“Happiness Comes From Within”
1
DENGAN MENEMUI DIRIKU, AKU BAHAGIA
Assalammualaikum dan Salam sayang dari SifuBella. Bismillahirahmanirahim,
alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH dan ku panjatkan syukur kepada mu YA RABB,
yang maha penyayang lagi maha mengasihani. Terima kasih atas ilham yang kau
berikan kepada ku ya ALLAH. Aku hanya lah perantara yang kau berikan aku ilham ini
untuk aku berkongsi kepada mereka yang sedang membaca ini. Tanpa kurnia-MU YA
RABB, mustahil lah untuk aku dapat menyiapkan sebuah eBook ini pada waktu yang
tepat.
Perkongsian dan penulisan SifuBella ikhlas dari hati kecil ni, catatan harian SifuBella dan
pengalaman SifuBella sendiri dalam menjalani kehidupan normal sebagai seorang
manusia biasa yang tak lari dari pelbagai cabaran dan dugaan yang di lalui sehingga lah
dapat menemukan kebahagiaan yang hakiki.
Semua orang mahu jadi bahagia kan? Tidak kira lah orang tu kaya atau sebaliknya.
Namun apa yang SifuBella selalu perhatikan orang sekeliling, ramai yang suka merungut
yang hidupnya kurang bahagia, mungkin juga di sebabkan banyak yang di inginkan
dalam kehidupan tu tidak kesampaian. Atau mungkin juga dia sendiri tidak tau apa
yang benar-benar membuatkan dia bahagia?
Bagi SifuBella lah kan… Bahagia tu adalah EMOSI. Jika Emosi kita rasa GEMBIRA maka
kita juga rasa BAHAGIA. Ramai orang gagal mengawal Emosi akibatnya cepat marah-
marah, cepat moody (tiada mood), rasa bosan, rasa tertekan bahkan mungkin rasa
KEMURUNGAN. Betul?
Dan Terkadang ada yang rasa dia sudah mempunyai segalanya, maksud SifuBella tu…
Ada Rumah impian, Ada Kereta impian, Ada pasangan hidup, Ada Anak-Anak, Ada
Keluarga yang memahami, Ada DUIT… Boleh di katakan semua sudah ada? Namun jauh
di sudut hati nya rasa “SUNYI”.
Semoga 10 Nota Bahagia Versi SifuBella Dalam eBook Ini Dapat Membantu Kamu Yang
Sedang Baca Ini Untuk Terus Berbahagia Dengan Cara Kamu.
2
...Bersambung di muka surat seterusnya
ERTI BAHAGIA
o Bahagia itu sebenarnya bermula dari sendiri.
o Bahagia adalah pilihan.
o Bahagia bukan lah bermula dengan orang yang kita sayang.
o Bahagia bukan disebabkan kerja.
o Bahagia bukan kerna duit.
o Bahagia bermula dengan kita mulai kenal diri sendiri dan
mengenal akan tuhan kita
o Bukan bahagia menjadikan kita bersyukur, namun dengan
bersyukur menjadikan kita bahagia 3
DIDIK DIRI BAHAGIA
Dimanakah hendak bermula, Dari dalam atau dari luaranNya.
Zahir Dan batin tentang semua, Gelap dan terang menjadi sama.
Ajarkan aku Erti bahagia, Kelihatan indah bila memandangnya
Umpama matahari Dan bulan dilangit sana, Bercahaya indah
menerangi alam semesta, Penuh kasih dan Sayang buat
kesemuanya.
Tentang Alam dan diri selalu tafakur, FirmanNya dibaca dengan
tadabur.
Menjunjung perintahNya taat dan akur, Tiada keluhan tenang Dan
penuh syukur. Semuanya bermula dari diri Kita, Redha dan syukur
iringkan bersama.
Merasa cukup segala nikmat kurniaaNya, Hadirlah bahagia
bersama redhaNya. KekalLah Bahagia bersamaNya, Usahlah
berpaling lagi dariNya.
Bergantung harap tiada selainNya, Menghambakan diri hanya
padaNya.
4
BAHAGIA #1
Nota
KAWAL “EMOSI”
5
EMOSI
Semua orang mempunyai perasaan.
Semua orang mempunyai emosi.
Kenali dan fahami apa itu emosi?
Emosi datang dari perkataan bahasa inggeris iaitu EMOTION
(Energy In Motion). Dalam bahasa lain nya Ada energy yang
bergerak.
Kita kena belajar untuk kawal emosi.
Emosi menentukan tahap energi kita.
Jika kita gagal mengawal emosi kita, maka emosi lah yang akan
kawal kita dan kawal keadaan kita.
Tahap kejayaan kita, tahap kewangan kita, tahap business kita
adalah tertarik dengan dengan “Emosi” kita. 6
EMOSI
EMOSI
Belajar untuk kawal emosi. Cuba lihat gambar yang SifuBella
sertakan ni? Ini dinamakan “Emotional Scale”. Cuba kekalkan
emosi kita kepada “Upward Spiral” , Bermula dengan “hopeful”.
Perlahan-lahan emosi kita akan naik.
Jangan biarkan emosi tu turun ke bawah “Downward Spiral”.
Sangat bahaya kita akan terperangkap dalam emosi ini. Bermula
dengan bosan dan cakap diri “IM BAD”, putus asa. Ia akan makin
teruk dan berjangkit-jangkit malang berlaku dalam hidup. 7
EMOSI
KAWAL EMOSI
Untuk mencapai apa yang kita mau dalam hidup kita perlu
combine 3 perkara ni :
1) Clear thought (Jelas pemikiran)
2) Emotions (Emosi)
3) Feelings (Perasaan)
Perasaan adalah 50% faktor untuk kita jadikan sesuatu doa itu realiti
atau perkataan lainnya “manifest”. Kita nak sangat sesuatu yang kita
minta Menjadi REALITI, namun tanpa “feelings” ia susah jadi REALITI.
