Menyiasat alam        Komputer riba: Guru menggunakan komputer untuk
E      hidupan:              menunjukkan gambar ikan yang mana pada gambar
                             tersebut telah dilabelkan dengan nama bahagian
       Mengenal pasti        tubuh badan ikan.
       bahagian tubuh badan
       haiwan (ikan)         Kad Imbasan (perkataan): Kad imbasan yang
                             digunakan oleh guru D adalah untuk menunjukkan
                             perkataan ‘mata’, ‘mulut’, ‘sisik’, ‘sirip’, ‘insang’
                             dan ‘ekor’ kepada murid.
                             Permainan Jigsaw Puzzle: Permainan dijalankan
                             dalam kumpulan dan setiap kumpulan diberi satu
                             sampul surat mengandungi gambar ikan (puzzle).
       Kemahiran saintifik:  Komputer riba: Guru menggunakan laptop bagi
                             tujuan menunjukkan gambar bentuk-bentuk yang
       Murid dapat           terdapat di dalam permainan-permainan seperti
       mengenal pasti dan    badminton, bola sepak dan bola jaring.
       menamakan bentuk-
                             10
BAB 2
                    Analisis Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Di Prasekolah
bentuk objek di     Papan putih: Guru menggunakan papan putih untuk
persekitaran        melukis jaring (net) yang digunakan dalam
                    permainan badminton bagi menjelaskan kepada
                    murid bahawa jaring tersebut berbentuk segi empat
                    tepat.
                    Bola: Guru membawa murid-murid ke luar kelas
                    untuk bermain ‘Throw and Catch ball’, murid
                    dibahagikan kepada dua kumpulan.
F Menyiasat alam    Ikan di dalam balang: Guru F membuat
hidupan:            demonstrasi pencampuran anti-klorin ke dalam
                    balang air dan menunjukkan ikan (hidup) kepada
Menulis dan         murid. Murid diberi peluang untuk bereksperimentasi
menyebut bahagian menyentuh ikan yang masih hidup di dalam balang.
anggota badan ikan
serta fungsinya     Papan pamer dan kad imbasan (gambar): Guru F
                    menggunakan BBM ini dalam menerangkan
                    mengenai anggota badan ikan serta fungsinya.
                    Contohnya mulut untuk memakan, sirip digunakan
                    untuk berenang, insang untuk bernafas, sisik sebagai
                    pelindung badan ikan seperti kulit manusia
                    melindungi badan manusia, mata untuk melihat dan
                    ekor untuk berenang dan bergerak.
G Menyiasat alam    Variasi buah-buahan: Guru menjalankan aktiviti
hidupan:            meneka buah di dalam beg. Aktiviti ini memerlukan
                    murid mengambil buah dari sebuah beg kemudian
Memerhati dan       meneka nama buah tersebut. Aktiviti ini membuatkan
mengumpulkan buah- murid berasa gembira dan seronok semasa belajar.
buahan yang biasa
dijumpai mengikut Carta bergambar: Guru menggunakan carta bagi
ciri warna dan berbiji. tujuan memperkenalkan kepada murid jenis buah-
                    buah berbiji satu dan berbiji banyak. Guru
                    menerangkan satu persatu jenis buah mengikut
                    gambar yang terdapat di dalam carta.
                    Papan putih dan kad imbasan (gambar buah):
                    Bagi meneguhkan lagi pengisian pengajaran pada
                    hari itu, guru telah menjalankan aktiviti
                    mengumpulkan jenis-jenis buahan mengikut ciri
                    sama ada berbiji satu atau berbiji banyak. Murid
                            11
BAB 2
                  Analisis Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Di Prasekolah
                  perlu melekatkan kad imbasan di papan putih
                  mengikut jenis buah tersebut.
                  Lembaran kerja: Guru mengedarkan lembaran kerja
                  yang memerlukan murid untuk menandakan dua jenis
                  buah-buahan sama ada berbiji satu atau berbiji
                  banyak.
H Menyiasat alam  Magnet pelbagai bentuk (model): Guru
bahan:            menggunakan model magnet yang pelbagai bentuk
                  sebagai memperkenalkan bahawa magnet terdiri
Murid dapat       daripada bentuk-bentuk yang berbeza. Magnet juga
mengelaskan objek digunakan dalam aktiviti kumpulan untuk melakukan
yang tertarik pada penyiasatan dan pemerhatian ke atas objek sama ada
magnet dan tidak  tertarik atau pun tidak apabila magnet diletakkan
tertarik pada magnet secara berdekatan dengan objek.
                  Bahan magnetik dan tidak magnetik: Bahan-bahan
                  ini digunakan di dalam eksperimen yang dijalankan
                  bagi melihat sama ada bahan-bahan melekat/
                  bertindak balas apabila magnet didekatkan. Contoh
                  bahan-bahan yang digunakan ialah sudu besi,
                  gunting, paku dan kertas.
                  Jadual pemerhatian: Murid diberikan jadual
                  pemerhatian dan diarahkan melakar gambar objek
                  yang tertarik kepada magnet dan tidak tertarik kepada
                  magnet pada ruang yang disediakan.
I Konsep nombor:  Kad Imbasan (Kad Nombor) : Nombor 1 hingga
                  nombor 10.
Memahami operasi
tambah dalam      Alat permainan: Guru menggunakan alat permainan
lingkungan 10.    (kereta dan haiwan) untuk menjadi bahan bagi
                  melakukan operasi tambah.
Menyatakan hasil
tambah dua        Lembaran Kerja: Guru mengedarkan lembaran
himpunan objek    kerja operasi tambah kepada murid-murid sebagai
                  pengukuhan kepada pembelajaran pada hari itu.
                  12
BAB 2
                   Analisis Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Di Prasekolah
J Menyiasat alam      Lagu rama-rama: Guru memilih lagu ini sebagai set
hidupan:              induksi dalam memperkenalkan topik pada hari itu.
                      Pemilihan lagu ini bersesuaian dengan tajuk
Murid boleh           pengajaran kerana lirik lagu itu sendiri menceritakan
memerhati dan         tentang kitar hidup rama-rama.
menceritakan kitaran
hidup haiwan biasa Komputer riba dan LCD: BBM ini digunakan oleh
dijumpai.             guru untuk tayangan kitaran hidup rama-rama
                      sebagai pengenalan kepada topik pengajaran guru.
                      Carta kitaran hidup rama-rama: Guru
                      menerangkan semula kitaran hidup rama-rama
                      menggunakan carta kitaran hidup rama-rama.
                      Model rama-rama: Sebagai penutup bagi
                      pembelajaran hari itu, guru mengajarkan murid untuk
                      membuat origami rama-rama.
K Menyiasat alam      Kad Imbasan (kitaran hidup katak): Guru
         hidupan:     menceritakan mengenai kitaran hidup katak.
Murid dapat           Papan putih: Guru turut menggunakan papan putih
memerhati dan         untuk menerangkan mengenai kitar hidup katak
menceritakan kitaran  secara melukis gambar.
hidup haiwan yang
biasa dijumpai        Kad gambar dan kad manila: BBM ini digunakan
                      untuk menjalankan aktiviti berkumpulan. Murid
                      dibahagikan kepada 6 kumpulan dan setiap kumpulan
                      diberikan kad manila dan beberapa keping gambar.
                      Murid diminta menampalkan kad gambar di atas
                      meja mengikut kitar hidup katak seperti yang telah
                      guru ajarkan di awal pengajaran.
