BAB 3
                                                                                      Komponen Awal Sains
         yang boleh timbul dan tenggelam. Guru boleh menggunakan bahan yang
         mudah didapati, terutamanya bahan kitar semula.
    - Untuk menguji daya kreativiti murid, guru disarankan menyediakan bahan
         yang tidak digunakan dalam aktiviti eksperimen. Sebagai contoh sekiranya
         guru menggunakan belon dalam aktiviti eksperimen, di dalam aktiviti mereka
         cipta guru tidak lagi meletakkan bahan seperti belon untuk digunakan oleh
         murid.
    - Apabila guru menyediakan bahan yang belum diuji oleh murid, hal ini akan
         menyebabkan murid menggunakan pengetahuan sedia ada mereka untuk
         mengenal pasti apakah bahan yang bersesuaian untuk ciptaan yang akan
         dihasilkan.
    - Hasil akhir daripada aktiviti ini adalah untuk melihat sejauh manakah kapal
         yang direka oleh murid mampu timbul walaupun diletakkan objek lain ke atas
         kapal (seperti dalam Rajah 3.17). Bagi menjadikan aktiviti lebih menarik guru
         boleh membuat pertandingan untuk menjadikan murid lebih teruja dengan
         hasil rekaan mereka.
Rajah 3.17: Aktiviti selepas mereka cipta kapal dari bahan terbuang.
              (http://www.teachpreschool.org/2013/05/making-simple-boats-that-float/)
                                                       44
BAB 3
                                          Komponen Awal Sains
Magnet
Standard Pembelajaran:
ST 4.1.5: Menjalankan penyiasatan terbimbing kesan magnet ke atas objek
Fungsi dan Aplikasi dalam Kehidupan:
Tanpa kita menyedari hakikatnya kesemua peralatan elektrik dan elektronik yang
digunakan dalam kehidupan seharian manusia adalah merupakan aplikasi penggunaan
magnet. Hal ini menjelaskan betapa pentingnya magnet kepada kehidupan manusia.
Bagi pengajaran topik magnet di peringkat prasekolah, murid didedahkan kepada
kesan magnet ke atas objek. Antara yang perlu difokuskan dalam pengajaran adalah
tindak balas magnet yang menarik kepada objek yang mempunyai daya magnetik,
menolak apabila didekatkan kepada magnet yang mempunyai kutub yang sama dan
tidak mempunyai tindak balas kepada objek bukan bersifat magnetik.
Bahan Bantu Mengajar (BBM)
a) Penggunaan Ferrofluid
     Aras pengetahuan: Murid didedahkan dengan informasi baharu bahawa
         magnet bukan hanya terdiri dari bentuk pepejal dan serbuk tetapi juga terdiri
         dalam bentuk cecair
                                      45
BAB 3
                                                       Komponen Awal Sains
Rajah 3.18: Tindak balas ferrofluid terhadap magnet.
               (www.kidsactivitiesblog.com/56355/magnetic-mud-science-experiment)
- Ferrofluid (seperti Rajah 3.18) adalah cecair yang menjadi magnet dengan
kehadiran medan magnet. Pembelajaran
magnet lazimnya hanya menumpukan                       Sumber Tambahan:
penggunaan magnet ke atas objek. Oleh itu,
dengan menggunakan ferrofluid, pengajaran        1. www.youtube.com/watc
akan jadi berinovasi kerana ferrofluid bersifat       h?v=vsQh1AT6qUE
cecair. Ini akan membuatkan kanak-kanak               (cara menghasilkan
teruja dengan pembelajaran magnet.                    ferrofluid)
                                                 2. https://www.youtube.co
                                                      m/watch?v=kL8R8SfuX
                                                      p8
- Ferrofluid boleh dihasilkan dengan
menggunakan kombinasi minyak sayuran dan juga dakwat pencetak (printer).