Kerna itu lah kenapa rasulullah saw didik kita, teladani kita, beri
contoh kepada kita untuk kita ada feelings dalam berdoa? Didik diri
untuk nangis dalam doa, dalam minta ampun dengan Allah. Untuk
apa? Untuk betul merasai nya dari hati kita (qalbu kita).
Begitu juga kenapa doa orang teraniaya senang makbul doanya,
kerna feelings nya yang sangat clear sewaktu berdoa.
Ingat! SifuBella pernah tertanya tanya sebelum ni kenapa doa susah
mau makbul? Kerna apa? “What you’re prayer outside will be not the
same with inside”. Maksudnya bila zahir nya di mulut berdoa tidak
sama dengan hati (qalbu) berdoa.
Dengan otak yang tengah fikir macam-macam dan sangat “noisy”,
dan dengan emosi yang sangat rendah tak akan mampu
8
menghasilkan “feelings” yang betul.
EMOSI EMOSI
NAIKKAN
Kerna bila kita start hari kita dengan penuh Kesyukuran, kita akan
rasa ada HARAPAN. Kita akan rasa tenang dan positif. Bila kita positif,
kita akan rasa lebih bersemangat, lebih menghargai, rasa ada kasih
sayang dan “enjoy”.
Begitulah sebenarnya bagaimana kita mau pastikan emosi kita
sentiasa berada dalam “HIGH VIBRATIONS”, dan emosi positif itu
akan berjangkit jangkit.
Namun sekiranga kita rasa kecewa, rasa terluka, kurang sabar,
merungut, meroyan dan yess di layan emosi low tu makanya ia akan
melarat sehingga kita rasa ragu-ragu, risau sehingga menimbulkan
perasaan dan prasangka negatif yang lain.
KUNCI untuk mau naik kan emosi ke tahap yang tinggi, mulakan hari
kita dengan BERSYUKUR setiap pagi. Sebab itu lah sebelum ni sifu
pernah post mengenai fokus dan tulis 10 kesyukuran setiap hari
untuk kita didik minda dan emosi kita agar fokus perkara baik baik.
Namun, dalam dunia yang nyata, ia sebaliknya. Masih ramai yang tak
mampu untuk mensyukuri apa yang ada. Ramai yang fokus akan
keluhan dan rungutan yang tiada. “Why??” Sebab ianya sudah
terbiasa dalam hidup dan menjadi “bad habit” (tabiat buruk) yang
terbentuk hasil dari trauma kamu dan ujian dalam hidup kamu yang
pernah kamu lalui. 9
EMOSI
EMOSI
Untuk membina tabiat baik yang baru adalah caranya sama
sewaktu terbentuknya tabiat buruk. Macam mana tu?
Tabiat yang di bina adalah pada waktu sebelum tidur.
Cuba “reflect” balik? Ingat balik? Macam mana keadaan emosi
sebelum tidur?
Sebelum ni kita tidur dalam keadaan marah, kecewa, sedih dan
fikir masalah. Dan ketika tidur ingat lah bahawa “Subconcious
mind” (minda bawah sedar) tak pandai tidur dan ia akan rakam
apa saja yang kamu masukkan sebelum tidur.
“Subconscious mind” adalah minda tindakan.
Oleh itu, kita kena belajar masukkan tabiat baik seperti
bersyukur sebelum tidur, fikir kebahagiaan, berangan yang kita
capai impian kita.
Cuba senaraikan 10 perkara yang kita syukur pada sepanjang
hari tersebut sebelum tidur. Tidur dalam keadaan bersyukur dan
bentuk tabiat bersyukur.
Bangun tidur kita akan jadi orang yang sentiasa bersyukur.
Dengan bersyukur kita mampu naikkan tahap emosi kita kepada
getaran yang tinggi. 10
CASE STUDY : NAIKKAN EMOSI DENGAN
EMOSI
CINTA
Dalam bercinta (feeling love) seharusnya kita bahagia dan bukan
sebaliknya. Namun, ramai orang tak boleh nak handle. Tak
gitew?
Sepertinya case study : Kisah percintaan antara Danish Dan Maya
Kenali karakter dan perangai pasangan kita. Ketahui apa
kelemahan pasangan kita. Jadikan kelemahan pasangan kita
sebagai kekuatan untuk melengkapi dia.
Pada awal kisah percintaan Danish & Maya kelihatan bahagia.
Namun, dalam perjalanan kisah cinta mereka sudah semestinya
ada dugaan “up and down”. Tipu lah jika dalam sebuah
perhubungan indah saja yang kita dengar. Sudah pasti ada salah
faham , kecil hati, merajuk dan isu yang buat kan pasangan itu
bergaduh.
Bila berlaku pergaduhan, maka emosi tu akan turun “downward
spiral”. Dalam keadaan ini, emosi akan berada dalam keadaan
marah, sedih, kecewa dan masalah.
11
CASE STUDY : NAIKKAN EMOSI DENGAN
EMOSI
CINTA
Setelah Danish mengenali Maya, rupa-rupanya Maya
seorang wanita yang sangat sensitif, cepat tersentuh, mudah
cemburu dan kuat merajuk. Pada awalnya Danish tidak boleh
“handle” situasi ini. Namun, Danish fikir positif. Kerna
sayang, kita kena ada tolak ansur dan cuba memahami
pasangan kita. Jadikan kelemahan nya untuk kita fahami
dan lengkapi pasangan kita. Jangan bincangkan apa saja
masalah di masa lalu pada waktu sekarang (Present
Moment)
Danish selalu ingat kan Maya, jika merajuk, jangan diam.
Danish selalu kata “If Merajuk, Talk To Me, Tell Me, We
Discuss. Jangan Diam Nanti Jadi Dendam, Ok My Love?
Danish selalu ingatkan Maya, jangan bawa perasaaan
marah, kecewa, sedih dan fikir masalah sebelum tidur kerna
di khuatiri akan menjadi sebuah episod bersiri yang tidak
pernah selesai dan akan berlaku kes berbangkit dan
mengungkit.