L Menyiasat alam      Balang air dan objek tenggelam/timbul: Dengan
bahan                 menggunakan BBM ini, guru menjalankan proses
                      kemahiran sains, iaitu pemerhatian dan eksperimen
Memerhati dan         bersama murid dengan menunjukkan secara amali
mengumpulkan objek apakah objek yang timbul dan apakah objek yang
kepada yang           tenggelam.
tenggelam dan
timbul.               Guru turut menyediakan objek-objek untuk murid
                      membuat pemerhatian secara individu untuk melihat
                      13
BAB 2
                   Analisis Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Di Prasekolah
Membuat ramalan      sama ada objek itu timbul atau tenggelam. Antara
apa yang akan        objek yang yang disediakan ialah bata, gunting,
berlaku berdasarkan  straw, duit syiling, pensil, model epal, klip kertas dan
pengalaman lepas     bola. Kemudian guru menyoal secara kelas sama ada
(timbul dan          objek tersebut timbul atau tenggelam.
tenggelam).
M Operasi Nombor     Boneka ayam dan nyanyian lagu ‘Anak Ayam’:
Murid boleh          Dengan menggunakan boneka, guru menyanyikan
                     lagu ‘Anak Ayam’ bersama-sama murid. Guru
mengeluarkan objek menggunakan lagu sebagai pengenalan kepada
dari himpunan dan    konsep awal operasi penolakan. Melalui lirik lagu
membilang baki       ‘Anak Ayam’ konsep operasi tolak dapat
dengan betul.        diperkenalkan kepada murid.
                     Komputer riba: Pengajaran dikembangkan dengan
                     penayangan video cerita ‘Anak Itik’ menggunakan
                     Komputer riba, yang mengisahkan perjalanan 5 ekor
                     anak itik yang menaiki bukit. Ibu itik memanggil
                     anak itik, satu persatu jatuh dan hilang. Akhirnya
                     hilang semua anak itik. Video ini menunjukkan
                     operasi penolakan, dari jumlah 5 ekor anak itik
                     sehingga menjadi nilai 0.
                     Pembilang: Guru menggunakan pembilang sebagai
                     BBM untuk murid mengira 1 hingga 5. Guru
                     seterusnya menggunakan kad nombor dan juga
                     pinggan kertas dan meminta mengira 1 hingga 5
                     menggunakan objek tadi.
                     Lembaran Kerja: Guru memberikan murid kertas
                     yang mempunyai gambar dan memberi arahan untuk
                     memotong gambar mengikut jumlah yang disebutkan
                     oleh guru. Contohnya, gambar rumah, terdapat 4
                     keping gambar, guru menyuruh memotong 2 keping
                     gambar rumah, hasilnya tinggal 2 keping gambar
                     rumah yang terdapat pada kertas tadi.
                     Permainan Tolak: Kemudian guru menjalankan
                     aktiviti bermain dengan menggunakan bola. Guru
                     meminta murid untuk mengambil soalan dari dalam
                     kotak. Berdasarkan soalan, murid perlu memasukkan
                     bola ke dalam bakul mengikut soalan yang diberi,
                             14
BAB 2
                   Analisis Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Di Prasekolah
                   dan mengira bakinya. Contohnya, terdapat 5 biji bola,
                   murid perlu masukkan 3 biji bola ke dalam bakul,
                   dan baki yang tinggal adalah 2 biji bola.
N Menyiasat Alam   Komputer riba: Guru menggunakan Komputer riba
Hidupan:           bagi tayangan video semasa set induksi dan
Memerhati dan      perkembangan pengajaran. Pada perkembangan
                   pengajaran guru menayangkan video ‘Mari berkebun’
merekodkan proses sebagai informasi kepada murid bagaimana cara
percambahan biji   penanaman pokok.
benih dan
pertumbuhan anak Pokok cili merah: Guru menunjukkan pokok cili
benih dari segi    yang ditanam di dalam pasu sambil menerangkan
ketinggian dan     mengenai proses pertumbuhan tumbuhan. Guru turut
pertambahan daun menambahkan informasi dengan menunjukkan
dengan bimbingan. kepada murid biji benih pokok cili. Pengajaran guru
                   dilihat inovatif apabila guru membelah cili di
                   hadapan murid untuk menunjukkan biji cili kepada
                   murid. Di akhir pengajaran pula guru melakukan
                   aktiviti mengukur ketinggian pokok cili bersama
                   murid.
                   Peralatan menanam pokok dan biji benih: Guru
                   melakukan demonstrasi bagaimana untuk menanam
                   pokok cili di depan murid. Kemudian murid turut
                   menanam pokok cili secara berkumpulan.
                   Papan putih: Papan putih digunakan untuk
                   menerangkan kembali apa yang telah guru ajarkan
                   dari awal pengajaran. Guru melukis gambar
                   tumbuhan bagi menerangkan tentang pertumbuhan
                   pokok cili dan proses penanaman pokok cili.
                   Lembaran kerja: Lembaran kerja yang diberikan
                   adalah berkenaan proses penanam pokok cili. Murid
                   perlu memadan gambar mengikut urutan cara
                   penanaman pokok cili.
O Konsep Waktu     Kalendar: Guru menggunakan kalendar untuk sesi
                   soal jawab bersama murid. Murid menjawab soalan
Menyebut nama-     guru secara kelas dan individu dengan idea sendiri
nama hari dalam    dan juga berpandukan kalendar yang ditunjukkan.
seminggu mengikut
                   15
BAB 2
                 Analisis Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Di Prasekolah
urutan dalam bahasa  Kotak ajaib (main): Guru membuat aktiviti mengeja
Malaysia dan Bahasa  kuat nama hari daripada kad perkataan. Guru
Inggeris             mengeluar satu kotak ajaib (beg tangan kecil) dan
                     meminta murid mengambil satu kad perkataan setiap
                     seorang dan mengeja dengan kuat dan betul. Seorang
                     murid mengeluarkan kad Tuesday dari kotak, dan
                     mengejanya. Kemudian murid seterusnya
                     mengeluarkan kad Monday dan semua murid
                     mengejanya. Selepas aktiviti mengeja nama hari,
                     guru melakukan soal jawab bersama murid. Guru
                     bertanyakan soalan ‘hari pertama sekolah hari apa?’,
                     kemudian hari kedua, ketiga dan seterusnya.
                     Alat-alat perkusi: Guru memberikan alat-alat
                     perkusi kepada murid dan mengajar diiringi muzik.
                     Murid-murid menyanyikan lagu ‘Hari-hari dalam
                     seminggu’ menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa
                     Inggeris.
                     Lembaran kerja: Guru memberi latihan, di mana
                     murid perlu melukis gambar tapak tangan kemudian
                     menuliskan nama hari pada gambar tersebut dalam
                     BM dan BI.
P Konsep Waktu       Carta Jam: Guru menunjukkan contoh gambar jam
                     kepada murid-murid. Kanak-kanak diminta menyebut
Mengenal nombor nama angka-angka yang terdapat pada jam tersebut.
pada jam             Guru kemudiannya mengajar kanak-kanak menyebut
                     nombor-nombor tersebut untuk menunjukkan waktu.