Bahan-bahan (Rajah 3.19) dan cara menghasilkan ferrofluid adalah seperti
berikut:
i. Dakwat mesin pencetak (printer toner) – 50ml
ii. Minyak sayuran – 30ml
iii. Peralatan untuk mencampurkan dakwat dan minyak sayuran.
- Cara penghasilan: Campurkan kedua-dua bahan ini dan kacau sehingga kedua-
dua bahan tersebut teradun dengan sebati. Gunakan magnet untuk menguji
tindak balas magnet ferrofluid yang telah dihasilkan.
46
BAB 3
                                                                                 Komponen Awal Sains
    Rajah 3.19: Bahan-bahan yang diperlukan bagi menghasilkan ferrofluid
                     (http://www.instructables.com/id/DIY-Ferrofluid-and-Play-
                     With-It/)
 Aktiviti menggunakan ferrofluid
- Ferrofluid yang telah dihasilkan boleh dijadikan bahan pengajaran di dalam di
    mana guru memberikan peluang kepada murid untuk bereksperimentasi
    dengan ferrofluid tersebut. Ferrofluid bertindak balas dengan kehadiran
    magnet. Sebarang objek yang bersifat magnetik turut memberi kesan kepada
    ferrofluid.
- Melalui peluang untuk bereksperimen menggunakan ferrofluid ini, murid akan
    menajamkan kemahiran meneroka, membuat ramalan apa bakal terjadi kepada
    eksperimen yang dijalankan dan juga kemahiran menaakul. Rajah 3.20
    menunjukkan kesan ferrofluid apabila diletakkan pada objek yang bersifat
    magnetik seperti skru.
                                                  47
BAB 3
                                        Komponen Awal Sains
Rajah 3.20: Tindas balas ferrofluid (cecair magnetik) ke atas objek yang bersifat
magnetik  (http://kidsactivitiesblog.com/56355/magnetic-mud-
science-experimen)
b) Permainan Mencari Objek Tersembunyi
Rajah 3.21: Aktiviti bermain mencari objek tersembunyi menggunakan magnet dan
               bahan-bahan bersifat magnetik
               (www.notimeforflashcards.com/2014/12/magnetic-sensory-bottles.html)
    - Konsep asas permainan ini adalah dengan menggunakan magnet murid
         mencari bahan-bahan yang tersembunyi. Sebagai contoh guru boleh
         menggunakan botol minuman (bahan kitar semula) yang lutsinar (boleh dilihat
         isi dalamnya) dan keratan kertas surat khabar untuk menyembunyikan objek-
         objek magnetik di dalam botol tersebut.
                                                       48
BAB 3
                                                                                      Komponen Awal Sains
    - Kemudian dengan menggunakan magnet, murid akan cuba menarik objek
         tersebut ke permukaan untuk mengenal pasti apakah objek yang melekat
         kepada magnet. Guru boleh menggunakan bahan yang berlainan untuk
         menyembunyikan objek, sebagai contoh, pasir, air berwarna dan sebagainya.
         Penyediaan bahan yang seperti ini selain menjadikan pengajaran itu lebih
         menarik, ia juga akan memberi informasi kepada murid sama ada magnet
         dapat menarik objek sekiranya tersembunyi di dalam bahan-bahan berbeza.
Kesimpulan
Pengajaran awal sains adalah penting dalam menyediakan murid prasekolah dengan
pengetahuan mengenai alam sekeliling mereka. Selain itu, melalui pengajaran awal
sains, kemahiran-kemahiran asas sains seperti meneroka, menyiasat, membuat
pemerhatian dan meramal dapat diterap kepada murid prasekolah. Oleh yang
demikian, adalah penting untuk guru merancang pengajaran yang berkesan dengan
informasi yang tepat dan penggunaan bahan bantu mengajar yang mampu
menyampaikan pengajaran dengan berkesan. Cadangan-cadangan yang diberikan di
dalam bab ini adalah sebagai satu kupasan idea bagi topik-topik tertentu di dalam
pengajaran awal sains prasekolah. Diharap idea-idea ini akan membantu menjana
idea-idea yang lebih kreatif dan inovatif guru bagi pengajaran awal sains di
prasekolah.