12
CASE STUDY : NAIKKAN EMOSI DENGAN
CINTA
Apa yang berlaku di masa lalu hanya lah kenangan. “What
is past is past”. Namun apa yang di perlukan di sini adalah
sebuah Kejujuran. Apa yang berlaku di masa lalu untuk kita
“Admit “ mengaku siapa kita di masa silam kita. Bila kita
sudah terus terang semuanya, membantu kita untuk “move
on” dan tidak akan ada isu “Ungkit Kisah Silam”. Di sini lah
wujudnya “TRUST” dan kita terima pasangan kita seadanya.
Terima segala kekurangan dan kelemahannya. “Give and
take always” dengan pasangan.
Untuk pastikan emosi berada dalam keadaan “High
Vibration” : “LOVE”, “STOP” buat perkara yang pasangan
kita tak suka, apa yang pasangan kita suka, kita buat lah.
Sebagai contoh, Maya suka Danish pakai baju putih, maka
Danish pun pakai lah baju putih. Bila kita buat sesuatu dan
pasangan kita suka “Vibration & Frequency” akan naik
dengan cepat ke lebih tinggi.
13
TIPS NAIK KAN EMOSI DALAM BERCINTA
Tips Kekalkan Emosi “Upward Spiral” dalam
berpasangan (Percintaan) yang Danish & Maya amal kan
:
Hentikan buat perkara yang pasangan kita tak suka
Kejujuran di perlukan. (Don’t Lie)
Buat apa yang pasangan kita suka buat
Selalu bercerita “moment-moment” indah
Admit everything about your past & stop having
conversation about your past at the present moment,
especially your ex couple
Ceritakan impian bersama
Cerita mengenai minat antara satu sama lain
Hargai antara satu sama lain
Tunjukkan kasih sayang (express your feelings)
Ambil berat antara satu sama lain
Compassionate Listening (Bila Maya Bercakap, Danish
akan bagi “full attention” kepada Maya. Danish
simpan handphone dan dengar apa saja yang Maya
cakap.) 14
BAHAGIA #2
Nota
SYUKUR
15
SYUKUR BUAT KU BAHAGIA
Ramai orang meletakkan sesuatu menjadi ukuran untuk bahagia.
Sebagai contoh, “Ok, kalau aku capai impian aku dapat beli kereta
mewah baru aku bahagia”.
Salah sungguh pemahaman ini, Kita kena syukur dulu, baru lah kita
boleh bahagia, Kena syukur dulu baru lah boleh dapat apa yang kita
mau.
SYUKUR DENGAN YANG SEDIKIT. “Barangsiapa yang tidak
mensyukuri yang sedikit, maka ia tidak mampu mensyukuri yang
banyak”, -Riwayat Imam Ahmad
“Jika kalian bersyukur maka akan aku tambahkan nikmat-Ku untuk
16
kalian”. –QS Ibrahim : 7
TIPS DIDIK BERSYUKUR
Tips menjadikan diri ini hamba yang mensyukuri nikmatnya :
Bangun Tidur senaraikan kesyukuran anda
Aspek yang bole kita syukuri adalah Nafas kita, anggota badan
kita, orang tersayang masih lagi ada di sisi, masih ada tempat
tinggal, masih ada tempat tidur yang selesa dan masih ada
makanan.
Hayati simfoni alam sewaktu bangun bagi, lihat kehijauan pokok-
pokok dan daun-daun dan kata kan terima kasih ya allah atas
semua nikmat.
Perbanyakkan sedekah, turun padang sendiri untuk lihat ada lagi
orang lebih susah dari kita.
Memperakui. Orang yang bersyukur adalah orang yang bersedia
menerima qada’ dan qadar walaupun suka atau tidak serta
memperakui itu datangnya dari Allah. Syukur akan keindahan
dan juga syukur akan musibah.
Menerima takdir Allah mengikut kadar takdir yang Allah telah
susun.
Sentiasa memuhasabah diri.
Memperbaiki diri. Bila kita sedar tentang kelemahan diri kita, kita
memperbaiki diri kita ke arah kebaikan.
Menyerah Diri Pada Allah. Menyerahkan segalanya pada Allah.
Bila kita bersandarkan pada harta, kewangan, pangkat, ingatkan
semua itu rapuh. 17
BAHAGIA #3
Nota
SAYANGI DIRI
18
SAYANG & PENTINGKAN DIRI DULU
“Jangan jadi lilin yang membakar diri sendiri”. Kerna terlalu
mementingkan orang lain kita yang akan terluka. Kerna terlalu
sayang orang lain tanpa memikirkan diri sendiri, diri ini akan berkali
kali rasa di lukai.
Siapa yang mengenali SifuBella, Sifu ni seorang yang berjiwa besar
yang suka sebarkan kebahagiaan kepada orang lain tanpa
memikirkan diri sendiri. Bagi SifuBella, dengan membahagiakan orang
lain SifuBella akan bahagia. Ya.. Betul ini satu kenyataan yang betul.
Namun sebelum bahagiakan orang lain bahagiakan diri sendiri dulu.
Dalam diri kita sendiri, ada 3 dimensi iaitu “Mind, Body & Soul”
(Minda, Badan, Roh). Kita kena belajar untuk kenali diri sendiri, nanti
diri sendiri akan merajuk. Pernah dengar ka? Bila seseorang hilang
seri di wajah? Hilang aura di wajah? Nampak muka seseorang itu
gelap? Ni salah satu ciri-ciri diri sendiri tidak merasakan kebahagiaan
sampai satu tahap diri sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang di
inginkan dalam hidup. Rasa “lost?” Yaaa.. Kerna diri sendiri sudah
tidak selari dengan 3 dimensi itu, menyebabkan diri sendiri merajuk
dengan diri sendiri.