Mengenal simbol      Contoh: Pukul 12 tengahari, pukul 1 petang.
pada jam             Kemudian guru menggunakan jarum pada jam untuk
                     menerangkan mengenai minit dan jam untuk
Menyatakan waktu menunjukkan waktu.
dengan melukis
jarum jam
                     Aktiviti seni kreatif: Murid-murid kemudiannya
                     diajar untuk membuat jam menggunakan pinggan
                     kertas dan kertas berwarna. Melalui aktiviti ini secara
                     tidak langsung murid mengetahui susunan nombor
                     yang terdapat pada jam sebagai asas pengenalan jam.
                     16
BAB 2
                   Analisis Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Di Prasekolah
Q Menyatakan cara  Lawatan ke luar kelas: Guru mengarahkan murid
menghindari sumber, untuk berbaris di luar kelas. Kemudian guru
tempat, dan situasi menerangkan mengenai aktiviti yang akan dijalankan
yang membahayakan mereka di luar kelas. Guru memberi arahan kepada
seperti di tempat  murid mengenai apa yang murid ambil dari
awam               persekitaran untuk pembelajaran pada hari itu,
(Kesepaduan        contohnya daun. Semasa guru membawa murid ke
Tunjang)           luar kelas, guru berbual-bual dengan murid tentang
                   tumbuh-tumbuhan di persekitaran mereka. Guru
                   membezakan pokok yang hidup dan pokok yang mati
                   dengan ciri-ciri yang ada pada tumbuhan tersebut.
                   Daun: Murid diarahkan mencari daun-daun yang
                   telah gugur untuk aktiviti di dalam kelas. Guru
                   melarang murid untuk memetik daun yang masih di
                   pokok (hidup) kerana untuk menjaga alam sekitar.
                   Murid kembali ke dalam kelas dan menampal daun-
                   daun yang telah dikumpulkan ke atas kertas yang
                   diberikan oleh guru.
                   Lembaran kerja: Sebagai penutup guru
                   mengarahkan murid untuk mewarnakan lembaran
                   kerja yang diedarkan.
R Fokus Nombor     Peralatan di persekitaran: Guru meminta murid-
                   murid mengira alat tulis seperti buku, pensil yang
Membilang nombor terdapat di atas meja murid. Kemudian murid
10 hingga 20       dipanggil dan diminta menyebut nama barang yang
                   serta jumlah yang terdapat atas meja tersebut. Murid
Menulis 10 hingga 21 dibahagikan kepada kumpulan untuk aktiviti
dengan betul       seterusnya. Murid perlu mengira 1 hingga 10
                   mengikut nama barang yang disebutkan guru.
Menulis nombor     Contohnya mengira kerusi dan mengira meja dalam
secara rawak       kumpulan.
                   Lembaran kerja: Murid diberikan lembaran kerja
                   sebagai pengukuhan kepada pembelajaran pada hari
                   itu.
S Penggunaan ICT   Komputer riba dan tetikus: Guru menggunakan
                   komputer riba bagi tayangan cerita ‘Kebun Sayur Pak
Menggunakan tetikus Johan’. Guru kemudiannya menggunakan komputer
untuk klik dan dwi riba menunjukkan soalan yang memerlukan murid
klik untuk memadan jawapan yang betul. Murid diarah
                         17
BAB 2
                  Analisis Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Di Prasekolah
                  untuk klik dan dwi klik tetikus untuk menjawab
                  soalan dengan bimbingan guru.
T Bentuk dan Ruang Buku kerja dan lembaran kerja: Murid-murid
                  membuat latihan di dalam buku kerja. Guru
Murid boleh       kemudiannya menyemak latihan kanak-kanak.
meletakkan objek  Selepas itu guru meminta murid menyimpan dan
mengikut arahan   menyusun buku kerja yang telah digunakan.
Analisis Dapatan Kajian
Berdasarkan pemerhatian dan temu bual yang dijalankan, pengkaji mendapati terdapat
beberapa jenis bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru prasekolah dalam
pengajaran dan pembelajaran tunjang sains dan teknologi prasekolah. Pengkaji telah
mengkategorikan jenis BBM ini kepada dua jenis iaitu elektronik dan bukan
elektronik. BBM dari kategori elektronik ialah komputer, televisyen, pemancar LCD
dan juga CD interaktif. Manakala BBM dari kategori bukan elektronik ialah bahan
maujud, model objek, kad imbasan, carta gambar, papan pamer, papan putih,
lembaran kerja dan alat permainan.
         Selari dengan arus kemodenan pada hari ini, penggunaan komputer sebagai
bahan bantu mengajar yang merupakan satu keperluan kepada guru-guru bagi
membantu pengajaran di dalam kelas. Namun begitu guru prasekolah dilihat masih
kurang mahir untuk mempelbagaikan penggunaan komputer ke tahap yang optimum.
Pengajaran guru banyak menumpukan kepada tayangan gambar sahaja. Hal ini
mungkin kerana guru-guru tidak didedahkan dengan penggunaan komputer sebagai
bahan bantu mengajar menjadikan guru tidak dapat menggunakan komputer ke tahap
yang optimum. Menurut Sancar-Tokmak (2013), sekiranya guru tidak diterapkan
dengan pengetahuan mengenai teknologi, adalah sukar bagi mereka mengintegrasikan
teknologi di dalam pengajaran mereka.
         Manakala hasil kajian Kurt (2013) pula menunjukkan bahawa guru prasekolah
menggunakan komputer dan teknologi bukanlah untuk tujuan pendidikan tetapi
digunakan bagi tujuan seperti pentadbiran, merancang pengajaran, kerja rumah untuk
                                                       18
BAB 2
                                         Analisis Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Di Prasekolah
murid, dan menyimpan rekod pentaksiran murid. Selain itu, Sancar-Tokmak (2013)
menjelaskan bahawa hasil kajian juga menunjukkan guru prasekolah mempunyai
persepsi yang negatif dalam mengintegrasikan teknologi kerana dua faktor iaitu
kurang pengetahuan mengenai penggunaan teknologi dan mempunyai persepsi
bahawa komputer dan teknologi tidak menyediakan bahan yang maujud atau yang
boleh dipegang kepada murid-murid.
         Penggunaan bahan bantu mengajar bukan dari jenis bahan elektronik oleh guru
prasekolah banyak menumpukan kepada penggunaan gambar, sama ada dalam bentuk
kad imbasan, carta mahupun papan pamer. Ini menunjukkan bahawa guru masih
lemah dalam merancang pengajaran mereka, khususnya dalam tunjang sains dan
teknologi. Hal ini kerana penggunaan gambar diikuti dengan penerangan oleh guru
semata-mata dilihat kurang bersesuaian dengan pengajaran sains.
         Pendidikan sains memerlukan kepada proses-proses sains seperti meneroka,
menyiasat, memerhati, mengelas, membuat eksperimen, membanding dan membeza
serta membuat ramalan (KPM, 2010). Oleh yang demikian penggunaan BBM perlulah
bersesuaian dan melibatkan kepada proses sains seperti yang disarankan oleh KPM,
iaitu di dalam dokumen Standard Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Hasil
kajian Erden dan Sonmez (2011) menunjukkan bahawa guru prasekolah kurang
melakukan aktiviti sains di dalam bilik darjah kerana kurangnya pengetahuan sains
dan juga peralatan untuk digunakan dalam mengajar sains.