                                                       49
BAB 4  KOMPONEN AWAL MATEMATIK
Pengenalan
Di dalam bab ini terdapat beberapa jenis Bahan Bantu Mengajar bagi
komponen awal matematik. Bahan bantu mengajar yang dicadangkan adalah
mengikut topik pengajaran berdasarkan hasil kajian di bab 2. Kandungan pula
disusun mengikut aras Standard Pembelajaran seperti yang terkandung di dalam
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Selain itu, setiap cadangan Bahan
Bantu Mengajar juga disertakan pautan laman sesawang sumber aktiviti
sebagai rujukan.
                                                     50
BAB 4
                                                                              Komponen Awal Matematik
Konsep Nombor
Standard Pembelajaran:
ST 7.1.1 : Memahami operasi tambah dalam lingkungan 10.
ST 7.3.1 : Membilang terus dari 10 hingga ke 20
ST 7.3.3 : Menulis 10-20
     Konsep nombor menggambarkan bilangan atau banyaknya benda bagi sesuatu
         kumpulan iaitu sifat kuantiti benda tersebut. Manakala angka adalah simbol
         atau tanda yang mewakili serta menggambarkan konsep nombor. Oleh itu,
         bagi pengajaran konsep nombor yang melibatkan pemahaman operasi tambah
         dalam lingkungan 10, membilang hingga 20 serta menulis 10 hingga 20,
         pelbagai aktiviti boleh dirancang oleh guru agar pembelajaran lebih menarik
         dan mudah diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Antara aktiviti yang
         boleh dijalankan oleh guru:
    a) Aktiviti Seni Kreatif
     Mengira dan membilang melalui aktiviti mengecop
         - Guru menyediakan lembaran kerja untuk murid mengecop menggunakan
             jari mereka berdasarkan nombor yang diberi. Aktiviti ini akan
             menggalakkan murid mengira dan memudahkan murid mengecam serta
             mengetahui jumlah bilangan berdasarkan nombor seperti Rajah 4.1.
             Rajah 4.1: Aktiviti mengecop menggunakan jari dalam mengajar konsep
                           nombor. (http://teachingmama.org/teaching-math-to-
                           preschoolers/)
                                                       51
BAB 4
                                                                         Komponen Awal Matematik
 Menghasilkan Model ‘Tangan Penambah’
- Tangan Penambah adalah salah satu bahan bantu mengajar yang
    membantu kanak-kanak untuk mengadaptasikan kaedah membilang
    menggunakan jari melalui Tangan Penambah ini. Malahan, Tangan Penambah
    ini boleh dihasilkan oleh murid dengan bantuan guru.
- Dengan itu, murid akan menjadi lebih teruja menjalankan aktiviti
    membilang menggunakan Tangan Penambah yang dihasilkan sendiri. Guru
    boleh mengajarkan murid untuk mengenalpasti setiap hasil tambah yang boleh
    menghasilkan jumlah bersamaan dengan nilai sepuluh seperti Rajah 4.2.
                                                                                            Sumber Tambahan:
                                                                                            1. http://www.wikkis
                                                                                              tix.com/counting-
                                                                                              hands-craft-for-
                                                                                              early-math-in-
                                                                                              preschool/
    Rajah 4.2: Tangan Penambah merupakan salah satu kaedah mengajarkan asas
                  operasi tambah dalam lingkungan 10.
                  (http://kidsactivitiesblog.com/56908/how-to-homeschool-
                  preschool)
b) Permainan Suai-Padan
 Permainan Suai Padan Nombor dengan Nombor
    - Permainan ini adalah salah satu kaedah untuk murid mengecam nombor
         dan dalam masa yang sama menguatkan ingatan mereka membilang
         nombor mengikut urutan. Selain itu, permainan ini juga boleh dihasilkan
         sendiri oleh guru kerana bahan-bahan yang diperlukan boleh diperoleh
         melalui bahan-bahan terpakai. Rajah 4.3 adalah contoh permainan suai
         padan nombor dengan nombor.