19
SAYANG & PENTINGKAN DIRI DULU
Tak akan mungkin kita boleh merasakan kebahagiaan jika kita
dahulukan orang lain berbanding diri sendiri. Bahagia kena bermula
dengan diri sendiri. Tanya diri sendiri apa erti bahagia? Bagaimana
mau bahagiakan diri sendiri?
Cuba bayangkan situasi ini ya? Dalam kapal terbang ada kita dan
anak di bawah jagaan kita. Jika berlaku kecemasan apa yang harus
anda lakukan? Pramugara dan pramugari selalu berpesan bahawa
kita kena pakai oksigen dengan diri sendiri dahulu baru lah kita bantu
pakaikan oksigen kepada anak jagaan kita. Dalam erti kata lain, kita
kena pentingkan diri untuk selamatkan diri sendiri dulu baru lah kita
dapat selamatkan orang lain yang kita sayang,
“Start Love Yourself and the whole world start Love You Back”. Ingin
dicintai dan disayangi, kita kena sayangi diri sendiri dulu baru lah
yang lain juga turut menyayangi mu.
Lebih banyak kita sayang diri kita, lagi banyak kita ambil berat
tentang diri kita, lagi ramai orang mula datang sayang kita dan ambil
berat kita. Bahagia kan? 20
SAYANG & PENTINGKAN DIRI DULU
Tips Tindakan Yang SifuBella Buat Untuk Belajar Sayangi Diri Sendiri :
Bangun pagi, SifuBella akan mulakan dengan kesyukuran. Terima
kasih Ya Allah atas nafas ini, anggota badan yang lengkap dan
kesihatan yang baik.
SifuBella buat pernafasan kembali kepada fitrah, “connect with
your soul”, hubung sedalam-dalamnya dengan diri anda yang
sebenar iaitu roh anda. “Hero In you”.
Peluk Diri Sendiri & Cium Diri Sendiri. : I love you Isabella Farrah.
You are Awesome!
Affirmation Untuk Diri Sendiri. Masukkan dalam minda dan jiwa
kita kata-kata yang baik. Contoh, I did great job, Yes I am amazing,
I am strong, I am Happy, I am peaceful, I am rich, I am full of
abundance, I am Money Magnet.
Belajar untuk jatuh cinta dan sayang dengan diri sendiri terlebih
dahulu sebelum menyayangi orang lain. Setiap pagi bangun tidur,
lepas mandi, pandang diri sendiri di cermin, tenung dalam-dalam
mata kita, lihat wajah kita. Katakan pada diri harini aku akan jadi
lebih baik dari hariku kemarin.
Groom yourself! Reward diri sendiri. Pergi manjakan diri dengan
Facial, Body massage, Spa untuk “Relaxation”. Potong rambut,
potong kuku, makan-makan (hanya dengan diri sendiri), shopping,
pakai pakaian smart, cantik dan berwangian-wangian dengan
perfume. Spend time dengan diri sendiri, travel and enjoy the
journey.
21
BAHAGIA #4
Nota
LOVE WHAT YOU DO
22
LOVE WHAT YOU DO
The only way to do great work is to love what you do. If you
haven't found it yet, keep looking for it. Don’t settle, As will all
matters of the heart, you’ll know when you find it.
Satu-satunya cara untuk melakukan kerja yang hebat adalah
dengan menyukai perkara yang anda lakukan. Sekiranya anda
belum menjumpainya, terus mencarinya, jangan berhenti, seperti
semua perkara di hati, anda akan tahu bila anda menemuinya.
Bila anda buat sesuatu perkara yang anda suka dan cintai, pasti
nya anda sanggup untuk luangkan masa dan tenaga kepada
perkara tersebut tanpa rasa beban dan tanpa rasa stress. Jika
anda melakukan apa yang anda sayangi, anda tidak akan
bekerja seharian dalam hidup anda.
By doing what you love you inspire and awaken the hearts of
others. Dengan melakukan apa yang anda sayangi anda akan
meningkatkan dan menyedarkan hati orang lain 23
SIFUBELLA PASSION
SifuBella kongsikan apa yang Sifu suka buat. Dan menyebabkan
SifuBella dalam “High Vibration & frequency”.
I Love My Job (Big Seminar) :
Alhamdulillah syukur, bila kita minat
apa yang kita buat, kita tidak akan
pernah lelah dan merasa bosan.
Kegembiraan SifuBella apabila melihat
peserta yang hadir kembali tersenyum.
I Love To Share Knowledge (Table Talk
sharing):
Alhamdulillah syukur, SifuBella banyak
habiskan masa terluang dengan
berkongsi ELMU. SifuBella Suka
berkongsi tanpa mengira waktu, penat
lelah dan wang ringgit. Ini lah di
namakan “Passion”.
I Love To Create Positive Circle:
Alhamdulillah syukur, SifuBella suka
bina satu komuniti yang sihat. Komuniti
yang positif, mereka tolak ansur antara
sama lain, beri semangat, berkongsi
pengalaman kejayaan, memberikan
inspirasi dan motivasi semasa sendiri.
I Love Drive Alone (Sometimes):
Alhamdulillah syukur, SifuBella suka
memandu seorang diri dan sambill
dengar lagu-lagu positif. Waktu ni
SifuBella punya otak laju sangat
berjalan. Banyak dapat ilham waktu ni.
24
Kenalpasti apa yang anda suka buat.
SIFUBELLA PASSION
Duduk Dan Bernafas:
Alhamdulillah syukur, bila rasa diri
terlalu sibuk dan rasa diri stress,
kembali bertenang dan perhatikan
nafas anda. Bernafas perlahan-lahan
ya?
Manjakan Diri:
Alhamdulillah syukur, SifuBella
luangkan masa untuk Spa. Rasa
bahagia bila badan di urut dengan
bunyi lagu-lagu yang tenang.