Aktiviti yang Dijalankan di dalam Pengajaran Tunjang Sains dan Teknologi
Prasekolah
Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, beberapa bentuk aktiviti yang dijalankan
oleh guru prasekolah telah dikenal pasti dalam pengajaran tunjang sains dan
teknologi, iaitu:
                                                       19
BAB 2
                                         Analisis Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Di Prasekolah
         i. Aktiviti belajar melalui bermain
         ii. Aktiviti eksperimen
         iii. Aktiviti berkumpulan
         iv. Aktiviti bersoal jawab dengan murid.
         Bermain merupakan fitrah bagi kanak-kanak dan tidak dinafikan bahawa
bermain penting dalam konteks kehidupan kanak-kanak. Kanak-kanak berpeluang
melakukan aktiviti yang bermakna yang dapat memupuk perkembangan bahasa,
kognitif, sosial, emosi dan fizikal melalui bermain. Hasil kajian menunjukkan guru
prasekolah menggunakan pendekatan ini agar kanak-kanak fokus semasa
pembelajaran berlangsung seterusnya memupuk minat kanak-kanak terhadap
pendidikan sains. Menurut Sharifah dan Aliza (2011), bermain adalah cara terbaik
bagi kanak-kanak mempelajari konsep dan kemahiran yang kemudiannya akan
digunakan untuk mempelajari perkara-perkara baharu pada masa akan datang. Siry
(2014) menyatakan, kajian membuktikan bahawa kanak-kanak berinteraksi dengan
cara bermain semasa aktiviti sains dijalankan dan ini memotivasikan mereka untuk
melibatkan diri dalam pembelajaran sains.
         Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan guru prasekolah menjalankan
aktiviti eksperimen di dalam mengajarkan murid mengenai kesan tindak balas magnet
terhadap objek. Aktiviti ini adalah bertepatan dengan konsep sains itu sendiri di mana
ia melibatkan pemerhatian, penerokaan dan penyiasatan. Hasil kajian Andersson dan
Gullberg (2014) menunjukkan bahawa melalui pendekatan eksperimen, kanak-kanak
merasakan mereka mempunyai kuasa ke atas pembelajaran mereka sendiri. Malahan,
hasil kajian juga menunjukkan bahawa apabila kanak-kanak melibatkan diri di dalam
eksperimen, kemahiran lain luar daripada konteks pembelajaran sains juga
ditonjolkan.
         Aktiviti bersoal jawab adalah satu perkasa asas dalam proses pembelajaran. Ini
kerana melalui bersoal jawab ilmu pengetahuan dapat ditambah, kekeliruan dapat
dirungkai dan kefahaman dapat diukur. Dalam konteks pembelajaran di peringkat
prasekolah, aktiviti ini penting baik dari pihak guru mahupun dari pihak murid. Hal
                                                       20
BAB 2
                                         Analisis Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Di Prasekolah
ini kerana melalui aktiviti ini guru dapat mengetahui sejauh manakah pengetahuan
murid-murid dalam sesuatu perkara dan jawapan yang diberikan oleh murid juga
berkemungkinan luar dari jangkaan guru. Manakala kanak-kanak pula mempunyai
perasaan ingin tahu yang meluas mengenai sesuatu perkara dan inginkan jawapan
untuk setiap persoalan. Menurut Norsita dan Zainal (2014), kanak-kanak perlu diajar
untuk menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif, dengan bertanyakan soalan-
soalan yang akan membantu mereka memahami bagaimana dan apa yang perlu
dipelajari di dunia yang pesat berubah ini.
Kesimpulan
Berdasarkan hasil kajian ini, guru-guru prasekolah dilihat mempunyai idea yang
tersendiri di dalam pengajaran tunjang sains dan teknologi khususnya dalam
menggunakan bahan bantu mengajar. Guru juga turut mengintegrasikan penggunaan
ICT di dalam pengajaran mereka bersesuaian dengan perkembangan dunia teknologi
pada hari ini. Usaha yang dijalankan oleh guru ini perlu diteruskan. Namun begitu,
guru perlu menambahkan pengetahuan dari aspek mempelbagaikan penggunaan
komputer secara optimum agar pengajaran guru tidak hanya menumpukan kepada
tayangan gambar semata-mata. Selain itu, guru dilihat kurang menggunakan bahan
maujud dalam pengajaran mereka. Penggunaan bahan maujud adalah penting di
peringkat prasekolah dan juga dalam mengajar konsep sains kepada kanak-kanak. Ini
kerana penggunaan bahan maujud secara tidak langsung akan melibatkan aktiviti yang
bersifat hands-on yang sering ditekankan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Oleh
itu, pemilihan BBM dan jenis aktiviti yang dijalankan di dalam pengajaran tunjang
sains dan teknologi tidak boleh dipandang enteng kerana implikasinya ke atas
pembelajaran kanak-kanak dalam konteks memahami dunia sains di persekitaran
mereka.
                                                       21
BAB 3  KOMPONEN AWAL SAINS
Pengenalan
Di dalam bab ini terdapat beberapa jenis Bahan Bantu Mengajar bagi komponen
awal sains. Bahan bantu mengajar yang dicadangkan adalah berdasarkan topik
pengajaran daripada hasil kajian di bab 2. Kandungan pula disusun mengikut aras
kemahiran sains seperti yang terkandung di dalam Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan. Selain itu, setiap cadangan Bahan Bantu Mengajar juga
disertakan pautan laman sesawang sumber aktiviti sebagai rujukan.
                                                      22
BAB 3
                                                                                      Komponen Awal Sains
Bentuk-bentuk di persekitaran
Standard Pembelajaran:
ST 2.1.2: Memerhati dan mengenal bentuk-bentuk di persekitaran dengan bimbingan.
ST 2.1.6: Memerhati dan mengenalpasti bentuk-bentuk di persekitaran
Fungsi dan Aplikasi dalam Kehidupan:
Warna dan bentuk merupakan dua elemen yang sangat mudah dikenal pasti melalui
persekitaran. Oleh sebab itu, program pendidikan awal kanak-kanak lazimnya akan
memberi penekanan kepada pengajaran yang menjurus kepada dua elemen ini. Hal ini
kerana sebelum kanak-kanak mengenal nombor dan huruf, melalui pemerhatian ke
atas persekitaran mereka telah terlebih dahulu mengenal pasti bentuk dan warna-
warna yang ada. Perkara ini mendorong kanak-kanak untuk mentafsirkan dunia di
sekitar mereka berdasarkan kedua elemen ini.
         Setiap benda mempunyai bentuk dan perkara yang sangat dekat dengan
kehidupan manusia yang melibatkan bentuk-bentuk adalah reka cipta. Di sekeliling
kita setiap sesuatu alatan, perkakasan, mahupun bangunan direka cipta menggunakan
gabungan bentuk-bentuk asas. Guru boleh menggunakan bahan-bahan di persekitaran
dalam menerangkan lebih lanjut mengenai bentuk-bentuk dalam menerangkan fungsi
dan aplikasi bentuk dalam kehidupan manusia. Sebagai contoh; segi empat sama –
tingkap kereta, meja, segi empat tepat – papan putih, pintu kelas, segi tiga – kon
aiskrim, bulat – tayar kereta.