                                                  52
BAB 4
                                                                         Komponen Awal Matematik
   Rajah 4.3: Permainan suai padan nombor yang dihasilkan menggunakan bahan-
                 bahan terpakai. (http://theimaginationtree.com/2013/03/bottle-top-
                 count-and-match-game.html)
 Permainan Suai Padan Nombor dengan Bilangan
    - Bagi permainan ini, guru dapat mengajarkan murid untuk memahami
         konsep nombor dan konsep bilangan. Murid juga lebih mudah memahami
         konsep yang disampaikan kerana ia melibatkan aktiviti hands on dan
         penggunaan bahan maujud. Selain itu, permainan ini boleh dihasilkan oleh
         guru bersama-sama dengan murid bagi meningkatkan lagi keseronokan
         apabila bermain permainan ini. Permainan ini boleh dihasilkan dengan
         pelbagai variasi mengikut kreativiti guru dan bahan-bahan yang sedia ada
         di prasekolah. Rajah 4.4 adalah contoh permainan ini.
           Rajah 4.4: Permainan suai padan nombor berdasarkan bilangan.
                            (https://mudpiefridays.com/2015/03/14/ladybird-number-
                            matching-game/)
                                                  53
BAB 4
                    Komponen Awal Matematik
Operasi Nombor
Standard Pembelajaran:
ST 8.1.6 : Menyatakan hasil tambah dua himpunan objek
ST 8.2.1 : Mengeluarkan objek dari himpunan dan membilang baki
ST 8.2.2 : Menggunakan bahan harian untuk menerangkan operasi tolak
ST 8.2.3 : Menulis ayat Matematik dengan menggunakan simbol tolak (-)
            dan sama dengan (=)
ST 8.2.4 : Menyatakan ayat Matematik operasi tolak secara lisan
 Pengajaran operasi nombor melibatkan pemahaman nombor bulat dan
    mengajarkan murid bahawa nombor mewakili kuantiti. Ia termasuk pembelajaran
    ayat Matematik mewakili bilangan dan simbol, pengiraan, urutan nombor dan
    kuantiti, membandingkan antara dua nilai dan; operasi tambah dan penolakan
    yang mudah. Oleh itu, guru perlu kreatif dalam menghasilkan bahan bantu
    mengajar yang sesuai dalam pengajaran operasi nombor ini. Antara yang
    dicadangkan adalah seperti berikut:
a) Mereka Cipta Mesin Tambah
    - Guru boleh mereka cipta sendiri mesin tambah bagi mengajar dan
         memahamkan murid mengenai operasi tambah. Guru boleh membina
         mesin tambah ini mengikut cita rasa dan kreativiti guru. Contoh-contoh
         mesin tambah adalah seperti Rajah 4.5. Melalui penggunaan mesin tambah
         ini, murid akan aktif semasa pembelajaran berlangsung dan juga dapat
         mengaplikasikan pengetahuan yang mereka peroleh.
                54
BAB 4
                                                                         Komponen Awal Matematik
           Rajah 4.5: Mesin tambah yang boleh dihasilkan sendiri oleh guru
                       (http://theimaginationtree.com/2013/02/addition-and-counting-
                       machine-maths.html)
b) Lembaran Kerja yang Kreatif
    - Lembaran kerja adalah satu kaedah pengukuhan kepada pembelajaran di
         dalam kelas. Oleh itu, dengan menggunakan lembaran kerja yang menarik,
         berwarna-warni serta melibatkan penggunaan bahan-bahan maujud akan
         menjadikan pengajaran lebih kreatif dan menarik.