Menghayati Rasa yang sebenarnya:
Alhamdulillah syukur, SifuBella sangat
suka luangkan masa dengan diri
sendiri, duduk minum “Hot Chocolate”
Di starbuck selama 1-3 jam. 1 jam
pertama sifu akan menghayati melalui
deria bau, Sifu tutup mata dan
menghayati bau coklat, deria
pendengaran, dengar bunyi “machine
blend coffee”. Guna deria penglihatan,
melihat ke dalam “Hot Chocolate”
punya tekstur.
25
SIFUBELLA PASSION
Suka Main Gitar :
Alhamdulillah syukur, kadang kala
SifuBella suka juga luangkan masa
dengan belajar dan bermain semula
gitar. Bila kita buat sesuatu yang kita
suka, pasti kita merasa bahagia dan
tenang.
I Love To Travel :
Alhamdulillah syukur, SifuBella suka
sangat melancong. Bila SifuBella pergi
melancong bukan untuk shopping. Sifu
suka lihat akan “Nature”. Contoh :
Gunung ganang, pemandangan, laut,
salji, air terjun. Energi alam sangat kuat.
I Love Zumba:
Alhamdulillah syukur, SifuBella
“Explore” diri sendiri. Dulu malu-malu
mau “express diri” dan tidak
berkeyakinan diri. Mau “exercise &
dance” pun malu. Bila sudah try macam
ketagih pula. Bila “Zumba” feel the
groove, feel the music and be more
confident.
I Love Music:
Alhamdulillah syukur, Muzik dengan
SifuBella sangat sinonim. SifuBella
sangat suka dengar muzik. Namun
pemilihan lagu itu sangat penting. Pilih
lagu yang menaikkan semangat kita.
Pilih lagu yang dapat menyenangkan
dan mendamaikan kita. Biasanya
Sifubella dapat ilham yang banyak
sewaktu mendengar lagu. SifuBella
26
kongsi ya contoh-contoh lagu yang
SifuBella dengar.
LAGU = SUBCONCIOUS MIND
Pemilihan lagu untuk di dengari sangat penting. Terutamanya kena
perhatikan lirik dalam sebuah lagu tu. SifuBella sendiri mau pilih
sebuah lagu, pertama sekali yang di utamakan baru lah melody.
Kenapa penting nya pemilihan lagu untuk di dengar atau di nyanyi?
Lagu yang di dengari atau dinyanyikan kerap akan masuk dalam
subconscious mind dan akan menjadi satu rutin, kemudian menjadi
satu doa yang “automatic”.
Melalui penceritaan lagu, kita sebenarnya sedang “express
feelings”. Perasaaan kan doa? “Feelings are prayers”
Elakkan dengar lagu sedih dan putus cinta. Di khuatari lagu itu
menghantui hidup anda, dan menjadi satu kepercayaan dan akhir
sekali menjadi sebuah doa juga.
Dengar Lagu Cinta untuk menaikkan mood “LOVE”
Dengar Lagu berunsurkan motivasi.
Dengar melodi yang menyenangkan seperti zikir, music study, calm
and nature music.
27
LAGU-LAGU SIFU BELLA
Pemilihan Lagu – Lagu SifuBella :
Di Balik Cermin – M Nasir
Perjalanan Hidup – Ramli Sarip
Bukan Kerna Nama – Ramli Sarip
Berita Pada Kawan – Ebiet G Ade
Heal The World – Michael Jackson
Nyaman – Andmesh
Destiny – Misha Omar
Dia – Anji
Bukti – Virgoun
Mulanya Di Sini - Freedom
Ku Mohon – Sheila Majid
Sinaran – Sheila Majid
Tak Kan Berpaling Dari Mu – Rossa
Karena Ku Cinta Kau – Bunga Citra Lestari
Cinta Sejati – Bunga Citra Lestari
Laskar Pelangi – Nidji
Kejar Mimpi – Maudy Ayunda
Catatan Kecil – Adera
Ku Mau Dia – Andmesh
That Power – Justin bieber
Im Alive – Celion Dion
28
LAGU-LAGU SIFU BELLA
Pemilihan Lagu – Lagu SifuBella :
Hero – Mariah Carey
Through The Rain – Mariah Carey
From The Voice Within – Christina Aguilera
Fight Song – Rachel Platten
When you believe – Mariah Carey & Whitney Houston
Stronger – Kelly Clarkson
The Climb – Miley Cyrus
Titanium
A Million Dreams
I Have Dream –Westlife
The Greatest Love
Fix You – Coldplay
Rewrite The Stars – Anne Marie & James Arthur
Beautiful Scars – Maximillian
Let It Go – Idina
Big Family – Maher Zain
Freedom – Maher Zain
Thank You Allah – Maher Zain
Open Your Eyes – Maher Zain
Price Tag Kun Anta – Raef
Im Yours (Ya Rabbee) – Raef
This Girl Is On Fire – Alicia Keys
Gemuruh – Faizal Tahir
Standing The Eyes Of The World – Ella 29
Changes In My Life – Mark Sherman
BAHAGIA #5
Nota
RASA JATUH CINTA
30
Jatuh Cinta Itu Buat Bahagia
Love is happiness. Cinta membahagiakan. Cinta membuatkan
kita nyaman. Cinta buat kita rasa terbuai dalam mimpi.
Cinta adalah salah satu emosi “Upward Spiral” berada d
tanggan yang kedua.
Didik diri kita berada dalam keadaan frekuensi “Jatuh cinta”.
Ramai orang kata, cinta itu menyakitkan. Bagi SifuBella cinta
itu menyenangkan. Cinta itu bahagiakan. Frekuensi cinta itu
sangat tinggi. Kasih sayang dan cinta membuatkan seseorang
menjadi luar biasa. Namun ramai tak tau mau gunakan
perasaan cinta ini ke arah kebaikan dan capai impian.