                                                       23
BAB 3
                                                                                      Komponen Awal Sains
Bahan Bantu Mengajar (BBM)
a) Komputer
     Cara Penggunaan: Tayangan video
     Aras Pengetahuan/Pemahaman: Nama-nama bentuk dan ciri-ciri bentuk
                                                                                                 Sumber Tambahan:
                                                                                       1.https://www.youtu
                                                                                                    be.com/watch?v=1
                                                                                                    tH5akLLWzY
Rajah 3.1: Video lagu mengenai jenis-jenis bentuk
                           (www.youtube.com/watch?v=18PdidUfhZc)
    - Penggunaan tayangan video seperti Rajah 3.1 memberikan idea awal kepada
         murid mengenai nama-nama bentuk-bentuk yang terdapat di sekeliling mereka
         dan ciri-ciri yang terdapat pada bentuk. Pemilihan video yang mempunyai
         audio (lagu) dan grafik yang berwarna-warni menjadikan murid mudah
         tertarik dan memberikan tumpuan dalam pengajaran guru.
    - Selain tayangan video berbentuk grafik animasi guru turut boleh
         menggunakan video mengenai bagaimana bentuk-bentuk asas ini digunakan di
         dalam kehidupan manusia. Hal ini akan memberikan informasi kepada murid
         bahawa setiap objek di sekeliling mereka dihasilkan dari bentuk-bentuk asas
         ini. Sebagai contoh seperti Rajah 3.2, guru boleh menggunakan video yang
         menayangkan tentang reka bentuk seni bina bangunan moden pada hari ini
         yang menggabungkan bentuk-bentuk asas.
    - Setiap tayangan video perlulah disusuli dengan soalan-soalan yang berkaitan
         tayangan tersebut dan juga topik pembelajaran. Guru disarankan bertanyakan
         soalan yang mampu membuatkan murid untuk berfikir ke aras yang lebih
                                                       24
BAB 3
                                                                                      Komponen Awal Sains
         tinggi. Cara penyoalan pula lebih tersusun mengikut aras kesukaran dan beri
         peluang untuk murid memberikan jawapan mengikut idea mereka sendiri.
Rajah 3.2: Reka bentuk bangunan merupakan aplikasi bentuk-bentuk asas yang
              mudah diperhatikan oleh murid (www.youtube.com/watch?v=W4eiOZDAo)
    - Kemahiran sains: Melalui tayangan video ini murid memperoleh kemahiran
         meneroka bentuk-bentuk yang terdapat dipersekitaran kelas dengan
         menyatakan persamaan dan perbezaan yang ada pada bentuk-bentuk yang
         dinyatakan. Malahan video yang menayangkan penggunaan bentuk dalam
         hidup manusia pula memberikan ruang untuk murid berfikir secara kreatif.
     Cara Penggunaan: Manipulasi Perisian Komputer Microsoft Office
     Aras Pengetahuan/ Aplikasi: Mereka bentuk imej dengan menggabungkan
         bentuk-bentuk.
Rajah 3.3: Penggunaan perisian komputer Power Point untuk mereka cipta imej
              dengan menggabungkan bentuk-bentuk asas
                                                       25
BAB 3
                                                                                 Komponen Awal Sains
- Perisian komputer Microsoft Office mempunyai beberapa perisian yang sangat
    lazim digunakan pada hari ini seperti Power Point dan Word. Oleh yang
    demikian, dengan memanipulasikan perisian yang ada secara tidak langsung
    guru mengoptimumkan penggunaan komputer.
- Sebagai contoh seperti Rajah 3.3, melalui penggunaan perisian Power Point,
    guru boleh menggunakan pilihan arahan ‘Insert’ yang mempunyai pilihan
    yang lain termasuklah ‘Shapes’. Guru perlu membuat demonstrasi terlebih
    dahulu di hadapan murid bagaimana bentuk-bentuk asas ini dapat
    digabungkan menghasilkan sesuatu imej. Gunakan warna-warna yang menarik
    dan menggunakan pilihan 3D agar dapat menghasilkan imej seperti dalam
    Rajah 3.3 di sebelah kanan.
- Kemahiran Sains: Melalui manipulasi perisian komputer ini murid berfikir
    dengan kreatif untuk mengaplikasikan bentuk-bentuk asas menjadi sesuatu
    hasil baharu. Dalam menghasilkan imej ataupun ciptaan itu pula kanak-kanak
    bermain dengan imaginasi dan perasaan ingin mencuba menggunakan bentuk-
    bentuk tertentu mengikut gambaran di minda mereka. Secara tidak langsung
    guru menerapkan daya inovasi di dalam diri murid prasekolah.
 Cara Penggunaan: Permainan Komputer                Sumber Tambahan:
 Aras Pemahaman/ Aplikasi : Menggunakan            1. http://www.abcya.c
    pengetahuan sedia ada untuk menjawab soalan di    om/shapes_geometr
    dalam permainan komputer                          y_game.htm
                                                    2. http://www.topmark
                                                      s.co.uk/maths-
                                                      games/5-7-
                                                      years/shapes
Rajah 3.4: Permainan komputer yang menguji pengetahuan jenis-jenis bentuk
             (http://pbskids.org/games/shapes/)
                                                       26
BAB 3
                                                                                      Komponen Awal Sains
    - Dalam dunia teknologi pada hari ini aplikasi permainan dalam bentuk perisian
         komputer mahu pun telefon pintar telah menjadi satu kebiasaan bagi generasi
         muda termasuklah murid prasekolah. Oleh itu, penggunaan permainan
         komputer ini secara tidak langsung akan membuatkan murid menjadi teruja
         dan akan berasa seronok untuk belajar.
    - Malahan melalui penggunaan permainan komputer ini selain mengaplikasikan
         pengetahuan murid, pembelajaran turut menjadi lebih menarik dan
         penggunaan komputer dapat dipelbagaikan. Permainan komputer ini boleh
         dimuat turun dari internet atau bermain secara dalam talian.
    - Kemahiran Sains: Permainan komputer seperti Rajah 3.4 menerapkan
         kemahiran mengelas di mana murid dapat mengelaskan imej mengikut satu
         kategori yang mudah berdasarkan bentuk dan warna bentuk tersebut. Terdapat
         juga permainan komputer yang memerlukan kanak-kanak berfikir secara ke
         aras yang tinggi kerana aras permainan tersebut menguji kanak-kanak untuk
         cuba menyelesaikan sesuatu masalah.
b) Papan Geo (Geoboard)
     Cara Penggunaan: Membina bentuk-bentuk geometri
     Aras Aplikasi: Murid mengaplikasikan pengetahuan dengan membina bentuk-
         bentuk geometri dengan menggunakan gegelung getah.
                                                       27
BAB 3
                                             Komponen Awal Sains
Rajah3.5: Papan Geo boleh dihasilkan dengan sendiri dengan bahan yang mudah
             diperoleh (www.littlebinsforlittlehands.com)
- Geoboard (seperti dalam Rajah 3.5) adalah satu manipulasi matematik yang
    digunakan untuk meneroka konsep-konsep asas dalam geometri. Penggunaan
    geoboard bersifat hands on dan murid turut dapat membina imej yang
    menggabungkan penggunaan bentuk-bentuk. Malahan, papan ini boleh
    dihasilkan sendiri oleh guru dengan mudah dan tidak memakan kos yang
    tinggi.
