BAHAGIA #9
Nota
TIME WILL HEALS YOU
51
MASA AKAN MENYEMBUHKAN
LUKA DI HATI KITA
“Time decides who you meet in life. Your heart decides
who you want in life. Behavior decides who will stay in
your life.” (Masa menentukan siapa yang kamu temui
dalam hidup. Hatimu menentukan siapa yang kamu
mahukan dalam hidup. Tingkah laku menentukan siapa
yang akan kekal dalam hidup kamu).
Dalam kehidupan kita, pasti kita melalui banyak
pengalaman sama ada pahit atau manis. Dan sudah pasti
kita pernah merasakan kesakitan yang sangat mendalam
sehingga membuatkan hati kita terluka. Ibarat gelas yang
pecah dicantumkan kembali, pasti tidak akan sama
seperti yang asal.
52
Gelas kaca yang pecah ibarat Hati kita yang terluka, jika
hati terus di sakiti, walaupun di pujuk dengan kata-kata
maaf, calarnya tetap ada dan tidak mungkin akan sama
seperti dulu.
Bila melibatkan hati, biasanya selalu ada kaitan dengan
perhubungan “Percintaan”, Perhubungan ni juga ibarat
nya seperti kaca. Terkadang lebih baik meninggalkan
gelas yang pecah itu daripada menyakiti dirimu sendiri
kerna cuba untuk satukan semula.
Masa yang kita ambil sebenarnya memberi ruang untuk
diri sendiri berfikir, memberikan kita ruang untuk kita
sedar dan belajar bahawa Allah Swt adalah penyembuh
yang terbaik. Akhirnya, lukamu akan sembuh dengan
sendirinya. 53
Nota #10
BAHAGIA
APPRECIATE
54
MENGHARGAI
“Life becomes more beautiful when we make effort to
appreciate people instead of judging.” (Hidup menjadi
lebih indah apabila kita berusaha untuk menghargai
orang daripada menilai)
Jangan pernah mengabaikan usaha orang yang
menyayangi kita. Dia tak minta banyak pun. Cukup
sekadar kita mengambil berat, memberi perhatian dan
membahagiakan dia, Orang yang kita sayang itu hanya
memerlukan kita ada dengan dia di saat susah mahupun
senang.
Hargai diri sendiri.
Hargai orang tua mu.
Hargai adik beradikmu.
Hargai orang sekeliling yang menyayangimu.
55
Nota #11
BAHAGIA
MEMBAHAGIAKAN
ORANG LAIN
56
MENGHARGAI
BAHAGIAKAN ORANG LAIN DENGAN
CARAMU
Bila kita membahagiakan orang lain. Allah akan menghantar
untuk mu seseorang yang akan membahagiakanmu. Jadi
tetap terus berbuat baik, terus membahagiakan orang lain
dan menjadi penyebab untuk orang lain senyum.
Orang yang hebat adalah orang yang sedang dalam
kesedihan tetapi tetap terus menggembirakan orang lain.
Hidup lah lebih bermakna, mencari kebahagiaan dengan cara
membahagiakan orang lain, temukan ketenangan dengan
melepaskan, dam syukur dengan keindahan-keindahan kecil
yang berlaku dalam hidup mu.
57
BAHAGIAKAN ORANG LAIN DENGAN
CARAMU
“Manusia yang paling dicintai oleh Allah SWT adalah manusia
yang paling memberi manfaat bagi sesama manusia. Adapun
amalan yang paling dicintai Allah adalah membuat muslim
lain bahagia, mengangkat kesusahan orang lain,
melangsaikan hutangnya atau menghilangkan rasa
laparnya.”
Cara dan tips SifuBella membahagiakan orang yang di
sayangi dan orang sekeliling :
1. Setiap pagi SifuBella akan menulis satu penulisan dalam
bentuk inspirasi dan motivasi di facebook dan telegram
channel.
2. Buat Video-video pendek dalam bentuk perkongsian elmu
dan sebarkan manfaat.
3. Mendoakan kebahagiaan orang lain.
4. Memberikan senyuman setiap hari.
5. Eratkan silaturrahim, bertanyakan khabar.
6. Luangkan masa dengan orang yang kita sayang.
58
BAHAGIAKAN ORANG LAIN DENGAN
CARAMU
7. “Suprise:” kan orang yang kita sayangi dengan ciptakan
moment yang indah
8. Buat video-video pendek dengan menyanyikan lagu-lagu
pilihan, dengan lirik yang akan sebarkan kasih sayang dan
kebahagiaan.
9. Ciptakan program “Foodbank Richarity” dan terbuka kepada
usahawan-usahawan lain untuk turut menyumbang.
10. Turun sendiri untuk menyampaikan bantuan dengan niat
menyebarkan kasih sayang dan kembalikan senyuman di wajah
mereka yang memerlukan.
11. Ciptakan komuniti “kelompok” usahawan yang sokong antara
satu sama lain.
12. Live video di facebook secara percuma dengan perkongsian
ilmu-ilmu.
13. Ciptakan Ebook untuk sebarkan kasih sayang dan
kebahagiaan.
59
Nota #12
BAHAGIA
BE SILENCE
60
POWER OF SILENCE
BAHAGIAKAN ORANG LAIN DENGAN
CARAMU
Kuasa Dengan Berdiam. “Silence is not empty, it’s full of
answer” (kesunyian tidak kosong, ia penuh dengan
jawapan)
Dalam menjalani kehidupan seharian terlalu banyak
“NOISE” (gangguan, suara budak kecil dalam bentuk
negatif) yang sering bermain di minda kita.
“NOISE” semakin kuat dan semakin banyak bila hidup
kita penuh dengan “Judgemental”, suka menghukum dan
menilai orang lain tanpa usul periksa. Hidup penuh
dengan rasa tak adil, dunia tidak bermakna, tidak tau
hala tuju hidup, “stuck” dengan pengalaman gelap dan
61
merasakan diri hebat
POWER OF SILENCE
BAHAGIAKAN ORANG LAIN DENGAN
CARAMU
Bagaimana nak “Silence”? Caranya pastikan 3 Dimensi diri
selari. (Mind, Body And Soul)
Jangan pernah meremehkan dengan duduk diam-diam ni.
Dengan duduk diam banyak benda yang kita boleh dapatkan
secara “Magik”.
Duduk diam dan betul-betul luangkan masa dengan diri
sendiri. Tanamkan rasa syukur dan bahagia dengan lebih
mendalam. Kita sekarang tengah berhubung dengan diri kita
sebenar iaitu roh (soul).
Dengan hanya duduk diam, kita kawal pernafasan kita
keluar dan masuk. Duduk diam ni ibaratnya bertafakur dan
“connect”dengan diri sendiri serta “connect” dengan Allah
62
SWT,
POWER OF SILENCE
Masa berdiam diri, kita belajar untuk kosongkan minda.
When you are not thinking, your beyond thinking. (Apabila
anda tidak berfikir, pemikiran anda di luar dari kotak
fikiran.)
When you are not seeing, you are beyond seeing, (
Apabila anda tidak melihat, anda dapat melihat di luar
jangkaan.)
When you are not logic, and there is where magic
happens. (Bila kamu tak fikir logik, di sini lah keajaiban
berlaku).
Tawakkal sepenuhnya dengan Allah.
Just follow the flow. (Ikut saja aliran yang allah dah
tentukan.
63
64