31
Kisah Cinta Capai Impian
Case Study : Percintaan Danish & Maya
SifuBella kongsikan hasil penyelidikan SifuBella terhadap satu case
study, Cerita dan pengalaman percintaan antara Danish & Maya yang
mengecapi kebahagiaan dan capai apa yang mereka inginkan.
Kisah percintaan mereka bermula dari “Fitness Centre”. Danish dan
Maya kerap pergi ke “Fitness Centre”. Mereka mempunyai minat
yang sama dalam menitik berat akan tahap kesihatan dan tahap
“fitness” mereka.
Danish selalu datang ke “Fitness Centre” dan selalu perhati akan
Maya tanpa pengetahuan Maya. Dari awal bertentang mata hati
Danish tu rasa lain, Jantung tu berdegup kencang, namun tak tau
maksud perasaan tersebut. Beberapa kali ke “Fitness Centre”, mata
Danish tu terpegun melihat Maya yang sedang bersenam.
Ada satu ketika, Maya perasaan yang Danish “Staring at her”. Danish
terus laju alihkan pandangan, khuatir akan Maya tahu yang selama ni
Danish perhati dan curi pandang dengan Maya. Danish selalu
tertanya-tanya dalam hati, “adakah dia sudah berpunya? Nanti dia
tau aku suka dia, mati lah, malunya… argghhh. “
32
Kisah Cinta Capai Impian
Danish seorang usahawan yang dikenali dan di segani ramai orang.
Maya juga seorang usahawan yang berjaya.
Jadual Danish setiap hari agak padat, dan Danish selalu keluar
outstation. Namun bagaimana sibuk dan penat, tidak menghalang
Danish untuk curi masa dan ambil kesempatan ke “Fitness Center”.
Hati Danish sudah terpaut dengan Maya.
Dalam perjalanan cerita mereka di “Fitness Centre”, Danish selalu
ambil berat, “Stalk” perkembangan perjalanan hidup Maya tanpa
Maya ketahui. Sewaktu di Fitness Centre, Danish memang di kenali
ramai orang kerna kisah kehidupan dan pengalaman Danish dalam
jatuh naik dia dalam Perniagaan. Ramai yang ajak Danish bergambar
sewaktu di Fitness Centre. Sudah menjadi kebiasaan Danish di ajak
bergambar, tidak ketinggalan dengan Maya yang selalu ajak Danish
bergambar,
Perasaan Danish pada waktu tu berbunga-bunga, sepertinya mau
“shout out” beritahu seluruh dunia betapa bahagia nya di ajak
33
bergambar dengan orang yang dia minat dan suka.
Kisah Cinta Capai Impian
Di pendekkan cerita, Danish pada waktu itu jual mahal dengan Maya
dan tak mau “Admit” yang sebenarnya dia sudah “falling in love”
dengan Maya. “Turning Point” untuk Danish dapatkan Maya adalah
saat ada event fitness besar-besaran. Waktu ini lah mereka mulai
rapat kerna Danish start make a move. At yesss! Finally Danish admit
through their conversation dalam whatsapp. Rupanya selama ni Maya
juga ada perasaan yang sama dengan Danish. They had “Crushed”
each other. Mereka sangat sayang antara satu sama lain.
Setelah mereka “In relationship”, mereka kelihatan sangat bahagia.
Walaupun ramai yang cakap CINTA & SAYANG ini MENYAKITKAN,
namun Danish percaya bahawa CINTA & SAYANG membawa
KEBAHAGIAAN.
Apa yang kita percaya maka itu lah menjadi realiti. Danish selalu
ingatkan kepada Maya, emosi CINTA & SAYANG boleh bawa energy
kita high dan kita boleh capai apa yang kita mau.
34
Kisah Cinta Capai Impian
Bagaimana mereka guna perasaan “Love” ini untuk dapatkan apa
yang mereka mau? Ini adalah hasil penyelidikan SifuBella .
Ringkasan Tips, Guna perasaan “Love” Capai Impian :
1. Mereka senaraikan matlamat mereka masing-masing dengan
jelas.
2. Guna “FGS Method”, Feelings Good Statement Method, Di mana
Danish Bacakan apa yang Maya mau capai, dan Maya juga
bacakan Apa yang Danish impikan.
3. Sebelum tidur, mereka akan cakap baik-baik. Mereka gunakan
“Visualization Method”, Contoh, mereka bayangkan yang sales
dalam business akan naik.
4. Bangun tidur, mereka akan mulakan dengan kesyukuran dan
dengar voice record each other. Contoh : My Love, I know you can
do it, I believe in you that you will get RM100,000 income every
month. You just too amazing. I LOVE YOU THE WAY YOU ARE.
5. Beri semangat antara satu sama lain dan memngingatkan antara
satu sama lain. Contoh : Dah Solat? Jangan tinggal solat ya?.
Jangan terlalu lebih-lebih sayang saya ya, Sayang Allah dulu,
Sayang Diri sendiri dulu, Sayang Kerjaya mu dulu, dan keempat
35
baru sayang saya ya?
BAHAGIA #6
Nota
BE IN “PRESENT
MOMENT”
36
HARGAI MASA SEKARANG
For everything that was written in the past was written to teach us. So
that through the endurance taught in the scriptures and the
encouragement that provide we might have hope.
Past is past, don’t Regret. Now is the present moment. Appreciate it.
Future is great don’t worry too much.
Always live in the present moment, Nikmati setiap saat, nikmati setiap
“moment” yang ada masa sekarang yang berlaku dalam kehidupan
kita. Ramai orang tidak “happy and enjoy” dengan kehidupan
mereka. Mereka hanya risaukan akan masa depan dan banyak
terkenangkan perkara-perkara masa yang lepas,
Masa menentukan kebahagiaan, Manusia adalah makhluk yang hidup
dalan emosi. Kita berinteraksi, kita bergaul, kita bertindak semua
berdasarkan emosi.
Masa yang tepat untuk kita hargai sekarang adalah sekarang. Saat
ini. This moment! “Here and now”. Masa lalu sudah berlalu, dan masa
depan belum berlaku.