- Bahan-bahan yang diperlukan untuk membina
    geoboard:
                                             Sumber Tambahan:
i.  Papan (nipis) atau kad yang tampal pada  1. http://picklebums.c
                                                 om/geoboards
    polistrin                                (aktiviti
                                             menggunakan
ii. Paku tekan (Push pin)                    geoboard)
iii. Kertas bergaris atau kertas graf
iv. Gegelung getah (Rubber band)
v. Gam (Glue gun)
                           28
BAB 3
                                                      Komponen Awal Sains
- Cara menghasilkan geoboard adalah seperti berikut:
 a. Papan atau kad tadi
     ditampalkan kertas
     bergaris. Tujuan
     ditampalkan kertas
     ini agar paku tekan
     tadi dapat disusun
     dengan jarak yang
     sama.
b. Kemudian paku
    tekan tadi ditekan
    di atas permukaan
    papan mengikut
    jarak sedia ada
    kertas tadi. Di
    bahagian hujung
    paku tekan pula
    digamkan
    menggunakan glue
    gun agar bahagian
    yang tajam dapat
    ditutup.
c. Gegelung getah
    bewarna warni
    dijadikan sebagai
    alat untuk membina
    bentuk-bentuk
    geometri. Murid
    turut boleh mereka
    cipta imej melalui
    gabungan bentuk-
    bentuk geometri
    yang dihasilkan.
                        29
BAB 3
                                                 Komponen Awal Sains
 Penyediaan buku aktiviti menggunakan geoboard
- Guru perlu membimbing murid pada peringkat awal penggunaan geoboard
    agar mereka dapat memahami bahawa penggunaan geoboard sebenarnya
    adalah satu bentuk pembelajaran. Oleh itu, sebaiknya guru menyediakan buku
    yang mempunyai aktiviti-aktiviti contoh menggunakan geoboard ini. Guru
    boleh memuat turun contoh-contoh seperti Rajah 3.6 daripada internet.
Rajah 3.6: Contoh penggunaan geoboard dalam mengaplikasikan pembelajaran
              mengenai bentuk-bentuk
c) Aktiviti Bermain
     Nama permainan: Cari bentuk tersembunyi
     Aras Aplikasi: Murid perlu mencari objek di sekeliling kelas mengikut bentuk-
         bentuk yang ditetapkan guru.
                                                       30
BAB 3
                                                                                      Komponen Awal Sains
Rajah 3.7: Permainan cari objek tersembunyi menguji pengetahuan sedia ada murid
             mengenai bentuk-bentuk dipersekitaran mereka
             (http://handsonaswegrow.com/shape-activities-for-toddlers/)
    - Tatacara bermain mencari objek tersembunyi:
         i. Guru perlu menyediakan ruang untuk bermain di dalam kelas. Guru boleh
             menyediakan ruang seperti Rajah 3.7 atau menyediakan bekas untuk
             meletakkan barang-barang yang kumpulkan oleh murid.
         ii. Aktiviti boleh dijalankan dalam kumpulan. Permainan perlu dihadkan
             dalam tempoh waktu tertentu agar murid lebih teruja dan bersaing sesama
             sendiri.
         iii. Seperti Rajah 3.7 guru perlu melabelkan setiap jenis bentuk agar murid
             dapat mengelaskan objek berdasarkan bentuk-bentuk tersebut.
    - Kemahiran Sains: Permainan ini memerlukan murid untuk mengecam bentuk-
         bentuk yang perlu dicari terlebih dahulu. Secara langsung melalui permainan
         ini diterapkan kemahiran mengelas kepada murid di mana murid perlu
         mengenal pasti bentuk-bentuk yang terdapat pada objek, kemudiannya
         mengelaskan berdasarkan ciri-ciri bentuk tersebut. Malahan, melalui aktiviti
         ini guru dapat mengetahui pemahaman murid tentang pengajaran mengenai
         bentuk-bentuk asas ini.
                                                       31
BAB 3
                                       Komponen Awal Sains
 Nama Permainan : Jumping Shape Maze
Rajah 3.8: Permainan Shape Maze (www.creativefamilyfun.net/2012/07/go-outside-driveway-
              shape-maze.html)
    - Permainan ini boleh dilakukan sama ada di luar kelas ataupun di dalam kelas,
         di mana turut membantu perkembangan motor kasar murid. Hal ini kerana
         permainan ini memerlukan murid untuk melompat berdasarkan bentuk yang
         diperoleh.
    - Untuk aktiviti di luar kelas seperti Rajah 3.8, guru perlu menyediakan shape
         maze yang dilakar di permukaan lantai menggunakan kapur tulis. Salah satu
         cara untuk menentukan bentuk bagi murid memulakan permainan adalah
         dengan menyediakan dadu seperti Rajah 3.8. Guru juga boleh menggunakan
         cara lain seperti membahagikan murid kepada beberapa kumpulan mengikut
         jenis bentuk dan lain-lain cara yang dirasakan sesuai.
    - Murid perlu melontarkan dadu untuk mendapatkan bentuk bagi memulakan
         permainan. Selepas memperoleh bentuk tersebut murid perlu melompat
         mengikut lakaran bentuk yang sama. Guru perlu mengatur murid digaris
         permulaan, kemudian murid dilepaskan pada waktu yang sama dan murid
         yang berjaya melompat mengikut bentuk yang diperoleh di awal permainan
         hingga ke garisan penamat akan memenangi permainan ini.
    - Kemahiran Sains: Melalui permainan ini murid dapat menggunakan
         pengetahuan sedia ada dan perlu mengecam bentuk-bentuk dengan cepat agar
         dapat sampai ke garisan penamat dengan segera. Malahan, melalui permainan
                                                       32
BAB 3
                                                                                      Komponen Awal Sains
         ini guru mendapat gambaran awal sejauh manakah tahap penguasaan murid
         dalam mengenal dan mengecam bentuk-bentuk asas ini.
Tumbuh-tumbuhan
Standard Pembelajaran:
ST 3.3.9: Memerhati dan merekodkan proses percambahan biji benih dan
pertumbuhan anak benih dari segi ketinggian dan pertumbuhan daun dengan
bimbingan
Fungsi dan Aplikasi dalam Kehidupan:
Tumbuh-tumbuhan merupakan merupakan elemen dalam sistem ekologi di dunia.
Kepentingan tumbuh-tumbuhan perlu disedari oleh manusia sejak dari awal usia lagi.
Tumbuh-tumbuhan bukan sekadar menjadi sumber makanan manusia, bahkan turut
membebaskan oksigen sebagai keperluan benda hidup di dunia ini. Keunikan tumbuh-
tumbuhan dari segi ciri-ciri seperti warna, bentuk fizikal serta manfaat dan
keistimewaan yang tersendiri perlu diketahui oleh murid agar dapat menanam sifat
cintakan alam sekitar sejak dari kecil lagi. Oleh itu, pengajaran guru dalam topik ini
perlulah melibatkan kemahiran meneroka dan pemerhatian agar murid merasa teruja
dengan keunikan alam semula jadi.
         Bagi peringkat prasekolah pengajaran mengenai tumbuh-tumbuhan adalah
untuk murid mengetahui bahawa tumbuh-tumbuhan juga adalah benda hidup seperti
manusia. Sekiranya manusia mempunyai panca indera, tumbuhan pula mempunyai
bahagian-bahagian seperti batang, daun, akar dan setiap darinya mempunyai fungsi
yang tersendiri. Pendekatan eksperimen yang melibatkan penerokaan, menaakul dan
penyiasatan dapat menjadikan pengajaran guru lebih menarik dan bermakna kepada
murid prasekolah.