            Rajah 4.6: Lembaran kerja yang menarik bagi pembelajaran matematik
                          prasekolah. (http://momitforward.com/5-simple-preschool-
                          math-activities/)
                                                  55
BAB 4
                                   Komponen Awal Matematik
c) Mereka Cipta Permainan Bowling
- Permainan bowling boleh menjadi salah satu bentuk pengajaran operasi
    tolak. Penghasilan permainan ini juga tidak memerlukan kos yang tinggi
    kerana boleh mengitar semula bahan terbuang seperti tin dan botol
    minuman. Melalui bermain permainan ini selain menyajikan keseronokan
    kepada murid, guru boleh menerapkan asas matematik dengan meminta
    murid mengira bilangan pin bowling yang berjaya dijatuhkan oleh murid.
    Rajah 4.7 adalah contoh pin bowling yang boleh dihasilkan oleh guru.
               Rajah 4.7: Bentuk-bentuk permainan bowling yang kreatif.
                                   (http://www.rockabyebabymusic.com/blog/tag/diy-
                                   bowling/)
Konsep Waktu
Standard Pembelajaran:
ST 10.1.3: Pengetahuan tentang konsep jam
ST 10.1.4: Menyatakan hari mengikut urutan. (Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat,
             Sabtu dan Ahad)
    a) Carta Jam
         - Bagi menarik minat murid untuk belajar mengenal waktu pada jam, guru
             boleh menggunakan carta jam yang mempunyai waktu mengikut aktiviti
             rutin murid di sekolah seperti waktu rehat, waktu makan, dan gosok gigi.
                                                       56
BAB 4
                                                                         Komponen Awal Matematik
         Ini dapat melatih murid untuk peka pada waktu-waktu rutin harian mereka
         di sekolah. Rajah 4.8 adalah contoh carta jam yang boleh digunakan di
         prasekolah.
         Rajah 4.8: Carta jam berdasarkan aktiviti rutin.
                      (http://www.mpmschoolsupplies.com/ideas/1224/telling-time-
                      math-and-classroom-management-bulletin-board/)
b) Permainan Jam
- Guru turut boleh menjalankan aktiviti belajar melalui bermain dalam
    memahamkan murid bagaimana untuk membaca waktu dengan melihat jam.
    Rajah 4.9 adalah salah satu contoh permainan yang melibatkan murid
    sepenuhnya. Guru melakar jam yang besar pada lantai kelas, dan murid pula
    memain peranan sebagai jarum jam. Aktiviti ini bukan hanya mendatangkan
    keseronokan pada murid, tetapi mereka mudah memahami konsep waktu
    melalui simulasi yang dilakukan.
                                                  57
BAB 4
                                                                         Komponen Awal Matematik
      Rajah 4.9: Aktiviti belajar melalui bermain dalam memahamkan murid
                      mengenai konsep waktu.
                      (http://techieteachertime.blogspot.my/2011/03/telling-time-can-
                      be-fun.html)
c) Carta Nama-Nama Hari
- Untuk pengajaran menyatakan hari mengikut urutan pula, guru boleh membuat
    carta nama-nama hari seperti Rajah 4.10. Penggunaan carta ini akan
    memudahkan murid untuk menyatakan hari mengikut urutan.
             Rajah 4.10: Carta nama-nama hari
                           (https://www.pinterest.com/pin/326159197986812369/)
                                                  58
BAB 4
                                                                              Komponen Awal Matematik
Kesimpulan
Asas perkembangan awal matematik murid prasekolah bermula daripada pengalaman
disekeliling mereka yang berkaitan dengan benda-benda konkrit yang mengandungi
kuantiti dan kualiti seperti warna, saiz dan bentuk yang berbeza-beza. Awal
matematik adalah landasan yang menyediakan peluang untuk murid prasekolah
melatih minda supaya berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan
masalah dan membuat keputusan. Hal ini kerana, kebolehan matematik adalah asas
kemahiran yang diperlukan dalam menjalani kehidupan seharian. Oleh yang
demikian, guru memainkan peranan penting dalam memastikan bahan bantu mengajar
yang digunakan mampu menjana dan meningkatkan kemahiran awal matematik murid
prasekolah. Justeru, bahan bantu mengajar yang dicadangkan adalah sebagai penjana
idea guru dalam mempelbagaikan bentuk pengajaran dalam awal matematik.