37
3 DIMENSI MASA
MASA LALU (PAST)
Masa lalu adalah masa yang sudah berlalu dan tak kan pernah
terulang lagi. Ia boleh dijadikan sebagai kenangan. Sifatnya adalah
“Emotion PAST” contoh nya : Marah, Geram, Kesal, Sedih Dan Rindu.
Walaupun kenangan itu dalam bentuk “HAPPY”, namun emotions
yang datang kepada kita sebagai rindu, sayu, sedih mengenangkan
kisah lalu. Ini membuatkan mood kita sayu dan sedih terkenang.
MASA DEPAN (FUTURE)
Future pula, Emosi nya adalah ANXIETY, RISAU, TAKUT, BERDEBAR,
RESAH, GELISAH.
Selalu buat kita rasa risau and insecure. Contoh : Macam mana mau
clearkan hutang ku ya? Macam mana mau bayar bil? Macam mana
kalau dia tidak suka aku? Patut ka aku buat macam ni nanti tidak
jadi? Faham tak? Bila terlalu overthinking tentang masa depan kita
sentiasa berada dalam keadaan berdebar, risau dan tak senang
duduk.
38
HARGAI MASA SEKARANG
MASA SEKARANG (NOW)
PRESENT MOMENT pula, atau Masa SEKARANG. Ini tiada “Negative
Emotions”. Apa yang ada hanya “Positive Emotions”. Love, Happiness,
Joy, Bliss, Grateful adalah berada dalam keadaan “Present Moment”.
Bila kita betul-betul wujud pada “Present Moment” setiap saat dan
setiap waktu, pada masa tu baru lah kita dapat merasakan “feelings”
kebahagiaan itu.
Cuba betul-betul kamu perhatikan, masa bila kita dapat merasakan
saat “present moment” ni? Kalau SifuBella lah kan, bila berada d
present moment tu bahagia betul, contoh : waktu mandi d bawah
shower , waktu melihat pemandangan pagi (tengok pokok & bunga),
menghirup udara segar, pergi melancong, bagi orang hadiah dan
nampak mereka bahagia, masa feeling in love (ada ketikanya masa tu
rasa terhenti seketika).
39
3 ZON MASA
Kalau kamu mau tau, “PAST & FUTURE” ni, zon masa yang Merompak
KEBAHAGIAAN saat “HERE & NOW” kita.
Dengan cara bawa “Emotions” risau, takut, geram, marah, sedih dan
sebagainya pada saat sekarang. Walhal saat sekarang Emotions tu
tak wujud pun.
Masalahnya, Emosi kita ni selalu bertukar-tukar dalam diri kita.
Kadang-kadang kita fikir pasal “future”, saat itu lah juga kita risau
dan takut. Kadang kita fikir pasal past, jadinya kita sedih, marah dan
kecewa. Tengah buat kerja tiba-tiba terfikir “past & future”,
macamana mau siapkan satu tugasan kerja, teringat dan terfikir
bergaduh dengan orang tersayang kemarin. Mesti kita berada dalam
keadaan “Past” yang menyesal dan sedih. Terganggu lah emosi kita
saat buat kerja.
Oleh itu, kesimpulannya, kita lah yang kena belajar untuk sentiasa
hidup pada “Present Moment”, Learn to twist our emotions to be at
high elavator emotions. (Feel Love, Joy & Blissful).
SifuBella bagi contoh ya? Pernah satu ketika Sifu d uji dengan ujian
yang sangat besar, dan waktu tu Sifu dalam keadaan “down”, rasa
ada “fear” yang sangat besar untuk “face the future”. Sehingga kan
Sifu mengalami “anxiety” dan hidup penuh rasa kerisauan.
40
3 ZON MASA
Satu hari tu Sifu drive kereta terdengar lah sebuah lagu. Bila
terdengar lagu tu dan hayati lirik nya, dan bercakap dalam hati. “Aiiii
radio ni macam tau-tau jak pasang lagu ni, macam mengena pula
dengan situasi ku ini”. Pastu dengar jak lagu tu terus nangis berderai .
Pernah tak kamu rasa gitu? Setiap patah perkataan macam kena gila
dengan jiwa kita, menusuk ke kalbu. Padahal lagu tu, kita sudah pun
dengar beratus kali. Sebelum-sebelum ni tak pernah pun faham. Just
enjoy the music. Once kita berada di Present Moment. Kita hayati pula
lirik nya. Dan Nikmat layan lagu tu, jadi lain macam. Pernah kan?
Satu lagi contoh. Antara saat paling best ialah waktu mandi atau
“Shower” kan?
Kenapa? Sebab saat tu, kita wujud di “Present Moment”. Kita just
menikmati saat itu. Waktu tu, tak ada orang, tak ada phone. Waktu tu,
kita dengan diri kita saja. “Just be Present”. “Thats why” kalau kita
“enjoy” saat tu, Nikmat dia lain macam betul!
Phone adalah benda yang sangat bahaya. Bila kita buka jak “social
media”. Dia buat kita “Escape the Moment”, dan dia “mixed up Past &
Future” kita. Sebab tu setiap kali lepas main FB kita akan “drain” gila,
rasa penat gila.
41
3 ZON MASA
Sebab tu Sifu selalu cakap, Sifu jarang tengok, jarang
“scroll” fb dan insta. Sifu yang control diri sifu untuk
tidak biarkan “energy” Sifu “drain”.
Apa yang Sifu buat hanya lah sekadar buka fb dan
insta untuk “share stories” dan posting, kemudian
terus tutup.
Cuba bayangkan kalau kita boleh kawal, untuk
sentiasa wujud pada Present Moment. Hidup kita akan
jadi totally Amazing.
Sebab tu, Allah kata “Dan DEMI MASA, Sesungguhnya
manusia berada dalam kerugian.”
Sebab manusia selalu hidup d masa lalu dan masa
depan, tidak berada di masa sekarang, hargai lah
masa sekarang.