                                                       33
BAB 3
                                                      Komponen Awal Sains
Bahan Bantu Mengajar (BBM)
a) Tayangan video: Pertumbuhan anak benih              Sumber
                                                       tambahan:
     Aras pengetahuan: Murid dapat pengetahuan asas  1. www.youtube.com
         mengenai pertumbuhan anak benih.               /watch?v=I8_Wsv
                                                        zDY8
Rajah 3.9: Proses pertumbuhan pokok bunga (www.youtube.com/watch?v=dJjNh2pMSB8)
    - Tayangan video seperti Rajah 3.9 memberikan pengetahuan asas bagaimana
         proses pertumbuhan pokok daripada benih. Melalui video tersebut murid akan
         memperoleh pengetahuan baharu seperti anak benih memerlukan air dan
         cahaya matahari untuk hidup.
b) Aktiviti seni kreatif
     Menghasilkan imej pokok dan proses pertumbuhan pokok
     Aras aplikasi: Mengaplikasikan pengetahuan yang diterapkan melalui
         tayangan video.
                            34
BAB 3
                                                                                      Komponen Awal Sains
Rajah 3.10: Proses pertumbuhan pokok diterjemahkan dalam bentuk hasil seni kreatif
             (http://kcrewkidsrock.blogspot.my)
    - Melalui aktiviti seni kreatif yang dijalankan secara hands on, murid akan dapat
         mengingati bahagian-bahagian yang terdapat pada tumbuhan. Malahan,
         elemen-elemen yang terdapat semasa proses pertumbuhan pokok turut dapat
         diterapkan melalui aktiviti ini.
c) Aktiviti menanam benih pokok
     Aras aplikasi/sintesis: Murid akan menanam dan menjaga tanaman mereka
         seterusnya membuat penerokaan dan pemerhatian.
Rajah 3.11: Tanaman pokok dari jenis kekacang (www.littlebinsforlittlehands.com/seed-jar-
                 science-experiment-kids)
                                                       35
BAB 3
                                                                                      Komponen Awal Sains
    - Pemilihan jenis pokok dan juga medium untuk menanam pokok:
         Guru disarankan menggunakan pokok dari jenis benih yang mudah diperoleh
         dan proses pertumbuhan juga tidak memakan masa yang lama. Selain itu, guru
         boleh menggunakan air dan juga tanah sebagai medium untuk tanaman agar
         murid mengetahui bahawa terdapat tanaman yang boleh hidup di dalam air.
    - Antara yang mudah dilakukan oleh guru adalah dengan menanam pokok dari
         benih kekacang kerana proses pertumbuhan pokok tidak mengambil masa
         yang lama. Melalui aktiviti ini murid dapat membuat pemerhatian ke atas
         tanaman mereka.
    - Penanaman pokok juga perlulah di dalam bekas yang lutsinar agar murid dapat
         melihat dengan jelas perubahan yang berlaku ke atas benih yang ditanam.
         Aktiviti menanam benih pokok ini memerlukan buku rekod pemerhatian agar
         murid dapat merekodkan apa yang berlaku kepada tanaman mereka sepanjang
         tempoh projek ini dijalankan.
     Menghasilkan buku jurnal pemerhatian
     Aras pemahaman: Murid akan lebih memahami mengenai pertumbuhan biji
         benih dengan merekodkan perubahan-perubahan yang berlaku dalam tempoh
         pemerhatian dijalankan.
Rajah 3.12: Buku jurnal pemerhatian untuk merekod proses dan perkembangan pokok
               (www.kindergartensuperkids.com/2012_04_01_archive.html)
                                                       36
BAB 3
                                                                                      Komponen Awal Sains
    - Pemerhatian akan menjadi tidak bermakna sekiranya tidak direkodkan apa
         yang diperhatikan. Oleh itu, guru perlu menyediakan buku pemerhatian ini
         agar mereka dapat merekodkan apa yang terjadi kepada pokok yang ditanam.
    - Melalui penggunaan buku jurnal pemerhatian ini murid dapat mencatatkan
         perubahan yang berlaku terhadap tanaman mereka. Cacatan yang dilakukan
         pula adalah mengikut tahap murid di mana sekiranya murid masih belum
         mampu untuk menulis, maka murid perlu melukiskan apa yang mereka
         perhatikan.
     Aktiviti eksperimen terhadap tanaman
Rajah 3.13: Hasil eksperimen ke atas pokok untuk melihat keperluan cahaya dan air
               dalam pertumbuhan pokok (www.rmpsjunior.wordpress.com/jcv)
    - Melalui aktiviti eksperimen kemahiran proses sains seperti membuat
         pemerhatian, meneroka, menaakul dan membandingkan hasil eksperimen
         dapat diterapkan kepada murid. Berdasarkan Rajah 3.13 pelbagai eksperimen
         boleh dijalankan untuk melihat kesannya ke atas pokok.
    - Antara eksperimen yang boleh dijalankan oleh murid ialah :-
         i. Keperluan air kepada tumbuhan: Arahkan murid membandingkan apa
                  yang terjadi kepada pokok apabila tidak mendapat sumber air dan
                  hanya bergantung kepada cahaya matahari semata-mata.
         ii. Keperluan cahaya kepada tumbuhan: Murid dapat memerhatikan kesan
                  ke atas pokok yang tidak mendapat cahaya berbanding pokok yang
                  mendapat cahaya yang cukup.
                                                       37
BAB 3
                                                                                      Komponen Awal Sains
         iii. Kesan menggunakan air selain air paip: Murid perlu menyiram pokok
                  menggunakan air selain dari air paip seperti air gula, air garam dan
                  sebagainya. Selain itu, bagi tanaman yang ditanam menggunakan
                  medium air, guru boleh menggunakan air yang berwarna untuk murid
                  melihat kesannya ke atas pokok.
         iv. Kesan serangga perosak kepada tumbuhan: Tumbuhan juga menerima
                  ancaman dari serangga perosak, oleh itu melalui eksperimen ini murid
                  dapat mengenal pasti apakah serangga yang merosakkan tanam-
                  tanaman.
Kitar hidup haiwan
Standard Pembelajaran:
ST 3.4.8: Memerhati dan menceritakan kitaran hidup haiwan yang biasa dijumpai
Fungsi dan Aplikasi dalam Kehidupan:
Pengetahuan mengenai kitaran hidup haiwan ini dapat menjadi murid berfikir secara
mendalam bahawa setiap benda hidup mempunyai kitaran hidup tersendiri.
Sebagaimana manusia yang bermula kehidupannya sejak bayi hingga kepada orang
tua, begitu juga dengan haiwan yang hidup di persekitaran manusia. Antara
kepentingan pengetahuan kitaran hidup haiwan ini adalah manusia mampu mengawal
pembiakan haiwan perosak agar tidak mendatangkan keburukan ke atas manusia.
Bahan Bantu Mengajar (BBM)
a) Penggunaan Haiwan/Serangga (Benda Hidup)
     Aras pengetahuan/pemahaman: Murid dapat melakukan penerokaan dan
         pemerhatian secara langsung ke atas haiwan dan serangga.