                                                       59
BIBLOGRAFI
Andersson, K. & Gullberg, A. (2014). What is science in preschool and what do
         teachers have to know to empower children? Culture Study of Science
         Education, 9, 275-296.
Essa, E. (2011). Introduction to Early Childhood Education. (6th ed.). Clifton Park,
         NY:Wardworth Cengage Learning.
Erden, F. T. & Sönmez, S. (2011). Study of Turkish Preschool Teachers’ Attitudes
         toward Science Teaching. International Journal of Science Education, 33:8,
         1149-1168.
Bose, K., Tsamaase, M. & Seetso, G. (2013). Teaching of Science and Mathematics
         in Pre-Schools of Botswana: The Existing Practices. Creative Education,
         4, 43-51.
Burnett, C. (2010). Technology and Literacy in Early Childhood Educational Settings:
         A Review of Research. Journal of Early Childhood Literacy, 10: 247-270.
Ideris Abd. Rahim. (2012). Ciri-ciri Inovasi Kad Pintar Nahu Arab. Persidangan
         Kebangsaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012(PKEBAR’12),
         Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Johansson, E., & Pramling Samuelsson, I. (2006). Play and Learning Inseparable
         Dimensions in Preschool Practice. Early Child Development and Care, 176,
         47-65.
Kamus Dewan. (2007). Edisi Ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Kurikulum Standard Prasekolah
         Kebangsaan. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kurt, S. (2013). Examining teachers’ use of computer-based technologies: A case
         study. Education and Information Technologies, 18:557-570.
Lou, S., & Chen, N. (2012). Using blended creative teaching : Improving a teacher
         education course on designing materials for young children. Australasian
         Journal of Educational Technology, 28(5), 776–792.
Parker, L. (2008). Technology-mediated learning environments for young English
         language learners: connections in and out of schools. New York: Lawrence
         Erlbaum Associates.
Maier, P. & Warren, A. (2002). Literacy Technology in Learning and Teaching.
         London: Kogan Page.
Naim Ahmad. (2000). Teknologi Pendidikan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
                                                       60
Nani Menon & Rohani Abdullah (2006). Panduan Kognitif Kanak-Kanak Prasekolah.
         Bentong: PTS Professional Publishing.
Norasiah, A., Nor Risah Jamilah, M. & Rosnah, A. (2013). Teknologi dalam
         Pengajaran dan Pembelajaran. (5th ed). Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn.
         Bhd.
Norsita A. & Zainal M. (2014). Tinjauan Awal Interaksi Guru - Kanak-Kanak dalam
         Pemupukan Pemikiran Kreatif Kanak-Kanak Prasekolah. Proceeding of the
         Social Sciences Research. Kota Kinabalu: Sabah. pp.735-746.
Sancar-Tokmak, H. (2013). Changing preschool teacher candidates’ perceptions about
         technology integration in a TPACK-based material design course. Education
         as Change, 17:1, 115-129.
Siry, C. (2014). Towards multidimensional approaches to early childhood science
         education. Culture Study of Science Education, 9, 297–304.
Sharifah Nor Puteh & Aliza Ali. (2011). Pendekatan Bermain Dalam Pengajaran
         Bahasa dan Literasi bagi Pendidikan Prasekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa
         Melayu,1(2): 1-15.
Suppiah, N. (2015). Panduan Pendidikan Awal Kanak-Kanak: Teori, Model, Kaedah
         dan Aktiviti ke Arah Perkembangan Kognisi. Tanjung Malim:Universiti
         Pendidikan Sultan Idris.
                                                       61