LIVING IN THE PRESENT MOMENT.
42
BAHAGIA #7
Nota
MAAFKAN SEMUA
ORANG
43
LET IT GO AND LET IT GOD
Jika duri di umpamakan sebagai kesalahan, maka ketika ada orang
lain menyakiti mu, pujuk diri mu, katakan pada dirimu “Sudah lah”
maafkan lah mereka yang pernah berbuat salah dengan mu. Buang
duri tu, jika kita terus simpan duri tu dalam diri kita, maka kita lah
yang sakit, betul tak? Jangan pernah kau simpan durinya, meskipun
duri tu tertutup namun ia tetap akan menyakitkan kita. Bahkan, bila ia
terlalu lama di simpan, akan menjadi penyakit.
Jika orang lain membuat kesalahan kepadamu, katakan juga kepada
hatimu “Aku juga pernah berbuat salah, aku pun tidak sempurna.
Manusia tidak pernah lari dari melalukan kesalahan dan kesilapan
kerna manusia mudah lupa dan lalai”.
Kita bukan lah malaikat yang tak pernah berbuat salah, kita juga
bukan syaitan yang tidak ada kebaikan. Kita hanyalah makhluk yang
bernama “Manusia” yang ada kekurangan namun ada juga
kelebihan.
Bila kita memaafkan sebenarnya bukan untuk mereka yang pernah
berbuat salah kepada kita, namun untuk diri kita sendiri. Kita
memaafkan kerna kita layak untuk bahagia, Bukan bererti kita
memaafkan kita lupa apa orang tu buat dengan kita. Ingatan untuk
kita hanya lah sebagai ingatan dan peringatan dengan kita agar di
masa depan kita tidak berulang perkara yang sama.
44
LET IT GO AND LET IT GOD
• Fokus untuk jaga hati sendiri itu lebih baik. Kita memaafkan
bukan kerna mereka layak untuk di maafkan, Namun untuk
kita perbaiki hati kita dari noda-noda hitam dan untuk buang
segala beban dalam hidup kita.
• Jadilah orang yang tetap sejuk di tempat panas dan tetap
manis di tempat yang paling pahit.
• Saat orang melemparkan batu kepada kita, kita hendaklah
menjadikan batu itu untuk menampal jalan-jalan yang
berlubang atau menjadikan tembok rumah.
45
LET IT GO AND LET IT GOD
• Terus pujuk diri sendiri untuk tetap memaafkan orang lain
yang pernah berbuat salah dengan mu.
• Bila orang menyakitkan kita sabar.
• Bila orang menyinggung perasaan kita sabar.
• Bila orang mengaibkan kita sabar,
• Bila orang bercerita keburukan kita sabar.
• Hati yang sentiasa memaafkan dan melupakan tanpa
dendam adalah Hati yang tenang. Tenang Pasti Bahagia,
46
BAHAGIA #8
Nota
SPEND QUALITY TIME WITH
PEOPLE WHO LOVES YOU
47
HARGAI MEREKA YANG MENYAYANGI MU
• Hidup ini singkat, sesibuk mana pun kita bekerja, jangan
pernah lupa luangkan masa kita dengan orang yang kita
sayang. Ibu bapa, adik beradik, pasangan hidup, kekasih
hati, anak-anak, keluarga dan sahabat.
• Duit boleh dicari, orang tersayang hanya satu tiada ganti.
• Berhenti buang masa bersama mereka yang tidak tahu
menghargaimu. “Vibrations & Energy” akan mulai turun.
• Cara SifuBella luangkan masa bersama orang yang kita
sayang, sesibuk mana pun SifuBella, SifuBella akan
luangkan masa sekurang-kurang nya watsapp atau call
walau sekadar tanya “Are you ok?” “Dah makan” “Buat
apa tu”. Dan bagaimana sibuk pun Sifu akan masukkan
“Priority” (keutamaan) orang yang kita sayang tu ke
dalam jadual SifuBella. Sebagai seorang yang berjaya
kita kena bijak atur Jadual Masa kita.
48
HARGAI MEREKA YANG MENYAYANGI MU
• Pergi lah ke tempat di mana kamu di hargai bukan kamu
d perlukan.
• Luangkan masa dengan mereka yang tahu hargai dan
sayangi kita. Sebab ramai datang mendekat kerna
memerlukan namun lupa untuk menghargai apa ada nya.
• Learn to appreciate what you have, before times takes
you to appreciate what you had.
• Belajar untuk menghargai apa yang kita miliki, sebelum
masa memerlukan kita untuk menghargai apa yang anda
ada.
• A Person who feels appreciated will always do more than
what expected.
• Seseorang yang merasa dihargai akan selalu melakukan
lebih banyak daripada yang diharapkan.
• If someone doesn't appreciate your efforts, stop trying to
please them. If they don’t appreciate you, they don’t
deserve you.
• Sekiranya seseorang tidak menghargai usaha kita,
berhentilah mencuba. Sekiranya mereka tidak
menghargai kita, mereka tidak layak untuk kita.
49
TIPS SPEND QUALITY TIME WITH
PEOPLE WE LOVE :
Makan bersama-sama. Suap menyuap. Akan
mewujudkan kemesraan dan silaturrahim. Sewaktu
makan bersama-sama letak handphone ke tepi. Waktu
makan betul-betul kena hargai. SifuBella bila masa
makan, letak tepi handphone tu.
Always Celebrate. Meraihkan hari-hari yang istimewa.
Contohnya hari jadi, mother’s day, anniversary.
Beriadah dan bersenam bersama. Contoh : SifuBella
berzumba bersama-sama orang tersayang. Bila bersenam
kita sedang merembeskan hormon bahagia, Apatah lagi
bersama orang tersayang pasti ada “moment” yang
menggembirakan.
Baca Buku bersama. Boleh saling tukar pendapat.
Masak-masak bersama.
50