                                                       38
BAB 3
                                                                                      Komponen Awal Sains
Rajah 3.14: Ant Farm yang boleh dihasilkan sendiri oleh murid
                    (https://www.youtube.com/watch?v=KtebvcdP5jQ)
    - Dalam mengajarkan tentang perihal kitaran hidup haiwan, disarankan guru
         menggunakan haiwan sebenar (hidup) dan mudah didapati. Rajah 3.14
         menunjukkan ant farm yang boleh dihasilkan oleh murid dengan bimbingan
         guru. Melalui penggunaan ant farm ini murid dapat melihat sendiri bagaimana
         kehidupan semut dalam habitat mereka.
    - Selain itu, penggunaan katak (hidup) juga adalah sesuai kerana katak mudah
         diperoleh dan proses kitaran hidup katak juga mampu menjadikan murid teruja
         dalam pembelajaran. Hal ini kerana kitar hidup katak mempunyai tahap-tahap
         tertentu dan keadaan ini dapat dilihat dengan jelas berbanding penggunaan
         semut yang sukar untuk melihat telur semut kerana hanya ratu semut yang
         mengeluarkan telur.
    - Perkara yang perlu diutamakan oleh guru dalam topik ini adalah murid dapat
         memahami bahawa haiwan turut mempunyai kitaran hidup tersendiri
         sebagaimana manusia.
                                                       39
BAB 3
                          Komponen Awal Sains
b) Aktiviti seni kreatif
Rajah 3.15: Aktiviti seni kreatif berdasarkan kitar hidup haiwan (http://www.pre-
                  kpages.com/insect-science-ant-life-cycle-craft/)
    - Seperti Rajah 3.15 guru boleh menggunakan bahan-bahan terbuang untuk
         membuat aktiviti seni kreatif berdasarkan kitaran hidup haiwan yang
         diajarkan. Bagi kitaran hidup semut seperti Rajah 3.15, guru memerlukan
         beberapa bahan seperti berikut:
         i. Bekas telur
         ii. Benang bulu kambing (dua warna berbeza)
         iii. Polistrin
    - Hanya dengan menggunakan bahan-bahan ini guru dapat menjalankan
         aktiviti hands on untuk dilakukan oleh murid. Melalui aktiviti ini murid akan
         lebih memahami kitaran hidup haiwan tersebut secara mengikut aturannya.
Tenggelam dan Timbul
Standard Pembelajaran:
ST 4.1.1 : Memerhati dan mengumpulkan objek kepada yang tenggelam dan timbul
Fungsi dan Aplikasi dalam Kehidupan:
                                                       40
BAB 3
                                                                                      Komponen Awal Sains
Melalui pengetahuan objek yang mampu tenggelam dan timbul manusia mencipta
kenderaan yang boleh digunakan di permukaan air dan di dalam air. Selain itu,
pengetahuan ini turut menghasilkan ciptaan pelampung untuk manusia terapung di
permukaan air. Hal ini menjelaskan apakah sebenarnya yang mampu membuatkan
sesuatu terapung dan juga tenggelam di dalam air. Selain daripada jisim sesuatu objek
atau bahan itu, udara juga mempunyai peranan dalam fenomena tenggelam dan
timbul ini.
a) Aktiviti ekperimen
     Membuat pemerhatian ke atas objek yang dimasukkan ke dalam bekas berair
     Aras pengetahuan/ pemahaman: Murid dapat mengenal pasti apakah ciri-
         ciri objek yang tenggelam dan objek yang timbul.
Rajah 3.16: Eksperimen tenggelam timbul menggunakan bahan-bahan di sekililing
                 kelas (http://www.creativetots.com/blog/sink-or-float/)
    - Bagi topik tenggelam dan timbul, perkara yang paling utama guru prasekolah
         perlu ketahui ialah faktor sesuatu objek itu mampu tenggelam dan timbul.
         Kesilapan umum yang sering dilakukan oleh guru dengan mengaitkan timbul
         dan tenggelam dengan berat objek tersebut.
    - Hakikatnya, sesuatu objek itu mampu tenggelam dan timbul kerana
         ketumpatan objek tersebut. Walaupun sukar untuk menerangkan konsep
         ketumpatan kepada murid-murid prasekolah, tetapi jika murid tidak diberikan
                                                       41
BAB 3
                                                                                      Komponen Awal Sains
         informasi yang tepat, maka ianya mendatang kesan kepada pemahaman
         mereka mengenai tenggelam dan timbul sehingga mereka dewasa kelak.
    - Bagi pengenalan kepada topik ini guru boleh menjalankan aktiviti eksperimen
         seperti Rajah 3.16. Guru perlu menggunakan bekas yang lutsinar semasa
         aktiviti eksperimen agar murid dapat melihat apakah objek yang tenggelam
         dan yang timbul. Pemerhatian sebaiknya-baiknya direkodkan di dalam
         lembaran pemerhatian. Melalui eksperimen yang melibatkan bahan-bahan
         yang berada di persekitaran murid secara tidak langsung, murid mendapat
         pengetahuan asas mengenai topik ini.
 Penggunaan buah-buahan sebagai bahan eksperimen
Rajah 3.17: Eksperimen tenggelam dan timbul menggunakan buah sebagai bahan eksperimen
              (http://www.amomentinourworld.com/2014/04/floating-lemons-sinking-limes.html)
    - Penggunaan buah-buahan sebagai bahan eksperimen akan menunjukkan hasil
         yang mungkin di luar jangkaan murid. Malahan guru boleh mempelbagaikan
         eksperimen dengan membandingkan dari satu jenis buah dengan buah yang
         lain. Jadual 3.1 menyenaraikan jenis buah dan hasil eksperimen sama ada
         tenggelam ataupun timbul.
                                                       42
BAB 3
                               Komponen Awal Sains
Jadual 3.1 Hasil eksperimen tenggelam dan timbul menggunakan buah-buahan
Jenis buah/        Hasil       Sumber Rujukan
Jenis eksperimen   eksperimen
Lemon (Berkulit)   Timbul      www.stevespanglerscience.com/lab/experi
                               ments/floating-lemons-and-sinking-limes/
Lemon      (Tidak Timbul       www.stevespanglerscience.com/lab/experi
berkulit)                      ments/floating-lemons-and-sinking-limes/
Oren (Berkulit)    Timbul      www.youtube.com/watch?v=SY2mqJ_Q
                               M-I
Oren (Tidak berkulit) Tenggelam www.youtube.com/watch?v=SY2mqJ_Q
                                               M-I
Limau (Berkulit)   Tenggelam www.stevespanglerscience.com/lab/experi
                                     ments/floating-lemons-and-sinking-limes/
Limau      (Tidak Tenggelam www.stevespanglerscience.com/lab/experi
berkulit)                               ments/floating-lemons-and-sinking-limes/
Pisang (Berkulit)  Timbul      www.youtube.com/watch?v=aiz9CEPuX
                               Ms
Pisang     (Tidak Timbul       www.youtube.com/watch?v=aiz9CEPuX
berkulit)            Timbul    Ms
Kelapa                         www.youtube.com/watch?v=aiz9CEPuX
                               Ms
- Berdasarkan Jadual 3.1 jelas menunjukkan bahawa istilah berat dan ringan
    tidak sesuai diguna pakai sebagai faktor sesuatu bahan itu tenggelam mahupun
    timbul.
b) Aktiviti Mereka Cipta dan Bereksperimentasi
     Mereka cipta kapal menggunakan bahan terbuang
    - Bagi mengukur tahap kefahaman murid tentang apa yang telah diajarkan oleh
         guru, aktiviti projek boleh dijalankan. Guru perlu menyediakan pelbagai objek
                                                       43